Barisan Nasional

Dicatat oleh Admin | | Posted On Isnin, 27 Januari 2014 at 1:34 PTG

sumber :-

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 27 Jan 2014 01:31 PM PST

Cucu Tok Selampit


Belum Apa-Apa @shamsuliskandar Sudah Bergaduh Dengan @AzminAli Isu Calon #PRKKajang

Posted: 27 Jan 2014 08:07 AM PST


Ini kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar, awal malam tadi:
27 Januari 2014 ‪
Kenyataan Media
Untuk Edaran Segera
Pilihanraya Kecil Kajang:
AMK Hanya Setuju Anwar Ibrahim Menjadi Calon

Angkatan Muda Keadilan menghormati keputusan dan tindakan Bendahari AMK Malaysia, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Kajang. Tentunya tindakan ini di ambil setelah mengambil kira beberapa pertimbangan khusus yang membabitkan kepentingan negeri dan rakyat seterusnya mengatasi sebarang pertimbangan peribadi. Ini membuka ruang untuk Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat menawarkan pemimpin yang lebih berkaliber dan berpengalaman untuk memimpin Negeri Selangor sebagai Menteri Besar.
Berdasarkan pengalaman dan kewibawaan beliau memimpin negara, AMK percaya YB Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah calon terbaik untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dan seterusnya diangkat sebagai Menteri Besar. AMK percaya dengan kepimpinan beliau akan dapat menggerakkan dengan lebih pantas agenda reformasi di Selangor dan menterjemahkan konsensus nasional.
Oleh yang demikian AMK mengambil pendirian hanya Dato' Seri Anwar Ibrahim sesuai menjadi calon mewakili Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang. Jentera pilihanraya AMK akan digerakkan untuk bersama-sama jentera Pakatan Rakyat bagi memastikan keputusan terbaik dalam pilihanraya kecil ini.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Ahli Parlimen Malaysia
Belumpun reda kenyataan dibuat, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor,  Azmin Ali pula dengan pantas mengeluarkan kenyataan media yang membantah kenyataan yang dibuat oleh Shamsul Iskandar seperti berikut:
KENYATAAN MEDIA

Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor belum memutuskan siapakah calon yang layak untuk menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh, Adun Dewan Undangan Negeri N25 Kajang yang telah secara rasmi meletakkan jawatannya hari ini. 
Pihak Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor juga TIDAK pernah menyokong Kenyataan Media oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang mahu mencadangkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon untuk Pilihanraya Kecil N25 DUN Kajang. 
Calon yang akan menggantikan YB Tuan Lee Chin Cheh semestinya anak jati negeri Selangor. Sehubungan dengan itu, kami mohon agar Angkatan Muda Keadilan Malaysia jangan sesekali mencampuri urusan Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor.
Adalah dimaklumkan bahaw Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Tergempar pada 29 Januari 2014 untuk mencadangkan nama nama calon yang layak untuk diluluskan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat bertanding kerusi N25 DUN Kajang.
Mohamed Azmin Bin Haji Ali
Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri Selangor
Parti Keadilan Rakyat
27hb Januari 2014
Nampak gayanya memang sah parti ini gila kuasa. Bergaduh sesama sendiri berebut kuasa dan Rakyat menjadi mangsa. Duit Rakyat akan dihabiskan untuk mengadakan PRK di Kajang untuk menyelesaiakan kemelut parti PKR. Amanah Rakyat Selangor dipermainkan. Yang bodoh siapa? CTS bersetuju sebenarnya dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mantan Mufti Perlis di dalam laman sosial Facebook beliau:

yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 27 Jan 2014 01:26 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat


Isu Kalimah Allah, Orang Asli dan ISA.

Posted: 26 Jan 2014 03:21 PM PST

 sekira ISA masih ujud
mereka yang tak puasa hati isu kalimah Allah
boleh diamankan di kemunting.

Dah lama isu kalimah Allah diperdebatkan, sehingga melibatkan mahkamah dan sultan serta agong. Berapa ramai penganut ugama kristian di Malaysia kalau hendak dibanding dengan penganut ugama lain seperti Buddha dan Hindu, sekiranya mahu dibanding dengan penganut ugama Islam. Tentunya penganut ugama Islam lebih ramai dan lebih hebat.

Tindakan yang betul telah dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan ugama dinegara ini. Kerajaan hendaklah cepat-cepat menyambutnya tanpa mengambil kira fahaman politik kerana agak sukar sebelum daripada ini untuk duduk semeja dikalangan pemimpin politik.

Akhir-akhir ini nampaknya ada usaha oleh mereka-mereka yang ketandusan pemikiran yang cuba mahu mencari publisiti murahan dengan mengaitkan isu kalimah Allah dengan peristiwa 13 mei. sedangkan isu tersebut tidak ada kena mengena dengan perbalahan kaum. Kalau saya ada kuasa, orang yang mencetuskan isu 13 mei akan didakwa dan dihukum.

Sebelum terjadi perbalahan yang lebih besar dikalangan penyokong politik, apabila isu kalimah Allah sedang dijaja oleh ahli-ahli parti politik, kemunculan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, DAP & PKR mengajak pemimpin Kerajaan berusaha untuk melihat isu tersebut secara serius kerana bimbang ianya boleh menjejas perpaduan kaum. Perlu disambut baik dan disokong oleh semua golongan rakyat.

Ternyata disini Dato' Seri Anwar Ibrahim lebih memberi keutamaan kepada kedamaian dan ketenteraman kepada rakyat dan negara. Tawaran untuk  'pelan damai' dibuat diwaktu negara memerlukan seorang tokoh yang berani menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku ekoran ada pihak yang tidak mematuhi keputusan mahkamah dan tidak menjunjung titah sultan dan agong.
Pihak yang ada kuasa seperti Majlis Ugama Islam, sama ada diperingkat pusat atau negeri nampaknya telah gagal menjalankan tugas sehingga ada penganut agama lain dengan cara agrasifnya boleh melakukan apa saja sehingga seakan-akan boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoniyang boleh mencetuskan kearah kehancuran perpaduan kaum disebabkan perbedazaan pendapat pengunaan nama Allah.

Sebenrnya penganut agama (rakyat) yang berada di Malaysia sebelum ini tidak ada masaalah diantara satu sama lain tetapi disebabkan akta ISA dimansuhkan ada suara-suara sumbang yang mempersendakan mahkamah, sultan dan agong yang dikesan dan dengan sendiri menampakkan mempersendakan undang-undang negara.

Sekiranya akta ISA masih ujud, saya yakin dan percaya isu kalimah Allah tidak akan berpanjangan seperti hari ini kerana mereka yang masih mempertikaikan arahan mahkamah dan tidak akur dengan titah sultan dan agong bolehlah direhat di kem kemunting buat sementara waktu untuk mereka MUHASABAH DIRI dengan aman.

Yang malangnya badan-badan ugama Islam sebelum daripada ini gagal menjalankan dakwah terhadap bangsa dan ugama lain. Contohnya bagaimana orang-orang asli di Malaysia ada yang tidak berugama Islam walhal orang asli adalah dalam kawalan kerajaan dan badan dakwah dibawah kerajaan pusat dan negeri mempunyai cukup kepakaran untuk berdakwah mengislamkan mereka itu.

Apabila ada ugama lain yang berjaya membawa orang asli menganut bukan ugama Islam kita orang Islam tidak sedikitpun merasa irihati, bahkan seperti tidak ada usaha dilakukan secara bersungguh-sungguh, kalau ada pun secara ala kadar. Betul dalam Islam tak ada paksaan, tapi sekira cara berdakwah dilakukan dengan bersunggug-sungguh tentunya boleh mendatangkan hasil yang baik.

Persoalannya, kenapa ugama lain disukai oleh orang asli?.

THE FLYING KICK

Posted: 27 Jan 2014 01:18 PM PST

waadat

Posted: 27 Jan 2014 01:11 PM PST

waadat


Kayu api di rumah kenduri

Posted: 27 Jan 2014 09:36 AM PST

(Dedikasi untuk para penyokong najib, anwar, dan hj hadi)

Jom masak, depa nak buat kenduri
Depa nak buat kenduri?
Kita jadi apa?
Kita boleh jadi kayu api.
Nanti depa tarik kaki tangan kita,
jolok kepala kita letak bawah kawah.

Bila nasi masak burung nyanyi saja
Tentu sedap makan beri pada raja
Raja dalam rumah buat kira-kira
Suri dalam rumah makan hati berulam jantung

Kita jadi apa?

Ada yang jadi abu
Ada yang jadi arang

Duke of UMNO

Posted: 27 Jan 2014 01:02 PM PST

Duke of UMNO


AMARAN PADA JAMES MASING DI SARAWAK.. JANGAN MASUK CAMPUR!

Posted: 26 Jan 2014 10:32 PM PST

Tan Sri James Masing ni Presiden Parti Rakyat Sarawak, salah satu parti komponen BN di Bumi Kenyalang. Saya yakin dia beragama Kristian dan dia buat kenyataan baru ni berhubung insiden JAIS rampas Bible guna kalimah "Allah" kat Selangor...

Saya nak nasihat sikit James Masing ni... Kalau dok kat Sarawak, jangan la sebok-sebok campur urusan di Selangor, khususnya mengenai agama Islam. Hal ehwal agama di Semenanjung jauh berbeza dengan amalan di Sabah dan Sarawak...

Tak payah cakap 10 resolusi, macam-macam perkara yang tak sama amalan dan perlembagaan antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak... 




Orang di Semenanjung ni tak pernah kacau hak orang Kristian di Sabah dan Sarawak. Jadi James Masing jangan dok kacau hal dan kepentingan agama kami di Semenanjung... 

Jangan nak masuk perangkap puak pembangkang dalam isu JAIS ni. Korang agama korang, kami agama kami. Korang negeri korang, kami di negeri kami yang ada undang-undang tubuh dan ketetapan perlembagaan sendiri...

Faham James Masing? Boleh? Bukan nak kurang ajar. Tapi tak guna jadi Presiden parti kalau tak reti fikir isu ni..kan?

HARAP JANGAN MEROYAN TENGOK GAMBAR TUN M KAT BAWAH NI...

Posted: 26 Jan 2014 08:34 PM PST

Bukan gambar ni...gambar kat bawah tu...
Sebelum ni, memang ramai yang tak tahu hubungan istimewa di antara Tun M dan Ust Haron Din Al-Hafiz.. Mungkin sebab "tak tahu" tu la maka ramai yang suka jadi "batu api" melaga-lagakan dua tokoh pemimpin Islam yang hebat kat Malaysia ni...

Tapi sebenarnya, Tun M dan Ust Haron Din ni memang baik antara satu sama lain. Walaupun pernah bertengkar sebelum ni, semua tu hanyalah bersifat sementara. Masing-masing tak ambil hati dan kekalkan hubungan silaturrahim dengan baik...

Setahu saya, sebelum Ust Haron Din masuk PAS dulu, beliau memang rapat dan pernah jadi rujukan Tun M. Tak tahulah betul atau tidak, tapi itulah yang disampaikan pada saya tentang hubungan Tun M - Ust Haron Din... dua tokoh terbilang di Malaysia yang saya hormati...

Cuba tengok gambar kat bawah ni.. sejuk je mata memandang. Lepas ni jangan tuduh Ust Haron Din tu "Ustaz UMNO" pulak... jahat la mulut hangpa nihhh...heh!




TENGOK GAMBAR NI.. UMAT ISLAM BOLEH SABAR LAGI KE?

Posted: 26 Jan 2014 06:32 PM PST

IMG-20140126-WA0006(5)
Gambar yang menyakitkan hati umat Islam, kan? Cuba tengok 3 lagi gambar kat bawah ni...
Tengok gambar-gambar kat atas tu...Dulu tak ada pun kes macam ni...Dulu takde sesiapa yang berani buat provokasi atau cari pasal macam ni... Selalunya kalau ada rancangan atau "bau" nak buat macam ni, tak sempat provoke lagi dah kena tangkap dah...

Tapi sekarang ni dah makin teruk berlaku. Sejak pembangkang dan PAS semakin liberal. Sejak ISA dimansuhkan dan SOSMA yang diumumkan pun tak mampu cegah perkara ni berlaku...semakin menjadi-jadi provokasi macam ni...

Semua gambar-gambar ni dirakam di Penang. Kat sebelah pulau.. bukan kat area Melayu. Boleh dikatakan semuanya di kawasan monopoli bangsa Cina yang dipercayai beragama Kristian...

Nampaknya...



1. Depa tak patuh dan tak hormat pada titah DYMM Yang DiPertuan Agong.

2. Depa tak hormat kedudukan dan hak keistimewaan Islam kat Malaysia ni...

3. Depa tak iktiraf kalimah "Allah" adalah hak eksklusif umat Islam di Semenanjung...

4. Insiden ni berlaku di negeri yang diketuai Lim Guan Eng, pencetus isu yang mahu non-muslim pun dibenar menggunakan kalimah "Allah" di Semenanjung Malaysia dan tidak terhad di Sabah/Sarawak saja...

5. Depa memang kurang ajar dan mencabar kesabaran umat Islam...
Penyebaran Kain Pemidang Allah Jesus Di P.Pinang - Provokasi Atau Realiti?
IMG-20140126-WA0011(1)
IMG-20140126-WA0010(2)

Macamana? Korang semua boleh tahan sabar lagi ke?

LAWAK PAGI: AGAKNYA SIAPA LELAKI RAMBUT BELAH TEPI NI..?

Posted: 26 Jan 2014 04:15 PM PST

Amacam? Hensem tak bergaya kat kereta mewah barunya?

Lepas ni boleh tengok "pelangi"... ajak "pelangi" jalan-jalan round pulau naik kereta mewah baru!

Rakyat Pulau Pinang jangan jeles tau...

Inilah yang dimaksudkan DAP sebagai "dahulukan rakyat"...

Guan Eng pun rakyat jugak apaaaa.... 

Biar la dia guna duit hangpa untuk bergaya...

Apa hangpa sebok? Syohhh...Syoohhh Melayu kena keluar dari pulau...

Jangan kacau saya sama kereta mewah baru...

A Piece of My Mind

Posted: 27 Jan 2014 11:38 AM PST

A Piece of My Mind


The prostitution of national affairs

Posted: 27 Jan 2014 06:43 AM PST


Part 1 - The flip flop on national unity

On 6 May 2013 after GE13, Najib called for national reconciliation (here). Anwar did not bother. He went on protesting the election and slam Najib of all sorts.

But of course, Anwar went to Parliament to take oath as MP of Permatang Pauh and Opposition Leader.



Just days ago, this "statesman" (according to Nik Nazmi) said "Let's work towards a national consensus". Read it here

What the .....@!#?

 

Part 2 - religion

You may or may not agree with PM's 10 point solution. But I was reliably informed that the 10 point solution was thoroughly discussed with Attorney General, Home Ministry. It was a very good solution especially for those in Sabah and Sarawak.

The issue on Bible in BM before GE13 was in Sabah and Sarawak. The Federal Government acknowledged the fact that our brothers and sisters in Sabah and Sarawak use BM as their lingua franca. I can confirm this. I spoke to a Chinese lady in BM to order a bowl of pork noodles in Sarawak. I ordered coffee from Kadazan people in Sabah using BM. No joke. The people there are more patriotic than Malaysian Chinese in Peninsular, if you ask me, language wise.

The 10-point solution

1.    Bibles in all languages can be imported into the country, including Bahasa Malaysia/Indonesia.

2.    These Bibles can also be printed locally in Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak. This is a new development which should be welcomed by the Christian groups.

3.    Bibles in indigenous languages of Sabah and Sarawak such as Iban, Kadazan-Dusun and Lun Bawang can also be printed locally and imported.

4.    For Sabah and Sarawak, in recognition of the large Christian community in these states, there are no conditions attached to the importation and local printing of the Bible in all languages, including Bahasa Malaysia/Indonesia and indigenous languages. There is no requirement for any stamp or serial number.

5.    Taking into account the interest of the larger Muslim community, for Peninsular Malaysia, Bibles in Bahasa Malaysia/Indonesia, imported or printed, must have the words "Christian Publication" and the cross sign printed on the front covers.

6.    In the spirit of 1Malaysia and recognising that many people travel between Sabah and Sarawak and Peninsular Malaysia, there should be no prohibitions and restrictions for people who bring along their Bible and Christian materials on such travels.

7.    A directive on the Bible has been issued by the Ketua Setiausaha (KSU) of the Home Ministry to ensure proper implementation of this Cabinet decision. Failure to comply will subject the officers to disciplinary action under the General Orders. A comprehensive briefing by top officials, including the Attorney-General (AG), will be given to all relevant civil servants to ensure good understanding and proper implementation of the directive.

8.    For the impounded Bibles in Kuching, Gideon, the importer can collect all the 30,000 Bibles free of charge. We undertake to ensure the parties involved are reimbursed. The same offer remains available for the importer of the 5,100 Bibles in Port Klang, which have already been collected by the Bible Society Malaysia (BSM) last week.

9.    Beyond the Bible issue, the Govern­ment wishes to reiterate its commitment to work with the Christian groups and all the different religious groups in order to address inter-religious issues and work towards the fulfilment of all religious aspirations in accordance with the Constitution, taking into account the other relevant laws of the country. In order to bring urgency to this work, the Prime Minister will meet the representatives of the Christian Federation of Malaysia (CFM) soon to discuss the way forward.

10.    The Christian ministers in the Cabinet will meet on a regular basis with representatives of the various Christian groups in order to discuss their issues and work with the relevant ministries and the PM in order to resolve them.




But let's look at recent events. After the BM Bible was seized by JAIS, a state level agency, three DAP reps proposed to amend the Selangor Non-Islamic Religions (Control of Propagation Among Muslims) Enactment 1988 in the next state assembly sitting.

Then, all three of them seemed to have lost their voice ever since Anwar said here "Three DAP assemblymen were premature in calling for changes to the Selangor enactment at the centre of the worsening "Allah" row in the state".

Just two days ago, Najib said that the use of the word 'Allah' is clearly spelt in the 10 point solution agreed on by the Federal Government in 2011. This was also endorsed by the Supreme Council of UMNO. Yes, UMNO.



PM has reiterated his stand in the 10 point solution. This is enforced in all Federal territories and in States where matters as such are governed by Federal laws.

In my opinion, the recent seizure of Bibles is an isolated case in Selangor. If you read THIS article, Bible Society Malaysia Chairman said "Organisations like the Bible Society of Malaysia are caught in the middle when state governments do not recognise or endorse federal agreements. We hope that the Selangor state government will consider endorsing the 10-point solution and resolve this issue. BSM will not pursue legal redress if the Selangor government endorses the 10-point solution as that is good enough for us."


I have a few questions:

  1. What else do you want PM to say? 
  2. What else do you want PM to do? 
  3. Why don't we ask the question on how many BM Bibles were printed and/or imported into Malaysia especially in Sabah and Sarawak?
  4. What happened to the DAP trio's proposal?


I have not heard a single word from them since Anwar gagged them. Ask Anwar to give us his 10-point solutions then!




Part 3 - Mockery of a democratic election process



The privatisation of PKR and our election system began in Jul 2008 when Wan Azizah (the God sent wife) resigned as MP of Permatang Pauh to allow Anwar Ibrahim to contest the seat. Anwar Ibrahim won the by election.

Today, 27 Jan 2014, Kajang assemblyman Lee Chin Cheh submitted his resignation as elected representative of Kajang to Selangor Speaker YB Hannah Yeoh.

Anyone knows why?

I was surprised when I read news in the past week that Anwar could end up being the new MB of Selangor soon. He would rather takeover the post as MB than throw his weight behind Azmin Ali, his loyal General since Anwar's days in UMNO and Ministry of Finance.

If Anwar is the new candidate for the Kajang by election, should we not ask what is the deal with Lee Chin Cheh? How was he "compensated"? The people deserve to know!

This is political prostitution!

By-elections are not meant to satisfy political ambitions and greed. A great amount of resources - labor, financial and time - are involved in every single election and by-elections.

Sudahlah. I am getting tired of Anwar Ibrahim. I have had enough. The next person who tells me that Anwar is a hero and a Statesman, will get a tight slap from me.

PEJUANG BANGSA

Posted: 27 Jan 2014 11:07 AM PST

PEJUANG BANGSA


KJ SARANKAN CIKGU "LEMBU " PERLU DIBUANG BUKAN DIPINDAH !!

Posted: 27 Jan 2014 07:10 AM PST




 Susulan insiden seorang guru yang memaksa dua murid makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mengambil tindakan tegas dan drastik terhadap tenaga pengajar tersebut.

Menurutnya, tindakan menukar tempat perkhidmatan guru itu tidak mencukupi sebaliknya perlu dibuang daripada perkhidmatan tersebut mengikut tatacara yang terdapat dalam suruhanjaya itu.

"Saya minta SPP mengambil tindakan tegas terhadap guru itu, bukan hanya dengan pindahkan guru tersebut, ia tak cukup, sebab ramai orang di luar sana marah dengan tindakan guru itu.

"SPP perlu menggunakan tatacara yang ada termasuk membuang guru tersebut daripada perkhidmatannya," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.



Minggu lalu, guru berkenaan bertindak menggantung loceng di leher Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith masing-masing 10 tahun dan memaksa mereka makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Semalam, media melaporkan guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng dekat Sungkai, Perak telah ditukar ke sekolah lain dan turut diberi surat amaran yang atas tindakan keterlaluannya.



** KJ ternyata faham suara rakyat yang marah perbuatan Cikgu Lembu ini.. dia tak layak menjadi guru sebab memperlakukan murid seperti binatang .


ADUN PKR KAJANG LETAK JAWATAN , SATU LAGI PEMBAZIRAN WANG RAKYAT !! @NajibRazak

Posted: 27 Jan 2014 06:25 AM PST




Drama menjatuhkan MB Selangor  , Khalid Gagap oleh PKR  terus membuatkan politk di negeri itu bergolak .  Hari ini Adun PKR Kajang , Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat tak memberikan sebarang sebab . 


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari iniPerkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini.

"Dengan ini, saya mengisytiharkan kerusi DUN N25 Kajang dikosongkan dan SPR seharusnya menjalankan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari," kata Yeoh.

Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee  sendiri.



kerana sayangkan Anwar dan mahu angkat 
sebagai MB Selangor  ..sanggup dia  letak jawatan



Menurut sumber PKR ,  Anwar Ibrahim disebut-sebut akan bertanding mewakili PKR di DUN Kajang dalam Pilihanraya Kecil ini sekaligus membolehkan beliau dinobatkan MB Selangor yang baru menyingkirkan Khalid Ibrahim 






Ternyata PKR  a.k.a Parti kangkung rakyat hanya mementingkan diri mereka dan bukannya rakyat. 
Tatkala rakyat terpaksa mengharungi Sara Hidup Rakyat yg semakin meningkat.

Wakil Rakyat Pakatan Rakyat sewenang wenangnya letak jawatan utk Pilihanraya Kecil. Bila dah PRK bukannya sikit belanja perlu digunakan SPR . Ini jelas membuktikan PAKATAN telah membazir wang  rakyat. 

Bagi BN pulak, GPB berpandangan BN tak perlu bertanding di PRK ini nanti seperti mana PRK Penanti dulu kerana ini hanya lah permainan drama dalaman PKR. 










GEREJA P.PINANG DISERANG BOM MOLOTOV COCKTAIL , POLIS BURU SUSPEK !!

Posted: 27 Jan 2014 01:08 AM PST



BALIK PULAU: Polis sedang giat memburu suspek yang melontar 'molotov cocktail' atau bom botol di pekarangan sebuah gereja di Lebuh Farquhar dekat sini awal pagi Isnin.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, suspek yang menunggang sebuah motosikal melempar botol berisi bahan letupan itu dari luar pagar gereja berkenaan sebelum melarikan diri.

"Kita telah menghantar pasukan forensik untuk menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti suspek," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya siasatan mendapati hanya satu daripada bahan letupan yang diisi dalam dua botol minuman keras itu meletup sehingga menyebabkan kebakaran bagaimanapun tiada kerosakan serius dilaporkan.

Beliau berkata polis telah mengambil keterangan daripada penjaga gereja yang menyaksikan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Abdul Rahim berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan tertentu yang cuba menggugat ketenteraman awam dengan menimbulkan kekacauan sehingga menyentuh sensitiviti masyarakat di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata polis menerima sembilan laporan berhubung isu kain rentang berbaur provokasi berkaitan kalimah Allah yang digantung di beberapa lokasi di negeri ini semalam.

Susulan insiden itu, polis menjalankan rondaan termasuk di 48 gereja di sekitar Daerah Timur Laut bagi memantau perkembangan keadaan, katanya.

Semalam kain rentang bertulis 'Allah is Great (Allah Maha Besar), Jesus is the son of Allah' (Jesus adalah anak lelaki Allah) dilihat digantung di pekarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di negeri ini.

Sementara itu, Pemuda Umno Pulau Pinang mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab membaling 'molotov cocktail' itu dan menyifatkannya sebagai tindakan biadab dan kurang ajar.

Ketuanya Rafizal Abdul Rahim menggesa kerajaan negeri terutama Exco bertanggungjawab dalam hal agama, Datuk Abdul Malik Abul Kassim supaya mengambil tindakan segera agar perkara itu tidak berlarutan dan menimbulkan ketegangan.

"Semalam, Pemuda Umno Pulau Pinang telah membuat laporan polis berhubung isu kain rentang berkenaan dan bersamanya kita turut kepilkan maklumat mengenai kejadian itu yang mana ada orang nampak tiga hingga empat lelaki mengantung kain rentang tersebut.

"Kita harap polis dapat segera menjalankan siasatan serta mengumumkan tindakan penyiasatan mereka bagi memuaskan hati semua pihak dan membawa pihak yang bersalah ke muka pengadilan," katanya. BERNAMA

JAWAPAN ISU DEMO BANTAH MACHANG BUBUK, BIDAS KERAJAAN DAP TERUS RACUNI RAKYAT BENCI UMNO @dzainalabidin @NajibRazak

Posted: 26 Jan 2014 04:30 PM PST




KENYATAAN MEDIA DEMO BANTAHAN TERHADAP YB ADUN MACHANG BUBUK


 1. UMNO Pulau Pinang ingin menegaskan bahawa UMNO Pulau Pinang bukan penganjur perhimpunan dan perarakan ' Menyokong YAB Perdana Menteri' yang diadakan di Seberang Jaya pada 18 hb. Januari dan demo yang diadakan di Alma pada 19 hb. Januari lalu. Kedua-duanya merupakan bantahan orang ramai dan NGO-NGO yang merasakan tindakan YB ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon mengadakan 'flash mob ' dengan menyumbat kangkung ke mulut effigy YAB PM Najib suatu tindakan biadab dan menghina pemimpin No 1 negara.

 2. Kehadiran beberapa pemimpin UMNO Pulau Pinang dalam kedua-dua acara tersebut adalah atas kapasiti mereka sebagai pemimpin tempatan. Adalah tidak wajar sekiranya mereka tidak hadir bersama rakyat dan NGO-NGO yang berhimpun untuk menunjukkan sokongan kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri.

 3. Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO juga ada hak dan kebebasan untuk bersuara; dalam menyatakan pandangan dan pendapat mereka. Kebebasan bersuara dan memberi pendapat bukan hak eksklusif pemimpin-pemimpin DAP, PKR dan PAS serta NGO-NGO pro mereka sahaja. Sejak dulu pemimpin-pemimpin UMNO menyuarakan pandangan serta bantahan apabila kepentingan Melayu dan Islam dicabar dan apabila parti dan pemimpin negara dicaci dan dihina.

 4. Pihak polis sudah pun memulakan siasatan ke atas kedua-dua perhimpunan berkenaan. Beberapa pemimpin UMNO Pulau Pinang juga sudah dipanggil polis untuk diambil keterangan. Mereka telah dan akan terus memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membantu siasatan. UMNO Pulau Pinang amat yakin pihak polis akan berlaku adil dan professional dalam menjalankan siasatan mereka.


 5. UMNO Pulau Pinang berpendirian perhimpunan-perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak tertentu pada 18 & 19 Januari lalu adalah tindakan balas kepada 'flash mob' yang dilakukan oleh YB Machang Bubuk dan dua lagi perhimpunan di Bulatan Bayan Baru dan Bulatan Seberang Jaya sebelum 18 hb. Januari. UMNO Pulau Pinang tegas menyatakan perhimpunan pada 18 dan 19 Januari tidak akan berlaku sekiranya YB Adun Machang Bubuk tidak melakukan penghinaan ke atas YAB Perdana Menteri. Ia adalah tindakan provokasi yang mengundang tindak balas.

 6. UMNO Pulau Pinang ingin menyatakan dengan tegas bahawa sepanduk " Kerana Mulut DAP, 13 Mei 1969 berlaku, mahu lagi ? " dan sepanduk-sepanduk lain bukan lah sepanduk yang dibuat dan dipamer oleh UMNO Pulau Pinang. Oleh kerana UMNO bukan penganjur ,kita tiada kuasa untuk menurunkan sebarang poster atau sepanduk dalam perhimpunan tersebut. UMNO Pulau Pinang faham luahan perasaan dan rintihan mereka yang membawa sepanduk tersebut disebabkan bertahun-tahun mereka tertekan kerana diasak, dihina, diperlekeh, ditindas dan merasa tidak dibela dan dilayan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang dipilih oleh rakyat.


7. Negara kita aman disepanjang pemerintahan Barisan Nasional . Sejak tahun 1974 hingga 2008 , selama 34 tahun dibawah Kerajaan BN Pulau Pinang, rakyat telah menikmati kemajuan, kemakmuran, kesejahteraan dalam suasana aman sentosa. Hubungan antara kaum sangat baik dan saling hormat menghormati.

 Oleh itu UMNO Pulau Pinang membantah sebarang usaha untuk mencetuskan ketegangan diantara kaum seperti yang sering diapi-apikan tanpa henti-henti sejak tahun 2008 hingga kini oleh kepimpinan DAP dan Pakatan Rakyat.

 8. UMNO Pulau Pinang bertanggungjawab untuk sama-sama memastikan keamanan dan ketenteraman Negeri Pulau Pinang kekal ditahap yang paling baik dan sempurna seperti yang di inginkan oleh rakyat di negeri ini.

Oleh yang demikian UMNO Pulau Pinang yang mempunyai hampir 200 ribu ahli UMNO yang merupakan rakyat di Negeri Pulau Pinang ingin menyuarakan agar pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terus meracuni fikiran rakyat dengan sentiasa menanam perasaan kebencian berterusan ditahap maksima terhadap parti UMNO yang akan mengakibatkan hubungan antara rakyat menjadi tegang dan dibimbangkan boleh membawa kepada keadaan yang tidak terkawal.

Ohpolitik!™

Posted: 27 Jan 2014 03:33 AM PST

Ohpolitik!™


Panas ADUN PKR Ampang Letak Jawatan : Peluang DAP Tambah Kerusi ?

Posted: 27 Jan 2014 02:21 AM PST

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan serta merta bermula hari ini.

Speaker Kerajaan Negeri, Hannah Yeoh, berkata surat peletakan jawatan terbabit diterima hari ini.

"Sesuatu kekosongan luar jangkaan hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku.

"Saya akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok," katanya pada sidang media khas, di sini.

Satu lagi Percaturan Dap untuk menambah kerusi di Selangor Adakah perletakan ini dirancang? 

#BarisanNasional Sedia Sahut Pelawaan Permuafakatan dari Pemimpin Buangan Jepun?

Posted: 26 Jan 2014 11:39 PM PST


Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu menyahut pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan permuafakatan nasional berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelawaan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah langkah proaktif yang perlu diambil berat.

"Kesemua ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ini menunjukkan keterbukaan beliau dan ia perlu difikirkan oleh pemimpin Umno serta BN," katanya di sini hari ini.

Zahid berkata beliau akan menemui Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan pelawaan berkenaan.

Anwar semalam menawarkan 'pelan damai' kepada BN untuk bersama-sama membincangkan mengenai isu nasional dan perpaduan demi kepentingan rakyat.

Mungkin Penat Bertarung Dengan Ultraman dan Gaban, Anwar Offer Pelan Damai Kepada BN?

Posted: 26 Jan 2014 11:33 PM PST


KINI

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan keharmonian agama dan kaum di negara ini.

Menawarkan 'pelan damai' kepada Barisan Nasional (BN), Anwar berkata, keadaan semasa kini mencapai kepada tahap yang boleh merosakkan perpaduan nasional identiti rakyat Malaysia.

Beliau turut menggesa ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak supaya bekerjasama ke arah pembangunan negara.

"Kita mesti menolak tanggapan bahawa Islam berada di bawah ancaman dan bahawa terdapat beberapa konspirasi jahat untuk menggantikan Islam sebagai agama persekutuan," katanya.

Anwar juga berkata konsensus kebangsaan perlu dilaksanakan bagi menangani isu-isu lain seperti kos sara hidup yang meningkat, rasuah dan keselamatan.

"Marilah kita membantu polis memerangi jenayah supaya kediaman kita, sekolah-sekolah dan kompleks membeli-belah menjadi lebih selamat," katanya.

Selain itu Anwar mengingatkan semua pemimpin tanpa mengira pegangan politik supaya meletakkan kepentingan nasional lebih tinggi daripada sebarang agenda politik.

"Kewajipan kepada negara adalah lebih besar daripada tugas untuk parti," katanya.

DULU TOLAK BULAT-BULAT, SEKARANG NAK SURUH ORANG LAIN TERIMA CADANGAN DIA PULA… ANWAR.. ANWAR…DAH KALAH TU BUAT CARA KALAH

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan "pendamaian nasional" hanya boleh dicapai sekiranya semua pihak termasuk PR menerima keputusan PRU13 lalu.

Tambah beliau, segala bentuk himpunan yang memberikan gambaran bahawa pihak pembangkang tidak menerima keputusan PRU, 5 Mei lalu perlu dihentikan.

"Keputusan PRU13 perlu diterima oleh semua pihak kerana ia berjalan mengikut proses yang telah ditetapkan mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau mahu mulakan proses pilihan raya yang bersih atau meneruskan "pendamaian nasional" perlu terima keputusan PRU13 dahulu.

"Apa keputusan yang dibuat mahkamah kita perlu terima, baru boleh menubuhkan pendamaian nasional," katanya pada sidang Dewan Rakyat sesi pertama bagi penggal 2013-2018, di sini, hari ini.

Najib berkata demikian ketika menjawab Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang yang mengutarakan soalan kepadanya mengenai usaha, kejayaan dan halangan terhadap "pendamaian nasional" sejak PRU13, awal bulan lalu.

Sebelum ini, Najib telah menyatakan selepas PRU13 akan melaksanakan "pendamaian nasional".

Mengulas lanjut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan bersifat terbuka dan melalui "pendamaian nasional" semua pihak boleh berbincang mengenai pelbagai perkara.

"Pokoknya perlu terima keputusan PRU13.

"Kerajaan bersifat terbuka dan parti-parti politik daripada pembangkang dan kerajaan boleh berbincang supaya negara lebih berjaya, tentukan masa depan yang terbaik," tambahnya.

Mengapa Isu MANSUHKAN #Subsidi #Mysubsidi Diungkit Semula?

Posted: 26 Jan 2014 07:31 PM PST

Cheap petrol benefits the rich more than the poor | Source: 'UMNO-nomics: The Dark Side of the Budget' by Teh Chi-Chang & Johnny Ong

Jikalau kerajaan Britain memilih untuk mengurangkan kadar defisit negara mereka dengan "cara mencantas" dan memotong perbelanjaan dan kemewahan yang dinikmati oleh barisan menteri kabinet Britain dan juga golongan yang berkemampuan, kerajaan Malaysia ada cara tersendiri. Fikir punya fikir, akhirnya kerajaan Malaysia dah jumpa mekanisme untuk mengatasinya.

Kerajaan Malaysia pula memilih untuk mengurangkan belanja subsidi yang dikatakan sudah tidak tertanggung lagi. Kata kerajaan Malaysia, inilah cara yang terbaik untuk mengelakkan ketirisan dan hasil subsidi ini terus dinikmati oleh golongan mewah. Hasilnya? Seperti di bawah……

1. Kenaikan Harga Petrol 

2. Kenaikan Harga Tol 

3. Kenaikan Harga Gas 

4. Kenaikan Tarif Elektrik 

5. Kenaikan Harga Gula 

6. Kenaikan Harga Tepung 

7. Kenaikan Harga Minyak Masak 

Inilah hasil yang kerajaan Malaysia perolehi selepas dasar pemotongan ini dijalankan :

2010 – RM3 billion
2011 – RM14 bilion
2012 – RM21 bilion
2013 – RM29.5 bilion
2014 – RM35 bilion

Akhirnya, dengan beberapa kenaikan harga harga dan lain-lain bermula tahun 2010 berikutan pemotongan subsidi, ini akan membolehkan jumlah tabungan negara untuk tempoh 5 tahun dijangkakan sebanyak RM103 bilion.

Namun begitu, rancangan pemotongan subsidi ini tidak mendapat persetujuan daripada beberapa pihak. : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bimbang pelan pemotongan subsidi yang dilakukan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bakal mencetuskan impak negatif kepada kehidupan rakyat. Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut berkata, rakyat tertekan dengan pemotongan subsidi kerana ia akan meningkatkan kos perbelanjaan rakyat ketika pendapatan kian merosot.

Justeru, katanya, AMK Selangor menyatakan rakyat sewajibnya tidak dibebani dengan kenaikan harga keperluan dan perkhidmatan, sebaliknya soal pembaziran, penyelewengan dan ketirisan dalam kerajaan perlu diberi perhatian. AMK Selangor membidas kerajaan yang hilang fokus dalam membawa idea yang boleh meningkatkan pendapatan rakyat. 

Agensi berita Reuters melaporkan Kabinet akan bermesyuarat 26 Mei 2010 untuk membincangkan usul memotong rejim subsidi keatas minyak, gas asli, makanan dan tol lebuhraya. Najib sebelum ini menyakinkan pengundi seluruh negara bahawa harga keperluan asas tidak akan naik, namun Reuters melaporkan BN kini mempertimbang semula keputusan itu kerana defisit negara membengkak ke rekod tertinggi sejak 20 tahun lalu.

Ezli berkata, kerajaan harus melaksanakan polisi yang menguntungkan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana, apatah lagi kerajaan meuar-uar pertumbuhan suku pertama 2010 mencecah 10 peratus. Beliau menggesa penstrukturan semula subsidi ini mengambil kira kesusahan rakyat khususnya perkara asas seperti subsidi bahan api, gula, tepung, makanan, pertanian dan bahan keperluan utama rakyat. 

Katanya, AMK Selangor prihatin kepada nasib rakyat kerana penstrukturan semula subsidi mendatangkan kemudaratan kepada ekonomi dan kehidupan rakyat yang dibebani dengan kenaikan kos sara hidup. AMK Selangor terus memastikan jika kerajaan pimpinan Najib melaksanakan penstrukturan semula subsidi kelak, jangan sesekali memangsakan rakyat dalam melaksanakan polisi baru.

Menteri Kabinet, Datuk Seri Idris Jala, 27 Mei 2010, negara akan bankrap pada 2019 jika subsisi yang diberikan sekarang tidak dihentikan. Apa yang disebut itu tidak berbeza dengan apa yang diperkatakan Profesor Dr Danny Quah dari London School of Economics sebelum itu: Malaysia akan jadi Greece jika ia tidak berbuat perubahan. 

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoal amaran itu kerana ia tidak memberi perhatian kepada rasuah, ketirisan dan pembaziran yang sebenarnya menelan banyak dana awam. Beliau turut menarik perhatian bahawa ramalan itu terjadi setahun sebelum 2020; sasaran untuk mencapai wawasan negara maju yang diimpikan oleh pentadbiran Mahathir. 

Menurut Profesor Dr Abdul Aziz Bari, mengajar undang-undang selama lebih 20 tahun. beliau tertarik dengan reaksi Charles Santiago, Ahli Parlimen DAP dari Klang, Isnin lalu, yang meminta kerajaan membubarkan Parlimen supaya rakyat dapat memilih kerajaan baru yang lebih cekap mengurus ekonomi. Beliau menyebut tinjauan kerajaan sendiri yang mendapati bahawa 66 peratus tidak setuju subsidi dihentikan serta merta. Ahli parlimen itu menyatakan pemotongan subsidi harus dilakukan setelah langkah-langkah lain seperti sistem kerajaan yang lebih telus, pengurangan saiz perkhidmatan awam dan pemotongan perbelanjaan kurang perlu lainnya. Sementara itu dalam tempoh beberapa jam selepas Idris membuat kenyataan itu hampir 97 peratus rakyat yang memberi komen kritikal kepada kerajaan. Santiago turut menyebut kerugian yang ditanggung syarikat milik kerajaan, Sime Darby. 

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak bersetuju sama sekali rancangan kerajaan pusat untuk menghapuskan subsidi yang diberikan kepada rakyat, untuk menyelamatkan negara daripada muflis. Tegas beliau, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya, meliputi pelbagai sumber pendapatan. Malaysia mempunyai minyak dan gas, eksport kelapa sawit, kilang-kilang dan sebagainya, tetapi Malaysia dirosak oleh rasuah dan pengurusan ekonomi yang sangat lemah. 

Namun begitu, sekiranya pemotongan subsidi akan terus dijalankan, ia haruslah dilaksanakan secara berperingkat. Ini disokong oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO). Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, Pemotongan subsidi secara berperingkat yang akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam masa terdekat ini adalah satu langkah yang tepat. Contohnya, jika jangka masa yang diambil untuk melaksanakan pemotongan subsidi ini adalah 10 tahun, maka kenaikan harga barangan boleh dinaikkan sedikit sahaja, tetapi jika jangka masa yang diambil lebih singkat, kenaikan harga barangan boleh melambung lebih tinggi.

Selain itu, menurutnya pemberian subsidi yang membabitkan dua harga antara pengguna domestik dan industri menyebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan dan akhirnya menyebabkan perbelanjaan subsidi yang berlebihan oleh kerajaan. Nilai subsidi gula pada masa sekarang adalah sebanyak RM1 bilion dimana penggunaannya setiap tahun hanyalah sebanyak RM100 ke RM200 juta sahaja. Ini menunjukkan subsidi yang hanya diberikan untuk domestik telah digunakan juga oleh industri dan menyebabkan nilai subsidi yang tinggi perlu ditanggung kerajaan.

Bagaimanapun, Sha'ani berkata jika pemotongan subsidi ini dijalankan, kerajaan perlu mewujudkan mekanisme-mekanisme yang bersesuaian untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah. Dalam pada itu, bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk N. Siva Subramaniam juga berpendapat bahawa pemotongan subsidi gula dan petrol tidak dapat dielakkan. Beliau berpendapat rakyat harus sedar, subsidi ini tidak akan kekal sehingga ke akhir hayat, pemberiannya adalah bertujuan untuk menolong rakyat, tetapi ianya juga mempunyai implikasi yang serius kepada kerajaan. Pemberian subsidi gula dan petrol yang diberikan kerajaan untuk membantu rakyat dalam menguruskan kewangan mereka sering diambil kesempatan oleh segelintir peniaga yang menyeludupnya ke negara jiran.

Secara umumnya, harga barangan ini di negara-negara jiran adalah lebih tinggi, dan peniaga-peniaga yang mementingkan keuntungan sendiri menyeludup barangan yang telah disubsidi kerajaan dan menyebabkan tanggungan subsidi yang lebih tinggi dan mengurangkan stok rakyat sedia ada.

Siva yang juga bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkata, pemotongan subsidi ini juga akan dapat melatih rakyat supaya lebih berhati-hati dalam berbelanja dan juga menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat. Malaysia pada masa sekarang adalah negara yang ketiga mempunyai pesakit diabetes teramai dan pemotongan subsidi gula khususnya akan dapat membantu rakyat supaya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, Sekarang sudah tiba masanya rakyat menerima hidup tanpa subsidi, dan mengamalkan hidup berjimat cermatKkenaikan gaji pekerja akan diusulkan sehubungan dengan kenaikan harga barangan nanti, jadi rakyat tidak perlu risau kerana perubahan seperti ini tetap akan berlaku.

Sementara itu, presiden Persatuan Penasihat Pengguna-pengguna Malaysia, Varatharajoo Murugan berkata pengguna-pengguna tidak perlu risau kerana setiap langkah yang diambil oleh kerajaan mesti telah dikaji sebaik mungkin. Namun begitu, katanya, kerajaan haruslah memberikan penjelasan yang terbaik kepada rakyat supaya tiada masalah timbul di masa hadapan. Kerajaan harus prihatin dan mengawal pemberian subsidi dengan lebih telus kerana terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan terhadap pemberian subsidi ini. Seperti keadaan sekarang dimana kekurangan gula berlaku di seluruh negara, namun terdapat segelintir pasar raya besar yang menjualnya secara besar-besaran, ini menimbulkan pelbagai keraguan terhadap rakyat.

Dr Mohamad Khir Toyo juga turut mencadangkan beberapa langkah untuk membendung isi pemotongan subsidi daripada menjadi suatu isu yang lagi besar. Beliau mencadangkan agar diwujudkan mekanisme baru subsidi bagi menentukan had kemampuan kerajaan memberi subsidi dan menentukan sektor yang akan mendapat subsidi mengikut kepentingan masyarakat ramai. Sebaliknya apa yang diumumkan ialah usaha kerajaan untuk menarik balik semua subsidi bagi menambah kantung negara untuk tujuan projek pembangunan. Mengumumkan kerajaan akan muflis pada 2019 jika kerajaan meneruskan subsidi bukan satu perkara yang bijak politik, malah pandangan tersebut masih boleh dipertikaikan ketepatannya. 

Antara cadangan-cadangan lain daripada beliau adalah; 

1.Subsidi dan Monopoli
Mungkin kerajaan perlu menghapuskan subsidi dalam beberapa industri yang tidak begitu utama kepada rakyat seperti gula (telah pun dilaksanakan). Namun penghapusan subsidi ini perlu dijalankan serentak dengan liberalisasi industri tersebut. Benarkan sesiapa sahaja mengimpot gula dan bersaing dengan terbuka. Demikian juga beras, jika kerajaan mahu menghapuskan subsidi beras, jalan terbaik ialah menghapuskan monopoli beras dan kawalan kemasukan beras negara luar. Kerajaan tidak boleh dalam satu keadaan menarik subsidi tetapi dalam masa yang sama mahu menentukan "pemain" industri. Kerajaan tidak boleh melakukan dua perkara yang kontradik dalam masa yang sama. Dalam keadaan kerajaan tidak mahu menanggung beban kewangan, kerajaan pula mahu bertindak sebagai penguasa yang menghalang rakyat mendapat barangan murah.

2. Subsidi Petrol dan Inflasi
Subsidi sungguhpun ada keburukan kepada ekonomi negara namun dalam banyak hal ia juga membantu rakyat dan ekonomi. Ada subsidi membantu mengawal kestabilan ekonomi dan kos sara hidup sekaligus merancakkan pusingan ekonomi hasil daripada nikmat subsidi seperti mana subsidi petrol. Jika harga petrol terlalu tinggi ia akan menyebabkan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah tidak lagi keluar membeli belah, bersiar, mahu pun melancong di dalam negara. Ini sekaligus mengurangkan putaran ekonomi negara. Dalam jangka masa panjang ekonomi negara akan meleset sekaligus akan lebih merugikan kerajaan. Status harga petrol sepatutnya dikekalkan seperti sekarang iaitu, Petrol RON 95 dijual dengan subsidi 30 sen seliter. Manakala Petrol RON 97 dijual mengikut harga pasaran. Ini satu yang telah diterima oleh rakyat dan sewajarnya diteruskan. Malahan saya ingin menyarankan agar harga Ron 97 ditentukan terus oleh syarikat minyak tanpa campur tangan kerajaan. 

Dalam pada itu, pam bagi petrol RON 97 juga harus diperbanyakkan bagi membolehkan mereka yang ingin menggunakan RON 97 tidak perlu menunggu lama akibat pam yang terhad. Stesen minyak harus menyediakan pam yang sama banyak antara petrol RON 95 dan RON 97. Ini akan menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan RON 97. 

3.Jangan Usik Subsidi Pendidikan
beliau turut berharap agar kerajaan tidak mengambil keputusan "mengacau" peruntukan subsidi dalam bidang pendidikan. Ini kerana ia merupakan masa depan anak-anak kita. Kerajaan sepatutnya mencari jalan memberi lebih banyak pendidikan murah dan percuma kepada rakyat bukannya berusaha menambah beban perbelanjaan pendidikan kepada rakyat.Kita mungkin dapat menjimat perbelanjaan negara dengan menarik subsidi pendidikan namun dalam masa akan datang lebih banyak akan dibelanja oleh kerajaan ba gi menangani pelbagi masalah sosial, jenayah dan kemiskinan apabila generasi muda tercicir dalam pendidikan.

4.Menambah Pendapatan Negara
Beliau melihat kerajaan lebih ke arah mencari jalan mengurangkan perbelanjaan subsidi berbanding mencari jalan menambah pendapatan. Sesiapa sahaja yang dilantik menjadi Menteri tentu boleh menyelesaikan masalah pendapatan negara jika sekadar mahu mencadangkan penghapusan subsidi. 
Sebaliknya kita mahu Menteri yang boleh mendapatkan pendapatan negara yang lebih besar bagi membantu rakyat dalam negara. Kita memerlukan menteri yang boleh meningkatkan pendapatan negara tanpa menarik terlalu banyak keitimewaan yang dinikmati rakyat. Apa salah subsidi jika ia mampu mengurangkan kos sara hidup rakyat? Bukankah tugas kerajaan mensejahterakan kehidupan rakyat? 

Apa yang perlu kerajaan lakukan hari ini ialah meningkatkan pendapatan negara bagi membolehkan pendapatan negara berkali ganda lebih besar daripada perbelanjaan subsidi. Rakyat mahu melihat kesungguhan kerajaan meningkatkan pendapatan negara bagi membantu mereka bukannya menarik keselesaan rakyat bagi memberi lebih banyak wang kepada kerajaan

Secara kesimpulannya, adalah benar bahawasanya rakyat tidak patut bergantung sepenuhnya kepada subsidi kerajaan dan pemotongan subsidi dapat dilihat sebagai salah satu cara untuk mematangkan rakyat dalam mengendalikan urusan harian. Namun, rancangan pemotongan subsidi tersebut perlu ditimbang-tara agar tidak terlalu membabankan rakyat yang berkuasa untuk mengundi kerajaan pimpinan pilihan mereka. Adalh tidak mustahil suatu hari nanti tiada lagi subsidi dibekalkan kepada rakyat, namun ia mestilah dilakukan secara berperingkat, bukan dalam sekelip mata kerana rakyat juga memerlukan masa untuk membiasakan suausana kehidupan dengan perubahan yang baru.

#mysubsidi #subsidi akan diMANSUHkan SEPENUH : Rakyat Bakal dibekalkan Kad Pintar Berharga RM5?

Posted: 26 Jan 2014 07:08 PM PST


Terkini, memetik dari sumber dalaman, kerajaan sedang 'test market' untuk melihat penerimaan rakyat supaya subsidi dimansuhkan sepenuhnya dan hanya diberikan kepada rakyat yang betul-betul memerlukan melalui kad pintar yang dijual pada harga RM5.

Ya, dimansuhkan sepenuhnya tanpa memikirkan pendapatan rakyat masih lagi pada tahap yang boleh mengundang MARAH. Bagi aku subsidi jika tidak lagi diberikan teruspun tiada masalah. Cuma perlu dibalancekan dengan pendapatan rakyat Malaysia kini secara realitinya yang masih berpendapatan di bawah RM3000 ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi.

Persoalan kedua, kad dan aplikasi penggunaan yang bakal diperkenalkan kelak, adakah ianya hanya bersifat PERCUMA kepada rakyat kini? Tentunya tidak, kos RM5 dikenakan untuk sekeping kad. Isu pokok adalah kenapa perlunya kad ini dibayar? Siapa yang mendapat keuntungan dari kad yang sepatutnya diberikan secara percuma kepada rakyat?

Memang sebagai rakyat, mereka dahagakan kemajuan, untuk mencapai sebuah angan-angan bergelar negara maju, kerajaan terpaksa menidakkan poket rakyat dengan memansuhkan sepenuhnya subsidi. Namun kerajaan juga perlu memikirkan adakah pendapatan dan peningkatan kos sara hidup nanti akan seimbang? Jika ianya tidak seimbang, maka tentunya negara akan bergolak dengan amarah rakyat yang dijangkakan akan menjatuhkan kerajaan itu sendiri. Jesteru, fikir-fikir dan renungkan bersama.




Di mana letaknya Maruah Umat #Islam? #Bersatulah #Malaysia

Posted: 26 Jan 2014 06:42 PM PST


MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Sedihnya, apabila guru tersebut melaporkan kepada pihak berkuasa, beliau ditukarkan serta-merta ke sekolah lain.

Peliknya, tiada tindakan tegas dikenakan terhadap kepimpinan SJKC tersebut. Mana keberanian kita? Mana dia pemimpin yang memperjuangkan Islam dan hak asasi manusia ini? Kejam sungguh kita semua. Kena pada orang Islam, tak apa. Kena pada bukan Islam, heboh 1Malaysia.

Saya ingatkan orang bukan Islam telah insaf dan memahami perkara asas mengenai Islam. Maklumlah sudah lama tinggal di tanah air tercinta ini. Paling kurang memahami kedudukan Islam selaku agama negara. Rupa-rupanya tidak.

Apabila ada desakan mahukan tindakan disiplin diambil terhadap ahli lembaga sekolah tersebut, maka kita pun berkata ini isu kecil dan hanya permainan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu ekonomi yang lebih meruncing.

Apa semua ini? Lebih meloyakan, ketika pengerusi lembaga dan guru besar sekolah tersebut memohon maaf secara terbuka, maka kita pun beramai-ramai datang memberikan sokongan dan tepukan.

Sambil bersalaman dengan guru mualaf tersebut, guru besar itu berkata: "Saya harap isu ini selesai dan dapatlah kita semua hidup dalam harmoni, sesuai dengan slogan 1Malaysia". Kita pun tutup fail. Wah… senang sungguh.

Mudah sangat hidup di Malaysia. Bila bukan Islam buat salah, minta maaf, selesai, atas alasan 1Malaysia. Bila kita buat silap, maka dikatakan bertentangan dengan 1Malaysia. Maka kita terus salah, mereka terus betul.

Apakah kita sudah lupa isu pengetua SMK Tunku Abdul Rahman, Kulaijaya yang didakwa mengeluarkan 'ucapan rasis' pada tahun 2010? Seluruh media ultra kiasu menghentam habis-habisan pengetua tersebut. Langsung tidak diberikan peluang untuk membela diri. Desakan demi desakan dilakukan agar beliau dipecat dan ditukar.

Julai dan Ogos 2013, pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam, turut menerima nasib sama kerana dikatakan memberi ucapan rasis. September 2013, guru penolong kanan SMK Engku Husin Semenyih, Kajang, pun turut menjadi mangsa.

Pada Julai 2013 apabila gambar murid bukan Islam SK Sri Pristina "makan di tandas" semasa bulan Ramadan tersebar, sekali lagi seluruh media ultra kiasu dikerah untuk melondehkan isu tersebut sehingga habis FB guru besar turut digodam.

Pelbagai tuduhan dibuat tanpa langsung memberi peluang kepada beliau membela diri. Beliau dan keluarga dimalukan, dihina dan dikecam sehingga anak beliau sendiri merayu dan menulis di status FB jangan diganggu ayah beliau lagi.

Namun, dalam isu guru mualaf dan SJKC ini, semua media ultra kiasu senyap sepi. Kenapa tidak sensasikan isu ini dan memaksa guru besarnya dipindahkan atau meletakkan jawatan? Jawapannya mudah, mereka sekapal.

Saya yakin, penghinaan ke atas guru mualaf tersebut, dan artis bertudung, sengaja dilakukan. Peliknya, guru mualaf tersebut yang ditukarkan ke sekolah lain, bukan guru besar itu.

Lebih menjengkelkan lagi, ketika isu ini dibangkitkan, kita diminta sabar, siasat dahulu, jangan bertindak terburu-buru, perlu berhikmah dan bermacam-macam alasan. Inilah sifat orang Melayu, terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak beransur-ansur.

Benar, memaafkan seseorang itu satu sifat yang baik. Tetapi itu bukan bermakna, pesalah boleh terlepas begitu sahaja.

Masih ingatkah kita pada zaman Nabi, apabila seorang Muslimah dipermainkan oleh Yahudi sehingga terselak kain dan menampakkan auratnya? Apa tindakan selepas itu? Jawapannya, perang.

Hari ini kita tidaklah sampai ke peringkat perang. Tetapi menjadi tanggungjawab seorang pemimpin negara untuk memastikan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Islam di bawah pemerintahannya dianiaya oleh musuh-musuh Islam.

Ingatlah! maruah dan keadaan umat Islam semakin tercabar. Malangnya, tiada pemimpin yang berani bangkit dan dengan tegas bersuara mempertahankan maruah umat Islam yang tercalar. Lebih menyedihkan, penghinaan itu berlaku di bumi kita sendiri yang berasaskan Melayu dan Islam.

[LEBUHRAYA RAKYAT] Perbadanan Menteri Besar Kelantan DISAMAN RM230 juta

Posted: 26 Jan 2014 06:07 PM PST


Sebuah syarikat kontraktor memfailkan saman sebanyak RM230 juta terhadap badan berkanun Kerajaan Negeri Kelantan iaitu Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan sebuah syarikat milik perbadanan tersebut berhubung pelaksanaan projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai atau dikenali sebagai Lebuh Raya Rakyat.

Plaintif, syarikat Dae Hanguru Infra Sdn. Bhd. memfailkan saman kepada kedua-dua defendan itu di Mahkamah Tinggi di sini pagi ini.

PMBK dinamakan sebagai defendan kedua manakala syarikat milik penuhnya, Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. yang dipertanggungjawab untuk menguruskan pelaksanaan projek lebuh raya tersebut sebagai defendan pertama.

Dae Hanguru yang sebelum ini diterima kedua-dua defendan sebagai syarikat yang akan membina lebuh raya tersebut menuntut kerugian keuntungan yang dijangka akan diperolehi iaitu sebanyak RM225 juta dan RM5 juta wang yang telah dibelanjakan daripada kedua-dua defendan setelah defendan-defendan tidak mahu meneruskan penyempurnaan dokumen kontrak.


Err.. Agaknya mana perginya derma ini?

@NajibRazak Baru Sedar Kenyataan Menteri Termasuk Perumpamaan #Kangkung KURANG BIJAK?

Posted: 26 Jan 2014 05:46 PM PST


Datuk Seri Najib Razak sudah mewajibkan latihan media kepada menteri Kabinetnya untuk mengelakkan kenyataan "kurang bijak" yang menyebabkan pentadbirannya menjadi bahan jenaka.

"Perdana menteri mahu semua menteri menjalani latihan media untuk elak kenyataan-kenyataan kurang bijak terus dikeluarkan," kata satu sumber dengan syarat namanya dirahsiakan merujuk kepada arahan Najib kepada anggota Kabinet.

"Kita tak nak imej Putrajaya rosak kerana kenyataan-kenyataan seperti Ku Nan dan Hasan Malek," tambahnya.

Seorang menteri Kabinet mengesahkan terdapat arahan daripada Najib semasa mesyuarat lalu agar semua jemaah menteri menjalani kursus dan seminar tentang bagaimana untuk berhadapan dengan media.

Untuk rekod Perdana Menteri sebelum ini mempersoalkan mengapa kerajaan dipersalahkan tatkala harga barang naik tetapi ketika harga turun tidak pula dipuji.

"Bila harga barang naik, sawi naik, kangkung naik. Ada masa dia naik, ada masa dia turun.

"Hari ini saya baca dalam surat khabar ada yang dah turun. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil," kata Najib yang dipetik berkata dalam video tersebut.

Kenyataan Najib itu dicemuh ramai pihak sehinggakan kangkung menjadi perkataan disebut-sebut dan mendapat liputan media antarabangsa seperti British Broadcasting Corporation (BBC).

Dalam mempertahankan Najib, Tengku Adnan mengatakan pihak yang memainkan isu kangkung ini bodoh, tidak mengetahui maksud di sebaliknya dan menjauhi budaya ketimuran.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, apa yang dimaksudkan Najib adalah kangkung sejenis sayuran yang murah dan boleh ditanam di merata tempat.


Anak Cina Tak Dihukum, Kenapa Hanya Yang BerAgama Islam diLembukan? #Racist #Islam #Malaysia

Posted: 26 Jan 2014 05:41 PM PST


Hanya kerana gagal menyiapkan tugasan sekolah yang diberi, dua murid tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng dekat sini dilayan seperti seekor lembu apabila digantung loceng di leher dan dipaksa memakan rumput oleh seorang guru sekolah itu, Khamis lalu.

Guru lelaki berusia 26 tahun yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris itu bukan sahaja menggelarkan Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith masing-masing 10 tahun sebagai 'lembu' malah turut mengugut akan memuat naik gambar mereka yang diambil menggunakan telefon bimbit di laman sosial Facebook.

"Empat murid tidak siapkan kerja sekolah iaitu dua daripada kaum Cina dan dua lagi murid beragama Islam yang diambil tindakan hanya dua pelajar Islam sahaja dua lagi tiada apa-apa tindakan.

"Alasan yang diberikan guru itu kerana dua lagi (murid Cina) berpenyakit dan mempunyai surat sakit daripada doktor. Ini tidak masuk akal kerana anak saudara saya juga mempunyai masalah kesihatan kerana menghidap asma," kata ibu Muhammad Nasvinder, Siti Aisha Hashim, 32.

Sementara itu, Bapa saudara kepada Muhammad Nasvinder, Muktasim Hashim, 28, berkata, pada mulanya kedua-dua murid berkenaan dirotan sebanyak dua kali di bahagian tapak tangan sebelum diarahkan memakai loceng di leher dari pukul 9 pagi sehingga tamat waktu persekolahan pada pukul 1.30 petang.

Katanya, jika murid itu ingkar arahan berkenaan, mereka akan dikenakan hukuman lebih berat iaitu denda rotan sebanyak 10 kali lagi.

"Kedua-dua murid ini akur dengan arahan guru tersebut kerana bimbang akan dirotan lagi. Bagaimanapun, tindakan guru terbabit membuatkan mereka malu untuk ke kantin sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Balai Islam Taman Permai di sini hari ini.

Muktasim berkata, kejadian kedua pula berlaku pada pukul 10.10 pagi iaitu pada waktu rehat yang guru tersebut datang semula ke kelas mangsa sebelum mengambil rumput di hadapan kelas lalu memaksa mangsa makan.

Tindakan keterlaluan guru itu, katanya, memaksa Muhammad Nasvinder mengeluarkan kata-kata 'Lembu puasa hari ini jadi saya tidak boleh makan' kepada gurunya kerana tidak tahan dipaksa makan rumput tersebut.

Katanya, guru itu ada menemui mereka dan membuat permohonan maaf, namun permohonan maaf itu dilihat dibuat dalam keadaan tidak ikhlas.

"Guru besar yang ditemui juga memberitahu kejadian itu (gantung loceng) bukan kali pertama dilakukan oleh guru terbabit tetapi memaksa makan rumput dengan gelaran 'lembu' adalah kali pertama," katanya.

Justeru katanya, mereka sebulat suara mahukan guru tersebut diambil tindakan keras agar kejadian sama tidak berulang.

Siapa Sebenar Yang Racist?
Cina Buat Hanya Cukup Dengan Permohonan Maaf : Jika Melayu Buat Sebaliknya Agaknya Apa yang Cina TINDAKAN CINA?

Penyatuan Melayu Hanya "angan-angan" #Melayu #Malaysia

Posted: 26 Jan 2014 05:17 PM PST


Profesor Diraja Ungku Aziz berkata orang Melayu tidak mungkin bersatu, seperti orang Arab yang "payah bersatu" berbanding orang Jepun yang "bersatu dalam satu negara, bangsa dan sejarah yang sama".

Beliau menyifatkan penyatuan orang Melayu sebagai "angan-angan" disebabkan faktor penjajahan, kerencaman Melayu dan sikap orang Melayu sendiri, lapor Berita Harian hari ini.

"Kita ibarat air dan minyak. Tak boleh campur... Orang Melayu pula dikacau oleh penjajah Portugis, Belanda dan itu antara faktor yang merosakkan Melayu.

"Selain itu orang Melayu ada yang datang dari Jawa dan bercampur-campur, Kita suka bergaduh sesama sendiri dan ada saja agenda.

"Pada saya penyatuan Melayu hanya angan-angan. Itu kita mesti terima. Tetapi kalau orang Melayu itu pandai, dia akan lebih bersatu. Kalau tidak dia hanya akan menjatuhkan sesama sendiri... dengki," katanya dalam temubual itu.

Beliau menjawab soalan dalam wawancara mengenai pandangannya mengenai isu penyatuan dan perpecahan orang Melayu ketika ini.

Bekas naib canselor Universiti Malaya itu berkata 60 tahun lalu, bapa pernah menasihatkannya bahawa orang Melayu suka "tikam belakang dan dengki".

Sehubungan itu, beliau berpendapat orang Melayu "tidak mungkin bersatu".


bumiyang

Posted: 27 Jan 2014 03:10 AM PST

bumiyang


Camkan Baju Ini - Mana Tahu Nanti Ada Yang Mengenakannya Dalam Video Seks 2014???

Posted: 26 Jan 2014 04:30 PM PST

Saranan Anwar Hentikan Budaya Menghasut - Blackout 505 dan 40 Ribu Bangla tu Apa???

Posted: 26 Jan 2014 05:54 AM PST

tunku

Posted: 27 Jan 2014 03:02 AM PST

tunku


KHALID – AZMIN SPAT – ANWAR WILL NOT INTERFERE, SAYS SOURCE

Posted: 27 Jan 2014 12:18 AM PST


Tan Sri Khalid Ibrahim's spat with PartiKeadilan Rakyat (PKR) deputy president Azmin Ali is expected to continue until both get tired and stop on their own steam.

Words have it that party de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim is not going to interfere and take sides although the expectation is that he would be on Azmin's side and ensure that Khalid steps down and make way.

Party insiders said Anwar had all along been in favour of Azmin and if he had got his way from the beginning in 2008 or the latest in May this, but due to several factors which he could not overcome, he would now just 'let the rift between Khalid and Azmin stop on its own.'

They said it is a known fact that party president Datin Seri Wan Azizah Ismail called the shots in Khalid's appointment as MentriBesar and Azmin, despite being the deputy president elected by party delegates, was and is still just second fiddle to the president's authority.

"Moreover, in Selangor Pakatan Rakyat (PR), Khalid is loved by the DAP and PAS assemblymen and MPs for his corporate ways which in a way seems to put aside Malay interests and religious focus.

"The priority is in running the state as a business concern, devoid of political diversion on racial priority.

"So on this score, it is quite difficult for Anwar to convince his DAP and PAS partners to push Khalid out of his MentriBesar seat just for the sake of Azmin.

"Secondly is the issue with the Selangor Palace where it is also everybody's knowledge that the Sultan is not comfortable with Azmin.

"Anwar will face a great difficulty in trying to get the Sultan to consent to a change of MentriBesar from a person the Palace is comfortable with to a person who the Palace is very much not comfortable.

"Last is of course, internal favour – between Anwar and his wife – which also everybody knows where Azizah is not comfortable at all with Azmin.

"Given this three factors, it is very unlikely that Anwar will intervene despite his dislike towards Khalid," said an inside source.

The source said Anwar would just let time solve the spat between the two PKR leaders and both seemed to know the outcome – Khalid stays as MentriBesar and Azmin as an assemblyman and PKR Selangor chief.

The source added Azmin had wanted to play bigger role such as a position in MentriBesar Incorporated but Khalid would not allow this as Azmin would have more influence if given such a chance.

"I do not know why Umno Selangor or Umno is not acting now to influence Azmin to jump ship or something like that because the scenario is just suitable for a political charge from Umno to split PKR," he said.

Taipingmali (tm)

Posted: 27 Jan 2014 01:15 AM PST

Taipingmali (tm)


Isu Pemecatan Khalid Ibrahim: Konspirasi Menjatuhkan Kak Wan?  

Posted: 26 Jan 2014 11:55 PM PST

Perpecahan di dalam PKR di antara 'kem Azmin' dan 'kem Wan Azizah' bukanlah satu rahsia lagi.  Seluruh rakyat tahu bahawa Azmin dan Kak Wan tidak mampu bertentang mata berikutan hubungan akrab Azmin dengan Anwar dan juga hubungan sulit isteri Azmin, Shamsidar dengan Anwar.  Sesungguhnya, hubungan kedua-dua keluarga ini amatlah 'kompleks' sehingga ke tahap tidak masuk akal untuk digambarkan.  Sekali gus, menjadikannya sukar untuk dipercayai. 
 
Bagaimanapun, hubungan yang tidak masuk akal ini adalah fakta dan buktinya sehingga kini sama ada Azmin, Anwar, Kak Wan atau Shamsidar sendiri sentiasa mengelak untuk menyentuh secara terperinci berkenaan hubungan keluarga mereka.  Malah, Anwar juga enggan menyaman sesiapa yang memperkatakan soal hubungannya dengan Shamsidar walaupun pemimpin PKR itu cukup terkenal dengan saman-menyaman sehingga bertanyakan soalan juga boleh disamannya. 
 
Seperti mana-mana politikus lain, kedua-dua Azmin dan Kak Wan juga mempunyai pengikut setia masing-masing dan turut bersaing bukan sahaja untuk mengambil hati Anwar, tetapi juga untuk berkuasa.  Setakat ini, kem Kak Wan dilihat berjaya mengatasi Azmin apabila Khalid Ibrahim dari kem Kak Wan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. 
 
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna Azmin tersisih terus.  Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR terus menjadi orang yang paling dipercayai Anwar. 
 
Pun begitu, sifat tamak para pemimpin PKR ini tidak mampu membuatkan mereka berpuas hati dengan jawatan yang disandang.   Cubaan menyingkirkan masing-masing terus berjalan dan semakin hebat sejak akhir-akhir ini.  Di samping itu juga, kedua-dua pihak cuba mengukuhkan kedudukan masing-masing dengan cara tersendiri. 
 
Bertitik tolak dari itu, Khalid Ibrahim melancarkan strategi mengukuhkan kedudukan dengan menaikkan elaun exco bagi menjamin sokongan mereka terhadapnya.  Azmin pantas mengkritik tindakan Khalid itu dan disokong oleh Anwar Ibrahim.  Kritikan kedua pemimpin tertinggi PKR ini menjadikan kerusi Khalid Ibrahim semakin panas. 
 
Tidak cukup dengan itu, pada 8 Januari lalu, Khalid Ibrahim kemudian melancarkan satu lagi serangan terhadap Azmin dengan memecat beliau dari Lembaga Pengarah PKNS.  Beliau bagaimanapun menafikan mengarahkan pemecatan tersebut dan kemudian memberi masa dua minggu kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohammed Khusrin Munawi untuk membuat siasatan terhadap Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif perbadanan itu, Norita Mohd Sidek berkenaan penamatan kontrak Azmin. 
 
Berikutan itu, Malaysian Insider melaporkan yang Anwar secara terbuka di dalam Mesyuarat PKR menyatakannya bahawa beliau tidak lagi dapat menyokong Khalid Ibrahim.  Anwar dikatakan merungut kerana Khalid langsung tidak berbincang dengan kepimpinan tertinggi parti dalam membuat keputusan mengenai Selangor.  Sebelum ini juga Anwar telah mengkritik Khalid mengenai kegagalannya membelanjakan peruntukan RM2.8 billion untuk pembangunan di Selangor. 
 
Melalui mesyuarat yang sama, beberapa pemimpin PKR lain juga mula mendesak agar Khalid Ibrahim disingkirkan. 
Bagi menambah kekusutan, akhbar Sin Chew Daily pula menyiarkan berita bahawa Khalid Ibrahim telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor dan diganti dengan Azmin Ali.  Khalid dikatakan berang dengan laporan tidak benar itu dan menuntut agar akhbar tersebut membuat penjelasan mengenainya. 
 
Walaupun Khalid mendapat sokongan padu dari Presiden Parti, tetapi Azmin mendapt sokongan padu dari Ketua Umum.  Justeru, secara tidak langsung, ramai yang melihat perbalahan antara Azmin-Khalid adalah sebenarnya adalah pertembungan antara pengaruh Wan Azizah-Anwar.  Jika ini benar, maka tentu sekali kem Kak Wan tidak punya harapan. 
 
Walaubagaimanapun, politik itu tidak mempunyai peraturan.  Rakan boleh menjadi musuh dan musuh boleh menjadi sahabat dalam sekelip mata.  Apa yang kita mungkin terlepas pandang ialah kemungkinan semua ini hanyalah lakonan semata-mata. 
 
Khabar menyatakan bahawa Azmin dan Khalid kini mengatur strategi bersama untuk menyingkirkan Wan Azizah.   Dengan kedudukan Anwar yang semakin tidak relevan dan Kak Wan pula bagaikan tidak wujud lagi, maka teori konspirasi ini tidaklah mengejutkan. 
 
Sekiranya Wan Azizah disingkirkan, maka Azmin boleh saja mengambil tempat beliau sekali gus meletakkan Azmin selangkah lebih dekat dengan jawatan Anwar sendiri. 
 
Mungkin teori ini agak 'keterlaluan' dan tidak masuk akal.  Namun, jangan lupa bahawa apa sahaja tentang Anwar, Azmin, Azizah dan kuncu-kuncu mereka adalah tidak tertakluk kepada logik akal.  Mereka mampu hidup secara songsang, tunggang terbalik dan tungging ke belakang, dan mereka mampu berbuat apa saja demi kuasa. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aduss duuu dududu! Tak dapat guna balik raya lah

Posted: 26 Jan 2014 05:41 AM PST

TERKINI Lebuhraya Rakyat:
Dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan disaman RM230 juta 26/01/2014 7:14pm

Alahai!

KOTA BHARU - Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai. Dae Hanguru Infra Sdn. Bhd. (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah. DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn. Bhd. (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan. Syarikat itu menuntut RM225 juta merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan. DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telah pun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan. - Bernama Visit website

Sahabat-Gunung

Posted: 27 Jan 2014 01:14 AM PST

Sahabat-Gunung


PuteriUMNO Kutuk Provokasi Melampau Bertujuan Bangkitkan Ketegangan Kaum

Posted: 26 Jan 2014 09:39 PM PST

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan memijak Al-Quran yang disebarkan melalui laman sosial Facebook dan juga provokasi penggantungan poster-poster berbaur provokasi berhubung kalimah Allah di beberapa kawasan di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketuanya, Mas Ermieyati Bt Samsudin menyifatkan perbuatan ini terlalu biadap, berniat jahat dan sengaja diadakan bagi membangkitkan ketegangan agama di Malaysia.

"Puteri amat dukacita dengan perbuatan ini dan menggesa agar pihak Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan drastik mengenalpasti siapa dalang disebalik perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini dan seterusnya mengheret mereka ke muka pengadilan. Ini kerana jika tidak dibendung dengan segera, kita khuatir puak-puak pelampau ini akan bertambah berani mencabar kedaulatan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan."

"Saya merasa amat kecewa kerana ada pihak yang terang-terangan ingin menggugat keharmonian dan menangguk di air keruh di saat pihak kerajaan bertungkus lumus merapatkan barisan untuk mengeratkan kembali hubungan 1Malaysia.

Lupakah kita terhadap usaha nenek moyang kita dahulu bersatu padu dan berjuang berhabis-habisan bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu untuk memastikan semua bangsa dapat hidup bebas, aman dan damai?  Mengapa kita sewenang-wenangnya hendak menghancurkan kerukunan yang telah 57 tahun kita nikmati ini?"


Beliau turut menyeru kepada rakyat Malaysia, jika masih sayang dan cintakan Malaysia, hentikanlah perbuatan provokasi ini dan sama-samalah hormati agama Islam sebagai agama rasmi.

Chua Lai Fatt Yang Meragukan ..... @nohomar .... Boleh Tolong Siasat

Posted: 26 Jan 2014 07:09 PM PST



Terus terang aku katakan, aku sangat meragui INSAN bernama:-

Chua Lai Fatt nie.....

Aku mohon sangat agar pihak UMNO Selangor, Wanita BN Selangor, Jabatan Pendaftaran Negara & Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk menyiasat perkara nie ....

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 26 Jan 2014 11:37 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


INI BARULAH NAMANYA KETUA PEMUDA, TAHNIAH YB KJ !

Posted: 26 Jan 2014 09:21 PM PST



TAHNIAH YB KHAIRY JAMALUDIN atas ketegasan di tweeter yang menulis "Cikgu Lembu" patut ditamatkan perkhidmatannya, bukan dipindahkan sahaja. Ini barulah namanya Ketua Pemuda UMNO. 


Mari Layan, Bukan "Launch" tetapi "Lunch". (Tagline Mahpuz Launch)

ANWAR MENENTANG KEMERDEKAAN NEGARA KRISTIAN TIMOR TIMUR

Posted: 26 Jan 2014 07:16 PM PST

Siapa Itu Anwar Ibrahim?



Tulisan ini dibuat semata-mata ingin membetulkan kesimpang-siuran informasi mengenai tokoh politik Malaysia yang satu ini. Pendekatan yang penulis ambil dalam memperkenalkan beliau mungkin sedikit berbeda. Penulis akan lebih mengekspos sisi beliau yang masih belum banyak diketahui masyarakat Indonesia.

Bagi yang belum terlalu kenal dengan beliau, ada baiknya layari laman ini dulu: http://id.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim

1. Dato' Seri Anwar Ibrahim berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau keturunan campuran India Muslim (Mamak) dengan Melayu. Ayah, istri dan anak beliau juga pernah aktif di parlemen. Bisa dikatakan keluarga beliau ini termasuk dinasti politik lah.

2. Beliau lulusan Universiti Malaya jurusan Peradaban Melayu. Jadi desas-desus kalau beliau itu lulusan Indonesia tidak benar.

3. Beliau termasuk angkatan terakhir aktivis pergerakan mahasiswa di Malaysia. Malaysia telah melarang secara mutlak semua kegiatan yang berbau pergerakan setelah perjuangan beliau berakhir.

4. Beliau lebih dikenal sebagai cendekiawan muslim dulunya. FYI, pemerintahan Malaysia dipenuhi golongan sekuler berpendidikan British. Beliau inilah yang dulunya banyak memperkenalkan program-program bernafaskan Islam sewaktu menjadi menteri.

5.  Sewaktu beliau disingkirkan dari kekuasaan dan dipenjara, ada kabar burung menyebutkan bahwa Presiden Habibie mengirim Menlu Ali Alatas untuk membujuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad agar kesamatan beliau dijaga.

6. Solidaritas beliau kepada Indonesia ditunjukkan dengan inisiatifnya pasang badan menolak kemerdekaan Timor Timur. Tidak banyak orang Malaysia atau Indonesia yang tahu perihal solidaritas beliau ini.

7. Kalau di Indonesia, mungkin anda bisa bayangkan beliau ini merupakan manifestasi gabungan dari sejumlah tokoh. Beliau orator handal seperti Bung Karno, tabah dan sabar seperti Pak SBY, cerdas seperti Pak JK, moderat seperti Gus Dur.

8. Beliau rajin berkunjung ke Indonesia bukan untuk mencari dukungan pemerintah Indonesia. Secara jelas & nyata tidak mungkin Pemerintah Indonesia mengintervensi pemerintah Malaysia. Hanya orang kurang berpendidikan saja yang akan berpendapat seperti itu.

Sekian saja yang bisa saya share. Moga-moga cukup membantah semua tuduhan terhadap beliau.

KOMENTAR PEMBACA DI SINI :
Rofans,
Terimakasih atas penerangan saudara. Namun agak kurang tepat.
Yang banyak mermperkenalkan dasar Islam ialah Dr Mahathir. Saya masih ingat Dr mahathir selepas menjadi Perdana menteri meminta seorang tokoh Islam terkenal di Malaysia( sudah meninggal dunia) untuk membuat kertas kerja berkenaan penubuhan Bank islam.
Orang ramai ketawa dan persendakan Dr Mahathir. namun akhirnya Bank islam ditubuhkan pada 1984. Dan diikuti oleh Insuran berdasarkan Syariah. Kini sesiapa di Malaysia yang mahu jual insuran lebih baik ada lesen Takaful kerana pasaran masa depan adalah Insuran islam( di malaysia).
Menyedari bahawa Malaysia boleh jadi peneraju perbankan Islam, Dr Mahathir giat galakkan perbankan Islam sehingga kini Malaysia adalah negara Islam terkedepan dalam khidmat nasihat Bank berdasarkan Syariah .
DAN NO 7
"…Sabar seperti SBY". Saya tidak fikir begitu. BELIAU TIDAK SABAR. Anwar menjatuhkan Abdullah Badawi dari jawatan Pengerusi UMNO Pulau Pinang. Beliau tidak hargai jasa Abdullah Badawi yang banyak membantu beliau diawal kariernya. Orang Melayu menolaknya sebagai calon pilihanraya 1982. Namun kerana hormatkan Abdullah Badawi sebagai Pengerusi UMNO Pulau Pinang, mereka menerimanya.
Anwar juga tidak sabar dengan jatuhkan Tun Ghaffar Baba pada 1993. Beliau tidak mahu bersabar dan menunggu giliran /.walhal Tun Ghaffar tidak gila kuasa. Beliau dilantik sebagai timbalan Perdana menteri pada 1986.
Anwar juga tidak sabar untuik jadi perdana menteri. Dia mengkhianati perdana menteri walaupun diberi layanan "anak emas" oleh Dr Mahathir.
Dan Anwar juga tidak sabar dan enggan terima qada dan qadar bahawa pilihanraya 2008 dimenangi BN. beliau cuba merasuah ahli parlimen BN untuk berpaling tadah. Beliau enggan terima ketentuan illahi.
"CERDAS " seperti Pak JK
Betulkah? Jika benar, kenapa begitu bodoh enggan terima tawaran Dr mahathir untuk letak jawatan.
"ORATOR HANDAL SEPERTI BUNG KARNO".
Tetapi tidak dipercyai oleh Umat islam( majoriti) . Lebih dilihat sebagai "tin kosong". Hanya pandai cakap saja.
ROFAN
Sudah banyak kali beliau menghina Malaysia di Indonesia. Sudah ada di Youtube.
TIMUR TIMOR
Mendengar saja Habibie buat salah besar benarkan referendum terhadap Timur timor, Kerajaan Malaysia dan rakyatnya sudah tahu Indonersia akan kehilangan Timor timur. Sepatutnya Habibie boleh beri apa saja kecuali MERDEKA. Keputusan referendum sudah boleh dijangka.
"..Moga moga membantah setiap tuduhan…"
Tuduhan terhadap beliau ( saya yakin 150%) benar. Pada mulanya orang ramai tidak percaya Dr mahathir .
Namun akhirnya setelah beberapa lama, orang sudah sedar betapa Anwar seorang pembohong. Dia gagal bersumpah setelah dicabar. Orang yang tidak bersalah tidak akan takut untuk bersumpah.
Namun beliau amat "disayangi" oleh Barat dan media barat. Dr Mahathir pula enggan menerima "bantuan" IMF lalu dihina kerana berani kata tidak pada ramuan dari IMF.
Saya fikir anda tidak "kenal" Anwar Ibrahim. seperti yang saya kata, apa pun dosa umat Nabi Muhammad SAW di Malaysia, kami bermohon Allah SWT tidak menurunkan bala pada Umatnya DENGAN mermberi kuasa pada Anwar. Akan tergadailah negara ini jika Anwar berkuasa.
Sumber : Kompasiana

KINI, APA PERASAAN KAMU?

Posted: 26 Jan 2014 05:59 AM PST

Tokong Melayu? Tertera Nama Datok Haji Samsudin Di Selangor
Bukalah Matamu

Apakah Perasaanmu

Di mana-mana

Siang & Malam, Bagaimana Nasib Generasi Islam 

Kalimah ALLAH adalah sesuatu yang khusus untuk Islam. Kalimah ini memberikan kita makna yang amat tersendiri dan merujuk juga kepada hakikat. Hakikat makna ALLAH itu mendukung konsep keesaan. Inilah landasan tauhid yang menghubungkan manusia dengan Pencipta.

Orang Kristian menghubungkan Tuhannya dengan Yahweh, Elohim atau Adonai dan tidak boleh disamakan dengan ALLAH.

Keimanan kita kepada Kitab Injil yang mendukung maksud hunafa' atau hanif adalah berbeza dengan maksud Trinity yang mengungkapkan Satu Dalam Tiga dan Tiga Dalam Satu.

Oleh itu menyamakan kalimah ALLAH dan segala macam implikasinya dengan konsep Trinity amat bercanggah kerana dalam Surah al Ikhlas dan Surah al Kafirun memberi asas yang jelas bagi penganut Islam. Jesus atau Nabi Isa dalam Islam adalah Nabi dan Rasul bukannya anak Tuhan.

Implikasi kalimah ALLAH dengan persoalan tauhid, ibadah, syariah dan akhlak adalah berkaitan. ALLAH, yang memberikan landasan tauhid tidak hanya pada nama tetapi terhubung dengan tasawwur bahawa ALLAH itu SATU dan terhubung dengan makna dan hakikat kesatuan.

ALLAH dan penciptaan, ALLAH dan rahmah serta nikmah, ALLAH dengan ilmu dan kebenaran, ALLAH dengan planet dan galaksi berada dalam satu kesatuan. Ia memberi asas epistemologi (teori ilmu dan asal-usul ilmu) yang terhubung langsung dengan ALLAH.

Oleh itu kalimah ALLAH tidak boleh disamakan makna dan hakikatnya dengan istilah-istilah lain yang memberikan konotasi atau pengertian berbeza.

Al-Quran memberikan pedoman "Laqum Deenukum walyadeen- Kamu agama kamu, kami agama kami". Malah Rasulullah SAW menegah umatnya daripada menghina agama lain, dibimbangi orang lain akan menghina Islam.

Soal perbezaan dalam agama adalah sesuatu yang wujud terutama dalam bidang aqidah dan ibadah. Penganut agama-agama harus ada etika untuk berbeza (ethics of differences) supaya perbezaan tidak tercetus menjadi hal yang sensitif dan menyebabkan keresahan.

Pihak yang ingin memaksa penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu harus sensitif dengan perasaan orang Islam. Ia membawa implikasi dalam aqidah mereka. Malah undang-undang atau enakmen Islam negeri-negeri bagi banyak negeri sejak sekian lama memaktubkan perkara ini.

Memaksa penggunaan kalimah ALLAH itu bagi orang bukan Islam nantinya akan ditanggapi ada maksud yang tersurat dan tersirat. Ia menjadi tidak baik bagi masyarakat beragama di Malaysia.

Sifat saling memahami dan toleransi perlu ada di kalangan pihak lain supaya perkara yang diterima sekian lama sebagai sesuatu yang sah bagi Islam menimbulkan salah faham dan curiga.

Bagi tokoh-tokoh politik yang bukan Islam, apa hak mereka ini memaksakan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Pertama mereka harus belajar menghormati kuasa mufti, majlis fatwa, kuasa Raja-Sultan terhadap ehwal agama Islam dan enakmen atau undang-undang mengenainya yang sudah diputuskan oleh banyak negeri.

Kedua, mereka harus menghormati keputusan syarak yang dinyatakan oleh individu berwibawa mengenainya atau majlis syura Islami yang membuat keputusan mengenainya.

Seperti juga penganut agama lain berhak membuat keputusan mengenai agama mereka tetapi tidak memandai-mandai memaksa agama lain supaya menerima apa yang mereka putuskan.

Kalimah ALLAH adalah sesuatu yang unik dan khusus bagi penganut Islam. Ia tidak boleh disamakan dengan patung bagi orang Kristian dan berhala bagi orang Hindu kerana ia membawa implikasi lain. Justeru menghormati hak orang Islam seharusnya menjadi amalan.

Kalimah ALLAH membawa konsep tersendiri mengenai Tuhan. Ia sebagai tunjang akidah tauhid yang membentuk suatu tasawwur atau pandangan semesta terhadap Pencipta dan hasil ciptaannya.

Tasawwur yang Islami menjadikan aqidah tauhid sebagai landasan dalam beragama. Konsep ALLAH tidak boleh disyarikatkan dengan perkara-perkara lain yang mendorong kepada faktor syirik. Dosa syirik tidak ada keampunan daripada ALLAH.

Oleh itu umat Islam amat menjaga kalimah-kalimah penting yang ada dalam al-Quran termasuk wahyu, kitab, nabi, rasul, imam, makmum dan seumpamanya kerana kalimah-kalimah itu terhubung langsung dengan Islam.

Menyalahgunakan kalimah-kalimah ini akan membawa konotasi dan kesan yang berbeza dan ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kekacauan terhadap makna yang lari dari maksud Islami. Hal ini patut dihormati oleh pihak lain supaya Islam tidak dipersendakan.(Profesor DSB, UIA)



sekupangdua

Posted: 26 Jan 2014 11:37 PM PST

sekupangdua


KERAJAAN BN PIMPINAN DS NAJIB SEDANG BUNUH DIRI

Posted: 26 Jan 2014 08:10 AM PST

BN SEDANG MEMBUNUH PEJUANG NYA? sebagaimana isu kangkung, isu DS Rosmah  dengan Berlian, isu TAMUkan pengundi Cina yg belot, isu Penggunaan Kalimah Allah swt, Guling, isu Gst, Isu Najib yg dikaitkan dgn pembunuhan altantuya dan banyak lagi yg diakhiri aib dipalitkan...

Kali ini isu Lantikan Baru Pengerusi JKKK.  @ Ketua kampung bukan sekadar memberikan tajuk untuk barua  Roket dapat memalukan pimpinan tertinggi DS Najib sendiri... 

SEBALIKNYA ISU PERLANTIKAN KETUA KAMPUNG BARU NANTI CUKUP JELAS AKAN MEMBUKA RUANG DAN PELUANG KEPADA PARASIT TERUTAMA YG PERNAH MENJADI KETUA KAMPUNG PAKATAN RAKYAT SEBELUM INI TERMASUK DI PERAK BILA11 BULAN DINERAKAKAN PR... TERBUKA LUAS UNTUK MEREKA YANG KITA BOLEH JANGKA AKHIRNYA KEMANA... TAK PERLU MENAFI ATAU MEMUJUK HATI


Semuanya kerana Pengambilan ketua kampung baru. Rata-rata teman bertanyakan pasal ketua kampung yg baru Pada ketua kampung yg teman cukup kenal dan sedikit kajian teman  rasa inilah musibah Besar bakal melanda BN dan UMNO sambil terfikir adakah mereka sedar tentang kesilapan yang tentunya membawa kepada punca kejatuhan BN di PRU 14.nanti?



INI DAH LUPA?

Kenapa pengambilan baru bagi ketua kampung yang akan datang meletakan diantara syarat yang diwajibkan ialah mesti berumur tidak lebih dari 65 tahun? Adakah pernah dikaji rapi kesudahan ataupun kesannya nanti kepada kerajaan BN yg sedia ada..tahukah mereka dengan meletakan syarat begini bermakna (merujuk di Perak) kita akan kehilangan hampir 80% ketua kampung yg terbukti pernah berjasa sehingga Perak dikembalikan kepada BN. Bukan kah mereka adalah diantara jentera yang menyampaikan segala hasrat dan perancangan Kerajaan. Bukan setakat itu malah bukan kah mereka juga sebagai mata kerajaan di peringkat akar umbi? 

Adakah keadaan sudah cukup selesa sehingga tidak memerlukan khidmat serta kesetiaan dari pemimpin yang sudah bangka kerana khuatir dan berpendapat yang dah tua terlalu uzur tidak menjaminkan khidmat yg baik untuk penduduk kampung.

Kenapa masih tidak belajar lagi dengan apa yg sudah terjadi? Dah lupa kah bagaimana Perak.dinerakakan selama 11 bulan yg diperintah oleh rejim pakartun Roket? Lupa kah bagaimana mereka merampas kelas tadika dan kunci dewan...lupa kah siapa yang kehadapan ketika itu. Adakah ketika itu dipertikaikan soal umur bila ketua kampung yg sebenarnya tampil.dan pertahankan haknpenduduk kampung...


2 minggu lepas ketua kampung hadir taklumat GST utk pencerahan si peringkat kampung

Kalau diungkap atau disorot kembali sekitar 50-60an ketua kampung tidak perlu kretetia mesti sibawah 65 tahun. Ketua kampung juga adakala nya pemimpin dan penentang zaman komunis dan jepun. Malah bukan pekara pelik bila ada yg 0menjangkau 70- 100 lebih tahun dan pejuang yg tersohor dan ketua kampung. Di kampung orang yg paling tua dihormati dan diangkat sebagai Ketua Kampung... yang tua dihormati begitulah tanggapan setiap penduduk kampung adanya...

Adakah mereka pernah kaji kehilangan 80 % ketua kampung yg juga kebanyakannya merupakan ketua cawangan memberi impak yg buruk bila tentunya terkilan dengan tindakan dan merasakan tidak lagi dihormati ataupun diperlukan lagi atas sebab umur?

Adakah sudah bersedia dengan tamparan yang paling hebat bila ketua kampung yang jauh lebih muda dan tidak ada pengalaman sebagaimana yg dah tua dan mahu disingkirkan...

Adakah cukup yakin dengan bakal ketua kampung yg akan dilantik nanti cukup setia seperti mereka yg terdahulu. Jangan lupa kalau dibuka kepada seluruh penduduk kampung untuk memilih ketua kampung mereka... ini bermakna ruang dan peluang kepada mereka yg pernah menjadi ketua kampung pakatan rakyat dahulu pun punya pengaruh merebut jawatan..

Adakah perancangan begini sudah diteliti dengan teliti apa akhirnya nanti. Malah banyak yg teman dapat tahu kebanyakan AJK JKKK juga tidak akan bersama lagi seandainya ketua kampung kesayangan mereka tidak lagi dilantik semula. Bukan  setakat itu UMNO khususnya peringkat cawangan juga akan semakin berpecah belah dan suram...

Apakah masih tidak serik lagi... bukan kah baru-baru ini pelbagai kecaman yang diterima oleh DS Najib yg dikatakan berpunca dari kegagalan PMO yang didakwa oleh kebanyakan Bloggers dan pejuang maya... Yang pastinya perlu SEDAR dan diambil tindakan... kalau tidak sama lah seperti memberi racunyang racunnya akan mula bertindak perlahan-lahan kesannya...



APANAMA

Posted: 26 Jan 2014 11:36 PM PST

APANAMA


Eloquent silence?

Posted: 26 Jan 2014 09:11 PM PST

Racists choked by racism?

Posted: 26 Jan 2014 04:30 AM PST

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 26 Jan 2014 11:35 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Alhamdulilah Nik Aziz Akhirnya Dapat Hidayah...

Posted: 26 Jan 2014 11:00 PM PST


Setelah membuat kenyataan yang tidak berapa konsistan selama dia menjadi menteri besar kelantan mengenai kalimah Allah, kini kenyataan terbaru nik aziz setalah pencen dari menjadi menteri besar agak mengejutkan, kenyataan terbaru nik ajis ini dilihat seolah-olah dia macam baru mendapat hidayah dari Allah Taala...

Baca kenyataan terbaru dari nik ajis ini, mungkinkah pemimpin-pemimpin pas pro evangalist akan mengatakan nik ajis bodoh, bangang dan tidak moderate...???

KUALA LUMPUR 25 Jan - Golongan bukan Islam diingatkan untuk tidak menafsirkan atau menterjemah kalimah 'Allah' pada mana-mana kitab agama mereka bagi menggantikan perkataan God atau Lord.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Tuhan bagi setiap agama adalah berlainan maka untuk mentafsirkan 'Allah' bagi mentafsirkan God dalam bahasa Melayu adalah tidak berpatutan.

Tetapi yang menjadi masalah sekarang kerana ada orang mahu God diterjemah kepada ALLAH, ini tidak betul, God maknanya Tuhan, ia bukan bermakna ALLAH, ALLAH lain, tuhan lain, tuhan terlalu banyak, ada orang bertuhankan harta," katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam.

Jelas Nik Aziz, Islam dan Kristian mempunyai fahaman berbeza dan Tuhan pada kedua-dua agama adalah berbeza dan tidak boleh disamakan.

"Tuhan yang sebenar adalah ALLAH, tetapi God dalam bahasa Inggeris itu tidak boleh diterjemah kepada ALLAH, sebaliknya tuhan. Nama apa tuhan?

"ALLAH nama sebenarnya. Nabi Isa bukan tuhan, Siti Maryam tidak tuhan, (Malaikat) Jibril tidak tuhan, ALLAH itu nama-Nya, sifatNya ada 99, orang tidak boleh kenal ALLAH melainkan melalui nama-nama-Nya," ujarnya.

Beliau kemudiannya mengulangi pendirian Majlis Syura PAS yang masih berdiri teguh untuk melarang golongan bukan Islam mentafsirkan kalimah Allah mengikut kefahaman agama mereka.

Mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari tahun lalu sebulat suara memutuskan ALLAH adalah kalimah suci iaitu ALLAH Yang Esa, tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Majlis Syura Ulama ketika itu turut menegaskan bahawa kalimah ALLAH adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut, begitu juga sebaliknya. Sumber

Wajarkah CIMB Upgrade Sistemnya Di Waktu Cuti Panjang Ini...???

Posted: 26 Jan 2014 09:00 PM PST


Pihak cimb bank telah mengeluarkan notis, bahawa bermula dari 11.45 malam 31 januari sehingga 3 February, semua sistem mereka akan terganggu akibat proses menaik taraf (upgrade).

Ini bermakna semua transaksi keluar dan masuk wang melalui mesen atm dan cash deposit tak boleh di jalankan dan perkhidmatan cheque deposit juga mengalami gangguan, senang cerita pengguna dan pelanggan cimb tidak boleh keluar dan masuk duit selama 3 hari...

Persoalannya ialah, adakah wajar cimb menyusahkan para pelanggan mereka di waktu musim cuti panjang ini...? aku tak pasti sama ada perkhidmatan 'meps cash' terjejas sekali atau tidak...

Bayangkan sekiranya korang pelanggan cimb, dalam perjalanan korang balik ke kampung, tiba-tiba kereta korang rosak, mana korang nak cekau duit untuk repair kereta? cimb tengah upgrade sistem... hahah 3 hari la korang berkhemah tepi highway...

Tidakah pihak cimb fikir ini bukan masa yang sesuai untuk upgrade sistem...

Dari Kastam DiRaja Malaysia Akan Jadi Kastam Malaysia Berhad...

Posted: 26 Jan 2014 06:00 PM PST


Kata najib "Kerajaan akan membuat kajian terperinci mengenai kesesuaian pengkorporatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kajian yang akan dibuat pada tahun ini dijangka mengambil masa tiga hingga empat bulan.

"Kajian menyeluruh akan dibuat selama tiga hingga empat bulan untuk melihat sama ada pengkorporatan itu dapat dilaksanakan atau tidak," katanya.



Kastam kemungkinan akan di korporatkan, agaknya ini nasihat roti jala dan PEMANDU kepada najib, dengan menkorporatkan kastam, maka kerajaan akan mendapat pendapatan lebih lumayan berbanding sekarang...

Kalau pengkorporatan kastam menjadi kenyataan, agak-agak lepas nie apa pulak agensi kerajaan yang akan di korporatkan...? Polis DiRaja Malaysia akan jadi Polis Malaysia Berhad, Tentera Udara DiRaja Malaysia akan jadi Tentera Udara Malaysia Berhad...

The Unspinners

Posted: 26 Jan 2014 11:29 PM PST

MERBOK TIMES

Posted: 26 Jan 2014 11:28 PM PST

MERBOK TIMES


JANGAN BISING-BISING

Posted: 26 Jan 2014 02:42 AM PST

"The producers of the hit movie "Dumb and Dumber" say Red Granite Pictures is using money from the Malaysian prime minister's family to squeeze them out of producing the upcoming sequel".

ANUGERAH KEPADA YANG KALAH PUN DAPAT

Posted: 26 Jan 2014 02:14 AM PST

MI Maran kalah dalam pru13 yang lepas di kawasan DUN Bukit Selambau. 

Tetapi masih dianugerah darjah yang tertinggi. Reward kepada yang gagal mengembalikan sokongan kepada BN. Tahniah!

Belantan

Posted: 26 Jan 2014 11:17 PM PST

Belantan


Paderi dan gereja Kristian sudah mula berani 'jolok sarang tebuan'?

Posted: 26 Jan 2014 08:35 AM PST




Umat Islam terus dicabar. Penggunaan kalimah Allah, kini bukan lagi bermain di mulut mereka. Kali ini mereka naikkan banner-banner di merata-rata gereja.

Gereja Assumptions Conception, Lebuh Farquhar.

Gereja St John Britto, Sg Pinang.

Gereja Immaculate Conception, Lorong Maktab, Pulau Tikus.

Gereja Victory Lutheran, Lorong Delima 7, Island Glade,

Menurut sumber, banyak lagi gereja-gereja yang telah mula melakukan perkara yang sama....AYUH BANGKIT UMAT ISLAM!!!...ADAKAH KITA PATUT TERUS BERDIAM DIRI!!!

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 26 Jan 2014 09:38 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Kenyataan Rasmi Kementerian Pendidikan Berhubung Isu Guru Arah Murid Makan Rumput

Posted: 26 Jan 2014 07:39 PM PST



Leburaya Rakyat : Kerajaan PAS Disaman, Bukti Satu Lagi Janji Palsu PAS Di Kelantan

Posted: 26 Jan 2014 06:02 PM PST




KOTA BHARU - Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Krai.

Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah.

DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan.

Syarikat itu menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.

DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.

Plaintif menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

DHI merupakan sebuah syarikat yang diperbadan di negara ini khusus bagi melaksanakan satu penerimaan kontrak pembinaan lebuh raya itu oleh Baldah dan PMBK, yang membabitkan jumlah kos projek sebanyak RM1.8 bilion.

Selepas penerimaan kontrak pada Oktober 2012, DHI memulakan kerja awal projek berkenaan namun pada 13 Oktokber 2013, semasa perundingan masih berlangsung antara kedua-dua belah pihak, Baldah memaklumkan kontrak berkenaan tidak dapat diteruskan dan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu tidak mahu menyempurnakan dokumen kontrak.

DHI cuba berunding namun Baldah dan PMBK didakwa langsung tidak memberi sebarang maklum balas.

Pada November 2013, DHI memaklumkan Baldah bahawa syarikat itu akan menuntut ganti rugi di atas perbelanjaan yang ditanggung daripada projek lebuh raya itu serta pampasan jangkaan keuntungan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Atas keadaan ini, DHI tiada pilihan kecuali mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan kembali kerugian yang ditanggung," kata DHI dalam satu kenyataan.

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 Mei 2012. - Bernama

Isu Kalimah Allah : Banner Provokasi Umat Islam Di Pulau Pinang

Posted: 26 Jan 2014 07:20 AM PST



GERAKAN ANTI PKR

Posted: 26 Jan 2014 09:35 PM PST

GERAKAN ANTI PKR


PROF DIRAJA UNGKU AZIZ BERI DEFINISI PEMIMPIN YANG MELAYU PERLU ADA SAAT INI..!

Posted: 26 Jan 2014 07:53 AM PST

JURI RAKYAT

Posted: 26 Jan 2014 07:16 PM PST

JURI RAKYAT


Api Abadi, Menari Dibalik Derasnya Air Terjun Shale Creek Preserve

Posted: 26 Jan 2014 06:48 PM PST

Berada di belakang Air Terjun Shale Creek Preserve di Chestnut Ridge Park, pinggiran Buffalo, New York, AS, Anda akan menemukan salah satu keajaiban dunia yang aneh ini. Sebuah api menari di dalam air terjun tersebut.


Banyak ilmuwan heran melihat penemuan ini, bagaimana mungkin ada api memancar di balik kucuran air terjun. Mereka masih terus mencari tahu apakah ada gas sehingga menyebabkan api menyala di dalam sana dan seolah abadi.

Setelah diteliti lebih lanjut, ternyata api ini diyakini telah menerangi penduduk asli Amerika semenjak ribuan tahun lalu. Yang lebih aneh lagi, api ini membantah keyakinan para ilmuwan mengenai gas yang membakarnya. Pasalnya, kenyataannya bebatuan yang berada di air terjun ini tidak cukup panas untuk menghasilkan gas.


Jadi, apa yang menyebabkan api terus menyala di antara kucuran air terjun tersebut? Ada banyak api abadi di dunia ini, namun masing-masing diketahui disebabkan oleh gas alam yang dihasilkan bebatuan di bawahnya sehingga api muncul dan tidak bisa dipadamkan.


Asumsi yang diyakini saat ini adalah api abadi di belakang air terjun ini berbeda dari api abadi lainnya, entah bagaimana penduduk asli Amerika ribuan tahun lalu membuatnya. Dan, diharapkan memang api ini akan terus abadi, tak pernah padam.




Sumber: apakabardunia.com

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 26 Jan 2014 03:15 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


#AJL28: Body mantap Yana Samsudin jadi sasaran lensa

Posted: 26 Jan 2014 03:01 PM PST

Yana Samsudin sebelum ini memberi penjelasan kepada media dan peminat berkenaan dakwaan beliau melakukan pembedahan plastik pada wajahnya muncul di karpet ungu Anugerah Juara Lagu ke-28 dengan gaya ringkas tetapi jelita.

Dengan skirt hitam paras lutut, dan baju purple mengikut bentuk tubuhnya, Yana kelihatan begitu anggun sebagai penggiat seni yang sudah berpengalaman dalam industri hiburan di Malaysia.

Yana turun memuat naik fotonya itu ke akaun Instagram beliau.

#AJL28: Keputusan penuh Anugerah Juara Lagu ke-28

Posted: 26 Jan 2014 07:23 AM PST

Berikut adalah keputusan Anugerah Juara Lagu ke-28 yang telah berlangsung malam tadi:

Persembahan Terbaik: Hafiz - Bahagiamu Deritaku
Vokal Terbaik: Jacqueline Victor - Ikut Rentakku

Tempat ketiga: Kalau Aku Kaya - Awi Rafael dan Altimate
Tempat Kedua: Hanya Aku - Hyper Act
Juara: Hafiz - Bahagiamu Deritaku

#AJL28: Hanez Suraya atau Fazura di karpet ungu tadi?

Posted: 26 Jan 2014 07:01 AM PST

Berkenaan siapa tiru siapa dalam penampilan memang sedang hot diperkatakan dalam kalangan artis wanita.

Tuan punya badan sudah pastinya tak akan mengaku, katanya ianya kurniaan Allah SWT rupa parasnya sebegitu.

Yang dikatakan penampilannya ditiru juga tak ada pula keluarkan apa-apa kenyataan.
Yang membebel sebenarnya adalah peminat mereka sendiri...ada juga yang sanggup mengadu domba di ruang laman sosial...

Lawak lah korang ni!






Lebuhraya Rakyat: Dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan disaman RM230 juta

Posted: 26 Jan 2014 06:26 AM PST

KOTA BAHARU: Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Baharu dan Kuala Krai.

Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah.

DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan.

Syarikat itu menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.

DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.

Plaintif menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

DHI merupakan sebuah syarikat yang diperbadan di negara ini khusus bagi melaksanakan satu penerimaan kontrak pembinaan lebuh raya itu oleh Baldah dan PMBK, yang membabitkan jumlah kos projek sebanyak RM1.8 bilion.

Selepas penerimaan kontrak pada Oktober 2012, DHI memulakan kerja awal projek berkenaan namun pada 13 Okt 2013, semasa perundingan masih berlangsung antara kedua-dua belah pihak, Baldah memaklumkan kontrak berkenaan tidak dapat diteruskan dan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu tidak mahu menyempurnakan dokumen kontrak.

DHI cuba berunding namun Baldah dan PMBK didakwa langsung tidak memberi sebarang maklum balas.

Pada November 2013, DHI memaklumkan Baldah bahawa syarikat itu akan menuntut ganti rugi di atas perbelanjaan yang ditanggung daripada projek lebuh raya itu serta pampasan jangkaan keuntungan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Atas keadaan ini, DHI tiada pilihan kecuali mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan kembali kerugian yang ditanggung," kata DHI dalam satu kenyataan.

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 Mei 2012.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/lebuhraya-rakyat-dua-anak-syarikat-kerajaan-negeri-kelantan-disaman-rm230-juta-28950?cp

Murid 12 Tahun Terbunuh Selepas Berzina Dengan 3 Lelaki

Posted: 26 Jan 2014 05:20 AM PST

Damansara: Akibat khuatir diri dicekup penduduk setempat yang sudah menghidu kegiatan 'haram' bersama tiga orang lelaki, seorang gadis yang baru berusia 12 tahun begitu nekad beraksi ala-ala spiderman turun dari sebuah tangki apartment tingkat 7 untuk menyelamatkan diri.

Malang tidak berbau usaha gadis tersebut gagal apabila terjatuh dipercayai tergelincir ketika turun melalui bumbung balkoni untuk ke tingkat 6 apartment terbabit.

Mangsa yang tidak sedarkan diri dan dilihat cedera parah terus digegaskan ke Hospital Sungai Buloh sebelum disahkan meninggal dunia dua jam kemudian.

Port maksiat yang dipercayai digunakan oleh remaja perempuan dan tiga lelaki itu
Terdahulu, mangsa dikatakan sanggup ponteng kelas tuisyen semata-mata ingin bersama tiga lelaki tersebut naik ke tangki air yang terletak di tingkat 7, Blok E, Apartment Lestari di sini.

Bertitik tolak daripada kejadian itu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berjaya ditangkap manakala dua yang lain berjaya melarikan diri. Laporan dari pihak polis mengatakan remaja terbabit mempunyai rekod buruk selain pernah dibuang sekolah dan pernah ditahan polis empat kali.

Kain rentang ’Allah Is Great, Jesus Is The Son Of Allah’ di P. Pinang

Posted: 26 Jan 2014 12:01 AM PST

DIKATAKAN sejak semalam dikesan ada pihak yang menaikkan kain pemidang 'Allah Is Great, Jesus Is The Son Of Allah' di merata gereja di Pulau Pinang.

Dikatakan kain pemidang itu ditemui di gereja ini;

Gereja Assumptions Conception,
Lebuh Farquhar

Gereja St John Britto,
Sg Pinang

Gereja Immaculate Conception,
Lorong Maktab, Pulau Tikus.

Gereja Victory Lutheran,
Lorong Delima 7, Island Glade, Gelugor

Kita mengharapkan pihak berkuasa menyiasat tindakan sebegini kerana ia merupakan satu tindakan yang berbaur provokatif.

Apakah niat mereka yang berbuat demikian, adakah ia tindakan provokasi – atau adakah ia sebenarnya satu realiti yang cuba hendak diperjuangkan?

Ibadah Haji pun pembangkang nak politikkan...

Posted: 25 Jan 2014 11:30 PM PST

Tindakan memecat atau menghantar balik pembimbing berkenaan akan dilakukan segera jika kesalahan berkenaan terbukti dilakukan di tanah suci Makkah dan Madinah, katanya beliau.

"Tindakan berkenaan bakal diambil sekiranya Tabung Haji mempunyai bukti kukuh di atas kesalahan itu kerana ia adalah sesuatu yang serius sedangkan kerajaan selama ini sudah berusaha yang terbaik agar umat Islam dapat menjalankan rukun Islam kelima itu dengan selesa dan lancar.

"Sebagai contoh, terdapat jemaah yang memberitahu ketika mereka melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrah, jemaah haji dipesan agar selain ibadah itu dilakukan untuk melontar syaitan…sekembalinya ke tanah air mereka perlu melontar untuk menjahanamkan Umno," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke-30 di sini hari ini.

Menimbulkan kekeliruan

Muzakarah yang berlangsung selama empat hari bermula semalam itu bertujuan membincangkan pelbagai hukum haji yang sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Sebanyak 370 pembimbing ibadah haji dari seluruh negara berhimpun dalam muzakarah itu termasuk dari Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei dan Filipina.

Sehingga kini, terdapat kira-kira 400 orang pembimbing ibadah haji yang dilantik Tabung Haji bagi memberi panduan kepada jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.

Mengulas mengenai kesepakatan pembimbing ibadah haji dalam menjawab persoalan yang timbul, Jamil berkata muzakarah itu akan berusaha menyeragamkan jawapan agar tidak berlaku lagi kekeliruan dalam kalangan jemaah haji.

Bernama

Isu letak jawatan, MB S'ngor mahu akhbar Cina beri penjelasan

Posted: 25 Jan 2014 11:00 PM PST

KLANG: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, memberi penjelasan mengenai laporan berita akhbar itu baru-baru ini, kononnya beliau meletak jawatan.

Akhbar itu mendakwa kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah membuat keputusan melantik Timbalan Presiden Azmin Ali, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, untuk menggantikan beliau sebagai Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata, akhbar itu diminta memberi penjelasan berkenaan berita itu sebelum sambutan Tahun Baharu Cina minggu depan.

"Spekulasi itu sangat tidak baik dan kita kita minta penjelasan daripada Sin Chew bagaimana cerita itu boleh timbul kerana ia akan menyusahkan dan mengelirukan rakyat," katanya.

"Jika cerita itu benar tak apa tapi kalau tak benar tidak elok," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jom Shopping Kerajaan Negeri di pasaraya Giant Bukit Tinggi, dekat sini, Sabtu.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohammed Khusrin Munawi diberi tempoh dua minggu untuk membuat siasatan terhadap Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif Kerja perbadanan itu, Norita Mohd Sidek.

Kedua-dua pegawai kanan PKNS itu telah ditukarkan ke pejabat SUK sejak Isnin lepas untuk disiasat berhubung kes penamatan perkhidmatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS. - BERNAMA

Karpal gesa NGO Islam berhenti eksploitasi isu babi di P. Pinang

Posted: 25 Jan 2014 10:00 PM PST

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP, Karpal Singh menggesa pihak tertentu supaya berhenti mencetuskan isu mengenai jualan daging babi secara terbuka di Pulau Pinang.

Karpal berkata, badan bukan kerajaan (NGO) itu perlu berhenti mengeksploitasi isu-isu sensitif dan menimbulkan sesesuatu yang bukan isu menjadi isu.

"Daging babi telah dijual secara terbuka di George Town sejak zaman penjajahan British. Namun ketika itu tiada sebarang bantahan.

"Isu itu tidak sensitif, tetapi ia telah dijadikan sebagai sesuatu yang sensitif," katanya.

Beliau menjawab desakan Pertubuhan Perpaduan dan Kebajikan Islam (Isco) baru-baru ini yang meminta supaya Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengharamkan penjualan babi secara terbuka di sekitar George Town.

Masih ada yang sayang pernikahanmu, Nurul Izzah

Posted: 25 Jan 2014 09:01 PM PST

MEMANG mengikut peraturan penjara Anwar tidak boleh keluar untuk menikahkan anaknya sendiri.

Maka saya diberi arahan untuk mendapatkan pelepasan Anwar daripada Penjara Sg. Buloh dan mengendalikan urusan-urusan berkaitan upacara pernikahan.

Masih ingat lagi masa itu saya membawa seorang bernama Ustaz Shamsul, masa itu Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab Bukit Damansara masuk ke Penjara Sg. Buloh.

Tujuannya untuk mendapatkan perwakilan wali daripada Anwar, dan diwaktu yang sama membuat latihan upacara akad nikah.

Masih saya ingat masa itu saya berlakon jadi pengantin, dan Ustaz Shamsul konon Tok Kadi yang mempersaksikan Anwar menikahkan Izzah.

Gelak besar masa itu bila Ustaz Shamsul kata "ini macam mau orang lain jadi menantu ni kang!"

Pada masa itu Tun Mahathir masih lagi menjadi perdana menteri.

Dan Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah adalah menteri dalam negeri.

Saya ingat lagi diarah berjumpa dengan Pak Lah untuk memohon kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar penjara untuk majlis akad nikah Syahrir-Izzah.

Memang tension masa tu. Turun naik tangga KDN, berulang-alik Penjara Sg. Buloh, panjat tangga Jabatan Agama Islam Wilayah untuk mengurus pernikahan mereka.

Alhamdulillah akhirnya Pak Lah memberi kebenaran untuk Anwar dibenarkan keluar untuk menghadiri upacara akad nikah Syahrir-Izzah.

Masih saya ingat lagi suasana masa itu.

Sesampai sahaja Anwar dirumah, suasana sedih dan hiba diiringi tangisan sedih bercampur gembira dengan kehadiran Anwar, bapa pengantin.

Hasil perkahwinan Syahrir-Izzah, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Raja Nur Safiyah (7) dan Raja Jarith (4).

Saya mendengar pelbagai cerita mengenai sebab permohonan perceraian itu difailkan oleh Izzah.

Saya percaya tentu ada sebab yang serius untuk menyebabkan perkara ini berlaku.

Namun saya berdoa dan berharap Syahrir dan Izzah akan berusaha keras untuk menyelamatkan perkahwinan mereka yang sudah berusia 10 tahun itu.

Kalau boleh, kenangkan betapa susah payahnya kami semua masa itu untuk mengurus perkahwinan kamu berdua.

Pernikahan kamu disempurnakan di atas airmata ramai orang.

Memang saya sekarang menentang ayah Izzah, tapi itu atas soal prinsip mempertahankan aqidah dan agama saya.

Saya juga menentang pendirian Izzah dalam soal memberi kebebasan untuk umat Melayu-Islam memilih agama termasuk boleh murtad, sebagaimana yang disebut oleh Izzah dalam Forum 'Islamic State: Which Version: Who's Responsibility' di Gereja Tabernacle USJ pada 03.11.2012 lepas.

Tetapi dalam hal perkahwinan Izzah-Syahrir, saya mengambil pendirian bahawa ini soal peribadi mereka yang tidak sepatutnya digembar-gemburkan, apatah lagi dipolitikkan.

Berilah mereka ruang dan peluang untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi menyelamatkan perkahwinan mereka, juga demi anak-anak mereka yang masih kecil.

Nasihat saya kepada Izzah dan Syahrir, berusahalah mencari jalan perdamaian.

Carilah kesepakatan. Ingatlah perceraian adalah suatu keharusan yang paling dibenci ALLAH.

Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada kamu berdua.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Zulkifli Nordin

(Gambar) Anak kerbau dua kepala gemparkan pekerja ladang

Posted: 25 Jan 2014 07:51 PM PST

KOTA TINGGI 25 Jan. - Pekerja Ladang Alaf dekat sini gempar dengan kelahiran seekor anak kerbau balau merah yang berkepala dua semalam.

Pengurus ladang tersebut, Fauzahar Sail, 40, ini merupakan kali pertama dia melihat kejadian aneh seperti itu apabila ibu kerbau melahirkan seekor anak berkepala dua.

"Barangkali ini salah satu keberkatan dan kebesaran ditunjukkan Allah SWT di ladang ini, maklumlah pada masa ini ramai orang datang membeli dan menyembelih haiwan ternakan seperti lembu dan kambing sempena sambutan Maulidur Rasul.

"Bagaimanapun saya terkilan tidak dapat perlihatkan kepada orang ramai kerana anak kerbau itu tidak dapat diselamatkan semasa dilahirkan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.

Pembantunya, Mohd. Rafiq Kadir, 27, percaya anak kerbau itu telah mati sebelum dilahirkan berikutan air ketuban telah kering.

Dia bersama enam rakan sekerja cuba membantu ibu kerbau itu dari pukul 10.30 pagi Khamis lalu, namun sehingga petang mereka gagal mengeluarkan anak kerbau berkenaan.

"Kami kemudian mengambil keputusan menyuntik ibu kerbau dengan sejenis cecair perangsang agar dapat melahirkan anaknya secara semula jadi.

"Dalam pukul 10 pagi tadi (semalam) bila saya tinjau ibu kerbau itu berjaya melahirkan anaknya, tetapi terkejut mendapati anak kerbau itu mempunyai dua kepala dan sudah tidak bernyawa," katanya.

"Sudah tiga tahun saya bekerja di sini, tetapi baru kali ini menyaksikan peristiwa aneh seperti ini," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140126/dn_27/Pekerja-ladang-gempar-anak-kerbau-berkepala-dua#ixzz2rTMrV2fK
© Utusan Melayu (M) Bhd

(Video) Zip rosak, gaun artis wanita nyaris terlondeh di karpet biru

Posted: 25 Jan 2014 07:01 PM PST

Kang Sora tampil jelita di karpet biru Festival Filem Busan ke 17. Beliau begitu ramah bersalaman dengan peminat sambil mengucapkan terima kasih dengan begitu sopan.

Namun begitu, ketika sampai di hujung loronng karpet, beliau secara tidak sengaja terpijak bajunya sendiri hingga menyebabkan zip gaun yang dipakai terlerai dan rosak.

Mujur beliau sempat manariknya, kalau tidak, baju tersebut sudah pasti terlucut dari tubuhnya!

Dirogol bergilir-gilir oleh tiga kenalan di Kok Lanas

Posted: 25 Jan 2014 06:00 PM PST

Gambar hiasan
KOTA BHARU - Malang tidak berbau. Seorang gadis berusia 16 tahun, dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki yang dikenali, selepas dipaksa menaiki motosikal di Kok Lanas di sini, Rabu lalu.

Mangsa yang merupakan pelajar sebuah sekolah di Kok Lanas, ditahan dua suspek yang menaiki motosikal dengan menghalang jalan mangsa yang ketika itu dalam perjalanan ke sekolah kira-kira jam 7.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang mengenali kedua-dua suspek, dipaksa menaiki motosikal yang ditunggang oleh salah seorang dari mereka.

"Mereka kemudiannya membawa mangsa ke sebuah bangsal di kawasan tali air dan salah seorang suspek bertindak meraba payudara mangsa.

"Perlakuan kedua lelaki itu tidak berhenti di situ, malah membawa mangsa ke rumah kawan mereka yang tinggal berdekatan dan di rumah itu mereka bertindak merogol mangsa bergilir-gilir dalam sebuah bilik di rumah terbabit," katanya kepada media di sini.

Azham berkata, selepas kejadian itu, mangsa berjaya melarikan diri dan pulang ke rumah dan menceritakan kepada bapanya mengenai kejadian dia dirogol oleh ketiga-tiga suspek.

"Bapa mangsa membawanya ke balai polis dan membuat laporan mengenai kejadian itu.

"Buat masa ini, kesemua suspek sudah dikenal pasti dan pihak polis akan membuat tangkapan terhadap suspek untuk tindakan lanjut," katanya.

Kes disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol gadis bawah umur.

43 pelajar diserang histeria, sekolah di Hulu S'ngor ditutup

Posted: 25 Jan 2014 05:30 PM PST

HULU SELANGOR - Sebuah sekolah menengah di daerah ini terpaksa ditutup serta-merta setelah seramai 43 pelajarnya diserang histeria, pagi semalam.

Menurut pengawal keselamatan yang enggan dikenali, kejadian itu berlaku ketika perhimpunan pagi sebelum sesi pembelajaran bermula.

"Disebabkan gangguan itu gagal dikawal, pihak sekolah memutuskan untuk merehatkan pelajar dan sekolah ditutup serta merta," katanya.

Katanya, hanya seorang pelajar lelaki yang terlibat dan selebihnya perempuan.

"Ini adalah kejadian terburuk yang pernah berlaku di sekolah itu dan melibatkan ramai pelajar.

"Dua bulan lalu ada berlaku histeria tetapi tidak melibatkan ramai pelajar dan sekolah tak ditutup," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Azlina Mokhtar berkata, beliau turut menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, langkah penutupan sekolah diambil kerana bimbang kejadian sama berulang dan berlarutan.

"Difahamkan esok (hari ini) sekolah ganti tapi disebabkan insiden itu sekolah ditutup.

"Berdasarkan laporan diterima, kejadian tersebut berlaku pagi semalam dan seramai 43 pelajar terlibat," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan tempoh penutupan sekolah dilakukan.

Khalid terpaksa bergayut di dahan DAP, Pas untuk survival politik

Posted: 25 Jan 2014 05:20 PM PST

DI ATAS kertas, karier politik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh dianggap berada dalam keadaan genting selepas Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid mengesahkan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan Menteri Besar Selangor itu meletakkan jawatan.

Menurut Abdullah Sani, keputusan menggantikan Abdul Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang dilihat tidak menepati aspirasi parti.

Berikutan keputusan itu, sudah jelas nasib Abdul Khalid lebih banyak bergantung kepada sekutu PKR iaitu DAP dan Pas, biar pun pendirian PKR Selangor itu perlu dibawa ke PKR pusat untuk diputuskan.

Abdul Khalid tidak boleh begitu mengharapkan keputusan PKR Selangor tersebut ditolak oleh PKR pusat memandangkan bukan rahsia lagi di peringkat pusat, beliau juga menghadapi tekanan daripada beberapa Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang mempunyai pendirian, ''setuju 100 peratus' beliau dipecat.

Apatah lagi, Abdul Khalid mempunyai perbalahan politik dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang bukan sahaja salah seorang pemimpin paling berpengaruh dalam parti itu tetapi juga individu yang rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun Abdul Khalid dijangka mendapat sokongan daripada Presiden PKR, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang sememangnya mempunyai sejarah 'tidak sebulu' dengan Azmin, namun kekuatan mereka tidak mampu menahan penolakan oleh pemimpin-pemimpin PKR lain terhadap Abdul Khalid.

Secara dasarnya, Abdul Khalid sudah tidak mempunyai apa-apa lagi kekuatan untuk mempertahankan kedudukannya di Selangor dengan mengharapkan kepada PKR.

Sebaliknya, sejak konflik politik antara beliau dengan Azmin tercetus, ramai pemerhati politik sudah menjangkakan Abdul Khalid tidak akan mampu bertahan. Ia kerana 'serangan' dan tekanan bukannya datang dari luar tetapi dari dalam parti sendiri.

Keadaan menjadi bertambah buruk kepada Abdul Khalid apabila beliau dilihat sering sahaja membuat keputusan yang menyusahkan PKR dan meletakkan pentadbiran kerajaan negeri dalam kontroversi.

Abdul Khalid mungkin boleh bertahan jika di Selangor, wakil rakyat PKR memberi sokongan padu kepada beliau tetapi ini tidak berlaku sebaliknya beliau dikatakan hanya mendapat sokongan terlalu sedikit.

Namun begitu, Abdul Khalid masih boleh menaruh harapan untuk kekal sebagai Menteri Besar memandangkan PKR hanya memiliki 14 kerusi sedangkan DAP dan Pas masing-masing 15 kerusi.

Oleh itu, Abdul Khalid kini menaruh harapan sepenuhnya kepada DAP dan Pas untuk menyelamatkan beliau daripada 'terkorban' dalam pertempuran politik dengan PKR.

Abdul Khalid sememangnya mempunyai hubungan akrab dengan wakil rakyat kedua-dua parti itu di peringkat negeri.

Tambahan pula, dalam beberapa keputusan sejak menjadi Menteri Besar, beliau dikatakan lebih memihak kepada pendirian kedua-dua parti itu khususnya DAP.

Justeru DAP dan Pas boleh menjadi tembok penghalang yang akan mampu memintas 'gelombang' PKR untuk menyingkirkan Abdul Khalid.

Jika kedua-dua parti itu mahu Abdul Khalid kekal, ia sudah pastilah memusnahkan impian penyokong-penyokong kuat Azmin yang sudah teruja ingin melihat Menteri Besar Selangor itu berundur atau dipecat daripada jawatan berkenaan.

Selain itu PKR sudah tentu tidak mahu 'mencari fasal' dengan Pas yang dikatakan akan terus memberi sokongan penuh kepada Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Pas tidak mahu individu lain termasuklah Azmin menggantikan Abdul Khalid. Jika PKR berdegil dengan pendiriannya, Pas dikatakan akan menuntut kerusi Menteri Besar yang sememangnya sejak awal lagi hak mereka berdasarkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai.

Senario ini memperkukuhkan lagi usaha Abdul Khalid untuk bertahan dengan sokongan Pas dan DAP.

Namun begitu ia bukanlah bermakna usaha untuk menyingkirkan Abdul Khalid sudah berakhir sebaliknya, beliau mungkin akan berhadapan dengan gangguan demi gangguan dari dalam parti sendiri dengan tujuan menjejaskan reputasinya sebagai Menteri Besar Selangor.

Malah seperti mana diramalkan banyak pihak, pemilihan PKR pada Mei ini bukan sahaja akan menyaksikan pertembungan antara beliau dan Azmin tetapi platform untuk memburuk-burukan Abdul Khalid.

Oleh itu, Abdul Khalid mungkin boleh kekal sebagai Menteri Besar Selangor dengan sokongan DAP dan Pas, tetapi perjuangan politik beliau sentiasa akan dihempas 'gelombang' akibat 'serangan' kawan-kawan sendiri - begitulah politik.

Utusan

Hinanya pemergian Allahyarham di mata portal pembangkang

Posted: 25 Jan 2014 05:00 PM PST


Apa niat sebenar portal pro-pembangkang membuat posting sebegini terhadap Arwah Dato Harun Taib.

Apakah ulama Pas tidak ada nilai dimata mereka sehingga sedikit kesalahan mereka diungkit-ungkit.

Disebabkan Arwah Dato Harun Taib I menentang penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dan menentang penularan Islam liberal dalam Pas maka Arwah dihina sebegini.

Malaysian Insider sewajarnya memohon maaf kepada keluarga Arwah Dato Harun Taib diatas penghinaan ini.

Sumber di sini dan Pena Minang

yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 26 Jan 2014 01:35 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat


Majlis merisik.

Posted: 25 Jan 2014 02:23 PM PST

Hajjah Rieni Fahada Natasha

 

THE FLYING KICK

Posted: 26 Jan 2014 01:26 PM PST