Khamis, 3 Januari 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


SIASAH

Posted: 03 Jan 2013 03:39 PM PST

SIASAH


Isu Amanat Haji Hadi untuk jejas kredibiliti agama PAS

Posted: 03 Jan 2013 10:16 AM PST

Umno kelihatan kembali ke era 1980-an apabila memainkan kembali isu Amanat Haji Hadi sebagai sebahagian kempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 yang menjelang.

Petikan ucapan dalam ceramah pada 1981 yang diperbesarkan oleh ahli parti itu telah lama mencetuskan perbahasan panas, dan dikaitkan sebagai satu punca perpecahan dan pelbagai kekeliruan dalam masyarakat Melayu Muslim terutama di Terengganu.

Tindakan pemerintah menimbulkan kembali isu ini, dan tanpa tindakan serius untuk membenarkan penjelasan dan pendengaran pandangan selain yang menjadi konsensus parti pemerintah menimbulkan persoalan besar.

Keengganan menyahut cabaran Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi penjelasan secara langsung di stesen televisyen utama - yang matlamatnya dipercayai mengelakkan suntingan dan manipulasi selain mendapatkan audiens yang besar - telah mendedahkan kebimbangan pemerintah terhadap sebarang gugatan terhadap naratif yang dikemukakan pemerintah itu.

Masa yang lama untuk mencapai satu sikap terhadap ucapan Abdul Hadi itu, lama selepas April 1981 juga mendedahkan pemerintah dan birokrasi berkaitan kepada kelemahan yang besar.

Sikap itu menjelaskan bahawa isu ini dibawa kembali ke perhatian awam sebagai kempen pilihan raya dan tidak lebih daripada itu.

Debat isu ini setakat ini hanya dilakukan di media dikuasai pemerintah, dengan hanya satu pihak mengemukakan pandangan dan dakwaan-dakwaan yang sering meragukan.

Tidak seperti isu-isu berkaitan agama sebelum ini seperti penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim dan pluralisme agama, isu Amanat Haji Hadi ini tidak mendapat reaksi daripada aktivis dan intelektual Muslim seperti yang disaksikan dalam kes kalimah Allah dan isu pluralisme agama yang dikaitkan dengan PKR dan Pakatan Rakyat.

Isu Amanat Haji Hadi ini, yang antara pencetus awalnya pada kali ini ialah akhbar Utusan Malaysia dan TV3, menjadi hampir sepenuhnya permainan politik Umno.

Malah, isu ini juga bersaing dengan isu berhubung kenyataan pemimpin DAP, Lim Guan Eng supaya penganut Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Isu amanat ini kelihatan menjadi satu isu yang digunakan untuk menambahkan lagi isu yang boleh menjejaskan kredibiliti agama yang dimiliki PAS, selepas isu kalimah Allah dan kontroversi gereja di Selangor.

Pemerintah dijangka akan turut menerima kesan negatif daripada isu amanat ini, termasuk disebabkan reaksi kepada kempen murahan dan desakan membenarkan penjelasan yang terus dielakkan.




Krisis air, kenapa berlaku sekarang?

Posted: 03 Jan 2013 09:20 AM PST

Penduduk di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur memasuki tahun 2013 dengan berdepan masalah bekalan air, dilaporkan akibat kerosakan stesen pam.

Krisis ini masih baru tercetus, dan mungkin boleh sahaja selesai tanpa berlaku sebarang implikasi politik.

Tetapi masa krisis ini terjadi menjadikannya menarik untuk diperhatikan, lebih-lebih lagi isu ini sentiasa tidak terlepas daripada kaitan politik.

Beberapa akhbar harian hari ini telah menjadikan isu ini tajuk muka depan, memberi gambaran seriusnya masalah ini.

Kerajaan negeri Selangor telah dipersalahkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor, Syabas, melanjutkan lagi pertembungan antara kedua-dua pihak terbabit yang bermula beberapa bulan lalu.

Isu bekalan air Selangor ini juga telah mencetuskan pertembungan antara kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan Putrajaya dan menampakkan tanda akan berpanjangan.

Pilihan Raya Umum ke-13 kini semakin hampir, disebabkan tempoh mandat daripada pilihan raya umum yang lalu hampir tamat, bermakna  pilihan raya umum tidak dapat ditangguh lagi.

Krisis yang sedang berlaku ini baru bermula dan belum menunjukkan gambaran jelas sama ada hanya sementara atau akan berlanjutan lagi.

Dari segi politik kepada kerajaan PR Selangor, krisis air yang berpanjangan dan melibatkan lebih ramai penduduk boleh memberi kesan negatif sekiranya dimainkan dengan berkesan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Umno telah menjadikan isu-isu melibatkan air termasuk kekurangan bekalan dan bekalan air percuma dijanjikan kerajaan negeri yang tidak terlaksana sepenuhnya sebagai bahan politik, menyebabkan kerajaan PR Selangor kelihatan agak defensif.

Sebagai negeri yang menjadi sasaran utama Umno dan BN, peluang ini tidak akan dilepaskan, memandangkan krisis ini melibatkan jumlah penduduk yang besar.

Sekiranya BN mahu benar-benar mempolitikkan isu ini - jika krisis berlanjutan - masa kelihatan berpihak kepada mereka, tetapi kesan negatifnya tetap boleh kembali kepada BN, sekiranya persepsi ramai melihatnya sebagai sengaja diadakan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13atau kesalahan lebih diletakkan di bahu Syabas.


2012: Politik artis dan suasana menunggu pilihan raya

Posted: 02 Jan 2013 06:54 PM PST

Sejak awal tahun 2012, spekulasi tarikh pilihan raya menjadi tajuk besar dalam perbincangan politik negara.

Semua pihak ternanti-nanti bila parlimen akan dibubarkan dan pilihan raya umum ditentukan.

Akibatnya, sepanjang tahun, aktiviti berpolitik pada tahap maksima berlangsung, dengan kedua-dua kumpulan utama bersaing dalam semua hal.

Dalam pentadbiran sebuah negara, politik kepartian dan kempen pilihan raya ialah satu bahagian yang besar, tetapi sepatutnya bukan yang paling besar. Selepas kempen dan berpolitik, urus tadbir dan pembinaan negara ialah hal yang sepatutnya diberi perhatian oleh pemain-pemain politik, terutama semua yang terlibat dalam kerajaan termasuk ahli parlimen pembangkang.

Malangnya, dalam keghairahan menuju pilihan raya dan Putrajaya, hampir seluruh tenaga dan masa dihabiskan dengan berpolitik, dengan segala mainan di media dan di segala ruang yang ada.

Suasana panas yang berterusan sejak 2008, terutama menjelang 16 September, diteruskan lagi pada tahun 2012.

Tahun ini, 2013, bakal menyaksikan Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan, selepas sekurang-kurangnya dua tahun ramai tertunggu-tunggu untuk merasai dan terlibat dalam proses politik yang dianggap sebagai penentu penting haluan politik negara.

Satu hal yang menarik untuk diberi perhatian ialah Bersih dan protes besar-besaran yang menjadi identiti badan gabungan pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik Pakatan Rakyat ini.

Pada 2012, protes Bersih yang ketiga diadakan, yang antara tujuannya ialah sebagai persediaan meningkatkan momentum untuk menghadapi sebarang kemungkinan menyusul Pilihan Raya Umum ke-13.

Sejak Oktober 2007 hingga hari ini, Bersih telah berjaya membentuk kesatuan dan keberkesanan sebagai satu instrumen dan kuasa penyatu untuk menghadapi Barisan Nasional.

Bersih kini telah menjadi kuasa yang mampu digerakkan untuk menjejaskan pemerintah BN, terutama sekiranya segala elemennya mencukupi dan digerakkan dengan berkesan.

Momentum ke arah protes besar-besaran selepas pilihan raya umum telah kelihatan, termasuk melalui satu kenyataan A Samad Said, ahli jawatankuasa Bersih 2.0.

Usaha pemantauan oleh Bersih juga telah disusun, yang boleh meningkatkan lagi kredibiliti suara protes Bersih terhadap proses pilihan raya umum akan datang, sekiranya didapati tidak memenuhi tuntutan yang disuarakan selama ini.

Sekiranya protes besar-besaran diadakan, semua yang terlibat sukar untuk berundur lagi, dan terpaksa terus menggempur dan mara ke hadapan, lebih-lebih lagi memandangkan pertaruhan besar bagi semua pihak terlibat.

Ini bermakna apa yang digerakkan sejak 2007 dan ditingkatkan dengan mendadak pada 2012 bakal dilaksanakan pada 2013, membawa persaingan politik Malaysia ke satu tahap yang baharu dan lebih sengit.

Satu lagi isu yang mengambil bahagian yang besar dalam perbincangan politik negara ialah peningkatan peranan selebriti dalam kempen politik.

Sehingga kini, satu-satunya peranan besar yang dimainkan oleh penggiat budaya popular dalam pentas politik ialah kempen perhubungan awam untuk parti politik, terutama PAS.

Perkembangan sejak 2011 diteruskan pada 2012 dengan artis menjadi tumpuan utama dan menjadi penceramah popular program-program PAS, sehingga mencetuskan kritikan termasuk dari dalam parti.

Abby Abadi, yang pernah popular melalui drama Gerak Khas, muncul sebagai selebriti paling popular dalam politik tahun 2012 melalui aktivitinya bersama PAS.

Abby ialah salah seorang daripada satu gelombang "artis insaf" yang aktif dalam aktiviti keagamaan, yang sebahagiannya hampir secara eksklusif di atas platform parti politik.

Dari segi menarik perhatian massa, PAS telah berjaya dalam membina pengikut yang ramai melalui penglibatan selebriti.

Ini dikuatkan lagi oleh peranan penceramah popular Ustaz Azhar Idrus, yang pernah mendapat anugerah daripada Pemuda PAS dan mempunyai kaitan rapat dengan parti ini.

Peranan dan kedudukan penceramah ini dalam aktiviti seperti ini telah meningkatkan elemen budaya popular aktiviti keagamaan yang digerakkan parti politik ini, mencetus satu fenomena agak baharu yang menggabungkan budaya popular dengan aktiviti keagamaan.

Selain PAS, PKR juga telah mendapat bahagiannya melalui kemenangan penulis lirik lagi Awan Nano, Hasmi Hashim, yang sebelum ini aktif bersama PKR dan kembali aktif dalam beberapa program ekoran peningkatan popularitinya.

Episod ini juga tidak kurang elemen politiknya apabila pemuda PKR segera mengambil kredit daripada kemenangan Hasmi itu, dan mencetuskan reaksi negatif yang keras daripada blog-blog Umno.

Unsur Islam pop ini telah diperhatikan berleluasa, dan memainkan peranannya yang tersendiri dalam menarik massa mendekatkan diri kepada aktiviti keagamaan seperti ceramah.

Hasil jangka pendeknya dalam menterjemahkan hasil politik kepada PAS akan dilihat pada tahun ini, pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.


Biaqpila

Posted: 03 Jan 2013 03:15 PM PST

Biaqpila


Fitnah Husam : Mahkamah keluar sapina ke atas Zahid Hamidi

Posted: 03 Jan 2013 02:00 PM PST

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengeluarkan sapina kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) agar datang ke mahkamah 6 Januari ini.

Sapina itu dikeluarkan oleh mahkamah atas permohonan Datuk Husam Musa yang menyaman blogger Papa Gomo.

"Mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk sapina Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana, Ahmad Zahid kenal siapa Papa Gomo ini apabila beliau membenarkan blogger ini memasuki kapal selam Scorpean sebelum ini," kata Husam kepada Harakahdaily.

Husam menyaman Papa Gomo ekoran satu laporan fitnah yang dibuat blogger Umno itu melalui blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;

"Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan crdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni."

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian.


CARA BERAK YANG MEMBAHAYAKAN DIRI

Posted: 03 Jan 2013 06:36 AM PST


Ketahui Beza Buang Air Besar: Bercangkung VS Duduk

Kalau yang biasa dikampung membesar dalam suasana hulu, berak bertinggung adalah perkara biasa. Bertinggung atas batang kelapa dan melepaskan bom masuk ke dalam sungai di pagi yang nyaman cukup mengasyikkan.

Sama ada kita perasan atau tidak, aksi duduk bertinggung atas batang nyior yang melintang atas sungai dengan gaya yang cukup selamba dan selesa merupakan satu keajaiban jika dipandang olah orang barat. Kalau tak percaya suruh seorang mat saleh yang anda kenal pergi buat aksi tersebut. Kemungkinan besar dia akan terlentang masuk dalam sungai itu.

Bagi kita rakyat asia, bertinggung sudah dilatih sejak kecil maka ia menjadi normal dan bersahaja. Ini bukanlah satu posisi biasa bagi orang barat.

Cerita asalnya di sini adalah untuk mengingatkan kita agar kembali kepada posisi asal berak kita secara tradisi. Buang saja jamban jenis duduk dari rumah kita dan gantikan dengan jenis bertinggung. Sebabnya adalah lihat rajah di bawah ini.


Berak duduk membuatkan usus tercekik dan najis tidak dapat dilepaskan dengan lancar. Ini membuatkan banyak kesan kekotoran dan keracunan tertinggal dan di serap semula ke atas. Lebih parah lagi jika sering diamalkan akan ada kebocoran pada organ lain.

Mungkin kita perasan dengan angka mereka yang terkena kanser usus yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini di negara asia yang pada suatu masa dahulu adalah tersangat-sangat jarang berlaku. Kanser usus dulu-dulu hanya banyak berlaku dikalangan orang barat. Sebabnya mereka berak duduk dan kita berak bertinggung.

Bagi mereka dah terbiasa amalkan berak duduk sejak sekian lama, kembalilah ke pangkal jalan. Lihatlah perbezaan kesihatan anda selepas menukar posisi berak. Anda akan dapat rasakan tahap kesihatan yang jauh lebih baik hanya selepas seminggu mengamalkan berak berringgung.

Sumber

myberita

LAWAK FELDA JALAN GURNEY

Posted: 02 Jan 2013 08:00 PM PST

RAIS YATIM DAN UMNO DOK TUNGGU APA LAGI?

Posted: 02 Jan 2013 05:00 PM PST

Amanat: Penjelasan 'live', Umno tunggu apa lagi?


KUALA LUMPUR: PAS mendesak Umno untuk segera memberikan ruang kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang muncul secara langsung di televisyen bagi menjelaskan polemik berkaitan isu 'Amanat Hadi'.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, Umno sewajarnya tidak perlu berlengah selepas Presiden PAS itu telah menyatakan hasrat mahu membuat penjelasan secara langsung sama ada di saluran RTM ataupun TV3.

Sebelum ini katanya, Umno bertali arus menggunakan seluruh saluran mereka menyerang Tuan Guru Abdul Hadi dengan mencabar Presiden PAS itu menjelaskan 'amanat' yang dikeluarkan kira-kira 30 tahun dahulu di Banggol Peradong.

"Umno nak tunggu apa lagi? Ustaz Hadi sudah buat permintaan. Segerakan kemunculan Presiden PAS di TV1 dan TV3.

"Saya harap akan ada suatu tindakan dalam masa yang terdekat untuk menunjukkan komitmen mereka," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi, Umno kini dilihat tersepit dengan permintaan Presiden PAS itu sehingga terpaksa mencipta pelbagai alasan untuk mengelaknya.

Malah katanya, Umno kini dilihat cuba 'mencuci tangan' dengan meletakkan pula Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta mufti untuk berdepan dalam isu ini.

"Umno jangan guna institusi agama termasuk mufti untuk menggagalkan permintaan Ustaz Hadi ini.

"Taktik ini samalah seperti yang digunakan untuk membatalkan Debat PAS-Umno pada tahun 1985," katanya lagi.

Najib wajar dijemput

Sebelum ini ketika bercakap kepada Sinar Harian, Salahudin secara sinis mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut dipanggil bersama dalam forum yang dicadang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Salahudin berkata, kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di televisyen bersama Ustaz Hadi adalah lebih baik.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, jemputan dibuat itu adalah perkara kedua, yang penting bagi PAS penjelasan amanat presiden perlu dibuat secara langsung di televisyen.

Dalam laporan media kelmarin, Rais berkata, tokoh agama dan mufti akan turut dijemput untuk bersama dalam satu forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Ustaz Hadi bagi memperjelas amanatnya.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatarbelakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita."

HD




DUNIACACAMARBA

Posted: 03 Jan 2013 03:08 PM PST

DUNIACACAMARBA


Walaupun Ditindas, Dibunuh, Penduduk Palestine Dijangka Mengatasi Penduduk Yahudi pada Tahun 2016

Posted: 02 Jan 2013 10:00 PM PST


[BERNAMA] Baitulmaqdis: Orang Arab akan melebihi penduduk Yahudi di wilayah ditakluki Palestin tujuh tahun lagi, menurut anggaran Biro Perangkaan Palestin.

Perkembangan ini akan memberi implikasi besar kepada Israel, menurut laporan itu.

Pada masa ini, 5.8 juta penduduk Arab tinggal di Israel, Tebing Barat, Gaza dan timur Baitulmaqdis, kata biro berkenaan. Data Israel pula menganggarkan orang Yahudi seramai enam juta ketika ini.

Biro itu menekankan, berdasarkan kadar kelahiran masa kini, bilangan dua penduduk itu akan sama pada 2016.

Bagaimanapun, pada 2020, bilangan penduduk Arab akan mencapai 7.2 juta manakala Yahudi, 6.9 juta.

Isu demografi digunakan sebagai hujah penting bagi menubuhkan negara Palestin bagi penyokong hak Palestin di Israel.

Mereka berpendapat, menyerahkan kawalan wilayah Palestin dan penduduknya adalah cara tunggal memastikan Israel terjamin sebagai demokrasi dengan majoriti Yahudi pada masa depan.

Di New York, anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) mengeluarkan kenyataan mengutuk perluasan penempatan haram Yahudi di wilayah ditakluki Palestin, lapor agensi berita IRNA.

Anggota NAM menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memenuhi komitmen dengan menghalang kegiatan haram itu diteruskan sedangkan ia mencabul undang-undang antarabangsa.

NAM menegaskan, rejim Zionis itu bertindak balas atas keputusan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) mengubah status Palestin kepada 'negara pemerhati bukan anggota', November lalu. - AP



Apakah Modus Operandi "Macau Scam"? Baca Berita Ini...

Posted: 02 Jan 2013 08:38 PM PST

 
Lelaki Nyaris Jadi Mangsa 'Macau Scam'

[BERNAMA] KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang hampir menjadi mangsa sindiket penipuan melalui telefon atau 'Macau Scam' membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Hamdanawal Muhamad Sukri, 26, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, Rabu.

Menceritakan kejadian yang dialaminya, Hamdanawal berkata beliau menerima panggilan daripada 'unknown number' yang mendakwa kononnya panggilan itu daripada Pos Malaysia pada kira-kira 9.20 pagi.

"Seorang wanita meminta nama penuh dan nombor kad pengenalan saya, dan dia menyatakan saya mempunyai surat daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah dipulangkan sebanyak dua kali kerana saya tiada di rumah untuk menerimanya. 
 
"Kemudian dia meminta saya untuk menunggu panggilan daripada seorang polis dan memberikan saya nombor rujukan untuk dimaklumkan kepada pegawai polis berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Hamdanawal berkata seminit kemudian beliau menerima panggilan daripada 'pegawai polis' melalui nombor +0060321460522 dengan mendakwa mangsa mempunyai hubungan dalam kes pengeluaran wang haram ke luar negara.

"Bukan itu sahaja, 'pegawai polis' itu juga mengatakan terdapat dua transaksi berlaku di atas akaun bank saya dengan jumlah yang besar iaitu RM83,000 dan RM120,000," katanya sambil menambah suspek itu mendakwa beliau mempunyai hubungan dengan seorang penjenayah yang bernama Ramli Yusof.

Hamdanawal yang bekerja sebagai Ekskutif Bantuan Khidmat Pelanggan, Pemasaran Foto di Bernama, turut diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menafikan dakwaan itu.

"Apabila sampai di Bukit Aman, saya diberitahu ia merupakan satu kegiatan penipuan terancang dengan menggunakan organisasi seperti Pos Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

Pada 24 Dis lepas, polis berjaya membongkar sindiket 'Macau Scam' dari China yang mengakibatkan kerugian mencecah RM5 bilion dengan menjadikan negara ini sebagai lokasi pusat panggilan mereka ekoran penahanan 51 individu dalam dua serbuan di Petaling Jaya dan Bukit Damansara. 
 
 
Berita Berkaitan:
 
Polis Perak Buru Sindiket Macau Scam

IPOH – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dengan satu sindiket penipuan antarabangsa yang digelar sebagai `Macau Scam'.

Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan berkata, sindiket terbabit didapati akan menjalankan penipuan dengan menyamar sebagai pegawai Bank Negara atau polis Hong Kong.

"Sindiket akan memaklumkan mangsa bahawa kad kredit atas nama mangsa telah digunakan di merata tempat dengan perbelanjaan yang tinggi.

"Ada juga mangsa yang dimaklumkan kononnya akaun bank mereka dikesan terlibat dalam kes jenayah di luar negara," katanya di sini hari ini.

Shukri berkata, sindiket yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara atau polis itu akan menawarkan bantuan bagi mengelak akaun atau wang mangsa daripada dibekukan atau dirampas.

Bagaimanapun, mangsa diminta membuat pindahan wang dari akaun bank mangsa ke akaun bank yang dibekalkan oleh sindiket.

Justeru, katanya, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melayani panggilan telefon yang mengarahkan mereka memindahkan wang daripada akaun peribadi kepada akaun orang lain.

"Sepanjang Januari hingga Oktober ini sebanyak 55 kes dilaporkan melibatkan kerugian berjumlah RM935,984 dan polis sedang mengesan sindiket terbabit," katanya.

  
 
P/s: Hati-hati. Kalau ada sesiapa yang menelefon dan meminta butiran diri dan bank, matikan sahaja talian telefon anda. 
 
Jika ada sesiapa yang menawarkan polisi insurans dengan potongan kad kredit, berhati-hatilah kerana individu ini akan meminta nombor kad kredit ada termasuk nombor pin keselamatan. Lagi pelik, polisi yang ditawarkan itu "hebat" tetapi menetapkan bayaran serendah RM30 sebulan. Malah semua urusan yang dijalankan melalui komunikasi di telefon, tanpa perlu mengisi borang atau menandatangani borang. Jangan mudah terpesona, selidik dahulu dengan syarikat insurans berkenaan.




 
 

Tiada Sesiapa Bayar Wang Jaminan, Pelakon Seksi Dihantar ke Penjara Kajang

Posted: 02 Jan 2013 04:09 PM PST

ZARINA dan Mohamad Fakhruzaim semasa dibawa
ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam atas tuduhan memiliki dadah
.

[Kosmo] PETALING JAYA - Pelakon dan model wanita kontroversi, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam bersama seorang lagi rakannya atas tuduhan memiliki dua biji pil eramin 5, empat hari lalu.

Zarina, 27, dan rakan lelakinya yang juga seorang pelajar kolej, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nazri Omran.

Zarina terpaksa ditahan di Penjara Kajang sementara menunggu tarikh sebutan berikutan tiada siapa membayar wang jaminan RM2,000 yang ditetapkan oleh mahkamah.

Selebriti yang pernah membintangi drama Anak Pontianak itu didakwa bersama-sama rakan lelakinya memiliki dua biji pil dadah tersebut dengan anggaran berat 0.6 gram di sebuah kediaman di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai di sini pada pukul 5.30 petang, 30 Disember tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd. Bukhari Wan Mohd. menawarkan wang jaminan sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh.

Peguam Mohd. Haijan Omar yang mewakili kedua-dua tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah agar mengurangkan wang jaminan tersebut atas alasan anak guam masih belajar dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

Nazri kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan syarat penjamin merupakan ahli keluarga mereka.

Mahkamah menetapkan pada 8 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia.

Mohamad Fakhruzaim membayar wang jaminan.

Sebuah akhbar kelmarin melaporkan pelakon dan model wanita terkenal dengan pelbagai kontroversi itu ditahan bersama teman lelakinya di kediaman mewah di Damansara Damai.

Semasa ditahan pasangan itu didapati menyimpan dua biji pil disyaki eramin 5 dengan anggaran berat 0.6 gram.

Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada di dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

Selepas pegawai yang mengetuai serbuan itu mengetuk pintu rumah tersebut, suspek wanita membuka tingkap tetapi segera menutup semula pintu itu selepas menyedari orang itu merupakan polis.

Pada 2011, Zarina pernah ditahan oleh anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor bersama-sama seorang lagi rakannya dalam satu operasi di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang.

Bagaimanapun, ujian air kencing yang dilakukan terhadap Zarina yang ditahan ketika itu mendapati dia negatif dadah jenis ketamin.

Zarina yang lebih mesra disapa sebagai Anju menjadi perhatian ramai gara-gara gambar seksi dan mengghairahkan miliknya tersebar di alam maya yang dipetik daripada majalah FHM versi Indonesia.

Foto-foto tersebut menjadi kecaman dan kutukan banyak pihak kerana aksi-aksi panasnya itu.





Kenyataan Deepak: NAFI Beri Rafizi Dokumen, Tetapi TIDAK NAFI Bayar Barang Kemas

Posted: 02 Jan 2013 03:54 PM PST


"Saya tak pernah beri Rafizi apa-apa dokumen"

[MK] Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.

"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan.

"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini,"
katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.

Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

"Saya dinasihatkan oleh peguam supaya tak cakap apa-apa.Beri saya dua tiga hari.

"Saya tak tahu apa-apa mengenai kandungan dokumen itu. Saya juga tak tahu apa yang dia (Rafizi) katakan. Saya disini bukan untuk politik tapi untuk kebenaran.

"Saya akan meneliti dokumen itu dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan," katanya lagi.

Deepak ditanya mengenai tuntutan PKR hari ini supaya Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan Deepak bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membelinya barang kemas.

Deepak dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong adalah sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Dalam sidang medianya hari ini, Rafizi berkata beliau percaya dokumen yang dikemukakannya berhubung pembelian barang kemas berkenaan adalah tulen. 



 P/s: Adakah Rafizi menamakan Deepak sebagai pembekal dokumen dan invois yang didedahkannya baru-baru ini? Sila baca tulisan Rafizi di sini.






Kerabu Bersuara ®

Posted: 03 Jan 2013 03:03 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Terkini! DS Anwar Kutuk Penghinaan Terbaru Nabi Muhammad

Posted: 03 Jan 2013 05:19 AM PST

 http://sphotos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/27273_10151198211046840_734256303_n.jpg

Anwar Ibrahim

Saya mengecam sekeras-kerasnya penghinaan terbaru terhadap Nabi Muhammad dengan melakar kisah kehidupannya dalam sebuah majalah satira yang diterbitkan di Perancis baru-baru ini. Karya tersebut, yang bertujuan untuk menimbulkan provokasi umat Islam serta cuba untuk membangkitkan kekacauan sewajarnya ditarik semula dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh pemimpin-pemimpin dunia.

Allah SWT melarang sama sekali menggambarkan Nabi Muhammad SAW dalam apa jua cara, melainkan seperti yang telah digambarkan dalam Al Quran. Sewajarnya diletakkan suatu batas yang membedakan di antara penghinaan dan penyelewengan agama dengan kebebasan bersuara dan hak untuk berkarya.

Perancis perlu bertanggungjawab dengan bertindak terhadap mereka yang sengaja mencetuskan provokasi ini dengan kadar segera. Hak kebebasan berkarya bukan alasan untuk disalahguna oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Perbahasan Dengan Fathul Bari: Parti Islam dan Bukan Parti Islam

Posted: 03 Jan 2013 04:43 AM PST

 http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/540830_446837552049992_1434300303_n.jpg

 

Perbahasan Dengan Fathul Bari: Parti Islam dan Bukan Parti Islam

Sebelum ini saya telah kemukakan hujjah saya terhadap 3 persoalan yang menjadi perbahasan di antara saya dan Fathul Bari beberapa ketika dahulu. Ketiga-tiga persoalan yang telah saya kupas tidak mendatangkan sebarang respon darinya sepertimana yang telah diduga. Walaupun begitu saya akan teruskan kupasan saya terhadap isu-isu yang telah saya senaraikan dahulu. Samada beliau menjawab atau tidak, itu tidak penting kerana sebenarnya bukan dirinya yang menjadi sasaran saya tetapi semua yang mengunjungi blog saya ini. Walaubagaimanapun, ketandusan hujjah dari pihak beliau menyerlahkan lagi sifat keperibadiannya yang sudah mula diketahui umum.

Saya sering jelaskan bahawa PAS sahaja adalah parti Islam di Malaysia. Ini sering diserang dan dipertikaikan oleh orang-orang seperti Fathul. Mereka mempertikaikan kenyataan ini dan menuduh bahawa saya seperti juga pimpinan PAS yang lain, mengkafirkan parti lain melalui kenyataan sebegitu. Mereka mengeluarkan tuduhan 'takfir' ini kerana mereka sengaja ingin mengelirukan ummat Islam supaya ummat Islam terus menyokong UMNO dan menolak PAS. Sedangkan PAS tidak pernah menimbulkan persoalan pihak lain adalah kafir. Itu adalah fakta.

Saya membuat dakwaan bahawa hanya PAS adalah parti Islam kerana takrif parti Islam bagi saya adalah sebuah parti yang menyatakan secara jelas bahawa dasarnya adalah Islam dan panduannya adalah Al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qiyas. Ia mesti juga menyatakan matlamat perjuangan politiknya secara jelas dengan mengaitkannya kepada Islam. PAS telah melakukan semua ini melalui perlembagaannya dengan menyebut bahawa matlamat perjuangan politiknya adalah untuk mewujudkan sebuah Negara dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai Islam dan undang-undangnya menuju kereDhaan Allah.

Sememangnya kalau dikaji, tiada parti lain yang menyatakan perjuangannya adalah berasaskan Islam sejelas mana yang dilakukan PAS. Maka itulah sebabnya mengapa saya katakana bahawa hanya PAS sahaja adalah parti Islam di Malaysia.

Ini bererti Parti lain, yang mempunyai keahlian orang Islam, seperti UMNO, PKR malahan DAP tidak merupakan parti Islam mengikut definasi saya. Mereka memperjuangkan politik kefahaman mereka dan inilah sebabnya mengapa Dato Harun Din sendiri pernah menyatakan "politik Anwar bukan politik Islam" dan "parti Anwar bukan parti Islam". Itu adalah atas sebab definasi yang diguna-pakai PAS berhubung apa itu 'politik Islam' dan 'parti Islam'.

Pada masa yang sama ini tidak bermakna mereka yang bersama parti-parti selain PAS adalah kafir. Seseorang tidak mungkin jatuh kafir atas sebab penyertaannya atau tidak penyertaannya di dalam sebuah parti politik. Dia boleh jatuh kafir hanya atas sebab aqeedah, amalan atau kata-kata yang bercanggah dengan asas Islam. Ada kemungkinan seseorang menyertai parti yang tidak memperjuangkan 'politik Islam' oleh kerana kekeliruannya terhadap persoalan politik Islam, bukan kerana dia menolaknya. Ada juga atas sebab pendekatan yang dipilih dalam memperjuangkan politik Islam iaitu ianya tidak perlu ditonjolkan sepertimana yang dilakukan PAS tetapi tetap diusahakan dari sudut nilai-nilai dan pengajarannya. Dan mungkin ada juga alasan yang lain. Oleh itu, dalam soal sebegini tidak mungkin dijatuhkan hukum secara borong. Dan sememangnya bukan tujuannya untuk menjatuhkan hukum pun. Yang diinginkan PAS ialah untuk memperjuangkan wawasan politiknya dan menyeru manusia, khususnya ummat Islam, untuk bersama dalam usaha menjadikan Islam sebagai asas politik Negara dan masyarakat. Pada masa yang sama menerima takrif 'politik Islam' dan 'parti Islam' yang diperjuangkan PAS.

Kenyataan bahawa parti lain bukan 'parti Islam' tidak juga bererti bahawa mereka semestinya memusuhi atau dimusuhi PAS. Hubungan PAS dengan mereka bergantung kepada sejauh mana penentangan mereka terhadap apa yang diperjuangkan PAS. Ia bergantung kepada sejauh mana cita-cita dan wawasan perjuangan mereka selari dengan apa yang diperjuangkan PAS. Pendekata, ianya bergantung kepada sejauhmana kerjasama dengan mereka mendatangkan maslahah (kebaikan) atau mafsadah (keburukan) kepada perjuangan politik Islam yang dibawa PAS.

Bersambung...

Perbahasan lalu:
1. Fathul bela CSL
2. Kenyataan Karpal berbanding CSL
3. Sejarah latar belakang kenyataan Karpal

Bukti Nizar Batalkan Rizab Tanah Melayu Di Perak Didedahkan?

Posted: 03 Jan 2013 03:42 AM PST

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/155853_10151426180247189_960740693_n.png

Kami Benci Saiful Bukhari!

Bersyukurlah UMNO menjaga kepentingan kaum Melayu didalam negara ini, lihatlah bukti yang dilampirkan dibawah, inilah jasa besar UMNO kepada bangsa Melayu. Teruskan memberi undi kepada Barisan Nasional untuk meneruskan kelangsungan gaya politik UMNO yang sungguh 'amanah' kepada bangsanya ini. - Apek

http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/540830_446837552049992_1434300303_n.jpg

Terkini! Jersi Terbaru Pasukan Kelantan Didedahkan. Apa Reaksi Penyokong?

Posted: 02 Jan 2013 10:46 PM PST

http://1.bp.blogspot.com/-KumUiIc5Z-E/UOUm7D9R_aI/AAAAAAAAVLM/aMvK6BqnZ0A/s1600/jersi-kelantan-baru.jpg


Majlis pelancaran jersi baru Kelantan bagi musim 2013 akan diadakan pada 3 Januari 201 bertempat di Dewan Kelantan Trade Center Kota Bharu. Menurut sumber, penaja utama pasukan Kelantan ialah Hotlink sementara jersi musim ini ditaja oleh Warrior iaitu pembekal barangan dan cenderahati pasukan Kelantan. Sama-samalah kita nantikan pelancaran jersi baru nanti.

saksikan siarang secara lansung majlis pelancaran jersi


http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/531304_541062455906633_1222310192_n.jpg

Terkini! Fatwa Terbaru Umno Dijumpai Di Kota Bharu

Posted: 02 Jan 2013 10:27 PM PST

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/68666_10151185872542592_547076934_n.jpg

Nik Abdul Aziz Nik Mat

[admin] Fatwa yang selalu geng "syaitan yang dikenali" sebut-sebutkan dan bisik-bisikkan di telinga orang-orang awam.

Foto di ambil di Kedai Baru, Kota Bharu

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 03 Jan 2013 01:47 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


AMAN MALAYSIA - 10 PENJENAYAH TERHEBAT 4

Posted: 02 Jan 2013 04:32 PM PST

Muslimeen United

Posted: 03 Jan 2013 01:45 PM PST

Muslimeen United


Polemik Amanat Hadi Jadikan TG Abd Hadi Semakin Dikenali. Terima Kasih UMNO.

Posted: 02 Jan 2013 10:28 PM PST



Seorang pemuda berusianya sekitar 30'an, menemui saya, katanya, mahu bertanya tentang 'Amanat Haji Hadi' yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Saya bertanya; siapa yang menghangatkan amanat yang sudah sejuk basi itu kepada kamu?.

"Saya mengetahuinya dari laporan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, tapi tak faham maksud amanat itu".

Pemuda itu mengaku terus terang tak faham dengan 'Amanat Haji Hadi' yang siarkan pada muka depan akhbar sepanjang minggu akhir Disember dan awal Januari 2013 kerana ketika isu kontroversi itu meletup 31 tahun lampau, sang pemuda baru pandai merangkak. Belum tahu membezakan antara makanan dengan najisnya sendiri.

Setelah saya menceritakan inti 'Amanat Haji Hadi' baru pemuda itu faham. Anak matanya merenung tajam ke arah saya sambil bibirnya mengukir senyum. "Hebat Haji Hadi" ujarnya dengan bangga.

Realitinya, generasi muda sekarang (31 tahun ke bawah) tak tahu apa-apa seputar amanat yang diletupkan semula oleh mereka yang bijak tapi sebenar tolol, justeru ramai dikalangan mereka ingin tahu lantas merujuk kepada yang arif dan pastinya yang arif itu dari kalangan pendukung PAS, kerana apa-apa juga yang bersumberkan dari televisyen dan akhbar propaganda Umno/BN majoriti rakyat Malaysia tidak mempercayainya lagi.

Hakikatnya isu ini amat merugikan Umno/BN, sebaliknya yang mengaut keuntungan ialah PAS!

Oleh ~ Rossem Sem.

Gambar Terhot : Pasti menerima pelajar Kaum India..

Posted: 02 Jan 2013 10:27 PM PST

Islam untuk semua.

PAS untuk semua! PASTI Siti Sarah di seksyen 7 Bangi menerima pelajar berbangsa India beragama hindu.

Mereka semakin mendekati Islam.

Mudah-mudahan Allah mencampakkan hidayah dalam hati-hati mereka. Amin.

(kredit gambar : Pasti Serdang)

Bas Paling Mewah Di Dunia.. Saksikanlah!!

Posted: 02 Jan 2013 10:25 PM PST



Wow..memang sungguh mewah bas ini..Lihat lah bagaimana pemiliknya menghias ruang dalam bas tersebut yang juga memuatkan sebuah kereta di bawahnya.
Lihatlah gambar-gambar di bawah ni..






Gambar ~ informasi

Kes Nizar vs TV3: Tiada Usaha TV3 Sahkan Mesej Twitter Nizar!

Posted: 02 Jan 2013 10:23 PM PST


Menteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyambung kes perbicaraan saman terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) berkaitan isu nombor plat kereta WWW1 berharga RM520 ribu milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Nizar yang ditemani dua orang peguam iaitu Zamri Ibrahim dan Fitri Asmuni tiba kira-kira jam 10.

10 pagi tadi dan menyambung keterangannya jam 2.30 petang tadi.

Ahli parlimen Bukit Gantang itu turut ditemani Pengerusi DAP negeri, Ngeh Koo Ham dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri.

Pengarang pengurusan kumpulan Media Prima Berhad, Mohd Ashraf Abdullah ketika ditanya peguam di mahkamah hari ini bersetuju bahawa TV3 tidak menjalankan apa-apa usaha untuk mengesahkan satu tulisan di Twitter oleh Nizar.

Ketika pemeriksaan balas, Ashraf, 45, juga bersetuju bahawa salah satu keperluan utama dalam kewartawanan adalah pengesahan.

Beliau merupakan saksi pertama responden dalam kes saman RM50 juta oleh Nizar ke atas stesen televisyen itu dan produsernya, Rohani Ngah.

Ashraf sebelum ini berkhidmat di The New Straits Times Press Berhad (NSTP) sebagai wartawan dan ketua biro Kuantan, selain sebagai koresponden London.

Beliau mempersetujui kenyataan peguam Nizar, Mohd Fikri bahawa berita berhubung Nizar dan Sultan Johor itu dikira berita "besar" kerana personaliti yang terlibat.

Nizar sebelum ini memberi keterangan bahawa berita Buletin Utama TV3 memfitnahnya dengan memutarbelit tulisannya di Twiiter bahawa bidaan Sultan Johor untuk nombor pendaftaran WWW1 "menggunakan wang rakyat", sedangkan beliau tidak pernah berkata demikian dalam tulisannya.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau berada di rumah pada 30 Mei, ketika berita itu disiarkan, dan tiada usaha daripada TV3 untuk menghubunginya. -jalanpulang

PENYAPU SIAL

Posted: 03 Jan 2013 01:07 PM PST

PENYAPU SIAL


UMNO jual barang usang untuk laba politik basinya....!!!!

Posted: 02 Jan 2013 01:57 PM PST

kalau orang Umno mempertikaikan apa dinamakan 'Amanat Haji Hadi' dan meminta presiden PAS itu memohon maaf, apakah tidak boleh dipertikaikan tragedi Memali dan meminta orang terlibat dalam tragedi itu juga memohon maaf sama?

Kita tahu kenapa isu amanat ditimbulkan untuk dijadikan modal politik. Isu itu bukan berat seperti mana ditonjolkan kerana ia sudah lama berlaku. Sudah 31 tahun perkara itu timbul tetapi kenapa tidak pernah ambil serius untuk menyelesaikannya.

Isu itu sudah lama berlaku dan tidak diselesaikan kerana ia dijadikan modal politik. Sebab itu bila setiap kali menjelang pilihan raya ia diungkitkan..Amanat Haji Hadi adalah modal politik  basi dan busuk  Umno.

Di sinilah tampak PAS jauh lebih baik berbanding dengan Umno. PAS lebih gentlemen dan tidak suka mengungkit-ungkitkan perkara yang sudah berlaku. Kalau PAS hendak berbuat seperti apa Umno lakukan, PAS juga boleh, sebab parti itu juga ada peristiwa yang tidak kurang juga menarik dan boleh menguntungkan parti itu kalau ia ditimbulkan apa lagi dieksploitasikan.

Isu itu ialah tragaedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985 yang mengakibatkan Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libaya ditembak mati bersama 12 orang penduduk kampung Memali. Kejadian yang berlaku itu banyak menimbulkan persoalan. Banyak perkara yang tidak terjawab secara tuntas. Plot-plot yang dihidangkan kepada umum tidak logik dan meninggalkan simpulan tanda tanya besar di kepala dan sejarah.

Kalau diteliti kronologi peristiwa itu menjelaskan akan kezaliman pihak Polis di mana ini adalah tanggungjawab kerajaaan UMNO-APCO-BN. Mengikut  dari versi polis yang jahat kunun puncanya dari  ialah Ibrahim Libya dan penduduk Memali. Akal manusia yang waras tidak menerima drama yang dinukilkan semula dari kejadian asal di Baling Kedah itu.

Sesuatu kejadian itu boleh diputar belitkan seperti mana video boleh disunting mengikut selera dan kehendak editor dan tuanya (producer). Seperti mana orang boleh bikin video mengenai Anwar Ibrahim melayan pelacur, maka begitu juga video Memali dulu. Ia tidak disiarkan dari versi aslinya terutamanya dramatik saat penduduk kampung dikepung kemudian ditembak.

Mengenai kejadian itu mungkin generasi muda yang baru lahir selepas atau ketika kejadian itu berlaku, tidak mengetahuinya. Mungkin mereka tidak pernah pun mendengar perkataan Memali. Sejarah mengenai Memali ini pun jarang diungkitkan. Ulang tahun kejadian itu tidak diperbesarkan, RTM dan tv nombor tiga tidak pernah memberi liputan. Rancangan dekomentari mengenainya di tv juga tidak menyorot secara jujur dan telus melainkan terus melumurkan lumpur dosa kepada al Syahid Ibrahim Libya dan pengikutnya.

PAS sendiri seakan sudah terlupa dengan tragedi kejam itu. PAS Kedah sendiri sejak menang dan memerintah Kedah rasanya tidak begitu ghairah mengangkat kejadian itu atau merai keluarga mereka yang syahid dalam kejadian itu. Ataupun kita sendiri tidak mengetahuinya? Setelah PAS memerintah Kedah rasanya elok kalau kerajaan PAS mendidikan sebuah memorial di tempat kejadian itu sebagai kenangan sejarah.

Masyarakat umum mesti hendak tahu kenapa meletus tragedi itu. Kenapa polis sampai jadi histeria menembak orang kampung yang hanya bersenjata peralatan sawah. Kenapa pembunuhan di Memali itu dilakukan ketika Mahathir Mohamad berada di Cina. Mesej apa yang hendak ditunjukkan? Apakah Musa Hitam yang ketika menteri dalam negeri sudah merasakan dirinya putih dengan kejadian itu?

Walaupun kertas putih mengenai tragedi itu sudah di dedah di Parlimen, namun itu secara formal saja tetapi tidak menjawab persoalan sebenarnya.KDN melarangkan media massa membuat liputan mengenai kejadian itu. Semua penerbitan menerima surat larangan dan amaran berkenaan.

Kenapa? Kalau kejadian itu ditangani dengan betul mengikut lunas undang-undang kenapa ada larangan dan amaran itu? Sesuatu yang buruk boleh disembunyikan pada masa kejadian tetapi tidak tahun-tahun selepasnya. Ahli sejarahawan akan menggali dan mencari jawaban sebenar.

Kalau hendak dikira PAS boleh membangkitkan isu berkenaan. Tetapi PAS tidak berbuat begitu.Jelas berpandukan kepada dua kejadian ini - amanat Hadi dan Memali ia menunjukkan PAS sebuah parti yang baik. PAS tidak suka menjual barang lama dan menggunakan modal usang untuk laba politiknya.

Dari situasi ini sudah menjelaskan kepada rakyat mengenai hakikat politik hari ini. Apabila Umno terpaksa menjual modal lama yang telah basi nyata Umno tidak ada modal baru lagi untuk dijadikan tarikan kepada rakyat.

Telok Bakong Online

Posted: 03 Jan 2013 11:53 AM PST

Telok Bakong Online


Masjid Terbengkalai..Janji Tidak DiTepati

Posted: 02 Jan 2013 11:00 PM PST

Masjid Al Jabariah, Lambor Kiri, Bota

Saturday, 29 December 2012

Isu 1 - Masjid Al Jabariah, Lambor Kiri, Bota - Kenapa pembaikpulihan Masjid ini lewat dan tertangguh?

1. Amat mengecewakan. Bilamana usaha da'wah Islamiyah di Bota, Perak semuanya dilewatkan.

2. Saya merujuk kepada suatu Projek Pembangunan Transformasi Luar Bandar di mana kontraktor yang berkaitan ialah - MTBS Enterprise dengan Sijil Pendaftaran Projek ini ialah 0809 G20070103.

3. Nama Projek ini ialah - Menaiktaraf Masjid Al Jabariah, Lambor Kiri, Bota.

4. Projek ini sepatutnya bermula pad 01/09/2012 dan sepatutnya siap sepenuhnya pada 31/12/2012, tetapi setakat ini ianya boleh diklasifikasikan sebagai projek terbengkalai.

5. Inikah yang dikatakan - Rakyat Didahulukan? Inikan maksudnya - Janji diTepati?

6. Justeru pihak PLB Perak Tengah hendaklah mengambil tindakan yang tegas atau pihak kami akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

7. Entri ini adalah suatu saranan awal daripada pihak Parti Keadilan Rakyat, namun jika gesaan kami tidak diendahkan, tindakan susulan pasti akan menemui pihak-pihak yang bertanggungjawab.

Sekian dan Salam Hormat. 

Hijrah Bota! Rakyat Bangkit, Bota Berubah.

UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI HADIS 11

Posted: 02 Jan 2013 04:12 PM PST




Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)".
(Riwayat Bukhari & Muslim)


Keterangan:
Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi. Jadi walaupun orang-orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan menyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam. Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan member penolongan kepada mereka.

Addin

Posted: 03 Jan 2013 11:11 AM PST

Addin


Rupanya Ini Punca Gangguan Bekalan Air Di Selangor Dan KL

Posted: 03 Jan 2013 08:04 AM PST

Tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menunding jari kepada Kerajaan Selangor bagi menutup kegagalan syarikat itu membekalkan air kepada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur amat tidak bertanggungjawab. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, syarikat itu mempunyai obligasi untuk menyelenggarakan semua aset dan fasiliti pengagihan air seperti yang termaktub dalam Perjanjian Konsesi yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor dan SYABAS.

"Sejak 1 Januari 2005, semua aset dan fasiliti pengagihan air milik Kerajaan Negeri Selangor diserahkan untuk dikendalikan sepenuhnya oleh SYABAS termasuklah Rumah Pam Wangsa Maju.

Oleh itu, tiada sebab mengapa SYABAS boleh menuding jari kepada kerajaan negeri, " kata Menteri Besar.

Terdapat lima unit pam Rumah Pam Wangsa Maju dan siasatan Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 2 Januari lalu mendapati bahawa gangguan bekalan air yang melanda Gombak dan Kuala Lumpur berpunca kegagalan kelima-lima pam tersebut.

"Hasil lawatan ke Rumah Pam Wangsa Waju oleh Jawatan Kuasa Pemantauan Bekalan Air Negeri Selangor pada 2 Januari 2013 dan melalui pemerhatian dari buku log operasi pam untuk tahun 2012, didapati bahawa pam nombor dua telah rosak melebihi setahun dan tidak pernah dibaiki," kata Menteri Besar.

Menteri Besar berkata, hasil siasatan jawatankuasa itu telah membuat kesimpulan bahawa SYABAS;

1. Gagal melaksanakan penyelenggaraan ke atas aset-aset dan fasiliti bekalan air yang telah sepenuhnya diletakkan di bawah pengendalian SYABAS bermula dari 1 Januari 2005 walaupun Perjanjian Konsesi memperuntukkan bahawa adalah menjadi obligasi SYABAS untuk menyelenggarakan semua aset dan fasiliti bekalan air

2. Gagal mengenal pasti kerosakan pam-pam yang terdapat di Rumah Pam berkenaan dan kegagalan mengenal pasti kerosakan ini telah menyebabkan kerosakan lebih besar lagi berlaku dan seterusnya menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna

3. Gagal mengambil tindakan segera dalam membaik pulih kerosakan pam-pam tersebut

4. Gagal memaklumkan kejadian sebenar kerosakan yang berlaku kepada Kerajaan Negeri Selangor sebaliknya menggunakan isu ketidakcukupan air untuk menimbulkan suasana panik di kalangan pengguna.

Menteri Besar berkata, gangguan bekalan air kali ini adalah kemuncak kepada siri-siri kegagalan SYABAS memenuhi tanggungjawab kepada pengguna seperti yang termaktud dalam Perjanjian Konsesi .

Justeru, Kerajaan Selangor mendesak kerajaan Persekutuan membenarkan penstrukturan semula industri air diteruskan mengikut Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA).

Dikeluarkan oleh

SEKRETARIAT AKHBAR 
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR




Iklan C(ii)




Patutlah Najib Dan Rosmah Kecut Perut Nak Sentuh Deepak..

Posted: 03 Jan 2013 05:23 AM PST


Pada 14 Disember 2012 lalu Lord's Tailor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari ulangtahun kelahiran Tun Mahathir yang ke-87 di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

Akhbar The Star melaporkan seramai 230 tetamu terpilih yang dikatakan cukup intim dan rapat saja dengan Tun M telah diundang untuk menghadiri majlis ulangtahun Tun Mahathir itu.

Selain VVIP, turut diundang adalah beberapa selebriti tempatan dan megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan mempersembahkan lagu Kuch Kuch Hota Hai sempena ulangtahun kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia..

Manakala antara yang duduk di meja utama ialah Pengerusi MK Land Tan Sri Mustapha Kamal, dan isterinya Puan Sri Wan Nong, Pereka Kasut terkenal Datuk Jimmy Choo dan Kamal Siddiqqi.

Paling menarik tetapi tidak dilaporkan oleh sebarang media arus perdana milik dan kawalan UMNO/BN ialah diantara 230 orang tetamu VVIP khas itu yang diundang oleh Tun Mahathir ialah Deepak Jaikishan..

Bermula sejak dari hari Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini dan berterusan sehingga ke hari ini, Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan, telah melakukan pendedahan-pendedahan yang melibatkan Najib Razak dan Rosmah Mansor.

Pendedahan tersebut sememangnya meluka parahkan imej Rosmah yang sedia parah dan buruk, yang selama ini terkenal dengan sikap borosnya.

Tercalar dan bertambah buruk imej Rosmah Mansor juga menjadikan imej Najib turut terpalit kerana beliau dikatakan gagal mengawal tindak tanduk isterinya yang kedua itu.

Biarpun pendedahan demi pendedahan berterusan selama beberapa telah dibuat oleh Deepak Jaikishan namun tiada sepatah perkataan pun keluar dan terpacul dari mulut Najib bagi membela isterinya itu maupun dirinya sendiri.

Kecuali beberapa gurkha siber upahan UMNO yang sanggup untuk memperbodohkan mereka sendiri bagi mempertahankan Najib Razak dan Rosmah Mansor namun tiada sepatah perkataan juga didengar dari pemimpin UMNO yang lain.

Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan, semasa Perhimpunan Agung UMNO , baru-baru telah berjanji untuk menjawab dakwaan Deepak, juga kelihatan sanggup menjadikan dirinya munafik bin hipokrit dengan tidak menjawab dakwaan Deepak sebagaimana yang telah dijanjikannya.

Isu menjadi lebih membara apabila Tabung Pencen Angkatan Tentera dikatakan terlibat dalam cuba menutup mulut Deepak dengan pengambil alihan syarikat hartanya dan lantas isu saman di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, ditarik balik.

Adakah benar dakwaan kebanyakkan pencacai UMNO bahawa Deepak telah dibayar oleh Anwar Ibrahim untuk menyerang dan memburuk-burukkan imej Najib?

Jika benar, kenapa pemimpin UMNO yang lain tidak menafikan dakwaan Deepak sebagaimana mereka menafikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Rosmah dan Najib oleh berbagai pihak sebelum ini?

Jika benar juga dakwaan pencacai-pencacai UMNO itu, mengapa Deepak masih bebas dari ditahan oleh Polis, sedangkan sebelum ini kita telah menyaksikan ramai aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat ditahan atas berbagai alasan hanya kerana mereka menentang pentadbiran Najib..

Pasti ada individu yang amat berpengaruh dan lebih berpengaruh dari Najib sendiri dalam hal ini hinggakan pemimpin UMNO bagai dikunci mulutnya dan pihak berkuasa bagai digari tangannya..

Mungkinkah gambar-gambar yang dimuat naikkan ini, membuktikan serta menyerlahkan siapa sebenarnya kuasa mega kuat di belakang Deepak. ~omakkau




Iklan C(ii)




Mufti Umno 'Ghairah' Isu Hadi, Bisu Syarikat Arak Milik Umno - Anwar Ibrahim

Posted: 03 Jan 2013 02:23 AM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak segelintir mufti yang 'menari' mengikut gendang Umno memberi reaksi terhadap kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi berdiam isu kemungkaran pemimpin BN. "Ada kenyataan pimpinan Umno yang jelas menentang Islam dan hukumya.

Ada juga pemimpin Umno yang menguasai syarikat arak. "Bukan bidang saya nak nasihat mufti. (Namun), saya tak pernah dengar ada teguran.

"Kenyataan Haji Hadi tahun 1981. Kenapa Mufti nak buat kenyataan sebelum pilihan raya umum (ke-13)?" kata Anwar menjawab soalan wartawan pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Berikutan polemik yang dikitar semula Umno BN sebagai kempen pilihan raya, Hadi pada 29 Disember lalu menyatakan kesediaan mambalas hujah menerusi siaran langsung di TV1 dan TV3.

Lebih melucukan apabila Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, ia hanya dibuat secara rakaman bergantung kepada pertimbangan RTM sama ada sesuai dijadikan bahan berita atau sebaliknya.

"Haji Hadi harus diberikan ruang untuk beri penjelasan. Ia kenyataan tahun '81. Kenapa (Umno) begitu ghairah?" soal Ketua Umum KEADILAN.

Hadir sama sidang media, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan, Wong Chen. ~kd



Iklan C(ii)



Nah!! Ini Bukti Muhyiddin Yassin Tak Buat Kerja..

Posted: 03 Jan 2013 01:10 AM PST

KUALA LUMPUR 3 Jan: 49,000 kanak-kanak bertaraf warganegara dinafi Umno BN ke sekolah bukti pelaksanaan sistem pendidikan negara pincang, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.Menurutnya, jumlah itu lebih tinggi jika digabungkan dengan kanak-kanak di Sabah dan Sarawak.Sikap tidak bertanggungjawab kerajaan menyebabkan mereka keciciran kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri akibat kelemahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Berdasarkan bancian dan statistik penduduk, dianggarkan lebih daripada 49,000 kanak-kanak di Semenanjung Malaysia yang dinafikan persekolahan. Angka ini menunjukkan krisis utama pendidikan di negara kita."Kanak-kanak ini tidak dapat ke sekolah ketika murid-murid lain mendaftar untuk sesi baru persekolahan mereka disebabkan kerana penafian sijil kelahiran atau kad pengenalan," katanya pada kenyataan.

Tambah rumit, kanak-kanak yang tiada dokumen pengenalan diri berdepan halangan sukar untuk meneruskan persekolahan terutama dari kalangan miskin."Manakala kanak-kanak tanpa dokumen yang dibenarkan ke sekolah menghadapi halangan besar kerana dipaksa untuk mendaftar sebagai warga asing dan membayar yuran tambahan.

"Contohnya di Petaling Jaya, sepasang anak yatim, Hari, 12, dan Haran, 14, tidak pernah ke sekolah kerana JPN enggan mengeluarkan MyKad kepada mereka walaupun rumah perlindungannya berusaha untuk mendaftar mereka ke sekolah," ujarnya.

Tambah Surendran, sikap membisu kerajaan itu menyalahi undang-undang kerana melanggar Perlembagaan Persekutuan."49,000 kanak-kanak ini adalah warganegara mengikut operasi undang-undang menurut kuasa Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan.

"Mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan melanggar Perlembagaan Persekutuan? Mengapa kanak-kanak dibuat untuk menderita? Najib, Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin dan kerajaan mesti selesaikan krisis ini segera," tegasnya. ~kd


Iklan C(ii)



Bas Paling Mewah Di Dunia.. Saksikanlah!!

Posted: 02 Jan 2013 10:05 PM PST


Wow..memang sungguh mewah bas ini..Lihat lah bagaimana pemiliknya menghias ruang dalam bas tersebut yang juga memuatkan sebuah kereta di bawahnya.

Lihatlah gambar-gambar di bawah ni..






Gambar ~ informasi



Iklan C(ii)



Biadap!! Majalah Perancis Terbit Komik Hina Nabi SAW

Posted: 02 Jan 2013 05:52 PM PST


PARIS – Sebuah majalah Perancis, Charlie Hebdo yang pejabatnya pernah dilontar dengan bom api selepas ia menyiarkan kartun mempersendakan Nabi Muhammad SAW menerbitkan buku komik biografi tentang rasul berkenaan semalam.

Seorang editor Charlie Hebdo bertegas bahawa buku berjudul The Life of Mohammed itu diterbitkan setelah penyelidikan menyeluruh dilakukan oleh seorang ahli sosiologi berketurunan Perancis-Tunisia.

Editor itu, Stephane Charbonnier berkata, buku biografi tersebut disunting oleh orang Islam.

Kulit komik itu menunjukkan Nabi Muhammad bersama seekor unta melakukan perjalanan di padang pasir.

Charbonnier memberitahu agensi berita AFP bahawa idea menerbitkan buku komik itu diperoleh pada 2006 apabila sebuah akhbar di Denmark yang menyiarkan beberapa kartun menghina Nabi Muhammad disiarkan semula oleh majalah Charlie Hebdo.

Kartun itu mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam. Setakat semalam, tiada reaksi ketara berhubung buku komik baharu tersebut yang dijual pada harga enam euro (RM24).

Namun, pada Isnin lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam karya tersebut sebagai satu bentuk provokasi dan berniat jahat.

"Bagi mengubah kehidupan rasul Islam dalam bentuk lukisan kartun itu pun merupakan satu kesalahan," kata seorang pengguna Twiiter, Ibrahim Kalin yang bersetuju dengan pendirian Erdogan di laman web tersebut.  ~AFP



Iklan C(ii)


Dr. Juanda Jaya, Muftli Perlis Hentam TV3..

Posted: 02 Jan 2013 05:00 PM PST


TV3.. kalau nak jadi anak jantan buatlah secara gentle. Berani siarkan program soal Jawab Amanat Hadi tapi tak PENGECUT nak panggil tuan punya badan....sendiri tanya, sendiri ulas, itu namanya syok sendiri.....

Antara ahli-ahli panel JAHANAM yang di panggil dalam program tersebut ialah Rahim Noor merupakan orang yang memukul Anwar Ibrahim dengan mata yang tertutup dan tangan yang bergari. Beliau juga orang yang mengelar ulama Tuan Guru Nik Aziz sebagai bapak kafir.

Panel JAHANAM yang kedua pula ialah Yusuf Noor, bekas Menteri di JPM, kemudian menjadi Pengerusi Baitulmal Wilayah Persekutuan, terpalit dengan skandal kebas duit Baitulmal.

Di bawah ni Addin sertakan tweet Dr. Juanda Jaya iaitu Mufti Perlis yang hentam TV3..





Iklan C(ii)


Rumah, Kenderaan Presiden NGO R Di Simbah Cat Merah

Posted: 02 Jan 2013 04:30 PM PST

KUALA LUMPUR: Kejadian ugutan ke atas Nazri Deraman, Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Gas dan Minyak Kelantan atau dikenali dengan R yang terus berlaku amat membimbangkan dan mengancam hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Menurut Koordinator Pusat Rakyat Cakna Prihatin, Mohammad Faizal Che Yusof, kejadian simbahan cat ke atas rumah, kenderaan dan harta benda Nazri di Kadok, Kelantan yang disedari beliau seawal jam 4.00 pagi tadi adalah ugutan dan tindakan ganas yang kesebelas menimpa penggiat-penggiat R.

"Kami difahamkan laporan demi laporan telah dibuat kepada pihak polis sejak dua tahun yang lalu. Malangnya sehingga kini tiada satu tindakan yang meyakinkan diambil oleh pihak polis bagi mencegah perlakuan jenayah tersebut dari berulang.

"Kami juga penuh yakin bahawa siri-siri ugutan dan kelakuan tak bertamadun tersebut dijalankan oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan merasa tergugat dengan kegiatan-kegiatan menuntut hak oleh R," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Baginya, ia dilihat begitu terancang dan bagai dilindungi oleh pihak-pihak tertentu. Menurutnya lagi, dalam beberapa kejadian lepas, ugutan dan serangan ke atas penggiat-penggiat R begitu ketara.

"Si pelaku dapat dikenal pasti namun tiada sebarang dakwaan atau tindakan pencegahan diambil," katanya.

Justeru, kata beliau pihaknya menyeru dan menggesa untuk pihak keselamatan memandang Sirius laporan-laporan yang akan dan telah dibuat.

"Kami amat kesal, di sebalik tiadanya perlindungan undang-undang diberikan kepada penggiat R, mereka sebaliknya terus diintip dan diekori oleh pihak cawangan khas Polis Diraja Malaysia," ujarnya lagi.

Katanya, selaku pihak mendokong aspirasi rakyat dan kedaulatan undang-undang, Pusat Rakyat Cakna Prihatin akan terus menyokong pengukuhan hak-hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru mereka yang di luar sana untuk sama-sama menyokong dan membantu menegakkan keadilan dan memastikan hak-hak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dihormati secukupnya. ~harakahdaily


Iklan C(ii)



Anak Sungai Derhaka

Posted: 03 Jan 2013 09:50 AM PST

Anak Sungai Derhaka


Papa Gomo punya pasal.. Zahid Hamidi di sapina ke mahkamah..

Posted: 03 Jan 2013 06:10 AM PST


Kerana fitnah yang disiarkan oleh PapaGomo.. tak pasal-pasal Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi disapina agar datang ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu 6 Januari ini..

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengeluarkan sapina kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar datang ke mahkamah 6 Januari ini.

Sapina itu dikeluarkan oleh mahkamah atas permohonan Datuk Husam Musa yang menyaman blogger Papa Gomo.

"Mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk sapina Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana, Ahmad Zahid kenal siapa Papa Gomo ini apabila beliau membenarkan blogger ini memasuki kapal selam Scorpean sebelum ini," kata Husam .

Husam menyaman Papa Gomo ekoran satu laporan fitnah yang dibuat blogger Umno itu melalui blognya.

Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.

Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.

Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll' diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.

Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis.. baca kat bawah..

Klik pada imej untuk paparan lebih jelas

Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.

Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian ~ Harakahdaily

Semalam si Papa Gomo ni dah buat kerja bodoh.. apa kerja bodoh yang dia buat tu.. sila lihat di ( SINI )

-

PANAS!! Sebab Rais Yatim batalkan 'Forum Amanat Hadi' terbongkar!!

Posted: 03 Jan 2013 12:12 AM PST


Bersandarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002 Menteri bagi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM.

Sedangkan sebelum ini Rais yang bersungguh-sungguh mahu mengadakan forum tersebut dan menyatakan tokoh agama dan mufti akan turut dijemput untuk bersama dalam satu forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Ustaz Hadi bagi memperjelas amanatnya itu..

Jawapan yang diberikan Rais untuk tidak mengadakan forum tersebut hanyalah satu alasan untuk menyelamatkan keadaan sebenarnya kerana selama ini pemimpin UMNO sendiri jarang memperdulikan fatwa dari Mufti..

Jika mereka akur tentang fatwa dari Mufti.. Najib tidak akan menepung tawar van UMNO suatu masa dulu.. sila baca di ( SINI )

Isu 'Amanat Hadi' adalah isu yang penting buat UMNO pada masa ini bagi mengalihkan perhatian rakyat dari pendedahan-pendedahan yang dilakukan oleh Deepak dan Musa Hassan..

Baca info dari pihak UMNO ini...

Umno cuba menutup isu Deepak dengan isu Amanat Haji Hadi yang sedang diperbesarkan dan disensasikan, supaya orang Melayu lebih tertumpu pada isu yang sudah 31 tahun berlalu itu mengenai Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada dakwaan Deepak.

"Isu Amanat Hadi ini sengaja dibesarkan – tapi apabila Haji Hadi minta jawab secara live semua kalut, tak tahu nak respon – jawapan berterabur. Tapi mereka akan terus main sehingga Deepak dapat disenyapkan,".

Ditanya apakah Umno percaya isu Amanat Hadi ini akan membawa undi pada mereka, sumber itu ketawa..

"Ini untuk tutup isu Deepak sahaja, yang lain mereka tak pernah fikir pun."

"Sekarang kami berharap Tan Sri Muhyiddin akan mengorak langkah, diharap beliau mendapat sokongan daripada bekas PM Tun Dr Mahathir. Kalau tak, Umno dalam bahaya. Tak berbaloi jika Umno jatuh kerana satu wanita yang…. " kata sumber itu.

Ditanya apakah sambungan pada ayat tersebut, sumber itu berselorah, "Lu fikirlah sendiri."

"Ahli-ahli Umno sekarang berharap Muhyiddin yang menerajui Umno ke PRU13. Masa ada 6 bulan sahaja lagi. Sempat jika Muhyiddin bergerak sekarang, beliau akan dapat sokongan padu jika beliau berani bersuara. Rasanya Tun Dr Mahathir pun dah terima siapa liabiliti sebenar buat Umno-BN masa kini," tambah sumber itu lagi.

Ditanya apakah strategi Umno menjelang PRU13, sumber itu berkata, "Apa lagi? Serang PAS habis-habisan sehingga PAS keluar Pakatan Rakyat. Kemenangan mutlak Pakatan bergantung sepenuhnya pada PAS. Jika PAS gagal tawan undi Melayu, Umno kekal menjadi kerajaan. DAP dan PKR bukan lawan Umno sebenar. Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi Perdana Menteri kalau PAS tewas. PKR, DAP boleh menang lawan MCA dan MIC tapi Umno mesti tidak boleh kalah pada PAS. Jika tewas, BN akan jadi pembangkang."

Apakah nasihat yang beliau ada untuk PAS. "Bertahan dan jangan masuk perangkap seperti isu kalimah Allah. Penjelasan (Ketua Penerangan PAS) Tuan Ibrahim matikan satu senjata Umno terhadap PAS. Kini isu Amanat Hadi, Haji Hadi bertahan bagus untuk PAS, kerana dah nampak semua peringkat ahli dan pemimpin PAS kini rally (bersatu) di belakang presiden mereka untuk melawan Umno.
Umno selama ini harapkan PAS berpecah dengan menggunakan si Jati dan kawan si Jati yang masih dalam PAS, tapi disebabkan nak tutup isu Deepak, kini mereka terpaksa guna isu amanat Haji Hadi, yang sebaliknya, telah menyatukan PAS semula," katanya.

Ditanya samada beliau mengharapkan Umno akan tewas di PRU13, "Untuk negara, naluri saya kata ya. Demi diri sendiri, tidak. Sini tempat cari makan saya," katanya sebelum beredar.

Siapa yang bertanya?.. sila lihat di ( SINI )

Patutlah Najib tak berani jawab tuduhan Deepak tu.. tengoklah siapa di belakang Deepak ni...

Posted: 02 Jan 2013 07:00 PM PST


Bermula sejak dari hari Perhimpunan Agung UMNO Baru yang diadakan di PWTC tidak lama dulu dan berterusan hingga ke hari ini, Ahli perniagaan Deepak Jaikishan telah melakukan pendedahan-pendedahan yang melibatkan Rosmah Mansor.

Pendedahan tersebut sememangnya  mencalarkan dan memburukkan lagi imej Rosmah ( kecuali dimata Pencacai UMNO) yang selama ini terkenal dengan sikap borosnya..

Tercalar dan bertambah buruk imej Rosmah Mansor juga menjadikan imej Najib tercalar kerana beliau dikatakan gagal mengawal tindak tanduk isterinya yang kedua itu..

Biarpun pendedahan berterusan selama berminggu-minggu telah dibuat oleh Deepak Jaikishan namun tiada sepatah perkataanpun keluar dari mulut Najib bagi membela isterinya itu sendiri.

Kecuali pencacai UMNO yang sanggup untuk memperbodohkan dirinya sendiri bagi mempertahankan Rosmah ( baca di SINI ) tiada sepatah perkataan juga didengar dari pemimpin UMNO yang lain untuk mempertahankan Rosmah dan Najib..

Zahid Hamidi yang semasa Perhimpunan Agung UMNO Baru telah berjanji untuk menjawab dakwaan Deepak juga sanggup menjadikan dirinya munafik dengan tidak menjawab dakwaan Deepak sebagaimana yang telah dijanjikannya di ( SINI )

Kenapa dan mengapa agaknya?

Adakah benar dakwaan kebanyakkan pencacai UMNO bahawa Deepak telah dibayar oleh Anwar Ibrahim untuk menyerang dan memburuk-burukkan imej Najib?

Jika benar kenapa pemimpin UMNO yang lain tidak menafikan dakwaan Deepak sebagaimana mereka menafikan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Rosmah dan Najib oleh berbagai pihak sebelum ini?

Jika benar juga dakwaan pencacai-pencacai UMNO itu mengapa Deepak masih bebas dari ditahan oleh Polis, sedangkan sebelum ini kita telah menyaksikan ramai aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat ditahan atas berbagai alasan hanya kerana mereka menentang pentadbiran Najib..

Pasti ada individu yang amat berpengaruh dan lebih berpengaruh dari Najib sendiri dalam hal ini hinggakan pemimpin UMNO bagai dikunci mulutnya dan pihak berkuasa bagai digari tangannya..

Mungkinkah gambar dan laporan di bawah ini menyerlahkan siapa sebenarnya di belakang Deepak..


14 Disember 2012 lalu Lord's Tailor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari ulangtahun kelahiran Tun Mahathir yang ke-87 di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

The Star melaporkan seramai 230 tetamu telah diundang untuk menghadiri majlis ulangtahun Tun Mahathir itu.


Selain VVIP, turut diundang adalah beberapa selebriti tempatan dan megastar Bollywood, Dato' Shah Rukh Khan mempersembahkan lagu Kuch Kuch Hota Hai sempena ulangtahun kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia..


Manakala antara yang duduk di meja utama ialah Pengerusi MK Land Tan Sri Mustapha Kamal, dan isterinya Puan Sri Wan Nong, Perka Kasur Datuk Jimmy Choo dan Kamal Siddiqqi.

Paling menarik tetapi tidak dilaporkan oleh sebarang media ialah diantara 230 orang tetamu yang diundang oleh Tun Mahathir ialah  Deepak Jaikishan..


Korang nampak tak siapa di belakang Deepak Jaikishan sekarang?? Kalau Anwar Ibrahim dah lama mamat ni masuk dalam...

By the way.. buat yang kata Rafizi dah kantoi bila Deepak nafikan dokumen yang Rafizi dah dedahkan tu.. cuba baca betul-betul dalam kenyataan media Rafizi itu di ( SINI ) atau di ( SINI )..

Ada atau tidak Rafizi sebutkan dari mana beliau perolehi dokumen yang didedahkannya itu?

Rafizi menyatakan.."Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor."

Dia tak nyatakan langsung dari mana dia dapat dokumen itu... siapa yang kantoi?? 


Dan jangan lupa....
Peringatan Penting! 

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 
Tarikh: 12 Januari 2013 
Masa: 14:00 petang 
Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka)

-

Ustaz Azhar Idrus di pentas Pakatan, Pencacai UMNO pun meroyan...

Posted: 02 Jan 2013 04:54 PM PST


Artikel ini aku copy dari sebuah forum yang dikenali sebagai Forum Tempur Politik Maya Kumpulan Menyokong UMNO ataupun MyKMU.Net juga dikenali sebagan MyKemut oleh Forumer dari Tranung.kite..

Apa yang ditulisnya menyerlahkan perasaan benci dan sakit hati yang membara...

Oleh Kunta Kinte Malaysia (Ciplak)

Nama Azhar Idrus tiba-tiba menjadi gah dan menarik ribuan penonton setiap kali beliau mengadakan persembahan terbuka. Baik anak muda mahu pun orang tua merasakan sangat seronok mendengar ceramah agama Ustaz Azhar Idrus. Ceramah agama Azhar Idrus bukan apa-apa. Bukan pembentangan pemikiran baru. Bukan ceramah ilmu Islam tulen dan bukan juga memberi apa-apa kesan terhadap tahap keimanan pendengar.

Sehingga hari ini belum ada seorang manusia pun diIslamkan oleh Azhar Idrus. Belum ada seorang pelacur pun dikembalikan ke jalan yang benar oleh Azhar. Belum ada sekumpulan Mat Rempit pun yang tiba-tiba bertaubat "nasuha" akibat ceramah Azhar Idrus.

Satu-satunya kejayaan Azhar setakat ini ialah memberi nafas baru kepada industri lawak negara. Jika dulu persembahan lawak "loyar buruk" hanyalah selingan persembahan pentas, konsert dan "funfair", hari ini jenaka ini sudah mencapai tahap yang sangat mengkagumkan. Selain menarik puluhan ribu orang mendengar persembahannya, jenaka ini juga sudah berjaya menerobos pentas politik, masjid dan surau.

Baik anak muda mahu pun orang tua, Azhar Idrus susah menjadi ikon agama baru dengan hanya menjawab persoalan-persoalan agama secara jenaka "loyar buruk" atau "lawak bodo". Misalnya, apabila ditanya bolehkah wanita masuk ke kawasan kubur, beliau menjawab, "kalau belum mati tidak boleh masuklah."

Maka jawapan seperti itu disambut gelak ketawa hadirin di dalam masjid. Suatu ketika dulu kita diajar adab di dalam masjid jangan berlebih-lebihan dalam sesuatu perbuatan baik bercakap mahu pun bergurau. Hari ini Masjid sudah menjadi tempat gelak ketawa yang melampau-lampau.

Isu-isu agama dijawab secara lawak jenaka, mainan bahasa dan penceramah agama yang tidak sealiran dengan beliau dipanggil bodo, bahlul di dalam ruang Masjid. Yang mendengar ceramah beliau lebih banyak ketawa mengekek daripada menjadi insaf dan menambah nilai keimanan dalam diri.

Di tangan Azhar Idrus, ajaran agama Islam telah direndahkan setahap pentas jenaka. Ajaran agama disampaikan untuk menarik populariti dan menjana kewangan. Justeru tidak hairan biarpun beberapa pandangan penceramah ini menimbulkan kekeliruan kepada umat Islam di negara ini ia tetap dibiarkan berleluasa.

Dari segi sambutan puluhan ribu Azhar Idrus boleh dikatakan setarah allahyarham Ahmad Deedat, penceramah dan daie terkenal yang pernah datang ke negara ini suatu ketika dahulu. Cuma bezanya, Ahmad Deedat mengangkta martabat Islam, membawa ilmu yang luar biasa, Azhar Idrus merendahkan ilmu dakwah Islam dengan loyar buruk, kata-kata kesat dan penipuan. Ya, penipuan yang akan saya dedahkan dalam tulisan berikut.

Ada orang bertanya mengapa Astro mewujudkan slot soal-jawab bersama Azhar Idrus sedangkan jawapan-jawapan beliau tidak mencerminkan keilmuan Islam. Jawapannya – Rating. Ini kerana orang Melayu Islam suka mendengar ceramah yang karut-marut, menghiburkan hati dan berbentuk jenaka. Orang Melayu memang terkenal dengan tradisi penglipur lara dan Azhar merupakan penglipur lara moden orang Melayu.

Cuma, kalau Astro mahu mengejar rating atas populariti Azhar Idrus maka masukkanlah beliau ke dalam Maharaja Lawak. Saya percaya lawak beliau lebih lucu dan sensasi berbanding Jozan yang semakin mengarut dengan lawak-lawak bodoh.

Lebih malang ketika peserta Maharaja Lawak dilarang membuat lawak-lawak yang membabitkan sensitiviti agama dan mana-mana individu, saluran Oasis Astro membenarkan seorang pelawak bercakap isu-isu agama.

Tapi apa diharap dari sebuah stesen televisyen yang dimiliki oleh seorang yang bukan Islam.

Dan jangan lupa....

Peringatan Penting! 
Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 
Tarikh: 12 Januari 2013 
Masa: 14:00 petang 
Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka) 

 -

Al Ikram

Posted: 03 Jan 2013 09:38 AM PST

Al Ikram


URUSTADBIR KAYAKAN KRONI PUNCA SYABAS ...

Posted: 02 Jan 2013 07:59 PM PST

Askamakalikada

Posted: 03 Jan 2013 09:04 AM PST

Askamakalikada


'NILAI' PENJELASAN AMANAT TGHA

Posted: 03 Jan 2013 07:32 AM PST

Bangang sungguh, sekejap minta jelaskan, sekejap larang.
Rais cadang jelaskan melalui live di tv, Rais jugak yang bangkang.
Cakap tak serupa bikin, janji di capati!
Terserlah sudah betapa nilai penjelasan yang tak kesampaian itu amat 'mahal' nilainya.
UBN hanya berani siarkan suara 'anjing-anjing' upahan yang menyalak bukit.
Salakan mereka ini ibarat 'dulang paku serepih'.
Salakan mereka ini salakan murahan yang langsung tiada nilainya.

wae - cadang jemput Tun Det buat ceramah hudud secara live.........

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 03 Jan 2013 09:02 AM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Pppsssshhhh, Rahsia dan Skandal Besar ...?

Posted: 03 Jan 2013 03:58 AM PST

Pppsssshhhh, Rahsia dan Skandal Besar ...?
Tentunya UMporNO ...?
Kaahhh, kah kah ...?

pemuda cheh

Posted: 03 Jan 2013 09:02 AM PST

pemuda cheh


Muhyiddin kudeta kuasa Najib?

Posted: 02 Jan 2013 03:39 PM PST

Menjelang 1 Januari 2013 dengan rasminya Muhyiddin Yassin mengambil alih (kudeta) 'kekuasan' dalam Umno daripada Najib Razak tanpa menukar status jawatan. Ramai yang tidak terperasan transisi secara senyap ini. Malahan di dalam Umno sendiri ramai yang tidak tahu mungkin menafikan kalau diberitakan hal ini. Mereka mengira ketiadaan Najib dalam negara sejak 30 Disember ialah rutin biasa kerana bercuti di luar negeri.

Orang Umno apa lagi di peringkat bawahan begitu naif untuk membaca gerak dan gelombang dalam parti itu. Sebab itulah mereka mudah untuk diperdayakan oleh pemimpin mereka. Bagi tahu apa saja mereka akan percaya dan tidak terliur untuk 'mengogeh-ogehkan' apa saja diberi tahu. Kalau dikatakan ahli Umno taksub sampai peringkat hujung kasut mereka marah.

Selain itu mereka yang menyayangi Najib cuba membuat penjelasan pemergian Najib ke luar negara di akhir tahun adalah kebiasaan, untuk berihat atau release tension. Lagi pun kebetulan beliau ada misi perdagangan dalam mencari pelabur untuk membahkan pendapatan negara. Indeks perdagangan negara perlu dinaikkan untuk memberi tahu rakyat Najib layak dan ada wibawa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan. Najib kena lakukan dan membukti dia hebat dari Anwar Ibrahim kalau tidak dia akan ditolak oleh rakyat.
Setiap kali Najib ke luar negara dan menanda tangani MoU maka akan dihebohkan kononnya pelabur asing meningkat di negera ini. Kalau dihimpunkan jumlah atau nilai pelaburan asing ke negara ini yang dikatakan Najib rasanya negara sudah kelebihan modal dan rizab negara pun sudah lebih dari mencukupi. Anehnya kenapa pula negara memiliki hutang sebanyak RM476.68 billion?

Najib dikesan berada di luar negara pada hari 28 Disember, beliau sempat hadir menziarahi body Lim Keng Yaik. Sampai hari ini Najib masih lagi belum menampakkan kelibat batang hidung. Sebelum asap pembakaran body Keng Yaik habis berarak ke udara Najib dan isterinya sudah menghilang.

Ada juga desas desus mengatakan Najib mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin kanan Umno di London. Mereka terdiri dari pengerusi perhubungan Umno. Antara yang ke sana ialah Noh Omar, Mustapa Mohamed, Zambry Abdul Kadir dan yang lain-lain. Pertemuan itu kononnya untuk finalis calon-calon Umno. Kok ya pun kenapa sampai ke London tidak bolehkah difinaliskan di dalam negara. Apakah masalahnya?

Biasanya kalau sesuatu bekalan atau bungkusan sylit itu dibawa jauh ke tempat asing besarlah masalah atau pun wap busuk yang ada dalam bungkusan itu pasti memeritkan hidung banyak pihak.

Pun begitu pertemuan itu tidak menjadi isu kerana ia ditenggelami dengan apa yang berlaku di dalam negara. Pemerhati sendiri tidak begitu terfokus kepada Najib tetapi lebih melihat apa yang berlaku dalam negara (Umno). Pemerhati sedang melihat gelagat dan juga tindak tanduk Muhyiddin memenuhi beberapa slog kenegaraan sementera Najib pulang.

Kemunculan Muhyiddin bersama isterinya, Noraini Abdul Rahman di malam mengira detik 12 malam memberi konotasi tersendiri. Tidak sepatutnya Najib masih berehat di luar negara atau shoping mega hujung tahun dengan Rosmah Mansor. Apakah shopping mega itu untuk menghabiskan wang yang diterima Rosmah dari pelbagai sumber komisen? Detik 12 malam tidak penting, namun sebagai PM Najib harus bersama rakyat mengobarkan semangat dan menggelombangkan aspirasi tahun baru.

Najib seharusnya mengepalai menanamkan azam untuk tahun 2013. Walaupun ada perutusan rasmi ia tidak mencukupi kerana rakyat mahukan sentuhan langsung. (Katanya perutusan Najib dipotong 15 minit dari time asal).

Atau apakah Najib sudah dapat merasai bahawa rakyat terutamanya generasi muda tidak begitu mengkaguminya jadi kehadirannya tidak dinanti. Mungkin Najib ingin mengelakkan malu sekali lagi seperti berlaku pada tahun lepas. Countdown detik 12 malam tahun baru yang dihadiri Najib tidak berapa ramai berbanding dengan majlis sama yang dihostkan oleh Azhar Idrus di Shah Alam. Jadi untuk tidak berulang aib itu lebih baik dia tidak bersama detik 12 malam untuk dia tidak dibandingkan sekali dengan Azhar Idrus.

Ketiadaan Najib dan diganti dengan Muhyiddin itu katanya ada sangkut paut dengan perkembangan terbaru di dalam Umno. Laporan terbaru mengenai prestasi UBN dan Najib tidak memihak kepada Najib. Najib yang sebelum ini dilaporkan oleh berbagai pusat penyelidikan yang menjadi pak angguk kepada Umno, memberi nilai dan graf tinggi kepada Najib.

Peratus popularitinya meningkat dari bulan ke bulan, kononnya jauh meninggalkan populariti bakal PM Anwar Ibrahim. Tetapi laporan lain yang boleh dipercayai pula mendapati populariti Najib menurun di bawah 50%. Satu laporan kajian disediakan sebuah Pusat Pengajian Tinggi baru-baru ini katanya palsu dan ia dibuat untuk mempengaruhi pemikiran umum serta menyedapkan hati Najib saja. Najib sendiri tahu akan kebenaran dan result kajian itu. Ada cerita mengatakan pengarah kajian itu kena sepak oleh pegawai Najib.

Penampilan Najib di perhimpunan agung Umno yang tidak begitu memberangsangkan turut memberi kesan kepada UBN. Antara punca utama ialah tiada apa-apa pembaharuan dan lonjakan semangat dilakukan Najib dalam perhimpunan agung Umno lalu. Najib dilihat gagal untuk membangkitkan semangat orang di luar Dewan Merdeka menerusi perhimpunan berkenaan. Perhimpunan ke 60 itu sendiri lunyah dan lemah tanpa bersemangat.

Tindakan Najib dan beberapa pemimpin lain terus menyerang dan menghina pemimpin Pakatan Rakyat tidak mendapat tindak balas memuaskan dari rakyat. Satu kajian sikap selepas itu mendapat kredibiliti Umno di tangan Najib semakin jatuh dan merendah ke bumi hina.  Orang ramai yang mengharapkan menjelamanya politik yang gentleman dan berdasarkan fakta kecewa degan Najib.

Selain itu pendedahan tauke karpet yang baik dengan Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan turut memberi kesan buruk kepada Najib. Pendedahan itu menyebabkan rakyat mengenang kembali kepada kejadian yang menimpa jelitawan Altantuya Shaariibuu. Kegagalan Najib untuk menjawab dan menjelaskan menyebabkan rakyat mengesahkan bahawa apa-apa yang didedahkan oleh Deepak.

Najib sendiri terkaku tatkala isu itu didedahkan. Seluruh sendi dan ototnya menjadi lemah gemulai sebaik mendengar pendedahan itu. Orang yang dijadikan pendukung dan hambanya dalam politik, Ahmad Zahid Hamidi yang mula menunjukkan kejantanan beriya untuk menjawab apa yang didedahkan Deepak akhirnya diam membisu. Pembisuan Zahid itu menambahkan kecurigaan orang ramai kepada Najib dan menganggap apa didedahkan Deepak itu benar. Zahid hari ini jadi seperti tak ubah anak burung yang baru tetas yang tergelongsor dari sarangnya yang dibuat atas pokok tinggi. Kepanasan. Dia dikatakan melakukan kesilapan besar bila memberi reaksi terhadap pendedahan Deepak itu. Dalam politik kalau ada reaksi bermakna sesuatu itu ada prima facie.

Atas prestasi dan perkembangan baru itulah menyebabkan ada olak baru di dalam Umno. Ada konsensus kecil dibuat di kalangan tertentu bahawa Najib tidak mampu untuk mengemudikan pilihan raya umum akan datang. Masalah dan isu yang mengelilingi dirinya dan isterinya menjadi liabiliti kepada Umno. Justeru konsesus itu membuat keputusan orang lain hendak diletak di hadapan bagi mengelirukan rakyat bagi tidak menampakkan Umno bermasalah.

Dalam hal ini Muhyiddin telah diberi tugas dan tanggungjawab. Konsesus itu membuat penilaian kalau Muhyiddin duduk di hadapan menyebabkan rakyat tidak akan nampak Rosmah dan Altantuya serta Deepak. Muhyuddin pula setakat ini tidak ada isu-isu peribadi yang boleh menggeletek hati rakyat untuk diketawakan seperti mana rakyat mentertawakan Najib yang cuba menyembunyikan segala macam isu itu.

Dalam pada itu Mahathir Mohamad direstui memainkan peranan besar. Mahathir kini secara tidak langsung menjadi penasihat kepada pengarah pilihan raya BN, yang disandang oleh Muhyiddin secara kudeta dari Najib. Sebab itulah kini Mahathir bergerak ke hulu ke hilir memberi penerangan dan juga arahan. Demi untuk menang Mahathir terpaksa menambah beberapa jenis pil suplimen lagi untuk menjadi kesihatannya tidak terganggu. Katanya Mahathir sendiri mengakui kerjanya untuk memastikan UBN menang kali ini adalah paling kuat berbanding dengan kerja yang sama sebelum ini. "Saya tidak sesungguh hari ini untuk memenangkan BN," katanya.

Beberapa siri pertemuan dengan pimpinan bahagian atau pun entiti Melayu dan NGO yang kononya berjuang membela Melayu dan Umno juga diadakan. Hampir setiap hari program untuk Mahathir diatur. Lihat di media PB siapa yang kerap muncul hari ini, Mahathir atau siapa. Kekerapan Mahathir muncul dan ruang yang diperolehinya di tv lebih tinggi berbanding dengan pemimpin kanan Umno yang lain, Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafei Apdal dan lain-lain. Mahathir seakan bertindak menjadi ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri! Hebat.

Mengenai Najib di luar negeri, apakah dia sengaja untuk menguji keupayaan Muhyiddin dan Mahathir? Kalau benar seperti yang dijangkakan itu ia adalah satu kesilapan. Mahathir yang kini dianggap sebagai bomoh tua yang mampu mengubati sakit Umno dan menyihirkan orang Melayu tua dengan mitos dan bidaahnya sudah memperolehi momentum untuk bergerak terus mengatur strategi dan agendanya.

Apa dilakukan Mahathir dan Muhyiddin ialah untuk memastikan Najib tidak mengepalai pilihan raya. Sudah ada agenda di sebalik kerjakuat untuk kemenangan UBN itu adalah untuk menyingkir Najib dari menjadi perdana menteri. Mahathir ada perhitungan lain dalam hal ini, bukan dia begitu rindu sangat Muhyiddin jadi PM, tetapi dia mahu anaknya Mukhriz segera menduduki kerusi timbalan perdana menteri.

Kemenangan UBN bagi Mahathir bukan juga untuk menyelamatkan Najib, Rosmah dan lain-lain tetapi utamanya menyelamatkan dirinya sendiri. Kerana sudah pasti kalau UBN jatuh nasib Mahathir akan jadi seperti Hosni Mubarak atau Saddam Hussein ataupun para diktator lain. Yang terbayang di mata Mahathir kini bukan lembaga anaknya berada di kerusi TPM tetapi jerjak-jerjak besi, tirani.

Sesunggunya ketiadaan Najib sehari dua ini bukan satu kebiasaan tetapi ia perlu dilihat dengan penuh misteri. Ha guana Mat, Mat mana lagi Mat Maslan lah. Fikir Mat...

Pahang Daily Online

Posted: 03 Jan 2013 07:25 AM PST

Pahang Daily Online


Sensasi: 'Blogger Cucumatkilau' Melancarkan Sebuah Lagi Radio Internet Pro Rakyat Terbaru Di Malaysia !

Posted: 02 Jan 2013 07:55 AM PST

KUANTAN, 2 Jan - Blogger Cucumatkilau (foto) telah melancarkan sebuah lagi radio internet terbaru di negara ini  semalam (1 Januari 2013) . Radio yang pro rakyat itu adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat yang lebih tepat, telus dan adil kepada rakyat Malaysia seantero dunia. Radio terbaru yang dikenali sebagai CMK FM ditubuhkan berdasarkan kepada nama yang sinonim dengan dirinya yang digelar "CMK" oleh kawan dan lawan. Penubuhan CMK FM tepat pada waktunya selepas hampir dua bulan beliau menyumbangkan khidmatnya di radio internet CILI FM sebelum ini. "Saya undur diri dari Cili FM untuk mengembangkan karier saya dengan radio yang dikendalikan sendiri. Semasa di Cili FM, saya hanyalah DJ yang mengendalikan segmen pedas setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Berdasarkan pengalaman hampir 15 tahun sebagai blogger dan juruhebah maka rancangan tersebut berjaya menambat hati rakyat Malaysia terutamanya golongan muda. Cili FM berjaya mendapat rating tertinggi dalam senarai radio internet di Malaysia. Malahan dalam masa tak sampai dua bulan hampir 100,000 pendengar berjaya ditarik untuk mengikuti radio internet Cili FM ketika itu. Mungkin jodoh tiada, saya undur diri dari Cili FM selepas siaran langsung di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Kerdau. Kini pengurusan baru telah mengambil alih radio tersebut maka itulah saya akhirnya menubuhkan radio sendiri atas jenama CMK FM..", kata blogger terbabit. "Biar pun ada sedikit kontroversi ketika saya mula-mula tinggalkan Cili FM, namun perjuangan harus diteruskan dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan di Cili FM terutamanya DJ Bob Anaroka yang banyak memberi tunjuk ajar serta teknik untuk mengendalikan radio internet kepada saya selama ini. Semoga Cili FM terus diterima rakyat dan kekal dengan perjuangan asalnya... masing-masing ada kelebihan tersendiri sebenarnya", kata beliau lagi. "Perkara yang lepas usahlah dikenang dan kini saya agak selesa dengan radio baru yang diuruskan sendiri. Sokongan rakyat tetap ada walau pun kepanasannya masih belum terasa lagi. Motto radio terbaru saya ini ialah CMK FM Suara Generasi Baru, Mantap Beb !!", kata blogger itu lagi.



Beliau turut berharap, agar radio internet yang pro rakyat terus disokong kerana ia adalah lambang kebangkitan suara rakyat sebenarnya. Difahamkan, selain CMK FM dan Cili FM ada beberapa buah lagi radio internet yang pro rakyat kini muncul seperti Suara Rakyat FMSantai FM dan Kobat FM. Kesemuanya menjurus ke arah menyedarkan rakyat tentang tanggungjawab mereka untuk melakukan perubahan dari yang baik kepada yang lebih baik untuk masa depan anak cucu akan datang. Radio CMK FM yang bersiaran 24 jam itu akan menampilkan berbagai segmen menarik kepada pendengar seperti Bicara Rakyat, Suara Pemimpin, Kuliah Ustaz Azhar, Tazkirah Online, Suara Perjuangan, Nasyid serta lain-lain segmen menarik lagi. Apa yang menarik pendengar akan menikmati hiburan yang pelbagai dari pop, rock, nasyid hinggalah ke lagu-lagu perjuangan rakyat yang langsung tidak pernah di dengari di mana-mana stesyen radio selama ini. Selain blog http://cmkradio.blogspot.com yang disediakan untuk anda mendengar secara live, anda juga boleh like pages facebook di www.facebook.com/cmkfm bagi menyokong kewujudan radio pro rakyat ini.

[Sejak meninggal parti politik, blogger Cucumatkilau dilihat lebih bebas bergerak dan berjuang bersama rakyat. Malah, ketika awal-awal meninggalkan Pahang Daily Online (PDO) dulu, dia juga ada nyatakan hasrat untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam dan membela rakyat hingga ke titisan darah yang terakhir. Ketika dihubungi oleh PDO pagi tadi, CMK mengatakan bahawa dia akan terus mempopularkan radio internet sebagai satu sumber baru perjuangan rakyat di negara ini. Beliau turut menegaskan radio internet kini seolah-olah menjadi satu trend baru dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat dan bakal menjadi pesaing kepada media arus perdana menjelang Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi. Mutakhir ini ramai pihak mula berlumba-lumba menubuhkan radio internet masing-masing apabila melihat ia adalah yang terbaik setakat ini. Difahamkan pelancaran telah dibuat oleh  Pengerusi Solidariti Hijau yang juga AJK PAS Pusat iaitu Tn.Hj Zulkefly Mohamad Omar. Beliau sempat bersama CMK FM selama lebih satu jam dalam segmen "Bicara Pemimpin" di radio internet itu semalam. Sementara itu malam tadi siaran langsung ceramah dari Indera Mahkota 15, Kuantan turut diadakan. Ceramah yang melibatkan bekas Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Dato' Seri Abdul Rahman Maidin, artis Dayangku Intan dan bekas calon PAS DUN Tenang Johor iaatu Cikgu Normala Sudirman itu berjaya mendapat sambutan hangat dari kalangan pendengar. Kepada anda yang ingin mendengarkan siaran langsung Radio Internet CMK FM ini sila klik DI SINI]

KRAI Utara

Posted: 03 Jan 2013 07:12 AM PST

KRAI Utara


Pelik dan konyol: Memang ada manusia berdarah hijau ?

Posted: 03 Jan 2013 07:03 AM PST

Aneh dan Unik - Pada bulan Oktober 2005, doktor di Rumah Sakit St. Paul, Vancouver melakukan pembedahan  terhadap pesakit lelaki usia 42 tahun. Betapa terkejutnya tim doktor itu, ketika dilakukan operasi pada kakinya, pesakit  mengeluarkan darah berwarna hijau gelap bukan normalnya darah yang berwarna merah.Setelah ditelusuri riwayatnya, si pesakit ini  ternyata sering mengonsumsi ubat sumatriptan dalam dosis besar atau 200 miligram setiap harinya. Ubat ini diketahui untuk mengubati migrain.Perubahan warna ini disebabkan oleh sulfhaemoglobin yang terbentuk ketika sebuah atom belerang masuk ke dalam molekul hemoglobin yang boleh disebabkan oleh ubat-ubatan yang dikonsumsi sejenis sulfonamida.Ketika hidrogen sulfida (ion sulfida) dan ion besi bergabung dalam darah, maka darah tidak mampu membawa oksigen.   hal ini membuat jumlah sulfhemoglobin (SulfHb) dalam darah berlebih. Sementara darah merah terbentuk dengan bantuan oksigen. sumber

Kesian.Kaum Wanita di Cina Mulai Diminta Untuk Kencing Berdiri

Posted: 03 Jan 2013 02:49 AM PST

Belum jelas betul maksud dari sosialisasi pemberlakuan kencing berdiri dari beberapa toilet umum wanita di Cina, namun menurut beberapa media lokal hal tersebut lebih banyak karena tujuan praktis dan menyederhanakan toilet, karena kencing berdiri tidak banyak memakan tempat dan membutuhkan air yang berlebih.Di salah satu kampus di Shaanxi Normal University, kencing berdiri bagi para wanita ini sudah mulai diberlakukan. Beragam reaksi yang muncul terutama yang menganggap hal tersebut tidak lumrah serta tidak nyaman bagi kaum wanita, belum lagi masalah higenitas. Namun sepertinya pihak kampus bersikeras untuk tetap menerapkan dan meyakinkan hal tersebut tidak masalah.Lalu bagaimana teknik dan cara kencing berdiri bagi wanita, dikutip ruanghati.com dari forum BBS Cina, menjelaskan cara yang dilakukan para wanita yang mau kencing berdiri adalah dibantu dengan alat bantu kertas yang di desain khusus agar air urine bisa tersalur ke closet berdiri, dan alat bantu itu disediakan di dalam Toilet yang adaDi beberapa tempat lainnya Toilet wanita berdiri sudah mulai dibangun di tempat-tempat umum, terutama dimana air susah terbatas dan tidak banyak. Butuh penyesuaian yang susah bagi para wanita untuk biasa kencing berdiri ujar salah satu mahasiswi yang baru saja mencoba kencing berdiri dalam Toilet sumber: ruanghati

Woooo Kapai Umno dahh nak tenggelam! Muhyidin di minta halau nakhoda lama!

Posted: 02 Jan 2013 07:39 PM PST

Muhyiddin dirayu selamatkan Umno dari tenggelam...?
Harakahdaily,
KUALA LUMPUR: Sumber Harakahdaily di Umno muncul kembali di 2013, kali ini dengan menyatakan bahawa parti terbesar Melayu itu kini amat tertekan dengan dakwaan peniaga permaidani Deepak Jaikishan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.“Kami tidak boleh bersuara dalam isu (dakwaan Deepak). Kami diarahkan tidak boleh berkata apa-apa. Malah semua media pro-kita tidak boleh melaporkan mengenai dakwaan Deepak. Kami tertekan kerana tahu isu ini adalah bom C4 buat Umno di PRU13,” kata sumber itu kepada Harakahdaily hari ini.Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi Umno berkata, ramai dalam Umno kini memohon Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bertindak menyelamatkan Umno daripada ditenggelamkan oleh Najib dan isterinya.“Masalah ada pada wanita tersebut… yang lelaki itu ok, tapi apa nak buat, mereka suami-isteri. Jadi, kalau nak buang wanita, kena buang yang laki bersama. Kami dok doa Muhyiddin akan bersuara untuk memanggil Najib turun takhta demi survival Umno,” kata beliau.Ditanya samada beliau mempercayai dakwaan Deepak, sumber itu berkata “ada perkara yang boleh dipercayai” terutamanya mengenai bahagian-bahagian mengenai Rosmah.“Tapi kebenaran dalam isu itu bukan lagi pokok yang dibimbangi oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Umno. Mereka bimbang isu ini menjadi bom C4 yang meletup di muka Umno-BN menjelang PRU13 lagi. Sekarang pun dah hangat, walaupun tak lapor, semua sedang mencari-cari buku yang Deepak keluarkan,” katanya lagi.Isnin lepas, buku 'Black Rose 1.0' mula diedarkan kepada umum. Buku setebal 26 muka surat sahaja itu penuh dengan pendedahan.Namun ketika dihubungi Harakahdaily, Deepak enggan mengesahkan beliau yang menulis dan menerbitkan buku itu.Sumber Umno itu seterusnya memberitahu, Umno cuba menutup isu Deepak dengan isu Amanat Haji Hadi yang sedang diperbesarkan dan disensasikan, supaya orang Melayu lebih tertumpu pada isu yang sudah 31 tahun berlalu itu mengenai Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang daripada dakwaan Deepak.“Isu Amanat Hadi ini sengaja dibesarkan – tapi apabila Haji Hadi minta jawab secara live semua kalut, tak tahu nak respon – jawapan berterabur. Tapi mereka akan terus main sehingga Deepak dapat disenyapkan,” kata beliau.Ditanya apakah Umno percaya isu Amanat Hadi ini akan membawa undi pada mereka, sumber itu ketawa – “Ini untuk tutup isu Deepak sahaja, yang lain mereka tak pernah fikir pun.” sambungnya di sini

Selamat tahun baru! Mana ada percuma....lancau lu!

Posted: 02 Jan 2013 10:36 AM PST

Assalamualaikum n selamat sejahtera serta selamat menyambut kehadiran tahun baru 2013, kira kiranya taklah gua terlambat untuk mengucapkan itu. Dan tidak lupa untuk gua ucap selamat mengenang kembali memori kita di tahun yang berlalu, 2012 yang amat berharga, yang berkah, insyaallah. Semoga kehadiran tahun baru ini, kita telah bersedia dengan segala persediaan yang lebih up to date, hasil dari renungan serta kupasan muhasabah diri kita.

Kemudian, tentu lu all tertanya, mengapa sampai begitu lewat gua ucapkan salam tahun baru. Biasa, sengaja wa lewatkan agar tidak bertembung dengan ucap ucap selamat orang lain, sengaja. Supaya nantinya kotak pikir lu boleh sedikit memberi fokus apa yang wa mau coretkan. Dengan kesengajaan yang di sengaja itu, dan luang masa yang ada untuk memerah kotak  fikir itu nantinya kita telah memerah satu keputusan yang jitu pulak, itu satu kebahagiaan pula. Itulah punca segala punca wa lewatkan ucap selamat ini.

Baik, seperti lu, gua amat bersyukur dengan umur yang telah di panjangkan untuk terus menghirup hembus oksigen yang di bekalkan tanpa henti ini, dan ia percuma pula?. Siapa kata percuma? Lancau lu bro! Mana ada yang percoma dalam hidup ni, nak makan kena bayaq,minum sama, pakai pun sama, berak kat tandas rumah lu...kena bayar jugak laaa! Mana ada tak kena bayor, letrik, air, sumaaa kena bayor macha!. Terik mentari yang kunjung menyuluh bumi, lu boleh kata "free"? Mana ada bayar....tuhan bagi percuma, takde pun runner yang hantar surat suruh pergi bayar kat mana2 pejabat. Sekali lagi wa cakap lu....lancau! Mana ade free.

Memang, lu macam wa agak...mesti melenting! Dan dah siap seranah gua. Mungkin lu dah siap nak buat report polis pasal gua buat ajaran baru...songsang! Dalam hati lu dah berguni sumpah, bangang betul si krai utara ni. Biol...dan dan semuanya. Maaf kalau tiada...wa tabik spring sebab lu memang kelas orang yang bersabar! Dan jarang orang jenis sabor ni.

Di bawah langit yang kita junjung, bawah sinaran mentari yang sama, dan bawah panji jalur gemilang...kita tetap sama. Tapi pernahkah kita bersama duduk tercongok berfikir, apa yang wa hirup sama macam lu, wa hembus masih sama. Hirup udara beroksijen, hembus gas berkarbon dioksida, kan sama. Tak pernah ada orang merungut "mak, aiii oksijen tak bayor lagi bulan ni, mampus laaaa". Tak pernah pulak jumpa malaikat mintak lu " brader tolong jelaskan bill udara anda sebelum tindakan pemotongan". Kalau ada camtu, mampus bele cacang lah kita.

Mungkin sebab itulah kita ingat segalanya free, tak payah bayar. Sebab itulah kita menjadi kuang hajau. Lu, gua, hampir sama!. Sedang kita di tuntut untuk jadi hamba yang beriman...jadi hamba yang bersyukur, ikut apa yang dia suruh dan tinggal apa yang di larang. Itulah tuntutan yang harus di bayar. Di bayar dengan iman dan amal. Bukan bayar dengan "penny". Apa, lu ingat tuhan nak bagi lu hidup free? Lepas mati..selesai? memang manusia menyangka kehidupan ini adalah percuma, maka sebab itulah kehidupan bagi mereka tak lebih dari permainan dan pembohongan.

Wa, cuba ingatkan lu dan wa sendiri, setiap saat ini tiada yang percoma! Kelak kelak bila sampai masa, wa pon macam lu ditamatkan tempoh. Jadi macam kain buruk, tidak berguna. Ah, kain buruk lagi berguna, boleh juga di buat pengelap kaki atau kurang di buat barut buah nangka! Manusia? Di tanam ke kuburan, mujurnya. Tidak mujur, tiada berkubur. Jadi bangkai, bangsat. Di makan anjing!.

Di sana, suatu sisi yang lain dalam kembara kehidupan seorang insan, di padang mashar. Psst...mungkin, otak nasionalis kurang percaya, sekularis tidak yakin, bahkan komunisme, athies menolak! secara mentah, totally, mana ada hidup lepas tulang belulang hancur di mamah bumi! Mana mungkin kata mereka. Di sana, lu, gua hatta firaun, bill gates, mahathir, najib, abdullah saamah, mufti perak hingga semua balaci pas, umno akan di tanya...lu buat apa dengan hidup lu. Apakah lu ingat hidup lu di beri percuma, tanpa tiada tindakan susulan. Siasatan yang detail. Dengan segala bukti yang cukup! Lu mana mau lari? Amerika, paris, new york? Silakan pergi. Kota itu telah hancur...di sini pelarian telah tidak berlari lagi!.

Akhirnya, semuanya adalah berbayar, setiap hembusan nafas. Suluhan mentari, ketika fajar dan terbenam. Setiap kepulan awan gemawan yang kerap memayungi jiwa lu dan gua, dan tika siulan mergastua, serta rembasan angin barat daya bersama hembusan nafsu bergelora. Saat syaitan celaka berbisik, malaikat rahmat mencetuskan sabar,gejolak api yang membara...kita masih disini. Moga kita tersedar hidup ini tiada yang percuma, semuanya akan ditanya.

Oh! Kejam: Bunuh anak gadis kerna main cinta dengan lelaki desa.

Posted: 02 Jan 2013 08:51 AM PST

Seorang gadis di India terpaksa merenggang nyawa akibat dipenggal oleh ayahnya sendiri akibat dari kencan dengan seorang lelakidi Desa. Lelaki seperti ini   tidak layak dipanggil  ayah kerana sepatutnya seorang ayah melindungi anak gadisnya namun seorang ayah di India ini malah membunuh anak kandungnya sendiri hanya kerana anaknya kencan dengan seorang pemuda di tempat ia tinggal.Menurut berita di Asiaone.com  kejadian ini terjadi pada hari khamis lepas sejumlah tetangga yang mendengarkan pergaduhan dan teriakan yang sangat kuat  kerana   warga terkejut   melihat langsung tempat kejadian, ternyata disana telah tergeletak seorang gadis yang telah berlumuran darah akibat kepalanya dipenggal.Kerana melihat kejadian berdarah ini warga segera menghubungi polis . Polis  pun akhirnya menahan ayah mangsa yang merupakan pelaku utama dari pembunuhan ini. Ketika diperiksa polis , sang ayah mengaku yang dia yang memenggal anaknya kerana anaknya yang masih gadis masih berhubungan dan pacaran dengan pemuda desa yang tidak disukai ayahnya. Dia mengaku telah berusaha meyakinkan puterinya berulangkali bahawa reputasi keluarga mereka dipertaruhkan jika dia melanjutkan hubungan asmaranya dengan lelaki itu.Sang ayah menjadi marah ketika dia melihat langsung bahawa puterinya   masih menjalin asmara dengan lelaki tersebut. Gelap mata dia menyerang puterinya dengan sebuah tongkat, lalu memenggal kepalanya.

Era Pasca

Posted: 03 Jan 2013 03:38 AM PST

Era Pasca


Lagi bumbung runtuh di TERENGGANU darul Runtuh!!

Posted: 02 Jan 2013 04:56 PM PST


Bagi menutup tirai 2012 semalam, Terengganu tidak terkejut dengan berita terdapat lagi bangunan runtuh di negeri darul runtuh itu. Berita tersebut tersebar sehari sebelum sambutan ambang 2013 (30/12/12), dan pembersihan masih di lakukan dari masa ke semasa. Terbaik dari Terengganu, kerana Kontraktor pilihan UMNO (sah-sah kroni seperti stadium) kes ini juga akan mengalami nasib yang sama seperti kasus stadium Terengganu. (runtuh tanpa keadilan)

Malay boleh, Terengganu terbaik!

Gambar gambar berkaitan rujuk di bawah. 

Gambar : Bumbung ASTAKA Chukai Terengganu menyembah bumi.
Anggaran kerugian masih tidak menyamai wang negara yang hilang dan cincin rosmah yang berharga maha mahal 24Juta sahaja. sekian. -Ajensi Fakap EP


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

MiLo SuaM

Posted: 03 Jan 2013 01:40 AM PST

MiLo SuaM


Sudah tidak laku, Utusan Malaysia diedar secara percuma di Kedah

Posted: 02 Jan 2013 10:57 PM PST

JUALAN akhbar Utusan Malaysia milik Umno semakin hari semakin merudum. Semua gara-gara kredibilitinya hancur teruk selepas berulang kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah. Siapa nak baca akhbar tiada kredibiliti betul tak?

Oleh itu pelbagai cara dilakukan untuk cuba menyelamatkan syarikat akhbar milik Umno itu daripada terus kerugian. Antaranya dengan mewajibkan akhbar ini diedarkan di sekolah-sekolah dan jabatan kerajaan.

Lebih lucu, difahamkan barangkali untuk terus menyokong "survival" Utusan Malaysia, ada juga pimpinan Umno yang terpaksa membeli Utusan Malaysia dengan kuantiti yang banyak untuk diedarkan kepada orang ramai.



Salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM memaklumkan berlaku pengedaran Utusan Malaysia di Kedah secara percuma termasuk di kolej-kolej kediaman pelajar di Universiti Utara Malaysia, UUM.

Dalam kes ini menurut pengirim, beliau menerima akhbar Utusan Malaysia secara percuma yang ditaja oleh Pemimpin Umno Kedah yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Md Hanipah.



Sendiri punya syarikat akhbar, sendiri cetak, sendiri beli, kemudian sendiri edar secara percuma. Lepas tu kena saman kerana banyak fitnah, sendiri juga yang rugi. Bukan ke ini namanya kerja gila dan bodoh? Kah kah kah...

ReJaM© "Tutup sajalah syarikat Utusan Malaysia ni, buat rugi Umno je...  "

Penyokong tegar Pakatan Rakyat ditangkap bersama 36 GRO?

Posted: 02 Jan 2013 04:51 PM PST

MALAM tadi gua ada siarkan kisah bodoh blogger United Malays No Otak, Umno mendedahkan dokumen bukti kononnya isteri Anwar Ibrahim, iaitu Wan Azizah membeli barang kemas bernilai jutaan ringgit, rujuk sini ~ Dokumen.

Kali ini salah seorang blogger United Malays No Otak membayangkan pula kononnya Bekas Ketua Setiausaha yang juga penyokong tegar Pakatan Rakyat telah ditangkap dalam keadaan mabuk bersama 36 GRO malam tahun baru yang lalu.



Berita itu sebenarnya diambil dari portal MyMetro. Kalau dia nak sangat teka KSU ini adalah penyokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, bukanlah sesuatu yang sukar.

Lihat baik-baik pada jawatannya sebagai Ketua Setiausaha sebuah Kementerian. Kalau sudah namanya kementerian sudah terang lagikan bersuluh berkaitan dengan kerajaan pusat.



Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian yang sudah bersara dan bergelar Datuk serta seorang rakannya yang juga berstatus sama ditahan bersama 36 pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 7 malam itu, kedua-dua VIP terbabit berhibur dan dipercayai dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber, 'Datuk' terbabit yang berusia lewat 50-an berlagak sombong dan mendakwa kebal daripada undang-undang.

"Datuk terbabit tidak gentar dengan kesalahan syariah yang dilakukannya, malah mencabar penguat kuasa Jawi untuk mengambil tindakan.

"Semua GRO disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana mengingkari pihak berkuasa agama manakala kedua-dua VIP terbabit disiasat kerana bersubahat. "Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya ~ MyMetro.


ReJaM© "Gua rasa kalau tanya blogger ni soalan matematik 1+1 pun mesti dia pening... "

Peringatan Penting!

Jom turun ramai-ramai Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Tarikh: 12 Januari 2013
Masa: 14:00 petang
Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka).

Bapak segala Himpunan, Bapak segala Bantahan bersama sejuta rakyat! Sejuta Jiwa!

Blogger Umno dedah dokumen pembelian barang kemas Wan Azizah pulak!

Posted: 02 Jan 2013 04:35 AM PST

HARI ini pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli telah mendedahkan dokumen pembayaran barang kemas Rosmah Mansor bernilai lebih RM13 juta yang dibayar oleh saudagar karpet Deepak Jaikisnan sila baca lanjut di sini ~ RafiziRamli.Com

Apa yang lucunya, blogger-blogger United Malays No Otak, Umn0 di dalam usaha untuk mempertahankan wanita solehah, Datin Paduka Rosmah Mansor telah mendedahkan pula dokumen pembelian barang kemas Datin Wan Azizah.

Apa yang lucunya dokumen yang diedit daripada dokumen pendedahan Rafizi Ramli itu masih lagi tertulis nama Rosmah Mansor kah kah kah...



Baca cerita lanjut di blog sahabat gua rujuk link ini ~ ASD

ReJaM© "Konon nak tunjuk pandai, tapi makin nampak bodoh kah kah kah... "

Logo Barisan Nasional serupa dengan lambang puak Yahudi DAN

Posted: 02 Jan 2013 01:09 AM PST

HASIL tinjauan gua di internet hari ini, gua jumpa beberapa benda yang agak mengejutkan untuk dikongsi kepada sahabat pembaca MiLo SuaM semua tentang logo yang digunakan pada parti Barisan Nasional.

Barisan Nasional yang ditubuhkan pada tahun 1973 iaitu merupakan gabungan 14 parti-parti di dalamnya menggunakan lambang yang sangat mirip dengan lambang yang digunakan oleh puak Yahudi DAN sejak sekian lama.

Menurut kepercayaan Yahudi, mereka terdiri daripada 12 puak-puak atau suku-suku iaitu, Benjamin, Ephraim, Manasseh, Naptali, Dan, Asher, Issachar, Judah, Zebulon, Simeon, Reuben, dan Gad. Setiap puak ini mempunyai lambang mewakili puak masing-masing.

Kalau kita lihat, lambang yang digunakan oleh salah satu puak Yahudi bernama Dan ini sangat mirip dengan lambang yang digunakan oleh Barisan Nasional iaitu menggunakan lambang dacing.



Malah pada tahun 1955-56, Israel ada mengeluarkan setem khas bagi memperingati 12 puak-puak Yahudi ini. Kalau kita lihat secara jelas, salah satu setem yang dikeluarkan bagi mewakili puak Dan, adalah setem berwarna biru menggunakan lambang dacing. ~ StampAlbum



Tidak cukup dengan itu, kalau kita lihat di laman sesawang gerakan freemason, lambang dacing juga digunakan sebagai lambang Grand Inspector Inquisitor Commander rujuk link ini ~ freemason.

Sebelum ini gagasan 1 Malaysia dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan juga telah mencetuskan kontroversi apabila ia sangat mirip dengan konsep One Israel berslogankan People First yang dibawa oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada tahun 1999.

Adakah semua ini satu kebetulan? Atau memang disengajakan? Dalam banyak-banyak lambang, kenapa lambang dacing jadi pilihan?

ReJaM© "Adakah Israel yang meniru Barisan Nasional? Kah kah kah... "

Peringatan Penting!

Jom turun ramai-ramai Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Tarikh: 12 Januari 2013
Masa: 14:00 petang
Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka).

Bapak segala Himpunan, Bapak segala Bantahan bersama sejuta rakyat! Sejuta Jiwa!

ANAK SENGAT

Posted: 03 Jan 2013 01:29 AM PST

ANAK SENGAT


DEEPAK...SIAPA TOK DALANGNYA...??

Posted: 02 Jan 2013 06:27 AM PST

Deepak dilaporkan kecewa dengan DSAI yang khabarnya belum memberi sokongan terbuka terhadap pendedahannya. Kata Deepak dia tertekan dan terpaksa ambil ubat tidur kerana tekanan tersebut. Beliau juga menyatakan kekecewaan sebab pemimpin pembangkang lain juga tidak bersama. Dalam laporan yang sama, Deepak menafikan pendedahan Rafizi.

Deepak mengejutkan negara apabila mendedahkan kaitan Rosmah dan Najib dengan penarikan balik akuan bersumpah penyiasat persendirian Bala yang kini menyembunyikan diri di luar negara. Deepak yang pada asalnya diserang kerana kaitan rapat dengan Rosmah tetiba meletup dengan pendedahan dan sikap menongkah arus menentang "kawan rapatnya" atas beberapa sebab kecewa...

Sebelum itu Musa Hasan mendahului Deepak dalam serangan melawan tauke... Perlu diingat...kedua duanya menyerang Najib ... Deepak melaui isteri Najib dan Musa melalui sepupu Najib... Belum ada yang seberani keduanya menyerang orang yang dilihat paling berkuasa di negara ini. Saya masih ragu dan bertanya ... SIAPA DI BELAKANG MEREKA????

saya tidak fikir mereka berani mendedahkan diri mereka kepada petaka di saat genting PRU 13 yang semakin menghampiri... paling menarik... Mahathir yang kuat berkokok akhir akhir ini seakan terlepas pandang dan tak peduli dengan pendedahan besar ini... Begitu juga Muhyidn yang dlihat tak nampak jalan nak bela bosnya... atau sememangnya mereka ada peranan di belakang pendedahan besar ini???

Dalam politik segalanya berkemungkinan berlaku.. Apatah lagi ia peluang terbaik mengakhiri politik Najib... Muhyidin tentunya dah tak sabar untuk menanti waktu lebih lama kerana jangka hayat Bn semakin mereput... Jika Bn menang kali ini.. Muhyidin mengharapkan dia dapat memanjangkan jangka hayat BN... Mahathir??? Jangan lupa Mukhriz!!!! Anak Tun Razak dah jadi PM, anak Tun Husin dah jadi menteri dalam negeri yang sedang membina jalan sebagai PM...anak Mahathir...??

Berbalik kepada Deepak...ia masih menjadi tandatanya... Jadi pemimpin pembangkang jangan masuk perangkap.. saya tak fikir deepak bersendirian...

Kelab Greenboc

Posted: 03 Jan 2013 01:20 AM PST

Kelab Greenboc


Bekas YDP Selayang Dipenjara 3 Tahun & Denda RM132,500

Posted: 03 Jan 2013 01:01 AM PST

Bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Datuk Bakaruddin Othman dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM132,500 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah menggunakan wang pihak berkuasa tempatan itu bagi penyelenggaraan rumahnya sendiri.

Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Bakaruddin, 58, yang kini bertugas sebagai pegawai tadbir dan diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam didakwa menggunakan jawatannya sebagai yang dipertua MPS untuk mendapatkan suatu suapan dalam bentuk pembiayaan berjumlah RM26,500.

Pembiayaan bagi menyelenggara rumah miliknya di alamat No 14413 Jalan Laksamana 9, Kampung Laksamana, Batu Caves Selangor itu didakwa diluluskan Bakaruddin di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga MPS bertarikh 27 Oktober 2001 dengan dia mempunyai kepentingan langsung.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun 2001 hingga April 2002 di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang, Bandar Baru Selayang.

Bakaruddin didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama iaitu penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. -Bernama

Ulasan GB

Alhamdulillah, Allah memakbulkan lagi doa GB. Sebelum ini di SINI, GB telah buat ulasan:

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si perasuah tidak akan terlepas, baik ikan bilis, apatah lagi ikan jerung.

GB berdoa dan yakin seorang demi seorang ahli dan pemimpin UMNO, dari pencacai sehinggalah ke peringkat pimpinan tertingginya akan disumbatkan ke dalam penjara.
Mereka tidak akan dilepaskan begitu saja.




Kita harap lebih ramai lagi nanti yang jahat-jahat dalam UMNO BN ini ditangkap dan dipenjarakan termasuk menteri-menterinya.

Polemik Amanat Hadi Jadikan TG Abd Hadi Semakin Dikenali. Terima Kasih UMNO.

Posted: 02 Jan 2013 11:31 PM PST


Seorang pemuda berusianya sekitar 30'an, menemui saya, katanya, mahu bertanya tentang 'Amanat Haji Hadi' yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Saya bertanya; siapa yang menghangatkan amanat yang sudah sejuk basi itu kepada kamu?.

"Saya mengetahuinya dari laporan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, tapi tak faham maksud amanat itu".

Pemuda itu mengaku terus terang tak faham dengan 'Amanat Haji Hadi' yang siarkan pada muka depan akhbar sepanjang minggu akhir Disember dan awal Januari 2013 kerana ketika isu kontroversi itu meletup 31 tahun lampau, sang pemuda baru pandai merangkak. Belum tahu membezakan antara makanan dengan najisnya sendiri.

Setelah saya menceritakan inti 'Amanat Haji Hadi' baru pemuda itu faham. Anak matanya merenung tajam ke arah saya sambil bibirnya mengukir senyum. "Hebat Haji Hadi" ujarnya dengan bangga.

Realitinya, generasi muda sekarang (31 tahun ke bawah) tak tahu apa-apa seputar amanat yang diletupkan semula oleh mereka yang bijak tapi sebenar tolol, justeru ramai dikalangan mereka ingin tahu lantas merujuk kepada yang arif dan pastinya yang arif itu dari kalangan pendukung PAS, kerana apa-apa juga yang bersumberkan dari televisyen dan akhbar propaganda Umno/BN majoriti rakyat Malaysia tidak mempercayainya lagi.

Hakikatnya isu ini amat merugikan Umno/BN, sebaliknya yang mengaut keuntungan ialah PAS!

Oleh ~ Rossem Sem.

Kes Nizar vs TV3: Tiada Usaha TV3 Sahkan Mesej Twitter Nizar!

Posted: 02 Jan 2013 09:02 PM PST

MMenteri Besar Perak yang sah, Nizar Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyambung kes perbicaraan saman terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) berkaitan isu nombor plat kereta WWW1 berharga RM520 ribu milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Nizar yang ditemani dua orang peguam iaitu Zamri Ibrahim dan Fitri Asmuni tiba kira-kira jam 10.

10 pagi tadi dan menyambung keterangannya jam 2.30 petang tadi.

Ahli parlimen Bukit Gantang itu turut ditemani Pengerusi DAP negeri, Ngeh Koo Ham dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri.

Pengarang pengurusan kumpulan Media Prima Berhad, Mohd Ashraf Abdullah ketika ditanya peguam di mahkamah hari ini bersetuju bahawa TV3 tidak menjalankan apa-apa usaha untuk mengesahkan satu tulisan di Twitter oleh Nizar.

Ketika pemeriksaan balas, Ashraf, 45, juga bersetuju bahawa salah satu keperluan utama dalam kewartawanan adalah pengesahan.

Beliau merupakan saksi pertama responden dalam kes saman RM50 juta oleh Nizar ke atas stesen televisyen itu dan produsernya, Rohani Ngah.

Ashraf sebelum ini berkhidmat di The New Straits Times Press Berhad (NSTP) sebagai wartawan dan ketua biro Kuantan, selain sebagai koresponden London.

Beliau mempersetujui kenyataan peguam Nizar, Mohd Fikri bahawa berita berhubung Nizar dan Sultan Johor itu dikira berita "besar" kerana personaliti yang terlibat.

Nizar sebelum ini memberi keterangan bahawa berita Buletin Utama TV3 memfitnahnya dengan memutarbelit tulisannya di Twiiter bahawa bidaan Sultan Johor untuk nombor pendaftaran WWW1 "menggunakan wang rakyat", sedangkan beliau tidak pernah berkata demikian dalam tulisannya.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau berada di rumah pada 30 Mei, ketika berita itu disiarkan, dan tiada usaha daripada TV3 untuk menghubunginya. -jalanpulang

Orang Miskin Dilarang Sakit, Tiada Ubat Percuma Lagi Di Hospital Kerajaan

Posted: 02 Jan 2013 07:14 PM PST


Kerajaan henti bekal ubat percuma, rakyat tanggung kos sendiri

PETALING JAYA 2 Jan: Orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung sendiri kos menerusi swasta ekoran dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.

Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri berkata, maklumat diterimanya menyatakan Kerajaan Persekutuan menangggung RM1.2 bilion untuk membiayai ubat-ubatan pesakit dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

Oleh sebab itu, kementerian dikatakan terpaksa menghentikan pengedaran ubat-ubatan secara percuma.

"Antara ubat paling banyak diberi kepada pesakit ialah paracetamol (ubat demam) dan ubat penahan sakit, piriton (selsema) dengan kos 10 sen setiap biji. Kementerian membelanja lebih RM1.2 bilion dan ia meningkat 10 peratus setiap tahun.

"Maka satu sistem baru akan diperkenal dalam masa terdekat. Kementerian Kesihatan tidak lagi membekalkan ubat kepada pesakit, tetapi perlu membelinya sendiri di farmasi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Yahya berkata, sistem itu jauh berbeza pada masa kini apabila kementerian menanggung segala kos rawatan, konsultasi dan perubatan.

"Kami mendesak dasar baru itu dibatal serta-merta kerana ia jelas membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah selain kos sara hidup setiap hari kian melonjak.

"Kita juga desak dasar sedia ada dikekalkan kerana kami yakin jika kewangan negara diurus dengan tata kelola baik termasuk membasmi rasuah, rawatan kesihatan percuma boleh diberi kepada seluruh rakyat sebagaimana dinikmati di beberapa negara Eropah," katanya.

Mengikut data Kewangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), ketika ini, 72 peratus daripada 12 juta pekerja Malaysia bergaji RM700 hingga RM1,500 sebulan dengan purata mereka mempunyai tiga orang anak. Dasar baru ini pasti akan membebankan rakyat.

Turut hadir dalam sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sikamat, Aminuddin Harun dan Setiausaha Kewangan (MTUC), Alias Awang. -KD

Rafizi Tidak Kantoi, Deepak Cuma Nafikan Bekalkan Dokumen, Tapi Tak Nafikan Pembelian..

Posted: 02 Jan 2013 03:55 PM PST


Saya tak pernah beri Rafizi apa-apa dokumen'

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.

"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan.

"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini,"
katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.

Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

"Saya dinasihatkan oleh peguam supaya tak cakap apa-apa.Beri saya dua tiga hari.

"Saya tak tahu apa-apa mengenai kandungan dokumen itu. Saya juga tak tahu apa yang dia (Rafizi) katakan. Saya disini bukan untuk politik tapi untuk kebenaran.

"Saya akan meneliti dokumen itu dulu sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan," katanya lagi.

Deepak ditanya mengenai tuntutan PKR hari ini supaya Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan Deepak bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membelinya barang kemas.

Deepak dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong adalah sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Dalam sidang medianya hari ini, Rafizi berkata beliau percaya dokumen yang dikemukakannya berhubung pembelian barang kemas berkenaan adalah tulen. -mk

Ulasan GB

Daripada kenyataan Deepak di atas ternyata Deepak cuma menafikan ada membekalkan dokumen kepada Rafizi, TETAPI tidak ada satu kenyataan pun daripada beliau menafikan wujudnya pembelian barang kemas untuk Rosmah. Beliau cuma dinasihatkan oleh peguamnya "jangan buka mulut".

Daripada mana Rafizi perolehi maklumat itu? Itulah peranan dan tugas Pengarah Strategi sesebuah parti!

Syabas Rafizi dan syabas juga kepada Deepak kerana penafiannya bererti beliau tidak boleh dituduh "telah membocorkan rahsia" besar itu!


Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[PANAS] Bekas KSU Ditahan Bersama 36 GRO

Posted: 02 Jan 2013 06:48 AM PST

LOMPAT: Pengunjung disko nekad terjun elak dicekup ketika diserbuan.

Seorang bekas ketua setiausaha sebuah kementerian yang sudah bersara dan bergelar Datuk serta seorang rakannya yang juga berstatus sama ditahan bersama 36 pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan dilakukan sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah pusat karaoke di Bukit Bintang, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 7 malam itu, kedua-dua VIP terbabit berhibur dan dipercayai dalam keadaan mabuk.

Menurut sumber, 'Datuk' terbabit yang berusia lewat 50-an berlagak sombong dan mendakwa kebal daripada undang-undang.

"Datuk terbabit tidak gentar dengan kesalahan syariah yang dilakukannya, malah mencabar penguatkuasa Jawi untuk mengambil tindakan.

"Semua GRO disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan kerana mengingkari pihak berkuasa agama manakala kedua-dua VIP terbabit disiasat kerana bersubahat.

"Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan sempena sambutan tahun baru, puluhan pengunjung remaja Islam yang asyik berpesta arak di sebuah disko terkemuka, di sini, nekad melompat dari tingkat atas disko berkenaan kerana takut diperiksa polis dan pihak berkuasa agama, awal pagi semalam.

Ada antara mereka cedera dan luka di anggota badan akibat terjatuh. Remaja berusia 18 hingga 25 tahun itu meneguk arak dan berpesta ketika serbuan.

Malah, terdapat pengunjung merempuh pintu hadapan dan melepaskan diri. Operasi dijalankan 60 anggota dan pegawai diketuai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dengan kerjasama polis D7 KL dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jam 2 pagi semalam. -HM

Projek Jalan Termahal T’ganu Diberi Kepada Syarikat Milik Ketua Pemuda Umno Negeri

Posted: 02 Jan 2013 03:01 AM PST

Jingga 13 hari ini (kelmarin) tampil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Terengganu bagi tujuan untuk membuat laporan rasmi bahawa wujud gejala salahguna kuasa dan aktiviti rasuah berkaitan dengan Skandal Pembinaan Jalanraya dari Gemuroh ke Kg. Banggol Tuan Muda berjarak 7.6KM berharga RM226 juta.

Laporan SPRM ini dibuat berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Terengganu Tahun 2011 di muka surat 37 di bawah tajuk Agensi Pemohon Tidak Mengisytiharkan Pengambilan Di Bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 Bagi Tanah Yang Melibatkan Jajaran.

Justeru, Laporan Ketua Audit Negara tersebut membuktikan bahawa pembinaan jalanraya 'termahal' tersebut bukan sahaja menimbulkan pelbagai persoalan dari segi pelanggaran undang-undang dan pencabulan Perlembagaan Persekutuan, malahan ketelusan kerajaan negeri Terengganu sendiri di dalam meng'anugerah'kan projek berkenaan kepada syarikat yang dimiliki oleh Ketua Pemuda Umno Negeri Terengganu, Saiful Bahri Badaruddin sehingga melangkaui segala prosedur dan peraturan yang mesti dipatuhi di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960.

Para penduduk telah berjuang bagi membantah kezaliman dan ketidakadilan pihak Kerajaan Negeri khususnya YAB Menteri Besar Negeri Terengganu yang langsung tidak mengendahkan memorandum dan suara para penduduk.

Dato' Abdul Rahin Mohd Said yang merupakan ADUN Teluk Pasu juga dilihat begitu bersungguh-sungguh bagi memastikan jalanraya tersebut terus berjalan sehingga sanggup berbohong di dalam media bagi memenuhi kerakusan syarikat kontraktor yang dianugerahkan projek tersebut sehingga melakukan pelbagai cara bagi tujuan merealitikan impian mereka secara licik sehingga melibatkan semua agensi seperti Jabatan Kerjaraya Negeri Terengganu, Pejabat Tanah Kuala Terengganu, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian serta Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Banggol Donas.

Jingga 13 mendesak agar pihak SPRM menyiasat dengan terperinci, adil dan profesional serta bermaruah skandal pembinaan jalanraya tersebut kerana ianya adalah melibatkan dana awam dan turut melanggar Akta Pengambilan Tanah 1960 yang merupakan undang-undang Negara.

Sebagai rekod, laporan SPRM ini adalah merupakan laporan yang ketiga dibuat. Namun begitu, sehingga sekarang masih tiada sebarang keberhasilan terhadap siasatan yang telah dibuat termasuk perjuangan para penduduk yang pernah menyuarakan tentang kezaliman dan ketidakadilan yang dihadapi oleh mereka kepada Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri, Menteri JKR dan sebagainya. Ini jelas membuktikan bahawa moto "Rakyat Didahulukan" yang dilaungkan oleh pihak kerajaan hanyalah retorik semata-mata.

Fariz Musa
Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia

Blog-list Malaysia

Posted: 03 Jan 2013 01:12 AM PST

Blog-list Malaysia


Anwar: Kalimah ALLAH milik Islam

Posted: 02 Jan 2013 11:17 PM PST

PETALING JAYA - Perbincangan mengenai isu kalimah ALLAH yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengundang kontroversi baru-baru ini, akan dibincangkan oleh Majlis Pakatan Rakyat, Isnin ini.

Namun menurut Ketua Pembangkang itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setakat ini, ketetapan yang diambil adalah sama seperti sebelum ini yang mana, kalimah ALLAH adalah hak mutlak untuk penganut Islam di negara ini.


"... belum ada usul baru untuk meminda usul lama. Sekiranya ada pandangan baru, kita akan bincangkan," katanya pada sidang minggu PKR di sini, hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini meminta kerajaan membenarkan Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Permintaan itu yang disifatkan penganut agama Islam di negara ini sebagai suatu penghinaan hakikatnya telah pun diwartakan di Pulau Pinang sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.

Ia merupakan suatu ketetapan rasmi yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Sementara itu, Anwar ketika ditanya berhubung kenyataan beberapa orang mufti yang menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat beliau, membidas tindakan mufti berkenaan.

"Bagi ruang kepada Hadi untuk beri penjelasan. Kenapa isu tahun 1981, mufti yang hendak buat kenyataan," selar Anwar.

Bahkan katanya, jika perkara yang membabitkan pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan yang lebih teruk daripada itu bahkan terlibat dengan perniagaan arak, mufti sebaliknya mengambil sikap berdiam diri.


Umno Arahkan Rais Yatim Jangan Buat Forum 'Amanat Hadi'

Posted: 02 Jan 2013 11:08 PM PST

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan memutuskan tidak akan melaksanakan cadangan untuk mengadakan forum bagi membincangkan Amanat Haji Hadi menerusi RTM.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penyiaran amanat tersebut menyalahi fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 24 Julai 2002.


Menurut beliau, berdasarkan fatwa itu, amanat yang disampaikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Terengganu pada 7 April 1981 adalah bercanggah daripada segi ajaran Islam.

Rais memberitahu, Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Fatwa Kebangsaan turut memutuskan amanat itu bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan agama serta bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah. - Utusex


Dr Asri sedia jadi panel forum Amanat Haji Hadi

Posted: 02 Jan 2013 07:01 PM PST

SHAH ALAM – "Saya bersedia untuk menjadi salah seorang panel membincangkan isu berbangkit ini dalam program siaran langsung di televisyen, walaupun tidak bersetuju dengan Amanat Haji Hadi," kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, selain Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kriteria panelis harus dipilih berdasarkan tiga kategori iaitu, wakil pihak pembangkang, pengkritik (kerajaan atau Barisan Nasional) dan seimbang (golongan akademik).


Menurutnya, kesan dari amanat tersebut telah memberikan impak besar kepada rakyat, tetapi ia dikeluarkan 30 tahun lalu dalam situasi tersendiri.

"Ketika itu, amanat tersebut lebih menjurus kepada keadaan semasa yang membawa maksud jelas mengenai mengkafirkan Umno.

"Tetapi, zaman telah berubah, Pas tidak lagi terikut dengan amanat tersebut malah telah bercampur gaul dengan pelbagai pemikiran matang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, amanat tersebut pada dasarnya telah ditarik secara tidak langsung, tanpa menguar-uarkan kepada umum dan persepsi Pas dilihat semakin luas, selari dengan perubahan zaman.

Katanya, amanat tersebut menjadi kontroversi setelah dimanipulasi dan dipolitikkan oleh pihak tertentu, menyebabkan ia menjadi topik perbualan hangat.

"Saya bersetuju untuk turut serta berdiskusi dan memberi pandangan balas mengenai perkara ini," katanya.

Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, beliau akan menimbang sama ada terlibat dalam program melibatkan ahli politik.

"Tengok keadaan. Saya mungkin akan mempertimbangkannya jemputan tersebut.

"Jika ia berkaitan dengan politik, maaf saya tidak mahu campur. Tetapi, untuk memberi pandangan dalam bidang akademik saya mungkin menyertainya," katanya.

Amanat Haji Mahathir Vs Amanat Haji Hadi

Posted: 02 Jan 2013 06:04 PM PST






Kerajaan Selangor Sedia Pelan Bantuan Gangguan Air

Posted: 02 Jan 2013 03:30 PM PST

SHAH ALAM, 2 JAN : Kerajaan Negeri menyediakan pelan bantuan dengan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bersiap sedia bagi mengatasi gangguan bekalan air dibeberapa kawasan di negeri ini.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Kerajaan Negeri meminta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk menghantar lori-lori tangki air ke kawasan terlibat di Bandar Tun Razak, Hulu Langat dan Ampang.


Sehingga kini, sebanyak tujuh lori tangki air dihantar oleh PBT-PBT di Selangor ke Wilayah Persekutuan khusus ke kawasan yang terjejas teruk akibat kegagalan Syabas menyelenggara rumah pam air dan membuat pemeriksaan berkala.

"Menteri Besar juga meminta Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor untuk memantau pembekalan air di seluruh negeri dan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

"Pelan bantuan juga disediakan termasuk menghantar lori-lori tangki air ke kawasan yang bermasalah," katanya.

Gangguan bekalan air ini juga menurut Faekah membuktikan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) tidak mampu untuk menguruskan pembekalan air kepada seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

"Ini juga akibat projek penswastaan industri air yang tidak dilakukan secara berhemah oleh kerajaan BN Selangor.

"Konsesi air bukan diberikan kepada syarikat yang mampu dari segi pengalaman mengurus dan kemampuan kewangan tetapi atas dasar mahu mengkayakan kroni.

"Rakyat yang akhirnya menanggung beban, beban membayar harga yang tinggi dan risiko catuan air yang tidak menentu," kata Faekah dalam kenyataan medianya.

Ujar beliau, ini menguatkan azam Kerajaan Negeri untuk terus mendesak Kerajaan Pusat melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA).

Setakat ini, Kerajaan Pusat sengaja melambat-lambatkan proses penstrukturan semula industri air yang dicadangkan Kerajaan Negeri.

Jelas Faekah, gangguan bekalan air dijangka berlarutan dan menjejaskan lebih 100,000 akaun pengguna.


99 Hari Lagi Untuk Tukar Kerajaan BN

Posted: 02 Jan 2013 08:06 AM PST

Ada kawan saya dari UMNO beritau saya- jangan lah hentam kuat sangat. Kita sama2 Melayu. Jawapan saya mudah- melakukan perubahan dan revolusi bukan lah macam minum teh tarik, atau membuat sulaman. Tak boleh halus mulus sangat. Kesetiaan kepada negara sampai bila2- kesetiaan kepada kerajaan selagi ianya layak.

Bila kamu UMNO hentam Anwar Ibrahim takde pun saya tengok sentiment kita sesama Melayu dicakapkan. Takde belas kesian. Itu bekas TPM yang dulu semua orang berebut nak cium tangan. Dan kaki kalau boleh. Kalau TPM kamu boleh belasah, rakyat biasa bagaimana?


Mengapa politik UMNO hari ini didominasi oleh kegiatan melampau- menikam orang, menyekat pergerakan fisikal, menyimbah cat, baling batu, pukul orang? Majority orang Melayu nak duduk diam, membiarkan orang ganas mencorakkan politik bangsa Melayu?

Inilah akibat nya, bila kita majority orang Melayu membiarkan golongan pelampau mewarnai politik negara. Inilah akibat nya bila pemimpin negara lembik dan mempunyai banyak tengkorak dalam almari membuat dia ketakutan mengekang golongan pelampau. Apa yang Najib boleh buat? Dia sendiri terlalu banyak tengkorak dalam almari yang akan keluar satu persatu. Buat muka sadin dan tunjuk innocent boleh lah. Tapi satu dunia dah tahu temberang dan tembelang Najib.

Rakyat tak kisah jika kamu hentam Anwar Ibrahim seorang- tapi rakyat tak tahan tengok sekeluarga kena balun dan dizalimi. Apa yang mereka buat kepada kamu sehingga habis satu keluarga kena? Maka jika UMNO sanggup buat macam itu, janganlah komplen jika kamu menerima balasan yang setimpal.

11.

Dah memang begitu- pemimpin UMNO perompak dan lanun. Yang dilakukan oleh Raja Ropiaah dan keluarga Shahrizat hanya bahagian hujung gunung salji sahaja. Seperti yang dikenenkan oleh Shahrizat sendiri, semua menteri UMNO sapu duit. Kita hairan- perkara sulit seperti ini Shahrizat tahu, tapi apa yang anak dan suami buat, dia tak tahu. Orang macam ini pun, Melayu UMNO masih mahu sokong? Koro sangatkah UMNO sehingga macam tidak ada pemimpin mereka yang lain?

Para penternak lembu, terutama Melayu lihat apa sudah jadi pada RM250juta yang di songlap oleh keluarga shahrizat, pembesar UMNO. RM250 juta yang sepatutnya membangunkan puluhan penternak lembu yang lain sudah dipakai untuk beli kondominium sana sini, buka restoren mewah, beli supermarket, tanah sana sini. Dan oleh kerana ketua UMNO pun ada banyak kurap, dia tak berani nak jelkan Shahrizat dan keluarga Shahrizat. RM250 juta hanya impot 8000 ekor. Lembu jenis apa yang harga nya RM31 ribu seekor?

Para pesara tentera dan tentera yang masih bertugas - perhatikan apa sudah jadi kepada duit caruman kamu di Boustead Holdings. Itu syarikat 65% LTAT yang punya. Lembaga pengarah BHB pula ramai pak jeneral. Duit yang kamu carum, akan ternancam. Belanja RM160 juta nak dapat kontrak RM100 juta? Apa punya binawe.

Si bahalul mana yang kata pembelian ini akan menambahkan bank tanah. Kamu sudah ada 700 ekar sebelah tanah MINDEF ini yang belum dibangunkan, kamu nak beli lagi? Syarikat milik BHB-Jendela Hikmat yang nyata takde hikmat, gagal menyiapkan projek RM250 juta dan sarat dengan hutang. Mahu pinjam lagi dan keluar wang yang ada nak beli tanah dan bayar rasuah RM160juta? Pak jeneral dan lembaga pengarah takde telur nak mohon beli tanah direct dari MINDEF? Yang hendak beli dari Raja Ropiaah Kuala Dipang ini apa pasal?

Mengapa BHB tidak beli 100% Astancangih? Sebab 20% yang baki nya, milik Putera Nazrain bin Abdul Jalil, anak saudara kepada Raja Ropiaah. Makna, BHB masih lagi mahu bersekongkol dengan Raja Ropiaah yang nyata membalun harta milik kerajaan yakni 223 ekar tanah milik Kementah. Putera Nazrain anak kepada Raja Rabiatun, adik beradik dengan Raja Ropiah. Abdul Jalil suami kepada Raja Rabiatun adalah pemimpin UMNO. Lihat? Pemimpin UMNO sapu semua. Ini semua Raja Kapor dari Kuala Dipang Perak yang berkerja sebagai penoreh getah, pemandu teksi dan kerja2 bawahan yang lain. Tapi sebab ada gelaran Raja- maka orang Melayu panggil mereka Yang Mulia.

Dan orang Melayu UMNO hendak sokong lagi para pemimpin yang korap. Kita kita bezakan Melayu UMNO dan Melayu bukan UMNO.

Orang Melayu yang tak sokong UMNO lebih ramai. Walaupun UMNO ada ahli 3.2 juta, calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi. Bererti 1.2 juta Melayu UMNO menolak UMNO kerana mereka tahu, menyokong UMNO bererti menyokong kemungkaran. Sokong kemungkaran ditegah agama Islam. Jumlah orang Melayu yang mengundi dalam tahun 2008 ialah 5.7 juta. Ertinya, 3.7 juta orang Melayu menolak UMNO. UMNO hanya dapat 2 juta undi.

Jadi, janganlah kita gentar bila pelampau UMNO ugut kita. Kita ramai, mereka sikit. Kita tumbangkan mereka dengan mudah dengan tidak sokong calun2 UMNO. Mudah sahaja.

http://sakmongkol.blogspot.com/



TERKINI - Deepak Sudah Buat 'Pusingan U'

Posted: 02 Jan 2013 04:39 AM PST

'Saya tak pernah beri Rafizi apa-apa dokumen'

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.


"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan.

"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.

Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

Deepak ditanya mengenai tuntutan PKR hari ini supaya Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan peniaga permaidani, Deepak Jaikishin bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membelinya barang kemas.

Deepak dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong adalah

Beliau mengemukakan dokumen yang didakwa diperolehi parti itu melalui pengantara dari Deepak.

Dari semakan awal, Rafizi berkata beliau percaya dokumen berkenaan adalah tulen.


Kubur Dalam Restoran..

Posted: 02 Jan 2013 01:47 AM PST


Pelik Tapi Benar...

Restoran Ini Berada Di Tengah-Tengah Kubur

Kubur merupakan tempat untuk memakamkan manusia yang telah meninggal dan biasanya kubur selalu digambarkan dengan hal hal mistik yang menyeramkan namun di India Kubur tidak lagi menakutkan dan menyeramkan sebab di atas kubur tersebut menjadi sebuah restoran yang unik dan menyenangkan pelanggan yang di kelilingi kubur- kubur orang yang telah meninggal.


Seperti yang dilalui di Oddity Central, seorang lelaki di India mendirikan sebuah restoran di tanah perkuburan. Yang menarik, pemilik itu tidak memindahkan kubur tersebut. Sebaliknya dia menjadikannya sebagai salah satu hiasan.

Lokasinya di Ahmadad, India, restoran unik tersebut dinamakan New Lucky. Restoran dengan menu milk tea (teh tarik) ini memiliki beberapa kubur warna hijau terang di celah-celah kerusi pelanggan. Para pelanggan mengaku tidak terganggu menikmati hidangan sambil melihat kubur tersebut. Mereka menganggapnya sebagai hiasan ruangan dan pelayan dengan dengan berkunjung disamping teh di tangan.

Krishan Kutti Nair, pemilik tersebbut, berfikir lokasi yang menyeramkan ini baik untuk bisnes. Krishan sendiri tidak mengetahui makam siapa saja yang ada dalam restoran tersebut. Tapi sejarahwan setempat menyebut tempat itu menjadi peristirahatan terakhir seorang tokoh sufi beserta dengan keluarganya dari abad ke-16.

http://kachipemas.blogspot.com


MIMPI SENJA

Posted: 02 Jan 2013 11:45 PM PST

MIMPI SENJA


Tiada ahli keluarga datang jamin, Zarina Anjoulie tidor lokap

Posted: 02 Jan 2013 07:58 PM PST



Mungkinkah ahli keluarga Zarina Anjoulie tiada di Malaysia sehingga mereka tidak tahu akan berita penahanan Zarina bersama teman lelakinya pada 30 Disember yang lalu? Ini kerana Zarina sekarang terpaksa meringkuk di dalam lokap akibat tiada seorang pun yang datang menjamin dirinya.
zarina anjoulie
Zarina dikenakan ikat jamin RM2,000 dengan syarat penjamin adalah ahli keluarga. Teman lelaki Zarina telah pun diikat jamin oleh abangnya. Sayangnya tiada ahli keluarga Zarina yang hadir sehingga pukul 4 petang semalam sekaligus menyaksikan dirinya dibawa ke Kompleks Penjara Kajang.
zarina anjoulie
Nampaknya permulaan tahun 2013 adalah sangat tidak bagus buat Zarina Anjoulie kerana terpaksa bermalam di lokap sehingga tarikh perbicaraan pada 8 Februari kelak. Namun mana tahu pengalaman tersebut akan menjadi pengajaran yang berguna buat dirinya. 

[Video] Ceramah DSAI di Tuaran, Sabah 30/12/12

Posted: 02 Jan 2013 06:05 AM PST

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

Posted: 02 Jan 2013 11:06 PM PST

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


PARLIMEN NIBONG TEBAL - 78 % MAHUKAN CHEGU BARD

Posted: 02 Jan 2013 03:10 AM PST

SEBULAN yang lalu, saya telah adakan "Poll" atau pendapat pengunjung-pengunjung blog saya tentang siapakah yang wajar pada pandangan pengunjung blog ini untuk dicalonkan menjadi Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Sebelum ini, heboh diperkatakan kerusi Nibong Tebal bakal ditandingi oleh Penyelaras SAMM, Sdr Badrul Hisham atau Chegu Bard kerana semenjak kawasan Parlimen tersebut ditinggalkan begitu sahaja oleh "katak' iaitu bekas MP dari PKR, dikatakan aktiviti dan program di kawasan berkenaan sepi.  Akhirnya 'direstui' oleh pihak tertentu untuk membawa Chegu Bard ke sana bagi memulihkan keadaan dan nampaknya langkah ini amat berjaya.


Namun, atas pertimbangan politik atau pertimbangan yang sukar untuk kita baca, muncul pula Dr Mansor yang sekarang ini adalah Timbalan KM P.Pinang di Parlimen Nibong Tebang.  Khabarnya nama beliau telah diumumkan oleh DS Anwar sendiri sebagai calon di situ.  Selepas pengumuman tersebut, berbagai cerita mulai kedengaran tetapi difahamkan semua ahli SAMM diarahkan oleh Chegu Bard mengelak diri dari terlibat di dalam memberikan komen di atas isu ini.

Apa pun, semua tahu kedua-dua tokoh ini ada penyokong mereka yang tersendiri.  Maka, Blog ini mengadakan Poll untuk pengunjung-pengunjung blog ini sahaja agar mereka dapat luahkan pandangan mereka.  Tidak semua yang mengundi di sini adalah penyokong PR, mungkin juga ramai ahli-ahli Umno/Bn yang sengaja 'bermain' dengan undian mereka.  Maka, keputusan Poll di atas mungkin tidak tepat atau kurang tepat.

Daripada jumlah pengunjung yang melakukan undian iaitu seramai 1,011 orang, mereka yang menyokong Chegu Bard sebagai calon di Parlimen Nibong Tebal adalah 78 %.  Mereka yang mahukan Dr Mansor pula adalah sebanyak 17 % manakala 5 % mahukan calon-calon yang lain.  (Undian ditutup pada 02/1/2013 jam 07.00 PM)

Terima kasih di atas penglibatan anda di dalam undian yang telah dijalankan.

Kopitiam Bang Nan

Posted: 02 Jan 2013 09:37 PM PST

Kopitiam Bang Nan


JOM BEBASKAN NEGARA INI DARI UMNO....

Posted: 02 Jan 2013 09:02 PM PST

RAKYAT MARHAEN

Posted: 02 Jan 2013 09:17 PM PST

RAKYAT MARHAEN


98 Hari Lagi- kita laung Ini Kalilah!

Posted: 02 Jan 2013 09:04 PM PST

Sedarlah bangsa Melayu, pemimpin UMNO terus merompak dan melanun. Dah hampir PRU pun mereka melakukan nya. Dalam keadaan pendedahan oleh Deepak, bongkar oleh Musa Hasan, UMNO teruskan agenda melanun negara. Seolah olah tidak takut bahawa keadilan rakyat akan menghukum mereka.
Hari ini belum pun sempat debu mendap ke bumi, kerajaan UMNO sekali lagi melancarkan projek rompakan besar. Hari ini kerajaan UMNO menanda tangani pembinaan lebuh raya pantai barat Taping ke Banting. 233km pada harga RM7.7 bilion. Ini penswastaan atau rompakan highway robbery? Projek ini diberi kepada Kumpulan EuroPLus Bhd- sekutu IJM berhad milik satu2 nya Melayu dan Melayu terakhir di Malaysia- Syed Mokhtar albukhari.
Antara ribuan Melayu seluruh dunia, yang Melayu hanya Syed Mokhtar Bukhari. ( nyanyilah ikut alunan lagu Gadis Melayu Jamal Abdillah) Alangkah hairan kita, kos sekilometer ialah RM30.5 juta walhal kos biasa ialah RM10juta/kilometer. Apa sudah jadi?
Kerajaan sekarang di pimpin oleh orang2 gila? Bukan kah kumpulan Europlus ini sebuah syarikat yang sudah tidur? Dahulu dimiliki oleh Tan Sri Chan Ah Chye. Sharehoders fund syarikat tinggal RM115juta- kerugian terkumpul sebanyak RM500 juta lebih; syarikat ini menangung rugi lebih dari 5 tahun dan mempunyai hutang RM250 juta. Baki tunai syarikat hanya ada RM3juta.
Read More / Baca Lagi >>

SK Tebing Rebak : Hanya empat murid daftar diri

Posted: 02 Jan 2013 09:01 PM PST


Hanya empat murid daftar diri
Empat murid, lima guru termasuk Muhaini (tiga kiri, belakang) dan seorang kakitangan sokongan tetap meneruskan sesi persekolahan.
Hanya empat murid daftar diri
Murid tahun enam, Muhammad Azrol Amri Salim, meneruskan sesi pembelajarannya bersama guru Pendidikan Agama Islam, Khairul Nizam Khamis.
Hanya empat murid daftar diri
Muhammad Zulkiflie Ikhmal Mohd Fauzie diajar oleh gurunya, Lee Choong Sing penggunaan komputer.
Hanya empat murid daftar diri
Murid tahun satu, Ahmad Nursyarwani Ahmad Kamal, seorang diri belajar bersama guru Bahasa Melayunnya, Idrus Baki ketika sesi pembelajaran.
 
BAGAN DATOH - Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak, di sini, merupakan salah satu antara 113 sekolah rendah yang mempunyai bilangan murid paling sedikit dan paling mengejutkan, hanya empat murid didaftar di sekolah tersebut.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tebing Rebak, Hajar Abdul Samad berkata, sekolah itu hanya mempunyai seorang murid dalam tahun satu, tiga, lima dan enam.

Menurutnya, masalah kekurangan murid di sekolah tersebut bermula sejak 10 tahun lalu, yang mana hanya tinggal 12 murid pada ketika itu dan bilangan murid semakin susut dari setahun ke setahun.

"Kampung Tebing Rebak mempunyai 120 penduduk sahaja, yang mana terdapat 40 rumah. Kebanyakan penduduk terdiri daripada mereka yang sudah berusia, manakala remaja lepasan sekolah berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki. Ia antara punca masalah kekurangan murid di sekolah ini.

"Sebelum ini, PIBG ada mempelawa murid dari sekolah lain sebagai salah satu cara menambah bilangan murid, namun gagal," katanya ketika ditemui, semalam.

Beliau turut memaklumkan bahawa SK Tebing Rebak telah dibina sejak 1950 dan kini dikendalikan Guru Besar, Muhaini Ibrahim dengan dibantu empat guru serta seorang kakitangan sokongan.

Tidak menjadi halangan
Read More / Baca Lagi >>

49,000 cicir ke sekolah bukti pendidikan negara pincang

Posted: 02 Jan 2013 08:59 PM PST

KUALA LUMPUR 3 Jan: 49,000 kanak-kanak bertaraf warganegara dinafi Umno BN ke sekolah bukti pelaksanaan sistem pendidikan negara pincang, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
Menurutnya, jumlah itu lebih tinggi jika digabungkan dengan kanak-kanak di Sabah dan Sarawak.
Sikap tidak bertanggungjawab kerajaan menyebabkan mereka keciciran kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri akibat kelemahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Berdasarkan bancian dan statistik penduduk, dianggarkan lebih daripada 49,000 kanak-kanak di Semenanjung Malaysia yang dinafikan persekolahan. Angka ini menunjukkan krisis utama pendidikan di negara kita.
"Kanak-kanak ini tidak dapat ke sekolah ketika murid-murid lain mendaftar untuk sesi baru persekolahan mereka disebabkan kerana penafian sijil kelahiran atau kad pengenalan," katanya pada kenyataan.
Tambah rumit, kanak-kanak yang tiada dokumen pengenalan diri berdepan halangan sukar untuk meneruskan persekolahan terutama dari kalangan miskin.
Read More / Baca Lagi >>

Kelantan 22 Tahun – Bukti Kejayaan PAS

Posted: 02 Jan 2013 08:58 PM PST

Oleh Dinsman
Bila saya tunjukkan kulit depan buku terbaru berjudul "Kelantan 22 Tahun Bukti Kejayaan" kepada seorang kawan, dia bertanya: "Bukti kejayaan apa?" Kajayaan PAS, jawab saya. Kejayaan Nik Aziz, tambah saya lagi.
"Oh kalau begitu, Umno-BN perintah Malaysia selama 55 tahun, lagi kuatlah bukti yang Umno-BN berjaya!" Dia meningkah.



"Tidak," balas saya. "Umno-BN perintah Malaysia selama 55 tahun, bukti kejayaan apa? Kejayaan pemimpin-pemimpinnya menimbun kekayaan ada lah. Dan sekarang telah terbukti kejahatan mereka itu satu demi satu." Bukan jumlah tahun pemerintahan itu yang menjadi bukti. Tetapi pengisian dalam era pemerintahan itu yang menjadi buktinya. Buku saya setebal 263 mukasurat itu diisi dengan kisah-kisah, analisa dan hujah mengenai kejayaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz membawa kesejahteraan dan 'pembangunan sebenar' kepada rakyat Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Rakyat Bersedia Menjadi Sebuah Kerajaan Baik Menggantikan BN selepas PRU Ke-13

Posted: 02 Jan 2013 08:54 PM PST

Ambang 2013 : Ust Azhar, Ust Haslin....Malek Noor enggan jadi jurulatih

Posted: 02 Jan 2013 08:40 PM PST

Dosa , Pahala Dan Pilihanraya ..

Posted: 02 Jan 2013 08:35 PM PST


Agak sukar untuk meyakinkan rakyat hatta ke atas orang Islam sendiri betapa setiap apa yang dilakukan biar sebesar biji sawi pun pasti ada balasannya samada syurga atau neraka.
Kecuali bagi orang-orang yang benar-benar beriman seperti yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadith baginda nabi s.a.w. Yakni antaranya yang percaya pada yang ghaib dan yakin adanya kehidupan akhirat.

Di dalam soal memilih pemimpin negara yang natijahnya menentukan hala tuju rakyat dan negara pada masa hadapan sudah pastinya ada kaitan terus dengan balasan tersebut. Namun setiap apa yang tercerna pasti ada sebab musababnya. Umno memegang kuasa begitu lama, lebih setengah abad menerapkan di dalam pemikiran rakyat, satu doktrin iaitu pemisahan agama dengan politik.
Ini dapat dilihat melalui saranan atau kempen Umno sepanjang dominasinya di dalam negara seperti jangan campur-adukkan agama dengan politik dan jangan menggunakan agama untuk kepentingan politik dan seumpamanya.
Sedangkan politiklah yang menentukan dasar pentadbiran sesebuah negara. Apabila agama tidak dibawa bersama ke dalam politik, maka tiada persoalan dosa dan pahala dalam kegiatan politik. Seterusnya ia memberi kesan ke atas pentadbiran dan pengurusan harian rakyat.
Atau apakah pada Umno politik itu memang kotor. Jadi manusia yang berfikiran bersih tidak sesuai menyertainya. Jika begitu memang Umno sentiasa bergelumang di dalam politik kotor, apalagi apabila mereka menghalang unsur agama masuk ke dalam politik.
Ternyata perlaksanaan Islam oleh Umno dengan memperbanyakkan masjid lima bintang dan mengislamkan beberapa institusi hanya menjadi gimik demi melanjutkan kuasa Umno. Dengan mementingkan pandangan umum tetapi tidak meletakkan Islam sebagai dasar negara atau 'way of life' untuk dihayati oleh rakyat, Umno didapati tidak ke mana.
Read More / Baca Lagi >>

Najib Wajib Undur, Beri Peluang Muhyiddin Ketuai PRU 13

Posted: 02 Jan 2013 08:34 PM PST

Oleh Shahbudin Husin
Belum pun sempat Najib menjawab pelbagai persoalan yang dilemparkan kepadanya berhubung urusniaga yang dipaksakan antara LTAT dengan Deepak dan Raja Ropeah serta kaitan dengan isterinya Rosmah Mansor, tiba-tiba sebutir bom lagi digugurkan untuk menggegarkan atmosfera politik negara.

Kali ini merupakan pendedahan oleh Rafizi Ramli melalui sumber yang dipercayai dekat dengan Deepak, tentang bagaimana peniaga karpet itu didakwa telah membayar sebanyak RM13 juta untuk barangan kemas, cincin dan batu permata untuk isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor.

Yang lebih menakjubkan, pendedahan yang turut disertakan dengan bukti invois dan resit bayaran, ialah pembelian semua barang kemas sebanyak RM13 juta itu hanya untuk tempoh 3 bulan sahaja.

Hebat! Malaysia Boleh! dan satu lagi bukti isteri pemimpin kita juga boleh menyamai kehebatan isteri-isteri pemimpin dunia yang pernah menjadi mainan bibir antarabangsa sebelum ini seperti Imelda Marcos, Laila Ben Ali, Suzanne Hosni Mubarak dan seumpamanya.

Meskipun Najib dilihat cuba menyelesaikan kemelut Deepak-Rosmah-Raja Ropeah dengan membawa masuk tabung wang pencen askar iaitu LTAT untuk membeli syarikat Deepak dengan bayaran RM30 juta iaitu jumlah kos yang telah dikeluarkannya sebelum ini, kemarahan Deepak nyata masih membara.
Read More / Baca Lagi >>

Umno sedang terdesak, Najib gelabah

Posted: 02 Jan 2013 08:30 PM PST

Oleh Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan


Musim pecutan akhir menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sudah tiba. Banyak peristiwa politik yang berlaku kebelakangan ini dilihat mencabar parti-parti yang bakal bertanding. Masing-masing parti sudah melakukan 'warming up' sebagai gelagat untuk memecut ke garisan penamat
Setakat ini, gelagatnya memungkin realiti munculnya sistem dua parti di negara ini. Satu pihak adalah penguasa diwakili Barisan Nasional dan satu pihak lagi adalah Pakatan Rakyat selaku pencabar (opposition) yang bersedia menjadi penguasa. Meskipun begitu, sistem dua parti agak terserlah di Semenanjung Malaysia. Sementara di Sabah masih kelihatan kepelbagaian parti berikutan muncul dua parti baru, satunya diketuai Datuk Panglima Lajim Ukin dan satu lagi oleh Datuk Seri Wilfred Bumburing. Dua tokoh ini baru sahaja keluar daripada parrti komponen Barisan Nasional. Bagaimanapun, kedua-dua parrti itu dilihat bakal bersama Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti. Kemungkinan besar lagi, Pakatan Rakyat akan mendapat rakan baru jika parti pimpinan Datuk Yong Teck Lee boleh bersetuju menjadi kuasa pendesak kepada Barisan Nasional demi memastikan pertandingan hanya dua penjuru melawan Barisan Nasional.
Read More / Baca Lagi >>

Patutlah Najib tak berani jawab tuduhan Deepak tu.. tengoklah siapa di belakang Deepak ni...

Posted: 02 Jan 2013 08:28 PM PST

Bermula sejak dari hari Perhimpunan Agung UMNO Baru yang diadakan di PWTC tidak lama dulu dan berterusan hingga ke hari ini, Ahli perniagaan Deepak Jaikishan telah melakukan pendedahan-pendedahan yang melibatkan Rosmah Mansor.

Pendedahan tersebut sememangnya  mencalarkan dan memburukkan lagi imej Rosmah ( kecuali dimata Pencacai UMNO) yang selama ini terkenal dengan sikap borosnya..

Tercalar dan bertambah buruk imej Rosmah Mansor juga menjadikan imej Najib tercalar kerana beliau dikatakan gagal mengawal tindak tanduk isterinya yang kedua itu..

Biarpun pendedahan berterusan selama berminggu-minggu telah dibuat oleh Deepak Jaikishan namun tiada sepatah perkataanpun keluar dari mulut Najib bagi membela isterinya itu sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Puad: Calon PRU13 perlu bersih..!!! UMNO@BN..???

Posted: 02 Jan 2013 08:25 PM PST

SEREMBAN – Calon-calon parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) perlu mempunyai kriteria yang baik bagi mengelak sebarang masalah pada kemudian hari.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, calon-calon yang bertanding mestilah terdiri daripada calon yang berintegriti, bebas rasuah, tidak bankrap dan juga tiada kes jenayah.

Katanya, selain itu, calon juga perlu mempunyai kesihatan baik serta tidak mempunyai masalah mental dan mempunyai rekod psikiatrik.

"Saya setuju dengan semua kriteria tersebut supaya kita tidak membazir masa. Kita tidak mahu apabila menang PRU kelak, rupa-rupanya ada masalah terhadap calon dan perlu melakukan pilihan raya kecil," kata Ahli Parlimen Batu Pahat ini.

"Keadaan ini akan menyusahkan semua pihak apabila wakil rakyat tidak jujur sedangkan seorang wakil rakyat mestilah seorang yang bersih," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Kolej Tunku Kurshiah sempena pembukaan baru sekolah berkenaan di Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, di sini, semalam.

Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, kriteria tersebut perlu dilaksanakan secara menyeluruh malah kepada semua parti termasuk parti pembangkang.

Jadikan rasuah isu penting pada PRU-13 – Kit Siang

Posted: 02 Jan 2013 08:23 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 JAN: Semua 13.1 juta pengundi di negara ini hendaklah menjadikan rasuah satu daripada isu penting pertama kalinya dalam tempoh 53 tahun pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata, semalam beliau mencadang semua rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam pengiraan detik100 Hari ke PRU-13 bermula pada hari pertama tahun baru 2013 kerana peristiwa itu mempunyai kepentingan dan kemungkinan bersejarah.
Sabtu lalu Bernama melaporkan kenyataan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor bahawa semua calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding pada PRU-13 bebas rasuah dan jenayah.
Menurutnya, bakal calon BN bagi semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah melalui proses saringan teliti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon terbabit 'bersih' dan bebas masalah.
"Semua calon BN yang bakal bertanding telah melalui proses saringan yang teliti," katanya.
Selain itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, latar belakang bakal calon BN juga dikaji secara mendalam untuk memastikan mereka adalah pilihan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Bayaran BR1M menjelang PRU, k’jaan mahu rakyat ingat ‘jasa’ BN

Posted: 02 Jan 2013 08:22 PM PST

KUALA LUMPUR 3 Jan: Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2.0 Februari ini supaya rakyat tidak melupakan 'jasa' kerajaan Umno BN menjelang pilihan raya umum (PRU), kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa.
Katanya, ia juga petanda pilihan raya mungkin berlangsung dalam bulan sama.
Tegas beliau, bantuan itu memang tanggungjawab kerajaan yang patut ditunai sejak dahulu.
"Rakyat tidak semudah itu digula-gulakan. Buktinya semakin banyak taktik 'sumbangan' yang Umno berikan, sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat tetap meningkat," katanya ketika dihubungi.
"Mereka sedar BR1M dan bantuan lain hasil tuntutan Pakatan sehingga memaksa kerajaan mengagihkan bantuan tersebut," jelas Fariz.
Beliau mempersoal mengapa pemberian BR1M 2.0 ditangguh sehingga Februari, bukan Januari seperti yang diumum Perdana Menteri dalam pembentangan belanjawan, November lalu.
"Adakah kewangan negara tidak selesa atau ia strategi pilihan raya supaya rakyat tidak lupa 'jasa' Umno?" soalnya.
Read More / Baca Lagi >>

Musa Hassan enggan komen kisah terbaru kes pembunuhan Altantuya

Posted: 02 Jan 2013 08:19 PM PST

KUALA LUMPUR, 3 Jan —Tan Sri Musa Hassan enggan diheret ke dalam kisah terbaru pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 berikutan penerbitan sebuah buku yang mendakwa bekas Ketua Polis Negara (KPN) mempunyai maklumat dalaman berkenaan kes itu.
Bekas KPN juga mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat dengan dengan kes letupan yang dikaitkan dengan beberapa ahli politik dari pemerintah Barsian Nasional (BN) yang timbul semula baru-baru ini menjelang pilihan raya umum ke-13.
"Saya takde apa nak komen," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam sebagai respon mengenai tuduhan beliau tahu mengenai kegiatan-kegiatan yang menyelubungi kematian penterjemah Mongolia yang diupah untuk membantu pembelian dua buah kapal selam Perancis beberapa tahun lalu dimana dua polis komando elit telah disabitkan kesalahan dan menghadapi hukuman mati.
"Saya dah kata banyak kali, Najib tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya. Ini kerja (Abdul) Razak Baginda," katanya merujuk kepada bekas penasihat politik Najib yang mempunyai hubungan dengan Altantuya.
"Saya pernah brief (beri taklimat) Pak Lah bahawa Najib tidak terlibat dalam kes ini," katanya merujuk kepada perdana menteri pada ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Read More / Baca Lagi >>

Siar manifesto: SPR-RTM bincang kali ketiga

Posted: 02 Jan 2013 08:17 PM PST


Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan perbincangan kali ketiga dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi memperincikan kaedah penyiaran manifesto parti-parti politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, penyiaran manifesto membabitkan semua parti, yang julung kali diadakan menerusi radio dan televisyen, akan menjadi catatan sejarah pilihan raya negara ini.

Justeru beliau berkata, SPR akan mengambil langkah seterusnya berbincang dengan RTM tentang kaedah terbaik untuk menguruskan proses penyiaran manifesto tersebut.
"Sebelum ini pun kita sudah bincang tapi ini kali ketiga sebelum keputusan dibuat dan diumumkan kepada media kelak.

Read More / Baca Lagi >>

FMT : Sorotan peristiwa sepanjang 2012

Posted: 02 Jan 2013 08:16 PM PST

Keputusan kes Liwat II, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang paling menjadi tumpuan. 

Bahagian pertama dari tiga siri
PETALING JAYA: Tahun 2012 sudah pun melabuhkan tirai dua hari lepas. Sepanjang tahun 2012, penulis mengalami pelbagai saat pahit dan manis bersama FMT. Adakalanya tugasan mengancam keselamatan.
Sebagai wartawan adakalanya ketika membuat liputan dapat merasai kesusahan rakyat, masalah yang membelenggu kehidupan harian rakyat dan tidak kurang juga adakalanya tulisan penulis dicaci apabila tulisan tersebut berbentuk kritikan kepada sesuatu pihak. Jarang sekali penulis mendapat penghargaan apabila mendedahkan sesuatu atau tulis sesuatu yang positif tentang sebuah parti politik.Watak yang memberi kenyataan atau individu ahli politik yang diceritakan dalam laporan itu yang sering dipuji.
Tidak mengapa kerana sememang-memangnya tugas wartawan melaporkan apa yang diperkatakan  oleh seseorang walaupun kadangkala  melontarkan idea dan pendapat sendiri dalam sesuatu perkara atau isu.
Tetapi anehnya apabila mengkritik seseorang individu yang bertanggungjawab pada rakyat atau individu dari sesebuah parti politik atau organisasi seperti NGO, begitu pantas sekali penulis dikecam dan dicaci dengan tuduhan kononnya telah dibayar dengan jutaan ringgit oleh pihak yang merupakan musuh politik kepada pihak yang dikritik itu.
Bagaimanapun, sangkaan mereka itu tidak bernar. Mereka dalam golongan ini hanya mahu mendengar berita yang baik sahaja tentang parti dan individu yang mereka suka. Hanya mahu ulasan atau analisa yang sependapat dengan mereka sahaja.
Jika ada berita yang mendedahkan kepincangan parti yang mereka sokong atau pendapat yang tidak sehaluan dengan mereka, maka dengan begitu cepat penulis dan FMT dicop sebagai orang tidak baik, tiada kredibiliti dan macam-macam istilah lagi.
Tinggalkan cerita ini, kini 2013 sudah tiba dan sudah pasti lebih banyak perkara dan isu akan berlaku dalam negara.
Read More / Baca Lagi >>

MISSING RM207 BILLION: Group to visit Japan embassy

Posted: 02 Jan 2013 08:13 PM PST

Jejak, the PAS-backed secretariat formed last November to track down next-of-kins of those forced to work in the so-called 'Death Railway' project in the 1940s, has decided to visit the Japanese embassy in Kuala Lumpur tomorrow in a bid to unravel truth over some RM207 billion in unpaid compensation.
MISSING RM207 BILLION: Group to visit Japan embassyJejak chairman Nizar Jamaluddin said the move was being taken after the group failed to get any response from the government since he raised it in the parliament.
The Bukit Gantang member of parliament said members of the secretariat hope to get a clearer picture regarding the amount paid by Japan.
The money, said to have been handed over to the Malaysian government by Tokyo as far back as 2004, was meant to be distributed to some 30,000 Malaysians who had been recruited as forced labourers. The RM207 billion in compensation means each affected family is entitled to receive between RM2.8 and RM3 million.
The 'Death Railway' was an ambitious plan by the Japanese occupying army during the Second World War to link Burma and Thailand with 400-kilometres of railway tracks.

Rosmah's diamond documents came from Deepak, Rafizi dares him to lodge police report

Posted: 02 Jan 2013 08:10 PM PST

PKR strategic director Rafizi Ramli reiterated that the documents - invoices and payment slips - relating to the 19 pieces of jewellery allegedly bought for Prime Minister Najib Razak's wife in connection to a Ministry of Defense land deal that reeked of corruption came from controversial businessman Deepak Jaikishan.
"If the documents are forgeries, then Deepak must straightaway report to the police. But he has a slight problem there because the documents really came from him," Rafizi told a press conference on Thursday.
Rafizi explained that Deepak had approached members of his PKR party with the documents several months ago to highlight the matter for him but "at that point in time, I didn't want to take it on for the fear that the Umno press would spin it that it was all a PKR conspiracy to smear the PM and his wife".
"I must make it clear that PKR is pursuing the matter for public interest. There are very important issues of corruption involves and we don't want the entire matter to be overtaken by arguments over who gave who the documents."
"I think it was very clear from Deepak's outburst yesterday that he had tried to approach PKR leaders but they declined. I was very aprehensive at that time but now it is clear that Deepak acted on his own."
To invite Deepak to discuss further 'details'
Read More / Baca Lagi >>

Akhirnya pihak yang zalim tetap akan tertewas. Itu hukum alam.

Posted: 02 Jan 2013 08:07 PM PST

Semalam saya menulis tentang isu UMNO yang saya katakan tidak mampu bertahan lagi. Kali ini saya suka untuk mengiyakan apa yang ditulis oleh Harakahdaily yang desakan untuk Muhyiddin menyelamatkan UMNO itu sebenarnya wujud lebih-lebih lagi setelah timbul tuduhan Deepak terhadap Najib dan isterinya dalam berbagai-bagai isu. Tidak payah di sebut lagi isu yang dihadapi oleh Najib suami isteri kerana isu itu berkumandang setiap hari dan menjadi bualan ramai di mana-mana kita berjumpa sesiapa.
Tidak kurang ramainya di dalam UMNO yang sudah bertekad untuk mendesak Muhyiddin mengusahakan permintaan supaya Najib mengundurkan diri dan beliau (Muhyiddin) mengambilalih kepimpinan UMNO untuk menyelamatkan parti itu tersungkur bersama Najib. Bagi saya seorang, usaha untuk memberhentikan Najib itu memanglah satu usaha yang sepatutnya telah dilakukan lama dahulu. Tetapi oleh kerana permainan politik yang berkepentingan peribadi itu lebih dari kepentingan parti, kerajaan dan rakyat, usaha itu tidak dapat dilaksanakan.
"Siapa yang hendak memberitahu Najib itu" merupakan persoalan yang telah ditanya oleh ramai pemimpin UMNO dan saya telah mendengarnya semasa saya masih menjadi ahli parti itu. UMNO sedar yang Najib akan membuat UMNO terkubur jika beliau masih mengetuai parti itu. Tetapi adakah betul jika UMNO berharap untuk Muhyiddin mengambil alih kepimpinan?
Read More / Baca Lagi >>

Amanat Hadi : Umno takut kebenaran

Posted: 02 Jan 2013 08:05 PM PST


Dr Abdul Rani Osman
SHAH ALAM - Pas Selangor menyifatkan tindakan kerajaan Umno/Barisan Nasional (BN) tidak membenarkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bersiaran langsung menerusi RTM dan TV3 kerana takut kepada kebenaran.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, siaran langsung sejam itu membolehkan Abdul Hadi beri penjelasan lanjut.

"Kita tidak mahu rakaman, takut dipotong (disunting). Barisan Nasional (BN) kata siaran langsung Abdul Hadi berbahaya dan menteri tidak benar penjelasan dibuat secara langsung.

"Di negara luar, mereka akan tunjuk (siaran) secara langsung, tapi di sini, tidak berani," katanya ketika diminta mengulas pendirian Pas Selangor mengenai isu Amanat Haji Hadi.

Sebelum ini, Abdul Hadi menyatakan kesediaannya menjawab soalan dikemukakan sepanjang sesi penjelasan isu Amanat Haji Hadi.

Read More / Baca Lagi >>

Dr Asri sedia jadi panel forum Amanat Haji Hadi

Posted: 02 Jan 2013 08:04 PM PST


DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
SHAH ALAM – "Saya bersedia untuk menjadi salah seorang panel membincangkan isu berbangkit ini dalam program siaran langsung di televisyen, walaupun tidak bersetuju dengan Amanat Haji Hadi," kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau berkata, selain Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kriteria panelis harus dipilih berdasarkan tiga kategori iaitu, wakil pihak pembangkang, pengkritik (kerajaan atau Barisan Nasional) dan seimbang (golongan akademik).

Menurutnya, kesan dari amanat tersebut telah memberikan impak besar kepada rakyat, tetapi ia dikeluarkan 30 tahun lalu dalam situasi tersendiri.

"Ketika itu, amanat tersebut lebih menjurus kepada keadaan semasa yang membawa maksud jelas mengenai mengkafirkan Umno.

"Tetapi, zaman telah berubah, Pas tidak lagi terikut dengan amanat tersebut malah telah bercampur gaul dengan pelbagai pemikiran matang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

RM900 has less ‘buying power’ than in 1997

Posted: 02 Jan 2013 08:03 PM PST

The new minimum wage policy at RM900 for workers in Peninsular Malaysia and RM800 in Sabah and Sarawak is an insult to the worker.

On Jan 1, 2013, the minimum wage policy came into effect. It's still a contensious issue although the Human Resources Minister says less than 700 employers had requested for deferments.
Truth is the new minimum wage policy at RM900 for workers in Peninsular Malaysia and RM800 for those in Sabah and Sarawak is an insult to the worker.
The Malaysian worker has not recovered since the 1997 Asian financial crisis. Had he recovered, his wages could have grown in terms of ringgit received.
Today if you equate his earnings with its buying power, the Malaysian worker is earning far less than he did pre-1997.
As such, the new minimum wage at RM900 for workers in Peninsular Malaysia and RM800 in Sabah and Sarawak is meaningless.
Take a look at the increases in the prices of houses, rice, petrol, sugar, education, toll and interest rates for loans. See how poor this worker has become.
Thus the RM900 a month is an insult to the worker.
The RM900 proposal was actually mooted by the Malaysian Trade Union Congress (MTUC) prior to 1997. In fact in 1992, MTUC was seeking minimum salary to be fixed at RM1,200 but had indicated it would settle for RM900.
But the government led by Dr Mahathir Mohamad would not have it.
Read More / Baca Lagi >>

WHY ARE YOU SILENT, NAJIB RAZAK: Who in Umno stands to gain from your ouster - Jui Meng

Posted: 02 Jan 2013 08:02 PM PST

A SILENT politician is no politician. Please tell Malaysians what is happening because they have the right to know what's going on in the government.
A string of scandalous exposes rocked Prime Minister Najib Abdul Razak, his wife Rosmah Mansor and the people prior to the Umno annual general assembly in late November.
Former Inspector-General of Police Musa Hassan and Deepak "Carpetman" Jaikishan had been making headlines in the internet and they still continue to do so.
WHY ARE YOU SILENT, NAJIB RAZAK: Who in Umno stands to gain from your ouster - Jui MengMusa focuses his attacks on Najib's cousin, Home Minister Hishammuddin Hussein's alleged interference with police work and administration, and the influence of the underworld.
The integrity and the confidence of the people on the police force have been gravely shaken.
Deepak continues to reveal more and more stories on Rosmah's greed after linking Najib and his wife to the Altantuya Murder and the RM6.7 billion purchase of two second hand French-made Scorpene submarines.
Other key financial scandals shadowing Najib and Rosmah are:
> THE controversial award of the estimated RM23 billion Sungai Buloh-Kajang Mass Rapid Transit (MRT) project;
> THE RM400 million Mindef-LTAT land scam; and
> THE misuse of multi-million ringgits of public funds for personal matters, like tours, daughter's wedding, birthday, etc to name a few.
19 pieces of jewellery
The latest allegation is that Deepak bought Rosmah 19 pieces of jewellery worth US$3.9 million (RM13 million) in three months (details in story reproduced below).
For more than a month, revelations by the Musa-Deepak duo have jolted Malaysians but the government and Najib-Rosmah have sensationally remained unresponsive, behaving as if nothing had happened.
The exposes and allegations are serious but no response or action had been taken by the law enforcers – the police and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
The integrity of the police and MACC has been further eroded by the lack of urgency to act, raising suspicions that the allegations are all true.
Also, not a single senior Umno leader has come out to support their president against the damning revelations by the duo.
What is happening in Umno? Who is running the party? Who is really in charge of the country?
What's Amanah? Umno leaders are suspiciously silent on this organisation and also to Ku Li's criticisms of Umno on the Kelantan oil royalty. Why?
Read More / Baca Lagi >>

Dasar urustadbir mahu kayakan kroni punca Syabas gagal bekal air

Posted: 02 Jan 2013 07:35 PM PST

Kerajaan Negeri memandang serius isu kekurangan air di beberapa kawasan di Wilayah Persekutuan termasuk di Bandar Tun Razak sejak dua hari lalu.
Ini membuktikan bahawa Syabas memang tidak mampu untuk menguruskan pembekalan air kepada seluruh negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Ini juga akibat projek penswastaan industri air yang tidak dilakukan secara berhemah oleh kerajaan BN Selangor. Konsesi air bukan diberikan kepada syarikat yang mampu dari segi pengalaman mengurus dan kemampuan kewangan tetapi atas dasar mahu mengkayakan kroni.
Rakyat yang akhirnya menanggung beban, beban membayar harga yang tinggi dan risiko catuan air yang tidak menentu.
Ini menguatkan azam kerajaan negeri untuk terus mendesak Kerajaan Persekutuan melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 atau WSIA. Setakat ini Kerajaan Persekutuan sengaja melambat-lambatkan proses penstrukturan semula industri air yang dicadangkan Kerajaan Negeri.
Mengenai gangguan bekalan air yang dijangka berlarutan dan akan menjejaskan lebih 100,000 akaun pengguna, Kerajaan Negeri telah menyediakan pelan bantuan dengan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor bersiap sedia dengan lori-lori tangki air.
Read More / Baca Lagi >>

Krisis air makin meruncing..!!!

Posted: 02 Jan 2013 07:34 PM PST

Krisis air makin meruncing
Penduduk terdiri warga emas terpaksa mengangkut air di Flat Seri Melaka, semalam.
Krisis air makin meruncing
Ruslan (kanan) ketika berbincang dengan penduduk Flat Seri Melaka berhubung masalah yang dihadapi, semalam.
Krisis air makin meruncing
MD KHADZARI
KUALA LUMPUR - Dianggarkan hampir 100,000 penduduk Kuala Lumpur, Gombak dan Ampang telah berhadapan dengan krisis air sejak  lima hari lalu.

Malah keadaan bertambah meruncing apabila Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mengesahkan bekalan air akan pulih dalam tempoh seminggu.

Siti Normah Musa, 71, berkata, kejadian ini adalah kali kedua pernah menimpa penduduk Flat Seri Melaka, Cheras.

Menurutnya, kali terakhir ketiadaan bekalan air adalah pada 1997.

"Walaupun pihak Syabas membekalkan air, tetapi kebanyakan penduduk sudah berusia dan tidak ada upaya untuk mengangkut air.

"Masalah ketiadaan air ini turut menambahkan kerunsingan penduduk apabila sesi persekolahan sudah bermula hari ini (semalam)," katanya.

Md Khadzari Md Daie, 66, berkata, kebanyakkan penduduk di sini terdiri daripada golongan warga emas dan ada dalam kalangan mereka adalah orang kurang upaya (OKU).

"Bayangkanlah dengan usia sebegini, mereka terpaksa naik dan turun tangga untuk mengangkut air.

"Sekurang-kurangnya enam kali penduduk terpaksa mengambil air bagi keperluan seharian," katanya.

Gangguan berterusan
Read More / Baca Lagi >>