Al-Fatihah disedekahkan kepada kesemua 16 jenazah yang telah selamat dikebumikan akibat trajedi tanah runtuh di Hulu Langat Selangor semalam. Mereka yang telah pergi meninggalkan kita semua ialah:-
Semuga roh-roh mereka itu mendapat limpah rahmat daripada Allah swt.
Ramai pembesar dan orang kenamaan menampilkan diri sama ada ditempat kejadian tanah runtuh, di Hospital atau ditempat sembahyang jenazah dan ditanah perkuburan. Mereka menunjukkan simpati terhadap musibah tersebut.
Kita harap kehadiran mereka itu datangnya dengan hati yang tulus dan ikhlas dengan niat untuk memberi simpati dan bantuan secara ikhlas. Bukan datang hanya kerana untuk menunjuk muka dalam akhbar dan TV milik kerajaan saja.
Sejak dari hari kejadian sehingga malam tadi, TV tidak putus-putus memaklumkan para pembesar yang hadir dan memaklumkan juga bahawa pembesar no.1 negara dan isterinya memendekkan lawatan keluar negara dan akan menzairahi tempat kejadian dan melawat sanak saudara mangsa dan tentunya akan menzairahi kubur dan mensedekkah ayat-ayat suci Al-Quran kepada mangsa.
Ini adalah tanda jelas bahawa Pilihanraya UMUM ke 13 hampir tiba sekiranya tidak ada isu baru yang boleh menyebabkan kerajaan BN tumbang. .
"Layakkah akhbar Utusan Malaysia mewakili orang Melayu sedangkan etika laporan yang dilaporkan oleh akhbar tersebut tidak menepati ciri-ciri Melayu jauh sekali dengan ajaran Islam." – Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS.
Berdasarkan kata-kata Idris Ahmad di atas, bolehlah saya menyimpulkan bahawa… Idris Ahmad mendakwa laporan Utusan tidak menepati ciri-ciri Melayu. Idris Ahmad mendakwa laporan Utusan jauh sekali bercirikan agama Islam.
Benarkah dakwaan Idris Ahmad itu? Benarkah Utusan tidak bercirikan Melayu? Dan menyimpang dari ciri-ciri agama Islam?
Siapa Idris Ahmad untuk bercakap mewakili semua Melayu? Siapa Idris Ahmad untuk menghukum mengenai soal Melayu atau tidak terhadap Utusan? Atas dasar apa Idris mendakwa Utusan tidak cukup Melayu? Adakah akhbar lain yang bercirikan keMelayuan selain Utusan?
Pada hemat saya, Idris Ahmad perlu mengajukan persoalan di atas sebelum membuat kenyataan seperti di atas. Saya tidak marah pada Idris kerana dia bercakap berlandaskan kepentingan politik. Namun, caranya yang tidak rasional menyebabkan dia tergolong di dalam pemimpin PAS yang dungu dan tidak relevan.
Selama ini, tak kira Melayu UMNO, PAS, PKR dan mahupun Melayu DAP membeli dan membaca Utusan. Tak payah tipu diri sendiri. Ustaz Harun Din, Timbalan Mursyidul Am PAS sendiri mengaku beliau membaca Utusan. Ramai pemimpin dan ahli PKR yang membaca Utusan, malah ada Melayu DAP yang melanggan Utusan!
Mengapa semua Melayu membaca Utusan tanpa mengira fahaman politik mereka? Ini adalah kerana Utusan lebih menjadi pilihan untuk berbicara mengenai isu semasa, khususnya soal Melayu. Tak payah menipu pihak pembangkang tidak membaca Utusan.
Jika mereka tidak membaca, bagaimana mereka bertindak mengecam dan cuba memboikot Utusan? Tentulah mereka perlu membaca akhbar tersebut dahulu sebelum bertindak begitu! Mengapa pula dikatakan Utusan "racist"? Hanya kerana Utusan menulis soal Melayu dan mempertahankan ketuanan Melayu di negara ini? Jelas sekali Utusan bercirikan Melayu..!!!
Tidak bercirikan Islam? Saya akui, Utusan pernah tersilap lapor dan ada beberapa kali disaman. Namun, semua kes tersebut diadili tanpa sebarang kepentingan politik, meskipun sebahagian besar saham Utusan dimiliki UMNO. Itu menunjukkan Utusan tidak "kebal" walaupun ada "kabel besar" di dalam Kerajaan.
Utusan bertanggungu jawab atas laporannya. Utusan sedia memohon maaf pada setiap keralatan yang mereka siarkan. Sekiranya laporan Utusan tidak benar dan salah dari sudut Islam, mengapa tidak disaman saja Utusan atau dakwa Akhbar itu di mahkamah Syari'ah?
Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada akhbar itu untuk dikategorikan sebagai "akhbar bercirikan Islam"? Apakah dengan menyertakan ruangan mengenai hal ehwal Islam di dalamnya seperti Harakah? Jika itu ukurannya, Utusan lebih awal berbuat demikian di dalam siaran akhbarnya. Tiap-tiap hari ada ruangan agama!
Bagaimana pula dengan Harakah? Harakah cukup bercirikan Islam? Apakah dengan setiap hari mencanang berita politik maka akhbar milik PAS itu boleh dianggap sangat bercirikan Islam? Harakah juga sering disaman, kalah saman dan tertangkap memfitnah! Apakah "fitnah" termasuk di dalam ciri-ciri Islam dari kaca mata Idris Ahmad atau PAS?
Lihat saja ruangan iklan di Harakah Daily, penuh dengan iklan "ubat tenaga batin", "membesarkan alat kelamin", "menyempitkan alat kelamin", "minyak yang berkait rapat dengan hubungan kelamin" dan hal ehwal "dalam kelambu". Suka betul Harakah Daily dengan hal ehwal "seks"! Apa Harakah memang "seks maniac", kah? Itu ciri Islam?
Cara Idris Ahmad mengutuk Utusan itu seolah-olah menampakkannya sebagai tidak adil dan tidak rasional dalam memberikan pendapat. Tahulah dia adalah orang kuat PAS, namun untuk menuduh sebuah akhbar "ultra-Melayu" sebagai "tidak Melayu" adalah satu kenyataan yang dungu dan bodoh.
Begitu juga tuduhannya bahawa Utusan tidak bercirikan Islam. Jika dilihat kesungguhan, dakwah dan informasi, dengan rasional sebagai seorang umat Islam, Utusan lebih berkreadibiliti berbanding Harakah yang mengutamakan politik dan iklan berbaur "seks maniac" berbanding Islam itu sendiri. Seharusnya Idris ikhlas dalam kerasionalannya memberi pendapat.
"Kita akan dedah (dokumen-dokumen ini dengan) lebih detail lepas ini..", kata Muhamad Rahimi Osman, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diwawancara AIDC Production di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Muhamad Rahimi dalam Utusan Malaysia, 12 Februari lalu menyebut beliau mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan terhadap hubungan bekas majikannya itu dengan Amerika Syarikat (AS) khususnya pertubuhan-pertubuhan Yahudi.
Dalam ceramahnya di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, Rahimi, sebelum ini mencabar Anwar mendedahkan sumber kewangan yang diperolehinya untuk mengendalikan sebuah pejabat di Washington DC yang didakwa menelan kos operasi kira-kira RM6 juta (AS$2 juta) setahun.
Dibawah ni Mc bawa dua artikel mengenai pengunakan sekolah sebagai alat politik. Pembaca boleh menilai sendiri siapa yang memperalatkan sekolah sebagai senjata politik mereka. Pas atau UMNO?
Hampir 20 Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Pendang dengan gabungan Pemuda Pas Pendang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta satu badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan polis kerana membantah penggunaan premis sekolah untuk tujuan politik oleh Pemuda UMNO Pendang semalam.
Sinar Harian difahamkan Pemuda UMNO Bahagian Pendang menggunakan dewan Al-Marbawi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang pada jam 3 petang untuk perasmian mesyuarat agung perwakilan Pemuda UMNO Bahagian.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas kawasan Pendang, Abd Ghafur Syukur berkata, sejak dua tahun kebelakangan ini, UMNO sering menggunakan premis sekolah untuk aktiviti politik mereka .
"Tahun lalu Pemuda UMNO Bahagian Pendang turut menggunakan dewan Sekolah Menengah Tengku Temenggung untuk tujuan politik dan kali ini turut menggunakan dewan sekolah untuk politik mereka," katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang.
Sementara itu, wakil ketua Angkatan Muda Keadilan Pendang, Mohd Zaki Razak, beliau juga menerima rungutan daripada ibu bapa yang tidak berpuas hati sekolah digunakan untuk tujuan politik dan kegiatan ini bertentangan pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah pada 2008.
"UMNO Bahagian Pendang berterusan menggunakan dewan Al-Marbawi sekolah itu untuk tujuan politik dan sebelum ini pada minggu lepas UMNO Bahagian Pendang turut menggunakan dewan yang sama untuk tujuan politik (mesyuarat Wanita). "Sekretariat Pemuda mengharapkan premis pendidikan tidak disalahgunakan demi menjaga mutu
Artikel di atas dinyatakan UMNO mengunakan dewan sekolah untuk buat mesyuarat. Mereka takut, kekerapan UMNO ke sekolah terbabit boleh menghasut pelajar sekolah untuk menyokong UMNO. Sebab tu puak Pakatan Haram jadah ni marah sangat apabila UMNO guna dewan sekolah. Serupa dewan sekolah tu mak bapak depa yang punya.
Bagaimana pulak dengan berita dibawah?
Budak sekolah dipergunakan Pas!!
Tohmahan tidak berasas Pas terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri apabila Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana malam tadi menjadi bukti bagaimana parti itu memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh negeri ini dalam program politik mereka.
Lebih mengejutkan, rata-rata pelajar terbabit yang berpakaian jubah lengkap dengan lencana sekolah masing-masing, didatangkan dari seluruh negeri termasuk Gua Musang, menggunakan bas-bas sekolah yang beratur panjang di beberapa lokasi berhampiran.
Apa yang lebih mengejutkan apabila ucapan beberapa pimpinan Pas dalam program tersebut turut meniupkan kebencian dan penentangan di kalangan pelajar terbabit terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Antara yang berucap pada program itu ialah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd. Zaki Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.
Turut berucap, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO yang juga penganjur program, Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abd. Rahman dan bekas pengacara serta penulis lirik, Bob Lokman. sumber sini
Haaa.. jelas program Pas memperalatkan terus budak sekolah dan bukannya peralatan sekolah. Jika UMNO guna dewan sekolah, Pas buat report, macam mana pulak dengan Pas mengunakan budak sekolah untuk tujuan politik mereka?
Siapa yang cakap tak serupa bikin ni? UMNO Kelantan patut buat laporan Polis berkenaan kes ini. Budak sekolah diperalat untuk jadi alat politik parti Pas. Siap ada ikrar serupa nak pergi perang.
"ikrar Pemuda Pas antara lain berbunyi: "Kami Pemuda Pas Negeri Kelantan, yang berhimpun pada hari ini, dengan ini berikrar Allah matlamat hidup kami, al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati syahid cita-cita kami".
Nak perang dengan siapa? UMNO atau Dap?
Tolongla Pas jangan songsang dan sesatkan budak-budak sekolah tu. Kesian, kecik-kecik dah diajar untuk menjilat kaki N.ajis.
P/s: Pas selalu gunakan budak-budak untuk tujuan politik.. McTheory: Sekarang, siapa yang cakap tak serupa bikin? Pas ke UMNO?
Kita lari sikit dari politik, ini kisah benar. Kisah ni terjadi dua bulan lepas semasa Mc sedang berjalan-jalan Mc didatangi oleh seorang ejen celcom berbadan besar. Dengan petahnya dia bercakap, seolah-olah pakej celcom yang dia kemukakan itu sangat baik dan berbaloi. Mc tak kisah pun, lantak dia la tu memang kerja dia.
Apa yang buat Mc tertarik ialah, free device atau dalam bahasa pasar, handphone free!
Tengok pulak ada pakej untuk C3 hanya RM88 (P48). Kemudian pakej untuk BlackBerry (P148) RM369 kalau tak salah Mc.
Walaupun dia kata handphone free, tapi sebenaranya kena bayar juga sikit. Takpa disebabkan harga handphonenya murah, Mc terus angkat pakej C3 dua, dan pakej BlackBerry satu. Bila dah selesai bayar, ejen tu kata line boleh aktif dalam masa seminggu, dan handphone kena tunggu dalam masa dua minggu ataupun sebulan.
Mc bukan nak sangat dengan line Celcom ni, cuma tengok ke pakejnya ada handphone murah dan callnya pun agak murah menyebabkan Mc rela batalkan nombor lama dan pakai nombor baru.
Bila kita dah daftar mesti la kita pun tunggu. Niat dihati Handphone C3 tu Mc nak kasi Mak dan Isteri Mc, bagi diaorang pakai handphone baru katanya.
Tunggu dah seminggu, line tak aktif pun. Takpa rilex dulu, tunggu lagi.
Tunggu dah dua minggu, call tanya ejen tu, dia kata esok aktif. Alhamdullilah esoknya line pun dah aktif.
Tunggu handphone pulak.
Dah sebulan, Mc pun rasa pelik, kenapa la tak sampai-sampai lagi Handphone ni. Call ejen, dia kata Celcom lambat, tak ada stok. Dia suruh tunggu lagi.
Mc pun sabar, dan terus menunggu....
Bila kita dah pakai, tentulah kita nak bayar bilnya. Mc pun daftar online. Bila online, Mc tengok semuanya nampak macam ok je. Tapi bila tengok balik Alamat rumah Mc tu salah. Mc pun call operator nak perbetulkan.
Bila call, dah bagi number akaun semua, dia pun dah perbetulkan, Mc pun gatal-gatal mulut tanya si operator tu, "handphone saya bila nak datang? dah ada stok ke?"
si operator tu pun tolong 'check kan'
Lepas tu dia bagi jawapan yang Mc sendiri tak sedap nak dengar. Dia kata pakej Mc ni pakej kosong, tak ada handphone, malah Mc daftar P148, tapi apa yang Mc dapat P48.
Bila Mc kata Mc dah bayar kat ejen celcom, si operator ni kata Mc perlu pergi kepejabat ejen tu untuk kepastian.
Dengan rasa marah, geram, sakit hati yang bercampur-campur. Mc cuba call ejen terbabit, tapi nombornya sudah dimatikan.
Mc pun ke pejabat si ejen 'babi gemok' tu.
Bila sampai je kat pejabatnya, Mc lihat ramai pelanggan lain yang telah ditipu olehnya. Ada yang bising-bising, ada yang marah-marah, ada juga yang menangis.
Mc pun jumpa dengan orang kat pejabat wakil penjual. Mc dah cerita semuanya dan kemungkinan besar Mc akan buat laporan polis kalau benda ni tak selesai.
Wakil penjual tu dah berjanji akan selesaikan semua bayaran Mc. Yang jadi masalahnya, ejen yang Mc berurusan tu, tak bagi duit kat pejabat pun. Dia ambil duit tu sendiri kemudian hanya bagi borang kosong kepada pejabat wakil penjual.
Kiranya dia makan duit handphone tu.
Bila Mc tanya si wakil penjual tu, ramai ke yang kena tipu, dia kata ramai, kumpul-kumpul semua RM4000 lebih dia songlap.
Mc kata Mc tak kisah apa nak jadi dengan dia. Cuma Mc nak duit Mc balik, dan wakil penjual tu dah berjanji nak berikan duit Mc semula.
Mc ada berburak dengan mangsa yang lainnya. Malah ada yang kena lebih teruk. Bayangkan kalau pakej blackberry dibeli untuk satu keluarga. Kononnya dia kata kalau beli family plan lebih murah dan call pun free sesama sendiri. Rupanya dia nak songlap RM1800.
Kesian, kesian..
Celcom pun satu, bila ada pelanggan yang membuat aduan pada pihak Celcom, Celcom langsung tidak ambil berat. Malah suruh pelanggan buat report polis kemudian lepas tangan macam tu saja.
Sepatutnya Celcom kena buat pemantauan terhadap semua wakil penjual dan ejen-ejen mereka, bukan hanya pentingkan keuntungan dan lepas tangan begitu saja.
Malah Mc dengan broadband celcom juga dapat dipalsukan dengan mengunakan nombor siri yang sama. Apa ni Celcom? Kesian la penguna yang mengunakan celcom, langsung tak terjamin keselamatannya.
Mc harap Celcom dapat mengambil tindakan tegas kepada ejen yang tidak bertanggung jawab itu.
P/s: Jangan tertipu.. baik pergi center untuk urusan jual beli..
McTheory: Perlukah Mc mendedahkan identiti ejen tersebut??
Makin lama makin banyak pendedahan terhadap kelemahan kerajaan Pas Kedah yang dikatakan lemah dalam pentadbirannya.
Kementerian Kerja Raya mendedahkan Kerajaan Kedah antara kerajaan negeri yang didapati menyalahgunakan dana untuk membaiki jalan negeri yang disalurkan Kerajaan Pusat.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, dana tersebut sepatutnya digunakan untuk menyelenggara jalan negeri tetapi telah diselewengkan untuk membiayai kos membina jalan-jalan baru di kampung-kampung.
"Di Kedah saya pasti perkara sebegini ada berlaku namun, saya masih belum menerima laporan lengkap mengenai perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Dewan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di sini, hari ini.
Shaziman berkata, kementerian kesal dengan perkara itu kerana setiap peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat perlu digunakan dengan betul oleh kerajaan negeri.
"Rakyat tidak nampak perkara ini sebab ia tidak diterangkan dengan betul kepada mereka, jadi saya harap ahli-ahli UMNO dapat menerangkan perkara ini kepada rakyat," jelasnya.
Beliau berkata, kementeriannya akan mengkaji mekanisme baru yang akan digunakan untuk menyalurkan dana berkenaan bagi memastikan ia tidak disalahgunakan pada masa depan.
"Kita tidak mahu rakyat keliru mengenai hal ini kerana mereka akan anggap kerajaan negeri yang buat jalan baru untuk mereka sedangkan dana tersebut diberi oleh Kerajaan Pusat," katanya.
Sementara itu, Shaziman dalam ucapannya berkata, kerajaan negeri Kedah yang ditadbir pembangkang jelas tidak berkemampuan untuk mentadbir negeri ini setanding dengan Barisan Nasional (BN).
"Apa-apa hal mereka (kerajaan pembangkang) akan tuding jari kepada Pusat apabila ada masalah.
"Sampai sekarang kita tidak nampak apa pembangunan yang telah dibuat dan semuanya mereka harap kepada Kerajaan Pusat sahaja," jelasnya. sumber sini.
Sememangnya setiap kesalahan akan dituding jari kepada orang lain. Kiranya puak pembangkang ni, umpama malaikat langsung tak pernah buat kesalahan. Pusat berikan wang untuk buat jalan negeri, tapi disalah gunakan untuk buat jalan kampung. Sepatutnya jalan kampung dibuat mengunakan dana dari kerajaan negeri sendiri dan bukannya dari kerajaan pusat.
Entah berapa banyak lagi dana yang kerajaan Pas Kedah cuba seleweng?
P/s: Nak tahu cerita peguam Pas songlap duit orang felda berjuta-juta klik sini
McTheory: Semakin lama semakin teruk puak Pas ni..
"Tiada. Tapi saya tau ini semua konspirasi nak buang saya."
"Berani bersumpah yang awak tak buat?"
"Hukum mana awak pakai ni? Islam tak bagi bersumpah."
Soalan 2 "apa pendapat awak tentang tuduhan tu?"
"Haram. Siapa kata dia meliwat atau berzina masuk neraka."
"Awak pasti ke dia tak buat?"
"Itu saya tak tau. Kita tak boleh tuduh orang. Itu fitnah. Fitnah lebih berat dari membunuh."
"Kalau gitu, Islam tak benarkan buat tuduhan? Macamana nak dakwa orang yang disyaki melakukan jenayah?"
"Bawa ke mahkamah."
"Apa mahkamah boleh buat?"
"Mahkamah akan minta 4 saksi adil"
"Kalau tiada 4 saksi yang begitu?"
"Gugur kes."
"Bukti video yang disahkan tulen?"
"Tak boleh pakai."
"Kalau gitu, mudahlah penjenayah terlepas."
"Lebih baik lepaskan orang bersalah daripada hukum orang tak bersalah."
"Awak puas hati dengan jawapan awak?"
"ya."
"Awak rasa rakyat akan puas hati denga cara tu? Awak rasa mangsa dan keluarga mereka akan puas hati dengan pengadilan begitu? Awak yakin begitukah hukum Islam sebenar? Awak rasa kaedah begitu adil kepada kedua-dua pihak?"
Demang tinggalkan semua persoalan di atas kepada anda. Demang yakin, perundangan Islam itu adil. Jika ia dirasakan tidak adil maka itu bukan hukum Islam. Maksud Demang, mungkin ulama perlu berijtihad semula.
Hukum Islam tak boleh dipertikai tetapi ulama boleh buat silap.
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ini cerita orang Cherok Tok Kun saja tau .. dulu semasa Anwar Ibrahim di puncak kuasa , beliau cukup dihormati hinggakan Ketua Menteri ketika Koh Tsu Koon itu pun kalau Pak Sheikh balik Cherok Tok Kun , terus bergegas ke sana untuk terima arahan dari beliau .
Kini bila Anwar hilang kuasa walaupun berjawatan Ketua Pembangkang , kalau hendak jumpa Guan Eng , beliau sendiri terpaksa pergi Komtar . Ternyata DAP hanya mempergunakan Anwar sahaja untuk berkuasa dan Anwar pulak hanya gila nak jadi Perdana Menteri.
PB nak cakap satu perkara saja kepada pejuang-pejuang UMNO seluruh negara , musuh utama parti keramat orang Melayu ini sekarang ini adalah DAP . Parti chauvinis ini lah yang akan merampas kuasa politik Melayu jika Pakatan Rakyat menang dalam PRU 13 .
Di Pulau Pinang kita boleh lihat sendiri bagaimana mereka menghentam UMNO setiap hari di setiap sidang media Ketua Menteri, ceramah2 politik , serta Sidang DUN PP . Semua benda yang berlaku di negeri ini berkaitan kerajaan negeri DAP ini semua disalahkan UMNO . Depa sendiri pi arah PBT roboh gerai melayu pun nanti akan disalahkan UMNO juga .
Jadi , PB setuju sangat dengan pandangan Pak Menteri Dr Puad Zakarshi ini bila mana beliau menyatakan UMNO perlu tumpu kepada DAP yang menjadi dalang dalam serangan psikologi pembangkang .
Harus diingatkan , game DAP sekarang sedang cari seramai mungkin undi Melayu , jadi kot mana pun parti chauvinis dan bapap rasis ini kita perlu balun dan ingatkan kepada orang Melayu akan penipuan dan agenda mereka .
Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata walaupun UMNO pernah diharamkan pada 1988 atas sebab teknikal tetapi ia tidak menghancurkan parti itu disebabkan lima perkara iaitu asas, semangat, cita-cita, perjuangan serta kesetiaan anggota UMNO yang tetap kuat dan kental.
Bagaimanapun beliau berkata serangan psikologi boleh menghancurkan lima perkara tersebut dan atas sebab itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini melakukan transformasi politik agar semua anggota UMNO berpegang kuat kepada lima perkara itu.
Ditanya strategi UMNO untuk membendung serangan psikologi tersebut, Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata UMNO akan menumpukan kepada DAP yang menjadi dalang dalam permasalahan itu dan mendedahkan matlamat buruk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam perjuangan mereka.
"Seterusnya UMNO juga mesti memberikan kekuatan dalaman kepada ahli-ahlinya dari segi program dan latihan.
Kita juga perlu mengatasi kelemahan UMNO dari segi media terutama media baru seperti blog, Facebook dan Twitter yang perlu diperkuatkan kerana kekuatan pembangkang dia guna media baru untuk menyerang," katanya. UMNO ONLINE
Hebat betul permainan politik populis Lim Guan Eng dalam isu tanah runtuh di Rumah Anak Yatim di Hulu Langat . Demi nak cari populariti untuk dirinya dan parti DAPig , beliau bermodalkan RM 25K saja untuk menunjuk keikhlasannya bantu orang Melayu .
PB yakin juak-juak PAS terutama di PP pasti memuji apek DAP ini kerana begitu prihatin terhadap mangsa tanah runtuh di Hulu Langat . Nama beliau pasti akan dijaja di ceramah-ceramah PAS kerana memberi sumbangan ini dengan penuh ikhlas dan tidak macam UMNO .
Syabas Kerajaan DAP kerana memberi sumbangan ini .. confirm la tidor tak lena puak -puak PAS ini puji Guan Eng ni ..hahaha
Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menghulurkan bantuan RM25,000 kepada kesemua 25 mangsa dan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang ditimpa tragedi tanah runtuh.
Seramai 16 kanak-kanak maut dalam tragedi itu dan sembilan selamat dengan kecederaan.
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, malapetaka itu amat menyayat hati dan telah menyentuh hati semua rakyat Malaysia tanpa kira kaum dan agama, yang penuh simpati dan sedih atas nasib malang dialami mangsa.
Katanya, sungguhpun wang tidak seberapa, ia adalah sokongan moral untuk memberi semangat kepada keluarga mangsa yang maut dan untuk mereka yang terselamat meneruskan kehidupan mereka dengan tabah.
Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata partinya juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dalam tragedi itu.
"DAP juga ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat dan pihak polis yang bertungkus-lumus menjalankan kerja mencari dan menyelamat mangsa-mangsa dengan penuh dedikasi," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kata beliau, DAP menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan tragedi semalam dapatlah dielakkan."
Bila gerai penjaja Melayu berniaga di tepi pantai Queensbay , diarahkan MPPP pergi merobohkan . Malah ada pulak Adun Tong GAS dari Komtar lagi gila boleh rampas barang sebuah restoran kononnya ganggu jalan raya .
Tetapi bila sebuah hotel yang beroperasi dengan tidak mengikut undang-undang PBT tidak pulak diambil tindakan . Pemilik hotel telah berkenaan menguasai laluan awam di bahagian belakang premis mereka dengan meletakkan pasu bunga besar.
Adakah pemilik hotel merupakan kroni dan penyokong kuat DAP sehingga kebal daripada tindakan PBT ?
nasbi peniaga Melayu di pantai Queensbay yang
mana dihalang berniaga oleh PBT
Laungan kerajaan yang mengamalkan Cekap Akauntabiliti Telus sebenarnya hanyalah retorik . Kerajaan DAP dilihat mengamalkan sikap pilih kasih dalan menguatkuasakan undang-undang kerana aduan telah dibuat sejak Disember tahun lalu dan sehingga sekarang tiada tindakan diambil . Kalau aduan tentang peniaga haram berniaga saja , cepat la penguatkuasa kerajaan DAP ini sampai dan terus kenakan notis .
PB sokong perkara ini kepada SPRM agar menyiasat jika ada pihak yang menyalahgunakan kuasa dalam isu ini
PULAU PINANG 21 Mei - Ketua Menteri, Lim Guan Eng sekali lagi didakwa mengamalkan 'double standard' apabila membenarkan sebuah hotel di Jalan Hutton, di sini beroperasi tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Ketua Pemuda Pusat, Parti Cinta Malaysia (PCM) Liew Yeow Hooi berkata, sehingga kini, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) tidak mengambil tindakan terhadap pemilik hotel tersebut yang meletakkan pasu bunga besar di kaki lima dan menutup laluan awam di bahagian belakang.
"Guan Eng sering menyatakan bahawa tiada pilih kasih dalam apa jua perkara yang dilaksanakan seiring dengan slogan cekap, akauntabiliti dan telus (CAT).
"Namun, dalam isu ini, aduan telah dibuat kepada MPPP sejak Disember tahun lepas tapi MPPP masih gagal bertindak mengikut undang-undang.
"Saya syak ada pihak yang telah menyalahgunakan kuasa dalam isu ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin ini supaya menyiasat perkara tersebut.
Bob Lokman pula berkata, untuk mencapai kesejahteraan akhirat maka mereka perlu korbankan dunia dan dunia yang dimaksudkan adalah UMNO yang beliau dakwa gilakan keduniaan.
"Pas parti yang tahu destinasi di akhirat. Korbankanlah dunia, korbankan UMNO," katanya.
Pada perhimpunan itu, pelajar terbabit turut membaca ikrar Pemuda Pas antara lain berbunyi: "Kami Pemuda Pas Negeri Kelantan, yang berhimpun pada hari ini, dengan ini berikrar Allah matlamat hidup kami, al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati syahid cita-cita kami" - Utusan Malaysiakusayang
minachi: deyy adik kicik..saya punya lutut mau tanggal laa..mana syurga?
adik kicik: "ntah..mak penat laa..bile nak sampai syurga nih?"
Terlebih dahulu al-fatihah kepada arwah mangsa yang terlibat dan takziah kepada warga Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14. Kepada mangsa yang terselamat, semoga mereka tabah menghadapi musibah yang terjadi dan anggaplah ini satu ujian kepada umatnya.
berbalik kepada isu pelajar yang di peralat oleh khawarij pasrael. seperti yang di ucapkan oleh Spongebob squarehead, ucapan saje nak cari makan. biasak laa tuuh. artist lawak le katekannn.
dulu Wally slipau & the khawarij geng kerap tuduh umno cuba pengaruh anak2 muda utk dapatkan sokongan. tapi yang rakyat nampak sekarang, penganut pasrael yang semakin galak meracun pemikiran budak2
Adakah usaha puak khawarij menarik anak2 madrasah di sekitar kelantan dengan berselindung di sebalik agama sebagai langkah pertama menjadikan kelantan pusat kegiatan militan? melahirkan lebey ramai klon osama ben laden?
geng parang terbang
Ciri2 ke arah itu memang ada. pertama: di sebabkan 'Jihad'. menjatuhkan kerajaan yang di pimpin oleh orang islam melalui Jihad!..Jihad berdemonstrasi dalam bentuk kekerasan
keduanya - syahid..sanggup menggadai nyawa menentang pemimpin islam lain konon2nya mereka akan mati ke jalan allah sebagai motivasi utama
amal makruh bikin mungkar
buktinya malam tadi. perhimpunan meracun 10 ribu minda anak2 muda menentang kerajaan!. penganut pasrael mengejar ketamakan duniawi melebihi dari segala2nya. kanak2 di ajar menjadi samseng jalanan untuk merampas putrajaya.
kita bako!..kita bako!
anak2 muda di dedahkan dengan ideologi jihad dan syahid sama seperti apa yang di lakukan oleh puak2 militan di pakistan dan afghanistan. Anak2 muda di ajar taksub kepada pemimpin daripada hormat kepada ibu bapa.
bagaimana pun nak salahkan mak bapak pun tak boleh jugak kalau mereka pun sekepala. Anak yang tak akhil baligh lagi pun di ayak ke sana sini pegang bendera. setelah habis di'tarbiyah' mereka ini akan di serap ke unit amal
Bayangkan jika tiada usaha2 pembanterasan lebih awal, apa akan adi dalam masa 3-4 akan datang?
When her husband Dominique Strauss-Kahn was preparing to run for President of France five years ago, Anne Sinclair told a Paris newspaper that she was "rather proud" of his reputation as a ladies' man, a chaud lapin (hot rabbit) nicknamed the Great Seducer.
"It's important," she said, "for a man in politics to be able to seduce." - Time
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sham Kamikaze sudah bertaubat… Seorang lagi penggiat seni mendekatkan diri ke jalan agama. Dalam video daripada mula sampai habis dia bercakap, rajahmas tertunggu-tunggu kalau-kalau dia mula nak melolong kat bulan hijau, tapi tak ada….
Alhamdulillah, niat dia ikhlas. Raut mukanya menceritakan segalanya.. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan dia lagi untuk mendekatkan diri kepada agama. Amin…
Ada satu orang tu dulu, sama jugak.. Kononnya dia juga bertaubat. Habis satu Malaysia diumumkan untuk tunjuk yang dia nak bertaubat. Ketika nak tinggalkan dunia hiburan, buat kontroversi. Guna jubah, guna serban lepas tu guna rancangan lawaknya pula untuk umumkan pengundurannya. Memang publisiti habis…..
Lepas tu masuk politik. Nak masuk jadi ahli pulak, serah borang kat Menteri Besar. Diarak lagi dengan lolongan takebeer oleh puak juak mereka! Glamour sampai mabuk kepayang dia… Jadi artis pun takde publisiti macam ni hebat..
Kemudian dia buat interbiu sambil salahkan sistem kerajaan, salahkan persekitaran kononnya itulah punca dia jadi 'sesat' yang membuatkannya lupa sembahyang, lupa diri, lupa kewajipan sebagai ketua keluarga.. Berjuta-jutalah rakyat Malaysia yang tengok tv tahu dia secara rasminya dah menganut 'Parti Ala Syiah' sejak itu.
Betul sangatlah tu, kalau nak salahkan orang sekeliling baik duduk dalam hutan… Salahkanlah monyet, tupai dan tenuk lagi baik. Sekurang-kurangnya semua tu tak reti nak memaki hamun balik pasal celupar dok persalahkan orang memanjang.. Itulah puncanya nanti, orang pandang taubat ni bukan sesuatu yang mulia tapi sesuatu yang membuatkan orang menyampah bila dengar…
Pesan pada Sham Kamikaze, bila dah dekatkan diri dengan agama, janganlah cuba dekatkan diri dengan politik pulak. Tak kiralah.. baik UMNO mahupun PAS. Buat macam Ustaz MAZA tak memihak kat sesiapa, insyaallah selamat kamu daripada fitnah orang. Orang UMNO tak kacau kamu, orang PAS pun takkan jentik kamu. Tapi bila nampak satu mamat gemuk guna serban (lilit tak kemas) dengan jubah coklat, berhati-hatilah dengannya. Kamu tau siapa yang dimaksudkan bila dia bercakap dengan kamu nanti…
Kita yakin ada ramai lagi rakan artis yang terbuka hati untuk dekatkan diri kepada agama, tapi tak semestinya kena tinggalkan dunia seni. Negara ni kalau takde hiburan tempatan pun susah jugak. Nanti budaya hiburan kita tenggelam, masuk pulak budaya barat dan punk mendominasi pemikiran anak bangsa. Cuma pandai-pandailah menjaga diri. Dunia ni kat mana-mana tempat pun banyak pentas untuk buat dosa.
Kira oklah kalau setakat main gitar tu, taklah sedahsyat memburuk-burukkan/mengumpat saudara seagama atas pentas dan jadi 'batu api' supaya umat Islam berpecah belah.
Selamat beramal buat saudara Sham Kamikaze. Sifat rendah diri seperti yang diluahkannya itulah yang manjadi contoh supaya orang lebih teringin mengikut jejak langkahnya. Sebenarnya, seluruh umat manusia di atas dunia ini juga mendapat hidayah dan petunjuk daripada Allah, tetapi ia hanya dirasai olah mereka yang tahu menggunakan akal untuk melihatnya, bukan bagi mereka yang buta mata hatinya.
Wassalam..
You are subscribed to email updates from Rajahmas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Antara lain intipati ucapan DSAI adalah seperti yang berikut :
Pengkisahan semula Perjanjian antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba..
Mahatha Ghandi Famous Quote: "Earth enough for every human needs, but not every humans greed"
Rasuah... Diceritakan tentang perihal seorang peniaga yang tidak kisah akan pembayaran cukai dan lesen yang tinggi tetapi tidak tahan akan undertable fees...
Kisah-kisah sabotaj kepada ahli keluarga..( kereta disabotaj, sms ugutan)
Gambar-gambar aku minta maaf laa.. bawak hendpon, tapi yang dalam tiada MMC beb...
CERAMAH UMUM DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DEWAN YU YUAN, BATU 4 SANDAKAN... Barangkali ni kali terakhir Anwar Ibrahim ke Bandar Sandakan.... Gambar-gambar dan intipati propaganda akan menyusul nanti...
KUALA LUMPUR: The search-and-rescue operation resumed Sunday morning at the site of the landslides at an orphanage in Hulu Langat near here, although all 25 victims have been accounted for. The follow-up operation being carried out by the police and the Fire and Rescue Department is to ensure no one else was trapped in the rubble of the landslide, which hit Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa at the 14th mile, Jalan Felcra Semungkus, Hulu Langat, Saturday. A non-stop search-and-rescue operation which began shortly after the landslide struck at 2.30pm Saturday ended some 15 hours later, at 5.30pm Sunday, after the 16th body was recovered at 5.05am. Nine people were rescued from the rubble. A check at the scene Sunday found the situation calmer and more controlled. All the access roads have also been reopened to the public. However, police have cordoned off an area up to 500m from the scene with yellow tape to prevent curious onlookers from getting too close. "We need to monitor the area because we fear there may still be soil movement," said a policeman at the scene. The headmaster of the orphanage, Idris Musa, was seen in the area this morning but he declined to be interviewed. Two lorries of a consumer goods manufacturer provided instant noodles, snacks and drinks to rescue personnel and reporters. - Bernama
Meanwhile, the 16 who perished in the landslide are:
* Mohd Kamarul Amizan, 11
* Nurahimi Rosdi, 14
* Dzahir Haziq M. Muin, 11
* Ahmad Lokman Hakim, 11
* Farid Ibrahim, 34
* Mohd Azret Azahari, eight
* Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
* Zahid Assawal Zamri, 19
* Mohd Mustakim Mamat, 12
* Mohd Naerzein M. Nor, eight
* Mohd Aiman Abdullah, 10
* Shahrul Nurimran Adnan, nine
* Mohd Zaid Azahari, 14
* Mohd Imal Fahad, nine
* Mohd Riezman Abdul Latif, nine
* Mohd Hazim Sapri, 10
The 16 bodies will be sent to Masjid Batu 14 in Hulu Langat for the final rites and then for burial at the Dusun Nanding cemetery Sunday afternoon. Six of the injured are at the Ampang Hospital, two in the intensive care unit. All of them are reported to be in stable condition.
AL FATIHAH
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri Perak meminta pembangkang menyatakan pendiriannya berhubung isu penjualan pasir ke Singapura yang didakwa diminta oleh DAP semasa pemerintahan 11 bulan Pakatan Rakyat (PR).
Pengerusinya, Khairul Azwan Harun berkata, pihaknya mempunyai bukti DAP mahu Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat membenarkan penjualan pasir ke Singapura. Baca lagi...
Abu Nu'am mengeluarkan daripada Muhammad bin Suqah, berkata,
"Aku menemui Nu'aim bin Abu Hindun, yang kemudian dia mengeluarkan selembar kertas, yang di atasnya tertulis;
"Dari Abu Ubaidah bin Al-Jarrah dan Mu'adz bin Jabal, kepada Umar bin Al-Khaththab. Kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadamu. Amma ba'd."
"Kami nasihatkan kepadamu, sehubungan dengan tugasmu yang amat penting ini. Kini engkau sudah menjadi pemimpin umat ini, apa pun warna kulitnya. Di hadapanmu akan duduk orang yang mulia dan yang hina, musuh dan teman. Masing-masing harus engkau perlakukan secara adil. Maka pikirkan kedudukanmu dalam hal ini wahai Umar."
"Kami ingin mengingatkan kepadamu tentang suatu hari yang pada saat itu wajah-wajah manusia akan mengisut, wajah mengering dan hujah-hujah akan terputus kerana ada hujah Sang Penguasa yang memaksa mereka dengan kekuasaan-Nya. Semua makhluk akan dihimpun di hadapan-Nya, mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan siksa-Nya."
"Kami juga ingin memberitahukan bahwa keadaan umat ini akan muncul kembali pada akhir zaman, yang boleh jadi mereka akan menjadi saudara di luarnya saja, padahal mereka adalah musuh dalam selimut. Kami berlindung kepada Allah agar surat kami ini tiba di tanganmu bukan di suatu tempat seperti yang turun pada hati kami. Kami perlu menulis surat ini sekadar untuk memberikan nasihat kepadamu."
"Wassalamu alaika."
-Al-Kanzu, 8:209, Ath-Thabrany seperti di dalam Al-Majma', 5:214
Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana sekali lagi MENJANJIKAN BINTANG DAN LANGIT Buat Rakyat Kelantan Darul Naim. Gomo berminat dengan apa yang di katakan oleh Nik Aziz Nik Mat berhubung pembinaan Stadium baru negeri Kelantan yang akan di berikan nama Red Warriors yang akan di bangunkan di Pasir Puiteh Kelantan.
Antara kenyataan yang paling menarik apabila Nik Ajis menyatakan:
"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, selain itu kita juga berhasrat agar stadium yang dibina turut memuatkan ruang solat di merata-rata bahagian bagi membolehkan penonton menunaikan solat dengan mudah dalam stadium," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan.
Jelas Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, pentadbiran negeri pimpinannya tidak akan melupakan tanggungjawab terhadap tuntutan agama dan berharap penonton juga sentiasa begitu.
"Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh membangun bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri," katanya.
Syukur dengan kenyataan Nik Ajis ini, ye lah Kelantan kan di katakan Serambi Makkah. Tapi bagaimana dengan ulasan dari seorang rakyat Kelantan yang mengirim emel ini yang mempertikaikan Pembangunan Islam yang telah 20 tahun GAGAL di bawa Kerajaan PAS Kelantan?
"Salam Papa, baru sekejap saya balik dari masjid dengar ustaz mengajar. biasa la di kelantan ustaz yang mengajar adalah ustaz pas. masa mengajar disebut soal stadium nik ajis rm159 juta. stadium ini akan dilengkapkan dengan tempat solat supaya penonton bolih solat. syukurlah begitu. maka ustaz ni pon kata ,
"nilah yang kita nak kerajaan yang memerintah cara islam.kerajaan islam"
Alhamdulillah.semua pendengar nampak sangat bangga. tapi yang saya nak bagitahu pas perintah kelantan sudah lebih 20 tahun selama ni penonton solat kat mana. yang saya tahu hanya ada satu madrasah dekat stadium yang muat lebih kurang 80 0rang saja.kenapa tidak buat tempat solat yang luas yang bolih tampong 1000 orang
ini tidak kawasan lapang yang luas di buatnya food court kerana dapat sewa. buat masjid dapat apa. bila dekat pilihan raya janji nak buat stadium ada tempat solat maka hebohlah ustaz ustaz seluruh kelantan. saya rasa munkin akan jadi jambatan juga .
janji tinggal janji. nik ajis dah tua rasa rsa tak sempat dah nak rasmi stadium ni. maka ternganga lah pula orang kelantan. BN UMNO buat stadium bukit jalil senyap saja tahu tahu siap"
Emel Kiriman Che Soh
Takkan lah selama 20 tahun sedikit pun pemimpin Kerajaan PAS Kelantan tak pernah terfikir nak besarkan dan tambah Ruang Solat di Stadium yang ada?? Setuju dengan Che SOh yang kata kalau buat Food Court lebih Untung kerana boleh Sewa. Kalau buat tempat Solat bukannya dapat Untung pun.
Psssttt... Ini lah dia kerajaan PAS Kelantan. Emmm habis jahanam beb, Janji tinggal janji
Sebahagian besar rakyat Malaysia hanya mengetahui bahawa peristiwa berdarah 13 Mei 1969 adalah satu-satunya kejadian rusuhan kaum di negara ini. Tetapi masih ramai yg tidak tahu bahawa jauh sebelum itu telah berlaku beberapa kejadian pergaduhan kaum yg dianggap sbg kes terpencil.
Di bawah ini, dicatatkan 3 kejadian pergaduhan kaum yg pernah berlaku sebelum peristiwa 13 Mei 1969:
1. Rusuhan Kaum di Georgetown, P. Pinang
Kejadian bermula apabila berlangsungnya perarakan bagi meraikan Georgetown dinaiktaraf kepada status bandaraya. Perarakan yg diadakan pada 2 Januari 1957 itu melibatkan hampir keseluruhannya orang Cina, manakala UMNO mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian atas sebab tertentu.
Berita angin tersebar mengatakan akan berlaku kekacauan semasa perarakan tersebut diadakan. Lalu, kenderaan polis yg mengepalai perarakan itu telah diarahkan menyiasat perkara tersebut. Kenderaan tersebut telah berpatah balik ke belakang perarakan itu.
Ia kemudian disalahtafsirkan oleh org Cina bahawa org Melayu akan menyerang mereka dari arah belakang perarakan. Jadi, mereka telah memperlengkapkan diri mereka dengan senjata seperti parang, kapak dan sebagainya yg diperolehi dr rumah-rumah yg berada di sepanjang perarakan itu.
Akibat keadaan telah semakin tegang, polis terpaksa menyuraikan perarakan itu. Sekumpulan org Cina sambil bersurai telah mengejar beberapa org Melayu ke sebuah rumah berhampiran. Polis terpaksa melepaskan tembakan menyebabkan seorang dr kumpulan terbabit mati, manakala seorang lagi cedera.
Akibat peristiwa tersebut, berlaku kejadian serang-menyerang di antara dua kaum tersebut. Rusuhan kaum ini yg berlanjutan sehingga 8 Januari 1957 telah mengakibatkan seramai 4 orang terkorban, manakala 48 orang lagi cedera.
2. Rusuhan Kaum di Pulau Pangkor, Perak
Kejadian bermula apabila berlaku pergaduhan di antara seorang Cina dengan seorang pemuda Melayu di Sungai Pinang pada 1 Mei 1959. Perbalahan tersebut telah merebak menjadi dendam antara org Melayu dengan org Cina.
Tiga org Melayu telah cedera, manakala banyak harta musnah dalam satu pergaduhan dengan org Cina. Akibatnya, org Melayu telah membalas dendam. Seramai 20 org Melayu yg lengkap bersenjata telah bersiap-siap untuk menyerang 30 org Cina yg juga lengkap bersenjata. Pergaduhan dapat dielakkan apabila polis tiba & menyuraikan kumpulan tersebut.
Pada 2 Mei 1959, sebuah rumah kongsi dan 6 buah rumah org Cina telah dibakar oleh org Melayu dlm satu pergaduhan. Kejadian berlaku akibat salah faham. Mesyuarat yg dihadiri oleh org Melayu di masjid untuk membincangkan langkah mengawal keselamatan telah dianggap oleh org Cina untuk mengancam mereka. Akibatnya, berlakulah pertempuran antara org Cina dengan org Melayu.
Beberapa pertempuran terus berlanjutan. Akibatnya, seorang Melayu telah terbunuh, manakala 5 lagi cedera. Di pihak Cina, seorang terkorban, manakala 2 lagi cedera. Kejadian membalas dendam telah menyebabkan berlakunya huru-hara di pulau dan kawasan berhampirannya. Nasib baik, ketegasan pihak berkuasa menangani kejadian tersebut berjaya meredakan keadaan.
Perintah berkurung telah diisytiharkan pada 3 Mei 1959 di Pulau Pangkor. Beberapa org yg disyaki sbg dalang rusuhan kaum itu telah ditangkap. Sebuah Jawatankuasa Muhibbah telah dibentuk, manakala pihak polis telah memperhebatkan kawalan.
3. Rusuhan Kaum di Bukit Mertajam, P. Pinang
Kejadian tercetus akibat pertengkaran kecil di pasar Bukit Mertajam pada 11 Julai 1964. Seorang pekerja Melayu telah dipukul dengan cangkul oleh seorang penjaja Cina berusia 15 tahun. Akibatnya, pekerja Melayu itu telah pergi ke pejabat ketuanya untuk mengadu. Namun, 40 org Cina telah muncul dan menyerang pekerja Melayu itu.
Kemudian, pekerja Melayu itu dengan diiringi ahli UMNO telah membuat laporan kpd Pengerusi Majlis Daerah dan Pegawai Daerah tetapi mereka tiada. Kerana kes tersebut, seramai 30 org Melayu telah menyerang org Cina di pasar Bukit Mertajam untuk membalas dendam, lalu mengakibatkan seorang Cina dan seorang Melayu cedera (tetapi mati keesokan harinya).
Pertempuran terus berlaku di daerah Bukit Mertajam. Dilaporkan seorang Cina terkorban, manakala beberapa yg lain cedera.
semoga mangsa yang terlibat dalam kejadian bencana Tanah runtuh ini tabah dalam menghadapi dugaan yang melanda. Marilah kita sedekah kan Al Fatihah buat mereka yang telah terkorban dalam tragedi ini.
HULU LANGAT 21 Mei - Setakat ini pihak Sukarelawan dan Operasi Bertindak sedang berusaha untuk mengeluarkan baki mangsa dari kalangan Anak-Anak Yatim yang masih tertimbus.
Kelihatan beberapa Pemimpin Politik turut hadir melihat lokasi kejadian dan membantu pihak yang terlibat.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dijangka akan turut hadir untuk melihat kawasan kejadian.
Sementara itu, beberapa tokoh politik telah mengucapkan takziah kepada Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa termasuklah dari pihak Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.
Al Fatihah buat seluruh mangsa dan juga Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat....Apa pun esok kita perlu bangunkan semula rumah buat anak anak Yatim ini.
"Saya dengar bunyi dentuman kuat, tiba-tiba tanah kejar saya," kata Ketua Warden Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Mohamad Hambali Ismail, 34, ketika ditemuramah wartawan Berita Harian Online, sebentar tadi.
Katanya, ketika kejadian 2.15 petang itu, seramai 23 penghuni sedang membuat persiapan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim.
"Ketika sedang sibuk membuat persiapan, saya terdengar dentuman kuat. Saya tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa lari menyelamatkan diri," katanya.
Beliau berkata, sementara menunggu rombongan FINAS, anak yatim terbabit sebahagiannya berlatih kompang dan nasyid.
Ketika kejadian, 23 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu.
Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.
Setakat ini, lima penghuni maut dan lapan pula cedera parah. Manakala 11 orang lagi belum di temui.
Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.
"Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.
"Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya," katanya. -BH
Sehingga waktu ini Gomo di fahamkan segala bantuan misi menyelamat terus di jalankan. Semoga 11 orang yang belum di temui selamat hendakNya. Amin
HULU LANGAT: Satu lagi mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal dikeluarkan dari tapak kejadian tanah runtuh kira-kira jam 6.15 petang tadi.
Walaupun dalam hujan lebat, kerja menyelamat oleh pihak berkuasa masih diteruskan bagi mengeluarkan 15 mangsa yang tertimbus termasuk empat kakitangan pengurusan rumah berkenaan.
Setakat ini, seramai 9 orang telah berjaya dikeluarkan dengan tiga kanak-kanak terkorban dan enam cedera.
Kesemua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan dan bedah siasat.
sementara itu pasukan DBKL telah menghantar 2 pasukan penyelamat ke tempat kejadian namun setakat ini juga kerajaan negeri di bawah PR masih belum bertindak dalam membantu mangsa yang terperangkap.
Hua hua hua....AMK Gagah Berani? Taik Kucing Lah AMK ni semua....Gebang je lebih tapi apa pun takda. Khak Ptuih!!! Ni kenyataan Ketua Pemuda UMNO pulak mengulas insiden di mana AMK melarikan diri dari bersemuka dengan pemuda UMNO dan juga NGO Perkasa.
Pergerakan Pemuda UMNO akan sentiasa mempertahankan akhbar Utusan Malaysia untuk memastikan wadah perjuangan Melayu itu dapat diteruskan, biarpun ia dikecam dan diancam pihak pembangkang.
Malah Ketuanya, Khairy Jamaluddin turut menyifatkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai penakut kerana tidak berani bertembung dengan pihaknya di hadapan ibu pejabat akhbar tersebut untuk menyerahkan memorandum semalam.
Beliau berkata, tindakannya mengerahkan ahli-ahli pergerakan Pemuda UMNO dari Wilayah Persekutuan dan Selangor ke hadapan ibu pejabat Utusan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini adalah untuk menunjukkan bahawa Pemuda UMNO sentiasa menyokong akhbar yang berpengaruh itu.
"Saya mendapat tahu bahawa AMK akan mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Utusan. Saya hendak bagi tahu kalau mereka cuba untuk mengadakan demonstrasi bantahan, kita juga boleh tunjukkan kekuatan untuk pertahankan Utusan.
"Saya mendapat maklumat daripada rakan-rakan di Kuala Lumpur bahawa AMK tidak datang, saya minta perkara ini disampaikan kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution bahawa AMK penakut untuk berhadapan dengan kita," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Machang pada hari jumaat, semalam.
He he he Apa cer Sam Ketot? Takkan nak berdiam diri je dalam hal ni? lawan le Pemuda UMNO tu. Tak kan AMK dah kena injak injak Maruah nya hang masih nak berdiam diri? He he he.
Psssttt...AMK memang gebang je lebih...dasar Pandy Kutty Memang macam tu lah
DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM
ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Rundingan yang dijalankan oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan dengan Exco Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong, akhirnya dikatakan tidak sah oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim. Keputusannya ialah, semua penduduk Kampung Kerandang dihalau keluar dari kampung tersebut, segala prasarana dan rumah dimusnahkan. Begitu juga dengan segala tanaman yang telah diusahakan oleh para penduduk.
Itu yang baru berlaku di Kampung Sungai Kerandang.
Rundingan yang dijalankan antara penduduk dengan Jabatan Hutan telah terbatal dan dibatalkan oleh Khalid Ibrahim. Tanah yang telah dijual oleh kerajaan negeri kepada sebuah syarikat pemaju, telah dirampas oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang sering menuding jari kepada UMNO-BN untuk segala kedajalan yang mereka lakukan.
Itulah yang berlaku di Rawang apabila Khalid Ibrahim cuba merobohkan sebuah surau dan pondok pengajian di Kampung Melayu Rawang. Alasan yang diberikan ialah, tanah tersebut telah dijual oleh kerajaan Khir Toyo kepada syarikat pemaju. Namun siasatan pula mendapati, kerajaan Khir Toyo hanya membuat rundingan, sedangkan kerajaan Khalid Gagap melaksanakannya tanpa mengambil kira sentimen penduduk.
Niat sebenar Pakatan Rakyat untuk menghalau orang Melayu dan menghapuskan perkampungan orang Melayu sememangnya telah terbukti. DAP di Pulau Pinang menghalalkan perbuatan pembersihan etnik mereka dengan berselindung di sebalik undang-undang termasuklah perampasan tanah wakaf dan dua lot tanah perkuburan.
Di Selangor, Khalid Gagap yang diketahui seorang Menteri Besar yang sentiasa mengikut arahan Ronnie Liu dan para pembesar DAP yang lain, telah banyak melakukan perbuatan menghalau dan menghapuskan Melayu serta perkampungan mereka.
Kampung Sg Kerandang adalah sebahagian daripada projek besar DAP untuk menghapuskan penguasaan dan dominasi Melayu di sesebuah kawasan. Di sebalik usaha mereka untuk menggambarkan bahawa UMNO-BN sedang memberi kerakyatan dan hak mengundi kepada warga asing, DAP dan PKR telah pun melakukan sesuatu yang lebih dahsyat iaitu MEMBANGSATKAN Melayu menerusi penghapusan kampung tradisi mereka.
Penduduk Kampung Kerandang yang hampir keseluruhannya adalah Melayu wajar berterima kasih kepada Khalid Ibrahim dan PKR. Setelah mereka menjadikan perkampungan di atas tanah TOL itu sebagai kubu kuat PKR, akhirnya mereka juga yang jadi seperti anjing buruk kepala!!!
KUALA LUMPUR 21 Mei - Yayasan Pekema mengumumkan sumbangan derma RM100,000 bagi membantu semua mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, dekat sini hari ini.
Pengerusi Persatuan Pengimport Dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya amat tersentuh dengan tragedi tersebut dan mahu membantu.
"Menerusi Yayasan Pekema iaitu badan kebajikan yang ditubuhkan oleh Pekema, kami mahu memberi sumbangan derma RM100,000 kepada mangsa-mangsa terbabit," katanya di sini hari ini.
Menurut laporan awal, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang ini, seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu dilaporkan tertimbus.
Adoiii...penat tak habis lagi. Basah kuyup dibuatnya. Sejuk! Tapi semua itu berbaloi pada saya. Sekurang-kurangnya saya sempat menghadiahkan Al-Fatihah dan tahlil ringkas kepada mangsa-mangsa yang telah dijemput Allah.
Sebenarnya, saya baru pulang dari lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Kebajikan At-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat. Petang tadi, seorang rakan mengajak saya untuk ke sana.
Ketika kami di sana, hujan turun dengan lebat! Memang basah kuyup pun. Namun yang mengkagumkan saya, pasukan penyelamat seperti Bomba, PDRM, PGA dan sebagainya begitu komited menjalankan tugas masing-masing. Di dalam hujan lebat, mereka bertungkus lumus memberikan sepenuh kudrat mereka untuk menyelamatkan mangsa. Saya memang kagum!
Beberapa Menteri turut hadir melawat keadaan di situ. Timbalan KPN, Datuk Seri Khalid pun ada, berbaju batik! Namun, meskipun berbaju batik, difahamkan beliau juga terpaksa menapak dalam hujan sejauh 2 km untuk ke lokasi kejadian. Jalan sesak teruk!
Tiba-tiab saya ternampak seraut wajah. Rupa macam kenal. Pernah tengok di internet. Oh! Eli Wong! Uik? Apa dia buat kat sini? Sebenarnya, Eli Wong banyak menolong di lokasi kejadian. Namun, dia hanya tolong satu perkara saja, iaitu "tolong tengok"! Tak buat apa-apa pun mangkok tu...
Apapun, saya merayu kepada seluruh umat Islam supaya melakukan solat hajat malam ini kepada mangsa-mangsa yang masih terperangkap. So far, sepanjang saya di sana, seramai 8 orang mangsa telah dikejarkan ke Hospital Ampang dan menyedihkan, 3 mangsa turut telah dijemput Allah. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'unnn.
Secara keseluruhan, seramai 30 orang mangsa dianggarkan terperangkap. 11 telah ditemui, 8 cedera dan 3 maut. Masa saya ke Hospital Ampang tadi, 2 orang mangsa lelaki dilaporkan kritikal, seorang sedang menjalani pembedahan dan seorang lagi mungkin hilang kaki.
Berdoalah untuk mereka. Mereka bukan orang lain, mereka saudara-saudara kita, seagama, sebangsa. Semoga adik-adik kita itu dipelihara Allah. Aminnn...
MUHYIDDIN tiba di lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan
Madrasah Baitul-Taqwa, Hulu Langat malam tadi.
HULU LANGAT - Kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh melibatkan anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak Yatim Al-Taqwa dan Madrasah Baitul-Taqwa di Hulu Langat semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kos rawatan mangsa yang cedera juga akan ditanggung oleh kerajaan.
"Kita akan menyediakan bantuan kesihatan dan tempat tinggal sementara kepada mangsa dan semuanya ditanggung oleh kerajaan," katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi kejadian di sini malam tadi.
Muhyiddin turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa terlibat.
Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kejadian tanah runtuh itu sebenarnya boleh dielakkan.
Menurut beliau, ada kes pergerakan tanah berlaku berdekatan kawasan itu sebelum ini tetapi ia mungkin tidak dilaporkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).
KUALA LUMPUR 19 Mei - Semua pihak perlu menjadikan kes jenayah seksual yang dihadapi oleh Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn sebagai contoh kerana tiada layanan istimewa diberikan kepadanya.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertindak cepat dengan menangkap, menggari dan meletakkannya di dalam lokap ekoran dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik hotel.
"Tiada saksi lain dan tiada rakaman CCTV atau kamera tersembunyi tetapi pihak polis bertindak cepat. Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibenarkan diikat jamin dan akan didakwa esok walaupun cuba menafikan tuduhan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Menurutnya, Strauss-Kahn bukan calang-calang individu malah beliau merupakan antara orang paling berpengaruh di dunia dan bakal dicalonkan sebagai Presiden Perancis.
"Dalam soal tuduhan jenayah itu, tiada keistimewaan diberikan terhadap beliau. Keadaan itu sama juga dengan Presiden Itali yang didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur Maghribi.
"Tetapi dalam kes liwat dan video seks didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang yang kena tuduh menggunakan rakyat, pentas ceramah politik dan demonstrasi jalanan untuk mempertahankan diri dan proses mahkamah dipermainkan sehingga berlaku penundaan hampir dua tahun.
"Diharap dalam proses bela diri tiada keistimewaan akan diberi sehingga tertangguh pula sampai dua tahun lagi.
"Pihak berkuasa sama ada polis dan Peguam Negara perlu tegas walaupun Anwar orang ternama tetapi apa beza beliau dengan Strauss-Kahn, Silvio Berlusconi ataupun Ariel Peter Pan," katanya.
Kata Mohd. Puad , Anwar perlu dilayan seperti rakyat biasa yang didakwa di mahkamah.
Panglima - beberapa persoalan terhadap kes Anwar ialah :
Kenapa : -
1. Dalam kes Anwar beliau tidak digari
2. Beliau juga tidak ditahan pasportnya
3. Jawatan Ketua Pembangkang masih dipegang olehnya
4. Beliau tidak pula dipenjara
5. Juga diberi peluang menangguhkan kes sehingga dua tahun
Semasa pertandingan badminton semalam ada seorang memberitahu artikel Panglima dikeluarkan dalam Utusan Malaysia. Lantas apabila pulang terus dicari dan akhirnya bertemu jua artikel yang dimaksudkan. Ini kerana kadangkala kita tidak sempat membelek satu persatu berita ekoran kesibukan mengemaskini blog dan facebook di alam maya.
Ini satu lagi penghormatan oleh sebuah Akhbar Keramat kepada blogger seperti Panglima. Mereka telah mengangkat tulisan kami dan memberi kredit kepada blog kami yang tidak seberapa ini. Atas sedikit sokongan melalui tulisan kami yang menyokong Akhbar Keramat Utusan Malaysia.
Saya ditanya oleh seorang rakan, mengapa saya mendakwa bahawa menyokong PAS untuk menentang kerajaan UMNO/BN yang memimpin pada hari ini merupakan perbuatan dosa. Maka, saya menjawab secara spontan - "Sesungguhnya Rasulullah melarang umatnya menentang pemerintah Islam, sekali pun terdapat kezaliman dalam pentadbirannya. Selagi pemerintah Islam tersebut mengerjakan solat dan tidak menyuruh rakyat mensyirikkan Allah, maka adalah wajib bagi rakyatnya untuk taat dengan pemerintah Islam yang sedia ada, sekali pun mereka zalim. Perbuatan para pemimpin PAS yang menghina, mengaib, mencari-cari dosa pemerintah dan memburuk-burukkan kerajaan Islam UMNO/BN adalah perbuatan zalim dan akan diadili oleh Allah kelak. Ini bukan cara dan kaedah Islam. Lantaran itu, saya pertahankan kenyataan saya tersebut dengan hujah-hujah saya di bawah ini. Semoga Allah membukakan hati kita kepada kebenaran.
1. Kebanyakan daripada pejuang-pejuang Islam atau para pemimpin parti politik Islam yang bergerak cergas dalam sesebuah negara yang diperintah oleh umat Islam sangat tidak suka untuk membicarakan hadis ini, iaitu hadis yang berbunyi, Huzaifah al-Yaman r.a telah berkata, aku pernah bertanya, Ya Rasulullah! Sekiranya kami ditimpa kesusahan dan kemudiannya Allah s.w.t telah mendatangkan dengan kebaikan, adakah di sebalik kebaikan itu ada lagi kesusahan?Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya pula, adakah di sebalik keseusahan itu pula kebaikan? Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya lagi, Bagaimana? Sabda Baginda, Akan berlaku selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melaksanakan sunnahku dan akan bangkit dalam kalangan mereka, tokoh-tokoh yang hati mereka ialah hati syaitan bertubuhkan manusia. Kata Huzaifah, aku bertanya lagi, Bagaimanakah yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, sekiranya aku dalam keadaan sedemikian? Baginda bersabda, Engkau hendaklah patuh dan taat kepada pemimpin, sekali pun ia memukul belakangmu dan merampas hartamu, maka tetaplah patuh dan taatlah. (Hadis Shahih Riwayat Muslim).
2. Seringkali apabila golongan pejuang-pejuang Islam ini membincangkan hadis di atas akan mengemukan hujah-hujah yang dangkal serta jauh terpesong daripada kebenaran bagi menghalalkan perbuatan mereka yang menghasut rakyat agar menjatuhkan pemerintahan umat Islam yang sedia ada – kononnya atas nama menegakkan perjuangan Islam tulen menurut tafsiran mereka. Dakwaan golongan ini lagi – pemerintahan Islam yang sedia ada, masih belum benar-benar Islam dan cara terbaik adalah menjatuhkan pemerintahan Islam itu, walau dengan apa-apa cara sekali pun! Kenyataan ini adalah kenyataan yang tersasar daripada roh Islam dan tuntutan sunnah Rasulullah.
3. Di Malaysia sebagai contoh, kerajaan UMNO/BN yang dituduh zalim oleh Parti Pembangkang merupakan sebesar-besar fitnah – dan tidak pernah dalam sejarah kerajaan pimpinan UMNO/BN memukul belakang serta merampas harta benda rakyatnya. Hatta sekali pun kerajaan UMNO/BN merampas harta dan memukul belakang rakyatnya – Islam tetap menyuruh agar rakyatnya taat terhadap pemerintah. Inilah yang diamalkan oleh ulama-ulama salaf dalam berhadapan dengan pemerintah Islam yang zalim pada setiap zaman. Apakah pernah kita mendengar Imam Ahmad bin Hambal yang diseksa di penjara mengerahkan para pengikutnya agar melakukan pemberontakan menentang kerajaan al-Makmun yang mendakwa bahawa al-Quran itu makhluk? Walaupun secara terang-terangan al-Makmun telah melakukan kezaliman terhadap agamanya sendiri.
4. Perlu diingat, Imam Ahmad diseksa dan dipenjara dalam tiga zaman kekhalifahan, iaitu semasa Khalifah al-Makmun, al-Mu'tashim dan al-Watsiq – seksa yang diterima oleh Imam Ahmad jauh lebih berat daripada apa-apa yang dialami oleh Anwar Ibrahim dan PAS pada hari ini. Namun demikian ternyata, Imam Ahmad tetap berpegang teguh dengan sabda nabi di atas.
5. Pernah terjadi ketika Khalifah al-Wathiq menyatakan bahawa al-Quran itu baharu (makhluk) dan Allah tidak dapat dilihat di akhirat, maka datanglah sekumpulan ulama fiqh dari Baghdad kepada Imam Ahmad untuk mengajaknya menentang al-Wathiq. Mereka berkata, "Sesungguhnya perkara ini telah tersebar dan telah menjadi besar". Lalu Imam Ahmad bertanya, "Apa yang kamu mahu?", Jawab mereka, "Kami tidak lagi menerima kepimpinan dan penguasaanya." Maka Imam Ahmad berbahas dengan mereka dengan berkata, "Jangan kamu keluar daripada ketaatan, jangan kamu pecah belahkan urusan orang Islam, jangan kamu tumpahkan darah kamu dan darah orang Islam lain bersama kamu. Perhatikan pada akibat perbuatan kamu dan bersabarlah sehingga perkara ini selesai. Ini (menderhaka) adalah bersalahan dengan athar yang memerintahkan kita supaya bersabar menghadapinya, Rasulullah s.a.w bersabda…(seperti mana hadis di atas)."
6. Begitu juga dengan riwayat hidup Imam Abu Hanifah, beliau ditangkap dan diseksa kerana menolak jawatan Pengetua Sekretari Gabenor yang ditawarkan oleh Yazid bin Hurairah al-Fazzari yang merupakan gabenor Iraq pada ketika itu. Imam Abu Hanifah dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu. Lima belas hari kemudian beliau dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari kemudian, gabenor menawarkan menjadi kadi, Imam Abu Hanifah tetap menolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan.
7. Namun demikian, Imam Abu Hanifah tetap dengan pendiriannya. Sampai beliau dibebaskan setelah cukup 110 kali cambukan. Akibat daripada pukulan itu, muka dan seluruh badannya menjadi bengkak-bengkak. Hukuman cambuk itu sengaja dilakukan bagi menghina Imam Hanafi.
8. Soalnya – apakah ada kita mendengar Imam Abu Hanifah mengerah para pengikutnya agar melakukan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan Gabenor Yazid? Seksaan yang dialami oleh Imam Abu Hanifah di atas jauh lebih berat daripada apa-apa yang dialami oleh Anwar Ibrahim dan Nik Aziz – dan adakah kita mendengar Imam Abu Hanifah menghasut para pengikutnya agar memberontak, mencerca, menghina dan memburukkan pemerintahan Yazid pada ketika itu? Jawapannnya – tiada.
9. Apakah ada kita mendengar sejarah hidup Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam al-Ghazali, Imam Ibn Taimiyyah, Imam Malik dan Imam Syafie menyeru para pengikutnya agar mencerca, menjatuhkan dan mengaibkan pemerintah Islam pada zaman mereka? Walaupun semua orang tahu, pada zaman para imam tersebut tidak kurangnya kezaliman yang dilakukan oleh para pemerintah terhadap ulama dan rakyat jelata – bahkan tidak terperi lagi penyelewengan akidah yang berlaku pada zaman mereka, termasuklah pengaruh fahaman Muktazilah yang mewarnai pentadbiran kekhalifahan pada saat itu. Tetapi, kita tidak pernah mendengar walaupun pun sedikit bukti yang menunjukkan para imam di atas menyeru kepada rakyat dan para pengikutnya, agar melakukan pemberontakan, demostrasi, memburukkan pentadbiran khalifah, mengkafirkan khalifah/pemimpin Islam, mengapi-apikan rakyat agar membenci khalifah dan menjatuhkan kepimpinan Islam – sekali pun mereka dizalimi oleh pemerintah! Inilah sebenarnya jalan yang ditempuh oleh para ulama muktabar dalam berhadapan dengan pemerintah Islam yang zalim.
10. Dalam sebuah hadis, Wail bin Hujrin r.a meriwayatkan, katanya : Salamah bin Yazid al-Ju'fi bertanya kepada Rasulullah SAW ; Wahai nabi Allah, bagaimana pendapat anda, jika para penguasa bangun meminta hak mereka atas kami dan mereka menahan hak kami? Apakah yang anda hendak perintahkan? Rasulullah bersabda : Dengar dan taatlah, mereka hanyalah akan menanggung apa yang dipikul ke atas mereka dan kamu akan menanggung apa yang dibebankan ke atas kamu. (Hadis Shahih Riwayat Muslim) Jelaslah, Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam berhadapan dengan pemerintah yang didakwa berlaku zalim. Bahkan, Islam mewajibkan rakyat agar taat kepada pemerintah, sekali pun mereka zalim, bagi menghindari mudharat yang lebih besar.
11. Namun demikian, ketaatan tersebut ada batasnya. Sekiranya pemerintah menyuruh rakyatnya melakukan maksiat atau menentang Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan dalam soal itu. Hal ini sudah dijelaskan oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib dengan berkata; "Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa, sama ada penguasa yang baik atau pun yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya, Wahai Amirul Mukminin! Jika penguasa itu baik ini wajar ditaati, tetapi bagaimana dengan penguasa yang jahat? Ali berkata: Sesungguhnya Allah menjaga keamanan sesuatu daerah melalui penguasa walau pun jahat. (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dengan sanad yang sahih sampai kepada Ali bin Abi Talib. Lihat Asy-Syu'ab).
12. Ulama-ulama salaf sangat tegas dalam soal ketaatan kepada pemerintah, sekali pun pemerintah itu seorang yang zalim. Rasulullah bersabda, "Barangsiapa melepaskan ketaatan daripada pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa punya hujah (alasan) (Riwayat Muslim. Kitabul Imarah Syarah Nawawi), dan sabda Baginda lagi, "Tiap-tiap orang yang berkhianat akan diberi bendera pada hari kiamat, lalu dikatakan padanya bahawa inilah pengkhianat si Fulan (terhadap pemimpin) (Riwayat Muslim dan Turmizi). Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar r.h, " Dalam hadith ini ada kewajipan untuk taat kepada penguasa atau pemimpin yang telah diangkat, dan di larang memberontak kepadanya walaupun dia zalim serta sewenang-wenangnya dalam melaksanakan ketetapan hukum, kerana kefasikan pemimpin bukan sesuatu yang membolehkan untuk memberontak kepadanya. (Lihat Fathul Bari Jilid 13 halaman 68).
13. Bahkan dalam hal ini Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya Minhaj al-Sunnah pernah berkata, "Orang fasiq sekiranya mereka memerintah supaya mentaati Allah, maka tidaklah haram mentaati mereka dan kewajipan itu tidak gugur disebabkan oleh perintah itu datangnya daripada orang fasiq. Begitu juga halnya sekiranya orang fasiq itu bercakap benar, maka tidak harus beliau didustai. Kewajipan mengikuti kebenaran tidaklah gugur kerana sesuatu perkara itu diperkatakan oleh orang fasiq"
14. Malah, hujah al-Hafiz Ibnu Hajar di atas dikukuhkan lagi dengan kenyataan Ibnu Abi Hatim r.h yang berbunyi , "Ayahku telah menceritakan kepadaku, Amr bin Ali as-Sairafi telah menceritakan bahwa Abdu Rabbuh bin Bariq al-Hanafi telah menceritakan bahawa Simak bin Al-Walid al-Hanafi berjumpa Ibnu Abbas di Madinah, beliau berkata kepadanya, bagaimana menghadapi sikap penguasa yang telah menzalimi kita, mencela kita dan merampas sadaqah kita , bukankah kita harus mencegah mereka? Ibnu Abbas menjawab, Jangan! Biarkan mereka wahai Hanafi! Lalu beliau menambah: Wahai Hanafi ! Al-Jamaah,al-jamaah (peliharalah persatuan di bawah pemimpin) sebab hancurnya umat dahulu kerana perpecahan, apakah kamu tidak mendengar Firman Allah: Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada Tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai. ( Lihat tafsir Ibnu Hatim 2/455).
15. Dalam sebuah hadis lain, Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak disukainya dari penguasanya, maka hendaklah ia bersabar, kerana barangsiapa yang memisahkan diri daripada jamaah sekadar sejengkal, maka kematiannya adalah kematian jahiliah. (Hadis Shahih Riwayat Bukhari) Hadis Ibnu Abbas di atas dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah yang bermaksud, "Dengarlah dan taatilah penguasa pada waktu susah dan senang, pada waktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu dan memukul punggungmu, kecuali apabila memerintah untuk berbuat maksiat. (Hadis Shahih Riwayat Ibnu Hibban).
16. Manakala, 'Auf bin Malik al-Asyja'ij meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para imam kamu yang terpilih ialah yang kamu mengasihi mereka dan mereka mengasihi kamu, mereka berdoa untuk kamu dan kamu berdoa untuk mereka. Dan para imam yang jahat ialah yang kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu. Rasulullah ditanya : Ya Rasulullah, boleh kami melawan mereka dengan pedang? Baginda bersabda, Tidak, selama mereka mendirikan solat pada kamu. Dan apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak sukai daripada pemerintah kamu, maka hendaklah kamu bencikan amalanya dan janganlah kamu menarik tangan kamu daripada ketaatan". (Hadis Shahih Riwayat Muslim).
17. Ummu Salamah r.a pula meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Akan ada pemerintah yang kamu mengenali mereka dan kamu mengingkarinya. Maka, barangsiapa yang mengenali, sesungguhnya ia telah bebas dan barangsiapa yang membenci, maka ia selamat. Akan tetapi orang yang redha dan mengikutnya? Mereka berkata, Boleh kami memerangi mereka? Rasulullah bersabda, Tidak! Selama mereka bersolat". (Hadis Shahih Riwayat Muslim)
18. Selain itu, Abdullah bin Mas'ud r.a juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri (daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar. Sahabat bertanya, Wahai Rasulullah! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab baginda, Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah. (Hadis Shahih Bukhari dan Muslim).
19. Berkata Imam Nawawi r.a dalam mensyarahkan hadis ini, "Dalam hadis ini terdapat dorongan untuk dengar dan taat sekali pun pemerintah adalah zalim. Maka sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudharatan pemimpin, menolak kejahatan dan berusaha untuk membaikinya. (Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim). Bahkan, Abu Darda pernah berkata,"Sesungguhnya awal kemunafikan seseorang adalah ketika dia mencela pemimpinnya" (Lihat, At-Tamhid Ibnu Abdil Barr).
20. Inilah sebenar kaedah Islam ketika berhadapan dengan pemerintah Islam yang zalim. Soalnya bolehkah kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh UMNO/BN dilabelkan sebagai kerajaan zalim? Berapa banyak harta rakyatnya dirampas? Berapa banyak kebebasan beragama dalam kalangan rakyatnya dihalang? Apakah UMNO/BN menyuruh agar rakyatnya mensyrikkan Allah? Malah, pernahkah kita bertanya, berapa banyak pula jasa dan kebaikan yang selama ini diberikan oleh kerajaan UMNO/BN kepada rakyat jelata? Bahkan selama lebih daripada 50 tahun Malaysia ditadbir di bawah kerajaan BN/UMNO pernahkah kita mendengar rakyatnya mati kebulur? Atau, kebanyakkan rakyat Malaysia mati, disebabkan terlalu banyak makan?
21. Hakikatnya, umat Islam di Malaysia tidak tahu bersyukur – sudah terlalu banyak kemudahan, kesenangan dan keperluan kita sebagai rakyat Malaysia yang telah dipenuhi sepanjangan pemerintahan kerajaan UMNO/BN, tetapi kita tidak pernah berasa puas! Realitinya, kita masih terus mencari kelemahan, keaiban dan kekurangan kerajaan untuk dimaki, dicaci dan dikutuk, seolah-olah kerajaan yang terdapat pada hari ini, langsung tidak mempunyai walau sedikit pun kebaikan.
22. Berkata Syeikh Abdul Aziz Abdullah Baz, Mufti Kerajaan Arab Saudi, "Bukanlah dasar ulama salaf mengisytiharkan keaiban golongan pemerintah, menghebahkannya di atas pentas-pentas dan mimbar-mimbar kerana ia boleh membawa kepada kucar-kacir, tidak mendengar dan taat pada melakukan yang makruf serta membawa kepada kemudaratan dan tidak manfaat sama sekali." Sangat terang dan jelas bahawa Islam tidak mengajar umatnya agar menghina dan mencaci-maki pihak pemerintah, hatta sekali pun pemerintah tersebut diketegorikan sebagai zalim. Malah, menuduhkan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN sebagai zalim merupakan sejelek-jelek perkataan dan sebesar-besar fitnah yang dilakukan atas nama kebebasan bersuara dan demokrasi! Maka adalah jelas berdosa besar sekirannya kita menghina dan mencari-cari keaiban pihak kerajaan. Wallahualam. Tulisan ini juga boleh diperoleh di dalam buku saya berjudul, "Apabila Hari Ini Adalah Masa Hadapan".
Yang ni pun 'seram' jugak, kes cikgu PASTI (pusat asuhan tunas islam) Pulau Pinang hasil ajaran PAS 'gersang' yang 'meghenyam' (ikut slang anak mami) dengan bini orang kat Facebook. Masya ALLAH!!!
Korang tengok la sendiri... geli siot!
SIAPA TUTY SADINAR??
HAHAHA Rupanya pak lebai PAS yg ada gender-identity crisis!
Hadei ingat dapat projek nak bawak awek jalan2, sekali kena sound 'x perlu sampai nak jln2 ke luar..ada yg lebih memerlukan'!!! Fuhh pedihh tu bro!
Sesi heart-to-heart...
WHO'S NEXT?
HAAA PESAN LA KAT KAKAK, ADIK, ATAU BINI KORANG, JAGA-JAGA DENGAN ABG JANGGUT DARI PENANG NI.
INI LA JADI BILA 'JUS TOK GARU' DAH NAIK KEPALA WOIII!
p/s: kalau tak belasah budak sampai mati, boleh menggatal dengan bini orang. ni la perangai cikgu lebai ajaran PAS, kalau diorang buat mesti bulehhhh belaka
Pada 7 Apriil 2011, Wan Azizah (isteri Anwar) terkantoi mengesahkan bahawa leher lelaki dalam video sex tersebut adalah milik suaminya, Anwar Ibrahim. Pengakuan Wan Azizah tersebut dibuat dalam satu ceramah di markas PKR Satok, Jalan Patingan, Kuching Sarawak. Isteri sudah sahkan leher pun sama, Anwar sahaja yang tidak mengaku.
Anwar Ibrahim sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang kerana beliau kini berdepan dengan isu moral ekoran dakwaan pembabitannya dalam isu video seks.
Pensyarah Kanan bahagian Politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, sekiranya Ketua Pembangkang itu tidak berbuat demikian, beliau gagal mencerminkan sikap yang sepatutnya dizahirkan seorang ahli politik yang beretika.
Menurutnya, Anwar enggan berbuat demikian dengan menjadikan alasan bahawa tuduhan terhadapnya merupakan konspirasi pihak tertentu yang mahu menjatuhkan karier politiknya.
"Keadaan politik negara ini tidak wujud situasi di mana orang yang melakukan kesalahan bertindak meletak jawatan kecuali apabila terpaksa.
"Ia berbeza dengan negara Barat, apabila ada ura-ura terlibat dalam apa jua kesalahan mereka akan meletak jawatan," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Menurut laman web http://newledger.com, Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, 62 dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim, 64, serta bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz, 68, dikatakan menghadapi nasib yang sama apabila mereka telah didakwa terbabit dengan dakwaan berkaitan skandal seks.
Ketiga-tiga individu terkenal itu sama ada Strauss-Kahn, Anwar mahupun rakan rapatnya, Wolfowitz, kesemuanya pernah didakwa terbabit dalam hubungan skandal mereka dengan wanita.
Azeem Fazwan berkata, masyarakat tidak harus terpengaruh dengan kata-kata Anwar yang sentiasa menyifatkan sistem kehakiman negara adalah berat sebelah apabila segala keputusan tidak memihak kepada beliau.
"Sistem perundangan kita berbeza dengan negara luar tetapi tidak bermakna orang yang disabitkan kesalahan tidak dibacakan dengan adil," katanya.
''Tetapi Anwar sedaya-upaya akan mewujudkan satu persepsi kepada masyarakat bahawa sistem kehakiman kita tidak adil semata-mata untuk tujuan politik,'' katanya.