By Mohd Arshad Raji September 5, 2011 I received this distressing email from a colleague regarding the death of Bernama's cameraman Noramfaizul Mohd Nor who was shot while on UMNO Putra's humanitarian mission in famine stricken Somalia. For those Malaysian soldiers that had served Somalia during the troubled period of the early 90's would know [...]
Pada hari ini genaplah satu bulan kempen yang dijalankan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat menuntut supaya semua hutang peneroka Felda dihapuskan.
Tuntutan bagi penghapusan Hutang Peneroka Felda ini bukanlah dibuat atas alasan politik atau emosi tetapi berlandaskan bahawa sehingga setakat ini Felda gagal mengeluarkan Penyata Kira-Kira Pendapatan dan Tanggungan Peneroka-Peneroka.
Didalam Penyata yang dikeluarkan oleh Felda hanya diletakkan item tanggungan sahaja tetapi tidak diletakkan item pendapatan.
Bahkan Felda gagal menyatakan bahawa wang tanam semula yang dicarumkan oleh Peneroka sebanyak RM17,000.00 yang dikutip dari Peneroka selama 15 tahun itu dimasukkan kedalam Kunci Kira-Kira.
Apabila seseorang Peneroka Felda itu menyerahkan ladang masing-masing untuk ditanam semula oleh Felda maka Felda/Felda Technoplant telah mengeluarkan perbelanjaan untuk menebang pokok-pokok asal, menyediakan anak-anak sawit/getah untuk ditanam, menyediakan pagar jika diperlukan, menyediakan baja dan racun, mengupah untuk tanaman semula dan menjaga/mengurus ladang yang ditanam semula itu; disamping itu mengeluarkan elaun sara hidup mengikut peringkat-peringkatnya bermula dengan elaun yang agak kecil dan sehinggalah RM1500.00 setiap bulan apabila ladang sudah mulai mengeluarkan hasil.
Perlu diingat bahawa daripada keseluruhan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Felda/Felda Technoplant itu termasuk juga wang caruman peneroka yang disimpan oleh Felda sebanyak RM17,000.00.
Penyata Hutang yang dikeluarkan oleh Felda menimbulkan syak wasangka daripada Peneroka-Peneroka kerana dalam tempoh 8 tahun selepas ditanam semula, peneroka-peneroka dikenakan hutang sehingga RM95,000.00. Bererti daripada ladang seluas 10 ekar milik peneroka-peneroka tersebut tidak mendatangkan walaupun 1 sen pendapatan kepada peneroka-peneroka itu.
Peneroka-peneroka akur bahawa dalam tempoh tahun 1 hingga ke tahun 3 selepas tanam semula, tidak ada pendapatan yang diperolehi dari ladang-ladang itu (namun caruman peneroka sebanyak RM17,000.00 itu perlu diambil kira). Peneroka akur bahawa dalam tempoh itu segala perbelanjaan termasuk elaun pinjaman sara hidup ditanggung oleh Felda.
Tetapi apabila masuk tahun ke-4, ladang-ladang mereka sudah mengeluarkan hasil, dan paling minima pada tahun ke-4 itu, ladang-ladang mereka sudah boleh mendatangkan pendapatan tidak kurang dari RM2000.00 sebulan, dan ladang-ladang yang sudah matang setelah masuk tahun ke-5 dan seterusnya boleh mendatangkan hasil tidak kurang dari RM5000.00.
Maka jika hutang peneroka Felda didalam tempoh 8 tahun itu sudah meningkat kepada RM95,000.00, mari pula kita lihat berapakah pendapatan Peneroka Felda setelah 4 tahun ditanam semula, kenapa hutang mereka tidak ditolak dari pendapatan?
Tahun keempat, dianggarkan pendapatan peneroka hanya sekadar RM2000.00 sebulan, maka didalam tempoh satu tahun adalah RM24,000.00.
Tahun kelima, dianggarkan pendapatan peneroka hanya sekadar RM3000.00 sebulan, maka didalam tempoh satu tahun adalah RM36,000.00.
Tahun keenam, dianggarkan pendapatan peneroka hanya sekadar RM4000.00 sebulan, maka didalam tempoh satu tahun adalah RM48,000.00.
Tahun ketujuh, dianggarkan pendapatan peneroka hanya sekadar RM6,000.00 sebulan, maka didalam tempoh satu tahun adalah RM72,000.00.
Tahun kelapan, dianggarkan pendapatan peneroka hanya sekadar RM7,000.00 sebulan, maka didalam temph satu tahun adalah RM84,000.00.
(Peneroka-Peneroka yang tanam sendiri berpendapatan jauh lebih tinggi daripada yang dianggarkan itu).
Apabila dihetungkan semua pendapatan peneroka mulai tahun ke-4 hingga tahun ke-8 setelah tanam semula adalah RM264,000.00.
Kenapa pendapatan sebanyak RM264,000.00 ini tidak diletakkan didalam Kunci Kira-Kira (dan jangan lupa wang caruman peneroka sebanyak RM17,000.00) menjadikan jumlah kesemuanya adalah RM231,000.00.
Maka apabila ditolak pendapatan peneroka (termasuk wang caruman sebanyak RM17,000.00) sejumlah RM231,000.00 dengan hutang yang tertanggung oleh Peneroka, Felda masih terhutang dengan peneroka sebanyak RM136,000.00.
Diatas landasan dan fakta inilah Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat menuntut supaya Hutang yang dikenakan oleh Felda kepada Peneroka dihapuskan.
Samada Peneroka akan memfailkan saman bagi menuntut hutang Felda kepada Peneroka adalah satu kajian yang lain yang akan diperincikan setelah mendapat laporan daripada pihak-pihak pakar dibidang survey dan perakaunan.
Sepanjang minggu ini Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat telah mengaturkan program yang padat di Negeri Pahang bermula pada 10hb September 2011. Kawasan Parlimen Rompin akan dikunjungi dengan 6 dialog dan 6 ceramah dan diikuti oleh Pekan (11hb September 2011), Maran dan Jerantut (12hb September), Temerloh dan Kuala Krau (13hb September), Bentong dan Bera (14hb September), Cameron Highlands, Lipis dan Raub (15hb September) dan Paya Besar (16hb September).
Seramai 40 orang tenaga Penceramah akan turun padang terdiri daripada pimpinan Biro Masyarakat Felda dari Negeri Johor dan Negeri Sembilan dan selebihnya pimpinan Cabang di Negeri Pahang.
Dengan program ini sebanyak 72 ceramah dan dialog akan diadakan di rancangan-rancangan Felda dan perkampongan Orang Asal di Negeri Pahang, dan semasa lawatan ini, beberapa buah Ranting baru telah dikenalpasti untuk dirasmikan.
Semua tenaga penceramah akan berkumpul di Felda Keratong 6 untuk makan tengah hari sebelum berlepas ke destinasi masing-masing.
Program ini disambung lagi dengan Ceramah oleh YB Azmin Ali di kawasan Felda Palong pada 17hb September 2011 dan di Felda Tersang 2, Raub pada 18hb September 2011.
Rumah terbuka PKR Cabang Kuala Krau akan diadakan pada 18hb September 2011 di Pejabat PKR Kuala Krau pada jam 5.00 petang - 7.00 malam dengan tetamu khas terdiri daripada Dato Fauzi Abdul Rahman, Chegu'Bard, YB Chan Ming Kai, dan Rebin Birham; manakala YB Sivarasa, Peguam Latheefa Koya, dan Peguam T. Kumar akan bertandang ke Felda Jengka 6 untuk menerima tambahan peneroka-peneroka sekitar Jengka bagi memfailkan saman kerana manipulasi peratusan perahan KPG.
Sehingga hari ini peneroka-peneroka yang mendaftar untuk menyaman Felda diatas kes tersebut dari kawasan Jengka (diluar DUN Jengka) telah meningkat kepada 1004 orang, jumlah yang teramai setakat ini berbanding dengan tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh peneroka-peneroka Felda Maokil, Felda Serting 1 dan 2, dan Felda Kemahang 3.
Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim diselar lagi, kali ini oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sendiri apabila sejarahwan terkenal itu membangkitkan soal asal usul tokoh kontroversi kemerdekaan Mat Indera.
Mohamad berkata, dalam membincangkan soal sejarah kemerdekaan, tidak perlu membangkitkan asal usul seseorang seperti kerana perkara itu "tidak elok".
"Asal usul ini tak payah sebutlah. Yang bercakap itu (Khoo) pun asal mana? Tak eloklah.
“Bila duduk sini kita anggap semua rakyat Malaysialah," kata Mohamad.
Semalam, PAS Johor juga mempersoalkan kenyataan Khoo, antaranya yang didakwa menolak kajian ahli akademik lain berkenaan peristiwa Bukit Kepong dan Mat Indera tanpa menghasilkan kajian sendiri, dengan menganggap lelaki itu pengganas.
Khoo (kanan) sebelum ini dilaporkan mendakwa Mat Indera bukan pejuang kemerdekaan, menyokong gerakan komunis yang cuba mewujudkan orde baru dunia berdasarkan fahaman itu dan bukan anak tempatan.
Sebaliknya, menurut Khoo, Mat Indera berasal dari Indonesia dan bukan rakyat jajahan takluk kesultanan Melayu. Adik Mat Indera – Baharum Shah – bagaimanapun semalam tampil dalam sidang media Pemuda PAS Johor menafikan dakwaan itu.
Membahaskan isu yang sedang hangat itu, Khoo berpendapat bahawa sejarah diputar belit oleh ahli politik dari “kedua-dua belah gabungan politik” dan mereka sebenarnya tidak memahami sejarah.
Sementara itu, aktivis gerakan mahasiswa sekitar 1970-an Hishamudin Rais berkata, pendirian Khoo yang "tidak sana dan tidak sini" dilihatnya sejak tahun 1974 apabila menuntut jurusan sejarah di fakulti tempat Khoo mengajar di Universiti Malaya (UM).
Katanya, ketika beliau menganjurkan forum membincangkan gerakan rakyat Vietnam melawan Amerika Syarikat, dua lagi pemforum dikenakan tindakan keras – termasuk seorang profesor Amerika Syarikat dihantar pulang – Khoo tidak dikenakan sebarang tindakan.
"Sejak dulu lagi dia tidak sana, tidak sini. Tarik balik gelaran profesornya. Kalau di luar Malaysia sudah sudah lama dipecat.
"Tetapi di Malaysia profesor kangkung dan ‘kongkang’ terus memperbodohkan rakyat," katanya sambil menyifatkan kesalahan sebegitu sebagai "jenayah" dalam akademik.
This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now
There is nothing wrong if one wants to escape the rigors of everyday work and take a short vacation to unwind and relax. A period of rest and recreation is needed and in fact a healthy way of living. So what is fuss about when the Malaysian Prime Minister decided to go Down-Under for some down-time with his family and friends?
Firstly, it was on the 31st of August, a key day in the Malaysian calendar for this was the day Malaya obtained independence from the British colonialists. Iin other words, it was Independence Day. Secondly, there was a huge questionmark over who was funding the trip and was it for public or private reasons?
No doubt this year, instead of holding nationwide celebrations including the annual parade on August 31, the Malaysian government had finally decided to have it on September 16, to commemorate the joining of Sabah and Sarawak to form the federation of Malaysia in 1963, it is still against protocol to quietly sneak out without informing the people where you are going, not when you are the PM.
Half-truths and cover-ups
There is now huge derision over the whole affair which has even attracted the attention of the foreign diplomatic community. The way the PM's aides have sidled and dished out half-truths rather than provide open and honest answers when asked about his whereabouts is rather alarming. Is not the PM of a country a public figure? Instead, a situation developed where one aide said he was away on vacation but declined to state where and why. Then another one staffer – probably overzealous – said he was in Australia for physio-therapy or was it knee-operation, as some blogs reported it to be?
But Najib walked fine when he finally showed himself to the people on Monday. So what was the real reason behind the PM’s decision to hop onto the Malaysian government’s private jet and make his way to Australia?
The latest reason offered was that he had gone to spend Hari Raya, which was on August 30, with Malaysian students there. But was the whole 'speaking to students' session as reported by the national Bernama news agency a sufficient reason to justify such costly use of public funds?
Not that our children are not important, but there is justifiable grounds to suspect the PM was taking advantage of public funds to spend a mere two hours or so at a public function, while spending the rest of the week enjoying a spanking good holiday. To many Malaysians, Najib appears to have perfected the art of making use of official trips for personal pleasure.
UMNO must take disciplinary action
But then, this is not surprising as previous Malaysian premiers have shared the same love for venturing out of the country on publicly-funded escapades. It is high time that UMNO, the country’s largest political party, take note of this because so far all the PMs have been their party presidents. If UMNO doesn’t clean up its own stables, how can it expect Malaysians to vote in its candidates when the next election arrives. If its Supreme Council sits back and does nothing, then expect the public to continuously have the impression that UMNO is the most corrupt party in the country, if not the region!
Consider this. In 2006, Najib’s predecessor Abdullah Badawi enjoyed a publicly-funded trip to the Caribbean. Back then it was stated that the four-day trip was a "working visit", but little appears to have come out from that excursion despite his having addressed the St Vincent Parliament. A reporter travelling with the entourage reported that the Jamaica portion of the trip dealt with possible Malaysian investment in energy exploration and construction projects, while the PM stopped in St Vincent 'mostly for a vacation and to unwind from the pressures of work.
This shocking news was revealed in a newly-leaked US diplomatic note written by the missionary here and sent to Washington. So another holiday disguised as a working trip and to think Malaysians used to call their 5th PM and UMNO president their Mr Clean!
A new era with many opposition MPs on the lookout
Now with so many opposition lawmakers on the pounce for any financial shenanigans, it will no longer be easy for BN leaders to sneak away goodies as easily as they did in the past. And this is a positive development for Malaysia.
Citizens can expect that any trip the current PM makes overseas will be put through the clothes wringer. Reasons such as generating possible investment inflow will no longer be acceptable without proper detailing. After all, how many of these overseas trips have really generated any good for the nation?
Same thing goes for huge commercial or public-sector contracts and other mega projects, especially without open tenders. Costs will be scrutinised mercilessly.
Times have changed and really, UMNO needs to wise up and learn to handle the realities of a Malaysia in the 2010s. If they don’t, then this is why they have been frequently accused of being trapped in their own time-warp, playing childish yet potentially lethal racial and religious games. All these can only harm not help the nation, which will be further ostracised by civil society and the world at large.
Aussie in August, Europe in July, Kazakhstan in June
Another much-watched and glaring case was the hugely expensive trip to the Vatican in July. Najib’s European tour began in England, with the Queen snubbing him for his mis-treatment of the Bersih ralliers for free and fair elections. Then he went on to the Vaticam to establish bilateral ties with the Holy See. But the moment he stepped foot back in Malaysia, he shot down any hopes for greater Islamic-Christianity goodwill by insulting the Christians.
Till now, the question remains, did he and wife Rosmah Mansor arrange the Vatican trip so that once they were done there,, they could continue with a personal Italian vacation on the Mediterranean? And this holiday lasted several days until Najib allegedly got wind that his Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin was planning a high-level meeting with UMNO warlords to discuss how to rein in his misconduct and mitigate the huge damge inflicted on the country’s image.
It was then that Najib cut short his Italian break, claiming he was homesick and even thanking Rosmah for being understanding enough to fly back immediately. Yes, it was a tremendous show but it didn’t end there. On the same day, a French lawyer William Bourdon due to expose the role of top Malaysian officials including Najib’s in the Scorpenes purchase scandal was mysteriously deported from Kuala Lumpur before he could give a dinner-talk and press conference to bare all.
UMNO must be responsible for its leaders or risk losing voter support
What good has the latest publicly-funded visit to Perth done for Malaysia now? Really, it is time for UMNO to be responsbile for all the shenanigans their party president has put the country through. He may be the current chief but what kind of a party is UMNO? Is it a dictatorship? Can Najib do what he wants, even if it means dragging UMNO’s and Malaysia’s name through mud? Is it not time for the UMNO Supreme Council to evaluate if Najib has not already done this with his lavish spending, poor leadership and scandals galore?
Is it not time for UMNO to mete out action, perhaps issue a disciplinary letter or ask him to show cause and explain his misconduct? If UMNO feels that this is merely negative politicking by the Pakatan Rakyat opposition, then do an internal investigation and call for whistleblowers to come forward.
If UMNO is a responsible political party, then it should do all these. Otherwise, don’t expect Malaysians or Malays to vote in your candidates when even those at the presidential level are not able to clear the basic requirements of honesty and transparency, what more lead the country.
It is also laughable that Malaysian sudents in Perth were so disgusted that they have put on Facebook their remarks were twisted to depict the current UMNO president as an “awesome” and ‘inspirational’ leader, just so he could escape more flak at home. Really, if UMNO cannot rein in their president, what a shame it is for the party and country.
Tan Sri Tony Fernandes wanted LCCT for AirAsia. The Tun Abdullah’s Administration built for him costing the nation more than RM200 million. AirAsia was also allowed to owe huge airport tax debts for years under the same Administration. He wanted Rural Air Services (RAS) the same Administration gave him with a reward of about RM65 [...]
Tarikh 2 Disember 1989 harus diingat oleh semua rakyat Malaysia. Ini ialah tarikh dimana komunis membuat perjanjian dengan kerajaan Malaysia. Komunis tidak menyerah kalah atau dikalahkan, mereka hanya melupuskan senjata mereka dan menghentikan aktiviti militan. Komunis diberi pilihan untuk menetap di Malaysia dengan diberi wang sebanyak RM 8,000.00 seorang serta wang saraan hidup sebanyak RM 300.00.
Adakah manafaat, tawaran serta ganjaran lain diberikan kepada komunis selepas 2 Disember 1989?
Apakah tawaran yang diberikan kepada pasukan keselamatan yang terkorban, kudung tangan dan kaki selepas 2 Disember 1989?
Kira-kira 1,188 anggota pasukan keselamatan bersenjata PKM yang berada di hutan sempadan Malaysia - Thailand akan keluar dari hutan dan memulakan hidup baru.
Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM 8,000 sekembali ke Malaysia dan wang saranan hidup sebanyak RM300 untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair.
When the Communist bloc in Europe collapsed in the late 1980s, the MCP had accepted the fact that they did not have any chance to form a communist government in Malaya.
After a series of negotiations between the Malaysian Government and the MCP, with the Thai Government as the mediator, the MCP finally agreed to sign a Peace Accord in Haadyai, Thailand on the 2 December 1989.
The peace accord did not require the MCP to surrender; it only required that the MCP cease their militant activities.
With the signing of the Haadyai Peace Accord, the MCP agreed to disband their armed units and destroy all of their weapons.
They also 'pledged their loyalty' to His Majesty the Yang di Pertuan Agong of Malaysia. This date marked the end of the MCP insurgency in Malaysia.
At the end of the peace accord, it was estimated that there were about 1,188 MCP members still on the active list. Some of them chose to return to their states in Malaysia and the rest selected to stay in a "Peace Village" at the Thai border. The Malaysian Government had paid them all some compensation money. First RM 3,000 was paid on their immediate return, and another RM 5,000 was paid three years after their return.
1- Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) P.Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kpd Pemuda UMNO P.Pinang yg mutakhir ini begitu prihatin & peka terhadap perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri P.Pinang. 2- Begitu ‘peka & prihatin’ Pemuda UMNO P.Pinang dgn isu ini apabila dikatakan menyembunyikan resit tuntutan perubatan ‘Kos Konsultasi’ berjumlah RM3,373.50 & hanya mengemukakan 1 resit shj [...]
QUETTA - Sekurang-kurangnya 23 maut, manakala kira-kira 60 lagi cedera selepas kereta dipenuhi bom menya-sarkan pasukan keselamatan di barat daya Quetta, meletup, semalam.
Pegawai kanan polis, Hamid Shakil berkata, kejadian berlaku di luar kediaman Timbalan Ketua Polis Sempadan disusuli dengan insiden pengeboman berani mati di dalam rumah beliau.
Serangan itu menyebabkan isteri dan dua anak Timbalan Ketua Polis serta pegawai yang berada di tempat kejadian terkorban.
Insiden keganasan tersebut, didakwa berpunca daripada penahanan pemimpin kanan kumpulan militan Al-Qaeda, Younis Al-Mauritani bersama dua lagi pengikutnya oleh Perkhidmatan Risikan Pakistan, Isnin lalu.
Pihak berkuasa tidak menolak kejadian serangan itu mungkin bermotifkan balas dendam.
PERDANA Menteri Somalia, Abdiweli Mohamed Ali menandatangani perjanjian komitmen untuk melaksanakan pembaharuan politik di negara itu sambil diperhatikan oleh Presiden Somalia, Sheikh Sharif Sheikh Ahmed (kiri) dan Presiden Wilayah Galmudug, Mohamed Warsame Ali (kanan) di Mogadishu, semalam. - AFP
MOGADISHU 7 Sept. - Para pemimpin Somalia semalam menandatangani perjanjian politik yang termasuk rancangan untuk mengadakan pilihan raya dalam tempoh setahun, dengan objektif untuk menubuhkan sebuah kerajaan tetap bagi menggantikan pentadbiran peralihan yang tidak berkesan selama ini.
Mengikut perjanjian itu, kerajaan peralihan komited untuk merangka Perlembagaan baru, melaksanakan pembaharuan dalam pentadbiran dan perkhidmatan keselamatan dan mengadakan rundingan dengan kumpulan pemberontak bersenjata.
Perjanjian itu juga menetapkan, tentera Kesatuan Afrika (AU) yang menyokong kerajaan peralihan di Mogadishu hendaklah juga ditempatkan di luar ibu negara ini.
Masyarakat antarabangsa akan memberikan bantuan kewangan berdasarkan peruntukan perjanjian yang dicapai.
Kerajaan buat masa ini tidak mendapat bantuan langsung daripada penderma Barat yang bimbang tentang rasuah.
Namun sejak lebih dua tahun lalu, kerajaan peralihan yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerima bantuan wang tunai puluhan juta dolar, kebanyakannya dari negara Arab. - Agensi
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mungkin berdepan kontroversi baru apabila berkata, sekiranya diadakan referendum atau pungutan suara sejurus selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman tidak akan menjadi perdana menteri yang pertama.
Ini kerana, tambahnya, pengaruh pejuang kemerdekaan sayap kiri – yang rata-rata dikehendaki British dan pertubuhan mereka diharamkan – amat kuat ketika itu.
"Kalau dibuat referendum antara Tunku Abdul Rahman, (pengasas Umno) Datuk Onn (Jaafar) dan (pemimpin kiri) Burhanudin Helmy, sudah tentu Burhanudin Helmy akan jadi perdana menteri Malaysia yang pertama.
"Tetapi mereka ini (golongan kiri) ditangkap, diburu dan pertubuhan mereka diharamkan," katanya yang sebelum itu sinis apabila merujuk kemerdekaan tanah air sebagai "merdeka in bracket".
Mempertahankan sumbangan golongan itu dalam menuntut kemerdekaan, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau tidak menolak pemimpin Umno dibariskan tetapi tokoh-tokoh lain juga tidak harus diketepikan.
"Perayaan merdeka ini sudah macam perayaan Umno. Cuba di televisyen letak sekali gambar Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam, Mat Kilau... Barulah rakyat terpanggil merayakan hari kemerdekaan.
"Ini Umno saja raya," katanya disambut gelak ketawa dan tepukan hampir 500 orang yang hadir dalam forum membincangkan perjuangan Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.
Turut menjadi ahli panel forum tersebut ialah kolumnis dan bekas aktivis mahasiswa Hishamudin Rais dan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari.
'Chin Peng atau Henry Gurney baik?'
Mohamad berkata, walaupun ada antara aktivis haluan kiri, seperti Rashid Maidin dimomokkan sebagai komunis dan tidak percaya pada agama, perkara itu tidak betul sama sekali.
"Dulu ada seorang menteri besar melawat kem (pemimpin Parti Komunis Malaya – PKM) Rashid Maidin dan beri bantuan kepadanya di Selatan Thailand.
"Dia terkejut, masuk saja sana, ada surau. Petang-petang Rashid Maidin mengajar bahasa Melayu dalam tulisan jawi yang telah dimusnahkan United Malay National Organisation (Umno)," katanya.
Pergi lebih jauh, Mohamad juga menimbulkan persoalan sama ada benar bekas pemimpin kanan PKM Chin Peng seorang pengganas.
Sedangkan, menurut Mohamad, Chin Peng bertanggungjawab menyebabkan kematian bekas pesuruhjaya British di Tanah Melayu Sir Henry Gurney yang menjalankan usaha membuka perkampungan baru Yahudi di Palestin sebelum dihantar ke Malaya.
"Chin Peng bunuh Henry Gurney (kanan) yang jajah Malaya. Saya hendak tanya, siapa yang baik? Henry Gurney atau Chin Peng?
"Saya tak mahu jawab. Kalau silap, mampus aku esok. Lu fikirlah sendiri," katanya yang terkenal dengan kelucuannya itu.
Estet, lombong British
Terus mempertahankan kenyataan kontroversinya – bahawa Mat Indera yang penyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukan "polis British" – Mohamad berkata, beliau kini menemui buku yang ditulis seorang bekas pegawai polis tentang peranan pasukan keselamatan pada era British.
Dalam buku itu, tambahnya, bekas pegawai polis itu sendiri mengakui antara tugas polis pada masa itu menjaga kepentingan British di estet dan lombong British.
"Lebih separuh daripada buku ini tulis pasal jaga estet mana, lombong mana. Ini polis yang tulis, bukan aku," katanya sambil menjulang buku berkulit biru itu.
Setelah diserang bertubu-tubi di media arus pertama sebelum ini, Mohamad pernah mempertahankan pendapatnya menggunakan buku terbitan Yayasan Warisan Johor berjudul Pengukir Nama Johor sebelum ia dinafikan yayasan bawah kerajaan negeri itu semalam.
11 Syawal 1432H. [MOD] - Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Menghalau penjajah lebih mudah berbanding membuang pemikiran penjajah – itulah ungkapan untuk menggambarkan walaupun negara telah merdeka 54 tahun, namun pemikiran penjajah masih kukuh dan utuh dalam pemikiran sesetengah golongan sehingga ada yang masih berbangga dengan apa yang ditinggalkan penjajah. Apa yang menyayatkan hati ialah kebutaan golongan ini dalam membakulsampahkan golongan yang ikhlas berjuang menghalau penjajah kini sebagai komunis.
Manakala golongan yang sanggup bersekongkol dengan penjajah dan taat menerima segala arahan penjajah sehingga membidas, mencedera dan malah ada yang sanggup membunuh orang sendiri yang melawan penjajah pula didewa-dewakan mereka sebagai hero.
Seluruh fakta sejarah yang bersama Inggeris dikekalkan, bahkan nama-nama parti politik masih menggunakan bahasa penjajah (Umno, MIC, MCA – semua adalah singkatan bahasa Inggeris) masih bangga mendabik dada dan berulang-ulang menyebut "Kamilah pejuang bangsa, Kamilah pembela tanahair" sehingga bertukar menjadi "Kami sahajalah pejuang bangsa, Kami sahajalah pembela tanahair" sehingga mengabaikan dan menggugurkan jasa para pejuang lain yang tidak diiktiraf pihak Inggeris dalam sejarah.
Dalam bab menjaga Islam lagi menyedihkan. Selepas 54 tahun negara merdeka, nama Islam bukan sahaja tidak bertambah harum, malah kian dilihat sebagai agama yang menghalalkan rasuah dalam pentadbiran, penyalahgunaan kuasa demi kekal berkuasa, rakyat didahulukan untuk disembelihkan apabila ekonomi negara disalahtadbir dan perundangan Islam hanya berlegar soal peribadi dan kekeluargaan.Bukan itu sahaja, malah majoriti institusi-institusi agama turut dikongkong untuk mengembangkan ajaran Islam dengan pelbagai enakmen yang direka bukan sahaja menyusahkan dan pada masa yang sama menyebabkan agama Islam ditertawakan.
Banggakah kita sesudah 54 tahun merdeka, isu-isu utama seperti soal perpaduan kaum, soal agama dan dasar pendidikan nasional dan soal memartabatkan bahasa kebangsaan masih teraba-raba mencari jalan keluar? Setiap kali menjelang pilihanraya umum, isu agama dan kaum akan digunakan sebagai senjata sewenang-wenangnya oleh parti pemerintah untuk dijaja kepada kaum masing-masing bagi meraih undi.Inilah nasib bilamana negara dipimpin oleh mereka yang pemikiran masih dibelenggu oleh elemen penjajah.
Akhir-akhir ini, gesaan untuk melucutkan kerakyatan dan memperbanyakkan laporan polis dan saranan seseorang agar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya kerana bercanggah pendapat dengan pihak pemerintah telah menjadi satu budaya baru dalam negara.Segalanya dibuat seolah-olahlah merekalah undang-undang, dan merekalah pendakwa dan merekalah jugalah hakim.
Terbaru, timbul pula desakan menggugurkan kerakyatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semata-mata kerana beliau mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tiada pula kedengaran, ada yang menyarankan mereka yang terlibat dalam konspirasi memberikan kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya, yang terang-bederang khianat kepada negara selepas 54 tahun merdeka untuk dibuang kerakyatan?
Ini bukan ke satu lagi mentaliti penjajah – di mana mereka sanggup mengelirukan orang Tanah Melayu sendiri untuk melawan orang Tanah Melayu sendiri, tapi masa yang sama menjual negara ke tangan warga asing untuk mengundi mereka supaya boleh kekal berkuasa? Penjajah turut melakukan perkara yang sama, orang Tanah Melayu diambil sebagai pegawai, polis dan juga askar untuk melawan orang Tanah Melayu yang menentang penjajahan mereka supaya mereka boleh kekal berkuasa.
Sekiranya perlu Mat sabu digugurkan kerakyatan kerana menganggap Mat Indera sebagai seorang hero, bagaimana pula dengan penulis dan pakar sejarah yang menerbitkan buku Pengukir Nama Johor, yang dikatakan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai "penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan" yang mengangkat Mat Indera juga sebagai hero.
Bagaimana pula dengan kerakyatan Abdul Ghani apabila kenyataan beliau bercanggah dengan buku yang dinaungkannya sebagai "bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik" pada 2004 dengan menggelar Mat Indera sebagai pengganas untuk meneruskan hujah Umno yang semakin menikam Umno sendiri? Desakan ini juga sebenarnya menggambarkan betapa rakusnya kerajaan pemerintah dalam mengekalkan kuasa sehinggakan soal perundangan boleh diabaikan.
Kalau diikutkan kehendak Umno, rakyat langsung tak boleh bersuara menentang apa yang dilakukan oleh kerajaan – asalkan bercanggah dan menyebabkan kerajaan pemerintah tidak gembira, anda boleh disaran untuk dibuang kerakyatan. Sedangkan pada waktu yang sama, kerajaan pula beri warga asing kerakyatan walaupun mereka langsung tidak mempunyai apa-apa jasa kepada negara.
Inilah contoh terbaik untuk mengungkapkan kata-kata P.Ramlee "fening, fening."
ALOR SETAR, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak layak untuk berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong.
Beliau (gambar) berkata, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu lebih layak berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana taraf pangkat mereka sama iaitu Timbalan Presiden parti masing-masing.
"Siapa Khairy? Ketua Pemuda sahaja, biarlah yang sama tahap berdebat... kalau Khairy berdebat dengan Mat Sabu sama macam pasukan bola sepak Brazil lawan dengan pasukan bola sepak Tokai (sebuah kampung di Kedah).
"Sepatutnya beri peluang pada Mat Sabu untuk dia buktikan siapa Mat Indera ini. Malangnya media pun tak beri peluang kepada Mat Sabu untuk jelaskan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.
Dipetik Bernama Online, Azizan mengulas kenyataan Khairy yang hanya mahu berdebat dengan Mat Sabu walaupun telah mendapat jemputan Pemuda PAS, yang mencadangkan satu debat antara Khairy dan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan.
Semalam, Khairy dalam mesej Twitternya berkata, beliau hanya mahu berdebat dengan Mat Sabu dan bukan dengan orang lain kerana Mat Sabu merupakan penyebab kontroversi masa ini.
Azizan berkata, sebelum ini beliau pernah mencadangkan supaya sejarawan berbincang mengenai perkara terbabit dengan Mat Sabu kerana ia melibatkan persepsi sejarah.
"Kenapa tidak orang sejarawan duduk berbincang dengan Mat Sabu... kita belajar sejarah untuk tengok ke hadapan, bukan untuk tengok ke belakang. Lagipun sejarah kita tak 'proper recorded', banyak dari 'hearsay' kecuali al-Quran saja yang tetap," katanya.
Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dipetik sebagai berkata pengganas komunis yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.
TOKYO 8 Sept. – Satu gempa bumi sekuat 5.1 Skala Richter menggegarkan utara Jepun malam tadi, namun tiada laporan kerosakan dan kecederaan dikeluarkan.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa tersebut melanda pada pukul 8.39 malam waktu Malaysia di luar pesisir pantai Urakawa di selatan pantai pulau Hokkaido.
Pusat gempa tersebut bagaimanapun berada jauh daripada kawasan gempa 11 Mac lalu yang berlaku di pantai timur laut negara ini. – AFP
Beberapa kawasan di negara ini akan dilanda jerebu selama beberapa hari kerana tidak menerima hujan untuk lima hari berturut-turut.
Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia kawasan berkenaan ialah Arau (Perlis), Kota Setar (Kedah), Seberang Perai Utara (Pulau Pinang), Kinta dan Manjung (Perak), Kepong, Klang, Petaling dan Sabak Bernam (Selangor), Batu Pahat (Johor) dan Miri (Sarawak).
Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) malam tadi keadaan berjerebu yang melanda sekitar kawasan Lembah Klang, negeri-negeri di utara Semenanjung, Melaka, Negeri Sembilan dan beberapa daerah di Pahang pagi ini disebabkan pencemaran jerebu merentas sempadan akibat kebakaran yang berlaku di Sumatera, Indonesia.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan diminta bekerjasama memadamkan kebakaran kecil serta melaporkan aktiviti pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727.
JAS juga mendapati kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara hari ini mencatat paras sederhana pada sebelah pagi.
Semalam, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di 14 kawasan mencatatkan paras baik dan 38 mencatatkan IPU sederhana.
Antara kawasan yang mencatatkan IPU sederhana ialah Shah Alam, Selangor (84), SK Jalan Pegoh, Ipoh, Perak (83) dan Pelabuhan Klang (81) manakala kawasan yang mempunyai IPU sihat, Sarikei, Sarawak (30), Sri Aman, Sarawak (31) dan Kuching, Sarawak, (32).
KUALA TERENGGANU - Penduduk di Kampung Padang Macang, Manir dan kawasan sekitarnya gempar, apabila kawasan tanah dikorek sedalam 10.8 meter, tiba-tiba mengeluarkan bunyi pelik, sebelum mengeluarkan api setelah penduduk mengujinya dengan meletakkan batang paip PVC dan dicucuh api.
Api itu dipercayai terhasil daripada gas yang berada di kawasan tanah dikorek oleh Ramli Ngah, 57, yang juga pengorek lubang.
Menurutnya, dia memulakan kerja menggali telaga itu, setelah diarahkan tuan rumah untuk mencari punca air.
Namun katanya, apabila sampai pada kedalaman itu, dia terdengar satu bunyi pelik, seolah-olah air sedang meletup-letup dari dalam tanah.:
"Saya kemudiannya memasukkan sebatang paip PVC dan secara tiba-tiba terdengar seakan-akan bunyi gas," katanya.
Menurutnya, dia cuba menyalakan api dengan menggunakan pemetik api di corong paip PVC dan ternyata, ia mampu menyalakan api, dan ia mengeluarkan sedikit bau seakan bau belerang.
Penemuan itu, kemudiannya tersebar dalam kalangan penduduk kampung sehingga menarik perhatian mereka untuk melihat lebih dekat kejadian itu.
Tinjauan mendapati, selain orang ramai, turut hadir ke lokasi, Polis Diraja Malaysia dan Petronas Wilayah Pantai Timur, Kuala Terengganu bagi melakukan tinjauan berhubung gas yang keluar dari lubang terbabit.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Mohd Fauzi Muda berkata, setakat ini, punca kejadian masih disiasat dengan kerjasama agensi lain seperti Jabatan Geosains dan Mineral serta Jabatan Tanah dan Galian.
Menurutnya, walaupun gas yang keluar itu tidak berbahaya kepada orang ramai, pihak berkuasa tetap mengambil langkah keselamatan dengan menutup tempat itu.
Sementara itu, Jabatan Mineral dan Geosains Terengganu mengesah kan gas itu, dikenali sebagai gas Methane, selepas pihaknya melakukan siasatan terhadap penemuan itu.
Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. Al-Baqarah : 48.
Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Suasana sambutan hari raya masih begitu terasa dengan pelbagai cara sambutannya termasuk rumah terbuka silih berganti bagi meraikan anugerah hari raya oleh Allah setelah sebulan melalui ujian hawa nafsu dalam tarbiah Ramadhan. Marilah kita sama-sama menghitung diri samada tarbiah sebulan Ramadhan telah mampu menundukkan hawa nafsu atau kita yang semakin tunduk pada hawa nafsu dan syaitan. Apakah masjid dan surau masih meriah sebagaimana sebulan Ramadhan atau kembali menantikan pengunjung dari masa ke semasa. Apakah amalan sunat seperti membaca al-Quran, bersolat witir dan sebagainya semakin bertambah, terus istiqamah atau semakin lemah. Apakah kita semakin menjaga makan minum kita agar tidak bercampur dengan yang haram atau syubhat sebagaimana kita bertahan meninggalkan makanan dan minuman yang halal sebulan Ramadhan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sebagai meneruskan usaha dalam melahirkan kita sebagai hamba Allah yang taat sepanjang tahun bukan setakat menjadi hamba Ramadhan yang baik pada bulan Ramadhan sahaja maka marilah kita sama-sama menunaikan puasa sunat 6 hari bulan Syawal. Sama-samalah kita merebut kelebihan puasa sunat terutama berpuasa enam hari dibulan Syawal bagi menyahut sabda nabi s.a.w :
Sesiapa yang telah berpuasa fardhu Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa enam hari di bulan Syawal maka adalah pahalanya seperti dia berpuasa sepanjang tahun.
Dalam hadis yang lain riwayat Abu Said Al-Khudri r.a berkata, Rasulullah saw bersabda:
Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Sesuai dengan sambutan hari raya pada tahun ini dalam susana sambutan hari Kemerdekaan negara kali ke-54 maka marilah kita sama-sama melihat perbezaan ketara antara dua golongan yang menyambut dua perayaan ini. Golongan pertama disebut sebagai golongan Rabbani (رَباَّنِي) yang berjaya dalam tarbiah Ramadhan akan menyambut hari raya penuh kesyukuran dan menjadikannya sebagai landasan untuk mentaati Allah sedangkan golongan kedua disebut sebagai golongan Ramadhani (رَمَضَانِي) yang gagal dalam tarbiah Ramadhan biasanya akan memenuhi hari raya mereka dengan hanya melempiaskan kegembiraan semata-mata.
Golongan yang gagal adalah mereka yang hanya tahu bergembira dalam menyambut hari raya dan kemerdekaan Negara. Mereka menzahirkan keseronokan dengan sambutan yang melambangkan kebebasan secara mutlak sehingga membebaskan diri dari terikat dengan hukum hakam Allah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Penjajahan sesebuah bangsa dan negara kebanyakannya mempunyai agenda tesembunyi yang disebut sebagai 3G iaitu God, Glory dan Gold. Mereka menjadikan God iaitu Tuhan atau agama sebagai matlamat menyebarkan agama mereka. Mereka meletakkan Glory iaitu kemasyhuran bagi menaikkan nama dan jati diri bangsa mereka. Mereka juga menjadikan Gold iaitu kekayaan dengan mengaut keuntungan daripada hasil mahsul yang didapati di negara jajahan mereka.
Penjajahan ke atas Tanah Melayu bukan sekadar meruntuhkan Empayar Kesultanan Melayu dan membesarkan empayar mereka. Penjajahan ke atas Tanah Melayu bukan sekadar merompak kekayaan bumi kita untuk membangunkan tamadun kita. Penjajahan ke atas Tanah Melayu telah meruntuhkan ketuanan Islam di Negara ini. Penjajahan telah meruntuhkan jati diri sebahagian besar Umat Islam di Negara ini. Penjajahan telah menjadikan umat Islam terlalu asing dengan Islam dan hukum hakamnya. Keutamaan kita hari ini bukan lagi bagi mempertahankan Islam malah terhadap bangsa, keturunan, kelompok dan sebagainya. Saudara dan sahabat baik kita bukan lagi umat Islam dan mereka yang bertaqwa, tetapi kita lebih banyak bertolak ansur dengan orang bukan Islam berbanding sesama sendiri.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Setiap kali tarikh kemerdekaan menjelma, isu komunis sentiasa dijaja di setiap pelusuk Negara. Dosa dan kezaliman komunis sentiasa diingat-ingatkan seolah-olah hanya merekalah sahaja musuh dan pengkhianat Negara. Sebenarnya sebahagian kita telah melupakan dosa-dosa penjajah dan kesan buruk dari penjajahan mereka. Dosa dan kezaliman penjajah seolah-olah dilupakan dari lipatan sejarah. Kita menjadi mangsa penjajah yang secara halus menjadikan kita bangsa yang lemah dan mudah mengalah.Kita menjadi mangsa penjajah yang telah menjadikan kita bangsa yang dianggap hina dan merempat di bumi sendiri. Dosa penjajah tidak harus kita lupakan begitu sahaja. Fitnah dan pembunuhan mereka terhadap pejuang kemerdekaan kita belum pernah terbalas. Kejahatan mereka tidak pernah mereka diakui oleh mereka dan tidak ada ungkapan kemaafan yang telah mereka lafazkan. Hasil rompakan mereka belum pernah ada yang dipulangkan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Jika kita membenci penjajah, maka apa perlunya kita mengikut cara hidup ciptaan penjajah. Jika kita sedar kejahatan penjajah, apa perlunya kita mengagungkan undang-undang dan peraturan penjajah. Kita telah merdeka dan bebas menentukan cara hidup kita dan terserahlah kepada kita untuk membuat pilihan.
Apakah kita terus bersorak bahawa kita bangsa yang merdeka sedangkan kita pemikiran dan perasaan kita masih tunduk kepada ketentuan penjajah ataupun kita mahu membebaskan diri kita seluruhnya mengikut kehendak dan cita rasa kita. Cita rasa golongan Rabbani (رَباَّنِي) hanyalah cara hidup Islam. Kita tidak cukup sekadar hanya melafazkan kemerdekaan semata-mata , tetapi hendaklah mengisi kemerdekaan tersebut dengan kehendak Ilahi. Islamkanlah sambutan hari kemerdekaan Negara kita agar kemerdekaan ini benar-benar menjadi tanda kesyukuran kita. Semoga ianya tidak menjadikan kita leka dan akhirnya kemerdekaan ini akan direntap kembali oleh Allah daripada kita tanpa kita sedari. Firman Allah dalam ayat 97-99 surah al-A'araf :
Patutkah penduduk negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur? Atau patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?
Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah? Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang yang rugi.
KUALA LUMPUR 8 Sept. - Sebuah pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pakistan yang membawa 164 penumpang telah membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi, selepas satu ancaman bom dikesan.
Perkara tersebut disahkan Ketua Pengurus Kanan Perkhidmatan Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) Datuk Azmi Murad yang berkata, penerbangan yang berlepas dari Lahore, Pakistan ke ibu negara itu mendarat pada pukul 9.24 malam tadi, setelah ancaman berkenaan dikesan ketika pesawat itu di udara.
Sehingga kini, pemeriksaan masih diteruskan oleh pihak berkuasa dan penumpang telah dibenarkan keluar.
TRIPOLI: Penyokong kerajaan baru Libya berjaya mengepung kedudukan Muammar Gaddafi dan bekas pemimpin mereka itu cuma menunggu masa untuk ditangkap atau terbunuh, kata jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), semalam.
Anis Sharif tidak menyebut di mana Gaddafi ditemui tetapi berkata dia masih di Libya dan dikesan menggunakan teknologi tinggi dan sumber perisikan.
"Dia tidak dapat keluar," kata Sharif, yang menambah pemberontak sudah bersedia sama ada untuk menahan atau menangkapnya. Gaddafi terperangkap dalam lingkungan 60 kilometer kawasan yang dikepung pemberontak, katanya.
Mengesan Gaddafi akan membantu mengukuhkan kedudukan pemerintah baru negara itu. Pengumuman dibuat selepas konvoi kumpulan yang setia dengan bekas pemimpin itu,
termasuk ketua pasukan keselamatannya, melarikan diri merentasi Sahara ke Niger dalam langkah yang diharapkan pemberontak dapat membawa kepada kejayaan merampas kubu kuat terakhirnya.
Sebahagian pemberontak menyifatkan usaha melarikan diri ke Niger sebagai pemergian beramai-ramai penyokong paling kuat Gaddafi tetapi maklumat sah mengenai bilangan dan identiti mereka yang meninggalkan negara itu sukar disebabkan keluasan padang pasir melebihi 1,600 kilometer.
Di ibu negara Niger, Niamye, jurucakap presidennya, Massoudou Hassoumi, berkata ketua keselamatan Gaddafi menyeberangi padang pasir ke Niger diiringi oleh pemberontak Tuareg, Isnin lalu.
Kerajaan Niger mengerah konvoi tentera untuk mengiringi Mansour Dao, bekas komander Pengawal Revolusi Libya yang juga sepupu Gaddafi selain pegawai yang rapat dengannya, ke Niamey.
Dao ialah satu-satunya tokoh kanan Libya yang memasuki Niger, kata Hassoumi, yang menafikan laporan Gaddafi atau anggota keluarganya berada dalam konvoi itu.
Hassoumi berkata, sekumpulan sembilan orang termasuk beberapa ahli perniagaan pro-Gaddafi, selain Agaly ag Alambo, ketua pemberontak Tuareg dari Niger yang mengetuai kebangkitan yang gagal di utara negara itu sebelum menyeberang ke Libya, dan dipercayai bertempur untuk Gaddafi.
Jurucakap Jabatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Victoria Nuland, memberitahu wartawan: "Kami tiada bukti menunjukkan Gaddafi berada di tempat lain selain Libya buat masa ini."
Sejak kejatuhan Tripoli bulan lalu ke tangan pemberontak, kumpulan yang setia kepada Gaddafi dilihat menyeberangi sempadan padang pasir yang memisahkan Libya dengan Niger. Ia termasuk pejuang Tuareg yang juga rakyat Niger dan negara jirannya, Mali, yang bertempur bagi pihak Gaddafi. – AP
MAYAT salah seorang mangsa serangan senjata api di Nevada ditutup dengan kain terbaring di hadapan sebuah restoran di Carson City, Nevada, kelmarin. – REUTERS
LOS ANGELES 7 Sept. – Tiga orang terbunuh manakala lapan lagi cedera apabila seorang lelaki bersenjata rifal melepaskan tembakan ke arah sekumpulan Pengawal Kebangsaan yang sedang bersarapan di sebuah restoran di Nevada, Amerika Syarikat (AS), semalam, sebelum penyerang terbabit menembak dirinya sendiri.
Penyerang tersebut, Eduardo Sencion, 32, menggunakan rifal AK-47 dalam serangan awal pagi itu di restoran di Carson City, menyebabkan dua anggota Pengawal Kebangsaan dan seorang wanita terbunuh dan lapan yang lain cedera, termasuk tiga anggota pengawal.
"Kejadian ini sangat menyedihkan. Kebanyakan mangsa yang berada di restoran itu merupakan Pengawal Kebangsaan yang masih memakai uniform," kata Sheriff Ken Furlong.
Saksi yang berada di tempat kejadian menghubungi perkhidmatan kecemasan pada pukul 9 pagi (12 tengah malam waktu Malaysia) selepas mereka ternampak seorang lelaki (penyerang) di tempat letak kereta di restoran International House of Pancakes tersebut.
Lima anggota Pengawal Kebangsaan terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan, sedang mengadakan perbincangan sambil bersarapan ketika Sencion masuk ke restoran itu dan melepaskan tembakan ke arah mereka.
Penyerang terbabit mati tidak lama kemudian selepas menembak dirinya.
Menurut rekod polis, Sencion, yang merupakan kelahiran Mexico dan menetap di Carson City, memiliki pasport AS dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Lelaki berusia 32 tahun itu telah bermalam di Carson City selepas pulang dari South Lake Tahoe, di mana dia bekerja.
Menurut media tempatan, keluarganya menyatakan tiada apa yang pelik mengenai Sencion pada malam Isnin, namun dia mungkin menghadapi masalah kesihatan mental.
Dua senjata lain yang tidak digunakan turut dijumpai di tempat kejadian selain rifal AK-47 yang digunakan oleh Sencion.
Sementara itu, beberapa jam sebelum serangan di Nevada itu, satu lagi kejadian serupa membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun di Morgantown, West Virginnia, melepaskan tembakan dan membunuh lima orang sebelum melarikan diri ke Pennsylvania sebelum ke Kentucky, di mana dia menembak mati dirinya apabila berdepan dengan pihak polis.
Penyerang dikenali sebagai Shayne Riggleman dari Morgantown, yang bertindak membunuh mangsa menggunakan rifal berkuasa tinggi, lapor televisyen WBOY.
Di Warren County di luar New York pula, pejabat Sherif berkata, seorang bapa telah menembak mati dua anak perempuannya sebelum bertindak menembak mati dirinya sendiri. – AFP
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memulakan hujah dalam forum malam tadi dengan melahirkan rasa pelik kenapa beliau diserang begitu rupa oleh Umno dan akhbarnya Utusan Malaysia dan media pro-Umno yang lain.
Menurutnya, malam tadi genap 12 hari 12 malam beliau diserang.
"Bermula 21 Ogos hari tu sehinggalah hari ini. Setengah jam warta berita, 10 minit serang saya.
"Saya pun kadang-kadang duduk depan cermin perhati diri saya, dimana mereka takut sangat kat aku ni. Kaya pun tidak, berpengaruh pun tidak," katanya disambut ketawa hampir 200 hadirin yang hadir.
Turut serta sebagai panel forum anjuran NGO - Free Public Forum M'sia (FPF) itu ialah Pakar Perlembagaan Prof Dr Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan penulis blog, Hishammudin Rais.
Forum bertajuk 'Mat Indera - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan' itu berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KSCAH).
"Ada yang cadang saya dibuang ke luar negara, ada yang cadang saya di ISA, ada yang cadang saya dibuang sahaja ke Laut China Selatan. Ugutan mcm-macam.
"Ini tidak lain kerana apa yang saya cakap dicampur dengan rekaan Utusan, apa yang saya tak cakap dilaoporkan sebagai cakap. Ini satu fitnah," katanya menjelaskan penyebab dirinya diserang.
Berhujah lanjut, Mohamad tetap mempertahankan kenyataannya bahawa Mohamad Indera adalah pejuang kemerdekaan dan bukan pengkhianat bangsa seperti dituduh Umno.
Perkara itu juga menurutnya dinukilkan sendiri dalam buku "Pengkukir Nama Johor" pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera sebagai pejuang bangsa.
Sambil merujuk tragedi Bukit Kepong 1950 lalu, Timbalan Presiden PAS itu berkata anggota polis di Rumah Pasung yang diserang Mohamad Indera adalah polis British.
"(Kepada) polis jangan lah panik, pembahaginya adalah 31 Ogos 1957, serangan (Rumah Pasung) Bukit Kepong itu sebelum merdeka, anggota polis sebelum 1957 adalah polis British," katanya sebagai jawapan kepada anggota dan pesara polis yang dilaporkan Utusan sebagai tidak senang dengan kenyataannya.
Pecah tembelang
Dalam pada itu Hishammudin Rais pula berkata, Mohamad diserang kerana penipuan fakta kemerdekaan oleh Umno selama ini ibarat sudah pecah tembelang.
Kontroversi kenyataan Mohamad berhubung isu Mat Indera katanya telah menyebabkan masyarakat mula sedar sejarah sebenar kemerdekaan.
"Untuk Umno, (Bukit Kepong) inilah kiblat perjuangan mereka. Setiap tahun tunjuk Bukit Kepong.
"Sekarang Umno dan Utusan takut sebab tembelang pembohongan sudah pecah, kiblat mereka sudah runtuh," katanya sambil memuji keberanian Mohamad.
Umno juga jelasnya cuba memperbodohkan rakyat dengan tulisan sejarah versi mereka.
Sehubungan itu, isu Mat Indera ini perlu dijadikan momentum untuk rakyat melihat kembali sejarah negara.
Aziz Bari pula turut sependapat bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan bukan pengkhianat bangsa seperti didakwa Umno.
Katanya ianya turut dibuktikan dengan beberapa fakta sejarah dan testimoni ahli keluarganya.
"Sehingga kini belum ada kenyataan konkrit bagi menafikan hujah ini," katanya.
Dalam forum tersebut, kesemua mereka juga turut bersetuju agar sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini perlu juga mengiktiraf jasa golongan agamawan nasionalis dan golongan kiri yang mengangkat senjata menentang penjajah, dan bukannya dari tokoh Umno semata-mata.
Saya ingin menjawab kenyataan oleh Datuk Seri Najib Razak berkenaan hasratnya mahu membersihkan sistem kehakiman Negara sekaligus mahu menyatakan kepada seluruh warga bahawa malaysia adalah sebuah Negara yang bersih dari sebarang penyalahgunaan kuasa terhadap jentera kerajaan khususnya mahkamah.
Bagi saya ucapan tersebut adalah kesinambungan pemimpin Bn yang terus menerus berusaha mengaburi mata rakyat bagi mendapatkan sokongan setiap kali pilihanraya akan menjelang. Ianya sekadar pemanis mulut tanpa app-apa tindaklan dan peruban yang sewajarnya sejak 54 tahun negara merdeka.
Kata Najib kepercayaan rakyat boleh terhakis bukan sahaja kepada sistem kehakiman tetapi juga kepada kerajaan secara keseluruhannya jika berlaku kepincangan dalam pentadbiran mahkamah.
Walhal pada hakikatnya mahkamah malaysia sejak Negara diterajui oleh Tun Mahathir, sistem perundangan semacam hanya untuk rakyat, manakala pimimpin tertinggi Negara kebal terhadap sebarang siasatan, jika disiasat sekalipun ia hanya berlaku secara bersyarat.
Sistem kehakiman yang sepatutnya menjadi simbol keadilan yang paling telus di Negara kini telah berlaku sebaliknya apabila perlembagaan berhadapan dengan pemimpin Umno-Bn . Di sekeliling kita ada banyak kes-kes yang berprofil tinggi yang tidak disiasat secara telus dan adil, bahkan banyak darinya tergantung tanpa keputusan yang jelas.
Begitu juga dalam krisis politik di Perak telah menyebabkan semakin terhakis kepercayaan rakyat terhadap badan kehakiman malah mendapat cemuhan demi cemuhan yang tidak sewajarnya. Puluhan kes yang melibatkan krisis politik di Perak satu piun tidak menyebelahi Pakatan Rakyat dan menimbulkan seribu persoalan yang sukar dijawab .
Bagi saya walaupun PM Najib mengumunkan NKRA untuk memerangi rasuah diutamakan dengan mewujudkan 16 Mahkamah Khas Rasuah sekalipun, jika sistem ini berada dalam penguasaan BN, selagi itu badan kehakiman boleh dimanipulasi.
Sebagai bukti, jika benar NKRA ini digubal sedemikian rupa, persoalannya mengapa apabila negara sepatutnya menyambut ketibaan seorang peguam terkemuka dari Perancis (Wiliam Bourdon) yang hadir bagi mendedahkan skandal pembelian kapal selam Scorpene, tiba-tiba dihantar pulang ke negaranya dengan tanpa sebarang alasan yang jelas?.
Pengusiran Wiliam Bourdon menggambarkan ketakutan kerajaan pimpinan Najib Razak, sepatutnya beliau (Najib) tidak perlu khuatir kerana peguam ini mahu dedahkan penjenayah sebenar mengenai isu rasuah besar yang telah berlaku dalam Negara, Sebagai pemimpin hasrat ini perlulah dialu-alukan demi membuktikan ucapannya untuk memerangi jenyah itu.
Adalah tidak munasabah jika tindakan tersebut dilakukan jika tidak ada pemimpin BN yang terlibat dengan skandal rasuah . Kenapa mereka perlu menghalau keluar seorang yang masuk ke dalam negara kita secara sah kalau bukan sesuatu isu yang sedang menghantui benak pemikiran beberapa orang pemimpin negara.
Sehinggakan perbicaraan dan laporan kes tersebut bakal dibicarakan di mahkamah London, ini mengambarkan bahawa mahkamah malaysia sudah tidak berfungsi sebagai mahkamah.
Maka tidak hairanlah mengapa Najib begitu teruja menyatakan perasaan bangganya terhadap prestasi badan kehakiman Negara seperti yang dinyatakan dalam ucapannya.
Inilah sikap talam dua muka pemimpin Negara (Umno-BN). Sedangkan pada realitinya mahkamah Malaysia walaupun segala bukti dibentangkan bagi perbicaraan sesuatu kes, setelah segala dokumen dikemukakan, segala fakta ditunjukkan,semuanya perlu ditentukan oleh orang atasan yang berkepentingan sebelum kes berjalan di mahkamah.
Jelas Parti Melayu ciptaan British ini terlalu kotor, bukan sahaja kotor luaranya, bahkan kotor dari akarnya, dan pernah dikatakan oleh bekas Presidennya sebagai busuk sampai ke usus.
Maka rakyatlah perlu jawab segala persoalan ini, dan rakyat juga punyai kuasa untuk menghalang sistem rimba yang korup ini, Merekalah yang menaikkan dan menjatuhkan pemimpin setiap kali pilihanraya. Oleh itu tolaklah BN yang saban tahun "menternak pemimpin yang rasuah".
Drs Khalil Idham Lim Parit Buntar, 8 September 2011
KANGAR – Hajat seorang pondan, Natasha yang mahu membawa diri bersama temannya, Mohd. Hafizuddin Johari, 20, yang menerima aib setelah disimbah asid ekoran cemburu dengan perhubungan mereka, nampaknya terpaksa ditangguhkan sementara.
Ini kerana, menurut jurujual tersebut yang berusia 28 tahun, rancangan mereka untuk menjalani kehidupan baharu di negeri lain tidak menjadi apabila Mohd. Hafizuddin 'dirampas' daripadanya oleh ahli keluarga pemuda itu kelmarin.
Katanya, Mohd. Hafizuddin telah dibawa pulang oleh bapa saudaranya ketika mereka berdua sedang menikmati minum petang di sebuah gerai makan di Padang Besar dekat sini.
"Kejadian tersebut berlaku dengan pantas, bapa saudara Hafizuddin bersama seorang lagi rakannya yang menaiki kereta telah menghampiri kami di gerai tersebut.
"Tanpa bercakap sepatah, tiba-tiba tangan Hafizuddin ditarik oleh bapa saudara mereka ke dalam kereta dan mereka meninggalkan saya," katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Seri Bakau, di sini semalam.
Mengimbas kejadian tersebut, Natasha memberitahu, dia amat terkejut dan takut dengan insiden tersebut ekoran Mohd. Hafizuddin dibawa dengan paksaan oleh ahli keluarga tersebut.
"Kami telah merancang untuk teruskan hidup bersama dan Hafizuddin dengan rela hati ikut saya tetapi lain pula jadi hubungan kami mendapat tentangan keluarganya," ujarnya.
Sehingga kini jelasnya, dia masih gagal menghubungi temannya itu dan situasi tersebut menyebabkan hatinya tidak tenteram.
Tambahnya, dia akui hubungannya itu mendapat tentangan keluarga Hafizuddin dan ramai pihak namun jurujual tersebut meneruskannya ekoran pemuda itu banyak keistimewaannya.
PADANG BESAR - Di sebalik pelbagai kecaman oleh pelbagai pihak ke atas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berikutan isu kononnya beliau menyokong perjuangan komunis, kerajaan Umno/BN Perlis memberikan pengiktirafan kepada bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) selaku pejuang kemerdekaan.
Osman Teh, 82, anak jati Kedah, yang pada mulanya aktif dengan Angkatan Pemuda Insaf (API) kemudiaanya semasa darurat bergerak dalam PKM bersama platun Melayu rejimen ke 8 dan sebelum berhijrah ke Rejimen ke-10.
Osman, ketika berumur belasan tahun, pernah berjuang di dalam Rejimen Ke-8 PKM pimpinan Allahyarham Rashid Maidin yang bergerak di kawasan hutan utara semenanjung.
Matlamat perjuangan mereka ketika itu adalah untuk menentang penjajahan Jepun dan British bagi menuntut kemerdekaan.
Osman yang kini menetap di Kampung Tersusun dekat sini pernah dianugerahkan dengan Anugerah Pejuang Kemerdekaan pada tahun 2007 sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara oleh kerajaan Umno/BN pimpinan Dato' Seri Shahidan Kassim pada masa itu.
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (gambar) menyifatkan apa yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekarang adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri.
Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa Jais semalam berkata, "jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama."
Asri mengulas tindakan Jais yang mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberikan tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari Jais.
Sebelum ini, Asri juga adalah menjadi mangsa Jais apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa Jais ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah.
Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.
Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.
Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.
"..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut.
"Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri..jangan hairan jika ramai orang murtad..kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama," tulis Asri dalam Facebook.
Bagi beliau, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" dimansuhkan.
Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa mkenjaga agama.
"Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua," tulis beliau.
KANGAR - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu meminta pegawai kerajaan untuk bersikap bersikap professional dalam mengeluarkan sebarang kenyataan supaya tidak dilihat memihak kepada mana-mana parti politik.
Mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar baru-baru ini berkaitan isu Bukit Kepong, Mohamad melihat kenyataannya itu sebagai bersifat politik.
"Dengan penuh hormatnya, saya sanjung kedudukan Khalid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, tapi janganlah kamu terlalu banyak bercakap politik. Dia suruh saya pergi melawat Bukit Kepong. saya dah pi empat kali dah ke sana," tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah penerangan anjuran PAS Perlis pada hari raya ketiga baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mohamad meminta semua pegawai kerajaan supaya menjadi pegawai yang bersikap profesional dan dihormati ramai.
Malah katanya, sebarang isu yang bersifat politik tidak perlu diulas oleh pegawai kerajaan.
"Isu-isu macam ni bagi puak-puak Umno yang ulas sudahlah. Kalau nak cakap politik, tolonglah letak jawatan dan bertanding dalam pilihanraya, biarlah kita jadi pegawai yang profesional,"katanya.
Program ceramah tersebut diadakan di Kompleks PAS Perlis dekat sini dengan dihadiri kira-kira 3000 orang. Turut berceramah Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob dan Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.
ARAU - Kira-kira 3,000 umat Islam membanjiri Balai Islam MADI di Markas Tarbiah PAS Perlis, Jejawi Dalam dekat sini untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama pimpinan PAS.
Walaupun tanpa kehadiran Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din seperti kebiasaannya, orang ramai tetap memenuhi ruang solat di tingat bawah dan atas Balai Islam.
Antara pimpinan PAS yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin serta barisan pimpinan Badan Perhubungan PAS Perlis.
Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang pulang berhari raya di Perlis pada tahun ini.
Solat sunat Aidilfitri diimamkan oleh Ketua Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob, manakala khutbah hari raya pula disampaikan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.
Selepas solat, orang-ramai mengambil kesempatan bersalaman dengan para pemimpin. Timbalan Presiden PAS bersama Ustaz Hashim serta pimpinan lain kemudiannya menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
Majlis diadakan pada 2 Syawal baru-baru ini di Kompleks PAS Perlis. Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin telah melancarkan Facebook Persatuan Anak Perlis Di Perantauan (PERINTIS)
Para ilmuan Islam mempunyai tanggungjawab agama bagi menyampaikan ilmu agama selaras dengan hadith Rasulullah s.a.w : "Sampaikanlah apa yang kamu terima dariku, walau sepotong ayat."
Di atas asas ini, maka golongan agama mempunyai amanah menyampaikan ilmu yang wajib disampaikan.
Tugas utama menyampai dan membimbing rakyat adalah terpikul di atas bahu para pemimpin Islam di akhirat. Sejajar itu, golongan agama bertanggungjawab membantu para pemimpin ini untuk meringankan hisaban di akhirat.
Pada masa yang sama, para pemimpin yang dibantu ini hendaklah berterima kasih kepada golongan agama kerana membantunya meringankan hisaban di akhirat dan melepaskan bebanan mengurangkan kejahilan rakyatnya.
Untuk itu, pemerintah mestilah menyediakan ilmuan Islam yang cukup bagi mendidik masyarakat ke arah penghayatan Islam yang syumul. Adalah satu kesalahan besar bagi seseorang pemimpin untuk membiarkan rakyatnya terus jahil.
Ulama' atau golongan agamawan pula dipertanggungjawabkan mesti memelihara amanah ilmu dengan menyampaikan ilmu tersebut walau pahit sekalipun rintangan yang bakal dihadapinya.
Permudahkan tauliah, sirami umat dengan ilmu
Pemberian tauliah mengajar agama merupakan satu makanisme bagi menjamin bahawa kesucian Islam dapat dipelihara dan pengajaran agama Islam dapat dipantau dengan baik. Hampir semua negeri mempunyai mekanisme tauliah ini. Ianya sangat baik selagi mana ia berjalan di atas landasan yang bertepatan dengan syarak.
Apa yang mendukacitakan kini ialah sedikitnya tauliah yang dikeluarkan berbanding keperluan umat. Akibat kekurangan siraman ilmu yang mengekalkan kejahilan inilah, berlakunya pelbagai gejala sosial, soal murtad, rasuah, berkembangnya ajaran sesat dan sebagainya.
Lebih malang kini, mereka yang mempunyai taraf keilmuan agama yang diketahui umum dengan kelulusan ilmu agama, jawatan yang disandang seperti pensyarah, mufti, qadhi, guru agama sekolah-sekolah bahkan ulama' yang disegani juga terikat dengan sistem tauliah.
Jika pihak berkuasa agama bimbang mereka ini menyampaikan ajaran salah atau bercanggah dengan syarak, bagaimana pula dengan kuliah mereka di universiti dan tempat lain?
Bahkan, kalau seseorang mufti pun kena memohon tauliah, sudah tentu ia menjadi bahan tawa orang jahil, dan ini antara sebab utama mengapa wibawa institusi agama sangat rendah di mata masyarakat. Itulah juga antara sebab mengapa pendakwaan mengajar atau menyampaikan kuliah tanpa tauliah kini mengundang pelbagai gurau senda dalam masyarakat.
Bagi mengatasi masalah ini, jabatan agama Islam negeri-negeri mesti memudahkan pemberian tauliah kepada golongan yang ingin membantu mendidik masyarakat ini. Lebih-lebih lagi dengan hakikat bahawa mereka yang mengajar ini tidak pernah meminta upah dari pengajaran yang disampaikannya.
Bersangka baiklah terhadap golongan ilmuan agama, dan bertindak adillah dengan kuasa di dalam tangan dalam pemberian tauliah, dan dengan ini diharap kejahilan masyarakat dapat di atasi dan pemimpin akan dirahmati Allah. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat 7 September 2011
KOTA BHARU, 7 Sept: Ketika Umno dan juaknya menghina Mohamad Sabu (gambar) kerana menjulang pejuang kemerdekaan, di satu sudut lain pula tiba-tiba keluarga anggota polis yang terbabit peristiwa Bukit Kepong baru dijengok kerajaan.
Tanpa usaha dan keberanian Timbalan Presiden PAS sudah tentu keluarga atau waris anggota polis yang terbabit dengan tragedi itu tersisih sehingga sekarang.
Bagi peguam hak asasi manusia, Mohammad Faizal Che Yusof Umno membohongi rakyat kononnya hanya usaha merekalah kemerdekaan negara dicapai.
"Umno tidak lebih seperti si penyumbat gol yang telah menghasilkan bola yang digelecek darah-darah pejuang lain sebelum kewujudan parti Umno.
"Bukit Kepung hanyalah salah satu gendang pembohongan British bagi mengaburi rakyat. Kini masanya untuk kita memalu gendang meletakkan Islam pada tempatnya di bumi tumpah darah kita," katanya di sini.
Usaha Mat Sabu menjulang pejuang sebenar kemerdekaan seperti Mat Indera ditolak mentah-mentah pemimpin Umno, malah memperalat badan-badan bukan kerajaan berhimpun membantah pemimpin PAS terbabit.
Sedangkan di sebaliknya usaha dirintis Timbalan Presiden PAS, tiba-tiba Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tampil menemui balu anggota polis yang tidak menerima sebarang pencen sejak kematian suami pada 1962.
Antaranya Syed Omar Syed Yassin yang berkhidmat selepas tragedi Bukit Kepong. Malah JPA meminta mana-mana balu anggota polis yang pernah bertugas di Bukit Kepong tampil membuat aduan.
Mohamad Faizal yang juga Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Kelantan berkata, pendokong kebenaran perlu memberi kefahaman kepada rakyat, British memusnahkan Islam di Tanah Melayu.
"Manakala Umno pewaris yang dianggap baik oleh penjajah bagi memastikan Islam terus terpinggir di bumi Malaysia.
"Ini kerana pemimpin Umno tidak pernah kenal keperitan perjuangan seperti ditempuhi Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Dol Said. Sedangkan merekalah pejuang sebenar," ujarnya.
Menurutnya juga sekarang sejarah Bukit Kepong hangat dibicarakan semula bagi memberi kefahaman lebih jelas penjajah memusnahkan sama sekali sistem hidup masyarakat orang Melayu.
Kata beliau sistem masyarakat yang dahulunya berteraskan Islam dengan dinaungi Raja-Raja Melayu kini telah berubah sama sekali.
"Orang Tanah Melayu langsung tidak sedar mereka telah hilang identiti. Sistem Islam yang sekian lama bertapak pudar selepas kedatangan penjajah.
"Penjajah hanya pergi setelah berjaya melahirkan pewaris yang dapat melaksanakan aspirasi mereka di Tanah Melayu. Terciptanya Malayan Union untuk melahirkan pewaris British.
"Malayan Union digagaskan pada 1946 menjadi ibu kepada lahirnya pertubuhan yang dikenali sebagai Umno," tambah beliau.
You are subscribed to email updates from PAS KDAS 3 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
10 tahun tunggu rumah siap Sinar Harian 8 Sep 2011
AIR KUNING – Majlis pecah tanah sudah diadakan pada 10 tahun lalu tetapi sehingga kini sebatang tiang pun tidak dipacakkan bagi melaksanakan projek perumahan rumah kos rendah di Kampung Air Kuning, di sini.
Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemohon rumah tersebut yang sudah menandatangani surat permohonan pada 1998 bersama syarikat yang ingin memajukan projek berkenaan.
Naib Pengerusi Ketua MIC Air Kuning, K Jayamani, 46, yang juga salah seorang pemohon rumah tersebut berkata, mereka sudah menunggu terlalu lama dan sekarang mahu menuntut hak yang pernah dijanjikan oleh pihak berkenaan.
Menurutnya, mereka sudah memberi tempoh 10 tahun kepada pihak terlibat untuk menyelesaikan masalah itu, namun sehingga kini nampaknya hanya 'dikuburkan' begitu sahaja.
"Sekarang kami mahu menuntut hak yang dijanjikan dan berharap pihak bertanggungjawab tidak lepas tangan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di kawasan tapak pecah tanah projek berkenaan.
Jayamani berkata, mereka sentiasa menyokong kerajaan hari ini dan tidak pernah berhasrat untuk berpaling arah.
"Namun dalam hal ini, kami semua hanya mahu menuntut hak melalui janji yang diberikan dahulu.
"Rumah adalah harta yang paling bernilai bagi semua orang dan kami juga menanam hasrat untuk memiliki rumah sendiri," katanya.
Katanya, beliau pernah bertanyakan perkara itu kepada wakil rakyat kira-kira tiga bulan lalu dan maklum balas yang diberikan adalah rumah berkenaan memang mahu dibina.
"Oleh itu, diharap ia bukan sekadar jawapan untuk menyenangkan hati kami atau janji baru," katanya.
Manakala, A Chandra berkata, pada usia 31 tahun, dia menyaksikan majlis pecah tanah projek pembinaan rumahnya yang dipohon, namun pada usia 41 tahun, tapak projek itu masih sama dipenuhi hutan belukar.
"Setiap kali melalui kawasan ini, saya amat kecewa kerana impian memiliki rumah sendiri tidak tercapai. walhal saya sendiri sudah melihat pelan rumah berkenaan dan berasa tidak sabar untuk mendiaminya.
"Kini, saya menyewa rumah di sini dan amat mengimpikan kehidupan di rumah sendiri bersama keluarga," katanya.
Sementara itu, Sinar Harian difahamkan selain masyarakat India, Melayu dan Cina turut menjadi antara pemohon rumah kos rendah itu di mana rata-rata mereka kini menyewa rumah di sekitar Air Kuning serta Linggi.
SRI PILAH – Jalan rosak, sempit, dengan keadaan longkang tidak sempurna bagaikan perangkap samar kepada pengguna di jalan Kampung Batang Pilah, Sri Pilah, sekiranya tidak berhati-hati sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk di situ.
Difahamkan, pada dua Syawal lalu, sebanyak tiga kenderaan tergelincir lalu memasuki longkang tersebut hingga menyebabkan mangsa trauma.
Penduduk, Baharudin Yunus, 76, berkata, kejadian itu bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini pernah terjadi sehingga kami membantu menolak keluar kenderaan yang masuk ke dalam longkang.
"Keadaan jalan sempit dan berlubang-lubang menyukarkan tetamu yang datang bertandang ke rumah saya pada hari raya kedua begitu juga dengan rumah lain.
"Lebih malang lagi, ada tetamu dari Johor yang datang berkunjung tetapi kereta jenis Perodua Myvi yang baru dibeli termasuk ke longkang kerana tidak menyedari kewujudan longkang di situ," katanya ketika ditemui, kelmarin.
Selang beberapa jam kemudian, Baharudin berkata, dua kereta lagi menjadi mangsa apabila termasuk ke dalam longkang pada hari sama.
"Sebuah van dan Proton Wira juga termasuk dalam longkang itu pada hari sama. Jalan ini sempit dan berlubang-lubang. Berkemungkinan mereka hendak mengelak lubang, namun termasuk pula ke longkang yang tidak mempunyai tembok.
"Seharusnya pihak berkaitan membina tembok di longkang itu demi keselesaan dan keselamatan pengguna. Dengan jalan yang sempit, ia hanya boleh dilalui sebuah kenderaan sahaja," katanya.
Menurutnya, jalan itu dibina sejak 1980 dan sehingga kini masih tidak berubah.
"Jalan itu belum pernah dibaik pulih mahupun diturap dengan tar. Jalan pecah-pecah dan berlubang menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan pengguna.
"Masalah ini pernah diadukan kepada pihak berkaitan, namun ia tidak mendapat perhatian sewajarnya oleh pihak berkenaan," katanya.
Katanya, berharap pihak terbabit dapat membantu masalah penduduk kerana terdapatnya kawasan rekreasi Jeram Sri Pilah yang sering menjadi tumpuan pelancong dari luar.
"Masalah jalan tidak elok ini sedikit sebanyak menjejaskan imej produk pelancong di sini. Justeru itu, saya berharap jalan ini dapat dibaik pulih demi keselesaan dan kesejahteraan semua pihak," katanya.
RUMAH TERBUKA PKR REMBAU Tarikh : 10 Sep 2011, Sabtu Masa : 8 mlm - 11 mlm Tempat : Kg Bintongan, Rembau (rumah Yusop Tapa) Bersama : YB Rodziah YB Elizabeth Wong YB Siti Mariah Chegubard
JAMUAN HARI RAYA DAN CERAMAH Tarikh : 13 Sep 2011, Selasa Masa : 9 mlm - 12 mlm Tempat : Markas PAS Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam) Bersama : YB Salahuddin Ayub Zukefly Mohamad Hj Omar Dr Badrul Amin Baharon YB Loke Siew Fook
JAMUAN RAYA DAN CERAMAH Tarikh : 14 Sep 2011, Rabu Masa : 8 mlm Tempat : Lenggeng, N.Sembilan Bersama : YB Dr Hatta Ramli Zukefly Mohamad Hj Omar
SEREMBAN, 7 Sept 2011 : Di tengah-tengah masyarakat membincangkan peranan institusi zakat dalam membantu umat Islam yang memerlukan bantuan untuk hidup, tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) mahu membina menara 15 tingkat sudah tentu mendapat bantahan.
PAS Negeri Sembilan akan menggerakkan jenteranya untuk membantah tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mainn) yang bercadang untuk membina menara 15 tingkat kerana ia bukan keperluan umat Islam sekarang.
"Umat Islam di negeri ini sekarang memerlukan bantuan Mains untuk membebaskan golongan asnaf penerima zakat dan bukannya menara yang tinggi," kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani kepada Harakahdaily.
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Kamal Amran Kamarudin mengumumkan Mains akan membina sebuah menara 15 tingkat yang akan dikenali sebagai sebagai Kompleks Mains bertujuan akan memusatkan pengurusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung.
Bagi Taufek, golongan asnaf (orang yang layak menerima zakat) sangat memerlukan bantuan dari Mains untuk menerukan kehidupan mereka.
Menurut Taufek, beliau pernah membawa isu ini di DUN Negeri Sembilan namun Menteri Besar menjelaskan, wang yang akan digunakan bukan wang zakat tetapi wang keuntungan dari projek yang dibuat oleh Mains.
Menurut Taufek, Mains mempunyai tiga sumber pendapatan iaitu zakat, sumber am dan wakaf.
Namun walaupun tidak digunakan wang zakat untuk membina menara itu, beliau masih bertegas Mains tidak perlu membina menara itu buat masa sekarang.
"Saya akui, Mains memerlukan bangunan untuk menyatukan aktivitinya yang bersepah-sepah namun tidaklah sampai membina menara tertinggi di Seremban," kata Tafufek.
"Apa salahnya, Mains membantu golongan asnaf ini dengan memberikan bantuan modal untuk berniaga kecil-kecilan, misalnya menjual goreng pisang, menjual buah atau menjual burger misalnya daripada berfikir untuk membina menara 15 tingkat.
"Tambahan lagi ketika umat Islam berbincang soal ada antara mereka terpaksa menerima bantuan dari pihak lain termasuk gereja untuk hidup, apa rasionalnya Mains mahu membina menara," kata Taufek kepada Harakahdaily.
Beliau mengganggap, buat masa ini tidak ada keperluan untuk Mains membina menara itu kerana di Negeri Sembilan sekarang ini kerana kegiatan hartanah di ini belum sampai ke peringkat keperluan untuk projek seumpama itu.
Ekoran itu, beliau akan membawa perkara ini ke mesyuarat Pakatan Rakyat bagi membincangkan tindakan bersama.
"Di samping itu, saya akan meminta pihak Lajnah IT kita membina prasarana termasuk Facebook untuk menjelaskan isu ini," kata beliau lagi.
Tidak wajar
Sementara itu, Badrul Hisham Shahrin atau chegu Bard dalam satu kenyataannya berkata, Parti Keadilan Rakyat Cabang Rembau pada satu peringkat bersetuju dengan pembinaan menara 15 tingkat yang akan bukan saja memberikan imej positif kepada institusi pengurusan Agama Islam di negeri ini tetapi secara umumnya akan menjadi kebanggaan negeri ini secara amnya.
"Namun sedikit kegusaran muncul apabila memikirkan benarkah Mains memerlukan pembinaan menara ini sekarang ? Adakah ia merupakan satu 'perlaburan' bijak Mains pada ketika ini?" kata beliau dalam satu kenyataan.
Kegusaran ini sudah tentu tak boleh dielakkan apabila melihat pelaburan Mains sebelum ini mengakibatkan kerugian dan tidak begitu berjaya seperti Bazaar Mains Seremban.
Kompleks Bazaar Mains mula beroperasi pada tahun 2005. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Seremban iaitu di Jalan Dato Abdul Rahman.
Kompleks Bazaar Mains ini adalah merupakan bangunan dua tingkat terdiri dari 52 lot kedai yang menempatkan 31 lot kedai di tingkat atas dan 21 lot kedai di tingkat bawah.
Projek Baazar Mains yang ingin mengangkat idea Pekan Rabu (Alor Setar) ini menelan belanja besar tetapi sehingga kini pulangan tidak berbaloi.
Malah peniaga yang berniaga di situ juga mengeluh kerana tumpuan orang ramai yang tidak memberansangkan ke kompleks tersebut.
Sehinggalah ada blogger di negeri ini mengenengahkan keluhan peniaga di kompleks itu baru ada sedikit perhatian.
Malah blog http://bazaarmains.blogspot.com/ / telah diwujudkan secara sukarela oleh seorang blogger tempatan untuk mempromosikan kompleks tersebut setelah kesian melihat keadaan peniagaan di kompleks tersebut.
Parti Keadilan Rakyat Rembau, kata Cikgu Bard, mengesa satu kajian secara menyeluruh harus dilakukan sebelum meneruskan niat membina menara 15 tingkat ini.
Malah pembiayaan dan perbelanjaan projek ini juga harus diumumkan untuk memastikan ketelusan dalam projek ini, katanya.
23 Ogos 2011.-PAS Kawasan padang Terap telah turun padang melawat dan menghulurkan sumbangan kepada pesakit yang terlantar di Hospital Kuala Nerang. Lawatan yang diketuai oleh Yb. Nasir ini mendapat kerjasama yang baik daripada pihak KHN. Selain memberikan sumbangan kepada pesakit, rombongan turut memberikan sumbangan kepada kakitangan HKN sebagai menghargai tugas dan pengorbanan mereka. Turut serta dalam lawatan ini ialah Pengarah MTD Pedu, En. Shukri Abdullah, Pengarah MTD Kuala Nerang, Ust Azam Aziz dan Ketua Muslimat PAS Padang Terap, Puan Sariah Salam. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
PAS Miri would like to highlight on the tremendous and unacceptable traffic jam at Miri-Lutong-Pujut 7 road. We would demand few items from the authorities either the federal government, state government, local government and Police Department of Malaysia:
1. We need clarification from the government on the on going projects at Pujut 7-Permyjaya roundabout that have cause the unacceptable traffic jam. There is no signboard or notification to the public on the activities/projects at the roundabout.
2. We demand an explanation from the government on the effective plan to solve the traffic jam at Miri-Pujut 7-Permyjaya road.
3. We urge the Miri Police Department to provide sufficient and necessary traffic aid/control during peak hours to reduce the uncontrolled traffic movement as well as unnecessary accident.
4. We demand BN government to fulfill thier responsibality to the rakyat/tax payers by providing effective and suffiecient road system.
Pendaftaran Pelajar PASTI Al Ain untuk Tahun 2012 kini dibuka Lokasi: No:377, Jalan Miel 5/S1, Taman Pedas Perdana , Rembau Maklumat lanjut hubungi Wani 013-3851202 , Hakki 013-3840022
KELAS MENGAJI AL-QURAN
Untuk anak-anak pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah turut ditawarkan.
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Tidak menafikan bahawa pemberian tauliah merupakan satu makanisme bagi menjamin bahawa kesucian Islam dapat dipelihara dan pengajaran agama Islam dapat dipantau dengan baik.
Namun begitu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini menasihatkan agar jabatan-jabatan agama Islam negeri-negeri di Malaysia agar memudahkan pemberian tauliah kepada golongan yang mempunyai taraf keilmuan agama yang diketahui umum yang ingin membantu mendidik masyarakat Islam.
"Pemberian tauliah mengajar agama merupakan satu makanisme bagi menjamin bahawa kesucian Islam dapat dipelihara dan pengajaran agama Islam dapat dipantau dengan baik. Hampir semua negeri mempunyai makanisme tauliah ini.
"Ia adalah satu makanisma yang sangat baik selagi mana ia berjalan di atas landasan yang bertepatan dengan syarak. Apa yang mendukacitakan kini ialah sedikitnya tauliah yang dikeluarkan berbanding keperluan umat yang mengharapkan siraman ilmu," tegas beliau dalam satu kenyataannya hari ini.
Para ilmuan Islam, kata beliau mempunyai tanggungjawab agama bagi menyampaikan ilmu agama selaras dengan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sampaikanlah apa yang kamu terima dariku, walau sepotong ayat."
"Di atas asas ini, maka golongan agama mempunyai amanah menyampaikan ilmu yang wajib disampaikan," tambah beliau.
Menurut Tuan Ibrahim, tugas utama menyampai dan membimbing rakyat adalah terpikul di atas bahu para pemimpin Islam di akhirat.
Sejajar itu, katanya golongan agama bertanggungjawab membantu para pemimpin ini untuk meringankan hisaban di akhirat.
"Pada masa yang sama, para pemimpin yang dibantu ini hendaklah berterima kasih kepada golongan agama kerana membantunya meringankan hisaban di akhirat dan melepaskan bebanan mengurangkan kejahilan rakyatnya.
"Untuk itu, pemerintah mestilah menyediakan ilmuan Islam yang cukup bagi mendidik masyarakat ke arah penghayatan Islam yang syumul. Adalah satu kesalahan besar bagi seseorang pemimpin untuk membiarkan rakyatnya terus jahil," terang beliau.
Beliau juga memberikan peringatan bahawa ulamak atau golongan agamawan pula dipertanggungjawabkan mesti memelihara amanah ilmu dengan menyampaikan ilmu tersebut walau pahit sekalipun rintangan yang bakal dihadapinya.
Akibat kekurangan siraman ilmu yang mengekalkan kejahilan, terang beliau adalah sebab berlakunya pelbagai gejala sosial, soal murtad, rasuah, berkembangnya ajaran sesat dan sebagainya.
Lebih malang kini, mereka yang mempunyai taraf keilmuan agama yang diketahui umum dengan kelulusan ilmu agama, jawatan yang disandang seperti pensyarah, mufti, kadhi, guru agama sekolah-sekolah bahkan ulamak yang disegani juga terikat dengan sistem tauliah, tambahnya lagi.
"Jika pihak berkuasa agama membimbangi mereka ini menyampaikan ajaran salah atau bercanggah dengan syarak, bagaimana pula dengan kuliahnya di universiti dan tempat lain?
"Bahkan, kalau seseorang mufti pun kena memohon tauliah, sudah tentu ia menjadi bahan tertawa orang jahil dan ini antara sebab utama mengapa wibawa institusi agama sangat rendah di mata masyarakat," terang Tuan Ibrahim, sambil menambah ini juga antara sebab mengapa pendakwaan mengajar atau menyampaikan kuliah tanpa tauliah kini mengundang pelbagai gurau senda dalam masyarakat.
Untuk jabatan agama Islam di negeri-negeri, Tuan Ibrahim mengesyorkan agar mereka memudahkan pemberian tauliah kepada golongan yang mempunyai taraf keilmuan agama di mata masyarakat, lebih-lebih lagi apabila golongan ini yang mengajar ini tidak pernah meminta upah dari pengajaran yang disampaikannya.
"Bersangka baiklah terhadap golongan ilmuan agama, dan bertindak adillah dengan kuasa di dalam tangan dalam pemberian tauliah, dan dengan ini diharap kejahilan masyarakat dapat di atasi dan pemimpin akan dirahmati Allah," nasihat beliau.
KOTA BHARU, 7 Sept: Ketika Umno dan juaknya menghina Mohamad Sabu (gambar) kerana menjulang pejuang kemerdekaan, di satu sudut lain pula tiba-tiba keluarga anggota polis yang terbabit peristiwa Bukit Kepong baru dijengok kerajaan.
Tanpa usaha dan keberanian Timbalan Presiden PAS sudah tentu keluarga atau waris anggota polis yang terbabit dengan tragedi itu tersisih sehingga sekarang.
Bagi peguam hak asasi manusia, Mohammad Faizal Che Yusof Umno membohongi rakyat kononnya hanya usaha merekalah kemerdekaan negara dicapai.
"Umno tidak lebih seperti si penyumbat gol yang telah menghasilkan bola yang digelecek darah-darah pejuang lain sebelum kewujudan parti Umno.
"Bukit Kepung hanyalah salah satu gendang pembohongan British bagi mengaburi rakyat. Kini masanya untuk kita memalu gendang meletakkan Islam pada tempatnya di bumi tumpah darah kita," katanya di sini.
Usaha Mat Sabu menjulang pejuang sebenar kemerdekaan seperti Mat Indera ditolak mentah-mentah pemimpin Umno, malah memperalat badan-badan bukan kerajaan berhimpun membantah pemimpin PAS terbabit.
Sedangkan di sebaliknya usaha dirintis Timbalan Presiden PAS, tiba-tiba Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tampil menemui balu anggota polis yang tidak menerima sebarang pencen sejak kematian suami pada 1962.
Antaranya Syed Omar Syed Yassin yang berkhidmat selepas tragedi Bukit Kepong. Malah JPA meminta mana-mana balu anggota polis yang pernah bertugas di Bukit Kepong tampil membuat aduan.
Mohamad Faizal yang juga Pengerusi Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Kelantan berkata, pendokong kebenaran perlu memberi kefahaman kepada rakyat, British memusnahkan Islam di Tanah Melayu.
"Manakala Umno pewaris yang dianggap baik oleh penjajah bagi memastikan Islam terus terpinggir di bumi Malaysia.
"Ini kerana pemimpin Umno tidak pernah kenal keperitan perjuangan seperti ditempuhi Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Dol Said. Sedangkan merekalah pejuang sebenar," ujarnya.
Menurutnya juga sekarang sejarah Bukit Kepong hangat dibicarakan semula bagi memberi kefahaman lebih jelas penjajah memusnahkan sama sekali sistem hidup masyarakat orang Melayu.
Kata beliau sistem masyarakat yang dahulunya berteraskan Islam dengan dinaungi Raja-Raja Melayu kini telah berubah sama sekali.
"Orang Tanah Melayu langsung tidak sedar mereka telah hilang identiti. Sistem Islam yang sekian lama bertapak pudar selepas kedatangan penjajah.
"Penjajah hanya pergi setelah berjaya melahirkan pewaris yang dapat melaksanakan aspirasi mereka di Tanah Melayu. Terciptanya Malayan Union untuk melahirkan pewaris British.
"Malayan Union digagaskan pada 1946 menjadi ibu kepada lahirnya pertubuhan yang dikenali sebagai Umno," tambah beliau.
ALOR SETAR, - KENANGAN ... Gambar Syed Omar Syed Yasin (empat, kanan) anggota Polis yang telah meninggal dunia pada 1962 tidak pernah menerima wang pencen ketika menjalani latihan Polis di Kuala Lumpur.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menyelesaikan masalah pencen Syed Omar dalam tempoh seminggu bagi membolehkan wang pencen itu diserahkan kepada balunya Sharifah Aminah Syed Ali. Sharifah Aminah Syed Ali mengatakan sesuatu mengenai arwah suaminya Syed Omar Syed Yasin kepada Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) Jabatan Perkhidmatan....
Apakah harga atau nilai bagi suatu hasilan sejarah? Hanya orang yang berminat dengan sejarah sahaja yang tahu akan nilai itu. Siapa yang mengetahui cerita sebenarnya? Tiada siapa yang mengetahuinya. Sejarawan hanya membaca dari catatan dari yang terdahulu. Siapa Ahli sejarah? Adakah mereka ini tiada berkepentingan dalam hidup mereka? Mereka juga seperti orang biasa saja. Ada kepentingan sendiri. Bila mereka menyatakan sesuatu fakta yang tidak tepat dan ada ruang lompong sehingga pertikaian orang menampakkan kerendahan nilai kajian maka akan terpalit satu tanda ketidak teliti bagi sang sejarawan. Selepas itu orang akan menjueh kepada pemuka-pemuka sejarawan itu. Hina sejarawan itu leceh dan lekeh hasil kajian mereka. Biarpun mereka gah dengan prof emeratus dan sebagainya.
Tahniah Mat Sabu kerana menaikkan pemahaman rakyat terhadap sejarah perjuangan rakyat.
PAKAR sejarah seperti Prof. Khoo Kay Kim dan Prof. Ramlah Adam sepatutnya tidak menunggu lama untuk mengulas sebarang buku sejarah yang diterbitkan, malah mereka wajar memberi nasihat atas buku-buku sejarah yang ada.
Apabila ada suara keraguan tentang sejarah negara ini, segeralah ahli-ahli sejarah membuat penjelasan supaya sejarah itu tidak jadi barang keliru.
Buku sejarah yang dirasakan rasmi bagi negeri Johor, bertajuk Pengukir Nama Johor terbitan Yayasan Warisan Johor, disunting oleh Prof. Abu Bakar Hamid dari Universiti Malaysa dengan kata penghantar dari Menteri Besar Johor Dato Ghani Othman telah diterbitkan dalam tahun 2004.
Buku inilah yang menjadi rujukan Mohamad Sabu berhubung sejarah Mat Indera yang mengepalai gerakan menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong di zaman penjajah dulu.
Buku yang membariskan Mat Indera bersama Sultan Ismail dan lain-lain watan Johor meletakkan Mat Indera sebagai seorang putera yang mengukir nama Johor. Ia tidak kata Mat Indera itu wira. Penulis menyerahkan kepada pembaca untuk membuat kesimpulan adakah dia petualang yakni pengganas atau orang terbilang.
Apabila namanya dimuatkan dalam buku bertanjuk Pengukir Nama Johor, maka apa ertinya kalau dia bukan seorang pejuang terbilang?
Mat Sabu sebagai seorang yang tidak senang dengan rakam sejarah kemerdekaan Malaysia mengambil buku ini sebagai sumber bagi menilai semula nama Mat Indera yang dicap oleh penjajah British sebagai penjahat.
Kerajaan Johor seperti sudah mempertikai tohmah penjajah British itu. Buku inilah yang menjadi pegangan Mat Sabu.
Selepas Mat Sabu mendedahkan dokumen bercetak tentang hujuhnya atas sejarah Bukit Kepong itu barulah ahli-ahli sejarah mentakwil kesahihan buku Yayasan Wawasan Johor itu. Lapan tahun selepas buku itu terbit baru profesor sejarah menyoal kesahihan fakta sejarah itu. Itupun nasib baik Mat Sabu membangkitkan kandungannya.
Kiranya Mat Sabu tidak memberi reaksi positif tentang kandungan buku itu, maka yang membacanya tentu menerimanya sebagai Mat Sabu menerimanya.
Jika ia ada keraguan pada pandangan ahli sejarah, dan ahli-ahli sejarah ada sifat untuk mengamati setiap bahan bertulis mengenai sejarah, mengumpulkan apa saja yang dikaitkan dengan sejarah, cepat-cepat ahli sejarah membuat komen, membetulkan apa yang silap dan mengukuhkan mana-mana fakta yang tidak lengkap.
Para profesor itu ada murid-murid, kerahkan mereka mengumpul segala dokumen yang releven dan kirim mereka membuat kajian, jadilah mata dan telinga terhadap pandangan rakyat tentang sejarah tidak kira siapa dan apa kecenderungannya.
Siapa kata Ibrahim Yaakub yang lari ke Indonesia itu bukan pencetus semangat kemerdekaan. Tetapi apa yang ahli sejarah buat menempatkan namanya sebagai pengukir nama Malaysia?
Oleh kerana ahli-ahli sejarah gagal membuat takwil yang segera atas buku yang mencnerminkan pandangan kerajaan Johor, maka orang sudah ada persepsi yang kedua tentang kisah Bukit Kepung itu.
Tan Sri Jins Samsuddin pula lambat memberi reaksi atas pandangan baru tentang Bukit Kepong sedang beliaulah orang yang melukiskan peristiwa itu dalam filem.
Sekarang orang sudah memulakan usaha menilai semula sejarah itu. Jins bukanlah orang yang terikat pada pandangan tua satu-satu kejadian. Watak-watak yang diambilnya dalam lakonannya banyak bercorak pemberontakan seperti Si Tanggang, Megat Komeng dan lain-lain.
Malah dia menerima penilaian semula atas sejarah yang tidak popular seperti Hang Jebat. Bukankah Hang Jebat itu bapak penderhaka? Tetapi orang memberitahu, Jins dikatakan menamakan seorang anaknya Hang Jebat. Bukankah dia juga gemar menilai semula sejarah?
Saya mengingatkan Khairy Jamaluddin supaya beliau jangan terlalu cepat lupa apa yang pernah beliau lakukan enam tahun yang lalu apabila beliau menolak cabaran daripada
Laman sesawang Utusan Malaysia di URL "http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm" telah melaporkan percakapan Khairy Jamaluddin pada 8 September 2005 semasa beliau menghadiri Forum Kepimpinan Global 2005 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bahawa "Kita juga tidak berdebat dengan orang yang semacam itu termasuk menyerang peribadi saya, kita akan terus bawa isu ini sampai bila-bila".
Ini ialah bukti jelas bahawa Khairy Jamaluddin sendiri juga pernah menolak untuk berdebat secara matang isu berkenaan dengan sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita.
Tawaran ini dibuat oleh Setiausaha Antarabangsa DAP Pusat pada masa itu, iaitu Ronnie Liu Tian Khiew yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor pada masa sekarang berikutan kenyataannya yang dikeluarkan pada awal bulan September 2005 bertajuk "The Real Fighters for Merdeka".
Tulisan beliau menyentuh tentang peranan yang dimainkan oleh dua kumpulan pejuang yang berbeza, iaitu golongan elit dan bangsawan yang lebih cenderung untuk berbincang dan bekerjasama dengan British untuk memperjuangkan kemerdekaan negara berbanding dengan satu lagi kumpulan yang menggunakan pendekatan bercorak radikal untuk menentang British secara keseluruhan.
Media arus perdana pada masa itu, khususnya Utusan Malaysia mengkritik Ronnie Liu kerana memperkecilkan peranan yang dimainkan oleh Tunku Abdul Rahman dalam memperjuangkan kemerdekaan Malaya pada tahun 1957. Khairy Jamaluddin selaku Naib Ketua Pemuda UMNO turut membidas Ronnie Liu dan DAP kerana "cuba memesong sejarah perjuangan kemerdekaan Malaya".
Kini perkara yang hampir sama berlaku apabila Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO membidas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu sebagai "bacul dan penakut kerana tidak berani berdebat dengannya dalam isu sejarah Bukit Kepong" apabila Mat Sabu menyentuh tentang perjuangan kemerdekaan Malaya dan insiden Bukit Kepong dalam satu ceramah.
Saya melihat kenyataan Khairy Jamaluddin ini sebagai mengorek dan menggali kubur sendiri kerana beliau telah lupa bahawa beliau juga pernah menolak untuk berdebat dalam isu yang hampir sama pada tahun 2005 walaupun cabaran beliau kepada Mat Sabu untuk berdebat isu Bukit Kepong ini lebih untuk kepentingan politik beliau.
Walau apa sekalipun, Rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui gambaran yang lengkap tentang sejarah perjuangan Malaya dan Malaysia. Saban hari, rakyat mula mempersoalkan kesahihan fakta sejaran rasmi yang cuba disuapkan ke dalam mulut rakyat selama lebih 50 tahun. Biarpun begitu gambaran ini tidak akan menjadi semakin lengkap dan jelas dengan adanya roadshow-roadshow yang bakal dijalankan oleh Patriot Pemuda UMNO ataupun perdebatan-perdebatan politik yang dicadangkan Khairy Jamaluddin.
Isu berkenaan sejarah perjuangan kemerdekaan, termasuk sumbangan oleh pejuang-pejuang bersayap kiri dan radikal harus dibincang dengan rasional oleh ahli-ahli sejarah dan akademik secara ilmiah, objektif dan rasional melalui pembentangan fakta-fakta sejarah dan saya berharap ahli-ahli kaji sejarah dari dalam dan luar negara dapat berusaha untuk memulihkan sejarah lengkap perjuangan kemerdekaan negara kita antara tahun 1945 hingga 1957.
Kini ahli-ahli akademik khususnya para sejarawan sudah terheret sama di dalam kemelut status Mat Indera ini. Malangnya respon yang diterima amat mendukacitakan malah menambahkan lagi kekeliruan di kalangan masyarakat.
Tanpa disangka-sangka, kini kredibiliti penulis biografi Mat Indera di dalam buku Pengukir Nama Johor pula yang menjadi sasaran para sejarawan. Misalnya, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam di dalam Sinar Harian mempertikaikan bahawa Allahyarham Ismail Adnan bukanlah seorang pengkaji. Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim pula mempersoalkan latar belakang Allahyarham. Apakah ertinya semua ini?
Saya pasti Ramlah Adam pun tahu kewujudan biografi Mat Indera ini kerana beliau bersama-sama Allahyarham menjadi antara ahli jawatankuasa penulisan buku Pengukir Nama Johor. Beberapa karya Ramlah Adam juga dimuatkan di dalam buku tersebut. Kalau Allahyarham bukan pengkaji dan hasil penulisannya mengenai Mat Indera ini rendah mutunya, mengapakah diizinkan juga penerbitan biografi Mat Indera di dalam buku Pengukir Nama Johor? Lebih menghairankan, hanya tujuh tahun sesudah buku Pengukir Nama Johor diterbitkan pada 2004, barulah Ramlah Adam bersuara untuk mempertikaikan kredibiliti penulis biografi Mat Indera. Mengapa membisu sekian lama? Beginikah sikap cendekiawan dan seorang ahli akademik tersohor? Hanya setelah kandungan buku Pengukir Nama Johor diheboh-hebohkan baru hendak bersuara?
Latar belakang bagaimana pula yang dimaksudkan oleh Khoo Kay Kim? Apakah kerana Allahyarham bukan seorang Profesor maka apa yang ditulis beliau boleh diremehkan? Saya membaca biodata Allahyarham, kerjaya beliau sebagai pendidik begitu cemerlang, pernah menjadi pengetua sekolah berasrama penuh, pegawai pendidikan daerah dan pegawai kanan di Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan. Latar belakang sebegini tidak mencukupi agaknya.
Komen editor buku Pengukir Nama Johor tidak kurang menimbulkan tanda tanya. Seperti yang dilaporkan di dalam Utusan Malaysia, Prof. Datuk Abu Bakar A. Hamid mengatakan bahawa Allahyarham mengajak pembaca berfikir sama ada Mat Indera adalah hero atau pengkhianat negara. Sedangkan Allahyarham dengan jelas melabelkan Mat Indera sebagai pejuang. 'Berfikir' apa yang dimaksudkan oleh Abu Bakar A. Hamid? Di dalam biografi Mat Indera, Allahyarham langsung tidak memberi apa-apa gambaran bahawa Mat Indera adalah pengkhianat. Jangan menambah sesuatu yang Allahyarham tak pernah nyatakan! Kami sebagai pembaca bukannya bodoh. Boleh jadi oleh kerana Utusan Malaysia yang melaporkannya, maka tidak mustahil apa yang dikatakan oleh Abu Bakar A. Hamid telah diputarbelitkan oleh wartawan. Tetapi jika benarlah seperti apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, ini memang satu pembohongan yang amat nyata.
Yayasan Warisan Johor (YWJ) pula mengambil jalan selamat dengan menyatakan bahawa institusi itu tidak pernah mengiktiraf ketokohan Mat Indera sebaliknya menyerahkan kepada budi bicara pembaca untuk mentafsir sendiri siapakah Mat Indera. Ironinya YWJ mengiktiraf karya Allahyarham sebagai kajian akademik. Kewujudan satu lagi artikel yang melabelkan Mat Indera sebagai pengkhianat ini memang sudah diketahui, sesiapa yang membaca buku tersebut pastinya tahu. Maka terpulanglah kepada para pembaca untuk menilainya sendiri. Reaksi YWJ juga membingungkan, adakah pembaca hanya boleh membaca sahaja tetapi tidak dibenarkan menyatakan pendirian? Apabila terdapat bukti-bukti yang mengiktiraf dan menghentam Mat Indera, lalu kita pilih untuk mengiktiraf Mat Indera, adakah ini satu kesalahan? Rakyat diajak berfikir tetapi tidak boleh menzahirkan pendirian, ini amat melucukan!
Kalau beginilah sikap para sejarawan kita, para pembeli dan pembaca buku YWJ bukan sahaja berasa tertipu, malah mula merasakan sejarah yang dipelajari di sekolah selama ini perlu dipertimbangkan semula. Kalau sudah banyak sangat pertikaian mengenai kredibiliti penulisan Allahyarham, saya kira eloklah YWJ padamkan sahaja biografi Mat Indera daripada buku Pengukir Nama Johor. Amat memalukan pula apabila kritikan itu datang daripada rakan Allahyarham yang sama-sama duduk sebagai ahli jawatankuasa penulisan buku tersebut.
Wahai pakar-pakar sejarah, tanggungjawab kalian kepada siapa sebenarnya? Pakar-pakar sejarah mendabik dada, kamilah yang lebih tahu sejarah, ahli politik jangan sibuk mempolitikkan sejarah, tetapi dengan perkembangan terkini saya berpendapat, pakar sejarahlah orang yang paling pandai mempolitikkan sejarah!
You are subscribed to email updates from PAS LENGGONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
ALOR SETAR; Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menyelesaikan masalah pencen Syed Omar dalam tempoh seminggu bagi membolehkan wang pencen itu diserahkan kepada balunya Sharifah Aminah Syed Ali.
Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Yeow Chin Keong menerangkan mengenai prosedur penerimaan pencen kepada balu Syed Omar Syed Yasin, Sharifah Aminah Syed Ali ketika ditemui di Taman Nakishah di sini, hari ini.
Sharifah Aminah Syed Ali tidak dapat menahan sebak ketika ditemubual pemberita di kediamannya di Taman Nakisah di sini, hari ini. Dia bersyukur apabila Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Yeow Chin Keong memberi jaminan akan menyelesaikan masalah anggota Polis Syed Omar Syed Yasin yang tidak menerima pencen sejak kematiannya pada 1962 dalam tempoh seminggu.
Hebat!. Itu saja yang boleh diucapkan kepada JPA. Selepas 49 tahun kematian Syed Omar. Hari ini JPA berjanji akan menyelesaikan masalah itu dalam masa SEMINGGU. Itupun selepas Mat Sabu berucap menyentuh kes serangan Mat Indera di Bukit Kepong. So kepada siapa harus diucapkan terima kasih?. JPA, Mat Sabu atau...Rosmah?./PASPB
Menteri Besar Johor berkata Ahmad Indera atau Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.
Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM) dengan pangkat sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.
"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan," katanya dipetik Bernama Online.
"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).
"Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British," kata beliau.
Ghani berkata tindakan Mat Indera menyertai PKM menyebabkan dia terpesong dan ianya berlainan daripada pemimpin haluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad dan Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.
Beliau berkata kemuncak penglibatan Mat Indera yang kejam adalah peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Muar pada 23 Februari 1950 dan fakta yang diperoleh dari pelbagai sumber sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.
MALAM tadi gua dah keluarkan kisah mamak kemaruk nak jadi calon, kantoi buat fitnah. Siapa yang tak baca lagi boleh klik sini [Mamak Penang].
Kali ni gua nak keluarkan satu kisah yang berkaitan mamak juga, tapi bukan kesah mamak penipu dari Penang. Ini kisah restoran mamak kena rompak. Gua difahamkan rompakan bersenjata ini berlaku pada 28 Ogos 2011, berdasarkan tarikh yang terpapar pada screen video CCTV.
Kejadian ini berlaku di salah sebuah Restoran mamak Syeksen 15 Shah Alam. Ini berdasarkan maklumat pengirim video. Kalau pengirim ni tipu, maka tipulah gua. Cerita banyak tak guna lu orang tengoklah sendiri video ni.
Kepada peminat-peminat teh tarik dan roti telur mamak, diharap lu orang berhati-hati selepas ini. Elakan melepak kedai mamak malam-malam buta sambil menikmati Wifi free, kerana laptop lu orang akan menggoda geng-geng perompak bersenjata.
Malang tak berbau beb, gua tak mahu salah sorang pembaca blog ni terkena tetakan parang sesat perompak kecik-kecik taknak mampos dah besar menyusahkan orang.
Noramfaizul adalah korban program publisiti UMNO. Meninggalkan seorang balu dan 2 anak. Kedatangan ikhlasnya ke Somalia diperkudakan oleh seekor mamak bagi tujuan publisiti. Sehingga mati dan sehingga jenazahnya disolati, Noramfaizul masih dipergunakan. Mari kita lihat.
Pembentukan saf untuk publisiti.
Lihat saf paling depan setelah Imam. Bermula dari tangan kanan kepada Imam. Kelihatan Jamil Khir, Najib Razak, Muhyiddin, Zahid, Jeans Francois, Noh Omar. Adakah ini saf? Kita lihat lagi.
Ketika Jamil Khir mengangkat takbir, maka kelihatan orang sebelah kiri kepada Jamir Khir itu rupa2nya saf 'kedua'. Belakang saf barisan kepimpinan. Saf putus? Atau yang mana satu saf pertama? Saf Najib, atau saf belakang Najib?
Lihat dari sudut ini pula. Saf ajaib ini muncul dari mana? Mari kita kaji bagaimana saf ajaib ini boleh terbentuk.
Sebenarnya, saf belakang Najib adalah saf pertama. Kemudiannya, rombongan pemimpin publisiti UMNO muncul, dan terus ke depan dan membentuk satu saf ajaib. Sekerat. Ini dinamakan saf publisiti.
Keihlasan Noramfaizul diperkudakan sedang penyertaannya dalam misi publisiti UMNO, sehingga jenazahnya disolati. UMNO adalah parti bangsat umat Islam.
Mat Indera murid bapa Muhyiddin dan hampir menikah dengan kakak Timbalan Perdana Menteri dakwa PAS Johor.
Di sebalik serangan bertubi-tubi terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dalam isu Muhammad Indera, lelaki itu didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malah, kata Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (kiri), pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) itu didakwa hampir menikah dengan kakak timbalan perdana menteri.
"Mat Indera mahu berkahwin dengan kakak TPM Muhyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera," kata Suhaizan selepas menziarahi adik Muhammad – Johan Shah – semalam.
Menurut Suhaizan, Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed turut serta dalam pertemuan itu.
Menulis di laman Facebook, Suhaizan berkata, Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan Johan di Penjara Air Molek, Johor Bahru.
"(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis," tulisnya yang diberi tanggungjawab berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam isu sejarah itu.
Justeru, Suhaizan menyifatkan tiada pembelaan terhadap kematian Muhammad Indera sebelum ini disebabkan "orang takut dengan British".
Suhaizan turut menyenaraikan beberapa fakta yang kurang diketahui tentang Mat Indera, antaranya:
Mat Indera anak kedua daripada lapan adik beradik. Ibunya meninggal ketika Johan (bongsu) berusia dua tahun.
Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya diseksa British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954.
British tawar $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk tangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000.
Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut.
Mat Indera pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu Yusof Rono.
Mat Indera dilantik oleh kerajaan Johor sebagai guru agama. Beliau diberikan baju dan songkok rasmi. Beliau pernah belajar dengan ulama dikenali senagai Tuan Guru Fadil.
Beliau digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama.
"Bekas PM Singapore LKY (Lee Kuan Yew-gambar) telah berkata bahawa negaranya sedia berperang jika isu tanah di Tanjong Pagar tidak diberikan balik oleh Malaysia pada masa yang telah ditetapkan dan jika isu mengenai air ditimbulkan." Kata penulis 'Pemerhati 44', dalam Tranungkite. net.
"Sangat berani dan yakin LKY ni hingga sanggup berkata begitu! Atas dasar apa LKY berani dan yakin?" Tanya penulis itu.
Beliau memberikan fakta perbandingan Tentera Udara Singapura dan Tenteru Udra Malaysia seperti berikut:
KUALA LUMPUR, 7 Sept — Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, hari ini menuntut agar kerajaan membersihkan namanya - tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.
Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.
"Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.
"Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula," kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat pada sidang media hari ini.
Baharom yang berusia enam tahun ketika tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh keluarga mereka, Mat Indera datang lewat ke lokasi kejadian semasa kejadian dan bukannya terlibat dalam serangan sejak awal lagi.
Katanya, Mat Indera datang ke lokasi kejadian bukan untuk bertempur, sebaliknya "datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat."
"Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah Yusof Rono, anggota polis dan Jamilah Abu Bakar, anak anggota Marin di Bukit Kepong. Saya difahamkan terdapat ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera," katanya.
Ketika ditanya berapa ramai diselamatkan, "yang diselamatkan itulah yang diselamatkan... ramai."
Baharom berkata, Yusof sendiri ada mengaku kepadanya yang Allahyarham telah diselamatkan oleh Mat Indera.
"Saya sendiri jumpa dia di rumahnya di Bukit Kepong kira-kira 10 tahun lalu sebelum Yusof meninggal dunia... dia ada memberitahu saya diselamatkan oleh Mat Indera," kata Baharom yang bekerja sebagai anggota perkhidmatan tentera selama 10 tahun dan mengadakan bengkel sendiri selepas bersara pada 1980-an.
Baharom menambah, abangnya sangat komited dengan agama dan mengajar agama sama ada di dalam hutan atau di luar hutan semasa terlibat dalam gerakan kemerdekaan negara.
"Beliau sering mengadakan perjumpaan dalam keluarga dan mendidik keluarga untuk komited dengan ajaran agama Islam.
"Beliau selalu menafikan, beliau bukan seorang yang berfahaman komunis. Beliau berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajahan British," katanya lagi.
Kata Baharom, "sekarang negara sudah merdeka, kalau bukan kita yang membersihkan nama Mat Indera, siapa lagi yang boleh membersihkan nama beliau."
"Saya berharap pihak kerajaan atau mana-mana pihak berkaitan akan mengambil usaha segera... lakukan sekarang, isytihar beliau bukan pengkhianat," katanya ketika ditanya siapa yang wajar dan dalam berapa lama isu ini perlu diselesaikan.
"Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, saya berharap kerajaan akan melakukan dengan segera," kata beliau yang turut berpegang pada buku terbitan kerajaan negeri Johor yang berjudul "Pengukir Nama Johor".
Dalam bab mengenai Mat Indera, penulisnya berkata, "pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negaera, membelakangkan ajaran Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan."
Mat Indera merupakan salah satu daripada 12 adik-beradik, dengan dua ibu. Mat Indera merupakan anak kedua ibu pertama manakala Baharom merupakan anak ketiga sebelah ibu kedua.
Baharom berkata, beliau pernah menulis dua tiga artikel mengenai keperluan membersihkan nama abangnya di Utusan Malaysia pada 1978 atau 1979.
"Jadi ini harapan keluarga saya sekarang," katanya dan menegaskan, pihaknya berpegang pada pendirian itu kerana "pegangan agamanya (Mat Indera) kuat dan seorang yang tegas dan tegar melawan British."
"Saya serah kepada siapa yang hendak buat kajian, bersihkan nama dia," tambah beliau.
Suhaizan juga berkata Mat Indera bukan seorang yang berideologikan komunis.
"Kalau dia seorang berideologikan komunis, sudah pasti dia tidak beragama," katanya sambil menambah, "kemungkinan Mat Indera mempergunakan PKM untuk kemerdekaan negara."
"Tetapi pada pandangan kami, dia tidak berideologikan komunis, dia hanya ahli PKMM dan API (Angkatan Pemuda Insaf," katanya.
SENAI – Buku Pengukir Nama Johor tidak layak dijadikan bukti bagi mengangkat nama Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan seperti yang dibangkitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Pensyarah Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Mohd Akbal Abdullah (gambar kecil) berkata, buku tersebut bukan bukti dalam ilmu sejarah kerana ia hanya pendapat penulis, Ismail Adnan.
Beliau yang juga ahli panel penulis buku Siri Tokoh Johor berkata, Mat Sabu tidak boleh menggunakan tulisan itu sebagai hujah kerana tidak mampu meletakkan Mat Indera sebagai pejuang.
"Tidak memadai dengan tulisan 10 halaman saja untuk kita anggap Mat Indera pejuang kerana dia (Mat Sabu) sepatutnya baca tesis dan buat penyelidikan sendiri.
"Jika tulisan sebanyak itu dijadikan rujukan, ia terlalu lemah dari segi ilmiah. Saya tak kata lemah hingga perlu kita tolak tapi perlu dibuktikan. Apa lagi menggunakan artikel Mat Indera sebagai hujah adalah kurang tepat dan tidak sempurna dari segi ilmu sejarah," katanya, semalam.
Mohd Akbal berkata, beliau mengenali penulis buku itu, Ismail dan menyifatkannya sebagai seorang yang sangat rajin menulis.
"Apa yang saya tahu, Ismail hanya merujuk kepada Internet tanpa membuka dokumen rasmi kerajaan dan ia dilahirkan daripada pandangan beberapa pihak serta bukan pandangan majoriti," katanya.
Menurutnya, Ismail berkhidmat dengan Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan jawatan timbalan pengarah.
Mohd Akbal mempersoalkan, jika benar Mat Sabu mahu mengangkat hero kemerdekaan, mengapa pula beliau menolak perjuangan Datuk Onn Jaafar yang turut ditulis dalam buku tersebut.
"Saya mohon Mat Sabu jangan politikkan buku ini dan kaitkan siapa-siapa (penulis) atau Kerajaan Johor, kerana beliau perlu bertanggungjawab atas kenyataannya mengangkat komunis," katanya.
Buku Pengukir Nama Johor merupakan buku siri ketiga yang diterbitkan iaitu dua siri sebelum ini iaitu Pejuang Terbilang Johor dan Tokoh Ternama Johor yang dimasukkan dalam Siri Tokoh Johor yang mula diterbitkan pada 2002.
Penulis yang dilantik menyumbang karya dalam buku tersebut terdiri daripada Ahli Persatuan Sejarah, Persatuan Penulis, peminat sejarah Johor yang mempunyai kemampuan menulis.
Mohd Akbal berkata, dakwaan Kerajaan Negeri mengiktiraf Mat Indera selaku pejuang menerusi terbitan YWJ yang dinaungi Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman adalah tidak benar.
"Buku tersebut merupakan pendapat penulis tentang Mat Indera di mana kami kumpulan penulis dan Ismail dipilih YWJ.
"Projek ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan idea serta segala apa yang ditulis hanya pendapat penulis, bukannya pendapat Kerajaan Negeri dan pasukan penulis Pewaris. Dengan jelasnya, tidak semestinya pendapat penulis dan pendapat Kerajaan Negeri adalah sama," katanya.
Mohd Akbal berkata, kumpulan penulis yang terdiri daripada 20 orang itu telah dibentuk enam tahun sebelum percetakannya yang dipilih dari segi kemahiran dan pengetahuan. -SH
Ulasan GB
Jika hujjah Mohd Sabu lemah kerana bersandarkan kepada buku yang diterbitkan oleh sebuah anak syarikat kerajaan negeri Johor sendiri, Yayasan Warisan Johor (YWJ), maka sewajarnya buku itu diharamkan atau dibakar saja.
Ini kerana penerbitan buku tesebut dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan sebelum ianya diterbitkan sepastinyalah ia telah disemak dan diedit berali-kali untuk menentukan kesahihannya kerana ia akan menetapkan kredibiliti penerbitnya sendiri.
Mengapa kini baru dipersoalkan isi kandungannya dan merendah-rendahkan penulis rencana itu?
Apa hebatnya orang yang mengkritik penulis yang telah membuat kajiannya sendiri? Apa bukti yang Ismail Adnan hanya menulis bersandarkan fakta di Internet semata-mata? Apa sandaran untuk menyatakan kajian Ismail itu tidak sahih?
Sesebuah "kajian" tidak boleh dihukum benar atau salah. Itu disiplin di dalam dunia akademis. Tidak boleh menyalahkan hasil dari seseorang pengkaji sekalipun sesuatu kajian itu menyimpang dari penemuan-penemuan majoriti. Tak pernahkah pensyarah yang bernama Mohd Akbal yang menganggap hujjah Mohd Sabu lemah itu ada mempelajari 'RESEARCH METHODOLOGY'?
Sekarang buktikan pula hasil kajian kamu untuk menuduh Mohd Indera itu seorang penjenayah, bukan pejuang. Begitulah sepatutnya cara di dalam dunia akademis untuk menolak hujjah akademis yang lain. Bukan dengan menempelak hasil kajian orang lain melalui kenyataan akhbar semata-mata.
ALOR SETAR, - KENANGAN ... Gambar Syed Omar Syed Yasin (empat, kanan) anggotaPolis yang telah meninggal dunia pada 1962 tidak pernah menerima wang pencenketika menjalani latihan Polis di Kuala Lumpur.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menyelesaikan masalah pencen Syed Omar dalam tempoh seminggu bagi membolehkan wang pencen itu diserahkan kepada balunya Sharifah Aminah Syed Ali. Sharifah Aminah Syed Ali mengatakan sesuatu mengenai arwah suaminya Syed Omar Syed Yasin kepada Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan (Pencen) Jabatan Perkhidmatan.... ARTIKEL SELANJUTNYA SILA KLIKSiNi Wajib Baca!!
KUALA TERENGGANU: Gara-gara tidak berpuas hati enam cucunya hanya mendapat duit raya RM1 daripada ibunya, seorang warga emas berusia 60 tahun gagal mengawal diri apabila menyerang dua adik perempuannya dengan merosakkan harta benda serta menghamburkan kata-kata kesat berbaur ugutan dalam kejadian Jumaat lalu.
Difahamkan kejadian berlaku selepas lelaki terbabit yang berlainan bapa dengan mangsa naik berang apabila enam cucunya hanya memperoleh duit raya RM1 daripada ibunya berusia 84 tahun sebelum menuduh kononnya dua adiknya itu mengawal duit ibunya yang sudah uzur.
Kejadian berlaku pada jam 10.30 malam di rumah seorang adik berkenaan, Noleha Sulong, 42, di Kampung Pengadang Baru, di sini, menyebabkan dia dan dan adiknya, Rokiah, 37, trauma serta hidup dalam ketakutan.
Noleha berkata, dia tidak sangka abangnya itu tergamak menyerang dia dan adiknya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan jumlah duit raya diberikan ibu mereka.
"Hairan juga saya dengan sikap abang yang tidak pernah berpuas hati dan berprasangka buruk terhadap kami adik-beradik, padahal bukan cucunya saja mendapat RM1, tetapi anak bongsu saya dan semua cucu lain turut mendapat jumlah yang sama.
KUALA LUMPUR, 7 Sept — Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa mengaku pihaknya pernah mengadakan pertemuan membabitkan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bulan lalu, tetapi menafikan ia berniat politik, termasuk mahu menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Saya selaku ketua Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah memberikan penjelasan tentang apa yang berlaku kepada NGO Islam, bukan setakat mereka baca daripada akhbar ataupun The Malaysian Insider sahaja... tetapi ini bukan pertemuan politik, cuma memberi penjelasan apa yang sebenarnya berlaku," kata Adzib ketika dihubungi pagi ini.
Malah kata beliau, pertemuan itu juga tidak membincangkan memorandum khusus bagi menyerang kepimpinan Khalid.
"Sebaliknya kami memberi penjelasan sahaja. Akhirnya mereka berkata mereka telah mendapat fakta yang betul dan tepat... tugas Mais dan Jais memberikan maklumat yang betul," katanya.
"Ia bukan pertemuan politik tetapi hanya berkaitan dengan isu Islam," kata bekas setiausaha kerajaan negeri ini. Pakatan Rakyat melabelkan beliau condong dan memihak kepada Umno.
Ahli Dewan Diraja Selangor ini berkata, tindakan susulan yang diambil oleh NGO yang terbabit termasuk mempersembahkan memorandum kepada Sultan Selangor adalah pendirian pihak berkenaan, bukan keputusan Mais atau Jais.
"Selepas pertemuan mereka ada menyediakan memorandum dan mereka telah mempersembahkan kepada Tuanku Sultan... itu keputusan mereka," katanya lagi.
Ditanya sama ada pertemuan itu turut dihadiri oleh wakil Pejabat Peguam Negara, Adzib berkata, pemimpin-pemimpin NGO yang hadir sebenarnya merupakan mereka yang berkhidmat di agensi-agensi kerajaan termasuk yang hadir merupakan staf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Dan, mereka juga menganggotai NGO, mereka mewakili NGO, bukannya agensi kerajaan," kata beliau menjelaskan bahawa tidak boleh mengatakan mereka mewakili agensi-agensi yang dimaklumkan.
KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan meruskan Program Mega Berprestij 'Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno (PGU) Kali Ke-3' yang ditangguhkan sejak Mei lalu.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian pada Majlis Ijtima' Idulfitri Anak-anak Terengganu di Perantau di Kuala Ibai, pada 1 September lalu.
Sehubungan itu, Setiausaha Panitia Induk PGU Kali Ke-3, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah mengesahkan tarikh program tersebut adalah pada 14 dan 15 Oktober depan.
[Gambar - Imbas kembali PGU Kali Ke-2; Haji Wahid, Timbalan Pesuruhjaya (ketika itu) mengiringi Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi, turun padang bertemu dengan hadirin]
Menurutnya, pihak panitia masih mengekalkan sasaran seramai 100,000 orang akan hadir program PGU Ke-3 yang dijangka program mega terakhir sebelum Pilihanraya Umum Ke-13. "Saya optimis dengan sasaran yang diletakkan sebelum ini, kita terus meletakkan sasaran kehadiran seramai 100,000,
"memandangkan 'suhu' pilihanraya yang semakin meningkat,"katanya
Wan Sukairi yang juga Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu berkata, PGU Kali Pertama yang diadakan di Selatan Terengganu pada 15 Januari 2011 di Dataran Tok Guru, Geliga, DUN Chukai, telah mencatat sejarah.
Beliau berkata, lebih 15,000 orang ahli dan penyokong hadir, memberikan sokongan terhadap hasrat PAS mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.
Semangat membara untuk 'menawan kembali' Wisma Darul Iman, katanya, diteruskan dengan penganjuran PGU Kali Ke-2 di bahagian Utara negeri Terengganu.
Menurutnya, walaupun program tersebut cuba diganggu oleh Umno Bahagian Besut namun lebih 25,000 orang hadir.
"Umno Besut, dibawah pimpinan Mantan Menteri Besar Dato' Seri Idris cuba menganggu, dengan menganjurkan ceramah, mereka membawa Ummi Hafilda sebab Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hadir ke PGU 2,
"namun, sokongan rakyat terus membara, 25 ekor lembu disumbangkan rakyat Besut untuk jamuan rakyat dan PGU 2 meraih sokongan lebih 25,000 orang,"jelasnya
Beliau yakin PGU Kali Ke-3 akan menarik lebih ramai sokongan termasuk 'pengundi atas pagar' dan dikalangan ahli-ahli Umno, kerana imej baru kepimpinan PAS Terengganu.
"PGU pertama di bawah kepimpinan baru Badan Perhubungan PAS Terengganu ini akan menjadi 'klimaks' kepada kebangkitan rakyat Terengganu,
"bagi membuat perubahan kerajaan di negeri Terengganu (pada PRU ke-13) setelah pelbagai kezaliman, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kegagalan Umno/BN Terengganu,"katanya ketika dihubungi Buletinonline.
Keluarga tuntut kerajaan isytihar Mat Indera pejuang, bukan pengkhianat
TERKINI @ 03:58:16 PM 07-09-2011
September 07, 2011
Baharom Shah Indera (tengah) bersama Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (kanan) menunjukkan buku Pengukir Nama Johor pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR, 7 Sept — Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, hari ini menuntut agar kerajaan membersihkan namanya - tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan. Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan. "Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar. "Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula," kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat pada sidang media hari ini. Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PAS di sini, katanya, "saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya." Sidang media turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil. Isu Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong menjadi kontroversi selepas disentuh oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada satu ceramah bulan lalu. Beliau mengatakan bahawa peranannya dilupakan dan dilabel sebagai pengkhianat negara. Baharom yang berusia enam tahun ketika tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh keluarga mereka, Mat Indera datang lewat ke lokasi kejadian semasa kejadian dan bukannya terlibat dalam serangan sejak awal lagi. Katanya, Mat Indera datang ke lokasi kejadian bukan untuk bertempur, sebaliknya "datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat." "Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah Yusof Rono, anggota polis dan Jamilah Abu Bakar, anak anggota Marin di Bukit Kepong. Saya difahamkan terdapat ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera," katanya. Ketika ditanya berapa ramai diselamatkan, "yang diselamatkan itulah yang diselamatkan... ramai." Baharom berkata, Yusof sendiri ada mengaku kepadanya yang Allahyarham telah diselamatkan oleh Mat Indera. "Saya sendiri jumpa dia di rumahnya di Bukit Kepong kira-kira 10 tahun lalu sebelum Yusof meninggal dunia... dia ada memberitahu saya diselamatkan oleh Mat Indera," kata Baharom yang bekerja sebagai anggota perkhidmatan tentera selama 10 tahun dan mengadakan bengkel sendiri selepas bersara pada 1980-an. Baharom menambah, abangnya sangat komited dengan agama dan mengajar agama sama ada di dalam hutan atau di luar hutan semasa terlibat dalam gerakan kemerdekaan negara. "Beliau sering mengadakan perjumpaan dalam keluarga dan mendidik keluarga untuk komited dengan ajaran agama Islam. "Beliau selalu menafikan, beliau bukan seorang yang berfahaman komunis. Beliau berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajahan British," katanya lagi. Kata Baharom, "sekarang negara sudah merdeka, kalau bukan kita yang membersihkan nama Mat Indera, siapa lagi yang boleh membersihkan nama beliau." "Saya berharap pihak kerajaan atau mana-mana pihak berkaitan akan mengambil usaha segera... lakukan sekarang, isytihar beliau bukan pengkhianat," katanya ketika ditanya siapa yang wajar dan dalam berapa lama isu ini perlu diselesaikan. "Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, saya berharap kerajaan akan melakukan dengan segera," kata beliau yang turut berpegang pada buku terbitan kerajaan negeri Johor yang berjudul "Pengukir Nama Johor". Dalam bab mengenai Mat Indera, penulisnya berkata, "pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negaera, membelakangkan ajaran Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan." Mat Indera merupakan salah satu daripada 12 adik-beradik, dengan dua ibu. Mat Indera merupakan anak kedua ibu pertama manakala Baharom merupakan anak ketiga sebelah ibu kedua. Baharom berkata, beliau pernah menulis dua tiga artikel mengenai keperluan membersihkan nama abangnya di Utusan Malaysia pada 1978 atau 1979. "Jadi ini harapan keluarga saya sekarang," katanya dan menegaskan, pihaknya berpegang pada pendirian itu kerana "pegangan agamanya (Mat Indera) kuat dan seorang yang tegas dan tegar melawan British." "Saya serah kepada siapa yang hendak buat kajian, bersihkan nama dia," tambah beliau. Suhaizan juga berkata Mat Indera bukan seorang yang berideologikan komunis. "Kalau dia seorang berideologikan komunis, sudah pasti dia tidak beragama," katanya sambil menambah, "kemungkinan Mat Indera mempergunakan PKM untuk kemerdekaan negara." "Tetapi pada pandangan kami, dia tidak berideologikan komunis, dia hanya ahli PKMM dan API (Angkatan Pemuda Insaf," katanya. Mengenai laporan media bahawa Jamilah menafikan keluarganya diselamatkan oleh Mat Indera, Suhaizan berkata, "apa yang saya kata (dipetik Sinar Harian) adalah Mat Indera menyelamatkan Jamilah, bukannya menyelamatkan keluarga Jamilah." Jamilah dipetik berkata jika Mat Indera menghalang pihak komunis membunuh keluarganya ketika itu pasti ibu dan adik lelakinya tidak akan terkorban dalam serangan tersebut. Kata Suhaizan, Naib Yang Dipertua PAS Pulai Zaba Ibrahim telah bertemu dengan Jamilah pada Ahad lalu, dan turut mengakui bahawa Mat Indera yang menyelamatkannya. Ibu Jamilah dan adik lelakinya merupakan antara yang turut terbunuh dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950. Suhaizan juga berkata pihaknya akan menubuhkan sebuah sekretariat untuk mengkumpulkan maklumat dan bahan yang berkaitan. "Dengan sekretariat itu, mana-mana keluarga yang hendak menuntut ganti rugi daripada British atas kecuaiannya sehingga ramai kakitangan polis dan anggota keluarga mereka terbunuh, akan dibantu dan diuruskan," katanya.
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyatakan kesediaan PASPerak untuk menggantikan UMNO mesti diterjemahkan dalam pilihan raya umum ke-13 ini dan persiapannya harus dijadikan agenda penting bagi semua kawasan PAS di Perak.
Menurut beliau, PAS Perak harus memenangi kerusi-kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum akan datang kerana ianya akan mempengaruhi keyakinan rakyat terhadap parti itu dan ianya merupakan cabaran yang harus dipikul oleh semua pimpinan dan ahli parti khususnya di Perak.
Memetik ucapan beliau,
"Kemenangan pilihan raya jadi ukuran dalam konteks politik. Memanglah dalam Islam kita menang ke kalah kita kena istiqamah,tapi umum menilai kita bergantung kepada pencapaian dalam pilihan raya".
"Jadi kalau kita masuk pilihan raya tiba-tiba pencapaian kita rendah,akan ada kesan politik dan mempengaruhi keyakinan rakyat,"
Pesuruhjaya PAS Perak itu turut menyatakan, PAS Perak sentiasa memberi tumpuan kepada strategi memperkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat kerana PAS dikenali sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya.
"Kita kena terjemahkan supaya orang Melayu Islam khususnya, terus memberikan sokongan penuh kepada perjuangan PAS dan masyarakat bukan Islam turut yakin dengan agenda perjuangan PAS yang jelas mahukan sebuah negara yang adil dan berkebajikan yang sememangnya dituntut dalam Islam, jelas beliau.
Justeru beliau mengharapkan agar seluruh jentera PAS di seluruh kawasan di Perak memperhebatkan gerak kerja persiapan PRU 13, kerana kemungkinan besar PRU 13 akan berlaku pada bila-bila masa.
SHAH ALAM : Timbalan Presiden PAS, Mohamad Mat Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu menganggap pelbagai tuduhan dan dakwaan yang dikenakan ke atasnya berhubung isu Mat Indera tidak sama sekali menjejas kedudukannya dalam bidang politik, sebaliknya lebih meningkatkan popularitinya.
Menurut beliau, sejak isu Mat Indera yang disifatkannnya sebagai pejuang sebenar kemerdekaan, beliau menerima pertambahan sokongan dari kalangan blogger yang menyokong pendiriannya itu.
Menyentuh mengenai gesaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein agar sesiapa yang merasa tersinggung dengan kenyataan Mat Sabu berhubung tragedi serangan Balai Polis Bukit Kepong lebih 60 tahun lalu, Mat Sabu berkata, beliau sedia menerimanya.
" Tak ada masalah, kalau mereka nak saman itu hak mereka, kita pun sudah menawarkan peguam untuk mereka kalau mereka nak tuntut pampasan dari kerajaan British. Kita sanggup menyediakan peguam.
"Ada peguam yang sanggup membela mereka tuntut pampasan daripada kerajaan British , mereka dulu bukan dalam kerajaan Malaya, kerajaan British,"katanya kepada Tv Selangor.
Hishamuddin semalam berkata, tindakan saman di mahkamah mungkin antara yang boleh dilakukan oleh pihak yang tersinggung terutamanya anggota keluarga pejuang kemerdekaan negara serta persatuan-persatuan bekas polis.
"Saya rasa pihak yang berkepentingan perlu mengambil tindakan kerana kadangkala nak tunggu siasatan dari pihak polis dan Peguam Negara mengambil masa.
"Ramai yang kecewa dengan kenyataan Mat Sabu, dan saya sendiri sebagai cucu Datuk Onn (Jaafar) terasa terhadap dakwaan-dakwaan yang berunsur politik, tapi ada had dan batasan dalam nak politikkan sesuatu. lebih-lebih lagi bila ianya bersandarkan kepada sejarah," katanya kepada pemberita semalam.
Dalam pada itu, muka tujuh Utusan Malaysia hari ini turut menyiarkan berita bertajuk "Persatuan Bekas Polis Malaysia Kuantan labelkan Mat Sabu sebagai komunis era baru".
Mengulas laporan akhbar itu, Mat Sabu menerimanya dengan hati terbuka dan sekali lagi menegaskan, ia tidak memberi apa-apa kesan kepada dirinya.
Bahkan katanya, PAS sendiri pernah dicop sebagai komunis oleh mantan Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
" Mereka cop (PAS), tak ada masalah, Tuan Guru Bakar Bakir dulupun dicop komunis. Dr Burhanudin mereka tuduh komunis. Itu bukan perkara baru,ulang siaran daripada British,"tambah beliau.
Menyentuh soal debat berhubung isu ini, Mat Sabu berkata, beliau hanya mahu berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya pun tak tau kalau (saya kena) debat dengan Khairy (sebab) selama ini Khairy bukannya maki saya,tetapi yang maki saya Timbalan Perdana Menteri, kalau nak debat pun biarlah dengan dia,"tambah beliau lagi.
Ujarnya, Umno kini menggali lubang sendiri dan akhirnya akan memakan diri sendiri dalam usaha menguburkan karier politiknua.
" Makan diri.. mereka sedang gali lubang. Macam dalam kes Mat Indera dia telah kalah. Mat Indera diiktiraf sebagai pejuang oleh negeri Johor.
" Memanglah, Umno itu pengampu British. Orang menghentam British duduk dalam penjara, orang Umno tidak dipenjarakan kerana dia pengampu,"katanya lagi.
TVS News
You are subscribed to email updates from BGM online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pesuruhjaya PAS Selangor, YB Dr Hj Abd Rani bin Osman diiringi beberapa orang ahli BPPNS dan YDP Pas Kawasan-kawasan seramai 40 orang telah membuat ziarah kerumah ahli keluarga Allahyarham Noramfaizul bin Mohd Nor yang terbunuh ketika membuat liputan akhbar di Somalia.
YB Dr Rani yang mengetuai pembacaan tahlil dan doa keatas roh allahyarham menyifatkan komitmen yang ditunjukkan oleh allahyarham dalam menjayakan misi bantuan kemaanusiaan ke Somalia dalam membantu 3.4 juta rakyat Somalia yang kebuluran adalah satu pengorbanan yang hanya Allah swt mampu membalasinya.
Dr Rani dan beberapa pimpinan Pas Kawasan telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM2 ribu kepada balu allahyarham Noramfaizul.
Beberapa orang pewaris beberapa orang warga emas yang telah meninggal dunia dari Kg Meru, Kg Bukit Kapar dan Kg Budiman telah menerima sumbangan awal RM1,000 dari Kerajaan Negeri Selangor.
YB Dr Rani bersama-sama ketua-ketua kampung berkenaan telah mengunjungi kerumah-rumah pewaris tersebut untuk menyampaikan sumbangan tersebut dan memberitahu mereka bahawa baki RM1,500 insyaAllah akan disampaikan dalam masa 2 bulan lagi.
You are subscribed to email updates from KHIDMAT MERU To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Utama Berita Kolum Surat Video Mobilekini Buku SMS Hartanah Pekerjaan Pelancongan Juadah Saham Pendidikan Kereta Peta Adik: Mat Indera bukan anggota PKM Jimadie Shah Othman Sep 7, 11 2:39pm Kongsi 226 Bukan sahaja tidak berfahaman komunis, tokoh kontroversi kemerdekaan Muhammad Indera atau lebih dikenali Mat Indera juga bukan anggota Parti Komunis Malaya (PKM), kata keluarganya.
Baharum Shah, 65, berkata, abang keduanya itu sebenarnya seorang pejuang kemerdekaan sayap kiri yang mahu menghalau penjajah British dari negara ini.
suhaizan kayat baharom shah 070911"Tidak. Itu peristiwa tahun 1948. Beliau (Mat Indera) komited pada perjuangan membebaskan negara ini," kata Baharum ketika ditanya sama ada abangnya mengganggotai mana-mana platun PKM.
Justeru, tampil dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Baharum (kiri) mahu kerajaan dan ahli akademik membuat kajian dan membersihkan nama abangnya.
"Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan perlu dikaji semula.
"Saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya," katanya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat.
Ditanya kenapa baru tampil untuk tujuan itu setelah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, Baharum berkata, beliau pernah menyuarakannya melalui kajian sendiri dan penulisan tetapi tidak mendapat perhatian.
Katanya, sekitar tahun 1970-an, beberapa siri rencananya berhubung perkara itu disiarkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia.
"Saya pergi ke arkib negara untuk buat kajian dan tulis tentangnya," katanya yang sebelum itu memulakan sidang media dengan mengajak pemberita menyedekahkan al-Fatihah kepada arwah abangnya yang dikatakan kuat beragama.
Rangkaian komunis
Bagaimanapun, menurut pesara tentera itu, rekod tersebut tidak lagi disimpannya kerana hilang semasa berpindah rumah. Baharum kini tinggal berdekatan Cheras, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Suhaizan berkata, setelah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dianggotai Mat Indera diharamkan dan beliau sekali gus dikehendaki British, Mat Indera tiada pilihan selain menyertai gerakan gerila.
suhaizan kayat barom shah 070911"Sama ada beliau bekerjasama dengan komunis atau tidak, itu kena ada kajian. Sama ada beliau alat PKR atau memperalatkan PKM (untuk menuntut kemerdekaan). Sebab itu kajian perlu dibuat.
"Dan adakah menggunakan PKM untuk menuntut kemerdekaan menjadi satu kesalahan?" kata anak kelahiran Johor itu.
Malah, kata Suhaizan (gambar, di tengah), selain Umno yang berhaluan kanan, semua pertubuhan lain ketika itu diharamkan British.
Beliau berkata, dengan keadaan komunikasi terhad pada masa itu, Mat Indera juga sudah pasti tidak tahu kaitan antara PKM dengan rangkaian komunis antarabangsa.
"Yang dia tahu, di depannya ada sekelompok orang yang mahukan kemerdekaan," kata Suhaizan yang diberi kepercayaan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagi berdebat berhubung perkara itu dengan Pemuda Umno.
SEREMBAN, 7 Sept 2011 : Di tengah-tengah masyarakat membincangkan peranan institusi zakat dalam membantu umat Islam yang memerlukan bantuan untuk hidup, tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) mahu membina menara 15 tingkat sudah tentu mendapat bantahan.
PAS Negeri Sembilan akan menggerakkan jenteranya untuk membantah tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mainn) yang bercadang untuk membina menara 15 tingkat kerana ia bukan keperluan umat Islam sekarang.
"Umat Islam di negeri ini sekarang memerlukan bantuan Mains untuk membebaskan golongan asnaf penerima zakat dan bukannya menara yang tinggi," kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani kepada Harakahdaily.
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Kamal Amran Kamarudin mengumumkan Mains akan membina sebuah menara 15 tingkat yang akan dikenali sebagai sebagai Kompleks Mains bertujuan akan memusatkan pengurusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung.
Bagi Taufek, golongan asnaf (orang yang layak menerima zakat) sangat memerlukan bantuan dari Mains untuk menerukan kehidupan mereka.
Menurut Taufek, beliau pernah membawa isu ini di DUN Negeri Sembilan namun Menteri Besar menjelaskan, wang yang akan digunakan bukan wang zakat tetapi wang keuntungan dari projek yang dibuat oleh Mains.
Menurut Taufek, Mains mempunyai tiga sumber pendapatan iaitu zakat, sumber am dan wakaf.
Namun walaupun tidak digunakan wang zakat untuk membina menara itu, beliau masih bertegas Mains tidak perlu membina menara itu buat masa sekarang.
"Saya akui, Mains memerlukan bangunan untuk menyatukan aktivitinya yang bersepah-sepah namun tidaklah sampai membina menara tertinggi di Seremban," kata Tafufek.
"Apa salahnya, Mains membantu golongan asnaf ini dengan memberikan bantuan modal untuk berniaga kecil-kecilan, misalnya menjual goreng pisang, menjual buah atau menjual burger misalnya daripada berfikir untuk membina menara 15 tingkat.
"Tambahan lagi ketika umat Islam berbincang soal ada antara mereka terpaksa menerima bantuan dari pihak lain termasuk gereja untuk hidup, apa rasionalnya Mains mahu membina menara," kata Taufek kepada Harakahdaily.
Beliau mengganggap, buat masa ini tidak ada keperluan untuk Mains membina menara itu kerana di Negeri Sembilan sekarang ini kerana kegiatan hartanah di ini belum sampai ke peringkat keperluan untuk projek seumpama itu.
Ekoran itu, beliau akan membawa perkara ini ke mesyuarat Pakatan Rakyat bagi membincangkan tindakan bersama.
"Di samping itu, saya akan meminta pihak Lajnah IT kita membina prasarana termasuk Facebook untuk menjelaskan isu ini," kata beliau lagi.
Tidak wajar
Sementara itu, Badrul Hisham Shahrin atau chegu Bard dalam satu kenyataannya berkata, Parti Keadilan Rakyat Cabang Rembau pada satu peringkat bersetuju dengan pembinaan menara 15 tingkat yang akan bukan saja memberikan imej positif kepada institusi pengurusan Agama Islam di negeri ini tetapi secara umumnya akan menjadi kebanggaan negeri ini secara amnya.
"Namun sedikit kegusaran muncul apabila memikirkan benarkah Mains memerlukan pembinaan menara ini sekarang ? Adakah ia merupakan satu 'perlaburan' bijak Mains pada ketika ini?" kata beliau dalam satu kenyataan.
Kegusaran ini sudah tentu tak boleh dielakkan apabila melihat pelaburan Mains sebelum ini mengakibatkan kerugian dan tidak begitu berjaya seperti Bazaar Mains Seremban.
Kompleks Bazaar Mains mula beroperasi pada tahun 2005. Ianya terletak di tengah-tengah bandar Seremban iaitu di Jalan Dato Abdul Rahman.
Kompleks Bazaar Mains ini adalah merupakan bangunan dua tingkat terdiri dari 52 lot kedai yang menempatkan 31 lot kedai di tingkat atas dan 21 lot kedai di tingkat bawah.
Projek Baazar Mains yang ingin mengangkat idea Pekan Rabu (Alor Setar) ini menelan belanja besar tetapi sehingga kini pulangan tidak berbaloi.
Malah peniaga yang berniaga di situ juga mengeluh kerana tumpuan orang ramai yang tidak memberansangkan ke kompleks tersebut.
Sehinggalah ada blogger di negeri ini mengenengahkan keluhan peniaga di kompleks itu baru ada sedikit perhatian.
Malah blog http://bazaarmains.blogspot.com/ / telah diwujudkan secara sukarela oleh seorang blogger tempatan untuk mempromosikan kompleks tersebut setelah kesian melihat keadaan peniagaan di kompleks tersebut.
Parti Keadilan Rakyat Rembau, kata Cikgu Bard, mengesa satu kajian secara menyeluruh harus dilakukan sebelum meneruskan niat membina menara 15 tingkat ini.
Malah pembiayaan dan perbelanjaan projek ini juga harus diumumkan untuk memastikan ketelusan dalam projek ini, katanya.
Sepertimana yang sedia maklum Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) akan membina sebuah menara setinggi 15 tingkat dengan kos dianggarkan berjumlah RM50 juta di bandar Seremban. Sila berikan pendapat anda samada pembinaan Menara MAINS ini merupakan satu keperluan yang mendesak dan perlu diutamakan.
Sila buat undian anda di bahagian kanan atas blog ini serta berikan komen anda di ruangan komen artikel ini.
MAINS BINA MENARA 15 TINGKAT DENGAN KOS RM50 JUTA 6 September 2011
Unit Amal N.Sembilan kini mempunyai sebuah kereta Kancil sumbangan dari individu untuk kegiatan aktiviti Unit Amal N.Sembilan di mana sebelum ini pergerakan Unit Amal NS terdapat kekangan kenderaan. Kenderaan ini masih dalam keadaan baik.
Bagaimanapun sumbangan adalah diharapkan dari kita semua untuk menyenggara kenderaan ini serta memperbanyakkan lagi aktiviti Unit Amal yang sekarang ini terhad akibat kekangan kewangan.
Kepada mereka yang ingin mentransformasikan Unit Amal N.Sembilan ini bolehlah menghulurkan sumbangan kepada Pengarah Jabatan Amal N.Sembilan iaitu Sdr Izamri melalui akaun CIMB 05020693061526 serta menghubungi beliau di 013-3906540.
Kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan pendawaian elektrik di rumah atau pejabat serta kejuruteraan awam boleh juga menghubungi Sdr Izamri.
Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) akan membina menara setinggi 15 tingkat dengan kos RM50 juta. Persoalannya, apa akan jadi kepada tanah dan bangunan Jabatan Mufti, Baitulmal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Pusat Zakat dan anak syarikat MAINS serta mungkin juga Bazaar MAINS yang sedia ada. Adakah bangunan sedia ada milik MAINS, akan dijual, akan dikekalkan sebagai bangunan warisan sejarah atau akan dirobohkan? Sudah pasti ramai pihak berminat terhadap bangunan lama tersebut.
MAINS BINA MENARA 15 TINGKAT DENGAN KOS RM50 JUTA 6 September 2011
SEREMBAN - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) akan membina sebuah menara setinggi 15 tingkat dengan kos dianggarkan berjumlah RM50 juta di kawasan seluas 0.77 hektar di Jalan Taman Bunga di sini.
Setiausaha Mains, Kamal Amran Kamarudin berkata menara tersebut yang akan dinamakan sebagai Kompleks Mains akan memusatkan pengurusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung.
"Kompleks Mains ini akan menempatkan pejabat Baitulmal Negeri Sembilan, Pusat Zakat Negeri Sembilan, Mains Holding dan anak syarikat milik Mains, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan sebahagian daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
"Manakala Bank Islam akan menjadi penyewa utama menara ini," katanya kepada Bernama Selasa.
Beliau berkata 13 tingkat menara berkenaan adalah untuk blok pejabat manakala satu tingkat untuk parkir dan satu tingkat lagi sebagai podium.
Kamal Amran berkata selain dataran untuk mengadakan pelbagai acara, antara kemudahan lain yang terdapat ialah kemudahan tempat makan dan gerai membeli-belah.
"Kerja-kerja tanah dan meroboh bangunan sedia ada kini sedang dilaksanakan. Menara ini akan mula dibina pada hujung tahun ini dan mengikut rancangan, ia dijangka siap pada tahun 2013," katanya.
Beliau berkata pembiayaan menara tersebut datang dari dana sumber am iaitu hasil dari pelaburan saham, projek kuari dan ladang milik Mains.
"Ini bermakna, menara ini dibiayai sebahagiannya daripada pinjaman bank dan sebahagian lagi dari dana sumber am Mains," katanya. – BERNAMA
23 Ramadhan 1432H, Hospital Langkawi - Dewan Pemuda PAS Parlimen Langkawi mengambil inisiatif sempena Ramadhan pada tahun ini untuk mengadakan program ziarah pesakit-pesakit di Hospital Langkawi, program yang disusun oleh Unit Amal PAS Langkawi ini melibatkan seramai 12 orang anggota yang bergerak dari wad ke wad untuk bertanya khabar, mendoakan pesakit serta menyampaikan cenderahati. Rata-rata pesakit yang ditemui termasuk beberapa pelancong asing memuji usaha tersebut dan berharap usaha ini akan diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
Sdr Zulkifli Hj Noh, Ketua Pemuda PAS Langkawi sedang beramah mesra serta menyampaikan sedikit cenderahati dengan salah seorang pesakit.
Sdr Ahmad Manaf, Pengerusi Unit Amal PAS Langkawi menemui kenalan beliau yang juga terpaksa menerima rawatan di Hospital Langkawi.
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ekoran pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan sahaja kepada rakyat Kelantan dan bukannya royalti, Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini.
Ia bermula apabila ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan bilakah tuntutan royalti kerajaan negeri Kelantan akan dilangsaikan oleh Petronas.
Menjawab soalan itu, Najib menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbang untuk memberikan wang ehsan langsung kepada rakyat Kelantan. Dewan menjadi kecoh dengan jawapan yang diberikan Najib itu kerana ia dianggap menipu dan menafikan hak rakyat Kelantan. Beberapa ahli Parlimen bangun lalu menegaskan bahawa persoalan royalti itu adalah penting untuk rakyat Kelantan. Mereka yang terbabit, termasuk Salahuddin sendiri diminta duduk oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Salahudin kemudiannya diberi amaran keluar dewan beberapa jam jika enggan mendengar penjelasan Najib "Yang penting, kita nak tolong rakyat Kelantan. selepas kita ada semangat nak runding dengan kerajaan negeri, yang penting rakyat dapat manfaat daripada wang ehsan," kata Najib. "Apa nak dipertikai lagi? Yang penting, rakyat Kelantan mendapat wang ehsan dari (kerajaan) Persekutuan," sindir Najib.
Kelantan hari ini sudah banyak membangun, walaupun dinafikan hak royalti minyak sekian lama..
Tanpa laluan Speaker, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad bangkit dan menjelaskan bahawa penjelasan yang diberikan itu tidak menyelesaikan soal kuasa persekutuan dan negeri, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Petronas bersama kerajaan persekutuan-negeri. Pun begitu, Speaker memberi laluan kepada Siti Zailah Mohd Yusoff bercakap mengenai isu royalti Kelantan itu dengan alasan ahli Parlimen Rantau Panjang itu boleh dikatakan mewakili rakyat Kelantan. "Kenapa sebelum ini kerajaan (Persekutuan) tidak pernah mempertimbangkan hak rakyat Kelantan diberikan wang ehsan?" soal Siti Zailah dengan nada yang tegas. "Setelah rakyat dinafikan hak bertahun-tahun, sekian lama, sekarang hak rakyat Kelantan baru nak dipertimbangkan." Beliau yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meminta Najib menjelaskan soal jaminan persekutuan melangsaikan tuntutan royalti minyak tersebut. "Apa jaminan kerajaan (persekutuan) bahawa royalti ini disalurkan kepada kerajaan Kelantan dan rakyat, bukannya kepada JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) yang dilantik kerajaan Persekutuan?" soalnya lagi. Najib dalam nada yang sinis menjelaskan bahawa sepatutnya rakyat Kelantan tidak ada hak mendapat royalti tersebut.
"Selama ini, kerajaan Kelantan tidak ada hak menerima (royalti minyak), sebab ini melibatkan kawasan pertindihan. Sekarang ini, kita dapat sahkan bahawa ada blok (kawasan minyak dalam laut) yang boleh dipertimbangkan...kita pastikan hanya rakyat Kelantan akan dapat manafaat," kata Najib.
Beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sekali lagi bangkit memprotes jawapan lisan itu.
Bagi mengelakkan Najib terus dipertikai, anggota dari Masjid Tanah yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusoff bangkit lalu memohon laluan Speaker untuk menjawab soalan lisan seterusnya, yang melibatkan kementeriannya.
Mengikut pengalaman di Terengganu, wang ehsan diberikan terus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan diagihkan menerusi jabatan dan egensi di bawah kerajaan pusat.
Dari segi pelaksanaannya pula, ia akan melalui ketua-ketua bahagian Umno di negeri itu.
Petang semalam, Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub mendesak kerajaan pusat supaya membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan sebagaimana yang dilakukan kepada negeri-negeri lain.
Cadangan Salahudin ini berikutan dari tuntutan kerajaan negeri Kelantan agar Petronas membayar royalti petroleum sebanyak 5 % sebagaimana yag dinikmati oleh negeri-negeri yang lain yang dikeluarkan minyak dari perairannya.
Tuntutan Kelantan ini disokong oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian ini bagi pihak Petronas dahulu.
Ketika itu beliau adalah Pengerusi Petronas.
Tuntutan ini juga disokong oleh Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dijangka akan menjawab perkara ini di Dewan Rakyat hari ini.
1. Kewajipan ternyata lebih banyak dari masa yang ada pada kita . Justeru itu , jangan lengah , alpa dan bersahaja . Sebaliknya tangkas , tuntas dan cergas .
2. Jangan buka terlalu luas ruang untuk berkhilaf kerana disana terlalu banyak sudut yang boleh kita bersama .
3. Padam secepat mungkin api fitnah yang semakin merebak dan membinasakan jamaah . Sebaliknya , segeralah nyalakan obor persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dan sematkan jiwa berjuang untuk menjulang panji perjuangan ke arah membina negara Toiyyibah [ sejahtera ] dan mengharapkan curahan Maghfirah [ keampunan ]
4. Peliharalah wadah perjuangan suci ini daripada panahan syaithan dan racun iblis agar ia tidak musnah binasa . Korbankanlah perasaan dan apa jua kepentingan diri dan dunia kita andai ia membuatkan jamaah terpelihara , lantaran pengorbanan adalah syarat kemenangan bagi perjuangan suci ini .
5. Mengorbankan tenaga , masa dan wang ringgit barangkali mudah bahkan jauh lebih mudah berbanding korban perasaan terutama saat berdepan keputusan yang tidak memihak kepada kemahuan dan keinginan kita . Sungguhpun demikian , mengorbankan perasaan untuk menerima keputusan mesyuarat [ syura ] sebagai contoh , adalah sebahagian dari ketaatan yang dituntut oleh syara' biar dikala sukar dan getir .
6. Suatu yang paling bernilai dan penting dalam jamaah kita ialah persaudaraan [ ukhuwwah fillah ] dikalangan kita . Ukhuwwah yang diperkaya dengan nilai mahabbah [ kasih sayang ] dan tasaamuh [ tolak ansur ] yang tinggi .Jauh dari bayangan hasad dengki , dendam dan khianat .
7. Seketika jamaah kita terpaksa mengharungi zon sukar . Badai yang mampu menghancurkan seluruh struktur utama jamaah , jika pemimpin dan anggota tidak benar - benar mempertahankannya dengan semangat cintakan Islam dan jamaahnya .
8. Jamaah yang benar dan suci ini mengundang dendam dan cemburu yang sungguh dahsyat dari musuh durjana . Inilah yang telah didedahkan oleh Allah swt di dalam kitab suciNya . Kelicikan mereka dengan bara dendam yang tidak kunjung padam terhadap cita - cita perjuangan Islam ini bisa sahaja membuatkan mereka berani dan nekad menyusup masuk , menyelinap dari celah saf pejuang - pejuang kita lalu membisikkan sejuta fitnah yang menjarakkan mereka malah mencetus sengketa .
9. Sejarah semalam memang masih membekas bahkan pedihnya masih terasa angkara panahan fitnah . Namun bukankah kita selalu dituntut agar berkorban demi perjuangan ? lalu , lupakan lah sengketa lama dan padamkan lah api kebencian . Kita tautkan kembali ikatan ukhuwwah yang longgar akibat gegaran semasa melintasi zon sukar tersebut . Kini kita fokus tanggungjawab dan amanah perjuangan yang belum selesai ditunaikan. Mentari esok masih sedia menyinar . Terpulang kepada kita , apakah mahu terus melangkah atau kita masih tidak mahu mengalah .
10. Fikirkan masa depan perjuangan ini buat generasi akan datang . Janganlah kita rosakkan segalanya kerana mengidam sebuah kepuasan yang belum pasti . Hulurkan tangan kalian , kita bersilang menderap langkah tanpa menoleh lagi mengenang tragedi silam demi masa depan Islam yang gemilang .
Dengan tegasnya, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo ! pada mukasurat 11 ruangan Negara kolum keluaran 26/10/2009 (Isnin) Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah menegaskan bahawa, artikel tersebut adalah satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.
Ditegaskan di sini bahawa:
1. Penulis artikel tersebut amat jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat.
2. Kosmo ! dengan sengaja telah membuat dan menyebarkan fitnah terhadap mangsa kejadian Memali. (Sebagai rujukan: Anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahaya Junaid menegaskan bahawa mangsa peristiwa adalah syahid dan tidak pernah diwartakan oleh mana-mana pihak berkuasa agama bahawa mangsa kejadian Memali terlibat dengan ajaran sesat.)
3. Kosmo ! juga telah mencemarkan kedaulatan KeBawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Kedah kerana, apabila menyifatkan mangsa Memali pengikut ajaran sesat, secara tidak langsung Kosmo ! menuduh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang telah bercemar duli menziarahi pusara mangsa Memali di Kampung Parit Panjang, Baling telah menziarahi pusara pengikut ajaran sesat.
4. Kosmo ! juga dengan sengaja menimbulkan tekanan serta terus memalukan maruah para mangsa Memali dan ahli keluarga mangsa.
Maka dengan ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mendesak agar penulis artikel tersebut, editor dan pihak Kosmo ! untuk memohon maaf secara terbuka dan disiarkan di muka hadapan akhbar Kosmo ! dalam tempoh 24 jam dari masa memorandum ini diserahkan.
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah juga mengingatkan, agar pihak Kosmo ! tidak perlu mengulas lanjut berkaitan artikel tersebut, tidak perlu diterbitkan artikel untuk menegakkan benang yang basah, cukup hanya sekadar pernyataan memohon maaf.
Perkara paling penting yang perlu ada bagi pemuda mukmin adalahkekuatan dan keberanian untuk menzahirkan kebenaran terutama ke atas musuh-musuhnya. Kedua-duanya berkait rapat dengan hubungan yang baik dengan Allah. Hubungan ini terjalin melalui tauhid, cinta, harapan, takut, taubat, kusyuk, tawakkal dan sentiasa berada di sisiNya serta mencukupkan diri dari yang selainNya.
Dalam hal ini, Allah SWT telah pun menjelaskan dalam kitabnya bahawa orang yang berhak menjadi pemimpin di bumi ialah manusia yang memiliki hati yang takut kepada Allah. Sifat takut hanya pada Allah akan menzahirkan rasa berani terhadap selain Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
"Dan Kami pasti akan menempatkan kamu di negeri-negeri itu setelah mereka (orang Kafir) . Yang demikian itu adalah untuk orang-orang yang takut (menghadap) kehadratKu dan takut akan ancamanKu". –Ibrahim ayat 14
BERANI YANG DITUNTUT
Sebenarnya sifat berani yang dituntut agama ialah berani yang bersifat positif sahaja. Dengan kata lain, berani pada tempatnya atau berani kerana benar yang mendatangkan kebaikan kepada diri, jamaah dan masyarakat.
Sebagai contoh ialah berani hanya kepada apa yang disuruh Allah SWT terutama di dalam usaha menegakkan agamaNya. Berani seperti ini adalah sikap diri yang mendorong sifat rajin dan berwaspada, sebab dengan adanya sifat-sifat ini, manusia akan merasa bahawa segala gerak gerinya hanyalah untuk mencari ridha Allah dan sedar bahawa ia sentiasa dalam pengawasan dan pertolonganNya.
BERANI YANG DITEGAH
Berani yang ditegah agama ialah berani kepada sesuatu yang patut ditakuti atau berani melanggar syariat dan peraturan yang baik. Dengan kata lain, berani yang merugikan diri sendiri, jamaah dan masyarakat, setidak-tidaknya berani yang tidak mendatangkan sebarang manfaat.
Berani dalam hal yang tidak baik sama buruknya dengan perasaan takut melakukan yang baik dan berguna, kerana kedua-duanya akan merosak dan menggagalkan hidup seseorang. Tidak menghairankan mereka yang tidak mempunyai keberanian tidak akan meningkat taraf keupayaan perjuangannya. Mereka terlalu mudah menyerah kepada perasaan takut yang menghantui mereka. Hal itu merupakan kesalahan besar terutama terhadap pemuda Islam kerana ia tidak boleh menzahirkan kemampuan yang sebenar
Mungkin kita boleh mencontohi seekor semut yang sedang berusaha mengambil gula di dalam botol, meskipun kita menghalaunya, namun ia tidak mudah mengalah sebelum mendapatkan gula tersebut. Dengan berani, gigih serta tekun ia dapat membawa keluar gula yang terkadang lebih besar dari tubuhnya.
RASUL PELOPOR KEBERANIAN
Bani Israil telah lama dicengkam kejahatan dan kezaliman Firaun. Akibatnya timbul ketakutan yang luar biasa di dalam diri mereka. Antara perlakuan Firaun kepada mereka ialah:
-Firaun membunuh semua anak lelaki yang baru lahir
-Firaun merperlakukan mereka sebagai warga kelas dua
-Firaun menyuruh mereka menyembahnya dan mengaku dirinya tuhan
Perubahan besar Bani Israil berlaku selepas Nabi Musa menerima wahyu dari Allah di Bukit Thursina. Ia bermula apabila Nabi Musa sedar tentang siapa dirinya dan tahu tentang posisi Firaun yang sebenarnya. Maka terzahirlah keberanian Nabi Musa apabila:
-Datang kepada Firaun dan memintanya membebaskan Bani Israil
-Mengajak Firaun menyembah Allah
-Menentang ahli sihir Firaun
-Memimpin Bani Israil berhijrah keluar dari kekejaman Firaun
Lihatlah wahai para pemuda, ketika Nabi Musa tahu tentang diri dan potensinya, berlakulah perubahan. Nabi Musa yang datang menghadap bukan lagi sosok yang menjadi warga kelas dua, diburu tentera Firaun dan anak angkat di istana Firaun, sebaliknya ia adalah Rasulullah yang menjadi pelopor perubahan kepada Bani Israil dengan penuh keberanian.
Justeru itu, sedarlah sahabat bahawa kita adalah "Musa-Musa kecil" yang berhadapan dengan banyak "Firaun-Firaun" yang hadhir dalam berbagai rupa bentuk kehidupan kini. Iaitu Firaun-Firaun yang menakuti kita dan membuatkan hidup kita berada di jalur yang lemah, bacul dan salah.
Tugas kita sebagai "Musa-Musa kecil" adalah melawan segala bentuk "Fir'aunisme kehidupan" yang merosakkan itu. Sebab, selagi kita tidak melawan, kita akan terus dikuasai hingga tidak mampu melakukan perubahan kearah yang lebih baik.
ALQADISIYAH CETUS KEBERANIAN
Al Qadisiyah adalah satu lagi symbol keberanian dalam sejarah awal Islam. Dari satu sudut, ia melambangkan pertarungan sebuah Negara baru yang bermodalkan nilai ubudiyah yang kental melawan sebuah kuasa besar dunia. Dari sudut lain pula, ia melakarkan dialog yang menonjol makna keberanian yang sangat jelas.
Sebagai peristiwa sejarah, Al Qadisiyah adalah lokasi pertempuran besar antara pasukan Islam dengan pasukan Parsi. Negara Madinah yang masih terlalu muda mengirimkan panglima Saad bin Abi Waqqas, sementara Parsi diwakili lansung panglima besarnya Rustum. Tambahan pula kekuatan pasukan Islam hanya seperempat pasukan musuh yang membariskan tentera bergajahnya sebagai kenderaan pemanah namun pertempuran yang berlaku menjadi punca kehancuran kuasa besar Parsi.
Menjelang pertempuran, berlaku dialog yang menonjol makna keberanian yang jelas. Ketika itu, Rustum hairan dengan keberanian pasukan kecil Negara baru dari semenanjung Arab itu
Kemudian ia bertanya kepada Rabi', "sebenarnya dengan apa dan untuk apa kamu datang?"
Rabi' menjawab tangkas soalan ini, "kami datang membebaskan manusia dari perhambaan manusia menuju perhambaan kepada Allah, dari kezaliman cara hidup kepada keadilan Islam dan dari belenggu kehidupan dunia yang sempit kepada keluasan akhirat.
AL-FATIH
Sultan Muhammad Al-Fatih juga telah meninggalkan sejarah keberanian yang luar biasa di dalam usaha membebaskan kotaKonstantinopel. Keberaniannya bukan sekadar berani berhadapan dengan kuasa besar Romawi bahkan berani mencuba untuk mencapai janji Rasulullah SAW dengan melaksanakannya dan juga berani mencuba sesuatu yang baru seperti melayarkan kapal armada Turki di darat dengan menempuh jarak sepuluh batu apabila kapal sudah terperangkap di laut.Di atas kayu-kayu balak yang dilumuri dengan lemak, armada kapal perang Al-Fatih ditarik oleh para tentera dengan bantuan kuda dan lembu.
Al Fatih dengan semangat pelaksanaannya mendapat ilham yang penuh dengan kecerdasan, kekuatan, keberanian dan keajaiban untuk mewujudkan janji yang lama tertangguh. Keinginannya untuk mewujudkan janji itu melahirkan sejarah kepahlawanan yang mengagumkan..
PEMUDA YANG BERANI
Saudara sekelian, apa yang kita inginkan dari perbincangan ini ialah kefahaman dan kesedaran bahawa sifat berani amat penting kepada kita. Kita perlu memiliki sifat berani didalam banyak perkara, antaranya:
-berani melakukan perkara yang bermanfaat dan menguntungkan Islam
-berani mengakui kekurangan
-berani menghadapi kritikan
-berani mencetus dan memimpin perubahan
-berani mengubah suasana dan adat yang rosak
-berani membebaskan diri dari kawalan serta pengaruh yang buruk
-berani bersikap jujur
-berani mempertahankan keyakinan
-berani menerima resiko
-berani menjadi "pemain" bukan sekadar "penonton" dalam perjuangan
-berani mengemukakan pandangan dan kritikan membina
-berani "bangun" setiap kali "jatuh"
-dan lain-lain
Namun bukanlah berani yang kita maksudkan di sini secara membuta tuli, sebaliknya mestilah keberanian yang dibina di atas kebijaksanaan dan penuh hikmah.
Mungkin ada di kalangan kita mengukur keberanian melalui sikap yang ditunjukkan, contohnya dikira berani kalau dapat menegur orang lain dengan lantang dan keras, bahkan dikira amat berani jika mampu "cerkah" orang lain. Ya, ada ketika kita mesti bersuara lantang dan keras, itu adalah salah satu ciri pemuda namun kita mesti bijak menggunakan "sifat keras" itu.
Adalah amat baik jika kita gunakan sifat berani kita untuk mengemukakan cadangan yang baru dan meneroka sesuatu langkah terkini untuk memajukan perjuangan kita.
Akan tetapi janganlah pula kerana terlalu berhikmah akhirnya kita menjadi bacul, lembik, ceroi dan yang semasa dengannya.
PENUTUP
Wahai sahabat-sahabat para pemuda!
Renunglah apa yang diingatkan oleh Rasulullah SAW di dalam sabdanya yang bermaksud:
"Janganlah salah seorang dari kamu menghina dirinya sendiri".
Para sababat bertanya: "Wahai Rasulallah SAW, bagaimana seseorang itu menghina dirinya sendiri?". Rasulullah menjawab dengan sabdanya: 'seseorang yang melihat satu perkara yang patut ia memberi teguran kerana Allah, tetapi ia tidak berbuat demikian, maka pada hari kiamat kelak Allah SWT akan bertanya kepadanya, apakah yang menghalang kamu daripada berkata (menegur) dalam perkara tersebut?, lantas orang itu menjawab: "kerana takutkan manusia", Allah berfirman kepadanya: "Sepatutnya Akulah yang berhak engkau takut"
TERKINI 3.30PTG : Ust Ahmad Yahya, Ketua Pemuda PAS Kedah dilaporkan telah ditahan polis berikutan Demonstrasi Memali yang diadakan tadi.. Diharap para ahli mendoakan beliau dibebaskan secepat mungkin. Situasi terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Berikut adalah artikel dari Blog Pemuda Kedah semalam..
ALOR SETAR, 26 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah mengecam penyiaran artikel oleh akhbar Kosmo! yang mengaitkan peristiwa Memali dengan ajaran sesat.
Ketuanya, Ustaz Ahmad Yahya berkata, artikel tersebut merupakan satu tuduhan yang berniat jahat dan cuba mengeruhkan ketenangan para penduduk Memali khususnya dan para pendokong PAS amnya.
Tegas beliau, penulis artikel berkenaan jelas gagal memahami sejarah peristiwa itu apabila menyamakannya dengan ajaran sesat.
"Peristiwa Memali adalah satu perjuangan rakyat menolak undang-undang zalim iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ingin kami Pemuda PAS Kedah tegaskan ianya tidak langsung boleh disamakan atau sama sekali tidak berkait dengan ajaran sesat.
"Kosmo! dengan sengaja telah membangkitkan fitnah yang sedang tidur! Secara tidak langsung Kosmo! bukan sahaja telah memfitnah Memali tetapi juga kepada PAS yang sehingga kini komited menentang ISA.
"Cukuplah dengan derita yang ditanggung sekian lama oleh ahli keluarga mangsa terbabit, tidak perlu lagi dibangkit dan mungkin menimbulkan tekanan kepada mereka," ujar Ahmad kepada Harakahdaily, sebentar tadi.
Menurut beliau, para pejuang Memali yang terkorban dalam peristiwa 19 November 1985 itu bukan sahaja diiktiraf syahid oleh anggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah, Almarhum Tuan Guru Yahya Joned, malah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu�adzam Shah juga pernah mencemar duli menyiram air mawar di pusara para syuhada.
Malah kata Ahmad, isu Memali jelas satu penganiayaan apabila Kerajaan Malaysia akhirnya bersetuju membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa Memali melalui rundingan diluar mahkamah selain tidak pernah ada mana-mana pihak berkuasa agama yang menyatakan bahawa As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai sesat.
Untuk itu, beliau menuntut Kosmo! dan wartawan serta editor berkenaan tidak terus bermain api dengan segera membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sementara itu di Baling, para penduduk Memali bersama-sama Dewan Pemuda PAS Kawasan Baling telah mengadakan himpunan untuk menghantar laporan polis sebagai membantah penyiaran artikel tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, jam 3 petang tadi.
Kosmo! dalam cetakannya hari ini di mukasurat 11 ruangan Negara! kolum Di Sebalik Berita tulisan Zulkifli Manzor berhubung ajaran sesat di negara ini telah turut sama mengaitkannya dengan peristiwa Memali.
PADANG MATSIRAT, 20 Okt - Kumpulan pertama jemaah haji dari Langkawi telah berangkat menuju Tanah Suci Mekah sekitar jam 5.30 petang hari ini. Keberangkatan para jemaah diiringi oleh seluruh jentera PAS Langkawi.
Bakal-bakal tetamu Allah bersama ahli keluarga telah berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi yang terletak di kawasan Padang Matsirat selepas solat Asar. Turut serta dalam penghantaran jemaah haji ini, jentera Pemuda diwakili Setiausaha Al-Fadhil Ustaz Nazmi bin Natzeri, Bendahari Sdr Muhammad 'Akasyah Bin Azinan serta AJK yang tiba bersama saf kepimpinan kawasan.
"Seluruh kepimpinan Muslimat PAS Langkawi mendoakan agar para jemaah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang proses mengerjakan haji. Kami berharap mereka bakal memperolehi haji yang mabrur," jelas Ustazah Fatiinah binti Ibrahim, Ketua Muslimat PAS Langkawi yang tiba bersama AJK.
Menurut Ketua Lajnah Penerangan dan Dakwah, Sdr Ahmad bin Sidek, dianggarkan sekitar 300 orang bersama-sama mengiringi bakal-bakal haji. "Ini menunjukkan satu sifat ukhwah yang tinggi antara kepimpinan PAS Langkawi dengan masyarakat," tegas beliau.
Pihak Dewan Pemuda PAS Langkawi juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat berangkat ke tanah suci dan semoga mendapat haji yang mabrur serta dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di sana.