PEJUANG BANGSA Posted: 02 Oct 2014 11:55 AM PDT 10 FAKTA TERHEBAT JAWAPAN MENTERI AYAM ISU RASIONALISASI SUBSIDI MINYAK Posted: 02 Oct 2014 07:00 AM PDT
Baca dah teliti 10 fakta terhebat KPDNKK ....apa pandangan anda ??
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,Berikut adalah beberapa penerangan dan pencerahan mengenai persoalan yang timbul mengenai perlaksanaan rasionalisasi subsidi baru-baru ini.1. Kerajaan ni tak sebut naikkan harga minyak tapi harga dekat pam naik? Apa sebenarnya ni?Kerajaan sebenarnya melaksanakan apa yang disebut sebagai rasionalisasi subsidi yang mana kerajaan mengurangkan hasil pemberian subsidi yang dibayar kepada syarikat minyak untuk memastikan harga bahan bakar di pam tetap pada harga tertentu. Apabila sebahagian subsidi ini ditarik balik hasilnya harga minyak di pam meningkat, sebab itu kita sebut kerajaan mengurangkan subsidi sebanyak 20 sen seliter maka impak dari keputusan ni ialah harga di pam meningkat kepada RM 2.30 untuk RON95 dan RM2.20 seliter untuk Diesel.2. Kenapa rasionalisasi ini dilaksanakan?Ini sebahagian dari langkah kerajaan untuk menangani defisit belanjawan negara serta menstabilkan kewangan negara dalam jangka masa panjang. Defisit bermaksud perbelanjaan kita melebihi dari pendapatan, sebelum ini kerajaan berbelanja lebih bertujuan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara. Perbelanjaan disalurkan kepada projek pembangunan seperti pembinaan infrastuktur dan kepada beberapa pakej rangsangan untuk memastikan ekonomi kita kekal teguh sewaktu pasaran dunia dilanda krisis. Sebab itu sewaktu krisis pinjaman perumahan di Amerika Syarikat yang berlaku beberapa tahun lepas Malaysia tidaklah menerima kesan yang begitu teruk. Kini apabila ekonomi kita stabil dan pasaran dunia juga tidak bergitu bergolak kerajaan mengambil keputusan untuk memperbetulkan kembali perbelanjaan negara.Salah satu tempat yang paling banyak perbelanjaan dikeluarkan ialah dengan pemberian subsidi bahan bakar yang diberi secara pukal dan tidak bersasar, sebagai contoh kenderaan mewah akan lebih mendapat manfaat subsidi berbanding kenderaan ekonomi (motorsikal dan kereta kecil) yang biasanya digunakan oleh warga berpendapatan rendah. Kerajaan melihat perbelanjaan ini tidaklah begitu efisyen maka sebab itulah rasionalisasi dilakukan terhadap pemberian subsidi di sektor ini.3. Kenapa rasionalisasi subsidi buat terhadap minyak je? Subsidi lain macam mana?Di sini kerajaan mengambil keputusan untuk memberi fokus kepada subsidi bahan bakar kerana dilihat pemberian subsidi ini yang dilakukan secara pukal dan tidak bersasar mempunyai banyak pembaziran dari segi penyeludupan dan ketirisan. Untuk pengetahuan, antara penerima subsidi besar yang lain adalah seperti perbelanjaan kesihatan, persekolahan, subsidi yuran pengajian tinggi dan sebagainya. Pemberian subsidi ini juga (kesihatan, sekolah dll) juga meningkat dari tahun ke tahun akibat dari pertumbuhan penduduk sama seperti perbelanjaan subsidi bahan bakar. Namun kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan rasionalisasi subsidi bahan bakar (Petrol dan Diesel) supaya kita tidak perlu menyentuh mahupun mengurangkan pemberian subsidi sektor ini yang kita kira jauh lebih penting untuk masa hadapan.4. Harga minyak dunia turun? Kenapa harga kita naik? Ada berita negara lain siap turunkan harga minyak lagi baru-baru ni, apa cerita?Berbeza dengan kebanyakkan negara lain kita tidak mengapungkan harga bahan bakar akan tetapi kita tetapkan pada harga tertentu. Kebanyakan negara lain sama ada mengikut harga pasaran secara terus ataupun melaksanakan sistem subsidi terapung. Contohnya untuk setiap liter disubsidi sebanyak 30 sen maka kalau harga minyak dunia naik, naiklah harga di pam, kalau turun maka turunlah harga di pam. Sebab itu harga mereka turun apabila harga minyak dunia baru-baru ini turun. Apa yang sedang kita laksanakan ialah rasionalisasi subsidi, bermaksud kita mengurangkan perbelanjaan terhadap subsidi minyak dan kesan apabila melakukan rasionalisasi sewaktu harga minyak dunia rendah ialah penjimatan terhadap kewangan negara lebih berkesan berbanding sewaktu harga dunia tinggi. 5. Raya Haji dah nak dekat ni, harga minyak naik, kos pun akan beri kesan, macamana?Pertamanya kementerian sedar dan tahu ianya akan memberi kesan kepada rakyat, kami memberi komitmen bahawa kementerian akan berusaha untuk sekurang-kurangnya memastikan harga barangan asas terutama bahan makanan adalah dalam keadaan terkawal untuk musim perayaan ini. YB Menteri telah mengarahkan penguatkuasa untuk memastikan para peniaga untuk tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya. Kami telah meningkatkan jumlah pemeriksaan dan operasi di kesemua pasar-pasar utama dan premis perniagaan. YB Menteri juga telah mengarahkan kementerian untuk berjumpa dengan para pembekal untuk memastikan tiada kekurangan dari segi bekalan.Untuk makluman walaupun harga barangan tertakluk kepada hukum pasaran, KPDNKK masih mempunyai kuasa melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. Sekiranya terdapat aduan dan penguatkuasa kita mendapati ada kenaikan harga barangan yang melampau maka kita boleh mengarahkan peniaga memberi penjelasan sekiranya gagal kita boleh ambil tindakan.6. Kenapa tak buat lepas raya haji?Rasionalisasi Subsidi adalah satu tindakan yang tidak popular, ianya perlu dilakukan tetapi sangat tidak popular, jadi walau apa masa sekalipun yang dipilih kesannya tetap dirasai. Sebagai contoh kalau dilakukan selepas Hari Raya haji ada yang akan bertanya mengapa dibuat sebelum Deepavalli pula, kalau selepas Deepavalli mungkin akan memberi kesan untuk perayaan Hari Natal. Apa pun kementerian faham bahawa rakyat akan menerima sedikit beban atas rasionalisasi subsidi ini dan seperti yang telah diterangkan sebelum ini kami akan cuba sedaya upaya untuk memastikan barangan asas seperti makanan terkawal harganya dan bekalan mencukupi untuk musim perayaan.7. Bagaimana dari segi kos pengangkutan?Penetapan harga tambang, kos pengangkutan adalah di luar bidang kuasa KPDNKK namun boleh dirujuk pada Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD). Akan tetapi sekiranya pengguna merasakan mereka ditipu atau diambil kesempatan oleh pengusaha yang tidak bertanggungjawab, bolehlah membuat laporan dan aduan kepada kami melalui hotline 1800 886 800.8. Kesan terhadap harga barangan?Kementerian akan memantau dari semasa ke semasa khususnya dari segi kesan cost past through yakni kesan kenaikan harga minyak ini terhadap barangan. Kementerian akan mengawasi harga barangan asas dari semasa ke semasa dan kami akan memastikan kesan minima terhadap barangan asas seperti bahan makanan.9. Kenapa buat lepas PRK Pengkalan Kubor? Nak menang pilihanraya ke?Pelan rasionalisasi subsidi ini telah lama dirancang tanpa menjangkakan mana-mana pilihanraya kecil diadakan terlebih dahulu, sesungguhnya rasionalisasi subsidi ini kalau dibuat pada masa apa sekalipun ianya tetap tidak popular. 10. Mengapa tidak fokus kepada membasmi penyeludupan dan ketirisan berbanding mengurangkan subsidi?Kita telah pun fokus kepada membasmi ketirisan melalui Ops Titik yang telah menunjukkan kejayaan dalam mengurangkan penyelewengan diesel bersubsidi. Namun untuk penyelesaian jangka masa panjang harga di pam tidak boleh terlalu ketara perbezaanya dengan harga pasaran. Lagipun fokus utama rasionalisasi subsidi ialah sebagai salah satu strategi untuk mengawal defisit belanjawan negara.Pejabat MenteriPerdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan | TUN M SOKONG SUBSIDI MINYAK KURANG 20 SEN UNTUK TANGANI KETIRISAN Posted: 02 Oct 2014 06:10 AM PDT
pengurangan subsidi petrol dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa hari ini disifatkan wajar bagi mengelak berlakunya ketirisan dan penyelewengan bahan subsidi itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar). Beliau berkata jika subsidi tidak dikurangkan, bahan bakar itu akan berterusan dimanipulasi pihak tertentu untuk mengaut keuntungan menerusi kegiatan penyeludupan ke luar negara terutamanya di kawasan sempadan. "Minyak cukup murah di sini (Malaysia). Di negara yang keluar minyak macam di Arab pun lebih tinggi harga dia, macam mana kita boleh jual murah? Itu yang orang curi minyak kita. Hari-hari orang curi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama bertajuk "Peri Pentingnya Bahasa Inggeris di Abad Ke-21, Zaman Digital' di Kolej Wadi Sofea di Kota Baru, hari ini.
Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan Prof Datuk Dr Raduan Che Rose dan Pengetua Kolej Wadi Sofea Datuk Hassan Harun.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuat kuasa 12.01 pagi hari ini. Harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. Dr Mahathir berkata pengurangan subsidi minyak itu tidak boleh dikaitkan sebagai faktor utama berlakunya kos peningkatan sara hidup. "Kos mesti meningkat sepanjang masa. Kita tidak boleh minta gaji dinaikkan dan kos diturunkan. Gaji minimum pun sudah naik kepada RM900. Kos untuk mengeluarkan barang meningkat kerana gaji dinaikkan," katanya. Sementara itu ketika diminta mengulas pergolakan politik di Selangor, Dr Mahathir berkata Umno Selangor perlu bangkit semula dan perlu berbuat sesuatu. Secara sinis, Dr Mahathir berkata: "Saya sedih terdapat pergolakan dalam Pakatan (Rakyat) namun tidak nampak Umno dapat nikmat. "Apa jadi pada Umno? Umno pun lemah dan tidak boleh nak pulih semula, nak jadi kerajaan di Selangor. Apa jadi? Dulu kita menguasai Selangor tetapi orang berpecah pun kita tidak ada peluang," katanya. – Bernama, 2 Oktober, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengurangan-subsidi-minyak-mampu-tangani-ketirisan-kata-dr-mahathir#sthash.9iqlailP.dpuf | JAWAPAN MENTERI AHMAD MASLAN ISU KENAIKAN MINYAK 20 SEN Posted: 01 Oct 2014 11:21 PM PDT Subsidi RON95 & Diesel: Sedikit penjelasan. 1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak. 2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter. 3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan. 4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel. 5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil. 6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan. 7. Maka utk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini. 8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan. 9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia. 10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik. 11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll. 12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih. (ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm) | |
IPOHMALAY Posted: 02 Oct 2014 09:31 AM PDT Artis asal Malaysia, kini penuh tatu di Jakarta Posted: 01 Oct 2014 11:57 PM PDT Menyebut Mohammad Suhaemi bin Ali Dad Khan, sepupu Shamsul Yusof berusia 27 tahun dari Kajang ini tidak siapa pun kenal walaupun memulakan karier dalam filem Sepet arahan arwah Yasmin Ahmad. Tetapi bila disebut Miller Khan, namanya sah terkenal sebagai artis Indonesia yang digilai gadis-gadis.
Begitulah Miller, yang telah mencipta nama di Jakarta dan mencipta personaliti dan peribadi kejakartaan yang menebal sehinggakan tanpa ragu-ragu, kini menacap tatu sebanyaknya di tubuh badannya.
Akhirnya dia mengaku sukar mendapat tawaran lakonan dek kerana halangan dalam aspek keagamaan khususnya apabila kebanyakan sinetron di Indonesia, di sebalik babak terlopong yang popular itu, masih mengutamakan pelakon yang bersesuaian ketrampilannya dengan moral yang ada pada skrip.
Punya Banyak Tato, Miller Khan Akui Sulit Dapat JobDesi Puspasari - detikhotKamis, 02/10/2014 10:48 WIB
Jakarta -Artis asal Malaysia, Miller Khan memang punya penampilan yang menarik. Selain wajah indonya, mantan kekasih Arumi Bachsin itu juga memiliki kulit putih dengan badan penuh tato.Menjadi penggemar tato, Miller akui mendapat keuntungan dan kerugian. Salah satu kerugiannya, yakni sulit mendapat job."Punya tato jadi susah dapat job. Apalagi film religi, kalau tatoan susah adaptasi dengan karakter," cerita Miller saat ditemui dalam relaunching Doubler Hair Studio Salon, milik sutradara Sinemart, Sanjeev Kumar, di Mal Central Park, Lobby Lumina, Jakarta Barat, Rabu (1/10/2014).Miller mengakui dirinya mempunyai sepuluh tato. Tak tanggung-tanggung, ia lebih suka memanggil tukang tato untuk datang ke rumah.Bintang film 'Cinta Suci Zahrana' itu memiliki tato di tangan, kaki, punggung, dan pinggang. Cowok berusia 27 tahun itu, bercerita pertama kali mentato tubuhnya pada tahun 2007 dengan huruf Tiongkok."Tetap jaga kebersihan, penampilan ke salon, bentuk badan. Sudah dua tahun rajin workout, butuh waktu satu tahun untuk six pack, seminggu 3 kali latihan minimal," ucapnya. | " Minyak naik! Haram jadah! " Posted: 01 Oct 2014 10:11 PM PDT A : Kenapa marah marah ni B : Kerajaan bangsat naikkan harga minyak A : Kenapa tak pakai gas? B : Ko ingat murah nak pasang? A : Sport rim tu mesti mahal. B : Tak lah, RM2200 je. A : Jimat minyak ke pakai sport rim? B : .....
A : Kenapa kau tak pakai gas je? B : Gas kereta tak laju. A : Antara laju dan jimat mana yang untung? B : Laju lagi untung.. Cepat sampai! A : ......
Fatamorgana kemakmuran adalah apa yang sesuai kita gambarkan kepada ramai rakyat Malaysia. Mereka antara penghabis bahan bakar antara tertinggi per kapita berbanding jumlah panjang jalanraya di dalam negara.
Lihatlah contoh bas awam di Putrajaya pagi ini. Walaupun tambangnya 50 sen, lengang. Ramai masih memilih berkereta ke tempat kerja.
Ironiknya, apabila berlaku kenaikan harga minyak, ramai yang meronta-ronta mengaku diri sebagai rakyat tak mampu yang tidak dipandang oleh kerajaan.
Tetapi lihatlah budaya rakyat negara ini. Lapar, start kereta. Haus, start kereta. Gersang, start kereta. Frust, start kereta. Gembira, start kereta. Balik kerja mandi-mandi start kereta. Untuk ke mana? Jangan di tanya. Orang miskin memang begini belaka.
Ketika harga minyak dinaikkan dari RM1.80 kepada RM2.70 pada Jun 2008, tiada kenaikan harga barangan yang signifikan berlaku. Namun ini alasan utama kenapa kenaikan harga minyak ditentang. Sedangkan pelakunya adalah saboteur. Saboteur yang tidak berani disentuh masyarakat. Sebab agama masyarakat negara ini kini ialah politik.
Di Thailand, harga minyak lebih dari RM3.50 tetapi jalanraya di Bangkok tetap sesak. Harga makanan tetap stabil kerana kuasa pengguna. Jangan berangan yang kita adalah kaya. Jelas, mereka lebih kaya dari kita.
Di Indonesia, presiden baru bercadang memajukan negara dengan menaikkan harga minyak sebanyak 3000 Rupiah (84 sen) November ini. Ramai yang menentang. Tetapi adalah pelik bagi warga negara Malaysia seperti saya melihat bahawa tak kurang yang menyokong! Demi negara tercinta. Jangan berangan yang kita adalah kaya. Jelas, mereka lebih kaya dari kita.
Selagi harga minyak tidak melampaui harga pasaran, sudah cukup untuk kita berasa lega.
Kendian ada yang menyebut lebih baik zaman Tun Mahatir minyak RM1.10 seliter padahal harga minyak dunia pada ketika itu US35 setong. Kalau ikut harga semasa USD 90 setong, harga minyak sudah tentu sepatutnya jadi RM3.20.
Kita jangan hairan, jangan merungut apabila semakin hari Thailand semakin maju dari kita hingga pendapatannya membolehkan harga kereta dikurangkan sedangkan negaranya dulu agak mundur.
Kita jangan hairan dan merungut apabila Indonesia akan mengatasi kita dalam tempoh 10 tahun melalui pelarasan subsidi bahan bakar yang hendak dimulai hari ini.
Kita perlu akur bahawa kita sebenarnya miskin walaupun selalu mengaku kaya lebih dari rakyat Thailand dan Indonesia apabila kesenangan dalam kehidupan kita diatur oleh pemerintah, bukan oleh kita sendiri.
Kita boleh menunjukkan bahawa kita tidak mampu berbelanja tetapi janganlah sampai menunjukkan kita tidak mampu mengurus.
Walaubagaimanapun, benarlah apa yang dikatakan Tun Mahathir. BR1M harus dihentikan. Buat apa bagi duit untuk orang tukar tinted kereta, tukar seat kereta malah ada yang beli syabu dan open table di kelab. Berbillion itu wajar disalurkan ke ruang yang berkeberhasilan.
Harga BBM Naik Rp 3.000/Liter, Jokowi Siap Tidak PopulerRista Rama Dhany - detikfinance Selasa, 30/09/2014 11:18 WIB
Jakarta -Pemerintahan baru pimpinan Joko Widodo (Jokowi) dan Jusuf Kalla (JK) berencana menaikkan harga BBM subsidi Rp 3.000/liter pada November 2014 nanti. Jokowi siap atas semua risiko dalam menjalankan kebijakan ini.
Demikian disampaikan oleh Penasihat Senior Tim Transisi Jokowi-JK, Luhut Binsar Panjaitan dalam sambutannya di acara Peluncuran Buku Outlook Energi Indonesia 2014 di kantor BPPT, Jakarta, Selasa (30/9/2014).
"Pak Jokowi sudah siap akan risiko yang dihadapi. Beliau siap untuk tidak populer," tegas Luhut.
"Sudah diputuskan oleh Pak Jokowi, kenaikan harga BBM subsidi Rp 3.000 per liter, November dimungkinkan sudah dinaikkan," imbuh Luhut.
Menurut Luhut, lewat kenaikan harga BBM subsidi ini, pemerintah baru nanti bisa mendapatkan penghematan dana, dan dialihkan untuk sektor lain yang lebih mengena ke sasaran, yaitu masyarakat ekonomi lemah.
"Dengan kenaikan harga BBM ini, dilakukan pengalihan dana penghematan daripada habis dibakar, ke sektor lain seperti kesehatan dan pendidikan masyarakat berekonomi lemah," jelas Luhut.
"Sehingga rakyat bawah menikmati pemotongan subsidi BBM ini," tutup Luhut.
Nämîkâzë Ârmëd Hydrâ @namikaze.hydra1 day ago mnrt saya,wajar harga BBM di naikan,kalo ngmng soal rakyat kecil sprti saya,ya memang berat sekali,tp mau gmn lg,ini salah satu cara menjadikan indonesia lbh baik dgn masyarakat yg lbh baik juga.. skrg aj yg bawa mobil mercy dll,msuk spbu isi premium,pas d tnya ma wrtawan jwbny \karena lbh murah\ byangkan saja btpa egoisny mereka msuk spbu mlh isi premium,tnpa memperdulikan dampak trhdp negara dan org yg ekonominy d bwh mreka. Pemerintah berpikir dan mngambil kptsan gx cuma dri 1..
cangkemmuka @cangkemmuka1 day ago Yang penting jangan berimbas pd sembako dan transport yach...bagaimana caranya?? ... ya tugas pak jokowi dan jk toh...
Joegoel @joegoel1 day ago Setuju subsidi BBM dikurangi 3rb dan dialihkan ke subsidi Kesehatan,Pendidikan dan Infrastruktur..subsidi BBM yang 4rb menambah beban pemerintah.
1jo_1jo30 Sep 2014 12:41:40 WIB lanjutkan Pak Jokowi!!!! kalau perlu hapuskan saja subsidi. alokasikan untuk hal yang lebih penting dan lebih mensejahterakan rakyat
Gendon79 @gendon7930 Sep 2014 12:34:33 WIB Ini dia calon presiden yang saya suka. Berani, bahkan sebelum dilantik. Lanjutkan bos..
Tandi Balla @tandi.balla30 Sep 2014 12:34:32 WIB Silakan naikkan harga BBM pada 1 November 2014 karena memang sudah seharusnya naik. Jangan ragu Pak JKW dan JK, rakyat bersama Anda berdua.
Itu hanya sebahagian kecil. Rakyat Jepun dan Rakyat Korea, sebelum mereka menjadi maju, mereka telah faham dasar-dasar pengurusan kewangan negara. Rakyat Indonesia telah bergerak ke arah itu. Rakyat Malaysia masih berlindung di bawah lembayung subsidi. Kita dapat lihat hasilnya 10 tahun ke hadapan. Jangan hairan kalau ketika itu kita lebih papa kedana dari mereka. | |
tunku Posted: 02 Oct 2014 04:44 AM PDT Budget 2014 will address difficulties caused by 'very minimal' fuel price increase Posted: 02 Oct 2014 12:57 AM PDT The upcoming Budget 2014 will ease any difficulties created by the recent fuel subsidy reduction, resulting in a 20 sen increase in RON95 petrol and diesel prices, said Datuk Seri Hasan Malek. "Wait for the budget. We will address any burdens through several measures, including increasing BR1M," the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister told reporters after launching the Malaysian Intellectual Awards ceremony here Thursday. Hasan said that the 20 sen increase was "very minimal". "We are not doing this to burden the people. This is to strengthen the nation's financial reserves," he said. Hasan said his Ministry would conduct 24-hour surveillance to ensure prices for goods and services did not go up due to ripple effects from the fuel price hike. "I am confident the budget will stick to the 'people first' promise," he said. The prices of RON95 petrol is now RM2.30 per litre and diesel is RM2.20 per litre. Petrol and diesel prices were last increased, also by a 20 sen margin, on Sept 2 last year. The current unsubsidised market price for RON95 is RM2.58 per litre while diesel is RM2.52 per litre. | |
bumiyang Posted: 02 Oct 2014 04:04 AM PDT |
DARUL EHSAN TODAY Posted: 01 Oct 2014 11:38 PM PDT Sudahla Harga Minyak Naik, Kini Azmin Arah Bank Bekukan Akaun Bantuan Untuk Warga Emas Di Dun Perlabuhan Kelang Posted: 01 Oct 2014 10:30 PM PDT
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengarahkan bank supaya membekukan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang diwakili bekas Menteri Besar itu.
Arahan atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September lalu.
Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Faekah Husin berkata, beliau percaya tindakan tersebut dibuat atas arahan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali. | TERIMA KASIH GOMEN HARGA PETROL NAIK TEPAT PADA MASANYA Posted: 01 Oct 2014 07:35 AM PDT
Kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel mulai 2 Oktober ini mungkin SANGAT TEPAT pada masanya menurut jangkaan para penasihat kerajaan yang memerintah.
Apa tidaknya, seawal malam Jumaat ini, pastinya umat Islam.akan mulai berpusu-pusu berkereta untuk pulang ke kampung halaman menyambut Aidiladha.
Pastinya semua yang pulang ke kampung itu akan terasa kesan kenaikan 20 sen itu.
Mengambil MASA YANG TEPAT untuk kuatkuasa kenaikan harga minyak itu, pastinya apabila sanak saudara berkumpul ketika berkorban dan menikmati juadah Aidiladha nanti, barulah ada korum yang besar untuk mengutuk kerajaan yang memerintah.
Kalau ramai-ramai duduk mengutuk kerajaan, baru ada umphhh, baru ada kesan!!! Tak ke begitu?
| |
Dialog Dewasa Kritik Berasa Posted: 01 Oct 2014 11:35 PM PDT KENAIKAN HARGA BARANG DAN SIRAH RASULULLAH Posted: 01 Oct 2014 10:11 PM PDT
Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih. Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, "Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, 'Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.'" (Riwayat Abu Dawud)
Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah? Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta." (Sahih. Riwayat Abu Daud)
Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya. Ini selari dengan firman Allah SWT, "Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki." (Al-Ra'd: 26)
"Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat." (As-Syura: 27)
Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, "Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram." (Sahih. Riwayat Al-Hakim)
"Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya." (Riwayat Muslim) | BRAVO MINYAK NAIK, SEMUA NAIK... APA PUNAHSIHAT KISAH? Posted: 01 Oct 2014 09:38 PM PDT
Bila harga petrol dan diesel naik, maka semua rantaian harga makanan dan perkhidmatan juga naik.
Harga bahan mentah makanan naik
Harga makanan siap naik
Harga pengangkutan awam naik
Harga eletrik pun TNB gatal nak naik
Dok sibuk melayan perasaan dan fikir harga barang akan naik hingga 'barang' sendiri pun tak nak naik-naik.
Kengkadang sakit jiwa kita melayan masalah-masalah negara.
Dasar yang dibuat kadangkala lebih menyebabkan orang benci pada kerajaan.
Dasar yang kadangkala menguntung sekelompok kecil dan merugikan majoriti rakyat.
Ke mana rakyat akan meluahkan perasaan mereka?
Mereka akan boikot kerajaan dan sokong pembangkang bukan kerana pembangkang bagus sangat tetapi itulah cara mereka nak lampiaskan kemarahan dan ketidakpuasan hati.
Apabila sesuatu dasar sudah bikin damage control, apa pula nasihat para penasihat ekonomi untuk atasi masalah ini?
Rakyat nak tengok sejauh mana Bajet 2015 ini benar-benar dapat membela dan menguntung mereka.
Mungkin rakyat nak lihat ada pengurangan beberapa cukai.
Ada banyak insentif tunai kepada rakyat.
Ada tindakan pro aktif mengatasi penyelewengan dan ketirisan subsidi bahan api dan bahan mentah yang selama ini dinikmati ramai warga asing tanpa sekatan. Yang jadi barua adalah kakitangan awam dan tokey-tokey yang khianat.
Rakyat nak keselamatan mereka dijaga dan jenayah dikurangkan.
Rakyat nak lihat kebajikan mereka terus dijaga...
Yang muda nak kan lebih banyak peluang kerja...mereka nak berumahtangga dan berkeluarga. Carilah jalan memudahkannya.
Mereka nak beli rumah mampu milik dan kenderaan dengan kadar pinjaman yang mudah, murah dan rendah. Bukan dengan pelbagai syarat berbelit-belit.
Mereka nak kerajaan membantu persekolahan anak-anak mereka yang kos belajar di tadikanya saja telah mencecah ribuan ringgit.
Mereka nak lebih banyak kedai harga patut macam Kedai Rakyat 1Malaysia atau seumpamanya dan mahu pasaraya dan hypermarket sedia ada selalu mempromosi dan menjual dengan harga berpatutan.
Tapi semua itu memerlukan duit, wang, dana dan fulus yang banyak...
Rakyat nak hidup selesa mudah bagi mereka berehat dan beribadat. Rakyat majoriti mungkin susah nak terima apa guna jadi negara berpendapatan tinggi, KDNK tinggi melangit, bandar moden dan bistari jika banyak hak-hak majoriti terpaksa dikorbankan demi menyusu dan menjilat-jilat puak pendatang dan pendatang asing.
Kerajaan kena ingat kalau perut rakyat kenyang, hati mereka senang, fikiran mereka lapang, mereka ada wang dan ada peluang mereka tak akan melalak menjerit memaki hamun kerajaan.
Tapi kalau perut mereka kosong tengok semua melopong samalah mereka macam anak-anak kita juga pasti mereka akan menjerit terlolong minta tolong.
Bila rakyat minta tolong, kerajaan mesti kena bantu jadi macam Abang Long...jangan pulak jadi macam polong atau along!
| MINYAK NAIK ATAU NAIK MINYAK?: LANTAKLAH NAK KOMEN APA PUN... Posted: 01 Oct 2014 06:15 PM PDT
Subsidi RON95 & Diesel: Sedikit penjelasan.
1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.
2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.
3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.
4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.
5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.
6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.
7. Maka utk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.
8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.
9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.
10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.
11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.
12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.
Ahmad Bin Maslan Timbalan Menteri Kewangan 1
(ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm)
Sent from my BlackBerry Z30 smartphone.
Komen kami;
Sabar itu adalah sebahagian dari iman. Ok kita pakat sabar dulu tunggu apa yang akan rakyat dapat dalam perbentangan Bajet 2015, 10 hb Oktober nanti...
Sementara ini jangan merungut banyak-banyak, buat sakit hati dan mental jer.
Hiasilah malam Jumaat ini dengan ibadah-ibadah yang membawa kepada pahala dan keredhaan Allah s.w.t. | SUBSIDI DIKURANGKAN: HARGA PETROL, DIESEL NAIK LAGI...ADE GOMEN KISAH? Posted: 01 Oct 2014 06:19 AM PDT Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengumumkan harga petrol RON 95 dan Diesel akan naik sebanyak 20 sen mulai 12.01 pagi ini (2 Oktober 2014).
Dengan kenaikan ini maka harga petrol RON 95 akan menjadi RM2.30 seliter berbanding RM2.10 se liter sebelum ini. Harga sebenar RON 95 jika tanpa subsidi adalah RM2.58.
Maknanya Kerajaan Malaysia masih memberi subsidi pada RON 95 sebanyak RM0.28 se liter.
Manakala harga diesel naik dari RM2.00 kepada RM2.20 se liter. Harga sebenar diesel ikut pasaran semasa adalah RM2.52. Maknanya kerajaan masih memberikan subsidi RM0.32 seliter
Harga bagi RON 97 pula kekal RM2.75 per liter harga September 2014 setelah mengalami penurunan harga dari RM2.87 pada April 2014.
Harga RON 97 diapungkan tanpa subsidi dan mengikut harga pasaran semasa dunia.
Sebelum ini kenaikan harga RON 95 dan Diesel berlaku pada 3 September 2013 yang menyaksikan perubahan harga RON 95 dari RM1.90 kepada RM2.10 se liter dan diesel dari RM1.80 kepada RM2.00 se liter.
Meskipun terpaksa mengurangkan dana subsidi yang menyebabkan harga petrol dan diesel naik, namun kerajaan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion untuk subsidi RON 95, Diesel dan gas LPG tahun ini.
Ini dilakukan agar harga bahan-bahan api ini diikat kekal pada harga yang ditetapkan oleh kerajaan dan tidak berubah oleh kenaikan semasa global.
Menjerit melalak macamana sekalipun harga bahan api tetap naik. Tetapi kitalah yang kena berubah sikap berhemat dalam berbelanja seharian, berjimat cermat jangan membazir.
Di negara lain macam Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun, Korea, Taiwan bahkan Amerika sekalipun rakyatnya marah sebab harga minyak naik dan mereka tukar kerajaan, namun harga tetap naik tak turun-turun.
Akhirnya rakyat dah penat berdemo, mereka menjadi lebih berdaya saing dan lebih kreatif.
Pembangkang mungkin janji akan turunkan harga minyak...tetapi banyak mana subsidi negara akan disalurkan pada bahan-bahan api ini?
Maka berderulah kenderaan beratur isi minyak di pam stesen nak rebut harga lama...tapi isi penuh tangki sekalipun adakah hari-hari lain tak akan isi minyak?
Tokey minyak tersenyum stok lama habis...esok stok baru harga baru tetap ada orang membeli.
Tokey-tokey Cinabeng DAP tersenyum riang boleh naik harga barang kasi rakyat marah sama kerajaan.
Di sempadan para penyeludup tetap nak seludup minyak subsidi kita kerana harganya masih murah berbanding di negara-negara mereka.
Hari makin berlalu, walaupun beberapa kali kerajaan kurangkan subsidi yang menyebabkan harga minyak naik, namun hidup tetap mesti diteruskan.
Yang terus menerus turun dan tak berhenti turun adalah hujan dan salji...
Mungkin ada khabar berita yang baik semasa perbentangan Bajet 2015 pada 10.10.2014 nanti...Insya Allah. Artikel Berkaitan:
| MUJAHID, CADANG TINGGALKAN PAS Posted: 01 Oct 2014 12:02 AM PDT Seorang peserta forum mencadangkan agar Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa supaya meninggalkan PAS dan menyertai pari yang bukan berasaskan agama. Peserta forum membuat cadangan itu selepas mendengar ceramah Mujahid dalam forum bertajuk 'Malaysia ke arah anti-diskriminasi" yang dianjurkan oleh Pusat KOMAS (Pusat Komunikasi Masyarakat), semalam."Jika anda (Mujahid) kata agama penting untuk kehidupan, saya tidak bersetuju dengan anda."Terdapat ramai manusia yang yang tidak mempercayai apa-apa agama, tetapi mereka mempunyai kehidupan yang sangat baik."Sebenarnya agama mesti dipisahkan daripada politik. Jadi kita boleh maju. Selagi Malaysia mencampuradukkan agama dengan politik, kita akan selama-lamanya berada dalam dilema."Untuk YB Mujahid, tolong tinggalkan PAS, dan pergi kepada parti yang tidak berasaskan agama," sarannya sambil disambut gelak ketawa.Sebelum ini Mujahid dalam ceramahnya berkata beliau sudah menjangkakan ada yang bakal bertanya tentang PAS."Saya telah tulis dua buku mengenai perkara ini. "PAS baru" dan "Rejuvenasi PAS." Saya tidak popular kerana menulis buku-buku itu."Tetapi, saya cuba yakinkan parti politik (PAS) mesti direform,"kata Mujahid. | |
Belantan Posted: 01 Oct 2014 11:28 PM PDT Yang menurut perintah..!!! Azmin sedia ikut arahan Anwar? Posted: 01 Oct 2014 09:48 PM PDT Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sedia mengikut arahan 'bosnya', Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukannya mendedahkan kepincangan serta keputusan meragukan yang dibuat dalam pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini. Mohamed Azmin berkata, arahan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkemungkinan akan ditelitinya, bagaimanapun tidak akan dilaksanakan buat masa ini kerana bukan satu perkara yang perlu disegerakan. Sebaliknya, jelas Mohamed Azmin, buat masa ini beliau mahu memberikan perhatian untuk menyelesaikan pembahagian tugas atau portfolio melibatkan sepuluh anggota Exco kerajaan negeri yang dilantik pada Jumaat lalu. "Kita nak selesaikan portfolio Exco kerajaan negeri, mesyuarat Exco dahulu. Selain itu, saya juga nak lihat bagaimana saya nak satukan banyak bidang portfolio yang ada. "Sesetengah portfolio akan diberikan kepada Exco tertentu dan kita mahu pastikan mereka melaksanakan tugas dengan lebih efisien dan optimum," katanya. Mohamed Azmin berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang berkenan menyampaikan pingat-pingat negeri kepada para penerima dari daerah Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang di sini hari ini. Kelmarin, Anwar ketika berceramah di Permatang Pauh, Pulau Pinang mengarahkan Mohamed Azmin mendedahkan kepincangan serta keputusan meragukan yang dibuat oleh Abdul Khalid ketika memegang jawatan menteri besar sebelum ini. Mohamed Azmin ketika ditanya sama ada beliau akan menuruti arahan Anwar itu selepas pembahagian portfolio Exco-exco kerajaan negeri selesai dilakukan pada Rabu ini memberitahu, masih banyak perkara penting lain yang perlu difikirkannya. "Banyak benda lagi saya nak fikir seperti masalah pembangunan semula dan sebagainya," jelas beliau. Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin enggan memberikan sebarang ulasan mengenai kemungkinan beliau berhasrat untuk mengambil portfolio melibatkan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT). Mengenai jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilaporkan mungkin akan ditolak oleh Pas, Mohamed Azmin menjelaskan, perkara itu bukan seseuatu yang memerlukan keputusan segera. Suara Politik Belantan | Dah mula dah...!!! Anwar campur tangan pentadbiran Azmin? Posted: 01 Oct 2014 04:15 PM PDT Dendam politik Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ternyata tidak berkesudahan apabila beliau mengarahkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali mendedahkan kepincangan serta keputusan meragukan yang dibuat oleh Abdul Khalid ketika memegang jawatan berkenaan. Ketika menyampaikan ceramah di sini, malam tadi, Anwar juga mengambil kesempatan mendedahkan satu persatu kesalahan yang didakwa dilakukan bekas Menteri Besar Selangor itu. "Pada hari terakhir, beliau sempat memecat saya sebagai Penasihat Ekonomi Selangor walaupun elaun yang layak diterima untuk jawatan berkenaan tidak dibayar sedangkan saya bekerja dan pergi ke luar negara untuk mempromosikan peluang pelaburan di negeri Selangor," katanya. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, antara perkara yang akan didedahkan Azmin termasuklah perjanjian air yang ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan, pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang didakwanya menguntungkan pihak tertentu sahaja. "Azmin dan Exco baharu yang dilantik akan meneliti semula perjanjian yang ditandatangani sebelum ini. Abdul Khalid telah membuat beberapa keputusan dan tidak berbincang dengan kita walaupun saya sudah berkali-kali menegurnya," katanya. Anwar berkata, beliau juga mahukan Azmin mengkaji semula kenaikan elauan yang diterima Menteri Besar seperti diumumkan Abdul Khalid dan kenaikan cukai pintu yang mendapat rungutan pelbagai pihak. Sementara itu, Anwar mahukan pentadbiran Azmin tidak mengulangi sikap kedekut Abdul Khalid yang tidak membelanjakan wang rizab negeri yang mencecah RM3 bilion. "Baguslah jika ada wang banyak tetapi saya pernah beritahu dia (Abdul Khalid), jalan raya di Shah Alam masih berlubang dan kenapa tidak guna wang itu untuk membaikinya. Dalam hal ini, Pulau Pinang mengambil pendekatan berbeza dengan membelanjakan semua duit berkenaan untuk selenggara jalan," katanya. Beliau berkata, walaupun ada pihak yang mungkin berasa kurang senang dengan arahan supaya pendedahan berkenaan dibuat, beliau mahu ia dilaksanakan untuk kepentingan rakyat Selangor. Dalam pada itu, Anwar menegaskan beliau tidak mahu bercakap lanjut tentang krisis Menteri Besar Selangor yang berlaku baru- baru ini kerana ia akan 'menguris' rakan-rakan dalam pakatan pembangkang. Sementara itu, kepulangan Anwar ke kubu kuatnya sempena sesi ceramah Hapuskan Akta Hasutan di sini malam tadi dengan harapan akan disambut ribuan penyokong tidak kesampaian apabila jumlah yang hadir terlalu sedikit. Anwar yang tiba kira-kira pukul 10 malam di Tapak Pasar Seberang Jaya kelihatan tidak ceria sejurus turun dari kereta selepas menyedari kehadiran penyokong yang mengecewakan walaupun ceramah berkenaan turut menampilkan ramai 'tokoh besar' pembangkang seperti Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer. Anwar yang sebelum ini sibuk 'menyelesaikan' isu kemelut Menteri Besar Selangor kali terakhir pulang ke kawasan Parlimennya pada 31 Ogos lalu bagi menghadiri program di Guar Perahu ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila secara terbuka menegur PKR Cabang Permatang Pauh supaya lebih agresif membuat hebahan tentang program melibatkan beliau. Katanya, kehadiran penyokong yang rendah iaitu sekitar 200 orang pada program berkenaan mengecewakan kerana banyak isu penting yang mahu dijelaskannya. "Di sini saya mahu tegur jentera supaya selaraskan promosi program kerana difahamkan penyokong di Guar Perahu dan kawasan sekitar tidak tahu mengenai program kita pada malam ini," katanya. Suara Politik Belantan | |
The Unspinners Posted: 01 Oct 2014 11:18 PM PDT Guan Eng bolayan PAS, cuma jumpa orang gaji Mat Sabu ... Tahaluf siyasi? Posted: 01 Oct 2014 08:25 PM PDT Sebaik saja PAS Pulau Pinang mengkritik Lim Guan Eng tentang pemecatan Iszuree Ibrahim, Lim Guan Eng hanya terus dengan peel buat helah. Setiausaha Politik LGE, Wong Hon Wai berkata Iszuree diberi banyak peluang untuk jawab kritikan terhadapnya sebelum dipecat. [Baca di FMT SINI] Sebelum itu, Pengerusi Biro Tanah PAS Mazlan Aliman mengeluh kerana mendakwa sukar bagi pemimpin parti itu untuk bertemu dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kes-kes pengusiran penduduk kampung Melayu. Opps bukan Melayu tapi kampong Muslim... hehehe Langsung kritikan oleh Iszuree di Muktamar PAS. Selama satu tahun, PAS tidak diberikan ruang untuk bertemu dan bincang mengenai perobohan kampong-kampong Melayu. Dah lama kata DAP ini cauvanis cina tapi PAS masih nak bertahaluf dan mangkok seperti Hanipa Maidin masih percaya pada DAP. [Baca di Mkini SINI] Ini yang mungkin membuat Nik ABduh menulis kata PAS macam sentiasa dibuli. Ada pula kata baru sedar Guan ENg bukan Khalifah Omar Abdul Aziz [Baca Mkini SINI]. Namun ada apologis masih kata tiada sebab PAS perlu rasa terasing. Ada saja alasan untuk pertahankan PKR dan DAP. [Baca Mkini SINI] PAS perlu terima hakikat bahawa bukan saja UMNO tapi kini PKR dan DAP kata PAS tiada kebolehan mentadbir. [Baca TMI SINI] Takpalah, DAP dah sedia nak jumpa PAS hari ini untuk selesaikan salahfaham. Nik Aziz pun suruh bertenang. [Baca TMI SINI]. Cuma Guan Eng bukan nak jumpa PAS tapi hanya nak jumpa orang gaji DAP dalam PAS yang telah digajikan RM50 ribu sebulan. Dia hanya layan Mat Sabu yang mudah dikow tim dan diarah-arah. Asal disebut Bang Mat ... cair. Baca FMT SINI. Kikiki ... tahaluf siyasi... takbir!!! | Guan Eng CUAI??? Lupa sign writ saman terhadap Tantawi!!! Posted: 01 Oct 2014 05:25 PM PDT Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah membatalkan Writ Saman yg difailkan oleh Lim Guan Eng DAP terhadap Nasrudin Hassan Tantawi PAS.Perintah pembatalan tersebut dibuat oleh Puan Rashidah Bt Baharom - Penolong Kanan Pendaftar, disebabkan kegagalan Peguam LGE untuk mematuhi Aturan Pliding tentang keabsahan Writ Saman, iaitu kegagalan untuk menandatangi Writ Saman tersebut yg menjadikan dokumen tersebut tidak sah utk didaftarkan di Mahkamah.
Peguam LGE cuba memberi penjelasan dan mendesak Mahkamah menerima dokumen yg cacat tersebut, namun Mahkamah menegaskan bahawa Aturan Pliding dan Kaedah Mahkamah 2012 hendaklah dipatuhi sepenuhnya.
Mahkamah Tinggi kemudiannya membatalkan Writ Saman tersebut dan memberikan kebebasan kepada LGE untuk memfailkan semula.
LGE diwakili oleh Peguam S Shanmugan manakala YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi diwakili oleh Peguam Wan Rohimi Bin Wan Daud - MT Kita berasa pelik apabila Lim Gun Eng DAP yang banyak pengalaman kerana beberapa kali menyaman pihak lain tetapi kali ini writ saman terbatal hanya kerana 'writ itu gagal untuk ditandatangani'! Apakah ianya tak sengaja atau disengajakan oleh pihak Lim Guan Eng DAP?Baca sepenuh di MiM SINI | Aktivis islam dan wanita berpurdah hanya melacurkan Islam dengan politik Posted: 01 Oct 2014 08:25 AM PDT Selama ini letih UMNO memberitahu PAS hanya pura-pura Islam mereka kerana Islam diguna bukan untuk dakwah tapi menakut-nakutkan demi meraih kuasa. Nampaknya tak perlu UMNO mentarbiah tentang salahlaku PAS lagi kerana ahli dan YB PAS sendiri akui PAS cuba bolot tafsiran Islam. Seorang aktivis Islam, bekas Presiden JIM sendiri yang masuk PAS akhirnya kata sesuatu yang lama UMNO katakan mengenai PAS. Bila fikirkan Saari sanggup lacurkan nama Islam untuk sama-sama dengan PAS perguna Islam, kira dua kali lima lah juga aktuvis yang bersalutkan Islam. Tambah lagi bila rakan si baruanya Hasnol sedia tanding atas tiket DAP yang membenci Islam. Dunia sudah terbalik nampaknya .... Begitu jelas DAP memeusuhi Islam dan cara hidup Islam, kedudukan Islam dan orang Islam, masih tidak nampak. Nampak sangat pandangannya ikut skrip DAP. Dyana dihalwakan dengan gaji RM15 ribu sebulan. Melati dapat berapa? Ada pihak kata purdah yang diguna bukan bermakna dia lebih Islam. Kalau tidak, tak akan tulis buku dengan tajuk begitu provokatif, ... kurang sopan. Mungkin sekali purdah itu hanya tutup muka yang penuh dengan jerawat. | R hanya gimik buat menutup sabotaj terhadap PAS di Pengkalan Kubor Posted: 01 Oct 2014 05:35 AM PDT Semalam kumpulan Royalti Kelantan membuat satu 'stunt' untuk tarik perhatian: 30/09/14. 12.00 pm. Kota Bharu. Pertubuhan R Kelantan (ROYALTI) kebumikan replika Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroliam (JK Khas) sebagai simbolik menolak penubuhan JK Khas itu. ROYALTI juga mendesak kerajaan negeri menyatakan pendirian berkenaan keputusan laporan JK Khas oleh Kementerian Kewangan. ---------------------- JK Khas sudah lama ditubuh dan ditawarkan kepada kerajaan negeri. Oleh itu, kenapa sekarang baru nak tolak? Hal sebenarnya, isu royalti minyak gagal membantu kempen PAS di Pengkalan Kubor. Malahan ianya isu yang mudah dipatahkan dan jawapan BN kepada isu ini hanya membuat PAS lagi tertekan. Isu ini dikemukakan oleh Dato Husam Musa sebagai isu utama memandangkan PAS perlu satu isu nasional untuk serang BN. Isu tempatan akan hanya membunuh PAS. Ada pihak mengatakan isu royalti minyak yang lemah ini adalah satu usaha sengaja untuk memastikan PAS pimpinan Ulamak dimalukan dengan kekalahan yang lebih besar. Oleh itu, gimik yang dilakukan semalam adalah hanya gimik untuk simpan tangan mereka yang sudah tikam PAS dari belakang. | Apa susah sangat PAS nak faham DAP dan PKR tak mahu mereka lagi? Posted: 01 Oct 2014 02:30 AM PDT PAS nampaknya masih berdalih lagi tentang tahaluf siyasi, iaitu persepakatan PAS dengan DAP dan PKR. DAP dah jelas membela barua PAS... Malah YB Hasnol dah bersemangat hingga sedia tanding bawah banner DAP. Sebelum ini PKR curi ADUN PAS, kini DAP pun sedia curi. DAP Sarawak tak mahu kerjasama dengan PAS dan DAP memang jelas menolak PAS di Pulau Pinang sejak Salleh Man tidak diberikan jawatan sebaga exco atau YDP MAIPP. Tempoh hari, kumpulan bernama LENSA dari SAMM membuat tuntutan terhadap PAS untuk keluar dari PKR. Ini hanya proksi PKR untuk suruh PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Baca di Selangor Chronicles SINi dan Bulletin Sengal SINI. Bila PAS keluar, bolehlah PASMA diubah jadi parti poliik dan diserap masuk dalam Pakatan Rakyat. Sebelum itu, puak Anwarinas akan cuba ambil alih PAS dari dalam dulu dengan WANG dari DAP dan PKR. Kumpulan Ulamak pun tahu hal ini berlaku. Selama ini mereka tahu PAS hanya diperguna baik oleh DAP atau DAP dan PKR. Apa yang ditunggu PAS? Adakah PAS terlalu bodoh untuk faham ini semua? Seperti dua pemimpin PAS berikut akui PAS bodoh. Memang mabuk tak sedar ... | Usah dimaki atau diselar Gooi, dedahkan kebodohan AP Alor Setar tu Posted: 30 Sep 2014 11:29 PM PDT Isu yang ditimbulkan Gooi adalah mentransformasikan perlembagaan Selangor. Maksudnya jelas iaitu piinda perlembagaan negeri supaya kuasa Sultan dikurangkan. Ramai pihak marah dan maki dia sebagai kurang ajar atau biadap dan tak kenang budi. Maki saja tak guna sebab mereka ni kuat mencarut dan tidak ada lagi budaya budi bahasa. Sepatutnya dedahkan saja kebodohan Gooi. Untuk tukar perlembagaan negara berhubung kuasa raja perlu perkenan dan persetujuan Raja dan Majlis raja-Raja. Ia bukan seperti raja perlu perkenan pindaan atau kelulusan undang yang mana jika tidak diperkenan selepas beberapa lama, ianya diterima sebagai undang-undang. Bagi perlembagaan negeri, tahukah Gooi bahawa sesetengah perlembagaan negeri tidak boleh dipinda melainkan diperkenan Sultan? Kan bodoh komen si Gooi1!!! | |
sekupangdua Posted: 01 Oct 2014 11:12 PM PDT NAIK DUA KUPANG LAGI... NAK BERGOLEK ATAS JALAN KE LAGI. Posted: 01 Oct 2014 06:52 PM PDT Biorlah apa dema nak kata... pada teman setakat 2 kupang nie rasanya idok lah sampai teman nak menghasut dan apatah lagi jadi samseng diatas jalan. Nampaknya terbeban ler teman lagi bulan nie. Kalau diikutnya teman dah kira terpaksa lah tambah RM 5 utk kos setiap bulan. Kalau diikutkan kenalah catu beberapa aktiviti seperti ngeteh sampai 2 ke 3 gelas sekali lepak Tapi sebenornya tgh adjust kalau boleh kurangkan rokok sekotak setiap bulan dah boleh cover duit minyak tu selama 2 bulan setengah... ahhh padulila.... Kekadang pelik jugaj manusia nie. Korang tengok ler nanti pasai 2 kupang punyalah dia menghasut... punyalah dia punya sembor macam kerajaan tengah sembelih beribu-ribu umat. Harga diri seseorang nilainya hanya 2 kupang... Pelik jugak kenapa tak ada yg nak berguling pering dengan elaun @ gaji adun di selangor yg naik sampai 400% yg membolehkan hingga puluhan ribu setiap bulan utk setiap adun dan bukan utk setiap rakyat sebenarnya sekalipun itu lebih jelas duit rakyat yg dikutip oleh pelbagai agensi khusus utk memastikan tembolok tuan-tuan yb yg kerjanya viralkan semangat supaya rakyat jadi cai atas jalan Melihat dari sudut kelebihan yang tersurat dan tersirat. Menghebahkan nawaitu sebenar mestilahencapai KPI kehendak perancangan sebaliknya jangan mendadak dan tergesa-gesa. Ini rasanya menimbulkan tanda tanya dan menjadi kemarahan bila ia nya dicurah minyak dan dinyalakan supaya boleh membakor jiwa rakyat. Dah memang dasar penyamun bersabda... dgn ketayap kononnya marhaien sebaliknya itulah penyamun besor.. Apapun teman tidak akan melatah sebab dua kupang... hakikatnya dema tentulah jadikan point penting utk jadikan ianya sebagai tembelang yg tak terkawal baunya. Bukan teman ada 3 ke 4 bijik kereta mewah pun. Setakat dua kupang tu tak jejas apa-apa pun... dwma lagi beso pelahapnya kalau ditanyakan berapa sekilo ikan pun dema tak tau... apatah lagi 3-4 bijik kereta dema tu takdanya ngesahkan sangat. Adaker sampai nak jual sebuah dua. Isok jugak tetapi yg pasti katalog kereta baru memang dema tunggu... apa 0un kita cer tengok apa yg sebenarnya dua kupang boleh buat... 1. Selama ini rakyat Malaysia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di stesen-stesen minyak. 2. Jumlah subsidi Kerajaan utk RON95 & diesel tahun lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter. 3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Malaysia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Untuk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Malaysia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kerajaan. 4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel. 5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2 billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sebabnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil. 6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm 2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kepada rakyat terbanyak yg boleh diberikan. 7. Maka utk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini. 8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan. 9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia. 10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik. 11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dan lain-lain. 12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kerajaan. Begitulah hakikinya yg tersirat adanya... Jadi nilaikanlah berapa keikhlasnnya anda dengan harga 2 kupang yg kononnya bokeh buat anda kusut otak sepanjang hidup... Pada teman lantak ler 2 kupang.... teman ikhlas... rokok yg naik berengget dan turun berengget pun idakbpulak dema nglupor.... Bagaimana pun secara peribadi teman berpendapat perlulah ada mekanisma bagaimana membolehkan rakyat memahami ttg usaha dan tujuan sebenar... Bukti juga perlu mungkin dgn usaha menubuhkan department yg bertanggung jawab menzahirkan hasrat kerajaan dan hasilnya seperti membina sekolah, Masjid, perubatan dan lain-lain perlu dibuktikan hasil dari kenaikan harga minyak yg sebenarnya dimenafaatkan dgn kenaikan harga minyak... Macam papan tanda yg terpacak kat merata projek yg sedang dibagunkan. Tak payah selindung. Tulis jer projek kerajaan hasil sumbangan dari usaha minyak dan pengurangan subsidi... | |
oyabun Posted: 01 Oct 2014 11:07 PM PDT KETUM Anwar kekal Penasihat Ekonomi Selangor? Posted: 01 Oct 2014 11:03 PM PDT Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dikekalkan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor oleh Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali walaupun kerajaan negeri sebelum ini menutup secara rasmi pejabat itu berkuatkuasa 22 September lalu. Menurut Mohamed Azmin, keputusan kerajaan negeri sebelum ini tidak menyatakan Anwar dipecat daripada jawatan tersebut sebaliknya hanya memaklumkan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. "Kita telah meneliti minit mesyuarat Exco kerajaan negeri yang lalu dan keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (bekas Menteri Besar) sebelum ini adalah menutup Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Tidak timbul soal pemecatan Anwar daripada jawatan Penasihat Ekonomi negeri. "Sekarang kita bincang semula fungsi dan peranan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, maka sudah tentulah akan berikan kemudahan pejabat sesuai dengan peranan yang dimainkannya," jelas beliau dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco pertama di sini hari ini. Pengumuman Mohamed Azmin yang mengekalkan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sudah dijangka susulan kritikan Penasihat PKR itu terhadap Abdul Khalid sebelum ini. Pada 22 September lalu, Faekah Husin yang ketika itu masih memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) mengumumkan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor di Plaza Perangsang di sni berkuat kuasa serta-merta pada tarikh berkenaan. Menurut Faekah menerusi satu kenyataan, penutupan pejabat tersebut merupakan keputusan mesyuarat Exco yang dibuat atas perkiraan mengurangkan kos tidak mustahak yang ditanggung oleh kerajaan negeri selain mengelakkan pertindihan tugas di antara Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dengan agensi pelaburan kerajaan negeri iaitu Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) sebelum ini. Wasabi Oyabun.. | |
ANGIN PERUBAHAN Posted: 01 Oct 2014 09:28 PM PDT |
tok gajah Posted: 01 Oct 2014 09:17 PM PDT Ape sangat le due puluh sen tu.......... Posted: 01 Oct 2014 09:03 PM PDT Bagi pendapat atuk kenaikan petrol dan disel due puluh sen tu mudah aje. Kalau kite gune 10 liter sehari pun baru bertambah due ringgit aje. Perbelanjaan ni tidak le seteruk dengan penghisab rokok yang berbelanje melebihi RM10 bagi sekotak rokok. Lagipun jike dibandingkan dengan negare2 jiran, harge petrol dan disel di negare ini masih lagi ditahap yang termurah. Kite semue kene faham, sebenar nye perkare ni bukan nye kenaikan harge tetapi ianye cume pengurangan subsidi yang di berikan oleh kerajaan, tu aje. Di negare2 yang tidak bersubsidi harge petrol dan disel ni mencecah RM4.00 lebih. Lebih kurang separuh lagi tinggi harge nye. Jadi atuk haraf kite semue akan menerime nye dengan senang hati. Jangan lah se kali2 kite menyalahkan kerajaan yang kunun nye zalim kerane menaikan harge minyak ni. | |
GERAKAN ANTI PKR Posted: 01 Oct 2014 09:14 PM PDT |
BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 01 Oct 2014 03:39 PM PDT (Video) Berapa kali coli wanita ini dilihat? Posted: 01 Oct 2014 09:02 AM PDT Seorang wanita melakukan ujikaji dengan memasang kamera tersembunyi pada bahagian coli yang dipakainya. Tujuan beliau melakukan sedemikian adalah untuk mengira berapa kali orang ramai melihat ke arah pakaiannya itu. Dengan mendedahkan sebahagian besar coli yang yng dipakainya, wanita itu dilihat mundar-mandir di tengah bandar. Setiap renungan memberi markah percuma untuk karval BI kali ini. | Harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter mulai esok Posted: 01 Oct 2014 05:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014. Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. - BERNAMA | Di noda dalam keretapi Posted: 01 Oct 2014 12:31 AM PDT Bangkok: Mahkamah Hua Hin semalam menjatuhi hukuman mati ke atas seorang lelaki atas kesalahan merogol dan membunuh seorang gadis di dalam kereta api. Hakim memutuskan Wanchai Sangkhao, 22, seorang pekerja syarikat kereta api Thailand bertanggungjawab atas kejadian kejam dan menggemparkan negara itu pada 5 Julai lalu. Dia yang dinamakan sebagai defendan pertama dijatuhi hukuman mati kerana membunuh, sembilan tahun penjara kerana merogol gadis bawah umur, lima tahun penjara kerana mencuri di dalam kenderaan awam dan tambahan setahun penjara kerana menyembunyikan mayat. Wanchai juga dihukum penjara enam bulan atas kesalahan penyalahgunaan dadah. Dalam perbicaraan Wanchai mengaku salah merogol pelajar Sekolah Satrinonthaburi yang baru berusia 13 tahun ketika mangsa sedang tidur dalam gerabak kereta api ekspres dari Nakhon Si Thammarat ke Bangkok. Berdasarkan siasatan Wanchai didakwa melakukan serangan seksual itu sebelum mencampak mangsa ke luar gerabak ketika kereta api bergerak. Tindakannya itu menyebabkan mangsa terhempas ke tanah dan membawa kepada kematiannya. Mayat gadis malang itu kemudian ditemui dalam keadaan mengerikan berhampiran landasan kereta api. Sebelum hukuman dijatuhkan Wanchai membuat rayuan dengan mengaku insaf atas tindakannya dulu tetapi ia gagal melembutkan hati hakim. Kata hakim, pengakuan Wanchai tidak boleh dianggap ikhlas kerana ketika itu dia sebenarnya tidak mempunyai pilihan lain ekoran bukti dikemukakan dalam perbicaraan sangat kukuh. Defendan kedua, Nattakorn Chamnarn, 19, dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana bersekongkol melakukan jenayah kejam itu. - Agensi | Wanita lari separuh bogel ketika diserbu Posted: 01 Oct 2014 12:01 AM PDT | ANTARA wanita warga asing ditahan dalam operasi di premis hiburan tarian berahi di Bukit Bintang, semalam/Pic:Harian Metro |
KUALA LUMPUR: Seorang penari gelek berpakaian separuh bogel cuba melarikan diri termasuk merempuh beberapa anggota polis wanita sejurus pihak berkuasa menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam. Bagaimanapun wanita berusia 28 tahun itu ditahan lima anggota polis walaupun wanita itu meronta-ronta minta dilepaskan. Dalam serbuan dilakukan jam 1 pagi itu, wanita warga Uzbekistan dikatakan panik selepas menyedari kehadiran anggota polis Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman yang cuba melakukan pemeriksaan mengejut ke atas premis itu. Serbuan diketuai Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Roslee Chik dibuat hasil pendedahan eksklusif Harian Metro Sabtu lalu berhubung sebuah premis hiburan yang menawarkan tarian gelek berahi sebelum pelanggan boleh membawa penari ke ranjang. Roslee berkata, hasil serbuan itu pihaknya menahan 30 wanita membabitkan warga Uzbekistan, Mesir, Maghribi, Iran dan Turki atas pelbagai kesalahan termasuk menjadi pelayan pelanggan (GRO) yang menawarkan khidmat pelacuran. Menurutnya, rata-rata wanita berusia 20 hingga 30 tahun itu tidak mempunyai dokumen yang sah selain ada yang memiliki pas lawatan palsu dan menyalahgunakan pas lawatan dengan bekerja sebagai GRO. - Harian Metro | Video aksi seks dua beradik di Butterworth tersebar Posted: 30 Sep 2014 11:15 PM PDT BUTTERWORTH: Penyebaran rakaman aksi seks sepasang kanak-kanak yang didakwa adik-beradik melalui telefon bimbit menggemparkan penduduk sekitar bandar ini serta mencetuskan kebimbangan mengenai semakin parah keruntuhan moral masyarakat negara ini. Ini kerana usia pasangan terbabit masih terlalu muda. Budak lelaki terbabit dipercayai berusia antara 11 dan 12 tahun manakala pasangan perempuan antara 13 dan 14 tahun. Aksi berahi mereka dirakam dari pelbagai sudut dipercayai dalam bilik hotel atau motel oleh pihak ketiga berdasarkan katil dan keadaan sekitar. Kakitangan swasta dikenali sebagai Azman, 25, yang memperoleh video itu melalui bluetooth daripada rakannya, berkata dia terkejut sebaik melihat aksi pasangan terbabit kerana mereka terlalu muda dan dipercayai masih bersekolah. "Budak lelaki itu seperti murid tahun lima atau enam manakala remaja perempuan mungkin dalam tingkatan satu atau dua. Kemungkinan mereka adik-beradik kerana fizikal remaja lelaki lebih kecil berbanding pasangannya. "Saya menggeleng kepala sebaik melihat aksi mereka yang tidak ubah seperti orang dewasa. Bayangkan apa akan jadi kepada mereka pada masa depan dan bagaimana penerimaan ibu bapa mereka jika mengetahui perkara ini," katanya, semalam. Menurutnya, tindakan pasangan kanak-kanak itu menggambarkan keadaan moral masyarakat yang semakin merosot dan keadaan ini yang menyumbang peningkatan kes pembuangan bayi hasil hubungan luar nikah. "Jika murid sekolah rendah sudah pandai beraksi lucah dan dirakam pihak lain, bagaimana orang dewasa. "Apa akan jadi kepada moral masyarakat beberapa tahun akan datang jika gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit semakin berleluasa," katanya. Justeru, dia berharap pihak berkuasa segera melakukan sesuatu sebelum gejala penyebaran aksi seks melalui telefon bimbit menjadi 'wabak' yang sukar dikawal. -WEBBERITA/HARIAN METRO | 'Dia jalin hubungan sulit dengan isteri saya' - Man Bai Posted: 30 Sep 2014 08:39 PM PDT Kuala Lumpur: Penyanyi Man Bai atau Abdul Rahman Osman, 47, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lelaki warga Singapura yang dipercayai mempunyai skandal dengan isterinya di laman sosial Facebook (FB) baru-baru ini. Man Bai berkata, dia sudah tidak boleh bertolak-ansur dengan perbuatan tidak bermoral individu berusia 44 tahun itu lagi kerana dia pernah memberikan amaran sebelum ini, namun keadaan masih tidak berubah. "Saya pernah beri amaran kepada dia sebelum ini, tapi nampaknya dia benar-benar mahu mencabar saya! Semua bukti saya sudah kumpul dan saya akan bawa ke pihak berkuasa dalam sehari dua. "Lelaki itu pernah memikat dan menjalin hubungan dengan isteri saya di FB sekitar 2008 hingga 2012. Apabila saya dapat hidu perbuatan mereka berserta bukti pada 2012, saya beri amaran kepada lelaki itu dan isteri untuk menghentikannya. "Selepas itu, keadaan 'okey' tapi pada minggu lalu saya dapat kesan lelaki yang sama muncul semula di FB dan menjalin hubungan dengan isteri saya. Cuma kali ini dia guna identiti palsu untuk mengaburi mata saya. Saya tak bodoh dan akhirnya dapat juga kesan dia lelaki yang sama. "Keadaan semakin melampau dan saya tak akan berlembut lagi kali ini. Saya sudah ada semua bukti dan akan bawa perkara ini ke tengah," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. | |