SPM: Tahniah kepada semua Posted: 21 Mar 2014 07:21 AM PDT S.P.M. Debaran sekalian lama pelajar telah reda. Ada yang teramat bahagia mengenggam keputusan bagus yang luar jangkaan. Tidak kurang pula yang berduka dan hampa di atas pencapaian SPM mereka. Ianya satu pengesahan keputusan yang dijangka. Biasa biasa sahaja. Sebilangan pula merana pilu kerana tidak kesampaian hasil yang dihajati. Ibu bapa tidak terkecuali diselubungi dengan dunia suspens sementara. Begitu juga datuk dan nenek.Pendek kata demam sekeluarga hanya sanya kerana sebuah peperiksaan awam bernama S.P.M. Ini adalah keluarga yang normal. Reaksi yang boleh dijangka.
Apa yang sering dilupakan oleh manusia yang melalui ujian demi ujian ialah nilai relatif ujian yang dihadapinya. Bermula dengan ujian kecil di pra sekolah. Sorakan dan galakan hanya tertumpu kepada markah. Ujian bulanan, ujian penggal. Kemudian penghujung 6 tahun di peringkat rendah ujian UPSR. markah lagi yang menjadi ukuran. Hingga PMR, kemudian SPM, STPM dan lain lain. Bahkan IPT juga penuh ujian. C.G.P.A menjadi ukuran penting. Bagi yang yang mendapat pinjaman PTPTN bahkan tajaan lain, andaikata CGPA jatuh bawah paras 2.0 pinjaman atau tajaan tersebut akan digantung sehingga ia pulih melebihi paras minima 2.0.
Maka pelik wal hairan bagaimana pelajar yang telah dilatih tubi dengan pelbagai ujian dalam pendidikan tidak sedar bahawa ada ujian lain selain daripada ujian formal di bangku sekolah dan menara gading. Ujian integriti, kesabaran, kejujuran, keihlasan, setiakawan, kebolehpercayaan.........semua ini berlaku dalam hidupnya. lulus atau gagal dalam ujian praktikal dalam dunia realiti kehidupan ini akan menjadi ukuran kepada tahap kejayaannya dalam kehidupan dan boleh menjadi petunjuk kepada hal ehwalnya di alam akhirat kelak. Justeru, ia perlu mempelajari 'subjek teras' untuk menanggapi erti kehidupan dan bagaimana hidup di dunia dengan jaya dan melstarikan kejayaannya hingga ke akhirat kelak.
S.P.M.(Sijil Pelajaran Malaysia) BUKAN SAMA NILAI dengan S.P.M( Sijil Padang Mahsyar) Jadi bagi pelajar yang berjaya dalam peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA, sekalung tahniah bagimu, ibubapamu, gurumu serta rakan belajarmu. Namun jangan sekali kali lupa dengan S.P. M yang lagi satu, yang sudah tentu lebih mencabar, real dan ukuran kejayaan hakiki.
Siruu 'ala barakatillah
|