Jumaat, 10 Mei 2013

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


BULETIN RAKYAT

Posted: 09 May 2013 11:40 AM PDT

BULETIN RAKYAT


KEMENANGAN MUNGKIN DI ZAMAN KAMU ANAK MUDA ~ TG HJ ABDUL HADI AWANG

Posted: 09 May 2013 02:17 AM PDT


MARANG: "Wahai anak muda,teruskan perjuangan selepas ini, mungkin kemenangan bukan berlaku pada zaman saya, mungkin kemenangan berlaku pada zaman kamu semua.

"Tetapi saya mengimpikan untuk melihat Islam menang pada zaman saya,impian saya adalah untuk melihat Islam berdaulat."

Inilah kata-kata penutup yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang mengakhiri ucapan beliau di Masjid Rusila malam tadi dalam suasana penuh sebak.

Hampir 20,000 memenuhi perkarangan Masjid Rusila malam tadi bagi menyertai perhimpunan Pasca Pilihan Raya Ke 13.

Orang ramai penuh sesak dari Dewan Terbuka Tok Guru sehinggalah ke jalan raya.

PULAU PINANG DAPAT TIMB KETUA MENTERI BARU

Posted: 08 May 2013 11:13 PM PDT

NONE

ADUN Pantai Jerejak, Mohd Rashid Hasnon telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM) Pulau Pinang.

Rashid menggantikan bekas TKM I,  Datuk Mansor Othman yang juga pengerusi PKR negeri, yang bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya umum Ahad ini.

Rashid adalah seorang ahli lama PKR sejak zaman reformasi dan penglibatannya sebelum ini dalam Jemaah Islaah Malaysia akan membantu kerajaan yang diterajui DAP menangkis tentangan dari NGO yang pro-Umno, yang cenderung mengkritik kepimpinan kerana kurang perwakilan Melayu atau Islam.

Beliau telah membuktikan kemampuan untuk mengekalkan
kerusinya di Perai itu dengan majoriti yang lebih tinggi  daripada 2008 (dari 5,176 kepada 7,959). Manakala P Ramasamy dikekalkan sebagai TKM II.

Pada masa ini terdapat 11 jawatan exco negeri yang perlu dikongsi bersama antara tiga parti yang memerintah negeri itu.

PKR telah memenangi satu kerusi tambahan (dari sembilan kepada 10) dalam pilihan raya umum Ahad lalu, dan telah diberikan satu lagi jawatan exco.

PAS tidak berjaya menambah sebarang kerusi kepada satu kerusi yang diwakilinya sekarang.

NONEPKR sebelum ini memegang jawatan exco hal ehwal agama, perdagangan domestik dan hal ehwal pengguna (Abdul Malik Kassim) dan exco pertanian dan industri asas tani, pembangunan luar bandar dan tebatan banjir (Law Choo Kiang).

Abdul Malik (kanan) dikekalkan dalam jawatan tersebut.

ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo menggantikan ADUN Air Itam, Wong Hon Wai sebagai exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa.

Portfolio ini sangat penting kerana isu-isu perumahan telah menarik perhatian dalam tempoh lima tahun yang lalu dan dijangka menjadi cabaran yang lebih besar kepada kerajaan negeri dalam melaksanakan janji-janji pilihan raya untuk menyediakan rumah kos sederhana dan mampu milik untuk rakyat.

Senarai ahli exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengangkat sumpah di Dewan Sri Penang hari ini ialah:

1. Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Usahawan, Maklumat dan Warisan - Ketua Menteri, Lim Guan Eng (Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih) - sedia ada.

2. Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Perhubungan - Timbalan Ketua Menteri 1, Rashid Hasnor (Pantai Jerejak) - baru.

3. Perancang Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi - Timbalan Ketua Menteri 11, P Ramasamy (Perai) - sedia ada.

4. Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik - Chow Kon Yeow (Padang Kota) - sedia ada.

5. Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan - Lim Hock Seng (Bagan Lalang).

6. Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - Abdul Malik Kassim (Batu Maung) - sedia ada.

7. Pertanian dan Industri Asas Tani, Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir - Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) - baru.

8. Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan - Danny Law Heng Kiang (Batu Lanchang).

9. Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar - Phee Boon Poh (Sungai Puyu).

10. Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan - Jagdeep Singh Deo (Datok Keramat).

11. Pembangunan Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Chong Eng (Padang Lalang) - baru.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 09 May 2013 11:18 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Hospital Rembau, akan siapkah sebelum PRU-14?

Posted: 09 May 2013 12:33 AM PDT




Projek Hospital Rembau pada awalnya dijanjikan pembinaannya pada tahun 2008 semasa PRU-12. Sedangkan tender pembinaan Hospital Rembau baru saja dibuka dan ditutup pada tahun 2013 semasa PRU-13. Hospital Rembau ini terletak di DUN Chembong, DUN yang paling selamat untuk Umno di N.Sembilan.

Semasa PRU-13, PAS tewas di DUN Chembong dengan majoriti 6,480 undi, yang terbanyak di N.Sembilan dan hanya memperolehi 26.57 peratus undi.

Carian di laman web JKR mendapati terdapat sebanyak 61 kontraktor membida tender untuk projek Hospital Rembau. Tender yang paling rendah ialah kontraktor ke 41, iaitu dengan harga RM 91,558,855.00 (RM91 juta), manakala tender yang paling tinggi ialah kontraktor ke 32 dengan harga tender sebanyak RM147,784,539.53 (RM147 juta).

Semua kontraktor yang masuk tender meletakkan tempoh siap ialah 36 bulan.

Akan siapkah pembinaan Hospital Rembau ini menjelang PRU-14?

Sebelum ini projek Hospital Rembau, hanya sekadar tukar papan tanda baru seperti yang dilaporkan di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/04/hospital-rembau-sekadar-tukar-papan.html

Kerajaan Perpaduan UMNO dan DAP?

Posted: 08 May 2013 07:12 PM PDT



Jika selepas PRU-12 tahun 2008 lalu sibuk dengan isu Kerajaan Perpaduan UMNO-PAS , kini selepas PRU-13 timbul pula isu Kerajaan Perpaduan UMNO-DAP.


********************
Bekas Menteri Syor DAP Sertai K'jaan Untuk Wakili Masyarakat Cina
Mstar , 9 Mei 2013

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin pada Rabu menyarankan DAP agar menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai mewakili kaum Cina. Katanya, langkah itu memang sukar diterima oleh DAP dan BN serta penyokong masing-masing buat masa sekarang tetapi perlu dilakukan demi keharmonian dan kestabilan politik negara.

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 09 May 2013 11:23 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Sah! Azmin Ali Merajuk Tak Dapat Jadi MB #GE13 #PRU13

Posted: 09 May 2013 06:43 PM PDT

Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan timbalannya, Zuraida Kamaruddin akan melepaskan jawatan masing-masing jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor.Menurut sumber PKR, Azmin memberi kata dua itu dalam mesyuarat bersama Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini setelah Anwar melahirkan kecenderungan melantik semula Khalid mengisi jawatan berkenaan.

"Jika ini berlaku (Khalid dipilih), Azmin sedia meletakkan jawatannya sebagai pengerusi dan akan diikuti timbalannya Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR pusat," kata sumber itu.Difahamkan, Anwar sebelum ini merancang meletakkan Azmin menggantikan Khalid selepas didesak penyokong akar umbi sebelum PRU 13 tetapi mengubah fikiran selepas Ahad lalu.Khalid yang menerajui pentadbiran Selangor sejak 2008 mengecewakan rakyat Selangor kerana mungkir melaksanakan manifesto PRU12 membabitkan ibu tunggal, suri rumah dan warga emas yang bangkit memfailkan saman terhadap Khalid dan kerajaan negeri.

Sumber itu berkata, Khalid mendesak Anwar agar beliau dilantik semula sebagai menteri besar dan dipercayai mendapat sokongan PAS dan DAP Selangor.Pakatan Rakyat mengekalkan Selangor walaupun pencapaian PKR sendiri merosot apabila hanya memenangi 14 kerusi DUN berbanding 15 masing-masing oleh PAS dan DAP.Difahamkan, PAS dan PKR sudah mengemukakan senarai nama mereka yang difikirkan layak untuk menjawat jawatan menteri besar. Antaranya Azmin Ali dan Khalid Ibrahim dari PKR serta Dr Abdul Rani Othman dan Saari Sungib dari PAS.

Okay! Ini semua tipu rasanya. Rakan Keris dah tanya orang PKR sendiri malahan dia adalah orang kuat Azmin sendiri. Ini semua hanya drama yang mahu menutup kesalahan dan kelemahan Anwar yang gagal ke Putrajaya dan mahu buat revolt.

Ini semua hanya permainan Azmin. Weyh! Kemonnnnn laaaaa. Azmin nak betray Anwar? Cam susah sangat beb. Dia tahu Anwar hentam belakang pun dia tak tinggalkan. Takkan sebab tak jadi MB nak tinggal PKR?
Tidak terkejut jika Azmin akan buat pengumuman 
"Saya bersama-sama rakan pimpinan wakil rakyat PKR Selangor yang lain MENYOKONG PENUH perlantikan Abd Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Negeri Selangor."

 
 Baca selanjutnya di SINI

Azmin Ali Merajuk Tak Dapat jadi MB Selangor? #GE13 #BetterNation

Posted: 09 May 2013 02:44 AM PDT




Krisis perlantikan Menteri Besar Selangor semakin hari dilihat semakin menarik. Kalau diikutkan sistem demokrasi, Pas adalah yang paling layak untuk menjadi MB. Ini kerana mereka memperolehi jumlah kerusi yang sama banyak dengan parti DAP iaitu 15 kerusi berbanding PKR yang hanya mampu memperolehi 14 kerusi. Namun, pakatan nampaknya lebih senang untuk melantik calon MB daripada kalangan PKR berbanding Pas.

Dan sudah semestinya Azmin Ali selaku Timbalan Presiden sudah megah diri dan mahukan jawatan tersebut bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang sudah memerintah Selangor sepenggal. Namun, apa yang menariknya Azmin Ali telah mengumumkan kepada para penyokong bahawa beliau akan meninggalkan PKR sekiranya tidak dipilih menjadi MB.

Krisis di Selangor kali ini kelihatan agak serius kerana DAP hanya mahukan PKR yang memenangi 14 kerusi untuk menjadi Menteri Besar berbanding Pas yang mempunyai 15 kerusi. DAP tidak mahu Azmin sebagai MB, manakala sumber Istana dikatakan lebih menyukai calon dari Pas.

Memang terang-teranganlah Istana sudah tidak mahu calon PKR jadi MB, masa Khalid jadi MB dulu sudah berapa kali Sultan Selangor murka dengan kerajaan Selangor. Mereka sesuka hati menggunakan nama Sultan dan tidak menghormati kedudukan Sultan sebagai pemerintah tertinggi di dalam negeri.

Berdasarkan krisis MB di Selangor ini, Anwar sehingga kini masih belum berani menyelesaikan masalah di Selangor dan hanya menumpukan usaha untuk melumpuhkan kerajaan Persekutuan.

Anwar dilihat lebih sibuk untuk menanamkan benih-benih kebencian rakyat kepada BN dengan menuduh kerajaan sekarang dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Rakyat mana yang mudah tertipu hanya menjadi burung kakak tua, mengangguk diamkan diri untuk terus ditipu dan ditipu oleh Anwar Ibrahim.

Manakala krisis MB Selangor ini masih mengundang kemarahan Azmin, beliau dilihat semalam 'meroyan' dengan Anwar yang tidak sudah-sudah menyalahkan orang lain. Tindakan Azmin ini telah dijangka setelah dalam twitternya semalam menyindir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bermuhasabah diri mengenai kekalahan dan jangan menyalahkan lain.

Nampaknya, satu persatu pemimpin terdekat Anwar sudah semakin muak dan bosan dengan permainan Anwar ini. Sudah tak larat nak bermain dengan percaturan yang tidak pernah menjadi.

Sudahlah ditipu semua orang kata nak berhenti jika gagal dalam PRU13, tau-tau sambung buat perhimpunan pula. Masalah yang lebih besar tidak diselesaikan. MB perlu dilantik segera bagi dapat menjalankan urusan pentadbiran negeri secepatnya.

Tak lama lagi nampaknya, Azmin akan naik darah berpencak silat dengan Anwar umpama Tuah dan Jebat.