Ahad, 5 Oktober 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 05 Oct 2014 03:13 AM PDT

bumiyang


Mat Sabu Masuk Hospital Sebab Lawan Hj. Hadi???

Posted: 04 Oct 2014 11:36 PM PDT

Belantan

Posted: 04 Oct 2014 11:31 PM PDT

Belantan


'Peperangan' berterusan - Pas serang balas ke atas DAP!

Posted: 03 Oct 2014 11:32 PM PDT


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasruddin Hassan bertindak menyerang balas Lim Kit Siang dengan meminta Penasihat DAP itu agar menilai terlebih dahulu kekalahan DAP yang lebih teruk di Parlimen Teluk Intan, sebelum membuat congakan dengan membayangkan bahawa Pas akan tumbang di Kelantan.

Nasruddin yang dilabelkan sebagai panglima Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun Pas kalah dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor tetapi penurunan sokongan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Balingian serta DAP di Teluk Intan lebih buruk iaitu 33 dan 27.3 peratus.

"Kit Siang keluarkan amaran bahawa kekalahan Pas di Pengkalan Kubor adalah isyarat BN (Barisan Nasional) akan merampas Kelantan. Bagaimana dengan kekalahan PKR di Balingian dan DAP di Teluk Intan?" soalnya menerusi Facebook sambil melampirkan analisis perbandingan keputusan ketiga-tiga pilihan raya kecil itu.

Ahad lalu, Kit Siang memberi amaran bahawa jika berlaku penurunan 4.5 peratus ke atas di semua DUN di Kelantan, pakatan pembangkang hanya akan memenangi 20 kerusi manakala BN bakal menguasai 25 kerusi, sekali gus menyaksikan Pas yang menguasai negeri itu sejak 1990 akan tumbang pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor pada 25 September lalu, Mat Razi Mat Ail berjaya memastikan kerusi tersebut kekal dalam gengaman BN apabila mengalahkan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhari Ismail Bukhari dengan majoriti 2,635 undi selepas berjaya memperoleh sebanyak 9,961 undi.


Pilihan raya tersebut juga menjadi bukti nyata bagaimana retaknya hubungan antara Pas dengan PKR dan DAP, berikutan kemelut isu perlantikan Menteri Besar Selangor sehingga menyaksikan kedua-dua sekutu parti Pas itu bertindak memboikot kempen di Pengkalan Kubor sebagai tindak balas terhadap ketegasan Abdul Hadi.

Mengulas isu berkenaan, Nasruddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, Pas tidak sedikit pun berasa tersinggung dengan ketiadaan pimpinan tertinggi PKR dan DAP untuk tampil membantu calon mereka, Wan Rosdi, sewaktu tempoh berkempen di pilihan raya kecil Pengkalan Kubor berlangsung.

Beliau yang sebelum ini bertelagah dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang sehingga membawa kepada tindakan saman menambah, Pas sudah bersedia dari segi mental dan spiritual untuk menghadapi kemungkinan menang atau kalah dalam setiap pilihan raya.

"Kalah tidak membuatkan Pas mengalah sebagaimana menang tidak membuatkan Pas senang. Kalah dalam pilihan raya kecil tetapi Pas boleh memenanginya semula pada pilihan raya umum. Begitulah pasang surut pilihan raya. Analisis pilihan raya menjadi panduan untuk Pas bangkit atau mengekalkan prestasi kemenangan," katanya.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

Posted: 04 Oct 2014 11:11 PM PDT

The Unspinners


Selamatkah rumah untuk balik raya bila Google Street siar rumah kita?

Posted: 04 Oct 2014 09:34 PM PDT


Pengumuman oleh Google Malaysia bahawa hampir 90 peratus imej pemandangan yang didapati di sepanjang jalan-jalan semenanjung Malaysia boleh dilihat di laman peta Google Street View telah mengundang pelbagai reaksi di Facebook Astro AWANI.

Rata-ratanya berkata ia menjejaskan privasi kerana kediaman mereka boleh dilihat di laman dan aplikasi Google Maps.

"Membuka ruang untuk perompak datang merompak rumah," tulis Nazron Amir Mohd Naser.

Sambung Ahmad Faidzal, "Memudahkan kerja perompak. Taip alamat jer, pilih rumah mana satu hendak rompak."

Sham Sharif yang mencari kediaman keluarga menerusi Google Street View terperanjat kerana Arwah ayah beliau kelihatan di laman berkenaan.

"Baru lepas Google rumah di Ipoh. Terperanjat kami Nampak Arwah ayah yang sedang tutup gate masjid. Map itu diambil tahun lepas. Ayah meninggal pada Ogos tahun ini," tulis beliau.

Baca sepenuhnya di Malaysia Instinct SINI

Selamat Aidil Adha

Posted: 04 Oct 2014 03:56 PM PDT


اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ. 
 اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
....人
.. ( ◎)_________人
..║ ∩║____.-:''''''"''";-.
..║ ∩║___ (*(*(*|*)*)*)
..║ ∩║_  ║∩∩∩∩∩∩∩∩∩║ 

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Dzahir dan Batin.

Dah sampai masa PEMANDU tubuh Makmal Politik pula ...

Posted: 04 Oct 2014 01:40 AM PDT






Semalam di Alor Setar, di dataran stadoim SSMIV berhadapan hospital Sultanah Bahiyah, ada flashmob bantah kenaikkan harga minyak 20 sen dari penurunan subsidi pada pukul 5 petang.


Seramai 15 orang ahli PKR Cabang Tg Karang mengadakan bantah flashmob hari ini. Kalau ada PAS, lagi gempaq... sayang.


 Di Kota Kinabalu pun ada.


Manakala GAMIS dikesan menyebarkan risalah Tragedi Oktober membantah hal sama di Padang merdeka Karamunsing KK pukul 10.30 pagi tadi.


Apa yang perlu BN buat sekarang?

Pastinya PEMANDU sudah fikir impak ini semua. Mereka punya konsultan yang dibayar berjuta-juta untuk fikir dan strategikan tindakbalas. Semua reaksi sudah dijangka dan ada skrip dah sedia ...

Malah elok juga PEMANDU laburkan dua tiga juta lagi untuk perkenalkan Makmal Politik untuk dapatkan respons orang ramai bagi menjangka satu gerak kerja menghadapai gerakan subversif Anwar Ibrahim yang tak henti-henti untuk PEMANDU jaga kepentingan KORPORAT Malaysia. 

Nampaknya ramai superblogger lama-lama akan penat. Eloklah sebab kerajaan dah belanja ratusan juta dengan konsultan asing dan pasukan pemikir serta penjawab-penjawa professional. Baca Rocky SINI.

Nak terus terang untuk selamatkan parti nanti ada pasukan penyokong kata Unspinners dibayar orang tertentu untuk serang orang tertentu. Nak bantu jawab untuk kerajaan dan dapatkan feedback ada pula kata ini blog puak pro kerajaan pengampu.

Apabila orang tengah marah, mereka tak mahu dengar jawapan dan alasan atau hujah. Oleh itu, apa jawapan mereka tak mahu dengar.

Eloklah pro-pro hebat berpengalaman pulohan tahun dalam ceyberwar yang mutakhir ini ramai wanita dan konon dapat jutaan kontrak buat kerja. Kita-kita ni tak sehebat mereka yang satu-satunya bantu BN hingga menang banyak di Pengkalan Kubor.

Kembara Politik

Posted: 04 Oct 2014 11:10 PM PDT

Kembara Politik


Buku Mesti Baca: The Colour of Inequality

Posted: 04 Oct 2014 07:29 AM PDT


Penulis baharu sahaja menerima kiriman Poslaju buku di atas pada sebelah pagi tadi daripada MPH yang mana penulis membelinya secara online dengan harga RM40 (perlu ditambah RM7 kos penghantaran).

Buku yang berjudul "The Colour of Inequality: Ethnicity,  Class, Income and Wealth in Malaysia" ditulis oleh pakar ekonomi, Dr. Muhammed Abdul Khalid, PhD.

Buku yang mengandungi 6 bab ini secara umumnya membincangkan secara ilmiah tentang jurang agihan pendapatan dan kekayaan di Malaysia.

Penulis baharu sahaja selesai membaca Bab 1 - Pengenalan dan Latarbelakang (Chapter 1 - Introduction and Background).

Dalam bab pengenalan ini sahaja pembaca sudah dibentangkan dengan gaya penulisan yang sangat menyakinkan dengan semua pernyataan yang diberikan disokong dengan fakta dan angka dari pelbagai sumber.

Dengan menghabiskan bab pengenalan yang padat dengan facts dan figures yang menarik ini sahaja membuatkan pembaca rasa sangat teruja untuk meneruskan bacaan sehingga ke muka surat terakhir!

tok gajah

Posted: 04 Oct 2014 09:31 PM PDT

tok gajah


Melayu, Islam dalam bahaye...........

Posted: 03 Oct 2014 11:00 PM PDT

Serah memo kepada PM agar mansuh Akta Hasutan

HARAKAHDAILY | 03 Oktober 2014.

PUTRAJAYA: Rayuan agar kerajaan meningkatkan kebebasan rakyat diserahkan kepada Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Wakil dua kumpulan iaitu Institute of Journalists Malaysia dan Gerakan Media Marah (Geramm) menyerahkan petisyen agar kerajaan memansuhkan Akta Hasutan dan memprotes penahanan seorang wartawan bulan lalu di bawah undang-undang tersebut.

Menurut satu kenyataan mereka hari ini, rayuan itu diterima Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang berjanji akan menyerahkan dokumen itu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kumpulan itu turut meminta tuduhan terhadap wartawan Susan Loone digugurkan.

Loone ditahan di Pulau Pinang pada 4 Sept lalu berhubung laporannya mengenai tindakan polis terhadap seorang anggota exco. - Bernama

Pade pandangan atuk, Akta Hasutan masih di perlukan di negare Malaysia yang berbilang kaum ini. Tambahan pule kite nampak semakin jelas bahawe puak2 dari kaum 'pendatang' ni dah menjadi semakin biadap dan kurang ajar terhadap bangse dan agama kite.

Walaupun Akta Hasutan ini masih berkuat kuase namun setiap hari kite terjummpe kaum ini emakin biadap menghine, mengutuk dan mempersendekan bangse melayu dan agama Islam kite di laman2 web. Cube kite bayangkan jike Akta Hasutan ini di hapuskan, sudah tentu mereke2 ni bertambah berani dan angkuh terhadap kaum dan agama kite.

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 04 Oct 2014 09:23 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Salam Aidiladha Buat Semua Umat Islam

Posted: 04 Oct 2014 05:00 PM PDT


Sallehin Mukhyi Tidak Setuju Anwar Ibrahim Dilantik Semula Penasihat Ekonomi Selangor?

Posted: 04 Oct 2014 09:30 AM PDT


Banjir Pulau Pinang, Di Mana Janji Guan Eng?

Posted: 04 Oct 2014 06:43 AM PDT



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 04 Oct 2014 09:17 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


OPS FOTO PSY WAR AZMIN YANG TERLALU OVER DO...POYO DAN GILA BERFOTO

Posted: 04 Oct 2014 06:33 PM PDT

LAGI FOTO KEMALANGAN NGERI MENJELANG AIDIL ADHA..AL FATIHAH UNTUK MEREKA

Posted: 04 Oct 2014 01:10 PM PDT

BERITA SEDIH MENJELANG AIDILADHA..AL FATIHAH UNTUK MEREKA

Posted: 04 Oct 2014 12:17 PM PDT

WAYANG DAH MULA.

Posted: 04 Oct 2014 07:31 AM PDT

MUSA HASAN PESAN....

Posted: 04 Oct 2014 06:08 AM PDT

JURI RAKYAT

Posted: 04 Oct 2014 07:14 PM PDT

JURI RAKYAT


Cerita Islami - Cerita Nabi Ismail Disembelih Kisah Lengkap dengan Siti Hajar

Posted: 04 Oct 2014 05:03 AM PDT

Cerita Nabi Ibrahim

Cerita islami yang mengulas mengenai cerita nabi Ismail, Cerita ini dimulai Ketika Nabi ibrahim as yang telah berhijrah meninggalkan mesir, ia bersama dengan istrinya yang bernama sarah, dan dayangnya yang bernama Hajar ke palestina. Ia juga membawa pindah semua binatang ternaknya, dan seluruh harta miliknya yang diperoleh dari hasil usaha perdagangan di mesir.
 Al-Bukhari meriwayatkan dari ibunu Abbas ra berkata : Pertama-tama yang menggunakan stegi (setagen) adalah hajar ibu Nabi Ismail yang bertujuan untuk menyembunyikan kandungannya dari siti sarah yang telah lama menikah dengan Nabi ibrahim as tetapi belum juga mengandung, tetapu walau bagaimana pun juga akhirnya terbukalah rahasia yang disembunyikan itu dengan lahirnya Nabi Ismail as. Tentunya sewajarnya seorang istri, siti sarah merasa telah dikalahkan oleh Siti Hajar sebagi seorang dayang diberikan kepada Nabi Ibrahim as. Mulai saat itu siti sarah merasa bahwa suaminya lebih sering dekat kpada siti hajar, karena ia senang dengan hadirnya Ismail. Tentu saja ini menjadi penyebab keretakan rumah tangga mereka Nabi ibrahim as, Siti sarah hatinya tidak kuat melihat suaminya lebih dekat kepada siti hajar, sehingga ia meminta Nabi ibrahim agar siti hajar dijauhkan dan berpindah tempat.
 Kemudian Allah yang maha esa menurunkan wahyu kepada Ibrahim supaya keinginan istrinya tersebut dipenuhinya. Lalu berangkatlah Nabi Ismail as bersama siti hajar dan anaknya yang masih kecil sekali, yaitu Ismail pergi ke tempat yang belum diketahui tujuannya, dan juga mau dititipkan kemana anak dan istrinya tersebut.
Nabi ibrahim bersama anak dan istrinya pergi dengan menaiki unta ke tempat yang belum jelas tujuannya, ia hanya berserah diri kepada Allah, Tuhan yang ia yakini akan menuntunnya kemana rah langkahnya. Unta yang ditunggangi tiga hamba Allah itu terus berjalan sampai kahirnya keluar dari kota, memasuki lautan pasir dan pdang yang terbuka. Terik matahari begitu pedih menyengat tubuh dihasi dengan angina yang kencang dengan debu-debu pasir yang bertebaran.

  Cerita Nabi Ismail dan Siti Hajar
Akhirnya Nabi Irabhim bersama Ismail dan ibunya tiba di suatu tempat setelah berminggu-minggu dalam dalam perjalanan jauh. Ia tiba dikota suci yang disebut Makkah, yang nantinya ka'bah akan didirikan di kota itu, yang akan menjadi kiblat manusia di seluruh dunia. Unta Nabi ibrahim berhenti mengakhiri perjalanan di tempat dimana Masjidil Haram dibangun saat ini. Di tempatitulah Nabi Ibrahim meninggalkan siti hajar bersama dengan Ismail putranya, mereka ditinggal hanya dibekali dengan serantang bekal makanan dan minuman, sementara itu keadaan di sekitarnya masih belum ada tumbuh-tumbuhan, tidak ada air yang mengalir, batu dan pasir kering lah yang ada saat itu.

Cerita nabi ismail – Siti hajar begitu cemas dan sedih ketika Nabi ibrahim akan meninggalkannya seorang diri bersama anaknya yang masih kecil, di tempat yang begit sunyi senyap, tidak ada orang sama sekali, keculi hanya pasir dan batu. Seraya merintih dan meninangis, ia memegang kuat-kuat baju Nabi ibrahim as sambil memohon belas kasihannya, meminta agar ia tidak ditinggalkan seorang diri di tempat yang begitu hampa, tdak ada seorang manusia sama sekali, tidak ada binatang, tidak ada pohon dan air mengalir pun juga tidak terlihat di tempat itu. Semenara itu ia masih bertanggung jawab untuk mengasuh anak kecil yang masih menyusu kepadanya. Mendengar keluh kesah siti hajar, tentunya Nabi ibrahim as merasa tidak tega untuk meninggalknya ia sendiri bersama putranya yang ia sayangi tersebut di tempat yang sepi. Namun ia juga sadar bahwa apa yang dilakukannya merupakan kinginan dan perintah Allah yang maha pencipta, yang tentunya mengandung hikmah yang belum diketahuinya dan ia sadar bahwa Allah yang maha kuasa akan melindungi putra dan siti hajar di tempat sepi tersebut dari kesukaran dan penderitaaan.

Nabi ibrahim as pun berkata kepada siti hajar : "Bertawakallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan dialah yang akan melindungi kamu dan menyertai kamu di tempat yang sunyi ini. Sungguh kalau bukan perintah dan wahyu-Nya, tidak sekaipun aku tega meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat aku cintai ini. Percayalah wahai hajar bahwa Allah yang Maha kuasa tidak akan menelantarkan kamu berdua tanpa perlindunga-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamnya. Insya-Allah"

Mendengar rangkaian kata dari Nabi ibrahim itu, siti hajar segera melepaskan genggamannya dari baju Nabi ibrahim as dan dilepaskannya beliau menunggang untanya untuk kembali ke palestina dengan iringan air mata yang bercurah membasahi tubuh Nabi Ismail as yang sedang menyusu.

Sementara itu Nabi ibrahim juga tidak dapat menahan air mata ketika ia turun dari dataran tinggi meningalkan mekah menuju kembali ke palestina, tempat dimana istri pertamanya, siti sarah dengan punya keduanya yaitu Nabi ishak as sedang menunggu. Selama dalam perjalanan, Nabi ibrahim tidak henti-hentinya memohon perlindungan, rahmat dan barokah serta karunia dan rezeki bagi putra dan siti hajar yang ditinggalkannya di mekah yang masih sepi dan asing itu. Doa Nabi ibrahim kepada Allah SWT sebagaimana disebutkan dalam Al Qur'an sebagai berikut :

"Ya Tuhan kamu, sesungguhnya aku telah menempatkan sebagian keturuanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezekilah mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur"

Sejak Nabi ibrahim pergi, tinggalah siti hajar dan Ismail di tempat yang sunyi dan jauh dari peradapan itu. Ia harus bisa menerima nasib yang oleh Allah telah ditakdirkan kepadanya dengan kesabaran dan keyakinan penuh bahwa Allah akan melingunginya. Sementara itu bekal dan makanan yang dibawah dalam perjalan pada akhirnya habis juga setelah dimakan beberapa hari sejak ditinggal oleh Nabi Ibrahim as. Dimulailah beratnya beban hidup yang harus ditanggungnya sendiri tanpa bantuan suaminya. Ditambah lagi ia masih punya tangggung jawab menyusui Ismail, sedangkan susunya semakin lama semakin mengering karena kekurangan makanan.  Sehingga anaknya pu menangis tak henti hentinya karena tidak bisa menum air susu dengan puas dari Siti Hajar. Ibunya pun menjadi bingung, panis dan cemas mendengar anak yang disayanginya menangis menyayat hati. Siti hajar menoleh ke kanan dan ke kiri, berlaki ke kanan ke sana kesini untuk mencari sesuap makan atau seteguk air yang bisa meringankan kelaparan dan meredakan tangisan anaknya, namun usaha yang dilakukannya tidak membuahkan hasil.

Lalu siti hajar pergi ke bukti safa, ia berharap bisa mendapatkan sesuatu yang bisa menolongnya, namuan hanya batu dan pasir yang ditemuinya di sana, lalu dari bukit safa itu ia melihat bayangan air yang mengalir di atas bukit marwah, kemudian berlarilah ia ke bukti marwah, namun setelah sampai di sana yang dikiranya air ternyata hanya bayangan atau fatamorgana belaka. Lalu ia mendengar seolah-olah ada suara yang memanggilnya dari bukti safa, pergilah ia ke bukit safa, namun setelah sampai di bukit safa ia tidak menjupai apa-apa.

Cerita Asal usul air zamzam

Siti hajar memiliki keinginan yang kuat untuk tetap hidup bersama putra yang disayanginya, Siti hajar pun berlari mondari-mandir sebanyak tujuh kali antara bukit safa dan marwah, yang pada akhirnya ia duduk termenung, kepalanya merasa pusing dan hampir saja ia putus asa.

Diriwayathkan bahwa saat itu ibu dari Ismail ini berada alam keadaan yang tidak berdaya dan hampir putus asa kecuali dari rahmat Allah dan pertolongan-Nya datanglah malaikat jibril kepadanya, lalu malaikat jibril itu bertanya kepada Siti Hajar : "siapakah sebenarnya engkau ini?" Kemudian siti hajar menjawab : "Aku adalah hamba sahaya ibrahim". Jibril bertanya lagi :" Kepada siapa engkai dititipkan di sini?", Siti hajar menjawab : "Hanya kepada Allah.

Lalu malaikat jibril berkata lagi : "Jika demikian, maka engkau telah dititipkan kepada Dzat yang maha pemurah dan maha pengasih, yang akan melingungimu, mencukupkan keperluan hidupmu dan tidak akan menyia-nyiakan kepercayaan ayah puteramu kepada-Nya"

Setelah percakapan itu, diajaklah siti hajar pergi ke suatu tempat mengikutinya di suatu tempat dimana malaikat jibril menginjakkan telapak kakinya kuat kuat di atas tanah dan atas izin Allah segeralah keluar dari bekas telapak kaki itu air yang begitu jernih, Itu merupakan mata iar zam-zam yang sampai saat ini dianggap keramat oleh jemaah haji. Mereka rela berdesak-desakan mengelilinya untuk mendapatkan setitik atau seteguk air. Karena sejarahnya mata air itu dengan nama "Injakan jibril"

Dalam kesejap, air bekas injakan kaki jibril tersebut melimpah kemana-mana, kemudian malaikat jibri berkata : "zamzam!", yang artinya "berkumpullah:. Kemudian air itu berkumpul dan sampai sekarang air itu diberinama zam-zam. Kemudian malaikat jibril berkata lagi : "Hai siti hajar janganlah engkau takut akan kehausan di sini, karena sesungguhnya Allah menjadikan air ini untuk minuman orang-orang yang ada di dunia ini. Dan air ini akan terus mengalir dan tidak akan berhenti, dan nantin Ibrahim akan kembali juga ke di sini untuk mendirikan ka'bah"

Melihat air yang deras itu  Siti hajar begitu gembira dan lega. Lalu segeralah ia membasahi bibir puteranya dengan air keramat itu dan wajah puteranya pun segera terlihat segar lagi, begitu juga dengan siti gahar,  wajahnya terasa segar  dan ia merasa sangat bahagia dengan hadirnya mukzijat dari Allah yang mengembalikan kesegaran hidup kepadanya dan juga kepada putranya setelah sebelumnya dibayang-bayangi oleh kematian karena kelaparan.

 Dengan dikeluarkannya air zazam itu, datanglah burung-burung mengelilingi daerah yang ada airnya tersebut. Burung-burung kemudian menarik perhatian sekelompok bangsa arab dari suku juhrum yang merntau dan sedang berkemah di sekitar Makkah. Mereka mengetahui dari pengalaman bahwa dia mana ada terlihat burung di udara, maka di bawahnya juga terdapat air, maka mereka mengutus beberapa orang untuk memeriksa kebenaran teori ini. Para pemeriksa itu kemudian pengri mendatangi tempat dimana siti hajar berada, kemudian mereka kembali kepada kaumnya dengan membawa kabar gembira mengenai adanya mata air zamzam dan juga keadaan siti hajar bersama puteranya. Sejak itu, segeralah sekelompok suku juhtum itu memindahkan perkemahannya ke tempat sekitar zamzam, tentu saja kedatangan suku juhrum tersebut disambut dengan gembira oleh siti hajar karena dengan hadirnya sekolompok suku juhrum itu bisa menghilangkan kesunyian dan kesepian yang selama ini dirsakan oleh siti hajar yang hanya hidup berdua dengan Ismail saja.  Siti hajar bersyukur kepada Allah yang maha pengasih dan penyayang, dengan rahmatnya telah membuka hati orang-orang itu untuk datang meramaikan dan memecah kesunyian.

Cerita Nabi ismail dikorbankan

Beberapa waktu kemudian Nabi Ibrahim pergi ke Makkah untuk mengunjungi putranya yaiti Nabi Ismail as di tempat yang dianggapnya masih asing, untuk menghilangkan rasa rindu pada putranya yang sangat disayanginya, dan juga untuk menenangkan hatinya yang selalu risau jika mengingat keadaan puteranya bersama ibunya yang ditinggalkan di tempat yang tandus. Jauh dari masyarakat kota dan pergaulan umum.

Ketika Nabi Ismail as mencapai usia remaja, Nabi ibrahim mendapat mimpi bahwa ia harus menyembelih puteranya, yaitu Nabi Ismail.  Dan mimpi seorang Nabi merupakan salah satu dari cara Allah menurunkan wahtunya kepada Nabi, jadi perintah yang diterimanya dalam mimpi itu harus dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim as. Mengetahui perintah itu, ibrahim duduk dan termenung memikirkan ujian dari Allah yang begitu berat tersebut. Sebagai seorang ayah yang baru saja dikarunia seorang puterang setelah puluhan tahun diharapkan dan didamnbakan, serta saat ini ia sedang penuh kebahagiaan bersama puteranya yang diharapkan bisa menjadi pewaring dan menyambung kelangsungan keturunannya, tiba tiba harus dijadikan qurban dan harus direnggut oleh tangan ayahnya sendiri.

Cerita nabi islami – Tapi karena ia merupakan seorang Nabi, yang menjadi pesuruh Allah dan pembawa agama yang seharusnya menjadi contoh dan teladan bagi para pengikutnya dalam beribadah kepada Allah, menjalankan segala pernitah-Nya dan menempatkan cintanya kepada Allah di atas cintanya kepada anak, istri, harta dan benda lain-lain. Tentu ia harus melaksanakan perintah dari Allah yang diwahyukan melalui mimpinya, apapun yang akan terjadi sebagai akibat pelaksanaan perintah itu.

Sungguh amat berat ujian yang dihadapi oleh Nabi Ibrahim as, namun sesuai dengan firman Allah yang bermaksud : "Allah lebih mengetahui dimana dan kepada siap Dia mengamanatkan risalah-Nya". Lalu Nabi ibrahim as tidak membuang waktu lagi, berniat tetap akan menyembelih Nabi Ismail as puteranya sebagai qurban sesuai dengan perintah Allah yang telah diterimanya. Dan berangkatlah Nabi Ibrahim as menuju ke Makkah untuk menemui dan menyampaikan kepada puteranya apa yang Allah perintahkan.

Nabi Ismail sebagai anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah dan bakti kepada orang tuanya, ketika Nabi Ismail as mulai besar Nabi ibrahim as berkata : "Hai anakku! Aku telah bermimpi, di dalam tidur seolah-olah saya menyembelih kamu, maka bagaimanakah pendapatmu?"

Tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang Nabi Ismail pun menjawab perkataaan ayahnya :
"Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu agar ayah mengikatku kuat kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan Ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkan darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku ketika ibuku melihatnya, ketiga tajamkanlah pedangmu dan percepatlah pelaksanaan penyembelihan agar meringankan penderitaaan dan rasa pendihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaianku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya"

Kemudian dipeluknya Nabi Ismail as dan dicium pipinya oleh Nabi Ibrahim seraya berkata :

"Bahagialah aku mempunyai seorang putera yang taat kepada Allah, bakti kepada orang tua yang ikhlas hati menyerahkan dirinya untuk melaksanakan perintah Allah"

Cerita Nabi Ismail disembelih

Saat penyembelihan yang mengerikan telah tiba. Diikatlah kedua tangan dan kaki Nabi Ismail as, dibaringkanlah ia di atas lantai, lalu diambillah parang tajam yang sudah tersedia dan sambil memegang parang ditangannya, kedua mata Nabi ibrahi asi tergenang air berpindah memadang dari wajah puteranya ke parah yang mengkilap di tangannya, seakan-akan pada saat itu hari beliau menjadi tempat pertarungan antara perasaan seorang ayah di satu pihak dan kewajiban seorang rasul di satu pihak yang lain. Pada akhirnya dengan memejamkan matanya, parang diletakkan pada leher Nabi Ismail as dan penyembelihan dilakukan. Akan tetapi apa saya, parang yang sudah ditajamkan itu ternyata menjadi tumpul di leher Nabi Ismail as dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan.
Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizati dari Allah yang menegaskan bahwa perintah pengorbatan islmail itu hanya suatu ujian Nabi ibrahim as dan Nabi Ismail as sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu. Nabi ibrahim as telah menunjukkan kesetiaan yang tulus dengan pengorbanan puteranya untuk berbakti melaksanakan perintah Allah sedangkan Nabi Ismail as tidak sedikit pun ragu atau bimbang dalam melaksanakan kebaktiannya kepada Allah dan kepada orang tuanya dengan menyerahkan jiwa raganya untuk dikorbankan, sampai-sampai terjadi seketika merasa bahwa perang itu tidak mampu memotong lehernya, berkatalah ia kepada ayahnya :
 "Wahai ayahku! Rupa-rupanya engkau tidak sampai hati memotong leherku karena melihat wajahku, cobalah telangkupkan aku dan laksanakanlah tugasmu tanpa melihat wajahku"
 Akan tetapi parang itu ttetap tidak berdaya mengeluarkan setitik darah pun dari daging Ismail walau telah telangkupkan dan dicoba memotong lehernya dari belakang.
 Dalam keadaan bingung dan sedih hati, karena gagal dalam usahanya menyembelih puteranya, datanglah kepada Nabi ibrahim wayu allah dengan firmannya : dan kami panggilah dia : Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpimu itu sesungguhnya demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan besar:. Kemudian sebagia ganti nyawa Nabi Ismail as yang telah diselamatkan itu, Allah memerintahkan Nabi Ibrahim as menyembelih seekor kambing yang telah tersedia disampingnya dan segera dipotong leher kambing itu oleh beliau dengan parang yang tmpul di leher puterangnya tadi itu. Dan inilah asal permulaan sunnah berqurnban yang dilakukan oleh umat islam pada setiap hari raya Idhul Adha di seluruh dunia.

Cerita Nabi Ismail dan istrinya

Ketika Nabi Ismail as telah dewasa, ia dinikahkan dengan seorang wanita dari suku jurhum. Pada suatu hari ketika Nabi ibrahim as datang ke rumah Nabi Ismail as, namun ketika itu anaknya sedang tidak berada di rumah, namun hanya istrinya yang ada di rumah. Kemudian Nabi ibrahim as pulang karena rupaya ia tidak dterima dengan baik oleh menantunya itu. Nabi Ibrahim as minta izin pulang dengan meninggalkan pesan untuk anaknya Nabi Ismail as.
Nabi ibrahim berkata : "Jika suamimu datang nanti, katakanlah bahwa saya datang kemari, ceritakanlah ada orang tua sifanya seperti ini, dan berpesan kepadany, bahwa saya ini tidak suka kepada bawang pintu rumah ini dan minta supaya lekas ditukarnya"
cerita nabi ismail – Setelah Nabi Ismail tiba di rumahnya, istrinya tadi menceritakan semua pesan ayahnya kepada Nabi Ismail as. Lalu Nabi Ismail berkata kepada istrinya :
"Itulah dia ayahku (Ibrahim) dan rupayanya engkau tidak menghiraukan dan menghormati ayahku, sekarang engkau saya cerai sebab ayahku tidak menyukai orang yang berperangai rendah"
Kemudian Nabi Ismail as menikah kembali dengan seorang wanita jurhum lainya, dan Nabi ibrahim as sangat menyukai menantu ini. Dari pernikahan dengan wanita kedua ini, Nabi brahim dikarunia keturunan yang banyak dan anak-anaknya menjadi peimpin kaumnya dan mereka itu dinamakan Rab Musta'ribah
Nabi Ismail meninggal dunia pada suai 137 tahun di negeri palestina, namun ada riwayat lain yang  menyebutkan bahwa bahwa beliau meninggal di Mekah.
Nabi ibrahim dan Nabi Ismail mempunyai wasiat untuk anak cucunya, yang bunyinya sebagai berikut :
"Hai anak-anaku! Sesungguhnya Allah telah memilih islam menjadi agamamu, karena itu janganlah kamu mati kecuali tetap dalam ke Islaman.
Semoga kita bisa mengambil banyak hikmah dari cerita nabi ismail di atas.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 04 Oct 2014 03:17 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Sumbat kemaluan dengam kentang...

Posted: 04 Oct 2014 09:01 AM PDT

Colombia – Seorang wanita memberikan nasihat paling bodoh kepada anak perempuannya yang berusia 22 tahun untuk mengelak daripada mengandung, iaitu dengan memasukkan kentang dalam alat sulitnya.

Namun teknik yang digunakan oleh wanita itu nyata membawa padah apabila kentang itu tumbuh akar dalam alat sulit gadis itu.

Kejadian itu disedari oleh gadis tersebut selepas dia menemui doktor kerana mengalami kesakitan di bahagian perut.

Dia kemudiannya dimasukkan ke sebuah hospital di bandar Honda.

"Ibu saya memberitahu saya jika saya tidak mahu mengandung maka saya perlu memasukkan kentang dan saya percaya cakapnya,'' katanya ketika mendedahkan mengenai perkara berkenaan kepada doktor.

Kisah itu dilaporkan oleh laman web Colombia Reports.

Doktor kemudiannya melakukan pembedahan membuang kentang tersebut dan nasib baik kesihatan wanita itu tidak terjejas.

Susulan itu jururawat dan doktor di hospital berkenaan telah memberikan syarahan panjang lebar kepada ibunya yang memberikan nasihat tidak masuk akal kepada anaknya.

Kes pelik ini membuka banyak pihak di Colombia mengenai kurangnya pengetahuan mengenai pendidikan seks meskipun pendidikan tersebut adalah mandatori di negara Amerika Selatan.

Sumber mynewshub.cc

Rayu pulang seluar dalam

Posted: 03 Oct 2014 08:01 PM PDT

Bulawayo (Zimbabwe): Seorang wanita mendakwa tertekan hingga tidak nyenyak tidur selepas kehilangan seluar dalamnya, dipercayai dicuri oleh bekas kekasih teman lelakinya yang mengancam untuk menyihirnya.

Ruth Ndlovu kini hidup dalam ketakutan selepas kekasih teman lelakinya, Shipilakahle Dube dari bandar sama datang ke rumahnya dan mencuri seluar dalam itu.

Ruth kelmarin merayu majistret di mahkamah awam Bulawayo, Mrylene Mtshina, mengarah Shipilakahle mengembalikan seluar dalamnya.

"Saya sentiasa dalam ketakutan. Wanita berkenaan mengancam untuk menyihir saya dengan mengguna seluar dalam itu. "Dia mengambilnya ketika saya tidak ada di rumah. Dia menuduh saya merampas teman lelakinya," kata Ruth.

Dalam rayuannya itu, Ruth turut merayu mahkamah mengeluarkan perintah melarang Shipilakahle daripada datang ke rumahnya lagi. - AFP

Aksi Melampau Pasangan Di Taman Permainan

Posted: 03 Oct 2014 07:01 PM PDT

Inilah akibatnya apabila taman rekreasi disalahgunakan oleh para remaja untuk memuaskan nafsu mereka, bayangkanlah aksi mereka dilihat oleh kanak-kanak di taman permainan itu, hasilnya kanak-kanak mesti tiru aksi mereka berdua yang keterlaluan.

Sebelum ini banyak kes yang melibatkan kanak-kanak tadika yang telah dibongkar, ini adalah salah satu punca berlakunya kegiatan yang tidak diingini terhadap kanak-kanak masa kini.

PasMa dakwa pesuruhjaya PAS Terengganu jadi 'barua' BN

Posted: 03 Oct 2014 04:01 PM PDT

Setiausaha Agung Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Mohd Taib Ahmad kata Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu seolah-olah jurucakap kepada Barisan Nasional kerana sejak akhir-akhir ini beberapa kenyataan yang beliau keluarkan banyak menghentam Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2014.
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu seolah-olah jurucakap kepada Barisan Nasional kerana sejak akhir-akhir ini beberapa kenyataan yang beliau keluarkan banyak menghentam Pakatan Rakyat, dakwa PasMa.

Setiausaha Agung Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) itu, Mohd Taib Ahmad dalam kenyataannya berkata, tindakan Satiful Bahri Mamat itu tidak wajar jika beliau merasa masih bersama dalam Pakatan Rakyat.

"Sepatutnya sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang merupakan negeri Presiden PAS, beliau menyokong dan mendokong Pakatan Rakyat bukannya menyerang rakan sendiri.

"Kerana sikap sebeginilah membuatkan ada tuduhan terhadap PAS dan terhadap Presiden PAS sendiri, PAS mahu tinggalkan Pakatan dan menyertai BN," kata Taib.
Taib dipercayai mengulas kecaman yang dibuat oleh Satiful terhadap Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang mendakwa menteri besar yang baru itu mengzalimi Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Utusan Malaysia hari ini, Satiful mengadakan sidang media bagi menyatakan sikap itu dengan menyerang Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam dua isu berbeza.

Di Selangor, PAS Terengganu menempelak tindakan kerajaan PKR Selangor yang mengarahkan bank membekukan akuan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diwakili bekas menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Tindakan Kerajaan PKR Selangor itu disifatkan sebagai tidak adil dan bermotifkan dendam sehingga sanggup menjadikan rakyat sebagai mangsa politik mereka, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Satiful juga berkata, PAS Terengganu kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang didakwanya menyingkirkan Bendahari PAS negeri itu, Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Taib berkata, kenyataan beliau mengenai PasMa juga bercanggah dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Naib Presiden dan Setiausaha Agong yang mengatakan bahawa PasMa adalah sebuah NGO sahaja dan tidak mengancam PAS.

Malahan, kata Taib dalam kenyataannya, arahan yang dikeluarkan oleh beliau seoalah-olah PasMa adalah pertubuhan haram yang tidak boleh disertai dan diikuti program yang dianjurkan.

Sedangkan PasMa adalah sebuah badan bukan kerajaan yang berdaftar dan sah di sisi undang-undang Malaysia.

Ini berikutan arahan yang dikeluarkan oleh PAS Terengganu yang menghalang mana-mana ahlinya dari menyertai atau melibatkan diri dengan kegiatan PasMa. – 3 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pesuruhjaya-pas-terengganu-sudah-jadi-jurucakap-bn-dakwa-pasma#sthash.25Vwq4Gs.dpuf

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 04 Oct 2014 07:26 PM PDT

Anwar Ibrahim


Anwar Ibrahim faces ‘travesty of justice’ in Malaysia, says Nick Xenophon

Posted: 04 Oct 2014 04:55 AM PDT

The Guardian

anwar ibrahim 

Independent senator says Australia should speak up on behalf of Malaysia's opposition leader

Australia is being challenged to speak up on behalf of Malaysia's opposition leader as he faces "a travesty of justice" and the prospect of prison this month.

Anwar Ibrahim is appealing against a highly controversial sodomy conviction, and one of his lawyers has been charged with sedition for saying the scandal is politically motivated.

Anwar, too, is under further investigation, accused of making seditious comments in a political speech.

His 28 October appeal against the sodomy conviction may spark political tensions in Malaysia.

On Friday he met the independent senator Nick Xenophon in Jakarta. Xenophon was detained and deported when he tried to visit Anwar in Kuala Lumpur last year.

Xenophon said if Australia was any kind of friend to Malaysia, it would speak up.

"This is a travesty of justice," he told reporters in Jakarta.

"It feels like Anwar has more charges against him than Muhammad Ali has had punches. It is a very serious issue."

Anwar agreed Malaysian authorities, "on direction from the government", were determined to put him behind bars."

In his 2011 speech, he says, he said the words "fight the evil government". That was now being considered sedition.

"I convey my appreciation to senator Nick Xenophon and my friends here who conveyed their concern for me," he said.

Xenophon said he also remained concerned about the voter irregularities he had wanted to examine last year when he was detained.

"I think unofficially it's expected that the real vote was much greater for the Malaysian opposition," he said.

"So, this is the man who should be the prime minister of Malaysia today."

[BELASUNGKAWA] Ustaz Ramli Ibrahim

Posted: 04 Oct 2014 04:42 AM PDT

Saya dan keluarga dikejutkan dengan berita pemergian sahabat lama Ustaz Ramli Ibrahim ke rahmatuLlah pagi tadi.

Allahyarham sahabat seperjuangan saya sekian lamanya. Merupakan mantan Presiden PKPIM, kemudiannya aktif dalam ABIM tatkala saya ditahan di bawah akta zalim ISA era 70-an. Allahyarham dulunya berkhidmat dengan Institut Teknologi MARA, pada era reformasi 1998 beliau membantu KEADILAN selaku Bendahari Agung yang pertama dan berjaya membawa suara rakyat melalui KEADILAN ke Dewan Rakyat melalui pasukan 5 ahli parlimen pertama KEADILAN apabila memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu.

Saya dan Azizah berusaha bergegas ke Sungai Buloh untuk memberikan penghormatan akhir pada Allahyarham tetapi sayang sekali jenazah telah berlepas ke Kelantan untuk disemadikan.

KEADILAN seluruhnya merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham atas kembalinya Allahyarham ke pangkuan Ilahi. Moga Allah SWT merahmati segala usaha bakti Allahyarham dalam perjuangan serta dakwah Allahyarham selama menumpahkan khidmat bakti bersama PKPIM, ABIM dan KEADILAN. Moga roh Allahyarham dicucuri rahmat Sang Pencipta.

Al-Fatihah.

ANWAR IBRAHIM

[PERUTUSAN] Eiduladha 1435 Hijrah

Posted: 03 Oct 2014 09:43 PM PDT

“Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat” – Surah Al-Hajj, Ayat 34

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dirafak ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah inayahNya maka diizinkan olehNya jua untuk kita kembali meraikan hari besar dalam Islam yakni sambutan Eiduladha bagi tahun 1435 Hijrah.

Pastinya sambutan Eiduladha saban tahun kita lalui dengan penuh rasa keinsafan: dengan sirah Ibrahim dan Ismail A.S yang memperihal kesiapsiagaan seorang bapa dan anak yang dengan penuh tawadhuk dan ikhlas melaksanakan perintah Allah SWT, meski nyawa dan darah galang gantinya.

Inilah falsafah ulung di sebalik ibadah korban: keikhlasan dan kesyukuran ke atas nikmat Ilahi yang kemudiannya dikembalikan dengan rasa tawadhuk demi mencapai redhaNya. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang antara lain mafhumnya:

“Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla.”

Falsafah yang sama juga tersirat di sebalik ibadah haji, yang menjadi pelengkap kepada Rukun Islam sebagai agama yang suci. Penyucian diri melalui proses dan fasa-fasa ibadah haji nyata sekali merupakan satu bentuk pemurnian akal dan jiwa melalui pemupukan elemen kebersamaan dan persaudaraan sesama Muslim. Realitinya, semua insan adalah sama di sisi Tuhan, tinggal lagi baik buruk akhlaknya dan juga tinggi rendah imannya yang menjadi sandaran.

Sambutan Eiduladha ini pastinya mendorong kita memaknai prinsip agung yang digagas oleh Islam: keadilan insani. Prinsip keadilan ini diulang sebanyak 56 kali di dalam Al-Quran, justeru kewajaran kita untuk menjamin keadilan, merai kepelbagaian dan menghormati perbezaan adalah sesuatu yang tidak boleh dikesampingkan. Ini telah Allah SWT tegaskan lewat Surah Al-Maidah Ayat 8:

"Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

Inilah keindahan Islam yang diwariskan Rasulullah SAW kepada umat baginda. Kendatipun begitu dalam pada kita meraikan hari besar ini, kita terus menerus dihambat dengan agenda yang sedang menghenyak imej Islam di mata dunia, mengambil contoh isu ISIS yang hangat diperkatakan mutakhir ini. Matlamat sedemikian jelas bercanggah dengan prinsip keadilan Islam malah mencemar imej Islam yang berselindung di sebalik agenda perjuangan Islam.

Rentetan kegagalan memahami Islam secara holistik, maka wujudlah persepsi yang salah sedemikian rupa, lantas mengesani kesyumulan Islam di mata khalayak. Inilah yang ditekankan oleh Almarhum Hasan al-Hudaybi, "Tegakkanlah Islam di dalam dirimu, nescaya ia tertegak di watanmu".

Tuntasnya, kembalilah kita kepada fitrah dengan memaknai Islam dan gagasan manusiawi yang terkandung dalam ajarannya. Moga Eiduladha yang akan diraikan mampu mencetus keinsafan kepada kita dalam menjaga ukhuwah sesama insan disamping kita memperkemas habluminallah.

Mewakili kepimpinan dan akar umbi KEADILAN seluruhnya, saya merakamkan ucapan Salam Eiduladha buat seluruh umat Islam di Malaysia. Moga ibadah korban yang kita sempurnakan mendapat tempat di sisi Ilahi, demikian juga buat jemaah haji Malaysia didoa agar selamat menunaikan ibadah haji dan selamat kembali ke tanah air dengan haji yang mabrur moganya, inshaaAllah.

ANWAR IBRAHIM