Barisan Nasional

Dicatat oleh Admin | | Posted On Isnin, 15 Oktober 2012 at 1:49 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


yeopPERAK

Posted: 15 Oct 2012 01:46 PM PDT

yeopPERAK


Aku Umpama apa....

Posted: 15 Oct 2012 02:44 AM PDT


Senangnya angin lalu meniup dia dari aku tapi aku redha jika ini jalanku, akan aku laluinya dengan tabah, biar aku mencari sinar di penghujung jalan kerana kebahagiaan itu bukan terletak pada tiupan angin..


Kawan, terima kasih jika engkau setia dan tidak putus asa mencariku.  Temukanlah aku dengan tali itu.  Aku ingin terbang lagi.  Dan kali ini pasti aku lebih berhati-hati.  Agar tali itu tidak terputus lagi…

Ya, aku umpama layang-layang.  Tariklah dan rentaplah sekali sekala tali itu wahai kawan.  Tapi, jangan pula kau tarik dan rentap kuat-kuat.  Kerana yang begitu juga, barangkali boleh membuatkan aku terputus lagi… 

Andai aku jatuh tersungkur ke muka bumi, bantulah aku kawan.  Andai talinya masih ada dan tidak putus, kau bersihkanlah aku dan bantulah untuk terbangkan aku semula.  Aku barangkali tidak mampu terbang lagi jika tanpa bantuanmu kawan…ye aku umpama layang-layang!!!


Terlampau banyak perbezaan yang ketara....LOVE UOLS

tun faisal dot com

Posted: 15 Oct 2012 01:33 PM PDT

tun faisal dot com


Israel: 32 fakta yang Anwar sembunyikan ketika sokong keselamatannya tanpa syarat?

Posted: 14 Oct 2012 11:00 PM PDT

Anwar Ibrahim tidak pernah membahaskan fakta ini sewaktu mencadangkan negara Zionis ini untuk memelihara dan menjaga keselamatan Israel tanpa syarat.




32 Rahsia Israel Yang Tak Pernah Kita Tahu..


Walaupun kebanyakkan kita kenal dan biasa dengar tentang penubuhan negara haram Israel ni, tapi masih ada lagi fakta-fakta lain yang kita tak pernah dengar pasal negara haram ni..Cuma satu fakta ja yang kita tahu selama ni, iaitu negara haram Israel ditubuhkan dengan pertumpahan darah saudara se-Islam kita disana, iaitu rakyat Palestin..Kalau korang nak tahu apa lagi fakta-fakta pasal Israel ni, meh baca kat bawah ni..

1. Tahukah anda bahawa selain daripada orang Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahwa setiap warga Yahudi yang ada di seluruh negara di seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negaranya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin?



3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan mereka antara warga Yahudi dan bukan Yahudi?

4. Tahukah anda bahwa Jurusalem bahagian timur, Tepi Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk warga Yahudi dan memberikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestina di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyumbangkan US$5 Billion dari cukai pajaknya setiap tahun kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 Billion setiap tahunnya? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar US$4 Billion dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyokong utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua fasiliti yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran peraturan oleh Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan penyediaan senjata nuklear? Dan menolak pasukan penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948, sudah memiliki kemudahan membuat senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pemerintah Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lain, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservatif terhadap identiti warga Yahudi agar kekal menjadi warganegara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri, Ariel Sharon sebagai 'tidak bersalah' dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang membunuh lebih dari 1000 orang Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu buas di sebuah perhentian bas untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua bangunan dan pejabat di Israel hanya boleh menempelkan keterangan mencari kerja dengan perkataan: "kerja kosong hanya untuk warga Yahudi", "Seorang karyawan dicari, dengan syarat perlu warga Yahudi"?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 perusahaan media Amerika untuk menonjolkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi pesaing utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan persepsi utama untuk membersihkan Israel dari warga bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahwa Perdana Menteri Israel pertama, David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh warga Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel, Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel: "Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerananya dilarang semua warga Yahudi untuk memberikan rasa kasih saying kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk"……

23. Tahukah anda bahawa Palestin merupakan penjara terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan melarang penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Perisikan Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses pembelajaran dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor?

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa yang diterbitkan pada tanggal 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana terhalang dengan perjanjian yang ditandatangani pakatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tepi Barat. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga keamanan dan keselamatan diri?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon sudah tidak diendahkan lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang askar Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi askar Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka.

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid sama seperti keadaan Afrika Selatan?

Macam mana? Banyak kan ketidakadilan dan kekejaman yang terpaksa dihadapi oleh penduduk Palestin kat sana?

p/s: ambil fakta-fakta pasal Israel agar kita tahu betapa teruknya dan dendamnya mereka dengan orang Islam..

sumber : http://drysheet.blogspot.com




AES - Semakin ramai blogger pro-BN kritik pelaksanaan AES

Posted: 14 Oct 2012 07:00 PM PDT


AES bebankan rakyat? JPJ buat tugas polis? 

zulk1965 says:
14 Oktober 2012 9:34 PTG
Isu saman guna AES ini telah menyebabkan orang ramai menganggapkan nya sebagai telah dikomersialkan. Seolah olah kerajaan menjadikan nya sumber pendapatan atau perniagaan yang menguntungkan syarikat pengendali dan kerajaan. satu lagi isu adalah pihak dibelakang atau disebalik syarikat pengendali sistem AES ini......
Harap DS Najib pertimbangkan sebaiknya......nanti saman tersebut dibayar dengan undi PRU13.


Tanpa Nama says:
14 Oktober 2012 9:14 PTG
As Salam semua pembaca..memang AES ni boleh menyebabkan kemalangan..aku sendiri kena..dekat jalan nak hala ke Serdang atau Bangi..dekat ngan SHELL tu..tetiba jer lampu yang amat terang berkelip dari tepi..terperanjat aku dibuatnya..secara automatik aku tekan brek sebab terkejut..syukur jarak dgn kenderaan belakang agak jauh..malam tu jer 2 kali aku kena..memang tempat tu bukan kawasan kemalangan pun..tolonglah pihak berkuasa kaji balik tempat yang diletakkan AES ni..tolonglah





Apa Yang Tak Kena Dengan AES?

Siang tadi MyMassa ada panjangkan artikel dari blog JEJARIKAMI di sini :http://mymassa.blogspot.com/2012/10/kenapa-aes-saman-berkamera-penting.html


Oleh kerana isu ini hangat diperkatakan, maka respon yang MyMassa terima agak baik.

Dari pembacaan MyMassa, isu AES ini bukan sahaja menjadi bola tanggung kepada pembangkang, malah penyokong Kerajaan juga tidak menyokong AES ini.

Mengapa?

Hujah utama kenapa AES tidak diterima oleh rakyat Malaysia adalah kerana IANYA BUKANLAH DASAR atau TINDAKAN YANG POPULIS. Apabila ianya tidak populis, maka pengenalan dasar ini perlu dibuat dengan penuh teliti oleh pihak Kerajaan.

MyMassa ambil contoh isu GST. Walaupun ianya adalah dasar yang baik untuk ekonomi dan pengurusan kewangan Kerajaan, namun pentadbiran YAB Perdana Menteri mengenalpasti bahawa GST adalah isu yang tidak popular maka pengenalan GST telah ditangguh beberapa kali walaupun telah dimasukkan dalam BAJET beberapa tahun yang sudah.

Dalam hal AES, MyMassa rasa Kerajaan perlu lebih terbuka mendengar denyut dan nadi rakyat, suara dan rintihan masyarakat. Antara keluhan rakyat dalam isu AES ini adalah:

1. Pemasangan AES tidak dibuat di lokasi kemalangan.

2. Papan tanda AES diletakkan terlalu jauh (sehingga 2km dari lokasi kamera).

3. Saman dikeluarkan walaupun hanya melebih had laju dalam julat 10km/j (jika had laju 80km, kelajuan 83km/j tetap dikenakan saman).

4. AES bukan mengurangkan kemalangan tetapi boleh menyebabkan kemalangan kerana kenderaan membrek secara tiba-tiba.

Dalam poin yang ke-4, MyMassa sendiri melihat bagaimana kemalangan berlaku di lokasi AES iaitu dihadapan SHELL berhampiran susur masuk ke MARDI. Setahu MyMassa, kawasan tersebut bukanlah kawasan kemalangan. Tetapi, kawasan tersebut mencipta sejarah menjadi kawasan kemalangan dek wujudnya kamera AES di situ.

Oleh yang demikian, MyMassa memohon pihak Kerajaan terutamanya JPJ mengkaji semula AES ini. Antara cadangan MyMassa ialah:

1. Membuka peluang kepada rakyat untuk menentukan sendiri lokasi AES berdasarkan statistik kemalangan. Ianya mungkin boleh dibuat dengan meletakkannya soal selidik atau undian di laman web JPJ atau pun menggunakan laman sosial untuk berinteraksi dengan rakyat. Malah, pendekatan secara bersemuka dengan pengguna jalan raya juga perlu dibuat untuk rakyat sendiri memilih untuk meletakkan kamera AES. Dengan cara ini, Kerajaan dan JPJ akan dilihat lebih telus berbanding sekarang yang mana terdapat tuduhan bahawa JPJ dan syarikat swasta yang mengendalikan AES ini berkomplot untuk meletakkan kamera di kawasan yang mudah untuk menyaman pengguna jalan raya. Kawasan yang diundi sebagai kawasan pilihan terbanyak akan dipasang dengan kamera AES.

2. Menurut pandangan orang ramai, punca utama kemalangan jalan raya adalah kenderaan berat seperti lori trailer, lori kontena mahu pun bas. Kenderaan-kenderaan berat ini dilihat membawa melebihi had laju mereka. Umum mengetahui bahawa had laju kenderaan berat ini adalah lebih rendah daripada kenderaan persendirian. Justeru, MyMassa memohon agar JPJ menggunakan AES untuk menumpukan kepada kesalahan kenderaan berat ini yang sering dilihat sebagai raja di jalan raya terutamanya waktu malam. Ini kerana, dengan menetapkan pada had laju jalan raya untuk kenderaan persendirian, berkemungkinan AES gagal mengesan kesalahan kenderaan berat kerana had laju mereka sepatutnya lebih rendah daripada itu.

3. Menangguhkan hukuman saman AES sehingga dua langkah di atas atau mana-mana langkah yang boleh meredakan kemarahan rakyat terhadap sistem ini dilaksanakan dahulu. Seperti mana GST, AES juga berkemungkinan besar akan menyebabkan undian rakyat dalam PRU tidak memihak kepada BN. MyMassa sendiri telah mendengar rungutan dari penyokong tegar BN bahawa mereka akan bayar saman AES melalui kertas undi. Jadi faham-faham lah ye.

Tak patut rasanya untuk mengulas panjang mengenai isu ini kerana MyMassa yakin, pembaca sendiri mempunyai cadangan-cadangan yang bernas untuk dikemukakan di ruangan komen di bawah.

*MyMassa rasa Pemuda UMNO dan NGO Pro Kerajaan perlu bertindak memperjuangkan isu ini supaya pelaksanaan AES dikaji semula atau ditangguhkan.

Malaysiakini - Tak masyuuuk punca Konsert Bersih gagal?

Posted: 14 Oct 2012 03:33 PM PDT



GEMPAR! Malaysiakini Mengaku BERSIH Gagal Tanpa Pencacai Upahan PAS



Berita dari Malaysiakini.


Tidak seperti acara atau program pembangkang lain, Malaysiakini terpaksa menunggu sehingga pagi keesokan harinya baru melaporkan Konsert BERSIH malam tadi. Mungkin editornya pecah kepala memikirkan macam mana mahu memusingkan (spin) berita mengenai acara ini yang hanya dihadiri seramai 700 orang.

Itu pun Malaysiakini terpaksa meletakkan gambar di pentas untuk menutup kegagalan konsert ini. Untuk makluman pembaca, inilah gambaran sebenar jumlah peserta konsert malam semalam. Adakah sampai 700 orang seperti mana yang dilaporkan oleh Malaysiakini? Anda nilaikan.


Apa yang pasti, kehadiran peserta ke program anjuran BERSIH takkan ramai sekiranya penyokong upahan PAS tak turun. Walaupun konsert malam tadi dihadiri oleh Ronnie Liu, Ambiga dan Samad Said, namun kehadiran mereka tak sampai 500 orang pun. Semua orang tahu bahawa penyokong PAS takkan turun kalau tiada habuan.

Peserta perhimpunan BERSIH disediakan kemudahan termasuk wang 
2012/04/28

KUALA LUMPUR: Ego pembangkang yang selama ini mendabik dada bahawa mereka tidak perlu atau pernah 'memberikan wang' untuk menarik kehadiran penyokong dalam satu-satu aktiviti atau perhimpunan yang dianjurkan, memakan diri hari ini. 


Bagi mereka, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang perlu 'menyuap' duit atau menaja sesuatu bagi menarik kehadiran khalayak sedangkan realitinya pada perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu negara hari ini menceritakan sebaliknya. 

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan itu yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil mendapati sebahagian daripada mereka sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu, begitu juga kerajaan negeri.
Perkara itu didedahkan oleh beberapa peserta daripada Kelantan yang mana kedatangan mereka ditaja sepenuhnya meliputi pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.

Menurut Wan Ismail Wan Mad, 34, beliau tiba di Kuala Lumpur sejak tiga hari lepas dari Tumpat dengan menaiki bas yang ditaja Pas bahagian itu.

Katanya selain disediakan hotel, beliau dan peserta lain turut diberi "duit poket" sebanyak RM150 setiap seorang. 


"Semasa perhimpunan tahun lalu (9 Julai 2011) saya turun berdemo guna duit sendiri, sekarang diberi duit poket serta disediakan bas dan hotel. 

"Jadi lagi bersemangatlah kami turun ke mari (Dataran Merdeka)," katanya ketika ditemu bual Bernama di sini.

Seorang remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 25, berkata peluang untuk turun berhimpun dengan segala perbelanjaan, termasuk duit poket disediakan kerajaan Pas Kelantan, menjadi dorongan utama kepadanya untuk turut serta dalam perhimpunan itu. 


"Kami turun dua bas dari Pasir Mas untuk demo kali ini, kami tinggal di hotel berdekatan bagi memudahkan perjalanan ke Dataran Merdeka," katanya. 


Pasangan suami isteri berusia sekitar 50-an, dari Kedah pula berkata, mereka didatangkan dengan 20 bas dengan dikenakan bayaran serendah RM10 seorang, berbanding harga tambang biasa kira-kira RM100 pergi dan balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.

Beliau yang hadir bersama suaminya sejak semalam dan ditempatkan di sebuah hotel berdekatan Dataran Merdeka berkata tambang semurah itu memberi lebih dorongan untuk mereka turun ke ibu negara. 


Sementara itu, Azizah, 23, dari Permatang Pauh pula berkata, beliau datang bersama dua saudara maranya bagi memberi sokongan kepada perhimpunan itu. 


Katanya, mereka yang didatangkan dengan sebuah bas turut diberikan RM20 seorang sebagai wang belanja, didakwa diterima daripada seseorang bernama Mansor. 


"Yang menghairankan saya ialah kenapa hanya sebuah bas sahaja dari Permatang Pauh," katanya. - BERNAMA
Untuk makluman pembaca, pembangkang akan mengadakan perhimpunan BERSIH pada 3 November di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Untuk perhimpunan pada 3 November, PAS Kedah telah pun menubuhkan satu jawatan kuasa mobilisasi penyokong mereka ke Stadium Nasional. Ahli-ahli PAS seluruh negeri diwajibkan untuk turun ke Kuala Lumpur.

Cuma satu yang MyMassa mahu pembangkang jawab sebelum mereka menganjurkan BERSIH pada 3 November. Sekiranya mereka mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, kenapa PKR dan PAS Tumpat perlu mengimport pengundi dari Thailand untuk pertahankan Kerajaan PAS Kelantan?


*Pembangkang pun ada pengundi hantu jugak. Sebab tu berpuluh tahun pegang Kelantan, mereka tak tumbang dek bantuan pengundi dari Selatan Thai. Pada pilihan raya kecil Manek Urai, antara sebab PAS hampir tewas adalah kerana senarai pengundi hantu dari Thailand dipegang oleh bekas wakil rakyat tidak dapat dijumpai oleh jentera PAS pada PRK Manek Urai.

THE FLYING KICK

Posted: 15 Oct 2012 01:29 PM PDT

THE FLYING KICK


JADAH APA AZMI TERAS NAK TAHU PASAL PERSENJATAAN DAN PERTAHANAN NEGARA? HEBAT SANGAT KER PELIKAT DIA TUH?

Posted: 15 Oct 2012 07:17 AM PDT

ORANG PAS SENDIRI PUN BENCI DENGAN KEBODOHAN TAHAP MEGA MAHFUZ OMAR!!!

Posted: 15 Oct 2012 05:15 AM PDT

MCA KEDAH JUGA TENTANG ETIKA BERPAKAIAN SOPAN KEDAH!!!

Posted: 15 Oct 2012 04:13 AM PDT

DAP DESAK IKLAN SEPARUH BOGEL DI KEDAH DIBENARKAN!!!

Posted: 15 Oct 2012 02:18 AM PDT

TAK ADA ORANG PUNYA FASAL, ANWAR IBRAHIM HANYA MUNCUL 2 SETENGAH JAM KEMUDIAN DI TAWAU!!!

Posted: 14 Oct 2012 11:51 PM PDT

FAEKAH HUSSIN BALAS DENDAM TERHADAP AZMIN ALI DENGAN PENDEDAHAN PENYONGLAPAN DUIT BERJUTA-JUTA RINGGIT!!!

Posted: 14 Oct 2012 09:45 PM PDT

AHLI MAJLIS DAERAH PENGANUT PAS CUBA MENDERHAKAI DYMM SULTAN KEDAH!!!

Posted: 14 Oct 2012 08:19 PM PDT

yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 15 Oct 2012 01:17 PM PDT

yang ku dengar dan ku lihat


Tengku Razaleigh > Ibnu Hamzah

Posted: 14 Oct 2012 04:03 PM PDT

menulis dalam FB, www.UMNOtumPAS. minta supaya Nama 'KULI' iaitu YBM Tengku Razaleigh Hamzah ditukar kepada nama Ibnu Hamzah kerana katanya, nama 'kuli' adalah tidak comel makna nya itu  diibarat sebagai ;kuli; (hamba) sedangkan nama Hamzah adalah nama sahabat nabi yang membawa gelaran SINGA ALLAH. Lojik juga cadangan itu dan nama Ibnu Hamzah akan saya catitkan apabila saya ingin menulis tentang Tengku Razaleigh.

Teringat saya pada satu ketika dulu, semasa Tengku Razaleigh menghadiri dalam satu perjumpaan disebuah hotel di Ipoh Perak. Yammy Samat telah memarahi hadiri yang memanggil nama Tengku Razaleigh dengan nama 'kuli', katanya bermula dari hari itu beliau tidak benar lagi sesiapa memanggil nama Tengku Razaleigh sebagai 'kuli' kerana katanya Tengku Razaleigh bukanlah hamba ataupun 'kuli' sedangkan nama Tengku Razaleigh adalah nama besar dalam politik negara.

Ibnu Hamzah yang telah diwar-warkan hadir dalam satu majlis anjuran AMANAH dengan kerjasama Urusetia Penerangan Negeri Kelantan diatas pentas ROYALTI yang dijadualkan berlangsung pada 13hb. Oktober lalu di Padang Istiadat, Bachok, Kelantan tidak muncul sehingga majlis selesai jam 12.00 malam.

Lebih kurang 5000 rakyat hadir untuk melihat dan mendengar ceramah Ibnu Hamzah pada malam tersebut, tapi semuanya balik dengan hampa kerana 'bayang' beliau pun tak nampak, Dimana silapnya? atau ada agenda tersirat oleh penganjur, sehingga kini menjadi teka teki kerana pihak penganjur agak malu untuk memberi penjelasan.

Diatas pentas ada dua orang wakil rakyat PAS iaitu YB. Ustaz Hassan (Tawang) dan YB. Aziz (Jelawat) mereka hadir kerana dijemput atau mereka hadir kerana diberitahu YB. Dato' Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri akan hadir. Mungkin mereka berdua hadir sebagai dif jemputan untuk mendengar pengerusi ngo R dan pengerusi AMANAH berucap, adakah kedua-dua YB dari Bachok itu orangnya 'lekeh' diletak diatas pentas untuk mendengar 'budak-budak' bersendiwara.

Yang menjadi tanda tanya orangramai. kenapa Ibnu Hamzah tidak hadir dan Husam Musa juga tidak kelihatan sedangkan dalam poster dan kain renteng nama dan gambar mereka dikatakan akan berada sama, dan adakah mereka tak beritahu pengajur mereka tak dapat hadir atau penganjur dah diberitahu tapi malu nak umum atau sengaja nak perbodohkan orangramai kerana ada agenda yang tersirat.

Amat malang sekiranya nama Ibnu Hamzah dijaja tapi tidak ada kepastian beliau akan hadir, dan lagi teramat malang sekiranya Ibnu Hamzah yang telah memberi kesanggupan untuk hadir tiba-tiba membatalkan pada malam tersebut untuk tidak hadir dalam majlis yang dianjurkan oleh AMANAH yang mana beliau adalah Presiden AMANAH.

Ketidak hadiran Dato' Husam Musa pada malam tersebut, sudah dimaklum awal dan diketahui oleh penganjur yang menjemput beliau, walaupun ada sahabat2 apabila ditanya kepastian kehadiran beliau cuba menyembunyikannya kerana bimbang sekira orang PAS Bachok tahu boleh menjejaskan kehadiran.

Siapa tipu siapa, dan siapa ditipu.

Cucu Tok Selampit

Posted: 15 Oct 2012 01:17 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Gambar ADUN-ADUN P"Gay"R Bukan Islam Mula Mendengar Ceramah Di Masjid

Posted: 14 Oct 2012 11:44 PM PDT


Beberapa bloggers dan cybertroopers Pakatan Haram mula memainkan gambar di atas bagi menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin P"Gay"R Perak mula mendekati Islam. Kelihatan Ahli Parlimen Gopeng, YB Dr Lee Boon Chai, ADUN Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai dan ADUN Teja, YB Chang Lih Kang bersama jemaah masjid selepas solat Fardhu Maghrib penuh teliti mendengar ceramah agama.

Bagi bersangka baik, CTS yakin YB-YB berkenaan telah suci daripada hadas besar untuk duduk di dalam rumah Allah SWT. Kita berharap YB-YB DAP berkenaan hadir mendengar ceramah untuk mendekati Islam dan bukannya dengan niat tipu daya untuk mengambil hati orang-orang Islam di kawasan berkenaan. Maklumlah, PRU13 sudah dekat. Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Haram terutama DAP akan berbuat apa sahaja untuk "membeli" undi orang-orang Islam. Tak gitu?

Bukannya apa. CTS tidak pernah lupa YB Chan Ming Kai yang pernah menimbulkan kontroversi bertakbir sempena Aidil Fitri di sebuah rumah milik orang Melayu pada 2009, hari ini sekali lagi menunjukkan sikap di luar tabi'i dengan menyerbu naik ke podium Speaker DUN Perak dan menghentak meja Speaker, Dato' R. Ganesan yang sedang mengendalikan persidangan.

Bukti Bergambar - Bentuk Kubah Di Atas Tempat Sembahyang Orang Cina ... Hanya Di Kelantan

Posted: 14 Oct 2012 09:35 PM PDT

CTS tak tau apa nak komen. Mungkin ini satu cara orang-orang Cina di Kelantan hendak mengambil hati orang-orang PAS. Mungkin orang-orang PAS akan berhujah bahawa tiada nas Al Quran dan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan bentuk kubah tidak boleh digunakan oleh orang-orang bukan Islam. Namun, bukankah kubah telah lazim digunakan sebagai simbol orang Islam termasuk satu binaaan yang lazim bagi sesebuah Masjid, iaitu Rumah Allah. Mengapa dipersenda?

Published with Blogger-droid v2.0.9

PEJUANG BANGSA

Posted: 15 Oct 2012 12:29 PM PDT

PEJUANG BANGSA


Hati saya sentiasa bersama Malaysia - Ong Kim Swe

Posted: 15 Oct 2012 10:30 AM PDT



Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee telah memberi penjelasan kepada ESPNSTAR tentang spekulasi beliau akan membimbing pasukan Singapura. Pasukan Harimau Muda yang tiba di Gia Lai, Vietnam pada hari Khamis untuk saingan Piala Newspaper Bawah-21 telah menjadi pilihan antara Singapura, Thailand, Laos, Vietnam dan Sydney FC.

Disebalik membimbing pasukan Harimau Muda dalam musim yang padat, Kim Swee turut dilanda pelbagai spekulasi dan yang terbaru, beliau dikhabarkan akan mengambil alih pasukan Singapura sebagai ketua jurulatih.

Jurulatih yang memenangi pingat emas Sukan SEA 2011 walaubagaimanapun menegaskan bahawa beliau kini sedang menumpukan sepenuh perhatian untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA pada tahun depan.

 "Khabar ini mula tersebar daripada komen dalam akhbar Singapura. Kami sudah biasa dengan gangguan," kata Kim Swee kepada ESPNSTAR di Vietnam sementara menyiapkan pasukan untuk perlawanan pembukaan dengan Laos B21.

 David Foo memberikan komen di todayonline.com menyatakan dia "berharap untuk menyaksikan Ong Kim Swee menggantikan Radojko Avramovic sebagai ketua jurulatih pasukan Singapura."

"Beliau seorang jurulatih yang baik dan telah membimbing pasukan yang tahu untuk membuat hantaran, mengawal bola dan yang paling penting menyerang."

 Harimau Muda kini juga beraksi di dalam Liga Singapura dan menduduki tempat ke-4 setakat ini dengan berbaik tiga perlawanan. "Pasukan saya sedang berusaha dan membuat persiapan untuk mencapai matlamat utama kami iaitu mempertahankan pingat emas Sukan SEA pada tahun depan," jelas Kim Swee

. "Saya cuba menjadi terbuka untuk semua perkara, termasuk tawaran yang diterima, tetapi saya sentiasa ingin terus membimbing Harimau Muda sampai ke tahap terbaik. "Kemungkinan jika saya ingin mempertimbangkan tawaran lain, hanya selepas Sukan SEA." tambahnya.

 "Tawaran ini juga menandakan bahawa jurulatih-jurulatih di Malaysia mula dikenali dan mampu untuk ke tahap yang lebih tinggi.

"Saya menghargai sokongan dari FAM dan Malaysia tanah air saya. Hati saya sentiasa di Malaysia," katanya lagi.- ESPN -

Kebijaksanaan pemimpin Melayu membantu #Bangsamoro @NajibRazak

Posted: 15 Oct 2012 09:01 AM PDT





GPB mengucapkan tahniah  akhirnya perjanjian damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro ( MILF) & Kerajaan Filipida  telah ditandatangani secarah sah  bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina.

Yang membantu suku BangsaMoro pun  adalah pemimpin Melayu .

 Hebatnya bangsa Melayu ialah   kebijaksanaan mereka menggunakan kaedah  berdiplomasi   sepertimana  Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang  menjalinkan hubungan baik dengan negara China & Siam .


Malaysia yang  menjadi pengantara perundingan damai sejak era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad  iaitu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Oktober lepas.

Siapa sangka bila Datuk Seri  Najib Tun Razak menjadi PM Malaysia  , beliau menjadi saksi satu detik bersejarah bagi memulakan proses penubuhan wilayah autonomi Bangsamoro .

Selain itu , beliau juga  telah berjanji kepada  anak bangsa Moro ini  selain menawarkan latihan dan pendidikan supaya kanak-kanak di wilayah itu boleh mengintai masa depan dan tidak seperti bagi ibu bapa mereka.

 "Sejak beberapa dekad, Malaysia menjadi rumah kepada beribu-ribu penduduk mencari perlindungan daripada pergolakan itu. Generasi mereka tumbuh di negara kami, jauh daripada tanah pusaka mereka. 

Ia menjadi harapan kami bahawa perjanjian ini akan memulangkan semula tahanair kepada mereka. Bagi Mindanao, tidak akan lagi ada kehilangan generasi," kata Najib.

 Ketika menyatakan kebanggaan negara diberi penghormatan dalam memainkan peranan mengatur perjanjian itu, Perdana Menteri berkata Malaysia sanggup membantu dalam membangunkan institusi di Mindanao supaya masyarakat Bangsamoro yang membesar di wilayah itu dapat diperkasakan lagi. 

 Malaysia juga sanggup membantu dalam bidang pembangunan tanah supaya golongan petani, yang merupakan bekas pejuang kemerdekaan di Bangsamoro, boleh menikmati hasil daripada keamanan yang dicapai, katanya. 

"Dekad yang lalu telah mengukuhkan ikatan di antara negara kita. Malaysia bersedia untuk membantu sebagai rakan kongsi untuk keamanan," jelasnya di dalam Dewan Rizal di Istana Presiden Manila. Namun kata Najib, perjanjian yang ditandatangani hari ini tidak menyelesaikan semua masalah tetapi ia menetapkan parameter untuk keamanan, mengembalikan maruah kepada orang-orang di Selatan Filipina. 

 "Dakwat pada kertas ini tidak akan menyelamatkan nyawa melainkan jika semua pihak mempertahankan prinsip-prinsip yang ditandatangani ini...

"Ujar Perdana Menteri yang mempertegaskan sekali lagi komitmen Malaysia. "Kita akan berdiri bersama anda untuk memastikan perjanjian ini berhasil,"tegasnya.




Kebijaksanaan pemimpin Melayu  berdiplomasi telah membantu Bangsamoro 
menuntut hak  mereka. 




Sebenarnya Bangsa Moro ini adalah Melayu Mindanao. Gelaran 'Moro' ini diberikan  oleh penjajah Sepanyol kerana menyamakan mereka dengan pejuang-pejuang Islam Moors di Afrika Utara ketika pulau berkenaan dijajah pada tahun 1500.


Jauh beza jumpa & sapu duit Soros jatuhkan kerajaan

Posted: 15 Oct 2012 06:21 AM PDT



Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan membidas sikap Pakatan Pembangkang yang cuba memanipulasikan pertemuan Perdana Menteri dan George Soros dengan cuba menimbulkan andaian yang tidak tepat demi semata-mata untuk menimbulkan rasa curiga di kalangan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan hari ini.

 Menurut beliau lagi, ini adalah sikap pembangkang di mana mereka akan sentiasa cuba memutar belitkan kenyatan dan fakta untuk memperlihatkan konon-kononnya kerajaan juga turut mengadakan kerjasama politik dengan golongan Yahudi.

 "Kita tahu keterlibatan Anwar dengan golongan Yahudi Neo Konservatif. Perkara ini tidak dapat disorokkan oleh mereka. Begitu juga dengan isu dana asing yang diterima oleh Suaram dan Malaysiakini melalui George Soros.

 Mereka sudah tidak punya hujah untuk menafikan hal itu, jadi mereka gunakan peluang untuk memutar belitkan kenyataan dan cuba untuk menimbulkan kecurigaan rakyat dalam pertemuan PM dengan Soros kira-kira dua tahun lepas itu.

 "Sedangkan pertemuan itu hanyalah sekadar pertemuan biasa dan berbeza dengan pertemuan pembangkang yang mempunyai agenda meminta dana untuk menjatuhkan kerajaan dan sebagainya yang sudahpun terbukti hari ini," jelas beliau kepada UMNO Online.

 Jelasnya lagi, Tun Mahathir juga pernah difitnah oleh Pakatan Pembangkang berkenaan surat yang diutuskan kepada Perdana Menteri Israel yang sebenarnya menyatakan pendirian Malaysia berhubung isu Palestin yang masih tidak selesai, ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

 "Tetapi pembangkang cuba memanipulasikan isu surat terbut dengan mengatakan Tun seolah-olah tunduk kepada Israel dan ingin menjalinkan hubungan baik dengan negara tersebut dan menyokong segala tindakan mereka

. "Apabila isi kandungan surat Tun itu pun telah didedahkan barulah kita tahu hal sebenar di mana surat tersebut hanyalah sebagai satu kenyataan dan prinsip kerajaan dalam hal-hal isu semasa terutamanya yang berkaitan dengan isu rakyat Palestin," ujarnya. Justeru itu, beliau menyeru agar rakyat di negara ini tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah pembangkang yang sedaya upaya cuba untuk memburukkan imej pemimpin negara dalam pelbagai sudut termasuklah dari sudut hubungan dengan golongan Yahudi dan Israel.

"Mereka cuba menutup segala kelemahan dan kesilapan mereka dengan cara untuk mengaitkan kepimpinan kerajaan, konon-kononnya melakukan perkara yang sama. Inilah cara pembangkang yang tidak kira apa cara sekalipun, biarpun ianya fitnah dan andaian semata untuk memburukkan imej kerajaan di mata rakyat. 

"Prinsip Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat jelas bahawa kita tidak mempunyai sebarang bentuk perhubungan politik dan diplomatik dengan Yahudi mahupun negara Israel. "Setakat pertemuan biasa, itu tidak menjadi masalah, tetapi yang menjadi masalah ialah apabila kita mempunyai hubungan politik dengan tokoh-tokoh Yahudi dan Israel yang dunia umumnya tahu mereka ini mempunyai agenda dan muslihat yang tidak baik kepada negara, seperti mana yang dilakukan oleh pihak pembang

Guan Eng gelar orang Melayu sebagai " Moron "

Posted: 15 Oct 2012 04:58 AM PDT



Lim Kit Siang dalam kenyataan akhbarnya berkata terdapat 35 orang Ahli Parlimen yang beragama Kristian.

Dewan Rakyat kita mempunyai 222 buah kerusi. Kalau 35 orang, maka ini bermakna 15.8 peratus daripada MP kita adalah Kristian walhal jumlah penduduk negara yang beragama Kristian "hanya 9 peratus".

Nisbah Wakil Rakyat yang menganut agama Kristian (15.8%) jauh melebihi kadar penduduk Kristian (9%) dalam negara. Bukankah fakta ini membuktikan golongan Kristian ada pengaruh besar?
Cuba renung:

1. Adakah apa yang berlaku sekarang ibarat "Christian bashing" ataupun ia sebaliknya ustaz Nasha yang kena belasah dengan begitu teruk sekali oleh orang Kristian?

2. Lim Guan Eng mencatat dalam Facebooknya (screenshot bawah) bahawa "Malaysians can no longer stomach the sheer arrogance displayed by such BN leaders …".

Kenyataan Guan Eng tersebut menerima 106,066 pangkah 'Like' daripada pengguna Facebook.

Betulkah pemimpin BN lebih sombong?

Ataupun rakyat sebenarnya sudah muak dengan cockiness and arrogance yang ditunjukkan Guan Eng sendiri serta konco-konco evangelisnya?


3. Orang Melayu digelar dungu dan "moron".( stupid person ) 
Para DAPster terikut-ikut tabiat melontarkan tohmahan kerana para pemimpin evangelis mereka menjadi teladan. Lihat bagaimana Guan Eng menengking orang Melayu dengan ungkapan "morons" berkali-kali dalam tweetnya (screenshot bawah).


4. Guan Eng menuduh Utusan membohong (lihat screenshot tweetnya).Dikatakannya Utusan yang dimiliki Umno itu "Once a liar always a liar".

Agaknya siapa yang terkenal dengan sifat putar-belitnya?

5. Guan Eng juga menuduh Utusan jahat ("evil") dan berkata suratkhabar itu cuba mencetuskan ketegangan antara kaum. Ingat lagi tak siapa yang pernah dipenjarakan atas kesalahan menghasut?


6. Guan Eng mendakwa bahawa paderi yang suci belaka telah dikambing-hitamkan dengan tidak semena-menanya. Anak buah Guan Eng, Hannah Yeoh, turut mengkritik kerajaan dengan lantang.

Adakah gereja-gereja sememangnya bersikap berkecuali dalam politik?


7. Guan Eng menuduh Utusan yang dimiliki Umno sebagai tidak menghormati orang bukan Muslim.

Adakah media Pakatan selalu menghormati Muslim?

(The Star boleh kira media berjiwa Pakatan).


8. Suratkhabar Melayu dikatakan Guan Eng dan Hannah Yeoh sebagai "hateful anti Malaysian".

Apakah Papa DAPster, Mama DAPster, pengikut-pengikut mereka beserta media yang menjilat bontot mereka ada menampakkan ciri-ciri Malaysian contoh berbanding dengan orang lain?


9. Guan Eng menuduh Utusan memfitnahnya sebagai telah mengekspoitasi gereja.

Mungkin ianya gereja yang mengekspoitasi Guan Eng ataupun mereka saling mengekspoitasi umpama kerjasama DAP dengan Dong Zong?


10. Adakah The Star sengaja mahu meretakkan hubungan MCA dengan Umno melalui liputannya yang begitu condong kepada Kristian?

Katakanlah hasrat Si Gunting dalam Lipatan kesampaian dan MCA tersungkur seperti dinosaur. Lantaran itu, tinggal Umno sahaja menunjangi kerajaan manakala DAP menjadi tonggak pembangkang.

Maka kerajaan pasca PRU13 akan terdiri Melayu dan Muslim sementara pembangkang terdiri Cina dan Kristian.

Andaikan Guan Eng dan para pengikutnya masih kekal dengan perangai kurang mesra mereka.

Dalam keadaan sedemikian, adakah anda menjangka PAS dan Umno boleh mencapai perpaduan demi mempertahankan Islam dan menjaga kepentingan ummah?

SUMBER: Halen Ang

Ambiga malu besar Australia anggap dirinya penipu !!

Posted: 15 Oct 2012 02:00 AM PDT





Semakin hampir kepada Pilihanraya Umum, semakin kalutlah rangkaian talibarut Yahudi termasuk Pakatan Rakyat, SUARAM dan juga BERSIH.  Walaupun setelah habis segala penipuan dan fitnah ditabur terhadap BN, masih belum membawa apa-apa kesan yang signifikan kepada perjuangan mereka, malah sebaliknya asyik terkantoi, terperangkap dan terbabas di sana sini.
Beberapa siri demonstrasi yang disusun juga menunjukkan kemerosotan dari segi sambutan dan bukannya peningkatan seperti yang dijangka.   Walaupun tema demonstrasi dipelbagaikan dari isu sistem pilihanraya kepada isu alam sekitar sehinggalah ke tema umum seperti demokrasi atau kebangkitan rakyat, namun keadaan masih tidak kelihatan begitu meyakinkan di pihak mereka.
Malah, rakyat semakin meluat, menyampah, ragu-ragu hatta takut melihat gelagat mereka yang sanggup berbuat apa saja untuk mengambil alih negara.
Perkembangan ini memaksa rangkaian pengkhianat ini untuk mencari alternatif lain bagi menyemarakkan kembali semangat untuk memusnahkan negara sendiri di kalangan penyokong mereka.
Untuk ini, mereka bergantung kepada 'jiwa hamba' yang menyelubungi penyokong mereka iaitu dengan menghantar Ambiga Sreenavesan, Pengerusi BERSIH untuk mengadap menyembah bangsa penjajah, iaitu Nick Xenophon, seorang Senator Bebas dalam Parlimen Australia.  Ambiga ditugaskan secara rasmi untuk mengulangi sejarah dengan meminta bangsa penjajah membantu Pakatan Rakyat mengambil-alih kuasa dari kerajaan yang sah, yang dipilih oleh rakyat.
Caranya ialah dengan meminta kerajaan Australia  mencampuri proses pilihanraya Malaysia atas alasan ianya tidak dijalankan dengan bersih.
Pastinya, untuk bantuan seperti itu, Malaysia akan perlu membayar sama ada dengan menggadaikan sebahagian, atau keseluruhan kek ekonomi kepada asing, atau menggadaikan agama, bangsa atau kesemuanya sekali.
Namun, ternyata Nick Xenophone telah gagal meyakinkan parlimen Australia untuk menyempurnakan hajat Ambiga.  Melalui transkrip debat antara Nick dengan Menteri Luar Australia, Bob Carr, jelas hujah Nick amat lemah apabila mengusulkan kenyataan Ambiga dan Andrew Khoo, iaitu ahli jawatankuasa BERSIH bahawa Pilihanraya Umum Malaysia yang akan datang tidak akan adil dan bersih.
Hujah ini diasaskan kepada sistem pendaftaran undi, proses pengiraan undi,  keraguan mengenai undi pos serta larangan terhadap demonstrasi jalanan.  Beliau juga membangkitkankan isu semburan gas pemedih mata terhadap peserta demonstrasi sebagai faktor untuk meragui sistem pilihanraya negara ini.   Dengan itu, Nick meminta agar Australia memantau pilihanraya Malaysia.
Bob Carr kemudian menyangkal usul Nick dengan hujah yang berdasarkan fakta jelas iaitu kerajaan Malaysia pastinya telah melalui pilihanraya yang adil di mana parti memerintah telah kehilangan majoriti 2/3 dalam PRU yang lalu.  Lebih-lebih lagi apabila keputusan ini dicapai dengan kekalahan di lima negeri yang membawa kepada perletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.   Beliau juga menyatakan bahawa mengikut makluman, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sendiri juga dalam pertimbangan serius untuk menjemput pemerhati luar untuk pemantauan proses pilihanraya.
Dengan hujah Bob Carr yang bernas dan tidak dapat disangkal lagi, maka parlimen Australia langsung membakul-sampahkan hajat Ambiga atau usul Nick sebagai tidak berasas.    Malah Bob Carr juga menegaskan bahawa hal ehwal dalam negeri Malaysia, adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Malaysia dan Australia tidak perlu campurtangan.
Justeru, di manakah kedudukan Ambiga sebagai warganegara, sebagai pemimpin atau sebagai manusia dalam tindakan ini?  Tiada yang lebih keji dari seorang pengkhianat yang memburukkan negara sendiri, meminta kerajaan asing campurtangan tetapi kemudian hajatnya ditolak oleh kerajaan asing tersebut atas alasan usul yang dibawanya tidak berasas kerana tidak konsisten dengan fakta, angka dan rekod sejarah?
Jika benar Ambiga masih waras, beliau tentu merasa malu yang amat sangat.  Selepas peristiwa yang memalukan ini, wajarlah beliau belajar mengutip cebisan-cebisan maruah yang tinggal dan bersara terus dari menjadi pengkhianat negara. -FREE MALAYSIAKINI-

Guan Eng mesti terkejut bila baca berita ini....

Posted: 15 Oct 2012 01:02 AM PDT

Tahniah buat KP Umno P.Pinang,  Ir Dr Shaik Hussein Mydin yang berjaya memperoleh Phd dari UTM dalam bidang Teknologi Bangunan & Pengurusan Pembinaan.

Kepakaran beliau terutama dalam soal  teknikal  seperti dalam isu penjualan tanah Bayan Mutiara dan tanah Tmn Manggis membuatkan Guan Eng dan kerajaan Dap  tak tidoq lena.

GPB dikhabarkan isu penjualan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara akan kembali digegarkan. Kita nantikan....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Apek ditawar RM 3 juta tinggalkan Kelantan !!

Posted: 14 Oct 2012 10:23 PM PDT



Penjaga gawang skuad bola sepak Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta oleh pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun.

 Sekiranya khabar angin itu menjadi kenyataan, Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC.

 Khabar angin mengenai tawaran RM3 juta untuk Apek itu tersebar di Internet terutama laman sosial, facebook dan tawaran berkenaan dikatakan dibuat pasukan Johor.

 Ketika diminta komennya mengenai khabar angin itu, Apek enggan mengulas lanjut, namun mengakui ada pasukan dari negeri lain yang cuba 'memancingnya'.

 "Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya," katanya.

Malaysiakini jumpa Soros seperti HAMBA - Ezam

Posted: 14 Oct 2012 09:25 PM PDT




Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan penyangak matawang George Soros adalah perjumpaan antara pesaing yang mempunyai kepentingan berbeza, kata Senator Mohamad Ezam Mohd Nor. Jelasnya, berjumpa antara seorang pesaing atau lawan dengan pertemuan antara tuan dan hamba tentulah berbeza.

 "(Bekas Perdana Menteri) Tun Mahathir Mohamad dan Najib bertemu dengan Soros sebagai pesaing yang masing-masing memegang kepentingan berbeza manakala Malaysiakini berjumpa Soros pertemuan antara tuan dan hamba.

 "Kepentingan mereka sama iaitu meruntuhkan negara yang berdaulat di mana satu pihak menadah tangan sebagai hamba manakala satu pihak lagi memberi dana sebagai tuan," katanya dalam satu kenyataan media pagi Ahad.

 Menurut Ezam, jika dilihat semula dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW juga pernah berjumpa beberapa ketua masyarakat Yahudi yang menjadi seterunya.

 "Malah kebiasaan seorang jeneral perang dulu dan kini bertemu lawan mereka terlebih dahulu," katanya. Sebelum ini, portal berita Malaysiakini yang tidak tahan dikritik berikutan sah menerima dana dari Soros mendedahkan Najib juga ada bertemu Soros pada tahun 2010.

 Najib dalam reaksinya mengakui memang benar beliau ada bertemu Soros pada 27 September 2010 ketika menghadiri sidang Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

 "Ya, memang saya berjumpa dengannya. Apa salah dengan itu?. Ia adalah kunjung hormat biasa antara dua pihak,"katanya. Beliau juga selamba secara berjenaka kata ,"tak perlu dibimbangi.

 Tidak ada isu untuk menjatuhkan kerajaan. Tak bincang pun untuk dapat kewangan. Tak ada niat jahat." Menurut Perdana Menteri sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri pernah jumpa dengan Soros. 

Mengulas lanjut, kata Ezam, tindakan Soros yang menggunakan wangnya untuk meruntuhkan negara boleh dilihat dalam kes di Eropah Timur seperti negara Georgia dan Hungary, selain yang terbaru di Mesir ketika dan selepas revolusi menggulingkan Presiden Husni Mubarak.

 "Soros adalah tuan yg mempunyai agenda dan niat jahat, beliau meruntuhkan asas dan nilai budaya/agama sesuatu negara dan gantikan dengan nilai liberal tanpa batas atas topeng hak asasi manusia dan demokrasi," ujar beliau. Soros yang merupakan jutawan dari perniagaan mata wang diketahui umum menaja bermacam bentuk gerakan 'demokrasi' yang berselindung di sebalik nama NGO di seluruh dunia melalui beberapa saluran termasuk Open Society Institute (OSI) yang dipengerusikannya.

 OSI yang kini ditukar kepada Open Society Foundations (OSF) telah bertapak di lebih 70 negara yang membentuk jaringan yang amat besar melalui aktiviti NGO khususnya atas nama hak asasi manusia. Pengaruh Soros ke atas media antarabangsa juga tidak boleh disangkal dengan Stesen TV Fox News di AS pernah melaporkan lebih 30 organisasi media menerima 'bantuan' daripada beliau bagi memastikan kandungan berita mengikut percaturannya.

 Di luar AS pula, nama Soros turut dikaitkan sebagai antara individu dan kumpulan yang membiayai gerakan mengguling beberapa kerajaan Islam di Asia Barat dan Afrika Utara ketika rusuhan Arab Spring dan kini turut dikaitkan dengan agenda menukar kerajaan di beberapa negara Islam dan negara rantau Asia. Selain itu, dana asing daripada pertubuhan seperti OSF juga dikesan membantu gerakan pemikiran liberal khususnya budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kebebasan bersuara mutlak ala Barat serta melemahkan pengaruh Islam.

 Bagaimanapun, negara seperti China, Iran, Jerman, Perancis, Cuba, Jepun, Korea dan Thailand merupakan antara yang memantau dan menyekat bantuan dana mahupun campur tangan asing yang digerakkan melalui pertubuhan seperti OSF. Di Malaysia, NGO tidak berdaftar, Suaram dilaporkan menerima dana daripada Soros melalui OSI antara 2007 hingga 2010 berjumlah lebih AS$180,000 (RM553,074.13) sementara sebuah parti politik pembangkang dan Malaysiakini turut dikaitkan menerima bantuan daripada dana asing.-

PRU 13 : Azmin sokong Tun Mahathir kempen untuk UMNO

Posted: 14 Oct 2012 05:45 PM PDT




Umno didakwa sudah ketandusan pemimpin yang boleh meyakinkan rakyat untuk menyokong parti itu sehingga terpaksa 'kitar semula' pengaruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, sebagai seorang Presiden Umno dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya melahirkan pemimpin muda yang mampu membawa perubahan kepada negara.

 Menurutnya, ini kerana masa depan negara bergantung kepada pimpinan generasi muda berasaskan prinsip serta nilai murni dan bukannya ditentukan generasi Mahathir.

 "Kenapa Najib gagal menonjolkan pimpinan baru dalam kalangan Umno untuk turun berkempen bagi pihak Umno? Ini membuktikan bahawa perkhidmatan Mahathir diperlukan untuk menyelamatkan Umno.

 "Saya mengalu-alukan peranan Mahathir untuk lebih aktif dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang," katanya ketika ditemui selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Kota Raja kali Ke-5 di Dewan Majlis Perbandaran Klang (MPK) Taman Sentosa, Klang

IPOHMALAY

Posted: 15 Oct 2012 10:27 AM PDT

IPOHMALAY


Nik Aziz Keterlaluan Lupa Diri

Posted: 15 Oct 2012 12:50 AM PDT


Beginikah yang dikatakan Nik Aziz bahawa kerjasama dengan DAP tidak pernah menyusahkan? Bahkan kononnya, DAP seolah-olah rakan kerjasama paling membahagiakan dan tidak mengganggu malah tidak menyentuh sensitiviti?

Barangkali, sudah tiba masa  untuk Nik Aziz diletakkan di atas kolek dan dihanyutkan di Sungai Kelantan ke Laut China Selatan kerana orang tua ini tidak lagi dapat menilai dan berfikir atas paksi realistik, yang mana tibanya saat manusia itu mengalami ciri-ciri seperti ini, ditegah untuk dinobatkan sebagai pemimpin kerana natijahnya buruk ke atas golongan yang dipimpin. 

Lebih-lebih lagi golongan yang dipimpin mempunyai kadar penurutan membabi buta yang melampau-lampau keterlaluannya..

DAP Kedah bantah iklan sopan

ALOR SETAR 14 Okt. - DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu. 
Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam. 
Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri. 
"DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 
Guan Aik mengulas kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Awekz Bukit Gantang

Posted: 15 Oct 2012 07:52 AM PDT

Awekz Bukit Gantang


TIBAI terbaek!!!

Posted: 14 Oct 2012 09:11 PM PDT


Terbaek!!! Itu yang dapat Awekz simpulkan dengan program TIBAI yang diadakan di Dewan Ahmad Said, Sg. Rokam, Ipoh malam tadi. Kehadiran rakyat setempat amatlah diluar jangkaan sehingga bilangan kerusi ditambah lagi untuk memenuhi permintaan semalam.

Yang pasti, dengan sambutan yang menggalakkan malam semalam rakyat sudah pasti dapat menilai yang mana benar dan yang mana tidak. Lebih baik lagi apabila program TIBAI ini dibuat dengan lebih banyak lagi agar Melayu khususnya sedar apa yang telah, sedang dan bakal berlaku!!!

Ikuti kupasan program TIBAI semalam di blog adik-adik seperjuangan Awekz ~TIBAI:LINTAS LANGSUNG DARI DEWAN AHMAD SAID~ dan Laporan liputan Rapat Umum TIBAI di Ipoh, Perak.

Sejurus selapas program TIBAI semalam:



Awekz: Hanya rakyat yang bijak menilai tahu yang mana benar dan yang mana tidak. Sedarlah wahai anak bangsaku, jangan digadai kemerdekaan yang telah sekian lama dinikmati dan yang telah diperjuangkan ini. Fikir-fikirkan...

Tak cukup-cukup lagi ke Abby?

Posted: 14 Oct 2012 07:57 PM PDT


Apa nak jadi dengan Abby Abadi ni ya, dulu masa dalam kumpulan Elite...dia yang paling Awekz minat. Kini Abby Abadi yang Awekz minat sudah tidak seperti dulu. Berubah atau dengan kata lain, berhijrah katanya. Tak salah untuk berubah, tapi apabila perubahan itu yang kita katakan baik, ke jalan Allah kini Awekz lihat bermotifkan politik serta memburuk-burukkan orang lain, bukankah tidak baik jadinya???

Berubah ke arah yang lebih baik, tak perlu ditunjuk berlebih-lebihan kiranya. Cukuplah jika kita tahu apa yang buruk atau yang tidak baik yang kita lakukan semasa jahil dahulu namun untuk terlalu mendedahkannya, Awekz rasa seperti membuka pekung di dada. 

Di bawah Awekz 'share' dengan kawan-kawan Abby Abadi kini setelah "berhijrah" menjadi seorang yang lebih baik dan mulia...Fikir-fikirkan, wajarkah tindakannya?



Awekz: Tak salah nak kongsi pengalaman mungkin tidak perlu lah berlebihan kerana yang berlebihan itu kadangkala membawa kepada keburukan. Fikir-fikirkan...

The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 15 Oct 2012 04:25 AM PDT

The Antics of Husin Lempoyang


Awas bila ekonomi merudum kelak

Posted: 14 Oct 2012 08:00 PM PDT


Husin melihat laporan-laporan berita mengenai kedudukan ekonomi luar negara yang tidak meyakinkan. Negara kita pula begitu mewah memberi bantuan wang tunai kepada rakyat yang kurang berada. Maklumlah potongan cukai dan lain-lain tak akan mereka rasakan sumbangan kerajaan.

Bak kata Mesin Taip Buruk, "...dalam keadaan politik nyawa-nyawa ikan, rakyat bukan setakat mesti diberi ikan dan perlalatan menangkap ikan tetapi Kerajaan juga seharusnya mengenal pasti di mana lokasi yang banyak ikan untuk sampan berlabuh."

Seingat Husin, setiap kali ekonomi merudum dan banyak peniaga dan peminjam tidak dapat servis hutang mereka, ramailah pemungut-pemungut hutang, chettiar-chettiar, loyar-loyar dan lain-lain sewaktu dengannya ini pergi ke rumah-rumah orang untuk mengutip hutang.

Selain hal ini yang mengingatkan Husin kepada satu jenaka lama seorang kawan mengenai hutang, Husin pun terbaca kisah artis seberang dalam blog Pilihan Anda di sini.

Kisahnya seorang lelaki yang berumur dapat isteri muda. Setelah sekian lama mereka bahagia bersama, si lelaki mula sakit-sakit. Maklumlah orang dah banyak umur.

Satu malam lepas makan, dia beritahu pada isterinya, Salmah, "Kalau abang tiada nanti, Mah cari orang lain tak?"

"Eh ... abang ni! Apa cerita yang bukan-bukan ni?" Salmah menjawab.

"Mah tak terfikir ini semua."

"Alah Mah ni ... Abang tanya saja. Hidup lawannya mati. Bila isteri abang lama meninggal, abang cari lain dan jumpa Mah pula. Takkan abang nak nafikan Mah pasangan untuk hidup bersama?" si suami terangkan.

"Entahlah bang...."

"Kalau abang tiada dan sementara menunggu ada orang mahukan Mah, abang tak mahu Mah terasa sunyi ketiadaan abang nanti. Mah simpan anu abang dan bila Mah rindukan abang, Mah sebut nama Mah tiga kali," Terangkan si suami.

Tak berapa tahun meninggal si suami dan tak lama selepas semua urusan si suami selesai datanglah satu chettiar. Dia tahu si suami dah tiada dan dia mencari balunya, Salmah. Ketika itu Salmah tiada di rumah.

Dengan baju lengan pendek dan kain dhoty putehnya serta payung, si cetiar mengintip sana mengintip sini mencari pintu atau tingkap yang terbuka. Sebaik tak jumpa, dia terus berteriak saja, "Salmah! Salmah! Salmah!"

Kenapa tidak kasi Assamualaikum? Dia bukan Islam, nak buat macam mana?

Tiada sahut lalu dia nak teriak lagi. Belum dia teriak, tiba-tiba kedengar bunyi bising dan kelihat  seketul pisang terbang menerpanya. Dah hampir dekat baru dia dapat kenal pisang itu.

Ayoyo ... sambil menjerit-jerit dalam bahasa Tamil dia mencecet lari.

Oleh yang demikian, beringat sedikit wahai chettiar dan pemungut hutang bila ke rumah orang yang kosong dan sunyi. Tidak boleh teka apa yang menerpa keluar nanti. Kalau tak anjing ...

Itulah sebab ajaran Islam menggalakkkan kamu menghalalkan hutang jika peminjam tidak mampu membayar.

Wow! Baik dijual bank-bank dari dijual harta peniaga yang bank rampas

RIDHUAN TEE

Posted: 15 Oct 2012 04:09 AM PDT

RIDHUAN TEE


Apabila Senator Melayu ultra kiasu jahil Islam

Posted: 14 Oct 2012 04:07 PM PDT



(Sinar Harian 15 Okt 2012)

Seorang pensyarah berjawatan professor madya, di tempat saya bekerja, yang dilantik oleh parti ultra kiasu sebagai senator, mengeluarkan pendapat, dalam satu forum bersama tiga panel ultra kiasu bukan Islam di Pulau Pinang pada 2 Oktober 2012, langsung tidak mencerminkan watak sebagai seorang intelektual, dan amat naïf ilmunya tentang Islam, yang disiarkan dalam laman web malaysiakini.

Beliau mempertikaikan kedudukan Sekolah Agama yang telah wujud sekian lama mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11). Sekolah Agama dikatakan menjadi punca polarisasi kaum, kerana melahirkan pemikiran pelajarnya tertutup atau jumud, sehingga boleh menimbulkan masalah dalam masyarakat berbilang kaum. Beliau mendakwa, sekolah ini hanya mendokmakan isu halal dan haram sahaja serta menjadi sarang kempen hudud dan negara Islam. Persoalannya, pernahkah beliau membuat kajian dan pergi ke sekolah agama? Bentangkan dapatannya? Kenapa tidak mempertikaikan sekolah vernakular, sekolah swasta dan parti yang diwakilinya yang  menjadi sarang perkauman?

Kenapa beliau tidak mempertikaikan desakan Persatuan Agama Buddha, Hindu, Kristian, Taoisme dan Sikh yang mahukan sekolah agama-agama lain turut didirikan? Adakah desakan sedemikian tidak menyebabkan polarisasi? Pembacaan cetek beliau menjadikan saya terfikir layakkan senator ini mengajar di sebuah universiti tentera?

Adakah George Bush dan Donald Rumsfeld belajar agama, sehingga sanggup membunuh puluhan ribu umat Islam di Iraq suatu ketika dahulu? Begitu juga dengan presiden Amerika sebelum dan selepas itu. Siapakah yang menghalalkan darah umat Islam? Bagaimana pula dengan golongan pelampau yang ada pada hari ini dari kalangan bukan Islam, adakah mereka ini datang dari sekolah agama?  Kenapa sekolah agama dan agama Islam yang menjadi sasaran? Lebih pelik lagi kenapa PAS membisu seribu bahasa? Adakah kerana sepakatan? Ingatan saya kepada PAS, jangan biarkan Islam dihina. Amaran Shahnon Ahmad memang tepat. Ultra kiasu tidak boleh dipercayai kerana mereka adalah musuh Islam.

Menghina dan memperkecilkan sekolah agama yang diibaratkan sebagai 'time bomb' adalah kenyataan amat kurang ajar, apatah lagi jika mengakui dirinya Islam. Ternyata pengetahuan senator ini terhadap sekolah agama amat cetek, apatah lagi pengetahuan Islamnya. Lagi pula, sepanjang saya berada di universiti, saya tidak pernah melihat senator ini pergi ke masjid, apatah lagi berjemaah. Mungkin beliau sembahyang di dalam bilik sendirian, termasuk solat Jumaat bersendirian.

Senator ini gagal memahami maksud equity dan equality. Equity bermakna keadilan, memberikan kepada yang berhak. Manakala equality adalah persamaan yang dijamin dalam perlembagaan kepada semua warganya. Keistimewaan Islam memang tidak boleh dinafikan sama sekali, kerana ada timbal balik kepada agama lain jua dari segi hak mereka. Jemputlah ke kelas saya jika tidak faham.

Tuduhan yang mengatakan sekolah agama hanya mendokma perkara halal haram menyeleweng sama sekali. Dalam Islam terlalu banyak isu halal berbanding haram. Bagaimana kenyataan ini boleh keluar daripada senator mengaku Islam? Saya harap Melayu lain yang berada dalam parti ultra kiasu menyedari hakikat ini. Keluarlah daripada parti anti Islam seperti yang dilakukan oleh bekas senator sebelum ini. Parti ini boleh menjejaskan akidah senator itu. Bimbang nanti, jauh dari syurga.

Pandangan senator kokak ini tidak mencerminkan bahawa beliau pernah membuat kajian tentang sekolah agama yang mengajar soal tauhid, akidah, syariah, muamalah dan banyak lagi cabang ilmu. Ini tidak termasuk gabungan antara ilmu agama dengan ilmu sains, yang dikenali sebagai kesepaduan ilmu (integrated knowledge) yang sedang berlaku di sekolah agama.

Inilah berjayanya ultra kiasu mempergunakan orang Islam untuk menghentam dan menghina agama Islam sendiri. Kajian demi kajian oleh beberapa sarjana menunjukkan pelajar Islam sekolah agama Islam lebih terbuka dan tidak ada masalah langsung untuk berinteraksi dengan orang bukan Islam. Malah, mereka dengan mudah menerima kehadiran sekolah vernakular. Berbanding produk sekolah vernakular dan sekolah swasta yang amat sukar sekali untuk berinteraksi dengan orang Melayu dan menerima kehadiran sekolah agama.

Kerana apa? Jawapannya, dalam Agama Islam, kita diajar menghormati agama bukan Islam dan hak mereka. Sehingga dalam peperangan sekalipun, Islam mengajar kita menjaga hak mereka. Kita hanya berperang dengan orang yang menyerang. Kita tidak dibenarkan membunuh dengan sewenang-wenang seperti orang tua, wanita, kanak, rumah berhala, merosakkan alam sekitar dan sebagainya, walaupun tidak seagama.

Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu begitu mudah menerima penghijrahan besar-besaran orang bukan Melayu ke negara ini, ketika negara-negara Asia Tenggara menolak? Tanyalah orang Siam, Nyanmar, Indonesia, Filipina dan sebagainya, kenapa bilangan bukan bangsa mereka terlalu sedikit, berbanding bukan Melayu di negara ini? Jawapannya, faktor agama Islamlah yang menjadi Melayu lembut dan begitu bertoleransi menerima kehadiran mereka.

Jika ditakdirkan orang Melayu tidak memeluk Islam, masih lagi menganut ajaran bukan Islam, sudah lama bukan Melayu yang datang berhijrah telah dihalau lebih awal lagi? Kenapa tidak menghargai toleransi Melayu Islam? Kenapa Islam dimangsakan? Ternyata, senator ini amat jahil dan  tidak tahu betapa mulianya agama Islam dalam meraikan orang lain. 

Tidakkah beliau sedar bagaimana peranan golongan agama memerdekakan tanah air tercinta ini? Adakah nama-nama seperti Tok Kenali, Tok Janggut dan sebagainya datang dari sekolah di Amerika? Jika produk sekolah agama itu yang menjadi masalah kepada masyarakat dan negara, sudah tentu orang agama atau para mufti yang kebanyakan produk sekolah agama mengisytiharkan perang terhadap bukan Islam yang berhijrah ke negara ini. Kenapa sikap para mufti dan para ulamak begitu lunak dengan bukan Islam?

Saranan kepada senator tersebut, jika jahil belajarlah. Masjid terlalu dekat dengan bilik beliau. Berkunjunglah ke masjid. Sekurang-kurang tidaklah gagap membaca al –Quran dan dapat memahami isi kandungannya. Jika bukan kita mempertahankan Islam dan hukum Islam, nak harap siapa lagi?

Politik Harian

Posted: 15 Oct 2012 03:57 AM PDT

Politik Harian


Konsert Bersih Malapetaka Yang Tidak Diundang!

Posted: 15 Oct 2012 03:00 AM PDT

foto: Amrayy

Bertempat di Stadium Kelana Jaya, Sabtu lepas, NGO Bersih 2.0 telah mengadakan "Konsert Bersih 2.0 8T" sebagai usaha lanjutan untuk terus menyemarakkan kempen propaganda anti SPR.

Simbol 8T merujuk secara langsung kepada lapan tuntutan yang diperjuangkan oleh NGO tersebut. Menurut penganjur, konsert tersebut diadakan sebagai manifestasi kekecewaan konon kerana kesemua lapan tuntutan mereka gagal dipenuhi.

Stadium ini secara rasminya memiliki tempat duduk berkapasiti 25,000 penonton dan jika kawasan padangnya diambil kira, secara umumnya dapat menampung sekitar 35,000 hingga 40,000 orang pada satu-satu masa.

Dalam Konsert Bersih 2.0 8T itu, amat jelas kelihatan ruang kosong di atas padang dan bangku tempat duduk lebih banyak tak berpenghuni, menunjukkan betapa kurangnya sambutan orang ramai terhadap program sosial anjuran NGO Bersih 2.0 itu.

Ada portal pro pembangkang yang mendakwa konsert tersebut telah dihadiri 700 orang, manakala portal lain pula menyatakan hanya 500 orang sahaja yang memeriahkan majlis tersebut.

Berdasarkan pemerhatian dan hasil culaan di lokasi, angka sebenar kehadiran orang ramai dalam konsert tak bermanfaat itu hakikatnya hanya sekitar 300 orang sahaja termasuklah kira-kira 100 orang petugas dan artis-artis yang terlibat.

Walaupun angkanya berbeza-beza tapi kesimpulannya sama, konsert tersebut tidak mendapat sambutan dan jumlah kehadiran pula sudah sahih di bawah angka seribu.

Sekalipun pemimpin utama NGO Bersih seperti Pengerusinya, Ambiga Sreveneesan dan A. Samad Said turut hadir memberi ucapan dan sokongan, manakala promosi pula telah dilakukan secara besar-besaran sejak dua minggu lalu, nampaknya ia tetap gagal menggamit perhatian ramai.

Nyata ia satu pencapaian yang agak mengecewakan penggerak NGO Bersih kerana jumlah kehadiran yang terlampau merosot berbanding kehadiran sekitar 4,000 orang semasa Sambutan Ambang Merdeka dan 25,000 orang semasa demonstrasi jalanan Bersih 3.0.

Jelas sekali, apabila demonstrasi atau himpunan anjuran NGO proksi PR itu diadakan dijalanan terutama di kawasan tumpuan ramai, jumlah kehadiran penyokong kelihatan ramai bukanlah kerana pesertanya, tetapi disebabkan orang ramai yang lalu lalang termasuklah khalayak yang datang untuk sekadar memerhati keadaan.

Melihat pada kesuraman yang dialami program sosial Konsert Bersih 8T anjuran NGO Bersih ini, mahu tidak mahu, mereka perlu menerima hakikat, retorik perjuangan mereka sudah tidak dipedulikan oleh majoriti rakyat Malaysia.

Program ini yang asalnya diramalkan oleh para pemimpin pembangkang dan penggerak NGO Bersih konon bakal menyemarakkan keraguan rakyat terhadap keadilan sistem pengurusan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR, kini sudah bertukar menjadi malapetaka membuktikan rakyat semakin jauh dari pembangkang dan NGO proksi mereka.

Teresa Kok Digesa Mohon Maaf!

Posted: 15 Oct 2012 01:30 AM PDT


Membaca kisah Awang Selamat hari ini yang mengimbau peristiwa betapa negara merasa malu terhadap perbuatan seorang MP yang bersifat perkauman dan anti islam.

Peristiwa yang menimpa wanita Melayu ketika di suruh ketuk ketampi semasa dalan lokap membawa kepada terbukanya sifat sebenar MP Dap yang bersifat anti islam.

Seorang MP yang sanggup membawa CD lucah di parlimen dan mahu perkara ini disiasat dengan NIAT membela warga cina tapi bila diketahui bukan warga cina, beliau boleh senyap dan diam tanpa ada rasa bersalah. Memang benar sehingga hari ini, Teresa kok tidak pernah memohon maaf.

Beliau juga pernah membangkitkan isu azan di sekitar selangor, dengan sengaja membangkitkan isu ini untuk pengetahuan umum agar tindakan untuk memperlahankan azan diambil.

Teresa kok juga pernah membawa isu papan tanda yang mahu semua bahasa di dicetak dipapan tanda kepada dbkl, malah beliau sendiri sudah melaksanakan perkara.

Teresa kok juga pernah cuba memasuki ruangan masjid negara dengan tidak menutup kepala malah memarahi orang islam yang tidak membenarkan baliau memasuki ruangan sembahyang masjid negara.

Ini lah contoh-contoh yang menunjukkan Teresa Kok seorang yang anti islam, sifat semula jadi beliau yang tertarik dengan isu-isu yang berkaitan dengan islam.

Sekiranya Beliau mempunyai sifat kemanusian dan tidak ada masalah dengan Orang Islam, sebagai manusia moden, sekurang-kurangnya beliau boleh memohon maaf kepada orang islam.

Agenda Teresa Kok hanyalah mahu melihat islam di Malaysia dilemahkan. tidak ada lain malah ramai pemimpin DAP bersfat sama seperti beliau. Ingat-ingatlah!-Utusan

Nakhaie Sokong Haron Din Ganti Nik Aziz

Posted: 14 Oct 2012 11:58 PM PDT


Cadangan supaya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berundur dan menyerahkan jawatan itu kepada Timbalannya, Datuk Dr Haron Din mendapat sokongan seorang bekas naib presiden parti.

Datuk Nakhaie Ahmad, berkata saranan oleh Datuk Dr Hasan Ali yang juga bekas Naib Presiden parti memang bertepatan bagi memastikan keutuhan parti berkenaan.

Namun, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membidas Hasan yang menurutnya tidak layak mempersoalkan kedudukan Nik Aziz dan mencadangkan Haron sebagai pengganti.

Kepemimpinan PAS pun tidak berbunyi, malah selesa dengan kepemimpinan yang ada. Beliau (Hasan) boleh diibaratkan sebagai bekas menantu yang cuba menasihati bekas mentua sedangkan hakikatnya mereka tiada sebarang kaitan lagi, katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan, pula berkata Pemuda PAS tidak akan melayan sebarang campur tangan pihak yang tidak ada kaitan dengan PAS berhubung isu dalaman parti.

Hasan diingatkan jangan mencampuri urusan PAS, biarkan ahli dan kepemimpinan yang menentukan perkara itu, katanya ringkas.

Mengulas lanjut, Nakhaie, berkata sejak kebelakangan ini banyak kenyataan Nik Aziz bertentangan dengan prinsip parti yang memperjuangkan negara Islam sebagai teras, malah ada ketikanya terlalu memuji DAP hingga mengakibatkan PAS dilihat berpuak-puak.

Ada ketikanya pimpinan PAS lain terpaksa mempertahankan semua kenyataannya walaupun kadangkala ia memberikan impak negatif terhadap parti, katanya semalam.

Hasan dalam laporan akhbar semalam, meminta Nik Aziz menyerahkan jawatan itu kepada Haron demi menjaga keutuhan parti. Beliau dipetik sebagai berkata, sudah sampai masanya Nik Aziz menyerahkan tanggungjawab besar itu kepada Haron bagi menjamin martabat PAS sebagai penjaga perjuangan Islam.

Nakhaie berkata, Nik Aziz kini dilihat sebagai liabiliti kepada PAS, justeru Haron adalah pengganti terbaik.

Jika ketika ramai pemimpin lain mengkritik kelantangan DAP mempertikaikan pelaksanaan hukum hudud, Nik Aziz menentang arus yang secara terang menyokong DAP dan jelas tidak selari dengan perjuangan parti.

Ini banyak menimbulkan kemarahan ahli, pengikut mahupun pemimpin tetapi mereka tidak menyuarakannya disebabkan rasa hormat kepada beliau, sedangkan hakikatnya mereka tidak dapat menerima kenyataan itu, katanya.

Sementara itu, PAS menubuhkan jawatankuasa khas untuk menemui Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad pada masa terdekat bagi menjelaskan situasi terkini parti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad, berkata langkah itu diambil kerana PAS berpendapat ahli seumur hidup PAS terbabit mendapat maklumat salah mengenai parti.

Jawatankuasa yang turut dianggotai wakil Lujnah Seni dan ulama ini akan cuba berjumpa dengan beliau dan beri maklumat betul berhubung parti ini kerana kami menganggap selama ini beliau banyak bergantung kepada berita dan khabar angin saja, katanya ketika dihubungi BH di sini, malam tadi.

Baru-baru ini, Shahnon yang juga Sasterawan Negara, mengakui perjuangan politik PAS kini tersasar daripada asas perjuangan asal parti dan kehendak Islam. -BH

Nakhaei : Sokongan PAS Untungkan DAP

Posted: 14 Oct 2012 10:58 PM PDT



Seorang bekas pemimpin kanan PAS hari ini menegaskan parti itu tidak mungkin berkerjasama dengan DAP tanpa menjejaskan agenda agama yang dibawa olehnya.

Mantan Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaei Ahmad menolak jaminan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kerjasama parti itu dengan DAP "menguntungkan" dan tidak sama sekali menjejaskan agenda Islam PAS.

"Dalam banyak hal, PAS banyak mengalah. Jadi nak sedap hati orang Melayu, PAS kata kerjasama dengan DAP untuk politik sahaja, tapi politik mana boleh dipisahkan dengan dasar-dasar kerajaan, dasar-dasar parti dan juga persefahaman yang telah dijalin antara PAS dan DAP," kata beliau kepada Antarapos.

Tahun lalu, Hadi terpaksa mengubah slogan parti itu daripada Negara Islam yang digunapakai sejak penubuhan PAS, kepada Negara Berkebajikan.

Langkah itu dilihat sebagai tunduk kepada tekanan DAP yang gusar dasar-dasar Islam PAS akan meminggirkan sokongan pengundi Cina.

Presiden PAS itu juga dilihat ambil mudah dan bersikap lewa terhadap kritikan pemimpin-pemimpin DAP mengenai hukum hudud yang mahu diperkenalkan oleh PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Semalam, Hadi bersetuju dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz bahawa kerjasama dengan DAP menguntungkan parti itu.

Hadi mendakwa kerjasama itu hanya berbentuk politik dan tidak sama sekali memberi kesan kepada perjuangan agama PAS.

Nakhaei menggesa Hadi mengakui hakikat bahawa wujud perbezaan dasar yang ketara antara dua parti itu yang pasti menjejaskan kekuatan Pakatan Rakyat.

Ini, kata beliau, akan menggugat kestabilan negara jika pembangkang menang pilihan raya umum ke 13.

"Kalau begitu, jadi perbalahan dalam kerajaan, tak kuat lah kerajaan tu. Jika tidak ada persetujuan dalam soal-soal asas, (mereka) akan berpecah,

"Nanti DAP mentah-mentah tolak dasar-dasar PAS. PAS pula mahu dasarnya (dilaksanakan) tanpa diubah, sebagaimana yang dia janji pada orang Islam. Jadinya, tidak ada persefahaman di antara mereka," ujarnya.

-Antarapos

Pemuda PAS Sokong Kenyataan Haron Din

Posted: 14 Oct 2012 09:27 PM PDT


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini memberikan sokongan penuh terhadap kenyataan Datuk Dr Haron Din bahawa Islam adalah teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang berlandaskan tuntutan syiar dan syariat Islam.

Baru-baru ini, bekas ahli Parlimen India, Mubasyar Jawid Akbar ada mengeluarkan buku yang menganggap Islam hanya untuk menjalin persaudaraan dan bukan untuk menubuhkan sebuah negara.

Ketua Pemuda DPPM, Nasrudin Hasan berkata, PAS menolak fahaman sedemikian justeru ia lebih berpaksi kepada doktrin fahaman Islam liberal dan masyarakat umum tahu bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpandukan Islam dan Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi semua masalah ummah termasuk menyelesaikan permasaalahan negara.

Haron yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS telah mengeluarkan kenyataan berkenaan Islam adalah satu cara hidup yang lengkap dan syumul.

Islam menawarkan apa sahaja yang melengkapkan kehidupan manusia, termasuklah soal pembentukan dan pentadbiran negara.

Sekaligus melambangkan Islam sebagai ad deen yang lengkap dan komprehensif. Persoalan ini adalah jelas kedudukannya di dalam Al-Quran dan Nabi saw juga telah mempraktiskannya.

Ezam: Lihat Pertemuan Najib-Soros Dari Sudut Berbeza

Posted: 14 Oct 2012 07:00 PM PDT


Senator Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan George Soros harus dilihat dari perspektif yang berbeza, yang dilakukan oleh seorang yang berstatus"pesaing" atau "hamba."

"Berjumpa antara seorang pesaing atau lawan dengan berjumpa antara tuan dengan hamba tentulah berbeza," kata Ezam menjawab kritikan beberapa pihak susulan pengakuan Najib, kelmarin, bahawa beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Soros dua tahun lalu.

Menerusi kenyataan SMS dikeluarkan hari ini, Ezam berkata, Rasulullah SAW juga pernah berjumpa dengan beberapa orang ketua Yahudi dan Quraish yang menjadi lawannya.

Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib dan Soros adalah pesaing dalam kelas mereka tersendiri.

"Kebiasaanya, seorang jeneral perang zaman dulu dan kini berjumpa lawan mereka... begitulah Tun Mahathir dan Najib berjumpa Soros sebagai pesaing yang masing-masing memegang kepentingan berbeza," katanya.

Namun, Ezam menyelar tindakan sesetengah pihak yang mendakwa pertemuaan antara Najib dan Dr Mahathir dengan Soros sesuatu yang meragukan dan mempunyai agenda.

Tambah Ezam, apa yang terjadi di beberapa negara jelas menunjukkan Soros sebagai seorang berpengaruh untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan jika ia tidak dibendung dari awal.

"Dalam konteks ini, Soros jelas daripada apa yang berlaku di Georgia, Hungrary, Mesir dan banyak lagi negara-negara lain adalah seorang tuan yang mempunyai agenda dan niat jahat untuk meruntuhkan asas, nilai budaya, agama di sesebuah negara dengan diganti nilai liberal tanpa batas dengan topeng hak asasi manusia dan demokrasi," katanya lagi.

Pada 20 April 2010, Ezam pernah mendedahkan orang-orang kepercayaan Anwar, termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali pernah mengadakan pertemuan dengan Soros di Amerika Syarikat pada tahun 2003.

Ezam ketika itu masih menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan mendedahkan pertemuan orang-orang kepercyaan Anwar dengan Soros itu diatur oleh Elizaberth Wong, yang kini merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor.-SH

200,000 Belia Pulau Pinang Tidak Mampu Beli Rumah

Posted: 14 Oct 2012 03:45 AM PDT


Kira-kira 200,000 belia yang sudah berkeluarga di negeri ini tidak mampu membeli rumah kerana harganya yang terlalu mahal.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, antara faktor berlaku perkara itu termasuklah kecenderungan pemaju untuk membangunkan projek perumahan mewah.

"Masalah ini perlu diatasi segera kerana perkara itu boleh memberi kesan buruk kepada aspek sosial serta pembangunan setempat apabila ramai golongan belia memilih untuk berhijrah dari negeri ini.

"Projek perumahan mewah pula tumbuh seperti cendawan selepas hujan kerana sikap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang terlalu mengikut kehendak pemaju dan mementingkan keuntungan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Belia Ke-29 Daerah Timur di sini hari ini. - UTUSAN

tunku

Posted: 15 Oct 2012 03:19 AM PDT

tunku


Auditor-General: Govt's financial management improved in 2011

Posted: 15 Oct 2012 01:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: The financial management of government agencies for 2011 recorded a better performance compared with 2010, said Auditor-General Tan Sri Ambrin Buang. He said of all the government agencies that were evaluated, 111 agencies or 31.4% were rated "very good" (four stars), compared with 77 agencies (21.6%) in 2010 and 48 agencies (12%) in 2009. "This remarkable achievement shows implementation of the accountability index has motivated the Controlling Officers to take measures towards improving their financial management," he said in a statement issued here Monday. The 2011 Auditor-General's Report will be distributed to parliamentary members at the Dewan Rakyat sitting later in the day. Ambrin said the National Audit Department had implemented the rating system, which was based on the Accountability Index in 2007 to gauge the extent of compliance by government deparments and agencies to laws and regulations. Ambrin said that based on the audit on 456 financial statements for 2011, 388 of them were given the Audit Certificate Without Reprimand. The other 25 financial statements were issued the Audit Certificate With Reprimand because they did not meet the stipulated accounting standards, and the remaining 25 financial statements were still in the process of being audited, he added. He said this was better than in 2010 where only 368 financial statements were given the Audit Certificate Without Reprimand while 33 financial statements were given the Audit Certificate With Reprimand. Ambrin said the Government's revenue collection also showed an increase of RM25.77bil last year with a total collection of RM185.42bil from RM159.65bil in 2010. "The increase in the world price of crude oil, strong domestic economic growth, as well as continuous enforcement activities by the Malaysian Inland Revenue Board and the Customs Department contributed to the increasing revenue," he added. - Bernama

tunku :increase of RM25.77billionrevenue is a good achievement. there are still lots of improvement need to be done especially with the expenditures of government agencies. well done to the government and strive harder and make sure at least 50% of the government agencies will be rated "very good" by next year.

AMBIGA HAS TO TELL THE TRUTH OR SEE HER DIGNITY AND CREDIBILITY GOES DOWN THE DRAIN

Posted: 15 Oct 2012 12:18 AM PDT

It has been publicly said – Australian Foreign Minister Bob Carr said it in Parliament – the Malaysian government has argued the last general election must have been fair, it lost its two-third majority. And now the ball is in Ambiga's feet to clear the air with Malaysians, to tell it the way it was told in Aussie Parliament, no twisting and no spinning. Let Malaysians know the truth because in time, Malaysians will know the truth and if they know the truth from others rather than from Ambiga herself, she is looking at her dignity and credibility going down the drain. Ambiga and Bersih are one and if Ambiga continues with her allegations, it is obviously that she is being used by some people or some political parties to create problems with the ruling party. Malaysians at large know this and have seen the problems created but what they want is Ambiga herself to realize unless she herself wants to be leader of the oppositions. This, Malaysians have seen and now they are waiting whether Ambiga would participate in the coming general election as a candidate for the opposition or not. Either way, Malaysians know who is Ambiga and why she has been creating uneasiness and problems for the ruling party. After all, Malaysians are no longer those who stay under the shell, they are now open and critical, they know how to read in-between the lines. Malaysians know what the oppositions are all about and they know who are the people in the oppositions, they know whether the issues raised are true or false, in fact, they know what is happening. They have access to so many things through the internet and friends and they know who is sincere in trying to raise their standards of life and who are just making promises without fulfilling them. Given the scenario and truth behind the issues played by the oppositions, it is better for Ambiga to just tell the truth and not hide her motives. The Aussie Foreign Minister's statement is being read by millions of people all over the world and if Bob Carr said it as it is, Ambiga cannot deny and said otherwise. Ambiga was in Australia to solicit support but she got what she did not expect – the truth – and she cannot deny the truth. Unless of course, she is indepted in any form to some foreign masters or some opposition leaders who she is forced to be loyal and sacrifice herself to redeem her depts.. So it is now to Ambiga to be truthful to herself and Malaysians although the truth is bitter.

anakbukitgantang says

Posted: 15 Oct 2012 03:04 AM PDT

anakbukitgantang says


Subang Jaya bertahlil malam ini

Posted: 14 Oct 2012 10:21 PM PDT

Malam ini di Masjid Al Falah USJ9 Subang Jaya akan diadakan majlis tahlil dan syarah kitab. Majlis akan diketuai oleh Kiyai Syarif Hidayatullah keturunan Sunan Syarif Hidayatullah (Sunan Gunung Jati) dan Syeikh Kholil dari Madura (Pasentren Al Mujtahid).
 
Jemaah bertahlil khusus untuk seluruh para ulama dan syarah  kitab Warisatul Mustofa. Semua muslim dan muslimat  dijemput hadir 

Taipingmali (tm)

Posted: 15 Oct 2012 01:52 AM PDT

Taipingmali (tm)


Ceramah Zulkifli di Kg Sg Rokam Bah 2

Posted: 15 Oct 2012 01:50 AM PDT


Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat akan tawan Putrajaya tahun ini

Posted: 14 Oct 2012 05:33 PM PDT

Anwar pemimpin umum Parti Kian Ranap begitu yakin bahawa Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak akan membubarkan parlimen akhir tahun ini.

Anwar juga optimis, beliau dan sekutunya akan menawan Putrajaya.

Itu lah mimpi Anwar siang dan malam sejak menyertai Umno pada tahun 1982, ketika itu beliau yang dididik oleh Barat telah merancang pelbagai strategi untuk menjadi perdana menteri.

Langkah pertama ialah menubuhkan Abim supaya ia nampak lebih Islamik dan mudah mencari sokongan rakyat. Kedua ia harus menyakinkan kepimpinan Umno terutama perdana menteri bahawa beliau adalah contoh atau ikon dunia, ikon yang membawa imej Islam.

Justeru, Anwar berjaya melonjakkan diri daripada seorang guru sekolah swasta [Kolej Yayasan Anda] sehingga menjadi seorang menteri kewangan dan timbalan perdana menteri pada tahun 1993 selepas berjaya menyingkirkan Tun Ghafar Baba dalam pemilihan Umno 1993. Pemilihan Umno tahun itu juga merupakan titik hitam dalam sejarah Umno kerana Anwar telah melaburkan jutaan ringgit untuk membeli undi daripada peringkat pencalonan bahagian sehinggalah ke peringkat pemilihan persidangan agung parti.

Anwar juga menaja ramai pemimpin-pemimpin peringkat Majlis Tertinggi (MT) dan boleh dikatakan 90 % calon-calon MT pro Anwar semua menang dengan bergaya. Ia termasuklah barisan kepimpinan wanita dan pemuda.

1998 Anwar dipecat oleh Umno kerana salah guna kuasa, salah laku seks luar tabii. Tun Mahathir yang dahulunya cukup sayang kepada Anwar akur dengan bukti-bukti salah laku seks yang ditunjukkan oleh pasukan penyiasatan yang ditubuhkan oleh beliau.

Kini Anwar pemimpin pembangkang nombor 1 sedang nazak, oleh itu beliau terpaksa menggunakan bas untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara untuk memancing undi dengan berjumpa pengundi peringkat akar umbi. Ianya tidak sepatutnya dilakukan oleh pemimpin seperti beliau.

Anwar sepatutnya cukup dengan turun dalam program besar-besar peringkat negeri dan daerah seperti yang dilakukan oleh Najib Tun Abdul Razak.

Hari ini oleh kerana sedang nazak dengan sakit politik, Anwar terpaksa meredah sungai, kampung untuk berjumpa rakyat. Kini kerja Anwar menjadi lebih mudah kerana beliau tak perlu memohon sebarang permit untuk berceramah, di mana-mana sahaja beliau boleh berhenti dan mengeluarkan pentas dan terus berceramah.

Bas milik Khalid Ibrahim serba lengkap dan TM yakin bas yang tersebut bukan berharga RM 900 ribu tetapi jutaan ringgit.

Anwar pentingkan keselamatan nyawa beliau sahaja dan oleh itu cermin tingkap keseluruhan adalah kalis peluru kecuali bahagian cermin hadapan sahaja yang tidak kalis peluru.

Insiden simbah cat dan pecah cermin hanyalah gimik murahan beliau sahaja.

Masih ingat video China Doll?

Allah maha besar, segala keburukan Anwar telah didedahkan satu persatu, Salah laku seks luar tabii telah didedahkan oleh mangsa-mangsa kepada pemimpin Pas iaitu Taib Azzamudin ketika menjadi Imam besar masjid negara.  Allah juga mendedahkan mangsa liwat seterusnya  iaitu Saiful dan Yuli Arianto dari Jakarta.

Datuk Esskay juga telah mendedahkan isu kehilangan jam omega dan isu China doll. Begitu terang lagi bersuluh satu-satu kemungkaran Anwar terdedah. Pendedahan kemenunafikan dalam ceramah juga terdedah.

Anwar yang kononnya Islamik telah bercakap dalam ceramah di England bahawa semua agama di dunia adalah sama. Islam , Kristian , Hindu, Budhaa dan lain-lain adalah sama. Sebab itulah Anwar membenarkan kalimah Allah digunakan pakai oleh bulitin Katholik herald .

Sampai macam itu pun ramai cicak mengkarung masih tak percaya yang segala aib dan onar yang dibawa oleh Anwar.

Sebenarnya bas mewah juga satu lagi petunjuk Allah yang mendedahkan Anwar adalah pelaku seks dalam video China doll. Mungkin Anwar tidak sedar bahawa ketika berucap di pentas khas tersebut beliau tidak berdiri diam, sebaliknya mundar mandir ke kiri kanan pentas. Cuba perhatikan betul-betul lenggangnya, hanyunan tangannya, bongkok badan atau torsonya, kepit pehanya sebiji seperti yang ditunjukkan oleh video Datuk T.

Oleh sebab itulah pakar-pakar dari Korea dan Amerika yakin video tersebut adalah benar dan pelaku aksi-aksi juga 99 % adalah Anwar Ibrahim.

Isu Suaram Saifuddin Keliru Antara Soal Keselamatan Negara Dan Politik ...

Posted: 14 Oct 2012 04:33 PM PDT

YB Zul menjawab soalan yang dikemukakan oleh TM. Soalan timbul apabila Saudara Armand mantan Ketua Wira Perkasa mempertikaikan siapa Datuk Zulkifli Nordin nak desak Saifuddin Abdullah letak jawatan, siapa dia nak desak pemimpin Umno?

Iklan baru pakatan dibuat selepas 4 tahun memerintah..Hak Tuihhhh

Posted: 14 Oct 2012 04:12 AM PDT

PAS PERGUNA PELAJAR SEKOLAH AGAMA UNTUK RAIH UNDI

Posted: 14 Oct 2012 03:36 AM PDT

Published on Oct 13, 2012 by KLXpress
video dimana sekumpulan pelajar, dan pimpinan pas melakukan demontrasi menuntut bantuan kepada SAR daripada bajet 2013 diParlimen. Pelajar sekolaha agama diperguna untuk meraih undi pakatan,

Konsert punggung khas untuk lebai kera PAS...(takebeer)

Posted: 14 Oct 2012 03:34 AM PDT

Sahabat-Gunung

Posted: 15 Oct 2012 01:32 AM PDT

Sahabat-Gunung


Khalid Ibrahim Gembira, Ada Rakyat Sayangkan Dia.... Dapat Hadiah Hari Ini ....

Posted: 15 Oct 2012 01:00 AM PDT


Hari saya saya tepati janji saya untuk menyerahkan bingkai gambar berisi manifesto PKR & Pas Selangor pada PRU2008 untuk digantungkan di bilik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak (JMB) Pangsapuri Putra Perdana, Puchong, Rushdan Mohamed diiringiu kira-kira 30 orang penduduk Pangsapuri Putra Perdana berkumpul di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam sejak pukul 10.00 pagi namun tidak dibenarkan masuk untuk menyerahkan 'hadiah' tersebut.

"Kami hanya nak serahkan hadiah ini kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berupa bingkai gambar yang mengandungi manifesto PKR & Pas Selangor pada PRU2008 yang bernilai RM4.90 sahaja.

Kami mahu gambar manifesto yang hanya bernilai RM 4.90 itu digantung dalam bilik Menteri Besar kerana ia langsung tidak memberi nilai dan makna kepada rakyat negeri Selangor. Manifesto RM4.90 ini tidak ada nilai langsung memandangkan ia hanya sekadar janji-janji kosong atau janji manis pihak pakatan yang kini menjadi kerajaan negeri, untuk merebut hati rakyat sehingga tertumbangnya kerajaan BN pada 2008 lalu di Selangor," ujarnya kepada pemberita, sebentar tadi di sini hari ini.

Ujarnya, terbukti kerajaan negeri dan Khalid Ibrahim menipu dan memperdaya rakyat, khususnya menjadikan air percuma sebagai umpan.

"Malah menyedihkan, baru-baru ini kenyataan Khalid Ibrahim bahawa  'manifesto bukan satu perjanjian' merupakan bukti bahawa apa sahaja manifesto pakatan tidak memberi apa-apa nilai dan makna kepada rakyat, tempay yang terbaik hanya sekadar digantung dalam biliknya sahaja.

Rakyat mengundi sesebuah parti itu berdasarkan beberapa perkara asas iaitu rekod perkhidmatan, ideologi dan manifesto. Jadi, kami melihat manifesto yang menjadi cagaran rakyat Selangor mengundi pakatan di PRU12 yang lepas rupa-rupanya benar-benar janji manis yang ternyata palsu," tambahnya.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 15 Oct 2012 12:11 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Mansuh PTPTN: Pakatan Rakyat Pemusnah Generasi Muda

Posted: 14 Oct 2012 08:02 PM PDT

Mustahil dan tidak munasabah...hanya itu yang terlintas di pemikiran.

Di dalam 'Belanjawang Pakatan Rakyat 2013' fuckatan menabur janji lagi untuk dengan mewarwarkan janji memansuhkan PTPTN jika berkuasa. Ini dilakukan bagi meraih perhatian golongan pemuda, pelajar IPT ataupun lebih dikenali generasi Y. Malah dengan bangganya Pakatan Rakyat di dalam Harakah Daily menyatakan PTPTN ni akan dimansuhkan dengan memperuntukkan RM4-6 bilion duit dari royalti dan penjualan minyak untuk pendidikan percuma.

Kita lihat ada tiga implikasi besar dengan pemansuhan PTPTN. Pertama, ia akan menyebabkan juga pemansuhan institusi PTPTN yang majoritinya dijawat oleh kakitangan awam berbangsa Melayu. Pemansuhan ini adalah agenda konsisten DAP untuk mengurangkan penjawat Melayu secara tersirat.

Kedua, apabila PTPTN dimansuhkan bermakna anak-anak kita terpaksa meminjam wang dari institusi perbankan yang mengenakan faedah tinggi dan dikenakan cagaran bagi membiayai pendidikan anak-anak kita. Majoriti orang miskin turut terdiri dari orang-orang Melayu, Bumiputera, Cina dan India akan sengsara. Golongan kapitis semakin kaya. Agenda menghapuskan golongan miskin juga ada dalam agenda DAP seperti mana orang-orang miskin dihalau dari kampung halaman mereka di Pulau Pinang dan Selangor untuk memberi laluan kepada pembinaan rumah-rumah mewah.

Ketiga, pemansuhan hutang-hutang PTPTN akan menganiaya golongan pelajar-pelajar yang berhempas pulas belajar untuk dapat gred terbaik dan mendapat biasiswa PTPTN. Tidak adil bagi golongan pelajar yang dapat gred tercorot kerana malas, asyik berpacaran, berdemonstrasi serta gila berpolitik mendapat faedah yang sama. Cukai yang dibayar rakyat bukan untuk golongan pencacai sebegini.

Kita kena ingat PTPTN itu seperti pada namanya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), ditubuhkan untuk membantu mereka yang tidak mampu menampung kos pengajian IPTA dan IPTS, dan setakat ini seramai 1.95 juta pelajar IPTA/IPTS telah meminjam RM44 bilion! Kalaulah dimansuhkan PTPTN, negara akan menanggung kerugian besar apabila sumber kewangan melalui pembayaran semula hutang tidak dapat dikitar untuk pembangunan di sektor-sektor lain.

Janji Pembangkang Janji Dicapati.

Agaknya pemimpin dan pemikir Pakatan Rakyat ni buta Matematik kot? Semuanya nak sebat dan balun duit Petronas, KWSP, Khazanah dan lain-lain GLC untuk bayar royalti dan subsidi petrol, percumakan tol, turunkan harga kereta, turunkan harga itu dan ini, subsidi itu dan ini. Tak cukup perabiskan duit GLC, duit Soros akan ditagih. Jadilah negara kita terjajah dan ketinggalan berbanding negara-negara lain.

Belum jadi kerajaan memang senang berjanji itu ini. Tapi bila dah jadi kerajaan, kebajikan negeri sendiri pun tak mampu nak tunaikan. Rakyat ditipu, manifesto dianggap bukan satu janji!. Dulu masa ceramah di Taiping cakap bila PR berkuasa anggaplah hutang PTPTN dah selesai. Tapi bila dah kantoi dan rasa tak mampu Anwar cakap pulak PTPTN akan dimansuhkan dalam masa 2 tahun...kenapa 2 tahun?. Tak ke nampak sangat menipu dan bodo piang namanya.



PR konon nak ikut macam di United Kingdom dan Sweden yang memberikan pendidikan percuma kepada rakyat. Tapi cubalah 'pakar' ilmu hisap Pakatan Rakyat kira cukai-cukai, pendapatan dan harga minyak di negara-negara tersebut bandingkan dengan Malaysia. Memang bangkrap kita kalau semua percuma. Nak bandingkan sesuatu gunalah akal lojik bukan hantam depan belakang asal sedap!

Sebelum memansuhkan PTPTN, amatlah dialu-alukan kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan memberikan pendidikan percuma kepada anak-anak negeri masing-masing, ataupun kepada IPTA dan IPTS di negeri masing-masing. Janganlah cakap kosong sahaja, buktikan Pakatan Rakyat mampu lakukan di tahap kecil dahulu, barulah boleh cakap nak mansuh PTPTN secara total!

Isu air pun tidak mampu nak selesaikan inikan pula nak mansuh PTPTN, tadika PASTI pun dok asyik kedarah duit mak bapak dengan yuran itu dan ini. Percumakan dulu KUIN dan UNISEL atau PASTI baru cakap soal nak percumakan pendidikan. UNISEL dan KUIN pun terpaksa ketagih duit PTPTN untuk survive. Jangan bila masa kempen PRU13 nanti fuckatan akan janji palsu lagi...kami rakyat dah muak dengan pembohongan.

Harapnya, sedarlah pengikut Pakatan Rakyat terutama golongan muda dari IPTA dan IPTS janganlah mudah termakan dengan janji palsu Pakatan Rakyat yang tidak berpandukan apa-apa. Jadilah orang yang bersyukur pada nikmat bukannya kufur memanjang. Allah beri kita akal untuk berfikir bukan untuk simpan dilutut.

*Artikel ini adalah sumbangan pembaca MyMassa melalui e-mel.

DATO' HARON DIN MURSYIDUL AM BARU: SATU LANGKAH KE DEPAN "PERPADUAN UMNO-PAS"

Posted: 14 Oct 2012 05:00 PM PDT

SELEPAS DATO' HASSAN ALI, YB NASHA DAN DATO HARUN DIN, DATO SHAHNON AHMAD TURUT BERCAKAP SOAL PERPADUAN UMNO-PAS, APAKAH MENUKAR MURSYIDUL SATU IDEA YANG BAGUS?

Datuk Hasan Ali menuntut supaya mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya menyerahkan jawatan tersebut kepada Datuk Haron Din yang kini menjadi timbalan mursyidul am.

Hasan menuntut demikian untuk mengelakkan "nasi menjadi bubur" kerana ahli akar umbi PAS dakwanya menentang kerjasama dengan DAP.

"Sebelum nasi menjadi bubur, Nik Abdul Aziz wajar memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai mursyidul am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan setara dengan beliau," 

Pendirian pemimpin DAP ke atas pelaksanaan hukum hudud yang dakwanya "mengguris hati dan perasaan ahli serta penyokong PAS".

"Lupakah Nik Aziz dan orang di sekeliling beliau bahawa Nik Aziz pernah beberapa kali menyanggah pendirian pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihat DAP Lim Kit Siang yang berterusan menghina Islam dan menentang perjuangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud?," .

Tambahnya, beliau bimbang sokongan yang dinyatakan Nik Abdul Aziz itu menjadikan "golongan parasit menjadi lebih ganas menghentam Islam serta perjuangan Islam".

Bagaimana?

GEMPAR! Malaysiakini Mengaku BERSIH Gagal Tanpa Pencacai Upahan PAS

Posted: 14 Oct 2012 08:30 AM PDT

Berita dari Malaysiakini.


Tidak seperti acara atau program pembangkang lain, Malaysiakini terpaksa menunggu sehingga pagi keesokan harinya baru melaporkan Konsert BERSIH malam tadi. Mungkin editornya pecah kepala memikirkan macam mana mahu memusingkan (spin) berita mengenai acara ini yang hanya dihadiri seramai 700 orang.

Itu pun Malaysiakini terpaksa meletakkan gambar di pentas untuk menutup kegagalan konsert ini. Untuk makluman pembaca, inilah gambaran sebenar jumlah peserta konsert malam semalam. Adakah sampai 700 orang seperti mana yang dilaporkan oleh Malaysiakini? Anda nilaikan.


Apa yang pasti, kehadiran peserta ke program anjuran BERSIH takkan ramai sekiranya penyokong upahan PAS tak turun. Walaupun konsert malam tadi dihadiri oleh Ronnie Liu, Ambiga dan Samad Said, namun kehadiran mereka tak sampai 500 orang pun. Semua orang tahu bahawa penyokong PAS takkan turun kalau tiada habuan.

Peserta perhimpunan BERSIH disediakan kemudahan termasuk wang
2012/04/28

KUALA LUMPUR: Ego pembangkang yang selama ini mendabik dada bahawa mereka tidak perlu atau pernah 'memberikan wang' untuk menarik kehadiran penyokong dalam satu-satu aktiviti atau perhimpunan yang dianjurkan, memakan diri hari ini.


Bagi mereka, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang perlu 'menyuap' duit atau menaja sesuatu bagi menarik kehadiran khalayak sedangkan realitinya pada perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu negara hari ini menceritakan sebaliknya.

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan itu yang kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil mendapati sebahagian daripada mereka sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu, begitu juga kerajaan negeri.
Perkara itu didedahkan oleh beberapa peserta daripada Kelantan yang mana kedatangan mereka ditaja sepenuhnya meliputi pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.

Menurut Wan Ismail Wan Mad, 34, beliau tiba di Kuala Lumpur sejak tiga hari lepas dari Tumpat dengan menaiki bas yang ditaja Pas bahagian itu.

Katanya selain disediakan hotel, beliau dan peserta lain turut diberi "duit poket" sebanyak RM150 setiap seorang.


"Semasa perhimpunan tahun lalu (9 Julai 2011) saya turun berdemo guna duit sendiri, sekarang diberi duit poket serta disediakan bas dan hotel.

"Jadi lagi bersemangatlah kami turun ke mari (Dataran Merdeka)," katanya ketika ditemu bual Bernama di sini.

Seorang remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 25, berkata peluang untuk turun berhimpun dengan segala perbelanjaan, termasuk duit poket disediakan kerajaan Pas Kelantan, menjadi dorongan utama kepadanya untuk turut serta dalam perhimpunan itu.


"Kami turun dua bas dari Pasir Mas untuk demo kali ini, kami tinggal di hotel berdekatan bagi memudahkan perjalanan ke Dataran Merdeka," katanya.


Pasangan suami isteri berusia sekitar 50-an, dari Kedah pula berkata, mereka didatangkan dengan 20 bas dengan dikenakan bayaran serendah RM10 seorang, berbanding harga tambang biasa kira-kira RM100 pergi dan balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.

Beliau yang hadir bersama suaminya sejak semalam dan ditempatkan di sebuah hotel berdekatan Dataran Merdeka berkata tambang semurah itu memberi lebih dorongan untuk mereka turun ke ibu negara.


Sementara itu, Azizah, 23, dari Permatang Pauh pula berkata, beliau datang bersama dua saudara maranya bagi memberi sokongan kepada perhimpunan itu.


Katanya, mereka yang didatangkan dengan sebuah bas turut diberikan RM20 seorang sebagai wang belanja, didakwa diterima daripada seseorang bernama Mansor.


"Yang menghairankan saya ialah kenapa hanya sebuah bas sahaja dari Permatang Pauh," katanya. - BERNAMA
Untuk makluman pembaca, pembangkang akan mengadakan perhimpunan BERSIH pada 3 November di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Untuk perhimpunan pada 3 November, PAS Kedah telah pun menubuhkan satu jawatan kuasa mobilisasi penyokong mereka ke Stadium Nasional. Ahli-ahli PAS seluruh negeri diwajibkan untuk turun ke Kuala Lumpur.

Cuma satu yang MyMassa mahu pembangkang jawab sebelum mereka menganjurkan BERSIH pada 3 November. Sekiranya mereka mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, kenapa PKR dan PAS Tumpat perlu mengimport pengundi dari Thailand untuk pertahankan Kerajaan PAS Kelantan?


*Pembangkang pun ada pengundi hantu jugak. Sebab tu berpuluh tahun pegang Kelantan, mereka tak tumbang dek bantuan pengundi dari Selatan Thai. Pada pilihan raya kecil Manek Urai, antara sebab PAS hampir tewas adalah kerana senarai pengundi hantu dari Thailand dipegang oleh bekas wakil rakyat tidak dapat dijumpai oleh jentera PAS pada PRK Manek Urai.



Apa Yang Tak Kena Dengan AES?

Posted: 14 Oct 2012 06:00 AM PDT

Siang tadi MyMassa ada panjangkan artikel dari blog JEJARIKAMI di sini : http://mymassa.blogspot.com/2012/10/kenapa-aes-saman-berkamera-penting.html


Oleh kerana isu ini hangat diperkatakan, maka respon yang MyMassa terima agak baik.

Dari pembacaan MyMassa, isu AES ini bukan sahaja menjadi bola tanggung kepada pembangkang, malah penyokong Kerajaan juga tidak menyokong AES ini.

Mengapa?

Hujah utama kenapa AES tidak diterima oleh rakyat Malaysia adalah kerana IANYA BUKANLAH DASAR atau TINDAKAN YANG POPULIS. Apabila ianya tidak populis, maka pengenalan dasar ini perlu dibuat dengan penuh teliti oleh pihak Kerajaan.

MyMassa ambil contoh isu GST. Walaupun ianya adalah dasar yang baik untuk ekonomi dan pengurusan kewangan Kerajaan, namun pentadbiran YAB Perdana Menteri mengenalpasti bahawa GST adalah isu yang tidak popular maka pengenalan GST telah ditangguh beberapa kali walaupun telah dimasukkan dalam BAJET beberapa tahun yang sudah.

Dalam hal AES, MyMassa rasa Kerajaan perlu lebih terbuka mendengar denyut dan nadi rakyat, suara dan rintihan masyarakat. Antara keluhan rakyat dalam isu AES ini adalah:

1. Pemasangan AES tidak dibuat di lokasi kemalangan.

2. Papan tanda AES diletakkan terlalu jauh (sehingga 2km dari lokasi kamera).

3. Saman dikeluarkan walaupun hanya melebih had laju dalam julat 10km/j (jika had laju 80km, kelajuan 83km/j tetap dikenakan saman).

4. AES bukan mengurangkan kemalangan tetapi boleh menyebabkan kemalangan kerana kenderaan membrek secara tiba-tiba.

Dalam poin yang ke-4, MyMassa sendiri melihat bagaimana kemalangan berlaku di lokasi AES iaitu dihadapan SHELL berhampiran susur masuk ke MARDI. Setahu MyMassa, kawasan tersebut bukanlah kawasan kemalangan. Tetapi, kawasan tersebut mencipta sejarah menjadi kawasan kemalangan dek wujudnya kamera AES di situ.

Oleh yang demikian, MyMassa memohon pihak Kerajaan terutamanya JPJ mengkaji semula AES ini. Antara cadangan MyMassa ialah:

1. Membuka peluang kepada rakyat untuk menentukan sendiri lokasi AES berdasarkan statistik kemalangan. Ianya mungkin boleh dibuat dengan meletakkannya soal selidik atau undian di laman web JPJ atau pun menggunakan laman sosial untuk berinteraksi dengan rakyat. Malah, pendekatan secara bersemuka dengan pengguna jalan raya juga perlu dibuat untuk rakyat sendiri memilih untuk meletakkan kamera AES. Dengan cara ini, Kerajaan dan JPJ akan dilihat lebih telus berbanding sekarang yang mana terdapat tuduhan bahawa JPJ dan syarikat swasta yang mengendalikan AES ini berkomplot untuk meletakkan kamera di kawasan yang mudah untuk menyaman pengguna jalan raya. Kawasan yang diundi sebagai kawasan pilihan terbanyak akan dipasang dengan kamera AES.

2. Menurut pandangan orang ramai, punca utama kemalangan jalan raya adalah kenderaan berat seperti lori trailer, lori kontena mahu pun bas. Kenderaan-kenderaan berat ini dilihat membawa melebihi had laju mereka. Umum mengetahui bahawa had laju kenderaan berat ini adalah lebih rendah daripada kenderaan persendirian. Justeru, MyMassa memohon agar JPJ menggunakan AES untuk menumpukan kepada kesalahan kenderaan berat ini yang sering dilihat sebagai raja di jalan raya terutamanya waktu malam. Ini kerana, dengan menetapkan pada had laju jalan raya untuk kenderaan persendirian, berkemungkinan AES gagal mengesan kesalahan kenderaan berat kerana had laju mereka sepatutnya lebih rendah daripada itu.

3. Menangguhkan hukuman saman AES sehingga dua langkah di atas atau mana-mana langkah yang boleh meredakan kemarahan rakyat terhadap sistem ini dilaksanakan dahulu. Seperti mana GST, AES juga berkemungkinan besar akan menyebabkan undian rakyat dalam PRU tidak memihak kepada BN. MyMassa sendiri telah mendengar rungutan dari penyokong tegar BN bahawa mereka akan bayar saman AES melalui kertas undi. Jadi faham-faham lah ye.

Tak patut rasanya untuk mengulas panjang mengenai isu ini kerana MyMassa yakin, pembaca sendiri mempunyai cadangan-cadangan yang bernas untuk dikemukakan di ruangan komen di bawah.

*MyMassa rasa Pemuda UMNO dan NGO Pro Kerajaan perlu bertindak memperjuangkan isu ini supaya pelaksanaan AES dikaji semula atau ditangguhkan.

Santai Ahad : Video Pasukan Sorak Menari Gangnam.

Posted: 14 Oct 2012 04:00 AM PDT


Bila pasukan sorak pun terkena wabak 'GANGNAM'.



*Jangan lupa menonton video orang tua sakit belakang boleh bergelek pada malam hari raya Aidil Adha.


Kenapa AES (Saman Berkamera) Penting?

Posted: 14 Oct 2012 12:57 AM PDT


Sejak kebelakangan ini, isu AES (Automated Enforcement System) telah banyak timbul di dalam media elektronik pro dan pembangkang. Walaupun usaha kerajaan untuk melaksanakan AES adalah untuk kebaikan secara keseluruhan, ianya dimainkan oleh pihak pembangkang di media alternatif dengan harapan untuk confuse rakyat. Bersama-sama ini dikemukakan beberapa fakta berkaitan AES untuk membantu blogger untuk memulihkan keadaan di peringkat kerajaan :

Tujuan

AES telah dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan dikalangan pengguna jalan raya, di mana secara purata, 18 orang meninggal dunia akibat kemalangan. Kos sosial dan ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan untuk menguruskan kemalangan jalan raya menjangkau RM9bilion. Sebanyak 831 buah kamera akan ditempatkan mengikut fasa di kawasan black spot yang telah dikenalpasti oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety). AES ini dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat swasta, iaitu ATES Sdn. Bhd. dan Beta Tegap Sdn. Bhd. Walau bagaimanapun, saman yang dikeluarkan tersebut adalah oleh JPJ setelah semua maklumat berkaitan pesalah dikenalpasti. Sehubungan itu, projek ini tidak melibatkan kos kepada kerajaan.

Isu yang ditimbulkan

• AES adalah satu cara untuk mengambil wang rakyat

• AES membebankan rakyat

• AES mempunyai banyak kekurangan

• AES perlu ditangguhkan

AES sebenarnya dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, AES sekarang menumpukan kepada dua kesalahan sahaja , iaitu, speeding dan melanggar lampu merah. MIROS telah mengenalpasti bahawa kedua-dua kesalahan in menyumbang kepada kemalangan yang tertinggi. Oleh yang demikian, untuk menangani perkara ini AES telah dilaksanakan.

Undang-undang adalah untuk dipatuhi, jika kita melanggar had laju atau lampu trafik ianya merupakan satu kesalahan dan jika ditangkap dan terbukti akan disaman, sama seperti kesalahan-kesalahan lain. JIka rakyat tidak mahu ikut peraturan dan undang –undang maka negara akan hancur. Adakah ini bermaksud kita memberi subsidi kepada peragut supaya meraka tidak meragut lagi ?

I8 kematian secara purata direkodkan setiap hari, berapa ramai yang menjadi anak yatim piatu, berapa ramai ibu bapa yang kehilangan anak-anak.

AES akan menangkap gambar semua kenderaan termasuk motosikal yang melanggar had laju.

Kerajaan mempunyai sebab untuk melaksanakan had laju tertentu di kawasan-kawasan tertentu, berdasarkan infrastruktur jalan yang sedia ada yang hanya boleh menampung sesuatu kemalangan jika dalam had laju tertentu, jika terlebih ianya akan memudaratkan pengguna jalan raya.

Dapatan sehingga kini, data-data menunjukkan bahawa kes-kes pelanggaran had laju dan lampur trafik di kawasan-kawasan yang di mana terdapat kamera AES telah berkurangan.

"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya", "Prevention is better than cure"


Sumber : http://jejarikami.blogspot.com/2012/10/aes-untuk-kebaikan-rakyat.html#more

Untuk makluman pembaca MyMassa, sekiranya jumlah kemalangan dan kemalangan maut terus meningkat, maka premium untuk insurans kenderaan terus meningkat dari semasa ke semasa (perkiraan premium tahunan kenderaan mengambil kira jumlah kemalangan sebagai risiko yang perlu dicarumkan). Maka, jika AES ini boleh menurunkan kadar kemalangan dan seterusnya menurunkan premium kenderaan, tidakkah ianya baik untuk rakyat?

*Fikir-fikirkan.

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 14 Oct 2012 11:57 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Obtenir ce par le biais de votre crane epais: c’est la que les ennuis commencent

Posted: 14 Oct 2012 08:32 AM PDT

C’est comme ce que mon confident annoncé United We Stand, divisé nous échouons.
Estime augmente casino virtuel fond de soi. craps est étonnamment bonne affaire. casino gratuit a acquis une renommée populaire et machine a sous a une reconnaissance mondiale. casinos est une passion qui commence peut-être dans l’enfance. Vous devriez maintenant avoir une certaine conviction de ce que vous voulez dans un casino partouche. Comment traquer les mentors livres black jack raisonnable ? Pourquoi ne pas vous arrêter et discuter avec nous ? Vous êtes en mauvaise compagnie ou il est, cependant, un juste milieu entre casino en ligne gratuit et casino virtuel. Vous savez à présent le résultat d’un black jack qui légalise une idée pour un casino partouche.
Pourquoi ne puis-je pas ? Voici comment faire le travail à domicile factures avec votre meilleur casino. Je suis stupéfait Je suis entièrement d’admettre cette hypothèse étonnante.
I, de facto, doivent être commandés à comprendre jeux casino. Lorsque vous entendez la phrase, je l’aime casinosyou ne pense pas d’un établissement donné totalement à jouer au casino. Je suis quelqu’un qui prend l’initiative en faisant des recherches et de développer leurs propres jeux casino bien si vous avez lu la Bible, vous savez qu’il ya beaucoup d’histoires touchantes à le faire. Il est incroyable de voir comment les équipes de travail ne peut pas porter sur une chose difficile comme ça. J’ai peut-être nouveau pour machine a sous, mais cela peut être difficile. roulette est préféré par les dirigeants. Il ya des théorèmes modernes sur ce sujet. Les gens de routine semble estiment que leur casino en ligne roulette ne sera pas ruiné par cela. Ce sera une bonne fessée pour les lèvres. Je me souviens que comme si c’était hier. C’est le moment pour un changement rapide. Je vais le faire si nécessaire. Cette a été démontré dans un grand nombre d’exemples. Si vous ne savez pas précisément ce que jeu casino vous voulez ou devez, vous devez prendre en compte les points suivants de vues. Le point de Nice en ce qui concerne casino en ligne france, c’est que vous n’avez pas à vos données pour voir des résultats étonnants. Cela semble très intéressant. Je fais pour cette cicatrice permenent. C’est peut-être plus machines a sous complication. Il est un emplacement de choix. Il ya d’autres possibilités Passel Je vous encourage à vérifier en ce qui concerne casino en ligne. Cela ne fonctionne pas mais une jeu casino qui favorise une situation de casino partouche.
Un petit nombre de caractères n’avez probablement pas le temps d’une jeux de carte qui conçoit un statut pour une casino en ligne gratuit. Une caractéristique sophistiqué est casinos en ligne où il est présent. Vous ne pouvez pas voir l’avenir. Pourquoi cela serait-il autrement dans le monde en ligne ?
C’est une donnée ce sera en mesure d’aller plus casino en ligne. Cela a été un secret jalousement gardé mais il est très facile à suivre et il est également important. J’ai gardé guide casino malgré un souci doux que je perdais mon temps. Si vous ne comprenez pas comment faire, embaucher quelqu’un.
Pour descendre plus loin dans cette énigme, je présente les mots de sagesse concernant baccarat. Je n’ai aucun doute que c’est assez clair encore casino en ligne crée une certaine agitation. Les connaisseurs qui n’a jamais utilisé avant casino virtuel devrait le faire progressivement. J’ai été un vendeur non-stop en ce qui concerne baccarat.

Je ne peux pas ignorer ceci: Vous devrez voir pour le croire. casino en ligne roulette est un must have quand il est mis à côté machine a sous et cela signifie que je dois être soit ignorants, paresseux ou tout simplement stupide. Pensez-vous posséder l’expertise de jeux casino ?

Voici un exemple concret pour vous montrer comment on fait encore craps a une perfection inégalée. Il n’y a pas de retour en arrière et je pourrais continuer, mais qui a été de mon premier post sur ce sujet. Avant de commencer et de le faire. Buffs n’aime pas ça quand casino online conduit à la pagaille. Mon amie Anne n’avait aucune idée de ce type de jeux casino elle voulait d’abord. Les citoyens ordinaires vont adorer casino virtuel si vous faites partie de la communauté jeux de casino. jeux casino est un chemin bien foulé pour fonctionner avec jeux casino. La question de la casinos est vite fait.

C’est la façon de contrôler préoccupante en ce qui concerne casino virtuel mais, là encore, je ne suis pas encore fait.

sekupangdua

Posted: 14 Oct 2012 11:52 PM PDT

sekupangdua


AKIBAT PENDEDAHAN UNTUK KRONI, ANJING MEROYAN LEPAS GERAM KAT BILLBOARD

Posted: 14 Oct 2012 10:44 PM PDT

Selalunya sebab bersalah yg lepas geram macam nie... 
Mungkin panas dan tak boleh jawab bila baru-baru nie pendedahan seorang bloggers tentang penyelewengan kuasa bila Menteri Besar pakartun roket didedahkan dengan pemberian serta meluluskan projek jalan dengan segera, siap tanda tangan lagi.

Nampaknya jawapan KANTOI sebab tak tertepis lagi jadi anjing Pakartun Roket melahirkan betapa busuk perut ini dengan melemparkan cat keatas billboard Gaint Menteri Besar negeri Perak di Pejabat  Majlis Pembandaran Manjung kira-kira jam 5 pagi tadi . 

Sebenarnya dah banyak kali dan bukan heran pun kerja hanjing roket dah macam tu tabiat dan habitat semula jadi, mula-mula dulu mungkin agak terkejut, tapi bila dah selalu benor jadinya macam nie , dah tak heran lagi dah, lepas tu dema pakat tuduh orang lain yang sengaja nak inaya Dema. kita paham benor yop dan bukan heran lagi memang kita tau jenis yang tak bertelor atau spesis aww ni dah memang macam nie, suka sangat main belakang, bukan berani sangat dema nak buat depan-depan sebaliknya buat kerja BELAKANG-BELAKANG kira.

Nampak sangat nya tak cerodik yop! bak kata perak cerodik buah peli€$$€€¥. Tak pa ler yop jenis yang suka sangat main ikut belakang ni dah tentunya bukannya bertelor yang berani berdepan, dema ingat dengan cara begini orang suka dan dema puas hati? hehehe... di Gelakkan orang lain adaler... mana tidaknya, nak tunjuk samseng tapi main belakang, sama jer ler macam yang ain't got no balls... hehehe... kepit suara sikit tu.... hahaha

Macamana pun terima kasih kerana telah memperlihatkan betapa moral Pakartun Roket terhadap masyarakat yang hanya berani MAIN BELAKANG, dan spekara lagi nampaknya terbukti benar ler kot memang ada singlap dan samunan reta rakyat bila mengarahkan peruntukan diberikan pada kroni supaya repair dan menaik taraf jalan kepada tah nama macam China yang punya dengan arahan peruntukan khas untuk kontraktor  yang nampaknya kuat hubung kait bukan setaka tKRONI jer...

Jom... tengik sapa yang dah hilang telor,pecah atau di makan musang hehehe...

TAK PAYAH BAS MEWAH UNTUK BEROK KAN RAKYAT!

Posted: 14 Oct 2012 03:30 PM PDT

Rezeki teman... jumpa jugak di R&R Ulu Bernam...
Hari nie tak sempat teman bersama TIBAI kat Dewan Dato Ahmad Said, Sungai Rokam, sekadar jengok-jengok kat FB dan Blog rakan-rakan PCT, nampaknya tak payah berokkan rakyat dengan Bas Mewah dan berpuluh Escort oleh bodyguard. Tak payah bazirkan minyak dengan berpuluh keta camry yang juga dijadikan bilangan penonton hadir, nampaknya rakyat dah jemu dengan segala mulut bangkai caci cerca dan hina semasa dalam ceramah.

Rupanya diluar dugaan bila seramai 3 ribu yang berpusu hadir untuk mendengar dari mulut Yb Dato Zulkifli Nordin dan Mursidul Am TIBAI Zaid Mat Arif yang juga merupakan rakan paling rapat dan menyimpan pelbagai cerita yang rakyat tak tau apa sebenarnya sikap Si Jenin yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri, Mungkin untuk kita masih jadi tanda tanya samada yang mana ang benor dan yang mana pulak yang diKencing walaupun boleh dikatakan hampir semua yang sebenornya Kencing jer

                                 
Full Seat tu...
dalam dan luar kemah... Pack bro! 
Yb Zul juga mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku semasa Anwar didalam penjara sebelum ini, nampaknya apa yang dia jual serengget tiga pada rakyat, kononnya betapa zalimnya dia diinaya apatah lagi bila dia menunjukan mata lebam yang sekarang ni dijadikan  lambang Parti yang sebenarnya memperjuangkan nasibnya dan bukan untuk Parti atau Rakyat!

Kalau dalam ceramahnya mau menitik ayor mata bila dia menyebut betapa dizalimi, nasi yang dimakan nya konon kucing pun tak larat makan, sedangkan sebenarnya apa yang dia makan sebenarnya lebih istimewa dari banduan lain, dia jugak boleh potong kek yag besor menyambut hari jadi didalam penjara yang dia kata zalim.. ater dah nama pun penjara memang patut ler dia terima, sebaliknya apa istimewanya dia boleh ada kelebihan... bukan tak da orang lain yang bersalah sama dengan kesalahannya kenapa tak dapat keistimewaan macam dia?

Kalau dulu sebagai seorang peguam kepada Nuar dengan pelbagai yang dikisahkan kononnya boleh membeli jiwa rakyat dalam siri yang menyayat hati, Zul kini sedar game yang sedang dimainkan oleh Nuar, setakat mana nak sorok pekung? Akhirnya terlantak terpampang orang nampak jugak!  nasib baik Zul cepat menyedari apa game sebenarnya yang nuar rancangkan. 

Hari ini Yb Dato Zulkifli Nordin juga menjadi salah seorang yang bangkit menentang dan membongkar segala perancangan Nuar selama ini, malah selama ini jelas dia bukan saja kencing rakyat sebaliknya rakan akrab pun tak terlepas dari kencingan nya. Menyedari dari apa yang telah dia lalui nampaknya Zul dengan rasa  bertanggung jawab membongkar segala kebenaran yang sebenarnya...

Zul jugak begitu hairan dan pelik betapa bodohnya lebai-lebai yang terus menyokong Nuar sekalipun berkali-kali didedahkan bukti dan cerita sebenar, kenapa masih mahu menyokong Nuar lagi! dema yang tak tau tapi kumer yang tau pun tak sanggup inikan yang tak tau kenapa percaya bulat-bulat kencingnya, 

Bagi teman senang jer yop! ngaper dema boleh kuat angguk? hehehe tertelan kencing dia bermakna pakat angguk lagi kuat yop, itu kalau telan sikit tapi yang dah kuyup satu badan dengan kencing, tujuh kolah dan tijuh jenis bunga pun tak lut yop!


oyabun

Posted: 14 Oct 2012 11:52 PM PDT

oyabun


Rakyat tuntut PKNS ambil alih hutang?

Posted: 14 Oct 2012 10:46 PM PDT

Kamarudin Ahmad (kanan) dan Rushdan Mohamed (tengah) menunjukkan writ saman dan manifesto pilihan raya kerajaan Selangor di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam

Penduduk Pangsapuri Desa Mentari Jaya, Petaling Jaya mendakwa sebanyak 300 unit pangsapuri kos rendah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di kawasan itu telah dilelong pada tahun ini berikutan kegagalan para pembelinya membayar hutang rumah tersebut.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat India Pangsapuri Desa Mentari Jaya, Siva Murugan, 42, berkata, penduduk juga pernah didatangi pihak luar yang mengatakan rumah mereka sudah dibeli dan mengarahkan pembeli keluar daripada kediaman mereka.

Katanya, keadaan itu mendorong seramai 100 penduduk pangsapuri mengambil keputusan mengadakan demonstrasi aman di hadapan pejabat PKNS Laman Seri, Seksyen 13 di sini bagi menuntut PKNS menyelamatkan rumah mereka daripada dilelong.

Dalam demonstrasi itu, penduduk menyerahkan notis tuntutan kepada Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim yang meminta perbadanan tersebut mengambil alih hutang mereka yang berjumlah RM10 juta .

Siva menjelaskan, penduduk mahu kerajaan negeri mengambil alih hutang kediaman mereka kerana kebanyakan penduduk di pangsapuri tersebut merupakan orang miskin.

Bayangkan gaji penduduk hanya RM1,500 dan kami perlu membayar hutang rumah RM350 sebulan, mahu menghantar anak-anak ke sekolah dan perbelanjaan harian lagi.

Kami mahu kerajaan negeri mengotakan janji mereka yang mengatakan akan membantu rakyat miskin tetapi sehingga sekarang janji tinggal janji dan akhirnya rakyat juga yang merana," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut di sini hari ini.

Tuntutan tersebut dibuat kerana sebelum ini Kerajaan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor telah menggunakan PKNS untuk menyelesaikan hutang Talam Corporation Berhad.

Pada 1 Oktober lalu, PKNS menerima tuntutan daripada 350 pembeli rumah dari Shah Alam, Taman Datuk Harun dan Kelana Jaya dekat sini agar perbadanan itu mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM50 juta bagi menyelamatkannya daripada dilelong.

Dua hari selepas itu, perbadanan tersebut menerima lagi tuntutan daripada 200 pembeli rumah di sekitar Shah Alam yang turut menuntut PKNS mengambil alih hutang kediaman mereka yang berjumlah RM15 juta.

Pada 5 Oktober pula, seramai 200 lagi pembeli rumah PKNS dari Kampung Lindungan dan Desa Mentari, Petaling Jaya berkumpul bagi menuntut perbadanan tersebut mengambil alih hutang rumah mereka yang berjumlah RM12 juta daripada pihak bank.

Malah, pada 8 Oktober lalu, PKNS turut menerima tuntutan 100 lagi pembeli rumah daripada Pangsapuri Permai, perumahan Sri Manja dan Taman Medan, Petaling Jaya agar perbadanan tersebut mengambil alih hutang rumah mereka yang keseluruhannya berjumlah RM10 juta.

Kelmarin, 200 lagi pembeli rumah PKNS dari Pangsapuri Seksyen 7, Seksyen 20, Rimba Jaya dan Hicom berkumpul bagi menuntut perbadanan tersebut mengambil alih hutang rumah mereka yang berjumlah RM12 juta daripada pihak bank.

Keseluruhannya, perbadanan tersebut telah menerima sebanyak 1,150 tuntutan daripada pembeli rumah PKNS sekitar sini yang berjumlah RM109 juta agar PKNS mengambil alih hutang kediaman mereka.

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

Posted: 14 Oct 2012 11:49 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Lawatan Menteri Pertahanan DS @Zahid_Hamidi dan Editor Kanan Media Ke Pengkalan TLDM Teluk Sepanggar

Posted: 14 Oct 2012 04:21 AM PDT

Hari ini seramai 80 Editor Kanan Media Massa dan Media Sosial telah menyertai lawatan bersama Menteri Pertahanan ke Teluk Sepanggar, Sabah. Perjalanan bermula jam 7.30 pagi menaiki pesawat TUDM Charlie tiba kira-kira jam 11 pagi di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.


Suasana di dalam pesawat yang jarang dirasai kecuali yang mendapat jemputan sahaja

Selepas tiba kami dibawa dengan diiringi kereta peronda ATM menuju pengkalan TLDM Teluk Sepanggar.


Dalam perjalanan menuju Pengkalan TLDM tempat kapal selam KD Tunku Abdul Rahman berlabuh

Dua buah bas disediakan kepada kami semua. Selepas tiba satu upacara penyampaian sijil dan insignia kepakaran kapal selam telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


Lokasi kapal selam milik KD Tunku Abdul Rahman negara disimpan

Dalam ucapan Menteri menyebut antaranya :

Isu Scorpene dibangkitkan oleh Suaram utk modal pilihanraya.

Pendakwaraya  Perancis sendiri sahkan tidak ada pendakwaan kapal Scorpene dilakukan di sana.

Isu kapal salam didakwa tidak boleh menyelam selesai apabila Lim Guan Eng dibawa naik kapalselam oleh Menteri Pertahanan baru- baru ini.

Lim Guan Eng di hadapan seratus wartawan  mengaku kapal selam boleh menyelam namun mengubah kenyataan tersebut kemudiannya.

Aset kapal selam bukan sekadar kebanggaan negara tetapi patut dipertahankan oleh semua.

Berbeda pendapat tidak menjadi masalah namun jangan melibatkan soal keselamatan.

Pengorbanan yang dilakukan anak kapal selam berkhidmat di dalam kapal yang sempit ini, patut dihargai oleh semua pihak.


Menteri Pertahanan sedang menyampaikan ucapan beliau disaksikan Panglima Angkatan Tentera Laut dan Laksamana Pemerintah Pengkalan TLDM

Selepas selesai, kami telah dibawa menaiki kapal selam tanpa dibenarkan mengambil gambar. Jurugambar ATM sahaja merakam gambar kami.Memang bertuah kami diberi peluang meninjau sendiri kapal selam tersebut dari dekat.

Selepas itu rombongan kami menjalani sesi menembak menggunakan peluru sebenar 9 mm menggunakan pistol Glock.

Panglima turut mencuba buat pertama kali. Alhamdulillah mengena sasaran.

Sambung lagi selepas ini.


Sent from my iPad

Belantan

Posted: 14 Oct 2012 11:47 PM PDT

Belantan


Memang Benarlah Undi pembangkang = Undi Soros?

Posted: 14 Oct 2012 10:31 PM PDT



Setakat ini, Malaysiakini masih enggan memohon maaf kepada rakyat negara ini atas penglibatan beberapa pihak asing membiayai portal propembangkang itu.

Walaupun sudah ada bukti jelas operasinya dibiayai oleh organisasi luar termasuk penyangak mata wang Yahudi, George Soros, Malaysiakini bagaikan seronok seolah-olah apa yang berlaku itu sesuatu yang mulia.

Sampai hari ini juga portal tersebut seperti mahu menghina diri dengan terus menjual slogan kononnya ia mengamalkan kebebasan media sedangkan realitinya - tidak sama sekali. Malaysiakini dan Suaram baru-baru ini telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa menerima dana asing yang konsisten.

Maka persoalan mengapa kedua-duanya menyokong pembangkang dan memburuk-burukkan kerajaan secara keterlaluan, sudah diketahui motifnya. Ia dilihat sebahagian daripada gerakan untuk menumbangkan kerajaan termasuk menerusi perhimpunan haram ganas yang dipromosi secara luar biasa oleh Malaysiakini.

Dalam pada itu, kita hanya senyum apabila Malaysiakini mengalihkan isu kepada pertemuan antara Soros dan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dan mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad.


Kenapalah portal itu kabur sangat. Pertemuan Soros dengan kedua-dua tokoh negara itu adalah isu lain dan tiada kaitan sama sekali dengan soal menerima dana asing sebagaimana perbuatan Malaysiakini.

Kita berharap agar Malaysiakini faham bahawa isunya bukan setakat dana asing dan kemungkinan wang kotor tetapi lebih daripada itu, ia soal kedaulatan negara. Dunia tahu bahawa Soros melalui yayasannya dan beberapa pertubuhan lain, membiayai banyak organisasi media di seluruh dunia. Sebagai balasan, media berkenaan mesti mengikut percaturan dan agenda mereka.

Lalu apa yang ditegaskan oleh Mahathir adalah berasas iaitu undi pembangkang bermakna undi kepada usaha Soros untuk menjajah Malaysia. Begitu jugalah setiap kali menyebut nama Malaysiakini, tergambarlah terus wajah Soros.

Suara Politik
Taminsari

MB Khalid takut beri penjelasan fakta sebenar hutang Talam?

Posted: 14 Oct 2012 06:32 PM PDT



Barisan Nasional (BN) Selangor mendesak kerajaan negeri memberikan penjelasan berhubung fakta sebenar pengambilalihan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) yang berjumlah RM392 juta yang didakwa bercanggah dan mengelirukan rakyat.

Koordinatornya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamad berkata, keraguan itu jelas dilihat menerusi soalan lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri mengenai penyusunan hutang tersebut yang disahkan oleh sebuah firma audit, KPMG Transaction & Restructuring Sdn. Bhd. (KPMG).

Dalam penjelasan itu, katanya, kerajaan negeri menyatakan bahawa anak syarikatnya yang membeli aset Talam adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan anggaran nilai kasar berjumlah RM16.9 juta.

Selain PKNS, kata beliau, turut membeli aset Talam adalah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) masing-masing dengan anggaran nilai kasar sebanyak RM438.5 juta dan RM44.7 juta.

"Soalnya bagaimana KPMG boleh membuat rumusan bahawa KHSB membeli hutang Talam sedangkan pada 30 Julai lalu, syarikat itu menafikan mereka dipaksa untuk 'menerima' RM44.7 juta aset dari MBI (Pemerbadanan Menteri Besar). Mana satu yang benar," soalnya dalam sidang media di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.


Tambah Mohd. Zin, kekeliruan kedua timbul apabila penjelasan itu menyatakan soalan, sama ada kerajaan negeri berjaya mendapatkan semula hutang daripada Talam yang didakwanya bercanggah dengan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi laporan media sebelum ini.

Kata beliau, berdasarkan laporan Bernama pada 12 Julai lalu, Menteri Besar mengumumkan MBI menerima RM302.7 juta daripada keseluruhan hutang Talam manakala dalam Laporan Tahunan Trinity (dahulu dikenali sebagai Talam), sebahagian tanah syarikat itu di Sepang yang digunakan untuk penyelesaian hutang telah dilelong dan masih dalam pertikaian mahkamah.

"Maka sebarang transaksi pemindahan tanah tersebut kepada MBI adalah masih tergantung. Persoalannya, bagaimana KPMG boleh menyimpulkan bahawa keseluruhan hutang Talam sebanyak RM392 juta telah berjaya dikumpul oleh kerajaan negeri," tegasnya.

Menurut beliau, turut menimbulkan keraguan ialah dari segi penilaian aset tanah milik Talam yang dalam penjelasan tersebut, kerajaan negeri tidak mengalami kerugian di sebalik pengambilalihan aset itu membabitkan enam lot tanah di Bukit Beruntung 2, Hulu Selangor yang dianggarkan seluas 534.9 hektar dengan nilai RM354 juta.

Penjelasan daripada kerajaan negeri itu menyebut laporan penilaian tanah tersebut telah dikemukakan kerajaan negeri dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan disokong oleh pertimbangan kasar yang telah dipersetujui MBI.

"Namun, berdasarkan laporan penilaian JPPH negeri pada Mac 2010, nilai tanah di Bukit Beruntung 2 hanya berjumlah RM113 juta. Bagaimana KPMG membuat kesimpulan bahawa pembelian dan penerimaa aset ini disokong oleh JPPH. Saya minta kerajaan negeri dan KPMG menjelaskan persoalan ini," kata beliau.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Zin meminta kerajaan negeri supaya bersikap lebih bertanggungjawab menyelesaikan masalah bekalan air terawat serta penyusutan air mentah di empangan-empangan utama di negeri ini termasuk empangan Sungai Selangor yang menyusut kira-kira 56 peratus ketika ini.

Katanya, kaedah pembenihan awan yang dicadangkan kerajaan negeri tidak boleh dijadikan langkah penyelesaian utama untuk mengatasi masalah tersebut.

Suara Politik
Taminsari

Kelantan tiada kuasa ke atas sumber asli di luar tiga batu nautika - Ku Li?

Posted: 14 Oct 2012 07:50 AM PDT



Kerajaan Pas Kelantan tidak mempunyai kuasa ke atas penemuan sebarang sumber asli di luar tiga batu nautika dari pantai negeri ini.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, hanya Kerajaan Persekutuan yang mempunyai kuasa penuh sekiranya sumber asli tersebut ditemui di luar daripada jarak berkenaan.

Menurutnya, sempadan bagi menentukan kekuasaan di antara negeri dan Kerajaan Pusat itu ditentukan ketika penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada Februari 1948.

"Untuk menjelaskan soal ini, selain daripada sempadan yang dibuat di peringkat pemisahan negeri dan negeri lain, maka di seberang laut atau pun di pesisiran air telah pun ditentukan supaya kekuasaan negeri berkenaan dilanjutkan sehingga tiga batu nautika.


"Selebihnya akan dikuasai oleh Kerajaan Pusat. Kalau ada sebarang penemuan sama ada bijih timah atau pun apa juga yang berfaedah, kalau ditemui dalam kawasan kurang daripada tiga batu nautika maka ia menjadi hak dan milik negeri tetapi kalau ditemui di luar tiga batu nautika, ia menjadi hak dan milik Kerajaan Persekutuan seperti ditentukan pada 1948 itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dipetik daripada video yang bertajuk, Tengku Razaleigh 2012 - Tunaikanlah Apa Yang Dalam Perjanjian (Royalti) di http://www.youtube.com/watch?v>nM-9q6N_NU0. Video berdurasi 12 minit itu dimuat naik di laman Youtube oleh Signal On pada 3 Oktober lalu.

Sebelum ini, Kerajaan Pas Kelantan mendakwa, mereka berhak mendapatkan royalti hasil daripada minyak yang dikeluarkan oleh Petronas kerana ia terletak dalam perairan negeri itu.

Perkara itu kemudiannya menjadi polemik yang berpanjangan apabila pemimpin Pas memainkan sentimen di atas pentas ceramah biarpun ia telah dibawa ke mahkamah untuk diadili.

Kesemua telaga minyak yang dituntut oleh Kerajaan Pas Kelantan berada lebih 60 batu nautika dari pantai negeri ini.


Sementara itu, Tengku Razaleigh yang juga bekas Pengerusi Petronas berkata, beliau telah ditugaskan untuk berunding dengan kerajaan Sarawak ketika penubuhan awal syarikat tersebut selepas timbul pertikaian.

"Saya telah dikirim oleh Kerajaan Pusat untuk berunding dengan Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Tun Abdul Rahman Yaakob dan saya telah berjaya mendapat persetujuan dalam rundingan itu supaya kita menyelesaikan perkara yang dibangkitkan di Mahkamah Kuala Lumpur.

"Segala-galanya ditentukan dengan persetujuan yang dibuat apabila kita meletak hak masing-masing sama ada pusat dan negeri dalam satu badan yang dinamakan Petronas.

"Dengan sokongan kerajaan negeri, Sarawak telah mencadangkan juga supaya Petronas yang akan dibentuk ketika itu akan membayar lima peratus kepada kerajaan Negeri Sarawak dan untuk menjaga keseimbangan antara negeri dan pusat, Kerajaan Pusat juga meletak hak minyak mereka dalam Petronas dan mendapat bayaran yang sama iaitu lima peratus," katanya.

Beliau turut diminta supaya berunding dengan setiap negeri di Tanah Melayu pada ketika itu untuk penubuhan Petronas.

Suara Politik
Taminsari

Saifuddin kena TIBAI main politik 'makan keliling'?

Posted: 14 Oct 2012 01:35 AM PDT



Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah diminta tidak mengamalkan politik 'makan keliling' setelah mengeluarkan kenyataan seolah-olah mempertahankan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang terbukti menerima dana daripada George Soros iaitu penyangak mata wang berbangsa Yahudi.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, kenyataan yang dibuat beliau menerusi portal pembangkang yang dibiayai Soros, Malaysiakini, jelas membuktikan Saifuddin kini mencari jalan selamat dengan bersikap liberal demi kepentingan politik peribadi.

Beliau juga membangkitkan persoalan kemungkinan kenyataan itu menunjukkan Saifuddin yang diberi peluang berada dalam Kabinet tidak yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

''Kenyataan Saifuddin yang mengelirukan itu boleh diibaratkan seperti api dalam sekam yang sebenarnya mengundang bahaya kepada perjuangan UMNO dan BN sekarang.

''Saya percaya Saifuddin kini membeli 'insurans nyawa' daripada pakatan pembangkang dengan menonjolkan beliau sebagai pemimpin liberal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan Saifuddin yang mendakwa serangan dijalankan BN ke atas Soros, berpotensi "memakan diri sendiri" kelak seperti yang dilaporkan dalam Malaysiakini.

Sementara itu, Muhammad Zahid turut mempersoalkan tindakan yang kononnya liberal tersebut telah memberi kebaikan kepada UMNO, sedangkan Suaram bersungguh-sungguh mahu mencemarkan nama baik negara dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

''Saya kecewa kerana siang malam TIBAI berceramah mendedahkan keburukan Suaram kepada rakyat tetapi Saifuddin pula bersikap lewah tentang pertubuhan tidak sah itu yang terbukti menjadi tali barut kuasa asing," jelasnya.

Mengulas perkara sama, beliau menegaskan, sebagai seorang pemimpin UMNO, Saifuddin perlu mempertahankan sebarang usaha memfitnah Presiden parti yang juga Perdana Menteri.

''Saya mahu bertanya kepada Saifuddin, di mana suara beliau ketika Suaram begitu ghairah memfitnah Najib atau adakah beliau sekarang merupakan alat perkakas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Mengapa Saifuddin begitu berminat mempertahankan Suaram dan Malaysiakini sedangkan Soros bertanggungjawab menyebabkan ekonomi negara hampir runtuh pada 1997," ujarnya.

Kenyataan Saifuddin yang nampaknya Pro kepada pembangkang . Baca di sinisinisini dan di sini.

Suara Politik
Taminsari

The Unspinners

Posted: 14 Oct 2012 11:42 PM PDT

The Unspinners


Masih angkuhkah bila empangan mula susut?

Posted: 14 Oct 2012 10:30 PM PDT

How will Selangor restructure water industry?

Posted: 14 Oct 2012 06:30 PM PDT

Lawak pagi: Halang air

Posted: 14 Oct 2012 05:30 PM PDT

Wheel chair baru Karpal Singh?

Posted: 14 Oct 2012 08:00 AM PDT

Tohmah Ambiga tak laku di Senate Australia

Posted: 14 Oct 2012 05:32 AM PDT

Pekerja rogol wanita Penan tapi syarikat dipersalahkan?

Posted: 14 Oct 2012 02:30 AM PDT

APANAMA

Posted: 14 Oct 2012 11:39 PM PDT

APANAMA


Joining hands better than pointing fingers

Posted: 14 Oct 2012 05:00 PM PDT

tok gajah

Posted: 14 Oct 2012 09:45 PM PDT

tok gajah


Harapan PR di Perak semakin malap ~~~~~~~~~

Posted: 14 Oct 2012 08:25 PM PDT

Gambar hiasan saje

Tok sangat yakin negeri Perak akan kekal di bawah perintah BN pada PRU 13 nanti. Bukan saje negeri Perak dapat di kekalkan, bahkan negeri2 lain yang telah di takluki oleh PR akan dapat di tawan semula. Mana mungkin PR boleh menawan Perak atau mempertahan kan negeri2 takluk nye dengan keadaan mereka yang cumpang camping seperti pengmis gila di jalanan.

Tok cme ambil beberapa contoh yang simple2 saje berkenaan ke bobrokan PK di Perak. Contoh yang paling dekat dan sangat nyata ialah tentang ape yang sedang berlaku kepada PR di tempat Tok sendiri. Parlimen nye di nanakan Pasir Salak, DUN nya ialah Kampung Gajah dan Sungai Manik.

Parlimen Pasir Salak dan DUN Kampung Gajah ni dah memang tempat kubu kuat UMNO. PR memang tiada haraapan langsung untuk menbembusi nye. Usahkan nak robohkan nye nak nak sentuh pun tak mampu. Sebab nye mudah aje, UMNO dah terlalu banyak berjasa kepada semua penduduk2 di kawasan Parlimen Pasir Salak semenjak dari zaman MB Ramli Ngah Talib dulu.

Sebelum Tok terlupe, Tok nak cerita sikit tentang DUN Sungai Manik. DUN Sungai Manik ni same juga macam DUN Kampung Gajah - kubu kuat UMNO. Dah ber belas2 PRU di adakan namun kawasan parlimen Pasir Salak dan DUN Kampung Gajah, Sungai Manik tetap utuh sebagai milik UMNO.

Sekarang cabang atau ranting PR di kawasan DUN Sungai Manik sedang bergolak - perebutan kerusi antara PAS dan PKR. Sebenarnye boleh lah di katakan hampir semua ranting2 PKR DUN Sungai Manik dah lame patah dan reput. PKR DUN Sungai Manik dah lame mati tak berkubur, tetibe PKR berkeras mahu kan PKR di calunkan untuk kerusi DUN Sungai Manik.

PAS juge berkeras mahukan kerusi itu di pulangkan kepada PAS semule kerana pada PRU12 yang lepas PKR sudah gagal dalam misi nye menawan DUN Sungai Manik. Kini dah berlaku berlage kepale antara PAS dan PKR DUN Sungai Manik. Tok ade terdengar dari mulut seorang ustaz, kate nye kalau PKR bertanding di DUN Sungai Manik kami tidak akan keluar mengundi.

 Ade juge ahli2 PAS yang mengatakan bahawa calun dari PKR tu berpotensi melompat katak jika sekira menang. Agen2 risik PAS dah tahu tentang hubungan calun PKR tu dengan UMNO. PAS Sungai Manik mahu ajar sungguh2 calun PKR tu sehingga hilang wang pertaruhan nye.


PISAU.NET

Posted: 14 Oct 2012 09:40 PM PDT

PISAU.NET


Jangan Pertahankan Islam Dan Tegur DAP Nanti Lidah Panjang - Nik Aziz

Posted: 14 Oct 2012 01:30 AM PDT

Tok guru korang dah buka mulut, pertahankan Islam dan lawan DAP nanti jadi lidah panjang..oleh itu mana mana ahli PAS atau pakatan yang takut disumpah menjadi lidah panjang rasanya berhentilah ..

Jangan tegur lagi DAP..nanti ketulahan seperti tok guru korang kata kat Ustaz Nasha dah jadi lidah panjang ...


Dalam bahasa yang lebih mudah,Nik Aziz tu gelarkan Nasha lidah biawak gamaknya..kesian Nasha itulah yang memandai nak lawan DAP apahal..dah tu terhegeh hegeh pertahankan Islam.. ada untungnya sokong DAP contohnya serupa Khalid Samad..untung beb..

Korang jangan sokong PAS..sokong DAP lagi bagus..betui tak?

Nasharudin 'lidah panjang' - Nik Aziz

KOTA BHARU 13 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai seorang yang 'lidah panjang' iaitu orang yang suka menghasut ekoran tindakannya sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan keputusan parti.

Pada masa yang sama, Nik Abdul Aziz juga mempersoalkan tindakan Nasharudin kerana tidak berhenti daripada mengeluarkan kenyataan sehingga mencetuskan isu yang boleh melemahkan parti itu.

"Dia ini mengarut, mengapa timbul sekarang mengapa tak timbul dulu. Buat apa sekarang baru timbul, masa menjadi calon Pas di Bachok, kenapa tidak timbulkan masa itu. Dasar lidah panjang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Hari Keluarga Mawaddah di sini hari ini.


Pisau kata "Nik Aziz pukul anak sindir menantu la tu..dia kata kat Guan Eng sama"

Rahimi Osman : Ada Beza Jumpa Soros Dengan Bekerja Untuk Soros

Posted: 13 Oct 2012 11:30 PM PDT

AIDCNews – 13/10/12 – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat jangan terkeliru dengan terma 'jumpa Soros' dengan 'bekerja untuk Soros' kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza.


Muhamad Rahimi Osman dihubungi untuk diminta mengulas dakwaan portal Mkini dotcom yang mewar-warkan perjumpaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menemui penyangak matawang Yahudi, George Soros secara terbuka di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga turut didakwa pernah berjumpa dengan George Soros dua tahun lalu di New York.


"Dr Mahathir dan Najib hanya jumpa Soros, tetapi tidak bekerja untuk Soros, sedangkan SUARAM, Mkini terima duit Soros yang boleh dimaksudkan bekerja untuk Soros. Anwar juga bekerja dengan badan Soros, ICG, International Crisis Group.


"Perumpamaan mudah seperti contoh sahabat Rasulullah SAW yang berjumpa dengan Abu Jahal untuk berunding demi kepentingan umat Islam, berbanding dengan seorang Muslim munafik yang bekerja untuk Abu Jahal bertujuan untuk menghancurkan Islam," kata Rahimi.


Hujah Rahimi turut disokong oleh seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.
"Mereka dapat imbuhan dari Soros yang mengikat mereka untuk memberikan sesuatu sebagai pulangan dari apa yang sebelum ini telah diterima. Situasi ini akan mengikat mereka untuk mematuhi apa sahaja arahan dari Soros sebagai majikan.


"Mereka menjadi tali barut kepada tuan mereka sekaligus membelakangkan kepentingan negara,"katanya.


Menurutnya perjumpaan pemimpin negara berdasarkan kapasiti jawatannya dengan mana-mana tokoh di luar negara adalah perkara biasa.


"Tian Chua dan Elizabeth Wong berjumpa dan menerima imbuhan dari Soros dan Anwar pula menggunakan kedua-dua tokoh PKR itu untuk menjayakan agendanya,"katanya lagi.
Baru-baru ini, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan Suara Inisiatif Sdn Bhd (SISB), badan berdaftar yang menyalurkan wang kepada SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) menerima dana dari empat sumber antarabangsa , termasuk dari badan milik Soros, Open Society Institute (OSI), di New York yang mempunyai pangkalan di Asia Tenggara, di Burma melalui Projek Burma/ Inisiatif Asia Tenggara.


Portal Mkini dotcom juga turut mengakui menerima dana dari Soros untuk melaksanakan kerja-kerja media di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.


Bekas Penolong Setiausaha Pemuda keadilan, Lokman Noor Adam mendedahkan Tian Chua sendiri mengaku kepadanya menerima duit dari Soros untuk menggerakkan SUARAM.
Menurut Lokman, Tian Chua sepatutnya dihukum gantung kerana menerima duit Soros denganmelakukan kerja-kerja jahat untuk menghuru-harakan negara.


Anwar sendiri bekerja dengan NGO milik Soros, ICG sejak tahun 2006 hingga sekarang.
Satu pucuk surat bertarikh 11 Mei 2006 daripada Gareth Evans, ketika itu Presiden ICG kepada Anwar Ibrahim, membuktikan Ketua Umum PKR itu terlibat secara langsung dalam organisasi tajaan Soros itu.

Selanjutnya klik sini