Setelah pendedahan artikal Anak Sungai Derhaka tentang isu bakar baju BN di Permatang Pauh oleh Talib bekas Ketua Cawangan UMNO Batu 5, Permatang Tengah, maka gegak gempitalah puak2 umporno kepanasan seolah-olah "juboq" mereka terbakar.
Puak-puak SB juga kepanasan "juboq" kerana dimarahi oleh bos mereka kerana gagal hidu/kesan lebih awal akan berlaku peristiwa bakar baju tersebut.
Yang paling marah sampai merah muka hingga berasap telinga adalah Dato' Musa Ketua Bahagian Bukit Mertajam. Beliau tahu musuhnya bertambah ramai dalam umno.
Dijangkakan 98 ahli umno akan membakar lagi baju umno/bn pada 14 Okt didepan Anwar Ibrahim sempena Jelajah Merdeka Rakyat yang kemuncaknya di Tapak Expo Seberang Jaya. Benarkah ia akan berlaku? Sama-sama kita nantikan..
KUALA LUMPUR 7 OKTOBER: Jika benar-benar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak anti rasuah rasuah sepertimana ucapannya dalam Persidangan Pertubuhan Agensi Penguatkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur kelmarin, beliau perlu mengambil tindakan terhadap tuduhan rasuah besar terhadap Taib Mahmud, Musa Aman dan Gani Patail.
Apapun sehingga kini, pentadbirannya gagal membanteras rasuah, yang terserlah pada kedudukan buruk Malaysia di tempat ke-60 dan skor terendah 4.3 dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2011.
Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Najib perlu mempertimbangkan dengan serius penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk membersihkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Ia berikutan dakwaan menggemparkan oleh Bruno Manser Fund (BMF) yang menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai US$21 billion (RM64 billion), manakala kekayaan Taib sahaja bernilai US$15 billion (RM46 billion).
"Ketiga-tiga VVIP yang terdiri daripada Ketua Menteri Sarawak, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwa melakukan rasuah serius dan penyalahgunaan kuasa mereka telah didedahkan kepada umum,
"Ini adalah "ujian trio" sama ada terdapatnya kehendak politik sebenar untuk membanteras "rasuah besar" oleh kerajaan."
Rentetan isu yang timbul ini, Kit siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor berharap agar Najib akan muncul sendiri di Parlimen untuk melaporkan hal berkenaan demi membanteras rasuah.
Persoalannya ujar beliau, "Adakah Najib akan menghantar dan mengemaskini laporan mengenai siasatan ke atas tuduhan-tuduhan rasuah dan penyalahgunaan terhadap trio tersebut?" katanya.
Selain Taib, gesaan siasatan rasuah besar ini juga berdasarkan pendedahan buku terbaru peguam Zainal Abidin Ahmad, Tan Sri Gani Patail: Pemalsu, Penipu, Penjenayah (Fraud, Liar, Criminal)? dan isu pengubahan wang haram ke luar negara oleh Ketua Menteri Sabah Musa Aman yang mendapat liputan media antarabangsa.-roketkini.com
Dengan rasa rendah diri, pakcik mintak tolong sangat2 kat semua rakan fb yg budiman..
Adik ipar pakcik dibawa lari ker arah utara oleh bakal tunangnya..
Mereka naik kereta saga BLM seperti dlm gambar..
Sehingga kini kami gagal menghubungi handphone mereka..pakcik dh buat laporan polis dan ini adalah alternatif lain untuk mengesan mereka..
Dan bakal tunangnya ini adalah ahli sendiket PENIPUAN PEKERJAAN DI PLUS yg telah menipu duit ramai pihak.. Jika rakan2 ada idea untuk mengesan mereka,pkcik amat alu2kan pandangan dan bantuan kalian.. Tolonglah pakcik...
KUALA LUMPUR 7 Oktober: Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Ken menyifatkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong gagal membezakan manifesto Buku Jingga dengan Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat. Beliau mengulas kritikan Chua seperti dilapor Malaysiakini semalam, bahawa Pakatan gagal memasukkan janji menurunkan harga petrol dan memansuhkan tol dalam belanjawannya. Wiliam berkata, belanjawan adalah perancangan sesebuah kerajaan menggunakan wang bagi mentadbir negara dalam jangka masa setahun. "(Manifesto) Buku Jingga pula janji-janji kita yang akan dilaksanakan dari masa ke masa selepas jadi kerajaan pusat," katanya kepada Suara Keadilan. Katanya lagi, perkara paling penting dalam Belanjawan Pakatan adalah mengurangkan defisit negara yang tinggi pada masa ini. "Ternyata Chua gagal lihat perbezaan ini…dia cuba ambil satu perkara dan masukkannya ke tempat lain," kata Bendahari KEADILAN itu. Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat yang dibentang Ketua Pembangkang 26 September lalu menyasarkan penurunan defisit kepada 3.5 peratus, berbanding 4.5 peratus pada 2012. Menurut Wiliam, Chua juga terlepas pandang kerana Belanjawan Pakatan ada memperuntukkan RM6.4 bilion untuk memansuhkan tol PLUS dan dua konsesi lain dalam tahun pertama pentadbiran. Tambah beliau, Chua hanya tahu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dengan mengeluarkan kenyataan tanpa fakta sebenar dan tidak munasabah. "Ia cukup malang…rakyat pasti akan kecewa apabila lihat (taraf) pemimpin muda BN hari ini," katanya.
Kota Kinabalu: Pernahkah anda terfikir, kempen calon PAS bakal digerakkan sepenuhnya oleh orang Kristian dan dia bukan penganut biasa tetapi pastor? Tetapi inilah yang berlaku di Sabah sekarang. Bakal calon PAS di DUN Pitas, Kudat digerakkan sepenuhnya oleh pendokong Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Ia diketuai oleh Otou @ Francis Singoron, seorang pemimpin agama Kristian bertaraf pastor.
Beliau dibantu oleh dua orang kuatnya yang bekerja siang malam untuk memenangkan bakal calon PAS di situ.
Ondon Mangajil, 58, dan Rakilin Mahuda @ Melvin adalah dua penggerak DHPP Pitas yang membantu Francis.
Kedua-dua mereka juga beragama Kristian.
Francis mengaku, beliau menyertai DHPP kerana sikap yang diambil oleh PAS yang tidak mengenepikan orang bukan Islam dan sanggup bekerjasama.
Beliau yakin, bersama dengan PAS, tidak akan berlaku persengketaan antara agama dan dapat berjalan dengan baik.
Di DUN Pitas, 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian.
Rakilin Mahuda @ Melvin sebelum ini tinggal di Kelana Jaya, Selangor. Namun untuk mempastikan PAS menang di Pitas, beliau telah pulang ke Pitas, tempat lahir dan tinggal beliau sebelum ini.
"Saya akan terus bekerja sehingga pilihan raya akan datang bagi memenangkan calon," kata Melvin yang sebelum ini pernah aktif dalam PKR di Kelana Jaya.
Antara isu penting yang dijadikan isu oleh lawan PAS di sini adalah hukum Hudud dan penggerak DHPP inilah yang menerangkan kedudukan sebenarnya.
"Saya sangat senang bekerja dalam PAS kerana di sini saya lihat tolak ansur, keseimbangan dan kebaikan hati pemimpinnya di semua peringkat.
"Rakan-rakan saya dalam PAS dari bawah hingga ke atas melayan saya dengan sama. Bila pilihan raya hampir, sebagai orang Pitas, saya pulang dan bekerja untuk memenangkan PAS," kata Melvin yang sudah 22 tahun tinggal di Selangor.
Ondon pula dilihat paling faham tentang pilihan raya antara mereka.
"Pitas ini dari segi saisnya lebih besar dari Perlis. Ini menyusahkan kita," kata Ondon kepada Harakahdaily.
Ondon juga menyifatkan isu tanah adalah isu utama di sini dan bakal menyatukan penduduk Pitas untuk menyokong PAS.
Ondon sangat memuji peranan yang dimainkan oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS terutama dalam isu nama Allah sehingga berjaya meredakan salah tanggap orang Kristian.
Calon PAS?
Francis, Melvin dan Ondon bergerak membantu seorang aktivis PAS Pitas iaitu Puan Dausieh Queck yang disebut-sebut bakal menjadi calon Pakatan di sini.
Dausieh adalah penggerak Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) yang banyak memperjuangkan isu wanita Islam di Malaysia khasnya di Sabah.
Beliau mula mendekati politik sejak tahun 2006 lagi dengan mengikuti aktiviti PKR di Kota Belud.
Namun pada tahun 2011, Dausieh menyertai PAS dan disebut-sebut bakal menjadi calon PAS di sini.
Beliau mula mengenali Ondon sejak tahun 2006 lagi namun mula mengenali Francis pada tahun 2008 apabila beliau turut membantu kempen PKR di Pitas.
"Saya mengenali Melvin agak lama namun apabila PAS diputuskan bertanding di Pitas, saya meminta dia balik ke sini sejak tahun lalu lagi bagi membantu kami," beritahu Dausieh.
Dengan empat tenaga utama Pitas inilah PAS bergerak hampir setiap masa menemui pengundi sehingga ke peringkat mereka yakin akan menang.
"Saya lihat peluangnya amat besar untuk menang dengan bantuan Allah ekoran dari pergerakan kita dan masyarakat yang ada," beritahu Dausieh.
Ini kerana, jentera yang komited di samping kejayaan mereka membentuk suasana penyatuan dari semua pihak samada di kalangan parti-parti dalam Pakatan dan juga hubungan antara agama.
Namun, halangan utama mereka kini adalah kewangan. Ini kerana, apabila masa ditumpukan sepenuhnya untuk menang, mereka terpaksa tinggalkan pelerjaan untuk mendapat wang hatta untuk kehidupan mereka sendiri.
Cabaran mendekati pengundi dikawasan pendalaman merupakan kekangan utama kerana hanya pendekatan TURUN TERUS KEPADA PENGUNDI sahaja merupakan pendekatan yang terbaik.
Maka halangan masuk kependalaman memerlukan kos yang tinggi, tetapi membawa keluar pengundi lebih tinggi lagi kosnya.
Dana PAS Kawasan yang amat terhad juga menjadi kekangan untuk melaksanakan gerak kerja dengan jayanya.
Program bantuan kebajikan kepada rakyat amat sukar dilaksanakan.
Keperluan pengangkutan menjadi keutamaam kerana kebanyakkan jalanraya yang ada hanya boleh dilalui pacuan 4 roda sahaja.
Sehubungan itu, kepada mana-mana pihak yang sudi membantu PAS di Pitas ini, anda boleh memberikan sumbangan terus ke akaun Parti Islam Semalaysia kawasan Kudat 1690020154073 Ambank Islamic atau terus ke akaun bendahari MTD Pitas, Muhd Ruslan Azahari 162263156276 Maybank.
Sungguh benar firman Allah swt di dalam Al-Quran
"Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani (Kristian)." Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri." (Q.S. Al-Ma'idah, 82) -GB
KUALA LUMPUR 8 Oktober: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan jelajah Merdeka Rakyat diserbu penduduk sebaik tiba di tapak Pasar Malam Titi Gantung Bota, Lumut semalam.
Rata-rata pengunjung pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur teruja untuk mengenali lebih dekat bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7 itu.
Mereka tidak melepaskan peluang bersalaman dan beramah mesra dengan Ketua Pembangkang itu dan menyatakan harapan supaya Pakatan Rakyat menukar kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum ke-13.
Bas Merdeka Rakyat juga turut mencuri tumpuan apabila masing-masing tidak melepaskan peluang bergambar sambil melihat kesan cat merah yang dilemparkan samseng Umno pada siri jelajah yang lalu.
Anwar meluangkan kira-kira 30 minit melawat pasar tersebut, sebelum berceramah di pentas bergerak yang terdapat pada bas.
Penduduk setempat mula berpusu-pusu ke tapak ceramah sebaik Anwar menyampaikan syarahan menyebabkan sebahagian jalan utama sesak dan terpaksa dikawal unit keselamatan.
Pada ceramah itu, Anwar banyak mengupas isu-isu semasa termasuk kepincangan Bajet 2013 BN, kerakusan pemimpin Umno membolot harta rakyat dan komitmen Pakatan untuk menurunkan bebanan hidup rakyat apabila membentuk kerajaan. KD
Jabi, Setiu - Bersempena Majlis Perasmian Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU5.0) yang disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tiga orang tokoh anak Terengganu telah mengisytiharkan diri mereka menyertai PAS.
Berikut adalah biodata ketiga-tiga tokoh tersebut;
1. Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah
YAM Tengku Ibrahim Shah Ibni al-Sultan Ismail Nasir ud-din Shah adalah anakanda ketiga kepada Sultan Ismail Nasir ud-din Shah ibni al-Marhum Sultan Zainal Abidin, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of the State of Trengganu Dar al-Iman yang ke-14 memerintah selama 34 tahun dan 1945 hingga 1979
Tengku Ibrahim yang lebih dikenali di kalangan rakyat sebagai Tengku Paduka (Ku Duka) kerana mendapat gelar Tengku Seri Paduka Raja kerana beliau merupakan waris ke lima dalam susunan kerabat DiRaja Negeri Terengganu.
Tengku Ibrahim dilahirkan di Kuala Trengganu, 25 Januari 1939 mendapat pendidikan dari Sekolah Menengah Sultan Sulaiman dan juga Kolej Melayu kuala Kangsar Tengku Ibrahim mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran negeri Terengganu apabila memulakan perkhidmatan awam negeri Terengganu pada 1959 dan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO), Penolong Setiausha Kerajaan Negeri Terengganu.
Penglibatannya dalam dunia politik tanah air, Tengku Ibrahim pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 dan bertanding pada pilihanraya umum ke-8 pada tahun 1990 dan menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990 - 1995.
Apabila Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Ibrahim telah menjadi ahli parti Umno.
Hari ini beliau membuat pengistiharan memilih PAS sebagai wadah perjuangan dan meninggalkan UMNO.
2. Datuk Omar Abu Bakar.
Dilahirkan di Kijal, Kemaman, Terengganu pada tahun 1950.
Mendapat pendidikan di universiti nasional dan universitas Papajaran Bandung, Indonesia dlm bidang pengajian bahasa, sosiologi dan antrapologi.
Beliau merupakan bekas Wartawan Utusan Malaysia dan bekas pegawai akhbar Kementerian Pertahanan dan Pegawai Perhubungan Khas kpd 3 Bekas Menteri Pertahanan: i. YAB Tan Sri Taib Mahmud (skg KM Serawak) ii. YAB Tun Hussein Onn iii. YAB Tun Mahathir.
Penglibatan beliau dalam politik adalah, beliau pernah menjadi AJK & Ketua Penerangan Umno Kemaman Zaman TS Wan Mokhtar.
Datuk Omar juga bekas Setiausaha Jentera Pilihanraya Kebangsaan Semangat 46 Malaysia dan S/U. Semangat 46 Bhg. Kemaman dan Bekas Calon 46 Dun Bukit Bandi (skg Air Puteh Kemaman 1990)
Selain itu, pelbagai jawatan dibarisan kepimpinan aktivis sosial di peringkat negeri dan Nasional, dan beliau juga berkeluarga ipar sepupu kepada Bekas Pengerusi FELDA Tan Sri Raja Mohd Alias Ali.
3. Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim
Dilahirkan pada 15 Januari 1970, Kuala Terengganu, Berkahwin dan dikurniakan dengan 7 orang anak Mendapat pendidikan di 1. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud 2. Lulusan ijazah perakaunan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 3. Aktivis pelajar ipu-ukm Amzad Sekarang bekerja sebagai Pengerusi Eksekutif Norstar Technologi, Pulau Pinang.
Amzad juga berpengalaman dalam bidang korporat, mengambil alih dan memulihkan MSET Shipbuilding CORPORATION SDN. BHD. sebagai Pengarah Urusan (1995-April .
Beliau juga mengambil alih dan memulihkan PMINT Engineering sekarang dinamakan MSET Engineering dari tahun 2000 – 2006.
Amzad juga bertanggungjawab Rekabentuk dan Membina pelbgai jenis kapal dan bot pelbagai kegunaan untuk pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan termasuk tempahan dari syarikat syarikat luar negara seperti dari Amerika syarikat, Australia, German, dan lain lain negara.
Antara jawatan persatuan dan NGO yang pernah disandang oleh Amzad adalah seperti :
1. Ahli Majlis Industri Pertahanan Malaysia (sehingga pertengahan 2004) 2. Ahli CWG ( cluster work group ) MITI 3. Presiden Pergerakan Profesional Muda Terengganu. Presiden 2004-2005, 2007
Kecemerlangan dalam dunia perniagaan dan korporat diiktiraf dan pernah menerima anugerah Kategori Kejuruteraan dan Pembuatan, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. -BO
Orang kerja kerajaan tentulah lebih bijak dari orang kampong yang tanam sayur, menoreh getah, tanam padi dan tangkap ikan di laut.
Tetapi dakyah BTN dan Umno mudah dipercayai oleh orang kerja kerajaan. Antara hujah Umno yang sedang dan sering dimainkan ialah Pas akan menang banyak jika tidak bersama PKR dan DAP. Orang Melayu kononnya lebih senang jika Pas berseorang diri. Orang Melayu akan lebih mengundi Pas jika Pas seorang diri.
Ha ha. Adakah orang Melayu mengundi Pas ketika PRU 1978, 1982 dan 1986? Pas kalah teruk di dalam PRU tersebut.
Hanya selepas Pas berpakat dengan Angkatan Semangat 46 dan Angkatan Semangat 46 berpakat dengan DAP, barulah Pas menang dan menguasai negeri Kelantan dan menambah kerusi di Kedah dan Terengganu.
Bila PAS dan DAP dan tak berkerjasama secara tak langsung dalam PRU 1995, Pas tidak menunjuk prestasi yang baik. Melayu tak pun mengundi Pas dengan hebatnya.
PRU 1999, dengan kes Anwar, Pas menumpang tuah sehingga menawan Terengganu.
PRU 2004 - Pas kalah banyak tempat kerana penangan Pak Lah yang baru jadi PM.
PRU 2008, Pas, PKR dan DAP bersama dalam BA/Pakatan Rakyat, Pas menambah kerusi menang.
Tak ada bukti Pas menang banyak jika seorang diri. Sebaliknya jika bersama parti lain, Pas akan menang banyak.
Saya amat tidak faham kenapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) sanggup menerima memorandum Dong Zong mengenai tuntutan mereka yang amat ultra kiasu mengenai sekolah Cina. Sudahlah begitu, ia menimbulkan ketidakselesaan MCA.
Sama ada benar atau tidak MCA tidak selesa, Tuhan sahaja yang tahu. Apa yang saya tahu, selagi mana ia menguntungkan Cina, itulah MCA, DAP, Gerakan dan NGO ultra kiasu lain, sama sahaja. Tidak hairan jika MCA Kapar mencalonkan menteri itu sebagai Menteri Pelajaran.
Berdasarkan Bajet 2013, kelihatan seolah-olah kedudukan Sekolah Kebangsaan dengan sekolah Cina sama. Jangan dibanding dengan sekolah agama kerana tidak disebut langsung.
Malangnya, masih ada puak tidak bersyukur. Terbaharu, MCA menuntut bantuan RM50 juta diberi kepada Sekolah Menengah Cina (SMJKC), setiap tahun tanpa perlu diminta. Kayalah sekolah mereka. Untuk makluman, jutawan mereka turut menabur duit di sana. Tanyalah Dong Jiao Zong.
Tuntutan kumpulan ultra kiasu bukan perkara baru. Tetapi mereka ini beri betis hendak peha. Mereka sedang memanipulasi keadaan sepenuhnya sebelum PRU13, kerana belum tentu keputusan PRU13 berpihak kepada mereka. Apakah kita masih buta? Berulang kali telah saya katakan, bahawa tidak ada pendidikan sebegini di dunia lain, melainkan negara kita. Toleransi kita selama ini amat tinggi.
Ramai orang dari China yang melawat negara kita dan melihat sistem pendidikan, berasa pelik. Kenapa ada sekolah perkauman dalam sebuah negara yang beridentitikan Melayu. Sudahlah kerajaan membenarkan sekolah Cina, pada masa sama sekolah Cina lebih Cina dari negara China.
Alasannya, untuk kepentingan ekonomi, kerana kuasa China akan bangkit. Apakah sumbangan ekonomi sudah cukup mengatakan bahawa kita sudah patriotik? Nilaian kita terlalu kebendaan.
Banyak negara yang tidak boleh berbahasa Cina tetapi masih berurusan dengan negara China. Pengunjung blog saya dan ultra kiasu selalu bertanya, kenapa anak saya berada di sekolah Cina sedangkan saya lantang mengkritik? Terus terang, anak saya tidak mempunyai masalah langsung dalam menyahut agenda kebangsaan. Bahasa Melayu mereka tip top. Saya hanya mahu anak saya menguasai bahasa Cina untuk perkembangan dakwah. Titik.
Mereka perlu menguasai bahasa ini bagi tujuan dakwah. Siapa lagi yang akan berdakwah kepada mereka, kalau bukan mereka yang berlatarbelakangkan Cina. Mungkin saya gagal, tetapi orang lain tidak perlu gagal. Lagi pula, anak saya tidak cair dalam arus kecinaan, tetapi penuh dengan jati diri keislaman.
Toleransi kerajaan terhadap sekolah Cina amat tinggi. Kenapa tidak dihargai? Kenapa kita harus melayan mereka atas nama demokrasi. Jika begitu keadaan, banyak lagi memorandum dalam perjalanan termasuk menghalalkan LGBT atas nama demokrasi.
Saya harap pemimpin Umno tersebut sedar apa yang dia cakap. Terbaharu, beliau menawarkan diri untuk hadir dalam mesyuarat NGO ultra kiasu bagi menyelesaikan segala masalah berhubung sekolah Cina. Sepatutnya beliau pergi mendengar rintihan sekolah agama yang begitu daif keadaannya. Jangan bercakap sekadar untuk kepentingan politik.
Inisiatif Kementerian Pelajaran untuk melatih guru-guru Bahasa Melayu dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025, bagi memastikan subjek tersebut boleh diajar dengan berkesan di sekolah Cina dan menyeragamkan pengajaran subjek ini dengan sekolah kebangsaan pada tahun 2014, menimbulkan kebimbangan kepada ultra kiasu dan terus ditentang ultra kiasu.
Pada mereka, sebarang penambahbaikan bahasa Melayu akan menjejaskan penguasaan bahasa Cina. Agenda mereka Cina, Cina, Cina. Tidak ada sedikitkah agenda memperkasakan bahasa Melayu? Saya harap kerajaan bertegas. Biar pelat sedikit bahasa Cina tidak mengapa, asalkan jangan jahil bahasa kebangsaan.
Ini tidak termasuk tuntutan lain seperti, masalah kekurangan guru, peruntukan tambahan kepada sekolah Cina, mengiktiraf Sijil Peperiksaan Gabungan Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) dan meluluskan pembinaan sekolah persendirian Cina di merata tempat dan lain-lain lagi.
Jika semua tuntutan ini dipenuhi, apakah bentuk 1Malaysia yang dicitrakan?
Saya cadangkan buatlah kajian mendalam tentang sumbangan sekolah Cina terhadap pembangunan jati diri negara dan semangat patriotisme sebelum bantuan diberikan. Jika hasilnya positif, saya akan sokong apa jua tuntutan mereka. Bertindaklah dengan cerdik.
Umum sedia maklum tentang kos projek lapangan terbang kos rendah KLIA2 yang telah menyaksikan pertambahan kos dari RM1.7 bilion, hingga ke RM3.9 bilion Mac lalu, sehinggalah diumumkan kos RM5 bilion pada Julai tahun ini oleh tidak lain dan tidak bukan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes. Pagi ini Timbalan Menteri Pengangkutan mengesahkan jumlah RM4 bilion – setakat ini.
Peningkatan hampir 200 peratus ini merupakan pembaziran besar oleh kerajaan BN, yang enggan diperjelaskan oleh Menteri Pengangkutan sedia ada. Praktis memulakan sesuatu projek dengan kos yang rendah yang kemudiannya ditambah dengan alasan penemuan keperluan yang luar jangkaan hanya memperkukuhkan persepsi bahawa proses perancangan dan pelaksanaan projek kerajaan tidak telus.
Terbaru, saya dimaklumkan bahawa sistem Air Traffic Modernization Program (ATMOP) untuk meningkatkan tahap perkhidmatan kawalan trafik udara KLIA2 dan ruang udara sekitar diselubungi kontroversi. Saya difahamkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 3 Oktober 2012 menganugerahkan Surat Tawaran (Letter of Award, LoA) kepada ENAV S.p.A. sebagai Perunding bagi ATMOP – iaitu untuk bertindak selaku perunding untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bagi komunikasi, pengemudian, pengawasan dan kawalan trafik udara di KLIA2 dan ruang udara sekitarnya.
Kontroversi berkisar mengenai isu-isu berikut:
1. Hubungan rapat ENAV-SELEX Siri pendedahan sebelum ini berkait masalah-masalah sistem kawalan trafik udara di Subang yang dibangunkan syarikat Selex Sistemi Integrati (SELEX) dengan kerjasama Advanced Air Traffic Systems (M) Sdn Bhd (AAT), iaitu syarikat yang turut berkait dengan anak DS Jamaluddin Jarjis.
Yang paling merisaukan adalah hubungan SELEX dan ENAV. Dalam satu kenyataan media bertarikh 11 Mei 2009, dengan terangnya disebut bahawa kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama untuk menembus pasaran antarabangsa bagi perkhidmatan kawalan trafik udara.
Persoalannya di sini: Bukankah lantikan ENAV sebagai perunding bagi ATMOP menimbulkan kemungkinan berlakunya percanggahan kepentingan (conflict of interest) oleh sebab rakan perniagaannya SELEX adalah sebuah syarikat pembekal sistem kawalan trafik udara?
Klausa 29.1 surat perjanjian antara ENAV dan DCA menyatakan bahawa Perunding mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan negara Malaysia, termasuk yang berkaitan isu perolehan. Disebabkan hubungan perniagaan ENAV dan SELEX, bukankah ENAV akan bertindak berat sebelah dalam menyarankan syarikat pembekal bagi sistem kawalan trafik udara nanti?
Klausa 33.1 surat perjanjian yang sama turut menyatakan Perunding tidak akan terlibat dalam aktiviti perniagaan atau profesional di Malaysia secara langsung mahupun tidak yang akan bercanggah dengan prestasi atau kewajipan yang akan ditanggung Perunding mengikut perjanjian tersebut.
Disebabkan hubungan ENAV dan SELEX, adakah ENAV secara tidak langsung terlibat dalam aktiviti perniagaan dan telah melanggar klausa tersebut?
2. Harga projek ATMOP yang diumum ENAV Klausa 1.4 dari senarai semakan projek ini menyatakan bahawa harga bumbung (ceiling price) projek ini adalah RM27 juta. Namun mengikut satu kenyataan media yang dibuat ENAV pada 3 Oktober lalu (iaitu pada hari sama LoA dianugerahkan), kontrak tersebut diberi nilai 10 juta Euro, yang bersamaan dengan hampir RM40 juta. Rakyat Malaysia wajib diberi penjelasan: jumlah mana yang benar?
3. Isu masalah sistem yang dibangun SELEX masih belum terjawab Turut merisaukan, isu kegagalan sistem yang dibangunkan SELEX pada 12hb September lalu. Hingga ke hari ini rakyat Malaysia masih belum mendapat gambaran sebenar apakah yang telah menyebabkan sistem kawalan trafik udara di Subang gagal antara jam 2 hingga 4 pagi. Gesaan saya dan pimpinan KEADILAN yang lain, bahawa satu audit bebas yang dilaksanakan International Civil Aviation Organization (ICAO) masih belum terjawab.
Kementerian Pengangkutan wajib menjawab pertanyaan-pertanyaan di atas dan memberi jaminan bahawa ketiga-tiga klausa di atas tidak dilanggar oleh Kementerian dan DCA. Rakyat tidak mampu membiarkan SELEX yang masih belum selesai permasalahannya di ATCC Subang mendapat kontrak untuk KLIA2 menerusi hubungan syarikat tersebut dengan ENAV.
Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai Naib Presiden KEADILAN
Nak cakap apa lagi bila seorang yang di gelar menteri keluar statement macam nih. Bercampur baur rasanya, geram pun ade.. sedih pun ade. Yang geramnya.. ko orang yang bernama menteri tak rasa kenaikan nih sebab gaji dan elaun ko orang berlambak.
Itu angka yang rasmi, yang tak rasmi.. bocor sana.. tiris sini.. belum citer lagi.Yang sedihnya pulak.. kenapalah ko yang berfikiran 'secerdik' macam nih boleh jadi menteri kat Malaysia?
Kan lebih baik ko jadi menteri kat negara yang rakyatnya IQ setaraf dengan ko je.. macam negara di kepulauan terpencil di Pasifik.
Ini adalah siri-siri kenyataan menteri ekoran kenaikan harga gula 20 sen.. opss!! bukan naik tapi turun. Kerajaan turunkan harga subsidi gula sebanyak 20 sen. Bukankah kenyataan seperti itu bertujuan untuk berbohong kepada rakyat.. terutamanya rakyat di luar bandar.
Kenapa disebabkan kencing manis kerajaan naik kan harga gula? Apa rasionalnya? Gula barangan keperluan.. kalau nak naik harga rokok Addin tak heran sebab bukan semua rakyat Malaysia merokok.
Tapi bila ko oranng naikkan gula, itu dah menyusahkan semua rakyat. Sebab gula adalah barang keperluan.. semua orang pakai gula.
Naikkan harga gula akan beri kesan domino.. semua barangan berkaitan akan turut naik. So.. alasan naik harga gula untuk elak rakyat sakit tidak boleh di terima pakai sama sekali.
Sebenarnya harga gula di Malaysia dinaikkan di sebabkan kita mempunyai menteri yang sakit-sakit belaka. Tindakan paling wajar adalah kita harus tukar menteri-menteri yang sakit nih pada PRU13 akan datang. Setuju???
KOTA KINABALU - Pernahkah anda terfikir, kempen calon PAS bakal digerakkan sepenuhnya oleh orang Kristian dan dia bukan penganut biasa tetapi pastor?
Tetapi inilah yang berlaku di Sabah sekarang. Bakal calon PAS di DUN Pitas, Kudat digerakkan sepenuhnya oleh pendokong Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Ia diketuai oleh Otou @ Francis Singoron , seorang pemimpin agama Kristian bertaraf pastor. Beliau dibantu oleh dua orang kuatnya yang bekerja siang malam untuk memenangkan bakal calon PAS di situ.
Ondon Mangajil, 58, dan Rakilin Mahuda @ Melvin adalah dua penggerak DHPP Pitas yang membantu Francis. Kedua-dua mereka juga beragama Kristian.
Francis mengaku, beliau menyertai DHPP kerana sikap yang diambil oleh PAS yang tidak mengenepikan orang bukan Islam dan sanggup bekerjasama.
Beliau yakin, bersama dengan PAS, tidak akan berlaku persengketaan antara agama dan dapat berjalan dengan baik.
Di DUN Pitas, 60 peratus penduduknya adalah beragama Islam manakala 40 peratus lagi penduduk Kadazan, Dusun dan Murut beragama Kristian.
Rakilin Mahuda @ Melvin (gambar kanan) sebelum ini tinggal di Kelana Jaya, Selangor. Namun untuk mempastikan PAS menang di Pitas, beliau telah pulang ke Pitas, tempat lahir dan tinggal beliau sebelum ini.
"Saya akan terus bekerja sehingga pilihan raya akan datang bagi memenangkan calon," kata Melvin yang sebelum ini pernah aktif dalam PKR di Kelana Jaya.
Antara isu penting yang dijadikan isu oleh lawan PAS di sini adalah hukum Hudud dan penggerak DHPP inilah yang menerangkan kedudukan sebenarnya.
"Saya sangat senang bekerja dalam PAS kerana di sini saya lihat tolak ansur, keseimbangan dan kebaikan hati pemimpinnya di semua peringkat.
"Rakan-rakan saya dalam PAS dari bawah hingga ke atas melayan saya dengan sama. Bila pilihan raya hampir, sebagai orang Pitas, saya pulang dan bekerja untuk memenangkan PAS," kata Melvin yang sudah 22 tahun tinggal di Selangor.
Ondon pula dilihat paling faham tentang pilihan raya antara mereka. "Pitas ini dari segi saisnya lebih besar dari Perlis. Ini menyusahkan kita," kata Ondon kepada Harakahdaily.
Ondon juga menyifatkan isu tanah adalah isu utama di sini dan bakal menyatukan penduduk Pitas untuk menyokong PAS.
Ondon sangat memuji peranan yang dimainkan oleh Mursyidul Am dan Presiden PAS terutama dalam isu nama Allah sehingga berjaya meredakan salah tanggap orang Kristian.
Calon PAS?
Francis, Melvin dan Ondon bergerak membantu seorang aktivis PAS Pitas iaitu Puan Dausieh Queck yang disebut-sebut bakal menjadi calon Pakatan di sini.
Dausieh adalah penggerak Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah) yang banyak memperjuangkan isu wanita Islam di Malaysia khasnya di Sabah.
Beliau mula mendekati politik sejak tahun 2006 lagi dengan mengikuti aktiviti PKR di Kota Belud.Namun pada tahun 2011, Dausieh menyertai PAS dan disebut-sebut bakal menjadi calon PAS di sini.
Beliau mula mengenali Ondon sejak tahun 2006 lagi namun mula mengenali Francis pada tahun 2008 apabila beliau turut membantu kempen PKR di Pitas.
"Saya mengenali Melvin agak lama namun apabila PAS diputuskan bertanding di Pitas, saya meminta dia balik ke sini sejak tahun lalu lagi bagi membantu kami," beritahu Dausieh.
Dengan empat tenaga utama Pitas inilah PAS bergerak hampir setiap masa menemui pengundi sehingga ke peringkat mereka yakin akan menang.
"Saya lihat peluangnya amat besar untuk menang dengan bantuan Allah ekoran dari pergerakan kita dan masyarakat yang ada," beritahu Dausieh.
Ini kerana, jentera yang komited di samping kejayaan mereka membentuk suasana penyatuan dari semua pihak samada di kalangan parti-parti dalam Pakatan dan juga hubungan antara agama.
Namun, halangan utama mereka kini adalah kewangan. Ini kerana, apabila masa ditumpukan sepenuhnya untuk menang, mereka terpaksa tinggalkan pelerjaan untuk mendapat wang hatta untuk kehidupan mereka sendiri.
Cabaran mendekati pengundi dikawasan pendalaman merupakan kekangan utama kerana hanya pendekatan TURUN TERUS KEPADA PENGUNDI sahaja merupakan pendekatan yang terbaik. Maka halangan masuk kependalaman memerlukan kos yang tinggi, tetapi membawa keluar pengundi lebih tinggi lagi kosnya.
Dana PAS Kawasan yang amat terhad juga menjadi kekangan untuk melaksanakan gerak kerja dengan jayanya. Program bantuan kebajikan kepada rakyat amat sukar dilaksanakan.
Keperluan pengangkutan menjadi keutamaam kerana kebanyakkan jalanraya yang ada hanya boleh dilalui pacuan 4 roda sahaja.
Sehubungan itu, kepada mana-mana pihak yang sudi membantu PAS di Pitas ini, anda boleh memberikan sumbangan terus ke akaun Parti Islam Semalaysia kawasan Kudat 1690020154073 Ambank Islamic atau terus ke akaun bendahari MTD Pitas, Muhd Ruslan Azahari 162263156276 Maybank. ~harakahdaily
KOTA KINABALU: Parti-parti Pakatan Rakyat diyakini tidak akan mudah pecah selepas pilihan raya umum nanti kerana ketiga-tiga sangat memerlukan antara satu sama lain.
Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Yahya Lampong dalam wawancara eksklusifnya dengan Harakahdaily berkata, jika mana-mana parti dalam Pakatan itu keluar atau dikeluarkan, Pakatan akan hancur.
Bagi beliau, gabungan ini adalah perspektif baru dalam politik Malaysia dan bakal mendapat sokongan semua pihak.
Atas dasar itulah, beliau yakin, kerajaan yang dibentuk oleh Pakatan dalam pilihan raya nanti akan stabil dan tidak akan ada istilah 'minoriti partner' di dalam gabungan itu sebagaimana yang berlaku dalam kerajaan pusat sekarang.
Ini kerana, ketiga-tiga parti perlu melayan rakan mereka sama penting kerana masing-masing sedar kehilangan atau kelemahan sokongan salah satu dari mereka akan merosakkan mereka bersama.
Oleh itu, beliau yakin hubungan berdasarkan kepentingan bersama ini akan menyebabkan ketiga-tiga parti akan menjaga kepentingan rakan masing-masing. ~harakahdaily
Oleh kerana Ali Rustam berjaya menjemput seramai 130,000 orang jemputan dalam kenduri kahwin anaknya. Secara tak rasmi, Addin percaya kenduri kahwin anak Ali Rustam boleh memecah rekod dunia.
Kategori jemputan kahwin paling ramai di dunia.. serius beb. Kalau tak percaya.. ko orang boleh jemput Guiness World Records untuk buat penilaian.
Jikalau tak... manakan BBC boleh keluarkan berita pasal nih. Ko orang tak akan tak tau.. Ali Rustam suka yang grand-grand, yang hebat-hebat. Buat sesuatu event atau projek mesti nak international class.
Addin bagi contoh yek.. Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam.. itu international kalau ko orang nak tau, walaupun beberapa kerat buah pesawat je yang singgah sehari.
Addin bagi contoh satu lagi.. Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka. Pun international class jugak, walaupun takde sukan permotoran yang betul-betul bertaraf antarabangsa yang di anjurkan di situ.
Kenduri raksaksa Ali Rustam ke media antarabangsa
KUALA LUMPUR - Berita kenduri raksaksa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam kini sudah menjadi berita antarabangsa.
Badan penyiaran British, BBC melaporkan, kenduri ini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Namun, Ali dilaporkan berkata, kenduri perkahwinan anak beliau yang disertai 130,000 orang ini diuruskan oleh keluarganya sahaja.
Menurut BBC, para pemimpin pembangkang bertanya, bagaimana dia boleh menampung segala perbelanajaan untuk kenduri ini melalui gajinya sebagai ketua menteri.
Menurut wartawan BBC, Jennifer Pak, rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini terpaksa membayar lebih untuk makanan dan petrol selepas kerajaan banyak memotong subsidi.
"Dakwaan rasuah lebih sensitif sekarang," lapor wartawan BBC itu.
Timbalan Ketua SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, penyiasatan sudah dimulakan dan pihaknya memerlukan masa untuk menyelesaikannya.
"Kita akan menyiasat satu persatu dan melihat berapa banyak wang yang dibelanjakan dan siapa yang membayarnya," kata beliau sebagaimana yang dipetik BBC dari Bernama.
"Kehebatan majlis perkahwinan ini adalah satu lagi tanda kerajaan yang ada sudah hilang sentuhan dengan rakyat," kata wartawan kami, lapor BBC. ~harakahdaily
KUALA LUMPUR 8 Oktober: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan jelajah Merdeka Rakyat diserbu penduduk sebaik tiba di tapak Pasar Malam Titi Gantung Bota, Lumut semalam.
Rata-rata pengunjung pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur teruja untuk mengenali lebih dekat bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7 itu.Mereka tidak melepaskan peluang bersalaman dan beramah mesra dengan Ketua Pembangkang itu dan menyatakan harapan supaya Pakatan Rakyat menukar kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum ke-13.
Bas Merdeka Rakyat juga turut mencuri tumpuan apabila masing-masing tidak melepaskan peluang bergambar sambil melihat kesan cat merah yang dilemparkan samseng Umno pada siri jelajah yang lalu.Anwar meluangkan kira-kira 30 minit melawat pasar tersebut, sebelum berceramah di pentas bergerak yang terdapat pada bas.
Penduduk setempat mula berpusu-pusu ke tapak ceramah sebaik Anwar menyampaikan syarahan menyebabkan sebahagian jalan utama sesak dan terpaksa dikawal unit keselamatan.Pada ceramah itu, Anwar banyak mengupas isu-isu semasa termasuk kepincangan Bajet 2013 BN, kerakusan pemimpin Umno membolot harta rakyat dan komitmen Pakatan untuk menurunkan bebanan hidup rakyat apabila membentuk kerajaan. ~kd
KUALA LUMPUR 8 Oktober: Lucas Papademos, Perdana Menteri baru kerajaan sementara Greece, menyatakan keyakinan bahawa Pakatan Pembangkang mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13.Perkara tersebut dinyatakan Papademos kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu melawat Greece baru-baru ini.
Anwar berkata, Papademos telah bertanya mengenai pilihan raya di Malaysia yang semakin hampir."Dia tanya, Anwar…Saya dengar pilihan raya Malaysia dah tak lama lagi? Saya dengar You go to win…Perdana Menteri Greece pun tahu kita nak menang," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong di Padang Taman Seri Ria, Kampung Kepayang, Simpang Pulai pada program jelajah Merdeka Rakyat ke Perak semalam.
Hadir sama, pimpinan KEADILAN Negeri antaranya, Pengerusi Dr Muhammad Nur Manuty dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.Pada program itu, Anwar banyak mengupas mengenai kepincangan Bajet 2013 BN yang disifat lebih mengutamakan kroni daripada rakyat bawahan.
Berbeza dengan Umno BN, Belanjawan Pakatan kata Anwar, lebih optimis untuk mengurangkan beban rakyat."Saya ulang! Tak payah banyak ekonomi…Apa yang kita buat kita turunkan beban rakyat…Itu yang akan kita utamakan. Tapi pemimpin yang duduk di atas, macam dewa, tak faham masalah ini."Kalau kita menang, sehari kita turunkan harga minyak…Orang tanya kenapa sehari? Cepat sangat.
Saya jawab rakyat dah letih tunggu," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.Beliau turut bertegas tentang komitmen Pakatan boleh mengurus ekonomi lebih baik dari Umno BN termasuk melaksanakan semua tawaran dalam Buku Jingga.Ini kerana, katanya Malaysia mempunyai pelbagai hasil bumi termasuk minyak dan balak. ~kd
Umno BN sebenarnya terlupa yang mereka adalah tali barut Amerika Syarikat bukannya Anwar Ibrahim. Lihatlah buktinya.. jikalau bukan tali barut mustahil kapal induk AS, USS George Washington melakukan persinggahan di Pelabuhan Kelang..
Addin ulang lagi sekali Pelabuhan Kelang!! Bukanya sehari tetapi 5 hari. Ini perairan Malaysia, maknanya Malaysia ada hubungan istimewa dengan AS. Ini bahaya!!
Mesti ramai orang Umno BN marah sebab buat tuduhan melulu terhadap mereka. Tak akan kapal singgah dah jadi tali barut kot.. ini apa kes. So konklusinya.. lain kali janganlah buat tuduhan melulu pada orang lain.
Tuduhan yang ko orang pun sendiri pun tak suka kalau terkena kat batang hidung ko orang. Nampak baik je.. nampak mesra je.. dah panggil tali barut.. be rational.. be professional!!
USS George Washington Singgah Di Malaysia
PELABUHAN KLANG - Kapal induk pesawat udara Amerika Syarikat (AS) USS George Washington melakukan persinggahan sulung di sini Ahad, bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia.
Pegawai Pemerintahnya, Kapten Greg Fenton berkata, persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia.
"Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka.
"Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada kumpulan pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan, di di Port Klang Cruise Centre, di sini.
Antara projek komuniti berkenaan ialah kerja sukarela di sekolah untuk kanak-kanak pelarian Myanmar dan rumah kanak-kanak Juara-Glad Tidings Home, katanya.
Fenton berkata, anak kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di sini menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials (KLASS).
Sementara itu katanya, lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dirai dalam satu majlis di atas kapal itu pada Isnin.
USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.
Kapal itu bersama sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan pasukan siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik. ~bernama
Ini betul-betul ke cobaan? Kereta Ketua Pemuda BN Pulau Pinang disimbah cat merah dan cermin hadapannya di pecah oleh individu tidak dikenali dalam sidang media di George Town, Ahad.
Inisiden tersebut berlaku di tempat letak kereta pejabat Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Penang Free, Jalan Sultan Ahmad Shah di sini kira-kira pukul 3.10 petang.
Di fahami ketika kejadian, beliau bersama dua orang rakannya sedang mengadakan perbincangan mengenai program parti di sebuah restoran berhampiran.
Laporan polis di buat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) dan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM10,000.
Agak-agak anda siapa yang punya angkara ni? Kepada pihak polis sila siasat segera.. yang lambat-lambat nih biasanya kalau kes ni berlaku pada pimpinan Pakatan Rakyat je.
KUALA LUMPUR 8 Oktober: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rombongan jelajah Merdeka Rakyat diserbu penduduk sebaik tiba di tapak Pasar Malam Titi Gantung Bota, Lumut semalam.
Rata-rata pengunjung pelbagai lapisan masyarakat dan peringkat umur teruja untuk mengenali lebih dekat bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7 itu.
Mereka tidak melepaskan peluang bersalaman dan beramah mesra dengan Ketua Pembangkang itu dan menyatakan harapan supaya Pakatan Rakyat menukar kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum ke-13.
Bas Merdeka Rakyat juga turut mencuri tumpuan apabila masing-masing tidak melepaskan peluang bergambar sambil melihat kesan cat merah yang dilemparkan samseng Umno pada siri jelajah yang lalu.
Anwar meluangkan kira-kira 30 minit melawat pasar tersebut, sebelum berceramah di pentas bergerak yang terdapat pada bas.
Penduduk setempat mula berpusu-pusu ke tapak ceramah sebaik Anwar menyampaikan syarahan menyebabkan sebahagian jalan utama sesak dan terpaksa dikawal unit keselamatan.
Pada ceramah itu, Anwar banyak mengupas isu-isu semasa termasuk kepincangan Bajet 2013 BN, kerakusan pemimpin Umno membolot harta rakyat dan komitmen Pakatan untuk menurunkan bebanan hidup rakyat apabila membentuk kerajaan. KD
Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ketua Audit Negara telah memperjelaskan pembelian kapal selam Scorpene mengikut prosedur perundangan dan laporan rasminya harus diterima pakai oleh semua pihak.
Mengulas usaha pihak pembangkang untuk menjemput peguam dari Perancis, William Bourdon, untuk memberi taklimat kepada anggota Parlimen mengenai urus niaga kapal itu, Zahid berharap pihak tertentu supaya jangan cuba menyeleweng fakta yang sedia ada.
Beliau berpendapat peguam itu dijemput oleh pihak pembangkang semata-mata untuk urusan politik bukannya atas urusan perundangan.
Ahmad Zahid berkata pembelian kapal selam itu harus dilihat dari aspek program 'offset', latihan dan jaminan mutu kerja untuk tempoh tertentu dan isu ini adalah perkara lama yang sengaja dibangkitkan semula untuk menimbulkan kemarahan dan mengelirukan pemikiran rakyat.
woit... MEMANG IKUT PROSEDUR... kah kah kah..
kah kah kah... YANG NAK DI KOREK BUKAN PROSEDUR.... kah kah kah..
kah kah kah... BUKAN MACAM MANA KAPAL SELAM DIBELI.... kah kah kah..
kah kah kah... YANG INI TAK HAL..... kah kah ka..
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit... YANG JADI HAL IALAH HARGA DI NAIKKAN.... kah kah kah..
BN mungkin kehilangan kerusi Parlimen Kepala Batas pada pilihan raya umum akan datang jika penyandangnya sekarang, Abdullah Badawi memutuskan akan bersara daripada politik. Awal tahun ini, Pak Lah dilaporkan memikirkan tentang persaraannya daripada politik.
Sebuah kerusi parlimen dan kemungkinan dua lagi kerusi dewan undangan negeri (DUN), adalah sukar bagi BN merampas semula Pulau Pinang.
Terdapat sedikit pertikaian di kalangan anggota Umno setempat untuk bertanding bagi mengisi kerusi Pak Lah, kerana ia memang sudah menjadi budaya dalam parti itu. (...)
Saya ingin memberitahu rakyat bahawa bajet bukan suatu rancangan kewangan untuk memberi rebet, duit one off atau bonus. Kalau bukan duit kita, kita ada kuasa pulak, sesiapa sahaja boleh lakukan apa yang dilakukan oleh Najib. Tapi perbuatan dia tidak bertanggung jawab. Kita akan huraikan sebab2 mengapa kita kata demikian. Maka kita jangan ikut cara bodoh tersebut.
Bajet ialah plan kewangan untuk membiayai pengurusan negara. Kalau dalam syarikat, bajet nya ialah bagaimana memastikan perkerja mendapat gaji yang baik dan syarikat terus untung. Jika syarikat tidak untung, perkerja tak dapat gaji. Kalau 16 tahun rugi, belanja lebih dari pendapatan, syarikat akan tutup. Pengurus syarikat diberhentikan. Pengurus baru degan model pengurusan bari kita ambil.
Rakyat disekat dari mengetahu apa bajet Pakatan Rakyat. Mereka tak dapat tonton TV atau dengar radio mengenai bajet PR. Yang kita dengar ialah cacian dan cemuhan Najib kepada bajet PR. Bagaimana dia tahu PR tidak boleh lakukan lebih baik dari BN? PR bukannya kuasa yang menjaga wang pusat. Yang jaga dan urus ialah kerajaan Najib. Yang kita dengar ialah pembaziran dan perbelanjaan dengan harga2 projek yang telah diUMNOkan. Negara kita akan bengkrap akibat pengurusan kerajaan Najib.
Demikan juga perumpamaan dengan kerajaan. Kalau 16 tahun berturut turut deficit sejak tahun 1998, ini menandakan pengurusan kewangan dan pengurusnya tidak baik. Kita tukar dengan pengurusan dan pengurus yang lain. Jangan sentimental. Kalau Najib bukan PM, tidak mati rakyat disebabkan nya. Kalau Najib bukan PM, orang Pekan terus hidup. Yang susah ialah orang UMNO- itu pun tak lama jika mereka adjust diri mereka kepada reality baru. Reality barunya ialah rakyat hendak tukar kerajaan yang tidak cekap dan korap. Rakyat benci tengok ROsmah Mansor ek dengan cincin berlian, jam tangan yang mahal2 dan beg tangan ribuan Ringgit.
Kita tidak dengki. Tapi kalau kita hendak ajar rakyat jimat cermat, maka peliklah kita jika yang memberi nasihat hidup mewah mewah. Pergi shopping boleh suruh pemilik toko bukak hanya untuk seorang pembeli. Rakyat berdepan dengan kos kehidupan yang tinggi- ikan, daging, beras semua harga nya naik. Kos pengangkutan, kos pendidikan, kos perubatan, semua naik. Rakyat dapat RM 500 atau RM1000 tapi dapatnya mereka duit tersebut ketika semua barang naik.
Ramai orang tidak sedar, bila kerajaan menurunkan wang baru, ia mengakibatkan agihan pendapatan dari orang miskin kepada yang kaya. Dalam ilmu ekonomi fenomena ini disebut sebagai kesan Cantillon atau Cantillon effects.
Orang2 kaya, glongan elit merasai duit baru yang diberi oleh kerajaan pada peringkat awal ketika harga barangan belum naik. Ertinya, mereka menikmati mendapat wang ketika harga barangan semua masih belum naik. Apabila kerajaan menyuntik wang baru dalam ekonomi, yang merasai nya terlebih dahlu ialah golongan elit, peminjam2 yang berpengaruh dan syarikat2 besar. Mereka dapat wang baru pada round awal. Mereka yang dapat duit pada round2 yang terkemudian semua dapat wang ketika harga barang naik.
Orang2 yang mendapat wang di pusingan kemudian, mereka dapat wang tapi ketika harga barang sudah naik. Maka sementara yang kaya dan berkuasa daapt wang ketika harga belum naik, yang dapat wang di pusingan yang kemudian, akan mendapati nilai wang mereka sudah menurun kerana harga barang sudah naik.
Maka, sentiasalah golongan elit diutamakan, rakyat biasa dikemudiankan. Ini adalah kesan agihan pendapatan akibat pertambahan wang dalam ekonomi. Siapa yang belajar ekonomi akan faham kesan2 Cantillon Effects ini.
Sekali lagi mesti kita ingat: bajet ialah cadangan untuk mengeluarkan suatu jumlah wang dari perbendaharaan. Ianya bukan duit Dato Najib atau duit UMNO untuk diberikan tanpa ada tanggung jawab. Dan ianya dapat dibelanjakan hanya pada tahun hadapan mulai januari 2013. Jika ada duit dari peruntukan tahun hadapan digunakan sebakarang, itu adalah pecah amanah. Orang pecah amanah m kena jel.
Dan saya dengar penjawat awam sudahpun dibayar. Dan sekolah2 Tamil sudah mula mendapat alokasi bajet 2013. Perdebatan pun belum habis lagi yang bermakna, parlimen belum lagi lulus duit yang diminta oleh kerajaan Najib. Ini bukan petanda dan tingkah laku sebuah kerajaan yang siuman. Ini laku perangai kerajaan yang gila kuasa.
Jangan kita terpengaruh sangat dengan pemberian gula2 yang diberikan Najib. Ia menyembunyi agenda jahat BN untuk terus kekal berkuasa supaya mreka boleh samun dan rompak negara kita. Kerajaan BN yang di pimpin oleh Najib melakukan paling banyak supplementary bajet dalam sejarah. Ertinya, kalau tak cukup duit belanja, mereka akan datang ke parlimen untuk mintak wang lagi. Ini sebuah kerajaan yang tidak pandai mengurus wang rakyat.
Mengapa ahli parlimen BN mengambil masa lebih untuk membincangkan bajet yang di bentangkan oleh Pakatan Rakyat? Itu bermakna mereka mengiktiraf bahwa bajet PR lebih baik dari bajet BN. tidak ada orang hendak debat bajet BN . dan yang membahas hanyalah Khairi Jamaludin dan MP dari Kota Belud yang kedua dua nya akan digugurkan dalam PRU13 nanti.
Hanya orang yang tidak tahu politik dalaman UMNO sahaja yang beria ria berpegang kepada pandangan bahawa KJ akan terus dikekalkan. Budaya pilitik UMNO ialah budaya ikan haruan yang makan anak sendiri. Budaya politik UMNO ialah budaya raja membunuh budak yang berakal yang cadang menggunakan batang pisang untuk bunuh todak.
Bajet Najib penuh dengan perkara2 bodoh yang dimasukkan pada saat akhir. Ia memeningkan para pegawai kementerian kewangan yang terpaksa buat adjustments sana sini kerana Najib dan para punaisihat nya mahukan perkara2 popular dimasukkan.
Seperti diskaun kepada pengguna pengangkutan awam. Yang mempunyai gaji RM2000 kebawah akan dapat diskaun. Bagaimana mahu dilaksanakan? Adakah pengguna pengangkutan awam akan membawa slip gaji kemana mana untuk membuktikan mereka layak dapat tambang yang murah? Bagimana pula melaksanakan pemberian rebat RM 200 kepada pembeli talipon?
Jangan kita melompat kegembiraan bila kerajaan mengistiharkan deficit untuk bajet 2013 ini ialah 4%. Bukankah pada tahun 2011, Najib cakap besar hendak mengurangkan deficit pada tahap 2.5%? tahun lalu, deficit lebih baik dari yang disasarkan kerana ekonomi kita mendapat laba yang tidak terancang sebanyak RM21 billion. Tiba2 ada pendapatan lebih yang mengurangkan defisit. Kalau bukan kerana itu, defisit untuk bajet 2012 mestilah lebih sekitar 6%.
Kita mesti ada rasa tidak senang bila zaman berzaman, kerajaan membuat bajet deficit. Besar mana sangkatkah bahagian bajet yang digunakan untuk membantu rakyat miskin dan yang kesusahan? Bahagian tersebut tidak dapat menjustifikasikan belanjawan deficit yang berturut trut. Yang rakyat mesti khuatir ialah deficit disebabkan rasuah, ketidakcekapan, tidak ada disiplin kewangan, ketirisan dan pembaziarn.
Rakyat mesti merasa hairan kenapa report card untuk bajet 2012 tidak di kemukakan. Biasa nya kita hendak tahu bagaimana prestasi wang yang diminta tahun lalu diperlakukan. Baharulah boleh mintak bajet baru. Mulai sekarang kita mesti desak sebelum apa2 wang dikeluarkan oleh parlimen, kita nak tahu bagaimana bajet tahun lalu diperlakukan.
Sebab itu agenda bajet PR lebih diyakini rakyat. Sebab agenda PR ialah membasmikan rasuah, ketirisan dan pembaziran. Agenda ini lebih baik dari agenda memberi wang dengan percuma.
Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan 'orang politik' untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO.
Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.
Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: "UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!" UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera.
Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya)
"Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."(Surah al-Nisa, ayat 136).
Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak!
Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini:
"Allah ta'ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya".
Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.
Islamisasi Program
Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik.
Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara 'kampung' sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit.
Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: 'anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.
Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih 'mensepandukkan' lambang Islamnya.
Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad.
Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar 'kenduri tahlil', barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim.
Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau 'ada udang di sebaliknya mee'. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting.
Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin.
Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya.
Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis.
Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w.
Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka samada ia benar atau disalahgunakan.
Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka.
Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam.
Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit.
Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana.
Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO.
Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi:
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya, aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat!
Gua betoi-betoi semak la tengok neh... Punya gila kuasa bangsa-bangsa bangsat neh... Lu orang neh dari atas sampai la ke pencacai bawahan... Tak kira lelaki atau pun pondan... Pakat gila kuasa habis...
Sampaikan kuasa mencabut nyawa pun lu orang mau rembat ka... Lu ingat kuasa mencabut nyawa tu Malaikat yang bagi ka?
Kahkahkah...
Biol punya pencacai...
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
INI berita yang baru penulis terima dari sumber yang dekat dengan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.
Kerajaan Selangor khabarnya akan membuat pengumuman untuk mengambil alih beberapa syarikat konsesi lebuhraya (tidak dinamakan) yang beroperasi dalam negeri Selangor, minggu hadapan.
Sumber yang sama juga memaklumkan penulis bahawa pengambilalihan ini akan membuka jalan kepada perlaksanaan salah satu janji begitu ditekankan dalam Buku Jingga iaitu tol percuma di laluan yang dikendalikan semua syarikat konsesi terbabit, bermula pada Januari 2013.
Sama seperti orang lain,maklumat ini pada penulis agak mengejutkan dan nampak tidak masuk akal pada mulanya.
Tapi dengan mengambil kira pegangan kerajaan negeri dalam beberapa syarikat konsesi pengendali lebuhraya sekarang, penulis tidak nampak kenapa kita perlu menolak kesahihan maklumat ini.
Untuk makluman, setakat yang penulis dimaklumkan, kerajaan negeri mempunyai kepentingan melebihi 30% dalam syarikat pengendali lebuhraya KESAS (melalui PKNS), Grand Saga (Taliworks, Kumpulan Peransang Selangor - KPS) dan SPRINT (KPS).
Ditambah dengan syarat baru yang ditetapkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Mei lalu, agar semua projek lebuhraya yang mahu dijalankan di Selangor pada masa hadapan memerlukan exit clause, keyakinan penulis bertambah.
Exit clause yang dimaksudkan adalah, pengurusan lebuhraya akan diserah semula kepada kerajaan negeri setelah syarikat pengendali konsesi mencapai keuntungan – tanpa mengambil kira tempoh keseluruhan konsesi. Sumber boleh dirujuk disini.
Tanpa dapat disangkal sesiapa, berita ini mampu melonjakkan semula sokongan penduduk Selangor terhadap Pakatan Rakyat.
Tol dalam bandar adalah kos tambahan yang diketahui sangat membebankan rakyat bandar, tidak kira peringkat, berbanding tol antara negeri yang dikendalikan PLUS sekarang. Sudahlah dibebankan dengan bayaran meletak kereta yang tinggi, terpaksa pula membayar tol untuk sampai ke tempat kerja.
Semua inilah yang meningkatkan kos kehidupan rakyat dan Pakatan Rakyat kelihatannya sangat faham dengan keadaan tersebut.
Cuma yang sedikit menimbulkan persoalan ialah kenapa sekarang, kenapa tidak 3 atau 4 tahun dahulu? Bukankah kalau dilaksanakan lebih awal, ia akan memudahkan lagi kehidupan rakyat dan seterusnya mengesahkan peluang untuk berkuasa semula, bukan sahaja di Selangor tapi silap-silap menawan Putrajaya.
Tak perlulah kita berceramah hampir di setiap ceruk tempat meyakinkan rakyat untuk menerima dasar dan polisi baru Pakatan Rakyat yang jauh lebih baik dari BN sekarang.
Bagaimanapun, yang penting ia dapat dilakukan, bak kata peribasa Mat Salleh, better late than never.
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sebuah kapal Induk pengankut kapalterbang Amerika Syarikat USS George Washington telah berlabuh untuk pertama kali nya di Port Klang semalam. Di maklumkan ianya bertujuan mengadakan kerjasama duahala dengan Malaysia.
Diantara agenda yg diadakan nanti termasuklah "Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada kumpulan pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan, di di Port Klang, kata Kapten Greg Fenton.
Projek komuniti kerja sukarela di sekolah untuk kanak-kanak pelarian Myanmar dan rumah kanak-kanak Juara-Glad Tidings Home, tambahnya lagi.
"Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka dan menambahkan pengalaman bagaimana suasana maritime di Malaysia.
Anak2 kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di sini menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials.
Sementara itu katanya lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dijemput ke satu majlis di atas kapal itu esok.
USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.
Kapal itu bersama sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan pasukan bersiap sedia untuk bertindak untuk melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik. – editor/bernama
Kalau sebelum ini korang dah baca laporan dari BBC News yang mempromosikan kenduri kahwin raksaksa Ali Rustam, ini pula ialah pendedahan oleh Reuters mengenai pendatang tanpa izin (PATI) yang diberikan IC di dalam "Project Mahathir".
Laporan BBC News mengenai majlis kahwin raksaksa Ali Rustam itu sila baca di ( SINI )
Projek berkenaan, menurut Reuters, membantu memacu peningkatan populasi Sabah kepada lima kali ganda sejak 1970 dan menjadikan negeri itu sebagai simpanan tetap untuk undi kepada BN.
Seorang penduduk Sabah mengakui menjadi sebahagian daripada "Projek Mahathir" dan mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia selepas memasuki negara ini secara haram dari selatan Filipina.
Surirumah berkenaan, Fawziah Abdul, 50, dalam laporan agensi berita Reuters itu berkata beliau juga ingin menyampaikan penghargaannnya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas peluang itu.
"Saya merupakan sebahagian daripada Projek Mahathir... Saya diberitahu supaya pergi ke satu pejabat dengan dua keping gambar dan sedikit wang," kata Fawziah dalam laporan itu.
Ini laporannya...
(Reuters) - Housewife Fawziah Abdul wants to thank former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohammad for making her a citizen 10 years after she illegally slipped into Borneo from the southern Philippines in search of a better life.
The 50-year-old lives on the outskirts of Kota Kinabalu, the capital of Malaysia's Sabah state, where her tin-roofed shack jostles for space with more than 1,000 others in a slum where children play beside heaps of rubbish.
She is hopeful that her three children will get a new home and identity cards if she votes for the government again.
With a general election due within seven months, the 13-party ruling Barisan Nasional coalition is banking on Sabah and neighbouring Sarawak state on Borneo island to prolong its 55-year grip on power.
But its support in the two Borneo states, which account for a quarter of parliament seats, is showing signs of slipping.
A large presence of Muslim immigrants, like Fawziah, has fuelled complaints of government discrimination against Christians who have also been a bedrock of government support.
Fawziah said she was a beneficiary of a secret plan said to have been approved by Mahathir that has helped fuel a five-fold surge in Sabah's population since the 1970s and turned it into a vote bank for the ruling coalition.
"I am part of Project Mahathir," she said, referring to the plan. "I was told to turn up at an office with two photographs and some money," added Fawziah, who showed her identity card that lists her as a Sabah-born citizen.
Without support in the two eastern states, the ruling coalition would have lost power in the last general election, in 2008, when a resurgent opposition won a majority of votes on peninsula Malaysia. Now that support looks fragile.
Residents of Sabah complain about competition from Filipino and Indonesian migrants for jobs in the oil and gas-rich region, whose revenues are mostly channelled to the federal government and where one in five people lives on less than $1 a day.
Christians, mostly members of indigenous groups such as the Kadazandusun in Sabah and the Dayaks and Ibans in Sarawak, once made up nearly half of Sabah's population but now form less than a third of its 3.2 million people.
But they can still give a potentially vital boost to the opposition, which won a majority of votes in mainland Malaysia in 2008 but only got three of 56 seats in Sabah and Sarawak.
FLEXING POLITICAL MUSCLES
The election is expected to be the closest in the former British colony's history after the coalition lost its two-thirds majority for the first time in 2008.
This is partly due to Christian, Buddhist and Hindu minorities in the mostly Muslim country abandoning the coalition, complaining of discrimination over issues such as the airing of Islamic programmes on state television.
Arnold Puyok, a political scientist at Universiti Teknologi Mara Sabah, says the frustration could translate into votes for the opposition led by Mahathir's former deputy, Anwar Ibrahim, which could pick up at least 10 seats out of 25 in Sabah.
Opposition strategists say they need to win an extra 10 seats each in Sabah, Sarawak and mainland Malaysia to win the election with a simple majority of 112 seats.
The opposition - a coalition of Borneo parties and a mainland alliance that campaigns for greater transparency - won 15 seats from the ruling bloc in Sarawak state elections for its best showing in 24 years. It got votes from indigenous Christians as well as from the ethnic Chinese minority.
As Christian frustration grows over Muslim migrants, churches are becoming more vocal. Malaysia's largest evangelical group held a 40 day-fast last month, which included prayers for the resolution of what they see as the immigrant problem.
The National Evangelical Christian Fellowship also held prayer meetings across the country for Malaysia Day on September 16 - a holiday marking Sabah and Sarawak's entry into Malaysia 49 years ago. The Borneo states agreed to join Malaysia on condition that religious freedom as well as the protection of native lands and cultures were guaranteed.
"There are quite a few unhappy Sabah people. Sabahans do not usually show it openly, they are doing it through prayer," Stephanie Rainier, a Kadazandusun among 7,000 worshippers at a stadium in Kota Kinabalu, said of people's frustration.
"They are taking over businesses. They are everywhere," she said of migrants.
Perkara seperti ini iaitu mendaftarkan warga asing sebagai pengundi kini sedang berlaku di Semenanjung dan negeri yang paling ramai didaftarkan ialah Selangor.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar jumlah pengundi baru yang direkod hingga Suku Ketiga 2011 berjumlah 316,788 orang..
Dari jumlah itu banyak manakah PATI yang telah dijadikan pengundi oleh UMNO/BN?
Dalam jangka masa yang pendek UMNO/BN dijangka boleh kembali berkuasa di Selangor... tetapi untuk jangkamasa panjang apa yang telah berlaku terhadap rakyat Sabah sekarang akan dialami oleh rakyat Selangor...
Berita kenduri raksaksa anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam yang mencatat rekod dengan kehadiran mencecah 130,000 orang turut mendapat liputan dari BBC News.
Secara tidak langsung dengan liputan oleh BBC News ini, negara kita Malaysia telah dipromosikan secara percuma oleh Badan penyiaran British itu.
Oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya merasa bangga bila sebuah badan penyiaran antarabangsa memperkenalkan negara kita ke persada dunia..
Tetapi malang buat kita semua.. yang dipromosikan oleh BBC News itu bukanlah budaya atau adat dalam Majlis Perkahwinan itu.. yang dipromosikannya ialah rasuah...
Menurut wartawan BBC, Jennifer Pak, rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini terpaksa membayar lebih untuk makanan dan petrol selepas kerajaan banyak memotong subsidi. "Dakwaan rasuah lebih sensitif sekarang," lapor wartawan BBC itu. Timbalan Ketua SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul berkata, penyiasatan sudah dimulakan dan pihaknya memerlukan masa untuk menyelesaikannya. "Kita akan menyiasat satu persatu dan melihat berapa banyak wang yang dibelanjakan dan siapa yang membayarnya," kata beliau sebagaimana yang dipetik BBC dari Bernama. "Kehebatan majlis perkahwinan ini adalah satu lagi tanda kerajaan yang ada sudah hilang sentuhan dengan rakyat," kata wartawan kami, lapor BBC ~ Petikan dari Harakahdaily
Malaysia wedding sparks corruption inquiry
An anti-corruption inquiry has been launched in Malaysia after reports that public funds were used to pay for the giant wedding of a top official's son.
Some 130,000 guests poured into a sports centre in the southern state of Malacca for eight hours of revelry.
Malacca's chief minister, Ali Rustam, insisted the function, where food alone reportedly cost $200,000 (£124,000), had been his "own family arrangement".
Opposition politicians have asked how he could afford the cost on his salary.
Malaysians are having to pay more for food and petrol as the government cuts back on subsidies during tough economic times, the BBC's Jennifer Pak reports from Kuala Lumpur. Corruption allegations are therefore becoming more sensitive.
The governing coalition, Barisan Nasional, has been accused of being corrupt and arrogant after 55 years in power.
Opposition 'jealous'
Sunday's wedding of Ridhwan Ali, 26, the eldest son of Ali Rustam, was meant to show that the party still had support from the people.
It lasted eight hours to accommodate the guests, who included estate workers.
"[The opposition] should not be jealous of the huge crowd," the chief minister was quoted as saying by The Star daily newspaper.
"The wedding was my own family arrangement and has nothing to do with the state government."
Datuk Mohd Shukri Abdul, deputy head of the Malaysian anti-corruption commission, said a detailed investigation had begun and warned it would take time to draw conclusions.
"We are going item by item, to see how much money was spent and who paid for it," he was quoted as saying by Malaysian news agency Bernama.
The extravagance of the wedding is seen as another sign that the governing coalition is out of touch with Malaysians, our correspondent says ~ BBC News
Seorang ahli perniagaan yang juga pemimpin sebuah parti politik di Kedah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan anak seorang doktor pakar kulit berusia 13 tahun, dua minggu lalu..
Siapa agaknya pemimpin yang dimaksudkan itu?.. biasanya kalau ianya melibatkan pemimpin dari Pakatan Rakyat, nama parti yang diwakilinya akan jelas dipaparkan tapi kali ini disembunyikan..
Ini laporan dari Lidah Rasmi UMNO @ Utusan
ALOR SETAR 7 Okt. - Seorang ahli perniagaan yang juga pemimpin sebuah parti politik di Kedah ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penculikan anak seorang doktor pakar kulit berusia 13 tahun, dua minggu lalu.
Lelaki yang juga kontraktor berusia 52 tahun itu ditahan selepas menghadiri satu mesyuarat parti di sebuah restoran di Jalan Sekerat, Sungai Petani kira-kira pukul 6 petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, penahanan tersebut bagi membantu siasatan kes setelah pihaknya berjaya menangkap lima suspek sebelum ini.
"Lelaki itu adalah suspek keenam ditangkap berkaitan dengan kes ini. Dia ditahan reman selama lima hari sehingga 11 Oktober ini bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini ~ Utusan
Ini pula laporan berkaitan kes culik tersebut di atas..
ALOR SETAR - Polis menahan empat lelaki yang disyaki terlibat menculik anak seorang doktor pakar kulit berusia 13 tahun dengan menuntut wang tebusan RM500,000 di sini Selasa lalu.
Kesemua suspek (gambar di atas )yang terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan seorang warga negara Myanmar itu ditahan dalam serbuan berasingan Khamis lalu dan awal pagi semalam.
Suspek pertama ditahan di sebuah rumah di Kuala Kedah di sini malam Khamis lalu manakala tiga lagi rakannya dicekup di sebuah kuil yang dalam pembinaan di Taman Sutera, Sungai Petani pukul 2 pagi semalam.
Dalam serbuan di Taman Sutera, salah seorang suspek dikatakan cuba menyorok di dalam kuil itu selama hampir dua jam sebelum polis memberkasnya dengan kerjasama anggota bomba.
Menurut sumber, kanak-kanak lelaki itu diculik ketika pulang dari kelas tuisyen di sini kira-kira pukul 10 malam Selasa lalu.
Bagaimanapun.. tak kiralah walau dari parti mana sekalipun pemimpin tersebut.. undang-undang harus ditegakkan tanpa memilih bulu, jangan pula jika beliau dari pihak Barisan Nasional, siasatan berakhir ditengah jalan..
Awal September lalu... Berkatalah seorang pencacai UMNO bila bas 'Merdeka Rakyat' disimbah cat ketika bas tersebut menjelah Kelantan .. katanya " Ini adalah strategi untuk menagih simpati"
"Dengan menggunakan bas yang disimbah cat itu, Anwar berharap rakyat akan simpati kepadanya dan rakyat akan menuduh penyokong UMNO dan Barisan Nasional bertindak ganas, Anwar pakar dalam membuat persepsi dan spekulasi,"
"Itulah politik Anwar, beliau akan menggunakan apa sahaja untuk mendapat simpati, selain itu untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada pemerintah terutama UMNO, strategi sebegini bukanlah perkara baru kepada Anwar, telah digunakan sejak beliau dipecat daripada kerajaan dan UMNO dahulu.
Oleh itu apabila berlakunya insiden lori Pemuda BN Pulau Pinang pula disimbah dengan cat merah ianya menjadi bahan lawak warga internet.
Ramai yang mempertikaikannya dan menganggapnya hanya sebagai lakonan dengan budget yang terhad atau ciput.
Kerana cat yang disimbah hanyalah sedikit malah tiada langsung percikan lebih menarik cermin lori itupun tidak terusik... gambar-gambarnya sila lihat di ( SINI )
Belajar dari kesilapan yang lalu, sekali lagi drama simbah cat merah itu dilakonkan.. bukan aku kata ini lakonan tapi pencacai kat atas tu yang mula kata simbah cat merah ini hanya lakonan.
Dan modalnya lebih besar sedikit dan cermin juga dihentak bagi menjadikannya lebih real...
Ini laporan dari Bernama mengenai kejadian ini..
Kereta ketua pemuda BN P Pinang Kereta Ketua Pemuda BN Pulau Pinang Oh Tong Keong disimbah cat merah manakala cermin bahagian depan dan belakang dipecahkan individu tidak dikenali, dipercayai bermotifkan politik.
Oh berkata insiden itu berlaku di tempat letak kereta pejabat Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Penang Free, Jalan Sultan Ahmad Shah di Georgetown, pada 3.10 petang.
Difahamkan semasa kejadian, Oh sedang berbincang mengenai program parti di sebuah restoran berhampiran bersama dua rakannya.
Beliau berkata kejadian berlaku semasa hujan lebat dan hanya disedari seorang saksi yang berada di situ.
"Menurut saksi itu, dia ternampak dua lelaki bermotosikal dalam keadaan mencurigakan, dan meninggalkan kawasan itu tergesa-gesa apabila sedar ada orang menghampiri tempat kejadian," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.
Beliau kemudian melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 5.30 petang, dan jumlah kerugian dianggarkan RM10,000.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut ~ Bernama
Tetapi masih ada pelakon tambahan...
Tahniah sebab dah ada kemajuan.. maksud aku lebih baik dari episode pertama dulu.. lepas ni pintu kasi kemik sama baru lebih real...
Khabarnya, ahlun-nujum dari India meramalkan: Inilah Orang yang akan jadi Ketua Pembangkang selepas PRU-13. Kaahhh, kah kah ...? Najib n Rosmah mana ...? Sumber lain di sini ...
Selepas bicara Pak Habib - Syed Hussien Al-Attas perihal blogger dari pengalamannya sebagai penulis (kisahnya baca di SH Al Attas: Blogger Santak Raja Macam Tu Je!), ini pula kata-kata sahabat Pak Habib yang hadirnya tanpa diduga. Namanya Habib Rizieq dari Indonesia turut diberi peluang membicarakan didepan bloggers yang bertamu di Wadi Hussien Janda Baik bersama Uncleseekers.
Habib Rizieq : Blogger akan mampu melakukan yg tidak mampu dilakukan ulama , tuan guru, kiyai & para cendiakawan. Mencari redha Allah, blogger harus indipenden walaupun terpaksa melawan arus. Satu-satu ketika kita kena lawan arus, kita lawan arus! Memang melawan arus itu berat, melawan arus itu luar biasa risikonya.
Ummu Aiman ada menulis perihal Habib di Janda Baik, antara petikannya - ************************************************************** - "Rezeki kamu semua nak jumpa dia. Bukan dirancang tapi Allah yang merancang.Setiap kali dia datang ke Malaysia,dia mesti cari saya di sini." Pak Habib memberi laluan kepada "orang" itu untuk berbicara sepatah dua kata!
- Habib Riziq bin Yahya sangat berbesar hati dapat jumpa kami di Wadi Hussien. Aku rasa dia baru tiba dari Jakarta. Sorang ulama muda juga sorang blogger! Kata Pak Habib pengikutnya saja di Indonesia kira-kira 9 juta. Beliau memulai bicara dengan lontaran suara yang aku cukup suka. Bahasa Indonesianya sudah longgar tak seperti pelakon sinetron dalam cerita Indon.
Baca selanjutnya di SH Al-Attas dan Habib Riziq **************************************************************
Antara Bloggers & Aktivis Santai Bersama Pak Habib & Uncleseekers
Ni beberapa point kata-katanya tentang peranan & harus sebagai blogger, yang lain korang tengoklah video penuh kat bawah yang mengaitkan setiapnya dengan penceritaan contoh mudah fahami:-
- tergantung niat & ikhlas. - mencari kebenaran. - menegak keadilan. - mencari redha Allah. - sesungguhnya para bloger lakukan adalah luar biasa. - melakukan yg tidak mampu dilakukan ulama , tuan guru, kiyai & para cendiakawan. - membela menyampaikan suara-suara tertindas yang tidak mampu bersuara. - belalah yg benar dgn cara yang benar. - belalah yang hak dengan cara yang hak. - binalah keadilan itu dengan cara yang adil. - katakan yang benar itu benar. - katakanlah yang salah itu salah. - Mesti adil, kerna terkadang apabila kita melawan seseorang, kerna kita benci segala kebenarannya kita tak akui tapi sedikit kesalahannya kita blow up memburukkan habis-habisan begitu juga sebaliknya org yg kita cintai, kesalahannya kita tutup mata! - terhadap musuh mesti adil, terhadap kawan mesti adil. - berlaku adil kepada semua kaum walau apapun agamanya. - semua orang berhak mendapat keadilan di muka bumi ini. - boleh berbeza cara / pendapat. - harus menulis dgn bebas. - tidak tertekan, tiada siapa boleh menyumbat tutup mulutnya. - sampai pendapat dgn bebas, tiada siapa boleh melarang. - tidak mesti ikut satu-satu pihak. - ia harus indipenden walaupun terpaksa melawan arus. - satu-satu ketika kita kena lawan arus, kita lawan arus! - memang melawan arus itu berat, melawan arus itu luar biasa risikonya - tidak melanggar aturan Tuhan.
Video penuh Habib Rizieq: Tazkirah Blogger @ Janda Baik -
You are subscribed to email updates from Otai Manjung To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sesungguhnya perjuangan UMNO itu perjuangan suci.. PTUIH satu kali.. kahkahkahSatu gambar yang dihantar di FB oleh individu yang di rahsiakan id nya.
Tanpa gua cencored supaya korang boleh baca di sebalik amoi ini..
Dakwa penyampai gambar di ambil di Pesta Tanglong BN Parit Sulong.
dan Anjuran BN Bahagian Parit Sulong
kehkehkeh
Tanya gua percaya atau tak.. gua rasa dari bacaan di poster belakang gua percaya 110 persen.. hek3.. Mungkin gambar2 lain akan di update kemudian.. sebagai bukti.. kehkehkeh
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mahathir Mohamad tidak habis-habis hendak menunjukkan diri cerdik sementara orang lain semuanya bodoh, boleh ditipu seperti mana dia mempermainkan rakyat dan juga pencabar-pencabar politiknya selama ini.
Selama ini Mahathir telah beberapa kali memperdayakan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga ahli palirmen itu tertidur di hujung kakinya. Dia juga berjaya 'mengehelkan' Musa Hitam, memperolak-olokkan Ghafar Baba (Allahyarham) dan paling zalim memenjarakan Anwar Ibrahim. Semua dilakukan kerana demi survive politiknya. Mahathir seorang kawan yang makan kawan atau bapak yang makan anak.
Mahathir juga melakukan apa saja yang beliau hendak lakukan kepada Abdullah Badawi sehingga akhirnya Abdullah serabut tidak senang untuk mentadir parti dan kerajaan akhirnya berundur dengan terhormat. Mahathir tidak pernah berhenti dari terus merasakan dia hebat dan orang lain semuanya bodoh. Apakah ini rahsia dan resipi bagi ahli politik seperti beliau yang tidak pernah puas dengan kuasa?
Terbaru dia bermadah berbunyi; satu undi untuk pembangkang merupakan satu undi untuk penyangak mata wang George Soros. Satu undi untuk Soros pula katanya undi untuk menukar kerajaan yang ada hari ini kepada kerajaan baru. Matahhir terus-terusan menuba rakyat agar terus mengekalkan kerajaan yang ada hari ini walaupun dia sendiri tahu akan kebobrokkannya kerana dia sendiri adalah pelakon dan pemain utama.
Begitulah madah dan sabda Mahathir dalam memastikan kerajaan usang Umno yang beliau tinggalkan kerana dipaksa itu. Mahathir melakukan apa saja dan idea yang dizahirkan lebih canggih dan jahat dari Najib. Dia kini mendahului Najib dalam kempen memastikan UBN kekal. Kenapa? Seperti mana sudah diketahuiMahathir berbuat demikian kerana untuk mencapai agendanya. Mahathir yang menanam bunga dan bunganya sudah mula berbunga pasti tidak mahu ada kumbang yang berterbangan!
Pada saya kesungguhan Mahathir itu bukan kerana dia hendak membantu Melayu atau mewujudkan keadaan dan suasana harmonis di negara ini. Sebaliknya semua dilakukan ada kepentingannya. Kalau Mahathir ikhlas untuk memartabatkan Melayu dan mewujudkan masyarakat harmonis, apakah selama 22 tahun sebagai perdana menteri, selama lapan tahun sebagai timbalan perdana menteri dan selama lebih 30 tahun sebagai ahli parlimen beliau tidak berusaha ke arah itu?
Kalau dia sudah berusaha tetapi tidak berjaya bermakna Mahathir gagal sebagai seorang pembina nusa dan bangsa. Mahathir seharusnya sedar dan insaf mengenai perkara ini. Pembangunan material yang wujud dizamannya bukan sesuatu yang boleh dibanggakan keran kehidupan manusia itu ada dua aspek penting penting, jasmani dan rohani. Mahathir amat dhaif dalam membawa pembangunan manusia. Itu sebab dia gagal dan jiwanya kini keresahan.
Justeru setelah Abdullah Badawi mengambil alih pemerintah beliau cuba memberi keutamaan kepada pembangunan manusia yang terlupa dibuat Mahathir. Abdullah fokus kepada soal-soal ketamadunan bangsa menerusi syaksiah dan juga memartatkan aspirasi bangsa seperti agama dan budaya. Abdullah juga berusaha mengendurkan ketegangan Melayu dimana di era Mahathir Melayu berada dalam ruang krisis kepercayaan besar sesama sendiri. Abdullah melihat keadaan itu menyebabkan Melayu berpecah belah.
Namun malangnya Mahathir yang berfahaman sekular dan melihat manusia membangun dalam belitan kebendaan (madiyah) menolak idea dan harapan Abdullah, bukan setakat itu saja bertindak menyerang Abdullah siang dan malam. Mahathir sama sekali tidak percaya kepada politik perdamaian, atau damai boleh memuaskan hatinya. Selama dia menjadi presiden Umno beliau tidak pernah mendekatan orang Melayu untuk berdamai. Kehebatan dan kekuasaan Umno menjadikan dia lupa kepada lawan dan kawan.
Seingat saya beliau tidak pernah mengajak Pas untuk bersama membangun negara. Beliau tidak habis-habis mengecam Pas dan memberi konotasi buruk terhadap Pas kepada orang Melayu. Makanya hari ini walaupun (saya percaya) ada keinginan Mahathir untuk mempelawa Pas mengukuhkan politik Melayu tetapi beliau tidak tergamak untuk membuka mulut kerana mengenangkan kepada kezaliman dan keegoaannya selama ini.
Kembali membaca apakah motif Mahathir kini beriya untuk mempertahankan kerajaan UBN, sehinggakan menghimpun semua isu dan cara memburukkan Anwar Ibrahim ia bukan dibuat atas dasar atau pun aspirasi tadi melainkan untuk dirinya dan anak beranak saja. Mahathir kini terdesak untuk mempertahankan dirinya dan juga memastikan kehidupan, kekayaan anak-anaknya terjamin dan selamat.
Sebagai bapa kronisme Mahathir akan bertindak begitu. Dia seorang yang materialistik dan individualistik yang menggunakan rakyat untuk memakai mahkota sebagai pemimpin. Sebenarnya, hakikat itu tidak ada sama sekali kepada Mahathir. Mahathir tidak pernah mengenal soal ukhwah, soal perpaduan soal perdamaian dan kerjasama sebangsa. Apa yang dia insaf dan sedar ialah perbalahan, adu domba, memperlekehkan orang lain. Mahathir seorang manusia yang hidup atas perpecahan orang Melayu yang beliau tidak ikhtiraf sebagai kaumnya. Malangnya masih ada 'bagero-bagero' Melayu yang menganggap Mahathir sebagai wira dan pembela mereka, yang tersihir dengan senyuman manis Mahathir yang di dalamnya mempunyai racun berbisa.
Namun Melayu yang mudah mati kuku dan hilang ingatan terus memuja dan ada yang mencium punggung Mahathir disebabkan kerana Mahathir menghulur sedikit baksis baik menerusi projek atau jawatan. Orang-orang ini lupa bahawa dia sudah berada dibawah tapak kaki penipuan seorang Mahathir. Manusia yang tidak ada adat dan prinsip ini akan merelakan selamanya dirinya menjadi 'kooli'.
Mahathir juga hipokrit mengenai prinsipnya yang dianggap tegas dan keras. Kononya dia membenci Soros, menganggap Soros penjajah baru, maka itu jugalah yang diajar kepada rakyat. Tetapi dalam masa sama beliau berpelukkan dengan Soros. Apakah erti semua itu kalau ia bukan munafik?
Mahathir hanya berani berkokok menghentam Soros atau mana-mana pemimpin zalim didunia terutamanya pemimpin barat tetapi tatakala berjumpa mereka Mahathir menjadi seperti tikus kebasahan; lari mencari celah untuk bersembunyi. Standard Mahathir semasa dia menjadi PM jauh ke bawah berbanding dengan Rahshid Taib Erdogan.
Percayalah usaha keras Mahathir untuk mempertahankan kerajaan UBN hari ini bukan demi Melayu dan masyarakat majmuk negara ini tetapi demi dirinya sendiri. Bukan untuk memastikan Najib Razak terus menjadi PM, tetapi kerana untuk menjamin agenda peribadinya tercapai. Pertama memastikan kehidupan dan kekayaan anak-anaknya yang dipunggah sendiri oleh beliau semasa menjadi PM tidak terganggu dan terburai. Kedua untuk menjamin dia akan selamat dan tidak akan dihumban ke dalam penjara atas dosa-dosa dan jenayah kepada negara dan bangsa yang beliau lakukan.
Inilah yang ditakuti Mahathir. Beliau sangat phobia apa yang berlaku dan menimpa Saddam Hussein, Ghadafi ataupun Hosni Mubarak. Kesengsaraan dan nasib malang dihadapi para diktator itu menjadikan Mahathir tidak nyenyak tidur. Pilihan raya nanti bagi Mahathir bukan saja menentukan hidup mati kerajaan UBN tetapi juga menentukan apakah nasibnya ke dalam atau di luar.
Hari ini kesalahan dan jenayah negara dilakukan Mahathir masih terselindung, tetapi percayalah selepas kekuasaan atau kuasa melindunginya runtuh segalanya akan 'terbahar' dan terselak. Saat itu tidak ada ruang lagi untuk Mahathir menyembunyikan mukanya. Rasanya rakyat negara ini teringin melihat Mahathir menangis di penjara. [wm.kl.8:51 am 08/10/12]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
RAKYAT Malaysia tidak akan kenal dengan George Soros jika tidak dikenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir. Tun Mahathir orang yang mempopularkan George Soros di negara ini.
Rakyat Malaysia mulai mengenal George Soros sejak Tun Mahathir menghentam spekulator matawang kaya raya itu dan menuduhnya sebagai punca kejatuhan matawang dan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.
Tun Mahathir menggelarkan George Soros sebagai penyangak matawang. Beliau mahu rakyat Malaysia percaya bahawa kejatuhan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 adalah kerana penyangak matawang ini meskipun Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu adalah dirinya sendiri.
Tun Mahathir mahu rakyat percaya bahawa George Soros menjahanamkan ekonomi Malaysia walaupun segala kuasa, keputusan dan lain-lain di dalam menentukan hala tuju ekonomi negara terletak di dalam tangan beliau pada waktu itu.
Cuba periksa di internet, tulis saja "Mahathir dan George Soros" di Google maka berlambak-lambak gambar Tun Mahathir bermesra bersama orang yang digelarkannya sebagai penyangak matawang itu boleh ditemui.
Setelah hampir 10 tahun Tun Mahathir menghentam dan meletakkan punca kejatuhan ekonomi Malaysia 1997 di atas bahu George Soros, pada tahun 2006, beliau jugalah orang yang membersihkan nama penyangak matawang itu.
Pada 16 Disember 2006, The Star melaporkan Tun Mahathir telah berjumpa dengan George Soros dan membuat kesimpulan bahawa spekulator matawang itu tidak boleh dipersalahkan di atas kejatuhan ekonomi Malaysia kerana dia tidak melakukannya.
Jelas di sini, Tun Mahathir telah mengubah persepsi rakyat Malaysia terhadap George Soros. Daripada watak penyangak matawang yang diciptanya kepada insan yang tidak berdosa menyebabkan kejatuhan ekonomi Malaysia.
Namun kali ini, beliau kembali semula dengan propaganda lamanya menggelarkan George Soros sebagai penyangak matawang yang kejam semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat daripada menyokong Pakatan Rakyat.
Tun Mahathir menyebarkan propaganda baru kononnya mengundi Pakatan Rakyat bermakna mengundi George Soros. Maka George Soros terpaksa diberi persepsi jahat semula supaya relevan dengan propaganda baru ini.
LIHAT gambar di bawah ini baik-baik. Di bawah ini gambar banner promosi Pertandingan Akhir Debat Piala Perdana Menteri yang akan diadakan di Dewan Tungku Canselor Universiti Malaya pada 10 Oktober ini.
Banner promosi ini turut memaparkan gambar Perdana Menteri, Najib Razak yang diketahui umum oleh rakyat Malaysia bahawa beliau tidak berani menyahut cabaran debat oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Rasanya sudah lebih sepuluh kali Perdana Menteri Malaysia yang lemah ini dicabar untuk berdebat. Alasan popular yang diberikan Najib untuk mengelak daripada berdebat ialah "debat bukan budaya kita".
Terbaru, Anwar Ibrahim menjemput beliau untuk membahaskan Bajet 2013 yang dibentangkan di parlimen pun beliau tak berani, malah sanggup ponteng sidang parlimen.
Nampaknya banner promosi Debat Piala Perdana Menteri ini dengan gambar Najib Razak jelas akan menjadi bahan ketawa mahasiswa dan mahasiswi di universiti serta seluruh rakyat Malaysia
Kalau debat bukan budaya kita, kenapa tak haramkan sahaja Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri ini? Kah kah kah...
Ahli MDKP: Basir Ismail (kanan), Jamal Nasir (kiri) melancarkan kempen desak Rasli letak jawatan
Mungkin ramai yang tidak sedar, kedudukan Datuk Paduka Rasli Bin Basir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK) kini berada di hujung tanduk.
Kini Datuk Rasli terpaksa berhadapan dengan siri-siri tindakan agresif dari ahli-ahli majlis Daerah Kubang Pasu yang tidak pernah di duga olehnya dan berlaku kepada mana-mana Setiausaha Kerajaan Kedah sebelum ini.
Tindakan diluar jangka ini cukup mengejutkan dirinya, melukakan perasaanya dan menjatuhkan harga diri dan keluarganya di kalangan pegawai tadbir kerajaan (KCS) serta orang awam yang mengikuti perkembangan ini. Tidak keterlaluan, jika dikatakan bahawa pihak istana turut terkejut dan tertanya-tanya sebab-musabab peristiwa yang berlaku ke atas Datuk Paduka Rasli.
Rakyat seluruh Kedah kini sedang melihat berlaku suatu kebangkitan dari gerombolan ahli-ahli Majlis Daerah Kubang Pasu menentang Datuk Paduka Rasli. Di mana, gerombolan tersebut bangun mencabar keputusan beliau yang mereka (ahli-ahli majlis) dapati secara sengaja atau tidak sengaja telah membelakangkan bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri, sekali gus melanggar undang-undang (Akta 171) yang menjadi kitab rujukan di dalam hal ehwal dan perjalanan sesebuah Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia Barat, khususnya.
Walaupun jumlah mereka kecil dan tidak dikenali oleh orang ramai, tetapi penentangan mereka seperti tidak akan berhenti selagi mana matlamat mereka tidak tercapai. Ia juga bagaikan mendapat sokongan padu terutama dari mereka yang tidak senang dengan Datuk Paduka Rasli selama ini.
Gerombolan ahli-ahli Majlis berkenaan yang diketuai oleh saudara Basir Bin Ismail telah:
(1) membuat dua laporan polis di IPD Kubang Pasu yang membabit dirinya. Kandungan laporan polis yang pertama ialah meminta pihak polis menyiasat tentang perlantikan anak kandungnya (Mohd Rezal) sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu yang berada di dalam lingkungan pentadbiran di bawahnya secara langsung. Perlantikan Mohd Rezal seperti berlaku 'conflict of interest' yang amat nyata, sekali gus tidak selari dengan amalan di dalam pekeliling perkhidmatan awam di negara ini.
Laporan polis kedua pula tentang tindakan Datuk Rasli yang membelakangkan bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri dalam hal perlantikan maupun pertukaran Yang DiPertua Majlis Daerah Kubang Pasu yang disifatkan oleh mereka (ahlimajlis) sebagai telah menjatuhkan maruah dan kedaulatan Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong kerana telah memberi perkenan perlantikan secara kontrak ke atas Datuk Paduka Rasli. Umum menyakni bahawa perlantikan secara kontrak tersebut adalah di atas keyakinan dan kepercayaan Tuanku bahawa beliau dapat menjalankan tugas secara profesional serta mengikut undang-undang demi kepentingan rakyat dan kerajaan di bawah naungan Tuanku.
(2) Gerombolan ahli-ahli majlis juga telah mengadakan dua kali demonstrasi aman di Pekan Jitra dan Wisma Darul Aman iaitu ketika Mesyuarat Exco yang turut dihadirinya sedang berjalan. Di mana, gerombolan ahli-ahli majlis secara terbuka mendesak beliau meletakkan jawatan kerana tindakannya yang membelakang bidangkuasa Pihak Berkuasa Negeri.
(3) Lebih mengejutkan Datu Paduka Rasli, apabila gerombolan ahli-ahli majlis menggunakan hak mereka di dalam Akta 171 memanggil Mesyuarat Khas Majlis Daerah Kubang Pasu bagi membentang, membahas dan meluluskan usul mempertahankan kedudukan Yang Dipertua Majlis Daerah Kubang Pasu yang diarah bertukar ke daerah Kuala Muda, Sungai Petani dengan undian sebulat suara. Ia adalah keputusan Pihak Berkuasa Tempatan yang sah, sekali gus mencabar keputusan beliau yang belum pernah berlaku di dalam sejarah sistem pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan sejak ia diperkenalkan pada tahun 1976.
(4) Gerombolan ahli-ahli majlis dalam proses membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan deklarasi mahkamah bahawa tindakan Datuk Rasli adalah tidak sah dan ultra virus.
(5) Tidak cukup dengan tindakan tersebut, ahli-ahli majlis turut menghantar memorandum kepada YAB Dato Seri Diraja Menteri Besar Kedah yang mengandungi kutukan, kecaman dan desakan supaya Datuk Rasli meletakkan jawatanya dengan segera. Difahamkan juga bahawa seluruh ahli-ahli majlis PBT negeri Kedah telah berkumpul di Hotel Amanpura, Sungai Petani sebulat suara mempertahankan tindakan rakan-rakan mereka di Kubang Pasu dan membuat resolusi meminta Pihak Berkuasa Negeri memecat Datuk Paduka Rasli dengan segera.
(6) Gerombolan ahli-ahli majlis juga dalam usaha untuk mendapat perkenan menghadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi menyampaikan memorandum mereka mendesak Datuk Paduka Rasli meletakkan jawatannya dengan terhormat dan
(7) Gerombolan ini akan menaikkan banner "Kempen Selamatkan Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah –Datuk Paduka Rasli Tolong Letak Jawatan" di tempat-tempat strategik di negeri Kedah.
Semua tindakan tersebut memberi tamparan hebat buat Datuk Paduka Rasli yang merupakan pegawai tadbir kerajaan negeri Kedah sangat berpengaruh dengan Istana serta mendapat sokongan kuat dari konco-konconya yang kini mereka semua sedang kepanasan dengan isu penyiasatan rasuah oleh SPRM. Lebih malang lagi, anak kandungnya (Mohd Rezal) yang ditempatkan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu tidak dapat berbuat apa-apa terhadap gerombolan ahli-ahli majlis, melainkan melopong melihat tindakan aggresif ahli-ahli majlis mencabar bapanya.
Oleh itu, jalan terbaik dan bermaruah buat dirinya (Datuk Rasli) ialah membuat tindakan secara profesional iaitu menulis sepucuk surat secara sukarela kepada Pihak Berkuasa Negeri bahawa beliau mengambil keputusan meletakkan jawatannya serta-merta. Meletakkan jawatan secara sukarela lebih bermaruah dari dipecat ataupun dititah berbuat demikian.
Biarlah hal berkaitan perletakan jawatannya di urus dan dimaklumkan secara rasmi oleh Pihak Berkuasa Negeri kepada Seri Paduka Banginda Yang DiPertuan Agong. Tak usahlah beliau sibuk dan memeningkan kepalanya sendiri memikirkan, apakah alasan yang wajar dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong sebab-musabab perletakan jawatannya. Biarlah Pihak Berkuasa Negeri menggunakan kebijaksanaan mereka memberikan penjelasan kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, mudah-mudahan pekung yang busuk lagi bernanah dapat dirahsiakan dari pengetahuan Seri Paduka Yang DiPertua Agong.
Sesungguhnya, tidak ada alasan kukuh buat Datuk Paduka Rasli mempertahankan jawatan tersebut, lagipun ia hanya tinggal beberapa bulan sahaja sebelum kontrak perkhidmatannya tamat tempoh. Beliau patut memikirkan bahawa menamatkan perkhidmatan dalam keadaan yang disanjung dan dihormati oleh pegawai-pegawai tadbir (KCS), bukan dengan cara ia dihalau, dicerca dan dimaki hamun yang mengakibatkan menanggung malu dan menjatuhkan maruah diri dan keluarganya sendiri. Datuk Rasli sudahpun dapat apa yang dia kehendaki di dalam kerjayanya. Beliau patut tahu bahawa ramai dikalangan pegawai tadbir kerajaan negeri lain yang mempunyai cita-cita sepertinya tetapi mereka tidak berpeluang mendapat seperti yang beliau nikmati. Ini kerana nasib menyebelahi dirinya, buka seperti mereka yang lain. Jadi nasib yang baik ini hendaklah dijaga supaya ia tidak menjadi bala bencana buat dirinya.
Di dalam perjalanan kariernya, beliau telah dijulang menjadi 'orang nombor satu' dalam pentadbiran kerajaan negeri Kedah iaitu selaku Setiausaha Kerajaan / Ketua Pegawai Pentadbir Negeri Kedah yang bergred JUSA A. Pendapatan dan kemudahan sebagai orang nombor satu telah dinikmati bukan kepalang sehingga mencecahkan angka yang tidak dipercayai oleh orang ramai. Beliau juga berpeluang ke luar negara hampir separuh dunia di atas peta yang kita belajar di sekolah kerana alasan menjalankan kerja.
Bagi anak lelakinya yang bernama Mohd Rezal, seorang pegawai tadbir kerajaan (KCS) Kedah telah berada di kerusi @ tempat kerja yang selesa. Di awal usia 30an, anaknya telah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu, dipahamkan memangku gred N48 dan dianugerahkan dua bintang kebesaran (BKM & AMK), walaupun jarang berlaku di kalangan pegawai tadbir negeri (KCS) lain, tetapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh seniornya seramai lebih 32 orang. Nasib seniornya tidak seperti 'anak bapak' (Mohd Rezal) yang mendapat kedudukan yang lebih istimewa. Jika tidak ada halangan atau "chah keting" dalam tempoh 8-15 tahun akan datang Mohd Rezal pula menjadi orang besar di dalam pentadbiran negeri Kedah. Ketika itu, gred perjawatannya mungkin mencapai N54. Tidak mustahil perancangan licik yang diatur oleh bapanya (Datuk Paduka Rasli), Mohd Rezal juga akan menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Jangan dilupakan tentang kedudukan anak saudaranya iaitu Puan Rozaina Binti Dato' Paduka Haji Radzi, kini menyandang jawatan sebagai Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani. Siapa yang tidak kenal dengan Dato Paduka Haji Radzi, juga merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri pada masa lalu. Adakah Puan Rozaina akan mencipta sejarah sebagai wanita pertama di Kedah dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri?
Inilah kenyataan yang perlu diterima oleh pegawai tadbir kerajaan (KCS) dan seluruh rakyat di negeri Kedah. Masa depan rakyat dan negeri Kedah adalah terletak dipundak bahu mereka. Baik mereka maka beruntunglah rakyat dan negeri Kedah, begitulah sebaliknya.
Oleh kerana itu, Datuk Paduka Rasli tidak perlu gundah gulana apabila beliau melepaskan jawatannya kerana kedudukan pegawai tadbir negeri (KCS) yang mempunyai pertalian keluarga dan kroninya telah berada di zon selamat dan berkemungkinan pada masa depan mereka pula akan mengambil alih tempatnya. Ini bermakna, legasi Datuk Paduka Rasli dalam sistem pentadbiran kerajaan Negeri Kedah tidak akan hilang.
Sebagai penulis artikel ini, saya tidak peduli siapakah mereka yang akan menjadi pegawai tadbir kerajaan. Perkara penting buat diri saya ialah memastikan mereka yang terlibat menjalankan tugas dengan amanah. Mereka wajib mengambilkira dosa dan pahala ketika menjalankan tugas. Insya allah selagi mereka mengaku seorang insan muslim dan berpegang kepada prinsip dosa dan pahala ketika menjalankan tugas, pasti tidak akan berlaku seperti yang berlaku pada Datuk Rasli hari ini.
Mudah-mudahan peristiwa yang merakan perjalanan kehidupan Datuk Paduka Rasli menjadi pedoman serta peringatan kepada pegawai tadbir kerajaaan (KCS) Kedah lain supaya lebih berhati-hati, berkerjalah secara profesional dan menghormati orang lain tidak kira dari mana asal mereka
Beranikah Majlis Agama Islam, Persatuan Ulamak & Mufti menegur dan mengkritik sifat ini demi menjaga nama baik Islam dan tidak malukah merekah berketuakan Ketua Agama Islam yang melakukan segala maksiat dan mereka menjunjung duli dan perkenan dalam segala urusan berkaitan Islam di bumi Malaysia.
Semua orang tahu yang DSAI ejen dan talibarut Amerika.. Ini yang selalu dilaungkan Umno dan pencacainya.. Tak mungkin Umno yang benarkan sebab Umno cukup-cukup anti-Amerika. Hehehe...
Kapal induk pesawat udara Amerika Syarikat (AS) USS George Washington melakukan persinggahan sulung di Pelabuhan Klang hari ini, bertujuan antara lain mempromosikan kerjasama dan hubungan dua hala antara AS dan Malaysia.
Pegawai Pemerintahnya Kapten Greg Fenton berkata persinggahan selama lima hari itu akan memberi peluang kepada pelayar untuk memperluaskan kefahaman mereka mengenai persekitaran maritim Malaysia.
"Tujuan utama ialah mendengar bagaimana angkatan tentera Malaysia menjalankan tugas mereka dan bagaimana kami boleh belajar daripada mereka.
"Pelayar kami menawar diri untuk menyertai enam projek komuniti ketika berada di sini bagi melibatkan diri dengan masyarakat setempat," katanya kepada kumpulan pemberita yang dibawa melawat kapal berkenaan, di Port Klang Cruise Centre, di Pelabuhan Klang.
Antara projek komuniti berkenaan ialah kerja sukarela di sekolah untuk kanak-kanak pelarian Myanmar dan rumah kanak-kanak Juara-Glad Tidings Home, katanya.
Fenton berkata anak kapal juga akan bertemu keluarga rakyat Amerika yang berada di Pelabuhan Klang menerusi program Kuala Lumpur American Sailor Socials (KLASS).
Sementara itu katanya lebih 500 orang kenamaan Malaysia termasuk pegawai tentera akan dirai dalam satu majlis di atas kapal itu esok.
USS George Washington yang berkhidmat sejak 4 Julai 1992 dengan 5,000 anak kapal dijadual menganjurkan 11 lawatan untuk ahli perniagaan Malaysia dan pegawai tentera.
Kapal itu bersama sayap udaranya Carrier Air Wing 5, menyediakan pasukan siap siaga untuk bertindak yang melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim AS dan sekutunya di rantau Asia Pasifik.
Kalau Zahid Hamidi yakin bahawa tidak ada penyelewengan dan rasuah dalam pemnbelian kapal selam Scorpone kenapa beliau perlu takut dengan penjelasan peguam Perancis, William Bourdon dan perlu menghalangnya dari datang ke negara ini? Sebagai menteri yang kelihatan mempunyai integriti Zahid seharusnya mengalu-alukan kedatangan peguam berkenaan bukan cuba mempertikaikannya.
Tidak perlu Zahid memutar kata dengan menganggap kedatangan Bourdon itu sebagai campur tangan atau demi kepentingan politik pembangkang. Apa yang penting rakyat mahu tahu penjelasan apa-apa dapatan atau analisa peguam itu terhadap skandal berkenaan kerana ia hak rakyat dan umum mengetahuinya.
Sekiranya Zahid Hamidi merasakan tidak ada penyelewengan dan menteri pertahanan sebelum ini, ketika kapal selam itu dibeli bersih dan putih, kenapa perlu bimbang dan walang, biarlah peguam itu memberi penjelasan ataupun menteri pertahanan itu dipanggil ke mahkamah.
Kita sama-sama penjelasan berkenaan, kita ada otak boleh menilai sendiri apakah penjelasan itu rekaan atau satu hakikat.
Apa juga kemungkaran dan kejahatan tidak boleh disembunyikan. Betapa ia disusuk akhirnya ia akan menanah dan berdarah juga dari dalam kemudian akan pecah. Begitu juga dengan kebenaran itu akan menjelma juga satu hari nanti kalaupun tidak hari ini tetapi esok, lusa dan beberapa tahun akan datang akan diketahui juga. Memang fitrah begitu kemungkaran itu akan ditenggelami oleh kebenaran.
Cara Zahid memberi pandangan berhubung jemputan Bourdon oleh pihak tertentu itu seakan beliau cuba ingin melindungi bosnya saja. Bagaimana pun pelik sedikit, dalam masa sama beliau menjelaskan skandal itu berlaku bukan di zamannya menjadi menteri pertahanan. Apakah motif pernyataan itu?
Khatib ingin mengingati Zahid dan diri khatib sendiri, bukan sesuatu yang baik melindungi seorang penjenayah walaupun dia kawan sekalipun. Islam tidak mengajar demikian.
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan sekiranya Fatimah mencuri akan ku potong tangannya menunjukkan bahawa Islam tidak ada tolak ansur di dalam soal sesiapa berbuat salah. Rasanya sebagai seorang pelajar kolej Islam, rasanya Zahid arif mengenai patah-patah kata Rasulullah itu.
Menuduh Anwar Ibrahim ada kepentingan politik atas pelawaan Bourdon itu, kata-kata itu membidas ke atas batang hidung Zahid sendiri. Apabila Zahid juga mempertahankan seseorang yang mungkin dianggap bosnya, apakah itu bukan dibuat atas kepentingan politik (dirinya)?
Kita tidak nampak kedatangan peguam itu untuk memburukkan negara dan imej PM seperti tanggapan Zahid. Walhal penjelasan itu nanti demi menjaga maruah negara dan imej perdana menteri sendiri. Selagi isu itu tidak dijelas dunia akan menganggap Malaysia mempunyai skandal rasuah terbesar dan perdana menterinya kini, Najib Razak berada di bawah belenggu skandal dan jenayah paling huduh.
Kepada Zahid bertindaklah dengan waras dan jangan sesekali mengulangi beberapa kali, beberapa tindakan politik anda yang kelas budak-budak Keadilan yang menghidap kudis di atas tengkok.
Ustaz Idris Haji Ahmad Ahli Jawatankuasa PAS Pusat/Pengarah Jabatan Tarbiah Pas Pusat
Muqaddimah
Pas sebagai sebuah gerakan Islam dan parti politik. Dasarnya Islam, rujukannya Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias. Penyertaan kita di dalam Pas bukan kerana hanya mengisi masa lepang tetapi ia adalah wajib untuk penerusan kepada perjuangan Islam di negara ini. Apabila kita mengisi borang sebagai ahli Pas maka di sana bererti ia sudah berbaiah untuk mematuhi peraturan dan tatacara sebagai seorang ahli Pas. Ertinya segala tindakan kita sudah berada di dalam kawalan jamaah, ini adalah lumrah mana-mana organisasi. Contonya kita bekerja di kilang Samsung berbeza kerja dengan kilang Proton. Peraturan setempat mesti diikuti, jika kita tidak boleh ikut, kita kena buka kilang sendiri.
Jati Diri Ahli Pas
Dari Segi Aqidah
1. Saya mestilah beriman bahawa Allah yang maha esa menciptakan manusia bukan sia-sia sahaja. Dan mesti beriman bahawa manusia akan di kembali dan disoal oleh Allah SWT setiap amalan yang dilakukan di atas dunia. Justeru itu saya tidak boleh leka dengan dunia sehingga lupa tanggungjawab untuk menegakkan agama Allah SWT kerana ini merupakan perkara yang berkaitan dengan akidah.
Firman Allah SWT "Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) 'Arasy yang mulia" (Al-Mukminun 23:115-116)
2. Mesti beriman bahawasanya Allah SWT telah mengutuskan Rasul-Rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka. Kita mestilah mempertahankan Sunnah dan ajaran baginda daripada dinodai. Di antara Sunnah yang wajib saya pertahankan ialah menegakkan syariat Allah dan hukumnya seperti yang baginda tegakkan di Madinah.
Firman Allah SWT "Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula diantaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul)" (Surah al-Nahl 16:36)
3. Wajib beriman bahawa ganjaran bagi orang yang beriman yang taat kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang yang tidak beriman dan durhaka ialah api neraka. Janji syurga inilah yang menjadi perangsang dan semangat untuk kita membanyakkan amal dan berusaha untuk mempertahan agama Allah daripada dinoda. Kita mesti berusaha untuk menjauhkan diri dari kelompok yang membawa kebinasaan dan dihumban ke dalam api neraka jahanam. Firman Allah SWT
"…Satu golongan memasuki syurga manakala satu golongan lagi memasuki neraka sa'ir" (Surah al-Syura 42:7)
4. Wajib beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak Allah SWT. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau membelakanginya. Apa yang boleh dilakukan oleh ulama' ialah berijtihad mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas syarak yang dibenarkan. Kita mesti beriman bahawa haram menukarkan hukum yang telah dinaskan secara qat'i oleh Al-Quran dengan hukum manusia. Menukarkan kesalahan zina dengan denda wang berlawanan dengan Allah perintahkan dengan disebat 100 kali bagi yang belum berkahwin dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin. Firman Allah SWT
"Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka keputusannya (terserah)kepada Allah (yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku, KepadaNyalah aku bertawakkal dan kepadaNya aku kembali" (Surah Al-Syura 42:10)
5. Mestilah takut hanyalah kepada Allah dan tidak takut kepada yang lain. Perasaan takut menyebabkan kita menjauhi kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya. Kita mesti yakin bahawa semua tindakan, diperhati oleh Allah SWT samaada sewaktu sunyi atau terang. Seperti mana yang Allah menjelaskan
"Sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya serta takut dan bertaqwa kepadaNya maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan" (Surah Al-Nur 24:52)
6. Wajib mencintai Allah dengan sebenar cinta. Cinta yang menjadikan hati kita sentiasa merasa rindu dan terikat dengannya. Kecintaan ini mendorong menambahkan amalan-amalan kebaikan, bekorban dan berjihad di jalannya sepanjang masa. Sekalipun hidup dalam kemewahan dan kecintaan terhadap kaum kerabat, semuanya tidak sepatut menghalang kita daripada mencintai Allah. Apabila kecintaan kepada Allah mengatasi semuanya maka tidak ada apa yang boleh diganti dengan dunia dan pangkat. Ini adalah sejajar dengan seruan Allah yang mengingatkan:
"Katakanlah; jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasiq" (Surah al-Taubah 9:24)
7. Sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah SWT. Istighfar ini akan membersihkan hati dan melimpahkan ketenangan hati dan jiwa. Kita tidak akan memohon ampun selain daripada Allah SWT.
"Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan atau menzalimi diri sendiri kemudian beristighfar memohon keampunan nescaya ia dapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Surah al-Nisa' 4:110)
Dari Sudut Ibadah
1. Kita mestilah memastikan ibadah kita menepati dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Wajib menjadikan ibadah sebagai penghubung dengan Allah SWT kerana Allah sebagai tempat untuk mengadu hal kepadanya dan merasai kehadiran Allah SWT dengan melupakan kesibukan dunia. Sabda Rasulullah SAW "Allah SWT tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang mengerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya"
2. Mesti mengambil berat terhadap ibadah qiamullail (sembahyang malam) serta melatih diri melakukannya sehingga menjadi satu kebiasaan. Kerana qiamullail adalah sumber kekuatan yang memantapkan Iman. Sebagai anggota Pas yang memperjuangkan Islam sudah tentu akan menerima berbagai ujian maka kekuatan rohani amat penting untuk merempuh halangan ini. Kekuatan ini yang tidak dipunyai oleh musuh walaupun mereka memiliki kekekuatan fizikal dan kewangan yang lain.
Firman Allah SWT,
"Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan (al-Quran) pada waktu itu lebih berkesan" Al-Muzammil 73:6)
3. Mesti meluangkan waktu tertentu untuk membaca al-Quran dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya. Banyak kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran dapat diambil pengajaran dan menjadi rangsangan kepada kita untuk berjuang dengan lebih gigih. Kita mesti membacanya dengan penuh tadabbur, merenunginya dengan khusyuk dan sedih kerana sabda Rasulullah SAW
Bermaksud, "Sesungguhnya al-Quran diturunkan dalam keadaan duka cita, maka apabila kamu membacanya hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut"
4. Menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak segala ibadah. Kerana itu saya akan memilih doa-doa yang ma'thur dari Rasulullah SAW. Doa adalah senjata bagi orang mukmin ketika berhadapan dengan musuh.
Firman Allah SWT "Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu" (Ghafir, 40: 60)
Sudut Akhlak
1. Bersifat warak dengan menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara syubhat (perkara yang samar) diantara halal dan haram. Kita mesti menjaga makanan, minuman yang samar dari segi halal dan haram supaya terpelihara dari jatuh kepada perkara yang haram. Sabda Rasulullah SAW
"Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangn siapa yang memelihara (dirinya dari) segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara dari agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh pada perkara kesamaran jatuhlah ia ke dalam yang haram, seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan , hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkannya. Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati" (Bukhari Muslim)
2.Mesti memelihara penglihatan dari melihat pada perkara yang haram, kerana dengan pandangan ini akan merangsang syahwat yang membawanya ke kancah pelanggaran dan maksiat. Firman Allah SWT
"Katakanlah kepada orang-orang mukmin lelaki supaya memelihara pandangan mereka" (Surah al-Nur 24:30)
3.Mesti memelihara lidah dari menutur kata-kata yang tidak berfaedah, perbualan-perbualan yang buruk dan kotor, percakapan kosong, mengumpat dan mengadu domba. Perbuatan ynag tidak menggambarkan akhlak muslim yang tidak layak ada pada anggota jamaah. Sabda Rasulullah SAW
"Bukanlah ia seorang mukmin (jika) ia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan bercakap keji"
4.Mesti bersifat malu dalam setiap keadaan. Namun begitu sifat tersebut tidak seharusnya menghalangnya memperkatakan kebenaran. Di antara sifat malu ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri, tidak meninggikan suara ketika becakap, dan perkara yang dianggap menjatuhkan maruah peribadi seorang. Sabda Rasulullah SAW
"Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illah (tidak ada tuhan yang sebenar melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan. Dan sifat malu ialah satu cabang dari Iman" (Baihaqi)
5.Mesti tekun dan sabar, kerana kerja-kerja Islam akan berhadapan dengan macam-macam perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah penuh dengan liku-liku kepayahan penyiksaan, penindasan, tuduhan, ejekan, persendaan yang memalukan. Kita terpaksa berhadapan dengan orang jahil, orang alim, orang yang berfikiran terbuka dan orang yang emosional, orang yang mudah bertolak ansur dan orang yang keras kepala, orang yang tenang dan orang yang mudah tersingung. Firman Allah SWT
"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada, apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu" (Surah al-Nur 24:22)
6.Mestilah bersifat tawaduk atau merendahkan diri khususnya terhadap saudara seIslam dengan cara tidak membezakan (dalam memberi layanan) samaada yang miskin mahupun yang kaya. Rasulullah SAW sendiri memohon perlindungan daripada Allah agar dijauhkan dari sifat takbur.
Baginda bersabda
"Tidak akan memasuki syurga yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah sifat takbur" (Riwayat Muslim)
7.Mesti menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain. Sebaliknya lebih banyak menyuluh dan menuding diri sendiri daripada dihadapkan kepada orang lain. Sangka buruk, sifat yang tidak baik dan boleh mendatangkan keburukan kepada orang lain. Maka ini perlu dijauhi oleh oleh ahli Pas. Jangan lah ia memburuk sangka kepada sahabat yang lain ini akan menyebabkan ruang untuk berpecah akan bertambah luas. Firma Allah SWT
"Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari perasangka, sesungguhnya sebahagian dari perasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima Taubat lagi Penyayang." (al-Hujurat 49:12)
8.Mestilah bersifat benar dalam semua hal dan keadaan. Mesti benar pada diri dan tidak takut pada celaan orang lain. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk syaitan dan iblis, membawa kehinaan pada peribadi insan. Kita mesti benar dalam kata-kata, benar ketika menyampaikan prinsip perjuangan parti dan benar ketika meyatakan sesuatu kepada orang lain. Tidak layak seorang anggota Pas yang berdusta ketika berbual dengan orang lain dan bertindak secara dusta. Sabda Rasulullah SAW
"Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seseorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta" (Mutafaqun 'Alaih).
9.Mesti menunjukkan contoh teladan yang baik agar sama dengan Islam yang menjadi dasar Pas. Akhlak kita mesti selari dengan al-Quran dan Al-Sunnah kerana ia akan memberi kesan kepada perjuangan Pas. Kita percaya bahawa contoh teladan yang baik amat kuat mempengaruhi orang lain untuk mendekati perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Maka kita pastikan diri, keluarga dengan menunjukkan contoh teladan yang baik di mana sahaja kita berada,kerana kita akan menjadi duta kepada Pas untuk melebarkan pengaruh Pas kepada masyarakat. Seperti kata hukama'
"Lisanul Hal (tindakan) lebih baik dari lisanul Maqal (berkata-kata)"
Sudut Rumahtangga
2.Mesti memastikan perkahwinan kita adalah kerana Allah untuk membina rumahtangga Muslim bagi melahirkan keturunan yang salih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah dan melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.
Sabda Rasulullah SAW "Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka, orang yang berjihad pada jalan Allah, hamba mukatib (yang berjanji untuk menebus diri untuk menunaikan bayarannya dan orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya" (Tirmizi).
2.Kita mesti memilih wanita yang baik akhlaknya dan pegangan agamanya sekalipun tidak punya harta kekayaan dan kecantikan kerana sabda Rasulullah SAW
"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya, kerana boleh jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaanya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan bodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama" (Ibn. Majah).
3.Perhubungan suami isteri tidaklah terbatas kepada hubungan untuk melepaskan nafsu syahwat sahaja, malah hubungan antara kita mestilah hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang. Kita sama-sama membaca, menunaikan sebahagian dari ibadah bersama-sama turut mengatur urusan rumah tangga dan meluangkan waktu untuk bergurau senda. Kita mestilah sama-sama memikirkan bagaimana untuk memajukan perjuangan yang di bawa oleh Parti Pas. Sekiranya persefahaman tidak wujud antara suami dan isteri ia akan menjejaskan gerak kerja jamaah.
4.Suami isteri mesti mendidik anak-anak serasi dengan acuan Islam. Orang ramai sentiasa memerhati rumahtangga ahli Pas supaya selari dengan prinsip perjuangan yang di bawa. Kita bimbang orang tidak berminat dengan Pas apabila melihat rumahtangga ahli Pas yang tidak tepat dengan kehendak Islam. Pastikan anak isteri menutup aurat mengikut syariat. Kita tidak mahu anak isteri menjadi fitnah pada perjuangan Pas. Biar orang berminat dengan Pas apabila mereka melihat rumahtangga Islam yang dibina dalam rumah ahli Pas. Firman Allah SWT
"Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan" (Al-Tahrim 66:6)
5.Berazam untuk memastikan anak-anak kita dapat meneruskan perjuangan Pas apbila kita sudah menemui Allah. Tidak ada makna jika kita seorang sahaja yang berjuang. Pastikan perjuangan kita akan diwarisi oleh anak cucu kita. Jangan biarkan kaum keluarga kita beristirehat di rumah biar mereka sama-sama bergelumang dengan perjuangan.
6.Bawa balik perjuangan Pas ke rumah. Berkongsi pengalaman dan memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan perjuangan ini. Jangan ada di kalangan kita tidak mahu membincang mengenai perjuangan dengan keluarga, ini satu kesilapan. Ia mungkin akan membawa kesan mudarat pada masa akan datang kepada anak-anak kita sehingga mereka menjauhkan diri dengan Pas ketika mereka besar nanti. Lebih malang lagi mereka akan mendekatkan diri dengan perjuangan Umno, berpunca daripada kecuaian kita mendidik.
8.Beri semangat kepada anak-anak bahawa Pas memerlukan kita untuk menjayakan matlamat perjuangan Pas. Jika kita tidak berkorban untuk Pas, siapa lagi yang boleh diharapkan.
9.Kita mesti merasa bangga jika kita berjaya meninggalkan zuriat sebagai pejuang Islam. Biarlah zuriat kita berputar bersama dengan roda perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.
10.Tidak sepatutnya kita sebagai ahli Pas menakut-nakutkan anak kita supaya jangan berjuang dengan Pas, nanti dibimbangi tidak ada rezki dan gelap masa depan.
Kewajipan Khusus Sebagai Ahli PAS
1. Mematuhi arahan pimpinan parti selagi tidak bertentangan dengan Islam. 2. Mesti mengikut semua manhaj perjuangan Pas tanpa berbelah bagi. 3. Menghadiri program ilmu untuk menambahkan pengetahuan Islam. 4. Menghadiri program tarbiyyah supaya dapat membina fikrah dan keperibadian Muslim sejati. 5. Menjaga akhlak sebagai seorang anggota parti. 6. Mesti pastikan keluarga kita menutup aurat seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW kerana ini adalah penilaian pertama orang kepada ahli Pas. 7. Menghadiri program yang diarahkan oleh pimpinan parti di semua peringkat. 8. Membayar yuran tahunan ahli. 9. Menghadiri mesyuarat agung parti setiap tahun 10. Memastikan isteri/suami menjadi ahli Pas supaya sama-sama memahami konsep perjuangan Islam 11. Memastikan anak-anak yang sudah aqil baligh menyertai Pas supaya tidak ada unsur-unsur perosak dalam rumah kita. Dengan ini anak kita akan merasakan Pas adalah jamaahnya maka sukar pihak musuh hendak menariknya. 12. Menyeru kaum keluarga, sahabat handai dan orang awam untuk menyertai PAS. 13. Menjawab segala fitnah yang dilemparkan oleh musuh terhadap PAS 14. Menerangkan dasar Pas dan perbezaan dasar Umno kepada orang ramai. 15. Boleh menegur pimpinan dan memberi pandangan dengan cara yang beradab.
Perkara Yang Perlu Dijauhi Sebagai Ahli PAS
1. Melakukan perkara yang haram di sisi agama 2. Melakukan perkara yang bersalahan dengan dasar parti. 3. Tidak mahu mengikut arahan pimpinan 4. Melahirkan perasaan marah di tempat awam seperti di kedai kopi kerana di sana banyak ejen musuh yang sedang memerhati dan mendengar. 5. Tidak mahu membayar yuran tahunan 6. Tidak mahu datang mesyuarat agung tahunan. 7. Tidak melaksanakan amanah yang diberikan 8. Malas untuk menghadiri program dan kursus anjuran parti.
Penutup
Sedarlah bahawa penyertaan kita sebagai anggota Pas bukan satu perkara yang sia-sia. Penglibatan dalam Pas bukan kerana marah kepada mana-mana individu musuh, tetapi sebagai tanggungjawab untuk melanjutkan kerja-kerja yang mulia setelah para Rasul tidak ada lagi sedangkan kemungkaran dan kemaksiatan masih berluasa. Siapa lagi yang akan mempertahankan agama yang suci ini jika kita sebagai hamba Allah tidak sanggup untuk memperjuangkan agama Allah. Perlu sedar bahawa hidup dan mati kita hanya diserah kepada Allah SWT dan yakin bahawa masa depan dunia berada di tangan Islam. InsyaALlah.
You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seremban: Kediaman keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di Rantau, dekat sini, dipecah masuk pencuri dan antara barang yang dipercayai setakat ini hilang ialah sebuah televisyen LCD dan dekoder Astro.
Kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan seorang anggota keluarga membuat laporan polis, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, ketika dihubungi berkata, berdasarkan siasatan awal, pencuri dipercayai masuk ke dalam rumah berkenaan menerusi tingkap belakang dan keluar mengikut laluan sama.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku malam kelmarin dan ketika itu rumah itu tidak berpenghuni.
"Seorang anggota keluarga beliau (Menteri Besar) yang ke rumah berkenaan semalam, mendapati televisyen LCD dan dekoder Astro dalam rumah berkenaan hilang," katanya. -HM
Ulasan GB
Sudah berkali-kali KPN dan Menteri KDN menafikan bahawa kadar jenayah telah meningkat. Dikatanya itu hanya sekadar persepsi rakyat.
Tetapi setiap kali penafian dibuat ada saja kes "terkena batang hidung" berlaku dimana jenayah menimpa kepada orang-orang penting di dalam negara.
Kini rumah MB Negeri Sembilan dipecahmasuk. Jika rumah seorang MB pun dipecahmasuk oleh penjenayah, apatah lagi rumah rakyat marhaen?
Masih tak seriuskan jenayah di negara ini?
Teruskan menipu rakyat Malaysia. Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap membuktikan bahawa kadar jenayah tidak menurun seperti yang dikatakan. Dan peningkatan kadar jenayah BUKAN persepsi, tetapi realiti, berita di atas sebagai bukti!
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaasin yang sebelum ini mendakwa pentadbiran negeri di bawah Umno-BN adalah 'terbaik' berbanding Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, Abdul Khalid berkata di bawah pimpinan Pakatan, ekonomi dan pembangunan negeri menjadi semakin baik serta maju berbanding Umno-BN.
Ini dibuktikan dengan simpanan rizab negeri yang meningkat setiap tahun, masalah rumah terbengkalai yang diselamatkan, hutang syarikat Talam yang dikutip dan hasil negeri yang dipulangkan kepada rakyat.
"Beliau (Muhyiddin) cakap PR memerintah Selangor tidak baik maknanya beliau tidak pandai baca angka.
"Kalau beliau terus menjadi Timbalan Perdana Menteri, nampaknya teruklah negara kita," sindir Abdul Khalid dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan PKR Cabang Kuala Selangor, di Ijok di sini semalam.
Katanya, di bawah Umno-BN hanya RM 100 juta diagihkan kepada rakyat dan ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan yang mengagihkan RM 700 juta.
"Pada 2005 hingga 2007, harta selangor dulu hanya empat peratus, tetapi PR kerja keras untuk dapatkan kembali dengan menyelesaikan banyak masalah yang ditinggalkan Umno-BN, contohnya hutang talam dan projek perumahan terbengkalai.
"Kalau beliau kata Selangor tidak baik atau bagus bawah PR, maka bawah Umno-BN lagi tidak baik," katanya.
Jelasnya, Selangor merupakan negeri yang paling banyak sumbangannya kepada negara.
"Pada 2008, ekonomi Malaysia bertumbuh tujuh peratus manakala Selangor sebanyak sembilan peratus.
"Manakala pada 2009, ekonomi negara jatuh sehingga tiga peratus dan Selangor hanya jatuh kepada satu peratus. Kalau beliau masih kata tidak baik, saya tidak tahulah," katanya.
Ulasan GB
Memang pu n Muhyiddin tak reti baca angka. Yang beliau tahu ialah bawa wang berguni-guni masa pilihanraya, tabur kepada rakyat untuk merasuah mereka. PRK Manek Urai menjadi saksi di satu masa.
Tetapi hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Helikopternya terhempas dan juruterbangnya, Kapten Sahaimi Ghazali, 38, yang meninggal dunia. Dua insiden helikopter membawa rombongan Muhyiddin bermasalah, sekali di Tuaran, sekali di Sibu, pun tak mahu ambil iktibar daripada kejadian-kejadian itu. Lagi mahu cakap besar dan tak mahu akur dengan kebenaran dan keadilan.
Kaji selidik Merdeka Centre mendapati para pengundi Sabah gembira dengan prestasi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak akan tetapi kedudukan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, jatuh menjunam. Kedudukan Najib tetap kukuh dengan sokongan sebanyak 75 peratus, tetapi kedudukan Musa turun daripada 60 peratus berbanding November 2009 menjadi 45 peratus pada bulan September lalu, sekaligus memberi petunjuk kerajaan Barisan Nasional (BN) akan berhadapan halangan sukar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Majoriti pengundi sebanyak 57 peratus yang terlibat dalam kaji selidik juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan prestasi ekonomi Sabah.
Firma penyelidikan bebas tersebut berkata bahawa kepuasan pengundi terhadap kerajaan negeri kekal positif pada 56 peratus tetapi angka tersebut juga mengalami penurunan enam peratus daripada 62 peratus pada bulan November 2009.
Namun, populariti Musa yang menurun nampak membimbangkan memandangkan kaji selidik Merdeka Center menunjukkan penurunan tersebut adalah melibatkan dikalangan pengundi bumiputera muslim yang dianggap sebagai tulang belakang kepada Umno.
Dikalangan pengundi bumiputera muslim, kedudukan Musa jatuh daripada 72 peratus pada November 2009 berbanding 51 peratus pada bulan lepas.
Manakala kepuasan pengundi kepada Najib kekal tinggi, dengan 75 peratus maklumbalas memihak kepada beliau jatuh sedikit berbanding 77 peratus yang dicatatkan pada November 2009.
Kesimpulan kaji selidik ini menunjukkan bahawa jentera BN perlu bergantung kepada populariti Presiden Umno untuk memenangi semula majoriti kerusi di negeri itu.
Sabah dan Sarawak adalah negeri yang sangat penting bagi BN dan Pakatan Rakyat (PR) kerana kedua-dua perlu memenangi sebanyak mungkin kerusi di dua negeri tersebut jika mahu menawan Putrajaya pada PRU nanti.
Pada PRU 2008, BN kehilangan undi popular di semenanjung Malaysia dan penganalisis berkata sentimen tersebut akan kekal sama menjelang pilihan raya akan datang dalam beberapa bulan ini.
BN pastinya berhasrat untuk mengekalkan undi Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap mereka memandangkan pilihan raya kali ini dijangkakan yang paling sengit dalam sejarah negara.
"Pada pandangan kami, perbezaan ketara terhadap persepsi pengundi ke atas kepimpinan utama politik dan kerajaan negeri mencerminkan sentimen 'Sabah-sentrik' yang ditunjukkan oleh pengundi. Ia juga menunjukkan bahawa pengundi mempunyai harapan berbeza terhadap kepimpinan politik di pelbagai peringkat," kata Merdeka Centre dalam kenyataan media disertakan dengan keputusan kaji selidik.
Dalam bahagian pertama kaji selidik yang dikeluarkan awal minggu ini, Merdeka Centre mendapati hanya 54 peratus pengundi yang ditinjau pada September tahun lepas merasakan Sabah sedang menuju ke landasan yang betul berbanding 66 peratus pada November 2009.
Antara lima faktor penurunan tersebut termasuklah isu pendatang tanpa izin, rasa tidak puas hati dengan kepimpinan politik, kos hidup yang tinggi, dan "persepsi" bahawa Sabah masih "ketinggalan" dalam pembangunan ekonomi dan infrastruktur.
Umno Sabah pertikai laporan kajian populariti Musa Aman.
Pungutan suara dan kaji selidik mempunyai kelebihan pada tahap tertentu tetapi sekiranya tidak dijalankan dengan betul maka ia boleh menjadi cacat dan tidak menghormati pihak-pihak tertentu, kata Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Tanpa menyatakan banyak bahawa kajian Merdeka Centre adalah salah, beliau berkata jika sesuatu kaji selidik telah didorong oleh agenda, maka tidak banyak dapat dilakukan untuk menghalang mereka yang di belakangnya daripada memanipulasikan keputusan untuk menyesuaikan rancangan mereka.
"Malah kata-kata soalan (dalam kaji selidik) boleh mencetuskan respons tertentu dan membangkitkan seseorang daripada menyatakan perkara yang dia sendiri tidak berniat untuk menyatakan terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan di Kita Kinabalu semalam.
Salleh mengulas laporan online yang mendakwa tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, yang memimpin pentadbiran kerajaan negeri hampir 10 tahun, telah merosot di bawah paras 50 peratus.
Katanya beliau sendiri tidak fikir populariti Musa telah merosot mahu pun keputusan bagaimana membangunkan negeri itu mempunyai implikasi negatif terhadap rakyat negeri itu.
Kajian terbaru Merdeka Centre menunjukkan tahap kepuasan pengundi Sabah terhadap Musa telah merosot secara ketara dari 60 peratus pada November 2008 kepada 45 peratus pada September tahun ini. - Bernama.
Ulasan GB
Demikianlah mengelupurnya UMNO BN.
Jika kajian pihak yang sama, dalam kes ini Merdeka Center, berpihak kepada mereka, akan dilambungnya setinggu langit, tetapi apabila hasil kajian tidak memihak mereka macam-macam dikatanya kepada pihak yang membuat kajian.
Langkah mulia artis-artis tempatan berhijrah memakai tudung bukan perkara baru dalam industri hiburan tanah air.
Ia merupakan satu perubahan positif kerana dapat mengubah persepsi sesetengah masyarakat yang sering memerikan label yang negatif kepada artis.
Kini seorang lagi artis yang boleh dikatakan masih baru dalam bidang seni, Anzalna Nasir, 24, didapati memaparkan profil memakai tudung di akaun Twitter miliknya.
Manis sungguh wajah gadis yang berasal dari Tasik Gelugor, Pulau Pinang itu. Wajahnya yang mulus itu amat sesuai dikenakan dengan tudung berkenaan. Namun, persoalannya adakah Anzalna sudah benar-benar berubah atau ia sekadar lakonan semata-mata? Jika benar Anzalna sudah mula memakai tudung ataupun baru hendak berjinak-jinak dengan menutup aurat, penulis berharap ia kekal untuk selamanya dan bukan untuk sekejap pakai sekejap buka pula.
Mungkin Anzalna mahu mencontohi beberapa artis yang sudah pun memakai tudung seperti Diana Amir, Sheila Hamzah, Farah Asyikin dan Yatt Hamzah. Ia satu perubahan yang sangat positif untuk Anzalna.
Apa pun, yang penting, Anzalna diharap jangan cuba menjadikan tudung sebagai alat untuk meraih publisiti murahan atau perhatian dengan menyertai mana-mana politik. Kajap pakai, kejap tak pakai. Kalau pakai…pakai terus…kalau tak nak, jangan buat main (walaupun patutnya pakai jugak kalau tak nak pun). Teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus yang popular; "Kejap pakai tudung, kejap tak pakai tudung…mu ingat masuk neraka kejap-kejap?".
Ustaz Azhar juga pernah memberi komen mengenai perkara artis menutup aurat ini di dalam sebuah ceramahnya. Katanya penghijrahan kepada sesuatu yang lebih baik menjadi kemestian untuk umat Islam.
"Kadang-kadang kita ni artis, dulu kita lagha, sekarang kita ok dah, mulakan perjalanan. "Nombor satu, kita kena jaga. Jangan kita hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah. itu yang kita kena jaga," kata Ustaz Azhar- mynewshub
Guan Eng: Utusan 'putar' kenyataan pemimpin gereja
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa Utusan Malaysia sekali lagi "memutar" fakta untuk menjejaskan nama baiknya melalui laporan berhubung ucapannya dalam satu perjumpaan bersama sekumpulan pemimpin gereja di negeri itu kelmarin.
Lim berkata, individu yang dipetik dalam laporan akhbar berkenaan hari ini menafikan menyebut seperti yang dilaporkan akhbar milik Umno itu.
"(Bekas Presiden Majlis Gereja Malaysia) Thomas Philips menelefon saya untuk menyatakan bahawa beliau tidak pernah menyebut seperti itu dan orang-orang saya juga menghubungi seorang lagi paderi, yang juga menafikan menyebut apa-apa mengenai saya atau Pulau Pinang.
"Tentu Utusan bertanya soalan umum kepada mereka tanpa menyentuh politik di gereja dan mereka menggunakannya untuk diatur seiring dengan dialog yang saya adakan dengan pemimpin gereja di Pulau Pinang.
"Ini (tindakan) yang tidak bermaruah," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Katanya lagi, Utusan benar-benar ingin menyerangnya dengan memuatkan berita tersebut di muka depan dalam edisi hari ini.
Sedangkan, kedua-dua pemimpin Krisitan itu amat menyayanginya, kata Lim lagi.
Utusan: Ucapan Guan Eng 'seakan semai kebencian'.
Satu laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini mendakwa, ucapan ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam satu pertemuan bersama sekumpulan pemimpin gereja di negeri itu "seakan menyemai kebencian" di kalangan golongan tersebut.
Pengarang yang menggunakan nama pena Awang Selamat dalam pojok akhbar Utusan edisi Ahad itu memberi alasan, ucapan yang disampaikan setiausaha agung DAP itu "menekankan soal ketidakadilan".
"Guan Eng tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak yang beranggapan kenyataanya itu boleh dilihat sebagai menghasut," kata pengarang itu lagi.
Dalam pertemuan itu, Lim didakwa menggesa golongan pemimpin gereja "menyuarakan keadilan untuk semua" yang dikaitkan Utusan sebagai "slogan" Pakatan Rakyat.
"Tidak sukar untuk menafsir kata-kata Guan Eng itu yang sememangnya membawa agenda DAP. Ternyata beliau mahu gereja memainkan peranan politik," tulisan itu dipetik.
Tulisan itu juga sekali lagi menimbulkan dakwaan mengenai "pertemuan paderi Kristian yang dikatakan berakhir dengan ikrar tertentu", yang didakwa anjuran DAP pada Mei tahun lalu.
Dakwaan itu adalah berhubung laporan tajuk utama Utusan pada 7 Mei lalu berjudul 'Kristian Agama Rasmi?' - berhubung dakwaan penubuhan negara Kristian dan melantik seorang perdana menteri di kalangan penganut agama berkenaan.
"Kegemparan" itu bagaimanapun senyap selepas kerajaan setelah mengeluarkan satu surat teguran kepada Utusan, walau pelbagai pihak termasuk MCA mahu akhbar tersebut terus disiasat.
Pemimpin DAP juga tidak berpuas hati dengan tindakan berkenaan dan mahu kerajaan menggantung permit penerbitan Utusan Malaysia kerana menerbitkan berita palsu berhubung dakwaan itu.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mempertahankan bahawa "ada asas" kebenaran dalam laporan tersebut.
Seterusnya dalam satu jawapan di Parlimen pada 3 Oktober lalu menyebut, beliau berkata siasatan yang dijalankan menunjukkan "tiada bukti kukuh yang boleh menyokong keterangan untuk menyabitkan kesalahan kepada mana-mana individu" dalam kes tersebut.
Menteri dalam negeri juga menyatakan bahawa jabatan peguam negara telah memutuskan "tiada tindakan lanjut" dijalankan untuk kes berkenaan. -mk
Ulasan GB
Tak sudah-sudah dan tak serik-serik Utusan melakukan kerja-kerja untuk membakar sentimen bangsa walhal dah pun kena saman pada penghujung tahun lalu dimana mahkamah mengarahkan Utusan membayar pampasan RM200,000 kepada Guan Eng dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.
GB lampirkan semula berita penghakiman itu:
Mahkamah Tinggi Buktikan Kerajaan Pulau Pinang Adil Kepada Semua Kaum
SHAH ALAM, 15 DIS : Keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mendapati Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng jelas menunjukkan bahawa dasar kerajaan negeri itu bertujuan membela semua rakyatnya sebaik mungkin tanpa mengira kaum atau agama.
Di dalam kenyataan bersama, Exco-exco Kerajaan Pulau Pinang berkata penghakiman ini menunjukkan secara konklusif bahawa Guan Eng dan pentadbirannya bukan anti-Melayu atau anti-Islam, seperti dakwaan palsu Utusan Malaysia yang berniat jahat.
"Kami berasa amat kesal dan kecewa melihat keadaan media massa arus perdana pada hari ini, yang dikuasai oleh parti-parti komponen Barisan Nasional dan sering dipergunakan untuk memecahkan keharmonian kaum dan agama di Malaysia," menurut kenyataan itu.
Semalam, Utusan Malaysia didapati bersalah kerana memfitnah Setiausaha Agung DAP itu di dalam artikel yang bertajuk "Kebiadaban Guan Eng" yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.
Utusan Malaysia diperintahkan membayar Lim pampasan berjumlah RM200,000 dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.
Artikel tersebut menuduh Lim sebagai seorang 'rasis' dan 'anti-Melayu' berdasaran ucapan 'A People's Goverment for the Real Malaysians' semasa Konvensyen Pakatan Rakyat sehari sebelum itu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk G V Varughese di dalam penghakimannya menggariskan tujuh perenggan daripada artikel itu yang dikatakan telah memfitnah Lim.
Kenyataan itu juga menyatakan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menerima dan menyokong sepenuh-penuhnya keputusan Hakim dalam perkara ini sekaligus membuktikan ketujuh-tujuh dakwaan Utusan Malaysia sebelum ini adalah fitnah belaka.
"Penghakiman semalam menyaksikan kesemua dakwaan itu sebagai 'half-truths' atau 'kenyataan separuh benar' itu sebenarnya "tidak benar sama sekali", dan setelah mengkaji dakwaan-dakwaan tersebut, berpendapat bahawa dakwaan-dakwaan itu berniat jahat dan bertujuan untuk menipu pembaca-pembaca Utusan Malaysia.
"Hakim juga memutuskan bahawa Utusan Malaysia telah mengamalkan 'selective vendetta' atau dendam terhadap Ketua Menteri dan DAP dengan tujuan untuk memfitnahkan mereka secara tidak adil,"jelas kenyataan itu.
Sebelum ini, akhbar kawalan Umno itu menyenaraikan tujuh dakwaan salah laku pentadbiran Guan Eng terhadap rakyatnya.
Berikut adalah dakwaan-dakwaan yang disenaraikan oleh Utusan Malaysia: * Menindas orang Melayu dan melenyapkan satu demi satu perkampungan Melayu di bumi Pulau Pinang; * Membatalkan atau menghalang perarakan Maulidur Rasul pada tahun 2010 (yang sebenarnya telah diadakan); * Tidak membenarkan peniaga-peniaga Melayu untuk berniaga di KOMTAR semasa bulan Ramadan; * Merobohkan gerai-gerai milik penjaja Melayu; * Menggunakan dana dari sumber perjudian untuk memberi RM100 kepada warga emas; * Merobohkan kampung-kampung Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dan Kg Genting, Balik Pulau; dan * Mengusir penduduk-penduduk India dari Kg Buah Pala.
"Kami berharap bahawa Utusan Malaysia dan media massa arus perdana yang lain akan mengambil iktibar daripada keputusan Hakim dan menghayati seruannya bahawa pengamalan kewartawanan yang bertanggungjawab adalah amat penting kepada sistem demokratik di Malaysia," tambah kenyataan itu.
Anggota Parlimen Pengerang Datuk Azalina Othman dituntut membuktikan dakwaannya bahawa peserta perhimpunan membantah projek petrokimia di kawasan itu pada 30 September lalu dibayar RM30 seorang.
"Kita menuntut supaya Azalina mengemukakan bukti dengan tuduhan berkenaan, kalau tidak, tarik balik kenyataannya dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia," tuntut gabungan 30 NGO yang mengelarkan diri mereka "Johor Yellow Front".
Azalina kelmarin berkata di Parlimen, orang ramai, yang kebanyakannya didakwa orang luar, hadir ke perhimpunan itu kerana setiap peserta dibayar RM30.
Beliau juga mendakwa kebanyakannya peserta yang hadir orang luar dan jumlanya hanya 3,000 orang sahaja dan bukan 7,000 seperti didakwa penganjur.
Dalam kenyataan bersama 30 NGO itu hari ini, mereka juga mengkritik Azalina yang didakwa gagal mendengar suara rakyat tempatan yang menolak projek itu.
"(Tetapi) Datuk (Azalina) bukan sahaja tidak menghadiri perhimpunan ini, yang lebih mengecewakan, Datuk membuat tuduhan yang mengelirukan rakyat jelata.
"Ini termasuklah kenyataan 'orang tempatan/orang luar'," menurut kenyataan itu lagi.
Mereka juga berkata, projek petrokimia itu ditolak kerana isu alam sekitar, pengambilan tanah penduduk dan terjejasnya rezeki mereka.
"Kami hendak memastikan kehidupan hadapan anak-anak kita jauh dari pencemaran. Kesemua tindakan ini menunjukkan kita mencintai tanah air kita dan berhati suci untuk memeliharanya," kata gabungan NGO itu lagi. -mk
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub. Pix: Sinar HarianSHAH ALAM: Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan, himpunan yang hendak dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Nasional Bukit Jalil 3 November ini bertujuan meneruskan pendirian mereka berkenaan dengan lapan tuntutan Bersih 2.0.
Oleh itu katanya, dakwaan himpunan dibuat kerana mahu menutup kelebihan Bajet 2013, yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 28 September lalu, adalah karut semata-mata.
Menurutnya, himpunan itu merupakan satu ruang demokrasi yang diamalkan dalam negara ini, bagi menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat dalam sistem pilihan raya negara ini.
"Tidak apa yang aneh mengenai himpunan 3 November ini, kalau benar Barisan Nasional (BN) rasa kuat, mengapa perlu bimbang dan keluarkan spekulasi yg mengarut?" katanya kepada Sinar Harian Online.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa pambangkang sengaja mahu mengalih perhatian rakyat yang sedang gembira dengan Bajet 2013 dengan mengadakan himpunan 3 November ini.
Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, niat sebenar untuk mengadakan perhimpunan itu adalah bagi mengalih perhatian rakyat yang berasa senang dengan janji yang dikotakan kerajaan.
"Kalau mereka betul-betul yakin yang rakyat senang dan gembira dengan janji-janji BN, mengapa mesti takut dan tidak yakin hingga sanggup mengeluarkan kenyataan tidak masuk akal ini?" bidas Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Beliau menambah, BN seolah-olah berhadapan dengan ancaman apabila PR mengadakan atau melakukan sesuatu.
"Apa saja yg kami cuba buat, akan diperbesar-besarkan.
"Saya yakin rakyat kini mempunyai dua pilihan sama ada terus yakin dengan BN atau beri peluang kepada kami (PR) bagi menerajui negara," ujarnya.
Ditanya mengenai persiapan perhimpunan yang akan diadakan di Bukit Jalil itu, katanya, pihak penganjur telah membuat permohonan bagi mengadakan himpunan dan berharap agar pihak stadium sudi memberi kerjasama dengan meluluskan permohonan.
"Setakat ini,jentera parti PR di setiap negeri juga telah digerakkan memberi penerangan mengenai himpunan ini,"katanya.
Beliau turut memberi jaminan tiada provokasi berlaku kerana jentera Pas sudah biasa dan berpengalaman dalam mengawal orang ramai dalam sesebuah himpunan besar. - SH
George Soros Open Sciety Foundation/ Open Society Institute/ Open Society Initiatives, 6547-BCT – 12965 Pennsylvania Avenue, New York City, United States of America
20 September 2012
Adinda-ku George,
Adalah kekanda doakan adinda dalam keadaan sihat walafiat apabila menerima surat kekanda ini. Hendaknya limpah kurnia alam semesta ini adalah untuk adinda-ku seorang saja. Segala doa dan pujian alam semesta ini adalah milik adinda-ku seorang. Kekanda sekeluarga dalam keadaan sihat. Diharapkan keluarga andinda-ku berlebih-lebihan lagi. Amin.
Kekanda sekeluarga di Kuala Lumpur, baru selesai menyambut Hari Ulang Tahun Memasang Rambut isteri kekanda. Setiap tahun isteri kekanda akan mengadakan sambutan memasang rambut baru. Jemputan untuk Upacara Pasang Rambut ini hanya untuk kaum kerabat yang terdekat sahaja. Adinda sendiri beberapa kali kekanda jemput. Sayangnya adinda-ku tidak ada masa terluang.
Berbesar hatilah kekanda memberitahu adinda-ku, pada tahun ini isteri kekanda menerima satu gumpalan rambut baru yang dihadiahi bekas Menteri Kerja Raya kekanda. Kekanda kurang arif dari mana bekas ahli kabinet kekanda dapat mengumpulkan rambut sebegini banyak. Kekanda sekeluarga amat gumbira. Agak sedih kerana tahun ini adinda-ku tidak bersama kami.
Adinda-ku George,
Bagaimana agaknya cuaca di New York sekarang? Kekanda harapkan musim sejuk tahun ini tidaklah seganas seperti ketika kekanda sampai di New York 2002 dahulu. Kekanda masih ingat lagi bagaimana salji begitu tebal ketika pesawat kekanda mendarat di Lapangan Terbang JFK. Angin sejuk bertiup kuat hinggakan rambut isteri kekanda hampir-hampir tercabut.
Apakah adinda-ku ingat lagi bagaimana adinda memberi nasihat apabila kekanda merancang untuk bertemu Presiden George Bush pada 2002 dahulu. Kekanda ingat lagi bagaimana adinda-ku memberi ingatan agar berwaspada apabila bekerjasama dengan peguam Yahudi bernama Jack Abramoff.
Adinda-ku, kekanda sedar Abramoff seorang Yahudi yang menyokong Israel. Kekanda tahu Abramoff adalah pelobi Yahudi yang penting di Washington DC. Kekanda juga tahu peguam Yahudi itu bekerja melobi ahli Kongres dan ahli Dewan Senat untuk kepentingan Isreal.
Adinda-ku George Soros,
Kekanda tiada pilihan. Macai dan Gurkha kekanda seperti Datuk Raba Raba telah berusaha kuat. Dengan hati terbuka kekanda telah bersetuju membenarkan Datuk Raba Raba untuk melanggan si Yahudi Abramoff dari syarikat Preston Gates & Ellis. Ini bertujuan memperbaiki imej kekanda yang dicemar Gerakan Reformasi.
Adinda-ku jangan risau. Memang hampir 2 juta dolar atau 6 juta ringgit duit Malaysia yang diminta si Yahudi pelobi itu. Harga ini amat mahal. Si Yahudi sengaja memberi tekanan harga kerana tahu kekanda amat 'desperate' untuk bergambar dengan George Bush.
Jangan adinda-ku risau. Wang 6 juta ringgit ini bukan datang dari duit poket kekanda sendiri. Ini ialah wang judi yang diberi tauke judi. Tauke judi ini memang kekanda pelihara sebagai orang yang akan mengumpul dana untuk kepentingan politik kekanda. Adinda wajib sedar, bukan George Bush yang bersimpati dengan Anwar Ibrahim, tetapi Anwar banyak kawan dan kenalan di kalangan ahli Kongres dan Senator. Kawan-kawan Anwarlah yang sedang buat dasar 'regime change' terhadap kekanda.
Ketika itu, kekanda terpaksa melanggan seorang pelobi Yahudi penyokong Israel kerana kekanda amat terdesak hinggakan rambut kekanda gugur, tetapi tidaklah seperti rambut isteri kekanda.
Adinda-ku George yang dimuliakan,
Tujuan kekanda menulis surat ini ialah untuk mengulangi sekali lagi permintaan kekanda yang dahulu. Kekanda rasakan, Yayasan Perdana dapat bekerjasama dengan Open Society Institute. Seperti yang kekanda terangkan dahulu, Yayasan Perdana mahu bergerak di medan antarabangsa.
Yayasan Perdana yang kekanda tubuhkan bertujuan menjadi satu NGO supaya suara kekanda dapat didengar. Kekanda mahu Yayasan Perdana menjadi payung kepada idea, pandangan dan pendapat baru. Kekanda lihat Yayasan Perdana bukan seperti Yayasan Endon yang hanya berniaga kain batik. Yayasan Perdana akan jadi NGO antarabangsa. Bermain di persada dunia bukan hanya berkain batik.
Adapun bantuan yang kekanda perlukan ialah OSI dan Yayasan Perdana dapat mengikat kerjasama untuk menjalankan beberapa projek. Kerjasama ini penting untuk Yayasan Perdana. OSI sebagai sebuah yayasan yang berpengaruh dan lama berbakti, pasti dapat membantu melonjakkan nama Yayasan Perdana dan nama Mahathir Muhamad ke persada dunia.
Kekanda selalu bermimpi dan termimpi-mimpi, satu hari nanti Yayasan Perdana diiktiraf sama seperti Amnesty International, sama saperti Green Peace – bergerak dimedia antarabangsa sebagai sebuah NGO dari negara Dunia Ketiga. Dalam surat ini, kekanda tidak malu menulis, bahawa kekanda pernah termimpi-mimpi datang ke Istana Raja Sweden untuk menerima Hadiah Nobel bagi pihak Yayasan Perdana.
Adinda-ku George Soros,
Yayasan Perdana mula bergerak cergas apabila kerajaan Abdullah Badawi atas nasihat menantunya menutup semua ruang media untuk kekanda. Ketika Abdulah jadi Perdana Menteri, kekanda menjadi kucing kurap. Di luar negara, kekanda dianggap pembawa penyakit kusta.
Biar kekanda terangkan bagaimana kekanda dimalukan. Ini berlaku apabila nama kekanda tidak dicalon sebagai perwakilan ke persidangan tahunan parti yang kekanda sediri tubuhkan pada 1988. Bayangkan kad keahlian No: 1 ialah kekanda manakala No: 2 ialah isteri kekanda sendri.
Abdullah Badawi bersama menantunya berjaya menghalang kekanda dari hadir ke Perhimpunan Agung United Malays National Organisation. Ketika inilah Perdana Foundation menjadi sabun Breeze membersihkan muka kekanda.
Adinda-ku yang disayangi,
Ketika nama kekanda diketepi, kekanda rasa seolah-olah hidup ini tiada maknanya. Bayangkan kekanda menjadi Ketua Bahagian selama hampir 40 tahun. Kekanda menjadi ahli parlimen di kawasan tersebut lebih 30 tahun. Dan kekanda adalah Menteri Perdana selama 22 tahun. Tetapi hendak datang ke persidangan tahunan parti yang kekanda tubuhkan sendiri, nama kekanda diketepi.
My Dear Soros,
Kekanda sedar ada rancangan jahat dari Amerika untuk menukar kekanda. Kekanda sedar di Amerika dan Eropah, ramai cemburu kerana kekanda berjaya mengumpul harta kekayaan. Tetapi nama kekanda tidak dapat disamakan dengan si Jebeng Suharto. Tidak dapat disamakan dengan Marcos. Kekanda tidak disiasat oleh pegawai Bank Swiss seperti yang dihadapi oleh Taib Mahmud. Atau seperti kebodohan Najib Razak yang akan dipanggil oleh Mahkamah Perancis.
Kekanda – kita berdua sama serupa. Kita berdua adalah sosok yang licik dan licin dalam hal dolar dan dinar. George Soros jaguh dalam hal jual beli dolar seantero alam. Mahathir Muhamad adalah jaguh dalam hal putar alam.
Adinda-ku George,
Adinda pernah bertanya bagaimana dengan sensitiviti orang Melayu terhadap dana dari seorang Yahudi. Dalam hal ini, adinda-ku jangan risau. Memang betul orang Melayu sensitif terhadap dana Yahudi tapi orang Melayu uga bodoh dan senang diputar. Mereka lupa, 24 dari 25 Nabi yang wajib mereka ketahui adalah orang Yahudi. Adinda-ku jangan ketawa apabila kekanda beritahu, selama ini orang Melayu tidak sedarpun kekanda bukan orang Melayu. Inilah kebangangan orang Melayu. Adinda jangan gundah gulana. Adinda jangan risau tak ketentuan. Semua telah kekanda susun. Kekanda buka beberapa NGO sebagai anak syarikat. Jangan adinda terperanjat jika diberitahu, Malaysia Peace Foundation adalah anak syarikat kekanda. Yayasan George Soros boleh salur dana kepada Malaysian For Peace.
Adinda George, projek 'naik kapal' ke Gaza yang sedang dirancang ini bertujuan supaya NGO baru ini dilihat Islamik. Mundar mandir ke Gaza untuk mengaburi mata orang Melayu. Orang Melayu akan 'naik stim' jika buka kisah Palestin dan Yahudi. Tanpa hujung pangkal orang Melayu akan hilang akal. Kalau selama ini kekanda sendiri berjaya menyamar sebagai Melayu, kekanda tidak hairan jika satu masa nanti George Soros boleh umum akan menganut agama Islam. Orang Melayu akan gumbira melangit.
Malah, kes kekanda bekerjasama dengan Abramoff itupun mati begitu sahaja walaupun ada 'puak-puak' yang cuba membuat bising. Kekanda berjaya memutar berita mengatakan, kekanda tidak tahu menahu siapa itu Abramoff.
Adinda-ku,
Ingin kekanda akhiri surat ini dengan pertanyaan. Sudahkah surat dari Malaysia Aids Council sampai ke meja adinda? [TT]
GUA akui memang tidak kenal Emma Maembong sebelum ini. Tetapi sejak seminggu yang lalu, ada saja kontroversi tentang pelakon jelita yang memegang watak sebagai Munirah dalam drama 'Kau Yang Terindah' itu.
Dari tidak mengenali langsung aktres baru itu, tiba-tiba terdetik di hati GUA untuk menyiasat lebih lanjut tentang dirinya. Begitulah penangan sebuah kontroversi yang mampu menolong melonjakkan nama sesiapa saja.
Sedikit fakta asas terlebih dahulu. Nama sebenar Emma ialah Fatimah Rohani bt Ismail. Gadis berwajah Pan-Asian ini - kacukan Melayu dan Scottish; bagaimanapun, ibu bapanya sudah berpisah - dilahirkan pada 27 Mac 1992. [sumber]
Emma merupakan panggilan manja kawan-kawannya. Nama Maembong pula, bukanlah nama glamor, gabungan Mael Lambong. Sebaliknya, ia cantuman nama ayah Emma, iatu pelukis terkenal negara, Ismail Embong dan datuknya. [sumber]
Mempunyai 10 orang adik-beradik [Sumber], salah seorang daripada adik perempuan Emma, Cha Cha juga pendatang baru dalam bidang lakonan. Terbarunya, Cha Cha tampil di slot Lestary TV3, 'Mimpi Cindarella'. Abang Emma pula, Bakri, pemain dram kumpulan Gerhana Ska Cinta dan pernah berkhidmat untuk Flop Poppy, Meet Uncle Hussain dan Azlan & The Typewriter.
Emma mula mendapat perhatian apabila tampil dalam drama 'Kau Yang Terindah', arahan Erma Fatima, di samping Nazim Othman dan Neelofa. Drama lakonan pertamanya adalah 'Facebook Ustazah Shamsiah'. Dia bakal muncul di dalam drama 'Rindu Rania' di slot Akasia TV3.
Selain berlakon, dia juga seorang model dan pelukis seperti ayahnya. Bersama ayah dan dua orang adik-beradiknya, mereka pernah mengadakan 'Pameran Seni Lukis Ismail Embong dan Anak-anak: Raja-raja, Kerajaan, Rakyat'. [Sumber]
Tidak dapat disangkal, Emma adalah bintang baru yang harus diberi perhatian. Jika ada yang masih ragu-ragu terhadap popularitinya, satu laporan di akhbar News Straits Times bertajuk 'GOOGLE: Malaysia's Top 10 Fastest Rising Searches on Google' untuk minggu 21 - 27 Sept, nama Emma tersenarai apabila gambarnya berhijab tersebar.
Kredit gambar: Facebook Emma
Dan buat anda yang tertanya-tanya, maaf, hati Emma sudahpun dimiliki oleh seorang jejaka bernama Adly Zaeem.[Sumber]
Kontroversi 1 - Dituduh "kaki propa" - Selepas gagal menghadiri sesi fotografi dengan wartawan sebuah akhbar seperti yang dijanjikan. Malah dikatakan tidak memaklumkan kelewatannya kepada wartawan berkenaan.
Penjelasan Emma: Dia lewat sejam kerana sakit teruk dan telah memaklumkan perkara itu kepada wartawan. Tetap mengagahkan diri untuk ke sesi fotografi tersebut malah menawarkan untuk mencari jurusolek sendiri bila diberitahu jurusolek sudah balik. Tetapi sesi fotografi itu terpaksa dibatalkan juga bila wartawan berkenaan sibuk.
Setiap temujanji akan dihadiri tepat pada masanya, kata Emma. Bagaimanapun, dia tidak menyalahkan sesiapa dan mengakui kesalahan sendiri. [Sumber]
Kontroversi 2 - Gambar cium - Beberapa kepingan gambarnya - di mana dia dilihat berpelukan dan bercium dengan lelaki, termasuk sekeping foto yang melihatnya berpakaian seksi - mula diedarkan di Internet.
Kredit gambar: ohbulan
Penjelasan Emma: Gambar-gambar tersebut dirakam ketika percutian bersama keluarga dan teman-teman, termasuk teman lelakinya beberapa tahun dulu. Dan lelaki bercermin mata besar yang berpakaian merah sedondon dengannya ialah adik kandungnya. [Sumber]
"Sedih sgt dgn org2 skng. Lain yg emma ckp lain yg di tulis. Tp tak apa. Pasal gamba2 tu mmg la salah emma sbb ambik gamba mcm tu, tp tu masa budak2 bukannya ema ada otak sgt pon masa tu, dlm hidup kita masing2 ada kisah silam dan sejarah hidup pahit dan manis yg kita xblh padam tp ambik tu semua sebagai ajaran.
Kredit gambar: ohbulan Masa zaman remaja apa kita buat semua xfikir guna otak asalkan kita puas hati dgn apa yg...kita buat xfikir pon pasal org lain. tp bila dah besar baru la kita mula berfikir mana salah mana betul. jadi ema mintak maaf pasal semua tu. semua manusia ada salah yg diorg buat xdpt di padam tp sama2 la kita kasi peluang dan tolong mereka berubah, bukan dgn cara mengata, mengutuk dan menghina.
ema manusia biasa sama je mcm korang semua. ema xpenah mengaku diri ema ni artis atau model atau apa2 pon. Bagi ema kita semua ni sama je level yg sama. sbb tu ema layan korang semua mcm kawan ema. Sapa nk kawn dgn ema,ema ok je sapa yg xsuka ema. Ema mintak maaf dan ampun kalau ada buat salah. May allah bless us. Salam :')
GUA suka dengan cara Emma dan diharapkan selepas ini tiada lagi kedengaran cerita-cerita kontroversi tentang dirinya. Sebagai pendatang baru, perjalanan masih jauh dan bakat yang ada harus diasah.Selamat berjaya! - GUA
GEORGETOWN: Seorang lelaki warga emas terpaksa membayar dengan nyawanya apabila dia dibelasah orang ramai ketika mengintai seorang wanita dalam tandas di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, menyebabkan dia di masukkan ke wad neurologi Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum meninggal dunia, malam kelmarin.
Mangsa yang berusia 59 tahun meninggal dunia kira-kira jam 9 malam selepas dimasukkan ke hospital sejak seminggu lalu kerana mengalami pendarahan dalam otak.
Dalam kejadian Sabtu lalu, seorang peniaga wanita masuk ke tandas untuk membuang air kecil sebelum menyedari dia diintai seorang lelaki melalui celahan pintu yang renggang.
Wanita terbabit kemudian menjerit meminta tolong dan seorang saudaranya masuk dan terserempak seorang lelaki yang berada di tandas bersebelahan.
Suspek yang berusia 59 tahun dan juga seorang pengemis dipukul beramai-ramai oleh orang awam yang berang sebelum diserahkan kepada polis. - Metro
Buat kali kelima tahun ini, Perdana Menteri, Najib akan sekali lagi melawat Sabah selama dua hari, satu lagi bukti bahawa pergolakan politik dalaman Barisan Nasional (BN) negeri semakin serius sejak akhir-akhir ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Penerangan sebentar tadi, Najib dijangka akan tiba di Kota Kinabalu pada 13 Oktober, lawatan selama dua hari Najib sebagai apa yang disifatkan "penderitaan kehilangan kredibiliti dan kehilangan aura seorang pemimpin yang lemah".
Dia akan disambut Ketua Menteri yang semakin hilang sokongan, Musa Aman, Naib Presiden Umno-APCO yang mengintai jawatan Musa, Shafie Apdal dan pemimpin parti komponen BN negeri lain seperti Joseph Pairin Kitingan dan Bernard Dompok. Sebaik tiba, Najib dijangka terus melawat ke Kampung Inobong di Penampang untuk merasmikan majlis pecah tanah bangunan Mahkamah Anak Negeri dan merasmikan pembukaan sebuah jambatan baru yang menyeberangi Sungai Moyog.
Beliau kemudian akan menuju ke Kundasang untuk menghadiri mesyuarat dengan pemimpin-pemimpin BN negeri di Taman Kinabalu Kundasang di mana Kinabalu International Climbathon kali ke-26 akan diadakan pada hujung minggu dan akan melepaskan seramai 658 peserta dari 28 buah negara jam 7 pagi pada 14 Oktober.
Perdana Menteri kemudian akan terbang ke Kudat menggunakan helikopter dan melakukan sesi 'walkabout' di Kampung Ayer dan hanya akan tertumpu di sekitar bandar tersebut tanpa memasuki kawasan yang lebih terpencil.
Jadual akhir, Najib kemudiannya akan membuat lawatan ke Tuaran, parlimen yang menyaksikan bekas Timbalan Presiden UPKO, Wlifred Bumburing keluar dari BN awal Julai lalu untuk acara bertemu rakyat sebelum kembali ke Kuala Lumpur jam 5 petang pada hari yang sama.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu mesej di Twitternya menyebut bahawa kesemua kawasan parlimen yang bakal dijelajah Najib adalah antara paling bermasalah bagi BN untuk mengekalkan kerusinya dalam pilihanraya umum akan datang.
Pengalamannya selama dua minggu berada di negeri di bawah bayu itu semasa lawatan kerja awal bulan lalu membuktikan bahawa Najib kini terdesak mengembalikan sokongan kaum Kadazandusun dan Murut kerana kemaraan berterusan Parti Reformasi Sabah (STAR) yang diketuai adik Pairin, Jeffrey Kitingan semakin membimbangkan BN negeri.
Manakala isu pendatang tanpa izin yang sudah lama dibiarkan berlarutan dijangka terus menghantui Najib walaupun panel penubuhan Jawatankuasa Siasatan Diraja (RCI) sudah memulakan siasatan mereka awal minggu ini.
Untuk rekod, parlimen Penampang yang diwakili Bernard Dompok cuma menang dengan majoriti 3,063 undi mengatasi calon KEADILAN, Dr Edwin Bosi dalam pilihanraya umum lalu berbanding majoriti yang diperolehi Peter Monjutin dari BN sebanyak lebih 12 ribu undi .
Sementara parlimen Putatan pula menyaksikan kemenangan Marcus Mojingoh susut lebih 1,200 undi menewaskan calon KEADILAN, Saukinah Yussof yang memperolehi 6,485 undi.
JALAN PULANG
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
George Soros Open Sciety Foundation/ Open Society Institute/ Open Society Initiatives, 6547-BCT – 12965 Pennsylvania Avenue, New York City, United States of America
20 September 2012
Adinda-ku George,
Adalah kekanda doakan adinda dalam keadaan sihat walafiat apabila menerima surat kekanda ini. Hendaknya limpah kurnia alam semesta ini adalah untuk adinda-ku seorang saja. Segala doa dan pujian alam semesta ini adalah milik adinda-ku seorang. Kekanda sekeluarga dalam keadaan sihat. Diharapkan keluarga andinda-ku berlebih-lebihan lagi. Amin.
Kekanda sekeluarga di Kuala Lumpur, baru selesai menyambut Hari Ulang Tahun Memasang Rambut isteri kekanda. Setiap tahun isteri kekanda akan mengadakan sambutan memasang rambut baru. Jemputan untuk Upacara Pasang Rambut ini hanya untuk kaum kerabat yang terdekat sahaja. Adinda sendiri beberapa kali kekanda jemput. Sayangnya adinda-ku tidak ada masa terluang.
Berbesar hatilah kekanda memberitahu adinda-ku, pada tahun ini isteri kekanda menerima satu gumpalan rambut baru yang dihadiahi bekas Menteri Kerja Raya kekanda. Kekanda kurang arif dari mana bekas ahli kabinet kekanda dapat mengumpulkan rambut sebegini banyak. Kekanda sekeluarga amat gumbira. Agak sedih kerana tahun ini adinda-ku tidak bersama kami.
Adinda-ku George,
Bagaimana agaknya cuaca di New York sekarang? Kekanda harapkan musim sejuk tahun ini tidaklah seganas seperti ketika kekanda sampai di New York 2002 dahulu. Kekanda masih ingat lagi bagaimana salji begitu tebal ketika pesawat kekanda mendarat di Lapangan Terbang JFK. Angin sejuk bertiup kuat hinggakan rambut isteri kekanda hampir-hampir tercabut.
Apakah adinda-ku ingat lagi bagaimana adinda memberi nasihat apabila kekanda merancang untuk bertemu Presiden George Bush pada 2002 dahulu. Kekanda ingat lagi bagaimana adinda-ku memberi ingatan agar berwaspada apabila bekerjasama dengan peguam Yahudi bernama Jack Abramoff.
Adinda-ku, kekanda sedar Abramoff seorang Yahudi yang menyokong Israel. Kekanda tahu Abramoff adalah pelobi Yahudi yang penting di Washington DC. Kekanda juga tahu peguam Yahudi itu bekerja melobi ahli Kongres dan ahli Dewan Senat untuk kepentingan Isreal.
Untuk kesekian kalinya Najib merayu lagi. Sebelum ini sudah beberapa kali beliau merayu, baik kepada pengundi Melayu, Cina, India dan rakyat biasa. Kali ini Najib merayu agar beliau diberi mandat yang lebih besar dalam pilihanraya akan datang dengan alasan untuk meneruskan pembangunan negara dan mencapai cita-cita menuju Wawasan 2020.Dalam wawancara program CNBC Conversation, Najib nampaknya secara terus-terang menyatakan hanya dengan mandat yang besar saja membolehkannya terus melaksanakan program-program yang sudah diramcang selama ini.
Kebimbangan Najib terhadap mandat besar ini pada hakikatnya menyerlahkan pelbagai perkara. Sementara beliau merasakan mandat besar amat perlu untuk survival politiknya, rakyat pula beranggapan sebaliknya. Rakyat amat bimbang dengan perilaku Najib serta barisan kepimpinan UMNO sekiranya mandat besar terus diberikan kerana ia mungkin menggalakkan lebih banyak berlaku skandal, perbuatan rasuah dan amalan membolot kekayaan peribadi.
Di Acheh mereka mengamalkan hukuman yang bertepatan dengan syariah. Mereka yang bersalah berkhalwat, berjudi dan juga minum arak akan dihukum sebat di tempat awam untuk dijadikan iktibar kepada penduduk Islam yang lain. Acheh dibenarkan mengamalkan hukum syariah oleh kerajaan pusat Indonesia (yang sekular) kerana ianya salah satu syarat pemerintahan autonomi mereka. Dengan terjalannya hukuman yang bertepatan dengan agama Islam. pihak kerajaan pusat Indonesia berharap dapat mengurangkan tentangan dari Gerakan Acheh Merdeka. Hukuman sebat biasanya dijalankan pada hari jumaat selepas solat jumaat. Ianya dijalankan di perkarangan Masjid Baiturrahman dan diperhatikan oleh orang ramai. Walaupun hukuman syariah ini mendapat sokongan ramai pihak, namum terdapat juga golongan yang merasakan perlaksanaan hukuman di Acheh adalah tidak adil. Ini adalah kerana mereka yang dihukum majoritinya terdiri dari golongan berpendapatan rendah. Golongan perpendapatan tinggi dan berkepentingan dapat melepaskan diri dari dihukum skuad Polis Moral.
SHAH ALAM – Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menjelaskan semua pihak tidak bimbang mengenai cadangan perikatan mahu menubuhkan syarikat minyak dan gas jika berjaya mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, walaupun kerajaan PR menubuhkan syarikat berkenaan, kedudukan dan hak syarikat pengeluar minyak nasional Petronas tidak akan terjejas.
Mustafa, pemimpin Pas dari Terengganu berkata, penubuhan syarikat itu tidak akan melibatkan kerja-kerja Industri Huluan Petroleum yang dijalankan oleh Petronas sebelum ini, sebaliknya hanya membabitkan kerja-kerja Industri Hiliran Petroleum.
"PR hanya hendak menubuhkan syarikat dan bukannya mengambil alih tugas ataupun hak Petronas. Read More / Baca Lagi >>
Mahathir Mohamad tidak habis-habis hendak menunjukkan diri cerdik sementara orang lain semuanya bodoh, boleh ditipu seperti mana dia mempermainkan rakyat dan juga pencabar-pencabar politiknya selama ini.
Selama ini Mahathir telah beberapa kali memperdayakan Tengku Razaleigh Hamzah sehingga ahli parlimen itu tertidur di hujung kakinya. Dia juga berjaya mengehelkan Musa Hitam, memperolak-olokkan Ghafar Baba dan paling zalim memenjarakan Anwar Ibrahim. Semua dilakukan kerana demi survive politiknya. Mahathir seorang kawan yang makan kawan atau bapa yang makan anak.
Mahathir juga melakukan apa saja yang beliau hendak lakukan kepada Abdullah Badawi sehingga akhirnya Abdullah serabut tidak senang untuk mentadbir parti dan kerajaan akhirnya berundur dengan terhormat. Mahathir tidak pernah berhenti dari terus merasakan dia hebat dan orang lain semuanya bodoh. Apakah ini rahsia dan resipi bagi seorang politik seperti beliau yang tidak pernah puas dengan kuasa?
Selepas Perang Dunia Kedua banyak negara dunia ketiga telah mencapai kemerdekaan, sama ada di Asia atau Afrika. Kemerdekaan dicapai melalui berbagai-bagai cara, sama ada penentangan secara bersenjata terhadap penjajah, melalui penentangan politik, melalui rundingan atau kuasa penjajah itu sendiri meninggalkan tanah jajahan mereka.
Kerajaan-kerajaan baru yang dibentuk selepas peninggalan penjajah, kebanyakannya melahirkan diktator baru yang menguasai negara berkenaan, sama ada di Afrika, negara-negara Arab dan juga Asia Tenggara.
Bagaimanapun, di negara yang merdeka itu, demokrasi tidak berjalan dengan baik, pilihan raya hanya untuk mengesahkan pemerintah yang sedia ada.
Lebih dahsyat lagi, apabila berlaku penolakan rakyat terhadap sesuatu pemerintah, maka untuk mempertahankan pemerintahan, kuasa luar (tentera) dijemput masuk. Campur tangan bagi mempertahankan sesuatu regim itu, sama ada dibuat secara langsung atau tidak langsung. Read More / Baca Lagi >>
Dr Mahathir semalam bercakap lagi dan menambahkan keyakinan ramai yang beliau tidak lagi berasa senang melihat kejatuhan UMNO dan BN. Jika BN jatuh beliaulah orang yang paling merasakan panasnya dan ini merupakan satu igauan bagi beliau. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti beliau akan tertekan dengan keadaan politik ciptaan beliau sendiri. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti rakyat akan membuka mata dan politik selepas itu akan menjadi mimpi ngeri bagi beliau.
Selama ini beliau merasakan beliau boleh melakukan apa sahaja terhadap politik dan rakyat negara ini. Beliau tidak pernah menyangka yang pada suatu hari selepas beliau meletakkan jawatan dan bersara dari kerajaan pimpinannya akan datang isu-isu yang menjadikan parti dan kerajaan pimpinannya akan dibelakangkan oleh rakyat semua kaum.
Tali Barut atau pengkhianat sudah tentu ia membawa kepada konotasi negatif. Tali Barut ini juga bersifat subjektif iaitu di mana pelabel itu berada.
Beberapa hari lepas sebuah organisasi yang berselindung atas nama NGO telah melabel Pegawai Kerajaan yang membocorkan maklumat rasuah dan penyelewengan sebagai tali barut. Ini satu penghinaan. Ini juga boleh disesuaikan sebagai contoh sekumpulan penyamun yang melebel ahli kumpulan mereka sebagai tali barut kerana membocorkan maklumat samunan mereka.
Tanpa menafikan bahawa sememangnya wujud kakitangan awam yang membocorkan maklumat penyelewengan kepada perbagai pihak. Malah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sendiri dalam banyak keadaan berurusan dengan ramai pegawai kerajaan dalam usaha membongkar penyelewengan dalam negara.
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kini seorang yang gelisah kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia berdepan dengan mimpi ngeri akibat dua manusia, bosnya Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.
Apakah mimpi ngeri itu? Iaitu Muhyiddin bakal mencipta sejarah sebagai Timbalan Presiden Umno yang pertama 'upgrade' ke Ketua Pembangkang pada sesi parlimen 2013.
Umno kini di persimpangan yang amat meruncing. Muhyiddin tahu, bosnya Najib sudah tidak berupaya melakukan apa-apa untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional. Yang dipentingkan bosnya hanyalah untuk meningkatkan popularitinya sahaja.
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan memberi undi kepada pembangkang sama seperti mengundi George Soros iaitu penyangak mata wang yang kejam. Beliau menegaskan, Soros menggunakan wang beliau bagi meletakkan calon pilihannya untuk memerintah negara-negara yang disasarkan. Bagi Malaysia, katanya, Soros memilih pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan pertukaran rejim dengan menjatuhkan kerajaan sedia ada. ''Mungkin sesetengah orang masih ingat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu gemar dengan 'masyarakat sivil' ketika berada dalam kerajaan dan beliau juga masih bercakap tentang perkara itu sekarang. Persamaan idea antara Soros dengan Anwar adalah penting," katanya dalam satu rencana yang ditulis untuk akhbar New Sunday Times hari ini. Dr. Mahathir secara jelas menunjukkan pembabitan Soros melalui Open Society Institute dalam menukar pemerintah sesebuah negara seperti yang berlaku di Georgia. Sebelum ini, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) juga didakwa turut menerima sumbangan daripada Open Society Institute. Dr. Mahathir turut melontar persoalan mengapa Soros membiayai Malaysiakini, sebuah portal berita propembangkang. ''Jelas sekali, tindakan itu adalah untuk menjayakan perubahan rejim dengan meletakkan calon-calon pilihannya sebagai Perdana Menteri dan menteri-menteri di dalam kerajaan Malaysia. ''Apa yang kerajaan itu akan lakukan nanti ? jika tidak melaksanakan hasrat Soros," katanya. Tegas beliau, Malaysia adalah salah satu sasaran Soros. ''Sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang ingin dijajah semula, itu adalah pilihan mereka. Tetapi saya percaya rakyat Malaysia tidak mahu menjadi tali barut asing," katanya. Menurut Dr. Mahathir, tindakan Soros itu terbukti berjaya menjatuhkan rejim di Georgia, Ukraine dan Hungary. -utusan
An anti-corruption inquiry has been launched in Malaysia after reports that public funds were used to pay for the giant wedding of a top official's son. Some 130,000 guests poured into a sports centre in the southern state of Malacca for eight hours of revelry. Malacca's chief minister, Ali Rustam, insisted the function, where food alone reportedly cost $200,000 (£124,000), had been his "own family arrangement". Opposition politicians have asked how he could afford the cost on his salary. Malaysians are having to pay more for food and petrol as the government cuts back on subsidies during tough economic times, the BBC's Jennifer Pak reports from Kuala Lumpur. Corruption allegations are therefore becoming more sensitive. The governing coalition, Barisan Nasional, has been accused of being corrupt and arrogant after 55 years in power.
Housewife Fawziah Abdul wants to thank former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohammad for making her a citizen 10 years after she illegally slipped into Borneo from the southern Philippines in search of a better life. The 50-year-old lives on the outskirts of Kota Kinabalu, the capital of Malaysia's Sabah state, where her tin-roofed shack jostles for space with more than 1,000 others in a slum where children play beside heaps of rubbish. She is hopeful that her three children will get a new home and identity cards if she votes for the government again. With a general election due within seven months, the 13-party ruling Barisan Nasional coalition is banking on Sabah and neighbouring Sarawak state on Borneo island to prolong its 55-year grip on power. But its support in the two Borneo states, which account for a quarter of parliament seats, is showing signs of slipping. A large presence of Muslim immigrants, like Fawziah, has fuelled complaints of government discrimination against Christians who have also been a bedrock of government support. Fawziah said she was a beneficiary of a secret plan said to have been approved by Mahathir that has helped fuel a five-fold surge in Sabah's population since the 1970s and turned it into a vote bank for the ruling coalition. "I am part of Project Mahathir," she said, referring to the plan. "I was told to turn up at an office with two photographs and some money," added Fawziah, who showed her identity card that lists her as a Sabah-born citizen.
Sejumlah 1,807,000 Pati dan pekerja asing sah telah direkodkan, dan daripada jumlah itu, 885,156 merupakan bagi Pendaftaran Pekerja Asing Sah.itu pada tahun 2011 .. bayangkan berapa jumlah terkini pada tahun 2012?
Okaylah.. ni gua nak bagitaw ahli parlimen PR yang MALAS dan duduk diam jer kat kerusi dalam dewan parlimen tu...
Untuk korang desak skandal ni di bongkar.. apa kata minta kerajaan Malaysia jumlahkan dan asing2kan kategori pendatang asing..
Kemudian korang kira... seorang PATI yg bekerja di negara kita harus membayar LEVI sekurang2nya 3/4 ribu setahun..mengikut kategori tugas.. sektor dan lain2..
THE prime minister, Najib Razak, fancies himself as the Tony Blair of Malaysian politics. Like the former British prime minister, Mr Najib purports to be a progressive reformer, on a mission to "modernise" his country. The British-educated Mr Najib also likes to pay as much attention to the spin on his policies as to their substance. He even hires former Blair advisers to make sure he gets it right. For all that, Mr Najib increasingly resembles the hapless Gordon Brown, Mr Blair's nemesis and successor. For years Mr Brown agitated to push his rival aside. When at last he succeeded, Mr Brown blew it by missing the chance to call an early election while he was still relatively popular. Rather than winning his own mandate, Mr Brown, unelected and indecisive, watched his authority drain away until he was boxed into calling an election right at the end of his term—which he then lost. Similarly, Mr Najib took over after an internal party coup in April 2009 against the then prime minister, Abdullah Badawi. Talk of an early election for Mr Najib to secure his own mandate first surfaced towards the end of 2010. He himself began to talk up his chances the following June. Then an election was expected towards the middle of this year. All along, Malaysia has been on an election footing, with the cautious Mr Najib ponderously cultivating the voters.
KUALA LUMPUR - The management of the Bukit Jalil National Stadium is expected to turn down Pakatan Rakyat's (PR) application to hold a mammoth gathering of 50,000 supporters there on Nov 3. A source told theSun the Malaysian Stadium Corporation (MSC), which manages the stadium, cannot process or approve PR's application yet due to ongoing roofing repair works at the stadium. This also applies to applications from all other event organisers, the source said. The source told theSun today that it was not possible to hold any form of activity in the stadium as the construction works would endanger the public. Speaking on condition of anonymity, the source said: "The management recently received an application to hold the gathering from a PAS representative. However, it is not possible to accommodate the request or those from other organisers because of the current construction works here." PAS deputy president Mohamad Sabu, also known as Mat Sabu, had on Wednesday announced at the Parliament lobby that PR plans to hold a mass gathering on Nov 3. The gathering, themed "People's Uprising" calls upon the government to address the Coalition for Clean and Fair Elections' (Bersih) eight core demands, which include a clean-up of the electoral roll and free and fair access to the media.
DATUK SERI LAJIM UKIN sebagai pemimpin veteran Sabah, mengejutkan dunia politik negara apabila beliau bertindak keluar parti ketika rakyat negara ini ternanti-nanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Dengan Pakatan Rakyat (PR) tidak berhenti-henti berkempen di Negeri Bawah Bayu ini, ramai penganalisis melihat pembangkang mampu membuat kejutan di negeri ini sekali gus mencerahkan peluang PR merampas Putrajaya.
Persoalannya sekarang, adakah Lajim mampu memberi daya tujah tambahan kepada usaha PR? Ikuti wawancara khas Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN dan jurugambar, SAFWAN MANSOR menyingkap tindakan Lajim.
Kenapa Datuk memilih keluar Umno dan Barisan Nasional (BN) sekarang?
Saya keluar kerana Umno terutamanya di Sabah bukan lagi seperti Umno dahulu. Umno Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri sendiri, Datuk Seri Musa Aman. Apa sahaja yang beliau lakukan adalah monopoli dan tiada orang lain boleh menegur. Selain itu, tiada dasar konkrit Umno di Sabah untuk mengatasi masalah yang dihadapi rakyat termasuklah di kawasan saya.
The 130,000 guests who had the sponsored 'energy drink' must have had a jolly good time during and after the wedding – especially after the wedding.
How many of you go into debt to fund the wedding of your anak tersayang? All those people who are calling for the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to investigate how Malacca Chief Minister Mohamad Ali Rustam could afford to invite 130,000 guests to his son's wedding are just suffering from the sour grapes syndrome! Now tell me, how else can Ali Rustam make the people of Malacca forget his stupidity in bringing the Eye on Malaysia from Tasik Titiwangsa to Kota Laksamana in 2008. That Eye of Malaysia had to be dismantled in October 2010 – there was that slight oversight to pay the Belgian based owner, Fitraco NV, 60% of the estimated ticket sales estimated at RM5 million a year. Ali Rustam said in February 2010 that: "We respect the decision of the court and Fitraco's right to do whatever it wants with the ferris wheel. If it does decide to remove it from Malacca, the state will get another one to replace it." I do not know if Fitraco was paid anything but I do not think Malacca got another ferris wheel to replace the Eye on Malaysia Read More / Baca Lagi >>
Pakatan Rakyat for all its 'show' also delivered a equally inadequate shadow budget for 2013.
Pakatan Rakyat has presented its' alternative budget 2013 which fails to score any better points. In fact it is a dismal one indicating that they too do not have better ways to improve the economy but are merely claiming to have one. Let us examine the two main items in the budgets of the two coalitions: i) Barisan Nasional budget – The expected revenue is RM208.6 billion and the projected expenditure is RM251.6 billion with a deficit of RM43 billion. ii) Pakatan budget – The expected revenue is RM197.1 billion and the projected expenditure is RM238 billion with a deficit of RM40.9 billion. a) Revenue Since 1997 when Malaysia was badly hit by the financial crisis that originated from Thailand, Malaysia's budget has been operating at a deficit . In plain language the government's annual revenue is insufficient to cover the cost of its expenditure. Surely if Pakatan wants to take over the government it should work out a plan to overcome this serious recurrent financial woe. A surplus revenue over expenditure reflects a government ability to deliver more goods and services to the people without borrowing. But this is not possible given Malaysia's long standing economic ills since the Mahathir era. Hence Pakatan should present a rescue budget plan to tackle the financial misfortunes of the country by tabling a budget with a much higher expected revenue than that of BN. Malaysia is blessed with many resources and with better governance the economy should be able to recover. Colossal illicit outflow Read More / Baca Lagi >>