Ahad, 11 Januari 2015

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Apa Yang Tersirat

Posted: 11 Jan 2015 01:04 PM PST

Apa Yang Tersirat


Sodomi II Diputuskan Dalam Masa Terdekat

Posted: 10 Jan 2015 07:37 PM PST

SEMALAM, Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria, bahawa keputusan Sodomi II Anwar Ibrahim akan diketahui dalam masa terdekat.

Ketua Hakim itu membayangkan bahawa tempoh tiga bulan, membuat keputusan adalah tempoh yang sesuai dengan garis panduan badan kehakiman itu memutuskan sesuatu kes rumit seperti sodomi II.

Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati beliau bersalah meliwat bekas pembantu lelaki beliau pada tahun 2008 dan menjatuhkan penjara 5 tahun pada 7 Mac tahun lalu.

Mahkamah Persekutuan, mahkamah terakhir yang boleh Anwar gunakan membatalkan keputusan mahakamah rayuan itu, telah bersidang selama seminggu pada November lalu, dan menangguhkan keputusan selepas pendengaran.

Ketua Hakim Negara mengetuai lima barisan Hakim mendengar rayuan sodomi II.

Impak kepada keputusan mahkamah itu, jika mengekalkan keputusan mahkamah terdahulu, Anwar bakal kehilangan kedudukan sebagai Ahli Parlimen.

PEJUANG BANGSA

Posted: 11 Jan 2015 11:46 AM PST

PEJUANG BANGSA


PEGUAM ERIC PAULSEN DIGELAR BODOH PADAM TWEET HINA JAKIM @Azwanbro @khairykj

Posted: 11 Jan 2015 09:00 AM PST




KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty yang juga seorang peguam, Eric Paulsen disifatkan sangat bodoh apabila didapati memadamkan catatan tweet yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.


 Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun di dalam catatan tweetnya berkata, walaupun tweet Paulsen itu dipadam, ia tidak bermakna kemarahan rakyat negara ini mengenai fitnah itu reda atau dikira selesai. Paulsen pada Jumaat mengeluarkan kenyataan yang menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.



 Azwan dalam pada itu turut menyamakan kebiadaban Paulsen itu sama dengan Alvin Tan dan Ali Abdul Jalil. @EricPaulsen101 Typical bigot who rejects Rukun Negara. Same standard and stupidity with Alvin Tan + Ali Abdul Kadir. Ckp sedap mulut. — Khairul Azwan Harun (@azwanbro) January 11, 2015

 Ali kini dipercayai melarikan diri ke Stockholm, Sweden bagi mengelak dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui Facebook pada bulan September lalu.

 Sementara, Alvin yang sedang dibicarakan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina umat dan agama Islam dalam Facebook pada 2013 dipercayai telah melarikan diri ke Amerika Syarikat. Azwan turut menyindir Majlis Peguam yang dikatakan 'diam' selepas Paulsen membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.



 Dalam pada itu Azwan turut menyifatkan Paulsen adalah ekstrimis sebenar selain menyifatkan agama Islam sentiasa menghormati ajaran agama lain di dunia. Gelaran bodoh yang diberi Azwan kepada Paulsen turut disokong Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di dalam tweetnya.


 Pada Sabtu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan akan dilakukan pasukannya ke Paulsen mengikut Akta Hasutan. Mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, pesalah boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -awani.com-

ALAHAI AZMIN & PEMBODEK PKR ..GAMBAR CUCI KAIN YANG TAK AUTHENTIK !!

Posted: 11 Jan 2015 08:12 AM PST


Hebat betul lakonan MB Selangor Azmin Ali , sama seperti bosnya Anwar Ibrahim .

PKR manipulasi gambar paling atas Azmin cuci kain untuk meraih populariti murahan banjir tapi realitinya di bawah itu menunjukkan mereka berlakon .


KJ SINDIR BERAPI GADIS MELAYU SANGAP GILA PELUK ARTIS K-POP !!

Posted: 11 Jan 2015 04:49 AM PST




Menteri Belia dan Sukan, Khairi Jamaluddin atau KJ hari ini menyindir gadis-gadis belia yang meminati Kpop dengan menasihati mereka agar mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan berbanding artis Kpop yang berkulit putih pucat, kurus dan juga 'cantik'.

KJ menyatakan perkara itu di dalam akaun Twitternya dengan memuat naik status berbunyi "Banyak dikatakan ttg Kpop. Harap gadis2 Msia kembali kpd lelaki tall, dark & hensem. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati."



Laman Twitter kini dihujani dengan hashtag #menentangkejahatankpop hasil dari penyebaran video yang memaparkan beberapa gadis malaysia bertudung dipeluk dan dicium oleh artis Kpop dari kumpulan B1A4 yang dianggotai oleh Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik.


Ramai pengguna laman sosial mengkritik perbuatan tersebut dan menganggap perbuatan itu sebagai memalukan negara dan agama. - Siakapkeli.com.my

IPOHMALAY

Posted: 11 Jan 2015 09:22 AM PST

IPOHMALAY


Rakyat Singapura berang dihina pekerja asing Filipina

Posted: 11 Jan 2015 04:52 AM PST

Singapura digemparkan minggu lalu dengan perlakuan seorang jururawat lelaki dari Filipina yang bekerja di Hospital Tan Tok Seng, mengutuk keras warga Singapura dengan kenyataan penuh benci.

Selain itu dia juga menghina laungan Allahuakbar yang menyebabkan kerajaan Singapura menganggap ianya ancaman terhadap kepelbagaian masyarakat beragama di Singapura.

Lelaki tersebut turut dikecam keras oleh segenap warga Singapura yang bersatu

tanpa mengira bangsa yang bersatu mempertahankan negara mereka di media sosial.

Pinoy ini akhirnya dipecat oleh Hospital tempat dia bekerja setelah mengaku perbuatannya itu walaupun sempat menyebut akaun Facebook nya diceroboh.



Seperkara lain yang patut kita kagumi dengan Melayu di Singapura ialah, walaupun dikatakan ditindas, hidup tanpa keistimewaan, dengan jumlah 14% dari populasi, mereka hari ini telah menjadi pengkritik yang disegani, didengari, lantang dan jarang disanggah di media sosial. Malah mereka mampu mengajak kaum Cina sewarganegara mempertahankan nilai-nilai Singapura yang cuba diganggu oleh pendatang asing.




The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 11 Jan 2015 03:21 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Peribahasa baru dari banjir

Posted: 11 Jan 2015 01:18 AM PST


Peribahasa dulu:
Lembu punya susu sapi dapat nama
Peribahasa baru:
Kelantan punya hutan, DAP dapat balak
atau

DAP punya balak rakyat dapat banjir?
Demikian dari FB Faisal bin Robhan, tapi boleh juga gini:
DAP punya balak, rakyat dapat bala. 
Siapa punya angkara ye?

Tau sajalah bila air bah di Thailand bersih, air bah di Kelantan maccam teh tarik.

Siapa pula dulu yang jadi Tuan Punahsihat Kewangan dan Pembangunan dan setiap cadangannya diterima bulat-bulat oleh MB Kelantan dulu yang hanya mullah tahu berceramah?

Wow! Baik jadi saudagar unta jual orang

bumiyang

Posted: 11 Jan 2015 03:12 AM PST

bumiyang


Pokok Kering Salahkan Umno/BN, Pas Sebabkan Kelantan Banjir Mcm Mana Pula???

Posted: 11 Jan 2015 02:29 AM PST

Cawangan Bank di dalam Air di Kuala Krai???

Posted: 10 Jan 2015 09:44 AM PST

Taipingmali (tm)

Posted: 11 Jan 2015 01:48 AM PST

Taipingmali (tm)


Solat Jumaat menggalak ekstremisme?

Posted: 10 Jan 2015 05:44 PM PST

Kejadian pembunuhan 12 orang di pejabat Charlie Hebdo Perancis telah menyebabkan Perdana Menteri negara itu tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan bahawa Perancis akan memerangi aktiviti ekstremis islam, kumpulan jihad dan lain-lain yang berkaitan dengan keganasan Islam.

Itu baru kematian 12 individu tenaga kerja penerbitan majalah satira mingguan yang gemar menghina, mencela dan merendah-rendahkan Nabi Muhammad serta penganut agama Islam. Israel bunuh rakyat Palestine setiap hari tidak pula dilabelkan sebagai pengganas.

Ketua Polis Negara berkata, perlunya dipertahankan Akta Hasutan dinegara ini bagi mengelakkan kejadian seperti yang berlaku kepada Charlie Hebdo.

Jika Perancis bertindak melarang dan menutup penerbitan Hebdo yang beroperasi sudah 24 tahun itu, nescaya tidak akan berlaku insiden serangan dan pembunuhan itu.

Kini terdapat media barat yang menyatakan penyerang tidak boleh dikaitkan dengan Islam kerana ia dilakukan oleh sekumpulan kecil kumpulan militan yang menggunakan nama Islam seperti ISIS, Boka Haram dan sebagainya. Ada juga pihak juga menyatakan insiden itu agenda Zionis. Ianya kerana Perancis sangat berlembut dengan Islam dan banyak memberi kebebasan dan ruang untuk Islam berkembang di negara itu.

Berbalik kepada negara kita Malaysia,  baru-baru ini seorang rakyat Malaysia bernama Eric Paulsen telah menuduh Jakim membenarkan dan mempromosi ekstremis dan keganasan setiap Jumaat.

Kenyataan beliau ada kebenarannya, mungkin dia pernah masuk ke masjid dan menunaikan solat Jumaat seperti sami Buddha yang bersolat bersama jemaah di sebuah negeri yang dilanda banjir besar baru-baru ini.

Ini kerana bukan semua masjid dan surau diri Jumaat yang akur dengan arahan dan kehendak Jakim. Sebalik masjid atau surau digunakan untuk aktiviti politik yang melampau. Khatib enggan membaca khutbah yang disediakan oleh Jakim. Sebaliknya mereka pandai-pandai mereka-cipta teks khutbah mengikut cita rasa kumpulan mereka.

Sebagai contoh di Masjid Kampung Expo Kamunting Taiping Perak. Iman yang bernama Osman Noh yang memiliki kerakyatan Thailand dan bekas anggota tentera kor agama tidak akan membaca teks khutbah yang disediakan oleh Jakim, jika dibaca pun ia tidak akan sama seperti yang asal, pasti ada tokok tambak, tolak buang untuk kepuasan hati beliau dan kumpulan ekstremis yang beliau sokong iaitu Pas.

Cerita Osman Noh teramat banyak jika nak didedahkan. Elok lah di tamatkan elaun imam beliau kerana tindakan beliau memecah belahkan keharmonian umat Islam.  Stop! Jom baca kenyataan Jamil Khir yang menyangkal tuduhan Eric Paulsen.

"Khutbah Jumaat tidak pernah sama sekali menggalakkan ekstremisme atau keganasan dalam sebarang bentuk seperti yang didakwa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebaliknya beliau berkata khutbah merupakan rukun dalam solat Jumaat yang disampaikan secara lisan dan berunsur pendidikan untuk memberi nasihat keagamaan, menaikkan semangat dan menimbulkan keinsafan.

“Ia juga menyampaikan dasar-dasar negara dan isu-isu semasa hanya sesama orang Islam. Adakah peringatan sesama umat Islam ini wajar dikatakan ekstrem?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya menjadi peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menerbitkan teks khutbah Jumaat dan menyelaras aktiviti di atas mimbar sebagaimana pentadbiran tempat ibadat agama lain yang mempunyai aktiviti dan pentadbiran tersendiri.

Sehubungan itu beliau berkata tuduhan bahawa Jakim sebagai badan yang mempromosi atau menggalakkan ekstremisme semasa khutbah Jumaat merupakan perlakuan tidak bertanggungjawab dan amat serius.

“Tuduhan individu berkenaan bersifat provokasi kepada keharmonian antara agama yang dinikmati selama ini.

“Kenyataan beliau boleh disalah tafsir secara mudah bahawa ia merujuk kepada khutbah Jumaat,” kata Jamil Khir mengenai kenyataan individu berkenaan yang dimuatkan dalam twitternya.

Memandangkan kenyataan individu itu yang sengaja mencetuskan sensitiviti kepada umat Islam, beliau meminta Jakim membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan sewajarnya.

“Saya mengingatkan orang ramai supaya berhenti daripada terlibat mencipta atau menyebarkan sebarang bentuk maklumat yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat,” katanya."

Nota kaki

Imam yang haprak seperti Osman Noh wajar di pecat oleh JAKIM.

RAPERA ..

Posted: 11 Jan 2015 01:29 AM PST

RAPERA ..


Ok, If I am Ok !!!

Posted: 10 Jan 2015 08:19 PM PST

The Unspinners

Posted: 10 Jan 2015 11:46 PM PST

The Unspinners


Banjir tak turun tolong, Kit Siang dah ke Sabah hina lagi Batu Bersumpah

Posted: 10 Jan 2015 11:00 PM PST


Ketika negara sedang hadapi bencana banjir yang telah memakan nyawa dan kerosakkan bernilai billion, Lim Kit Siang hanya turun untuk ambil gambar dan beri sumbangan dua trolley kepada kaum cina di bandar Kota Baru yang tak teruk sangat hadapi bencana.


Begitu juga pemimpin2 DAP lain.

Baca dan muga sedar keikhlasan DAP ... no comment

Kerajaan Pulau Pinang yang kata derma RM1.5 juta akhIrnya BERAPA BENOR dikasi. Entsh dah campur bantuan satu truk bantuan.

Sesetengah NGO seperti Perkasa se malaysia pun boleh hantar puluhan tan bantuan. Ada NGO lebih dan ada NGO kurang, janji ikhlas tapi DAP ciput dan tak ikhlad!!!!

Hujan dikatakan turun balik di Gua Musang dan Kuala Krai. Ditakuti air naik. Lim Kit Siang dah cepat bergegas ke lapangan terbang. Cuma ia bukan ke Kota Baru atau Perak atau Pahang mahu pun Terengganu tapi ke Sabah.

Menaiki pesawat AK 5104@1340, beliau ke Kota Kinabalu hari Jumaat. Disana airport, Kit Siang disambut oleh YB Jimmy Wong dan seorang ahli pemuda DAP.

Dia terus menaiki kenderaan Harrier putih berlesen SAA 6992 dan membawa bersama sebanyak 6 kotak saiz A4 risalah untuk diguna DAP SABAH.

LIM Kit Siang ke sana menghadiri Forum RCI semalam di perkarangan rumah Tan Sui Diok, ahli DAP Ranau. 

Hari ini pula, dia menghadiri sesi dialog di Penampang dan menanam replika Batu Bersumpah Keningau di Kg Moyog.

Kontroversi dia menghina adat istiadat orang tempatan ketika melawat Batu Bersatu Bersumpah di Keningau belum reda, kini dia pula nak tanan replika batu bersumpah yang sama.

Adat resam asal Semenanjung yang berteras Melayu dan Islam tak mahu dihormati dan mahu dihapuskan. Kini.kerja jahat sama dilajukan di Sabak. Cilaka kau Lim Kit Siang!!!


Muka Nurul tiada seri ketika di mahkamah

Posted: 10 Jan 2015 05:00 PM PST


Apa sudah jadi kepada Nurul Izzah?

Walaupun muda dan dikurniakan wajah yang cantik, kulit yang putih tetapi ketika di mahkamah baru-baru ini, muka Nurul kelihatan pucat dan lesu, tiada seri dan keceriaan.

Adakah terlalu banyak kemungkaran dalam hidupnya hingga kecantikan wajahnya tidak boleh menyorok kehitaman hati akibat diri dan keluarga penuh disaluti dosa fitnah dan pembohongan. 







Sudahlah rumahtangga bergolak pulak. Ada laki dan anak tapi dia bercinta jantan lain. 


Harap bukanlah sebab Nurul terbawa sesuatu dari hubungan dengan boifrennya hingga mahukan qazaf. 

Naubika min zalik. Muga Nurul terlindung dari dosa perbuatan mencemar zuriat yang dimurkai Allah Taala.


Apek Kopitiam NAMA JERMAN patut didakwa

Posted: 10 Jan 2015 06:53 AM PST


Mesti jenis apek komunis yang duduk di kopitiam dan ludah masuk mangkuk bawah meja.

Perasan nak nama Jerman ....

Sementara itu, ini satu lagi hati jahat.


Dahlah apa yang malu dikatakan rasis, jati diri Islam pun mahu dihapuskan.

Nama Jerman, MUKA KOPITIAM ....

Posted: 10 Jan 2015 01:30 AM PST




Mulut macam sial. Sikap kurang ajar menghasut.


Belantan

Posted: 10 Jan 2015 11:20 PM PST

Belantan


Hasut: Hishamuddin Rais 'Gay Tua' bersalah, didenda RM5,000?

Posted: 10 Jan 2015 03:16 PM PST


Aktivis pembangkang, Hishamuddin Md. Rais 'Gay Tua' didenda maksimum RM5,000 setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan bagi mengguling kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah pada 13 Mei 2013.

Hakim Azman Mustapha memutuskan demikian setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap Hishamuddin, 64.

Beliau juga memerintahkan aktivis pembangkang itu dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Hishamuddin membayar denda itu setelah selesai prosiding.

Semasa membuat keputusan itu, Azman menegaskan hukuman tersebut dikenakan setelah mengambil kira faktor usia tertuduh yang telah melepasi usia persaraan ketika disabitkan dengan kesalahan itu.

Menurut beliau, ucapan Hishamuddin yang berapi-api hanya berakhir di dewan terlibat dan tidak berjaya mempengaruhi orang ramai yang hadir berdasarkan keterangan saksi yang memberitahu tiada sebarang demonstrasi jalanan berlaku sebaik sahaja tertuduh selesai memberi ucapan.

Tambah Azman, tiada sebarang kekecohan berlaku selepas ucapan tertuduh selain mahkamah berpuas hati dengan hujahan pihak pembelaan yang menegaskan tiada kepentingan awam yang perlu diambil kira melalui pemenjaraan tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, Hishamuddin didakwa menyebut kata-kata menghasut yang cenderung untuk membangkitkan rakyat negara ini mengubah kerajaan yang tertubuh menurut undang-undang dengan cara yang tidak sah.


Dia didakwa menyatakan demikian ketika berceramah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di No. 1, Jalan Maharajalela di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei 2013.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Pada 19 September tahun lalu, aktivis pembangkang, Adam Adli Abd. Halim dihukum penjara 12 bulan manakala sebelum itu pada 5 September pula, bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang @ Talib dihukum penjara 10 bulan.

Adam Adli dan Muhammad Safwan dijatuhkan hukuman penjara itu setelah kedua-duanya turut didapati bersalah atas pertuduhan sama dengan Hishamuddin dalam kejadian yang berlaku pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Sementara itu, sebanyak empat saksi pendakwaan dikemukakan sepanjang perbicaraan tersebut manakala pihak pembelaan hanya memanggil Hishamuddin sebagai saksi pembelaan.

Pendakwaan dikendali Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Kee Wei Loon dan Azlina Rasdi manakala tertuduh diwakili peguam, Syahredzan Johan.

Suara Politik
Belantan

Ekor QZ8501 berjaya diapungkan?

Posted: 10 Jan 2015 08:45 AM PST

Stesen televisyen tempatan KompasTV menyiarkan secara langsung proses pengangkatan ekor QZ8501.

PANGKALAN BUN - Pasukan penyelam gabungan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut (TNI-AL) serta Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) negara itu akhirnya berjaya mengangkat bahagian ekor bangkai pesawat AirAsia QZ8501 daripada dasar laut Selat Karimata, dekat Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah hari ini.

Pencarian bahagian ekor pesawat jenis Airbus A320-200 itu menjadi misi penting kerana bahagian tersebut menyimpan kotak hitam yang merakamkan pelbagai data penerbangan yang diharap mampu membantu siasatan insiden nahas tersebut.

Laporan pemantauan Kompas.com dari Kapal Banda Aceh, yang turut menyiarkan secara langsung peristiwa itu menjelaskan bahawa belon yang digunakan untuk mengangkat ekor pesawat berhasil mengapungkan bangkai pesawat tersebut kira-kira jam 11.50 pagi waktu tempatan.

Kelibat ekor pesawat berkenaan juga sudah mula terlihat di permukaan laut yang berombak.

Kerja-kerja pengapungan ekor pesawat itu sudah bermula sejak Khamis lalu namun pasukan penyelam berdepan pelbagai rintangan seperti faktor cuaca, kekuatan arus dan juga jarak pandangan akibat keadaan berlumpur.

Pasukan gabungan TNI-AL dan BASARNAS akhirnya pada Sabtu berjaya mengangkat sebahagian daripada ekor QZ8501 daripada dasar Selatan Karimata menggunakan 'lifting bag' atau belon pengangkatan yang diikatkan pasukan penyelam ke ekor pesawat sehingga terapung ke permukaan laut.

Berikut kronologi proses pengangkatan bermula jam 6 pagi tadi waktu Indonesia Barat (WIB):-

06.00 WIB: Penyelam mula turun tahap 1 hingga tahap 4.

10.12 WIB: Pengisian udara ke dalam enam biji belon pengangkatan.

11.14 WIB: Selaman tahap kelima, untuk mengapungkan ekor bermula.

11.31 WIB: Penyelam tiba di permukaan laut.

11.40 WIB: Selaman keenam mennimbulkan ekor pesawat bermula.

11.48 WIB: Penyelam timbul di permukaan.

11.50 WIB: "Lifting bag" atau belon pengangkatan muncul ke permukaan dan serpihan ekor QZ8501 berjaya.

12.20 WIB: Bangkai ekor QZ8501 muncul di permukaan dan dalam proses ditunda menghampiri kapal Crest Onyx.

Belum dapat dipastikan sama ada kotak hitam QZ berada bersama serpihan ekor yang berjaya diangkat kerana sebelum ini dilaporkan alat pengesan sonar dari kapal navigasi TNI-AL, Jadayat mendapati kotak hitam itu sudah terpisah daripada bahagian ekor pesawat dan dihanyutkan arus sejauh 1.7 batu nautika.

Suara Politik
Belantan

Tony Fernandes nafi AirAsia tidak dapat kebenaran penerbangan?

Posted: 10 Jan 2015 12:16 AM PST


JAKARTA – Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan syarikat penerbangan itu menerima kebenaran untuk beroperasi di laluan Surabaya-Singapura berdasarkan jadual pe­nerbangan yang dipersetujui oleh pihak ber­kuasa Indonesia dan Singapura.

Beliau berkata, pi­haknya menerima kebenaran untuk beroperasi di laluan tersebut sebanyak tujuh kali dalam seminggu.

"Apa yang berla­ku merupakan satu ma­sa­lah pentadbiran. Ka­mi menghargai langkah Kementerian Pengangkutan Indonesia untuk menilai penyelarasan antara pihak berkuasa lapangan terbang dan pihak berkuasa penerbangan bagi mengelak salah faham pada masa depan," katanya dalam satu kenya­taan kepada agensi berita Antara.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan kenyataan Menteri Hal Ehwal Perhubungan Indonesia, Ignasius Jonan yang menyatakan Fernandes mengaku salah tidak mendapat kebenaran menggunakan laluan tersebut.

Fernandes kemudian mencadangkan pihak berkuasa penerbangan di Indonesia menggunakan sistem komputer komprehensif seperti yang digunakan di Si­ngapura.

Terdahulu, Pemang­ku Ketua Pengarah Pe­ngangkutan Udara, Ke­menterian Pengangkutan Indonesia, Djoko Murdjatmojo berkata, AirAsia melanggar jadual penerbangan Surabaya-Si­ngapura yang telah dipersetujui.

"Berdasarkan pemantauan ka­mi, AirAsia tidak mengikut jadual dipersetujui dengan kerajaan," katanya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 10 Jan 2015 11:07 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


HINA ISLAM: ADAKAH SI KAPIR HARBI HINA ISLAM BOLEH TERLEPAS LAGI ???

Posted: 10 Jan 2015 08:49 AM PST



Eric Paulsen, peguam dari Lawyers Of Liberty bukan saja menghina JAKIM dengan membuat fitnah kononnya JAKIM mempromosikan ekstremisme setiap hari Jumaat melalui khutbah.

Malah secara tidak langsung menuduh umat Islam yang mendengar khutbah Jumaat umpama mendengar hasutan untuk menjadi ganas.

Ini namanya kurang ajar dan betul-betul menguji kesabaran umat Islam dan pihak berkuasa yang selama ini cukup-cukup bersabar dengan karenah mereka yang selalu mencabar Islam.

Mungkin beliau merasakan dirinya terlalu kebal dan ramai yang akan membelanya termasuk dari pihak asing.

Ketua Polis Negara pun sudah bersuara...hanya tindakan yang belum lagi...


Di pihak JAKIM melalui kenyataan Menteri DS Jamil Khir Baharom pun telah mengeluarkan kenyataan:

Khutbah Jumaat tidak pernah sama sekali menggalakkan ekstremisme atau keganasan dalam sebarang bentuk seperti yang didakwa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 
Sebaliknya beliau berkata khutbah merupakan rukun dalam solat Jumaat yang disampaikan secara lisan dan berunsur pendidikan untuk memberi nasihat keagamaan, menaikkan semangat dan menimbulkan keinsafan. 
"Ia juga menyampaikan dasar-dasar negara dan isu-isu semasa hanya sesama orang Islam. Adakah peringatan sesama umat Islam ini wajar dikatakan ekstrem?" katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Menurutnya menjadi peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menerbitkan teks khutbah Jumaat dan menyelaras aktiviti di atas mimbar sebagaimana pentadbiran tempat ibadat agama lain yang mempunyai aktiviti dan pentadbiran tersendiri. 
Sehubungan itu beliau berkata tuduhan Jakim sebagai badan yang mempromosi atau menggalakkan ekstremisme semasa khutbah Jumaat merupakan perlakuan tidak bertanggungjawab dan amat serius. 
"Tuduhan individu berkenaan bersifat provokasi kepada keharmonian antara agama yang dinikmati selama ini. 
"Kenyataan beliau boleh disalah tafsir secara mudah bahawa ia merujuk kepada khutbah Jumaat," kata Jamil Khir mengenai kenyataan individu berkenaan yang dimuatkan dalam Twitternya. 
Memandangkan kenyataan individu itu yang sengaja mencetuskan sensitiviti kepada umat Islam, beliau meminta Jakim membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan sewajarnya. 
"Saya mengingatkan orang ramai supaya berhenti daripada terlibat mencipta atau menyebarkan sebarang bentuk maklumat yang boleh mengganggu keharmonian masyarakat," katanya. – Bernama, 10 Januari, 2015.

Tak perlulah ada pencacai yang bangang pula bersuara mana pula suara UMNO, BN, PERKASA, ISMA dan sebagainya dalam mempertahankan Islam.

JAKIM sebagai agensi kerajaan yang sah mewakili seluruh umat Islam yang dituduh dan difitnah berautoriti menguruskan peguam bangsat ni.

Dah jelas menabur fitnah menyatakan JAKIM dan khutbah Jumaat menggalakkan keganasan adalah suatu tindakan yang sengaja mahu mencetuskan kemarahan umat Islam sekaligus menggalakkan lagi islamiphobia....eeem bagai ada agenda tersembunyikan?

Adakah lawyer LGBT dan demo haram Bersih ni akan berdalih kononnya akaun twitternya kena godam atau sekadar minta maaf dan terlepas begitu saja?

Salah satu aktiviti pluralism meliberalisasikan agama anjuran Bar Council, Comango dan Lawyer for Liberty yang juga disertai oleh kapir harbi Eric Paulsen...

Yang peliknya kalau ada umat Islam yang menyentuh agama lain, mereka akan digelar ekstremis, militan, rasis dan pelbagai gelaran jelek. Tetapi bagaimana pula dengan si peguam mulut celupar ini?

Nak dipanggil apa?

Rasanya, tiada gunanya untuk kita menggesa Lawyers Of Liberty untuk memecat dan membuang peguam mulut celupar ini. 

Semua dah agak jawapannya…. 

Tetapi adakah perlu si kafir harbi ini diajar oleh golongan ekstremist tertentu jika JAKIM atau pihak berkuasa gagal menangkap dan menghukum kafir harbi ini??? 

Fikir-fikirkan jangan sampai seperti foto di bawah ini terjadi di Malaysia jika kemarahan menguasai kita... 

Mohon pihak JAKIM, PDRM dan SKMM bertindak segera tangkap dan hukum si lawyer musibat ini atau.... 

Malaysia ni kecil saja, bukan susah pun nak cari musibat ni, pejabat dan kelibat dia pun boleh dicari...tapi adakah masih perlu pihak berkenaan dipaksa atau diajar bagaimana mahu mencari musibat ini????

Tindakan pengganas dan militan IS terhadap musuh-musuh mereka. Nak jadi begini baru kita mahu gelabah dan bertindak?
Orang lain sibuk urus masalah banjir dan ekonomi negara, dia pula sibuk hina dan cari pasal...agaknya dia dah lama hidup senang kot?


PAS PasMA CADANG HADI UNDUR GANTI NIK AZIZ

Posted: 10 Jan 2015 06:06 AM PST

Peguam Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Zulhazmi Sharif mengusulkan agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur daripada jawatan Presiden PAS yang disandangnya dan menggantikan tempat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang uzur sebagai Mursyidul Am parti.
"Aku juga mencadangkan Tuan Guru Dato' Seri Presiden agar melepaskan jawatan Presiden dan mengambil alih tugas MURSYIDUL AM PAS menggantikan Tuan Guru Datuk Bentara Haji Nik Aziz Nik Mat yg semakin uzur.
"Ketokohan dan ilmu Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi yg diiktiraf dunia sehingga diangkat sebagai Naib Ketua Ulamak Dunia selayaknya diangkat sebagai MURSYIDUL AM PAS bukan lagi Presiden,"usulnya dalam facebook yang turut dikongsi oleh facebooker Abdul Rahman Abdul Talib @ Tulang Besi Malaysiawaves.
Selain itu, Zulhazmi turut mencadangkan tokoh-tokoh lain yang dikatogerikan sebagai 'kumpulan ulama' tidak dicalonkan sebarang jawatan sama ada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden mahu pun Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta jawatan di dalam Dewan-dewan iaitu Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Pusat dalam pemilihan PAS 2015-2017.
Kenyataan penuh Zulhazmi :
PEMILIHAN KEPIMPINAN PAS PUSAT 2015 – 2017
Aku mohon mencadang supaya nama-nama ini tidak dicalonkan untuk sebarang jawatan samada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden mahu pun Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta jawatan di dalam Dewan-dewan iaitu Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Pusat.
Nama-nama tersebut ialah :
a) Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang;
– beliau ialah Presiden PAS yg juga Ahli Majlis Syura.
b) Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man;
– beliau ialah Naib Presiden PAS yg juga Ahli Majlis Syura
c) Dato' Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh;
– beliau ialah AJK PAS Pusat juga Setiausaha Majlis Syura
d) Dato' Hj Ahmad Yaakob;
– beliau ialah pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat juga Ahli Majlis Syura
e) Dato' Dr Hj Mahfodz Mohamed;
– beliau ialah pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat juga Ahli Majlis Syura
f) Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi;
– beliau ialah AJK PAS Pusat yg juga Ahli Majlis Syura
g) Ustaz Hj Hashim Jassin;
– beliau ialah Ahli Majlis Syura
h) Ustaz Zaharuddin Muhammad;
– beliau ialah AJK Dewan Pemuda PAS Pusat juga Ahli Majlis Syura
i) Ustaz Idris Ahmad;
– merupakan AJK PAS Pusat yg juga Ahli Majlis Syura
j) Dato' Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri;
– merupakan AJK PAS Pusat yg juga Ahli Majlis Syura
k) Ustazah Wardah Tahir;
– Ahli Majlis Syura
l) Ustazah Nadzirah Mohamad.
– Ahli Majlis Syura.
ALASAN.
Mereka-mereka yang disebutkan nama di atas telah memegang jawatan di dalam "Institusi" paling tinggi di dalam PAS iaitu MAJLIS SYURA ULAMAK. (MSU)
Seperti mana yang telah diketahui umum, MSU merupakan institusi tertinggi yang berperanan memantau dan memandu PAS agar tidak tergelincir daripada landasan perjuangan serta dasar PAS iaitu ISLAM. MSU juga merupakan institusi tertinggi yang bertindak memutuskan sebarang rayuan tatatertib seluruh ahli PAS.
Sebagai ahli institusi tertinggi PAS, maka mereka sudah pasti tidak layak dan tidak wajar mempunyai apa-apa jawatan di peringkat lebih rendah daripada MSU. Ini bertujuan mengelakkan pertindihan kepentingan (Conflict of Interest) dalam menjalankan tugas.
Islam itu adil. Keadilan Islam bkn sekadar di mulut tetapi perlu dilihat berjalan dan dipraktikkan. Sebarang pertindihan kepentingan, pertindihan kuasa yang boleh menimbulkan keraguan dan fitnah HENDAKLAH dielakkan.
MAKA aku mencadangkan PAS-PAS Kawasan agar tidak mencalonkan nama-nama ini untuk sebarang jawatan dan jika mereka dicalonkan juga bagi jawatan di peringkat Dewan mahupun Pusat, mohon supaya mereka menolak pencalonan.
AKU juga mencadangkan Tuan Guru Dato' Seri Presiden agar melepaskan jawatan Presiden dan mengambil alih tugas MURSYIDUL AM PAS menggantikan Tuan Guru Datuk Bentara Haji Nik Aziz Nik Mat yg semakin uzur. Ketokohan dan ilmu Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi yg diiktiraf dunia sehingga diangkat sebagai Naib Ketua Ulamak Dunia selayaknya diangkat sebagai MURSYIDUL AM PAS bukan lagi Presiden.
MOHON MENCADANG.
ZULHAZMI SHARIFF
08/01/2015
17 Rabiulawwal 1436

Panglima Perang Cyber

Posted: 10 Jan 2015 11:05 PM PST

Panglima Perang Cyber


Hentam @Zahid_Hamidi Surat @FBI - Blog Kait DAP @LimKitSiang & Kongsi Gelap Cina

Posted: 10 Jan 2015 10:08 PM PST


Bagi membuktikan kaitan DAP dengan kongsi gelap Cina yang kontrol judi pelacuran dan gangster maka disalin kembali artikel blog di bawah untuk rujukan pembaca. 

Kerana itu DS Zahid Hamidi tidak pelik dikecam oleh Malaysiakini dan The Malaysian Insider dengan berbagai tuduhan isu surat beliau kepada FBI walhal ia bukan ada sesuatu yang pelik pun di dalam kandungannya.

Penjelasan demi penjelasan tidak mematahkan serangan DAP kerana mereka barangkali sudah diberi arahan untuk membalas dendam menghapuskan imej Zahid Hamidi yang gigih menentang judi pelacuran maksiat dan gangster melalui pasukan STAFOC STING dan terbaru STAGG.




Selagi Zahid menjadi Menteri selagi itu mereka akan kerugian bila kegiatan mereka sukar dijalankan dan pegawai polis juga tidak lagi mahu menerima suapan seperti sebelum ini.

Oleh sebab itu serangan bertali arus ditujukan kepada Zahid dan hanya beliau sahaja diserang bertubi-tubi tanpa ada yang mahu membela tindakan beliau walaupun sudah terbukti kejayaan pasukan khas polis membanteras judi jenayah pelacuran menerima pujian melangit rakyat.

Artikel dimaksudkan seperti di bawah :


DAP pada tahun 2008, apabila menang PRU 12 di Pulau-Pinang, telah menjadikan Red Rock Hotel yang terletak di Jalan Macalister sebagai kubu kuat mereka dan juga disitulah DAP Penang telah bertapak dengan Pusat Gerakan War Room mereka terdapat di Hotel tersebut. Red Rock Hotel adalah kepunyaan dua orang "Gangster" Cina yang bernama - Loh Lam Peng dan Loh Nam Seng. 

Mereka berdua ini adalah daripada kumpulan kongsi gelap - Hung Mung yang bermakna "Pintu Merah"...Lazimnya, jika ahli kongsi gelap Cina ingin membuat perniagaan yang sah maka mereka akan masuk dalam bidang "construction". Maka selepas Pulau-Pinang berjaya ditawan DAP atas sokongan undi dari orang-orang Melayu PAS dan PKR....maka habuan yang diberi kepada Loh Lam Peng dan Loh Nam Seng oleh kepimpinan DAP adalah dengan diberi projek-projek "construction" di seluruh Pulau-Pinang kepada syarikat "construction" milik Loh bersaudara ini yang diberi nama - Red Rock Constrcution Sdn Bhd. 

Selain daripada itu, MAFIA Penang ini juga telah menubuhkan - " Red Rock Group of Companies" yang berselindung disebalik perniagaan haram - penyeludupan, menjual dadah, menjual pil-pil khayal (Happy 5 Pills), khidmat seks haram, ah long, peras ugut dll dan kini setelah berkuasa maka DAP telah memberikan perniagaan sah dalam bidang pembangunan hartanah dengan tertubuhnya Red Rock Construction Sdn Bhd kepada dua orang adik breadik MAFIA ini dengan bantuan pengundi-pengundi Melayu PAS dan PKR.Red Rock Hotel terletak di hujung persimpangan antara Macalister Road dan Aboo Siti Lane yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai - Sam Seng Hung...yang merupakan lubuk ganster Cina di Pulau Pinang. 

Di sinilah terdapat - pusat-pusat hiburan Aboo Siti Lane yang terkenal dengan disko-diskonya yang lebih hebat dari Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Selain dari disco, terdapat juga perkhidmatan seks kira jam bagi pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke pusat-pusat hiburan di sini. 

Dengan penglibatan Low Eng Hock dari Ivory Property, maka Red Rock Construction Sdn Bhd juga akan berkesempatan meluaskan perniagaan mereka yang HARAM dan HALAL apabila orang-orang Melayu Islam memberi sokongan kepada DAP menerusi PAS dan PKR.....Maka segala macam FASAD (pencemaran) akan berlaku apabila TEROWONG RM 8 billion dibina dan ianya menguntungkan syarikat yang depannya BUMIPUTERA tetapi hakikatnya dikawal oleh gangster gangster Cina seperti Loh Lam Peng dan Loh Lam Seng....

Atas bantuan kerajaan DAP maka kini Red Rock Construction Sdn Bhd pula diberi peluang bagi membina projek-projek mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang-orang Melayu Islam di sekitar Logan Road.Inilah hakikat sokongan orang-orang Melayu Islam PAS dan PKR kepada DAP P.Pinang dimana kita menang sorak tetapi malangnya, kampung, maruah agama dan bangsa telah tergadai. Wahai orang-orang Melayu Islam di Pulau Pinang, bangun dan sedarlah !


http://peopleagainstopposition.blogspot.com/2013/05/kepimpinan-dap-dan-kumpulan-kongsi.html?m=1


Sent from my iPhone

Bagaimana Surat Menteri @Zahid_Hamidi Kepada @FBI Tersebar ??? CC @NajibRazak @BarackObama

Posted: 10 Jan 2015 03:26 AM PST


Siasatan perlu dilakukan kepada suspek membocorkan surat Menteri kepada FBI. Berkenaan Paul Phua yang dituduh ada kaitan dengan sindiket 14k Triad yang disahkan tidak wujud di Malaysia oleh pihak polis.

Meskipun tidak ada isu dalam kandungan surat tersebut dan hanya disensasikan pihak pro pembangkang yang juga pro LGBT dan Kristian antaranya Malaysiakini dan The Malaysian Insider namun sayang sekali bila pemimpin PERKASA juga turut menyatakan nada yang sama.

Memang benar ia bukan kenyataan PERKASA namun ia dilihat seperti memulang paku buah keras kepada kenyataan DS Zahid Hamidi kepada PERKASA sebelum ini dalam isu yang dilihat tidak boleh disokong oleh beliau.

Pihak berkuasa di Malaysia perlu membuat siasatan dan mencari dalang membocorkan surat tersebut. Kita khuatir surat lain juga akan dibocorkan oleh pengkhianat ini demo kepentingan pihak tertentu. 

Semua sudah tahu bahawa DS Ahmad Zahid memang bertindak tegas kepada pelacuran judi dan gangsterisme. 

Penubuhan skuad taktikal khas untuk membanteras perkara ini seperti STAGG STAFOC STING sudah tentu menimbulkan ketidakpuashatian pihak yang telah termakan budi dengan kumpulan yang menjana duit dari kegiatan tidak bermoral ini.

Masa depan Malaysia akan gelap jika Menteri yang berani bertindak terhadap puak yang menjadi dalang kegiatan judi pelaburan dan gangster ini berjaya dijatuhkan !!!

Kita berdoa fitnah mengaitkan DS Zahid Hamidi tidak akan berjaya meskipun tidak ramai yang memahami dan mahu membela beliau yang dilihat keseorangan menepis fitnah Maha Besar sepanjang perjalanan politik beliau dalam Kabinet Malaysia.

Semoga Allah memelihara dan melindungi pemimpin kita yang menjaga amanah demi kepentingan negara bukan kepentingan dunia semata-mata.

Baca artikel sepenuhnya di bawah :

Artikel Blog Pisau

Guan Eng Perlekeh Surat FBI @Zahid_Hamidi Kerana Tiada Nilai Untuk Di Politik

Sejak beberapa hari yang lalu surat Menteri Dalam Negeri tiba tiba menjadi panas apabila dihangatkan dengan serangan persepsi jahat haprak pakatan.

Persoalan yang ditimbulkan seolah sudah berlaku penyalahgunaan kuasa yang maha besar hingga mampu menjerumuskan negara dibawah kawalan kongsi gelap.

Pisau lihat apabila portal Malaysiakini dan MalaysianInsider secara konsisten menyerang KDN dan Menteri Dalam Negeri ia satu usaha terancang untuk menjatuhkan kredibiliti seorang menteri kanan dan juga merosakkan pentadbiran Datuk Seri Najib.

Melucukan apabila pelbagai tuduhan liar,andaian dan teori mereka ini tiba tiba menjadi hambar apabila Setiausaha Agung DAP hanya memperlekehkan surat itu punyai "low class" bahasa Inggeris itu saja hujahnya.. apa makna semua ni..

Penang Chief Minister Lim Guan Eng has raised questions over the authenticity of the letter sent by the Home Minister to the United States Federal Bureau of Investigations (FBI), pertaining to gambling kingpin Paul Phua Wei Seng's case.

Lim took a swipe at the standard of language used in the letter, which he described as "atrocious and secondary school level", if indeed it was issued by the Ministry.

Punyalah berkajang kajang berbuih mulut haprak pakatan menyerang tiba tiba Lim Guan Eng hanya komen mengenai tatabahasa Inggeris. Realitinya surat itu tiada asas untuk di spin untuk menyerang kredibiliti seorang Menteri Dalam Negeri.

Apa yang yang dapat kita lihat mengenai surat tersebut amat mudah..

Isu ini adalah surat Ds Zahid Menteri Dalam Negeri kepada Timbalan Pengarah,Biro Siasatan Persekutuan(FBI) mengenai seorang rakyat Malaysia bernama Paul Wei Seng Phua atau Paul Phua yang terlibat dengan aktiviti jenayah di Amerika dan sedang dibicarakan dinegara tersebut.

Kononnya surat tersebut menggambarkan Menteri Dalam Negeri seakan akan melindungi Paul Chua sedangkan realitinya tidak.

Surat Menteri Dalam Negeri (KDN), Ds Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bukan untuk menjamin pakar judi Paul Phua Wei Seng.

Sebaliknya ia adalah respon kepada permintaan firma guaman di Amerika Syarikat, yang mewakili Phua, Chesnoff & Schonfeld kepada FBI.

Ds Zahid  melalui Pewartaan P.U.(A) 272/2013, bertarikh 28 Ogos 2013, telah mengisytiharkan 49 buah Persatuan Kongsi Gelap diseluruh negara sebagai Pertubuhan yang menyalahi undang-undang berdasarkan kepada Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966. Kumpulan Kongsi Gelap "14K Triad" tidak termasuk di dalam senarai pewartaan ini yang mana secara tidak langsung memperjelaskan bahawa Kumpulan Kongsi Gelap "14K Triad" tidak wujud di Malaysia.

Senarai Rasmi Kongsi Gelap dan Pertubuhan Haram di Malaysia

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyenaraikan 49 organisasi kongsi gelap di seluruh negara yang diisytiharkan haram yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Senarai itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam satu sidang media pada Khamis.

Daripada jumlah itu katanya, 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 menganggotai kongsi gelap Cina dan seribu 923 kongsi gelap Melayu.

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini.

Katanya kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," kata beliau.

Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.

Senarai penuh pertubuhan kongsi gelap haram adalah seperti berikut:

1) Geng 04

2) Geng 08

3) Double 7

4) Tiga Line

5) Geng 30

6) Geng 38

7) Geng 24

Geng 18

9) Geng 36

10) Geng 21

11) Ang Soon Thong

12) Wah Kee

13) Sio Sam Ong

14) PNEH

15) Hong Hong San

16) Hai San

17) Sin Ang Bin

18) New Cell 20

19) Jit It Hai

20) Sio Koon Tong

21) Gee Lam Kor

22) Gee Ah Eng

23) Loh Kuan

24) Tiang Yee Tong

25) Geng Leng Hor

26) Geng 35

27) Geng 303

28) Geng Satu Hati

29) ATAP

30) Hung Ann

31) Sui Yup

32) Otai

33) Borneo Red EMP

34) Ah Ngau

35) Batu Tiga

36) Ah Feng

37) Batu 10

38) Sibu Ti

39) Ah Seng

40) Ah Chin

41) Lee Lung

42) Lo Han

43) Sg Merah

44) Sg Badut

45) Ting Ching Lee

46) Tua Cak Lee

47) Teksi Station

48) Pintu Merah

49) Krokop

Ds Zahid yang memegang portfolio  sebagai Menteri Dalam Negeri, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga hal ehwal berkaitan dengan keselamatan. Oleh itu, Ds Zahid selaku Menteri Dalam Negeri sememangnya mempunyai akses penuh ke atas semua maklumat daripada agensi-agensi dibawah portfolionya termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Maka secara  logiknya, sudah pasti Ds Zahid telah pun membuat rujukan silang (cross-check) dengan PDRM selaku agensi di bawah portfolio beliau berkenaan dengan isu wujudnya Kumpulan Kongsi Gelap "14K Triad" di Malaysia atau samada Paul Phua terlibat dengan Kumpulan tersebut atau sebaliknya.

 
Memandangkan  isu keselamatan dalam negeri adalah berada di dalam bidang kuasa Menteri Dalam Negeri, maka adalah menjadi tanggungjawab dan bidang kuasa Menteri Dalam Negeri untuk memberi maklumbalas terhadap sebarang pertanyaan atau persoalan yang dibangkitkan oleh mana-mana pihak samada di dalam ataupun di luar negara.

Telah menjadi amalan biasa bagi mana-mana Kementerian, Jabatan, dan Agensi Kerajaan untuk mendapatkan maklumat mana-mana individu daripada Kementerian Dalam Negeri, khususnya di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri   sebagai salah satu prosedur untuk tapisan keselamatan.

Isu keselamatan adalah merupakan  isu yang sensitif dan  berstatus Rahsia Besar yang mana tidak boleh sewenang-wenangnya diwar-warkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara. Bahkan maklumat-maklumat rasmi Kerajaan tersebut turut dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972.

Kesimpulanya tidak timbul isu Ds Zahid Menteri Dalam Negeri melindungi Paul Phua kerana beliau sekadar menjalankan tanggungjawab, tugas dan peranan beliau berdasarkan portfolionya sebagai Menteri Dalam Negeri.

Proses mengetahui status latar belakang penglibatan mana-mana individu yang disyaki terlibat atau sememangnya terlibat dalam aktiviti jenayah adalah merupakan satu proses biasa yang mana turut dilakukan secara intra-kementerian, jabatan dan agensi.

Yang harus kita persoalkan dalam isu ini sebenarnya mengenai Anwar Ibrahim yang menggunakan pengaruh tokoh tokoh besar di Amerika dan Australia hingga menghantar surat campur tangan sistem kehakiman negara mendesak agar Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat.Adakah tindakan ini betul??

Pisau kata " Awat lawyer tu punya english teruk sangat…"



Sent from my iPhone

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 10 Jan 2015 09:19 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


NAMA PERASAN JERMAN, ROPANYA AH BENG...

Posted: 10 Jan 2015 05:34 AM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 10 Jan 2015 09:16 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Lihat Apa Yang Ada Atas Jambatan Runtuh Itu?

Posted: 09 Jan 2015 10:28 PM PST





BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 10 Jan 2015 03:29 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Bimbang disantau, remaja relakan tubuh diratah teman lelaki

Posted: 10 Jan 2015 05:00 AM PST

KLANG - Bimbang dengan ugutan kononnya dia akan disantau sekiranya enggan bertemu, seorang gadis terpaksa merelakan diri 'diratah' teman lelakinya sehingga mengandung dalam kejadian pada Jun tahun lalu.

Menurut sumber, mangsa, 16, dikatakan mengenali teman lelakinya yang berusia 19 tahun itu melalui aplikasi WeChat sebelum membuat keputusan untuk bertemu.

Bagaimanapun, keluarga mangsa yang mengesyaki perubahan tubuh mangsa kemudian membuat pemeriksaan di klinik sebelum tembelang gadis itu terbongkar apabila didapati mengandung tujuh bulan.

"Mangsa yang masih bersekolah akhirnya mengaku dirogol di rumah teman lelakinya sekitar Jun tahun lalu ketika bertemu untuk kali kedua selepas bimbang dengan ugutan santau.

"Terkejut dengan pengakuannya, keluarga mangsa membuat laporan polis pada Rabu lalu," katanya.

Sumber itu berkata, sebaik menerima laporan daripada mangsa, sepasukan polis kemudiannya berjaya mengesan suspek dan menahannya di sekitar daerah ini sehari kemudian. Lelaki berkenaan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

waadat

Posted: 10 Jan 2015 01:13 PM PST

waadat


Maharajalawak jangan bodohkan rakyat Malaysia

Posted: 09 Jan 2015 09:36 PM PST

Demang harap Jalaluddin Hassan serius dengan kata-kata beliau malam tadi dan pastikan ia direalisasikan secara adil.

Pada dasarnya Demang bersetuju dengan pandangan beliau.

Demang suka menonton rancangan tersebut dan tidaklah sampai fanatik. Cuma apabila Dato Jalal mengeluarkan kenyataan atau amaran agar peserta tidak merendahkan mentaliti RAKYAT Malaysia maka Demang anggap ia serius.

Demang rasa maksud maksud pelakon terkenal tersebut ialah jangan 'buat lawak bodoh'. Zaman ketuk kepala sendiri atau menyindir golongan sengau agar orang ketawa sudah lama lenyap.

Maharajalawak sudah masuk zon kritikal apabila para peserta yang tinggal adalah yang terbaik, sepatutnya.

Bukan rahsia lagi siri realiti sebelum ini mengekalkan peserta-peserta tertentu atas beberapa sebab selain bakat dan persembahan.

Ada peserta yang dikekalkan sebagai provokasi pada penonton agar lebih banyak mengundi.

Jangan pula para juri terpaksa menyebelahi peserta hanya kerana salah seorang ahli kumpulan adalah duta produk penaja utama!

Kasihan peserta yang bagus seperti Comey yang terpaksa dikeluarkan awal bagi memberi laluan pada anak emas penganjur.

Jika berlaku demikian maka Dato Jalaluddin Hassan harus menjilat ludahnya sendiri.

Luahan hati samad said tersebar

Posted: 09 Jan 2015 06:30 PM PST

Ada beberapa kali Demang tulis di blog ini menyindir Pak Samad Said. Itu bukan marah, cuma sindir sayang.

Demang baca buku Salina sejak sekolah rendah dan terus menjadi peminat setia Sasterawan Negara itu. Hampir semua novel beliau dah Demang baca termasuk Hujan Pagi yang mendapat kritikan keras orang yang tidak faham.

Novel tersebut memang berkualiti tetapi ia mendahului zaman. Membacanya, kita tahu bahawa Pak Samad Said melakukan kajian terlebih dahulu sebab ia agak berat.

Cuma Demang kasihankan Pak Samad Said yang dieksploitasi ahli politik untuk kepentingan peribadi mereka sehingga mendedahkan negara pada bahaya besar.

Jika benar tamatnya pembelajaran Sains & matematik dalam bahasa Inggeris dulu kerana perjuangan beliau maka Demang tafsirkan ia sebagai perjuangan yang tidak selesai dan merugikan.

Sepatutnya ia disusuli dengan perang habis-habisan terhadap semua perbuatan durjana dan penderhakaan terhadap bahasa Melayu termasuk papan iklan, surat perjanjian bank, dan surat-surat rasmi bank yang masih menggunakan bahasa Inggeris, kadang-kadang tanpa terjemahan.

Kali ini Demang siarkan sajak yang dikatakan ditulis oleh A. Samad Said disebarkan melalui media sosial.

Siapapun penulisnya, ia adalah realiti yang patut kita ambil serius.

HAI MELAYU.. (A. Samad Said)

Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia,

ekonomi pula dikuasai cina,

golongan profesional semuanya india,

warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,

warga bangla pula menjadi JaGa,

orang Nepal yang menabur baja,

orang pakistan usung karpet jaja merata,

lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,

harapkan hiburan, lagi best filem barat,

harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat

harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?

sibuk mahu menjadi tuan,

rupanya kerja kelas bawahan,

ditipu mentah orang atasan,

konon perjuangan ini untuk kalian!

kerja sikit, sembang kencang,

banyak rungut, sikit rancang,

siapa tegur, dituduh lancang

duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,

konon kau tangkas menyambar,

tapi cuma indah khabar,

rentakmu makin lama makin hambar

kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,

aku mahu engkau tahu,

kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,

bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,

kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

bila dah kaya kau jadi puaka,

ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,

buka lah minda mu,

bersatulah bangsa ku,

kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,

engkau pun melayu,

bodoh sombong harus di tepis,

riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.......

Jom kawan, sahabat dan lawan..
Mari kita ubah keadaan..
InsyaAllah..