Petang semalam, ada sorang adik ni datang jumpa aku. Katanya ada sorang Ketua Puteri datang jumpa dia ajak masuk Puteri UMNO. Dia saja nak sembang dengan aku...tujuannya nak tanya pandangan..wajar ke dia masuk Puteri UMNO...
Adik di baru balik oversea.. Dia study kat UK...baru balik last year. Katanya, dah lama dia diajak masuk Puteri UMNO, cuma dia belum buat keputusan. Katanya, Ketua Puteri yang ajak dia join Puteri tu nak mintak tolong dia lobi bertanding jawatan...
Aku tanya adik tu....Apa kata hati dia bila dipelawa macam tu? Dia kata, hati dia memang nak masuk Puteri. Maklum la... dari dulu seluruh family dia memang sokong UMNO...
Aku tanya lagi... apa pulak kata akal dia? Dia kata, bila tengok keterampilan, peribadi, pakaian, cara pergaulan dan tahap pemikiran Ketua-Ketua Puteri, dia rasa malas nak masuk Puteri UMNO... Hmmm...menarik...! Apa reason dia?
Aku tanya dia...kenapa? Dia kata...walaupun dia study kat UK... dressing dia takde la macam Ketua-Ketua Puteri tu... Dia kata, memang tak semua dressing Ketua Puteri tu yang melampau. Tapi bila dia attend Perhimpunan Agung UMNO, rasa macam nak juling biji mata... Aku gelak!
Dia kata, buka setakat baju blink-blink, tapi ada yang pakai baju kurung tapi transparent, boleh nampak kaler bra dan panties. Ada yang pakai tudung, tapi kain belah sampai hampir nampak paha gebu.
Ada pulak yang pakai kebaya ketat, rambut kaler-kaler, "aset" kat dada tu macam nak terkeluar pun ada. Dia geleng kepala... hmmmmm...paling kelakar, dia kata... ada yang pakai tudung, tapi nampak leher...! Heh!
Dia kata, tu baru pakaian je. Kalau nak dilihat dari segi adab sopan, cara pergaulan, tutur bahasa dan tahap pemikiran, dia tak nampak pun macam iras-iras "gadis Melayu". Abis tu "gadis" apa? Dia kata... "gadis" yang mungkin sudah "tidak Melayu" lagi...
Kata adik tu...Kat UK..walaupun depa kat oversea, ramai gadis Melayu yang kekalkan budaya Melayu Muslimah. Pakai baju yang sopan, longgar, dan yang paling penting menutup aurat ikut mazhab Shafiee... maklum laa..kat UK tu macam-macam mazhab yang ada...
Dia ada ikut usrah kat UK dulu...mujurlah usrah dia tu kendalian pelajar yang takde unsur PAS atau politik. Semua pasal Islam secara fundemantel dan terapkan sifat patriotik dalam diri depa.. pasal PAS atau UMNO langsung tak sebut dalam usrah depa.. Err.. dia tanya.. Puteri ada anjur "usrah" tak?
Tapi dia tak nafikan beberapa pemimpin Puteri yang memang jaga keterampilannya macam Rosnah Shirlin. Aku kata kat adik tu...Rosnah dah habis term..dia dah tak boleh tanding Puteri dah kot... Dia perlu cari kepimpinan Puteri yang baru...
Aku sempat bagi tips kat dia...First...cari pemimpin yang siddiq, amanah, tabligh dan fathonah. Kedua, cari pemimpin yang jaga akhlaknya, kurang kontroversi dan taat pada Islam. Ketiga, pemimpin Puteri tu mesti jaga auratnya...
Maklum laa.. puak PAS ni selalu bangkitkan isu "aurat" pada Puteri UMNO...dan aku akui memang ada kelemahan tu pada Puteri UMNO... jadi aku harap, sesiapa yang nak bertanding Ketua Puteri dan Naib Ketua Puteri tu perlu cari jalan untuk jadikan Puteri UMNO tu benar-benar menutup aurat!
Aku dengar, dah dekat 5 nama nak bertanding Ketua Puteri, 2 Naib Ketua Puteri dan mungkin akan bertambah nanti...
Jadi aku pesan kat semua adik-adik Puteri... pilihlah Ketua Puteri yang boleh membimbing ke arah Islam, menperjuangkan Melayu dan mendaulatkan negara. Jangan sesekali pilih Ketua atau Naib yang asyik-asyik nak melawa saja, nak seronok-seronok dan nak ketawa-ketawa saja...
Paling utama...JANGAN SESEKALI PILIH YANG BERI DUIT DAN MINTAK UNDI DEPA. Itu namanya rasuah politik! Allah kata, "Arrasyi wal murtasyi finnaarr.." ertinya, orang yang merasuah dan terima rasuah tempatnya ialah neraka. Korang na pilih pemimpin macam tu ke?
Ingatlah. Puteri UMNO dulu pernah dipandang tinggi dan begitu dihargai kehebatannya. Sekarang ni dah layu dan lemau. Pilih la yan terbaik.. ingat...pilih yang menepati ciri-ciri seorang muslimah yang berfikiran jauh, berIQ tinggi dan memperjuangkan alif ba ta..
Kalau tidak, lingkup la Puteri sepenggal lagi...kan? kan? kan?
Berapa sangat la building dan equipment untuk bersalin berbanding hospital pakar..kan?
Semalam, media melaporkan DS Najib melancarkan Projek Pembinaan Hospital Permata, sebuah hospital pakar kanak-kanak di Cheras. Hospital tu bernilai RM606 juta dan memberi fokus pada kes pediatrik atau kesihatan kanak-kanak...
Memang bagus. Selesai satu perkara yang baik untuk masa depan generasi muda... Aku tak komplen dan setuju dengan pembinaan hospital tu...
Tapi... Aku nak tegaskan di sini bahawa sebuah daerah di Kedah yang bersempadan dengan negeri Perak juga sangat-sangat memerlukan sebuah hospital. Malah sepatutnya, hospital tu lebih wajar dibina sejak dulu lagi...
Kenapa? Meh sini aku cerita...
Kat Kedah ni, ada sebuah daerah yang bernama Bandar Bharu yang terletak di sempadan negeri Kedah - Perak. Bandar Bharu lokasinya berjiran dengan Selama, Perak.
Nak tahu apa masalahnya? Masalahnya... Perak selalu "curi" orang Kedah..!!!
Kalau korang nak tahu, kalau ibu yang tinggal di Bandar Bharu tu nak bersalin, dia akan dikejarkan ke hospital di Selama, Perak. Sebabnya, hospital di Selama tu paling dekat lokasinya berbanding Hospital Besar yang terletak di Kulim.
Jadi, bila bayi tu dilahirkan di hospital Selama, maka secara automatik dia akan jadi anak Perak! Kalau anak Kedah, individu itu akan diberikan kod 02 pada surat lahirnya dan begitu juga pada kad pengenalannya. Dan bayi yang lahir di Perak, berlainan nombor kodnya...
Bila baby di dibawa pulang ke Kedah dan membesar di Bandar Bharu, maka dia akan mengalami pelbagai kesukaran dan tidak dianggap sebagai "anak Kedah". Maknanya, dia akan terlepas beberapa keistimewaan yang diberikan khas kepada anak Kedah...
Ye laaa.. takkan la dia nak mintak macam-macam kat negeri Perak kot? Dia bukannya duduk di Perak pun...kan? Macam-macam perkara dan keistimewaan yang dia tak dapat di Kedah tau...contohnya, dia tak boleh buat "boarder pass" ke Thailand. Kalau ibubapanya nak bawa melancong ke Krabi, maka baby tu kena apply passport! Haru..kan?
Tu belum kes nak masuk sekolah lagi tu...Time tu...macam-macam bantuan dari Kerajaan Negeri Kedah dia takkan dapat..contoh, biasiswa Kerajaan Negeri Kedah dan sebagainya. Payah bebbbb... tu yang ramai orang Bandar Bharu komplen tu...
Jadi, untuk selesaikan masalah ni, aku setuju dengan permintaan ADUN Bandar Bharu, YB Sabrina. Dia mintak Kementerian Kesihatan untuk buat sebuah hospital bersalin di Bandar Bharu bagi mengatasi masalah tu. Ramai yang mengadu kat dia pasal masalah tu...
Masalahnya, bila dia bawa perkara ni pada Kementerian Kesihatan, seorang pemimpin dari Penang tu kata...dia sendiri nak mintak hospital kat tempat dia (Penang). Errr.. Mamat ni pentingkan diri sendiri ke apa?
Setahu aku, rakyat Bandar Bharu bukan mintak hospital "pakar" pun. Depa hanya mintak sebuah HOSPITAL BERSALIN BIASA bagi kemudahan depa. Depa nak jadi anak Kedah dan takmau jadi rakyat Perak. Ye laa.. orang Perak nak ke jadi orang Kedah kalau mak bapak depa dok kat Perak?
Jadi, aku memohon agar DS Najib dengan kuasa yang ada sebagai PM, memberi arahan dan peruntukan kepada Kementerian Kesihatan untuk membina sebuah HOSPITAL BERSALIN BIASA di Bandar Bharu. Boleh?
Itupun kalau DS Najib sayangkan orang Melayu di Bandar Bharu tu yang bagi undi kat BN masa PRU ke-13 hari tu. Tapi kalau DS Najib rasa nak DUN Bandar Bharu tu hilang dari tangan BN, rasanya dia tak payah la peduli dengan rintihan rakyat kat situ..kan? kan? kan?
P/s: Kalau dulu boleh bagi sampai beratus juta kat orang Cina masa Pilihanraya Negeri Sarawak, kenapa tak boleh bina hospitak untuk majoriti orang Melayu di Bandar Bharu, kan? heh!
KES PEMBUNUHAN Altantuya Sharibuu mendapat liputan meluas media tempatan dan asing setelah model sambilan dari Ulan Bator, Mongolia itu dikatakan ditembak sebelum mayatnya diletupkan.
Secara tidak langsung, ini menarik minat masyarakat untuk mengikuti perkembangan kes dari awal hingga tamat.
Hari ini, mahkamah Rayuan Putrajaya telah memutuskan bahawa suspek utama pembunuhan ini, Kpl Sirul Azhar Umar, 43, dan Cif Inspektor Azilah Hadri bebas daripada hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan kepada mereka sebelum ini.
Di bawah, antara cerita yang dipetik sepanjang Sirul dan Azilah ditahan hinggalah hari ini yang merupakan detik paling berharga buat mereka.
Siapa sangka setelah bertahun-tahun turun naik mahkamah mengharung kes paling berprofil tinggi, mereka akhirnya terlepas dari tali gantung.
Segala-galanya bermula 7 tahun lalu, iaitu 15 November 2006 apabila Sirul dan Azilah, kedua-duanya anggota dari Unit Tindakan Khas (UTK) dituduh membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam, 19 Oktober 2006 dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Turut diseret sama, penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 54, yang dituduh bersuhabat dengan mereka.
Abdul Razak bagaimanapun, dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat pada 31 Oktober 2008.
Maka, tinggallah Azilah dan Sirul membela diri masing-masing.
Mereka dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dengan niat yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
BAGAI DRAMA
Bagaikan drama – itulah babak demi babak yang dapat dirakam sepanjang perbicaraan berlangsung. Mereka yang mengikuti perkembangan kes ini pasti dapat berasakan unsur suspen, sedih, terkejut dan macam-macam lagi emosi yang mewarnai prosiding kes.
Antaranya, peguam yang mewakili Azilah ditukar bagi menggantikan peguamnya yang menarik diri walaupun hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi perbicaraan kes itu bermula di Mahkamah Tinggi.
Unsur suspen lain adalah, bila salah seorang saksi iaitu penyiasat persendirian P. Balasubramaniam mengecam Azilah sebagai pemandu kereta Proton Wira merah yang membawa Altantuya dari rumah Abdul Razak Abdullah Baginda pada malam dia dikatakan dibunuh.
Teman wanita Azilah, Lans Kpl Rohaniza Roslan turut ditahan reman dan menjalani soal siasat berkenaan kes ini.
Rohaniza yang ketika itu sudah berkhidmat selama 9 tahun bersama PDRM tidak dapat menahan perasaan dan mengalirkan air mata apabila mengulas perasaannya diletakkan dengan tahanan lain ketika direman.
Kata Rohaniza, "Saya malu dan tertekan. Sebelum ni saya yang jaga mereka. Tiba-tiba saya pula yang masuk lokap."
Pada masa sama, seorang lagi wanita yang merupakan tunang Azilah iaitu Nor Azilah Baharuddin setia menghadiri mahkamah sepanjang kes berjalan.
Di mahkamah, Azilah pernah mencuri perhatian apabila menyuarakan ketidakpuasan hati yang disampaikan oleh peguamnya, tentang keistimewaan yang diberi kepada isteri Abdul Razak yang dibolehkan mengiringi tertuduh ketiga itu sehingga ke lokap sedangkan dia dan Sirul, berjalan dalam keadaan tangan digari ke belakang.
Azilah juga memohon supaya mahkamah menegur jurugambar yang dikatakan telah melompat keluar dari garisan polis dan cuba mencabut jaket yang meliputi mukanya.
Dalam pada itu, salah seorang saksi iaitu Ketua Cawangan Soal Siasat di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DSP Zainudin Abdul Samad berkongsi karektor Azilah ketika perbicaraan.
Katanya, anak kelahiran Sarikei, Sarawak itu gemar berhibur, 'window shopping' dan suka berpuasa malah turut berpuasa semasa dalam tahanan reman.
Sementara kawan rapat Sirul yang turut dipanggil sebagai saksi, Sarjan Rosli Ibrahim, yang mengenalinya sejak mereka berdua dalam skuad yang sama ketika mula berkhidmat dengan PDRM melahirkan perasaan sedihnya dengan nasib menimpa Sirul apabila terbabit dengan kes itu.
Ketika perbicaraan melibatkan dirinya, Rosli telah tampil dengan dakwaan bahawa anak kunci rumah yang ditunjukkan polis padanya tidak serupa dengan kunci rumah Sirul yang diketahuinya.
RAYUAN HUKUMAN GANTUNG
Akhirnya pada 9 April 2007, Mahkamah Tinggi Shah Alam akhirnya menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Azilah dan Sirul kerana didapati bersalah membunuh Altantuya. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pihak pendakwaan telah membuktikan tanpa keraguan munasabah kes terhadap mereka.
Katanya, pembelaan kedua-dua tertuduh berdasarkan kepada penafian dan juga menyalahkan satu sama lain dan dengan itu, ianya tidak boleh dipercayai.
Azilah dan Sirul kemudiannya memfailkan notis rayuan ke atas sabitan dan hukuman itu.
Pada 24 Jun 2013, peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Azilah berhujah menyatakan Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam mensabitkan anak guamnya dan Sirul kerana mereka tidak memiliki atau mengawal bahan letupan C4 yang didakwa digunakan dalam pembunuhan Altantuya.
Hazman juga berhujah, terdapat ketidaktekalan dalam keterangan saksi pendakwaan berhubung maklumat yang dikatakan diberi oleh Azilah yang membawa kepada penemuan lokasi kejadian.
Seterusnya 19 Ogos lalu, apabila Mahkamah Rayuan diketahui akan mengumumkan keputusan pada Jumaat (hari ini) berhubung rayuan Azilah dan Sirul, ramai menanti penuh debar. Manakan tidak, ini merupakan keputusan besar dari sebuah kes berprofil tinggi.
Dan seperti semua sedia maklum, keputusan hari ini nyata berpihak pada Azilah dan Sirul.
PENANTIAN TUJUH TAHUN
Apa-apa pun, tujuh tahun telah berlalu dan sepanjang tempoh itu kita hanya mampu membicarakan kes ini berdasarkan agakan dan rumusan sendiri. Sedangkan perkara sebenar, hanya Tuhan dan pembunuh sebenar sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku.
Yang pasti, episod paling pahit dalam hidup Azilah dan Sirul sudah pun berakhir apabila mereka terselamat daripada mengakhiri hidup di tali gantung.
Semoga keadilan akan sentiasa menyebelahi orang yang benar. -Mynewshub.my
Mula-mula..Forum ni nampak serius... tapi lepas tu memang kelakar habis... Ustaz Kazim dan Ustaz Zul memang kelakar la bebbbb..! Berilmu dan memiliki kefahaman yang mantap... bukan merapu je macam "ostat" yang bawak keta laju tuuu...heh!
Ramai bebbb..!!! Hampir 10,000 orang... Tapi orang PAS kata 500 orang je la kottt...heh! Kalau depa yang anjur program, 10,000 pun depa kata 500,000..!!! kan? kan? kan?
Untuk dapatkan ilmu dan kefahaman agama yang sebenar, tak payah la campur aduk politik macam "ostat" tu... cuba letak ketepi kejap politik dan concentrate fokus untuk pencerahan agama..tak boleh?
Tu diaaaa... duduk atas tanah..duduk atas rumput..duduk atas besi... berdiri sampai 2 jam pun sanggup bebbb..! Orang Kedah memang superbbbb..!!!
Cuba kira... cukup tak 10 orang? Ni mujur member aku fokus setempat jer... heh!
Tu diaaa... Timbalan Menteri Koperasi...Tok Bashah kita memang suka dengar Forum Perdana dan ceramah agama yang takdak campur baur politik ni... katanya ini la fahaman Islam yang tulen!
Mak Long tu tunggu sejak lepas maghrib kata member aku... heh! Dia dok depan dengan member aku...bersila atas papan plywood!
Kita perlu kuasai semua perniagaan barang-barang keperluan asas melalui koperasi... jadi kita tak payah lagi bergantung kat "depa"... (errr..."depa" tu maksud Ustaz Kazim tu "cha ya nun alif" laaaa...) Heh!
Alunan zikir munajat Ustaz Zulkarnain semalam memang benar-benar menyentuh hati aku... jauh lebih sedap dan ikhlas zikirnya berbanding "Ostat" Badrul "tuala" Amin yang bagi kaunseling kat bini orang dalam bilik hotel tu...heh!
Khabarnya dalam masa terdekat ni ada lagi ceramah Ustaz Kazim kat Kedah lagi... kat mana? Bila? Ada sesiapa boleh kasi info tak?
Forum Perdana diselangi dengan persembahan dari kumpulan nasyid Faiz memuji-muji kebesaran Allah SWT... bukannya dengar lawak merapu tabur fitnah tak masuk akal Leman RajaTakLawak tuuuu...heh!
Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Zul jadi panel.. Ustaz Fauzi jadi moderator.. mantap bebb!
Macam aku cerita tadi, semalam memang aku ada ke Jitra untuk dengar Forum Perdana. Ahli panelnya ialah Ustaz Kazim Elias! Aku suka Ustaz Kazim...dia jauh lebih best berbanding UAI yang suka bawak keta laju-laju sampai eksiden tuuu..heh!
Forum tu di moderate oleh Ustaz Fauzi dan seorang lagi panelnya ialah Ustaz Zulkarnain, pengacara program Imam Muda yang famous tuuuu..! Memang best!
Korang fikir, kalau Forum Perdana sentuh pasal koperasi ni..selalunya tak best? Boring? Heh! Kali ni aku cakap korang salah. Memang best semalam!
Lebih-lebih lagi Ustaz Kazim dan Ustaz Zul kasi "tips baik punyaaaa" untuk kita umat Islam...khususnya untuk digunapakai bagi menyokong "boikot barangan Ah Beng"..! Heh! Meh sini aku cerita sikit...
Ustaz Kazim kata.. sepatutnya umat Islam di Malaysia ni rasa bertuah sebab kerajaan galakkan kita tubuh koperasi. Malangnya kita tak ambik peluang tu... Dia kata, koperasi merupakan medium terbaik untuk tingkatkan ekonomi ummah..!
Dia menyarankan agar Kerajaan beri AP barang-barang keperluan utama macam beras, tepung, gula, dan sebagainya kepada koperasi-koperasi bumiputera. Jadi, kita tak lagi bergantung pada "cha ya nun alif"...!
Contohnya, berikan AP gula pada "koperasi janda". Ustaz Kazim yakin, dalam masa 2-3 tahun, semua janda-janda ni akan hilang "status" janda sebab dipinang orang! Ye laaa.. bila koperasi janda monopoli bekalan gula, dah tentu la depa kaya...kan? Sapa tak mau kahwin dengan "janda kaya"? heh!
Contohnya lagi, AP ayam. Kalau diberikan AP ayam tu pada Koperasi Bekas Perajurit. Dah tentu la bekalan ayam akan dikawal oleh orang Islam. Jadi, bekalan ayam takkan jadi masalah lagi bila masuk bulan puasa atau hari raya... Takde la lagi kenyataan "tak payah makan ayam" nanti..kan? Heh!
Katanya, kalau AP diberi pada individu perseorangan, maka dia sorang saja la yang kaya. Tapi kalau diberik AP pada koperasi, maka ramai la yang akan berkongsi jadi kaya, kan? Lebih penting, kita takde lagi la bergantung pada "cha ya nun alif" untuk supply barang keperluan utama, kan?
Ustaz Zul pula menegaskan bahawa setiap koperasi perlukan Muraqabah, Muhasabah, Mujahadah, Mu'aqabah, Mu'atabah. Lima M (5M) bagi memastikan sesebuah koperasi tu betul-betul mantap.
Muraqabah untuk menyatupadukan silaturrahim sesama umat Islam. Muhasabah untuk mengenal pasti kelemahan dan kelebihan diri - koperasi. Mujahadah untuk memperjuangkan ekonomi ummah. Mu'aqabah tu aku lupa apa maksudnya (sorry..adehh).. tapi Mua'tabah tu maksudnya konsistensi...
Ikhlasnya aku cakap, tak rugi aku bayar duit minyak member aku untuk ke Jitra semalam. Memang best. Paling best, member aku setuju untuk bawak kamera dia dan tolong rakam gambar Forum Perdana tu semalam...
Member aku selamba kat depan tolong amik gambar, aku melepak makan cucoq chempedak kat tepi khemah! Heh! Thanks bro.. jasa mu di kenang... Nanti aku publish gambar-gambar yang dia sempat rakam semalam... tungguuuu....! Heh!
Kalau sebut perkataan "koperasi", aku rasa korang mesti "boring" je dengar, kan? Rasa macam "ko-op" kat sekolah je, kan? Tapi kalau korang tahu la rahsia di sebalik koperasi, aku rasa korang akan meroyan nak tubuh koperasi siang malam...
Actually, aku pun macam korang jugak. Persepsi aku pasal "koperasi" ini selalunya untuk orang "pencen". Padahal, koperasi ni benar-benar beri banyak manfaat pada umat Islam kalau ditubuh dan dilaksanakan dengan baik...
Baru ni member aku mintak tolong letak banner Hari Koperasi Kebangsaan 2013 yang sedang berlangsung di Jitra sekarang ni. Pasal event ni berlangsung di Kedah, dengan suka hati aku promote banner tu kat blog...
Kalau korang nak tahu, kat Malaysia ni ada lebih dari 10,000 koperasi berdaftar. Yang mengejutkan aku, jumlah keseluruhan nilai aset koperasi-koperasi kat Malaysia ni semuanya berjumlah lebih dari 100 bilionnnn..!!! Perghhh..!!! Sapa cakap Koperasi tak mantap bebbbb...!
Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang pi la ramai-ramai kat Bandar Darulaman tu. Senang je tempatnya..korang tengok khemah panjang banyak-banyak tu.. haaa... tu betul la tuuu.. Korang lawat la sendiri...yerkk!
Tu diaaa awek bertomoi...nasib baik tak "gomoi"...Heh!
Menarik bebbbb..! Macam-macam ada.. Semalam ada tomoi..! Awek pun bertomoi!
Hari ni masuk hari ke dua. Esok last. Pergi la bebbbb... rugi kalau tak pi... Semalam aku dah pi dahhh.. Biasa laaa... Aku pi dengar ceramah Ustaz Kazim dan Ustaz Zulkarnain.. memang mantap! Hampir 10,000 orang! Nanti aku cerita...heh!
Satu lagi hadiah kerajaan DAP kepada rakyat P.Pinang terutaman penyokong tegar hasil sokongan padu ditunjukkan di PRU13 hingga terus menjadi tokong CAT menerajui negeri ini .
Kadar Surcaj diperkenalkan DAP sebelum ini akan dinaikkan sekali ganda untuk rakyat P.Pinang bermula 1 September ini . Tahniah !!!
Kerajaan DAP Pulau Pinang akan menaikan surcaj pemuliharaan air (WCS) sebanyak 100 peratus bagi penggunaan domestik bermula 1 September ini. Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (BPAPP), Ir. Jaseni Maidinsa berkata, WCS itu akan dinaikkan daripada 24 sen kepada 48 sen setiap 1,000 liter untuk penggunaan melebihi 35,000 liter sebulan bagi menggalakkan penggunaan air yang lebih bijak. Katanya, penggunaan air domestik di negeri ini terlalu tinggi dan PBAPP tiada pilihan lain selain menaikan kadar WCS bagi menggalakkan pemuliharaan atau penjimatan air. Katanya, penggunaan air domestik per kapita di Pulau Pinang telah mencapai tahap tertinggi iaitu 302 liter per kapita sehari sehingga 30 Jun lalu berbanding 294 liter per kapita tahun lalu. "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2010 juga mengesyorkan pengunaan air adalah sebanyak 50 hingga 100 liter per kapita manakala penggunaan air per kapita di Singapura bagi tahun lalu adalah sebanyak 152 liter. "Oleh kerana bekalan air domestik disubsidi negeri dan perkhidmatan bekalan air adalah baik, orang ramai dilihat terus menggunakan air secara berlebihan, namun sebagai negeri yang kekurangan air kita perlu memikirkan masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jaseni berkata, PBAPP tidak lagi mampu memberi subsidi sebanyak RM65.4 juta setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik dan unjuran perbelanjaan modal bagi projek bekalan air di negeri ini adalah sebanyak RM99.9 juta. - UTUSAN ONLINE
Pucuk pimpinan Pas diminta menyatakan pendirian berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik membatalkan rayuan kerajaan Malaysia berhubung isu melibatkan pengunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.
Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, rakyat mahu melihat pendirian Pas dalam memperjuangkan isu kritikal seperti kalimah Allah atau pemimpin parti itu hanya sekadar bersuara demi kepentingan politik masing-masing.
Menurut beliau, desakan itu bagi memastikan parti tersebut masih lagi relevan dalam perjuangan Islam serta tidak tersasar daripada landasan sebenar.
Tambahnya, sebagai sebuah parti berteraskan Islam, pucuk pimpinan Pas sepatutnya hadir menyatakan sokongan semasa perbicaraan berhubung kes penggunaan kalimah Allah di Putrajaya semalam.
"Ketiadaan seorang pun ahli Pas semalam menimbulkan persoalan. Ahli-ahli Pas perlu bertanya kembali sama ada mereka perlu mempertahankan sebuah parti yang secara terang-terangan enggan memperjuangkan penggunaan kalimah Allah.
"Mereka perlukan kepastian sama ada parti itu akan bersama-sama menolak penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian atau sebaliknya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Kumpulan Utusan di sini hari ini.
Beliau mengulas kegagalan pucuk pimpinan Pas hadir ketika Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran penggunaan Kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.
Sementara itu, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, umat Islam di negara ini perlu bersatu mempertahankan kalimah Allah seperti mana sokongan yang ditunjukkan masyarakat Islam yang hadir ke mahkamah semalam.
"Saya harapkan 10 September ini akan lebih ramai umat Islam hadir menyatakan sokongan terhadap usaha mempertahan kalimah Allah yang turut mempunyai kaitan dengan isu akidah serta agama Islam sebagai agama Persekutuan.
"Perkara ini perlu dipertahan semua pihak sama ada kerajaan mahupun rakyat. Saya harap momentum hadir di mahkamah ini tetap dikekalkan sehingga keputusan diterima," katanya.
Zahid for PM ! Tahniah kerana bertegas walaupun dengan sesama ahli kabinet.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini mengeluarkan kenyataan keras kepada bekas pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Hindraf P Waytha Moorthy berhubung tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati lima suspek penjenayah di Pulau Pinang.
Ahmad Zahid dalam ucapan perasmian semasa "Forum Pencegahan Jenayah: Undang-undang semasa dan langkah-langkah untuk mencegah jenayah kekerasan secara berkesan" di Petaling Jaya menegaskan, pemimpin berkenaan harus melepaskan jawatan kerajaan jika kenyataan yang dikeluarkannya masih "bersifat seperti NGO."
Tegasnya lagi, dalam usaha memerangi jenayah, penjenayah seharusnya tidak menerima simpati umum.
"Jika ada seorang tokoh yang pernah ketuai NGO, dan jadi anggota pentadbiran memberi komen negatif, berhenti dari kerajaan, duduk dalam NGO semula," kata ahli Parlimen Bagan Datoh itu.
"Dalam perkara ini jangan kita ada simpati kepada penjenayah," tegasnya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Waytha Moorthy, yang juga merupakan bekas pemimpin Hindraf dilaporkan media berkata beliau tidak percaya berlaku tembak menembak antara pasukan polis dengan suspek, sebaliknya mencadangkan mereka ditembak pada jarak dekat.
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno itu bagaimanapun ketika ditanya pada sidang media adakah kenyataan itu dikeluarkan merujuk kepada Waytha Moorthy hanya berkata: "awak faham-faham sendirilah."
Beliau juga sebelum ini dilaporkan menasihati Waytha Moorthy supaya tidak mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan dasar yang ditentukan kerajaan.
"Beliau jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan, beliau bukan pemimpin Hindraf lagi, jangan campur tangan kerja polis," kata Ahmad Zahid dipetik laporan media. -24 Ogos, 2013.
TIMBALAN Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberikan isyarat yang jelas bahawa kerajaan sama sekali tidak akan tunduk dengan tekanan yang dibuat oleh Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berhubung Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Sememangnya ketegasan itu wajar kerana rakyat semakin muak dengan mainan Dong Zong yang tidak sudah-sudah dengan pemikiran sempit mereka.
Biar pun sudah berkali-kali diperjelaskan bahawa tiada agenda dalam PPPM untuk menghapuskan bahasa Cina dan sekolah jenis kebangsaan Cina tetapi persatuan itu terus juga buat-buat tidak faham.
Sebab itulah, bukan kata Muhyiddin malahan kita juga mempersoalkan apakah sebenarnya yang Dong Zong mahukan.
PPPM turut digubal dengan penyertaan persatuan itu dan mereka sudah pasti faham apa yang akan dilaksanakan melalui pelan berkenaan tetapi malangnya mereka terus melakukan penentangan berterusan.
Sepatutnya, Dong Zong perlu berjiwa besar dan berterima kasih dengan sikap kerajaan yang turut menjemput mereka dalam merangka pelan tersebut.
Kerajaan ikhlas berbuat demikian bagi memastikan semua pihak berpuas hati dan tidak timbul sebarang isu apabila ia dilancarkan bulan depan.
Tetapi malangnya, Dong Zong seolah-olah mahu terus memainkan sentimen dalam soal memperjuangkan bahasa Cina dan sekolah jenis kebangsaan Cina. Ada sahaja bantahan mereka sehingga kita berasa mual untuk mendengarnya.
Jika Dong Zong ikhlas mereka sepatutnya memberi cadangan seperti mana sikap kelompok masyarakat Cina yang waras dan tidak melihat PPPM sebagai satu ancaman.
Bagaimanapun Dong Zong memilih pendekatan yang menyebabkan timbul tanggapan bahawa persatuan itu ingin terus berkonfrantasi dengan kerajaan serta meracuni pemikiran masyarakat Cina.
Oleh itu, rakyat Malaysia khususnya masyarakat Cina tidak terus terpengaruh dengan 'wayang' yang dimainkan oleh Dong Zong. Seperti mana kata Muhyiddin, kita juga tertanya-tanya apakah tujuan persatuan itu.
PPPM harus dilancar dan dilaksanakan kerana ia melibatkan usaha bagi meningkatkan sistem pendidikan negara.
Kalaulah kerenah puak seperti Dong Zong ini dilayan sampai ke bila pun kita tidak dapat menyaksikan peningkatan dalam sistem berkenaan.
Biarlah Dong Zong dengan protes mereka kerana mereka bukanlah kelompok yang mewakili keseluruhan masyarakat Cina kerana bak kata Muhyiddin, ''...kita tidak akan layan lagipun mereka (mewakili) kelompok kecil sahaja.''
Apa yang penting ialah segala kebimbangan Dong Zong berhubung sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Cina adalah tidak betul.
Dari semasa ke semasa, kita yakin rakyat akan mengetahui juga siapa yang betul dan siapa yang terus mahu 'berpolitik'.
Kalau Dong Zong berhasrat untuk berpolitik maka masuklah ke gelanggang politik, jangan mendabik dada menyatakan mereka pejuang pendidikan Cina tetapi tindak tanduk seperti parti politik.
Kerajaan mengamalkan sikap terbuka, sentiasa bersedia menerima kritikan dan teguran. Malahan dalam apa juga perkara melibatkan rakyat, kerajaan sentiasa membuka pintu kepada rakyat untuk memberi pandangan tetapi janganlah melampau.
Apa yang penting, sesuatu cadangan itu mesti berteraskan kepada kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan bukannya menjuruskan kepada sesuatu kaum sahaja.
Begitulah juga PPPM, sementara sekolah jenis kebangsaan terus dipertahankan dan bahasa ibunda masing-masing dikekalkan, keupayaan sekolah-sekolah lain pula dipertingkatkan.
Justeru tidak perlulah lagi kita berasa khuatir atau bimbang dengan mainan yang ditonjolkan oleh Dong Zong.
Jika Dong Zong mahu bercakap soal sesuatu kaum sahaja, maka pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada kaum lain juga boleh berbuat demikian.
Tetapi malangnya kalaulah NGO seumpama itu khususnya daripada orang Melayu bersuara, mereka akan dituduh rasis atau bersikap perkauman, bagaimanapun setakat ini tidak ada pula mana-mana pihak khususnya parti politik tertentu mahu mengatakan Dong Zong bersikap perkauman.
Berikutan keadaan itu adalah diharapkan Dong Zong akan lebih bersikap terbuka dalam memperkatakan soal PPPM ini. Ikhlaslah kalau betul-betul ingin memperjuangkan soal pendidikan.
Sebenarnya tidak salah untuk Dong Zong memperjuangkan perkara berkenaan tetapi janganlah melihat ia dari sudut sempit dan kepentingan kaum tertentu sahaja.
Hakikatnya, sudah lama Dong Zong bersikap demikian sehinggakan ada pihak melihat persatuan itu seolah-olah sudah melampau.
Dong Zong tidak boleh menganggap mereka begitu istimewa sehingga apa juga desakan dan tuntutan mereka perlu dilayan.
Mereka hanya sebuah persatuan, oleh itu mereka perlu memahami hanya layak untuk dilayan sebagai sebuah persatuan, tidak lebih daripada itu. Kalau Dong Zong mahu semua tuntutan mereka dilayan, susahlah kerajaan.
Namun begitu dengan kenyataan Muhyiddin, kita percaya bahawa kerajaan tidak akan tunduk dengan tekanan Dong Zong lagi.
Sememangnya inilah tindakan paling tepat kerana di negara ini tidak boleh ada mana-mana pun persatuan yang dilihat semakin 'besar kepala'.
Ini bukanlah bermaksud, kita hendak menyekat kebebasan bersuara dan memberi pendapat atau kerajaan perlu melaksanakan sesuatu dasar mengikut kehendak kerajaan sahaja tetapi salurkanlah sebarang pandangan secara ikhlas dan jujur.
Kerajaan sudah bersikap terbuka dalam soal PPPM ini, kalau betul kerajaan mahu menghapuskan sekolah jenis kebangsaan tidak kira Cina atau Tamil serta menghapuskan bahasa ibunda masing-masing sudah pastilah kerajaan tidak akan menjemput persatuan seperti Dong Zong untuk turut serta.
Tetapi itu tidak berlaku sebaliknya semua pihak diberi peluang memberi pandangan termasuklah Dong Zong.
Apabila perbincangan dijalankan dan keputusan sudah dibuat, maka hormati kesepakatan bersama. Janganlah amalkan sikap 'rumah siap pahat berbunyi'.
Semoga dalam isu PPPM ini, kerajaan akan terus tegas dan tidak membiarkan tindakan Dong Zong menjadi penghalang kepada agenda perkembangan sistem pendidikan negara.
Tidak kisahlah apa pun Dong Zong hendak buat atau lakukan selepas ini tetapi apa yang pasti PPPM perlu dilancarkan seperti mana dijadualkan kerana itulah hasrat seluruh rakyat Malaysia.
Amerika Syarikat berhadapan gangguan perkauman berhubung insiden 2 remaja Afrika Amerika dan seorang remaja kulit putih membunuh seorang pemain besbol harapan Australia berusia 22 tahun yang menuntut di Amerika Syarikat atas alasan lebih kurang "kerana berasa bosan dan ingin membunuh seseorang". Ia mencetus rasa marah rakyat Australia dan ada yang memboikot Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat sendiri, kes telah membangkitkan sentimen perkauman. Ini kerana pelakunya merupakan dua remaja kulit hitam berusia 15 dan 16 tahun manakala remaja kulit putih berusia 17 tahun adalah pencacai mereka. " 90% orang kulit putih jahat. Benci mereka" seperti yang pernah di Tweet oleh salah seorang pelaku April lalu.
(CNN) -- One of the Oklahoma teenagers accused of killing 23-year-old Australian baseball player Christopher Lane had previously posted images online showing himself posing with guns and wads of cash.
And three days before what police call the indiscriminate shooting, the suspect, 15-year-old James Edwards Jr., tweeted, "With my n****s when it's time to start taken life's" -- a line from the Chief Keef rap song, "I Don't Like."
Back in April, he tweeted, "90% of white ppl (people) are nasty. #HATE THEM."
Police in the town of Duncan have charged Edwards and Chancey Luna, 16, as adults with first degree felony murder, said Kaylee Chandler, a Stephens County court clerk.
Case triggers political, racial questions
The seemingly senseless killing has left many Americans disgusted. And for some, it triggered a political question with racial overtones in the wake of the polarizing Trayvon Martin case, in which an unarmed black teen was killed by a neighborhood watch volunteer who claimed self-defense. The acquittal of George Zimmerman, who describes himself as Hispanic, infuriated many people and triggered protests around the country, as well as remarks from President Barack Obama.
Now, some Americans are asking why this killing, in which the victim was white and the alleged killers black, has not brought reaction from the president.
The conservative news website townhall.com complained Wednesday that the Rev. Al Sharpton, a prominent civil rights figure, and the president, "who quickly opined on the George Zimmerman self-defense case against Trayvon Martin, are silent. Not only should they be publicly condemning the alleged killing, which is now an international incident, but they should be asking why the hell these teenagers were 'bored' in the middle of the day. Where were their parents? Where is Sharpton when it comes to condemning young black men joining gangs, as these three did?
Call for U.S. tourism boycott
The case has triggered fury among many people in Australia.
"It is another example of murder mayhem on Main Street," former Australian Deputy Prime Minister Tim Fischer told CNN's Piers Morgan.
"People thinking of going to the U.S.A. for business or tourist trips should think carefully about it, given the statistical fact you are 15 times more likely to be shot dead in the U.S.A. than in Australia, per capita."
A chart in the Washington Post, using data from The Organization for Economic Cooperation and Development, shows Australia to have among the lowest gun-related killings in the developed world. The United States had the highest. Former Prime Minister John Howardtold CNN's Christiane Amanpour in March that gun control laws instituted after a mass shooting were responsible for the low number.
Former Australian deputy prime minister: 'There is deep-seated anger this time'
You are subscribed to email updates from IPOH MALAY To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Pemilihan sudah dekat dan masa begnilah orang UMNO paling terer dalam bab berkempen. Dalam pilihanraya umum, hampassss...
Hujah stail lama. Isi kandung yang basi. Debat tak mahu. Ceramah takut orang tak datang. Risalah, poster, kain pampang dan banner tak menyampaikan mesej yang tepat. Asyik umum ini dan umum itu.
Bilik gerakan hanya untuk makan minum dan sembang-sembang. Pasal kebanyakkan kerja out source supaya calun saja yang kkejar sana ke mari jumpa dan salam ribu-ribu orang sampai tangan nak tercabut.
Bila bab pemilihan UMNO, sinilah masing-masing tip top. Berkempen hingga ahli boleh terlupa segala dosa dan noda masing-masing dalam perkiraan untuk undi. Kempen masa raya inilah masa untuk pastikan ahli yang akan undi lupa.
Lupa mereka ada yang simpan artis.
Lupa ada yang kebas peruntukan untuk orang miskin.
Lupa ada yang macam gangster bedal orang.
Lupa ada yang dulu bermati-matian suarakan agenda yang pembangkang juangkan sekarang.
Lupa pernah ditangkap dan dimaafkan main politik wang.
Lupa kalah di pilihantraya umum
Lupa pernah jual aset negara.
Lupa pernah ranapkan negara dengan nasihat yang merosakkan.
Lupa ada yang bersekongkol dengan Singapura dan kini masih lagi dengan rangkaian tersebut.
Lupa perangai dulu yang datang kembali
Lupa bila dapat pingat
Lupa bila dapat projek
Lupa diri banyak kes rasuah, salahguna kuasa dan kronisma.
Lupa jasa lawan kerana macam-macam salahlaku atau fitnah didedahkan
Lupa diri dan faction di tolak orang.
Lupa duit pilihanraya dikemut untuk pemilihan parti hingga parti kalah di kawasan
Lupa mereka yang songlap duit pilihanraya
Lupa mereka yang sapu dan mark-up duit manifesto, T short dan bahan-bahan kempen
Lupa dulu buat salah tapi salahkan orang lain, khususnya boss
Karpal kata memang wujud kes, ada Prima facie tetapi peguam kata bahan bukti tercemar, Anwar bebas, kalau bukan Anwar siapa lagi? Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Plus line twiiter sebentar tadi melaporkan ada berlaku kemalangan yang menyebabkan lorong kiri dan tengah terhalang.
Kejadian berlaku lagi kemalangan di lebuh raya PLUS di km 389 arah Behrang ke Tanjung Malim.
MKN perlu buat siasatan, Banyak sangat kemalangan yang berlaku antara Bidor dan Behrang.
TM ini semua kerja longkai. Syarikat Insurance juga perlu menyiasat beberapa bengkel kereta yang pantas bertindak bila ada kemalangan.
TM pernah terlibat dengan kemalangan di 385 ke arah Selatan. Longkai sudah siap menunggu dalam gelap dan muncul dengan tiba-tiba menyuluh ke dalam kereta sebaik sahaja kemalangan berlaku. Bengkel terlibat adalah dari Bidor.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Lawyer Datuk V.K. Lingam and 24 others are facing contempt of court charges for alleging a panel of three judges plagiarised in a civil judgment.
Federal Court judge Justice Suriyadi Halim Omar ruled that the application by Lingam and 24 others to set aside leave granted by the apex court to commence contempt proceedings against them was without merits.
"We find (there is) no procedural error in (two liquidators) obtaining leave (to cite them for contempt of court)," said Justice Suriyadi, who chaired a five-man panel.
With him were Federal Court judges Justices Ahmad Maarop, Hasan Lah, Zaleha Zahari and Jeffrey Tan Kok Wha.
Justice Suriyadi said they were satisfied that a prima facie case had been established against all of them.
"We dismiss the setting aside of application with costs," he said.
He said the Bench made the ruling after hearing submissions and considered available evidence over the application.
The panel reserved the order as to costs until disposal of the substantive application.
Lingam's counsel Datuk Seri Gopal Sri Ram told the Bench that his client would be giving evidence in court.
Sri Ram said his application was made under Order 52 Rule 5(4) of the Rules of the High Court 1980 and Order 52 Rule 6(4) of the Rules of Court 2012 that stated such a person was entitled to give oral evidence.
Lingam applied for the court to set a case management as few of his clients were overseas.
Sri Ram said the Bench could opt for the registry to issue a notice for case management for the parties involved in the civil dispute.
The Federal Court had in April last year granted leave to two liquidators to initiate contempt proceedings against Lingam and 24 others over a review application on issues of plagiarism by a panel of three judges.
The two liquidators, Ooi Woon Chee and Ng Kim Tuck, sought leave for Lingam to be committed for contempt of court for advising, drafting and/or filing the review application and its related affidavit at the apex court over a civil judgment concerning a company's sale of shares.
They claimed that Lingam and others should have known that the statements contained in the documents would subvert the administration of justice, undermine public confidence in the judiciary, ridicule, scandalise and offend the dignity, integrity and impartiality of the court. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pucuk pimpinan Pas diminta menyatakan pendirian berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik membatalkan rayuan kerajaan Malaysia berhubung isu melibatkan pengunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald. Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, rakyat mahu melihat pendirian Pas dalam memperjuangkan isu kritikal seperti kalimah Allah.
Desakan itu bagi memastikan parti itu masih lagi releven dalam perjuangan Islam tidak trsasar dari landasan sebenar.Pas sepatutnya memperjuangkan isu kalimah Allah atau parti itu sekadar bersuara demi kepentingan politik ? Menggunakan agama hanya untuk meraih undi dan kemenangan semata...!!!
Ketiadaan seorang pun ahli Pas semalam menimbulkan perbagai persoalan. Ahli-ahli Pas perlu bertanya kembali adakah mereka perlu mempertahankan sebuah parti yang secara terang-terangan enggan memperjuangkan penggunaan kalimah Allah ? Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pembunuh altantuya masih x tau lgi..jawapan au sennang je..ini ANGKARA org yg x mau NAJIB jdi PM..kebenaran hampir ternampak..kapal selam gagal, altantuya gagal...wait & see macai...jgn seronok main kejar2 atas jalan.
Mereka lah yang selalu menyebut Najib Atantuya atau Najib Monggolia dan mereka yang meyatakan Rosmah ada ditempat kejadian. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
"Ramai yang nak bertanding jawatan dalam parti UMNO..tapi masa PRU haram tak nampak muka,nak keluar duit pun sayang...tapi masa pemilihan parti ,24 jam ada kat bahagian dan cawangan,duit mcm air hujan lajunya...hahaha"
Filem sejarah, Tanda Putera, arahan Shuhaimi Baba menjadi kontroversi apabila DAP menuduhnya sebagai membangkitkan ketegangan. Kita faham kebimbangan DAP kerana filem tersebut telah menyerlahkan warna sebenar parti itu yang bersifat perkauman dan angkuh. DAP merupakan pencetus tragedi 13 Mei 1969 yang menyaksikan kaum Cina dan Melayu berbunuhan sehingga membawa kepada keadaan darurat.
Hakikat inilah yang cuba dinafikan oleh DAP. Untuk itu DAP telah berusaha sedaya upaya sejak sekian lama untuk mengubah sejarah dan menuduh bahawa 13 Mei dicetuskan oleh UMNO.
Malangnya, sejarah tidak mungkin diubah-ubah dan hakikatnya DAP merupakan parti yang lahir dari fahaman komunisme dan bertonggakkan perkauman. Mereka-mereka yang telah melalui tragedi 13 Mei mampu menjadi saksi kepada sejarah ini.
Roh DAP sentiasa membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Institusi Raja-raja. Matlamat akhir mereka ialah menegakkan Ketuanan Cina serta meminggirkan kaum-kaum lain. Kita percaya bahawa matlamat ini terus dipegang oleh DAP sehingga ke hari ini.
Oleh itu, apabila filem Tanda Putera berjaya melepasi halangan dan bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini, DAP mencuba sekali lagi untuk membersihkan namanya. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua membuat kenyataan bahawa filem tersebut boleh saja ditayangkan asalkan ia diisytiharkan sebagai filem cereka.
Soalnya, siapa Tony Pua untuk memberi syarat kepada sesiapa?
Sepatutnya Tony Pua menggalakkan kaum Cina menonton filem ini bagi menghayati sejarah negara ini. Biar betapa pahitpun kebenaran itu, ia wajib ditelan oleh semua kaum Cina negara ini yang mengaku sebagai warganegara. Menerima kebenaran merupakan langkah pertama ke arah perubahan kepada kebaikan. Melainkan, Tony Pua atau DAP tidak pernah dan tidak ingin berubah dan masih membawa roh yang sama iaitu membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Raja-raja.
DAP tidak mungkin akan begitu gelabah jika mereka benar-benar tidak bersalah dalam tragedi 13 Mei. Segala keresahan mereka adalah bukti bahawa mereka benar-benar terlibat dalam mencetuskan ketegangan kaum. Malah, sifat perkauman dan perangai angkuh serta gemar menghasut DAP masih kekal sehingga ke hari ini dan boleh dilihat dengan jelas oleh semua rakyat Malaysia.
Dengan sifat dan perangai yang sama masih terserlah, pastinya sukar bagi pihak DAP untuk menafikan bahawa merekalah dalang pencetus 13 Mei.
Hujah Tony Pua lagi, walaupun filem ini mungkin memaparkan kisah benar ia tetap mampu mencetuskan ketegangan kaum.
Kita tidak faham kenapa sebuah kisah benar yang berlaku berdekad lalu mampu mencetuskan ketegangan kaum?
Apakah Tony Pua cuba berhujah bahawa sejarah bagaimana kulit putih Amerika menindas dan merampas tanah puak Red Indian tidak wajar difilemkan kerana bimbang menyebabkan kaum Red Indian memberontak? Atau kisah Jepun menyiksa rakyat China tidak boleh dipaparkan kerana takut menyebabkan orang Cina hari ini bertindak ke atas orang Jepun?
Sebenarnya kebimbangan DAP hanya membuktikan yang segala kebencian DAP terhadap Melayu masih belum menjadi sejarah tetapi merupakan sesuatu yang berkekalan sehingga ke hari ini.
Oleh itu, ia memberikan alasan yang jauh lebih kukuh agar masyarakat Cina menonton filem ini bagi menimbulkan kesedaran betapa pentingnya kita semua menjaga keharmonian. Perbuatan menghasut dan menyebar kebencian hanya menjurus kepada kemusnahan. Sifat angkuh dan perkauman kaum Cina perlu diubah segera atau ia mampu mengulangi sejarah 13 Mei.
Sesungguhnya, keangkuhan kaum Cina tidak akan membawa kebaikan mahupun keuntungan kepada sesiapa. Sudah sampai masanya kaum Cina bersama-sama dengan kaum lain menghayati sejarah negara ini serta menerima hakikat kebenaran akan asal usul mereka mahupun sejarah nenek moyang mereka seadanya. Belajarlah dari kesilapan dan bukannya menafikan kesilapan. Sebagai permulaan, tontonlah filem Tanda Putera agar mendapat sedikit pengetahuan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
"Mana Datuk Husam?" tanya Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila terjaga dari tidurnya di atas katil Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kota Bharu.
Ekoran itu, keluarganya menelefon Naib Presiden PAS itu dan bergegas lah Husam ke HUSM menemui Nik Aziz. Namun Nik Aziz tertidur lagi. Husam tidak sampai hati untuk mengejutkan Mursyidul Am PAS itu.
Apabila terkejut dari tidur, sekali lagi Nik Aziz bertanya, "Mana Husam?". Sekali lagi, Husam terpaksa berpatah balik ke HUSM ketika beliau dalam perjalanan ke lapangan terbang Pengkalan Chepa untuk seterusnya ke luar negara.
Kali ini, Husam dapat mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh Nik Aziz kepadanya. Namun ia hanya antara mereka berdua. Selepas tiga hari berlalu, sehingga kini ia tetap menjadi rahsia antara mereka.
Selain Husam, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyebut nama Abang Ya (pegawai polis berpangkat Kopral, bekas pengawal peribadi beliau semasa menjadi MB), ketika beliau berehat di HUSM kali ini.
Sejak melepaskan jawatannya sebagai MB, kesihatan Nik Aziz merosot teruk. Beliau sering bersungut keletihan. Wad VVIP di tingkat 2 bangunan utama HUSM yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya di Pulau Melaka menjadi rumah kedua beliau.
Memang, dengan umurnya mencecah 82 tahun dan segenap tenaga diberikan untuk jamaah dan kerajaan selama ini, beliau wajar banyak berehat.
Namun beliau sering menyebut dua nama yang seangkatan dengan beliau apabila mengenangkan kesihatannya. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lee Kuan Yew. Kedua-duanya lebih tua dari beliau namun masih aktif dan sihat sedangkan beliau terpaksa berulang alik ke hospital.
Saya membuat temu janji untuk mewawancara beliau pada jam 11.30 pagi 19 Ogos di JKR 10, Kota Bharu. Ketika itu, pihak yang menjaga beliau penuh yakin, ia boleh diadakan.
Di Kuala Lumpur, saya telah memberitahu pihak pengurusan The Malaysian Insider, ia bukan satu yang pasti memandangkan status kesihatan Tok Guru yang sangat disayangi ramai itu.
Selepas tidak boleh bertemu di JKR 10, saya ke HUSM petang itu juga untuk melihat sendiri keadaan beliau. Ketika itu anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anggota Parlimen Pasir Mas baru sampai dari Kuala Lumpur. Seorang doktor pakar ketika itu sedang memeriksa beliau.
"Ayah ok. Cuma dia perlu rehat," kata Nik Abduh."Tadi ayah bercakap dengan saya dan meminta membuat kenyataan mengenai Mesir," tambah Nik Abduh sambil membaca catatan kenyataan dari Nik Aziz itu yang sangat tidak berpuas hati dengan rejim tentera yang merampas kuasa dan seterusnya membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Beliau juga tidak berpuas hati dengan pemerintah Arab Saudi yang menyokong tindakan itu.
Doktor yang merawat beliau juga berkata, "Tok Guru ok. Insya Allah esok boleh kalau dia nak balik. Tetapi lebih baik dia rehat di sini."
Menurut Nik Abduh, di rumah mereka dekat Pulau Melaka orang ramai sentiasa datang untuk bertemu ayahnya walaupun sudah tidak menjadi MB lagi.
"Kami telah memberitahu mereka supaya datang waktu solat lima waktu. Kalau ayah turun solat, bermakna dia sihat lah," beritahu Nik Abduh. Sebab itu, orang ramai memenuhi masjid itu setiap kali solat waktu terutama waktu Subuh.
Di wad HUSM, Datin Tuan Sabariah, isteri Nik Aziz sentiasa berada di sisi beliau. Ibu yang melahirkan 10 orang anak yang hebat ini seorang pendiam dan tidak berminat langsung untuk di temubual oleh media.
Menurut salah seorang anak beliau, Nik Aziz akan bangun secara automatik apabila terdengar bunyi azan.
"Bila Tok Guru boleh bangun bila dengar bunyi azan itu melambangkan minda dia sihat dan cergas," kata doktor yang merawatnya.
"Satu lagi saya nampak beliau akan bersemangat dan matanya terbuka luas kalau bercakap hal semasa dan politik," kata beliau sambil tersenyum.
Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, sekali lagi kami datang ke HUSM untuk mengintai peluang untuk bertemu dan berbual dengan tokoh politik yang telah meletakkan kedudukan yang tinggi dalam bechmark politik Malaysia ini.
Wartawan Elizabeth Zachariah dan jurugambar Afif Abd. Halim tidak berpuashati selagi tidak dapat bertemu Nik Aziz kerana itulah tugasan mereka ke Kota Bharu.
Dengan ditemani seorang rakan dari Kota Bharu, kami memasuki wad VVIP di tingkat 2 bangunan utama HUSM itu. Kali ini, anak dan menantu serta cucu beliau dari Kuala Lumpur juga ada di dalam wad.
Nik Aziz sedang lena tidur. Abang Ya (bekas pengawal peribadinya yang disebut Nik Aziz) turut berada di wad.
Kami masuk ke dalam wad dan melihat beliau tidur lena. Saya mengusap lengannya (sebagaimana diajar Abang Ya) namun beliau terus lena. Elizabeth dan Afif melihat. Namun Afif tidak sampai hati untuk mengambil gambar insan hebat yang sedang tidur ini.
Selepas kira-kira 10 minit merenung Tok Guru yang sedang tidur ini, kami beredar dari wad itu sambil bersalam dengan anak menantunya.
Tok Guru, berehat lah.
Anda telah menyumbang lebih 60 tahun hayat mu untuk agama, bangsa dan negara mu. Anda telah meletakkan satu mercu tanda tersendiri untuk ahli politik di negara ini.
Kami yakin, tidak ada yang dapat memecahkan rekod kehebatan mu. Pengganti mu, Datuk Ahmad Yakub telah membuat sesuatu yang betul apabila menubuhkan 'Institut Pemikiran Tok Guru' untuk menghayati ilmu yang kamu berikan.
Benar kata beliau, ulama ramai di dunia ini. Tetapi ulama yang bersama jemaah dan membuktikan mereka layak untuk mentadbir negara tidak ramai. Ulama yang membuktikan mereka juga layak membuat tadbir urus yang baik untuk sebuah kerajaan.
Selamat berehat Tok Guru ku sayang. - 22 Ogos 2013
Berita yang baru Bebalian terima adalah berkenaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Berita itu adalah mengenai sepasang tangan ghaib dari PMO yang cuba menjentik Zambry dari jawatannya sebagai Menteri Besar, Perak.
Cubaan mengguling dan menyingkirkan Zambry dari PMO adalah berpunca dari sebidang tanah di sebuah kawasan perumahan mewah di Meru, Ipoh. Al kisah seorang pegawai dari PMO yang rapat dengan Perdana Menteri telah memohon tanah tersebut, kononnya untuk membangunkan sebuah rumah. Tentulah rumah yang bakal dibangunkan itu sebuah rumah mewah dan memakan keluasan yang agak besar.
Permintaan itu telah ditolak mentah-mentah oleh Zambry dan mendatangkan kemarahan pegawai tersebut. Beberapa permintaan lain menyusul namun semua permintaannya tidak dilayan oleh Zambry. Ini menyebabkan pegawai itu marah dan cuba mengatur gerak, menyingkirkan Zambry dari jawatan Menteri Besar Perak dan UMNO Perak.
Pegawai yang marah dan menaruh dendam kepada MB Perak itu mula berusaha untuk cuba menjatuhkan Zambry untuk membalas dendam tetapi sehingga kini tidak berjaya. Nampaknya orang dari PMO ini cuba mengatasi kuasa rakyat yang telah memilih Zambry di PRU yang lalu. Kita nantikan siapa yang bakal membaham tanah. Pegawai bebal itu ataupun kuasa rakyat. The Bebalians Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Dato Sanad (Mantan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam) telah kembali ke Rhmatullh sebentar tadi.
Jenazahnya sekarang dalam perjalanan dari Johor dan dijangka tiba jam 6 petang ini di No 1 Jalan Istimewa Kampung Batu Belah Kelang selangor Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Di bawah ini ialah gambar-gambar memancing ikan yang sangat pelik, namun ianya cukup menarik. Perkara ini hanya berlaku di Nigeria sahaja. Mereka turun ke sungai beramai-ramai menangkap ikan untuk hidangan keluarga masing-masing.
Bukan jer perangai manusia jer yang pelik, pelik dengan sikap dan tabiat manusia yang kekadang boleh kita anggap tak masuk akai, kali ini cer kita tengok macam mana pulak KASUT yang lagi pelik! Tengok la sendiri bagaimana Gambar-gambar kasut yang pelik teman uploadkan diaini. Agak-agak korang sanggup ker pakai kasut macam nie dan tentunya nak pakai kasut macam nie pun dah dikira tak masuk akal...
SUSAH TEMAN NAK TAFSIRKAN SAMADA PEKARA DALAM GAMBAR INI MEMANG PELIK ATAUPUN ORANG NYA YANG OTAK TAK CENTER? KADANG-KADANG KALAU DILIHAT PADA GAMBAR-GAMBAR SEBEGINI CUKUP JELAS KITA BOLEH TAFSIRKAN SEBAGAI 'ADA WAYAR YANG PUTUS'... TERSERAH KORANG NAK NILAIKAN STATUS PELAKU DALAM INI GAMBAR!!!
Jom tengok koleksi gambar pelik tapi betul-betul berlaku..Hurm…macam-macam la kat dunia ni =)
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ajaran Syiah yang semakin menular di dalam negara dibawa bertujuan menimbulkan pergaduhan, kata bekas Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media baru-baru ini sempena perhimpunan NGO membantu Palestin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Dr Mahathir berkata, rakyat Malaysia sudah berpecah kerana pelbagai fahaman politik dan isu penularan ajaran Syiah memberikan lebih banyak kesan buruk kepada masyarakat Muslim dalam negara.
"Di Malaysia, kita sudah berpecah kerana politik Sekarang kita ada pula Syiah dan Sunni.
"Syiah dan Sunni mesti bergaduh pastinya, mengapa mereka memiliki cara berbeza dalam menterjemahkan fahaman Islam kalau bukan untuk gaduh," kata Dr Mahathir apabila disoal mengenai fahaman Syiah yang semakin menjadi kontroversi di Malaysia.
Dr Mahathir yang juga Pengerusi Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bertuah kerana majoritinya adalah penganut Sunni berbanding negara Arab yang ketika ini bergelut dengan kancah perang saudara akibat berlainan fahaman.
"Malaysia sangat bernasib baik kerana kita memiliki majoritinya adalah penganut Sunni Muslim, jadi kita tidak perlu bergaduh.
"Tapi sekarang orang mahu bawa Syiah, mahu bawa pelbagai bentuk ajaran supaya mereka dapat pecah-belahkan kita," katanya.
Apabila ditanya sama ada kerajaan bersikap terlalu menekan dan drastik ke atas penganut Syiah di Malaysia, Dr Mahathir berkata: "Terdapat pelbagai cara lain untuk menangani masalah ini."
Syiah diwartakan haram oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini mengatakan terdapat seramai 250,000 penganut Syiah bergiat aktif dalam negara dan menegaskan penularan fahaman ajaran tersebut kian membimbangkan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan umat Islam.
Setakat ini 10 negeri sudah mewartakan ajaran Syiah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, manakala empat negeri (Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak) masih dalam proses pewartaan.
Susulan tekanan ke atas penganut Syiah di Malaysia, Shia Right Watch (SRW) satu organisasi yang melindungi kepentingan pengikut Syiah sedunia menggesa layanan adil dari kerajaan terhadap pengikut syiah di negara ini.
Permintaan itu terkandung dalam surat yang dikirimkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.
Pada hujung bulan lalu, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata bukan semua pengikut Syiah boleh diperangi, malah ada di kalangan mereka pada kaca mata Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak sesat secara keseluruhannya, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau menegaskan perihal ibadah golongan Zaidiah yang terletak di bawah pecahan Syiah diterima kerana tidak berbeza dengan pegangan mazhab Shafie.
Mufti Perak itu juga mendedahkan terdapat kira-kira 70 mazhab yang terangkum dalam fahaman Syiah. Seorang ahli akademik dari sebuah universiti tempatan yang terlibat dalam kajian ketamadunan menyifatkan isu Syiah hangat diperkatakan berikutan krisis di Timur Tengah yang belum menemui jalan penyelesaian.
Jika isu itu terus diperbesarkan di Malaysia, katanya, tidak mustahil negara juga bakal berdepan kemelut perang saudara, malah mungkin mengheret kaum lain yang tidak terlibat dalam isu itu.
"Sebelum kejatuhan Presiden Mesir Mohamed Morsi, diskriminasi kaum berlaku kepada penganut Kristian dan Syiah di sana. Empat orang berfahaman Syiah dibunuh dengan kejam dalam insiden itu," katanya.
Ahli akademik itu menganggap serangan terhadap Syiah di negara ini disebabkan pengaruh golongan Salafi yang membenci golongan berkenaan walaupun mereka tidak mencetuskan huru-hara dalam negara.
Katanya, antara sebab kerajaan Kedah menggunakan pendekatan mengharamkan Syiah di negeri itu kerana bimbang provokasi tercetus antara pengikut Syiah dan ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri berkenaan.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Berhubung isu kalimah Allah, saya membantah kenyataan Pengarah Executive Sisters In Islam, Ratna Osman di dalam The Star 23 Ogos 2013:-
Sisters in Islam executive director Ratna Osman felt the Government should have a dialogue with the church instead of continuing with the court process.
"It is also in the interest of the Government to withdraw (the appeal) because Malaysia in the international spotlight as it is the only country that imposes such a restriction. "We don't want Islam to be known as a religion that restricts just because of language use," she said.
Ratna urged the Government not to bow to pressure from extremists as this went against the interest of a multi-religious and multi-racial country.
Kenyataan beliau ternyata bercanggah dengan pendirian kita sebagai orang Islam bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah Al Baqarah ayat 120: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya pertunjuk Allah (Ugama Islam) itulah pertunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".
Sister's In Islam konon ingin liberal; sehingga kalimah suci "Allah" dipermainkan pun kita masih mahu berdialog tanpa kesudahan?.
You are subscribed to email updates from MERBOK TIMES To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
PUTRAJAYA - Seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat ke negara ini menjelang awal tahun depan, bakal mempunyai kad pengenalan khas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kad pengenalan khas itu akan dilengkapi teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai (seperti Touch & Go).
"Warnanya pula akan ditentukan mengikut sektor pekerjaan bagi mengelakkan mereka bertukar-tukar kerja," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerja Luar Negara Bangladesh Khandker Mosharraf Hossain di sini hari ini.
Beliau berkata jika didapati pekerja tersebut menukar sektor, mereka boleh didenda sehingga RM12,000, pekerja yang dibawa masuk itu juga telah menjalani proses tapisan bagi memastikan mereka tidak pernah terlibat dengan jenayah.
Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid berkata perbincangan mengenai perumahan sementara kepada pekerja berkenaan turut dibincangkan.
"Penyediaan tempat tinggal itu bertujuan menjaga kebajikan pekerja selain memastikan tidak berlaku masalah asimilasi sosial dengan penduduk tempatan," katanya.
Beliau berkata kemasukan pekerja Bangladesh tersebut telah dipersetujui semasa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi Menteri Dalam Negeri untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan dan perkhidmatan.
"Mereka akan dibawa masuk melalui pendekatan kerajaan dengan kerajaan untuk mengelakkan peranan orang tengah dan eksploitasi pekerja asing.
"Kita turut mengadakan perbincangan dengan negara lain supaya pendekatan sama boleh diperluaskan ke negara lain seperti Indonesia dan Myanmar pada awal tahun depan," katanya.
Sementara itu, Khandker berkata pendekatan kerajaan dengan kerajaan itu dilihat dapat mengurangkan kos daripada AS$4,000 (RM13,284) kepada AS$400 (RM1,328) untuk setiap pekerja Bangladesh yang ingin bekerja di Malaysia.
"Sebelum ini mereka perlu bekerja selama empat hingga lima tahun untuk bayar balik kos tersebut kerana dieksploitasi orang tengah, tetapi kini mereka hanya perlu dua bulan untuk bayar balik," katanya. - Bernama
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy dinasihatkan supaya berhenti daripada memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung perkara di luar bidang kuasanya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga mengingatkan beliau supaya tidak mencampuri urusan polis tetapi menumpukan kepada bidang kuasa sendiri iaitu menguruskan hal-hal berkaitan Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf).
"Saya cadang dia berhenti jadi timbalan menteri kalau nak cakap mengenai perkara luar bidang kuasanya, beliau kena faham kasut mana dipakai dan rumah mana dia duduk.
"Jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO). Jangan campur tangan dalam kerja polis, polis kita bukan jenis yang suka-suka menembak tanpa mengenal pasti sasarannya (trigger happy)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Penggajian Luar Negara Bangladesh, Khandaker Mosharraf Hossain di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Waythamoorthy yang mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu antaranya mempersoalkan kenapa polis tidak memberi amaran sebelum menyerbu pangsapuri di tempat kejadian.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, dakwaan Waythamoorthy bahawa polis perlu memberi amaran sebelum menyerbu masuk ke tempat kejadian sebagai sesuatu yang tidak berasas.
"Manalah ada amaran, kalau polis beri amaran, penjenayah akan menembak polis terlebih dahulu," katanya.
Untuk kenalan lama, Saudara Anwar Ibrahim yang pernah dibantu ramai rakan-rakan setianya, termasuk saya sekitar 1980-an. Sebelum ini kamu mungkin berasa selamat dan dapat meloloskan diri selain berjaya menyekat 'banyak perkara' dilondehkan mengenai kamu di mahkamah.
Kamu lega seketika kerana Mahkamah Rayuan pada 21 Januari lalu berpendirian, tindakan Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Datuk S. Nallakaruppan adalah betul. Ini selepas dia dikatakan gagal membekalkan butiran berhubung dakwaannya terhadap kamu.
Pada 19 Jun tahun lalu, Hakim Datuk Su Geok Yiam ketika menolak pembelaan Nalla turut memerintahkan beliau membayar ganti rugi dan kos kepada kamu yang akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar.
Kamu telah memohon agar pembelaan Nalla dibatalkan setelah bekas rakan permainan tenis kamu itu gagal memberi butiran terperinci berhubung dakwaan terhadapnya.
Namun, tidak lama lagi dan kali ini akan bertemu buku dengan ruas. Tunggu kamu Anwar…Nalla akan bercerita panjang mengenai kamu di mahkamah.
Peguam Nalla, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Senator Datuk S. Nallakaruppan merayu keputusan terdahulu yang mendapati beliau bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 sebagai peluang untuk mengembalikan kes itu ke mahkamah.
Pada sidang akhbar ringkas di pejabatnya di Kuala Lumpur sebelum ini, Muhammad Shafee, berkata anak guamnya yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) perlu diberi peluang untuk 'menceritakan kisahnya' di mahkamah.
Biarpun tarikh pendengaran rayuan tersebut masih belum ditetapkan, namun kamu Anwar kali ini tidak akan dapat berdolak-dalih lagi untuk menyekat Nalla – rakan 'sepermainan tenis' dan kemungkinan 'permainan-permainan lain' yang kamu dan Nalla sahaja ketahuinya.
Perkara penting yang menjadi tumpuan pastinya berhubung dakwaan Nalla dalam satu majlis bahawa kamu menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation.
Nalla mendakwa kamu mengambil wang itu daripada tangannya (Nalla) sendiri.
Pada 23 November 2011, Mahkamah Rayuan memerintahkan Nalla mengemukakan butiran terperinci dalam tempoh dua minggu berhubung dakwaannya dalam satu majlis bahawa kamu menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation.
Butiran itu dimohon oleh kamu dalam saman terhadap Nalla bagi menuntut ganti rugi RM50 juta. Ia berikutan penerbitan artikel bertajuk 'Anwar Terima RM60 juta' yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia dan Sinar Harian, lima tahun lalu.
Dalam laporan itu, Nallakaruppan didakwa menyatakan: "Anwar mengambil wang sebanyak itu daripada tangan saya sendiri" ketika berucap dalam satu majlis anjuran Pemuda UMNO di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 23 Ogos 2008.
Kamu Anwar mendakwa Nalla membuat tuduhan palsu berhubung penerimaan wang tersebut manakala Nalla dalam kenyataan pembelaannya pula mendakwa kau memang menerima wang itu daripada orang tengah.
Pada 1 Ogos lalu, panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif membenarkan permohonan itu dan mengarahkan kedua-dua pihak menghujahkan dua persoalan undang-undang dalam rayuan kelak.
Antara persoalan itu ialah sama ada butiran mencukupi yang perlu disediakan oleh pembelaan dalam mematuhi permohonan agar butiran lanjutan dikemukakan, perlu diperiksa oleh ujian objektif yang ketat atau oleh ujian subjektif dengan mengambil kira keadaan keseluruhan kes.
Keadaan kes itu termasuk jurang masa di antara kejadian dan tempoh permohonan bagi butiran terperinci itu dikemukakan serta keupayaan ingatan individu dalam mengingati perincian masa dan tarikh.
Berikutan itu Nalla terpaksa memfailkan permohonan untuk merayu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi yang membatalkan pembelaannya dalam saman difailkan oleh kamu.
Pada 1 Ogos lalu, panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif membenarkan permohonan itu dan mengarahkan kedua-dua pihak menghujahkan dua persoalan undang-undang dalam rayuan kelak.
Antara persoalan itu ialah sama ada butiran mencukupi yang perlu disediakan oleh pembelaan dalam mematuhi permohonan agar butiran lanjutan dikemukakan, perlu diperiksa oleh ujian objektif yang ketat atau oleh ujian subjektif dengan mengambil kira keadaan keseluruhan kes.
Keadaan kes itu termasuk jurang masa di antara kejadian dan tempoh permohonan bagi butiran terperinci itu dikemukakan serta keupayaan ingatan individu dalam mengingati perincian masa dan tarikh.
Sebenarnya aku sendiri ada satu cerita mengenai kamu berkaitan wang dari Genting Berhad ketika kamu menjadi Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Pertanian ketika itu
Aku yakin perkara ini disorokkan daripada pengetahuan Presiden UMNO ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun ia tidak perlu didedahkan lagi kerana 'orang yang benar-benar tahu mengenai perkara ini' sudah meninggalkan kita, rakan rapat – Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob.
Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar dari tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.(Dipetik dari Malaysiakini)
Panel hakim yang dianggotai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membenarkan permohonan rayuan mereka.
Berita penuh: Hakim tersilap arah mensabitkan Azilah, Sirul Azhar
Mahkamah Rayuan hari ini menggariskan beberapa alasan berhubung keputusan pembebasan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada sabitan dan hukuman gantung kerana membunuh model sambilan, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.
Salah seorang ahli panel tiga hakim bersidang, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menyatakan, kuorum itu sebulat suara berpuas hati bahawa hakim bicara tersilap arah dalam pelbagai aspek ketika mencapai keputusan untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap kedua-duanya.
Ketika membacakan penghakiman ringkas, Hakim Tengku Maimun menyatakan, hakim berkenaan antaranya gagal menimbang pembelaan alibi iaitu berkaitan diari polis yang mencatatkan Azilah tiada di tempat kejadian, sebaliknya berada di Bukit Aman.
Beliau turut berpendapat, isu bahan letupan C4 dan kawalan terhadapnya yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya turut tidak diberi pertimbangan sewajarnya oleh hakim bicara.
Mahkamah turut menyatakan pendirian bahawa hakim bicara tersilap arah ketika memutuskan isu berhubung maklumat yang diterima yang membawa kepada pendedahan Azilah dan Sirul Azhar berhubung tempat kejadian.
Keputusan hari ini bagaimanapun hanya menyentuh isu-isu utama yang dibangkitkan ketika penghujahan yang didengar selama dua hari berturut-turut iaitu pada 24 dan 25 Jun lalu.
Pada sesi penghujahan, peguam bela ada membangkitkan isu kemungkinan hakim bicara telah mengakses bahan-bahan di internet dan mempengaruhinya membuat keputusan tidak memihak terhadap perayu-perayu.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tindakan saman yang hendak diambil oleh DAP terhadap akhbar Utusan Malaysia dalam isu buku Laporan Ekuiti oleh Father Augustus Chen dilihat sebagai cubaan untuk mengalih perhatian masyarakat daripada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.
Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, Utusan Malaysia tidak wajar dijadikan 'kambing hitam' kerana buku Laporan Ekuiti itu terlebih dahulu telah tersebar di cawangan-cawangan DAP di seluruh negara.
"Banyak perkara dalam Laporan Ekuiti itu menimbulkan persoalan, namun mereka tidak patut menggunakan isu daripada buku itu dan Utusan Malaysia untuk mengalih perhatian umum tentang CEC parti DAP yang perlu diadakan.
"Mereka patut sedar bahawa keputusan akur kepada arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk pemilihan semula CEC diadakan telah menunjukkan secara tidak langsung mereka mengakui terdapat kepincangan dalam pemilihan sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh dalam beberapa portal hari ini bahawa beliau telah mengemukakan surat tuntutan yang perlu dijawab Utusan Malaysia tentang dua artikel berkenaan Laporan Ekuiti sebelum tindakan saman diambil.
Menurut David, DAP akan menggunakan apa jua cara untuk mengelirukan rakyat termasuk menyatakan parti itu akan diharamkan oleh ROS jika pemilihan semula CEC tidak diadakan dan mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kemelut parti itu.
Katanya, segala tindak-tanduk DAP adalah bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap kepincangan yang berlaku dalam pemilihan CEC parti itu tahun lalu sehingga ROS mengarahkan pemilihan semula diadakan.
Sementara itu, bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, DAP tidak sewajarnya menyalahkan Father Augustus dan Utusan Malaysia terhadap segala kemelut yang berlaku di dalam parti.
"Mereka hendak kata Father Augustus tidak wujud tetapi ada juga berkata Father Augustus pernah menjadi rakan karib kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum berpisah kerana mengamalkan nepotisme parti," katanya.
Katanya, masyarakat tidak akan mudah terpedaya dengan helah licik DAP kerana isu kepincangan dalam pemilihan CEC itu serta arahan ROS telah dibuat sebelum pendedahan Father Augustus.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Cynthia Alona, melalui laman web Detik Hot mengakui dirinya telah menyerahkan keperawanannya kepada teman lelaki seawal usia 17 tahun lagi.
Meskipun dikenali sebagai public figure, model playboy ini mengaku tiada rahsia untuk disembunyikan kepada umum mengenai siapa dirinya selama ini. Ketika ditanya wartawan mengenai keperawanannya, bintang film 'Setan Budeg' itu mengaku telah menyerahkan mahkota gadisnya kepada teman lelaki pertama di kala dirinya masih berusia 17 tahun.
"Bohong kalau ada yang bilang Alona masih perawan sampai sekarang. Jujur, aku udah nggak virgin," ujarnya ketika perbualan bersama detikHot di kediamannya di Bumi Serpong damai, Tangerang.
Teman lelaki pertama Alona adalah Stephen Oelkers, warga Jerman kini menjadi suami kepada model Tiara Lestari. Tiada yang dikesalkan oleh Alona. Beliau berkata, perkara tersebut tidak dapat dihalang kerana berjauhan dengan keluarga terlalu lama ketika menuntut di Singapura.
Situasi yang terlalu bebas tanpa pengawasan dari keluarga membuatkan Alona leka di usia remaja.
"Aku tuh udah lama lepas keperawanan, pernah tinggal di luar negeri yang bebas membuat aku juga bebas ngelakuin apa aja," katanya.
Alona menjalinkan hubungan dengan Stephen hampir enam tahun semenjak di universiti.
Saya seorang guru dan ingin meminta pandangan berkaitan masalah rumah tangga. Saya sudah berkahwin hampir lima tahun. Saya mencintai suami sepenuh hati.
Masalah saya, suami mempunyai hobi suka berfoya-foya. Dia mengaku hal ini. Sebelum ini saya cuba memberi nasihat dan bersabar, tetapi dia tak pernah berubah.
Kami tidak mempunyai anak, malah pemeriksaan doktor mengesahkan sperma suami tak normal.
Saya kecewa dengan sikap suami. Malah, sehari sebelum berangkat ke tanah suci untuk melakukan umrah beberapa bulan lalu, dia masih sempat berfoya-foya dengan perempuan lain di tasik selain berjanji keluar makan bersama.
Kami pernah bertengkar sehingga saya masuk ke hospital. Saya tertekan mendapat tahu suami berjanji bercuti dengan kekasihnya di Genting Highlands.
Mereka sudah setahun bercinta dan ingin bertunang sedangkan saya menunggunya di rumah. Suami memberikan alasan kerja tak boleh balik.
Buat pengetahuan Dr, saya sanggup susah bersamanya walaupun setengah tahun perkahwinan dia tidak memberi nafkah.
Selepas itu saya menerima nafkah melalui potongan gaji kerana suami tentera. Selama berkahwin saya menggunakan duit sendiri untuk perbelanjaan dapur.
Malah, saya keluarkan duit membeli motosikal untuknya kerana kewangannya tak stabil. Suami selalu minta duit setiap bulan. Kadangkala gajinya sudah habis dalam masa seminggu.
Ada ketika setiap minggu dia akan minta duit. Jika keluarganya juga memerlukan duit, dia akan minta daripada saya.
Sekarang dia bertugas di luar negara. Saya minta dia tinggalkan saya secara baik, tetapi dia tak mahu lepaskan saya. Alasannya dia malu jika orang lain tahu sikapnya yang sebenar dan berjanji untuk berubah.
Bagaimanapun, kepercayaan saya padanya kini sudah hilang. Sukar untuk saya teruskan hidup bersamanya selepas dikhianati berkali-kali.
Saya cuba memberitahu ibunya kes terbaru, tapi ibunya tak percaya. Malah, keluarganya menganggap saya cemburu.
Untuk menghadapi masalah ini saya selalu melakukan solat Istikharah minta diberikan petunjuk, tetapi tak nampak apa-apa. Saya tak boleh salahkan suami, mungkin apa yang dia kehendaki tiada pada saya.
Saya hendak dia bahagia, tapi tak boleh memaksa diri untuk terus begini lagi. Saya mohon nasihat Dr. Isteri buntu Kuala Lumpur
Puan boleh memohon untuk memfasakhkan perkahwinan di mahkamah syariah dengan mengemukakan alasan di atas. Alasan berkenaan diterima syarak.
Namun, satu lagi pilihan, puan juga boleh bersabar dengan keadaan yang ada dan menerimanya sebagai ujian Allah kepada puan.
Pilihan pertama lebih baik jika ia membawa kebaikan kepada puan sendiri. Bagaimanapun, fikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum mengambil sebarang keputusan agar tidak menyesal kemudian hari.
Sudah lumrah menjadi seorang artis, setiap foto mahupun video yang dimuat naik menerusi laman sosial pasti akan mendapat perhatian, kritikan, pujian serta respon daripada peminat-peminat.
Terbaru, seorang pelakon kecil molek, Ika Nabila difahamkan telah bercuti ke Thailand, di mana sepanjang berada di negara tersebut, pelakon wanita itu telah sempat memuat naik beberapa foto menariknya dilaman akaun Instagram untuk dikongsikan bersama pengikut-pengikutnya dilaman sosial tersebut.
Apa yang menariknya, dalam banyak-banyak foto yang dikongsikan itu, Ika telah memuat naik dua keping foto yang menunjukkan seekor anjing dan ikan-ikan di dasar laut dengan caption berbunyi :
Gambar yang dikongsikan oleh Ika Nabila
Bagaimanapun OHBULAN! kurang pasti mengapakah pelakon wanita tersebut memuat naik status seperti itu.
Apakah mungkin foto-foto yang dikongsikan oleh Ika mendapat kritikan serta respon negatif daripada segelintir peminat-peminatnya di laman sosial tersebut?
Apa pun di sini kami ingin kongsikan juga beberapa foto menarik Ika Nabila sewaktu bercuti di Thailand untuk tatapan anda semua.
Membaca akhbar Inggeris pasca PRU13 memperlihatkan begitu banyak desakan dalam bentuk komen dan surat-surat pembaca yang memohon pendidikan aliran Inggeris dibawa semula menggantikan pendidikan sekarang.
Alasan setiap pendapat tersebut ialah perpaduan. Pasca PRU13 memperlihatkan polarasi kaum terburuk sejak 1963. Justeru satu mekanisme baharu diperlukan untuk menangani masalah ini dan pendidikan disalahkan kerana tidak berjaya menyatukan kaum.
Bukanlah tidak menyokong kemajuan malah penulis menyokong benar PPSMI tetapi berbalik kepada surat tadi sebenarnya bukan kita tak tahu surat-surat dari Cina yang meminta pendidikan aliran Inggeris itu ialah surat takut mereka selepas PRu13.
Selepas PRu13 memperlihatkan suara Cina dalam kerajaan dan beberapa kerajaan negeri berkurangan secara mendadak malahan suara kaum India mengatasi mereka, bertambah buruk lagi berikutan keengganan MCA menerima sebarang jawatan bagi mengajar kaum Cina yang tikam mereka dari belakang dan apa yang paling ditakuti mereka suara Cina kini lebih sinonim kepada suara pembangkang.
Mereka tahu UMNO dan orang Melayu amnya akan bertindak balas malahan sudah pun bertindak balas dengan pengurangan suara mereka dalam kerajaan. lalu kaum Cina menyalahkan pendidikan.
Maka bertalu-talulah surat menyeru pendidikan Inggeris dibawa semula bagi merawat jurang perkauman kononnya. Walhal bukan kita tak tahu mereka sudah kerugian kerana percaya kepada Anwar Ibrahim.
SETIU - Hasrat seorang wanita berusia 23 tahun untuk belajar solat daripada seorang lelaki berusia 51 tahun menjadi detik malang buat wanita berkenaan apabila lelaki itu didakwa merogolnya.
Dalam kejadian di rumah mangsa pada malam Selasa lalu di Kampung Tapah, Chalok Barat di sini, mangsa yang juga suri rumah mendakwa dirogol lelaki yang datang ke rumahnya menggunakan alasan mahu mengajar mangsa solat.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berada di rumahnya menghubungi suspek yang dikenali sebagai Pok Mat kira-kira jam 7.30 malam untuk menyelesaikan masalah keluarga.
Menurutnya, mangsa yang tidak bekerja kemudian keluar bersama suaminya berusia 30-an dan berjumpa dengan suspek.
"Apabila perbincangan selesai selang beberapa minit kemudian, suami mangsa pergi menggunting rambutnya di sebuah kedai berhampiran sementara mangsa pulang ke rumahnya bersama suspek berusia 51 tahun dengan menaiki motosikal selepas lelaki terbabit memberi alasan mahu mengajar mangsa bersolat.
"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju pulang bersama suspek dan sebaik tiba di rumah, dia diminta suspek memakai kain sarung sebelum meminta tidur di atas tilam, seterusnya dirogol," katanya.
Beliau berkata, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chalok, Setiu pada keesokan harinya dan suspek juga dari kampung sama ditahan kira-kira jam 7.30 malam kelmarin. – Sh
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan Malaysia akan lebih terselamat daripada krisis bankrap sekiranya Tun Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri.
Menurut beliau, perkara itu berdasarkan 'kejayaan' Abdullah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok, projek landasan kereta api berkembar dan projek bekalan elektrik yang membabitkan kos berbilion-bilion ringgit.
Katanya, projek jambatan bengkok membabitkan kos kurang daripada RM1 bilion namun pembatalannya menyebabkan kerajaan rugi kira-kira RM200 juta dari segi nilai pampasan dan kerja-kerja yang belum selesai.
Tambahnya, pembatalan projek landasan kereta api berkembar dari Johor Bahru ke Padang Besar pula membolehkan kerajaan menjimatkan sebanyak RM14 bilion meskipun selepas itu kerajaan meluluskan projek serupa dari Ipoh ke Padang Besar dengan kos RM12 bilion.
"Saya mengakui saya adalah Perdana Menteri yang boros membelanjakan wang kerajaan untuk membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, West Port, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, Cyberjaya dan banyak lagi.
"Jika Abdullah terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri, semua projek itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap," katanya menerusi entri terbaharu di blognya di www.chedet.cc hari ini.
Menurut Dr. Mahathir, kerajaan ketika era Abdullah juga berjaya menyelamatkan berbilion-bilion ringgit ekoran projek koridor yang setiap satu dianggarkan menelan kos RM70 bilion tidak digerakkan.
Dalam keadaan itu, tambah beliau, kerajaan yang ada sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebuah kerajaan yang kaya.
Namun, apa yang dikesalkan, katanya, rakyat tidak menghargai berbilion-bilion ringgit yang diselamatkan itu sebaliknya memilih pakatan pembangkang memerintah di lima negeri selain menyebabkan kerajaan sedia ada hanya memperoleh majoriti mudah.
"Bayangkan berapa billion ringgit boleh diselamatkan jika saya berundur lebih awal sebelum membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan pelbagai projek mega lain.
"Kita mungkin akan 'duduk' di atas berbilion-bilion ringgit," katanya.
Aktres dan penyanyi yang sering dikenali dengan imej seksi, Kilafairy memberitahu kritikan yang dilemparkan terhadapnya oleh beberapa pihak ekoran videonya yang mencetuskan kontroversi kononnya dia tidak memakai seluar, sikit pun tidak memberi kesan buruk terhadap kerjaya mahupun perniagaan fesyennya.
"Saya tak ambil kisah pun dengan kritikan itu dan ia tak menjejaskan kerjaya mahupun perniagaan saya. Lagipun video tu sebenarnya adalah sesi fotografi untuk tujuan mempromosikan baju jenama fesyen saya. Memang nampak macam saya tak pakai seluar tapi sebenarnya pakai baju-t dengan legging yang berwarna kulit. Cuma orang ingat saya tak pakai seluar",
"Kepada pihak yang tersinggung dan yang rasa terganggu dengan video tu, saya minta maaf. Saya tak sengaja. Saya pun dah padamkan video itu dari Instagram saya", jelasnya kepada Malaysian Digest.com mengenai isu tersebut, ketika ditemui pada majlis pelancaran Kapal Dredger Inai Kenanga 33,335 persegi, bertempat di Pulau Indah, Port Klang, petang semalam.
Pada Ramadan lalu, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan, 21 memuat naik sebuah video menerusi laman Instagram miliknya. Video tersebut menunjukkan dia sedang memakai baju-T sambil menunjukan beberapa gaya. Apa yang mencetuskan isu panas, baju-t berwarna putih yang pakainya itu menampakkan pehanya yang gebu. Sekali tengok, seperti dia tidak memakai seluar.
Namun Kila berkata, isu tersebut memberi pengajaran kepadanya malah selepas ini dia akan lebih berhati-hati. Tidak mahu perkara sama berulang, kata Kila, berkemungkinan selepas ini dia tidak lagi menjadi model kepada koleksi jenamanya, iaitu Rack. Sebaliknya akan mendapat khidmat model lain untuk satu-satu promosi jenama fesyennya itu pada masa akan datang.
"Saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan mungkin untuk promosi akan datang saya rasa lebih senang kalau saya gunakan model saja", katanya.
Dalam pada itu anak bongsu kepada penyanyi popular 80-an, Rohana Jalil ini mengakui sejak muncul dalam industri hiburan, dia sinonim dengan jolokan 'artis simbol seksi' kerana penampilannya ditambah pula dengan bibir mungilnya mirip Angelina Jolie dan liuk lekuk tubuhnya yang melentik. Bahkan gara-gara 'label' sebegitu, dia sering ditawarkan watak-watak yang memerlukan dia tampil seksi.
Bagaimanapun dia kini secara pelahan-lahan cuba mengkikis persepsi tersebut dengan lebih memilih dari segi tawaran juga mengubah penampilan.
"Saya dilabelkan sebegitu mungkin sebab setakat hari ini tak ada lagi lakonan saya yang benar-benar memberi impak dan dapat mengukuhkan nama saya. Tapi saya percaya semua itu perlukan masa untuk saya buktikan pada orang ramai yang saya benar-benar berbakat.
"Saya akui banyak tawaran lakonan terutama untuk filem, memerlukan saya tampil seksi dan ada babak di ranjang. Tapi saya tolak secara baik tawaran tersebut.
"Dan untuk mengikis persepsi tu, sekarang ni saya cuba ubah penampilan misalnya make up saya lebih nipis dan tampil dengan pakaian yang lebih sedap mata memandang", katanya yang baru empat tahun bergelar anak seni.
Dalam perkembangan lain, Kila dalam proses menyiapkan single keduanya. Selain itu, dia bakal sibuk di lokasi penggambaran telemovie Beranak Dalam Kubur arahan Michael Ang, pada September ini. – Malaysian Digest
Bertempat di Pejabat Peguam Negara, Yuktes telah menyerahkan bukti sijil sakit palsu DS Anwar Ibrahim yang didakwanya berlaku bagi mengelakkan kehadiran oemimoin tersebut ke mahkamah.
Menurut Yuktes sijil tersebut adalah palsu dan telah diuruskan oleh Chegu Bard atas arahan Anwar.
Yuktes akan mengadakan perjumpaan dengan kedutaan asing bagi menerangkan apa yang sebenarnya berlaku dalam kes liwat Anwar / Saiful Bukhari dalam masa terdekat ini.
Yuktes telah menyerahkan bukti sijil sakit palsu Anwar Ibrahim kepada wakil Pejabat Peguam Negara.
Gitaris kumpulan Kristal, Rody terkejut apabila menerima panggilan daripada seorang inspektor polis wanita pada Rabu lalu dan mengarahkannya segera menyerah diri di balai polis atas dakwaan menyamar dan menipu duit orang ramai.
Menurut Rody, dia dituduh telah menipu beberapa individu dengan cara menjual gadjet jenama Samsung menerusi online dan kononnya hasil jualan gadget tersebut akan disumbang kepada sebuah acara amal yang dianjurkan oleh Samsung dan kumpulan Kristal.
"Saya dapat panggilan telefon dari seorang Inspektor. Dia arahkan saya menyerah diri. Kalau tidak, katanya dia sendiri akan datang ke rumah dan menangkap saya. Saya pun terkejut sebab saya tak tahu apa salah saya. Kemudian inspektor tu marah saya, dia kata dah lah saya menipu, lepas tu 'lalok' pulak. Lagilah saya terpinga-pinga. Tak pasal-pasal saya dituduh lalok?", katanya kepada Malaysian Digest ketika ditemui pada majlis pelancaran Kapal Dredger Inai Kenanga, bertempat di Pulau Indah, Port Klang, petang semalam.
Tambah Rody lagi dia pada mulanya tidak menghiraukan arahan pegawai polis tersebut. Tetapi keadaan jadi rumit apabila hal tersebut sampai ke pengetahuan bapanya. Atas nasihat dari anggota-angota bandnya, dia pergi juga ke balai dan memberikan kerjasama.
"Pada mulanya saya memang tak mahu ke balai polis sebab petang tu saya bersiap nak pergi menyaksikan konsert Metallica. Tapi Inspektor tersebut menelefon bapa saya. Bapa saya telefon saya dan mengamuk suruh saya ke balai. Sampai di balai saya terus di soal siasat. Saya siap tunjuk tiket Metallica lagi pada polis tu, bukti yang saya nak ke konsert.
"Rupanya baru saya tahu yang ada individu lain menyamar sebagai saya. Individu tersebut telah menjaja nama Samsung dan nama Kristal. Dia telah menjual 3 tablet Samsung dengan harga RM1700 kepada seorang mangsa penipuannya dengan alasan hasil jualan tersebut untuk acara amal anjuran kami dan Samsung. Ikut logik mana ada orang jual tiga gadget sekaligus dengan harga sebegitu.
"Saya difahamkan kalau saya tak serah diri, mangsa tersebut juga mahu mendedahkan perkara ini kepada pihak media. Sejujurnya saya memang tak pernah jual apa-apa barang. Tak pernah pula kami (Kristal) rancang nak buat apa-apa acara dengan Samsung", katanya.
Sebagai membersihkan namanya dan kumpulan Kristal, Rody turut membuat laporan polis. Dalam pada itu Rody tidak mengesyaki mana-mana pihak yang cuba memburukkan namanya dan kumpulan Kristal.
" Ini pertama kali saya berdepan dengan tuduhan sebegini. Saya tak tahu dan tak syak siapa-siapa yang nak aniaya saya. Orang ramai pun di harap jangan lah mudah percaya walaupun didatangani individu yang mengenalkan diri mereka sebagai artis, apa lagi nak jual barang.
"Saya harap hal ini akan selesai segera. Saya pun dah buat laporan polis. Sekarang ni tengah tunggu siasatan polis", katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang, kelmarin. – Malaysian Digest
Kuala Lumpur: Selepas gempar apabila penceramah terkenal Ustaz Kazim Elias (UKE) dilaporkan menerima ugutan bunuh, kali ini nasib sama turut menimpa penceramah mualaf popular, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Beliau yang kini bertugas sebagai Ketua Program, Program Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dikejutkan dengan faksmile diterima di pejabatnya yang tertera gambarnya dengan lambang Nazi di dahi diletakkan bersama gambar anjing.
Turut tertera di kertas faksimili itu perkataan ugutan berupa: Ridhuan Tee si tahi anjing akan mati seperti bapak anjing Nazi Adolf Hitler. Ptuih! Kami akan kencing dan berak atas kuburnya.
Dr Mohd Ridhuan ketika ditemui semalam berkata, faksmile nota ugutan itu pada mulanya ditemui pegawai tadbir di pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA) Prof Dr Rugayah Mohamed pada Isnin lalu ketika melakukan kerja rutin termasuk menyemak faksmile setiap hari.
"Saya hanya mendapat tahu ugutan bunuh itu apabila dihubungi Prof Dr Rugayah jam 6.15 petang hari yang sama bahan itu ditemui di pejabat saya bertugas.
"Saya terkejut sebelum bergegas ke pejabat dan bimbang apabila melihat faksmile berkenaan. Sebenarnya sebelum ini saya sudah biasa dimaki di dunia maya termasuk di blog, forum sosial dan Facebook.
"Malah, saya juga kerap menerima SMS serta panggilan yang tidak saya kenali terus memaki dan membuat ugutan tetapi saya tak pedulikan berikutan menganggap ia perbuatan orang nakal. Bagaimanapun, kali ini saya rasa serius dan terlalu melampau," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini, kelmarin.
MELAKA – Cubaan 15 pegawai khidmat pelanggan (GRO) warga asing bersembunyi di dalam bilik rahsia bagi mengelak daripada diberkas pihak berkuasa gagal apabila tembelang mereka berjaya dihidu sepasukan anggota imigresen yang menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, Banda Hilir di sini kelmarin.
Kesemua GRO berusia 17 hingga 20-an itu diberkas pada pukul 9.45 malam bersama dua lelaki tempatan yang turut bersembunyi di dalam bilik berukuran 1.8 meter panjang dan 2.1 meter lebar selama 30 minit.
Kesemua 12 GRO warga Vietnam dan tiga warga China bersama-sama dua lelaki warga tempatan itu didapati berhimpit-himpit seperti sardin di bilik berkenaan.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamaluddin Ismail berkata, semasa serbuan, pintu masuk ke premis berkenaan ditutup setelah pekerja di pusat hiburan itu menghidu kehadiran pihak berkuasa.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan bekas Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar daripada pertuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali bersama-sama Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimon Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu yang dibacakan oleh Tengku Maimon.
Menurut panel tiga hakim itu terdapat kekhilafan serius dari segi undang-undang dan fakta semasa perbicaraan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Zaki Yassin pada April 2009. Mahkamah ketika itu mendapati kedua-dua anggota polis itu bersalah tetapi membebaskan penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang didakwa juga terbabit dalam pembunuhan berkenaan.
Antara kekhilafan itu termasuk mahkamah tidak memanggil DSP Musa Safri seorang saksi penting bagi memberi keterangan dan kegagalan membekalkan catatan balai polis yang menunjukkan Azilah berada di Bukit Aman semasa waktu kejadian.
Dengan keputusan hari ini, pihak pendakwaan masih boleh mengekalkan rayuan mereka di Mahkamah Persekutuan.
Azilah Hadri dan Sirul Azhar masing-masing kemudiannya dibawa pulang ke penjara Kajang dan Tapah untuk menjalani beberapa proses sebelum dilepas dan dibebaskan.
Kedua-dua bekas anggota polis dari Unit Tindakan Khas (UTK) itu sebelum ini mengemukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka.
Kedua-duanya didapati bersalah atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, Selangor.
Rayuan Azilah selaku perayu pertama dan Sirul Azhar, perayu kedua telah didengar selama dua hari pada 24 Jun lalu di hadapan panel tiga hakim dianggotai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.
Azilah diwakili oleh peguam Datuk Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican pula membela Sirul.
Pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam cara Negara III Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang juga dianggotai oleh DPP Manoj Kurup dan DPP Noorin Badaruddin.
Razak, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 apabila pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Difahamkan Tun Majid akan membuat rayuan berhubung penghakiman hari ini.
Satu babak dalam filem kontroversi Tanda Putera, di mana sekumpulan pemuda Cina kencing pada tiang bendera di rumah bekas menteri besar Selangor Datuk Harun Idris adalah satu "fiksyen" dan "mustahil" berlaku, kata seorang saksi rusuhan 13 Mei 1969.
Ahmad Habib (duduk di sebelah kanan), yang ketika itu pelajar tahun dua ijazah pertama di Institut Teknologi Mara (ITM), berkata tiang bendera itu bukan sahaja berada di halaman yang dikawal rapi, malah menteri besar sendiri duduk di depan tiang tersebut.
Menurutnya, rumah menteri besar dikelilingi tembok batu dan kali pertama dia masuk ke halaman tersebut pada sekitar pukul 3 pagi (pada 14 Mei), ribuan orang sedang duduk atas rumput di depan tiang bendera itu.
"Duduk di hadapan tiang bendera adalah 'arwah' (Allahyarham Datuk Harun Idris) sendiri dengan selaras senapang patah. Beliau begitu letih, beliau duduk dan menggunakan senapang patah sebagai sokongan. Jadi tidak masuk akal (untuk mendakwa seseorang kencing pada tiang bendera)," kata Ahmad.
Ahmad berkata, beliau tiba di Kampung Baru, Kuala Lumpur, tempat terletaknya rumah tersebut, pada sekitar pukul 6 petang 13 Mei dan beredar kira-kira pukul 5 pagi pada hari berikutnya.
Ditanya kemungkinan kejadian itu berlaku sebelum dia masuk ke halaman tersebut atau selepas dia beredar, Ahmad berkata: "Bagaimana mungkin? terdapat begitu ramai orang di situ."
Ahmad tampil pada tahun lepas dan menyatakan bahawa Lim Kit Siang tidak pernah kencing pada tiang bendera itu semasa rusuhan 13 Mei.
Katanya, beliau tidak mengenali Lim secara peribadi tetapi sebagai seorang Islam, jika pembohongan disebarkan untuk menjejaskan maruah seseorang, maka "anda perlu bertegas".
Isu itu tercetus apabila gambar Lim dipaparkan di laman Facebook rasmi filem Tanda Putera dengan kapsyen: "Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah menteri besar Selangor ketika itu, Harun Idris".
Gambar dan kapsyen itu, yang dimuat dalam album "Peristiwa-peristiwa yang dimuatkan di dalam filem ini" kemudiannya dikeluarkan.
Pengarah filem Tanda Putera, Datuk Shuhaimi Baba, yang menegaskan filem itu dibuat berdasarkan dokumen sejarah dan temubual dengan saksi, kemudiannya dilaporkan berkata bahawa orang yang kecing pada tiang bendera itu, adalah bukan Lim.
Malaysiakini
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Menteri Pengangkutan Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar mengadakan sidang akhbar dan melawat mangsa mangsa kemalangan bas Genting Highland di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Pas tetap pas. Pas tidak ingin berubah walau bukti diletakkan depan mata bahawa mereka ada melakukan kesilapan. Terbaru isu Kalimah Allah, Pakteh menanti pemimpin Pas samada di pusat atau negeri yang mampu bertindak sebagai ketua untuk mengajak seramai mungkin pengikut Pas turun ke Mahkamah kelmarin. Senyap dan sunyi. Jika kes BERSIH 2.0 dan lain2 siri, wow...merekalah juara. Sebut sahaja berapa bilangan peserta yang diinginkan, pasti pemimpin pas akan tunaikan. Malah merekalah jaguh tidur dihadapan kereta sultan, mereka juga jaguh beradu asap pemedih mata menentang FRU dan bermacam-macam lagi kejaguhan. Amat malang sekali, dalam soal mempertahankan kalimah Allah, mereka senyap dan sunyi. Pas Kedah bagaimana? berapa puluh ribu berhimpun di hadapan mahkamah kelmarin? Tak perlu pakteh timbulkan nama-nama pemimpin pas yang suka posting gambar di FB bila beraksi di BERSIH.
You are subscribed to email updates from Betoika blog To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sehingga rencana ini ditulis, Datuk Seri Musa Aman belum membuat sebarang pengumuman, samada bersetuju dengan cadangan bertanding jawatan VP Umno. Ada kemungkinan Ketua Menteri Sabah itu hanya mempertahankan jawatannya sebagai Anggota Majlis Tertinggi atau barangkali mengikuti jejak MB Perak, Dr Zambery Kadir yang tidak bertanding dalam pemilihan Umno kali ini.
Semuanya masih dalam teka teki. Peliknya ada puak tertentu yang kurang senang dengan ura-ura Musa bertanding VP. Dua hari yang lalu, satu kenyataan yang disiarkan dalam akhbar nasional, bekas MP Libaran, Datuk Alhbar berkata "Musa layak tanding kerusi timbalan presiden". Saya sifatkan kenyataan itu memperli dan sebagai nakal.
Selain Musa, Datuk Seri Salleh Said juga jadi sasaran kritikan. Terbaru, seorang ahli UMNO Kota Belud, bekas AJK Bahagian telah membuat kenyataan melalui Facebook menawarkan diri sebagai calon Ketua UMNO Kota Belud. Apakah tentangan terhadap Dr Salleh itu ada hubung-kait dengan cadangan Musa tanding VP?
Masa akan memberi jawapan..
Dr Salleh juga dikatakan akhir-akhir ini terlalu lantang mengkritik kemneterian-kementerian kerajaan Persekutuan berhubung dengan peruntukan yang tidak disalurkan kepada kerajaan negeri. Kenyataan beliau itu dikatakan sebagai persediaan untuk beliau menyertai parti pembangkang pada PRU akan datang. Datuk Salleh baru-baru ini meminta Kementerian Pendidikan Persekutuan memberi lebih kuasa kepada Pejabat Pengarah Pelajaran negeri.
Apakah Musa akan bertanding VP? Apakah Datuk Shafie Apdal, penyandang VP dari Sabah akan mempertahankan kerusinya? Siapakah pilihan perwakilan UMNO?
Saya akan sambung....
You are subscribed to email updates from MUSLI OLI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mujahid kata umat Islam yang berkumpul di hadapan Istana Keadilan semalam bodoh
Semalam ada beberapa posting di FB yang memanipulasikan fakta dan berniat jahat untuk menyalahkan Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri dalam kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald oleh Gereja Katolik .
Malangnya, tidak ramai blogger dan facebooker yang benar-benar memahami fakta kes tuntutan ini sehingga tidak dapat membetulkan permainan persepsi ini dan mempertahankan Dato Seri Hishammuddin. Saya terpanggil untuk memperjelaskan fakta sebenar sebelum kita terburu-buru menyalahkan mana-mana pihak disebabkan manipulasi fakta oleh pihak tertentu.
Tuduhan 1 - bahawa kes ini berlaku semasa ia di bawah pentadbiran Dato Seri Hishammuddin di Kementerian Dalam Negeri (KDN). Baca kronologi kes di bawah, kita akan dapati ia bermula lebih awal dari 31 Disember 2007. Menteri Dalam Negeri ketika itu adalah Dato Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (2006-2008) sebelum digantikan oleh Tan Sri Dato Syed Hamid Albar (Mac 2008 - April 2009) sebelum diganti oleh Dato Seri Hishammuddin (April 2009 - Mei 2013). http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Hamid_bin_Syed_Jaafar_Albar .
Jika kronologi ini diikuti, kita akan memahami bahawa kes ini telah bermula sejak sebelum Dato Seri Hishammuddin menerajui KDN dan pihak KDN secara konsisten telah tidak membenarkan Herald menggantikan Biblical God dengan perkataan Allah.
Perdebatan kalimah "Allah" dipercayai bermula semasa permohonan memperbaharui permit oleh akhbar Herald – The Catholic Weekly kepada Kerajaan untuk cetakan akhbar versi bahasa Melayu.
Secara umumnya kronologi tuntutan terhadap kalimah "Allah" terbahagi kepada tiga peringkat. Ia bermula apabila akhbar Herald – The Catholic Weekly mengemukakan permohonan membaharui permit penerbitan akhbarnya kepada Kerajaan. Kelulusan telah diberikan kepada akhbar ini dengan menyatakan bahawa larangan penggunaan kalimah "ALLAH" dalam menggantikan kata nama "GOD" atau "LORD" untuk versi bahasa Melayu.
Ekoran timbul rasa ketidakpuasan hati maka tindakan semakan kehakiman telah difailkan oleh Gereja Katolik. Peristiwa ini bolehlah dirangkumkan seperti berikut :
Sebelum Semakan Kehakiman
Pada 31 Disember 2007, Pengarang akhbar Herald – The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa laranganmenggunakan kalimah "Allah". Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah "Allah" masih kekal.
Pada 3 Januari 2008, Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam Mesyuarat Kabinet pada 18 Oktober dan 1 November 2006.
Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah "Allah".
Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah "Allah" dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.
Pada 7 Januari 2009, Kementerian Dalam Negeri meluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009, dengan syarat kalimah "Allah" tidak digunakan di dalamnya dan perkataan "Terhad" mesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja.
Pada 16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Semasa Semakan Kehakiman
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan telah membuat keputusan dengan membenarkan penerbitan majalah Herald – The Chatolic Weekly bagi menggunakan kalimah Allah.
Secara faktanya keputusan Penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 itu adalah bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang kali ke-82 pada 5 hingga 7 Mei 2008 yang telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah "Allah" adalah kalimah suci KHUSUS bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.
Larangan ini juga selari dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah "Allah" hanya boleh digunakan bagi umat Islam.
Selepas Semakan Kehakiman
Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa proses segera itu tidak sepatutnya disalah tafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.
Pada 6 Januari 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpurmembenarkan penangguhan perintah yang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan negara.
22 Ogos 2013 - Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan Majlis Agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.
Tuduhan 2
Dato Seri Hishammuddin juga didakwa merupakan orang yang bertanggungjawab mengarahkan 'Penyelesaian 10 perkara berkenaan percetakan dan pengimportan Injil'. Tuduhan ini juga tidak benar kerana `Penyelesaian 10 Perkara' ini bukan keputusan beliau, sebaliknya merupakan arahan Kabinet.
Baca beberapa kenyataan ini untuk memahami kedudukan Dato Seri Hishammuddin dalam kes ini -
Kenyataan 1
baca (http://www.anwaraidc.com/?p=38036) "Dalam penghakimannya, Abu Samah berkata bekas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memfailkan afidavit yang memperjelas bahawa isu penggunaan kalimah 'Allah' bukanlah sebahagian daripada penyelesaian 10 perkara arahan kabinet.
"Oleh itu, ia tidak terpakai dalam kes ini. Perkara ini (rayuan) tidak boleh dianggap akademik kerana masih terdapat isu dan kontroversi yang perlu diselesaikan,"
Kenyataan 2
baca (http://www.malaysiakini.com/news/239020) - "Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan, yang berhujah bagi pihak kerajaan dan KDN terhadap permohonan Ketua Biskop Roman Katolik Murphy Pakiam (kanan) untuk membatalkan rayuan itu tersebut hari ini, berkata penyelesaian 10 perkara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditawarkan kepada masyarakat Kristian pada 2011, tidak meliputi penggunaan kalimah Allah."
"Katanya, perkara itu telah ditegaskan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika membantah permohonan itu, dengan menyatakan bahawa penyelesaian 10 perkara itu tidak meliputi isu Allah."
Kenyataan 3
baca juga, zul noordin, (http://zul4kulim.blogspot.com/2013/08/kalimah-allah.html) - "Ini adalah kerana hanya Menteri Dalam Negeri sahaja yang boleh mengeluarkan larangan dan membatalkan larangan penggunaan kalimah ALLAH menurut Akta Percetakan & Penerbitan. Memandangkan Menteri KDN sendiri telah menmbuat Surat Akuan Sumpah bahawa pelarangan tersebut masih kekal dan belum dibatalkan, maka isu pelarangan kalimah ALLAH itu masih kekal berkuatkuasa dan perlu dibicarakan sepenuhnya dalam rayuan nanti."
Baca juga "Memahami Proseding #KalimahAllah - Aqidah Islam terselamat kerana Menteri Dalam Negeri?"
Sekarang ni kalau ditanya Menteri mana paling hebat dalam barisan kabinet Najib jawapannya ialah Menteri Zahid Hamidi.
Kenapa Menteri Zahid hebat? Sebab Menteri Zahid anak jantan yang bertelur dan berani. Kau ada?
Menteri Zahid jaga portfolio sebagai Menteri KDN dengan sebaik mungkin. Bukan setakat kementerian yang dijaga rapi tetapi agensi di bawah kementerian turut dibawah pengawasannya. Kalau sesiapa yang rasa kail panjang dan berani berumah di tepi pantai, silalah jolok sarang tebuan Menteri Zahid. Pasti kena sengat!
Terbaru yang kena 'sengat' ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P.Waythamoorthy yang mempersoalkan SOP polis. (entah macam mana mangkuk ni boleh jadi Timbalan Menteri, tidak pula kita ketahui).
Standard Timbalan Menteri ni mengingatkan Jebat pada seorang Timbalan Menteri dulu yang sama taraf mangkuknya dengan P.Waythamoorthy. Anda lupa pada Timbalan Menteri 'new politics' Shaifuddin Abdullah?
Bekas Timbalan Menteri new politics sibuk beli insurans dengan menyokong tindakan si bebal Adam Adli tetapi Timbalan Menteri P.Wahthamorthy pula seorang Timbalan Menteri yang mulut tidak ada insurans.
Adakah Timbalan Menteri Hindraf ini bercadang untuk mengubah SOP pasukan polis semasa mengambil tindakan?
Sukalah Jebat cadangkan pada Menteri Zahid Hamidi anak jantan supaya menyerapkan Waythamoorthy ini ke dalam pasukan polis supaya beliau dapat berdepan dengan gangster dengan lebih berhemah dan beretika.
Mungkin Waythamoorthy akan dapat membuktikan kepada pihak polis bahawa setiap kali berdepan dengan gangster dan sebelum mengambil tindakan hendaklah dimulakan dengan memberi salam kepada gangster terlebih dahulu dan lebih mulia sekiranya di dalam bulan Syawal ini pihak polis membawa ketupat dan rendang untuk disajikan kepada para gangster..Hebat lu macha!!!
Jebat sedikitpun tidah pernah hairan kalau Waythamoorthy mempersoalkan tindakan pihak polis tetapi Jebat lebih hairan bagaimana macha ni boleh berada di dalam kabinet Tok Najib. Hanya Tok Najib boleh jawab persoalan ini. New politics jugak?
Jebat tertarik dengan apa yang blogger Just Read nukilkan 'I don't want to say this but some of my friends are already saying it: "Once a Hindraf is always a Hindraf!" Baca nukilan sahabat Just Read DI SINI
Ada betulnya apa yang sahabat Just Read katakan dan apabila Menteri Zahid menasihatkan Moorthy meletakkan jawatan maka tindakan itu sebenarnya jauh lebih bijak daripada tindakan Tok Najib meletakkan P. Waythamoorthy di dalam barisan kabinetnya.
Tok Najib jangan fikir dia mampu menukar manusia menjadi robot dan mampu menukar orang yang suka berdemo kepada seorang timbalan menteri yang bertanggungjawab dan faham dasar-dasar kerajaan.!!!
p/s: Jom cari punca nahas bas ekspress di Genting Highlands sehingga ke lubang cacing..Hebat Menteri yang sudah transform ni!!!
Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka terhadap pensabitan dan hukuman.
Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.
Penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam mensabitkan mereka.
Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.
Pada April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah mensabitkan dua anggota polis itu atas tuduhan bunuh. Manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu.
Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican mewakili Sirul.
Timbalan Peguamcara Negara 11, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengetuai pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan Noorin Badaruddin.
Altantuya telah dibunuh di hutan Puncak Alam dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Sementara itu, Bernama melaporkan Hakim Tengku Maimun berkata mengenai alibi pembelaan Azilah Hadri, mahkamah tidak menemui mana-mana dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan yang beliau telah menimbangkan sama ada diari stesen menunjukkan atau cenderung menunjukkan tentang kehadiran Azilah pada masa berkenaan dan dia tidak akan boleh atau tidak mungkin berada di tempat kejadian jenayah.
"Melihat kepada keadaan keseluruhan kes ini, pertimbangan kami ialah kesan kumulatif bukan arahan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana itu menjadikan sabitan perayu tidak selamat. Kami sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini," kata Hakim Tengku Maimun.
Kedua-duanya disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.
Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Sebagai langkah segera, pihak pendakwa diketuai Peguam Cara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu pemberita Pejabat Peguam Negara akan memfailkan rayuan terhadap pembebasan dua anggota polis itu.
Dalam penghakiman, mahkamah mengemukakan lapan alasan bagi pembebasan Azilah dan Sirul Azhar.
Hakim Tengku Maimun berkata mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak membuat sebarang dapatan mengenai sama ada pihak pendakwa telah membuktikan mengenai kewujudan perancangan awal oleh dua anggota polis itu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan rentetan daripada perancangan awal itu.
"Dalam penghakiman kami, ketiadaan dapatan sebegitu oleh hakim perbicaraan yang bijaksana mengenai ramuan niat bersama yang membawa kepada penyalaharahan dengan cara tanpa arahan," katanya.
Mengenai log panggilan dan ramalan liputan, beliau berkata mahkamah mendapati keterangan oleh tiga saksi daripada beberapa syarikat telekomunikasi telah membawa kepada isu kebolehpercayaan dan ketepatan log panggilan dan ramalan liputan.
Hakim Tengku Maimun berkata amat penting untuk hakim perbicaraan menumpukan pada cabaran dibangkitkan oleh pihak pembelaan mengenai eksibit dan untuk membuat dapatan sama ada terdapat pindaan atau gangguan terhadap data dan sama ada ketulenan data boleh dipersoalkan atau tidak.
"Apa yang dikesalkan, hakim mahkamah tinggi gagal berbuat demikian, yang dalam penghakiman kami adalah penyalaharahan yang serius sehingga tidak boleh bergantung kepada eksibit itu yang dikatakan tidak kukuh," kata hakim.
Bagi alasan lain, mahkamah memutuskan hakim perbicaraan juga tidak memberi perhatian dan tidak memeriksa sama ada wujud percanggahan dan ketidakkonsistenan keterangan saksi-saksi pendakwa.
Katanya hakim perbicaraan juga tidak memeriksa kredibiliti saksi-saksi pendakwa dan tidak memberi perhatian sama ada Azilah dan Sirul Azhar telah menimbulkan keraguan mengenai ketepatan kenyataan mereka mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.
Hakim Tengku Maimun juga berkata hakim perbicaraan tidak memikirkan sama ada penemuan tempat jenayah dan barangan kemas si mati adalah hasil daripada maklumat diberikan oleh dua anggota polis itu dan bukannya daripada sumber lain.
Beliau berkata mahkamah mendapati berlaku keadaan tanpa arah oleh hakim perbicaraan apabila gagal menilai keterangan sebelum menerima kenyataan itu mengikut Seksyen 27.
Bagi alasan lain, Hakim Tengku Maimun berkata mahkamah mendapati tiada sebarang keterangan untuk menunjukkan sebarang kaitan antara selipar dengan kesan darah Altantuya yang ditemui dalam jip Sirul Azhar, dengan beliau (Sirul Azhar).
Beliau berkata pihak pendakwa tidak menutup jurang dalam kesnya dalam isu itu.
Serupa juga, kata hakim, dengan katrij yang ditemui dalam kereta Sirul Azhar yang merupakan tertuduh kedua, mahkamah mendapati wujud jurang dalam kes pendakwa di mana hakim perbicaraan gagal memberikan perhatian.
Akhir sekali, mahkamah memutuskan kegagalan pihak pendakwa memanggil atau menawarkan pemeriksaan balas ke atas DSP Musa Safri yang ketika itu pengawal Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin mencetuskan inferens berbeza di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan, terhadap pihak pendakwa.
"Ingin dinyatakan, dengan tidak memanggil DSP Musa, mengenai fakta kes ini, sedangkan keterangan DSP Musa amat penting untuk mendedahkan naratif bahawa kes pendakwa berdasarkan apa," kata hakim.
Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya menjernihkan suasana apabila tampil menjawab dakwaan dalam sebuah buku oleh penggantinya, Tun Abdullah Badawi bahawa Malaysia akan muflis sekiranya nasihat beliau diikuti.
Dalam entri terbaru diblognya, chedet.cc. pada Khamis, Perdana Menteri keempat selama 22 tahun itu bagaimanapun, turut menyatakan kegembiraannya dengan penjelasan Pak Lah dalam bukunya, The Awakening, bahawa bukan beliau membuat kenyataan tersebut, namun ia dibuat oleh penemuduga, yang menyatakan sekiranya dia mengikut nasihat beliau negara akan muflis.
Dr Mahathir berkata: "Ya, saya setuju bahawa saya seorang Perdana Meneri yang boros dan menghabiskan duit kerajaan dengan membina Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, West Port, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa projek lain."
Beliau berkata, "semua ini perlu dihentikan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap."
Dr Mahathir berkata, Abdullah berjaya menghentikan projek jambatan bengkok dan landasan berkembar elektrik.
Jelasnya, pembinaan jambatan itu menelan belanja RM 1 bilion sementara bagi pembatalan projek tersebut kerajaan terpaksa membayar pampasan bernilai RM200 juta kerana kerja yang tidak siap.
Dr Mahathir berkata projek kereta api dari Johor Baru ke Padang Besar menelan belanja RM14 bilion - lebih daripada RM2 bilion setiap setahun selama enam tahun.
RM14 bilion pula dapat diselamatkan namun ada keperluan yang lebih baik untuk membina landasan berkembar elektrik dari Ipoh ke Padang Besar, dengan kos RM12 bilion, tambahnya.
"Kontrak telah diberikan kepada syarikat antarabangsa untuk membina landasan dari Seremban ke Gemas. Saya tidak tahu berapa kosnya. Seolah-olah RM14 bilion dapat dijimatkan untuk membina landasan yang lebih pendek. Namun masih banyak wang yang boleh dijimatkan," katanya.
Bukan itu sahaja, Dr Mahathir berkata jet kecil yang beliau gunakan masih dianggap hanya sesuai untuk Timbalan Perdana Menteri sementara jet yang lebih besar dibeli tidak menggunakan saluran biasa namun dibeli daripada individu persendirian.
"Ada penafian dibuat oleh pihak kerajaan bahawa A320 telah dibeli bukan untuk kegunaan Perdana Menteri. Namun pesawat itu masih digunakan oleh Perdana Menteri hingga hari ini. Yang mengagumkan bagaimana perjanjian itu berjaya. Siapakah yang benar-benar memiliki pesawat tersebut? Berapakah jumlah wang yang berjaya diselamatkan oleh kerajaan dalam perjanjian tersebut?," katanya.
Menyentuh mengenai koridor ekonomi yang diperkenalkan oleh Abdullah, Dr Mahathir berkata setiap koridor menelan kos sebanyak RM70 bilion.
"Difahamkan peruntukan tersebut termasuk pelaburan daripada sektor swasta. Di bawah pentadbiran Abdullah, kerajaan membenarkan pelaburan swasta digunakan. Namun ia adalah baik kerana pulangannya nampak bagus," katanya.
"Ia pasti sebuah kerajaan yang kaya apabila pilihan raya umum ke-12 berlangsung. Apa yang menyedihkan rakyat tidak menghargai berbilion-bilion wang yang berjaya diselamatkan. Mereka menolak parti pemerintah, dengan memberikan lima negeri serta wilayah persekutuan kepada pembangkang, dengan majoriti yang lebih kecil kepada parti sedia ada," katanya.
"Cuba bayangkan berapa banyak bilion lagi dapat dijimatkan sekiranya saya meletakkan jawatan lebih awal sebelum pembinaan lebuh raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinangm KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan menjadi hos kepada projek mega lain. Sudah pasti hari ini kita akan memiliki simpanan Ringgit setinggi gunung," katanya.