BLOG - BLOG PARTI PKR

Dicatat oleh Admin | | Posted On Jumaat, 26 April 2013 at 7:30 PG

sumber :-

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 26 Apr 2013 03:24 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


BEEND SELANGOR USAHA BELI BILIK GERAKAN PAKATAN RAKYAT

Posted: 25 Apr 2013 08:26 PM PDT

JOM TOLAK ANWAR!!!! KITA TOLAK ANWAR SAMPAI KE PUTRAJAYA!!

Posted: 25 Apr 2013 08:12 PM PDT

Suara Sri Andalas

Posted: 25 Apr 2013 11:30 PM PDT

Suara Sri Andalas


Car Torching Incidents - An Act of Desperation; Dr Xavier Jayakumar Condemn Gangsterism

Posted: 25 Apr 2013 09:43 PM PDT

PRESS STATEMENT
 
26 April 2013
The torching of my daughter's car at her residence last night is shocking. It is deplorable that such incidents should occur during the period in the run up to a general elections. I am angry but I am also sad that the situation in the country has descended to this. My family and I are very disturbed over this incident as my grandson and son in law were at home when this happened. I thank God that no one was hurt and everyone is safe.
Democracy is about the contestation of ideas.  The run up to an election should see  issues being raised and ideas discussed in rationale manner. There is no place for violence and intimidation in the process.

I strongly condemn this type of action taken by certain groups of people, thinking that they can intimidate us and frighten the general public.
What has happened will not deter us in any way; rather we intend to work harder to bring, about change.  I ask my supporters and friends to stay calm. ,  The actions of a few desperate people will not make us depart from doing the right thing and behaving in a proper and civilized manner. That is why i have been saying from the beginning that we must get away from the culture of gangsterism and "budaya samseng".  This is the work of misguided youths for whom we are striving to bring about better conditions – to help make them a part of society and in the long run build a better Malaysia.
DR XAVIER JAYAKUMAR
CANDIDATE N.49 SERI ANDALAS
PARTI KEADILAN RAKYAT

CARETAKER EXCO, KERAJAAN NEGERI SELANGOR








Insiden Membakar Kereta Keluarga Calon Parti Keadilan Rakyat; Tindakan Berunsur Politik Ganas Dikecam

Posted: 25 Apr 2013 09:30 PM PDT

KENYATAAN MEDIA

26 APRIL 2013


Pada  25 April 2013, jam 11 malam, dua  orang lelaki telah memanjat kedalam perkarangan rumah saya. Mereka telah memecahkan tingkap kereta dan melempar masuk tong berisi minyak. Akibat ini kereta saya telah dibakar sehingga tahap "total loss".

Serangan ini berlaku sewaktu saya berada di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat DUN Seri Andalas. Pada waktu itu, suami saya dan anak saya berumur 1tahun berada di rumah.

Tindakan ganas ini telah menjadikan keluarga saya trauma. Saya risaukan keselamatan ahli-ahli keluarga saya. 

Pada masa yang sama selaku Ahli EXCO Angkatan Muda Malaysia, saya mengecam tindakan berunsur politik ganas, yang ditujukan kepada keluarga Calon Parti Keadilan Rakyat.

Walaupun tindakan ini dilihat sebagai satu ancaman untuk menakut-nakutkan keluarga calon, tetapi ini hanya akan membakar semangat kami untuk terus memperjuangkan dasar-dasar Pakatan Rakyat.

SANGETHA JAYAKUMAR

Setiausaha
Angkatan Muda Keadilan
Cabang Kota Raja

Ahli EXCO Angkatan Muda Keadilan MALAYSIA

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

Posted: 25 Apr 2013 11:03 PM PDT

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Salahlaku dan konspirasi...

Posted: 25 Apr 2013 08:42 PM PDT

Kenderaan bawa kotak undi dilencongkan ke kawasan ‘rahsia’ - http://www.keadilandaily.com/kenderaan-bawa-kotak-undi-dilencongkan-ke-kawasan-rahsia/index.html

Anwar Ibrahim

Posted: 25 Apr 2013 07:32 PM PDT

Anwar Ibrahim


Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke SARAWAK

Posted: 25 Apr 2013 09:13 AM PDT

26 April 2013 (Jumaat)

1) 2.30 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim

Lokasi – Kampong Kabong (P- Saratok)

2) 5.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim

Lokasi – Kampong Beladin (P- Batang Lupar)

3) 7.00- 12.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

Lokasi : Sri Dagang Waterfront Commercial Centre, MIRI

(Depan Klinik Dr Teo)

[PRESS STATEMENT] Vote buying and Foreign Voters

Posted: 25 Apr 2013 05:46 AM PDT

APRIL 25, 2013

Since Nomination Day, I have been traveling the whole length of Peninsular Malaysia, and Sabah and Sarawak. Pakatan Rakyat is witnessing a new wave of groundswell of support that will unleash another tsunami. Even in the so-called UMNO fortress of Johor, we are seeing an unstoppable momentum building up. Last night in Segamat, over thirty thousand people came.

I have also been briefed by many Pakatan leaders and civil society leaders on what is happening on the ground. The intimidation and level of violence on Pakatan Rakyat party workers, Pemantau and civil society volunteers are increasing. Over 400 police reports have been lodged. Vote buying and bribery are rampant. BN is so worried that they will lose and are desperately bribing voters with gifts, cash and cash vouchers ranging from RM50 in Penang to RM1000 in Sabah. There is video evidence of this vote buying, and it will be released in the next few days.

In another report and analysis of the Electoral Roll which will be released very soon, there are some shocking revelations. 28,593 registered voters are designated as Indonesians, Filipinos, Pakistanis and Bangladeshis – nationalities from countries with high number of workers in Malaysia. Sabah alone has 15,907 of registered foreign voters, majority of whom are Filipinos and Indonesians. Selangor has the next highest number with 4,324 foreign voters.

The majority of these foreign voters will be voting in Sabah, Selangor and Kuala Lumpur. Parliamentary constituencies with highest number of foreign voters include Silam, Kibaran, Kelabakan, Sepanggar, Putatan and Tawau.

What is even more disturbing is that 16,589 of these foreign voters are assigned with the Sabah "Kod Negeri" even though they are from Indonesia or Philippines. There are even 42 foreign voters from Philippines, Indonesia and Pakistan in the Army and Police registered as "Pengundi Pos".

The Election Commission must clarify immediately the existence of these thousands of foreign voters in the Electoral Roll and why these voters are designated local "Kod Negeri" in their ICs.

I feel especially strongly for voters in Sabah who are being disenfranchised by the many foreign voters in their constituencies. No doubt this is the reason why the Royal Commission of Inquiry (RCI) on Illegal Immigrants in Sabah has been delayed until after the elections.

Sabahans and Malaysians in general are being cheated of their democratic choice. BN is still dragging its feet on how to fix the ‘Project IC’ problem it has created. For Pakatan Rakyat it is clear, we will order the Election Commission to clean up the electoral roll within our first 100 days in government.

I urge all legitimate voters to come out on 5th May and cast your votes. Do not let those who have corrupted our electoral system steal democracy from you. We must protect our rights as Malaysians.

ANWAR IBRAHIM

[KENYATAAN MEDIA] MEMBELI UNDI DAN PENGUNDI LUAR

Posted: 25 Apr 2013 05:45 AM PDT

25 APRIL 2013

Semenjak Hari Penamaan Calon, saya telah menjelajah di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak. Pakatan Rakyat sedang melihat suatu gelombang baru sambutan rakyat yang besar yang akan menghasilkan suatu tsunami. Malah dalam kawasan yang dikatakan kubu UMNO ia-itu Johor, kami melihat suatu perkembangan yang tidak dapat dibendung lagi. Semalam di Segamat, lebih dari 30 ribu hadir.

Saya juga telah diberitahu oleh ramai ketua-ketua Pakatan dan pertubuhan awam tentang apa yang sedang berlaku di merata tempat. Ancaman dan keganasan terhadap pekerja Pakatan Rakyat, Pemantau dan sukarelawan pertubuhan awam semakin menjadi-jadi. Lebih dari 400 aduan polis telah dibuat. Pembelian undi dan rasuah adalah berleluasa. BN amat risau mereka akan tewas dan sedang menggelabah membeli undi dengan hadiah, wang dan baucer wang, dari RM50 di Pulau Pinang ke RM1000 di Sabah. Kita ada bukti video dan ini akan dikeluarkan dalam sikit hari lagi.

Dalam suatu lagi laporan dan analisis keatas Daftar Pengundi yang akan dikeluar sikit masa lagi, terdapat beberapa penemuan yang menggemparkan. 28,593 pengundi berdaftar adalah orang Indonesia, Filipina, Pakistan dan Bangladesh – mereka yang dari negara-negara yang membekalkan kebanyakan dari pekerja asing di Malaysia. Sabah sahaja mempunyai 15,907 pengundi berdaftar kebanyakannya dari Filipina dan Indonesia. Selangor adalah kedua terbesar dengan 4,324 pengundi asing.

Kebanyakan pengundi asing ini akan mengundi di Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur. Kawasan pilihanraya parlimen dengan jumlah terbesar mereka ini termasuklah Silam, Kibaran, Kelabakan, Sepanggar dan Tawau.

Apa yang lagi merisaukan ialah 16,589 dari pengundi asing ini diberikan "Kod Negeri" Sabah (ia-itu lahir di Sabah) walaupun mereka adalah dari Indonesia atau Filipina. Malah terdapat 42 pengundi asing dari Filipina, Indonesia dan Pakistan yang didaftarkan sebagai "Pengundi Pos" didalam Tentera dan Polis.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mesti menerangkan serta-merta kenapa terdapt beribu-ribu pengundi asing dalam Daftar Pengundi dan kenapa sesetengah dari mereka diberi Kod Negeri tempatan dalam kad pengenalan mereka, dan bagaimana ada yang berdaftar sebagai Pengundi Pos dalam Tentera dan Polis.

Saya amat bersimpati terutamanya dengan pengundi dari Sabah yang telah diketepikan kuasa undian mereka kerana kehadiran begitu ramai pengundi luar. Tidak salah lagi ini adalah sebab kenapa Suruhanjaya DiRaja Siasatan?? Keatas Pendatang Tanpa Izin di Sabah telah ditangguh kepada selepas pilihanraya.

Pengundi Sabah khususnya dan Malaysia amnya telah tertipu keatas hak demokrasi mereka. BN masih berlengah-lengah lagi tentang bagaimana hendak selesaikan masalah "Projek IC" yang mereka sendiri ujudkan. Bagi Pakatan adalah jelas, kami akan mengarahkan SPR untuk membersihkan Daftar Pengundi dalam masa 100 hari pertama dalam kerajaan.

Saya menyeru semua pengundi yang sah agar keluar pada 5 Mei dan mengundi. Jangan biarkan mereka yang telah korupkan sistem demokrasi kita merampas demokrasi ini dari kita. Kita mesti pertahankan hak kita sebagai rakyat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

[VIDEO] Anwar Ibrahim: Ceramah Kempen PRU13 Di Machap Melaka 23/04/2013

Posted: 24 Apr 2013 10:59 PM PDT

[VIDEO] Anwar Ibrahim: Ceramah Kempen PRU13 Di Sg Udang Melaka 23/04/2013

Posted: 24 Apr 2013 10:56 PM PDT

[VIDEO] Anwar Ibrahim: Ceramah Kempen PRU13 Di Pekan Gadek Melaka 23/04/2013

Posted: 24 Apr 2013 10:54 PM PDT

[VIDEO] Anwar Ibrahim: Ceramah Kempen PRU13 Di Rembia Melaka 23/04/2013

Posted: 24 Apr 2013 10:51 PM PDT

PKR Questions Fishy Diversion of Ballot Box Shipment

Posted: 24 Apr 2013 10:40 PM PDT

Malaysiakini

PKR has questioned the sleight of hand behind a shipment of ballot boxes destined for the Election Commission’s (EC) headquarters in Putrajaya being allegedly diverted to a "secret" location.

“A vehicle carrying ballot boxes bound for the EC headquarters in Putrajaya was met by the commission’s Pajero (four wheeled drive) at the highway exit and was diverted to a secret address, the SC2 road at the Sg Chua Industrial Zone in Kajang,” PKR de-facto leader Anwar Ibrahim claimed at a press conference in Petaling Jaya today.

He alleged that at the secret location large polyester bags bearing the EC logo and believed to contain ballot boxes were then offloaded.

“This requires urgent explanation… Why was it done in such a dubious manner?” said Anwar (above).

Wee Choo Keong

Posted: 25 Apr 2013 03:30 PM PDT

Wee Choo Keong


Farrakhan on “REGIME CHANGE”

Posted: 25 Apr 2013 02:36 AM PDT

Please see yours truly past posting HERE.   Tagged: Afghanistan, Angola, Cambodia, China, Farrakhan, Iran, iraq, Laos, North Korea, Regime Change, USA, West Germany

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 25 Apr 2013 11:46 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


PILIH YANG MANA SATU

Posted: 25 Apr 2013 01:32 AM PDT



PILIH YANG MANA SATU

Pakatan Rakyat (PAS/PKR/DAP) –  Pendidikan Percuma di Kolej/Universiti , Hapus PTPTN

atau

Barisan Nasional – Komputer Riba Percuma untuk Pelajar Sekolah Rendah/Menengah

Kalau undi Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DAP) , PTPTN akan dimansuhkan yang dikatakan melibatkan wang negara RM 25 billion.

Kalau undi Barisan Nasional, semua pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan diberi komputer riba percuma. Katakanlah jumlah pelajar sekolah di Malaysia dianggarkan seramai 5,304,201 orang. Jika sebuah komputer riba berharga RM3,000 , ini bermakna ianya akan melibatkan wang negara sebanyak RM 16 billion.

MANIFESTO PAKATAN RAKYAT - PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA, HAPUS PTPTN

PTPTN akan dihapuskan kerana ia sebahagian dari mekanisme yang menyebabkan pergantungan kepada pihak swasta untuk menyediakan tempat-tempat pengajian awam.
PTPTN tidak diperlukan lagi apabila pendidikan tinggi diberikan secara percuma kepada rakyat.

AKU JANJI BN - SEMUA PELAJAR SEKOLAH MUNGKIN DIBEKAL KOMPUTER RIBA PADA 2014

8 Apr 2013 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, kerajaan akan melihat bagaimana untuk membekalkan komputer riba kepada setiap pelajar sekolah di seluruh negara mulai tahun hadapan. Beliau berkata, perkara itu mesti dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia adalah komitmen kerajaan untuk melaksanakan janji-janjinya.

Sumber :

Blog Rembau Hari Ini mencapai hit tertinggi April 2013

Posted: 25 Apr 2013 12:42 AM PDT




Blog PAS Kawasan Rembau atau lebih dikenali dengan Rembau Hari ini yang beroperasi sejak 13 Januari 2008 telah mencapai hit yang tertinggi pada bulan April 2013. Setakat 25 April 2013, blog ini telah mencapai hit sebanyak 17,053 pengunjung untuk bulan April 2013 sahaja. Ini merupakan hit yang tertinggi dalam sebulan setakat ini sejak blog ini mula beroperasi lebih 5 tahun yang lalu.

Dapatkan berita terkini kempen Pakatan Rakyat Rembau dan di DUN Paroi, Rantau, Chembong dan Kota dengan melayari http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Ceramah Pakatan Rakyat Rembau 27 Apr 2013

Posted: 25 Apr 2013 12:40 AM PDT


CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT
Tarikh : 27 Apr 2013, Sabtu
Masa : 9.30 mlm
Tempat : Markas Pakatan Rakyat DUN Chembong, Kg Mulia (sebelah Pejabat Daerah Rembau)
Penceramah :
* Hj Radzali A Ghani - Calon PKR Parlimen Rembau
* Hj Kamarol Ridzuan Mohd Zain - Calon PAS DUN Chembong
* Zulkefly Mohamad Hj Omar - AJK PAS Pusat
* Aiman Athirah Al Jundi - Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat
* Norwani Ahmad - Ketua Muslimat PAS Rembau

Semua Dijemput Hadir

Berita terkini kempen Pakatan Rakyat Rembau di http://rembau-hari-ini.blogspot.com

Penduduk di Rembau tidak puas hati isu pampasan tanah

Posted: 24 Apr 2013 06:37 PM PDT




Antara isu utama yang menyebabkan ramai pengundi di DUN Chembong dan DUN Kota tidak puas hati terhadap kerajaan sebelum ini ialah isu pampasan tanah. Mereka membandingkan pampasan tanah yang diambil oleh kerajaan sebelum ini untuk beberapa projek terlalu murah sehingga RM1.20 sekaki (RM52,272 seekar) sedangkan kerajaan Negeri Sembilan pula menawarkan harga yang terlalu mahal untuk tapak hospital Rembau iaitu RM22 sekaki (RM958,320 seekar).

Telah banyak tanah adat, tanah penduduk kampung di DUN Chembong dan DUN Kota diambil oleh kerajaan sebelum ini untuk projek landasan kereta api berkembar, projek menaik taraf jalan Chengkau-Astana Raja,  projek skim bekalan air di Titian Bintangor dan projek laluan paip gas.

Justeru itu penduduk kampung di DUN Chembong dan DUN Kota mengharapkan calon-calon PAS yang bertanding di kawasan ini mempertahankan hak penduduk kampung dengan memberi pampasan tanah yang setimpal untuk projek-projek pembangunan yang dirancang pada masa hadapan sekiranya mereka terpilih menjadi wakil rakyat nanti.

Maklumat lanjut isi pampasan tanah penduduk Rembau ini di http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2013/04/penduduk-di-rembau-tidak-puas-hati-isu.html

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 25 Apr 2013 11:44 AM PDT

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Updated Info: Kempen Calon Dun Linggi

Posted: 25 Apr 2013 05:30 AM PDT





Lokasi: Ladang Batu 14, Pasir Panjang, Port Dickson.

Pengundi mahu Anwar jadi PM – UMCEDEL

Posted: 25 Apr 2013 05:26 AM PDT


KUALA LUMPUR 25 APRIL: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih popular dan diterima rakyat sebagai Perdana Menteri (PM) selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
Demikian menurut kaji selidik Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) ke atas 1,407 responden dari kalangan pengundi pelbagai latar belakang.
20080310anwar_ibrahim
Menurut kajian tersebut, 49 peratus memilih Anwar sebagai PM berbanding Datuk Seri Najib Razak yang hanya mendapat 39 peratus, manakala 12 peratus lagi tidak pasti.

"Peningkatan populariti Anwar boleh dikatakan sebab pengaruh internet di kalangan anak muda.
"Seperti yang kita tahu, Pakatan Rakyat menggunakan sepenuhnya medium tersebut kerana tidak mendapat liputan yang baik dari media arus perdana," kata Pengarah UMCEDEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman.
"Jelajah Merdeka Rakyat dan kempen bergerak juga membantu peningkatan populariti Anwar," katanya lagi.
Kajian itu dibuat bermula sejak hari pembubaran Parlimen 3 April 2013 sehingga 20 April lalu.
Selain itu, Anwar turut mengatasi Najib dari segi pemimpin yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan Islam dengan mendapat 47 peratus berbanding Najib 38 peratus, selebihnya tidak pasti.
Kecenderungan kedua-dua pemimpin itu turut dinilai melalui kewibawaan mereka membuat keputusan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Hasilnya, 40 peratus bersetuju Anwar lebih berwibawa berbanding Najib, yang haya memperoleh 35 peratus.
Turut disentuh, kajian mengenai perdebatan Anwar dan Najib yang menunjukkan 63 peratus menuntut debat tersebut dijalankan, dan hanya 10 peratus tidak mahu, manakala 19 peratus tidak pasti.

Kenderaan bawa kotak undi dilencongkan ke kawasan ‘rahsia’

Posted: 25 Apr 2013 05:03 AM PDT


PETALING JAYA 25 APRIL: Kenderaan yang membawa kotak undi untuk dihantar ke ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, dilencongkan ke satu kawasan rahsia di Kajang.
Mendedahkan demikian, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenderaan itu berubah arah selepas berhenti di satu simpang.
"Saya difahamkan kenderaan yang membawa kotak undi itu sepatutnya terus ke Putrajaya.
Undi 2
"Tetapi selepas tiba di satu persimpangan tol tertentu, ada sebuah pajero SPR sudah menunggu kenderaan itu dan mengalih haluan ke satu kawasan rahsia di Jalan SC 2 dekat kawasan perindustrian Sungai Chua, Kajang," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Pendedahan itu susulan maklumat terbaru yang diterima Ketua Umum KEADILAN itu.
Beliau mempersoal mengapa kotak undi itu dibawa ke kawasan lain sedangkan mengikut prosedur, kotak undi mesti disimpan di ibu pejabat SPR.
"SPR sebagai badan bebas mesti menjelaskan perkara ini segera bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap mereka," kata Anwar yang akan mempertahan kubu kuat KEADILAN di Permatang Pauh pada PRU 13.

Calon DUN N02 Pertang

Posted: 25 Apr 2013 04:51 AM PDT

Calon DUN Pertang
Muhamad Syamwill Mertadza

Nama: Muhamad Syamwill Bin Mertadza
Lahir: 7 Januari 1983
Umur: 30 tahun.

Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Usuludin

Pengalaman
-Mantan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, JAINS
-Setiausaha PKR Cabang Jelebu
-Pemangku Ketua AMK Cabang Jelebu
-Exco AMK Negeri Sembilan