Ramai yang tidak tahu bahawa lokasi sebenar sambutan Maulidul Rasul hari ini di USM dihadiri 10 ribu umat Islam kelmarin dianjurkan Majlis Tindakan Persekutuan P.Pinang adalah di Masjid Negeri .
Tetapi ianya ditolak oleh kerajaan Negeri P.Pinang diperintah DAP walaupun dihantar surat pemohonan rasmi . Sebelum ini sambutan ini pernah dibuat di Seberang Perai & dibenarkan menggunakan Masjid Daerah Sbrg Perai Tengah .
Kali ini sahaja dihalang dan adakah perarakan itu dilihat satu masalah di kawasan sekitar Masjid Negeri ?
Apakah mereka tak benarkan sebab yang berhimpun adalah majoritinya orang UMNO ??
Tapi apa macai2 mereka jawab ..mengapa Pusat buat asing dan negeri buat asing ? Apa masalahnya buat asing ?? Ada juga sekolah2 agama membuat asing sambutan dan adakah itu dilarang ?
Kesal dengan tindakan kerajaan negeri menolak permohonan agensi pusat untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negeri Pulau Pinang.
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, walaupun ditolak tanpa sebarang alasan spesifik, pihaknya menerima keputusan itu dengan redha.
Walaupun tidak mahu perkara ini dipolitikkan, beliau sedih dan terkilan apabila permohonan untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negeri ditolak tanpa sebab .
"Jika kerajaan negeri tidak mahu buat (perarakan), tidak mengapa, itu hak masing-masing dan pilihan mereka. Bagi saya, perarakan ini sejak dari dulu lagi tidak pernah menimbulkan rasa tidak senang pada semua kaum.
"Saya juga terkilan apabila perarakan ini dilihat seperti satu 'masalah' apabila kita minta kebenaran melalui surat rasmi, dibalas dengan surat penolakan. Ia seolah-olah satu aktiviti yang memudaratkan," katanya kepada media selepas menghadiri sambutan dan perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri di Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.
Reezal yang juga Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang berkata, kerajaan negeri tidak mengalami sebarang kerugian jika membenarkan agensi kerajaan pusat mengadakan sambutan itu di Masjid Negeri seperti perancangan awal.
"Saya minta kerajaan negeri faham kerana mereka tidak akan rugi apa-apa jika memberi kebenaran,. Malah, mereka akan dipandang tinggi kerana membenarkan kita mengadakan sambutan di situ dengan mengenepikan soal politik. Masjid Negeri adalah ikon keislaman di negeri ini, sebab itu kita pilih.
"Seperti hari ini, kerajaan negeri mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas. Ia masjid yang dibina kerajaan pusat namun kita tidak ada masalah jika ia mahu digunakan untuk kebaikan. Kita tidak akan halang dan tidak pernah menghalang," katanya.
Menurutnya, surat penolakan itu ditandatangani Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan diserahkan kepadanya pada 23 Disember lalu.
"Saya pasti, beliau hanya menjalankan tugas. Kita faham, tugasnya hanya menerima arahan. Saya tidak salahkannya.
"Kita terima dan alhamdulillah walaupun majlis ditukarkan tempat ke USM, sambutan itu amat menggalakan. Seperti yang dimaklumkan, kita akan adakan sambutan dan perarakan ini sebagai acara tahunan," katanya. -sinar harian -
Setelah lapan individu tampil untuk memberi keterangan bermula awal minggu ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meminta kerjasama 14 individu berikut untuk hadir membantu siasatan mengenai penyebaran berita palsu berikutan bencana banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini.
"Setakat ini, lapan individu yang diminta tampil telah pun memberikan kerjasama yang baik. Kesemua mereka telah hadir sendiri ke pejabat kami untuk membantu siasatan," kata Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin.
Beliau berkata MCMC bekerja sama rapat dengan pihak Polis dalam siasatan kes-kes berkaitan berita palsu ini seperti yang telah dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat.
Berikut merupakan kes berita palsu yang disebarkan bersama-sama dengan individu yang dikenal pasti untuk tampil membantu siasatan:
1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita. Ketiga-tiga individu telah tampil memberi keterangan.
2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai. Empat individu telah tampil dan dua individu berikut diminta tampil, iaitu: i. Raja Mohd Haidi bin Raja Daod (No Mykad: 881026-03-5993). Alamat terakhir: Kg Manek Urai, Kuala Krai, 18050 Kuala Krai, Kelantan ii. Zawawi bin Mat (No MyKad: 760319-03-6083). Alamat terakhir: No 26, Kg Tengah, 18000 Kuala Krai, Kelantan
3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir. Seorang individu telah tampil.
4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan. Individu berikut diminta tampil, iaitu: i. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Kelang
5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai. Individu berikut diminta tampil, iaitu: i. Mohamad Azrani bin Daud (No MyKad: 830228-02-6139). Alamat terakhir: No 70, Kampung Keda, Sadik, 09200 Kupang, Kedah
6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan. 5 individu berikut diminta tampil, iaitu: i. Mohd Fauzi bin Mohd Azmi (No MyKad: 750629-03-5183). Alamat terakhir: 2537, Lorong Bangau 2, Taman Si Buyong, Jalan Mentok Cukai, 24000 Terengganu ii. Mohamad Zamzami bin Yaakob (No MyKad: 670511-03-5145). Alamat terakhir: Kampung Wakaf Lichong, 16800 Pasir Puteh, Kelantan iii. El Jiffy bin Abd Aziz (No MyKad: 860327-56-5901). Alamat terakhir: 15 Jalan Melur 29, Taman Melur, Ampang, Selangor iv. Yuliza Indriani binti Zulfin (No MyKad: 860103-01-5708). Alamat terakhir: 981-A, Paya Bemban, Jalan Abd Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan v. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Klang
7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai. 3 individu berikut diminta tampil, iaitu: i. Farah Wahida binti Abdullah Suhaimi (No MyKad: 841027-03-5104). Alamat terakhir: No 3-4-5 Blok 3 Sri Permata Condo, Jalan SASAAS 9/6, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor ii. Natrah binti Mohamed (No MyKad: 850207-03-5106). Alamat terkahir: No 13, Jalan 4/10 B, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor iii. Norazimah binti Zakaria (No MyKad: 850918-02-5916). Alamat terakhir: Blok E1, 12 Mahallat Al Zahrawi, UIAM Jalan Istana, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air. Individu berikut diminta tampil, iaitu: i. Siti Asiah binti Shaary (No Mykad: 931004-03-6154). Alamat terakhir: No 5, Jalan SD 2/2 Taman Seri Duyong 2, 75460 Melaka
9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa. Individu berikut diminta tampil, iaitu: i. Ayub bin Musa (No MyKad: 780410-11-5303). Alamat terakhir: No 24, Lorong Chengal Lempong Baru 12, Taman Balok Jaya, Fasa 3, Perkampungan Chengal, Lempong Bari, 26100 Kuantan, Pahang
10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja. Individu berikut diminta tampil, iaitu: i. Nor Azwani binti Saimi (No MyKad: 890330-03-6258). Alamat terakhir: No 48, Kg Air Lanas, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan
Mereka di atas diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat MCMC, Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) atau Rafina Mimi Muhammad (019-2869471) dengan segera.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Dap cuba meraih politik murahan apabila menuduh beliau sombong dan tidak berhati perut berikutan dakwaan Perak menolak sumbangan RM100,000 untuk mangsa banjir daripada kerajaan Selangor.
Menyifatkan tuduhan dibuat setiausaha politik kepada pengerusi Dap Perak, Chong Ze Min itu sebagai sangat biadab serta kurang ajar, Zambry berkata parti itu cuba mengambil kesempatan ketika rakyat ditimpa kesulitan kerana musibah banjir.
“Ini jenis ahli politik yang bankrap, dalam kepala mereka terlalu banyak politik, apa sahaja hendak dipolitikkan. Rakyat sedang susah, menderita, mereka tuduh saya sombong, tidak ada perasaan.
“Sudah dua minggu kami berulang-alik dari Hulu Perak hingga ke Hilir Perak untuk meninjau keadaan banjir dan melihat masalah rakyat,” katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Kayan, Manjung hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri tidak pernah menolak sumbangan daripada mana-mana pihak untuk membantu rakyat di Perak.
Sehubungan itu, Zambry mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali kerana mengesahkan bahawa sumbangan itu telah diterima oleh kerajaan negeri Perak.
“Terima kasih kepada Azmin kerana membetulkan kenyataan yang tidak sewajarnya sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata tumpuan sekarang sepatutnya kepada usaha membantu rakyat yang menjadi mangsa banjir, bukannya mencari kepentingan politik murahan.
Sementara itu, Penasihat Gerakan Perak Tan Sri Chang Ko Youn berkata beliau mendapati cara Dap mengeksploitasi isu banjir untuk kepentingan politik sebagai amat dahsyat.
“Sebenarnya kerajaan Selangor mahu menyerahkan cek itu kepada Menteri Besar Perak secara peribadi yang agak sukar untuk dilakukan pada ketika ini ekoran komitmen tinggi beliau untuk turun padang dan beliau (Zambry) telah bekerja tanpa mengenal penat lelah sejak beberapa minggu lepas untuk membantu mangsa banjir,” katanya dalam kenyataan.
Malah, katanya Perak telah meminta kerajaan Selangor menyerahkan sumbangan itu kepada mana-mana NGO termasuk Yayasan Bina Upaya tetapi Selangor enggan berbuat demikian.
“Mereka (kerajaan Selangor) lebih berminat untuk mengadakan majlis,” katanya.
Chang berkata amat mengecewakan dan meloyakan melihat Dap lebih berminat untuk mencari publisiti dan mengeksploitasi mangsa banjir demi kepentingan politik.
“Mereka tidak berhati perut, tiada perasaan dan tidak munasabah. Rakyat Malaysia mesti menolak ahli politik yang lebih mementingkan keuntungan politik daripada kebajikan mangsa-mangsa banjir,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa Dap agar menghentikan kenyataan tidak bertanggungjawab seperti itu dan mengambil tindakan terhadap Dap negeri atas perbuatan eksploitasi dan dahsyat itu.
TAHUN 2014 baru sahaja meninggalkan kita, sepanjang tahun itu kita dikejutkan dengan tiga peristiwa besar iaitu tragedi MH370, MH17 dan syarikat penerbangan kedua terbesar negara AIRASIA beberapa hari sebelum menutup jendela 2014.
MAS dan AIRASIA merupakan dua syarikat penerbangan Malaysia. Kedua-duanya terkenal di seluruh dunia. Perkhidmatan MAS terkenal sangat bagus sehingga menerima anugerah sekian tahun. AIRASIA dalam kategorinya juga menerima anugerah setiap tahun. Kedua-duanya trademark yang mengkagumkan di mata dunia. Pada tahun 2014, musuh-musuh yang tidak berhati perut telah berjaya merosakkan MAS dan AIRASIA, tetapi mereka masih gagal menghancurkannya.
Kelihatan, apa yang berlaku sepanjang tahun 2014 seperti bunga-bunga sahaja, di mana sasaran sebenarnya ialah tahun 2015 dan seterusnya.
Namun begitu, negara kita masih boleh bertahan kerana perpaduan rakyat kita masih utuh. Musuh-musuh negara telah gagal beberapa kali untuk merosakkan negara kita, namun mereka tidak pernah berhenti mahu memperdayakan rakyat Malaysia.
PETRONAS
Apa jua kos yang dikeluarkan oleh PETRONAS sama ada kos di pelantar, kos produk, bahan mentah, pentadbiran, insuran dan sebagainya, Kerajaan tetap mengambil langkah yang sangat berani dengan mengurangkan harga RON95, RON97 dan diesel. Walaupun kos ketiga-tiga produk ini tidaklah jauh berbeza dan boleh menampung kerugian akibat penurunan harganya, namun kerajaan mengambil langkah berani menurunkan semua harga produk tersebut pada kadar yang berpatutan, demi rakyat.
Setelah mengambil kira trend harga minyak di pasaran dunia USD60 setong sekarang, cadangan Rafizi disini supaya harga RON95 itu diturunkan lagi kepada RM1.60, ianya adalah satu cadangan yang tidak boleh diterima walaupun formulanya ke arah itu, kerana ianya akan membunuh PETRONAS dan memusnahkan masa hadapan generasi dan negara kita. Saya percaya Rafizi tidak sedar akan hal ini.
Adakah anda sedar bahawa 'Teras' ekonomi negara kita sekarang ialah PETRONAS. Hasil pendapatan PETRONAS kepada kerajaan sangat besar. Pada tahun 2014, sumbangan PETRONAS kepada kerajaan kira-kira RM68 Billion. Jika trend harga minyak terus menurun, PETRONAS dijangka hanya mampu memberi sumbangan kepada kerajaan lebih kurang RM43 Billion sahaja iaitu kurang 37%.
Bayangkan, setiap USD1 penurunan harga minyak dunia, PETRONAS akan kehilangan RM1 Billion. Rafizi tidak melihat kehilangan ini suatu ancaman besar kepada negara, kerana fokus Rafizi ialah menurunkan harga minyak kepada RM1.60 dengan dua tujuan. Pertama supaya dia popular, dan kedua supaya pendapatan kerajaan merosot atau sumbangan PETRONAS kepada kerajaan dikurangkan. Implikasinya ialah rakyat akan merana.
Sekarang mari fikirkan, dengan harga USD60 setong atau kurang lagi, adakah pendapatan PETRONAS bertambah atau berkurang?
Kedua, jika berkurang adakah PETRONAS boleh memberi sumbangan yang sama banyaknya kepada pembangunan negara pada tahun 2015 ini?
Ketiga, dengan pendapatan PETRONAS dijangka berkurangan bagaimana nasib syarikat-syarikat Bumiputera yang bernaung di bawah PETRONAS?
Bayangkan jika musuh-musuh negara menurunkan lagi harga setong minyak kepada USD40 ? Apakah kesannya kepada PETRONAS dan negara?
Siapakah Musuh-Musuh Negara?
Itulah sasaran musuh-musuh negara kita. Mereka mahu menghancurkan Teras ekonomi negara kita. Mudah kata, mereka mahu menghancurkan PETRONAS. Hancur PETRONAS maka hancurlah ekonomi Malaysia. Apabila hancur ekonomi Malaysia, maka menjadi peminta sedekahlah negara kita.
Sedarlah bahawa, ramai yang cemburu dengan kejayaan PETRONAS, dan musuh-musuh di luar sana mencari masa yang sesuai. Kini, masa itu seperti sudah tiba bilamana serangan menurunkan harga minyak di pasaran dunia menjadi trend yang semakin panjang. Ianya tidak pernah berlaku.
Siapakah musuh-musuh utama negara kita ini? Sedar atau tidak sedar, mereka adalah segelintir sahaja di dalam dunia dengan memiliki kuasa untuk mencatur sesiapa sahaja. Mereka berada di belakang seseorang pemimpin. Mereka mencatur pemimpin-pemimpin di seluruh dunia supaya menuruti jalan yang mereka sudah tentukan.
Mereka inilah yang menyerang sistem kehakiman negara kita, ekonomi negara, Perlembagaan Persekutuan, apa sahaja hatta sistem Raja-Raja, sistem Kerajaan Persekutuan, kesucian agama Islam, sistem Bumiputera dan sebagainya. Ramai di kalangan kita melihat hal ini biasa-biasa sahaja kononnya keadilan atau human right, walhal mereka lupa ianya adalah rentetan peristiwa yang mempunyai matlamat yang tersembunyi.
Apabila DS Najib bercakap soal "Kesederhanaan" ramai orang tidak sedar ianya adalah senjata kepada keselamatan negara kita. Apabila DS Najib bercakap mengenai "Wasatiyyah" ramai tidak melihat hakikat dalamannya. Apabila DS Najib bermain golf mereka hanya melihat kayu dan bola golf sahaja, kerana kita dibutakan oleh alatis bernama TV dan internet. Walhal TV dan internet tidak dapat menayangkan apa yang ada di dalam hati dan perjuangan Perdana Menteri kita.
Sejarah sahaja yang akan membuktikan, bahawa tindakan DS Najib itu adalah untuk memastikan rakyat Malaysia terus hidup dengan sejahtera.
Kepada rakyat Malaysia, percayalah, bahawa kita mesti bersatu untuk menghadapi semua ini. Kita mesti bersatu hati menentang kejahatan. SUMBER
Setelah lapan individu tampil memberi keterangan bermula awal minggu ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta kerjasama 14 individu berikut untuk hadir membantu siasatan mengenai penyebaran berita palsu berikutan bencana banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini.
"Setakat ini, lapan individu yang diminta tampil pun memberikan kerjasama yang baik. Kesemua mereka hadir sendiri ke pejabat kami untuk membantu siasatan," kata Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKM, Zulkarnain Mohd Yasin.
Beliau berkata SKMM bekerja sama rapat dengan pihak Polis dalam siasatan kes-kes berkaitan berita palsu ini seperti yang dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
Berikut merupakan kes berita palsu yang disebarkan bersama-sama dengan individu yang dikenal pasti untuk tampil membantu siasatan:
1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita. Ketiga-tiga individu tampil memberi keterangan.
2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai. 4 individu tampil dan 2 individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Raja Mohd Haidi bin Raja Daod (No Mykad: 881026-03-5993). Alamat terakhir: Kg Manek Urai, Kuala Krai, 18050 Kuala Krai, Kelantan.
ii. Zawawi bin Mat (No MyKad: 760319-03-6083). Alamat terakhir: No 26, Kg Tengah, 18000 Kuala Krai, Kelantan.
3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir. Seorang individu tampil.
4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Kelang.
5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Mohamad Azrani bin Daud (No MyKad: 830228-02-6139). Alamat terakhir: No 70, Kampung Keda, Sadik, 09200 Kupang, Kedah.
6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan. 5 individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Mohd Fauzi bin Mohd Azmi (No MyKad: 750629-03-5183). Alamat terakhir: 2537, Lorong Bangau 2, Taman Si Buyong, Jalan Mentok Cukai, 24000 Terengganu.
ii. Mohamad Zamzami bin Yaakob (No MyKad: 670511-03-5145). Alamat terakhir: Kampung Wakaf Lichong, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.
iii. El Jiffy bin Abd Aziz (No MyKad: 860327-56-5901). Alamat terakhir: 15 Jalan Melur 29, Taman Melur, Ampang, Selangor.
iv. Yuliza Indriani binti Zulfin (No MyKad: 860103-01-5708). Alamat terakhir: 981-A, Paya Bemban, Jalan Abd Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
v. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Klang
7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai. 3 individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Farah Wahida binti Abdullah Suhaimi (No MyKad: 841027-03-5104). Alamat terakhir: No 3-4-5 Blok 3 Sri Permata Condo, Jalan SASAAS 9/6, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
ii. Natrah binti Mohamed (No MyKad: 850207-03-5106). Alamat terkahir: No 13, Jalan 4/10 B, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
iii. Norazimah binti Zakaria (No MyKad: 850918-02-5916). Alamat terakhir: Blok E1, 12 Mahallat Al Zahrawi, UIAM Jalan Istana, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i.Siti Asiah binti Shaary (No Mykad: 931004-03-6154). Alamat terakhir: No 5, Jalan SD 2/2 Taman Seri Duyong 2, 75460 Melaka.
9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Ayub bin Musa (No MyKad: 780410-11-5303). Alamat terakhir: No 24, Lorong Chengal Lempong Baru 12, Taman Balok Jaya, Fasa 3, Perkampungan Chengal, Lempong Bari, 26100 Kuantan, Pahang
10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja. Individu berikut diminta tampil, iaitu:
i. Nor Azwani binti Saimi (No MyKad: 890330-03-6258). Alamat terakhir: No 48, Kg Air Lanas, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan.
Mereka di atas diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat SKMM, Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) atau Rafina Mimi Muhammad (019-2869471) dengan segera. Kerjasama mereka amat dihargai. – Bernama, 2 Januari, 2015.
Komen kitaorang;
Itulah tak de kerja memandai-mandai buat fitnah kononnya nak jadi hero tapi akhirnya menyusahkan banyak pihak dan mengganggu proses menyelamat mangsa banjir.
Kalau boleh SKMM batalkan nombor HP diorang, tutup akses akaun facebook, twitter dan sebagainya yang menjadi sumber fitnah mereka ini.
PDRM pula pergi cekup pengkhianat-pengkhianat negara ini dan beri hukuman setimpal.
Kalau mereka tak muncul dedahkan foto mereka. Bukannya susah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Imigresen kan ado. Maklumat mereka ada dalam sistem data kad pengenalan dan passport.
Zaman memberi amaran telah berlalu...Pesalah siber wajib diajar supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan bebas fitnah.
Sudah masanya hukuman denda dinaikkan, setidak-tidaknya mereka ini dirotan dan dikerah buat kerja-kerja amal membantu mangsa banjir.
'Sesi pendengaran' fitnah dan salah menyalah telah bermula semasa berlangsungnya malam amal Kelantan Pasca Banjir: The Untold Story with Husam Musa yang berlangsung di Kota Bharu 1 Januari lepas.
Dalam sesi ini beberapa penggerak PASMA seperti makcik jonggos merangkap AJK Dewan Muslimat PAS Pusat: Aiman Athirah Al Jundi membacakan beberapa whatsapp yang diterimanya mengenai keadaan banjir di Kuala Krai.
Dengan penuh semangat tercungap-cungap giginya menipu dengan menggambarkan banjir besar adalah disebabkan oleh salah kerajaan, kononnya kerajaan lemah kerana lambat isytihar darurat dan lambat beri bantuan...
Persoalannya kerajaan mana yer?
Bukankah Parlimen Kuala Krai beserta DUN-DUNnya terletak di bawah pentadbiran PAS?
Kerajaan negeri juga adalah kerajaan PAS.
Kawasan lain pun majoriti wakil-wakil rakyatnya adalah dari kalangan YB-YB PAS.
Ke mana perginya mereka?
Dulu ada ura-ura puak-puak ni nakkan autonomi pemerintahan sebab nak royalti minyak banyak yang sebenarnya bukan hak mereka!
Kini di sebalik orang sibuk urus banjir, Husam sibuk nak tuntut hak untuk mendapatkan royalti. Kononnya kerajaan Pusat dan Petronas hutang Kelantan RM3 bilion.
Wang bantuan kerajaan Pusat hampir RM600 juta beserta sumbangan-sumbangan lain tak cukup!
Tapi mana perginya duit balak yang diperolehi oleh kerajaan PAS masa Nik Ajiz perintah daripada keluarga Ngah-Ngeh yang berbilion-bilion itu?
Kononnya juga persediaan banjir oleh kerajaan adalah lemah. Sekali lagi kerajaan mana yang dimaksudkan?
Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat?
Di negeri-negeri yang diperintah BN masalah pengurusan banjir ini tak kecoh pun.
Pengurusan bencana di negeri-negeri lain termasuk Terengganu semuanya terkoordinasi serta berjalan lancar dan teratur antara pihak agensi kerajaan, swasta dan NGO. Tapi kenapa tidak di Kelantan?
Banjir di Kelantan...mengapa begitu teruk?
Puak-puak PASMA juga menempelak helikopter lambat menyelamat dan menghantar bantuan hingga ramai yang terkepung dek air dan kelaparan kesejukan.
Dulu tahun 2008 Mahpus Bean Omar juga yang dok melalak dalam parlimen dan ceramah-ceramah kononnya kerajaan membazir dan tak perlu beli helicopter Eurostar. Kerajaan bazir wang rakyat beli Eurostar full spec dengan harga mahal berbanding kerajaan Brazil.
Akhirnya kini Husam sendiri menempelak puak-puaknya dalam ceramah tersebut;
"Sebab itu saya cadangkan penggunaan helikopter. Tapi orang kata ini membazir, helikopter sekarang keperluan ketika banjir ini. Kalau kita tiada helikopter nak uruskan banjir, mustahil. Inilah pengajaran kita,"
Eurocopter EC725 yang lengkap dengan sistem dwi fungsi untuk tugasan menyelamat dan bertempur yang dulunya ditempelak puak pembangkang kononnya ia membazir wang rakyat...Kini ia menjadi aset yang paling berjasa ketika banjir dan sebelum itu insiden Lahad Datu.
Dulu puak-puak pembangkang juga dok mengutuk kerajaan BN membazir duit beli trak-trak askar yang banyak tersadai di kem-kem.
Disatu pihak lain pula mengatakan askar-askar dan para penjawat awam yang ramai membazirkan wang negara dan bilangan mereka akan dikurangkan jika Pakatan memerintah.
#awak kat mana...awak, awak kat mana???
Alangkah lebih baik wang gaji untuk penjawat awam dan pembelian peralatan ketenteraan itu digunakan untuk menurunkan harga minyak atau harga barang, tak pun beri pendidikan percuma.
Habis diheret ke sana kemari beberapa ekor askar pencen dan bermasalah jadi jurufitnah mereka.
Tapi kini Allah s.w.t dah buktikan bahawa hanya orang bijak pandai saja yang layak perintah negara ini. Mereka bekerja mengikut perancangan jangka panjang.
Sedangkan mereka yang banyak bercakap dan berbohong terus dengan perangai buruk mereka berpolitik siang malam menipu rakyat.
Tapi jasa mereka tiada langsung dan boleh dibanggakan...hampeh kering.
Bagai kalkatu lepas hujan...
Kini bak kalkatu, hujan berhenti banjir menyurut masa itulah mereka berterbangan memenuhi ruang-ruang rumah. Orang lain bagi bantuan, mereka yang tolong masak.
Sambil-sambil kutuk kerajaan hanya bagi bantuan tetapi sekerat jalan sebaliknya merekalah yang sebenarnya bantu rakyat yang kesusahan dan kelaparan...hebatkan cara mereka menyelit bertaqqiyah?
Berduyun-duyun tunjuk rajin membasuh dan mengemas rumah mangsa sambil-sambil bercakap kononnya kerajaan tak prihatin tolong rakyat hanya mereka saja yang bantu rakyat.
Selit -selit cerita Najib tak buat kerja kerana leka main golf, pesawat kerajaan hilang ke Amerika dan Dubai bawa isteri Najib pergi shopping...
Bantuan makanan sukar disalurkan akibat longgokan kayu-kayu balak hasil penerokaan dan pembalakan di hulu sungai. Milik siapakah balak-balak ini?
Kesian mereka... bencana tsunami banjir ini bukan menjadikan mereka lebih insaf dan sedar negeri mereka ditimpa bala Allah akibat perbuatan mereka selama ini sebaliknya menjadikan mereka lebih kufur ingkar terhadap ujian setelah mereka kufur pada nikmat yang diperolehi selama ini.
Benarlah firman Allah; Sekiranya kamu bersyukur akanKu tambahi nikmatKu, jika kamu kufur engkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih(Surah Ibrahim ayat 7)
Lawak bodoh Husam
Husam juga ada berkata : "Orang kata hukuman kerana mahu laksana hudud, bukan macam itu. Dalam konteks Kelantan kita tidak boleh kata hukuman, lima kali pilihan raya orang Kelantan sokong negeri yang mahu laksana enakmen jenayah syariah, yang kena hukuman patutnya orang Johor, Negeri Sembilan, enakmen jenayah Islam tiada,"
Persoalannya kenapa negeri Kelantan kena teruk banjir kali ni setelah 24 tahun berjanji kosong nak laksanakan hudud?
Adakah ini kifarah Allah Taala apabila mereka terlalu sombong, bongkak dan angkuh mencabar dan mempermain-mainkan hukum Allah, bersengkongkol dengan puak-puak kafirin membinasakan agama sendiri, mengkafirkan muslim yang lain, membinasakan alam sesuka hati, membiayai pelbagai demonstrasi rusuhan hingga merosakkan ketenteraman orang lain dengan perangai-perangai gedebe mereka?
Allah mendengar doa hamba-hambanya yang merintih teraniaya dengan perangai dan sikap gedebe mereka itu selama ini.
Apabila tiba saatnya Allah menurunkan azab bukan saja orang PAS dan rakan-rakan sekutu mereka kena azab musibah. Tetapi dengan segala orang alim, orang tak bersalah dengan orang-orang UMNO-BN pun terseret sama...
Husam-Husam...kalau dapat bercakap bukan setakat kerajaan BN jer kena hentam, kerajaan PAS pun kena tibai.
Nampaknya acara ini jadi tempat Husam dan PASMA melampias kemarahannya sebab tak dilantik jadi MB Kelantan dulu...
Baca juga: Punca banjir dan kemusnahan di Kelantan terjawab jua. Pembinaan projek empangan Kenyir 2. ... Bukti? https://akarimomar.wordpress.com/2015/01/01/punca-banjir-di-kelantan-terjawab-kerana-pembinaan-empangan-kenyir-2/
Akhbar China Press bertarikh 25 Disember 2014 menyiarkan artikel yang mendakwa orang Cina ialah kaum yang paling susah di Malaysia.
Artikel bertajuk 'Orang Cinalah peminta sedekah sebenar, malah lebih teruk daripada orang cacat' ditulis oleh Lim Fang dan disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C21.
Ia memetik kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan orang Melayu telah menjadi peminta sedekah politik apabila mengharapkan undi bukan Melayu bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan.
Dr. Mahathir memilih taktik menggelar Melayu sebagai peminta sedekah bagi membuatkan kaum itu merasa terancam dan seterusnya sedar mengenai perlunya kembali menyokong UMNO.
Kenyataan itu juga mungkin berpunca kerana bekas Perdana Menteri merasa marah dan berdendam kerana kaum Cina tidak mengundi Barisan Nasional (BN) walaupun pelbagai bantuan telah diberikan kepada mereka.
Orang Cina boleh diibaratkan seperti pengemis yang bersikap sinis.
Realiti politik di Malaysia, menurut penulis, orang Cinalah yang sebenarnya menjadi pengemis. Kaum itu juga boleh diibaratkan seperti orang cacat apabila banyak masalah kaum itu tidak diselesaikan oleh kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO.
Antaranya, permohonan tanah tapak sekolah dan pembinaan bangunan sekolah Cina, kekurangan guru, mendapat wang subsidi yang sedikit, kuota pendidikan di universiti yang terhad dan pengiktirafan sijil sekolah menengah Cina yang tiada keputusan. Seperti pengemis kelaparan, orang Cina terus menerus meminta walaupun tidak dilayan.
Sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang `berat sebelah' dilaksanakan, peluang perniagaan orang Cina semakin dikikis. Seperti individu yang kakinya telah dipatahkan, mereka menjadi cacat sehingga tidak mampu bergerak. Bagaimanapun, tongkat diberikan kepada kaum lain.
Walaupun setelah lebih 40 tahun diberikan tongkat, ada pihak mendakwa kuota 30 peratus bumiputera dalam ekonomi negara belum mencapai sasaran dan perlu diteruskan.
Ini menyebabkan orang Cina yang asalnya seorang pengemis dan kini bertukar menjadi orang cacat, memandang ke kiri dan ke kanan mengharapkan orang dalam UMNO sedar akan nasib mereka.
Jika tidak dapat diberikan nasi, bagilah air bekas kuah bubur pun tidak apa kepada orang Cina.
Sekiranya nasib mereka masih lagi tidak dibela, orang Cina terpaksa berkeras hati untuk menyerahkan undi kepada pembangkang bagi melepaskan geram dan memberi pengajaran kepada BN serta UMNO.
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
CYBERJAYA: Setelah lapan individu tampil untuk memberi keterangan bermula awal minggu ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) meminta kerjasama 14 individu berikut untuk hadir membantu siasatan mengenai penyebaran berita palsu berikutan bencana banjir yang melanda Pantai Timur baru-baru ini.
"Setakat ini, lapan individu yang diminta tampil telah pun memberikan kerjasama yang baik. Kesemua mereka telah hadir sendiri ke pejabat kami untuk membantu siasatan," kata Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin.
Beliau berkata MCMC bekerja sama rapat dengan pihak Polis dalam siasatan kes-kes berkaitan berita palsu ini seperti yang telah dijelaskan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Jumaat.
Berikut merupakan kes berita palsu yang disebarkan bersama-sama dengan individu yang dikenal pasti untuk tampil membantu siasatan:
1. Sepuluh orang sekeluarga terperangkap dalam rumah mati lemas di Guchil, Kelantan yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita. Ketiga-tiga individu telah tampil memberi keterangan.
2. Keruntuhan pusat pemindahan Sekolah Manek Urai. Empat individu telah tampil dan dua individu berikut diminta tampil, iaitu: i. Raja Mohd Haidi bin Raja Daod (No Mykad: 881026-03-5993). Alamat terakhir: Kg Manek Urai, Kuala Krai, 18050 Kuala Krai, Kelantan ii. Zawawi bin Mat (No MyKad: 760319-03-6083). Alamat terakhir: No 26, Kg Tengah, 18000 Kuala Krai, Kelantan
3. Kerajaan menyembunyikan fakta ramai orang mati lemas kerana banjir. Seorang individu telah tampil.
4. Pintu empangan di Selatan Thailand dibuka dan menyebabkan banjir di Kelantan. Individu berikut diminta tampil, iaitu: i. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Kelang
5. Bantuan daripada NGO untuk mangsa banjir tak sampai. Individu berikut diminta tampil, iaitu: i. Mohamad Azrani bin Daud (No MyKad: 830228-02-6139). Alamat terakhir: No 70, Kampung Keda, Sadik, 09200 Kupang, Kedah
6. Mayat kanak-kanak dikeluarkan daripada lumpur yang dikatakan mangsa banjir di Kelantan. 5 individu berikut diminta tampil, i. Mohd Fauzi bin Mohd Azmi (No MyKad: 750629-03-5183). Alamat terakhir: 2537, Lorong Bangau 2, Taman Si Buyong, Jalan Mentok Cukai, 24000 Terengganu ii. Mohamad Zamzami bin Yaakob (No MyKad: 670511-03-5145). Alamat terakhir: Kampung Wakaf Lichong, 16800 Pasir Puteh, Kelantan iii. El Jiffy bin Abd Aziz (No MyKad: 860327-56-5901). Alamat terakhir: 15 Jalan Melur 29, Taman Melur, Ampang, Selangor iv. Yuliza Indriani binti Zulfin (No MyKad: 860103-01-5708). Alamat terakhir: 981-A, Paya Bemban, Jalan Abd Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan v. Mohd Bustam bin Omar (No MyKad: 751124-11-5203). Alamat terakhir: 6224 Jalan Kota Raja, Taman Bijaya, Klang
7. Helikopter TUDM terpaksa disewa untuk keluar pesakit dari Hospital Kuala Krai. 3 individu berikut diminta tampil, iaitu: i. Farah Wahida binti Abdullah Suhaimi (No MyKad: 841027-03-5104). Alamat terakhir: No 3-4-5 Blok 3 Sri Permata Condo, Jalan SASAAS 9/6, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor ii. Natrah binti Mohamed (No MyKad: 850207-03-5106). Alamat terkahir: No 13, Jalan 4/10 B, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor iii. Norazimah binti Zakaria (No MyKad: 850918-02-5916). Alamat terakhir: Blok E1, 12 Mahallat Al Zahrawi, UIAM Jalan Istana, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
8. Seorang wanita terjun dari sekolah ke dalam air. Individu berikut diminta tampil, iaitu: i. Siti Asiah binti Shaary (No Mykad: 931004-03-6154). Alamat terakhir: No 5, Jalan SD 2/2 Taman Seri Duyong 2, 75460 Melaka
9. Bantuan disekat oleh pihak berkuasa. Individu berikut diminta tampil, iaitu: i. Ayub bin Musa (No MyKad: 780410-11-5303). Alamat terakhir: No 24, Lorong Chengal Lempong Baru 12, Taman Balok Jaya, Fasa 3, Perkampungan Chengal, Lempong Bari, 26
100 Kuantan, Pahang
10. Bantuan diterima oleh orang BN sahaja. Individu berikut diminta tampil, iaitu: i. Nor Azwani binti Saimi (No MyKad: 890330-03-6258). Alamat terakhir: No 48, Kg Air Lanas, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan
Mereka di atas diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat MCMC, Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) atau Rafina Mimi Muhammad (019-2869471) dengan segera.
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak dapat pulang lebih awal dari percutiannya ketika banjir buruk melanda beberapa negeri di semenanjung kerana ketiadaan tiket penerbangan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut bagaimanapun mengingatkan semua pihak termasuk jentera partinya supaya tidak terlalu berpolitik dan lebih menumpukan kepada usaha membantu mangsa banjir.
"Saya minta maaf lambat datang. Saya tiada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tak boleh ditukar.
"Saya mohon supaya semua pihak beri tumpuan kepada kerjasama dan bagi ruang serta peluang kepada semua yang mahu membantu, jangan ada cengkaman politik mahupun diskriminasi.
"Jangan lihat dari segi kepentingan politik, lihat kepada kepentingan rakyat."
[WAJIB BACA INI: Anwar Kongsi Simpati Mangsa Banjir Dari UK Jerr!]
Sebelum ini, Anwar menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak kerana tidak muncul untuk sama-sama menghulurkan bantuan ketika banjir melanda. Anwar dilaporkan berada di United Kingdom ketika tragedi tersebut.
Semalam (Khamis), barulah beliau akhirnya didapati muncul di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. – MYNEWSHUB.CC
ANGGOTA penguat kuasa AADK memeriksa seorang wanita yang ditahan.
Kuala Lumpur: "Kakak angkat ajar saya hisap 'ice' (dadah syabu)," dakwa seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang diberkas bersama seorang wanita di sebuah pusat hiburan di Jalan Kuchai Lama di sini.
Remaja itu diberkas anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang melakukan operasi bersepadu sempena sambutan tahun baru 2015, awal pagi semalam.
Pasangan itu yang diarahkan menjalani ujian air kencing didapati positif mengambil dadah syabu.
Ketika ditahan, pelajar sebuah sekolah menengah di Sungai Buloh itu turut mengaku mengambil dadah bagi tujuan mendapatkan keseronokan.
Menurutnya, dia bukanlah penagih dadah tegar, tetapi lebih kepada melayan sifat ingin tahu terhadap 'rasa' dadah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/20880#sthash.C5N2kdcL.dpuf
ALOR SETAR - Perkenalan di aplikasi sosial WeChat membawa kepada pertemuan sulit sekumpulan remaja di sebuah hotel pada malam tahun baharu, semalam.
Tujuh remaja berkenaan bagaimanapun dapat dicekup 33 penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) ketika Operasi Tahun Baharu bermula 12 tengah malam sehingga 5 pagi di sekitar bandaraya Alor Setar, dekat sini.
Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, tujuh remaja berusia antara 16 hingga 18 tahun itu dipercayai menyewa sebuah bilik hotel sama.
Difahamkan, mereka juga membawa tilam tambahan dipercayai untuk tujuan maksiat.
Menurutnya, empat daripada mereka adalah lelaki manakala selebihnya wanita.
"Hasil soal siasat mendapati sebilangan mereka memiliki rekod buruk.
"Salah seorang daripada mereka merupakan bekas penghuni pusat pemulihan akhlak. Dia yang berusia 17 tahun mendakwa sudah bekerja di sebuah pusat snuker dan telah dibuang keluarga," katanya.
Syeikh Mohd berkata, ada di antara mereka sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan dua daripada mereka didapati sudah tidak bersekolah.
"Seorang remaja perempuan pula mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan lelaki bukan Islam.
"Ada juga yang mengakui sudah melakukan hubungan seks sebanyak berbelas kali," katanya.
Dalam kejadian berasingan, dua remaja perempuan turut ditahan bersama seorang remaja lelaki yang sedang tidur dalam serbuan di sebuah hotel.
Ketika diserbu, seorang remaja perempuan mendakwa berkongsi bilik beramai-ramai dan tidak melakukan sebarang kesalahan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 1988, manakala remaja berkenaan dilepaskan dengan jaminan.
PULAU PINANG 1 Jan. - Aksi sekumpulan penonton dipercayai mabuk mencemari Konsert Ambang Tahun Baharu yang berlangsung dengan kerjasama kerajaan DAP Pulau Pinang di Padang Kota Lama di sini malam tadi.
Konsert yang diteruskan walaupun mendapat gesaan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya dibatalkan bagi menghormati mangsa banjir di pantai timur tersebut bermula kira-kira pukul 6.30 petang.
Kelakuan tidak terkawal lebih 30 pengunjung dipercayai warga asing itu semakin membimbangkan apabila mereka bertindak agresif memanjat antara satu sama lain ketika artis tempatan membuat persembahan pada pukul 11.30 malam.
Kumpulan berkenaan mengibarkan bendera dan lambang pertubuhan mereka sepanjang konsert berlangsung dan membuka baju, malah ada ketikanya hampir merempuh pagar keselamatan. Advertisement
Keadaan menjadi tidak terkawal ketika persembahan artis tempatan kira-kira pukul 12.15 tengah malam berikutan seorang penonton wanita dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak memanjat pentas dan enggan turun.
Sementara itu, seorang pengunjung tempatan, Norazlina Hamdan, 38, dari Butterworth berkata, dia terkejut melihat aksi agresif segelintir penonton yang hadir bagi sambutan ambang tahun baharu itu.
Katanya, dia datang bersama suami dan anaknya sempena cuti umum termasuk untuk menderma kepada tabung mangsa banjir dilancarkan, namun berasa kecewa dengan sikap penonton yang tidak menghormati negara yang masih bersedih dengan bencana banjir besar di Pantai Timur.
"Orang ramai ingin berhibur secara sihat tetapi mereka mencemarkan sambutan dengan perbuatan tidak senonoh," katanya kepada Utusan Malaysia.
Seorang lagi pengunjung, Mohd. Roslan Shaari, 35, dari Bayan Lepas berkata, pengunjung harus lebih peka dengan perkembangan semasa terutama bencana banjir di Pantai Timur di sebalik sambutan tahun baharu itu.
"Jika hendak berhibur sekalipun, biarlah berpada-pada. Saya harap pihak berkuasa dapat memantau supaya apa yang berlaku pada konsert ini tidak berulang," katanya.
SHAH ALAM – Banjir yang melanda Kelantan baru-baru ini bukan sahaja menghapuskan sampah-sarap dan kekotoran akibat bencana itu, tetapi membawa mesej atau iktibar agar segala 'sampah-sarap' dan pemikiran politik kotor dapat dihapuskan demi perpaduan rakyat khususnya orang Melayu dan Islam.
Demikian pandangan Presiden Dewan Perdagangan Malaysia, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang bersetuju dengan cadangan Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub agar Umno dan Pas Kelantan bergabung dalam satu kerajaan campuran bagi memudahkan usaha membaik pulih negeri itu selepas banjir.
"Bagi orang Islam, biasanya apabila berlaku bencana alam seperti ini kita kena cari pengajaran dan hikmah yang mahu ditunjukkan ALLAH SWT.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
ALAM sedang bersuara adalah nyata. Bala diturunkan Allah juga adalah nyata. Kedua-duanya adalah benar. Bukan tujuan saya mahu membuat andaian. Tapi sebagai manusia dan orang Islam yang percayakan qada dan qadar, sesuatu yang berlaku ada puncanya dan sebab musababnya. Ketentuannya telah ditetapkan. Sebagai seorang wartawan dan bukan alim ulama - seperti kebanyakan orang sekarang - saya mahu melihat mengenai soal alam. Saya pernah menulis mengenai kemusnahan alam di taman botani negara Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam satu ketika dahulu. Kemusnahan akibat kerakusan manusia cukup hebat sekali. Tidak pernah-pernah taman pertanian Bukit Cerakah itu dinaiki air lumpur setinggi tujuh ke lapan meter, namun ia berlaku pada masa itu. Hasil bedah siasat yang dijalankan ia adalah akibat pembangunan tidak teratur di satu kawasan baharu yang dibuka oleh kerajaan Dr. Khir Toyo pada masa itu dikenali sebagai Seksyen U10. Bukit-bukit ditarah, hutan ditebang dan tanah-tanah dilukai. Pendedahan itu telah menarik perhatian nasional. PM ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi terpaksa campur tangan. Dr. Khir yang ketika itu sedang berada di luar negara terpaksa bergegas pulang. Pendek kata, isu alam adalah isu manusia. Kita hidup bersama-sama alam. Jangan biarkan alam bersuara. Jika ia bersuara bermakna ia sedang murka. Alam boleh bertindak kejam kepada kita jika kita menjahanamkannya.
Banjir besar di Cameron Highlands juga adalah akibat perbuatan kejam manusia ke atas alam. Hutan ditarah ikut suka. Pihak peniaga terlalu rakus. Pihak berkuasa pula tidak menjalankan amanah yang diberikan. Ingatlah alam boleh menjatuhkan sesebuah pesawat yang dikatakan paling moden sekali pun. Ia juga membunuh ratusan ribu nyawa manusia seperti genap 10 tahun tsunami. Kejadian banjir terburuk di Kelantan dan beberapa negeri lain harus dijadikan iktibar. Warna airnya sudah menunjukkan ia membawa tanah-tanih yang terluka. Banjir ke Kelantan lazimnya dibawa air dari kawasan hulu sejauh beratus batu. Jika di hulu keadaannya sudah tenat, maka tenatlah di hilirnya. Itu pasal kawasan Manek Urai paling teruk, kerana ia berada di hulu. Saya tidak mahu membuat andaian, kerana alim ulama mengatakan ia adalah takdir. Namun sudah banyak contoh yang menunjukkan bencana alam yang terjadi kepada manusia adalah akibat daripada kerakusan mereka sendiri. Seorang rakan, rakyat Kelantan yang dipanggil sebagai Pok Nik menulis SMS kepada saya. Renungilah tulisan beliau itu. "Masa saya kecil-kecil dulu. Waktu banjir kita gembira bermain air. Kita mandi-manda dari pagi hingga ke petang. Selagi mata tidak merah kita tidak naik ke rumah. Tetapi hari ini air banjir warna teh susu yang mengalir direct dari Ulu Kelantan dari Sg. Lebir, Sg. Galas, Sg. Kemubu dan Sg. Kelantan AKIBAT KERAKUSAN YANG MEMAKAN BALAK DI HULU KELANTAN. Habis bukit hutan belukar dikekah, ditarah dan dimamah kerana mahukan wang! Sekarang jangan salahkan sesiapa. BUKAN BALA. Tetapi insaflah . Inilah akibat kerakusan dan ketamakan manusia. Tk." Namun atas alasan politik atau keegoan - pelbagai alasan diberikan. Pemimpin merasakan seolah-olah merekalah yang terhebat. Merekalah yang betul. Dan alam yang mengamuk sekarang seolah-olah tiada kaitan dengan mereka. Syabas rakyat Malaysia! MALAM kelmarin saya bersama-sama sukarelawan Persatuan Alumni UiTM Malaysia ke Pangkalan TUDM di Subang. Jam menunjukkan pukul 8 malam. Pengawal di pintu pagar mengarahkan kami mendaftarkan diri. Saya menulis nama dan tujuan kami di sebuah buku. Sudah panjang senarai buku. Tujuan: Menghantar barangan bantuan banjir. Itulah tujuan yang lain-lain pun. Pengawal kemudian mengarahkan kami tunggu sebentar di pondok pengawal. Barangan terlalu banyak, katanya dan semua pemberi bantuan kena beratur panjang. Lori dan treler panjang kelihatan berhenti di tepi jalan. Di badannya tertulis syarikat beras dan syarikat-syarikat gedung pasar raya hyper. Sementara kereta-kereta 4WD kepunyaan perseorangan dan NGO juga panjang beratur.
Rakyat Malaysia cukup prihatin. Jika sebelum ini hanya NGO-NGO tertentu sahaja yang menjalankan khidmat bantuan ini, kali ini, pada magnitud banjir kali ini, semua pihak bersatu hati. Malah saudagar membeli-belah pun turut membantu menyediakan kemudahan pembelian barangan dengan harga bencana. "Jangan bimbang Mydin memberi harga (diskaun) untuk mangsa-mangsa banjir. Kami cukup prihatin," kata tauke Mydin, Datuk Amer. Sehingga tulisan ini ditulis, gudang di TUDM Subang masih sibuk. Ada juga bekalan dihantar melalui jalan darat - melalui lori, bas yang membawa bersama-sama sukarelawan serta pikap persendirian. Malah AirAsia dan Malindo Air juga menyediakan penghantaran barangan dan sukarelawan secara percuma. "Ini adalah khidmat ikhlas kami. Tolong uar-uarkan kepada rakan-rakan sukarelawan yang mahu menghantar barangan atau sukarelawan. Kami akan terbangkan mereka ke mana-mana sahaja termasuk ke Sabah atau Sarawak," kata Pengerusi Eksekutif AirAsia, Kamarudin Meranun. Semoga AirAsia bertenang dalam kedukaan yang berlaku ke atas pesawatnya di Indonesia. Kita semua turut bersimpati. Tahniah rakyat Malaysia. Syabas anda semua. Tiada siapa pun yang mahu melihat dengan mata putih bangsa kita ditimpa bala. Tiada kerajaan yang mahu mengetepikan rakyatnya dalam musibah sebegini. Ketepikan soal kepartian yang sempit. Ketepikan soal kesensitifan kedaerahan. Jangan sebarkan khabar-khabar angin yang bukan-bukan. Jangan dipersenda media arus perdana. Tanpa kami, kita semua akan berada di bawah tempurung.
Hanya akhbar Melayu kelihatan memberi liputan tiada terhad. Mungkin kerana mangsanya ialah rata-rata kaum itu. Akhbar organ parti pula sudah-sudahlah membuat analisis yang bukan-bukan. Sebenarnya tanyalah diri sendiri dahulu. Buatlah post mortem di Bilik Gerakan Bencana Alam Negeri terlebih dahulunya. Mengapa koordinasi bantuan lambat? Akhir sekali syabas rakyat Malaysia - walau di mana sekali anda berada - kita tetap bersatu-padu.
You are subscribed to email updates from WARIS PURBA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Email delivery powered by Google
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States
Adalah tidak sukar untuk memahami peranan yang dimainkan oleh Malaysiakini untuk memburukkan agensi dan sesuatu Kemeterian. Tidak pernah ada satu yang baik yang dilakukan oleh Kerajaan di mata Malaysiakini. Ini termasuklah sumbangan mangsa banjir di Pantai Timur yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) - baca di sini. Sumbangan MOA setakat ini berjumlah RM1.821 juta kepada mangsa banjir ditenggelamkan oleh Malaysiakini dengan isu 'Kampit Beras Gambar PM'.
Untuk pengetahuan semua, tiada paket beras yang dicetak wajah Perdana Menteri (PM). Hanya beberapa keping kertas sahaja yang dicetak dan ditampalkan di paket paling atas bagi tujuan membezakan barangan-barangan daripada MOA dengan bantuan-bantuan daripada pihak-pihak lain. Tujuannya agar bantuan daripada MOA ini tidak bercampur dengan bantuan-bantuan lain semasa disimpan, dihantar melalui kapal terbang dan lori serta sewaktu pengagihan ke kawasan-kawasan yang terjejas.
Melalui gambar-gambar yang dikirimkan oleh sukarelawan MOA, berkaitan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, jelas tiada paket beras yang dicetak wajah PM. Tambahan lagi, tiada isu barangan bantuan lewat sampai kerana barangan MOA sampai awal dan melalui beberapa peringkat penghantaran. Tiada juga isu pertambahan kos kerana dakwaan pelekat terpaksa dicetak untuk setiap paket bantuan dan petugas terpaksa melakukan tugas melekatkan pelekat juga tidak benar dan tidak berlaku.
Sejak tarikh 18 Disember di mana bermulanya banjir di Kelantan, MOA telah melibatkan diri secara langsung melalui agensi KADA untuk menghantar barangan keperluan. Bermula 26 Disember seluruh agensi di bawah MOA mula dilibatkan. MOA telah mengunapakai (mobilise) semua aset-aset untuk menyalurkan bantuan kepada 8 negeri yang melibatkan 51 kawasan parlimen.
MOA melalui Briged Kesatria Muda sudahpun mengedarkan 3,000 kampit beras kepada mangsa banjir. Malah media turut dipanggil pada ketika majlis penyerahan. Ini adalah masa untuk misi kemanusiaan bukan untuk berparti. Menteri MOA, DS Ismail Sabri telah menyebut di laman sosial Facebook dan Twitter akan menolong semua mangsa tanpa mengira sama ada UMNO, PAS ataupun PKR.
Ini kerana disaat musibah ini memerlukan kita untuk menolong dgn ikhlas, bukan menyerang orang lain atas dasar kepartian. CTS merasakan wajar untuk MOA dan Menterinya menyaman Malaysiakini dan blogger terbabit kerana menyiarkan berita palsu dan tidak menjelaskan keadaan sebenar.
Kemaskini 3.00 PM:
Kenyataan Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda - Mohd Eddy Casmady Che / Hussin mengenai Laporan Malaysiakini Mengenai Paket Beras Bantuan Banjir Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Berpelekat Wajah Perdana Menteri
1. Malaysiakini telah membuat satu pelaporan berita palsu dan memanipulasikan berita bergambar melalui portal berita tersebut beralamat URL www.malaysiakini.com.
Malaysiakini telah menggunakan tanpa izin dan memanipulasikan gambar saya sebagai penampal pelekat berwajah Perdana Menteri di atas paket bantuan beras. Berikut adalah fakta sebenar dan kenyataan yang menyatakan kebenaran mengenai isu ini.
2. Sebagai Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengatur, memindah, mengasingkan dan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Gambar yang dimanipulasikan oleh Malaysiakini adalah gambar saya selaku SUKARELAWAN Briged Kesatria Muda, bukan seorang "pekerja" seperti yang didakwa portal berkenaan. Rujuk sukarelawan dan NGO yang lain sebagai pengesahan kerja-kerja sukarelawan yang telah saya jalankan.
3. Briged Kesatria Muda adalah biro yang ditubuhkan untuk menggerakkan misi kemanusiaan. Kami telah pun merancang & melakukan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di mana 3000 kampit beras pertama telah disediakan lebih awal oleh MOA melalui satu majlis rasmi pada 17/12/2014 di Putrajaya. Pengedaran aktif oleh Briged Kesatria Muda juga dilakukan sebelum berlakunya banjir besar di Pantai Timur.
4. Briged Kesatria Muda tidak terikat dengan MOA semata-mata. Kami turut mengumpul dan mengedar bantuan dari kumpulan NGO-NGO dan Kementerian lain. Adalah perlu kami meletakkan penanda agar ia tidak bercampur dan memudahkan urusan logistik dan penghantaran.
5. Bantuan makanan daripada MOA sebenarnya tidak mempunyai penanda berwajah YAB PM seperti mana yang didakwa. Hanya sebanyak100 keping penanda yang dicetak dan ditampal untuk membezakan bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari bantuan-bantuan daripada pihak lain yang turut membantu membekalkan barangan makanan kepada mangsa banjir.
6. Banyak gambar yang dirakam dalam operasi penyerahan bantuan ini membuktikan bahawa tiada pelekat berwajah PM dilekatkan di atas bantuan-bantuan yang disampaikan oleh kementerian ini. Para sukarelawan Kementerian Pertanian dan aktivis-aktivis NGO yang terlibat juga boleh mengesahkan bahawa tiada pelekat bergambar PM di atas bantuan-bantuan yang diserahkan.
7. Pihak Briged Kesatria Muda menganggap laporan berita yang dibuat oleh Malaysiakini adalah palsu dan berniat jahat. Laporan berita dan perbuatan memanipulasi gambar saya oleh Malaysiakini juga telah mengakibatkan persepsi negatif, salah tanggap dan tuduhan-tuduhan tidak baik terhadap saya dan Briged Kesatria Muda. Perbuatan ini tidak boleh dimaafkan sama sekali dan tindakan wajar diambil terhadap Malaysiakini yang tidak bertanggung jawab ini.
8. Briged Kesatria Muda akan membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta berhasrat untuk menyaman Malaysiakini bagi membersihkan nama baik Briged Kesatria Muda.
9. Kami juga akan membuat laporan polis terhadap blogger yang bernama Syed yang telah memanipulasi gambar saya dengan kenyataan fitnah dan berniat jahat serta laporan polis terhadap Malaysiakini yang menulis dan menyebar kenyataan untuk memburukkan kami serta Kementerian Pertanian dan Industri Asaa Tani.
10. Briged Kesatria Muda juga ingin mencadangkan agar Menteri dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyaman Malaysiakini yang jelas telah memfitnah dalam cubaan untuk menghasut pemikiran rakyat untuk membenci kerajaan di media sosial.
11. Sekian kenyataan saya untuk makluman tuan/puan.
"Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar," kata KETUM Anwar Ibrahim. Ingatkan hebat sangat. Sembang berdegar-degar. Kenal sana kenal sini. Tempahan tiket kapal terbang pun tak boleh tukar ka? Awat la bagi alasan bangang sangat. Kalau tak boleh tukar, beli baru la. Kata prihatin dengan Rakyat sangat? Macam-macam alasan la Pak Ketum ni bagi kerana tidak mahu balik awal untuk membantu mangsa banjir.
Maka macai pun hanguk sajalah. Depa ni bukan boleh membantah. Kalau marahpun, sekejap saja. Maka akan berkatalah macai yang dipetik oleh Haprakah dan Suara Keldaian, "Hello tiket flight mana boleh tukar-tukar tarikh. Betullah Anugerah Tuhan cakap. Dia bukan penipu macam orang BN. Orang Ameno bangang, Tak faham prosedur operasi penerbangan". Walau bagaimanapun, CTS merumuskan ini mesti konspirasi kerajaan BN sengaja untuk melengah-lengahkan KETUM dari turun melawat mangsa banjir ... ahaks!
Budaya buli masih berlaku di kebanyakan asrama termasuk di sekolah berasrama penuh.
Meski sekadar menyuruh membuatkan mi segera atau membasuhkan pakaian senior, ia tetap buli. Jangan sampai jadi kes berat baru nak kelam kabut ambil tindakan.
Warden asrama jangan buat-buat tak nampak, pengetua sekolah jangan buat-buat tak tau.
PPD dan JPM jangan hanya tunggu berlaku kes baru nak bertindak.
Budaya buli sepatutnya sudah lenyap bersama munculnya budaya penyayang.
Apabila disebut budaya maka ia harus menyeluruh dan bukan paksaan. Banyak aktiviti yang boleh dilaksanakan dan pelajar mesti memahami konsep tersebut.
Setakat suruh cikgu-cikgu menunggu di depan pintu pagar pagi-pagi, bukan tak boleh. Bolehlah, cuma....
Oh ya, dengar kata ada guru besar yang arahkan guru-guru hadir LDP di sekolah 5 hb Jan 2015 walaupun menteri sudah mengeluarkan surat arahan.