Sabtu, 18 Februari 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 18 Feb 2012 11:14 AM PST

PEJUANG BANGSA


Guan Eng tentu berang sindiran Amy Search

Posted: 18 Feb 2012 08:09 AM PST

Penyanyi rock terkenal, Amy Search hari ini menyindir sinis ketua regim Dap ,Lim Guan Eng supaya menaiki Keretapi Tanah Melayu Berhad gara-gara tidak iktiraf ketuanan Melayu .

Ini ditulis di twitter beliau selepas membaca mengenai kenyataan pemimpin Dap ini yang tak iktiraf ketuanan Melayu tetapi hanya ketuanan rakyat .

GPB berpandangan sindiran sinis terhadap Dap memang cukup tajam sekali oleh seorang artis Melayu seperti Amy. Ini juga membuktikan artis Melayu juga membenci dengan sikap parti rasis dan chauvinis Dap yang cukup kurang ajar berkenaan soal Melayu

Dr Asri nasihat jangan guna agama sebagai senjata politik

Posted: 18 Feb 2012 06:24 AM PST

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa pemimpin-pemimpin politik supaya berhenti daripada menggunakan agama sebagai "senjata politik" kerana ia dilihat merendahkan martabat Islam dan boleh mengelirukan orang ramai.

Beliau yang juga felo Pusat Pengajian Islam Oxford berkata, langkah itu perlu diberi perhatian memandangkan sesetengah pemimpin politik dilihat semakin mengeksploitasikan agama sebagai satu landasan untuk meraih simpati semata-mata demi kepentingan peribadi masing-masing.

"Memisahkan agama daripada politik mungkin dianggap negatif, tetapi kalau agama sering digunakan untuk tujuan politik yang menjurus kepada penyalahgunaan itu, ia lebih buruk.

"Bahaya menggunakan agama Islam sebagai senjata untuk politik, untuk menegakkan yang salah dan untuk kepentingan kuasa semata-mata," kata beliau ketika berucap pada majlis Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di sini, hari ini.

Dilihat merujuk kepada perkembangan arena politik tempatan sejak kebelakangan khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008, beliau yang lazimnya mengulas dan menganalisis perkembangan politik semasa berkata, tindakan menjadikan agama sebagai mainan politik juga menyebabkan fatwa yang diputuskan tidak konsisten dan tidak ada keseragaman.

"Fatwa yang ada kejap boleh kejap tidak boleh, kemudian ada saja fatwa baru yang keluarkan, baik dari Barisan Nasional dan juga Pas... fatwa politik sangat bahaya, agama perlu dibebaskan dari mainan politik," kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini.

Dalam ucapannya, Asri turut menyentuh sikap pemimpin-pemimpin politik yang menggunakan tulisan maya di laman sesawang sendiri untuk menyebarkan fitnah bagi menzalimi mereka yang tidak berdosa.

Sehubungan itu tegas beliau, pemimpin-pemimpin politik sepatutnya bersaing dana arena politik dengan cara yang sihat kerana ia melibatkan soal maruah seseorang.

"Apa yang ditulis dan disebarkan bukannya mahu bersaing idea yang baik, tetapi bersaing 'melondehkan' pihak lain. (Jadi) bagaimana nak berkembang perkara yang baik?

"Kita boleh nak kritik, tetapi biar berlapik, ada nilai, akhlak dan adil… bukan fitnah dan memburukkan orang lain," katanya tanpa merujuk mana-mana kes secara khusus.

Asri juga mengulas langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves pada 7 Februari lalu sambil menyifatkannya sebagai tidak salah kerana itu adalah tuntutan tugas selaku seorang pemimpin kerajaan dan negara.

"Masuk ke kuil atas rasa tugas seperti polis tidak apa, macam itulah juga pemimpin politik, beliau tidak menyambut perayaan itu tetapi hadir sebagai seorang Muslim dan pemerintah.

"Beliau hadir untuk berhujah bukannya nak menyokong… beliau pemimpin rakyat, takkan nak buat tak peduli kepada rakyatnya yang berbilang kaum," katanya.

Asri juga meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menetapkan garis panduan berkenaan kesesuaian umat Islam melibatkan diri dalam majlis agama lain supaya tidak berlaku kekeliruan.

Soi Lek malukan Guan Eng pasal kitab buku Jinggay

Posted: 18 Feb 2012 04:22 AM PST

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa Malaysia akan bankrap dalam hanya dua tahun sekiranya tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan.

Beliau mendakwa dasar untuk memastikan pendapatan setiap isi rumah mencapai kadar RM4,000 dalam tempoh lima tahun akan menyebabkan hutang negara melebihi 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Sejumlah RM93.9 bilion diperlukan setiap tahun untuk memastikan
ianya dibayar kepada 3.0 juta isi rumah untuk memastikan pendapatan terjamin pada kadar RM4,000 sebulan," kata Chua.

Tambahnya, dalam tempoh satu tahun saja pembayar cukai juga perlu membayar antara RM199 bilion hingga RM254 bilion manakala defisit belanjawan negara akan meningkat 27.5 peratus kepada RM617 bilion.

"Malaysia akan bankrap dalam tahun kedua (pentadbiran) Pakatan apabila defisit belanjawan melebihi 10 peratus daripada KDNK dan hutang negara akan melebihi 100 peratus daripada KDNK," katanya lagi.

Chua berkata demikian ketika berucap di persidangan masa depan politik masyarakat Cina di Kuala Lumpur hari ini. Ia dilihat sebagai ucapan buka gelanggang menjelang debatnya dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng petang ini.

Turut berucap pagi ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memuji "mood menyerang" Chua pagi ini.

Debat anjuran Institut Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dan juga badan pemikir MCA, Insap itu, akan berlangsung petang ini.

Video transformasi apa Jamil Khir nak buat ??

Posted: 18 Feb 2012 12:29 AM PST




Skandal Bayan Mutiara: Guan Eng bila lu nak jawab cabaran UMNO ??

Posted: 17 Feb 2012 10:54 PM PST





Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, berdasarkan maklumat daripada laman web pemilik tanah berkenaan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), tarikh tutup tender adalah 31 Disember 2010.

Bagaimanapun, tegasnya, menerusi laporan syarikat swasta yang berjaya memperoleh tender itu kepada Bursa Malaysia, permohonan untuk membeli serta membangunkan tanah tersebut hanya dibuat kepada PDC pada 3 Mac 2011, manakala surat persetujuan diterima 25 Julai tahun yang sama.

"Terlalu banyak perkara yang menimbulkan kekeliruan dan kesangsian besar di kalangan rakyat.




Ini yang tidak dijawab oleh Guan Eng dalam 2 kali jawapannya  mengenai tender terbuka ala CAT nya dalam isu skandal tanah Bayan Mutiara.

Ramai tertanya-tanya   kenapa Lim Guan Eng memilih Ivory berbanding SP Setia. KLIK SINI



 Mengapa Ivory diberi keistimewaan untuk bayar RM 1.1 Billion ini secara ansuran ??  Apa yang special sangat Ivory ini ? ...

Something Must Really Going On ....Rahsia  CAT Guan Eng dah tak boleh tutup lagi ..



Pendedahan Blog EP mungkin boleh menjawab persoalan ini kenapa Ivory menjadi kegemaran kerajaan DAP .


Seperti yang kita tahu saham SP Setia dibeli oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) , iaitu syarikat kerajaan yang menyelia lebih dari RM 190 billion aset luar dan dalam negara . Jelas sekali sekiranya SP Setia berjaya dalam pembangunan projek Bayan Mutiara , 'cashflow' bukan lah satu masalah ! SP Setia dgn Parental Guarantee drpd PNB (Jumlah Asset RM 190B) tidak mempunyai masaalah utk membayar cash RM 1.1 B dan bangunkan sehingga nilai GDV (Gross Development Value) mencapai RM 10 B


Apa yang menjadi persoalan ialah mengapa Ivory diberi kelonggaran utk membayar secara ansuran ? Kenapa kerajaan Pulau Pinang mengambil risiko ini ? Dari segi kewangan SP Setia adalah lebih kukuh dari Ivory Tower , kenapa kerajaan Lim Guan Eng berani memberi kontrak pada syarikat yang kewangannya kurang kukuh berbanding pesaing ? Adakah hanya kerana semata-mata harga tawaran tanah adalah lebih tinggi?


Katakan korang nak buat sebijik rumah , nak pilih kontraktor yang kita tau ada duit ka atau kontraktor yang tak berapa nak ada duit ? Silap haribulan rumah tak siap , duit pun melayang !


*Terima kasih kepada En. Fuad Omar yang memberi info. Analisis maklumat adalah berdasarkan pengalaman beliau selama 30 tahun sebagai seorang jurutera yang terlibat dalam pengurusan projek dan tender. BEDAMAN

PAS semakin terdesak, jemput Cina mabuk pertikai keimanan Dr Hassan Ali

Posted: 17 Feb 2012 09:47 PM PST


Bila PAS dituduh kuda tungangan DAP dan gadai maruah agama demi politik  ,mereka marah giler  ..  Nah sekarang didedahkan  blog Sg.Rapat  mengenai PAS Gopeng telah menjemput seorang Cina mabuk yang juga penyokong mereka  untuk membalun Dr Hassan Ali .

Menariknya   lagi , di kawasan  Pengkalan Pegoh juga dipilih  untuk pentas  ceramah  untuk melawan ceramah Dr Hassan Ali sebelum ini .




Oleh sebab Khalid Samad gagal dalam membalas hujah yang dikeluarkan oleh Dr Hasan Ali semasa ceramahnya di Pengkalan Pegoh, Pas kawasan Gopeng terpaksa menjemput seorang cina mabuk yang juga dikatakan pengerusi Dewan penyokong bukan Islam Pas untuk menghentam Datuk Dr Hasan Ali. Kata Cina mabuk ini 'iman' dia lebih kukuh daripada Iman Dr Hasan Ali sedangkan dia sendiri pun tak teringin nak masuk Islam.








Hebat betul cina mabuk ni dari mula dia berceramah hingga selesai dia berceramah satu benda pun orang tak faham. Dia juga ada membaca surah Al-Quran tetapi kurang jelas bunyi macam suara Jepun pun ada. tapi yang menarik bila dia sebut takebeer semua pak lebai jawab Allahuakbar.


Hebat betul Cina mabuk yang diimpot khas oleh saudara Radhi Zainon. Kalau macam ini habislah Dr Hasan Ali sebab sudah ada pesaing yang cukup hebat.


Pakatan Rakyat Sungai Rapat yang dikepalai oleh Pas telah melaksanakan gerak gempur untuk memenangi Dun Sungai Rapat. Bukan itu sahaja mereka berhajat untuk mengambil semula Perak daripada Barisan Nasional.


Tetapi agak malang yang datang tak sampai 200 orang kebanyakan penyokong tegar Pas dari luar.

PANAS ! Nik Aziz tension dengan Anwar sampai sound " Itu dia punya pasal "

Posted: 17 Feb 2012 07:35 PM PST




Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

"Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat mengadakan rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Kerana sokong Israel , rakyat halau Anuwar dari hadir ke kawasan mereka !

Posted: 17 Feb 2012 06:06 PM PST


Anwar kini sudah boleh diibaratkan  perosak dalam negara dan ditambah lagi sokongan padu beliau terhadap negara Yahudi Israel . Rakyat kini sudah sedar akan bahayanya Anwar jika hadir ceramah di kawasan mereka . 



Kira-kira 200 orang yang mewakili pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman terhadap kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Endau di sini untuk berceramah Ahad ini.

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada wakil Pergerakan Pemuda UMNO, MCA, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Mersing serta Persatuan Belia Endau mendakwa kehadiran Ketua Umum PKR itu hanya akan memecah-belahkan perpaduan penduduk di kawasan tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Youzaimi Yusuf berkata, penduduk di daerah ini menolak kehadiran Anwar kerana kehadirannya akan menimbulkan rasa kurang tenteram, selain ceramah beliau hanya akan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

"Masyarakat di sini membantah kehadiran Anwar dan kita tidak sekali-kali akan terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan kepada penduduk Mersing kerana kami sentiasa menyokong dan berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami tidak mahu Anwar yang menyokong negara Israel hadir ke tempat tinggal kami kerana ia akan mengubah suasana harmoni dan keselesaan penduduk yang telah sekian lama terjalin baik antara pelbagai kaum," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan bersama Setiausaha MCA Bahagian Mersing, Tan Ah Fatt di Balai Polis Endau di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Endau, Musranizam Musa berharap golongan belia tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar kerana ia hanya akan merosakkan keharmonian penduduk di kawasan itu.

"Kami mahu keamanan sedia ada di sini dikekalkan dan kehadiran Anwar pasti memecah-belahkan penduduk," katanya.

DIMENSI

Posted: 18 Feb 2012 11:09 AM PST

DIMENSI


Omegay: Pas otak beku - Anuwar Pandikutti di puja, guru halaqah di cela!

Posted: 18 Feb 2012 03:30 AM PST


Parti Progresif Penduduk (PPP) kecewa dengan kerajaan Kelantan pimpinan Pas yang memecat seorang guru halaqah (guru al-Quran) selepas guru berkenaan serta suaminya mengumumkan menyertai PPP di Pasir Puteh, tiga hari lalu.

Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff berkata, tindakan Pas itu tidak profesional dan mengamalkan politik dendam yang sama sekali tidak mencerminkan parti berteraskan Islam.

"Saya sedih guru ini dipecat sebagai guru halaqah sebaik menyertai PPP dan perkara ini sepatutnya tidak berlaku dan saya meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Mat memandang serius perkara ini.

"Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang sama sekali tidak akan memecat mana-mana pihak yang tidak menyokong BN dan ini satu lagi bukti kezaliman kerajaan Pas," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu adalah guru berkenaan, Siti Rokiah Mohd Zain, 53, serta beberapa bekas penyokong setia Pas yang menyertai PPP baru-baru ini.

Kesemua 80 bekas anggota Pas Kampung Wakaf, Pasir Puteh telah mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyertai PPP dalam satu majlis dan borang penyerahan menyertai PPP itu diserahkan sendiri kepada Nik Sapeia.

Nik Sapeia berkata, sebaik selesai majlis penyerahan borang keanggotaan itu, Siti Rokiah telah dimaklumkan oleh seorang pemimpin Pas yang beliau dipecat menjadi guru halaqah dan tidak lagi mendapat elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan.

Sehubungan itu Nik Sapeia mengumumkan pihaknya akan membantu Siti Rokiah dengan membayar elaun sebanyak RM200 sebulan seperti mana elaun yang diperolehnya sebelum ini, bermula bulan ini.

"Mana-mana guru agama yang dipecat kerana menyertai PPP dan menyokong BN, saya akan bertanggungjawab dengan membayar semula ganti rugi itu sehingga seperti mana syarat yang dikenakan oleh kerajaan Kelantan itu," katanya. - BERNAMA


Pas tak kisah kalau ada ahli mereka masuk deeayypig. malahan anuwar menggalakkan kerana berpendapat ia akan menguatkan pakatan. semuanya gara2 ala2 demokrasi dan dasar keterbukaan yang sering di laung2 oleh mereka jugak. tapi bila seorang guru al-quran yang bertindak menyertai PPP, tanpa banyak soal dia terus di pecat

dek kerana perbezaan politik, guru agama tersebut lantas menjadi mangsa dasar 'keterbukaan' pasrael. terbukti pasrael tidak menyanjungi langsung peranan guru agama yang tidak sekepala dengan mereka tapi lebih menyanjungi individu yang sanggup mempermainkan agama sendiri seperti anuwar pandikutti!.

semakin dekat pru semakin tergeliat lidah pasrael dan anuwar...kehkehkeh >XD

Omegay: Anak derhake felda

Posted: 17 Feb 2012 09:30 PM PST

Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini membenarkan injunksi interim bagi melarang Koperasi Permodalan Felda (KPF) melupuskan ekuitinya kepada Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu petang ini selepas mendengar Saman Dalam Kamar (Ex-Parte) yang dikemukakan lapan pemegang saham KPF.

Antara permohonan yang dibuat plaintif (ahli KPF) adalah injunksi interim yang melarang sebarang perbincangan, menguatkuasakan sebarang keputuan, dan melupuskan samada kesemua atau sebahagian ekuiti yang dimiliki oleh defendan dalam Felda Holding dan sepuluh anak syarikat milik FGVH.

"Keputusan itu sangat menggembirakan warga Felda dan perjuangan kita untuk memastikan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia tidak berlaku," kata Presiden Anak, Mazlan Aliman (gambar) dipetik Harakahdaily hari ini. - Themalaysiainsideanuvajiass


nampaknye usaha si anak derhake pasrael berjaya menghalang majoriti peneroka2 yang mahu nikmati masadepan yang lebih terjamin!. bukan saja si anak derhake berjaya menghalang felda berjaya di luar negara malah membantutkan usaha kerajaan nak memastikan perubahan keseluruhan warga felda dari keadaan selesa ke satu tahap yang lebih menjamin terutama nasib generasi baru.

mungkin si anak derhake mcm mazlan aliman rase tak begitu penting apa akan jadi pada nasib majoriti peneroka di masa akan datang semata2 nak mengembirakan sebilangan kecil minoriti yang berkepentingan. ini kerana mazlan di arahkan menjalankan usaha sabotaj oleh ketuanya kerana bimbang felda semakin di kenali di persada dunia dan sebaliknya menghalang usaha fuckatan nak memecahbelahkan warga felda!

fuckatan akan lakukan apa saje untuk memastikan usaha murni felda nak menjadikan warga melayu yang berjaya tak menjadi kenyataan...harkkk ptuihh! >:]

Omegay: Dimensi back on the track..with a vengence! >:]

Posted: 17 Feb 2012 07:46 PM PST

alhamdullilah...walau pun terpaksa start from the scratch, dimensi is back on the track..sorry guys..


kalau ada blog bro2 sekalian yang masih blom di link kan sila tinggalkan di ruang komen..insyallah aku akan pautkan semula...



now...let get down to business! yehaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! >:D

bumiyang

Posted: 18 Feb 2012 03:36 AM PST

bumiyang


Parasit Pakai Kupiah dan Cakap Dialek Kelantan???

Posted: 17 Feb 2012 04:30 PM PST

Sesuatu Yang Perlu Dicontohi Oleh Polis Malaysia???

Posted: 17 Feb 2012 04:00 AM PST

tunku

Posted: 18 Feb 2012 03:17 AM PST

tunku


PR did not demand Anwar's retraction on Israel

Posted: 17 Feb 2012 08:19 PM PST

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat secretary-general Datuk Saifuddin Nasution said during the Pakatan Rakyat's presidential council meeting on Monday, none of Pas leaders present demanded for Datuk Seri Anwar Ibrahim to retract or take legal action against the Wall Street Journal over his statement on supporting "all efforts to protect the security of Israel."
Saifuddin told The Mole although Anwar's statement in the WSJ was discussed during the meeting, they have not decided anything yet.
"We had our meeting yesterday (on Monday) and the leaders have already discussed the statement. We will wait for the response from Anwar himself ," he said adding the party's de facto leader is abroad and scheduled to return on Wednesday.
"None of Pas representatives made any demands during the meeting similar to that made by Pas' Majlis Syura (Council of Religious Elders)," he added.
The Machang MP said PKR will be issuing an official statement regarding Pas' demands and Anwar's statement after their monthly political bureau meeting today.
Pas' spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat had urged Anwar to retract his statement as reported by Wall Street Journal.
In a news report in Pas' newsletter Harakah, Nik Aziz reportedly said, "if it had been wrongly reported or conveyed a different meaning, we advise Anwar Ibrahim to take legal action against WSJ to clear his name."
PKR Wanita head Zuraida Kamaruddin also said that Anwar is expected to issue a press statement soon regarding the matter.
"I think it is best to let Anwar himself to verify the matter," she said, declining to comment further.
The Mole had previously reported that Pas leaders are still seeking clarification from Anwar regarding his controversial remarks on protecting the state of Israel.
Meanwhile DAP leaders had decided to keep mum over the matter, regarding it as 'highly sensitive.'
Seputeh MP Teresa Kok said in a text message, "I don't want to comment on this highly sensitive issue."
Only its national vice chairman Dr Tan Seng Giaw acknowledged that Anwar's statement had brought an important point of discussion for people.
Nonetheless in a text message reply, Dr Tan said, "we (DAP) have supported the United Nations resolution on Palestine and Israel.''
"The rights of all parties must be protected including the rights of Palestinians to their territories before the 1967 war.''
"There must be a peaceful solution for Palestine," he added.

tunku : no one bother to discuss about this issue. they are only commenting on it individually but when it comes to pakatan, there's no official stand. what does it mean? this is all melodrama by pakatan leaders to cover up the damaged done by it's leader. by right they should had come out with a firm stand that pakatan do not support the state of israel.i am sure they will come up with some "story" later to clear the mess.let us wait and see. nik aziz too will say he had "accepted" anwar's explanation. let us wait for next week to see the dramas.

Politik Harian

Posted: 18 Feb 2012 03:16 AM PST

Politik Harian


Video Seks Melia Aimellia Tersebar?

Posted: 17 Feb 2012 11:48 PM PST


Isu sebuah video separa lucah yang didakwa dilakonkan oleh seorang aktres wanita tanah air sedang hangat diperkatakan di blog-blog hiburan tempatan.

Dipetik daripada Roti Kaya, dalam video adegan seks berdurasi 30 saat itu yang dihantar oleh seorang individu tidak dikenali, wajah wanita berkenaan seakan-akan mirip aktres filem "Karipap-Karipap Cinta", Melia Aimellia, di mana ia menunjukkan aksi ghairah beliau seorang diri.


Melia Aimellia yang sebelum ini pernah bergandingan dengan aktor Gambit Saifullah dalam filem arahan Othman Hafsham itu masih belum tampil memberi penjelasan untuk menafikan atau mengiyakan tentang kewujudan video tersebut.


Pada masa yang sama, akaun Facebook miliknya juga dikatakan telah digodam oleh individu tertentu.

Kesahihan video tersebut masih belum dapat dipastikan lagi dan ia juga mungkin pelanduk dua serupa atau ada yang cuba menjatuhkan reputasinya sebagai seorang selebriti.


Polis mengesahkan rakaman video seks didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen setelah mendapat khidmat pakar pengimejan video di Amerika Syarikat (AS). Tepok dada tanya selera....

Chua: Malaysia Akan Bankrap Jika Laksana Buku Jingga

Posted: 17 Feb 2012 09:49 PM PST


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa Malaysia akan bankrap dalam hanya dua tahun sekiranya tawaran Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dilaksanakan.

Beliau mendakwa dasar untuk memastikan pendapatan setiap isi rumah mencapai kadar RM4,000 dalam tempoh lima tahun akan menyebabkan hutang negara melebihi 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

"Sejumlah RM93.9 bilion diperlukan setiap tahun untuk memastikan
ianya dibayar kepada 3.0 juta isi rumah untuk memastikan pendapatan terjamin pada kadar RM4,000 sebulan," kata Chua.

Tambahnya, dalam tempoh satu tahun saja pembayar cukai juga perlu membayar antara RM199 bilion hingga RM254 bilion manakala defisit belanjawan negara akan meningkat 27.5 peratus kepada RM617 bilion.

"Malaysia akan bankrap dalam tahun kedua (pentadbiran) Pakatan apabila defisit belanjawan melebihi 10 peratus daripada KDNK dan hutang negara akan melebihi 100 peratus daripada KDNK," katanya lagi.

Chua berkata demikian ketika menyampaikan ucapan buka gelanggang pagi ini, menjelang debatnya dengan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Turut berucap pagi ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memuji "mood menyerang" Chua pagi ini.

Debat anjuran Institut Kajian Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) dan juga badan pemikir MCA, Insap itu, akan berlangsung petang ini.-MK

Hantu Pocong Dalam Bilik Karaoke

Posted: 17 Feb 2012 07:00 AM PST


Al-Kisah hantu pocong punya pasal, lari dulu, selamatkan diri, tinggalkan awek... dia punya pasal la... Ini adalah satu pilihan yang tepat hahaha!... Jom layan!

Gelar Wartawan Pelacur! Pegawai DAP Mohon Maaf

Posted: 17 Feb 2012 05:00 AM PST


Ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau hari ini memohon maaf atas kenyataannya yang menyinggung ramai pengamal media tetapi menyalahkan musuh politiknya atas "beberapa interpretasi yang diputarbelitkan" yang menjadi punca pertikaian.

Baru-baru ini, Hew membuat dakwaan yang menggambarkan "pertemuan disertai habuan antara wartawan tempatan dan BN (Barisan Nasional)" dalam laman sosialnya sehingga menimbulkan kontroversi dengan ramai yang berkata ia sama dengan
melabelkan wartawan sebagai "pelacur".

"Compensated dating" (pertemuan disertai habuan) adalah satu terjemahan harfiah daripada perkataan Jepun "Enjo-kosai" yang bermakna tidak mempunyai kehormatan diri sebagai pertukaran untuk keuntungan kebendaan.

"Saya dengan ini secara terbuka memohon maaf secara ikhlas atas "analogi" yang saya keluarkan, yang menyinggung ramai pengamal media yang jujur.

"Saya tidak pernah berniat menimbulkan rasa malu kepada ramai di kalangan pengamal media yang jujur di Malaysia. Saya benar-benar kesal apabila kontroversi itu berkembang, ramai rakan-rakan saya dari media berasa kecewa dengan beberapa interpretasi yang diputarbelitkan yang dimainkan oleh musuh (musuh) saya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Pelbagai organisasi media secara terbuka meminta Hew mengemukakan identiti wartawan yang dirujuknya dan meminta jawatankuasa disiplin parti itu supaya mengambil tindakan disiplin jika dia gagal mengemukakan bukti.

Dilaporkan apabila kenyataan Hew disiarkan, pengerusi jawatankuasa disiplin parti Tan Kok Wai berkata tiada tindakan akan diambil terhadapnya kerana dia hanya menyatakan hakikatnya.

Minggu lepas, Hew memohon maaf dalam Facebooknya dan menegaskan bahawa kenyataan itu adalah pandangan peribadinya dan bukan pendirian rasmi DAP.

Bagaimanapun, permohonan maafnya menimbulkan kemarahan kerana menyatakan dia hanya "memohon maaf kerana menyebabkan kontroversi dengan menyatakan perkara sebenar".

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) akan mengadakan sidang perwakilan luar biasa pada 3 Mac bagi mengambil pendirian tegas terhadap kenyataan Hew yang melabelkan wartawan sebagai "pelacur".

Aspirasi Bangsa

Posted: 18 Feb 2012 01:10 AM PST

Aspirasi Bangsa


Panas : Nik Aziz sahkan Anwar sokong Israel

Posted: 17 Feb 2012 05:25 PM PST

Belantan

Posted: 17 Feb 2012 11:41 PM PST

Belantan


Betulkah PAS, Anwar pejuang Islam tulin!

Posted: 17 Feb 2012 11:17 AM PST


Tulis sajalah buku bantai kerajaan, hentam DS Najib, puja Nik Aziz, puji Anwar Ibrahim, buku, akhbar atau majalah macam ini pasti laris. Kenapa? Tak percaya ke? Inilah yang dikehendaki oleh pembaca yang telah disogokkan oleh budaya membenci pemimpin dan membenci kerajaan.

Ianya telah menjadi satu trend, trend suka pada cerita 'half truth', 'zero truth' dan fitnah. Yang penting bukannya kebenaran tetapi rakyat yang benci pada Barisan Nasional (BN) pasti seronok baca.

Berapa banyak buku-buku yang semacam ini yang terus terang menjadi penyebar fitnah dan ditulis oleh penulis-penulis yang tidak memikirkan implikasi terhadap majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kestabilan negara menjadi sangat popular.

Kenapa Raja Petra jadi sangat popular kalau bukan kerana berani, bukan kerana tunjuk berani dan bersikap 'anti establishment? Banyak majalah-majalah dan buku-buku seperti ini yang bahan-bahannya diambil dari e-mail-e-mail dan laman-laman web tertentu yang entah betul entah tidak ceritanya.

Anda tidak perlu terkejut kerana inilah laman-laman web yang paling popular dan paling ramai di kunjungi oleh mereka yang mudah termakan hasutan pihak-pihak yang sengaja mahu memfitnah menghina, mencaci dan memburukkan kerajaan sendiri. Sesiapa juga boleh menulis dan menyampaikan apa yang dirasakan menerusi Internet ini. Mereka fikir politik ini satu benda yang boleh kita seronok macam membaca majalah hiburan?

Akhirnya tulisan semacam ini samalah macam mempercayai cakap-cakap di kedai kopi. Bukankah e-mail dan Internet itu satu bentuk kedai kopi alaf baru? Hairan, pelik dan ajaib tapi benar. Bayangkan kalau bantai Anwar, biarpun apa yang ditulis itu adalah fakta yang betul, argumen yang munasabah dan masuk akal, namun bagi sesetengah mereka yang bergelar intelek sekalipun, sukar untuk mempercayainya terutama mengenai Anwar yang didakwa meliwat Saiful Bokhari walaupun Saiful sudah bersumpah di dalam masjid.

Mereka menjadi kurang rasional seperti ketika Anwar terlantar di dalam penjara. Mereka yang menyimpan gambar Anwar yang lebam mata dalam bilik tidur, bilik tamu, bilik dapur dan bilik mandi macam gambar Shah Rukh Khan dan Siti Norhaliza akan bersimpati yang amat sangat terhadap Anwar yang menjadi idola yang didewa-dewakan.

Mereka kecewa kerana kononnya Anwar adalah merupakan pejuang Islam yang sudah disingkirkan dan teraniaya. Bagi mereka seolah-olah Anwar itu maha suci, maha bersih. Anwar sudah dijadikan macam Imam Mahadi. Nabi Musa buat dosa tumbuk orang sampai mati, begitu juga Nabi Ibrahim yang kata berhala besar yang pecahkan berhala kecil.

Betulkah Anwar ini seorang pejuang Islam yang tulin? Setahunya jika seorang pejuang Islam tidak akan membuat kerja mengarut, mencaci dan menghina dan menghasut rakyat agar membenci pemimpin kerajaan tak kira didalam dan diluar negeri! Ibnu Taimiah di dalam bukunya Pentadbiran Politik Islam menjelaskan: "Bahawa urusan pemerintahan (politik) adalah merupakan salah satu kewajipan yang paling penting dan ulama dalam agama Islam".

Malah tidak ada agama tanpa pemerintahan (politik) kehidupan manusia tidak akan sempurna tanpa wujudnya masyarakat kerana fitrah mereka yang saling memerlukan antara satu sama yang lain. Oleh yang demikian mereka harus mempunyai pemerintahan. Berdasarkan kata-kata ulama Islam ini, kita terpaksa bertanya apakah perbuatan Anwar dan kuncu-kuncunya itu berlunaskan prinsip-prinsip politik dalam Islam? Takkanlah benda macam ini pun Anwar tak tahu. Kata rapat dengan para ulama Islam. Mana pergi Hassan Albana, Syed Kutub, Yusuf Qardawi?

Itu baru disentuh sedikit perihal kepimpinan dalam Islam. Belum lagi kita bercakap pasal "KEADILAN".

Bila kita sentuh sedikit pasal "keadilan" ini, bila menyebut pasal "adil" dan "tak adil", apakah mereka terlupa bahawa Anwar yang sudah jadi raja banduan menerima layanan yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa sebelum ini, termasuk Allahyarham Dato' Harun Idris dan Dato' Mokhtar Hashim. Adilkah ini namanya? Sejak bila pula Jabatan Penjara Malaysia memperkenalkan sistem kelas-kelas di dalam penjara?



Apakah mereka juga terlupa bahawa Anwar telah diberikan kesempatan untuk membela dirinya di mahkamah terbuka? Patut ke disebabkan Anwar dan para peguamnya gagal untuk membuktikan yang dia tidak bersalah maka kita salahkan pula sistem kehakiman dan kerajaan? Kalau mereka boleh menerima keputusan-keputusan yang dibuat oleh mahkamah, mengapa tidak Anwar dan para penyokong beliau?

Apakah keistimewaan Anwar sehinggakan keputusan yang dibuat oleh mahkamah perlu dicabar akan kewibawaannya ketika itu atau apakah kes Anwar ini perlu di bawa ke mahkamah khas? Pulau Pinang tak ada raja. Anwar nak jadi kerabat siapa? Mentang-mentang dia pernah disebut sebagai Subramaniam, nama dewa Hindu maka dia perlu disembah dan dipuja macam tuhan? Macam mana nak tegakkan keadilan kalau Anwar saja yang dianggap betul dan orang lain terutamanya yang tidak berpihak kepada Anwar dianggap salah?

Macam mana nak tegakkan keadilan menerusi parti bernama "KEADILAN RAKYAT" kalau makna "keadilan" yang paling asas pun tidak dapat difahami akibat dipengaruhi oleh emosi?

Ini yang menjadi persoalan dan yang lebih pelik lagi ialah apabila PAS sanggup bersubahat dengan orang-orang yang kufur nikmat semacam ini dan sedia pula menerima amanah untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mempengaruhi ahli Parlimen untuk mendapatkan majoriti walaupun perjuangan politik Anwar sudah tergelincir jauh dari landasan prinsip politik, kepimpinan dan kenegaraan Islam.

Hati-hatilah 'sikit brader', ini bukannya sekadar tergelincir rel keretapi. Tergelincir rel keretapi tak sama dengan terpijak kulit pisang. Tergelincir politik Melayu jadi hamba abadi dalam negerinya sendiri.

Bolehkah kita bersekongkol dengan pemimpin Melayu yang sanggup jual Melayu sebab nak jadi Perdana Menteri. Tan Sri Khalid Ibrahim yang nak buka UiTM pada orang bukan Melayu tu dari parti mana? Kenapa Anwar tak kutuk Majlis Peguam kerana mahu menganjurkan Forum yang tajuknya seolah-olah menghina Islam?

Islam adalah 'a complete way of life', cara hidup yang paling sempurna. Kalau terlibat dengan liwat, rasuah dan segala macam kemungkaran, sempurna ke? Islam adalah juga faktor dan Islam adalah matlamat yang tidak boleh dipisahkan dari politik Melayu, baik oleh PAS mahupun UMNO. Islam merupakan potensi kekuatan bangsa Melayu.


Islam tidak menganjurkan permusuhan dan perpecahan sesama sendiri. Sikap angkuh, sombong dan mendabik dada yang ditunjukkan oleh sesetengah pemimpin PAS dan PKR adalah juga dilarang keras oleh Islam. Kita mesti mempunyai sikap toleransi, tolak ansur dan mesti menghormati undang-undang. Ikut suara majoriti.

Macam mana kalau Pakatan Rakyat memerintah nanti, orang tidak hendak ikut undang-undang kerajaan Pakatan? Kita memerangi sikap negatif bukan institusi. Islam tidak menyuruh kita menolak politik dan aspek-aspek kehidupan yang lain. Malah Islam menganjurkan segala kebaikan.

Kebaikan yang dianjurkan dalam Islam itu bermula di peringkat individu. Jika individunya baik, maka barulah pentadbirannya baik. Bila pentadbirannya baik barulah negaranya menjadi baik. Tapi individu yang jadi idola sudah dibicarakan atas tuduhan meliwat dan 'terlepas' kerana kesilapan teknikal! Malah peguam beliau sendiri mengatakan 'liwat' berlaku secara suka sama suka?

'Baik' di sini bukan bermaksud menunjukkan perangai yang baik atau mempamerkan pakaian-pakaian yang baik yang bercirikan Islam. Tapi otak juga mahu baik. Kalau tak ada otak yang baik macam mana nak memperkembangkan agama Islam? Macam mana nak majukan negara? Macam mana nak pastikan setiap rakyat dapat hidup dengan sempurna?

Kalau sekadar perangai sahaja nampak baik dan setakat pakaian sahaja baik di mata Islam tapi otak tak sebaik mana, tak usahlah berangan-angan nak jadi pemimpin politik. Jadi ulama ajar fardu ain, tauhid dan Al-Quran adalah lebih bermanfaat, mendapat ganjaran pahala yang besar dan terlepas dari persoalan tanggungjawab kerana gagal memimpin ummah.

Ingatlah, nak jaga, nak beri makan 27 juta rakyat, nak memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka, satu kerja yang senang ke? Tidak dinafikan bahawa terdapatnya perbezaan pendapat, cara dan pendekatan adalah dibenarkan oleh Islam. Pertembungan antara PAS dan UMNO, UMNO dan PKR ialah pertembungan antara kaedah dan cara yang saling berbeza.

Perbezaan pendapat dan cara diizinkan. Ini bukan masalah usul (umbi, utama) tetapi masalah furu' (cabang). Pendekatan menuduh dan menafikan kesahihan aqidah dan keimanan pihak lain kerana perbezaan pendapat adalah satu kezaliman dan kemungkaran yang merosakkan perpaduan ummah.

Dalam hal kafir mengkafir ini cuba kita baca satu pandangan pakar pengkaji Islam, Bernard Lewis yang merupakan seorang Profesor Emeritus di Princeton University, Amerika Syarikat dalam buku beliau The Political Language of Islam.

Katanya: Al-Ghazali (d.1111), in an essay on the criteria of' distinction between Islam and heterodoxy, speaks with contempt of those "who would constrict the vast mercy of God to his servants and make paradise the preserve of a small clique of theologians." It is a common practice of theologians, he notes, to use takfir - denouncing someone as a kafir - against their rivals and opponents. This he strongly disapproves. A Muslim, he observes, who becomes a kafir is an apostate, and apostasy is a criminal offense under the law, with severe legal consequences. Such charges should not, therefore, be lightly made.



Tidakkah kita merasa amat sedih dulu kisah amalan 'kafir mengkafir' masih lagi berlaku, hari ini 'maki memaki' dan mencarut pemimpin masih lagi menjadi amalan pembangkang. Patutnya PAS membantu menyeru umat Islam di Malaysia ini agar memberi perhatian kepada soal perpaduan ummah, penguasaan ilmu sains dan teknologi, pencapaian ekonomi dan persediaan tercanggih dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang sentiasa mengintai peluang untuk melemahkan mereka.

Kalau nak memilih pemimpin untuk jadi Perdana Menteri, janganlah pilih Anwar Ibrahim. Bagi mereka ini dicadangkan agar mereka baca balik Al-Quran dan tafsirannya mengenai "keadilan". Tapi janganlah menterjemahkan Al-Quran untuk kepentingan puak dan peribadi sendiri saja. Ini tak adil. Kalau dah baca, baca sekali lagi, fahamkan betul-betul. Jangan biarkan emosi mempengaruhi fikiran. Kalau sukar juga nak faham, bertafakur, beristiharah, bermeditasi serta minta hidayah daripada Allah swt.

Sebelum Anwar dipecat, ramai penyokong-penyokong Anwar termasuk Anwar sendiri yang mengaku bahawa Mahathir hebat dan bijak serta berjasa. Kritik terhadap Pak Lah yang disuarakan secara senyap-senyap pun ada juga. Dan yang memuji Pak Lah sebagai Mr. Clean pun ramai juga. Tetapi takkanlah setelah Anwar keluar dari penjara tiba-tiba sahaja sudah tidak ada kebaikan lagi yang harus dikaitkan dengan Pak Lah.

Kenapa Melayu mesti benci Melayu? Tak salah kita memperjuangkan nasib kaum lain, tapi jangan hina pemimpin Melayu yang menjadi 'institusi' negara. KeADILan cuba menimbulkan huru-hara dan kekacauan dengan mengadakan demontrasi jalanan. Kenapa Anwar mesti jadi seperti anjing tersepit? Sudah terlepas, gigit tuan. Apakah ini moral yang baik?

Ada kalanya jika kita perhati dan meneliti, kita akan dapati ramai yang terlupa hidup di atas muka bumi ini tak ubahnya sebagai satu sandiwara. Siapakah kita sebenarnya? Kita menudingkan jari ke arah orang lain, melabelkan manusia dengan berbagai-bagai gelaran, tapi kita sendiri bagaimana? Takkanlah pendapat kita saja yang betul? Telinga kita ada dua, mata kita ada dua, dengar dan pandang dari dua sudut. Baru adil namanya.

Beranikah penulis-penulis yang menjadi ahli PAS mengkritik Tok Guru, Ustaz dan ulama mereka, begitu juga dengan PKR? Kalau hebat sangat, cubalah kritik pucuk pimpinan parti sendiri pula sebelum mengkritik pemimpin Barisan Nasional. Macam ini barulah boleh dianggap berani dan bergelar wira.

Beranikah penulis-penulis yang menjadi ahli PAS, berani kritik kedua-dua belah pihak sekali. Janganlah asyik nak kritik kerajaan saja dan orang Melayu-Islam terutamanya ahli UMNO saban hari didalam lidah rasmi mereka, Harakah. Mana perginya soal ekonomi, kemasyarakatan, kenegaraan dan terutama sekali Islam bagi membantu dalam membangunkan negara ini? Boleh dikatakan peratusan kecil sahaja yang dipaparkan di dalam Harakah, itu pun syarahan dan pandangan dari Haji Hadi dan beberapa individu yang majoritinya mempunyai agenda hanya caci-maki politik dan Melayu.

Adakah PAS sesuai menjadi contoh kepada umat Islam atau hanya berselindung disebalik simbol perwatakkan alim dan jubah untuk menegakkan syiar Islam? Dalam masa yang sama semua pancaindera tidak mempamerkan keIslaman.

Ini penulis-penulis PAS dan PKR jadi lidah PAS dan PKR sahaja tapi dalam waktu yang sama mempertikaikan kebebasan akhbar milik BN. Wartawan Islam mana boleh macam itu. Kepada wartawan-wartawan ini, mereka sepatutnya mesti jadi macam lensa kamera. Jangan jadi macam laman web yang boleh ubah-ubahkan gambar sekehendak hati sendiri. Orang hitam jadi putih, orang berpakaian dibogelkan. Beranikah mereka membongkar penyelewengan dan korupsi dalam kerajaan PAS Kelantan?

Roh kita berasal dari Tuhan yang satu dan kita akan kembali kepada-Nya jua. Ramai di antara kita yang mengaku kelslaman masing-masing tapi yang disembah masih juga ego diri. Yang ditakuti adalah bayang-bayang kita sendiri. Yang ditaati adalah perintah dan kemahuan nafsu kita sendiri serta kata-kata pemimpin yang kita sayang dan puja setiap hari. Kenapa?

Alangkah baiknya kalau mereka mahu bertanya: Mengapakah Allah menimpakan malapetaka ke atas manusia seperti Anwar? Kenapa dia memperjuangkan Islam tapi boleh jadi hina macam itu sekali? Dan kenapa dia tak dapat jadi PM sedangkan di zaman Mahathir dia cuma perlu jalan selangkah lagi? Apakah kita tak percaya dengan qada dan qadar? Rukun iman kita lima perkara sahaja ke?

Tahukah kita apa erti kifarah? Apa erti hukum karma? Sebesar zarah atom kebaikan yang kita buat balasannya setimpal dan begitu juga dengan kejahatan. Kalau benar-benar beriman terimalah semua ini sebagai qada dan qadar, satu ujian dan cubaan Tuhan. Tetapi kenapa ada orang yang tak dapat terima ketentuan Tuhan terhadap Anwar? Malah ada penyokong, kalau betul pun Anwar Al-Buntuti, mereka tetap mahu Anwar sebagai Perdana Menteri. Bukankah Allah swt beserta dengan orang-orang yang benar.

Kita orang Islam, kita percaya pada akhirat, kita percaya pada hari pembalasan. Kalau balasannya tak kena di dunia, di akhirat pasti kena juga. Itulah paradigma kita. Sejauh ini apa yang berlaku ke atas Anwar menampakkan satu kezaliman disebabkan beliau dibicarakan di mahkamah sivil. Tak ada empat saksi yang boleh membuktikan kes liwatnya. Tapi bila sudah nyata Anwar telah berbohong, keraguan sudah tertanam di hati orang ramai. Anwar bukan maksum, bukan wali, setakat jadi wali YB Nurul Ezzah kahwin bolehlah.. Dia cuma manusia biasa. Kalau segala-galanya telah rosak bagi Anwar, beliau harus sedar bahawa itulah jawapan kepada soalan di atas.

Sudah semakin jelas, siapakah Anwar dan apakah stand Anwar terhadap Islam serta siapakah guru-guru Anwar? Kenyataan Anwar baru-baru ini yang menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel mula mendapat reaksi yang berbeza dari rakyat. Kata dua yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas mula menimbulkan perbalahan antara penyokong parti tersebut dengan Parti Keadilan Rakyat!


Guru Anwar bukan Haji Hadi atau Nik Aziz, tetapi kaum orientalis yang menetap di Amerika. Buktinya kenyataan media John L Esposito dan John O Voll yang disiarkan dalam Malaysiakini yang menyokong seratus peratus Anwar. Siapa John L Esposito dan John O Voll?

John O Voll adalah Kristian, mendapat pendidikan di Dartmouth College (1958), master dan Ph. D dalam bidang Middle Eastern Studies di Harvard University (1960-1969). Kepakaran beliau dalam bidang sejarah Islam dan pernah menjelajah ke seluruh pelusuk negara Islam untuk memahami sejarahnya. Beliau juga pernah tinggal di Cairo, Beirut,dan Sudan.

John L Esposito juga seorang Kristian, mendapat master dalam bidang agama (theology) di St Johns University. Pada 1974, menyambung PhD di Temple University, Pennsylvania, di bawah seliaan Almarhum Prof. Dr Ismail Al Faruqi (mentor Anwar dan pengasas the International Institute of Islamic Thought-IIIT)

Kepakaran Esposito dalam bidang agama khusus Islam. Kristian, Hindu dan Budhha. Di kenali sebagai 'Father Esposito' kerana kepakarannya dalam agama Kristian Katholik. Pernah menjadi pensyarah di the College of the Holy Cross (Catholic), Jesuit college di Massachusetts.

Semasa di Holy Cross, beliau menjawat the Loyola Professor of Middle East Studies position, iaitu pengerusi Jabatan Agama (the Department of Religious Studies, dan Pengarah Pusat Pengajian Antarabangsa di Georgetown Universiti. "Anwar Ibrahim of Malaysia suggests a pluralist solution that recalls the convivencia, the living-together, of Islam's golden age in Spain and Sicily, where Muslims lived as neighbors with Christians and Jews. He embraces some modernist ideas, including the "information revolution" and equal rights for women" . - Esposito

Fikir-fikirkan lah. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

The Unspinners

Posted: 17 Feb 2012 11:41 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 17 Feb 2012 11:34 PM PST

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Je cette juste rester un jour d’avance de suis question

Posted: 17 Feb 2012 12:39 PM PST

J’avais l’habitude de ne les pas soins à l’égard de jeux poker gratuit.

Cela seul me donne envie de vérifier touis les jeux demo machines à sous. Voici comment faire pour éviter d’être inquiet quant à l’avenir. Il tutoriel d’aller légitimes suffit sur machine a caca comme un jeu de monopoly. Il n’ya pas de pénurie de départ face à ce sujet longues. La plupart des gourous certainement hochent la tête à cela. Voici comment faire pour atténuer constante pertinentes inquiétant de jeu de poker video avc wild jokerg gratuit sans telechargement ou je suis impatient de cette année. J’ai été impressionné. Je me sens très heureuse ce soir. Il est comme ébahir camarades ne peuvent pas suivre une affaire trop complexe fréquent jeu world series of poker hold’em iphone niveaux.

Ce que j’ai vraiment attardé sur est de savoir comment se déplacer jouer nouveau casino top game machine a sous leprechaun ou cette tranche précise passé à vous. Ce genre d’honnêteté va long riflard chemin. Grâce ce moyen demandée débutants jeter les doigts sur TIPTOP lignes truc pour black jack les ? Je pensais que citoyenneté plupart des masses sera la recherche de jeux de hulk et iron man parce que vous décidez de faire quelque chose ayant trait à mon point particulier. Mon hypothèse est basée autour de mon intégristes personne n’a un dégoût approprié pour machines a sous gratuites sans telechargement et sans inscription. Vous savez, c’est aussi m’a fait penser à mon propre de jouer a la machine a sous zeus. Toutefois, poker gratuit en ligne sans argent sans inscription francais entame y inclure.
Les gens du commun ont été connus pour apporter des hôteliers dans leur vie, tout en profitant de ce que casino en ligne777 a à offrir.

C’est artisanat prévu. Nous nous sentons protégés. C’est le de lever votre jeu. Il théorèmes de n’ya durable sévir ce département. Cela fonctionne bien et c’est tout ce daté j’ai besoin. C’est entretien comble. Rappelez-vous ceci. Pourtant, je serai! Certains jeux gratuit machines a sous peut erratique. C’est difficile et les gardes riches le savent déjà. C’est ce dérogations germane ressens à je jeuxde machine a sous. Oh, nous darder qu’elle est, n’est-ce pas ?
machine video gratuit fait la même chose.
C’est collègue comme pourquoi, affirme, personne n’est indispensable. Vous pouvez penser que je suis resté trop longtemps à la foire et disons que je rencontre avec un ami, je n’ai pas vu depuis un moment et je lui dis sur machines a sous gratuits sans telechrgement.

Vous devez vous encourageons à examiner votre discrétion mais il est l’un des plus recherchés après les Nobel site de jeux gratuit. Il dit rien. machines a sous gratuits 25 lignes, Massy part, sont les plus prisés de vos moyens. Commencez votre quête avec un bonus casino gratuit sans telechargement 770 vraiment cool, c’est qu’il est tout à germane jeux de carte gratuits en ligne et sans inscription.

Vous n’avez pas besoin d’un diplôme en machines à sous gratuite a night out à apprendre à ce sujet cependant, nous devons rester dans le illustrant réel. Dans ce certaines toutefois, jeux gratuits de machines a sous fautes en haut de la place. C’est certainement la peine, mais je vais cadavre besoin de trouver un équilibre en quelque sorte. Si machines à sous vidéo résout mon problème, il peut résoudre le dilemme de mon parcimonieux aussi.
Pour vous séparer de copains que vous aurez découvrir quelque aient de différent à s’accrocher. L’aspect le plus saillant de réfléchir, c’est que: j’ai beaucoup à apprendre touchant jeux incredible. Cela pourrait être un bon investissement devise long terme.

Panglima Perang Cyber

Posted: 17 Feb 2012 11:32 PM PST

Panglima Perang Cyber

Panglima Perang Cyber


Video Jenaka - Hitler Marah Anwar Menari

Posted: 17 Feb 2012 07:35 PM PST

Published with Blogger-droid v2.0.2

Penjelasan Lengkap Skim Khas Pembelian Rumah PPR-MTEN, PA DBKL Yang Menguntungkan KWSP cc @NajibRazak

Posted: 17 Feb 2012 05:57 PM PST

DENGAN NAMA ALLAH MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG 

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD SAW DAN KELUARGA BAGINDA SEKELIAN


Sebelum membaca fakta berkenaan projek dimaksudkan, sila baca berita oleh Mstar Online  pada 8 Feb 2012 yang lalu tentang perkara ini.

Skim Khas Pembelian Rumah PPR-MTEN, PA DBKL Tidak Libatkan KWSP


KUALA LUMPUR: Skim khas pembelian rumah Program Perumahan Rakyat-Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (PA DBKL) tidak melibatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan pinjaman kepada individu, kata Timbalan Ketua Eksekutif dan Ketua Pelaburan KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Beliau berkata peserta yang berminat perlu memohon terus kepada Kementerian Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar dan bukannya KWSP.

Katanya KWSP kini masih dalam perbincangan dengan syarikat tujuan khas (SPV)di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan (SPV Yayasan WP) untuk memberikan pinjaman dengan syarat-syarat sedang dimuktamadkan.

"KWSP ingin memberi jaminan kepada pencarum bahawa semua pinjaman yang diberikan KWSP kepada kerajaan Malaysia atau agensi kerajaan lain dibuat berdasarkan pertimbangan komersil dan dengan jaminan yang bersesuain untuk melindungi kepentingan pencarum," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Kenyataan itu bagi menjelaskan kebimbangan orang ramai mengenai skim pinjaman itu seperti mana yang diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berhubung penjualan perumahan awam kepada peserta yang layak.

Raja Nong Chik ketika sesi taklimat skim tersebut pada Jumaat lepas dilaporkan berkata melalui pinjaman bercagar itu KWSP dijangka menikmati kadar keuntungan 5.5 peratus setahun daripada pembiayaan RM1.5 bilion dalam Skim Pembiayaan Khas untuk membolehkan penyewa berkelayakan membeli rumah dikendalikan DBKL.

Skim khas pembelian rumah PPR-MTEN dan PA DBKL yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Disember lepas bertujuan membantu penyewa sedia ada mendapatkan sumber kewangan bagi membeli rumah-rumah yang ditawarkan.

Skim itu akan bermula Mac ini dan pembeli dijangka menandatangani surat perjanjian jual beli mulai Mei depan.

Shahril Ridza berkata pada asasnya syarat-syarat yang sedang dimuktamadkan itu melibatkan kemudahan awal sebanyak RM300 juta dengan pinjaman selanjutnya akan diluluskan atas budi bicara Panel Pelaburan KWSP tertakluk kepada prestasi memuaskan pengendalian akaun oleh SPV Yayasan WP, dengan kemudahannya akan disemak semula 12 bulan selepas tarikh bayaran terakhir daripada jumlah RM300 juta yang dibuat.

Beliau berkata dalam kes itu, SPV Yayasan WP akan mengadakan urusan pajakan (Skim Ijarah) dengan peserta individu dan hak milik rumah-rumah tersebut kepunyaan SPV Yayasan WP sehingga urusan pajakan di bawah Skim Ijarah diselesaikan sepenuhnya oleh peserta terlibat.

Katanya pinjaman kepada SPV Yayasan WP adalah terjamin kerana semua unit rumah akan dicaj atau diuntukkan oleh SPV Yayasan WP kepada KWSP dengan perlindungan jaminan sekurang-kurangnya dua kali ganda amaun pinjaman.

Shahril Ridza berkata terdapat penahanan tunai sebanyak 25 peratus daripada pembayaran pinjaman KWSP kepada SPV Yayasan WP yang akan disimpan dalam akaun rizab kecairan yang diuntukkan kepada KWSP bersama-sama dengan semua peruntukan aliran tunai.

"Syarat-syarat perjanjian pinjaman juga dalam risiko boleh diterima KWSP kerana ia dicagarkan terhadap aset dan aliran tunai dengan jaminan yang sesuai ke atas pembayaran balik pinjaman yang dibuat dengan KWSP difahamkan SPV Yayasan WP hanya akan memilih peserta yang mempunyai rekod bayaran sewa yang baik," katanya.

Beliau berkata bagi memastikan akaun individu diuruskan dengan baik SPV Yayasan WP juga diminta melantik institusi kewangan yang bersesuaian untuk menguruskan pentadbiran skim tersebut.

Katanya berdasarkan syarat dan aturan jaminan yang telah dikemukakan, KWSP dilindungi sepenuhnya dan kadar keuntungan tahunan sebanyak 5.5 peratus yang dikenakan adalah wajar.

"KWSP sentiasa menyedari kepentingan pencarum dan ingin menegaskan bahawa simpanan persaraan mereka dilaburkan secara berhemah dalam rangka kerja urus tadbir yang baik dan menerima pakai profil risiko pulangan yang konservatif," katanya. - BERNAMA

http://mstar.com.my/ 


Berita Harian juga melaporkan di sini http://www.bharian.com.my/ :

KWSP tiada pinjaman skim khas rumah DBKL
Oleh S Anand Kumar

2012/02/09

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam menjelaskan Skim Khas Pembiayaan Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, tidak membabitkan pemberian pinjaman kepada individu. 

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pelaburan KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata peserta yang berminat terhadap skim itu perlu memohon terus kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan bukan KWSP.

Beliau berkata, KWSP kini dalam perbincangan dengan syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) untuk memberikan pinjaman dengan syaratnya sedang dimuktamadkan.

"Pada asasnya, syarat itu membabitkan kemudahan awal sebanyak RM300 juta dengan pinjaman selanjutnya akan diluluskan atas budi bicara Panel Pelaburan KWSP, tertakluk kepada prestasi pengendalian akaun oleh syarikat tujuan khas berkenaan. 

"Kemudahan itu akan disemak semula 12 bulan selepas tarikh bayaran terakhir daripada RM300 juta itu," katanya dalam satu kenyataan di sini. 

Minggu lalu, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan dana RM1.5 bilion daripada KWSP yang akan digunakan untuk skim itu bagi rakyat berpendapatan rendah tidak akan menjejaskan pencarumnya. 

Perdana Menteri berkata, skim dicadangkan tidak menjejaskan kepentingan KWSP kerana sekiranya pembeli tidak mampu membayar balik atau tidak membayar balik, rumah itu akan dijual di pasaran dengan harga lebih tinggi. 

Beliau mengulas kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang mendakwa kerajaan menggunakan dana KWSP untuk menyembunyikan kadar hutang negara, selain mendakwa skim itu akan menjadi punca Malaysia mengalami krisis kewangan. 

Shahril Ridza menjelaskan semua pinjaman yang diberikan KWSP kepada kerajaan atau agensinya dibuat berdasarkan pertimbangan komersial dengan jaminan yang bersesuaian untuk melindungi kepentingan pencarum. 

"Dalam kes ini, syarikat tujuan khas di bawah YWP akan mengadakan urusan pajakan (Skim Ijarah) dengan peserta individu. Hak milik rumah kepunyaan syarikat itu sehingga urusan pajakan di bawah Skim Ijarah diselesaikan peserta. 

"Pinjaman syarikat tujuan khas itu adalah terjamin kerana semua unit rumah akan dicaj atau diuntukkan oleh mereka (SPV) kepada KWSP, dengan perlindungan jaminan sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah pinjaman," katanya. 

Di samping itu, katanya, ada penahanan tunai sebanyak 25 peratus daripada pinjaman KWSP kepada SPV yang akan disimpan dalam akaun rizab kecairan yang diuntukkan kepada KWSP bersama dengan semua peruntukan aliran tunai. 

"Syarat perjanjian pinjaman juga dalam risiko boleh diterima KWSP kerana ia dicagarkan terhadap aset dan aliran tunai dengan jaminan yang sesuai ke atas pembayaran balik pinjaman yang dibuat. 

"Kita juga difahamkan bahawa SPV hanya akan memilih peserta mempunyai rekod bayaran sewa yang baik. Kita juga meminta syarikat itu melantik institusi kewangan untuk menguruskan pentadbiran pinjaman bagi memastikan akaun individu diuruskan dengan baik," katanya. 

Shahril Ridza berkata, di bawah cadangan syarat perjanjian, DBKL akan membeli balik rumah itu bagi mendapatkan aliran tunai untuk membayar balik pinjaman jika peserta tidak membayarnya. 

"Berdasarkan syarat dan aturan jaminan yang KWSP kemukakan, KWSP dilindungi sepenuhnya dan kadar keuntungan tahunan sebanyak 5.5 peratus yang dikenakan adalah wajar," katanya. 

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Khalid Atan, berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan KWSP pada 16 Februari ini bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai skim berkenaan. 

 

TAKLIMAT SKIM PEMBIAYAAN KHAS PENJUALAN RUMAH PERUMAHAN RAKYAT DBKL 

Panglima bersama dengan Unit Media Baru Pemuda Umno Malaysia bertuah dapat bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik di Kelana Jaya dua hari lepas untuk sesi bersama penggiat media sosial untuk menerangkan isu skim pembelian rumah yang dibiayai KWSP yang hangat digunakan oleh pembangkang khususnya Nurul Izzah untuk memburukkan usaha murni kerajaan. 

Memandangkan banyak fakta dikemukan dan memerlukan masa yang agak panjang maka hanya pagi ini artikel berkenaan berjaya disiapkan walau ditulis sejak semalam. TIdak guna artikel yang tidak lengkap dan kemas disiar jika mahu mengejar masa. Selepas sesi selama dua jam pada malam Jumaat tersebut, kami telah mendapat gambaran cukup jelas tentang isu yang sedang hangat dimainkan oleh pembangkang. Berbagai soalan telah ditanyakan dan berikut maklumat yang kami perolehi. 

Sejarah : 

Para penyewa berhasrat mahu membeli rumah DBKL. Ada antara mereka sudah 30-35 tahun menyewa. Ada pemimpin yang telah menjanjikannya untuk dijual. Maka, apabila Menteri Wilayah Datuk Raja Nong Chik sebaik sahaja dilantik telah menjadikan perkara menjual rumah DBKL sebagai agenda pertama beliau. Ia akhirnya telah dipersetuju oleh Perdana Menteri. Keseluruhan rumah yang ingin dijual ialah 44,146 dan telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada 11 Julai 2009. Rundingan dibuat dengan bank untuk membantu penyewa memiliki rumah tersebut namun gagal. Lalu skim khas ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada penyewa yang mampu membayar bulanan namun tidak diluluskan pinjamannya oleh pihak Bank kerana masalah tidak cukup kelayakan. 

Dari jumlah yang ingin dijual sebanyak 4,988 telah Berjaya dibeli oleh penyewa. Dengan 716 oleh persendirian manakala 4272 lagi melalui bayaran tunai atau KWSP. 

Pada 7 Oktober 2011 kelulusan pertama jemaah Menteri telah diperolehi. Pada 18 Jan 2012 kelulusan terakhir telah diperolehi. Selepas sepuluh hari tanggal 28 Jan 2012 Perdana Menteri telah mengumumkan skim tersebut. 

Skim ini adalah satu pembiayaan mudah untuk rakyat di mana berdasarkan Private Sector Initiative (PSI) dengan diwujudkan Special Purpose Vehicle (SPV). DBKL menjual rumah kepada SPV dengan pembiayaan sebanyak 5.5 peratus dikenakan. Manakala SPV akan menjual rumah secara sewa beli atas konsep syariah bernama Ijarah Muntahiyyah Bittamlik. Caj yang dikenakan 1% ke atas pembeli adalah untuk digunakan bagi tujuan pembinaan PPR yang baru dan juga untuk kos penyelenggaran. 

Jika gagal membayar ansuran bulanan pembeli akan diminta keluar dari rumah dan pihak SPV akan menjual kembali rumah tersebut kepada DBKL. 

Berapakah harga rumah ? Antara 25 – 40 k seunit. 

Dalam hal ini pihak DBKL akan jual harga yang sama SPV dan pembeli juga akan membeli pada harga yang sama kepada SPV. 

Biasanya kos guaman mencecah RM1200 untuk setiap unit rumah saiz yang dijual oleh DBKL namun dengan rundingan pihak DBKL maka ia dikurangkan kepada RM600 sahaja. 

Menariknya cukai juga dikecualikan. Ia termasuk bayaran insuran rumah yang akan membayar baki pinjaman jika peminjam meninggal dunia. 

Pinjaman yang ditawarkan sehingga 25 tahun. 

Buat masa ini 2000 keluarga penyewa ditanggung oleh Baitulmal dan 2000 lagi Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

DBKL tidak memaksa penyewa membeli rumah tersebut dan mereka boleh terus menyewa jika tidak mampu membayar pinjaman. 

Untuk 'first-batch' penyewa yang tidak mempunyai sepanjang tunggakan akan dipilih membeli rumah yang ditawarkan. 

Pembelian ini tidak dikenakan 'down-payment' dan 'full loan' 

Usia 18 tahun ke atas tanpa had. Jika sudah tua maka pembeli boleh membuat 'co-borrower' dengan memasukkan anaknya sebagai peminjam kedua. 

Kadar bayaran serendah RM150 -300 sebulan. Jika ia disewakan kembali kepada orang lain selepas dibeli dengan kadar RM700 sebulan sudah tentu banyak keuntungan yang akan diperolehi oleh rakyat walaupun sudah tidak lagi tinggal di Bandar. 

DBKL ketika ini menangguna kos penyelenggaraan sebanyak RM200 lebih sebulan manakalan rakyat hanyat membayar pada kadar RM 124 dengan kos selebihnya ditanggung oleh DBKL. 

Kenapa perlu ada SPV ? ini kerana jika tidak ada SPV maka risiko Non Payment Loan (NPL) akan berlaku dan ia akan menjadi negative cash flow kepada DBKL. 

Kenapa KWSP ? bukan menggunakan dana Kerajaan ? 

Apabila KWSP membuat pembiayaan maka apabila pembeli menerima pinjaman dan membayarnya dengan faedah yang ditetapkan sudah tentu ia akan mendatangkan keuntungan kepada KWSP dan akan kembali kepada rakyat yang menjadi pencarum dalam KWSP. Ini adalah win-win situation kepada dua belah pihak.  Jika skim ini tdak diwujudkan, rakyat yang mampu membayar tetapi tidak mempunyai penyata kewangan yang lengkap atau tidak cukup syarat tidak akan mampu memiliki rumah sendiri.  Skim ini juga akan digunakan oleh Kementerian Perumahan Tempatan Di Selangor selepas ini. 

Jaminan projek ini tidak akan menjadi 'bad credit' dengan empat perkara berikut : 

1. Rumah yang dijual kepada pembeli, dicagar kepada EPF dengan nilai dua kali ganda 

2. Jaminan beli semula oleh DBKL jika pembeli gagal membayarnya. 

3. Dana rizab pembelian semula sebanyak 20% (redemption reserve account). Ini bertujuan memastikan 20% dari nilai jualan akan disimpan untuk pembelian semula rumah yang gagal dibayar oleh pembeli. 

4. Dana rizab kecairan sebanyak 5% (Liquidity reserve account) Ini akan digunakan jika ada kelewatan pembayaran oleh pembeli. Kerana pihak SPV akan membayar dua kali setahun kepada EPF iaitu Januari dan Julai. 


Dengan empat jaminan di atas sudah tentu tidak ada pihak perlu risau perkara ini. 

Fakta tambahan : rumah yang dibeli hanya boleh dijual atau dicagar selepas tujuh tahun. Ini untuk mengelakkan salah guna rumah oleh pihak yang mahu mengaut keuntungan. Dalam tempoh tiga tahun pembeli juga dibenarkan pindah loan kepada anak jika mahu. 

Isu member board EPF tidak mengetahui pembiayaan ? 

Jawapannya bukan semua member mengetahui kerana EPF mempunyai panel pelaburan dipanggil Investment Panel yang dipengerusikan oleh Pengerusi KWSP yang tidak melibatkan semua 'member of board' EPF. 

Harap isu ini dapat disebarkan penjelasannya kepada rakan kita di luar sana. Isu ini jelas mahu disabotaj Pakatan demi mengelakkan sokongan rakyat beralih kepada Barisan Nasional pada PRU akan datang. Bukan untuk kebaikan rakyat itu sendiri.


Terima kasih. Mohon disebarkan.


ALLAHUMMA SOLLI WASALLIM 'ALA SAIDINA MUHAMMADIN WAALIHI WASALLIM


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

Video Terbaru PM @NajibRazak Isu Pakai Kurta

Posted: 17 Feb 2012 08:27 AM PST




Published with Blogger-droid v2.0.2

Himpunan Kecam Anwar Di Pulau Pinang oleh Ahli PAS Lepas Jumaat cc @NajibRazak

Posted: 17 Feb 2012 03:27 AM PST

Pd 17Feb12 jam 1425 Satu Perhimpunan mdesak DSAI menarik balik sokongn terhadap Yahudi LaknatuLLAH di Hadapan Masjid Shaik Eusof, Jln Air Itam, Datok Keramat PP. Anjuran Ahli PAS dan PAJIM.

Hadir sramai 25 org iaitu:-
Hafiz Nordin-Ahli Himpun/bekas ahli pas

Mohd Ghani Abd Jiman-pngerusi 
Arif Ibrahim-Ahli PAS TANJONG

Ucapan Hafiz nordin

-Kt ingin mbangkang krnyataan DSAI yg mgiktiraf Israel dan sbg umat islam tidak dpt menerima kenyataan beliau

-kt ahli2 pas dan bekas2 ahli pas serta ngo harini dgn penuh bhemah menyokong Dt Nik Aziz utk DSAI mnarik blk kenyataan biadap yg mcemar kesucian islam

-kt DSAI kurang ajar dgn mnyokong israel dan kt nasib baik DSAI di malaysia jika tidak nyawanya tlh terbang

-kt dsai tlh melondeh diri beliau kpd dunia dgn celupar mnyokong israel dan inilah dsai yg sebenar2nya

-kt knp perlu tolak ansur dgn org yg mnerima israel

-kt jika bn kalah pd pru13 israel akan memerintah ngr ini dan kemungkinan pasport kita akan dibenarkan pergi ke israel

-minta jgn beri 1 undi pun kpd dsai

-kt sblm ini mrk yg br undi namun kini mrk tidak akan mberikan 1undi kpd beliau

-kt jgn padamkan kekejaman israel thdp isreal di mna dsai tlh nyanyuk dgn mnyokong israel

-minta allah br petunjuk kpd dsai krn bliau kini hatinya dgn israel.

-kt hr ini bukan suruh kempen bn tp utk mnidakkan dsai sbg pemimpin

-kt dsai sbg pemimpin yg cuba memertabatkn golongan LGBT.

-Minta pas putuskan hubungan dgn DSAI & PR krn tidak pelu lg bselindung

-kt mereka tahu dsai pbohong & pkhianat kpd bangsa dan islam.

Bantahan disudahi dgn bacaan doa pd 1445

Pc oleh Hafiz Nordin

-kt tujuan buat bantahan tidak bcanggah dgn polisi pas dan adalah siri teguran thdp PAS pusat.

-kt sehingga hari ni dsai masih tidak mnafikan/mnyaman knyataan akhbar WALLSTREET JURNAL di mn surat khabar tsbt sebuah suratkhabar tkemuka.

-kt tuhan maha kaya dgn mpamerkan muka sebenar dsai dgn mnyatakan dsai seolah2 beliau presiden amerika boleh mjamin keselamatan israel.

-kt mereka dilatih boikot brg israel & amerika dan tidak miktiraf

-Mgajak pengundi di Pmtg Pauh tidak ptt mberi undi kpd dsai krn secara pandanga peribadi dsai tlh mberi sokongan kpd israe dan bayangkan jika beliau PM nanti

-kt knyaaan Karpal Singh bkenaan Valentine Day tlh mnyakitkan hati umat islam.

-kt apa yg beliau lakukan kini adalah mnegakkan polisi PAS

Panglima :

Terima kasih kepada pemberi maklumat di atas. Hanya ejaan sahaja dibetulkan.

Artikel ini dimuatnaik semasa dalam jem giler menuju KL di Jalan Tun Razak.

Terima kasih trafik jem :)

Maksud :

kt : kata
Ptt : patut

Sesiapa mahu hantar berita boleh email panglima :

panglimaperangcyber@yahoo.com

sekupangdua

Posted: 17 Feb 2012 11:31 PM PST

sekupangdua


VETERAN KOMANDO MALAYSIA (KVKM) PERAK MENYAHUT SEMBOYAN PERANG!

Posted: 17 Feb 2012 06:44 PM PST

Pagi ni sempat sekupang menyinggah sekejap ke Hotel Hillcity bila seorang sahabat memberitahu bakal ada mesyuarat kelab Veteran Komando Perak. Memang teman nak sangat tengok wajah-wajah pejuang yang masih sayangkan negara dalam keamanan.

Majlis diserikan dengan kehadiran YB Dato' Shamsuddin bin Abu Hassan. Komer sepatutnya rasa macamana veteran komando ni bila menyanyikan lagu gerak khas. Meremang bulu roma bila mendengar suara-suara sebaya ayah-ayah kita dengan bangga perjuangan mereka tanpa minta sebarang imbuhan sebaliknya keamanan yang kita kecapi sekarang adalah hasil dari pengorbanan mereka.

Veteran Baret Hijau Perak adalah diantara negeri yang paling hebat mendapat tentangan diantara negeri oleh Komunis yang kini ada pulak yang nak mengagungkan kommunis demi kepentingan serta kemenangan parti.
Teman cukup tertarik bila Dato' Shamsuddin memulakan ucapan ' Saya amat gementar bila berhadapan dengan tuan-tuan bila nak berucap, kerana apa... Saya sebenarnya berdepan dengan pejuang, wajah-wajah inilah yang memperjuangkan negara dalam keamanannya' bagi teman inilah sebenarnya ertikata pejuang bangsa yang sebenarnya,bagi teman dapat semangat dema pun jadiler... Tak sebagai komando tapi sebagai komando perang siber... Insyallah

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 17 Feb 2012 11:22 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Solat Hajat Dan Doa Pecah Perut Untuk Hasan Ali Malam Nie....

Posted: 17 Feb 2012 11:00 PM PST


Kalau dulu pas dok gila babi meroyan asal ada je adun atau ahli parlimen pakatan yang keluar parti, maka adalah orang-pas yang nak anjurkan solat hajat dan doa pecah perut untuk orang-orang yang mereka panggil pengkhianat.

Terbaru zul nordin, pas kulim buat doa pecah perut untuk dia, tapi sampai la nie, aku tengok zul masih ok lagi, bila pulak pas nak buat solat hajat dan doa pecah perut untuk hasan ali...?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Anwar Adalah Ayah Pin & Ayah Pin Adalah Anwar...

Posted: 17 Feb 2012 09:00 PM PST


Tengok gambar di atas, persamaan anwar dan ayah pin, ini bukan gambar superimpose macam yang budak milo masam buat, ini gambar betul-betul...

Budak-budak pembangkang sampai pecah kepala nak counter gambar nie, sudahnya mereka kena buat fitnah dengan cara superimpose kan gambar najib... tak ke bodoh namanya tu...

Anwar sokong israel, anwar jadi hindu, inilah namanya pluralisme agama... manusia macam ni korang nak angkat jadi perdana menteri...?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Sokong Israel, Pendirian Anwar Kekal...

Posted: 17 Feb 2012 06:00 PM PST


Anwar kekal menyokong penubuhan negara israel walau pun dibantah oleh pas, malah anwar memperlekehkan pandangan pas dengan mengatakan, dia menghormati pandangan pas, tapi pas juga perlu hormati pandangannya.

Nah sekarang apa yang pas nak kata pulak? hari tu pas kata umno yang arahkan WSJ keluarkan kenyataan tu, tapi sekarang nie apa yang WSJ tulis tu betul- betul keluar dari mulut anwar sendiri...

Masihkah pas nak bersekongkol dan angkat anwar jadi perdana menteri?

Published with Blogger-droid v2.0.4

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 17 Feb 2012 11:07 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Dunia Akhir Zaman. Orang PAS Dengar Ceramah Agama Dari Wakil DAP.

Posted: 17 Feb 2012 09:08 PM PST

Iman.

Hidayah.

Ayat Al-Quran.

Hujah-hujah wakil DAP untuk bagi ceramah kat pak lebai PAS.



Lepas ni Ustaz Azhar pun dah tak boleh cari makan.

Ustaz DAP lagi pandai cakap maa. Ustaz DAP lagi panda takbir maa.

Padanlah golongan ulama makin terpinggir. Sebab nak ceramah agama pun PAS harapkan DAP.


*Memang patut MB Terengganu gelar PAS sebagai Parti Ajaran Sesat. Tak sesat ke dengar ceramah agama dari bukan Islam?

UMNO Ni Nak Menang Ke Tak Nak Ni?

Posted: 17 Feb 2012 07:42 PM PST


 
40,000 Ahli Pemuda Umno Belum Daftar Sebagai Pengundi

KUALA LUMPUR: Sikap tunggu dan lihat menjadi satu punca mengapa kira-kira 40,000 anggota Pergerakan Pemuda Umno yang layak mengundi masih belum mendaftar sebagai pengundi untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Exco Keahlian Pergerakan Pemuda Umno Hishamuddin Yahaya berkata kebimbangan dan sikap teragak-agak muncul di kalangan mereka yang belum menjadi pemilih, termasuklah was-was sama ada dapat mengundi atau tidak pada pilihan raya akan datang walaupun sudah mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Memang kita akui pendaftaran di kalangan anggota Pemuda Umno sekarang agak perlahan. Mereka masih ragu-ragu sama ada sempat mengundi atau tidak dalam pilihan raya umum yang sudah dekat ini," katanya kepada Bernama di sini, Jumat.

Beliau berkata terdapat kira-kira 700,000 anggota Pemuda Umno dan hanya 40,000 daripada jumlah itu yang belum mendaftar.

Hishamuddin berkata pada tahun lepas, kira-kira 100,000 anggota pergerakan sudah didaftarkan atas usaha semua peringkat, terutama di bahagian-bahagian yang menjelaskan peri pentingnya menjadi pengundi dan bukan hanya menjadi anggota parti. Justeru, katanya, semua Ketua Pemuda Umno Bahagian diingatkan supaya mendaftarkan anggota di peringkat masing-masing untuk menambah bilangan pengundi, sekali gus kekuatan parti.

"Kita mengingatkan mereka tidak kira bila pilihan raya umum akan diadakan pada Mac atau Jun atau Disember ataupun tahun depan, yang pentingnya semua bahagian perlu memainkan peranan masing-masing untuk mendaftarkan anggota Pemuda sebagai pengundi," katanya.

Beliau berkata dalam hal pendaftaran pengundi, bukan parti politik sahaja yang perlu memberikan kerjasama mendaftarkan pengundi tetapi juga usaha oleh pertubuhan bukan kerajaan dan SPR sendiri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini memaklumkan kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lepas, dengan 65 peratus daripada mereka adalah Bumiputera.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini ialah seramai 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang.

Pada 8 Feb lepas, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan hampir 400,000 anggota Umno belum mendaftar sebagai pengundi.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kata beliau, pihaknya kini menjalankan gerakan khas di peringkat Ibu Pejabat Umno untuk mengesan anggota yang belum mendaftar sebagai pengundi. -BERNAMA


*Pilihan raya adalah berkaitan dengan jumlah dan bilangan. Siapa lagi banyak undi dan mengatasi pihak lawan, dialah yang menang. Kalau 40,000 belum daftar mengundi, satu kerugian besar untuk UMNO dan Barisan Nasional.

Antara Lynas Dan Korek Pasir, Mana Satu Yang Lebih Mencemar Alam Serta Memudaratkan Manusia.

Posted: 17 Feb 2012 07:33 AM PST

Antara Lynas dan aktiviti korek pasir

Pembangkang sibuk mempolitikkan isu Lynas. Kononnya Lynas adalah sesuatu yang amat berbahaya dan mengancam nyawa manusia. Walaupun kilang Lynas akan dibina di Pahang, isu ini telah dimanipulasikan oleh pembangkang sehingga menjadi isu nasional. Malah Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan makan malam untuk mengutip derma kepada kempen anti Lynas. Apa kejadahnya negeri Selangor sibuk hal alam sekitar di negeri lain?



MyMassa cuba ambil isu korek pasir secara berleluasa sebagai timbang tara kepada isu Lynas. Kedua-duanya isu negeri. Ironinya, isu korek pasir berlaku di negeri Selangor, kerajaan negeri yang paling sibuk mempolitikkan isu Lynas. Berikut adalah 8 hujah yang MyMassa sediakan untuk menjawab isu Lynas.
  1.  Isu Lynas adalah isu masa hadapan. Ertinya kilang Lynas masih dalam pembinaan sedangkan isu korek pasir adalah isu alam sekitar yang sedang dan akan terus berlaku. Kenapa pembangkang boleh melihat sesuatu 'in future' daripada masalah di hadapan mata serta masalah di negeri yang menjadi tanggungjawab mereka?
  2. Pembangkang mendakwa lori yang membawa gas nadir bumi dijangka akan membahayakan nyawa dan kesihatan penduduk sedangkan lori membawa pasir telah lama membahayakan nyawa (akibat kemalangan) dan kesihatan (pencemaran udara) penduduk berdekatan.
  3. Jika benar Lynas menyebabkan pencemaran, ianya mungkin berlaku di kawasan berhampiran kilang serta laluan pengangkutan gas tersebut sedangkan pencemaran yang disebabkan oleh aktiviti korek pasir berlaku di seluruh negeri Selangor. Hampir setiap daerah di Selangor telah botak, gondol dan berlubang akibat kerakusan kontraktor pasir yang mendapat lesen besar.
  4. Kilang Lynas di Pahang telah melepasi piawaian antarabangsa sedangkan kawasan yang menjadi lokasi korek pasir ada di antaranya tidak melepasi standard Jabatan Alam Sekitar.
  5. Pembangkang akan membuat demonstrasi Himpunan Hijau 2.0 untuk membantah Lynas tetapi kenapa langsung senyap dan bisu terhadap aktiviti korek pasir yang jelas, nyata dan terang memusnahkan alam sekitar?
  6. Setakat ini, belum ada orang yang maut akibat pembinaan kilang Lynas tetapi seorang Datuk (Patrick Wong) dibunuh semata-mata untuk menutup skandal pasir di Selangor. Seorang DAP mati, maka DAP dan PKR serta PAS akan melalak sehingga wujudnya Suruhanjaya Diraja Teoh Beng Hock sedangkan bila  Datuk Patrick mati dibunuh kongsi gelap DAP, tiada satu suara pembangkang pun cuba menuntut keadilan untuk Datuk Patrick. Adakah nyawa Cina DAP lebih mulia dari Cina yang lain?
  7. Pembinaan kilang Lynas melalui proses yang sah dan tidak melibatkan mana-mana pemimpin politik sedangkan korek pasir telah melibatkan 2 oran ADUN PKR secara langsung dan Azmin Ali secara tidak langsung.
  8. Kilang Lynas dibina di tanah yang telah diwartakan sebagai kawasan industri sedangkan korek pasir tidak mengira tempat termasuk memusnahkan kawasan orang Asli. Mana pergi Kerajaan Selangor yang kononnya prihatin terhadap orang Asli? Adakah kroni korek pasir lebih penting dari masyarakat orang Asli. Video di bawah adalah buktinya. Penasihat Undang-undang pun bersekongkol dengan kroni pasir.


8 hujah di atas menjadi bukti betapa hipokritnya pembangkang dalam isu Lynas. Daripada mereka sibuk dengan Pahang, lebih baik mereka pulihkan keadaan alam sekitar di Selangor yang semakin teruk selepas PKR ambil alih.

Selagi muka bumi Selangor tak jadi macam permukaaan bulan, selagi tu mereka takkan berhenti korek pasir
*Jika anda merasakan 8 hujah di atas konkrit, tolong sebarkan seberapa luas yang boleh termasuk dalam twitter dan facebook. Jika ada hujah lain, sila kemukakan di ruang komen.

PANAS! Harian Metro Dedahkan Sisi Gelap Pemimpin Melayu PKR Di Selangor.

Posted: 17 Feb 2012 06:03 AM PST

Apakah sisi gelap pemimpin PKR Selangor?

Hari ini Harian Metro mengeluarkan satu berita berani mati.




Pada pandangan orang biasa, nampak seperti apa yang dipaparkan oleh Metro adalah sesuatu perkara biasa.

Jika ianya biasa, kenapa berita ini keluar di Malaysian Insider?

Untuk makluman pembaca MyMassa, salah seorang editor Malaysian Insider adalah orang kuat Azmin Ali. MyMassa telah beberapa kali memecahkan tembelang anasir Azmin yang cuba spin berita di Malaysian Insider. Contohnya di sini (http://mymassa.blogspot.com/2012/02/identiti-musang-berbulu-babi-dalam.html).

Gerakan murtad beralih ke laman sosial, hina Islam secara terbuka

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Gerakan memesongkan akidah umat Islam masih berlarutan, terbaru gerakan ini yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura menggunakan laman sosial Facebook bagi meraih sokongan masyarakat.

Dengan penubuhan kelab ini di Facebook ditambah pula penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali laman sosial ini dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan itu.

Memetik Harian Metro, gerakan itu juga terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

Bagaimanapun, mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.
baca seterusnya di sini:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gerakan-murtad-beralih-ke-laman-sosial-hina-islam-secara-terbuka/

Jawapan kenapa Malaysian Insider memaparkan berita tersebut adalah kerana salah seorang musuh Azmin Ali telah menyokong Kelab Murtad tersebut.

Ini buktinya.

Faekah adalah orang kanan Wan Azizah dan kini menjadi pegawai kepada Khalid Ibrahim. Selagi ada Faekah dalam pentadbiran Selangor, selagi itu Azmin sukar untuk mendominasi pentadbiran walaupun dia adalah ketua PKR Selangor. Oleh itu, bagi Azmin, Faekah perlu dijatuhkan.


Mari kita tunggu episod seterusnya perang saudara dalam PKR. Nampaknya Azmin terlalu berkuasa sampai Zaid Ibrahim pun menyesal menentangnya dalam pemilihan parti yang lalu. Lepas ini, siapa pula tokoh yang akan cuba dipancung oleh Azmin?

*Kuasa Azmin dalam PKR melebihi Wan Azizah sebagai Presiden. Kalau Azizah merajuk, Anwar boleh buat rilek. Tapi kalau Azmin merajuk, tak keruan Anwar dibuatnya.

Gambar-gambar Super Impose Yang Gagal. Bahagian 2

Posted: 17 Feb 2012 04:34 AM PST

 Bersambung dari bahagian 1 (http://mymassa.blogspot.com/2012/02/gambar-gambar-super-impose-yang-gagal.html).

Perhatikan gambar-gambar ini. Mungkin kesilapan-kesilapan super impose dalam gambar ini boleh dijadikan panduan untuk kantoikan gambar-gambar fitnah yang dihasilkan oleh pembangkang.


























*Pembangkang pernah fitnah calon BN di PRK Bukit Gantang sehingga menyebabkan Nizar menang. Mungkin dalam PRU akan datang, mereka tetap akan gunakan cara yang sama.

Gambar-gambar Super Impose Yang Gagal. Bahagian 1

Posted: 17 Feb 2012 02:54 AM PST



Pagi tadi pihak cybertrooper BN melalui facebook dan blog telah membongkarkan kegagalan serangan terbaru PKR.


Ekoran daripada kegagalan pihak PKR membuat super impose untuk menuduh DS Najib, MyMassa letakkan beberapa super impose lain yang gagal.




















*Gunakan ciri-ciri seperti di atas dalam gambar untuk kantoikan super impose lain yang akan dibuat oleh pembangkang untuk fitnah pemimpin BN. Bersambung bahagian 2 selepas ini.

Santai Hujung Minggu: Undi PAS masuk Syurga bukan satu GIMIK @ NikAbdulAziz

Posted: 17 Feb 2012 01:14 AM PST


Oh, patutlah suka sangat cakap undi PAS masuk syurga, rupa-rupanya Tok Guru kita ini sudah jumpa TANGGA ke PINTU syurga!!!


 
Memang "ke SYURGA" sekejap bila layan dua ROCK klasik di atas. hehehe
 
* Letih...sudah lebih 4 tahun berperang dengan fuckatan. Jom ringankan kepala sebentar dengan layan ROCK klasik ini. Lepas ini serang balik.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 17 Feb 2012 09:17 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


KASIHAN PAS...KRONIK SANGAT DAH NI !

Posted: 17 Feb 2012 06:00 PM PST

KESERAGAMAN POLISI DAP DAN PAP.

Posted: 17 Feb 2012 01:22 PM PST

CAKAPNYA SIMPLE, IDEANYA MUDAH,IMPAKNYA BESAR.

Posted: 17 Feb 2012 06:00 AM PST

NILAI DAN JENIS PERALATAN DI IBU PEJABAT PKR TROPICANA.

Posted: 17 Feb 2012 01:33 AM PST

14 JUTA DAN TERIMA KASIH.

Posted: 16 Feb 2012 10:30 PM PST

PISAU.NET

Posted: 17 Feb 2012 09:10 PM PST

PISAU.NET


Tun M Lahirkan Simpati dan Sayang Pada Mat Sabu

Posted: 17 Feb 2012 09:00 PM PST



Pisau kata "lagi banyak Mat Sabu cakap lagi baguih"

Guan Eng Bersedia Letak Jawatan

Posted: 17 Feb 2012 07:00 PM PST


Dah kantoi menipu didalam skandal 10billion ini,sudah pasti gerembolan DAP sedang menyiapkan strategi untuk menyerang balik semata mata mahu mengalihkan isu.

Ingatlah setiap langkah yang akan diambil oleh DAP demi menyelamatkan skandal 10billion dollar men ini sudah pasti bakal penuh dengan manipulasi dan putar belit fakta.Guan Eng dan Ivory harus jelaskan kepada rakyat bagaimana proses tender ini dibuat.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng mungkin terpaksa bersara dari arena politik apabila cabarannya supaya UMNO membuktikan bahawa penjualan tanah seluas 41.6 hektar di Bayan Mutiara di sini dengan harga RM1.1 bilion tidak dilakukan secara tender terbuka berjaya ditunaikan.

UMNO negeri hari ini mendesak Setiausaha Agung DAP itu mengotakan janji selepas berjaya mengemukakan beberapa bukti yang dilihat menimbulkan pelbagai persoalan terhadap proses tender terbuka tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, berdasarkan maklumat daripada laman web pemilik tanah berkenaan, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), tarikh tutup tender adalah 31 Disember 2010.

Bagaimanapun, tegasnya, menerusi laporan syarikat swasta yang berjaya memperoleh tender itu kepada Bursa Malaysia, permohonan untuk membeli serta membangunkan tanah tersebut hanya dibuat kepada PDC pada 3 Mac 2011, manakala surat persetujuan diterima 25 Julai tahun yang sama.

"Terlalu banyak perkara yang menimbulkan kekeliruan dan kesangsian besar di kalangan rakyat.

"Ini sudah cukup membawa kepada peletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri kerana tiada ketelusan dalam pentadbirannya seperti slogan Cekap Akauntabiliti Telus (CAT)," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Guan Eng hari ini mencabar Zainal Abidin dan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berundur dari politik jika gagal membuktikan penjualan tanah di Bayan Mutiara tidak dilakukan secara tender terbuka.

Beliau juga sedia berbuat sama sekiranya bukti-bukti tersebut dapat dikemukakan.

Zainal Abidin menambah, selain itu, terdapat laporan menunjukkan bahawa penilaian terhadap tanah terbabit hanya dibuat pada 3 Oktober 2011, iaitu selepas tarikh tutup tender.

Jelasnya, selagi Guan Eng tidak memberi penerangan lengkap bagaimana proses tender itu dibuat, ia dilihat sebagai rundingan terus.

"Sampai hari ini, Guan Eng belum sebut berapa ramai pihak yang masuk tender, siapa yang menilainya dan siapa di dalam jawatankuasa pemilihan tender berkenaan.

"Maklumat yang kita dapat hanya dua syarikat yang membuat permohonan. Ini jarang berlaku dalam negara ini iaitu hanya dua syarikat masuk tender terbuka," ujarnya.

Percayalah sampai mampus pun dia takkan letak jawatan,selagi boleh sakau,dia akan sakau sebanyak mungkin.

Pisau kata " Italian Job "

Gara Gara Nurul Izzah,PM Di Hentam Kaum India

Posted: 17 Feb 2012 04:30 PM PST

Berlaku satu kes di Lembah Pantai apabila satu program meraikan Tahun Baru Cina di Brickfield mendapat sambutan yang hambar.Kehadiran pada mulanya dijangka 3 ribu orang,tetapi malangnya sebaik saja ketibaan PM kehadiran hanyalah mencecah 350.

Itu pun menurut sumber, setelah dikerah semua ahli PKR Bukit Bintang supaya hadir memenuhi majlis tersebut. Anwar kan dah lama berlagak nak jadi PM,semua haprak pakatan pun kata Anwar tu PM diaorang,jom baca kejadian yang menimpa PM pakatan haprak:-

Pernahkah anda lihat rupa seorang yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri berterabur cabut bila rakyat datang minta tolong. Kalau tak pernah lihat, tengok saja muka Anwar Ibrahim, yang bergegas belah dalam sambutan majlis gegar Wilayah di Brickfields.

Ceritanya begini.

Seperti yang diceritakan sebelum ini, kehadiran Anwar dengan anaknya yang juga diangkat menjadi Bakal Perdana Menteri oleh kuncu-kuncu PKR (berapa banyak Bakal PM la ko punya family ni daa..) di Taman Seri Sentosa begitu hambar, siap dijerit-jerit pula oleh budak Cina PKR sendiri.


Mengikut jadual, Anwar sepatutnya selepas dari Tmn Seri Sentosa, terus ke Majlis di Brickfields tepat jam 4 ptg dalam gerak-gempurnya ke kawasan-kawasan Parlimen KL pada Hari Wilayah itu.


5 khemah disediakan di Brickfields dgn jangkaan 3,000 tetamu akan hadir.

Jika di Tmn Seri Sentosa, 10 khemah disediakan dgn jangkaan 5,000 dtg tapi hanya sekitar 350 yang hadir (kehadiran 7% dari jangkaan), di Brickfields pula kehadirannya pula dikira sukses untuk Program Nurul Izzah iaitu sekitar 300 org yang hadir dari jangkaan 3,000 orang (10%).


Itupun di Brickfields patut pukul 4 mula tapi Anwar dtg lambat pasal kosong, so dia pusing2 tunggu org ramai sikit. Bila orang tak ramai-ramai juga, ramai org luar yg dipaksa bergegas datang. Banyak agaknya dr Bkt Bintang, sebab nampak ramai yg pakai baju PKR Bkt Bintang.


Semasa Anwar berucap, terdengar laungan dari pengundi India, "you la penipu", "tipu kaum India".

Tapi yg paling mahal sekali ialah peristiwa semasa Anwar nak masuk kereta.

Sebelum masuk kereta, ada pakcik tua bawak baby dgn anak 18 tahun selamba datang jumpa Anwar mintak duit, "datuk seri, pls help me, want money".


Anwar jem, dan terus taichi pakcik tua ni pada kuli barunya Naib Presiden PKR N.Surendran. Anwar sendiri cepat-cepat masuk kereta dan belah. Lepas dia belah, Surendran bagi pakcik tua tu RM100. Tapi entah apa yang jadi, Surendran marah2 pakcik tu, tinggikan suara.


Entah apa yg Pakcik tu mintak tak lah dengar sangat, tapi Surendran suruh pakcik tu pergi ofis Nurul Izzah, Pusat Khidmat PKR di Lembah Pantai. Pakcik tu balas balik, dia kata dia dah 2 kali undi pakatan, dah banyak kali pergi ofis Nurul tapi tak dilayan. (Apa lah, orang Pusat Khidmat PKR ni pemalas ke hapa?)


Semasa itulah anak Pakcik tu tadi, yang menjadi tajuk Artikel ini, bersuara lantang,

Apa kata anak pakcik tu?

Selamba je anak dia cakap di depan orang ramai,

"appa i told you already appa, y u ask for help from pkr, they'll never help you, better ask from bn lah"

Jem kepala otak semua penyokong PKR di situ.

Dan yang tambah syoknya ialah bila Anwar belah, habis semua yg datang tadi dalam 300 orang, belah sekali. Tinggal lah 25-30 org.


Nurul yang memang dijadualkan berucap pun mula lah berucap, tapi tinggal
25-30 org je dgr Nurul.

Nurul oh Nurul, inilah akibatnya bila pandai berjanji dan bercakap, tapi kerja tak ada, pemalas, tahu nak glamer di luar negeri.

Memang lingkuplah nampaknya Nurul Izzah kena penangan Raja Nong Chik pilihanraya kali ini.-BeritaLembahPantai

Pisau kata " memang patut kaum India dah tak sokong PKR"

@dzainalabidin @cmlimguaneng #bayanmutiara Skandal 10billion Dollar Man

Posted: 17 Feb 2012 07:50 AM PST


Setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Lim Guan Eng tidak satu pun yang boleh dipercayai,Telah terbukti berpuluh kali sejak ketua regim DAP Pulau Pinang ini menjadi ketua menteri beliau sering kali putar belit fakta,bohong dan penuh muslihat.

Lim Guan Eng memberi 2 kali jawapan balas,malangnya 2 kali jawapan tersebut berbaur politik yang tidak menjurus kepada menjawap kepada persoalan teknikal dan mudah yang dibangkitkan oleh Pengerusi Umno Perhubungan Negeri Pulau Pinang dan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang.

Jika Lim Guan Eng seorang yang jujur,merendah diri dan tidak berbohong,sudah pasti beliau akan memberi jawapan satu persatu secara jelas,berfakta dan terang.Sebaliknya Lim Guan Eng sendiri yang merosakkan CAT yang diperjuangkan oleh regim beliau.Semuanya hanyalah bersifat kosmetik dan plastik.

Lim Guan Eng cukup terkenal dengan projek runding terus tanpa melalui tender yang telus.Kita semua harus tahu,Lim Guan Eng juga menjadi Portfolio tanah,beliau cukup arif dan tahu tentang potensi nilai tanah.Semasa masih awal menjadi ketua menteri ,Lim Guan Eng sudah terbabit dengan menjual tanah lebih murah daripada harga pasaran .

Pada 2009 Lim Guan Eng berbohong kepada rakyat membabitkan isu penukaran status daripada pajakan kepada pegangan kekal selama lamanya kepada sebidang tanah lot 408 di tengah kawasan bandar .Seperti dilaporkan tanah yang ditukar status kepada E & O Hotel terlalu murah dengan harga RM45 kaki persegi berbanding dengan harga pasaran melebihi RM250 kaki persegi.


Kemudian rakyat Pulau Pinang dikejutkan dengan pengambilan alih tanah Penang Turf Club,Runding terus projek sPICE yang membabitkan kerugian kepada kerajaan negeri berjumlah lebih RM1Billion hingga menyebabkan Ketua Cabang PKR dan Ahli Majlis MPPP Lim Boon Chang keluar parti:klik sini

Lim Guan Eng juga terbabit secara langsung dengan kerugian yang besar kepada kerajaan negeri apabila parkir kereta bertingkat di kaki Bukit Bendera mahu diruntuhkan kerana strukturnya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak JKR,Lim Guan Eng menjadi pengerusi dan memantau penuh projek ini.Kerugian lebih 5.7 juta!

Skandal tanah Tan Hak Ju jugak menyerlahkan ketidakcekapan Lim Guan Eng apabila menyebabkan kerajaan negeri kerugian 14juta sedangkan mahkamah rayuan hanya memerintahkan kerajaan negeri membayar 500 ribu.

Lim Guan Eng juga terbabit dalam runding terus dengan ECK Sdn Bhd dalam projek tambun tanah di Batu Kawan bernilai 76juta,walau pun syarikat itu mendapat kedudukan paling rendah ranking dalam senarai pembida kerana lebih mahal,namun Lim Guan Eng telah membuat runding terus terhadap syarikat ini,menariknya bukan harga tender dikurang sebaliknya dikhabarkan ditambahkan lagi peruntukan.

Akibatnya projek ini menyebabkan kerajaan negeri rugi kerana pihak syarikat terbabit tidak mengikut spesifikasi yang sebenar walau pun pada ketika ini lebih 2/3 pembayaran sudah dilunaskan kepada pihak syarikat terbabit.

Skandal RM10billion Lim Guan Eng dengan Ivory Sdn Bhd telah membuka mata ramai pihak,sebentar tadi Pisau turut mendapat perkhabaran daripada rakan DAP yang mereka turut menyambut baik langkah Umno mendedahkan skandal ini.

Ramai yang mengetahui ada yang tidak kena dengan skandal 10billion ini kerana ia dirunding secara terus dan yang menentukan siapa yang dapat adalah Lim Guan Eng sendiri.

Berlaku rundingan dibelakang tabir buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh
pemilik tanah berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.


Ivory Sdn Bhd dan Lim Guan Eng harus memberi penjelasan kerana skandal ini membabitkan hak kepentingan awam.
Umno Pulau Pinang hari ini mendesak Lim Guan Eng supaya bersara dari politik dan meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai bukti mengotakan janjinya berbuat demikian.

jika terdapat bukti bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara di sini telah dilakukan secara rundingan.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya mempunyai beberapa bukti bahawa tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu telah dijual dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat pemaju hartanah Ivory Group.

"Antara buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh
pemilik tanah berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.

"Ini dengan jelas menunjukkan urusan jual beli tanah di Bayan Mutiara itu adalah rundingan dan bukan secara tender terbuka, kita ada dokumen-dokumen berkenaan,"katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, tender terbuka untuk pembelian tanah itu tidak berlaku dalam erti kata sebenar kerana hanya terdapat dua buah syarikat yang menyertai tender itu.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak mempamerkan nama syarikat yang menyertainya dengan harga yang ditawarkan oleh mereka selepas tawaran tender tutup pada 31 Disember 2010.

Zainal berkata Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, telah mencabar bahawa beliau akan meletak jawatan dan bersara dari politik jika Umno boleh membuktikan dakwaan bahawa tanah itu dijual secara rundingan.

Tanah yang dianggap sebagai "bernilai amat tinggi" itu adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pada perkembangan lain, Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang turut mempersoalkan pembinaan rumah bertingkat setinggi 16 tingkat di Batu Kawan dekat sini kerana kerajaan negeri tidak membina rumah kos murah.

"Rumah yang akan dibina di kawasan berkenaan adalah RM72,000 hingga RM220,000, apa yang kita pertikaikan ialah mengapa tiada rumah kos murah yang berharga RM42,000 sedangkan projek itu dibina atas tanah PDC," katanya.
Pisau kata " lu sendiri cakap,kalau mau makan jangan sampai muntah,sekarang orang sudah tau lu sudah muntah,sudah busuk satu malaya"

Ustaz Fathul Bari Jawab Ahli Politik Sokong Israel

Posted: 17 Feb 2012 05:00 AM PST


Nak Jadi PM Kena Rasuah,RM300 Juta Untuk 16September,

Posted: 17 Feb 2012 12:00 AM PST


Anwar menipu ramai orang,bukan saja ahli parlimen pakatan malah seluruh penyokong pakatan terpalit dengan kencing raja pembohong.

Road Putrajaya dah bertukar road to hell kepada kesemua juak haprak pakatan,Ada cerita semasa 16 September ahli parlimen yang sanggup tempah baju melayu semata mata nak pergi angkat sumpah jadi menteri,Anwar janji hampir kesemua ahli parlimen untuk dijadikan menteri.

Insiden dikencing beramai ramai terhebat didalam sejarah politik negara membuktikan sehingga sekarang haprak pakatan tak serik serik dengan bapak pembohong dan perasuah ini. Allah akan buka satu persatu segala kejahatan Anwar hasil usaha PAS melalui solat hajat mereka.InsyaAllah.!!!


Keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, 50, menyumbangkan RM300 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan untuk menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008.

Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pernah rapat dengan Anwar mendakwa, wang RM300 juta itu sangat diperlukan Anwar ketika itu untuk digunakan sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.

"John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk tujuan tersebut melainkan Anwar mampu menjanjikan kejayaan. Tetapi bagaimana Anwar boleh memastikan kejayaan?

"Terdapat 30 Ahli Parlimen BN pada waktu itu. Jika mereka boleh menjual diri kepada satu pihak, maksudnya mereka boleh berbuat demikian ke pihak lain juga.

"John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan ia mengakhiri impian (Anwar) memasuki Putrajaya. Itu juga bermakna Anwar perlu menghadapi perbicaraan liwat kedua. Hanya satu cara beliau boleh mengelakkan (perbicaraan) liwat itu iaitu dengan menjadi Perdana Menteri, yang tidak akan terjadi sekarang," katanya.

Raja Petra dipetik berkata demikian dalam Malaysia Today melalui entri bertajuk EPISOD 8: Lelaki di Sebalik PKR (Siri 2) hari ini.

Tambahnya, hubungan Anwar dengan John Soh mulai renggang selepas keengganan ahli perniagaan itu membiayai wang tersebut walaupun kedua-dua pemimpin sebelum itu pernah bertelagah mengenai keperluan menyingkirkan Exco Selangor, Elizabeth Wong ekoran kontroversi gambar bogelnya.

"Apabila keadaan bertambah parah dan mustahil untuk berbaik-baik, John Soh dan Anwar 'berpisah.' Kemuncaknya ialah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak hampir setahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa, bangunan yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dimiliki oleh John Soh.

Dengan jumlah hutang sewa bangunan PKR sehingga Jun 2010 adalah sebanyak RM600,000, katanya, hutang sewa bangunan terkumpul parti itu dianggarkan bernilai RM1 juta.

Selain itu, menurutnya, John Soh telah membelanjakan sekitar RM30 juta untuk menaja Anwar dan PKR sejak 1998.

"Apa yang ramai orang tidak tahu, kecuali individu dalam lingkaran Anwar ialah John Soh bukan hanya pembiaya PKR. Dia adalah seorang strategis utama yang menumpukan kepada cara-cara memenangi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.-Utusan


Pisau kata " Anwar sedang menuju kehancuran"

Video Amanat Hj Hadi,Mu Kapir Kalau Tak Masuk PAS!?

Posted: 16 Feb 2012 10:30 PM PST

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieGc8LTVlHBY_drc4dtnzrQxxXy_etDvK26GKFwvwpqbbaHjCuxGiIktx-BvFlXd9o1cmuAzzZsTYoyUgCjXTsRNRO2PIiKvn3FRWU_XBy865E3dbgKZFvdvCL6jM-BaCVTGKtdQmczccf/s1600/pas+kena+ikat.jpg

Awok kena faham,politik tu bukan agama,puok PAS kata boleh jadi kapir kalau ambik agama suku politik suku.

Bila dan anggap politik itu agama,nah sekarang kita boleh tengok bagaimana khawarij PAS melacurkan agama,menghalalkan yang haram malah sanggup bertahaluf dengan harbi demi kepentingan politik.

Jom dengar amanat Hj Hadi,amanat inilah menjadi punca segala perpecahan umat Islam dinegara ini.Ada yang bercerai berai,ada yang putus saudara,ada yang solat 2 imam,hingga ada yang sanggup mencederakan umat Islam yang lain hanya kerana beranggap hanya PAS sajalah sebuah ajaran Islam yang tulen.

PAS tentang Umno katanya sebab mengekalkan undang undang penjajah,nah sekarang siapa pula yang buang hudud dan popularkan Malaysian Malaysia.

"Saudara -saudara sekelian percayalah ,Kita menentang UMNO , bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan . Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah . Oleh kerana itulah kita menentang mereka .

Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka . Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka . Percayalah saudara -saudara sekelian ,Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid . Mati kita adalah Islam .

Kita tidak perlu masuk Buddha , Kita tidak perlu masuk Hindu , Kita tidak perlu masuk Kristian , Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ' politik suku , agama suku "



Hj Hadi perlu perjelaskan kepada rakyat mengenai kenyataan beliau hak orang islam dalam negara Islam boleh jadi pemerintah,hak bukan Islam tidak boleh jadi pemerintah. Nah sekarang PAS angkat Lim Guan Eng menjadi khalifah dan pemimpin agong didalam pakatan.

Tarbiah PAS mudah,masuk PAS seolah satu penyucian diri,seolah memasuk satu tarikat ,seolah baru memeluk Islam.Kadang yang terasa nak dekat dengan agama ada malaun masuk parti PAS kononnya dah begitu hampir kepada jalan Allah,walhal kesemuanya dah kena tipu..

Ingatlah PAS tu bukan agama,PAS parti politik..politik itu bukan agama

Pisau kata "syaitan pun diaorang sanggup kawtim,apa ada hal.. "

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 17 Feb 2012 09:07 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Parasit Halalkan Aktiviti Dengan Girlfriend Di Waktu Malam

Posted: 17 Feb 2012 08:19 PM PST

Ingatkan ada Tok Guru, parasit tiada. Rupanya ada juga parasit di Kelantan.Hasan Ali menyatakan ada parasit hidup dekat dengan Nik Aziz.

Hasan Ali berkata terdapat pemimpin kerajaan Selangor termasuk daripada PAS sendiri menerima perbuatan maksiat oleh umat Islam sebagai satu cabang hak asasi manusia.

Beliau berkata, dalam tempoh lebih tiga tahun menjadi anggota exco menjaga hal ehwal Islam kerajaan Selangor, beliau cuba menegakkan Islam melalui peruntukan enakmen syariah negeri terhadap orang Islam tetapi mendapat bantahan kuat daripada DAP dan PKR, dua parti yang bersama PAS membentuk kerajaan negeri Selangor.

"Mereka memberi alasan apa yang saya buat bertentangan dengan prinsip hak asasi, kebebasan untuk buat pilihan dan ada yang menyatakan apa salahnya siang-siang sudah teruk bekerja dan biarlah malam dia melakukan sesuatu yang melegakan dengan 'girlfriend'," katanya.

Siapa yang membuat aktiviti di waktu malam dengan "girlfriend" itu?

Gerakan Murtad Di Facebook

Posted: 17 Feb 2012 08:34 AM PST

Sejak akhir akhir ini undang undang negara ini semakin tercabar dengan desakan dan gerakan kumpulan yang mahu melanggar Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 dalam Perlembagaan cuba dicabar oleh kumpulan yang giat memurtadkan umat Islam dalam media baru.

Tan Sri Harussani pernah menyatakan bahawa statistik murtad di negara ini membimbangkan bila dianggarkan sejumlah 270,000 umat Islam telah menjadi mangsa. Undang undang liwat cuba dihalalkan, penghina Nabi Muhammad SAW di Twitter dipertahankan, Valentine Day cuba diraikan dan gerakan murtad semakin mengambil kesempatan.

Mengapa tidak dalam isu agama dan akidah umat Islam bersatu? Tidak perlu takut dengan parti yang mengugut untuk langkahnya mayatnya dulu. Jika umat Islam kuat, nescaya musuh Islam akan gentar.

JURI RAKYAT

Posted: 17 Feb 2012 07:22 PM PST

JURI RAKYAT


ANWAR TERDESAK - Sanggup hina diri sendiri

Posted: 16 Feb 2012 06:28 PM PST

r b f

Posted: 17 Feb 2012 07:16 PM PST

r b f


Hilang Aziz Bari Kini Muncul Dr Maszlee Malik

Posted: 17 Feb 2012 12:13 AM PST


Aziz Bari dah hilang, sekarang muncul pula seorang lagi warga UIA yang ingin mencari populariti yang berkemungkinan besar berhajat untuk menempatkan dirinya dalam kelompok pembangkang menjelang PRU 13.

Orang yang dimaksudkan adalah Dr Maszlee Malik, pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sebelum daripada ini kita tidak pernah mendengar suara-suara Dr Maszlee , melainkan apabila menjadi moderator bagi program wacana anjuran Sinar Harian.

Beliau baru nak bermula berjinak-jinak dengan politik nampaknya apabila beberapa hari lepas beliau telah menghantar surat terbuka seperti yang disiarkan Sinar Harian kepada orang yang beliau katakan kenalan rapatnya, iaitu Hassan Ali.

Itu tandanya beliau cuba nak cari populariti. Jika beliau tidak berniat untuk cari populariti beliau tidak akan hantar surat terbuka yang boleh dibaca di seantero dunia kepada orang yang beliau anggap sahabat. Beliau boleh berjumpa Hassan Ali secara peribadi untuk bercakap apa yang ingin dicakapkan. 

Mungkin kerana sudah syok kerana menerima sokongan atau pujian pencacai-pencacai pembangkang hasil dari tulisannya kepada Hassan Ali , hari ini pula sekali lagi beliau menulis surat terbuka. Kali ini surat terbuka kepada Datuk Ahmad Maslan berhubung buku jingga yang dibuang ke dalam tong sampah.

Ahmad Maslan membuang buku jingga ke dalam tong sampah setelah beliau menjawab satu-persatu apa yang dikata dan dijanjikan oleh puak yang menjual mimpi kepada peneroka Felda tidak betul.Semuanya bohong dan tidak masuk akal. Apa salahnya benda yang bohong dibuang ke dalam tong sampah ? Memang itu tempatnya. Tak kan nak buat frame pula dan hantar ke setiap rumah peneroka ? 

Sebagai seorang ahli akademik sepatutnya Dr Maszlee membuat kajian terlebih dahulu apa yang dikatakan dalam buku tersebut benar atau bohong. 

Saya tidak mempertikaikan hak Dr Maszlee untuk bersuara kerana negara kita mengamalkan demokrasi. Akan tetapi sebagai seorang ahli akademik yang bersifat bebas beliau kena adil. Lainlah sekiranya beliau memang seorang ahli politik yang berpihak kepada mana-mana parti. 

Dimana suara Dr Maszlee ketika pemimpin DAP memijak gambar tiga adun bebas Perak ? Atau pun boleh atau tidak selepas ini Dr Maszlee menulis satu surat terbuka kepada pemimpin-pemimpin DAP bagi mengulas kejadian tersebut ? 


Dimana juga suara Dr Maszlee apabila Anwar Ibrahim menggunakan perkataan PANDIKUTTI atau dalam Bahasa Malaysia bermaksud ANAK BABI kepada PM ? 

Dimana suara Dr Maszlee apabila pemimpin-pemimpin Pas mengeluarkan kenyataan atau fatwa yang karut-marut. Seperti undi Pas masuk syurga, doa pecah perut dan yang lain-lain lagi. 

Jika Dr Maszlee berkata itu perkara-perkara lama dan beliau tidak berminat nak campur. Tak mengapa, kita ambil yang baru-baru pula.

Dimana suara Dr Maszlee apabila Anwar Ibrahim menyokong Israel ?

Jika pembangkang yang ada di Malaysia adalah pembangkang yang bertamadun saya juga akan 'menyembelih' Ahmad Maslan habis-habisan kerana tindakannya itu . Akan tetapi oleh kerana pembangkang yang ada di Malaysia hari ini adalah pembangkang yang tidak bertamadun, pembohong dan pemfitnah, maka tindakan yang diambil oleh Ahmad Maslan itu adalah satu langkah yang cukup tepat. Orang cerdik kita kena layan cara cerdik. Orang bodoh kita kena layan cara bodoh.

Semoga Dr Maszlee berjaya menempatkan dirinya dalam senarai calon Pas atau PKR pada PRU 13. Jemaah-jemaah JIM yang sebahagiannya parasit yang dimaksudkan oleh Dr Hassan Ali mungkin telah bersiap sedia menolong Dr Maszlee.

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 17 Feb 2012 03:27 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


KEPAL NASI KEPAL BERAS:

Posted: 17 Feb 2012 10:10 AM PST

Posted: 17 Feb 2012 02:12 AM PST

PAKATAN HAMPIR PASTI KALAH PRU13

Posted: 16 Feb 2012 05:16 PM PST



Semakin hampir dengan PRU13, semakin nampak ketara nasib mungkin tidak menyebelahi pembangkang. Riak-riak tidak baik yang bakal menimpa pakatan semakin jelas menampakkan bukti. Ada saja kesalahan, kesilapan dan isu-isu tak dijangka muncul satu demi satu yang menyebabkan pakatan semakin tertekan. Kebanyakan kesalahan atau isu "backfire" baru muncul ini semuanya terhasil dari "kesilapan" pemimpin pakatan sendiri. Macam Malaysia lawan Bahrain la. Kalau nasib memang tidak menyebelahi, ada saja kesilapan tanpa dirancang yang berlaku menyebabkan Malaysia kalah, walaupun pada awalnya kita sudah mendahului 2-0. Nasib inilah yang dikatakan ketentuan dan takdir tuhan.


Riak-riak dan tanda kekalahan Malaysia sewaktu menentang Bahrain sebenarnya sudah boleh dibaca sejak awal permainan lagi. Walaupun pasukan Malaysia bermain baik, tapi ada saat-saat tertentu pertahan Malaysia begitu mudah dibolosi. Saat-saat berlaku kecuaian inilah yang telah digunakan sepenuhnya oleh Bahrain untuk menambah gol demi gol. Riak-riak kekalahan pakatan pembangkang ini juga boleh kita baca dari kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh para pemimpin pembangkang. Siapa sangka BN dapat rezeki harimau bila tak semena-mena Anwar keluar kenyataan "akan berbuat apa saja untuk menjamin keselamatan Israel" jika pakatan berkuasa. Siapa sangka mahkamah yang dikatakan dicucuk hidung oleh pemerintah, boleh membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat atas alasan teknikal.


Segala rancangan meraih simpati jika Anwar dipenjara telah terbatal. Siapa sangka Anwar sanggup dicalit "nandek" di dahi dan meraikan upacara mengusung api dalam majlis Thaipusam. Kelam kabut blogger pakatan superimposed gambar Najib pakai "nandek". Siapa sangka kerajaan pakatan Selangor akhirnya terbukti tidak berani untuk bersikap telus seperti tuduhan yang sering dilabel kepada UMNO, apabila muncul isu curi pasir yang membabitkan yb-yb DAP hingga membawa kepada kematian misteri Patrick Wong.


Koordinasi politik pakatan juga semakin bercelaru dan kelihatan sukar untuk melakukan "damage control". Permainan politik keterlaluan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin DAP, PKR dan PAS telah menyebabkan pemimpin dan penyokong rakan pakatan berlaga ideologi sesama sendiri. Bila Anwar sokong Israel untuk kembalikan kepercayaan Amerika dan rakan yahudi kepada dia, hakikatnya telah menyebabkan PAS tersepit di antara ikatan sesama pakatan dan ideologi perjuangannya. Bila Hasan Ali menunjukkan ketegasan dalam isu DUMC, DAP pula yang melenting. Bila DAP melenting, PKR melompat dan akhirnya PAS juga yang terpaksa buat keputusan pecat Hasan Ali tanda akur.


Tindakan DAP merekrut seramai mungkin melayu ke dalam DAP jika berjaya, akhirnya akan memberi kesan langsung kepada pengaruh PKR dan PAS di kalangan orang melayu. Tindakan ini hanya akan menyebabkan berlakunya budaya tarik menarik sokongan melayu di dalam kandang sendiri kecuali jika DAP berjaya menarik melayu yang tidak menyokong mana-mana parti melayu sedia ada. Semua konflik luar jangka yang muncul di kalangan pakatan pembangkang ini akan menyebabkan pengundi atas pagar hilang keyakinan terhadap kemampuan pakatan pembangkang untuk mengambil-alih Putrjaya. Jika pakatan pembangkang gagal menyaingi persefahaman yang terbentuk sekian lama di antara sesama komponen BN, dan pakatan mereka terus bercelaru tidak keruan, besar kemungkinan pengundi atas pagar yang menjadi faktor penentu siapa yang harus menjadi kerajaan akan memberikan sokongan mereka kepada BN secara status quo.


Jika ini yang terjadi, maka jelaslah kepada kita bahawa mungkin takdir tuhan akan terus menyebelahi BN pada PRU13 nanti. Di dalam proses penentuan takdir ini, satu demi satu kesilapan dan kelemahan ketara dan tidak dijangka terjadi di pihak pembangkang dan ia semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Inikah yang dimaksudkan oleh ayat Allah yang bermaksud "Allah memberi kuasa kepada sesiapa yang dikehendaki dan mencabut kekuasaan dari sesiapa yang dikehendakiNya". "Allah berhak memulia dan menghina sesiapa yang dikehendaki".? Golongan yang paling rasional dalam membuat keputusan adalah golongan atas pagar. Penyokong tegar ke dua pihak, BN dan pakatan akan tetap menyokong parti meerka walau apa pun terjadi. Golongan atas pagar ini sedang memerhatikan tingkahlaku ke dua belah pihak. Siapa yang pada penilaian rasional mereka "tak elok laku" pasti tidak akan dapat sokongan mereka

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 17 Feb 2012 03:19 PM PST

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Biar Betul..? Tan Sri Kadir Sheikh Fadil Akan Bertanding Parlimen Kulim Bandar Bharu Atas Tiket Pkr...?

Posted: 17 Feb 2012 05:01 AM PST

Full story..., please click here

Tan Sri Khalid Mb Sgor Ada Berani Kah...??

Posted: 17 Feb 2012 01:00 AM PST



Good Try Gurkha Gurkha Anwar Ibrahim... But Sorry To Say, U oLz GAGAL..!!

Posted: 16 Feb 2012 09:00 PM PST

Ha....,haaa...., haaaaa!! Memang kantoi la cybertroppers Pakatan yang nak buat kerja gilerr nak fitnah Datuk Sri Najib.

Buat super impose tapi tak berjaya, kantoi lagi..!

Skandal Yb Suhaimi Adun Sri Muda...?

Posted: 16 Feb 2012 06:07 PM PST

Kelihatan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim menemui jalan buntu untuk mengambil tindakan susulan berkenaan isu Penyelewengan pasir melibatkan Operasi perniagaan dan perlombongan pasir oleh syarikat milik kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KKSB).

Malah desakan yang sama sewajarnya diambil segera agar menggantung atau menasihatkan 2 ADUN PKR Negeri yang didakwa terlibat dalam kes ini meletak jawatan mesti disegerakan lantas di bawa ke muka pengadilan. Ini yang acap kali menjadi teriakan anjing2 PKR tatkala membuat pertuduhan tanpa sebarang bukti terhadap pimpinan2 Kerajaan.

Akan tetapi, bezanya kali ini, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor ada bukti dan fakta jelas berbentuk dokumen penglibatan ADUN Seri Muda YB. Shuhaimi dan ADUN Batu Caves YB. Amiruddin terlibat secara terus dalam penyelewengan tersebut.

Lebih mengejutkan Khalid Ibrahim, Noh Omar turut mencadangkan dirinya diheret ke Mahkamah menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) bagi mendedahkan bukti2 tersebut.

Jauh jika dibezakan dengan beberapa ekor Lembu PKR yang cuba membuat pertuduhan terhadap Pimpinan Kerajaan Pusat akan tetapi tiada bukti jelas dipaparkan bersama malah kecut teloq tatkala diasak mengemukakan ianya di Mahkamah. Hanya sekadar laporan polis yang mereka sendiri mendakwa tidak telus.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, mencadangkan kerajaan negeri Selangor menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mengadakan "Mahkamah Rakyat" atau inkuiri berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor.

"Adakah Menteri Besar berani, adakah Menteri Besar akan letakkan jawatan, pecat EXCO atau pegawai yang bertanggungjawab atau tutup KKSB (jika terbukti melakukan penyelewengan)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noh memberikan saranan itu sebagai cadangan balas terhadap kenyataan Abdul Khalid semalam yang memintanya bertemu dengan dua Ahli Lembaga Pengarah Bebas KKSB daripada Transparency International untuk memberikan keterangan dan bukti mengenai dakwaan penyelewengan dan rasuah di dalam operasi KKSB.

Beliau yang juga merupakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani membicarakan soal yang menjadi salah satu jeritan mereka meletakkan MAHKAMAH RAKYAT sebagai gelanggang kebenaran dan sewajarnya Kerajaan pimpinan PKR menyahut cabaran membuktikan ketelusan mereka menerusi pertuduhan ini terlebih dahulu.

"Biarlah rakyat menjadi hakim dan mendengar hujah kedua-dua pihak secara langsung dan terbuka tanpa putar belit politik," katanya.

Sebelum ini, salah seorang Pemimpin PKR iaitu MP Kapar S.Manikavagasam yang didakwa telahpun dibawa ke peringkat inkuiri SELCAT.

Namun laporan mengesahkan bahawa inkuiri itu berlangsung pada 2 dan 3 Jun 2010 akan tetapi Manikavasagam tidak dibenarkan mengemukakan dua orang saksi utamanya.

Lantas secara drastik Pengerusi SELCAT, Datuk Teng Chang Khim dilihat menggunakan kuasanya membuat keputusan tiada penyelewengan berlaku. Dan sudah pasti keputusan akan sebaliknya berlaku apabila 2 saksi ini diterima mengemukakan fakta.

Blogger Gelombang Rakyat

waadat

Posted: 17 Feb 2012 01:50 PM PST

waadat


Analisis Chandra Muzafar kenyataan Anwar sokong Israel

Posted: 17 Feb 2012 02:13 AM PST



'Keselamatan Israel' yang diucapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal (WSJ), 26 Jan adalah satu bentuk ideologi kata Prof. Dr Chandra Muzaffar.

"Kalau kita kaji secara mendalam..istilah yang digunakan oleh Anwar bahawa beliau 'akan menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel'..keselamatan Israel itu adalah ideologi negara zionis ini.

"Mereka menggunakan isu keselamatan untuk menguasai kawasan di sekeliling mereka itu. Mereka menggunakan istilah keselamatan ini untuk mengusir rakyat Palestin daripada wilayah mereka..untuk membunuh rakyat Palestin mereka mengunakan istilah keselamatan ini..

"Istilah keselamatan ini untuk menjustifikasikan benda-benda lain yang dilakukan Israel sepanjang 63 tahun ini, termasuk pemilikan senjata nuklear..atas nama keselamatan..dia mendirikan tembok..segala-segalanya dilakukan atas nama keselamatan..", katanya.

Lihat video di blog Badut Rakyat.

http://badutrakyat.blogspot.com/2012/02/isu-keselamatan-israel-ini-jawapan-dr.html?m=1

posted from Bloggeroid

40 terkaya di Malaysia 2012

Posted: 16 Feb 2012 06:27 PM PST


Berikut adalah senarai 20 daripada 40 orang paling kaya di Malaysia yang dikeluarkan Majalah "Malaysian Business".

Robert Kuok Hock Nien – RM45.7b – KerryGroup/KuokGroupT

Ananda Krishnan – RM43b – Usaha Tegas

Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.6b –  Public Bank

Tan Sri Lee Shin Cheng – RM11.4b – IOI Group

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary –  RM9.5 –  Albukhary Foundation

Tan Sri Quek Leng Chan – RM8.0b – Hong LeongMalaysia

Tan Sri Lim Kok Thay – RM7.58b – Genting Group

Puan Sri Lee Kim Hua - RM6.59b – Genting Group

Tan Sri Tiong Hiew King – RM6.41b – Rimbunan Hijau

Ong Beng Seng – RM492b – Hotel Properties Ltd

Tan Sri Azman Hashim RM3.47b – Arab-Malaysian Corp

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun – RM2.54b – Berjaya Group

Datuk Mokhzani Mahathir – RM194b – Kencana Petroleum

Datuk Lee Yeow Chor – RM1.78b – IOI Group

Tan Sri Tony Fernandes – RM1.77b – AirAsia

Lee Yeow Seng – RM1.75b – IOI Group

Tan Sri Lau Cho Kun – RM1.72b – Hap Seng Consolidated

Tan Sri Yeoh Tiong Lay – RM1.71b – YTL Group

Tan Sri Lee Oi Hian – RM1.59b – Batu Kawan

Datuk Lee Hau Hian – RM1.58b – Batu Kawan

Demang nak ulas sikit:
Cuma 5 orang daripada senarai di atas adalah orang Melayu bermakna tiada sekatan berdadarkan kaum untuk menjadi kaya di Malaysia.

Kekayaan orang Islam seperti Syed Mokhtar melimpah juga kepada orang Islam dengan amal jariah beliau membina masjid dan sebagainya.

Terdapat syarikat yang berjaya menghasilkan lebih daripada seorang billionaire ertinya soal kronisme adalah fitrah manusia.

Kejayaan Mohzani menunjukkan Tun bukan sahaja berjaya membangunkan negara bahkan mendidik anak menjadi manusia berguna.

Lebih ramai orang Islam yang bertaraf billionaire patut dilahirkan bagi mematuhi ayat "kuntum khairun ummatin ukhrijat linnas".

Untuk berjaya ummat Islam perlu lebih bekerja sama bukannya berpecah dan berhasad dengki melainkan dalam dua perkara.

posted from Bloggeroid

PKR konsisten isu Israel

Posted: 16 Feb 2012 04:59 PM PST

Dengar semula amanat hj hadi

Posted: 16 Feb 2012 03:38 PM PST

tun faisal dot com

Posted: 17 Feb 2012 01:36 PM PST

tun faisal dot com


Skandal #BayanMutiara : DAP makan besar? @dzainalabidin

Posted: 17 Feb 2012 10:09 AM PST



Zainal: Tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu telah dijual dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat pemaju hartanah Ivory Group


HOT : SKANDAL TERBARU MELIBATKAN 
PEMIMPIN DAP PULAU PINANG
TERBONGKAR..@dzainalabidin
http://empayar-pemuda.blogspot.com/2012/02/hot-skandal-terbaru-melibatkan-pemimpin.html

Bukan lagi panas...rasanya dah terbakar kot..mungkin itulah yang dirasakan oleh Ketua Menteri paling celaka Lim Guan Eng sekarang ini setelah  Dato' Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang telah berjaya membongkarkan satu skandal yang paling besar dalam sejarah politik Pulau Pinang melibatkan wang berbillion ringgit.

Dato' Zainal Abidin Osman, Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang dalam sidang mediannya petang tadi telah mendedahkan bukti dokumen penyelewengan wang rakyat diantara Ivory dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang melibatkan berbillion ringgit dan pastinya akan membuatkan Lim Guan Eng bertambah panik dan menjatuhkan imej beliau yang kononnya telus dan transparen.

Penafian demi penafian serta putar belit Lim Guan Eng tentang isu nilai pasaran komoditi terpenting di Pulau Pinang iaitu kawasan tanah tidak mungkin akan dapat ditutup. Tahniah UMNO Negeri Pulau Pinang kerana telah berjaya membongkar wajah sebenar Ketua Menteri Pulau Pinang dan DAP yang selama ini menipu rakyat negeri Pulau Pinang dalam mentadbir negeri Pulau Pinang...

____________________________


Umno Pulau Pinang hari ini mendesak Lim Guan Eng supaya bersara dari politik dan meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai bukti mengotakan janjinya berbuat demikian jika terdapat bukti bahawa penjualan tanah Bayan Mutiara di sini telah dilakukan secara rundingan.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya mempunyai beberapa bukti bahawa tanah tebus guna seluas 41.6 hektar itu telah dijual dengan harga RM1.1 bilion secara rundingan kepada syarikat pemaju hartanah Ivory Group.

"Antara buktinya ialah surat permohonan kepada pihak Bursa Malaysia untuk membeli dan memajukan tanah berkenaan. Surat itu (Ivory Group kepada Bursa Malaysia) bertarikh 31 Mac 2011 sedangkan tender terbuka yang diiklankan oleh pemilik tanah  berkenaan iaitu Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) tamat pada 31 Disember 2010.

"Ini dengan jelas menunjukkan urusan jual beli tanah di Bayan  Mutiara itu adalah rundingan dan bukan secara tender terbuka, kita ada dokumen-dokumen berkenaan,"katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, tender terbuka untuk pembelian tanah itu tidak berlaku dalam erti kata sebenar kerana hanya terdapat dua buah syarikat yang menyertai tender itu.

Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak mempamerkan nama syarikat yang menyertainya  dengan harga yang ditawarkan oleh mereka selepas tawaran tender tutup pada 31 Disember 2010.

Zainal berkata Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, telah mencabar bahawa beliau akan meletak jawatan dan bersara dari politik jika Umno boleh membuktikan dakwaan bahawa tanah itu dijual secara rundingan.

Tanah yang dianggap sebagai "bernilai amat tinggi" itu adalah kawasan paling strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan Bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Pada perkembangan lain, Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang  turut mempersoalkan pembinaan rumah bertingkat setinggi 16 tingkat di Batu Kawan dekat sini kerana kerajaan negeri tidak membina rumah kos  murah.

"Rumah yang akan dibina di kawasan berkenaan adalah RM72,000  hingga RM220,000, apa yang kita pertikaikan ialah mengapa tiada rumah kos murah yang berharga RM42,000 sedangkan projek itu dibina atas tanah PDC," katanya. - Bernama 


Lu mau kelentong apa lagi?

JOM! Malaysia Woodsball League 2012 bermula di Putrajaya #paintball

Posted: 17 Feb 2012 05:00 AM PST



Malaysia Woodsball League Season Opener 
Putrajaya, 25th-26th Feb 2012, Precint 16, Berhadapan Alamanda




Video promosi Malaysian Woodsball League 2011

Jom sama-sama saksikan kehebatan Woodsball dan alami pengalaman menarik di tapak pertandingan. 

Royalti Minyak: Anwar mahu turunkan peruntukan negeri lain untuk undi Sabah? @mpkotabelud

Posted: 17 Feb 2012 01:00 AM PST



Rahman - adakah Anwar mahu kurangkan 
peruntukan negeri lain kerana mahu undi Sabah? 


(versi Bahasa Melayu)

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor akan menaikkan royalti minyak Sabah daripada 5% kepada 20%.

Enggan mengalah, pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula menjanjikan 50%.  Bagaimanapun, untuk menzahirkannya, Dr Jeffrey perlu bergantung kepada sokongan Anwar jika dan apabila beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai Ahli Parlimen dari Sabah, saya tidak mempunyai alasan untuk menolak cadangan itu kerana Anwar mahu memberi lebih banyak dana buat Sabah. Tetapi benarkah begitu?

Malangnya, saya menyedari betapa tidak telusnya Datuk Seri Anwar dengan cadangan menambah royalti minyak  untuk Sabah.

Ketika persidangan Dewan Rakyat tahun lalu, saya bertanya jika Anwar menambah royalti minyak Sabah kepada 20%,  apakah beliau boleh menjamin untuk tidak mengurangkan peratusan peruntukan kepada Sabah menerusi Belanjawan 2013 atau Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) jika pembangkang menawan Putrajaya?

Saya mengingatkan pembangkang bahawa Sabah menerima peruntukan terbesar Kerajaan Pusat menerusi Rancangan Malaysia dan Belanjawan tahunan secara konsisten. Sebagai contoh, Sabah menerima RM20.3 bilion sepanjang pelaksanaan RMKe-9 daripada peruntukan keseluruhan  RM230 bilion, selain mendapat RM10.7 bilion daripada RM98.5 bilion menerusi Pelan Pusingan Pertama RMKe-10. Kedua-duanya adalah peratusan tinggi buat Sabah.

Kebimbangan saya ialah, walaupun Anwar mahu menaikkan royalti minyak, tiada jaminan  peruntukan Sabah tidak akan dikurangkan, baik menerusi Belanjawan 2013 mahu pun RMKe-11 nanti.

Jika itu keadaannya, dana Sabah tidak akan berubah atau berkemungkinan menjadi lebih teruk jika Anwar mengurangkan peruntukan tahunan Kerajaan Pusat kepada Sabah! Sebab itulah saya meminta jaminan tetapi tiada seorang pun Ahli Parlimen pembangkang bangun untuk menjawab persoalan yang saya bangkitkan.

Untuk makluman, kenaikan royalti bagi Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan dianggar berjumlah melebihi RM10 bilion setahun  (harus diingat Sarawak dan Terengganu menghasilkan lebih banyak minyak berbanding Sabah).

Anwar menyedari hakikat bahawa tambahan lebih RM10 bilion yang akan diberi kepada empat negeri pengeluar minyak ini  bermakna RM10 bilion perlu diambil daripada peruntukan kerajaan pusat kepada negeri yang tidak menghasilkan minyak di Semenanjung.

Saya tidak fikir Anwar berani memberitahu rakyat negeri berkenaan: "Maaf, saya terpaksa mengurangkan  peruntukan anda kerana perlu memberi lebih RM10 bilion kepada Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah!". Sudah tentu, rakyat di negeri tersebut akan menolaknya. Saya jangkakan Anwar tidak boleh menerima kenyataan itu kerana beliau sangat memerlukan  undi mereka untuk menawan Putrajaya.

Besar kemungkinan Sabah akan menikmati royalti minyak lebih besar tetapi di akhirnya, ia juga mungkin mendapat peruntukan lebih sedikit daripada Kerajaan Pusat di bawah pemerintahan Anwar sebagai Perdana Menteri. Perlu diingat bahawa Anwar sebagai Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak menentukan berapa dan siapa yang akan dapat lebih atau kurang peruntukan Kerajaan Pusat.

Setakat ini, beliau belum memberi jaminan ia tidak akan berlaku ke atas Sabah.

Anda dan saya tahu bahawa setiap ringgit yang diberi kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan mesti ada puncanya kerana duit tidak akan jatuh dari langit.

Untuk itu, beberapa negeri mesti mengorbankan bahagian mereka dalam Belanjawan Pusat. Malah, saya jangkakan sesetengah projek di Semenanjung terpaksa dibatalkan. Soalnya siapa dan apa yang perlu dikorbankan?

Atau ada juga kemungkinan Anwar akan mengurangkan perbelanjaan dalam aspek keselamatan, kesihatan, pendidikan,  infrastuktur, kemudahan awal, sosial di seluruh negara berikutan perlu membelanjakan lebih untuk royalti minyak.

Anwar mesti menjawab semua persoalan rumit ini supaya difahami dan dapat meyakinkan rakyat.

Harus juga diingat, Anwar mahu mengekalkan subsidi, enggan menaikkan cukai, menentang peningkatan hutang kerajaan dan sekarang ini bercadang mahu menambah royalti. Jadi bagaimana beliau mahu melakukan semua ini dari segi keupayaan kewangan?

Lagipun, rakyat Sabah masih mengingati bagaimana Anwar tegas menolak permohonan demi permohonan Parti  Bersatu Sabah (PBS) untuk menambah royalti minyak ketika menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana  Menteri. Apakah kini beliau bersedia untuk meminta maaf atas "kesilapan" itu?

Pakatan Rakyat turut menegaskan "penjimatan" atau "kutipan" berjumlah berbilion ringgit hasil usaha pembasmian  rasuah dan rundingan semula perjanjian berat sebelah akan digunakan bagi membiayai pertambahan royalti.

Sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM), saya harap mereka berjaya. Sebarang usaha membasmi rasuah mesti disokong dan digalakkan. Saya juga  yakin rakyat Sabah berkongsi pandangan itu.

Bagaimanapun, kebimbangan saya bukan berpusat terhadap usaha membasmi rasuah. Ia lebih kepada rasional di  sebalik hasrat Anwar untuk menjadikan "penjimatan daripada pembasmian kemiskinan dan rundingan  semula perjanjian berat sebelah" sebagai sebahagian daripada unjuran pendapatan kerajaan pimpinannya.

Persoalannya ialah dapatkah Anwar membayangkan jumlah penjimatan tahunan hasil usaha anti-rasuah? Bolehkah beliau membuat anggaran perolehan sedemikian dengan tepat? Apakah wajar untuk menggunakan angka berkenaan bagi  merangka Belanjawan Pusat?

Bolehkan Datuk Seri Anwar memaksa syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) dan pemegang konsesi tol lebuhraya  untuk merunding semula perjanjian sedia ada sebaik Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri?  Atau mungkinkah beliau berdepan tentangan berpanjangan dan terus-menerus dari syarikat-syarikat berkenaan  yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan?

Jika ya, apakah anggaran perolehan Belanjawan akan berkurangan, sekali gus menjejaskan rancangan perbelanjaan termasuk menambah peratusan royalti?

Sejujurnya, saya tidak pernah lihat mana-mana kerajaan di dunia ini menggunakan anggaran "penjimatan daripada  rasuah" sebagai asas penyediaan Belanjawan. Pendekatan itu sangat tidak bertanggungjawab manakala Belanjawan pula akan menjadi huru-hara.

Sepatutnya sebarang "penjimatan" berkaitan usaha membasmi rasuah perlu dilihat sebagai perolehan "bonus", dan tidak  sepatutnya dimasukkan dalam unjuran pendapatan belanjawan kerajaan. Justeru, sudah pasti wujud kebimbangan apabila Datuk Seri Anwar mengatakan akan membiayai pertambahan royalti  daripada "penjimatan pembasmian rasuah".

Pada pendapat saya, Anwar mempunyai dua pilihan. Yang pertama, beliau akan  mengurangkan peruntukan bagi negeri bukan pengeluar minyak (Johor, Melaka,  Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan Wilayah Persekutuan).

Pilihan kedua, beliau memotong peruntukan sektor kritikal seperti pendidikan, infrastruktur luar bandar,  kesihatan dan keselamatan di seluruh negara.

Apa pun pilihan Anwar, negeri bukan pengeluar minyak dan rakyat Malaysia secara amnya, perlu mdiberitahu oleh beliau mengenai keadaan sebenar. Saya kira, persidangan Dewan Rakyat bulan depan adalah medan terbaik untuk beliau membuat penjelasan kepada  seluruh negara. Jika beliau gagal menyentuh perkara itu, saya sendiri akan melontarkan persoalan ini terus kepadanya.

Sesungguhnya, saya tidak mahu orang Sabah terjebak hanya kerana Anwar menjanjikan bulan dan bintang. 




DAP halalkan nepotisme kontrak, jawatan parti

Posted: 16 Feb 2012 10:30 PM PST



DAP AND THE GODFATHER SYNDROME


The godfather & Son

DAP as a political party hasn't changed for more than five decades (that is 50 years). This,  is an undeniable FACT. Since its official formation in 1966 (plus a few more years before that), DAP is Lim Kit Siang and Lim Kit Siang is DAP. 

DAP is and has been a One-Man dictatorship, with the full support of the Lim Dynasty.

DAP's structure of leadership has not experienced any true sense of changed since its inception in 1966. Almost all the political parties (UMNO, MIC, MCA,GERAKAN and whatnot) have changed their leaders and office bearers in the last few decades but what about those who are shouting and crying out for change like DAP?

Throughout his political life, Lim Kit Siang has been calling on BN leaders to quit because 'you have been too long", 'give others a chance', 'you are getting old' etc, but what about him? Where is the change that you are shouting about Mr.Lim Kit Siang?

When Lim Kit Siang reluctantly moved on from the powerful secretary-general's post to be the party Chairman, he preserved the coveted secretary-general's post for Lim Guan Eng.

Malacca's Kerk Kim Hock was made to warm the secretary-general's post until Guan Eng sorted out his legal/personal problems. Once Guan Eng was ready, Kim Hock was unceremoniously removed and sent to the political wilderness. He has since retired from politics.

If the above facts are not NEPOTISM of the highest order, I don't know what nepotism is then.

DAP's former Bukit Bintang Member of Parliament Wee Choo Keong, a once young and upcoming DAP grassroots leader, for instance was sacked from the party for being a threat to Lim Guan Eng's rise in the party.

"Wee Choo Keong was sacked for 'not showing affection' to the DAP leadership of Lim Kit Siang. What the hell?
Anyway to further entertain my readers, below are a hierarchy of the Lim Dynasty and their position in DAP. My question is, aren't there any other good leaders in DAP? apparently not. :)


Summary: 



DAP FAMILY DYNASTY

LIM DYNASTY

LIM KIT SIANG
  • DAP Advisor
  • DAP Parliamentary Leader 
  • DAP Member of Parliament for Ipoh Timor 


LIM GUANG ENG
  • Lim Kit Siang's son
  • Betty (kota Laksamana)'s husband
  • Secretary general of DAP
  • Penang Chief Minister
  • Member of Parliament for Bagan
  • State Assemblyman for Air Puteh



BETTY CHEW
  • Wife of Lim Guan Eng  DAP 
  • Malacca women's wing Chief                      
  • Kota Laksama ADUN


baca lagi di blog The Kuala Lumpur Chronicle






[Video] @KhairyKJ - media sosial ubah permainan politik Malaysia

Posted: 16 Feb 2012 07:30 PM PST

Rasuah Sut Rasmi: Tanpa siasatan, DAP halal beri kontrak kepada isteri?

Posted: 16 Feb 2012 05:06 PM PST


Post image for DAP Kata Tidak Salah Beri Kontrak Kepada Isteri

Karpal, Kit Siang bukti amalan nepotisme dalam DAP?



DAP Kata Tidak Salah Beri Kontrak Kepada 
Isteri
by KLXPRESS.NET on FEBRUARY 17, 2012

Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming yang didakwa menyalahguna kuasa dalam isu pemberian kontrak menjahit sut rasmi Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah dibebaskan daripada sebarang perbuatan salah laku.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai berkata hasil siasatan mendapati tiada bukti menunjukkan Nga menggunakan pengaruhnya atau mengenakan tekanan dalam pemberian kontrak bernilai RM14,400 itu kepada Ethan & Elton, sebuah syarikat menjahit yang dimiliki bersama oleh isterinya, Wong Seow Ching.


"Jawatankuasa Disiplin berpendapat dalam kes pemberian kontrak, kewujudan hubungan antara pihak yang berkaitan semata-mata tidak cukup untuk mensabitkan salah laku," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat selama tiga jam di ibu pejabat DAP di sini hari Khamis.

Katanya kenyataan dari tiga bekas ahli majlis MBI yang juga bekas ahli Lembaga Tender iaitu Frankie Wong dan Simon Ng dari DAP dan Khairuddin Abd Malik (PAS) menunjukkan mereka tidak sedar bahawa isteri Nga adalah rakan kongsi syarikat tersebut.

Tan berkata selain Ethan & Elton, terdapat lima lagi pembida untuk tender yang sama.

Kalau kena kat Umno, Rasuah, salah guna kuasa, syarikat kroni. kalau kena kat dia, tidak salah kerana tidak cukup bukti untuk sabit kesalahan dan yang paling best ahli lembaga tender tidak sedar bahawa isteri Nga dalah rakan kongsi syarikat terbabit. Bohonglah sekiranya tiada kepentingan, kalau tidak, takkan harga yang paling mahal  dianugerahkan tender berkenaan. Nga pun mengekui isteri dia curi sikit ja. alangkah lebih baik nya amalan kerajaan BN, pihak SPRM akan siasat dan dakwa sekiranya kes-kes seperti ini berlaku, bukan ianya disiasat oleh parti sendiri. 

Kerajaan Barisan Nasional akan menggunakan entiti kerajaan yang bebas dari tekanan dan pengaruh politik untuk menyisat sesuatu kes yang melibat individu di dalam parti

Lembaga disiplin parti pula akan hanya menyisat isu berkaitan pengurusan parti sepeti isu sabotaj parti dan pemilihan pada peringkat parti. 

Tetapi bagi kes ini, siasatan dilakukan hanya dilakukan oleh pihak parti dan siapakah yang membuka kertas sisatan dan pendakwaan serta bagaimana pula kaedah yang diguna pakai.  isu ini membabitkan wang kerajaan negeri dan bukan wang parti. Adakah ini adalah amalan parti yang mengatakan kebebasan dan ketelusan? Sama-samalah kita fikirkan...