Khamis, 18 September 2014

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 18 Sep 2014 11:40 AM PDT

PEJUANG BANGSA


TERKINI ! ISTANA SELANGOR BERANG PENIPUAN ANWAR ISU HANTAR 1 NAMA MB SELANGOR

Posted: 18 Sep 2014 12:31 AM PDT






Istana Selangor memberi amaran kepada ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak membuat kenyataan yang mengelirukan masyarakat atau menjejaskan imej Sultan Selangor dalam isu calon menteri besar baru negeri itu.

Setiausaha sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani merujuk kepada kenyataan Anwar bahawa tindakan mengemukakan hanya satu nama calon menteri besar adalah satu amalan lazim yang sejak kemerdekaan.

Dalam kenyataannya, Mohamad Munir menjelaskan bahawa pemimpin parti Pakatan Rakyat diminta mengemukakan empat nama calon MB selepas pilihan raya umum 2013.

Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat tetap mengesyorkan hanya satu nama – Tan Sri Khalid Ibrahim – untuk dilantik semula sebagai menteri besar.

"Di samping itu, baginda juga ada menerima penamaan calon lain bagi jawatan menteri besar Selangor.

"Oleh yang demikian, sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai fakta yang tepat, beliau dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan imej Sultan Selangor," kata Mohamad Munir.

MENGAPA PEMIMPIN DAP EMOSI BILA " WHITE HOUSE " MEREKA JADI PERHATIAN RAKYAT ??

Posted: 17 Sep 2014 10:00 PM PDT




Bagi yang sedar sehari dua ini kecoh di dalam blog, facebook, twitter dan FB cerita pasal rumah baru Pengerusi DAP Perak Nga kor Ming. Banglo putih itu dinamakan 'white house' oleh warga dunia maya atau netizen.
Ramai yang kagum dengan seni bina rumah ini, ada yang kaya ia lambang 'gaya, mutu, keunggulan...'.
Yang pasti rumah yang dalam gambar benar milik Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming bukannya berita palsu atau fitnah ataupun rekaan.
Biasanya pencacai lebih-lebih lagi Melayunya, sejak mereka bersekutu dengan DAP dalam Pakatan Rakyat begitu tegar mempertahankan puak mereka.
Konon tokoh DAP itu difitnah. Sedangkan rumah jauh lebih besar banyak milik tokoh UMNO. Begitulah pencacai ini menegak benang basah.
Sebenarnya bukan rumah siapa lebih besar atau kecil yang menjadi pokok persoalan. Soalnya di sini apakah gambar ini sebenarnya benar rumah Kor Ming atau tidak?
Kerana bagi rakyat Malaysia, sejak 1970an lagi, percaya para pemimpin DAP hidup ala kadar kerana berjuang untuk rakyat. Lagipun mereka kalau setakat jadi ahli parlimen atau ADUN, gaji hanya cukup bayar sewa pejabat, sewa kediaman dan juga lepaslah membeli rokok.
DAP menjaja mereka pejuang rakyat. Mereka tidak macam MCA yang berlumba-lumba mengumpul kekayaan.
Mereka mereka mendakwa mereka tak mampu membeli apa tah lagi memiliki sebuah banglo yang dapat disaksikan dari setiap penjuru alam.
Janganlah emosi sangat jika sesiapa saja kediaman mereka khusus tokoh pembangkang yang mana rumah, kereta atau kediaman mereka disiarkan dalam laman sesawang.
Rakyatpun nak tahu juga hal sebenar. Benarkah mereka "sosialis" serta hidup kais pagi makan pagi seperti diwar-warkan.
Kerana selama ini mereka fikir semua pemimpin pembangkang hidup kais pagi makan pagi. Rupa-rupanya,dalam kes KorMing, tidak sama sekali.
Justeru apa yang berlaku sejak tersiar gambar rumah (dan kereta) miliknya, Kor Ming sangat kecewa dan marah.
Hairan jua peguam muda itu masih bercakap pasal privacy sedangkan dia merupakan tokoh penting DAP di Perak. Kalaulah wakil Cina boleh jadi MB Perak maka jika DAP menang dalam pilihanraya di negeri ini, sebagai pengerusi negeri dialah calon paling layak. Dan releven.
Mungkin ramai ahli DAP tak pernah lihat rumahnya dari dekat tentu terkejut kerana rumah tokoh yang mereka kagumi itu besar dan mewah.
Bagi MCA pula mereka boleh berlapang dada kerana selama ini MCA dituduh parti tokei dikalangan masyarakat Cina. Konon pemimpin Cina MCA kaya raya berbanding pemimpin DAP yang serba sederhana.
Kita tidak fikir tujuan media sosial menghebah gambar ini ada niat jahat seperti didakwa kerana gambar rumah atau kereta yang tersiar adalah perkara biasa.
Berapakali gambar kereta PM, TPM disiar media.?
Berapa kali gambar kereta milik tokoh korporat, bukan politikus menjadi bahan siaran media.?
Malah kalau gambar Ananda Krishnan turun dari teksi dapat dirakam ia pasti menjadi bahan berita di halaman depan akhbar berbahasa tamil atau inggeris.
Pernahkah dia atau pencacainya terfikir dalam politik macam-macam dibuat DAP sehingga menjejas imej dan privacy pemimpin BN. Ini tak termasuk dia menggelar MB Perak "hitam metalik."
Berbanding dengan Kor Ming, tokoh UMNO Perak khususnya tidak diambil tindakan mahkamah. Sebaliknya Kor Ming mengugut untuk ambil tindakan mahkamah kepada pihak yang mengambil gambar dan memuatkan ke dalam laman sesawang.
Ini memberi gambaran seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan. Ketika menjawab soalan wartawan Sinar Harian, Kor Ming mendakwa ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan gambar itu untuk menyerang peribadinya.
Katanya Sabtu lalu, terdapat individu yang mengambil gambar rumahnya di Bandar Baru Tambun.
"Saya tahu individu berkenaan dan hantar gambar kepada pihak-pihak tertentu untuk cemar nama baik saya. Tindakan ini sudah melanggar undang-undang dan ganggu privasi saya. Malah gambar ahli keluarga saya turut didedahkan. Perbuatan ini meletakkan keluarga saya dalam bahaya."
Kor Ming berazam tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap individu dan pihak-pihak yang melakukan perbuatan sedemikian.
Kor Ming bagaimanapun mengakui rumah berkenaan baharu saja diduduk dua minggu lalu.
"Kenapa mahu jadi isu. Saya tak boleh beli rumah ke? Bukannya saya beli cash (tunai). Saya pinjam bank dengan bayaran bulanan untuk tempoh selama 20 tahun.
"Sebagai bekas peguam senior dan wakil rakyat, takkan saya tak mampu nak beli rumah. Lagipun bukan harganya sehingga RM10 juta," katanya.-17/9/2014

MP DAP KUCHING KAITKAN LAGU NEGARAKU DENGAN KOMUNIS PERLU DIKENAKAN TINDAKAN !!

Posted: 17 Sep 2014 09:00 PM PDT




Mengaitkan tindakan memainkan lagu Negaraku di panggung wayang dengan era komunis adalah perbuatan keterlaluan dan tidak bertanggungjawab kerana menghormati lagu kebangsaan merupakan asas seorang warganegara.
    
Pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim berkata setiap warganegara seharusnya mempunyai 'pertalian' dengan Negaraku, dan mereka yang mempertikaikan langkah memainkan lagu itu dalam sesuatu acara seharusnya dikenakan tindakan.
    
"Apa yang dimaksudkan dengan komunis? Mereka yang mengaitkan Negaraku dengan komunis hanya pandai temberang, tidak banyak pengetahuan tetapi mahu berkata-kata," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
    
Kay Kim juga kesal kerana semangat menghormati lagu kebangsaan lebih menebal di dalam diri masyarakat di luar negara, berbanding rakyat Malaysia.
    
"Jika dikatakan itu (memainkan Negaraku di panggung wayang) sebagai komunis, adakah rakyat lain yang menunjukkan sikap kenegaraan tinggi semasa lagu kebangsaan mereka dimainkan juga komunis?," soalnya.
    
Semalam, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen dari DAP dikecam kerana mempersoalkan lagu Negaraku dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya.
    
Status Chieng Jen, antara lain, menyebut "Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are a patriot?"
    
Selepas mendapat komen reaksi negatif daripada pengguna laman sosial, Chieng Jen kemudiannya memohon maaf dan memadamkan status berkenaan.
    
Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah Universiti Malaya Dr Mardiana Nordin pula berkata individu tidak seharusnya melihat 'keperluan untuk berdiri menghormati Negaraku sebagai satu bentuk paksaan yang keterlaluan', apatah lagi ia tidak mengambil masa yang lama.
    
"Sepatutnya individu yang tidak menghormati lagu kebangsaan berasa malu pada diri sendiri kerana Negaraku apabila dimainkan di negara luar pada kejohanan sukan misalnya, mereka (orang luar) akan berdiri walaupun tidak memahami maksudnya," katanya.

Menghormati lagu kebangsaan juga merupakan satu cara untuk menzahirkan sikap patriotik dan cintakan negara dalam diri, berbeza daripada cara generasi terdahulu yang sanggup menggadai nyawa mendapatkan kemerdekaan, tambahnya.
    
Bagi Anggota Jawatankuasa Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan Majlis Profesor Negara, Prof Dr Othman Lebar berpendapat perbuatan tidak menghormati lagu kebangsaan berpunca kerana sifat 'mengambil mudah' dengan kemakmuran negara.
    
Beliau yang berpeluang mengalami pengalaman berdiri di dalam panggung wayang baru-baru ini, juga kesal kerana terdapat segelintir masyarakat khususnya generasi Y yang tidak memandang serius keperluan menghormati lagu kebangsaan.
    
"Mereka yang melihat perlu menegur individu itu (tidak berdiri), namun disebabkan nilai masyarakat yang semakin berkurangan menyebabkan mereka hanya memandang, kerana bimbang dianggap mencampuri urusan orang," katanya.
    
Sementara di Kuching, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Sarawak, Abdullah Saidol melahirkan perasaan meluat dengan status Facebook Chieng Jen dan komen terhadap lagu kebangsaan itu tidak akan dilupakan walaupun Ahli Parlimen DAP itu sudah memohon maaf.
    
"Banyak orang telah membaca komen beliau (Chieng Jen) dan beliau sepatutnya malu dengan diri sendiri," kata Abdullah, menambah inisiatif untuk memainkan lagu itu di dalam panggung wayang untuk menimbulkan kesedaran pentingnya sambutan bulan kemerdekaan di Malaysia.  
    
TGV Cinemas Sdn Bhd (TGV) dan Golden Screen Cinemas (GSC) pula memberitahu mereka tidak menerima aduan daripada penonton yang terganggu kerana perlu berdiri sebelum tayangan filem bermula.
    
Lagu Negaraku berkumandang di 70 pawangan seluruh negara bermula 28 Ogos lalu sehingga 16 September di GSC, manakala di TGV bermula juga 28 Ogos dan berakhir semalam.
    
Langkah ini hasil cadangan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
    
Pengurus Kanan Pemasaran TGV Celeste Koay berkata mereka bangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam memupuk semangat patriotisme dalam rakyat Malaysia.
    
"Kami berbangga apabila pelanggan kami, tidak mengira bangsa dan agama berdiri semasa Negaraku dimainkan," katanya dan turut berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang memberikan kerjasama.
    
Sementara itu, jurucakap GSC pula memberitahu mereka bersedia untuk terus memainkan lagu Negaraku jika diminta untuk berbuat demikian. - Bernama

PERWAKILAN PEMUDA PAS BERI PERINGATAN AHLI JANGAN TERLALU MEMUJA ANWAR

Posted: 17 Sep 2014 08:16 PM PDT




Sesetengah pemimpin dan ahli Pas diingatkan agar tidak terlalu kagum dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengetepikan pucuk kepimpinan parti sendiri dan dasar perjuangan Islamnya.

Perwakilan Pemuda Pas Kelantan, Norariza Mohd. Alawi berkata, pemimpin Pas mempunyai penga-laman lebih hebat ketika melawan musuh politik mereka berbanding Ketua Pembangkang itu.

"Bagi yang terlalu kagum dengan Anwar, Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat 31 tahun lebih awal menentang Barisan Nasional (BN) berban-ding Anwar.

"(Presiden Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula 20 tahun lebih lama berban-ding Anwar. Kelantan ingin mene-gaskan bahawa kami sentiasa bersama kepimpinan ulama,'' katanya ketika membahas ucaptama Ketua Pemuda Pas pada muktamar tahunan sayap parti itu di sini hari ini.

Menurut Norariza, Abdul Hadi juga cukup mengenali perangai Anwar dan keputusan Presiden Pas itu berhubung kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor adalah manifestasi kepada kekecewaan terhadap kepimpinan Anwar yang meminggirkan rakan komponen pakatan pembangkang.

"Tuan Guru (Abdul Hadi) kenal Anwar lebih daripada kita dan beliau sudah kecil hati dengan beberapa tindakan Anwar ini.

"Beliau kecil hati dengan Anwar kerana mengumumkan beberapa perkara tidak mendapat persetujuan konsensus pakatan pembangkang. Pengumuman Baru Bian sebagai calon Ketua Menteri Sarawak dan Langkah Kajang misalnya tidak mendapat persetujuan konsensus pakatan pembangkang," katanya.



IPOHMALAY

Posted: 18 Sep 2014 09:27 AM PDT

IPOHMALAY


Indonesia bakal laksana rasionalisasi subsidi

Posted: 18 Sep 2014 08:01 AM PDT

Jokowi mengatakan, dia tidak menggunakan istilah menaikkan harga BBM subsidi, namun mengalihkan anggaran subsidi.



Kamis, 18/09/2014 20:09 WIB

Jokowi: Saya Ganti Istilah Harga BBM Naik Biar OrangNggak Takut

Rista Rama Dhany - detikFinance

Jakarta - Kalangan pengusaha lewat Asosiasi Pengusaha Indonesia (Apindo) meminta pemerintahan baru Joko Widodo (Jokowi)-Jusuf Kalla (JK) menaikkan harga BBM subsidi. Apa kata Jokowi?

Di depan ratusan pengusaha anggota Apindo yang hadir, Jokowi mengatakan, dia tidak menggunakan istilah menaikkan harga BBM subsidi, namun mengalihkan anggaran subsidi.

"Mengalihkan, kita tidak pernah bicara menaikkan. (Mengalihkan) subsidi BBM ke sektor produktif, infrastruktur. Jadi bukan menaikkan, meskipun nanti harganya naik, tapi istilahnya biar orang nggak pada takut," tutur Jokowi dalam acara Roadmap Perekonomian Apindo di Hotel Four Seasons, Jakarta, Kamis (19/9/2014).

Jokowi mengatakan, saat ini anggaran pemerintah sangat mepet sisanya, sehingga ruang fiskal hampir tidak ada untuk membangun infrastruktur.

Ada anggaran subsidi Rp 443 trilun yang dialokasikan tahun depan. Belum lagi anggaran wajib yang harus disediakan, seperti untuk bayar utang, anggaran pendidikan minimal 20% dari total belanja APBN, serta anggaran gaji pegawai negeri.

"Jadi ruangnya sempit sekali," jelas Jokowi.

Karena itu, pengalihan subsidi BBM harus dilakukan, agar bisa dialihkan ke sektor-sektor yang produktif.

"Alihkan subsidi BBM ke irigasi, benih, pupuk untuk petani, mesin kapal dan solar untuk nelayan, infrastruktur yang mendukung kita produksi," jelas Jokowi yang didampingi JK.

Dd i n b u n g a

Posted: 18 Sep 2014 07:04 AM PDT

Dd i n b u n g a


SEKITAR MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN TAMBUN

Posted: 17 Sep 2014 07:12 PM PDT

YB DS AHMAD HUSNI MEMBERI UCAPAN ALU ALUAN

UMNO BAHAGIAN TAMBUN TELAH MENGADAKAN MESYUARAT PERWAKILAN NYA PADA 14 SEPTEMBER 2014 DI DEWAN KOLEJ SAINS BERSEKUTU TG RAMBUTAN DI HADIRI OLEH 1500 PERWAKILAN DAN PEMERHATI.

POSSING KETUA UMNO BAHAGIAN TAMBUN

USUL PERPADUAN DITEKAN TERMASUK MENYENTUH MENGENAI KEHARMONIAN DAN KESATUAN ANTARA KAUM MENJADIKAN NEGARA MALAYSIA BERKUASA DI ASEAN, ASIA DAN GLOBAL,

 MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN MELAYU DAN BUMIPUTRA DENGAN MENINGKATKAN SOSIO EKONOMI, ILMU PENDIDIKAN, HUBUNGAN ANTARABANGSA, PEMERKASAAN SOSIAL MEDIA, PERANCANGAN STRATEGIK DAN NILAI TINGGI DALAM HUBUNGAN, BANTUAN KEPADA RAKYAT PELBAGAI KAUM, PRINSIP "SINGLE COMMAND" DENGAN MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA KEPIMPINAN YAB DS NAJIB TUN RAZAK SELAKU PRESIDEN UMNO DAN YB DS AHMAD HUSNI HANADZLAH SELAKU KETUA UMNO BAHAGIAN TAMBUN.

YB DS AHMAD HUSNI, YB DATUK AMINUDDIN DAN SDR AZIZOL KAMA MENGIRINGI PERASMI DATO SOHAIMI SHAHDAN, MKT

DARI KIRI, TN HJ SAFRI ABU, KETUA PEMUDA SEMPORNA, EN. ADINAN DIN, HJ NASIR ISMAIL DAN SDR SUHAIMI DIN.

MENGSASARKAN KEMENANGAN 2/3 DI PARLIMEN PADA PRU 14 DAN MENYIAPKAN DIRI MENGHADAPI PRU 14 DENGAN SASARAN 15,000 MAJORITI DI PARLIMEN TAMBUN.

PERWAKILAN DAN PEMERHATI

DARI KIRI, SDR. IQBAL, SDR. NOREE DAN SDR. ZABIDI

USAHA MEMPERKASAKAN KAUM MELAYU DAN BUMIPUTERA DI BERI KEUTAMAAN DALAM PERANCANGAN KERAJAAN PUSAT, NEGERI, KEMENTERIAN, GLC, SEDC DAN YAYASAN DENGAN TIDAK LUPA MENAIKTARAFKAN HIDUP GOLONGAN MISKIN ANTARANYA PEMILIKAN ASET TANAH, PERUMAHAN DAN RUMAH KEDAI DAN BANGUNAN KOMERSIAL, MEMODERSASIKAN KAWASAN LUAR BANDAR KERANA SEBAHAGIAN BESARNYA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH TINGGAL DI LUAR BANDAR.

PEMERHATI DARI CAWANGAN TAMAN PERPADUAN

AGENDA PEMBANGUNAN USAHAWAN MELAYU BUMIPUTERA MESTI DILAKSANAKAN SECARA EFEKTIF, EFISYEN DAN BERORENTASIKAN PENGHASILAN (RESULT BASED) MENETAPKAN TEMPOH WAKTU. SATU BLUEPRINT STARTEGIK HENDAKLAH DISEDIAKAN MEMBARISKAN SASARAN USAHAWAN BERWIBAWA DILAHIRKAN MELIBATKAN PUSAT, NEGERI AGENSI, GLC DAN YAYASAN DIBERI SASARAN DAN INDEKS PRESTASI UTAMA DAN DIPANTAU SECARA BERKALA.

PEKELILING UMNO BAHAGIAN TAMBUN

PEKERJA SWASTA MELAYU BUMIPUTERA HENDAKLAH DIBERI LATIHAN KEMAHIRAN BAGI MENINGKATKAN GAJI PEKERJA SEKTOR SWASTA.

KEMENTERIAN PELAJARAN HENDAKLAH MENYEDIAKAN DATA SASARAN PENCAPAIAN PELAJAR SEKOLAH DAN IPTA.

NYANYIAN LAGU BERSATU, BERSETIA BERKHIDMAT

JABATAN STATISTIK HENDAKLAH MENYEDIAKAN DATA TARAF PENDAPATAN MELAYU BUMIPUTERA MENGIKUT LOKASI, SEKTOR, BANDAR DAN LUAR BANDAR SERTA JENIS BIDANG YANG DICEBURI.

PEMBENTANG USUL CLR. MAZLAN ABD RAHMAN, KETUA PENERANGAN UMNO BAHAGIAN TAMBUN

KAUM CINA DAN INDIA YANG KETINGGALAN DALAM ARUS PERDANA HENDAKLAH JUGA DIBERI PERHATIAN SUPAYA GOLONGAN INI TERKELUAR DARI DAERAH KEMISKINAN.

PERASMI MENYAMPAIKAN UCAPAN



                                                            KETUA BAHAGIAN, TIMBALAN KETUA BAHAGIAN DAN NAIB KETUA BAHAGIAN MEMBUAT PENGGULUNGAN DI UCAPAN PENANGGUHAN



DARI KIRI KETUA WANITA MANJOI, KETUA WANITA KDAS 3, KETUA WANITA MANJOI BARU TAMBAHAN, BELAKANG, KETUA WANITA KDAS 2 HUJUNG DAN KETUA CAWANGAN KDAS 1

PUTERI BAHAGIAN TAMBUN YANG COMEL-COMEL


PENGULUNGAN OLEH YB DS AHMAD HUSNI KETUA UMNO BAHAGIAN TAMBUN

APABILA PEMERKASAAN MELAYU BUMIPUTERAMENCAPAI HASIL DAN KAUM - KAUM CINA DAN INDIA SAMA - SAMA DUDUK DI ARUS PERDANA, MAKA AKAN TERCAPAILAH VISI SATU MALAYSIA YANG DI RANGKA OLEH UMNO YANG AKAN MEMBAWA NEGARA MALAYSIA YANG PROGRESIF, AMAN, STABIL, HARMONI DAN SEJAHTERA SERTA BERADA DI KEDUDUKAN TINGGI DI KALANGAN NEGARA- NEGARA MAJU DUNIA.

TAHNIAH UMNO BAHAGIAN TAMBUN


bumiyang

Posted: 18 Sep 2014 03:29 AM PDT

bumiyang


PAS Keluar Pakatan Rakyaat Atau Geng Ulamak Bakal Ditendang Keluar???

Posted: 17 Sep 2014 07:26 PM PDT

Mat Sabu Kata Ulamak Dalam Pas Sudah X Relevan???

Posted: 17 Sep 2014 04:36 AM PDT

anakbukitgantang says

Posted: 18 Sep 2014 03:12 AM PDT

anakbukitgantang says


# PRK Pengkalan Kubor # Tokey balak rupanya

Posted: 17 Sep 2014 06:36 AM PDT

Masyarakat sibuk didedahkan kekayaan terlampau Ngah DAP Perak yang mengambil balak Kelantan kurniaan Tok Guru Nik Aziz. Rujuk  di sanggahtokjanggut dan kickdefella.dato-mohd-amar-berdepan-dengan-siasatan dan gelombangkick -pendedahan-skandal-balak


Kini persoalan yang timbul ialah apakah calon PAS dibelakang operasi pembalakan haram??? Baca seterusnya




Persoalan tersebut adalah tentang sebuah kilang kayu yang memproses balak secara haram yang terletak di Kampung Bendang Pok Yong yang merupakan tempat tinggal Wan Rosdi, calon PAS.

Sudah lama kilang berkenaan wujud dan beroperasi.


Bagaimanapun, tiada sesiapa pun yang tahu siapakah sebenarnya pemilik kilang berkenaan walaupunterdapat khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa pemilik kilang haram itu adalah Wan Rosdi terutama sekali yang membabitkan jawatan dan kedudukannya dalam Kompleks Perkayuan Kelantan dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tumpat dari tahun 1997-2007.

Wan Rosdi merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan dan pada masa yang sama dia juga merupakan seorang kontraktor binaan.


Kewujudan kilang haram seperti itu sepatutnya dibanteras oleh pihak berkuasa terutama sekali Majlis Daerah Tumpat. Namun memandangkan kewujudannya seolah-olah dipandang sebelah mata, maka sudah pastilah pemiliknya mempunyai hubungan yang amat kuat dengan Majlis Daerah Tumpat, mahupun dengan Kerajaan Negeri SERTA Perkayuan Kelantan.

Tambahan pula ia terletak di Kampung Bendang Pok Yong dan hanya 2 kilometer sahaja jaraknya dari rumah Wan Rosdi!

Petikan dari Bulletiin Sengal 


Malah dari maklumat yang diterima berapa Penghulu PAS, calon PAS ini kuat KRONI. Sebagai penyelaras Dun calon PAS hanya memberi projek kepada kroni dan salorkan bantuan negeri pada mereka yang disukainya saja!!!



SUMBER

tunku

Posted: 18 Sep 2014 03:02 AM PDT

tunku


Selangor MB crisis: New MB to be sworn in on Tuesday

Posted: 18 Sep 2014 02:04 AM PDT

The new Selangor Mentri Besar will be sworn in next Tuesday at 10am in Istana Alam Shah, Palace sources have revealed.

Invitation cards to the swearing-in ceremony have been sent out to state leaders, elected representatives and local dignitaries.

It is understood that the choice of the new Mentri Besar will be revealed soon, as a final decision on the post has been made.

Selangor MB crisis: Get your facts right, Palace tells Anwar

Posted: 17 Sep 2014 11:09 PM PDT

The palace has rapped PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim for stating that it was convention to submit only one name for the Selangor Mentri Besar position.

Sultan Sharafuddin Idris Shah, through his private secretary Datuk Munir Bani, said the norm was for the Prime Minister to submit several names before a candidate deemed suitable for the role was appointed.

"In 2008, when the state government fell to the Opposition, the palace wrote to leaders of all the parties to nominate two names for the Selangor Mentri Besar post.

"When all three parties unanimously nominated Tan Sri Khalid Ibrahim, who also fit the criteria as stated under the Selangor constitution, the Sultan agreed to appoint him," Munir said in a statement issued Thursday
After the 2013 general election, which again saw Pakatan ruling the state, Munir said he was instructed by Sultan Sharafuddin to write to the three parties to nominate four names for the position of the Mentri Besar.

He said this was because PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail had, during an election campaign, said Khalid might not be reappointed as Mentri Besar.

"Although the palace did receive other nominees for the position, the three party leaders also nominated Khalid to administrate the government for a second time and given that he had good ties with palace officials, the Sultan decided to appoint him again," the statement said.

According to Munir, even though it was not the policy of the palace to release such information, the situation was such that a clarification was needed to ease the confusion that had surfaced.

He also urged Anwar to get his facts right before issuing any statement on the matter.
"He (Anwar) is advised not to issue statements that could confuse the people or make the Selangor Sultan look bad," he said.
Anwar had said that the practice of submitting only one name as the Mentri Besar candidate had been followed since the country achieved independence in 1957.
73%


0%


9%


0%


18%


0%


advertisement

Most Viewed

Latest News

PAS muktamar: Top PKR, DAP leaders fail to turn up

Posted: 17 Sep 2014 07:58 PM PDT

The absence of top PKR and DAP leaders at PAS' inaugural annual general meeting (muktamar) in Johor has fuled speculation that the Pakata Rakyat coalition is close to breaking up.

The non-attendance of PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah and DAP stalwart Lim Kit Siang from the muktamar was noticeable as they had always attended previous PAS meetings.


Instead, the party's partners sent second and third liners to represent them.

Aspirasi Bangsa

Posted: 18 Sep 2014 01:18 AM PDT

The Unspinners

Posted: 17 Sep 2014 11:37 PM PDT

The Unspinners


PAS reka bohong baru TUTUP BOHONG LAMA

Posted: 17 Sep 2014 10:48 PM PDT


Untuk 3 ke 4 hari.lepas, PAS sedang memutarbelit beberapa cerita reka palsu dan fitnah tentang calun BN.  

Konon calun kahwin anak murid dari siam.dan diceraikan ketika mengandung. Bukan susah cari gambar mana2 orang Siam dan dibayar ngaku. Pasti tak dibawa ke sini untuk buat laporan polis seperti mana PAS lakukan di PRK Permatang Pasir Penang.

Calon akan dituduh salah guna kuasa ketika di PPD untuk tukar orang yang bukan sebulu dengannya  sesuka hati. Dicari ahli PAS.sanggup saja dema fitnah bersama. 

Calon sudah dituduh bukan ustaz kerana belajar agama asas saja di pondok. Malah telah ditimbulkan fitnah calun BN guna tanah wakaf untuk buat sekolah pondok yang di beli oleh masjid dengan ayah calon. Ada.ke tanah geran wakaf boleh di tukar nama? Kenapa bodoh benar pejabat tanah kerajaan PAS ni?

Malah malam tadi mereka buat cerita lama kata kerajaan pusat tak tunai janji. Guna nama Tun Mahathir yang janji. Hmm ... Tun Mahathir atau pemimpin PAS negeri?



Isu tuntutan ROYALTI PETROLEUM oleh kerajaan PAS KELANTAN pun satu rekaan fitnah. Ia sebenarnya cara untuk menanam PERASAAN BENCI rakyat Kelantan kepada Kerajaan pusat. 

Tujuan sebenar adalah untuk menutup janji-janji palsu dan pembohongan mereka serta kes PENGGADAIAN beratus ribu ekar tanah dimana 1.7 juta ekar sudah digondol untuk pengambilan balak. 

Antara PEMBOHONGAN :

(a) Laksana Hudud (walau sudah diluluskan masih tak dilaksanakan) (1990-2013)
(b) Jawatankuasa Hisbah-Isytihar Harta Wakil Rakyat (1990-2013)
(c) Pemberian RM100 Kepada Setiap Warga Emas (1990-2013)
(d) Sediakan Tapak Rumah untuk Rakyat Miskin dan Pesara Tentera (1990-2013)
(e) Projek Bandar Baru Pengkalan Kubor(1990-2013)
(f) Sediakan Peluang Pekerjaan Kepada Anak Muda (1990-2013)
(g) Projek Petrokimia Pantai Senok (1990-2013)
(h) Pemberian lesen kepada pembalak-pembalak dan pengisytiharan kawasan pembalakan (1990-2013)
(i) Menyelesaikan Hal Tanah Mengikut Prinsip dan Keadilan Islam (1990-2013)
(j) Projek Jambatan Kedua KB-Kg.Cina Di Palekbang (1996-2013)
(k) Projek Pelabuhan Sri Tujoh, Tumpat(1997-2013)
(l) Projek Afta City Di Rantau Panjang (2003-2013)
(m) Membina Terminal Bas Baru Di Tunjong (2004-2013)
(n) Stadium Berkolam Renang Tertutup Beliawanis (2004-2013)
(o) Pusat Peranginan Tasik Bukit Kwong Rantau Panjang (2006-2013)
(p) Projek Pelancongan Danau Tok Uban(2006-2013)
(q) Terminal Bas Bersepadu kubang Kerian (2007-2013)
(l) Projek Kambing Jamnapari Atas Nama Jihad Ternak (2007-2013)
(m) Projek Koridor Depu gua Musang (2007-2013)
(n) Projek Agro Tourism Pergau, Jeli (2008-2013)
(o) Rumah Mampu Milik Kepada Rakyat Miskin Di Kelantan (2008-2013)
(p) Bandar Baru Dabong (2008-2013)
(q) Stadium Bukit Merbau (2012-2013)
(r) Lebuhraya KotaBharu-Kuala Krai (Gotong Royong) (2012-2013)





Maksud Ayat :Antara orang-orang yang benar dan bertakwa di sisi Allah ialah mereka yang menunaikan janji (Surah al-Baqarah : 177)

Apa dalam bungkusan PAS beri pengundi?

Posted: 17 Sep 2014 06:01 PM PDT


Dari maklumat yang kami terima, ada pengkempen PAS pergi ziarah pengundi rumah ke rumah memberi wang RM100.di kawasan Jubakar Darat di Jalan Jurubaar Bendang Pak Yong.

Tapi yang kito timbulkan adalah dalam bungkusan yg dihadiahkan dalam kunjungan rumsh ke rumah oleh Muslimah PAS. Sambil menghadiahkan buah tangan, mereka meraih undi dengan harapan buah tangan itu mengingatkan mereka untuk undi PAS atau rasa termakan budi membuat mereka terpaksa terima PAS.



Oh ... mesti ada benda lain selain beras, keset fitnah dan biskut.

Haaa ... ni dio



Obat kuat yang sering diiklan di Harakah Daily untuk pekerja dan pengundi PAS pergi Tak Bai lepas PRK!!!

Takbir!!!!

PAS dan R wajib dihukum hina mahkamah kerana terus main isu minyak

Posted: 17 Sep 2014 06:06 AM PDT


Sedap betul PAS buat tuduhan dan fitnah terhadap UMNO tentang tuntutan royalti minyak mereka yang berkali-kali kalah di mahkamah hingga sudah tiada asas untuk mereka nak menuntut.

Pada hari penamaan calun, mereka bermain 'angle' baru untuk menuntut Akta 750 dibatalkan dan perlu disahkan kerajaan-kerajaan negeri. Kononnya pembatalan Emergency Ordinance membuatkan Akta itu tidak valid.

Padahal ada artikel Perlembagaan yang memberi kuasa YDP Agong untuk meluluskan undang-undang yang booleh diguna pakai sepanjang mana undang-undnag tidak dibatalkan.

Hampir semua penceramah PAS memainkan isu royalti minyak untuk menyalahkan kerajaan persekutuan. Malah kain-kain rentang telah disediakan untuk memanaskan lagi kemarahan rakyat menggunakan fitnah dan tuduhan palsu ini.

Sebaik saja Tan Sri Muhyiddin berkata UMNO akan menjawab tuduhan, Dato Takiyuddin boleh berkata ianya satu kesalahan menghina mahkamah kerana kes itu masih sedang dibicara di mahkamah. Tapi mereka terus menuduh dan menyebbarkan CD.


Petang tadi seorang peniaga Ahmad Hizwani dari Wakaf Baru tumpat membuat laporan polis terhadap Ketua pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadzali yang disediakan bahan menuduh kerajaan.


Ini adalah satu kesalahan menghina mahkamah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan harap polis bertindak. Jangan lagi berulang kisah Nurul Izzah membuat tuduhan jahat yang membolehkan dia menang tapi sebaik saja dia menang, baik saja dia meminta maaf.

Kalau Muhyiddin tak boleh cakap, semua pihak tidak boleh cakap. Harap ada lagi pihak yang buat laporan polis terhadap Royalti, PAS dan pemimpin-pemimin yang mulut lancang.

Malaysia ni dah macam negara tak ada undang-undang. Main langgar dan pihak berkuasa diberi tekanan politik untuk dilarang bertindak,


Wan Rosdi banyak orang dalam untuk jadi kontraktor pakar VO?

Posted: 17 Sep 2014 02:30 AM PDT


Dengan latarbelakang sebagai politik dan disuspek menjalankan pembalakan haram untuk menumbangkan pokok-pokok tepi pantai, bolehkah percaya Wan Rosdi ini kontraktor yang benar memenangi kontrak secara tender terbuka?

Tambah lagi, dia katakan oleh Penghulu-Penghulu orang PAS bahawa Razi adalah Penyelaras yang pilih kasih kepada kroni dan boleh mengaturkan kontrak kepada kroni.

Bagaimana ianya dilakukan jika PAS sering ngaku menjalankan kontrak secara tender terbuka dan menuduh UMNO tak jalankan kontrak secara telus dan direct?


Satu cara yang sering digunakan untuk membolehkan memenangi kontrak terbuka adalah dengan meletakkan harga tender murah tapi kemudian harga tersebuut di 'adjust' atau diubahsuai dengan harga kontrak melalui tambahan kerja yang mempunyai alasan-alasan munasabah.

Kontraktor yang pakar dalam mendapatkan kontrak demikian sering dipanggil sebagai kontraktor VO atau bahasa Inggerisnya Variation Order. Variation Order adalah tambahan kerja kontrak ketika kontrak sedang dijalankan.

Ini membolehkan tambahan nilai kontrak dan selalunya memberi keuntungan banyak yang menampung kerugian atau keuntungan sedikt pada harga kontrak asal yang diletakkan untuk memastikan kontrak dimenangi.


VO selalunya lahir dari keperluan yang tidak dijangka. Bagi mereka yang ada kontak dalam, mereka boleh sengaja tak letakkan keperluan pada peringkat tender dan hanya meletakkan keperluan selepas kontrak dianugerah dan sedang berjalan.

Sebagai orang kuat Dato Kamaruddin Jaafar dan orang kuat PAS tempatan, tak kan Wan Razi tak ada orang dalam pejabat kerajaan negeri dan tempatan?

Kalau boleh lakukan pembalakan haram, tak kan tak pernah lakukan???


Menipu Rakyat pasti bukan caro Isle ...

Calun PAS tangan belakang operasi PEMBALAKAN HARAM????

Posted: 17 Sep 2014 12:31 AM PDT



Persoalan tersebut adalah tentang sebuah kilang kayu yang memproses balak secara haram yang terletak di Kampung Bendang Pok Yong yang merupakan tempat tinggal Wan Rosdi, calon PAS.

Sudah lama kilang berkenaan wujud dan beroperasi.


Bagaimanapun, tiada sesiapa pun yang tahu siapakah sebenarnya pemilik kilang berkenaan walaupun terdapat khabar-khabar angin yang menyatakan bahawa pemilik kilang haram itu adalah Wan Rosdi terutama sekali yang membabitkan jawatan dan kedudukannya dalam Kompleks Perkayuan Kelantan dan Ahli Majlis Majlis Daerah Tumpat dari tahun 1997-2007.

Wan Rosdi merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan dan pada masa yang sama dia juga merupakan seorang kontraktor binaan.


Kewujudan kilang haram seperti itu sepatutnya dibanteras oleh pihak berkuasa terutama sekali Majlis Daerah Tumpat. Namun memandangkan kewujudannya seolah-olah dipandang sebelah mata, maka sudah pastilah pemiliknya mempunyai hubungan yang amat kuat dengan Majlis Daerah Tumpat, mahupun dengan Kerajaan Negeri serta Perkayuan Kelantan.

Tambahan pula ia terletak di Kampung Bendang Pok Yong dan hanya 2 kilometer sahaja jaraknya dari rumah Wan Rosdi!

Petikan dari Bulletiin Sengal 


Malah dari maklumat yang diterima berapa Penghulu PAS, calon PAS ini kuat KRONI. Sebagai penyelaras Dun calon PAS hanya memberi projek kepada kroni dan salorkan bantuan negeri pada mereka yang disukainya saja!!!

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 17 Sep 2014 11:35 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#PRKPengkalanKubor : NGO R semakin BIADAP! Ceroboh premis Kerajaan untuk kempen politik! @NajibRazak @KhairyKJ @AzwanBro @PDRMsia

Posted: 17 Sep 2014 11:00 PM PDT




NGO R yang ditunjangi oleh penggerak PASMA/Anwarinas ini telah dikesan menceroboh premis-premis Kerajaan dengan tujuan untuk berkempen bagi pihak PAS. Perbuatan jenayah ini telah didedahkan sendiri oleh mereka dalam satu posting di laman Facebook semalam. Walau bagaimanapun, tidak berapa lama kemudian, posting tersebut telah dipadamkan dari timeline mereka sendiri tanpa diketahui punca-punca sebenar.

Namun, tindakan jenayah ini berjaya kami kesan dan rekodkan untuk tindakan pihak yang berkuasa.



Kami tuntut agar pihak berkuasa seperti PDRM dan SPR tidak menutup sebelah mata akan perkara ini kerana, bukan satu, bahkan DUA kesalahan telah dilakukan secara sengaja oleh NGO pro PAS ini iaitu, menceroboh premis awam bagi tujuan kempen politik dan menjalankan kempen politik secara HARAM! Kami tidak mahu perkara seumpama ini menjadi ikutan dan amalan pihak-pihak lain pula selepas ini. 

Jika ianya dibiarkan terus berlaku tanpa apa-apa tindakan tegas, dikhuatiri suatu hari nanti sesiapa sahaja bebas keluar masuk ke premis awam, termasuklah kumpulan pengganas untuk mengembangkan ideologi mereka, malah mungkin untuk melakukan huru-hara dalam negara! Demi untuk kempen pilihanraya yang sihat dan selamat, kami amat berharap SPR agar tidak gentar untuk mengambil tindakan tegas terhadap puak-puak yang yang tidak pandai mengikut peraturan ini!

#PRKPengkalanKubor : Kekecohan di Muktamar PAS kerana anasir PASMA/Anawarinas! @NajibRazak @KhairyKJ @AzwanBro @TunFaisal

Posted: 17 Sep 2014 09:30 PM PDT


Senario seumpama ini tidak pernah disaksikan dalam mana-mana muktamar mereka sebelum ini. Bibit perpecahan PAS semakin memburuk akibat natijah 'tahaluf siyasi' mereka sendiri. Inilah jadinya apabila KUASA diutamakan melebihi ISLAM itu sendiri. PAS kini diambang kehancuran berikutan pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin dan ahli mereka sendiri.

Menolak perpaduan dan takutkan kehilangan sokongan bukan Islam adalah kanser utama yang perlu PAS singkirkan dalam muktamar kali ini. Biarlah sakit, biarlah perit. Daripada ianya dibiarkan terus membusuk dan mereput sehingga menghancurkan dan mematikan PAS sendiri dari dalam.

Ya, kami memang tiada kepentingan dalam PAS. Namun, kami juga berharap agar satu masa nanti, kita dapat juga melihat perpaduan ummah Melayu mengembalikan kekuatan kita satu hari nanti. Kehancuran dan perpecahan PAS tidak membantu ke arah ini. Kita harap agar PAS lekas sedar dan kembali kepada jalan Islam yang sebenar. Apa guna kuasa jika Islam dan Melayu dipinggirkan?!!



#PRKPengkalanKubor : Video PANAS ADUN PAS mulai tersebar. @PDRMsia sila ambil tindakan! @NajibRazak @KhairyKJ @AzwanBro

Posted: 17 Sep 2014 05:30 PM PDT



 

Mulai malam semalam, video PANAS seorang ADUN PAS di Kelantan mulai tersebar di media sosial. Video tersebut merakamkan aksinya sedang melakukan perbuatan jenayah yang jelas sekali boleh disabitkan melalui bukti video di atas ini. 

"Lebih malang tuan-tuan, gas di perairan Kelantan patut didaratkan di Pantai Senok, kita dah sedia dah tempat, kita reserve untuk pendaratan gas di Pantai Senok, dia (Kerajaan Malaysia) buat perjanjian dengan Thailand, dia bawak pergi ke Pantai Cenok di Songkhla. Cenok ini tempat orang Melayu jugak, tempat orang Islam jugak. 
Bawa naik ke Cenok, bayar royalti kepada Kerajaan Siam, Kerajaan Thailand yang membunuh orang Islam di Takbai, sebelah situ. Ini zalim, kita tidak boleh sokong kezaliman..."  Baca lanjut di sini --> http://yuseriyusoff.blogspot.com/2014/09/bn4n01-pengkalankubor-video-exco.html

Jelik sungguh kempen PAS (anwarinas) kali ini. Mereka bagi amaran kepada BN supaya tidak sentuh isu ROYALTI, tetapi dalam masa yang sama, mereka boleh pula menabur fitnah dan menghasut rakyat menggunakan isu yang serupa. Nampak sangat PAS begitu terdesak untuk menang kali ini.


Berikutan itu, Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang telah membuat laporan polis terhadap Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasaruddin Daud berhubung isu ceramahnya yang berbaur hasutan ini semalam.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/09/16/laporan-polis/

Kami minta pihak berkuasa agar bertindak tegas dalam menangani isu fitnah dan hasutan kali ini. Tolong jangan beri muka lagi. Ini adalah kerana pelakunya adalah seorang wakil rakyat dan pemimpin kanan Kerajaan Negeri! 

Kami sendiri tidak faham mengapa sampai begini sekali jijiknya pemimpin Anwarinas Khawarij PAS ini. Bukan rakyat tidak tahu betapa banyaknya pertolongan Kerajaan Malaysia kepada Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah masyarakat Islam Selatan Thai. Malah, ketika peristiwa Takbai tersebut, ada saksi yang nampak tentera Malaysia yang berbalas tembakan dengan tentera Thai bagi melindungi orang Islam yang cuba melarikan diri melalui Sungai Golok!

Mengapakah PAS tidak mampu untuk berkempen dengan kekuatan rekod pencapaian sendiri?!!


MUKTAMAR PAS ADA LIVE BAND NASIB BAIK BUKAN K-POP

Posted: 17 Sep 2014 04:37 PM PDT

HIBURAN BERBENTUK K-POP

HIBURAN BERBENTUK LIVE BAND
1. Apa perbezaan hiburan K-POP dengan hiburan Live Band di Muktamar ISLAM PAS semalam?

2. Apa beza Ceramah Agama dengan Live Band? Mana lebih baik?

3. Ada menari-nari tak? Goyang-goyang sikit ker, banyak ker, sederhana ker? Melalaikan ker? 

4. Dahulu kata macam haram? Sekarang sudah halal kah?

5. Oh semua orang lupa Timbalan Presiden PAS suka menyanyi...

RUPERT COLLVILE, HAROLD MAC MICHAEL, SAIFUDDIN ABDULLAH

Posted: 17 Sep 2014 08:00 AM PDT

Jurucakap Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia
Saya ingin mengingatkan kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia akan peristiwa yang berlaku pada tahun 1945. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, kuasa-kuasa besar kembali ke tanah jajahan mereka dengan niat untuk memperkuatkan lagi cengkaman mereka.

Di Tanah Melayu, kerajaan penjajah British telah mengambil langkah drastik dengan mengarahkan Harold Mac Michael yang masih bertugas di Palestin, diterbang ke Tanah Melayu, dengan misi utama menjayakan penubuhan kerajaan baharu bernama Malayan Union.

Harold Mac Michael tidak tahu berbahasa Melayu, juga tidak tahu sosio-politik di Tanah Melayu. Dia tidak tahu Raja-Raja Melayu sudah berakar umbi sejak beratus tahun dengan mempunyai kuasa pemerintahan tersendiri. Harold Mac Michael datang dengan tugas memaksa semua Raja-Raja Melayu supaya supaya menandatangi perjanjian Malayan Union.

Jika bukan kerana NGO-NGO dari seluruh Tanah Melayu, termasuk dari Singapura, Sabah dan Sarawak, yang bersatu dan membentuk parti UMNO, barangkali negara kita merdeka lebih lama dari tahun 1957. 

Begitu juga Rupert Collvile dari Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Hak Asasi Manusia. Siapa dia Rupert Collvile?. Adakah dia mempunyai pengetahuan mengenai sejarah dan sosio-budaya rakyat Malaysia? Adakah dia mengetahui bahawa konsep Hak Asasi Manusia tafsiran PBB tidak semstinya sesuai dengan rakyat Malaysia.

Negara kita tanggungjawab kita
Negara kita adalah negara merdeka, sesiapa pun tidak boleh memaksa nilai-nilai asing ke atas nilai-nilai masyarakat Malaysia yang merdeka.

Kita mesti memiliki jiwa merdeka seperti Presiden Sukarno dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di atas kepercayaan kepada bangsa Indonesia, Presiden Sukarno telah mengarahkan Indonesia keluar dari PBB pada tahun 1965, kerana tidak mahu Indonesia menjadi paksaan Imperialisme Amerika yang berselindung di sebalik PBB. Begitu juga, Tun Dr. Mahathir tidak hendak menjadi hamba IMF, USAID dan World Bank dengan menolak penjajahan ekonomi ke atas Malaysia pada tahun 1998.

Mereka mendesak Malaysia menghapuskan ISA, tetapi di Amerika mereka sendiri menguatkuasakan Akta Patriot. Bahkan di Singapura, PBB tidak ada kekuatan untuk mendesak pemerintah Singapura menghapuskan Akta Hasutan dan ISA! Jadi, mengapa kita negara merdeka mesti tunduk kepada desakan salah satu bahagian di dalam PBB. 

Negara Malaysia hendaklah dibenarkan menggunakan undang-undangnya sendiri, yang diputuskan oleh ahli-ahli Parlimen secara demokrasi. Undang-undang dari luar tidak boleh dipaksakan ke atas negara kita. Perlembagaan negara kita yang merupakan undang-undang yang tertinggi dalam konteks kenegaraan perlu dihormati oleh orang luar.

Negara kita tanggungjawab kita untuk mempertahankannya daripada anasir subversif yang tidak pernah berhenti untuk mengkucar-kacirkan negara kita sehingga hancur, dan akhirnya mereka mengambilalih, mentadbirnya dan mengaut segala hasil bumi negara kita ke negara mereka. 

Apakah anda buta? Lihatlah kekayaan minyak di Iraq dan Libya sekarang, siapakah yang mengaut kekayaan minyak di negara berkenaan? Adakah Amerika dan PBB ada lagi bercakap isu senjata biologi atau senjata nuklear di Iraq? Ternyata ianya dusta bukan.

Dato' Saifuddin Abdullah, dia antara individu yang buta sejarah kerana itulah dia bersetuju Akta Hasutan dan ISA dihapuskan. Bagi kita, jika kita tidak menghasut tiada sebab untuk kita takut kepada Akta Hasutan. Malah, Akta Hasutan itu menjadi pelindung kepada keselamatan, keamanan dan kebahagian di negara kita.

Mari bertanya kepada Dato' Saifuddin, mengapa rumah anda berpagar, mempunyai sistem alarm dan barangkali pengawal keselamatan? Kerana anda takut anasir subversif seperti perompak, pembunuh dan peragut memasuki rumah anda dan mencederakan anggota rumah anda bukan? Samalah juga dengan negara kita, mengapa kita perlu Akta Hasutan, kerana kita tidak mahu anasir subversif merosakkan keamanan negara kita.

Saya sarankan Dato' Saifuddin membaca buku-buku memoir Lee Kuan Yew, kerana Lee Kuan Yew akan mengajar anda bagaimana membentuk sebuah negara yang kuat dan rakyat yang berdisiplin!

Jika tidak bersetuju dengan saya, mari kita berdebat?

sumber jentayu



#PRKPengkalanKubor : Kerana terdesak, Anwarinas/PASMA mula guna sentimen KEBENCIAN untuk menang! @NajibRazak @KhairyKJ @AzwanBro

Posted: 17 Sep 2014 06:00 AM PDT



"Adun Meranti Datuk Nasurudin Daud dalam ceramahnya di Simpangan Pengkalan Kubur telah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan apabila menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia menyalurkan bayaran Royalti kepada Kerajaan Thailand melalui urusniaga minyak dan gas , yang kemudianya digunakan untuk membunuh umat islam di thailand untuk mencetuskan kebencian rakyat kepada kerajaan, sekaligus boleh membuatkan suasana tegang dalam hubungan antarabangsa Malaysia Thailand, dan adalah suatu fitnah besar bila menyatakan royalti dibayar kepada Thailand, kerana terdapat persetujuan bersama di kawasan carigali minyak di JDA dan ia dikawalselia oleh MTJDA bawah perundangan Akta MTJD dan Petronas disitu hanya bertindak sebagai kontraktor sahaja..." - 15/09/2014


Walaupun beberapa amaran telah diberikan oleh PAS sendiri kepada Tok Pa dan BN agar tidak membangkitkan isu Royalti dalam kempen PRK Pengkalan Kubor, namun jika puak mereka sendiri yang engkar, ia tidak menjadi masalah. Bahkan, bukan sahaja penipuan royalti ini terus dilakukan tanpa rasa bersalah, ADUN Meranti boleh pula mempergunakannya sehingga ke peringkat menghasut. 

Walhal sebenarnya Isu ROYALTI ini secara JELAS dan dengan MUDAH dapat diperjelaskan hanya dengan satu gambar di bawah ini:


Kami cukup pelik mengapa golongan Anwarinas PAS ini sanggup melakukan apa sahaja demi untuk satu undi. Mereka jelas sekali tidak mengambil kira yang ianya boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan Negara serta rakyat secara keseluruhannya. Jelas sekali golongan ini begitu dahagakan kuasa walaupun terpaksa menggadaikan maruah negara sendiri.

Kami sedar yang PAS sanggup bekerjasama dengan SYAITAN demi untuk menumbangkan UMNO, namun pengundi PRK Pengkalan Kubor pasti lebih bijaksana untuk menilai sendiri bagaimanakah jenis pemimpin yang calon mereka sedang bersekongkol dan bertahalluf siyasi kini. 

Adakah kita semua sudah bersedia untuk duduk di bawah pemimpin yang hanya pentingkan kuasa dan bencikan NEGARA sendiri?!!


UNDI PAS = UNDI DAP = UNDI KOMUNIS!

#PRKPengkalanKubor : Kempen BN semakin mendapat sambutan hangat penduduk #PengkalanKubor. @NajibRazak @KhairyKJ @AzwanBro

Posted: 17 Sep 2014 02:00 AM PDT



























MyMassa: Insya Allah, kalau kita tengok sambutan rakyat Pengkalan Kubor, BN bukan setakat akan KEKAL, tetapi akan menang dengan majoriti yang lebih besar lagi! KEKALKAN BN DI PENGKALAN KUBOR!

Belantan

Posted: 17 Sep 2014 11:09 PM PDT

Belantan


Pemuda Pas selar AMK?

Posted: 17 Sep 2014 06:51 AM PDT


Dewan Pemuda Pas menyelar tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendedahkan hasrat Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang masih mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dalam pertemuan Presiden Pas itu dengan sayap pemuda pakatan pembangkang Jumaat lalu.

Exconya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pendedahan yang dibuat oleh Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad kelmarin adalah amat tidak wajar dalam ketika isu pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu sudah memasuki fasa terakhir.

"Saya cukup kesal dengan langkah Nik Nazmi yang mengeluarkan kenyataan sebegini di saat ini. Saya yakin dan menghormati komitmen teman-teman AMK dalam menjaga keutuhan pakatan rakyat (pembangkang).

"Namun, kenyataan Nik Nazmi yang terbaharu ini saya sifatkan akan mengeruhkan kembali keadaan. Pandangan-pandangan yang dilontarkan dalam pertemuan tertutup tidak semuanya perlu dikongsi kepada khalayak terutama apabila ia tidak mendatangkan apa-apa faedah,'' katanya dalam laman sosial Facebook miliknya, semalam.


Nik Nazmi dalam blognya sebelum itu mendakwa Abdul Hadi memberi jawapan kepada jalan penyelesaian berhubung kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor adalah dengan mengekalkan Abdul Khalid.

Menurut Nik Nazmi, pandangan Abdul Hadi itu bertentangan dengan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor terhadap Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selain berbeza pandangan dengan keputusan Pas sendiri sedangkan Abdul Khalid hanyalah ADUN Bebas yang kini hanya bertindak sebagai Menteri Besar peralihan yang telah diperkenankan Sultan Selangor.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan berkata, walaupun hasrat Abdul Hadi bukan satu-satunya isi perbincangan dalam pertemuan itu, pendedahan sedemikian telah membuka dimensi persoalan baharu kepada umum.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 17 Sep 2014 11:06 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Blog PAS RAKYAT MARHAEN - PAS sanggup bersendirian untuk tubuh Negara Islam - Ahmad Yaakob @Youtube

Posted: 17 Sep 2014 06:27 AM PDT


PAS sanggup bersendirian untuk tubuh Negara Islam, kata Ahmad Yaakob

Ini bermakna PAS tidak perlu lagi bekerja keras dan bertelagah dengan BN di Pengkalan Kubor.

Masanya untuk PAS berundur sekaligus memberi laluan kepada calon BN yang berwatak ustaz pengasas pondok menjadi wakil rakyat.

PAS boleh lakukan demi mengajar kebiadapan PKR DAP yang memperdaya PAS selama ini.

Takbir !!!


Sent from my iPhone

Artikel Pertama Blog Pak Lah Semalam : Erti Kemerdekaan dan Perpaduan

Posted: 17 Sep 2014 06:02 AM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada saudara-saudari rakyat Malaysia sekelian.

Pada hari yang bermakna ini saya terpanggil untuk mencatatkan dan berkongsi dengan saudara-saudari rasa hati saya berkaitan negara tercinta kita Malaysia.

Rakyat Malaysia sungguh megah dengan kepelbagaian di dalam negara kita. Bukan sahaja sekadar menerima kepelbagaian ini, kita juga pancarkannya ke merata dunia sebagai satu harta pilihan atau kepunyaan yang kita kagumi.

Pak Lah












Seterusnya baca



Sent from my iPhone

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 17 Sep 2014 09:18 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Nik Abduh Dakwa PasMa Akan Dijadikan Platform Untuk Golongan Anwarinas Keluar PAS

Posted: 17 Sep 2014 06:30 PM PDT


Haji Mat Razi Mulai Difitnah Oleh Jentera PasMa Di #PengkalanKubor

Posted: 17 Sep 2014 05:00 PM PDT



 
 Ini adalah satu taktik jahat dan keji yang cuba dimainkan oleh macai macai PasMa di Pengkalan Kubor. Orang PAS yang pro ulama tidak sanggup untuk memainkan cerita aib dan peribadi sebegini. Baca selanjutnya di pautan ini.

Video Haron Din Minta PAS Lafaz Cerai Dengan DAP & PKR

Posted: 17 Sep 2014 09:21 AM PDT


Pemuda PAS Kantoi Ajar Ajaran Menipu

Posted: 17 Sep 2014 01:11 AM PDT



Haron Din Sudah Balun PasMa Secara Terbuka

Posted: 16 Sep 2014 10:13 PM PDT



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 17 Sep 2014 09:15 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 17 Sep 2014 03:11 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Forto) Ziela Jalil 'censor' payudaranya di Instagram

Posted: 17 Sep 2014 09:00 AM PDT

Layak bergelar pelakon senior, ternyata nama Ziela Jalil masih lagi gah berdiri sama tinggi bersama lambakan pelakon baru yang kini membanjiri industri hiburan tanah air.

Malah, nama Ziela Jalil pun dianggap 'tak nak kalah' dengan artis baru bila dia juga kerap kali dihambat dengan kontroversi panas. Ala.. sebelum ni wanita yang masih meletop ni pernah dikritik kerana dikatakan bergambar terlebih mesra dengan pelakon kacak, Keith Foo.

Tapi, apa yang kami perolehi menerusi kiriman aplikasi whatsapp semalam pun boleh tahan panasnya. Foto tersebut dipercayai dimuat naik oleh Ziela di laman Instagramnya semalam. Ha.. siap 'blur' kan baju di bahagian dada pulak tu!


Nak cover apa tu?

Kami pun kurang pasti apa yang mahu dikaburkan oleh Ziela Jalil di. Mungkin busana yang digayakan agak ketat di bahagian tersebut dan ia dikaburkan tersebut dilakukan demi mengelak kritikan orang ramai lagi.

Tapi, apa yang diperkatakan oleh followersnya ini ada kebenarannya juga. Daripada dok 'blur' kan bahagian itu, baik terus jangan upload kan?

Apapun, setelah kami tinjau Instagram Ziela, ternyata foto tersebut sudah dipada dan digantikan dengan foto di bawah. Tapi, ada pula yang mengatakan bahawa tangan dan kaki juga merupakan aurat wanita.



Aish..Tak beranilah kami nak komen lebih-lebih. Setiap manusia pasti akan ada khilafnya dan kita sentiasa disuruh untuk sentiasa memperbaiki kelemahan diri sendiri. Betul tak?

Jangan terlalu kagum dengan Anwar Ibrahim - PAS

Posted: 17 Sep 2014 06:40 AM PDT

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi, mengingatkan Ahli PAS supaya tidak terlalu kagum dengan kepemimpinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengenepikan pucuk pimpinan parti itu serta dasar perjuangan Islam yang didukung selama ini.

"Keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kemelut jawatan Menteri Besar Selangor adalah manifestasi daripada kekecewaan terhadap kepemimpinan Anwar yang meminggirkan rakan komponen Pakatan.

"Pengalaman pucuk pimpinan PAS menentang Barisan Nasional cukup hebat berbanding Ketua Umum PKR itu selain amat mengenali perangai Anwar," katanya.

Dalam pada itu, Dewan Ulama PAS diminta meneliti sama ada kerjasama politik parti itu dalam pakatan pembangkang perlu diteruskan atau tidak demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti.
Menurutnya, PAS perlu mengambil penyelesaian terakhir keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.

DAP digesa ambil tindakan terhadap MP Kuching

Posted: 17 Sep 2014 06:20 AM PDT

KUALA LUMPUR - DAP digesa mengambil tindakan disiplin dan mengeluarkan pendirian mengenai kenyataan tidak patriotik Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen mengenai lagu kebangsaan yang dimainkan di panggung wayang.

Jika tidak, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata beliau mengganggap kenyataan yang dikeluarkan pemimpin DAP itu, semalam
sebagai pendirian DAP secara keseluruhan.

"Saya anggap ini merupakan kata-kata yang bukan sahaja mencerminkan sikap dia yang sebenar, tetapi saya nak minta pandangan rakan-rakan beliau daripada
DAP, apakah itu juga gambarkan pendirian sebenar parti DAP terhadap lagu kebangsaan," katanya.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di KL Converge 2014 di sini, hari ini.

Chieng Jen di laman sosial Facebooknya semalam antara lain menganggap tindakan memainkan lagu kebangsaan di panggung wayang sebagai 'absolute disgrace and ridiculous' (amat memalukan dan tidak masuk akal).

Chieng Jen turut mempersoal sama ada negara menuju ke era komunis.

Catatan itu ditweet Ahmad Shabery, semalam dan mendapat respons lebih 2,000 netizen yang majoritinya mengutuk kenyataan Jen.

Bagaimanapun, catatan itu dipadam daripada akaun Facebook Jen, hari ini.

Ahmad Shabery berkata sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi DAP mengenai kenyataan Chieng Jen.

Ditanya sama ada kementerian akan mengambil tindakan terhadap Chieng Jen, beliau berkata, perkara itu akan diteliti dari segi undang-undang terlebih dahulu, dan menambah Jen sendiri telah dihukum orang ramai yang memberi kritikan kasar di internet.

"Bagi seorang ahli politik hukuman paling berat ialah apabila rakyat tolak, herdik dan hina mereka. Dan beliau adalah mangsa kepada perbuatan beliau
sendiri," katanya.

Ahmad Shabery berkata tindakan memainkan lagu kebangsaan di panggung wayang hanya pada sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang diperkenalkan sejak tahun lepas, bukan dibuat untuk tujuan propaganda atau untuk menonjolkan pemimpin tertentu, tetapi bagi menyatukan hati rakyat supaya lagu kebangsaan lebih dihormati.

"Ia bukan soal negara komunis, ia pernah dibuat di United Kingdom, Thailand, dan India, mereka bukan negara komunis. Ini bukan perkara baharu memeperkenalkan lagu Negaraku di panggung," katanya.

Tambah Ahmad Shabery, beliau berharap perkara itu dapat dibahas beliau dan Chieng Jen di sesi Dewan Rakyat akan datang. - Bernama

Haron Din: Kaji semula kerjasama dalam Pakatan

Posted: 17 Sep 2014 06:05 AM PDT

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din menyeru agar Dewan Ulama PAS meneliti sama ada kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat perlu diteruskan demi mengelakkan fitnah ke atas pemimpin utama parti Islam itu.

Berucap dalam Muktamar Dewan Ulama hari ini, Haron berkata "setiap hari ada fitnah" yang dilemparkan kepada Majlis Syura Ulama, presiden PAS dan semua anggota PAS.

Beliau yang menyifatkan PAS menghadapi "suasana politik yang gawat" pada ketika ini berkata, PAS perlu mengambil jalan terakhir dengan keluar dari Pakatan sekiranya syarat kerjasama itu tidak dapat dipulihkan.

"Tahaluf (kerjasama) dibina atas nasihat ulama yang mempunyai syarat dan rukun yang perlu dipenuhi. Sekiranya semuanya dipenuhi, ulama mempertahan tahaluf demi kepentingan Islam dan jemaah, bukan untuk kepentingan individu.

"Sekiranya syarat dilanggar, rukun dirobohkan, ulama wajar memikirkan balik kalau ia boleh diteruskan (atau tidak).

"(Jika) syarat-syarat dirobohkan ulama perlu memperbaiki balik, memperbaiki balik, memperbaiki balik. Kalau tak boleh juga, ambillah konsep talak dalam perkahwinan, walaupun ia dibenci," katanya.

"Saya meminta tahaluf diperhalusi semula, dalam suasana politik hari ini, tiap-tiap hari ada fitnah kepada Majlis Syura, presiden dan semua kena fitnah," katanya.

Menurutnya lagi, bagi anggota PAS yang memperjuangkan reda Allah, maka sepatutnya mereka tidak bersengketa sesama sendiri bagi mengelakkan kekuatan mereka hilang.

"Kalau kita tidak kuat, kita akan hilang segala-galanya. Sebab itu kita perlu berada dalam jemaah,"katanya.

Ambang Hari Malaysia dicemari noda

Posted: 17 Sep 2014 05:01 AM PDT

Antara pasangan yang disyaki berkhalwat dalam hotel bajet yang diperiksa semasa Ops Sayang.
PASIR GUDANG - Sambutan ambang Hari Malaysia, terus dicemari dengan kegiatan tidak bermoral segelintir pasangan yang disyaki berkhalwat di hotel bajet sekitar kawasan Pasir Gudang.

Dalam operasi bersepadu Ops Sayang melibatkan anggota dan pegawai dari Bahagian Penguat Kuasaan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) serta Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), awal pagi semalam, 11 individu ditahan sepanjang serbuan jam 11 malam hingga 2 pagi itu.

Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasaan Jaij, Mohd Hafiz Abd Rahman berkata, kesemua individu yang ditahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 itu berusia lingkungan 20 hingga 42 tahun kerana disyaki berkhalwat.

"Ops Sayang sempena Hari Malaysia ini dilakukan secara bersepadu dengan MPPG yang mana kita biasa membuat ops bersepadu dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Ops malam ini memberi tumpuan di sekitar Pasir Gudang iaitu hotel bajet di mana tempat yang biasa mereka ambil kesempatan sempena hari cuti," katanya.

Mohd Hafiz berkata, ops berkenaan bertujuan membanteras dan mencegah maksiat di hotel-hotel selain membersihkan imej sektor perhotelan daripada tanggapan negatif masyarakat bahawa premis berkenaan banyak mengundang gejala tidak bermoral.

Dalam serbuan itu, sebanyak tujuh hotel bajet berhampiran terminal feri, Kota Masai dan Taman Scientex diserbu pihak berkuasa.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Pasir Gudang untuk proses dokumentasi sebelum ke pejabat Bahagian Penguat Kuasaan Jaij bagi tindakan lanjut.

Ops turut disertai Ketua Penguat Kuasa MPPG, Faridah Abd Hamid.

Buruh kasar Indonesia tak sempat lempias nafsu

Posted: 17 Sep 2014 12:32 AM PDT

PASIR GUDANG - Seorang lelaki yang juga buruh kasar Indonesia tidak sempat melampias nafsunya bersama seorang gadis apabila dicekup kurang setengah jam selepas mendaftar masuk ke sebuah hotel bajet di sekitar Pasir Gudang, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 40-an bersama pasangannya berumur 20 tahun ketika ditangkap oleh pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jaij) ditemui masih berpakaian kemas selain keadaan bilik yang teratur.

Ketika disoal siasat oleh pegawai penguatkuasa Jaij, gadis berkenaan yang berpakaian seksi mendakwa tidak bekerja dan berkenalan dengan lelaki terbabit iaitu suami orang ketika bekerja di sebuah pub di Taman Molek, di sini, sebelum ini.

Gadis berkenaan yang mengakui bersekolah sehingga Tingkatan Empat di sekitar Pasir Gudang sebelum berhenti berkata, dirinya merupakan anak kedua daripada enam beradik dan sudah kematian ibu sejak kecil.

Selepas keduanya diminta untuk beredar meninggalkan hotel, gadis terbabit kelihatan tidak membawa sebarang beg pakaian melainkan hanya mencapai telefon bimbitnya.

Pasangan terbabit merupakan antara lima pasangan yang dicekup mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 dalam Ops Sayang dilakukan oleh Jaij dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Asmara janda disebalik tirai besi

Posted: 16 Sep 2014 11:22 PM PDT

ALOR SETAR - Umpama berada di sebalik tirai besi! Begitulah gambaran tepat keadaan antara salah satu dari 26 bilik hotel bajet di Simpang Kuala, dekat sini, apabila dipasang geriji besi, malah dikunci dari luar.

Tinjauan mendapati keadaan bilik seolah-olah dalam penjara kerana mangganya dikunci di luar dan memberi peluang pasangan kekasih melampiaskan nafsu serakah mereka.

Malah, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) perlu membuka kunci dari luar bilik ketika melakukan operasi bersempena Hari Malaysia di kediaman tersebut.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, taktik mengunci bilik dari luar sedemikian seolah-olah ingin mengaburi mata penguat kuasa.

"Apabila bilik dikunci dari luar, manakala motosikal disembunyikan dalam bilik motel seolah-olah kelihatan tiada orang, sedangkan pasangan berkenaan sedang seronok bermadu kasih dalam hotel diubah suai itu.

"Dalam serbuan terbabit, pihak kami mendapati seorang janda berusia 22 tahun ditahan bersama pasangannya, mekanik yang juga suami orang berumur 24 tahun," katanya.

Menurutnya, pasangan kekasih dari Pendang ini memberi alasan bertemu hanya kerana ingin membincangkan mengenai perkahwinan mereka memandangkan hasrat tidak dipersetujui si isteri .

"Tetapi ketika serbuan, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan tidak berbaju, manakala pasangan wanita lengkap pakaian menyembunyikan diri dalam bilik air.

"Turut ditahan, dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) wanita bersama pasangan masing-masing, kontraktor dan kerani dalam operasi jam 11 malam hingga 3 pagi itu," katanya.

Katanya, antara alasan dicipta mereka adalah menemani pasangannya belajar dan membincangkan hal perkahwinan mereka dalam bilik hotel terlibat.

"Ada pasangan didapati hanya berkenalan melalui laman sosial seperti Facebook, WeChat ataupun WhatsApp sebelum mengambil keputusan bertemu.

Oleh itu, katanya, dia meminta ibu bapa sentiasa memantau pergaulan dan pergerakan anak mereka.

"Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa di hotel terlibat demi memastikan kes sedemikian berkurangan," katanya.

Shila Amzah ditaja syarikat judi punca tak dilayan

Posted: 16 Sep 2014 09:10 PM PDT

Saat ini anda mesti tahu akan kisah peminat Shila Amzah yang menyelar pengamal media Melayu atau lebih tepat wartawan hiburan tempatan yang tidak memberikan liputan sewajarnya ke atas konsert solo pertama penyanyi itu di Malaysia.

Pihak media menuding jari kepada pihak penganjur yang tidak menjemput ramai media untuk buat liputan manakala para peminat tegar Shila Amzah menyalahkan wartawan yang manja sehingga mahu dijemput atau diundang untuk membuat kerja mereka. Kelakar.

Laporan Kosmo! (salah satu dari dua media berbahasa Melayu tempatan yang dijemput) hari ini mendedahkan antara faktor kenapa pada awalnya tiada media berbahasa Melayu dijemput untuk menghadiri konsert tersebut — kerana ianya mendapat tajaan syarikat judi terbesar Malaysia.

Demi menjaga sensitiviti masyarakat, pihak penganjur khabarnya tidak mahu menjemput langsung media berbahasa Melayu namun pihak akhbar Berita Harian dan Kosmo! sendiri telah merayu dan meminta diberikan tiket untuk menghadiri konsert tersebut atas dasar bangga dengan pencapaian Shila Amzah selama ini — menurut wartawan yang hadir.

"Sebenarnya, kami memahami faktor mengapa media Melayu barangkali tidak dijemput kerana difahamkan ia mendapat tajaan daripada syarikat judi nombor satu negara yang memahami syarat bahawa media Melayu perlu ditapis sensitivitinya"

"Jadi mengapa tidak Shila pandang positif tentang ketidakhadiran media Melayu membuat liputan konsert tersebut?" tulis wartawan Kosmo! hari ini.

Jika benar seperti apa yang disampaikan oleh wartawan tersebut, maka kita semua boleh faham akan kenapa hanya dua media berbahasa Melayu yang dijemput hadir. (rtky/m)

Bermanja mesra dengan tunang perkara biasa - Erin Malek

Posted: 16 Sep 2014 08:12 PM PDT

Ini mungkin dugaan untuk pasangan ini yang bakal menamatkan zaman bujang mereka bersama tidak lama lagi apabila ada segelintir peminat yang menegur sikap manja pelakon Erin Malek dan tunang beliau, Farriz Fauzy di khalayak ramai baru baru ini.

Menurut satu tulisan di akhbar baru baru ini, Erin Malek dan tunangnya dikatakan berkelakuan manja 'sakan' hingga mengundang rasa tidak selesa orang ramai yang menghadiri sebuah acara Matta Fair 2014 yang berlangsung minggu lalu.

"Kami seperti pasangan bercinta yang lain sahaja, cuma mungkin mereka bukan selebriti jadi tidak diberi perhatian, lagipun apa salahnya saya manja dengan tunang saya? Saya sudah tahu akan ada cerita cerita seperti ini, jadi awal-awal lagi saya dan Farriz sudah bersedia tentang perkara perkara buruk yang bakal kami hadapi," ujar Erin Malek kepada mStar Online.

Erin Malek turut menambah yang beliau tidak ambil peduli akan perkara sebegini kerana banyak lagi perkara ingin diuruskan lebih lebih lagi majlis perkahwinan yang dirancang berlangsung pada Oktober ini semakin hampir dan menuntut komitmen. (rtky/m)

Rahsia 'awang hitam' goda gadis tempatan guna lidah

Posted: 16 Sep 2014 07:01 PM PDT

Kuala Lumpur: Faktor wanita tempatan terpikat dengan lelaki Afrika akibat bau badan hanyalah alasan, sebaliknya mereka sudah terpikat dengan kata-kata manis yang diluahkan lelaki terbabit.

Perkara itu dinyatakan Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din yang turut menyatakan faktor bau badan lelaki Afrika adalah faktor sekunder berbanding percakapan lelaki berkenaan yang bijak memikat wanita.

"Sebenarnya, 80 peratus lelaki Afrika yang datang ke negara ini mempunyai niat tidak baik iaitu menipu dan atas kepentingan sendiri," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, sudah menjadi budaya dalam suku kaum masyarakat lelaki Afrika memenangi hati perempuan untuk menjadi terbaik dan berjaya dalam hidup.

"Dalam budaya mereka, lelaki mesti memenangi hati perempuan dan apabila sudah menang, mereka akan mendapat segalanya," katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai pengakuan seorang wanita tempatan dikenali Maria, 40-an yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Afrika atas faktor bau badan dan hembusan nafas.

Laporan itu juga menyatakan Maria seolah-olah ketagih dengan bau badan teman lelakinya selain mengakui lelaki berkenaan berbeza dengan lelaki tempatan apabila bersifat sangat penyayang, romantik dan mengambil berat terhadap pasangan.

Apa Yang Tersirat

Posted: 17 Sep 2014 01:37 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Kemelut MB Selangor: Pas Mahu Kekalkan Khalid

Posted: 17 Sep 2014 02:02 AM PDT

PADA Muktamar Pas yang berlangsung di Johor hari ini, dua sayap parti itu mahu mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk meneruskan tugas sebagai MB Selangor.

Pemuda Pas sebulat suara keputusan Majlis Syura dan Persiden parti itu untuk mengekalkan Khalid. 

Sementara itu, Dewan ulama parti itu juga membuat keputusan untuk mengekalkan Khalid, malah Dewan itu sama sekali tidak bersetuju dengan Langkah Kajang.

Walaupun dua sayap Pas mahu mengekalkan Khalid, namun disebabkan jumlah ADUN yang menyokong MB itu, bukan majoriti dalam ADUN Selangor, maka adalah sukar untuk mempertahankannya, kecuali dua ADUN Pas yang membelot ADUN Hulu Kelang dan Morib kembali ke pangkal jalan.

Memang sukar untuk mempertahankan Khalid, dalam situasi jumlah ADUN yang menyokong beliau. Khalid hanya mendapat sokongan 13 ADUN Pas dan 12 ADUN BN tidak membantah, dan Khalid sendiri hanya berjumlah 26 kurang 3 untuk majoriti mudah.

Cucu Tok Selampit

Posted: 17 Sep 2014 01:30 PM PDT

Cucu Tok Selampit


"Hei Geli Wajah Orang PAS" Reaksi Spontan Nurul Izzah Kepada PAS

Posted: 17 Sep 2014 05:51 AM PDT

 "Hei geli lihat wajah orang Pas," begitulah reaksi spontan Nurul Izzah sebaik sahaja menghulurkan buku berkenaan untuk dipostkan dalam Facebook. Pandai juga Ahli Parlimen Lembah Pantai ini bergurau dan menggeletek hati.
Ini bukan kata-kata dari pemimpin UMNO. Ini juga bukan fitnah blogger-blogger pro-Kerajaan. Ini adalah sedutan daripada blog orang kuat PAS sendiri, Mohd Sayuti Omar iaitu Merah Tinta. Begitu hina sekali sekarang orang-orang PAS di mata Nurul Izzah Anwar Ibrahim. Tanpa berselindung Nurul Izzah menzahirkan perasaan beliau geli dan benci melihat orang-orang PAS.

Umum mengetahui perhubungan orang-orang PAS dan keluarga Nurul Izzah bagaikan retak menanti belah. Ini berikutan ADUN-ADUN PAS Selangor dan sebilangan besar ahli-ahli PAS menolak Wan Azizh menjadi Menteri Besar Selangor. Sampai hati Nurul Izzah mengucapkan ucapan sebegitu. Lupakah beliau bahawa orang-orang PAS lah yang selama ini mengelar beliau sebagai Puteri Reformasi dan Puteri Islam Sebenar. Mungkin sokongan kuat daripada DAP membuatkan Nurul Izzah mudah lupa diri dan mudah memandang jijik kepada mereka yang telah menghulurkan bantuan dan sokongan kepadanya seisi keluarga.

Dulu Suara Perempuan Untuk Musabaqah Al Quran Pun Tak Boleh, Sekarang Siap Konsert Lagi

Posted: 17 Sep 2014 12:06 AM PDT

Teringat CTS suatu waktu dahulu wanita dilarang menyertai Musabaqah membaca Al Quran di Kelantan kerana difatwakan suara perempuan adalah aurat. Masa berlalu dengan pantas. Sekarang Ustazah 'mee segera' PAS seperti Abby Abadi, Aisyah dan Dayang Ku Intan dibenarkan untuk mengadakan konsert di Pilihanraya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

Tidak dinyatakan pula di dalam iklan yang tersebar konsert ini untuk kaum wanita sahaja. Kalau kaum lelaki turut sama di dalam konsert itu, apa hukum suara ketiga-tiga ustazah berkenaan ya? Nampak gayanya kesungguhan untuk memenangi PRK lebih utama dari mentaati hukum hakam nampak gayanya. PAS dulu bukannya sekarang. Wal haram bagimu, wal halal bagiku.