Barisan Nasional

Dicatat oleh Admin | | Posted On Sabtu, 31 Ogos 2013 at 1:01 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 31 Aug 2013 11:14 AM PDT

PEJUANG BANGSA


VIDEO RAKYAT MALAYSIA PATRIOTIK ,RAMPAS BENDERA SANG SAKA MALAYA #MERDEKA56 !!

Posted: 30 Aug 2013 05:30 PM PDT



GPB memang tabik kepada Brader Botak  ini yang bertindak berani terhadap puak pembangkang yang tidak menghormati Jalur Gemilang kebanggaan Malaysia ketika ambang Merdeka ke 56  semalam .

" Ini bukan Malaysia , itu bendera Malaysia "

Beliau merampas bendera komunis  daripada  Sampah  Negara dan budak mahasewel Adam Adli . Anjing-anjing mereka yang ramai berbaju hijau seekor pun  tak berani  berdepan dengan brader ini walaupun beliau seorang .

Ini membuktikan semangat patriotik & sayangkan Malaysia amat tinggi . Kalau 10 orang macam ini di Dataran Merdeka semalam  , boleh bungkuih balik anjing-anjing komunis ini !!







 

IPOHMALAY

Posted: 31 Aug 2013 09:27 AM PDT

IPOHMALAY


Bukti Jalur Gemilang Bukan Ditiru Dari Bendera Amerika Syarikat

Posted: 31 Aug 2013 05:18 AM PDT

Ya, Indonesia mengagungkan keMajapahitannya. Bendera Majapahit adalah sama seperti bendera Indonesia hari ini. Tetapi, di luar Pulau Jawa yang disebut Nusantara, yang berkibar hanyalah umbul-umbul Majapahit yang disebut pengkaji sejarah sebagai (Majapahit Maritime Flag). British memakai umbul-umbul Majapahit sebagai bendera GLCnya - Syarikat Hindia Timur Inggeris - bagi melancarkan urusan dagangannya yang menumpu ke rantau ini sebelum mereka menumpu ke Amerika Utara.

Bendera Malaysia bukan ditiru dari bendera USA. Ia adalah satu sejarah panjang yang bermula sejak zaman kegemilangan kerajaan Melayu Tua Srivijaya. Bendera ini kemudian dipakai oleh kebanyakan kerajaan selepasnya sehinggalah ke zaman Majapahit yang menjadi kebanggaan Indonesia. Sesiapapun boleh faham mengapa Indonesia mengagungkan Majapahit.

Hakikatnya, bendera Majapahit yang didakwa oleh Indonesia bukanlah seperti bendera Indonesia hari ini. Umbul-umbul Majapahit ialah bendera berjalur merah putih yang juga dipanggil umbul-umbul abang putih.

Oleh kerana bendera ini dikibarkan di sebahagian besar Kepulauan Rempah ini, penjajah British memakai bendera ini dengan memasukkan elemen mereka.
It has been suggested that the stripes were inspired by the flag of the Majapahit Empire, whose flags may still have flown across the Spice Islands in the Company's early days
At the time of the American Revolution the East India Company flag would have been identical to the Grand Union Flag. The flag probably inspired the Stars and Stripes (as argued by Sir Charles Fawcett in 1937).[22] Comparisons between the Stars and Stripes and the Company's flag from historical records present some convincing arguments. 
The John Company flag dates back to the 1600s whereas the United States adopted the Stars and Stripes in 1777.[23] 
The stripes and gridlike appearance of the flag gave rise to several pieces of imperial slang. Most notably is the phrase 'riding the gridiron'; this referred to travelling on a ship flying the company flag to / from India.
Wikipedia

Dari sumber lain pula : 
Below is the current naval jack (flag) of Indonesia, which dates to the age of the Majapahit Empire. Majapahit was one of the last major empires in the history of Indonesia and Southeast Asia (1293-1527), and renown for its maritime strength 

It is argued that local Malay flags (similar to the Majapahit Empire's flag) were flown during the East India Company's era and inspired its flag



The Majapahit Empire's and East India Company's flag had 9 stripes of red and white


Indonesia's current Naval Flag
dates to the Majapahit Empire Era 
[image]
Monopoli perniagaan teh oleh British East India Co. di Amerika Utara telah merubah landskap politik tanah-tanah jajahan Eropah di sana sehinggakan  mereka mampu mempengaruhi kemerdekaan Amerika Syarikat dari Britain pada 4 Julai 1776 dan menggunakan bendera British East India Co.selama 2 tahun sebagai bendera tidak rasmi mereka. Kemasukan negara-negara jajahan Eropah yang lain ke dalam persekutuan Amerika Syarikat telah mengubah bendera itu kepada rupanya hari ini.

Lelaki Rampas Bendera 'Sang Saka Malaya' Di Dataran Merdeka Mendapat Pujian Di Youtube

Posted: 31 Aug 2013 12:18 AM PDT





Pengusung bendera Sang Saka Malaya wajar dilayan dalam video ini, atau lebih sedap, dipukul sampai kejung. Lelaki dalamvideo di bawah bertindak berani merampas Sang Saka Malaya dari kumpulan berhaluan kiri di Dataran Merdeka malam tadi.

"Ini bukan (bendera) Malaysia". katanya. "Itu bendera Malaysia" ujarnya lagi sambil menunjuk Jalur Gemilang yang sedang berkibar. Perbuatannya mendapat hamburan pujian di Youtube. Tahniah.

Lebih tahniah, puak-puak kiri ini tergamam. Disarankan, sesiapa sahaja menjumpai kumpulan yang kibar bendera jenis ini untuk 'melanyak' mereka seperti ini atau lebih dari ini. Malaysiaku Berdaulat. Tanah Tumpahnya Darahku.

Melayu kiri seharusnya berhenti menjadi keldai dan kuda tunggangan pada perancangan yang mereka sendiri tidak nampak, dibutakan oleh kebencian mereka terhadap pemerintah.

Politik Harian

Posted: 31 Aug 2013 03:26 AM PDT

Politik Harian


Lebih 10,000 Meriahkan Suasana Rumah Terbuka ‘Merdeka Raya’ Sayap UMNO

Posted: 30 Aug 2013 04:13 AM PDT


Rumah Terbuka Merdeka Raya yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia bertempat di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berlansung dengan suasana penuh meriah apabila lebih 10,000 jemputan dari pelbagai peringkat umur dan bangsa menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang tiba selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahman di PWTC bersama isteri masing-masing bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Najib dan Muhyiddin meluangkan masa kira-kira sejam menikmati juadah dan seterusnya bergegas untuk menghadiri mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dijadualkan pada pukul tiga petang ini.


Selain itu, turut kelihatan hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh, Ketua Wanita UMNO,Datuk Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Dato Megat Firdaouz Tan Sri Megat Junid, exco Pemuda UMNO dan beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Orang ramai yang hadir dari pelbagai peringkat lapisan umur dan bangsa kelihatan kelihatan teruja dan gembira dengan kehadiran kepimpinan tertinggi negara dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan.- Umno Online

bumiyang

Posted: 31 Aug 2013 03:14 AM PDT

bumiyang


Pecah Lubang...Dalang Disebalik Bendera Sang Saka Malaya Tunjukkan Diri!!!

Posted: 31 Aug 2013 01:54 AM PDT

Hari ini, Negara Menyambut Kemerdekaan Yang ke 56!!!

Posted: 30 Aug 2013 08:27 PM PDT

anakbukitgantang says

Posted: 31 Aug 2013 03:10 AM PDT

anakbukitgantang says


# Merdeka- jagalah kemerdekaan negara ini sebaik baiknya

Posted: 30 Aug 2013 06:33 PM PDT


University Al Azhar di Malaysia.....ada apa  kaitan dengan Hadis akhir zaman?
 

Assalamualaikum dan salam kemerdekaaan. Kini rakyat Malaysia menyambut 56 tahun merdeka. Beberapa peristiwa sebelum rakyat Malaysia menyambut Merdeka cuba saya rangkumkan supaya generasi muda faham erti kemerdekaan dan hala tuju bangsa  Melayu sebenarnya.
 
Sebelum itu saya ingin ingatkan Bangsa Melayu yang menerajui pemerintahan negara ini sangat istimewa
 
Petikan Ucapan Mufti pertama Tanah Melayu Syed Sheikh Abdullah Al Qumairi R.A:

" Kepada mana-mana orang dari keturunan ini yang meninggalkan Agama Islam atau menerima Agama yg lain atau berpaling tadah kpd kefahaman nenek moyang yg dahulu (Dubar/Derdar) atau tidak lagi menerima pakai cara hidup Islam, di kala itu dengan sendirinya gugurlah kalimah melayu pd diri mereka itu."

( kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin jilid 1, Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara)

Adapon bangsa Melayu itu juga istimewa

Makna bagi Melayu ialah:-:
الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه

" Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang lain." Lisanul Arab.

والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج أليه
" Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. " Imam Abu Manzur.

والملأ: الجماعة أشراف القوم

... " Satu al jamaah, Bangsa yang mulia "- Qamus al ma'ani.

والملأ : الأشراف من الناس

" Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia"- tafsir Qurtubi.

Bangsa ini dikenali sebagai "Islam Melayu, Melayu Islam" yang tidak boleh dipisahkan sama sekali iaitu mereka yang beragama Islam dan bermastautin di Nusantara ini atau orang-orang Islam dari rata-rata yang berhijrah dan bermastautin di sini rata-rata dipanggil Melayu.

Sedemikian sejarah ini telah direalisasikan dan termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia 160(2), syarat untuk menjadi melayu wajiblah seseorang itu:-

1 Beragama Islam.
2 Bertutur di dalam bahasa melayu.
3 Berbudaya dengan budaya melayu.

Sejarah Melayu seperti yang dipegang dan sampaikan oleh Ulama Muktabar sepeti Almarhum Al Alim Allamah Asy Sheikh Muhammad Yusof Al-Kenali (Tok Kenali), Almarhum Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al-Fathani R.A (Mufti berbangsa Melayu di Makkah Al Mukarramah) dan lain-lain Ulama Warisatul Anbiya yang Muktabar lagi :-
 
Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah meletakkan nama 'bangsa yang baru' ini sebagai "Al-Mala-u' sempena Firman Allah SWT :

Surah Saad : Ayat 69

مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُونَ

Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (Al-Mala-ul'A'la) semasa mereka bersoal jawab.

Hadis Nabi S.A.W :

ثنا عبد الرزاق أنا معمر عن أيوب عن أبي قلابة عن بن عباس ان النبي صلى الله عليه و سلم قال أتاني ربي عز و جل الليلة في أحسن صورة أحسبه يعني في النوم فقال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت لا قال النبي صلى الله عليه و سلم فوضع يده... بين كتفي حتى وجدت بردها بين ثديي أو قال نحري فعلمت ما في السماوات وما في الأرض ثم قال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت نعم يختصمون في الكفارات والدرجات قال وما الكفارات والدرجات قال المكث في المساجد والمشي على الاقدام إلى الجمعات وإبلاغ الوضوء في المكاره ومن فعل ذلك عاش بخير ومات بخير وكان من خطيئته كيوم ولدته أمه وقل يا محمد إذا صليت اللهم اني أسألك الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وإذا أردت بعبادك فتنة ان تقبضني إليك غير مفتون قال والدرجات بذل الطعام وإفشاء السلام والصلاة بالليل والناس نيام

Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan kepada kami Ma'mar dari Ayub dari Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi SAW bersabda "RabbKu Azza wa Jalla datang kepadaku malam tadi dalam sebaik-baik bentuk" –Aku mengira maksudnya adalah dalam tidur- Lalu Dia berfirman "Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala'ul A'la yang menjadi perbalahan? Baginda bersabda "tidak". Nabi SAW bersabda "Lalu Dia meletakkan tangan-Nya di antara dua bahuku hingga aku dapati dinginnya antara dua dadaku. Atau Baginda bersabda "antara tenggorokanku". Maka tahulah aku apa yang ada di langit dan di bumi. Kemudian Dia berfirman "Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala'ul A'la (yang menjadi punca) pertengkaran?". Baginda bersabda 'Aku berkata "ya , mereka bertengkar mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?". Apa itu Al Kafarat dan Ad Darajat?. Diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema'ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat "Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah". Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam dan solat malam saat manusia tidur". [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 1/368 no 3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233]

'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :
a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa
Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :

a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.)
 
Sementara Kitab Ibnu Katir mengatakan Bangsa Melayu berasal dari isteri Nabi Ibrahim yang ketiga bernama Keturah  Rujuk Ibnu Katir dari Kitab Al Jazari Fi At Tarikh  SINI.
 
 
Menurut Syeikh Ahmad Al Fathoni Bangsa Melayu bersifat lemah lembut, lunak dan berperibadi baik  sehingga diekploitasi oleh bangsa lain dari Kitab Hadiqatul Azhar  Rujuk SINI
 
Melayu di nusantara ini memegang mazhab Syafie . Ancaman Melayu masakini ialah Wahhabi   iaitu golongan yang menjisimkan Allah dan menghina Nabi Muhammad SAW namun melangnya mendapat tempat dalam pentas politik di Malaysia . Golongan ini juga seolah olah cuba memisahkan identity Islam dari Melayu dan Melayu dari Islam dengan menuduh tuduhan mencintai bangsa sebagai "assobiyah" . Nampaknya agenda golongan Wahhabi ini jelas mengikuti blueprint pengasas Wahhabi Mr Hemster yang sentiasa memusnahkan Islam dari dalam. Rujuk  Confessions Of A British Spy
 
Kata kata pemimpin politik Wahhabi yang terkenal di Malaysia- Nik Aziz dalam satu majlis di Kota Bharu:-
 
"Saya tidak berbangga (jadi) bangsa Melayu. Bangsa ini datang secara automatik," Demikian kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis dialog bersama wartawan di sebuah hotel di Kota Bharu pada tahun 2010.  " Rujuk SINI.

Berkenaan kemusnahan oleh Wahhabi di Malaysia dan infiltration Wahhabi dalam pesada politik di Malaysia  rujuk kajian di kuasa-tiang-kepada-cita-cita
 
Sesungguhnya banyak rahsia besar bangsa melayu akan saya dedahkan satu persatu. Namun yang semakin menjadi nyata ialah kewujudan  University Al Azhar di Malaysia setelah krisis Mesir.
 
Petikan dari penubuhan University Al Azhar dibawah :
 
"Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah keputusan Sheikhul al-Ahzar, Syeikh Dr. Ahmed al-Tayyib membenarkan Universiti al-Azhar mendirikan kampus cawangan pertamanya di luar kota raya Kaherah dan di luar Mesir. Mengikut Perlembagaan universiti itu, ia hanya dibenarkan didirikan di sekitar Kaherah atau di Mesir sahaja. Jika ada pun di luar negara ialah program berkembar dan bukan kampus cawangan.

Namun, kini kampus cawangan pertamanya di dunia akan terletak di sebuah negara di Timur, iaitu Malaysia.

Oleh itu tidak sia-sia Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh diutuskan oleh Kabinet ke Mesir untuk mengeluarkan pelajar Malaysia dari negara yang bergolak itu.

Pelajar pun boleh dikeluarkan dan perjanjian pun termeterai untuk mendirikan kampus di negara ini.

Turut hadir bersama-sama rombongan Idris ialah Datuk Yahya A. Jalil, seorang usahawan yang juga Ahli Lembaga Pengarah Gerbang al-Azhar Sdn. Bhd., syarikat yang memperoleh lesen daripada universiti itu untuk mengendalikan institusi itu.

Syukur alhamdulillah, Malaysia mencatat sejarah gembira kerana universiti tertua di dunia itu akan mewujudkan kampus cawangan yang pertama (kampus tetap) di negara ini.

Ia akan dikenali sebagai Universiti al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz, Malaysia terletak di Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sementara menunggu pembinaannya siap, para pelajar akan ditempatkan di kampus sementara di Pajam, Mantin, Negeri Sembilan.

Yahya ke Mesir bersama-sama rombongan itu kerana mewakili DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan selaku Penaung Diraja Universiti al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz, Malaysia.

Yahya, selaku ahli Lembaga Pengarah, membawa perutusan dan berbincang mengenai penubuhan dan pelaksanaan Universiti al-Azhar di Malaysia"


 

Diceritakan dalam Hikayat Raja Raja Pasai , Nabi Muhammad SAW berwasiat kepada para sahabat supaya berdakwah di negeri Samudera setelah baginda wafat. Bawa sebuah kapal dan alat kelengkapan dan ambil seorang fakir di negeri Mengiri untuk mengislamkan seluruh negeri Samudera.
 

Alkisah peri mengatakan cerita raja yang pertama masuk agama Islam ini Pasai; maka adalah diceriterakan oleh orang yang empunya cerita ini, negeri yang di bawah angin ini, Pasailah yang pertama membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah. Maka ada raja dua bersaudara seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya Raja Muhammad. Adapun yang tua Raja Ahmad. Maka baginda kedua bersaudara itu hendak berbuat negeri di Samarlanga- Hikayat Raja Raja Pasai
 
 
Rupanya besar rahsia Melayu di akhir zaman ini. Apakah benar kebangkitan Islam dari Timur bermula di Nusantara ini?  Hadis Akhir Zaman berkata bahawa Islam akan kembali dagang di tempat kelahirannya dan orang daganglah yang akan memperkenalkan kembali Islam di Tanah Arab:-
 
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".

(H.R. Muslim)
 

Taipingmali (tm)

Posted: 31 Aug 2013 01:24 AM PDT

Taipingmali (tm)


SYABAS!! INI LAH SEMANGAT PERJUANGAN, RELA BERDEPAN DENGAN RISIKO , TERKEDU PUAK MUNAFIKUN

Posted: 30 Aug 2013 09:58 PM PDT




Seorang lelaki Yang Tidak Dikenali Merampas Bendera 'Sang Saka' Di Dataran Merdeka Ketika Sambutan Malam Merdeka Malam Tadi.Perkara Itu Berlaku Ketika Sasterawan,A Samad Said Berucap.Sang Saka Adalah Bendera Yang Pernah Direkabentuk Khas Menerusi Tuntutan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Sebelum Mencapai Kemerdekaan.Turut Hadir Dalam Majlis Tersebut Aktivis Politik,Hishamudin Rais,Aktivis Mahasiswa,Adam Adli Dan Safwan Anang

Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari :
www.rakyatnews.my

"56 tahun selepas Merdeka dan 50 tahun selepas terbentuknya negara tercinta Malaysia, UMNO masih berlagak macam “tiada Malaysia”  ?  

Posted: 30 Aug 2013 09:28 PM PDT

oleh Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam
31 Ogos 2013 | Bukit Mertajam
 
Baru-baru ini, ADUN Bakar Bata dari UMNO, Ahmad Bashah Md. Hanafiah merangkap Senator dan juga Timbalan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mencadangkan laluan air Sungai Muda ke dalam sempadan Pulau Pinang disekat jika kerajaan negeri Pulau Pinang enggan membayar negeri Kedah bagi mengambil air mentah dari sungai tersebut.
 
Perkara ini telah diulang-ulang tetapi UMNO masih tidak faham bahawa Pulau Pinang mempunyai hak riparian (riparian water rights) untuk mengambil air dari Sungai Muda yang melalui sempadan negeri secara semulajadi. Dan demi semangat perpaduan nasional, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga telah meminta untuk berjumpa dengan Menteri Besr Kedah Mukhriz Mahathir bagi membincangkan perkara ini.
 
Cadangan oleh Ahmad Bashah menunjukkan bahawa UMNO masih terperangkap dalam mentaliti sebelum Merdeka. Pertama sekali, Ahmad Bashah gagal menunjukkan sebarang semangat perpaduan antara dua negeri berjiran yang bernaung di bawah satu bendera Malaysia. Keduanya, beliau berlagak seperti penjajah kerana hanya penjajah akan merompak hak rakyat dan mengeksploitasi sumber semula jadi mereka.
 
UMNO memang sentiasa mengambil pendekatan zaman pra-Merdeka ini terhadap negeri-negeri Pakatan Rakyat, terutamanya melalui sabotaj urusan air di Selangor dan di Kelantan sekaligus menyebabkan penderita rakyat di negeri-negeri tersebut.
 
Apa yang paling mengecewakan ialah, Johor melayan Singapura lebih baik dari UMNO melayan negeri-negeri PR. Johor telah sekian lama menjual air mentah pada harga yang teramat murah kepada Singapura dan kemudiannya membeli balik air yang telah dirawat dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada negara jiran tersebut.
 
Justeru, menjelang 31 Ogos, Hari Kemerdekaan dan 16 September Hari Malaysia, saya menyeru UMNO, terutamanya kerajaan negeri Kedah supaya menegakkan semangat kemerdekaan dan jangan berlagak macam penjajah mengenakan tuntutan yang tidak munasabah terhadap rakyat Pulau Pinang.
 
 
Steven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan, DAPSY Malaysia
Setiausaha Publisiti Negeri, DAPSY Pulau Pinang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Posted: 30 Aug 2013 08:17 PM PDT

Selamat menyambut hari kemerdekaan negara ke-56.

Kata Tun Mahathir "Tugas kita belum selesai rupanya bagi memartabat dan memuliakan bangsa, kerana hanya bangsa yang berjaya akan sentiasa dihormati' .

Memang tepat apa yang dikatakan, apa sahaja yang diusahakan oleh kerajaan untuk memajukan dan mendaulatkan negara sentiasa cuba digagalkan oleh pihak-pihak tertentu.

Kini serangannya lebih hebat dan luar biasa. Demi kecintaan kepada negara, kita berjaya membendung negara daripada menjadi mangsa keadaan.

Sekian/....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Calon UPSR 2013 Lemas di Sg Kelantan

Posted: 30 Aug 2013 05:47 AM PDT

Seorang murid tahun enam bakal menduduki UPSR 9 September ini, dikhuatiri mati lemas setelah dihanyutkan arus semasa mandi di Sungai Kelantan di Kampung Maka, Labok, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang, Mohamad Muslim Ibrahim, 12, dihanyutkan arus ketika mandi bersama tiga sahabatnya di sungai yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.

Bagaimanapun sehingga pukul 4.30 petang ini, mangsa masih belum ditemui dan usaha mencarinya masih giat dilaksanakan anggota penyelamat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sahabat-Gunung

Posted: 31 Aug 2013 01:08 AM PDT

Sahabat-Gunung


Azwan Bro Bukan Pilihan KJ - Ruang Terbuka Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO

Posted: 30 Aug 2013 05:00 PM PDT


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan beliau tidak mempunyai calon kegemaran untuk menjadi naibnya pada pemilihan parti Oktober ini.

Katanya beliau bagaimanapun tidak mempunyai sekatan terhadap mana-mana calon Pemuda yang berhasrat menawarkan diri bertanding jawatan itu, bahkan memberi sokongan secara sama rata kepada semua calon.

"Semua calon naib ketua Pemuda mempunyai pengalaman dan kekuatan masing-masing. Keempat-empat calon (yang menawarkan diri) saya anggap sebagai kawan baik saya.

"Sesiapa yang menang pun, saya boleh bekerjasama dengan mereka......"

Kenyataan beliau itu sekali gus menepis laporan akhbar sebelum ini yang mengatakan beliau telah memperakui seorang calon untuk memegang jawatan naib ketua Pemuda.

Jawatan naib ketua Pemuda menjadi perhatian apabila penyandang jawatan itu Datuk Razali Ibrahim menyatakan hasrat bertanding kerusi Majlis Tertinggi (MT) 19 Okt depan.

Empat calon yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda setakat ini ialah Ketua Pemuda UMNO Perak Khairul Azwan Haron; Exco Pemuda UMNO Lokman Noor Adam; Ketua Pemuda Tenom Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Lenggong Mohd Iruan Zulkefli.

Sebelum ini, Khairy dilaporkan kononnya merestui Khairul Azwan dipilih untuk bertanding jawatan nombor dua sayap itu bagi membantunya memperkukuhkan pergerakan itu.

Sementara itu, Khairy menetapkan sasaran dua atau tiga calon Pemuda akan bertanding di peringkat MT pada pemilihan kali ini dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa Pemuda 4 Sept depan.


Ditanya mengenai kriteria yang ditetapkan oleh Pemuda untuk membolehkan calon bertanding jawatan MT, Khairy berkata calon perlulah mempunyai kematangan, boleh diterima di kalangan anggota dewasa serta boleh membawa imej dan menjadi suara tambahan dalam MT.

APANAMA

Posted: 30 Aug 2013 11:28 PM PDT

APANAMA


Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku

Posted: 30 Aug 2013 08:38 PM PDT

Keranamu MALAYSIA

Posted: 30 Aug 2013 03:42 AM PDT

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 30 Aug 2013 11:28 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


PAS Kedah Sokong Syiah...

Posted: 30 Aug 2013 06:00 AM PDT


Sudah cukup bukti untuk mengaitkan pas kedah dengan syiah, kita tolak pkr, pasal parti tu berkiblatkan yahudi, jadi setakat syiah nie, memang 100% depa sokong...

Pas mengaku mereka pengikut sunnah Rasulullah, malah perlembagaan pas sendiri menyebut, mereka mengikut al-quran, sunnah Rasulullah, dalam isu syiah, pas senyap kenapa? kenapa pas tidak bersama-sama bn menyokong enakmen anti syiah di kedah, mana perginya adun-adun pas yang berserban sebesar periuk?

Apa pun tahniah kepada kerajaan negeri kedah, sekiranya pas masih lagi memerintah negeri kedah, aku percaya, syiah akan hidup subur dan berkembang biak di sana, nasib baik orang kedah masih berakal, mereka tahu pas dan syiah adalah satu, maka untuk mengelakan syiah membiak, maka mereka memilih bn sebagai pemerintah....

Nota: syiah mengkafirkan semua khalifah dan sahabat Rasulullah kecuali saydina ali, malah syiah juga menuduh isteri Rasulullah siti aisyah sebagai pelacur...

The Unspinners

Posted: 30 Aug 2013 11:27 PM PDT

sekupangdua

Posted: 30 Aug 2013 11:27 PM PDT

sekupangdua


GAMBAR BUKTI SYIAH BUKAN SAHAJA CACI RASULLULLAH MALAH MENGHINA BAGINDA

Posted: 30 Aug 2013 11:00 PM PDT


JENAYAH perang yang sedang berlaku di Syria adalah bukti penentangan terbuka pengikut Syiah tehadap umat Islam.

Keterbukaan pengikut Syiah membenci sahabat-sahabat Rasulallah iaitu Saidina Umar bin Al Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Abu Bakar As Siddiq juga tidak pernah diselindungkan.

Amat biadap apabila seorang lelaki Syiah, didapati menulis nama-nama sahabat nabi ini di tapak kakinya. Bersama coretan nama-nama insan yang sudah dijanjikan syurga oleh Allah Taala ini, disertakan perkataan '3 idiots'.

Betapa terpesongnya puak Syiah memandangkan Nabi Muhammad SAW sendiri amat mengasihi ketiga-tiga sahabatnya.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka yang tersilap langkah mengikut fahaman yang terang-terangan sudah terkeluar daripada Islam ini. -REM RAMZI

APA PERBEZAAN NYA AL-QURAN KEPADA SYIAH & AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Posted: 30 Aug 2013 06:00 PM PDT

Di dalam ajaran Syiah, mereka mempercayai bahawa Al-quran yang ada sekarang ini sudah diselewengkan. Maka bagi mereka tidak ada lagi faedah terhadapnya. Mereka lebih mempercayai dan mengimani dengan apa yang dituturkan oleh Imam-Imam mereka kerana mereka mempercayai bahawa kata-kata imam mereka adalah wahyu daripada Allah swt.
kitab
Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal. Hal ini disebut dalam kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini. Al-Quran kita mengandungi 6236 ayat sedangkan Al-Quran mereka 17,000 ayat bererti Al Quran kita baru suku daripada Al Quran mereka.
Ahli Sunnah Wal Jamaah
Sepakat atas kebenaran al-Quran dan terpelihara daripada sebarang tambahan dan kekurangan. Beriman dengan setiap huruf dan beriman bahawa sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah SWT bukan baharu dan bukan makhluk.
Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah kitab yang terakhir daripada Allah kepada manusia tanpa sebarang penyelewengan atau berlaku penukaran sama ada pada masa lalu atau masa akan datang sehinggalah berlakunya hari Kiamat.
Al-Quran yang berada di tangan kaum muslimin ini (Mushaf Uthmaniyah) terjamin daripada kekurangan atau penambahan tidak seperti kitab-kitab diturunkan sebelum ini iaitu Zabur, Taurat dan Injil selepas ketiadaan Nabi Daud a.s , Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s.
Pemeliharaan kitab suci al-Quran itu juga dijamin oleh Allah sebagaimana firman-Nya dalam ayat ke-9 Surah al-Hijr yang bermaksud; "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami yang memeliharanya."
Ringkasnya, al-Quran terpelihara daripada segala keburukan dan menjadi sumber paling utama kepada umat Islam.
Syiah
Mereka menuduh ke atas kebenaran iaitu al-Quran ada yang telah ditambah dan dikurangkan. Jika berlawanan dengan iktikad mereka, pendapat imam-imam adalah antara sumber utama di sisi mereka.
Antara penyelewengan yang dikemukakan oleh pendapat Syiah berhubung pertambahan dan pengurangan al-Quran ialah wujudnya 'surah al-Wilayah'. Surah itu menyebut tentang kewalian Saidina Ali bin Abu Talib sebagai imam selepas Rasulullah SAW.
Kewujudan surah ini dinyatakan oleh seorang ulama Syiah yang bernama alHaj Mirza Husain ibn Muhammad yang meninggal dunia pada tahun 1320 hijrah di dalam bukunya bertajuk (maksud) 'Pembuka kata dalam menetapkan penyelewengan dalam kitab Tuhan segala Tuhan (al-Quran)' pada muka surat 180.
Kitab ini juga mengumpulkan beratus-ratus dalil daripada ulama Syiah pada setiap zaman bahawa al-Quran telah ditambah dan dikurangkan.
Wallahualambissowab…

AGAK-AGAK LA KOT YA PUN, BUDAK TU BERNYAWA YANG LU BUAT MACAM NIE

Posted: 30 Aug 2013 08:00 AM PDT

BAPA yang SELAMBA

Agak-agak la sekalipun itu anak ko, apa ko ingat beruk mak yeh boleh buat macam nie...

NAFI PERKASA MENDESAK PM LETAK JAWATAN, @ TIADA KAITAN KENYATAAN IRWAN

Posted: 30 Aug 2013 03:19 AM PDT


Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menafikan dengan keras sebarang kaitan PERKASA dengan kenyataan oleh Ketua Wiranya yang mahukan Perdana Menteri meletakkan jawatan dan menyifatkan ia sebagai kenyataan peribadi.

"Saya nafi dengan keras," katanya dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada mynewshub.my hari ini.

Ahad lepas Ketua Wira Perkasa Irwan Fahim Ideris dalam satu artikel di blognya irwanfahmi.blogspot.com menyuarakan harapan supaya Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan ekoran gagal menguruskan negara dalam pelbagai aspek.

Ibrahim berkata beliau akan meminta Irwan membuat penjelasan dalam mesyuarat minggu depan.

"Apapun, itu blog peribadinya dan tidak ada kena mengena dengan Perkasa. Saya akan minta Irwan buat penjelasan dalam Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa minggu depan, mohon jangan dikaitkan dengan Perkasa," katanya.

Dalam tulisannya Irwan mempersoalkan kewajaran pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), mempertikaikan pemberian peruntukan tinggi kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan juga isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak agama Kristian turut dipertikaikan Irwan.

Dalam pada itu, merujuk kepada artikel di blog Din Turtle, menurut artikel itu Timbalan Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar akan menemui Irwan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

"Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa perdana menteri meletak jawatan," katanya menurut artikel blog Din Turtle.

OLEH : IBNU K

BETAPA SIKSA NYA TIDUR DI NEGARA YANG PALING KAYA DIDUNIA

Posted: 30 Aug 2013 12:30 AM PDT

Jika anda membaca artikel dan melihat gambar yang disiarkan, anda pasti tidak pecaya apa yang belaku di Negara yang kaya raya yaitu "Dubai".

Melihat pada gambar ini, pasti anda bertanda tanya mengapa mereka tidur seolah-olah seperti mayat yang bergelimpangan dan begitu sadis sekali.Mereka ini bekerja sebagai kontraktor binaan di dubai dengan gaji yang murah untuk menapung sewa bilik yang mahal,jadi mereka terpaksa berkongsi bilik yang sempit untuk berjimat cermat.

Gambar-gambar Ini di ambil oleh salah seorang pekerja terbabit dan menceritakan bagaimana mereka terpaksa tidur berhimpit antara satu sama lain:

i have been there in Dbuai for 2 years,photos show the real condition.
labour camps provide by company are good if compare to those who arrange by themself.

so companies provide very nice accommodation.
there are thousands of people who have to arrange own,so they live like this,and the reason is their salaries are very low.
for a small room you have to pay 3000-4000 and their salaries are 600-1000,so how can they pay it.

they have to send money for their big families.

ijaz
Pakistan
Thu, 20/11/2008 - 6:51pm 


fan_ni_sarap said Yes its true! I have been in ...

Yes its true! I have been in Dubai and if you will only see the place called sonnapur in Ghusais area and in industrial area housing
,





Panglima Perang Cyber

Posted: 30 Aug 2013 11:26 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Perutusan YAB PM @NajibRazak Hari Merdeka ke-56 2013

Posted: 30 Aug 2013 05:40 PM PDT



Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur yang setulusnya, dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran di bawah lembayung rahmat dan keredhaan-Nya, kita sebagai rakyat Malaysia, berpeluang meraikan ulangtahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-56 dalam keadaan permai sentosa. Tahun ini juga merupakan tahun ke-50 Sabah dan Sarawak bersama-sama menyambutnya sejak 1963.

2. Sesungguhnya, bersesuaian dengan situasi semasa, MalaysiaKu Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku, telah dipilih sebagai tema yang tepat untuk Hari Kebangsaan kali ke-56 ini.

Saudara dan Saudari,

3. Hakikatnya, telah puluhan tahun rakyat Malaysia menempuhi pelbagai perubahan dan transformasi bersama, baik dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial. Sepanjang tempoh itu juga, Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, bebas dari cengkaman serta belenggu penjajahan asing.

4. Sesungguhnya, kedaulatan menjadi faktor yang menunjang kita sebagai sebuah negara tidak datang secara bergolek. Telah banyaknya keringat yang mengalir, telah sekian tumpahnya darah pengorbanan. Semua itu hasil perjuangan para pemimpin bersama generasi terdahulu, hatta bersinambung sampai sekarang.

5. Maka yang demikian, memiliki kedaulatan bermaksud, kita berhak sepenuhnya dalam segala urusan mentadbir, memerintah dan menentukan sendiri halatuju negara. Malah, dalam menjiwai kemerdekaan dan kisah-kisah meraihnya, kita juga wajib terus memelihara dan mempertahankan perkara-perkara berkaitan Raja-Raja Melayu, kedudukan Agama Islam, serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera, seperti mana bapa-bapa kita terdahulu telah maktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saudara dan Saudari,

6. Kita menginsafi, dunia kini sering berdepan dengan pelbagai mehnah dan pancaroba. Justeru, kita terdedah dengan pelbagai ancaman oleh dalang-dalang yang cuba mewujudkan sengketa di serata dunia. Umpamanya, krisis dalaman yang sedang melanda di beberapa buah negara Arab, akhirnya bertukar menjadi kecemperaan politik yang berpanjangan.

7. Pergolakan yang mengorbankan ribuan nyawa rakyat tidak berdosa sebegini, wajar dijadikan iktibar kepada kita semua. Konflik yang sedang berlarutan, seperti tiada kesudahannya. Cahaya di hujung terowong yang dinantikan oleh rakyat mereka, tampaknya masih samar dan buntu. Demikianlah jika perubahan yang ditagih hanya sekadar perubahan semberono. Natijahnya, kemusnahan ekonomi dan pertumbuhan negara akan terjejas pabila tiadanya kestabilan dan perpaduan.

Saudara dan Saudari,

8. Merujuk ehwal negara kita, peristiwa hitam pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini turut mengorbankan nyawa para perajurit tanah air. Sudah tentu, tragedi berdarah ini akan menjadi satu pengajaran kepada kita bahawa, Malaysia tidak terlepas daripada terdedah kepada ancaman musuh dari luar.

9. Hakikatnya, tragedi walang itu telah menyentap benak sanubari rakyat Malaysia, tentang peri-mustahak untuk kekal bersatu, demi mempertahankan kedaulatan negara. Lantaran, kita tidak boleh kunjung jemu untuk menyemai benih-benih jatidiri dan pucuk-pucuk semangat cintakan negara di kalangan rakyat, khususnya golongan muda yakni generasi pewaris.

10. Pendek kata, sambutan Kemerdekaan bukanlah sekadar laungan membangkitkan semangat. Lebih dari itu, ia perlu disulami dengan penghayatan yang mendalam. Sememangnya lagi, kita tidak mahu kemerdekaan hanya pada nama. Pengisiannyalah yang lebih utama, dan terbukti, kita telah pun melalui episod-episod seperti perselisihan antara kaum, krisis kewangan dan kemelut politik. Syukurlah semua itu kita lalui dengan jayanya.

11. Sesungguhnya jua, perkara utama untuk direnungkan dalam mencapai maksud ulang tahun kemerdekaan adalah, sejauh manakah kejayaan kita sehingga kini dalam mempersiapkan dan mempersembahkan sebuah Malaysia yang progresif bagi ditinggalkan kepada zuriat hari muka.

12. Jelasnya, pada hemah saya, pelbagai usaha perlu digembleng dan dibugarkan, demi mencelikkan sejarah kepada generasi muda tanpa mengira latar agama, keturunan mahupun budaya. Anak-anak muda sebagai bunga-bunga bangsa perlu terus dibimbing dan diasuh, dipersiapkan dengan jatidiri dan diperteguhkan semangat patriotisme mereka. Barulah Malaysia dengan rakyatnya yang berjiwa besar, akan kekal berdaulat lagi merdeka dalam permaknaan sebenar.

Saudara dan Saudari,

13. Secara tuntas, Malaysia sebuah negara berbilang kaum yang unik di dunia. Keunikan inilah menjadikan kita istimewa dan aset bagi mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi beberapa tahun lagi.

14. Pucuk pangkalnya, kini bukanlah masanya untuk kita berpecah belah. Walau apa dugaan yang merintang, kita tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus mara ke hadapan untuk memajukan negara berasaskan perpaduan nasional. Atas sebab itu, saya yakin dan percaya tiada siapa pun pihak luar yang berhak mengajar kita bagaimana hendak berjalan, kerana kita sudah lama bertatih dan melangkah.

15. Kesimpulannya, rupa dan wajah Malaysia seperti mana yang kita lihat dewasa ini, telah dibina melalui pelbagai ikhtiar, perancangan teliti, serta strategi yang rapi oleh pihak Kerajaan sejak berdekad lalu, mengikut pendekatan serta acuan kita yang tersendiri.

16. Akhir kalam, saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia, hargailah keamanan, peliharalah keharmonian, pupuklah perpaduan dengan mencintai watan. Ayuh, marilah kita berpadu, dengan obor perjuangan yang jitu, demi Malaysia yang satu.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Ke-56.

Merdeka, Merdeka, Merdeka. Dirgahayu Malaysiaku.

Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


http://www.1malaysia.com.my/blog/perutusan-hari-kebangsaan-yang-ke-56-2013/


Sent from my iPhone

Pemilihan UMNO : Teka-teki Tengku Razaleigh

Posted: 30 Aug 2013 05:55 AM PDT



Setiap kali menjelang pemilihan UMNO ramai yang 'mengintai' gerak langkah Tengku Razaleigh Hamzah.

Ini kerana beliau mempunyai rekod beberapa kali bertanding jawatan Presiden UMNO.

Beliau juga kini memegang rekod sebagai seorang Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen yang paling lama sekali memegang jawatan.

Jadi kemana hala tuju veteran UMNO ini kali ini.

Pemilihan UMNO kali adalah terbuka dan tidak memerlukan sebarang pencalonan seperti masa lampau.

Ini bermakna beliau hanya perlu mendaftar diri untuk bertanding mana-mana jawatan bermula dari 7 September ini hingga 28 September.

Apapun satu teka teki terjawab.

Beliau umum keputusannya untuk tidak lagi bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang untuk beri laluan kepada pemimpin muda yang lebih layak

Katanya PRU13  merupakan pilihan raya terakhir baginya.

Beliau beritahu demikian kepada wartawan selepas bermesra dengan penduduk orang asli, di Kampung Lambok, di Gua Musang, Khamis.

Cuma beliau enggan ulas apakah akan bertanding tidak jawatan di barisan kepimpinan UMNO di pusat.

Tengku Razaleigh meminta semua orang menunggu jawapan itu pada tarikh akhir penamaan calon jawatan Majlis Tertinggi UMNO pada 28 September.

Katanya beliau akan umum pada tarikh berkenaan.-30/8/2013

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/pemilihan-umno-teka-tekitengku-razaleigh.html




Sent from Samsung tablet

Email : Tahniah Menteri KDN @Zahid_Hamidi Berani Perangi Gangterisme Demi Rakyat !

Posted: 30 Aug 2013 04:37 AM PDT

Tahniah Zahid! Di atas Keberanian Gempur Kongsi Gelap

Rungutan mengenai peningkatan jenayah telah lama kita dengar iaitu sebelum terhapusnya Akta EO dan ISA lagi. Kes-kes ragut terjadi hampir setiap hari di mana ia pantas dijadikan modal politik untuk pembangkang menyerang kerajaan dan memburuk-burukkan pihak polis.

Dari situ, pembangkang membina persepsi seolah-olah polis Malaysia lembab, korup dan bodoh. Pantang ada kesempatan, pembangkang pasti akan mempolitikkan kes-kes jenayah.

Namun, pelik sekali apabila dalam kita merasa bimbang akibat kes jenayah yang meningkat, pembangkang turut mendesak agar Akta-akta tertentu yang digunakan untuk membendung jenayah dihapuskan. Dengan desakan berterusan, pembangkang akhirnya mendapat apa yang mereka idamkan iaitu lebih 2000 tahanan Simpang Renggam dibebaskan apabila Akta pencegahan dihapuskan.

Hampir dalam kadar segera iaitu sejurus mereka ini dibebaskan, jenayah bunuh yang melibatkan bekas tahanan tersebut pun berlaku. Sejak dari itu, jenayah bunuh, sama ada menggunakan senjata tajam atau tembak terus berlaku adakalanya hampir setiap hari. Apa yang menarik ialah, mereka yang berjaya ditangkap, hampir semuanya mempunyai hubungkait dengan bekas penjenayah yang dibebaskan.

Dari kronologi ini, tidak salahlah jika rakyat menyalahkan pembangkang kerana mendesak kepada keburukan dan bukannya kebaikan untuk masyarakat

Bagi memulihkan keadaan, pihak polis telah bertindak tegas memburu dan membawa penjenayah terbabit ke muka pengadilan. Malangnya, tindakan tegas polis bukan sahaja tidak dihargai pembangkang tetapi dipersoalkan pula.

Nampaknya, pembangkang lebih berminat untuk membela penjenayah atas alasan hak asasi manusia, berbanding memikirkan keselamatan rakyat.

Namun, kita bersyukur kerana Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan Dato' Seri Zahid Hamidi tidak mudah melatah dengan mendengar cakap pembangkang sekali lagi. Beliau mengabaikan suara-suara jahat pembangkang untuk membela penjenayah dan mengarahkan gerak gempur terhadap semua kumpulan kongsi gelap yang ada.

Setakat ini, sebanyak 49 kumpulan kongsi telah didedahkan dengan anggaran 40,000 ahli.

Rakyat bernasib baik kerana mempunyai Menteri yang prihatin dan berani berbuat apa yang perlu tanpa mengambilkira sentimen politik. Sepatutnya, semua Menteri membawa pendekatan yang sama iaitu mengutamakan kerja daridapa politik.

Seharusnya, pembangkang mula memahami bahawa rakyat tidak gemar kepada penjahat, penjenayah, pembuat huru-hara dan pengkhianat. Dan rakyat tidak mungkin akan menyokong pihak yang menyokong apatah lagi yang menjadi dalang kepada mereka-mereka ini.

Kesimpulannya, rakyat mahukan lebih banyak Zahid Hamidi.Kiriman email

Mesti Baca : Pemilihan Semula CEC DAP Sekali Lagi Pinggirkan India #DemocrazyDap

Posted: 30 Aug 2013 04:04 AM PDT

Pemilihan Semula CEC: DAP Sah Pinggirkan Perwakilan India Sekali Lagi

Pemilihan semula CEC DAP yang akan diadakan bulan depan kemungkinan besar akan mengulangi ketidakadilan yang berlaku dalam pemilihan sebelum ini.

Dalam pemilihan awal, DAP telah menyalahkan program komputer kerana tersalah kira undi. Namun, dalam kiraan kali kedua yang berlangsung dua minggu selepas itu telah menunjukkan perbezaan jumlah undi yang tidak masuk akal bagi beberapa individu. Selain itu, DAP juga didapati telah dengan sengaja meminggirkan 753 perwakilan India dari senarai perwakilan yang berhak mengundi.

Akibatnya, ramai yang tidak berpuas hati dan membawa perkara ini ke ROS yang kemudiannya mengarahkan pemilihan semula diadakan.

Walaubagaimanapun, lama sebelum tarikh pemilihan semula yang dijadualkan pada bulan September ini, rungutan telah mula kedengaran. Khabarnya, pada Ahad lepas, DAP telah mengadakan sessi dialog khas pemilihan semula dengan para perwakilan di Seremban, Negeri Sembilan.

Sebelum ini, tidak pernah ada sessi dialog semata-mata untuk menghadapi pemilihan.

Apa yang mencurigakan ialah tidak semua perwakilan dijemput ke sessi dialog tersebut dan mereka yang dipinggirkan sekali lagi merupakan perwakilan dari kaum India. Berikutan itu, DAP Cawangan Ladang Paroi, Desa Dahlia Senawang, dan Nilai Perdana menuntut Pengerusi DAP Negeri, Loke Siew Fook untuk memberi penjelasan.

Pemimpin-pemimpin DAP Cawangan ini mengesyaki adanya permainan kotor sekali lagi untuk memastikan hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mengundi. Dengan itu, DAP hanya menjemput perwakilan tertentu sahaja ke sessi dialog tersebut bagi mengatur strategi. Pastinya, permainan ini adalah untuk memastikan kemenangan dan kekalahan individu tertentu dalam pemilihan semula nanti.

Nampaknya, seperti yang dijangka, DAP tidak akan mampu berlaku telus dan adil dalam amalan demokrasi. Pemimpin DAP juga tidak akan mampu untuk bercakap benar, tetapi akan terus menipu untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Kesimpulannya, DAP adalah parti diktator yang membudayakan sikap samseng komunis. Parti ini tidak mungkin akan mengamalkan demokrasi dalam ertikata sebenar walaupun mereka sering melaungkannya. Hakikatnya, memilih DAP bermakna menolak demokrasi dan membuka risiko kepada penindasan yang berterusan. Kiriman email

Rakyat Mahu Lagu Negaraku Dinyanyikan Sepanjang Tahun Di Pawagam #Merdeka56

Posted: 30 Aug 2013 12:19 AM PDT


oyabun

Posted: 30 Aug 2013 11:15 PM PDT

oyabun


Perutusan YAB PM @NajibRazak Hari Merdeka ke-56 2013!

Posted: 30 Aug 2013 09:16 PM PDT


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur yang setulusnya, dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran di bawah lembayung rahmat dan keredhaan-Nya, kita sebagai rakyat Malaysia, berpeluang meraikan ulangtahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-56 dalam keadaan permai sentosa. Tahun ini juga merupakan tahun ke-50 Sabah dan Sarawak bersama-sama menyambutnya sejak 1963.

2. Sesungguhnya, bersesuaian dengan situasi semasa, MalaysiaKu Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku, telah dipilih sebagai tema yang tepat untuk Hari Kebangsaan kali ke-56 ini.

Saudara dan Saudari,

3. Hakikatnya, telah puluhan tahun rakyat Malaysia menempuhi pelbagai perubahan dan transformasi bersama, baik dari sudut politik, ekonomi mahupun sosial. Sepanjang tempoh itu juga, Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, bebas dari cengkaman serta belenggu penjajahan asing.

4. Sesungguhnya, kedaulatan menjadi faktor yang menunjang kita sebagai sebuah negara tidak datang secara bergolek. Telah banyaknya keringat yang mengalir, telah sekian tumpahnya darah pengorbanan. Semua itu hasil perjuangan para pemimpin bersama generasi terdahulu, hatta bersinambung sampai sekarang.

5. Maka yang demikian, memiliki kedaulatan bermaksud, kita berhak sepenuhnya dalam segala urusan mentadbir, memerintah dan menentukan sendiri halatuju negara. Malah, dalam menjiwai kemerdekaan dan kisah-kisah meraihnya, kita juga wajib terus memelihara dan mempertahankan perkara-perkara berkaitan Raja-Raja Melayu, kedudukan Agama Islam, serta keistimewaan Melayu dan Bumiputera, seperti mana bapa-bapa kita terdahulu telah maktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saudara dan Saudari,

6. Kita menginsafi, dunia kini sering berdepan dengan pelbagai mehnah dan pancaroba. Justeru, kita terdedah dengan pelbagai ancaman oleh dalang-dalang yang cuba mewujudkan sengketa di serata dunia. Umpamanya, krisis dalaman yang sedang melanda di beberapa buah negara Arab, akhirnya bertukar menjadi kecemperaan politik yang berpanjangan.

7. Pergolakan yang mengorbankan ribuan nyawa rakyat tidak berdosa sebegini, wajar dijadikan iktibar kepada kita semua. Konflik yang sedang berlarutan, seperti tiada kesudahannya. Cahaya di hujung terowong yang dinantikan oleh rakyat mereka, tampaknya masih samar dan buntu. Demikianlah jika perubahan yang ditagih hanya sekadar perubahan semberono. Natijahnya, kemusnahan ekonomi dan pertumbuhan negara akan terjejas pabila tiadanya kestabilan dan perpaduan.

Saudara dan Saudari,

8. Merujuk ehwal negara kita, peristiwa hitam pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini turut mengorbankan nyawa para perajurit tanah air. Sudah tentu, tragedi berdarah ini akan menjadi satu pengajaran kepada kita bahawa, Malaysia tidak terlepas daripada terdedah kepada ancaman musuh dari luar.

9. Hakikatnya, tragedi walang itu telah menyentap benak sanubari rakyat Malaysia, tentang peri-mustahak untuk kekal bersatu, demi mempertahankan kedaulatan negara. Lantaran, kita tidak boleh kunjung jemu untuk menyemai benih-benih jatidiri dan pucuk-pucuk semangat cintakan negara di kalangan rakyat, khususnya golongan muda yakni generasi pewaris.

10. Pendek kata, sambutan Kemerdekaan bukanlah sekadar laungan membangkitkan semangat. Lebih dari itu, ia perlu disulami dengan penghayatan yang mendalam. Sememangnya lagi, kita tidak mahu kemerdekaan hanya pada nama. Pengisiannyalah yang lebih utama, dan terbukti, kita telah pun melalui episod-episod seperti perselisihan antara kaum, krisis kewangan dan kemelut politik. Syukurlah semua itu kita lalui dengan jayanya.

11. Sesungguhnya jua, perkara utama untuk direnungkan dalam mencapai maksud ulang tahun kemerdekaan adalah, sejauh manakah kejayaan kita sehingga kini dalam mempersiapkan dan mempersembahkan sebuah Malaysia yang progresif bagi ditinggalkan kepada zuriat hari muka.

12. Jelasnya, pada hemah saya, pelbagai usaha perlu digembleng dan dibugarkan, demi mencelikkan sejarah kepada generasi muda tanpa mengira latar agama, keturunan mahupun budaya. Anak-anak muda sebagai bunga-bunga bangsa perlu terus dibimbing dan diasuh, dipersiapkan dengan jatidiri dan diperteguhkan semangat patriotisme mereka. Barulah Malaysia dengan rakyatnya yang berjiwa besar, akan kekal berdaulat lagi merdeka dalam permaknaan sebenar.

Saudara dan Saudari,

13. Secara tuntas, Malaysia sebuah negara berbilang kaum yang unik di dunia. Keunikan inilah menjadikan kita istimewa dan aset bagi mencapai taraf negara maju berpendapatan tinggi beberapa tahun lagi.

14. Pucuk pangkalnya, kini bukanlah masanya untuk kita berpecah belah. Walau apa dugaan yang merintang, kita tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus mara ke hadapan untuk memajukan negara berasaskan perpaduan nasional. Atas sebab itu, saya yakin dan percaya tiada siapa pun pihak luar yang berhak mengajar kita bagaimana hendak berjalan, kerana kita sudah lama bertatih dan melangkah.

15. Kesimpulannya, rupa dan wajah Malaysia seperti mana yang kita lihat dewasa ini, telah dibina melalui pelbagai ikhtiar, perancangan teliti, serta strategi yang rapi oleh pihak Kerajaan sejak berdekad lalu, mengikut pendekatan serta acuan kita yang tersendiri.

16. Akhir kalam, saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia, hargailah keamanan, peliharalah keharmonian, pupuklah perpaduan dengan mencintai watan. Ayuh, marilah kita berpadu, dengan obor perjuangan yang jitu, demi Malaysia yang satu.

Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Ke-56.

Merdeka, Merdeka, Merdeka. Dirgahayu Malaysiaku.
Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Wasabi Oyabun..

Belantan

Posted: 30 Aug 2013 11:14 PM PDT

Belantan


Salam Kemerdekaan : Kemerdekaan menuntut keinsafan anak bangsa!

Posted: 30 Aug 2013 06:49 AM PDT




Dalam suasana kemerdekaan yang disambut hari ini, orang Melayu yang berpecah belah, masih belum dapat ditautkan semula. Ini adalah suasana yang amat malang bagi bangsa Melayu kerana kedudukan mereka sebagai tulang belakang bangsa Malaysia. Bolehkan kita mengatakan bahawa orang Melayu sebagai masyarakat berwawasan sedangkan mereka sendiri terus berpecah belah.

Orang Melayu mempunyai sikap prejudis sesama sendiri. Daripada kata-kata, mereka dilihat tidak jujur sesama sendiri hanya disebabkan fahaman politik yang berbeza walaupun seagama. Di depan cakap lain, di belakang cakap lain. Hari ini puji, esok dikeji. Bila mereka bercakap di khalayak ramai orang mula melemparkan kata-kata mereka bercakap lain di mulut, lain pula di hati. Jika orang yang dihormati bercakap berbelit-belit, bagaimana ia boleh menjadi teladan kepada bangsa dan seagama. Inilah dilema orang Melayu hari ini.

Usaha mengisi kemerdekaan, tidak ada hadnya. Ia perlu diteruskan hingga kepada generasi akan datang walaupun ketika itu sejarah negara zaman silam sudah ditinggalkan jauh. Jika sejarah hari ini yang dijadikan sandaran, bermakna bangsa Malaysia hanya melihat kepada pergolakan bangsa Malaysia yang berlaku di depan mata kita hari ini.


Itulah sebabnya dalam apa keadaan sekali pun, apabila tiba bulan kemerdekaan nama-nama pemimpin negara bermula daripada Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disebut kerana setiap mereka mempunyai peranan membina bangsa dan negara.

Begitu juga dengan pemimpin hari ini dan mereka yang akan mewarisi pimpinan negara pada masa akan datang, tetap disanjung. Setakat ini, semua pemimpin yang menerajui negara mempunyai jasa kepada negara berasaskan kepada waktu dan ketika pentadbiran mereka. Semua mereka menyambung tugas menyedarkan rakyat supaya memahami erti kemerdekaan.

Bagaimana keadaan negara pada 50 tahun akan datang. Dari segi fizikalnya, kita yakin Malaysia akan lengkap serba serbi. Isunya ialah bagaimana pemikiran rakyat Malaysia pada 2057 nanti, apabila negara menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-100 tahun nanti.

Setakat ini, sejarah menyaksikan betapa kepemimpinan Umno masih berjaya menerajui perjuangan mencapai kemerdekaan dan mengurus cabaran kemerdekaan. Untuk 50 tahun akan datang, pastinya ia bermula hari ini.

"Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku"

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-56 dan Salam Kemerdekaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Suara Politik
Belantan

'Cah keting' DAPig : Guan Eng pinggir ahli tidak sehaluan?

Posted: 30 Aug 2013 01:56 AM PDT


Harapan menggunung ahli-ahli DAP untuk melihat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu dilaksanakan secara telus dan bersih mungkin tidak kesampaian.

Ini kerana sesi dialog yang diadakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masih meminggirkan kalangan perwakilan yang dilihat tidak sehaluan dengan kepemimpinan tertinggi DAP.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, satu sesi dialog dengan perwakilan negeri ini telah diadakan Ahad lalu di sebuah hotel di sini.

Bagaimanapun katanya, perwakilan dari cawangannya tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut.

David Dass (tengah) bersama Richard Francis (kanan) dan S. Rajashegher menunjukkan buku Laporan Ekuiti DAP dan CEC tulisan Father Augustus Chen dalam sidang akhbar di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

"Saya hanya menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada seorang rakan dua hari lalu yang memberitahu mengenai perjumpaan tersebut.

"Belum pernah ada pertemuan diadakan dengan para perwakilan sebelum berlangsung sesuatu pemilihan," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis; Naib Pengerusi DAP Cawangan Nilai Perdana, S. Rajashegher dan bekas ahli DAP, S. Vijayan.

Ketiga-tiga pemimpin DAP cawangan itu turut mengakui cawangan mereka tidak menerima jemputan untuk menghadiri pertemuan tersebut.

Menurut Rajashegher, Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook perlu tampil menjelaskan mengapa gagal membuat makluman tersebut sedangkan mereka adalah perwakilan DAP yang sah.

"Saya difahamkan SMS yang dihantar kepada perwakilan adalah dalam bahasa Melayu dan Cina dan tidak ada bahasa Tamil.

"Ia seolah-olah disengajakan dengan tujuan untuk meminggirkan kaum India daripada program penting yang berlaku dalam parti," ujarnya.

Berdasarkan kepada insiden Ahad lalu, kesemua mereka mengesyaki program pertemuan dengan para perwakilan di negeri-negeri mempunyai agenda tersembunyi kerana hanya perwakilan tertentu sahaja diajak untuk menyertainya.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 30 Aug 2013 11:07 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#TandaPutera : Apa yang DAP takutkan sangat?!! #Merdeka56 @NajibRazak @LokmanAdam

Posted: 30 Aug 2013 05:00 AM PDT



KENYATAAN MEDIA
LOKMAN NOOR BIN ADAM
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA

Mulai hari ini filem yang telah lama kita nantikan tayangannya, "Tanda Putera" akan ditayangkan di semua pawagam negara ini.

Teman-teman di Pulau Pinang terpaksa menunggu proses tindakan yang sedang KKMM kaji terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah mengharamkannya. Secara peribadi saya telah menonton filem ini sebanyak dua kali dan terus terang saya akui inilah filem yang paling menyentuh emosi saya.
 


Hampir separuh dari masa tayangan filem ini saya mengalirkan air mata. Selain daripada mengisahkan payah jerih pimpinan negara mengembalikan kestabilan keamanan negara selepas berlakunya peristiwa 13 May, ianya turut memaparkan pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr ismail yang merahsiakan penyakit yang mereka hidapi demi memastikan kestabilan politik ketika itu.

Filem Tanda Putra boleh saya kategorikan sebagai filem yang "WAJIB" ditonton oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan bumi bertuah ini. Saya menyeru semua teman-teman agar dapat mengembling seberapa ramai anak muda yang boleh bagi menyaksikan filem ini.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
29 Ogos, 2013
 
 
 
Kenyataan yang mewakili Pemuda UMNO Malaysia di atas berkaitan dengan pengharaman Kerajaan DAP P. Pinang terhadap penayangan filem Tanda Putera di semua pawagam di seluruh negeri tersebut. Entah apa yang mereka takutkan. Walhal, tiada seorang pun pemimpin DAP yang pernah menonton filem tersebut lagi.
 
Agaknya inikah bentuk kebebasan media yang diperjuangkan oleh DAP selama ini?
 
Tanda Putera: DAP Hypocrisy In Fighting For Press Freedom And Freedom Of Speech

KUALA LUMPUR, Aug 29 (Bernama) -- The move taken by the DAP-led Penang government in asking cinema operators in the state not to screen the Tanda Putera movie is a proof of DAP's hypocrisy in fighting for press freedom and freedom of speech, Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said.

 Hishammuddin, however, said he was not surprised with the move as he knew that DAP would only fight for something that would benefit them.

"It is obvious that DAP has looked at the screening of the movie through racist eyes," he said in a statement here Thursday.

"Why didn't the Penang government say anything when a movie insulting the Malays is produced for public screening?" he said, adding that it was clear that the Penang government's move was politically motivated and aimed at hiding the truth about the country's history.

'Tanda Putera', directed by Datin Paduka Shuhaimi Baba, is a historical biographical film about Malaysia's second prime minister Tun Abdul Razak Hussein and his then deputy Tun Dr Ismail Abdul Rahman set around the time after the 1969 racial riots.

-- BERNAMA

 
Patutlah apabila kem tokong dinasti Lim kena serangan dalaman, semua pemimpin lain dapat GAG ORDER. Begitu juga apabila Melayu PLASTIK si Zairil tiba-tiba boleh menang jawatan tercorot dalam Jawatankuasa Pusat DAP, semua kena diam, tutup mulut, atau diambil tindakan keras.
 
Mungkin agaknya DAP tidak mahu anak-anak muda sekarang melihat bagaimana mereka menyembelih dan membakar datuk nenek mereka ketika 13 Mei 1969. Malah, korban pertama 13 Mei '69 adalah di Pulau Pinang sendiri, apabila seorang petugas UMNO dibunuh dengan kejam tanpa sebab yang munasabah oleh penyokong DAP.
 
 
Sekarang pemimpin DAP lebih bijaksana. Mereka tahu jika mereka berada di saf hadapan melawan Melayu, maka buruklah musibahnya. Di sinilah datangnya peranan Melayu PAS dan PKR. Sementara PAS melaksanakan tugasnya mencari nas dan dalil lemah untuk mengelirukan orang Islam bagi menghalalkan apa jua arahan DAP dalam menindas orang Melayu, PKR pula akan dengan patuh mencari salah pihak lawan bagi memberi gambaran bahawa apa yang mereka lakukan adalah perkara yang lebih baik lagi. Pendek kata, dalam menutup bau tahi yang mereka taburkan, mereka akan mencanang satu dunia yang semuanya berpunca daripada najis pihak lawan yang lebih busuk lagi.  
 
Sebab itulah surat arahan untuk meroboh masjid, meratakan kampung Melayu, merampas Tanah Melayu, mensenyapkan azan dan bacaan Al-Quran, semuanya disediakan dan ditandatangani oleh orang Melayu. Jadi, mudahlah untuk mereka ke seluruh pelusuk kampung dan menidakkan peranan mereka apabila Melayu mulai marah dan tertekan. Bijak bukan?
 
Sebab itu, Pemuda UMNO perlu diperkasakan, diberi nafas dan darah baru. Semangat KEBANGSAAN berteraskan ISLAM untuk milenia baru ini perlu diterapkan. Kita tidak perlu terlalu apologetik dalam mendapatkan sokongan bangsa lain. Percayalah, lebih bersungguh-sungguh kita memujuk bangsa yang satu itu, lebih bongkak dan sombong jadinya.
 
Maka, Tanda Putera inilah peluang untuk orang Melayu dan UMNO mengingatkan kembali asal usul dan perit jerih bangsa kita membina Negara ini. Memang satu bangsa itu suka mendabik dada yang merekalah paling banyak membayar cukai untuk membangunkan Negara, tetapi, tanpa kebijaksanaan barisan pemimpin Melayu Negara selama ini mencatur perjalanan politik Negara, Malaysia sudah tentunya tidak seperti yang kita nikmati hari ini.
 
Sebab itulah para pemimpin pelapis UMNO perlu lebih tegas dan konsisten. Orang Melayu kini benar-benar memerlukan perlindungan dan semangat anda semua demi masa depan anak-anak kita!
 

(Video Rasmi) Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku #merdeka56 @shaberyc

Posted: 30 Aug 2013 01:03 AM PDT


Khas untuk pembaca MyMassa yang belum tengok video ini.


Tajuk : Tanah Tumpah Darah Ku
Pencipta : Joe Farizal & Aye
Lirik : Ahmad Shabery Cheek
Penyanyi : Ahmad Zakaria

Mara 
Kita halilintar tiada gentar 
Puncak dunia Malaysia 
Sudah bergema


Kita halilintar tiada gentar 
Bendera kita terus berkibar 
Wira menggempur musuh


Biarpun lumpuh marak api putra putri 
Kita terus tempur bawa semangat


Negara berdaulat 
Malaysiaku kepadamu 
Tumpah darahku ...Tanah tumpah darahku


Mara Kita halilintar 
Tiada gentar puncak dunia Malaysia 
Sudah bergema kita halilintar 
Tiada gentar.. bendera kita terus berkibar


Wira... menggempur musuh 
Biarpun lumpuh marak api putera puteri 
Kita terus gempur 
Bawa semangat negara berdaulat


Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku 
Mara... bawa semangat negara berdaulat 
Malaysiaku kepadamu.. tumpah darahku 
Tanah Tumpah Darahku (6X)

*Tahniah DS Ahmad Shabery Cheek atas ciptaan lirik lagu yang amat bermakna.

tok gajah

Posted: 30 Aug 2013 09:14 PM PDT

tok gajah


Melayu Bumiputera Mesti Tengok...............

Posted: 30 Aug 2013 08:55 AM PDT



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 30 Aug 2013 09:10 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


SAMAD SAID TUA KUTUK NASIB TAK MAMPOS TERKEJUT !

Posted: 30 Aug 2013 02:17 PM PDT

SALAM KEMERDEKAAN !

Posted: 30 Aug 2013 08:59 AM PDT

KERISMUDIN CKMM SEDAR DIRI : DIA TAHU DIA TAK LAYAK TANDING KERUSI NAIB !

Posted: 30 Aug 2013 07:08 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 30 Aug 2013 09:06 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Inilah Padahnya Bila DAP Terus Diberi Peluang Jadi Kerajaan Di Pulau Pinang

Posted: 30 Aug 2013 07:00 PM PDT

PEKIDA Sokong Penuh Tindakan Kerajaan Banteras Jenayah

Posted: 30 Aug 2013 05:00 PM PDT

#Merdeka56 Trending Di Twitter, Tertinggi Berbanding 1,013 Hashtag Lain Pada Malam Ambang Merdeka

Posted: 30 Aug 2013 08:48 AM PDT


Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku #Merdeka56

Posted: 30 Aug 2013 08:13 AM PDT


Marilah kita menyambut Hari Kemerdekaan negara dengan bersama sama menukarkan profile picture di Facebook dan Twitter menggunakan gambar di atas. Salam merdeka.



BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 30 Aug 2013 03:03 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Itu seluar pendek atau seluar dalam?

Posted: 30 Aug 2013 10:15 AM PDT

Pelakon wanita Korea, Choi Yeo Jin membuat penampilan yang agak mengejutkan semalam.

Beliau hadir di sidang akhbar MBC's Dancing with the Star Musim Kedua yang dianjurkan di Hotel Grand Ambassador, Seoul.

Kemunculan beliau menimbulkan sedikit kontroversi apabila mengenakan seluar pendek yang teramat lah pendek (layak digelar seluar dalam) beserta jaket putih dari luar.

Piala Asia 2013: Malaysia gagal ke perlawanan akhir

Posted: 30 Aug 2013 08:50 AM PDT

IPOH, 30 Ogos - Malaysia gagal ke final selepas kalah 2-0 kepada India pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Piala Asia 2013 di sini malam ini.

'Saya dah tonton Tanda Putera, tak adalah menarik sangat' - DS Anwar

Posted: 30 Aug 2013 08:04 AM PDT

PETALING JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau sudah menonton sedutan filem kontroversi, Tanda Putera, dan pada pandangannya ia tidak menarik sangat.

"Saya tonton filem suka-suka dan bukannya serius seperti Sanggam (filem Hindi tahun 1964)," katanya ketika menyampaikan perutusan Hari Merdeka kali ke-56, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan Pulau Pinang yang menasihatkan pengusaha pawagam di negeri itu tidak menayangkan filem Tanda Putera.

Anwar, yang juga Ketua Umum PR berkata, beliau sendiri tidak bersetuju dengan saranan yang dikemukakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Tetapi beliau hanya menasihatkan, bukan melarang penayangan Tanda Putera.

"Di negara merdeka, sesiapa sahaja berhak memberi pandangan," katanya.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek melalui status terbaru di laman sosial Facebooknya berkata, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah diminta untuk memastikan tayangan filem itu di Pulau Pinang diteruskan.

Katanya, filem tersebut akan ditayangkan di pawagam di Pulau Pinang mulai Sabtu ini.

Sebelum ini, Guan Eng telah mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan telah meminta pengusaha pawagam di negeri itu untuk tidak menayangkan filem yang disifatkan pembangkang sebagai kontroversi.

Namun, Guan Eng dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia berupa nasihat dan bukannya larangan.

Sementara itu, Anwar menambah. apa yang beliau kesalkan ialah filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba itu seolah-olah mempromosikan agenda BN.

"Pengarahnya sendiri mengakui filem berkenaan bergenrekan fiksyen.

"Filem itu dilihat memainkan sentimen kaum dan tidak perlu filem berkenaan dipaparkan kepada generasi muda, terutama mereka yang mengikuti kursus Biro Tata Negara, bagi menggambarkan kisah sebenar peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969," katanya.

Anwar berharap orang ramai faham bahawa filem Tanda Putera itu adalah agenda BN dan digunakan semata-mata bagi menyampaikan agenda politik sempit pemimpin BN.

Rogol awek Facebook dalam kebun sawit

Posted: 30 Aug 2013 07:55 AM PDT

LEDANG 30 Ogos - Akibat gagal mengawal nafsu, seorang remaja lelaki bertindak merogol teman wanita yang baru dikenalinya sebulan lalu menerusi laman sosial Facebook di sebuah kebun kelapa sawit di Bukit Gambir dekat sini.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam pada 12 Ogos lalu apabila pasangan itu keluar bersiar-siar pada waktu siang.

"Ketika dalam perjalanan pulang untuk menghantar kekasihnya yang berusia 15 tahun ke rumah di sebuah kampung di Bukit Gambir, remaja berkenaan yang berumur 18 tahun mengajaknya singgah di kebun itu sebelum merogol mangsa.

"Atas desakan keluarga, mangsa membuat laporan di Balai Polis Bukit Gambir pukul 10 pagi pada 27 Ogos lalu, iaitu 16 hari selepas kejadian itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hari ini.

Susulan laporan tersebut, polis menahan suspek di rumah keluarganya di Kampung Parit Jarum Laut pada pukul 6 petang semalam. - UTUSAN ONLINE

'Sudah masanya saya berundur' - Ku Li

Posted: 30 Aug 2013 06:01 AM PDT

GUA MUSANG - Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah sampai masanya bagi beliau berundur sebagai ketua bahagian setelah hampir 50 tahun berkhidmat kepada masyarakat di sini.

"Sudah sampai masanya untuk saya berundur dan carilah pemimpin baharu yang lebih jujur dan adil dalam memberi khidmat kepada rakyat," katanya.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata keputusannya untuk tidak lagi bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang juga adalah untuk memberi laluan kepada pemimpin muda yang lebih layak.

PRU13 lalu adalah yang terakhir baginya tetapi beliau masih meneruskan khidmat kepada penduduk di kawasan itu sehingga ada pemimpin baharu yang dapat menggantikannya.

"Saya diminta untuk terus menerajui Umno bahagian ini dan terserahlah kepada ahli Umno bahagian itu (selepas ini) untuk menentukan siapa pemimpin yang paling layak memikul tanggungjawab berkenaan kerana ramai yang layak dipilih," katanya kepada pemberita selepas majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang bersama Orang Asli di Kampung Lambok, di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding jawatan kepimpinan Umno Oktober ini, Tengku Razaleigh enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak hendak komen dan kita sama-sama tengoklah pada 28 Sept ini untuk bertanding atau tidak," katanya.

Beliau mengingatkan bahawa mengikut peraturan baharu parti, sesiapa sahaja boleh bertanding merebut sebarang jawatan dalam parti dan perkara itu boleh diputuskan pada hari penamaan calon 28 Sept (untuk Majlis Tertinggi). - Bernama

Isu baju ketat: 'Takkan nak pakai baju kelawar pula' - Fida Ibrahim

Posted: 30 Aug 2013 05:01 AM PDT

Pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim tidak menyalahkan segelintir peminat yang telah melemparkan kata-kata kesat terhadap dirinya ekoran beberapa keping gambarnya yang ketara menampakkan bentuk badan, dimuatkan sendiri oleh pelantun lagu Apo Kono Eh Jang? ini di laman instagramnya, baru-baru ini. Sebaliknya Fida menyifatkan peminat berkenaan telah tersalah anggap.

Menjelaskan mengenai perkara sebenar, Fida berkata dia sebenarnya baru dilantik sebagai duta produk pelansingan badan Emorra Be Slymm juga produk kecantikan Emorra GlowC, kira-kira sebulan lalu. Justeru gambar tersebut bertujuan menunjukkan hasilnya yang mengamalkan produk tersebu sejak dua bulan lalu. Sekaligus mempromosikan produk pelansingan berkenaan.

Antara gambar yang dimuat naik di Instagramnya yang mendapat kecaman teruk daripada segelintir peminat.Antara gambar yang dimuat naik di Instagramnya yang mendapat kecaman teruk daripada segelintir peminat.

Antara kritikan daripada peminat yang dilemparkan terhadap Fida Ibrahim.

"Gambar tu sebenarnya adalah gambar disebalik tabir sewaktu sesi fotografi bagi mempromosikan produk Emorra Be Slymm. Saya sebagai dutanya dan saya dah amalkan minum produk ni sejak sebulan lepas. Saya turun 4kg. Jadi nak lah tunjukkan hasilnya.

"Masa saya upload di Instagram tu, saya pula tak sertakan apa-apa penerangan tentang gambar tu. Itu yang mungkin peminat tersebut dah tersalah anggap. Saya pun tak salahkan peminat terbabit kerana mereka tak tahu perkara sebenar dan saya pun tak beri penerangan tentang gambar tu.

"Lagipun saya duta produk pelansingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan...?", tuturnya kepada Malaysian Digest secara berseloroh.

Fida yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majalah Lisa semalam diminta mengulas mengenai respon negatif dikalangan pengikutnya di Instagram, sehingga ada yang mendakwa dirinya mangsa fesyen dan menghamburkan kata-kata yang kurang elok.

Begitu pun hal tersebut memberi pengajaran malah katanya, dia akan lebih berhati-hati dalam setiap pemakaiannya serta gambar-gambarnya yang dimuat naik di Instagram, pada masa akan datang.

Sementara itu mengenai perkembangan seni, Fida bakal muncul dengan single terbaru menerusi lagu berentak Pop Balada yang menyaksikan kolaborasinya dengan Qalam band, tidak lama lagi.

Sumber: Malaysian Digest

Guan Eng pinggir ahli DAP tak sebulu

Posted: 30 Aug 2013 01:31 AM PDT

David Dass (tengah) bersama Richard Francis (kanan) dan S. Rajashegher menunjukkan buku Laporan Ekuiti DAP dan CEC tulisan Father Augustus Chen dalam sidang akhbar di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.
SEREMBAN 29 Ogos - Harapan menggunung ahli-ahli DAP untuk melihat pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu dilaksanakan secara telus dan bersih mungkin tidak kesampaian.

Ini kerana sesi dialog yang diadakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masih meminggirkan kalangan perwakilan yang dilihat tidak sehaluan dengan kepemimpinan tertinggi DAP.

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, satu sesi dialog dengan perwakilan negeri ini telah diadakan Ahad lalu di sebuah hotel di sini.

Bagaimanapun katanya, perwakilan dari cawangannya tidak dimaklumkan mengenai pertemuan tersebut.

"Saya hanya menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) daripada seorang rakan dua hari lalu yang memberitahu mengenai perjumpaan tersebut.

"Belum pernah ada pertemuan diadakan dengan para perwakilan sebelum berlangsung sesuatu pemilihan," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis; Naib Pengerusi DAP Cawangan Nilai Perdana, S. Rajashegher dan bekas ahli DAP, S. Vijayan.

Ketiga-tiga pemimpin DAP cawangan itu turut mengakui cawangan mereka tidak menerima jemputan untuk menghadiri pertemuan tersebut.

Menurut Rajashegher, Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook perlu tampil menjelaskan mengapa gagal membuat makluman tersebut sedangkan mereka adalah perwakilan DAP yang sah.

"Saya difahamkan SMS yang dihantar kepada perwakilan adalah dalam bahasa Melayu dan Cina dan tidak ada bahasa Tamil.

"Ia seolah-olah disengajakan dengan tujuan untuk meminggirkan kaum India daripada program penting yang berlaku dalam parti," ujarnya.

Berdasarkan kepada insiden Ahad lalu, kesemua mereka mengesyaki program pertemuan dengan para perwakilan di negeri-negeri mempunyai agenda tersembunyi kerana hanya perwakilan tertentu sahaja diajak untuk menyertainya.

Penyanyi wanita ditembak selepas rakam aksi seks

Posted: 30 Aug 2013 12:31 AM PDT

Hyon Song-wol
Pyongyang: Bekas kekasih pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, adalah antara 12 artis negara itu yang dihukum tembak sembilan hari lalu.

Hyon Song-wol, seorang penyanyi, dikhabarkan bekas kekasih Jong-un dan ditahan pada 17 Ogos lalu bersama 11 lain atas dakwaan sama.

Akhbar Korea Selatan, Chosun Ilbo menyatakan, Hyon, penyanyi Orkestra Unhasu, adalah antara yang ditahan.

Mereka dihukum tembak tiga hari kemudian bersama beberapa anggota kumpulan pop terkenal lain yang disaksikan anggota keluarga. Anggota keluarga mereka kemudian dihantar ke kem buruh paksa kerana turut dianggap bersalah.

Mereka dihukum dengan tembakan mesingan yang disaksikan anggota penting Orkestra Unhasu, Band Wangjaesan dan band Moranbong Band, kata sumber China.
Hyon Song-wol dihukum tembak.
(Gambar kecil) Kim Jong-un.

Kumpulan dibubarkan


Seramai 12 orang dihukum tembak itu ialah penyanyi, pemuzik dan penari band Hyon selepas dituduh merakam aksi seks mereka dan menjualnya.

Laporan menyatakan kedua-dua kumpulan itu dibubarkan kerana skandal itu .

Kim Jong-un yang menjadi pemimpin Korea Utara selepas kematian bapanya pada Disember 2011, dipercayai bertemu Hyon kira-kira 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, bapanya, Kim Jong-il, tidak bersetuju dengan hubungan mereka dan mengarahkannya putus dengan Hyon.

AGENSI

(Gambar) Logo kumpulan kongsi gelap pula didedahkan

Posted: 29 Aug 2013 11:32 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mendedahkan beberapa logo serta lambang milik 49 kumpulan kongsi gelap yang diumumkan semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahaigan Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pendedahan itu bertujuan agar orang ramai dapat menghindari kumpulan-kumpulan terlibat sebelum mereka diambil tindakan oleh polis. - UTUSAN

Berikut adalah logo-logo ketika penerangan oleh Bukit Aman (gambar kredit Pena Miang)





Perkosa kenalan sendiri

Posted: 29 Aug 2013 09:49 PM PDT

Tertuduh keluar dari mahkamah selepas mengaku
tidak bersalah merogol kenalannya.
KOTA BHARU - Seorang pelayan kedai makan di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol kenalannya yang juga remaja bawah umur, Jun lalu.

Muhammad Iskandar Ismail, 19, dari Kampung Pauh, Jalan PCB di sini, didakwa merogol remaja 14 tahun lima bulan itu di kampung berkenaan pada jam 1 pagi.

Dia dituduh di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus oleh pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilawani Mat Rifin.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pada prosiding semalam, dia mengaku tidak bersalah.

Susulan itu, hakim menetapkan sebutan semula pada 2 Oktober depan. Sementara tertuduh dibenarkan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 ke atas tertuduh dan memohon tarikh untuk menunggu laporan perubatan dan kimia mangsa.

Dicabul bapa tiri, dirogol bapa sendiri

Posted: 29 Aug 2013 09:01 PM PDT

KOTA TINGGI: Tindakan seorang ibu di Sabah menghantar anak daranya ke pangkuan bapa kandungnya di Masai di sini, berikutan cubaan suami barunya itu mencabul remaja berkenaan, umpama menghantar anak sulungnya ke mulut harimau, apabila anak gadisnya itu dirogol bekas suaminya dua kali dalam kejadian berasingan, April lalu.

Malah, dalam kejadian terbaru Jumaat lalu, bapa kandung remaja berusia 18 tahun itu dikatakan sudah menyarung kondom selain meletakkan pelincir dipercayai untuk meratah anak gadisnya itu, tetapi mangsa diselamatkan sepasukan polis yang menyerbu hotel berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki yang bekerja kilang di Masai itu cuba merogol anaknya untuk kali ketiga sebelum polis menyerbu masuk bilik hotel yang disewa mereka.

Difahamkan, suspek berasal dari Sabah bercerai dengan ibu mangsa ketika mereka tinggal di Sabah semasa mangsa berusia 8 tahun. Mangsa dan adik lelakinya tinggal bersama ibunya di Sabah, manakala suspek berhijrah dan bekerja di sebuah kilang di Johor.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila bapa tiri mangsa cuba mencabulnya Mac lalu, menyebabkan ibu mangsa menghantar remaja itu ke Johor untuk tinggal bersama bapanya di Masai. Malangnya, ketika tidur di rumah bapanya itu pada 5 April lalu, mangsa dirogol pada kira-kira jam 1 pagi, sebelum dirogol kali kedua 14 April lalu di sebuah hotel di Johor Bahru selepas gagal berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (Johor Bahru).

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu pergi menguruskan dokumen diri mangsa di JPN Johor Bahru sebelum lelaki itu mengajak anaknya ke daerah ini dengan alasan mencari pekerjaan.

Apabila tiba di sebuah hotel, mangsa yang curiga dengan kelakuan bapanya yang asyik memegang kemaluannya, meminta suspek membelikan makanan dan ketika lelaki berusia 37 tahun itu keluar, mangsa menghubungi sepupunya di Skudai dan meminta diselamatkan.

Sepupu mangsa menghubungi kenalannya yang juga anggota polis negeri ini yang menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk mendapatkan bantuan.

Sebaik menerima maklumat lokasi sebenar hotel, sepasukan polis diketuai Ketua Unit Cawangan Pegawai Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat menyerbu bilik suspek di hotel berkenaan.

(Gambar) Kesilapan teknikal yang dikesan dalam filem Tanda Putera

Posted: 29 Aug 2013 08:01 PM PDT

Beberapa kesilapan teknikal telah dikesan di dalam filem kontroversi Tanda Putera. Namun ianya tidaklah sehingga mencacatkan penceritaan sejarah di dalam filem berkenaan. Ianya berlaku mungkin kurangnya kepekaan Pengarah Lokasi dari segi susun atur 'props' dan lokasi pengambaran.

1. CCTV jelas kelihatan di dinding bangunan, walaupun vespa diletakkan di situ bagi mengambarkan keadaan pada tahun 1969.

2. Kewujudan kereta Proton Iswara yang jelas kelihatan di dalam adengan di atas seharusnya disedari oleh krew-krew filem yang ada di lokasi pengambaran.

3. Dalam adengan di atas, perabot yang dipilih amat sesuai dengan filem tahun 1969. Cumanya pada masa tersebut belum ada rasanya alat pengesan asap (smoke detector) seperti di siling pada gambar di atas.

Pembangkang tak payahlah buat isu mengenai kesilapan teknikal seperti di atas. Setiap filem waima dari Hollywood sekalipun banyak membuat kesilapan remeh sebegini. Namun saya tertarik dengan komen yang dibuat oleh seorang yang berketurunan Cina yang menonton filem berkenaan hari ini.

KL Gangster 2 bocor, dalangnya sudah dikenal pasti?

Posted: 29 Aug 2013 07:01 PM PDT

KUALA LUMPUR - "Kejadian ini merupakan satu pengkhianatan, rompakan dan sabotaj bagi kami (Skop Production)," tegas Datuk Yusof Haslam berhubung filem terbitannya, KL Gangster 2 yang kini bocor di internet.

Filem arahan Syamsul Yusof yang dibintangi Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor, Zizan dan Sofie Jikan itu sepatutnya ditayangkan kepada penonton di pawagam pada Oktober depan.

Akui kecewa dan terkilan dengan insiden itu, Yusof berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Selain laporan polis, beliau turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani masalah tersebut.

"Ia bukan perkara main-main kerana hal ini sangat serius. Apatah lagi ia kali pertama berlaku dalam sejarah perfileman.

"Saya tidak akan membiarkan mereka yang membocorkan filem ini terlepas begitu saja. Saya akan pastikan mereka akan dibawa ke muka pengadilan," tegasnya.

Menurut Yusof, anaknya Syamsul juga sangat kecewa dan terkejut kerana hasil titik peluhnya selama ini hancur begitu sahaja. Sementelah lagi filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan sepenuhnya.

Meskipun ada desas-desus mengatakan 'kebocoran' filem itu didalangi oleh 'orang dalam', Yusof bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

"Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu," katanya.

Beliau berkata, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat.

Menurutnya, filem yang berbentuk digital format itu senang untuk disalin dan dimuat naik terus ke internet untuk tontonan secara percuma.

"Sekarang dunia siber, petik saja jari kita boleh mendapat apa sahaja. Saya harap perkara ini dapat dijadikan iktibar untuk semua penggiat seni.

"Jangan mempercayai orang lain 100 peratus kerana mungkin ia akan memakan diri," katanya.

Tanda Putera akan ditayangkan Sabtu di P. Pinang

Posted: 29 Aug 2013 06:30 PM PDT

FILEM patriotik 'Tanda Putera' akan ditayangkan di pawagam di Pulau Pinang mulai Sabtu ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau dalam status terbaharunya di laman sosial Facebooknya berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) telah diminta untuk memastikan tayangan filem itu di Pulau Pinang diteruskan.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta pengusaha pawagam di negeri itu untuk tidak menayangkan filem yang disifatkan pembangkang sebagai kontroversi itu.

Namun Lim dalam satu kenyataan hari ini berkata ia berupa nasihat dan bukannya larangan.

"Mungkin atas desakan dan kemarahan rakyat atas tindakan tidak bijak melarang tayangan Tanda Putera, pihak pawagam terima surat baru - NASIHAT bukan ARAHAN," kata Shabery.

Katanya jika benar ada babak-babak fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dalam filem itu, mereka yang tidak berpuas hati boleh membuat laporan polis dan aduan kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM). - Bernama

Cucu Tok Selampit

Posted: 30 Aug 2013 01:20 PM PDT

Cucu Tok Selampit


DS @Zahid_Hamidi Makan Ice Cream Mengalahkan YB @AzminAli!!!

Posted: 30 Aug 2013 12:46 AM PDT


Ini bukan cerita makan ice cream di dalam tandas. Ini cerita Menteri yang membeli ice cream yang dijual di jalanan. Tanpa segan silu dan mementingkan status sebagai seorang Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi tidak kisah pun bersama dengan orang awam atau Rakyat sambil membeli ais krim dari penjual di tepi jalan. Ini bukan posting bodek atau ampu untuk Perhimpunan Agung UMNO. Ini adalah realiti bagi siapa yang mengenali beliau.

Duke of UMNO

Posted: 30 Aug 2013 01:02 PM PDT

Duke of UMNO


GEMPARRR..!!! PEMIMPIN DAP KINI TEGAR TOLONG BARISAN NASIONAL..!!!

Posted: 30 Aug 2013 07:37 AM PDT

Aku tak sure sama ada korang ingat atau tidak tentang seorang bekas Ahli Politik yang bernama Lee Lam Thye. Ya. Dulu dia ni merupakan Ahli Parlimen Bukit Bintang yang mewakili DAP. Dia bersara dari politik dan tinggalkan DAP pada tahun 1990...

Kini, dia lebih dikenali sebagai aktivis masyarakat yang sering ke hulu ke hilir bersama Kerajaan BN membantu rakyat. Dia aktif di dalam beberapa NGO seperti National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH), Pengerusi Jawatankuasa PLKN, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah dan banyak lagi...

Kalau korang nak tahu, Tan Sri Lee Lam Thye ni masa dia muda...dia selalu bawak typewriter ke hulu ke hilir. Kalau ada rakyat jumpa dia dan mengadu sesuatu, dia akan buka typewriter tu dan tulis surat bagi pihak rakyat untuk usahakan bantuan yang sewajarnya...


Begitu la serba sedikit latar belakang Tan Sri Lee Lam Thye ni. Sebab tu la dia dihargai oleh Kerajaan BN walaupun dia merupakan bekas pemimpin DAP. Dan mungkin menghargai jasanya pada rakyat, dia dapat gelaran Tan Sri...


Pada aku, Tan Sri Lee Lam Thye mungkin merupakan antara pemimpin DAP yang terbaik. Mungkin dia tak setuju dengan hala tuju DAP yang dikuasai "Dinasti Lim", maka dia tinggalkan DAP. Yup! Nak berkhidmat untuk rakyat tak semestinya perlu ceburi bidang politik, kan? NGO pun boleh...!

Aku suka dengan sikap dan sifat patriotik yang ada pada Tan Sri Lee Lam Thye. Ada ke pemimpin DAP yang ada sikap macam dia di zaman sekarang ni? Ya... mungkin ada... mungkin...?

Mungkin Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw boleh ikut jejak langkah Tan Sri Lee Lam Thye. Cuma mungkin dia belum lagi sampai ke tahap Lee Lam Thye dan memiliki jatidiri warganegara Tanah Melayu yang benar-benar beraspirasikan rakyat dan kenegaraaan...

Dia pernah ditahan ISA dalam operasi Lalang. Namun kalau korang nak tahu, dia pernah berkhidmat di dalam Angkatan Tentera Malaysia sebagai doktor pakar pada awal tahun 70'an dulu...

Aku tengok, Kerajaan BN pun hormat pada Tan Seng Giaw ni. Sebagai Ahli Parlimen veteran DAP, dia disegani kawan dan lawan. Kenapa? Mungkin disebabkan dia bersikap rasional dan berfikir secara waras...

Mungkin video Bro Minaq-Jinggo ni mampu serba sedikit mempamerkan sifat "adil" dan "rasional" dalam diri Tan Seng Giaw...



Tapi DAP tetap DAP. Selagi Tan Seng Giaw tak keluar DAP, selagi tu la aku tak boleh terima dia sebagai warganegara Malaysia yang baik. Setahu aku, ramai penyokong Komunis yang tinggal di kawasan Parlimen yang diwakili Tan Seng Giaw...

Bezanya, komunis di Kepong tu tak gunakan senjata api saja macam di zaman Chin Peng dulu. Tapi khabarnya depa setia betul dengan Komunis sampai sanggup ke Thailand beramai-ramai celebrate birthday Chin Peng!

Jadi macamana? Ada lagi pemimpin DAP yang setanding dan boleh contohi Tan Sri Lee Lam Thye? Aku rasa dah pupusssss...!!! Kini DAP makin hancur dirosakkan "Dinasti Lim" yang berjaya menyemai perasaan "keCinaan" chauvinis ultra kiasu dan rasis yang melampau! Setuju?

HOT..!!! MAHFUZ KATA MUKHRIZ & TAJUL URUS "LEMAH" & "BODOH"..!!! @BerusGigi @MukhrizMahathir

Posted: 30 Aug 2013 05:37 AM PDT

Semalam, Mahfuz buat sidang akhbar pasal KUIN. Dia kata, Mukhriz dan Tajul Urus "lemah" dan "bodoh". Dia tuduh pula MB dan Exco cuba alihkan isu yang melanda KUIN dan IHSB... 

Macam korang kenal laaa.. kalau tak bodoh, bukan Mahfuz namanya. Asalkan bodoh, itu Mahfuz. Asalkan tak bodoh, itu bukan Mahfuz...heh! Aku minta maaf kalau Mahfuz terasa...tapi itu memang hakikat... boleh ke terima hakikat tu?

Dia sentuh pasal dua perkara yang menjadi persoalan dalam kepala otaknya... 



Yang pertama, soal gaji kakitangan IHSB. Dia kata, apa hak Kerajaan dan Pengurusan KUIN untuk tahan gaji depa... Itu persoalan pertama Mahfoooolllzzzz...

Yang kedua, soal pindahkan pelajar dari kampus Kuala Ketil ke kampus asal di Mergong... 

Itu saja? Heh! Kalau aku kata Mahfuz bodoh, dia marah dan terasa. Tapi...meh sini aku cerita sikit pasal perkara yang tak terjangkau dek akal Mahfuz yang takdak IQ tu...heh!

Yang pertama, cuba tengok perkataan yang aku gariskan warna merah tu. Kakitangan tu bekerja dengan Insaniah Holdings Sdn Bhd. Bila sebut saja "Sdn Bhd", maka sah la ia adalah sebuah SYARIKAT.

Mahfuz dan PAS Kedah faham tak apa makna SYARIKAT tu? Swasta, faham tak apa makna swasta? Private, faham tak apa makna "private"? Ehhhhh..lupa pulak... kalau "launch" Mahfuz faham la kotttt...?

Kalau dah ikut terma "SYARIKAT", macamana pulak Kerajaan Negeri atau KUIN nak tahan gaji depa? Yang boleh tahan gaji kakitangan IHSB tu ialah CEO IHSB laaaa.. Bila IHSB tu rugi dan ditutup, patutnya depa bayar la pampasan pada kakitangan tu...kan?

Kalau dah nama kakitangan syarikat, Kerajaan Negeri dan KUIN ada kuasa ke nak tahan gaji depa? Kalau ikut, Kerajaan Negeri tak payah layan pun isu gaji kakitangan IHSB ni....

Tapi memandangkan Kerajaan BN ni lebih "sejahtera" dari PAS, dan kerajaan BN lebih "Aman Makmur" berbanding PAS, maka dengan rendah diri, Mukhriz hulurkan sedikit "duit raya" pada seluruh kakitangan IHSB sebelum Aidilfitri hari tu.. Aku yakin Mahfuz tak sebut pasal kebaikan Kerajaan BN tu semalam....heh!

Sebenarnya, Kerajaan Negeri dinasihatkan untuk tidak membayar gaji kakitangan IHSB memandangkan mungkin ada kes dari IHSB yang akan dibawa ke mahkamah. Dari sudut perundangan, adalah satu tindakan yang tidak wajar jika Kerajaan Negeri membayar gaji kakitangan IHSB tu sebab khuatir ia akan menggangu "precedent" dalam keputusan mahkamah nanti...

Anyway, Mukhriz sendiri dah jelaskan semuanya pada seluruh kakitangan KUIN. Depa semua faham penjelasan MB Kedah tu. Cuma mungkin Mahfuz ni bengap sangat kotttt... bebal sangat otak dia tu sampai tak reti nak faham... "precedent" dia tak tahu kot? "Launch" dia tahu laa....

Keduanya, soal pemindahan pelajar tu. Err.. Mahfuz tahu ke berapa kapasiti jumlah pelajar yang boleh ditampung di kampus KUIN Mergong tu? Kalau ikut kapasitinya... ada lebih kurang 48 kelas yang mampu menampung pelajar berjumlah hampir 1,500 orang.

Masa pelajar dipindahkan dalam keadaan tergesa-gesa oleh PAS Kedah ke Kampus KUIN Kuala Ketil hari tu, maka tinggal la budak-budak dari kuliah Medic kat Kampus KUIN Mergong tu. Nak tahu berapa jumlah budak Medic KUIN? 23 orang..!!!

Bayangkan, kampus yang mampu menampung pelajar seramai 1,500 orang hanya diguna untuk menempatkan seramai 23 orang pelajar saja! Tak merugikan dari sudut kos operasi ke? Maka sebab tu la pelajar kuliah muamalat dipindah semula ke Mergong tu.. jumlah depa pun seribu lebih je...sesuai la dipindahkan...

Cuma.. aku nak tanya la Mahfuz sikit... Fakta DUN memberitahu PAS pindahkan pelajar KUIN ke Kuala Ketil hari tu menelan belanja sebanyak RM12.5 juta untuk 1,500 pelajar. Kalau dibahagikan kos dan pelajar, maka kos untuk pindahkan seorang pelajar menelan belanja RM8,000 seorang...

Aku nak tanya, kenapa mahal sangat kos nak pindahkan seorang pelajar tu? Sampai RM8,000 seorang? Student KUIN naik kapal terbang ke untuk pindah dari Alor Setar ke Kuala Ketil? Atau depa sewa Lamboghini untuk pindah ke sana? 

Jadi, sebagai Pe"rusuh"jaya PAS Kedah, rasanya Mahfuz perlu buat sidang akhbar kali kedua untuk jelaskan persoalan aku tu... boleh? Ye laaa. dia bukan ADUN...mana boleh jawab dalam sidang DUN, kan? 

P/s: ... harap Mahfuz tanya Amirudin makna perkataan "precedent" tu... ingat tau.. "precedent"... bukan "launch"... minggu depan insyaAllah kita belajar perkataan lain pulak...heh!

PEDASSS..!!! KALI NI AKU SETUJU DENGAN BLOGGER PAS..!!! TAPI....

Posted: 30 Aug 2013 02:37 AM PDT


Bila KDN dedahkan 49 nama kongsi gelap yang aktif di seluruh negara, ada la bunyi sikit-sikit dari blogger-blogger PAS Kedah kita... depa mintak supaya seluruh kumpulan kongsi gelap ni diambil tindakan dan dihapuskan segera...

Oooo.. bila dah dedah, perlu la dihapuskan, kan? Betul tu bro.. aku setuju dengan gesaan brader-brader kita tu. Walaupun berlainan sokongan politik, aku setuju dengan depa kali ni...

Cuma... ada perkara yang aku tak berapa setuju...heh! Nak tahu? Meh sini aku cerita sikit...


Korang ingat kes 5 penjenayah kongsi gelap 04 yang berjaya dibunuh polis dalam kejadian tembak menembak di Sg Nibong, Pulau Pinang, baru-baru ni..kan? Biasa la.. bila polis suruh surrender, gangster 04 tu degil dan cuba melawan dengan pistol... kan dah kena...

Tapi, bila gangster 04 tu mati ditembak polis, tiba-tiba sahabat-sahabat brader blogger PAS kita ni melenting marah! Depa salahkan polis sebab tembak geng kongsi gelap 04 tu..! Kononnya, polis tak patut tembak penjenayah-penjenayah dan sepatutnya bawa depa ke mahkamah! Heh!

Ingat kita bodoh ke? Bila penjenayah keluarkan pistol dan cuba tembak polis, maka kita perlu jadi tunggul sampai mati kena peluru? Nak bawak ke mahkamah? Patut pun banyak lawyer sokong Pakatan Haram sekarang niiiii....heh! Masyukkk... penjenayah pun boleh jadi "hero" apaaa...

Tapi, itu la hakikatnya. Pemimpin DAP yang menjadi kesayangan sahabat-sahabat blogger PAS kita itulah yang membela penjenayah dan kumpulan kongsi gelap. Habis tu, macamana nak hapuskan kongsi-kongsi gelap yang KDN dedahkan tu? Heh!

Aku sebagai sahabat kepada blogger-blogger PAS Kedah, ingin menyarakan supaya balun sikit pemimpin DAP yang membela kumpulan kongsi gelap ni. Balun sikit dalam blog tu bro.. Diorang selalu balun pemimpin PAS dalam meeting, kan? Apa salahnya korang balun depa dalam blog? Heh!

Amacam? Setuju tak brader? Tu pun kalau berani balun Lip Lim Eng dan Rayer laaaa...kan? Kalau tak berani balun DAP...isshhhh... malu la aku nak cakap... korang pikir sendiri la bebbbb..! Heh!

HOT..!!! INI JAWAPAN PAS KEDAH PASAL GAJI RM35,000 SEBULAN..???!!!

Posted: 30 Aug 2013 12:17 AM PDT

Bekas Setpol MB Kedah, Sanusi Mohd Noor yang belum lagi tukar jawatan "Setpol MB Kedah" kat blog dia, cuba menjawab soal gaji CEO Insan Medic yang didedahkan berjumlah RM35,000 sebulan. 

Kononnya, dah memang itu tangga gaji bagi jawatan CEO Insan Medic. Malah dia kata, mungkin gaji Dr. Ramli patutnya lebih tinggi dari RM35,000 bersesuaian dengan kelulusan akademik dan pengalamannya dalam bidang perubatan...

Itu jawapan brader Sanusi? Baiklah... meh sini aku cerita sikit. Mungkin brader Sanusi ni tak berapa nak faham isu sebenar di sebalik gaji RM35,000 tu...heh!


Kalau benarlah memang itu tangga gaji yang sepatutnya bagi boss sesebuah syarikat dalam bidang perubatan, maka mungkin ia tidak menjadi masalah untuk diterima alasan macam tu. Betul, ada kalanya, gaji engineer pun lebih tinggi berbanding gaji PM...

Persoalannya brader Sanusi, IHSB tu cukup duit ke nak bayar gaji CEO Insan Medic tu? Apa yang didedahkan, ISHB meminjam (hutang la tuuuu..) pada KUIN berjumlah lebih RM32 juta dalam tempoh 5 tahun ia ditubuhkan..!

Pinjaman tu pun diberikan sebagai terma "tolong" beri suntikan dana modal untuk CEO-CEO tu jana pendapatan syarikat masing-masing. Soalannya, cuba tunjuk sikit statement kewangan syarikat "Insan" mana satu yang untung dalam jangka masa 5 tahun tu? Ada? Rugi ada laaa...kan?


Jadi, nampak sangat IHSB tak bersedia untuk memiliki Insan Medic dari sudut kewangan. Itu yang pertama. Bila tak cukup duit nak bayar gaji CEO yang tinggi-tinggi tu, maka IHSB "rompak" duit KUIN pulakkkk..! 

Jamil sebagai Rektor KUIN masa tu juga berjawatan CEO IHSB. Jadi, mudahlah IHSB "balun" duit KUIN. Jamil sign surat mintak duit pada KUIN, dia jugaklah yang luluskan permohonan bagi pihak KUIN.. elok la tu... Pasal tu la KUIN selalu ada masalah kewangan!

Moralnya, kalau PAS Kedah tahu depa tak mampu nak bayar gaji CEO setinggi RM35,000 sebulan, kenapa depa "tebiang" gatai sangat nak tubuh Insan Medic? Dalam jangkamasa setahun, IHSB perlu bayar RM420,000 setahun untuk CEO Insan Medic? 

Maka sebab tu la Insan Medic sekarang ni terpaksa di JV kan dengan Mahsa College. Jadi KUIN tak perlu lagi bayar gaji CEO sampai RM420,000 setahun! Nampak tak macamana Kerajaan BN Kedah cuba selamatkan KUIN dari terus dirosakkan PAS Kedah? 

Brader Sanusi, aku harap brader tak payah la cuba tegakkan benang yang basah... Buang karan je bro. Anyway, Phahrolrazi sendiri pun dah mengaku salah dalam sidang DUN hari tu berhubung isu KUIN ni. Nampak gayanya, Phahrolrazi cuba salahkan Jamil dalam semua hal.. err.. siapa lantik Jamil?

Brader Sanusi, yang sudah tu sudah la. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Dah kalah, kalah dah. Bina la kehidupan baru. Kalau nak berjuang tu, biarlah secara ikhlas. Kalau apa yang diperjuangkan itu salah, tak salah untuk meminta maaf dan mengaku salah, kan? Heh!

PEDASSS..!!! BLOGGER BN BIADAP SERANG TUN M & MUKHRIZ HANYA KERANA JAWATAN NKPEMUDA..!!! @MukhrizMahathir

Posted: 29 Aug 2013 08:18 PM PDT

Ewwah.. ewwahhh... Boss dia bertanding Naib Ketua Pemuda, tiba-tiba je dia serang Tun M dan Dato Mukhriz? Seseuka hati je nak tulis? Brader... lu punya boss nak bertanding Presiden UMNO sekalipun, gua takde hal... tapi yang lu kaitkan dengan Tun M dan Mukhriz tu apahal?

Apa? Tun M akan senyap bila Mukhriz jadi Naib Presiden? Pergghhh!!! Betul punya cari pasal ni bro... Lu nak justify Azwanbro bertanding NKPemuda dengan Tun M dan Mukhriz? Heh! Silap besar la lu broooo...heh!

Apa benda yang hang merepek ni bro? Meh sini kita tengok sesama... Aku bukan nak bergaduh, just nak bukak mata brader blogger yang baru bukak blog pada tahun 2011, tapi rasa hebat sangat sampai tergamak serang Tun M!

Bro.. Aku bukan marah kalau hang nak serang Tun M. Bersifat terbuka, freedom of speech. Tapi agak-agak laaa... yang hang dok merepek meroyan babitkan Tun M dan Mukhriz dalam kempen hang untuk Azwanbro tu apahal?

Hang kata...

Hang ada kat mana masa Tun M balun Pak Lah dulu? Hang ikut perkembangan politik time tu ke? Dah bukak blog ke time tu? Hang tau ke apa kerosakan yang dah Pak Lah buat sampai Tun M balun dia cukup-cukup time tu?

Hang tau tak kenapa Pak Lah kalah teruk pada 2008? Hang tau tak sapa KJ, budak tingkat 4, Kalimullah dan sebagainya? Pak Lah kena paksa lepaskan jawatan pada DS Najib sebab apa? Sebab UMNO lemah dan ditolak rakyat time tu... itu fakta.. cuba check result UMNO pada PRU 12...

Masa 2008, memang kami blogger pro UMNO ramai yang balun Pak Lah dan KJ. Hang pi tanya Parpu, Mctheory, Husin, Unspinners, Bigdog, Rocky Bru, dan otai-otai bloggers yang tubuh blog pada tahun 2008. Tiap-tiap hari kami balun Pak Lah dan KJ.. kenapa? Tu hang kena pi sekolah balik..

Aku nak tanya. Apahal yang hang kata Tun M suruh DS Najib letak jawatan? Bila? Kritik sikit-sikit biasa la tu. Tapi takde la sampai Tun M keluar parti macam masa Pak Lah dulu. Anyway, DS Najib tu mentornya Tun M. Bukan macam KJ yang bermentorkan Anwar Berahim..!

Tun M rancang Muhyiddin untuk jatuhkan Najib? Hang terpengaruh dengan dakyah pembangkang ke brader? Hanya pembangkang je yang dok main isu tu. Kalau hang hanya tahu "surface", hang perlu "go deep" sebelum buat persepsi buruk kat Tun M... heh! Lu sapa bebbb?

Hang kata lagi...

Jangankan Tun M, aku dan ramai lagi blogger 2008 yang lain tak puas hati masa Mukhriz kalah masa tu. Mukhriz kalah bukan pasal Pemuda UMNO tak suka dia. Mukhriz kalah sebab perkara lain. Untuk tahu kenapa Mukriz kalah, rujuk pada Youtube kat bawah.. special untuk hang tengok!



Kalau hang refer pada jumlah pencalonan yang Mukhriz dapat masa bertanding Ketua Pemuda pada 2008, mustahil sangat la KJ nak menang. KJ rasuah! Tapi mujur la pak mertua dia time tu berjawatan PM dan Presiden UMNO, dia hanya diberi "amaran". Opss lupa.. hang mana tau cerita tu..kan?

Kalau Tun M nak anak dia jadi PM, dah lama dah Tun M bawak anak-anaknya masuk politik. Pernah Mokhzani dan Mukriz cuba dicalonkan, tapi Tun M cantas nama anak-anaknya. Tanya Tok Mat bekas SUA UMNO...dia tau laaa...

Mukhriz naik pun lepas Tun M letak jawatan. Kalau Tun M nak naikkan anaknya, Tun M boleh buat masa beliau jadi Presiden dan PM. Tapi Tun M bukan macam Pak Lah bebbbbb...! Sampai nama calon PRU12 pun kena lalu ikut budak tingkat 4 yang diketuai budak Oxford!!!

Pak Lah diturunkan bukan sebab Tun M, Mukhriz atau sesiapa. Pak Lah perlu turun dari jawatan sebab dirinya sendiri yang lemah, terlalu "bendul" dan ikut cakap menantu! Last sekali, KJ dapat penampar dari Pak Lah pada malam keputusan PRU12 diumumkan... lu pegi check!

Hang tulis...

Oooo.. jadi hang serang Tun M dalam blog hang tu sebab Azwanbro dipertikai MTK untuk bertanding NKPemuda? Pasal boss hang berebut jawatan Naib Ketua Pemuda saja? Pasal itu saja hang tergamak kaitkan Tun M dan Mukhriz dalam "game" hang?

Brader.. Mukhriz dilantik jadi MB atas kepercayaan DS Najib pada kewibawaan, kebolehan, kharisma dan segala kelebihan yang Mukhriz miliki. Awat? Hang jeles? Dia dilantik bukan sebab dia anak Tun M atau dia tu dari golongan bangsawan atau elitis...

Tapi memandangkan hang dah tabur persepsi buruk kat Tun M dan Mukhriz hanya disebabkan boss hang nak bertanding Naib Ketua Pemuda, maka aku terpaksa sekolahkan hang! No heart feeling. Aku jelaskan supaya hang tak "buta". Maklum la... mungkin masa tu hang belum kenal erti politik kot?

Brader... memandangkan hang dah biadap dengan Tun M dan Mukhriz. Maka aku secara rasminya menolak untuk rekomen Azwanbro sebagai NKPemuda. Sorry la.. Aku malas nak sentuh Azwanbro.. sebab tak payah sentuh dia pun, belum tentu dia akan menang...heh!

Aku tegur hang sebab hang biadap pada Tun M dan Mukhriz. Kalau nak berkempen, kempen la sampai muntah, aku peduli apa? Tapi bila hang kait dan serang Tun M dan Mukhriz dalam kempen Azwanbro, maka memang kurang ajar sangat la tuuuu...

Hang jangan marah aku. Hang marah diri hang sebab kesilapan tu ada pada hang. Kalau hang nak gaduh dengan MTK ke...McTheory ke.. aku peduli apa? Tapi jangan la kaitkan dengan Tun M dan Mukhriz...Depa tak teringin pun nak bertanding NKPemuda.. apa kelllasssss..!!! Heh!

HOT..!!! KJ LANCAR POSTER KEMPEN PERTAHAN JAWATAN KETUA PEMUDI..???!!!

Posted: 29 Aug 2013 06:37 PM PDT

Huyoooo..!!!
Perghhh..!!! KJ dah lancarkan poster kempen pertahan jawatan Ketua Pemuda ke? Memang best betul aku tengok poster kempen ni... pedih siotttt..!!!

Aku gelak besar tengok poster ni buat pertama kali. Kali kedua aku tengok, aku jadi kesian pulak. Kali ketiga aku tengok, terus aku terbayang KJ tu jadi Ketua Angkatan Muda Keadilan... 

Errr.. KJ ni Ketua Pemuda Melayu ke? Melayu la sangat KJ tu...kan? Heh! Sapa berani cabar KJ? Dah tak wujud ke Pemuda yang betul-betul Melayu di zaman ni? 


Ntah laaa.. Aku bukan politician... Aku hanya suka analisis perkembangan politik demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu di blog aku ni... cuma...aku kesal kali ni takde siapa yang berani cabar KJ... ada ke yang berani..? Cepat la umum...kalau tepat ciri-cirinya, gerenti aku sokong!