Takbirrrr? PAS sama-sama bertakbir dengan Guan Eng? Mana Anwar? Dia pun masuk takbir sekali jugak?
Oooooo...Jadi PAS sekarang ni dah setuju bertakbir dengan Guan Eng? Idea ni datang dari Guan Eng pada Krismas tahun lepas, kan? Maka setahun lepas tu dah jadi kenyataan...
PAS bantah? Mana ada PAS bantah... Mujahid Rawa sokong kot... Tu belum lagi kira Khalid Samad dan sekutu-sekutu depa tu... Kamaruddin Jaafar bila nak buat statement sokongan? Itu la "muka terbaru" PAS hari ni...
'Bapa Tuhan Allah' berkumandang di gereja Klang
Bantahan oleh sekumpulan NGO Islam di padang berhampiran tidak menghalang penganut Kristian mengalunkan puji-pujian kepada 'Allah' dalam satu upacara di sebuah gereja di Klang hari ini. Kalimah 'Allah' itu berkumandang di gereja Our Lady of Lourdes dalam bentuk lagu pujian (hymn) dan doa upacara keagamaan (mass) menggunakan bahasa Melayu. Kira-kira 200 orang yang hadir itu antara lainnya mengulangi pujian "Bapa Tuhan Allah" dan "Tuhan kami yang kudus, Allah" sekurang-kurangnya sebanyak empat kali dalam nyanyian lagu dan juga doa sebelum ucapan utama. Kalimah 'Allah' yang digunakan itu merujuk kepada konsep triniti dalam kepercayaan Kristian. Upacara diketuai paderi Michael Chua itu berlangsung ketika kira-kira 50 orang penganut Islam berhimpun sebagai tanda solidariti di luar gereja. Michael dalam ucapannya mengucapkan penghargaan kepada individu yang hadir terima kasih memberi sokongan dan juga buat para anggota keselamatan yang menjaga keselamatan mereka. Beliau juga berharap agar masyarakat Kristian dapat menjalankan tanggungjawab agama mereka tanpa gangguan. "Ktia terus berdoa supaya situasi aman damai dapat berterusan di Malaysia. Kehadiran berkurangan "Kita dapat saling hormat menghormati dan umat Kristian ada kebebasan guna bahasa mereka sendiri untuk menyembah Tuhan," kata beliau dalam ucapannya hari ini. Chua ketika ditemui pemberita selepas itu berkata, kehadiran ke upacara dalam bahasa Melayu hari ini berkurangan berbanding kehadiran untuk upacara dalam bahasa Inggeris dan Tamil. "Biasanya ada kira-kira 300 (hadirin) tapi hari ini ada lebih kurang 200 sahaja," kata beliau ketika ditemui di luar gereja. Chua berkata, mungkin ramai hadirin memilih untuk pulang lebih awal atau tidak langsung tidak menghadiri acara tersebut disebabkan ancaman kumpulan yang dikatakan akan mengadakan bantahan di hadapan gereja mereka. Katanya, beliau telah membuat laporan polis berhubung rancangan untuk mengadakan perhimpunan tersebut. Satu gabungan NGO yang rapat dengan Umno Selangor pada hari Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk mengadakan protes dan menghantar nota bantahan kepada paderi Lawrence Andrew. Ia ekoran pendirian Andrew yang didakwa mencabar kuasa Sultan Selangor dan berkeras mahu orang Kristian dibenarkan mengguna nama 'Allah'. Umno Selangor semalam mengeluarkan arahan kepada anggotanya untuk tidak menghadiri perhimpunan di gereja berkenaan. Bagaimanapun, sesetengah anggota dan pemimpin Umno Selangor tetap muncul dalam perhimpunan anjuran NGO yang dikenali sebagai Sekretariat Solidariti Muslim Klang, di satu padang kira-kira 1km dari gereja tersebut hari ini.
P/s: Pesan saya...jangan cuba main api.. nanti habis terbakar... kan? Sampai bila kita boleh sabar agaknya? Sampai kepala kena pijak pun nak sabar lagi ke?
Dunia Islam di Selangor sedang kecoh membicarakan soal kebiadapan Ketua Pengarag The Herald, Lawrence Andrew, yang dilaporkan berdegil tetap mahu menggunakan kalimah "Allah" di majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak gereja Katolik di seluruh negeri itu.
Kenyataan itu jelas mencetus api kemarahan umat Islam di seluruh negara, khususnya di Selangor, sehingga ada yang bertindak mengadakan demonstrasi di depan gereja. Selain itu, bilangan laporan polis terhadap Ketua Pengarang The Herald itu makin bertambah dari hari ke hari.
Tambahan pula, beberapa aktivis Kristian turut berhimpun memprotes demonstrasi yang dilakukan di depan gereja. Marina Mahathir pun turut "menempel muka", kononnya mempertahankan "hak asasi penganut Kristian"?
Saya kira, "api kecil" dicetuskan Lawrence Andrew itu semakin "menyala" di hati umat Islam sekarang. Sekiranya "api" tersebut tidak dibendung sebijak mungkin, ia mungkin akan mencetus konflik agama yang agak serius di Selangor.
Di "padang" yang lain, beberapa ADUN DAP mula "memarakkan" lagi "api" tersebut dengan menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggantung tugas beberapa pegawai JAIS yang merampas Bible berbahasa Melayu menggunakan kalimah "Allah" yang dipercayai telah "diseludup" masuk dari negara jiran, Indonesia.
Khabarnya, MB Selangor itu juga didesak agar memansuhkan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988, yang melarang penggunaan kalimah seperti "Nabi", "Allah" dan seumpamanya digunakan di negeri termaju itu. Sehingga kini, Khalid Ibrahim masih berdiam diri…
Saya tertanya-tanya, mengapa semua ini berlaku? Kenapa umat Islam di negeri termaju itu diuji sedemikian rupa? Sudahlah titah DYMM Sultan Selangor mengenai kepentingan enakmen itu tidak diendahkan, kepentingan Islam di negeri itu semakin tercabar dan seolah-olah cuba dihapuskan secara teratur. Strategi siapakah itu?
Dulu, ketika mana akta ISA masih ada, jangankan di Selangor, saya kira tidak siapa pun berani mencabar kedudukan dan kepentingan Islam serta umatnya di seluruh negara. Kini, menghina Islam di Facebook seolah-olah menjadi perkara "biasa" yang biasanya akan terlepas begitu saja…kan?
Saya lihat, sejak ISA diisytihar kerajaan untuk dimansuhkan, kepentingan Islam dan Melayu adalah dua perkara utama yang "diserang" oleh pihak-pihak tertentu. Dua perkara yang sangat sensitif dan mampu menggugat keamanan serta keharmonian kaum yang disemai sejak merdeka dulu…
Siapa yang mahu ISA dimansuhkan? Siapa yang desak supaya kerajaan mansuhkan? Apakah mereka ini merancang sesuatu secara terancang untuk menimbulkan segala ketegangan agama dan kaum di negara kita? Atau mereka ini hanya "alat pekakas" yang dipergunakan untuk merealisasikan keinginan pihak tertentu yang bersembunyi di sebalik tabir?
Saya masih ingat ketika di zaman ISA dulu, siapa saja yang biadap dan cuba mengeluarkan kenyataan yang mampu menggugat kestabilan negara, senstiviti agama dan keharmonian kaum, mereka akan ditahan serta-merta tanpa sebarang bicara. Kononnya tindakan itu zalim…
Tapi, zalimkah tindakan kerajaan yang cuba mengekang unsur yang mampu mencemar kestabilan negara, kesefahaman antara agama dan keharmonian kaum? Cuba lepaskan individu yang menghina agama Kristian di depan gereja, agak-agak apa yang akan berlaku padanya? Selain berjaya menutup mulut celupar, sekurang-kurangnya kerajaan berjaya menyelamatkan individu kurang ajar itu dan dia akan diajar di dalam tahanan ISA, bukan? Zalimkah tindakan itu?
Kini, "nasi sudah jadi bubur". Meskipun sudah ada SOSMA, "judicial precedent"nya agak kabur dan ia seolah-olah menyebabkan pihak berkuasa "takut" dan "terlalu berhati-hati" untuk mengambil tindakan. Keadaan itulah pada pandangan saya telah menyebabkan senario melampau seperti di Selangor itu berlaku.
Persoalannya, saya kemukakan kembali perkara pokok, apakah semua yang berlaku ini merupakan sebuah perancangan teliti pihak tertentu?
Ada tukang provokasi dan ada pula yang bertindak dengan kuasa yang ada. Bila provokasi berlaku terhadap sensitiviti umat Islam dan bangsa Melayu, maka kita mudah terperangkap di dalam "jerat" yang dirancang. Bila ada yang "mengamuk", maka mungkin akan berlaku perkara yang tidak diingini…
Bila perkara tidak diingini itu berlaku dan ia bersalahan dengan undang-undang, maka peguam-peguam "pihak tertentu" itu akan tampil membawa kes ke ruang sistem pengadilan kita. Bila undang-undang diputar belitkan, maka dengan mudah sistem perlembagaan atau undang-undang tubuh dipertikai, dan seterusnya mungkin dipinda atau dimansuhkan…
Dalam teori saya, sekiranya "modus operandi" licik begitu benar-benar dirancang, lambat laun satu persatu hak keistimewaan Islam dan bangsa Bumiputera di negara kita akan hilang. Bila ia hilang satu persatu, apakah kita akan "berputih mata" melihat Malaysia di"Singapura"kan?
Pada saya, perkara itu tidak mungkin dapat ditangani dengan emosi yang "membara". "Bara" selalunya akan menghidupkan "api" yang kemudian akan membakar hangus segalanya. Ia perlu ditangani dengan strategi dan kebijaksanaan yang tinggi, serta perlu dikawal dengan cara yang berhikmah.
Apa caranya? Itu bukan kerja saya. Saya tidak pula dibayar gaji lumayan seperti mereka yang digajikan untuk memikirkan soal tersebut. Kalau saya dibayar, mungkin saya sendiri tidak tidur malam memikirkan perkara tersebut. Namun saya yakin, kalau diselak Al-Quran, Hadith, Qias, Ijma' dan sirah zaman kegemilangan tamadun Islam, di situ ada jawapannya… Wallahu'alam.
Ni apa yang nak jadi kat anak Tun M ni? Dia ni fahaman apa ni? Liberal sangat ke? Apahal sampai teruk sangat fahaman Islam ni? Sister in Islam kononnnn... Marina tak mau buat NGO nama Sister in Kristian ke?
Anak Tun M setahu saya semuanya okay, kecuali yang sorang ni saya tak setuju dengan dia. Adik dia kat Kedah ni gubal enakmen nak protect aqidah umat Islam, tapi dia pulak yang sulung dalam family menempel muka pertahankan agenda Kristian... apa nak jadi ni?
Cuba tengok gelagat dia kat dalam gambar tu, cuba baca cerita kat bawah...
Marina Mahathir pertahan penganut Kristian
Sekumpulan penganut Islam menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti dengan penganut Kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang, susulan rancangan satu kumpulan NGO Islamuntuk membuat bantahan di hadapan rumah ibadat tersebut tersebut hari ini. Turut hadir ke perhimpunan tersebut ialah anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir, yang membawa bunga sambil berdiri di hadapan gereja Our Lady of Lourdes yang sedang mengadakan satu upaca agama Kristian. Ia berikutan ancaman NGO Solidariti Ummah Selangor yang mengumumkan untuk mengadakan bantahan di luar gereja tersebut selepas pengarang penerbitan The Herald, Lawrence Andrew membuat kenyataan menegaskan orang Kristian akan terus menggunakan kalimah Allah. Kumpulan Solidariti Ummah Selangor bagaimanapun mengubah rancangan dan hanya berhimpun di Padang Kelab Sultan Sulaiman bersama kira-kira 100 orang peserta pagi ini, serentak dengan perhimpunan di hadapan gereja tersebut.
P/s: Bila berkawan dengan setan, maka kemungkinan terpengaruh dengan setan tu agak besar.. Sebab tu Islam suruh kita pilih kawan...berkawan kerana Allah, insyaAllah selamat dunia akhirat...
Alhamdulillah, saya mengucapkan syukur pada Allah SWT setelah Presiden Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat, menghilangkan keresahan umat Islam di seluruh negara khususnya di Putrajaya berkenaan ura-ura memajukan pusat pentadbiran Kerajaan Malaysia itu dengan sebuah franchise arak, "Hard Rock Cafe".
Saya yakin, kenyataan yang dikeluarkan Tan Sri Aseh lewat semalam melegakan ramai pihak yang tidak mahu melihat Putrajaya dicemari dengan unsur tidak sihat dan bertentangan dengan amalan hukum syar'ei. Pun begitu, saya ucapkan tahniah kepada mereka-mereka yang membantah kewujudan "franchise syubhah" itu.
Pun begitu, saya memohon jasa baik dari Tan Sri Aseh supaya mengeluarkan kenyataan rasmi melalui sidang akhbar secepat mungkin mengenai perkara tersebut. Tindakan tersebut saya kira akan membuktikan tahap serius Presiden Putrajaya dalam memelihara pusat pentadbiran itu. Itu pun kalau Tan Sri Aseh benar-benar ikhlaslah dalam pengumuman di Facebook semalam.
Tapi... disebalik apa yang berlaku...
Sebenarnya, saya tertanya-tanya apakah Tan Sri Aseh tidak berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan pada media sebelum ini mengenai cadangan membina Hard Rock Cafe di Putrajaya tempohari? Bukan apa. Kalau dirujuk pada kenyataannya sebelum ini mengenai Hard Rock Cafe di Putrajaya, Tan Sri seolah-olah tidak berfikir panjang sebelum mengeluarkan kenyataan.
Putrajaya direka khas sebagai sebuah pusat pentadbiran yang berkonsepkan Islam. Lihat saja rekaan Pejabat Perdana Menteri yang berkubah. Lihatlah bangunan dan premis kementerian-kementerian di Putrajaya. Putrajaya seolah-olah berkonsepkan "Madinah Al-Munawarah" di zaman Rasulullah SAW. Tidakkah Tan Sri Aseh nampak?
Apakah dia fikir seluruh umat Islam di Putrajaya suka dan akan berterima kasih padanya jika dia membina sebuah Hard Rock Cafe di Putrajaya? Apakah dia fikir orang Putrajaya akan membina sebuah tugu peringatan ukiran arca "Tan Sri Aseh" jika dia membawa franchise arak itu ke sana?
Suka saya ingatkan pada Tuan Presiden Putrajaya itu bahawa tidak semua orang fikir sepertinya.
Tidak semua orang suka pada Hard Rock Cafe. Yang tidak suka pada Hard Rock Cafe itu tidak semestinya golongan "anti-establishment". Tapi mungkin mereka sedar tentang taraf dan imej Putrajaya yang mesti bersih dari sebarang elemen yang mencacatkannya sebagai pusat pentadbiran sebuah negara Islam…
Selain itu, saya juga ingin ingatkan pada Tan Sri Aseh bahawa isu "Hard Rock Cafe" ini merupakan "pilot case" di mana beliau perlu sematkan di dalam dirinya bahawa sejauh mana sekalipun kemajuan dan setinggi mana sekalipun peradaban yang mahu dibawa ke Putrajaya, ia mestilah dirujuk serta berlandaskan Islam. Bukan hentam "kromo" sahaja…
Bila terjadi insiden seperti "HRC" ini, tidakkah Tan Sri Aseh fikir ia telah serba sedikit merendahkan kreadibilitinya sebagai seorang Presiden bagi sebuah pusat pentadbiran kerajaan?
Mula-mula umum nak buat secepat mungkin, tiba-tiba terpaksa dibatalkan atas desakan orang ramai. Ia seolah-olah membuktikan pemikiran orang ramai lebih bagus dari seorang Presiden, bukan? Mujurlah Tan Sri Aseh hanya Presiden Putrajaya. Kalau beliau itu Presiden US atau Indonesia, sudah lama rakyat suruh letak jawatan, kan?
Justeru itu, sebagai memberi teguran yang membina, saya mengesyorkan Tan Sri Aseh berhati-hati sebelum merancang membawa kemajuan di Putrajaya. Jangan hanya fikirkan cadangan dari seorang rakan, maka cadangan itu dikira sebagai "cantik" dan "sesuai". Carilah cara lain yang diredhai Allah SWT dalam menguruskan Putrajaya. Semoga Tan Sri Aseh diberi petunjuk olehNya, ameen. Wallahu'alam…
Kata bidalan orang Melayu, "di dalam setandan pisang, sudah tentu ada sebiji yang busuk", dan begitu juga di dalam sesebuah keluarga Tun M di mana salah seorang dari anaknya yang berbeda ideologi, corak pemikiran dan kadang-kadang agak jauh terkeluar dari ruh Islam.
Siapa tidak kenal Marina Mahathir, anak sulung mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad. Dia terlibat dengan himpunan Bersih, menyokong gerakan LGBT, orang kuat "Sister In Islam" yang bersyubhah pandangannya dari Islam di negara kita dan kini dia "buat hal" sekali lagi.
Terbaru, Marina menyanggah pandangan para ulama muktabar di negara kita yang mengatakan cuti hujung minggu pada hari Jumaat memberikan banyak kelebihan kepada umat Islam. Malah Marina dalam kenyataannya di laman Twitter mengatakan bahawa cuti pada hari Jumaat adalah karut!
Marina selain itu sempat mencabar mana-mana pihak agar mengemukakan bukti nas dari Al-Quran yang mengatakan Islam menganjurkan umatnya supaya bercuti pada hari Jumaat. Sombong betul gaya lagak Marina bila tidak bersetuju dengan pandangan ulama, seolah-olah dia Mufti Besar…
Saya ingin mengingatkan Marina bahawa di dalam Al-Quran Al-Kareem itu terdapat sebuah surah yang dinamakan "Al-Jumu'ah" yang membawa "Hari Jumaat". Mengapa Allah turunkan sebuah surah bersempena hari Jumaat? Kenapa tidak hari Sabtu, Ahad, Isnin atau hari-hari lain?
Maka sudah tentulah hari Jumaat itu punya keistimewaan bagi umat Islam berbanding hari yang lain, bukan?
Memang Allah SWT tidak pernah berfirman menyuruh umat Islam bercuti pada hari Jumaat. Malah istilah "cuti" iaitu berehat dari kerja tidak pernah disebut di dalam Al-Quran. Namun dengan turunnya sebuah surah khas bernama "Al-Jumu'ah", maka seluruh ulama sepakat mengatakan hari tersebut adalah hari yang paling mulia berbanding hari-hari lain.
Pandangan atau fatwa tersebut disokong pula dari nas-nas hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Imam Bukhari, Imam Tarmizi, Imam Ibnu Majah, Imam Ahmad, Imam Baihaqi dan ramai lagi Imam-Imam besar perawi hadith Baginda SAW.
Hari hadith-hadith tersebut, disimpulkan bahawa hari Jumaat itu adalah penghulu segala hari di mana terdapat banyak peristiwa dan kemuliaan yang berkait rapat dengan amalan kehidupan umat Islam. Saya yakin, kalaulah ditulis dan dibincangkan tentang kelebihan hari Jumaat di sini, mungkin 6 bulan lagi pun belum tentu selesai…
Jadi, disebabkan segala nas dari Al-Quran Al-Kareem dan Hadith As-Syareef itulah maka para ulama berpandangan bahawa bercuti hujung minggu pada hari Jumaat memberikan banyak kelebihan pada seluruh umat Islam.
Suka saya mengingatkan Marina bahawa sumber segala hukum dan muamalah bagi kehidupan umat Islam tidak terhad hanya pada Al-Quran dan hadith semata-mata. Selain dari dua sumber utama itu, kita juga bersumberkan dari Qias dan Ijma' Ulama. Itu pegangan seluruh Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Lainlah kalau Marina mengamalkan ajaran Syiah dan selain ASWJ, kan?
Saya menyokong penuh sekiranya mana-mana kerajaan melaksanakan polisi cuti hujung minggu pada hari Jumaat kerana ia mampu memberikan saya kesempatan sepenuhnya untuk menggunakan hari yang penuh dengan kelebihan itu.
Misalnya, umat Islam (lelaki sahaja) disunatkan untuk mandi sunat solat Jumaat sebelum ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Majikan pula selalunya memberikan masa yang terhad untuk hadir solat Jumaat dan saya yakin ramai di kalangan kita yang tidak sempat mandi sunat tersebut jika bekerja pada hari Jumaat, bukan? Maka kurang satu peluang untuk kita dapatkan pahala sunat, bukan?
Itu baru satu amalan sunat. Ada banyak lagi kelebihan dan keistimewaan hari Jumaat yang Marina boleh "google" atau belajar dari ulama muktabar di dalam atau di "luar negara". Maklumlah, orang kelulusan luar negara kadang-kala ada yang "tak pandang" pandangan ulama di dalam negara kita. Marina dipersilakan bertanya pada ulama-ulama muktabar di "oversea"…
Saya akui Allah SWT menyuruh umat Islam berusaha mencari rezeki bagi menampung kehidupan di dunia. Namun Marina jangan lupa tentang ayat seterusnya yang juga menegaskan supaya kita tidak lupa pada kehidupan sebenar di akhirat kelak. Dalam usaha kita mencari rezeki di dunia, sudah cukupkah amalan kita di akhirat kelak?
Sekiranya hari Jumaat ditetapkan sebagai hari cuti hujung minggu, saya yakin kita dapat memberikan fokus pada kelebihan beribadah dan beramal kerana pahalanya insyaAllah berlipat kali ganda. Sebab itulah ulama mengatakan bahawa cuti pada hari Jumaat berikan kelebihan pada umat Islam…
Jadi siapa yang mengarut? Ulama atau Marina yang mengarut?
Seingat saya, inilah kali pertama Perdana Menteri melantik seorang wanita menjadi setiausaha politik. Sejak PM Najib mengistiharkan wanita adalah tulang belakang UMNO maka inilah hasilnya.
Tentunya wanita UMNO akan memberi tepukan gemuruh kepada PM Najib untuk waktu ini terutamanya Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Sharizat Jalil.
Tiga tahun lagi belum tentu, kerana wanita UMNO akan ada pemilihan, sekiranya Sharizat Jalil pada waktu itu sudah mahu bersara inilah orangnya yang layak menganti beliau. Orang yang diasuh di Pejabat Perdana Menteri merangkap Presiden parti.
Sekiranya Sharizat Jalil mahu terus memegang jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia tidak mustahil akan berlaku pertandingan merebut jawatan dan sekiranya berlaku pertandingan mampukah Sharizat Jalil mempertahankan jawatan sekiranya beliau ditentang oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO.
Terlalun awal untuk membincangkan perkara ini, catitan ini hanya sebagai 'letak kerja' dan persepsi awal kemungkinan berlaku tarik tali dalam pergerakan tulang belakang UMNO.
GPB menyambut baik pemohonan maaf Dr Maza.com di atas fitnah gambar mewah jet Putrajaya yang disebarkannya walaupun kenyataannya jelas tidak ikhlas untuk mengaku kesilapan.
Mengapa GPB berkata demikian ??
Sebenarnya tiada langsung pun disebut bahawa gambar ini adalah gambar hiasan sebaliknya terus menuduh " cantik & mewah hiasan dalam jet baru Putrajaya " .
Kalau dah salah mengaku sahajalah dan tak perlu berbelit lidah biawak seperti Guan Eng yang cuba menegakkan benang yang basah .
Apabila kantoi menipu , rupa-rupanya baru kita ketahui ada seorang Admin yang menguruskan facebook Dr Maza.com . Malah admin itu mengaku mengambil gambar berkenaan daripada blog pembangkang , Malaysia Cronicle.
Jadi , ini menunjukkan admin berkenaan cenderung menyebarkan cerita pembangkang yang kita ketahui suka menyebarkan fitnah dan kebencian kepada kerajaan .
Apakah selepas ini akan ada lagi kritikan berbaur fitnah di page DrMaza ?? kita tunggu je la ...
Memalukan sekali bila seorang ulama seperti Dr Asri turut bersekongkol menyebar berita fitnah di media sosial . Kalau ostat2 PAS dan harakah itu memang makanan mereka tapi oleh kerana seronok menabur kebencian rakyat kepada kerajaan , kali ini Dr Asri tersilap langkah .
Memang benar cakap beliau kerajaan kalau tak boleh dikritik , jangan menjadi kerajaan .
Tetapi orang yang kritik itu adakah mereka benar atau melakukan fitnah seperti gambar di atas ini ?
Dr Asri menyebarkan ini lah ruang dalaman jet Putrajaya ( pesawat khas PM ) yang cukup mewah dan menyindir " bersyukur negara kita mewah "
Tetapi ia tidak benar kerana gambar itu diambil daripada google image sahaja bukan pesawat khas kerajaan.
Beliau mengajak pengikut di facebook nya bersyukur tetapi kalau ia satu fitnah disebarkan .. bagaimana ??
Cukup -cukup la sifat taksub mengajak rakyat kritik kerajaan.
Lebih baik Dr Maza seorang ilmuan agama menyebarkan ilmu2 agama di facebook nya bukannya kritik ke arah buat dosa.
Difahamkan beliau sudah delete status itu sekaligus membuktikan gambar berkenaan bukan pesawat khas kerajaan . KLIK DI SINI
Bila dah tak boleh jawab isu pembelian kereta Mercedez Benz , dia cuba alih perhatian pula kepada kerajaan Pusat pulak berhubung tindakan terhadap laporan audit 2012 oleh SPRM.
Tapi kali ini Guan Eng telah memalukan diri sendiri bila SPRM menempelak beliau leranma tidak meneliti laporan tahunan SPRM dan juga laporan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah.
Adakah Guan Eng lupa nak baca dulu laporan sebelum memburukkan SPRM ?
KUALA LUMPUR 5 Jan. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa suruhanjaya itu tidak mengambil tindakan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Sambil menyifatkan dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali, SPRM dalam satu kenyataan di sini, hari ini meminta Guan Eng meneliti laporan tahunan suruhanjaya itu serta Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang dikeluarkan sebelum ini.
"Kedua-dua dokumen itu turut memperincikan tindakan yang telah diambil oleh SPRM ke atas isu-isu berkaitan Laporan Audit Negara. Kenyataan SPRM, laporan tahunan SPRM serta JKMR yang dianggotai ahli-ahli Parlimen sendiri menunjukkan SPRM telah mengambil tindakan wajar secara bebas, telus dan profesional terhadap laporan audit berkenaan.
"Sekurang-kurangnya 15 perkara yang dibangkitkan dalam Laporan Audit Negara 2012 telah pun dibuka kertas siasatan dan sedang disiasat. Tindakan yang diambil, sama ada tuduhan di mahkamah atau khidmat nasihat dimaklumkan kepada JKMR dan Panel Penilaian Operasi (PPO) dari masa ke semasa," kata kenyataan itu.
Guan Eng sebelum ini mendakwa tiada tindakan diambil SPRM dalam isu dakwaan pembaziran wang rakyat melibatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti dibentangkan pada Laporan Audit Negara 2012.
Kenyataan SPRM itu seterusnya menegaskan, JKMR, badan bebas yang memantau SPRM sejak 2009 turut dianggotai wakil DAP iaitu Dr. Tan Seng Giaw dan Guan Eng boleh merujuk kepadanya jika memerlukan maklumat lanjut mengenai status kes dan tindakan diambil suruhanjaya itu terhadap laporan audit berkenaan.
"SPRM ingin menegaskan bahawa kita menjalankan siasatan secara bebas, telus dan profesional mengikut Akta SPRM 2009 dan tidak bertanggungjawab terhadap laporan media yang memetik sumber dan tidak berasas," kata kenyataan berkenaan.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng digesa berhenti menuding jari kepada pihak lain dalam percubaan mengalih isu melibatkan beliau.
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, tindakan Guan Eng itu cukup ketara dalam isu pembelian kereta jenis Mercedes-Benz S300L sebagai kenderaan rasminya selepas beliau cuba mencari kesalahan kerajaan Pusat.
"Rakyat mendambakan penjelasan khususnya dalam isu kereta Mercedes-Benz yang baru dibeli. Beliau perlu menjelaskan kepada rakyat adakah wajar seorang Ketua Menteri menggunakan kereta mewah ketika ini?" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam dalam sidang akhbar di sini, Guan Eng seolah-olah cuba mengalih perhatian dalam isu pembelian Mercedes-Benz sebagai kenderaan rasminya dengan mendedahkan kononnya berlaku pembaziran Kerajaan Pusat seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Menurut Rahmad, beliau tidak mempersoalkan tindakan kerajaan negeri DAP membeli sebuah kereta Mercedes-Benz bagi kegunaan rasmi Guan Eng tetapi mempertikaikan kewajaran pembeliannya yang dilakukan dalam tempoh tidak sampai tiga bulan selepas kerajaan negeri membeli sebanyak 15 buah kereta Toyota Camry 2.5.
"Guan Eng perlu tampil menjawab isu ini, bukan mengarahkan penjawat awam seperti Pegawai Kewangan negeri menjawab bagi pihaknya," jelas beliau.
"Beliau juga perlu ingat DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi sosialis iaitu mengutamakan rakyat, jadi tindakannya ini jelas bertentangan dengan konsep berkenaan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Dr. Thor Teong Gee berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengelak menerima diskaun, apatah lagi dalam jumlah yang cukup tinggi daripada mana-mana pihak membabitkan sebarang urusan kerana tindakan tersebut boleh mengundang pelbagai persepsi.
Menurut beliau, tindakan kerajaan negeri itu juga tidak menggambarkan pentadbiran kerajaan yang cekap kerana dibuat selepas hanya beberapa bulan menggunakan kereta baharu sebagai kenderaan rasmi Ketua Menteri.
"Mereka juga tidak mengamalkan apa yang diperjuangkan selama ini, apatah lagi sebelum ini lantang mengkritik kerajaan Negeri Terengganu dalam isu serupa," katanya.
Kalau macai PR lihat gambar pelukan bapak mertua mangsa ini , memang puji sakan la Guan Eng .
Gambar ini di tweet oleh beliau ketika melawat keluarga mangsa di rumah mereka sebelum ke pengkebumian anak dan cucunya malam ini .
Hebat betul Apek Lim ini berlakon opera . Bila selesai je baru tunjuk muka....itu pun sekejap sahaja.
Sebenarnya semasa proses operasi & menyelamat seorang anggota Polis & anaknya ini , UMNO Nibong Tebal diketuai Dato Zainal Abidin Osman bersama Adun Sg Acheh Datuk Mahmud Zakaria sudah awal lagi turun sama-sama membantu Polis , Bomba & JPAM .Selain menghulurkan sumbangan kepada keluarga mangsa, makanan tengahari turut diberikan kepada pasukan operasi & menyelamat.
Jadi , antara pelukan sementara lakonan atau keikhlasan & keprihatinan ditunjukkan pemimpin Melayu sebangsa kita yang membantu sejak awal lagi ......
NIBONG TEBAL: Mayat dua beranak yang lemas di Sungai Kerian, Tanjong Berembang ditemui petang dan tengahari tadi. Mangsa, anggota polis Koperal Halim Ibrahim ditemui kira-kira jam 5.40 petang tadi oleh Pasukan Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat.Mayat Halim ditemui terapung dan berpakaian lengkap 100 meter dari lokasi anaknya ditemui jam 12.45 tengahari tadi.
Mayat Mohd Halif Akim Halim setahun sepuluh bulan ditemui terapung kira-kira 400 meter dari tempat beliau terjatuh dari bot milik bapanya, Koperal Halim Ibrahim petang semalam.
Kedua-dua jenazah di hantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat.Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan islam tanjong berembang ,nibong tebal malam ini.
Dalam kejadian jam 6petang semalam, Koperal Halim, 52 tahun bersama isterinya, Koperal Waridah Muaing, 33 tahun dan dua anak mereka Noramira 5 tahun dan Mohd Halif Akim setahun 10 bulan dikatakan menaiki bot untuk memancing.
Malangnya, anaknya terjatuh selepas bot terumbang ambing akibat arus deras.Mangsa cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam sungai bagaimanapun gagal ekoran arus deras.
Sementara itu, ibu Halim, Siti Fatimah 72 tahun berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan kejadian itu. Fatimah berkata kali terakhir dia bertemu anak dan cucunya petang semalam sebelum mereka sekeluarga keluar ke sungai.
Terdahulu Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang hadir ke lokasi kejadian berkata, Halim terjun ke sungai untuk menyelamatkan anaknya namun kedua mereka tidak timbul.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat dilakukan dalam kawasan perimeter seluas lima kilometer dari tempat mangsa jatuh.
Seramai 95 anggota penyelamat membabitkan Jabatan Pertahanan Awam, polis, bomba sukarela dan orang kampung terlibat dalam operasi menyelamat.Isteri mangsa yang berada dilokasi enggan ditemuramah media.
Dari seorang ahli akademik, akhirnya profesor Dr. Chandra Muzaffar membuat keputusan untuk berkecimpung dalam politik.
Bermula dari NGO Adil, kemudian bersama-sama membangunkan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) hanya selepas dua tahun menerajui Parti keadilan pada Disember 2001 Dr. Chandra membuat keputusan drastik meninggalkan Parti Keadilan tampa sebarang alasan.
Saya masih ingat lagi (Dr. Chandra) salah satu daripada peristiwa yang mengecewakan saya selepas peristiwa 11 september, dia (Anwar) menulis rancana dalam Times Magazine dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya itu. Kerana dia seperti memihak kapada Amerika Syarikat tampa membangkitkan isu-isu tertentu tentang keadilan global.
Seolah-olah dia menyalahkan orang Islam pada ketika itu kata Dr. Chandra, tulisan Anwar Ibrahim yang dimaksudkan Dr.Chandra bertajuk Who Hijacked Islam? yang keluar dalam majalah Time pada Oktober 2001.
Dalam rancana iti Anwar menuduh Osama bin Laden dan Mohamad Atta adalah penganas yang menyebabkan pengeboman World Trade Center ( Pusat Dagangan Dunia ) di New York dan Jabatan Pertahanan di New York, walhal tiada sebarang bukti yang mengsahkan tuduhannya itu.
Penulis barat, Peter J. Boyer dalam rancananya bertajuk NeThe Believer Paul Wolfowitz defends his war, Thew Yorker, 1 November 2004, mengakui rencana Anwar di Time itu telah menarik Paul Wolfowitz, seorang zionis yang ketika itu Timbilan Setiauseha Pertananan Amerika Syarikat untuk mendampingi semula dengan Anwar.
Dan selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buluh pada tahun 2004, Pau Wolfowitz membawa Anwar menjadi alat missionarinya di Amerika Syarikat. Anwar menjadi pensyrah di John Hopkins juga bermula dari rancananya di majalah TIME>
Selepas itu bermulalah episod Anwar sebagai Pengerusi Foundation For The Future dan organisasi organisasi tajaan Amerika Syarikat yang lain.
sahabat mari kita menilai siapa Anwar Ibrahim sebagai yang disebut-sebut oleh banyak orang tentang Anwar Ibrahim menjadi tali barut zionis, apa yang diperkatakan oleh Dr.Chandra Muzaffar ini mari kita sama-sama berefikir dan kita membuat keputusan, selepas ini Dr. Chandra akan cerita lagi.
bersambung cerita Dr. Chandra
You are subscribed to email updates from #seratah# To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
I heard those guys in Pemandu are quite powerful that they overrule even our top most civil servants in the Economic Plannic Unit and the Implementtation Coordination Unit of the Prime Minister's Department but I never knew that they are so powerful to evenSACK the Prime Minister.
Would those foreigners depicted in LAT's masterpiece (published in the New Straits Times today) make a U-turn now since PEMANDU has taken over the wheels from Datuk Seri Najib Razak? Watch the blame game unfold… and nothing would happen to anyone because someone said 'Najib doesn't believe in sacking his staff. Probably that is why there are loads of rubbish in the PMO. Dear Datuk Seri, please take the necessary action now before your own officers, advisors, and apple polishers sack you for real.
Ini statement versi Aseh di fb dengan ayat coverline selepas isu ini menjadi PANAS.
Sebelum PANAS?
Sebelum PANAS?
Ini statement versi Siaran Media
"Jika pun permohonan ini diterima kelak......."
Apa maksud yang cuba disampaikan Si Aseh ni? Gimik dah sejukkan keadaan yang semakin panas?
Cukup-cukuplah Aseh oiii....Inilah jenis KUMAN SIPLIS DAN GONORRHEA yang jadi pemimpin bersarang dalam pentadbiran Najib Razak yang akhirnya membuatkan Najib sendiri dijangkiti penyakit ini dan menjadi "pembawa" penyakit.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan sebuah universiti kerjasama pendidikan awam dengan kampus utama yang terletak di Shah Alam.
Ia universiti terbesar di Malaysia dari segi saiz dan enrolmen pelajar dan satu-satunya universiti awam yang menjalankan pengambilan dua kali setahun dan mengenakan yuran di antara yang paling murah dengan kemudahan kolej kediaman yang selesa.
Kemasukan universiti terbuka kepada Bumiputera sahaja dan Dasar ini dilindungi menurut kuasa Perkara 153 Perlembagaan Malaysia.
Mungkin dek kerana HANYA TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA, UiTM juga tidak lari dari agenda politik kotor pembangkang dengan FITNAH :
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia cedera di perut selepas ditembak oleh dua lelaki dalam kejadian di lebuh raya berhampiran Puchong, semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shukri Dahlan ketika mengesahkan kejadian, berkata dua suspek terbabit turut melarikan kereta bersama-sama isteri mangsa yang kemudian ditinggalkan tanpa sebarang kecederaan di sebuah stesen minyak di Bangi.
Dalam kejadian 11 pagi itu, Nazaruddin Mat Ali, 35, yang bertugas sebagai Pengarah Pentadbiran Bahagian Kewangan Maritim di Kuantan dan isteri Alawiyah Haron, 35, seorang eksekutif syarikat swasta, dalam perjalanan dari Shah Alam ke Semenyih.
Kereta yang dipandu mangsa kemudian dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta lain dan ketika mangsa keluar untuk berbincang mengenai kemalangan itu, seorang daripada suspek tiba-tiba melepaskan tembakan yang mengenai bahagian kiri perut mangsa, katanya di sini hari ini.
Menurut Shukri, suspek kemudian melarikan kereta itu bersama-sama Alawiyah yang kemudian ditinggalkan selepas suspek menyamun beg tangan, telefon bimbit, rantai leher dan gelang tangannya.
"Kereta Honda Accord milik mangsa ditemui semula di Jalan Persiaran Bangi di simpang masuk Seksyen 4 Tambahan Bandar Baru Bangi pada petang hari kejadian,” katanya.
Shukri berkata, polis percaya kejadian bermotifkan samun dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
Menurutnya mangsa yang dirawat di Hospital Serdang dilapor dalam keadaan stabil.
Sementara itu, keluarga mangsa yang ditemui Bernama di Hospital Serdang enggan ditemu bual. - Bernama
NOTA LUTUT
Awas jangan mudah bertindak terburu-buru dengan keluar dari kenderaan anda.
Tektik melanggar kereta seperti ini telah lama dilakukan.
UMNO Selangor hari ini bersetuju dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib bahawa Pakatan Rakyat bersatu dalam satu pakatan hanya berkaitan politik tetapi tidak dalam urusan agama. Justeru rakyat perlu melihat perkara ini dengan lebih jelas kerana apa jua yang diperjuangkan di dalam politik kita mesti mempertahankan juga agama.
Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, UMNO Selangor melihat DAP Selangor sudah mula besar kepala apabila memberi cadangan untuk mengubah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. Mereka melihat isu ini boleh menguntungkan mereka dari segi politik tanpa memikirkan impikasi daripada cadangan mereka itu.
"DAP tidak merasa malu untuk mendesak pindaan tersebut kerana mereka memperjuangkan kepentingan agama bukan Islam di Selangor dan merasakan PR mempunyai suara majoriti di dalam dewan negeri. Namun demikian jika 37 orang Adun-Adun Melayu di Selangor (BN-12, PAS-15 dan PKR-10) bersatu seperti kenyataan Datuk Harun Taib untuk mempertahankan kepentingan agama Islam, cadangan yang dibuat oleh DAP tidak akan dapat dilaksanakan.
UMNO Selangor melihat usaha yang dilakukan oleh DAP campur tangan dalam hal ehwal agama Islam merupakan satu petunjuk jelas bagaimana mereka cuba menghapuskan penguasaan agama Islam di Selangor secara praktikal," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang.
Tambahnya, UMNO Selangor kesal dengan kenyataan Exco Agama Selangor YB Salehen Mukhyi untuk mengadakan perjumpaan dengan Paderi Lawrence Andrew kerana sebagai seorang Exco Agama beliau perlu tegas dan mematuhi titah perintah DYMM Sultan Selangor dan mempertahankan tindakan yang dilakukan oleh JAIS.
Soal siapa yang bersalah biar mahkamah yang menentukan. Kenyataan beliau menunjukkan seolah-olah beliau tidak memahami erti kebebasan beragama seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan. Rakyat perlu faham Perkara 11 dalam Perlembagaan menyebut bahawa tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya tetapi tertakluk kepada Perkara 11 (4) yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.
"Enakmen Agama Bukan Islam ( Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan pada tahun 1988 diwujudkan sebagai kesinambungan daripada Perkara 11 (4) dan memberi kuasa kepada pegawai-pegawai yang ditauliahkan untuk menyiasat dan menangkap tanpa waran mana-mana individu yang melanggar peruntukan di dalam enakmen tersebut.
Paderi Lawrence Andrew sebagai seorang Paderi dan Pengarang The Herald, beliau harus sensitif dan faham undang-undang beragama di Selangor. Jangan menggunakan alasan tidak memahami undang-undang sebagai satu alasan untuk melanggar undang-undang. Beliau seharusnya mematuhi titah perintah DYMM Sultan Selangor dan isu kalimah Allah juga telah menjadi kes di mahkamah.
Sehubungan dengan itu, UMNO Selangor akan terus memantau perkembangan isu ini dan mahu pihak berkuasa jangan sekali-kali tunduk terhadap desakan pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat kedudukan Islam di negeri Selangor," tambahnya.
Cadangan tiga wakil rakyat DAP untuk meminda Enakmen Agama Bukan Islam Selangor 1988 adalah penghinaan kepada umat Islam yang akhirnya boleh mengakibatkan gejala murtad berleluasa di negara ini.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, cadangan tersebut bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan malah perbuatan itu seperti menderhaka terhadap Sultan Selangor dan institusi raja di negara ini.
Menerusi pindaan itu katanya, gejala murtad boleh berlaku secara terbuka kerana tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadap kesalahan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah untuk mengelirukan umat Islam.
"Jika pindaan berlaku sudah tentu umat Islam akan marah dan bangkit secara terbuka untuk menentang habis-habisan tindakan tiga wakil rakyat ini yang cuba bermain api dan mencetuskan kemarahan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali menyifatkan cadangan wakil rakyat DAP untuk membuat pindaan berkenaan sebagai amat berbahaya kerana bakal mengundang implikasi terburuk kepada negara sekali gus membawa perselisihan antara agama.
Hasan turut mempersoalkan asas pindaan itu sedangkan enakmen berkenaan tidak terpesong daripada Perlembagaan Persekutuan dan mendapat perkenan Raja-raja Melayu yang memayungi agama Islam selain disokong oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Tiga wakil rakyat itu mahu enakmen tersebut dipinda susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan Iban mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya baru-baru ini.
Ismail berkata, tiga wakil rakyat ini tidak layak menetap di Selangor kerana telah menderhaka kepada sultan yang bertitah melarang kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam sebagaimana diputuskan mahkamah.
"Walaupun DAP dijangka tidak boleh menang untuk cadangan diluluskan di dewan tetapi umat Islam jangan ambil mudah kerana ini menunjukkan agenda sebenar DAP di negara ini," jelasnya.
Sementara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pindaan itu mengakibatkan umat Islam hilang hak dan kuasa untuk memelihara kesucian agama Islam sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan enakmen-enakmen negeri.
Sambil menyifatkan cadangan tersebut sebagai ancaman paling besar kepada umat Islam, beliau berkata, penganut Islam perlu bersatu padu dan bangkit menentang agenda DAP tersebut tanpa mengira perbezaan ideologi politik.
"Jika pindaan ini diluluskan maka apa-apa sahaja perkara yang orang Islam hendak buat adalah tertakluk kepada persetujuan bukan Islam, maknanya apa-apa sahaja membabitkan hal-ehwal Islam seperti nikah kahwin, menyebarkan agama dan sebagainya, kita kena minta kebenaran dan kelulusan mereka terlebih dahulu," katanya.
Beliau berkata, cadangan tersebut menunjukkan wajah sebenar agenda DAP dan disebabkan itu umat Islam perlu berhenti berbalah sesama sendiri demi masa depan umat di negara ini.
"Tindakan tiga wakil rakyat ini cukup biadab dan kita sepatutnya tidak berlembut dengan mereka untuk mempertahankan hak-hak kita yang dijamin dalam undang-undang di tanah air kita sendiri," katanya.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bila isu kalimah Allah timbul, terdapat sejumlah besar umat Islam yang liberal menyokong tindakan gereja.
MyMassa agak pelik dengan tindakan mereka yang menyokong pihak gereja. Tapi bila MyMassa tengok video ini MyMassa rasa JAIS dan mana-mana jabatan agama perlu kerja keras lagi untuk menangani gejala Islam Liberal ini.
Orang yang bercakap dalam video ini adalah Benz Ali, pengasas REPUBLIKKU. Dia mendakwa kenyataannya telah diedit untuk burukkannya. Untuk lebih adil, MyMassa letak video penuh Benz Ali. Pembaca boleh membuat penilaian semula.
MyMassa rasa lepas tengok video penuh, lebih teruk penghinaan Benz Ali kepada Islam. Tak tahulah kalau pembaca berpandangan berbeza.
I heard those guys in Pemandu are quite powerful that they overrule even our top most civil servants in the Economic Plannic Unit and the Implementtation Coordination Unit of the Prime Minister's Department but I never knew that they are so powerful to evenSACK the Prime Minister.
Would those foreigners depicted in LAT's masterpiece (published in the New Straits Times today) make a U-turn now since PEMANDU has taken over the wheels from Datuk Seri Najib Razak? Watch the blame game unfold… and nothing would happen to anyone because someone said 'Najib doesn't believe in sacking his staff. Probably that is why there are loads of rubbish in the PMO.
Sekali lagi MyMassa tanya, apakah maksud kesengsaraan bagi rakyat Malaysia? Cuba lihat gambar ini dan nilaikan.
MyMassa rasa maksud kesengsaraan boleh dikaitkan dengan tahap bersyukurnya seseorang itu. Jika dilihat dalam gambar, orang di Afrika masih boleh lagi tersenyum sampai nampak gigi.
Bagi anak muda Malaysia, kalau line internet tak laju dah kira sengsara.
Bagi keseluruhan rakyat, naik harga barang dah kira sengsara.
Setakat ini, MyMassa tak pernah dengar rakyat Malaysia yang mati sebab tak cukup makan. Yang selalu dengar, meninggal dunia sebab terlebih gula, garam, kolestrol dan lain-lain lagi.
Kalau dulu, penyakit sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dianggap penyakit orang kaya. Orang dulu minum teh O, kopi O sebab gula bukanlah keperluan. Nasi pun makan kongsi-kongsi. Si emak akan suapkan anaknya bagi mengelakkan membazir. Selalunya kalau masak banyak tu, habis licin. Jarang disimpan dalam almari makanan. Zaman dulu hanya orang kaya mampu beli peti ais.
Contoh almari makanan zaman dulu.
Sekarang ni kalau masak atau beli makanan, selalunya tak habis, yang baki akan masuk dalam peti ais. Sebenarnya amalan seperti ini tidak bagus untuk kesihatan kerana kita akan makan makanan yang tidak segar (dipanaskan berulang kali).
Kalau pergi ke kedai makan, acap kali kita lihat rakyat Malaysia tak habiskan makanan. Maka pekerja kedai makan atau restoran makanan segera akan buang baki makanan tersebut. Bila tengok keadaan macam tu, teringat pesanan orang tua-tua bahawa siapa makan sebutir nasi yang terakhir, dia akan dapat bidadari syurga. Maka berebut-rebut anak-anak kecil mahu jadi orang yang terakhir menghabiskan makanan sampai licin. Akibat daripada pembuangan sisa makanan yang tinggi, kini pengurusan sisa pepejal negara perlu memikirkan kaedah yang terbaik kerana sisa jenis ini tidak dapat dikitar semula kecuali dihantar ke pusat penternakan.
Dalam masa rakyat Malaysia mengadu sengsara hidup di Malaysia, makin ramai pula pendatang asing yang datang ke negara ini. Kalau benar sengsara hidup di Malaysia, mengapa mereka datang? Kalau hidup di negara ini sering dihimpit kesempitan hidup, bagaimana mereka boleh hantar pulang wang ke negara asal setiap bulan?
Rakyat Malaysia sengsara tapi hujung minggu kedai makan sentiasa penuh sampai nak cari meja kosong pun susah.
Rakyat Malaysia sengsara tapi hujung minggu pasaraya sentiasa penuh sampai nak cari parking pun susah.
Rakyat Malaysia sengsara tapi hujung minggu, lebuhraya bertol ke utara, selatan dan pantai timur sentiasa sesak.
Rakyat Malaysia sengsara tapi bilangan yang pergi bercuti menggunakan kapal terbang sentiasa meningkat.
Rasanya cukup panjang artikel kali ini. MyMassa rasa kita semua patut memikirkan adakah benar kita sedang sengsara atau masih tak bersyukur dengan nikmat yang kita terima selama ini?
*Jika anda tidak puas hati dengan artikel ini dan ingin berkongsi keSENGSARAan anda, sila luahkan di ruang komen.
LIM KOK WING TERSENARAI, UNISEL YANG LEBIH SENIOR TAK TERSENARAI?
Tahun 2014 menjelma dengan sejuta harapan rakyat Malaysia untuk mengecapi sistem pendidikan yang berkualiti khususnya di peringkat Universiti.
Namun begitu, tinjauan kami mendapati berlaku masalah besar kepada para graduan dari Unisel apabila beberapa kursus di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di universiti tersebut tidak diiktiraf oleh masyarakat.
Berikutan pengumuman Kerajaan bahawa pada tahun 2014 kenaikan pangkat malah kenaikan gaji kakitangan awam akan turut dilihat daripada sudut ijazah mereka, beberapa graduan Sarjana dan Doktor Falsafah dari Unisel menghubungi kami dan menyatakan kebimbangan mereka kerana pandangan orang ramai bahawa lulusan dari Unisel kurang diberi perhatian berbanding universiti-universiti IPTA yang lain.
Pengiktirafan oleh MQA dan pengiktirafan oleh masyarakat adalah dua perkara yang berbeza. Apabila perkara ini diajukan kepada pengurusan Unisel, mereka hanya menjawab kursus-kursus mereka telah diiktiraf oleh MQ. Malangnya mereka tidak dapat menjawab isu mengapakah lulusan Sarjana dan PhD dari Unisel dipandang sebelah mata?
Saya berpendapat, Unisel harus menempatkan diri mereka di dalam senarai Universiti terbaik dunia, janganlah sampai ke 6,554 dalam dunia. Universiti di negara baharu Timor Timur pun tak seburuk angka itu?. Excellance Rank bagi University National Timur Timor ialah 5,080. Jika sukar pun, Unisel patut berusaha berada di dalam ranking terbaik dalam negara.
Masalah-masalah logistik seperti kampus, air, makanan, pengangkutan, asrama, bilik kuliah, isu-isu pinjaman pelajaran, isu-isu pengiktirafan perlu diatasi dengan kadar segera.
1. Beberapa blog menyentuh isu sambutan hari jadi (kononnya) diadakan Menteri Dalam Negeri di hotel mewah di saat rakyat sedang susah. Meskipun ramai tidak tahu beliau bukan menggunakan duit kerajaan dan dibuat atas dasar setiakawan Sahabat beliau yang berpakat meraikannya.
2. Panglima sendiri tidak menghadiri majlis tersebut dan hanya membaca dari blog. Barangkali ia majlis Sahabat terdekat Menteri dan khabarnya dianjur Sahabat rapat beliau untuk meraikan semua yang selama ini sentiasa menyokong beliau ketika senang dan susah bersamanya.
3. Meskipun lokasi majlis hotel mewah Royale Chulan , namun menu yang disediakan tidak mewah seperti digambarkan. Hanya nasi lemak satay air sirap yang tidak melambangkan keborosan bahkan menunjukkan sikap berjimat cermat (mungkin tidak ada duit banyak) Sahabat beliau. Tidak seperti yang sering disebut ketika zaman Anwar Ibrahim di mana orang sekeliling dilimpahi kekayaan melampau gara-gara kronisme yang terlalu teruk.
4. Paling menarik email yang disebar juga didapati salah tarikhnya dan tidak mustahil ia petunjuk dari Allah bahawa email tersebut direka pihak tertentu yang tidak senang hati dengan sokongan hampir 100 % Bahagian Umno seluruh negara kepada DS Ahmad Zahid Hamidi pada persidangan yang lalu.
5. Yang tidak disebut ialah majlis tersebut mendapat sambutan begitu ramai walaupun tidak semua menerima jemputan ekoran masalah tempat terhad namun lebih 2 ribu telah menghadiri majlis semalam.
Harap politik matang kita amalkan dan jangan kerana sesuatu sebab kita mula menghentam selepas memuji beliau sebelum ini. Nasihat untuk diri dan kawan-kawan.
Sesiapa kata Panglima kaya kerana dapat duit dengan Zahid hamidi boleh minta skrin akaun bank yang hanya beberapa ringgit sahaja yang tinggal selain hutang yang berlambak selepas mengambil keputusan memenuhkan masa dengan perniagaan produk perubatan serta pemasaran syarikat rakan sejak Oktober lalu.
Saya sokong kerana orang bukan kerana wang. Jika Zahid juga mula takbur & lupa diri maka saya juga akan memberi teguran secara hikmah tanpa memalukan maruah beliau sebagai seorang pemimpin.
Lebih lembut kata-kata tentu lebih berkesan pada telinga dan terus jatuh dan menusuk hati !
Kata yang lembut datang dari hati yang lembut dan bersih, hati yang bukan berkarat dengan dosa dan maksiat.
Bukan pelaku homoseksual, Peliwat atau peminum arak dan berpeleseran di Night Club.
KUALA BERANG - Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku ke atas seorang wanita selepas terselamat walaupun kereta dipandunya terbabas dan terbalik beberapa kali dalam kejadian di Kilometer 400.9 LPT Kuala Lumpur-Kuala Terengganu (Ajil-Telemong), pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Afill Amalina Llailie Lokhman, 25, dalam perjalanan dari arah Bukit Besi menuju ke arah Ajil dan kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Preve dipandunya secara tiba-tiba terbabas ketika di lokasi kejadian.
Menurut sumber, mangsa yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Serdang memulakan perjalanan dari Serdang kira-kira jam 4 pagi menuju ke Bukit Payung, Besut bagi pulang bercuti ke kampungnya.
"Kereta dipandu mangsa tanpa penumpang dipercayai terbabas ke kiri dan kanan jalan sehingga merempuh pengadang jalan, selain turut terbalik beberapa kali. Keadaan itu turut menyebabkan enjin kereta tersebut tercabut.
"Bagaimanapun, mangsa terselamat dan hanya mengalami luka kecil di bahagian mata sebelah kiri serta jari. Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Hulu Terengganu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Ismail Muslim ketika dihubungi mengesahkan laporan kemalangan itu.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika memandu termasuk mematuhi had laju ditetapkan.
Ok hard rock cafe nak buka di putrajaya, aku tak mau cerita banyak, korang sekelian rakyat malaysia yang cerdik pandai boleh menilai kedua-dua laporan di bawah...
Tetiba semalam kenyataan ini pulak di keluarkan oleh perbadanan putrajaya, adakah pihak perbadanan putrajaya cuba nak kata akhbar utusan menipu atau memanipulasi berita? kalau berita itu keluar di harakah daily, suara keadilan, malaysiakini atau malaysian insider aku boleh anggap itu adalah spin pembangkang...
Cukup-cukup lah di selangor jadi hub maksiat, janganlah putrajaya pun nak ikut macam negeri selangor, ingat, kalau hard rock cafe di buka di putrajaya, lepas nie, jangan terkejut, akan tumbuh lagi beberapa pub, disco dan rumah urut di putrajaya, akhirnya dari sebuah bandar yang clean dari maksiat putrajaya juga akan jadi seperti bandar-bandar di selangor yang menjadi pot untuk orang buat maksiat...
Maleh nak cakap... kita tunggu dan tengok betui atau tak. Terang sudah nampaknga dipergunakan oleh kafirun bukan saja Agama Parti pun kena ikut arahan dan tunjuk kesetiaan demi nak menang atau ada rakan parti... elok la tu.... pada Pauk juak lembu roket dah boleh pertahankan kumpulan yg berjuang utk Islam dan kini sedang berjuang mempertahankan kafir yg sudah cukup jelas pergunakan nama Allah di gereja. Adakah menyokong tentang tuhan mereka yg sama dengan Islam... Nabi Isa pulak kedudukannya dimana?
Jadi jangan buang masa dah holeh post dalam FB beramai-ramai ucap tahniah kat unit amal... bang non suka tu....
You are subscribed to email updates from SEKUPANGDUA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Cadangan tiga wakil rakyat dari DAP supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda bagi memastikan hak orang bukan Islam dibela dianggap keterlaluan kerana seolah-olah sengaja mahu mengeruhkan keadaan, kata peguam jenayah kanan, Ranjit Singh Dhillon.
Ranjit Singh dilaporkan Utusan berkata tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas Bible versi bahasa Melayu serta bahasa Iban seharusnya tidak perlu dipertikaikan kerana merupakan tanggungjawab agensi itu dalam melindungi kesucian Islam.
Menurutnya, tindakan JAIS tersebut dilihat tidak sama sekali mengganggu hak orang bukan Islam dan tidak menyalahi undang-undang kerana dilaksanakan untuk memelihara Islam sebagai agama Persekutuan.
"Sebagai orang yang bermastautin di Selangor, tidakkah mereka (tiga wakil rakyat DAP terbabit) ada tanggungjawab untuk akur dan mematuhi titah Sultan Selangor?
"Walaupun seseorang sultan tidak mempunyai kuasa sepenuhnya dalam pentadbiran kerajaan negeri namun dalam hal ehwal agama Islam, sultan secara langsung mempunyai kuasa mutlak untuk memelihara kesucian Islam," katanya.
Beliau mengulas cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin; ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran dan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San seperti dilaporkan The Malaysian Insider supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.
Cadangan tersebut dibuat susulan tindakan JAIS merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya semalam.
Dalam serbuan berkenaan, pasukan penguat kuasa JAIS yang diiringi anggota polis turut menahan dua individu iaitu Presiden Persatuan Bible Malaysia, Lee Min Choon dan pengurus premis terbabit, Sinclair Wong.
Ranjit yang juga seorang pemerhati politik memberitahu, cadangan tersebut juga dipercayai cubaan pihak tertentu untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap isu yang sedang hangat diperkatakan itu.
Mengulas lanjut beliau menjelaskan, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya mempertahankan tindakan JAIS itu.
"Politik, agama dan bangsa adalah entiti yang berlainan. Demi kelangsungan karier politik, diharapkan dia (Abdul Khalid) tidak mencabar titah sultan," ujarnya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang mempertahankan tindakan Penguatkuasaan Enakmen Agama Bukan Islam Selangor menggunakan Enakmen 1988 ((Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) untuk menyerbu premis tersebut.
Menurutnya, Enakmen 1988 itu terkandung di dalam Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan untuk melarang pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam dan bukannya menggugat hak kebebasan beragama masyarakat bukan Islam di negara ini.
Justeru, beliau menegaskan, cadangan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor yang mahu enakmen tersebut dipinda tidak wajar disokong sama sekali terutama oleh wakil-wakil rakyat beragama Islam di negeri tersebut.
Mengapa enakmen tersebut perlu dipinda sedangkan sumber undang-undang itu adalah daripada Perlembagaan Persekutuan sendiri.
"Subsekyen dalam Perkara 11(4) membenarkan mana-mana negeri untuk membuat undang-undang kawalan pengembangan kepercayaan agama bukan Islam kepada orang bukan Islam.
"Sepatutnya kita perlu mendesak agar negeri-negeri yang belum menggubal enakmen seumpama itu agar melakukannya, bukannya mencadangkan negeri yang sudah ada untuk membuat pindaan atau menghapuskannya," katanya kepada Utusan. Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kenyataan berani yang dibuat oleh Yuktes terhadap Anwar Ibrahim. Yuktes seolah ada sesuatu asas yang kukuh untuk menuduh Anwar Ibrahim sedemikian. Apa respon dari Anwar Ibrahim?
Dua perkara yang kita boleh jangka dari Anwar Ibrahim
1) Anwar akan nafikan
2) Anwar akan tuduh semula kenyataan Yuktes ini jahat dan sebagainya.
3) Anwar Ibrahim akan saman Yuktes.
Ini antara perkara yang Anwar akan lakukan. Namun beranikah Anwar Ibrahim mengambil tindakan yang ketiga itu?
"Universiti Georgetown adalah universiti swasta Jesuits yang terletak di Georgetown, Washington, DC. Paderi John Carroll mengasaskan universiti itu pada 1789, walaupun asal-usulnya bermula dari tahun 1634.
Jesuits bermaksud 'Ahli Kumpulan Jesus' atau 'Satu Pasukan Tentera Agama Jesus' yang dibentuk di bawah Arahan Gereja Roman Katolik.
Kebiasaannya Jesuit menyembunyikan identitinya di sebalik jubah intelektual dan menetap di pusat-pusat pengajian tinggi yang juga dikenali sebagai 'orientalis'.
Mereka mengelarkan diri mereka sebagai the Company of Jesus. Salah seorang daripada mereka adalah John Esposito, Pengarah Center for Muslim dan Christian Understanding, Universiti Georgetown."
Bukan sekadar itu sahaja, UCANews.com (baca sini) pernah melaporkan bahawa Jesuit Ateneo de Manila University telah memberi satu anugerah kepada Anwar Ibrahim pada Ogos 1996 lagi.
Dengan jelas sekali tindakan di atas adalah satu bentuk provokasi terhadap umat Islam di Malaysia. Mahkamah sudah buat keputusan, Sultan Selangor sudah bertitah tentang isu ini pada 14 November 2013. Mengapa ada pihak yang mahu melangkaui undang undang dan perintah Sultan?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.
Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.
Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Malaysiakini sendiri sudah lupa apa yang mereka telah laporkan (rujuk sini). Sepatutnya portal tersebut tidak boleh terus mengapi ngapikan umat Islam di Malaysia dengan berita provokasi yang melampau seperti dalam berita di atas.
PAS Selangor sendiri patut merasa malu kerana tidak berpihak kepada Islam dan berlandaskan apa yang sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa. Dulu ketika isu agama, PAS yang paling lantang tentang isu agama. Di mana mereka sekarang? Di mana Persatuan Mahasiswa Islam di universiti yang "garang" sangat tentang isu ini suatu ketika dahulu?
Mereka patut malu dengan Haron Din tentang isu ini. Dengar dan lihat sendiri apa yang Haron Din perkatakan tentang isu kalimah Allah ini.
Isu kalimah Allah kembali bergema gara-gara tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 300 naskah bible Bahasa Melayu dan Iban yang menggunakan kalimah Allah dalam kandungannya , dalam satu serbuan di Petaling Jaya minggu lepas.
JAIS adalah sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Jika di zaman pemerintahan BN di Selangor sebelum 2008, exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Datuk Rahman Palil. Selepas PRU 2008, exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Datuk Hasan Ali. Tahun 2012 apabila Hasan dipecat daripada Pas, orang yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Tan Sri Khalid Ibrahim, yang telah melantik dirinya sebagai exco yang bertanggungjawab terhadap portfolio agama islam di Selangor. Tahun 2013 pula exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap JAIS adalah Sallehan Mukhyi, Adun Pas untuk kerusi Sabak.
Dengan penerangan diatas saya harap semua jelas dan nyata bahawa JAIS adalah sebuah agensi dibawah Kerajaan Selangor, dan tidak ada kena mengena langsung dengan Kerajaan Persekutuan.
Namun begitu apabila berlaku kes rampasan bible seperti diatas, ada pemimpin-pemimpin pak-khatan rakyat yang tiba-tiba menjadi lembu kenyang yang kebodohan menyalahkan Umno dan Kerajaan Persekutan. Tujuannya untuk mengelirukan orang ramai supaya nampak itu semua salah Umno.
Lim Kit Siang selaku seorang yang lama dalam politik dan faham selok belok perundangan negara pun turut sama jadi bodoh menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana kehadiran anggota polis semasa JAIS melakukan rampasan.
Sedangkan polis hadir adalah atas permintaan JAIS. Sebagai sebuah agensi kerajaan yang sah tidak kira kerajaan negeri mana sekalipun dan diperintah oleh parti mana sekali pun, JAIS berhak meminta bantuan polis untuk melindungi mereka semasa menjalankan tugas. Jangan kata JAIS, orang yang bercerai laki bini pun ada yang bawa polis untuk pergi ambil anak dengan bekas isteri atau bekas suami.
Mana-mana penguatkuasa bawa atau minta bantuan anggota polis semasa melakukan tugas mereka adalah perkara biasa. Bukan setakat untuk rampas bible, tangkap orang melakukan maksiat pihak penguatkuasa bawa polis juga.
Pendapat saya selaku orang biasa yang meminati selok belok politik. Tidak mustahil apa yang berlaku di Selangor ini adalah satu perkara yang telah dirancang. Dan tidak mustahil juga dalang utama di sebalik perkara ini adalah DAP. Semuanya berkait dengan Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan berlangsung dalam tempoh dua tahun lagi.
Pertama, Bagi saya BN sudah pasti mahu menamatkan isu kalimah Allah menjelang PRN Sarawak kerana tidak mahu sokongan terhadap mereka terjejas. Manakala DAP yang bercita-cita merampas Sarawak sudah pasti mahu isu ini terus panas untuk memberi gambaran Umno dan BN semenanjung menganiaya orang-orang kristian. Mereka (DAP) mahu sentimen ini terus hidup. Kemudian ada pula seorang dua pemimpin BN di Sarawak yang beragama kristian, yang tidak tahan dengan soalan-soalan provokasi wartawan pro pembangkang, terus melatah dan bertindak seperti suara pembangkang.
Kedua, rampasan itu dilakukan di Pejabat Persatuan Bible Malaysia. Bagaimana JAIS boleh tahu ada bible Bahasa Melayu tersimpan dalam pejabat berkenaan ? Dan kenapa dengan mudah-mudah sahaja persatuan bible boleh membenarkan JAIS memasuki pejabat mereka serta mencari bible berkenaan ?
Ketiga, antara bible yang turut sama dirampas adalah bible dalam Bahasa Iban. Kenapa Iban sahaja ? Kenapa tidak ada bible dalam Bahasa Kadazan atau Bahasa Dusun yang turut sama diletakkan disitu supaya dirampas oleh JAIS ? Orang Iban adalah orang negeri mana ? Cukup satu bible Bahasa Iban yang dirampas, ianya sudah boleh dijadikan cerita kepada kaum Iban di seluruh Sarawak bahawa BN mengkhianati agama mereka.
Saya tak kata JAIS bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menjayakan lakonan berkenaan. Mungkin JAIS tidak sedar mereka dijadikan alat untuk permainan politik DAP. Mungkin ada pihak yang telah dipasang untuk menyalurkan maklumat kepada JAIS bahawa ditempat sekian-sekian ada sebanyak sekian-sekian bible Bahasa Melayu dan akan diedarkan kepada orang-orang melayu di sekian tempat. Mungkin pula si pengadu pandai lagi tambah cili supaya nampak pedas dan panas dengan harapan agar JAIS bertindak pantas bagi menghalang bible berkenaan diedarkan.
Jika kita lihat kebelakangan ini kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP dan juga paderi nampak seiringan dan mencabar kita. Begitu juga dengan tindakan mereka di Klang semalam. Semuanya mencabar kita. Mereka mahu kita melatah. Apabila kita melatah mereka yang akan kaut keuntungan.
Jika dulu kita menyalahkan Menteri Dalam Negeri yang lepas dan menuduh beliau lembab, pondan dan sebagainya. Bagaimana pula dengan menteri sekarang? Sebelum pemilihan Umno beliau begitu garang dan tegas sehingga hampir menyapu bersih undi setiap bahagian. Kini, apa dah jadi terhadap menteri tersebut ? Sudah hampir seminggu isu ini berlarutan tetapi belum nampak sebarang ketegasan lagi daripada beliau terhadap pihak-pihak yang memprovok dan juga tuduhan anggota polis terlibat dengan rampasan terbabit.
Yang paling mustahak adalah isu kalimah Allah ini perlu diselesaikan segera. Kerana ianya mampu membawa kepada pergaduhan agama yang lebih besar. Apabila berlaku pergaduhan antara agama ianya boleh membawa kepada seribu satu masalah termasuklah keselamatan rakyat serta kemerosotan ekonomi negara. Tolonglah Menteri Dalam Negeri. Saya merindui ketegasan kamu sebelum ini. Atasilah masalah ini dengan segera. Bertindaklah setegas mungkin demi untuk keselamatan rakyat dan negara.
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
ANAK kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datin Paduka Marina Mahathir hari ini membuat satu kenyataan kontroversi melalui Twitter dengan mempertikaikan laporan akhbar Sinar Harian berkenaan cuti rehat pada hari Jumaat.
Sinar Harian dalam laman webnya hari ini menulis artikel bertajuk "Cuti Jumaat Beri Manfaat Buat Umat Islam" memetik kenyataan Ilmuwan Islam dan Pendakwah Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz.
Marina melalui Twitternya beranggapan artikel itu sebagai mengarut dan menuntut sesiapa supaya menunjukkan kepada beliau bukti di dalam Al-Quran bahawa umat Islam disuruh bercuti pada hari Jumaat.
Dalam artikel itu, Hassan bersetuju sekiranya lebih banyak negeri menjadikan hari Jumaat sebagai salah satu cuti rehat mingguan kerana ia memang hari cuti bagi umat Muslim.
"Saya setuju sekiranya lebih banyak negeri yang laksanakan perkara ini kerana Jumaat itu memang hari cuti untuk orang Islam.
"Sekiranya ia dilaksanakan, maka ia lebih memudahkan seseorang itu menjalankan tanggungjawab sebagai Muslim.
"Namun ada juga yang tidak setuju, kerana bagi mereka bercuti pada hari Sabtu dan Ahad memudahkan mereka melakukan pelbagai aktiviti menarik.
"Sepatutnya, kita tidak perlu menjadikan perkara yang ranting menjadi pokok dan begitu sebaliknya," katanya memetik artikel Sinar Harian.
Marina sebagai umat Islam sepatutnya tahu hujah berkaitan Jumaat bukanlah dikhaskan pada zaman tertentu dengan menyebut secara khusus bahawa pada hari itu umat Islam disuruh bercuti.
Menurut hadis Rasulullah diriwayatkan oleh Abdullah bin Munzir, bahawa Nabi Muhammad terlah bersabda :-
"Hari Jumaat adalah Penghulu segala hari dan yang TERBESAR di sisi penciptaan anak Adam. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga. Pada hari itu juga dia (Nabi Adam) wafat. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seseorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
"Pada hari itu Hari Kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah melainkan ia takut pada hari Jumaat. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada Hari Raya Aidilfitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu, langit fan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat,"
Hadis riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi.
Jadi, di zaman serba moden dengan kesibukan tugas, dengan banyak keistimewaan disediakan oleh Allah pada hari Jumaat lebih elok ia dijadikan sebagai cuti rehat bagi memudahkan umat Islam melakukan ibadah Solat Jumaat dengan penuh kesediaan dan kesempurnaan.
Sudah dijelaskan dalam hadis berkenaan berkaitan keistimewaan hari Jumaat yang lebih hebat dari Hari Raya, dan ia sepatutnya menjadi satu antara cuti rehat bagi umat Islam.
Bukan semua dalil dan nas-nas Islam hanya terletak pada Al-Quran tetapi ia harus berpandukan kepada Al-Quran, Hadis dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Bantahan oleh sekumpulan NGO Islam di padang berhampiran tidak menghalang penganut Kristian mengalunkan puji-pujian kepada 'Allah' dalam satu upacara di sebuah gereja di Klang hari ini.
Kalimah 'Allah' itu berkumandang di gereja Our Lady of Lourdes dalam bentuk lagu pujian (hymn) dan doa upacara keagamaan (mass) menggunakan bahasa Melayu.
Kira-kira 200 orang yang hadir itu antara lainnya mengulangi pujian "Bapa Tuhan Allah" dan "Tuhan kami yang kudus, Allah" sekurang-kurangnya sebanyak empat kali dalam nyanyian lagu dan juga doa sebelum ucapan utama.
Kalimah 'Allah' yang digunakan itu merujuk kepada konsep triniti dalam kepercayaan Kristian.
Upacara diketuai paderi Michael Chua itu berlangsung ketika kira-kira 50 orang penganut Islam berhimpun sebagai tanda solidariti di luar gereja.
Michael dalam ucapannya mengucapkan penghargaan kepada individu yang hadir terima kasih memberi sokongan dan juga buat para anggota keselamatan yang menjaga keselamatan mereka.
Beliau juga berharap agar masyarakat Kristian dapat menjalankan tanggungjawab agama mereka tanpa gangguan.
"Ktia terus berdoa supaya situasi aman damai dapat berterusan di Malaysia.
Kehadiran berkurangan
"Kita dapat saling hormat menghormati dan umat Kristian ada kebebasan guna bahasa mereka sendiri untuk menyembah Tuhan," kata beliau dalam ucapannya hari ini.
Chua ketika ditemui pemberita selepas itu berkata, kehadiran ke upacara dalam bahasa Melayu hari ini berkurangan berbanding kehadiran untuk upacara dalam bahasa Inggeris dan Tamil.
"Biasanya ada kira-kira 300 (hadirin) tapi hari ini ada lebih kurang 200 sahaja," kata beliau ketika ditemui di luar gereja.
Chua berkata, mungkin ramai hadirin memilih untuk pulang lebih awal atau tidak langsung tidak menghadiri acara tersebut disebabkan ancaman kumpulan yang dikatakan akan mengadakan bantahan di hadapan gereja mereka.
Katanya, beliau telah membuat laporan polis berhubung rancangan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.
Satu gabungan NGO yang rapat dengan Umno Selangor pada hari Khamis lalu mengumumkan rancangan untuk mengadakan protes dan menghantar nota bantahan kepada paderi Lawrence Andrew.
Ia ekoran pendirian Andrew yang didakwa mencabar kuasa Sultan Selangor dan berkeras mahu orang Kristian dibenarkan mengguna nama 'Allah'.
Umno Selangor semalam mengeluarkan arahan kepada anggotanya untuk tidak menghadiri perhimpunan di gereja berkenaan.
Bagaimanapun, sesetengah anggota dan pemimpin Umno Selangor tetap muncul dalam perhimpunan anjuran NGO yang dikenali sebagai Sekretariat Solidariti Muslim Klang, di satu padang kira-kira 1km dari gereja tersebut hari ini.
Foto yang menampilkan keluarga Presiden RI Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) di akaun Instagram Ibu Ani Yudhoyono kecoh apabila dilaporkan ada 'penampakan' entiti misteri.
Foto tersebut menampilkan Presiden SBY, Ibu Ani Yudhyono, beserta anak, menantu, dan cucunya.
Foto tersebut menjadi sedikit kontroversi apabila ada 'penampakan' di belakang Aliya Rajasa.
"Ibu, itu dibelakang mba ruby disebelah mas ibas kayak ada kepala anak kecil, sapa ya bu," tulis pengguna Instagram annagreace.
Foto ini kemudian menjadi heboh dan mendapat berbagai respon.
Akhirnya, jurufoto keluarga SBY ini menjelaskan mengenai perkara tersebut. Anung menegaskan ianya bukan penampakan makhluk halus.
"Hadehhhhhh hari gini penampakan ???? Mas dan Mba ... IG .. Itu baby sisternya Airlangga dan knp ga ada kakinya , karena dia duduk di tangga dan kakinya di tekuk di anak tangganya .. Maaf ya Bu @aniyudhoyono jadi rame .. Trima kasih," jelas @anunganindito,
Kisah cinta pemain bola sepak kebangsaan, Wan Zack Haikal disebut-sebut semula apabila hubungan beliau dengan Zzati dikatakan telah terputus akibat beberapa faktor peribadi.
Namun begitu, Wan Zack rupa-rupanya dalam diam telahpun melangsungkan pertunangan. Gadis yang bertuah itu bernama Syahifah dan berasal dari Kemaman, Terengganu.
Semoga pertunangan ini akan berakhir dengan perkahwinan secepat mungkin. Harus banyak bersabar kerana Wan Zack khabarnya akan terbang ke Jepun semula untuk meneruskan kembali kariernya sebagai pemain bola sepak.
Nanti dah kahwin boleh angkut bini sekali duduk sana. Hehehe.
Tahniah kepada Wan Zack Haikal dan Syahifah atas pertunangan ini.
LONDON - UNITED KINGDOM. Penyanyi Amerika Syarikat, Mariah Carey dilaporkan dibayar sekitar RM4.9 juta bagi meraikan majlis sambutan hari jadi anak Sultan Brunei, Putera Azim pada malam tahun baru, Jumaat lalu.
Memetik laporan Daily Mail, Carey dijemput oleh Putera Azim itu ke parti hari jadi peribadinya di hotel lima bintang di Dorchester.
Dalam pada itu, wakil Carey berkata, penyanyi itu telah mempersembahkan nyanyiannya kepada Putera Azim, namun tidak mengesahkan berapa bayaran yang diterima penyanyi berkenaan.
"Ini adalah parti 'private' jadi kami tidak membincangkan yurannya. Carey telah lama kenal dengan Putera Azim sejak beberapa tahun lalu.
"Mereka adalah kawan dan banyak melakukan kerja amal bersama," katanya dipetik Daily Mail.
justify;"> KUALA LUMPUR 5 Jan. - Seorang pengarah pentadbiran kewangan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuantan cedera di perut akibat ditembak sebelum disamun di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Semenyih dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu, mangsa memandu bersama isterinya dari Shah Alam menuju ke Semenyih dan setibanya di persimpangan Puchong, kenderaan yang dipandunya telah dilanggar dari belakang oleh dua suspek.
Mangsa yang keluar untuk berbincang dengan suspek bagaimanapun telah ditembak di perut kiri manakala isterinya pula dilarikan suspek bersama kereta sebelum ditinggalkan di sebuah stesen minyak berhampiran kawasan kejadian.
Barangan milik isteri mangsa seperti rantai leher, gelang tangan dan dua telefon bimbit turut disamun dalam kejadian itu.
Kereta mangsa yang dilarikan kemudiannya ditemui di Jalan Persiaran, Bangi.
Sekumpulan penganut Islam menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut Kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang, susulan rancangan satu kumpulan NGO Islamuntuk membuat bantahan di hadapan rumah ibadat tersebut tersebut hari ini.
Turut hadir ke perhimpunan tersebut ialah anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mahathir, yang membawa bunga sambil berdiri di hadapan gereja Our Lady of Lourdes yang sedang mengadakan satu upaca agama Kristian.
Ia berikutan ancaman NGO Solidariti Ummah Selangor yang mengumumkan untuk mengadakan bantahan di luar gereja tersebut selepas pengarang penerbitan The Herald, Lawrence Andrew membuat kenyataan menegaskan orang Kristian akan terus menggunakan kalimah Allah.
Kumpulan Solidariti Ummah Selangor bagaimanapun mengubah rancangan dan hanya berhimpun di Padang Kelab Sultan Sulaiman bersama kira-kira 100 orang peserta pagi ini, serentak dengan perhimpunan di hadapan gereja tersebut.
Dua lelaki terpaksa meninggalkan sebuah kereta Proton Wira yang membawa empat ekor lembu yang dipercayai dicuri dari sebuah kandang ternakan, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam selepas kereta tersebut mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini awal pagi tadi. - Foto Bernama
KULIM - Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superitenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.
"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Soo Song.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supritenden C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. - Bernama
Saya mempunyai kekasih yang mengakui pernah bergelumang sebagai homoseksual ketika zaman sekolah. Katanya, disebabkan pernah menjadi mangsa liwat, dia terpengaruh dengan cara hidup kotor.
Dia membuat pengakuan kerana tidak mahu berahsia mengenai sejarah silamnya. Dia tidak pasti dengan perasaan cintanya terhadap saya, menyebabkan dia berterus-terang.
Saya terkejut, sedih serta kecewa kerana sejarah silam begitu. Saya tidak pasti boleh menerima kisah lalu si dia. Saya tiba-tiba rasa jijik dan sukar terima hakikat.
Dia terima sebarang keputusan saya dan berkata dia insaf serta kesal kerana membiarkan perlakuan senior ketika itu. Dia bimbang akan dipukul serta terus dibuli kalau tidak melayan nafsu songsang seniornya.
EMMA Subang Jaya, Selangor
Jujur menunjukkan si dia ikhlas mengasihi saudari. Bayangkan situasi saudari berada di tempatnya, adakah saudari boleh bersikap jujur dan sanggup berterus terang?
Nyata dia bertaubat dan berbanding berasa jijik mahupun memarahinya, adalah lebih baik saudari memberi sokongan moral.
Jangan terus menghukum, malah mencerca kesilapan dilakukannya disebabkan dia bermula sebagai mangsa. Dia sudah mengaku pernah menjadi mangsa liwat dan daripada segi psikologinya, dia didera.
Beri ruang padanya serta tenangkan diri saudari supaya dapat menimbang dengan wajar mengenai status hubungan saudari dengannya.
Dang Setia bimbang saudari terikut-ikut dengan perasaan marah mahupun kecewa, menyebabkan saudari membuat keputusan kecewa.
Selain itu, elak meletakkan status dan 'nilai diri' si dia hanya kerana kesilapan lalu. Kadangkala mereka yang pernah terjerumus dalam maksiat dan bertaubat jauh lebih baik daripada orang yang menilai mereka.
SELEPAS setahun lapan bulan menyulam cinta, penyanyi baru, Zzati atau Nur Izzati Mohd. Rashid akui kini sudah putus cinta dengan kekasih hatinya yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan, Wan Zak Haikal Wan Noor.
Zzati berkata, keputusan itu dibuat bagi menjaga maruah keluarga serta dirinya yang dituduh menggunakan ilmu hitam untuk menawan Wan Zack oleh salah seorang daripada ahli keluarga pemain itu.
Menurut penuntut jurusan Diploma Seni Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Selangor itu, keputusan itu juga dibuat atas kehendak dirinya selepas mempertimbangkan masa depan hubungan mereka.
"Kini segalanya telah terjawab. Terlebih dahulu, Zzati ingin memohon maaf kepada semua pihak media kerana sudah lama mengelakkan diri dari anda semua.
"Dua bulan Zzati mengelak dari media, tak mahu menjawab apa-apa persoalan kerana inilah.
"Saya mencari kekuatan untuk berdiri semula. Segala apa yang ada di surat khabar hari ini sebenarnya ibarat menepuk air ke dalam dulang, alih-alih kena diri sendiri jugak. Tapi, inilah ceritanya.
"Bukan berniat nak aibkan sesiapa tapi niat untuk tebus balik maruah keluarga saya. Sejahil jahil saya dan keluarga, tak terfikir nak buat semua benda bodoh itu," katanya menerusi laman Instagram.
Dalam laporan media tempatan hari ini, hubungan cinta Zzati dengan Wan Zack dikatakan sudah berakhir sejak Oktober lalu.
Selain itu, Zzati juga dituduh sebagai pisau cukur dan sering menggunakan duit simpanan Wan Zack sepanjang perhubungan mereka.
Tambah Zzati, dengan segala tuduhan yang dilemparkan itu, beliau nekad untuk tidak kembali lagi bersama pemain itu.
Malah beliau juga berharap dirinya tidak akan lagi dikaitkan dengan Wan Zack biarpun pernah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi sebelum ini.
"Sampai hati mereka tuduh saya pisau cukur. Saya bukan seorang yang pecah amanah. Apa pun, segalanya sudah berakhir dan pengakhirannya sangat 'terbaik'.
"Saya bersyukur kerana ALLAH tunjukkan segalanya awal. Syukur alhamdulillah dan saya harap jangan ada lagi yang bertanyakan atau mengaitkan lagi saya dengan dia," katanya.
Alor Pongsu : Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun terkejut apabila diberitahu doktor bahawa dia mengandung semasa dia sedang buat pemeriksaan kerana tidak datang haid.
Selepas disoal siasat , gadis itu mengaku tidak pernah melakukan persetubuhan.
Ditanya tentang perkara perkara yang berlaku dalam tempoh sebulan , gadis itu mengakui bahawa dia pernah menggunakan selimut kepunyaan adik lelakinya yang berumur 15 tahun.
Pakar Perubatan mengesahkan bahawa , gadis itu mengandung selepas menggunakan selimut adiknya yang mengandungi sperma hidup.
Terkejut Sha bila seorang kenalan bercerita perangai tidak senonoh pelakon terkenal seberang yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan video panas.
Babak hangat itu berlaku dalam pesawat ketika pulang ke negaranya. Figura jelita itu datang ke Malaysia atas undangan menjadi juri satu program.
Kata si penyampai yang menyaksikan kejadian itu, dia tak sangka pelakon itu langsung tak ada rasa malu hingga tidak hirau mata memandang perlakuan melampau bersama teman lelakinya.
Ada ke patut bermesra seolah-olah mereka ada dalam bilik, walhal mereka berada dalam pesawat! Sepatutnya dia belajar daripada kesilapan lepas, tetapi nampak gayanya perkara mengaibkan itu langsung tidak buat dia insaf, sebaliknya makin 'mengganas'.
Kalau dulu buat perkara tidak senonoh dalam bilik, sekarang berani tayang terang-terangan dalam kapal terbang. Mungkin dia fikir duduk di tempat bisnes tidak ada yang akan ambil tahu, sedangkan yang berlaku sebaliknya.
Ia jadi 'kenangan' tidak dapat dilupakan buat mereka yang memandang dan terpandang, malah lebih parah jadi buah mulut.
Itulah jadinya bila bertuankan nafsu. Hilang segala rasa malu hingga tergamak bersikap keterlaluan secara terbuka.
Tahun ini, si jejaka memasuki usia 47 tahun, manakala si wanitanya berusia 38 tahun. Tapi, mereka ini masih berbisa. Aktor handalan, Datuk Rosyam Nor dan aktres, Rita Rudaini Mokhtar masih lagi diangkat sebagai hero dan heroin dalam layar perak mahupun lakonan TV.
Nyata, usia bukan ukuran. Apa yang lebih penting, kredibiliti, disiplin kerja dan populariti sebagai pelakon hingga meletakkan Rosyam dan Rita dalam pelakon 'kelas pertama' yang masih dipandang dan diminati ramai.
Rosyam, biarpun usianya sudah menginjak 47 tahun dan bakal mempunyai cucu tidak lama lagi, tetapi bakat besarnya meletakkan dirinya masih tetap sebaris seperti pelakon muda popular lain.
Berilah apa saja karakter, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2003 itu mampu memberi impak besar.
Bermula seawal 17 tahun
Melangkah ke dunia lakonan seawal usianya 17 tahun, sehingga hari, hampir 30 tahun Rosyam masih bertahan industri perfileman sehingga mampu bergelar produser berjaya.
Lihat saja lakonannya dalam filem KL Gangster 2 sebagai watak Tai Long, Rosyam mampu 'membaham' semua karakter lain dalam filem arahan Syamsul Yusof itu. Tai Long juga mampu melenyapkan gelaran Castello yang sekian lama dipegang. Begitu juga Rita, wajahnya masih terserlah di kaca TV dengan watak-watak sedih dan memendam rasa, biarpun wajah baru dan muda silih berganti datang dan pergi, namun Rita masih berada di puncak persada tersendiri.
Tanpa berselindung, Rosyam akui: "Saya pernah berada di kemuncak apabila memenangi Bintang Paling Popular, ABPBH 2003 dan banyak anugerah lain sepanjang hampir 30 tahun bergelar pelakon...
Suka bersama hero matang
Rita Rudaini mengakui dia sudah lama merindui berlakon di sisi Rosyam selepas sekian lama tidak bergandingan sama ada dalam filem mahupun drama.
"Tawaran Rosyam berlakon dalam filem Balistik umpama bulan jatuh ke riba. Sudah lama kami tidak bergandingan bersama. Kali terakhir saya berlakon dalam drama Trilogi Cinta dengan Rosyam.
Dan sudah lima tahun saya tidak berlakon filem selepas filem terakhir, Cinta pada 2007. Percaya kredibiliti Rosyam
"Jika ditakdirkan Rosyam menawarkan dua atau tiga babak pun saya tetap menerimanya kerana saya tahu kredibiliti Rosyam. Bagaimanapun, Alhamdullillah... Rosyam menawarkan saya antara watak penting sebagai Selena dalam filem Balistik.
"Tidak dinafikan, saya banyak menerima tawaran berlakon filem tetapi terpaksa ditolak. Kebanyakannya mahu saya berlakon komedi.
Memang saya tak mampu nak bawa watak komedi. Saya tidak selesa...
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membebaskan enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Tahanan Taiping, Perak pada Ahad.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua tahanan itu merupakan mereka yang terdiri daripada anggota kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) Sabah yang ditangkap pada 14 November 2011.
"Mereka dikenakan perintah tahanan selama dua tahun. Mereka terdiri daripada tiga rakyat Malaysia, dua rakyat Indonesia dan seorang rakyat Filipina," katanya pada Sabtu.
Tiga rakyat Malaysia tersebut ialah Adzmi Pindatun, Mohd Nazri Dollah dan Bakar Baba.
Sementara itu dua warga negara Indonesia yang akan dibebaskan ialah Muhammad Adnan Umar dan Darto Bandu, manakala warganegara Filipina ialah Muadz Hakim.
KUALA LUMPUR: Serbuan dan rampasan ke atas kitab Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Selasa telah mencabul kebebasan beragama di negara ini.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan medianya menyifatkan serbuan haram yang dilakukan oleh JAIS itu adalah sesuatu yang sangat menyedihkan dan mengejutkan terutama dalam perpaduan dan solidarity Malaysia sepangjang tempoh 50 tahun.
"Tidak keterlaluan kalau disebut bahawa serbuan haram dan bertentangan dengan perlembagaan oleh JAIS serta rampasan ke atas Bible berbahasa Melayu dan Iban itu sebagai tamparan terhebat terhadap perpaduan dan proses pembentukan negara Malaysia yang telah berlangsung selama 50 tahun serta mampu menimbulkan perpecahan, pertelagahan dan malah menggoyangkan negara," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menambah tindakan yang dilakukan oleh JAIS itu juga sebagai satu "serangan agresif" terhadap hubungan antara agama di Malaysia.
Justeru itulah rakyat Sarawak dan Sabah, termasuk daripada kem Barisan Nasional, memberikan reaksi keras terhadap serbuan haram dan bertentangan dengan perlembagaan oleh Jais ke atas Persatuan Alkitab Malaysia (BSM) serta rampasan ke atas Alkitab berbahasa Melayu dan Iban.
"Sebagai contoh, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Tan Sri Dr. James Masing secara tidak berlapik telah mengecam sikap "penakut" dan "berhati-hati secara keterlaluan" para pemimpin kerajaan pusat dalam menangani isu kalimah Allah dengan memperkenalkan "dasar yang tidak munasabah demi memuaskan hati setiap orang," katanya lagi.
Menurut beliau, menteri-menteri Kabinet "seharusnya bersikap berani dalam mengambil pendirian dan memberikan kata putus peraturan keagamaan mana yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia."
Serbuan itu "menggambarkan sebuah dasar yang tersasar,".
"Tidak wajar untuk sebuah negara mengamalkan dua jenis undang-undang keagamaan untuk isu yang sama. Pendekatan ini tidak akan berhasil. Ia tidak mungkin berhasil. Para pemimpin Malaysia perlu memberikan kata putus peraturan keagamaan mana yang perlu dipatuhi rakyat Malaysia. Cara ini lebih jelas untuk rakyat Malaysia. Peraturan berkenaan harus diterapkan untuk semua, sama ada bagi yang tinggal di Lubok Antu (di Sarawak), Pulau Penyu (Sabah) atau pun Kuala Perlis," tegas Kit Siang lagi.
Oleh hal demikian, beliau menggesa agar pemimpin-pemimpin tertinggi parti-parti dalam Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu bertemu dalam tempoh seminggu dua ini dalam membincangkan agenda dan pelan induk Perpaduan Nasional bagi membina semula perpaduan seperti yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Tiada siapa menaruh harapan tinggi pada Majlis Perundingan Perpaduan Negara untuk memberi sebarang impak penting, khususnya apabila dalam tempoh kurang daripada 48 jam Perdana Menteri menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2014, Malaysia terjerumus ke dalam salah satu babak perpecahan dan pertelagahan paling buruk sehingga menimbulkan persoalan tentang jaminan kebebasan beragama yang diberikan perlembagaan serta semua persoalan hak asasi yang lain," kata Kit Siang lagi.
Perdana Menteri tidak kelihatan dan suaranya tidak kita dengar. Rakyat Malaysia tidak tahu sama ada beliau berada dalam negara atau di luar. Timbalan Perdana Menteri menyimbah minyak ke dalam api, manakala para Menteri Kabinet semua menyembunyikan diri.
"Kerajaan tampaknya hilang punca untuk membina semula perpaduan nasional, maka saya mencadangkan supaya diadakan pertemuan antara pemimpin-pemimpin tertinggi Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk membincangkan agenda dan pelan induk Perpaduan Nasional bagi membina semula perpaduan nasional," gesanya pula.
Kini terserah kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri Barisan Nasional untuk mengambil langkah yang wajar.
Kejadian amukkan berlaku di Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam pada jam 0115, 4 Januari 2014. Suspek lelaki berbangsa India seramai 3 orang menaiki Satria berwarna kuning bernombor plat WND 2980.
Anggaran dalam 15-20 buah kereta sekitar flat berkenaan telah dirosakkan seperti dipecahkan cermin dan ditendang sehingga kemek.
Selain itu, suspek juga mengugut kearah penduduk dengan menjerit "Siapa gengster turun" dan berkata kesat. Disertakan gambar dilokasi kejadian.
Terima Kasih. (minta dirahsiakan pengirim)
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Saya adalah seorang peminat DS Zahid Hamidi. Malah ketika Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, saya antara penyokong kuat beliau yang berkempen untuk beliau. Namun, e-mail yang saya perolehi ini benar-benar mengecewakan saya. Saya tidak pasti siapa penganjur majlis berkenaan. Saya juga tidak pasti siapa pembiaya majlis berkenaan yang diadakan di hotel 5 bintang.
Cumanya, ini salah satu kesilapan politik bagi DS Zahid atau dalam bahasa politiknya 'political incorrect'. Dalam Kerajaan mengalakkan Rakyat untuk berhemah di dalam berbelanja, satu majlis hari lahir seorang Menteri yang diadakan di hotel 5 bintang amat tidak kena sekali. Kata elaun itu dan ini sudah di potong. Mungkin elaun meraikan hari lahir tidak di potong macam elaun cuti Menteri, pergi atau tidak bercuti tetap boleh buat tuntutan.
Sampai bila kita nak menipu rakyat ini dengan retorik kita. Lebih memualkan jika ada pembodek-pembodek tegar yang menganjurkan majlis ini untuk membodek Menteri Dalam Negeri. Apapun, CTS ucapkan Selamat Hari Lahir DS Ahmad Zahid Hamidi. Semoga selamatlah hendaknya kesemuanya.
Updated 05/01/2014 3:45PM:
Gambar-gambar di bawah diambil dari rakan-rakan sosial Facebook di majlis di atas. Tema: Merah. Nama Majlis: Majlis Jalinan Sahabat.
DISEBABKAN dua keputusan dalam satu pentadbiran, maka suatu hari keputusan itu akan menghancurkan negara.
Keputusan kerajaan bahawa sebutan ALLAH bagi merujuk Tuhan yang sudah sinonim dengan agama islam, dibenarkan bagi penganut agama kristian di Sabah dan Sarawak, manakala di Semenanjung ianya dilarang.
Mahkamah tertinggi negara ini, telahpun memutuskan bahawa di seluruh Semenanjung, kalimah ALLAH hanya untuk orang islam, manakakala penganut agama lain dilarang menggunakannya.
Awal minggu ini, Jabatan Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia, dan merampas Al-Kitab (injil) versi bahasa melayu yang mengandungi perkataan Allah.
Tun Dr Mahathir ada membuat ulasan berakitan dengan kalimah ALLAH ini awal minggu ini juga. Mantan Perdana Menteri itu, mempersoalkan, mengapa hanya bermula tahun 2008, penganut agama kristian menimbulkan isu ini, dan tidak selama 50 tahun negara merdeka.
Tahun 2008, adalah keadaan di mana Kerajaan yang dibentuk tidak mempunyai kuasa 2/3, di Dewan Rakyat, ertinya dilihat sebagai kerajaan lemah. Melihat keadaan itu, maka penganut agama kristian mengambil peluang keadaan itu, untuk menimbulkan satu konflik yang boleh menghancurkan negara.
Jelas, rancangan pihak-pihak tertentu yang mempolitikkan Kalimah ALLAH, memang mempunyai niat yang terselubung, agar negara berkicai. Negara boleh hancur, kerana masalah agama.
Di Malaysia, sebenarnya berbicara berkaitan agama sangat sensitif, kerana negara ini diduduki oleh berbagai kaum dan juga berbagai agama.
Sejak merdeka, rakyat sudah terbiasa dengan Rukun pertama Rukun Negara "Kepercayaan Kepada Tuhan" atas sebab itu, kita biasa mendengar dan membaca, penggunaan perkataan TUHAN YANG MAHA ESA, ertinya Tuhan yang satu. Jarang kita mendengar perkataan ALLAH keluar daripada mulut bukan penganut agama islam, kecuali di Sabah dan Sarawak, kerana keadaan penduduk yang bercampur gaul, sehingga perkataan allah disebutkan sebenarnya bukan merujuk kepada TUHAN YANG SATU, melainkan hanya ungkapan biasa. contoh:allah kau ini, ertinya bagi penduduk Sabah atau Sarawak, Apa sudah jadi dengan awak ini.
Penulis mempunyai kawan atau sahabat yang beragama kristian, namun jarang tertdengar apabila mereka berdoa menggunakan nama allah, melain Tuhan Bapa. Perkataan allah, hanya mereka gunakan sejak akhir-akhir ini, selepas isu kalimah Allah berkembang, dan meluasnya kemasukan kitab injil yang dicetak di Indonesia, yang membawa perkataan ALLAH, bagi menggantikan Tuhan atau GOD.