|      PRK Sungai Limau : PAS Sambut Baik Tarikh PRK       Posted: 05 Oct 2013 10:37 PM PDT   SHAH ALAM - Pas menyambut baik penetapan tarikh yang dilakukan oleh  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK)  Dun Sungai Limau, pada 4 November depan.Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tarikh  tersebut sesuai memandangkan jarak antara Muktamar Pas agak jauh.Menurutnya, tarikh tersebut membolehkan jentera pilihan raya parti dan PR bersiap sedia untuk menghadapi PRK kawasan itu.   "Kita sambut baik tarikh tersebut, apa yang kita risaukan sebelum ini   tarikh PRK hampir dengan Muktamar Pas pada 22 November depan."Tapi kila lihat 4 November itu, adalah tarikh yang sesuai untuk kita  mengadakan mesyuarat dan memperkemaskan jentera kita bagi menghadapi PRK  Sungai Limau," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.Tuan Ibrahim menambah, Pas yakin mampu mempertahankan kerusi Dun Sungai  Limau kerana bekas penyandangnya mempunyai pengaruh yang kuat. baca lagi    |   
    |      PRK Sungai Limau : Peluang Cerah Pertahan Kerusi        Posted: 05 Oct 2013 10:35 PM PDT   KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  berkata Pas mempunyai peluang yang cerah untuk mempertahankan kerusi  Dun Sungai Limau pada pilihan raya kecil kawasan itu pada 4 November  depan.   Beliau yang juga Ketua Umum PKR memberi jaminan semua jentera Pakatan  Rakyat akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon Pas untuk  memenangi kawasan itu nanti.   "Saya akan pastikan semangat seluruh jentera PKR dan DAP membantu dan menyokong calon Pas untuk menang nanti.   "Insya-ALLAH dengan isu kenaikan harga barang, minyak dan laporan audit  yang mendedahkan penyelewengan kementerian, kita yakin PR boleh  pertahankan kerusi itu," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat,  di sini, hari ini.  baca lagi    |   
    |      PRK Sungai Limau 4 November Ini        Posted: 05 Oct 2013 10:30 PM PDT   PUTRAJAYA - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau bakal diadakan pada 4 November depan.  Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  mengumumkan perkara tersebut, hari ini pada sidang media selepas  mesyuarat khas.  "SPR telah menetapkan penamaan calon pada 23 Oktober dan pengundian biasa pada 4 November 2013.  "Permohonan undi pos boleh dibuat pada hari ini.  "Tarikh tutup undi pos luar negara adalah pada hari penamaan calon (23  Oktober) dan untuk petugas media dua hari selepas penamaan calon",  katanya.Menurutnya daftar pemilih tersebut mengandungi 27,222 pemilih berdaftar  yang terdiri daripada 27,220 pemilih biasa dan dua orang pengundi tidak  hadir luar negara.  Namun kedua-duanya sudah pun pulang ke tanah air tetapi status mereka masih sama.  Berhubung penggunaan dakwat kekal pula Abdul Aziz berkata, PRK Sungai  Limau nanti akan masih menggunakan dakwat kekal kerana penggunaannya  tertakluk kepada undang-undang sedia ada.     baca lagi    |   
    |      Anak Didik Allahyarham Ustaz Azizan Bakal Calon Sungai Limau        Posted: 05 Oct 2013 10:17 PM PDT   Menjelang penamaan calon pilihan raya kecil DUN Sungai Limau pada 23  Oktober ini, seorang lagi nama pemimpin PAS kawasan Jerai disebut-sebut  turut tersenarai untuk dipertimbang dicalonkan bagi mewakili parti itu.  Beliau adalah Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad, 38, (kiri) seorang pendidik berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.
  "Beliau  adalah anak didik politik Tan Sri Azizan Abdul Razak. Sekalipun tidak  pernah bertanding (dalam pilihan raya), beliau mempunyai rekod baik  dalam parti. Tidak ada musuh dalaman dan boleh memerangkap agenda BN. baca lagi    |