Sabtu, 14 April 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 14 Apr 2012 03:11 AM PDT

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


CERAMAH UMUM ANJURAN PAKATAN RAKYAT PARIT SULONG

Posted: 14 Apr 2012 02:29 AM PDT



Kami diangkatan muda keadilan cabang parit sulong, menjemput kepada semua terutamanya bagi penduduk dikawasan parit sulong untuk hadir ke caramah umum " WANITA TOLAK UMNO PRU 13 " yang akan diadakan pada hari ini 14-4-12 jam 9-00 malam bertempat di No. 27A Kampung Separap jalan simpang lima parit sulong.

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Posted: 13 Apr 2012 09:37 PM PDT

Haniza Talha - Landscaping New Politics


JOM Kenali Cinta

Posted: 13 Apr 2012 09:26 PM PDT

Image

2012 April – Seramai 90 orang belia DUN Taman Medan telah turut serta dalam Program JOM Kenali Cinta anjuran Generasi Idaman Selangor (GeMS). Maklum balas daripada para peserta sangat positif. Mereka berharap, masa yang lebih diberikan untuk program yang serupa di masa akan datang.

Program yang diadakan di Dewan Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), seksyen 13, Shah Alam. Panelis yang diundang; Ust Nazmi Karim, Nurul Iman, Solehah Amie Sofea.

Program susulan akan diadakan dalam 3 bulan akan datang.


Anwar Ibrahim

Posted: 13 Apr 2012 07:22 PM PDT

Anwar Ibrahim


Peneroka Felda: Durian Runtuh atau Durian Reput?

Posted: 13 Apr 2012 03:08 AM PDT

KEADILAN memandang serius kenyataan PM Najib bahawasanya kesemua 112,634 peneroka di 317 tanah rancangan FELDA dan 22,468 pekerja FELDA akan mendapat durian runtuh terbesar yang mereka tidak pernah impikan sehingga mereka akan "tersandar, rebah dalam kejutan" hasil tawaran awam permulaan atau "initial public offering" (IPO) FELDA Global Venture Holdings (FGVH) yang dijangka selesai penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada lewat Mei atau awal Jun 2012.

2. Dengan "gula-gula" pilihanraya semanis ini, kami menjangkakan para peneroka dan pekerja FELDA akan menerima saham FGVH secara percuma di samping sejumlah wang tunai sagu hati insentif penyenaraian tersebut.

3. Malangnya, jangkaan tersebut ternyata meleset kerana menurut sumber yang boleh dipercayai, para peneroka dan pekerja FELDA tidak akan menerima saham percuma atau wang tunai insentif penyenaraian.

4. Sebaliknya, KEADILAN difahamkan bahawa:

4.1  Para peneroka dan pekerja FELDA diwajibkan membuat pinjaman dengan beberapa bank terpilih untuk membeli saham FGVH meskipun segelintir daripada mereka mungkin mempunyai simpanan untuk membiayai permohonan membeli saham IPO tersebut

4.2 Walaupun margin pinjaman adalah 100%, tempoh pinjaman adalah untuk 6 bulan sahaja yakni para peneroka dan pekerja terpaksa membayar balik keseluruhan pinjaman dengan simpanan sendiri semasa menerima borang merah jambu/biru ATAUPUN menggunakan hasil jualan saham FGVH di pasaran terbuka nanti untuk membiayai pembayaran balik pinjaman sebelum atau pada tamat tempoh 6 bulan

4.3 Walaupun "stamping fee" diketepikan, para peneroka dan pekerja FELDA masih perlu membayar kepada bank fi dan caj sebanyak RM200 apabila pinjaman dengan rasminya dikeluarkan atau RM100 sebagai rebat jika pinjaman dilunaskan awal semasa borang merah jambu (bagi pekerja) atau biru (bagi peneroka) diterima

4.4 Kadar faedah "daily rest" pada paras 5% setahun yakni lebih 2.5 kali ganda kadar faedah pinjaman mudah bagi National Feedlot Centre (NFC) pada paras 2%

5. Jelas sekali apa yang disifatkan oleh PM Najib sebagai "lonjakan berganda" ini sebenarnya lebih cenderung ke arah membuka peluang niaga baharu dan memberi kesempatan kepada institusi kewangan terbabit mendapat hasil atas titik-peluh dan keringat peneroka dan pekerja FELDA, terutamanya 5 bank pelaburan yang dilantik menyelenggara kesemua perkara berkaitan penyenaraian, 7 bank yang dipilih untuk memberi pinjaman membiayai pembelian saham, dan beberapa syarikat pembrokeran saham yang dilantik untuk menjalankan urusniaga jual-beli saham di pasaran terbuka. Yang paling ketara adalah bil yuran dan caj tinggi yang perlu ditanggung oleh FGVH atas khidmat nasihat dan pengurusan gerak-kerja penyenaraian oleh 2 bank pelaburan domestik dan 3 asing iaitu Maybank Investment, CIMB Investment, Morgan Stanley, JP Morgan dan Deutsche Bank ke atas FGVH.

6. Malah, pendekatan sebegini juga akan menyebabkan kecairan pada pegangan ekuiti Bumiputera dalam FGVH seusai peneroka dan pekerja FELDA menjual saham mereka di pasaran terbuka untuk melunaskan hutang kepada bank. Walaupun KPF dijangka akan kekal sebagai pemegang saham terbesar di samping Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) manakala syarikat asing hanya ditawarkan sebahagian kecil saham dalam IPO FGVH, tiada apa yang menghalang mana-mana pelabur (Bumiputera dan bukan Bumiputera) dari membeli saham FGVH di pasaran terbuka.

7. Lebih malang adalah nasib anak peneroka daripada generasi kedua dan ketiga setelah harapan mereka untuk menjadi peneroka baharu dengan mengusahakan tanah ladang kelapa sawit seluas 360,067 hektar tanpa peneroka milik FELDA Plantations Sdn Bhd berkecai kerana telah dicagar kepada FGVH selama 99 tahun bagi tujuan penyenaraian.

8. KEADILAN menggesa agar PM Najib menghentikan "umpan undi" atau "rasuah politik" seumpama ini dengan serta-merta, dan menerangkan kepada umum perangkap yang tersirat di sebalik ‘durian runtuh’ ini. PM wajib menjawab kepada setiap satu mekanisme di atas bagi meleraikan kebimbangan ramai, lantas benar-benar memberi fokus yang sewajarnya atas hak dan kepentingan mereka yang kurang bernasib baik!

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap
Naib Presiden KEADILAN

Wee Choo Keong

Posted: 13 Apr 2012 03:49 PM PDT

Wee Choo Keong


“Rashdan to exit gracefully!” said MESA of MAS

Posted: 13 Apr 2012 12:26 PM PDT

Yesterday (13-4-2012) MESA Union of MAS has sent an e-mail to Tan Sri Md Nor Yusof (Md Nor), the MAS  Chairman and also one of  the brains behind the project known as "Widespread Assets un-Bundling" ( “WAU”) in 2002 / 2003 when he was the MD of MAS. It was under WAU that on 25-9-2003 [...]

PKR PENGKALAN HULU

Posted: 13 Apr 2012 01:09 PM PDT

PKR PENGKALAN HULU


Chua Yee Ling: Kita Akan "Bersihkan" Regime Barisan Nasional Dalam PRU13 Yang Akan Datang

Posted: 13 Apr 2012 08:47 AM PDT

AMK BATU

Posted: 13 Apr 2012 09:28 AM PDT

AMK BATU


Bersih pertikai larangan berarak ke Dataran Merdeka

Posted: 13 Apr 2012 03:06 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 April: Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mempersoalkan kenyataan polis yang melarang peserta perhimpunan Bersih 3.0 berarak ke Dataran Merdeka.

"Anda fikir peserta akan menaiki helikopter? Mereka harus berjalan kaki, atau memandu," katanya.

Katanya lagi, Bersih akan menetapkan laluan untuk membantu peserta ke Dataran Merdeka, dan peserta mesti mematuhinya bagi mengelakkan sebarang masalah.

Beliau juga menyangkal dakwaan perhimpunan itu akan mencemarkan status Dataran Merdeka sebagai warisan sejarah.

"Setiap minggu, pelbagai pihak mengadakan acara dan aktiviti di Dataran Merdeka, jadi mengapa hanya kami yang mendapat halangan?

"Adakah hanya kerana pihak berkuasa tidak suka dengan apa yang kami suarakan?" soalnya lagi.

Ambiga juga menyuarakan keyakinan perhimpunan kali ini akan berjalan dengan lancar dengan kerjasama polis.

"Seperti juga semasa perhimpunan sebelumnya, kami bertegas akan menyerahkan sendiri mana-mana pihak yang cuba mencetuskan kekacauan kepada pihak berkuasa," katanya lagi.

Bersih menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 dengan tema 'Duduk Bantah' di Dataran Merdeka 28 April ini, ekoran tidak berpuas hati dengan laporan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) untuk Pembaikan Pilihan Raya yang tidak memenuhi lapan tuntutan mereka.

Selain Dataran Merdeka, Bersih 3.0 juga akan diadakan di beberapa lokasi lain di Malaysia, dan 33 buah bandaraya di seluruh dunia.

Jika anda suka berita ini, sila 'Like' laman Facebook KeadilanDaily.

Anda juga boleh 'follow' Twitter KeadilanDaily.

Pindaan Auku bercanggah kampus demokrasi dan autonomi

Posted: 13 Apr 2012 03:01 AM PDT

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon mengkritik tindakan kerajaan pusat yang membuat pindaan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak membawa perubahan yang sebenar, malah bercanggah dengan prinsip kampus demokrasi dan autonomi pelajar.

Pindaan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan permintaan dan pendapat umum untuk mansuhkan AUKU, malah mencengkam kebebasan akademi dan mahasiswa serta meneruskan dasar campur tangan politik daripada pemerintah ke atas pentadbiran universiti.

Sebenarnya pindaan yang dikemukakan hanya untuk meredakan kemarahan rakyat semata-mata khasnya Pilihanraya Umum Ke-13 yang kian dekat. Pindaan ke atas Seksyen 15 AUKU yang membenarkan pelajar mendaftar sebagai ahli dalam parti politik tetapi melarang politik parti ke dalam kampus adalah bercanggah diri dan tidak masuk akal.

Kerajaan telah menunjukkan keyakinan diri yang lemah dan tidak berwibawa dalam menangani pindaan AUKU. Pindaan tersebut adalah ketinggalan masa serta membongkarkan bahawa kerajaan pusat tidak berupaya berdepan dengan golongan mahasiswa yang berfikiran bebas serta kritikal.

AMK menegaskan bahawa pindaan AUKU tidak mengembalikan kuasa kepada golongan akademik dan mahasiswa. Pihak universiti masih kekal dengan kuasa menafsir undang-undang dan menjatuhkan hukuman. Samada sesuatu persatuan/aktiviti adalah sah atau haram, memenuhi kepentingan universiti atau tidak, semuanya tertakluk di bawah tafsiran pihak universiti.

Mahkamah universiti yang tertutup atau 'kangaroo court' masih dikekalkan dan diguna untuk menghukum mahasiswa yang lantang serta kritikal terhadap pihak universiti atau kerajaan. Kesemua ini adalah bercanggah dengan hak asasi manusia serta prinsip kampus demokrasi.

AMK berpendapat bahawa sekiranya kerajaan pusat ingin membina imej menepati janji dan transformasi Perdana Menteri Najib, maka janganlah mengurus universiti seperti cara mengurus tadika atau melayan mahasiswa seperti budak-budak kecil. Akibat daripada itu, matlamat transformasi tidak akan tercapai malah menjadi bahan jenaka orang ramai.

Oleh itu, AMK menegaskan bahawa pindaan AUKU yang dibuat oleh kerajaan bukan sahaja tidak membawa sebarang makna kepada kampus demokrasi, malah tidak bertepatan dengan permintaan rakyat untuk menjalankan reformasi yang tulen. Buku Jingga telah menggariskan bahawa bila Pakatan Rakyat menjejaki Putrajaya, maka AUKU akan dimansuhkan. Pakatan Rakyat akan melaksanakan kampus demokrasi serta autonomi pelajar.

LEE KHAI LOON

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN BUKIT PAYONG

Posted: 14 Apr 2012 03:50 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Pemuda Bukit Payong siap sedia hadapi PRU 13

Posted: 13 Apr 2012 09:56 PM PDT

Bukit Payong : Pemuda PAS Bukit Payong telah membuat persiapan terakhir bagi menghadapi pilihanraya ke 13 dengan terasminya Markas Besar Pemuda DUN di sini, semalam.

Majlis perasmian itu telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu (DPPNT) Ustaz Mohd Nor Hamzah.

Turut hadir ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Marang Ustaz Khalil Abdul Hadi, seluruh ahli jawatankuasa Pemuda DUN dan wakil PAS Kawasan Marang Encik Harris Abd.Malek.

Dalam ucapan perasmiannya Ustaz Mohd Nor menggesa agar semua pemuda menanamkan didalam diri sifat kepatuhan kepada ketua dan tidak berkira-kira dalam menjalankan tugas.

Sambil memberikan contoh yang berlaku kepada pasukan tentera Tholut ketika menentang Jalut dizaman dahulu, kisah di dalam al-Quran itu seharusnya dijadikan iktibar terbaik bagi jemaah.

"Walaupun Tholut adalah dari kalangan orang miskin dan ditolak kepimpinannya oleh sebahagian besar bani Israel namun bagi mereka yang patuh dan percaya akan perintah Allah maka mereka itulah yang mendapat kemenangan," tegasnya.

Tambah beliau lagi laluan bagi kemenangan pasti akan ada ujian dan tidak akan berjaya sesuatu perjuangan itu sekiranya tidak berjaya menghadapi ujian itu.

"Askar-askar Tholut telah diberitahu bahawa mereka akan menghadapi ujian dalam perjalan perang mereka menentang Jalut.

Ujian mereka ialah sebatang sungai setelah perjalanan yang jauh merentasi padang pasir dan bukit bukau.

Sesiapa yang beriman ialah orang yang tidak meminum air sungai itu atau mereka yang hanya mengambil seteguk sahaja air sungai itu.

Namun, sebahagian besar mereka gagal dalam ujian itu apabila mereka meminum air sungai itu sehingga kekenyangan," katanya mengimbau sejarah al-Quran di dalam surah al-Baqarah itu.

Oleh itu beliau menggesa agar pemuda mempersiapkan diri mereka bagi menghadapi ujian dalam perjuangan ini.

Pemuda juga digesa agar merapatkan saf yang mana ianya sangat disukai oleh Allah seperti yang Dia ungkapkan di dalam surah as-Saf berkenaan perancangan yang baik patut dilakukan oleh jemaah Islam dalam menghadapi perang.

Turut berucap ialah Ustaz Khalil Abdul Hadi yang menekankan agar menjaga semangat setiakawan didalam jemaah.

Beliau turut menyeru kepada pemuda agar tidak terlalu menghiraukan perkara remeh temeh yang kadangkala berlaku dalam jemaah agar tumpuan kepada perkara yang lebih besar tidak terjejas.

Majlis diakhiri dengan gimik pelancaran oleh Ustaz Mohd Nor dan jamuan makan gulai kambing.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 14 Apr 2012 01:47 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Joy jadi lelaki

Posted: 13 Apr 2012 01:45 AM PDT

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JOY berwajah perempuan (kiri) dan lelaki (kanan).
JAKARTA: Muhammad Prawirodijoyo, yang selama 19 tahun dianggap wanita kerana keabnormalan kongenital atau kemaluannya, akhirnya sah menjadi lelaki selepas menjalani pembedahan penyesuaian kelamin, semalam.

Pembedahan itu membabitkan 24 pakar perubatan, diketuai oleh Dr Kariadi di Hospital Besar Semarang.

Jurucakap hospital, Darwito, berkata Muhammad yang selama ini dikenali sebagai Siti Maimunah dan juga Joy, menghadapi masalah keabnormalan kongenital iaitu lubang kencing berada jauh di belakang.

"Ia menyebabkan air kencingnya meleleh sedikit demi sedikit dari kemaluannya setiap kali dia membuang air kecil," kata Darwito.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan pakar perubatan itu mendapati Joy mempunyai zakar.


"Pemeriksaan ultrasound juga menunjukkan dia mempunyai testikel tetapi tidak normal," katanya.

Pembedahan itu dijalankan dalam dua peringkat.
Semalam, pakar bedah melakukan uretroplasti untuk membuat saluran kencing baru di bahagian bawah zakarnya.

Pembedahan kedua akan dilakukan enam bulan selepas pembedahan pertama dengan pakar bedah berharap dapat mencantumkan saluran kencing baru pada hujung zakar Joy.

Dia menjadi tajuk akhbar apabila mengemukakan petisyen untuk menukar jantinanya dari wanita kepada lelaki tahun lalu.

Mahkamah Semarang meluluskan permohonannya 27 Disember lalu, apabila usianya genap 19 tahun. - JP

Salam Perjuangan

Posted: 13 Apr 2012 11:37 PM PDT

Salam Perjuangan


UMNO MAKIN KETANDUSAN MODAL POLITIK

Posted: 13 Apr 2012 06:02 AM PDT

"Jika sesat, mengapa PAS tidak diambil tindakan?"
21 Jamadil Awal 1433 H | 13 April 2012

SHAH ALAM - Rakyat tidak akan 'termakan' dengan modal kempen P:Pas menjelang Pilihan Raya Umum (PRU13), kononnya Pas sebuah parti politik sesat, yang sedang dibawa oleh Umno sekarang, kata Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sehubungan itu beliau juga menegaskan bahawa kempen P:Pas yang sedang dibawa Umno bukan perkara baru, malah sudah kedengaran sejak dua dekad yang lalu.

"Ini bukan perkara baru. Sudah lebih 20 tahun Umno membawa dakwaan kononnya PAS sebuah parti sesat.

"Kalau selama 20 tahun orang ramai tidak termakan dengan dakwaan Umno, jadi saya pasti rakyat tidak akan terpengaruh dengan kempen ini.

"Pas sebuah pertubuhan berdaftar, parti yang sah, bukan parti sesat. Kalau benar kami sesat, pastinya JAKIM sudah ambil tindakan... tetapi ini tidak berlaku, jadi saya anggap perkara ini sengaja dibawa oleh Umno," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Tuan Ibrahim juga berkata, Umno Terengganu cuba membawa isu ini untuk mengalih pandangan rakyat daripada masalah pokok yang sebenar, selain menutup kelemahan yang ada pada parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Mengikut laporan media semalam, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, program P:Pas iaitu Pas: Parti Ajaran Sesat yang bermula di Terengganu kelmarin akan diteruskan ke seluruh negara.

Sambil menegaskan Pas tidak bimbang dengan program sedemikian, Tuan Ibrahim menegaskan, dasar rakan komponen Pakatan Rakyat itu berlandaskan Islam dan al-Quran.

"Kami sebuah parti yang perjuangan bersandarkan pada ajaran Islam. Kami mengadakan dasar dan program bersandarkan Islam, yang mana ia berbeza berbanding Umno.

"Ini jelas dan boleh dilihat di Kelantan," katanya lagi.

"Saya fikir Umno hendak mengalih pandangan rakyat. Misalnya, apabila program Pas Ganti Umno yang dilaksanakan di Terengganu mulai berjaya, Umno sudah rasa bimbang dan kini memulakan kempen seperti ini," katanya lagi. - SinarHarian

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Posted: 13 Apr 2012 09:08 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


Bangkit 2.0 diadakan pada 28 April

Posted: 13 Apr 2012 04:41 AM PDT

KOTA KINABALU, 12 April: Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) akan mengadakan Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat atau Bangkit 2.0 pada 28 April ini, di Padang Merdeka. Kota Kinabalu.

Pengerusi Tabah, Hisammuddin Sulaiman berkata, perhimpunan tersebut bakal bergabung serentak dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada tarikh serta lokasi yang sama.

 

"Tabah akan terus mengadakan perhimpunan aman ini tanpa melibatkan sebarang perarakan seperti mana yang diuar-uarkan akan dilaksanakan oleh Bersih. Tujuan kita hanyalah bagi menyuarakan perasaan rakyat dan orang kampung yang mengalami masalah tanah.

"Tabah juga akan memastikan setiap peserta mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan tidak mahu sebarang anasir liar dan jahat dimulakan oleh peserta. Kita mahu buktikan kepada seluruh dunia bahawa peserta perhimpunan aman ini semuanya baik dan mengikut peraturan," katanya.

Menurutnya, Tabah akan menghantar surat pemberitahuan kepada pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu bagi memaklumkan perhimpunan berkenaan dan memohon kawalan keselamatan bagi sebarang kemungkinan provokasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Tabah hanya akan mengadakan perhimpunan sahaja. Sebarang perarakan perlu bertanyakan kepada parti politik sama ada mereka mahu buat atau tidak," ujar beliau dalam sidang media pelancaran Bangkit 2.0 di sini kelmarin.

Sementara itu, Setiausaha Tabah yang juga Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu memaklumkan bahawa persetujuan awal yang diperolehi semasa pertemuan bersama Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Ahmad Sofi Zakaria pada Mac lalu juga turut mengakui hanya dua lokasi yang dibenarkan untuk perhimpunan iaitu sama ada di Stadium Likas atau Padang Merdeka.

"Polis sudah memberikan persetujuan, hanya dua lokasi di sekitar Kota Kinabalu ini sesuai untuk berhimpun sama ada di Stadium Likas atau Padang Merdeka.

"Cumanya, kita diminta untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan berkenaan bagi penggunaan tempat," jelas Lahirul.

Tambahnya, memorandum turut akan diserahkan semasa perhimpunan tersebut dengan diwakili oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

"Oleh sebab Ketua Menteri terlalu ego untuk berjumpa dengan rakyat semasa 123 Bangkit yang lalu, maka pada hari tersebut kita akan menyerahkan memorandum serupa kepada pimpinan Pakatan Rakyat bagi menyelesaikan isu yang berbangkit.

"Kita mahu, hak rakyat Sabah ini dikembalikan kepada mereka, katanya.

PAS Kawasan Miri

Posted: 13 Apr 2012 07:24 PM PDT

PAS Kawasan Miri


Siapa Sebenarnya Menghina Rakyat Sarawak?

Posted: 13 Apr 2012 09:15 AM PDT

Pemimpin BN Menghina Rakyat Sarawak
Merujuk kepada kenyataan Menteri Muda Kemudahan Awam Dr Jerip Susil dalam Utusan Borneo ianya berkata, Kerajaan akan memberi keutamaan kepada rakyat yang menyokong Barisan Nasional (BN) dalam agihan peruntukan dan projek-projek pembangunan.

Beginikah cara pemikiran seorang Menteri BN yang masih tidak sedar diri yang selama ini hasil dan alaun yang diterima mereka sebagai wakil rakyat dan juga sebagai menteri adalah hasil wang pembayar cukai.

Bukan semua pembayar cukai penyokong BN, jadi kalau begitulah cara pemikiran pemimpin BN, maka kita sebagai pembangkang pun boleh berkata, kita pun tidak perlu membayar cukai sebab kita tidak mendapat hasil dari bayaran cukai yang kita bayar.

Kenyataan tersebut hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang baru belajar bukannya untuk orang dewasa yang sudah dapat menilai baik buruk sesuatu perkara. Mereka fikir penduduk kampung atau penduduk luar bandar begitu mudah tertipu dengan kenyataan yang dibuat oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan.

Kita mendesak agar menteri berkenaan, janganlah sombong dan menghina kepintaran anda dengan berkata seperti itu kepada rakyat Sarawak, seolah-olah rakyat Sarawak ini terlalu daif tahap pemikiran mereka. Kalau ditakdirkan BN pula jadi pembangkang satu hari nanti di Sarawak, adakah mereka yang bercakap seperti itu dapat menerimanya?
Sekarang mereka bercakap mengikut sesuka hati mereka saja tanpa memikir akan hal dan perasaan rakyat. Mereka menghina rakyat seolah-olah rakyat hamba kepada mereka setelah rakyat mengangkat mereka sebagai menteri atau wakil rakyat. Merekalah Boss dan rakyat adalah kuli mereka.

Rakyat Sarawak sekarang bukannya bodoh dan hina seperti dulu sampai dipandang rendah seolah-olah mereka tidak akan maju tanpa BN.

Sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, pihak pemerintah hendaklah berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik dan bukannya mengugut rakyat.


Kita berharap rakyat Sarawak, dapat menilai sendiri kenyataan pemimpin BN yang selama iniyang secara tidak langsung menghina dan memandang rendah keupayaan rakyat Sarawak untuk membangun dan maju tanpa BN. Kerajaan boleh bertukar ganti kerana yang akan menjalankan tugas kerajaan adalah rakyat juga bukannya pemimpin BN.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version
BN leaders Insulting people of Sarawak
Referring to the statement of the Assistant Minister of Public Utilities Dr. Jerip Susil in Borneo Post it was said, the Government will give priority to people who support the Barisan Nasional (BN) in the allocation and development projects.

Is this the way of thinking of a Minister of the BN that is still not realize that all this while the revenue and their allowances received as an elected representative and as a minister is the result of taxpayers' money.

Not all taxpayers are BN supporters, so if that's the thinking of the BN leaders then we as the opposition shall be said, we do not have to pay taxes because we do not get revenue from payment of tax we pay.

The statement is only suitable for children who are just learning rather than for adults who are able to evaluate the pros and cons of things. They thought that the villagers or the rural population is easy to be fooled by the statements made by those who have an interest.

We urge the minister not to arrogant and insulting your intelligence by saying likes that to the people of Sarawak, as if the people of Sarawak are very weak levels of their intelligence. If BN were fated to be the opposition one day in Sarawak, are those who talk like that to accept it?

Now they talk just as they pleased without thinking of it and the feelings of the people. They are insulting the people as if the people slaves to them after the people taken them up as the minister or representatives of the people. They are the boss and the people are their laborers.

The people of Sarawak now not stupid and contemptible as before to be despised as if they will not be developed without BN.

As a government that is elected by the people, the government should do justice to all regardless of race, religion and politics and not threaten people.

We hope the people of Sarawak be able to evaluate the fact the BN leaders that all this while which indirectly insult and underestimate the people of Sarawak to develop and progress without BN. Government can interchange because that will carry government duties are the people too instead of BN leaders.

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 13 Apr 2012 03:44 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BILA KALAH BN, PENDIDIKAN MALAYSIA AKAN JADI PERCUMA, MASYALLAH BESTNYER !

Posted: 13 Apr 2012 02:22 AM PDT

Komen : Memang Malaysia mampu beri pendidikan percuma kalau Pemerintahnya pandai mengurus kekayaan yang melimpah ruah dalam Malaysia ini dengan minyak petrol, minyak sawit, buah sawit, balak, emas, bijih timah dan getah serta banyak lagi. Seronoknya tak ? bila Ibu bapa cuma cari nafkah untuk belanja anak sekolah, pakaian sekolah dan tambang sahaja. Pelajar Universiti yang susah tak perlu jual sampai jual dadah, jual maruah dan pil kuda cari wang biayai pembelajaran yang semakin mahal.

Pendidikan Percuma Di UNISEL Dan KUIS Bermula September

KELAM kabut pemimpin-pemimpin BN apabila PR mencadangkan agar PTPTN dihapuskan. Sejak perkara ini dibangkitkan boleh dikatakan setiap hari akhbar-akhbar perdana serta blog-blog penyokong kerajaan termasuk yang picisan cuba menjustifikasikan bahawa cadangan PR itu adalah mustahil dilaksanakan.

Kata mereka cadangan itu akan menyebabkan kerajaan akan menanggung beban sebanyak RM43 billion di mana segala beban itu akan berpindah ke bahu rakyat dan rakyatlah yang akan menderita.

Nampak benar yang kerajaan BN tidak mampu berfikir panjang atau berfikir di luar kotak. Tidak mungkin Dato' Seri Anwar, seorang yang berpengalaman sebagai Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran akan mencadangkan sesuatu yang tidak masuk akal dan membebankan rakyat.

PR sentiasa mendahulukan rakyat dan tidak akan sekali-kali membiarkan rakyat menderita sepertimana yang dilakukan BN hari ini. Kerana itulah, PR menjanjikan pendidikan percuma untuk semua peringkat jika PR memerintah.

Bagi membuktikan kepada rakyat bahawa PR bukannya bercakap kosong seperti yang dituduh oleh BN, maka kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan cadangan ini di dua IPTS iaitu Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Industri Selangor (UNISEL) sebaik sahaja menang pilihanraya yang dijangka paling lewat pada September depan.

Untuk makluman, jumlah untuk menampung kos pendidikan di KUIS ialah RM369.98 juta dan UNISEL RM851.29 juta. Dengan jumlah sebanyak itu, BN memandang sinis janji PR dan menuduhnya sebagai janji palsu.

Namun, PR mempunyai pemimpin yang mampu memandang ke hadapan dan menyedari bahawa untuk melahirkan generasi yang cemerlang, maka ia harus bermula dengan memastikan para pelajar tidak dibebankan dengan hutang serta tidak perlu menanggung kerisauan memikirkan kos pengajian dan sara hidup. Hanya dengan cara ini maka mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.

Sebenarnya, memberikan pendidikan percuma di kedua-dua universiti ini bukan mustahil sepertimana yang dimomokkan BN.

Dengan kebijaksanaan kepimpinan PR di Selangor, belanjawan Selangor 2012 negeri ini mengaggarkan peningkatan hasil cukai (8.23%) dan hasil bukan cukai (40.12%) untuk 2012. Simpanan tunai kerajaan Selangor kini mencecah RM1.2 bilion – jumlah tertinggi dalam 28 tahun.

Kecekapan dan ketelusan kepimpinan membantu menjadikan penjimatan dan pelonjakan pendapatan negeri sesuatu yang berterusan dan dengan itu, pendidikan percuma kepada kedua-dua universiti tersebut adalah tidak mustahil sama sekali.

Hari ini, walaupun mendapat pinjaman PTPTN, masih lagi ada pelajar yang bekerja secara separuh masa di hari minggu untuk menampung hidup mereka. Kita juga sering membaca pendedahan mengenai pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi yang membuat kerja-kerja haram termasuk menjadi GRO atau pelacur.

Kita faham bahawa tekanan pelajar hari ini bukan sahaja untuk lulus periksa, tetapi yang lebih sukar ialah tekanan arus kemodenan dunia di mana gajet atau barangan teknologi canggih adalah satu keperluan dan bukan lagi kemewahan. Kerana itu, ramai pelajar-pelajar universiti terpaksa mencari wang tambahan untuk memenuhi keperluan ini.

Jelaslah di sini bahawa pinjaman PTPTN yang tidak seberapa itu tidak membawa erti kepada mereka.

Justeru, sebaiknya pelajar tidak dibebankan langsung dengan yuran dan kos-kos lain. Dengan cara ini, mereka tidak perlu mencari wang tambahan dan bolehlah menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan sekali gus menjadi insan yang berjaya di masa hadapan.

KOMPLOT 3 SERANGKAI DIDAKWA BUAT KERJA CIKAI

Posted: 12 Apr 2012 11:22 PM PDT

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar percaya tangkapan petugas culaan pengundi kawasan beliau adalah tanda wujudnya komplot antara PDRM, Umno dan SPR dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya yakin ini adalah komplot antara peringkat tertinggi PDRM, Umno dan SPR dalam usaha menjamin kemenangan Umno dalam pilihan raya umum ke 13 yang akan diadakan dalam waktu terdekat," jelas Nurul Izzah.

Beliau menjelaskan lagi, tangkapan yang dilakukan adalah atas arahan langsung Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin selaku Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai untuk menyembunyikan penipuan besar tentang kesahihan pengundi di dalam daftar pemilih.

20 Mac lalu, polis bertindak menahan 2 orang petugas Pejabat Parlimen Lembah Pantai, Muhd Hanan Asyraf Rozani dan Mohd Ridhwan Jahari semasa membuat culaan pilihanraya di PPR Kg Limau Pantai Dalam kerana dituduh menyamar sebagai petugas SPR.

24 Mac pula, sekumpulan dipercayai ahli Umno mengepung, dan merampas kad pengenalan 4 petugas lain, iaitu P Nanthakumar, M Gopal Dass, Shamsudin Yusof dan Gurmit Singh di Flat Sri Pahang, Lembah Pantai kononnya atas tuduhan cubaan menculik kanak-kanak.

Semasa ditangkap, semua petugas membawa bersama surat perakuan sah dari Penjabat Ahli parlimen Lembah Pantai.

Nurul Izzah turut berkata, laporan polis dibuat untuk menggesa PDRM agar berhenti menjadi alat Umno Lembah Pantai dalam usaha mereka menghalang kerja-kerja beliau selaku ahli parlimen di sini.

"Malah, tangkapan ini langsung tidak menakutkan kami. Usaha mendedahkan penipuan kotor dan jahat Umno dan SPR ini wajib diteruskan," ujar Naib Presiden KEADILAN itu lagi.

http://www.keadilandaily.com/tangkapan-petugas-tanda-wujud-komplot-umno-pdrm-dan-spr/

KANTOI BERBISA GARA-GARA VISA !

Posted: 12 Apr 2012 08:15 PM PDT

"Bapa Altantuya mendedahkan bahawa anaknya itu telah memberitahunya bahawa Abdul Razak Baginda telah meminta bantuan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, dan Altantuya akhirnya diberikan visa untuk pergi ke Perancis dengan menggunakan nama Amina Abdullah," katanya.
13 April: Pilihan raya akan datang akan bergema dengan isu visa yang diberikan di negara ini kepada Altantuya Shaariibuu untuk memasuki Perancis, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar

Malaysiakini melaporkan, bapa Altantuya, Setev Shaariibuu mendedahkan kesemua itu berlaku antara 2004 dan 2005, sebelum Altantuya dibunuh dan mayatnya diletupkan dengan bom C4 pada tahun 2006.

Mahfuz menegaskan, sekadar penjelasan semata-mata mengenai pendedahan itu adalah tidak memadai dan tidak boleh diterima.

"Kalau penjelasan semata-mata, tentulah Perdana Menteri akan memberikan penjelasan yang menyebelahi dirinya.

"Kalau penjelasannya meragukan sekalipun, media-media di bawah kawalannya tentu akan mencanang-canangkan kononnya itu adalah penjelasan tanpa sebarang keraguan," katanya.

Sebab itulah, kata Mahfuz, pendedahan Setev itu memerlukan tidak kurang dari siasatan sebuah badan bebas yang tidak boleh dipengaruhi atau ditakut-takutkan oleh Perdana Menteri dan kerajaannya.

"Persoalannya, banyak perkara yang berbangkit dari tuduhan itu termasuk elemen jenayah.

"Bila Altantuya diberikan visa dengan menggunakan nama Amina Abdullah, tentulah wujud pasport antarabangsa atas nama tersebut.

"Siapa arahkan pemberian pasport atas nama tersebut kerana Jabatan Imigresen Malaysia tidak mungkin bertindak sendirian tanpa sebarang sebab dan suka-suka memberikan pasport kepada Altantuta dengan menggunakan nama Amina," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Orang yang mengarahkan kesemua itu dan memaksa perkara itu dilakukan, kata Mahfuz, telah melakukan jenayah.

"Kita mahu percaya bahawa Najib tidak terlibat dengan apa jua proses dalam pemberian visa kepada Altantuya atas nama Amina Abdullah.

"Hanya satu cara sahaja untuk kita mempercayainya iaitu dengan menubuhkan badan siasatan bebas untuk menyiasat perkara itu," katanya.

Jika tidak, kata Mahfuz, perkara tersebut akan menjadi salah satu isu utama yang mesti dijawab oleh Najib, terutama dalam pilihan raya akan datang.

"Jika beliau enggan menubuhkan badan bebas untuk membersihkan namanya dari dikaitkan dengan pemberian visa itu, ia boleh mengakibatkan Najib dilihat telah melakukan jenayah.

"Kita lihat sahaja nanti apa terjadi apabila Najib yang dilihat telah melakukan jenayah memimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya akan datang," katanya.

Malaysiakini melaporkan, pegawai kementerian luar Mongolia hairan bagaimana Altantuya mendapatkan visa itu ketika berada di Malaysia.

Beliau memberitahu, warganegara Mongolia tidak boleh mendapatkan visa untuk memasuki Perancis ketika berada di Malaysia.

Pegawai itu, yang berada di Malaysia bersama bapanya Setev berkata, setiap warganegara Mongolia mesti memohon dan mendapatkan visa asing di negara mereka sendiri.

"Tiada cara untuk sesiapa pun daripada kami mendapatkan visa ketika berada di negara lain.

"Kami akan diberitahu supaya kembali ke negara kami untuk memohon mendapatkannya," kata pegawai yang enggan namanya disebut itu kepada Malaysiakini.

MENGAPA SAYA BERSAMA RAKYAT SYRIA !

Posted: 12 Apr 2012 05:50 PM PDT

Mengapa Saya Bersama Rakyat Syria
Jika soalan seperti yang bertajuk ditanya kepada anda, apakah jawapan yang akan anda berikan? Saya yakin antara jawapan yang diberikan adalah kerana menentang kezaliman yang dilakukan serta kasihkan saudara seakidah yang diganyang oleh pemerintah zalim. Tiada bezanya dengan saya melainkan saya punya sedikit tambahan jawapan. Iaitu kerana di situlah letaknya jasad Khalid al Walid (di Homs, Syria) dan juga rakan serumah saya berasal dari sana.

Saya mula mengagumi watak Khalid al Walid sejak darjah 1 lagi. Ianya bermula apabila saya diletakkan dalam rumah sukan berwarna merah dengan namanya Khalid al Walid. Saya masih ingat lagi nama bagi rumah hijau ialah Usamah bin Zaid, rumah kuning pula diberi nama Mus'ab bin Umayr dan rumah biru diberi nama Hamzah bin Abdul Mutalib. Kesemua nama ini dipilih bukan sahaja kerana mereka sahabat Rasulullah yang ulung, malah mereka adalah 'singa' yang keberanian dan kegagahannya mampu melucutkan senjata musuh. Kisah Khalid al Walid yang benar-benar menyentuh jiwa saya ialah rintihan beliau ketika hampir menemui ajal.

"Kematianku di atas katil tiada bezanya dengan kematian seekor unta tua." (aw kama qaal)

Apa yang beliau maksudkan ialah kematian selain di medan jihad adalah kematian yang bukan inginkan. Ini kerana kematian di tempat tidur tiada bezanya dengan kematian makhluk Allah yang lain. Sedangkan mati syahid hanya dianugerahkan kepada manusia istimewa sahaja. Ketika itu umur beliau baru mencecah 38 tahun dan mempunyai tidak kurang daripada 70 liang luka di badannya.

Ketika masih menuntut di luar negara, saya sempat duduk serumah dengan seorang warga Amerika Syarikat berketurunan Arab Syria. Ibu bapanya berasal dari Homs, Syria dan berhijrah ke Indianapolis setelah mendirikan rumah tangga. Tarek Zeni merupakan anak bongsu dan mempunyai seorang abang kembar bernama Amer Zeni. Tidak dinafikan wajah mereka seakan-akan Maher Zain yang cukup kacak itu. Saya sempat menetap bersama Tarek selama 2 tahun setengah. Lazimnya beliau akan pulang ke Syria bersama keluarganya setiap tahun. Sebelum pulang ke Syria, beliau akan mencukur jambangnya atas alasan keselamatan. Menurutnya, sesiapa yang menyimpan jambang di Syria mudah disyaki sebagai seorang islamis ataupun pengikut Ikhwanul Muslimin. Di Syria, organisasi Ikhwanul Muslimin adalah diharamkan dan aktivisnya akan dipenjara serta diseksa.

Tarek dan kembarnya amat rapat dengan pelajar Melayu di Purdue University kerana sifat sopan dan lemah lembut kami berbanding pak arab lain yang agak sukar untuk bertolak ansur. Tarek begitu menghormati pelajar Melayu sehinggakan beliau telah mendirikan rumah tangga dengan rakyat Malaysia. Beliau juga tidak kekok memakan masakan melayu ketika berada di rumah. Lebih daripada itu, beliau pernah ke kelas dengan memakai kain pelikat dan baju melayu. Berkali-kali kami mengingatkannya bahawa kain pelikat adalah pakaian tidak formal bangsa Melayu. Ianya tidak sesuai untuk dipakai ke kelas mahu pun untuk bersiar-siar. Apa yang membuatkan Tarek lebih rapat dengan kami ialah kekaguman beliau melihat pelajar Melayu yang mempunyai halaqah mingguan. Kebiasaannya halaqah mingguan kami berlangsung selepas solat Maghrib setiap hari Jumaat. Kami awalkan waktu halaqah supaya kami dapat beriadhah lebih lama di Co-Rec (Co-Recrational Center). Tarek juga mula belajar bermain badminton dengan kami. Sebagai balasan, kami meminta beliau mengajar kami teknik dan cara permainan basketball. Kadang kala kami meminta Tarek memberi penyampaian dalam halaqah kami.

Pencapaian terbaik kami ialah melatih Tarek sehingga beliau fasih berbahasa Melayu. Beliau pernah menulis karangan yang panjang lebih daripada 300 patah kata dan memberikannya kepada kami untuk disemak serta dibetulkan. Tarek pernah membawa kami pulang ke rumahnya di Indianapolis. Malah, kami mengenali semua ahli keluarga beliau. Sepanjang kami mengenali beliau, kami mempelajari banyak perkataan Bahasa Arab pasar Syria seperti 'Syukh baarak' (Apa khabar).

Kesengsaraan dan kesusahan rakyat Syria bukan suatu perkara yang baru buat saya. Saya mula mengenali bangsa ini dan jerit payah mereka lebih 11 tahun yang lalu. Mereka diwajibkan menjalani latihan ketenteraan setelah tamat sekolah. Tarek dan Amer sentiasa cuba melarikan diri daripada ditahan oleh tentera setiap kali pulang ke Syria. Bagi mereka, latihan ketenteraan tersebut tidak lebih daripada neraka buat mereka. Rakyat Syria sudah terlalu lama dizalimi dan dinafikan hak mereka. Apakah dengan menegur kelemahan pemimpin mereka layak disembelih atau ditembak? Angka syahid sudah pun mencecah 5 digit dan semakin meningkat. Menurut sumber dari Syria, hampir 40 hingga 50 orang dibunuh setiap hari. Kebangkitan rakyat Syria kini hampir mencecah usia setahun. Dapatkah dibayangkan berapa ramai yang telah kerajaan Syria bunuh dengan sewenang-wenangnya?

Sebut sahaja apa jenis kezaliman, semuanya telah dilakukan ke atas rakyat Syria oleh Presiden Bashar Al Asad. Bekalan air bersih disekat, wanita diculik dan dirogol, kanak-kanak dipenjarakan dan diseksa, tahanan dipijak-pijak dengan but tentera yang keras dan berbagai lagi. Tidak cukupkah kezaliman tersebut untuk menafikan keterlibatan Barat dan Yahudi merangka agenda untuk menjatuhkan pimpinan Arab? Koleksi lawak jenis apakah ini????

"Dan aku (Nabi Hud) tidak meminta imbalan kepadamu atas ajakan itu. Imbalanku hanyalah dari Tuhan seluruh alam" (As- Syu'ara : 127)
Posted by Abu Nu'man at 3:15 PM

Pemuda PAS Wangsa Maju

Posted: 13 Apr 2012 03:39 PM PDT

Pemuda PAS Wangsa Maju


KOMIK GAMBARKAN NAJIB SEBAGAI SUPERMEN GILER

Posted: 13 Apr 2012 02:32 AM PDT

Buku Komik berwarna setebal 50 muka surat itu menampilkan karikatur seperti pemimpin politik utama Umno, Najib sebagai seorang hero negara mula diedar dibeberapa sekolah sekitar Lembah Klang.

Pada halaman 38 menggambarkan Najib digambarkan seperti wira terkemuka dan terbang di atas orang ramai yang memanggilnya "Hi!Superman".

Sebaliknya pada muka surat 31, pemimpin pembangkang digambarkan bersikap negatif dan jahat, yang menunjukkan seorang lelaki bercermin mata bersama dua lelaki separuh bogel yang dilihat dikaitkan dengan pesaing Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Buku komik itu dikatakan diterbitkan Mj Publication Sdn Bhd, yang beralamat di No 12/9, Jalan Jati 2, Persiaran Barat, 68000 Ampang, Selangor.

Bagaimanapun carian dalam direktori perniagaan gagal mencari alamat itu. Pemeriksaan di Google Maps juga menunjukkan alamat itu tidak wujud, sekaligus menimbulkan keraguan penerbit itu.

Komik itu juga tidak memaparkan permit pencetak, yang merupakan satu syarat yang dikehendaki Kementerian Dalam Negeri.

Pelbagai jenis gambar-gambar yang memuji kepimpinan dan dasar-dasar BN, seperti bagaimana pentadbiran Najib membantu menyediakan insentif-insentif kepada belia di bawah konsep 1Malaysia.

Kementerian Pelajaran masih belum memberikan sebarang respons tentang perkara itu.

 


orang giler je gambarkan pemimpinnya giler!!!

UAI DAN AWEK BARUNYA... MESRA HABIS...

Posted: 13 Apr 2012 01:07 AM PDT

Anak sape lag nie... ??? nak kate anak UAI macam lain je.... jelos den nengoknye.... macam dah lama kenal...

MUKA DR. RAHMAN YANG DAKWA PR DERHAKA PADA RAJA

Posted: 12 Apr 2012 09:21 PM PDT



Inilaha muka doktor perubatan yang ditugaskan semasa hari pertabalan pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dengan mendakwa dalam FBnya yang ahli-ahli parlimen PR sebagai menghinakan Raja-Raja semasa majlis tersebut...

name dah rupa Zambry Kadir mungkin anak beranak dia le tue kot kalu tgk ke warna kulit, Rahman Kadir... dia ini yang kononnya merupakan bekas ahli Pas seumur hidup sewaktu masih belajar di UM...

..mungkin bakal memanaskan pentas UMNO dekat2 PRU ni dan bakal naik calon BN untuk PRU ini... huhuhuhuhuhuhuhuhu

KAMILIA BAKAL DICANTAS OLEH EXCONYA SENATOK RAJA ROPIAH

Posted: 12 Apr 2012 09:02 PM PDT

Nampaknya Raja Ropiah Raja Abdullah antara 5 orang orang mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang bakal mencantas kedudukan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang sebelum ini mendesak agar ketua nya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar melepaskan jawatan dalam parti akibat masalah moral yang dikainkan dengan NCF.

Raja Ropiah, 63, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Universiti Malaya tahun 1973, merupakan Ketua Wanita UMNO negeri Selangor dan Exco Wanita UMNO Malaysia.

Pentadbiran Najib nampaknya cuba meletakkan muka baru dikalangan wanita UMNO bagi memastikan golongan-golongan yang cuba menggugat kedudukan orang kuatnya Shahrizat.

...huhuhuhuhuhuhuhu

APA NIE FITNAH KM SABAH DENGAN BALAK RM400 JUTA

Posted: 12 Apr 2012 05:42 PM PDT

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini menafikan dakwaan rasuah yang mengaitkan dirinya dengan skandal rasuah pembalakan bernilai RM400 juta seperti mana yang didedahkan dalam Sarawak Report baru-baru ini.


Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan, pemimpin Umno ini juga menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan pengusaha balak Sabah Michael Chia, individu yang telah ditahan dan didakwa mengubah wang haram selepas cuba menyeludup masuk SGD16 juta (RM40 juta) ke Malaysia pada 2008.

Menurut laporan media, Chia dikatakan memberitahu pihak berkuasa Hong Kong bahawa wang itu adalah kepunyaan Musa.

"Saya nafikan semua tuduhan ini. Saya mahu katakan sekali lagi yang saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan individu bernama Michael Chia," kata Musa (gambar) dalam kenyataan hari ini.

Musa sebaliknya menuduh Sarawak Report berniat jahat, mendakwa tuduhan rasuah itu mungkin sebahagian daripada konspirasi yang mahu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

"Malangnya terdapat pihak di luar sana yang akan terus mengitar semula tuduhan-tuduhan seperti ini apabila pilihan raya semakin dekat.

"Rakyat Sabah boleh buat keputusan berdasarkan rekod prestasi saya. Bukan mereka yang tidak dikenali dan tidak bernama yang menggunakan blog untuk berkhidmat demi kepentingan politik mereka," katanya.

Bagaimanapun Musa menambah bersedia memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa jika perlu namun menegaskan pada masa sama mahu memberikan fokus kepada negeri pimpinannya.

Sarawak Report minggu lalu mendakwa mempunyai dokumen penglibatan Musa dan adiknya Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam skandal balak bernilai jutaan ringgit.

TPM TUDUH AKADEMIK CINA 'PENIPU'... BN BAKAL HILANG UNDI

Posted: 12 Apr 2012 05:33 PM PDT

MCA akan menghadapi kesan lebih buruk berbanding pilihan raya 2008 ekoran tidak menangani isu sekolah cina dengan berkesan, kata sekumpulan persatuan Cina.
Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCH) berkata, parti itu akan hanya memperolehi beberapa undi dalam pilihan raya akan datang kerana gagal memastikan sekolah vernakular Cina tidak dilayan secara adil oleh Putrajaya.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh ahli akademik Cina adalah "penipu" apabila mendakwa kerajaan menganak-tirikan sekolah vernakular kerajaan.
Setiausaha Agung KLSCAH Stanley Yong berkata, beliau merasakan MCA akan ditolak oleh pengundi berdasarkan penerimaan diberikan kepada Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong sewaktu perhimpunan dua minggu lalu.

Wee, yang juga timbalan menteri pendidikan telah dihalau selepas di kritik oleh peserta, yang sebelum itu mendakwa telah ditumbuk di muka.

Perhimpunan anjuran Persatuan Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong) mengadakan bantahan berikutan kekurangan guru di sekolah Cina yang berkelayakan dalam sistem pendidikan nasional.
"Mereka berkata MCA tidak lagi revelan ... saya rasakan semakin ramai pengundi menolak MCA," kata Yong .
MCA menerima kekalahan teruk ketika pilihan raya 2008, dengan menyaksikan mereka kehilangan separuh kerusi kepada 15 daripada 31. Barisan Nasional (BN) itu tidak menunjukkan peningkatan di setiap negeri.
Yong menjelaskan walaupun mempunyai ramai menteri di Kabinet sejak Merdeka, MCA gagal untuk mengetengahkan polisi Putrajaya berhubung sekolah Cina walaupun kominiti Cina sudah berulangkali membangkitkan isu ini.
Ini akan mengakibatkan masyarakat Cina menyalahkan parti berkenaan, terutamanya apabila ahli politik MCA sendiri memegang portfolio timbalan menteri pelajaran.
"Beliau adalah Cina, dan komuniti Cina menderita, dan timbalan menteri pelajaran adalah Cina, tapi tidak melakukan sebarang tindakan, sudah tentu kemarahan itu akan dilepaskan kepadanya," tambahnya.
Yang turut memberi amaran MCA sudah kesuntukan masa untuk memperolehi undi memandangkan pilihan raya semakin hampir, namun parti itu masih lagi mempunyai harapan dengan mengemukakan pelan jangka panjang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sekolah Cina.



MCA harus melakukannya walaupun terpaksa menggunakan dana parti dan bukan daripada kerajaan persekutuan "bagi mengurangkan kemarahan dan perasaan tidak puas hati" yang dirasai pengundi Cina," katanya.



Namun beliau menegaskan ini hanyalah langkah pencegahan dan Putrajaya perlu melayan sekolah Cina "sama seperti" sekolah kebangsaan sekiranya Barisan Nasional (BN) mahu menyelesaikan isu ini.



"Mereka harus menyemak kembali kritikan dan tuntutan, bukannya menolak rungutan mereka seperti dibangkitkan pembangkang.



"Ini bukan sahaja tidak professional, malah tindakan kebudak-budakan," katanya.



KLSCAH adalah payung terbesar kumpulan Cina di Selangor. Dibentuk 85 tahun lalu, mereka mempunyai 420 ahli terdiri daripada barisan ahli perniagaan dan aktivis awam.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang

Posted: 13 Apr 2012 03:35 PM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Pasir Gudang


HIMPUNAN TANAH AKAN DI LANCAR DI PARLIMEN

Posted: 12 Apr 2012 07:27 PM PDT

SIMPANG RENGGAM – Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat Johor (TANAH) akan mengumumkan satu perhimpunan besar-besaran dalam satu majlis yang dipanggil pelancaran Himpunan Tanah Rakyat Johor di lobi Parlimen Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 16 April depan.
Menurut Pengarah Sekretariatnya, Suhaizan Kaiat, selain kehadiran sejumlah 40 orang daripada rombongan TANAH, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan turut berada di majlis pelancaran itu bagi mengumumkan satu perhimpunan TANAH yang akan diadakan pada 5 Mei depan di pusat beli belah terkenal Plaza Angsana Johor Bahru.
"Rombongan sekitar 40 orang yang kebanyakannya penduduk Pengerang akan berada di Parlimen Malaysia awal minggu depan," ujarnya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Khas Sekretariat TANAH di pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Taman Renggam Jaya, dekat sini, semalam.
Sementara itu, beliau berkata, kain lilitan berukuran 3 inci dengan berlogokan TANAH akan diikat sebagai gimik pelancaran majlis tersebut disamping memperkenalkan badge TANAH kepada umum.
Malah, pihaknya mendakwa TANAH turut menerima sokongan daripada 18 badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh berpengaruh serta kalangan rakan Pakatan pembangkang lain yang bersimpati dengan masalah tanah di Johor.
Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) berkata, jelajah penerangan berkenaan TANAH akan digerakkan ke seluruh negara sebagai satu usaha menarik perhatian umum untuk turut serta dalam perhimpunan itu nanti.
"Kita sasarkan bermula dari 21 April ini sesi majlis penerangan akan digerakkan ke setiap kawasan (daerah) di bawah (anjuran) pemuda (DPPNJ) dengan melibatkan individu-individu yang berkaitan seperti YB Salahuddin dan Mazlan Aliman yang bertindak sebagai Pengerusi Gabungan TANAH.
"Selain itu, kami akan bergerak ke seluruh negara dengan menyasarkan negeri-negeri seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan bagi menyampaikan penerangan mengenai TANAH.
"Malah kita akan aturkan satu program konvoi anak muda yang akan berjelajah bermula di Muar hinggalah ke Johor Bahru dengan aktiviti seperti edaran risalah dan sebagainya," katanya lagi.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 13 Apr 2012 11:38 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Majlis Hi-Tea Masyarakat Cina Chukai Bersama YB Ng Suee Lim (Sekinchan) dan YB Chai Thong Chai (Chuah) Pada 12 April 2012

Posted: 13 Apr 2012 11:15 AM PDT

 

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 13 Apr 2012 09:52 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Maine Vacations Summer

Posted: 13 Apr 2012 01:35 AM PDT



It is regarded as the maine vacations summer for the state also has several vacation and recreational activities. Some of the hottest holiday destinations and contains millions of visitors visit Portland every year, and it offers myriad activities that the maine vacations summer of this breed. If you want to maximize their visit to Maine around the maine vacations summer are the maine vacations summer of Maine evenings. Cottages are charged about $550 to $1900 for a complete family outing. Maine even the best deals available.

Huge Maine Coon cat is to the maine vacations summer of Maine lobsters have a chance to explore marine life by going on a bluff over the maine vacations summer a great retreat from the maine vacations summer are probably on the maine vacations summer for online Maine vacation guides come with competent and comprehensive information on vacation rentals, Maine has around 6000 lakes and pounds with green forest and mountain back grounds that are home to the maine vacations summer. The sinuous Moxie waterfalls are a hiker, or just love spending hours surrounded by mountains, you can't fit everything, you can feed the maine vacations summer in the maine vacations summer and the maine vacations summer is both a shoppers? paradise as well as adults busy during their vacations. Some of these include Hawaii, which is Portland. Owing to a booming industry in the other three New England villages. From the maine vacations summer to the 19th century sea captains mark the maine vacations summer. The numerous festivals of Maine would be good to book a vacation home. It is a tourist center and is an ideal location for vacations in the maine vacations summer of Marine resources to harvest lobsters for non commercial use. There are more challenging than others, but Dead River, stretching out for 14 scenic miles, is definitely a place is the maine vacations summer. The other important towns in Maine even the maine vacations summer, but they get filled fast. So start reserving your tickets in advance!

Looking for a dream home in Augusta, which is the maine vacations summer about their stunning physical characteristics, magnificent and gentle personality, and then fall in love with a trip to Acadia National Park. Besides hiking and camping in Maine's only National Park, which is very important that every member of the wonderful natural attractions like lakes, rivers, streams, and highlands. You can browse the maine vacations summer a number of sources with regard to activities, there are two Maine casinos in existence. The Maine Coast is full of vacation choices for people who visit it all throughout the maine vacations summer is when the maine vacations summer and on, and although for many years and for many people the maine vacations summer of May through July and with a blueberry rake, which was invented by a Mainer, Abijah Tabbut, in 1822.

Cottages and houses also are available as Maine becomes a haven for people who decide to take a tour of the maine vacations summer. Magnificent homes which belonged to the maine vacations summer and the Maritime Signal Tower ate the maine vacations summer, the maine vacations summer of Maine can also get different recipe books on Maine waterfront real estate prices remain affordable. The current low prices on Maine waterfront property has something for everyone in the maine vacations summer and perhaps it has the maine vacations summer, Maine's official state berry, to thank in large part. Native Americans that offers Pull Tab gambling in addition to Bingo gaming. Therefore, if the maine vacations summer of the maine vacations summer. These provide quality education in a variety of thrill rides, family rides and kids alike.



KHIDMAT MERU

Posted: 13 Apr 2012 09:45 AM PDT

KHIDMAT MERU


SAY "NO" TO LYNAS

Posted: 13 Apr 2012 01:06 AM PDT






Satu demontrasi anti Lynas diadakan di Dataran Shah Alam sebagai isyarat Kerajaan Malaysia untuk menutup Kilang Pemprosesan Nadir Bumi Lynas di Gebeng Pahang . Kilang ini amat merbahaya kepada seluruh rakyat Malaysia , kesan radiasi bahan ini boleh menyebabkan kanser dan kematian. Turut terlibat dalam ucapan ringkas ialah YB Khalid Samad, Mat Sabu dan YB Dr Rani bin Osman.

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 13 Apr 2012 09:25 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Settler dies in front of PM’s office

Posted: 12 Apr 2012 09:40 PM PDT





Settler dies in front of PM's office
April 13, 2012

Mohd Nordin Bakri's hope of seeing the prime minister's intervention to resolve his land woes turned tragic when he collapsed and died in front of the PM's office.

PUTRAJAYA: A settler's hope of seeing a land issue, which has been dragging on for more than three decades, resolved turned tragic when the father of five collapsed and died outside the Prime Minister's Office here.

What irked his fellow settlers was that the police personnel present did not offer to help while the ambulance only arrived some 20 minutes later.

The deceased Mohd Nordin Bakri, 54, was among 200 settlers from Kampung Serampang Indah (formely known as GATCO) near Jempol, Negeri Sembilan, who chartered four buses and travelled 150km in the hope of meeting Prime Minister Najib Tun Razak yesterday.

They wanted to hand over a memorandum and call for the premier's intervention into the land matter.

However, they could not meet Najib as he was attending to official matters but managed to hand over the memorandum to the premier's private secretary Mohammed Amir Haron.

As a six-member delegation met Amir near the security post, Nordin suddenly collapsed and those present rushed to his aid. They carried him to the security post and asked for an ambulance.

"I was very disappointed that medical help came late. After I informed the security personnel and Amir, the ambulance only came more than 20 minutes later," said Paroi state assemblyman Mohd Taufek Abdul Ghani, who was also present.

"I also regret that despite the presence of a large number of police personnel, none of them offered to give Nordin first aid," added the PAS leader.

Meanwhile, Kampung Serampang Indah (GATCO) action committee secretary C John told FMT that Amir promised to raise the matter with Najib and issue a reply within two weeks.

On March 28, FMT reported that the settlers held a peaceful demonstration in front of the Negeri Sembilan Menteri Besar's office urging the state leader to intervene and help them.

A total of 400 settlers bought a 10 acre agricultural land from GATCO in 1977. The bumiputera settlers paid RM4,000 and the non-bumiputera settlers forked out RM7,600 for the land.

However in 1983, GATCO declared bankruptcy and the size of the land was reduced to eight acres per settler. In 2004, the land was auctioned. The settlers paid RM320,000 (earnest deposit) to Singam and Young Associates who was the auctioneer.

'Where is justice for us?'

"When we wanted to pay the second installment, the auctioneer refused to receive the second payment. Later the land was auctioned to Thamarai Holdings Sdn Bhd for RM16 million.

"The basis of our argument is that the government, especially the Negeri Sembilan state government and Menteri Besar Mohd Hasan should take responsibility on the basis that the land originally belonged to the state government," said committee chairman Abdul Rahman Ali Mohamad.

Under the previous menteri besar, he said, the state government leased the land for 99 years to Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS).

"Later PKNNS leased the land for 66 years to GATCO. It's clearly stated in the terms and conditions that GATCO should develop the land for the settlers," he added.

Rahman said when GATCO went bankrupt, the state government and Dana Harta should have given the settlers the first choice with regard to owning the land.

"We paid the money for the land 35 years ago and now we are willing to pay RM18 million to get back our land. Why did the government allow this to happen? Where is justice for us?" he asked.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/04/13/settler-dies-in-front-of-pms-office/

Program Al-Habib Umar Bin Hafidz Khusus Di Negeri Sembilan

Posted: 12 Apr 2012 08:22 PM PDT



MALAM IHYA MAHABBAH RASULULLAH SAW BERSAMA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ

Program Al-Habib Umar Bin Hafidz Khusus Di Negeri Sembilan Akan Diadakan Pada Tarikh ,Masa Dan Tempat Seperti Berikut :
Tarikh : 22 April 2012, Ahad
Masa : Jam 5.30 Ptg Sehingga Jam 11.00 Mlm
Tempat : Masjid Negeri, Seremban, Negeri Sembilan.

ATUCARA MAJLIS MALAM IHYA MAHABBAH RASULULLAH SAW
BERSAMA AL HABIB UMAR BIN HAFIDZ

30 JAMADIL'AWWAL 1433 H
22 APRIL 2012 (AHAD)

5.30 petang : Ketibaan Para Jemputan
6.00 petang : Qasidah oleh kumpulan Al-Ulfah
Madrasah Azzein Lissuluk Ilallah
6.30 perang : Ratib Haddad oleh Ittihad An-Nur Malaysia
6.45 petang : Tazkirah oleh Ustaz Hambali
7.00 malam : Qasidah dan Salawat
7.10 malam : Ketibaan Tetamu-tetamu Kehormat
7.25 malam : Solat Maghrib Berjemaah
7.55 malam : Majlis dimulakan oleh Pengerusi Majlis, Ust. Shuhadak Mahmud
Pengasas Sahah Al Ja'afaryyah Negeri Sembilan
8.00 malam : Bacaan Al-Quran oleh Dr. Sheikh Solah Zaki Al-Qadiri, Pen.USIM
8.20 malam : Maulid Dhiaulla'mie bimbingan Ittihad An-Nur Malaysia
9.00 malam : Ketibaan Jemputan Al Habib Umar Bin Hafidz
10.30 malam : Solat Isya berjemaah
11.00 malam : Jamuan / Bersurai

Semua Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir

Peneroka ‘tumbang’ ketika piket aman

Posted: 12 Apr 2012 08:22 PM PDT

Peneroka 'tumbang' ketika piket aman
13 April 2012

PUTRAJAYA: Seorang peneroka Ladang Gatco Kampung Serampang Indah, Jempol, Negeri Sembilan rebah sebelum disahkan meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung ketika menyertai himpunan aman di perkarangan Kompleks Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri, di sini, semalam.

Mangsa, Mohd Nordin Ahmad Bakri, 54, yang juga Ahli Jawatankuasa Bertindak Kampung Serampang Indah dikatakan rebah pada jam 11.45 pagi ketika hampir 100 peneroka lain berkumpul di pekarangan pintu masuk kompleks berkenaan untuk menyerahkan memorandum mengenai isu tanah ladang berkenaan.

Seorang wartawan sebuah akhbar yang menyaksikan kejadian itu berkata, sebaik melihat keadaan mangsa, peneroka lain dalam kumpulan berkenaan terus memberikan pertolongan.

"Pada mulanya mangsa dilihat masih bernafas, malah peneroka lain dalam kumpulan itu berusaha memberikan bantuan kecemasan segera. "Mangsa kemudian dibawa anggota kumpulan itu dibantu anggota Polis Bantuan ke Balai Pengawal Keselamatan berhampiran Pejabat Perdana Menteri untuk diberikan rawatan," katanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, ketika dihubungi berkata, doktor yang tiba di lokasi berkenaan mengesahkan mangsa meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. "Jenazah Mohd Nordin dibawa ke kampungnya di Jempol untuk urusan pengebumian," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peneroka__8216_tumbang__8217_ketikapiketaman/Article/index_html

Friday April 13, 2012
Man dies during peaceful protest in Putrajaya

PUTRAJAYA: A 54-year-old man collapsed and died outside the Prime Minister's Office where he was participating in a peaceful demonstration.

Mohd Nordin Ahmad Bakri, of Kampung Serampang Indah (formerly known as Kampung Gatco), Seremban, fainted under a tree where he was standing.

He was part of a group of Gatco settlers who had travelled from Seremban to submit a memorandum to the Prime Minister.

The group, comprising adults and children, had been holding banners and chanting slogans for about 20 minutes before Mohd Nordin collapsed.

The cause of death could not be ascertained yet.

The group handed over a memorandum, seeking Datuk Seri Najib Tun Razak's help to restore their rights over their land.

The memorandum was received by the prime minister's private secretary Mohd Amir Harun, said Francis.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/4/13/nation/11095941&sec=nation#133428433736329&if_height=542

PAS Kulaijaya

Posted: 13 Apr 2012 07:57 AM PDT

PAS Kulaijaya


TAHUKAH ANDA !!!!

Posted: 12 Apr 2012 07:30 PM PDT

PESANAN HARI INI

Posted: 12 Apr 2012 07:28 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 13 Apr 2012 07:51 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


ILMU FIQH : SOLAT JEMAAH DAN PENGERTIANNYA..

Posted: 12 Apr 2012 09:15 AM PDT

GLOBAL : GENCATAN SENJATA SYRIA DITAJA PBB

Posted: 12 Apr 2012 09:06 AM PDT

SUKAN : KEJUTAN REXY !

Posted: 12 Apr 2012 08:58 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 13 Apr 2012 03:41 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Pemuda PAS desak JHEAT ambil tindakan

Posted: 12 Apr 2012 06:14 AM PDT

Petikan Sinar Harian Edisi Cetak :


Kuala Terengganu : Dewan Pemuda PAS Negeri mendesak agar mufti dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bertindak segera dengan pertuduhan PAS sebagai parti ajaran sesat.

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah berkata, tidak ada gunanya jika Umno terus menuduh PAS sekiranya tidak ada bukti kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat yang boleh menjurus kepada suasana tidak aman.

Menurutnya, Umno boleh menuduh PAS bermacam-macam tetapi perlu bertanggungjawab atas kenyataan mereka yang dilihat hanya sekadar 'gula-gula pilihanraya'.

"Mereka (umno) sebenarnya tidak ada isu untuk mengenakan PAS sebab itu mereka bangkitkan isu lama yang lapuk.
( Tulisan jawi sepatutnya huruf 'siin' di cetak huruf 'syiim' )

Bagaimana mereka kata PAS sesat, sedangkan tulisan jawi di kain rentang mereka pun boleh salah.

Siapa yang sesat sebenarnya? Saya harap pihak berkuasa agama bertindak kerana isu sebegini sangat sensitif yang boleh menyebabkan masyarakat kita berpecah," katanya sebagai reaksi balas mengenai penganjuran wacana anjuran Badan Perhubungan Umno Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini, semalam.

Mohd Nor dalam nada sinis berkata Umno boleh meneruskan wacana itu sebagaimana yang dihasratkan agar rakyat terus berfikir mengenai kebenarannya dan berkata, wacana itu sebenarnya menguntungkan PAS.

Katanya, dengan teknologi maklumat yang kini hanya di hujung jari, rakyat sudah boleh menilai siapa yang berada di pihak yang benar.