Nak kata mereka ni bijak ke arah kebaikan jauh sekali...nak kata mereka ni bangang mungkin tepat.
Kononnya pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini suburkan amalan demokrasi.
Demokrasi apa kejadahnya jika ia merupakan satu taktik untuk mendapatkan kuasa autonomi seterusnya memisahkan diri dari pentadbiran kerajaan Persekutuan di masa akan datang?
Mungkin ia adalah maksud tersirat sepertimana tersiratnya gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) juga dipelopori oleh para penganut DAP.
Jika selama ini 148 PBT menerima peruntukkan kira-kira RM250 juta - RM300 juta setahun dari kerajaan Pusat. Namun jika pilihanraya PBT ini dijalankan bermakna peruntukkan itu tidak diperlukan lagi kerana PBT boleh mencari sumber kewangan mereka sendiri.
Persoalan yang mungkin para pencacai melihat ia boleh menjimatkan wang negara namun adakah cukup sumber kewangan PBT hanya melalui cukai taksiran, cukai pintu dan tanah yang dikutip setiap bulan atau tahun?
Sudah pasti tak cukup. Bila tak cukup Ahli-Ahli Majlis yang dipilih mempunyai kuasa untuk menaikkan kadar cukai tahunan mengikut status bandar masing-masing.
Bila ini berlaku maka rakyat yang akan jadi mangsa kerakusan ahli-ahli Majlis.
Dengan kuasa autonomi pemerintahan dan autonomi kewangan sendiri di bandar-bandar maka ia juga akan mewujudkan ketidakselarasan dasar antara kerajaan negeri dengan PBT-PBT tersebut.
Akan timbulnya konflik dalam pentadbiran kerajaan. Mungkin ini yang difikirkan oleh penganut-penganut DAP untuk memusnahkan sistem sedia ada ke arah mewujudkan sebuah sistem baru Republik Malaysia...Ubah segala-galanya.
Kononnya pentadbiran di bawah orang-orang Melayu yang menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) serta pegawai-pegawai pentadbir negeri, D.O, Penghulu, Penggawa, Ketua Kampung hingga ke peringkat JKKK semuanya tak pandai mentadbir.
Nampak sangat apa yang difikirkan oleh Tony Pua dan kuncu-kuncu DAP untuk membuang para penjawat awam Melayu sebenarnya tersirat dalam rancangan licik mereka mengadakan pilihanraya PBT itu.
Kini penganut-penganut DAP Pulau Pinang pun dah mula mencabar Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menarik balik larangan mengharamkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) itu.
Semuanya taktik dan strategi licik komunis-komunis bandar itu untuk mewujudkan sebuah pemerintahan autonomi yang menolak apa jua berkaitan kerajaan Pusat yang dikuasai BN.
Alangkah baiknya dari menyibuk nak buat pilihanraya PBT, DAP dan PKR membetulkan sistem pemilihan parti masing-masing yang selalu kecoh, tidak telus, penuh penipuan serta rasuah itu.
|
Pilihanraya PBT adalah alasan untuk memastikan kroni-kroni dinasti Lim bertapak kukuh di Pulau Pinang |
Hakikatnya puak-puak DAP dan PKR sudah nampak banyak peluang buat duit yang akan masyuk ke dalam poket-poket mereka jika dapat menguasai sesebuah PBT. Tentu Betty Chew akan bertambah kaya nanti.
Secara tak langsung bukan saja jawatan ADUN dan Ahli Parlimen mereka pegang tetapi hingga jawatan Ahli-Ahli Majlis akan dikawal mereka.
Lepas tu boleh lantik anak bini pegang macam-macam jawatan dalam PBT.
Bukankah ia akan membentuk satu sistem pemerintahan dinasti yang dapat mengawal semuanya hinggakan nanti kerajaan Persekutuan terpaksa menyembah Ahli-Ahli Majlis yang banyak wang dan pengaruh untuk meminta mereka menjalankan sesuatu dasar?
Akhirnya kesibukan berpolitik di kalangan Ahli-Ahli Majlis PBT, memudahkan mereka melobi dan menguasai sesuatu projek, mengatur tender-tender untuk kroni dan menggalakkan lagi rasuah dan sogokan serta salah guna kuasa.
Mungkin bagi penganut-penganut DAP wang adalah segala-galanya selagi hidup mereka perlu mencari wang tak kira ia halal atau haram.
Patut pun dahulunya UMNO dan BN larang pilihanraya PBT ini. Kini tahniah pula kepada PAS kerana telah menyedari strategi licik DAP tersebut.