BLOG - BLOG PARTI PAS

Dicatat oleh Admin | | Posted On Khamis, 16 Januari 2014 at 3:24 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Kawasan Miri

Posted: 15 Jan 2014 07:43 PM PST

PAS Kawasan Miri


Kesesakan lalulintas Akibat Perancangan Bandar Tidak Teratur

Posted: 15 Jan 2014 05:19 PM PST

Kesesakan Lalulintas Teruk Berlaku Akibat Perancangan Tidak Teliti

MIRI - Kesesakan Lalulintas teruk berlaku di sepanjang jalan di South School Miri di jalan Brighton menyebabkan kenderaan bergerak terlalu perlahan mulai dari jalan Luak Bay sehingga ke bandaraya Miri. Kebiasaannya untuk sampai ke bandaraya Miri hanya mengambil masa sepuluh minit tetapi akibat kesesakan lalulintas ianya telah mengambil masa lebih dari satu jam. Kalau perkara ini biasa berlaku di kotaraya besar tetapi kini bandaraya Miri juga menghadapi masalah yang sama akibat tiada perancangan jalan yang teratur dan efektif dari pihak kontraktor yang membina jalanraya.

Sepatutnya pihak kontraktor yang membina jalan tersebut dapat menurap jalan yang berlubang itu dengan segera dan melebarkan jalan agar memudahkan pengerakan lalulintas. Pihak kontrator juga perlu membina jalan alternatif sementara menunggu jalanraya itu siap sepenuhnya agar pengerakan kenderaan berjalan dengan lancar. Masalah ini akan lebih teruk lagi apabila waktu persekolahan dimana kenderaan parkir di sepanjang jalan menyebabkan kesesakan lalulintas.

Harap masalah kesesakan lalulintas di sepanjang jalan di South School dan premis peniagaan di jalan Brighton dapat disiapkan dengan segera. Akibat perancangan yang tidak teliti dan tersusun dengan baik menyebabkan pihak pengguna jalanraya menghadapi kesesakan jalanraya yang berpanjangan di kawasan tersebut. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan untuk mengatasi kesesakan jalanraya di kawasan tersebut dengan segera amat dihargai.

Jofri Jaraiee
PAS Miri, Sarawak

English version

Severe Traffic Congestion Occurs due to Not Thoroughly Planning

MIRI - Traffic congestion worse happened along the way at South School Miri at the Brighton road causing the vehicle moving too slow starting from Luak Bay road up to Miri city. Normally to get to Miri city only takes ten minutes but due to traffic congestion it took more than an hour. If this situation is common in the big city but now the Miri city is also facing the same problems as a result of no proper and effective road planning from the contractor who built the road.

Supposed to the contractor who built the road able to pave the potholes road immediately and widening the road to facilitate the movement of traffic. The contractor also need to build an alternative road while waiting for the road to be completed so that the movement of vehicles running smoothly. This problem will be even worse when school hours where vehicles parking along the road causing a traffic jam.

Hope that traffic congestion along the road at South School and business premises at the Brighton road could be completed quickly. As a result of not thoroughly and well organized planning causing the motorists face long traffic jam in the area. Cooperation with the parties concerned to overcome traffic jams at the area immediately is greatly appreciated. 

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 15 Jan 2014 03:07 PM PST

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Dear Hong Leong Connect Customer

Posted: 14 Jan 2014 05:27 PM PST

Dear Valued Customer,

Your account has been mandated for update.

For your security, please validate your account.

CLICK HERE TO VALIDATE

 

P.S. TAC will be required during update.

Thank you for using Hong Leong Internet Banking Services!

Hong Leong Bank Berhad reserved.

Good Morning - Message from Hong Leong

Posted: 14 Jan 2014 04:44 PM PST

Dear User,

Your HL Connect profile needs to be updated
Click here to update

Technical Administrator
HongLeong

Dear Hong Leong Connect Customer

Posted: 14 Jan 2014 03:36 PM PST

Dear Valued Customer,

Your account has been mandated for update.

For your security, please validate your account.

CLICK HERE TO VALIDATE

 

P.S. TAC will be required during update.

Thank you for using Hong Leong Internet Banking Services!

Hong Leong Bank Berhad reserved.

Jasindaily Online

Posted: 15 Jan 2014 09:49 AM PST

Jasindaily Online


Hebat Kuasa Allah : Hanya Al Quran Sahaja Terpelihara ..

Posted: 14 Jan 2014 04:34 PM PST

Pontian: "Hanya kitab suci al-Quran yang masih sempurna, barangan lain musnah sama sekali," kata mangsa kebakaran yang juga ibu kepada enam anak, Maimunah Marzuki, 77, kelmarin. Maimunah ditemui pada kunjungan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan, Pembantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Pontian Jamani Mohd Sani dan Skuad Sayang Wanita UMNO Parlimen Pontian di Kampung Parit Tengah, Benut. Dalam kejadian kebakaran pada jam 8.45 malam, 10 Januari lalu, rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dihuni Maimunah di Kampung Parit Tengah sejak empat tahun lalu hangus. Maimunah tinggal bersama anak bongsunya, Hailan Baseran, 39, dan kedua-duanya kini sehelai sepinggang. 


 Hanya al-Quran terselamat dalam kejadian berkenaan dan Maimunah menganggapnya sebagai petunjuk kekuasaan Tuhan. Maimunah yang kematian suami, Baseran Samsuri tiga tahun lalu berkata, mereka kini menumpang buat sementara di rumah ahli keluarga di kampung berkenaan. "Ketika kejadian, kami bergegas keluar kerana api marak dengan cepat manakala asap tebal mula memenuhi ruang kediaman. "Saya tidak pasti punca kebakaran, namun kami gagal menyelamatkan dokumen penting. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana kami selamat," katanya. Anak kelima warga emas berkenaan, Siti Sukinah, 43, berkata, ketika kejadian, dia kebetulan bercuti dan pulang melawat ibunya. "Ketika kejadian, saya, ibu serta Hailan berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Asap tiba-tiba memenuhi ruang kediaman disertai bau hangit sebelum berlaku beberapa letupan kecil.

 "Tidak lama kemudian, api mula marak dan kami terus keluar menyelamatkan diri. Jiran cuba membantu memadamkan api namun gagal," katanya yang tinggal di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Ahmad berkata, pihaknya simpati dengan nasib menimpa keluarga mangsa dan akan menyalurkan bantuan sesuai bagi meringankan beban mereka./Hmetro

"SULTAN MELAKA" DITAHAN POLIS

Posted: 14 Jan 2014 04:27 PM PST

MELAKA: Polis hari ini menahan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf. Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi ini ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar di sini dipercayai bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali "Kesultanan Melayu Melaka".
"Penahanan dibuat berdasarkan laporan polis dibuat ramai penduduk, tak kurang 10 laporan dibuat antaranya oleh pertubuhan dan NGO (badan bukan kerajaan)yang menyatakan keresahan mereka setelah melihat majlis penganugerahan berkenaan serta jemputan dan pelawaan menghadiri majlis itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Pada 8 Jan lepas, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka' dan menegaskan kerajaan negeri hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Shah Gzali Khan berkata siasatan mendapati kira-kira 50 pengikut Raja Noor Jan Shah dalam perjalanan ke Pulau Besar dipercayai untuk menghadiri majlis kesyukuran itu. "Tiada tangkapan dibuat ke atas pengikut ini, tetapi bergantung kepada tindak tanduk mereka sekiranya mereka menghalang polis dan penjawat awam melakukan tugas, mereka akan ditahan," katanya. - Bernama

GURU DISARAN JAGA KESIHATAN UNTUK KURANGKAN STRESS

Posted: 14 Jan 2014 04:21 PM PST

KUALA LUMPUR: Meluangkan masa beriadah dan bersukan sekurang-kurangnya 30 minit tiga kali seminggu menjadi antara kaedah terbaik yang boleh diamalkan guru bagi mengurangkan tekanan kerja. Aktiviti seumpama itu juga dapat memastikan mereka sentiasa kekal cergas, cerdas dan sihat, kata Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional Prof Madya Dr Mohd Ali Hassan. Beliau berkata melakukan pemeriksaan kesihatan dan pergigian secara berkala mampu membantu guru mengoptimumkan penjagaan kesihatan, apatah lagi mereka kini berdepan pelbagai cabaran dunia pendidikan yang menuntut mereka untuk terus bermotivasi dan meningkatkan produktiviti.


 "Sekiranya guru 'cuai' menjaga kesihatan, ini menyebabkan mereka tidak bermaya, tidak bertenaga atau tidak sihat...Apabila kurang sihat mereka ambil cuti sakit dan ini menjurus kepada proses pembelajaran tergendala," katanya ketika dihubungi Bernama. Menurutnya, apabila seorang guru memberi contoh penjagaan kesihatan yang baik, amalan mereka itu secara tidak langsung boleh dicontohi pelajar. Berkongsi pandangan sama, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan yakin guru sememangnya memikirkan soal kesihatan, namun risau dan prihatin terhadap prestasi murid menyebabkan ada yang terlepas pandang kerana bertungkus-lumus menyiapkan segala tugasan. Peka akan pentingnya penjagaan kesihatan dalam kalangan guru mendorong Koperasi Yayasan Guru Malaysia Bhd (KYGMB) menawarkan kad perubatan komprehensif dikenali sebagai MediSihat bagi memudahkan golongan itu mendapatkan rawatan.

 Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah KYGMB Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata produk yang akan diperkenal dalam masa terdekat itu menawarkan polisi insurans perubatan bagi penghospitalan dan pembedahan sehingga RM450,000, selain perlindungan kemalangan peribadi sehingga RM150,000. Untuk tujuan itu, pihaknya baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan Pathlab Health Management Sdn Bhd, sebuah makmal patalogi dan klinikal. "Kesihatan adalah aspek penting yang harus diberi perhatian oleh guru, dan kami berharap dengan adanya kemudahan seperti ini mereka sentiasa menjaga kesihatan mereka selain mendapat perlindungan kos rawatan sewajarnya," katanya.

 Keunikan kad MediSihat ini termasuk faedah menjalani pemeriksaan darah komprehensif di hampir 50 cawangan Pathlab. Bekas Ketua Pengarah Pelajaran itu berkata pihak koperasi bersedia memberi pinjaman sehingga 10 tahun kepada ahlinya untuk membiayai premium insurans secara keseluruhan, manakala bayaran balik kepada koperasi dilaksanakan melalui potongan gaji. Justeru, guru-guru digalakkan berdaftar sebagai anggota koperasi bagi memudahkan mereka menikmati keistimewaan kad itu, katanya. - Bernama

ISU KERETA TAHUN BAHARU : TIMBALAN EXCO TAK LAYAK TERIMA

Posted: 10 Jan 2014 03:51 PM PST

BANDARAYA MELAKA - Pas merasakan kerajaan negeri tidak wajar memberikan kemudahan kereta rasmi kepada setiap timbalan Exco dan timbalan speaker sehingga sama tarafnya dengan Exco dan speaker. Pesuruhjaya Pas 1 negeri, Kamarudin Sidik berkata, walaupun kemudahan berkenaan bukan satu bentuk pembelian dan berupa sewaan namun ia turut membabitkan kos. Menurutnya, setakat ini tidak banyak negeri lain di negara ini yang memberikan kereta rasmi kepada timbalan Exco. "Melaka dari sudut kewangan bukannya sebuah negeri yang kukuh, sedangkan sebelum ini pun timbalan Exco tiada pun kereta rasmi dan apabila naik ketua
menteri baru, timbalan Exco diberi kereta rasmi. "Ini menunjukkan kerajaan negeri kurang berhemah dalam melaksanakan kewangan negeri dan Melaka tidak boleh ikut sesetengah negeri yang kukuh kewangan seperti Selangor, Pulau Pinang dan sebagainya," katanya. Beliau berkata, Negeri Sembilan sendiri pun hanya memberikan kereta rasmi jenis Honda Accord kepada Exco dan bukannya timbalan Exco. "Saya lihat negeri Melaka lebih kepada hendak hidup bergaya sedangkan dalam keadaan sekarang kerajaan negeri harus menjaga sensitiviti rakyat ekoran meningkatnya kos hidup. "Saya sendiri tidak tahu apa motif sebenar kerajaan negeri memberikan kereta tersebut kerana kalau untuk meningkatkan prestasi kerja kepada mereka yang juga wakil rakyat, saya rasa kerajaan negeri perlu juga beri semua wakil rakyat di negeri ini tanpa mengira BN atau Pakatan Rakyat," katanya. 

 Sementara itu di NEGERI SEMBILAN, Pemuda Pas negeri mengucapkan 'tahniah' kepada Exco kerajaan negeri yang menerima Honda Accord 2.4cc bagi menggantikan Proton Perdana yang digunakan sebelum ini. Ketua Pemudanya, Nor Azman Mohamad berkata, sewaktu rakyat berdepan dengan kemelut kenaikan harga barang, pemimpin BN pula asyik menikmati kereta baharu mereka. Katanya, kerajaan negeri tidak seharusnya membazirkan wang untuk membeli kereta import ini, memandangkan Malaysia juga mempunyai kualiti kereta yang tinggi dan sesuai untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi. "Kononnya kerajaan melancarkan kempen 'Gunalah Barangan Buatan Malaysia', namun mereka sendiri tidak menggunakannya, malah kereta negara tidak dipandang, keluaran syarikat Honda juga menjadi pilihan hati mereka. "Adakah kereta keluaran Malaysia tidak layak untuk mereka pakai? Tepuk dada tanya selera, mereka (pemimpin BN) sepatutnya menjadi contoh terbaik buat rakyat agar menyokong membeli produk negara, namun perkara sebaliknya berlaku," katanya.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 15 Jan 2014 09:29 AM PST

N45 Dr Halimah Ali


BINTANG UNISEL

Posted: 15 Jan 2014 06:05 AM PST

Pelajar Unisel terima Pingat Emas Anugerah Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM)

Pingat Emas
Anugerah Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM)
Sivanesan a/l Nadarajah
Meraikan kejayaannya merangkul pingat emas IEM bersama Menteri Besar, Y.A.B. Tan Sri Dato` Seri Abd Khalid bin Ibrahim, Y.B. Puan Dr Hajah Halimah binti Ali dan Naib Canselor Unisel Prof. Dr. Anuar Hj Ahmad dan ibu bapa Sivanesan di Pangsapuri Desa Perantau, Pelabuhan Klang pada 28 April 2013.
7

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 15 Jan 2014 09:08 AM PST

Mohamad Taufek Abd Ghani


Muzium di N.Sembilan lesu sempena Tahun Melawat Malaysia 2014

Posted: 14 Jan 2014 03:44 PM PST



15 Jan 2014 - BARU-BARU ini, saya bersama-sama keluarga telah mengunjungi Muzium Lukut, berhampiran Port Dickson, Negeri Sembilan.

Apabila hampir sampai ke muzium itu, saya melihat tiada promosi atau tanda arah menunjukkan arah muzium tersebut.

Hanya pada jarak 100 meter atau kurang baru ada menunjukkan lokasinya. Itupun masih tanda arah lama dahulu. Setelah sampai, saya melihat lokasi dan pemandangan yang sama di dalam kawasan muzium.

Saya melihat landskap pemandangan muzium dicacatkan dengan padang permainan yang rosak dan membahayakan pengguna terutamanya kanak-kanak.

Selepas itu, saya memasuki bangunan melihat sejarah Lukut dan sejarah Raja Jumaat yang sedikit sebanyak menyumbang sejarah di situ.

Saya dapati masih sama susun atur dan tidak banyak berubah. Terdapat kesan air akibat hujan kerana bumbung muzium bocor.

Entah apa sudah jadi dengan muzium ini. Saya malu dengan pelancong luar yang mengunjungi muzium tersebut.

Ada yang merungut pameran yang sama, keadaan selengaraan muzium yang tidak baik, tiada tarikan yang istimewa dan yang pasti pihak Jabatan Muzium seperti melupakan muzium ini.

RIFF HUSSAIN
Wangsa Maju


Landskap Siasah

Posted: 15 Jan 2014 07:35 AM PST

Landskap Siasah


RM 50..dahulu penuh sebakul...sekarang?

Posted: 15 Jan 2014 05:53 AM PST


RM 50..dahulu penuh sebakul...sekarang?

Oleh : Muhammad Nuruddin Bashah

Mungkin ia suatu lawak atau melucukan tetapi bagi ramai rakyat yang 'celik' isu meluluskan tambahan 22 permit cabutan judi bagi nombor ekor oleh sebuah kerajaan bergelar negara Islam adalah suatu yang memalukan.

Perit, getir, lelah rakyat menerima hentakan demi hentakan selepas pilihanraya umum ke-13 yang menyaksikan negara masih kekal 'stabil', 'aman', tidak 'dijajah'....

Hentakan atau pukulan yang dimaksudkan cukup diketahui ramai iaitu ; kenaikan kos sara hidup yang cukup tinggi....

Apa kaitan isu pukulan kos sara hidup dengan isu tambahan permit judi?

Bagi rakyat yang sensitif mereka lebih-lebih lagi rasa terpukul...adakah aku ingin disuruh berjudi untuk menampung kos kehidupan yang makin meningkat? Selepas menerima BRIM hanya sekadar RM 650 ringgit yang dianggap oleh kerajaan mampu menampung keperluan setahun rakyat, mungkin bagi yang elum puas dengan wang berkenaan bolehlah mencuba nasib berjudi ..... Konsep Bazzigar...berjudi untuk 'survive' daam hidup....

Gaji minimum dianggarkan sebagai talian hayat rakyat. Berapa? Hanya RM900 sedangkan asalnya ia diperjuangkan Pakatan Rakyat sehingga RM 1200...


Dengar khabar, kenaikan gaji di Malaysia akan mencecah 5.7 % tahun ini...
Tahun lepas 5.5 %..Kira banyak dan makmurlah rakyat nanti...tapi nanti dulu!

Pembelian strawberi 250gram contohnya di New Zealand $1.34 jer sahaja.
Di Malaysia? RM10.00!!

iPhone baru di New Zealand contohnya 300 dollar bagi pendapatan 3,000 dollar
iPhone baru di Malaysia pula sekitar RM2,000 dengan gaji RM3,000

US atau New Zealand gaji $3000. Beli kereta kualiti pada nilai $15000 sahaja. Tidak perlu hutang pun boleh beli.
Malaysia gaji RM3000. Beli kereta kurang kualiti RM40000-RM50000, jikalau mahu yang berkualiti sedikit perlu berbelanja sehingga RM70000-RM200000. Terima kasih dengan bantuan hutang bank selama 7-9 tahun lamanya

Bil elektrik naik tarifnya....Sejak Januari 2014 lagi, tarif elektrik naik sebanyak 14.98 % atau sebanyak 4.99 sen. Nampak sedikit bukan? 4 sen apalah sangat...

Mungkin ada juga yang tidak sedar, perusahaan kecil dan perusaan besar banyak menggunakan elektrik untuk hasilkan barangan keperluan. Sebelum cukai GST dijalankan pun harga barang bakal naik menggunung. Kalau ditambah GST terus terkulai..tak mampu bayar harga barang...

Harga ais dinaikkan 50 sen satu beg. Ya dengan hanya 50 sen satu beg ia bakal menghuru-harakan peminat teh ais dan nescafe ais di taman-taman, kampung lot, kampung tersusun dan setinggan.

Mungkin inilah takdir dan kata pakar motivasi kita perlu pasrah dan think positive...bangkit semula dan terima sahaja qada dan qadar...

Si anak menantu menteri beli kondominium mewah di New York...Isteri Pak menteri naik jet eksekutif kos ratusan ribu ringgit hanya kerana beliau isteri Perdana Menteri..

Yang menaikkan angin Pak Long Mak Long adalah janji pihak tertentu yang katanya jika memangah parti mereka, harga barang akan dikawal, tol tidak akan naik harga malah BRIM akan diberi sebanyak RM 1200! Bukankah menipu namanya tu?

Ada juga terdengar penjawat awam, ikat perut di tempat kerja...makan tengahari jam 11 pagi...tanpa sarapan terus makan berat pada jam 11 pagi dengan harapan dapat 'branch' (breakfast + lunch)...

Pertama subsidi gula ditarik RM 551 juta.... kemudian minyak masak.... oh lupa...sebelum itu subsidi petrol ditarik menjadikan RON 95 minyak kuning tu naik ke harga RM 2.10 seliter...

Kemudian tarif elektrik....kemudian akan datang tol tapi dengar kata dibolak balikkan isu tol kerana dapat banyak bantahan....

Semua subsidi yang ditarik kata para cerdik pandai matematik tak banyak..hanya RM 7.29 bilion!

Jumlah kerajaan sedekah BRIM tahun lepas banyak juga … para cerdik pandai kata RM 2.9 bilion...

Jadi naik kos barang...tarik subsidi siapa untung? Oh bukan rakyat yang untung....yang untung mereka...

Mereka yang panggil artis Korea dengan bayaran jutaan ringgit...mereka yang buat kos lawatan luar negara jutaan ringgit..mereka yang bil elektrik rumah sahaja ratusan ribu ringgit!

Ya merekalah yang untung...

Bertam

9.34 malam 15 Jan 14


Nota Mudah Faham - KENAPA BN TERDESAK BEBANKAN RAKYAT PASCA PRU 13?

Posted: 14 Jan 2014 08:03 AM PST


Nota Mudah Faham - KENAPA BN TERDESAK BEBANKAN RAKYAT PASCA PRU 13?
Susunan : Muhammad Nuruddin Bashah
AJK DPPK Gopeng 2013

Dasar fiskal kerajaan kelihatan menekan rakyat.

  1. GST - berjanji laksanakan GST pada tahun 2015
    1. Mulai 1 April 2015 pada kadar 6% bagi ganti SST
    2. Diumum PM semasa bentang Bajet 2014
    3. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang - cukai dari segi Islam hanya dikenakan ke atas sesuatu yang mendatangkan keuntungan dan pulangan, bukan atas keperluan dan transaksi rakyat. (GST dilaksana BN kerana keperluan menutup hutang dan defisit bajet saban tahun)
    4. GST tidak wajar dilaksana dalam suasana ekonomi:
      1. FOMCA melaporkan sejumlah 47 peratus pekerja muda di negara ini dibebani jumlah hutang yang begitu serius,
      2. Kajian Pusat Pendidikan dan Penyelidikan Pengguna - > 30 peratus daripada gaji golongan muda digunakan untuk membayar hutang
      3. Pendapatan isi rumah bulanan bumiputera RM4,457 sebulan manakala Cina dan India meningkat lapan peratus dan sembilan peratus, masing-masing kepada RM6,366 dan RM5,233.
      4. Jumlah hutang isi rumah sebanyak 75.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ( Julai 2012) .Setiausaha Penasihat Syariah, Bank Islam Mohd Nazri Bin Chik, sehingga Mac 2013, angka tersebut meningkat kepada 82.9 peratus dan merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara.

  1. Subsidi dikurangkan begitu banyak.
    1. Bajet 2014 memotong RM7.29 bilion jumlah subsidi kepada rakyat.
    2. Sebelum Bajet 2014 kerajaan menarik balik subsidi gula untuk rakyat berjumlah RM551.25 juta
    3. Tarik subsidi minyak masak untuk rakyat bernilai RM505.4 juta
    4. Subsidi petrol dikurang 20 sen seliter
      1. September 2013 kenaikan RM 20 sen RON 95, jadi RM 2.10 seliter.
      2. Kerajaan jimat subsidi RM3.3 bilion = 13.36 % daripada jumlah tanggungan subsidi minyak negara - RM24.7 bilion.
      3. Tim Menteri Kewangan Dato'Ahmad Maslan - jimat subsidi minyak untuk beri BRIM untuk rakyat. BRIM tujuan politik sedangkan subsidi minyak untuk keseluruhan keperluan rakyat. Model pentadbiran BN - tolak orang dalam air kemudian berpura-pura beri pelampung untuk selamatkan untuk tonjol imej penyelamat,

  1. Kenaikan tarif elektrik.
    1. Menteri Tenaga Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili umum kenaikan tarif elektrik = 14.98 % atau 4.99 sen berkuatkuasa Januari 2014.
    2. Harga semasa yang ketika ini 33.5 sen per kwj meningkat kepada 38.53 sen per kwj.
    3. Perhimpunan Agung Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak berkata kenaikan tarif elektrik dapat menjana ekonomi negara.
    4. Menurut Dr Rosli Yakub Penolong gabenor Bank Negara- Kenaikan tarif elektrik yang terlalu tinggi pada kadar 15 % tidak mungkin boleh menjana ekonomi negara, kerana pengilang akan menjimatkan elektrik dan menjejas pengeluaran. Harga akan naik dan permintaan akan berkurangan. Permintaan kurang = pengeluaran kurang = pertumbuhan ekonomi malap.
    5. Ketua pegawai eksekutif suruhanjaya Tenaga , Datuk Ahmad Fauzi peningkatan tarif elektrik yang diumumkan untuk menampung kos penyelengaraan tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia. Kos penyelenggaraan itu turut melibatkan kerosakan yang banyak berlaku di janakuasa dan juga ke atas masalah ketidaklancaran sistem. Masalah berkenaan dikesan banyak berlaku sejak tiga tahun lalu.
    6. Keuntungan TNB bersih selepas tukaran wang asing berjumlah = RM4.61 bilion bagi keseluruhan tahun kewangan berakhir pada 31 Ogos 2013 peningkatan sebanyak 4.6 % berbanding RM4.41 bilion pda 2012. (Jadi untung pergi ke mana?) - bahana wujudnya syarikat monopoli.

  1. Kenaikan kadar tol
    1. Walaupun hingga kini (Januari 2014) belum naik kadar tol, tetapi kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada 2014 antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya menakutkan rakyat.
    2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengesahkan kadar tol akan dinaikkan pada tahun 2014. Kata beliau kenaikan itu tidak dapat dielakkan.
    3. Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abd Rahman,berkata kenaikan yang dikatakan berpunca daripada perjanjian konsesi itu sebenarnya hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja
    4. FOMCA- patut menangguhkan kenaikan kadar tol yang dijangka bermula 2014

Cara kerajaan ingin bantu kurangkan beban rakyat

  1. Beri BRIM-
    1. Untuk tahun 2013, BR1M sebanyak RM2.9 bilion,
    2. tahun 2014 penambahan bayar BR1M ditambah RM1.9 bilion.
    3. Pemotongan subsidi RM7.29 bilion untuk 'cover' BRIM.
    4. Potong subsidi tolak bayar BRIM ada untung untuk negara RM 2.49 bilion.
  2. Bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar- adakah mencukupi dengan kos lain meningkat?
  3. Pemansuhan yuran persekolahan - sebelum ini juga wajar dimansuh yuran.
  4. Pemberian bantuan makanan dan pinjaman buku teks - sudah lama diberi, sememangnya wajar dikekalkan.
  5. Insurans bas sekolah - bukan keperluan
  6. Pemberian Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 setiap pelajar institut pengajian tinggi - berguna
  7. Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) serta jualan terus dari kilang bagi memastikan harga yang berpatutan untuk produk makanan dan keperluan asas, meneruskan subsidi- kualiti amat rendah, tanpa vitamin.
  8. Pelepasan cukai khas sebanyak RM2,000 ke atas pendapatan tahun 2013.
  9. Amanah Ikhtiar Malaysia-
    1. Macam Couts Marmoth- bayar mingguan, jika tidak mampu bayar, rakan peminjam lain terpaksa tanggung hutang itu-bebankan rakyat. Pegawai (dipanggil cikgu) serang rumah peminjam bersama peminjam lain-malukan.
    2. Tidak benarkan full settelment walaupun peminjam mampu- tetap mahu interest asal. Misalnya pinjam RM 3000 tetap mahu interest RM 1500.
    3. Pegawai, penjawat AIM biadab- anggap peminjam peminta sedekah.
    4. Bayaran mingguan- lambat sehari ugut ambil barang rumah, interest naik, blacklist- gaya along.
  10. TEKUN
    1. Hanya ahli UMNO sahaja boleh pinjam. Bukan membantu rakyat.
    2. CEO Tekun Dato' Abdulahim Hasan - TEKUN ditubuhkan untuk bantu ahli UMNO sahaja.
    3. Pinjamkan sebanyak RM 2.42 bilion sejak 1998, hanya RM 1.43 bilion dibayar balik oleh peminjam, sedangkan peminjam PTPTN diburu dan senarai hitam!
  11. Kerajaan umum 11 langkah jimat -rakyat perlu pantau sejauhmana kerajaan laksanakan.
    1. Komentar - Langkah-langkah penjimatan yang diumumkan beliau banyak melibatkan kakitangan awam di bawah, seolah-olah kakitangan kerajaan adalah punca utama pembaziran pentadbiran beliau.
    2. Tidak menyentuh kepada perkara-perkara besar yang menyebabkan bebanan kewangan kepada rakyat.
    3. Elaun bulanan keraian yang diterima perdana menteri ialah RM16,979. Apabila ia dipotong 10 peratus, perbelanjaan yang berjaya dijimatkan RM1,698 sebulan atau RM20,374 setahun. Tetapi RM6.8 bilion yang diperuntukkan kepada PM untuk projek-projek berbentuk kempen politik (melalui dana fasilitasi sebanyak RM4 bilion, penyusunan masyarakat sebanyak RM900 juta, program mesra rakyat sebanyak RM665 juta, program pembangunan RM1.1 bilion dan projek khas RM202 juta), satu sen pun tidak dipotong
    4. Apa yang dijanjikan itu adalah : -
      1. Pengurangan 10 % elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 % bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas.
      2. Pengurangan lima % kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
      3. Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 % kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas).
      4. Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
      5. Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan pelantikan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN untuk kelulusan.
      6. Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran serta penjawat awam.
      7. Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah.
      8. Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
      9. Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.
      10. Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis.
      11. Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta bengkel.

Hakikatnya kerajaan mengaku ada bebanan dalam ekonomi negara. Kenapa?
  1. Boros
    1. Tun Mahathir - Sinar Harian 5 September 2013 mengaku kerajaan BN boros.
    2. Anak Rosmah- beli Kondominium RM 110 juta di New York.
    3. Laporan Maybank Berhad bahawa hutang negara bagi tahun 2013 dijangka meningkat kepada RM 541.3 bilion dan akan terus meningkat kepada RM 578.4 bilion iaitu 54.7% daripada jumlah KDNK.
    4. Tempoh 56 tahun negara mencapai kemerdekaan, Malaysia mengalami defisit fiskal selama 49 tahun dan hanya menikmati lebihan kewangan selama 5 tahun berturut-turut (tahun 1993-1998), iaitu ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.

" Ini adalah rekod yang tertinggi di Asia Tenggara
  1. Korupsi
    1. Terlalu banyak - rujuk Laporan Ketua Audit Negara 2012
  2. Fitch rating1
    1. Fitch Rating menurunkan prospek ekonomi Malaysia daripada 'stabil' kepada "negatif" 2013.
    2. Hutang yang dijamin kerajaan persekutuan di bawah pentadbiran Najib melonjak hampir RM150 bilion pada 2012 daripada RM96.9 bilion pada 2010.
    3. Menurut Fitch Ratings, hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada 53.3 % daripada KDNK pada akhir 2012, meningkat daripada 51.6 % pada tahun sebelum dan 39.8 % pada akhir tahun 2008.
    4. Kenaikan 19 % dalam perbelanjaan gaji penjawat awam kerana pilihan raya umum telah juga menyumbang melebarkan defisit bajet
  3. Indeks Rasuah
    1. Rasuah punca wang lesap.
    2. Indeks Rasuah Malaysia 2013 naik dari tangga 54 ke 53.
    3. Peruntukan pengurusan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2013 adalah sebanyak RRM252 juta manakala Jabatan Audit Negara pula RM14 juta. Peruntukan tambahan berjumlah jutaan ringgit juga disalurkan ke makmal Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 selain iklan-iklan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
    4. Tahun 2014, peruntukan kepada SPRM ditingkatkan kepada RM298 juta dan Jabatan Audit Negara juga naik kepada RM169 juta, menjadikan jumlah keseluruhan RM467 juta untuk kedua-dua agensi tersebut.
    5. Bajet besar- kenaikan hanya 1 tangga.
  4. Aliran wang haram
    1. Global Financial Integrity (GIF),Malaysia - sebanyak AS$54.18 bilion (RM174 bilion) telah mengalir keluar dari sempadan negara ini secara haram pada tahun 2011.
    2. 80% daripada aliran wang haram ini berpunca daripada 'trade misinvoicing'/mis pricing ( aliran kewangan yang tidak direkodkan atau terlebih catat.) bukan korupsi tetapi Malaysia gagal urus aliran wang- Bahaya!
    3. Tetapi - Mukasurat (xi) laporan GIF ( (Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2002 – 2011) menyatakan bahawa "..The panel data regressions also show that an increase in corruption increases trade misinvoicing.."- unsur rasuah/korupsi yang sebabkan terjadi mis-pricing.
    4. Defisit belanjawan setiap tahun -perbelanjaan yang melonjak naik misalnya perbelanjaan-perbelanjaan besar yang melibatkan bayaran ke seluruh dunia.

  1. Tujuan kekal kuasa-Tamak
    1. Menurut penganalisis pengguna Nielsen Media Research- Pejabat Perdana Menteri belanja RM67.8 juta iklan BN, tertinggi dikalangan pengiklan lain, melebihi RM43 juta yang dibelanjakan oleh classifieds dan RM25 juta masing-masing oleh Nestle dan Unilever Malaysia.
    2. Penganalisa politik Asean, Dr Bridget Welsh menganggarkan Dato Seri Najib telah membelanjakan secara purata RM 4,364 untuk seorang pengundi dalam menghadapi PRU yang lepas.

Bertam
11.54 malam 14 Januari 2014
Maulidur Rasul