Jenayah tidak ada batasan kaum. Sepatutnya Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy cukup sedar hakikat ini ketika cuba mempersoalkan tindakan polis menembak mati lima suspek penjenayah keturunan India di Pulau Pinang baru-baru ini.
Kenyataan bekas pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Hindraf yang dilihat cuba main politik dalam soal tugas politik membenteras jenayah ini terus mengundang reaksi.
Sebagai menteri yang bertanggong jawab keatas polis,Datuk Seri Zahid Hamidi tidak dapat menyembunyikan rasa kurang senang beliau terhadap gelagat itu.
Sekalipun tidak menyebut nama Waytha Moorthy secara spesifik beliau menegaskan pemimpin berkenaan harus melepaskan jawatan kerajaan jika kenyataan yang dikeluarkannya masih “bersifat seperti NGO.”
Beliau menyatakan demikian dalam ucapan perasmian semasa “Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang semasa dan langkah-langkah untuk mencegah jenayah kekerasan secara berkesan” di Petaling Jaya Sabtu.
Tegasnya lagi, dalam usaha memerangi jenayah, penjenayah seharusnya tidak menerima simpati umum.
“Jika ada seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula,” katanya.
Ekoran kejadian di Pulau Pinang,Waytha Moorthy dilaporkan media berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.
Zahid, yang juga Naib Presiden UMNO bagaimanapun ketika ditanya pada sidang media adakah kenyataan itu dikeluarkan merujuk kepada Waytha Moorthy hanya berkata: “awak faham-faham sendirilah.”
Beliau juga sebelum ini dilaporkan menasihati Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.
“Beliau jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis,” kata Zahid dipetik laporan media.
Sementara itu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak Khairul Azwan Harun mendesak Waytha Moorthy memohon maaf kepada seluuruh anggota PDRM kerana keceluparannya tempoh hari.
Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri itu menyinggung perasaan anggota PDRM dan juga keluarga mereka.
Khairul Azwan yang ditemui wartawan sabtu berkata kenyataan itu sangat tidak bertanggungjawab, yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang Timbalan Menteri.
“Hari ini bukan soal suspek dari kaum India, hari ini soal jenayah kita tidak mengira latar belakang kaum, agama ataupun status, ada juga suspek di kalangan Melayu, Cina dan bangsa-bangsa lain yang sebelum ini telahpun ditangkap dan juga dibunuh.
“Jadi jangan cuba sekali-kali mempolitikkan isu ini dengan memainkan isu perkauman dalam usaha polis mencegah jenayah,'' katanya.- 2/8/2013
BEBERAPA hari lalu Siti menerima beberapa e-mel daripada pembaca yang mendakwa budak Cina, Namawee buat hal lagi. Mereka mendakwa Namawee sengaja mencetuskan kemarahan orang Melayu apabila menyelitkan adegan orang Cina (lakonan Namawee) kencing tepi jalan dan terkena sepasang orang Melayu yang menunggang motosikal. Semasa adegan ini, menurut pembaca yang menghantar e-mel kepada Siti, seluruh panggung bergegar dengan gelak ketawa. Katanya, memanglah adegan lawak tapi pedihnya sampai ulu hati. Apa lagi majoriti penonton itu bukan Melayu.
Ada orang mempersoalkan kenapa Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak memotong adegan itu? Kata mereka adegan itu dianggap menghina orang Melayu dan boleh mencetuskan sentimen perkauman.
Siti belum menonton filem Kara King arahan Namawee ini. Tapi kalau benar ada adegan seperti yang didakwa, Siti tidak menyalahkan LPF. Malah berterima kasih kepada LPF kerana mendedahkan satu lagi sikap buruk budak Cina bernama Namawee ini.
Siti berfikiran positif apabila LPF melepaskan adegan itu. Sekiranya LPF memotong adegan itu, sudah tentu sesetengah pihak tidak tahu perangai sebenar Namawee yang selalu membuat provokasi terhadap orang Melayu. Malah kalau LPF memotong adegan kencing ini, kita pun suka menonton Kara King padahal pengarahnya mahu menghina orang Melayu. Mahukah kita menipu hakikat itu?
Kita jangan sama sekali menyalahkan LPF. Yang patut disalahkan adalah pengarah filem ini kerana menyelitkan adegan yang membawa maksud menghina terhadap orang Melayu. Kita tidak mahu kerja LPF hanya "membersihkan" filem yang kotor supaya hanya kelihatan "bersih".
Sampai bila kita mahu menipu diri sendiri kononnya tidak ada penghinaan terhadap orang Melayu oleh sesetengah pengarah bukan Melayu? Sudah sampai masanya kita terima hakikat dan berfikir bagaimana untuk mengatasinya.
Memanglah kerja mudah menyalahkan LPF. Dan LPF pula tak ada kuasa untuk mempertahankan diri terhadap gelagat buruk sesetengah pengarah filem. Tapi menyalahkan LPF hanya tolong "menyapu bawah karpet" sentimen yang menjadi barah dalam perpaduan antara kaum di negara ini.
Siti harap penonton Melayu menonton dan nilaikan sendiri kalau benar wujud adegan yang didakwa itu. Tapi jangan kecewa kalau selepas ini Namawee terus kebal daripada tindakan undang-undang.
Bayangkan, apa yang tidak dicerca Namawee dalam Youtube terhadap kerajaan dan orang Melayu. Siap meludah lagi bila mempertahankan filem Cina, The New Village yang sekarang digantung sementara dari tayangan.-http://www.utusan.com.my- Komen GPB
Apa yang ingin disampaikan oleh Namewee terhadap babak ini? Rasuah dan air kencing (kurang ajar) kepada orang Melayu, adakah ini sememangnya budaya orang Cina di Malaysia?
Sekiranya ada filem Melayu yang memaparkan perkara seumpama ini, semestinya ada sahaja pihak yang tidak berpuas hati akan memperbesarkan isu ini sehingga ditunda ke beberapa tarikh seperti yang berlaku terhadap filem Tanda Putera arahan Suhaimi Baba sebelum ini.
Ternyata lawak kencing Melayu menunjukkan jelas Namewee dah beri isyarat rasa ketidakpuasan hatinya terhadap orang Melayu di Malaysia ini . Perbuatan ini memanglah satu lawak baginya namun isu ini bukanlah satu isu yang boleh dipandang kecil kerana menjatuhkan maruah bangsa MELAYU .
Kenyataan N. Surendaran mempertikaikan tindakan Polis menangkap dan menembak penjenayah berbangsa India sebagai "racial profiling" sangat merbahaya dan boleh melemahkan moral anggota Polis yang mempertaruhkan nyawa melaksanakan tugas.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini dalam kenyataannya kepada Malaysiakini berkata berdasarkan hampir 70% penjenayah yang ditangkap dan terbabit dalam kejadian tembakan dari kaum India. Menurut beliau ini menunjukkan polis menjalankan profail berdasarkan kaum (racial profiling) bagi mencegah jenayah.
"More dangerously, it also results in rough treatment of Indians in police custody.That Indians have been victims in many high-profile death in custody cases is a clear result of consistent racial profiling." Surendran juga berkata partinya (PKR) akan meminta diadakan satu siasatan bebas secara besar-besaran untuk menyiasat tindakan Polis melakukan "racial profiling" terhadap kaum India.
Apakah kenyataan ini bukan merupakan cubaan untuk melindungi penjenayah dari kaum India. Ini akan mewujudkan tekanan kepada Polis untuk mengurangkan tindakan dan tangkapan ke atas penjenayah kaum India.
Hakikatnya, rakyat tidak peduli apa kaedah yang digunakan oleh Polis selagi ia membantu membanteras jenayah dan tidak menyalahguna kuasa dengan menuduh mereka yang tidak bersalah sebagai penjenayah. Sebahagian ahli politik yang berkepentingan, aktivis hak asasi manusia dan pejuang demokrasi ala Amerika mungkin tidak peduli dengan masalah rakyat bawahan yang dihimpit penjenayah.
Apakah setiap kali Polis ingin menangkap penjenayah mereka perlu melihat statistik dahulu sebelum melakukan tangkapan atau tindakan? Jika telah ramai kaum India ditangkap maka mereka perlu menghentikan tangkapan kepada penjenayah kaum India sehingga statistik tangkapan berasaskan kaum menjadi seimbang? Tanyalah orang ramai di jalanan sama ada Melayu, Cina, India atau apa sahaja kaum lain, siapakah yang mereka paling takut dan gerun dijalanan? Jawapannya pasti kongsi gelap kaum India. Kongsi gelap kaum India terkenal dengan sikap kejam, ganas dan tidak mempunyai sebarang perikemanusiaan.
Tanya juga peniaga kedai makan 24 jam terutama restoran mamak yang terpaksa membayar duit perlindungan kepada kongsi gelap yang semuanya dari kaum India. Sekarang ini kedai runcit dan peniaga makanan kecil pun di sekitar Puchong terpaksa bayar wang perlindungan kepada kongsi gelap India.
Jika tidak dibayar wang pelindungan maka bermacam kejadian berlaku termasuklah pelanggan kedai makan di rompak secara terang-terangan.
Cukuplah persoalkan kaum mana yang diambil tindakan oleh Polis. Selagi mereka penjenayah mereka harus ditangkap. Jika melalui racial profiling memudahkan kerja polis membanteras penjenayah maka biarkanlah. Sebahagian pegawai atasan Polis sendiri dari kaum India termasuk pemangku Ketua Polis Selangor yang giat membanteras kongsi gelap kaum India bernama geng 08. Justeru apakah ia juga merupakan tindakan berasaskan kaum?
Mereka yang merpersoalkan mengapa kaum tertentu lebih ramai ditangkap polis sebenarnya bersikap perkauman melampau. Dan Polis perlu menyiasat apakah mereka ini dibiayai oleh penjenayah untuk menimbulkan isu-isu seperti? Di negara barat sudah ada kes ahli politik menerima wang daripada kongsi gelap bagi mengurangkan tekanan pihak berkuasa ke atas mereka. Apakah ini juga sedang berlaku di negara ini?
PKR dan N. Surendran wajar berfikir panjang sebelum mula mengenakan tekanan ke atas Polis dengan cara tidak masuk akal ini. Rakyat memerhati anda!
Jika ada mana-mana kaum pun yang membawa senjata api tanpa sebarang permit, membunuh orang, mencederakan orang dan melakukan kegiatan jenayah terancang sehingga mengancam keselamatan rakyat, maka tindakan harus diambil.
Jika N Surendran atau mana-mana pemimpin kaum India tidak mahu penjenayah kaum India ditembak, bantulah segera mereka meninggalkan kegiatan tersebut atau serah diri kepada Polis.
Belum ada kes Polis menembak penjenayah yang menyerah diri apatah lagi jika menyerah diri ke balai polis. Faktanya – dalam kesemua kes tembakan membabitkan penjenayah kaum India, mereka mempunyai pistol tanpa lesen.
Ini sekaligus menunjukkan mereka anggota penjenayah dan mmepunyai kemampuan membunuh anggota Polis dan rakyat.
PKR accuses cops of racial profiling Is it possible for 71 percent of secret society members are from a community that makes up only seven percent of the population? PKR vice-president N Surendran doesn't think so and believed that the figure was likely the result of racial profiling. "We believe that this bloated figure is caused by systematic and long-term racial profiling of the Indian community by police and other enforcement authorities. "The figure is as high as 71 percent simply because the police have been targeting the Indian community in their operations," he said in a press release today. Surendran said that if the police were to be believed it would mean that there is a national crisis involving the Indian community. "If true, why has this astonishing figure not been revealed to the public before?" he asked. Surendran was referring to the racial breakdown of 40,000 suspected gang members tracked by the police released yesterday. Of this number, 23 percent of suspects were Chinese and just under 5 percent were Malay, according to figures released by national CID director Hadi Ho Abdullah. Inquiry needed Surendran warned that the racial profiling methods allegedly employed by the police had led to the harassment, unlawful arrest and breaches of fundamental rights of many Indians. "More dangerously, it also results in rough treatment of Indians in police custody.That Indians have been victims in many high-profile death in custody cases is a clear result of consistent racial profiling. "Notorious examples are cases such as Francis Udayappan, A Kugan, C Sugumar, N Darmendran, P Karunanithi etc. A recent example of murderous racial profiling is the police fatal shooting of five young Indians in Penang," he said. In light of this, Surendran said his party would like to see a full-scale independent inquiry be set up to look into racial profiling of Indians by law enforcement authorities. "We further demand an immediate end to harassment and racial-profiling of Malaysian Indians by the home ministry and police. "We call upon the prime minister to make an immediate public statement confirming that racial profiling will be ended and assure the Indian community of their safety," he said
Apa lagi Cinabeng kat Malaysia mahu ??? Sudah la undi pun tak kasi ... makanan free di rumah terbuka UMNO pun nak kaut bawa balik rumah !
Gambar ini diambil oleh sahabat GPB yang kebetulan berada pagi tadi rumah terbuka Aidilfitri UMNO Tasek Gelugor pada jam 10.00 pagi .Anda bayangkan di ketika ramai orang berpusu-pusu datang mengambil makanan , ada satu puak perangai buruk & pentingkan diri sendiri datang untuk TAPAU makanan .
SEBELUM ini, sebuah akhbar ada melaporkan tentang tindakan memalukan segelintir orang yang tergamak 'menapau' makanan ketika menghadiri rumah terbuka. Nak kata kurang IQ pasal konsep rumah terbuka untuk merapatkan perpaduan sesama rakyat , ternyata bangsa Cinabeng penyokong PR ini jadikan ia sebagai pesta makanan percuma 'siapa cepat dia dapat'.
Yang mai lewat sikit nak makan di rumah terbuka ini lantak pi la ..
tapau rumah terbuka Tun M
Ada pencacai Cina DAP menjawab tentang gejala tak ada adab ini dan ia tidak menjadi masalah untuk tapau makanan di mana-mana rumah terbuka, kerana mereka juga juga pembayar cukai.
Ia bukan soal bayar cukai ke tak tapi sikap & adab bangsa itu sendiri . Kalau makanan itu tak habis ke boleh la di tapau balik tapi ini baru tengah menjamu selera.
Ada seorang Ketua dari Komuniti Melayu memberikan pandangan dan berpendirian bahawa:
"Orang Cina yang mengambil makanan percuma yang di Tapau didalam bekas sebenarnya mereka cina ini semua adalah tidak miskin, ini adalah habit,adab,sikap dan perangai mereka sebenar yang telah mereka praktik kan sebelum negara ini Merdeka lagi"
Hakim mahkamah Tinggi tersilap arah Kuala Lumpur: Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar semalam dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Tiga Hakim Mahkamah Rayuan memberi lapan alasan utama bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin pada 29 April 2009. Hakim gagal beri pendapat
Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mendapati Mohd Zaki dalam keputusannya gagal memberi pendapat terhadap beberapa faktor penting sebelum mensabitkan kedua-dua perayu.
Penghakiman penuh pembebasan Ini adalah keputusan sebulat suara kami. Bagi maksud keputusan kami hari ini supaya dapat menjimatkan masa mahkamah, kami hanya akan mengemukakan alasan ringkas terhadap perkara utama yang dibangkitkan dalam rayuan seperti berikut:
Berhubung pembelaan membabitkan alibi perayu pertama (Azilah Hadri), kami tidak mendapati apa-apa dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan bijaksana bahawa beliau menimbangkan sama ada diari balai menunjukkan atau cenderung untuk menunjukkan atas alasan kehadiran perayu pertama di Bukit Aman pada masa material, dia tidak boleh atau tidak mungkin boleh berada di tempat kejadian.
Hakim perbicaraan bijaksana tersalah arah dengan cara tanpa arahan apabila gagal menimbangkan bahawa diari balai selain gagal membuat penemuan sama ada pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa perayu pertama berada di tempat kejadian.
Berhubung log panggilan dan ramalan liputan, kami mendapati bahawa keterangan saksi pendakwaan ke-61, 62 dan 63 menimbulkan isu kredibiliti dan ketepatan log panggilan serta ramalan liputan. Dalam penghakiman kami adalah penting bagi hakim perbicaraan bijaksana menyatakan pemikirannya kepada cabaran yang dibangkitkan pembelaan terhadap eksibit dan membuat penemuan sama ada secara nyatanya terdapat pengubahan dan gangguan kepada data dan sama ada ketulenan data dipersoalkan atau sebaliknya. Dengan kecewanya, hakim gagal membuat, yang mana dalam penghakiman kami ia membawa kepada tersalah arah serius menyebabkan eksibit berkenaan tidak selamat untuk dipertimbangkan.
Maklumat penemuan Berhubung maklumat yang membawa kepada penemuan, hakim yang perbicaraan bijaksana tidak mengarahkan pemikirannya dan tidak memeriksa sama ada percanggahan dan keterangan tidak konsisten saksi pendakwaan adalah material; tidak memeriksa kredibiliti saksi pendakwaan dan tidak mengarahkan pemikirannya sama ada perayu menimbulkan keraguan berhubung ketepatan 27 keterangan dan sama ada penemuan dibuat secara eksklusifnya hasil daripada maklumat yang disampaikan oleh perayu dan bukan daripada sumber lain. Kami mendapati terdapat tiada arahan daripada hakim perbicaraan bijaksana dalam menilai keterangan sebelum menerima pakai keterangan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.
Pemilikan bahan letupan Berhubung isu pemilikan dan kawalan bahan letupan, selepas membuat penemuan berhubung kaitan di antara bahan letupan dan kematian mangsa, hakim perbicaraan bijaksana sepatutnya, pada penghakiman kami, membuat penemuan lanjut untuk mengaitkan bahan letupan terbabit dengan perayu. Dengan tidak membuat sebarang penemuan berhubung pemilikan bahan letupan yang digunakan dalam pembunuhan oleh perayu, hakim perbicaraan bijaksana gagal mengarahkan pemikirannya terhadap rangkaian yang hilang, menyebabkan terdapat satu salah arah berlaku.
Sejauh mana kegagalan memanggil Deputi Superintendan Musa Safri, penghakiman kami berhubung fakta kes, keterangan Musa adalah penting untuk merungkai cerita pendakwaan. Kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil atau menawarkan beliau untuk disoal balas, dalam keadaan keadaan keterangan secara keseluruhannya, akan menimbulkan inferens yang sebaliknya mengikut Seksyen 114(g) Akta Keterangan, terhadap kes pendakwaan.
Seterusnya pada isu sepasang selipar, kami mendapati tiada bukti yang menunjukkan terdapat kaitan dua antara selipar terbabit dengan perayu kedua. Pihak pendakwaan tidak menutup sebarang lompang dalam kesnya.
Begitu juga dengan katrij terpakai yang dijumpai dalam kereta perayu kedua, kami mendapati terdapat jurang dalam kes pendakwaan dan dalam aspek ini hakim gagal mengarahkan pemikirannya terhadap isu itu.
Akhirnya, berhubung niat bersama. Kami mendapati hakim tidak membuat penemuan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan bahawa terdapat perancangan awal oleh kedua perayu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan berikutan daripada perancangan awal berkenaan. Dalam penghakiman kami, ketiadaan penemuan sedemikian oleh hakim perbicaraan bijaksana berhubung ramuan niat bersama menyebabkan berlaku tersalah arah disebabkan tanpa arahan.
Dengan melihat kepada keseluruhan keadaan kes, penghakiman kami adalah kesan pengumpulan tanpa arahan oleh hakim perbicaraan bijaksana menyebabkan sabitan ke atas perayu adalah tidak selamat.
Kami, dengan sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dengan ini diketepikan. Kedua-dua perayu dengan ini dilepas dan dibebaskan.
INFO
Hakim Mahkamah Rayuan - Datuk Seri Mohamed Apandi Ali - Datuk Linton Albert - Datuk Tengku Maimun Tuan Mat
Hakim Mahkamah Tinggi - Datuk Mohd Zaki Md Yasin
Pendakwa Raya - Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah
Peguam Bela Azilah - Hazman Ahmad - J Kuldeep Kumar
Peguam Bela Sirul - Kamarul Hisham Kamaruddin - Hasnal Rezua Merican - Mohd Ruzaini Zulkifli
Peguam pemerhati (Keluarga Altantuya)
- Karpal Singh
PERTUDUHAN: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar Didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di lokasi antara lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori. sumber : Berita harian
Tiga penguat kuasa syariah dipercayai mengaut puluhan ribu ringgit sebulan hasil suapan pasangan yang melakukan kesalahan khalwat. Mereka yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dipercayai sudah lama melakukan kegiatan itu bersama berdasarkan buku simpanan bank masing-masing.
Ketiga-tiga mereka ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahad minggu lalu dan difahamkan akan didakwa minggu depan. Menurut sumber, mereka menyasarkan pasangan khalwat yang akan didakwa sebelum meminta suapan kononnya bagi membebaskan mereka daripada dakwaan. - Bharian - *** patut la kes khalwat meningkat sebab yang kaki sangap ni boleh rasuah kepada pengkhianat dalam penguatkuasa agama..syabas SPRM kerana berjaya mengesan kaki duit haram ini !!
Deejay Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga Perdana Sarawak berhubung komen 'cap ayam' dalam rancangan Johara Pagi Era minggu depan. Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini. "Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri hari ini. Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara. "Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham," katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010. Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah 'cap ayam' atau tidak berkualiti. Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana. Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka berkunjung ke Sarawak. Pemantauan Bernama mendapati kebanyakan blog memulakan kempen bagi memboikot Era FM sebagai tanda protes jika deejay berkenaan enggan memohon maaf ketika mereka ke udara. Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili berkata deejay berkenaan adalah personaliti yang dikenali ramai dan mereka sepatutnya mengetahui etika ketika bersiaran di radio. "Pemuda PBB mendesak satu permohonan maaf dibuat secara terbuka, jika mereka bergurau, maka mereka sudah melampaui batasan, perlu ada had, mereka harus memahami sensitiviti komuniti tempatan," katanya kepada Bernama. Dalam perkembangan lain, Jake berkata peluasan itu sebahagian rancangan jangka panjang Astro Radio bagi memperkukuh kedudukannya dalam industri penyiaran di negara ini. "Visi kami ialah memiliki operasi sendiri yang bebas di Sabah dan Sarawak, mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan dalam tempoh 24 hingga 36 bulan akan datang," katanya. Beliau berkata pada masa ini, sesetengah program yang bersiaran adalah dari Semenanjung, dan selepas beroperasi sepenuhnya di sini, pendengar di Sarawak serta Sabah boleh menikmati kandungan tempatan 24 jam sehari. Ketika ini, dianggar lebih 500,000 pendengar Era FM, hitz fm serta My FM di Sarawak dan Sabah. - Bernama
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan upah RM1 kepada setiap ekor tikus yang berjaya ditangkap orang ramai dalam usaha membasmi penyakit leptospirosis atau kencing tikus, di ibu negara.
Ketua Pengarahnya Datuk Salleh Yusup berkata DBKL menyediakan peruntukan RM50,000 setahun khusus untuk tujuan itu, termasuk memberi perangkap tikus percuma kepada orang ramai.
"DBKL menetapkan sasaran untuk menangkap dan menghapuskan tidak kurang 50,000 ekor tikus setahun," katanya ketika berucap merasmikan gotong-royong Perdana 'Kempen Pembasmian Tikus WPKL' 2013" pada Sabtu.
Beliau berkata, tahun lepas DBKL menghapuskan 51,110 ekor tikus sementara sebanyak 32,769 ekor berjaya dihapuskan dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Beliau berkata walaupun usaha menangkap tikus dijalankan DBKL secara rutin, namun aktiviti menangkap dan mengawal haiwan perosak itu perlu kerjasama dan sokongan masyarakat.
Penulis terkejut apabila mendengar luahan seorang jururawat di sebuah hospital hak milik kerajaan di negeri perak,apabila beliau mengadu tidak mendapat imbuhan pos basik kerana sudah lebih kurang setahun beliau menamatkan kursus pos basik ccn di hospital pulau pinang.Menurut beliau sudah menghantar semua dokumen kepada kerani di hospital kerajaan tempat beliau bertugas kerana diminta oleh kerani tersebut untuk memproses imbuhan pos basik dengan segera dan kerani tersebut ada memaklumkan kepada jururawat ini melalui telefon yang imbuhan tersebut akan dibayar bersama gaji pada bulan 8.Malangnya tiada dibayar bersama gaji bulan 8,selepas itu jururawat ada menelefon kerani di hospital kerajaan tempat beliau bertugas kerana ingin bertanya kenapa imbuhan tersebut tidak dibayar lagi,kerani tersebut ada memberitahu tetdapat 5 orang jururawat yang tidak dapat dibayar imbuhan tersebut tapi pada bulan 8,tapi pada bulan 8 hanya 4 orang jururawat yang berjaya dibayar yang jururawat pengadu ini tidak dapat dibayar dengan alasan TERCICIR.Kenapa dengan mudahnya alasan tersebut diluahkan sedangkan hospital ini hakmilik kerajaan,kakitangannya kakitangan yang menyokong kerajaan,hospital ini mendapat ISO jaminan kualiti(Q).Adakah kakitangan kerajaan umumnya kakitangan kementerian kesihatan malaysia khususnya kakitangan jabatan kesihatan dan hospital negeri perak perlu mempunyai kakitangan yang tidak proaktif dan memberi masalah sehingga menjejaskan nama baik sesebuah jabatan tersebut.Inilah yang dikatakan KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA.Cuba bayangkan dalam menuju arus kemodenan masih ada kepincangan dan kurang ketelusan dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang.BILAKAH PULA JURURAWAT INI AKAN DIBAYAR IMBUHAN POS BASIK ?
Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider. Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.
"Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini. Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri."Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.
"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.
Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya."Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.
Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.
Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat."Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga.
Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.
Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.
Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya."Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.
Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan."Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.
"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.
"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini," katanya kecewa.Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.
"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.
Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
"Ia merupakan spekulasi semata-mata," Ku dilaporkan berkata.Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.
Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat".
Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. ~the malaysian insider
Dato Zahir Exco Perak dan Dato Shalimin Ketua Umno Taiping menziarahi Hj Sidek hari ini.
Untuk maklumat rakan-rakan dalam Pasukan Pertahanan Awam Taiping, Tuan Hj Sidek bekas pegawai pasukan sukarela Pasukan Pertahanan Awam Taiping kini sedang menerima rawatan di ICU Hospital Daerah Taiping. Pangkat terakhir sebelum menamatkan tugas dalam JPAM ialah Kapten dan bersara kerana mencapai usia 60 tahun.
Kemudian beliau aktif dalam politik dan memegang jawatan Setiausaha Bahagian semasa Datuk Malek Hanapiah menjadi Ketua Bahagian.
Kini beliau menumpukan kepada perniagaan katering dan mengusahakan kantin di sebuah sekolah di Kamunting. Beliau sememangnya menghadapi pelbagai masalah kesihatan namun beliau mempunyai semangat yang kuat dan sehingga kini kelihatan aktif dan cergas walaupun usianya sudah lanjut. Sama-sama lah kita doakan agar Tuan Haji Sidek kembali sihat seperti sedia kala.
Apa cerita? Takkan tak ada 'offer' dari Universiti luar negara kepada Anwar untuk jadi 'Proffesor'? Atau kenyataanya sebelum PRU13 itu sekadar 'KENCING 2.0' selepas 16 September 2008?
Ipoh, 24 Ogos - Polis Perak memberkas empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian tembak di Kampung Simee di sini bulan lepas, menerusi serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Bercham 4, di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata serbuan pukul 9.30 malam oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) itu susulan penangkapan tiga suspek minggu lepas.
"Dengan tangkapan empat suspek berusia dalam lingkungan 30-an ini, kes di Kampung Simee dianggap selesai," katanya pada sidang media, di sini.
Mengulas serbuan itu, Paramasivam berkata dua daripada suspek diberkas di tingkat bawah rumah berkenaan manakala dua lagi yang meloloskan diri menerusi bumbung, ditangkap di rumah bersebelahan.
Dalam serbuan itu polis turut merampas sepucuk pistol jenis Baretta 9mm dan dua butir peluru, katanya.
Menurutnya ketika serbuan polis terpaksa melepaskan tembakan mempertahankan diri setelah suspek keempat yang lolos ke rumah bersebelahan bertindak menembak ke arah pasukan keselamatan dalam cubaannya melarikan diri.
"Tidak ada kecederaan dilaporkan akibat kejadiaan tembak-menembak itu," katanya.
Menurut Paramasivam, pemeriksaan lanjut ke atas rumah yang didiami suspek menemukan beberapa bungkusan mengandungi pil dipercayai dadah jenis eramin 5 dan polis percaya rumah itu turut dijadikan makmal memproses dadah.
Pada 28 Julai lepas, seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera parah selepas mereka ditembak oleh suspek yang menaiki sebuah kereta dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Kampung Simee. - BERNAMA
Lebih 20 samseng dipercayai anggota geng kongsi gelap 04 atau 08 bertindak biadab dan ganas apabila mengepung serta menyerang empat anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Mengelembu, menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, polis melepaskan tembakan amaran itu selepas suspek menyerang anggota polis menggunakan kapak, pedang samurai dan parang.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, anggotanya nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan yang dipercayai sedang bertempur satu sama lain untuk membalas dendam kematian ahli kumpulan mereka di Batu Gajah, Selasa lalu.
Menurutnya, kejadian berlaku selepas anggota polis mendapat maklumat berhubung pergaduhan bakal tercetus antara dua kumpulan samseng di kawasan Jalan Perusahaan Mengelembu 13, di sini.
"Empat anggota polis berpakaian biasa bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta Proton Waja.
"Sebaik sampai di kawasan itu, polis mendapati antara 20 hingga 25 lelaki menaiki motosikal berkumpul sambil membawa parang dan pelbagai senjata tajam lain," katanya.
Menurutnya, kumpulan samseng itu terus menyerang anggota dan kenderaan polis walaupun diberi amaran supaya beredar.
"Dalam keadaan cemas itu, seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan samseng terbabit daripada terus menyerang mereka.
"Serangan itu menyebabkan bahagian cermin hadapan kereta polis pecah selain pintu kereta kemek dipercayai ditetak dengan parang atau kapak. Semua suspek kemudian melarikan diri," katanya.
Susulan itu, polis mengadakan operasi memburu penjenayah dan menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng 08 berusia antara 20-an hingga 30-an beberapa jam selepas kejadian.
"Hasil tangkapan pertama itu, polis turut merampas 23 parang panjang dan satu pedang samurai.
"Polis kemudian memberkas dua lagi lelaki berusia 23 dan 24 tahun di Taman Kledang dan Bandar Baru Mengelembu di sini, antara jam 2 pagi hingga 3 pagi semalam," katanya.
Siasatan polis mendapati empat daripada lapan suspek ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.
Shukri berkata, polis kini memburu tujuh lagi suspek utama dikenali sebagai V Vigneswaran Naidu atau Vicky, 31, Prabagaran Monosamay, 25, Sarat Babu Suseelan, 27, Thangasamy Adakkalam, 40, Viknesvaran Subramaniam, 29, Jayakumar Subramin, 31 dan Prakash Thavatas, 26. "Semua suspek yang diburu itu berasal dari Ipoh, Perak dan polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika mengetahui di mana suspek berada kini," katanya. Menurutnya, pergaduhan antara dua kumpulan samseng ini mungkin tercetus apabila salah seorang ahli geng O8 berusia 20 tahun diserang di hadapan rumahnya di Mengelembu, malam Selasa lalu.
"Serangan itu dipercayai dilakukan Geng 04 Mengelembu yang didakwa menetak, menculik dan membuang mayat mangsa di tepi jalan berhampiran kawasan Batu Gajah, di sini," katanya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Teman baru sahaja dapat berbual dengan sahabat teman blogger Rajahmas.blogspot.com, kebelakangan ini nampkanya dia agak sibuk dengan perniagaannya dan segala aktiviti berbelogging nie nampaknya kurang diberi tumpuan, itu memang teman paham dengan menguruskan perniagaan atau lenih tepat lagi sumber rezeki beliau dan keluarga sepatutnya diberi lebih tumpuan kerana itu sumber atau pendapatan untuk beliau dan keluarga.
Apai yang menjadi nama jolokan kepada beliau memang sudah sebati dan lebih senang digunakan oleh rakan-rakan seangkatan termasuk beberapa bloggers lain seperti Abang Tuah, Pisau, Ddin bunga, Angkatan pemikir, taiping mali dan banyak lagi terutama hampir semu bloggers PCT cukup senang dengan gelaran APAI mengantikan Rajahmas.
Kebelakangan ini nampaknya blog rajahmas sudah mula keluarkan posting, jadi dalam perbualan teman jugak mengucapkan tahniah kepadanya disebabkan sudah mula aktif kembali, sebaliknya berita yang agak mengejutkan teman bila Apai terus menafikan bahawa posting Tersebut bukan hasil nukilan beliau, beliau kini sebenarnya telah dihalang (block) untuk sign in ke blog Rajahmas.blogspot.com. Memang itulah sebab apai mahu maklumkan kepada teman. Malah setiap artikel yang keluar bukan beliau yang lakukan, ini sudah kira bahaya beb!
Kalau dilihat posting yang boleh kita lihat semuanya berkisar soal pekara unik maupun ada kaitan seks dan sebagainya, memang teman tahu sangat sebagai salah seorang yang mengikuti blog beliau teman lihat ianya amat membingungkan teman, teman cukup paham dan tahu sahabat teman ini yang cukup panas mengupas terutama isu yang ada kaitan politik, bagaimana punada awalnya teman tidak mengesyaki kerana laziimnya selepas PRU kadang-kadang bloggers berubah angin sementara ataupun dalam erti kata bertenang sekejap dengan posting-Posting diluar landasan bahang politik.
Barulah teman tahu bahawa blog Apai nampaknya telah disabotaj olehseseorang lain,bukan sahaja dihack malah apai sendiri dihalang untuk masuk keblog dia sendiri, kalau kita lihat senarai posting yang paling digemari bampaknya cerita mengisahkan nafsu semacam stopa spenda ler pulak, mana mungkin apai buat macam nie, tetapi atas dasar hak masing-masing pada mulanya teman tak berapa nak bersuara tentang haknya dalam menulis, sebaliknya bila dimaklumkan bukan dia yang buat pekara macam nie barulah teman tahu blog apai sebenarnya telah dihack!
Malah kalau kita klik ke link posting yang menjadi kesukaan pelawat blog rajahmas akan tertera alamat rujukan blog tersebut bukan mengunakan link posting rajahmas sebaliknya akan terpaparlah alamat blog bilarentapbangkit.blogspot yang tertera, sepatutnya alamat atau add mestilah blog rajahmas dan diikuti link beliau. Entah macamana pula tetiba blog ni yang jadi add rujukan
Atas sebab blog beliau dihacklah apai menghungi teman dan minta teman kalau boleh wawarkan keadaan sebenar, samada rakan bloggers yang seangkatan malah kumpulan bloggers perak di PCT (Perak Cyber Troopers) dan juga group Nadi Rakyat Negeri Perak. Apai takut pelbagai tanggapan keatasnya bila perubahan mendadak terhadap blog dia... Apai tidak mahu ianya seperti sindrom lalang samada bertukar taukey atau tukar boss kerana dibayar yang kita dapat semakin meleluasa selepas PRU 13 gara-gara tujuan cari dana melalui taukey baru...
Apa-apa pun teman dan bagi pihak rakan-rakan bloggers yang lain berharap Apai lebih bersabar dengan dugaan serta kerja terkutuk lanun-lanun nie, kita juga faham bagaimana Apai terpaksa memulakan blog baru, membina, menyenaraikan list blog rakan, menukar add laman blog baru beliau nanti malah paling terasa bila semua followers yang jumlahnya lebih 400 juga turut hilang dan menyukarkan Apai untuk kembalikan 100% followers yang setia dalam blog beliau...
Apa-apa pun teman berharap marilah kita semua membantu beliau yang sedang dalam usaha membina semula blog beliau yang sebelum ini sudahpun berusia lebih 7 tahun lamanya, mari kita ziarah dan menjadi followers beliau semula dan membantu untuk link kan semula blog baru beliau nanti, bagi Apai juga rakan-rakan mohon jika mengadakan blog baru supaya adakan sedikit pemutihan serta penerangan yang berkaitan blog beliau yang telah dihack bagi memaklumkan keadaan sebenarnya, kita outkan alamat lama dan tambah add blog apai yang baru sebaik apai sudah membina blog barunya nanti...
Pasukan peguam yang mewakili Anwar Ibrahim hari ini memfailkan usul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk melucutkan kelayakan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.
Seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, Ram Karpal Singh, semasa dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu dengan menyatakan usul itu difailkan pada 4 petang di Mahkamah Rayuan.
Beliau berkata, permohonan itu akan didengar pada hari pertama pendengaran rayuan itu pada 17 September.
Muhammad Shafee diberikan kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar, 64, daripada pertuduhan itu pada 9 Januari tahun lepas.
Anwar menerusi laman mikro Twitter miliknya sebelum ini menulis "Mahkamah Rayuan: tangguh kerana YB Karpal di HKL. Bantah perlantikan DS Shafee Abdullah yang terlibat menentang saya sejak 98 sebagai Ketua Pendakwa".
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata meskipun DAP nampak seperti akur dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), namun ia dilakukan dengan agenda tersirat.
Menurutnya, perubahan keputusan DAP itu bukan disebabkan rasa takut parti itu akan dibatalkan, tetapi untuk meletakkan parti itu sebagai mangsa ROS yang dituduh diarahkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Meletakkan DAP menjadi mangsa 'kekejaman' ROS dan BN, katanya akan dapat mengalihkan kesalahan sebenar yang dilakukan pimpinan parti itu dalam pemilihan CEC DAP Disember tahun lalu.
"DAP memberikan jawapan yang tidak lengkap dan menyembunyikan maklumat penting yang boleh membantu ROS dalam menjalankan penyiasatan terhadap tuduhan (salah laku pemilihan CEC), " kata Tunku Aziz dalam sidang media semalam.
Tunku Abdul Aziz dilaporkan Utusan Malaysia berkata, DAP perlu sedar kemelut CEC itu timbul kerana ramai akar umbi parti tidak berpuas hati dengan proses pemilihan tahun lalu yang penuh kepincangan.
Menurutnya, Pengerusi DAP, Karpal Singh menyatakan senarai calon untuk pemilihan semula CEC itu akan kekal sama seperti pemilihan tahun 2012 dan begitu juga senarai ahli delegasi yang akan mengundi.
"Bagi saya, DAP tidak sewajarnya menyekat hak ahli yang mahu bertanding kali ini dan mereka harus bersetuju dengan kehadiran pemerhati bebas.
"Selain itu, mereka juga perlu memastikan semua perwakilan menerima notis mesyuarat serta melantik juruaudit bebas untuk memantau perjalanan pemilihan CEC yang baharu," katanya.
Sabtu lalu, Karpal menyatakan pemilihan semula CEC parti itu pada November depan akan mengekalkan senarai calon CEC serta perwakilan yang sama seperti pemilihan Disember tahun lalu.
Pada 15 Ogos lalu, DAP akhirnya akur untuk mengadakan pemilihan semula CEC selepas pemilihan tahun lalu itu didakwa wujud penyelewengan kerana parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi.
Keputusan mengadakan pemilihan semula itu dibuat tujuh bulan selepas pemilihan CEC 15 Disember lepas, yang diikuti siasatan ROS kemudiannya membuat ketetapan tidak memberi pengiktirafan kepada para pemegang jawatan CEC parti itu melalui notis yang dikeluarkan pada 17 April lalu.
Menurut Tunku Abdul Aziz, DAP tidak sewajarnya menudingkan jari kepada mana-mana pihak individu atau organisasi terhadap kelemahan parti itu serta segala kontroversi yang timbul.
"Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak seharusnya menuding jari mencari kesalahan pihak lain sekiranya kegagalan itu berpunca daripada beliau sendiri," katanya.
Jelasnya, DAP tidak sepatutnya mengelirukan masyarakat tentang arahan diberikan ROS terutama pemilihan semula CEC parti itu dan membuat pelbagai provokasi sehingga mahu mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengecam Pas kerana tidak bersama-sama mereka menyatakan sokongan parti itu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan semalam.
"Kita tidak mahulah pihak yang kononnya memperjuangkan Islam sibuk berdemonstrasi di konsert Metallica tetapi tidak pula menyatakan sokongan kepada isu kalimah Allah ini.
"Malah ada juga yang mengatakan isu kalimah Allah ini tidak sebesar isu di Mesir, bagi Perkasa kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab," bidas Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali dilaporkan The Malaysian Insider.
Syed Hassan mengulas langkah Dewan Pemuda PAS yang mengedar risalah di konsert Metallica semalam.
Risalah yang diedarkan Pas itu berbunyi, "Jika kamu dapat bayar RM195 untuk Metallica, kenapa tidak berkongsi sama membantu rakyat Mesir?".
"Risalah ini sebagai mesej untuk memberitahu kepada mereka (pengunjung) dalam berhibur ada saudara kita di luar sana (ditimpa malang)," kata Khairul Faizi ketika ditemui Malaysiakini di luar perkarangan stadium.
Dalam masa sama Syed Hassan turut membidas Pas kerana bersikap tidak mengendahkan tentang isu kalimah Allah tetapi lebih mementingkan isu lain yang tidak mempunyai kaitan dengan Malaysia.
Bagaimanapun, Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali berkata umat Islam tidak boleh terlalu bergembira dengan kemenangan yang diperoleh hari ini kerana perbicaraan pada 10 September adalah lebih penting.
"Kita menerima keputusan yang diumumkan hari ini tetapi pada masa sama tidak boleh terlalu gembira kerana keputusan penuh adalah pada 10 September nanti.
"10 September adalah penentu dan saya berharap semua pihak dapat bersatu dalam isu kalimah Allah ini," kata Hasan.
Selain itu, Pengerusi Gabungan NGO Persatuan Pembela Muslim (Pembela) Dr Yusri Mohamad juga berharap kemenangan pada kes sebenar akan memihak kepada umat Islam seperti hari ini.
"Saya harap semasa kes sebenar kita akan memperoleh kemenangan," katanya lagi.
Ibu Lina Joy pun hadir untuk memberi sokongan
Terdahulu, kumpulan NGO tersebut telah berkumpul seawal 8 pagi bagi menyatakan sokongan kepada peguam yang hadir mewakili kerajaan dalam kes rayuan hari ini.
Di perkarangan mahkamah semalam, PERKASA salah satu NGO yang turut serta menyatakan sokongan kalimah Allah adalah eksklusif untuk umat Islam. Selain PERKASA, beberapa NGO lain turut serta, antaranya, Persatuan Pembela Muslim (PEMBELA), ISMA dan JATI.
Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Disember 2009, yang membenarkan semakan kehakiman Gereja Katolik berkenaan bagi menarik balik larangan KDN berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Herald untuk merujuk kepada Tuhan Kristian.-AIDC Sumber gambar : Minaq Jinggo
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Putrajaya: Kegagalan mengaitkan pemilikan bahan letupan dengan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar antara kekhilafan Hakim Mahkamah Tinggi yang dijadikan alasan Mahkamah Rayuan, di sini, semalam untuk melepas dan membebas dua anggota polis itu daripada pertuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Keputusan mengetepikan sabitan serta hukuman gantung sampai mati dijatuhkan Mahkamah Tinggi terhadap Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42, sebelum ini dibuat sebulat suara tiga panel hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat. Membaca penghakiman ringkas keputusan itu, Tengku Maimun berkata, pihaknya hanya membaca rumusan keputusan terhadap isu utama dikemukakan perayu. Menurutnya, berhubung isu pemilikan dan kawalan bahan letupan, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi perlu membuat penemuan bagi menghubungkaitkan isu bahan letupan dengan perayu.
"Terdapat kaitan antara bahan letupan dengan si mati, oleh itu pendapat kami Hakim Mahkamah Tinggi perlu membuat penemuan bagi mengaitkan bahan letupan dengan perayu. "Dengan tidak membuat penemuan berhubung pemilikan oleh perayu dengan bahan letupan yang digunakan dalam pembunuhan ini, Hakim Mahkamah Tinggi gagal membuat pertimbangan terhadap kaitan terputus ini," katanya.
Pada 9 April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin memerintahkan Azilah dan Sirul Azhar dihukum gantung sampai mati atas dakwaan membunuh Altantuya selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Mukim Bukit Raja, Klang, antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Pada perbicaraan bermula 18 Jun 2007 dan prosiding berlangsung selama 151 hari, 84 saksi pendakwa dipanggil memberikan keterangan antaranya pakar bom, pakar senjata api, ahli kimia, forensik, pegawai perubatan dan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) serta kakitangan Celcom.
Berhubung alibi pembelaan Azilah, Tengku Maimun berkata, Hakim Mahkamah Tinggi tidak menyatakan dalam alasan penghakimannya beliau ada menimbangkan maklumat daripada diari stesen.
Menurutnya, maklumat itu perlu untuk cenderung menunjukkan kehadiran perayu di Bukit Aman ketika waktu kejadian, sekali gus bermakna dia tidak berada di lokasi kejadian.
"Hakim tersalah arah membuat pertimbangan terhadap diari stesen itu dan gagal membuat penemuan sama ada pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan menyatakan bahawa Azilah berada di tempat kejadian," katanya.
Berhubung isu log panggilan telefon dan ramalan liputan, Tengku Maimun berkata, mahkamah mendapati adalah satu keperluan bagi Hakim Mahkamah Tinggi memberi fokus terhadap isu ditimbulkan pembelaan berhubung bahan bukti.
"Kami mendapati keterangan tiga pegawai telekomunikasi menimbulkan isu kesahihan dan ketepatan. Hakim Mahkamah Tinggi perlu membuat penemuan sama ada terdapat gangguan atau pengubahan data.
"Sama ada kesahihan data itu boleh dipersoalkan atau sebaliknya. Bagaimanapun dalam kes ini ia gagal dilakukan. Pada pendapat kami, kegagalan tersalah arah ini serius memandangkan bukti dikemukakan itu tidak selamat digunakan," katanya.
Tengku Maimun berkata, satu lagi kekhilafan dikesan pihaknya ialah kegagalan pihak pendakwaan memanggil Deputi Superintendan Musa Safri atau menawarkan saksi ini untuk disoal balas.
Menurutnya, keterangan Musa adalah perlu bagi merungkai kejadian yang menjadi dasar dalam kes pendakwaan ini.
Sementara itu berhubung maklumat membawa kepada penemuan, beliau berkata, Hakim Mahkamah Tinggi gagal dan tidak memeriksa berhubung percanggahan atau tidak konsisten di dalam bukti pendakwaan. "Beliau gagal memeriksa kredibiliti saksi pendakwaan dan tidak memberi fokus sama ada perayu menimbulkan keraguan munasabah terhadap ketepatan keterangan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950," katanya.
Menurutnya, Hakim Mahkamah Tinggi juga didapati tidak membuat penemuan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan terdapat perancangan awal oleh kedua-dua perayu untuk melakukan pembunuhan itu dan sama ada pembunuhan berkenaan dilakukan dengan niat bersama hasil daripada perancangan awal terbabit.
"Melihat kepada keadaan keseluruhan kes, kami memutuskan bahawa sabitan terhadap kedua-dua perayu adalah tidak selamat, oleh itu kami sebulat suara membenarkan rayuan dan sabitan serta hukuman oleh Mahkamah Tinggi diketepikan. Perayu dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan," katanya.
Bekas pemimpin Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) yang kini memegang jawatan tertinggi Kerajaan diminta meletakkan jawatannya serta merta kerana mempertikaikan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati lima suspek penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penjenayah tidak seharusnya menerima simpati umum dalam usaha kerajaan memerangi jenayah di Negara ini.
"Jika ada seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula. Dalam perkara ini jangan kita ada simpati kepada penjenayah.
"Awak faham-faham sendirilah," katanya ketika disoal pemberita berhubung bekas pemimpin NGO yang dimaksudkan beliau.
Zahid berkata demikian kepada pemberita pada Sidang Media pada Forum Sehari bertajuk 'Undang-undang Semasa dan Langkah-langkah Untuk Mencegah Jenayah Kekerasan Secara Berkesan' anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) di Sunway Resort & Spa di sini hari ini.
Turut hadir Naib Presiden MCPF Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi Asli Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.
Sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P.Waytha Moorthy mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan
Bekas pemimpin Hindraf itu dilaporkan akhbar sebagai berkata, beliau tidak percaya berlaku tembak-menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.
Sementara itu, Zahid juga menjelaskan, dua skuad khas akan ditubuhkan polis Bukit Aman masing-masing bagi memerangi masalah jenayah berat dan dadah di negara ini.
Katanya, skuad yang masing-masing berkekuatan 200 pegawai dan anggota polis terlatih diketuai Komisioner Polis, mula beroperasi sejak dua bulan lalu.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kelulusan segera bagi penubuhan dua skuad khas itu.
"Skuad khas ini hanya akan beroperasi dari Bukit Aman untuk terus membanteras kumpulan sasaran, dan tidak melalui Ibu Pejabat Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan Negeri," katanya.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Deiii... pudek, najib sudah kasi u makan pun sudah cukup baik, lagi mau banyak bunyi, duduk diam-diam sudah...
Deiii... pundek, lu dulu hina sultan johor, lu dulu hina orang melayu, lu sudah minta maaf ka...???
Deiii... pundek, lu jangan lupa, lu punya pasal berapa ramai polis cedera masa lu bikin rusuhan di batu caves, itu polis yang lu baling semua polis melayu tau...
Deiii... waythamoorthy lu memang pundek...
Koleksi penghinaan hindraf dan waythamoorty menghina melayu klik sini, sini dan sini
IPOH: Lebih 20 samseng dipercayai anggota geng kongsi gelap 04 atau 08 bertindak biadab dan ganas apabila mengepung serta menyerang empat anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Mengelembu, menyebabkan seorang anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran ke udara, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, polis melepaskan tembakan amaran itu selepas suspek menyerang anggota polis menggunakan kapak, pedang samurai dan parang.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, anggotanya nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan yang dipercayai sedang bertempur satu sama lain untuk membalas dendam kematian ahli kumpulan mereka di Batu Gajah, Selasa lalu.
Menurutnya, kejadian berlaku selepas anggota polis mendapat maklumat berhubung pergaduhan bakal tercetus antara dua kumpulan samseng di kawasan Jalan Perusahaan Mengelembu 13, di sini.
"Empat anggota polis berpakaian biasa bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta Proton Waja.
"Sebaik sampai di kawasan itu, polis mendapati antara 20 hingga 25 lelaki menaiki motosikal berkumpul sambil membawa parang dan pelbagai senjata tajam lain," katanya.
Menurutnya, kumpulan samseng itu terus menyerang anggota dan kenderaan polis walaupun diberi amaran supaya beredar.
Sekadar gambar hiasan
"Dalam keadaan cemas itu, seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan samseng terbabit daripada terus menyerang mereka.
"Serangan itu menyebabkan bahagian cermin hadapan kereta polis pecah selain pintu kereta kemek dipercayai ditetak dengan parang atau kapak. Semua suspek kemudian melarikan diri," katanya.
Susulan itu, polis mengadakan operasi memburu penjenayah dan menahan enam lelaki dipercayai ahli Geng 08 berusia antara 20-an hingga 30-an beberapa jam selepas kejadian.
"Hasil tangkapan pertama itu, polis turut merampas 23 parang panjang dan satu pedang samurai.
"Polis kemudian memberkas dua lagi lelaki berusia 23 dan 24 tahun di Taman Kledang dan Bandar Baru Mengelembu di sini, antara jam 2 pagi hingga 3 pagi semalam," katanya.
Siasatan polis mendapati empat daripada lapan suspek ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.
Shukri berkata, polis kini memburu tujuh lagi suspek utama dikenali sebagai V Vigneswaran Naidu atau Vicky, 31, Prabagaran Monosamay, 25, Sarat Babu Suseelan, 27, Thangasamy Adakkalam, 40, Viknesvaran Subramaniam, 29, Jayakumar Subramin, 31 dan Prakash Thavatas, 26. "Semua suspek yang diburu itu berasal dari Ipoh, Perak dan polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jika mengetahui di mana suspek berada kini," katanya.
Menurutnya, pergaduhan antara dua kumpulan samseng ini mungkin tercetus apabila salah seorang ahli geng O8 berusia 20 tahun diserang di hadapan rumahnya di Mengelembu, malam Selasa lalu.
"Serangan itu dipercayai dilakukan Geng 04 Mengelembu yang didakwa menetak, menculik dan membuang mayat mangsa di tepi jalan berhampiran kawasan Batu Gajah, di sini," katanya.
- Info PDRM
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Berdasarkan kepade due pilihan raya yang lepas iaitu PRU 12 dan PRU 13 Tok peratikan bahawe kemajuan dalam PAS langsung tidak berubah, malahan ianye semakin bertambah parah. Ini terbukti apebile negeri Kedah yang di kasei oleh PAS telah jatuh kembali ke tangan UMNO. PAS juge telah gagal dalam mempertahan kan banyak kerusi yang dimenangani nye padi PRU 12.
PAS tidak boleh mendabek dade dengan kemenangan banyak kerusi DUN di Terengganu, kemenangan nye ini bukan nye di sebab kan PAS kuat di Terengganu. Kemenangan PAS ini se mate2 kerane krisi dalaman UMNO yang berlarutan sehingge PRU 31. Sekarang pemimpin2 UMNO sedang berusahe ber sungguh2 untuk memulihkan UMNO negeri Terengganu. Ini terbukti ape bile UMNO telah berjaye mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut pade PRK yang baru lepas.
Tok berpendapat bahawe terdapat banyak sebab musabab mengape PAS semakin di pinggirkan oleh umat Islam. Pade kirean Tok sebab utame mengape umat Islam tidak sokong PAS ialah kerane parti itu sudah bersengkokol dengan cine kafir DAP dan juge PKR yang separuh kafir tu. Kebencian umat Islam terhadap PAS semakin bertambah lagi apebile pemimpin2 nye dengan care terbuke dan terusterang menghalal kan orang kafir kristian untuk mengune pakai kalimah Allah ke dalam bible versi bahase melayu.
Tok yakin pade PRU 14 akan datang ini PAS akan terus berkubur ber same PKR untuk se lame2 nye, AMINNNN!!!
You are subscribed to email updates from tok gajah46 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Nora Danish sekali lagi mencetuskan persoalan kepada peminat-peminatnya apabila memuat naik sekeping gambar di akaun Instagramnya.
Dalam gambar tersebut, Nora kelihatan bersahaja sambil mengangkat lengannya. Pada bawah lengannya kelihatan seperti kesan gigitan. Ktika posting ini ditulis, hampir 107 komen dihantar oleh peminat-peminatnya untuk gambar ini.
Masing-masing bertanyakan apa yang terjadi, ada yang cuba meneka, malah ada yang mempunya pendapat sendiri. Ada yang menulis Nora terlalu obses dengan filem Conjuring, dan ada pula beranggapan ianya merupakan gigitan cinta a.k.a love bite.
Namun, Nora seperti biasa, tidak akan merespon pada setiap komen peminatnya. Mungkin beliau lebih seronok melihat kekalutan peminat-peminatnya membuat tekaan.
Beratus-ratus penduduk daerah Sinjai di Sulawesi Selatan menyerbu pejabat pendidikan tempatan, mendesak supaya seorang guru sebuah sekolah, Andi Sitti Amran dipecat.
Tindakan berkenaan dilakukan selepas gambar lucah yang didakwa membabitkan guru itu bersama seorang lelaki yang bukan suaminya tersebar. Suasana tegang berlaku antara penduduk itu yang datang dengan motosikal dan trak dengan pengawal di pejabat berkenaan. Penduduk itu mendesak supaya dibenar bertemu dengan ketua pejabat itu.
"Bagaimana nak mendidik jika guru sendiri tidak bermoral. Demi masa depan murid, kami mohon guru itu dipecat serta-merta, kata seorang penduduk.
Ketua Pendidikan Daerah, Andi Masati yang berbincang dengan penduduk berkenaan, bersetuju untuk menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kes peredaran video lucah itu sudah lama berlaku dan sudahpun dilaporkan oleh suami guru itu kepada polis Sinjai. Bagaimanapun, hingga semalam, kes itu masih disiasat. - Agensi
MIRI - Deejay Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga Perdana Sarawak berhubung komen 'cap ayam' dalam rancangan Johara Pagi Era minggu depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn Bhd (Astro Radio) Dr Jake Abdullah berkata beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.
"Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu," katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri hari ini.
Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.
"Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham," katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010.
Kenyataan negatif itu dikeluarkan apabila Sarawak kalah 1-2 kepada Perak pada perlawanan Piala Malaysia baru-baru ini, dan deejay berkenaan didakwa memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah 'cap ayam' atau tidak berkualiti.
Deejay berkenaan juga didakwa menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.
Komen itu menimbulkan kemarahan peminat tempatan serta ahli politik di sini dan kebanyakan mereka melahirkan kekecewaan menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta menggesa program Astro itu diboikot selain timbul ancaman bunuh terhadap Johan dan Ray, jika mereka berkunjung ke Sarawak.
Pemantauan Bernama mendapati kebanyakan blog memulakan kempen bagi memboikot Era FM sebagai tanda protes jika deejay berkenaan enggan memohon maaf ketika mereka ke udara.
Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili berkata deejay berkenaan adalah personaliti yang dikenali ramai dan mereka sepatutnya mengetahui etika ketika bersiaran di radio.
"Pemuda PBB mendesak satu permohonan maaf dibuat secara terbuka, jika mereka bergurau, maka mereka sudah melampaui batasan, perlu ada had, mereka harus memahami sensitiviti komuniti tempatan," katanya kepada Bernama.
Dalam perkembangan lain, Jake berkata peluasan itu sebahagian rancangan jangka panjang Astro Radio bagi memperkukuh kedudukannya dalam industri penyiaran di negara ini.
"Visi kami ialah memiliki operasi sendiri yang bebas di Sabah dan Sarawak, mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan dalam tempoh 24 hingga 36 bulan akan datang," katanya.
Beliau berkata pada masa ini, sesetengah program yang bersiaran adalah dari Semenanjung, dan selepas beroperasi sepenuhnya di sini, pendengar di Sarawak serta Sabah boleh menikmati kandungan tempatan 24 jam sehari.
Ketika ini, dianggar lebih 500,000 pendengar Era FM, hitz fm serta My FM di Sarawak dan Sabah. - Bernama
Tindakan lebih kurang 20 orang samseng India yang menganggotai GANG 04 dan GANG 08 mengepung serta menyerang empat orang anggota polis, hampir mengundang padah apabila tiga das tembakan dilepaskan ke udara oleh salah seorang anggota polis terbabit setelah anggota-anggota polis itu diserang menggunakan parang, pedang samurai dan kapak di Jalan Perusahaan Menglembu 13.
Dalam insiden yang berlaku di Menglembu itu, empat orang anggota polis yang berpakaian biasa telah ke lokasi di mana terdapat laporan anggota-anggota GANG 04 dan GANG 08 sedang bergaduh untuk membalas dendam apabila salah seorang anggota GANG 04 telah dibunuh di hadapan rumahnya malam Selasa lalu.
Mangsa ditetak, diculik dan mayatnya dibuang di tepi jalan berhampiran Batu Gajah.
Dalam kejadian 1:15 pagi itu, keempat-empat anggota polis itu nyaris dicederakan kumpulan samseng berkenaan. Keempat-empat anggota polis berpakaian biasa itu bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah kereta Proton Waja.
Sebaik-baik sahaja mereka sampai ke kawasan itu, polis mendapati antara 20 sehingga 25 orang lelaki menaiki motosikal berkumpul sambil membawa parang dan pelbagai senjata tajam yang lain. Anggota kumpulan samseng itu terus menyerang anggota dan kenderaan walaupun diberi amaran agar beredar.
Dalam keadaan cemas itu, seorang anggota melepaskan tiga das tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan samseng terbabit daripada terus menyerang mereka.
Serangan tersebut memecahkan cermin bahagian hadapan kereta selain pintu kereta yang kemek akibat ditetak dengan parang atau kapak.
Semua suspek kemudiannya melarikan diri. Susulan itu, polis mengadakan operasi memburu mereka dan berjaya menahan enam lelaki yang dipercayai ahli GANG 08 berusia antara 20 sehingga 30 tahun, tidak lama selepas kejadian. Hasil tangkapan pertama itu juga, polis turut merampas 23 parang panjang dan sebilah pedang samurai.
Polis kemudiannya memberkas dua orang lelaki berusia 23 dan 24 tahun di Taman Kledang dan Bandar Baru Menglembu antara jam 2:00 pagi hingga 3:00 pagi semalam.
Siasatan polis mendapati empat daripada lapan suspek yang ditahan itu pernah mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.
Polis kini memburu tujuh lagi suspek utama dikenali sebagai:
Semua suspek yang diburu itu berasal dari Ipoh dan polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat jikalau mengetahui lokasi ketujuh-tujuh suspek berkenaan.
Sesetengah daripada orang yang dikehendaki polis dipercayai bersenjata dan amat merbahaya. Jangan cuba mengambil tindakan bersendirian atau cuba menangkap mereka. Sekiranya mempunyai maklumat, sila hubungi Pusat Kawalan Malaysia di talian 03-22663333 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Hari ini, akhbar memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri untuk menjalankan operasi besar-besaran kepada warga asing. Baguslah tu.
Yang saya faham, sesiapa orang asing yang tak ada pasport atau tinggal lebih masa dari sepatutnya atau lain-lain kes imigresen, kena cekuplah. Kes-kes lain termasuk penglibatan warga asing dalam jenayah saya tak mahu ceritalah sebab saya tak berapa pakar nak cerita.
Tapi kes maksiat, banyak episod saya boleh cerita, pengalamanlah katakan. Bukan saya nak mengata sesiapa tetapi hakikatnya, peningkatan maksiat antaranya kerana orang asing.
Bangla Goda Wanita Tempatan
Suatu hari tu, penguatkuasa Jabatan Agama dapat aduan dari pengadu yang dah tentu dirahsiakan. Kalau tak dirahsiakan, bimbang kena sumbat kari dalam mulut dengan Bangla ler pengadu ni. Pengadu tu kata, di sebuah rumah kedai yang dijadikan hostel pekerja Bangla ada 9 orang lelaki Bangla. Katanya waktu itu datang seorang wanita ke hostel berkenaan. Pengadu minta dibuat pemeriksaan kalau-kalau berlaku kes maksiat di situ.
Maka tak lama lepas tu, penguatkuasa bertindaklah berdasarkan maklumat yang diterima tu. Sampai saja di lokasi, nampaknya pintu bawah rumah kedai itu tidak berkunci dan penguatkuasa dapat naik ke tingkat atas. Pintu rumah kedai itu pun tak kunci dan penguatkuasa dapat masuk ke dalam. Di ruang tamu itu ada banyak katil dan tilam serta barang lain kepunyaan Banglalah. Ada dua bilik yang berkunci dan penguatkuasa ketuk bilik pertama. Terus dibuka dari dalam dan didapati ada dua orang lelaki Bangla dalam bilik tu. Keadaannya macam baru bangun tido.
Penguatkuasa ketuk pula bilik satu lagi dan lambat dibuka sampai bergegar pintu itu diketuk dan hampir nak roboh. Maklumlah, pintu tu bukanlah kukuh sangat. Pintu kemudiannya dibuka dari dalam oleh lelaki Bangla 30-an dan didapati juga seorang perempuan umur 30-an. Terpinga-pinga Bangla ni macam cicak mabuk kapur bila dia tahu pihak berkuasa datang nak tangkap dia. Bayar RM 30 Sekali Projek
Hasil soal siasat, lelaki Bangla ini kerja di sebuah kilang kayu, patutlah badan dia berketul macam batang ubi. Katanya dia bujang, tapi malah kita tahu kalau dia ada Minaci kat Bangla sana. Perempuan ini pula katanya dia janda anak dua dan tidak bekerja. Dia mengaku sudah beberapa kali datang ke bilik Bangla ini dengan mengenakan bayaran RM 30 sekali game. Bila ditanya, kenapa murah sangat 30 ringgit tu, dia kata, mula-mula dulu kenakan bayaran RM 50 tapi sekarang Bangla tu mintak diskaun, jadi bersetujulah dia dengan bayaran RM 30 tu. Layan Ramai Ker? Nak Kawin Ker? Banyak Kali Ker?
Bila ditanya, ramai ke lelaki Bangla yang dia layan? Katanya, seorang saja iaitu 'Abang Sayang' dia tulah. Bila ditanya, nak kawin ker dengan Abang Laa tu, dia kata taknak kawin pun. Bila ditanya, dah banyak kali ker datang tempat Bangla tu, dia kata, taklah banyak kali, cuma 18 kali saja. Wahhhh...ingat dia yer 18 kali, entah-entah ada buku Tiga Lima kot yang dia catat setiap kali datang.
Kasi Hantar Balik Sama Ini Orang
Harap pihak berkuasa bertegas kepada orang asing yang terlibat dalam maksiat macam Bangla ini. Ini satu contoh cerita saja, banyak lagi cerita lain. Biar heboh ini cerita sampai itu Dhaka dan biar dia orang tahu tujuan datang sini mari Malaysia mahu kerja juga, bukan mahu kacau itu perempuan. Lama-lama kacau sini perempuan, ingat orang kita boleh sabar juga ker? Jangan sampai nanti jadi gaduh orang asing sama orang sini pasal perempuan. Sebab itu pihak berkuasa kena tegas dan jangan sampai orang kita ambil tindakan sendiri. Sumber
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini 'menasihatkan' bekas pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan jika kenyataan mereka masih bersifat NGO.
Katanya, pihak terbabit sepatutnya menyokong tindakan kerajaan memerangi jenayah yang semakin berleluasa dan bukan mencari salah terhadap tindakan yang dilakukan pihak penguatkuasa.
"Pemimpin berkenaan harus melepaskan jawatan kerajaan jika kenyataan yang dikeluarkannya masih "bersifat seperti NGO," katanya ketika merasmikan "Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang Semasa dan Langkah-langkah Mencegah Jenayah Kekerasan Secara Berkesan" di sini hari ini.
Gesaan itu dibuat apabila seorang timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan mengenai kes tembak mati lima suspek penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.
Ahmad Zahid menegaskan, dalam usaha memerangi jenayah, penjenayah seharusnya tidak menerima simpati umum.
"Jika ada seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula," kata ahli Parlimen Bagan Datoh itu.
Sambil meminta kerjasama ramai dalam usaha memerangi jenayah, Zahid menjelaskankerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penjenayah yang menggugat keamanan negara.
"Kita kena 'buta warna' untuk memerangi jenayah sebab penjenyah sendiri buta warna mengenai mangsa atau sasaran mereka.
"Dalam perkara ini jangan kita ada simpati kepada penjenayah," tegasnya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy, yang juga bekas pemimpin Hindraf sebelum ini dilaporkan media bahawa beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mereka ditembak pada jarak dekat.
Berikutan itu, Zahid menasihati Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.
"Beliau jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," kata Ahmad Zahid dipetik laporan media.
Sementara itu, Waytha Moorthy semalam dilaporkan berkata, beliau tidak berhasrat campur tangan dengan kerja-kerja polis apabila mengkritik tindakan tembak mati lima suspek anggota kongsi gelap di Pulau Pinang baru-baru ini.
"Menjadi pemimpin golongan India yang terpinggir di negara ini, saya tidak boleh hanya menjadi pemerhati tidak berpihak di luar hanya kerana saya berada dalam kerajaan," kata Watya.
Dalam kejadian itu polis menembak mati lima anggota kumpulan kongsi gelap dipercayai pembunuh upahan yang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes bunuh dan cubaan bunuh di Pulau Pinang.
Pang bersama isterinya ketika melihat keadaan anak perempuan
SEGAMAT - Seorang bapa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, tengah malam kelmarin, mendakwa bayi perempuannya berumur satu tahun enam bulan dicabul.
Bapa tersebut yang hanya ingin dikenali Pang, 30an, berkata, sejak kebelakangan ini anak perempuannya menunjukkan sikap ganjil dan sering merengek seakan menahan sakit.
"Saya tidak mengesyaki sebarang kejadian aneh pada anak kedua saya itu kerana berfikir dia kepenatan berada seharian di rumah pengasuh ataupun tidak sihat.
"Tetapi, saya hairan apabila dia tidak mahu memakai lampin pakai buang dan sering menunjukkan tangan kanannya ke arah dubur," katanya kepada Sinar Harian.
Jelasnya, sebaik memeriksa dubur anaknya, dia terkejut mendapati terdapat cecair putih bersama darah merah di bahagian itu.
Pang dan isterinya yang merupakan warganegara Vietnam bertindak membawa bayi mereka ke sebuah pusat perubatan di Labis dan kemudian dinasihatkan kakitangan bertugas supaya membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Segamat.
"Saya segera membawa anak ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan dan hasilnya mendapati kemungkinan besar dia diliwat kerana ada kesan tusukan benda keras di duburnya.
"Saya kemudian membuat laporan polis kerana mengesyaki anak saya diliwat dan mahu mendapatkan keadilan untuk anak saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Mohd Kamil Sukarmi, mengesahkan menerima laporan tersebut pada hari sama.
Menurutnya, seorang lelaki berusia 43 tahun telah ditahan pada jam 5 petang kelmarin.
"Suspek akan ditahan reman sehingga 26 Ogos ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.
Pembunuhan pegawai tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi, kata ahli keluarganya kepada The Malaysian Insider. Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim (gambar) ditembak mati di Putrajaya pada 26 April, beberapa minggu sebelum keganasan berkaitan pistol tersebar ke seluruh negara.
"Pembunuhan bapa saya dirancang, ia ada kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di langkawi," kata Mohd Akhtar Shaharuddin kepada The Malaysian Insider minggu ini.
Malah beliau sendiri yakin dalang pembunuhan bapanya adalah dari jabatan Kastam sendiri.
"Saya pasti akan hal itu biarpun polis menafikannya," kata arkitek berumur 30 tahun itu.
"Bapa saya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewangan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
"Tidak lama selepas membuat aduan itu, beliau menerima surat pertukaran kerja. Surat itu, bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapa saya," katanya.
Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditembak ketika sedang memandu ke pejabatnya di Putrajaya.
"Tidak ada siapa faham kehilangan orang tersayang dengan cara kejam begini kecuali bagi mereka yang pernah melalui sendiri kerana itu saya amat berharap kematian bapa dibela," katanya.
Yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditembak mati, tiada sesiapa didakwa kerana membunuh.
Pertama kali bercakap kepada media, Akhtar mengatakan bapanya menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, beberapa minggu sebelum ditembak mati.
Tanpa berfikir panjang, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat.
"Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja dengan keluarga. Namun saya diberitahu oleh ibu, seorang wartawan ada menelefon bapa saya bertanyakan mengenai isu sindiket penyeludupan kereta di Langkawi," kata Akhtar.
Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi.
Akhtar turut mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka.
Menurutnya, beliau membuat pendedahan kerana kecewa dengan layanan dingin diberikan polis ke atas siasatan kes bapanya.
"Bayangkan sudah hampir berapa bulan kes ini berlaku jangan kata suspek malah sebarang petunjuk tidak diberikan polis," katanya.
Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan polis pada bulan Ramadan lalu setelah digesa beberapa kali untuk mendapatkan perkembangan siasatan.
"Dalam tempoh berapa bulan selepas kejadian saya hanya berjumpa dengan polis dalam dua atau tiga kali.
"Bagaimanapun selepas sebulan mereka langsung senyap dan saya terpaksa mengejar polis untuk mengetahui perkembangan kes," katanya.
Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara.
"Kita bercakap tentang pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah, siapa beliau.. tidakkah jasa beliau tidak ternilai kepada negara jadi kenapa memperlakukan keluarga kami begini," katanya kecewa.
Tegas Akhtar beliau hanya mahu keadilan bagi bapanya.
"Bapa saya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhadap kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian," katanya lagi.
Shaharuddin yang mengetuai bahagian Pekastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditembak mati pada 26 April.
Beliau yang dilahirkan di Negeri Sembilan itu sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean".
Mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan kenderaan pacuan empat roda (4WD) ditembak tiga das oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembunuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi.
"Ia merupakan spekulasi semata-mata," Ku dilaporkan berkata.
Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.
Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti. Kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.
Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "kami masih menyiasat".
Kes tembak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke 13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.
Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tembakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kematian. - 24 Ogos, 2013. TMI
Polis ketika membuat pemeriksaan terhadap pasangan terbabit.
KULIM - 'Kami tak buat apa-apa encik. Saya dan teman wanita saya sedang berbincang tentang pelajaran.'
Itulah alasan sepasang kekasih yang ditemui berbaring di dalam kereta mereka di Taman Tasek Kulim ketika polis membuat rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pasangan itu masih menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini.
Menurutnya, ketika polis membuat rondaan, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan di tempat letak kereta taman berkenaan kira-kira jam 3.30 pagi.
"Apabila menghampiri kenderaan terbabit, polis mendapati kedua-dua pasangan itu sedang berbaring di dalam kereta.
"Terkejut dengan kehadiran polis, suspek perempuan terus bangun manakala teman lelakinya keluar dari kereta dalam keadaan kedua tangan memegang seluar yang dipakainya," katanya.
Ketika ditanya pada suspek lelaki, apa yang sedang mereka lakukan dalam kereta dan berbaring dalam keadaan gelap, pelajar tahun akhir itu memberi alasan bahawa mereka sedang berbincang tentang peperiksaan yang akan mereka duduki tidak lama lagi.
"Kami belajar di IPTA sama. Saya sekarang ini belajar dalam semester akhir manakala teman wanita saya belajar di semester tiga.
"Keluarga kami sudah tahu kami berkawan sejak dulu lagi," katanya.
Ghuzlan berkata, setelah membuat pemeriksaan, polis mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
"Polis akhirnya mengarahkan mereka beredar agar perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.
"Sedih saya lihat perlakuan anak-anak muda sekarang ini, ibu bapa diharap memantau anak dalam apa keadaan sekalipun," katanya.
New Delhi: Seorang jurugambar muda dirogol secara beramai-ramai sementara rakan sekerja lelakinya dipukul di kawasan terpencil di Mumbai, semalam.
Kejadian itu sama dengan peristiwa Disember lalu apabila seorang pelajar universiti dirogol sekumpulan lelaki sebelum meninggal dunia di Singapura.
Polis berkata, dalam kejadian semalam, wanita itu ditugaskan mengambil gambar di kawasan berkenaan yang dulunya menempatkan kilang kain tetapi kini berubah menjadi kawasan kediaman dengan kondominium mewah, pusat beli belah dan restoran besar, yang dibina bersebelahan dengan kilang kain dan kawasan setinggan.
Selepas menawarkan bantuan bagi mendapatkan kebenaran untuk merakam gambar sebuah bangunan buruk di situ, kumpulan lima lelaki berkenaan bertindak ganas dan menuduh rakan lelaki jurugambar itu terbabit dalam aktiviti jenayah di kawasan itu.
Apabila mereka menafikan tuduhan itu, mereka mengikat tangan mangsa dan mengheret wanita berkenaan ke tempat lain sebelum merogol mangsa secara bergilir-gilir. - Reuters
Seoul: Wanita Korea Selatan sanggup berdepan dengan bahaya dan kesakitan asalkan mereka dapat memiliki wajah seperti wanita Barat.
Permintaan untuk menjalani pembedahan membabitkan prosedur memotong tulang dagu serta membetulkan dagu atas dan bawah bagi kelihatan lebih cantik meningkat sejak beberapa bulan lalu.
Dan kini, satu imej dimuat naik ke rangkaian laman sosial menunjukkan seorang wanita yang sudah menjalani pembedahan untuk menaikkan sudut mulutnya supaya dia kelihatan sentiasa tersenyum.
Walaupun gambar itu tidak dapat disahkan kesahihannya, laporan akhbar Huffington Post menyatakan, terdapat klinik di Korea Selatan yang menawarkan pembedahan itu.
Klinik AONE melakukan pembedahan yang dikenali 'Smile Lip' itu yang menyaksikan sudut mulut pelanggan dinaikkan dengan memanipulasi otot muka yang menyokong mulut.
Video menerusi YouTube yang diterbitkan klinik itu menjelaskan, sebahagian orang mempunyai mulut yang senget dan menggeleber kerana otot yang tidak kuat untuk mengangkat hujung mulut atau otot dagu yang terlalu kuat hingga menarik mulut mereka ke bawah.
GAMBAR wanita yang sudah menjalani pembedahan 'Smile Lip'.
Sebaik pembedahan dilakukan, pesakit itu sentiasa kelihatan tersenyum, walaupun mereka dalam keadaan bermasam muka.
Korea Selatan antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pembedahan plastik di dunia. Tidak hairan jika pembedahan sedemikian bermula di negara itu.
Bagaimanapun, setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada pembedahan yang akan menjadikan wanita yang menjalaninya kelihatan sedikit seperti kucing akan menjadi popular. - Agensi
PETALING JAYA: Krisis kepimpinan PKR terus 'bergolak' apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor kelihatan terus dipinggirkan oleh pemimpin-pemimpin PKR negeri dalam banyak aktiviti-aktiviti parti dan kemasyarakatan setempat.
Khalid hanya kelihatan 'dijemput' untuk menghadiri majlis dan program anjuran agensi-agensi kerajaan negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sahaja tanpa disertai oleh pemimpin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mahu pun pimpinan cabang PKR.
Khalid hanya kelihatan turun padang dalam program 'Jom Shopping' di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) barunya iaitu Pelabuhan Klang.
Media milik kerajaan negeri seperti Selangorkini dan laman web Media Selangorku jelas memaparkan foto-foto Khalid bergambar bersama dengan pegawai-pegawai kerajaan negeri dalam banyak program beliau turun padang tanpa satupun kelihatan beliau bersama pimpinan PKR.
Kalau adapun Khalid dilihat hadir dalam program-program anjuran Exco atau DUN yang diwakili oleh PAS atau DAP.
Bulan Ramadan
Sepanjang bulan Ramadan Khalid hanya kelihatan 'mengekori' Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk upacara perasmian masjid baru di beberapa kawasan.
Paling ketara ialah semasa majlis Hari Terbuka hari raya pertama yang diadakan di Dataran SUK di Shah Alam yang hanya dihadiri oleh kebanyakan pimpinan PAS dan DAP tanpa kehadiran pemimpin dan Adun-Adun maupun Ketua-ketua cabang PKR Selangor.
Hanya kelihatan ialah Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden PKR.
Lantaran itu, ramai kalangan penganalisa politik telah dapat menghidu 'sesuatu yang tidak betul' berlaku dalam cawan kopi PKR Selangor dan pimpinan PKR pusat.
Gambaran ini jauh berbeza dengan program yang sama yang diadakan sebelum ini.
Apa yang agak jelas bahawa Khalid juga tidak kelihatan di majlis-majlis hari terbuka raya yang dianjurkan oleh Adun-Adun serta ahli-ahli parlimen PKR Selangor yang diadakan pada hujung minggu sepanjang bulan Syawal ini.
Kita kurang pasti sama ada beliau sengaja tidak dijemput atau Khalid tidak dapat hadir kerana ada urusan lain pada tarikh-tarikh tersebut.
Dalam program hari terbuka parlimen Gombak yang dianjurkan oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Khalid tidak kelihatan tetapi ramai Adun dan pimpinan cabang-cabang PKR telah hadir. Mesej agak jelas
Khalid hanya disokong oleh Anwar, Wan Azizah dan beberapa orang pimpinan pusat tetapi ditolak bulat-bulat oleh pimpinan negeri Selangor.
Ini memperkukuhkan lagi tanggapan bahawa krisis politik PKR Selangor semakin melebar antara kumpulan pro Azmin Ali dengan kumpulan pro Wan Azizah dan anak perempuannya Nurul Izzah.
Sumber dalaman kumpulan pro-Azmin mengatakan bahawa pimpinan pusat 'terlampau' campur tangan dalam pentadbiran politik negeri.
Ujar sumber itu, pusat sepatutnya memberikan 'autonomi' kepada pimpinan negeri dalam memutuskan perkara-perkara melibatkan pemilihan Menteri Besar dan pemilihan calon-calon Exco negerinya.
Menurut sumber itu lagi apa maknanya Presiden parti (Wan Azizah) melantik Azmin sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor tetapi sebaliknya Azmin sendiri 'tidak dibawa berunding' dalam isu penting pelantikan MB dan barisan exco PKR tersebut.
Ramai di kalangan anggota parti mahu meminda perlembagaan parti supaya semua jawatan pengerusi MPN ini dilantik dalam pemilihan parti dan bukannya melalui 'lantikan' Presiden agar mereka mempunyai mandat dan autoriti untuk membuat keputusan dalam hal ehwal politik negeri masing-masing.
Pergeseran ini dijangka menjadi lebih sengit menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti dan pemilihan pimpinan cabang yang dijangka berlangsung tahun depan.
Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria menyokong keputusan kerajaan negeri Johor mengarahkan sebuah surau di Tanjung Sutera Resort di Sedili Besar yang menjadi palitan kontroversi dirobohkan.
Beliau berpendapat dari segi hukum orang bukan beragama lslam dilarang menggunakan tempat ibadat orang lslam seperti surau ataupun masjid untuk aktiviti keagamaan mereka.
Dan peringatannya terhadap umat Islam yang membenarkan perbuatan menyengutukan Allah dalam tempat-tempat ibadat seperti surau dengan keredhaan maka mereka menjadi kafir.
Isu surau digunakan kira-kira 14 orang Cina penganut Buddha sewaktu sekumpulan 80 dari Johor Bharu bercuti di resort berkenaan. Pengurusnya membenarkan pengunaan itu seperti kenyataannya kepada pihak berkuasa.
Setelah dijalankan penyiasatan didapati arah kiblat surau itu terpesong,kalimah syahadah tidak mengikut dan menepati tajwid dan nama Rasullullah dilingkari dengan nama keluarga pemilik resort.
Kejadian itu mendapat perhatian Sultan Johor yang turut mengarahkan surau itu dirobohkan.
Ketika diminta pandangannya, Harussani mengingatkan umat Islam supaya sentiasa berhati-hati agar mereka sentiasa mempertahankan aqidah dan tidak memadang enteng dan mudah berhubung isu-isu bersabit amalan Islam yang bertauhidkan kepada Allah S.W.T. dan bukan menyengutukannya.
"Bagi Islam, kita adalah agama tauhid dan tempat yang mulia bagi kita ialah tempat ibadat dan rumah-rumah ibadat tidak boleh dicemari dalam Islam.
"Sama ada kita mencemari dengan mengadakan perbincangan yang menimbulkan perkara atau sebagainya, segala itu dilarang dalam rumah ibadat apatah lagi kalau sekiranya perbuatan yang menyengutukan Allah S.W.T.
"Perbuatan yang syirik yang keluar daripada Islam tidak boleh sama sekali dilakukan di dalam surau dan tempat-tempat ibadat orang Islam,'' katanya.
Menjawab soalan, Mufti Perak menjelaskan apabila surau atau tempat-tempat ibadat Islam yang dibenarkan atau yang telah dilakukan oleh orang lain untuk menyengutukan Allah maka surau itu seharusnya dipecahkan.
"Jadi apabila ada surau dibenarkan atau yang telah dilakukan oleh orang lain untuk menyengutukan Allah maka surau itu seharusnya kita pecahkan kerana kita tidak mahu berkongsi tempat beribadat dengan orang lain,'' katanya.
Hakim mahkamah Tinggi tersilap arah (misdirection)
Kuala Lumpur: Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar semalam dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Tiga Hakim Mahkamah Rayuan memberi lapan alasan utama bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin pada 29 April 2009.
Hakim gagal beri pendapat
Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mendapati Mohd Zaki dalam keputusannya gagal memberi pendapat terhadap beberapa faktor penting sebelum mensabitkan kedua-dua perayu.
Penghakiman penuh pembebasan
Ini adalah keputusan sebulat suara kami. Bagi maksud keputusan kami hari ini supaya dapat menjimatkan masa mahkamah, kami hanya akan mengemukakan alasan ringkas terhadap perkara utama yang dibangkitkan dalam rayuan seperti berikut:
Berhubung pembelaan membabitkan alibi perayu pertama (Azilah Hadri), kami tidak mendapati apa-apa dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan bijaksana bahawa beliau menimbangkan sama ada diari balai menunjukkan atau cenderung untuk menunjukkan atas alasan kehadiran perayu pertama di Bukit Aman pada masa material, dia tidak boleh atau tidak mungkin boleh berada di tempat kejadian.
Hakim perbicaraan bijaksana tersalah arah dengan cara tanpa arahan apabila gagal menimbangkan bahawa diari balai selain gagal membuat penemuan sama ada pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa perayu pertama berada di tempat kejadian.
Berhubung log panggilan dan ramalan liputan, kami mendapati bahawa keterangan saksi pendakwaan ke-61, 62 dan 63 menimbulkan isu kredibiliti dan ketepatan log panggilan serta ramalan liputan. Dalam penghakiman kami adalah penting bagi hakim perbicaraan bijaksana menyatakan pemikirannya kepada cabaran yang dibangkitkan pembelaan terhadap eksibit dan membuat penemuan sama ada secara nyatanya terdapat pengubahan dan gangguan kepada data dan sama ada ketulenan data dipersoalkan atau sebaliknya. Dengan kecewanya, hakim gagal membuat, yang mana dalam penghakiman kami ia membawa kepada tersalah arah serius menyebabkan eksibit berkenaan tidak selamat untuk dipertimbangkan.
Maklumat penemuan
Berhubung maklumat yang membawa kepada penemuan, hakim yang perbicaraan bijaksana tidak mengarahkan pemikirannya dan tidak memeriksa sama ada percanggahan dan keterangan tidak konsisten saksi pendakwaan adalah material; tidak memeriksa kredibiliti saksi pendakwaan dan tidak mengarahkan pemikirannya sama ada perayu menimbulkan keraguan berhubung ketepatan 27 keterangan dan sama ada penemuan dibuat secara eksklusifnya hasil daripada maklumat yang disampaikan oleh perayu dan bukan daripada sumber lain. Kami mendapati terdapat tiada arahan daripada hakim perbicaraan bijaksana dalam menilai keterangan sebelum menerima pakai keterangan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.
Pemilikan bahan letupan
Berhubung isu pemilikan dan kawalan bahan letupan, selepas membuat penemuan berhubung kaitan di antara bahan letupan dan kematian mangsa, hakim perbicaraan bijaksana sepatutnya, pada penghakiman kami, membuat penemuan lanjut untuk mengaitkan bahan letupan terbabit dengan perayu. Dengan tidak membuat sebarang penemuan berhubung pemilikan bahan letupan yang digunakan dalam pembunuhan oleh perayu, hakim perbicaraan bijaksana gagal mengarahkan pemikirannya terhadap rangkaian yang hilang, menyebabkan terdapat satu salah arah berlaku.
Sejauh mana kegagalan memanggil Deputi Superintendan Musa Safri, penghakiman kami berhubung fakta kes, keterangan Musa adalah penting untuk merungkai cerita pendakwaan. Kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil atau menawarkan beliau untuk disoal balas, dalam keadaan keadaan keterangan secara keseluruhannya, akan menimbulkan inferens yang sebaliknya mengikut Seksyen 114(g) Akta Keterangan, terhadap kes pendakwaan.
Seterusnya pada isu sepasang selipar, kami mendapati tiada bukti yang menunjukkan terdapat kaitan dua antara selipar terbabit dengan perayu kedua. Pihak pendakwaan tidak menutup sebarang lompang dalam kesnya.
Begitu juga dengan katrij terpakai yang dijumpai dalam kereta perayu kedua, kami mendapati terdapat jurang dalam kes pendakwaan dan dalam aspek ini hakim gagal mengarahkan pemikirannya terhadap isu itu.
Akhirnya, berhubung niat bersama. Kami mendapati hakim tidak membuat penemuan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan bahawa terdapat perancangan awal oleh kedua perayu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan berikutan daripada perancangan awal berkenaan. Dalam penghakiman kami, ketiadaan penemuan sedemikian oleh hakim perbicaraan bijaksana berhubung ramuan niat bersama menyebabkan berlaku tersalah arah disebabkan tanpa arahan.
Dengan melihat kepada keseluruhan keadaan kes, penghakiman kami adalah kesan pengumpulan tanpa arahan oleh hakim perbicaraan bijaksana menyebabkan sabitan ke atas perayu adalah tidak selamat.
Kami, dengan sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dengan ini diketepikan. Kedua-dua perayu dengan ini dilepas dan dibebaskan. INFO
Hakim Mahkamah Rayuan
- Datuk Seri Mohamed Apandi Ali - Datuk Linton Albert - Datuk Tengku Maimun Tuan Mat Hakim Mahkamah Tinggi
- Datuk Mohd Zaki Md Yasin
Pendakwa Raya
- Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah Peguam Bela Azilah
PERTUDUHAN: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar
Didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di lokasi antara lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.
"SAYA hanya mengambil makanan tambahan." Itu pengakuan pemain bola sepak The Red Warriors yang didapati positif dalam ujian doping selepas tamat aksi final Piala FA 2013 pada 29 Jun lalu, semalam.
Sebaliknya, pemain yang enggan identitinya didedahkan itu mempertahankan diri bahawa beliau tidak mengambil sebarang 'dadah terlarang' bagi tujuan meningkatkan prestasi bersama pasukannya.
"Saya bukan mengambil dadah, hanya mengambil 'supplement' (makanan tambahan). Apabila diarahkan menjalani ujian tersebut pada perlawanan akhir Piala FA tempoh hari, tiba-tiba keputusannya adalah positif.
"Saya sendiri tidak sangka makanan tambahan itu mengandungi bahan terlarang. Saya minta maaf kepada semua penyokong Kelantan di atas kejadian ini dan berharap isu ini tidak diperbesarkan," katanya kepada Sinar Harian.
Ekoran keputusan positif ujian tersebut, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bertindak serta-merta merehatkan pemain berkenaan daripada terbabit dalam sebarang aktiviti berkaitan bola sepak selama enam bulan.
Malah kelibat pemain yang boleh beraksi di posisi pertahanan dan tengah itu juga tidak kelihatan menjalani latihan bersama skuad Kelantan sejak bulan Ramadan lalu sejurus keputusan ujian tersebut diperoleh pihak Kafa.
Beliau yang kesal dengan tindakan mengambil makanan tambahan itu kini menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Kafa untuk mengambil langkah seterusnya bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Sementara itu pemain berkenaan juga turut menafikan khabar angin yang tersebar dalam kalangan penyokong Kelantan mendakwa beliau terlibat dalam salah laku pengambilan dadah sebelum ini.
Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang dipengerusikan Datuk Mohd Taufek Abd Razak baru-baru ini mendedahkan salah seorang pemain daripada dua pasukan yang beraksi dalam perlawanan akhir Piala FA didapati positif setelah menjalani ujian doping.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pasukan peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan usul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam untuk melucutkan kelayakan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.
Seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, Ram Karpal Singh, semasa dihubungi semalam mengesahkan perkara itu dengan menyatakan usul itu difailkan pada 4 petang di Mahkamah Rayuan.
Beliau berkata permohonan itu akan didengar pada hari pertama pendengaran rayuan itu pada 17 September.
Muhammad Shafee diberikan kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar, 64, daripada pertuduhan itu pada 9 Januari tahun lepas.