Jumaat, 27 Jun 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 27 Jun 2014 11:33 AM PDT

PEJUANG BANGSA


TUDIA !! TUN M NAK KELUARKAN MODEL BARU PROTON SAGA 3 TAHUN DEPAN !!

Posted: 27 Jun 2014 11:30 AM PDT



Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam temubualnya bersama dengan Berita Harian berkata generasi baharu Saga, yang dikenali sebagai 'Saga 3' bakal dilancarkan tahun hadapan. Saga 3 akan menampilkan imej PROTON sebagai pengeluar kereta berkualiti tinggi.
Tambah beliau lagi, Proton akan cuba mempercepatkan proses pembangunannya dalam masa setahun, walaupun pada kebiasaannya 3 tahun untuk membangunkan model baharu. Saga 3 akan berkongsi platform dengan Proton Global Compact Car yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. 
Mungkin juga Saga 3 adalah versi sedan Proton Global Compact Car sepertimana yang dilakukan oleh pengeluar lain sebagai contoh Ford Fiesta sedan/hatchback dan Volkswagen Polo sedan/hatchback.
Proton SAGA generasi kedua sudah terlalu lama dalam pasaran dan sudah sampai masanya ia perlu digantikan dengan model baharu sepenuhnya dengan rekaan, enjin dan spesifikasi yang lebih baik. 
Mahathir turut memberitahu mengenai model terbaru Proton Perdana, yang bakal memasuki pasaran tahun hadapan. Model tersebut akan berasaskan model generasi ke-8 Honda Accord, namun dengan perubahan yang ketara dan berkemungkinan enjinnya akan ditala semula oleh Proton.
Proton Perdana baharu nanti akan berbeza sepenuhnya dengan Honda Accord dan Proton tidak akan mengeluarkan model rebadged pada masa depan. Proton juga sedang mencari rakan strategik asing selain dari Jepun dan masih lagi belum memuktamadkannya. Dikhabarkan Proton akan bekerjasama dengan Geely untuk meluaskan pasarannya di China dan mungkin membangunkan model berasaskan rekaan Geely. sumber 

PEMBORONG DIESEL KEBAL , KPDNKK TAKUT UNTUK SIASAT ??

Posted: 27 Jun 2014 10:30 AM PDT



GPB tertarik pendedahan UTUSAN  hari ini   mengenai persoalan mengapa pemborong berlesen diesel tidak disiasat dan diaudit ?

Adakah mereka ini KEBAL ??  Setakat ikan bilis je OPS Titik  ini ditangkap , tak beri kudis pun kepada penyangak diesel ini .

Apa yang kita bimbang ialah lesen mereka dapat untuk simpan  diesel  ini akan  disalahgunakan.



Sebenarnya kebanyakkan tauke2 pemborong diesel  ini dikuasai ultrakiasu  . 

Contohnya ,  terdapat  sebuah syarikat GLC yang ternama  di mana   syarikat supplier diesel untuk syarikatnya  hanya dari seorang tauke  ultrakiasu  . Menariknya   beliau menggunakan pelbagai nama syarikat  untuk control  menjual diesel industri ini kepada syarikat GLC ini . 

Bayangkan kalau mereka ini  dapat diesel subsidi dari sindekit dan jual pulak   kepada industri ???  





Walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dilihat aktif untuk membanteras penyalahgunaan dan penyelewengan diesel bersubsidi namun kementerian tersebut dilihat masih belum menyentuh isu pokok yang memungkinkan gejala itu berlaku.

Satu sumber berkata, sehingga ke hari ini KPDNKK dilihat masih belum melakukan sebarang pengauditan terhadap pemborong-pemborong yang sebelum ini didakwa sebahagian besar daripada mereka terlibat dalam sindiket penyelewengan bahan bakar tersebut.

"Kita masih ternanti-nanti tindakan KPDNKK terhadap golongan tersebut tetapi sehingga ke hari ini, kementerian itu dilihat lebih menumpukan kepada masalah remeh temeh dan bukannya persoalan pokok iaitu mengaudit semua pemborong berlesen dan syarikat yang diberi permit.

"Walaupun persoalan ini pernah ini ditimbulkan tetapi kita lihat tiada tindakan dilakukan oleh kementerian tersebut,'' kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Malah sumber berkenaan berkata, penyelewengan diesel bersubsidi tidak akan dapat dihapuskan, kalau sekadar KPDNKK membekukan lesen tanpa membuat penilaian semula terhadap kesemua lesen yang diberikan kepada pemborong.

"Saya tidak faham kenapakah KPDNKK sukar sangat hendak melakukan pengauditan tersebut, kalau tidak ada tenaga, mereka boleh meminta kepada kerajaan untuk membenarkan satu pasukan petugas khas ditubuhkan,'' katanya.

Sumber itu berkata, pengauditan tersebut amat penting bagi mengelakkan pemborong yang tidak bertanggungjawab terus melakukan penyelewengan diesel bersubsidi.

"Kita tahu sebahagian besar daripada mereka terlibat tetapi selagi pengauditan tidak dilakukan selagi itulah mereka yang selama ini sudah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit melalui aktiviti haram itu akan bebas daripada perbuatan jenayah tersebut,'' katanya
.
Oleh itu, sumber tersebut mengingatkan, kementerian itu tidak perlu beria-ia hendak memperkenalkan sistem baru yang dikatakan akan mampu mengekang penyelewengan diesel bersubsidi sedangkan sistem dalaman sendiri masih berkeceramuk.

"Kenapa perlu tumpu kepada pelaksanaan sistem yang akan menelan belanja beratus-ratus juta ringgit sedangkan sistem pengurusan dalaman berkaitan pengagihan dan pemberian lesen pun masih banyak masalah,'' katanya.

Sumber itu juga menarik perhatian bagaimana sehingga ke hari ini KPDNKK melalui Ops Titik hanya mampu menumpaskan sindiket-sindiket kecil sahaja.

"Kita tertanya-tanya kenapakah sindiket besar masih lagi beroperasi, saya percaya kementerian tersebut mempunyai maklumat berkenaan,'' kata sumber itu. -UTUSAN- 

AHLI PAS TERPENGARUH AJARAN SALAH MUDAH TERBABIT JIHAD DI NEGARA BERGOLAK

Posted: 27 Jun 2014 09:57 AM PDT




- Jihad mengikut tafsiran sempit serta tidak menepati kehendak agama, bukan hanya mengundang risiko kepada diri sendiri, malah memberi imej buruk kepada negara.
Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata penglibatan rakyat Malaysia dalam jihad yang tidak menepati erti kata sebenar, hanya akan dipandang serong oleh masyarakat antarabangsa yang melihat negara ini sebagai hab keganasan global.

"Bila perang di Afghanistan, kita pergi Afghanistan, bila perang di Iraq, rakyat kita pergi ke Iraq, jadi masyarakat antarabangsa melihat Malaysia ini sebagai hab dan pengeksport keganasan militan Islam.



"Ini sesuatu yang tidak sihat dan berbahaya kepada umat Islam di Malaysia dan pandangan dunia terhadap Malaysia," katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk 'Cabaran Institusi Agama' terbitan BernamaTV di sini, semalam.


Zamihan yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia, diminta mengulas penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di Syria.



Baru-baru ini didakwa bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah dari Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria.




Zamihan berkata penyertaan rakyat negara ini dalam aktiviti berkenaan turut memberi kesan negatif kepada keluarga yang trauma apabila dikejutkan dengan berita penglibatan anggota keluarga mereka.



"Bila identiti mereka dipaparkan dalam media, keluarga mereka akan terkejut dan sebahagiannya akan trauma, sebab sebahagian besar yang pergi berperang itu, saya yakin tidak berterus terang kepada keluarga mereka.

"Ia juga akan memberi tekanan kepada waris atau keluarga apabila media melaporkan tentang kecederaan, peperangan atau kemalangan jiwa yang berlaku ke atas anggota keluarga mereka," katanya.
Zamihan berkata kerajaan perlu terus mengawasi pergerakan kumpulan Syiah di negara ini kerana yakin mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan Syiah di luar negara termasuk Hizbullah di Lubnan.
"Hizbullah juga terlibat dengan perang saudara di Syria bagi membela hak-hak saudara Syiah di pihak kerajaan Bashar Al-Asad. Dan kebanyakan mereka (kumpulanSyiah) ini berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," katanya. - Bernama

KEMENTERIAN KEWANGAN WAJAR SAMAN BERITA FITNAH LULUS KASINO KEDUA @MOFmalaysia @ahmadmaslan

Posted: 27 Jun 2014 12:13 AM PDT


Tersebar meluas FITNAH macai PR   di media sosial yang menuduh  kerajaan BN meluluskan kasino ke 2 berikutan tuduhan oleh Azmin Ali di Keadilan Daily . 

Pastinya tuduhan jahat ini terarah kepada Kementerian Kewangan dan ia dinafikan oleh Timb Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebagai  "BERITA FITNAH , MOF TIDAK PERNAH MELULUSKAN LESEN KASINO KEDUA "

GPB sarankan Kementerian Kewangan   segera SAMAN kepada media pembangkang ini kerana menyebarkan berita berniat jahat & mencemarkan imej kementerian .








SLOGAN TERBARU PKR "REFORMASI " KEPADA "REFORKERUSI "

Posted: 26 Jun 2014 06:00 PM PDT

 Kalau begini slogan terbaru PKR , ini membuktikan macai mereka sendiri dah meluat dengan pemimpin  mereka   gagal menguruskan dengan baik pemilihan parti ..hahaha...

Rakyat mahu ke parti seperti ini memerintah dan menjadi kerajaan ??? pemilihan pun gagal urus inikan nak menjaga negara ...


Laman Pro PKR Cadang Tukar Slogan 'Reformasi' Kepada 'Reforkerusi'

AIDCNews – 26/6/14 – Laman sosial pro PKR, 'Archidea Cronixx' (aq) mencadangkan parti menukar slogan 'Reformasi' kepada 'Reforkerusi' memandangkan insiden membaling kerusi sangat sinonim dengan pemilihan parti itu.
"Boleh aq tukaq tagline REFORMASI ke REFOKERUSI untuk KEADILAN ?," kata 'aq,' laman sosial yang dilihat cenderung membela Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Selain mencadangkan penukaran slogan, 'aq' turut memberitahu PKR sedang cuba untuk mengesan identitinya kerana membuat beberapa pendedahan apa yang sedang berlaku dalam parti sejak mutakhir ini.
Petikan dari laman sosial 'Archidea Cronixx' seperti berikut :
Sejak lewat mlm td aq terima mesej2 whatsapp dan panggilan rakan2 seperjuangan yg memberikan info bahawa aq sedang "dikenalpasti" oleh pimpinan Keadilan terutamanya DS Anwar Ibrahim, mengapa ya ?
Adakah kerana hanya "posting" aq di FB inikah yang menyebabkan DS ingin "kenalpasti" aq yang marhein nie ?
Atau..
Adakah dengan arahan untuk "kenalpasti" aq ini maka aq perlu menghentikan segala "posting" kebobrokan dalaman KeADILan terutamanya dalam Pemilihan Parti 2014 ?
Sekiranya DS fikir aq akan "tunduk" itu adalah satu kesilapan besar, semangat aq lahir kerana DS adalah idola & inspirasi aq selama bertahun lamanya sehingga mlm aq dan pejuang marhein digelar sbg "pengkhianat" semata-mata kerana meluahkan ketidakpuasan hati melalui serahan memorendum.
Ertkata "Lawan Tetappppp Lawan" sudah sebati dalam diri aq dan adakah kerana pimpinan menuju kearah kehancuran maka aq perlu "diamkan" diri ?
Siapalah aq untuk dikenali.. — with Linda Mohamad Sahim, Rozita Ramlan, Roslan Alan, Akaboshi Taka, Ben Suleymani, Ahmad Jufliz Faiza, Yusup Kamaruddin, Kiyai Reformis, Hafiz So, GerakanAnti AzminZuraida, Hanisya Abdul Hamid, Ameelia Ameena, Noormorni Mahat Apandi, Han's Tokey, Broamir Jebatjolo, Ally Hazran Hashim, Adios Smarta, Dwan Amirullah, Nora Reformis Samm, Dio Sani Samm, Ahmad Yassier, RhZaaba Putra, Mohd Khairul Mohamed Yussuff and che'GuBard Samm.
Presiden Parti keADILan Rakyat pun bersikap "HIPOKRIT" ???
Mana tidaknya pada mesyuarat biro politik pada 27 Mei 2014 yang lalu jelas saudara Malik Husin "mencampakkan" sampul surat berisi wang RM3000 di atas meja dan menjelaskan beliau telah di sogok dengan wang tersebut dari pejabat Timbalan Presiden..
Siapakah Timbalan Presiden yang disebutkan beliau ?
Beliau sebagai berkata sanggup menerima cacian dan maki hamun dalam mempertahankan parti tetapi tidak akan sanggup menerima rasuah !!!
Sambil menunding kepada YB Xavier "…please tell your boss saya ada maruah dan prinsip"…
Presiden sebagai pengerusi mesyuarat dan Ketua Umum juga berada pada mesyuarat tersebut dalam…
Bukti jelas tatapi apa tindakannyang telah diambil ???
Senyap dan minta semua Ajk jangan memanjangkan kejadian tersebut diluar..
Ini kah kepimpinan yang perlu kita sanjung?
Ahli biasa dibuat macam hamba abdi…

DR MAZA MENGAKU SILAP SEBARKAN GAMBAR BAS #KEMBARAMAHKOTAJOHOR !!

Posted: 26 Jun 2014 02:04 AM PDT

Tolong sebarkan pembohongan ini....

Saya terpanggil untuk membetulkan sedikit kenyataan dari Dr. Mohd Asri berkenaan posting beliau di laman Twitter miliknya @realDrMAZA.




PENGAKUAN KESILAPAN SEBAR  TANPA USUL PERIKSA KEBENARANNYA 





Daripada posting tersebut, ramai yang boleh meneka bahawa apa yang dimaksudkan oleh Dr Asri adalah Kembara Mahkota Johor 2014. Gambar yang diupload tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepi kurang selesa di kalangan rakyat jelata terutama di Johor.

Berikut saya tunjukkan beberapa dalil bagi memperbetulkan dakwaan tersebut.

Cuba kita lihat gambar² di bawah ini.

1. Tidak terdapat corak pada dinding bas Kembara Mahkota Johor 2014 ini seperti yang diperlihatkan dari posting twitter Dr. Asri.


2.  Daripada sisi bas yang sama, tidak terdapat ruangan menyimpan keretaseperti dari posting asal Dr. Asri.



3. Stereng bas yang dipaparkan oleh posting Dr. Asri berwarna putih padahal yang sebenarnya berwarna hitam.



4. Ruang dalam bas yang tidak seperti dalam paparan gambar asal.

Bukanlah niat saya untuk memburukkan mana² pihak tetapi saya berniat untuk memaparkan realiti dan perkara sebenar yang wajib diperbetulkan di kalangan mata masyarakat. Berkemungkinan daripada sekeping gambar yang tidak sahih akan menyebabkan pelbagai persepsi timbul dan membuatkan banyak pihak tidak senang.

Ini posting saya yang kedua berkenaan'kesilapan' gambar yang tidakdisengajakan oleh Dr. Asri. Cuba tengok gambar di bawah, 'kesilapan' pertama beliau cuba membuatkan orang ramai marah dengan kerajaan Persekutuan.


Rujukan artikel jet mewah di sini.

Disalin dari :

sumber   http://riziqin.blogspot.com/2014/06/sekali-lagi-realdrmaza-kantoi-menipu.html?m=1

bumiyang

Posted: 27 Jun 2014 03:11 AM PDT

bumiyang


"Blackout" Pengiraan Kertas Undi Pemilihan Cabang Kuala Selangor - Angkara SPR???

Posted: 26 Jun 2014 05:30 PM PDT

Aspirasi Bangsa

Posted: 27 Jun 2014 01:26 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Jom meriahkan malam Cinta Rasul Parlimen Tenggara

Posted: 26 Jun 2014 10:22 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 26 Jun 2014 11:37 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS PECAT AHLI BERJIHAD DI SYRIA

Posted: 26 Jun 2014 09:00 PM PDT

Lotfi Ariffin bertanda bulat
PAS Pusat hari ini mengesahkan telah memecat Lotfi Ariffin selepas mendapat maklumat terlibat dengan gerakan jihad di Syria.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemecatan Lotfi dibuat dalam satu mesyuarat PAS Pusat pada 11 Mei 2014 lalu.
"Kita mendapat maklumat sahih tentang pemergian beliau ke Syria untuk menyertai gerakan jihad, maka kita membuat keputusan pecat beliau. Beliau sudah tidak ada kaitan lagi dengan PAS," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut Mustafa pemecatan Lotfi juga telah dimaklumkan kepada ahli keluarga beliau.
The Star hari ini mendedahkan Lotfi antara rakyat Malaysia yang menyertai jihad di Syria dalam laporan mereka hari ini.
Lotfi yang didakwa sebagai bekas AJK Dewan Ulama PAS secara terbuka telah memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria di media sosial.
The Star juga memaklumkan mereka akan menyiarkan laporan eksklusif bagaimana rakyat Malaysia dilatih oleh gerakan pengganas Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, satu gerakan serpihan dari al-Qaeda yang terlibat dalam memenggal kepala dan membunuh musuh mereka di Syria dan Lebanon.
Seorang lagi rakyat Malaysia yang turut menyertai gerakan jihad di Syria adalah bekas penyanyi pop Melayu, Ali Ukay.
Ali dikatakan telah dipengaruhi oleh Lotfi dan menyertai gerakan jihad tersebut.

ANWAR UBAH TAGLINE KEPADA PARTI REFORKERUSI

Posted: 26 Jun 2014 07:00 PM PDT


"Boleh aq tukaq tagline REFORMASI ke REFOKERUSI untuk KEADILAN ?," kata 'aq,' laman sosial yang dilihat cenderung membela Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Selain mencadangkan penukaran slogan, 'aq' turut memberitahu PKR sedang cuba untuk mengesan identitinya kerana membuat beberapa pendedahan apa yang sedang berlaku dalam parti sejak mutakhir ini.
Petikan dari laman sosial 'Archidea Cronixx' seperti berikut :
Sejak lewat mlm td aq terima mesej2 whatsapp dan panggilan rakan2 seperjuangan yg memberikan info bahawa aq sedang "dikenalpasti" oleh pimpinan Keadilan terutamanya DS Anwar Ibrahim, mengapa ya ?
Adakah kerana hanya "posting" aq di FB inikah yang menyebabkan DS ingin "kenalpasti" aq yang marhein nie ?
Atau..
Adakah dengan arahan untuk "kenalpasti" aq ini maka aq perlu menghentikan segala "posting" kebobrokan dalaman KeADILan terutamanya dalam Pemilihan Parti 2014 ?
Sekiranya DS fikir aq akan "tunduk" itu adalah satu kesilapan besar, semangat aq lahir kerana DS adalah idola & inspirasi aq selama bertahun lamanya sehingga mlm aq dan pejuang marhein digelar sbg "pengkhianat" semata-mata kerana meluahkan ketidakpuasan hati melalui serahan memorendum.
Ertkata "Lawan Tetappppp Lawan" sudah sebati dalam diri aq dan adakah kerana pimpinan menuju kearah kehancuran maka aq perlu "diamkan" diri ?
Siapalah aq untuk dikenali.. — with Linda Mohamad Sahim, Rozita Ramlan, Roslan Alan, Akaboshi Taka, Ben Suleymani, Ahmad Jufliz Faiza, Yusup Kamaruddin, Kiyai Reformis, Hafiz So, GerakanAnti AzminZuraida, Hanisya Abdul Hamid, Ameelia Ameena, Noormorni Mahat Apandi, Han's Tokey, Broamir Jebatjolo, Ally Hazran Hashim, Adios Smarta, Dwan Amirullah, Nora Reformis Samm, Dio Sani Samm, Ahmad Yassier, RhZaaba Putra, Mohd Khairul Mohamed Yussuff and che'GuBard Samm.
Presiden Parti keADILan Rakyat pun bersikap "HIPOKRIT" ???
Mana tidaknya pada mesyuarat biro politik pada 27 Mei 2014 yang lalu jelas saudara Malik Husin "mencampakkan" sampul surat berisi wang RM3000 di atas meja dan menjelaskan beliau telah di sogok dengan wang tersebut dari pejabat Timbalan Presiden..
Siapakah Timbalan Presiden yang disebutkan beliau ?
Beliau sebagai berkata sanggup menerima cacian dan maki hamun dalam mempertahankan parti tetapi tidak akan sanggup menerima rasuah !!!
Sambil menunding kepada YB Xavier "…please tell your boss saya ada maruah dan prinsip"…
Presiden sebagai pengerusi mesyuarat dan Ketua Umum juga berada pada mesyuarat tersebut dalam…
Bukti jelas tatapi apa tindakannyang telah diambil ???
Senyap dan minta semua Ajk jangan memanjangkan kejadian tersebut diluar..
Ini kah kepimpinan yang perlu kita sanjung?
Ahli biasa dibuat macam hamba abdi…
Pemimpin berkongsi buat kejahatan.. — with Shahida Serikandi Jb, Akaboshi Taka, GerakanAnti AzminZuraida, Pkrssu Sg Siput, Yusup Kamaruddin, Dwan Amirullah, Ha Zeel Syah, Keadilan Eclub, Keadilan Kluang, Keadilan Tambun, che'GuBard Samm, Ahmad Yassier, Keadilan Cabang Taiping, Keadilan Johor, Angkatan Muda Keadilan Changgang, Ben Suleymani, Mu'az Muhammad, Pkrkkrau KualaKrau, Keadilan Kl, Amk Pandan, Keadilan Kangar, Hanisya Abdul Hamid, Angkatan Muda Keadilan Subang, Keadilan Hulu Langat, Pkrpahang Keadilan Pahang, Keadilan Hulu Selangor, Parti Keadilan Rakayt Sabah, Mohd Salim Mostan, Kiyai Reformis, Roslan Alan, Amk Bayan Baru Samm, Kelab Keadilan, Dio Sani Samm, Pemilihan Keadilan, Parti Keadilan Rakyat Kajang, Nora Reformis Samm, Asemah Onggai, Hafiz So, Mustaffa Kamil Ayub, Pkrgp Gelang Patah, Angkatan Muda Keadilan Titiwangsa, Parti Keadilan Rakyat, Keadilan My, Noormorni Mahat Apandi, Keadilan Johor Selatan and Keadilan Machang Kelantan.
Sekiranya benar maka aq terasa amat letih bila membantu utk kempen media dlm PRK N25 Kajang baru-baru ini.
Benarkah beliau akan menjadi MB Puppet kepada Azmin Ali kerana secara logiknya Anwar akan ke dalam ?
Bukankah kemenangan PR di Selangor kerana kejayaan pentadbiran Khalid Ibrahim ? — with Roslan Alan, Ben Suleymani, Angkatan Muda Keadilan Titiwangsa, Yusup Kamaruddin, Kiyai Reformis, Hafiz So, Linda Mohamad Sahim, Han's Tokey, GerakanAnti AzminZuraida, Shahida Serikandi Jb, Hanisya Abdul Hamid, Noormorni Mahat Apandi, Jamaluddin Lik, Ally Hazran Hashim, Adios Smarta, Dwan Amirullah, Ahmad Yassier, Ha Zeel Syah, RhZaaba Putra, Mohd Khairul Mohamed Yussuff and che'GuBard Samm.

KHALID KALAH KEPADA MANIKAVASAGAM SEMASA LAMPU DIPADAMKAN

Posted: 26 Jun 2014 05:36 PM PDT


Laman sosial pro PKR, archidea.cronixx menimbulkan satu persoalan kenapakah berlaku 'blackout' semasa pengiraan kertas undi pemilihan Cabang Kuala Selangor yang diadakan semalam di ibu pejabat PKR.
"Pengundian yang tidak telus..Pengiraan kertas undi juga tidak telus..Pengurusan perjalanan pemilihan juga tidak telus.
"Dah menipu sejak awal lagi maka beginilah bani penipu menganggap orang lain turut menipu.., "dakwa laman sosial itu.
Komen archidea.cronixx disambut Shahida Serikandi Jb dengan berkata keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kalah kepada S. Manikavasagam sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor adalah tidak relevan.
"Keputusan yang tidak releven selepas blackout sewaktu sedang mengira undi.
"Semua petugas diarahkan keluar semasa blackout.
"Bila naik semula kiraan berubah.
"Siapa yg harus dipersalahkan? Tnb? Bn? Hq? Pemimpin?," soalnya.
Secara sinis, Shahida Serikandi Jb turut menukilkan pantun enam kerat untuk kejadian itu.
Ketuk dulang paku serpih,
Tepuk dada tanya selera,
Kesucian telah dinodai,
Kepercayaan telah dikhianati,
Kini tiada lagi erti,
Hanya gelaran baling kerusi.
Perkara sama turut diulas oleh Yusup Kamaruddin.
Menurutnya kekalahan Abdul Khalid telah dirancang secara sistematik oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR.
"JPP berjaya aibkan Tan Sri Khalid…Blackout berjaya menambah undi lawan mengalahkan beliau sabagai ketua cabang.
"Dari awal permainan hanturaya untuk aibkan Tan Sri Khalid…orang yang didapati bersalah dan digantung tetiba dibebaskan dan dibenarkan bertanding.
"Orang yang menyokong Tan Sri Khalid dicabang dipecat dengan alasan yang sengaja direkacipta.
Akhirnya…blackout hanya berlaku di tempat mengira undi sahaja dan hasilnya…undi sudah berubah…
"JPP WAJIB LETAK JAWATAN ANDAI KAMU BUKAN ANJING AZMIN,"katanya.
The Star hari ini melaporkan Abdul Khalid telah dikalahkan oleh S. Manikavasagam untuk jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor.
Manikavasagam berjaya meraih 701 undi menewaskan Khalid yang mendapat 515 undi
Manikavasagam menang kerana beliau dilihat sebagai calon tertindas selepas digantung keahlian parti selama beberapa minggu ekoran beliau lantang bercakap tentang penentangan terhadap politik wang.
Khalid didakwa Manikavasagam sebagai seorang yang mengamalkan politik wang, walaupun dinafikan sekeras-kerasnya oleh Menteri Besar Selangor itu.
Walau bagaimanapun, penggantungan keahlian Manickavasagam kemudiannya dibatalkan untuk membolehkan beliau kembali bertanding dan muncul sebagai pemenang menentang Khalid yang merupakan penyandang jawatan di cabang tersebut.
Sebaliknya, Ibrahim Mahidin yang didakwa sebagai 'orang tengah' dalam pengaturan politik wang bagi pihak Abdul Khalid telah dipecat daripada PKR.
Selain itu, seorang lagi orang Abdul Khalid, Mustapha Mohd Talib telah digantung keahlian parti pada pertengahan Mei lalu.
Sehingga kini, penggantungan keahlian Mustapha yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor masih belum diputuskan parti.

Belantan

Posted: 26 Jun 2014 11:34 PM PDT

Belantan


'Blackout' sebabkan Khalid kalah Ketua Cabang PKR Kuala Selangor!

Posted: 26 Jun 2014 09:46 PM PDT


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam dalam merebut jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor dalam pemilihan yang diadakan Sabtu lalu.

Manickavasagam memperoleh 701 undi, menewaskan Abdul Khalid yang mendapat 515 undi.

Keputusan tidak rasmi itu diperoleh selepas proses pengiraan undi yang dimulakan kira-kira pukul 1 pagi dan tamat kira-kira pukul 5 pagi ini di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Bagaimanapun, bagi jawatan Timbalan Presiden, Abdul Khalid mendapat 517 undi, (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali mendapat 440 undi manakala Datuk Saifuddin Nasution Ismail 50 undi.

Difahamkan, undi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dikira terlebih dahulu diikuti dengan jawatan ketua cabang.

Bagaimanapun, selepas Abdul Khalid 'menang' bagi jawatan timbalan presiden, berlaku insiden bekalan elektrik terputus menyebabkan pengiraan undi bagi ketua cabang terpaksa ditangguhkan.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.30 malam dan bekalan elektrik hanya pulih dua jam kemudian sebelum proses pengiraan undi diteruskan.

Dalam pada itu, sumber berkata, kekalahan Abdul Khalid itu dirancang oleh pihak tertentu bagi mengelak Menteri Besar itu memenangi kedua-dua jawatan.

Menurut sumber, ini dapat dilihat apabila berlakunya perkara-perkara yang meragukan semasa proses pengiraan undi malam tadi terutama kejadian terputus bekalan elektrik.

Difahamkan, Abdul Khalid akan membuat bantahan terhadap keputusan pemilihan yang belum diumumkan secara rasmi itu ekoran pelbagai insiden 'mencurigakan' itu.

Suara politik
Belantan

Kabinet baru : Diharap jangan sekadar jadi 'penumpang' sudahlah?

Posted: 26 Jun 2014 02:52 AM PDT


Pelantikan pemimpin MCA dan Gerakan dalam Kabinet mampu memenuhi aspirasi kaum Cina dan memberi kesan positif kepada Barisan Nasional (BN).

Ini khususnya dari segi imej BN yang mengutamakan dasar keterangkuman memberi tempat kepada semua kaum.

Senario ini sesuai dan menepati landskap politik negara masa kini. Kemasukan wakil-wakil daripada dua parti terbesar kaum Cina itu mampu memberi keyakinan kepada kaum Cina. Maknanya, BN ada tempat untuk mereka, sekali gus 'sekurang-kurangnya' menitip sedikit-sebanyak keyakinan kaum itu kepada BN. Apatah lagi BN tahu dan sedar implikasinya jika MCA dan Gerakan selamanya dibiarkan berada di luar Kabinet.

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai tambahan dalam Kabinet yang menyaksikan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik Menteri Pengangkutan manakala Gerakan diketuai Datuk Mah Siew Keong dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, diharap dapat memberi suntikan kekuatan kepada dua parti itu untuk memperjuangkan masyarakat Cina.

Ini kelak akan mewujudkan situasi menang-menang untuk kaum Cina dan BN mengorak langkah ke depan untuk kestabilan politik negara.

Cuma, penulis pada masa sama mahu mengingatkan wakil-wakil MCA dan Gerakan bahawa pelantikan mereka ke dalam Kabinet harus dijadikan titik awal dua parti ini untuk membantu mengembalikan sokongan kaum Cina kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Tempoh menjelang pilihan raya umum paling mencabar ini sungguh singkat. Hanya tiga setengah tahun lagi.

Dalam hal ini, MCA dan Gerakan harus dapat mengemukakan dengan berani tetapi beradab tuntutan-tuntutan, aspirasi dan masalah kaum Cina kepada kerajaan. Jangan retorik dan membuta-tuli semata-mata hendak 'menyaingi' DAP. Juga, jangan hanya untuk 'menyedapkan sangkaan' pucuk pimpinan sahaja.

Ini penting supaya MCA dan Gerakan tidak dilihat sekadar penumpang sahaja dalam Kabinet. Kaum Cina tentunya mahu melihat sumbangan MCA dan Gerakan yang 'terkesan' untuk mereka. Kalau Tiong Lai dan Siew Keong berupaya dan berjaya mengemukakan aspirasi kaum Cina dengan 'berani tetapi beradab', dan kemudian diterjemahkan kerajaan, nescaya ini akan memberi kesan positif `menang-menang' dalam penerusan dasar-dasar kerajaan.

MCA dan Gerakan jangan lupa cabaran yang didepani mereka untuk mengembalikan sokongan kaum Cina cukup getir. Mereka dibadai kekalahan teruk dalam PRU-13 tahun lalu.

Dalam PRU itu, MCA hilang lebih banyak kerusi kepada pembangkang, yang turut meranapkan 'kubunya' di Johor. Parti itu hanya memenangi tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi negeri, jauh lebih sedikit daripada 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi negeri yang dimenanginya pada PRU 2008. Pada PRU tahun lalu itu, MCA bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri.

Gerakan pula hanya menang satu kerusi Parlimen (Simpang Renggam, Johor) daripada 11 kerusi yang ditandingi, manakala untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya memperoleh tiga kerusi iaitu Pemanis di Johor serta Tanjong Papat dan Elopura di Sabah daripada 31 kerusi yang ditandingi.

MCA khususnya kalah kesemua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, yang menunjukkan kegagalannya menawan kembali hati masyarakat Cina, walaupun pelbagai ikhtiar dilakukan untuk memulihkan kekuatannya 2008.

Malahan, calon DAP terutama di Pulau Pinang mendapat majoriti kemenangan yang cukup besar ke atas calon MCA dan Gerakan. Keputusan sama dapat disaksikan di negeri-negeri lain.

Di Seputeh, calon DAP di situ memperoleh majoriti undi 51,552 berbanding hanya 47,230 dalam pilihan raya umum 2008. Margin kemenangan besar turut dicatat DAP di Kepong dengan perbezaan berbanding saingannya, BN sebanyak 40,307 undi.

DAP turut mendapat majoriti luar biasa Parlimen Bukit Bendera dan Bagan.

Sememangnya cabaran yang dipikul MCA dan Gerakan cukup besar untuk menarik semula minat kaum Cina kepada mereka. Apakah kaedah yang akan digunapakai kedua-dua parti untuk melenyapkan syak wasangka dalam kalangan orang Melayu bahawa kaum Cina 'tidak berniat' mahu merampas kuasa dalam PRU-13.

Sentimen ini masih segar dalam fikiran orang Melayu khususnya daripada UMNO. Diuar-uarkan secara meluas motif orang Cina pada Mei 2013 itu hanyalah untuk menjatuhkan UMNO yang telah selama 55 tahun 'menindas' mereka dengan memberi pelbagai keistimewaan kepada bumiputera. Kerana itu dilihat kawasan-kawasan majoriti Cina, DAP menang dengan puluhan ribu undi.

Jika parti, calon dan khidmat wakil rakyat dijadikan alasan, tentulah pemimpin MCA seperti Datuk Seri Kong Cho Ha tidak tewas di Lumut. Apakah bentuk perkhidmatan dan pertolongan yang tidak diberikan kepada kaum Cina oleh Cho Ha dan Datuk Seri Zambry Abd. Kadir. Tapi, kerana mahu menjatuhkan UMNO mereka memilih untuk 'membelasah' Cho Ha.

Di DUN Sekinchan, Sungai Besar, Selangor pula, apa yang BN tidak bantu mereka selama lima tahun ini? Sekolah Cina? Bot nelayan? Bantuan kebajikan? Malah bila mereka minta Cina tempatan sebagai calon, juga BN berikan.

Akhirnya apa balasan mereka? Mereka beri undi kepada DAP dengan jumlah lebih besar walaupun ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim tidak memberi apa-apa bantuan kepada mereka.

Malahan, Timbalan Pengerusi BN Selangor ketika PRU-13 itu, Datuk Seri Noh Omar pun hairan. Padahal, beliau meramalkan kemenangan BN Selangor di banyak kerusi.

Kata Noh yang masih tergiang-giang di kepala penulis:

"Sebelum ini program-program BN buat untuk masyarakat Cina mendapat kehadiran amat luar dugaan, kita sasarkan kehadiran 5,000 tetapi yang datang sehingga 10,000 orang.

"Waktu berkempen, kehadiran pengundi-pengundi masyarakat Cina pada dasarnya seperti menyokong program BN begitu baik sekali. Bagaimanapun, pada hari pilihan raya semalam, BN Selangor tidak mendapat undi seperti yang diharapkan."

"Contohnya di bahagian saya walaupun majoriti saya meningkat berbanding 2008, begitu juga Parlimen Tanjung Karang, tapi kami kalah teruk di kawasan majoritinya pengundi Cina. Tak ada satu peti undi pun kita menang di kawasan pengundi Cina. Sedangkan tak ada satu pun yang saya tidak tolong masyarakat Cina. Kita terkejut kita kalah banyak terutama di peti-peti undi Cina.

"Kalau benar kita benci orang kerana rasuah, kerana seleweng, kerana zalim tentulah kita tidak akan minta tolong, tidak akan datang majlis dan tidak akan salam dengan orang yang kita benci ini," kata Noh.

Apa-apa pun tahniah khususnya kepada Tiong Lai dan Siew Keong!

Ketika kedua-dua Presiden parti ini harus tabik hormat ke atas kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri kepada mereka, mereka harus jujur dan komited membantu perjuangan BN.

Pergi dan nyatakanlah dengan berani, telus dan jujur kepada kaum Cina. BN tidak memperjuangkan satu kaum semata-mata tetapi seluruh rakyat Malaysia. Dan marilah kembali berganding bahu dengan kami.-UMO

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 26 Jun 2014 11:31 PM PDT

Panglima Perang Cyber


2 Gambar Asrama Lelaki UIA PJ Terbakar

Posted: 26 Jun 2014 01:57 AM PDT

Menurut info melalui whatsapp katanya asrama pelajar lelaki UIA PJ terbakar hari ini..

Siapa ada info ?

Blog REZQEEN HILL Bidas @realDrMAZA Menipu, Fitnah Sultan Johor #KembaraMakhotaJohor2014 #kmj2014 #1Malaysia

Posted: 26 Jun 2014 12:49 AM PDT


Tolong sebarkan pembohongan ini....

Saya terpanggil untuk membetulkan sedikit kenyataan dari Dr. Mohd Asri berkenaan posting beliau di laman Twitter miliknya @realDrMAZA.

Daripada posting tersebut, ramai yang boleh meneka bahawa apa yang dimaksudkan oleh Dr Asri adalah Kembara Mahkota Johor 2014. Gambar yang diupload tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepi kurang selesa di kalangan rakyat jelata terutama di Johor.

Berikut saya tunjukkan beberapa dalil bagi memperbetulkan dakwaan tersebut.

Cuba kita lihat gambar² di bawah ini.


1. Tidak terdapat corak pada dinding bas Kembara Mahkota Johor 2014 ini seperti yang diperlihatkan dari posting twitter Dr. Asri.


2.  Daripada sisi bas yang sama, tidak terdapat ruangan menyimpan keretaseperti dari posting asal Dr. Asri.



3. Stereng bas yang dipaparkan oleh posting Dr. Asri berwarna putih padahal yang sebenarnya berwarna hitam.



4. Ruang dalam bas yang tidak seperti dalam paparan gambar asal.

Bukanlah niat saya untuk memburukkan mana² pihak tetapi saya berniat untuk memaparkan realiti dan perkara sebenar yang wajib diperbetulkan di kalangan mata masyarakat. Berkemungkinan daripada sekeping gambar yang tidak sahih akan menyebabkan pelbagai persepsi timbul dan membuatkan banyak pihak tidak senang.

Ini posting saya yang kedua berkenaan'kesilapan' gambar yang tidakdisengajakan oleh Dr. Asri. Cuba tengok gambar di bawah, 'kesilapan' pertama beliau cuba membuatkan orang ramai marah dengan kerajaan Persekutuan.


Rujukan artikel jet mewah di sini.

Disalin dari :

http://riziqin.blogspot.com/2014/06/sekali-lagi-realdrmaza-kantoi-menipu.html?m=1


Sent from my iPhone

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 26 Jun 2014 11:22 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


PAS Pecat Ahlinya Yang Pergi Berjihad Di Bumi Syria...

Posted: 26 Jun 2014 07:00 PM PDT


PAS pusat telah membuat keputusan untuk memecat salah seorang ahlinya yang pergi berjihad di bumi syria, menurut setiausaha agung pas, stopa ali, berkata, pas pusat memecat ustaz lotfi kerana pas berpendapat, ustaz lotfi menyokong keganasan dan pas pusat menolak dan tidak menyokong sebarang bentuk keganasan seperti yang di sertai oleh ustaz lotfi.

Sebenarnya pas bukan tidak menyokong apa yang ustaz lotfi buat tu, tapi pas menerima ugutan dari sekutunya iaitu dap supaya memecat orang-orang yang terlibat dalam perjuang jihad bagi membantu umat islam si syria, maklum lah cina tetap cina, mereka tidak senang dengan sifat keberanian orang melayu/islam.

Jadi ustaz lotfi ini menjadi mangsa ketakutan pas kepada sekutunya dap.

Aku Setuju Dengan Pandangan Mamat Ini, Bagai Mana Dengan Korang Pulak???

Posted: 26 Jun 2014 06:00 AM PDT

Melayu tak habis-habis nak berhibur, melayu perabis duit untuk berhibur, yang kaya bangsa lain, adoii bila melayu nak berubah...


The Unspinners

Posted: 26 Jun 2014 11:12 PM PDT

The Unspinners


MCA perlu buang perangai taukeh besar? Kerusi lu berapa???

Posted: 26 Jun 2014 09:30 PM PDT

Kerja tidak bikin tapi mahu bising dan arah-arah orang ka?

Menyampah pulak dengar MCA bersaura mahu jadi equal partner dengan UMNO. Dalam BN, parti kecil dan besar semua dapat suara kerana BN buat keputusan berdasarkan konsensus.

MCA dan Gerakan perlu kembalikan sokongan cina dan transformasi parti mereka dan berehenti jadi taukeh besar yang buat kaum cina menyampah. Malah ada pihak melihat MCA dan Gerakan sudah membawa agenda DAP. Baca SINI


Dahlah kerusi berapa kerat berbandingkan walaupun parti-parti Sabah dan sarawak, tapi masih nak berlagak macam taukeh besar. Memetik Flying Kick berikut:

Tidak keterlaluan kalau dikatakan, MCA sebenarnya sudah hilang cengkamannya ke atas masyarakat Cina, bahkan kemenangan calon-calonnya, hanya bersandarkan kepada sokongan masyarakat Melayu yang masih kekal menyokong UMNO berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi oleh parti yang ditubuhkan pada tahun 1946 oleh seluruh kepimpinan Melayu dari pelbagai pihak di Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Bharu itu.

Suatu yang MCA perlu diingatkan:

MCA yang ditubuhkan pada tahun 1949 atas nama Persatuan Cina Tanah Melayu oleh Tan Cheng Lock bersama-sama, Leong Yew Koh dan H.S Lee berhadapan dengan masalah dalaman yang cukup meruncing selepas era Ling Liong Sik. Prestasi paling teruk adalah pada tahun 2013 apabila MCA hanya menang 7 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN berbanding 15 Parlimen dan 32 DUN pada tahun 2008.

MCA bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN.

Adakah dengan perlantikan anggota kabinet dari kalangan MCA ini, prestasi kepimpinan Tiong Lai akan terkeleweh juga seperti ketika MCA di bawah kepimpinan Chua Soi Lek yang banyak melakukan kesilapan percaturan dan taktik.

Dari zaman awal merdeka sehinggalah kini, MCA setia bersama-sama UMNO walaupun ada masanya hubungan kedua-dua parti itu ada pasang surutnya. Walaupun pada peringkat awalnya, Tan Cheng Lock menentang UMNO dan menyokong Malayan Union tetapi selepas penubuhan MCA, Tan Cheng Lock dan MCA bekerjasama rapat dengan UMNO untuk memastikan British memberikan kemerdekaan kepada negara ini.

Tan Cheng Lock bersama-sama dengan Sambanthan, Presiden MIC dan Tunku Abdul Rahman terkenal menerusi 'perjanjian kontrak sosial' di atas kapal laut yang belayar ke England untuk merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.


Tolong ingat ye ... takde Melayu kerusi lu di Air Hitam terbang tau!!!

Kerajaan Barisan Nasional hari ini sebenarnya adalah Kerajaan Bumiputera berdasarkan jumlah kerusi yang dipegang oleh UMNO dan parti-parti Bumiputera Sabah serta Sarawak. MCA dan GERAKAN gagal pada PRU-13 lalu.

Namun hari ini, GERAKAN sudah pun menunjukkan iltizam untuk bekerja dan bangun kembali seperti yang dapat dilihat menerusi usaha mereka di Teluk Intan bersama-sama UMNO tetapi MCA masih gagal termasuklah ketika PRK DUN Kajang apabila lebih berlagak seperti taukeh besar, sepertimana yang dirungutkan oleh tenaga-tenaga kerja pilihanraya Barisan Nasional.

MCA masih lagi mahu jadi taukeh besar yang kerja arah2kan orang saja lagi ke????

Yang mengutuk Dato Zaini Utusan, bukan Melayu agaknya

Posted: 26 Jun 2014 05:30 PM PDT


Ada beberapa pihak memilih isu titik bengit dalam komentar Dato Zaini, Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia. Hingga seorang bekas Menteri pun mengkritik hingga mengenepikan 6 perkara penting yang disebut tentang nasihat Dato Najib kepada UMNO:

Najib menggariskan enam faktor yang UMNO dan para pemimpin serta ahli-ah­linya perlu ada untuk memastikan kesinambungan parti itu dan kuasa Melayu.

Faktor pertama adalah ketaatan kepada Allah SWT dan Rasul serta mematuhi arahan pemerintah dalam apa sahaja keputusan demi kebaikan setiap lapisan rakyat Malaysia.

Faktor kedua adalah kesetiaan kepada negara dan parti yang perlu diterjemahkan pada setiap pilihan raya dengan memberi kemenangan kepada calon yang telah dipilih.

Perkara ketiga adalah keberanian dalam perjuangan iaitu kita tanamkan sifat berani semasa berjuang kerana lawan akan takut pada orang yang berani dan itulah sebenarnya karakter orang Melayu.

Yang keempat adalah kesetiakawanan sama ada susah atau senang. Bila ada pilihan raya pastikan parti kita berjaya tapi kalau tahu kalah, kita bantu rakan lain untuk memastikan mereka menang.

Dua faktor seterusnya adalah kebijak­sanaan dan keikhlasan yang bagi orang Melayu, sifat ikhlas itu telah dipupuk melalui amal ibadat kepada Allah SWT yang menjanjikan ganjaran pahala.

Bagi saya faktor kedua dan keempat - kesetiaan dan kesetiakawanan - amat pen­ting dalam sesuatu perjuangan. Jika hilang kedua-dua itu maka pincanglah sebuah persatuan dan rosaklah sebuah kesatuan.

Dalam suasana politik Melayu kini yang berpecah-belah, mesej itu jelas amat pen­ting sekali.

Kita tidak boleh lagi berpecah-belah. Melayu harus bertaut kembali. Belajarlah daripada kesilapan pemimpin dan orang Melayu sejak zaman kesultanan silam dahulu. Bacalah Sejarah Melayu dan renungilah kutub-khanah bangsa itu.

Hasad dengki, tamak haloba, angkuh, bongkak, taksub, jahil, suka berkelahi membawa kelemahan dan kehancuran kepada Melayu.

Oleh itu jangan ada jugalah adu-domba oleh mana-mana pihak ke atas perhubu­ngan Najib dan Muhyiddin. Perlukah dilaga-lagakan antara kedua-duanya....?

Baca sepenuh di SUMBER

Kalau tak faham makna yang cuba disampaikan berbagai lapis itu, bekas Menteri yang komen tu cuba tanya dirinya: Kamu Melayu ke?

Rebut anak: IGP perlu ikut mahkamah syariah atau sivil? Tolong seplain!

Posted: 26 Jun 2014 07:30 AM PDT


Haramjadah puak kiri dan pembangkang hanya nak mengenakan polis dalam isu perebutan anak dari pasangan yang kini berbeza ugama. Masaalahnya mereka hanya cakap ikut tembolok sendiri tanpa melihat hal ini lebih meluas. Baca penjelasan IGP:

Bernama | 8:32PM Jun 25 2014

Polis tetap dengan pendiriannya tidak akan menguatkuasakan perintah mahkamah syariah dan sivil berhubung dua kes perebutan anak di Perak dan Negeri Sembilan baru-baru ini.
  
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata faktanya masih jelas bahawa wujud perbezaan dalam perintah mahkamah ini.
  
"Tapi saya rasa orang ramai masih lagi tidak faham apa yang dimaksudkan konflik ini dan ada pula portal berita online ini yang melaporkan sebelah pihak sahaja menyebabkan timbul kekeliruan. Kedua-dua kes di Perak dan Negeri Sembilan mempunyai fakta yang sama. Kita mula dapat perintah mahkamah syariah yang mengarahkan polis memberi perlindungan kepada anak-anak ini yang diletakkan di bawah jagaan bapa.
  
"Kemudian kita dapat pula perintah mahkamah sivil untuk kita mengemukakan anak-anak ini dan menyerahkannya kepada ibunya. Jadi, nampak atau tidak konflik yang berlaku dalam kedua-dua perintah mahkamah ini yang menyebabkan polis dalam dilema, yang mana satu kita hendak kuatkuasakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi PDRM 2014 di Seremban hari ini.
  
Katanya dalam perlembagaan, kedua-dua mahkamah ini bertaraf sama dan artikel 121(a) jelas menunjukkan bahawa mahkamah syariah tarafnya sama dengan mahkamah sivil.
  
Khalid berkata, oleh kerana perbezaan dalam kedua-dua perintah mahkamah ini maka polis berpendirian untuk berada di tengah-tengah.
  
"Jadi, kita tidak akan menguatkuasakan mana-mana perintah mahkamah. Itu jelas pendirian kita. Apa yang berlaku di Perak yang dijelaskan oleh Ketua Polis negeri itu bahawa pihaknya memantau kedudukan anak itu dan juga bapanya kerana perkara di sini adalah anak-anak ini. Jadi, kedua-dua perintah mahkamah ini jelas memberi kepentingan kepada anak-anak.
  
"Jadi, walaupun pendirian polis untuk tidak menguatkuasakan kedua-dua perintah mahkamah ini tetapi kita akan memantau kedudukan anak ini dan bapanya. Kita juga ingin memastikan bahawa anak-anak ini dalam keadaan selamat," katanya.
  
Dalam pada itu, Khalid berkata pihak peguam negara sedang meneliti kedua-dua kes ini untuk mencari satu jalan penyelesaian.
  
"Sehingga jalan penyelesaian ini dicapai, sekali lagi saya nyatakan bahawa pendirian polis ialah kita tidak akan menguatkuasakan kedua-dua perintah mahkamah ini. Jadi, saya minta portal berita online ini melaporkan dengan jelas kedudukan kedua-dua perintah mahkamah ini dan bagaimana kedudukan polis tersepit.
  
"Macam mana kita hendak melaksanakan perintah mahkamah syariah yang hendakkan macam ini, manakala perintah mahkamah sivil yang hendakkan begini? Macam mana kita (polis) nak laksanakan?," katanya.
  
Ditanya sama ada tindakan polis dalam perkara boleh disifatkan sebagai menghina mahkamah, beliau berkata itu terpulang kepada mahkamah tetapi mahkamah juga perlu melihat kedudukan polis dalam keadaan kedua-dua arahan yang berbeza ini.
  
Bulan lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan N. Viran atau nama Islamnya Izwan Abdullah, untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang memberi hak penjagaan dua anaknya kepada ibu mereka S Deepa yang beragama Hindu.
   
Di Ipoh pula, guru tadika M Indira Ghandhi mendapat perintah mahkamah awal tahun ini untuk mendakwa bekas suaminya Muhammad Ridzuan Abdullah atau nama sebelum Islam, K. Patmanathan, kerana menghina mahkamah setelah gagal menyerahkan anak bongsu mereka, Prasana Diksa (Ummu Habibah), 6, kepada plaintif yang memenangi kes hak penjagaan anak, selaras dengan perintah Mahkamah Tinggi pada 11 Mac 2010.  
   
Pada April 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan tiga anak mereka iaitu Abu Bakar (Karan Dinish), Ummu Salamah (Tevi Darsiny) dan Prasana kepada Mohd Ridzuan.

- Bernama


Dalam hal keluarga sebegini, boleh tak tak kaitkan masyarakat, polis, mahkamah dan lain-lain pihak. Satu lagi: kenapa isu begini sering melibatkan kaum India? Tak boleh ke kaum India  selesaikan sesuatu tanpa perlu gaduh, buat bising dan heretkan pelbagai pihak???

Carilah penyelesaian keluargaa!!!

Ringkasan kes isu kalimah Allah untuk difahamkan

Posted: 26 Jun 2014 05:30 AM PDT


Ringkasan Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam isu Kalimah Allah pada 23 Jun 2014:

Keputusan Mahkamah Persekutuan untuk menolak permohonan oleh Gereja Roman Titular berkenaan dengan penggunaan perkatàan "Allah" dalam "The Herald Weekly". Menurut mahkamah, budi bicara oleh Menteri Dalam Negeri didapati secara objektifnya betul.

Penghakiman itu secara khusus hanyalah untuk penerbitan Herald sahaja. Walau bagaimanapun, Majlis Gereja-Gereja perlu mengambil iktibar bahawa pengunaan perkataan Allah dalam menerangkan sebagai Tuhan dalam hubungan Kristian adalah menjadi perkara sensitif kepada umat Islam.

Oleh itu, sebarang percubaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam apa apa bentuk media boleh ditafsirkan sebagai bererti satu usaha untuk mengacau bilau serta menjejaskan keharmonian masyarakat Malaysia.

Penyataan tidak bertanggungjawab seperti ini akan menimbulkan rasa penghinaan dan mengundang tindak balas umat Islam terhadap Gereja. Mahkamah Rayuan menegaskan bahaya perkataan Allah tidak merupakan sebahagian daripada pengajaran Katolik.

Jika Gereja berkeras untuk menggunakan perkataan Allah, maka Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan mempunyai banyak hujah untuk memihak kepala umat Islam.

Reverend Eu engkar mahkamah dan anasir perosak

Posted: 26 Jun 2014 02:30 AM PDT


Kalimah Allah: Jangan pertikai keputusan mahkamah - IGP
Bernama | 8:20PM Jun 25 2014

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu kalimah Allah.
  
Katanya Mahkamah Persekutuan telah pun membuat keputusan berkenaan isu itu, tetapi didapati ada pula pihak-pihak tertentu mempersoalkan keputusannya.
  
"Saya ingin memberi ingatan kepada mereka supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan kerana kita (polis) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan.
  
"Ini berbahaya kerana jika dibiarkan masing-masing bercakap ikut suka hati, ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada ketenteraman awam. Saya memberi ingatan kepada orang perseorangan dan pihak berkenaan supaya jangan cakap sebarangan kerana Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan.
  
Perkara ini bukan boleh dibincang secara terbuka," katanya kepada pemberita di Seremban hari ini.
  
Pada Isnin lepas, usaha Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran dari segi perundangan bagi menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada Tuhan dalam penerbitan mingguannya The Herald versi Bahasa Malaysia, berakhir selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk kebenaran merayu.
      
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mempengerusikan panel tujuh hakim membuat keputusan dengan majoriti 4-3 menolak permohonan gereja itu.
  
- Bernama


Ini sebab ada laporan mengatakan Reverand Eu mahu buat mogok dan bertindak menentang keputusan mahkmaah.

Kerajaan (Peguam Negara) mesti bertindak tegas. Pengerusi PKM Dr Eu Hong masih berdegil mahu meneruskan niat mereka walaupun keputusan secara unanimous menolak tuntutan mereka olih Mahkamah Tinggi seterusnya ditolak pula olih Mahkamah Rayuan.

PKM kemudian mahu merayu ke Mahkamah Persekutuan tetapi mereka perlu dpt kebenaran untuk merayu . Malang bagi mereka permohonan untuk mendapat kebenaran merayu ditolak olih Mahkmh Persekutuan. di atas hujah yang cedikit dan cetek.

Ini bermakna keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi KEKAL. Mereka tewas di tiga forum(medan).Dibawah peraturan.(Rules of The Federal Court)

Kalau masih tidak mahu kalah ,mereka masih bolih memohon untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yg menolak permohonan mendapat kebenaran merayu diMahkmh Perskutuan(leave  application) dgn MEMOHON SEMAKAN (Review) dibuat olih panel 7 orang Hakim yg lain.

MENGAPA mahu bising cari publisiti. Mahu kacau bilau seolah2 mahu timbulkan rusuhan agama.




Dr Eu Hong wajib ditangkap kerana mahu timbul huruhara agama dibawah ISA . Dan telah menghina Mahkamah..bukan satu tetapi tiga..Tinggi, Rayuan dan Persekutuan.

Mereka ini adalah anasir mahu rosakan negara tapi guna Christian sebagai topeng.Mereka juga mahu menguasai dan menjajah Mahkamh Keadilan Negara ini.

Kepada penganut Kristian saya menyeri demi mengekal hubungan baik antara kita untuk mengamalkan agama masing2 secara harmoni dan hormat menghormati sepert dikehendaki olih Art 3 Perlembagaan Persekutuan, orang seperti Dr Eu Hong tidak layak dihormati sbgai REVEREND dan tidak layak memimpin tuan2 orang Kristian.

Konsep pembangunan penindasan DAP dikembangkan ke Telok Bahang

Posted: 25 Jun 2014 11:30 PM PDT


Model pembangunan Pulau Pinang ala DAP yang berteraskan apa yang orang asal Pulau Pinang punya walaupun hanya tinggal gerai tepi jalan dan rumah kampong yang usung harus dibinasakan untuk kepentingan kaum pendatang yang sudah kaya raya dan kini punya kuasa politik.

Sering operasi merooh akan menggunakan penguatkuasa tempatan yang terdiri dari saki baki orang Melayu yang masih bergantung harap kepada pekerjaan kerajaan Pulau Pinang untuk dijalankan dengan pendatang cina generasi ke tiga dan empat bertepuk tangan suka melihat ditepi.

Model pembangunan ini berkembang ke Telok Bahang Pulau PInang pagi semalam untuk meroboh kedai-kedai Melayu di tepi pantai mencari rezeki dari pelancung. Pastinya kedai-kedai kaum pendatang ini sudah siap sedia di tempatkan di dalam kedai-kedai berbumbung dan kompleks, mulalah menyebaran monopoli di teruskan.

Pada pagi 9:30 semalam, Pantai Scout Camp, Teluk Bahang, BALIK PULAU telah dijalankan Operasi Ops Roboh oleh Pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya. Semua dah di rancang secara halus apabila penguatkuasaan di serah bulat bulat kepada bangsa melayu dan kaum cina DAP bergelak ketawa lihat semua ni.

Pengerusi JKKKN cuba merayu supaya gerai kepunyaan Zainal bin Awang tidak dirobohkan tapi pegawai yang menjalankan tugas tidak mampu membantu kerana itu adalah mata pencarianya.

Siapa yg bersalah?? Tentulah kerajaan negeri yang MAHA ZALIM LEBIH ZALIM DARI FIRAUN LAKNATULLAH.

Orang melayu Balik Pulau sekarang hanya mampu melihat dan tidak lagi mampu untuk berlawan. Inilah dikatakan jika Melayu hilang kuasa akibat perpecahan. MELAYU BILA NAK SEDAQ?

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 26 Jun 2014 09:37 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 26 Jun 2014 09:34 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Nasib Peniaga Melayu Di Pulau Pinang

Posted: 26 Jun 2014 09:23 PM PDT




 Menurut maklumat pada 25/6/ 2014 jam 9.30 di Pantai Scout Camp, Teluk Bahang, BALIK PULAU telah dijalankan Operasi Ops Roboh oleh Pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Barat Daya.

Satu demi satu kedai dan peniaga Melayu mengalami nasib yang sama sejak 2008 lagi. Apa boleh buat, sebelum dapat kuasa janjinya bukan main manis lagi. Sudah dapat kuasa, tebu yang ditanam dibibir itu pun ditebanglah. 

Bukti Perbelanjaan Negeri Pakatan Lebih Mahal Berbanding Urus Negara

Posted: 26 Jun 2014 06:19 PM PDT

Sanggupkah Hadi Awang & Nik Aziz Dengar Penjelasan Tentang Negara Islam Ini?

Posted: 26 Jun 2014 04:00 PM PDT


Respon & Janji MCA Bila Diberi Peluang Masuk Kabinet

Posted: 26 Jun 2014 09:30 AM PDT


Dr Maza Harus Mohon Maaf Pada Rakyat & Kepimpinan Johor

Posted: 26 Jun 2014 07:20 AM PDT

Apa Komen Nik Aziz Terhadap Bekas AJK Dewan Ulama PAS Ini?

Posted: 26 Jun 2014 07:00 AM PDT


Video Kisah Sebenar Tentang Panda Xing Xing & Liang Liang

Posted: 26 Jun 2014 03:30 AM PDT




Selamatkah Pengunaan Air Lombong Untuk Rakyat Selangor?

Posted: 26 Jun 2014 01:26 AM PDT


BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 26 Jun 2014 03:22 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Foto) Wajah isteri Awie lebam, cedera akibat dibelasah tersebar

Posted: 26 Jun 2014 03:21 PM PDT

Gambar ini mula tersebar di Whatsapp sebelum ada pihak memuat naik ke sebuah komuniti di Facebook dan ianya kini mula menjadi perhatian ramai.

Gambar itu menunjukkan individu yang didakwa adalah isteri kepada penyanyi Awie, Rozana Misbun kelihatan agak teruk dan menurut sumber itu adalah akibat dipukul seseorang.

Sumber juga ada menyebut yang ini adalah bukti kes pukul isteri yang melibatkan Awie baru baru ini.

Wallahu'alam. Gambar begini sahaja tidak mampu sebenarnya untuk menyabitkan Awie sebagai pelaku / kaki pukul.

Hmm...

Forum Rotikaya

(Foto) Penampakan 'bunian' berjemaah dalam foto timbul pertikaian

Posted: 26 Jun 2014 07:37 AM PDT

Sekeping gambar yang sedang tersebar di media-media sosial di dakwa memperlihatkan sekumpulan jemaah sedang menunaikan solat menjadi telah menjadi pertikaian.

Foto tersebut pada asalnya dimuatnaik bertujuan untuk memaklumkan berkenaan penampakan entiti a.k.a orang bunian yang sedang bersolat jemaah seperti mana yang dibulatkan.

Namun begitu, timbul pertikaian apabila beberapa pendapat menyatakan mengenai keistimewaan tempat tersebut hingga menimbulkan kekeliruan pengguna media sosial yang lain.

Foto yang dipercayai diambil oleh kakitangan TM sewaktu selepas membuat pemeriksaan keatas pencawang TM waktu petang di puncak Gunung Jerai Kedah pada hari Ahad baru-baru ini (22.06.2014) kini tersebar meluas di Facebook.

Bagaimana pula dengan pendapat anda?

Zizan Razak dakwa rakan kongsi seleweng duit syarikat

Posted: 26 Jun 2014 06:01 AM PDT

SUBANG JAYA, 26 Jun - Pengarah Urusan Wireframe Entertainement, Sdn.Bhd, Marina Juki hari ini meminta rakan kongsinya, Zizan Razak mengemukakan bukti-bukti yang mengaitkan dirinya menyeleweng duit syarikat pengurusan mereka.

Marina berkata, berdasarkan laporan audit yang dikeluarkan oleh juru audit, Azman Karim, laporan akaun dari tahun 2011 hingga 2013 tidak menunjukkan sebarang penyelewengan akaun. - UTUSAN ONLINE

(Foto) Asrama lelaki UIAM di PJ hangus terbakar

Posted: 26 Jun 2014 03:12 AM PDT

Petaling Jaya: Kediaman asrama lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Seksyen 16 Damansara, di sini terbakar jam 3 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.02 petang dan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan Seksyen 7 tiba sembilan minit kemudian.

Menurutnya, laporan awal kebakaran berlaku di ruang membasuh di tingkat satu bangunan lima tingkat apabila tilam yang berada di ruang terbabit terbakar.

" Api berjaya dipadam jam 3.46 petang dan tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu.

"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

PAS Pecat Ustaz Lotfi Sertai 'Jihad' Di Syria

Posted: 26 Jun 2014 03:04 AM PDT

Ustaz Lotfi
PETALING JAYA: PAS telah menamatkan keanggotaan Ustaz Lotfi Ariffin berikutan dakwaan pembabitannya dalam kumpulan militan di Syria.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Lotfi telah disingkir keluar dari parti itu bulan lalu apabila dakwaan pembabitannya dengan kumpulan militan di Syria muncul di media dan juga media sosial.

"Kami menjalankan siasatan kami sendiri dan memutuskan untuk menamatkan keahlian Lotfi.

"Ini menjadi peringatan dan amaran kepada semua ahli-ahli kami untuk tidak mengaitkan diri mereka dengan mana-mana kumpulan militan, kerana kita tidak menyokong keganasan," katanya.

Mustafa berkata demikian sebagai memberi tindak balas terhadap laporan The Star yang mengetengahkan penglibatan Lotfi dalam kumpulan militan di Syria.

Lotfi dilaporkan menyatakan hasrat untuk mempertahankan hak-hak orang-orang Syria yang ditindas.

Piala Dunia: Suarez letak jawatan

Posted: 26 Jun 2014 02:01 AM PDT

Luis Fernando Suarez meletak jawatan selepas skuad kendaliannya tersingkir dari Piala Dunia Fifa pagi tadi.

Kekalahan 3-0 ke atas Switzerland di Manaus mengakhiri kempen pasukan Honduras yang tidak berjaya meraih sebarang mata.

Bercakap selepas perlawanan, Suarez memberitahu masa sudah tiba untuk perubahan dan beliau percaya Honduras mempunyai masa depan yang cerah.

"Saya telah buat keputusan untuk meletak jawatan."

"Sudah tiba masa untuk perubahan untuk yang lebih bagus," ujar bekas jurulatih Ecuador.

"Jurulatih yang baru akan memiliki skuad yang berpotensi, kami mempunyai pemain yang muda yang berbakat dan saya mengambil pengalaman ini sebagai memori manis dan saya akan sentiasa menjadi penyokong setia Honduras."

Xherdan Shaqiri telah meledakkan hatrik ke atas Honduras, dua gol berjaya dihasilkan pemain sayap itu dalam masa 30 minit di Arena da Amazonia.

"Kami tidak bernasib baik kerana keputusan tidak menyebelahi kami. Gol awal Switzerland memberikan kelebihan kepada mereka kerana hanya melakukan serangan balas sebagai kunci utama mereka."

"Separuh masa kedua kami berjaya menghasilkan peluang tetapi tidak berjaya menyudahkannya. Seluruh negara kecewa kerana kami tidak berjaya ke pusingan seterusnya, itu adalah impian kami."loo

Suami bunuh diri selepas foto intim isteri tersebar

Posted: 26 Jun 2014 01:01 AM PDT

Suami kepada model yang pernah memasuki America's Next Top Model Katie Clearly, Andrew Stern telah bertindak membunuh diri beberapa minggu selepas dia dirakamkan bersama aktor Leonardo DiCaprio dan Adrian Grenier.

Suaminya, ditemui mati akibat tembakan di kepala. Lelaki itu sebelum ini dilaporkan tertekan kerana berdepan dengan masalah rumah tangga dan kewangan.

Namun begitu, Clearly dilihat berparti dengan DiCaprio pada bulan lepas di sebuah kelab malam di Cannes.
Mereka berdua dilihat dalam keadaan intim dan saling berbisik sewaktu sedang menari ketika berada di Cannes.

'Saya Ada Gambar Skandal Seks Pegawai Kanan Polis'

Posted: 26 Jun 2014 12:01 AM PDT

NGO pemantau jenayah MyWatch mendakwa menerima satu set gambar dan dokumen berhubung skandal seks melibatkan seorang pegawai kanan polis.

Pengerusi NGO tersebut R Sri Sanjeevan yang enggan menamakan pegawai tersebut bekata, MyWatch sedia mendedahkan gambar dan dokumen tersebut kepada umum.

Bagaimanapun, beliau meminta jaminan daripada perdana menteri dan menteri dalam negeri agar tidak mengambil tindakan ke atasnya.

"MyWatch mahu mendapat jaminan dari Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa mereka terus menggantung tugas pegawai tersebut, tanpa mengira pangkat dan gelarannya, dan mengarahkan siasatan menyeluruh dalam perkara ini

"MyWatch sudah membuat pelbagai pendedahan sebelum ini dan menggesa siasatan penuh dijalankan. Namun, sedihnya, semua pendedahan ini disorokkan," dakwa Sanjeevan dalam satu kenyataan.

Katanya, MyWatch sedia mendedahkan bahan tersebut sekiranya diberi jaminan, seperti diminta.

"Ini adalah satu lagi peluang bagi perdana menteri dan menteri dalam negeri untuk menunjukkan bahawa mereka tidak berkompromi dengan salah laku atau salah guna kuasa melibatkan pegawai tinggi polis, dan bersedia bertindak atas maklumat," katanya.

Beliau yang pernah mengalami kecederaan parah akibat ditembak beberapa kali sebelum ini, turut menyatakan bahawa langkah terbaru ini mungkin mendedahkan beliau kepada risiko sekali lagi. – Malaysiakini.com

Rakaman video rogol berkumpulan dimuat naik ke Facebook

Posted: 25 Jun 2014 11:31 PM PDT

Lucknow (India): Seorang lagi wanita dirogol bergilir-gilir di Uttar Pradesh dan kali ini suspek bertindak lebih berani dengan memuat naik rakaman kejadian itu dalam Facebook.

Menurut laporan akhbar Indiatoday, mangsa berusia 20 tahun didakwa dirogol oleh lapan lelaki termasuk kawannya yang merakam video perbuatan terkutuk itu.

Mangsa tidak membuat laporan berhubung kejadian Ogos lalu selepas tertuduh mengancam keselamatannya jika dia menceritakan kejadian itu kepada pihak lain.

Bagaimanapun, menurut jurucakap polis, mangsa akhirnya melaporkan kes berkenaan setelah melihat gambarnya di media sosial itu.

Menurutnya, ketika kejadian, tiga suspek merakam perbuatan itu sementara yang lain memperkosanya.

- Agensi

Zizan Razak tak bayar gaji artis naungan?

Posted: 25 Jun 2014 11:21 PM PDT

Zizan Razak telah membuat statement ringkas di twitter yang berbuyi " Jangan Menyalak Tanpa Tahu Sebab, Terus Menyelak Sampai Jumpa Pusat ".

Status tweet itu di buat setelah terbongkar kes beliau membekukan akaun syarikat miliknya Wirefame. Akibat pembekuan akaun itu, artis dibawah naungan Wirefame tidak mendapat gaji.

Wirefame sebelum ini mempunyai artis seperti Zizan Razak sendiri, Emma Maembong, Chacha Maembong, Kaka dan Johan Ashaari.

Zizan Razak dan Emma dikatakan telah keluar dari Wirefame yang mana Zizan mendapat kontrak rm 2juta dari Astro sementara Emma Maembong akan bergerak sendiri.
Wirefame dimiliki hasil perkongsian Zizan Razak dan juga Marina Juki.

Sementara itu Kaka dan Johan Ashaari memang kecewa dengan tindakan Zizan Razak kerana membekukan akaun syarikat tanpa pengetahuan Marina Juki.

Ini kata Johan Ashaari:

"Saya juga sedih kerana tidak dapat membelikan hadiah untuk bapa sempena Hari Bapa, baru-baru ini, sekarang baru sedikit demi sedikit saya dapat membantu keluarga hasil duit wang simpanan,"

Menurut Johan, dia sekeluarga baru berpindah ke rumah baru dan disebabkan tindakan Zizan itu, dia kekurangan modal untuk membantu bapanya menampung perbelanjaan rumah baru.

Ini pula kata Kaka:

"Sepatutnya Zizan berbincang dengan kami termasuk pekerja syarikat sebelum membuat tindakan itu. Sekarang kami menjadi mangsa tindakan Zizan sendiri,"

Mungkin kenyataan Johan dan Kaka ini yang membuatkan Zizan menulis tweet "Jangan Menyalak" tersebut.

Sumber hotlips-yuya.blogspot.com

Didie Alias ulas fesyen 'junjung pasu bunga'

Posted: 25 Jun 2014 11:16 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Didie Alias terkejut apabila gaun yang digayakannya pada malam Anugerah Bintang Popular 2013 (ABPBH 2013) yang berlangsung awal Mei lalu dikritik termaksuklah aksesori di kepalanya disamakan seperti pasu bunga.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, sepatutnya isu tersebut tidak perlu menjadi bahan bualan kerana ia sudah menjadi sinonim dengan dirinya sebagai pengacara dan pelakon berimej pelik selain acara itu sudah lama berlalu.

"Pelik yer, ABPBH 2013 sudah lama berlalu, kenapa gaun yang saya pakai pada acara itu masih lagi dibualkan?

"Saya rasa orang yang mengkritik itu juga tidak kenal saya kut sedangkan sudah lama saya membawa imej-imej pelik bagi mana-mana acara sekali pun," katanya kepada mStar Online.

Pada Ahad lalu, menerusi program Hip TV terbitan TV9, yang dikendalikan oleh Hunny Madu itu, aktres Dynas Mokhtar dan pereka fesyen Zery Zamri yang menjadi tetamu undangan telah mengkritik imej Didie pada ABPBH 2013. Fesyen itu adalah rekaan bawah butik Allya Mysara.
Gaun Didie yang mendapat krtitikan baru-baru ini.
Dalam temu bual itu Dynas menyifatkan, sebagai seorang ibu mengandung, Didie tidak perlu menggayakan imej pelik terutamanya bagi memenuhi udangan untuk berjalan di karpet merah.

Dynas dalam nada bergurau turut menyamakan 'head gear' yang dipakai Didie itu umpam dia mengusung pasu bunga.

Sementara itu, tambah Didie, kenyataan Dynas dan Zery tidak membuatkan dia terasa hati kerana sudah lali dengan kritikan ramai berhubung penggayaan fesyennya itu.

Dalam pada itu, Kimi, salah seorang pereka fesyen di bawah label Allya Mysara yang dihubungi mStar Online berkata, gaun hijau itu adalah mengikut tema majlis tersebut iaitu 'magis alam' dan ia direka khas hasil gabungan idea daripada pihaknya sendiri bersama Didie.

"Mendengar temanya sahaja kita dapat bayangkan ia sangat unik dan kami ingin Didie dilihat sebagai puteri berunsurkan alam dengan penghasilan kain lace di badan manakala fabrik berombak di bahagian bawah.

"Tetapi head gear itu bukan kami yang sediakan sebaliknya ia adalah idea daripada Didie dan jurusoleknya iaitu Fery Karisma.

"Apa-apapun, kami tidak mempunyai masalah jika dikritik kerana ia dapat membina ilmu baharu tetapi biarlah ia membina dan selidik dahulu sebelum mahu memberi kritikan," tegasnya.

Isteri belum mahu anak

Posted: 25 Jun 2014 11:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Jehan Miskin terpaksa akur dengan kehendak isterinya Julie Camelia Rhee, 30, yang tidak bersedia untuk memperoleh anak buat sementara waktu.

Jehan, 35, berkata, isterinya yang merupakan warga Korea itu ingin menikmati masa bersama sebagai suami-isteri sebelum bersedia menggalas tanggungjawab bergelar seorang seibu.

"Isteri kata dia nak kami berbulan madu dahulu dan saya akur dengan kehendaknya. Saya pun tidak mempunyai masalah tentang itu.

"Lagipun saya boleh memberi fokus dengan syarikat produksi saya, Mastermind Group Sdn Bhd menerbitkan kerja-kerja iklan serta drama," katanya.

Jehan ditemui pada majlis pelancaran drama baharu terbitan syarikatnya berjudul Seludup di restoran Serai, KL Life di sini pada Rabu.

Tambah Jehan, dia mengakui berasa lebih bahagia sejak mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu.

Malah dia juga semakin serasi dengan budaya negara Korea sejak mengenali keluarga isteri.

Sementara itu, mengenai drama Seludup, ia merupakan karya terbitan dan arahan kedua Jehan selepas drama What If.

Dia telah megambil masa selama sembilan bulan untuk membuat kajian mengenai penyeludupan haram yang berlaku di negara ini.

"Sebenarnya idea mahu menghasilkan drama ini selepas saya membaca akhbar banyak kes mengenai isu pemerdagangan haram tidak kira apa jua benda yang diperdagangkan.

"Jadi saya mula memahami hal-hal penyeludupan dan kebanyakan informasi semuanya datang daripada Internet selain membaca sebuah buku mengenai perdagangan haram berjudul Elicit.

"Sembilan bulan saya buat kajian dan ini pun saya belum habis siapkan skripnya lagi. Ia sebuah drama yang serius tetapi tetap akan menarik minat penonton untul menyaksikannya," ujar Jehan.

Antara pelakon yang akan terlibat dalam Seludup termasuklah Tiz Zaqyah, Syafie Naswip, Raja Ilya, Namron serta Jehan sendiri.

Penggambaran akan bermula pada Julai depan di Melaka dan ia bakal disiarkan sekitar September ini menerusi saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).

mStar

Pemilihan PKR: Khalid Gagal Pertahan Jawatan

Posted: 25 Jun 2014 11:06 PM PDT

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor selepas tewas pada pemilihan semula Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu.

Calon Timbalan Presiden itu ditewaskan lawannya, S. Manikavasagam.

Abdul Khalid hanya meraih 515 undi, manakala Manikavasagam yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor mendapat 701 undi.

Bagaimanapun, difahamkan Abdul Khalid berjaya meraih undi tertinggi bagi jawatan Timbalan Presiden PKR menewaskan penyandang, Mohamed Azmin Ali di peringkat cabang berkenaan.

Sebelum ini Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR menggantung keahlian Manikavasagam kerana mendakwa Abdul Khalid terlibat dalam politik wang namum menarik balik keputusan berkenaan.

Namun menurut sumber pejabat Menteri Besar, Abdul Khalid akan membuat bantahan terhadap keputusan yang belum diumumkan secara rasmi itu.

Sumber itu mendakwa wujud penipuan ketika proses pengiraan undi yang berakhir pada Rabu malam.

"Ada sebanyak 390 undi rosak bagi jawatan timbalan presiden, tapi Tan Sri (Khalid) tetap menang.

"Namun masalah timbul apabila dewan pusat pengiraan undi di Ibu Pejabat PKR blackout secara tiba-tiba selama dua jam ketika proses pengiraan undi bagi jawatan ketua cabang nak bermula," kata sumber yang enggan dikenali.

Tambah sumber itu, pihaknya terkejut apabila Abdul Khalid tewas hanya dengan 186 undi bagi jawatan ketua cabang walaupun menang bagi pemilihan timbalan presiden.

"Ia amat mencurigakan, malah kita dapati jumlah undi rosak bagi jawatan timbalan presiden yang sudah dikira awal juga berkurangan.

"Kita percaya wujud tindakan pihak tidak bertanggungjawab menukar kertas undi rosak kepada undi yang berpihak kepada Manikavasagam," katanya.

mStar

Besi Pembinaan LRT Hempap Kereta, Dua Cedera

Posted: 25 Jun 2014 11:01 PM PDT

PETALING JAYA: Seorang pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera selepas kenderaan mereka ditimpa beberapa batang besi pembinaan Aliran Transit Ringan (LRT) di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Azmi Abu Kassim, kejadian berlaku pada pukul 9 pagi Khamis ketika kerja-kerja mengangkat batang besi di kawasan pembinaan itu sedang dijalankan.

"Beberapa batang besi terjatuh di atas sebuah kereta (Honda Civic) yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sehingga mengakibatkan seorang lelaki dan perempuan yang berada di dalamnya cedera.

"Sebuah van jenis Nissan Vanette yang sedang mengekori kereta berkenaan kemudian gagal berhenti dan merempuh kenderaan itu," katanya.

Jelasnya, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Sime Darby dekat Subang untuk menerima rawatan manakala pemandu van tidak mengalami kecederaan.

mStar

Piala Dunia: Penyokong tayang payudara punca gol sendiri?

Posted: 25 Jun 2014 10:01 PM PDT

Selain pakaian yang berwarna-warni serta menconteng muka dengan warna melambangkan negeri masing-masing, penyokong bola sepak luar negara mempunyai banyak lagi cara untuk menyuarakan sokongan mereka.

Bagi sesetengah penyokong wanita yang obses dengan para pemain negara mereka yang kacak, pastinya tindakan mereka ada kalanya lebih drastik dan menggoncang jiwa anda.

Beberapa orang penyokong wanita negara Argentina dan Brazil dilihat agak terlajak sokong apabila sehingga sanggup mendedahkan bahagian intim tubuh mereka demi sokongan kepada pasukan kegemaran.

Di blog gabancomel.blogspot.com, ada artikel ditulis mengenai para penyokong ini yang menayangkan payudara mereka kepada pemain pujaan hati sebagai memberi sokongan sambil meraih perhatian pemain mereka.

Negara luar khususnya di barat, perkara sebegitu sememangnya biasa dilakukan kerana bagi mereka bahagian itu hanyalah bahagian istimewa yang boleh ditunjuk-tunjuk untuk perhatian.

Penulis rasa, kerana gejala inilah Marcelo terlajak sehingga menjaringkan gol sendiri pertama Brazil dalam sejarah pusingan akhir Piala Dunia FIFA ketika bertemu Croatia pada perlawanan pembukaan sebelum ini.

Lihat sahajalah wajahnya, yang terbeliak apabila melihat sesuatu seperti itu.

Manakala bagi Argentina pula, mungkin kerana itu pemain mereka Lionel Messi begitu bersemangat sehingga berjaya mendapatkan gol pertama beliau sejak menyertai Piala Dunia FIFA pada 2010 di Afrika Selatan. – MYNEWSHUB.MY

Rakan diperkosa depan mata

Posted: 25 Jun 2014 09:31 PM PDT

Miri: "Saya merayu supaya rakan saya (pembantu rumah) dilepaskan tetapi penjenayah tidak mempedulikan rayuan saya, sebaliknya terus menarik rakan saya itu dan membuka seluarnya sebelum dirogol di depan saya," kata pembantu rumah Yulida Zailan, 39, mengenai perbuatan keji seorang daripada lima penjenayah yang bukan saja memecah rumah majikannya, malah merogol rakan sekerjanya wanita warga Indonesia berusia 33 tahun dalam kejadian di Taman Desa Indah 2 di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi, penjenayah yang bersenjatakan parang dan memakai penutup muka menceroboh rumah berkenaan melalui pintu belakang dengan memotong jeriji tingkap.

Ketika kejadian, majikan mangsa bercuti di Sabah manakala anak lelakinya tiada di rumah dengan hanya Yulida dan mangsa bersama seorang anak perempuan majikannya berusia enam tahun berada di rumah ketika itu.

Yulida berkata, ketika rakannya dirogol, dia tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu cemas dan bimbang dirinya turut menjadi mangsa rogol.
YULIDA menunjukkan tempat kejadian.

"Walaupun rakan saya menangis dan berulang kali merayu dilepaskan, namun rayuannya tidak dihiraukan, sebaliknya lelaki itu tetap bertindak ganas memperkosanya.

Remaja perempuan Melayu akui sudah tiduri 30 teman FBnya

Posted: 25 Jun 2014 09:01 PM PDT

Gambar hiasan
Usianya baru mencecah 20 tahun,namun dia mendakwa ditiduri secara rela oleh 30 lelaki yang dikenalinya dari facebook.hanya mahu dikenali sebagai Qila. Remaja berasal dari selatan air itu mengaku pada mulanya seronok melalui hidup sebagai 'playgirl' sebelum ditimpa musibah.

Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki seperti rakan lain yang berwajah cantik tetap menebal dalam diri. Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yang mahu mengenali dirinya, dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.

Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun. Bukan tiada yang menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan hanya ikut kepala sendiri.

"Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka. "Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya sibuk berpeleseran dan 'enjoy' dengan teman lelaki mencari keseronokan dunia," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. Tidak terlintas langsung kerisauan di hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yang dikenali melalui fb membuatkan dia terus hanyut.

"Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya tidak memberangsangkan.

Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa datang silih berganti untuk menemani.

"Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu setiap lelaki yang mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar," katanya.

Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama. "Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yang mengesyaki saya sudah 'dijamah' lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yang mempunyai 'mata panda' akibat mengambil dadah berlebihan.

"Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. Disebabkan tiada pilihan, akhirnya saya mengaku," kata anak kepada pekerja kilang ini. Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah.

"Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian," katanya yang kini menghidap ketumbuhan di rahim. -siakapkeli

Tak jadi rogol, perompak 'jatuh cinta'

Posted: 25 Jun 2014 08:31 PM PDT

Bandar Baharu: Seorang penjenayah yang tiba-tiba 'jatuh cinta' terhadap mangsanya yang juga seorang gadis berusia 24 tahun, bukan hanya menghalang rakannya daripada mencabul atau merogol gadis diminati itu, malah menawarkan diri untuk menjadi kekasih wanita itu, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang di Kampung Permatang Pasir di sini, suspek bersama tiga rakannya memecah masuk rumah mangsa sebelum mengepungnya di dalam bilik tidur, manakala tiga lagi ahli keluarga mangsa diikat tangan sebelum diletakkan di bilik lain.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul berkata, dia yang terjaga daripada tidur cuba menjerit apabila menyedari dua suspek yang memakai topeng berdiri di atas katilnya, namun gagal kerana seorang daripada penceroboh menekup mulutnya dengan tangan.

"Ketika saya diarahkan berbaring dalam keadaan telentang sambil mulut ditutup, seorang lagi penceroboh cuba mengambil kesempatan mencabul saya.
RAZAK (kanan) ditemani isteri mengemas barangan di bilik tidur selepas diselongkar perompak.

"Namun, tindakan itu dihalang oleh penceroboh ketiga yang memberi amaran akan memukul rakannya itu jika saya diapa-apakan dan mengarahkan saya menyerahkan semua wang dan barang kemas yang disimpan.

"Selepas itu dia mengajak saya berbual-bual dan memberitahu sering memerhatikan saya di beberapa majlis keramaian. Dia kemudian menawarkan diri menjadi kekasih selain melarang penceroboh lain mengambil komputer riba saya selepas saya merayu," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

'Setiausaha Agung CUEPACS' umum bonus raya

Posted: 25 Jun 2014 08:29 PM PDT

KUALA KANGSAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan berhubung pemberian bonus kepada penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Presidennya, Azih Muda berkata, mesej palsu tersebut yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam tiada kena mengena dengan Cuepacs dan pihaknya tidak pernah menerima berita seumpama itu setakat ini.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa menyiasat mengenai penyebaran maklumat berunsur fitnah seperti itu kerana ia menjejaskan imej penjawat awam.

"Cuepacs berasa kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama Setiausaha Agung Cuepacs yang menyatakan kononnya Kabinet buat keputusan beri sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadan dan Syawal.

"Kita harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan awam dan meletakkan integriti penjawat awam semakin rendah di mata masyarakat.

"Sesuatu perlu dibuat untuk kenal pasti punca sebenar kenapa perkara ini berlaku," katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) di sini, semalam.

Beliau berkata, mesej tersebut dipercayai direka untuk mempermainkan pembaca dan sekiranya mereka membuka 'link url' yang disertakan, mereka akan mendapati bahawa mesej tersebut adalah palsu semata-mata.

Dalam perkembangan lain, Cuepacs menggesa kerajaan supaya memberi pertimbangan khusus dalam memberi sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadhan dan Aidilfitri nanti.

Katanya, penjawat awam berasa tertekan dengan sara hidup pada zaman sekarang dan dengan sedikit suntikan daripada kerajaan, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kewangan mereka.

"Perkara ini (pemberian sagu hati sempena Ramadhan dan Syawal) sememangnya menjadi harapan penjawat awam kerana ada di kalangan mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyambut Syawal.

"Pemberian sagu hati tersebut pastinya akan menggembirakan penjawat awam terutamanya ketika mereka sedang sibuk mahu meraikan Hari Raya Aidilfitri," ujarnya.

Cabul di kawasan kubur

Posted: 25 Jun 2014 08:01 PM PDT

Slim River : Seorang pelajar perempuan berusia sembilan tahun menempuh detik cemas apabila diculik disebuah stesen bas sebelum dicabul di kawasan kubur Cina Jalan Slim Lama, di sini, oleh seorang lelaki dalam kejadian petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu mangsa yang berada seorang diri berhampiran stesen bas itu didekati suspek berusia 57 tahun lalu berpura-pura bertanya kepada mangsa sama ada mahu membeli buku, sebelum mengajak kanak-kanak itu menaiki keretanya.

Suspek kemudian memberhentikan kenderaannya berhampiran kawasan kubur berkenaan lalu cuba pegang dan cium mangsa sebelum meninggalkannya.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan berkata, mangsa dijumpai oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan.

KENDERAAN dipercayai milik suspek yang ditahan polis.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan ketakutan dibawa oleh orang awam ke Balai Polis Slim River untuk tindakan lanjut.

"Bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian oleh seorang lagi anak perempuannya yang melihat mangsa menaiki kereta suspek bertindak melaporkan kejadian di Balai Polis Slim River.

"Berikutan kejadian, suspek yang disyaki memandu sebuah kereta Proton Wira Aeroback terbabit berjaya dikesan dan ditahan dalam satu sekatan polis kira-kira jam 3 petang," katanya.

Menurutnya suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan mencabul.

Ustaz pusat tahfiz setubuh ketiga-tiga isteri serentak

Posted: 25 Jun 2014 07:05 PM PDT

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Dia amat dihormati sebagai guru agama, penceramah bebas dan pemilik pusat tahfiz, namun di sebalik semua itu dia menjadi igauan ngeri buat tiga isterinya berikutan kerakusan amalan seksnya yang melampau iaitu melakukannya serentak dengan ketiga-tiga isteri.

Lebih mengaibkan, guru tahfiz berusia lewat 50-an terbabit tergamak mengeluarkan dakyah palsu kononnya amalan itu sunnah nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah turut melakukan perkara sama dalam berpoligami. Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz itu didedahkan dua bekas isterinya selepas kedua-duanya sebelum ini minta diceraikan selepas tidak sanggup diperlakukan demikian, selain tidak mahu terus menerus melakukan dosa.

Seorang daripada wanita terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Suzila, 37, berkata amalan luar biasa bekas suaminya itu bukan saja menyebabkan dia sangat malu terhadap diri dan Tuhan, malah kepada pelajar tahfiz kendalian suaminya. Suzila, seorang ustazah dan bekas isteri kedua lelaki itu berkata, tempoh perkahwinannya tiga tahun episod hitam dalam hidupnya yang dijanji akan diajar pengetahuan agama lebih mendalam oleh bekas suaminya.

"Selepas berkahwin saya dibawa ke Mesir untuk menjaga pusat tahfiz milik suami. Rupa-rupanya di sana dia mempunyai isteri lain. Saya terpaksa melayan kehendak suami dan merelakan diri diperlaku tidak ubah seperti aksi filem lucah.

"Tidak tahan menanggung derita mental dan fizikal, saya nekad lari membawa tiga anak dengan bekas suami pertama kembali ke tanah air tahun lalu," katanya ketika ditemui, baru-baru ini. Menurutnya, tindakan itu juga diambil selepas beberapa pelajar tahfiz di sana menasihatkannya supaya pulang ke tanah air kerana perbuatan keji itu menjadi buah mulut di kalangan mereka.

Suzila berkata, selepas kembali ke Malaysia, dia dimaklumkan beberapa pusat tahfiz milik bekas suaminya di negara ini ditutup apabila dikesan melakukan penipuan, manakala pusat di Mesir pula beroperasi secara haram kerana tidak berdaftar.

Katanya, satu lagi salah laku bekas suaminya ialah mengarahkan semua isteri barunya selain isteri pertama mengambil suntikan pencegah kehamilan kerana dia tidak mahukan anak. Bekas isteri ketiga ustaz terlampau yang hanya mahu dikenali sebagai Ariana pula berkata, dia mengahwini bekas suaminya itu dengan niat mendapat bimbingan agama dan menjadikan lima anaknya dengan suami pertama seorang tahfiz.

"Saya tidak mengenalinya, tapi apabila dipinang isteri pertamanya dan dimaklumkan latar belakang suami yang mempunyai ilmu agama tinggi, saya sanggup jadi isteri ketiga demi menjamin masa depan lima anak saya," katanya.

Ariana berkata, dia sanggup meninggalkan perniagaannya demi mengikut guru tahfiz itu ke utara tanah air dan menjaga pusat tahfiz di sana.Bagaimanapun, katanya, pada malam pertama perkahwinan dia terkejut apabila isteri pertama berada dalam bilik tidur sebelum mereka bersama-sama melayan suami.

Lebih menghairankan dia mendakwa madunya itu turut seronok dan begitu ghairah melakukannya. "Saya hairan dan jijik dengan sikap mereka berdua, tapi apabila saya mempersoalkannya, bekas suami memberitahu 'nabi pun lakukan perkara sama'. Saya mengatakan tidak pernah dengar atau terbaca dalil mengenai perkara itu."Namun, bekas suami mengatakan hanya orang terpilih seperti dirinya mendapat dalil itu dan saya jahil sebab itu tidak pernah mengetahui dalil itu.

Saya terpaksa merelakan diri diperlakukan seperti itu. Bila menentang, saya dituduh tidak taatkan suami," katanya. Selain itu, Ariana mendakwa sepanjang berkahwin lebih setahun, bekas suaminya itu hanya memberi wang nafkah RM200 sebulan menyebabkan dia bersama anak ada kalanya terpaksa menahan lapar.

Berikutan sudah tidak sanggup bersubahat dengan perbuatan suaminya yang dianggap menghina Rasulullah, Ariana menuntut cerai pada bulan lalu."Namun, sebelum bercerai saya terpaksa mencari seorang lagi wanita untuk dijadikan isterinya dan kini saya tidak mengetahui berapa ramai isterinya," katanya.

Pasangan di Putrajaya namakan anak baru lahir mereka Ronaldo Neymar

Posted: 25 Jun 2014 06:01 PM PDT

Menamakan anak sama dengan tokoh agama dan sejarah adalah perkara biasa dalam kalangan ibu bapa.

Namun, ada juga ibu bapa yang turut menamakan anak sempena sesuatu yang meninggalkan kesan kepada mereka termasuk nama tempat, bulan kelahiran dan sebagainya.

Maka tidak hairanlah sempena Piala Dunia yang sedang hangat berlangsung tahun ini, ada ibu bapa yang terkesan hingga menamakan anak mereka sempena nama pemain bola sepak negara yang disokong.

Contohnya salah seorang bayi yang dilahirkan pada 21 Jun lalu di Hospital Putrajaya dinamakan bapanya sempena pemain Portugal dan Brazil, Ronaldo dan Neymar.

Mungkin dengan menamakan anaknya begini, si bapa mengharapkan agar anak lelakinya bakal membesar menjadi pemain bola sepak hebat satu hari nanti sekaligus dapat mewakili Malaysia ke Piala Dunia agaknya.

Sumber: Katak Comel

Bapa cekup anak gadis berzina dalam rumah sendiri

Posted: 25 Jun 2014 05:20 PM PDT

Gambar hiasan
SEREMBAN: Gara-gara memadu asmara dalam bilik di rumah teman wanitanya, seorang lelaki teruk dibelasah bapa gadis itu dalam kejadian di sebuah tanah rancangan Felda di Jempol, dekat sini.

Lelaki berusia 20 tahun itu 'diseludup' oleh teman wanitanya ke rumah berkenaan untuk memadu kasih dalam bilik tidurnya.

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan berusia 19 tahun itu membawa masuk teman lelakinya berusia 20 tahun ke dalam biliknya itu melalui pintu belakang rumahnya dan menjangkakan perbuatan itu tidak disedari ibu bapanya.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan, Ekonomi dan Sosial Islam Malaysia (Pekesim), Ghafar Nin di sini semalam selepas ibu bapa gadis terbabit menemuinya untuk memberi kaunseling kepada anak mereka.

Bagaimanapun, Ghafar berkata, ibu bapa berkenaan tidak membuat laporan kerana malu dan sudah meminta Pekesim untuk memberikan kaunseling kepada anaknya itu.

Jadual Waktu Berbuka Puasa 2014 Seluruh Malaysia

Posted: 25 Jun 2014 05:15 PM PDT

Jadual Waktu Berbuka Puasa 2014 Ramadhan : Pejam celik pejam celik akhirnya umat Islam seluruh dunia umumnya dan muslim di Malaysia amnya bakal berpeluang sekali lagi menikmati sendiri kemeriahan bulan Puasa Ramadhan 2014 bermula 29 Jun 2014 (Ahad). 

Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan jadual waktu berbuka puasa 2014 seluruh negeri di Malaysia paling lengkap untuk anda melakukan semakan daripada masa ke semasa yang telah disediakan kepada oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa 2014 yang Berita Semasa susun dan pecahkan mengikut negeri dan zon di tempat anda menjalankan ibadah puasa. Semoga membantu anda merancang tempoh anda menjalankan ibadah bulan Puasa Ramadhan. Manakala jadual waktu imsak 2014 di negeri anda boleh (KLIK SINI).

Jadual Waktu Berbuka Puasa Melaka 2014

Jadual Waktu Berbuka Puasa Johor 2014

  1. ZON 1 : Pulau Aur & Pulau Pemanggil
  2. ZON 2 : Daerah Johor Bahru, Mersing, Kota Tinggi dan Pulau berdekatan
  3. ZON 3 : Daerah Pontian & Kluang
  4. ZON 4 : Daerah Batu Pahat, Muar, Segamat, Ledang & Gemas

Jadual Waktu Berbuka Puasa Perak 2014

  1. ZON 1 : Daerah Tapah, Slim River & Tanjung Malim
  2. ZON 2 : Daerah Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sungai Siput & Kuala Kangsar
  3. ZON 3 : Daerah Pengkalan Hulu, Grik & Lenggong
  4. ZON 4 : Daerah Temenggor & Belum
  5. ZON 5 : Daerah Teluk Intan, Bagan Datoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan & Pulau Pangkor
  6. ZON 6 : Daerah Selama, Taiping, Bagan Serai & Parit Buntar
  7. ZON 7 : Daerah Bukit Larut

Jadual Waktu Berbuka Puasa Sarawak 2014

  1. ZON 1 : Daerah Limbang, Sundar, Trusan & Lawas
  2. ZON 2 : Daerah Niah, Bekenu, Sibuti & Marudi
  3. ZON 3 : Daerah Suai, Tatau, Belaga, Pandan, Sebauh & Bintulu
  4. ZON 4 : Daerah Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu, Kanowit, Kapit & Song
  5. ZON 5 : Daerah Belawai, Matu, Daro, Sarikei, Jurai, Bintanggor & Rajang
  6. ZON 6 : Daerah Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Sepauh, Pusa, Saratok, Roban & Debak
  7. ZON 7 : Daerah Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau & Meludan
  8. ZON 8 : Daerah Kuching, Lundu, Bau & Sematan
  9. Zon Khas : Kampung Ulu Merapok, Kampung Sungai Merapok, Kampung Manchu, Kampung Bukit Puan, Kampung Tanah Sibagol, Kampung Undop, Kampung Sasa, Kampung Bukit Manang, Kampung Merambai, Kampung Limpaki, Merapok, Kampung Bangkatan, Kampung Ladang Lalang, Kampung Lempaki Tengah, Kampung Lempaki Asal, Kampung Languban dan Kampung Patarikan)

Jadual Waktu Berbuka Puasa Sabah 2014

  1. ZON 1 : Daerah Sandakan Timur, Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan & Bukit Garam
  2. ZON 2 : Daerah Sandakan Barat, Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Pongod & Pinangah
  3. ZON 3 : Daerah Tawau Timur, Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak & Lahad Datu
  4. ZON 4 : Daerah Tawau Barat, Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai & Kalabakan
  5. ZON 5 : Daerah Kudat, Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong & Bandar Kudat
  6. ZON 6 : Gunung Kinabalu
  7. ZON 7 : Daerah Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan & Papar
  8. ZON 8 : Daerah Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan & Keningau
  9. ZON 9 : Daerah Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok & Sipitang

Jadual Waktu Berbuka Puasa Terengganu 2014

  1. ZON 1 : Daerah Kuala Terengganu & Marang
  2. ZON 2 : Daerah Setiu & Besut
  3. ZON 3 : Daerah Hulu Terengganu
  4. ZON 4 : Daerah Kemaman & Dungun

Jadual Waktu Berbuka Puasa Kelantan 2014

  1. ZON 1 : Daerah Kota Bahru, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai & Gua Musang
  2. ZON 2 : Daerah Jeli, Gua Musang & Lojing

Jadual Waktu Berbuka Puasa Selangor 2014

  1. ZON 1 : Daerah Gombak, Petaling, Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat & Sepang
  2. ZON 2 : Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor & Sabak Bernam

Jadual Waktu Berbuka Puasa Pahang 2014

  1. ZON 1 : Pulau Tioman
  2. ZON 2 : Daerah Kuantan, Pekan, Rompin & Muadzam Shah
  3. ZON 3 : Daerah Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut & Bera
  4. ZON 4 : Daerah Raub, Bentong & Lipis
  5. ZON 5 : Daerah Genting Sempah, Janda Baik & Bukit Tinggi
  6. ZON 6 : Daerah Cameron Highlands, Bukit Fraser & Genting Highlands

Jadual Waktu Berbuka Puasa Kuala Lumpur & Putrajaya 2014

  1. Kuala Lumpur
  2. Putrajaya

Jadual Waktu Berbuka Puasa Wilayah Persekutuan Labuan 2014

Jadual Waktu Berbuka Puasa Perlis 2014

Jadual Waktu Berbuka Puasa Kedah 2014

  1. ZON 1 : Daerah Kota Setar, Kubang Pasu & Pokok Sena
  2. ZON 2 : Daerah Pendang, Kuala Muda & Yan
  3. ZON 3 : Daerah Padang Terap, Sik & Baling
  4. ZON 4 : Daerah Baling
  5. ZON 5 : Daerah Kulim & Bandar Baharu
  6. ZON 5 : Daerah Langkawi
  7. ZON 6 : Puncak Gunung Jerai

Jadual Waktu Berbuka Puasa Negeri Sembilan 2014

  1. ZON 1 : Daerah Jempol & Tampin
  2. ZON 2 : Daerah Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah & Jelebu

Jadual Waktu Berbuka Puasa Pulau Pinang 2014 (Penang)

Bulan Puasa Ramadhan adalah bulan yang cukup dinanti-nantikan semua umat Islam yang pastinya penuh dan sarat dengan hikmat serta keberkatan dari Allah S.W.T
P/S : Semoga bulan Puasa Ramadhan 2014 kita kali ini jadi lebih baik daripada tahun sebelumnya. Insyaallah. Amin. Semak Jadual waktu berbuka puasa 2014. Selamat berbuka puasa kelak!






















sumber: Berita Semasa