AIDC : Saya difahamkan Dr Yusuf Qardhawi mengatakan Anwar tidak bersalah dan minta kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah dan YB sendiri ada dalam pertemuan tersebut ?
Apabila Syeikh Yusuf Qardhawi datang, seperti yang saya sebut tadi, kita peguam, saya antara peguam, yang diminta supaya memberi taklimat kepada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang isu Qazaf.
Kita punya perancangan pada masa itu, adalah mahu mendapatkan daripada Syeikh Yusuf Qardhawi tentang fatwa atau pendapatnya tentang isu Anwar iaitu isu Qazaf.
Jadi, sayalah orangnya yang memberi taklimat itu dan menyediakan soalan dalam bentuk (khusus) supaya dalam pemikiran Syeikh Yusuf Qardhawi, Anwar ini kena fitnah. Itulah gambaran yang kita bagi.
Kita langsung tidak cerita kes yang sebenarnya, (misalnya) Saiful ini (adalah) kakitangan Anwar. Kita tidak cerita yang Saiful ini mengadu diliwat.
Kita (hanya) beri gambaran (bahawa) ada fitnah tentang liwat ini. (Apabila) mendengar (penjelasan) macam itu, Syeikh Yusuf Qardhawi (terus) keluarkan fatwa, Qazaf.
Adakah ini dirancang oleh Anwar ?
Kita atur. Memanglah kita atur. Kita atur supaya keluar daripada mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) keluar dari mulut Syeikh Yusuf Qardhawi, ini fitnah..ini Qazaf, kita nak (yang) itu.
Jadi, saya main peranan beri gambaran kepada Syeikh Yusuf Qardhawi bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998, ini fitnah, dituduh Anwar meliwat, gini-gini.
Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu pasti dia akan (kata fitnah dan Qazaf). Dan apa yang kita plan itu, menjadi lah.
Maksudnya Syeikh Yusuf Qardhawi tidak diberi gambaran yang jelas?
Maksudnya beginilah, kita buat silap, kita mengaku buat silap lah. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Syeikh Yusuf Qardhawi untuk perbetulkan balik.
Sebab kita nak beritahu, (bahawa) kita memang perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah.
Kita tidak beri gambaran (sebenar),iaitu (Saiful) ini kakitangan dia mengadu diliwat oleh Anwar. Kita tidak beritahu kepada Syeikh Yusuf Qardhawi ada DNA, ada itu..ini, kita tidak pernah beritahu (semua itu).
Kita tidak beritahu dia (Qardhawi), bagaimana kalau tidak boleh (kena) hudud tetapi boleh dita'zirkan. Kalau kita betul-betul orang yang mahu hukum Islam.
Tujuan kita masa itu, nak dapatkan daripada ulama besar ini, satu ayat daripada mulut dia, (iaitu) isu Anwar ini (adalah) isu fitnah, kena Qazaf. Itu yang kita buat.
Saya antara orang yang terlibat. Bila kita tengok balik, banyak dosa kita buat dalam benda macam ini. Sampai ulama macam itu pun, kita boleh perdayakan supaya percaya isu Anwar ini isu fitnah, isu Qazaf.
Sebab itu saya buat ucapan dalam Parlimen, kita dah buat silap dan saya minta rakan-rakan yang lain supaya jangan terus buat kesilapan yang sama.
Alhamdulillah, Allah sedarkan saya. Saya masih berkesempatan jumpa orang tertentu dan minta maaf. Dan saya dah buat.
Antara orang yang perlu saya jumpa ialah Syeikh Yusuf Qardhawi. Kalau lepas itu, Syeikh Yusuf Qardhawi, mungkin daripada maklumat sumber lain pula, masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah.
Tapi, saya antara orang yang terlibat secara direct untuk mendapatkan fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi, yang saya percaya kita merancang untuk perdayakan Syeikh Yusuf Qardhawi supaya keluarkan fatwa itu.
Saya bertanggungjawab untuk jumpa dia balik perjelaskan dan perbetulkan keadaan. kalau (masih) boleh diperbetulkan. Kalau dia tidak mahu perbetulkan, itu tanggungjawab dia. Sekurang-kurangnya saya sudah cuba perbetulkan kesilapan saya.
Kenapa Anwar perlu fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi dalam kes liwat ini, (adakah) dia sendiri tiada perlindungan dalam dirinya sendiri ?
Sebab Anwar ini, dia faham mentaliti orang Melayu ini simple. Saya pernah sembang dengan Anwar, dululah.
Dia kata, Syeikh..orang Melayu ini, kalau hang keluar tv (telivisyen) dia percayalah. Sebab itu orang Melayu ini, (seandainya) "ustaz tv" keluar itu, (maka) betul lah itu.
Kalau kita bergaduh atau bertekak dengan orang Melayu, dia akan kata, hang siapa ? ustaz tv kata…dia ambil (pendapat) ustaz tv. Ustaz tv ini kira hebat.
Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Syeikh Yusuf Qardhawi, boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia (akan) gunalah.
Anwar ini, dia akan guna siapa sahaja, siapa sahaja yang boleh membawa kepentingan kepadanya. Kalau esok (sudah) tidak ada guna, dia (akan) tendang begitu. Mudah.
Tahun 1998, Anwar menggunakan Datuk Dr Harun Din. 2008 menggunakan Syeikh Yusuf Qardhawi, kenapa tidak menggunakan Datuk Dr Harun Din lagi?
Tahun 1998, saya peguam yang menonjol, dilihat sebagai orang yang menjuarai isu anti-murtad. Dan antara orang yang saya kritik masa itu ialah Anwar Ibrahim.
Sebelum pemecatan dia, sayalah orang yang kuat mengkritik dia sebab tak buat apa. Kau dah jadi Timbalan Presiden, beriya-iya berkhutbah ke sana-sini, tapi dalam isu murtad tidak buat apa-apa.
Baik, saya dah ada program ceramah apa semua nak buat. Bila berlaku kes Anwar Ibrahim, saya ingat lagi dia dipecat 2 September.
Sebenarnya, 11 September 1998, saya suddah ada satu jadual ceramah perdana di Darul Syifa, tempat Harun Din.
Anwar tahu itu, dia panggil saya. Dia kata, hang ada ceramah dengan Harun Din. Aa'ha besar, memang dah plan dah.
Memang besar dan sudah diwar-warkan sebelum Anwar kena pecat yang saya akan ada ceramah perdana dengan Datuk Dr Harun Din di situ.
Jadi, memang orang akan datang ramai, memang masa itu kalau ceramah ramai.
Apabila dia (Anwar) dapat tahu itu, kita bincang. Kita kata kita kena dapat endorsement ulama. Jadi, macam mana itu ?
Minta kat Datuk Dr Harun Din, boleh tak saya (Anwar) datang hari itu. Saya nak datang, saya nak ceramah.
Dan sayalah orang yang bodoh (ini) pergi telefon Harun Din. Saya beritahu Harun Din, Datuk minta maaflah, kita punya ceramah ini jalan. Tapi, Datuk Seri (Anwar) minta nak ceramah hari itu. Nak jumpa Datuk, boleh tak.
Datuk Harun Din kata ya, sebab saya yang minta. Saya orang yang dijadikan tamu utama, ceramah utama, saya yang minta, Datuk Harun Din bagilah. Betul ke ni ? dia (Harun Din) kata. Betul Datuk.
Pergi malam itu. Kalau saudara tengok balik gambar yang jumpa Datuk Dr Harun Din, sayalah yang kat depan itu. Betul-betul duduk kat depan Harun Din, pegang kaki begini…bercerita kat Datuk Harun Din, Anwar kena fitnah apa semua.
Saya nampak di muka Harun Din tidak senang.
Dengan keadaan itu ?
Aaa..dia tidak senang nak libatkan dia. Dalam keadaan masa itu anak dia nak kahwin. Dia tidak berapa nampak senang. Dan dia beritahu kat Anwar, dia kata, enta berani bersumpah? Berani bersumpah enta tak buat ini?
Anwar kata, ana berani bersumpah, tapi tak bersumpah. Dia cuma cakap ana berani bersumpah, nanti ana bersumpah.
Lepas itu ada ulama-ulama Kedah. Saya ingat lagi ada ulama Kedah, antaranya Syeikh Ustaz Niamat.
Saya pergi jumpa sebab saya baru lepas ceramah di Pondok Nerang, Ustaz Nik Mat. Pergi jumpa, cerita-cerita, macam saya buat dengan Syeikh Yusuf Qardhawi, sama saja.
Cerita..cerita, tapi masa itu kita hero. Pergi jumpa, Anwar pun pergi jumpa dia orang. Itu yang berlaku tahun 1998. Saya juga antara orang yang ke depan masa itu termasuk dengan Syeikh Yusuf Qardhawi sekarang.
Dosa tu banyak.
Katanya Anwar bersumpah di Johor dan Masjid Negara?
Tak..tak, itu tak betul. Dalam perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Batu Pahat masa itu, ke rumah Lokman Noor Adam. Kita ceramah di rumah Lokman Noor Adam.
Anwar minta saya telefon Allahyarham Datuk Ishak Baharom. Saya rapat dengan mereka. Saya kata, nak buat apa. Dia (Anwar) kata, minta supaya Datuk Ishak Baharom sokong dia.
Ish..macam mana tu kan. Saya pun telefon. Saya tanya Datuk Ishak Baharom, macam mana ini begini..begini. Datuk Ishak Baharom kata, sumpahlah.
Sumpah?
Suruh dia (Anwar) sumpah. Sumpah mubahalah. Silapnya dia orang buat sekarang ini, dia orang dok sebut sumpah laknat, bagi label sumpah laknat. Jangan sebut sumpah laknat, itu sumpah mubahalah.
Sumpah ini kan macam-macam sumpah. Tu Anwar boleh angkat sumpah dalam Parlimen. Boleh angkat sumpah semasa nak pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Boleh angkat sumpah, sekarang tak boleh pula.
Datuk Ishak Baharom, saya ingat lagi. Saya dalam kereta masa tu, saya dengan dia saja. Saya, Anwar, guard (tak ingat siapa) kat depan, lepas tu pemandu..kereta Toyota Estima.
Saya pasang speaker phone, saya suruh dia (Anwar) dengar apa Datuk Ishak Baharom cakap.
Datuk Ishak Baharom kata, suruhlah dia sumpah. Anwar dengar, dia tak bercakap.
Dia tak bercakap?
Dia tak bercakap. Sebab Datuk Ishak Baharom dengan Anwar pun tak berapa (hubungan tidak baik). Jadi, dia kata, sumpah saja lah. Lepas letak telefon tu, dia bercakap dengan saya.
Emm..hari itu pun Datuk Harun Din suruh sumpah, you tak sumpah-sumpah lagi..saya yang cakap.
Kat Batu Pahat itu dia pergi, dia sumpah. Tapi sumpah temberang dia lah. Demi Allah, saya tak buat apa yang mereka sebut.
Tak spesifik?
Tak spesifik kepada tuduhan dia meliwat Azizan, tak.
Tak ada Wallahi, Wabillahi, Watallahi?
Tak ada. Tapi saya tak buat apa depa kata. Apa dia depa kata, rasuah ke, salahguna kuasa ke, terlalu terbuka.
Tapi, geng termasuk sayalah dulu kan, bodoh..pergi cerita, Anwar dah sumpah dah. Bukan sumpah tu.
Termasuk di Masjid Negara?
Sama. Saya duduk sebelah dia masa tu. Kita dok (suruh) ni, sumpah la..sumpah la. Tak sumpah.
Dari dulu sampai sekarang Anwar tak bersumpah?
Tak ada. Anwar tak pernah bersumpah sebenarnya.
Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri dah kata lama kita dok tunggu sumpah ni.
Betul tu. Anwar tak pernah bersumpah kecuali sumpah angkat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.
Sepatutnya kita sebagai orang Islam, kita mula tanya sekurang-kurangnya, percaya tak percaya itu satu hal.
Sekurang-kurangnya itu satu isyarat untuk kita tanya. Apa liat sangat. Apa liat sangat nak bagi DNA, apa liat sangat nak bagi jam Omega.
Saya nak ulang lagi sekali. Jangan buat kesilapan kami dulu, tak tanya, langsung tak tanya. Itu kesilapan besar kita.
Katanya YB berjumpa dengan Sukma di Indonesia. Betulkah?
Saya kan lawyer Sukma. Saya berinteraksi dengan Sukma ni keraplah. Dan saya ada pegang satu benda berkaitan Sukma ni. Tiba satu masa nanti, saya akan bagitahu. Tak usah tanyalah soalan tu, saya akan bagitahu.
Bagaimana pula dengan Wan Azizah?
Pada saya, Wan Azizah tahu. Wan Azizah tahu siapa dia Anwar Ibrahim. Dia tahu perangai Anwar Ibrahim cuma Wan Azizah ni dia agenda dia sendiri. Yang tiba masanya nanti kita akan bagitahulah.
YB rapat dengan Wan Azizah?
Saya antara orang yang rapat. Saya kitchen cabinet Wan Azizah dulu. Memang betul-betul kitchen cabinet sebab duduk kat kitchen.
Selalu sembang, dia pernah menangis depan kita, dia pernah ketawa depan kita, pernah bercerita depan kita, pernah mengadu depan kita, pernah merintih depan kita, banyak benda.
Sebab tu saya sebut pada Wan Azizah bila dia buat statement saya keluar PKR, dia kata saya ni tak ada berjasalah, apa benda. Saya cakap kat Wan Azizah, Kak Zah tahu apa yang saya tahu, janganlah paksa saya buat sesuatu yang suatu hari nanti Kak Zah sendiri akan susah. Kita tahu.
Saya tak mahu bergaduh dengan Wan Azizah, saya hormat dia, malahan saya kasihan dengan dia. Saya simpati sangat dengan Wan Azizah ni.
Cuma saya tak mahu ambil sikap nak berperang dengan Wan Azizah. Itu bukan musuh kita, musuh kita Anwar Ibrahim.
Cuma kita harap, Wan Azizah akan sedarlah.-AIDC