A Sabah MP has questioned the federal government's right to claiming 'Janji Ditepati' in Sabah when it has not fulfilled the terms of the 20-point agreement signed in 1963.
TAWAU: This year's National Day theme 'Janji Ditepati' (Promises Fulfilled) is a "cruel joke" and an insult to Sabah and its people, an MP has charged. Chua Soon Bui, the Tawau MP, said it was regrettable that the Ministry of Information, Communication and Culture has chosen such a "misleading-and-self-glorifying" theme for this year's National Day's celebration, when Sabah is currently the poorest state in Malaysia. "What promises have been fulfilled in Sabah when despite being an equal partner of the Federation of Malaysia, and once the richest state in Malaysia, with rich natural resources including oil and gas, Sabah has been reduced to the poorest state in Malaysia? "What promises have been fulfilled for Sabah in term of 20 points agreement when Malaysia was formed on Sept 16, 1963, 49 years ago? Read More / Baca Lagi >>
Tun Dr Mahathir Mohamad may have been aiming 'a tad too high' when he likened himself with 'dictators' such as Mubarak, Hitler, Marcos and Gaddafi.
"Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang Diktator." – Tun Dr Mahathir Mohamad. Mahathir in his posting 'Diktator' recently asked readers of his blog Che Det, (of which this writer is one) for reasons why he has been unceremoniously dubbed a dictator. He mentions Mubarak, Hitler, Marcos, Ceausescu, Mussolini, Gaddaffi and Saddam Hussein – all dictators of ill repute, notorious and certainly of dubious prominence but may I humbly suggest to Tun Mahathir that maybe he might be aiming a tad too high when linking himself to these dictators. Any one of them would easily rate a mention in the top 20 dictators in our lifetime. Unfortunately Mahathir may, at most, be mentioned as a dictator by the DAP Rocket and few other bloggers. Read More / Baca Lagi >>
KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Secara tradisinya, wanita adalah sangat penting dalam demografi Umno dengan sayap Wanita parti dilihat sebagai tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) — memastikan undi dari suri rumah dan golongan wanita. Akan tetapi terdapat kerisauan bahawa golongan ini semakin dipinggirkan oleh kerana BN terlalu memberi fokus kepada usaha mendapatkan undi orang muda. "Terdapat keperluan bagi Wanita Umno untuk menggunakan kembali sistem lama untuk pulang ke kawasan masing-masing dan melawat dari rumah ke rumah. Ini sangat penting."
Akhbar milik dan kawalan UMNO sudah mula memainkan peranan betapa judi ketika ini menjadi barah yang semakin hilang kawalan di kalangan umat Islam khususnya orang Melayu. Pemimpin negara, pihak berkuasa bila lagi hendak bertindak secara terancang dan bersepadu agar memenuhi pencapaian NKRA yang telah ditetapkan, sekiranya ada? Akhbar berbahasa Melayu juga , haruslah reti bahasa dengan tidak menyiarkan lagi iklan keputusan judi dan apa-apa yang berkaitan dengannya.
Semua dah tahu, Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.
"malaikat" yang tak dikenali pula mahathir kata Pakatan rakyat.
mahathir saja tulis macam tu dalam blog dia sebab nak mintak kesian lagi la tu, orang tua ni kalau bercakap satu Malaysia akan pening, lebih baik diam je, lagi banyak cakap lagi la orang menyampah, kecuali la saki baki yang kagum dengan "melayu karala" ni. kah..kah..kah.
Kata "melayu Karala" ni lagi, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan.
"Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir.
La, mahathir ni tak tau ke pembaharuan di negeri Pakatan Rakyat terutama Selangor dan Pulau Pinang dah nampak hasil dah. takde pulau menteri besar buat rumah besar guna duit "tah mana dapat" . Air pun percuma, faedah untuk rakyat banyak.. tak tau ke?.. bukak la laman MES, dok bukak laman blog merapu umno memang la tak tau.
So amacam... nak pilih "syaitan" ke nak pilih "malaikat" .. orang Nyanyok je pilih "Syaitan".
Ingat bila kita berkawan dengan "syaitan" lambat laun ada benda yang kita terpaksa korbankan untuk dia... orang kata darah sendiri.. kah..kah..kah .. faham betul-betul ayat tu k.
Itu kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin apabila laman Facebook Pemuda UMNO Malaysia menyiarkan poster yang membawa mesej menghasut di atas.
Kata Khairy lagi menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan."
Kemudiannya bagi menyakinkan rakyat Malaysia bahawa bukan Pemuda UMNO yang menyiarkan poster itu Khairy Jamaluddin menegaskan, pihaknya akan membuktikan laman sosial Facebook kontroversi, yang didakwa membawa mesej berbaur hasutan, bukan dikendalikan oleh pihaknya.Read More / Baca Lagi >>
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein and CEO PEMANDU, Datuk Seri Idris Jala harus memperjelaskan isu data jenayah NKRA yang dimanupulasikan, seperti yang didakwa surat yang tersebar luas melalui media elektronik semalam oleh "Sumun Osram", seorang "anggota polis yang ingin merahsiakan indentiti".
Dakwaan tersebut adalah serius kerana ia membawa keraguan terhadap integriti statistik rasmi dan selanjutnya, akan menjejas kredibiliti Kementrian Dalam Negeri, PEMANDU dan PDRM.
Dalam perjuangan besar untuk kemerdekaan tanah air yang kita nikmati hari ini turut disulami dengan keringat dan darah massa Orang Asli. Dalam berbagai tahab perjuangan kemerdekaan, ternyata Orang Asli telah memberikan sumbangan yang besar. Dalam Memoirnya, Abdullah C.D. telah mendedahkan sebahagian fakta tentang sumbangan Orang Asli kepada perjuangan kemerdekaan – sejak dari Perang Perak sehingga Perang Bahaman dan dari perjuangan menentang fasis Jepun sehingga perjuangan bersenjata menentang penjajah British di bawah pimpinan PKM. Di Rejimen Ke-10 terdapat 3 orang perajurit Orang Asli. (Gambar kiri: Mek Poh, kakak kepada 2 beradik Orang Asli di Kompeni Ke-23, Rejimen Ke-10 TRM) Mereka hidup bersama perajurit-perajurit Rejimen Ke-10 di dalam satu keluarga besar revolusioner, tanpa diskriminasi, menikmati sama derajat, penuh rasa kasih sayang sebagai rakan seperjuangan. Berikut adalah sedutan dari Memoir Abdullah C.D. Bahagian Kedua yang bertajuk PENAJA DAN PEMIMPIN REJIMEN KE-10:
Bergaul dengan Massa Orang Asli Sementara itu, saya dan beberapa orang kawan pengawal tinggal bersama Orang Asli di gua batu untuk melakukan penyelidikan. Mengambil peluang inilah saya menyelami perasaan Orang Asli serta membuat penyelidikan tentang masyarakat Orang Asli di situ. Orang Asli di situ terdiri dari suku Senoi. Mengikut angka yang disiarkan akhbar, dalam tahun 1950-an, suku Senoi di Semenanjung berjumlah 12,500 orang.
Chen Ping bergambar dengan 3 beradik Orang Asliketika melawat Rejimen Ke-10 pada tahun 1989
Dr Mahathir kata puak pembangkang memutar belitkan perumpamaan yang dia sebut. Better the devil(UMNO/BN) you know that the angel(PR) you don't . Kita sudah amat maklum sarcasm Tun Mahathir.He is the master equal to none.
Kita tidak berhajat untuk menghuraikan putarbelit yang Mahathir sendiri maksudkan. Kalau semasa di teruramah oleh CNN , Mahathir dengan poker face menafikan apa yang dia sendiri lakukan, bagaimana kita hendak letak nilai tinggi atas apa sahaja yang diucapkan oleh Mahathir? Seperti kawan saya saya kata Mahathir has to tell a thousand lies to cover his first lie.
Oleh kerana citarasa bulan ini atau flavor of the month ialah perumpamaan, maka kita katakan pada Mahathir dan UMNO- as you make your bed, so you must now lie on it.
Kepada pembaca yang menanya kepada saya secara condescending sama ada saya tahu Mahathir menggunakan idiom atau perumpamaan, saya harap dia pun faham perumpamaan yang saya nyatakan disini.
Isu hudud yang menjadi topik perbincangan hangat di negara Malaysia baru-baru ini masih berterusan dan semakin mendapat perhatian apabila ia melibatkan parti-parti politik di Tanah Air sama ada pihak kerajaan atau pembangkang serta masyarakat muslim dan non-Muslim.
Hal ini bermula dengan kenyataan tok guru di sebuah pondok iaitu Abdullah Sa'amah yang mengeluarkan kenyataan bahawa 'haram bagi umat Islam di Malaysia memberikan undi kepada parti DAP' sehingga menjadi isu dan tercetus isu hudud sebagaimana yang terus diperbincangkan sehingga ke hari ini.
MANHAL PMRAM melihat isu ini yang bermain di media memberikan kesan positif dan negatif bergantung kepada jawapan dan olahan yang diberikan oleh pihak-pihak terbabit.
Isu yang hangat diperkatakan ini dilihat sebagai peluang dalam menyebarkan penerangan dakwah kepada masyarakat muslim yang masih kabur serta non-Muslim mengenai konsep perlaksanaan hudud serta keadilan yang terdapat dalam hukum jenayah Islam.
PONTIAN – Hudud hanya dijadikan alat politik oleh Pas untuk meraih sokongan pengundi bukan Islam setiap kali menjelang pilihan raya umum.
Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, sudah jelas, bermula dari tahun 1989 sehingga 2008, sudah lima kali PRU dijalankan dan selepas Pas menang di Kelantan, hudud tidak pula dijalankan seperti mana yang digembar-gemburkan.
"Janji hanya tinggal janji di mana mereka tidak melaksanakannya dan membiarkan isu hudud ini terus sepi sehinggalah menjelang pilihan raya umum yang seterusnya," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Ahli Parlimen Pontian di Dewan Jubli Intan, Pontian, di sini, semalam.
Mangsa melihat keadaan cermin kereta miliknya yang dipecahkan.
KULIM - Enam sekeluarga yang tinggal berhampiran kawasan perumahan Taman Tiong fasa satu di sini, terkejut apabila rumah mereka diserang beberapa lelaki tidak dikenali kira-kira jam 2.30 pagi semalam.
Seorang mangsa berusia 20-an berkata, ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya.
Menurutnya, dia terdengar bunyi cermin dan botol kaca pecah sebelum menjenguk keluar melalui tingkap dan ternampak dua lelaki berada di luar rumahnya.
Seingat-ingat sepanjanag umur aku, raya puasa tahun inilah merupakan satu-satu perayaan Islam yang paling dahsyat bermula sahaja apabila umat islam Malaysia berpuasa,,, Berbagai keletah dan kerenah pelik-pelik dari puak-puak UMNO yang bertentangan dengan syariat Islam berlaku dalam bulan puasa ni berlarutan sehingga ke hari raya...
Sebelum aku merapu merepek lebih panjang, hangpa layan sendiri apa Al Fadhil Dr Basit kata....
Mahathir: 'Syaitan yang dikenali' merujuk kepada BN
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.
"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.
Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.
Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya. Read More / Baca Lagi >>
Salah seorang daripada tukang urut begelut ketika cuba melarikan diri daripada diberkas anggota polis.
SUBANG JAYA –Terdesak mendapatkan pelanggan, wanita warga China yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat membeli-belah di USJ di sini bertindak berani menawarkan khidmat mereka kepada pengunjung bawah umur.
Taktiknya mudah, menghalang mana-mana pengunjung lelaki yang melalui kaki lima unit kedai pusat urut dan kecantikan tersebut sebelum memujuk mereka mendapatkan khidmat urutan ditawarkan.
Malah, wanita ini juga dilihat rakus dan sanggup bertindak agresif menarik tangan pengunjung lelaki masuk ke premis urut meskipun ada di antara mereka yang memberitahu masih di bawah umur.
Women have traditionally been an important demographic for Umno
KUALA LUMPUR, Aug 26 — Women have traditionally been an important demographic for Umno with the party's Wanita wing seen as the Barisan Nasional (BN) lynchpin's backbone in ensuring solid votes from housewives and mothers, but there are now growing concerns that they are being ignored in favour of the youth vote. "There is a need for Wanita Umno to go back and use the old system of heading down to their constituencies and going door to door. This is very important. "When we used to do this, we would only see a small margin of error in election results versus our predictions, a minor difference of 100 or 200 votes," Datuk Faridah Abu Hassan, Umno Cheras Wanita division chief, told The Malaysian Insider. She said the women's wing appeared to have eschewed the traditional campaign methods that had worked so well for the party previously. "They prefer using online media and hosting programmes (sic) (with) large attendances of 10,000 to 30,000 people, but have nothing to show for it during the elections, as what happened in 2008," she said. Read More / Baca Lagi >>
SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya mengajak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan hudud di negara ini.
Beliau berkata, perbincangan perlu diadakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam melaksanakan hukum itu kerana rakyat negara ini terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.
Katanya, pelaksanaan hudud juga perlu melakukan perbahasan, perbincangan, yang perlu dihadiri oleh golongan profesional, ahli agama, diketuai Raja-raja Melayu, penguat kuasa, pentadbiran, badan kehakiman, wakil-wakil politik dan sebagainya.
Khairul Azhar yang datang ke pejabat Sinar Harian untuk membuat aduan menunjukkan roti canai yang dibelinya di sebuah restoran.
KUALA TERENGGANU – "Tidak masuk akal jika sekeping roti canai kosong dijual dengan harga RM1.80 sedangkan selama ini saya biasa beli dengan harga RM1 sahaja," luah seorang pengguna yang terpaksa membayar lebih ketika membeli roti canai di salah sebuah restoran di bandar ini.
Pengadu, Khairul Azhar Ismail berkata, pada mulanya dia menyangka peniaga restoran itu tersilap mengira harga perlu dibayar, tetapi sangkaannya meleset kerana di papan tanda jelas tertera roti canai biasa dijual berharga RM1.80.
"Saya tidak sempat bertanya sebab ramai pelanggan lain ingin membayar, tetapi saya keliru kerana harga pada papan tanda itu ditulis itu menggunakan pen yang boleh dipadam dan ditulis semula.
KUALA LUMPUR: "Saya pernah terfikir untuk membunuh diri kerana tidak sanggup berdepan hakikat kehilangan segala-galanya dalam hidup," kata Helmi (bukan nama sebenar). Gara-gara kemaruk judi roulette, Helmi, 30-an, bukan saja diisytiharkan muflis dan kehilangan segala harta bendanya, malah ketagihannya terhadap permainan judi Internet itu turut menghancurkan rumah tangganya. Daripada kehidupan mewah sebagai 'tauke' restoran diusahakannya, hidup Helmi kini ibarat 'langit dan bumi' berbanding tiga tahun lalu.
MEREMPAT... Mat dan Azri menjadi gelandangan selepas dibuang keluarga.
KUALA LUMPUR: Dulu dua beradik ini hidup senang kerana ibu bapa mereka ahli perniagaan berjaya di Johor Bahru, malah si abang pernah menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT) di bandar raya itu. Bagaimanapun, akibat perangkap dadah, mereka kini hidup merempat di ibu kota hingga ada kala sisa makanan dalam tong sampah menjadi santapan pengalas perut. Itulah harga yang perlu dibayar Mat, 28, dan Azri, 25, selepas dihalau dan dipulau keluarga, lima tahun lalu. Lebih memburukkan keadaan, kedua-duanya kemudian disahkan menghidap Aids.
WANITA Malaysia dikatakan yang ketiga paling curang di dunia. - Gambar hiasan
ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press. Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka. Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus. Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus. Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.
Menjadi pertanyaan, apakah sudah tidak ada orang-orang alim Islam dalam Umno? Apakah sudah tidak ada yang alim dan warak Islam dalam Umno untuk datang mendekati Tun Dr Mahathir dan berbisik ke telinga Tun agar kurangkan bercakap dan memberi pandangan tentang Islam?
Begitu tergamak para alim Islam Umno membiarkan Tun Dr Mahathir bercakap merepek dan merapu tak tentu arah hingga menjatuhkan imej Tun dan mendedahkan kejahilan Tun dalam agamanya ? Sepatah kata nasihat ustaz Azhar Idrus sambil berkelakar dalam ceramah-ceramah beliau, " lebih baik jangan bercakap pasal islam kalau tak tahu, kalau bercakap je, soh bodo!".
Umar Al-Khattab RA ada berkata yang setiap hari dalam kehidupan harian kita ini, kita sentiasa sahaja di-kelilingi olih 9 ekor syaitan kesemuanya yang bertugas untuk menghasut dan menggoda kita. Jadi, bila baca kenyataan Tun Mahathir yang berbunyi "lebih baik Syaitan yang kita kenal daripada Malaikat yang kita tidak kenal", gurkah-gurkah politik di'port' setelah mengkaji kitab ini maka 'syaitan umno' yang dimaksudkan olih Tun Mahathir ialah yang bernama A'awan dimana tugas syaitan ini ialah : A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerint ah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/ kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
P/S : Maka teringatlah akan Ketua Umno Bhgn Bkt Gelugor & Ketua Umno Bhgn Bkt Mertajam yang telah menjadi 'broker' menjual tanah orang melayu.Ini lah contoh syaitan dalam umno yang dimaksudkan olih Tun Mahathir
KOMENTAR TUKAR TIUB dari jam 10:00 malam hinnga jam 2:00 pagi pada malam sabtu 25 ogos hanya kelihatan dua buah kereta yang memasang jalur tembelang
ini adalh bukti saheh bahawa anak semua bangsa telah bosan dengan jalur temeblang
SANG SAKA TANAH MELAYU
inilah bukti saheh bahawa anak semua bangsa tak ambil pot tentang 31 ogos
ini adalah bukti saheh bawa anak semua bangsa hanya menunggu masa untuk menghumbankan gerombolan!
MAT BRONSON MENJEMPUT SEMUA TURUN
TURUN TURUN KE DATARAN MERDEKA
PAS : PAKAI BAJU KUNING KE JANJI DEMOKRASI - mkini
Zulaikha Zulkifli 5:08PM Ogos 25 2012
Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menyeru ahli parti itu supaya hadir pada himpunan Janji Demokrasi yang akan diadakan pada malam 30 Ogos bertempat di Dataran Merdeka.
Beliau turut menyarankan agar peserta yang hadir pada himpunan itu nanti akan memakai baju warna kuning – warna yang simbolik dengan kempen tuntutan pilihan raya bersih dan adil.
"Kita galak ahli PAS hadir pada santai merdeka (Janji Demokrasi) pada 30 Ogos sehingga malam masuk 31 haribulan bersama 44 NGO lain yang akan berkumpul bagi merayakan hari kemerdekaan.
"Pada malam yang sama kita juga akan adakan sambutan kemerdekaan di Selangor (Shah Alam).
"Kita galak supaya semua yang hadir memakai warna kuning kerana tuntutan BERSIH kita masih berterusan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat biro politik di ibu pejabat PAS hari ini.
Mohamad juga berkata, Pakatan Rakyat juga akan menganjurkan satu program sama pada hari tersebut di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Selain itu, PAS juga mengumumkan bahawa siri program Himpunan Hijau anjuran parti itu akan diadakan untuk sambutan peringkat negeri Sabah dan Sarawak.
Naib presiden parti itu Datuk Mahfuz Omar berkata, Himpunan Hijau di negeri Sabah akan diadakan pada 1 September dan di negeri Sarawak pada hari berikutnya.
"Kita adakan himpunan hijau secara besar-besaran kerana kita dapati sokongan di belah sana semakin memberangsangkan," kata Mahfuz lagi.
Himpunan Janji Demokrasi sebelum ini dipromosi sebagai nama Janji BERSIH.
Nama perhimpunan itu ditukar kepada Janji Demokrasi memandangkan pergerakan tersebut tidak dikaitkan dengan gabungan NGO BERSIH, walau sebahagiannya merupakan anggota gabungan badan tersebut.
Nama Janji Demokrasi itu juga disesuaikan dengan tema Janji Ditepati yang dijadikan tema untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-55.
NOTA: janji demokrasi ialah tuntutan rakyat
janji demokrasi ialah peerjunagan rakyat
jangan lagi ditipu dengan memula moon jangan lagi ditipu dengan bukit kepong jangan lagi ditipu dengan jalur tembelang
bersama kita merayakan janji demokrasi dataran merdeka malam 30 ogos jam 10: 00 malam
NOTA: janji demokrasi ialah tuntutan rakyat
janji demokrasi ialah peerjunagan rakyat
jangan lagi ditipu dengan memula moon jangan lagi ditipu dengan bukit kepong jangan lagi ditipu dengan jalur tembelang
bersama kita merayakan janji dmeokrasi dataran merdeka malam 30 ogos jam 10: 00 malam
ISU HUDUD MENUNJUKKAN BN TERDESAK POLITIK, KATA ANWAR - minsider
KUALALUMPUR, 25 Ogos — Tindakan memainkan isu negara Islam dan hukum hudud secara berterusan oleh media Barisan Nasional (BN) adalah percubaan terdesak untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap rasuah dan salahguna kuasa, kata Anwar Ibrahim (gambar) hari ini.
Ketua pembangkang hari ini menggambarkan usaha parti pemerintah BN untuk memainkan isu perkauman dan agama dalam media yang dikawal Umno sebagai "cubaan keji untuk mengugut dengan hasutan agama dan persengketaan etnik " yang dibuat dalam keadaan politik terdesak menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau menegaskan PR komited kepada prinsip-prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA 25 OGOS 2012
HUDUD DAN KETERDESAKAN POLITIK UMNO
Percubaan terkini UMNO menyemai sentimen perkauman dan kesangsian agama seperti yang dipaparkan menerusi permainan isu Hudud dan Negara Islam di dalam media-media kawalan UMNO sekali lagi membuktikan gejala politik melulu yang membudaya di kalangan mereka. Percubaan keji bersifat ugutan dan hasutan bertujuan membangkitkan persengketaan agama dan etnik merupakan langkah terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu berkaitan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Tidak kira bagaimana sesuatu isu itu diputarbelit oleh media kawalan UMNO, kami dalam Pakatan Rakyat kekal komited terhadap prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan; kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan manakala pada masa sama menjamin kebebasan agama-agama lain untuk diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni; Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan kebebasan untuk menggunakan bahasa ibunda pelbagai kaum; kedaulatan raja-raja Melayu berserta kedudukan hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera dan hak-hak kaum lain seperti yang dilindungi oleh Perlembagaan.
Dasar bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga tetap kekal sebagai pernyataan rasmi kami tentang kebijakan dan prinsip tadbir urus kami. Marilah kita mengekalkan tumpuan terhadap agenda perubahan. Kita seharusnya perlu terus komited dalam meningkatkan daya saing negara, nilai pendapatan rakyat, mutu pendidikan dan kesihatan serta peningkatan kos hidup yang semakin membebankan rakyat.
Berkaitan persoalan Shariah, Hudud dan Negara Islam, kami mengiktiraf serta menghormati perbezaan pandangan dan kedudukan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat. Ini mencerminkan penerimaan kami terhadap amalan konsensus politik. Sebagai seorang Muslim, saya tetap meyakini al-Quran dan Sunnah; dua asas yang membangunkan prinsip-prinsip Shariah. Saya percaya bahawa Maqasid al-Shariah adalah prinsip penting dalam tadbir urus dan tidak bercanggah dengan amalan demokrasi.
Dalam hal ini, Pakatan Rakyat akan kekal berpandukan prinsip-prinsip berteraskan keadilan sejagat, tadbir urus yang baik, kebertanggunjawaban, ketelusan dan keberdayaan dalam usaha memberikan yang terbaik buat rakyat.
Kita tak seharusnya terpengaruh dengan keterdesakan politik serta ugutan oleh UMNO-BN. Keyakinan dan kepercayaan sewajarnya diletakkan terhadap kematangan dan kebijaksaan rakyat untuk menilai dan membuat pilihan mereka sendiri. ANWAR IBRAHIM Ketua Pembangkang Malaysia
NOTA: tahun ini semakin jelas bahawa rakyat telah naik menyampah melihat jalur temberang semenjak diketahui umum bahawa bendera ini diciplak dari amerika
tak sampai satu minggu sambutan hari malapetaka 31 Ogos tapi masih tidak kelihatan jalur tembelang dikibarkan oleh kereta kereta
ini cukup jelas taxi tak kibar bas tak kibar kereta sedniri jauh lagi
yang pasang jalur tembelang hanya bangunan kerajaan - ini kontrek yang pasang jalur tembelang di rumah-rumah tapi bukan tuan rumah yang pasang - mat bangla dan mat indon yg pasang kah kah kah
NOTA: tapi hanya lori pasir yang bawa muatan lebih ada kibar jalur tembelang ini kerana tidka mahu kena pau oleh mata mata atau tak mahu di saman kah kah kah
malam 30 ogos ialah malam janji demokrasi anak anak muda pelajar dan warga di seluruh negara di jemput untuk memakai pakaian kuning
di kuala lumpur, melaka, ipoh akan ada perhimpunan pada malam janjin demokrasi
di kuala lumpur akan berkumpul anak semua bangsa di dataran merdeka jam 10:00 malam
pak samad akan membaca puisi
semua di jemput hadir sila pakai apa saja yang kuning!
JANJI DEMOKRASI TAK PERLU PERMIT - keadilan daily
KUALA LUMPUR 24 Ogos: Gabungan JANJI bertegas akan meraikan sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini tanpa memerlukan permit.
Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) Maria Chin berkata, himpunan Janji Demokrasi pada jam 10.00 malam di kawasan pancuran air itu tidak memerlukan permit daripada pihak berkuasa.
Katanya, ini kerana sambutan menjelang kemerdekaan menjadi kebiasaan setiap tahun dan ia disambut di empat lokasi berbeza, iaitu Dataran Merdeka, KLCC, Dataran Maybank dan Bukit Bintang.
"Jadi, kita hanya datang dan bersama-sama merayakan sambutan itu," katanya pada sidang media 'Janji Demokrasi' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.
Ia turut disokong Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan yang menyifatkan isu permit tidak timbul ekoran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maklum berhubung sambutan tahunan itu.
"Bezanya peserta Janji Demokrasi disarankan untuk hadir dengan berpakaian kuning," kata Maria lagi.
Himpunan Janji Demokrasi dianjurkan oleh Gabungan JANJI yang dianggotai 49 NGO, antaranya Empower, SAMM, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Warga Aman dan Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) dan Asalkan Bukan Umno (Abu).
Sebelum ini, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengugut untuk bertindak agresif kepada peserta himpunan jika ia diteruskan.
Sementara itu, aktivis Hishamuddin Rais berkata, Janji Demokrasi tidak akan menyebabkan huru-hara dan peserta turut dilarang membawa kain rentang dan sepanduk serta melaungkan slogan selain laungan Merdeka.
"Kita cuma merayakan (ambang kemerdekaan), cuma perbezaannya kita berpakaian kuning dan Pak Samad akan membaca sajak beliau pada malam itu," tegasnya.
Hadir sama pada sidang media itu, Koordinator Jingga 13, Fariz Musa; Setiausaha Agung Mipas, S Barathidasan; Warga Aman, Raja Retinam dan Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden, Khalid Ismath.
NOTA: sila layari radio bangsar utama untuk maklumat terkini radio bangsar ialah radio resmi janji demokrasi!
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Guardian, akhbar Inggeris liberal beraluan kiri menghentikan khidmat Joshua Trevino, pemblog dan pelobi pro-Zionis sebagai kolumnis di akhbar itu, memberi alasan konflik kepentingan melibatkan aktiviti bisnes di Malaysia.
Trevino didakwa menjadi penulis upahan yang menulis bagi pihak pemerintah Malaysia di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, dengan satu misi utamanya menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membantu meningkatkan imej Najib.
Pemerhatian terhadap rancangan soal jawab melibatkan Anwar di CNN tersebut walau bagaimanapun cenderung untuk membenarkan dakwaan Trevino itu, ekoran soalan-soalan mudah dan terpilih yang diberikan kepada Anwar, dan tanpa susulan yang lebih menekan.
Walau bagaimanapun, kredibiliti Guardian turut terjejas ekoran episod ini, kerana menggunakan khidmat Trevino, bekas penulis ucapan Bush dan pelobi pro-Zionis itu walaupun pendirian kontroversi beliau termasuk menyokong pembunuhan oleh Zionissedia diketahui ramai.
Ali merupakan seorang penulis yang sejak awal memerhati dan mendedahkan sikap Guardian terhadap penulis anti-Islam itu.
Kaitan dengan Israel dan kedudukan Trevino sebagai pelobi Zionis telah menunjukkan satu konflik kepentingan yang jauh lebih besar sejak awal lagi, dan sewajarnya sudah mendesak Guardian memutuskan hubungan dengan Trevino.
You are subscribed to email updates from SiasahDaily To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan melaksanakan hudud melalui proses demokrasi yang sedia ada.
Malah ujarnya, usaha itu telah dimulakan sejak tahun 90-an apabila undang-undang itu diluluskan di Kelantan dan pada 2003 di Terengganu.
Sebelum itu lagi mereka telah memperkenalkan draf undang-undang itu kepada NGO Islam dan bukan Islam dan pernah mengemukakan usul agar isu perlaksanaan hudud dibincangkan di parlimen.
"PAS terima hudud secara positif dan hudud ini kewajipan orang Islam.
"Kita akan terus langsungkannya melalui ruang demokrasi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung PAS petang ini.
Ditanya berhubung Pengerusi DAP Karpal Singh yang sering mengeluarkan kenyataan menentang perlaksanaan hudud, presiden PAS itu berkata ianya bukan sesuatu yang pelik bagi PAS.
"Masalah Karpal lawan tak pelik, yang kita peliknya Umno yang lawan.
"Malah (Umno) ambil langkah-langkah yang menyekat," katanya.
Beliau turut memberi contoh surat amaran dari pusat yang dihantar kepada kerajaan Kelantan apabila menyatakan hasrat mahu melaksanakan hudud di negeri itu.
Malah katanya Umno sanggup kempen kepada pelabur asing agar tidak datang melabur kerana negeri ini akan dilaksana hukum hudud.
"Karpal bukan kerajaan, tidak ada kuasa, yang ada kuasa ni BN yang dikuasai Umno. DAP berhak berhujah dan PAS mendokong demokrasi.
"Bahkan kalau PAS ada kuasa (memerintah) macam Umno sekarang, PAS tak akan tutup mulut sesiapa yang nak tegur termasuk kakitangan kerajaan," katanya.
Apa helah Mahathir dan koncu-koncunya untuk mengelak diri mereka daripada disapina oleh Karpal Singh?
Tentunya malaon-malaon bertiga ini tak senang hidup dibuat oleh Karpal. Paling tidak terpaksa pakai pampers sebab asyik terkencing !
Menurut Karpal Singh, dia tidak patut dibicarakan atas tuduhan mengeluarkan perkataan-perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak .
Ini kerana menurutnya, Dr. Mahathir sewaktu debat pindaan Perlembagaan pada 1993 telah mengeluarkan kata-kata yang jauh lebih berbaur hasutan berbanding kata-katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya, empat tahun lalu.
Namun sehingga hari ini, menurut Karpal, tiada pendakwaan dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu.
Klik untuk besar
Pada 20 Januari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Karpal pada akhir kes pendakwaan tanpa memanggilnya membela diri. Sumber
Nampaknya PM Najib semakin konfiden Umno/BN boleh menang PRU-13 ini. Entah nak tunggu apa lagi? Pakatan Rakyat sekarang ini sedang bergelora bergolak dengan pelbagai isu.
Kalau sebelum ini, Pakatan Rakyat mengasak Umno/BN dengan pelbagai isu,tetapi kali ini giliran PR pula yang terpaksa bertahan bila Umno/BN mengasak PR.
Isu Mansor Osman tiba-tiba muncul tak semena-mena.Ramai blogger Pakatan Rakyat sendiri tidak berapa minat nak membela Mansor Osman yang bercita-cita nak jadi Duta ke China tu.Hanya blog Pakaq sahaja yang cuba nak selamatkan Mansor. Rata-rata bloggers PR lain tidak begitu gemar dengan sikap Mansor yang dilihat tidak ubah macam perangai Umno/BN yang pentingkan diri semata-mata dan bukan kerana nak membela rakyat. Elok jadikan tukon dan campakan dia ke dalam laut!
Kenyataan Mansor sehingga kini tidak mampu menyangkal kesahihan cerita yang dimuat naik oleh blog yang dikatakan 'blog anti PR'. Sedikit hari lagi, tentunya rakaman bersuara akan diaorang upload kat U-Tube.
Dalam waktu yang sama isu Hudud, PAS dan DAP berlaga angin sedang dalam carta tertinggi Umno/BN untuk dieksploitasikan. Umno berhutang budi mengenai isu Hudud ini kepada Nasharudin yang tidak pasal-pasal sekembalinya dari membontot PM Najib ke Mekah, menyondol Karpal Singh.
Budak-budak PAS pun ada yang terkinja-kinja terikut-ikut menari sama.Pencacai Umno/BN pun bertepuk tangan mengiringi tarian Nasha. Tentu ada antara kita ingat pesanan Allahyarham Ust Fadhil Nor dulu, supaya waspada apabila musuh memuji kita ....
Utusan Meloya semakin rancak dalam memainkan isu panas yang melanda Pakatan Rakyat.Anwar Ibrahim pun dah keluar kenyataannya yang jelas memberi ingatan kepada PAS mengenai 'konsensus'.
Lujnah Politik PAS yang akan membincangkan mengenai kenyataan kontraversi Nasha dipercayai akan play safe, memandangkan pilihanraya dah dekat sangat. Besar kemungkinan, Nasha hanya akan diberikan nasihat sahaja ...
Memecat Nasha lebih buruk padahnya. Subky Latif pun ada berkata supaya PAS biarkan sahaja si Luncai tu terjun dengan labunya.
Episod Hasang Beras Hancor mungkin boleh kita jadikan teladan. Korang faham tak maksud aku ? Mudah cakap begini – daripada kita melepaskan pergi pelesit yang jenis makan tuan sendiri nih, lebih baik lagi kalau kita 'botolkan' sahaja pelesit tersebut. Musuh tidak boleh pergunakan dia dan kita mudah memantaunya ...
Cuma risikonya ialah pelesit ini boleh terkeluar dari dalam botol . Maklumlah, bukan mudah nak kawal budak-budak dari bermain botol ...
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
MANA PI PENARI PUNGKOQ? MANA PI PENIAGA IKAN TERBAKAQ SEKINCHAN? TAKKAN SENYAP SAJA JALAN KENA TUTUP? PERNIAGAAN TERJEJAS NI...KAH! KAH! KAH!
SEMASA Perhimpunan BERSIH 3.0 tempoh hari sebanyak 10 jalan ditutup selama sehari kerana Himpunan Bersih 3.0 tersebut diadakan di sekitar Dataran Merdeka.
Antara jalan-jalan yang ditutup waktu itu adalah Jalan Raja laut, Jalan Parliment, Jalan Kinabalu, Leboh Pudu, Jalan Syed Putra, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Kuching, Jalan Mahameru, Jalan Ampang
Namun pada sambutan Hari Kemerdekaan kali ini, sebanyak 18 jalan-jalan ke Dataran Merdeka ditutup. Bukan itu sahaja, jalan-jalan ini ditutup selama tiga hari [MyMetro].
Antara jalan-jalan yang ditutup ialah seperti berikut sebanyak 18 batang jalan yang menuju ke Dataran Merdeka.
Jalan Travers/Jalan Damansara Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara) Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara) Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah Jalan Tembusu/Jalan Lembah Jalan Cenderasari/Jalan Perdana Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin Jalan Raja/Jalan Hishamuddin Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan Jalan T.A Rahman/Jalan Raja
Tapi yang menghairankan, semasa Bersih 3.0 ada sekumpulan mamak-mamak peniaga membuat laporan polis kerana mereka menghadapi kerugian akibat penutupan jalan-jalan ini selama sehari.
Adakah kumpulan mamak-mamak peniaga tersebut akan membuat laporan Polis juga kerana mengalami kerugian sebanyak tiga kali ganda akibat penutupan jalan-jalan ke Dataran Merdeka selama tiga hari?
LANTARAN tindakan TV3 yang mengheret Mak Tom, ibu kepada pengacara dan pelakon terkenal Azwan Ali ke dalam salah sebuah slot Buletin Utama, Azwan Ali melancarkan kempen anti TV3 di twitter.
Tindakan TV3 itu berpunca daripada Ummi Hafilda yang membawa wanita berusia 79 tahun itu beraya di perantauan iaitu di Melaka sebelum memanggil wartawan TV3 untuk mengheret beliau ke dalam isu politik rujuk sini [Mak Tom].
Tindakan TV3 itu begitu jelas sengaja memecahbelahkan keluarga Azwan Ali dan perkara itu langsung tidak dapat diterima olehnya.
Sebagai respon, Azwan Ali melancarkan kempen #JijikTV3 di twitternya. Setiap mesej yang diterimanya daripada peminat akan dibalas dengan respon #JijikTV3 sebagai menunjukkan rasa marahnya yang meluap-luap kepada TV3.
Selain itu Azwan juga meluahkan bahawa beliau sudah tidak mengaku Ummi Hafilda sebagai adiknya lagi lantaran tindakannya yang kerap mengheret ibu mereka ke kancah politik.
Azwan Ali juga turut mendedahkan bagaimana arwah ayahnya dulu turut sudah tidak mengakui Ummi Hafilda sebagai anak. Malah menulis surat wasiat khusus terhadap perkara itu.
Syaitan bukan nama makhluk, tapi nama perangai yang melekat pada makhluk. Imam tabari mendenisikan syaitan adalah, 'setiap yang jahat dari kalangan jin, manusia, binatang dan sebagainya'.
Iblis adalah makhluk. Sudah pasti ia adalah syaitan, kerana tidak ada kejahatan tanpa iblis. Iblis dan kejahatan umpama kentut dengan taik; umpama umno dengan rasuah; umpama sami vello dengan MRR2; umpama mahathir dengan politik diktator.
Kita tidak boleh menolong syaitan, kerana menolong syaitan beerti menolong membuat kejahatan. Contohnya kita tidak boleh tolong pencuri dengan membawa tangga untuk membantu pencuri panjat rumah untuk mencuri.
Namun begitu, tidak salah kita ditolong oleh syaitan, kerana tidak mustahil syaitan boleh menolong orang buat baik. Contohnya seperti kita nak pergi masjid dan motor kita rosak. Tiba-tiba ada seorang budak dadah yang lalu menawarkan bantuan untuk membaiki motor kita secara percuma. Tindakan budak dadah itu memudahkan untuk kita ke masjid.
Ia sama seperti kita nak pergi ke kelantan ikut jalan gerik. Sesampai di gerik, kita dapati jem panjang ekoran sebatang pokok tumbang menutup laluan jalan. Untuk nak angkat pokok yang tumbang itu, kita tidak boleh menghalang orang-orang jahat yang nak tolong sama mengangkat kayu yang tumbang tersebut. Jika dihalang juga, maka itu satu kebodohan tahap luar biasa.
Yang paling penting, seharusnya kita berfikir untuk tidak menjadi syaitan dan tidak membantu syaitan. Yang paling bijak, macam mana kita nak manfaatkan syaitan untuk memberi kemenangan kepada Islam.
Dari anas bin malik berkata; aku tengok Rasulullah saw ketika itu telah masuk waktu asar. Manusia mencari air sembahyang dalam keadaan mereka tidak ada air sembahyang. Lalu didatangkan kepada Rasulullah SAW air sembahyang, lalu Rasulullah SAW meletakkan tangannya dalam bekas itu. Kemudian Rasulullah SAW menyuruh manusia berwudu' dari air dalam bekas tersebut, aku nampak air terpancar keluar dari celah-celah jari baginda hingga air wudu' untuk orang lain' (muttafaqun alaih)
1- mukjizat nabi
mukjizat bermakna perkara yang menyalahi adat yang diberikan khusus kepada para nabi. Kepada orang lain, tidak diberikan mukjizat.
Antara mukjizat nabi saw itu adalah Allah SWT mengeluarkan air dari celah jari Nabi saw sepertimana air mata air terpancar. Menurut riwayat, bilangan sahabat pada ketika itu mencecah bilangan 15000 orang. Dan orang yang boleh berwudu dengan air yang keluar dari celah jari nabi itu hampir seribu orang.
2- air musta'mal boleh digunakan
dari hadis ini, ulama selain syafiiyyah menjadikan hujjah bahawa air musta'mal boleh digunakan. Ini kerana dalam hadis, didapati para sahabat berwudu dengan air yang dicelup tangan oleh Rasulullah SAW.
Namun begitu, ulama syafiieyyah menyatakan bahawa asal air musta'mal tidak boleh digunakan. Tetapi dalam keadaan terdesak, maka ia dibenarkan untuk digunakan atas alasan dharurat.
Dan lagi, mereka beralasan bahawa yang dimaksudkan dengan air musta'mal adalah air yang selepas digunakan untuk berwudu dan mandi jinabah. Adapun semata-mata celup seperti dalam hadis ini, air tersebut dikira sebagai mutlak lagi.
3- celup tangan dalam air
tidak memudharatkan sedikit pun pada air yang dicelup tangan; sama ada menjadi musta'mal atau mutannajis berdasarkan kepada hadis ini.
Namun begitu, sekiranya tangan itu mempunyai kotoran, maka air tersebut boleh bertukar sifatnya. Ini disandarkan kepada beberapa hadis yang mana Nabi SAW menyuruh membasuhkan tangan terlebih dahulu sebelum mencelup tangan ke dalam air, krn kita tidak tahu ke mana tangan kita pergi semasa kita tidur.
4- berwudu dan istinja' dgn air zam zam
air yang keluar dari celah jari nabi adalah air yang bersih. Ini merujuk kepada jasad nabi saw yang jauh lebih bersih berbanding tanah. Sedangkan air yang dari tanah juga bersih.
Jika air zam zam yang berasal dari tanah pun sudah bersih, maka air yang berasal dari jari nabi saw itu lebih bersih.
Jika dengan air dari celah nabi saw pun boleh dibuat berwudu', maka terlebih boleh digunakan jika air itu adalah air zam-zam, sama ada untuk berwudu atau untuk beristinja'.
Ini dikuatkan lagi dengan satu hadis Ibn Abbas bahawa dia berkata, 'aku telah memberi minum kepada Rasulullah SAW dengan air zam zam, lalu Baginda SAW minum air itu dalam keadaan berdiri.
Juga hadis dari ali bahawa dia berkata bahawa rasulullah saw meminta membawa sebaldi air zam zam; kemudian baginda minum dan berwudu dengan air itu'
KUALA LUMPUR : Umno BN menjadikan sektor pendidikan sebagai perniagaan menyebabkan kira-kira 25 hingga 50 peratus peralatan bernilai lebih RM500 juta bagi projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak dapat digunakan lagi akibat rosak.
Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang berkata, pimpinan Umno BN memperniagakan pendidikan bagi mengisi poket mereka sehingga mengabaikan kepentingan pembelajaran pelajar.
"Kita dapat lihat dengan jelas bagaimana mereka jadikan peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk digunakan dalam projek PPSMI untuk tujuan bisnes dan bukannya untuk mendidik murid serta pelajar," katanya ketika dihubungi.
Demikian respon beliau berhubung laporan akhbar hari ini menyatakan kurangnya penyelengaraan dan kelemahan pentadbiran kerajaan menyebabkan banyak peralatan ICT yang dibekalkan untuk sekolah terabai bernilai lebih RM500 juta.
Abas berkata, kerajaan Umno BN sebelum ini menyalahguna dan meluluskan pelbagai projek di atas nama pendidikan dengan tujuan untuk kepentingan sendiri.
"Mereka menjadikan sekolah sebagai pasaran. Sepatutnya projek yang melibatkan sekolah dan murid perlu diusul dan dibincangkan terlebih dahulu bersama bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), setelah mendapat persetujuan barulah ia dijalankan.
Tetapi mereka meluluskan terus setiap projek tanpa mengambil pandangan dari EPRD," jelas beliau.
"Sebarang projek juga perlu mengambil kira pandangan dari pakar pendidikan terlebih dahulu sebelum diputuskan kebenaran untuk melakukannya, tapi sebaliknya tindakan yang dilakukan ternyata bercanggah dengan dasar pendidikan itu sendiri," kata Abas.
PPSMI diperkenal sejak 2003 ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad dan ditentang tokoh-tokoh bahasa, budayawan dan cendikiawan kerana dianggap memperlekeh bahasa Melayu dan bahasa ibunda sebagai bahasa ilmu.
Kemuncak penentangan itu pada 7 Mac 2009 apabila Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang dipimpin bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Allahyarham Datuk Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, memimpin ribuan penunjuk perasaan membanjiri jalan raya.
Buat pertama kalinya, golongan seniman dan budayawan pelbagai bangsa – yang dilihat berdiam diri terhadap dasar kerajaan selama ini – bangkit menuntut pemansuhan PPSMI.
Hingga kini, kerajaan masih berdolak dalik mengenai tuntutan supaya PPSMI dimansuhkan.
KUALA LUMPUR: Gabungan JANJI bertegas akan meraikan sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada 30 Ogos ini tanpa memerlukan permit.
Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower) Maria Chin berkata, himpunan Janji Demokrasi pada jam 10.00 malam di kawasan pancuran air itu tidak memerlukan permit daripada pihak berkuasa.
Katanya, ini kerana sambutan menjelang kemerdekaan menjadi kebiasaan setiap tahun dan ia disambut di empat lokasi berbeza, iaitu Dataran Merdeka, KLCC, Dataran Maybank dan Bukit Bintang.
"Jadi, kita hanya datang dan bersama-sama merayakan sambutan itu," katanya pada sidang media 'Janji Demokrasi' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.
Ia turut disokong Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan yang menyifatkan isu permit tidak timbul ekoran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maklum berhubung sambutan tahunan itu.
"Bezanya peserta Janji Demokrasi disarankan untuk hadir dengan berpakaian kuning," kata Maria lagi.
Himpunan Janji Demokrasi dianjurkan oleh Gabungan JANJI yang dianggotai 49 NGO, antaranya Empower, SAMM, Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Warga Aman dan Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) dan Asalkan Bukan Umno (Abu).
Sebelum ini, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengugut untuk bertindak agresif kepada peserta himpunan jika ia diteruskan.
Sementara itu, aktivis Hishamuddin Rais berkata, Janji Demokrasi tidak akan menyebabkan huru-hara dan peserta turut dilarang membawa kain rentang dan sepanduk serta melaungkan slogan selain laungan Merdeka.
"Kita cuma merayakan (ambang kemerdekaan), cuma perbezaannya kita berpakaian kuning dan Pak Samad akan membaca sajak beliau pada malam itu," tegasnya.
Hadir sama pada sidang media itu, Koordinator Jingga 13, Fariz Musa; Setiausaha Agung Mipas, S Barathidasan; Warga Aman, Raja Retinam dan Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Indipenden, Khalid Ismath.
KUALA LUMPUR: Projek IC Mahathir atau 'Projek-M' didakwa telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi sah.
Projek pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia itu mencapai kemuncak pada awal 1990 an, bertujuan menumbangkan kerajaan Pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Pairin Kitingan.
Menurut Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong, terdapat bukti bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan berkenaan.
Katanya, warga asing yang ditahan akibat memiliki kad pengenalan apabila ditanya di mahkamah majistret pada September 1992 mengenai cara mereka mendapatkannya menjawab, ia diperolehi melalui 'Projek Presiden Mahathir'.
"Warga asing ini tak dihantar pulang, bahkan namanya dimasukkan kekal dalam senarai daftar pemilih sehingga hari ini," jelas Chong Eng dalam kenyataan.
Katanya, pada 1998, satu sesi pendengaran awam dilakukan bagi mengesahkan kemasukan pengundi baru dalam senarai pemilih Parlimen Likas.
"Ketika ditanya pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, bagaimanakah mereka memperolehi IC, jawapan yang diberi (oleh penama) sama sahaja, iaitu dari 'Projek Mahathir'," ujar Dr Chong.
Penglibatan Mahathir dalam projek kad pengenalan tersebut, dakwanya, diperkuat melalui perakuan bersumpah yang dibuat bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ibrahim pada 1980 an.
Perakuan itu mendedahkan satu mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Megat Junid (ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri), menyebut bahawa projek tersebut diluluskan Mahathir.
Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Bagaimanapun banyak pihak berpendapat penubuhan RCI tidak lebih satu sandiwara untuk mengurangkan keresahan rakyat Sabah menjelang pilihan raya umum.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Umno-Barisan Nasional semakin terdesak apabila memainkan isu Hudud dan Negara Islam dengan tujuan menyemai kesangsian kaum dan agama.
"Cubaan keji secara ugutan dan menghasut persengketaan agama dan etnik ini merupakan cubaan terdesak untuk mengalih perhatian rakyat dari isu-isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
"Tidak kira bagaimana isu yang diputar oleh media Umno, kita dalam Pakatan Rakyat kekal komited kepada prinsip asas yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," tegas ketua pembangkang itu.
Tegasnya, perlembagaan menjamin kedudukan Islam di samping kebebasan agama lain, memelihara Bahasa Melayu sebagai bahasa Ibunda, mendaulatkan institusi Raja-raja dan keistimewaan Melayu- bumiputera.
Justeru beliau mengajak rakyat supaya menumpukan agenda untuk perubahan, berdasarkan prinsip tadbir urus yang digariskan Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.
"Mari kita kekal tumpu kepada agenda untuk perubahan. Kita perlu meningkatkan daya saing, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan memeriksa peningkatan kos hidup yang membebankan rakyat.
"Dalam hal Syariah, hudud, dan negara islam, kami mengakui dan menghormati pandangan yang berbeza dan kedudukan parti-parti komponen dalam PR.
"Ini adalah mencerminkan politik konsensus. Sebagai seorang Muslim, saya tetap berpegang teguh kepada al-Quran dan Sunnah yang merupakan sumber prinsip syariah," kata Anwar.
Anwar berkata, prinsip maqasid al syariah (objektif lebih tinggi Syariah) adalah prinsip penting urus tadbir dan tidak berlawanan dengan ajaran demokrasi.
"Dalam hal ini, PR akan terus dipandu oleh prinsip-prinsip keadilan sejagat, urus tadbir yang baik, akauntabiliti, ketelusan dan daya saing untuk mencapai kebaikan untuk rakyat.
"Janganlah kita terpengaruh dengan politik terdesak dan ugutan UMNO BN. Letakkan kepercayaan kita dalam kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai keadaan ini dan membuat pilihan bebas mereka," katanya.
KUALA LUMPUR : Bekas anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang itu telah dibebaskan daripada tuduhan rasuah melalui satu pengesahan SMS oleh Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali seperti diaporkan Hafiz Yatim hari ini dalam Malaysiakini.
Laporan tersebut turut memetik Mustafar berkata awal minggu ini melalui SMS bahawa "Pihak pendakwa raya telah membuat keputusan dan membersihkan Phang daripada dakwaan rasuah. Ia juga telah diumumkan oleh panel kajian operasi."
Phang pada Januari 2011 yang lalu secara sukarela memohon untuk melepaskan jawatan selaku anggota panel suruhanjaya berkenaan bagi membolehkan SPRM menyiasat secara bebas dakwaan rasuah yang membabitkannya oleh sebuah sebuah blog yang mendakwa beliau telah cuba memberi rasuah kepada seorang Ketua Setiausaha sebuah kementerian.
Menafikan tuduhan tersebut, beliau menjelaskan bahawa dirinya telah menjadi mangsa serangan berterusan pihak tertentu kerana membangkitkan isu berhubung kurangnya tindakan terhadap skandal MAS.
Mengulas kepada laporan tersebut, Kit Siang mempersoalkan mengapa SPRM telah menyembunyikan maklumat bahawa Phang telah dibebaskan daripada tuduhan rasuah terhadapnya selama 15 bulan.
Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM , Tan Sri Hadenan Abdul Jalil dilaporkan telah berkata bahawa SPRM telah "gagal untuk memperoleh bukti secukupnya untuk mendakwa Phang".
Justeru beliau mempersoalkan mengapa pula pengumuman ini dibuat oleh Hadenan selepas mesyuarat Panel Penilaian Operasi SPRM pada bulan Mei tahun lalu dimana SPRM telah membersihkan nama Peguam Negara dalam tuduhan rasuahnya melibatkan penunaian ibadat haji?
"Bukankah SPRM dan Panel Penilaian Operasi telah membebaskan dan membersihkan nama Phang serta Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dalam mesyuarat yang sama tahun lalu?
Menurut Kit siang lagi, penyiasatan tersebut menyatakan bahawa "panel ini berasa puas dengan hasil penyiasatan yang tidak memberi apa-apa indikasi kesalahan jenayah".
"Tetapi kenapa dengan sengaja telah menyembunyikan maklumat pembebasan Phang daripada pengetahuan beliau?"-Roketkini.com
Kali ini Aidilfitri meriah. Tak lekang orang yang datang ke rumah, tak putus melawat sanak saudara. Biasalah, bila banyak singgah-menyinggah, segala juadah seboleh mungkin nak dirasa. Lemang, ketupat, rendang sudah semestinya. Kalau anda beraya ke Gopeng, janganlah lupa jamah Kelamai, makanan Rawa yang sangat popular. Maka disebabkan banyak makan, tak hairanlah kalau banyak kali masuk keluar ke jamban.
Belum pun selesai dihadam ketupat, lemang, dodol dan samperit, tak sempat lapar sebab asyik berjamu, seluruh rakyat Malaysia akan menyambut pula hari kebesaran negara hujung bulan ini iaitu Hari Merdeka yang ke 55 tahun.
Istimewa Hari Merdeka yang ke 55
Hari Merdeka ke 55 ini menyaksikan satu sejarah baru terlakar; dua tema dalam satu perayaan. Kerajaan PR memilih tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa". UMNO-BN memilih tema "Janji Ditepati".
Entah janji apalah yang ditepati sedangkan Program Transformasi Kerajaan dilihat gagal memenuhi objektif. Perlaksanaannya lemah dan ada ahli akademik yang melihat ianya propaganda semata-mata.
Contoh paling mudah seperti pemansuhan ISA tetapi diganti akta lain. Begitu juga dengan pindaan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang 'tak aman'. Termasuklah yang terkini pindaan Akta Keterangan (No. 2) iaitu Seksyen 114A.
"Najib tak cool langsung."
Ini belum lagi dihurai panjang lebar perihal salah guna kuasa dan rasuah projek-projek kerajaan BN yang menimbulkan tanda soal semacam projek sambungan LRT Ampang-George Kent, projek SEDA, pengambilan tanah kerajaan di Brickfield dan banyak lagi.
Kalaulah begini keadaannya, segala transformasi Najib bolehlah kita gelar 'tranformasi auta' sahaja.
Nak glamour juga… Apapun, tak hairanlah kalau nama Najib melonjak, jadi glamour. Tentu sekali yang tumpang seronok adalah isterinya Datin Seri Rosmah. Mana tak jadi glamour, dalam tak sampai tempoh setahun, segala dasar transformasi nak dilaksanakan.
Tak mengapalah, bila Najib bersara selepas pilihanraya nanti, setidak-tidaknya dapatlah gelaran Bapa Transformasi. Sepertimana gelaran Bapa Pembangunan kepada Tun Mahathir dan Bapa Demokrasi kepada Pak Lah.
BN tabur duit macam tabur gandum….
Yang kita lihat, kerajaan UMNO-BN tabur duit semacam tabur gandum beri makan ayam. Bila gandum habis, ayam pun kenyang. Kemudian, bila taukeh datang, ayam pun kena jual. Mereka jugaklah yang untung.
Harap-harap kita tidaklah jadi macam si ayam. Kenyang makan tapi tak sedar, telah dijual…
Memang sudah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu rakyat. Tetapi, perlaksanaan BR1M, TR1M, KR1M dan sebagainya secara melulu memperlihatkan UMNO-BN sudah meroyan terdesak menagih simpati sokongan rakyat.
Merdeka istimewa
Merdeka ke 55 tahun ini merupakan hari merdeka istimewa buat seluruh warga. Kalau dulu ada Kongsi Raya, kali ini kita ada Merdeka Raya. Makin banyaklah lagi majlis makan-makan dan mega sales dibuat.
Cumanya sampai sekarang, kita tertunggu-tunggu bila tarikhnya pilihanraya.
Akan hal pilihanraya yang entah bila nak mula, kita mula terfikir, apakah UMNO-BN yang dikepalai Najib tidak cukup 'kira-kira' untuk menepati semua janji-janji mereka terlebih dahulu (termasuk janji lapuk) sebelum PRU atau sudah mula terbayangkan duit yang mereka tabur sebelum ini sia-sia sekadar menjadi rendang dan dodol buat dijamah?
Hari baik bulan baik ini, Cabai Burung ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin dan Salam Sebangsa, Senegara, Sejiwa.roketkini.com
KUALALUMPUR: Najib digesa menubuhkan satu tribunal untuk menyiasat dakwaan rasuah serta salah guna kuasa oleh Peguam Negara Tan Sri Gani Patail. Gesaan yang dibuat oleh Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain dan bekas anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang dibuat berikutan dakwaan serius terhadap Gani yang didedahkan oleh penulis Zainal Abidin Ahmad dalam bukunya bertajuk "Tan Sri Gani Patail: pemalsu, penipu, penjenayah?".
Dua hari yang lalu, Mat Zain telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memohon jawapan mengapa beliau tidak bersedia untuk menubuhkan satu tribunal untuk menyiasat Peguam Negara walaupun wujud banyak tuduhan serta bukti terhadap Gani tetapi telah memberi kebenaran untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pendatang asing tanpa izin di Sabah.
Manakala Phang pula menggesa Peguam Negara agar menyiasat semua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan menyaman penulis buku tersebut sekiranya dakwaan-dakwaan yang didedahkan adalah palsu.
Satu laporan polis juga telah dibuat oleh Phang dengan menggesa SPRM dan pihak polis agar menyiasat dakwaan terhadap Gani merujuk kepada isu salah guna kuasa seperti yang didedahkan buku tersebut.
Memberi respon kepada isu ini, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Robert Phang dan Mat Zain telah membuat beberapa tuduhan serius terhadap Gani dan Perdana Menteri tidak boleh terus berdiam diri terhadap Peguam Negara yang paling kontroversial dalam sejarah negara ujar Kit siang.
"Ini kerana Peguam Negara dipandang sebagai ketua pegawai perundangan yang diberi penghormatan untuk mendaulatkan undang-undang daripada ketua yang melanggar undang-undang." ujarnya.
Bagi Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor, rakyat Malaysia amat bimbang dengan sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kelihatan berdiam diri.
"Isu Peguam Negara ini merupakan isu paling kontroversi kerana ia melibatkan sejumlah dakwaan tuduhan rasuah serta penyalahgunaan kuasa oleh Peguam Negara sendiri yang dipandang sebagai ketua pegawai perundangan.
"Najib harus mempertimbangkan secara serius untuk menubuhkan satu tribunal kehakiman bagi meneliti sejumlah tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Gani seperti yang digesa Mat Zain dan Phang."
Tanpa penubuhan tribunal yang dicadangkan, ia akan memberi persepsi bahawa Peguam Negara telah menjadi ketua yang melanggar undang-undang daripada ketua pegawai perundangan yang mendaulatkan undang-undang kata Kit Siang mengakhiri kenyataannya.-Roketkini.com
BARU-BARU ini aku sempat bersembang dengan beberapa orang budak SAMM sempena kunjungan berhari raya. Sudah tentu kami banyak bercerita tentang isu-isu politik semasa khususnya berkaitan aktiviti SAMM itu sendiri.
Di dalam perbualan kami, aku cuba bertanyakan pendapat dia orang tentang Chegu Bard, Penyelaras SAMM. Di mana agaknya tokoh muda yang hebat ini bakal bertanding di dalam PRU akan datang? Aku sendiri merasakan tentulah Chegu Bard akan bertanding semula di Parlimen Rembau, apatah lagi orang-orang Rembau kini memang mahukan Chegu Bard bertanding di situ. Sebenarnya kerusi Parlimen Rembau dikatakan asalnya adalah Kerusi untuk PAS tetapi pada PRU 12 yang lalu Chegu Bard menawarkan diri untuk bertanding menentang Ketua Pemuda Umno KJ di situ. PAS sudi meminjamkan kerusi tersebut untuk beri laluan kepada Chegu Bard. Keputusan PRU 12 di Parlimen Rembau, pada awalnya berpihak kepada Chegu Bard tetapi seperti biasa undi subsidi tiba dan beliau tewas tipis kepada KJ.
Kali ini, di mana pula Chegu Bard akan bertanding? Jika ikutkan pilihan Chegu Bard, aku yakin beliau pasti memilih untuk bertanding semula di situ memandangkan rakyat di Rembau amat senang dengan tokoh muda ini. Apatah lagi beliau adalah Ketua Cabang KEADILAN Rembau. Orang-orang PAS di Rembau juga amat senang dengan beliau sehinggakan diberitahu sekiranya bukan Chegu Bard yang bertanding di Rembau, PAS akan letakkan calon partinya di situ.
"Ada berita menarik", kata rakanku budak SAMM tersebut. Kali ini PAS akan mengambil semula kerusi Parlimen Rembau. "Habis tu, ke mana mahu diletakkan Chegu Bard?" tanyaku. Member aku tersenyum, dengan bangganya dia menyebut, " Kali ini Chegu Bard, InsyaAllah, akan masuk ke Parlimen".
Semua tahu hubungan Chegu Bard dengan DS Anwar dan hampir seluruh kepimpinan tertinggi KEADILAN sekarang amat baik walaupun pada suatu ketika beliau dikatakan suka berperang dengan kepimpinan parti. Sikap Chegu Bard yang tidak hipokrit dan tidak suka mengampu-ngampu pimpinan dan prinsipnya yang berpegang teguh kepada prinsip dan disiplin parti itulah yang menyebabkan beliau sering mengkritik kepimpinan. Rupa-rupanya sikap beliau ini lah yang menyebabkan kepimpinan merasakan Chegu Bard adalah aset penting kepada parti. Kepimpinan beliau di dalam SAMM amat berjaya dan berpengaruh. Pada waktu tertentu beliau lantang mengkritik kepimpinan parti termasuk DS Anwar sendiri, tetapi apabila pihak musuh menyerang DS Anwar dan parti, Chegu Bard tampil mempertahankannya.
" Di mana Chegu Bard akan bertanding? Soal aku kepada temanku itu. " Di negeri sebelah Utara," Jawabnya rengkas. Aku termenung sekejap. Tetapi apabila aku ingat balik, ada lojiknya kata-kata temanku itu. Sebulan dua ini kita sering menyaksikan banyak aktiviti Chegu Bard dan aktiviti SAMM tertumpu di sebelah Utara.
Aku cuba meneka sendiri di negeri dan kawasan manakah Chegu Bard akan bertanding jika negeri sebelah Utara ditawarkan kepada beliau. Kedah tidak mungkin. Perlis jauh sekali. Hanya satu iaitu di P.Pinang. Ya, Chegu Bard kerap berkunjung ke sana sekarang. Malahan dimaklumkan Himpunan SAMM peringkat Kebangsaan akan diadakan di Penang. Tetapi di kawasan mana Chegu Bard akan bertanding? Walaupun temanku cuba untuk merahsiakan kawasan di mana Chegu Bard bertanding, aku dapat merasakan bahawa Chegu Bard tidak akan merampas kerusi rakan-rakan sendiri di dalam PR. Jika itulah keadaannya, maka Chegu Bard pasti akan diletakkan di Parlimen Nibong Tebal. Kerusi itu kini disandang oleh bekas MP KEADILAN yang kini menyertai Parti KITA iaitu YB Tan Tee Beng.
Amat tepat sekali jika benar beliau diletakkan di situ. Chegu Bard bukan asing di negeri Utara kerana isteri beliau pun jika tidak salah aku adalah anak orang Utara, iaitu di P.Pinang itu sendiri.
Mungkin ada yang bertanya mengapa selaku Ketua Cabang KEADILAN di Rembau beliau mesti dibawa ke negeri lain? Jawapannya bagi aku, di Negeri Sembilan hubungan beliau dengan kepimpinan negeri dikatakan agak dingin. Keduanya, kerusi Parlimen Rembau eloklah diserahkan semula kepada PAS. Ketiganya, mungkin parti mahu melihat tokoh muda ini berada di saf hadapan pejuang PR bersama-sama Sdr Rafizi, Fariz Musa, Mat Sabu dan ramai lagi tokoh muda yang lantang. Tentunya Parlimen selepas PRU akan datang akan lebih panas lagi berganding dengan YB Nurul Izzah samada ketika itu PR menjadi Kerajaan atau tidak.
Apa pun, kita mengharapkan Chegu Bard akan diberi kemenangan walau di mana beliau bertanding kerana pejuang yang tidak mengharapkan jawatan dan kedudukan akan diberkati jika diberi jawatan, InsyaAllah.
IPOH: MCA bersedia melepaskan kerusi tradisi yang ditandinginya kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain jika parti itu yakin menang selain mendapat restu Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata MCA juga tidak akan menuntut mana-mana kerusi yang parti itu tidak berpeluang menang.
"Saya mengatakan secara terbuka bahawa MCA tidak menuntut kerusi yang kita tidak berpeluang menang atau yakin menang. Kita bukan parti komponen yang syok sendiri," katanya pemberita selepas bertemu penjaja Pasar Awam Gunung Rapat, di sini Sabtu.
Beliau diminta mengulas laporan media yang menyebut Gerakan Bahagian Gopeng mempunyai calon boleh menang bagi kerusi Parlimen Gopeng dan Dewan Undangan Negeri Malim Nawar, iaitu dua kerusi yang ditandingi MCA sebelum ini.
Kenyataan Ketua Gerakan Bahagian Gopeng itu susulan laporan akhbar bahawa pada pilihan raya umum ke-13 nanti MCA berhasrat bertanding di kerusi Parlimen Puchong yang ditandingi Gerakan pada dua pilihan raya umum lepas.
Mengulas lanjut, Dr Chua berkata:"...kalau Gerakan ingat dia boleh menang ambillah, kalau PM (Perdana Menteri) setuju kitapun setuju, no problem."
Katanya kedua-dua parti berkenaan juga tidak perlu bertukar kerusi jika Gerakan benar-benar yakin boleh memenangi kawasan yang dituntut mereka.
Pada masa yang sama Dr Chua menegaskan ada beberapa kriteria yang harus dipenuhi sesebuah parti sebelum meluahkan keyakinan boleh menang di satu-satu kawasan.
Mereka perlu bertanya adakah bahagian itu aktif, berapa jumlah anggota mereka serta sejauh mana tahap persediaan jentera pilihan rayanya, kata Dr Chua.
"Keempat, adakah mereka bersatu padu, komited, bekerja keras serta bertungkus-lumus untuk pastikan calon BN menang dan akhir sekali pengundi lebih yakin dengan parti mana, MCA, Gerakan, Umno atau MIC.
Sebab itu kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan," katanya.
Beliau berkata berkata MCA yakin Najib selaku Perdana Menteri mempunyai sumber yang dapat menyediakan maklumat tepat dan benar untuk membuat keputusan yang bijak.
Katanya sesebuah parti komponen juga tidak wajar menuntut kerusi pilihan raya jika tidak mahu bekerja keras dan hanya mahu rakan lain yang bertungkus-lumus untuk mereka. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin akan menyerahkan kepada polis nama-nama orang yang disyaki mengendali akaun palsu sebuah laman sosial facebook didakwa milik pergerakan itu.
Facebook itu dikatakan memaparkan poster berbaru hasutan: Jika orang ramai setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, teruskan sokongan kepada gabungan pembangkang, Pakatan Rakyat.
Anggota Parlimen Rembau itu berkata berdasarkan siasatan dan maklumat yang dikumpul beliau dan rakan-rakannya, 'satu atau dua nama' disyaki mengendali laman facebook palsu itu.
"Satu laporan polis telah dibuat pada Isnin lepas. Kami masih menunggu untuk dipanggil polis untuk memberi keterangan. "Saya akan menyerahkan maklumat mengenai individu itu...untuk siasatan lanjut apabila dipanggil polis untuk memberi keterangan nanti," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Seri Endon, Presint 10 di sini Sabtu.
Khairy berkata poster berbaur hasutan dalam facebook itu tidak mencerminkan pendirian Pemuda Umno dan motif pengendali poster tersebut berpendirian extremis, bodoh atau sabotaj.
Isnin lepas, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak membuat laporan polis berhubung kewujudan laman facebook itu. - BERNAMA
JOHOR BAHARU: Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS) akan memastikan pelajar antarabangsa yang berkualiti dan serius dalam pengajian diberi tempat di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
EMGS, syarikat milik penuh kementerian itu berperanan sebagai pusat sehenti bagi memantau, menyelia dan menyelaras urusan berkaitan promosi, pemasaran dan perkhidmatan sokongan penuntut asing di negara ini.
"Mereka perlu mendapat tempat terlebih dahulu di IPT sebelum permohonan visa pelajar dikemukakan kepada imigresen ... Kita akan perketatkan dari segi itu (sebelum permohonan visa dikemukakan)," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran beliau di Dewan Johor Jaya di sini, Sabtu.
Katanya, bagi pelajar yang sudah mendapat tempat di IPT tempatan, EMGS akan menentukan pelajar berkenaan benar-benar mampu membiayai pengajian sebelum urusan permohonan visa pelajar diproses.
"Sebelum ini, pelajar antarabangsa boleh masuk ke negara ini dan mencari mana-mana IPT yang mahu menerima mereka sebagai pelajar. Ini menyebabkan sesetengah pihak menyalahguna visa pelajar dan terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang negara," katanya.
Melalui EMGS, beliau berkata badan itu akan memastikan setiap IPT bertanggungjawab ke atas pelajar antarabangsa mereka dan mengambil tindakan memberhentikan pelajar yang melakukan jenayah.
Justeru, dalam memastikan keberkesanan memantau pelajar berkenaan, beliau berkata EMGS akan memperkenal kad pelajar sebagai ganti pasport pelajar terbabit.
Katanya, EMGS juga akan mewajibkan pelajar membeli insurans bagi mengelak kerajaan menanggung kos perubatan yang tinggi sekiranya pelajar berkenaan jatuh sakit.
Menurut Mohamed Khaled ramai pelajar antarabangsa yang ditahan melakukan aktiviti jenayah, didapati bukan pelajar sebenar sebaliknya mereka menyalahguna visa pelajar.
Sehingga kini terdapat 95,000 pelajar antarabangsa yang sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di IPT tempatan, katanya. - BERNAMA
Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin @MAZA apabila buat julung kali mendengar lagu Janji Ditepati liriknya hasil titik peluh dan idea Datuk Seri Rais Yatim, terus beliau rasa menyampah.
Kalau insan seperti beliau yang terkenal sebagai penerima secara berlapang dada dan berdingin kepala apa jua pandangan yang bersongsang dengannya pun boleh meluat, apakah kita sebagai rakyat biasa boleh menerimanya?.
Maka tidak salah jika selama ini rakyat sudah memasakkan dalam jiwa dan minda mereka yang UMNO sememangnya dalam keadaan nazak dan terdesak... Menunggu masa untuk ditolak.
Jurucakap kepada jawatankuasa kerja untuk perhimpunan Janji Demokrasi, Hishamuddin Rais berkata jangkaan menteri dalam negeri bahawa perhimpunan itu hanya akan menarik penyertaan yang kecil tidak akan menjadi isu.
Katanya, soalnya adalah orang yang hadir pada malam itu dalam dengan memakai pakaian warna kuning – warna yang dipilih untuk kempen BERSIH dan bukannya jumlah peserta perhimpunan.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang berkata keganasan yang berlaku pada 28 April menjadi "pengajaran" bagi banyak pihak.
Perkara itu, menurut Hishammuddin, menyebabkan ramai yang tidak berminat untuk hadir ke perhimpunan yang dirancang diadakan semasa ketika sambutan di ambang hari merdeka, 30 Ogos.
Kenyataan menteri itu timbul susulan ancaman oleh kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) untuk bertindak agresif ke atas perhimpunan malam 30 Ogos itu.
Himpunan Janji Demokrasi sebelum ini dipromosi sebagai nama Janji BERSIH.
Nama perhimpunan itu ditukar kepada Janji Demokrasi memandangkan pergerakan tersebut tidak dikaitkan dengan gabungan NGO BERSIH, walau sebagiannya merupakan anggota gabungan badan tersebut.
Kumpulan yang menerima sokongan 47 NGO itu merancang untuk berhimpun di Dataran Merdeka dengan memakai pakaian berwarna kuning untuk mengingatkan kerajaan supaya memenuhi janji untuk penambahbaikan pilihan raya.
Nama itu juga disesuaikan dengan tema Janji Ditepati yang dijadikan tema untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-55.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menolak rancangan kerajaan Pulau Pinang untuk menubuhkan undang-undang anti-lompat parti.
Nazri berkata penubuhan itu bertentangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan.
Sebagai ahli parlimen, Nazri berkata, kebebasan untuk memilih mana-mana parti perlu diberi kepada mereka.
"Jadi, selagi kita tidak membuat pindaan pada perlembagaan, saya tidak melihat apa-apa perkembangan mengenai rang undang-undang anti-lompat parti. Perkara sama juga telah diputuskan sebelum ini di Sabah.
''Inilah apa yang saya tidak faham tentang DAP. Anda mempunyai ahli parlimen yang bercakap tentang kebebasan dan hak asasi manusia yang dijamin oleh perlembagaan.
"Pada masa yang sama, mereka mahu melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang telah dijamin," katanya seperti dipetik sebagai berkata oleh akbar harian berbahasa Inggeris, New Strait Times hari ini.
Nazri juga berkata, BN merupakan sebuah parti "bijak dan pintar" kerana tidak menerima mana-mana wakil rakyat yang berpaling tadah dari pembangkang untuk masuk ke dalam mana-mana parti komponennya.
"Tidak seperti mereka, BN bijak dan pintar. Kami tidak menerima mereka dalam parti kami (sepanjang tempoh ini).
"Jika anda adalah parti dengan prinsip, anda tidak akan mengambil pihak lain sebagai ahli. Anda perlu menghormati keputusan yang dibuat rakyat. Dalam kes kami, kami tidak mengambil mereka. Mereka boleh kekal bebas.
"Tetapi ahli politik dan ahli Parlimen di Pakatan Rakyat tidak tahu apa yang mereka lakukan. Mereka adalah contoh yang tidak baik," katanya lagi.
KUALA LUMPUR — Komuniti Jalan Sultan dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCHA) hari ini melancarkan kempen "Merdeka March for Jalan Sultan" untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara bangunan bersejarah di sekitar Jalan Sultan.
Menurut pengerusi KLSCHA, Stanley Yong, berkata, mereka akan berarak untuk "Merdeka March" ini akan berjalan dari Gospel Hall, Jalan Hang Jebat, melalui Jalan Sultan sebelum menuju ke Dataran Merdeka.
Stanley Yong (tengah), Jimmy Chok (kiri) dan seorang lagi wakil peniaga Jalan Sultan ketika di siding media. — Foto Nomy Nozwir
"Kami juga mahu membangkitkan semula kegemilangan di Jalan Sultan di mana kawasan ini penuh dengan sejarah dan budaya tersendiri sekian lama," katanya lagi.
"Kami akan berarak dan menyanyi di kawasan penuh bersejarah di Kuala Lumpur ini."
Menurut wakil dari Gospel Hall, Jimmy Chok, pula, adalah penting untuk memelihara sejarah untuk warisan masa depan.
"Kita melalui masa yang kian berubah, kita harapkan perubahan itu ke arah yang lebih baik," kata Chok dalam sidang media sebentar tadi.
"Sempena dengan semangat hari merdeka, kami semua berarak untuk orang ramai mengetahui kepentingan memelihara bangunan bersejarah ini.
"Kami tidak menolak pembangunan dan projek MRT, kami mahu supaya bangunan bersejarah ini tidak dirobohkan."
Konflik di Jalan Sultan ini berlaku apabila kerajaan mengumumkan pada pertengahan 2011 untuk projek laluan MRT di melibatkan kawasan di Jalan Sultan, Imbi dan Bukit Bintang, dan undang-undang tanah menyatakan pemilik tanah memiliki hak sehingga teras bumi.
Projek MRT sedang dalam pembinaan dan dijangka siap dalam akhir tahun 2016 dan akan memulakan perkhidmatan pada awal 2017, adalah projek termahal dalam sejarah negara melibatkan kos berjumlah RM50 billion.
Pemilik bangunan di Jalan Sultan dikatakan tidak berpuas hati dengan laluan tersebut kerana ia akan mengancam struktur bangunan di situ.
"Tiga bangunan di Perhentian Bas Klang, Uda Ocean dan Plaza Warisan disenarai sebagai kategori 3 bangunan warisan dalam pelan rancangan Kuala Lumpur 2020, tetapi dalam projek MRT ini mereka telah runtuhkan tiga bangunan tersebut untuk stesen MRT baru," kata Chok lagi.
SHAH ALAM - Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar berkata, tidak timbul soal Pas harus keluar dari Pakatan Rakyat (PR) dan mengakhiri hubungan dengan DAP ekoran isu 'perbezaan' pendirian dalam soal hukum hudud.
Katanya, Pas dan DAP tidak perlu menamatkan kerjasama yang telah dibina hanya disebabkan isu hudud sebab partinya, yang memerintah Kelantan sejak 1990, sudah pun menggubal hukum hudud ketika membentuk kerajaan tanpa gabungan kerjasama DAP di negeri Pantai itu.
"Ada pihak membuat kenyataan Pas perlu keluar dari Pakatan Rakyat... saya hendak menjelaskan, Pas tidak perlu keluar dari Pakatan Rakyat kerana isu penentangan berkenaan dengan hudud.
"Kalau kata DAP tidak setuju dan kami harus keluar Pakatan Rakyat, Pas sebenarnya telah meluluskan hukum hudud pada 1992, di Kelantan.
"Bagaimanapun Kerajaan Negeri Kelantan, pimpinan Pas tidak dapat melaksanakan disebabkan halangan dan ugutan oleh Kerajaan Pusat, oleh bekas Perdana Menteri, halangan daripada Umno," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Baru-baru ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang dilaporkan menggesa parti itu keluar PR ekoran pendekatan DAP terus menentang hukum hudud.
Nasharudin dikatakan telah mencadangkan agar Pas keluar PR jika DAP menentang hudud seperti yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan.
Beberapa pihak lain termasuk dari Umno juga melahirkan pendirian yang sama.
Dr Mahathir pula berkata, Pas boleh keluar dari PR dan bekerjasama dengan Umno untuk memperkenalkan hukum hudud di negara ini.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Pas dan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) ketika Pilihan Raya Umum 1990.
"Pada waktu itu, tidak ada apa-apa hubungan rasmi dengan DAP... Pas menang di Kelantan tanpa ada DAP.
"Jadi, tidak timbul isu Pas harus keluar dari Pakatan Rakyat sekarang, sebaliknya hubungan Pas dan DAP telah membawa banyak perubahan positif sejak kebelakangan ini," katanya dengan merujuk kepada pendirian DAP dalam menyokong pendirian Pas berhubung isu judi bola dua tahun lalu.
"Ini kita dapat lihat di Selangor dan juga di Pulau Pinang," katanya lagi.
Selain itu katanya, DAP juga bekerjasama dengan Pas dalam soal memperjuangkan usaha melawan rasuah.
"Kerjasama Pas dan DAP telah berjaya menolak rasuah. Isu tuntutan pemansuhan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), kerjasama kami telah membawa kepada pemansuhan undang-undang ini," katanya lagi.
Ketua penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata isu mengenai kenyataan bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mungkin akan dibincangkan secara sepintas lalu dalam mesyuarat Biro Politik parti itu esok.
Bagaimanapun, fokus utama mesyuarat itu adalah untuk membincangkan mengenai isu politik dan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang, katanya.
''Esok mesyuarat politik dan akan bincangkan isu melibatkan soal politik, pilihan raya umum. Isu Nasha mungkin (dibincangkan) sepintas lalu sahaja.
''Dia bukan lagi dalam AJK (jawatankuasa PAS pusat). Dia dalam masjlis syura dan mesyuarat kita tidak akan fokus untuk dia," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat tersebut akan membuat apa-apa ketetapan mengenai MP Bachok tersebut, yang sebelum ini mencadangkan agar parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat jika DAP menentang hukum hudud.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika diminta penjelaskan lanjut mengenai perkara itu juga menyatakan perkara sama.
"Tak ada yang khusus mengenai Nasha," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.
Isu mengenai perbincangan tersebut ditimbulkan oleh timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang berkata isu Nasharuddin mungkin akan menjadi salah satu agenda dalam mesyuarat biro berkenaan
MCA Pulau Pinang berpendapat keputusan DAP negeri untuk membentangkan undang-undang antilompat adalah tindakan yang salah kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan untuk berpersatuan.
Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan berkata tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan politik untuk menggambarkan bahawa DAP sebagai baik dan dalam masa sama memburukkan nama baik kerajaan BN.
"Secara ironinya, DAP sendiri menerima anggota parti yang melompat parti dari Umno bagi menaikkan imej mereka sebagai mesra orang Melayu dan pemimpin DAP yang lain berdiam diri berhubung tindakan dua Anggota Parlimen Sabah baru-baru ini dan mengalu-alukan bekas
Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno menyertai DAP," katanya dalam satu kenyataan di Georgetown, hari ini.
Lau berkata orang ramai perlu sedar bahawa ramai anggota PKR adalah mereka yang melompat parti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bekas anggota Umno dan menteri, yang secara ironinya menyandang kerusi Parlimen di Pulau Pinang.
"Oleh itu, DAP sepatutnya menghentikan lakonan ini dan memberi lebih perhatian berhubung tanggungjawab mereka kepada orang ramai," katanya.- Bernama
Tun Dr Mahathir sanggup mengaku BN syaitan asalkan untuk memastikan BN dipilih oleh rakyat di dalam pilihan raya.
Setelah tersepit dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat ke atas kerajaan BN maka akhirnya sanggup mengaku BN syaitan yang dikenali, yang mesti diipilih oleh rakyat, berbanding dengan malaikat yang tidak dikenali, merujuk kepada PR.
Sepatutnya syaitan mesti dijauhi dan dimusuhi bukan bangga untuk menjadi syaitan. Orang Islam diajar supaya sentiasa membaca Auzubillahiminassyaitanirajim (Aku minta jauh daripada syaitan yang direjam).
Kenyataan ini menggambarkan BN sudah rapat ke siling yang tidak mampu lagi untuk berhujah dengan fakta dan data. Serangan BN semakin tumpul untuk menjawab serangan dan pendedahan PR.
Sejahat mana manusia dia tidak sanggup menggelar dirinya syaitan, tiba-tiba Tun yang pernah memimpin BN selama 22 tahun sanggup mengaku parti BN syaitan.
Tun sekarang sudah menjadi ketua pasukan penyerang BN untuk memastikan talian hayat BN dapat dilanjutkan ke depan. Beliau sedang mengalami mimpi ngeri yang beliau lakukan selama 22 tahun.
Segala kerosakan sistem politik, perundangan kehakiman, hak asasi manusia, pelajaran dan dasar ekonomi bermula di zaman beliau. Tun yang bersikap tidak mahu menyalahkan diri sendiri sebaliknya menyalahkan Tun Abdullah.
Oleh kerana terdesak maka beliau sanggup melebelkan BN syaitan yang dikenali lebih baik daripada Malaikat yang tidak dikenali.
Pada beliau rakyat mesti memilih BN kerana sudah dikenali. Keyakinan inilah yang Tun dan pemimpin Umno ajar kepada rakyat, wajib pertahan Melayu, walaupun dia pengkianat kepada rakyat.
Pada mereka bangsa mengatasi segala-galanya, tidak guna seorang itu baik, kalau dia bukan Melayu sedangkan Islam mengajar manusia yang paling baik ialah orang yang bertaqwa.
Ustaz Don dan Husna menjadi tumpuan anggota keluarga dan rakan selepas majlis pernikahan pagi semalam. - Foto ihsan Beautifulnara
Kad majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna. - Foto ihsan melyssanadiea.blogspot.com
[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM - Pengacara program 30 Minit Ustaz Don, Don Daniyal Don Bijayid selamat bernikah semalam, di Pulau Pinang, dengan wanita pilihannya, Husna Mohd Zahry.
Majlis pernikahan itu berlangsung dalam suasana sederhana tanpa liputan besar-besaran.
Dalam kenyataannya dipetik Amin Idris Personaliti Al-Hijrah, Don, seorang penceramah bebas, berkata: "Saya hanya bersederhana. Yang penting ialah pengisian selepas kahwin."
Menurut blog hiburan Beautifulnara pula, pasangan pengantin baru itu bakal bersanding 1 September ini.
Husna seorang penuntut tahun kelima jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.
Pasangan yang nampak cantik berseri-seri dalam persalinan berwarna putih itu turut menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat dan rakyat Malaysia menerusi laman-laman sosial.
Awal Mei lalu, beliau mengakui bahawa dirinya sudah pun bertunang selepas tersebarnya gambar majlis pertunangan mereka. Majlis pertunangan dikatakan diadakan Mac lalu.
GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan tanggapan bahawa tindakan beliau membantu berhubung tuntutan royalti minyak Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini telah menjejaskan perjuangan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, kata beliau, semua kenyataan yang dikeluarkan itu bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya pengundi Kelantan terhadap Umno dan BN terutama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
"Lagi pun apa yang saya perkatakan dalam beberapa kenyataan sebelum ini membabitkan desakan ke atas Petronas sahaja dan tidak ada kena-mengena dengan Kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Gua Musang di Bukit Chekati di sini, hari ini.
Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata beliau bukan hendak membela kerajaan negeri pimpinan Pas itu, tetapi apa yang diperkatakan adalah bagi menjelaskan perkara sebenar yang terkandung dalam perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri terbabit.
Katanya, beliau berhak menjelaskan perkara itu supaya rakyat lebih yakin dengan perjuangan Umno dan BN walaupun masalah itu menjadi tanggungjawab Petronas untuk menyelesaikannya.
"Sumber sebenar hasil itu (petroleum) diperoleh Petronas dan Petronaslah yang harus bertanggungjawab membayar semua tuntutan kerajaan negeri terbabit seperti yang terkandung dalam perjanjian yang saya lakukan kerana ketika itu saya menjadi Pengerusi Petronas.
"Memanglah ramai yang membuat tafsiran salah berhubung kenyataan saya itu hingga ada yang menuduh lebih memihak kepada pembangkang dan saya ingin jelaskan kenyataan itu adalah hakikat yang patut kita sama-sama selesaikan," katanya.
Beliau berkata segala perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dengan Petronas ketika itu juga mendapat persetujuan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan semuanya terkandung dengan jelas dalam akta petroleum berkenaan.
"Saya bukan nak berada di sebelah mana-mana pihak berhubung tuntutan berkenaan dan apa yang saya lakukan itu untuk memberi faedah bersama termasuk rakyat. Jika rakyat mendapat manfaat sudah tentu akan menyokong kita pada PRU-13 tidak lama lagi," katanya.
Mengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum, Tengku Razaleigh berkata, persiapannya sudah diatur dengan baik khususnya di bahagian Gua Musang bagi mengekalkan kubu kuat Umno di Kelantan itu yang tidak pernah tewas kepada pembangkang.
"Saya mempunyai strategi sendiri bagi mengekalkan kemenangan itu, tetapi pada PRU-13 nanti terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian terbaik, tetapi saya harap sokongan mereka tidak berubah dan memberi kemenangan kepada BN," katanya. - Bernama
SHAH ALAM - Pimpinan Pas bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad bahawa pelaksanaan hudud tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana pelbagai halangan dan suasana yang belum sesuai di negara ini.
Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, bagaimanapun Pas tidak akan berputus asa demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menegakkan syiar Islam dari pelbagai aspek.
Menurutnya, antara halangan besar sebelum melaksanakan undang-undang Islam di negara ini adalah Akta Mahkamah Syariah 1965 yang perlu dipinda.
"Dalam konteks negara kita hari ini, adalah sukar untuk melaksanakan hudud kerana terdapat pelbagai halangan dalam perlembagaan itu sendiri," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Apabila ditanya mengenai hasrat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu Pas menyertai Umno bagi melaksanakan hudud, beliau menegaskan Pas kini tidak mempercayai kenyataan Dr Mahathir tersebut.
Menurutnya, Dr Mahathir adalah orang yang menentang hudud sejak dari tahun 90-an sewaktu Kelantan ingin melaksanakan hudud.
"Kita tidak akan percaya lagi dengan janji manis Dr Mahathir dan pelawaan itu kerana dari dahulu lagi Pas pernah mempunyai pengalaman dengannya dalam isu ini," katanya.
Semalam, Dr Dzulkefly yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat menjelaskan hudud tidak boleh dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang Islam itu secara menyeluruh.
Katanya lagi, sebelum merealisasikan undang-undang tersebut, ia memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan.
Sementara itu, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali berkata, kerjasama Pas dan Umno berhubung isu hudud hampir mustahil berlaku sekiranya Kerajaan Pusat iaitu Umno tidak serius untuk melaksanakannya.
"Pas dan Umno sudah tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Sudah tidak mampu untuk berbincang berkaitan perkara apapun, bukan hanya isu hudud malah, berkaitan hal lain juga.
"Kita melihat hubungan kerjasama tidak dapat dilakukan," katanya.
Mansor Othman (dua dari kiri) bersama Lim Guan Eng dan Salleh Man bersama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain pada sidang media hari ini.
GEORGETOWN-Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Ketua Menteri,Lim Guan Eng dalam perjumpaan bersama sekumpulan ahli-ahli PKR seperti yang dilaporkan media.
Sebaliknya beliau mengakui menggunakan perkataan tokong sebagai gelaran kepada Guan Eng berikutan sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri itu.
Mansor berkata,kenyataan yang kononnya beliau menyifatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai sombong, angkuh dan tokong bertujuan memberi gambaran buruk tentang hubungan PKR dan DAP.
"Saya tidak pernah menggelarkan Ketua Menteri sombong dan angkuh dan saya tidak tahu dari sumber mana perkataan itu timbul sedangkan saya tidak mengatakanya.
"Yang pasti perjumpaan ini telah dirakam dan kemudianya disiarkan didalan blog anti-Pakatan Rakyat dengan niat jahat untuk merosakkan jalinan dan hubungan baik antara PKR dan DAP di ambang pilihanraya dan cuba mengeruhkan lagi hubungan baik antara saya dan Ketua Menter," katanya pada sidang media, hari ini.
Turut hadir, Guan Eng, Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Salleh Man dan beberapa kepimpinan Kerajaan Negeri.
Dalam pada itu, Mansor menegaskan bahawa tidak ada langsung mesyuarat strategi parti sepertimana yang dilaporkan media sebaliknya pertemuan berkenaan adalah satu perjumpaan biasa antara ahli-ahli PKR dengan Pengerusi Perhubungan Negeri sahaja.
"Perbincangan tidak rasmi ini berpusat kepada hal-hal parti dan perkara berkaitan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Jadi tidak ada minit mesyuarat tersebut," katanya.
KUALA LUMPUR: Kalau judi bola pun hendak dilaksanakan oleh pemimpin Umno, tidak perlulah parti itu berlagak mahukan Islam, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz.
"Hari ini, beberapa pemimpin Umno berlakon dan menipu rakyat dengan berpura-pura mahukan Islam ketika masih segar dalam ingatan rakyat merekalah yang gilakan judi bola.
"Sikap itu bukan sahaja anti-Islam malah menjatuhkan maruah orang Islam yang lain kerana orang bukan Islam di dalam DAP pun menentang judi bola itu," katanya.
Mahfuz berkata, Umno bukan sahaja bersungguh-sungguh hendak mewujudkan judi bola malah memperbanyak dan memperluaskan judi sedia ada yang turut dibantah oleh DAP.
"Walaupun kerajaan yang dipimpin oleh Umno membatalkan keinginannya hendak mewujudkan judi bola, tetapi bukan kerana keyakinan kepada Islam.
"Bukan kerana Islam tetapi kerajaan Umno membatalkan keinginan hendak mewujudkan judi bola itu disebabkan tentangan yang meluas termasuk dari rakyat bukan beragama Islam malah ahli-ahli Parlimen dari DAP antara yang lantang menentang hasrat Umno itu," katanya.
Mahfuz mengingatkan, Umno tidak perlulah berlakon kononnya mahukan Islam kerana pada masa yang sama tindakannya lebih banyak mengingkari Islam.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, rakyat tidak henti-henti menyaksikan Umno mengulang-ulang sikap menuduh undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan walaupun tidak berani lagi mencerca undang-undang hudud sebagai primitif dan sebagainya seperti yang mereka lakukan sebelum ini.
"Para pemimpin Umno tidak henti-henti menolak undang-undang Islam tanpa sebarang hujjah yang munasabah, malah berbelit-belit dengan dalih-dalih yang telah lama dipatahkan," katanya.
Mahfuz menekankan, sepatutnya para pemimpin Umno yang beragama Islam beriman kepada undang-undang Allah dan bukan mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan secara terang-terangan penghinaan mereka kepada undang-undang Allah kerana menyifatkannya tidak sesuai dan menggambarkannya tidak adil.
"Tidak mahu buat tidak memberikan hak kepada Umno untuk menghina undang-undang Islam.
"Kini, Umno tidak boleh lagi marah-marah kalau rakyat menuduh Umno bukan sahaja mengkhinati dan menjual bangsa, ugama Islam juga dihina dan dikhinati berulang-ulang kali," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Mahfuz mengalu-alukan pandangan seorang ahli akademik yang mengakui PAS tetap mempertahankan pendiriannya.
Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan, pensyarah Perhubungan Antarabangsa Sekolah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Mohd Noor Yazid berkata, PAS dan DAP akan terus mempertahankan pendirian mereka dalam isu hudud.
Akhbar yang sebelum ini dilaporkan sebagai ditentukan kandungannya oleh Biro Politik Umno itu seterusnya melaporkan bahawa pensyarah itu juga berkata, PAS "tidak akan lari daripada hukum hudud".
KUALA LUMPUR: Sambutan ambang kemerdekaan anjuran Gabungan Janji tetap diteruskan di Dataran Merdeka, 30 Ogos ini biarpun tanpa permit.
Pengarah Eksekutif Empower Selangor, Maria Chin Abdullah, berkata himpunan yang dinamakan 'Janji Demokrasi' itu tidak memerlukan sebarang permit daripada pihak berkuasa.
Ia kerana, katanya himpunan itu merupakan satu himpunan biasa bagi menyambut ulangtahun kemerdekaan negara seperti yang diamalkan sebelum ini.
"Kebiasaannya, sambutan kemerdekaan ini diadakan setiap tahun dan diraikan di empat lokasi berbeza seperti di Dataran Merdeka, Bukit Bintang, KLCC dan Dataran Maybank.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media gabungan itu, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, pagi tadi.
Tambah beliau himpunan yang bermula jam 10 malam di kawasan pancuran air itu hanya mempunyai perbezaan kerana mereka yang ingin menyertainya digalakkan memakai pakaian berwarna kuning.
Turut menyokong penegasan gabungan tersebut ialah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menyifatkan isu permit tidak perlu ditimbulkan oleh mana-mana pihak.
Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata perkara itu tidak timbul memandangkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah sedia maklum mengenai sambutan tersebut.
Pada ambang malam kemerdekaan itu, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan turut serta menyampaikan sajak beliau.
KUALA LUMPUR - Di sebalik spekulasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil bila-bila masa, Pas berjanji untuk memansuhkan faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak empat peratus yang dikenakan sekarang.Parti itu berkata perkara tersebut akan dikemukakan kepada rakan-rakannya untuk dimasukkan dalam manifesto PRU13 Pakatan Rakyat (PR).Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, usul ini akan dikemukakan kepada PR sebagai agenda bagi menghadapi PRU13.
"Kita memutuskan untuk memberi usul ini kepada PR semasa mesyuarat Biro Politik, hari ini."Jadi, apabila caj ini dimansuhkan, peminjam (kakitangan awam) tidak akan terbeban dengan caj sebanyak empat peratus yang dikenakan sebelum ini (sekarang)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas, hari ini.PR, yang dianggotai Pas, PKR dan DAP akan menggunakan manifesto tunggal buat kali pertama.
Perikatan belum didaftarkan ini dibentuk selepas PRU12.Sebelum PKR berjanji untuk menyediakan pendidikan percuma peringkat institusi pengajian tinggi jika menguasai Kerajaan Pusat.Baru-baru ini ia juga menawarkan untuk menurunkan harga kereta. ~sinar
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan melaksanakan hukum hudud melalui proses demokrasi yang sedia ada.
Malah ujarnya, usaha itu telah dimulakan sejak tahun 90-an lagi apabila Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 diperkenalkan dikedua-dua negeri itu.
Sebelum itu lagi katanya, mereka telah memperkenalkan draf undang-undang itu kepada NGO Islam dan bukan Islam dan pernah mengemukakan usul agar isu perlaksanaan hudud dibincangkan di parlimen.
"PAS terima hudud secara positif dan hudud ini kewajipan orang Islam.
"Kita akan terus langsungkannya melalui ruang demokrasi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Biro Politik dan Pilihan Raya PAS di Pejabat Agung parti itu petang ini.
Ditanya berhubung Pengerusi DAP Karpal Singh yang sering mengeluarkan kenyataan menentang perlaksanaan hudud, presiden PAS itu berkata ianya bukan sesuatu yang pelik bagi PAS.
"Masalah Karpal lawan tak pelik, yang kita peliknya Umno yang lawan.
"Malah (Umno) ambil langkah-langkah yang menyekat," katanya.
Beliau turut memberi contoh surat amaran dari pusat yang dihantar kepada kerajaan Kelantan apabila menyatakan hasrat mahu melaksanakan hudud di negeri itu.
Malah katanya Umno sanggup kempen kepada pelabur asing agar tidak datang melabur kerana negeri ini akan dilaksana hukum hudud.
"Karpal bukan kerajaan, tidak ada kuasa, yang ada kuasa ni BN yang dikuasai Umno. DAP berhak berhujah dan PAS mendokong demokrasi.
"Bahkan kalau PAS ada kuasa (memerintah) macam Umno sekarang, PAS tak akan tutup mulut sesiapa yang nak tegur termasuk kakitangan kerajaan," katanya. -Hrkh
Dulu ketika perbicaraan kes fitnah Azizan terhadap Anwar Ibrahim, Azwan Ali dilihat menyebelahi Umi Hafilda tetapi kini, sejak berubah dan mengerjakan umrah, Azwan Ali tidak gentar menunjukkan sokongan kepada Azmin Ali - Timbalan Presiden KEADILAN.
Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.
Enggan menyatakan parti mana yang disokongnya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.
"Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah 'great leader' (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN," katanya. - petikan KD
Tulis Azwan Ali ditwitter yang memapar gambar ini: "Slm. Besday Suprise YB@AzminAli ! Si anak usop bagi buku? The End of Barisan Nasional!"
Kempen Jijik TV3 yang dapat sambutan hangat peminat Azwan Ali. Setiap kali retweet, hasghtag #JijikTV# akan dipapar.
Peperangan yang terhenti selepas 8 Mac 2008 kini baru saja dimulakan semula.
Semuanya kerana tamakkan wang dan kuasa dalam parti yang terus-menerus menghancurkan masa depan negara ini dan juga kedaulatannya dengan jalan rasuah dan penyelewengan.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Khaled yang dikatakan sudah 'mendapat restu Istana Pasir Pelangi' untuk menggantikan Menteri Besar, Ghani Othman kini sudah mula mengorak langkah merealisasikan matlamatnya!
Pelan asalnya, menggantikan Ghani selepas pilihanraya umum lalu tetapi ketika itu sultan sekarang masih lagi bergelar Tengku Mahkot* Johor.
Manakala perdana menteri sekarang Najib Altantuya setakat menjadi timbalan kepada Pak Lah, bermakna pengaruhnya lebih besar berbanding suami Rosmah Mansor itu.
Selain itu, kehadiran Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar yang terpalit dengan skandal plat kereta Mei lalu dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri tahun lalu turut menjadi indikator utama.
Apa kata kita kembali kepada sumber sahih selepas pilihanraya umum lalu dari sebuah blog pada 20 Februari 2008:
KEDUDUKAN jawatan Menteri Besar Johor masih belum beres. Sehingga berita ini ditulis pagi Selasa difahamkan Istana Johor tetap menolak cadangan agar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilantik ke jawatan itu mengantikan Datuk Ghani Othman lepas pilihanraya umum 8 Mac ini.
Sumber-sumber memberitahu Agendadaily usaha Abdullah Ahmad Badawi untuk mendapat restu Sultan Johor berhubung soal itu tidak berhasil.
Perdana Menteri telah telah terbang ke Johor Bharu sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO awal petang Khamis lalu untuk mengadap baginda.
Sumber berkenaan bagaimanapun berkata tidak pasti atas sebab apa nama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ditolak.
Ikut ceritanya jika tiada halangan dari pihak Istana, Khaled yang kini ahli parlimen kawasan Pasir Gudang akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Ghani yang kini mewakili DUN Serom pula berpindah ke kerusi parlimen.
Bukan satu rahsia lagi cadangan mengantikan Ghani dengan Khaled mengetuai kerajaan negeri Johor sudah dibuat sejak pilihanraya Mac 2004.
Ia bagaimanapun tiba-tiba berubah disaat akhir berikutan campurtangan pihak Istana.
Berikutaan perkembangan terbaru ini tanda tanya yang masih belum terjawab lagi apakah Ghani akan kekal bertanding kerusi DUN dan kelak kekal sebagai Menteri Besar.
Dalam pada itu kedengaran juga dua nama baru muncul dalam senarai yang disebut-sebut calon alternatif kepada Khaled.
Mereka ialah Timbalan Menteri Kesihatan Dr Abdul Latif Ahmad yang juga ahli parlimen kawasan Mersing dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Mohd Ali Hassan.
Kini desakan Khaled supaya memandang serius dan menyegerakan proses pemberian hak milik tanah yang dipohon penduduk di 10 perkampungan setinggan di Parlimen Pasir Gudang nampaknya petanda jelas terhadap usaha itu.
Khaled berkata, Kerajaan Negeri pimpinan Ghani diharapkan dapat mengotakan janji dibuat ketika Bajet Negeri Johor 2003 untuk memberikan hak milik tanah yang diterokai kepada penduduk.
Menurutnya, kira-kira 10,000 penduduk di kampung terbabit sudah lama bersabar untuk mendapatkan hak masing-masing ke atas tanah yang mereka terokai sejak 20 hingga 100 tahun dahulu.
"Usia perkampungan terlibat ada yang mencecah sehingga 100 tahun dan sebagai sebuah kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat, hak mereka selaku peneroka awal kampung berkenaan harus diiktiraf dengan memberikan (hak milik) geran tanah yang telah dijanjikan.
"Umno Bahagian Pasir Gudang sudah kemukakan kepada Kerajaan Negeri mengenai tanah-tanah ini dan sehingga hari ini, hanya Kampung Pasir Gudang Baru sahaja yang telah mendapat geran masing-masing (Notis 5A)," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, hal berkenaan perlu dibangkitkan semula memandangkan ia berkait rapat dengan tema Hari Merdeka iaitu '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' dan juga sempena menyambut Aidilfitri.
"Tema ini menunjukkan bahawa apa yang kerajaan buat dan janjikan, sentiasa cuba dicapai dan dilaksanakan. Oleh itu, kita berharap apa sahaja perkara yang perlu dilaksanakan di Parlimen Pasir Gudang dapat dilaksanakan.
"Kita tidak mahu perkara-perkara yang dijanjikan kepada rakyat tidak tertunai sekali gus mencemarkan nama baik kerajaan.
"Justeru, saya berharap dalam mengambil kira tema Hari Kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi, Kerajaan Negeri dapat menunaikan janji mengenai soal tanah setinggan yang dipohon penduduk," katanya.
Mohamed Khaled juga percaya Kerajaan Negeri mampu mengendalikan isu berkenaan dengan kadar segera walaupun tanah di kampung terlibat dimiliki oleh dua pihak iaitu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Teguh Tebrau Berhad.
Katanya, KPRJ adalah milik penuh Kerajaan Negeri dan dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengotakan janji yang telah dilafazkan, manakala tanah milik Teguh Tebrau diharap dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
"Beberapa penyelesaian telah dicadangkan termasuk menukar pemilikan tanah kerajaan di tapak bekas Penjara Air Molek, di sini dengan tanah milik syarikat tersebut yang menempatkan sebahagian kampung berkenaan.
"Apabila ia berjaya dilaksanakan, saya rasa isu pemberian geran tanah itu tidak lagi menghadapi sebarang masalah besar," katanya.
Setelah menjadi kontroversi dalam rampasan kuasa Perak sehingga Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan pada 4 Februari 2009, terkini Zaki sah menjadi Pengerusi Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH).
Zaki menggantikan Badri Masri berkuat kuasa 15 Ogos lalu sekaligus dilantik sebagai ahli lembaga pengarah terbaru.
Kontroversi melibatkan Zaki bermula apabila ia berhubung kait dengan pemberian konsesi bernilai RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) kepada dua tokoh yang terlibat dengan rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) di Perak termasuk Zaki sendiri.
Seorang lagi adalah penasihat undang-undang Umno, Hafarizam Harun.
Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah pada 21 Februari lalu berkata, Hafarizam merupakan pengarah dua buah syarikat yang menerima konsesi tersebut Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd.
"Sementara isteri Zaki Azmi merupakan pengarah syarikat Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya.
"Kenyataan syarikat tersebut sendiri menyatakan mereka berhasrat menjadi "Syarikat Kejuruteraan Rel Utama di Malaysia dan Rantau ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau mahu Najib menyatakan pendiriannya berkenaan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009 yang menyatakan "seorang hakim akan, pada masa pelantikan atau mana-mana masa kemudiannya sekiranya diminta oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan membuat perisytiharan bertulis semua asetnya kepada Ketua.
Adakah ini rasuah? Tak tau!
Adakah ini konflik kepentingan? Tak tau!
Adakah ia sekadar satu kebetulan bahawa semua orang-orang yang terlibat dalam memberikan Perak kembali kepada Umno berlaku untuk menjadi rakan kongsi perniagaan dalam projek RM2.2 bilion-lebuhraya?
ADA MATA TENGOK, ADA TELINGA DENGAR..... ADA OTAK BUAT PENILAIAN SENDIRI...
-PR Supporters
Zaki Azmi dilantik Pengerusi AMH AHLI Lembaga Pengarah Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH) melantik Tun Zaki Azmi sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusinya yang berkuat kuasa 15 Ogos lalu, bagi menggantikan Datuk Badri Masri yang menarik diri.
Bagaimanapun, Badri masih kekal sebagai pemegang jawatan Pengerusi Astro Holdings Sdn Bhd.
Dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, baru-bari ini, Zaki juga mempengerusikan Jawatankuasa Tadbir Urus Korporat dan Nominasi bagi Lembaga Pengarah itu.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings, Datuk Rohana Rozhan berkata, Lembaga Pengarah amat berbangga apabila Zaki menerima pelantikan itu.
"Kami yakin pengalaman luas beliau pasti memberi sumbangan signifikan ke arah tanggungjawab dan tadbir urus korporat syarikat," katanya.
Sementara itu, menurut Zaki, Astro adalah satu jenama terkemuka dan memainkan peranan utama dalam industri digital Malaysia.
"Saya amat teruja apabila diberi peluang untuk turut serta dalam pembangunan dan pertumbuhan jangka panjang syarikat terkemuka ini," katanya ketika ditemui. — HM
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Perdana Menteri, Najib Razak memanggil semuia menteri kabinet mengadapnya hari ini.
"Kita mendapat maklumat, Najib memanggil semua menteri kabinet mengadap beliau hari ini, mungkin parlimen akan dibubarkan, ada berani ke Najib bubar parlimen sekarang".
"Kita tidak kisah parlimen bubar bila-bila pun, kita sudah lama bersedia, esok, lusa, bulan hadapan atau tahun hadapan sama sahaja" ujar beliau.
Salahuddin berkata demikian pada ceramah majlis malam bintang dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Pay Fong, Bandar Melaka anjuran Majlis Tindakan Dun Bukit Baru malam tadi.
Turut berceramah malam tadi ialah Bob Lokman, Aisyah dan pimpinan PR negeri Melaka.
Majlis tersebut dihadiri lebih separuh oleh kaum Tionghua di seluruh negeri Melaka.
Mungkinkah Parlimen akan dibubarkan selepas Najib menyampaikan amanat kepada semua menteri.
Prestasi Pakatan Rakyat mentadbir empat buah negeri dengan baik membuktikan yang ianya layak diberi mandat memerintah negara.
Dalam menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, pemimpin Pakatan dari Pas, DAP dan PKR berkata prestasi dan pencapaian Pakatan sudah diketahui manakala keburukan Umno-BN juga disedari umum.
Kata mereka, Dr Mahathir secara tidak langsung mengakui bahawa pentadbiran Umno-BN penuh dengan kejahatan manakala Pakatan dilihat sebagai penyelamat kepada kepincangan Umno-BN.
Mereka juga berkata melalui pentabirannya di Kelantan, Selangor, Penang dan Kedah, Pakatan sudah membuktikan yang ia mengamal dasar dan pendekatan yang lain dari Umno-BN di mana pembangkang dan rakyat diberikan hak bersuara.
MP Puchong, Gobind Singh Deo berkata, sekiranya Pakatan mentadbir Putrajaya, Ahli Parlimen dan Adun Umno-BN tetap diberikan peluang menyuarakan pendapat mereka demi kebaikan rakyat.
"Selangor yang ditadbir Pakatan sebagai contoh, memberikan peluang kepada setiap Adun Umno-BN memberikan pendapat dan pandangan mereka di dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Mereka juga diberikan peluang menganggotai jawatankuasa khas DUN seperti Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan (SELCAT) serta berpeluang menjadi ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," katanya ketika dihubungi TVSelangor.
Di dalam satu kenyataan di blognya chedet.com Dr Mahathir menyeru rakyat Malaysia agar tidak memberi "mandat percubaan" kepada Pakatan walaupun untuk memerintah pada satu penggal.
Dr Mahathir juga berkata jika Pakatan berjaya menguasai Putrajaya, ia akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan kuasanya dengan apa cara sekalipun.
Dalam kenyataannya, Mahathir berkata :
"Rakyat hanya perlu mendesak BN untuk melakukan perubahan yang rakyat mahukan. Syaitan yang dikenali adalah lebih selamat dari malaikat yang tidak dikenali."
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Samad berkata Pakatan tidak akan menjadi seperti Umno-BN jika mentadbir Putrajaya kelak.
"Pakatan mempunyai dasar menerusi Buku Jingga, ianya adalah untuk kepentingan rakyat.
"Umno-BN juga diberikan ruang di media massa untuk memberikan pandangan berkaitan dengan rakyat," katanya yang juga MP Shah Alam.
Manakala Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata kenyataan Dr Mahathir itu menunjukkan ketakutan Umno-BN dengan kehilangan kuasa pada pilihanraya umum akan datang.
"Kenyataan yang dibuat Mahathir mencerminkan Umno-BN kini semakin takut kehilangan kuasa dan kekayaan.
"Malah mereka takut kegiatan pembongkaran salah guna kuasa akan diketahui rakyat," kata MP Batu itu yang juga dikenali sebagai Tian Chua. -selangorku
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 dan Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, sebanyak 18 jalan sekitar Dataran Merdeka ditutup secara berperingkat bermula 27 Ogos hingga 31 Ogos ini bagi tujuan persiapan, latihan serta sambutan sebenar.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Asisten Superintendan, Zuraidah Samsudin, penutupan jalan dilaksanakan berperingkat mulai jam 6 pagi dan akan dibuka semula selepas acara selesai.
Katanya, semua jalan ditutup adalah untuk acara utama perbarisan di Dataran Merdeka yang diadakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 pada 31 Ogos 2012.
Jalan yang ditutup adalah:
Jalan Travers/Jalan Damansara
Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara)
Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara)
Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah
Jalan Tembusu/Jalan Lembah
Jalan Cenderasari/Jalan Perdana
Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman
Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin
Jalan Raja/Jalan Hishamuddin
Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin
Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak
Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen
Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut
Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman
Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi
Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman
Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan
Jalan T.A Rahman/Jalan Raja
Manakala, bagi acara Perhimpunan 55 Tahun Merdeka: Janji Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil, pula tiada penutupan jalan dibuat.
"Acara berkenaan dijalankan pada 31 Ogos juga, bermula jam 4.00 petang dan dijangka tamat jam 12.30 malam," katanya.
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki sanggup mendakwa dirinya sebagai doktor pakar bedah bagi meminta derma daripada orang ramai untuk membantu mangsa perang di beberapa buah negara.
Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan mendapat pendidikan di Sekolah Perubatan dan Pergigian King's College London, Pusat Sains Kesihatan, Universiti Peking dan Royal College of Surgeons of England sebelum menjadi doktor bedah trauma dan bertugas dalam kawasan yang diancam peperangan.
Dia kemudiannya menulis sebuah buku autobiografi yang menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat di Haiti, Libya, Nicaragua, Somalia, Afghanistan dan beberapa negara lain.Buku yang berharga RM50 itu berjaya meraih simpati orang ramai untuk menderma bagi membeli ubat kepada mangsa peperangan dan bencana alam melalui akaun peribadinya.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, hasil laporan tersebut, dia bersama empat peguam menjalankan penyelidikan ke atas buku dan lelaki yang mendakwa dirinya doktor pakar bedah.Menurutnya, nama lelaki tersebut didapati tidak diiktiraf sebagai doktor oleh Persatuan Perubatan Malaysia.
"Untuk menjadi seorang pakar memerlukan masa lebih kurang lapan hingga 10 tahun tetapi mustahil bagi pemuda ini untuk bergelar pakar dalam usia muda," katanya pada sidang media di Bangunan MCA, Ampang, di sini, semalam.Chong berkata, selepas mendapati kegiatannya disedari, lelaki tersebut memohon maaf melalui akaun Facebooknya pada 14 Ogos lalu dan akan memulangkan RM38,099 sumbangan yang telah diberikan kepadanya.
Menurut Chong, pihaknya mendapati, doktor palsu tersebut telah menerima RM48,792 sumbangan di Melaka yang terimanya pada April lalu."Jumlah ini bertentangan dengan yang diberitahunya sebelum ini, dan mahu polis menyiasat kes ini kerana menipu," katanya.Beliau berkata, empat laporan melibatkan penipuan doktor bedah palsu tersebut telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat lalu, bagi tindakan selanjutnya.
Chong berkata, lelaki tersebut pernah mendapat liputan meluas daripada media tempatan kerana menjadi pakar bedah termuda dan menghulurkan kepakarannya di negara yang bergolak dan dilanda bencana. ~info
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN."Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan.
"Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir yang menambah, pembangkang akan terus berusaha untuk terus menang sekiranya berjaya membentuk kerajaan.Beliau menjelaskan pepatah bahasa Inggeris "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" yang disebut dalam tulisan di blog chedet.cc pada hari Rabu lalu.
Tulisan itu menggesa pembacanya supaya tidak menyokong Anwar yang disifatkannya sama dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.Obama, kata Mahathir banyak menjanjikan perubahan tanpa jaminan untuk menunaikannya. ~mkini
KUALA LUMPUR - Di sebalik spekulasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan dipanggil bila-bila masa, Pas berjanji untuk memansuhkan faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak empat peratus yang dikenakan sekarang.Parti itu berkata perkara tersebut akan dikemukakan kepada rakan-rakannya untuk dimasukkan dalam manifesto PRU13 Pakatan Rakyat (PR).Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, usul ini akan dikemukakan kepada PR sebagai agenda bagi menghadapi PRU13.
"Kita memutuskan untuk memberi usul ini kepada PR semasa mesyuarat Biro Politik, hari ini."Jadi, apabila caj ini dimansuhkan, peminjam (kakitangan awam) tidak akan terbeban dengan caj sebanyak empat peratus yang dikenakan sebelum ini (sekarang)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas, hari ini.PR, yang dianggotai Pas, PKR dan DAP akan menggunakan manifesto tunggal buat kali pertama.
Perikatan belum didaftarkan ini dibentuk selepas PRU12.Sebelum PKR berjanji untuk menyediakan pendidikan percuma peringkat institusi pengajian tinggi jika menguasai Kerajaan Pusat.Baru-baru ini ia juga menawarkan untuk menurunkan harga kereta. ~sinarharian
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Perdana Menteri, Najib Razak memanggil semua menteri kabinet mengadapnya hari ini."Kita mendapat maklumat, Najib memanggil semua menteri kabinet mengadap beliau hari ini, mungkin parlimen akan dibubarkan, ada berani ke Najib bubar parlimen sekarang"."Kita tidak kisah parlimen bubar bila-bila pun, kita sudah lama bersedia, esok, lusa, bulan hadapan atau tahun hadapan sama sahaja" ujar beliau.
Salahuddin berkata demikian pada ceramah majlis malam bintang dan sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Dewan Pay Fong, Bandar Melaka anjuran Majlis Tindakan Dun Bukit Baru malam tadi.Turut berceramah malam tadi ialah Bob Lokman, Aisyah dan pimpinan PR negeri Melaka.
Majlis tersebut dihadiri lebih separuh oleh kaum Tionghua di seluruh negeri Melaka.Mungkinkah Parlimen akan dibubarkan selepas Najib menyampaikan amanat kepada semua menteri. ~mutaligat
JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri dirayu supaya memandang serius dan menyegerakan proses pemberian hak milik tanah yang dipohon penduduk di 10 perkampungan setinggan di Parlimen Pasir Gudang.Ahli Parlimennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman diharapkan dapat mengotakan janji dibuat ketika Bajet Negeri Johor 2003 untuk memberikan hak milik tanah yang diterokai kepada penduduk.
Menurutnya, kira-kira 10,000 penduduk di kampung terbabit sudah lama bersabar untuk mendapatkan hak masing-masing ke atas tanah yang mereka terokai sejak 20 hingga 100 tahun dahulu."Usia perkampungan terlibat ada yang mencecah sehingga 100 tahun dan sebagai sebuah kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat, hak mereka selaku peneroka awal kampung berkenaan harus diiktiraf dengan memberikan (hak milik) geran tanah yang telah dijanjikan.
"Umno Bahagian Pasir Gudang sudah kemukakan kepada Kerajaan Negeri mengenai tanah-tanah ini dan sehingga hari ini, hanya Kampung Pasir Gudang Baru sahaja yang telah mendapat geran masing-masing (Notis 5A)," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata, hal berkenaan perlu dibangkitkan semula memandangkan ia berkait rapat dengan tema Hari Merdeka iaitu '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' dan juga sempena menyambut Aidilfitri."Tema ini menunjukkan bahawa apa yang kerajaan buat dan janjikan, sentiasa cuba dicapai dan dilaksanakan. Oleh itu, kita berharap apa sahaja perkara yang perlu dilaksanakan di Parlimen Pasir Gudang dapat dilaksanakan.
"Kita tidak mahu perkara-perkara yang dijanjikan kepada rakyat tidak tertunai sekali gus mencemarkan nama baik kerajaan."Justeru, saya berharap dalam mengambil kira tema Hari Kemerdekaan yang akan disambut tidak lama lagi, Kerajaan Negeri dapat menunaikan janji mengenai soal tanah setinggan yang dipohon penduduk," katanya.Mohamed Khaled juga percaya Kerajaan Negeri mampu mengendalikan isu berkenaan dengan kadar segera walaupun tanah di kampung terlibat dimiliki oleh dua pihak iaitu Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Teguh Tebrau Berhad.
Katanya, KPRJ adalah milik penuh Kerajaan Negeri dan dijangka tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengotakan janji yang telah dilafazkan, manakala tanah milik Teguh Tebrau diharap dapat diselesaikan dengan cara yang baik."Beberapa penyelesaian telah dicadangkan termasuk menukar pemilikan tanah kerajaan di tapak bekas Penjara Air Molek, di sini dengan tanah milik syarikat tersebut yang menempatkan sebahagian kampung berkenaan."Apabila ia berjaya dilaksanakan, saya rasa isu pemberian geran tanah itu tidak lagi menghadapi sebarang masalah besar," katanya. ~sinarharian
KUALA LUMPUR 24 Ogos: Kerajaan cuba bermain silap mata apabila menaikkan harga RON97 secara senyap untuk menutupnya daripada pengetahuan rakyat, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.Beliau berkata, kerajaan sebelum ini mendakwa mereka prihatin apabila menurunkan harga RON97 sebanyak 20 sen, walaupun ia tidak diikuti dengan penurunan kos sara hidup dan lain-lain barangan keperluan."Tetapi sebulan kemudian, mereka naikkan kembali harga (RON97) tanpa buat sebarang pengumuman.
Tindakan ini seperti bermain silap mata dengan rakyat," katanya ketika dihubungi.Azan berkata, silap mata itu akhirnya mendedahkan kebodohan Umno BN sendiri kerana rakyat semakin bijak dan mendapat maklumat dari pelbagai sumber.10 Ogos lalu, harga petrol RON97 naik 10 sen kepada RM2.70 seliter.
Tiada sebarang makluman rasmi dibuat berhubung kenaikan itu.Walhal, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah baru sahaja mengumumkan penurunan harga minyak itu sebanyak 20 sen kepada RM2.60 seliter pada 4 Julai lalu.Justeru, Azan menggesa kerajaan menghentikan 'silap mata' sedemikian dan berterus terang kepada rakyat dalam setiap keputusan yang ditetapkan.
"Dahulu, tiada sesiapa pertikai proses dan pelaksanaan projek sebesar KLIA dan KLCC yang dilihat hebat tetapi terpalit dengan kekotoran (penyelewengan)."Kerajaan tidak lagi mempu berbuat demikian kerana setiap tindakan mereka akan dinilai. Rakyat sudah nampak muslihat dan cara silap mata mereka," kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu itu lagi. ~keadilandaily
LAHORE - Gara-gara tertidur, seorang penumpang Pakistan International Airlines (PIA), yang sepatutnya turun di Paris terpaksa patah balik ke Lahore sebelum meneruskan penerbangan ke ibu negara Perancis itu.Penumpang itu hanya tersedar dari tidur apabila pesawat hendak mendarat di Lahore, tempat dia berlepas pada hari sebelumnya.Patrice Christine Ahmed, seorang warganegara Perancis, berlepas dari Lahore menggunakan PIA, Selasa lepas dan sepatutnya terbang ke Paris melalui Milan, Itali.
Setibanya di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris, dia sedang tidur dan tidak dikejutkan oleh krew penerbangan semasa pesawat melakukan singgah selama dua jam.Apabila tersedar, dia mendapati dirinya kembali ke Lahore.
Patrice, yang berkahwin dengan lelaki Pakistan, tidak memberitahu krew kabin mengenai situasinya dan kesilapan itu hanya dapat dikesan apabila pegawai imigresen mendapati visanya telah tamat setibanya di Lahore pada pagi Rabu.Dia telah mengembara selama 18 jam dan melalui perjalanan sejauh 12,000 kilometer.
Berikutan itu, keluarga wanita tersebut merancang semula perjalanannya ke Paris tetapi menggunakan syarikat penerbangan berbeza.Jurucakap syarikat penerbangan sedang menyiasat kejadian itu, tetapi menjadi tanggungjawab penumpang untuk mendarat di destinasi mereka. ~sinarharian
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
ADUN Machang Bubuk Datuk Tan Hock Leong meminta Ketua PKR Pulau Pinang Datuk Mansor Othman memberi penjelasan lanjut berhubung perbincangan mengenai senarai calon untuk pilihan raya umum akan datang.
Tan menuntut Mansor menjelaskan perbincangan bertarikh 19 Mac itu, seperti dimuatkan dalam blog gelagatanwar.wordpress.com, yang mendakwa bahawa beliau akan diganti calon lebih muda.
Dalam perbincangan yang dilihat amat fokus kepada faktor calon PKR dari kalangan Cina itu, Mansor didakwa menyatakan semua wakil rakyat lain akan dikekalkan melainkan Tan.
Padahal, beliau masih belum menerima makluman rasmi daripada Majlis Pimpinan Negeri mahupun daripada PKR pusat berhubung perkara itu, kata Tan, 57.
Tan menjelaskan usianya yang lanjut tidak akan boleh dijadikan alasan untuk menggugurkannya dalam pilihan raya akan datang.
"Jika apa yang disiarkan itu benar iaitu saya akan disingkirkan, dan jika keputusan telah dibuat, mereka mesti ada sebab (yang kukuh).
"Jika kerana usia lanjut, maka semua calon PKR (Pulau Pinang) selepas ini perlulah lebih muda daripada saya," katanya yang juga merupakan timbalan speaker DUN Pulau Pinang.
Tan mengakui bahawa beliau pernah diserang angin ahmar kecil namun menegaskan ia tidak mengganggu tugasnya sebagai ADUN dan juga timbalan speaker.
"Saya menjalankan tugas saya. Saya hadir dan mempengerusikan sidang DUN, semua tanggungjawab saya, saya lunaskan.
"Satu-satunya perkara yang saya tak dapat lakukan adalah berlari. Saya rasa ADUN lain pun ramai yang sihat macam saya tapi tak boleh berlari," katanya sambil ketawa.
Tan juga yakin PKR tidak akan menggunakan alasan kesihatan untuk menggugurkannya kerana ia ibarat "memandang rendah terhadap orang kelainan upaya (OKU)".
"Ini tak betul. Saya tak fikir parti akan menjadikan perkara ini sebagai asas untuk tidak mencalonkan semula ADUN sedia ada," katanya.
Tan menambah, beliau telah membangunkan PKR di Pulau Pinang sejak tahun 2005 lagi ketika parti itu masih lemah dan belum kukuh di Pulau Pinang.
Mansor semalam sekadar menjelaskan bahawa pertemuan yang didakwa dalam blog tersebut hanyalah satu perbincangan dan bukannya mesyuarat strategik parti.
Katanya, tindakan merakamkan perjumpaan berkenaan dan menyiarkannya di laman tersebut dilakukan dengan tujuan jahat bagi "merosakkan jalinan kerjasama dan hubungan baik antara PKR dan DAP."
Heret ibu ke kancah politik, Umi Hafilda bukan adik saya lagi – Azwan Ali
KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali enggan mengakui Umi Hafilda sebagai adik kandung lantaran kelancangannya memfitnah sesama ahli keluarga.
Beliau yang terkenal dengan ungkapan 'Amboi, Amboi, Amboi' enggan dikaitkan dengan Umi Hafilda.
"Jangan tanya apa-apa pasal Ummi Hafilda… Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tak ada sesiapa lagi. Saya hanya ada (Mohamed) Azmin dan Azman. Mereka itu saja darah daging saya," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Sebelum ini, Allahyarham bapa mereka, Ali Omar enggan mengakui Umi Hafilda sebagai anak, malah melarangnya pulang ke rumah keluarga di Kampung Kelang Gate, Setapak.
Berdasarkan surat itu, Ali Omar melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengikut catatan bertarikh 18 Oktober 1998 itu, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.
Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan perbuatan Umi Hafilda mengheret ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, ke kancah politik bagi memburuk-burukkan Azmin ketika umat Islam merai sambutan Aidilfitri.
Azwan percaya ibunya diperalat Umi Hafida yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai kemelut fitnah itu kerana kemarahannnya terhadap Umni Hafilda sudah dipaparkannya melalui akaun twitternya.
"Empat hari berturut-turut, saya beri komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti," katanya yang marah apabila ibunya diperalat untuk kepentingan Umno.
Azwan juga menganggap Azmin sebagai pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai tohmahan buruk dilemparkan Umi Hafilda bagi menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.
Enggan menyatakan parti mana yang diundinya, beliau mengakui menyokong Azmin bukan atas dasar hubungan adik-beradik tetapi disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.
"Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah 'great leader' (pemimpin yang hebat). Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN," katanya.- KD
Mahathir: 'Syaitan yang dikenali' merujuk kepada BN
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.
"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.- Malaysiakini
*****************************************
SAMM: Kenyataan 'goyah' Tun Mahathir
EDY NOOR REDUAN 23 Ogos 2012
MERUJUK kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersifat kecut dalam blognya dan beberapa portal kononnya peralihan kuasa Kerajaan Pusat adalah sebesar-besar bahaya membuktikan bekas Perdana Menteri 22 tahun itu akur dan mengakui trend sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menyebabkan Umno/BN tumbang menyembah bumi.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) percaya rakyat akan meneruskan fasa kebangkitan tsunami 2008 yang menyaksikan lima negeri BN tumbang pada PRU12.
Bukan omong kosong. Namun dengan pelbagai isu dan skandal rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa, salah guna Hari Kemerdekaan dan termasuklah kebangkitan luar biasa rakyat Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'fixed deposit' BN, faktor jelas ini menguatkan lagi hujah betapa Umno/BN bakal kehilangan kuasa pada PRU13.
Situasi inilah yang menggusarkan seorang bekas Perdana Menteri lantas terbitlah kenyataan berbaur ugutan dan cubaan menakutkan pengundi.
Mungkin Dr Mahathir terlupa, maka SAMM ingin mengingatkan bahawa lima kerajaan negeri telah berubah pada Mac 2008 di mana salah satu kerajaan negeri bukan BN telah bertahan sejak 1990. Peralihan kuasa kerajaan negeri ini berlaku dengan aman, tiada kucar-kacir.
SAMM juga telah membuat sedikit kajian, mendapati perubahan yang berlaku di lima negeri (sekarang empat) yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) menunjukkan tanda positif dari pelbagai sudut khususnya dalam soal pengurusan kerajaan negeri, penjimatan, kadar FDI masuk yang tinggi dan juga kebajikan rakyat. Semua negeri PR juga diiktiraf akan ketelusan dalam pentadbiran.
Polisi kebajikan yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri PR juga tidak menyebabkan negeri bankrup malah keuntungan berganda dalam banyak sektor hasil dari amalan berjimat dan perbelanjaan berhemah.
Dalam keadaan rejim pusat yang menekan, menyerang dan pengagihan hasil bumi yang tidak adil, kerajaan negeri tetap stabil dan bertahan. Rata-rata rakyat menerima PR sebagai peneraju kerajaan negeri dan bersedia untuk giliran menukar Kerajaan Pusat.
Maka di atas kejayaan pentadbiran sepenggal PR di beberapa kerajaan negeri, di manakah bahaya dan bahana yang disebut Dr Mahathir? Ataupun sebenarnya ada sesuatu yang amat ditakuti oleh bekas Perdana Menteri ini jika servis Kerajaan Pusat berubah tangan?
Dalam kenyataannya Dr Mahathir juga cuba menyamakan Anwar dan Barack Obama yang menjanjikan 'perubahan' dalam kempen pilihan raya masing-masing. Perbandingan seperti ini adalah tidak relevan kerana latar belakang dan polisi perubahan yang berbeza.
Salah satu para kenyataan Dr Mahathir begitu mencuit hati kononnya "tidak ada jaminan pembangkang bila menjadi kerajaan akan membenarkan BN kembali dan pegawai mereka akan mengugut sesiapa yang mahu menukar kerajaan" - seolah-olah Dr Mahathir sedang bercakap di depan cermin kerana apa yang disebut itu adalah resam regim Umno BN dan di atas resam sebegini jugalah menjadi faktor penting mengapa rakyat perlu menolak BN.
Di para terakhir kenyataan Mahathir begitu mengejutkan dan juga agak menakutkan yang berbunyi "lebih baik syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal". SAMM sebagai anak muda progresif menghadapi sedikit kesukaran mentafsir namun akhirnya tafsiran paling sesuai untuk kenyataan ini ialah - Tun Mahathir menyeru agar lebih baik mengundi "syaitan yang dikenali" dalam Barisan Nasional dari mengundi "Malaikat yang belum pasti" dalam Pakatan Rakyat. Tafsiran yang menyamakan Bn dengan syaitan ini tidaklah begitu pelik kerana Tun Mahathir juga pernah menyebut Umno itu busuk hingga ke ususnya.
Nyata sekali kenyataan Tun Mahathir kononnya bahaya menukar Kerajaan Pusat adalah umpama ugutan dari ular sawa lumpuh kekenyangan yang dihimpit usia dan tidak perlu ditakuti oleh rakyat yang kian celik membuat perhitungan. Rakyat hari ini tidak mudah dipengaruhi sentimen hasutan dan ugutan. Madu di tangan kanan dan racun di tangan kiri, rakyat sudah bijak membuat pilihan antara madu (PR) dan racun (BN).
Akhir sekali SAMM menyeru kepada semua untuk bersama merintis perubahan, kita harus percaya dengan perubahan ini dan tuhan bersama orang yang ingin kepada perubahan (kebaikkan). SAMM juga turut mendoakan supaya Dr Mahathir panjang umur untuk menjadi saksi hidup tumbangnya sebuah regim penyambung legasi penjajah.
*EDY NOOR REDUAN, Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki sanggup mendakwa dirinya sebagai doktor pakar bedah bagi meminta derma daripada orang ramai untuk membantu mangsa perang di beberapa buah negara.
Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan mendapat pendidikan di Sekolah Perubatan dan Pergigian King's College London, Pusat Sains Kesihatan, Universiti Peking dan Royal College of Surgeons of England sebelum menjadi doktor bedah trauma dan bertugas dalam kawasan yang diancam peperangan.
Dia kemudiannya menulis sebuah buku autobiografi yang menceritakan pengalamannya ketika berkhidmat di Haiti, Libya, Nicaragua, Somalia, Afghanistan dan beberapa negara lain.
Buku yang berharga RM50 itu berjaya meraih simpati orang ramai untuk menderma bagi membeli ubat kepada mangsa peperangan dan bencana alam melalui akaun peribadinya.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, hasil laporan tersebut, dia bersama empat peguam menjalankan penyelidikan ke atas buku dan lelaki yang mendakwa dirinya doktor pakar bedah.
Menurutnya, nama lelaki tersebut didapati tidak diiktiraf sebagai doktor oleh Persatuan Perubatan Malaysia. "Untuk menjadi seorang pakar memerlukan masa lebih kurang lapan hingga 10 tahun tetapi mustahil bagi pemuda ini untuk bergelar pakar dalam usia muda," katanya pada sidang media di Bangunan MCA, Ampang, di sini, semalam.
Chong berkata, selepas mendapati kegiatannya disedari, lelaki tersebut memohon maaf melalui akaun Facebooknya pada 14 Ogos lalu dan akan memulangkan RM38,099 sumbangan yang telah diberikan kepadanya.
Menurut Chong, pihaknya mendapati, doktor palsu tersebut telah menerima RM48,792 sumbangan di Melaka yang terimanya pada April lalu.
"Jumlah ini bertentangan dengan yang diberitahunya sebelum ini, dan mahu polis menyiasat kes ini kerana menipu," katanya.
Beliau berkata, empat laporan melibatkan penipuan doktor bedah palsu tersebut telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada Jumaat lalu, bagi tindakan selanjutnya.
Chong berkata, lelaki tersebut pernah mendapat liputan meluas daripada media tempatan kerana menjadi pakar bedah termuda dan menghulurkan kepakarannya di negara yang bergolak dan dilanda bencana.
KOTA BHARU: Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.
Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
DEDAH...Maisarah menceritakan pengalamannya kepada Zaimah ketika sesi kaunseling di RMP.
Malah, sesiapa yang masih dara dipecat 'keahliannya' atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.
Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli 'kelab tiada dara' itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.- myMetro
Azwan Ali sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN dan rakyat
KUALA LUMPUR 24 Ogos:Selebriti dan pengacara terkenal, Azwan Ali bertegas menganggap abangnya, Azmin pemimpin terhebat dan berkaliber walaupun pelbagai perspektif buruk dilemparkan adiknya, Umi Hafilda termasuk pihak lain yang mahu menjatuhkan karier politik Timbalan Presiden KEADILAN itu.
Azwan berkata, sokongan beliau terhadap Azmin bukan sekadar hubungan antara adik-beradik, malah disebabkan prinsip yang diperjuangkan abangnya untuk membela rakyat.
"Azmin adalah abang saya selama-lamanya. Beliau adalah 'great leader'. Saya sokong perjuangan Azmin untuk KEADILAN. Tetapi jangan tanya parti apa yang saya sokong," katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Buletin Utama TV3 baru-baru ini memaparkan tindakan Umi memperalatkan ibunya, Che Tom Yahaya, 78, mengkritik Azmin ketika umat Islam meraikan perayaan Aidilfitri.
Media kawalan Umno BN itu menyiarkan kononnya, Che Tom kecewa dengan Azmin kerana tidak menziarahinya pada hari raya.
Tindakan Umi itu diselar Azwan kerana mengheret ibu mereka ke kancah politik.
Menurut Azwan, beliau percaya, ibunya diperalat Umi yang bersekongkol dengan Umno bagi memfitnah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa daripada parti Pakatan Rakyat.
Ditanya mengenai tindakan Umi itu, pengacara yang terkenal dengan ungkapan 'Ada aku kisah?' dan 'Amboi amboi amboi' itu berkata, tiada apa yang perlu diulas kerana segala kemarahannya telah diluahkan melalui twitternya, '@azwanhjali'.
"Empat hari berturut-turut saya sudah berikan komen-komen yang boleh menggemparkan dunia. Saya akan teruskan dan kita lihat apa yang akan terjadi nanti," katanya yang cukup pantang apabila ibunya diheret demikian.
Azwan juga enggan mengakui Umi adik kandungnya melainkan Azmin dan seorang lagi abangnya, Azman.
"Saya sudah tegaskan sebelum ini, saya tidak mempunyai sesiapa lagi. Saya telah membuang adik beradik saya kecuali Azmin dan Azman. Mereka itu sahaja lebihan darah daging saya," katanya.
Selain Azwan, Allahyarham bapanya, Ali Omar juga enggan mengakui Umi anak serta melarang beliau pulang ke rumah di Kampung Kelang Gate, Setapak.
Berdasarkan catatan pada 18 Oktober 1998, beliau telah melucutkan warisan zuriat Umi kerana sikap suka melawan, tidak peduli nasihat, riak, takbur, pembohong di samping penglibatannya dalam konspirasi dan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Ali lagi, fitnah Umi semakin menjadi-jadi apabila memfitnahnya dan isteri sehingga kedua-dua mereka bercerai pada 20 Februari 1998 sebelum rujuk kembali.- KD
KUALA LUMPUR: "Saya hampir pengsan melihat api menjulang memusnahkan kedai makan yang saya usahakan selama 10 tahun," kata bekas anggota kumpulan 2 By 2, A Halim Mamat, 37, menceritakan detik cemas kebakaran kedai makan miliknya di Seksyen 2, Wangsa Maju, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian jam 1 pagi itu menyebabkan kedai makanan Thai yang diusahakan Halim bersama isteri yang juga bekas penyanyi kumpulan Genuine, Norsalawati Karman, 35, musnah.
Menurut Halim, ketika kejadian dia sedang tidur apabila tiba-tiba dikejutkan Norsalawati dan memaklumkan mengenai kebakaran itu.
"Isteri saya dihubungi sepupunya yang tinggal berhampiran kedai makan kami dan memberitahu mengenai kejadian. Kami sangat terkejut kerana hanya sejam sebelum itu kami baru saja pulang selepas memeriksa kedai yang ditutup seminggu sempena Aidilfitri," katanya.
Halim berkata, dia segera ke tempat kejadian, manakala Norsalawati terpaksa tinggal di rumah kerana menjaga empat anak mereka.
"Tubuh saya lemah sejurus tiba dan melihat api marak membakar kedai makan ini yang juga satu-satunya sumber utama pendapatan selepas saya dan isteri berhenti menyanyi.
"Kedai makan ini saya usahakan ketika masih lagi aktif dalam nyanyian sebagai bekalan selepas tidak lagi berkecimpung dalam bidang seni," katanya.
Katanya, akibat kejadian itu, dia dan enam pekerjanya kini hilang sumber pendapatan.
"Api dipadamkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Setapak dan kebakaran sebenar masih disiasat," katanya yang mengesyaki kebakaran itu disebabkan perbuatan khianat dan menganggar kerugian RM60,000.
Nasib malang menimpa pasangan itu yang popular sekitar 1990 turut mendapat perhatian rakan artis lain apabila seorang lagi bekas anggota 2 By 2, Zul dan isteri, Isma, yang juga bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) datang melawat.
Turut melawat tempat kejadian, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wangsa Maju, Mohd Rasyid Abdul Samah dan Naib Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Hamdan Mohd Yusuf.
Halim berkata, dia dan isteri berharap dapat membina semula kedai makan itu dan berharap ada pihak bersimpati dan menghulur sumbangan.- myMetro
Bismillah, saya dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di HUSM hujung minggu ini. Pagi ini, saya dibekalkan dengan bahan-bahan bacaan dan akhbar-akhbar termasuk Utusan Malaysia yang membawa tajuk utama "Anwar Tolak Hudud PAS.."
Di Malaysia ini, ada akhbar yang langsung tidak boleh dipercayai. Daripada sembilan berita yang ditulis, sepuluh daripadanya perlu diselidiki terlebih dahulu sebelum dipercayai. Salam hormat dari saya.
Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.
Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam. Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan.
Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju. Termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri pun yang menguatkuasakan pembentukan negara Israel di bumi Palestine yang ditentang hebat oleh orang Palestine sendiri. Hatta Presiden Amerika, Barrack Obama sendiri turut bersetuju dengan perundangan 'kahwin sejenis' meskipun majoriti masyarakat dunia menolaknya.
Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab. Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah.
Atas dasar ini, pada masa Nabi Muhammad SAW sendiri umat Islam tidak mempersoalkan kewajaran perintah (hukum) Allah SWT. Apa yang utama membuktikan ketaatan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi. Bukan sepertimana sesetengah pihak sekarang ini, ada yang sanggup rosak akidahnya atas dasar menolak mentah-mentah hudud atau mana-mana perintah Allah SWT. Tidak kurang pula berdolak dalih dan beralasan kononnya suasana belum kondusif untuk memakai hukum Allah SWT. Tidak terkecuali juga, masih ada pihak yang bersimpati kepada si-jahil, maka isu hukum hudud ini perlu dibincangkan terlebih dulu. Sampai bila? Lepas bincang, bincang dan bincang, namun si-jahil tetap beralasan.
Pengalaman Negeri Kelantan dalam usaha melaksana hukum hudud ini, sebenarnya telah melalui proses memperkenal, membincang dan meluluskannya secara masak. Usia enakmen kanun jenayah syariah (termasuk hudud) kini akan genap 19 tahun pada November ini. Sejarah penggubalannya cukup matang kerana ia merupakan sumbangan cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Dato' Daud Muhammad.
Selain ia turut dikongsi dengan pakar-pakar perundangan bidang syarie dan jenayah sivil. Malah tidak terkecuali poses menerima maklum balas dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk badan NGO turut dibuat di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Turut serta adalah Tengku Razaleigh Hamzah selaku presiden parti Semangat 46 ketika itu telah juga menganjurkan perbincangan terbuka sebagai melebar kefahaman dan tanda sokongan serta persetujuan atas usaha Negeri Kelantan. Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat.
Kini berbangkit isunya, pelaksanaannya masih tertangguh meskipun telah diluluskan sejak November 1993 lagi. Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk 'amaran' menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik.
Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam? Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si-jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?
Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini? Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya. Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan.
KATHMANDU - Seorang petani Nepal menggigit seekor ular tedung sehingga haiwan itu mati, kata polis semalam.
Petani itu, Mohamed Salmo Miya melakukan perbuatan itu bagi membalas dendam selepas haiwan tersebut mematuknya, lapor agensi berita AFP semalam.
Ketua polis tempatan, Uma Prasad Chatrubedi menyatakan Mohamed sedang bertani dekat kampungnya yang terletak 200 kilometer ke tenggara Kathmandu ketika dia dipatuk ular tersebut.
"Seorang petani di Kampung Bardanga telah membunuh seekor ular tedung putih dengan giginya kerana marah. Ular tersebut mematuknya semasa dia sedang bekerja di sawah padi miliknya pada Selasa lalu. Lelaki itu kemudian berlari dan membunuh ular tersebut," katanya.
Mohamed turut dirawat di sebuah klinik tempatan dan dia kini berehat di rumahnya.
"Saya berasa amat marah selepas ular itu mematuk saya. Kemudian saya mengekori haiwan itu, menangkap dan menggigitnya sehingga mati," dakwanya yang berusia 55 tahun kepada akhbarAnnapurna Post.
"Saya mungkin membunuhnya dengan kayu tetapi saya menjadi 'gila' kerana marah dan mahu membalas dendam.
"Saya membunuhnya dengan gigi saya," tambahnya.
Nepal mempunyai pelbagai jenis ular berbisa dan tidak berbisa.
Salah satu ular berbisa itu dikenali sebagai ular batu India sepanjang 10 meter.
Menurut agensi berita Reuters, seorang pegawai polis, Niraj Shahi berkata, lelaki itu tidak akan didakwa membunuh ular tersebut.
Menurutnya lelaki itu tidak didakwa kerana haiwan tersebut tidak disenaraikan sebagai spesies terancam. - Agensi
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.
"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya. Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.
Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.
Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.
Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan.
"Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir yang menambah, pembangkang akan terus berusaha untuk terus menang sekiranya berjaya membentuk kerajaan.
Beliau menjelaskan pepatah bahasa Inggeris "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" yang disebut dalam tulisan di blog chedet.cc pada hari Rabu lalu.
Tulisan itu menggesa pembacanya supaya tidak menyokong Anwar yang disifatkannya sama dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Obama, kata Mahathir banyak menjanjikan perubahan tanpa jaminan untuk menunaikannya. [Baca berita penuh]
SERI KEMBANGAN, 25 Ogos (Bernama) -- Kira-kira 10,000 tetamu menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di The Mines, di sini Sabtu.
Turut memeriahkan majlis itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Ribuan pengunjung termasuk pelancong asing sanggup beratur panjang sejak awal pagi untuk bersalaman dengan Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah selain mengambil kesempatan untuk bergambar.
Pelbagai juadah tradisional yang biasanya disajikan semasa Aidilfitri disediakan kepada pengunjung seperti lemang, rendang dan sate pada majlis yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.
Khairul Shukri, 50 dari Bandar Tasik Selatan yang sering menghadiri rumah terbuka bekas perdana menteri itu berkata majlis tahun ini kurang sesak berbanding tahun lepas.
Dah gila ke apa perempuan ni.. aku tak pastilah.. kata dia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana dirinya dan beliau kesal kerana mereka tak menghargai dirinya..
"Kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri," katanya.
Disamping itu beliau juga mendakwa beliau jauh lebih hebat dalam mengadakan ceramah jika dibandingkan dengan pemimpin UMNO yang ada kerana 10, 000 orang telah hadir dengar ceramahnya di Besut..
Kesian kat dia ya... susah payah tulis surat kat Mahathir untuk memfitnah Anwar tapi langsung Mahathir tak hargai..
Bukan saja Mahathir malah Pak Lah dan Najib yang jadi PM kerana surat dia tulis tu juga tak hargai dirinya.. sekurang-kurangnya Najib lantiklah dia jadi Menteri Wanita.. kan jawatan tu kosong sekarang ni..
Kalau tak nak lantik dia jadi Menteri Wanita.. lantik dia jadi Pembantu Khas kepada Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat iaitu Jamaluddin Jarjis pun sesuai tu.. he,,he..
`Surat saya menyebabkan Pak Lah, Najib jadi PM'
PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Umi Hafilda Ali mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri kerana sepucuk surat yang ditulisnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2008.
"Kalau saya tidak tulis surat tersebut sudah tentu Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.
"Tetapi kerana sepucuk surat saya kepada Dr Mahathir mengenai perilaku Anwar, mereka berdua (Abdullah dan Najib) telah menjadi Perdana Menteri," katanya.
Bagaimanapun, Umi agak kecewa kerana kedua-kedua pemimpin besar itu seolah-olah telah melupakan jasanya.
Katanya, Abdullah telah menggantung keahlian Umno beliau dari sebuah cawangan di Gombak.
"Itu yang menyebabkan saya marah sangat kepada Pak Lah," katanya.
Bagaimanapun, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menjelaskan penggantungan keahliannya telah ditarik balik.
"Mana mungkin Najib tidak ingat dalam perjuangan saya yang menyebabkan saya dimaki hamun dan ditohmah dengan pelbagai tohmahan semata-mata kerana saya melawan Anwar," katanya.
Mana menteri?
Namun, Umi juga meluahkan rasa kecewa Umno tidak membantunya berkempen menentang Azmin dan Anwar sebagaimana yang dilakukan sekarang.
"Mana menteri, mana wakil-wakil rakyat yang turun berceramah menjelaskan kepada rakyat mengenai pembohongan Anwar dan Azmin," katanya lagi.
Umi juga mendakwa, ceramahnya lebih berjaya dari pemimpin Umno lain kerana dibanjiri ribuan orang setiap kali diadakan.
"Ceramah saya di Besut (Terengganu) dihadiri 10, 000 orang, manakala di Pasir Putih (Kelantan) di kawasan pembangkang dihadiri 8, 000 orang.
"Mana ada pemimpin Umno yang boleh mengadakan ceramah seperti saya," kata Umi lagi.
Dalam pada itu, Umi menafikan beliau melakukan semua itu kerana diarah oleh Umno.
Menurutnya, jika semua yang dibuat kerana arahan Umno sudah tentu Dr Mahathir membantunya semasa ditahan di dalam lokap dahulu.
Umi mendakwa beliau ditahan oleh anggota polis atas arahan Anwar setelah beliau mendedahkan aktiviti pemimpin PaKatan Rakyat itu kepada Dr Mahathir - Free Malaysia Today
Kalau kerana surat yang dia tulis tu.. Anwar tak dapat jadi PM.. Mukhriz patut minta Umi Hafilda tulis surat tentang Muhyiddin pula kepada Najib.. barulah Mukhriz cepat sikit jadi PM..
Setelah menjadi kontroversi dalam rampasan kuasa Perak sehingga Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan pada 4 Februari 2009, terkini Zaki sah menjadi Pengerusi Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH).
Zaki menggantikan Badri Masri berkuat kuasa 15 Ogos lalu sekaligus dilantik sebagai ahli lembaga pengarah terbaru.
Kontroversi melibatkan Zaki bermula apabila ia berhubung kait dengan pemberian konsesi bernilai RM2.2 bilion Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) kepada dua tokoh yang terlibat dengan rampasan kuasa oleh Barisan Nasional (BN) di Perak termasuk Zaki sendiri.
Seorang lagi adalah penasihat undang-undang Umno, Hafarizam Harun.
Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah pada 21 Februari lalu berkata, Hafarizam merupakan pengarah dua buah syarikat yang menerima konsesi tersebut Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd.
"Sementara isteri Zaki Azmi merupakan pengarah syarikat Emrail, sebuah syarikat yang tidak mempunyai rekod di dalam pembinaan lebuhraya.
"Kenyataan syarikat tersebut sendiri menyatakan mereka berhasrat menjadi "Syarikat Kejuruteraan Rel Utama di Malaysia dan Rantau ini," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau mahu Najib menyatakan pendiriannya berkenaan Seksyen 9 Kod Etika Hakim 2009 yang menyatakan "seorang hakim akan, pada masa pelantikan atau mana-mana masa kemudiannya sekiranya diminta oleh Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan membuat perisytiharan bertulis semua asetnya kepada Ketua.
Adakah ini rasuah? Tak tau!
Adakah ini konflik kepentingan? Tak tau!
Adakah ia sekadar satu kebetulan bahawa semua orang-orang yang terlibat dalam memberikan Perak kembali kepada Umno berlaku untuk menjadi rakan kongsi perniagaan dalam projek RM2.2 bilion-lebuhraya?
Zaki Azmi dilantik Pengerusi AMH
AHLI Lembaga Pengarah Astro Malaysia Holdings Berhad (AMH) melantik Tun Zaki Azmi sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusinya yang berkuat kuasa 15 Ogos lalu, bagi menggantikan Datuk Badri Masri yang menarik diri.
Bagaimanapun, Badri masih kekal sebagai pemegang jawatan Pengerusi Astro Holdings Sdn Bhd. Dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, baru-bari ini, Zaki juga mempengerusikan Jawatankuasa Tadbir Urus Korporat dan Nominasi bagi Lembaga Pengarah itu.
Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings, Datuk Rohana Rozhan berkata, Lembaga Pengarah amat berbangga apabila Zaki menerima pelantikan itu.
"Kami yakin pengalaman luas beliau pasti memberi sumbangan signifikan ke arah tanggungjawab dan tadbir urus korporat syarikat," katanya.
Sementara itu, menurut Zaki, Astro adalah satu jenama terkemuka dan memainkan peranan utama dalam industri digital Malaysia.
"Saya amat teruja apabila diberi peluang untuk turut serta dalam pembangunan dan pertumbuhan jangka panjang syarikat terkemuka ini," katanya ketika ditemui. - Harian Metro
ADA MATA TENGOK, ADA TELINGA DENGAR..... ADA OTAK BUAT PENILAIAN SENDIRI... -PR Supporters
Keretakan BN Sabah sudah pun terserlah, ia bukan lagi retak yang menanti belah tetapi sudah terbelah. Cuma apa yang terbelah itu belum berpisah (tercabut) lagi, umpama kelapa yang dibelah dua, di antara satu sama hanya terikat dengan beberapa urat sabut sahaja. Apakah majlis atau himpunan sempena hari Malaysia pada 15 dan 16 September yang bakal diadakan di Sabah dan Sarawak kelak akan menyaksikan dua 'tempurung' itu akan berpecah dan terpisah di antara satu sama lain?
Tanggal itu nanti akan ada beberapa tokoh BN di Sarawak mengistyharkan meninggalkan komponen yang mengusang itu?
Kita tunggu saja perkembangan di Sabah yang begitu mencemaskan UBN dan memberi sinar dan harapan baru kepada Pakatan Rakyat kini. Anwar Ibrahim sendiri nampaknya begitu konfiden dengan apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak muasir ini. Buktinya kalau beliau tidak konfiden Sabah dan Sarawak akan mengenapkan korum untuk menguasai parlimen Malaysia, penasihat umum PKR itu tidak akan bermain dengan kata-kata atau janji lisan politik; kalau tak menang dia akan bersara. Sudah dua kali Anwar menzahirkan kononnya dia akan bersara kalau pilihan raya kali ini tetap juga tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Amat 'rohok' bagi seorang politik melafazkan perkataan bersara secara mudah. Perkataan bersara tidak ada dalam kamus orang politik. Betapa pun kalau sudah sampai masa bersara, di dalam persaraan itu pun mereka masih aktif dan terus memainkan peranan. Itu Mahathir Mohamad walaupun sudah pensiun tetapi ada kalanya lebih laju dan lantang dari mereka yang masih memegang kuasa. Mahathir tidak akan bersara penuh selagi Udin anak Yassin belum jadi PM dan anaknya Mukhriz menjadi timbalan Udin. Kalau pun dia ditakdirkan meninggal sebelum anaknya berjaya dalam politik mungkin keranda dan batu nisannya tetap akan berkempen untuk Mukhriz?
Mahathir berbeza dengan Abdullah Badawi yang mengotakan katanya bila sudah pensiun dia terus pensiun dan menjadi negarawan dihoarmti.
Apa tah lagi dengan Anwar yang gelora perjuangannya bukan berdebur dan mengamuk sejak beliau mengenali politik Umno, (1982) tetapi ia bermula di bangku sekolah lagi. Jadi saya tidak fikir Anwar semudah itu akan bersara, melainkan kata-kata yang dilafazkan itu satu ejekan atas keyakinannya selepas ini rakyat akan menukar kerajaan dan beliau bakal dinobat sebagai Perdana Menteri.
Munasabah dan berasas kalau Anwar berkeyakinan begitu. Malaysia Timur nampaknya akan menjadi pemacu kepada perubahan kerajaan di Malaysia. Istidraj politik nampaknya akan berlaku di negara ini. Yang akan menjadi pemangkin membalikkan kerajaan BN bukan di Semenanjung tetapi di Sabah dan Sarawak?
Tanda-tanda awal ini sudah jelas dan kini sedang menanti tanda-tanda pertengahan. Selapas Sabah terbelah, kini ia sudah memborak (merebak) ke Sarawak pula. Mungkin perpecahan di Sarawak tidak begitu ketara lagi. Justeru ada yang merasakan Sarawak masih menjadi simpanan tetap BN. Umno khasnya masih menyanyi lagu simpanan tetap 1 Malaysia. Tetapi sedarkah dengan beberapa perkembangan terbaru yang menjadi negatif kepada UBN sehari dua ini sedang berlaku di Sarawak? Adalah satu kesilapan bagi UBN dan Ha Najib Razak kalau menerima apa yang berlaku ini perkara biasa. Sikap menganggap fenomena itu perkara remeh bakal menjerat leher UBN dan Ha Najib.
Perkembangan yang bakal menyebabkan Najib akan menggaru kepala separuh botak yang tidak gatal itu ialah apabila beberapa pemimpin tertinggi BN di Sarawak termasuk Taib Mahmud sudah mula membuat jentikan minda kepada Najib dan memberi mesej jelas apabila beliau mahukan kerajaan Persekutuan (Petronas) membuat semakan ke atas royalti minyak 5% untuk Sarawak? Apakah maksud Taib Mahmud ini? Ia tidak boleh dipandang mudah dan makna di sebalik mesej itu yang dibuat dalam situasi hari ini hendaklah difahami searif mungkin.
Jika hubungan Taib dengan Najib lendik, tidak mungkin Taib akan membuat usikan itu. Taib tidak akan bergurau dengan Najib dalam keadaan seperti hari ini. Gurauan itu adalah gurauan biawak! Gurauan yang boleh meresahkan Najib. Atau kalau Sarawak hendakkan juga, Taib harus bersuara dalam senyap dengan membisikkan kepada Najib. Tetapi apabila dua menteri kanan Sarawak turut bersuara hal itu menunjukkan Sarawak sedang bermasalah dengan Kuala Lumpur, dan desakan itu terbuka.
Dua menteri kanan yang meminta kadar royalti petroleum untuk Sarawak dikaji ialah James Masing dan Fatimah Abdullah, demikian menurut sdr Musli Oli menerusi Fbnya. Mereka ini tidak akan menyuarakan subjek yang sensitif ini kalau tanpa restu Taib. Soalnya pula kenapa Taib mengizinkannya mereka menimbulkan perkara itu? Persoalan dan keluarbiasan inilah yang perlu dimasukkan ke dalam mahkmal politik Najib untuk dianalisis.
Bagi seorang pemain politik yang bijak dan licit persis Taib waktu inilah untuk dia membuat apa-apa tuntutan kepada Najib. Taib adalah pengguna wang paling handal untuk ketahanan politiknya di rantau ini. Masa ini adalah terbaik. Dalam Najib belum selesai dan gagal menyelesaikan tuntutan beberapa perkara di Sabah menyebabkan tokoh-tokoh dan kerabat BN meninggalkan parti itu, inilah masanya untuk Taib mengerudi Najib. Politik mana ada belas kesihan dan simpati dan selalunya orang politik akan menyerang musuh dan kawannya sendiri waktu mereka sakit. Opotunis dan hipokrasi adalah dua dari empat rukun politik, 4C.
Apa perlu diingatkan Taib ada terasa hati dengan Najib semasa pilihan raya negeri Sarawak dulu bila mana Najib secara terbuka meminta Taib berundur demi menyelamatkan Sarawak. Gesaan itu meninggalkan kesan mendalam di hati Taib. Taib tidak akan melupai sama sekali gesaan itu yang dianggap ia adalah cabaran jiwa terbesar untuknya. Apakah dengan kesan itu tidak mustahil kalau Taib ingin mengajar Najib bagamainan untuk bermain dengan kuasa politik?
Mungkin Taib sedar tuntutan atau permintaan Sarawak itu akan dilayan. Dalam keadaan Najib memerlukan Sarawak setelah Sabah terbelah kini, bagi fikiran Taib, Najib akan memenuhinya. Kerana itulah beliau mengacah beruk ke atas Najib. Waluapun sukar Najib akan cuba memenuhinya demi menyelamatkan simpanan tetap dalam banknya di Sarawak.
Taib pula boleh saja untuk terus ugut Najib dengan membuat kenyataan kemungkinan PBB juga akan meninggalkan BN. Kalau inilah dibuat Taib Najib boleh jantuh pengsan terus dan Rosmah juga boleh tersalah ambil fesyen coli yang hendak dipakainya.
Kerenah Taib dan beberapa orang menteri kabinet Sarawak ini merimaskan Najib dan memberi denyutan baru di kepala Najib. Ia mungkin menyebabkan Najib akan terbang malam ke Sarawak pula kali ini seperti mana pernah dilakukan ke atas Sabah baru-baru ini. Beliau akan jadi seperti kucing kejatuhan anak, ke hulur dan ke hilir menyelesaikan masalah yang makin bertimbun dan menyerabut.
Dalam pada itu usikan Taib di Sarawak itu tambah menyakinkan padangan ramai bahawa pilihan raya umum ke-13 mungkin dilewatkan sampai ke tahun depan dan menyebabkan ramalan Sabah dan Sarawak bakal menjadi pemancu sebenar kepada perubahan kerajaan negara ini semakin nyata.
You are subscribed to email updates from pemuda cheh To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kita semua tahu bagaimana Pahang, sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung telah dikurniakan khazanah Alam Semulajadi yang luas sehingga sebahagian darinya dijadikan sumber rezeki kepada penduduknya malah hasil tanaman, ternakan malah sumber air dari negeri itu disalurkan pula ke negeri-negeri yang lain. Demikian ditegaskan oleh Zulkefly Mohamad Omar (foto) ialah AJK PAS Pusat dan Merangkap Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat dalam Harakahdaily semalam. "Kawasan tanahnya pula terlalu luas sehingga ada sahabat-sahabat saya dari PAS Negeri adakalanya mengeluh letih sehingga ada yang demam beberapa hari kerana terpaksa bergerak jauh menunaikan tanggungjawab masing-masing ke seluruh pelosok negeri. Di atas bantuan merekalah, pendedahan demi pendedahan jenayah Alam Sekitar di negeri itu dipaparkan buat pengetahuan umum. Saya dimaklumkan ada di antara petugas-petugas kita yang terdedah kepada ancaman keselamatan oleh pihak yang tertentu ketika proses mengumpulkan bukti jenayah itu. Inilah komitmen PAS untuk melindungi keselamatan, kesihatan dan pemuliharaan alam sekitar di negara ini sehingga sanggup meletakkan misi itu melebihi kepentingan diri dan keluarga", katanya. Ancaman sisa radioaktif Lynas di Gebeng Kuantan, pencemaran Sungai di Cameron Highlands, Bentong dan di Kuala Lipis,pembangunan dan penerokaan tanah tidak terkawal dilereng bukit di sekitar Cameron Highlands, pusat insinerator di Blue Valley, projek Hidroelektrik di Ulu Jelai, pembalakan haram, serta pencemaran Tasik Chini yang dijangka akan pupus menjelang tahun 2030 adalah sebahagian dari bukti jelas kerakusan pemerintah khususnya di negeri itu yang meratah sumber alam ini seolah-olah alam yang kita pinjam ini tidak perlu dipulang kembali seperti sediakala kepada anak kita.
Wajarkah Industri Berat Dan Berisiko Jadi Pilihan
Bukankah kita hanya meminjam? Tetapi kenapakah kerajaan negeri di bawah UMNO dan Barisan Nasional menjadikan semua itu Milik dan Hak Kekal mereka? Ketika semua lokasi yang saya sebutkan tadi sedang diratah oleh pihak tertentu, penduduk sebuah perkampungan di Bukit Koman Raub pula sedang berjuang selama lebih 3 tahun demi nyawa keluarga mereka dari ancaman bahan kimia Cyanide yang amat bertoksik itu malah dikatakan antara bahan kimia yang paling merbahaya di dunia ini dan pernah diberi gelaran 'agen pembunuh' ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua. Tahukah anda bahawa rakyat terpaksa membayar dengan harga yang tinggi dan tanpa pengetahuan mereka akan bahaya sebenar yang wujud disekeliling kita? Kenapakah industri berat atau berisiko tinggi seperti ini sentiasa menjadi pilihan UMNO dan Barisan Nasional? Adakah kerana lebih tinggi risikonya, maka lebih besar pulangannya kepada negara atau adakah kerana besar pulangannya kepada kroni-kroni mereka?"Saya pernah menegur wakil MITI kerana tidak berhati-hati ketika menerima kemasukan industri berisiko tinggi seperti LYNAS kerana terlalu teruja untuk mencapai sasaran 'FDI' atau 'Foreign Direct Investment' negara. Tidak salah untuk menerima pelaburan luar asing tetapi biarlah keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan penduduk diambil kira terlebih dahulu sebelum pelaburan luar asing itu diluluskan.Yang lebih mendukacitakan ialah tindakan memberi pengecualian cukai selama 12 tahun oleh Kerajaan Malaysia walaupun LYNAS menyatakan bahawa mereka memperolehi pendapatan 8 billion setahun", kata beliau. Bukankah banyak industri luar lain yang boleh dibawa masuk oleh MITI? Industri di mana Malaysia mahir dan berpengalaman di dalam menguruskannya. Tidak yakinkah kerajaan kita untuk capai sasaran FDI itu tanpa industri berisiko tinggi seperti itu. [Bagi kerajaan, mungkin mereka ada sebab tertentu mengapa pelaburan berisiko tinggi ini dibawa masuk ke negara kita. Namun, dalam masa yang sama rakyat tidak mahu terus hidup dalam risiko. Mereka tidak mahu dijadikan "tikus makmal" untuk menjadi bahan ujikaji sesuatu projek berisiko yang boleh menjejaskan kesihatan dan masa depan anak cucu mereka. Sebab itulah mereka bangkit menentang seperti yang berlaku sekarang. Bagi mereka, daripada hidup didalam ketakutan akibat berhadapan dengan risiko yang bakal terjadi maka lebih baik mereka halang industri berkenaan beroperasi. Inilah hakikat yang sebenaranya. Namun, kerajaan tidak gemar semua itu, maka mereka pasti akan pertahankanya bermati-matian dengan berbagai alasan yang terkadang tidak boleh masuk dek akal oleh mereka yang berfikiran waras. Dek kerana itulah juga mereka sedaya upaya cuba menghalang. Baca seterusnya sini].
BENTONG, 24 Ogos - Negeri Pahang kini terus menerima pelaburan asing meskipun isu kilang Lynas di Gebeng, Kuantan masih dibangkitkan pembangkang, kata Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob (foto). Beliau berkata terbaru, pelabur dari negara China bersetuju melabur RM1 bilion bagi membina sebuah kilang dan membesarkan Pelabuhan Kuantan demi kepentingan perdagangan. Selain itu, katanya, negeri itu turut menerima pelaburan asing RM2 bilion setiap tahun yang membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Pahang. "jJika benar pembinaan kilang Lynas itu bahaya, kenapa ramai pelabur luar terus berminat melabur di Kuantan, malah sebuah sekolah Cina persendirian akan dibina di Kuantan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Majlis Perbandaran Bentong di sini, malam Khamis. Adnan berkata, senario itu membuktikan bahawa pembinaan kilang Lynas itu tidak berbahaya dan sengaja dipolitikkan pakatan pembangkang menjelang pilihan raya umum, tidak lama lagi. Katanya, setakat ini beliau belum menerima laporan mengenai penjualan tanah atau rumah di kawasan Gebeng oleh penduduk setempat kerana bimbangkan operasi syarikat pemprosesan nadir bumi dari Australia itu, didakwa menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan. Sebaliknya, Adnan berkata semakin ramai yang menemuinya bagi mendapatkan sokongan, peluang pekerjaan dan kontrak di kilang Lynas. Lynas memilih beroperasi di Malaysia kerana kos pengeluarannya lebih murah berbanding Australia sementara China telah memperketat eksport produk itu. Lynas Corporation juga telah memperoleh lesen untuk bina kilang di kedua-dua negara itu.
KUANTAN, 24 Ogos - Seorang wanita warga emas dan seorang pelajar tingkatan empat maut dalam dua kemalangan jalan raya di Pahang, Khamis. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata dalam kejadian pertama di Km 45, Jalan Simpang Kerayong-Mayam, dekat Bera, Khadijah Tan, 60, mati selepas motosikal yang dibonceng melanggar seekor lembu. Kejadian berlaku pukul 3.20 petang ketika mangsa dalam perjalanan ke arah Jalan Kumai menuju ke Simpang Kerayong, katanya kepada pemberita, di sini Jumaat. Beliau berkata ketika tiba di tempat kejadian, seekor lembu tiba-tiba melintas jalan menyebabkan penunggang motosikal itu tidak sempat mengelak dan akibat rempuhan tersebut mangsa tercampak ke atas jalan. Mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian dada dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di klinik kesihatan, sementara penunggang pula hanya cedera ringan. Kemalangan kedua berlaku pukul 4 petang di Jalan Kuantan-Kemaman dekat Balok di sini, membabitkan sebuah motosikal dan kenderaan pacuan empat roda. Motosikal yang ditunggang Ahmad Raziman Ab. Razak, 16, dipercayai merempuh bahagian belakang kenderaan itu menyebabkan remaja berkenaan tercampak ke atas jalan mengalami cedera parah pada bahagian badan. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Mohamed Fauzi berkata siasatan awal polis mendapati mangsa tidak mempunyai lesen memandu yang sah.
Ulat Besar Ibu Jari Dalam Mata (Ngeri!) | Seorang lelaki Eropah mengalami sakit mata yang melampau. Mulanya dia menyangka sakit matanya itu hanyalah sakit mata biasa sahaja. Akan tetapi lama kelamaan, sakit matanya itu menjadi parah dan mulai membengkak. Dia kemudiannya bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Apa yang memeranjatkan adalah, rupanya kesakitan yang dialaminya itu adalah disebabkan oleh seekor ulat yang sangat besar telah mendiami di bawah kelopak matanya. Doktor telah berjaya mengeluarkan ulat tersebut dan kini mata lelaki itu telah pulih. Kalaulah ulat besar itu tidak dikeluarkan, sudah tentu matanya akan menjadi buta dan apa yang ngeri, makin banyaklah ulat yang akan bersarang di situ. Jom kita lihat proses pembuangan ulat besar dari mata lelaki tersebut. http://melayukini.net/2012/01/ulat-besar-ibu-jari-dalam-mata-ngeri
Di era lapan puluhan dulu, Tengku Razaliegh Hamzah pernah mengetuai gabungan parti pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah / APU!. Kekuatan APU walaupun tidak sehebat Pakatan Rakyat hari ini ia tetap membimbangkan UmnoBn. Tentu kita masih ingat,. peristiwa dua tiga hari sebelum PRU 1990, dimana Umno telah membuat fitnah besar kepada Tengku Razaliegh dan APU. Gambar palsu Tengku Razali memakai tengkolok berlambangkan salib telah disiar oleh seluruh media milik Umno. Ku Li kononnya telah diresapi semangat kristian ! dan bersubahat dengan pemimpin keristian dari Sabah untuk menegakkan kristian sebagai agama resmi di Malaysia menggantikan Islam. Pemimpin APU tidak berkeupayaan untuk membuat penafian kerana kesuntuklan masa dan sememang dasar akhbar arus perdana tidak memberi ruang dan peluang kepada pembangkang ! Oleh kerana zaman itu belum ada kemudahan internet sebagai media alternatif, maka sebahagian besar rakyat percaya dengan penipuan yang dibuat oleh UmnoBn. Akhirnya UmnoBn menang dalam PRU,.. menang dengan cara menipu dan memfitnah!!
Era REFORMASI :
Peristiwa fitnah dan pemecatan DS Anwar Ibrahim tahun 1998 yang dirancang oleh mantan PM Tun Dr Mahathir,. rupa-rupa membawa seribu hikmah untuk rakyat Malaysia! Sejak peristiwa itu segala-galanya telah berubah, bermula dengan kebangkitan gelombang semangat REFOMASI dan penubuhan parti perbagai kaum – Parti Keadilan Rakyat yang ketuai Datin Sri Wan Azizah. Hari ini orang Melayu sudah serik untuk percaya dengan janji-janji lunak pemimpin Umno! Mereka sudah cukup meluat dengan berita dan cerita-cerita yang dibawa oleh media penipu milik Umno, yakni Utusan, berita Harian RTM dan TV3. Cukuplah 50 tahun rakyat ditipu.
Era MERDEKA RAKYAT :
Para pemimpin UMNO sangat sedar,.orang Melayu semakin meminggirkan Umno. Kaum bukan Melayu pula memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh DS Anwar Ibrahim. TG Haji Hadi Awang dan Lim Kit Siang. UmnoBn cukup gusar andainya mereka tewas kali ini sudah pasti seribu satu satu macam kes rasuah dan penyelewengan mereka akan terbongkar. Maka mahu tak mahu pilihan yang ada buat Umno ialah menggunakan tektik lama yang dikitar semula, iaitu isu agama !
Maka para pemimpin Umno pun berhujjahlah kehulu kehilir memberitahu rakyat bahawa agama Islam akan berkubur tak lama lagi. Media arus perdana pro Umno tak habis-habis menyiarkan cerita karut ini agar orang Melayu akan marah kepada DAP dan kaum Cina umumnya. Gendang diketuk ke seluruh Negara kononnya kalau Pakatan Rakyat memerintah agama Islam tidak lagi menjadi agama rasmi Persekutuan. Pemimpin Pakatan Rakyat dari DAP akan menobatkan kristian sebagai agama rasmi Negara. Satu perkara yang langsung tak masuk akal,. kerana untuk mengubah sesuatu dasar atau perlembagaan ia memerlukan persetujuan sekurang-kurang 2/3 ahli parlimen. Sedangkan Ahli Parlimen DAP yang ada tak sampai pun 1/3 !
P/S : Mana mungkin cerita bodoh itu boleh terjadi ! Tidak lojik langsung DAP boleh mengubah perlembagaan Negara dengan sewenang-wenangnya,.. melainkan semua pemimpin PAS dan PKR sudah dipukau oleh DAP !!! Duhai seluruh rakyat yang semakin matang dan bijak ! Sedarlah! Umno takkan berhenti membuat kerja tipu dan fitnah, walaupuin terpaksa menggadai agama !!!
Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.
You are subscribed to email updates from Era Pasca To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tindakan Menteri Pengajian Tinggi yang juga ahli Parlimen Pasir Gudang Mohamed Khaled Nordin meminta supaya menteri besar Johor Abdul Ghani Othman menyegerakan kelulusan tanah kepada penduduk 10 buah kampung setinggan di kawasan parlimennya seperti dijanjikan adalah tepat.
Ghani semasa membentang Bajet pada 2003 telah berjanji untuk memberi milik tanah yang mereka terokai namun sampai sekarang masih belum tertunai. Kelambatan itu menimbulkan persoalan kepada Khaled.
Mohamed Khaled Nordin
Lebih 10,000 penduduk dikampung terbabit telah lama bersabar untuk mendapatkan hak masing-masing ke atas tanah yang diterokai sejak 20 tahun hingga 100 tahun lalu. Adalah memalukan negeri Johor yang dianggap kubu kuat Umno tetapi agak liat untuk memberi tanah kepada rakyat.
Wajar bagi Khaled membuat gesaan itu bagi mengelak berlaku undi protes kepadanya dalam pilihan raya akan datang. Timbul juga persoalan apakah kelambatan meluluskan pemberian tanah itu walaupun sudah dijanji kerana ada motif politik untuk mesebotaj Khaled di situ?
Kemungkinan ini ada kerana sebelum ini ada terdengar desas desus mengatakan Khaled Nordin besar kemungkinana akan dibawa turun ke Johor untuk menjadi MB sebagai mengganti Ghani Othman. Khaled dikatakan antara tokoh Umno yang layak dan sesuai untuk menerajui Johor memandangkan beliau belum mempunyai noda dan dosa di Johor. Apakah desas desus itu menyebabkan kedudukan orang-orang tertentu di Johor kurang selesa dan panas punggung.
Perkembangan di Johor hari ini dimana pengaruh Pakatan Rakyat memberangsangkan katanya memberi impak dan gangguan jiwa kepada Umno. Lantaran itu seorang tokoh yang belum berdosa dengan rakyat perlu dibawa ke Johor. Kalau desas desus untuk membawa Khaled ke Johor timbul menjelang pilihan raya ke 12 di mana keadaan Umno masih utuh, apa lagi waktu ini semasa Umno semakin kalut kemungkinan itu mungkin bakal menjadi kenyataan.
Dalam pada itu keperluan Ghani untuk menyegerakan kelulusan juga ada kaitan dengan tema hari kemerdekaan tahun ini; 55 Tahun Merdeka – Jannji Ditepi. Sekiranya kelulusan itu tidak dibuat ia seakan mengkhianati tema hari kemerdekaan berkenan.
Menurut Khaled sebagai wakil rakyat kawasan itu telah pun mengemukakan mengenai tanah-tanah itu dan sehingga ini hanya tanah di Pasir Gudang Baru sahaja telah mendapat geran masing-masing, iaitu Notis 5A, manakala di kawasan lain masih belum terusik apa-apa.Kelewatan itu boleh menyebabkan orang ramai akan marah kepada MB dan merasakan suara mereka langsung tidak dipedulikan. Kalau gesaan Khaled sendiri selaku menteri tidak dihiraukan apatah lagi suara rakyat yang akan berlalu diangin lalu begitu saja.
Gesaan terbuka Khaled menerusi media masa itu seakan menunjukkan kelemahan Ghani sebagai MB Johor sudah mula semakin terdedah. Dalam pada itu juga mungkin Khaled sendiri sudah mulai menyedari sudah permainan politik susuk punca di Johor. [wm.kl.12:41 t/hari 25/08/12]
Gelombang Plus nama yang diberikan kepada kebangkitan gelombang yang meranapkan Umno dan BN dalam pilihan raya umum ke-12 lalu masih wujud dan terus bergerak. Malahan pergerakan gelombang ini makin kencang dan lebih ganas berbanding dengan kelajuan dan pergerakannya tahun 2008. Demikian menurut salah seorang terlibat dalam membuat kajian mengenai kedudukan Umno dan BN menjelang pilihan raya ke-12 lalu.
Garisan hijau merupakan laluan lebuh raya Plus.
Kewujudan gelombang ini baru saya ketahui semalam apabila secara tidak sengaja salah seorang master mind yang terlibat dalam membuat kajian mengenai pencapaian UBN dalam pilihan raya umum ke 12 menceritakan apa yang berlaku dalam pertemuan spontan dengan orang berkenaan di majlis rumah terbuka aidifitri seorang kawan di Ampang malam tadi.
Menurut pengkaji itu merupakan seorang ahli akademik bertaraf Phd, satu pasukan pengkaji politik Umno telah membuat soal selidik terhadap lebih 2,700 orang koresponden dan mendapati kedudukan Umno ketika itu dalam bahaya. Sejajar itu Umno perlu bertindak selekas mungkin menangani permasalahan yang timbul untuk tidak menerima bahana dan musibah buruk.
Menurut pengkaji asal Kelantan itu kenapa kajian itu dinamakan Gelombang Plus kerana kebangkitan suatu wave yang merempuh UBN melalui jalur lebuh raya yang ada di negara ini. Gelombang itu menelusuri lebuh raya yang bermula bermula dari Johor melalui Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan berakhir di Perlis.
Gelombang itu tidak merempuh Pahang dan Terengganu kerana ia tidak dihubungkan oleh lebuh raya Plus - Utara Selatan.
Dalam kajian itu telah menyebut gelombang itu akan menuruti jalur lebuh raya itu bermakna mana-mana negeri yang terlibat dengan lebuh raya itu akan menghadapi masalah. Beliau tidak menyebut apakah punca menyebabkan berlakunya gelombang berkenaaan tetapi ia diyakini ada sangkut paut dengan kelemahan Abdullah Badawi sebagai perdana menteri dan juga campur tangan Mahathir Mohamad dalam membantu menumbangkan BN apabila bekas PM itu siang malam mengkritik pentadbiran Abdullah.
Kajian separuh sulit yang menelan belanja jutaan ringgit itu mencadangkan agar Umno memberi perhatian dan tindakan segera untuk menyelamatkan Umno jika ingin melihat Umno menang. Namun katanya malang kajian itu tidak diendahkan malah ia dipersendakan sebegitu rupa oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar menantu Abdullah yang menjadi big boss kepada PM berpejabat di tingkat 4.
Katanya Khairy mencampak begitu saja laporan itu dengan penuh kejengkilan.
"Siuppp......laporan itu dilempar oleh Khairy hingga terkena skrin slide selepas beliau membuahkan mulutnya dengan kata-kata .. "ini saja laporannya..", cerita pengkaji berkenaan. Tindakan sombong Khairy itu sangat-sangat dikesali oleh seluruh karyawan team kajian berkenaan.
Ketidakpedulian Khairy dan Umno kepada laporan itu akhirnya menatijahkan empat buah negeri yang kebetulan dilangkahi lebuhraya itu runtuh dan terlepas ke tangan oposisi. Negeri-negeri itu, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Perak bagaimana pun dirampas balik dengan cara paksa dan politik hanyir.
Tambah pengkaji itu lagi sebenarnya Johor, Melaka dan Negeri Sembilan juga ikut terkena bahana gelombang berkenaan tetapi ia dapat diselamatkan disaat-saat akhir. "Kita berjaya 'bom' negeri berkenaan di saat-saat akhir. Beliau tidak menyebut apakah erti dan maksud istilah 'bom' yang diguna pakai itu. Pihak-pihak tertentu di negeri berkenaan yang diberikan laporan berkenaan tanpa pengesahan dari Khairy berbuat sesuatu berdasarkan laporan itu.
Cerita pengkaji ini menarik sekali. Ditanya mengenai bagaimana kedudukan atau pun perkembangan gelombang berkenaan pada masa kini, sambil menjebehkan mulut dan menggeleng-gelengkan kepala berkata; gelombang itu sedang bergerak dan mara dengan cepat. Ia umpama bakteria yang sedang memakan tisu badan manusia.
"Bagi saya BN habis kali ini!" jawabnya ringkas dengan muka berkerut. "BN akan tumbang.... wave plus yang kami namakan itu sudah bergerak semakin jauh dan BN pula sudah kehilangan punca untuk mengawal dan menyekatnya..," tambahnya lagi serius.
Pengkajin itu yang mengakui pembaca blog Merah Tinta memberikan saya nombor telefonnya apabila saya minta dan akan berbual lagi untuk membedah dan membuat postmortem awal bagaimana BN akan tumbang dalam pilihan raya ke 13 nanti. Sebelum kami sekali lagi berjabat tangan untuk berpisah dia menyebut, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan susah untuk ditumbangkan, manakala Perak akan dapat dirampas kembali oleh Pakatan Rakyat.
Saya cuba mengagahnya, barang kali Johor, Pahang dan Melaka akan kekal. Jawabnya berdasarkan kepada pegerakan wave plus Johor juga kini sedang tenat dilanda gelombang yang bermula di Johor itu. [wm.kl.7:58 am 25/08/12]
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.
Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam. Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan.
Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju. Termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri pun yang menguatkuasakan pembentukan negara Israel di bumi Palestine yang ditentang hebat oleh orang Palestine sendiri. Hatta Presiden Amerika, Barrack Obama sendiri turut bersetuju dengan perundangan 'kahwin sejenis' meskipun majoriti masyarakat dunia menolaknya.
Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab. Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah.
Atas dasar ini, pada masa Nabi Muhammad SAW sendiri umat Islam tidak mempersoalkan kewajaran perintah (hukum) Allah SWT. Apa yang utama membuktikan ketaatan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi. Bukan sepertimana sesetengah pihak sekarang ini, ada yang sanggup rosak akidahnya atas dasar menolak mentah-mentah hudud atau mana-mana perintah Allah SWT. Tidak kurang pula berdolak dalih dan beralasan kononnya suasana belum kondusif untuk memakai hukum Allah SWT. Tidak terkecuali juga, masih ada pihak yang bersimpati kepada si-jahil, maka isu hukum hudud ini perlu dibincangkan terlebih dulu. Sampai bila? Lepas bincang, bincang dan bincang, namun si-jahil tetap beralasan.
Pengalaman Negeri Kelantan dalam usaha melaksana hukum hudud ini, sebenarnya telah melalui proses memperkenal, membincang dan meluluskannya secara masak. Usia enakmen kanun jenayah syariah (termasuk hudud) kini akan genap 19 tahun pada November ini. Sejarah penggubalannya cukup matang kerana ia merupakan sumbangan cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Dato' Daud Muhammad.
Selain ia turut dikongsi dengan pakar-pakar perundangan bidang syarie dan jenayah sivil. Malah tidak terkecuali poses menerima maklum balas dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk badan NGO turut dibuat di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Turut serta adalah Tengku Razaleigh Hamzah selaku presiden parti Semangat 46 ketika itu telah juga menganjurkan perbincangan terbuka sebagai melebar kefahaman dan tanda sokongan serta persetujuan atas usaha Negeri Kelantan. Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat.
Kini berbangkit isunya, pelaksanaannya masih tertangguh meskipun telah diluluskan sejak November 1993 lagi. Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk 'amaran' menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik.
Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam? Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si-jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?
Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini? Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya. Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan.
Transkrip terjemahan daripada seorang ulama yang disegani, Sheikh Muhammad al-Yaqoubi mengenai isu Ulama Syeikh Dr Bouti yang menyokong rejim zalim Syria. Isu ini telah lama berlegar dan menyebabkan fitnah di kalangan umat Islam yang mengenali beliau. Sangat banyak iktibar yang boleh diambil dari sini dan ianya boleh menjadi kayu ukur bagi masyarakat awam dalam melihat dan menilai isu ini.
Semoga Allah merahmati kedua-dua ulama' ini. Hafizahumullah. --------------------------------------------------------------------------------
Adakah Syeikh Dr. Buti seorang mujtahid dalam menyokong rejim Syria?
Daripada Yang Mulia Sheikh Muhammad Al-Yaqoubi
Soalan:
Yang Dikasihi Shaykh Muhammad al-Yaqoubi,
Yang mana satu antara dua kategori berikut Dr. Bouti dikategorikan, berdasarkan pendiriannya terhadap rejim Syria:
a) Ulama yang telah melakasanakan ijtihad dan membentuk satu pendapat, yang pada pandangan beliau adalah demi kepentingan umat Islam, tetapi dia telah membuat kesilapan dalam ijtihad ini dan ganjaran pahala buatnya untuk ijtihadnya . Walau bagaimanapun, ia adalah perlu bagi ulama lain untuk memberitahu kebenaran dan pandangan yang benar dan pada masa yang sama, orang-orang yang memperkecilkan dia berdosa terhadapnya.
b) Atau adakah beliau seorang ulama yang telah memungkiri (a) yang telah menjadi ejen Nusairi dan juga beliau telah mejadi musuh kepada Islam dan juga menjadi penyokong musuh Islam? Oleh itu perlu bagi setiap ulama untuk mendedahkan beliau dan memberi amaran terhadapnya secara sepakat dan meletakkan satu pengakhiran kepada konflik di antara mereka yang menyokongnya dan mereka yang menentangnya?
(a)- (kita mengharap supaya ia tidak berlaku dan semoga Allah SWT memberi jaminan keselamatan kepadanya)
Atau jika ianya adalah dilema antara kedua-dua kedudukan, maka adakah lebih baik untuk berdiam diri [mengenai Dr Buti] dan mengambil pendapat yang baik selaku seorang Muslim? Dan adakah ianya satu dosa untuk memperkecilkan beliau dalam kes ini?
Kami meminta Sheikh untuk memberikan jawapan yang menyeluruh – moga moga diberi ganjaran untuknya sehingga pada hari kiamat; kerana orang awam sangat resah untuk jawapan yang meyakinkan daripada seorang ulama yang soleh seperti anda. Semoga Allāh SWT memberi jaminan keselamatan pada Sheikh dan meningkatkan pangkat keturunan terdahulu Sheikh dalam syurga yang tertinggi. --------- Jawapan:
Segala puji bagi Allah SWT, salam dan rahmat ke atas sebaik-baik ciptaan, penghulu kami Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya.
Terdapat syarat-syarat, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang mengawal ijtihad dan terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dianggap sebagai ijtihad yang diterima dan paten antithesis (pendapat yang ditolak kerana bertentangan dengan prinsip); perbezaan antara ijtihad yang diterima dan pendapat yang aneh ialah Ijtihad orang-orang yang diterima akan diberi ganjaran walaupun mereka telah tersilap dalam penghakiman mereka, tetapi hanya pada keadaan bahawa kesilapan mereka jatuh dalam kaedah-kaedah yang boleh diterima undang undang penafsiran (Tambahan : Al-Quran dan Sunnah)
Oleh itu, tidak semua orang yang menjalankan ijtihad akan diberi ganjaran untuk tindakannya. Malah, sesetengahnya mungkin mendapat dosa berbuat demikian. Sebagai contoh, dalam kes yang buta huruf atau orang biasa yang tidak mempunyai alat-alat yang diperlukan, kemahiran dan pengetahuan untuk ijtihad, dan dia berijtihad dalam hal-hal agama, maka dia hendaklah dikecam dan didisiplinkan. Begitu juga, seorang mufti yang memberikan fatwa berdasarkan pendapat yang tidak menepati kayu ukurnya atau pendapat yang tidak sahih. Dia perlu dikritik dan ditegur. Jika dia tidak berhenti, dia hendaklah diharamkan daripada mengeluarkan fatwa. Ulama mengatakan,
Tidak semua perbezaan adalah layak dipertimbangkan, Kecuali suatu perbezaan yang layak diberikan merit.
Adapun hadith yang bercakap tentang hakim, telah dinyatakan; supaya mujtahid yang tidak berkelayakan tidak dimasukkan. Kerana ianya bercakap berkenaan mujtahid yang mempunyai alat dan layak untuk memperolehi keputusan dalam isu di tangan. Dalam zaman kita, kita bercakap tentang ijtihad yang terhad, bukan ijtihad umum. Di sini, 'terhad' ertinya menjalankan ijtihad dalam isu tertentu yang tidak disebut dalam teks awal; oleh "terhad" di sini kita maksudkan terhad kepada isu tertentu bukan kepada undang-undang mazhab.
Untuk mendapatkan jawapan kepada soalan tertentu, mujtahid mesti memperolehi syarat ijtihad, seperti sumber perundangan, mengetahui pelbagai pendapat dan cekap dalam pemeriksaan dan analisis prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah. Kita tidak mempertikaikan bahawa Dr. Buti mempunyai kualiti dan kemampuan ini - jika dia tidak mempunyainya, tidak ada orang lain yang akan mempunyainya.
Walau bagaimanapun, ada lagi syarat yang diperlukan untuk membuat fatwa, sains fatwa diperlukan di sini, ianya sesuatu yang merangkumi pengetahuan masa, tempat dan persekitaran penyoal. Kerana, "seseorang yang tidak memahami zaman dia hidup bukanlah seorang ulama" dan dia tidak dibenarkan untuk mengeluarkan fatwa. Warzāzātī [d.1166 AH] berkata dalam komentarnya terhadap Lāmiyah Zaqqāq [Didactic Poetry mengenai prosedur mahkamah]: "Penghakiman dan fatwa, masing-masing adalah kraf yang perlu dipelajari. Setakat pengetahuan tentang fiqh tidak mencukupi. Kerana memahami semuanya seperti qađā dan fatwa, adalah kelebihan yang melebihi pengetahuan pendapat fiqh, kerana ia memerlukan keupayaan ciri-ciri untuk menyiasat dan memperolehi. Ibn 'Arafah berkata bahawa "ia adalah keupayaan untuk teliti dan memeriksa juzuk dan secara spesifik memahami semua sifat-sifatnya, yang kehadiran atau ketiadaan mereka boleh menukar sesuatu hukum".
Saya tidak menganggap pendapat Dr Buti, semoga Allāh SWT melindunginya, sebagai suatu kesilapan yang boleh mendapatkan pahala. Kerana, beliau tidak layak untuk ijtihad dalam perkara ini [rejim Syria,]. Beliau telah tersilap pada masa lalu untuk menunjukkan pemahaman beliau terhadap masa dan keadaan di mana kita hidup. Beliau jatuh dalam kesilapan itu pada masa lalu dan ia bukannya satu perkara baru. Satu contoh yang paling terkini adalah fatwa yang beliau keluarkan sepuluh tahun lalu, yang muncul dalam majalah perubatan, Doktor anda [tabībak] dimana dia membenarkan suami melihat video lucah dengan niat untuk memperbaiki hubungan pasangan dengan isteri. Fatwa ini menerima banyak bantahan dan ia menunjukkan kekurangan Shaykh tentang pengetahuan hal ehwal semasa dan terlupa peraturan-peraturan undang-undang dan etika yang diperlukan mufti.
Terdapat beberapa sebab-sebab pendirian syeikh dan mungkin dua berikut adalah yang paling buruk.
Yang pertama dia tidak mempunyai maklumat keadaan, kecuali hanya dari satu sisi, iaitu sisi rejim. Jadi dia percaya apa yang dia dengar pertama kali, seolah-olah dia adalah orang yang dinyatakan oleh Ibn Tathriyah:
My love for her stroke me before I experienced love, It chanced upon a vacant heart and dwelled in it. (mohon maaf kerana tidak menterjemah puisi yang agak tinggi ini)
Ibn Abi Zayd al-Qayrawānī berkata dalam Epistle beliau, dan ia pada asalnya dikatakan oleh Tuan Ali, semoga Allāh SWT memuliakan wajahnya yang diberkati, "hati yang mudah menerima merit dan kebaikan adalah hati di mana kejahatan tidak pernah terlintas sebelumnya".
Jadi inilah sebab mengapa Dr. Bouti tidak menerima sebarang laporan mengenai Revolusi daripada sumber-sumber lain selepas dia telah menerima propaganda rejim. Ini adalah kerana hubungan rapat beliau dengan beberapa pegawai kanan rejim. Ianya telah mempengaruhi keputusan beliau dan dengan itu, beliau melihat segala-galanya dari prisma rejim dan mengulangi propaganda mereka itu tanpa beliau menyedari hakikatnya. Biasanya seorang yang baik dan benar adakala merasakan semua orang lain juga adalah baik dan benar seperti dirinya sendiri. Ini adalah hasil daripada bertahun persahabatan dan hubungan yang baik dengan orang kuat di dalam rejim itu.
Yang kedua ialah permusuhan beliau dengan Salafi dan Ikhwan Muslimin ke titik bahawa dia telah memilih sisi musuh Allāh untuk mengalahkan mereka! Beliau percaya propaganda rejim bahawa semua yang memberontak adalah Wahabi, yang akan membakar dan merobohkan makam orang-orang Alim Islam, seperti yang mereka lakukan di Libya. Memang benar, Salafi dan Ikhwan adalah antara yang pertama untuk menyertai revolusi (kebangkitan); ia adalah disebabkan oleh ideologi revolusioner yang meluas dan biasa dalam wacana mereka; manakala mereka juga popular di kalangan pencari ilmu. Namun, revolusi ini adalah revolusi orang Sunni agama Islam, yang tertakluk kepada pemerintahan diktator kejam, dan penindasan dan penyeksaan zalim.
Walaupun kita berbeza dengan Salafi mengenai beberapa isu; dan kita berbeza dengan Ikhwan dalam beberapa pandangan politik mereka, tetapi Islam menyatukan kita dan sekarang Jihad menentang rejim menyatukan kita. Kita tidak boleh bayangkan diri kita menyebelahi musuh-musuh Allah terhadap mereka. Revolusi ini bukan revolusi MEREKA, walaupun mereka adalah antara yang pertama untuk menyertai. Kami menyertai revolusi ini dari awal, ramai ulama, imam, sufi, dan orang biasa menyertai revolusi kerana pendirian kami dan pernyataan kami.
Briged Sufi juga telah dibentuk untuk melawan rejim. Dan bersama briged yang mengguna nama Taqiyuddin Ibn Taimiyyah itu juga terdapat satu pasukan dalam nama Muhiyuddin Ibn Arabi. Ini adalah kepelbagaian revolusi yang merupakan satu fakta yang kita perlu terima, sama ada kita suka atau tidak.
Dr Bouti mesti memahami perkara ini dan tidak harus menghadkan revolusi untuk kumpulan tertentu atau briged tertentu. Malah, tidak ada sebuah bandar atau kampung di Syria, yang belum menghantar lelaki berani dan askar berani untuk melawan jenayah, rejim zalim dan kejam. Tiada bandar atau kampung juga telah terlepas dibunuh tanpa belas kasihan oleh rejim ini atau terlepas daripada penindasan rejim ini.
Kami mengkritik Shaykh kerana beliau tidak bersama-sama dan menyokong revolusi. Kalaulah dia memilih untuk berdiam diri, kita akan menerima perkara tersebut dari beliau dan kita akan menerima ia sebagai satu kesilapan penghakiman dan akan memutuskan bahawa dia juga mendapat pahala, kerana ia adalah satu ijtihad yang diterima, walaupun pada hakikat ianya adalah salah. Tetapi beliau telah melampaui batas tersebut malah aktif bersubahat dan membantu raksasa, pembunuh dan penjenayah dengan memuji mereka dan bercakap berpihak kepada mereka. Dengan berbuat demikian, beliau telah melanggar sempadan ijtihad yang boleh diterima dan diberi ganjaran.
Begitu juga, kita tidak mempersoalkan niatnya atau keadaan pemikirannya, kerana kita tidak mempunyai keraguan bahawa dia adalah seorang yang baik. Kita tahu syekh dan ibadah beliau dan zuhudnya, dirinya menghalang dari keinginan dunia dan usaha beliau untuk mendapatkan keredhaan Allah swt; cintanya bagi orang-orang yang soleh dan keikhlasan beliau untuk berkhidmat kepada Islam. Walau bagaimanapun, ini hanya sebahagian daripada apa yang diperlukan bagi ulama fatwa, seperti yang kami terangkan tadi. Salah satu ciri-ciri yang paling penting mujtahid mesti mempunyai kecerdasan akal yang tajam dan kebijaksanaan.
Kerana pengetahuan kita mengenai niat baik syeikh dan keikhlasan beliau dalam Islam, kita hanya menyalahkannya, tetapi tidak menghukum beliau sebagai murtad. Ia juga kerana ini, kami telah menyampaikan pandangan kami dengan menghormati beliau dan tidak menyetujui orang-orang lain yang memperkecilkan beliau, dan kami juga tidak menggalakkan penghinaan kepada beliau. Walau bagaimanapun, prihatin berkenaan tidak bermakna bahawa kita harus berdiam diri tentang kesilapan beliau. Pengetahuan adalah harta di kalangan ulama dan tiada satu ulama pun yang boleh memonopolinya.
Shaykh Muhammad al-Yaqoubi
(Penterjemah : Bro Muaz -Pengunjung RMBRS) Copy dari Camar putih
You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.