Jumaat, 19 Oktober 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Suara Sri Andalas

Posted: 18 Oct 2012 11:05 PM PDT

Suara Sri Andalas


Kerajaan Pusat Gagal Semak Harga Rumah di Selangor

Posted: 18 Oct 2012 02:00 AM PDT

SHAH ALAM, 18 OKT : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan didakwa gagal menyemak harga jualan maksima yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor sewaktu meluluskan lesen pemaju perumahan.

Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad, Kerajaan Negeri mensyaratkan bahawa Rumah Kos Rendah hanya boleh dijual dengan harga maksima RM42,000, Rumah Kos Sederhana Rendah bernilai RM72,000 dan Rumah Kos Sederhana dengan nilai RM100,000.

Namun, menurut Iskandar, terdapat kes-kes di mana kementerian berkenaan meluluskan harga jualan melebihi dari harga maksima untuk Rumah Kos Sederhana.

"Sebagai contoh, terdapat Rumah Kos Sederhana di Bukit Subang, Shah Alam yang diberi kelulusan untuk dijual dengan harga sehingga RM220,000 sebuah, di mana nilainya RM120,000 lebih tinggi daripada harga yang diluluskan Kerajaan Negeri.

"Oleh yang demikian, Kementerian Perumahan perlu menyemak semula harga jualan maksima yang diluluskan Kerajaan Negeri sebelum meluluskan lesen pemaju," katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, sekiranya pemaju gagal membina menurut kelulusan Kerajaan Negeri, para pembeli akan menghadapi masalah untuk mendapatkan surat hakmilik.

"Kerajaan Pusat mengumumkan bahawa mereka akan memberi penekanan kepada pembinaan Rumah Mampu Milik tetapi Kementerian Perumahan pula mengeluarkan lesen yang membenarkan pemaju menjual dengan harga yang lebih tinggi daripada yang diluluskan. Oleh itu, kementerian berkenaan perlu bertanggungjawab," katanya.

Sumber: Selangorku

Unisel – Kerajaan Negeri Peruntuk RM248 Juta Untuk Pembangunan

Posted: 18 Oct 2012 01:45 AM PDT

SHAH ALAM, 18 OKT : Kerajaan Negeri memperuntukan RM 248 juta kepada Universiti Selangor (Unisel) bagi tujuan pembangunan universiti itu.

Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata dana tersebut adalah bagi kegunaan membaiki infrastruktur yang dulu dibina dengan tidak begitu sempurna dan membina bangunan baru.

"Peruntukan sebanyak RM 5 juta telah diluluskan baru-baru ini bagi pembinaan kompleks riadah dan dewan makan di kampus Unisel Bestari Jaya serta RM 2.65 juta untuk menambahbaikan infrastruktur Teknologi Maklumat (IT).

"Begitu juga RM 20 juta lagi untuk pembangunan lain di Bestari Jaya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Anuar berkata, pertambahan dana itu akan memberi semangat kepada warga Unisel bagi memajukannya.

"Pelajar kita bersemangat sekarang ini untuk memperjuangkan visi Unisel iaitu untuk menjadi sebuah universiti unggul.

"Serta untuk mendidik dan melahirkan kalangan profesional dan juga ilmuan selain moral tinggi," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Anuar berkata Unisel merangka penubuhan dana wakaf bagi membolehkan universiti itu bergerak lebih aktif dan pelajarnya menikmati suasana yang lebih baik dengan pengecualian bayaran yuran.

Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, pihaknya menperolehi idea penubuhan dana wakaf itu daripada kaedah sama yang digunapakai oleh banyak universiti terkemuka dunia.

Sumber: Selangorku

Pendaftaran Online Tambah Pelajar UNISEL

Posted: 18 Oct 2012 01:30 AM PDT

SHAH ALAM, 18 OKT : Universiti Selangor (Unisel) telah meningkatkan pertambahan pelajar yang memberangsangkan selepas mempraktikan pendaftaran dalam talian atau "online".

Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, kaedah itu menyaksikan kemasukan pelajar ke universiti itu meningkat dengan pantas sehingga institusi itu risau tidak dapat menampung pertambahan pelajar.

Beliau berkata, kaedah itu telah menampung kemerosotan kemasukkan yang dicatat pada 2009 dan 2010.

Menurutnya, kemasukan pelajar ke universiti tersebut pada tahun ini adalah seramai 11,880 pelajar manakala tahun 2011 mencatat kemasukkan 9,902 pelajar.

"Kejayaan diraih seperti dilapor oleh akhbar-akhbar mengatakan bahawa laporan audit negara pada 2009 dan 2010 menunjukkan penurunan pelajar dan pendapatan itu memang betul dan kita telah banyak membuat pembaharuan bagi mengatasinya."

"Selain kejayaan-kejayaan dibuat pelajar kita di peringkat nasional dan antarabangsa dan data Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mendedahkan kebolehpasaran pelajar kita yang antara tertinggi di dalam negara kita," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Anuar berkata, Unisel juga akan membuat pengambilan pelajar baru pada 5 Januari tahun depan.

Tambahnya, dianggarkan 70 ke 80 peratus pelajar menggunakan kaedah permohonan online.

Daripada 11,880 pelajar itu, katanya, lebih 5,000 ditempatkan di kampus Shah Alam manakala lebih 6,000 lagi di kampus Bestari Jaya.

"Saya risau pada tahun depan kita tidak mempunyai ruang bagi menampung kemasukan pelajar. Bukan risau tidak cukup pelajar masuk," katanya yang menjangkakan pertambahan pelajar akan terus meningkat ke Unisel dalam masa terdekat.

Sumber: Selangorku

YAWAS Tidak Akan Jadi Seperti Amanah Saham Selangor Yang Lingkup Di Bawah Khir

Posted: 17 Oct 2012 03:00 AM PDT

SHAH ALAM, 17 OKT: Kerajaan Negeri hari ini menyangkal dakwaan bekas Menteri Besar, Dr Khir Toyo bahawa Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan lingkup dan gagal menarik minat rakyat Selangor.

Sebaliknya YAWAS yang menguruskan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) tidak akan lingkup kerana YAWAS menerima geran sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri untuk perbelanjaan operasinya.

YAWAS juga mengambil inisiatif untuk menjana pendapatan dari dana yang belum dibelanjakan untuk dilaburkan ke dalam pasaran wang.

Demikian menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Pejabat Menteri Besar hari ini.

"Dari 2008 hingga 2011, YAWAS menjana pendapatan dari pelaburan ini sebanyak RM622,782 dan ini meringankan kos operasi," kata Abdul Khalid.

Sambil menerima baik teguran yang dibuat Dr Khir, Abdul Khalid juga menganggap kebimbangan BN itu timbul disebabkan Kerajaan Negeri ketika dipimpin oleh Dr Khir pernah mengalami kerugian hingga Amanah Saham Selangor (Asas) terpaksa ditutup.

Ketika itu menurut Abdul Khalid, Kerajaan Negeri juga terpaksa memperuntukan RM200 juta untuk membayar balik kepada pemegang saham terbabit.

Selain itu, dakwaan Dr Khir kononnya skim ini tidak menarik minat rakyat Selangor juga disangkal kerana Jabatan Pendaftaran Negeri Selangor (JPN) tidak memberikan kerjasama kepada YAWAS untuk mendapatkan stastik kelahiran yang layak dikategorikan sebagai rakyat Selangor.

"Jumlah 313,706 tidak boleh dijadikan asas untuk mengukur peratusan pendaftaran kerana jumlah ini termasuk bukan warganegara atau bukan warga Selangor.

"YAWAS mengandaikan hanya 60 peratus daripada jumlah kelahiran ini yang layak mendaftar dalam skim ini dan menjangkakan pencapaian pendaftaran sehingga 33.5 peratus, bukan 19.4 peratus," ujar Abdul Khalid.

Menteri Besar turut menjelaskan, Sijil Simpanan Tetap untuk perserta Skim TAWAS lewat dikeluarkan berikutan pihak bank menghadapi kekangan dari segi pengurusan dan prosedur bank yang ketat dan sering berubah.

"Sehingga Mei 2012, jumlah pembayaran kepada bank meningkat kepada RM4,159,700 yang melibat 41,597 ahli di mana 24,473 menerima Sijil Simpanan Tetap, 16,748 masih dalam proses dan 30 ribu masih menunggu giliran untuk dihantar kepada bank," kata Abdul Khalid lagi.

Sumber: Selangorku

Anwar Ibrahim

Posted: 18 Oct 2012 07:41 PM PDT

Anwar Ibrahim


Program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Hingga Sidang Parlimen Tamat Pada 27 November 2012

Posted: 18 Oct 2012 01:22 PM PDT

BULAN TARIKH HARI MASA LOKASI PROGRAM
Oktober 22 Isnin 11.00 mlm P – Wangsa Maju
  23 Selasa    
  24 Rabu   Biro Politik
  25 Khamis    
  26 Jumaat   Hari Raya Korban
  27 Sabtu   Raya Korban – Penang
  28 Ahad 10 pg – 12 mlm Jelajah Bas Selangor
  29 Isnin    
  30 Selasa 1) 9.00 mlm

2) 11.00 mlm

1) DUN – Dengkil

2) P – Kuala Langat

  31 Rabu   Biro Politik
         
NOVEMBER 1 Khamis 7.00 mlm Rumah
  2 Jumaat Seharian 1)      P – Kenowit

2)      P – Selangau

3)      P – Saratok

  3 Sabtu 1) 9.30 pagi

2) 9.00 – 12.00 mlm

1) MPP Meeting

2) Prog Pakatan Rakyat – Seremban

  4 Ahad Seharian Jelajah Bas – Pahang Tengah
  5 Isnin    
  6 Selasa 1) 9.00 mlm

2) 11.00 mlm

1) P- Tanjong Malim (Perak)

2) P – Sabak Bernam (Sngor)

  7 Rabu   Biro Politik
  8 Khamis 1) 9.00 mlm

2) 11.00 mlm

1) P – Lembah Pantai

2) P – Bandar Tun Razak

  9 Jumaat Seharian Jelajah Bas – Terengganu
  10 Sabtu    
  11 Ahad 8.00 malam Deepavali Selangor
  12 Isnin 1) 7.00 – 8.30 mlm.

2) 10.00 mlm

1) Kuliah Maghrib (P-Ampang)

2) P- Pandan

  13 Selasa 1) 8.00 mlm

2) 10.00 mlm

1) Deepavali Sentul – (P – Batu)

2) P – Setiawangsa

  14 Rabu   Biro Politik
  15 Khamis Awal Muharam Penang
  16 Jumaat Seharian Jelajah Bas – Kelantan
  17 Sabtu Seharian Jelajah Bas – Terengganu
  18 Ahad Seharian Jelajah Bas – Pahang
  19 Isnin    
  20 Selasa 1) 9.00 mlm

2) 11.00 mlm

1) DUN – Kuang (P – Selayang)

2) DUN – Ijok

  21 Rabu   Biro Politik
  22 Khamis   Negeri 9 ( 2 Program)
  23 Jumaat Seharian Sabah (Sekira ke India Batal)
  24 Sabtu Seharian Sabah (Sekira Ke India Batal)
  25 Ahad (Krismas) Seharian Melaka
  26 Isnin (Cuti) Seharian Perak
  27 Selasa 1) 9.00 mlm

2) 11.00 mlm

1) DUN Semenyih (Sngor)

2) P – Jelebu (Negeri 9)

  Parlimen Tamat    

[VIDEO] Pemuda-Pemuda Ada Semangat Baru Untuk Mempertahankan Hak Kita

Posted: 18 Oct 2012 12:53 PM PDT

[VIDEO] Saya Perhatikan Sekarang Kebangkitan Rakyat Sabah Menunjuk Perubahan

Posted: 18 Oct 2012 12:51 PM PDT

[VIDEO] Tengok Mata Saudara Saudari, Saya Tahu Kamu Nak Tukar, Ini Kalilah!

Posted: 18 Oct 2012 12:45 PM PDT

Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat Ke Selangor Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim & MPN

Posted: 17 Oct 2012 10:00 PM PDT

21 Oktober 2012 (Ahad)

1) 10.00 pagi – Desa Ayer Hitam, Pucong

2) 12.00 tghari – Pantai Morib, Kuala Langat

3) 2.00 ptg – Pakir Econsave, Jalan Banting, Pandamaran

4) 3.30 ptg – Padang Awam Taman Kelang Utama (Depan Econsave),

5) 5.30 ptg – Dewan Assam Jawa, Kg Assam Jawa

6) 7.30 mlm – Kawasan Lapang Depan Masjid Batu 8, Ijok

7) 8.30 -12.00 mlm – Pakir Stadium Syah Alam, Seksyen 13, Syah Alam

Barisan Penceramah
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim

iii. YBhg Mat Sabu

iv. YB Teng Chang Khim

v. YB Zuraida Kamaruddin

Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Johor 20 Oktober 2012 (Sabtu)

Posted: 17 Oct 2012 09:58 PM PDT

1) 4.00 – 6.00 ptg – Sri Merlimau, Batu 4, Kolam Air, Jalan Parit Sulong – Yong Peng

2) 7.00 – 8.30 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib – PASTI Taman Manis, Kulai

3) 7.30 – 11.00 mlm – Tropical Garden Restaurant, Taman Tropika, Kulai

4) 8.00- 12.00 mlm – Sutera Mall, Taman Sutera Utama, Skudai

Barisan Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Lim Kit Siang

iii. YBhg Mat Sabu

iv. YB Dato' Saifuddin Nasution

v. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng

vi. YB Sallehuddin Ayub

vii. YB Nurul Izzah Anwar

viii. YB Liew Chin Tong

ix. YB Xavier Jayakumar

Wee Choo Keong

Posted: 18 Oct 2012 03:46 PM PDT

Wee Choo Keong


AES was awarded to Beta Tegap Sdn Bhd and Commercial Circle Sdn Bhd as early as in 2005/6 when Chan Kong Choy was the MOT

Posted: 18 Oct 2012 09:08 AM PDT

Automated Enforcement System (AES) has been a hot topic in Parliament during the  policy debate for Budgeet 2013 yesterday.  There are pro and against from both divides in the HOUSE.  The same in the cyber space. They are some who are blindly  supporting and against the AES without knowing how was the AES project awarded [...]

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Posted: 18 Oct 2012 11:47 AM PDT

Gwo-Burne for Kelana Jaya


Nazri’s son in the clear, assault case ‘settled amicably’, says ministry

Posted: 17 Oct 2012 09:14 AM PDT

KUALA LUMPUR, Oct 18 — Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz's son has been cleared of any wrongdoing in the assault of a condominium security guard earlier this year, the Home Ministry has confirmed, saying that the case was "settled amicably" by both sides. In a written reply to Loh Gwo-Burne (picture) (PKR-Kelana Jaya) yesterday, the ministry [...]

Kes anak Nazri ‘diselesai secara baik’

Posted: 17 Oct 2012 09:12 AM PDT

Malaysiakini Kejadian memukul penyelia keselamatan pada Mac 2012 sebenarnya dilakukan oleh bekas pengawal peribadi Mohamad Nedim Nazri - anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, kata menteri dalam negeri dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat. Berita selanjutnya di sini.

Nazri’s son cleared over assault, murder

Posted: 17 Oct 2012 09:10 AM PDT

FMT News KUALA LUMPUR: The Home Ministry has cleared a minister's son over his alleged involvement in two criminal cases. This was stated in a parliamentary written reply to a question posed by Kelana Jaya MP Loh Gwo-Burne. The PKR MP had asked for the results of the investigations against Mohamed Nedim, the son of Minister in the [...]

TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-55

Posted: 11 Sep 2012 09:17 AM PDT

JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA DI DEWAN RAKYAT PADA 24 SEPTEMBER 2012 SOALAN: Dtuk Halimah binti Mohd Sadique [Tenggara] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan sejauh manakah tema sambutan Hari Kebangsaan "Janji Ditepati" diterima rakyat keseluruhannya berbanding dengan tema Hari Kebangsaan oleh negeri-negeri pembangkang serta sejauh manakah perbezaan tema menggambarkan kurangnya semangat 'Kebangsaan'. JAWAPAN: Tuan yang [...]

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 18 Oct 2012 11:41 PM PDT

Ahli Parlimen Kota Belud


Political Funding: A Reality Check.

Posted: 18 Oct 2012 10:51 AM PDT


WHEN Datuk Seri Nazri Aziz recently made an announcement in Parliament reflecting on the decision ofthe Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and Hong Kong's Independent Commission Against Corruption (ICAC) in clearing Datuk Seri Musa Aman of the alleged corruption charges, cynical smile cracked my face: the opposition must be finding themselves in a very awkward position now.

While previously they have had a field day attacking Musa's alleged abuse of power and corruption, the same announcement has coerced them into changing their 'attack-with-extreme-prejudice' strategy.

A few days after the announcement, the opposition conveniently shifted the attack from Musa to political funding for UMNO. Source of the condemnation - this time around - includes calls that such funding is preposterous, labeling such funding as unacceptable and that the RCI must be called in instantly.

While I leave the opposition to their agenda, let's peel some underlying truth within the fabric of Malaysian politics. It is not illegal for any Malaysian to give money to a political party of his or her choice – or to anybody for that matter. Should the donor wish to remain under the cloak of anonymity, the request should be respected as long as the donation stays within the confines of the law.  

But the opposition's world thrives on the axis of inequality and double standardsAllow me to illustrate my point. When the donation falls into UMNO's coffer, the source must be revealed immediately. But have you heard the opposition declaring the sources of donation they have received so far? We all know that the opposition, too, receives political donations from all and sundry. How ironic!

For in instance, take the spanking new multi-million ringgit DAP headquarters in Penang, which DAP decided to acquire within two years after assuming office in Penang. The DAP Penang Headquarters building is reported to have cost about RM3.5 million. According to Penang DAP's chairman, the money was collected through donations. Apparently millions have been collected to date.

When I asked a senior DAP leader on Twitter who financed the building, he replied in no uncertain terms that the millions collected were from DAP's well-wishers and loyal supporters. It is interesting to note that when individuals give money to DAP, it is called "sincere donation" but when the same treatment is accorded to UMNO, the opposition cries "Foul!" and accuses UMNO of cronyism, corruption and abuse of power.

Ironically, while Musa is accused by the opposition of looting and pillaging Sabah's rich timber areas, it was his incessant drive to protect the timber and the forest from being plundered by irresponsible few that made him the darling of environmental groups from around the world. These organizations consistently heap praises on Musa's forest conservation programs. Forest areas are being replanted at record pace under Musa's watch, making hundreds of thousands of previously logged areas green again within 30 years time.

In fact, during his tenure as Chief Minister, Musa gazetted more forest areas with lucrative timber profits and placed them under the protection of the State Assembly to ensure that no Chief Minister - including himself - could unilaterally give permission to log the protected areas without express approval from the State Assembly!

The same fervor is seen in Musa's handling of the state's huge reserves of minerals such as coal, silica, gold and limestone which, if mined, is potentially worth billions to the state's coffer.

When asked why he does not utilize these resources, which could potentially increase the state's revenue instead of spending effort and money on his conservation agenda, Musa frankly replied, "Sabah at the moment is already blessed with oil money, so let's keep the forest and minerals for our children's and grandchildren's future."

Now if you go by what is being alleged by the opposition in Parliament, you would think Sabah finances were in utter mess - plundered by corrupt leaders and the same time causing millions of its people to go destitute and live in a broken society.

That is far from the truth. The fact of the matter is -under Musa as the Chief Minister - Sabah has grown by leaps and bounds. The cash reserves of the state is at its all time high, surpassing even the two most industrialised states in Malaysia (Selangor and Penang) and still growing strong as we speakIf the Chief Minister was corrupt to the core as painted by the opposition, the state would be penniless. It doesn't take a genius to empty the state coffers if one is a "vacuum cleaner" as alleged by the opposition.

Apart from the cash reserves, Sabah under Musa has achieved new record when he presented a RM4 billion state budget for 2012. It was the biggest in terms of revenue and allocation, again surpassing Selangor's and Penang's budget. As icing on the cake, the Sabah government under Musa was cited by the Auditor General's Report as the state with best financial footing and best financial management for 12 years running! Of course, the opposition chose to be oblivious to this fact. But I digress.

In so far as political funding is concerned, while there is no specific law preventing funding of political parties by well-wishers and supporters, the MACC has made it clear to all political parties that the monies received as donations by must be recorded, made known to the leadership of the party and accounted for when audited by the authorities, including by MACC. And UMNO Sabah did exactly that.

I have listened countless of times in Parliament when the opposition praised Hong Kong's ICAC as the best graft-buster agency in the world. They even demanded that MACC emulates ICAC's methodology in conducting anti-corruption investigations. Unfortunately, when the very same ICAC vindicated Musa, the opposition shamelessly called the decision 'doubtful' and 'highly irregular'. Such audacity!

Let's face it. All political parties, including opposition, receive donations and contributions from their supporters. Otherwise how would they carry their vast organization and nation-wide activities, which need to be sustained throughout the 5-year gap between elections?

Let's play a number game, shall we? Let's assume PKR has branches in all 222 parliamentary areas and spends a minimum of RM10,000 on each branch for office rental, staff salary, utilities, office supplies and activities. That means top leadership of PKR needs to fork out RM2.22 million a month or RM26.6 million a year. That's a whopping RM133.2 million for 5 years to finance its branches throughout the nation!

Even if PKR only has half of the branches, the amount needed by PKR to ensure the running of its branches is still a mind-boggling figure of RM66.6 million for 5 years! These astronomical figures do not even include PAS' and DAP's expenses for their own branches.

So what was the fuss about the RM40 million funding again?

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 18 Oct 2012 11:19 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Apa Kes???? Pemimpin PAS Pun Muak dengan Pok Nik.....

Posted: 18 Oct 2012 06:00 PM PDT




Wakil rakyat PAS bagi kawasan DUN Gaal, Dr Nik Mazian Mohamed dalam satu ucapannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa membahaskan membahaskan bajet negeri secara 'lembut' telah menasihatkan pemimpin negeri yang sudah lanjut usianya untuk segera berundur bagi memberi laluan pula kepada orang muda untuk meneruskan perjuangan.

Menurut Dr Nik Mazian, amat tidak wajar bagi pemimpin yang sudah tua melepaskan 'baton' ketika lenguh di tengah jalan. Kenyataan tersebut lembut tapi sinis, jelas sekali merujuk pada masalah kesihatan yang sedang dialami oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, "Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula. Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ?

"Kita mesti timbulkan kepimpinan baru, muda-muda, hebat-hebat, sihat-sihat."

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Nik Aziz sememangnya agak kerap berulang alik keluar masuk hospital, disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

Nampak gayanya kemuncak kerjaya politik Mursyidul Am PAS itu sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Masakan tidak, apabila wakil rakyat PAS sendiri sudah bersuara mengungkit usianya yang makin tua lanjut usia, bermakna itu satu signal penting yang sepatutnya mudah untuk ditafsirkan sendiri oleh Nik Aziz.

Lagipun semenjak Kelantan diterajuinya, tidak banyak perubahan besar yang tampak kelihatan hasil jasa bakti pemimpin PAS itu, ada memang ada sekelumit dua misalnya pecah tanah sana sini sambil menanam batu asas itu begini tapi setakat jadi tanda sajalah.

Mujurlah dek kerana kemurahan hati para pemimpin Kerajaan Pusat meneruskan usaha-usaha pembangunan dan menggandakan langkah membasmi kemiskinan di Kelantan, setidak-tidaknya adalah juga sedikit sebanyak perubahan.

Harapnya teguran terbuka dan saranan penuh sinis oleh pemimpin PAS dari Gaal, Pasir Puteh ini tidaklah disalah anggap oleh para penyokong PAS sebagai mainan propaganda UMNO pula.

Bukan kita tak tahu dikalangan sesetengah penyokong dan ahli PAS, cukup pantang bila ada saranan supaya Nik Aziz mengundur diri, tak semena-mena terus mereka melatah menyalahkan UMNO. Sayang betul mereka dengan orang tua yang gemar menongkat langit tu.

Edisi Siasat: Video Kantoi @umbkl

Posted: 18 Oct 2012 05:46 AM PDT



Moh layan video ni. Jangan stress2 ye......Chiilll!!!!




CTRL + Q to Enable/Disable GoPhoto.it

Penjelasan @MYRapidKL Berhubung Masalah Tren Aliran Kelana Jaya @ShahrilMokhtar

Posted: 18 Oct 2012 01:48 AM PDT

RapidKL's Kelana Jaya Line LRT's operations for the Jelatek - Sri Rampai stretch has to opt for a degraded mode, where the trains are manually driven, following a technical hiccup in the signaling system.

Subsequently, the LRT service along this stretch is slow as the service has to be undertaken under a manual mode. A total of 29 four-car trains were deployed but the service remains slow and the crowd still have to wait longer to enter a train.

The technical hiccup situation arises following an exercise to remove an obsolete part of a signaling system as advised by a signaling system contractor appointed by RapidKL. 

The exercise, which started at 12am this morning and supervised by the signaling system contractor, encountered unexpected difficulties at 4:00am which disrupted the Automatic Train Operation System for the line.

Currently, RapidKL engineers are resolving the situation and the system is back to normal at 12:27pm today. RapidKL regrets any inconvenience arising from the situation.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media PRASARANA Azhar Ghazali di talian 019-3837865 atau e-mel azharghazali@prasarana.com.my 
atau azharghazali99@gmail.com.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 18 Oct 2012 03:25 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


SEMAKIN HAMPIR PRU 13 SEMAKIN GELISAH PEMBANGKANG...

Posted: 17 Oct 2012 05:16 PM PDT


DALAM suasana semua pihak meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kian hampir, parti pembangkang terpaksa mencipta isu politik dari pelbagai sudut dengan tujuan untuk menarik perhatian rakyat. 

Motif utama mereka ialah menonjolkan keburukan kerajaan. Sama ada apa yang mereka bangkitkan itu benar atau salah, bukanlah perkara penting. Dalam keadaan begini, mereka akan cuba mengelirukan pemikiran rakyat dengan apa cara sekali pun, meskipun terpaksa menipu atau memfitnah.

Mereka mahu menimbulkan rasa syak wasangka dan keraguan di fikiran rakyat untuk mengurangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Harapan besar mereka, ia akan diterjemahkan kepada undi. Itulah sebabnya pembangkang mendalangi perhimpunan BERSIH 3, seperti mereka lakukan sebelum ini. 

Kalau boleh mereka mahu kerajaan mengharamkan perhimpunan itu supaya lebih mudah mereka meraih simpati dari dalam dan luar negara. Mereka melancarkan serangan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya semata-mata untuk hilangkan keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan. 

Mereka kononnya meragui pertambahan pengundi sedangkan mereka juga menjalankan kempen menambah pengundi untuk mengundi parti mereka. Bila rakyat mulai ragu, mudahlah mempengaruhi pemikiran mereka. 

Hakikatnya, jika SPR tidak bersih, Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan tewas di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor pada PRU-12, 2008 lalu. Perak ditawan semula oleh BN berikutan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang keluar parti. 

Lagi pun, takkanlah jutaan mata yang melihat proses perjalanan pilihan raya pada hari pengundian atau pengiraan undi, tidak dapat mengesan jika berlaku penipuan. Di setiap pusat pengundian diletakkan pemerhati mewakili parti politik yang bertanding. Apakah parti pembangkang sendiri tidak yakin dengan ahli atau wakil yang mereka pilih untuk menjadi mata dan telinga mereka di pusat mengundi atau di pusat pengiraan undi. 
Sebelum ini, mereka mempertikaikan institusi kehakiman seolah-olah Malaysia tidak lagi menghormati keluhuran undang-undang. Selepas mereka menang beberapa kes, termasuk membabitkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, mereka terpaksa mencari sasaran baru bagi memenuhi cita-cita politik mereka. 

Ada isu yang mereka bangkitkan memakan diri sendiri akibat terlalu rakus untuk memburukkan orang lain sedangkan lupa melihat ke dalam diri sendiri. Hari ini mereka terjerat dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mereka mahu mansuhkan. 

Mereka terlupa bahawa ketika cadangan penubuhannya dan dibentangkan di Parlimen, pemimpin pembangkang termasuk Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng menyokong kuat pelaksanaannya. Anwar sendiri lupa bahawa PTPTN dilahirkan ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. 

Adalah jelas bahawa pembangkang amat bimbang dengan kelemahan mereka sekarang dan terpaksa mengada-adakan atau membesarkan sesuatu cerita untuk mendapat perhatian dan sokongan. Parti pembangkang tahu, kewujudan mereka tidak lagi relevan jika gagal mencipta cerita sensasi. 

Ini menunjukkan semakin hampir tarikh PRU-13, pembangkang semakin menggelabah. Mereka sedar bahawa ini adalah peluang terakhir bagi mereka untuk merampas kuasa. Oleh itu, mereka terpaksa melakukan apa saja tanpa mengira sama ada tindakan mereka itu haram.

Fahami konsep kesamarataan sistem demokrasi .

Posted: 17 Oct 2012 05:00 PM PDT


Fahami konsep kesamarataan sistem demokrasi

                                    Kawan
Perlembagaan wujud hubungan baik

Kesamarataan adalah antara prinsip penting sistem demokrasi. Sebagaimana demokrasi, kesamarataan bukanlah konsep yang mudah untuk difahami. Ini kerana perbahasan berkaitan demokrasi itu sendiri mengandungi pelbagai aspek yang payah untuk dianggap sebagai sejagat. Perkara ini berterusan berlaku walaupun demokrasi sehingga ke hari ini adalah ideal atau sistem yang dianggap terbaik dan diterima seluruh dunia. 
Sebelum dikaitkan dengan kesamarataan, perlu disebut bahawa tujuan demokrasi seperti yang diterbitkan dalam sebuah buku Democracy; Its Principles and Achievements terbitan Inter-Parliamentary Union, 1998, Geneva, ialah untuk memelihara kehormatan dan hak asasi individu, mencapai keadilan sosial, memupuk perkembangan ekonomi dan sosial masyarakat, mengukuhkan perpaduan masyarakat dan meningkat ketenteraman negara serta mencipta iklim yang menyemarakkan keamanan dunia. Kesamarataan wujud sebagai satu prinsip dalam hak asasi individu. 

Demokrasi sebagai political association merujuk kepada keputusan secara kolektif dan pentadbiran secara kolektif, manakala demokrasi sebagai system of government merujuk kepada situasi persetujuan antara pelbagai pihak dalam mewujudkan kehidupan secara bersama tanpa memusnahkan antara satu sama lain. Dalam konsep ini demokrasi tidak boleh dijadikan justifikasi untuk memusnahkan kelompok yang berbeza.
Peruntukan dijamin Perlembagaan

Saya membawa isu kesamarataan dan demokrasi di sini untuk berkongsi mengenai nilai peruntukan berkaitan kesamarataan yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Kita telah menjumpai beberapa hujah yang memberikan perhatian hanya kepada sebahagian daripada peruntukan berkaitan kesamarataan dan meminggirkan beberapa prinsip yang disebut secara nyata dalam Perlembagaan. Pendekatan seperti ini melahirkan kekeliruan dan tidak dapat memberikan panduan terperinci kepada masyarakat.

Sebelum memahami konsep kesamarataan dalam konsep demokrasi, perlu disebut bahawa ada dua maksud demokrasi. Iaitu demokrasi sebagai berhubung kait politik (political association) dan sistem kerajaan (system of government). Perbezaan antara dua maksud demokrasi itu hendaklah jelas.

Demokrasi sebagai political association merujuk kepada keputusan secara kolektif dan pentadbiran secara kolektif, manakala demokrasi sebagai system of government merujuk kepada situasi persetujuan antara pelbagai pihak dalam mewujudkan kehidupan secara bersama tanpa memusnahkan antara satu sama lain. Dalam konsep ini demokrasi tidak boleh dijadikan justifikasi untuk memusnahkan kelompok yang berbeza. 
Kedua-dua maksud demokrasi yang disebut di atas, sekiranya berjalan dengan dan serentak secara baik, berupaya mencapai tujuan yang telah disebut di atas.

Dalam konteks negara kita, konsep demokrasi dan kesamarataan ini diterjemahkan dalam Perlembagaan Persekutuan menerusi peruntukan berkaitan.

Kesamarataan dijamin oleh Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Perkara 8(1) ini meletakkan dua prinsip utama. Pertama, semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang. Maksudnya di sini setiap orang berada di tempat yang sama rata dari sudut undang-undang. Kedua, semua orang berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang. Maksudnya undang-undang melindungi setiap orang dengan perlindungan yang sama rata.

Kedua-dua prinsip ini meletakkan panduan bahawa setiap orang hanya tertakluk kepada hanya satu undang-undang.

Diskriminasi bentuk positif

Fasal (2) seterusnya menyebut mengenai kesamarataan antara agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang, pelantikan apa-apa jawatan atau pekerjaan dan sebagainya. Bagaimanapun, Perkara 8(2) ini membolehkan diskriminasi sekiranya ia disebut secara nyata oleh Perlembagaan. Diskriminasi dalam konteks undang-undang Perlembagaan sering dirujuk sebagai diskriminasi positif (positive discrimination) atau klasifikasi positif (positive classification). Dalam kata lain, kesamarataan yang dijamin oleh Perkara 8(1) adalah tidak mutlak. Dalam beberapa keadaan, Perlembagaan membolehkan beberapa diskriminasi. 

Fasal (5) menyebut beberapa perkara yang membolehkan diskriminasi positif itu. Perkara itu ialah, apa-apa peruntukan yang mengawal selia undang-undang diri; mengehadkan jawatan atau pekerjaan berkaitan agama; perlindungan, kesentosaan, dan perizaban kepada Orang Asli; penetapan kemastautinan bagi pemilihan ke jawatan tertentu atau pengundian dalam pemilihan dalam bidang kuasa negeri; mengehadkan pengambilan masuk hanya orang Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu. 

Sebagai rumusan, konsep kesamarataan yang dijamin oleh Perlembagaan tidak terhenti dengan Fasal (1) dan (2) itu saja. Konsep kesamarataan yang dijamin adalah tertakluk kepada beberapa pengecualian. 

Walaupun kesamarataan itu menjadi tema asas demokrasi, kita harus menerima prinsip bahawa demokrasi yang disandarkan kepada dua maksud, ideal dan juga sistem pentadbiran, mahu menzahirkan keamanan dan kesejahteraan. Dalam kata lain, apa yang dicita-citakan oleh demokrasi melalui konsep kesamarataan ialah hubungan sosial yang baik dalam kalangan masyarakat, bukan menafikan hak antara satu sama lain. Oleh itu, 'kesamarataan' tidak harus dibaca semata-mata sebagai 'kesamarataan'. Terkandung di dalam 'kesamarataan' itu adalah 'kesaksamaan'.

Penulis ialah Profesor Madya di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM

PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA

Posted: 18 Oct 2012 09:15 AM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN KOTA RAJA


KEBAJIKAN+BERBAKTI+SEDERHANA

Posted: 18 Oct 2012 02:08 AM PDT

Dalam kehidupan seharian kita, kadang-kadang kita terlepas pandang kebajikan sesama kita...tak kiralah orang tu kawan or lawan kita....baik pembangkang dan sebagainya...Hari ni, nak story sikit pasal kebajikan kita sesama manusia...
Sebagai manusia biasa tak terlepas dari naluri hati kita untuk berbakti.  Tak kisahlah berbakti pada siapa pun...Negara, Ibubapa, keluarga...sahabat dan insan sekeliling....Tapi, sebagai manusia iaitu hamba Allah s.w.t..kita perlulah melakukan sesuatu perkara itu bersederhana...Jadi, walau apa pun lapangan yang kita lakukan...bersederhana lah kita...
Berbalik pada cerita kebajikan...dan berbakti...ingin diselitkan kesederhanaan itu....2 perkara berbeza..iaitu kebajikan...dan berbakti...sinonimnya, ia melibatkan hubungan antara manusia sesama manusia...
Kadang-kadang kita ni terlepas pandang terhadap kebajikan orang-orang disekeliling kita...Kadang-kadang kita ni pula terlalu bersemangat ingin berbakti sampai terlupa kebajikan diri sendiri...Jadi untuk seimbangkan kedua-dua perkara tersebut, hendaklah bersederhana dalam melaksanakannya..Kerna KEBAJIKAN diri kita yang ingin BERBAKTI kepada insani ni..Hanya diri kita yang TAHU, PERLU TAHU dan AMBIL TAHU...
Dalam kehidupan masa kini, bukan mudah untuk kita ketemu manusia yang hati dan nalurinya benar-benar ikhlas memikirkan kebajikan orang lain selain dari dirinya sendiri....Dalam berpolitik apatah lagi...Jika bukan untuk NAMA...jika bukan kerana HABUAN...
Lumrah politik....tak kira lah...jika PEMBANGKANG atau BUKAN....1001..keikhlasan sukar ditemui...Biasanya yang MEMBANTAH, yang MEMBANGKANG inilah yang akan diPULAUKAN...yang pandai BODEK,pandai KIPAS...
Paling hairan...tatkala, MERAIH undi...PEMBANGKANG KHUSUSnya...jika dilihat, mereka ni berusaha memperjuangkan PARTI mereka...Tak salah memperjuang apa pun, tapi, biarlah bersederhana...Kadang-kadang tengok makcik-makcik tu sanggup terjerit-jerit...MELALAK-LALAK melaungkan nama PEMIMPIN PARTI mereka...SADISnya...lepas MELALAK-LALAK tu...kena balik rumah...dan MEMASAK untuk SUAMI+ANAK-ANAK dan sebagainya...Itu lah kesamaan antara KEBAJIKAN dan BERBAKTI...tapi hakikatnya...BURUK kan(cerita makcik melalak tu la yg buruk..hehehehe...)
...tapi, itu hak masing-masing...CUMA jika kita renungkan bersama...siapa yang dapat KEISTIMEWAAN daripada semua tu??BERJUANG tu berjuang lah jugak...tapi, beringat dan bersederhanalah dalam setiap perkara itu...Jika esok lusa, waktu kita sakit, kita juga yang perlu jaga diri kita, bukan orang lain, bukan orang YANG kita PERJUANGKAN...

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 18 Oct 2012 07:20 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Live: PPD Kuala Langat diserang

Posted: 18 Oct 2012 01:46 AM PDT

Biadap betul mereka ni.. hari ni mereka serang Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat.. gara-gara kuota kemasukan ke Sekolah Menengah Sains.. aku pun tak paham.. juak FUCKatan ni kalau tak buat kecoh tak sah..Demo ini telah diketuai oleh hero fiem terkenal iaitu MUNUSAMY yang menggelarkan dirinya AHLI MAJLIS MDKL merangkap KETUA PKR PULAU CAREY...harrkkktuuuiiii




Team PUcTD

ATM vs KELANTAN...

Posted: 17 Oct 2012 08:16 PM PDT

seperti yang kita sedia maklum,Perlawanan Akhir Bolasepak Piala Malaysia akan diadakan pada 20 Oktober 2012 ini..antara Pasukan KELANTAN menentang Pasukan ATM di Stadium Shah Alam..
Ayuhh semua..kalau tak dapat tiket,tak mengapa,anda dijemput untuk menyaksikannya di layar GERGASI.
Apa yang menariknya,ianya bakal diadakan di kem TUDM Jugra bermula seawal jam 8:00 malam.Sebelum perlawanan bermula,satu majlis meraikan 3 anggota TUDM Jugra yang telah menyertai misi berenang ke Selat Inggeris.Sekiranya anda berhasrat untuk tonton bersama,sila berikan nama,no kenderaan anda kepada Saudara Juan,ditalian 013-6767498 dengan kadar segera bagi urusan pas masuk.Sila pastikan anda memakai pakaian awam,kemas,serta berkasut.