Pakatan Rakyat

Dicatat oleh Unknown | | Posted On Sabtu, 10 November 2012 at 9:32 PTG

sumber :-

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 10 Nov 2012 03:38 PM PST

Biaqpila


Talian hayat terakhir buat DS Najib

Posted: 10 Nov 2012 12:00 AM PST


"Kita dapat baca di media-media beberapa akhir ini, DS Najib mula mengorak langkah menjadi muslim sejati dan baik. Ini adalah kerana beliau mula nampak bahawa peluang beliau untuk menang juga amat bergantung pada undi Melayu Muslim.

Walaupun masih banyak Melayu (bukan Muslim sejati) di 1Malaysia ini, tetapi diakhir-akhir ini, isu Melayu dan Islam nampaknya amat penting untuk mendapat undi Melayu.

Walaupun sebahagian pengundi adalah Melayu (bukan Muslim sejati), tetapi apabila sensitiviti agama dimainkan, ianya memberi kesan yang amat kepada 'rating' beliau. Kerana bagi Melayu kebanyakkan, Islam dan Melayu itu 'peha kiri dan peha kanan'. Kalau mana-mana satu dicubit, pasti terasa sakitnya.

Diakhir-akhir ini, UMNO dan BN suka mainkan isu agama islma dan melayu untuk meraih simpati. Dengan kaum Cina beliau kempen 'anti hudu PAS', dengan kaum Melayu beliau ketengahkan betapa pentingnya UMNO untuk Islam.

Kita lihat DS Najib mulai menjadi 'alim'. Mulai ke masjid-masjid atau ke surau-surau untuk bersama mengerjakan sholat jemaah (walaupun secara publisiti), mula mempertahankan kepentingan 'akidah Islam'. Mula mempertahankan kepentingan sekolah-sekolah pondok'.

Dan jangan terkejut, sekiranya beliau terpaksa menggunakan talian hayat terakhir beliau melalui anak dan isteri beliau. Beliau tahu, ramai dalam UMNO sukakan beliau, cuma mereka tak sukakan Rosmah. Maka talian hayat terakhir beliau mungkin Rosmah akan mula memakai HIJAB dan beliau mengumumkan untuk menghantar anak lelaki kesayangan beliau yang begitu popular itu ke sekolah Pondok (yang beliau akan bina dan rasmikan) bagi mempelajari Islam.

Saya yakin, sekiranya beliau lakukan tersebut. "Rating" beliau akan meningkat mencanak-canak dan akan merungsingkan TPM kita pula.

Kita tunggu dan lihat. Wallah hualam.

"Berikanlah hidayah Mu ke atas pemimpin-pemimpin kami, dan kami".


TRANUNGKITE



GUA MATI2 INGAT NAJIB NAK JADI IMAM BEB...

Posted: 09 Nov 2012 08:57 PM PST



Kelihatan dalam gambar di atas ialah Penyelaras BN Parlimen Ampang yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo (kiri), memasangkan kain rentang sempena Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Warga Pondok dan Pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok 1Malaysia pada 6 November lalu.

Majlis akan diadakan pada 8 November ini bertempat di Masjid Taman Bukit Indah, Ampang.

Ada pihak yang mendakwa program ini adalah idea Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim yang dikhabarkan akan bertanding di parlimen Ampang pada pilihanraya Umum ke 13 ini.

Penyandang bagi Kerusi Parlimen ini sekarang ialah, Ketua Wanita KEADILAN, YB Zuraidah Kamaruddin.




Perlu kita akui ini adalah satu program yang bagus dan baik, sewajarnya ianya lebih kerap dilakukan oleh Najib selaku seorang pemimpin sebuah negara Islam.

Cuma ramai yang tertanya-tanya adakah Najib akan menjadi Imam dalam Program yang dimaksudkan diatas?

Adakah Najib juga punya kebolehan untuk menjadi Imam sebagaimana Timbalannya Muhyiddin Yassain lakukan seperti di bawah ini..



Setelah majlis berlalu.. persoalan ramai itu terjawab akhirnya.. korang tengoklah gambar kat bawah ni.. dia jadi Imam atau apa..





Kalau setakat nak jadi makmum.. tak payah canang seluruh Ampang la Najib...

ASD

ALHUSSEYN

Posted: 10 Nov 2012 03:16 PM PST

ALHUSSEYN


Gandingan mantap Geng Perpaduang buat agenda

Posted: 10 Nov 2012 08:00 AM PST


Norman Toha (baju batik), bekas setiausaha perhubungan PAS Selangor, yang lebih berperanan sebagai penganjur dan penyelaras setiap ceramah Hasan Ali (baju puteh), berkata : 

Sebanyak 70 peratus rakyat Selangor bersetuju supaya Umno dan PAS bergabung bagi tujuan mempertahankan agama Islam dan kepentingan Melayu.

 Dia berkata demikian selepas mengadakan wacana 'Mengembalikan PAS ke Landasan Asal' di Hotel Vistana di sini.  Laporan itu antara lain menyebut : 


Wacana tersebut menurut Norman dianjurkan atas inisiatif individu ahli PAS yang mahu suara rungutan mereka diberikan perhatian.

Katanya, peserta wacana itu terdiri daripada pemimpin dan penyokong akar umbi yang mahu memberikan pandangan serta luahan tentang kecelaruan hala tuju parti yang semakin tersasar daripada perjuangan asal.


Walau bagaimana pun, laporan tersebut tidak pula mendedahkan siapa sebenarnya individu ahli PAS ataupun pemimpin dan penyokong akar umbi yang di maksudkan itu dan ini menyebabkan orang berteka teki mengenainya.

 Wacana tersebut dilaporkan menghasilkan 11 resolusi yang mengandungi desakan supaya parti dan pemimpin PAS kembali kepada landasan Islam yang sebenar. Ha! ha! ha! Bila pula Ibrahim Ali dan Zul Kulum nak buat macam nih?

Rupanya , depa ni masih ada secebis kasih terhadap PAS , mangkok hayun betul diaorang nih! Bahasa pasarnya ialah : Gila Talak!

Setelah menyusuri 11 resolusi tersebut, sahih ! memang itulah agenda Geng Perpaduang!

Ramai yang percaya bahawa Hasan Ali adalah manusia yg paling kuat berjuang dalam PAS utk kerajaan perpaduang. Hasan Ali, dalam sidang akhbar di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail,Kuala Lumpur setelah dipecat daripada PAS pernah berkata: 

"
Saya juga mendapati hala tuju dan dasar perjuangan parti terkeluar daripada landasan asal, Negara Islam, hukum Hudud, kepimpinan ulama dan akhlak Islam tidak lagi jadi amalan dalam urusan harian parti," katanya.

Menurut beliau, walaupun tidak bersama parti, beliau akan menyokong kepimpinan ulama dan Pemuda PAS yang dilihat masih kubur corak kepimpinan asal parti. "(Elok saya dipecat) Kalau saya dalam parti, mulut, tangan dan kaki diikat. Saya harap ulama dan Pemuda PAS dapat bersama-sama saya teruskan perjuangan Islam dan menyisihkan golongan parasit ini," ujarnya di sini


Apa yang pernah diluahkan oleh Hasan Ali dulu itu tidak ada bezanya dengan 11 resolusi yg dihasilkan oleh Norman Toha itu. Saling tak tumpah! Apakah sebenarnya ini permainan Hasan Ali ? Tidak mustahil ...

Transkrip Sesi Soal Jawab Nurul Izzah

Posted: 10 Nov 2012 01:00 AM PST


Macam-macam diperkatakan oleh puak-puak Umno mengenai kenyataan Nurul Izzah sewaktu menjawab pertanyaan daripada seorang peserta di forum "Negara Islam: Versi Mana? Tanggung Jawab Siapa?"

Lihatlah tajuk berita di akhbar Utusan Meloya....semua kisah Nurul Izzah!

Namun tidak ada dari juak-juak tersebut menyiarkan transkrip yang diperkatakan itu. Mereka hanya mengulas apa yang dilaporkan oleh Utusan Meloya dan Berita Harian dan terus memutarbelitkan kenyataan Nurul yang sebenarnya

Sampai Sultan Selangor pun turut amat terkezuut! Nurul tak kisah nasihat Bakaq Penarik Beca - Kut-kut Kavita boleh tolong, manalah tau,  kata Bakaq. Tapi Nurul lebih suka pi jumpa loyar untuk saman puak-puak tu semua.


Nurul Izzah telah mengemukakan kepada JAIS laporan Utusan Malaysia, satu salinan CD audio dan transkrip kenyataan beliau di forum tersebut kepada JAIS sebagai bukti. Sama-samalah kita tunggu apa kata JAIS nanti….


TRANSCRIPT 

Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks."  
  
Answer: When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays".It has to apply equally. [clap] That is the basis.  

 In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be. So I'm tied, of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society will not deter you. Thank you. 

TERJEMAHAN DARI BAHASA INGGERIS 

Soalan: "Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali? Terima kasih." 

Jawapan: Bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu".  Ia mesti diaplikasi secara saksama. [tepuk] Inilah asas. 

 Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk Melayu. Inilah apa yang sepatutnya. Saya berpegang, semestinya, kepada pendapat sedia ada, tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang dimahukan, semestinya, adalah kualiti.Anda begitu yakin dengan pegangan agama anda hinggakan saya sendiri, yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan nyanyian biarawati dan persatuan Katolik yang aktif tidak akan menjejaskan anda. Terima kasih.






Kantoi - Bukan Utusan Meloya kalau bukan menipu

Posted: 09 Nov 2012 07:12 PM PST


Hari ini Utusan Meloya dengan tajuk provokasi : Melayu Pulau Pinang semakin dizalimi - cuba buat putar belit mengenai perobohan sebuah rumah kononnya di punyai oleh seorang warga emas yang tinggal bersama dengan anaknya yang OKU (Orang Kuat Umno?) tanpa sebarang notis. Laporannya di sini
 
Puak-puak Umno dan Barisan Nasional Penang memang dah lama cuba memburuk-burukan dan menggambarkan pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng serta DAP anti Melayu hatta cuba digambarkan mengusir Melayu daripada negeri berkenaan.

Wanita warga emas itu (gambar sebelah) bukanlah pemilik sebenar bangunan tersebut.

Pemiliknya, adalah En.Md.Noor bin Tahir. Beliau telah mengaku salah dan telah dikenakan denda oleh mahkamah sebanyak RM2,000/= atas kesalahan  dibawah Seksyen 70 AJPB dan pada 21/7/2008 bila kes tersebut di bawa ke mahkamah.

Dakwaan Utusan Meloya kononnya tindakan dilakukan tanpa sebarang notis adalah pembohongan yang disengajakan dan sangat menjijikan.Bukan Utusan Meloya kalau tak menipu!

Tuan punya premis pun sudah akui kesalahannya dan telah didenda oleh mahkamah.

Namun dia terus engkar dengan arahan merobohkan bangunan tambahan yang dilakukan tanpa sebarang pelan dan kelulusan dari MPPP dan juga bangunan tiada anjakan 2 meter dari sempadan lot sisi.

Menurut sumber, pihak Majlis telah beberapa kali menangguhkan langkah penguatkuasaan ke atas rumah berkenaan, termasuk selepas diminta secara rasmi oleh Koid Teng Guan, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi Kawasan Sungai Pinang.

Pada 8 Nov. 2012, Jam 10.00 pagi , Petugas-petugas pihak penguatkuasa telah tiba di tapak dan memaklumkan penghuni rumah seorang perempuan warga emas dan anak perempuan beliau akan tujuan operasi dan menerangkan kepada beliau secara baik akan perlanggaran undang-undang yang telah dibuat oleh pemilik rumah.


Perobohan dilaksanakan ke atas pindaan tambahan di premis terbabit (lihat gambar atas) – bukan keseluruhan premis tersebut sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Meloya.Lagi-lagi menipu kerja puak-puak nih!

Namun pada jam 11.30 pagi operasi tersebut terpaksa dihentikan kerana berlaku kekecohan dan kegawatan di tapak bilamana 10 samseng Melayu tiba dan membuat kecoh di situ.

Siapakah samseng Melayu itu? Siapa lagi kalau bukan puak-puak dari Umno! Dengan bantuan dari pihak Polis yang ada, kekecohan dapat dileraikan dan keadaan adalah terkawal. Sila baca kronologi kes ini di sini

Nurul Izzah sudah tidak terkata lagi...

Posted: 09 Nov 2012 04:54 PM PST


Utusan Meloya begitu sedih dan hampa bila Nurul Izzah tidak layan akhbar putar alam tersebut.

Akhbar Meloya itu cuba menggambarkan seolah-olah Nurul Izzah sudah tidak mampu berkata apa-apa lagi ...Meloya betul baca putar alam akhbar nih!

Akhbar itu kata, Nurul Izzah dilihat cuba mengelak daripada menyatakan pendirian berhubung kenyataannya mengenai kebebasan beragama ….bacalah sendiri di sini  

Wartawan akhbar itu telah bertemu Nurul dan peguamnya di bangunan JAIS, Shah Alam. 

Mustahil sekali kalau wartawan akhbar itu tidak tahu tujuan Nurul kesitu. Kalau Nurul tak bagi tahu pun, pemberita tersebut boleh mendapatkan maklumat dari JAIS mengenai tujuan kehadiran Nurul ke situ. Betul tak? 

Nurul membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Utusan Meloya, mendakwa akhbar telah memutarbelit kenyataannya dalam satu forum mengenai Islam. 

Nurul telah mengemukakan kepada JAIS laporan Utusan Malaysia, satu salinan CD audio dan transkrip kenyataan beliau di forum tersebut kepada JAIS sebagai bukti di sini 

Itulah sebabnya, Utusan Meloya tidak melaporkan mengenai tujuan Nurul kesitu , sebaliknya memberikan laporan seolah-olah Nurul sudah bungkam dan sudah tidak mampu mempertahankan kebenaran yang ada di pihak dirinya. Aku suka kalau semua pemimpin Pakatan Rakyat buat macam itu. 

Buat apa nak gatai mulut pi layan akhbar yang telah terbukti sering kali memutar belit kenyataan yang diberi. 

Syabas kepada Nurul Izzah, walau pun dia tak layan, wajahnya yang ayu itu tetap menghiasi muka depan akhbar tersebut … orang akan beli juga sebab ada gambar dia… 

Akhbar itu untung dengan ini pula dia akan terpaksa menanggung kerugian yang tinggi kerana terpaksa bayar kepada Nurul yang telah menyaman akhbar tersebut. 

Ha! ha! benci kat Utusan Meloya ni…tapi kalau ada untung tak apalah…Ha! Ha! Ha!

Kerabu Bersuara ®

Posted: 10 Nov 2012 03:08 PM PST

Kerabu Bersuara ®


Dasar Yang Celaru. Golongan Guru Akan Tolak Umno BN!

Posted: 10 Nov 2012 05:46 AM PST


Puad: Dasar pertukaran guru akan disemak, pastikan lebih jelas

SUNGAI PETANI - Dasar pertukaran guru akan disemak semula bagi memastikan prosedurnya dapat difahami dengan lebih jelas oleh pihak berkenaan.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata sesetengah guru tidak memahami prosedur yang telah ditetapkan, sebelum membuat permohonan pertukaran tempat mengajar.

"Mengenai masalah pertukaran ini, kita faham isu ini dan amat bersimpati sebab ketika mula bertugas, tiada masalah tapi ia timbul selepas guru berkahwin dan mempunyai anak.

"Masalah ini lebih kepada soal opsyen, contohnya kalau guru Bahasa Melayu keluar dan tiada ganti, akan timbul masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Merbok dekat sini hari ini.

Beliau berkata semakan yang menyeluruh akan dilakukan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian termasuk mengambil kira polisi sedia ada dan melakukan kemas kini data guru-guru.

Mohd Puad berkata permohonan untuk pertukaran tempat mengajar dibuka dua kali setahun iaitu pada Jun serta Disember dan kelulusan diberi berdasarkan beberapa faktor kritikal antaranya ancaman keselamatan atau guru terbabit menghidap sesuatu penyakit.

"Pertukaran dibenarkan pada bulan Jun kerana pada waktu itu belum ada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (atau peperiksaan besar yang lain)," katanya.

Beliau berkata bagi Disember tahun ini, pihaknya menerima 12,884 permohonan pertukaran membabitkan guru sekolah rendah dan 9,788 bagi sekolah menengah, namun hanya 1,922 (sekolah rendah) dan 1,319 (sekolah menengah) diluluskan.

Katanya antara subjek yang sukar mendapat pengganti jika seseorang guru bertukar ialah Pengajian Islam, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Kemahiran Hidup.

Dalam perkembangan lain Mohd Puad mencabar pakatan pembangkang mengemukakan rangka tindakan atau perancangan strategik pendidikan yang mahu mereka laksanakan jika memerintah negara ini.

"Kalau setakat janji nak bagi RM500 kepada guru, itu bukan dasar, hanya gimik politik sahaja. Perdana Menteri beri bonus kepada semua kakitangan awam termasuk guru sebanyak sebulan setengah gaji dan jumlah itu lebih RM500 yang dijanjikan oleh pembangkang," katanya.- Bernama

Muslimeen United

Posted: 10 Nov 2012 02:41 PM PST

Muslimeen United


Temui tentera yang hilang: Anggota Unit Amal jadi wira

Posted: 10 Nov 2012 02:41 PM PST


KUALA KANGSAR: Dua anggota Unit Amal menjadi wira apabila berjaya menemui mayat anggota tentera berpangkat koperal yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan di Redang Panjang, Kubu Gajah, 7 November lalu.

(2 anggota Unit Amal diraikan dan dinobatkan sebagai wira apabila berjaya dalam kerja mencari anggota tentera yang hilang)

Mayat Supain Gane, 37, yang hilang ketika menjalani latihan penerjunan bebas Ex Tiger Warrior siri pertama dikawasan itu.

Abdul Rahim Syukor, 61, bersama Mohd Adib, 21,ditugaskan oleh Unit Amal Perak untuk membantu operasi mencari mayat anggota tentera tersebut yang dilaporkan hilang beberapa hari.

Abdul Rahim berkata, beliau bersama seorang lagi anggota Unit Amal itu melapor diri di Bilik Gerakan Bomba di Ladang Holiwood.

Menurutnya, di peringkat awal, mereka tidak dibenarkan menyertai bersama 117 anggota penyelamat yang lain atas alasan keselamatan.

Namun, mereka berdua tekad untuk turun membantu mencari anggota tentera yang hilang tersebut.

"Lebih kurang 10 minit sahaja kami mencari, kami telah menjumpai mayat tersebut di sebuah paya dalam kebun getah.

"Kami jumpa dalam keadaan yang sangat singkat sedangkan 177 anggota penyelamat yang lain sudah mencari sejak beberapa hari lalu," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas diraikan dalam satu majlis ceramah di Kuala Kangsar semalam.

Kata Abdul Rahim, operasi mencari dan menyelamat terdiri daripada Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Unit Amal yang menghantar hanya dua orang petugas.

Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss memberikan sagu hati meraikan kejayaan Unit Amal walaupun di dalam akhbar arus perdana tidak langsung menyebut bahawa anggota Unit Amal yang menjumpai mayat tersebut.

Raja Ahmad berkata, beliau bangga dengan kejayaan ini dan seharusnya mereka diktiraf oleh semua pihak.

"Walaupun tidak memberi sebarang elaun mahupun gaji, namun mereka istiqamah membuat kerja-kerja kebajikan," jelas beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak. -Hrkh

Posted: 10 Nov 2012 08:11 AM PST

HARAP MAAF ! PENGUNJUNG YANG DIHORMATI, BLOG INI SEDANG DIBAIK PULIH . SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI . TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH :)

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 10 Nov 2012 02:10 PM PST

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


UMNO - MAHA MAU PERGI HA HA HA HA 2 ( akhir )

Posted: 09 Nov 2012 08:00 PM PST

PENYAPU SIAL

Posted: 10 Nov 2012 02:00 PM PST

PENYAPU SIAL


konspirasi jijik jilat punggung UMNO dan sultan Johor...Bukit Aman di gesa tubuh jawatankuasa siasat polis salah guna kuasa...!!!

Posted: 09 Nov 2012 05:06 PM PST

Ahmad Abdul Jalil bersama laporan polis yang dibuat kelmarin bersama peguamnya Fadiah Nadwa Fikri

Juruukur bahan yang didakwa menghina Sultan Johor di laman Facebook hari ini membuat laporan polis menggesa satu siasatan dijalankan terhadap pihak polis yang bertanggungjawab dalam siasatan terhadapnya kerana dakwanya telah menyalahgunakan kuasa mereka.

Ahmad Abdul Jalil, 27 yang ditemani keluarganya, beserta peguam hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada jam 3.30 petang hari ini turut meminta Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi tujuan tersebut dan juga demi keselematan dirinya dan keluarga.

“Ahmad menuntut pihak polis menyiasat anggota mereka yang terlibat dalam kes ini telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila menggeledah rumah keluarganya tanpa waran serta tidak memberikan hak kepadanya untuk berjumpa peguam dan keluarga.

“Kami (juga) meminta Bukit Aman untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi memastikan keselamatan Ahmad dan keluarganya terjamin,” kata peguam yang mewakili Ahmad, Fadiah Nadwa Fikri.

Sementara itu, Ahmad ketika sidang media selepas laporan polis itu dibuat berkata, dirinya mengalami tekanan emosi akibat tindakan pihak polis semasa sesi soal siasat, di samping tidak memberi kebenaran kepadanya untuk bertemu keluarga dan peguamnya.

“Saya tiada niat untuk tarik perhatian umum ... (tetapi) ketika ditahan, saya tidak diberikan hak untuk jumpa peguam dan keluarga.

“Tuduhan mereka juga tidak berasas ... bukan saya yang lakukan perkara itu (hina Sultan Johor) ... saya bukan penjenayah,” kata Ahmad kepada pemberita.

Beliau juga meminta pihak polis diberikan kebebasan untuk menyiasat kes ini dan mengambil berat terhadap keselamatan dirinya.

“Bukit Aman perlu siasat dan ambil berat kes ini ... dan perlu diberikan kebebasan untuk menyiasat kes ini,” katanya lagi.

Ahmad semalam telah didakwa di Mahkamah Johor Baru atas dua pertuduhan, masing-masing di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di atas dakwaan menghina Sultan Johor di laman Facebook.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah, dan telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Sebutan bagi kes ini akan didengar pada 28 November 2012 di Mahkamah Sesyen Jenayah 2 Johor Bahru.

Beliau sebelum ini telah ditahan di pejabatnya di Cheras, sebelum di bawa ke Johor oleh pihak polis.

UMNO dan MCA yang kuat menentang Islam tapi ustazah pelacur dan menteri agama perembat duit zakat bagi fatwa yang bercelaru

Posted: 09 Nov 2012 03:31 PM PST

seorang ustazah palsu yang sanggup mempersendakan agama Islam demi kepentingan politik kufur yang diterajui parti "Belaian Neraka"

Istilah ‘kafir harbi’ boleh terpakai jika DAP berterusan menentang Islam secara terbuka, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Parlimen hari ini.

“Sekiranya bukan Muslim menentang kepada Islam, mengeluarkan kenyataan seperti melabel bahawa syariah Islam itu ekstremisme, dengan terang menyebut tidak mahu Islam, tidak kiralah nak langkah mayat atau tidak, atau merasakan mempertahankan maruah Islam itu sebagai sesuatu yang membazir tenaga dan masa, maka jelas bahawa ia adalah menentang kepada Islam.”

Mashitah menjawab soalan ahli Parlimen PKR-Tanah Merah Amran Abdul Ghani yang ingin tahu sama ada DAP sememangnya dianggap sebagai ‘kafir harbi’.

Amran merujuk kenyataan pengasas Sekolah Agama Pondok Geting, Tumpat di Kelantan, Abdullah Sa’amah yang mengatakan adalah haram menyokong DAP kerana parti itu menolak Islam.

Mashitah bagaimanapun berkata dalam konteks Malaysia, istilah tersebut tidak membenarkan umat Islam berperang secara fizikal.

“Ia bukan satu istilah yang membolehkan sebarang hukuman bunuh diambil tetapi sebagai satu kajian sikap sama ada kita (Muslim) masih boleh terus berkawan dengan dia ataupun tidak…itu sahaja.

“Jadi tidak timbul soalan tuduhan yang boleh membawa kepada satu hukuman atau sebagainya,” katanya lagi.

Sebaliknya, beliau menegaskan mana-mana pihak yang menuduh seseorang sebagai ‘kafir harbi’ atau ‘kafir zimmi’ boleh didakwa di Mahkamah Sivil di bawah Peruntukan 298(A) Kanun Keseksaan kerana cuba menimbulkan rasa tidak senang hati yang boleh menjurus kepada perpecahan dan memudaratkan keharmonian negara.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih lima tahun,” katanya.

Jamil: Tiada fatwa kafir harbi atau zimmi

KUALA LUMPUR - Sehingga hari ini tidak ada fatwa atau pandangan hukum berkaitan kedudukan orang bukan Islam di Malaysia sebagai kafir harbi atau kafir zimmi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebarang fatwa dan pandangan hukum hanya boleh dikeluarkan oleh badan berautoriti iaitu Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri atau Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

"Oleh itu sebarang pendapat atau pandangan hukum oleh mana-mana individu atau institusi selain dua entititi tersebut tidak boeh dianggap sebagai fatwa, sebaliknya sekadar pandangan hukum bersifat peribadi," katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi meminta menteri menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana pihak terutamanya media yang telah menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai kafir harbi.

Presiden Pas itu juga berpendapat hukuman seumpama itu boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia.

Menurut Jamil Khir, kerajaan sentiasa memantau dan mengambil berat terhadap isu-isu agama yang berbangkit di kalangan masyarakat.

"Walaupun kerajaan meyakini akan prinsip kebebasan bersuara dan memberi pandangan, namun perkara-perkara berkait dengan isu-isu agama merupakan isu sensitif bagi umat Islam.

"Tidak wajar bagi seseorang menggunakan kebebasan bersuara sebagai alasan untuk mengeluarkan pandangan yang boleh mengelirukan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini," katanya. -SH

 

penyapu sial

tiada beza antara UMNO dan MCA....dua dua tolak islam....dua dua kafir harbi....kah kah kah...!!!

keliru dan celarunya menteri-menteri agama dalam UMNO. Yang seorang kekal menduuh DAP kafir harbi jika tolak Islam sementara yang seorang lagi kata tiada fatwa kafir harbi atau kafir dzimmi.

Bagaimana pula MCA? Takkah kafir harbi apabila mereka menentang hudud dan menghina negara Islam?...Inilah akibat  nak peralatkan agama demi kepentingan politik sempit UMNO..

UMNO sendiri tolak  islam tapi tuduh orang lain yang  yg berlebih lebihan  menolak islam...MCA parti seks  mereka lansung tak ada konek nak sebut...

inilah akibat nya bila UMNO memppunyai  ustazah dan ulamak pelacur....menteri agama pulak perembat duit zakat umat islam...benda haram dah sebati dengan jiwa....semua yang di kata cenderung ikut nafsu sendiri

Lagi satu kalau  DAP itu kafir harbi, bagaimana pulak dengan status seperti Che Det dan sahabat-sahabatnya yang menolak perlaksanaan HUDUD, termasuk PM kita? Adakah depa ini juga jatuh "Kafir Harbi"?
Renung-renunglah sahabatku. Jangan cuba mengaibkan DAP sedangkan dalam puak kita pun yang sudah "kafir" kan.

Teknik Haramjadah 1 Malaysia....Jalanraya di Malaysia "LUBUK DUIT" Kontraktor Kroni.

Posted: 09 Nov 2012 03:01 PM PST

Pasanglah AES setiap 1 km pun dekat seluruh jalanraya di Malaysia bagi gua tetap x kan dapat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya di Malaysia...

X payah buat kajian sampai habis bajet puluhan ribu, ratus ribu atau juta2... Start kereta atau motor, keluar ke jalanraya paling dekat dengan rumah korang.

Perkara pertama sekali yang biasa kita jumpa ialah bahu jalan yang macam haram, dah la jalan sempit, bahu jalan asyik rosak, tengah2 jalan tiba2 ada lubang. Kalau bawak motor sentiasa nak kena elak lubang. Salah elak, kena sondol dekat kenderaan dari belakang atau depan.

Paling nyata kerja2 gali lubang tutup lubang x pernah selesai di mana2 jalanraya di seluruh negara. hari ni tar baru, minggu depan start gali lubang, lepas tu tutup, minggu depan berlubang balik.
Kerja paling bangang di Malaysia, seluruh jalanraya di Malaysia dah lama secara tradisi jadi lubuk Kontraktor Kroni cari makan. Dari zaman Tok Nenek kita sampai zaman kita sekarang.

Pimpinan KERAjaan Federal pulak jenis x de akal... Sampai bila2 pun masalah kemalangan jalanraya x kan selesai selagi jalanraya di Malaysia jadi LUBUK DUIT Kontraktor Kroni di Malaysia.

Gali Lubang Tutut Lubang perkara biasa dimana2 jalanraya di Malaysia... Ada sape2 nak nafi..?

 

 

Topeng Perak Unmasked

teknik jana pendapatan haram dengan memerah keringat rakyat...moto sebenar rakyat di dahulukan....!!!

Posted: 09 Nov 2012 02:57 PM PST

AES sudah mengeluarkan belanja yang cukup besar, ditentang rakyat terbanyak dengan menyifatkan syarikat  kroni UMNO-MCA yang diberikan projek ini, bakal mengaut keuntungan besar hasil saman.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih mengadakan sekatan jalan raya, masih membuat pemantauan dan menahan kenderaan yang dilihat melakukan kesalahan.

Dalam masa yang sama, AES terus dipasang dan merakamkan pelbagai kesalahan yang dilakukan pemadu – selepas setiap pemandu yang membeli kenderaan terpaksa membayar faedah bank, insuran kenderan dan insuran nyawa, cukai jalan, parkir dan kerosakan.

Setiap kenderaan yang berada di atas jalan raya tertakluk kepada saman polis dan JPJ. Mungkin juga dengan PBT sekali. Kenapa begitu seksa untuk berkenderaan di Malaysia? Apa yang menjadikan Malaysia begitu "keras" menjalankan penguatkuasaan?

Apa yang boleh diperkatakan dalam isu ini, kementerian-kementerian di Malaysia banyak kali melakukan sesuatu perubahan atau pembaharuan, secara ad-hoc dan tidak dikaji secara mendalam, walaupun AES dikatakan sudah dikaji sejak 10 tahun lalu.

Sama seperti apa yang berlaku di Kementerian Pengangkutan ini, apakah rakyat masih ingat, ada arahan supaya semua kenderaan berat lori dan bas, diletakkan lampu kuning yang akan menyala apabila had laju melebihi daripada yang ditetapkan.

Ke mana perginya arahan tersebut kini? Berapa banyak kenderaan dan tuan punya kenderaan menghabiskan wang mereka untuk memasang lampu kuning di atas kenderaan berat tersebut?

Begitu juga dengan Kementerian Kewangan. Suatu ketika dahulu, note RM5 adalah note polimer. Selepas tujuh tahun penggunaannya, dengan seorang pegawai kanan Bank Negara dan seorang pengarah syarikat mencetak wang dihadapkan ke mahkamah, kini note RM1 pula diterbitkan note polimer.

Persoalannya, mengapa note RM100, RM50, RM20 tidak dicetak note polimer? Apa tujuan wang kertas ini ditukarkan kepada polimer sebenarnya?

Tentulah untuk menjadikan note itu lebih berkualiti, tahan lama dan tidak boleh dipalsukan.

Malangnya, di Malaysia, matawang yang sering dipalsukan ialah note RM50 dan RM100, tetapi mata wang ini tidak dicetak note polimer, tetapi matawang yang tidak dipalsukan pula dipolimerkan. Kenapa jadi begini?

Kementerian Pelajaran juga adalah kementerian yang pernah menghabiskan banyak wang kerana dasar ad-hoc. Contoh paling ketara, isu PPSMI dahulu. Berapa banyak komputer dibekalkan, terpaksa mencetak buku teks berlainan dan guru-guru dihantar kursus – tetapi akhirnya, ia dibatalkan.

Ramai yang kagum dengan ketegasan empat buah negeri di bawah Pakatan Rakyat, Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang mahu menangguhkan dahulu penguatkuasaan AES ini.

Apakah ada negeri-negeri di bawah BN berani mencontohi keberanian negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat supaya menangguh dahulu penguatkuasaan penggunaan kamera ini?

Jika rakyat tidak bersatu dalam menentang langkah Kementerian Pengangkutan ini, nescaya selepas ini, mungkin ada lagi kamera lain yang mahu dipasang atau, ada alat-alat lain yang diwajibkan pengguna membayarnya.

Dasar ini adalah dasar "mesra tauke" dan kementerian akan sentiasa memikirkan untuk mengkayakan tauke dan "mencekik" rakyat.

Jadi, peti undi dalam PRU-13 boleh membantu rakyat bagi memberhentikan pemasangan kamera AES ini. Rakyat kena menyatakan bantahan secara terus-terang dengan memberikan undi kepada pihak yang tentunya mampu menangguhkan dan seterusnya memberhentikan kerja-kerja "merompak" wang dan pendapatan rakyat ini.

Mereka membandingkan pemasangan kamera seperti ini di negara-negara maju, tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak langsung bercakap mengenai langkah-langkah mengurangkan kes kecurian motosikal, kereta dan jenayah yang berkaitan dengan kenderaan.

Sebenarnya, setiap menteri baru di satu-satu kementerian, akan berusaha membuat sesuatu yang baru, sebagai "ikon" yang ditinggalkan mereka kelak. Mereka akan merubah warna cat bas sekolah, warna cat teksi dan sebagainya.

Mereka akan mengeluarkan arahan tertentu dengan "tempoh yang singkat" supaya ada kedai-kedai alat ganti akan mengaut keuntungan lumayan.

Hidup rakyat kini semakin terhimpit. Pelbagai bayaran perlu dijelaskan, tidak termasuk saman dan kos kesihatan yang meningkat. Penggunaan kereta sekarang bukan sesuatu lambang kemewahan, sebaliknya ia suatu keperluan.

Tetapi dengan bayaran lesen memandu, cukai dan insuran yang mahal, bayaran parkir yang "banyak ditawan pihak swasta" dengan harga tinggi, kerosakan dan kini saman – dari tiga pihak PBT, JPJ dan polis, menunjukkan "moto rakyat didahulukan" sebenarnya retorik!

Ini belum ditambah dengan kos minyak, minyak hitam, tayar, minyak brek, minyak gear dan minyak kuasa stereng, apakah rakyat tidak berhak untuk menyuarakan kebimbangannya terhadap kamera AES ini?

Berapa banyak lagi keraajan mahu ambil dari rakyat, apabila rakyat memberi kuasa kepada mereka?

Addin

Posted: 10 Nov 2012 11:51 AM PST

Addin


Majlis Perkahwinan Lee Chong Wei Jadi 'Hura Hara' Kerana Rosmah Mansor.. Saksikanlah!!

Posted: 10 Nov 2012 09:38 AM PST


Kehadiran isteri perdana menteri, Rosmah Mansor ke majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara, Lee Chong Wei sebentar tadi benar-benar mengejutkan!

Setelah tidak hadir dalam majlis yang sama malam semalam yang dikhaskan kepada para kenamaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Rosmah yang tidak mengikuti Najib Altantuya malam tadi, rupanya kehadirannya malam ini memang sangat memalukan.

Mana tidaknya, Rosmah seolah-olah mengganggu kedudukan kerusi Lee Chong Wei dan isterinya Wong Mew Choo hinggakan beberapa ketika sebelum ketibaan Rosmah, pasangan mempelai ini terpaksa berbual secara menunduk selang satu kerusi jaraknya!


Sepatutnya Rosmah duduk di sebelah pengantin, sama ada di sebelah Chong Wei atau Mew Choo bagi menghormati hari bahagia mereka.

Walaupun Rosmah merupakan Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dia tidak sepatutnya membelakangkan majlis perkahwinan yang diadakan selama dua hari berturut-turut itu.

Majlis perkahwinan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ini disiarkan secara langsung menerusi NTV7 selama sejam bermula 8.30 malam tadi.

Hadirin yang melihat Rosmah duduk di antara kedua pengantin kemudian dilihat saling berbisik sesama mereka dipercayai mempersoalkan kedudukan kerusi Rosmah yang dianggap janggal selain tidak mematuhi protokol walau yang hadir adalah perdana menteri sekalipun.

Pun begitu, sekiranya Chong Wei sendiri secara peribadi menjemput Rosmah hadir sebenarnya tidak salah tetapi yang menjadi persoalan tidakkah ia menimbulkan rasa pelik kepada penonton yang mengikuti majlis tersebut di kaca televisyen?

Buktinya, seorang pengguna akaun Facebook, Wu Loong Teo yang memberi komen di laman sosial itu milik DAP Cheras, bertanyakan kepada anak lelakinya siapa dan siapa yang berkahwin, dan jawapannya sungguh mengejutkan!

Anaknya menjawab "Lee Chong Wei DAN Rosmah"! (buktinya, klik pada pautan DI SINI).

Sekali lagi, Rosmah membuktikan kepada dunia bahawa kata-kata bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad sebenarnya benar belaka.

MALAYSIA BOLEH!


~jalanpulang



Iklan





Rakyat Melaka Benar-Benar Sanjung Ali Rustam.. Gambar Sebagai Bukti

Posted: 10 Nov 2012 06:45 AM PST


Gambar banner ni Addin ambil ketika berada di Jalan Bendahara, Banda Hilir petang tadi. Banner ni menarik perhatian Addin, satu lagi perang saraf yang di jalankan oleh BN Melaka. 

 Untuk makluman ko orang 5 DUN di Melaka di kuasai oleh DAP dan termasuklah kawasan ni. Kawasan yang di kuasai oleh DAP adalah kawasan bandar dan majoriti masyarakat Cina.

Addin bukan prejudis.. harap-harap banner ni memang di naikkan oleh pemilik-pemilik lot Wisma Bendahara yang di robohkan bagi projek pembangunan. 

Mungkin banner ini bertujuan untuk membersihkan imej Ali Rustam yang terpalit dengan pelbagai masalah kebelakangan ini.

Perkahwinan mega anaknya yang mengundang kecaman pelbagai pihak dan laporan audit negara yang menunjukkan hutang negeri Melaka meningkat sehingga RM 865.9 juta adalah isu terbaru Ali Rustam. 

Mungkin ramai yang beranggapan Melaka adalah kubu kuat BN. Itu mungkin dulu-dulu tapi sekarang rakyat semakin celik, mungkin PR tidak menang tapi boleh mengurangkan kerusi BN Melaka di samping merampas Putrajaya dari BN.



Iklan





Veteran Umno Johor Mengakui Umno Semakin NAZAK..

Posted: 10 Nov 2012 06:00 AM PST

Rupanya, bukan setakat pemimpin Umno kanan yang terasa bahang kekalahan, malah orang Umno pencen yang pernah makan gaji dengan kerajaan pun sudah mula serabut kepala.

Buktinya, semasa Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia di Kuala Terengganu, Terengganu, pemangku pengerusinya, Mohd Zahid Sirat mengakui, ahli Umno mesti sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Mohd Zahid berkata lagi, ini kerana pilihanraya umum akan datang bukan sahaja menentukan 'hidup mati' Umno tetapi juga masa depan Barisan Nasional (BN).

Tambahnya lagi, "Pakatan Rakyat yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan BN dan merampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan negara ini.

Ugutnya lagi, "Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi (Melayu) selama ini dikhuatiri akan terjejas dan terhapus sama sekali," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan yang bermula semalam.

Untuk itu katanya, seluruh anggota veteran perlu bersatu dan memperkuatkan barisan bagi menghadapi satu pemilihan yang paling getir bagi Umno dan BN.

"Matlamat kita untuk membantu pucuk pimpinan bagi memartabatkan bangsa Melayu dan mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara," katanya.

Mohd Zahid juga berkata bangsa Melayu akan terus teguh dan digeruni jika bersatu padu walaupun berbeza ideologi dan perjuangan.

"Orang Melayu mesti bersatu dengan mengenepikan segala fahaman atau ideologi demi mengekalkan pemerintahan dan ketuanan Melayu, mendukung tonggak kedaulatan raja-raja serta mempertahankan kesucian agama Islam," katanya.

Seramai 545 anggota veteran Umno seluruh negara menghadiri perhimpunan tersebut yang berakhir hari ini.

Perdana menteri, Najib Altantuya juga tidak menolak kenyataan pahit sambil mengugut bahawa Umno dan BN tidak akan kembali berkuasa buat selama-lamanya sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menewaskan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Ditambah lagi dengan statistik bahawa Pakatan Rakyat kini sudah berjaya memperolehi 128 kerusi parlimen sekiranya pilihanraya umum diadakan dalam tempoh dua bulan setakat 30 September lalu.

Veteran Umno dari Johor yang ditemui turut melahirkan rasa cemas dengan perkembangan terkini yang menyaksikan Pakatan Rakyat kini bukan setakat berjaya menembusi kubu kuat Umno di negeri itu, malah sambutan hebat turut diterima dari warga peneroka Felda yang selama ini menjadi antara simpanan tetap Umno dan BN setiap kali pilihanraya diadakan.

Ujarnya lagi, generasi kedua dan ketiga Felda yang terdedah dengan sumber maklumat alternatif menerusi internet dan laman sosial turut menyumbang kepada kemerosotan pengaruh Umno di kalangan mereka yang berusia 20 hingga 45 tahun.

Mendedahkan satu maklumat sulit yang diperolehinya, dia mengakui beberapa kerusi parlimen BN di Johor seperti Kluang, Simpang Renggam, Segamat dan Labis sudah tidak selamat ekoran kaum bukan Melayu kini secara terbuka menyokong Pakatan Rakyat walaupun mereka merupakan ahli parti komponen BN, terutamanya MCA dan MIC.

Tambahnya lagi, sekiranya fenomena ini berterusan, ramalan menteri besar, Ghani Othman bahawa 15 daripada 26 kerusi parlimen di negeri itu bakal ditawan Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan.

Inilah yang membimbangkan veteran Umno tersebut yang enggan disiarkan namanya atas faktor keselamatan selepas persidangan tamat kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Beliau secara terbuka meminta veteran Umno supaya turun membantu pemimpin pelapis peringkat pergerakan pemuda dan puteri dari segi pengalaman dan sokongan moral bagi mengekang pengaruh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang disifatkannya "berbahaya bagi masa depan orang Melayu". ~jalanpulang



Iklan





Gaji Dan Elaun Agong, PM, Sultan, Menteri?

Posted: 10 Nov 2012 04:27 AM PST

Sebelum ni ramai yang tanya pasal allowances ni semua termasuk allowances untuk kerabat. Aku pun tak boleh bagi info yang lengkap. But now aku dah dapat info yang lengkap untuk share dengan you all.

So, mari kita lihat berapa banyak Malaysia habis kan duit untuk bagi pada orang orang ni semua.

Aku mulakan dulu allowances untuk Agong dan Permaisuri Agong.

Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).


Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun kerajaan - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000 .

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun kerajaan - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown nya adalah seperti berikut

1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.

Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway, ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga amount nya.

1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200
Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250
Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900
Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat allowace sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005 ....

Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7, 187.40

Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so monthly income dia ialah

= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
= RM56,753.84.

Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2, 056.40. Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan).




Addin :

Ada sesiapa yang boleh sahkan maklumat ni?




Iklan





Apa!! Imam-Imam Di bawa Ke Singapura Untuk Di Dakyah Oleh Umno?

Posted: 09 Nov 2012 11:00 PM PST

Felda telah menganjurkan Persidangan Pemantapan Institusi Masjid di Tanah Rancangan Felda dengan tema ' Pemodelan Semula Institusi Masjid'. Ia diadakan di Hotel Flamingo, Ampang dari 4-6 sept yang lalu. Peserta yang terlibat terdiri dari wakil-wakil jawatankuasa Masjid, pegawai agama Felda dan para imam seluruh Felda.

Objektifnya ialah untuk menjadi sesi sumbang saran bagi mengkaji dan menilai peranan sebenar masjid, langkah-langkah menjadikan masjid sebagai pusat aktiviti dan pemerkasaan tadbir urus masjid.

Persidangan ini membabitkan pembentangan 6 kertas kerja dari tokoh-tokoh undangan. Ia sangat baik ke arah transformasi institusi masjid sebagai pusat aktiviti kehidupan yang syumul.

Namun, apa yang mencurigakan ialah kertas kerja 1 yang dibentangkan oleh Tuan Hj Husaini Ibrahim, Dekan Halehwal Pelajar, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Perak. Kertaskerja bertajuk 'Ancaman terhadap Kelangsungan Agama Islam & orang melayu di Malaysia'.

Sangat rasis dan ulasan yang tidak amanah. Dipaparkan peristiwa 13 mei 1969, analisis pilihanraya dan kedudukan melayu. Dinukilkan persoalan kemana arah agama Islam dan generasi melayu. Rumusannya, konon melayu akan lingkup di tangan Pakatan Rakyat. 

Susulan dari persidangan tersebut, secara berpakej, imam-imam Felda dihantar ke Singapura. Lawatan sambil belajar katanya.

Imam-imam dibawa dengan bas dan ditaklimatkan di Masjid Kg Melayu Majidee Johor Bharu sebelum masuk ke Singapura. Menginap beberapa hari, di bawa ke Masjid Sultan dan beberapa tempat lain.

Apa yang menimbulkan tandatanya, kebaikan dari urustadbir masjid di Singapura tidak ditonjolkan sangat. Tapi propaganda halusnya ialah azan dalam masjid (corong speaker tidak boleh ke luar masjid), tahrim sebelum subuh tiada, melayu kononnya didiskriminasi.

Akan diperbesarkan isunya, melayu ke mana jika Pakatan Rakyat menang. Contohnya nasib melayu Singapura. Inilah jarum jahat kerajaan Barisan Nasional. Maklumat ini diberikan oleh beberapa orang pegawai Felda dan imam yang terlibat kepada saya.

Saya akan dedah berapa kos untuk persidangan ini dan lawatan imam-imam ke Singapura. Ini projek pertama Faizoull Ahmad, Pengarah Besar Felda.

Baru sahaja menjadi Pengarah Besar tetapi memperlihatkan tindakan yang amat tidak cerdik. Bazirkan duit peneroka untuk propaganda palsu.

Isu pemantapan institusi masjid tenggelam dek jarum halus strategi menakutkan orang melayu jika Pakatan Rakyat menang dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.



Sumber : FB Mazlan Aliman



Iklan





Kreatif!! SAMM Lancar Wayang Pacak Untuk Sebar Maklumat

Posted: 09 Nov 2012 10:03 PM PST

SABAK BERNAM  -  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor melancarkan siri Jelajah Anak Muda Selangorku khususnya di kawasan luar bandar di negeri ini.

Penyelaras SAMM Selangor, Azhar Achil berkata, siri jelajah ini dengan kerjasama TVSelangor bertujuan menyampaikan maklumat dan dasar Kerajaan Negeri secara terus melalui pengedaran risalah mengenai skim dan program supaya rakyat mengetahuinya secara lebih jelas.

Katanya, tumpuan utama siri jelajah ini adalah kepada masyarakat luar bandar kerana masih kekurangan akses kepada saluran media alternatif bagi mendapatkan maklumat dan gambaran sebenar mengenai Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


"Siri jelajah ini memberikan naskhah dan risalah mengenai skim bantuan air percuma, penjelasan mengenai hutang Talam, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), serta pengedaran akhbar Selangor Kini kepada penduduk yang datang ke tapak pasar malam ini," katanya ketika di temui di lokasi pertama siri jelajah di tapak Pasar Malam Sabak Bernam petang semalam.

Azhar berkata, SAMM Selangor turut menggunakan pendekatan menggunakan 'Wayang Pacak' iaitu tayangan video mengenai iklan mengenai program serta skim yang dianjurkan selama empat tahun pentadbiran Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR).

Seterusnya, siri jelajah ini akan ke tapak pasar malam di Sungai Besar, Sekinchan, Tanjong Karang, Sungai Panjang dan Bestari Jaya.

Turut hadir ketika melancarkan siri pertama jelajah ini adalah Professor Dr. Aziz Bari yang merupakan calon bagi Parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya akan datang.

Dr Aziz Bari berkata, siri jelajah ini merupakan salah satu kaedah yang ada memandangkan maklumat-maklumat penting kerajaan negeri masih ada yang tidak diketahui oleh rakyat khususnya yang kekurangan kepada akses internet.


"Kekangan media massa yang dimanipulasikan oleh Kerajaan Umno-BN menyukarkan rakyat mendapatkan maklumat sebenar mengenai perancangan yang dilakukan Kerajaan Negeri bagi membantu meringankan rakyat.

"Pengedaran risalah dan maklumat ini dapat memberitahu rakyat bagaimana wang Kerajaan Negeri diuruskan supaya kekayaan negeri dapat dikembalikan kepada rakyat untuk dinikmati," katanya ketika memberikan ucapan melancarkan siri jelajah itu. ~selangorku




Iklan



Anugerah Skrin 2012 : Ustaz Azhar Idrus Belasah Rosyam Noor

Posted: 09 Nov 2012 08:43 PM PST


Ni ialah kenyataan segera oleh ustaz azhar. Kita boleh nilai dan ada diantara kita yang sama-sama lihat dan dengar ucapan dia sekarang.

Apa pendapat sahabat?Orang macam ni adakah dikenakan hukuman?Lawak jenis apa ni?




Iklan



shalehudin

Posted: 10 Nov 2012 11:48 AM PST

shalehudin


Video: Rafizi mengaku dia PENAT lawan Nazri

Posted: 10 Nov 2012 07:04 AM PST

Ikuti pendedahan Rafizi berkenaan kes DS Nazri dan anaknya semasa berceramah di Parlimen Puchong, Putrajaya...


Syabas PKR, yang lain bila lagi...

Posted: 10 Nov 2012 04:17 AM PST

KEADILAN lancar laman web khas untuk PRU 13

Wajah baru laman demirakyat.my telahpun dilancarkan. Laman ini akan berfungsi sebagai wadah utama Parti Keadilan dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 tidak lama lagi.

Parti ini telah melancarkan sebuah agenda internet yang komprehensif untuk memudahkan kami berkomunikasi dengan para pengundi dan menjana tenaga anda untuk membantu Keadilan dan Pakatan Rakyat mengharungi garisan penamat dalam perlumbaan kami untuk membentuk kerajaan di Putrajaya.

Keadilan merupakan parti untuk semua yang memperjuangkan keadilan sosial buat seluruh rakyat Malaysia. Kami memandang Internet sebagai sebuah gelombang demokratisasi buat pelusuk dunia, dan media sosial sebagai enjin utamanya.

Demirakyat.my akan membolehkan semua rakyat Malaysia memainkan peranan dalam usaha parti memenangi kerusi-kerusi merentasi persekutuan.

Video berikut, yang disampaikan oleh Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menerangkan pilihanraya utama yang akan datang pada dasarnya, dan mengapa perlunya tindakan oleh rakyat yang mahukan keadilan sosial. Laman ini akan menampilkan tiga ciri-ciri: sokongan, perkongsian dan sumbangan.

SOKONGAN: Untuk membolehkan anda tahu lebih lanjut tentang usaha parti dalam menghadapi pilihanraya serta jentera pilihanraya di peringkat nasional dan kawasan.

PERKONGSIAN: Untuk membolehkan netizen berkongsi mesej pilihanraya, ceramah, visual dan sebagainya, samada secara langsung ke komuniti anda atau ke komuniti virtual anda, seperti di Facebook dan Twitter.

SUMBANGAN: Untuk membolehkan anda yang ingin membantu menyumbang untuk kempen Keadilan di peringkat persekutuan dan pada masa yang sama di peringkat negeri. Laman ini telah dilengkapkan dengan ciri-ciri keselamatan baru untuk bayaran secara kad kredit atau menggunakan kaedah lain, bagi memastikan segala sumbangan anda dijana secara langsung kepada gerak kerja pilihanraya.

Laman ini merupakan satu panggilan untuk kita semua bertindak, dan akan dikemaskini untuk menampilkan semua calon pilihanraya parti semakin dekat ke pilihanraya umum.

NIK NAZMI
Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat


BERTUAH kita pasai Mahathir masih hidup...

Posted: 10 Nov 2012 03:37 AM PST

10 kesilapan Tun Mahathir

Berikut senarai 10 kesilapan yang telah dilakukan oleh mantan Piem Umno, Tun Mahathir yang tak akan dilupakan oleh Melayu sebagaimana yang ditulis oleh Nawawi Mohamad dan Wong Chun Mei dalam Malaysia Chronicle.
  1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) - Menurut bekas Menteri Kewangan Malaysia dan rakan karib Tun M, Tun Razaleigh Hamzah, DEB dirangka untuk meningkatkan penyertaan kaum bumiputera dalam aktiviti ekonomi tetapi telah diterbalikkan oleh Tun M untuk melahirkan segolongan kapitalis Melayu yang menjadi usahawan istimewa dengan disumbat berbagai peluang mewah dari kerajaan sehingga pecah perut.
  2. Mengutamakan kroni sedangkan rakyat terbesar tak dapat apa-apa - Tun Mahathir telah mengumpulkan semua kekayaan negara ke dalam tangan segelintir orang yang amat bernasib baik seperti Vincent tan, Robert Kwok dan Ananda Krishnan. Mereka selain itu hanya menikmati kuah saja sedangkan habis isi telah dibelasah oleh kumpulan pilihan. Akibatnya orang Melayu menjadi sebahagian daripada 96% mereka yang miskin dan 40% daripada mereka berada dalam golongan yang amat rendah pendapatan.
  3. Menaruh kepercayaan pada orang yang salah - Mereka seperti Tajudin Ramli, Halim Saad, Rashid Hussein, Mohd Noor Mutalib dan Abdul Rahman Maidin menggambarkan keadaan ini.
  4. Menjadikan negara kaki hutang - Hutang negara membuncit sehingga melebihi RM450 billion. Selama 22 tahun memerintah satu senpun tidak disimpan oleh negara untuk hari hujan.
  5. Lemah pengetahuan mengenai ekonomi - Mahathir hanyalah seorang doktor perubatan dan beliau bukanlah seorang pakar ekonomi yang baik. kelemahan tersebut membuatkan segala tindakannya tidak mempunyai asas yang betul dan kukuh.
  6. Menghidapi sindrom Diktator - Salah satu contohnya adalah beliau mengubah perlembagaan untuk mengurangkan kuasa Agong dan para Sultan. Beliau juga menjadikan sistem kehakiman menurut segala kehendaknya sepertimana tindakannya memecat Tun Salleh Abbas. Akibatnya rakyat sampai sekarang masih syak wasangkan dengan keletusan sistem kehakiman.
  7. Polisi perkauman - Beliau meyakinkan rakyat Melayu bahawa apa yang dilakukannya adalah demi kepentingan orang Melayu. Badan seperti BTN seumpamanya digunakan untuk menyebarkan dakyah agar menaruh curiga pada bukan Melayu
  8. Rasuah - Beliau bukannya melawan rasuah sebaliknya menyuburkannya lagi sehingga negara menjadi sepertimana yang ada sekarang ini.
  9. Campurtangan dalam pengurusan negara - Selepas 55 tahun memerintah Melayu masih lagi ketinggalan dan susah hasil daripada jagaan khas pemerintahan Umno/BN dan ini membuatkan orang Melayu mula kecewa dan mula beralih pada pembangkang. Melihat itu beliau lalu menyerahkan kuasa pada Pak lah dengan harapan boleh menguruskan negara secara kawalan jauh. Malangnya beliau tak dapat kawal Pak lah lalu melancarkan gerakan menjatuhkannya bagi menggantikan Najib. Kini Najib juga mengalami perkara yang sama. Mahathir sampai sekarang masih nak kacau pengurusan serta pemerintahan negara.
  10. Mengkacau bilaukan Umno dan menolak naik Mukhriz - Beliau dengan terang sentiasa menyokong anaknya untuk naik ke atas tanpa memperdulikan apa nak jadi dengan Umno. Lagipun bukankah dia juga yang membiarkan Umno diharamkan lalu menubuhkan Umno yang baru. Apa dia peduli....
JOM ABU...
Asal Bukan Umno...


Patut la Umno meluat sungguh kat Zunar... hehe...

Posted: 10 Nov 2012 12:11 AM PST

Mudah saja Najib tipu rakyat Malaysia...


Hebat Madey neh, tak dak kuasa tapi lebih berkuasa

Posted: 09 Nov 2012 09:25 PM PST

MAHATHIR marah wartawan bising anaknya dapat projek Petronas

Jarang sekali kita melihat seorang pemimpin yang selama ini dianggap tenang, rupanya boleh mengamuk dalam sekelip mata!

Itulah yang dibuktikan perdana menteri Malaysia keempat, Mahathir Mohamad yang jengkel dengan soalan pemberita hari ini mengenai potensi berlaku konflik kepentingan berhubung satu kontrak baru-baru ini yang melibatkan Petronas, di mana beliau menjadi penasihat syarikat minyak negara itu.

Semuanya bermula minggu lepas, gara-gara keputusan Petronas Carigali Sdn Bhd dilaporkan menganugerahkan kontrak RM700 juta kepada anak syarikat milik penuh SapuraKencana Petroleum Bhd.

Anak Mahathir - Mokhzani - merupakan naib pengerusi Sapura Kencana Petroleum Bhd!

Ketika ditanya semasa sidang akhbar hari ini sama ada terdapat percanggahan kepentingan dalam urusan tersebut, dengan nada penuh menyindir, Mahathir berkata:
"Ya sudah tentu, dia (Mokhzani) mendapatnya kerana saya arahkan Petronas. Masukkan itu dalam akhbar awak. 
"Saya mempengerusikan segala-galanya. Saya memberitahu mereka, sila berikan kepada anak saya dan bukan orang lain. Itulah apa yang saya buat selama ini. 
"Apabila saya jadi perdana menteri, segala-galanya dapat pada anak-anak saya. 
"Tetapi apabila semuanya dapat pada anak-anak perdana menteri-perdana menteri lain, awak tak mahu menyebut kerana dia seorang yang baik." 

SapuraKencana dilaporkan membuat dua pemakluman kepada bursa saham pada 1 November - satu mengenai anak syarikat milik penuhnya, Allied Marine & Equipment Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak perkhidmatan dalam laut selama tiga setengah tahun.

Satu lagi pemakluman yang difailkan pada hari yang sama, mengatakan bahawa satu lagi anak syarikat milik penuhnya, Kencana HL Sdn Bhd memperoleh kontrak RM135.8 juta daripada HESS Exploration and Production Malaysia BV untuk projek gas di medan Kamelia, yang dikatakan 150 kilometer timur laut di luar pantai Kota Bharu.

Berikutan ini, sebuah kumpulan pendesak royalti minyak meletakkan bersama satu poster yang memaparkan peta yang menunjukkan lokasi medan gas, 'cetakan skrin' dari laman web menunjukkan Mokhzani sebagai salah seorang daripada pengarah SapuraKencana, dan keratan berita mengenai dua kontrak yang berjumlah RM836 juta.


Tak heran kalau Fathul Bari akan jadi penyokog PR pulak

Posted: 09 Nov 2012 06:10 PM PST

Perbahasan Twitter dengan Fathul Bari

Beberapa hari sebelum ini saya telah terlibat dalam satu perbahasan melalui Twitter yang panjang lebar dengan Fathul Bari. Ia pada mulanya berkisar mengenai kenyataan Chua Soi Lek (CSL), Presiden parti MCA berhubung perlaksanaan hudud. Kemudiannya ia telah meleret sehingga melibatkan persoalan PAS dan perjuangannya.

Perbahasan ini bermula apabila seorang tukang twit menyebut nama Fathul Bari sebagai rujukan dan saya menjawab: "Saya kenal dia. Namanya baik tetapi dia bela CSL". Oleh kerana Fathul Bari turut 'ditag' dalam twit tersebut, maka dia pun terus mencelah dan melibatkan dirinya dalam perbahasan tersebut.

Akhirnya perbahasan yang bermula melalui komen ringkas saya terhadap pendiriannya telah berpanjangan selama lebih dari 3 hari 3 malam dengan menyentuh bermacam-macam tajuk.

Bagi saya, walaupun Fathul sering menyebut beliau bersikap adil dan tidak bias dalam menilai sesuatu, hakikatnya sikapnya teramat keUMNOan. Sikap yang adil dan tidak bias dapat dikesan dan dinilai tanpa disebut berulang kali. Begitu juga sebaliknya.

Bacaan saya terhadap pendirian Fathul ialah beliau percaya pihak berkuasa perlu disokong selagimana ketuanya beragama islam. Atas dasar ini semua pendirian dihasilkan.

Jangka masa panjang sikap ini tidak akan menjadi masalah kerana selepas PRU akan datang, sekiranya PR menang, sudah pasti Fathul Bari akan menjadi penyokong tegar PR!

Tidak mungkin saya ingat kembali semua tajuk yang dibahas namun yang terpenting, mengikut ingatan saya, adalah seperti yang berikut:

1. Fathul bela CSL.
2. Kenyataan Karpal berbanding CSL.
3. Sejarah latar belakang kenyataan Karpal.
4. Parti Islam dan yang bukan parti Islam.
5. Bersatu atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO?
6. Kerjasama atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO.
7. Soal hudud dan perlaksanaannya.
8. Soal mendapatkan izin DAP.
9. Soal memilih di antara DAP dan UMNO.

Saya akan membuat posting satu atau dua tajuk setiap hari, menjelas dan mengupasnya dan bagi yang berminat bolehlah mereka memberi komen di Blog, Twitter atau pun Facebook. Yang mana yang sempat saya akan respond. Yang mana yang tidak, saya minta maaf terlebih dahulu.

1. FATHUL BELA CSL

Tuduhan saya bahawa Fathul bela CSL dibuat selepas saya menonton video yang dipos di Blog tertentu yang mana linknya diberi oleh tukang twit pertama. Saya melihat memang betul Fathul menyatakan kenyataan CSL dan Karpal Singh, kedua-duanya tidak patut dikeluarkan mereka kerana ianya menggangu sensitiviti ummat Islam. Namun bagi saya itu semua hanya 'ayat bunga-bunga' sahaja kerana apa yang dikatakan di hujung video tersebut adalah mesej sebenar yang hendak disampaikan.

Di penghujung video tersebut Fathul mengatakan kenyataan Karpal adalah lebih parah kerana Karpal sebut "langkah mayat saya" sedangkan CSL hanya menolak 'hudud PAS' bukan hudud Islam. Kenyataan Fathul jelas mengiakan kata-kata CSL dan membelanya, memberi gambaran apa yang dikatakan tidak ada kena mengena dengan Islam itu sendiri. Kalau dilihat, ianya bercanggah dengan ucapan bunga-bunga Fathul yang lebih awal yang mengatakan ucapan CSL juga menyentuh sensitiviti ummat Islam.

Ini persepsi saya terhadap video berkenaan. Ianya dibuat dengan tujuan membela CSL.

Hujjah 'hudud PAS' memberi lesen kepada sesiapa sahaja, khususnya CSL, untuk memperlekehkan apa yang telah diusahakan oleh PAS dalam menghasilkan sebuah enakmen supaya sistem perundangan Islam, khusus hudud, dapat dilaksanakan. Enakmen ini merupakan usaha mulia dari berbagai pihak untuk menghasilkan enakmen yang menepati tuntutan Allah yang terkandung di dalam Al-Quran. Termasuk di dalamnya adalah hukuman terhadap kesalahan zina, qazaf, mencuri dan lain-lain yang telah disebut secara khusus di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW).

Mungkin ada aspek-aspek yang tertentu ada perbezaan pendapat dan tidak dipersetujui oleh Fathul, itu perkara biasa. Namun untuk menolaknya secara mutlak dan keseluruhan adalah tindakan tidak bertanggung-jawab di mana sudah pasti akan ada bahagian-bahagian yang ditolak yang merupakan hukum Qat'i yang telah ditetapkan Allah.

Kalau ada cacat celanya atau kekurangan dalam menghasilkannya, usaha manusia sememangnya begitu walaupun dalam menghasilkan undang-undang dari Al-Quran dan Sunnah. Apa yang patut diusahakan oleh Fathul ialah untuk menjelaskan apa dia yang tidak dipersetujui dan meminta ianya dikaji semula berdasarkan hujjah dan dalil. Bukan memberi lesen pada CSL atau mana-mana pihak menolaknya dan memperlekehkannya secara total.

Saya yakin Fathul sendiri memahami persoalan ini. Sudah pasti beliau juga sedar bahawa usaha sebegini langsung tidak dilakukan oleh UMNO yang memegang teraju kekuasaan dewasa ini.

Demi menutup kekurangan UMNO dan kegagalannya, maka hujjah yang paling mudah dan paling lekeh ialah untuk menolak enakmen hudud berkenaan atas alasan ianya 'hudud PAS' tanpa membentangkan enakmen hudud yang kononnya menepati kehendak Islam. Dan atas alasan itu kebiadapan CSL dihalalkan ulama UMNO muda ini.

Itulah sebabnya saya menyatakan Fathul bela CSL.

Bersambung...

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


Tu diaa!! Punya meluat kat Anwar sampai terlupa nak hormat Azan

Posted: 09 Nov 2012 03:20 PM PST

TAK HORMAT AZAN!!! 20 ahli Perkasa buat demo mencarut depan balai polis

KERTEH 9 November: Kira-kira 20 ahli Perkasa biadap dan tidak menghormati agama apabila melakukan demontrasi ketika azan berkumandang di Masjid Sultan Mizan di sini, tengah hari ini.

Mereka membawa kain rentang dan berkumpul depan balai polis Kerteh sambil terjerit-jerit menghambur kata kesat kepada rombongan bas Jelajah Merdeka Rakyat yang singgah untuk solat Jumaat.

Namun, gangguan itu tidak menghalang jemaah masjid menyambut kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun kedudukan lokasi demontrasi berkenaan hanya dipisah dengan jarak 50 meter.

Keadilan Daily yang turut menyertai siri Jelajah Merdeka Rakyat, difahamkan kumpulan ahli Perkasa yang mengadakan demontrasi itu, bukan penduduk tempatan.

Mengikut jadual, Anwar bertemu rakyat dalam jamuan di Kampung Gelugor, Kerteh, selepas solat Jumaat.

Jam 4.30 petang pula, Ketua Umum KEADILAN itu mengadakan ceramah dan bersantai di Syahbandar, Kuala Terengganu.

Selepas solat dan tazkirah Maghrib di Surau Ladang Sekolah, Kuala Terengganu, Anwar dijadual berucap pada ceramah perdana di Markas KEADILAN, Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Beliau juga berceramah di ceramah di tapak pasar Teluk Ketapang, Seberang Takir, antara jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Selain Anwar, antara penceramah lain yang dijangka berucap ialah Datuk Saifuddin Nasution; Azan Ismail; Dr Alias Abdul Razak; Rafizi Ramli; Abdul Rahman Yusof;, Mahyuddin Abdul Rashid dan Ng Chai Heng.- PASPB



Telok Bakong Online

Posted: 10 Nov 2012 11:36 AM PST

Telok Bakong Online


Siapa Bakal Calun BN/UMNO Untuk DUN Bota?

Posted: 10 Nov 2012 02:34 AM PST



                   Cawangan cawangan Umno dalam Dun Bota, Parlimen Parit dikatakan sedang "bergolak" ekoran pemilihan calon pilihanraya bagi Dun itu yang kian kontroversi.Umno masih belum bertindak untuk mengistihar siapa wakil mereka pada kali ini.Mengapa calun tidak boleh didedah awal.Ini menunjukkan bahawa Umno Parit memang berpecah pecah.Umno amat takut jikalau terdapat sabotaj dari kalangan ahli jikalau pemimpin mereka tidak dicalonkan. Pada tahun 1999 dapat dilihat bahawa calun calun BN telah  tewas 0-3 ditangan Barisan Alternatif.Ini adalah kerana ahli Umno telah memberikan undi kepada BA.AkibatnyaMenteri pun tewas disini.

                  Terdapat beberapa pemimpin lama Umno Bahagian yang ternanti nanti untuk dicalunkan.Ini termasuklah seorang pemimpin dari Kg. LamborKiri dikatakan akan begitu kepingin untuk menjadi Yang Berhormat.Pemimpin ini sudah diwar-warkan sebagai calon Dun Bota sejak pilihanraya umum1999 , 2004 dan 2008  yang lalu. Beliau dikatakan mempunyai pengaruh yang kuat sekitar Kg. Pasir Sena, Kg. Lambor Kiri, Kg. Bakong, Kg. Kuchai, Kg. Teluk Kepayang, Kg. Ekor Bota dan Kg. Bota Kiri.Tetapi nasib sentiasa sahaja tidak menyebelahi beliau.Dari apa yang diperkhabarkan,para penyokong nya di beberapa cawangan akan mengundi pembangkang dalam pilihanraya akan datang sekiranya beliau tidak terpilih menjadi calon kali ini.Mereka difahamkan sudah jemu terhadap pimpinan atasan yang sentiasa mencalonkan orang yang tidak bersangkutan dengan Umno Bahagian .Misalnya Dato Nasharudin bukanlah aktif di Parit sebelum dia menjadi Adun.

                Dalam perkembangan lain, dari tinjauan  yang dibuat mendapati para penyokong Adun Bota sekarang,  akan bertindak mengundi pembangkang seperti pilihanraya umum 1999 sekiranya Adun tersebut digugurkan dalam pilihanraya kali ini.



                   "Kami mahu Datuk Nasharuddin Hashim terus menjadi wakil kami pada PRU 13. Bagilah dia peluang lagi,janganlah diungkit lagi peristiwa beliau melompat kesebelah sana tu... Jangan memandai mandai  nak gugur orang.Kami tak boleh terima  orang lain untuk pimpin kami. Kalau gugur, kami akan pastikanUstaz Zulkifli Ibrahim dari PKR yang tanding di sini menang kali ini, " tegas seorang aktivis Umno Kg. BotaKiri

             Adalah dipercayai, UmnoCawangan Kg. Teluk Bedayung, Kg LamborKanan, Kg. Tua Batu 16, Kg TelukBakong, Kg Padang Marhum, Kg. Padang Changkat dan Pekan Bota akan beralih angin jika pemimpin proksi mereka tidak dicalunkan.Ketua ketua kampong dikatakan tidak teragak agak untuk meninggalkan UMNO sekiranya Perak kembali kepadaPakatan Rakyat.

                  Menurut pemerhati politik tempatan, peluang Pakatan Rakyat di Dun Bota cerah ekorankrisis yang melanda di cawangan-cawangan Umno di Dun ini. Kata sumber itu, jika pemimpin yang dinyatakan dia  tidak terpilih, ramai penyokongnya akan mengundi calon Pakatan Rakyat.

                    Penubuhan bermacam-macam Jawatankuasa untuk mengelakkan sabotaj-mensabotaj parti oleh UMNO. Parti ini menghadapi masalah akibat kerenah yang dilakukan oleh ahli-ahlinya sendiri Jika parti itu bermasalah dalam sebegini serius bagaimana ia boleh diyakini dan diberikan mandat lagi. Maka UMNO patut diketepikan.Beri lah  Pakatan Rakyat menjaga rakyat dan negara dalam tempoh dan penggal yang akan datang ini.Sekiranya Pakatan Rakyat tidak mampu memikul tanggungjawab ini,terpulanglah pada rakyat untuk memilih pemerintah yang baru.

Bersambung lagi dengan tajuk:-FaktorFaktor Lain Penyebab KemenanganPakatan Rakyat Di Bota Part 3

Msinc- Umno seperti cacing kepanasan..ditelan mati omak ..diluah pun mati bapak ..hi..hi
              teman ada maklumat terbaru mengenai siapa akan jadi calun bn nih..nanti               teman kaborkan... kali ni memang umno angat pijor..lebang libu..kalau nak cool sikit..dengor le lagu libang libu kat atas tu...kate kawan teman ..kalaulah orang ini yang bertanding..PR kompom menang...kita doakan kemenangan Pakatan Rakyat.Teman tak nak lah cakap takbur,Tapi Negeri Perak ni ..insyAllah dapat balik..


Sham Kamikaze Ikon Baru Anak Muda

Posted: 09 Nov 2012 04:37 PM PST

                   Sham berdakwah dengan cara yang disukai oleh anak muda di Kg
                   Layang Layang Kiri,Parit Perak.

                     Menunjukkan kebolehannya bermain gitar lagu ciptaan sendiri

                        Alunan muzik yang mengasyikkan..muzik dibenarkan dalam
                         Islam,Asalkan tidak melalaikan

                          Bergambar kenangan dengan peminat peminat yang sentiasa
                           memberi sokongan kepada beliau.

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 10 Nov 2012 10:01 AM PST

BRIGED MP SEGAMBUT


POLIS ROGOL WARGA INDONESIA:SIAL PUNYA POLIS

Posted: 10 Nov 2012 06:30 AM PST

NURUL NAZRAH NAZARUDIN
10 November 2012
BUKIT MERTAJAM - Seorang pekerja kedai makan warga Indonesia mendakwa dia dirogol tiga anggota polis di sebuah balai polis dekat sini semalam.
Mangsa berusia 25 tahun mendakwa ditahan oleh tiga orang anggota polis berusia lingkungan 20-an sehingga 30-an pada jam 6.20 pagi di Perai dan kemudian dibawa ke balai polis.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd Rahim Hanafi yang dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas mengikut lunas perundangan jika benar dakwaan itu.

Menurut mangsa, ketika ditahan dia berada dalam kereta sewa bersama seorang pemandu teksi tempatan selepas menghantar seorang rakan perempuannya yang tinggal di kawasan itu .

"Tidak lama selepas itu, sebuah kereta peronda polis jenis proton Wira menahan kereta yang kami naiki dan dua anggota polis yang memakai uniform polis meminta kami menunjukkan kad pengenalan.

"Ketika itu, saya hanya membawa salinan pasport. Jadi, anggota polis itu tidak mahu menerima salinan pasport dan mengatakan akan membawa kami ke balai polis.

"Bagaimanapun, saya merayu kepada dua anggota polis ini dan meminta mereka melepaskan pemandu teksi yang ketika itu digari," katanya yang ditemui di Pejabat MCA Bukit Mertajam, pagi tadi.

Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Pengerusi Wanita MCA Bukit Mertajam, Goh Swee Gim.

Mangsa berkata, selepas pemandu teksi dilepaskan, dia telah dibawa oleh tiga anggota polis tadi ke balai.

Menurutnya, sebelum dirogol beg tangannya digeledah dan dia diberitahu akan dimasukkan ke lokap.

"Saya merayu sekali lagi supaya mereka melepaskan saya dan bertanya apa yang mereka mahukan. Setelah memberitahu saya tidak mempunyai wang, seorang anggota polis meminta saya melayan nafsu mereka.

"Kerana takut, saya terpaksa mengikut kehendak mereka dan saya dirogol bergilir-gilir oleh mereka di dalam sebuah bilik di kawasan balai polis," katanya.

Menurut mangsa, dia kemudiannya dihantar pulang ke Taman Impian Alma pada sekitar jam 7.50 pagi dengan menaiki  kereta milik salah seorang anggota polis.

Malah, katanya, dia turut diugut supaya menyembunyikan hal itu.

Mangsa yang berasal dari Jawa Tengah dan tinggal di Malaysia sejak hampir dua tahun lalu terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, pada jam 3 petang semalam.
Sementara itu, Chiek Tuan berkata, kes seperti ini menjejaskan imej polis yang selama ini dipandang baik melakukan tugas menjaga keselamatan negara.

KI KI TAK CUKUP BUKTI......MACAM PERNAH DENGAR AJE

Posted: 09 Nov 2012 10:40 PM PST

Timbalan pendakwa raya (DPP) mendapati kekurangan bukti untuk mendakwa mana-mana pihak berikutan aduan rasuah oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM menghantar jawapan mereka kepada peguam Bala, Americk Sidhu pada 8 November berikutan tuntutan penyiasat persendirian itu supaya suruhanjaya itu menjawab aduannya kepada suruhanjaya tersebut.

Menurut Americk, SPRM dalam jawapannya berkata mereka telah "menjalankan satu penyiasatan yang menyeluruh" dan telah mengemukakan hasilnya kepada DPP untuk "penelitian dan nasihat".

Menurut SPRM, timbalan pendakwa raya telah meneliti keseluruhan bukti tetapi mendapati terdapat kekurangan bukti untuk mendakwa mana-mana individu atas apa-apa kesalahan jenayah.

Bala telah memberi kata-dua kepada SPRM supaya menjawab aduannya bahawa ada pihak cuba merasuahnya untuk mengaitkan pemimpin Pakatan, berhubung perkara pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pada masa ini Bala bersembunyi di India kerana bimbangkan keselamatannya. Minggu lepas Balasubramaniam mengugut untuk mendedahkan butiran mengenai dakwaan percubaan merasuahnya berhubung Akuan Bersumpah (SD) pada 2008 berkanun (SD) yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan Altantuya.

Dalam jawapan tiga perenggan, SPRM berkata mereka bersetuju dengan kesimpulan timbalan pendakwa raya itu, dan ia telah dibentangkan kepada panel kajian operasi SPRM pada 8 November 2012, yang turut bersetuju dengannya.

Anak Sungai Derhaka

Posted: 10 Nov 2012 09:25 AM PST

Anak Sungai Derhaka


SAKSIKAN!! Rosmah Mansor Buat Kerja Gila Di Majlis Perkahwinan Lee Chong Wei!

Posted: 10 Nov 2012 08:31 AM PST


Kehadiran isteri perdana menteri, Rosmah Mansor ke majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara, Lee Chong Wei sebentar tadi benar-benar mengejutkan!

Setelah tidak hadir dalam majlis yang sama malam semalam yang dikhaskan kepada para kenamaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Rosmah yang tidak mengikuti Najib malam tadi, rupanya kehadirannya malam ini memang sangat memalukan.

Mana tidaknya, Rosmah seolah-olah mengganggu kedudukan kerusi Lee Chong Wei dan isterinya Wong Mew Choo hinggakan beberapa ketika sebelum ketibaan Rosmah, pasangan mempelai ini terpaksa berbual secara menunduk selang satu kerusi jaraknya!


Sepatutnya Rosmah duduk di sebelah pengantin, sama ada di sebelah Chong Wei atau Mew Choo bagi menghormati hari bahagia mereka.

Walaupun Rosmah merupakan Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dia tidak sepatutnya membelakangkan majlis perkahwinan yang diadakan selama dua hari berturut-turut itu.


Majlis perkahwinan yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ini disiarkan secara langsung menerusi NTV7 selama sejam bermula 8.30 malam tadi.

Hadirin yang melihat Rosmah duduk di antara kedua pengantin kemudian dilihat saling berbisik sesama mereka dipercayai mempersoalkan kedudukan kerusi Rosmah yang dianggap janggal selain tidak mematuhi protokol walau yang hadir adalah perdana menteri sekalipun.

Pun begitu, sekiranya Chong Wei sendiri secara peribadi menjemput Rosmah hadir sebenarnya tidak salah tetapi yang menjadi persoalan tidakkah ia menimbulkan rasa pelik kepada penonton yang mengikuti majlis tersebut di kaca televisyen?

Buktinya, seorang pengguna akaun Facebook, Wu Loong Teo yang memberi komen di laman sosial itu milik DAP Cheras, bertanyakan kepada anak lelakinya siapa dan siapa yang berkahwin, dan jawapannya sungguh mengejutkan! Anaknya menjawab "Lee Chong Wei DAN Rosmah"!

(buktinya, klik pada pautan DI SINI).

Seterusnya sila sambung bacaan anda di sini ( Jalan Pulang )

Ulasan TG Nik Aziz mengenai isu Nurul Izzah (Video Inside)

Posted: 10 Nov 2012 07:16 AM PST


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwarberikutan pelbagai kecaman sesetengah pihak ekoran kenyataannya yang dikatakan meremehkan soal akidah atau menerima orang Islam untuk murtad.

Nik Aziz berkata, kenyataan Nurul Izzah menjadi perkara serius dan dibincangkan oleh pelbagai pihak memandangkan beliau merupakan anggota parti pembangkang yang sememangnya sentiasa tidak sehaluan dengan pihak lawan.

Oleh itu, menurutnya setiap perkara mahupun kenyataan yang dibuat oleh pembangkang diputar belit untuk menjadikannya buruk.

"Bagi saya dalam isu ini, Izzah tidak bernasib baik kerana dia pembangkang, apabila buat benda sikit walaupun perkataannya boleh menjadi celaru juga tetapi ia menjadi 'gege gegok' (diperbesarkan)," katanya ketika menyampaikan Kuliah Mingguan di sini, semalam.

Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas Kuliah Mingguan, Nik Aziz yang juga Menteri Besar menyalahkan laporan media dan katanya, tidak semestinya apa yang dikeluarkan media serupa dengan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

"Izzah lain surat khabar lain...yang Izzah bercakap mestikah serupa yang akhbar siarkan? sebab itu kali pertama saya tengok benda ini disiarkan akhbar saya rasa bukan dia," katanya kepada media semalam.

Nik Aziz berkata, berdasarkan keterangan daripada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which versoin? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu, ia tidak sama dengan kenyataan Nurul Izzah.

"Saya pembangkang dan saya juga dituduh sebagai bapa kafir, sedangkan saya ini pejuang Islam," katanya.

PANAS!! Veteran UMNO akui di bawah Najib Razak, UMNO/BN kini nazak..

Posted: 10 Nov 2012 04:02 AM PST


Rupanya, bukan setakat pemimpin Umno kanan yang terasa bahang kekalahan, malah orang Umno pencen yang pernah makan gaji dengan kerajaan pun sudah mula serabut kepala.

Buktinya, semasa Perhimpunan Agung Tahunan Veteran Umno Malaysia di Kuala Terengganu, Terengganu, pemangku pengerusinya, Mohd Zahid Sirat mengakui, ahli Umno mesti sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk membantu parti menghadapi pilihanraya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Mohd Zahid berkata lagi, ini kerana pilihanraya umum akan datang bukan sahaja menentukan 'hidup mati' Umno tetapi juga masa depan Barisan Nasional (BN).

Tambahnya lagi, "Pakatan Rakyat yang diterajui DAP beria-ia untuk menumbangkan BN dan merampas Putrajaya seterusnya mengambil alih pemerintahan negara ini.

Ugutnya lagi, "Kalau ini berlaku, segala yang dinikmati kaum pribumi (Melayu) selama ini dikhuatiri akan terjejas dan terhapus sama sekali,"  ketika menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan yang bermula semalam.

Untuk itu katanya, seluruh anggota veteran perlu bersatu dan memperkuatkan barisan bagi menghadapi satu pemilihan yang paling getir bagi Umno dan BN.

"Matlamat kita untuk membantu pucuk pimpinan bagi memartabatkan bangsa Melayu dan mencapai kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara," katanya.

Mohd Zahid juga berkata bangsa Melayu akan terus teguh dan digeruni jika bersatu padu walaupun berbeza ideologi dan perjuangan.

"Orang Melayu mesti bersatu dengan mengenepikan segala fahaman atau ideologi demi mengekalkan pemerintahan dan ketuanan Melayu, mendukung tonggak kedaulatan raja-raja serta mempertahankan kesucian agama Islam," katanya.

Seramai 545 anggota veteran Umno seluruh negara menghadiri perhimpunan tersebut yang berakhir hari ini.

Perdana menteri, Najib juga tidak menolak kenyataan pahit sambil mengugut bahawa Umno dan BN tidak akan kembali berkuasa buat selama-lamanya sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menewaskan BN dalam pilihanraya umum akan datang.

Ditambah lagi dengan statistik bahawa Pakatan Rakyat kini sudah berjaya memperolehi 128 kerusi parlimen sekiranya pilihanraya umum diadakan dalam tempoh dua bulan setakat 30 September lalu.

Veteran Umno dari Johor yang ditemui turut melahirkan rasa cemas dengan perkembangan terkini yang menyaksikan Pakatan Rakyat kini bukan setakat berjaya menembusi kubu kuat Umno di negeri itu, malah sambutan hebat turut diterima dari warga peneroka Felda yang selama ini menjadi antara simpanan tetap Umno dan BN setiap kali pilihanraya diadakan.

Ujarnya lagi, generasi kedua dan ketiga Felda yang terdedah dengan sumber maklumat alternatif menerusi internet dan laman sosial turut menyumbang kepada kemerosotan pengaruh Umno di kalangan mereka yang berusia 20 hingga 45 tahun.

Mendedahkan satu maklumat sulit yang diperolehinya, dia mengakui beberapa kerusi parlimen BN di Johor seperti Kluang, Simpang Renggam, Segamat dan Labis sudah tidak selamat ekoran kaum bukan Melayu kini secara terbuka menyokong Pakatan Rakyat walaupun mereka merupakan ahli parti komponen BN, terutamanya MCA dan MIC.

Tambahnya lagi, sekiranya fenomena ini berterusan, ramalan menteri besar, Ghani Othman bahawa 15 daripada 26 kerusi parlimen di negeri itu bakal ditawan Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan.

Inilah yang membimbangkan veteran Umno tersebut yang enggan disiarkan namanya atas faktor keselamatan selepas persidangan tamat kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Beliau secara terbuka meminta veteran Umno supaya turun membantu pemimpin pelapis peringkat pergerakan pemuda dan puteri dari segi pengalaman dan sokongan moral bagi mengekang pengaruh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang disifatkannya "berbahaya bagi masa depan orang Melayu".

~ Jalan Pulang

Siapa pulak spray Kamera AES kesayangan UMNO/BN nie??

Posted: 10 Nov 2012 12:44 AM PST


Kamera yang digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk merompak rakyat Malaysia yang memandu kenderaan ini terletak di Sungkai, KM 85.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur , Koordinat GPS: 3.9657, 101.3270.

Ini leteran dari Ameno World pasal isu ni..

Kita kena bantah AES. Tetapi kena gunakan cara yang betul. Bukan merosakkan AES. Setiap AES yang rosak pasti akan diganti semula. Dan setiap satusen yang diganti semula itu bukan la kedua2 syarikat itu petik dari langit oke.

Mereka keluar dari poket rakyat malaysia melalui pelbagai cara dan tersangatlah bodoh bagi mereka2 yang pergi merosakkan AES. Mereka tidak tahu bagaimana sistem ini berjalan. Bahkan, jika PR amek alih pusat sekalipun bukan semudah ABC untuk PR batalkan perjanjian AES.

Semua tue dah didokumentasikan. Silap2 pusat kena bayar ganti rugi yang amat2 tinggi ketika membatalkan perjanjian tersebut. Sedar tak? Sebab tue kena bantah AES ikut akal. Bukan ikut emosi. Ko spray pun so what? Lepas tue AES akan dimahsuhkan?

Ko boleh spray banyak2 tetapi AES akan kekal disitu. Yang rugi tetap kita juga sebab akhirnya wang rakyat digunakan untuk gantikan apa yang rosak disebabkan tindakan bodoh sesetengah pihak.

Ini tingkahlaku yang kita tak boleh tiru. Bahkan tak patut tiru. Sila berhenti disini.

Berhenti jika ada niat nak merosakkan mana2 AES yang wujud. Kerana setiap satu yang rosak itu akhirnya kita seme secara kolektif perlu membayarnya kembali di kemudian hari. Nafsu dan emosi ko tak membantu sesiapa pun disini.


Rekod, gambar di atas dihitamkan wajah orang tue bukan sebab dia yang rosakkan AES.

Tetapi sebab taknak orang sangka bahawa dia rosakkan AES. Kang kena tuduh plak dia.

Oleh kerana dulu ada di antara kita yang tatau berapa jumlah kos pemasangan seunit AES, mungkin dorang tak rasa sedih bila nak rosakkan mana2 AES. Tetapi sekarang korang dah tahu. Sila berfikir dalam2 sebelum melakukan sesuatu. AES harus dihapuskan bukan dirosakkan ~ Ameno World

Ameno World berleter sebab mengikut perkiraannya kos bagi setiap AES yang dipacak ialah RM862,815.88 sila lihat disini ( Ameno World )

Hindraff nak jumpa Najib, Ibrahim Ali pulak yang menyibuk..

Posted: 09 Nov 2012 11:09 PM PST


Kumpulan Hindraf boleh bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan syarat, tidak membuat tuntutan yang melangkaui sensitiviti Perlembagaan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menegaskan, perkara itu termasuk hak istimewa Bumiputera dan perkara lain yang membabitkan dasar negara.

"Perkasa mengambil pendirian positif dengan hasrat Perdana Menteri untuk berjumpa dengan pemimpin Hindraf kerana isu membabitkan kaum India juga perlu diberi perhatian.

"Tetapi mereka (Hindraf) janganlah pula buat tuntutan luar biasa nak minta langit, bulan, dan macam-macam," kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Pemimpin Hindraf P Uthayakumar dalam responnya dilaporkan menggesa Najib segera menunaikan tuntutan yang diperjuangkan mereka sejak tahun 2007 sebelum bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno itu.

Antara tuntutan yang dikemukakan adalah peluang 10,000 tempat untuk pelajar India di Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta pemberian skim pembangunan tanah rancangan Felda dan Felcra untuk 10,000 kaum India.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu bagaimanapun optimis dengan langkah rundingan terbabit bagi mengekalkan kestabilan politik.

"Kalau kerajaan tak bertemu dengan kumpulan ini mungkin pihak lain akan menangguk di air yang keruh dan mengambil kesempatan menggunakan isu ini.

"Daripada melihat orang-orang tertentu pergi ke jalan raya dan buat perkara tak berfaedah sehingga memburukkan imej negara maka eloklah duduk berbincang," katanya.

Ditanya tentang respon Waythamoorthy, Ibrahim berkata 'peluang keemasan' ini perlu digunakan sepenuhnya oleh kumpulan terbabit sebelum meletakkan sebarang syarat atau tuntutan.

"Perkasa memberi sokongan dan tunggu apa hasilnya. Harap ianya membawa hasil walaupun kita tahu Hindraf adalah pertubuhan haram tapi mereka tetap rakyat Malaysia, jadi sudah tentu mereka boleh membantu masyarakat India," katanya.

Free Malaysia Today

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 10 Nov 2012 09:19 AM PST

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Ha ... Menggatal lagi ...?

Posted: 10 Nov 2012 06:27 AM PST

Ha ... Menggatal lagi ...?
Kaahhh, kah kah ...?

Al Ikram

Posted: 10 Nov 2012 09:09 AM PST

Al Ikram


GAJI DAN ELAUN UNTUK ...

Posted: 09 Nov 2012 07:36 PM PST

SANGGAHTOKSAGO.COM

Posted: 10 Nov 2012 07:50 AM PST

SANGGAHTOKSAGO.COM


Soi Lek hina Islam: Kenapa mulut terkatub, mata terbeliak jadi terpejam? Mana pemimpin Umno, Ulama Muda & Perkasa raya?

Posted: 09 Nov 2012 09:46 AM PST

Soi Lek, Umno sengaja guna Utusan yang jahil hudud untuk kelirukan rakyat dan bukan Islam

Posted: 09 Nov 2012 09:31 AM PST

Terbukti Islam tergugat bukan kerana DAP tetapi kerana Umno yang mengaku Islam tapi hina Islam

Posted: 09 Nov 2012 09:23 AM PST

Pemimpin Umno bisu jadi tikus bila berdepan Soi Lek, pelakon video porno

Posted: 09 Nov 2012 09:19 AM PST

Umno dengan MCA apa beza dalam menyerang hudud dan Islam?

Posted: 09 Nov 2012 09:13 AM PST

MCA diketuai Presidennya, Soi Lek berani perkeleh Islam sebab pemimpin Umno pun hina Islam

Posted: 09 Nov 2012 09:08 AM PST

Mentelaah "serangan" MCA terhadap Islam atau perlekeh "Hudud PAS"?

Posted: 09 Nov 2012 09:04 AM PST

Imam Hoslan Hussin berdakwah di sebalik tirai besi Penjara Kajang

Posted: 09 Nov 2012 09:00 AM PST

.

Posted: 10 Nov 2012 03:54 AM PST

.


Tamrin Tidak Akan Bertanding Dalam Pilihan Raya

Posted: 10 Nov 2012 03:36 AM PST

LINTAS SENJA                                                                                                                             

Bila orang ternampak saya berjalan dengan Tamrin Ghaffar melintas Dataran Ilmu di Kota Bharu semalam mungkin ada yang menimbulkan pertanyaan (yang tidak perlu) didalam hati masing-masing. Mungkin ada yang curiga dan berpandangan serong terhadap apa yang mereka saksikan itu. Apa lagi semalam saya bersama Tamrin menemui Tok Guru Nik Aziz sebaik saja tok guru itu selesai menyampaikan kuliyyah mingguannya.

Tamrin dan Nik Aziz: Sama-sama serius.
Saya berharap sangat agar tak ada yang salah anggap dan salah fikir dalam hal ini. Apa dibimbangi, ialah takut ada yang beranggapan saya sedang melobi kerusi untuk Tamrin bagi pilihan raya akan datang. Maklumlah saya pernah dituduh sebagai pelobi dan yang pencantur kerusi untuk orang tertentu. Ada yang jengkil dengan 'kerja' saya itu sampai ada yang mahu meludah?

Dan apa lagi yang tidak arif dalam politik dan berakal kemetot, beranggapan saya mendapat faedah dari kerja itu. Dan tidak kurang juga ada mengatakan saya hanya suka berak atas pusu saja. Nauzubalik himinazalik.

Sejarah dilalui oleh Ibrahim Ali cukup memberi pengalaman pahit dan menyebabkan timbulnya akal-akal begitu. Tetapi ada yang tahu dan faham erti siasah dan sepak terajangnya tidak membimbangkan, kerana saya kononnya hanya melakukan kerja berak atas pusu saja.

Mengenai Tamrin ini, ingin saya jelaskan di sini. Dan saya sudah perkatakan kepada beliau mengenai hal ini. Sebenaarnya tidak ada apa-apa lobi untuk Tamrin. Pemergian saya ke Kelantan bersamanya dan berjumpa Tokguru, bukan untuk menangih kerusi. Kalau tidak percaya tanya setiausaha politik Tokguru, Wan Nik Wan Yusuf yang ada bersama malahan beliaulah yang meraikan kami.

Kunjungan Tamrin semalam adalah kunjungan hormati Tamrin kepada tokguru, itu saja. Katanya, sejak dia menyertai Pas secara rasmi, dia tidak pernah berjumpa dengan Tokguru. Terkilan benar rasanya kerana lambat berbuat begitu.

Jadi kebetulan dia berada di Kelantan untuk berceramah di beberapa buah tempat, dan kebetulan pula bersama saya, dia ingin mengunjungi Tokguru. Sebenarnya juga maksud atau hasrat dia hendak berjumpa dengan Tokguru diuruskan oleh Wan Nik bukan saya. Saya hanya kekebetulan saja. Dan lagi, saya menyempatkan jua diri untuk bersamanya di Kelantan kerana telah beberapa kali beliau melahirkan kekesalan kepada saya kerana membiarkan dia bersendirian setelah dia menyertai Pas. "You datanglah sekali bersama saya..." begitulah rayunya.

Saya membuat penjelasan ini kerana sudah ada terdengar suara sumbangan bernada curiga dengan pemergian kami ke Kelantan semalam. Kononnya saya melobi untuk mendapatkan kerusi buat Tamrin. Tidak...  tidak berlaku itu. Sejujurnya juga Tamrin sendiri mengakui dia menyertai Pas untuk membantu Pas dan kerana kagum dengan kepimpinan Tok Guru. Mungkin layanan dan kemesraan yang tok guru tunjukkan kepada ayahnya Tun Ghaffar sebelum ini menjadikan hatinya lebur dengan tok guru.
 
Lebih melankolik lagi Tamrin mahu menebus dosa-dosanya bersama Umno sebelum ini. Tidak tahu pula saya apakah dosanya terhadap Pas semasa beliau bersama Umno dulu.

Dan bercakap fasal layanan Tok Guru kepada Allahyarham Tun Ghaffar, tok guru bukan meraikannya semasa Pak Ghaffar datang ke pejabat, tetapi semasa Ghaffar terbaring sakit di hospital juga tok guru datang menjenguknya.

Saya sudah berbicara dari hati ke hati dengannya. Dia tidak mahu bertanding dalam pilihan raya. "Saya hendak membantu Pas, Sayuti.. dengan pengalaman yang ada sedikit kepada saya, serta sisa-sisa usia yang ada, saya sudah 63 tahun, inysaAllah memberi manfaat kepada Pas dan saya sempat bertaubat," begitulah katanya penuh jujur.

Katanya lagi, dia rasa tidak perlu bertanding kerana kalau sesiapa ikhlas untuk membantu Pas dan perjuangan Islam tanpa kedudukan dan jawatan pun boleh. Yang penting ujarnya kita ikhlas, itu saja.

Dalam percakapan dengannya sebelum ini, bekas Exco Pemuda Umno Malaysia itu juga menjelaskan  kalau setakat hendak jadi wakil rakyat, tidak ada perlunya. "Saya sudah tiga penggal menjadi wakil rakyat, dua di Parlimen sepenggal di Dun Melaka, jadi sudah cukup.." tegasnya.

Saya berbesar hati mendengar penjelasan itu dan saya percaya dengan apa yang dinyatakan. Saya cuba juga acahnya beberapa kali, tetapi Tamrin tetap dengan keputusannya. "Saya hanya mahu melihat Umno yang pernah saya kenali yang ada segala macam sampah didalamnya, tumbang... itu saja. Dan kalau diizinkan Allah biarlah Pas bersama rakannya mentadbir negara ini dengan baik. Itu saja tujuan penglibatan saya bukan apa-apa." Kata Tamrin itu saya rasa ianya bersih.

Saya berpegang kepada kata-katanya itu, serta yakin beliau ikhlas bersama Pas. Dan keikhlasan itu semakin nyata apabila beliau tidak mahu bertanding dan mahu kekal sebagai penyumbang untuk kemenangan Islam dan Pas saja. Sebenarnya pilihan beliau untuk bersama Pas juga tepat kerana Paslah yang boleh mengenalkan dia perjuangan Islam sebenarnya dalam konteks politik di negara ini.

"Saya tengok berbeza orang Pas dengan orang Umno Sayuti, banyak bezanya dan ia seperti bumi dengan langit. Sejujurnya saya bagi tahu you walaupun berada dalam Pas saya tidak semewah dahulu, tetapi hati saya tenang, jiwa rasa damai...bahagia, " luahnya sebaik saja selesai mendirikan solat jamak Maghrib dengan Isyak malam tadi.

Jadi pemergian saya bersama Tamrin ke Kelantan semalam dan berkesempatan pula berjumpa dengan Tokguru, usahlah dicurigai dan disalah anggap. Kemasukan dan penyertaan Tamrin ke dalam Pas tidak sama dengan kebersamaan Inchek Ibrahim Ali dengan Pas satu masa dahulu dan begitu juga dengan kebaikan si mulut berair Zaid Ibrahim terhadap Nik Aziz sebelum ini, di mana baik itu ada udang di sebalik batu.

Sekali lagi saya menegaskan bahawa Tamrin tidak bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya akan datang, jadi usah risau dan Umno terutamanya tidak perlu bimbang. Namun Umno harus berwaspada dan gerun kerana Tamrin akan pusing seluruh Malay berkempen untuk Pas dan Pakatan Rakyat kali ini. Taufik dan hidayah yang diterima Tamrin hendaklah disambut dengan rasa syukur dan sujud dalam kepada Allah oleh semua pihak.

Saya juga menganjurkan kepada mana-mana ahli Umno yang baru berhijrah dan baru mengenakan kopiah atas kepala tirulah atau ambillah azam seperti mana Tamrin Ghaffar ini.  [wm.kl.7:13 pm 10/11/12]

Betulkah Teuku Adnan Teuku Mansor Hendak Letak Jawatan?

Posted: 09 Nov 2012 04:31 PM PST

ANAK BERITA                                                                                                                         

Semasa di lapangan terbang Subang kelmarin dulu saya berjumpa dengan seorang ahli Umno peringkat bahagian. Kalau tidak salah inilah pertama kali saya berjumpa dengannya dan bercakap lama dengan beliau. Kelewatan kapal terbang yang hendak kami naiki memberi peluang saya mendengar ceritanya.

Adnan: Terhidu kekalahan.
Dia mengenali saya sebagai seorang penulis dan wartawan. Jadi saya kira apa yang dia ceritakan adalah jujur dan bukan mengada-ngadakan cerita. Banyak yang dicerita dalam masa lebih dua jam itu. Kapal kami lewat. Semua cerita menggambarkan Umno dalam keadaan tenat untuk mengekalkan kuasa hari ini.

Dalam banyak-banyak cerita negatif mengenai Umno itu timbullah soal Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor yang kononnya sakit dan akan melepaskan jawatan. "You tahukan Teuku Adnan sakit," tanya dia kepada saya. Saya menggeleng kepala.

"Dia sakit dan hendak letak jawatan." Katanya. Surat perletakan jawatan sudah pun diserahkan kepada Presiden, Najib Razak. Tetapi Najib tahan dulu tunggu sampai selesai perhimpunan agung Umno dua minggu lagi.

Saya mengasak ahli itu apakah sebab musababnya, masakan soal sakit, biasanya orang politik bagaimana sakit sekali pun dia tidak mudah untuk berundur. Jawatan dan kuasa adalah obat bagi orang politik.

Dia mulanya tidak mahu mencerita keadaan Teuku Adnan lebih lanjut, tetapi selepas diasak dia menjawab; "Teuku Adnan juga sudah mnenghidu yang Umno akan kalah," katanya, menyebabkan saya terperagah.

Sekali lagi berkebetulan semasa balik semalam saya terjumpa pula dengan seorang bakal calon Umno di Kelantan. Sekali lagi kapal terbang yang hendak dinaiki lewat dan memberi kesempatan kami berbual fasal Umno. Di celah-celah perbualan itu saya menyebut fasal Teuku Adnan ingin merisik khabar sejauh mana kebenaran apa yang diceritakan oleh ahli jawatankuasa bahagian itu.

"Betulkah setiausaha agung Umno hendak letak jawatan"? Tanya saya.
"Dengarnya begitulah," jawabannya ringkas. Saya tidak mahu memanjangkan persoalan dan mendiamkan diri saja. Bagi saya jawaban yang diberi menerusi bahasa badan itu sudah cukup untuk dijadikan maklumat mengorek perkara ini lebih lanjut.

Sementara itu dari sumber lain pula memberi tahu, katanya Teuku Adnan juga tidak akan mempertahankan kerusi Putrajaya dalam pilihan raya akan datang? Alasan bukan sakit tetapi katanya dia sudah dapat mengesan pegawai kerajaan akan membuat kejutan dalam pilihan raya kali ini. Cerita mengenai Teuku Adnan ini menarik dan perlu diselidiki. [wm.kl.8:30 am 10/11/12]

Era Pasca

Posted: 10 Nov 2012 03:16 AM PST

Era Pasca


Pecah Berita! AES di Cat Merah Bukti Rakyat Sedang Marah Kepada Barisan Nasional!!

Posted: 10 Nov 2012 02:12 AM PST



Tahukah anda, 
tujuan AES adalah untuk kurangkan budaya rasuah? 
dan tujuan sekolah harapan di Melaka adalah untuk kurangkan budaya buang bayi?
adakah anda faham kini kita berada pada zaman buta maklumat?

Kuala Lumpur - by @tiewnama
sebuah kamera AES di jalan negeri di perak di cat merah pada bolamata dan pada 
distribution boardnya.

tim era pasca mengambil jalan positif untuk perkara ini, begini kajiannya, pertama, dalam 1 
bulan saja kamera AES JPJ yang di ilhamkan oleh budaya perompak wang rakyat iaitu umno
yang mengemudi Barisan Nasional telah menangkap 79 ribu keping gambar yang mana 
setiap keping gambar akan di kenakan Cukai PAKSA rm 300 minimum dan rm 1500 maximum, 

dan dari cukai paksa itu pula syarikat swasta yang memperniagakan kelajuan ini 
akan memperolehi rm 16 x 79 ribu = rm 1.27 juta, pendapatan yang sangat lumayan 
hanya meletakkan perangkap kepada rakyat kemudian terus menuai hasil setiap saat dan masa.

kenapa rakyat mengecat merah kamera penindas ini? sudah tentu tidak perlu lagi  tim era pasca
terangkan, tidak perlu untuk memaki hamun mereka yang mengecat, tidak perlu mengatakan
kerajaan akan rugi jika gejala vandalisme ini berlaku, tidak perlu menyalahkan orang lain,
tidak perlu megatakan perbuatan ini perbuatan terkutuk dan tidak bersikap prihatin,

perkara ini terjadi bilamana di dalam jiwa rakyat malaysia itu rasa tertekan dan marah dengan
sikap kerajaan yang sengaja memasang perangkap laju hanya dengan niat untuk merompak
wang rakyat, bukan bertujuan mendidik tetapi mencekik

berdasarkan statistik yang tim era pasca dapatkan dari maklumat sulit kementerian 
yang terpaksa era pasca rahsiakan, kemalangan jalanraya di malaysia setahun adalah 
195 ribu kemalangan melibatkan 440 ribu kenderaan,

dan yang paling menghairankan adalah kemalangan yang melibatkan kelajuan di atas 
120kmj sehingga semaxima mungkin, hanyalah 26 kemalangan saja setahun dan hanya 
10 orang saja yang mati dari polulasi 28 juta penduduk malaysia.

dengan kajian dan kebocoran maklumat ini, adakah logik di katakan bahawa kelajuan 
kenderaan yang di pandu oleh pengguna jalanraya di malaysia ini boleh membunuh?
berdasarkan kajian tim era pasca, 79 ribu keping gambar yang di tangkap oleh kamera 
AES kerana melebihi had laju, 1 pun dari kesemua gambar itu tidak terlibat dalam kemalangan!

adakah dengan meletakkan perangkap laju di highway dapat mendidik? bukankah dengan
kebocoran maklumat ini sudah jelas ianya hanya mencekik? hanya 1 perkara saja dari kami,
jangan membuat perkara yang menyebabkan rakyat menjadi marah, 

bagi tim era pasca,memang bagus pun kamera ini di cat, biar menjadi pedoman dan 
rujukan kepada kerajaan Barisan Nasional, jangan naikkan api kemarahan rakyat dengan 
projek  sengaja mencari alasan untuk menindas.



by @tiewnama - 3 biji AES tumbang, 1 kena Cat, 97.5% rakyat tak setuju, tetapi Najib Razak
punya Menteri kata, ianya TETAP akan di laksanakan. anda fikir fikirkanlah.. 
Ubah Sekarang! Selamatkan Malaysia! Selamat Poket Rakyat Malaysia. kahkahkahkah

berkaitan AES boleh rujuk link di bawah ini. 
Fatwa Pengarah JPJ berkenaan AES & AES Kena Langgar & 
Beza AES Malaysia & Amerika & Kajian, 97.5% Rakyat Tolak AES dan Saman Ekor &

------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<--
VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

1,000 sertai demo bantah Chua Soi Lek hina hudud 20 PERKASA jadi BEROK TERENGGANU

Posted: 09 Nov 2012 11:07 PM PST

Hampir 1,000 umat Islam yang selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Rusila, semalam mengadakan bantahan secara aman terhadap kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disifatkan menghina hudud serta hukum Islam.

Pada waktu dan tempat yang sama lebih kurang 20 orang PERKASA dan berok jalanan berdemo di tepi jalan membantah DSAI solat jumaat di KERTEH Terengganu. Rujuk sini video [PERKASA DEMO BANTAH ANWAR SOLAT JUMAAT DI KERTEH]
Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali berkata Presiden MCA itu tidak mengetahui perundangan Islam tetapi bersikap kurang ajar kerana menghina hukum hudud dan Islam amnya.

Menurutnya, pemimpin MCA tersebut juga biadap kerana mempertikai agama Islam dengan mempersoalkan hudud yang telah digubal di Kelantan dan Terengganu sebagai hudud versi PAS.

"Tunjukkan contoh, di mana lemahnya (hudud), di mana kurang atau pun tempat tidak kena undang-undang hudud yang digubalkan khususnya di Terengganu dan Kelantan yang telah mengubalkan undang-undang di bawah Kanun Jenayah Syariah," ujarnya.

Antara pimpinan PAS yang hadir dan berucap iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Ahmad Faizul Wan Abas dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Syeikh Muhammad Hanafi.

Yahaya selaku Yang Dipertua PAS Marang menegaskan perhimpunan secara aman tersebut bagi menyatakan sikap serta pendirian PAS mempertahankan Islam.

Ini kerana, kata beliau, hati umat Islam di negara ini terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham serta membenci Islam.

"Ini (demontrasi) adalah untuk menyatakan sikap dan pendirian kita membela Islam. Hati umat Islam terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan-kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham dan dilihat seperti membenci agama Islam.

"Kita sendiri juga diajar oleh agama (Islam) agar kita tidak menghina agama-agama lain walau pun kita tidak bersetuju dengan agama-agama lain (namun) kita tidak sampai menghina agama-agama mereka," jelasnya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<--
VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

BeberapaTokoh Ulama' Hebat Yang Memilih Bersama PAS

Posted: 09 Nov 2012 09:23 PM PST

Mungkin kalau saya nyatakan Tuan Guru-tuan guru seperti Tuan Guru Haji Abdul Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dr. Haron Din, anda semua boleh katakan kepada saya, "Memanglah depa ni sokong PAS, depa ulama' politik."

Kalau anda tak boleh terima sangat ulama'-ulama' sebegini, apa hujah anda untuk menentang dan memerangi PAS andai Tok-Tok Guru Pondok, Ulama' Thurath, Ulama'

Tradisional dan beberapa insan yang digelar Auliya' atau Tok Wali pun berada di dalam saff perjuangan PAS di Malaysia? Anda boleh lawan ke keilmuan, kealiman serta kewarakan insan-insan sebegini?

Ini insan-insan istimewa yang menyokong dan mempertahankan perjuangan PAS menegakkan Islam di Malaysia:-

Al Alim Al Allamah Tuan Guru Haji Salleh bin Musa Hafizahullah Pondok Sik Tokoh ulama Tauhid Melayu, seluruh pelajar pondok Malaysia, Thailand akan berkumpul di Pondok Tn Guru Hj Salleh Sik setiap bulan Ramadan semata-mata untuk belajar ilmu tauhid. Sering menjadi tempat rujukan pimpinan PAS dan DS Anwar Ibrahim.



Antara kisah karamahnya:-

1. Ramai orang kampung dan anak muridnya yang menunaikan fardhu haji terserempak dengan beliau di tanah suci sedangkan beliau tidak termasuk kalangan jamaah haji musim tersebut. Allahyarham juga dikatakan boleh hadir di suatu tempat yang jauh tanpa menaiki kenderaan.

2. Sebelum hari kematiannya, beliau ada memberitahu murid-muridnya bahawa ada tetamu telah datang menjemputnya. Salah seorang muridnya berada di sisinya ketika beliau sedang di ambang sarakatul maut.

Murid-muridnya dapat melihat dengan jelas lidah Haji Ali bagai kaca yang berkilau. Ratib zikirullah dapat didengari keluar dari lehernya.

3. Malam hari kematiannya, hujan turun dengan lebat. Banyak kawasan yang tidak pernah banjir telah dinaiki air. Beberapa orang muridnya telah menyaksikan pokok-pokok kayu rebah ke bumi ketika mereka memandu kereta untuk membuat laporan kematian di Balai Polis Rantau,

tetapi anehnya apabila dalam perjalanan pulang tiada pula pokok-pokok yang tumbang. Terdapat juga dakwaan melihat buaya-buaya Sungai Linggi naik ke tebing sungai. Pendek kata terdapat perkara-perkara pelik tapi benar telah berlaku di hari kematian Tuan Guru yang warak ini.



Syeikh Abdul Karim al-Banjari

Syiekh pada satu ketika, baru pulang dari lawatannya ke Malaysia. Beliau menceritakan bagaimana seronoknya berjumpa dengan pemimpin Malaysia. Maka seorang jemaah pun bertanya : Jumpa Perdana Menteri ke? Jawab beliau : Tidak, saya berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang alim. TG Nik Aziz berkata kepada beliau : Saya sangat bertuah dapat berjumpa dengan seorang alim yang mengajar di Masjidil Haram. Jawab al-Syeikh : Tuan memang bertuah, kerana saya cuma mengajar, akan tetapi Tuan mengajar dan mengamalkannya.

Timbul satu soalan dari para jemaah : Benar ke TG Nik Aziz ini seorang ulama'? Dengar kata beliau "mempergunakan al-Quran" untuk kepentingan parti? Jawab al-Syeikh seolah-olah terperanjat : Habis, mau guna apa, kalau tidak menggunakan al-Quran? Apa kalian mahu guna Bible?? Kalau orang Kristian boleh menggunakan Bible, kenapa orang Islam tidak boleh menggunakan atau mempergunakan al-Quran? Bukankah al-Quran itu perlu digunakan? Maka, orang bertanya itu pun angguk-angguk tanda faham.

Ini hanya sebahagian Ulama Malaysia yang EP masukan dalam Blog Post EP.. sebenarnya ramai lagi. Untuk mengetahui boleh baca di SINI

------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<--
VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Panas! Penterjemahan Bahasa Melayu Ulasan Nurul Izzah Untuk Bloger Fitnah UMNO Yang Tak Faham Bahasa Inggeris!

Posted: 09 Nov 2012 01:05 PM PST





Kuala Lumpur - by @tiewnama
arakian kerana media penfitnah nombor 1 negara iaitu utusan dan berita harian serta blog 
blog porno dari Barisan Nasional telah menyiarkan risalah serta penulisan fitnah terhadap 
nurul izzah, 

hari ini tim era pasca akan membuat penterjemahan dalam bahasa melayu tulin lagi 
bersastera agar mereka faham akan erti dan maksud sebenarnya ucapan nurul izzah ini, 

kerana umum tahu bahawa Bahasa Inggeris bagi media propaganda Barisan Nasional ini 
tidak begitu bagus, kerana pengarah dan editor media propanganda Barisan Nasional ini 
hanya belajar B.I di negara mexico yang terkenal dengan dadah dan penyeludupan senjata 
api, 

dan bloger lucah serta porno Barisan Nasional juga telah di suap dan di penuhi dengan lucah 
dan porno ke dalam sanubari mereka sebagai zikir amalan setiap hari, maka keimanan 
mereka hanyalah kepada seks blue dan lucah, maka mereka tidak akan dapat membezakan
antara isu agama atau isu rosmah mansor dan isterinya taib mahmud serta anak nazri aziz.

berikut adalah terjemahan penuh nurul izzah dalam sesi soal jawab mengenai 
kebebasan beragama. 

TERJEMAHAN DARI BAHASA INGGERIS KE BAHASA MELAYU

Soalan: "Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk 
masyarakat Melayu sekali? Terima kasih."

Nurul Izzah : Bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun 
telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, 
atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya 
untuk orang bukan Melayu". Ia mesti diaplikasi secara saksama. Inilah asas.

Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk Melayu. Inilah apa yang sepatutnya. 

Saya berpegang, semestinya, kepada pendapat sedia ada, tetapi saya berkata di sini bahawa 
apa yang dimahukan, semestinya, adalah kualiti. Anda begitu yakin dengan pegangan agama 
anda hinggakan saya sendiri, 

yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan 

nyanyian biarawati dan persatuan Katolik yang aktif tidak akan menjejaskan anda. Terima kasih.

TRANSCRIPT ENGLISH
Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the 
Malays as well? Thanks."

Nurul Izzah : When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted 
that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, 
"Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. That is the basis.

In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be. So I'm tied, 
of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, 
is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled 
in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society 
will not deter you. Thank you.

KENYATAAN MEDIA NURUL IZZAH.
Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya 
menghadiri satu forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" 
sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam 
agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak 
ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, 
ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.

Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk 
Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara
tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah 
saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad. 
Saya cenderung mendukung program pendididkan dan dakwah untuk memperkukuh akidah 
dan meningkat kefahaman terhadap Islam. Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk 
dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan 
bersama.


KENYATAAN MEDIA
PADA 6 November 2012 - Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya -
Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah untuk mengambil tindakan undang undang
ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk
blog blog berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian
dari kenyataan penuh saya tempoh hari.

Saya tidak merelakan fitnah akidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk
mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.

video penuh ucapan nurul izzah boleh klik SINI



Akidah Pengikut Ahlul Sunnah Wal Jemaah Yang Taat, umno boleh! Bolehland!



Menteri Agama Islam Luluskan Kelulusan Murtad Akidah.


Akidah Akidah Akidah

by @tiewnama - apa pendapat dato hasan ali mengenai akidah anak nazri aziz ini?
hasan ali - khalid samad adalah Parasit.

by @tiewnama - apa pendapat dato jamil khir mengenai akidah anak nazri aziz ini?
jamil khir - saya tidak gunakan wang zakat untuk biaya saman fitnah anwar.

by @tiewnama - apa pendapat dato mashitah mengenai akidah anak nazri aziz ini?
mashitah - nurul izzah boleh di tuduh menghina agama islam.

by @tiewnama - apa pendapat tiewnama mengenai akidah anak nazri aziz ini?
tiewnama - ini adalah akidah islam azali ahlul punah wal ranah umno sejak 55 tahun
yang lalu. kahkahkahkah
Di bawah adalah dari Pejabat PKR, bandingkan.

TERJEMAHAN DARI BAHASA INGGERIS
Soalan: "Apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, adakah ini termasuk masyarakat Melayu sekali? Terima kasih."
Jawapan: Bila anda bertanya kepada saya, tiada paksaan dalam agama. Dr Farouk pun telah memetik ayat Quran tersebut. Bagaimana anda boleh menanyakan kepada saya, atau kepada sesiapa pun… Bagaimanakah sesiapa boleh mengatakan, "Maaf, ini hanya untuk orang bukan Melayu". Ia mesti diaplikasi secara saksama. [tepuk] Inilah asas.
Di dalam Quran, tiada rujukan khusus untuk Melayu. Inilah apa yang sepatutnya. Saya berpegang, semestinya, kepada pendapat sedia ada, tetapi saya berkata di sini bahawa apa yang dimahukan, semestinya, adalah kualiti. Anda begitu yakin dengan pegangan agama anda hinggakan saya sendiri, yang disekolahkan di Assunta, dengan salib yang besar di dalam dewan, dan kumpulan nyanyian biarawati dan persatuan Katolik yang aktif tidak akan menjejaskan anda. Terima kasih.
KENYATAAN MEDIA
4 November 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis.
Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.
Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah untuk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam.
Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.
Nurul Izzah Anwar
KENYATAAN MEDIA
6 November 2012
UNTUK SEBARAN SEGERA

Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya - Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah - untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah aqidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.
Saya tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN


-------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<--
VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Pecah Berita! Pemuda Umno Malaysia Kutuk UMNO!!

Posted: 09 Nov 2012 09:17 AM PST


Kuala Lumpur - by @tiewnama.
kedengaran ianya seperti mengutuk anak muda yang tidak menyokong kerajaan Barisan
Nasional, tetapi sebenarnya Pemuda Umno Malaysia mengutuk keras akan umno itu sendiri,
begini, biar tim era pasca kupaskan serba sedikit agar anda yang membaca ini memahami,

sebenarnya bentuk penulisan sebegini adalah di tujukan kepada umno pulau pinang, rujuk SINI
yang mana mereka lahir di hospital pulau pinang, sekolah dengan kerajaan pulau pinang tetapi
mengutuk lim guan eng kerana ketua menteri penang ini memberikan berpuluh juta rm kepada
sekolah agama rakyat dan sekolah sekolah pondok untuk belajar al quran,

dan pemuda umno malaysia juga mengutuk umno kerana sabotaj yang berlaku dalam umno,
sebagai contoh, mukris mahu jatuhkan khairy, muhyiddin mahu jatuhkan najib, kutuk mengutuk
dalam diam adalah perkara wajib dalam mazhab Barisan Nasional.

pemuda umno juga mengutuk perkara ini, rujuk SINI bilamana menteri ini menyelar dan 
menekan shahrizat agar meletak jawatan, ini juga satu bentuk maksud tersirat menteri ini
telah mengutuk kerajaan Barisan Nasional yang di terajui oleh bosnya iaitu Najib Razak.


by @tiewnama - kupasan ringkas untuk anda berfikir.. kahkahkahkah




----------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<--
VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

LIVE : J.M.Rakyat TERENGGANU

Posted: 09 Nov 2012 03:42 AM PST


Sila refresh untuk dapatkan broadcast terkini.
------------------------------------------------------------------------------------------------------->>END POSTING HASUTAN<<--
VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

ANAK SENGAT

Posted: 10 Nov 2012 01:33 AM PST

ANAK SENGAT


JANGAN TANYA...

Posted: 09 Nov 2012 06:09 PM PST

Ketika Rasulullah sedang mengajar para sahabatnya...tiba tiba ada seorang sahabat mencelah... . Bila terjadinya kiamat... Rasulullah tidak mempedulikannya dan meneruskan kuliahnya... setelah tamat, rasul bertanya...siapa yang bertanya tentang kiamat?

Rasul akhirnya menegur... apakah persediaan kamu menghadapi kiamat???

Cerita ringkas ini sengaja saya kongsikan kerana ramai sangat sahabat bertanya... Bila pRU 13..? jawapan standart saya... hanya Allah yang tahu mungkin juga Rosmah...

malangnya yang bertanya itu tak buat apa pun menanti PRU 13... maka jawapan paling berkesan... Jangan tanya bila PRU 13... tapi tanyalah... apa yang kamu buat menanti PRU 13???

Blog-list Malaysia

Posted: 10 Nov 2012 01:32 AM PST

Blog-list Malaysia


Setiausaha Agung Umno Letak Jawatan

Posted: 10 Nov 2012 12:42 AM PST

Semasa di lapangan terbang Subang kelmarin dulu saya berjumpa dengan seorang ahli Umno peringkat bahagian. Kalau tidak salah inilah pertama kali saya berjumpa dengannya dan bercakap lama dengan beliau. Kelewatan kapal terbang yang hendak kami naiki memberi peluang saya mendengar ceritanya.

Dia mengenali saya sebagai seorang penulis dan wartawan. Jadi saya kira apa yang dia ceritakan adalah jujur dan bukan mengada-ngadakan cerita. Banyak yang dicerita dalam masa lebih dua jam itu. Kapal kami lewat. Semua cerita menggambarkan Umno dalam keadaan tenat untuk mengekalkan kuasa hari ini.

Dalam banyak-banyak cerita negatif mengenai Umno itu timbullah soal Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor yang kononnya sakit dan akan melepaskan jawatan. "You tahukan Teuku Adnan sakit," tanya dia kepada saya. Saya menggeleng kepala.


"Dia sakit dan hendak letak jawatan." Katanya. Surat perletakan jawatan sudah pun diserahkan kepada Presiden, Najib Razak. Tetapi Najib tahan dulu tunggu sampai selesai perhimpunan agung Umno dua minggu lagi.

Saya mengasak ahli itu apakah sebab musababnya, masakan soal sakit, biasanya orang politik bagaimana sakit sekali pun dia tidak mudah untuk berundur. Jawatan dan kuasa adalah obat bagi orang politik.

Dia mulanya tidak mahu mencerita keadaan Teuku Adnan lebih lanjut, tetapi selepas diasak dia menjawab; "Teuku Adnan juga sudah mnenghidu yang Umno akan kalah," katanya, menyebabkan saya terperagah.

Sekali lagi berkebetulan semasa balik semalam saya terjumpa pula dengan seorang bakal calon Umno di Kelantan. Sekali lagi kapal terbang yang hendak dinaiki lewat dan memberi kesempatan kami berbual fasal Umno. Di celah-celah perbualan itu saya menyebut fasal Teuku Adnan ingin merisik khabar sejauh mana kebenaran apa yang diceritakan oleh ahli jawatankuasa bahagian itu.

"Betulkah setiausaha agung Umno hendak letak jawatan"? Tanya saya.

"Dengarnya begitulah," jawabannya ringkas. Saya tidak mahu memanjangkan persoalan dan mendiamkan diri saja. Bagi saya jawaban yang diberi menerusi bahasa badan itu sudah cukup untuk dijadikan maklumat mengorek perkara ini lebih lanjut.

Sementara itu dari sumber lain pula memberi tahu, katanya Teuku Adnan juga tidak akan mempertahankan kerusi Putrajaya dalam pilihan raya akan datang? Alasan bukan sakit tetapi katanya dia sudah dapat mengesan pegawai kerajaan akan membuat kejutan dalam pilihan raya kali ini. Cerita mengenai Teuku Adnan ini menarik dan perlu diselidiki. - mso


Semua Ahli Parlimen mesti hadir dalam taklimat dua orang peguam Perancis

Posted: 09 Nov 2012 10:57 PM PST

Rakyat perlu diberikan sepenuh pengetahuan dan fakta tentang isu pembelian kapal selam Scorpene yang tidak habis-habis diperkatakan sekarang ini. Isu ini wajar diberikan perhatian oleh kerajaan dan 'law-makers' negara kerana ini merupakan satu skandal yang teramat besar yang melibatkan wang rakyat. Ia juga hampir sama besar dengan skandal PKFZ yang melibatkan pimpinan BN dan berkaitan dengan beberapa Menteri dalam pentadbiran Dr Mahathir dan Abdullah Badawi.

Ia berkaitan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan dan oleh kerana ia melibatkan pihak yang berkuasa, ia amat susah untuk ditampilkan dengan setelus-telusnya kepada penghakiman rakyat. Saya mengajak seluruh rakyat yang berbilang kaum di negara ini untuk memberikan perhatian serius dan mengamati dengan sesungguh-sungguhnya isu-isu ini kerana rakyat sudah tidak tertanggung lagi kelakuan pihak-pihak yang begitu jahil dan tidak menganggap mengambil rasuah sebagai satu jenayah yang terlalu besar ini.


Mesti ada pihak yang terlibat. Ia tidak boleh dinafikan dengan alasan tiada bukti kukuh dan sebagainya. Kita juga mahukan bukti yang wang itu tidak dibelanjakan seperti yang dituduh jika alasan tiada bukti itu menjadi alasan untuk menutup kes-kes seperti ini. Kita tidak mahu berlaku seperti kes PKFZ yang sedang dalam penghakiman mahkamah dengan alasan tiada kes penipuan seperti yang disebut oleh Dr Mahathir tetapi pihak defendant (kerajaan) wajar juga membuktikan yang wang sejumlah yang disebut dalam isu ini tidak dibelanjakan. Kita tidak mahu mendengar dan menerima yang tiada kes seperti yang dituduh tetapi wang yang begitu besar telah dibelanjakan.

Pada 22hb Nov ini, dua orang peguam Perancis akan tiba di Parlimen Malaysia untuk memberikan taklimat kepada Parlimen Malaysia di atas jemputan Ketua Pembangkang Malaysia, Saudara Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Subang, Sivarasa, telah mengesahkan yang William Bourdon dan Joseph Breman akan datang ke Malaysia untuk memberikan taklimat kepada Parlimen Malaysia.

Rakyat mesti memberikan perhatian tentang isu sebesar ini. Kita berharap tidak akan ada halangan-halangan yang akan dibuat oleh pihak berkuasa kerajaan dan Parlimen kerana jika tidak ada elemen-elemen rasuah seperti yang dituduh oleh sesetengah pihak itu, tidak ada sebab ada pihak yang takut dan cuba menghalang kedua-dua peguam ini untuk datang dan memberikan taklimat kepada rakyat Malaysia melalui wakil-wakil mereka di Parlimen.

Kalau pihak yang dikaitkan dengan isu ini benar-benar tidak bersalah, tidak ada sebab taklimat dua peguam ini kepada rakyat Malaysia ditolak dan dihalang untuk memberikan taklimat ini dengan semudah-mudahnya. Malahan pihak berkuasa, seperti Najib sendiri, mesti memberi segala kerjasama kerana beliau boleh memberikan keyakinan kepada pihak-pihak yang menuduh beliau terlibat itu mendapat kebenaran yang beliau adalah sebersih-bersih pemimpin yang tidak langsung terbabit dengan isu rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene ini.

Kita akan lihat, jika ada usaha pihak Parlimen dan kerajaan untuk menghalang kehadiran kedua-dua peguam ini maka sekali gus rakyat akan yakin yang Najib serta mereka yang menuduh itu ada kebenarannya.

Ketua pembangkang telah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamudin untuk meminta kepastian yang kemasukan kedua-dua peguam ini ke Malaysia tidak dihalang dan Hisham sepatutnya memberikan jawapan 'ya' dengan secepat mungkin.

Kita semua ingin tahu pandangan dan penyiasatan yang dilakukan oleh kedua-dua peguam Perancis ini kerana ia melibatkan wang rakyat dan moral kepimpinan negara. Jika ada halangan dari pihak Kementerian Dalam Negeri, maka jangan disalahkan rakyat ramai mengekalkan persepsi mereka pucuk pimpinan kita benar-benar terlibat dengan kes Scorpene ini.

Jika perkara ini tidak diselesaikan, bagaimana Najib hendak menunaikan janji untuk mentadbir negara dengan sebaik mungkin sedangkan persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa memandang serong terhadap beliau? Lagipun bagaimana Najib hendak meyakinkan rakyat yang jika PR memerintah negara, negara akan bangkrap seperti yang beliau kata di mana-mana dalam siri kempen beliau di seluruh negara?

Jika pimpinan BN lebih cenderung untuk menunjukkan kepada kami rakyat di bawah ini yang mereka tidak jujur dengan menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya, bukankah pihak BN itu yang mempunyai lebih kebarangkalian untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang bangkrap?

http://aspanaliasnet.blogspot.com


Johor Bakal Tumbang Angkara Ghani Othman

Posted: 09 Nov 2012 08:42 PM PST

Cakap-cakap kebanyakan orang Umno Johor, Menteri Besarnya, Abdul Ghani Othman diberitakan sangat letih atau dengan kata lain betul-betul letih.

Tidak kurang juga yang merasa amat kasihan.

Dia kata dah letih kerana lari ke hulu ke hilir membuat program MB melawat kawasan.

Yang peliknya ada yang berkata hasilnya kosong. Bermakna tak mendapat habuan politik.


Memang kasihan sungguh MB ini.

Sehubungan itu, Najib Altantuya juga kelihatan letih kerana asyik turun padang bagi memastikan rakyat yakin dengan Barisan Nasional (BN).

Atau dengan kata lain di hati rakyat hanya BN bukan Pakatan Rakyat yang buat janji kosong itu.

Dalam perhimpunan Agung Umno tahun 2010, Shafie Apdal meluahkan perasaan tak senang hati dengan perkembangan politik di negari kubu kuat Umno itu.

Naib Presiden Umno dari Sabah itu bimbang dengan perkembangan 15 peratus daftar pemilih berpihak kepada Pakatan Rakyat yang kemungkinan mengugat kekuatan Umno dalam PRU 13 nanti.

Perkara ini telah dinyatakan Ghani yang melawat semua kawasan Parlimen di bandar-bandar di Johor, akan jatuh ka tangan Pembangkang, termasuklah pusat pentadbiran kerajaan negeri di Nusajaya.

Menteri Besar Johor telah membuat anggaran, 15 kawasan Parlimen daripada 26 keseluruhannya di negeri itu kedudukannya kini boleh dikatakan tak selamat.

Ada orang Umno sendiri yang kata, padan muka Ghani Othman, menandakan marah sekali rakyat Johor kerana tindakan Ghani dalam mengendalikan Johor Corporation (JCorp) yang mengalami kerugian besar.

JCorp yang dibina oleh Ali Hashim sejak 30 tahun dahulu tanpa bantuan satu sen pun dari kerajaan dan sekarang ini mempunyai aset hampir bernilai RM14 billion.

Sejak Ali Hashim berhenti dari JCorp, Ghani dikatakan telah menjahanamkan perjalanan JCorp dengan membawa masuk beberapa orang luar, budak-budak yang belum tahu apa itu bisnes tak pandai mengendalikan JCorp dan anak-anak syarikatnya.

Terutama sekali ia membelakangkan pengurusan JCorp yang telah berkerja berhempas pulas berpuluh tahun.

Siapa yang tidak marah.

Bagaimana perasaan budak ini saperti Kamaruzaman, Jamal dan Ahmad Mohamad.

Yang sedihnya, penasihat sebenar di belakang Ghani ialah Lim Kang Hoo "superman", tauke Danga Bay dan sekarang tugas mereka ini ialah untuk 'merompak' aset JCorp yang amat berharga saperti KFC Holdings dan QSR.

Hasilnya, tanah-tanah komersil dan akhirnya estet-estet yang dimiliki oleh Kulim.

Sesetengahnya berkata, jika umur panjang, tulislah dalam buku diari masing masing apa yang berlaku dalam masa lima tahun itu, semua harta-harta ini akan habis.

JCorp kini mempunyai hutang hampir RM3 billion, nampak pada dasarnya mereka mahu mencari jalan untuk membayar hutang ini, tapi sabenarnya mereka naikkan lagi hutang JCorp menjadi RM 5.5 billion melalui anak-anak syarikatnya yang makin bermasalah.

Sebab itu Ali marah sekali, malangnya komennya tidak disiarkan oleh akhbar tempatan kerana sudah disenarai hitamkan.

Ternyata Johor kini berdepan dengan situasi sulit mengekalkan statusnya sebagai 'tiang seri Umno' kerana tsunami politik fasa kedua bakal membadai negeri itu lebih dahsyat dari pilihanraya umum lalu.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/11/panas-johor-bakal-tumbang-angkara-ghani.html


Perbahasan Twitter Dengan Fathul Bari

Posted: 09 Nov 2012 05:12 PM PST

Beberapa hari sebelum ini saya telah terlibat dalam satu perbahasan melalui Twitter yang panjang lebar dengan Fathul Bari. Ia pada mulanya berkisar mengenai kenyataan Chua Soi Lek (CSL), Presiden parti MCA berhubung perlaksanaan hudud. Kemudiannya ia telah meleret sehingga melibatkan persoalan PAS dan perjuangannya.

Perbahasan ini bermula apabila seorang tukang twit menyebut nama Fathul Bari sebagai rujukan dan saya menjawab: "Saya kenal dia. Namanya baik tetapi dia bela CSL". Oleh kerana Fathul Bari turut 'ditag' dalam twit tersebut, maka dia pun terus mencelah dan melibatkan dirinya dalam perbahasan tersebut. Akhirnya perbahasan yang bermula melalui komen ringkas saya terhadap pendiriannya telah berpanjangan selama lebih dari 3 hari 3 malam dengan menyentuh bermacam-macam tajuk.


Bagi saya, walaupun Fathul sering menyebut beliau bersikap adil dan tidak bias dalam menilai sesuatu, hakikatnya sikapnya teramat keUMNOan. Sikap yang adil dan tidak bias dapat dikesan dan dinilai tanpa disebut berulang kali. Begitu juga sebaliknya. Bacaan saya terhadap pendirian Fathul ialah beliau percaya pihak berkuasa perlu disokong selagimana ketuanya beragama islam. Atas dasar ini semua pendirian dihasilkan.

Jangka masa panjang sikap ini tidak akan menjadi masalah kerana selepas PRU akan datang, sekiranya PR menang, sudah pasti Fathul Bari akan menjadi penyokong tegar PR!

Tidak mungkin saya ingat kembali semua tajuk yang dibahas namun yang terpenting, mengikut ingatan saya, adalah seperti yang berikut:

1. Fathul bela CSL.
2. Kenyataan Karpal berbanding CSL.
3. Sejarah latar belakang kenyataan Karpal.
4. Parti Islam dan yang bukan parti Islam.
5. Bersatu atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO?
6. Kerjasama atas dasar apa? Kenapa tidak dengan UMNO.
7. Soal hudud dan perlaksanaannya.
8. Soal mendapatkan izin DAP.
9. Soal memilih di antara DAP dan UMNO.

Saya akan membuat posting satu atau dua tajuk setiap hari, menjelas dan mengupasnya dan bagi yang berminat bolehlah mereka memberi komen di Blog, Twitter atau pun Facebook. Yang mana yang sempat saya akan respond. Yang mana yang tidak, saya minta maaf terlebih dahulu.

1. FATHUL BELA CSL

Tuduhan saya bahawa Fathul bela CSL dibuat selepas saya menonton video yang dipos di Blog tertentu yang mana linknya diberi oleh tukang twit pertama. Saya melihat memang betul Fathul menyatakan kenyataan CSL dan Karpal Singh, kedua-duanya tidak patut dikeluarkan mereka kerana ianya menggangu sensitiviti ummat Islam. Namun bagi saya itu semua hanya 'ayat bunga-bunga' sahaja kerana apa yang dikatakan di hujung video tersebut adalah mesej sebenar yang hendak disampaikan.

Di penghujung video tersebut Fathul mengatakan kenyataan Karpal adalah lebih parah kerana Karpal sebut "langkah mayat saya" sedangkan CSL hanya menolak 'hudud PAS' bukan hudud Islam. Kenyataan Fathul jelas mengiakan kata-kata CSL dan membelanya, memberi gambaran apa yang dikatakan tidak ada kena mengena dengan Islam itu sendiri. Kalau dilihat, ianya bercanggah dengan ucapan bunga-bunga Fathul yang lebih awal yang mengatakan ucapan CSL juga menyentuh sensitiviti ummat Islam.

Ini persepsi saya terhadap video berkenaan. Ianya dibuat dengan tujuan membela CSL.

Hujjah 'hudud PAS' memberi lesen kepada sesiapa sahaja, khususnya CSL, untuk memperlekehkan apa yang telah diusahakan oleh PAS dalam menghasilkan sebuah enakmen supaya sistem perundangan Islam, khusus hudud, dapat dilaksanakan. Enakmen ini merupakan usaha mulia dari berbagai pihak untuk menghasilkan enakmen yang menepati tuntutan Allah yang terkandung di dalam Al-Quran. Termasuk di dalamnya adalah hukuman terhadap kesalahan zina, qazaf, mencuri dan lain-lain yang telah disebut secara khusus di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW).

Mungkin ada aspek-aspek yang tertentu ada perbezaan pendapat dan tidak dipersetujui oleh Fathul, itu perkara biasa. Namun untuk menolaknya secara mutlak dan keseluruhan adalah tindakan tidak bertanggung-jawab di mana sudah pasti akan ada bahagian-bahagian yang ditolak yang merupakan hukum Qat'i yang telah ditetapkan Allah. Kalau ada cacat celanya atau kekurangan dalam menghasilkannya, usaha manusia sememangnya begitu walaupun dalam menghasilkan undang-undang dari Al-Quran dan Sunnah. Apa yang patut diusahakan oleh Fathul ialah untuk menjelaskan apa dia yang tidak dipersetujui dan meminta ianya dikaji semula berdasarkan hujjah dan dalil. Bukan memberi lesen pada CSL atau mana-mana pihak menolaknya dan memperlekehkannya secara total.

Saya yakin Fathul sendiri memahami persoalan ini. Sudah pasti beliau juga sedar bahawa usaha sebegini langsung tidak dilakukan oleh UMNO yang memegang teraju kekuasaan dewasa ini. Demi menutup kekurangan UMNO dan kegagalannya, maka hujjah yang paling mudah dan paling lekeh ialah untuk menolak enakmen hudud berkenaan atas alasan ianya 'hudud PAS' tanpa membentangkan enakmen hudud yang kononnya menepati kehendak Islam. Dan atas alasan itu kebiadapan CSL dihalalkan ulama UMNO muda ini.

Itulah sebabnya saya menyatakan Fathul bela CSL.

Bersambung...

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


SIS: Kebebasan beragama termasuk menukar agama

Posted: 09 Nov 2012 03:50 PM PST

KUALA LUMPUR,— Kebebasan beragama mestilah termasuk untuk menukar agama, kata badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan wanita Muslim berikutan kenyataan Nurul Izzah Anwar dalam isu ini.

Dalam kenyataan medianya, Sisters In Islam (SIS) bertanya bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam masa sama tidak membenarkan penganutnya keluar dari agama tersebut.

"Kepercayaan berdasarkan paksaan akan jadi hipokrit," menurut SIS dalam kenyataan medianya.


Pengarah program SIS, Suri Kempe menerangkan bahawa NGO tersebut tidak menggalakkan umat Islam untuk murtad, sebaliknya memperjuangkan kebebasan meninggalkan agama bagi mereka yang tidak lagi mempercayainya.

"Islam bukanlah agama jalan sehala," kata Suri.

Kenyataan naib presiden PKR, dalam forum berkenaan dengan isu negara Islam di Subang Jaya Sabtu lalu telah menyebabkan beliau diserang oleh pemimpin agama dan pemimpin Umno dengan mengatakan beliau menggalakkan murtad.

Nurul Izzah telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menjelaskan perkara tersebut dan akan mengambil tindakan ke atas akhbar yang dimiliki Umno, Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog kerana memutarbelitkan kenyataannya.

Murtad dan kebebasan beragama adalah isu sensitif di Malaysia, di mana Melayu — yang mewakili 60 peratus dari 28 juta penduduk — dari segi Perlembagaan adalah Muslim.

Sementara kebebasan untuk beragama adalah dijamin bagi bukan Muslim di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, semua orang Melayu adalah Muslim di bawah undang-undang.

Undang-undang Islam melarang Muslim dari keluar dari agama tersebut dan undang-undang syariah negara ini telah memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk mengenakan hukuman kepada golongan murtad.

Dengan mempunyai dua sistem perundangan syariah dan persekutuan, ianya sering mencetus kontroversi dalam kebebasan beragama di bawah artikel 11 apabila orang Muslim cuba untuk keluar dari agamanya.

Ini boleh dilihat dalam kes Lina Joy (Azalina Jailani), Revathi Massosai dan Nyonya Tahir (Wong Ah Kiu).

-The Malaysian Insider


Takut hilang sokongan masyarakat India punca Najib jumpa Hindraf

Posted: 09 Nov 2012 02:51 PM PST

Hasrat Perdana Menteri untuk bertemu badan bukan kerajaan (NGO), Hindraf kerana tergugat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertemu kumpulan itu, awal bulan lalu.

Bekas pemimpin Hindraf, S Jayathas berkata, tindakan itu membuktikan Datuk Seri Najib Razak bimbang terhadap sokongan rakyat India yang dilihat semakin condong ke arah Pakatan Rakyat.

"Najib begitu takut kehilangan pengundi India sekarang, lebih-lebih lagi bila melihat Anwar sudah bertemu Hindraf," katanya ketika dihubungi.


Beliau yang baru menyertai KEADILAN Oktober lalu turut menasihati pemimpin Hindraf agar tidak perlu membuang masa bertemu Najib kerana terbukti selama ini kerajaan tidak pernah ambil peduli kesulitan yang dihadapi kaum India.

"Barisan Nasional sudah perintah 50 tahun, apa isu kaum India yang mereka selesaikan? Tak berbaloi untuk Hindraf bertemu Najib, sebab beliau tak mampu selesaikan apa-apa pun," katanya.

Pada 2 November lalu, delegasi Hindraf diketuai pengerusi pergerakan itu, P Waythamoorthy bertemu Anwar bersama pemimpin KEADILAN lain termasuk Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, R Sivarasa.

Pertemuan itu bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan masyarakat India, sebelum Najib mengumumkan menghantar jemputan untuk bertemu.

http://www.keadilandaily.com/?p=39264


Kenyataan Izzah dimanipulasi supaya nampak teruk – Imam Muda

Posted: 09 Nov 2012 04:57 AM PST

KUALA LUMPUR 9 November: Juara program realiti Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Ridzuan berkata, ada pihak sengaja memperbesarkan isu murtad dan kebebasan beragama supaya nampak teruk dan dijadikan topik hangat, sedangkan ia perkara biasa yang sering dibincang dalam majlis ilmu.

"Isu ini jadi menarik dan sensitif kerana ia telah dimanipulasi, dibesar-besarkan sehingga kita rasa perkara ini sangat teruk dan perlu untuk dibincangkan," katanya merujuk kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama yang diputar belit oleh Utusan dan media pro-BN.


Beliau berkata demikian dalam forum 'Kebebasan beragama atau murtad?' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi.

Dalam Islam, Asyraf berkata, tiada tuntutan untuk memaksa orang lain percaya dengan keyakinan dan pendapat seseorang.

"Setiap individu bebas untuk memberi pendapat, melahir dan bertukar pandangan, bebas untuk masuk agama Islam tanpa paksaan. Namun, apabila berada dalam Islam, ikutlah syariah sebetulnya," katanya.

Pendakwah, Wan Ji Wan Hussin pula berkata, dalam agama tidak perlu ada unsur memaksa untuk melahirkan penganut yang berkualiti.

"Dalam bercintapun kita kena telus apatah lagi dalam beragama, kita tidak perlu menghukum murtad, tapi berdakwahlah," katanya yang dikenali sebagai Ustaz Wan Ji.

"Ubat kepada penyakit murtad adalah keyakinan, dan keyakinan diperoleh melalui kebebasan," jelas beliau.

Wan Ji turut mempersoal tindakan pihak yang cuba mengkritik isu murtad dan agama walhal tidak mendalami isu tersebut.

"Ini yang (saya) nak komen Saifuddin Abdullah, Khairy Jamaluddin, Perkasa, jangan jadikan pemikiran rakyat itu semakin sempit," tegasnya.

Panelis lain dalam forum itu adalah penulis lirik, Hasmi Hashim dan bekas Setiausaha Akhbar Ketua Pembangkang, Eekmal Ahmad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari pula sebagai moderator.

Umno guna agama untuk takutkan Melayu

Mengulas sama serangan terhadap Izzah, Hasmi berkata, Umno BN gunakan isu agama sejak 50 tahun lalu sebagai ancaman untuk takutkan orang Melayu.

"(Kerajaan) menggunakan elemen politik ketakutan sebagai senjata politik mereka untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Dan ketakutan itu boleh dinamakan atas nama agama, bangsa ataupun raja-raja," katanya.

Ketua Cabang KEADILAN Parit Sulong itu mempersoal sikap kerajaan yang hanya berminat menjadikan isu agama sebagai polemik dan bukan mencari jalan penyelesaian.

"Kenapa tidak diadakan debat atau forum seperti ini di media arus perdana? Hanya membesarkan isu tanpa yang dituduh diberi sedikit peluang pun untuk membela diri," tegasnya.

Justeru kata Hasmi, perbincangan seperti itu perlu diadakan di media massa dan semua pihak wajar diberi ruang.

Beliau menyeru generasi muda memikirkan semula sama ada strategi itu masih relevan untuk diaplikasi pada masa kini.

Forum itu dihadiri lebih kurang 200 hadirin dan turut mendapat sambutan golongan bukan Islam.


Nurul Izzah Tak Bernasib Baik Kerana Berada Dipihak Pembangkang

Posted: 09 Nov 2012 03:54 AM PST

Nik Aziz pertahan Nurul Izzah, anggap kenyataan celaru

KOTA BHARU - Sekalipun mengakui bahawa Nurul Izzah Anwar mungkin telah mengeluarkan kenyataan yang 'celaru', tetapi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mempertahankannya dan menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bernasib baik kerana berada di pihak pembangkang.

Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai pihak sengaja memburukkan dan memberi maklum balas keterlaluan ke atas Nurul Izzah seumpama bunyi bising kuat daripada 'meriam buluh dan meriam besi' walaupun anak Ketua Pembangkang itu hanya menyuarakan sedikit pandangan.


Beliau turut membandingkan kesnya sebelum ini yang didakwa 'bapa kafir' oleh seorang bekas Ketua Polis Negara tetapi tidak pula mendapat sorotan media kerana tuduhan itu mengena ke atas seorang pimpinan pembangkang.

"Kebelakangan ini bising pasal (kenyataan) Nurul Izzah, kesnya sebab apa? Sebabnya dia pembangkang, kalau dia bukan pembangkang pasti tidak mengapa.

"Bekas Ketua Polis pernah kata saya bapa kafir tetapi semua senyap belaka, sebabnya dia menuduh Nik Aziz yang merupakan pembangkang, jadi kata apa pun surat khabar senyap, radio senyap.

"Tetapi apabila Nurul Izzah buat keluar sedikit kenyataan, walaupun kenyataan dia boleh jadi celaru sungguh, tetapi geger gegok (amat riuh) lebih daripada meriam buluh, meriam besi," katanya semasa menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.


JMM: 'Nazri perlu terima teguran kita, bukan cabar'

Posted: 09 Nov 2012 02:29 AM PST

SHAH ALAM - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tetap dengan pendiriannya menyatakan Datuk Seri Nazri Aziz sebagai "liabiliti" kepada Barisan Nasional (BN) meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri menolak tanggapan sedemikian.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya tetap dengan pendirian itu berdasarkan maklumat diperolehi daripada rakyat.


Sehubungan itu, Azwanddin menegaskan, reaksi Nazri kelmarin menunjukkan beliau angkuh dan hanya mengutamakan kepentingan peribadi, bukannya parti.

Tambahnya, "sepatutnya Nazri bertindak mengeluarkan kenyataan yang lebih matang, bukan mencabar saya bertanding di tempatnya."

"Kita tegur daripada pemerhatian dan kita dengar orang yang bercakap di belakang, kita tak ada niat untuk burukkan beliau, kita nak membantu parti itu.

"Tapi bila kenyataannya keluar hari ini (kelmarin), saya tengok beliau begitu angkuh dan sepatutnya beliau kena keluarkan kenyataan yang lebih matang dan menerima teguran kita sebagai wakil kepada rakyat.

"Kita tetap pendirian katakan beliau memang liabiliti BN dari segi isu rasuah," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam reaksinya kelmarin, Nazri berkata, "saya aset (kepada parti), bukan liabiliti."

"Saya rasa saya aset kepada BN, kalau tak, takkan mereka (pembangkang dan Azwanddin) nak serang saya.

"Yang buat serangan pula adalah Pengarah Strategi PKR. Jelas itu strategi dari PR dan bimbang dengan kedudukan saya. Tapi kita tengok nanti sama ada saya ni aset atau liabiliti kepada BN," katanya.

Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, Nazri seharusnya menerima pandangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi teguran demi kepentingan parti dan bukan mengeluarkan kenyataan mengikut emosi.

Beliau berkata, NGO hanya bertindak sebagai pemerhati bebas dan memberi teguran tanpa mempunyai agenda untuk memburukkan sesiapa terutama pemimpin-pemimpin negara.

"Kita bercakap untuk kebaikan BN, tapi beliau keluarkan kenyataan untuk kepentingan peribadi.

"Beliau sepatutnya terima pandangan kita, dan menjawab dengan baik untuk kebaikan bersama dan beliau memang bebas untuk bercakap," katanya sambil menambah, kekesalan terhadap kenyataan Nazri yang disifatkan sebagai "keanak-anakan."

- SinarHarian


Anwar Ada Kaitan Dalam AES - Kenyataan Presiden MCA Yang Paling Bangang Dalam Dunia

Posted: 09 Nov 2012 01:13 AM PST

Chua dakwa projek AES mungkin boleh dikaitkan dengan Anwar.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa bahawa bekas ADUN Umno Johor yang syarikat anaknya telah dianugerahkan projek kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), adalah sangat rapat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA semalam, Chua mendakwa, malah Anwar sering mengunjungi rumah bekas ADUN tersebut apabila dia (Anwar) pergi ke sana (kawasan pilihan raya bekas ADUN berkenaan).

Chua yang juga bekas ahli exco kerajaan Johor selama empat penggal mendakwa pemberian projek AES itu mungkin boleh dikaitkan dengan Anwar.


Ahli jawatankuasa pusat PKR, Chang Lih Khang mendakwa baru-baru ini bahawa Pengarah Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan, yang juga pemegang saham terbesar, adalah anak perempuan sulung bekas ADUN Peserai, Tan Sri Datuk Redzuan Salim dan bekas ADUN Sri Medan, Atkah Abdullah.

Syarikat dan ATES Sdn Bhd telah dianugerahkan projek AES oleh kerajaan, yang akan memasang kamera canggih di 1,300 lokasi di seluruh negara.

Chang juga mendakwa bahawa sepupu Rozana juga seorang ADUN di Johor.

Anwar, bekas timbalan perdana menteri, telah dipecat pada 1998 dan kemudiannya dipenjarakan atas tuduhan liwat. Beliau dibebaskan pada tahun 2004, selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan terhadapnya.

Chua (kanan) juga menolak tuduhan pembangkang bahawa kerajaan dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha telah mengamalkan kronisme.

"Saya tidak tahu bagaimana anda mendefinasikan kronisme. Umno mempunyai kira-kira 3.5 juta ahli dan MCA kini mempunyai kira-kira 1.1 juta ahli.

"Jadi, apa jua projek yang mereka lakukan, ada antara orang-orang ini akan mendapatnya dan itu tidak bermakna kronisme," katanya.

Beliau juga berkata perbincangan mengenai projek AES bermula pada tahun 2005 dan masih berterusan pada hari ini, "jadi ini adalah sebahagian daripada 'spinning' politik yang terus diamalkan oleh Pakatan Rakyat".



TERKINI! ANWAR DISERANG DI KERTEH!

Posted: 09 Nov 2012 01:09 AM PST

Jelajah Merdeka Rakyat diserang lagi!

Kali ini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama rombongannya dihalang lebih 20 ahli Perkasa dan Umno sejurus sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Kerteh, Terengganu.

Kehadiran ahli Perkasa itu bermula apabila mengetahui rombongan bas dua tingkat jelajah itu singgah di masjid tersebut kira-kira jam 1 tengah hari ta


Bagaimanapun, Anwar dilindungi skuad keselamatan yang sudah bersedia sebaik mendapat maklumat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) menyebabkan kawalan keselamatan sekitar masjid itu dipertingkat setengah jam sebelum ketibaan bas yang membawa Anwar dan rombongannya.

Kejadian ini adalah kali kedua dilakukan Perkasa setelah insiden yang sama menimpa Anwar ketika bersolat Maghrib dan menyampaikan tazkriah di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar pada 2 September lalu.

Polis dilihat belum tiba ketika Anwar dan rombongannya menyebabkan ahli Perkasa yang berada berhampiran tempat kejadian terlompat-lompat umpama beruk manakala kertas besar bertulisan provokasi dinaikkan kunun sebagai tanda protes terhadap rombongan Anwar yang mahu singgah menunaikan solat Jumaat.

Menurut jadual, Anwar dijangka singgah di Kampung Gelugor, Kerteh kira-kira jam 2.30 petang nanti.

Menurut saksi kejadian, ahli Perkasa yang berdemonstrasi itu bukan penduduk tempatan kerana mereka dipercayai tiba dari Kuala Terengganu.

Selain menjerit ketika azan berkumandang, ahli Perkasa biadap apabila dalam masa yang sama menghamburkan kata-kata kesat kira-kira 50 meter dari pintu masuk masjid sambil penduduk tempatan dilihat tidak menghiraukan gelagat bodoh ketika memasuki perkarangan masjid.

Dipercayai juga, satu lagi demonstrasi menunggu Anwar yang kini dalam perjalanan ke Kuala Terengganu bertempat di Dataran Syahbandar jam 4.45 petang ini.


Kelab Greenboc

Posted: 10 Nov 2012 01:02 AM PST

Kelab Greenboc


Kenyataan Izzah Dimanipulasi Supaya Nampak Teruk – Imam Muda

Posted: 10 Nov 2012 12:34 AM PST

Juara program realiti Imam Muda musim pertama, Muhammad Asyraf Ridzuan berkata, ada pihak sengaja memperbesarkan isu murtad dan kebebasan beragama supaya nampak teruk dan dijadikan topik hangat, sedangkan ia perkara biasa yang sering dibincang dalam majlis ilmu.

"Isu ini jadi menarik dan sensitif kerana ia telah dimanipulasi, dibesar-besarkan sehingga kita rasa perkara ini sangat teruk dan perlu untuk dibincangkan," katanya merujuk kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama yang diputar belit oleh Utusan dan media pro-BN.

Beliau berkata demikian dalam forum 'Kebebasan beragama atau murtad?' di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi.

Dalam Islam, Asyraf berkata, tiada tuntutan untuk memaksa orang lain percaya dengan keyakinan dan pendapat seseorang.

"Setiap individu bebas untuk memberi pendapat, melahir dan bertukar pandangan, bebas untuk masuk agama Islam tanpa paksaan. Namun, apabila berada dalam Islam, ikutlah syariah sebetulnya," katanya.

Pendakwah, Wan Ji Wan Hussin pula berkata, dalam agama tidak perlu ada unsur memaksa untuk melahirkan penganut yang berkualiti.

"Dalam bercintapun kita kena telus apatah lagi dalam beragama, kita tidak perlu menghukum murtad, tapi berdakwahlah," katanya yang dikenali sebagai Ustaz Wan Ji.

"Ubat kepada penyakit murtad adalah keyakinan, dan keyakinan diperoleh melalui kebebasan," jelas beliau.

Wan Ji turut mempersoal tindakan pihak yang cuba mengkritik isu murtad dan agama walhal tidak mendalami isu tersebut.

"Ini yang (saya) nak komen Saifuddin Abdullah, Khairy Jamaluddin, Perkasa, jangan jadikan pemikiran rakyat itu semakin sempit," tegasnya.

Panelis lain dalam forum itu adalah penulis lirik, Hasmi Hashim dan bekas Setiausaha Akhbar Ketua Pembangkang, Eekmal Ahmad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari pula sebagai moderator.

Umno guna agama untuk takutkan Melayu

Mengulas sama serangan terhadap Izzah, Hasmi berkata, Umno BN gunakan isu agama sejak 50 tahun lalu sebagai ancaman untuk takutkan orang Melayu.

"(Kerajaan) menggunakan elemen politik ketakutan sebagai senjata politik mereka untuk menakut-nakutkan orang Melayu. Dan ketakutan itu boleh dinamakan atas nama agama, bangsa ataupun raja-raja," katanya.

Ketua Cabang KEADILAN Parit Sulong itu mempersoal sikap kerajaan yang hanya berminat menjadikan isu agama sebagai polemik dan bukan mencari jalan penyelesaian.

"Kenapa tidak diadakan debat atau forum seperti ini di media arus perdana? Hanya membesarkan isu tanpa yang dituduh diberi sedikit peluang pun untuk membela diri," tegasnya.

Justeru kata Hasmi, perbincangan seperti itu perlu diadakan di media massa dan semua pihak wajar diberi ruang.

Beliau menyeru generasi muda memikirkan semula sama ada strategi itu masih relevan untuk diaplikasi pada masa kini.

Forum itu dihadiri lebih kurang 200 hadirin dan turut mendapat sambutan golongan bukan Islam.-KD

TGNA: Izzah Tidak Bernasib Baik Kerana Dia Pembangkang

Posted: 09 Nov 2012 10:32 PM PST

Nik Aziz pertahan Nurul Izzah

Kota Bharu - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berikutan pelbagai kecaman sesetengah pihak ekoran kenyataannya dikatakan meremehkan soal akidah atau menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Abdul Aziz berkata, kenyataan Nurul Izzah menjadi perkara serius dan dibincangkan oleh pelbagai pihak memandangkan beliau merupakan anggota parti pembangkang yang sememangnya sentiasa tidak sehaluan dengan pihak lawan.

Oleh itu, menurutnya setiap perkara mahupun kenyataan yang dibuat oleh pembangkang diputar belit untuk menjadikannya buruk.

"Bagi saya dalam isu ini, Izzah tidak bernasib baik kerana dia pembangkang, apabila buat benda sikit walaupun perkataannya boleh menjadi celaru juga tetapi ia menjadi 'gege gegok' (diperbesarkan)," katanya ketika menyampaikan Kuliah Mingguan di sini, semalam.

Dalam pada itu, ketika ditemui pemberita selepas Kuliah Mingguan, Nik Aziz yang juga Menteri Besar menyalahkan laporan media dan katanya, tidak semestinya apa dikeluarkan media serupa dengan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

"Izzah lain surat khabar lain.... yang Izzah bercakap mestikah serupa yang akhbar siarkan? Sebab itu kali pertama saya tengok benda ini disiarkan akhbar saya rasa bukan dia," katanya kepada media semalam.

Nik Aziz berkata, berdasarkan keterangan daripada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu, ia tidak sama dengan kenyataan Nurul Izzah.

"Saya pembangkang dan saya juga dituduh sebagai bapa kafir, sedangkan saya ini pejuang Islam," katanya. -SH

300,000 Tiada IC Mahu Demo Depan JPN 5 Disember

Posted: 09 Nov 2012 08:06 PM PST

Himpunan Duduk Bantah akan diadakan depan bangunan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Putrajaya 5 Disember ini jika Perdana Menteri gagal selesaikan permasalahan kad pengenalan melibatkan lebih 300,000 kaum India di negara ini.

"Najib (Razak) masih ada masa untuk selesaikan masalah ini dan jika tidak, himpunan tetap diteruskan sebagaimana dijadual berlangsung pada jam 10.00 pagi.

"Kami menjangkakan ribuan kaum India terutama mereka yang dinafi dari mendapatkan kad pengenalan sejak sekian lama akan hadir dalam himpunan itu yang kami namakan 'Duduk Bantah' ini," kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Menurutnya, persediaan untuk himpunan itu sudah mula digerakkan dan pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), aktivis masyarakat, peguam termasuk pemimpin Pakatan Rakyat terutama berketurunan India sudah mengesahkan kehadiran.

"Kami akan terus duduk bantah dan berkhemah depan pejabat JPN hingga masalah ini diselesaikan. Kami berharap pihak berkuasa menolak dari menjadi kuda tunggakan Najib untuk menghalang himpunan ini," tegasnya.

Sementara itu, R Sarathrajan yang dinafi dari memiliki kad pengenalan walaupun sijil kelahirannya menyatakan beliau adalah warganegara, turut mengesahkan kehadiran pada himpunan itu. -KD

Gelidah Tanpa Waran, Ahmad Mahu Polis Tubuh Jawatankuasa Siasatan

Posted: 09 Nov 2012 05:53 PM PST

Juruukur bahan yang didakwa menghina Sultan Johor di laman Facebook hari ini membuat laporan polis menggesa satu siasatan dijalankan terhadap pihak polis yang bertanggungjawab dalam siasatan terhadapnya kerana dakwanya telah menyalahgunakan kuasa mereka.

Ahmad Abdul Jalil, 27 yang ditemani keluarganya, beserta peguam hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada jam 3.30 petang hari ini turut meminta Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi tujuan tersebut dan juga demi keselematan dirinya dan keluarga.

"Ahmad menuntut pihak polis menyiasat anggota mereka yang terlibat dalam kes ini telah menyalahgunakan kuasa mereka apabila menggeledah rumah keluarganya tanpa waran serta tidak memberikan hak kepadanya untuk berjumpa peguam dan keluarga.

"Kami (juga) meminta Bukit Aman untuk menubuhkan satu pasukan khas bagi memastikan keselamatan Ahmad dan keluarganya terjamin," kata peguam yang mewakili Ahmad, Fadiah Nadwa Fikri.

Sementara itu, Ahmad ketika sidang media selepas laporan polis itu dibuat berkata, dirinya mengalami tekanan emosi akibat tindakan pihak polis semasa sesi soal siasat, di samping tidak memberi kebenaran kepadanya untuk bertemu keluarga dan peguamnya.

"Saya tiada niat untuk tarik perhatian umum .... (tetapi) ketika ditahan, saya tidak diberikan hak untuk jumpa peguam dan keluarga.

"Tuduhan mereka juga tidak berasas .... bukan saya yang lakukan perkara itu (hina Sultan Johor) ....saya bukan penjenayah," kata Ahmad kepada pemberita.

Beliau juga meminta pihak polis diberikan kebebasan untuk menyiasat kes ini dan mengambil berat terhadap keselamatan dirinya.

"Bukit Aman perlu siasat dan ambil berat kes ini .... dan perlu diberikan kebebasan untuk menyiasat kes ini," katanya lagi.

Ahmad semalam telah didakwa di Mahkamah Johor Baru atas dua pertuduhan, masing-masing di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di atas dakwaan menghina Sultan Johor di laman Facebook.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah, dan telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

Sebutan bagi kes ini akan didengar pada 28 November 2012 di Mahkamah Sesyen Jenayah 2 Johor Bahru.

Beliau sebelum ini telah ditahan di pejabatnya di Cheras, sebelum di bawa ke Johor oleh pihak polis. -TMI

Himpunan Rakyat Desak Batal Perlaksanaan AES Dalam Tempoh Seminggu

Posted: 09 Nov 2012 03:26 PM PST


Manjung, 9 NOV : NGO 'Bantah AES' mendesak Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha untuk membatalkan perlaksanaan Sistem Penguatkuasaaan Automatik (AES) dalam tempoh seminggu.

Koordinator Bersama, Bantah AES, Saifullah Zulkifli menegaskan, sebarang usaha untuk menangani masalah kemalangan adalah disokong.

Akan tetapi pelaksanaan AES adalah meragukan dan membebankan rakyat.

"Pihak Bantah AES dengan ini memberi tempoh seminggu kepada Datuk Seri Kong Cho Ha untuk membatalkan pelaksanaan AES dan memberi respon terhadap bantahan ini.

"Jika berlaku sebaliknya, satu lagi perhimpunan 'BANTAH AES' bersama pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan diadakan ke Parlimen," katanya dlam satu kenyataan media.

Beliau berkata demikian selepas Himpunan Rakyat Bantah AES yang dihadiri 500 orang penyokong di Sitiawan, Perak hari ini.

Mereka mula berkumpul di Masjid An-Nasyirah, Sitiawan selepas solat Jumaat dan kemudiannya berarak ke pejabat Cho Ha yang juga Ahli Parlimen Lumut.

Memorandum bantahan terhadap AES ini mengemukakan empat faktor mengapa sistem itu ditolak.

Empat faktor yang dinyatakan dalam memorandum tersebut adalah latar belakang dua buah syarikat yang dilantik dan perjanjian penswastaaan amat mencurigakan.

Memorandum itu juga berkata kemalangan tidak disebabkan hanya kerana kelajuan semata-mata dan perlaksanaan AES menambahkan beban kewangan kepada rakyat.

"Pihak Bantah AES menyatakan kekesalan terhadap sikap penakut Ahli Parlimen Lumut, Datok Seri Kong Cho Ha untuk berhadapan dengan rakyat dan hanya menghantar kerani pejabat parlimen untuk menerima memorandum tersebut," ujarnya lagi.

Himpunan ini dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan pimpinan masyarakat.

Antara pimpinan yang hadir dan memberi ucapan adalah wakil PKR Perak, Chang Lih Kang, Dr Raja Ahmad Iskandar yang wakili Dewan Pemuda Pas Perak, Siti Aisyah Sheik Ismail selaku wakil PKR Pusat dan beberapa pimpinan NGO lain.

[VIDEO] 20 Ahli Perkasa Berdemo Depan Balai Polis Ketika Azan Berkumandang

Posted: 09 Nov 2012 07:01 AM PST


Kerteh 9 November: Kira-kira 20 ahli Perkasa biadap dan tidak menghormati agama apabila melakukan demontrasi ketika azan berkumandang di Masjid Sultan Mizan di sini, tengah hari ini.

Mereka membawa kain rentang dan berkumpul depan balai polis Kerteh sambil terjerit-jerit menghambur kata kesat kepada rombongan bas Jelajah Merdeka Rakyat yang singgah untuk solat Jumaat.

Namun, gangguan itu tidak menghalang jemaah masjid menyambut kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun kedudukan lokasi demontrasi berkenaan hanya dipisah dengan jarak 50 meter.

Keadilan Daily yang turut menyertai siri Jelajah Merdeka Rakyat, difahamkan kumpulan ahli Perkasa yang mengadakan demontrasi itu, bukan penduduk tempatan.

Mengikut jadual, Anwar bertemu rakyat dalam jamuan di Kampung Gelugor, Kerteh, selepas solat Jumaat.

Jam 4.30 petang pula, Ketua Umum KEADILAN itu mengadakan ceramah dan bersantai di Syahbandar, Kuala Terengganu.

Selepas solat dan tazkirah Maghrib di Surau Ladang Sekolah, Kuala Terengganu, Anwar dijadual berucap pada ceramah perdana di Markas KEADILAN, Kampung Kubang Palas, Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Beliau juga berceramah di ceramah di tapak pasar Teluk Ketapang, Seberang Takir, antara jam 8.

30 malam hingga 12 tengah malam.

Selain Anwar, antara penceramah lain yang dijangka berucap ialah Datuk Saifuddin Nasution; Azan Ismail; Dr Alias Abdul Razak; Rafizi Ramli; Abdul Rahman Yusof;, Mahyuddin Abdul Rashid dan Ng Chai Heng.

[VIDEO] Nurul Izzah Temui JAIS, Serah Transkrip Ucapan

Posted: 09 Nov 2012 05:41 AM PST

Nurul Izzah serahkan transkrip ucapan forum kepada Jais, saman terhadap akhbar diteruskan.

SHAH ALAM, 9 Nov — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bertemu dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin untuk memberikan penjelasan dan menyerahkan transkrip ucapannya berhubung dengan forum yang menjadi kontroversi kerana dikatakan beliau menyokong kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu-Islam di negara ini.

"Saya telah memberikan aduan yang menyatakan penjelasan perkara sebenar kepada pengarah Jais, Datuk Marzuki.

"Dan Alhamdulillah Jais telah memberikan kerjasama yang baik," katanya ketika ditemui oleh pemberita selepas bertemu dengan Jais.

Nurul Izzah ditemani oleh peguamnya, Fadlina Sidik bertemu dengan pengarah dan tiga orang penguatkuasa Jais turut menyatakan kerjasamanya kepada badan penguatkuasa Islam negeri Selangor tersebut.

Fadlina memberitahu pemberita bahawa saman terhadap akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog akan tetap diteruskan kerana memutarbelitkan kenyataan beliau dalam sebuah forum minggu lalu.

Semalam, Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin menyatakan kesediaannya untuk menyediakan peguam kepada Utusan Malaysia jika disaman oleh Nurul Izzah.

"Saya baru berbincang dengan peguam kanan untuk mempertahankan Utusan Malaysia jika disaman.

"Saya bersedia jadi peguam untuk Utusan Malaysia tanpa bayaran ..... dan saya nak beritahu Anwar, Nurul Izzah, kamu akan terkejut beruk siapa yang akan pertahankan Utusan Malaysia," katanya dalam forum anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu.

Jelasnya lagi, tindakan yang dibuatnya itu bukan hanya semata-mata mempertahankan media tersebut, sebaliknya bertujuan menyelamatkan dan mempertahankan masyarakat Melayu dan Islam kerana akhbar itu tegasnya menjadi lidah rasmi perjuangan mempertahankan Islam.

"Kami bukan mempertahankan Utusan Malaysia, kami mempertahankan Melayu, Islam," katanya.

Dalam kiriman SMS kepada The Malaysian Insider sebentar tadi, Nurul Izzah menjelaskan selain daripada menyerahkan transkrip ucapannya kepada Jais, beliau turut membuat aduan kepada Jais terhadap manipulasi kenyataannya yang dilakukan oleh akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan beberapa blog.

Kenyataan yang didakwa dibuat Nurul Izzah tentang kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu-Islam mendapat respon negatif pelbagai pihak.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga telah menyatakan rasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat Nurul Izzah tersebut. -TMI

Nurul Izzah sudah jelaskan, pemimpin Umno bagaimana?

KUALA LUMPUR: Tindakan yang dibuat oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertepatan dengan pepatah 'kembali kepada kebenaran lebih baik daripada kekal di dalam kebatilan', kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Begitupun, katanya seronok apabila lihat pemimpin Umno cuba menjadi juara pembela agama atas isu ucapan Nurul Izzah di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu.

Beliau berkata, Nurul Izzah sudah menjelaskan apa maksud kenyataan beliau selepas timbulnya polemik itu.

"Beliau menjelaskan 'sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam', kenapa Umno terus bising," ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, Nurul bukan manusia yang degil seperti pemimpin Umno, walaupun salah dan ditegur mereka tidak menarik balik kenyataan mereka.

"Persoalannya ucapan pimpinan Umno yang jelas merbahaya kepada akidah tidak pernah ditarik balik seperti kenyataan yang memperlekehkan hukum hudud," ujarnya kepada Harakahdaily.

Terbaru Tun Dr Mahathir mengatakan Malaikat juga buat salah. Begitu juga kenyataan Najib yang mengatakan sindrom qiamullail sewaktu beliau sebagai Menteri Pelajaran.

Katanya, apabila Umno cuba hendak menunjuk juara pembela agama, semua makhluk yang waras akan ketawa dan senyum sinis.

Justeru, tanya beliau layakkah Umno hendak bercakap dan berlakon sebagai pembela agama.

Semua rakyat di negara ini maklum Umno hanya memperalatkan agama untuk kepentingan politik, justeru program agama hanya sekadar lepas batuk di tangga.

Oleh itu, katanya ceramah di televisyen hanya boleh bicara bab yang tidak menyentuh Islam yang syumul di mana penceramah yang lantang akan digam.

Begitu juga, ujarnya Umno mendirikan masjid, tetapi bukan untuk memakmurkan masjid menyebabkan masjid 'mati' sebelum ahli kariah mati kerana ahli jawatankuasa masjid dilantik bukan ahli masjid.

Baginya, Umno terpaksa menunjuk juara pembela agama untuk meraih sokongan orang Islam
.



MIMPI SENJA

Posted: 09 Nov 2012 11:48 PM PST

MIMPI SENJA


Selangor pula tidak benar kamera AES dipasang

Posted: 09 Nov 2012 01:18 AM PST


Selangor tidak benar AES
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor tidak akan membenar pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri itu atas alasan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah gagal meyakinkan ia cara terbaik untuk mengatasi kemalangan lalu lintas.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, setelah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan semalam, Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk melantik penilai bebas untuk mengkaji sama ada Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira secara menyeluruh langkah-langkah sepatutnya sebelum membuat keputusan untuk menguna pakai dan memasang AES.
"Dari pembentangan tersebut, kerajaan negeri juga mendapati Kementerian Pengangkutan telah gagal mendapatkan kebenaran untuk pembinaan struktur bagi sistem AES daripada pihak berkuasa tempatan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
-sinarharian.com

EDISI SANTAI : Kamera AES yang boleh bergerak [Lawak Gila}

Posted: 09 Nov 2012 12:17 AM PST

bumiperak

Posted: 09 Nov 2012 11:09 PM PST

bumiperak


Nurul Izzah Tak Bernasib Baik Kerana Berada Dipihak Pembangkang

Posted: 09 Nov 2012 08:06 AM PST

KOTA BHARU - Sekalipun mengakui bahawa Nurul Izzah Anwar mungkin telah mengeluarkan kenyataan yang 'celaru', tetapi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mempertahankannya dan menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bernasib baik kerana berada di pihak pembangkang.

Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai pihak sengaja memburukkan dan memberi maklum balas keterlaluan ke atas Nurul Izzah seumpama bunyi bising kuat daripada 'meriam buluh dan meriam besi' walaupun anak Ketua Pembangkang itu hanya menyuarakan sedikit pandangan.

Beliau turut membandingkan kesnya sebelum ini yang didakwa 'bapa kafir' oleh seorang bekas Ketua Polis Negara tetapi tidak pula mendapat sorotan media kerana tuduhan itu mengena ke atas seorang pimpinan pembangkang.

"Kebelakangan ini bising pasal (kenyataan) Nurul Izzah, kesnya sebab apa? Sebabnya dia pembangkang, kalau dia bukan pembangkang pasti tidak mengapa.

"Bekas Ketua Polis pernah kata saya bapa kafir tetapi semua senyap belaka, sebabnya dia menuduh Nik Aziz yang merupakan pembangkang, jadi kata apa pun surat khabar senyap, radio senyap.

"Tetapi apabila Nurul Izzah buat keluar sedikit kenyataan, walaupun kenyataan dia boleh jadi celaru sungguh, tetapi geger gegok (amat riuh) lebih daripada meriam buluh, meriam besi," katanya semasa menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Siti Kasim (gambar), seorang peguam dan salah seorang penganjur Seksualiti Merdeka yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah Anwar dalam forum bertopik 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab'di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu.

Transkrip seperti dipetik portal Mkini yang agak rumit,

Nurul Izzah: Yes, umm, but the idea itself, I think, goes back. And when you ask me, there is no compulsion in religion, even Dr (Ahmad) Farouk (Musa) quoted that verse in the Quran. How can you ask me or anyone, how can anyone really say, 'Sorry, this only apply to non-Malays.' It has to apply equally… apply equally. The audience applauds.

"Dan, apabila anda tanya saya, tidak ada paksaan dalam agama, malah Dr Ahmad Farouk (Presiden Islamic IRF-Islamic Renaissance Front) memetik ayat dalam Al Quran. Bagaimanakah anda boleh bertanya saya atau sesiapa, bagaimana boleh seseorang menjawab, 'Maaf, ini (kebebasan agama) hanya dilaksanakan untuk bukan Melayu. Ia sepatutnya harus dilaksanakan secara sama rata …laksanakan untuk semua (kaum)". Hadirin bertepuk tangan.

Nurul Izzah: In the Quran, there is no specific terms for the Malays. This is how it should be done. So I am tied, of course, to the prevailing views but I would say that.
So what you want is of course in terms of quality. You believe so strongly in your faith, that even me, being schooled in Assunta with a huge cross in the hall and an active singing Catholic society will not deter you.
The bell rings and the moderator thanks the speaker. The audience applauds as Nurul Izzah leaves the hall.

"Di dalam Al-Quran, tidak ada terma yang spesifik untuk orang Melayu. Ini cara ia sepatutnya dilakukan. Jadi (walaupun) saya diikat, dengan pandangan semasa, tetapi saya harus mengatakannya. Jadi apa yang anda mahu sudah tentu dari segi kualiti. Awak percaya dengan kuat dalam kepercayaan awak, walaupun saya bersekolah di Assunta yang mempunyai salib besar di dewannya dan nyanyian persatuan Katolik yang aktif, saya tidak terpengaruh dengannya". 
(Loceng berbunyi menanda masa menjawab tamat dan moderator mengucapkan terima kasih kepada ahli panel).

Nurul Izzah sudah menjelaskan apa maksud kenyataan beliau selepas timbulnya polemik itu.
"Beliau menjelaskan 'sekiranya seseorang itu telah memeluk Islam maka dia tertakluk dengan syariat Islam dan jawapan saya menegaskan ungkapan – 'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….' – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia."
"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

"Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," kata Nurul Izzah dalam laman peribadinya, www.nurulizzah.com.

~penarik beca

Posted: 09 Nov 2012 10:34 PM PST

~penarik beca


Siapa kata Umno tak lawan yang lawan murtad?

Posted: 09 Nov 2012 06:02 AM PST

RAKYAT MARHAEN

Posted: 09 Nov 2012 10:02 PM PST

RAKYAT MARHAEN


UNHCR : Tiada aktiviti pemberian Mykad di Stadium KLFA

Posted: 09 Nov 2012 06:21 PM PST


(Antara laporan yang mendakwa aktiviti pemberian Mykad berlaku di KLFA)

KUALA LUMPUR: United Nations High Commissioner For Refugess (UNHCR) menjelaskan pihaknya kini sedang melakukan aktiviti pengumpulan maklumat pemohonan suaka yang belum berdaftar di Stadium KLFA di Cheras.

Permohonan suaka yang belum berdaftar itu terdiri daripada etnik Rohongya, Myanmar Muslim, dan Myanmar Tamil dari Myanmar.

Kenyataan ini dikeluarkan melalui laman web UNHCR pada 7 November.

Kenyataan ini menafikan dakwaan sesxetengah pihak berlaku pemberian kad pengenalan kepada warga asing di stadium berkenaan beberapa hari lepas.Read More / Baca Lagi >>

1,000 sertai demo bantah Chua Soi Lek hina hudud

Posted: 09 Nov 2012 06:19 PM PST

MARANG: Hampir 1,000 umat Islam yang selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Rusila, semalam mengadakan bantahan secara aman terhadap kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disifatkan menghina hudud serta hukum Islam.

Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali (gambar kiri) berkata Presiden MCA itu tidak mengetahui perundangan Islam tetapi bersikap kurang ajar kerana menghina hukum hudud dan Islam amnya.

Menurutnya, pemimpin MCA tersebut juga biadap kerana mempertikai agama Islam dengan mempersoalkan hudud yang telah digubal di Kelantan dan Terengganu sebagai hudud versi PAS.

"Tunjukkan contoh, di mana lemahnya (hudud), di mana kurang atau pun tempat tidak kena undang-undang hudud yang digubalkan khususnya di Terengganu dan Kelantan yang telah mengubalkan undang-undang di bawah Kanun Jenayah Syariah," ujarnya.
Read More / Baca Lagi >>

PAS sambut baik Pemuda PAS mahu isytihar harta

Posted: 09 Nov 2012 06:18 PM PST


KUALA LUMPUR: Cadangan Dewan Pemuda PAS untuk membuat pengisytiharan harta pimpinan masing-masing disambut baik oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar).

Bercakap kepada Harakahdaily, Mustafa berkata beliau mengalu-alukan keprihatinan Pemuda PAS untuk telus, terbuka dan bertanggungjawab dalam mengambil inisiatif untuk membuat pengisytiharan harta sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang disarankan Islam.

"PAS sudah mengamalkan hal ini secara dalaman yang melibatkan penjawat awam seperti menteri besar dan exco. Bagus untuk perkara ini jika dibuat secara terbuka," katanya sambil memuji keberanian Pemuda PAS mengambil langkah sedemikian untuk meningkatkan kewibawaan parti.
Read More / Baca Lagi >>

Pilihanraya kariah masjid satu usaha pendemokrasian

Posted: 09 Nov 2012 06:04 PM PST

Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata ia akan meningkatkan tahap ketelusan selaras dengan perjuangan PAS ke arah urus tadbir kerajaan yang baik.
PETALING JAYA: PAS Pulau Pinang berkata, pilihanraya jawatankuasa kariah masjid sebagai usaha pendemokrasian institusi masjid.
"Langkah mereformasi institusi masjid ini dijalankan untuk meningkatkan tahap ketelusan. Ia juga selaras dengan perjuangan PAS ke arah urus tadbir kerajaan yang baik," kata Timbalan Pesuruhjaya 1. Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang juga ahli Parlimen Parit Buntar.
Beliau turut menambah bahawa usaha pendemokrasian ini akan membendung isu-isu seperti penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.
"Sebelum ini ketua bahagian Umno menyokong pencalonan masjid dan mereka terus mendapat jawatan tersebut," kata Mujahid.
Read More / Baca Lagi >>

Saham Felda menjunam, apa tanggungjawab Najib

Posted: 09 Nov 2012 06:02 PM PST


KUALA LUMPUR: Kerajaan mestilah mengemukakan pelan tindakan untuk menangani kejatuhan saham Felda yang telah menghampiri rekod terendah, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Orang yang dilihat paling beria-ia hendak menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sebelum ini ialah (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sendiri.

"Pandangan dan bantahan yang bertentangan dengan keserakahannya hendak menyenaraikan FGVH tidak dipedulikan langsung," katanya.

Beliau meminta rakyat khususnya para peneroka beramai-ramai mendesak Najib mengambil tanggungjawab ke atas apa yang terjadi ke atas saham Felda kini.

Salahuddin juga kesal kerana kerajaan pimpinan Najib langsung tidak memperlihatkan sebarang daya usaha yang diyakini umum untuk menangani kejatuhan saham Felda itu.
Read More / Baca Lagi >>

GENAP 5 TAHUN BERSIH &TUNTUTAN RAKYAT....SPR MASIH ANGKUH

Posted: 09 Nov 2012 05:54 PM PST

Perhimpunan Bersih 2007 di Dataran Merdeka telah diadakan pada hari Sabtu, 10 November 2007 . Perhimpunan ini tidak mendapat permit Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Ia telah dianjurkan oleh pertubuhan BERSIH yang turut disertai pelbagai parti pembangkang, NGO dan pertubuhan lain. Matlamat perhimpunan ini ialah untuk menuntut pilihan raya yang adil. Perhimpunan ini disertai oleh 100, 000 orang.

Bersih menganjurkan perhimpunan ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur , Malaysia dengan sasaran 100,000 orang bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra.

Memarandum ini berkaitan dengan pendakwaan bahawa pilihan raya umum Malaysia lalu kendalian Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) tidak bersih dan menyebelahi kerajaan Barisan Nasional.

BERSIH menggunakan slogan "Gelombang Kuning". Ketika perhimpunan ini diadakan, semua peserta memakai baju berwarna kuning. Amalan ini mirip dengan Orange Revolution di Ukraine, yang juga merupakan gerakan yang menuntut keadilan pilihan raya.

Fitnah Akidah : Nik Aziz pertahan Nurul Izzah

Posted: 09 Nov 2012 05:32 PM PST


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berikutan pelbagai kecaman sesetengah pihak ekoran kenyataannya dikatakan meremehkan soal akidah atau menerima orang Islam yang memilih untuk murtad.

Abdul Aziz berkata, kenyataan Nurul Izzah menjadi perkara serius dan dibincangkan oleh pelbagai pihak memandangkan beliau merupakan anggota parti pembangkang yang sememangnya sentiasa tidak sehaluan dengan pihak lawan.

Oleh itu, menurutnya setiap perkara mahupun kenyataan yang dibuat oleh pembangkang diputar belit untuk menjadikannya buruk.
Read More / Baca Lagi >>

FACE UP to allegations, not ban non-MPs from exposing your MISDEEDS - Rafizi tells Nazri

Posted: 09 Nov 2012 05:30 PM PST

FACE UP to allegations, not ban non-MPs from exposing your MISDEEDS - Rafizi tells Nazri Following the new ruling that only members of parliament could address the media at the parliament lobby, PKR strategic director Rafizi Ramli, whose expose on minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz  – who also double as the minister in charge of parliamentary affairs – said it was an attempt to stifle him from further revealing alleged links with Michael Chia, the timber tycoon caught with RM40 million cash.
"I have already predicted that this is the next step that will be taken by Nazri using his power to bar me from making press conferences at the parliament.
"This is another conflict of interest because the press conference may be about him," Rafizi said in a statement.
Yesterday, parliament speaker Pandikar Amin Mulia claimed that "no parliament in the world" would allow non-MPs to give press conference.
He said it was "embarrassing" for him to see non-MPs speaking to the media while the parliament emblem in their background.
But Rafizi said the new ruling had further eroded credibility of the parliament.
Read More / Baca Lagi >>

Labis: Kubu kuat MCA yang mungkin terlepas dalam PRU 13

Posted: 09 Nov 2012 05:28 PM PST

Pilihan raya umum akan datang dijangka menjadi perlawanan sengit untuk membentuk kerajaan Malaysia baru. Beberapa kerusi di seluruh negara cenderung untuk menjadi pertempuran hangat oleh sebab dimenangi dengan majoriti tipis. The Malaysian Insider melihat beberapa kerusi panas ini dalam apa yang dikatakan pilihan raya sengit untuk memerintah Malaysia.

JOHOR BAHRU, 10 Nov — Labis adalah seperti pulau, jauh dari kebisingan kota, tidak ada siapa yang akan percaya bahawa kerusi parlimen ini dipegang oleh dua bintang utama MCA selama enam penggal iaitu bekas presiden Tun Dr Ling Liong Sik dan Datuk Seri Dr Chua Sio Lek yang sekarang ini memimpin MCA.
Namanya, sesetengah ahli sejarah percaya berasal dari nama "labi-labi" yang menyerupai kura-kura; bergerak perlahan dan kelihatan mengantuk.
Kebanyakan penduduk bekerja di estet getah atau ladang kelapa sawit, manakala yang lain adalah peniaga kecil, kakitangan kerajaan atau hanya singgah melalui bahagian Johor yang sibuk.
Di sini, seseorang tidak dapat mendengar kebisingan industri mahupun melihat asap putih mencemarkan langit oleh kerana kilang terdekat adalah berbatu-batu jauhnya.
Selepas 7.00 malam, bas tidak lagi melalui jalan raya di bandar ini – lagipun, jarang penumpang turun di perhentian ini.
"Labis menjadi kawasan terpencil selepas pukul 7.00 petang ... laut mati. Lebih ironi lagi ... Ling Liong Sik merupakan menteri pengangkutan ketika beliau memegang kerusi Labis," kata penduduk tempatan, S. Madhavan baru-baru ini apabila ditemui.
Read More / Baca Lagi >>

Fathul Bari akan jadi penyokog PR ??

Posted: 09 Nov 2012 05:25 PM PST

Perbahasan Twitter dengan Fathul Bari

Beberapa hari sebelum ini saya telah terlibat dalam satu perbahasan melalui Twitter yang panjang lebar dengan Fathul Bari. Ia pada mulanya berkisar mengenai kenyataan Chua Soi Lek (CSL), Presiden parti MCA berhubung perlaksanaan hudud. Kemudiannya ia telah meleret sehingga melibatkan persoalan PAS dan perjuangannya.

Perbahasan ini bermula apabila seorang tukang twit menyebut nama Fathul Bari sebagai rujukan dan saya menjawab: "Saya kenal dia. Namanya baik tetapi dia bela CSL". Oleh kerana Fathul Bari turut 'ditag' dalam twit tersebut, maka dia pun terus mencelah dan melibatkan dirinya dalam perbahasan tersebut.

Akhirnya perbahasan yang bermula melalui komen ringkas saya terhadap pendiriannya telah berpanjangan selama lebih dari 3 hari 3 malam dengan menyentuh bermacam-macam tajuk.

Bagi saya, walaupun Fathul sering menyebut beliau bersikap adil dan tidak bias dalam menilai sesuatu, hakikatnya sikapnya teramat keUMNOan. Sikap yang adil dan tidak bias dapat dikesan dan dinilai tanpa disebut berulang kali. Begitu juga sebaliknya.

Bacaan saya terhadap pendirian Fathul ialah beliau percaya pihak berkuasa perlu disokong selagimana ketuanya beragama islam. Atas dasar ini semua pendirian dihasilkan.

Jangka masa panjang sikap ini tidak akan menjadi masalah kerana selepas PRU akan datang, sekiranya PR menang, sudah pasti Fathul Bari akan menjadi penyokong tegar PR!

Tidak mungkin saya ingat kembali semua tajuk yang dibahas namun yang terpenting, mengikut ingatan saya, adalah seperti yang berikut:
Read More / Baca Lagi >>

Betulkah Teuku Adnan Teuku Mansor Hendak Letak Jawatan?

Posted: 09 Nov 2012 05:22 PM PST

Semasa di lapangan terbang Subang kelmarin dulu saya berjumpa dengan seorang ahli Umno peringkat bahagian. Kalau tidak salah inilah pertama kali saya berjumpa dengannya dan bercakap lama dengan beliau. Kelewatan kapal terbang yang hendak kami naiki memberi peluang saya mendengar ceritanya.


Adnan: Terhidu kekalahan.
Dia mengenali saya sebagai seorang penulis dan wartawan. Jadi saya kira apa yang dia ceritakan adalah jujur dan bukan mengada-ngadakan cerita. Banyak yang dicerita dalam masa lebih dua jam itu. Kapal kami lewat. Semua cerita menggambarkan Umno dalam keadaan tenat untuk mengekalkan kuasa hari ini.

Dalam banyak-banyak cerita negatif mengenai Umno itu timbullah soal Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor yang kononnya sakit dan akan melepaskan jawatan. "You tahukan Teuku Adnan sakit," tanya dia kepada saya. Saya menggeleng kepala.

"Dia sakit dan hendak letak jawatan." Katanya. Surat perletakan jawatan sudah pun diserahkan kepada Presiden, Najib Razak. Tetapi Najib tahan dulu tunggu sampai selesai perhimpunan agung Umno dua minggu lagi.

Read More / Baca Lagi >>

NO SIGHT of Petroleum Heritage Fund: What happens when Petronas oil money DRIES UP?

Posted: 09 Nov 2012 05:21 PM PST

The absence of any fund to secure Malaysia's petroleum wealth for the future generation has been described as a "serious indictment" of the government.
NO SIGHT of Petroleum Heritage Fund: What happens when Petronas oil money DRIES UP?PKR vice president Chua Jui Meng said while almost all oil producing countries have their own oil funds for their peoples' future, Malaysia still does not have such a plan despite the setting up of national oil company Petronas in 1974.
"Has there been any such oil fund set up? As far as I know there has never been a disclosure by the government of the existence of such a fund," he said in a statement to Harakahdaily, lamenting the extraordinary wealth of Barisan Nasional leaders and their families.
Chua pointed out that four decades of oil revenue amounting to "billions or even trillions of ringgit" meant that the absence of such a fund was a "tragic betrayal of the people's trust".
"There is absolutely no excuse that is acceptable to Malaysians for this tragic betrayal of the people's trust by our 'oil sheikhs ... Mahathir, Abdullah and Najib'," said Chua, referring to former prime ministers Dr Mahathir Mohamad and Abdullah Ahmad Badawi, and the incumbent Najib Razak.
Prior to this, Petronas founding chairman Tengku Razaleigh Hamzah, currently the Gua Musang member of parliament, had revealed that the giant company had planned to preserve the oil wealth for future generations through the setting up of a National Petroleum Heritage Fund, to which a percentage of oil revenue would be channelled.
Read More / Baca Lagi >>

Tee Yong Tak Layak Cabar Kerusi Bandar Tun Razak

Posted: 09 Nov 2012 04:59 PM PST


KUALA LUMPUR, 9 NOV: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani 2, Datuk Chua Tee Yong tidak layak mencabar kerusi parlimen Bandar Tun Razak kerana mempunyai rekod prestasi yang jauh ketinggalan berbanding pencapaian cemerlang Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.
Tee Yong juga gagal memastikan kementeriannya agar berjaya mengutip hutang RM250 juta dari National Feedlot Corporation (NFC) yang dikuasai keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Sharizat Jalil yang sepatutnya memulakan bayaran pada Januari lalu.
Sebaliknya, Abdul Khalid bukan sahaja memiliki rekod prestasi cemerlang sepanjang empat tahun menerajui Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, malah berjaya mengutip setiap sen dari hutang RM392 Juta Talam Corporation yang ditinggalkan Kerajaan BN sebelumnya.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar : Merdeka Rakyat Seberang Takir Kuala Terengganu

Posted: 09 Nov 2012 03:22 PM PST

Kenapa perlu pikulkan beban dosa BN kepada Pakatan?

Posted: 09 Nov 2012 11:26 AM PST

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Himpunan Kebangkitan Rakyat, 3 November, di Seremban Jaya membawa mesej jelas; momentum tsunami perubahan kini berada di jajaran yang cukup melegakan. Hujan lebat langsung tidak menjejaskan penyertaan proaktif penduduk Negeri Sembilan dan masyarakat sekitar, seterusnya menunjukkan sokongan padu kepada kempen "Ubah Sekarang, Bersihkan Malaysia"


Hampir 30,000 menjadi saksi kesepaduan tiga parti -- PAS, KeADILan dan DAP -- untuk menggembleng hasrat dan aspirasi rakyat, bagi melakukan perubahan besar dan cukup bererti dalam PRU13 nanti. Keserasian yang dibina secara formal sejak 1998, walaupun pada satu ketika ada pasang surutnya, ternyata kini sukar untuk dirobek. Dan himpunan itu seperti mahu menzahirkan, bahawa apa pun rintangan menghalang, ia tidak seharusnya membantut usaha lebih murni, bagi menyelamatkan  tanahair tercinta daripada mangsa kerakusan pemimpin BN.
Ketua Pemuda DAP, yang juga Ketua Pembangkang di Dun Negeri Sembilan, Anthony Loke, dalam pidatonya pada majlis berkenaan, yang disorak tepukan bergemuruh, mengungkapkan: "Jika agama Buddha dihina, saya yakin pemimpin PAS akan mempertahankannya. Kalau agama Hindu dan Kristian dihina, saya yakin KeADILan akan mempertahankan. Kalau agama Islam dihina, DAP akan mempertahankannya."
Saya kira angan-angan pemimpin Umno untuk mengadu-domba pemimpin PAS dan DAP, seterusnya menimbulkan rasa curiga, apatah lagi menyemai bibit sengketa, di kalangan penyokong kedua-dua parti, semakin berderai dengan komitmen bersama yang ditunjukkan pada malam Ahad itu. Bukan sahaja terjalin persefahaman yang baik di kalangan pemimpin atasan, malahan kerjasama padu di peringkat akar umbi.
Di kala majoriti masyarakat bertambah yakin dengan keupayaan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan persekutuan, masih timbul kecelaruan pemikiran dan usaha terancang memomokkan bahawa kepentingan Melayu akan terabai di bawah kerajaan baru nanti, manakala kebejatan pemerintah akan disalin-ganti oleh penguasa yang baru. Dakwa kelompok ini, apa guna kerajaan bertukar jika reformasi menyeluruh gagal dilaksanakan.
Read More / Baca Lagi >>

Majlis Badan Bertindak NGO Pro UMNO bantah kehadiran Anwar

Posted: 09 Nov 2012 09:24 AM PST


Majlis Badan Bertindak NGO bantah kehadiran Anwar
Ahli Majlis Badan Bertindak NGO Kemaman berkumpul sambil memegang sepanduk dan melaungkan protes terhadap kedatangan Anwar ke Kemaman semalam.
 
KEMAMAN – Majlis Badan Bertindak NGO Kemaman berkumpul secara aman dan membuat laporan polis sebagai membantah kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kemaman sempena Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat PKR, semalam.
Sebanyak 18 laporan polis dibuat oleh 10 NGO di Balai Polis Kerteh dekat sini, kira-kira jam 11 pagi yang menyaksikan ahli turut membawa sepanduk tertera pelbagai kata-kata tentangan sebagai tanda protes kehadiran Anwar.
NGO telibat membabitkan Perkasa Kemaman, Persatuan Kontraktor Kemaman, Belia 4B Pekan Kerteh, Belia Seri Chengal, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dun Kemasik, Persatuan Silat, Persatuan Anak Muda Dun Kemasik, Persatuan Kebangsaan Bekas Perisikan Malaysia, Penyelaras JKKK Dun Kemasik dan Pemuda Umno Kemaman.
Pengerusi majlis badan bertindaknya, Mustafa Ab Rahman berkata, pihaknya menentang kedatangan Anwar ke Kemaman sebab dilihat ia akan timbulkan bibit perpecahan dalam masyarakat di daerah ini.
Read More / Baca Lagi >>

Sambutan 'Sepi' Rakyat Terengganu Terhadap Anwar Ibrahim..

Posted: 09 Nov 2012 09:20 AM PST



Di Syahbandar, Kuala Terengganu jam 5 petang. Panas terik tapi rakyat berduyun-duyun datang menyambut bakal PM.
Walaupun berlaku provokasi dari pencacai Umno di Kerteh, Terengganu tapi rakyat tetap turun untuk mendengar amanat Anwar Ibrahim..





Kat atas ni gambar pencacai-pencacai Umno buat kacau di Kerteh, Terengganu..

Anwar: Titik permulaan untuk Nurul Izzah

Posted: 09 Nov 2012 09:18 AM PST

KEMAMAN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kontroversi panas yang mendakwa anaknya, Nurul Izzah Anwar, yang juga Naib Presiden PKR, berhubung isu kebebasan memilih agama, sebagai titik permulaan kepada anaknya itu untuk belajar mengharungi dunia politik sebenar.
Beliau berkata, dunia politik sebenar bukan mudah dan pelbagai cabaran perlu ditempuhi serta memerlukan kekuatan.
"Nurul Izzah difitnah dan diserang demi kepentingan politik. Pelbagai kecaman yang dia terima termasuk ada yang mahu dia ditangkap tanpa perkara itu disiasat terlebih dahulu," katanya ketika menyampaikan ceramah pada program sembang rakyat sempena Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat yang singgah di Pekan Kerteh, dekat sini, petang ini.
Read More / Baca Lagi >>

500 Hadir Himpunan Rakyat Bantah AES

Posted: 09 Nov 2012 04:18 AM PST


MANJUNG, 9 NOV : NGO 'Bantah AES' mendesak Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha untuk membatalkan perlaksanaan Sistem Penguatkuasaaan Automatik (AES) dalam tempoh seminggu.
Koordinator Bersama, Bantah AES, Saifullah Zulkifli menegaskan, sebarang usaha untuk menangani masalah kemalangan adalah disokong.
Akan tetapi pelaksanaan AES adalah meragukan dan membebankan rakyat.
"Pihak Bantah AES dengan ini memberi tempoh seminggu kepada Datuk Seri Kong Cho Ha untuk membatalkan pelaksanaan AES dan memberi respon terhadap bantahan ini.
"Jika berlaku sebaliknya, satu lagi perhimpunan 'BANTAH AES' bersama pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan diadakan ke Parlimen," katanya dlam satu kenyataan media.
Beliau berkata demikian selepas Himpunan Rakyat Bantah AES yang dihadiri 500 orang penyokong di Sitiawan, Perak hari ini.
Mereka mula berkumpul di Masjid An-Nasyirah, Sitiawan selepas solat Jumaat dan kemudiannya berarak ke pejabat Cho Ha yang juga Ahli Parlimen Lumut.
Read More / Baca Lagi >>

ABCD Memacu Kemajuan Desa - Iklan

Posted: 09 Nov 2012 04:11 AM PST

Cops revisit Malaysiakini, leave with writer's email

Posted: 09 Nov 2012 04:10 AM PST

Rafizi Ramli bongkar Nazri dan Anak

Posted: 09 Nov 2012 04:09 AM PST

Muktamar : Muslimat diingat tidak bangkitkan isu remeh

Posted: 09 Nov 2012 04:05 AM PST


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf mengingatkan para perwakilan tidak membangkit isu-isu remeh temeh di muktamar sebaliknya memberi fokus kepada peranan muslimat dalam merealisasikan Negara Berkebajikan.

Ianya, jelas Zailah bersesuaian dengan tema Muslimat PAS ke-52 iaitu Muslimat / Wanita Prihatin Kebajikan Terlaksana.

"Kita tidak mahu di dalam perbahasan nanti ada perkara negatif di kalangan kita diperbesar-besarkan. Tidak mahu perkara kecil dan remeh-temeh dibincangkan di sana," katanya ketika dihubungi.

Sebaliknya, beliau berharap perwakilan dapat memberi ide dan cadangan yang bernas untuk memperkukuhkan gerak kerja parti yang sedia ada pada hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Scorpene : Desak Hishammuddin jamin tiada sekatan peguam Perancis masuk M’sia

Posted: 09 Nov 2012 04:04 AM PST

KUALA LUMPUR 9 November: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein diingatkan supaya tidak menyekat kemasukan dua peguam Perancis – William Bourdon dan Joseph Breham yang mewakili Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene bulan ini.
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel menjangkakan Hishammuddin akan memberi jawapan berhubung perkara itu Selasa depan, selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menghantar surat rasmi memohon jaminan beliau Rabu lalu.
"Ketika peguam memohon visa, mereka diberitahu ia tidak perlu…jadi kita nak tunggu jaminan Hishammuddin terlebih dahulu sebelum (mereka datang)," jelas Cynthia ketika dihubungi.
Surat yang ditandatangani Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu turut disertakan bersama surat pengesahan kehadiran oleh Bourdon.
Pada Julai 2011, Bourdon dihantar pulang oleh pihak berkuasa selepas berucap pada majlis di Pulau Pinang.
Read More / Baca Lagi >>

Muktamar paling penting sebelum PRU13

Posted: 09 Nov 2012 04:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-53 merupakan muktamar terpenting bagi badan itu memandangkan ia yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13.

Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, berkata muktamar yang bertemakan 'Mencorak Masa Depan' itu diharap menjadi pembangkit semangat dalam mempersiapkan jentera Pemuda bagi  menghadapi pilihan raya umum.

Khairul Faizi berkata lantaran hasrat tersebut, buku laporan dan teks ucaptama Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan akan dihantar dua minggu lebih awal dari tarikh muktamar dewan itu dijadualkan.

"Lantaran bagi memastikan ia memfokuskan kepada pilihan raya, maka buku laporan dan ucaptama Ketua Pemuda, kita hantar awal kepada perwakilan supaya memastikan mereka benar-benar bersedia dan memahami, sekaligus dapat berbahas dengan lebih dinamik," kata beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Generasi Pewaris Khilafah

Posted: 09 Nov 2012 09:28 PM PST

Generasi Pewaris Khilafah


Kerana Pulut Santan Binasa.. Kerana Mulut ...

Posted: 09 Nov 2012 08:16 AM PST

Assalamualaikum .. 

 Lama rasanya tak mencoretkan sesuatu dalam blog yang rasanya dah lama takku sentuh. Al-maklumlah banyak aktiviti dan tugasan yang perlu diselesaikan dan perlu dilunaskan.

Dah berkurun juga rasanya tak sentuh blognie disebabkan tugasan yang tak pernah putus-putus dan insya Allah selepas ini blog ini akan mula beroperasi sepertimana biasa dan mungkin lepas ini lebih berbisa daripada yang biasa. 

Bukan nak dabik dada atau riak atau sebagainya tapi dah jadi trend zaman sekarang nie ramai yang suka buat luahan perasaan kat dalam blog dan muka buku atau sebagainya.

 Ada juga yang menjadikan blog sebagai platform untuk berniaga. Baguslah tu ade inisiatif tersendiri untuk memajukan diri tapi ada juga yang mengambil kesempatan kat blog untuk melontarkan pandangan yang bernas untuk berkongsi pandangan. 

Bagus juga tue selain dapat bertukar pandangan dan pendapat boleh juga mendapatkan idea-idea yang baru untuk menyelesaikan masalah. Tapi ade juga yang ambil kesempatan untuk buat perkara-perkara yang tak sepatutnya bak kata orang nogori tak menonggah den nengok. Mana tidaknya kesempatan yang ada digunakan sebaiknya untuk mencaci maki orang lain.

Pada abang lah, kalau rasa tak puas hati dengan seseorang cara yang paling baik ialah jumpa dan berikan pandangan dan nasihat yang baik sebab dalam islam dah diajarkan bahawa agama itu adalah nasihat buat orang mukmin secara keseluruhan. Tapi betullah kata orang -orang tua, kerana pulut santan binasa dek kerana mulut badan binasa. Itulah yang menyebabkan berlakunya permusuhan sesama muslim atas alasan tidak dapat menerima pandangan orang lain. 

Nabi dah bagi tunjuk ajar dah pada kita bagaimana cara untuk selesaikan masalah iaitu berbincang dengan cara yang baik. Kalau kata kita tak nak ikut Nabi dan tak nak amalkan apa yang Nabi dah ajarkan pada kita, fine tak payah lah sibuk-sibuk nak mengaku yang kita ini ummat nabi. Buat apa nak mengaku ummat kalau apa yang Nabi ajar kita tak nak buat dan tak nak ikut. 

 So, for our conclution is, kalau nak mengata orang lain tu kita kena fikir adakah apa yang kita buat dah cukup betul atau kalau kita salah, bersediakah kita untuk dibimbing dan diperbetulkan ? Tepuk Dada Tanya Iman .. Wassalam

dollah yankee

Posted: 09 Nov 2012 09:27 PM PST

dollah yankee


Siapa yang nak kena jual?Saham felda atau warga felda?

Posted: 09 Nov 2012 03:24 AM PST

dollah yankee -
Di hari jumaat yang mulia ini penghulu segala hari, gurkah-gurkah politik di'port' nak bagi sikit nasihat kepada warga-warga felda supaya... "Warga-warga Felda sekalian jangan marah haaa, sebab kalau anda semua marah anda semua akan jadi macam dalam filem P.Ramlee 3 Abdul...ANDA SEMUA AKAN KENA JUAL olih umno!" Kah..Kah..Kah..



SAHAM FELDA MEROSOT,MENGHAMPIRI REKOD 

TERENDAH- malaysian insider

Saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), tawaran awal awam (IPO) kedua terbesar di dunia tahun ini, telah merosot dalam minggu lepas atas keraguan terhadap pendapatan lemah syarikat perladangan tersebut.

Saham gergasi perladangan itu, yang sepatutnya menjadi durian runtuh kewangan kepada peneroka Felda, diniagakan serendah RM4.59 semalam, sedikit lagi menghampiri rekod terendah RM4.57 yang dicatatkan pada 11 September.

FGVH ditutup pada RM4.63, tujuh sen lebih rendah berbanding pada 1 November dan hanya lapan sen di atas harga IPO.

Ramai peneroka mengambil pinjaman untuk membeli saham FGVH dan trend umum penurunan harga saham sejak penyenaraiannya pada 28 Jun apabila ia mencecah rekod tinggi RM5.46, boleh menjadi punca ketidakpuashatian.

Kerajaan bagaimanapun melangkah masuk untuk membantu peneroka apabila mendapat peruntukan RM361 juta dari Felda, pihak berkuasa pembangunan tanah kerajaan, pada bulan Ogos untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka.

Peruntukan ini akan membebaskan peneroka dari perlu membayar lima peratus faedah bank setahun ke atas pinjaman yang diambil untuk membeli saham; peneroka sebaliknya akan membayar balik Felda kira-kira RM50 setiap bulan tanpa faedah, selama lima tahun.

Prestasi mengecewakan FGVH juga boleh menyebabkan gangguan sepanjang rentetan penyenaraian mega baru yang menolak Kuala Lumpur mendahului Hong Kong sebagai hab IPO utama di rantau ini.