Gambar di bawah ini menunjuk pemimpin kanan PKR Tian Chua berdemo di depan Kedutaan Thailand dan membantah kehadiran Perdana Menteri dari negara Gajah Putih ini hadir ke Malaysia . Ia jelas memalukan negara dan cuba menjejaskan hubungan baik antara dua buah negara .
Tetapi tindakan Tian Chua sebenarnya memakan diri boss nya iaitu Anwar Ibrahim yang tidak dibenarkan memasuki Thailand yang dijadualkan menyampaikan ucapan di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT)
Untuk rekod , ini merupakan kali ke 2 beliau disenarai hitam daripada memasuki negara lain sebelum ini di Jepun Januari 2014,
Anwar yang telah mendapat maklumat awal daripada pihak Kementerian Luar Thailand tentang namanya telah disenarai hitam, memaklumkan kepada FCCT bahawa beliau tidak menghadiri majlis tersebut atas nasihat peguamnya berikutan kesnya masih dalam perbicaraan. Difahamkan Kerajaan Thailand menyenarai hitam Anwar kerana tindakan Naib Presiden PKR, Tian Chua mengadakan demonstrasi membantah lawatan Perdana Menteri Thailand , Jen Prayuth Chan-ocha ke Malaysia pada Isnin 1 Disember 2014. KLIK DI SINI
Orang ramai khususnya pemimpin yang berpengalaman perlu menilai ucapan seseorang pemimpin lain secara menyeluruh dan tidak hanya mengambil petikan ucapan tertentu untuk dijadikan modal kritikan semata-mata.
Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican (gambar) berkata, sebagai contoh, teguran Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd. Zaidi Mohd Said baru-baru ini wajar diterima secara positif dan tidak dilihat sebagai berbaur perkauman.
Beliau mengulas kenyataan Mohd. Zaidi yang mempersoalkan masih ada aktiviti haram milik orang Cina di negerinya semasa Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini.
Katanya, merujuk kepada penjelasan yang diberikan Mohd. Zaidi semasa Perhimpunan Agung UMNO, beliau melihat perkara itu dibuat atas dasar teguran yang ikhlas dan jujur, sekali gus wajar untuk diterima sebagai asas kukuh sebelum mana-mana pihak terus memanipulasikan secara negatif.
"Mohd. Zaidi menjelaskan secara spesifik dengan merujuk kepada perkataan 'kadang-kadang' yang menunjukkan tidak semua kaum Cina di Pulau Pinang berbuat demikian. Saya sebut dengan jelas dalam ucapan saya.
"Saya tidak kata semua masyarakat Cina di Pulau Pinang, saya kata kadang-kadang ada segelintir orang Cina di Pulau Pinang terlibat dalam aktiviti begitu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu, Reezal Marican berkata, ucapan Mohd. Zaidi juga bukan merupakan satu tindakan semberono yang bertujuan menyentuh kepada kenyataan politik kebencian kaum.
Drama DAP mengelak dakwaan berlaku aktiviti bercanggah undang-undang yang membiayai DAP di Penang masuk babak baru apabila Kit Siang menggesa Zahid Hamidi mematuhi sumpah yang dilakukan dengan nama Allah yang dibuat olehnya sebulan lalu untuk menahan mereka yang melakukan provokasi sensitif ditahan 24 jam.
Nampaknya jika ada segala kegiatan tak sihat dalam politik mereka ia akan terus terpelihara kononnya isu sensitif. Kepala atuk kau di Min Nan sana. Mereka kini lebih hodoh dari Hongkong, Taiwan, Singapura dan China!
Mereka seperti berkata "kami akan kaitkan semuanya dengan perkauman." Now who's being racist, in an extreme manners ?
Lim Guan Eng patut suruh bapanya yang sudah nyanyuk ini diam.
KUALA LUMPUR, Dec 2 — Inaction over an Umno leader's remarks against the Chinese community during the party's annual assembly last week has prompted a DAP lawmaker to recall Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi's oath to pursue cases of provocation "immediately".
Pointing out that over three days have elapsed since Umno Permatang Pauh division chief Datuk Mohd Zaidi Said drew outrage with his claim that the Chinese in Penang bought political clout using illicit gains, DAP's Lim Kit Siang today reminded the minister of his previous pledge for prompt action.
"More than two months ago, at an Umno Lumut function, Zahid swore: 'As the minister responsible for the Royal Malaysian Police, wallahi billahi tallahi (I swear to Allah) that if police reports are lodged against any individual who impinged on a sensitive issue, the police will start investigations immediately, if possible within 24 hours.'
"Why then the silence and inaction by the police to the numerous police reports which had been lodged against Mohd Zaidi and Mashitah for sedition and other crimes of hate speech in the past few days – well exceeding the 24-hour deadline in Zahid's public oath?" Lim asked today.
Other than the controversy over Zaidi's speech, Wanita Umno Baling chief Datuk Dr Mashitah Ibrahim repeated the previously-debunked claim that a Chinese person had burned a copy of the Quran in Kedah and urged delegates to speak up. - MALAY MAIL
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Sarawak tycoon Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib says he did not have affairs (hubungan sulit) with women from all over the world.
Mahmud denied it in a Syariah High Court here when replying to his former wife Shahnaz A. Majid's counsel Akbardin Abdul Kader during cross-examination yesterday.
Asked by Akbardin whether he had affairs with other women between 1992 and 1999, he replied: "It is not true."
However, Mahmud added that he did meet an Australian woman who was attending a course for Muslim converts in Singapore at the time.
But he denied that he met a Latvian woman and a Russian woman during that period.
The 51-year-old son of Sarawak Governor Tun Abdul Taib Mahmud was testifying at the hearing of the RM100mil mutaah (conciliatory gift) claim by Shahnaz as divorce settlement.
Akbardin asked whether the Latvian woman was non-existent and if the plaintiff had given false evidence, Mahmud said: "It is all false."
Mahmud said he was surprised to know Shahnaz was worried when he did not return to Sarawak and stayed at his father's house here between 1994 and 1997.
"It is true that I seldom came back to our house. I am puzzled, if she was restless, why did she vent her anger.
"She was scolding me as I left the house (in Sarawak)," Mahmud added.
Earlier, he said he knew Shahnaz when they were both 15 years old. He was studying at Victoria Institution and she, at the Methodist Girls' School here.
Mahmud also said that he was of Sarawakian-Polish-Russian parentage and is the second of four siblings, adding that their son Raden Murya Abdul Taib was about 18 years old when they divorced. The couple were married on Jan 9, 1992, and divorced on May 11, 2011.
Syarie judge Muhamad Abdul Karim Wahab adjourned the trial to Jan 21.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
1. Di zaman revolusi industri di Barat, pekerja ditindas oleh majikan. Upah amat rendah, keadaan dalam kilang tidak selesa, kemalangan kerap berlaku sehingga ada yang terbunuh, dan bermacam lagi.
2. Pemikir Barat berpendapat jika kilang dimiliki oleh Kerajaan, dan Kerajaan pula dikuasai oleh buruh, maka semua keuntungan akan diperolehi oleh Kerajaan dan diagih di antara pekerja. Sudah tentu pendapatan pekerja akan meningkat.
3. Inilah asas ideologi Sosialis dan Komunis. Seperti mana kita tahu sistem ini gagal. Sebabnya ia gagal ialah oleh kerana apabila upah dinaikkan kos pengeluaran turut naik dan harga jualan menjadi tinggi. Rampasan kuasa dan harta golongan kaya pula mengurangkan pasaran tempatan bagi barangan mewah. Tanpa pasaran mewah, walaupun pekerja dibayar gaji yang lebih, jualan tidak laris dan keuntungan berkurangan. Dayabeli pekerja tidak meningkat, iaitu mereka terus menerus miskin. Dalam pasaran dunia pula, barangan harga tinggi dari negara sosialis tidak dapat bersaing dengan barangan dari Asia Timur. Sekali lagi keuntungan menurun sehingga ada yang terpaksa gulung tikar.
4. Dengan itu industri yang dahulu memberi keuntungan yang banyak sudah tidak maju lagi selepas dimilik negara. Cukai untuk Kerajaan juga menurun. Tanpa perolehan cukai yang tinggi infrastruktur negara juga tidak dapat didirikan.
5. Maka merosotlah pembangunan negara apabila industri dimiliki Kerajaan. Akhirnya pemilikan oleh Kerajaan terpaksa dihentikan.
6. Apakah kelebihan bagi negara jika industri dimiliki dan diusaha oleh swasta. Yang pertama Kerajaan tidak perlu keluar modal barang satu sen pun. Tetapi 25% daripada keuntungan akan diperolehi oleh Kerajaan sebagai cukai korporat. Lesen dan aneka jenis permit akan dibayar kepada Kerajaan.
7. Cukai juga akan diperolehi semasa kilang didirikan dan daripada keuntungan kontraktor dan pengurus-pengurus mereka yang bergaji tinggi. Benar cukai-cukai ini akan dibayar oleh kontraktor dan pengurus jika kilang yang dibina milik Kerajaan. Tetapi bayaran kepada kontraktor dan lain-lain datang dari duit Kerajaan. Cukai sebenarnya dibayar oleh Kerajaan.
8. Pengurusan kilang memerlukan "operating cost" yang termasuk gaji, kos elektrik, bahan mentah, alat ganti dan lain-lain. Semua ini akan dibayar oleh swasta. Jika dimiliki oleh Kerajaan, semua perbelanjaan ini perlu ditanggung oleh Kerajaan.
9. Katakanlah untung 100% akan dimiliki oleh Kerajaan. Tetapi 25% adalah cukai yang akan diperolehi oleh Kerajaan jika bukan kilang Kerajaan pun. Sebenarnya Kerajaan dapat 75% sahaja daripada keuntungan, bukan 100%.
10. Jika rugi, Kerajaan akan tanggung 100% kerugian. Jika dimiliki swasta kerugian akan ditanggung oleh swasta. Tetapi cukai keatas gaji dan pendapatan pengurus yang bergaji tinggi masih didapati oleh Kerajaan walaupun kilang tidak untung.
11. Apabila Kerajaan hutang untuk membina dan memiliki kilang, bayaran faedah akan ditanggung oleh Kerajaan.
12. Walaupun kilang menjadi aset dan nilainya lebih dari hutang, tetapi nilai ini hanya bermakna jika kilang dijual dan pendapatan diguna untuk membayar balik hutang. Jika tidak dijual aset ini tidak akan kurangkan hutang. Kerajaan bukan sahaja terpaksa bayar faedah tetapi juga hutang pokok. Ini tetap mengurangkan keuntungan lagi.
13. Bila kilang rugi beban yang dipikul Kerajaan amatlah besar. Bukan sahaja tidak ada keuntungan bagi Kerajaan, tetapi hutang masih perlu dibayar.
14. Biasanya kilang yang dimiliki dan diurus oleh Kerajaan rugi atau tidak untung banyak. Ini adalah oleh kerana pemilik dan pengurusan tidak didorong oleh motif keuntungan. Sesungguhnya pemilikan kilang atau perniagaan lain oleh Kerajaan tidak berfaedah. Sebaliknya apabila syarikat dan khidmat Kerajaan seperti pos, telekom dan lain-lain lagi diswastakan pekerja Kerajaan dapat dikurangkan dan peruntukan untuk gaji diselamatkan untuk kegunaan lain.
15. Walau bagaimanapun Kerajaan perlu labur untuk kilang yang membawa masuk teknologi yang diperlukan oleh Negara, umpamanya teknologi canggih dan tinggi. Walaupun rugi tetapi teknologi yang didapati boleh memajukan negara kearah Wawasan 2020.
16. Sesungguhnya pemilikan perniagaan oleh Kerajaan tidak berfaedah dan tidak menyumbang kepada pendapatan Kerajaan.
hahaha terkena dehhh....Puak-puak pencacai ingat nak guna isu ni untuk hentam Najib tapi silap bro...
Sebab itulah kita perlukan juga GLC dan konglomerat multinasional seperti FGVH, UEM, Tabung Haji, Petronas dan sebagainya selain swasta untuk menjana pendapatan negara.
GLC milik rakyat dan kerajaan Malaysia semua tapi puak-puak DAP dan pencacai PR selalu kata ia milik kroni...kroni la sangat kalau ia milik Melayu dan Islam....dengki ler tew...
ADUN DAP, Ng Suee Lim berkata, DAP akan tetap meminta jawatan timbalan speaker kedua daripada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali kerana ia dijanjikan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Ng, dilaporkan Malaysiakini berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua untuk membincangkan lebih lanjut dengan Azmin Ali.
"Ya (Majlis Pimpinan Pakatan janji jawatan timbalan speaker). Bagi dia (Tony) bincang dululah.
"Kita tengok macam mana. Kita akan bincang dalam keadaan yang baik," katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Annex, Shah Alam hari ini.
"Semasa tamatnya kemelut menteri besar, Majlis Pimpinan Pakatan telah bersetuju untuk melantik satu lagi timbalan speaker.
Ng berkata, untuk melantik timbalan speaker baru hanya memerlukan pindaan dalam enakmen sahaja selepas persetujuan dicapai di kalangan komponen Pakatan.
Menurutnya, sejak kemelut menteri besar Selangor yang lalu, DAP tetap dengan pendirian untuk bersama dengan Pakatan.
"Kita tidak berganjak pendirian kita. Tetap istiqamah walaupun kita diserang pelbagai pihak.
"Persoalan sekarang ialah kenapa PKR boleh dapat menteri besar, tambah exco. Itu persoalan yang timbul," katanya lagi.
Ng merupakan ADUN DAP Sekinchan yang tewas merebut jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangn Negeri (DUN) Selangor, dikalahkan ADUN PAS Bangi, YB Mohd Shafie Ngah
ADUN DAP itu yang dicalonkan ADUN DAP Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dan disokong oleh ADUN DAP Kinrara, Ng Sze Han mendapat 14 undi, manakala ADUN PAS, dicalonkan ADUN PAS Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan disokong oleh ADUN PAS Meru, Dr Abd Rani Osman mendapat 28 undi
Ditanya lanjut bilakah pertemuan bersama Azmin akan dibuat bagi membincangkan perkara itu, Ng berkata ia akan dibuat dalam masa terdekat.
"Selepas ini, mungkin selepas sidang DUN," katanya lagi.
Semalam, Tony berkata, DAP tetap akan melobi agar satu lagi jawatan timbalan speaker diwujudkan selepas ia dimenangi PAS melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN sebelum ini.
"Kami tidak berniat untuk menghalang timbalan speaker dari PAS yang telah dilantik .
"Kami hanya menuntut bahawa timbalan speaker kedua dilantik seperti sebagaimana di Perak dan Sabah," ujar Tony dalam ucapannya dalam Konvensyen DAP Selangor semalam.
Tony berkata DAP sentiasa setia kepada perjuangan Pakatan walaupun semasa krisis Menteri Besar Selangor.
Selain ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh kini memegang jawatan speaker, namun parti itu meminta satu lagi jawatan timbalan diperuntukkan kepada pihaknya selaras dengan PKR yang mendapat tambahan satu kerusi EXCO.
"DAP merasakan bahawa permintaan kami adalah adil dan tidak keterlaluan. DAP minta Menteri Besar, Azmin Ali adil kepada DAP," katanya.
Beberapa penyokong keturunan Cina rasanya penyokong parti DAP berdasarkan cara percakapan mereka yang ditemui memandang sinis kemenangan Malaysia melawan Singapura kerana Gol Malaysia dijaringkan ketika tiada penjaga gol di gawang Singapura. Apa komen anda?
Dato Najib sedia di kritik tapi jangan sampai melampau hingga atas sebab dan bersifat peribadi dan leterlaluan hingga menjatuhkan parti. Memang banyak ruang untuk dibaiki dan terutama sekali Najib terpaksa warisi masaalah yang lepas.
Namun begitu, bandingkan dengan Pulau Pinang. Pelaburan jatuh sebab Guan Eng asyik sibuk berpolitik dari perbetulkan memantau dan merancang ekonomi Pulau Pinang.
Asyik jual tanah saja dan akhirnya tiada rumah mampu milik untuk rakyat. Dia nak isikan Pulau Pinang dengan rakyat asing agaknya.
Bajet dah defisit lalu terpaksa ...
Penindasan dan pembersihan etnik ke atas orang Melayu berterusan. Dyana suka tu ....
Pada hari perasmian pejabat Malaysiakini baru pada November 22hb, pihak penganjur tak benarkan pengunjung yang tidak membawa Pas melawat ruang operasi di tingkat atas. Bangunan baru mereka 4 tingkat dan dibeli dengan harga yang tak diberitahu.
Tony Pua, Latheefa Koya dan Zunar yang hadhir dapat naik. Tapi gambar ini boleh lihatkan betapa mewah pejabat Malaysiakini.
Ia menunjukkan betapa banyak wang Malaysiakini dari sumbangan asing. Namun begitu Mkini berpura-pura meminta donation dari orang ramai dengan program buy a brick pad aharg RM1 ribu sebiji batu bata.
Ada syarikat yang beli sampai RM25 ke RM50 ribu satu.
Antara syarikat dan organisasi tersebut adalah: CHER FOUNDATION, UCTIONliST.COM, GARDENIA, institusi pendidikan dll.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali hari ini mengakui bahawa kerajaan negeri belum menunaikan manifesto PRU lepas berhubung tawaran Biasiswa Menteri Besar.
Menurutnya, perkara itu tidak pernah dibawa kepada Jabatan Perbendaharaan negeri untuk dibincang dan diperhalusi tatacara pelaksanaannya.
"Tiada mekanisme dirangka bagi program biasiswa ini sehingga sekarang.
"Perkara ini sepatutnya perlu dibawa ke dalam perbincangan Jabatan Perbendaharaan negeri supaya apa yang kita janjikan dapat ditunaikan bergantung kepada kedudukan kewangan.
"Namun, perkara ini tidak berlaku walaupun ia sebahagian daripada manifesto kita, menyebabkan sehingga hari ini tidak ada satu pun peruntukan jelas, tatacara atau mekanisme untuk melaksanakannya," katanya ketika menjawab soalan Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) pada persidangan Dun Selangor di sini.
Bee Yin bertanya mengenai status Biasiswa Menteri Besar kepada rakyat Selangor yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU lepas.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika melancarkan manifesto Pakatan Rakyat bagi PRU13 dilaporkan berkata, biasiswa itu akan diberikan kepada pelajar ijazah lanjutan dengan bon kerajaan negeri sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor.
GEORGETOWN - Polis akan memanggil penganjur majlis makan malam perajurit Parti Komunis Malaya (PKM) di Taman Chai Leng Seberang Perai Sabtu lalu.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti individu yang terlibat dan akan memanggil mereka untuk membantu siasatan dalam masa terdekat.
Menurutnya, polis menerima 24 laporan setakat ini termasuk dua di Johor mengenai penganjuran majlis itu. akan malam berkenaan.
"Daripada laporan yang kita terima, penganjuran majlis itu menimbulkan keresahan, kegusaran dan ketakutan masyarakat terhadap kemungkinan perjuangan komunis akan dihidupkan semula.
"Mereka akan dipanggil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sabtu lalu, kira-kira 800 individu dipercayai ahli dan susur galur keluarga bekas ahli PKM di Malaysia dan Thailand dikatakan hadir pada majlis makan malam anjuran Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia.
Majlis itu dipercayai dianjurkan bagi memperingati ulang tahun ke-25 penandatanganan persetujuan damai Hadyai membabitkan parti itu yang seolah-olah cuba mengangkat perjuangan Setiausaha Agung PKM, Chin Peng.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Tun Abdul Taib menafikan dakwaan bekas isterinya bahawa beliau mempunyai hubungan sulit dengan ramai wanita di seluruh dunia sebagai faktor keretakan rumah tangga mereka.
Ketika memberi keterangan di mahkamah pada 2 September tahun lepas, Shahnaz Abdul Majid turut mendakwa bekas suaminya itu mempunyai hubungan dengan beberapa wanita bukan muhrim termasuk dari Latvia dan Rusia.
"Saya hanya mengenali seorang gadis mualaf dari Australia yang menyertai kursus agama di Singapura pada 1999," kata Mahmud Abu Bekir ketika disoal balas peguam Akbardin Abdul Kadir yang mewakili Shahnaz.
Beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa punca kegagalan rumah tangganya adalah disebabkan sikapnya yang dianggap 'playboy', curang dan panas baran.
Mahmud Abu Bekir turut menyifatkan keterangan bekas isterinya itu mengenai beberapa insiden termasuk pukul dan tidak bertanggungjawab dalam tempoh tahun 1994 sehingga 1999 adalah rekaan semata-mata.
Mahmud Abu Bakar berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes tuntutan mutaah yang difailkan Shahnaz, kakak kepada ratu jazz negara, Datuk Sheila Majid, berjumlah RM100 juta.
Pada 11 Mei 2011, Mahkamah Tinggi Syariah mengesahkan perceraian talak satu antara Mahmud Abu Bekir dengan Shahnaz yang berkahwin pada 9 Januari 1992 dan dikurnia seorang anak lelaki, Raden Murya, 21. - Bernama
Meskipun usia kian senja, penyanyi ini belum meninggalkan tabiat buruknya. Kalau dahaga, dia akan menogok arak macam minum air mineral. Baik di rumah atau ketika bekerja, arak setia di sisi.
Berikutan tabiat itu, dia sering berdepan masalah, malah mutu nyanyiannya juga 'ke laut'. Pernah persembahannya dikritik kerana menyanyi macam orang lalok.
Seorang rakan pernah mendapatkan 'show' untuk penyanyi ini. Yelah, niatnya mahu membantu penyanyi ini tapi tak sangka pula terpaksa berdepan macam-macam kerenah penyanyi ini.
Bersungguh-sunguh dia mendapatkan 'show' di utara tanah air, tiba-tiba penyanyi ini buat hal. Belum pun habis persembahan, penyanyi ini menggelupur mahu balik.
Kononnya mahu menonton persembahan rakannya di satu kelab yang akan berlangsung dalam masa dua tiga jam lagi.
Biar betul, paling tidak pun perjalanan mengambil masa lima jam. Lainlah kalau mereka naik kapal terbang, tak sampai sejam boleh sampai.
Lagipun persembahan belum selesai, mahu dia tak naik hantu apabila penyanyi ini tetap berkeras mahu pulang. Pasal bayaran tahu pula berkira. Belum apa-apa lagi sudah minta duit.
Itu belum campur lagi bab terpaksa bersabar dengan tabiat minum penyanyi ini. Tak kira masa, tak kira tempat, sesuka hati menogok arak.
Memang bikin hatinya panas sepanjang mengendalikan persembahan penyanyi itu. Ada satu lagi kejadian ketika dalam perjalanan ke negeri di pantai timur untuk menjayakan persembahan, penyanyi ini minta mereka berpatah balik kerana baru teringat tertinggal kunci. Sha yang mendengar hanya geleng kepala.
MUMBAI 30 Nov. – Aktres, Priyanka Chopra, berdepan dengan masalah selepas premis miliknya yang terletak di Versova, barat negara ini dijadikan pusat pelacuran, baru-baru ini.
Menurut laman web ibtimes, polis Mumbai telah menyerbu premis tersebut yang didakwa dijadikan pusat untuk aktiviti tidak bermoral selepas pelakon berusia 32 tahun itu menyewakannya kepada seorang pemilik pusat kecantikan, Pusat Kecantikan dan Spa Charisma.
"Pusat kecantikan itu terletak bersebelahan klinik ibunya, Madhu. Polis telah menyerbu lokasi tersebut selepas menerima laporan tempat itu dijadikan pusat pelacuran hasil maklumat daripada orang ramai, awal bulan ini," lapor akhbar tempatan India, Mid Day.
Hasil siasatan yang dijalankan, pasukan polis berjaya menahan pengurus pusat kecantikan berkenaan, Dinesh Chandrakant dan menyelamatkan tiga wanita yang akan dijadikan pelacur.
"Kami sedang mencari pemilik pusat kecantikan itu, Manik Soni dan selepas dia ditahan barulah kita dapat mengetahui perjanjian sebenar antara pemilik spa dan Chopra," dedah pegawai penyiasat tersebut.
Chopra kini dilaporkan terganggu dengan masalah tersebut dan tidak mengetahui premis miliknya dijadikan sarang pelacuran, malah, Chopra yang mempercayai Soni sebelum ini pernah melawat pusat kecantikan itu bersama ibu serta adiknya, Siddhart.
Pasir Putih : Satu kejadian samun dan cubaan rogol berlaku di sebuah rumah di Lorong Sentosa Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Putih.
Semasa kejadian terdapat 3 orang di rumah terbabit, mereka di datangi oleh dua penyamun lelaki bermotosikal.
Mereka bertindak ganas terus merampas berbagai barangan berharga yang ada pada mangsa serta yang ada di dalam rumah terbabit.
Salah seorang mangsa wanita sedang mandi telah di tarik keluar ke ruang tamu, suspek sempat membuka seluar mahu merogol salah seorang mangsa namun hajat nya tidak kesampaian setelah di panggil rakan nya.
Suspek terus bertindak ganas dengan menumbuk muka mangsa dan menoreh dengan pisau yang mengakibat kan kecederaan.
Selepas itu suspek terus lari keluar, mangsa yang cedera telah di hantar ke Hospital Tengku Anis mangsa mengalami luka pada bawah mata dan kesan torehan pada pipi.
Kes ini telah dirujuk kepada pihak terbabit dan gerakan memburu suspek giat dijalan kan, suspek berbadan kurus dan gambaran wajahnya telah di lakar bagi mengesan suspek.
Kuala Lumpur: Penemuan bukti rakaman video lucah suami bersama 'kekasih gelap' menyebabkan seorang isteri disebat dengan tali pinggang bertalu-talu hingga pengsan oleh suaminya.
Dalam kejadian jam 2 pagi semalam, mangsa berusia 24 tahun dibelasah suami sehingga cedera teruk di rumah mereka di Cheras di sini, susulan tindakan mangsa membongkar hubungan sulit itu.
Difahamkan, mangsa baru berkahwin setahun lalu dan suaminya sering bersikap panas baran terhadapnya kerana mempunyai teman wanita lain.
Sumber polis berkata, mangsa yang tidak bekerja sering ditinggalkan suaminya yang mendakwa sibuk dengan tugasan luar.
"Bagaimanapun mangsa mendapat maklumat suaminya mempunyai kekasih lain menyebabkan dia melakukan pemeriksaan terhadap barangan peribadi lelaki itu.
"Mangsa dikatakan membuka komputer riba milik suaminya sebelum terkejut apabila menemui video lucah suaminya melakukan adegan seks bersama dua wanita berbeza," katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian bertanyakan perkara itu kepada suami bagi mendapatkan penjelasan.
"Bagaimanapun lelaki itu 'naik angin' sebelum menampar mangsa berulang kali di muka.
"Tidak cukup dengan itu mangsa turut dibelasah menggunakan tali pinggang hingga jatuh pengsan. Suspek kemudian keluar dari rumah dengan membiarkan isterinya terlantar tidak sedarkan diri," katanya.
Menurutnya, mangsa yang tersedar daripada pengsan beberapa jam kemudian tampil membuat laporan polis di Balai Polis Cheras di sini, untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, Harian Metro pernah melaporkan kes sama apabila seorang isteri berusia 20-an turut membuat laporan polis selepas menemui video aksi lucah suaminya bersama beberapa wanita lain disembunyikan di dalam komputer riba.
Mangsa turut dibelasah suaminya hingga cedera teruk sebelum mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Salak Selatan di sini.
Miri: Seorang wanita warga Indonesia meraung sebaik doktor memaklumkan dia berkemungkinan dirogol selepas ditemui orang awam tidak sedarkan diri di Terminal Bas, Pujut, di sini, kelmarin.
Mangsa berusia 33 tahun itu ditemui lengkap berpakaian dalam keadaan tidak sedarkan diri jam 9 pagi dan dibawa ke Hospital Miri untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut, bagaimanapun punca sebenar kejadian belum diketahui.
Sumber berkata, mangsa yang masih dalam keadaan lemah dan trauma, meronta-ronta ketika dimaklumkan doktor ada tompokan air mani pada alat sulitnya.
"Mangsa dipercayai diberikan dadah sebelum dirogol, selepas hasil ujian air kencing mendapati dia positif methaphetamine.
"Punca kejadian masih belum diketahui kerana mangsa masih trauma dan polis masih menyiasat kejadian yang menimpa mangsa," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathon Ringgit berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan selepas hospital membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri, di sini.
Katanya, mangsa masih dirawat di Hospital Miri dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/13224#sthash.qJhvVt6Q.dpuf
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Kalau dulu ada istilah polong bertuan dan polong tak bertuan, kemudian muncul pula blog goblok dan terkini blogger bangang.
Blog Waadat masuk kategori mana?
Menariknya kali ini ialah apabila orang yang mencetuskan istilah tersebut ialah seorang presiden. Beliau bukan sebarang presiden kerana yang dipresidenkan ialah sebuah parti tertua di negara kita dan mengetuai kerajaan Malaysia tanpa pernah terputus sejak 1957 walaupun sudah beberapa kali kelihatan seperti hampir putus nyawa.
Negara kita pula bukan sebarang negara. Ia tertubuh di atas tanah yang dulunya pernah tertegak sebuah empayar bernama Melaka.
Melaka pula bukanlah empayar biasa. Ia pernah diberi amanah meneruskan peranan empayar Islam selepas bani Uthmaniah berakhir di Sepanyol.
Tidak banggakah kita menghuni di rumah pusaka yang hebat?
Berbalik pada isu blogger bangang. Ia terbit bersama ayat "kerja dengan siapa?" Kemudian ditokok tambah sesedap rasa oleh pecacai-pecacai parti sesuai dengan parti yang dianutnya. Kalau UMNO, UMNO lah. Kalau PAS, PAS lah. Begitu juga jika pecacai itu PKR dan lebih-lebih lagi askar upahan DAP, maka dimanipulasikan lah sesuka hati.
Ayat "kerja dengan siapa?" itupun Demang tidak dengar sendiri dari mulut sang presiden. Demang tidak hadir PAU sebab Demang tidak rasa perlu hadir. Lagipun Demang bukan ahli UMNO, jauh sekali perwakilan atau pembahas usul presiden ataupun johan pidato UMNO seperti sahabat Demang saudara Mustafa Musa.
Tahniah kepada wakil UMNO Melaka itu. Demang percaya beliau bukan setakat hebat di gelanggang pidato malah istiqomah dalam perjuangan bangsa.
Demang rasa yang dimaksudkan presiden ialah blogger yang dibayar oleh UMNO untuk mempertahankan UMNO di media maya sebaliknya bertindak menembak UMNO. Jika demikian, Demang tidak terlibatlah.
Takkanlah sesekali 'terjemput' ke jamuan raya dan kadang-kadang sempat bersalam dengan presiden UMNO dah dikira pekerja UMNO?
Jikapun pernah mendapat cabutan bertuah dan diberi duit tambang 2-3 tahun sekali ketika hadir program penerangan isu semasa sudah dianggap blogger berbayar?
Sebenarnya penulis blog sama seperti pengunjung warung kopi. Asalnya datang ke warung sekadar untuk hilangkan haus atau teringin merasa minum di luar.
Bukanlah mengeteh namanya kalau setakat order, teguk sampai habis dan terus balik. Biasanya akan berbasa-basi dan bertanya khabar dengan teman-teman. Dari situ melarat lah pada topik-topik lain, isu semasa hinggalah pada ekonomi dunia dan masalah hukum serta fatwa. Hal seluar dalam orang pun kadang-kadang jadi topik hangat juga.
Blogger ibarat pengunjung tetap warung yang rajin bercerita. Tidak ada siapa yang menyuruh dia bercerita. Namun jika dia pandai berceloteh maka secara tidak langsung dia telah membina kelompok audiens yang sedikit sebanyak akan terpengaruh dengan ceritanya.
Pengaruh inilah yang dibimbangi orang politik. Blogger yang berpengaruh mampu menukar persepsi orang ramai. Cerita warung tidak terhenti di situ sahaja. Ia dibawa balik ke rumah untuk dikongsi dengan isteri dan dari situ merebak dari dapur ke dapur sehingga satu kampung mengetahuinya.
Mulut pemberita tak bergaji di warung-warung tidak boleh dikawal. Kalau setakat belanja secawan kopi dan berharap mereka akan setuju dengan kerajaan selama-lamanya, jangan haraplah.
Namun mereka juga manusia biasa. Kalau pandai mengambil hati, lunak lah sikit bicaranya.
Ucapan presiden UMNO kelmarin menggambarkan seolah UMNO mempunyai pasukan blogger yang bekerja dengan UMNO. Jika betul begitu, apa salahnya? Itu hal 'keluarga mereka' (ada orang kata 'syarikat mereka').
Kesimpulannya di sini, blogger pada asalnya adalah penulis bebas namun ada juga yang memang kerjanya menulis blog.
Demang pernah menulis panjang lebar isu blogger dan keprihatinan UMNO terhadap blogger prokerajaan sebelum ini namun ada pula yang menuduh Demang dan sahabat-sahabat minta bayaran.
Demang tegaskan sekali lagi:
Pertama, kami bukan minta bayaran tetapi minta supaya UMNO lebih cerdik memilih blogger yang sepatutnya hendak dibayar, itupun jika UMNO rasa aktivis media sosial itu penting. Jika tidak, teruskan sahaja cara UMNO zaman dinosour itu.
Kedua, oleh kerana kami generasi awal blogger adalah penulis bebas yang menyara anak bini melalui cara lain (yakni bukan dengan mengambil upah menulis blog), maka jangan terlalu berharap yang kami akan menulis yang baik-baik sahaja berkenaan kerajaan.
Demang rasa dua perkara di atas memang sukar dipersetujui oleh UMNO maka biarlah kita kembali cara asal.
Cara asal? Ertinya blogger bebas akan tulis ikut suka blogger. Kalau nak gelar 'blogger bangang', goblog atau sebagainya tolong khususkan pada orang atau kumpuan blogger tertentu.
Ingat, audien blogger ialah rakyat biasa dan jika orang tidak suka singgah ke blog tersebut maka apalah ertinya lagi menjadi blogger dan pembiaya blogger pun tidak dapat apa-apa manafaat.
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Orang-orang lama dahulu mengungkapkan peribahasa Melayu dengan begitu cantik sekali. Antaranya, siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Begitu jugalah dengan beberapa orang bloggers yang melompat apabila Presiden UMNO, DS Najib Tun Abdul Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat "friendly fire".
Antaranya adalah blogger terkenal yang asyik menghentam Kerajaan sejak akhir-akhir ini iaitu Abdul Kadir Jasin, pemilik blog 'A Scribe of A Kadir Jasin' dan Syed Akhbar Ali, pemilik blog 'OutSyed The Box'. Komen mereka dipetik oleh The Malaysian Insiders, di sini.
Untuk berlaku adil, CTS keluarkan kembali skrip kenyataan Presiden UMNO berkenaan:
"Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly. Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang."
Bagi CTS tidak perlu terasa hati kalau pertama, kita tidak menyerang Kerajaan dan berperang sesama sendiri. Perlu diingat, CTS tidak rasa kalau kita menegur kepimpinan parti akan membawa maksud seperti kenyataan Presiden UMNO seperti di atas. Keduanya, kalau kita tidak cari makan dengan UMNO. Cari makan di sini termasuklah mendapat projek jutaan ringgit dan elaun bulanan yang lumayan.
CTS tidak merasakan DS Najib marah kepada sesiapa yang mahu mengkritik atau menegur Presiden UMNO atau pemimpin-pemimpin lain tetapi yang CTS rasa beliau marah adalah kerana segelintir yng sudah sebat duit UMNO berjuta RM nilainya. Apabila duit berkenaan habis, bloggers sampah ini menggunakan taktik hentam DS Najib lagi. Kemudian minta duit lagi dari UMNO untuk menutup mulut. Itu sahaja yang CTS rasa Presiden UMNO marah.
CTS kerapkali terjumpa gambar di bawah yang viral di media-media sosial. CTS terlalu 'naive' untuk mentafsirkan apa yang cuba disampaikan. Agaknya apanama yang cuba disampaikan oleh kartun sinis di bawah?