Isnin, 15 Disember 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 15 Dec 2014 11:25 AM PST

PEJUANG BANGSA


ISU KALIMAH : GUAN ENG NAK JADI HERO MENJELANG PRU SARAWAK @IsmailSabri60

Posted: 14 Dec 2014 07:00 PM PST




"Lim Guan Eng cuba untuk menjadi hero," demikian reaksi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika diminta mengulas mengenai tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di negeri itu dalam kalangan bukan Islam.
Menurutnya, meskipun Guang Eng merupakan Ketua Menteri di negeri tidak beraja, namun beliau tetap terikat dengan Perlembagaan negara ini.
"Saya tak tahu apa hak dia (Guan Eng). Soal agama di negeri yang beraja ditentukan oleh Sultan manakala di negeri yang tidak beraja ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, seperti Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.
"Lim Guan Eng bukan ketua agama di negeri yang tidak beraja. Jangan dia ingat oleh sebab negeri itu tidak ada raja, dia ketua agama. Apa yang dia buat itu salah. Dia (Guan Eng) tak boleh sentuh pun (soal agama) sepatutnya," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) 2014, di sini, semalam.
Beliau turut mendakwa tindakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu seolah-olah cuba untuk melaga-lagakan partinya dengan masyarakat bukan Islam di Sarawak.
"Jadi, saya percaya Guan Eng ini cuba untuk menjadi hero kerana pilihan raya negeri Sarawak (akan datang). Cuba nak laga-lagakan antara Umno dengan masyarakat bukan Islam di Sarawak. Itu saja. Itu menunjukkan jahatnya dia (Guan Eng).
"Dia tidak peduli perpecahan yang berlaku antara orang Islam dengan orang bukan Islam. Yang dipentingkan hanyalah kepentingan politiknya," katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan para pemimpin lain agar mempunyai etika dan tidak terlalu menjaga kepentingan politik sahaja.
"Saya harap, sebagai pemimpin kita kena ada etika juga. Jangan kerana kepentingan politik, kita buat apa saja walaupun ia boleh melibatkan perpecahan dan menyebabkan huru-hara antara agama dan kaum di negara kita.
"Sesetengah perbuatan kita boleh menyebabkan huru-hara berlaku. Huru-hara itu akan menyebabkan rakyat susah. Sepatutnya kita sebagai pemimpin kena ada pertimbangan juga melebihi daripada politik," katanya.
Guan Eng seperti dilaporkan beberapa portal berita pada Jumaat, memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.
Beliau dilaporkan berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

GUAN ENG BERKERAS , PERTAHAN PENDIRIANNYA BOLEH GUNA KALIMAH ALLAH

Posted: 14 Dec 2014 06:06 PM PST





GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini mempertahankan pendiriannya bahawa penganut agama lain boleh menggunakan kalimah Allah di negeri itu sambil menegaskan Enakmen Agama Islam Negeri tidak boleh dikuatkuasakan ke atas orang bukan Islam.

Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini berkata, pendirian itu adalah selaras dengan hak asasi dan moral.

Sambil menafikan dakwaan dia cuba campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Agama Islam negeri itu, Guan Eng mengulangi pendiriannya bahawa Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.

Menurutnya lagi, apa jua fatwa tidak boleh dikuatkuasakan ke atas penganut agama lain di negeri itu kerana ia hanya termaktub kepada umat Islam.

Dalam pada itu, Guan Eng juga menafikan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa dia cuba mencampuri urusan agama Islam di negeri itu.

Sebaliknya Guan Eng meminta Zahid supaya mengajukan persoalan tersebut kepada pemimpin MCA kerana mencabar kerajaan negeri Pakatan Rakyat supaya memansuhkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 bagi membolehkan penganut agama lain menggunakan kalimah Allah.

Tegasnya,  masyarakat bukan Islam dan sebahagian penganut Islam secara umumnya tidak bersetuju dengan larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian oleh kerajaan Persekutuan, tetapi tetap menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan penerbit 'The Herald' daripada mengunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah di Pulau Pinang tercetus apabila Guan Eng menyatakan pendirian bahawa penganut agama lain boleh menggunakan kalimah tersebut di negeri itu.

Berikutan kenyataannya itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Mertajam Ifan Zaimi Mad Taha semalam memfailkan laporan polis terhadap Guan Eng di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah.

Dalam reaksinya semalam, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan isu berkaitan penggunaan kalimah Allah itu tidak sepatutnya dibangkitkan lagi memandangkan Majlis Fatwa negeri telah mengazetkan perkataan Allah serta 40 lagi perkataan berkaitan Islam yang tidak boleh diguna pakai oleh penganut agama lain di negeri itu.

Beliau berkata apabila sudah digazetkan oleh Majlis Fatwa, perkara itu bukan sahaja tertakluk kepada orang Islam, tetapi bukan Islam kerana pelantikan Mufti Pulau Pinang adalah di bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Zahid Hamidi, ketika mengulas perkara tersebut di Perak semalam, dilaporkan sebagai berkata Ketua Menteri di sebuah negeri tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan sebarang kenyataan atau menentukan sesuatu keputusan mengenai penggunaan kalimah Allah.

Beliau berkata perkara itu terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertua Negeri yang mewakili Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu di negeri berkenaan.   


SUMBER : AWANI 

Pedang Alif Ba Ta

Posted: 15 Dec 2014 07:52 AM PST

Pedang Alif Ba Ta


Pemuda UMNO Desak Kaji Semula Lantikan CEO MAS

Posted: 15 Dec 2014 05:46 AM PST

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/LD9IU6I2CkU


The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 15 Dec 2014 03:44 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Semuanya ada cara ....

Posted: 14 Dec 2014 10:48 PM PST


Bila Malaysian Insider beri tajuk sedemikian, tentu akan ada yang marah. Katalahdia buang sedikit ayat tu ....





Tidaklah orang UMNO marah. Maka yang kritik saja ditujukan. Nampak tidak berapa jahat The Malaysian Insider laga-lagakan ...


Buang lagi sedikit pun tidaklah sekasar sebelum ini. Cuma nampak marah saja.


Atau cuma nampak berbangga pula.

Begitu juga tentang isu 25 orang ternama Melayu. Sepatutnya suarakan saja pandangan dan tidak perlu serang sesiapa. Baca dalam blog omputih kita SINI.

Jika dijawab dengan mengatakan dah pencen baik duduk masjid atau persoal apa jasa mereka, nampak tidak kena.

Tapi bila dibuat cara parodi begini di SINI, sinis dan lucu sekali cara mereka memintas mereka yang diwar-warkan sebagai 25 Eminent Malays.

Wow! Bila anda marah, anda akan dijual dan harta anda dirampas

RIDHUAN TEE

Posted: 15 Dec 2014 03:43 AM PST

RIDHUAN TEE


Siapakah ekstremis sebenarnya?

Posted: 14 Dec 2014 05:06 PM PST



(Sinar Harian 15 Dec 2014)

Sangat geli hati membaca surat terbuka 25 Melayu yang dikatakan kononnya berpengaruh, berpangkat Tan Sri dan Dato, pesara kerajaan, bercakap soal ekstremis di negara ini dan cara penyelesaiannya.

Semasa dalam perkhidmatan kerajaan, apa yang mereka lakukan? Apakah mereka benar-benar memanfaatkan jawatannya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara? Jarang sekali saya melihat ada pegawai tinggi kerajaan sebegini. Rata-rata mahu kekalkan jawatan tingginya, dan kalau boleh disambung kontrak demi kontrak. 

Ingin juga saya bertanya, adakah sepanjang berada dalam perkhidmatan kerajaan dahulu, mereka ini semuanya bersih, bebas dari amalan rasuah? Sejauhmana penglibatan mereka dalam NGO selepas bersara atau hanya berjumpa dengan orang-orang pencen?

Sejauh mana pengetahuan agama Islam mereka hendak mempertikaikan institusi agama dan NGO yang dikatakan bertindak bertentangan dengan Perlembagaan dan konsep syura atau digelar ekstremis?

Jangan hanya pandai mengeluarkan kenyataan. Pergilah berjumpa dengan Menteri berkaitan untuk mengetahui keadaan yang sebenar.Banyakkan berdamping dengan NGO-NGO yang saban hari bersama rakyat menyelami masalah mereka, bukannya duduk dalam banglo setelah pencen dan berbincang sesama sendiri.

Mereka mendakwa mereka Muslim moderat? Apa maksud moderat? Islam bukan agama moderat. Islam adalah agama bersifat fundamental. Biasakan berkata saya Muslim fundamental, bukan moderat. Jika tidak faham fundemantal, biar saya jelaskan, yakni Muslim yang benar-benar faham dan berpegang kepada agama Islam, atau menjadikan Islam sebagai way of life, bukan Islam pada kulit sahaja.

Mempertahankan agama dan hak kaum itu bukan ekstremis, tetapi fundamental. Lebih-lebih lagi penduduk asal. Ekstremis adalah mereka yang bertindak membuta tuli atau membabi buta atau membawa ajaran sesat.

Terus terang, saya tidak berani menuduh Perkasa atau Isma itu ekstremis, walaupun ramai yang tidak menyukainya. Selalulah berbincang dan berdampinglah dengan NGO ini untuk memahami mereka dan hakikatnya. 

Jika kaum lain terus mempertahankan agama dan hak mereka secara ekstrem, apakah kita perlu menjadi cair, terlalu terbuka atau liberal. Kenapa tidak menuduh mereka juga ekstrem? Kenapa memangsakan institusi atau NGO Islam sahaja?

Tidak dinafikan bahawa dialog antara agama dan peradaban itu sangat penting pada masa kini. Persoalannya, sejauh mana kita berlapang dada dan memahami makna keadilan. Ramai hari ini melihat keadilan itu 1=1. Bukan meletakkan sesuatu kepada tempatnya. Itu yang menjadi ekstrem.

Izinkan saya menjawab saranan 25 tokoh Melayu itu.

Pertamanya, katanya pertembungan antara undang-undang sivil dan syariah. Sejauhmana tokoh Melayu ini faham tentang undang-undang dan masalah yang dihadapi. Saya sarankan pergi berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan barisan pakar mereka, untuk berdiskusi, sebelum mengeluarkan kenyataan. Seorang bekas hakim (peguam) belum dia tentu dia mahir undang-undang, jika dia jahil undang-undang Islam.

Kedua, katanya, kurangnya kesedaran di kalangan orang ramai, termasuk pemimpin tertinggi, terhadap aspek perundangan dan had bidang kuasa institusi agama dan pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Persoalan saya, mereka mahir sangatkah?

Adakah benar bahawa undang-undang yang digubal, termasuk undang-undang Islam, tidak boleh bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara berkaitan kebebasan asasi manusia, pembahagian bidang kuasa di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta prosedur legislatif? Apakah tidak ada langsung keistimewaan Islam dalam perlembagaan. Bagaimana pula dengan kedudukan raja-raja Melayu yang menjaga hak agama Islam dan bangsa Melayu? Benarkah mereka ini pakar?

Ketiga, hak rakyat untuk membahaskan bagaimana agama Islam digunakan sebagai sumber undang-undang dan dasar awam di negara ini. Persoalan saya rakyat bagaimana yang ada hak untuk membahaskannya. Adakah terdiri daripada kalangan mereka yang sudah pencen? Adakah mereka ini pakar? Kenapa dahulu semasa bekerja tidak syorkan? Takut bukan? Kenapa terlalu lantang hari ini setelah pencen? Saran saya, elok mohon balik untuk kerja kontrak.

Keempat, perlunya mempertingkatkan kesedaran mengenai kepelbagaian yang wujud dalam pentafsiran teks dan ilmu feqah. Ingin saya bertanya, sejauhmana ilmu mereka dalam ilmu fiqh? Berapa kitab yang telah dibaca? Serahkan kepada yang pakar.

Dalam Pejabat Perdana Menteri dan badan perunding yang dilantik, sudah terlalu banyak pakar. Apakah 25 tokoh Melayu merasakan diri mereka terlebih pakar?

Kelima, melantik pemimpin-pemimpin yang berupaya menghidupkan budaya debat dan wacana yang terbuka dan koheren berhubung dengan pentadbiran undang-undang Islam di negara ini. Semua pakar tersebut telah ada. Perbincangan sedang berjalan, tetapi bukan berdebat seperti yang disyorkan. Debat tidak akan selesaikan masalah, kerana debat mencari siapa benar, siapa salah. Sebetulnya, dialog, kerana dialog mencari apa yang benar, apa yang salah.

Sebenarnya semua keadaan ini berlaku disebabkan tuntutan ekstrem ultra kiasu. Umat Islam terpaksa bangun mempertahankannya. Jika tidak, pasti agama Islam akan cair dalam negara berteraskan kepada Islam dan Melayu ini. Peliknya, kenapa mereka hanya menyalahkan umat Islam, tidak langsung merujuk kepada ultra kiasu yang mencetus dan melakukan provokasi.

bumiyang

Posted: 15 Dec 2014 03:41 AM PST

bumiyang


Begitu Mudah Untuk Menipu Orang Melayu???

Posted: 14 Dec 2014 09:48 PM PST

Gempar!!! Adam Adli Bakal Ganti Jazlan Sebagai Pengerusi PAC???

Posted: 11 Dec 2014 04:30 PM PST

Aspirasi Bangsa

Posted: 15 Dec 2014 01:31 AM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 14 Dec 2014 11:42 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWAR GAGAL TIKAM BELAKANG HADI, MAT SABU KENA TUNGGU LAGI

Posted: 14 Dec 2014 09:15 PM PST

Tuntutan Saman Shamsul telah ditolak dengan kos. Kos mahkamah, kos peguam Shamsul dan kos peguam Hj Hadi semuanya Shamsul kena bayar. Ini satu kemenangan kepada Hj Hadi sebaliknya kumpulan yang hendak menjatuhkan Hj Hadi melopong dan menggigit jari.

Keputusan kes perbicaraan saman fitnah 'pil kuda' oleh Syamsul terhadap Hj Hadi telah ditolak dengan kos RM10,000.00. 


Mahkamah putuskan ucapan itu mengandungi unsur fitnah tetapi ia dilindungi oleh qualified privilege

Mahkamah juga putuskan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan kata-kata itu sebagai merujuk kepada plaintif.

Mat Sabu nampaknya kena tunggu lagi lama...

ANWAR GUNA KUASA VETO TENTUKAN MESYUARAT PR

Posted: 14 Dec 2014 07:31 PM PST



Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam sidang medianya semalam mengakui kerisauan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tentang kelewatan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah disampaikan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Lim Kit Siang mengambil kira tentang kelengahan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat.

"Saya telah sampaikan makluman ini kepada YB Datuk Seri Hadi Awang supaya (beliau dapat) menetapkan tarikh pertemuan dalam masa singkat terutamanya awal Januari untuk kita memperbaiki..dan meneruskan dengan program dan agenda Pakatan Rakyat," kata Anwar.

Kenyataan terbaharu Anwar itu konsisten dengan beliau yang dilaporkan Sinar Harian pada 5 November lalu yang berkata, selepas ini beliau akan memberi notis peringatan yang baik supaya Hadi dapat mengambil bahagian dalam setiap mesyuarat bersama PR.

"Mungkin selepas ini kita akan beri notis (peringatan) yang baik, mesyuarat seterusnya kita akan pastikan tarikhnya lebih sesuai buatnya, saya pasti dia boleh hadirinya.

"Kita sentiasa berunding dengan pemimpin parti PR untuk menetapkan tarikh supaya sesuai dan selesa kepada mereka," katanya.

Sebelum ini, Anwar memilih tarikh 27 Oktober sebagai Mesyuarat PR, iaitu sehari sebelum beliau menghadapi perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

Pemilihan tarikh itu menyebabkan Hadi tidak hadir kerana beliau perlu berada di Kuala Terengganu untuk menghadapi kes saman PKR terhadap dirinya di Mahkamah Tinggi negeri itu.




Facebooker pro PAS, Roslan Abdullah pernah mengkritik kuasa veto Anwar dalam penentuan mesyuarat PR itu.

"Tahukah anda mesyuarat dibuat biasanya tergesa-gesa ikut kemahuan Anwar Ibrahim, sedangkan Tuan Guru Haji Hadi ada jadual asal yang disusun.

"Mesyuarat pula lebih kepada mengesahkan apa yang Anwar mahu sahaja," kritiknya.



Pasukan transformasi DS @NohOmar yang akan selamatkan Selangor dari kerakusan Pakatan Rakyat. @NajibRazak

Posted: 14 Dec 2014 05:00 PM PST

Baru sahaja menyandang jawatan Menteri Besar Selangor namun Azmin Ali telah terpalit dengan berbagai-bagai kontroversi negatif yang bakal menggugat kredibiliti beliau. Adakah Azmin Ali akan menjadi Menteri Besar Selangor yang paling pendek masa perkhidmatannya. Sama-sama lah tunggu adengan penuh kontroversi dalam Pakatan Rakyat di Selangor.

"PECAH AMANAH DAN SALAH GUNA KUASA OLEH AZRI BIN KHAIRUDDIN
: LAPORAN POLIS

MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM, SETIAUSAHA SULIT AHLI PARLIMEN GOMBAK / KETUA STAFF KEPADA AHLI PARLIMEN GOMBAK DAN AHLI DEWAN NEGERI BUKIT ANTARABANGSA MEMBUAT LAPORAN TERHADAP KAKITANGANNYA IAITU NASRUL AZRI BIN KHAIRUDDIN.

BELIAU MERUPAKAN PEMBANTU TADBIR (KERANI KAWASAN) KEPADA AHLI PARLIMEN GOMBAK DAN AHLI DEWAN NEGERI BUKIT ANTARABANGSA.

MUHAMMAD HILMAN BIN IDHAM MENGESYAKI BELIAU TELAH MELAKUKAN PECAH AMANAH DAN SALAHGUNA KUASA DENGAN MEMALSUKAN TANDATANGAN AHLI DEWAN NEGERI BUKIT ANTARABANGSA BAGI KELULUSAN PENGELUARAN PERUNTUKAN AHLI DEWAN NEGERI BUKIT ANTARABANGSA KEPADA PEJABAT DAERAH DAN TANAH HULU LANGAT SEBANYAK 8 KALI.

BUTIR-BUTIR PENGELUARAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

24 FEBRUARI 2014 : BAYARAN RM 10,500.00 KEPADA DOMINANT BEST SERVICES SDN.BHD
24 FEBRUARI 2014 : BAYARAN RM 7500.00 KEPADA DOMINANT BEST SERVICES SDN.BHD
26 MEI 2014 : BAYARAN RM 20,000.00 KEPADA KG PRIMA RESOURCES
26 MEI 2014 : BAYARAN RM 19,100.00 KEPADA DOUBLE N SUPPLY & SERVICES
26 MEI 2014 : BAYARAN RM 19,100.00 KEPADA DOUBLE N SUPPLY & SERVICES
26 MEI 2014 : BAYARAN RM 10,500.00 KEPADA SHINY KLEEN SERVICES
16 JULAI 2014 : BAYARAN RM 17,500.00 KEPADA DOUBLE N SUPPLY & SERVICES
16 JULAI 2014 : BAYARAN RM 15,500.00 KEPADA SHINY KLEEN SERVICES

KES SEDANG DALAM SIASATAN POLIS

Seorang pembaca telah mengirimkan emel berhubung kes terbaru penyelewengan wang rakyat yang melibatkan MB Selangor. Selepas skandal makan aiskrim dalam tandas, kini Kerajaan Pakatan pembangkang terjebak lagi dengan masalah salah guna kuasa terbaru.

Mengapa ini semua berlaku? Semuanya kerana UMNO Selangor lemah dan tidak mendapat sokongan padu. Pasukan yang sepatutnya bersepadu menyerang pakatan pembangkang berpecah belah kepada beberapa puak sebelum ini dan bergaduh sesama sendiri. Maka bermaharajalelalah mereka ini semua (pakatan pembangkang) mengaut licin kantung wang rakyat Selangor!

Sebab itulah PM berulang kali menegaskan kepentingan untuk SOLIDARITI dalam UMNO Selangor jika mahu mengembalikan Selangor ke pangkuan BN. DS Noh Omar pun sudah dipilih sebagai pemimpin No 1 BN Selangor. Maka siapakah pula yang akan menjadi pasukan elit teras beliau yang akan bersama merangka strategi untuk menggempur kerakusan pakatan pembangkang di negeri tersebut?!!




DATO' HJ. ZEIN ISMA BIN HJ. ISMAIL, DSIS. DSM.
Umur : 54 tahun (16 November 1960).
Anugerah : Darjah Sultan Sarifuddin Idris Shah (DSIS). 2008.
Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM). 2002.
Darjah Seri Melaka (DSM). 2000.

Pendidikan :

1. 1991. Associate Member Society Of Actuaris, Chicago USA.
2. 1990. Master Of Science in Finance/Insurance.  
    Univ. Of Hartford, Hartford, Connecticut, USA.
3. 1985. Master Of Science In Mathematics.
    Univ. Of Connecticut, Storrs, Connecticut, USA
4. Bachelor Of Science In Actuarial Science (with Honours)
    UiTM.

Kerjaya : Ahli Perniagaan.

Facebook: https://www.facebook.com/datozeinisma.ismail
Twitter: https://twitter.com/datozeinisma




Tuan Haji Nasarruddin bin Dato' M Zin (anak jati Pelabuhan Klang) 

Karier: 

1) Ketua UMNO Bahagian Klang 

2) Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi penggal         2011 - 2013. 
3) Ahli Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) negeri Selangor.

Pendidikan: 

Sek Men Dato Hamzah Pel Klang (1977)

CSU Sacramento, California: Class of 1988 · Business Administration/Management · Sacramento, California

Facebook: https://www.facebook.com/nasarruddin.zin



Ir. Kamaruzzaman Johari

Karier:

1) Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor. 

2) Jurutera Awam dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Awam dari University Of The Pacific, Stockton, California, USA.

Blog: http://ubkr.blogspot.com/
Facebook : https://www.facebook.com/kj6337
Twitter: https://twitter.com/kj6337642



Dato' Sulaiman Bin Mohd Karli

Karier: Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat

Tarikh lahir: 12 Jun 1958

Facebook: https://www.facebook.com/sulaimankarli
                  https://www.facebook.com/sulaimanmohdkarli?fref=ts

Blog: http://umnokualalangat.blogspot.com/



Azhari Shaari

Karier:

1) Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam

Blog: http://azharishaari.blogspot.com/
         http://umnobahagianshahalam.blogspot.com/

Facebook: https://www.facebook.com/AzhariShaariOfficial

Twitter: https://twitter.com/AzhariShaari




Datuk Hj Yusoff HM Haniff (Aktivis bandar)

Karier:

1) Ketua UMNO Bahagian Kelana Jaya
2) Ahli Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia

Facebook: https://www.facebook.com/hajiyusoff.hmhaniff




YB Tuan Budiman Mohd Zohdi (BUDI) 

Anak jati Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor.

Karier:

1) Pengerusi Majlis Belia Daerah Sabak Bernam.  
2) Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang komunikasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia 
3) Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam 
4) Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar. 
5) Naib Presiden MAYC Kebangsaan. 
6) Aktivis Mahasiswa Pertengahan 90'an. 
7) Telah menulis 3 buah buku: Pengucapan Awam, Taman Rohani dan Mesyuarat itu Mudah. 
8) Menulis rencana berkaitan isu belia di akhbar-akhbar utama. 
9) Penerima anugerah Belia Negara peringkat Negeri Selangor kategori kepimpinan 
   mengasaskan Program Komuniti Belia Jom Berubah (Sumber: Jawa Bernam)

Blog: http://mindabudiman.blogspot.com/
Facebook: https://www.facebook.com/BudimanMohdZohdi
Twitter: https://twitter.com/BudimanZohdi

Inilah pasukan teras DS Noh yang dikatakan mampu untuk mengembalikan kegemilangan BN di Selangor. Apa yang lebih penting adalah, ketujuh-tujuh tokoh ini perlu memperhebatkan engagement mereka bersama rakyat akar umbi, bukan sahaja secara fizikal, tetapi dalam konteks negeri maju seperti Selangor ini, dalam bentuk media sosial juga.

Apa jua pendapat anda berkenaan senarai di atas ini, seharusnya peluang diberikan kepada DS Noh Omar dan pasukannya untuk membuktikan keupayaan mereka menyelamatkan kembali Selangor daripada cengkaman cauvinis DAP dan kerakusan pemimpin pakatan pembangkang. Insyallah dengan solidariti yang lebih kukuh di kalangan ahli dan penyokong, Selangor akan kembali bersama BN!

* Dijemput kepada para pembaca untuk melengkapkan lagi biodata para pemimpin di atas.

LIM GUAN ENG BALUN HABIS-HABISAN: NO WAY HUDUD JIKA PR MENANG PRU14

Posted: 14 Dec 2014 04:20 AM PST


Kemarahan Lim Guan Eng semasa AGM DAP tadi, apatah lagi dengan Ketiadaan seorang pun Pemimpin Kanan PAS. Lim Guen Eng mengambil kesempatan membalun habis-habisan parti PAS dengan berkata, "Jika kita menang PRU14, No Way Hudud !".

Kepada pemimpin-pemimpin PAS yang masih menahan kentut masing-masing dalam PR, dengar baik-baik kata-kata LGE, "Jika DAP menang PRU14, No Way Hudud!!!".

Dalam pada itu, Tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Kelantan, TG Presiden, TG Timbalan Presiden dan Nik Aziz kerana akan membuat Persidangan KHAS DUN Kelantan pada 29 Disember 2014 untuk membawa Bill Hudud ke Parlimen.

Teruskan, biarkan si Lim Guan Eng mabok dengan kemarahannya.

Panglima Perang Cyber

Posted: 14 Dec 2014 11:22 PM PST

Panglima Perang Cyber


Ali Abd Jalil Rakan Baik Penghina Allah dan Nabi ???

Posted: 14 Dec 2014 03:19 AM PST

Ada yang memberitahu bahawa Juli Jalaludin ada kaitan dengan page hina Islam.

Mohon pencerahan sesiapa yang mempunyai bukti jelas kaitan mereka dengan page FB yang hina Islam selama ini.

Pembohongan @cmlimguaneng Terdedah Isu Enakmen Pentadbiran Islam 2004 #KalimahAllah

Posted: 14 Dec 2014 02:54 AM PST

The Unspinners

Posted: 14 Dec 2014 11:20 PM PST

The Unspinners


Ingat lagi kebiadapan mereka? Atau puak liberal simpati ...

Posted: 14 Dec 2014 08:34 PM PST








Oooo Dyana, Dyana ...

Posted: 14 Dec 2014 04:13 PM PST


Hanya membenarkan kerosakkan ....





Selama ini memang penuh dengan pura2 ....



Dirosakkan mak





Bangkit dan usaha, Melayu!

Posted: 14 Dec 2014 07:29 AM PST



Dulu kata mahkamah tak telus, sekarang diam...

Posted: 14 Dec 2014 04:30 AM PST



Melayu liberal ikut rentak DAP tekan suara Melayu dan Islam

Posted: 14 Dec 2014 12:21 AM PST



AZLI SHUKRI

Posted: 14 Dec 2014 11:19 PM PST

AZLI SHUKRI


Kita - Umat Melayu-Islam Memang Dalam Kehancuran

Posted: 14 Dec 2014 10:16 PM PST

Nampaknya, DAP semakin berkuasa dan telah berjaya menjadikan PAS langsung tidak berguna. Ulama-ulama besar PAS sudah menjadi seperti budak suruhan yang tidak mempunyai apa-apa erti dalam perjuangan Pakatan Rakyat selama ini. Tahniah PAS, tahniah semua. (Baca di sini).

Belantan

Posted: 14 Dec 2014 11:18 PM PST

Belantan


Terkini di Sydney : 13 orang menjadi tahanan militan di kafe?

Posted: 14 Dec 2014 10:12 PM PST


AUSTRALIA – Dua orang lelaki bersenjata yang dipercayai pejuang jihad menahan hampir 13 orang di sebuah kafe yang terletak di Sydney.

Dua suspek berkenaan dilihat membawa bendera pejuang jihad semasa mengertak polis dengan meletakkan beberapa tahanan berdiri di tepi tingkap premis.

Laporan awal menganggarkan sejumlah 40 hingga 50 orang awam yang ditahan di kedai Lindt yang popular dengan penjualan coklat.

"Ini merupakan kejadian yang amat getir tetapi warga Australia perlu mempunyai keyakinan terhadap agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan negara. Mereka terlatih dan boleh bertindak balas dengan cara yang teliti dan profesional," ujar Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.


Faktor keganasan atau politik

Insiden ini masih tidak ditakrifkan sebagai serangan keganasan namun pihak berkuasa dilaporkan mengambil kedudukan yang konsisten dengan peristiwa keganasan. Motif utama penahanan juga masih kabur.

"Setakat ini kami belum berjaya berhubungan dengan lelaki bersenjata terbabit," ujar Pesuruhjaya Polis NSW, Andrew Scipione.

Pemilik premis Lindt Australia iaitu Steve Loane menyatakan bahawa kemungkinan 40 hingga 50 orang awam yang menjadi tahanan merangkumi pelanggan dan pekerja.

Kabinet Jawatankuasa Keselamatan Negara Australia telah bertemu bagi membincangan isu tebusan sebentar tadi.

Dalam sidang akhbar sekitar 11 pagi waktu tempatan, Perdana Menteri Tony Abbott tidak dapat mengesahkan situasi tersebut berkaitan dengan motif politik. Beliau tidak menolak kemungkinan faktor berkenaan.

"Tujuan tindakan bermotifkan politik adalah sekadar menakutkan orang. Australia adalah negara yang aman, dan murah hati serta terbuka lantas saya menyeru kepada semua rakyat untuk menjalani kehidupan seperti biasa," tambahnya lagi.


Suspek dilihat awal pagi

Pekerja kafe Lindt yang dikenali sebagai Bruno berjaya meloloskan diri dari lokasi kejadian berkongsi kisah mendebarkan yang baru dialaminya.

"Semua orang sedang duduk semasa pintu hadapan dikunci. Seorang lelaki misteri berjanggut dan memakai topi mula berkeliaran ke sekeliling kedai," ujar Bruno.

Seorang saksi lain mengatakan terlihat seorang lelaki membawa beg sukan berwarna biru yang dirasakan berisi senjata api pada jam 9.44 pagi waktu tempatan.

Bangunan dikosongkan

Kedai coklat berkenaan dianggar terletak 30 ke 40 meter dari pejabat Channel7. Meskipun keseluruhan bangunan telah dikosongkan, stesen TV terbabit tetap mempunyai kamera di sekeliling bangunan.


Kawasan Martin Place merupakan lokasi terletaknya beberapa syarikat besar termasuklah pejabat Mike Baird iaitu Menteri Infrastruktur, Reserve Bank of Australia, bank Westpac, ibu pejabat Commonwealth Bank dan kedutaan Amerika Syarikat.

Beberapa bangunan besar di seluruh Australia turut ditutup sebagai langkah berjaga-jaga. Antaranya Rumah Opera Sydney, Mahkamah Agung, Hospital Sydney, Perpustakaan Negeri NSW, Parlimen NSW dan Konsulat Amerika Syarikat.- News Corp Australia

Suara Politik
Belantan

Nampaknya Pas semakin terhimpit?

Posted: 14 Dec 2014 03:48 AM PST


Sejak awal lagi, banyak pemerhati politik beranggapan kerjasama dalam pakatan pembangkang hanyalah sandiwara politik kelas tertinggi. Tiga buah parti yang mempunyai ideologi berbeza sanggup bersikap hipokrit dan berpura-pura, berusaha menyatukan hati mereka semata-mata mahu berkuasa dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Sebenarnya kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas amat memahami dengan pegangan dan hala tuju politik berbeza, kerjasama yang diwujudkan atas nama 'Pakatan Rakyat' tidak akan ke mana. Apabila tiba masanya, ia akan berderai juga.

Mana mungkin sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan berpegang kepada al-Quran serta sunah dalam perjuangannya boleh berada dalam satu kepompong dengan parti yang terang-terang menolak perjuangan Islam dan sanggup bersedia melakukan apa sahaja asalkan boleh memerintah negara ini.

Sepanjang gabungan tiga parti yang dianggap 'dari planet berbeza', Pas dilihat terus menjadi mangsa. Dari semasa ke semasa ada sahaja isu yang dicetuskan oleh kepimpinan PKR dan DAP sehingga meletakkan Pas tersepit dan terhimpit.

Situasi bertambah buruk bagi Pas apabila seolah-olah tiada perasaan hormat terhadap kepimpinan Pas biarpun pemimpin-pemimpin parti itu bukanlah calang-calang ahli politik. Siapa yang tidak dikenal Datuk Seri Abdul Hadi Awang?


Siapa yang tidak tahu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat? Siapa yang tidak hormat kepada ketokohan Datuk Dr. Haron Din? Tetapi adakah tokoh-tokoh ini dilayan sewajarnya oleh PKR dan DAP?

Bagaimana pula dengan Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama Pas, apakah suara mereka didengar? Apakah nasihat mereka dihormati? Apakah arahan mereka dipatuhi oleh kepimpinan PKR dan DAP?

Apakah kesemua kepimpinan Pas mempertahankan keputusan dewan dan majlis tersebut? Penulis yakin, pemimpin dan ahli Pas ada jawapannya! Tetapi apa yang hendak diperkatakan ialah selama ini kerjasama pakatan pembangkang segala-galanya berkaitan dengan apa yang dimahukan oleh PKR dan DAP bukan Pas.

Tidak berdaya

Pas tidak layak berkata apa-apa. Pas tidak boleh bersuara. Pas tidak mampu menyanggah kehendak politik kedua-dua parti itu dan Pas tidak berdaya menentang 'kehebatan' pemimpin sekutu mereka. Malah dari sudut lain pula, hanya kata-kata pemimpin PKR dan DAP sahaja perlu diambil kira. Pas tidak boleh bersuara kalau kedua-dua pemimpin parti tersebut menolak perjuangan Islam.

Pas tidak boleh membantah jika pemimpin PKR dan DAP menegaskan, kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam. Pas membisu seribu bahasa apabila presiden mereka diperlekeh atau diperleceh oleh pemimpin dan penyokong PKR dan DAP.


Apa yang boleh dilakukan Pas ialah akur dengan arahan PKR dan DAP, bersedia mengerahkan segala kudrat dan tenaga untuk memastikan kedua-dua parti itu terus kukuh dalam persada politik tanah air, mesti menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh sekutunya dan wajib mempersetujui apa sahaja keputusan mereka.

Pas tidak usah fikirkan apa yang akan berlaku kepada matlamat perjuangannya kerana itu sekadar catatan dalam perlembagaan parti, Pas tidak perlu bercakap soal menjadi dominan dalam pembangkang kerana itu hanya ilusi.

Pas jangan berharap PKR dan DAP akan patuh kehendaknya kerana itu sekadar mimpi dan Pas tidak payah berbicara soal mempertahankan maruah parti kerana ia tidak akan menjadi realiti.

Matlamat perjuangan Pas ialah apa yang ditentukan oleh PKR dan DAP, yang dominan dalam pakatan pembangkang ialah PKR dan DAP. Yang kena patuh kepada kehendak PKR dan DAP ialah Pas, hanya maruah PKR perlu didahulukan dan martabat DAP perlu diutamakan.

Sudah pastilah tulisan ini tidak akan menyenangkan pemimpin dan penyokong Pas. Mereka akan menganggap ia satu lagi usaha untuk memecah belahkan kesepakatan pakatan pembangkang yang kononnya semakin hampir menawan Putrajaya.


Penulis sedikit pun tidak berasa hairan jika itulah tafsiran yang dibuat kerana selama ini pun segala teguran, kritikan dan pandangan berhubung nasib Pas dalam pakatan pembangkang oleh pelbagai pihak tidak dipedulikan oleh kepimpinan dan penyokong parti itu. Ia ibarat mengangkut air menggunakan penapis kelapa sahaja, dalam bahasa mudah kerja sia-sia.

Apatah lagi dalam Pas sendiri terdapat segelintir pemimpinnya yang begitu taksub mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Ketaksuban mereka menyebabkan mata dan hati mereka seolah-olah buta untuk melihat realiti sebenar bagaimana Pas dilayan bagaikan pengemis yang mengunjungi warung-warung meminta belas ihsan orang lain untuk sesuap nasi.

Walaupun Pas bukanlah parti yang sepatutnya menerima nasib seperti itu tetapi apa boleh buat kepimpinan dan penyokong Pas yang memungkinkan ia berlaku. Sebab itulah Pas menerima nasib seperti sekarang, ibarat 'ada pun tak untung, tak ada pun tak rugi.'

Mana-mana pihak tidak perlu bersusah payah memberikan nasihat kepada Pas untuk memahami bahawa maruah mereka sedang diinjak-injak oleh PKR dan DAP.

Kalau setakat matlamat atau hala tuju parti itu sahaja tidak mengapa tetapi malangnya ia ada kaitan dengan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan memartabatkan umat Islam.


Ia memandangkan sejak kebelakangan ini, PKR dan DAP seolah-olah tidak menjaga sensitiviti itu. Setiap hujah dan tindakan mereka sama sekali tidak mengambil kira apa perasaan Pas.

Apa yang mereka tahu ialah mengungkit kononnya ketidakhadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat pakatan pembangkang menghalang mereka membuat keputusan.

Persoalannya kalau pun Abdul Hadi memberi pandangan atau menyatakan pendirian Pas, apakah ia akan diterima oleh PKR dan DAP?

Sepatutnya, ia bukan soal Abdul Hadi hadir atau tidak, sebaliknya sejauh manakah ikhlasnya PKR dan DAP untuk menghargai kesetiaan dan pengorbanan yang dilakukan oleh Pas selama ini dalam memperkukuhkan pakatan pembangkang.

Kita tidak perlu lagi memberikan nasihat apa-apa kepada kepimpinan dan penyokong Pas, terserahlah kepada mereka untuk bermuhasabah tentang kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang.

Tetapi apa yang pasti janganlah sampai Pas dilihat bodoh, diperbodoh atau memperbodohkan diri. Apa maksudnya? Fikirlah sendiri!

Oleh : Zulkiflee Bakar

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 14 Dec 2014 11:13 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Indonesia Tambah Kekuatan Militer Di Pulau Natuna...

Posted: 14 Dec 2014 06:00 PM PST


Natuna atau kepulauan Riau ni ialah wilayah Indonesia. Ianya di anggap kontroversi kerana penduduknya rata-rata orang melayu yang mengamalkan budaya hidup Terengganu, malah ada yang mengatakan dialek bahasanya juga ada slang bahasa Terengganu.

Tetapi Indonesia sudah menguruskan pulau Natuna sangat lama, hatta sebelum kita merdeka lagi (setahun sebelum merdeka rasanya)

Tidak tahu dimana silapnya, tetapi apa yang kita nak bincangkan ialah tentang kekuatan militer yang sedang meningkat di Natuna. Indonesia sedanga menyiapkan Minimum Essential Force (MEF) konsep mereka dan Natuna termasuk didalam pembaharuan ini. 

Ramai tak perasan tapi, Indonesia sedang membina shelter dan fasiliti untuk Su-27/30 mereka di Ranai Airport. Turut bakal di atur gerak ialah 4 buah AH-64E Apache (jika mereka jadi beli lah).

Unit yang mengoperasikan Radar pertahanan Udara Ranai ialah Unit 212 Ranai. Unit profesional ini mengoperasi radar Thomson TRS 2215R. Fasiliti radar unit ini telah pun menerima upgrade seperti Operasi waktu malam dan landasan Ranai akan di panjangkan ke 3km bagi membolehkan pesawat sukhoi beroperasi.

Jadi apakah signifikasi nya Natuna ni?

Korang nampak apa yang aku nampak? duduk kat tengah-tengah macam tu, bayangkan sebarang pergerakan ATM dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak terpaksa merentasi kepulauan Natuna. Walaupun secara amnya Indonesia ni adalah Sahabat kita, tetapi Natuna berpotensi menghalang operasi logistik antara semenanjung dan sabah dan sarawak sekiranya peristiwa 52 tahun lalu berulang kembali.

Natuna merupakan pengkalan paling hadapan Indonesia bagi menghadapi konflik dimasa hadapan, di gandingkan dengan Matak Naval Base menjadikan Natuna sebagai tapak terbaik bagi sebuah ketumbukan militer yang merbahaya.

Ini hanya pandangan aku je, aku yakin pihak ATM dah aware dengan perkara ini...

Sumber asal: Malaysia Military Power.

tok gajah

Posted: 14 Dec 2014 09:18 PM PST

tok gajah


SUDAH SAMPAI MASANYA PAS INSAF DIRI

Posted: 14 Dec 2014 04:55 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 14 Dec 2014 03:19 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Pelakon wanita terkenal dicekup khalwat awal pagi tadi

Posted: 14 Dec 2014 08:00 AM PST

Kuala Lumpur: Seorang pelakon berstatus janda berusia 33 tahun yang sinonim dengan filem seram dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondominium, Ukay Perdana dekat sini, awal pagi tadi.

Tangkapan dilakukan dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3.23 pagi ini kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat orang awam.

Sumber berkata, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram.

Difahamkan, pelakon mempunyai tiga anak itu dilaporkan pernah membintangi beberapa filem tetapi cukup sinonim dengan filem seram dan watak hantu serta membintangi sebuah filem yang berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8 juta dan menerima pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada 2011.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan 3.44 pagi dan menyerahkan kes itu kepada JAIS untuk siasatan lanjut.

Harian Metro

Isteri kantoi ‘layan’ bekas kekasih

Posted: 14 Dec 2014 01:01 AM PST

Apakah hukum seorang isteri berbalas SMS/Whatsapp dan bertukar-tukar gambar dengan suami orang yang juga bekas rakan sekolah, ketika di belakang suami? Jika suami berdekatan, isteri akan berbalas SMS secara sembunyi.

Suami tahu dan melarang isteri berbuat demikian tetapi supaya menyenangkan hati suami, si isteri menyatakan tidak lagi berhubungan sedangkan mereka masih berhubungan.

Lebih teruk, suami orang itu menelefon isteri pada jam 2 pagi di depan suami hingga berlaku pertengkaran.

Isteri menegaskan dirinya tidak berdosa dengan berbalas SMS, malah berkata sayang kepada kawan berbeza dengan sayang terhadap suami.

Boleh Ustaz tolong jelaskan? Untuk makluman, suami orang itu adalah bekas kekasih isteri yang tidak menerima persetujuan daripada keluarga untuk berkahwin.

MUHAMAD OTHMAN
Kuala Lumpur

Tindakan isteri dianggap curang atau derhaka (nusyuz). Anda seharusnya menyelidik dan mendapatkan bukti jelas.

Berdasarkan maklumat yang betul, lakukan tindakan dengan hikmah, mendidik dan tegas memberi pengajaran.

Perkara yang dilakukan sangat mengundang fitnah, oleh itu ambil tindakan sewajarnya. Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA: "Aku pernah bertanya baginda: 'Siapakah orang paling berhak ke atas isteri?' "Baginda menjawab: 'Orang paling berhak kepada isteri ialah suaminya...'" (Hadis riwayat Bazar dan al-Hakim)

Juga sabda Rasulullah SAW, bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan dahsyat di dalamnya. Aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita."
Rasullullah SAW ditanya: "Mengapa demikian, ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita meng­kufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa puas hati dan merasa cukup." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Berikan didikan dan pengajaran yang dibenarkan dalam Islam seperti nasihat, meninggalkan tempat tidur dan pukulan yang tidak melukakan atau mencederakan termasuk memaki, mencaci dan mencelanya atau melantik perantaraan yang boleh berbincang mencari penyelesaian yang terbaik.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16183#sthash.x8rwlcQJ.dpuf

Tak Kisah 'Batang' Pendek, Janji Seronok...

Posted: 13 Dec 2014 10:01 PM PST

TERBELIAK biji mata tatkala membaca tajuk artikel di sebuah akhbar tempatan kita ni. Mana taknya, rata-rata pembaca pasti akan berasakan ada unsur lucah di situ.

Manakan tidak, tajuknya berbunyi "Tak kisah batang pendek, janji seronok" tetapi artikel yang dipaparkan berkisar mengenai sebuah kamera iaitu HTC Desire Eye.

Bila dibaca, unsur 'batang' yang dimaksudkan rupa-rupanya merujuk pada saiz kamera tersebut yang cuma sebesar batang paip namun cukup tahan lasak dan hebat.

Tak dinafikan pemilihan tajuk yang 'catchy' menarik perhatian pembaca dan jika itulah matlamat utamanya maka berjayalah si penulis artikel nampaknya sebab mata sesiapa pun pasti tertancap pada tajuk artikelnya yang 'daring' abis ni.

Bayangkan, pembaca yang tak sabar-sabar nak tau apa cerita sebenar pasal batang pendek ni akhirnya diperkenalkan dengan kamera untuk merakam video dalam air.. pasti ada yang kecewa akhirnya.. kah! kah! - MYNEWSHUB.CC

(Foto) Baju nipis jarang, peha Fazura buat peminat terkancing gigi...

Posted: 13 Dec 2014 08:00 PM PST

Nur Fazura Sharifuddin atau panggilan manja Nur fazura telah mencipta sejarah sebagai Bintang Miniseries Malaysia E! dan program ini  telah dilancarkan di seluruh Asia pada Ahad, 14 December lalu.

Dengan Pakaian yang sangat seksi, nipis dan menampakkan bahagian dalam yang sangat ketara, jika dipantul dengan cahaya Fazura tampil cantik untuk temubual pertama beliau.

Siri ini menampilkan kehidupan Fazura yang belum pernah ditampilkan dalam mana-mana episod kehidupannya secara live.

Sepanjang siri ini, penonton akan disajikan dengan lebih mendalam dan unscripted.










DAP Pertikai Arahan Guna Tulisan Jawi Pada Papan Tanda Sekolah

Posted: 13 Dec 2014 06:40 PM PST

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menempelak arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Melaka supaya semua sekolah di negeri itu menggunakan tulisan Jawi pada papan tanda sekolah.

Beliau mendakwa, gesaan kerajaan Melaka supaya sekolah di negeri itu menggunakan papan tanda dengan tulisan Jawi bagi mendaulatkan Bahasa Kebangsaan cuma satu alasan.

"Bagaimana kerajaan mahu mendaulatkan Bahasa Malaysia sedangkan terjemahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah pun menggunakan bahasa yang bermutu rendah, cincai dan nampak malas.

"Barangkali tergesa-gesa mahu menyiapkan laporan itu, pihak bertanggungjawab menyediakan naskhah rasmi dengan menggunakan khidmat penterjemahan Google sahaja dan menghasilkan terjemahan yang begitu rendah mutunya," dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kit Siang memberi contoh penulisan alasan penghakiman pada muka surat 292 yang berbunyi:

'Sekarang kami akan meneliti "faktor menolak" dan "faktor menarik" yang dikatakan dalam konteks pendatang tanpa izin dari Filipina dan Indonesia. Kami bermula daripada konteks umumnya.'

Beliau mempersoalkan apa yang dimaksudkan dengan konteks umum dan faktor menolak yang sepatutnya disebut sebagai faktor pendorong.

"Bagaimana pula gesaan menggunakan papan tanda dengan tulisan Jawi boleh membantu kakitangan kerajaan untuk menggunakan Bahasa Kebangsaan dengan lebih baik dan bukan secara cincai," dakwanya.

Media bagaimanapun baru-baru ini melaporkan Langkah Jabatan Pelajaran negeri melaksanakan tulisan Jawi di papan tanda semua sekolah di negeri ini, adalah sebagai usaha memartabatkan penggunaannya.

Pengurus Besar Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA), Mohd Nasruddin Abd Rahman dipetik berkata, tidak salah Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Melaka mengeluarkan arahan sedemikian memandangkan Jawi merupakan tulisan utama di rantau ini satu ketika dulu.

Cara Tidur Yang Diamalkan Oleh Rasullah SAW

Posted: 13 Dec 2014 06:21 PM PST

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.

Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.

Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.

Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Berikut antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Pengarah Besar Felda digantung tugas serta merta

Posted: 13 Dec 2014 06:01 PM PST

KUALA LUMPUR – Pengarah Besar Felda, Datuk Faizoull Ahmad (gambar) digantung tugas selama dua bulan berkuat kuasa serta-merta dan tugasnya dipangku Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan dan Korporat, Datuk Hanapi Suhada.

Satu sumber berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan Faizoull digantung tugas bagi memberikan ruang kepada pihak bertanggungjawab untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Ada beberapa sebab yang menyebabkan beliau (Faizoull) digantung tugas. Namun, saya tidak boleh mendedahkannya memandangkan perkara ini masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Kosmo Ahad! semalam.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1214&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3LpinKMup
Hakcipta terpelihara

Apa Yang Tersirat

Posted: 14 Dec 2014 01:43 PM PST

Apa Yang Tersirat


Lim Guan Eng: Perdana Menteri Pakatan Rakyat?

Posted: 14 Dec 2014 12:50 AM PST

JANGAN terperanjat, jika Pakatan Rakyat menang PRU-14, Lim Guan Eng bakal dilantik Perdana Menteri. Sebabnya mudah, jumlah kerusi DAP terbanyak di antara tiga parti.

Kini, Guan Eng berapi-api mahu Pakatan Rakyat menentukan siapa bakal Perdana Menteri sebelum berdepan dengan PRU-14 yang dijadual tahun 2018.

1MDB: Najib kena Perbetul

Posted: 13 Dec 2014 11:45 PM PST

NAJIB kena perbetul keadaan. Jangan biarkan persepsi merebak dengan pantas. Beliau kena bercakap.

Jelaskan modus operandi Syarikat Kerajaan itu. Jawab tuduhan bahawa syarikat itu berjudi untuk mendapatkan pulangan.

Jawab dengan fakta, berkaitan perancangan, tindakan dan hala tuju syarikat yang mempunyai hutang berbilion itu.

Beritahu rakyat, kebaikannya kepada rakyat dan negara.

waadat

Posted: 14 Dec 2014 01:18 PM PST

waadat


Deria ke-7

Posted: 14 Dec 2014 01:35 AM PST

Sambungan....

Sebelum ini komunikasi sesama manusia banyak melibatkan mulut dan suara namun kini jari dan sentuhan mengambil tempat.

Begitu juga jika dulu telinga yang menjadi penerima isyarat komunikasi, kini mata pula mengambil tempat iaitu ketika membaca teks.

Mahu tidak mahu kita perlu terima hakikat betapa media sosial adalah medan pertemuan paling penting pada zaman ini. Grup-grup diskusi bukan lagi dikatakan 'tumbuh macam cendawan' malah apa sahaja yang merebak dengan pantas boleh dikatakan 'seperti grup sosial di tahun 2014'.

Barangkali juga ungkapan yang lebih tepat bukannya 'serangan media sosial seperti tsunami' sebaliknya 'serangan tsumani seperti media sosial'!

Seperti yang Demang nukil sebelum ini, setiap orang memiliki lebih daripada lima grup media sosial yang menjadikan otak manusia bersambung-sambung sesama sendiri dan berpaut (link) pula dengan kelompok lain. Barangkali ia bukan lagi berbentuk jaringan lelabah bahkan boleh menjadi gumpalan kapas yang tidak mudah dirungkai.

Manusia sudah mula menyatu dalam menyimpan maklumat dan akhirnya sebagaimana kita menyimpan data di  pusat pengumpulan data maka begitu jugalah minda manusia. Akhirnya nanti manusia tidak lagi menyimpan maklumat di dalam otak masing-masing (internal) sebaliknya semua maklumat disimpan pada kotak memori secara maya (external) dan boleh dicapai sebaik sahaja diperlukan.

Sebagaimana ruang maya yang kita tahu tiada penguasa yang berhak mengaku menjadi pengawal maka begitu jugalah nantinya masyarakat manusia. Mereka membentuk koloni sendiri yang hanya beriman pada berita dan cerita, bukan lagi kebenaran sebenar.

Rakyat tidak lagi membaca atau mendengar berita bahkan berita tiba sepanjang masa terus ke minda melalui tapak tangan sebagaimana haba yang menjamah kulit serta merta diproses otak dan difahami sebagai 'panas'.

Nampaknya semua orang sudah ada deria ke tujuh!

Ia sedang berlaku tanpa dapat diempang lagi.