Rabu, 22 Februari 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


tun faisal dot com

Posted: 22 Feb 2012 01:32 PM PST

tun faisal dot com


Tuntutan 22 Perkara Rakyat Kelantan Tolak Pas #saveKelantan

Posted: 22 Feb 2012 11:01 AM PST


TUNTUTAN 22 PERKARA 
RAKYAT KELANTAN


KAMI RAKYAT KELANTAN, DENGAN PENUH RENDAH DIRI MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MELAKSANAKAN TUNTUTAN 22 PERKARA RAKYAT KELANTAN INI SEBELUM PRU-13, TUNTUTAN 22 PERKARA INI DIBUAT ADALAH BERDASARKAN JANJI YANG PERNAH DIBUAT OLEH KERAJAAN PAS YANG MASIH BELUM TERTUNAI. JIKA KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK MELAKSANAKAN TUNTUTAN INI,  KAMI RAKYAT KELANTAN BERSEPAKAT UNTUK MENUKAR KERAJAAN PAS KELANTAN DEMI KESEJAHTERAAN  RAKYAT PADA PRU-13 NANTI. KAMI PERCAYA TINDAKAN INI ADALAH SUATU HIJRAH DAN PENGORBANAN  YANG PALING  BESAR PERNAH DILAKUKAN OLEH RAKYAT KELANTAN. 

TUNTUTAN PERTAMA (1)
RAKYAT MENUNTUT ANAK NEGERI DI BERI KEUTAMAAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN. RAKYAT JUGA MENUNTUT AGAR SEMUA WAKIL RAKYAT DI KELANTAN HENDAKLAH DIKALANGAN ANAK-ANAK TEMPATAN SAHAJA.

TUNTUTAN KEDUA (2)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEGERAKAN PENUBUHAN  BADAN HISBAH DAN  MENUNTUT BARISAN KEPIMPINAN KERAJAAN PAS MENGIHSTIHARKAN HARTA.

TUNTUTAN KETIGA (3)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKUATKUASAKAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH II KELANTAN.

TUNTUTAN KEEMPAT (4)
RAKYAT  MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN BERSIKAP LEBIH BERSIH, ADIL DAN AMANAH DAN BERHENTI DARI MENYALAHKAN PIHAK LAIN DIATAS KEGAGALAN SENDIRI.

TUNTUTAN KELIMA (5)
RAKYAT MENUNTUT  KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERA MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN KHUSUSNYA KEPADA GOLONGAN BELIA YANG MENGANGGUR.

TUNTUTAN KEENAM (6)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBAYARAN BANTUAN RM100 KEPADA SELURUH WARGA EMAS DI KELANTAN BERMULA TAHUN 1990 HINGGA SEKARANG.

TUNTUTAN KETUJUH (7)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELESAIKAN SEGERA MASALAH AIR KELANTAN YANG BERLARUTAN SEJAK SEKIAN LAMA DAN RAKYAT TIDAK SANGGUP UNTUK MENUNGGU SEHINGGA TAHUN 2027.

TUNTUTAN KELAPAN (8)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERA MENGHAPUSKAN CUKAI PINTU DAN BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA (PARKING).

TUNTUTAN KESEMBILAN (9)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN TERUTAMANYA PEMIMPIN DAN AHLI TIDAK LAGI MENGAMALKAN BUDAYA POLITIK MENCACI DAN MENGHINA.

TUNTUTAN KE SEPULUH (10)
RAKYAT MENUNTUT KEPIMPINAN KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK LAGI BERSEKONGKOL DENGAN DATO' SERI ANWAR IBRAHIM, KETUA UMUM PARTI KEADILAN RAKYAT YANG JELAS DIRAGUI DARI SEGI AKIDAH, MORAL DAN SOKONGAN KEPADA ISRAEL.

TUNTUTAN KESEBELAS (11)
RAKYAT MENUNTUT KEPIMPINAN KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA MENOLAK SEBARANG KERJASAMA DENGAN PARTI DAP YANG JELAS MENOLAK PENUBUHAN NEGARA ISLAM.

TUNTUTAN KEDUA BELAS (12)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBINAAN PERLABUHAN DARAT KUALA KRAI SEPERTI YANG DIJANJIKAN.

TUNTUTAN KETIGA BELAS (13)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SELESAIKAN SEGERA MASALAH BERKAITAN LADANG RAKYAT DAN MENGISTIHARKAN SECARA TERBUKA NAMA DAN BUTIRAN  PENERIMA DIVEDEN LADANG RAKYAT, SERTA NAMA SYARIKAT YANG  TERLIBAT SECARA LANGSUNG BERSAMA AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT.

TUNTUTAN KEEMPAT BELAS (14)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEGERAKAN SARANAN SUHAKAM BERSABIT PEMBELAAN TERHADAP NASIB ORANG ASLI.

TUNTUTAN KELIMA BELAS (15)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEDIAKAN SEGERA TAPAK RUMAH KEPADA GOLONGAN MISKIN DI BUKIT TOK ALI(JELI), PANTAI MEK MAS (PENGKALAN CHEPA) , ALOR PULAI DAN KAMPUNG TOK EWEL (BACHOK)DAN LAIN-LAIN KAWASAN PENEMPATAN GOLONGAN MISKIN YANG MASIH BELUM DILAKSANAKAN.

TUNTUTAN KEENAM BELAS (16)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENGISTIHARKAN SECARA TERBUKA JUMLAH ASET/ HARTA MILIK KERAJAAN NEGERI SERTA SYARIKAT YANG BERKAITAN KERAJAAN NEGERI YANG TELAH DIJUAL DAN MENGISHTIHARKAN TERBUKA KEMANA WANG TERSEBUT DI BELANJAKAN.

TUNTUTAN KETUJUH BELAS (17)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK KEPADA RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH.

TUNTUTAN KE LAPAN BELAS (18)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBINAAN  JAMBATAN KEDUA KOTA BHARU-PALEKBANG SEPERTI MANA YANG DIJANJIKAN DAN TELAH DILETAKKAN BATU ASAS.

TUNTUTAN KE SEMBILAN BELAS (19)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELAMATKAN RAKYAT DARIPADA TERUS TERJERUMUS KE DALAM KEMISKINAN HARTA DAN KEMISKINAN AKHLAK.

TUNTUTAN KEDUA PULUH (20)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELESAIKAN SEGERA ISU PENGAMBILAN BALIK TANAH RAKYAT DI NEGERI KELANTAN TERUTAMANYA DI KAWASAN SELUAS 400 EKAR DI KAMPUNG TIONG KUBANG KERIAN. 

TUNTUTAN KEDUA PULUH SATU (21)
RAKYAT KHUSUSNYA PENIAGA KECIL / PENJAJA MENUNTUT SUPAYA KEBAJIKAN MEREKA DIJAGA ANTARANYAMENGHAPUSAN CUKAI KEPALA BAKUL YANG DIKENAKAN KEPADA MEREKA SEPERTI MANA DIJANJIKAN.

TUNTUTAN KEDUA PULUH DUA (22)
RAKYAT  MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA BERHENTI DARI MENABUR JANJI-JANJI BARU KEPADA RAKYAT SELAGI JANJI LAMA YANG MASIH TERTUNGGAK TIDAK DITUNAIKAN. RAKYAT JUGA MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENGHORMATI PERASAAN DAN SENSITIVITI RAKYAT DENGAN MENDAHULUKAN KEPERLUAN RAKYAT DAN BUKAN HANYA MENABUR PELBAGAI JANJI TANPA MELAKSANAKANNYA.

Kawasan Parlimen Sembrong dicerobohi pembangkang?

Posted: 21 Feb 2012 08:30 PM PST


Kerusi 'mini Malaysia' mula diintai
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

''Kami tidak rela seinci pun kawasan perkampungan kami ini dipijak oleh pemimpin pembangkang.''

Itulah kata-kata semangat yang diucapkan oleh Tok Batin Perkampungan Orang Asli Pengkalan Tereh, Sembrong, Jarih Uni ketika menyambut ketibaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Ahli Parlimen Sembrong ke kawasan itu, pada Jumaat lalu.

Sememangnya, Sembrong merupakan salah satu kawasan yang dikatakan menjadi sasaran utama pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

Mereka bukan sahaja sudah mula mengatur strategi, malahan mula bergerak untuk menggempur kawasan Parlimen itu yang dianggap salah satu kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Johor.

Sembrong dianggap 'mini Malaysia' dan perbandingan ini sering dilafazkan oleh Hishammuddin setiap kali balik ke kawasan berkenaan.

Peratusan komposisi kaum di Sembrong hampir sama dengan negara iaitu kira-kira 53 peratus daripada penduduknya terdiri daripada Melayu, manakala hampir separuh lagi adalah masyarakat Cina, India dan lain-lain kaum termasuk Orang Asli.

Malah, Sembrong adalah kawasan Parlimen yang diterajui seorang pemimpin Melayu yang mengandungi dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing di bawah pemimpin masyarakat berketurunan Cina dan India iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Hoo Seong Chang dan ADUN Kahang, R. Vidyanathan.

Bukan sekadar persamaan daripada segi komposisi kaum, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan Sembrong menjadi model dan lambang perpaduan kaum di negara ini.

Sepanjang mengikuti lawatan beliau selama sehari ke Sembrong pada Jumaat lalu, penulis mendapati, Hishammuddin begitu menekankan soal betapa pentingnya Sembrong terus dipertahankan di bawah BN.

Beliau mahu perbezaan kaum di kawasan berkenaan dijadikan kekuatan bagi mengecap kejayaan dan bukannya perbalahan.

''Janganlah kita termakan dengan janji dan hasutan pihak-pihak tertentu, mereka hanya datang ke sini menabur janji dan kemudiannya tidak melakukan apa-apa.

''BN dan UMNO tidak mengamalkan fahaman politik sempit sebaliknya memastikan semua kaum menikmati kesejahteraan,'' kata Hishammuddin ketika berucap di majlis bersama masyarakat Orang Asli, Pengkalan Tereh, di Sembrong.

Mesej yang itu turut disampaikan oleh beliau ketika bersama masyarakat di Ladang Paloh yang dianggap cukup istimewa kerana perpaduan kaum di situ.

Hakikatnya, Hishammuddin menyampaikan mesej mengenai perpaduan dan mempertahankan kerusi BN itu, bukanlah demi meraih sokongan politik semata-mata tetapi bagi memastikan kehidupan rakyat di Parlimen Sembrong dan mana-mana kawasan yang diwakili parti itu tidak musnah akibat mainan politik parti pembangkang.

Ketika ini semua orang di Sembrong tahu bagaimana ghairahnya parti pembangkang hendak menawan kawasan Parlimen berkenaan. Mereka bukan sekadar melemparkan janji kosong, malahan 'senjata memfitnah' terutamanya ke atas Hishammuddin mula digunakan.

Selain itu, pemimpin-pemimpin pembangkang juga mengatur program ceramah di kawasan berkenaan, terbaru pada Sabtu lalu, apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun ke Sembrong.

Seperti biasa mereka turun untuk menabur janji, fitnah dan tohmahan kepada BN, matlamat mereka hanya satu iaitu merampas kerusi Parlimen tersebut.

Tetapi persoalannya, apakah ia akan menguntungkan rakyat Sembrong jika pembangkang menguasai kawasan berkenaan?

Ketika ini Sembrong sudah cukup unik dengan gandingan tiga pemimpin BN yang mewakili tiga kaum utama di negara ini iaitu Hishammuddin, Seong Chang dan Vidyanathan.

Gandingan inilah yang memungkinkan nasib masyarakat Sembrong dibela dengan sebaik-baiknya, tiada yang dipinggir atau ditinggalkan termasuklah masyarakat Orang Asli.

Oleh itu kenapakah perlu keistimewaan tersebut mahu dimusnahkan hanya kerana termakan janji pembangkang. Bagaimanapun setakat ini, biar pun apa juga yang dilakukan oleh pembangkang, ia belum mampu menggugat BN.

Hishammuddin dan pemimpin-pemimpin BN di situ tetap tenang menghadapi cabaran berkenaan malahan di kalangan penduduk mereka tidak akan mudah 'menggadaikan' kerusi Parlimen Sembrong yang dianggap 'mini Malaysia' itu.

Kemesraan, keprihatinan dan kesungguhan Hishammuddin bersama-sama pemimpin-pemimpin BN untuk membela nasib masyarakat Sembrong bukan sekadar retorik.

Sebaliknya ia dilakukan bersungguh-sungguh, penulis diberitahu bagaimana Hishammuddin memastikan setiap janji yang beliau lakukan kepada masyarakat di Parlimen itu ditunaikan.

''Kami kena catatkan setiap apa yang beliau janjikan dan melaporkan kepada beliau sama ada ia sudah ditunaikan atau tidak,'' kata seorang pegawai khas Hishammuddin kepada penulis.

Selain secara bersemuka, Hishammuddin juga menjadikan twitter beliau untuk berhubung dengan masalah Sembrong. Setiap permasalahan yang dibangkitkan di laman itu akan dicatat dan diambil tindakan.

Semua itu beliau lakukan kerana ingin memastikan masyarakat Sembrong tidak menganggap BN sama seperti pembangkang hanya tahu menabur janji.

Sembrong seharusnya dijadikan contoh kepada kawasan-kawasan lain yang dikuasai oleh BN bahawa untuk mempertahankan sesuatu kawasan bukanlah sukar sangat jika pemimpin atau lebih tepat lagi wakil rakyat mengambil berat kawasan mereka.

Tetapi masalahnya ramai di antara mereka tidak berupaya mengekalkan prestasi seperti mana dilakukan oleh Hishammuddin dan menteri Kabinet lain yang perlu membahagikan masa antara kesibukan tugas di Pusat dengan tugas di kawasan yang diwakili.

''Turun jumpa rakyat macam ini lebih seronok, kita dapat tahu masalah dan pandangan mereka,'' kata Hishammuddin yang bergerak selama lapan jam tanpa berhenti bagi menghadiri program-program yang diatur pada hari berkenaan.

Sememangnya bagi mereka yang ingin menjadi wakil rakyat, keletihan dan kepenatan tidak harus ada dalam diari mereka memandangkan apa yang lebih penting ialah meninjau masalah rakyat dan menghakis tohmahan pembangkang.

Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh semua wakil rakyat BN terutamanya mereka yang tidak ada jawatan di peringkat pusat.

Mereka perlu kerap turun ke kawasan dan berdamping dengan rakyat bagi menyampaikan mesej kerajaan, sekali gus mengelakkan kawasan mereka diintai oleh pembangkang.

Dalam menghadapi perubahan politik pada masa ini, tiada mana-mana pun kawasan boleh dianggap selamat bagi BN kerana pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk menang pilihan raya.

Oleh itu, pemimpin-pemimpin BN di semua peringkat tidak terlalu ghairah untuk menjadi calon kerana tanggungjawab yang perlu dilaksanakan bukan sekadar mempertahankan kedudukan sebagai YB tetapi lebih penting kesinambungan perjuangan parti.

Isu VC - ada profesor gila kuasa peralat blogger?

Posted: 21 Feb 2012 03:42 PM PST


ISU VC UiTM: KRISIS DALAMAN PUNCA SERANGAN?

1. Pagi ini didedahkan isu VC UiTM yang didakwa salahguna kuasa sehingga anak-anak beliau layak mendapat biasiswa oleh blogger PapaGomo disambut oleh blogger Parpukari. Beberapa dokumen dilampirkan bagi menyakinkan pembaca walaupun kes ini berlaku 5 tahun lalu dan pihak UiTM 

2 Ironinya, isu ini mula-mula dibangkitkan oleh portal pro-pembangkang Malaysiakini dan dipercayai bahawa sumber maklumat yang sama juga diperolehi oleh PapaGomo. Ini bermakna wujud PENGKHIANATAN dari kalangan warga UiTM mendedahkan maklumat kepada Malaysiakini DAHULU sebelum disampaikan kepada blogger. 

3. Sebenarnya isu pemberian biasiswa ini telah jelas dijawab dan diketahui umum. Setiap biasiswa yang diberikan mesti bersandarkan kepada kelayakan. Jika layak, tiada masalah. Malah kedua-dua anak VC UiTM LAYAK ketika itu. 

4. Menurut sumber yang boleh dipercayai, isu ini pun timbul disebabkan oleh sabotaj dalaman UiTM yang berkaitan dengan C****S. Tidak perlu disebut nama, tetapi sebenarnya ramai tahu SIAPA yang berbulu gila dengan VC UiTM dan gila kuasa mahukan kembali tampok pemerintahan CMWIS. DAN DIPERCAYAI SALURKAN MAKLUMAT kepada MALAYSIAKINI !!! 

5. Kita berharap pihak berkuasa menyiasat pembocoran maklumat yang berlaku kepada Malaysiakini. Ini adalah pengkhianatan kepada kerajaan dan tindakan wajib dilakukan. Takkan nak simpan lagi BIAWAK HIDUP dalam UiTM yang akan rosakkan negara? 

Nantikan lagi pendedahan dalang disebalik isu ini :) 

Other Perspektif

Posted: 22 Feb 2012 01:28 PM PST

Other Perspektif


Kisah Israel & Malaysia

Posted: 22 Feb 2012 06:29 AM PST

Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 22 Feb 2012 01:27 PM PST

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Pemuda UMNO paksa Guan Eng Letak Jawatan!!!

Posted: 22 Feb 2012 07:36 AM PST



Layan video dulu.. agak-agak tak faham, boleh baca keterangan kat SINI

TERPANASS!! Isteri Ustaz Azizan mintak cerai??

Posted: 22 Feb 2012 04:34 AM PST

KCX 8...Dia beli kereta mewah untuk diri sendiri...anak bini naik Viva cukup laaa...heh!

Cerita yang ambil dari blog Duke Of UMNO cukup mengemparkan. Malah tak sangka Ostat Azizan sanggup memperlakukan sedemikian. Ingatkan sebagai orang bijak pandai agama ni, beliau lebih arif dan bertanggung jawab, rupanya lain pulak jadinya.


Azizan Razak memang sibuk menguruskan hal ehwal Kedah. Maklum la, bukan saja UMNO yang mahu dia turun dari jawatan MB, malah PAS lebih kuat mendesak dia meletak jawatan. Tu yang dia kalut tu...nak pertahan jawatan la katakan...heh!

Tapi apa yang aku dapat tahu, Azizan merupakan seorang suami dan bapa yang tidak bertanggungjawab.

Dia ada dua isteri. Tapi, dia tak ambil peduli sangat tentang soal keluarga, khususnya bini no.2 dan anak mereka.

Nak dijadikan cerita, anaknya ni rasa terbiar dan mula memberontak. Ponteng sekolah, bercampur dengan budak-budak tak senonoh, lari kelas duduk dalam toilet dan sebagainya.

Ada ketikanya, dia mengamuk suruh mak dia beli motosikal. Tapi mak dia tak mau beli dan dia ancam nak lari dari rumah. Ugut mak dia sendiri? Macam tu anak Ustaz Azizan?
"Buas"nya macam bukan anak Ustaz Azizan...

Dia ada masa layan Bob Lokman..tapi takdak masa untuk anak dan isterinya...

Sekolah tu katanya ada panggil ibubapa (Azizan dan isteri no.2), tapi yang hadir hanyalah isteri no.2nya sahaja. Setelah berbincang, isteri Azizan tu tekad pindahkan anaknya ke sekolah lain untuk asingkan dia dari bercampur dengan budak-budak nakal.

Anak dia tu dipindahkan ke sebuah sekolah agama pondok. Betul ke perangai anaknya akan berubah kalau masuk sekolah pondok? Kita doakan je la noooo...

Tapi yang aku peliknya, kenapa Azizan langsung tak peduli soal anaknya sampai melampau begitu? Dan yang paling jelas, mengapa hanya isteri no.2 Azizan saja yang bertungkus lumus ambil tahu hal anak mereka? Dia takdak suami ka? Atau suami dia takdak tanggungjawab?

Kesiannya ialah kat budak tu. Dia seolah-olah takdak ayah. Takdak role model depan mata. Dah tentu dia akan jadi liar sebab takdak "kuasa ayah" untuk pantau dia. Setakat mak dia yang lemah lembut tu..heh!..dia tak heran sangat laaa...

Mana Azizan? Sibuk sangat sampai lupa tanggungjawab? Mana peranan dia sebagai suami dan ayah? Pandai dok nasihat orang sana sini, tapi keluarga sendiri terabai...

Sebagaimana kebiasaan, kita rujuk dulu masalah ni kepada Islam. Kita tak letak politik kat atas macam PAS...

Ustaz aku kata, kepimpinan dalam Islam bermula dari rumah. Ada hadis berkenaan hal ini di mana Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya memberitahu bahawa kita semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap mereka di bawahnya.

"Kullukum raa'in, wa kullukum mas'uulun 'an ra'iyyatih..". Hangpa pi cari hadis tu sendiri. Ia bermula dari diri sendiri, keluarga, masyarakat, rakyat dan seterusnya, itu antara istinbat dan bayan hadis tersebut...

So? Camana ni? Kalau pada keluarga pun Azizan tak bertanggungjawab, macamana pulak tanggungjawabnya pada rakyat Kedah? Heh!

p/s: Phahrolrazi, Mahfuz, Mat Sabu, Amiruddin, Taulan, Hamdan dan Exco Kedah mesti suka entry ni...kan? Heh!!!



McTheory:
Azizan dikelilingi musuh, lebih baik bersara dari mentadbir lagi..

KASI PANAS!! Kenapa sampai sekarang Anwar takdak teloq nak saman Eskay & Ummi??

Posted: 22 Feb 2012 01:36 AM PST


Kalau benarlah, Eskay dan Ummi memfitnah mengenai kisah songsang Anwar yang menjadi perhatian umum. Namun sampai sekarang, Anwar belum 'mempunyai' telur untuk menyaman Ummi dan Eskay, sekaligus menafikan cara hidup songsangnya itu.

Anwarkan suka saman, namun dalam hal ni, kenapa Anwar tak saman saja?

Kita boleh fikir sendiri..

PANASS!! Apabila Hasan Ali pulak di SETAN kan Pas!!

Posted: 21 Feb 2012 10:36 PM PST


Gambar ni, gambar semasa perasmian logo Jati, NGO baru yang diketuai oleh Hasan Ali.. Pas kata logo Jati ni sama macam logo setan, betul ke?






Kalau benar logo Jati ni macam logo setan, logo kat bawah ni macam logo apa ya? mai kita tengok pulak..


Kalau logo Jati dikatakan logo Setan, logo kat atas ni lagi tahap nazak dan teruk ni. Illuminati, freemason dan bermuda triangle, ini bapak kepada segala setan ni.

Namun bapak pada segala setan ni juga la yang Pas dok berkawan. Itu kalau kita merujuk kepada logo la.. rasanya logo Pkr ni lagi teruk dari yang lain.


McTheory:
Dok pertikaikan logo orang, tapi logo geng sendiri lagi teruk!!

PANASS!! Bob Kuman Jumpa 'Dewata' Pas untuk masuk 'Islam'?

Posted: 21 Feb 2012 07:35 PM PST



Alamak bro Bob.. apahal lu jumpa Pok Nik bro? Lu nak masuk Pas ke atau lu nak dalami Islam? Kalau nak mendalami Islam, tak payah masuk Pas bro. Banyak lagi kaedah dan alternatif lain yang boleh lu buat untuk dalami ilmu agama.

Inilah penyakit artis zaman sekarang, kalau nak insaf je masuk Pas. Nak insaf je, masuk Pas. Pas tu kan parti politik, Pas tu bukan agama, bahkan jauh benor dari Islamnya.


Apa kata korang, para artis yang nak insaf ni, pilih NGO atau pertubuhan lain macam tabligh ke, persatuan Islam ke, pergi belajar kat pondok ke atau lain-lain pertubuhan yang takdak kena mengena dengan politik.

Jangan cari parti politik untuk dalami Islam, tambahan pulak parti Pas. Takut nanti, bukan bertambah baik, takut bertambah teruk pulak korang nanti.

Tapi kalau rasa nak jadi Ustaz atau Ulamak segera tu, rasanya elok masuk Pas. Tak susah pun, beli jubah, beli kopiah, atau serban besar-besar, hafal dua tiga ayat Quran, paling penting kena daftar Pas dulu. Kemudian korang layak untuk bagi ceramah, dan maki hamun orang lain di pentas ceramah. Boleh naik dua tiga pentas bagi ceramah, selang beberapa hari, kemungkinan besar, korang akan diiktiraf Ulamak seperti mana yang terjadi kepada Bob Lokman.

Cuma Islam Pas ni tak sama dengan Islam sebenar, kalau Ulamak pun, maknanya, korang cuma Ulamak Pas, bukan Ulamak Islam. Kalau setakat nak syok sendiri tu, rasanya boleh la kot. he he..



McTheory:
Masuk Pas, ada package ke syurga lagi, sebab tu ramai artis suka..

TUDIAA!! Video Cina dan India mengamuk MARAHKAN Najib?? #SaveKedah

Posted: 21 Feb 2012 04:44 PM PST



Bukan marahkan DS Najib, tapi bengang apabila kisah DS Najib menghadiri majlis keagamaan Thaipusam pun ada puak bangang yang mempolitikkannya. Memang puak ni dah nazak teruk dah..

Nak sambung baca kisah ni, klik SINI

Kata Pakteh...!!

Posted: 22 Feb 2012 01:25 PM PST

Kata Pakteh...!!


Terpanassss..!! EXCO Kanan Kedah letak jawatan? Siapa...!!

Posted: 21 Feb 2012 08:39 PM PST

Angin-angin dari Aloq Staq....
Angin-angin dari ramai kawan...
Angin-angin dari dalaman parti....

Semuanya memberikan nada yang sama......

seorang EXCO Kanan Kedah telah meletakkan jawatan / akan meletakkan jawatan....
Siapa?....

Namanya ada disebut kepada Pakteh (Anda cukup kenal insan ini) namun biarlah ianya menjadi JELAS kerana buat masa ini...Hanya beberapa khabar berita yang pengesahannya belum muktamad. Mungkin Pakteh ketinggalan bas kerana ada rakan yang dah dapat berita muktamad tapi......buat masa ini..Pakteh belum ada berita muktamad. Pakteh xmo dianggap bawak cerita tak benar.

Kita tunggu..........

Betoi ka tak betoi?



Kita tungguuuuu.......

KJ buat hal lagi.....

Posted: 21 Feb 2012 04:39 PM PST

Pakteh jarang benar menulis tentang KJ, tetapi kali ni Pakteh terpaksa juga tulis. Mungkin kerana kali ni ada sangkut paut dengan Anwar maka nama KJ turut terpalit.

Tentu kita masih ingat KJ sanggup hantar passport kepada Anwar...manisnya...by hand...

Tapi itu dulu...hari ni pakteh terpaksa tulis kerana KJ buat hal lagi dengan Anwar...
Pakteh baca artikel MiM yang mengambilnya dari MediaUmno...

Apa KJ dah buat?

PARIT 21 Feb – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin hari ini mengingatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataaNnya mengenai Israel menerusi Wall Street Journal (WSJ ) yang dianggap sama dengan pendirian kerajaan Malaysia.

Menurut beliau walaupun ada perdagangan antara kedua-dua negara tetapi perdagangan itu adalah antara syarikat antarabangsa dan Malaysia mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa tidak ada sebarang hubungan politik dan diplomatik dengan negara Israel.

"Contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang perlukan bahan mentah yang tidak boleh diperolehi daripada negara-negara lain, mereka terpaksa import daripada Israel sebab ada syarikat yang mungkin tidak dimiliki oleh rakyat Israel di negara tersebut.

"Contohnya Intel ada kilang di Israel menyediakan bahan untuk membuat mikrocip atau bahan untuk semikonduktor atau untuk peralatan komputer. Intel di sini atau syarikat pekilang di Malaysia terpaksa import daripada Intel.

"Kelonggaran ini telah diberikan pada 1996 dan saya ingin ingatkan Anwar bahawa beliau jangan hipokrit atau buat-buat tidak tahu dalam soal hubungan dagang ini kerana pada 1996 Anwar pada waktu itu sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di Bangunan UMNO Parit, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya berkata kelonggaran untuk syarikat-syarikat lain yang ada di Israel dibuat pada 1996 oleh jemaah menteri.

Katanya lagi kawalan terhadap dagangan dengan Israel dikawal di bawah Akta Kastam dan agensi berkenaan adalah dibawah Kementerian Kewangan.

"Sebelum 1996 kita tidak boleh berdagang dengan Israel…. Jadi pada 1996 siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.
Jadi kalau dia kata hari ini kerajaan ada hubungan dagangan dengan Israel dan beliau buat-buat tidak tahu, beliau sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini.

"Jadi saya harap perkara ini diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi.

Kalau Anwar terus serang dengan "point" itu, dia sendirilah yang sebenarnya meluluskan pindaan tersebut," katanya. -MediaUMNO


p/s: Pakteh Kata.......Terbaik Bro.....


Anwar memang dari dulu kini dan selamanya merosakkan Malaysia dan memuja yahudi Israel

Duke of UMNO

Posted: 22 Feb 2012 01:12 PM PST

Duke of UMNO


PENGUMUMAN..!!! TGNA AKAN SAMPAIKAN TAZKIRAH PERCUMA SECARA LIVE DI BLOG INI...???!!!

Posted: 22 Feb 2012 06:34 AM PST

Antara penyampai tazkirah yang terpilih...

Setelah mendapat persetujuan dari beberapa ulama, suka diumumkan di sini bahawa blog ini akan mula menyampaikan tazkirah atau kuliah menerusi entry-entrynya di dalam masa yang terdekat.

Tazkirah tersebut dijadualkan akan terbit pada setiap awal pagi atau lewat petang (maghrib) mengikut kesesuaian.

Bagaimanapun, ia bergantung kepada "availability" para "ulama" yang dijemput untuk beri tazkirah tersebut. Antara yang dijangka memberi tazkirah ialah Pok Nik Ajis, Mahfooozzz dan beberapa kepimpinan PAS PIS PUS, mengikut keadaan semasa...

Tazkirah tersebut akan dimulakan dengan "fatwa" dan "kata-kata mutiara" dari mereka. Kemudian, diikuti dengan bayan dan istinbat darinya...

Harap kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kelas "tazkirah" ini boleh la berada di depan PC, tablet atau gadjet yang bertalian internet milik masing-masing. Sila pastikan berwudhu sebab takut ada pulak yang "terbakar" masa baca "tazkirah" tu...

Nantikan tazkirah "istimewa" tersebut dari blog ini...sekian, harap maklum! Heh!

P/s: Ada la yang meroyan lepas ni...heh!

GEMPARRR..!!! PAS RESTU SETAN LUFICER, FREEMASON DAN ILLUMINATI..!!!

Posted: 22 Feb 2012 04:38 AM PST


Aku dengar puak-puak PAS serang Hasan Ali baru-baru ni. Depa kata lambang JATI tu macam logo setan Lucifer...tapi Allah SWT tak tengok pada lambang, kan? Allah lihat pada "isi" dan "pengisian" perjuangan, kan?

Aku tertanya-tanya, kenapa PAS tak sebut langsung pasal lambang PKR. Diorang tahu lambang PKR tu diasas dan diilhamkan dari "apa", kan?

Jadi, mengapa hanya JATI dan Hasan Ali saja yang diserang dan dikatakan "Setan"? Bagaimana pula dengan PKR? Mengapa ada double standard? Pasal Hasan Ali dedah kekhilafan PAS yang menyeleweng dari landasan Islam sejak sekian lama? Begitu?

Kalau dilihat dari segi perjuangan, Hasan Ali dan JATI memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR). Setahu aku, Mufti Perak dan ramai NGO Islam yang pro-PAS sokong JATI.

Mengapa pula kepimpinan PAS tak sokong? Malah PAS kutuk pulakkkk??? Dah terbalik pulak perjuangan PAS sekarang, ye?

PAS sokong pulak PKR yang berlambang gabungan antara Freemason, Illuminati, Knigts of Templer, Lucifer dan penuh unsur negatif. Tak pernah pun dengar PAS tegur lambang tu...

Itu soal lambang. Bagaimana pula dengan soal perjuangan PKR? Heh! Baru je lagi bulan lepas Anwar cakap dia sokong Israel. Heh! Satu dunia tahu! Ramai pemimpin Islam dunia kutuk Anwar...

Tapi PAS tetap setuju dengan Anwar! Anwar explain kat Pok Nik baru ni, Pok Nik angguk je. Paling kuat pun Pok Nik cakap PAS tak iktiraf Israel. Heh! Semua orang tahu benda tu. Tapi Pok Nik tak berani pulak cakap direct kutuk kenyataan Anwar sokong Israel tu..heh! Muka bertalam-talam!

Jadi, korang fikir la sendiri...wajar ke korang sokong Pakatan Haram lagi? PAS macam tu, PKR pulak macam ni. DAP? DAP macam haram jadah je aku tengok...tak tahu la korang tengok DAP macamana pulak? heh!

ADOOOIII..!!! NI VIDEO APA PULAK NIHHHH..???!!!

Posted: 22 Feb 2012 02:07 AM PST



Huiiiihhh..!!! Ni video apa pulak ni..??? Adoi laaa...please la. Jangan la buat camni lagi. Pening la kepala Ustat Zizan...

Dah la family terabai, PAS pulak dok giat nak gulingkan dia. UMNO pulak dah mula kuatkan gerakan kat Kedah. Ishhhh...pening la kepala dia...

Ni mai pulak kaum India dan Cina kat Kedah yang sanggup berkumpul malam-mala buta hanya kerana nak bagi sokongan kat Najib. Pening la kepala Ustaz Zizan...takkan la hangpa nak suruh dia masuk IJN lagi koottttt...??? Heh!

MAZLAN ALIMAN, DZ, "3 BERADIK" BUAT DAJAL PADA 112,635 PENEROKA FELDA...?!!!

Posted: 22 Feb 2012 12:03 AM PST


Kalau tak pasal Mazlan Aliman, para peneroka Felda dah tentu dapat "durian runtuh" dalam masa terdekat. Tapi pasal orang dengki dan penghasut macam Mazlan Aliman ni, maka EGM KPF tertangguh lagi dan hanya diadakan taklimat penyenaraian FGVH saja...

Busuk hati betul si Mazlan ni. Dia dengki dan takut sangat peneroka Felda dapat "durian runtuh" tu. Aku tahu la dia bukan ahli KPF pun. Dan kalau bukan ahli KPF, yang sibuk-sibuk pasal hal KPF tau apahal?

Tindakan dia hasut lebih kurang 100 ahli KPF dan fail injunksi mahkamah membuatkan majoriti ahli KPF dan 112, 635 peneroka Felda makin menyampah kat dia. Secara tak langsung, diorang terus benci kat PAS. PAS tak rugi ke? Heh!

Lagi satu hal ialah Pengerusi KPF yang Mazlan Aliman sayang sangat tu. Datuk DZ dan "3 beradik" dalam kepimpinan Felda/KPF. Nak ikut busuk hati macam Mazlan Aliman tu jugak ke?

DZ dan "3 beradik" tahu Mazlan Aliman racun suruh fail injunksi kat mahkamah, kan? Apasal tak prepare counter attack awal-awal? Lembab sangat ke otak DZ dan KPF untuk fikir semua tu? Takkan KPF takde lawyer?

Atau memang sengaja DZ dan "3 Beradik" nak sabotaj EGM KPF tu supaya FGVH tak disenaraikan? Sengaja, kan? Aku cabar DZ dan "3 Beradik", kalau betul mereka berpegang pada prinsip Islam, jelaskan segera secara jujur, betul ke diorang sengaja buat begitu..!!!

Tapi kalau diorang berprinsip macam Anwar atau PAS, tak payah la sahut cabaran aku tu...heh!

Yang jadi mangsanya ialah para peneroka. Korang tahu tak bahawa para peneroka dijangka mendapat hasil antara RM3 bilion hingga RM4 bilion dari penyenaraian FGVH tu. Dan pasal Mazlan Aliman, DZ dan "3 Beradik", peneroka rugi besar lagi...

Aku tak faham. Apa Mazlan Aliman, DZ dan "3 Beradik" tu fikir Felda tu diorang saja yang punya, kah?

Tahu tak perwakilan ahli KPF ada 1,328 orang dan peneroka ada 112, 635 keluarga? Kalau 120 orang ahli KPF + peneroka sokong Mazlan Aliman, macamana pulak dengan majoriti ahli KPF dan peneroka yang lain?

Majoriti sokong penyenaraian tu dan disebabkan busuk hati Mazlan Aliman, DZ, "3 Beradik" dan segelintir minoriti peneroka, maka hak majoriti ahli KPF dan peneroka lain dinafikan begitu saja? "Bijak" sangat la tu...akal ada ke? Heh!

GEMPARRR..!!! ISTERI NO.2 AZIZAN FAIL CERAI KAT MAHKAMAH SYARIAH..???

Posted: 21 Feb 2012 09:51 PM PST

KCX 8...Dia beli kereta mewah untuk diri sendiri...anak bini naik Viva cukup laaa...heh!

Azizan Razak memang sibuk menguruskan hal ehwal Kedah. Maklum la, bukan saja UMNO yang mahu dia turun dari jawatan MB, malah PAS lebih kuat mendesak dia meletak jawatan. Tu yang dia kalut tu...nak pertahan jawatan la katakan...heh!

Tapi apa yang aku dapat tahu, Azizan merupakan seorang suami dan bapa yang tidak bertanggungjawab.

Dia ada dua isteri. Tapi, dia tak ambil peduli sangat tentang soal keluarga, khususnya bini no.2 dan anak mereka.

Nak dijadikan cerita, anaknya ni rasa terbiar dan mula memberontak. Ponteng sekolah, bercampur dengan budak-budak tak senonoh, lari kelas duduk dalam toilet dan sebagainya.

Ada ketikanya, dia mengamuk suruh mak dia beli motosikal. Tapi mak dia tak mau beli dan dia ancam nak lari dari rumah. Ugut mak dia sendiri? Macam tu anak Ustaz Azizan?
"Buas"nya macam bukan anak Ustaz Azizan...

Dia ada masa layan Bob Lokman..tapi takdak masa untuk anak dan isterinya...

Sekolah tu katanya ada panggil ibubapa (Azizan dan isteri no.2), tapi yang hadir hanyalah isteri no.2nya sahaja. Setelah berbincang, isteri Azizan tu tekad pindahkan anaknya ke sekolah lain untuk asingkan dia dari bercampur dengan budak-budak nakal.

Anak dia tu dipindahkan ke sebuah sekolah agama pondok. Betul ke perangai anaknya akan berubah kalau masuk sekolah pondok? Kita doakan je la noooo...

Tapi yang aku peliknya, kenapa Azizan langsung tak peduli soal anaknya sampai melampau begitu? Dan yang paling jelas, mengapa hanya isteri no.2 Azizan saja yang bertungkus lumus ambil tahu hal anak mereka? Dia takdak suami ka? Atau suami dia takdak tanggungjawab?

Kesiannya ialah kat budak tu. Dia seolah-olah takdak ayah. Takdak role model depan mata. Dah tentu dia akan jadi liar sebab takdak "kuasa ayah" untuk pantau dia. Setakat mak dia yang lemah lembut tu..heh!..dia tak heran sangat laaa...

Mana Azizan? Sibuk sangat sampai lupa tanggungjawab? Mana peranan dia sebagai suami dan ayah? Pandai dok nasihat orang sana sini, tapi keluarga sendiri terabai...

Sebagaimana kebiasaan, kita rujuk dulu masalah ni kepada Islam. Kita tak letak politik kat atas macam PAS...

Ustaz aku kata, kepimpinan dalam Islam bermula dari rumah. Ada hadis berkenaan hal ini di mana Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya memberitahu bahawa kita semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap mereka di bawahnya.

"Kullukum raa'in, wa kullukum mas'uulun 'an ra'iyyatih..". Hangpa pi cari hadis tu sendiri. Ia bermula dari diri sendiri, keluarga, masyarakat, rakyat dan seterusnya, itu antara istinbat dan bayan hadis tersebut...

So? Camana ni? Kalau pada keluarga pun Azizan tak bertanggungjawab, macamana pulak tanggungjawabnya pada rakyat Kedah? Heh!

p/s: Phahrolrazi, Mahfuz, Mat Sabu, Amiruddin, Taulan, Hamdan dan Exco Kedah mesti suka entry ni...kan? Heh!!!

TAHNIAH "JIN2GAY13", LU MEMANG HEBAT BONGKAR KAPAL "ISRAEL" TU..! HEH..!!!

Posted: 21 Feb 2012 08:05 PM PST

Ni ke kapal "Israel" yang parking kat West Port Klang tu?

Baru-baru ini kumpulan "Jin2Gay13" kononnya mendedahkan kapal-kapal sebuah syarikat yang dikuasai Israel diberikan akses bebas untuk berdagang dengan Malaysia.

Dengan dakwaan ini, mereka fikir mereka boleh menuduh Kerajaan UMNO/BN membantu Israel beli peluru untuk bunuh rakyat Palestin. Mereka fikir, dengan tunjuk dua kapal dan beberapa dokumen bisa membuktikan mereka benar dan rakyat akan percaya pada mereka.

Baiklah identiti kapal tersebut telah dikenal pasti dan dimiliki oleh sebuah syarikat dari Liberia. Semua identiti kapal-kapal tersebut dibongkar Selangordaily, di sini.

Tu diaaa...kapal "Israel" lagi sebijik..heh! Kenal bendera Liberia ke tak ni?

Tapi, "Jin2Gay13" komplen lagi katanya syarikat kapal tu baru datang dari pelabuhan Ashdod, Israel. Heh!

Kapal Liberia pun dia tuduh kapal Israel...? Heh!

So? Apakah kapal dagang Liberia yang masuk ke pelabuhan Israel tak boleh masuk Malaysia? Apakah hak atau polisi Malaysia menghalang sebarang syarikat yang mahu masuk berniaga di sini untuk tidak mengadakan hubungan dagang dengan Israel?

Aku nak tanya. Tak silap aku, mamat poyo Fariz Musa kepala "Jin2Gay13" tu hisap rokok. Syarikat rokok yang dia hisap tu milik orang Islam ke? Jadi rokok tak boleh masuk ke Malaysia? Gitu?

Macamana dengan Ipad dari Apple? Macamana dengan filem-filem Steven Spielberg dan filem-filem yang dibintangi oleh pelakon hollywood yang berbangsa Yahudi?

Macamana pulak dengan produk-produk syarikat satu dunia yang dipasarkan dan ada business dengan Israel? Tak boleh jual produk mereka di Malaysia jugak ke?

Kalau ikut sirah nabawiyyah dulu, Rasulullah SAW tak ada berniaga dengan pedagang berbangsa Israel ke? Heh!

Look, kita tak buat hubungan dagang dua hala dengan Israel sebab kita tak pernah iktiraf Israel. Tapi, kita tak halang mana-mana syarikat yang melabur, berniaga dengan kita untuk punya hubungan dagang dengan negara haram jadah tu...

Tapi, lain macam pulak di Anwar! Dia iktiraf Israel..!!! Heh! Siap sokong lagi Israel diberikan perlindungan dari sebarang ancaman sekiranya keselamatannya diancam. Sayang betul Anwar pada Israel. Palestin tak payah dilindungi dari ancaman Israel ke? Heh!

Oooo...ni la ketua "Jin2Gay13" tu...kurang jambu..Anwar kenan tak?

Aku hairan dengan level IQ mamat-mamat "Jin2Gay13" tu, memang dah tak boleh di upgrade lagi ke? Memang dah tak boleh nak di repair dah ke?

Aku tahu la diorang tak dapat perhatian sebelum ni. Tenggelam je. Tapi nak cari publisiti pun, carilah benda yang logik, benar, tepat dan bernas. Tak payah la malukan diri macam ni...heh!

GEMPARRR..!!! KAUM INDIA DAN CINA "BALUN" NAJIB DI KEDAH...???!!!

Posted: 21 Feb 2012 06:37 PM PST

Tu diaaa...ane-ane dan ah chai-ah chai yang berdemo kat Kedah baru ni...heh!

Laaa...aku ingat masyarakat India kat Kedah marah kat Najib..! Rupanya lain pulak ceritanya kat sini...

Depa sokong Najib pulak dahhhhh...ish! Macha...itu Anwar tarak marah ka nanti? You all sokong-sokong Najib, nanti itu worang banyak marah sama orang India laa...

Aku ingat orang kampung buah pala kat Penang ja yang marah kat puak-puak Pakatan Haram ni. Depa ingat orang India bodoh dan mudah diperbodohkan? Heh!

Aku tengok ada dua kesan dari Najib dan Anwar bila sebut bab hadir majlis orang India kat Malaysia ni.

Tu diaaa...gambar superimpose paling tak berkualiti yang pernah aku tengok..kantoi!

Najib pada mulanya dikutuk oleh puak-puak Pakatan Haram bila Mufti Perak tegur beliau.

Tapi, lepas Mufti Perak diberi penjelasan dan beliau tarik balik teguran tu, maka Najib dipuji sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mementingkan perpaduan kaum...

Berbeza pulak dengan Anwar. Dia tak putus-putus dikecam dan dikutuk.

Sivaji Da Boss is back! Heh!

Bermula dari insiden Israel yang menyebabkan dia dikutuk oleh para pemimpin Islam di seluruh dunia, hinggalah dia terus dikutuk lagi sebab pakai tandey dan 'ambil semangat api dalam dulang". Heh!

So, siapa yang lebih layak jadi PM? Heh?

LAWAK PAGI INI.. BILA EXCO AGAMA & ELI WONG PERLI SAIFUDDIN NASUTION..!!!

Posted: 21 Feb 2012 05:01 PM PST

Amboi...!!! Mementang la dah geng dengan Eli...dia gedik betol si 'gagap' nihhh..! Heh! Siap perli-perli Saifudin Nasution la pulakkkk...heh!

Dah habis dikebasnya pasir kat Selangor ni...lepas tu kasi balik negeri kat BN...BN bina balik kasi kaya negeri...diorang datang buat kacau balik...menang...kasi Selangor muflis lagi..lepas tu blah...

Heh! Yang bestnya...rakyat Selangor tahu tak aktiviti Khalid & the geng nih? Heh!

Apa Yang Tersirat

Posted: 22 Feb 2012 01:08 PM PST

Apa Yang Tersirat


Imam samseng-rupanya penyokong Pakatan

Posted: 22 Feb 2012 05:49 AM PST

Seorang imam samseng yang bernama Hoslan Hussain (gambar) bertindak membaling kasut ke arah tiga hakim mahkamah persekutuan, kerana tidak dibenarkan membuat rayuan ke atas keputusan MAWIP mengusirnya daripada kuarters kediamannya.

Sebelum ini, imam tersebut diusir dari kuarters kediamannya atas sebab masalah disiplin.

Semasa kemuncak Bersih 2.0, khutbah pada masjid di mana Hoslan sebagai imam melarang agar rakyat jangan menyertai himpunan itu, Hoslan membuka jubahnya dan menunjukkan kepada jemaah, bahawa beliau adalah penyokong Bersih 2.0.

Seperti yang dijangka: Anwar enggan saman WSJ

Posted: 22 Feb 2012 02:44 AM PST

Seperti dijangka, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Sambil mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam hari ini, beliau berkata, WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.

''Saya terangkan kepada Nik Abdul Aziz bahawa kenyataan saya dalam WSJ turut memberi penekanan mengenai contingent yang perlu dipatuhi oleh Israel dan bukan seperti mana yang disebut dalam akhbar arus perdana.

''Saya faham pendirian Pas dalam soal Palestin-Israel ini yang mana mereka cukup tegas dan keras. Saya juga beri penjelasan jangan ada salah tafsiran tentang pengiktirafan Israel kerana perkara itu tidak harus berbangkit selagi syarat-syarat tidak dipatuhi,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan kira-kira satu jam bersama Nik Abdul Aziz serta Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.

Pada pertengahan bulan ini, Nik Abdul Aziz meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau pun menyaman WSJ.

Desakan tersebut merupakan ketetapan yang dibuat selepas ahli jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas mengadakan mesyuarat di sini baru-baru ini.

Nik Abdul Aziz berkata, rakyat mahu mengetahui perkara sebenar kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum selepas disiarkan WSJ baru-baru ini.

Menjawab satu soalan sama ada wujud perbezaan antara beliau dan Pas mengenai isu Palestin, Anwar mengakui terdapat sedikit perbezaan.

"Cuma sedikit sahaja iaitu dari segi penekanan. Pas sentiasa konsisten bahawa mereka sama sekali tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel sama ada dalam sudut pandangan, fikiran malah dalam bentuk rundingan sekalipun.

''Saya pula menyokong keputusan yang diambil Hamas dan Fatah untuk bertegas terhadap syarat-syarat yang dikenakan dan seterusnya menyambung rundingan,'' katanya.

Berhubung contingent yang dimaksudkannya seperti mana disiarkan oleh WSJ itu Anwar berkata, terdapat empat perkara iaitu pengunduran tentera Israel daripada wilayah Palestin dan Arab; hentikan keganasan; hentikan kepungan terhadap Gaza dan iktiraf Baitul Muqaddis.

Sementara itu Nik Abdul Aziz dalam status terbaru Facebooknya hari ini menegaskan bahawa pendirian Pas dalam isu Palestin jelas iaitu parti tersebut tidak sesekali mengiktiraf walaupun seinci hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang telah dirampas.

''Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini,'' ujarnya.

Bukan saya yang sebarkan gambar bogel Eli: Bekas kekasih Elizabeth Wong

Posted: 21 Feb 2012 10:56 PM PST

AKIBAT tertekan kerana tertangkapnya Hilmi Hazimin Malek di Batam, Indonesia baru-baru ini, Exco Kerajaan Selangor-Elizabeth Wong terpaksa membatalkan kehadiran pada satu acara rasminya sambutan World Wetland, Sabtu lalu.

Dalam perkembangan lain, mstar online melaporkan, bahawa bekas kekasih Elizabeth Wong itu mendakwa, bahawa penyebaran gambar bogel bekas teman wanitanya bukan berpunca daripada dirinya.

Gambar yang tersebar di internet itu, dirakamnya melalui telepon bimbit, namun telepon bimbit itu telah lama hilang.

Semenjak kes itu terdedah pada tahun 2009, Hilmi menghilangkan diri,sehingga tertangkap di Indonesia, baru-baru ini.

Isu pendatang di Sabah diputar terus

Posted: 21 Feb 2012 04:41 PM PST

Entah data dari mana, ada yang mengatakan bahawa pada tahun 1970 jumlah pendatang di Sabah berjumlah 651,304, kemudian meningkat kepada 929,299 tahun 2000. Akan tetapi jumlah itu menurun kepada 889,799 pada tahun 2010 daripada jumlah penduduk Sabah yang berjumlah 3.12 juta.

Sebagai perbandingan, jumlah pengundi berdaftar pada tahun 2008, sesuai dengan data SPR, adalah 796,132.

Melihat kepada angka pendatang sepertimana dakwaan; 1970 (651,304), tahun 2000 929,299 apatah lagi data tahun 2010 (889,799) jumlah pengundi berdaftar di Sabah semuanya lebih rendah berbanding jumlah pendatang, kecuali data tahun 1970.

Melihat kepada data ini, daftar pengundi tidak disusupi oleh pendatang, kalaupun ada, adalah kejadian terpencil.

Kebimbangan atau dakwaan pihak2 tertentu, bahawa daftar pengundi Sabah disusupi pendatang adalah tidak munasabah. Kalau memang, disusupi pendatang, maka jumlah pengundi yang berdafar pasti melangkau 1.5-1.6 juta, kerana biasanya pendatang yang datang adalah mereka yang sudah cukup umur untuk mengundi.

Statistik yang ada yang digunapakai oleh pihak2 tertentu berhubung pedatang adalah jumlah pendatang yang tertangkap dan dihantar pulang atau dipenjarakan. Data tersebut tidak dirungkai, apakah pendatang itu datang menyusup ke negeri ini secara berulang? atau kah pendatang itu masih berada dalam negeri?

Saban hari di Sabah, adalah perkara biasa pasukan polis, rela atau imigresn menjalankan operasi melakukan pemeriksaan kad pengenalan di bandar2 atau pekan2 untuk mencari pendatang haram, tetapi kalaupun berjaya menangkap, jumlahnya tidak seramai mana sepertimana dakwaan pihak2 tertentu.

Untuk mengatasi perkara ini, adalah perlu melakukan sensus penduduk Sabah untuk mengenal pasti jumlah sebenar penduduk Sabah, dan daripada jumlah itu berapa ramaikah yang pendatang.

Sejak akhir2 ini pihak2 tertentu termasuk pemimpin BN daripada parti KDM sangat cenderung kepada penubuhan RCI untuk PATI, sehinggakan mereka memberi kenyataan mendahului Perdana Menteri.

Mereka mencuba memerangkap Perdana Menteri melalui kenyataan awal, kononnya kerajaan telah bersetuju berhubung penubuhan RCI PATI.

Isu PATI adalah isu yang dilontarkan oleh para pemimpin KDM apabila berlaku persempadan semula pilihanraya yang digunapakai pada tahun 2004. Pada PRU-2004, jumlah kerusi DUN Sabah bertambah 12 kepada 60. Sebelum persempadanan itu, jumlah kerusi adalah 48; 20 kerusi majoriti bumiputera islam, 20 kerusi majoriti bumiputera bukan islam dan 8 kerusi majoriti kaum cina.

Namun melalui persempadanan tahun 2004, jumlah kerusi untuk bumiputera islam telah bertambah kepada 32, manakala KDM dan kaum cina tetap pada jumlah yang sama, 20 dan 8 kerusi.

Berasas kepada jumlah kerusi inilah yang menimbulkan maksud tersirat daripada pemimpin KDM berhubung dengan penubuhan RCI PATI.

Gesaan penubuhan RCI PATI, seolah2 mempersoal jumlah pengundi bumiputera islam, yang kebetulan majoriti kawasan ditandangi umno.

Adalah menjadi tugas para pemimpin umno di semua peringkat untuk menjelaskan maksud tersirat ini kepada rakyat terutama bumiputera islam.

THE FLYING KICK

Posted: 22 Feb 2012 01:06 PM PST

THE FLYING KICK


TOL PLUS NAK DIHAPUSKAN? IBARAT ANWAR IBRAHIM TANPA KOTE BENGKOKNYA!

Posted: 21 Feb 2012 10:50 PM PST

waadat

Posted: 22 Feb 2012 01:05 PM PST

waadat


muslihat blogger terbongkar

Posted: 22 Feb 2012 05:05 AM PST

Kelmarin seorang teman bertanya cara-cara untuk menulis di blog. Beliau rajin membaca buku dan teringin mengeluarkan semula idea melalui tulisan untuk dikongsi dengan orang ramai.

Bagus, kata Demang. Aset pertama sudah ada iaitu rajin membaca. Penulis yang tidak mahu membaca buku akan jadi seperti tong kosong. Nampak comel tapi apabila dibuka, isinya hampa dan kadang-kadang hampas.

"Ada akaun Gmail"? tanya Demang pada beliau.

"Ada".

Maka Demang mengucapkan "bagus" yang kedua kepada beliau. Jika sudah ada Gmail maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah.

Sebenarnya menulis di blog semudah menulis SMS dan menghantarnya kepada rakan. Apatah lagi kita boleh membuat 'posting' hanya melalui gadjet mobile sahaja sekarang. Sebagai contoh bagi yang menggunakan Android, proses menghantar dan menyiarkan artikal boleh dilakukan di mana-mana menggunakan aplikasi khas.

Malah kekadang Demang sempat 'upload' artikal ketika di lampu isyarat.

Memiliki blog sahaja belum cukup untuk menjadikan anda blogger terkenal. Malah mungkin tidak ada langsung orang yang singgah di blog anda walaupun anda menulis dengan baik.

Taraf pendidikan, jawatan politik, kedudukan dalam masyarakat, harta kekayaan, hatta rupa paras pun bukanlah jaminan untuk menjadikan blog popular.

Hal ini kerana internet adalah sebuah lautan tak bertepi yang tiada siapa tahu berapa banyak benda di dalamnya.

Justeru anda perlu menguwar-uwarkan blog tersebut. Promosi.

Ada banyak cara untuk melakukannya. Jika anda ada duit, gunakan media berbayar untuk itu. Iklankan blog tersebut di akhbar biasa atau maya. Anda boleh juga menyewa tapak iklan di blog-blog yang sudah terkenal.

Kalau ada wang semua kerja menjadi senang.

Namun biasanya hanya blog atau web komersial sahaja yang menggunakan iklan berbayar. Jika anda berkreatif dalam blog yang tidak bersifat keuntungan maka lebih sesuai gunakan kaedah percuma.

Satu cara terbaik ialah meletakkan link blog orang lain dan meminta blogger tersebut turut melakukan perkara yang sama. Gunakan alat 'bloglist' yang disediakan Blogspot. Jangan buat sebaliknya iaitu meminta orang lain buat link terlebih dahulu. Itu kurang adab namanya.

Anda juga boleh membentuk atau menyertai komuniti blogger bagi bantu-membantu dalam urusan promosi. Buat satu 'bloglist' untuk diisi link-link rakan blogger yang lain mengikut kategori mereka.

Biasanya blogger akan bantu-membantu apabila terdapat persamaan pemikiran terutama dalam politik. Jika anda cenderung pada kerajaan maka tidak perlulah meminta blogger pembangkang meletakkan link blog anda. Namun ada juga yang melakukannya terutama jika blog tersebut amat popular.

Satu lagi alat yang disediakan penyedia Blogspot ialah medan 'Follower'. Alat ini membolehkan pembaca mengikuti blog anda secara berterusan. Macam pembaca setia lah. Samada mereka benar-benar 'follow' itu perkara kedua.

Untuk memanafaatkannya pun sama seperti 'bloglist' tadi. Anda perlu bekerjasama dengan blogger lain. Jika anda rajin menjadi 'follower' pada blog lain maka blogger lain biasanya akan membalas budi anda itu.

Dikatakan, semakin banyak 'follower' maka semakin popular lah blog tersebut. Nenar atau tidak biarlah masa menentukannya.

Ruang yang tak kurang pentingnya dalam blog ialah ruang komen. Demang nak tekankan sikit tentang itu.

Di ruangan komen para pengunjung boleh memberi respon terhadap artikal anda. Sebagai blogger (tuan rumah) anda diberi kuasa untuk menentukan siapa yang boleh memberi komen dan bagaimana bentuk komen tersebut.

Anda berhak menghalang dan membuang apa sahaja komen yang ditulis di situ. Malah jika anda tidak mahu sebarang komen pun boleh!

Ruang komen juga menggambarkan populariti blog tersebut.

Oleh kerana ruang komen ini dibaca oleh semua pengunjung sebagaimana artikal yang anda tulis maka anda perlu mengawasinya baik-baik. Sesetengah blogger memanipulasi ruang komen dengan bijak dan menjadikannya sebagai strategi untuk meningkatkan populariti.

Jika anda gagal mengawal ruang komen maka blog anda amat berisiko tinggi. Malah anda boleh disaman hanya kerana komen yang ditinggalkan di situ; walaupun ia ditulis oleh orang lain.

Hal ini kerana anda mempunyai 'pegangan' (kuasa penuh) terhadap blog anda sendiri termasuk ruang komen.

Sebenarnya ada blogger yang menulis sendiri komen menggunakan nama samaran bagi memuji, mengeji, atau membuat provokasi supaya menampakkan betapa blognya diminati ramai dan terkenal.

Ada 5 kategori penulis komen mengikut klasifikasi Demang:

1) Blogger Aktif, iaitu seseorang yang mempunyai blog dan aktif dengan blog tersebut. Anda boleh klik pada namanya (di sebelah komen begliau dan seterusnya anda akan dibawa ke bahagian profile. Klik pada blog yang dimiliki blogger tersebut dan anda akan dibawa ke blog beliau.

Jika berjaya maka komen tersebut boleh dipertanggung jawabkan pada penulisnya. Ertinya, tiada penipuan atau penyamaran.

2) Tukang Komen Bernama, iaitu orang yang mempunyai akaun blogspot dan masih dianggap blogger. Namun mereka tidak menyiapkan blog tersebut atau sekadar membuka blog bagi mendapatkan status Blogger. Dengan lesen tersebut mereka bebas memberi komen.

Kadang-kadang blogger blog tersebut menggunakan taktik ini dengan menyamar sebagai orang lain dan memberi komen yang menguntungkan dirinya.

Ada blogger yang membuka 5-6 akaun untuk tujuan itu.

3) Tukang Komen Tak Bernama (Anon), iaitu penulis komen yang menulis komen tanpa perlu memperkenalkan diri. Pengomen kategori ini sebenarnya hampir sama status dengan pengomen kategori (2) tadi namun beliau lebih jujur.

Demang katakan jujur sebab sekurang-kurangnya dia tidak cuba menyamar. Awal-awal lagi kita dah boleh 'reject' pendapatnya.

4) Bernama Tidak Berdaftar, iaitu pengomen yang menulis namanya secara manual walaupun tidak berdaftar dengan Google. Pengomen ini boleh dipercayai selagi beliau masih bersopan santun dan jujur. Namun dia berpotensi untuk masuk kategori (3) atau (5).

5) Penyamar iaitu menggunakan nama orang lain. Blog Waadat pernah dikomen oleh seseorang yang menggunakan nama Papagomo. Mujur Papagomo cepat-cepat hubungi Demang dan menjelaskan perkara sebenar.

Untuk mengetahui samada pengomen tersebut blogger sebenar atau penyamar ialah dengan cara klik pada nama pengomen tersebut. Jika apabila anda klik dan terus dibawa ke blog tersebut, maka kemungkinan besar itu adalah PENYAMAR. Hal ini kerana jika beliau adalah blogger sebenar, anda akan dibawa ke tetingkap 'profile' terlebih dahulu.

Jika ditanya pada Demang pengomen mana yang paling tidak boleh dipercayai maka Demang akan jawab yang nombor (2). Hal ini kerana pengomen nombor (2) adalah penyamar yang cuba menipu identiti.

Namun jika Demang ditanya tentang strategi bagi menggalakkan pengunjung dan meningkatkan populariti maka strategi ini boleh digunakan.

Justeru jika anda seorang peminat blog maka berhati-hatilah.

Baiah hj hadi

Posted: 21 Feb 2012 04:36 PM PST


Celaka dunia akhirat – Hadi

KUALA LUMPUR 21 Feb. — Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat".

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

"Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam," kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. — BERNAMA

Bagi Demang tak perlu ada baiah berasingan sebab semua wakil rakyat sudah faham bahawa jawatan yang dipegang adalah amanah.

Bagi yang beragama Islam amanah tersebut akan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak.

Demang berpendapat kenyataan Hadi sekadar kosmetik pilihanraya semata-mata.

Oh ya. Oleh kerana hj hadi kata sumpah tak seberat baiah maka elok lah hj hadi nasihatkan anwar untuk bersumpah.

posted from Bloggeroid

PEJUANG BANGSA

Posted: 22 Feb 2012 11:27 AM PST

PEJUANG BANGSA


Guan Eng kalau tak jawab 23 soalan ini, letak jawatan Ketua Menteri !

Posted: 22 Feb 2012 02:53 AM PST

PANAS !! KP UMNO P.Pinang buat kejutan untuk Mat Despatch Guan Eng !

Posted: 21 Feb 2012 10:38 PM PST


Apa cerita ni ??  Depa yang dok kat Menara UMNO Jalan Macalister habaq  Panglima UMNO P.Pinang , Ir Shaik Hussein dah kawtim baik dengan Ketua AMK Amir Ghazali pasal isu skandal tanah Bayan Mutiara.

Rupa-rupanya KP UMNO PP ini telah buat kejutan untuk Mat Despatch yang dihantar khas Guan Eng ke Menara UMNO pagi ini .  Satu surat rasmi juga telah dibuat oleh Pemuda UMNO Negeri   dan diserahkan secara rasmi  supaya Ketua Menteri PP ini  meletakkan jawatan .

Pertemuan 2  pemimpin muda PP berlansung dalam suasana ceria dan Ir Shaik Hussin sendiri berkata kita tak mahu gaduh .


Guan Eng ada berani ke sign resign jawatan   Ketua Menteri PP ??



Lihat lah sendiri surat Pemuda UMNO yang mempunyai letter head rasmi
kepada Ketua regim DAP  


Ini pulak surat AMK PP kepada UMNO  yang sekali tengok macam surat 
kongsi gelap pun ada juga ..letter head parti pun tak ada . 


Menara UMNO P.Pinang diserang pencacai lidah biawak pagi ini !!

Posted: 21 Feb 2012 06:49 PM PST


GPB menerima info pagi ini juak-juak penjilat Guan Engg  iaitu AMK   nak serang Menara UMNO PP untuk desak Datuk Zainal Abidin Osman meletakkan jawatan ! Ini pasal bos mereka telah jawab semalam di Komtar bahawa skandal penjualan tanah Bayan Mutiara melalui open tender CAT .

Hairan GPB ...Pemuda DaPIG tak pulak dikerah pertahankan bos mereka   tetapi Anak Muda Keliru  yang diarahkan ...hahaha..

Dikhabarkan Pemuda UMNO PP diketuai Ir Shaik Hussein sedia  menanti penuh utusan a.k.a Mat Despatch  dari Pejabat CM Komtar ini .

Confirm la bertemu buku dengan ruas kali ini  ...hahaha

Annapolis Summit bukti Anwar sokong kuat iktiraf negara Israel !

Posted: 21 Feb 2012 05:20 PM PST



KUALA LUMPUR 21 Feb. – Sebuah blog, AnwarAIDC hari ini mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menandatangani surat lobi pada 2007 supaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengutamakan konsep two state solution atau penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Melalui konsep itu, dunia perlu mengiktiraf penubuhan negara Israel yang sah dan juga Palestin di mana Jerusalem menjadi ibu kota kedua negara dengan kawasan kejiranan Israel akan menjadi milik Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin.

Menurut blog dengan entri bertajuk Bukti Sokong Israel: Annapolis Summit – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush itu, ketika itu, Anwar merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa International Crisis Group (ICG), sebuah badan antarabangsa tajaan George Soros.

"Dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada Mac 2007 yang turut dihadiri Anwar, organisasi itu meluluskan resolusi two state solution dan menggesa negara-negara Islam khususnya dunia Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel sebagai jalan penyelesaian terbaik menamatkan konflik Israel-Palestin.

"Menurut ICG, inilah cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel-Palestin seperti mana yang diperakui oleh UN Security Council Resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David Peace Accords (1978), The Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu mengiktiraf negara Palestin yang merdeka dan dalam masa sama dunia Islam mengiktiraf negara sah Israel," kata blog AnwarAIDC.

Kata blog itu, resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir termasuk Anwar dan Soros.

Dd i n b u n g a

Posted: 22 Feb 2012 07:42 AM PST

Dd i n b u n g a


KETAKSUBAN PERINGKAT GABAN ANUWAR VS NI A JIZ

Posted: 21 Feb 2012 10:06 PM PST


JANGAN SESIAPA DALAM PEMBANGKANG MEMBANTAH, KERANA DALAM APA JUA SUASANA DAN PERISTIWA YANG MELIBAT KAN ANU WAR MESTI SEMUANYA HALAL DAN SALAHNYA SUDAH TENTU UMNO.


DARI PERISTIWA LIWAT 1 DAN LIWAT 2 HINGGA LAH KEPADA BERZINA DENGAN CHINA DOLL DI SALAHKAN UMNO, DARI KENYATAAN PRO ISRAEL DI WALL STREET JOURNAL (WSJ) HINGGA LAH KE KAPAL LIBERIA DIKATAKAN ISRAEL BERLABUH DI KELANG PUN SALAH KAN UMNO.

DARI TUDUHAN PM KE THAIPUSAM HINGGA LAH KE DAHI ANU WAR DI CALIT KUM KUM SALAH NYA UMNO.

DARI MERUNTUH KUIL HINGA KE MERUNTUH SURAU SALAHKAN UMNO, DARI ISU MURTAD LINA JOY HINGGA KE MURTAD DI GEREJA SHAH ALAM SALAH NYA UMNO.

DARI SAMPAH DI SELATAN SELANGOR HINGGA KE UTARA NEGERI SELANGOR, SALAH NYA TETAP UMNO.

DARI BANTUAN RM100 KEPADA RM200 HINGGA KE RM500 KEPADA PELAJAR DAN RAKYAT SALAHNYA TETAP KEPADA UMNO.

DARI KLINIK 1MALAYSIA KEPADA KEDAI 1MALAYSIA HINGGA KE MENU 1MALAYSIA DIBAWA KE KEDAI IKAN 1MALAYSIA SALAH JUGA KEPADA UMNO.

KETAKSUBAN PADA PERINGKAT GABAN SEBEGINI YANG DI MONOPOLI OLEH PUAK - PUAK PEMBANGKANG SEMEMANG WAJIB LAH KITA IKHTIRAF MEREKA MEREKA INI, JANGAN DI PERTIKAI CUMA DOA KITA MENGIRINGI MEREKA AGAR BALIK KE PANGKAL JALAN SUDAH LAH SESAT DIDUNIA JANGAN SESEKALI SESAT DI AKHIRAT. ALLAHUALAM.

P/S RUMUSAN PERTEMUAN NI A JIZ DGN ANU WAR, FATWA NII A JIZ, HARAM MENGIKHTIRAF NEGARA ISRAEL, TERSERAH PADA ANU WAR KEH KEH KEH...PATUT LER ANU WAR BOLEH MELIWAT SEBAB HARAM MELIWAT TAPI KALO NAK BUAT SILA KAN HEHEHE PELIK...PELIK...

Awekz Bukit Gantang

Posted: 22 Feb 2012 07:21 AM PST

Awekz Bukit Gantang


Sajak Buat PM Dari Adik Ain Farhanah...

Posted: 22 Feb 2012 12:16 AM PST

Syukur masih ada yang tahu berterima kasih. Adik ini menulis sajak kepada PM ketika dia sakit. Semoga ia dapat disebarkan apatah lagi, ia sesuatu yang baik pada pandangan Awekz. 


Awekz: Kalau sebelum ini ada satu surat buat isteri PM kita dan ketika itu ramai juga yang menyebarkan kerana dilihat sebagai amat negatif dan tidak baik buat PM dan boleh menambahkan dosa, apa kata kali ni, kita ramai-ramai sebarkan sesuatu yang baik. Setidak-tidaknya dapat pahala bukan. Fikir-fikirkan...

Ada Apa Pula Dengan KONVENSYEN UMNO PERAK 2012?

Posted: 21 Feb 2012 07:36 PM PST


Tahniah kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak 2012 di atas KONVENSYEN UMNO PERAK  2012, yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar pada 19 Feb 2012 yang lalu. Awekz dengar-dengar sambutannya amat menggalakkan apatah lagi dengan ucapan YAB DS Diraja Dr. Zambry Abd Kadir yang dilihat memberikan impak yang cukup besar kepada peserta-peserta.

Lebih terkesan apabila YAB MB Perak dilihat hampir menitiskan air mata ketika memberikan ucapan apatah lagi mengulangi serta mengingati cabaran - cabaran yang telah dilalui sepanjang bergelar MB Perak. Segala cacian dan makian yang dilemparkan kepada beliau jika difikirkan mampu meruntun naluri dan perasaan sesiapa sahaja. Puak - puak Perosak Rakyat begitu mudah berkata apa saja dan lebih menyatakan masih ada pengikut setia yang bodoh menerima apa sahaja yang diperkatakan. Fikir sejenak, andai kita diperlakukan sebegitu rupa. SAKIT dan MENYEDIHKAN bukan???

Kata YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir ~ TIADA MAKNA PERJUANGAN UMNO ITU JIKA KITA TINGGALKAN AGAMA KITA, DAN TIADA MAKNANYA PERJUANGAN UMNO ITU JIKA KITA TINGGALKAN PERJUANGAN BANGSA KITA...




Awekz: Seharusnya semua ahli serta kepimpinan UMNO berfikir sejenak dan cuba selama intipati ucapan YAB DS Diraja Dr. Zambry Abd Kadir tempohari, tiada guna berselisih faham, tiada guna berdendam, tiada guna pangkat dan darjat kerana semua itu hanya akan membunuh PERJUANGAN dalam menegakkan Agama, Bangsa dan tanahair. Fikir - fikirkan...

bumiyang

Posted: 22 Feb 2012 03:32 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 22 Feb 2012 03:27 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Kopiah salah, Songkok salah

Posted: 21 Feb 2012 11:35 PM PST

Ketika perhimpunan yang Husin hadhiri pada hari minggu, salah satu sesi adalah bersama Prof. Mahmood Zuhdi.

Lupa tajuk sesi tersebut dan apa yang dibincangkan. Yang pasti ulamak-ulamak ini semua tidak boleh bezakan antara dialog, forum, workshop dan ceramah, malah majlis ilmu untuk bertukar fikiran dan ceramah yang monolog pun tidak boleh dibezakan.

Semua dia bantai macam tebas rumput nak cari ular. Depa dok bantai stail ceramah dan tahulah mereka dalam ceramah kerja bantai orang. Isu yang dibincangkan semua berdasarkan contoh dan peristiwa tertentu. Depa saja betoi dan orang lain salah.

Husin hanya ingat Prof Mahmood kata, bila dia balik ke Kelantan, dia sering serba salah. Bilapakai kopiah, orang ingat dia sokong PAS dan orang UMNO larikan diri darinya. Bila pakai songkok, orang PAs tak berkawan denggan dia.

Jadi tujuan dia nak kata, dia dibantai dua-dua belah pihak. Dia tak bantai orang dan neutral dalam memberi pandangan.

Rasanya Prof Mahmood lupa bahawa orang Melayu ada satu lagi parti yang berbilang bangsa iaitu PKR. Manalah tahu mereka pun ada tutup kepala mereka sendiri. Prof Mahmood perlu tahu supaya tidak dilihat pilih kasih kepada PKR pula.

Kalau pemimin dijadikan contoh pun, rasanya tidak mungkin orang Melayu PKR pakai kippah. [Lihat sini.] Entah apa diguna untuk tutup kepala?

Taipingmali (tm)

Posted: 22 Feb 2012 01:44 AM PST

Taipingmali (tm)


Apakejadahnya Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Ni??

Posted: 21 Feb 2012 06:43 PM PST


logo
SIAPA MEREKA?
Selepas kecelaruan program KMS1M yang dihadiri oleh PM di PWTC tempoh hari, berlangsung pula KMS1M peringkat negeri yang sudah diadakan di 2 negeri; iaitu Kelantan & Pahang.

Masalahnya; tidak nampak objektif jelas KMS1M dalam perjuangan media sosial untuk membantu kerajaan/BN selain usaha sesetengah individu/pihak mentekedarah bajet dari sebuah agensi untuk menebalkan poket peribadi.

Ketua Pengarah agensi berkenaan mungkin belum sedar... Ada baiknya bajet ratusan ribu tersebut disumbangkan secara terus kepada blogger2, facebookers dan pejuang media sosial lain sebagai inisiatif penghargaan bagi menyuntik semangat mereka untuk terus istiqamah dalam saf perjuangan ini.
 

Selama mana golongan2 opportunis sebegini harus diberi peluang sedangkan ada hal yang lebih besar harus kita tangani sebelum segala-galanya hilang selepas keputusan PRU13...

Tunggu pendedahan lanjut!

 http://jendelamy.blogspot.com/2012/02/apakejadahnya-konvensyen-media-sosial.html

TM NOTE
Semalam seorang sahabat telah menghantar link blog jendelamaya. 

TM mengucapkan terima kasih kepada penulis blog jendela maya yang membangkitkan isu ini. 

TM bagi masa lagi kepada sesiapa yang ingin mengulas isu ini sebelum TM menjawabnya. 

TM adalah  Timbalan Presiden 1 Agenda dan konvensyen media ini adalah harta intelek dan hasil R&D 1 Agenda.

Ia mendapat sokongan dan pengiktirafan, sebab itu lah Perdana Menteri  Dato Seri Najib Razak sudi hadir untuk merasmikan pelancaran konvensyen tahun lalu.

Siapa Manjungmari?

Posted: 21 Feb 2012 09:20 AM PST





"Siapa Manjungmari ?" Itu lah soalan yang sering diajukan kepada TM . Mereka menyatakan antara TM dan Manjung mari (MM) adalah rakan sebab MM selalu membahasakan TM sebagai rakannya.

Sebenarnya TM tak kenal dan tak pernah jumpa atau bersembang dengan dia. Mungkin dia pernah skodeng atau terlihat TM bila dia balik ke Taiping , sebab tu dia selalu balun TM dalam blog dia.

Oleh kerana kuatnya MM membelasah TM, ada rakan menyuruh TM membuat report polis, tetapi TM tak sampai hati untuk buat report. biarlah dia berkokok dalam blog dia. Sebabnya puak-puak Pas Asobiah yang dok balun Dr Zambry dan Najib lagi teruk, tetapi Zambry dan Najib cool sahaja.

Menurut rakan dari Lumut, bahawa MM pernah bekerja sebagai  laskar berpangkat koperal, rekod perkhidmatan dia tidak berapa bagus menurut beliau, nama sebenar MM ialah Mat Desa, berusia 50an dan kini bekerja di Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd yang berpangkalan dalam  TLDM base.

Seorang yang fanatik Pas dan menjadi orang kanan kepada Laksamana Pertama Bersara yang bercita-cita untuk menjadi ADUN Pangkor.  MM adalah orang penting yang menjadi penghubung kepada warga TLDM agar menyokong Laksama Pertama untuk melawan Dr Zambry di Pangkor.

Menurut rakan lagi, beliau mempunyai isteri yang bekerja sebagai guru di sekolah kerajaan. TM menganggap MM ditugaskan oleh Pas Perak untuk memantau dan melemahkan kekuatan blog Taipingmali. Ini ternyata kerana hanya blog dia sahaja yang menyerang tidak kepada blog lain.

Ceramah Pas Asobiyah di Batu Kurau 4 Mac 2012

Posted: 21 Feb 2012 08:25 AM PST


Sila hebahkan berita ini,

YB Dato Dr Hasan Ali bersama Ust Kazim Elias akan menggegarkan pekan Batu Kurau bulan depan.
Pas bukan memperjuangkan agama Islam, Pas adalah parti yang sesat dan perlu ditolak oleh umat Islam di Malaysia.

Majlis Bersama Pemimpin, UiTM Seri Iskandar : Khairy

Posted: 21 Feb 2012 05:30 AM PST

Anwar putar belit isu : Khairy

Posted: 21 Feb 2012 05:04 AM PST

2 - UFMO - Bengkel Khas Penulis Maya 2012 - Hudud & Qisas

Posted: 21 Feb 2012 04:51 AM PST

PANEH MIANG

Posted: 22 Feb 2012 01:37 AM PST

PANEH MIANG


Bai'ah PRU

Posted: 21 Feb 2012 08:17 PM PST

PAS makin galak dalam menyebar faham Syiah dan Wahabi mereka di kalangan bakal calon wakil rakyat PAS. Sesiapa kalangan calon wakil rakyat PAS yang ingkar bai'ah PAS, maka, Celaka DUNIA AKHIRAT! Inilah penangan Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Ternyata PAS makin diresapi epidemic purba zaman Firaun. PAS lebih membusung sifat nafsu retorik berpolitik dalam kancah KUASA POLITIK MELAYU di ALAM MELAYU.

Tanah Melayu ini sudah hilang sebuah parti yang diasas secara murni penuh misteri oleh Haji Ahmad Fuad. Dulunya, 100% Ahli Sunnah Wal- Jamaah dalam PAS, kini selepas 1974, setelah kembalinya Nik Aziz, Hadi Awang yang menjadi kepala keretapi PAS, fenomena menSYIAHkan P.A.S. makin memuncak.

Klimaksnya bilamana, Anwar Ibrahim dikhabar telah diampunkan kesilapannya dek mulut parti binasa, kerana bersekongkol dengan Yahudi Zionis, melalui sokongan terbuka kepada Israel dengan syarat-syarat. Mana ada orang apik pun, jika Anwar dah bertaklik sokong penuh Israel bersyarat mahu pun pura-pura disyaratkan, nahu bahasa yang PASTI ialah ANWAR proksi Israel.

ANWAR dilabel dalam Harakah sebagai Field Marshall Israel di Alam Melayu...

Moga Bai'ah PRU-13 memihak kepada Melayu dan Islam jua.

Aspirasi Bangsa

Posted: 22 Feb 2012 01:34 AM PST

Aspirasi Bangsa


Blogger Pakatan terus menunjukkan kebodohan

Posted: 22 Feb 2012 12:30 AM PST

RAPERA ..

Posted: 22 Feb 2012 01:27 AM PST

RAPERA ..


Begitu Banyak Yang Nak "Pertahankan" Islam dan Melayu di Negara ini !!!

Posted: 21 Feb 2012 10:21 PM PST

The EW Cycle Will Impoverish the Average Citizens Further !!!

Posted: 21 Feb 2012 09:39 AM PST

Sahabat-Gunung

Posted: 22 Feb 2012 01:14 AM PST

Sahabat-Gunung


Pengalaman Men"Ngerikan" di Hospital Sg Buloh...

Posted: 21 Feb 2012 06:20 PM PST

Apa perasaan korang bila korang pergi hospital.... Tanya kat mana-mana kakitangan hospital , jawapan yg mereka berikan tak tahu.

Inilah yang terjadi pada aku, dari 10 orang nurse yg aku tanya kat Hospital Sg Buloh, mana kaunter pesakit luar, jawapannya TAK TAHU.

Nasib baik ada seorang pak guard nie membantu menunjukkan arah sebenar kaunter pesakit luar... Entahnya...

The Unspinners

Posted: 21 Feb 2012 11:33 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 21 Feb 2012 11:31 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Indeks Kebebasan Akhbar : Artikel MyMassa Vs Malaysiakini.

Posted: 21 Feb 2012 11:03 PM PST

MyMassa ulang tayang artikel yang dikeluarkan pada 26 Januari 2012. Di akhir artikel tersebut, MyMassa ada nyatakan mahu tunggu respon dari Malaysiakini dan Malaysian Insider. Selepas hampir sebulan artikel MyMassa keluar baru Malaysiakini mengulas perkara yang sama. Cuba bandingkan artikel MyMassa dengan Malaysiakini.

Artikel MyMassa.

Ini betul-betul bukan cobaan.

Satu berita gembira untuk para penyokong transformasi yang dilakukan oleh DS Najib.


Sumber : http://en.rsf.org/press-freedom-index-2011-2012,1043.html


Tahniah kepada DS Najib atas transformasi yang dibuat oleh beliau membuatkan ranking indeks kebebasan media di Malaysia meningkat naik begitu tinggi berbanding tahun yang lalu.

Tahun lalu Malaysia diranking ke 141.
Tahniah juga kepada DS Hishamuddin (KDN) dan DSU Dr. Rais Yatim (KPKK) yang berjaya 'membebaskan' media. Kepada seluruh warga KDN dan KPKK terutamnya Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran dan SKMM yang mengambil tindakan yang bijaksana dalam mengendalikan media di Malaysia, tahniah juga MyMassa ucapkan.

MyMassa nak tunggu adakah pembangkang akan mainkan isu ranking kebebasan media atau tidak. Jika tidak, tiap-tiap tahun pembangkang terutamanya PKR akan 'bising' mengenai isu ini. Kononnya Malaysia mengamalkan pemerintaha kuku besi termasuk terhadap media. Lebih membanggakan, kedudukan Malaysia pada tahun ini adalah antara terbaik di Asia Tenggara berbanding Singapura, Thailand dan Indonesia yang sering dibangga-banggakan oleh pembangkang. Malah Turki yang menjadi rujukan Anwar Ibrahim juga tewas teruk kepada Malaysia.

Nah! Setelah SISTEM KEHAKIMAN dibebaskan kini giliran MEDIA pula bebas di bawah kepimpinan transformasi DS Najib Tun Abdul Razak. Kita tunggu apa kata pembangkang selepas modal politik mereka telah tidak laku lagi.

*Tak sabar nak baca ulasan portal pro pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysia Insider mengenai perkara ini. MyMassa harap berita ini dapat jadi muka depan Utusan dan Berita Harian. Biar semua rakyat tahu bahawa di bawah kepimpinan DS Najib, satu dimensi baru pentadbiran negara akan tercipta.

http://mymassa.blogspot.com/2012/01/gempar-bukti-tranformasi-ds-najibrazak.html

Artikel Malaysiakini.

Malaysia terus mencatatkan prestasi yang buruk berhubung kebebasan akhbar di negara ini meskipun memperbaiki kedudukan dengan mencatatkan tempat di tangga ke-122 di dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2011/2012 yang direkodkan oleh Reporters Without Borders.

Dalam indeks 2010, Malaysia menduduki tempat ke-141.

azlanIndeks terbaru ini menunjukkan Malaysia mendahului negara-negara serantau yang lain seperti Singapura yang menduduki tempat ke-135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).

Finland dan Norway bersama-sama menduduki tempat teratas dalam kajian kebebasan akhbar yang melibatkan 179 negara, diikuti Estonia dan Belanda yang terikat di tempat ketiga, manakala Austria di tempat kelima.

Lima lagi antara 10 negara teratas daripada segi kebebasan akhbar adalah Iceland dan Luxembourg di tempat keenam, Switzerland (lapan), Cape Verde (sembilan), serta Kanada dan Denmark yang terikat bersama di tempat ke-10.

azlanMenduduki tempat terbawah dalam senarai adalah Turkmenistan (177), Korea Utara (178) dan Eritrea (179).

Menurut laporan itu, Pakistan (151) merupakan negara paling bahaya bagi wartawan untuk tahun kedua berturut-turut.

"Somalia (164), yang masih dalam kancah perang saudara selama 20 tahun, tidak menunjukkan petanda akan keluar daripada pergolakan di mana wartawan menanggung risiko tinggi untuk bertugas di negara itu," menurut laporan itu.

Laporan itu menyatakan Amerika Syarikat, yang menduduki tempat ke-47, jatuh 27 tempat daripada tahun sebelumnya berikutan penahanan ramai wartawan semasa membuat liputan tunjuk perasaan bantahan "Occupy Wall Street".

NONEMengulas Indeks Kebebasan Akhbar tahun ke-10, Reporters Without Borders berkata: "Indeks pada tahun ini menyaksikan banyak perubahan kedudukan, perubahan yang menggambarkan perkembangan pesat dan drastik terutamanya di dunia Arab."

Ia menyatakan banyak media terpaksa menanggung risiko tinggi bagi membuat liputan aspirasi demokrasi.

"Tahun yang berlalu juga memperlihatkan peranan yang diterajui pengguna Internet dalam menghasilkan dan menyebarkan berita," menurut pertubuhan, yang turut memaklumi penyertaan Cape Verde dan Namibia dalam kalangan 20 negara teratas.
http://www.malaysiakini.com/news/189873

*Jelas Malaysiakini adalah ejen pembangkang yang nyata kerana walaupun transformasi YAB PM berjaya membuahkan hasil, mereka tetap cuba mencipta persepsi negatif terhadap Kerajaan.

Video Anwar Terkucil Bila Berdebat Dengan Pemimpin UMNO. Itu Pun Ada Hati Nak Debat Dengan PM.

Posted: 21 Feb 2012 10:03 PM PST


Anwar Ibrahim nak berdebat dengan YAB PM.

Penyokongnya telah memulakan provokasi supaya PM sahut cabaran Anwar.

Malah debat antara Guan Eng dan Chua Soi Lek turut dijadikan panduan.

Sebelum Anwar nak berdebat dengan PM, jom tengok macam mana Anwar tertewas bila berdebat dengan pemimpin UMNO.



Dey Anwar, tak payah la nak berdebat dengan PM. Tugas sebagai Ahli Parlimen pun kau tak buat. Asyik ponteng hadir sesi Parlimen sebab nak pergi melancong ke luar negara. Bila ada platform rasmi macam Sidang Parlimen untuk pemimpin Kerajaan dan Pembangkang berdebat, Anwar langsung tak gunakan peluang yang ada. Sibuk ceramah politik di luar tetapi tak berani berhadapan dalam Dewan yang mulia.

Kalau penyokong Anwar nak suruh YAB PM berdebat, tanya diorang balik berapa kali Anwar hadir ke Sidang Parlimen. Mesti kantoi punya penyokong pembangkang.

*Best tengok video YB KJ balun Ketua Pembangkang. First time tengok Anwar Ibrahim kelu tak terkata.

SAJAK MURID TAHUN 2 KEPADA PERDANA MENTERI: BOLEH SAMPAIKAN KEPADA PM KATANYA

Posted: 21 Feb 2012 08:40 PM PST


Mymassa diberitahu
Ketika anak ini sakit
Dia menukil sebuah puisi
Puisi itu untuk Perdana Menteriku katanya,
Katanya, bolehkah Perdana Menteri membaca sajakku,
Mymassa harap kawan-kawan sampaikanlah sajak ini kepada PM.

EXCO Agama ISLAM negeri mana yang KAFIR?!!

Posted: 21 Feb 2012 07:29 PM PST



Oh, patutlah apabila ada orang baling KEPALA BABI dalam masjid, Khalid Ibrahim boleh arahkan Ronnie Liu yang pergi jenguk-jengukan. Rupa-rupanya Exco Agama Islam Selangor ini sudah bukan Islam lagi. Kesian umat Islam Selangor...pemimpin bukan Islam pula yang jaga hal ehwal agama mereka.

Kalau zaman penjajah dahulu, bukan setakat hendak sibuk hal-ehwal orang Islam, naik rumah orang Melayu pakai kasut pun boleh kena tikam masa tengah mandi. Kini anda fikirkan sahajalah di manakah letaknya kedudukan maruah kita sebagai umat Islam.

Eh, nanti...nanti dulu, kami bukannya suka-suka hendak kata Khalid Ibrahim telah KAFIR. Kami hanya mengulang kembali apa yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Oktober 2009.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

- Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.

- Umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.  

Lebih menyedihkan, bukan setakat pemimpin kanan negeri sahaja yang sudah kucar-kacir akidah mereka, bahkan mereka yang di peringkat akar umbi juga sudah tidak tentu hala lagi kiblat dan syahadah mereka ketika ini.

Jadi, macam manalah agaknya kelompok Melayu-Islam fuckatan ini hendak mempertahankan Islam sekiranya diasak oleh kafir harbi DAP kelak ya?

* DAP lebih mudah memerintah negara jika lebih ramai Melayu keliru dalam akidah.


Anwar hanya ambil masa SEJAM untuk permainkan @NikAbdulAziz

Posted: 21 Feb 2012 05:49 PM PST



Berdasarkan apa yang ditegaskan Nik Aziz selepas pertemuan dengan agen Yahudi No 1 Asia semalam, kami dapat merumuskan dua perkara:

1) Nik Aziz tidak menerima pendirian Anwar yang meyokong segala usaha bagi memastikan keselamatan negara Israel. Tetapi, seperti biasa, Anwar akan kata Nik Aziz terima penjelasan beliau bagi mengelakkan air muka dan egonya jatuh. Terima penjelasan bukan bermakna sokong.

2) Anwar cuba merasionalisasikan sokongannya itu dengan memfitnah pula Kerajaan BN membenarkan kapal-kapal Israel berlabuh dan berdagang di Malaysia. Sebab itulah, dalam pada Nik Aziz menolak pendirian Anwar, beliau sempat menempelak BN sebagai tidak layak untuk bercakap soal mempertahankan Palestin dan menentang Yahudi.

Isu kapal berlabuh dan berdagang di Malaysia telah pun kami jawab semalam. Klik sini untuk baca kembali.

Malah, Anwar sendiri sepatutnya tidak menjadi terlalu munafik kerana segala apa dasar berhubung kebenaran berdagang secara tidak langsung dengan Israel adalah merupakan keputusan beliau sendiri ketika menjadi PM dan Menteri Kewangan dahulu. Sebab itulah Anwar boleh perincikan berapa banyak dan bila kapal dagang Israel akan berlabuh di pelabuhan Kelang.

Kenapalah PAS boleh dapat Mursyidul Am yang sebegini bengap? Sampai bila hendak dipermainkan oleh kafiruun dan munafikuun?!!

Bawak-bawaklah bertaubat...

DONG ZONG: TANGAN KIRI MEMBURUK KERAJAAN, TANGAN KANAN AMBIL APA SAJA KERAJAAN BAGI

Posted: 21 Feb 2012 04:58 PM PST


Nanyang Siangpau
15 Februari 2012 (Rabu)


Antara Guru Besar SJKC dengan guru-guru Melayu yang berlebihan
Penulis: Hong Chu Chew 

Bermula berlakunya ketandusan guru sambilan dengan kelayakan guru yang mengajar, di bawah  tadbir urus oleh timbalan menteri Pelajaran Wee Kah Siong, kementerian pelajaran telah memberi kuasa kepada pejabat-pejabat pelajaran negeri untuk menyelaraskan dan pengambilan guru-guru sambilan, supaya dalam masa 2 minggu persekolahan dapat tenteramkan keadaan kekurangan guru-guru yang berkelayakan di SJKC dan SJKT. 

Apabila semua orang dengar berita ini agak rasa lebih lega, dimana masalah kekurangan guru sambilan dan guru-guru kelayakan dapat diatasi semuanya. Hari ini apabila dapat campur tangan oleh timbalan menteri  pelajaran, dengan mudah kelihatan masalah itu dapat diselesaikan sepenuhnya, hanya kebanyakan daripada guru-guru itu tidak faham bahasa Mandarin dan agak berlebihan guru-guru Melayu yang dihantar ke SJKC. 

Setelah beberapa lama naik sekolah sehingga hari ini, kita nampak sebelum ini Dong Zong pusat dengan Dong Zong negeri Johor bersama-sama mengangkat sepanduk kain rentang, secara keras mahu pihak kementerian pelajaran selesaikan masalah guru sambilan dan kekurangan guru-guru yang layak di SJKC, tetapi akhirnya; kementerian pelajaran telah hantar guru-guru yang telah mencapai kelayakan ke setiap daerah, separuh daripadanya adalah guru-guru saudara berketurunan Melayu, yang paling teruk di daerah Pontian, kekurangan sebanyak 40 orang guru, hanya diberi 3 orang guru Cina yang layak mengajar, selainnya adalah guru-guru Melayu, dimana guru-guru sambilan dan kekurangan guru-guru yang layak, masih belum dapat perbaiki keadaan itu lagi. 

Berpegang Teguh Kepada Peraturan Kuota Yang Ditetapkan 
Kekurangan guru di SJKC masih terbiar begitu sahaja, bukankah itu sangat pelik. Walaupun badan-badan amal dalam bidang pendidikan masyarakat Cina serta parti-parti Cina dan parti pembangkang boleh dikatakan setiap tahun ajukan perkara yang sama berteriak sehingga tekak rasa kering, sehingga ada perdebatan yang hangat, tetapi tidak pernah mendapat perhatian dari pihak-pihak yang berkenaan, masalah ini berlarutan sehingga puluhan tahun, ada sesetengah pegawai-pegawai dari kalangan Cina juga masing-masing rasa tidak puas hati dan berkata, ini kerana suara di peringkat bawah tidak sampai ke atas, ataupun di dalamnya ada napolean kecil yang sedang mendalanginya, mereka secara terang menutup kebenaran, sedangkan di SJKC kekurangan guru-guru, akhirnya mereka menghantar guru-guru Melayu yang berlebihan ke SJKC namun masalah tetap berlaku, dengan cara itulah mereka hantar guru-guru itu ke SJKC. 

En. Lee sebagai Nazir sekolah-sekolah SJKC pernah secara terbuka menyeru, guru-guru besar di SJKC perlu pertahankan kesinambungan sistem Kuota yang sedia ada, pihak jabatan pelajaran dan guru-guru besar di SJKC perlu selaraskan bilangan guru-guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin mencapai kuota bilangan yang telah ditetapkan oleh jabatan pelajaran, dan kuota guru-guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin di SJKC di negeri Johor telah mencapai kuota maksima. Beliau berkata sistem kuota itu telah tertulis dengan jelas, iaitu mata pelajaran bahasa Melayu tahun 1 dan tahun 2, guru-guru yang tahu dwibahasa boleh mengajar di kelas-kelas itu; bahasa Melayu untuk darjah 3,4,5, dan 6 guru-guru yang hanya tahu bahasa Malayu boleh mengajar di kelas-kelas itu. 

En. Lee menegaskan, sistem kuota ini tidak boleh dirosakkan, jika tidak ia akan mengundang kesusahan bagi guru-guru besar untuk menyusun kelas kepada guru-guru. Beliau menjelaskan, bahasa pengantaran di SJKC ialah bahasa Mandarin, jika bilangan guru-guru yang tidak tahu bahasa Mandarin berlebihan, pihak sekolah terpaksa atur guru-guru ini untuk mengajar subjek kemahiran,senaman dan lukisan,jika mereka semua tidak tahu berbahasa Mandarin, bermakna kualiti SJKC akan berubah. Beliau anggap, pihak guru besar di SJKC perlu pertahankan sistem kuota yang telah digariskan oleh jabatan pelajaran, terutama sekali SJKC yang bersaiz kecil, tidak sepatutnya terima guru-guru yang tidak tahu berbahasa Mandarin. 

Guru Besar Tidak Dapat Bahagi-Bahagikan Tugas Sepenuhnya 

Sebelum ini pihak sekolah menghantar guru-guru tidak tahu berbahasa Mandarin ini ke kelas-kelas subjek kemahiran, senaman, lukisan dan muzik, melebihi bilangan guru-guru dwibahasa, menyebabkan menjadi isu besar,  sama ada disengajakan beri guru-guru dwibahasa untuk mengajar bahasa Melayu itu semua perlu guru-guru yang mempunyai pengalaman, bahasa Melayu diberikan kepada guru-guru dwibahasa untuk mengajar biasanya amat berkesan dalam pembelajaran, dan pada saat ini jabatan pelajaran sedang menitik berat tentang markah dan keputusan murid-murid, banyak sekolah-sekolah lebih rela berbuat demikian,dan keputusan yang diperolehi amat memberangsangkan. Pada masa itu ramai pertubuhan dan NGO rasa risau kerana membiarkan guru-guru tidak tahu bahasa Mandarin mengajar subjek kemahiran, bukankah nanti kualiti itu akan berubah? Tetapi isu itu telah reda secara cepat. 

Sebelum ini pembahagian guru-guru mengikut kuota pembahagian, tetapi di depan mata kelihatan pihak jabatan pelajaran ambil guru-guru Melayu yang berlebihan dihantar ke SJKC, dimana kuota guru-guru Cina telah dimonopoli, seterusnya pihak sekolah seperti diikat kaki dan tangan dan tersekat-sekat dalam pembahagian tugas-tugas untuk guru-guru. SJKC yang bahasa pengantarannya bahasa Mandarin, subjek kemahiran yang dalam keadaan terhad itu jika terlalu banyak dan berlebihan guru-guru Melayu, guru-guru besar SJKC terutama sekali di SJKC yang bersaiz kecil, dalam pembahagian tugas untuk guru-guru, akan dapat dirasai bahawa kualiti SJKC telah berubah, sebelum ini SJKC memang kekurangan guru-guru, berkemungkinan ataupun tidak sebelum guru-guru Melayu itu hadi ke sekolah-sekolah SJKC kita sudah dapat selesaikan kekurangan guru-guru itu? 

Sebab itu kita kena mendukung dan setuju sepenuhnya seruan dari pada En. Lee nazir SJKC, menolak guru-guru Melayu yang melebihi kuota yang dibenarkan. Perdana menteri jelajah ke seluruh negara mengibarkan konsep 1Malaysia di setiap sudut dalam masyarakat Cina, masyarakat Cina semakin terdesak untuk timbulkan isu tentang masalah sekolah-sekolah Cina, apabila PM menitik beratkan keutamaan untuk rakyat, pasti isu ini ditimbulkan oleh napolean-napolean kecil, dikhuatiri ini menjadi duri dalam daging BN. 

Rumusannya mudah, Dong Zong yang terkenal dengan kritikannya kepada kerajaan, pada masa yang sama mengambil apa sahaja yang kerajaan berikan. Satu titik pun mereka tidak mahu ada kerugian. Dong Zong menghentam apa sahaja berkaitan kerajaan, guru tak cukup, sekolah tak cukup,murid tak sampai 10 orang di SJK (C) bila nak tutup marah, nak dipindahkan ke sekolah lebih baik marah. Pokoknya satu inci tanah, satu titis keringat, mereka akan pertahankan. Bagaimanakah dengan kita? Untuk mempertahan kerajaan DAP Selangor dan kerajaan DAP Penang, Dong Zong sudah pun berkempen secara senyap. Maka itu, NGO-NGO Melayu dan Islam harus sedar dan peka akan hal ini.


































Kartun : Bagaimana NGO Dipergunakan Oleh Pihak Asing.

Posted: 21 Feb 2012 03:32 PM PST

NGO takkan boleh berhubungan terus dengan negara luar.

Mesti ada ejennya di sini.



Persoalannya, siapakah ejen yang dimaksudkan dalam kartun tersebut?


*Anda ada jawapan, sila beri di ruangan komen.

Berita Baik.

Posted: 21 Feb 2012 02:00 PM PST

Mulakan pagi anda dengan berita baik.



Kepada UMNO Selangor, teruskan perjuangan untuk mengembalikan pentadbiran negeri Selangor kepada yang HAQ iaitu UMNO dan Barisan Nasional.

Semoga 4 tahun pemerintahan pakatan pembangkang ini membuka mata rakyat Selangor untuk tidak memperjudikan nasib mereka melalui kertas undi.

*PKR semakin lemah tapi parti itu yang akan bertanding banyak kerusi. Kenapa ya?

Kempen ABAI Bermula. Adakah Ia Sehebat ABU?

Posted: 21 Feb 2012 10:01 AM PST

Gambar-gambar ini MyMassa ambil dari blog Keris7lok (http://keris7lok.blogspot.com/2012/02/adakah-banner-ini-dinaikkan-sempena.html).









Hari ini Malaysiakini memaparkan cerita yang sama iaitu kempen ABAI.

ABAI - Asalkan Bukan Anwar Ibrahim pula muncul
Selepas grafiti Asalkan Bukan Umno (ABU) menjadi popular dan diangkat sebagai kempen oleh kumpulan NGO, kini muncul pula contengan "Asal Bukan Anwar Ibrahim" atau ABAI.

Dalam insiden yang dikesan kelmarin, contengan yang dianggap sebagai vandalisme itu dikesan di pusat khidmat DAP DUN Ayer Keroh di Melaka, lapor blog pemimpin PAS negeri.

Berdasarkan gambar yang dikirim kepada Malaysiakini, kelihatan tulisan bersaiz besar berwarna merah dan hitam itu disembur, dipercayai menggunakan penyembur aerosol.

Ianya satu kempen yang bagus untuk meneutralkan pengaruh ABU. Cuma MyMassa harap ianya berterusan.

Jangan hangat-hangat tahi ayam. Nanti menghabehkan boreh jo. Bukan senang nak mulakan kempen macam ni.

*Mula-mula ABU. Lepas tu ABAI. Lepas ni BABAI kepada PAS-DAP-PKR.

Gambar. Antara Dua 'B' Ni, Mana Satu Yang HARAM!

Posted: 21 Feb 2012 08:32 AM PST

BERSIH dan BR1M

PAS kata duit BR1M duit haram.

Tapi dalam gambar ni, pakcik sokong BERSIH pun ambil duit BR1M.

Kalau tengok gambar ni, BERSIH lagi haram dari BR1M. Sebab BERSIH adalah pertubuhan haram.

BR1M pula duit dari rakyat untuk rakyat.

*Semoga lepas dapat banyak manfaat dari Kerajaan sedia ada, pakcik BERSIH ni dapat bezakan mana satu yang haram atau yang halal.

PANAS! Bukti PAS Akui Mereka Pemuja Syaitan.

Posted: 21 Feb 2012 07:33 AM PST

PAS cuba menyerang kredibiliti Dr. Hasan Ali dengan menuduh logo jati sebagai logo syaitan.

Ianya telah diterbitkan dalam Harakah versi online.


Apa yang MyMassa nak tekankan di sini, PAS cuba berlagak pandai sebenarnya bodoh.

Logo ini adalah logo yang didakwa sebagai logo syaitan oleh blog APA (http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/02/nasihat-aku-kepada-ss-tan-sri-harussani.html).



Logo yang dikatakan mirip syaitan lucifer adalah 3 serangkai yang berbentuk segitiga yang mengelingi bulatan di tengah.

Cuba lihat logo ini pula.

Logo Pakatan Rakyat.

Tidakkah logo ini juga mempunyai 3 serangkai dan berbentuk piramid.

Kalau PAS tuduh logo JATI sebagai logo syaitan, maka PAS juga mengangkat bendera yang sama dalam pakatan. Seperti mengata dulang paku serpih.

*Best. Akhirnya PAS mengaku mereka Parti Ajaran Sesat yang mengangkat bendera syaitan bersama DAP dan PKR.

Israel dan Yahudi – Musuh azali yang kekal abadi

Posted: 21 Feb 2012 06:37 AM PST

Kenapa kita perlu mencurigai dan memusuhi Yahudi-Zionis-Israel. Bukankah lebih baik kita mengiktiraf sahaja kewujudan negara tersebut atau kita menyokong dan mempertahankan segala keselamatannya demi mewujudkan keamanan dunia? Bagi umat Islam terutama sekali bagi para mujahid Palestine, seruan tersebut merupakan satu tindakan kurang ajar dan boleh dikenakan hukuman bunuh kerana ia merupakan satu ucapan yang mengkhianati perjuangan jihad mereka.


Yahudi memang tidak boleh dipercayai sejak zaman berzaman. Ini ditegaskan oleh Allah di dalam surah Ali Imran ayat 118 bermaksud; "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya." 


Yahudi dan sekutu-sekutunya memang licik menipu dan menindas bangsa Palestine dan Arab. Mereka sentiasa bermanis muka namun menyimpan dendam kesumat terhadap umat Islam. Masyarakat Arab sering terpedaya sehingga segala harta mereka dibolot Yahudi. Bermula dengan memajak dan menyewa tanah-tanah masyarakat Arab Palestine, pendatang-pendatang Yahudi kemudiannya membeli tanah-tanah tersebut dengan taktik menipu. Ada juga tanah-tanah masyarakat Arab dirampas oleh tokey-tokey Yahudi kerana tidak mampu membayar hutang pinjaman dengan riba yang tinggi.

Penguasaan tokey-tokey Yahudi ke atas tanah-tanah milik Arab sedikit demi sedikit menimbulkan kemarahan masyarakat Arab. Namun tokey-tokey Yahudi ini bijak memanipulasikan undang-undang sehingga tuan-tuan tanah Arab ini kalah dalam perbicaraan. Yahudi-yahudi ini juga merasuah pegawai-pegawai Arab untuk menukar status tanah tersebut kepada tanah komersial yang kononnya menjanjikan pekerjaan kepada masyarakat Arab. Sedangkan golongan bangsawan dan berpengaruh Arab pula diberi pelbagai ganjaran agar mereka sentiasa berasa selesa dengan jawatan yang diberikan oleh puak-puak Yahudi.

Puak-puak Yahudi juga menggunakan pelbagai taktik licik mempengaruhi masyarakat Arab agar menjual tanah-tanah mereka dengan habuan yang lumayan. Kawasan-kawasan pertanian Arab yang dahulunya subur telah ditukar menjadi kawasan-kawasan penempatan Yahudi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, pos kawalan dan rumah ibadat. Manakala kawasan berhampiran yang berpendudukan padat masyarakat Arab-Islam mula dibeli dan jadikan kawasan perkuburan Yahudi. Ini menyebabkan masyarakat Arab terusir secara sistematik dan kawasan tersebut diambil alih oleh golongan-golongan pendatang Yahudi.

Pendatang-pendatang Yahudi dari Soviet Union, Eropah, Ethopia, Turki, Iran, Iraq dan Maghribi terus dibawa masuk oleh imperialis Inggeris sejak 1940an secara besar-besaran untuk menduduki penempatan-penempatan baru ini. Tanpa rasa malu, para pemimpin Yahudi mendakwa kepada dunia bahawa mereka berjaya membasmi kemiskinan hanya dalam beberapa tahun memerintah tanah-tanah Palestine. Masyarakat asal Palestine terus dinafikan hak mereka sebagai masyarakat pribumi dan dituduh pula sebagai golongan pendatang. Hujah-hujah dari kitab-kitab Yahudi terus digunakan untuk menghalalkan apa jua tindakan Yahudi merampas tanah-tanah umat Palestine.


Yahudi juga sering berjanji dan merancang untuk membasmi kemiskinan di kalangan penduduk Arab bagi mematahkan kritikan masyarakat tersebut terhadap penguasaan bangsa Yahudi. Namun program pembasmian kemiskinan dilakukan Yahudi adalah dengan cara membina penempatan mahal yang hanya mampu dimiliki golongan kaya Yahudi sementara penduduk miskin Arab diusir ke kawasan-kawasan tandus di Gaza dan Tebing Barat. Keadaan ini menyebabkan masyarakat Arab Palestine bangkit melakukan intifada (perlawanan). Namun sehingga kini ia masih gagal menghancurkan Yahudi kerana Zionis-Israel terus mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) .

Zionis-Israel tidak pernah padam keinginannya mewujudkan Israel Raya. Tindakan ini hanya akan tercapai melalui gerakan merampas tanah-tanah negara Arab sekelilingnya samada melalui peperangan atau pembelian tanah dan aset bagi tujuan pembangunan. Israel turut menaja pelbagai gerakan anti kerajaan menghuru-harakan kerajaan-kerajaan Arab sekitarnya agar mereka bermusuh sesama sendiri kerana perbezaan ideologi. Faktor ini menjadi sebab kenapa banyak kerajaan Arab tidak begitu serius membela perjuangan rakyat Palestine, sebaliknya sibuk dengan urusan dalam negeri dan menganggap isu Palestine sebagai bebanan kepada mereka. Dalam masa yang sama, para pemimpin Arab ini juga selesa menjadi boneka kepada sekutu-sekutu Israel iaitu AS dan EU kerana mendapat bantuan kewangan yang besar setiap tahun dengan syarat tidak akan memusuhi negara Israel.

Kini ramai pemimpin-pemimpin boneka Arab telah tumbang di Tunisia, Mesir dan Yaman. Namun setelah 100 hari berlalu, nampaknya pemimpin-pemimpin baru di negara-negara ini tetap disibukkan dengan huru-hara yang tidak berkesudahan. Sesungguhnya ini adalah sebahagian perancangan Yahudi agar isu Palestine dilupakan oleh regim-regim baru Arab tersebut sebagai syarat jaminan bantuan ekonomi dan keselamatan yang berterusan dari Barat. Hakikatnya, banyak hasil bumi Arab seperti petroleum dan gas asli lama dikuasai oleh syarikat-syarikat proksi Yahudi-Barat dan negara-negara Arab sekian lama bergantung pada import barang makanan, peralatan, jentera bahkan pakaian dan senjata dari negara-negara bukan Islam!

Beberapa negara Islam seperti Iraq, Afghanistan dan Libya telah tersungkur dimusnahkan Amerika dan sekutu-sekutunya kerana keberanian mereka menentang Yahudi. Tidak mustahil suatu masa nanti umat Islam di Syria, Iran, Pakistan bahkan Indonesia dan Malaysia juga akan dihapuskan kerana berani menentang Israel. Justeru adakah faktor tersebut mewajarkan kita mengiktiraf kewujudan Israel dengan mempertahankan keselamatannya demi keselamatan negara kita dari diserang oleh mereka? Atau 'kita' sengaja mengiktiraf Israel agar terus mendapat dana-dana demi mengapai kuasa? Isu Palestine tetap menjadi agenda utama perjuangan umat Islam sedunia, walaupun puak-puak kafir harbi membencinya.

Hakikatnya musuh-musuh Islam tidak pernah redha kepada umat Islam selagi kita tidak tunduk menuruti kehendakan mereka. Memang banyak persamaan kelicikan Yahudi menipu bangsa Arab dengan apa yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam ke atas segala kepentingan umat Melayu-Islam di Malaysia kini. Persoalannya adakah ia kebetulan ada persamaan atau ia merupakan satu perancangan yang besar dilakukan oleh mereka untuk mengambil alih negara ini. Israel kecil berada di kalangan kita, tentera upahan Dajjal juga ada sekeliling kita. Mereka terus dan terus dengan usaha mereka untuk menguasai kita. Berwaspadalah ummah!!!

Kisah Haji Hadi Dan Anjing.

Posted: 21 Feb 2012 05:33 AM PST

Takde apa-apa kisah pun. Hanya kenyataan Haji Hadi yang menggunakan anjing sebagai perumpamaan.



MyMassa dapat imej ni dari FB.

Saja nak bagi peringat kat orang PAS. Anjing pun pandai bersatu. Bila la orang Islam nak bersatu pulak lepas ni

*Anjing mana ni Haji Hadi, Dog And Pig Party ke?

Jawapan Untuk Cadangan Kerajaan Selangor Untuk Menggunakan Air Lombong Sebagai Sumber Air.

Posted: 21 Feb 2012 04:37 AM PST



Demi meraih undi, Kerajaan Selangor sanggup buat cadangan bodoh semata-mata untuk menyekat loji rawatan air Sungai Langat.

Kerajaan Selangor terlupa walaupun mereka tak buat loji rawatan air Sungai Langat, mereka terpaksa buat loji untuk merawat air lombong dengan kos yang lebih tinggi.

Walaupun air lombong boleh didapati secara percuma dan tidak perlu membeli air dari Pahang, namun kos untuk merawat air yang mempunyai kandungan logam adalah lebih tinggi daripada membeli air dan merawatnya dengan proses yang minimum.

Satu lagi yang menjadi persoalan, sanggupkan orang Selangor minum air lombang???

*Kalau orang Selangor tak sanggup, sila salurkan air ini ke rumah Menteri Besar. Nak tengok boleh ke tak dia hidup dengan air lombong ni walaupun dirawat.

Info MyMassa : Fakta Mengenai Isu Terbaru Felda.

Posted: 21 Feb 2012 03:34 AM PST

Fakta paling menarik adalah penyenaraian ini tidak memerlukan kelulusan daripada peneroka atau koperasi.

Namun diharapkan FELDA jangan terlalu angkuh dengan mengenepikan pandangan orang berpengaruh (OBP) di antara peneroka.

Jangan sampai menang sorak kampung tergadai. Berjaya disenaraikan di bursa tapi kalah pada masa pilihan raya.

*FELDA kena bertindak seperti menarik rambut dalam tepung.

Santai Petang : Hati-hati Bila Tengok Pertandingan Golf.

Posted: 21 Feb 2012 02:38 AM PST

Bahaya juga tengok pertandingan golf ye.

Sampai bola masuk seluar.


Dari dua biji bertambah jadi tiga.

*Sesuai untuk pemuda PAS yang dah kehilangan telor sejak gabung dengan DAP dan PKR.

PAS Dah Pandai Ugut Ahli.

Posted: 21 Feb 2012 01:37 AM PST

Ingatkan PAS tak takut dengan gelombang merah UMNO Kelantan, rupa-rupanya takut jugak.

Sampai ada yang kena tarik balik elaun.



Ini bukan rasuah ke? Bagi bila sokong. Tarik balik bila keluar dari parti.


*Ganas jugak PAS Kelantan.

Wajib Baca! Guan Eng Terlupa Datin Seri Rosmah Hanyalah Isteri PM. @NajibRazak @cmlimguaneng

Posted: 21 Feb 2012 12:07 AM PST


Semalam MyMassa ada keluarkan artikel mengenai kenyataan Guan Eng di sini (http://mymassa.blogspot.com/2012/02/guan-eng-lupa-dirinya-mewakili-parti.html).

Hari ini MyMassa nak sambung sikit. Ingatkah pembaca betapa marah dan mengamuknya Guan Eng bila anaknya menjadi mangsa politik?

Kali ini Guan Eng pula memangsakan isteri pihak lawan yang juga bukan ahli politik seperti anaknya. MyMassa ulang kenyataan Guan Eng dalam Malaysiakini.

Guan Eng berang anaknya dijadikan mangsa politik
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berang dengan tindakan penulis blog pro-Umno yang  cuba menamatkan kerjaya politiknya dengan mengheret kehidupan anak remajanya dengan segala pembohongan yang "keji serta tidak bertamadun".

Dalam satu kenyataan media, Lim menuntut bahawa Umno bertindak ke atas mereka yang bertanggungjawap melakukan perbuatan itu bagi membuktikan bahawa parti itu tidak menggunakan taktik "terdesak, berbahaya dan kotor" untuk terus berpaut pada kuasa.
"Dalam zaman moden ini, adalah sangat sukar bagi anak-anak muda yang membesar, terutamanya apabila ayahnya merupakan seorang Ketua Menteri yang setiap hari menjadi sasaran media pro-Barisan Nasional," kata Lim.

Isteri PM bukan seperti isteri Guan Eng yang juga ahli politik. Ahli politik memang menjadi tabiat mereka untuk menyerang pihak lawan. Tetapi tidak gentleman jika ahli politik menyerang keluarga pihak lawan yang langsung tiada kaitan dengan politik.

Tambahan pula, Datin Seri Rosmah walaupun bukan ahli politik, dia juga bukan memegang jawatan dalam GLC. Cuba lihat siapa yang MyMassa maksudkan.


Isteri kepada PM Singapura adalah CEO kepada GLC antara paling besar di Singapura iaitu Temasek Holdings.

Bila MyMassa perasan perkara ini, MyMassa nampak bahawa amalan kronisme dalam PAP telah dihalalkan bila mereka memerintah. Isteri Perdana Menteri Singapura (PM yang menerima gaji paling tinggi di dunia) pula menjawat jawatan yang juga menawarkan gaji lumayan. Seperti tiada rakyat Singapura lain yang bijak-bijak selain dari keluarga Lee Kuan Yew.

Apa yang berlaku di Singapura sama seperti di Malaysia. DAP yang merupakan anak kandung PAP melantik ahli keluarga Lim Kit Siang dan Karpal Singh sebagai pemimpin parti dan calon pilihan raya. Tidak ada calon lain dalam DAP yang lebih berkarisma sehingga 'amalan kronisme' dihalalkan?


Jika diteliti dalam pakatan pembangkang, hanya PAS sahaja yang tidak ketara amalan kronismenya dalam parti. Jika dilihat dalam PKR lagi teruk. Satu parti yang berketua umumkan Anwar Ibrahim, berpresidenkan istenya Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah sebagai Naib Presiden. Tidak hairanlah jika PKR dan DAP memerintah, Petronas mungkin akan diserahkan kepada menantu Anwar (suami Izzah) sebagaimana yang dilakukan oleh PAP di Singapura. Amalan ini sebenarnya telah didahului oleh Nik Aziz bila dia melantik menantunya, Arif Fahmi sebagai CEO PMBK.

MyMassa tegaskan sekali lagi bahawa Datin Seri Rosmah bukanlah orang yang berkepentingan dalam politik (seperti keluarga Anwar, Lim dan Karpal) mahupun orang yang menguruskan GLC seperti isteri PM Singapura dan Arif Fahmi. Beliau hanya isteri PM yang banyak melibatkan aktiviti sosial terutamanya dalam badan kebajikan. Adakalanya beliau dijemput untuk merasmikan majlis makan malam seperti mana yang dilakukan oleh PERKASA.

Namun apa yang pembangkang lakukan terhadap Datin Seri Rosmah adalah sesuatu yang amat melampaui batas. Lim Guan Eng pandai bercakap bila anaknya sendiri menjadi mangsa pihak lawan tetapi dia sendiri melakukan perkara yang sama bila berpeluang. Benarlah Lim Guan Eng seorang yang cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap.

*Dalam diam tak diam, Khalid Ibrahim telah lantik ahli keluarganya menjadi pegawai kanan Yayasan Selangor. Itu maklumat yang MyMassa masih simpan. Sebab itulah isu Yayasan Selangor sampai sekarang tak selesa. Siapa kata pakatan pembangkang bersih dari amalan kronisme?

oyabun

Posted: 21 Feb 2012 11:26 PM PST

oyabun


Mengapa Anwar tidak akan saman WSJ?

Posted: 21 Feb 2012 07:22 PM PST


Seperti dijangka, Anwar Ibrahim tidak akan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Sambil mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam semalam, beliau berkata, WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.

Berbanding laporan media arus perdana, beliau mendakwa kesemuanya hanya menyentuh kenyataannya mengenai sokongan untuk melindungi keselamatan Israel sahaja tanpa menyiarkan syarat yang perlu dipatuhi oleh negara zionis tersebut.

''Saya terangkan kepada Nik Abdul Aziz bahawa kenyataan saya dalam WSJ turut memberi penekanan mengenai contingent yang perlu dipatuhi oleh Israel dan bukan seperti mana yang disebut dalam akhbar arus perdana.

''Saya faham pendirian Pas dalam soal Palestin-Israel ini yang mana mereka cukup tegas dan keras. Saya juga beri penjelasan jangan ada salah tafsiran tentang pengiktirafan Israel kerana perkara itu tidak harus berbangkit selagi syarat-syarat tidak dipatuhi,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan kira-kira satu jam bersama Nik Abdul Aziz serta Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di sebuah hotel di sini.

Pada pertengahan bulan ini, Nik Abdul Aziz meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau pun menyaman WSJ.

Desakan tersebut merupakan ketetapan yang dibuat selepas ahli jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas mengadakan mesyuarat di sini baru-baru ini. Nik Abdul Aziz berkata, rakyat mahu mengetahui perkara sebenar kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum selepas disiarkan WSJ baru-baru ini.

Menjawab satu soalan sama ada wujud perbezaan antara beliau dan Pas mengenai isu Palestin, Anwar mengakui terdapat sedikit perbezaan.

"Cuma sedikit sahaja iaitu dari segi penekanan. Pas sentiasa konsisten bahawa mereka sama sekali tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel sama ada dalam sudut pandangan, fikiran malah dalam bentuk rundingan sekalipun.

''Saya pula menyokong keputusan yang diambil Hamas dan Fatah untuk bertegas terhadap syarat-syarat yang dikenakan dan seterusnya menyambung rundingan,'' katanya.

Berhubung contingent yang dimaksudkannya seperti mana disiarkan oleh WSJ itu Anwar berkata, terdapat empat perkara iaitu pengunduran tentera Israel daripada wilayah Palestin dan Arab; hentikan keganasan; hentikan kepungan terhadap Gaza dan iktiraf Baitul Muqaddis.

Sementara itu Nik Abdul Aziz dalam status terbaru Facebooknya hari ini menegaskan bahawa pendirian Pas dalam isu Palestin jelas iaitu parti tersebut tidak sesekali mengiktiraf walaupun seinci hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang telah dirampas.

''Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini,'' ujarnya.

Hahaha..nampaknya sandiwara mereka berdua berjaya lagi...hamPAS!!!!

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

Posted: 21 Feb 2012 11:09 PM PST

Panglima Perang Cyber


Gambar Terbaru MB Perak @ZambryAbdKadir Di Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali-228

Posted: 21 Feb 2012 09:56 PM PST


YB Dr Zambry Abd Kadir di Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke 228 di Istana Negara Jalan Duta, yang bermula semalam hingga esok hari iaitu dari 21- 23 Feb 2012

Info : 


Lihat juga gambar 7 ribu hadir di Konvensyen BN Perak dari twitter beliau di bawah :


Nampaknya peluang cerah BN pada PRU 13 akan datang melihat sambutan seperti ini.



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Lagi Tulisan Isu VC UiTM DIserang : Bukti Rahsia Besar Negara Didedahkan cc @NajibRazak

Posted: 21 Feb 2012 09:03 PM PST




Sebelum ini Panglima ada menyiar artikel tentang Hantu Raya Moden oleh blog Umno-Reform bertajuk : Pemimpin bela blogger hantu raya moden perlu berhenti atau dihentikan - di sini 


Dalam tulisan tersebut Umno-Reform menulis tentang hantu raya moden ini  katanya : 

Mereka menulis mengikut kehendak dan cita-cita tuan mereka. Mereka dibela bukan sahaja untuk menyerang pembangkang tetapi lebih menyerang sesama untuk kepentingan politik. Lantas – mereka lebih mencederakan INSTITUSI UMNO itu sendiri dari membantu. Mereka sudah dilabel sebagai Tukang Carut dan mereka akan menggunakan didikan carut mencarut sebagai senjata untuk menentang lawan – khususnya dalam kem penulis blog sendiri.

Malangnya ada kepimpinan yang dikatakan terlibat dalam membaja tukang carut ini untuk subur tumbuh dalam kalangan penulis blog UMNO untuk tujuan tertentu. Mereka tidak sedar kalau orang lain mereka boleh carut dan gigit – tidak mustahil mereka juga akan jadi mangsa setelah gagal memberi makan. Mereka akan membiak dalam kelompok virus besar dan akan menjadi punca UMNO diserang luas.

Hari ini strategi perang saraf dalam UMNO semakin tergugat. Penulisan carut-mencarut ini tidak diterima oleh pengundi atas pagar. Mereka yang dalam kem lawan juga tidak akan terpancing untuk melihat budaya yang dipancarkan oleh mereka. Mereka menjahanamkan refleksi transformasi dalam UMNO. Mereka seakan meludah – tetapi jatuh atas nama UMNO sendiri.

Semua itu – taktik perang saraf lama yang sudah terselit dalam lipatan sejarah. Rakyat yagn sudah terdedah dengan media Internet sekarang sudah dewasa. Mereka tahu dan mereka membuat penilaian sendiri. Kita tidak mahu kita sama kita berseronok tetapi impak pada pengundi menyorot.

Hari ini mereka masih ghairah mencarut – dari mencarut kepada pihak pembangkang kini mencarut terhadap blog pro UMNO yang formal seperti Unit Media UMNO. Mereka rasa gah mereka membantu dengan menjayakan partisipasi dalam media web tetapi tidak sedar bahawa kelangsungan hayat UMNO akan bertambah pendek sekiranya HANTU RAYA ini tidak halau. 


Berikut pula tulisan Pena-KSJ tentang perkara yang telah dilakukan oleh Blogger Hantu Raya Moden seperti mana yang disebutkan di atas yang jelas membahayakan keselamatan negara kerana melibatkan dokumen rahsia besar :




Wow! Hangat Malaysiakini menampilkan dokumen yang dikira rahsia besar mendakwa mereka berjaya mendedahkan kes salahguna kuasa oleh VC UiTM, Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar melibatkan pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu dengan memberikan biasiswa berkenaan kepada dua orang anaknya.

Apa yang berlaku lima tahun lepas telah di korek kembali oleh Blogger PAU PAU ( Blogger Pau kiri kanan) yang dikira mempunyai niat yang agak pelik dalam merancang strategi untuk menjatuhkan karier Datuk VC UiTM dengan bermatlamat kedudukan jawatan sekarang harus diberi kepadaorang pilihan seperti kemahuan bos yang membayar blogger terbabit untuk membuat kerja-kerja menjatuhkan VC terbabit.

Tiada bukti mengaitkan mereka dengan pendedahan di Malaysiakini,namun cara gerakan saraf dan strategi mereka dengan memberi dokumen paling rahsia untuk siaran artikel di Malaysiakini telah merumuskan bahawa dipercayai dokumen yang melibatkan surat dalaman yang dikeluarkan oleh pihak UiTM kepada Sahol sebagai TNC ketika itu telah didedahkan membabitkan penglibatan orang dalam di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sendiri.

Masakan tidak, Malaysiakini mempunyai salinan surat dari Badan Pencegah Rasuah (BPR-ketika itu) terhadap siasatan dan keputusan melibatkan isu yang dibangkitkan.

Terlintas di fikiran kita beberapa sebab mengapa ketirisan dokumen paling rahsia itu telah didedahkan di Malaysiakini dan kemudian beberapa blogger Pau Pau turut menyambut isu VC UiTM dalam masa yang sama secara serentak.

Kemungkinan dikalangan Blogger Pau Pau telah menyalurkan maklumat ke Malaysiakini untuk didedahkan kemudian mereka pura-pura tidak tahu dan memuat naik artikel kemudianya di blog masing-masing untuk mendesak siasatan dibuat sedangkan jelas ini satu perancangan yang dibuat untuk mengugut VC UiTM mendapatkan ganjaran sebagai galakan tidak menyiarkan kembali cerita yang telah ditutup lama dan mengugat reputasi.

Tunggu pendedahan beberapa blogger yang membuat analisa dan siasatan terhadap isu ini dan mendedahkan siapa dalang mengeluarkan dokumen kepada blogger Pau Pau ini.


K-MPM said: Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar- ternyata dibebaskan sebarang tuduhan menyalahgunakuasa untuk kemudahan dua orang anaknya…tunggu pendedahan siapa dalangnya…

http://penaksj.wordpress.com/2012/02/22/kes-vc-uitm-malaysiakini-disalurkan-maklumat-blogger-pau-pau-ada-muslihat/ 


Panglima : 

Selain itu blogger lain juga turut mengulas isu di atas antaranya :




Harap perkara ini diteliti oleh pegawai di Pejabat YAB Perdana Menteri untuk memastikan tidak ada blogger yang tidak beretika menjadi harapan Umno atau BN kerana mereka ini boleh membahayakan negara dan juga parti tulang belakang Kerajaan sedia ada dengan perbuatan mereka yang dapat kita lihat di atas.

Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Blog AnwarAidc Sahkan Anwar Sokong Israel cc @anwaribrahim @NajibRazak

Posted: 21 Feb 2012 07:53 PM PST



Persidangan Annapolis bukti Anwar sokong Israel


KUALA LUMPUR 21 Feb. – Sebuah blog, AnwarAIDC hari ini mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menandatangani surat lobi pada 2007 supaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengutamakan konsep two state solution atau penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin.

Melalui konsep itu, dunia perlu mengiktiraf penubuhan negara Israel yang sah dan juga Palestin di mana Jerusalem menjadi ibu kota kedua negara dengan kawasan kejiranan Israel akan menjadi milik Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin.

Menurut blog dengan entri bertajuk Bukti Sokong Israel: Annapolis Summit – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush itu, ketika itu, Anwar merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa International Crisis Group (ICG), sebuah badan antarabangsa tajaan George Soros.

"Dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada Mac 2007 yang turut dihadiri Anwar, organisasi itu meluluskan resolusi two state solution dan menggesa negara-negara Islam khususnya dunia Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel sebagai jalan penyelesaian terbaik menamatkan konflik Israel-Palestin.

"Menurut ICG, inilah cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel-Palestin seperti mana yang diperakui oleh UN Security Council Resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David Peace Accords (1978), The Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu mengiktiraf negara Palestin yang merdeka dan dalam masa sama dunia Islam mengiktiraf negara sah Israel," kata blog AnwarAIDC.

Kata blog itu, resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir termasuk Anwar dan Soros.




artikel dimaksudkan : http://www.anwaraidc.com/?p=22051


Panglima : semalam baru sahaja Panglima bercakap dengan penulis blog AnwarAidc hampir setengah jam. Jarang orang kenal penulis sebenar AnwarAidc dan jarang orang yang hebat seperti beliau boleh merendah diri dan tidak gila harta atau gila pengaruh walau blog beliau menjadi rujukan hampir keseluruhan blogger pejuang alif ba ta. 

Kesusahan beliau yang pernah diwar-warkan dalam alam maya membuktikan kecekalannya menempuh ranjau perjuangan walau dihimpit kesempitan kewangan. Alhamdulillah ketika itu ramai blogger menyiarkan kempen membantu AIDC dan ada hasil yang diperolehi. Sehingga ia masih mampu untuk meneruskan perjuangan mencurah minda hingga kini.

Kerana itu Datuk Ahmad Maslan ada sebut blog ini semasa ceramah di Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya minggu lepas di Seri Pacific PWTC. Dengan menyiarkan video dari blog tersebut di hadapan khalayak ramai. Ternyata blogger AIDC terharu dengan penghargaan tersebut kepada blog beliau dalam perbualan kami  semalam.

Mari kita jadi blogger yang tidak khianat, jujur, setia, integriti, tabah,  rendah hati seperti yang ada dalam konsep gagasan 1Malaysia. Orang hebat akan kekal hebat bila sentiasa mengikut kehendak Allah yang Maha Hebat lagi Maha Kuat. 


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Serangan Terhadap VC UiTM - Jawapan Balas Blogger Minda-Hijrah cc @NajibRazak

Posted: 21 Feb 2012 06:36 AM PST


ISU VC UiTM: KRISIS DALAMAN PUNCA SERANGAN?

1. Pagi ini didedahkan isu VC UiTM yang didakwa salahguna kuasa sehingga anak-anak beliau layak mendapat biasiswa oleh blogger PapaGomo disambut oleh blogger Parpukari. Beberapa dokumen dilampirkan bagi menyakinkan pembaca walaupun kes ini berlaku 5 tahun lalu dan pihak UiTM 

2 Ironinya, isu ini mula-mula dibangkitkan oleh portal pro-pembangkang Malaysiakini dan dipercayai bahawa sumber maklumat yang sama juga diperolehi oleh PapaGomo. Ini bermakna wujud PENGKHIANATAN dari kalangan warga UiTM mendedahkan maklumat kepada Malaysiakini DAHULU sebelum disampaikan kepada blogger. 

3. Sebenarnya isu pemberian biasiswa ini telah jelas dijawab dan diketahui umum. Setiap biasiswa yang diberikan mesti bersandarkan kepada kelayakan. Jika layak, tiada masalah. Malah kedua-dua anak VC UiTM LAYAK ketika itu. 

4. Menurut sumber yang boleh dipercayai, isu ini pun timbul disebabkan oleh sabotaj dalaman UiTM yang berkaitan dengan CMWIS. Tidak perlu disebut nama, tetapi sebenarnya ramai tahu SIAPA yang berbulu gila dengan VC UiTM dan gila kuasa mahukan kembali tampok pemerintahan CMWIS. DAN DIPERCAYAI SALURKAN MAKLUMAT kepada MALAYSIAKINI !!! 

5. Kita berharap pihak berkuasa menyiasat pembocoran maklumat yang berlaku kepada Malaysiakini. Ini adalah pengkhianatan kepada kerajaan dan tindakan wajib dilakukan. Takkan nak simpan lagi BIAWAK HIDUP dalam UiTM yang akan rosakkan negara? 

Nantikan lagi pendedahan dalang disebalik isu ini :) 


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sumber : 

http://minda-hijrah.blogspot.com/2012/02/isu-vc-uitm-krisis-dalaman-punca.html


Panglima : pelik bila blogger hebat kita juga serang VC UiTM seperti portal pro pembangkang iaitu Malaysiakini. 

Nampak ada agenda dendam peribadi dalam serangan tersebut sehingga memalukan Dato Sahol yang disalur melalui blogger.

Siapa mahu komen tentang hal ini ?

Syabas sesiapa yang kenal dan selalu belanja blogger di atas.

Harap tidak ada penglibatan agensi Kerajaan terlibat dalam serangan ini.

Sudah tentu mengamuk YAB PM jika tahu ada yang buat kerja GSPS bodoh untuk merosakkan imej Universiti untuk orang Melayu seperti UiTM.

Apa masalah mereka sebenarnya?


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Jemputan Terhad -Sidang Meja Bulat 'Melayu Pasca Modenisasi' Bersama Tun Mahathir di Yayasan kepimpinan Perdana

Posted: 21 Feb 2012 04:12 AM PST

Berikut mesej yang disampaikan oleh kawan bernama Azam jika berminat sertai program ini.

Salam.

Pejabat Penyandang Kursi Za'ba UPSI dengan kerjasama Biro Tatanegara JPM dengan ini menjemput tuan/puan ke Sesi Persidangan Meja Bulat: "Tamadun Melayu Pasca Modenisasi" yang akan di pengerusikan sendiri oleh YABhg Tun Dr Mahathir Mohammad spt berikut :

Tarikh: 27 Febuari 2012
Masa : 2.30-5.30pm.
Tempat : Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya.

Sila sahkan kehadiran tuan/puan terus kpd saya Azam di talian 0129770412.

Mohon di panjangkan jemputan ini. Terima kasih.

Tempat terhad 300 sahaja.

Keterangan gambar :

Tan Sri Nordin Kardi Penyandang Kursi Za'ba UPSI merangkap penulis tetap di Utusan Malaysia setiap Jumaat (kanan) bersama KP BTN Datuk Raja Arif bin Raja Ali (kiri)
dalam satu pertemuan makan tengah hari di Bangi.

Nota : kotak rokok warna merah dalam gambar bukan milik mana-mana tokoh di atas. Harap maklum

Video Terbaru PM @NajibRazak Bersama Lina Puluh Ribu Rakyat Di Felcra Changkat Lada

Posted: 21 Feb 2012 12:06 AM PST



Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video Perdana Menteri @NajibRazak Puji Sabah Makin Maju Dan Kelantan Paling Mundur

Posted: 20 Feb 2012 11:33 PM PST



Sebagai rakyat Kelantan Panglima sangat berharap agar Kelantan dapat dimajukan selepas 21 tahun 'menderita' tanpa sebarang hubungan antara Pusat dan Negeri dari sebuah parti yang sama.

Harap kali ini rakyat Kelantan akan TUKAR untuk pastikan tidak ada lagi kemunduran dan pengangguran di negeri paling ramai Melayu Islam di Malaysia itu.




Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

PISAU.NET

Posted: 21 Feb 2012 09:16 PM PST

PISAU.NET


Bukti Sokong Israel : Annapolis Summit – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush

Posted: 21 Feb 2012 05:00 PM PST


AIDC – Pada 1 Disember 2006, Condoleeza Rice, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) menyeru kepada semua reformis di dalam dan luar negara bersama-samanya membina satu institusi yang berkesan untuk negara demokratik.

Rice menyatakan perbincangan tentang reformasi di konteks serantau (Timur Tengah dan Afrika Utara) dan penyelesaian konflik Israel-Palestin merupakan agenda terpenting kepada dirinya dan Presiden Bush.

Di samping itu, Rice turut menyebut nama bekas Hakim Mahkamah Agung, Sandra Day O'Conor dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim sebagai tokoh penting dalam FFF yang akan bekerjasama dengan reformasi-reformasi di kawasan rantau untuk menjayakan agenda pembaharuan.

Catatan matlamat dan hala tuju FFF seperti di atas merupakan salah satu daripada 267 dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS kepada Government Accountability Project (GAP), yang bertanggungjawab menjaga akauntabiliti pentadbiran kerajaan di AS.


Shelley Walden, pegawai antarabangsa GAP menggunakan saluran Akta Kebebasan Maklumat AS (U.S. Freedom of Information Act – FOIA) dan dia mengambil masa hampir tiga bulan untuk mendapatkan dokumen-dokumen serta menulis laporan tentang badan FFF yang ditaja oleh Jabatan Negara AS itu.

Dokumen-dokumen tentang FFF boleh dilihat di sini

Tentang FFF, baca selanjutnya, artikel bertajuk, "Bukti Sokong Israel : FFF – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush "

Annapolis Summit 2007

Sebagai mengotakan janji di atas, Rice kemudiannya telah mengendalikan satu persidangan yang dinamakan 'Annapolis Summit atau Annapolis Conference' untuk menyelesaikan konflik Israel dan Palestin.

Persidangan Annapolis itu diadakan pada 27 November 2007, di Akademi Tentera Laut, Annapolis, Maryland, AS yang dipengerusikan oleh Presiden AS, George W. Bush.

Israel diwakili Perdana Menterinya, Ehud Olmert manakala Palestin pula diwakili Presidennya, Mahmoud Abbas.

Menariknya, laman presstv.ir lapor Presiden Abbas adalah proksi AS yang melakukan coup d'etat (rampasan kuasa) apabila Ismail Haniya dari Hamas menang pilihanraya Palestin.

Namun begitu, draf dokumen 'Road map for peace' anjuran Presiden Bush yang bertemakan 'two state solution' telah dibocorkan oleh akhbar Israel, Haaretz, 10 hari lebih awal daripada tarikh sebenar persidangan tersebut.

Bagaimanakah akhbar Israel mendapat maklumat lebih awal berkenaan dokumen sulit resolusi 'two state solution' itu ?

Menurut wikipedia, 'two state solution' merujuk kepada "two states for two peoples…solution envisages the establishment of an independent Palestinian state alongside the State of Israel.

Maksudnya, 'Solusi untuk membentuk Negara Palestin yang merdeka bersama dengan Negara Sah Israel'.

Pembentukan dan pengiktirafan 'Negara Sah Israel' yang menjadi faktor majoriti rakyat Palestin yang diwakili Hamas dan Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei memboikot persidangan tersebut.

Rakyat Palestin bangkit memprotes dan berdemonstrasi menentang agenda 'two state' itu di Semenanjung Gaza.

Manakala Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, mengutuk persidangan itu, dengan berkata "Sokong Annapolis bermakna Sokong Agenda Zionis".

"Kami tidak mengiktiraf wakil yang mengadakan perbincangan di Annapolis, dia tidak mewakili rakyat Palestin, " kata Ismail Haniyeh, Ketua Hamas.

Menurut wikipedia, Annapolis Summit 2007 adalah kesinambungan daripada 'Camp David Accords' yang diusahakan oleh Presiden Jimmy Carter pada tahun 1979, antara Anwar Al Sadat (Presiden Mesir) dengan Menachem Begin (Perdana Menteri Israel), namun usaha ini menemui kegagalan apabila Anwar Sadat telah ditembak mati oleh beberapa kelompok tertentu yang tidak bersetuju gagasan idea tersebut.

Orang yang memainkan peranan di sebalik Camp David Accords ini adalah Zbigniew Brzezinski, yang ketika itu memegang jawatan sebagai Penasihat Majlis Keselamatan Presiden Carter.

Brzezinski yang juga mentor kepada Madeline Albright adalah antara tokoh utama bersama Anwar Ibrahim dalam International Crisis Group (ICG) dan antara pelobi utama Annapolis Summit yang diusahakan Presiden Bush.

Anwar Tandatangan Lobi 'Two State Solution'

Selain terlibat dalam FFF, Anwar juga turut terlibat dalam badan antarabangsa tajaan George Soros, ICG (International Crisis Group).

Anwar dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG sekitar Jun 2006.

Dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada Mac 2007 yang turut dihadiri Anwar, organisasi itu meluluskan resolusi 'two state solution' dan menggesa negara-negara Islam khususnya dunia Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel sebagai jalan penyelesaian terbaik menamatkan konflik Israel-Palestin.

Menurut ICG, inilah cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel/Palestin sepertimana yang diperakui oleh UN Security Council Resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David Peace Accords (1978), the Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu mengiktiraf Negara Palestin yang merdeka dan dalam masa sama dunia Islam mengiktiraf Negara Sah Israel.

Resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir, antaranya; Lord Patten (Pengerusi bersama), Thomas R. Pickering (Pengerusi bersama), Gareth Evans (Presiden), Morton Abramowitz, Kenneth Adelman, Anwar Ibrahim, Shlomo Ben-Ami, Kim Campbell, Maria Livanos Cattaui, Wesley Clark, Carla Hills, Stephen Solarz, George Soros dan lain-lain.

Rentetan daripada mesyuarat itu, pada 10 Oktober 2007, ICG sekali lagi meneruskan usaha apabila bergabung dengan dua lagi badan pemikir AS iaitu United States Middle East Project (USMEP) dan New America Foundation/American Strategy Program, menghantar surat lobi menyokong usaha Presiden Bush dan Condoleeza Rice supaya diadakan satu rundingan di antara Israel dan Palestin, yang kemudiannya dikenali sebagai Annapolis Summit.

Menurut sourcewatch, USMEP adalah organisasi yang dibentuk oleh Council on Foreign Relations (CFR) pada tahun 1994 untuk membuat kajian khusus tentang Timur Tengah.

Manakala New America Foundation pula merupakan badan pemikir yang berpengkalan di Washington DC yang mendapat tajaan yayasan-yayasan dana Yahudi termasuk Open Society Institute (OSI), Ford Foundation, Rockefeller Foundation dan lain-lain.

Steve Clemons, dari New America Foundation yang turut sama terlibat menandatangani surat sokongan kepada Presiden Bush turut mendedahkan satu-satunya tokoh Islam dari Asia Tenggara yang menyokong Annapolis Summit itu adalah Anwar Ibrahim dari Malaysia.

Bukti pembabitan nama Anwar yang didedahkan oleh Steve Clemons itu, klik di sini dan di sini dan di sini

Nama Anwar Ibrahim diletakkan sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA.

Kandungan Surat Lobi

Menurut laman prospectsforpeace.com dan druckversion.studien-von-zeitfragen.net. pelobi-pelobi Annapolis Summit (termasuk Anwar Ibrahim) telah menghantar surat lobi kepada Presiden Bush dan Setiausaha Negara Condoleezza Rice yang memuji usaha menjayakan agenda 'two state solution' itu.

Selain itu, pelobi yang diwakili tiga badan, ICG, USMEP dan New American Foundation turut mengesyorkan garis panduan untuk menjayakan agenda tersebut :

1. Matlamat Dua Negara (two-state solution), berdasarkan garis panduan yang pernah dibuat pada 4 Jun 1967, dengan proses pindaan kecil, antara satu sama lain dan dipersetujui bersama seperti yang dinyatakan dalam pertukaran tanah 1:1

2. Jerusalem sebagai rumah kepada dua ibu negara, dengan kawasan kejiranan Israel jatuh di bawah kedaulatan Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin

3. Penyusunan semula The Old City of Jerusalem dengan memberikan hak kepada setiap pihak penguasaan berdasarkan tepat suci masing-masing dan laluan tanpa halangan kepada setiap penduduk tempat tersebut. Nota : Old City merujuk the Temple Mount and its Western Wall for Jews, the Church of the Holy Sepulchre for Christians, and the Dome of the Rock and al-Aqsa Mosque for Muslims.

4. Penyelesaian masalah pelarian secara konsisten dengan penyelesaian dua negara, mengutarakan rasa ketidakadilan mendalam terhadap pelarian Palestin, dan juga memberikan mereka pampasan kewangan dan bantuan penempatan semula

5. Mekanisme keselamatan yang mengemukakan kebimbangan penduduk Israel dan dalam masa sama menghormati kedaulatan Palestin

Persidangan antarabangsa itu perlu termasuk perkara-perkara berikut:

1. Dalam usaha untuk mempertingkatkan keyakinan Israel dalam proses tersebut, negara-negara Arab yang pada masa ini tidak menikmati hubungan diplomatik dengan Israel perlu menghadiri persidangan tersebut.

2. Kami memuji pentadbiran Amerika kerana keputusannya untuk menjemput Syria ke persidangan tersebut; ia perlu diikuti dengan penglibatan sebenar. Kejayaan laluan ini amat penting untuk mengubah landskap serantau. Secara minimum, persidangan tersebut perlu melancarkan rundingan Israel-Syria di bawah naungan antarabangsa.

3. Tentang Hamas, kami percaya bahawa kaedah dialog dengan pertubuhan ini jauh lebih baik daripada pengasingannya ; ia boleh dianjurkan oleh utusan PBB dan Kuartet Timur Tengah. Mempromosikan gencatan senjata di antara Israel dan Gaza mungkin merupakan titik permulaan yang baik.

Penandatangan :

1. Zbigniew Brzezinski, Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden Jimmy Carter

2. Lee H. Hamilton, Bekas Ahli Kongres dan Pengerusi Bersama Iraq Study Group (Kumpulan Kajian Iraq)

3. Carla Hills, Bekas Wakil Perdagangan A.S. di bawah Presiden George H.W. Bush

4. Nancy Kassebaum-Baker, Bekas Senator (R-KS)

5. Thomas R. Pickering, Bekas Pembantu Utama Setiausaha Negara di bawah Presiden Bill Clinton

6. Brent Scowcroft, Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden Gerald Ford dan Presiden George H.W. Bush

7. Theodore C. Sorensen, Bekas Perunding Khas dan Penasihat kepada Presiden John F. Kennedy

8. Paul Volcker, Bekas Pengerusi Lembaga Gabenor Sistem Rezab Persekutuan A.S.

Penandatangan Baru pada 10 Oktober 2007

(Penandatangan menandatangani dalam kapasiti individu lebih daripada kapasiti insititusi)

1. Fouad Alghanim, Ahli Lembaga Antarabangsa, USMEP

2. Jodie Allen, Senior Editor Pusat Penyelidikan Pew; Bekas Editor , Outlook Section, Washington Post

3. Harriet Babbitt, Bekas Duta A.S. ke Persatuan Negara-negara Amerika; Bekas Pengarah National Democratic Institute for International Affairs (Institut Demokrasi Kebangsaan untuk Hubungan Antarabangsa)

4. Birch Bayh, Bekas Senator A.S. (D-IN)

5. Shlomo Ben-Ami, Bekas Menteri Luar Israel

6. Stephen Bosworth, Dekan, The Fletcher School at Tufts University; Bekas Duta ke Korea, Filipina dan Tunisia

7. Lincoln Chafee, Felo Pelawat di Institut Kajian Antarabangsa Watson, Brown University; Bekas Senator A.S. (R-RI)

8. Steven Clemons, Felo Kanan dan Pengarah, Senior Fellow & Director, New America Foundation/American Strategy Program (Yayasan Amerika Baru/Program Strategi Amerika)

9. Harvey Cox, Profesor Pengajian Teologi Hollis, Sekolah Teologi Harvard

10. Michael Cox, Professor di London School of Economics dan Pengarah Pusat Kajian Perang Dingin

11. Edward Djerejian, Pengarah, Institut untuk Dasar Awam James A. Baker III, Rice University; Bekas Penolong Setiausaha Negara untuk Hubungan Timur Dekat; Bekas Duta A.S. ke Israel

12. James Dobbins, Bekas Penolong Setiausaha Negara

13. Joseph Duffey, Pengarah Agensi Maklumat A.S.(1993-1999); Penolong Setiausaha Negara untuk Pendidikan dan Budaya, 1977

14. Peter Edelman, Profesor Undang-Undang dan Pengarah Bersama, Ijazah Undang-Undang dan Dasar Awam; Bekas Penolong Setiausaha untuk Perancangan dan Penilaian

15. Gareth Evans, Presiden & CEO, International Crisis Group (Kumpulan Krisis Antarabangsa); Bekas Menteri Luar Australia

16. Leon Fuerth, Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Naib Presiden Al Gore

17. Philip H. Gordon, Felo Kanan untuk Dasar Luar A.S., Brookings Institution

18. Morton Halperin, Pengarah Eksekutif, Open Society Policy Center; Pengarah Sokongan A.S. , Open Society Policy Center ; Bekas Pengarah Staf Perancangan Dasar, Jabatan Negara A.S., 1998-2001

19. Gary Hart, Kerusi Wirth di University of Colorado; Pengerusi, Council for a Livable World and the American Security Project (Majlis untuk Dunia Yang Sesuai Didiami dan Projek Keselamatan Amerika) ; Bekas Senator A.S. (D-CO)

20. Rita E. Hauser, Bekas Ahli, President's Foreign Intelligence Advisory Board (Lembaga Penasihat Perisikan Luar Presiden)

21. William J. vanden Heuvel, Pengerusi, Emeritus of the Franklin & Eleanor Roosevelt Institute; Bekas Timbalan Wakil Tetap A.S. ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

22. Samuel M. Hoskinson, Naib Presiden Eksekutif , Jefferson Waterman International; Bekas Naib Pengerusi, National Intelligence Council (Majlis Perisikan Negara); National Intelligence Officer for the Middle East (Pegawai Perisikan Negara untuk Timur Tengah) dan Senior National Security Council Staff Officer under three National Security Advisors (Pegawai Staf Kanan Majlis Keselamatan Negara di bawah tiga Penasihat Keselamatan Negara)

23. Joseph Hotung, Pengerusi dan Pengarah Urusan, Ho Hung Hing Estates Ltd., Hong Kong and United Kingdom; Ahli Lembaga Antarabangsa , USMEP

24. Amory Houghton, Bekas Ahli Muda Kongres A.S. (R-NY)

25. Robert E. Hunter, Penasihat Kanan, RAND Corporation; Bekas Duta A.S. ke NATO

26. Robert Hutchings, Diplomat Tamu, Woodrow Wilson School at Princeton University; Bekas Pengerusi Majlis Keselamatan Negara

27. Anwar Ibrahim , Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia

28. Michael Intriligator, Profesor Ekonomi di UCLA; Bekas Pengarah, UCLA Burkle Center for International Relations (Pusat Burkle UCLA untuk Hubungan Antarabangsa)

29. Robert Jervis, Profesor Hubungan Luar Adlai E. Stevenson di Columbia University; Bekas Presiden, American Political Science Association (Persatuan Sains Politik Amerika)

30. Herbert C. Kelman, Profesor Etika Sosial Richard Clarke Cabot, Emeritus, Harvard University; Bekas Pengarah, Program Analisis dan Resolusi Konflik Antarabangsa, Weatherhead Center for International Affairs (Pusat Weatherhead untuk Hubungan Antarabangsa)

31. Said Khoury, Presiden, Consolidated Contractors International Company S.A.L., Greece; Ahli Lembaga Antarabangsa, USMEP

32. Lawrence Korb, Felo Kanan, Center for American Progress (Pusat Perkembangan Amerika); Penasihat Kanan kepada Pusat Maklumat Pertahanan; Bekas Felo kanan & Pengarah Pengajian Keselamatan Negara di Majlis Hubungan Luar; Bekas Penolong Setiausaha Keselamatan

33. Flynt Leverett, Pengarah, Geopolitics of Energy Initiative and Senior Fellow, New America Foundation (Inisiatif Geopolitik Tenaga dan Felo Kanan, Yayasan Amerika Baru) ; Bekas Pengarah Kanan untuk Hubungan Timur Tengah, Majlis Keselamatan Negara; Bekas Pakar Timur Tengah untuk Setiausaha Negara – Staf Perancangan Dasar; Bekas Penganalisis Kanan, Central Intelligence Agency (Agensi Perisikan Pusat)

34. Daniel Levy, Pengarah, Inisiatif Dasar Timur Tengah, New America Foundation (Yayasan Amerika Baru); Felo Kanan, Century Foundation; Perancang Utama Israeli, Inisiatif Geneva; Ahli Delegasi Israeli, Rundingan Taba

35. Anatol Lieven, Profesor Pengajian Peperangan, Kings College London; Felo Penyelidik Kanan, New America Foundation

36. Fouad Makhzoumi, Pengerusi Parti Dialog Kebangsaan, Lubnan; Ahli Lembaga Antarabangsa, USMEP; Pengerusi, Future Pipe Group; Pengasas Yayasan Makhzoumi

37. Robert Malley, Pengarah Program Timur Tengah dan Afrika Utara, International Crisis Group; Felo Kanan Bukan Residen di USMEP

38. John R. Malott, Bekas Duta A.S. ke Malaysia; Bekas Timbalan Penolong Setiausaha Negara untuk Hubungan Asia

39. Lenore Martin, Profesor Sains Politik, Emmanuel College; Rakan Sekutu, Pusat Weatherhead untuk Hubungan Antarabangsa, Harvard University

40. John McLaughlin, Bekas Timbalan Pengarah Central Intelligence Agency (CIA)

41. John Mearsheimer, Profesor Sains Politik, University of Chicago

42. Everett Mendelsohn, Profesor Emeritus untuk Sains Sejarah, Harvard University

43. Diana Villiers Negroponte, Pengajian Dasar Luar, Brookings Institution

44. William Nitze, Presiden The Committee for the Republic (Masyarakat untuk Republik)

45. Augustus Richard Norton, Profesor Hubungan Antarabangsa dan Anthropologi, Boston University

46. Ayo Obe, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu, World Movement for Democracy (Gerakan Dunia untuk Demokrasi); Bekas Naib Presiden, Civil Liberties Organisation (Organisasi Kebebasan Awam), Nigeria

47. Adnan Abu Odeh, Bekas Penasihat Politik kepada Raja Abdullah II dan kepada Raja Hussein Jordan; Bekas Wakil Tetap Jordan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

48. William E. Odom, Leftenan Jeneral (Bersama) Tentera Darat A.S. ; Felo Kanan, Hudson Institute; Profesor Sains, Yale University; Bekas Pengarah Agensi Keselamatan , 1985-1988

49. Hutham Olayan, Presiden & CEO, Olayan America Corporation; U.S.A. Ahli Lembaga Antarabangsa USMEP

50. Christopher Patten, Pengerusi Bersama International Crisis Group; Canselor, University of Oxford; Bekas Pesuruhjaya untuk Hubungan Luar; Bekas Panglima Besar Gabenor British Hong Kong

51. Edward L. Peck, Bekas Ketua Misi A.S. ke Iraq; Bekas Duta ke Mauritania

52. Paul R. Pillar, Profesor Pelawat, Program Pengajian Keselamatan, Georgetown University; Bekas Pegawai Keselamatan Negara untuk Asia Tekat dan Asia Tenggara, Central Intelligence Agency

53. Larry Pressler, Bekas Senator A.S. (R-SD) & Ahli Jawatankuasa Hubungan Luar Senat; Ahli, Majlis Hubungan Luar

54. William B. Quandt, Profesor Politics Edward R. Stettinius, University of Virginia

55. Felix Rohatyn, Bekas Duta A.S. ke Perancis

56. Theodore Roosevelt IV, Pengarah Urusan, Lehman Brothers

57. Richard J. Samuels, Profesor Sains Politik Ford International & Pengarah, Center for International (Pusat untuk Pengajian Antarabangsa) di Massachusetts Institute of Technology

58. Pierre Schori, Ketua Pengarah FRIDE; Bekas Wakil Khas Setiausaha Agung PBB; Bekas Duta Sweden ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa; Bekas Timbalan Menteri Luar, Kerajaan Sweden

59. J. J. Sheehan, Jeneral (Bersara), Kor Marin A.S.

60. Eric Shinseki, Jeneral (Bersara), Tentera Darat A.S.; Bekas Ketua Staff, Tentera Darat A.S.

61. Henry Siegman ,Presiden, US/Middle East Project, Inc.

62. Dimitri K. Simes, Presiden, The Nixon Center ; Penerbit, The National Interest

63. Anne-Marie Slaughter, Dekan, Sekolah Hubungan Awam dan Antarabangsa Woodrow Wilson, Princeton University

64. Stephen J. Solarz, Bekas Ahli Kongres A.S. (D-NY)

65. Henry Steiner, Jeremiah Smith, Profesor Muda Undang-Undang, Emeritus, Harvard Law School

66. Richard Vague, Pengerusi dan CEO Adagio Partners

67. Stephen Walt, Profesor Hubungan Antarabangsa Robert and Renee Belfer
Sekolah Kerajaan John F. Kennedy, Harvard University

68. Phil Wilcox,Presiden, Foundation for Middle East Peace (Yayasan Keamanan Timur Tengah); Duta Besar Tugas Khas A.S. ; Bekas Pembantu Khas kepada Setiausaha Rendah untuk Pengurusan untuk Jabatan Negara A.S.; Bekas Pengarah untuk Hubungan Serantau, Biro Hubungan untuk Timur Tengah dan Asia Tenggra, Jabatan Negara A.S.

69. Lawrence B. Wilkerson, Kolonel (Bersara) Tentera Darat A.S. ; Profesor Pamela C. Harriman, Kolej Kerajaan William Mary; Pensyarah Profesor, George Washington University; Bekas Ketua Staf, Jabatan Negara A.S.; Bekas Pengarah, Kolej Perang Kor Marin A.S.

70. Joseph Wilson, Duta dalam Pentadbiran Presiden George H. W. Bush; Penolong Khas kepada Presiden Clinton; Pengarah Kanan untuk Hubungan Afrika, Majlis Keselamatan Negara

71. Timothy Wirth, Presiden, U.N. Foundation (Yayasan PBB); Bekas Senator A.S. (D-CO)

72. Frank Wisner, Bekas Duta A.S. ke Zambia, Mesir, Filipina dan India; Bekas Setiausaha Rendah Pertahanan untuk Dasar; Bekas Setiausaha Rendah untuk Hubungan Keselamatan Antarabangsa; Naib Pengerusi Hubungan Luar , American International Group

73. John S. Wolf, Bekas Ketua Pemantau, Middle East Roadmap, Jabatan Negara; Bekas Duta A.S.


Pisau kata " PAS dah angkat Ehud Barak jadi mursyidul am "

Janggut Nabi Muhammad S.A.W Di Pamerkan.

Posted: 21 Feb 2012 12:02 PM PST


DHAKA, Bangladesh - Sejumlah penganut Islam berbaris panjang untuk melihat sehelai janggut Nabi Muhammad SAW di Masjid Nasional di sini semalam.
Janggut itu diletakkan di dalam sebuah bekas berkaca semasa ia dipamerkan kepada orang ramai.
Pusat Kebuadayaan Turki meminjamkan bekas yang mengandungi janggut Nabi Muhammad itu untuk dipamerkan kepada orang ramai.
Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 Masihi semasa berumur 63 tahun.
SUMBER: KOSMO



Rakaman audio bersama bekas kader tegar PAS

Posted: 21 Feb 2012 05:18 AM PST








Anwar Israel Tidak Mahu Saman Wall Street.

Posted: 21 Feb 2012 12:00 AM PST


Anwar memang sah mengiktiraf negara Israel dan mahukan keselamatan negara itu terjaga.Manusia sesumpah ini didepan masyarakat barat menyokong Israel,didepan masyarakat Islam dia berlakon semata mata mahukan sokongan.

Akhbar Wall Street Journal yang kononnya telah membuat fitnah terhadap Anwar tidak pula mahu disamannya,jika dilihat daripada trend saman menyaman,pasukan peguam Anwar akan cepat cepat menyaman untuk menutup pihak yang mengancam kedudukannya.

Sokong Israel satu kemestian buat Anwar untuk mendapatkan dana pilihanraya,proksi Yahudi Amerika ini berasakan rakyat Malaysia tidak semuanya yang tahu mengenai sokongan beliau terhadap Israel,maka senang untuk beliau putar belit dan bohong.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai Israel yang disiarkan oleh akhbar itu bulan lalu .

Beliau berkata, ini kerana akhbar itu turut menyiarkan kenyataannya mengenai 'kontinjen' iaitu syarat-syarat sebelum sokongan untuk melindungi keselamatan Israel dibuat. - UTUSAN



Pisau kata " ada video tayang dia tutuh china doll terang terangan dia kata bukan,apa lah sangat dengan kenyataan di wall street tu"

Umno Laga-Lagakan Saya Dengan Nik Aziz - Anwar

Posted: 20 Feb 2012 10:00 PM PST


Sebelum ini Azmin Ali telah mengesahkan Umno Bahagian Wall Street terlibat didalam memfitnah Anwar hingga tersiarnya berita di Wall Street Journal.:klik sini

Tindakan Umno menyebabkan Anwar dikritik teruk seluruh dunia kerana fitnah yang jahat tersebut,dalam perkembangan terkini Anwar turut mendakwa tindakan Nik Aziz mengkritik beliau juga berpunca daripada Umno.


Penyokong PKR mengaitkan Nik Aziz dengan Umno apabila Menteri Besar Kelantan ini bersama majlis syura khawarij PAS sepakat untuk meminta penjelasan daripada Anwar.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno sengaja melaga-lagakan hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila mensensasikan kenyataan kontroversinya yang menyokong sebarang usaha memastikan keselamatan negara Israel.

Menurut Ketua Pembangkang itu, Umno menggunakan media arus perdana untuk menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan penyokong PAS dan umat Islam terhadapnya.

Inilah perangai Anwar,semua dia salahkan Umno,hingga kes tutuh bontot budak pun dia kata perangkap Umno,dia yang nak sedap dia salahkan Umno.

"Mereka hentam Anwar besar-besar dan sekarang mereka nak laga-lagakan saya dengan Tok Guru Nik (Abdul) Aziz.

"Mereja nak laga-lagakan saya buat apa? Saya pergi ke Johor, ada kain rentang tulis kononnya Anwar tak sokong Nik Aziz. Pemuda Umno kata begitu," katanya di sini Isnin malam.mstar


Pisau kata " Pak Anwar,mana jam omeganya?"

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 21 Feb 2012 09:14 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


ANWAR ELOK BERDEBAT DENGAN NIK SURYANI !

Posted: 21 Feb 2012 07:49 PM PST

FOTO SEKITAR PERASMIAN JATI.

Posted: 21 Feb 2012 05:35 PM PST

HARAKAHDAILY : LOGO JATI MACAM LOGO SETAN ?

Posted: 21 Feb 2012 11:17 AM PST

FOTO DAN ARTIKEL INI KHAS UNTUK PENYOKONG ANWAR.

Posted: 21 Feb 2012 04:26 AM PST

AYUH BANTU ANAK KECIL NI !

Posted: 20 Feb 2012 11:15 PM PST

PenangWasabi

Posted: 21 Feb 2012 09:06 PM PST

PenangWasabi


Selepas dengar penjelasan Anwar, akhirnya Nik Aziz 'iktiraf' negara Israel yang bebas!

Posted: 20 Feb 2012 09:51 PM PST


Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan kira-kira sejam dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini pagi ini berkata, Mursyidul Am Pas menerima penjelasan beliau berkenaan pendiriannya mengenai kedudukan Israel, yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ), bulan lalu.

Ketua Pembangkang itu tiba di apartmen PNB Darby Park di sini kira-kira jam 9.15 pagi dan keluar sejam kemudian. Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Saya menjelaskan kenyataan saya di Wall Street Journal dan saya turut menyebut tentang reaksi Ketua Hamas, Khaled Mashal. Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya. Saya sendiri pun faham pendirian Pas yang tegas tentang Israel, " katanya selepas pertemuan Nik Abdul Aziz.

Sejurus selepas pertemuan itu, Anwar menuju ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Nampaknya jika benar Nik Aziz menerima penjelasan Anwar sebagai wajar, maka ia sebenarnya sudah memperlekeh kewibawaan Majlis Syura Pas.

Apakah Majlis Syura Pas akan menolak penjelasan Anwar mengenai isu ini! Jika ya, maka ini adalah sesuatu yang serius bagi hubungan Pas dan PKR apalagi Pakatan Rakyat. Isu mengenai Israel dan nasib umat Palestin adalah sesuatu yang menyentuh hati orang Pas kerana perjuangan Pas selama ini adalah menyokong umat Palestin dan menentang kehadiran Israel di bumi Palestin.

Minggu lalu, Nik Abdul Aziz menggesa Anwar, yang juga Ketua Umum PKR agar menarik balik kenyataannya berkaitan dengan Israel, yang disiarkan dalam akhbar WSJ.

Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka beliau dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan nama beliau.

Selain itu, Anwar menegaskan, dalam kenyataan beliau dalam WSJ, penekanan terhadap syarat-syarat tertentu perlu bagi pembebasan Palestin.

"Saya juga sebut tentang reaksi Ketua Hamas apabila dia melihat kenyataan saya itu. Saya ingin memberi penekanan di sini iaitu prasyarat, pertama undurkan tentera Israel dari Palestin; kedua, hentikan keganasan; ketiga, hentikan kepungan di Gaza dan keempat, Iktiraf Baitulmaqdis.

"Ini syarat-syarat yang saya sebut tetapi media di sini hanya gunakan bahagian pertama iaitu kesediaan mengiktiraf keselamatan Israel tetapi tidak letak kontinjen dan prasyarat," katanya.

Kalau Pas bersetuju dengan pandangan Anwar bermakna hilang lagi agenda perjuangan parti itu terhadap isu keadilan dan kemanusiaan seperti hilangnya perjuangan negara Islam yang beralih kepada negara berkebajikan.

Sebelum ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan keras tentang haramnya menyokong Israel. Haram menyokong Israel memberi implikasi sebarang kenyataan dari tokoh-tokoh Islam adalah haram. Wallahuallam.

Penang Wasabi..