Ahad, 30 Oktober 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


~penarik beca

Posted: 30 Oct 2011 09:15 PM PDT

~penarik beca


Pemuda PAS tak gentar berdebat dengan Dr Asri

Posted: 30 Oct 2011 01:29 AM PDT

Tukar Tiub

Posted: 30 Oct 2011 07:52 PM PDT

Tukar Tiub


SAMAN ADALAH INDUSTRI GEROMBOLAN

Posted: 30 Oct 2011 11:20 AM PDT




JANGAN LUPA PROGRAM INI







30 MOTOSIAKAL, 13o SAMAN DIKELUAR DALAM OPERASI TRAFIK
– berita hairan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 motosikal disita dan 130 saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan dalam operasi bersepadu mencegah kesalahan lalu lintas dan lumba haram di Dataran Merdeka, Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Laut di sini, malam tadi.

Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Cawangan Trafik Kuala Lumpur, DSP Ng Sook Long, berkata operasi itu yang dijalankan Polis Trafik dan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur bersama-sama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar, bermula dari 11.30 malam dan berakhir pada jam 3 pagi.

Operasi itu membabitkan 68 anggota polis trafik dan narkotik serta 17 anggota JPJ dan 20 Jabatan Alam Sekitar.

Ng berkata, pemilik motosikal yang disita berusia antara 18 dan 30 tahun dan kebanyakannya melakukan kesalahan mengubah suai motosikal.

"Polis mengeluarkan 130 saman trafik atas pelbagai kesalahan termasuk 58 saman atas kesalahan ubai suai kenderaan, penggunaan cermin gelap melebihi had dan dua saman kerana memandu secara melulu dan berbahaya," katanya ketika dihubungi Bernama sebentar tadi. – TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


NOTA:
waspada !
berhati hati?
ini adalah salah satu cara untuk ambil duit rakyat
berita telah mula kedengaran
jpj dan polis masuk menyaman salah letak kereta
di kawasan perumahan dan taman taman perumahan

ini amat jelas kerajaan najib rosmah sudah tak ada fulus
maka terbaik ialah banyak kan saman
ini baru permulaan
waspada makin lama makin banyak polios dan jpj menyaman!


NOTA:
anak muda wajib bersedia
saman akan datang
saman ini adalah cara
gerombolan cari duit


PALESTINE ADA NAKBA - KITA ADA MALAPETAKA

Posted: 30 Oct 2011 10:51 AM PDT





PALESTINE ADA NAKBA







MUHYIDDIN : RAKYAT TIADA PILIHAN KECUALI PILIH BN - minsider

Rakyat tidak mempunyai pilihan kerajaan yang lebih baik selain daripada Barisan Nasional (BN), kata Muhyiddin Yassin hari ini.

Dia berkata, rakyat di negara ini lebih terpelihara, malah bertuah berada di bawah pentadbiran perikatan itu berbanding kebanyakan negara lain.

"Dalam tempoh 54 tahun kemerdekaan negara dan kemerdekaan di Sabah kurang sedikit daripada (usia) itu, kita telah menganjak pembangunan masyarakat kita ke satu kedudukan yang lebih baik.

"Situasi negara kita yang aman, damai dan makmur terhasil atas kebijaksanaan pemimpin dan masyarakat yang mendukung prinsip kerjasama, perpaduan, saling membantu dan menghormati di antara satu sama lain," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


woit...MALIKUL SEMBAB INI SUDAH MENTAL KE?..... kah kah kah..

kah kah kah... BUTA MATA... TAK FAHAM POLITIK...kah kah kah...

kah kah kah...KEDAH KELANTAN PULAU PINANG DAN SELANGOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT...kah kah kah..

kah kah kah..TAK KAN TAK SEDAR PEKARA INI...kah kah kah...

kah kah kah...INI BUKTI RAKYAT ADA PILIHAN ... kah kah kah

kah kah kah...INI LAH BAHAYA KEPALA DILILIT OLEH DAGING...kah kah kah...

kah kah kah... OXYGEN TAK MASUK... KEPALA JADI TAK BETUL.... kah kah kah


NOTA:
selama 63 tahun palestine dihinggapi oleh nakba - malapetaka
pada 15 mei rakyat palestin menyambut nakba
pada 15 mei 1948 israel diwujudkan ini ialah malapetaka

selama 54 tahun rakyat tanah melayu dihingapi oleh nakba-malapetaka
pada 31 0gos rakyat tanah melayu menyambut hari malapetaka
pada 31 ogos 1957 british memberikan kuasa kepada united malay nationalm organisation
semenjak 31 ogos 1957 tanah melayu sentiasa dilanda malapetaka



DI LANDA MALAPETAKA



SURAT SEORANG EMAK

Posted: 30 Oct 2011 10:42 AM PDT




TAMAN KUIS YANG INDAH NYAMAN




LUAHAN HATI IBU KEPADA PELAJAR KUIS

Assalamualaikum.

Saya Puan Siti Rozana bte Kassim dari Pulau Pinang merupakan seorang ibu/penjaga kepada salah seorang pelajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang merupakan kolej universiti di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor dan kini beliau sedang berada di tahun 2 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang di kolej universiti tersebut.

Saya pada awalnya berasa amat senang hati apabila menghantar anak saya melanjutkan pelajarannya di kolej universiti tersebut kerana saya banyak mendapat maklumat mengenai suasana pembelajaran di sana yang amat selesa & persekitaran budaya Islam yang amat baik di sana, tambahan pula anak saya juga mengambil jurusan pengajian Islam. Namun segalanya bertukar menjadi mimpi ngeri kepada anak saya & keluarga saya sendiri apabila anak saya telah banyak mengadu kepada saya mengenai beberapa masalah besar yang telah dihadapinya dan rakan-rakannya.

Saya telah menyenaraikan beberapa masalah utama yang sering dihadapi oleh anak saya dan rakan-rakannya. Antaranya ialah :

MASALAH YURAN
i. Yuran terlalu mahal. Pada semester lepas, yuran meningkat sekali ganda dan ini mengundang kemarahan pelajar. Sedangkan jika dilihat, tiada sebarang perubahan pun yang dibuat untuk kemudahan pelajar. Yang dilakukan hanyalah untuk perkara yang tiada kaitan langsung dengan pelajar seperti mencantikkan tasik KUIS, mencantikkan landskap taman dan sebagainya. Perkara yang seharusnya diambil berat dan harus dilakukan perubahan tidak pula pihak KUIS lakukan, sebagai contoh membantu pembayaran buku, menambah baik sumber dan kuantiti buku di perpustakaan, menambah baik sistem interner tanpa wayar (wireless) dan sebagainya.

ii. Pihak KUIS kebiasaannya tidak memberi duit PTPTN yang seharusnya pelajar dapat dengan sepatutnya. Sebagai contoh : pelajar Ijazah Sarjana Muda Syariah & Undang-Undang akan mendapat RM8000 sebagai bantuan daripada pihak PTPTN. Yuran keseluruhan yang harus dibayar ialah RM6850.20. jika dihitung, seharusnya pelajar akan dapat (RM8000-RM6850.20=RM1149.80), tetapi, kami tidak akan dapat jumlah yang begitu sebaliknya pelajar akan dapat lebih kurang dalam RM1000/RM1050 sahaja. Ini telah mengundang rasa tidak puas hati dan pelajar tertanya-tanya, ke manakah baki yuran yang sepatutnya diterima oleh para pelajar dan ke manakah duit pelajar tersebut telah disalurkan ?

iii. Yuran naik terlalu mendadak sehingga memaksa para pelajar 'mengikat perut' dengan baki yuran yang tidak seberapa.

iv. Ada juga beberapa kes yang berlaku apabila ade beberapa mata pelajaran yang tiada kena mengena dengan jurusan yang diambil namun ia telah disenaraikan di dalam yuran dan akibatnya, para pelajar terpaksa membuat beberapa proses membuang mata pelajaran tersebut dan yuran untuk mata pelajaran tersebut tetap perlu dijelaskan/dibayar.

ASRAMA
i. Pemilihan bilik semasa daftar pengajian ; pelajar tidak bebas membuat sebarang pilihan bilik dan ini menimbulkan rasa kurang puas hati terhadap pihak pengurusan KUIS. Pemilihan bilik juga memainkan peranan terhadap keselesaan pelajar.

ii. Struktur bangunan asrama yang dilihat terdapat banyak keretakan dibeberapa bahagian dan ia hanya ditampal dengan polistrin. Ini mengundang bahaya terhadap keselamatan pelajar. Seharusnya pihak KUIS menggunakan waktu cuti panjang pelajar sebagai masa untuk membaiki kerosakan-kerosakan tersebut namun ia tidak dilakukan.

iii. Peralatan yang disediakan tidak berkualiti ;
- Katil cepat patah
- Tilam yang nipis
- Tidak semua tandas yang boleh digunakan
- 'Shower' dan paip cepat patah dan kebanyakannya tidak boleh digunakan
- Penyidai kain tidak mencukupi

iv. Pekerja asrama/pihak KUIS mengambil mudah dan tidak mengendahkan aduan dari pelajar hingga terpaksa membuat aduan berkali-kali, baru tindakan diambil.

v. Barangan elektrik juga perlu dibuat bayaran secara berasingan daripada yuran dan ini menimbulkan rasa beban kewangan terhadap pelajar dan pelajar merasa tidak patut bertindak sedemikian kerana yuran yang dibayar oleh pelajar sudah cukup mahal.

vi. Hak privacy pelajar di asrama tidak sepatutnya dicerobohi oleh warden ataupun mana-mana pekerja/kakitangan KUIS. Ini melanggar hak asasi manusia dan pelajar boleh membawa hal ini kepada bahagian yang lebih tinggi dan pihak KUIS boleh diambil tindakan, lebih-lebih lagi KUIS adalah sebuah institusi swasta yang dibayar oleh pelajar itu sendiri


KAKITANGAN
i. Layanan terhadap pelajar sangat teruk.

ii. Tidak mesra pelanggan

iii. Menggunakan bahasa yang tidak elok dan kurang sopan terhadap pelanggan (pengalaman anak saya yang hendak membuat kad matrik baru, ketika sedang menunggu, telah datang seorang pensyarah baru yang hendak membuat kad pensyarah, kakitangan di situ telah memarahinya kerana menyangka dia pelajar sehingga disedarkan oleh seorang lagi kakitangan).

iv. Pemakaian kakitangan yang tidak menunjukkan sebarang contoh terhadap pelajar seperti yang ditekankan oleh Rektor KUIS melalui konsep "ta'dib" tetapi kakitangan sendiri tidak menunjukkan contoh pemakaian yang baik.

v. Pengawal keselamatan yang berat sebelah. Pelajar lelaki dibiarkan tanpa sebarang tindakan undang-undang diambil apabila balik lewat malam atau membuat perkara yang melanggar undang-undang. Akan tetapi, tindakan yang berbeza telah dilakukan terhadap pelajar perempuan.

PENGANGKUTAN
i. Jika dilihat, pengangkutan bas/ van KUIS kini tidak lagi digunakan pada setiap hari dan hanya digunakan pada hari-hari tertentu seperti Jumaat, sabtu, ahad dan isnin sahaja. Hal ini telah membuatkan pelajar merasa tidak berpuas hati kerana banyak urusan yang melibatkan pelajar untuk keluar, tergendala terutama apabila berurusan dengan mana-mana sektor yang beroperasi pada waktu pejabat.

ii. Pemandu bas juga tidak melakukan tugasan seperti yang telah ditetapkan. Pemandu tida kmengikut jadual perjalanan bas yang seharusnya mereka ikuti. Jika pelajar bertanya atau menegur, pelajar tersebut akan dimarahi kembali (pengalaman anak saya)

Saya juga melahirkan rasa kesal kepada pihak pentadbiran KUIS dan juga kepada Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) KUIS yang gagal menyelesaikan permasalahan yang telah dihadapi oleh anak saya ini walaupun aduan telah dibuat beberapa kali.

Permasalahan terus berulang, dan para pelajar di kolej universiti tersebut terus dihimpit dengan kesempitan wang akibat yuran yang terlalu tinggi. Harapan saya supaya pihak-pihak yang berkaitan dapat menyelesaikan masalah yang telah dihadapi oleh anak saya ini dan rakan-rakannya.


MAK CIK JANGAN LUPA KEMPEN INI



MUHYIDDIN BAKAL PM YANG TEGAS - BUKAN MACAM MACAM FLIP FLOP

Posted: 30 Oct 2011 02:47 AM PDT



NOTA:


nasib baik muhyiddin yang buat dasar
kalau najib kena gempak olek mak cik page
sudah takut kah kah kah

nota:
syabas muhyiddin
rakyat bersama mu!

nota:
mak cik page ini bukan ramai
suruh dia orang buat cendol
kalau hebat turunlah ke jalan raya
cakap senang kah kah kah


BERJUANG LAGI KALAU GAGAL





PPSMI: HADAPI RISIKO PRU JIKA TERUS NAFI KAMI PAGE BERI NAJIB AMARAN
– minsider

Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, demikian menurut pertubuhan bukan kerajaan PAGE hari ini.

PAGE menegaskan pihaknya mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berusia 10 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan dijadikan opsyen di sekolah rendah dan menengah.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... MENGAPA SUSAH SANGAT NAK TERANGKAN..... kah kah kah..

woit...KALAU NAK BELAJAR BAHASA KENA BELAJAR SASTERA.....kah kah kah...

kah kah kah...MATHS DAHN SAINS BUKAN UNTUK BELAJAR BAHASA.... kah ah kah...

woit...TAK FAHAM FAHAM....kah kah kah...

woit...PAGE INI TAK FAHAM.... KALAU DI NEGERI JEPUN MATHS DAN SAINS DALAM BAASA JEPUN...kah kah kah..

kah kah kah...KALAU DI SAUDI ARABIA....MTAHS DAN SIANS DALAM BAHAA ARAB.... kah ka kah...

woit...KEPALA BANA APA PULAK DI MALYSIA INI MATHS DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS... kah kah kah...

woit...KALAU NAK BELAJAR BAHASA INGGERIS... WAJIB BELAJAR SASTERA INGGERIS.... kah kah kah......

woit...MINTA PELAJARAN SASTERA INGGERIS...BARU CUN.... kah kah kah..

nota:
di united kingdom
maths dan sains tidak diajar dalamk bahasa melayu
kah kah kah

NOTA:
nasib baik dasar ini
diumumkan oleh muhyiddin
kalau najib pasti dah flip flop
pasti takut



MADAME PAGE HAVE YOU READ THIS?


IKLAN PERCUMA UNTUK ELTON JOHN

Posted: 29 Oct 2011 11:00 PM PDT




NOTA:


yang pelik tu
konsert elton di tentang
kenapa tak minta genting
tempat judi di tutup terus!


LAGU DAN PERASAAN




ELTON JOHN : PAS JANGAN TIRU TALIBAN, KATA ASRI - mkini

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur desakan dalam PAS untuk menghalang konsert rock Elton John di Pahang pada bulan depan atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

"Lagipun itu diadakan di Genting (Highland), tempat arak dan judi (untuk) non-Muslim," katanya.

Pada 25 Oktober lalu, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John pada 22 November kerana ia didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.

Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz dilapor menegaskan homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan John adalah maksiat.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Asri menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebalinya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

"Anggaplah konsert itu untuk non-Muslim. Jika itu yang mereka (PAS) mahu," katanya.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


NOTA:
pemuda pas ini selalu tak sedar
bahawa mereka telah digunakan oleh ajensi pengiklan
ceritanya bagini: kalau nak beli iklan amat mahal
maka syraikat iklan ini bocorkan cerita
pemuda pas meloncat mengambur
maka jadi berita besar

ini cara syarikat iklan
dapat ikalan free

ramai yang tak tahu tentang konsert elton john
kini satu negara sudah tahu
ramai tak tahu elton john ini gay
kini satu negara sudah tahu
maka tiket pun laris dijual
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

NOTA:
lain kali kalau nak buat konsert
kalau nak dapat publisiti
cucuk pemuda pas
kah kah kah



ANAK MUDA MULA BANGUN LAWAN BN

Posted: 29 Oct 2011 10:05 PM PDT




SEMUA BANGUN LAWAN BN



lawan bn ialah lawan barang naik harga

lihat anak muda malam tadi telah bangun lawan bn
ini pertanda baik
ini tanda anak muda telah bersedia untuk lawan bn

bayangkan mereka menyusun melalui facebook
mereka berkumpul melalui faceboook
inilah jenerasi faceboook yang menggugurkan mubarak

politikus pakatan rakyat
sila lihat dan faham akan tanda makna ini
politik tua
politik yang membosankan
politik pakai baju batik lengan panjang
politik nak jadi wakil rakyat
adalah dibenci oleh anak muda

lawan bn - lawan barang naik harga!


SOLIDARITI BERSAMA ANAK MUDA



BERITA YANG KITA SEMUA INGIN BACA

Posted: 29 Oct 2011 07:27 PM PDT




YA AMPOOOOOON!





SULTAN TEGOR GRADUAN LUPA DIRI
– berita hairan


BATU PAHAT: Penuntut dan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan perlu mengelak budaya lupa diri, sebaliknya sentiasa menghargai jasa universiti serta kerajaan.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, mereka juga tidak seharusnya menyertai perhimpunan haram yang menggugat kesejahteraan negara selain mengelak gejala sosial serta menjaga etika sebagai seorang pelajar.

Aspek kecemerlangan sepatutnya dijadikan keutamaan sebaliknya sering dicemari sikap segelintir graduan dan siswa yang terbabit dalam aktiviti memudaratkan. Sikap mereka ini seolah-olah tidak pernah bersyukur dengan apa yang diberikan kerajaan.

Titah baginda, ramai penuntut serta graduan mula lupa diri dan leka dengan peluang diberikan selepas pelbagai cara dan saluran digunakan bagi menempatkan mereka di IPT.

Sejak kebelakangan ini, ada graduan mahupun mahasiswa yang terpengaruh dan terbabit dengan aktiviti politik semasa seperti perhimpunan haram....ada yang berani menjadi pengikut kepada kumpulan politik jalanan yang berunsurkan anti pertubuhan dan kerajaan. Ada siswi sanggup menjual maruah diri bagi mendapatkan kemewahan mudah sedangkan mereka generasi terpelajar, titahnya.


ini berita yang ingin kita baca:


MAHASISWA TEGUR SULTAN JANGAN LUPA DIRI – berita hairan


BATU PAHAT: Raja dan Sultan tempatan perlu mengelak budaya lupa diri, sebaliknya sentiasa menghargai jasa rakyat dan orang ramai..

Para graduan telah berkata bahawa Sultan dan Raja Raja tidak seharusnya menyertai apa apa parti politik. Mereka juga di ingatkan untuk menghindar dan mengelak dari gejala sosial seperti bermain judi, menyusun perjudian bola, menjual kontrek kerana ini akan menggugat kesejahteraan negara selain mengelak gejala sosial serta menjaga etika sebagai seorang yang diseharusnya dihormati.

Aspek kecemerlangan sepatutnya dijadikan keutamaan sebaliknya sering dicemari sikap segelintir Raja dan Sultan yang terbabit dalam aktiviti memudaratkan. Sikap mereka ini seolah-olah tidak pernah bersyukur dengan apa yang diberikan oleh rakyat.

Para mahasiswa telah berkata, ramai Raja dan Sultan mula lupa diri dan leka dengan peluang diberikan selepas pelbagai cara dan saluran digunakan bagi menempatkan mereka di Istana.

Sejak kebelakangan ini, ada Sultan yang terpengaruh dan terbabit dengan aktiviti politik semasa seperti perjudian haram....ada yang berani menjadi pengikut kepada kumpulan politik perkauman yang berunsurkan anti hak asasi dan zalim terhadap orang ramai. Ada yang sanggup menjual maruah diri bagi mendapatkan kemewahan mudah sedangkan mereka digaji oleh rakyat.


D'Perbatasan

Posted: 30 Oct 2011 07:38 PM PDT

D'Perbatasan


Pelabur bukan takut undang-undang Islam tapi takut pada BN?

Posted: 30 Oct 2011 08:00 AM PDT

Blogger Umno Penipu - Koh

Posted: 30 Oct 2011 07:53 AM PDT

"BN Adalah Pemerintah Terbaik" - Muhyiddin

Posted: 30 Oct 2011 07:42 AM PDT

Chua Soi Lek Hina Islam..!!!

Posted: 29 Oct 2011 08:21 PM PDT

Kerajaan P Pinang beri 260 huffaz anugerah

Posted: 29 Oct 2011 08:10 PM PDT

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

Posted: 30 Oct 2011 03:43 PM PDT

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


SELANGOR : BN vs PR

Posted: 29 Oct 2011 10:54 PM PDT

Ini pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat berbanding kerajaan Barisan Nasional

ALHUSSEYN

Posted: 30 Oct 2011 03:39 PM PDT

ALHUSSEYN


Not that I don 't love PAS, but I love Islam more!

Posted: 30 Oct 2011 02:24 PM PDT

"Bukan saya tak sayang parti tetapi di tahap tertentu dalam perjuangan, parti pun perlu letak ke tepi demi melaksanakan tanggungjawab kepada Allah s.w.t," kata Hasan yang memegang portfolio agama dipetik di sini

Saya tidak mahu komen panjang tentang apa maksudnya yang sebenar. Jawatankuasa Disiplin Parti kena perjelaskan kepada ahli.Ianya umpama ungkapan terkenal 'Not that I don't love Caesar, but I love Rome more'.

Apakah benar Hasan mengeluarkan ungkapan begitu? Hasan seolah-olah memperlihatkan dirinnya sebagai - 'It is fun to do something foolish every now and then.... Itulah yang saya nampak bila Hasan Ali mengeluarkan kata-kata tersebut.

Elton John: PAS jangan tiru Taliban, kata Asri

Posted: 29 Oct 2011 11:11 PM PDT

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur desakan dalam PAS untuk menghalang konsert rock Elton John di Pahang pada bulan depan atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

"Lagipun itu diadakan di Genting (Highland), tempat arak dan judi (untuk) non-Muslim," katanya di sini

DIALOG RAKYAT

Posted: 30 Oct 2011 03:28 PM PDT

DIALOG RAKYAT


Harta FLOP, Imelda Marcos Dirampas, Bila Lagi Harta FLOM?

Posted: 30 Oct 2011 08:37 AM PDT

KELAN GREENBOC


Manila: Tiga hartanah di Manila yang dimiliki oleh bekas wanita pertama negara itu yang ranggi, Cik Imelda Marcos, akan dirampas pihak berkuasa sebagai bayaran bagi wang yang beliau salahgunakan hampir tiga dekad lalu, kata pemerintah Filipina semalam.

Rumah-rumah itu bernilai sejumlah US$1.3 juta(RM4.00 juta), menurut pemerintah negara itu.

Langkah itu menamatkan satu pertarungan undang-undang yang bermula pada 1987, setahun selepas mendiang suami Cik Marcos, bekas presiden Ferdinand Marcos, diguling, kata seorang jurucakap bagi Suruhanjaya Presiden bagi Pemerintahan Baik Filipina, Encik Nick Suarez.

Beliau berkata tidak diketahui apakah keluarga Encik Marcos pernah tinggal dalam rumah-rumah itu, yang akan dijadikan pampasan bagi 10 juta peso yang diambil secara haram daripada agensi pengimport beras Filipina pada 1983.

'Ia satu kemenangan bagi rakyat Filipina dan pemerintah kerana kita telah mendapatkan semula apa yang telah dicuri,' kata Suarez kepada agensi berita AFP.

Suruhanjaya itu telah berusaha mencari jalan untuk mendapatkan semula wang berjumlah sehingga berbilion dolar yang dicuri oleh mendiang diktator Filipina dan keluarganya itu semasa beliau memegang jawatan presiden negara itu.

Sebuah mahkamah antirasuah khas memutuskan pada April lalu bahawa keluarga Encik Marcos harus mengembalikan wang tersebut kepada pemerintah, bersama faedahnya, dan mahkamah yang sama juga memutuskan minggu ini bahawa pemerintah Filipina kini boleh merampas hartanah itu selepas keluarga berkenaan gagal melunaskannya.

Jurucakap bagi Cik Marcos tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara itu.

Mendiang Marcos memerintah Filipina dari 1965 hingga 1986, dengan sebahagian besar tempoh tersebut beliau bertindak sebagai seorang diktator.

Keluarga dan sekutu-sekutu beliau telah didakwa mencuri berbilion dolar daripada dana negara semasa pemerintahannya.

Cik Marcos terkenal kerana tabiatnya yang kuat belanja dan gaya hidupnya yang serba mewah, walaupun negaranya serba miskin.
-- AFP.

Ulasan GB

Itu FLOP - First Lady Of Philipphines. Bilakah lagi untuk FLOM - First Lady Of Malaysia? Yang juga mempunyai harta melimpah ruah setelah Najib menjadi PM dimana FLOM juga seperti Imelda terkenal kerana tabiatnya yang kuat belanja dan gaya hidupnya yang serba mewah?

Cincin dan beg FLOM berjuta nilainya. Itu baru dua barangan. Belum cungkil habis harta-harta lain....

Betulkah Annuar Jadi Pengarah Pilihanraya UBN Kelantan?

Posted: 30 Oct 2011 08:34 AM PDT

MSO


TERDENGAR di dua tiga lokasi kononnya Annuar Musa akan dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya UBN Kelantan. Semalam di sebuah majlis kenduri di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ada orang memberi tahu yang MT telah bersetuju melantik Annuar sebagai pengarah. Kata si pemberi tahu itu hanya tunggu diumumkan sahaja.

Dari sumber ibu pejabat Umno Kelantan juga ada menyebut kemungkinan itu. Sumber rapat dengan Mustapa Mohamed juga ada terdengar desas desus demikian. Benarkah?

Annuar yang kini sudah terpelanting dalam arus politik Kelantan dan cuba bangun menerusi bola sepak tentu gembira dengan desas desus itu. Tidak mustahil juga beliau sedang berusaha mencetak namanya untuk memasuki semula inner cicrle politik Kelantan. Atau beliau sendiri telah menghantar pelobi menemui Najib untuk jawatan itu.

Annuar orang yang tidak mudah tewas dan mengaku kalah dalam politik. Dia licit macam belut dan anjal macam gamat laut, walaupun badan sudah putus tiga tetapi kalau dicampak ke laut ia boleh bercantum balik. Annuar mempunyai ilmu ampuh dan bijak mencari helah untuk keluar dari simpulan politik. Sudah acap kali dia terlepas... menjadikan orang lain yang terkena nagkal walaupun dia yang mencuri.

Bola sepak adalah ruang untuk beliau memulihkan imejnya. Membina semula reputasi dan menebus kemaluan demi kemaluan. Ternyata usaha itu berjaya. Kemenangan skuad gedebe merah Kelantan telah menaikkan namanya. Kemenangan itu memberi ruang Annuar untuk turun ke padang semula dengan mengarakkan piala Malaysia ke segenap kampung dan pelusuk di Kelantan.

Ada juga rakyat Kelantan yang belum tenguk dan jamah piala itu mengkagumi Annuar. Meletakkan kejayaan itu hasil usaha Annuar secara personal sehingga lupa kemenangan itu adalah hasil kerjasama dan persepakatan pemain dan juga rakyat Kelantan serta kerajaan negeri seluruhnya tanpa mengira ideologi politik.

Gelombang merah telah digunakan Annuar untuk menyakinkan orang Kuala Lumpur, bahawa dia mampu melalukan kejutan. Orang Kuala Lumpur juga ada yang menerimanya. Menerima secara pakej kejayaan Annuar itu silap, kerana mengurus bola sepak tidak sama dengan politik. Menjadi seorang pengurus mungkin Annuar ada bakat tetapi menjadi politician dia sudah banyak kali gagal.

Penglibatan beliau dalam bola sepak sehingga berjaya mencacakkan nama Kelantan jelas demi kepentingan peribadi dan wang. Kenapa dikatakan begitu, kerana Annuar tidak berjaya mengemilangkan nama di dalam Kada sehebat dalam bola. Sebabnya... Kada tidak memberi keuntungan banyak kepadanya. Annuar adalah pengerusi Lembaga Pertanian Kemubu (Kada).

Orang ramai mulai merasa seronok dengan apa yang dilakukan Annuar. Annuar sendiri katanya mendakwa dia ada penyokong gedebe merah seramai 200,000 yang kononnya akan mengubah landskap politik Kelantan. Para penyokong itu yang selalu dijinakkan menerusi program tertentu akan digunakan sebagai saldadu upahan untuk menyokong Umno.

Mulanya saya fikir begitu. Para penyokong bola sepak akan disihirkan oleh Annuar untuk menyokong Umno. Mereka akan digula-gulakan dengan kemenangan demi kemenangan. Tetapi apabila bercakap dengan kawan baik Annuar, Mohamad Alwi Hj Che Ahmad, (jangan panggil Hj Lu V, sebab dia marah) tanggapan saya itu salah. Kata Mohamad Alwi, itu adalah ilusi Annuar sahaja. "Demo tenguk dalam stadium, 10 yang membawa masuk bendera adalah bendera Pas, bendera Umno hanya satu sahaja...," begitu ujar Mohamad Alwi kepada saya suatu hari.

Juga hujah Alwi, penyokong bola sepak akan menyokong bola sahaja, mereka tidak akan menyokong Umno. "Kalau Pas tetap Pas sampai ke bila," kata Mohamad Alwi. Jadi kalau Annuar merasakan penyokong gedebe merah itu sebagai penyokongnya itu satu assement yang silap. Saya juga hairan apabila Mohammad Alwi berkata demikian, apakah dia juga merupakan seorang penyokong gedebe merah yang sudah mulai tidak sokong kawan baiknya itu?

Saya mulai percaya kata-kata Mohamad Alwi itu. Apabila saya bercakap dengan beberapa penyokong pasukan bola Kelantan mereka tidak mudah terpengaruh dengan bola sepak. Kata mereka bola sepak adalah sukan termasuk dalam bab hobi, manakala politik adalah perjuangan. "Saya tidak akan tukar perjuangan dengan hobi.." tegas mereka.

Dengan hakikat itu apakah kelebihan Annuar untuk dilantik menjadi Pengarah? UBN sengaja menepah maut kalau menerima perlantikan Annuar sebagai pengarah. Dan MT yang kononya sudah membuat keputusan itu juga, pasti salah dalam membuat penilaian atau salah menerima maklumat berhubung reputasi Annuar Musa.

Suka tidak suka, dan bagaimana Annuar cuba mengkosmetikkan dirinya dengan bola sepak, tetapi kebusukan aksi dn fiil politiknya di Kelantan sudah diketahui umum. Ke mana sahaja orang pergi orang akan terhidu akan kehamisan lagak politiknya. Orang Kelantan masih belum lupa dan ingat segala tindak tanduknya semasa dia menjadi menteri dulu. Selama lebih 10 tahun menjadi menteri tidak ada sebarang tanda jasa besar Annuar untuk Kelantan melainkan di Ketereh, kawasan diwakilinya.

Annuar semasa zaman gahnya lebih dilihat menteri Kuala Lumpur dari menteri asal Kelantan. Dia seakan tidak mempedulikan langsung kepada Kelantan melainkan memberi habuan dan menjaga bagaikan menatang minyak penuh rakyat di Ketereh sahaja. Al hasilnya aksi begitu tidak juga menjamin kemenangan abdi buatnya. Dalam tahun 2008 Annuar tertiarap makan dedah di tangan anak buahnya sendiri, Aziz Kadir yang dianggap sebagai ayam dogel.

Orang masih ingat bagaimana Annuarlah yang menyekat projek federal untuk Kelantan. Beliaulah yang mencegah kerajaan Pusat daripada memberi bantuan kewangan kepada Kelantan untuk mengatasi masalah air, pembesaran lapangan terbangan Sultan Islam Petra dan kemudahan lain. Begitu juga semasa menjadi pemimpin Umno Kelantan di era Mahathir dulu, Annuar tidak pernah pun ingat kepada Kelantan. Tidak ada kedengaran sekalipun dia membangkitkan isu royalti minyak untuk Kelantan. Kalau pun dibela dan dibela hanya beberapa orang wanita Kelantan saja termasuk janda.

Begitu juga dengan skandal dan isu peribadi yang dibelitkan ke atas dirinya, masih segar dalam ingatan. Penyelewengan wang PPRT bernilai puluhan juta yang dikaitkan dengan dirinya masih tersemen di dalam ingatan. Setengah orang bila terpandang Annuar Musa maka akan terpandanglah helaian ringgit itu melayang-layang jatu atas muka dan di hujung kakinya.

Sejarah dan hikayat itu semua menyebabkan Annuar Musa tidak akan dapat melepaskan dirinya dari sangkaan dan fitnah umum. Kejayaan membawa piala Malaysia ke Kelantan bukan penawar untuk menutup segala sangkaan buruk dan fitnah itu. Apa lagi dalam beberapa kes melibatkan dirinya ada kebenarannya. Keseronokan kerana melihat bola menggolek dan menerawang ke jaring gol tidak akan menyapu ingatan orang ke atas kejahatan dan kesadisan politik yang dilakukannya.

Jadi dari celah mana kalau MT atau Najib sendiri terbuka hati untuk melantik Annuar sebagai pengarah? Apalah Annuar telah membiayai separuh dari harga cincin sernailai RM24 juta? Annuar memang berkebolehan mengurus dan mencatur politik, tetapi perlu diingat politik bukan saja memerlukan seorang yang cemerlang dalam pengurusan dan kreatif dalam menangan isu tetapi politik memerlukan seorang yang mesra alam, bersih, mudah didampingi, bertanggungjawab, tidak membuat kerja kucing kambus tahi dan lebih penting mempunyai komitmen tinggi kepada negerinya sendiri.

Justeru kalau Umno melantik Annuar menjadi pengarah pilihan raya, Pas Kelantan akan mendapat bonus kemenangan awal. Sudah pastinya gambar dan banner majlis pertabalan Tengku Ibrahim Putra di bawah pokok ketapang di Ketereh yang berlaku kira-kira 20 tahun lalu akan muncul kembali. Sesungguhnya gambar itu cukup menikam hati rakyat Kelantan yang diterjemahkan sebagai penderhakaan Annuar kepada istana Kelantan.

Gambar piala Malaysia yang ada dalam simpanan Annuar itu tidak akan mampu untuk melawan gambar dia bersama Tengku Ibrahim Putra di Ketereh itu. Jadi ura-ura melantik Annuar sebagai pengarah pilihan raya tidak lain dan tidak bukan untuk melentangi semua kerja-kerja yang dijalankan oleh Mustapa Mohmed dewasa ini

Tourism Selangor Beri Laluan Kepada Iklan MES

Posted: 30 Oct 2011 08:03 AM PDT

TVS NEWS


SHAH ALAM : Tourism Selangor menjawab dakwaan Laporan Audit Negara bahawa peruntukan tahunan anak syarikat kerajaan negeri itu digunakan bagi membiayai program Tabung Warisan Anak Selangor(Tawas).

Dalam satu laporan akhbar Sinar Harian, Jabatan Audit Negara berkata sejumlah RM70,000 diluluskan untuk mempromosi dan menaiktaraf produk pelancongan tetapi ia tidak digunakan.

Sebaliknya menurut Eksekutif Promosi dan Perhubungan Awam Tourism Selangor, Yusri Abdullah pihaknya giat mempromosi pelancongan di Selangor melalui Billboard ditempat-tempat yang sudah dikenalpasti di seluruh Selangor dan negeri-negeri lain.

Bagaimanapun katanya, ketika ini masih terdapat Billboard disediakan oleh Tourism Selangor masih dalam keadaan baik untuk digunapakai.

"Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Selangor dalam rangka mempromosikan program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Kempen Air Percuma yang merupakan sebahagian daripada Program Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor," katanya.

Selaku anak syarikat, Tourism Selangor amat menyokong niat murni kerajaan negeri dan bersedia memberi laluan bagi pemaparan visual Program MES menggantikan visual yang asalnya menjadi milik Tourism Selangor memandangkan ini adalah terbaik buat rakyat Selangor.

UMNO Guna Taktik 3R Tarik Sokongan Melayu

Posted: 30 Oct 2011 08:01 AM PDT

TVS NEWS

SHAH ALAM : Dalam rancangan Umno untuk menawan balik Selangor dan Pulau Pinang, parti itu menumpukan usaha bagi menarik sokongan Melayu dengan bermain sentiment agama, perkauman dan institusi raja.

Sambil menyifatkan pendekatan itu sebagai "3R" (race, religion, royalty) Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata ini dapat dilihat di dalam isu-isu seperti Mat Indera dan kritikan Sultan Johor terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Strategi ini digunakan setelah Umno merasakan yang ia telah hilang sokongan di kawasan bandar dan di antara komuniti bukan Islam, katanya.

"Dalam keadaan politik sekarang untuk memenangi pilihan raya Umno mengharapkan empat komponen iaitu undi Melayu luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi daripada Sabah serta Sarawak.

"Untuk itu strategi mereka mempermainkan isu-isu bersifat 3R iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja). Manakala negeri utama sasaran mereka ialah Selangor, Pulau Pinang dan Perak," katanya di dalam satu laporan di laman lidah rasmi Pas, Harakahdaily.

Contoh terbaru aplikasi 3R ini adalah di dalam kes pakar perlembagaan Prof Aziz Bari, yang digantung tugas di Universiti Islam Antarabangsa, kata Mohamad, yang lebih dikenali dengan nama "Mat Sabu".

Aziz digantung tugas oleh institusi tersebut selepas sebuah komentar yang beliau tulis dikecam oleh penyokong dan blogger pro-Umno. Beberapa laporan polis juga telah dibuat keatas Aziz berhubung artikelnya.

Di dalam artikel itu, Aziz berhujah yang rakyat berhak mempersoal titah Sultan asalkan mereka tidak menyentuh kedudukan institusi Raja-Raja Melayu sendiri di dalam perlembagaan.

"Nampak macam seolah-olah Umno mendukung raja. Tapi saya nak ingatkan pada tahun 1993 semasa saya menjadi ahli parlimen, pernah speaker menggantung peraturan Dewan yang menghalang menyentuh soal raja-raja. Masa itulah mereka 'belasah' raja-raja Melayu dalam isu kekebalan raja-raja dulu," kata Mat Sabu.

Nik Aziz : Mahad Tahfiz Pulau Pinang Perlu Bantu Selamatkan Islam Dari Polemik Perkauman

Posted: 30 Oct 2011 07:57 AM PDT

TVS NEWS



PULAU PINANG : Mahad Tafiz di Pulau Pinang disaran memainkan peranan penting supaya tangapan bahawa Islam hanya untuk orang Melayu dapat dibaiki dan diperjelaskan kepada umum terutama orang bukan Islam.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis perasmian Ijtimak Al- Huffaz anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang di sini.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS turut meminta Mahad Tahfiz supaya meningkatkan penglibatan golongan mualaf bagi menunjukan Islam itu agama semua bangsa.

Langkah ini juga katanya akan menangkis tanggapan bahawa orang Melayu itu sahaja yang Islam sedangkan dunia intelektual Islam penuh dengan ilmuan yang bukan dari negara Arab dan ini telah memperhebatkan penyebaran mesej Islam kepada orang bukan Islam.

Dalam konteks Malaysia, peningkatan hafiz dan ilmuan dari komuniti bukan Melayu boleh memperbetulkan imej Islam yang tercalar
akibat sentimen kaum yang diapi-apikan kumpulan pro-Ketuanan Melayu.

"Sesungguhnya tidak ada kelebihan sesuatu bangsa ke atas bangsa lain kecuali mereka bertaqwa kepada Allah.," katanya.

Turut hadir Menteri Besar Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Dalam ucapannya, Lim berkata pentadbirannya akan terus menganjurkan program-program keagamaan walaupun seringkali dilabelkan anti-Islam dan anti-bukan Islam oleh parti komponen Barisan Nasional.

"Tapi pada masa yang sama saya dilabel anti-Islam. Parti lawan yang lain pula melabelkan saya anti-bukan Islam kerana menambah peruntukan kepada hal ehwal Islam.

"Sebelum ini saya rasa semua tahun ada tuduhan yang perarakan Maulud Nabi dibatalkan. Tetapi semua tahu pada setiap tahun perarakan Maulud Nabi tetap dijalankan dengan keadaan yang lebih meriah lagi.

"Ada yang mengatakan bazar Ramadan di Komtar diharamkan sungguhpun ia tetap berjalan seperti biasa. Kita dalam kerajaan negeri akan menghadapi semua fitnah ini dengan tabah dan sabar,"katanya.

Air Percuma Cara Selangor Pulangkan Keuntungan KDEB Kepada Rakyat

Posted: 30 Oct 2011 07:47 AM PDT

Oleh Naeem Raffi


SHAH ALAM: Pemberian 20 meter padu air percuma merupakan satu tanggungjawab menyalurkan hasil keuntungan kerajaan negeri kepada rakyat.

Pemberian ini yang dibuat melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) selaku pemegang amanah Kerajaan Negeri sesuai dengan dasar "Hasil Negeri Untuk Rakyat" menerusi program "Merakyatkan Ekonomi Selangor"(MES).

Dasar ini bermaksud semua aset atau harta yang dimiliki kerajaan negeri adalah milik rakyat Selangor.

"Kerajaan faham jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain kerana sebelum ini, keuntungan anak syarikat kerajaan negeri diserapkan terus dalam kerajaan negeri untuk program-program yang kita tidak tahu secara terperinci dan siapa yang mendapat manfaat," kata satu kenyataan dari Pejabat Menteri Besar.

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).

Menurut kenyataan itu lagi, Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat sentiasa memastikan keuntungan anak syarikat disalurkan dengan betul dan tepat kepada golongan sasaran supaya tidak berlaku ketirisan dalam agihan kekayaan negeri.

Oleh itu, pemberian air percuma ini menerusi KDEB akan diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada lebih kepada 1.2 juta rakyat negeri setiap tahun sejak dilancarkan pada Jun 2008.

"Sebagai contoh, Petronas sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyerahkan keuntungan berbilion ringgit yang diperolehi setiap tahun kepada Kerajaan Pusat tetapi kita tidak tahu bagaimana keuntungan ini dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat.

"Ini berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang mana keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri diagihkan secara langsung kepada rakyat menerusi program-program MES termasuklah pemberian air percuma," kata kenyataan itu lagi.

Mengulas lanjut, Pejabat Menteri Besar menyifatkan isu KDEB menanggung kerugian berikutan pemberian air percuma seperti yang berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara, sebagai suatu yang tidak sepatutnya timbul.

"Banyak juga sedang diperkatakan tentang pengurusan kewangan Negeri Selangor, dan pejabat ini ingin menyatakan perjalanan perbelanjaan telah dibuat dengan telus dan mengikut peraturan yang diperuntukan," tambahnya.

Justeru, Pejabat Menteri Besar mencabar Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar untuk turut sama mendedahkan peruntukan yang disalurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta bagaimana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Selangor diagihkan kepada rakyat Selangor.

"Sekirannya mahu meneliti akaun Negeri Selangor, Kerajaan Negeri tidak keberatan.

"Jika Dato' Menteri (Noh Omar) berani, Kerajaan Negeri akan bersama beliau membuka akaun untuk dihalusi oleh SELCAT," katanya.

Membasmi Aedes Dengan 'Nyamuk'

Posted: 30 Oct 2011 07:38 AM PDT

Oleh Afeeqa Afeera


PUCHONG : Usaha mencegah dan mengawal penyebaran wabak denggi daripada terus menular dipergiatkan melalui pelepasan kira-kira 400 ekor nyamuk Toxo di Kampung Sri Aman di sini petang tadi.

Nyamuk TOXO yang dibawa dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang adalah spesis nyamuk yang jentik-jentiknya memakan jentik-jentik nyamuk Aedes. Tetapi nyamuk tersebut tidak menggigit manusia.

Program pelepasan yang dirasmikan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim itu merupakan kerjasama antara pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), CIMB dan USM. Ia menerusi satu M.0.U yang ditandatangani pada Julai 2009 dengan peruntukan sejumlah RM60,000.

Teresa dalam ucapannya menjelaskan, nyamuk Toxo adalah spesies nyamuk yang dijumpai di kawasan hutan dan memerlukan persekitaran yang mempunyai tumbuh-tumbuhan untuk hidup dengan baik.

Katanya, nyamuk jenis ini tidak menggigit manusia, sebaliknya hanya memakan madu bunga.

"Pihak MPSJ telah mengenal pasti beberapa lokasi sesuai untuk melepaskan nyamuk Toxo dan Kampung Seri Aman adalah salah satu lokasi yang didapati sesuai.

Melalui pra-kajian yang dilakukan, MPSJ telah meletakkan 60 MLTD dan keputusan yang diperolehi mengesahkan kesesuaian tempat ini untuk pelepasan nyamuk Toxo," ujar Teresa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara.

Program pelepasan nyamuk Toxo sebelum ini telah dilaksanakan Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar di USJ 1 pada JUn lalu, namun ia menghadapi masalah ekoran tindakan pihak pemaju yang memulakan kerja pemajuan dan mengganggu pengumpulan data keputusan kajian.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan MPSJ, Dr Roslan Mohd Hussin dan Dekan Fakulti Pengajian Hayat USM, Profesor Abu Hasan Ahmad.

Dalam pada itu, Teresa turut memaklumkan, setakat ini sebanyak 368 kes denggi telah dilaporkan di kawasan pentadbiran MPSJ di mana 202 kes adalah positif dan satu kematian dicatatkan tahun ini.

Bagaimanapun ujar beliau, walaupun kes denggi menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu, faktor cuaca yang tidak menentu terutamanya musim hujan sekarang ini menyebabkan banyak wujudnya takungan air yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Justeru menurutnya, penubuhan Skuad Denggi JKP Zon 12 dilihat sebagai projek perintis bagi menggerakkan masyarakat setempat dalam usaha mencegah dan mengawal demam denggi.

"Sebagai projek perintis, skuad denggi yang ditubuhkan ini akan diberi latihan dan tunjuk ajar oleh pihak Jabatan Kesihatan MPSJ.

Antara peranan dan aktiviti skuad ini adalah memastikan kawasan mereka bebas dari tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes selain dari membantu memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada masyarakat setempat tentang cara terbaik untuk mencegah dan mengawal demam denggi," katanya.

Ujar beliau lagi, untuk pelancaran program kali ini, MPSJ telah menerima peruntukan tambahan sebanyak RM5,000 dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Projek hancurkan akhlak muda-mudi, Umno-BN wajib dijatuhkan

Posted: 30 Oct 2011 07:34 AM PDT

Diterbitkan oleh: Editor@WD


WarkahDaily – Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bakal dilaksanakan pada 22 November ini di Genting Highlands iaitu 'menghancurkan akhlak muda-mudi, anak remaja dan pelapis anak bangsa negara' sebagai persediaan mengekalkan kuasa kerajaan BN dalam Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

Anak muda merupakan tunjang negara di masa akan datang dan juga penentu tampuk pemerintahan dan dianggarkan 7 juta pengundi muda akan menjadi faktor penentu siapakah yang meneraju kerajaan selepas PRU ke-13 akan datang.

Itulah sebabnya kita dapati Perdana Menteri yang juga Presiden Umno-BN telah melakukan perubahan drastik pada imej dirinya konon dia berjiwa rakyat muda apabila dilaporkan turut berkongsi pentas dengan para artis menari dan berjoget dalam Konsert Suara Kami anjuran Astro beberapa bulan lalu.

Bukan itu je, Najib turut menyatakan konon dia adalah peminat bola sepak dan mengambil kesempatan untuk menarik perhatian golongan muda yang minat sukan berkenaan dengan menonton bola sepak perlawanan melibatkan pasukan Harimau Malaya bersama-sama anak-anak muda.

Yang terbaru, Najib mengajak penyokong Manchester United (MU) menonton perlawanan pasukan itu dengan Manchester City di kediaman rasminya. Namun kesian, pasukan kegemaran Najib diaibkan sebegitu rupa apabila dibelasah City 6-1 di gelanggang sendiri di Old Trafford. Baca di sini.

Nak tarik sokongan golongan muda punya pasal, terpaksa jadi 'muda' juga la.

Namun, bukan usaha itu aje yang dilakukan, malahan lebih berbahaya lagi, ada usaha untuk melalaikan golongan muda-mudi dengan hiburan melampau agar golongan itu tidak mengambil perhatian terhadap masa depan negara. Yang penting, muda-mudi diberi 'candu' hiburan agar lalai dan sudah tentu secara automatik, kerajaan BN mendapat sokongan mudah dari golongan itu. Yang penting bagi mereka, jangan biarkan muda-mudi sedar kepentingan memilih kerajaan yang adil dan jujur dalam pilihanraya.

Dipetik dari Harakahdaily, dilaporkan dari sebuah akhbar harian tempatan, artis luar negara yang banyak kontroversi jantina, Elton John akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia pada 22 November ini di Genting Highlands.

Menurut Harakahdaily lagi, Elton John seorang lelaki telah 'berkahwin' dengan David Furnish juga seorang lelaki pada Disember 2005 selepas kerajaan negara mereka membenarkan perkahwinan sejenis.

Tahun sebelumnya mereka merancang mengambil seorang anak angkat yang dikatakan mengidap penyakit HIV dari Ukraine, tetapi hasrat mereka tidak kesampaian apabila kerajaan Ukraine tidak membenarkan perkahwinan sejenis dan juga atas faktor umur Elton John.

Pada tahun 2010, mereka mendapat 'anak' hasil dari bayi yang dikandungkan oleh seorang ibu tumpang kepada bayi tersebut yang diberikan nama Zachary Jackson Levon Furnish-John.

Menurut sebuah majalah, Elton John dan pasangannya itu rasa amat gembira dengan kehadiran 'anak' mereka itu: "We are overwhelmed with happiness and joy at this very special moment. Zachary is healthy and doing really well, and we are very proud and happy parents".

Menurut Ketua Lajnah Penerbitan dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu, Nik Nasri Nik Malek, apa yang dipaparkan ialah kehidupan teramat songsang bagi manusia yang sihat fitrah kemanusiaannya.

Justeru, beliau mempersoalkan adakah wajar artis yang rosak seperti ini mahu dibawa ke negara ini.

"Ketua negaranya beragama Islam, agama Persekutuannya agama Islam dan sebahagian rakyatnya beragama Islam dan rakyat lain beragama lain yang juga tidak boleh menerima cara hidup yang sangat songsang ini," ujarnya.

Menurutnya, mungkin ada yang berhujah kami bukan mahu ikut cara hidupnya yang songsang itu tetapi kami minat lagunya sahaja.

"Ya! Mungkin begitu untuk sebahagian orang yang tak kisah dengan seks rambang atau hidup secara songsang, tetapi bagi mereka yang berfikir tentang kehidupan yang lebih harmoni termasuk masa depan remaja, maka kepentingan nilai dan budaya itu lebih penting dari hanya semata-mata lagunya," katanya lagi.

Ada juga, katanya yang beralasankan dengan hak asasi manusia, hak untuk bercakap dan hak untuk menyuarakan pandangan.

Jelasnya, hak untuk sesuatu yang menjadi fitrah semulajadi manusia mesti diraikan tetapi hak berhibur dan kemudian terpengaruh dengan kehidupan 'bersuami isteri' secara songsang menyalahi fitrah semuljadi manusia itu sendiri dan ia sangat merosakkan.

Beliau menambah, remaja di Malaysia dilaporkan mengalami krisis identiti seramai 6 juta orang, tidak termasuk lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki, jenayah seks dan pelbagai kehancuran nilai.

"Pergi ke enjin pencari di internet dan taip 'gay' atau yang sepertinya, anda akan terkejut dengan budaya gay di Malaysia," katanya.

Justeru, katanya kerajaan dan agensi terlibat mesti sensitif dengan isu-isu nilai yang terhakis dengan dahsyatnya sekarang.

"Batalkan konsert Elton John itu atau bersedia menghadapi murka Allah dan makin hancurnya remaja Malaysia sendiri," katanya lagi.

Laporan Audit: Malaysia diaibkan kerajaan Barisan Nasional

Posted: 30 Oct 2011 07:26 AM PDT

Diterbitkan oleh: Editor@WD


Pendedahan kelemahan dan pengurusan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Isnin lepas, adalah satu perkembangan mengaibkan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Sungguhpun (Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Razak) mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi," kata Anwar.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri, kata beliau dalam satu kenyataan.

Anwar berkata Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala perubahan dan setiap reformasi sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia.

Justeru, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menambah, tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan.

Laporan Ketua Audit Negara meneruskan tradisi dengan mengetengahkan pelbagai kelemahan ― lebihan perbelanjaan, projek gagal dilaksanakan, pengurniaan projek tanpa melalui tender dan ketiadaan penyenggaraan sewajarnya termasuk ke atas Stadium Nasional dan Stadium Putra di Bukit Jalil.

Anwar, bekas menteri kewangan berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40 Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.

Anwar juga berkata kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan telah siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara pada 8 Julai dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan ditandatangani pada 16 Jun.

"Sewajarnya tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecuali lah ada muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat," katanya.

Di sebalik kelewatan itu kata beliau, hasil penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 kementerian dan jabatan-jabatan persekutuan dan pengurusan tuju syarikat kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan aktiviti dan projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran. Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti dan projek.

"Mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti atau projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin," katanya.

Menurut Anwar, antara projek dan aktiviti tersebut adalah:

― Kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4 peratus daripada pencapaian objektifnya.

― Kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi. Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri.

― Kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan. Program penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak dilaksanakan oleh tiga syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd.

Mengikut perjanjian penswastaan, jalan persekutuan yang perlu disenggarakan setakat 14 Julai 2003 ialah sepanjang 1,326km dan telah meningkat kepada 1,566km setakat 31 Disember 2009. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara umumnya keadaan jalan persekutuan adalah kurang memuaskan walaupun sejumlah RM462.46 jua telah dibelanjakan untuk penyenggaraannya bagi tempoh tahun 2005 hingga 2010.

― Kelemahan pengurusan projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua di pelbagai kementerian dan jabatan yang terdedah kepada pelbagai bentuk penyelewengan perbelanjaan, bayaran dan peruntukan.

Laporan Ketua Audit Negara turut menyentuh Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua berjumlah RM60 bilion yang dilancarkan pada 10 Mac 2009 bertujuan merangsangkan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat.

Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua telah dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh dua tahun iaitu tahun 2009 dan 2010 dengan peruntukan berjumlah RM15 bilion. Sehingga 31 Disember 2010, Kementerian Kewangan telah mengagihkan RM13.23 bilion kepada 27 kementerian/jabatan/skim untuk melaksanakan 51,560 projek.

Daripada jumlah yang diagih, hanya RM10.09 bilion (76.3 peratus) telah dibelanjakan melibatkan 49,169 (95.4 peratus) projek. Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2010 terhadap sembilan program di enam kementerian/jabatan yang melibatkan 201 projek mendapati kesemuanya telah siap dilaksanakan dengan bayaran berjumlah RM426.69 juta kecuali satu projek iaitu Pembinaan Jambatan Sungai Padas Kedua, Beaufort, Sabah.

Ibrahim Ali: ‘PAS jangan terlalu angkuh, sama-sama kita tengok siapa terbujur’

Posted: 30 Oct 2011 07:22 AM PDT


KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Datuk Ibrahim Ali menasihatkan PAS tidak terlalu "angkuh dan takbur" kononnya ia boleh menang di bahagian Parlimen Pasir Mas yang menjadi rebutan antara tiga parti termasuk calon bebas sejak beberapa pilihan raya umum lalu.

"PAS makin bongkak . . . takbur . . . mana mereka tahu siapa menang siapa kalah? PAS ini sudah ganti Tuhan ke?" kata wakil rakyat ini ketika diminta mengulas mengenai kenyataan kepimpinan PAS kawasan Pasir Mas bahawa parti Islam itu pasti Ibrahim, yang pada pilihan raya umum 2008 menang atas tiketnya tetapi mengiytiharkan dirinya sebagai wakil bebas dan seterusnya menyerang mereka, akan kalah jika bertanding semula di kerusi tersebut.

Justeru kata Ibrahim (gambar), pada pilihan raya umum 2004, PAS mendakwa akan menang besar di Kelantan tetapi hanya dapat mengekalkan kerajaan negeri dengan perbezaan dua kerusi hasil bantuannya.

"Tapi nyawa ikan dengan majoriti dua kerusi (Dewan Undangan Negeri) DUN . . . nasib baik saya bantu dengan bertanding bebas... pilihan raya umum 2008, PAS tidak tahu akan berlaku tsunami politik. Kalau PAS tahu, pasti PAS tidak beri laluan kepada saya," kata beliau lagi.

Ibrahim memberitahu, "puak PAS ini kepala besar, cuma otak kurang dan lebih jijik, takbur."

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa menambah, beliau tidak kisah menang atau kalah, tetapi kalau satu lawan satu pasti PAS akan kalah teruk kali ini.

"Nasihat saya, jangan terlalu bongkak, angkuh dan takbur. Sama-sama kita tengok, kalau panjang umur, siapa yang terbujur," katanya lagi.

Ibrahim menambah, PAS sememangnya berharap Barisan Nasional (BN) tidak memberi laluan kepadanya pada pilihan raya umum kali ini.

"PAS tahu, jika satu lawan satu, dengan saya, insya-Allah, kita tengok siapa berputih mata. Sebab itu, PAS harap bukan (saya) Tok Him calon.

"Maka PAS lancar perang saraf. Tapi perang saraf yang mengelabah," katanya lagi sambil menambah, "PAS Kelantan (seolah-olah) sakit tenat dengan pelbagai penyakit."

Dalam satu laporan dibawa Harakahdaily semalam, Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad berkata, Ibrahim akan kalah jika bertanding semula di bahagian tersebut pada pilihan raya umum ke-13.

Hanipa berkata, jentera pilihan raya parti kawasan tersebut tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional (BN) di bahagian Parlimen Pasir Mas.

Katanya, pihaknya yakin kerana pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah 'kubu' parti itu.

Ibrahim tewas pada 2004 tetapi menang empat tahun kemudian apabila bertanding atas tiket PAS.

Selepas pilihan raya umum 2008 Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Hanipa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir berkata, isu kerusi Pasir Mas ditandingi Ibrahim dengan menggunakan tiket PAS pada 2008 "itu kira (sudah) selesai."

"Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam pilihan raya umum ke-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan 'dacing' (lambang BN). Itu kemungkinan besar. Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan," katanya lagi.

Pada Mac 2008, Ibrahim memenangi kerusi Pasir Mas dengan majoriti 8,991 undi dengan menewaskan calon BN Ahmad Rosdi Mahmad.

Pada 2004, kerusi Pasir Mas dimenangi oleh Ismail Noh dari PAS dengan memperoleh 17,526 undi, Abd Rahim Abd Rahman yang mewakili BN mendapat 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198.

PPSMI: Gunakan semula sistem lama, DAP gesa Putrajaya

Posted: 30 Oct 2011 07:21 AM PDT

TERKINI



KUALA LUMPUR — Kementerian Pelajaran perlu lebih fleksibel dan wajar memberi ospyen untuk belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, kata DAP sambil menegaskan dasar sedemikian akan membolehkan Malaysia mengekalkan bakat-bakat terbaik dalam negara.

Parti pembangkang itu melahirkan pendirian menyokong pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang terus mendesak kerajaan agar mengekalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan memberi opsyen kepada para pelajar.

"Prinsip paling penting yang Kementerian Pelajaran harus terima pakai ialah pelajar-pelajar yang cerdik tidak harus ketinggalan di belakang hanya kerana ada pelajar yang lemah dalam akademik," kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

"Kedua, dan yang paling penting ialah usaha perlu diambil untuk memastikan sekolah-sekolah berupaya untuk melahirkan modal insan terbaik bagi Malaysia ketika kita sedang berusaha menjadi sebahagian daripada ekonomi berasaskan pengetahuan dalam muncul sebagai negara berpendapatan tinggi," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Muhyiddin berkata keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak.

Katanya, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.

"Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan Bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan Bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya.

"Pada hari ini kita tahu sesetengah guru Bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap...jadi kalau sesetengah sekolah nak Bahasa Inggeris (tetapi) sekolah itu tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan.

Aziz Bari buat laporan di Taiping, polis sah peluru jenis caliber 9mm

Posted: 30 Oct 2011 07:16 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari (gambar) hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini bagi memberi keterangan susulan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam.

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis "jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti" itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping, Perak.

Aziz kini disiasat pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor berkenaan kes Gereja Methodist Damansara Utama, awal bulan ini.

"Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut . . . pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan," katanya.

Dipetik Bernama Online, Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini.

Tindakan Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai "kurang ajar".

Polis mengesahkan peluru yang diterima Aziz adalah jenis caliber 9mm dan motif pihak tertentu menghantarnya masih dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan daripada Aziz pada pukul 7 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.

PPSMI: Hadapi risiko PRU jika terus nafi kami, PAGE beri Najib amaran

Posted: 30 Oct 2011 07:14 AM PDT


KUALA LUMPUR— Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, demikian menurut pertubuhan bukan kerajaan PAGE hari ini.

PAGE menegaskan pihaknya mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berusia 10 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan dijadikan opsyen di sekolah rendah dan menengah.

"Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan.

"Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang," kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) dalam satu kenyataan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Noor Azimah berkata PAGE akan menghantar surat rayuan kepada Najib esok.

"Kami tidak mahu pentadbiran Najib diperingati atas keputusan memansuhkan PPSMI, kerana tidak mendapatkan semula undi majoriti dua pertiga (di Parlimen) dan menjadikan kanak-kanak kita satu lagi generasi yang ketinggalan," kata beliau dengan tegas.

Noor Azimah menekankan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan PPSMI sebelum ini bukannya menyebabkan kecacatan, sebaliknya ia akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk bersaing dengan negara-negara lain sekiranya dasar itu dipertahankan.

Beliau juga mengkritik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang semalam berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Muhyiddin berkata keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak.

Katanya, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.

"Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan Bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan Bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya.

"Pada hari ini kita tahu sesetengah guru Bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap ... jadi kalau sesetengah sekolah nak Bahasa Inggeris (tetapi) sekolah itu tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan.

Sambil menyifatkannya sebagai tidak boleh diterima, Noor Azimah berkata, guru-guru seharusnya boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris memandangkan dasar PPSMI sudah pun dilaksnaakan selama sembilan tahun.

"Jika bilangan jumlah yang memilih Bahasa Inggeris adalah kecil, maka mudah untuk menyediakan guru-guru. Alasan-alasan yang diberikan seharusnya diselesaikan, bukannya diletakkan di bawah permaidani selepas kerajaan telah membelanjakan RM3 bilion.

"Kami mahukan satu penjelasan," katanya lagi.

Noor Azimah menambah sistem pendidikan semasa hanya memecahkan kanak-kanak mengikut sekolah berasaskan kaum dan kewujudan sekolah-sekolah antarabangsa menyebabkan keadaan semakin buruk disebabkan pemilikan kekayaan.

Tegas beliau, PPSMI bukan hanya berkenaan mempelajari Bahasa Inggeris menerusi sains dan matematik, tetapi menyediakan konteks dalam penggunaan bahasa dalam amalan seharian.

Pemuda PAS: Kami bukan Taliban, Dr Asri melampau

Posted: 30 Oct 2011 07:06 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert Elton John di Genting Highlands akhir bulan depan.

Sambil menganggap pandangan Asri sebagai "belum mengenali Pemuda PAS", Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS.

"Menganggap Pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.

"Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda-pemuda Islam lain," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini selepas menutup Ijtimak Tarbawi 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS di sini hari ini.

Nasrudin mengulas pandangan Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Asri yang kini bertindak sebagai felo penyelidikan di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) dipetik berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

Beliau turut menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

Baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Pahang membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan John di Arena of Stars, Genting Highlands 22 November ini kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.

Ketuanya Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.

John, 64, akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia.

Dalam kenyataannya Nasrudin juga menegaskan, PAS tidak pernah menggunakan pendekatan kekerasan dalam dakwah mereka apatah lagi pendekatan ala Taliban.

Sebaliknya lebih kepada pendekatan lunak iaitu turun ke padang mendekati anak muda dengan menyebarkan risalah kesedaran agar menolak sebarang aktiviti yang melalaikan dan maksiat.

"Memang kita bantah itu tujuannya agar orang Islam tidak pergi ke konsert tersebut. Sebab itu saya cadang beliau (Asri) ambil masa turun ke medan sekali dengan Pemuda PAS, jumpa anak muda. Jangan hanya bercakap dari dalam bilik berhawa dingin," katanya.

Nasrudin juga meminta bekas mufti itu membuktikan di mana salah bantahan mereka terhadap konsert penyanyi itu.

Katanya, jika sekalipun pendekatan mereka "dilihat salah" oleh Asri, namun tindakan tersebut dibuat atas perinsip asas mencegah kemungkaran yang diwajibkan oleh Islam.

"Kalau tak setuju dengan pendekatan kita, kita terbuka menerima cadangan pendekatan lain dari beliau (Asri)... pendekatan ini perkara ijtihad.

"Pemuda tegas dengan perinsip mempertahankan Islam... kita bertindak atas dasar mencegah kemungkaran," katanya.

BN paling baik, kata Muhyiddin

Posted: 30 Oct 2011 07:03 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Katanya rakyat di negara ini lebih terpelihara, malah bertuah berada di bawah pentadbiran BN berbanding kebanyakan negara lain.



KOTA KINABALU: Rakyat tidak mempunyai pilihan kerajaan yang lebih baik selain daripada BN, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Katanya rakyat di negara ini lebih terpelihara, malah bertuah berada di bawah pentadbiran BN berbanding kebanyakan negara lain.

"Dalam tempoh 54 tahun kemerdekaan negara dan kemerdekaan di Sabah kurang sedikit daripada (usia) itu, kita telah menganjak pembangunan masyarakat kita ke satu kedudukan yang lebih baik.

"Situasi negara kita yang aman, damai dan makmur terhasil atas kebijaksanaan pemimpin dan masyarakat yang mendukung prinsip kerjasama, perpaduan, saling membantu dan menghormati di antara satu sama lain," katanya ketika merasmikan Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri di sini.

Jelasnya, bagi sebuah negara yang mempunyai rakyat majmuk, kepimpinan negara sejak dahulu telah mengiktiraf perbezaan budaya dan kepercayaan sebagai kekuatan untuk membangunkan negara.

Negara majmuk

Muhyiddin berkata kejayaan kerajaan di bawah BN menyatupadukan serta membangunkan rakyat berbilang kaum dan agama turut diiktiraf oleh seluruh dunia.

"Kita telah menolak teori cendekiawan luar bahawa sebuah negara majmuk seperti Malaysia selalu tidak aman, tidak tenteram dan mundur.

"Kita telah menerima perbezaan antara kita sebagai sebahagian daripada kehidupan kita untuk membangun dengan lebih pesat," katanya.

Muhyiddin berkata menerusi dasar-dasar yang dirangka dan dilaksanakan kerajaan BN, kadar kemiskinan juga berjaya diturunkan.

Beliau menjelaskan keadaan di Malaysia selama ini jauh lebih baik daripada negara lain yang mana rakyatnya huru-hara akibat kemiskinan, biarpun negara berkenaan kaya dengan sumber asli.

Subsidi

Muhyiddin berkata kerajaan memberikan subsidi untuk mengawal kenaikkan harga barangan bagi mengurangkan beban rakyat terhadap kos sara hidup yang semakin meningkat.

Katanya Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia di mana kerajaannya memberi subsidi yang besar demi kebajikan rakyatnya.

Muhyiddin turut meminta rakyat Sabah terus memberi sokongan padu dan mantap kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman agar Sabah terus bergerak maju dan rakyatnya terus terbela.

Beliau berkata sokongan berkenaan harus diterjemahkan kepada kerjasama secara berpasukan supaya rakyat terus memberi mandat dan kepercayaan kepada BN untuk mentadbir negeri.-Bernama

Rais cadang internet bertanggungjawab di London

Posted: 30 Oct 2011 06:45 AM PDT

MALAYSIA KINI

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim akan mencadangkan Persidangan London mengenai Ruang Siber bermula Selasa, gagasan sesuai bagi penggunaan internet yang lebih bertanggungjawab.

Cadangan itu bukan bererti mahu menahan atau menapis maklumat yang disebarkan melalui internet, katanya seperti dilaporkan Bernama.

"Sebaliknya ini bagi memastikan perlu ada sikap tanggungjawab di antara hak asasi manusia dan melindungi kepentingan awam selaras dengan undang-undang antarabangsa," belia dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional itu.

Datuk Seri Dr Rais Yatim akan menghadiri persidangan itu bagi mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sedang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, Australia.

Persidangan London selama dua hari yang akan dihoskan oleh Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel British William Hague, akan membabitkan dialog yang lebih fokus dan inklusif di kalangan pemain utama ruang siber dari seluruh dunia termasuk daripada kerajaan, industri dan masyarakat sivil.

Ia berobjektif untuk membangunkan persefahaman kolektif mengenai bagaimana untuk melindungi dan memelihara peluang-peluang yang banyak yang ditawarkan oleh pembangunan ruang siber.

Persidangan akan menumpukan pada lima tema: pertumbuhan ekonomi dan pembangunan; faedah sosial; jenayah siber; akses selamat dan bolehpercaya; dan keselamatan antarabangsa.

Menteri sedih piket pekerja 3 Nov

Posted: 30 Oct 2011 06:44 AM PDT

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S Subramaniam melahirkan rasa sedih terhadap tindakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahu meneruskan piket pada 3 November ini bagi membantah cadangan pindaan Akta Kerja 1955.

"Saya telah beberapa kali memberi penjelasan tentang cadangan ini termasuk semasa menggulung perbahasan di Parlimen baru-baru ini dan saya juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin MTUC peringkat tinggi minggu lalu.

"Mereka telah bersetuju dengan cadangan saya supaya diwujudkan sebuah jawatankuasa membabitkan kerajaan, majikan dan pekerja untuk menentukan hak pekerja terbela," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama.

Agensi berita nasional itu melaporkan Subramaniam sebagai berkata, perkara itu telah dipraktikkan di kebanyakan negara dan berjaya menyelesaikan masalah antara pekerja dan majikan.

Katanya tujuan kerajaan meminda akta itu adalah murni iaitu untuk memastikan hak pekerja terjamin dan terkawal dan mereka tidak lagi berada dalam kesulitan.

Koh nafi akan cabar Guan Eng dalam PRU

Posted: 30 Oct 2011 06:43 AM PDT

MALAYSIA KINI

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menepis laporan itu Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar.

Beliau berkata penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.

"Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu...ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.

"Setiausaha Akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rumah Terbuka Deepavali Parti Gerakan di Menara PGRM di Cheras dekat Kuala Lumpur hari ini.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di mana-mana kawasan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Dalam entri bertajuk 'Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu' itu, Koh dipetik sebagai berkata "Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guang Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang.

Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada PRU ke-13 itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan.

Kira-kira 3,000 orang hadir pada rumah terbuka di ibu pejabat itu yang turut dihadiri Naib Presiden Gerakan A Kohillan Pillay.-- Bernama

Pandang Timur: Saya buat keputusan betul, kata Dr M

Posted: 30 Oct 2011 06:41 AM PDT

MALAYSIA KINI

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia dan negara-negara Islam yang lain seharusnya memandang ke arah negara-negara Timur yang lain dan bukannya Barat sebagai model untuk pembangunan mereka.

Beliau berkata yang beliau percaya telah membuat keputusan yang betul dalam memperkenalkan dasar "Pandang ke Timur" iaitu mencontohi etika kerja dan teknik-teknik perniagaan dari Jepun dan Korea Selatan dalam tempoh beliau sebagai perdana menteri.

"Pada masa ini, terdapat banyak sangat masalah dengan negara-negara Barat. Masalah di Barat ialah mereka telah meminjam terlalu banyak dan tidak boleh membayar semula. Kita tidak boleh ada negara macam itu untuk dijadikan model.

"Jika kita lihat negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun dan China di Timur ... China ada rizab bernilai US$3.2 trilion. Mereka berenang dalam lautan duit. Korea boleh hasilkan produk utama yang lebih baik daripada yang dihasilkan oleh negara-negara di Barat.

"Jepun, yang kita tahu, ialah negara yang kalah dalam peperangan ... musnah sepenuhnya tetapi kembali membina semula negaranya sendiri, dan menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia. Jika kita mahu tiru atau belajar sesuatu, belajar dari kejayaan orang lain, bukan daripada kegagalan," kata beliau ketika sesi soal-jawab di Persidangan Antarabangsa Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi yang ketiga (LIFE 3) di Langkawi.

Persidangan tiga hari itu, bermula semalam.

Dr Mahathir berkata seseorang itu tidak boleh banyak belajar dari Barat kerana ia satu kegagalan yang total.

"Jadi, kita perlu terus memandang ke Timur dan bukan ke Barat. Barat kini menuju ke arah muflis," kata beliau.

Beliau juga berkata secara peribadi, beliau menentang sosialisme kerana ia akan menjadikan semua orang miskin.

"Untuk kapitalisme, ia adalah cara untuk memakmurkan negara. Jika kita lihat sekitar kita, negara-negara kapitalisme tampak amat kaya, malah, pekerja mereka boleh memandu kereta besar. Tetapi, sudah pasti kita akan menjadi tamak ...mahukan lebih banyak wang tanpa memikirkan akibatnya.

"Mereka meminjam dan terus meminjam sehingga mereka tidak mampu bayar dan muflis. Sifat tamak akan menyebabkan ini semua. Hari ini, kita melihat kegagalan negara di dunia maju," kata Dr Mahathir.-- Bernama

Bahas kebebasan maklumat PP dijangka panas

Posted: 30 Oct 2011 06:40 AM PDT

Susan Loone
Bacaan kali kedua rang undang-undang kebebasan maklumat dijangka dipanaskan oleh wakil BN dan Pakatan Rakyat dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Jumaat ini.

NONESebahagian cadangan dalam rang undang-undang itu telah ditolak NGO dan parti politik yang memberikan pandangan dalam pertemuan dengan jawatankuasa terpilih yang dipengerusikan oleh ADUN Dato Keramat Jagdeep Singh Deo (kanan).

Difahamkan ADUN Seberang Jaya Arif Mohd Shah dan dua lagi ADUN BN yang juga anggota jawatankuasa itu tidak hadir semasa sesi berlangsung.

Bercakap dalam pertemuan itu, wakil MCA berkata mereka menolak rang undang-undang itu kerana bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi.

GERAKAN pula menyatakan kekecewaannya kerana ia akan memberika kuasa terlalu besar kepada kerajaan negeri untuk melantik pegawai maklumat atau anggota jawatankuasa rayuan untuk berurusan dengan pemohonnya.

Ketua Biro latihan dan pendidikan parti itu Rowena Yam berkata, tiada pembahagian kuasa antara pihak legislatif dan pentadbiran.

"Bagaimana dengan semakan kehakiman untuk mereka yang tidak puas hati dengan hasil permohonan mereka?" soanya dalam forum pengalaman Pulau Pinang dalam memperkenalkan enakmen itu malam tadi.

Adakah bintang Michelle Yeoh akan bersinar buat MCA di Perak?

Posted: 29 Oct 2011 05:45 PM PDT

Melissa Lee, Malaysia Chronicle

Apapun alasan yang akan diberikan oleh Michelle Yeoh, bintang Hollywood kelahiran Malaysia itu untuk bersara dari dunia bergemerlapan antarabangsa kepada adegan politik tempatan, beliau mungkin akan terlibat dengan BN dan MCA khususnya.

"Sesiapapun boleh menyertai politik jika orang itu mempunyai komitmen untuk berkhidmat dengan masyarakat. Tetapi, Michelle Yeoh akan menyertai MCA sekiranya beliau memilih politik. Beliau ialah penyokong tegar BN kerana bapanya Yeok Kian Geik merupakan pengerusi MCA Perak sebelum ini. Beliau turut bergambar sebagai 'ratu' BN semasa pilihanraya yang lalu menuntut rakyat mengundi BN. "Saya ragu tentang kelayakannya kerana beliau tidak pernah tidak-berpihak (imparsial) selama ini," ujar Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.

Bukan ikon demokrasi, bukan pejuang pembebasan

Berita ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan buat mereka-mereka yang arif tentang cerita-cerita di Ipoh, tanah kelahiran Michelle. Namun ini tidak akan menyekat peminatnya dari merasa kesal. Dengan menggunakan prinsip kira-kira yang sama, ianya agak sukar untuk orang Cina mengundi MCA jika beliau menyertai parti itu atau sekali lagi mengambil tempat sebagai 'duta' menjelang pilihanraya umum ke-13, diramalkan berlangsung dalam beberapa bulan terdekat ini.

Namun begitu, berita bintang Hollywood kelahiran negara ini terus mengundang daya tarikan apabila akhbar the Star milik MCA menulis artikel pendek, mengalu-alukan penyertaannya dalam politik.

Memetik sina.com, artikel itu menulis yang Michelle "akan membuat keputusan yang serius menyertai arena politik Malaysia menjelang pilihanraya umum kelak". Namun, beliau tidak dapat dihubungi untuk kepastian berita itu tetapi ibu-bapanya memberik reaksi terkejut tentang berita itu.

"Saya dengar berita itu dari seorang kawan. Saya agak terhibur. Saya tidak tahu macam mana cerita itu wujud. Anak saya tidak pernah membincangkan soal politik dengan saya," ibu bintang itu berkata sambil tertawa.

Di usia 49 tahun, Michelle mencuba bakatnya sebagai pelakon di kota Hong Kong dalam sebuah filem kung-fu sebelum dipanggil Hollywood untuk watak utama film popular antarabangsa Crouching Tiger, Hidden Dragon. Ironisnya, watak filem terbaru lakonannya sebagai ikon demokrasi Myanmar iaitu Aung San Suu Kyi – bercanggah dengan kedudukan dan cara hidupnya yang agak bermegah-megahan.

Soi Lek mahu ke Perak

Samada MCA yang sedang tenat ini berjaya memujuk Michelle masuk dunia politik atau tidak, parti itu telah menggunakan segala cara untuk memenangi beberapa kerusi di Perak untuk dilihat kemas oleh Perdana Menteri Najib Razak dan parti UMNO pimpinannya.

Presiden MCA, Chua Soi Lek juga dikatakan mahu bertanding di Perak. Soi Lek bukanlah seorang bintang Hollywood seperti Michelle tetapi beliau turut 'berlakon' dalam adegan lucah.

Dan lagi, tidak seperti Michelle, Soi Lek mungkin selamat sekiranya beliau bertanding di kawasan kuat UMNO di mana majoritinya orang Melayu berbanding dengan kawasan Cina di mana beliau tidak popular.

Bukan sahaja semua orang Cina negeri Perak marah dengan Najib kerana taktik jahat merampas Perak dari Pembangkang tetapi juga kerana perselisihan dengan Istana atas isu yang sama, ini ditambah lagi dengan Soi Lek yang terpalit skandal seks.

Oleh kerana video skandal seksnya muncul pada tahun 2007, mereka tahu yang beliau sangat terdedah kepada serangan dan tidak mungkin boleh bangun melawan untuk UMNO kalau untuk diri sendiri pun sudah agak susah.

"Beliau pasti akan dimalukan oleh pengundi Perak. Datang dan cubalah bertanding di Tanjung Malim atau gopeng," cabar Nizar yang merujuk kepada dua kawasan kuat Pembangkang di negeri itu.

"Chua Soi Lek ialah masalah besar MCA. Beliau hanya menguasai 39% sokongan dari dalam parti apabila beliau dilantik sebagai presiden tahun 2010. Ia amat diketahui ramai yang skandal seksnya tidak akan membantu parti itu. Kita serahkan kepada rakyat negeri Perak untuk menentukan, tetapi Chua sedang menguji moral masyarakat dan kita ramalkan pengundi akan menolak beliau," ujar Kor Ming.- Malaysia Chronicle

Apakah harga emas kembali naik?

Posted: 29 Oct 2011 05:39 PM PDT

Sam Chee Kong, Malaysia Chronicle


Sejak berabad lamanya, emas telah dikenali sebagai satu cara menonjolkan kekayaan seseorang dan memainkan peranan penting dalam jual-beli kuasa. Semasa tamadun pemerintahan Mesir dan Yunani lagi, emas digunakan bukan hanya untuk tujuan kecantikkan, tetapi juga sebagai cara berjual-beli dan sebagai satu kuasa mengubah nasib seseorang itu. Namun begitu, apa sahaja yang mempunyai nilai ke atasnya, pasti akan ada mekanisme jatuh-bangun nilainya.

Pasaran emas dilihat stabil baru-baru ini sejak diniagakan pada bulan Ogos iaitu setinggi $1927 dan serendah $1529 pada 16 September lalu. Kemeruapan petunjuk VIX dikatakan sebagai punca penstabilan hasil bumi itu. Di dalam artikel terdahulu kami, kami ada menyarankan penjualan di bulan Ogos selepas sedikit gencatan di dalam harga Emas. Jadi ke mana kita sekarang?

Mengambil kedua-dua pandangan terkini politik dan ekonomi di serata dunia, kami telah sampai kepada satu rumusan yang masa untuk memberikan keyakinan terhadap Emas sudah menyinar. Masa untuk berkeyakinan pada Emas pada masa ini adalah berasaskan alasan-alasan fundamental dan teknikal.

Secara fundamentalnya, ada banyak sebab kenapa harga Emas akan melonjak naik.

Pertama, kehendak untuk Emas di Asia akan melonjak kerana kita sudah samapi ke penghujung tahun dengan pelbagai perayaan-perayaan semua kaum dan bangsa yang akan tiba. Untuk kaum india, pesta Cahaya atau 'Deepavali' yang berlangsung pada 26 Oktober. Secara tradisinya, masyarakat India akan berbelanja membeli barangan kemas samada untuk dipakai sendiri atau sebagai hadiah untuk sanak-saudara dan kerana itulah harga emas melonjak naik. Menurut Srivanesan, wakil Persatuan Peniaga-peniaga Emas India, kehendak pada Emas ketika musim perayaan, biasanya 'meningkat lebih dari 30%'.

Menjelang bulan November dan Disember, musim orang berkahwin akan tiba di serata Asia. Masyarakat Islam di Asia Tenggara kebiasaannya akan mengadakan majlis perkahwinan sewaktu musim cuti sekolah panjang. Tidak seperti masyarakat Cina atau India yang memilih untuk perkahwinan mereka diadakan mengikut ketetapan Feng Shui dan Vaastu Sastra (Feng shui versi India), masyarakat Melayu biasanya memilih melangsungkan perkahwinan sewaktu musim cuti kerana ia adalah waktu di mana semua orang sedang bercuti dan sanak-saudara dapat menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Selain itu, kemunculan Tahun Baru Cina adalah antara alasan terhadap permintaan Emas yang tinggi. Secara tradisinya, keluarga orang Cina akan membeli emas samada untuk diri sendiri atau sebagai hadiah untuk yang tercinta semasa musim perayaan. Tukang emas akan turut mengeluarkan edisi khas kerja tangan mereka atau koleksi terhad mengikut perkiraan zodiak untuk tahun itu. Tambahan pula, bulan Disember dan Januari ini dikatakan sebagai bulan istimewa untuk melangsungkan perkahwinan dalam masyarakat Cina, maka itu kehendak untuk Emas meningkat.

Kedua, membuat pelaburan atas Emas semakin mendapat tempat kebanyakan generasi muda. Emas menjadi pilihan utama untuk barangan kemas berbanding berlian atau batu-batu berharga seperti nilam, zamrud dan sebagainya kerana nilai emas yang agak stabil. Tambahan lagi, kerana kejituan memasar dan mengajar tentang pelaburan Emas oleh kerajaan-kerajaan di benua Asia, pelaburan berbentuk syiling jongkong emas meningkat beberapa kali ganda. Lawatan di beberapa buah bank di Malaysia menunjukkan yang syiling Kijang Emas tidak kedapatan kerana permintaannya yang tinggi.

Merentasi Laut Cina Selatan, China telah memperkenalkan mesin Mengeluar Emas pada 1 Oktober yang lalu, menyertai negara-negara seperti Amerika, Jerman, Itali dan Arab Emiriyah dalam menganjurkan mesin ATM yang mengeluarkan syiling dan jongkong Emas. Orang awam kini boleh membeli syiling emas terdaftardari mesin itu menggunakan kad kredit dan wang kertas. Kerajaan China sangat berminat mempromosikan penjualan emas di dalam negaranya dan kesungguhannya membuahkan hasil dengan meningkatan terhadap emas meningkat kepada 27% tahun sebelumnya. Untuk memenuhi kehendak permintaan emas yang tinggi itu, kerajaan China merancang untuk menyediakan 2,000 lagi mesin ATM Mengeluar Emas di seluruh negara mulai tahun hadapan.

Laporan Majlis Emas Dunia pada bulan Mei tahun ini menunjukkan yang China telah mengambil-alih tempat India dalam penggunaan emas terbesar, menggunakan sekitar 91 tan sumber bumi itu iaitu peningkatan 21% dari tahun ke tahun.

Ketiga, nisbah Emas kepada pertukaran mata wang asing di negara-negara Asia sangat rendah berbandaing di negara-negara Barat. Jika kita melihat carta tahun 2010 Majlis Emas Dunia untuk bulan Disember bagi simpanan Emas/Matawang, pemegang terbesar emas dan matawang ialah negara Zon Kesatuan Eropah dan Amerika.

Carta Emas/Matawang mengikut Negara

Portugis 81.1 % 421

Yunani 78.1 % 111

Amerika 74.7 % 8133

Jerman 71.7 % 3401

Itali 71.4 % 2451

Peranchis 66.1 % 2435

India 8.1 % 614

Jepun 3.0 % 765

China 1.7 % 1054

Malaysia 1.5 % 36

Korea Selatan 0.2 % 14

Kita akan dapat perhatikan bahawa negara-negara Asia mempunyai nisbah Emas/Matawang yang rendah walaupun China, India dan Jepun mempunyai simpanan emas terbesar di dunia. Apa makna kenyataan ini? Secara mudah, ia memberitahu kita yang ban-bank pusat di Asia sedang berbelanja membeli emas untuk meningkatkan nisbah Emas/Matawang mereka.

Dengan simpanan matawang China yang berdiri pada angka $3.2 trilion, diikuti Jepun pada angka $1.1 trilion dan India pada angka $311 bilion, akan berlaku banyak pembelian emas diantara mereka dalam bulan-bulan dan tahun mendatang. Bila bank-bank pusat mula aktif membeli emas, ia akan menyebabkan kejutan membeli emas mengakibatkan harganya melonjak mendadak. Harga penemuan emas boleh berlaku dalam masa beberapa hari tidak seperti pembelian rumah di mana ia boleh mengambil masa yang agak lama.

Catatan-catatan yang disediakan oleh Majlis Emas Dunia mungkin tidak cukup untuk menyatakan gambaran sebenar Emas oleh bank-bank pusat seluruh dunia. China boleh sahaja mempunyai lebih dari 1053 tan seperti yang dilaporkan kerana terdapat satu penurunan signifikan dalam eksport Emas dari China di dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Apa yang perlu kita ketahui ialah, bank-bank pusat mungkin menjadi salah satu entiti yang menguasai perdagangan Emas selama ini. Mereka telah memanipulasi pasaran emas melalui taktik "Pump and Dump" dan juga menguasai harga emas melalui pertukaran asing seperti SGE dan CME dengan menaikkan marjinnya. Bila harga jatuh, mereka akan bergegas secara senyap mengumpul emas untuk disimpan di dalam gedung kebal seperti yang berlaku sekarang. Dan untuk negara-negara Barat seperti Amerika dan Eropah, jika teori 'Gedung Kebal Kosong' digunapakai, maka mereka mungkin menguasai sedikit sahaja emas berbanding apa yang dilaporkan, egala-galanya akan terjawab

Keempat, harga Emas akan sentiasa di sokong selagi hutang belum dibayar dan kadar inflasi masih tinggi. Menurut GAO, setakat ini, FED telah menyediakan lebih dari $16 trilion cagaran kepada bank-bank. Ia diketahui umum yang hutang tidak boleh diperangi dengan lebih banyak hutang dan dengan pencetakan wang kertas untuk mencagar bank-bank besar yang hampir muflis, kerana ia hanya akan mengakibatkan kenaikan inflasi untuk harga barang dan perkhidmatan.

Dengan kadar inflasi yang meningkat sebanyak 9% di India dan 6% di China, dan inflasi makanan meningkat kepada lebih dari 10%, tiada alsan kenapa harga Emas akan jatuh. Ini kerana Emas akan sentiasa menjadi batas memerangi inflasi dan kejhendak keatasnya akan sentiasa ada pada waktu-waktu susah ini.

Kelima ialah faktor China di mana negara itu senyap-senyap mengumpul emas sejak beberapa tahun ini. Menurut Wikileaks:

"China telah meningkatkan simpanan emasnya sebagai jalan membunuh dua ekor burung dengan seketul batu"

"Radio Antarabangsa China menaja akhbar World News Journal (Shijie Xinwenbao)(04/28): Menurut Pentadbiran Kebangsaan Pertukaran Matawang Asing China, simpanan emas sudah meningkat. Ketika ini, majoriti simpanan emas itu terletak di Amerika dan negara-negara Eropah. Amerika dan Eropah sentiasa menyembunyikan harga emas yang meningkat. Mereka mahu melemahkan fungsi emas sebagai bentuk matawang simpanan. Mereka tidak mau melihat negara-negara lain memilih menggunakan emas selain daripada dolar Amerika dan Euro. Sesungguhnya, menyembunyikan harga emas memberi keuntungan kepada Amerika dalam mengimbangi matawang dolarnya sebagai matawang simpanan antarabangsa. Peningkatan simpanan emas China akan menjadi satu contoh diikuti negara-negara lain kea rah menyimpan lebih banyak emas. Simpanan emas terbesar juga sangat menguntungkan penggunaan matawang RMB di peringkat antarabangsa."

Jadi, sudah pastilah aka nada permintaan yang kuat untuk emas dari pihak berkuasa China di dalam bulan-bulan mendatang takala menyediakan sokongan untuk harga emas.

Keenam, sekelompok pelabur yang sering diketepikan kekuatannya ialah industri dana. Industri dana menguasai hampir kesemua kekayaan di dunia, melalui perdagangan hedge fund, sovereign wealth, syarikat-syarikat insuran, dana dagangan bersama, dana pesara dan lain-lain lagi. Ia dianggarkan menguasai sekitar $31 trilion asset iaitu dua kali ganda KDNK negara Amerika iaitu $14 trilion. Ia juga dianggarkan yang industri dana memegang kurang dari 0.15% asset emas yang membawa kepada jumlah $46.5 bilion.

Apa akan terjadi sekiranya industri dana menyedari yang mereka tidak diperdagangkan di dalam emas? Terutamanya, jika krisis kewangan di Eropah menjadi samkin buruk, dan para kreditor meminta Pemegang Kunci Wang Negara (Treasurer) melangsaikan semua pinjaman, dan jika bon dan stok menghasilakn kurang dari apa yang diramalkan dan sebagainya. Apa yang akan terjadi sekiranya pengarah-pengarah industri dana ini memilih untuk meningkatkan penerimaan mereka terhadap emas sebanyak 0.15%? Ini akan mewakili $46.5 bilion lagi dana mentah siap untuk dijual-beli. Bayangkan apakah kesannya terhadap harga emas? Saya yakin dalam masa dua setahun atau dua tahun lagi, kita akan katakana yang harga $2000 untuk emas masih murah.

Akhir sekali, dari perspektif teknikal, Emas sejak bulan Ogos yang lalu telah dikonsolidasi untuk beberapa bulan terdahulu dan pasaran nampaknya mempunyai dokongan yang kuat pada angka 1600. Ia mulai stabil pada angka 1600 – 1650 dan dengan pengecutan Bollinger Bands, sepertinya akan berlaku penceraian dari itu.- Malaysia Chronicle

IRDA Belanja RM4 Bilion Untuk Projek Pembangunan Di Iskandar Malaysia

Posted: 29 Oct 2011 05:10 PM PDT

ANTARA POS

Post Pic

JOHOR BAHARU : Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar telah membelanjakan RM4 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan rakyat dan pemuliharaan alam sekitar di Iskandar Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutifnya Ismail Ibrahim berkata antara yang dilaksanakan ialah projek perumahan rakyat, tebatan banjir, pembersihan sungai dan infrastruktur seperti pembinaan lebuh raya.

"Kesemua projek ini adalah demi memastikan masyarakat khususnya di Iskandar Malaysia, dapat hidup dengan selesa dengan prasarana dan kemudahan yang disediakan," katanya kepada pemberita selepas meninjau tiga persimpangan bertingkat di sekitar bandar raya ini hari ini.

Sementara itu, Ismail berkata apabila dibuka kelak, persimpangan bertingkat di Indahpura, Bukit Indah dan Jalan Abu Bakar itu dijangka dapat melancarkan lagi aliran trafik di ketiga-tiga kawasan berkenaan.

Katanya persimpangan Indahpura di Kulaijaya dijangka dibuka sebelum Aidiladha sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia.

"Melalui persimpangan baru ini, pengguna hanya mengambil masa kira-kira 20 minit untuk pergi ke Johor Premium Outlet melalui Jalan Skudai-PLUS-Link Kedua berbanding 40 minit melalui Jalan Skudai-Senai-Bandar Indahpura," katanya.

Ismail berkata bagi persimpangan Bukit Indah dan Taman Tema 1 yang akan dibuka pada suku pertama tahun depan, ia menghubungkan bandar raya ini dengan Horizon Hill di Nusajaya melalui Lebuhraya Pesisir Pantai.

Apabila dibuka kelak, tempoh perjalanan dati Horizon Hills ke bandar raya ini hanya selama 15 minit berbanding 25 minit jika menggunakan laluan sekarang iaitu Jalan Skudai melalui Taman Perling dan Link Kedua.

Sementara itu, persimpangan di Jalan Abu Bakar menghala ke Bangunan Sultan Iskandar melalui Jalan Lingkaran Dalam kini telah dibuka sebahagian daripadanya, kata beliau.-Bernama

PAS ada 500 cyber troopers?

Posted: 29 Oct 2011 04:56 PM PDT

SIASAH DAILY


Pada 22 Oktober lalu, PAS mengadakan konvensyen media baharu dan teknologi maklumat di Taman Melewar, Gombak.

Laporan sebuah portal berita, yang tidak tepat dan memperbesarkan program itu memberi gambaran PAS sedang menyediakan 500 tentera siber untuk melawan kebangkitan tentera siber Umno.

Dalam suasana menjelang pilihan raya umum kini, berita seperti ini mudah untuk diperbesarkan, dan dilihat sebagai lebih besar berbanding apa yang sebenarnya.

Program tersebut lebih kepada persiapan melibatkan pekerja-pekerja teknologi maklumat bersifat teknikal berbanding penulis atau pengendali blog seperti yang digambarkan oleh laporan portal tersebut.

Blog-blog Umno mengulangi apa yang disebut oleh laporan portal itu, yang PAS sedang mempersiapkan 500 tentera siber melawan jentera media baharu Umno yang kini menguasai dunia blog politik tempatan.

Laporan itu sebenarnya mendedahkan sesuatu yang sukar diterima dan dilaksanakan, yakni jumlah tentera siber sehingga mencapai 500 orang.

Sekiranya diperhatikan dunia siber sejak seminggu lepas, belum kelihatan apa yang digembar-gemburkan itu. Sekiranya 500 tentera siber itu sudah bergerak, akan dapat dirasai pergerakan mereka itu,kerana 500 ialah angka yang besar.

Malah, sekiranya jumlah sebenar - jika ada tentera siber ini - jauh lebih kecil, misalnya 100, pergerakannya tetap akan dapat dirasai.

Hakikatnya, tentera siber PAS masih lagi bukan seperti yang dilaksanakan oleh Umno, dengan sekumpulan penulis blog yang didedikasikan untuk bergerak di barisan hadapan perang siber.

Selain media rasmi parti, perang siber PAS dilaksanakan secara sukarela oleh aktivis parti dan penyokong melalui blog dan media sosial seperti Facebook.

Mungkin disebabkan sifat sebagai parti pembangkang, tentera siber PAS masih bergerak secara bebas dan bersendirian tanpa sebarang usaha konkrit untuk menyusun gerakan mereka secara sistematik.

Dr Burhanuddin al-Helmy pejuang kemerdekaan yang dilupakan?

Posted: 29 Oct 2011 04:50 PM PDT

Oleh al_madd

SELEPAS Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu membangkitkan isu Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, seluruh negara gegak gempita membahaskan isu menulis kembali sejarah kemerdekaan negara.

Maka timbul pula idea, kononnya Malaya-Tanah Melayu tidak pernah dijajah.Idea ini seolah-oleh mahu menutup peranan golongan kiri yang bangkit menyedarkan rakyat menuntut kemerdekaan dari penjajah British.

Antara tokoh yang cuba diselindungkan Umno- BN dalam membingkiskan tentang sejarah Malaya- Tanah melayu ialah Dr Burhanuddin Al-Helmy.

Perjalanan hayat Dr Burhanuddin ada dicatatkan sebahagian kecil daripada tulisan Dr Ismail Said, Dr Burhanuddin al-Helmy: Pejuang Melayu Sejati, (Karisma, 2008) dan Tesis Ijazah Doktor Falsafahnya di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2008 yang memfokuskan kepada kajian tokoh-tokoh yang menggerakkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Berikut adalah sebahagian kecil kisah Dr Burhanuddin yang diselitkan Dr Ismail Said melalui kajiannya. Dr Burhanuddin al-Helmy adalah pejuang kemerdekaan yang juga Presiden PAS ketiga


Oleh DR ISMAIL SAID

DR BURHANUDDIN ALHELMY adalah pemimpin ketiga PAS selepas Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Abbas Alias. Beliau dilahirkan di Changkat Tualang, Perak pada 29 Ogos 1911.

Bapa beliau bernama Haji Muhammad Nor dikatakan keturunan seorang bangsawan dari Sumatera. Seorang yang alim, petani dan juga ahli tasawuf.

Beliau datang ke Tanah Melayu pada tahun 1908 dalam perjalanan pulang dari Makkah.

Haji Muhammad Nor tinggal beberapa tahun di Makkah untuk mendalami ilmu agama dan mempelajari al-Quran. Ketika tiba di Changkat Tualang, beliau baru berusia 18 tahun.

Bapa Dr Burhanuddin al- Helmy dikenang sebagai seorang yang tidak mementingkan kebendaan, tidak mementingkan kesenangan dunia, seorang yang sentiasa senyum dan tidak mudah marah sehinggakan beliau digelar 'Abi Halim' oleh sesetengah rakannya.

Mengambil sempena gelaran ini jugalah Dr Burhanuddin menggunakan 'Al-Hulaimi' yang kemudiannya dipopularkan umum menjadi Al-Helmy yang bermakna orang yang tidak pemarah.

Sifat sebagai seorang yang sabar, tidak pemarah, lemah lembut ini diakui oleh sahabatsahabat yang dekat dengan beliau.

Dr Burhanuddin al-Helmy juga seorang pemimpin yang senang untuk didampingi oleh sesiapa sahaja malah beliau juga seorang yang mudah mendampingi orang lain, beliau tidak suka menghampakan orang yang mengharapkan bantuan atau khidmatnya.

Walaupun Dr Burhanuddin al-Helmy seorang yang jujur dan mudah didampingi oleh ahli dan rakyat, namun beliau bukanlah seorang yang mudah dipermainmainkan, hatinya cukup keras walaupun orangnya tampak lembut.

Dengan lain perkataan ada masa dan tempatnya Dr Burhanuddin al-Helmy boleh dipengaruhi dan ada masa dan tempatnya pula dia tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa.

Dalam peristiwa penggubalan Perlembagaan Rakyat, soal kerakyatan di mana All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) mahukan kerakyatan berdasarkan tempat lahir atau jus soli sedangkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) keberatan menerima kerakyatan cara ini, perbalahan juga berlaku dalam soal nama kerakyatan, AMCJA mahukan kerakyatan yang bernama 'Malayan' sedangkan PUTERA dengan dijuarai Dr Burhanuddin al-Helmy mahukan kerakyatan yang bernama 'Melayu'.

Dalam hal ini Dr Burhanuddin al-Helmy tetap dengan pendiriannya sehingga memaksa Ahmad Boestamam menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah ini bagi menjayakan Perlembagaan Rakyat.

Dr Burhanuddin al-Helmy ialah seorang yang benar-benar alim dalam ilmu dan bidang agama Islam. Ketinggian ilmunya memang suka hendak ditandingi.

Beliau menguasai semua pelat bahasa Arab yang berlainan itu. Malah, beliau juga seorang ahli tafsir al-Quran dan al-Hadis yang ulung dan menguasai nahu saraf dan segala yang berhubung dengan sastera Arab.

Selain itu beliau juga boleh bertutur dan menulis dengan fasih dan baik dalam bahasa Urdu, Belanda, Inggeris, Perancis dan Jerman. Ertinya beliau berkebolehan menguasai tujuh bahasa besar dunia.

Dr Burhanuddin al-Helmy dalam perjuangannya sebelum memasuki PAS sentiasa membimbing ahli-ahlinya supaya berusaha dengan tekun kerana berusaha itulah yang menentukan nasib diri dan kaum mereka akan berubah, beliau sering memberi tazkirah kepada mereka dengan memperdengarkan ayat-ayat al- Quran yang sesuai sebagai penguat semangat perjuangan.

Ibu Dr Burhanuddin al-Helmy, Sharifah Zaharah binti Habib Othman pula berketurunan Arab yang berhijrah ke Perak dari Melaka. Penghijrahan ini kerana ingin mencari rezeki yang lebih di samping mencari tempat tinggal yang tenteram.

Perkahwinannya dengan Haji Mohamad Noor diuruskan oleh keluarga. Dr Burhanuddin al- Helmy mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu di Behrang Ulu dan kemudian di Bakap sehingga darjah tiga.

Pada sebelah petangnya, Dr Burhanuddin al-Helmy mengikuti kelas al-Quran dan agama. Pada waktu lapang, Dr Burhanuddin al-Helmy belajar ilmu perubatan Melayu seperti jampi-jampi dan mantera daripada seorang datuk saudaranya.

Dr Burhanuddin al-Helmy dikatakan menyalin bahan-bahan ramuan untuk ubatan-ubatan Melayu itu.

Selepas bersekolah di Bakap, beliau berpindah pula ke sekolah di Kota Bahru (Perak) dan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan dengan menerbitkan akhbar mingguan iaitu Berita Minggu yang menyiarkan beritaberita di dalam dan di sekitar kampungnya.

Pada tahun 1924, setelah tamat sekolah Melayu, Dr Burhanuddin al-Helmy dihantar oleh bapanya ke Sungai Jambu, Sumatera untuk mendapatkan pendidikan Islam di sana. Selama dua tahun di sana beliau dikatakan dididik dan dipengaruhi oleh guru-guru dan ajaran-ajaran Kaum Muda.

Beliau kemudiannya tidak mahu meneruskan pengajian di sana kerana tidak setuju dengan cara pendidikan yang dijalankan di sekolah agama itu.

Sistem menadah tangan dan menghafal kitab yang sama tidak disukai oleh Dr Burhanuddin al-Helmy. Beliau lebih suka satu bentuk metodologi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat perbincangan dan soal jawab antara guru dengan murid dilaksanakan.

Ini kerana, beliau mempunyai banya persoalan yang ingin dihuraikan. Beliau mempunyai sikap ingin tahu, tidak dapat berpuas hati dengan satu jawapan yang sangat kaku. Beliau tidak suka pemikirannya dikongkong.

Apabila berhenti dari sekolah di Sungai Jambu Sumatera, Dr Burhanuddin al-Helmy dihantar belajar oleh ayahnya di Pondok Pulau Pisang, Jitra, Kedah. Tuan guru pondok itu ialah Tuan Guru Haji Salleh Ismail iaitu sahabat kepada bapa Dr Burhanuddin al-Helmy.

Oleh kerana beliau berasakan cara pengajian dan sukatan pelajaran di pondok ini tidak memadai baginya, Dr Burhanuddin al-Helmy berpindah pula ke Madrasah al-Masyhur al- Islamiyyah, Pulau Pinang.

Di madrasah ini, Dr Burhanuddin al-Helmy belajar sehingga tamat Thanawi (menengah atas) pada tahun 1934. Satu hakikat yang tidak dapat disanggah di sini ialah, Dr. Burhanuddin al-Helmy telah dipengaruhi oleh pemikiran dan keperibadian politik Sheikh Abu Bakar al-Rafie iaitu Mudir madrasah, Haji Arshad al-Bawayih, seorang ahli tatabahasa bahasa Arab iaitu seorang dari golongan 'Kaum Muda' dan Ashiran Yaakob, seorang penulis yang turut serta dalam memperjuangkan nasib politik, ekonomi dan sosial orang Melayu.

Dr Burhanuddin al-Helmy kemudiannya ditawarkan biasiswa oleh hartawan-hartawan India Islam di Pulau Pinang untuk melawat dan meneruskan pengajian di India. Semasa di India, Dr Burhanuddin al-Helmy belajar bidang homeopati sehingga memperoleh ijazah homeopati.

Bidang ini telah dipelajarinya di Ismailiah Medical College.

Dr Burhanuddin al-Helmy juga mendapat kelulusan Doctor of Naturopathy dari School of Naturopathy, London secara ijazah luar kampus. Penganugerahan ijazah lain yang diperolehnya seperti Doctor of Divinity daripada International Academy Canada, kerana penglibatan luas beliau dalam bidang perubatan homeopati. Ini termasuk juga penganugerahan ijazah Doktor Falsafah.

Dr Burhanuddin al-Helmy juga dikatakan belajar di Aligarh Muslim University, India. Semasa dalam perantauan di negara orang inilah Dr Burhanuddin al-Helmy banyak belajar dan menerima pengalaman politik dari nasionalis-nasionalis luar negara.

Di India, beliau telah didedahkan dengan perjuangan Mahatma Gandhi menuntut pembebasan India daripada penjajahan British.

Beliau dikatakan menghadiri rapat umum dan ceramah-ceramah Mahatma Gandhi serta mengikuti pendapat Mahatma Gandhi yang menuntut kebebasan politik bagi India dan tidak menggalakkan kekerasan dan permusuhan dalam kalangan orang India. Semasa di India juga, Dr Burhanuddin al-Helmy terdedah dengan ajaran tasawuf Naqsyabandiah Semasa melawat Palestin, beliau telah melihat tindakan politik dan ketenteraan British mewujudkan sebuah negara Israel dengan menafikan hak politik bangsa dan negara Palestin. Dr Burhanuddin al-Helmy turut terlibat dalam perarakan menentang Perjanjian Balfour yang membentuk negara Israel.

Akibatnya beliau ditahan oleh British.

Pengalaman-pengalaman yang dikutip dari perantauan ini menjadi pedoman dan inspirasi perjuangan membebaskan negara daripada penjajahan kuasa barat. Bersama-sama dengan Ibrahim Haji Yaakob, Onan Siraj dan beberapa orang pemimpin KMM yang lain, Dr Burhanuddin al-Helmy telah menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945.

Penubuhan KRIS digalakkan oleh pihak Jepun. Jepun sebenarnya telah menjanjikan kemerdekaan kepada Indonesia.

Justeru itu beberapa siri rundingan telah diadakan antara pihak Jepun dengan Soekarno. Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ibrahim Yaakob ingin membawa Tanah Melayu merdeka bersama Indonesia apabila Jepun berundur nanti.

Atas matlamat inilah satu perundingan dan perbincangan telah diadakan antara brahim Yaakob dengan Soekarno dan Hatta di Taiping pada 12 dan 13 Ogos 1945. Soekarno dan Hatta pada ketika itu dalam perjalanan pulang dari Saigon setelah bertemu Field Marshall Terauchi, Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun bagi Asia Tenggara. Usaha-usaha mencapai kemerdekaan dalam konsep Indonesia Raya ini telah dijalankan dengan digerakkan oleh Dr Burhanuddin al-Helmy.

Satu mesyuarat telah diadakan di Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Ogos 1945 bagi merancang beberapa langkah yang patut dibuat bagi menentang kemasukan semula British ke Tanah Melayu.

Mesyuarat juga telah memutuskan sebuah kabinet akan dibentuk bagi negara merdeka tersebut dengan nama Malaya Demokratik Rakyat, di mana dalam kabinet ini Dr Burhanuddin al-Helmy juga dilantik sebagai anggota kabinet.

Mesyuarat juga membincangkan cara-cara bagi menggelak penguasaan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) selepas pengunduran Jepun.30 Pada 17 Ogos 1945, atas arahan Ibrahim Yaakob satu perjumpaan dengan wakil-wakil pemuda KRIS telah diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Perjumpaan ini turut dihadiri Itagaki dan dua orang kawannya.

Pihak Jepun telah memberitahu rancangan untuk merdeka dalam Indonesia Raya tidak dapat dilaksanakan kerana penyerahan diri Jepun secara mendadak pada 15 Ogos 1945. Dengan itu usaha untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu juga gagal.

Kegagalan ini sedikit menghampakan Dr Burhanuddin al-Helmy. Jika usaha ini berjaya kita mungkin dapat membayangkan Dr Burhanuddin al-Helmy akan menjadi Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama, seorang pemimpin yang menggabungjalinkan semangat kemelayuan, nasionalis tulen dan semangat keislaman.

Biaqpila

Posted: 30 Oct 2011 03:03 PM PDT

Biaqpila


ISU PPSMI: PAGE UGUT TIDAK UNDI BN

Posted: 30 Oct 2011 03:00 PM PDT



KUALA LUMPUR, 30 Okt — Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, demikian menurut pertubuhan bukan kerajaan PAGE hari ini.

PAGE menegaskan pihaknya mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berusia 10 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan dijadikan opsyen di sekolah rendah dan menengah.

"Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan.

"Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang," kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) dalam satu kenyataan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Noor Azimah berkata PAGE akan menghantar surat rayuan kepada Najib esok.

"Kami tidak mahu pentadbiran Najib diperingati atas keputusan memansuhkan PPSMI, kerana tidak mendapatkan semula undi majoriti dua pertiga (di Parlimen) dan menjadikan kanak-kanak kita satu lagi generasi yang ketinggalan," kata beliau dengan tegas.

Noor Azimah menekankan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan PPSMI sebelum ini bukannya menyebabkan kecacatan, sebaliknya ia akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk bersaing dengan negara-negara lain sekiranya dasar itu dipertahankan.

Beliau juga mengkritik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang semalam berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Muhyiddin berkata keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak.

Katanya, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.

"Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan Bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan Bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya.

"Pada hari ini kita tahu sesetengah guru Bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap ... jadi kalau sesetengah sekolah nak Bahasa Inggeris (tetapi) sekolah itu tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan.

Sambil menyifatkannya sebagai tidak boleh diterima, Noor Azimah berkata, guru-guru seharusnya boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris memandangkan dasar PPSMI sudah pun dilaksnaakan selama sembilan tahun.

"Jika bilangan jumlah yang memilih Bahasa Inggeris adalah kecil, maka mudah untuk menyediakan guru-guru. Alasan-alasan yang diberikan seharusnya diselesaikan, bukannya diletakkan di bawah permaidani selepas kerajaan telah membelanjakan RM3 bilion.

"Kami mahukan satu penjelasan," katanya lagi.

Noor Azimah menambah sistem pendidikan semasa hanya memecahkan kanak-kanak mengikut sekolah berasaskan kaum dan kewujudan sekolah-sekolah antarabangsa menyebabkan keadaan semakin buruk disebabkan pemilikan kekayaan.

Tegas beliau, PPSMI bukan hanya berkenaan mempelajari Bahasa Inggeris menerusi sains dan matematik, tetapi menyediakan konteks dalam penggunaan bahasa dalam amalan seharian.

TMI

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BAPA ROGOL ANAK SENDIRI KETIKA IBU TIADA DI RUMAH

Posted: 30 Oct 2011 05:54 AM PDT

Rahsia gadis murung terbongkar

KENINGAU: Sikap murung dialami gadis berusia 16 tahun akhirnya membongkar rahsianya yang dirogol dua kali oleh bapa kandungnya di rumah mereka di Sook sejak Julai lalu.
Dalam dua kejadian berasingan, tubuh mangsa 'diratah' oleh darah dagingnya ketika ibunya tiada di rumah.

Mangsa yang tidak bersekolah mengalami trauma dan murung berpanjangan selepas kejadian itu sebelum dihidu oleh ibunya apabila mendapati anak gadisnya bersikap pelik.

Akibat tidak mampu menahan desakan ibunya, mangsa menceritakan kelakuan bapanya berusia 51 tahun merogolnya dua kali iaitu pada Julai lalu dan bulan ini ketika ketiadaannya.

Sebaik mengetahui perkara itu, ibu mangsa membuat laporan polis untuk diambil tindakan terhadap suspek.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed berkata, laporan itu dilakukan seminggu selepas kejadian rogol (kedua) berlaku.


"Bagi mengelak kejadian sama berulang, ibu mangsa melaporkan perkara itu kepada polis.

"Mangsa dirogol dua kali pada Julai lalu jam 7 malam dan 21 Oktober jam 2 petang ketika ibunya tiada di rumah," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Zahari, suspek berjaya dikesan di rumahnya dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.

"Suspek ditahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 60 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan," katanya.

HM
Published with Blogger-droid v1.7.4

AKHIRNYA FAM YANG MENANG

Posted: 29 Oct 2011 09:00 PM PDT





DEY MACHA!!!
BUKAN MAIN NAK BOIKOT TAK NAK BELI TIKET BOLA
KHECCCKKKKKKK PTUUUIIIIHHH!!!!
BOIKOT KONON,CAKAP BERDEGAR-DEGAR
DAPAT SUBSIDI PENUH JUGAK STADIUM
AKHIRNYA FAM JUGAK YANG MENANG
KAH! KAH! KAH!

HARAP-HARAP TAHUN DEPAN
BILA FAM PENAIK HARGA TIKET
BOLEH BAGI SUBSIDI LAGI
APA ADA HAL
KAH! KAH! KAH!

APA-APA HAL PUN
KITA LAYAN LAGU SEDIH NI....
PENYU JANGAN LA MENANGIS
TAHUN DEPAN ADA LAGI
KAH! KAH! KAH!



TAHNIAH BUAT JANG!!!
TAHNIAH JUGAK BUAT AZRAI!!!

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: TEMUDUGA

Posted: 29 Oct 2011 06:00 PM PDT



Seorang pemuda bernama Najib mendapat panggilan temuduga kerja di sebuah syarikat asing.

Penemuduga: Siapa nama anda?

Najib: Nama saya Najib

Penemuduga: Anda boleh berbahasa Inggeris dengan baik?

Najib: Boleh tuan.

Penemuduga: Tell me about You and Your family in English!

Najib(dengan yakinnya menjawab): I don't have family in English Sir!


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kerabu Bersuara ®

Posted: 30 Oct 2011 03:02 PM PDT

Kerabu Bersuara ®


Gosip Panas! Khairul Fahmi Apek Bersosial Dengan Kekasih Di Tempat Hidangan Minuman Arak?

Posted: 30 Oct 2011 08:00 AM PDT

http://i1214.photobucket.com/albums/cc482/mediamalaya/06110204/kcm-weiners1.jpg

http://i1214.photobucket.com/albums/cc482/mediamalaya/06110204/kcm-weiners2.jpg

Apek! kamu ada masa lagi. Tolong kembali ke pangkal jalan. Team kami pun bukan orang sempurna juga, tapi menjadi tanggungjawab kami ajak mung balik ke jalan lurus.

Balik Apek! Tolong la. Banyak benda yang kami tengok mung buat semakin tersasar. Banyak dah berita yang datang kat meja blog kami ni. Keluar dari tempat yang penuh pancaroba dan fitnah ni.

Bakar bendera Terengganu di stadium, lelaki dibelasah teruk

Posted: 30 Oct 2011 05:17 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEisA8R5FgA-k2mXXxl9tflCWnK3erjRNTViiLdyH0Ttpjusl_K6n2TdE-GR1LbUQuwZf8q3rgCmJR4eTaCedQ-hd3BPUugVBch2tmPPFCQxVmgnyyDtB00fziAOXhwtPdNEAHeAWYFyR3E/s1600/bakar+bendera.png

SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

Menanti Sebuah Jawapan Dari Puak Umno

Posted: 30 Oct 2011 04:33 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjxRQNQesN-YGPGAS1mnw2gO0IYntBU4swgGdaelTPxU-8zGSYvxpPhrg0dNKgfa6uxnZ-gGvuT6N4EM0t-s0mQhKUZcnAxzqyN22zL4kBwZATPTNpXfzoofr1i-eJvfMgSX3-pEOuQcM/s1600/318641_229981450399599_153417568055988_667800_750648004_n.jpg

SU Agung: Ahli PAS kena terima sistem dua parti jika mahu tumbang BN

Posted: 30 Oct 2011 03:57 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan dipanggil dalam waktu terdekat, PAS menegaskan sistem dua parti pasti akan menjadi kenyataan di negara ini dalam waktu terdekat dan ia sangat penting untuk mengakhiri penguasaan Barisan Nasional (BN).

PAS kini menganggotai Pakatan Rakyat yang dibentuk secara formal selepas pilihan raya umum 2008. Dua rakannya ialah DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat - dalam tempoh enam bulan akan datang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menjangkakan sistem dua parti akan menjadi realiti sekitar lima tahun lagi dan paling lewat 10 tahun dari sekarang.

Sehubungan itu kata beliau, kewujudan sistem itu berdasarkan perkembangan dan tuntutan semasa, tetapi bergantung kepada kesediaan ahli-ahli PAS sendiri untuk menerimanya setelah mereka memahami dengan jelas mengenai perkara tersebut.

Mustafa berkata keadaan sekarang masih tidak mengizinkan untuk diwujudkan sistem itu kerana masih terdapat di kalangan ahli PAS sendiri yang tidak bersedia untuk menerimanya.

Menurut beliau, keadaan itu berlaku disebabkan sesetengah ahli PAS masih tidak memahami keperluan sistem dua parti ekoran kegagalan mereka memahami tahaluf siyasi atau kerjasama politik antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini meskipun ada pelawaan Umno untuk mewujudkan kerjasama politik dan mengadakan kerajaan perpaduan, PAS tetap menolak tawaran itu, sebaliknya berjanji akan kekal bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Kerjasama itu membawa kepada kemenangan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain Kelantan pada 8 Mac 2008. Pakatan Rakyat yang memperoleh 84 kerusi juga menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

Mustafa setersunya berkata perkembangan ke arah kewujudan sistem dua parti telah pun berlaku di negara ini dan ia tercetus hasil kerjasama politik antara PAS dan parti Melayu Semangat 46 (S46) pada pilihan raya umum 1990 dan 1995.

"Sistem dua parti merupakan perkara penting bagi PAS dan Pakatan Rakyat kerana dengan itu akan lebih memudahkan usaha bersama untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya.

"Dengan adanya sistem dua parti barulah PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat boleh menggunakan lambang satu parti seperti yang dilakukan oleh parti-parti dalam BN yang hanya menggunakan lambang BN ketika menghadapi pilihan raya," katanya dipetik Harakahdaily.

Mustafa berkata, kerjasama politik antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat tidak seharusnya menjadi pertikaian ahli-ahli PAS kerana ia berasaskan hukum syarak.

"Sebelum diadakan kerjasama itu, pucuk kepimpinan tertinggi PAS telah pun 'bermerah mata' membincangkannya secara mendalam berhari-hari, termasuk membawa kepada perbincangan bersama ulama-ulama Islam di seluruh dunia yang berada dalam gerakan Islam," katanya.

Konsep tahaluf siyasi kata beliau, adalah salah satu strategi atau pendekatan yang diambil oleh PAS dalam politik untuk menang dalam pilihan raya dan ia berbeza sama sekali dengan dasar perjuangan PAS untuk mendaulatkan Islam di negara ini.

Jelas beliau, perkara itu perlu difahami dengan mendalam oleh setiap ahli PAS agar tidak menimbulkan kekeliruan mengenainya, apatah lagi sehingga boleh melemahkan semangat perjuangan untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di muka bumi ini.

"Tapi walaupun tidak faham, ahli-ahli PAS tetap juga wala dengan pemimpin. Itulah sifat terpuji yang ada pada ahli-ahli PAS. Sungguhpun begitu, jika tidak faham kenalah bertanya kepada pemimpin. Paling tidak, bertanyalah kepada pesuruhjaya PAS di negeri masing-masing," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan mengarahkan bahagian penerangan PAS agar menerangkan keperluan tersebut kepada ahli-ahli parti bagi membolehkan konsep tahaluf siyasi difahami oleh ahli-ahli PAS di segenap peringkat.

Koh Tsu Koon: PapaGomo Kencing!

Posted: 30 Oct 2011 01:46 AM PDT

PRU: Koh nafi maklum blog mahu cabar Guan Eng

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menepis laporan itu Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar.

Beliau berkata penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.

"Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu... ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.

"Setiausaha akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger ... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya dipetik Bernama Online.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Lim, yang juga Setiausaha Agung DAPdi mana-mana kawasan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Dalam entri bertajuk 'Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu' itu, Koh dipetik sebagai berkata "Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guan Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang.

Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada pilihan raya umum ke-13 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan.

Aziz Bari buat laporan di Taiping, polis sah peluru jenis caliber 9mm

Posted: 30 Oct 2011 01:43 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini bagi memberi keterangan susulan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam.

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis "jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti" itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping, Perak.

Aziz kini disiasat pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor berkenaan kes Gereja Methodist Damansara Utama, awal bulan ini.

"Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut . . . pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan," katanya.

Dipetik Bernama Online, Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini.

Tindakan Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai "kurang ajar".

Polis mengesahkan peluru yang diterima Aziz adalah jenis caliber 9mm dan motif pihak tertentu menghantarnya masih dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan daripada Aziz pada pukul 7 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.

Cis DAP

Posted: 29 Oct 2011 11:00 PM PDT

PPSMI: Gunakan semula sistem lama, DAP gesa Putrajaya

Oleh Debra Chong


KUALA LUMPUR, 30 Okt — Kementerian Pelajaran perlu lebih fleksibel dan wajar memberi ospyen untuk belajar matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, kata DAP sambil menegaskan dasar sedemikian akan membolehkan Malaysia mengekalkan bakat-bakat terbaik dalam negara.

Parti pembangkang itu melahirkan pendirian menyokong pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang terus mendesak kerajaan agar mengekalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan memberi opsyen kepada para pelajar.

"Prinsip paling penting yang Kementerian Pelajaran harus terima pakai ialah pelajar-pelajar yang cerdik tidak harus ketinggalan di belakang hanya kerana ada pelajar yang lemah dalam akademik," kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

"Kedua, dan yang paling penting ialah usaha perlu diambil untuk memastikan sekolah-sekolah berupaya untuk melahirkan modal insan terbaik bagi Malaysia ketika kita sedang berusaha menjadi sebahagian daripada ekonomi berasaskan pengetahuan dalam muncul sebagai negara berpendapatan tinggi," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini.

Pendedahan Penting Cincin Cincin RM24.5 Juta oleh Chegubard dan SAMM !!

Posted: 29 Oct 2011 09:20 PM PDT

Isu bahasa lambang hipokrasi Umno

Posted: 29 Oct 2011 09:14 PM PDT

Oleh: Mat Zain Mat Isa

Banyak sangat kenyataan dan gesaan dibuat para pemimpin Umno yang tidak konsisten dengan keputusan dan dasar diterimapakai kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajuinya sendiri. Percanggahan pendirian itu bukan sahaja mengelirukan rakyat, malah kerap menyumbang kepada gagalnya dicapai apa-apa gesaan dimaksudkan.

Contoh terbaru ialah bagaimana para pemimpin Umno kelihatan sangat bersetuju agar satu akta bagi membendung gejala kemurtadan umat Islam digubal dan dilaksanakan. Mereka nampaknya tidak mahu dinilai sebagai gagal menghayati mood semasa khalayak umum umat Islam, apabila seluruh negara bercakap merasionalkan wujudnya undang-undang berkenaan.

Lalu tak semena-mena para pemimpin Umno menyatakan sokongan dan pandangan positif terhadap cadangan itu. Media-media arus perdana pro-BN juga memaparkan pendirian para pemimpin parti itu yang sealiran dengan kecenderungan massa.

Sikap itu agak janggal apabila sejak sekian lama Umno diketahui paling lantang membantah pelaksanaan hukum Islam, terutama hudud yang dicadangkan oleh PAS. Pendirian itu malah terus dipegang hingga kini. Kenyataan Presiden Umno baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa ia tidak pernah berhasrat melaksanakan undang-undang itu dan tidak juga bersedia memberi laluan mudah kepada pihak lain (baca 'PAS') mendaulatkannya.

Sedangkan umum mengetahui bahawa salah satu cabang utama hukum hudud ialah berkaitan murtad. Hanya di sisi hukum Islam kesalahan murtad dianggap sebagai jenayah. Justeru, sepatutnya jika mereka benar-benar bersetuju diwujudkan undang-undang menangani gejala murtad itu, mereka sepatutnya menjadi antara pihak yang sangat menyokong hudud dikuatkuasakan.

Begitu juga dalam hal menangani gejala sosial dan keruntuhan akhlak masyarakat, khususnya muda-mudi. Ada ketikanya, terutama apabila berucap di majlis bertemakan penyelesaian masalah sosial, para pemimpin Umno sangat lantang mengutuk kebobrokan moral remaja kini. Berbagai kes sosial, termasuk salahlaku seksual, jenayah dan moral dinukilkan. Mereka kelihatan sangat prihatin dan amat bimbang dengan kecenderungan negatif dalam masyarakat.

Cadangan dan pandangan positif bagaimana menanganinya juga disuarakan. Malah ada ketikanya para pemimpin Umno kelihatan jauh lebih alim dan lebih mengambil berat soal penyelesaian menurut ajaran agama berbanding para agamawan atau pemimpin PAS. Lebih-lebih lagi jika khalayak yang ada di depan mereka ketika itu kebanyakannya yang cenderung kepada kehidupan beragama.

Sedangkan di masa sama kerajaan ditunjangi Umnolah juara menganjurkan cara hidup yang menyimpang dari lunas-lunas ajaran Islam. Kerajaan sama bertanggungjawab mempromosi berbagai bentuk pesta hiburan, yang bukan sahaja melalaikan masyarakat daripada mengingati Tuhan malah mendorong mereka terjerumus ke arah berbagai permasalahan sosial. Bahkan pernah ada pemimpin parti itu menentang secara terbuka teguran mufti dan agamawan mengenai beberapa program hiburan yang dilulus tayang di kaca tv.

Jangan lupa kerajaan BN dipimpin Umno juga pernah menolak mentah-mentah garis panduan hiburan yang telah siap disusun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) beberapa tahun lalu. Penat lelah dan ketekunan para pegawai jabatan itu bertungkus-lumus menyiapkan tata peraturan berkenaan, kononnya atas andaian bahawa kerajaan dipimpin Umno akan merai dan menerimapakai cadangan mereka, akhirnya menjadi sia-sia dan langsung tidak dihargai.

Kini para pemimpin Umno sedang bercakap mengenai keagungan dan kehebatan bahasa Melayu. Sehinggakan jika dinilai daripada cakap-cakap mereka kini, seolah-olah negara kita sedang bergerak dalam kadar konsisten ke arah melaksanakan segala urusan rasmi kerajaan menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Namun jangan salahkan rakyat jika bersikap amat skeptikal terhadap kenyataan para pemimpin Umno itu. Oleh kerana isu memartabatkan bahasa Melayu ini bukan isu baru dan rekod parti Melayu itu dalam memperjuangkan penggunaan bahasa ini bukan lah suatu yang membanggakannya, rakyat ada sebab untuk meragui keseriusan Umno.

Cakap para pemimpin Umno sering dianggap 'tidak serupa bikin'. Sikap dan pendirian Umno kerapkali tidak konsisten dengan dasar dan peraturan diterimapakai kerajaan diterajui parti itu sendiri. Seketika ia muncul seolah-olah seperti juara memperjuangkan bahasa, tetapi di ketika lain ia juga menggubal dasar yang memperkeleh dan menjatuhkan marbata bahasa itu.

Sebab itu gesaan pemimpin Umno agar bahasa Melayu dimartabatkan dianggap tidak lebih sekadar memenuhi mood semasa. Faham-faham saja lah, ia hanya keghairahan sementara dan sekadar meraikan kehadiran Bulan Bahasa.

Nasib menimpa bahasa Melayu sebenarnya lambang hipokrasi Umno dalam menjulang warisan bangsanya sendiri.

Kegagalan kerajaan Umno-BN kekang masalah hutang

Posted: 29 Oct 2011 09:00 PM PDT

Oleh DR MUJAHID YUSOF RAWA

SAYA mengharapkan bahawa kerajaan memberi jaminan cara untuk mengekang defisit ini tetapi nampaknya dalam suasana global yang ada hutang dan suasana keberhutangan ini akan terus menghimpit negara kita.Apatah lagi kita mendapat maklumat betapa hari ini ramai yang menjadi muflis.

Muflis salah satu sebabnya adalah kerana berhutang. Jadi, kita harap apa yang disebutsebut dahulu bahawa negara kita akan muflis sebelum 2020 itu adalah suatu yang tidak benar.

Akan tetapi, sebagai melihat trend yang ada hari ini, kita mengharapkan supaya isu hutang ini dapat diselesaikan dengan cara yang bijak.

saya juga ingin memberikan pandangan tentang tumpuan kepada sektor awam. Saya tidak ada masalah apabila sebahagian besar daripada bajet ini meletakkan pendekatan baru tangga gaji, sistem saraan baru perkhidmatan awam.

Cuma, bagi saya, bagi kami kita melihat bahawa persoalan gaji ini apa yang kita cuba dekati dalam permasalahan ini ialah dengan mengemukakan apa yang kita namakan gaji minimum.

Bermakna pemikiran dan kerangka kita dalam melihat permasalahan kehidupan hari ini dengan gaji, kita memperkenalkan apa yang kita katakan dengan gaji minimum.

Saya tidak tahu kerangka apakah yang dipakai dalam melihat tetapi malangnya sektor awam ini hanya diberikan tumpuan kepada sektor awam. Saya di bawah sana apabila berjumpa dengan sektor swasta mereka mengatakan kami tidak ada apa-apa habuan dalam bajet baru-baru ini.

Jadi, saya juga mengharapkan kerangka pemikiran kita untuk meletakkan masalah ini mestilah jelas. Kita mencadangkan kerangka itu di bawah konsep atau kerangka pemikiran gaji minimum ataupun 'minimum wages'.

Kedua, dari sudut bajet ini saya juga ingin memberikan pandangan tentang apa yang kita namakan bajet seimbang ataupun bajet jangka panjang.

Ya kita ada Rancangan Malaysia Kesepuluh sebagai satu program jangka panjang tetapi dalam kita menangani suasana yang kita sedang lalui hari ini di negara kita mahupun di peringkat global.

Saya bersetuju bukan semua masalah ini kita boleh longgokkan kepada satu sektor ataupun kepada satu pihak. Ia merupakan masalah global, masalah ekonomi di Amerika, masalah ekonomi di negaranegara membangun. Semua ini bukan masalah kita sematamata.

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 30 Oct 2011 01:42 PM PDT

SOKONG PAKATAN RAKYAT


KHALID ISMATH PULA!!!!!

Posted: 29 Oct 2011 08:24 PM PDT

Khalid Ismath Habib pelajar undang-undang Tahun 1 UITM digantung pengajiannya lantaran mengomen pentadbiran UIA yang mengaggantung Aziz Bari. Mangsa baru supaya sesiapa jangan nak jadi hero melawan pihak borjois.

Nampak gaya Malaysia kembali ke zaman gelap. Tak boleh beri pendapat, tak boleh kritik orang atasan, tak boleh kritik Sultan/Raja, dan  tak boleh jatuhkan BN

Kekadang dalam jemaah Islam pun tak boleh kritik orang atasan   juga. Kok nanti dikata tak walak!!!! Wooo. 

Kepada Khalid - itu baru ombak di tepi pantai sahaja. Ha ha.


Pulakdah!

Posted: 30 Oct 2011 01:31 PM PDT

Pulakdah!


'COWGIRL' Lariskan Jualan Lembu KORBAN

Posted: 29 Oct 2011 06:42 PM PDT

Barisan jurujual lembu bergelar "Cowgirls" di Hotel Haiwan Korban ini diperkenal oleh Romdoni,45 yang lebih mesra dipanggil Haji Doni di bandar Depok, bahagian Selatan kotaraya Jakarta semalam.


JAKARTA, -- Khidmat "cowgirls" dan Hotel Haiwan Korban yang ditampilkan pengusaha Haji Doni di bandar Depok, bahagian Selatan kotaraya Jakarta, merupakan strategi perniagaan kreatif yang berjaya melipatgandakan rezekinya.

Jualan haiwan korban di bilik pameran jualan kereta terpakai miliknya, yang diubah suai menjadi Hotel Haiwan Korban itu, telah meningkatkan hasil jualannya dengan begitu ketara.

Lembu jenis "limousine" iaitu nama yang diberikan untuk baka kacukan lembu Australia dengan lembu tempatan, merupakan jenis haiwan yang paling diminati oleh pelanggan beliau.

Dengan publisiti meluas oleh media tempatan mengenai kelainan pendekatan pemasarannya, Haji Doni telah berjaya menjual 4,700 lembu korban dalam masa 10 bulan yang lepas untuk musim Hari Raya Korban atau Aidiladha tahun ini.

Pada musim tahun lalu beliau menjual 2,200 ekor lembu.


"Sasaran jualan tahun ini ialah 6,000 ekor lembu, tapi oleh kerana sambutan yang luarbiasa kali ini, kami manambah 1,500 ekor lagi untuk jualan pada tahun ini," kata Haji Doni ketika ditemui di Hotel Haiwan Korban di Depok, Sabtu.

Ada pelanggan setianya yang membeli antara 200 dan 300 ekor sekaligus.

Romdoni, 45, yang lebih dikenali dengan panggilan mesra Haji Doni, berkata beliau memperkenalkan konsep jualan ini sejak tahun 2007 dan khidmat "cowgirls" yang ditugaskan sebagai gadis promosi jualan banyak membantu perniagaan beliau melayani para pelanggan.

Khidmat jurujual "cowgirls" mungkin sesuatu yang baru di sini tetapi ia perkara biasa dalam perniagaan lembu di Australia dan beliau telah menggaji 40 "cowgirls" secara tetap sebagai jurujual lembu, yang merupakan perniagaan utamanya.

Di luar musim Hari Raya Korban, gadis promosi jualan ini membantu jualan lembu di ladangnya di sebuah tempat dalam kawasan Depok.

Perkhidmatan Hotel Haiwan Korban pula, kata Haji Doni diperkenalkannya untuk memberi penjagaan terbaik kepada lembu-lembu yang telah dibeli oleh para pelanggannya, sehingga haiwan berkenaan dihantar kepada mereka untuk ibadah korban nanti.

Hotel Haiwan Korban merupakan suatu kemudahan bagi menunjukkan bahawa lembu-lembu berkenaan harus disayangi, katanya.

Untuk Hari Raya Korban tahun ini, Haji Doni membuka lapan pusat jualan dengan empat daripadanya di bandar Depok manakala selebihnya di beberapa tempat di Jawa Barat.

Selain lembu baka tempatan seperti Bali, Kupang dan Jawa, baka kacukan yang dijual oleh Haji Doni diberi nama Limousine, Bramus dan Sismetal.

Haiwan korban ini dijual dengan harga Rp34,000 sekilogram, naik Rp1,000 sekilogram berbanding tahun lalu.

Kredit : BERNAMA

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 30 Oct 2011 01:16 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


KEMAS - PEROSAK MASA DEPAN GENERASI MUDA

Posted: 29 Oct 2011 06:09 PM PDT

Muslimeen United

Posted: 30 Oct 2011 01:15 PM PDT

Muslimeen United


Lagu baruTurun BN - Abg. Mat Sabu.

Posted: 30 Oct 2011 02:08 AM PDT


Harta FLOP, Imelda Marcos Dirampas, Bila Lagi Harta FLOM?

Posted: 30 Oct 2011 02:06 AM PDT

Manila: Tiga hartanah di Manila yang dimiliki oleh bekas wanita pertama negara itu yang ranggi, Cik Imelda Marcos, akan dirampas pihak berkuasa sebagai bayaran bagi wang yang beliau salahgunakan hampir tiga dekad lalu, kata pemerintah Filipina semalam.

Rumah-rumah itu bernilai sejumlah US$1.3 juta(RM4.00 juta), menurut pemerintah negara itu.

Langkah itu menamatkan satu pertarungan undang-undang yang bermula pada 1987, setahun selepas mendiang suami Cik Marcos, bekas presiden Ferdinand Marcos, diguling, kata seorang jurucakap bagi Suruhanjaya Presiden bagi Pemerintahan Baik Filipina, Encik Nick Suarez.

Beliau berkata tidak diketahui apakah keluarga Encik Marcos pernah tinggal dalam rumah-rumah itu, yang akan dijadikan pampasan bagi 10 juta peso yang diambil secara haram daripada agensi pengimport beras Filipina pada 1983.

'Ia satu kemenangan bagi rakyat Filipina dan pemerintah kerana kita telah mendapatkan semula apa yang telah dicuri,' kata Suarez kepada agensi berita AFP.

Suruhanjaya itu telah berusaha mencari jalan untuk mendapatkan semula wang berjumlah sehingga berbilion dolar yang dicuri oleh mendiang diktator Filipina dan keluarganya itu semasa beliau memegang jawatan presiden negara itu.

Sebuah mahkamah antirasuah khas memutuskan pada April lalu bahawa keluarga Encik Marcos harus mengembalikan wang tersebut kepada pemerintah, bersama faedahnya, dan mahkamah yang sama juga memutuskan minggu ini bahawa pemerintah Filipina kini boleh merampas hartanah itu selepas keluarga berkenaan gagal melunaskannya.

Jurucakap bagi Cik Marcos tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara itu.

Mendiang Marcos memerintah Filipina dari 1965 hingga 1986, dengan sebahagian besar tempoh tersebut beliau bertindak sebagai seorang diktator.

Keluarga dan sekutu-sekutu beliau telah didakwa mencuri berbilion dolar daripada dana negara semasa pemerintahannya.

Cik Marcos terkenal kerana tabiatnya yang kuat belanja dan gaya hidupnya yang serba mewah, walaupun negaranya serba miskin.
-- AFP.

Itu FLOP - First Lady Of Philipphines. Bilakah lagi untuk FLOM - First Lady Of Malaysia? Yang juga mempunyai harta melimpah ruah setelah Najib menjadi PM dimana FLOM juga seperti Imelda terkenal kerana tabiatnya yang kuat belanja dan gaya hidupnya yang serba mewah?

Cincin dan beg FLOM berjuta nilainya. Itu baru dua barangan. Belum cungkil habis harta-harta lain....GB

Gambar : Sekitar Ijtima' Tarbawi Pemuda Pas 2011

Posted: 29 Oct 2011 04:21 PM PDT

 Pusat operasi Jabatan Amal...Lagi Gambar di FB Jab. Amal Selangor

Ribuan hadirin
Hadirin khusyuk mendengar
Jasamu dikenang,pelokon ' Gua ikut enta '
Barisan kepimpinan Dewan Pemuda Pas Pusat
eserta menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengisian yang disampaikan
Peserta singgah ke gerai-gerai yang dibuka
 Khusyuk....
Ruang legar dewan
YB Salahuddin Ayub berucap merasmikan Ijtima'
Peserta muslimat
Peserta yang bersemangat
 Treengggg....
Akhirnya sampai juga ke Ijtima' Tarbawi ' Gua ikut enta '
Tetamu dari HAMAS sebaris dengan YB Naib Presiden & Ketua Pemuda PasPusat
Antara barisan pelakon Gua ikut Enta di pentas utama
 Ucapan Ketua Pemuda Pas Pusat
Ucapan Syeikh Ahmad Najjar
Tahaluf siyasi untuk kejayaan besar PRU 13 

KUALA LUMPUR : Ahli-ahli dan para penyokong PAS diingatkan agar tidak terpengaruh dengan tohmahan-tohmahan liar yang dibuat oleh Umno BN terhadap parti mereka kerana menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, mereka dituntut agar memahami dengan mendalam mengenai perjanjian tersebut kerana ia mempunyai rahsia amat besar bagi perjuangan Islam.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali At-Takiri berkata, langkah yang diambil oleh PAS mengenai perkara itu telah difikirkan dengan mendalam oleh pucuk kepimpinan parti dan selaras dengan tuntutan syarak.

Menurut beliau, asas perjanjian itu seperti yang terkandung dalam konsep "Tahaluf Siyasi" adalah berkerjasama untuk menentang kezaliman dan selagi tidak menghalalkan yang haram serta mengharamkan yang halal.

Katanya, dengan bertahaluf siyasi, PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat pasti akan memperolehi ruang yang lebih luas untuk bersama-sama menentang kezaliman, sekali gus lebih memudahkan usaha bersama untuk menumbangkan BN dalam pilihanraya, termasuk Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ia adalah untuk kepentingan bersama bagi menentang kezaliman. Sekiranya hasil dari "Tahaluf Siyasi" ini akan merugikan PAS seperti menyebabkan PAS berada di pihak yang lemah yang boleh merugikan perjuangan Islam atau menghalalkan yang haram, PAS pasti akan melakukan kajian semula pula nanti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "PAS dan Tahaluf Siyasi" pada Ijtima' Tarbawi Pemuda PAS Peringkat Kebangsaan 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia di Dewan Datuk Mohd Fadzil Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Ijtimak yang bertemakan "Mantapkan Tarbiyah Menangi Pilihanraya" itu berlangsung selama 3 hari bermula semalam dengan disertai ribuan para pemimpin pemuda PAS termasuk di peringkat pusat, negeri-negeri dan kawasan-kawasan dari seluruh negara.

Menurut Khairudin, hasil kerjasama itu bagaimanapun tidak mungkin akan merugikan pihak PAS kerana perkara itu sememangnya sentiasa dipantau oleh para pemimpin parti dengan teliti secara berterusan.

Katanya, selain itu, kesemua pihak terbabit dengan kerjasama itu termasuk para pemimpin DAP dan PKR turut bertindak demikian bagi menjaga keutuhan ikatan itu sendiri demi kepentingan bersama.

"Jadi kemungkinan yang buruk itu tidak perlu dibimbangi oleh ahli-ahli PAS kerana kesemuanya pasti berlangsung dengan baik, selaras dengan asas perjanjian itu untuk bersama-sama menentang kezaliman," katanya.

Sehubungan itu, tegasnya, seluruh pemuda dan ahli-ahli PAS perlu memberikan kerjasama penuh kepada parti mereka dan Pakatan Rakyat dengan mempertingkatkan usaha untuk mencapai kemenangan pada PRU Ke-13 nanti.

"Dengan itu, barulah kita akan memperolehi kemenangan besar dalam PRU Ke-13 nanti dan kezaliman di negara ini akan dapat diatasi, sehingga usaha memberikan hak kepada yang berhak dapat kita laksanakan," ujarnya.

Matlamat PAS untuk memegang tampuk kekuasaan, tegasnya, bukanlah untuk kepentingan peribadi, tetapi untuk kepentingan perjuangan Islam demi menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air kita.

"Itulah matlamat perjuangan PAS. Matlamat itu tidak akan berubah sampai bila-bila dan ia berbeza dengan pendekatan yang boleh berubah berdasarkan kepentingan semasa.

"Kini, salah satu pendekatan yang diambil oleh PAS dengan mengadakan "Tahaluf Siyasi" bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat. Kerjasama itu pasti akan menghasilkan kejayaan besar pada PRU Ke-13 nanti sekiranya ia disusuli usaha keras oleh ahli-ahli PAS untuk mencapai kemenangan" ujar beliau. -Hrkh

YB Wahid disambut hangat di stadium Shah Alam

Posted: 29 Oct 2011 04:13 PM PDT

- Kemunculannya bersama rombongan menjadi kejutan
KUALA TERENGGANU - Kemunculan Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut di stadium Shah Alam diberi sambutan hangat oleh rakyat Terengganu.

Beliau yang juga ADUN Wakaf Mempelam dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu kini bersama puluhan ribu rakyat Terengganu memberikan sokongan kepada pasukan 'Peteh'.

Haji Wahid bersama rombongannya. Timbalan Pesuruhjaya PAS II Haji Muhyiddin Rashid dan Penolong Setiausaha Hj Hanafiah Mat memasuki stadium Shah Alam kira-kira jam 7.15 petang.

Menurut Haji Hanafiah, anak-anak muda berebut-rebut untuk bersalaman dengan pimpinan nombor satu PAS Trengganu itu.

"PJ (Haji Wahid) dan rombongan diberi sambutan hangat pemuda berebut-rebut untuk bersalam, mulai jam 715 petang masuk ke dalam stadium,

"bendera negeri Terengganu dan bendera PAS berkibar (dimerata tempat), tepukan sorak riuh dengan berebut nak bersalam,"ujar Haji Hanafiah yang dihantar kepada Buletinonline melalui sistem pesanan ringkas.

Menurutnya, orang ramai terkejut dengan kehadiran Haji Wahid yang mengambil keputusan untuk bersama anak-anak muda ke stadium Shah Alam. -BO

Pelakon Porno Ini Semakin Melampau Menghina Hukum Hudud!!

Posted: 29 Oct 2011 04:09 PM PDT


Chua Soi Lek Semakin Melampau!!!Itulah yang dapat Sk ungkapkan dengan setelah membaca petikan surat khabar The Star.Soi Lek A.K.A pelakon porno terhebat malaysia telah membuat kritikan keatas hukum allah yakni hukum hudud..Dalam petikan surat khabar The Star Soi Lek mengatakan Hudud Membawa Kemunduran.Cina Tua ni mengatakan apabila hukum hudud dilakukan.Negara akan mengalami penurunan pelaburan asing dan seterusnya akan membawa kepada kemunduran ekonomi negara.

Ini cina tua memang kurang ajar.Cina ini cakap memang tiada bukti yang boleh menyokong dakwaannya.Sila datangkan bukti kemunduran yang akan belaku wahai cina tua!!kamu tidak lihatkah Saudi Arabia dan Acheh yang telah melaksanakan hukum hudud ini.Padahal, bukti2 jelas menunjukkan negara2 yang melaksakan hukum hudud seperti arab saudi dan acheh mengalami kebangkitan ekonomi mendadak setiap tahun.

Cuba kita pandang ke Acheh yang sangat berdekatan dengan negara kita yang telah telah melaksanakan hukum allah ini. Pada tahun 2011, pertumbuhan ekonomi ACHEH adalah pada kadar 6.82% (tanpa sektor minyak dan gas).

Kita juga boleh melihat Arab Saudi yang telah melaksanakan hukum allah ini.Adakah semakin mundur?Sedangkan negara Arab Saudi setiap tahun mengalami pertambahan pelabur asing dan merupakan salah satu negara termaju dan terkaya dunia.Soi Lek hang perlu membuktikan dakwaan hang ini.

Sedangkan negara kita yang tidak melaksanakan hukum allah ini merupakan negara yang tercorot FDI dan setaraf dengan negara Laos dan Myanmar.Soi Lek hang cuba jawab!! . -sumber

Jelas kepada kita:
1.0 Chua Soi Lek berbohong bila dia kaitkan kejatuhan pelaburan dgn hudud
2.0 UMNO membiarkan sahaja pembohongan serta penghinaan Chua Soi Lek terhadap hukum Allah
3.0 UMNO rela membiarkan seorang penzina kafir seperti Chua Soi Lek menghina dan memfitnah hukum Allah
4.0 PERKOSA dan Berahim Katak serta HIMPUN hanya diam seribu bahasa terhadap penghinaan2 ke atas hukum Allah oleh MCA dan Gerakan

Dewan Himpunan Penyokong PAS sedia terima Tee Keat

Posted: 29 Oct 2011 04:07 PM PDT

Saya yakin Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sedia menerima bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat menjadi ahlinya.Bekas Presiden MCA itu tidak perlu takut dan segan untuk menyertai PAS melalui DHPP kerana ternyata sayap baru PAS itu semakin diterima oleh masyarakat bukan Islam untuk dijadikan wadah perjuangan mereka.

PAS terkenal dengan sikap terbukan dan professional. Saya yakin jika Tee Keat bersama-sama dengan DHPP pengalaman dan kredibiliti beliau tidak akan disia-siakan.

Tee Keat boleh memilih kawasan mana yang beliau ingin masuki malah beliau boleh kekal d kawasan Pandan sendiri. Jika kawasan itu belum ditubuhkan DHPP saya yakin beliau boleh mengasaskan DHPP Pandan dan menjadi ketuanya,

Beliau kena sedar bahawa dirinya telah dibuang dan tidak ada tempat lagi dalam MCA dan BN. Bekas Menteri Pengangkutan itu dilihat lebih bersifat seorang Ahli Parlimen bukan BN dalam parlimen dengan teguran-teguran tajam dan sinis terhadap BN sejak kebelakangan ini. -sumber

Lelaki dibelasah kerana bakar bendera Terengganu di Stadium

Posted: 29 Oct 2011 04:05 PM PDT

SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.


Sumber:[Free Malays]

ReJaM© "Ini namanya cari penyakit..."

MTUC Sah Lancar Piket Seluruh Negara 3 Nov Ini

Posted: 29 Oct 2011 04:00 PM PDT

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)sah akan menganjurkan piket di 16 lokasi seluruh negara pada 3 November ini bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955.

Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, piket itu akan diadakan di enam lokasi di Selangor serta setiap satu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kelantan, Johor, Kedah dan Sabah.

"MTUC sendiri ada 800,000 ahli dan ada 5.7 juta pekerja seluruh Malaysia, kita harap pekerja seluruh Malaysia sertai kita dan dapat 'good crowd' hari itu," katanya pada sidang media di Wisma MTUC di sini.

Sidang media itu turut dihadiri Presiden MTUC Mohd Khalid Atan.

Pada 6 Oktober lepas, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 diluluskan Dewan Rakyat selepas melalui sesi perbahasan lebih lima jam.

Rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.

Abdul Halim berkata, piket itu akan berlangsung antara pukul 5 petang dan 6.30 petang dan sebanyak 100,000 risalah akan diedarkan serta 41 buah kain rentang akan dibawa sepanjang piket itu berlangsung di seluruh negara.

Katanya, MTUC akan menyerahkan surat kepada Ketua Polis Negara bagi memaklumkan tujuan dan lokasi piket itu diadakan sambil menegaskan piket itu akan berlangsung secara aman.

"Kita sudah serah surat kepada Perdana Menteri minggu lepas supaya akta itu dapat ditarik balik dan dibincangkan semula dengan pekerja," katanya.

Beliau berkata isu terbesar mengenai piNdaan akta itu ialah wujudnya kontraktor tenaga kerja di mana ini membolehkan majikan 'mengupah' kontraktor itu memberikan tenaga kerja kepada majikan itu.

Katanya, sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor bukan majikan dan ini akan menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Bila seorang pekerja ditimpa kemalangan ketika bekerja bagaimana dengan pampasannya, ini amat merumitkan kerana pekerja tidak bekerja dengan majikan tetapi buat kerja untuk majikan itu," katanya.

Abdul Halim berkata selain itu, pindaan terhadap pekerja separuh masa, cara menetapkan masa kerja pekerja wanita, masa pembayaran berbeza antara gaji dan elaun serta prosedur pengurusan kes gangguan seksual turut "merisaukan" MTUC.

"Jika dilihat pindaan ini boleh memudahkan pekerja ditindas dan dianiaya terutamanya oleh kontraktor tenaga kerja, kita mahu menyelesaikan isu ini secara domestik terlebih dahulu, kita tidak mahu bawa ini ke peringkat antarabangsa buat masa ini," katanya. -mstar

PRU13: Cari mekanisme dekati 'generasi siber'

Posted: 29 Oct 2011 03:56 PM PDT

GOMBAK : Pemuda PAS perlu mencari satu mekanisme terbaik bagi mendampingi golongan muda hari ini yang disebut 'generasi siber', jika mahu menang pilihan raya akan datang, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Menurutnya, suatu kerugian jika peluang tersebut tidak digunakan dalam keadaan pakatan rakyat tidak mempunyai kekuatan media seperti media arus perdana yang pro BN.

"Pemuda perlu mencari mekanisma terbaik, bagaimana untuk sampai kepada mereka.

"Kita perlu belajar bagaimana Barack Obama, orang kulit hitam boleh menjadi orang pertama white House," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Ijtimak Tarbawi Dewan Pemuda PAS 2011 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar malam tadi.

Salahudin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian mengulas kajian terbaru yang mendedahkan golongan remaja di negara ini menghabiskan masa purata 4 jam sehari mengadap internet.

Ianya termasuk menggunakan laman sosial Facebook, twitter dan blog untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat.

"Kajian AC Nielsen sangat signifacant yang mengatakan rakyat negara ini sudah tak tonton lagi televisyen, tak baca lagi akhbar tetapi membaca internet.

"Inilah masanya kita perlu sampaikan mesej Islam kepada mereka. Inilah tugas anak muda," katanya dihadapan kira-kira 3,000 peserta yang hadir malam tadi.

Beliau turut memuji kreativiti dewan pemuda kali ini yang menerbitkan filem pendek "Gua Ikut Enta", yang dimuat naik ke Youtube bagi membangkitkan kesedaran anak muda hadir ke ijtimak kali ini.

Turut berucap malam tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan, Pengarah Ijtimak Nik Abduh Nik Aziz dan wakil Hamas Palestin, Syeikh Ahmad Najjar.

Ijtimak Tarbawi 2011 yang akan berakhir esok adalah bertemakan "Mantapkan Tarbiah, Menangi Pilihan Raya'.

Program kemuncaknya adalah ceramah pentas pemuda dan pidato perdana oleh pimpinan utama PAS malam ini.

Antara yang akan berpidato malam ini adalah Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, wakil Ikhwanul Muslimin Mesir Dr. Kamal Al Helbawi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Dewan Muslimat PAS Ustazah Siti Zailah Mohamad Yusof. -Hrkh

Addin

Posted: 30 Oct 2011 11:43 AM PDT

Addin


Sah!! Saiful Bukhari Tidak Di Liwat?

Posted: 30 Oct 2011 09:04 AM PDT

Adilkah undang-undang dunia ini, apabila menjatuhkan hukuman kepada mangsa yang dijangka diliwat dengan mempertahankan diri sehingga menyebabkan kematian? Mari kita lihat, di dunia ini tidak semua lelaki sanggup diliwat dan dijadikan hamba seks tempat memuaskan nafsu serakah manusia. Hal ini dijelaskan juga di mahkamah berkenaan kes Saiful Bukhari vs Anwar Ibrahim walaupun pihak mahkamah tidak lagi menjatuhkan hukuman. Sebagai lelaki normal, diliwat adalah merupakan satu kaedah menjatuhkan maruah kerana ia melibatkan sifat kelakian seorang lelaki macho. 

Ismawi Ishak (gambar) adalah contoh lelaki macho yang bertindak kepada seorang peliwat sehingga menyebabkan kematian. Seperti mana wanita yang sanggup membunuh perogol ketika dirogol begitu jugalah seorang lelaki apabila diliwat. Peliwat atau perogol boleh mati dan itulah merupakan hukuman sewajarnya sehingga menjatuhkan maruah seseorang mangsa. Hal ini bukan untuk dihalalkan cara kerana melalui perspektif psikologi seseorang itu akan hilang pertimbangan apabila diancam sama ada dirompak, disamun, dirogol atau diliwat.

Sifat dan sikap ini memang ada secara semulajadi di dalam diri manusia. Jika tiada bermakna kejadian itu seolah-olah dilakukan di atas kerelaan kedua-dua belah pihak. Kajian kepada kehidupan haiwan seperti harimau, anjing, kambing, lembu dan sebagainya. Apabila mereka terancam mereka akan bertindak dan sama sekali membunuh kerana mereka bertindak demi mempertahankan diri. Tiada undang-undang yang menyekat mereka daripada melakukan tindakan tersebut kerana mereka bertindak di atas naluri ancaman dan tekanan.

Bukan untuk menyamakan keadaan ini dengan manusia yang lebih bersifat lemah lembut dan boleh berfikiran waras. Mari kita buat sedikit renungan mengenai kejadian video lucah yang disamakan dengan Anwar Ibrahim. Mengapa wanita itu tidak meronta atau membunuh pelakon mirip Anwar Ibrahim. Jawapan sungguh mudah, perkara ini berlaku di atas kerelaan. Sepatutnya wanita itu boleh menyerang pelakon lelaki itu kerana ia merupakan ancaman rogol sehingga menyebabkan maruah tercalar di samping dirakamkan melalui video seperti yang ditayangkan di dalam youtube dan oleh 3 Lelaki Lucah bergelar Datuk T.

Di dalam kes Saiful Bukhari, bukan niat mahu mengubah keputusan mahkamah yang telah dirancang sedari awal kes ini dibuka, tetapi wajarkah Saiful bertindak membawa kes ini ke mahkamah sedangkan sekiranya Anwar Ibrahim cuba meliwat beliau adalah lebih baik bertindak seperti Ismawi yang macho dan tidak mahu maruah tercalar dek kerana diliwat bagi memuaskan nafsu jantan. Tetapi, menurut laporan dan hujah pihak pembelaan Saiful masih boleh berkerja dan melayan setiap tugasan ketika bersama Anwar selepas kes ini terjadi seolah-olah tiada apa yang berlaku atau ia berlaku secara sukarela.

Wajarkah kes yang diklasifikasikan sebagai mencabul kehormatan ini ditunda dan dibawa sehingga beberapa hari, sedangkan kejadikan mesti dilaporkan dalam masa 24 jam bagi menjamin kesahihan laporan tersebut.

Kami bukan mahu melihat kebenaran kes ini, tetapi sudah jemu kes ini dijadikan bahan perbualan politik sehingga berita-berita lain tidak dapat dipaparkan di akhbar. Hal ini menjadi satu tanda tanya sehingga tiap kali petugas kerajaan BN yang sepatutnya menyokong rakyat membangunkan ekonomi lebih mengutamakan bontot si Saiful berbanding tugasan dan amanah yang diberikan oleh rakyat secara majoriti.

Ayuh, kembali bertugas kerana jawatan PM, Menteri dan Wakil Rakyat itu bukan milik anda selama-lamanya. Kami berhak menidakkan anda di Putrajaya sekiranya anda semua asyik berbual mengenai kes liwat dan bukan menjadi keutamaan rakyat untuk diliwat atau meliwat. Nampak gayanya semakin banyak lagi yang akan menunggu selepas PRU13 seperti GST meliwat rakyat (di belakang PRU13) dan Prepaid 6% meliwat rakyat. Maknanya Rakyat akan lebih sengsara kerana kes liwat ini bukan sahaja di mahkamah tetapi akan digunakan BN selepas PRU13 nanti.

Udah, udahlah cerita pasal liwat II. Jadilah lelaki macho jika bertanding PRU13 nanti. Jangan harap nak menang kalau bertindak tidak seperti yang di cakap.

Salam Transformasi Untuk 1 Malaysia.

Jom Mengundilah….

maclub81@gmail.com

Tok Mon Nak Tanding Pilihanraya Lagi..

Posted: 29 Oct 2011 10:57 PM PDT

KUALA TERENGGANU - Meskipun cubaannya sebelum ini pernah diperkecilkan banyak pihak, namun Maimun Yusuf, 92, tidak menolak kemungkinan dia akan bertanding pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Bagaimanapun, ketika desas-desus di kalangan ahli politik menyatakan PRU ke-13 semakin hampir dengan pelbagai persiapan sedang rancak dibuat untuk menghadapinya, Maimun pula tidak membuat apa-apa perkara yang menonjolkan dirinya sebagai calon sebaliknya terus berniaga kain seperti biasa.

"Tok masih mempertimbangkan hasrat untuk jadi calon PRU ke-13. "Jika diikutkan ada kenalan dan jiran yang tidak menggalakkan tok berbuat demikian tetapi tok dapat rasakan mereka akan menyokong jika tok bertanding," katanya yang membahasakan dirinya tok dalam pertemuan di rumah sewanya yang disewa dengan kadar RM60 sebulan di Kampung Mengadang Akar, di sini, baru-baru ini.

Dia menjadi tumpuan apabila secara tiba-tiba muncul menawarkan diri sebagai calon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU ke-12 tetapi tewas teruk dan hilang deposit RM10,000. Dalam pilihan raya 2008 Maimun memperoleh 685 undi, tewas kepada calon Barisan Nasional, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mendapat 32,562 undi manakala calon PAS, Mohamad Sabu meraih 31,934 undi.

Gelagatnya berkempen setiap hari dengan menaiki basikal ketika itu mencuri tumpuan dan tanpa diduganya, dia berjaya meraih undi walaupun kecil. "Tapi tentu lebih baik jika tok menang," katanya sambil ketawa kecil ketika diminta mengulas mengenai undi diterimanya itu.

Maimun berkata, tindakannya menyertai PRU ke-12 menyebabkan dia lebih dikenali orang ramai sehingga ada yang meminta bantuan daripadanya sedangkan dia sendiri penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan. "Orang susah ada jumpa tok untuk minta bantuan dan tok pula tidak sampai hati menghampakan hasrat mereka walaupun tok sendiri pun susah.

"Jadi tok bantu ikut kemampuan. Kalau ada RM2, tok beri RM1 dan kalau ada lebih tok beri lebih," katanya sebelum meminta izin untuk menamatkan perbualan kerana mempunyai temujanji dengan pelanggan di Chabang Tiga, di sini. Bagi menampung perbelanjaan hidup, Maimun yang juga ibu kepada seorang anak berniaga kain sejak lebih 30 tahun lalu./myMetro 

Superstar Michelle Yeoh Bakal Sertai MCA Perak?

Posted: 29 Oct 2011 10:03 PM PDT

Apapun alasan yang akan diberikan oleh Michelle Yeoh, bintang Hollywood kelahiran Malaysia itu untuk bersara dari dunia bergemerlapan antarabangsa kepada adegan politik tempatan, beliau mungkin akan terlibat dengan BN dan MCA khususnya. "Sesiapapun boleh menyertai politik jika orang itu mempunyai komitmen untuk berkhidmat dengan masyarakat. Tetapi, Michelle Yeoh akan menyertai MCA sekitanya beliau memilih politik. Beliau ialah penyokong tegar BN kerana bapanya Yeok Kian Geik merupakan pengerusi MCA Perak sebelum ini. 

Beliau turut bergambar sebagai 'ratu' BN semasa pilihanraya yang lalu menuntut rakyat mengundi BN. "Saya ragu tentang kelayakannya kerana beliau tidak pernah tidak-berpihak (imparsial) selama ini," ujar Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.

Bukan ikon demokrasi, bukan pejuang pembebasan

Berita ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan buat mereka-mereka yang arif tentang cerita-cerita di Ipoh, tanah kelahiran Michelle. Namun ini tidak akan menyekat peminatnya dari merasa kesal. Dengan menggunakan prinsip kira-kira yang sama, ianya agak sukar untuk orang Cina mengundi MCA jika beliau menyertai parti itu atau sekali lagi mengambil tempat sebagai 'duta' menjelang pilihanraya umum ke-13, diramalkan berlangsung dalam beberapa bulan terdekat ini.

Namun begitu, berita bintang Hollywood kelahiran negara ini terus mengundang daya tarikan apabila akhbar the Star milik MCA menulis artikel pendek, mengalu-alukan penyertaannya dalam politik.

Memetik sina.com, artikel itu menulis yang Michelle "akan membuat keputusan yang serius menyertai arena politik Malaysia menjelang pilihanraya umum kelak". Namun, beliau tidak dapat dihubungi untuk kepastian berita itu tetapi ibu-bapanya memberik reaksi terkejut tentang berita itu.

"Saya dengar berita itu dari seorang kawan. Saya agak terhibur. Saya tidak tahu macam mana cerita itu wujud. Anak saya tidak pernah membincangkan soal politik dengan saya," ibu bintang itu berkata sambil tertawa.

Di usia 49 tahun, Michelle mencuba bakatnya sebagai pelakon di kota Hong Kong dalam sebuah filem kung-fu sebelum dipanggil Hollywood untuk watak utama film popular antarabangsa Crouching Tiger, Hidden Dragon. Ironisnya, watak filem terbaru lakonannya sebagai ikon demokrasi Myanmar iaitu Aung San Suu Kyi – bercanggah dengan kedudukan dan cara hidupnya yang agak bermegah-megahan.

Soi Lek mahu ke Perak

Samada MCA yang sedang tenat ini berjaya memujuk Michelle masuk dunia politik atau tidak, parti itu telah menggunakan segala cara untuk memenangi beberapa kerusi di Perak untuk dilihat kemas oleh Perdana Menteri Najib Razak dan parti UMNO pimpinannya.

Presiden MCA, Chua Soi Lek juga dikatakan mahu bertanding di Perak. Soi Lek bukanlah seorang bintang Hollywood seperti Michelle tetapi beliau turut 'berlakon' dalam adegan lucah.

Dan lagi, tidak seperti Michelle, Soi Lek mungkin selamat sekiranya beliau bertanding di kawasan kuat UMNO di mana majoritinya orang Melayu berbanding dengan kawasan Cina di mana beliau tidak popular.

Bukan sahaja semua orang Cina negeri Perak marah dengan Najib kerana taktik jahat merampas Perak dari Pembangkang tetapi juga kerana perselisihan dengan Istana atas isu yang sama, ini ditambah lagi dengan Soi Lek yang terpalit skandal seks.

Oleh kerana video skandal seksnya muncul pada tahun 2007, mereka tahu yang beliau sangat terdedah kepada serangan dan tidak mungkin boleh bangun melawan untuk UMNO kalau untuk diri sendiri pun sudah agak susah.

"Beliau pasti akan dimalukan oleh pengundi Perak. Datang dan cubalah bertanding di Tanjung Malim atau gopeng," cabar Nizar yang merujuk kepada dua kawasan kuat Pembangkang di negeri itu.

"Chua Soi Lek ialah masalah besar MCA. Beliau hanya menguasai 39% sokongan dari dalam parti apabila beliau dilantik sebagai presiden tahun 2010. Ia amat diketahui ramai yang skandal seksnya tidak akan membantu parti itu. Kita serahkan kepada rakyat negeri Perak untuk menentukan, tetapi Chua sedang menguji moral masyarakat dan kita ramalkan pengundi akan menolak beliau," ujar Kor Ming./malaysiachronicle

PAS Ada 500 Cyber Troopers?

Posted: 29 Oct 2011 09:00 PM PDT

Pada 22 Oktober lalu, PAS mengadakan konvensyen media baharu dan teknologi maklumat di Taman Melewar, Gombak. Laporan sebuah portal berita, yang tidak tepat dan memperbesarkan program itu memberi gambaran PAS sedang menyediakan 500 tentera siber untuk melawan kebangkitan tentera siber Umno. Dalam suasana menjelang pilihan raya umum kini, berita seperti ini mudah untuk diperbesarkan, dan dilihat sebagai lebih besar berbanding apa yang sebenarnya.

Program tersebut lebih kepada persiapan melibatkan pekerja-pekerja teknologi maklumat bersifat teknikal berbanding penulis atau pengendali blog seperti yang digambarkan oleh laporan portal tersebut. Blog-blog Umno mengulangi apa yang disebut oleh laporan portal itu, yang PAS sedang mempersiapkan 500 tentera siber melawan jentera media baharu Umno yang kini menguasai dunia blog politik tempatan. Laporan itu sebenarnya mendedahkan sesuatu yang sukar diterima dan dilaksanakan, yakni jumlah tentera siber sehingga mencapai 500 orang.

Sekiranya diperhatikan dunia siber sejak seminggu lepas, belum kelihatan apa yang digembar-gemburkan itu. Sekiranya 500 tentera siber itu sudah bergerak, akan dapat dirasai pergerakan mereka itu,kerana 500 ialah angka yang besar.

Malah, sekiranya jumlah sebenar - jika ada tentera siber ini - jauh lebih kecil, misalnya 100, pergerakannya tetap akan dapat dirasai. Hakikatnya, tentera siber PAS masih lagi bukan seperti yang dilaksanakan oleh Umno, dengan sekumpulan penulis blog yang didedikasikan untuk bergerak di barisan hadapan perang siber.

Selain media rasmi parti, perang siber PAS dilaksanakan secara sukarela oleh aktivis parti dan penyokong melalui blog dan media sosial seperti Facebook. Mungkin disebabkan sifat sebagai parti pembangkang, tentera siber PAS masih bergerak secara bebas dan bersendirian tanpa sebarang usaha konkrit untuk menyusun gerakan mereka secara sistematik./siasah
Addin :
Apa yang dimaklumkan oleh Siasah ini adalah betul. Setahu Addin, awal tahun ini kerajaan Kelantan ada mengadakan perjumpaan dengan bloggers di Hotel De Palma Ampang, Addin sendiri di maklumkan oleh Topeng Perak Unmasked dan Dato' Tarmizi Mohd Jam. Inisiatif ini amat baik di laksanakan oleh kerajaan Kelantan bagi mengeratkan ukhwah di kalangan bloggers dan menyeragamkan gerak kerja. Hampir semua bloggers PAS dan Pakatan Rakyat di bangunkan atas usaha sendiri dan tidak dibantu sepertimana Cyber Troopers Umno yang dapat gaji ribuan ringgit. Perjuangan kami semua adalah ikhlas untuk menegakkan negara 'berkebajikan' serta menumbangkan rejim zalim Umno. Diharapkan perjuangan ini kelak di terima oleh  Allah S.W.T menjadi sebahagian daripada amal soleh kami.. Insyaallah..
 

Sambutan 60 Tahun PAS Perak : Forum Pejuang Kemerdekaan Dapat Sambutan Hangat

Posted: 29 Oct 2011 07:00 PM PDT

MASJID TINGGI, BAGAN SERAI - 29 Oktober, Sambutan 60 tahun PAS peringkat negeri Perak berlangusng meriah. Agenda memperingati susur galur perjuangan PAS mengajak khalayak untuk merasai dengan hati yang penuh sedar bahawa PAS sebagai Parti Islam yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan.

Pada malam tadi telah berlansung satu forum bertajuk "Siapa Pejuang Kemerdekaan" membariskan 3 ahli panel yang cukup mantap terdiri daripada Tn Hj Muhamad Bin Sabu , Timbalan Presiden PAS, Prof Dr. Aziz Bari, Pakar undang-undang dari UIAM dan Dr. Muhaimin Sulam. Kehadiran 2 tokoh kontroversi masa kini iaitu Tn. Haji Muhamad Sabu atau abang Mat dan Prof. Dr. Aziz Bari pada forum tersebut mengundang hampir 10 ribu pendengar dari segenap lapisan.

Forum dimulai dengan mendengar pandangan daripada Tn. Hj. Muhamad Sabu. Beliau menyentuh isu isu semasa dan dikaitkan dengar pengertian kemerdekaan. Beliau berpendapat hari ini rakyat Malaysia terus dijajah apabila pemimpin Negara melakukan kezaliman dengan menafikan hak kebebasan rakyat. Beliau memberi contoh isu yang berlaku kepada Prof Aziz Bari yang diugut dengan ugutan bunuh dan kiriman sebutir peluru yang membawa erti hidup kita masih dibelenggu ketakutan dan dijajah oleh pemimpin sendiri.

Dr Muhaimin Sulam pula tampil mengupas isu berkaitan sejarah. Beliau yang mengantikan adik kepada Mat Indera berpendapat bahawa sejarah sesebuah Negara dicipta dan diadun oleh kerajaan yang memerintah. Umpamanya sejarah tanah melayu didasarkan kepada penentangan penjajah British. Sebaliknya melupakan sejarah asal seperti kerajaan Langkasuka,Funan,Sriwijaya dan Kerajaan Islam Melaka. Beliau juga memebri contoh sejarah singapura yang memulakan asas sejarah dengan kedatangan Stamfort Rafle dan menutup sejarah kedatangan Parameswara ke Temasik (nama asal Singapura)

Beliau juga berpendapat apabila sejarah Negara didasarkan bermula era penjajahan akan tenggelamlah era kegemilangan Islam dan menjadikan jiwa rakyat sebagai hamba akan berterusan dan sukar menerima perubahan kerana berpuas hati dengan jiwa hamba dan rela terus dijajah.

Seterusnya Prof Dr Aziz Bari berucap berkisar isu yang melanda dirinya dan merasakan apa yang berlaku terhadap beliau adalah bukti beliau tidak merdeka untuk melaksanakan tugas sebagai ahli akademik. Beliau turut mempersoalkan majlis Profesor Negara di mana pendirian mereka yang tidak bersuara dalam mempertahankan isu –isu yang berkaitan kebebasan akademik.

Seterusnya ahli panel tampil menjawab soalan soalan yang dikemukakan oleh hadirin berkisar kepada isu semasa seperti isu pilihanraya, isu hudud dan keselamatan Negara yang berpunca Hak-hak Keistimewaan Melayu yang yang diremehkan.

Akhirnya forum dirumus oleh Tn. Hj. Muhamad Sabu dengan menekankan bahawa rakyat tidak boleh berasa selesa dengan keadaan yang berlaku dan mesti menanam keyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak kebal serta boleh dikalahkan dengan kefahaman dan dokongan kuat dari seluruh pencinta kebebasan. Majlis tamat tepat jam 12.00 malam. Sekalung tahniah kepada penganjur atas perjalanan program yang mendapat sambutan hangat ini./tapioca


shalehudin

Posted: 30 Oct 2011 11:23 AM PDT

shalehudin


Penganggur Dituduh Bunuh Gadis

Posted: 30 Oct 2011 10:30 AM PDT

BANTING, 29 Okt 2011 - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok di sini hari ini kerana dituduh membunuh seorang gadis pada 2004, tahun yang sama dia dilaporkan melarikan diri dari Balai Polis Tanjung Sepat selepas ditahan berhubung kematian remaja itu.

Kher Tian Hock, 37, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh See Sheau Fang, 18, di kawasan sebuah rumah di Jalan Wira 24, Taman Perwira, Sijangkang dekat sini antara 9.30 pagi dan 5.30 petang 28 Februari 2004.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan di Balai Polis Tanjung Sepat antara 6.30 pagi dan 7.30 pagi 13 Mac 2004 setelah ditahan untuk disiasat berhubung kes bunuh itu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Tian Hock, yang tidak diwakili peguam, semasa pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret Sepang Rozaidi Yaacob.

Jika sabit kesalahan bagi pertuduhan membunuh, Kher boleh dihukum gantung sampai mati dan bagi kesalahan kedua, dia boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun.

Dr Asri kena cerita camana, bagi PAS paham caranya...

Posted: 30 Oct 2011 09:00 AM PDT

Pemuda PAS: Kami bukan Taliban, Dr Asri melampau

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyelar bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan sayap itu dengan Taliban ekoran pendirian mereka membantah penganjuran konsert Elton John di Genting Highlands akhir bulan depan.

Sambil menganggap pandangan Asri sebagai "belum mengenali Pemuda PAS", Nasrudin berkata, bekas mufti itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS.

"Menganggap Pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.

"Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda-pemuda Islam lain," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini selepas menutup Ijtimak Tarbawi 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS di sini hari ini.

Nasrudin mengulas pandangan Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Asri yang kini bertindak sebagai felo penyelidikan di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) dipetik berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

Beliau turut menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

Baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Pahang membantah konsert Greatest Hits Tour melibatkan John di Arena of Stars, Genting Highlands 22 November ini kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.

Ketuanya Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.

John, 64, akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia.

Dalam kenyataannya Nasrudin juga menegaskan, PAS tidak pernah menggunakan pendekatan kekerasan dalam dakwah mereka apatah lagi pendekatan ala Taliban.

Sebaliknya lebih kepada pendekatan lunak iaitu turun ke padang mendekati anak muda dengan menyebarkan risalah kesedaran agar menolak sebarang aktiviti yang melalaikan dan maksiat.

"Memang kita bantah itu tujuannya agar orang Islam tidak pergi ke konsert tersebut. Sebab itu saya cadang beliau (Asri) ambil masa turun ke medan sekali dengan Pemuda PAS, jumpa anak muda. Jangan hanya bercakap dari dalam bilik berhawa dingin," katanya.

Nasrudin juga meminta bekas mufti itu membuktikan di mana salah bantahan mereka terhadap konsert penyanyi itu.

Katanya, jika sekalipun pendekatan mereka "dilihat salah" oleh Asri, namun tindakan tersebut dibuat atas perinsip asas mencegah kemungkaran yang diwajibkan oleh Islam.

"Kalau tak setuju dengan pendekatan kita, kita terbuka menerima cadangan pendekatan lain dari beliau (Asri)... pendekatan ini perkara ijtihad.

"Pemuda tegas dengan perinsip mempertahankan Islam... kita bertindak atas dasar mencegah kemungkaran," katanya.

Lagi projek tipu Melayu...

Posted: 30 Oct 2011 07:30 AM PDT

Kenyataan SPRM untuk siasat, retorik saja

Lau Weng San
Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa mereka akan membuka fail bagi menyiasat 36 kes salahlaku yang melibatkan perolehan dibuat oleh agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan merupakan retorik yang tidak bermakna.

Ini adalah kerana SPRM sehingga sekarang masih belum menyelesaikan kes-kes salahlaku yang berpunca daripada perolehan jabatan-jabatan kerajaan dengan harga yang jauh lebih tinggi (inflated price) pada tahun 2006.

Antara kepincangan yang dilaporkan pada masa itu termasuk pembelian satu set pen yang berharga RM160 dengan harga RM1146, iaitu RM986 lebih mahal daripada harga pasaran.

Selain itu, Kementerian Belia dan Sukan dikatakan bersalahlaku apabila kemnterian berkenaan membeli sebuah jek kereta yang berharga RM50 dengan harga yang melampung tinggi, iaitu RM1664.

Fenomena-fenomena ini seolah-olah berulang setiap tahun walaupun Jabatan Audit Negara bertahun-tahun memberi teguran. Malangnya, setiap kali Laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan oleh kerajaan, kami melihat hampir tiada tindakan susulan daripada SPRM untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Justeru itu, kenyataan SPRM baru-baru ini bahawa mereka akan menjalankan siasatan seolah-olah satu kenyataan retorik yang langsung tidak bermakna. Bagaimana rakyat Malaysia boleh mengharapkan SPRM untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersalah apabila kes-kes yang telah dilaporkan sejak lima tahun yang lalu pun belum lagi diambil tindakan oleh SPRM?

Oleh itu, apabila penjawat-penjawat awam melihat kelalaian dan kegagalan SPRM dalam mengambil tindakan cepat dan tegas berhubungan dengan isu ini, mereka akan memandang remeh terhadap undang-undang yang sedia ada dan meneruskan sikap boros dan tidak berjimat cermat. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin-pemimpin kerajaan pusat pun boros dalam perbelanjaan, apakah kita boleh mengharap kakitangan-kakitangan awam yang bertugas di bawah akan berjimat-cermat dalam pentadbiran kerajaan?

Banyak kes salah laku telah dilaporkan terhadap SPRM, termasuk kes-kes yang melibatkan "ikan-ikan besar", tetapi adakah SPRM dapat memberi laporan kepada rakyat Malaysia apa yang mereka telah lakukan terhadap "ikan-ikan besar" ini?

Bagaimana dengan kes salah laku dan rasuah yang melibatkan Ketua Menteri Sarawak, Mohd Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambri Kadir?

Semua daripada mereka dituduh terlibat dalam banyak kes salah laku yang melibatkan pemberian tanah dan lesen balak secara berleluasa kepada syarikat-syarikat kroni, apakah tindakan SPRM terhadap mereka dan apakah sebab mengapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka?

Kegagalan SPRM ini telah membukti dakwaan bahawa kerajaan tiada komitmen politik untuk melakukan perubahan dan reformasi dalam pentadbiran awam. SPRM perlu tegas dan perlu dilihat tegas dalam menjalankan tugasnya.

Jika tidak, penjawat-penjawat awam hanya akan bersambil lewa sahaja setiap kali Ketua Audit Negara memberi teguran.

BENAR!! Blogger UMNO memang penipu... kahkahkah...

Posted: 30 Oct 2011 07:15 AM PDT

Koh Tsu Koon Nafi Cabar Guan Eng Pada PRU13 Akui Blogger Upahan UMNO Penipu Besar

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.

Sambil menepis laporan itu Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar.

Beliau berkata penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.

"Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu... ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.

"Setiausaha akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger ... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya dipetik Bernama Online.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Lim, yang juga Setiausaha Agung DAPdi mana-mana kawasan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Dalam entri bertajuk 'Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu' itu, Koh dipetik sebagai berkata "Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guan Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang.

Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada pilihan raya umum ke-13 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan.- KLpos

PAS ni ada gaya Taliban ka...

Posted: 30 Oct 2011 05:00 AM PDT

Elton John: PAS jangan tiru Taliban, kata Asri

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur desakan dalam PAS untuk menghalang konsert rock Elton John di Pahang pada bulan depan atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

"Lagipun itu diadakan di Genting (Highland), tempat arak dan judi (untuk) non-Muslim," katanya.

Pada 25 Oktober lalu, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John pada 22 November kerana ia didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.

Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz dilapor menegaskan homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan John adalah maksiat.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Asri menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebalinya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

"Anggaplah konsert itu untuk non-Muslim. Jika itu yang mereka (PAS) mahu," katanya.

Dalam masa yang sama, katanya, masih banyak seminar dan diskusi tentang pemikiran kerajaan Islam modern yang perlu diadakan PAS.

Penyanyi warga British itu secara terbuka mengakui gay dan berkahwin sesama jantina pada 2005 selepas undang-undang Britain membenarkan perkara itu.

Penganjur konsert Tune Live ketika dihubungi AFP enggan mengulasnya.- M'kini

Blogger UMNO pun gelaq dia 'anak paria' Kahkahkah...

Posted: 30 Oct 2011 03:30 AM PDT

Blogger Umno gelar Muhyiddin 'anak paria'

Oleh Mohd Rashidi Hassan

"DI BAWAH pentadbiran Muhyiddin Yassin, Umno Wilayah (Persekutuan) sudah jadi macam parti mak bapak dia..Dia buat apa dia suka..Kerana dia penyamun besar yang berselindung atas nama nasionalisme Melayu dan Islam..Maka dilantiknya jawatan kanan Umno bahagian bdr tun razak semuanya banduan politik wang."

"Muhyiddin Yassin itu anak paria," tulis Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin yang juga bloger Sang Kelembai dalam laman Facebook (FB) beliau.

Beliau menulis lagi,"16 September 2011 bermula konspirasi hendak menjatuhkan PM Najib oleh Muhyiddin Yassin, dgn perlantikan setiausaha dan bendahari bekas banduan politik wang dan seorang yd diadukan melanggar perlembagaan Umno, maka dengan sendiri Parlimen Bandar Tun Razak yg dinamakan sempena bapa PM Najib dgn mudah akan dimenang oleh pembangkang. Maka Muhyiddin Yasin akan minta PM Najib letak jawatan saperti yg pernah dia lakukan kpd Abdullah Hj Ahmad."

Apa yang ditulis Zaharin menunjukkan politiking dalam Umno memang hebat. Sentiasa panas dan bergolak. Selalunya kemelut dalaman Umno tidak diketahui rakyat kerana ia dapat disembunyikan oleh media tali barut Umno. Bila dibongkarkan satu-persatu mereka kata, ianya hanya ibarat 'ribut dalam secawan kopi.'

Ribut dalam Umno kali ini memang hebat dan tidak dapat dibendung. Ia diluahkan dan didedahkan secara terbuka oleh bloger-bloger dan facebookers Umno. Laman sosial FB menjadi tempat mereka melepaskan geram terhadap seteru politik dalam Umno.

Zaharin begitu berani mengambil risiko menghentam dan mengecam Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin digelar sebagai anak paria, penyamun besar dan perosak Umno. Lebih hodoh lagi, Zaharin yang juga Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak mendakwa beliau ada maklumat bahawa Muhyiddin terbabit hendak menjatuhkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam tulisannya di laman FB, Zaharin berkata, beliau akan mendedahkan hal tersebut tidak lama lagi.

Zaharin melepaskan geramnya kepada Muhyiddin dipercayai kerana terdapat usaha TPM selaku Pengerusi Umno untuk meletakkan 'orangnya' menggantikan beliau sebagai Setiausaha Umno Bahagian.

Malah dalam laman FBnya, Zaharin terus menyerang Muhyiddin kerana melantik orang-orang bermasalah dan yang jelas terbabit dalam politik wang seperti Dato' Mokhtar Samad dan Amil Salleh di bahagian tersebut.

Menulis mengenai Zaharin bukan bermakna menyokong beliau. Sebab Zaharin memang jenis out-spoken. Dalam posting beliau selalu menyerang PAS dan Pakatan Rakyat. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim sering menjadi 'ulam' beliau.

Saya ketepikan soal serangan Zaharin terhadap Pakatan Rakyat buat seketika. Yang penting sekarang bukan soal Zaharin sebagai penulis dalam blog atau FB. Beliau ada jawatan. Selaku Setiausaha Umno Bahagian dan Setiausaha BN Bahagian, kuasanya agar besar dan berpengaruh. Beliau juga terbabit sebagai AJK Umno Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana itu serangan dan kecaman beliau terhadap TPM memang ada weight yang tersendiri. Sebab apa seorang yang berjawatan sanggup menyerang Timbalan Presiden Umno yang juga Pengerusi Umno negeri? Kata-kata yang dihamburkan pula bukannya kritikan biasa.

Gelaran 'anak paria' terhadap Muhyiddin yang berbangsa Melayu dan beragama Islam adalah sedahsyat-dahsyat gelaran. Jika ada kalangan orang India pun tidak setuju jika ungkapan paria digunakan kepada mereka walaupun ia ada dalam kamus mereka, inikan pula orang Melayu-Islam menerima geralan sedemikian.

'Anak paria' yang dikatakan Zaharin bukan sekadar paria, dia adalah penyamun besar, pembela golongan rasuah dan bermasalah dalam Umno. Lebih dahsyat lagi 'anak paria' itu dituduh merancang hendak menjatuhkan PM kesayangan Zaharin.

Sudah tentu serangan Zaharin terhadap Muhyiddin tidak dapat diterima juak-juak Muhyiddin. Melalui blog Cucu Tok Selampit mereka menyerang Zaharin dan menggesa Umno memecatnya.

Zaharin kata blog tersebut sebagai politikus yang tidak bermaruah. Zaharin dituduh menyerang bekas PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan kemudian mencium tangan Abdullah selepas mendapat habuan yang dikehendaki. Gambar Zaharin memeluk dan mencium tangan Abdullah juga disiarkan mereka.

Bloger Umno yang marah dengan Zaharin mendakwa beliau menjalankan politik 'peras ugut'. Zaharin didakwa memeras ugut ahli politik (termasuk TPM), kemudian mereka diminta 'menghulurkan habuan' jika serangan terhadap mereka hendak dihentikan.

Bloger Umno yang tidak puashati dengan kecaman Zaharin terhadap Muhyiddin, terus menyerang beliau dan mendakwa Zaharin mempunyai kelaku yang amat buruk. Kata mereka Zaharin tidak layak menjadi ahli Umno kerana banyak komen-komennya merosakkan Umno.

Membaca komen-komen yang diposting mereka naik tergelak dibuatnya. Macamlah mereka yang duduk dalam Umno suci macam Malaikat Jibril.

Saya tidak perlu cenderung untuk membela sesiapa dalam Umno dalam perbalahan ini. Mereka hendak tuduh, hendak kata apa pun kepada seteru mereka, itu urusan mereka. Hanya mereka sahaja yang tahu dan faham perangai orang-orang Umno.

Yang jelas, tujuan saya mengutarakan isu ini, lebih kepada untuk menyedarkan rakyat dan mendedahkan kepada rakyat, bahawa Umno itu memang hodoh dan teruk. Perbalahan dalaman mereka memang teruk dna tidak mampu dibaiki lagi.

Persoalan yang harus dijawab oleh Umno hari ini bukan soal siapa Zaharin, atau apa buruk baik kelakunya. Yang tidak boleh dinafikan orang Umno ialah, didakwa wujudnya satu usaha yang didalangi Timbalan Presiden Umno untuk menjatuhkan Presiden Umno. Itu isu yang sebenarnya.

Yang menuduh atau membangkitkan isu ini bukan orang PAS. Bukan juga orang Pakatan Rakyat. Yang menuduh Muhyiddin hendak menjatuhkan Najib adalah dari kalangan Umno sendiri. Apa yang dibuat Muhyiddin, siapa penyokongnya dan bagaimana cara beliau hendak jatuhkan Najib, kita tunggu pendedahan dari orang Umno seterusnya.

Cuma yang hendak kita katakan kepada orang-orang Umno-BN, kami dari Pakatan Rakyat, sama ada yang meneraju negara itu Najib atau Muhyiddin, tidak penting bagi kami. Asalkan sahaja nama mereka Umno-BN, kami bertekad akan tumbangkan mereka pada PRU yang akan datang. Insya Allah.

Asalkan bukan UMNO... kahkahkah...

Posted: 30 Oct 2011 02:30 AM PDT

Slogan baru rakyat - ABU! (anything but UMNO) atau (asalkan bukan UMNO)

Oleh Aspan Alias

Perkasa dan Ibrahim Ali begitu kecewa dengan kehadziran yang begitu kecil semasa Himpunan Sejuta umat di Stadium Shah Alam beberapa hari yang lepas. Hanya 5000 orang sahaja yang datang untuk menghadziri perhimpunan itu. Pada awalnya adalah dijangkakan seramai ratusan ribu orang Melayu Islam akan hadzir tetapi jelas walaupun dengan publisiti yang begitu meluas hanya 5000 orang sahaja yang hadzir.

Tetapi kawan rapat saya memberi komen sinis yang jika himpunan itu hendak bercakap kepada 1 juta umat maka pengelola perhimpunan itu terpaksa mengadakan 200 kali perhimpunan seperti itu untuk menyukupkan jumlah 1 juta itu.

Satu hakikat yang sangat jelas ialah jika apa-apa perhimpunan itu di anjurkan oleh kumpulan yang ada kaitan dengan parti pemerintah begitulah keadaan sambutannya. Persepsi rakyat begitu rendah terhadap parti pemerintah dan kedatangan seramai 5000 orang dari seluruh negara itu sudah boleh di anggap berjaya jika di bandingkan dengan persepsi rendah orang ramai terhadap pemerintah.

Ramai dari rakan-rakan yang saya temui beberapa hari sebelum perhimpunan itu diadakan meramalkan yang kedatangan dan sambutan terhadap perhimpunan itu adalah rendah. Masing-masing memberi sebab masing-masing dengan andaian masing-masing.

Tetapi yang pasti himpunan 1 juta umat itu adalah perhimpunan yang dipengaruhi oleh politik dan di sabitkan pula dengan penglibatan parti-parti dalam BN walaupun penganjurnya adalah di atas nama NGO. PAS dan parti-parti lain memang tidak terlibat dengan perhimpunan itu. Yang mampu membawa keluar ramai umat ialah parti-parti dari PR dan tidak ada mana-mana perhimpunan anjuran BN atau kumpulan yang bersimpati dengan BN itu berjaya mengumpulkan umat yang ramai.

Isu tuduhan BN terhadapa kristian yang berusaha memurtadkan orang Islam itu (jika benar pun) tidak mungkin boleh di selesaikan dengan perhimpunan seperti itu. Jika kita sayangkan agama kita orang Islam mesti di hormati dan untuk mendapatkan penghormatan itu hanyalah dengan menunjukan kita sebagai seorang Islam yang baik lebih-lebih lagi kepada pemimpin-pemimpin yang beragama Islam.

Menjadi pemimpin bukannya satu kerja mudah. Pemimpin mesti menunjukan kewibawaan yang tinggi dan jika di pandang dari sudut keagamaan pemimpin-pemimpin kita harus menunjukan yang mereka betul-betul menghormati dan menjunjung agama kita dengan tahap yang sewajarnya.

Kita terlalu obses bercakap pasal Islam tetapi rakyat nampak jelas pemimpin kerajaan sendiri melanggar Islam dengan tidak merasa malu dan silu. Melakukan rasuah adalah bertentangan dengan Islam dan Islam menyamakan perasuah itu sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri. Bagaimana sebuah kerajaan yang menjadikan Islam sebagai modal politik sedangkan apa-apa yang dilakukan itu semuanya bertentangan dengan kehendak Islam.

Dalam lapuran Ketua Audit negara yang baru dikeluarkan itu nampak jelas tidak ada Islamnya lagi. Barang yang berharga RM 400 dibeli oleh jabatan-jabatan yang terlibat dengan harga lebih dari seribu ringgit.

Pembelian alat keperluan angkatan tentera yang Def Tech boleh bekalkan dengan harga RM450 juta dibekalkan dengan harga lebih dari RM5 billion. Dimana Islamnya dan dimana amanahnya sebagai pemimpin yang beragama Islam. Apa semuanya ini?

Apabila rakyat yang terdesak pergi meminta bantuan dari pihak gereja walaupun tidak ada bukti mereka dimurtadkan maka semua mereka (kerajaan) mempolitikannya dan mengadakan perhimpunan sejuta umat pula.

Rakyat ramai yang terdesak kehidupannya tetapi mereka mendengar pemimpin-pemimpin melakukan kerja yang menyakitkan hati mereka. Mereka mendengar isteri-isteri pemimpin melalui TV memakai emas berlian berkarat-karat beratnya. Tas tangan kepunyaan setengah isteri- isteri pemimpin kita berharga ratusan ribu ringgit bagi satu beg tangan itu.

Kalau dikaji latar belakangnya bukannya datang dari keluarga yang kaya-raya pun. Mereka semuanya datang dari taraf sosial yang tidak jauh bezanya dengan kita semua ini. Sikap menunjuk-nunjuk ini selalunya dilakukan oleh mereka yang berlatar belakangkan mereka yang baru jumpa 'dunia'. Mereka tidak senang hidup jika orang ramai tidak tahu yang mereka sekarang adalah isteri pemimpin yang kaya raya.

Orang tua-tua dahulu ada berkata, 'kalau orang berdarah raja itu jika menjadi tukang sapu sampah atau jadi tukang cat sekali pun, ia tetap raja, tetapi jika si sengkek diletakan mahkota di kepala mereka sekali pun, mereka tetap sengkek'.

Rakyat yang terdesak kehidupan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka dengan 'one-off payment' sebanyak RM 500 yang diumumkan oleh PM baru-baru ini. Kalau pemimpin kita tidak cukup dengan gaji yang besar sehingga melakukan rasuah bagaimana rakyat hendak hidup dengan bantuan RM500 itu? RM500 itu sebenarnya tidak cukup pun untuk membiayai makanan kucing orang-orang kaya dalam kerajaan pada hari ini.

Rungutan ini memang sudah lama tetapi keadaan masih tidak nampak akan berubah. Jika rakyat mengambil keputusan untuk mencari penyelesaian dengan mencuba memberikan mandate kepada parti-parti lain untuk mentadbir negara itu merupakan satu tindakan yang tidak boleh disalahkan. Ini negara demokrasi bukan?

Lagi pun tidak ada dosa atau kesalahan untuk sesiapa memberikan sokongan kepada pihak lain jika mereka tidak berpuas hati dengan pimpinan yang telah diberikan mandat selama lebih dari 5 dekad ini. Kuasa itu adalah kuasa rakyat bukannya kuasa mereka yang sedang memerintah itu.

Ibrahim Ali semasa ucapan penutup perwakilan Perkasa baru-baru ini telah bertanya, dimanakah perginya orang-orang Melayu dan Islam kerana tidak memberikan sambutan kepada himpunan 1 juta umat itu walaupun tujuannya ialah untuk perjuangan Islam dalam mempertahankan orang Islam dari dipengaruhi oleh kristian dengan tujuan memurtadkan orang-orang yang beragama Islam.

Jawapannya mudah: orang ramai tahu tujuan dan matlamat perhimpunan itu di adakan bermotifkan politik pihak berkuasa. Rakyat tahu himpunan itu bukannya kerana Islam. Rakyat tidak lagi mudah dipengaruhi oleh politik desperate pihak tertentu dan membuang masa sahaja.

Pihak yang menganjurkannya mempunyai matlamat tersirat yang lain dari matlamat untuk perjuangan agama suci Islam itu. Rakyat sudah tidak lagi mahu diperkotak katikan seperti dahulu lagi.

Enough is enough. Sekarang rata-rata orang berkata, ABU! (Anything but UMNO). Semuanya ini bukan salah sesiapa. Itu semua berlaku kerana salah laku perbuatan dan pemikiran UMNO itu sendiri.

PAS besaq kepala... kahkahkah,..

Posted: 30 Oct 2011 01:30 AM PDT

Ibrahim Ali: 'PAS jangan terlalu angkuh, sama-sama kita tengok siapa terbujur'

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Ahli Parlimen Datuk Ibrahim Ali menasihatkan PAS tidak terlalu "angkuh dan takbur" kononnya ia boleh menang di bahagian Parlimen Pasir Mas yang menjadi rebutan antara tiga parti termasuk calon bebas sejak beberapa pilihan raya umum lalu.

"PAS makin bongkak . . . takbur . . . mana mereka tahu siapa menang siapa kalah? PAS ini sudah ganti Tuhan ke?" kata wakil rakyat ini ketika diminta mengulas mengenai kenyataan kepimpinan PAS kawasan Pasir Mas bahawa parti Islam itu pasti Ibrahim, yang pada pilihan raya umum 2008 menang atas tiketnya tetapi mengiytiharkan dirinya sebagai wakil bebas dan seterusnya menyerang mereka, akan kalah jika bertanding semula di kerusi tersebut.

Justeru kata Ibrahim (gambar), pada pilihan raya umum 2004, PAS mendakwa akan menang besar di Kelantan tetapi hanya dapat mengekalkan kerajaan negeri dengan perbezaan dua kerusi hasil bantuannya.

"Tapi nyawa ikan dengan majoriti dua kerusi (Dewan Undangan Negeri) DUN . . . nasib baik saya bantu dengan bertanding bebas... pilihan raya umum 2008, PAS tidak tahu akan berlaku tsunami politik. Kalau PAS tahu, pasti PAS tidak beri laluan kepada saya," kata beliau lagi.

Ibrahim memberitahu, "puak PAS ini kepala besar, cuma otak kurang dan lebih jijik, takbur."

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa menambah, beliau tidak kisah menang atau kalah, tetapi kalau satu lawan satu pasti PAS akan kalah teruk kali ini.

"Nasihat saya, jangan terlalu bongkak, angkuh dan takbur. Sama-sama kita tengok, kalau panjang umur, siapa yang terbujur," katanya lagi.

Ibrahim menambah, PAS sememangnya berharap Barisan Nasional (BN) tidak memberi laluan kepadanya pada pilihan raya umum kali ini.

"PAS tahu, jika satu lawan satu, dengan saya, insya-Allah, kita tengok siapa berputih mata. Sebab itu, PAS harap bukan (saya) Tok Him calon.

"Maka PAS lancar perang saraf. Tapi perang saraf yang mengelabah," katanya lagi sambil menambah, "PAS Kelantan (seolah-olah) sakit tenat dengan pelbagai penyakit."

Dalam satu laporan dibawa Harakahdaily semalam, Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad berkata, Ibrahim akan kalah jika bertanding semula di bahagian tersebut pada pilihan raya umum ke-13.

Hanipa berkata, jentera pilihan raya parti kawasan tersebut tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional (BN) di bahagian Parlimen Pasir Mas.

Katanya, pihaknya yakin kerana pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah 'kubu' parti itu.

Ibrahim tewas pada 2004 tetapi menang empat tahun kemudian apabila bertanding atas tiket PAS.

Selepas pilihan raya umum 2008 Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Hanipa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir berkata, isu kerusi Pasir Mas ditandingi Ibrahim dengan menggunakan tiket PAS pada 2008 "itu kira (sudah) selesai."

"Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam pilihan raya umum ke-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan 'dacing' (lambang BN). Itu kemungkinan besar. Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan," katanya lagi.

Pada Mac 2008, Ibrahim memenangi kerusi Pasir Mas dengan majoriti 8,991 undi dengan menewaskan calon BN Ahmad Rosdi Mahmad.

Pada 2004, kerusi Pasir Mas dimenangi oleh Ismail Noh dari PAS dengan memperoleh 17,526 undi, Abd Rahim Abd Rahman yang mewakili BN mendapat 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198.

Word as Image

Posted: 29 Oct 2011 11:00 PM PDT

Rahsia terbongkar mengapa anak didik tabika Kemas otaknya "selut"

Posted: 29 Oct 2011 09:00 PM PDT

Oleh Mummy Rokiah

Melihat visual di atas, hasil dari pededahan Ketua Audit Negara maka tidak hairan mengapa anak Melayu kita khasnya produk Tabika Kemas otaknya menjadi "selut".

Mereka gagal bersaing dengan anak-anak Cina produk tabika Cina dari awal pra sekolah sehinggalah ke peringkat Universiti kerana hasil yang mereka makan diletak pada tempat yang paling menjijikan.

Rakyat berhak untuk bangun bertanya kemana perginya peruntukan jutaan ringgit yang disalurkan untuk pembangunan pra sekolah di luar-luar bandar di bawah Kementerian PembangunanWilayah dan Luar Bandar.

Guru-guru dan penyelia KEMAS Daerah dan Kawasan juga yang kebanyakannya terdiri dari politikus dalam UMNO Bahagian hanya asyik berpolitik mengejar jawatan sehingga tugas hakiki mereka diabaikan.

Peruntukan untuk membangunkan kelas-kelas Tabika menjadi modal untuk sogokan semasa berlawan merebut jawatan dalam UMNO bahagian.

Akhirnya lahirlah anak-anak yang otaknya 'selut', mandom, tak mampu bersaing dan ponteng sekolah.

Iktibar dari pembongkaran ini, Menteri yang ditugas seharusnya menyuci bersih pegawai-pegawai KEMAS, Guru-guru KEMAS dan Penyelia-Penyelia yang tidak kompetant.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

Satu nyawa untuk sebuah kereta

Posted: 29 Oct 2011 07:53 PM PDT

Oleh Asi Dani

Aku melenguhkan kaki di tepi sebuah jalan raya yang agak sibuk dengan kenderaan. Kelihatan masing-masing memecut kenderaannya dengan laju, tiba-tiba mata menangkap seekor anak kucing berlari melintas jalan. "Preet..!" bunyinya ketika dilenyek oleh sebuah trak berwarna kuning, jenis Storm. Dan, trak itu terus berlalu meninggalkan kucing yang mati di situ juga.

Ibu : Kenapa kau tak kerja hari ni Asi?

Aku : Tak ada mood la mak, kerja banyak sangat, semak kepala Si.

Ibu : Bukan kau kata nak out station?

Aku : Oh, belum lagi. Nanti la…Ada makan tak mak? Lapar la.

Ibu : Dah, tu sana (Ibu memuncungkan bibir menunjuk meja makan). Pergilah ambil.

Sedang mencuci pinggan, fikiran aku melayang teringatkan anak kucing yang mati katak di lenyek trak kuning petang tadi. (kesian katak, tang mati kucing, yang dapat nama katak).

"Priingg..!" kedengaran seperti kaca pecah. Baru aku tersedar dari mengelamun hal kucing tadi. Rupanya pinggan di tangan terlepas dan jatuh. Aku memaki diri sendiri dalam hati. Celaka.

Ibu : Baik-baik kaca tu, sapu bersih-bersih. Nanti terpijak, yang halus-halus tu kau

tengok betul-betul Si.

Aku : Sorry lah mak. Maaf, maaf.

Ibu : Tak apa…tak payah. Kau kemas elok-elok. Jangan lupa tutup paip tu pulak nanti.

Aku : Ha, ye lah.

Dengan membawa lampu suluh, aku melangkah kembali ke tempat anak kucing itu mati dilanggar siang tadi. Sambil mencari-cari bangkai kucing, mata aku memerhatikan kenderaan yang lalu lalang.

Nun dihujung bendul jalan, bangkai anak kucing itu tadi masih ada. Aku hampirinya, keadaan kucing itu sudah lunyai dilenyek berulang kali. Dengan berhati-hati, aku kutip satu-persatu cebisan yang masih tinggal dan memasukkan ke dalam beg plastik yang aku bawa dari rumah.

Malam semakin gelap.

Selesai mengambus tanah kubur kucing itu, mak datang membawa air sejuk.

Ibu : Minum ni…apa yang kau tanam tu Si?

Aku : Tak adalah mak, Cuma bangkai kucing.

Ibu : La, kenapa tanam dalam laman rumah?

Perbualan aku dengan mak terhenti, sebuah trak berhenti di depan rumah. Warnanya kuning, jenis Storm.

Aku : Woi, la…aku ingat siapa tadi.

Boy : Haha…lawa tak trak aku. Tadi petang ambil.

Aku : Ini trak kau? Ye…Lawa, lawa.

Sambil aku membelek-belek trak barunya. Dari depan ke belakang.

Ibu : Duduklah dulu Boy, kau nak air tak?

Boy : Ye lah. Ye lah, tak payah la Mak Mun. Kejap je ni singgah.

Ibu berlalu ke dalam. Fikiran aku masih terbayang-bayang trak kuning yang melenyek anak kucing siang tadi.

Boy : Aku nampak kau ronda-ronda petang tadi. Tapi tak sempat nak berhenti. Haha.

Kau pegi mana jalan seorang?

Aku : Tak ada apa, saja ambil angin. Aku off hari ni.

Mata aku masih tak lepas pandang pada trak baru Boy.

Boy : Ok ya?

Kata Boy sambil menjeling pada trak barunya.

Aku : Banyak duit kau, dah tu bawa laju macam pelesit. Patut slow la sikit bawa kereta

baru. Hon aku pun tak sempat-sempat.

Boy : Haha..saja test power. Enjin turbo ni, bro. Bawa satu empat tak terasa goyang beb.

Aku : Tak terasa? Habis tu kau rasa apa?

Boy : Rasa best la, lembut je…hahaha. Ni kau berpeluh-peluh ni apa hal? Dengan

cangkulnya. Kau bercucuk tanam malam-malam buta?

Aku : Ha..ye lah. Baru lepas menanam.

Boy : Elok la tu, berbudi pada tanah. Hahaha…

Jelas dia tidak berminat dengan apa yang aku tanam. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

Boy : Ok lah bro, aku gerak dulu…Mak Mun, Boy balik dulu ya…Hahaha…

Boy berlalu pergi, menderum bunyi enjin turbonya. Aku masuk ke rumah, mandi dan terus ke bilik tidur. Sukar ku pejamkan mata. Anak kucing itu masih terbayang di ruang mata. Ketawa Boy masih terngiang-ngiang di telinga. – Roketkini.com

Ulama Umno buat pekak... kecut habih...

Posted: 29 Oct 2011 06:18 PM PDT

Bila tokey besaq BN si MCA hina hukum Islam, habih ulamak Umno jadi pekak dan bisu. MCA kata Hukum Islam ketinggalan zaman, Zul Nordin ngan Berahim Ali tetiba jadi baik hati...

Mana pi semangat juang yang kononnya Islam terlebih dari orang lain yang ada pada PERKASA dan ABIM?


********************************


Hudud Bawa Kemunduran
(Sumber The Star) Niat PAS laksana hukum hudud akan menyebab Negara mundur dan menakutkan pelabur, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Kesannya berat terhadap FDI dan pelancong yang tidak akan berkunjung, katanya, dan menambah beberapa negara yang melaksanakannya mundur kecuali kekayaan hasil buminya sahaja.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis di Tokong Hock Lin Gong semalam, Dr. Chua Soi Lek menekankan bahawa masyarakat bukan-Islam di negara ini akan terjejas terutamanya di bidang ekonomi & pendidikan.

"Ia mengelirukan dan satu pembohongan jika mengatakan hukum hudud tidak menjejaskan bukan-Islam.", katanya.

Beliau mengkritik DAP kerana tidak konsisten kerana parti itu tidak sokong hukum hudud tetapi sanggup membantu PAS memenangi pilihanraya dengan menyeru kaum Cina menyokong PAS.

Di majlis itu, Dr. Chua berjanji memperuntukkan RM30,000 untuk Tokong yang menyambut ulangtahun ke-20.

Di Batu Pahat, Dr. Chua berkata sistem pentadbiran kewangan di negeri-negeri Kerajaan Pakatan Rakyat serba kurang.

Merujuk kepada Laporan Audit Negara 2010, beliau nampak sebuah GLC milik Kerajaan Selangor mengalami kerugian sebanyak RM200juta sementara Kerajaan Pulau Pinang masih belum membina rumah mampu milik untuk rakyatnya.

Polisi mesra rakyat Kerajaan Pakatan Rakyat nampaknya tidak menyelesaikan apa-apa, katanya.

"Mereka memberi RM100 kepada warga emas sekali setahun dan RM100 lagi untuk membeli belah. Ini tidak menyelesaikan masalah tetapi hanya sekadar menyeronokkan hati rakyat dan sangat mengelirukan," katanya di jamuan makan Yayasan Perubatan 1MCA pada hari Khamis.

Beliau juga berkata rakyat ingin melihat perubahan dan Kerajaan mendengar maklum balas mereka.

"Perubahan yang belum berlaku ialah pada Pakatan Rakyat," katanya.

Di bawah program transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, rakyat akan menyaksikan perubahan, katanya.

"Suasana ekonomi, sosial dan politik di Malaysia sedang berubah. Kita telah menarik banyak FDI untuk negara mencapai status negara berpendapatan tinggi dan lebih demokratik," katanya.

Raja-raja...

Posted: 29 Oct 2011 05:55 PM PDT

Biar Raja kita jadi macam Raja Siam

Oleh Subky Latif

PROFESOR Aziz Bari, pakar perlembagaan UIAM telah di sapu semahu-mahunya oleh orang-orang boleh dikira pelampau Umno di dalam dan di luar Parlimen.

Kesnya ialah dia dikatakan oleh satu portal berita ada memberi komen bahawa pembabitan Sultan Selangor dalam isu gereja diserbu Jabatan Agama Islam (Jais) adalah suatu tidak lazim.

Pada mereka pakar undangundang itu sudah menghina raja dan tindakan wajar dikenakan kepadanya.

Dalam negara yang akhir-akhir ini suka sangat membuat aduan polis, maka tidak tahu hendak diduga apa jadinya dengan bantahan Umno tegar itu.

Akhir-akhir ini si tegar Umno suka sangat melabelkan orang itu derhaka dan orang ini derhaka.

Jika label itu dikumpulkan, kita tidak tahu sudah berapa ramai rakyat kita jadi macam Hang Jebat?

Mungkin si Jebat sudah bersepah- sepah di sana sini.

Raja-raja seperti dimainkan bagi menyulitkan lawan. Apa yang dibuat dikaitkan dengan raja. Sikit-sikit raja. Raja-raja pula tidak membebaskan diri dari nama raja dijual di sana sini.

Kalau dikumpulkan orangorang yang dianggap derhaka dan menghina raja, mungkin Malaysia jadi negara beraja yang paling ramai rakyatnya derhaka.

Adapun pacal Aziz Bari itu ialah seorang profesor mengajar undang-undang. Orang yang mengaji undang-undang di universitinya mengaji daripadanya.

Maka sebarang perkembangan yang ada kaitannya dengan undang- undang dan perlembagaan, dia kena jelaskan kepada siswanya supaya siswa yang keluar nanti tidak jadi loyar kangkong.

Kita mahu graduan cerdik, bijak dan pintar seperti yang banyak dihasilkan di bawah Prof Diraja Ungku Aziz dulu. Kita tidak dapat mengagak graduan di bawah Prof Zainal Kling. Kalau gurunya Zainal Kling, graduannya pun macam Zainal Kling juga, setia kepada menteri lebih tinggi dari setia Hang Tuah.

Guru yang bebas seperti Aziz Bari dipercayai boleh melahir graduan kritikal seperti pelajarpelajar Ungku Aziz dulu.

Tidak dapat dinafikan Sultan Selangor telah mencemar duli dalam kes gereja diserbu Jais. Isu itu melibatkan undang-undang.

Siswa undang-undang kena kaji perkembangan itu. Aziz mesti ada jawapan tentang persoalan itu.

Betullah Aziz Bari bukan nabi. Huraiannya boleh jadi lemah dan boleh jadi hebat. Hujah Aziz mesti dijawab dengan hujah juga. Bung Mokhtar adalah pembuat undangundang di Parlimen. Dia mesti lawan Aziz dengan hujah undangundang.

Begitu juga dengan Setiausaha Perhubungan Umno Selangor yang digugur daripada Kabinet oleh Najib. Di mana tidak tepatnya hujah Aziz Bari.

Jangan jadikan diri seperti pengampu Raja Singapura semasa dilanggar todak. Budak yang memberi idea bagi menyelamatkan rakyat dari serangan todak didakwa boleh mengancam kuasa raja. Raja pula lurus bendul, dengar pula nasihat menghasut seperti itu.

Raja mesti belajar daripada kejadian Raja Melaka mendengar fitnah pembesar tentang Hang Tuah. Kerana raja tidak membebaskan diri daripada bodek pembesar lemah, huru hara Mekala gerangannya.

Bung Mokhtar dan pemimpin Umno Selangor tidak membantu raja untuk menjadi pemerintah berwibawa dan dihormati. Tindakan itu adalah untuk mencemarkan istana dan membodohkan rakyat jelata.

Pemimpin-pemimpin Umno tidak dapat bantuan banyak daripada pandangan seperti itu. Ia tidak boleh menjadi Umno parti dinamik yang dapat memartabatkan rakyat, adab dan tamadun.

Suara mereka itu tidak lebih untuk menarik perhatian Najib Razak dan Muhyiddin Yassin supaya dikekalkan mereka sebagai calon.

Raja yang berwibawa memerlukan nasihat yang baik. Raja memerlukan nasihat sebelum bertindak dan memerlukan nasihat selepas bertindak. Tindakan yang baik pun perlu dikaji lagi kalau ada lompang di sana sini.

Jika Aziz Bari kata, ia satu suatu campur tangan yang tidak lazim, apa poin yang boleh dikata begitu. Orang seperti Bung Mokhtar tidak boleh dan tidak tergamak memberi pandangan yang digemar oleh raja. Tidak mudah untuk bercakap tegas di hadapan raja.

Sekeras-keras Dr Mahathir Mohamad itu pun kalau berdepan dengan raja belum tentu dia kata yang dia hendak kata dan patut kata. Menasihatkan raja bukan satu kerja yang senang. Apa lagi kalau raja itu tidak seperti Raja Siam dan Raja Great Britian.

Kedua-dua raja itu adalah contoh Raja Berperlembagaan yang tidak banyak campur tangan dalam urusan pemerintahan. Raja kita juga ramai yang seperti mereka.

Tidak perlulah disebutkan raja mana supaya tiada ada yang mengata raja itu baik dan raja ini kurang baik.

Walaupun kita tahu Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri telah bertindak keterlaluan terhadap Raja-Raja, tetapi kita juga mesti faham tentang adanya hal-hal yang tidak lazim oleh istana.

Kita tidak mahu jadi seperti Anuar Musa menabalkan sultan lain sedang Kelantan ada Sultan yang sah. Kita juga tidak mahu jadi macam Ibrahim Ali mencadang seorang putera dicalonkan mengganti Sultan yang ada. Kita juga tidak mahu jadi seperti Shahidan Kassim menggunakan Parlimen untuk menyerang Sultan yang tidak ngam dengan Perdana Menteri Dr Mahathir dulu.

Apa pun semua kejadian pahit itu menggambarkan adanya hal yang tidak lazim tadi.

Aziz Bari menggunakan bahasa undang-undang yang menarik sekadar menyebut tidak lazim.

Dia tidak mengecam dan mencemar raja. Mungkin itulah satu cara tersendiri bagi menasihat istana dari jarak jauh.

Sejak ulama zaman tabiin, tabiin-tabiin mengelak bekerja dengan raja dan menjadi penasihat raja. Banyak payahnya. Raja pun ada masalah yang perlu ditegur, tetapi bukan senang untuk menegurnya.

Ada ulama muktabar rela dipenjara daripada menjadi penasihat raja. Para ulama berbangga dengan sikap tegas ulama itu.

Mengapa jadi begitu dan mengapa ada yang mengira sikap ulama itu baik?

Maka kemudahan yang ada sekarang, kita ada media yang terbuka, kita ada demokrasi yang membenarkan bersuara, terbuka kaedah yang tidak terikat untuk menasihatkan istana seperti laporan sebuah portal berita yang membawa pandangan undangundang Aziz Bari itu.

Kalau Aziz Bari diangkat menjadi penasihat raja, dia juga tentu tidak dapat bersuara seperti sekarang.

Kalau pun Raja itu tidak garang, tetapi sebagai orang Raja, maka ada segan silu bercakap terus terang tentang raja dan tindakan raja.

Saya kira Aziz Bari tidak ada apa-apa kepentingan apabila dia mengeluarkan pandangannya sesuai dengan keperluan ilmu bagi menghidupkan ilmu undangundang yang dicurahkannya kepada pelajarnya khusus dan kepada masyarakat umumnya.

Kalau Umno Selangor merasakan UIAM mesti bertindak terhadapnya, buang dari UIAM, maka saya fikir banyak universiti di dunia mahukan tenaga pakar dan sikap bebasnya.

Tetapi tindakan seperti itu menyebabkan payah lagi untuk mencari profesor bebas sepertinya.

Apabila tidak profesor berani sepertinya, maka tidak mustahil universiti mengeluarkan graduan kangkung.

Kuliah Aziz yang objektif tentang undang-undang bukan saja diperlukan oleh siswanya dan masyarakat umum tetapi ia juga berguna untuk diketahui oleh sekalian Raja. Ilmu dan analisisnya boleh menjadi panduan yang baik bagi istana baginya menjadikan istana satu institusi yang berfungsi.

Sebagai seorang ahli ilmu undang-undang, untuk pengetahuan Bung Mokhtar dan Umno Selangor, sumbangan Aziz Bari dilihat lebih dihormati daripada sumbangan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara. Setakat ini dia dilihat sebagai seorang profesional, tetapi Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara belum tahu lagi.

Kajian Saintifik Buktikan Sembelihan Cara Islam Adalah Yang Terbaik

Posted: 29 Oct 2011 04:37 PM PDT

Oleh: Zuridah Mohd Daud

UMAT Islam seluruh dunia sudah merayakan Aidiladha. Ia menjadi satu manifestasi kepada semangat pengorbanan tinggi dimiliki oleh umat Islam. AidilAdha pastinya akan menyaksikan pelaksanaan ibadat korban yang menjadi satu amalan sunat sebagai memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Lazimnya musuh Islam menggunakan isu sembelihan korban sebagai lambang keganasan umat Islam.

Kononnya disebabkan kebiasaan menyembelih binatang, ada umat Islam yang berani menyembelih manusia. Barat termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak berperikemanusiaan dan keganasan kerana banyak darah tumpah ke bumi terutama ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen antikeganasan dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan Barat, mereka menggunakan alasan amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat, undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh. Selain itu, mereka mendakwa bahawa tindakan mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum mati.
Tetapi, persoalannya apakah dakwaan dan pandangan Barat ini benar? Pendirian Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa diharamkan adalah jelas membabitkan daging.

Di dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah menyatakan: Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, binatang disembelih kerana yang lain daripada Allah, mati tercekik, mati dipukul, mati jatuh, mati ditanduk, mati dimakan binatang buas, kecuali sempat kamu sembelih).

Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Sabda Rasulullah bermaksud: (Dan apabila kamu menyembelih maka lakukan dengan baik dan hendaklah kamu menajamkan alat sembelihan supaya sembelihan rasa rehat – tidak terlalu sakit). Riwayat Imam Muslim.

Kaedah penyembelihan secara Islam dikatakan menyeksa haiwan dikaji oleh pakar dari Jerman iaitu Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman,. Matlamatnya ialah untuk mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan agama ketika menyembelih lembu atau kambing', menyimpulkan kaedah Islam terbaik kerana lebih berperikemanusiaan.

Mereka menyimpulkan bahawa amalan mengenakan kejutan elektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh seperti diamalkan oleh Barat, mendatangkan kesakitan pada haiwan.

Dalam kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.
Beberapa ekor haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan lain dibunuh mengikut kaedah Barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).

Ketika ujian dijalankan, rekod electroencephalogra ph (EEG) dan electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan secara Islam dan kaedah CBP dilaksanakan di Barat.

Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf sama seperti sebelum penyembelihan. Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini disebabkan banyak darah mengalir keluar. Selepas enam saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak sakit. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar, jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar dari badan haiwan menghasilkan daging selamat untuk dimakan, menurut penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.

Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.

Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia.

Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.

Laporan ini amat mengejutkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.

Malah, lebih mengejutkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat. Kajian lain yang dijalankan di seluruh dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam yang disembelih dan tidak disembelih.

Kajian itu jelas membuktikan bahawa penyembelihan menurut kaedah Islam adalah cara yang terbaik bukan saja untuk kebaikan haiwan itu sendiri tetapi juga memberi manfaat kesihatan kepada manusia.

Selain itu, Islam mengenakan beberapa langkah lain bagi memastikan penyembelihan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik. Dalam aspek ini, Nabi Muhammad pernah mengarahkan supaya sentiasa belas kasihan terhadap haiwan dengan memastikan pisau yang digunakan benar-benar tajam bagi mengurangkan rasa sakit. Islam juga menjelaskan bahawa proses menyembelih perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini yang menghantar mesej kesakitan kepada otak.

Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang. Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya, kata Dr Aisha El-Awady, yang menulis dalam Islamonline pada tahun 2003. Menjelaskan lagi proses penyembelihan Islam, Dr Aisha menyatakan, kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.

"Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih". Jika saraf tunjang terputus, fiber saraf ke jantung akan rosak menyebabkan jantung terhenti dan darah akan terkumpul di dalam daging. Darah perlu dikeluarkan sepenuhnya sebelum kepala dicerahkan. Keadaan ini akan membersihkan daging itu kerana darah bertindak sebagai perantara kepada mikro organisma," kata Dr Aisha dalam kajiannya.

Dengan bukti ini, seharusnya aktivis hak asasi Barat berkempen supaya menggunakan kaedah Islam ketika proses penyembelihan serta mensasarkan kecaman mereka terhadap kaedah selain daripada Islam yang terbukti kejam dan tidak berperikemanusiaan.

AdukaTaruna

Posted: 30 Oct 2011 11:11 AM PDT

AdukaTaruna


AdukaTaruna Jr : Gambar dulu, story kemudian.

Posted: 30 Oct 2011 06:05 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Alhamdulillah. Jam 10.50 am, 30hb Oktober 2011, baby lelaki, 3.22kg, AdukaTaruna Jr selamat dilahirkan ke dunia. Thanks Allah. Thanks sahabat dan pembaca atas doa. Doakan juga gua berjaya ubah akhlak kepada lebih baik. Yeyeehhh!!

Story pengalaman coming next.

 Lahir2 jer dah pakai inai. Kompius gua. Inilah amanah Allah kepada gua. Mujur tak ikut kaler gua. Hue3..

Adik ipar gua dan mak mertua gua. Chinese + Kelantan + Pepatih = ?



BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 30 Oct 2011 09:47 AM PDT

BRIGED MP SEGAMBUT


Elton John: PAS jangan tiru Taliban, kata Asri

Posted: 30 Oct 2011 07:02 AM PDT

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur desakan dalam PAS untuk menghalang konsert rock Elton John di Pahang pada bulan depan atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.

Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.

"Lagipun itu diadakan di Genting (Highland), tempat arak dan judi (untuk) non-Muslim," katanya.

Pada 25 Oktober lalu, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John pada 22 November kerana ia didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.

Ketua Pemuda PAS Pahang Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz dilapor menegaskan homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan John adalah maksiat.

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, Dr Asri menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebalinya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.

"Anggaplah konsert itu untuk non-Muslim. Jika itu yang mereka (PAS) mahu," katanya.

Dalam masa yang sama, katanya, masih banyak seminar dan diskusi tentang pemikiran kerajaan Islam modern yang perlu diadakan PAS.

Penyanyi warga British itu secara terbuka mengakui gay dan berkahwin sesama jantina pada 2005 selepas undang-undang Britain membenarkan perkara itu.

Penganjur konsert Tune Live ketika dihubungi AFP enggan mengulasnya.

Kumpulan diserang sewaktu siasat dakwaan penipuan IC

Posted: 29 Oct 2011 08:15 PM PDT

Aktivis mendakwa kumpulan yang sedang menyiasat satu dakwaan penipuan di Sepang, Selangor untuk mendaftar rakyat asing sebagai warganegara dan pengundi, telah "diserang" di dalam kereta mereka.

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada 13 anggota Jingga dan beberapa anggota Pemuda PKR bersama wartawan dari TV Selangor, pergi ke sebuah resort di Sepang petang semalam.
TV Selangor report busMereka ke situ selepas menerima maklumat bahawa empat
bas yang membawa warga asing dibawa ke situ, yang didakwa untuk diberikan kad pengenalan Malaysia supaya dapat didaftarkan sebagai pengundi.

"Dalam masa yang sama, kereta kami telah diserang dipukul, ditumbuk dan diterajang oleh beberapa orang yang berada di situ, mereka mahu kami keluar dari kereta,' kata salah seorang aktivis dalam blog Jingga 13 - Milo Suam.

"Dalam keadaan panik tersebut sekeping gambar berjaya dirakamkan memaparkan wajah salah seorang penyerang," kata laporan tersebut.

Sebelum itu, kata laporan tersebut, mereka dihampiri oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka sebagai urusetia program keusahawanan, memaklumkan satu program keusahawanan sedang berlangsung dan mengarahkan mereka beredar.

Pakatan jamin utama rakyat

Posted: 29 Oct 2011 04:31 PM PDT

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pakatan Rakyat akan menjamin untuk memberi keutamaan kepada penduduk dan bukannya kepada pemaju dalam isu membangunkan kawasan tradisi Melayu seperti Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Jaminan berkenaan akan dipertimbangkan untuk dimasukkan dalam manifesto Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tanah dan Perumahan Kuala Lumpur 2011.

hadi wang at land seminar"Jaminannya akan kita fikir, kita masukkan dalam manifesto kita. Maknanya hak rakyat akan kita utamakan kerana pemaju ini ada kepentingan. Yang lebih membimbang kita ialah ia dibayangi rasuah

"Oleh kerana itu mereka yang berkuasa ini bermati-matian mempertahankan pemaju kerana (langkah tersebut) menguntungkan pihak tertentu.

"Insya-Allah, Pakatan Rakyat akan hapuskan hal ini dan kita buktikan di empat negeri yang kita perintah, untuk membersihkan perkara rasuah supaya tidak boleh diguna oleh pemaju," katanya lagi
Beliau ditanya demikian memandangkan pembangkang tidak berjaya menghalang kerajaan daripada mengemukakan Rang Undang-undang Pembangunan Kampung Baru 2011 sehingga diluluskan Dewan Rakyat pada 5 Oktober lalu.

Ditanya sama ada Pakatan akan memansuhkan undang-undang berkenaan sekiranya berjaya menubuh kerajaan persekutuan selepas pilihan raya akan datang, Hadi berkata: "Insya-Allah keadaan akan berubah."
"Di negara lain, apabila kerajaan buat sesuatu dia akan bentang kepada rakyat, dengar bantahan rakyat dulu.

"Ini tidak, terus buat (undang-undang) hingga rakyat terpinga-pinga. Tapi kita akan buat perubahan, insya-Allah," katanya lagi.
Kira-kira 200 orang anggota PAS daripada 40 kawasan hadir di konvensyen anjuran Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS itu.
Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd Azmi Abdul Hamid serta yang dipertua PAS Bandar Tun Razak, Ir Mohamad Najib Ahmad turut membentangkan kertas kerja di program berkenaan.
Tiga lagi pembentang kertas kerja ialah ketua Kampung Bandar Dalam, Ishak Surin, naib prengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru, Mohd Nor Hassan serta wakil penduduk dari projek perumahan rakyat, Idris Andin.

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 30 Oct 2011 09:28 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Aik, Bekas Presiden MCA akan sertai PAS ...?

Posted: 30 Oct 2011 04:27 AM PDT

Bekas Presiden MCA akan sertai PAS ...?
Mudah-mudahan jadi ...

Wow, 300 orang dalam seminggu ...?

Posted: 30 Oct 2011 03:58 AM PDT

"TANAH MERAH, 30 Okt: Dalam tempoh seminggu lebih 300 ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti itu di bahagian Tanah Merah.

Ini secara tidak langsung memberi cabaran kepada ketua bahagian, Datuk Ikmal Hisyam Aziz yang sebelum ini mengimpikan laluan mudah di kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Bagaimanapun kemenangannya pada pertandingan merebut jawatan ketua bahagian dua tahun lalu dipertikai ahli Umno atas dakwaan cawangannya dianggap tidak sah.

Bekas Setiausaha Umno Tanah Merah, Amran Abdul Rahman sebelum ini membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun ekoran tindakan itu Amran dilucut keahlian Umno pada 1 Mac 2010.

Ikmal Hisyam bukan sahaja terpaksa berdepan dengan Amran, malah bekas anggota parlimen Tanah Merah, Datuk Shaari Hassan kini dikatakan berganding bahu dengan abangnya, Datuk Ismail, seorang tokoh korporat menggugatkan kedudukannya.

Kemelut yang tidak sudah berpenghujung dalam Umno di Tanah Merah menyebabkan sebahagian ahli dan penyokong Umno di peringkat akar umbi semakin bosan.

Maka sebahagian daripada mereka mengambil jalan pintas keluar daripada parti itu dan menyertai PAS beramai-ramai. Pada 21 Oktober lalu seramai 160 ahli dan penyokong Umno dari lima kampung di Dun Gual Ipoh keluar daripada parti itu."

Sepenuhnya di sini ...

Anak Sungai Derhaka

Posted: 30 Oct 2011 09:13 AM PDT

Anak Sungai Derhaka


Penyokong Parti mana punya kerja nie??

Posted: 30 Oct 2011 08:17 AM PDT



Diatas adalah gambar sekumpulan penyokong Terengganu yang hadir bagi menyaksikan Final Piala FAM yang telah berlangsung di Stadium Shah Alam semalam, perhatikan banner yang digantung di hadapan mereka.


Terpampang jelas lambang UMNO..

Desperate sungguh UMNO ni sekarang, hingga dalam perlawanan Final Piala Malaysia pun nak diletakkan banner yang ada lambang UMNO..

Di bawah pula adalah gambar dari MiloSuam, Banner yang menunjukkan bantahan terhadap kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2011, "Terima kasih FAM Natang!"



Korang agak penyokong parti mana punya kerja ni??

PapaGomo penipu kata Koh Tsu Koon

Posted: 30 Oct 2011 06:47 AM PDT



Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.


Sambil menepis laporan itu Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar.

Beliau berkata penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya.

"Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu... ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya.

"Setiausaha akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger ... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya dipetik Bernama Online.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Lim, yang juga Setiausaha Agung DAPdi mana-mana kawasan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Dalam entri bertajuk 'Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu' itu, Koh dipetik sebagai berkata "Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guan Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang.

Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada pilihan raya umum ke-13 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan - Utara News.

*********************

Sebenarnya bukan PapaGomo yang menulis laporan itu tapi Blog Pro UMNO juga iaitu HaprakNews, sesuailah dengan nama Blognya.. memang haprak...

Nih laporannya..

Koh Tsu Koon Sedia Tentang Lim Guang Eng PRU 13 Ini

Kuala Lumpur 25 Okt Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menegaskan beliau sedia untuk bertanding menentang Ketua Menteri Lim Guang Eng demi maruah parti selepas mendapat sokongan dari pelbagai pihak agar beliau bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya Tan Sri Dr Tsu Koon beliau telah memaklumkan harsat menentang Lim Guang Eng pada PRU 13 kepada YAB Perdana Menteri dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan. Menurut beliau lagi PRU 13 mesti bersedia meletakkan calon yang lebih agresif membawa pembangunan secara total kepada masyarakat di Pulau Pinang dan beliau sanggup mengambil amanah tersebut dengan bertanding menentang Lim Guang Eng yang bukannya berasal dari Pulau Pinang.

"Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guang Eng tidak kira dimana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang. Saya anak kelahiran Pualu Pinang dan bukan orang luar yang tidak mengeatahui bentuk persekitaran yang ada di negeri Pulau Pinang.

"Saya yakin dan percaya mempunyai sokongan penuh daripada masyarakat di Pulau Pinang walaupun pengundi cina masih kurang memberikan sokongan kepada Barisan Nasional" katanya sambil menambah beliau berbuat demikian bukan kerana desakan beberapa pemimpin Gerakan pusat sebaliknya matlamat BN meraih kembali sokongan rakyat Pulau Pinang".

"Saya tidak akan beritahu anda apa yang hendak saya lakukan dalam menghadapi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini tetapi saya memberi anda jaminan, saya bersedia untuk memastikan Liam Guang Eng tewas pada PRU 13 nanti," katanya.

Dalam sidang media itu juga Koh turut menemplak Lim Guang Eng yang masih lagi tidak melakukan kewajipan sebagai seorang Bapa dengan melaporkan kepada pihak Polis akan laporan yang dikeluarkan oleh Blogg Blogg mengenai insiden anaknya dilaporkan meraba payudara seorang remaja.

Menurut Koh "sebagai bapa yang bertanggungjawap dalam keluarga beliau Ketua Menteri harus bertindak dengan membuat laporan Polis bagi memberikan ruang untuk PDRM menjalankan siasatan akan insiden tersebut. Jika ianya terbukti satu fitnah maka ianya terpulang kepada Ketua Menteri untuk mengambil tindakan yang selanjutnya ke atas para Blogger yang dinyatakan."

Turut di ulas Koh "Lim Guang Eng tidak mampu menyelesaikan isu keluarga dan adalah satu hal yang amat memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang apabila sebagai seorang Ketua Menteri beliau tidak mampu membersihkan nama keluarga yang juga turut mewakili rakyat Pulau Pinang yang mana beliau selaku Ketua Menteri.

Posted by HAPRAK NEWS

Hutang P Pinang RM630 juta pada 2007, kini tinggal RM30 juta...

Posted: 30 Oct 2011 04:27 AM PDT

TASEK GELUGOR, 30 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95 peratus iaitu penurunan kadar pinjaman dari RM630 juta kepada RM30 juta setakat ini.

Baginya, penurunan kadar hutang itu satu kejayaan bagi Kerajaan Pakatan Rakyat setelah tiga tahun mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional (BN).


"Rakyat jangan risau lagi tentang hutang kerajaan negeri yang dulunya begitu banyak tetapi hasil daripada jimat cermat dalam urus tadbir, kita berjaya membayar balik pinjaman kepada Bank Negara. Semua itu berpunca dari amalam yang bersih tidak mengamalkan rasuah," jelasnya semasa berucap pada program ceramah perdana bersama Menteri Besar Kelantan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, malam tadi.

Menurut beliau lagi, selama tiga tahun kerajaan negeri terpaksa berhemah dalam belanjawan Pulau Pinang sehingga menyebabkan lebihan yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat dan pembangunan tempatan.

Katanya, berbanding dulu bebanan hutang kerajaan negeri begitu tinggi sehingga menyebabkan belanjawan defisit.

Kesannya, kata beliau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sendiri hampir bankrap.

Sekarang ini, katanya Kerajaan Pusat berhutang sebanyak RM456 bilion untuk pembangunan termasuk kegunaan agensi kerajaan.

Hasilnya, kata beliau setelah dikira setiap individu rakyat negara ini terpaksa menanggung hutang sebanyak RM16,300 seorang.

"Rakyat jangan berbangga dengan BN yang memperuntukkan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 dalam belajawan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Apalah sangat wang RM500 walhal kita menanggung RM16,300 selagi kerajaan tidak berjaya mengurangkan perbelanjaanya," terang beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih.

Polis sahkan Aziz Bari terima peluru jenis caliber 9mm

Posted: 30 Oct 2011 03:06 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini bagi memberi keterangan susulan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam.

Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis "jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti" itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping, Perak.


Aziz kini disiasat pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor berkenaan kes Gereja Methodist Damansara Utama, awal bulan ini.

"Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut . . . pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan," katanya.

Dipetik Bernama Online, Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini.

Tindakan Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai "kurang ajar".

Polis mengesahkan peluru yang diterima Aziz adalah jenis caliber 9mm dan motif pihak tertentu menghantarnya masih dalam siasatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan daripada Aziz pada pukul 7 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.


The Malaysian Insider

Lelaki ini Membunuh kerana tak mahu diliwat.. tapi.. si Saiful??

Posted: 30 Oct 2011 12:35 AM PDT

Saudara Pengarang,

Adilkah undang-undang dunia ini, apabila menjatuhkan hukuman kepada mangsa yang dijangka diliwat dengan mempertahankan diri sehingga menyebabkan kematian?

Mari kita lihat, di dunia ini tidak semua lelaki sanggup diliwat dan dijadikan hamba seks tempat memuaskan nafsu serakah manusia.

Hal ini dijelaskan juga di mahkamah berkenaan kes Saiful Bukhari vs Anwar Ibrahim walaupun pihak mahkamah tidak lagi menjatuhkan hukuman.

Sebagai lelaki normal, diliwat adalah merupakan satu kaedah menjatuhkan maruah kerana ia melibatkan sifat kelakian seorang lelaki macho.


Ismawi Ishak (gambar) adalah contoh lelaki macho yang bertindak kepada seorang peliwat sehingga menyebabkan kematian.

Seperti mana wanita yang sanggup membunuh perogol ketika dirogol begitu jugalah seorang lelaki apabila diliwat. Peliwat atau perogol boleh mati dan itulah merupakan hukuman sewajarnya sehingga menjatuhkan maruah seseorang mangsa.

Hal ini bukan untuk dihalalkan cara kerana melalui perspektif psikologi seseorang itu akan hilang pertimbangan apabila diancam sama ada dirompak, disamun, dirogol atau diliwat.

Sifat dan sikap ini memang ada secara semulajadi di dalam diri manusia. Jika tiada bermakna kejadian itu seolah-olah dilakukan di atas kerelaan kedua-dua belah pihak.

Kajian kepada kehidupan haiwan seperti harimau, anjing, kambing, lembu dan sebagainya. Apabila mereka terancam mereka akan bertindak dan sama sekali membunuh kerana mereka bertindak demi mempertahankan diri.

Tiada undang-undang yang menyekat mereka daripada melakukan tindakan tersebut kerana mereka bertindak di atas naluri ancaman dan tekanan.

Bukan untuk menyamakan keadaan ini dengan manusia yang lebih bersifat lemah lembut dan boleh berfikiran waras. Mari kita buat sedikit renungan mengenai kejadian video lucah yang disamakan dengan Anwar Ibrahim. Mengapa wanita itu tidak meronta atau membunuh pelakon mirip Anwar Ibrahim.

Jawapan sungguh mudah, perkara ini berlaku di atas kerelaan. Sepatutnya wanita itu boleh menyerang pelakon lelaki itu kerana ia merupakan ancaman rogol sehingga menyebabkan maruah tercalar di samping dirakamkan melalui video seperti yang ditayangkan di dalam youtube dan oleh 3 Lelaki Lucah bergelar Datuk T.

Di dalam kes Saiful Bukhari, bukan niat mahu mengubah keputusan mahkamah yang telah dirancang sedari awal kes ini dibuka, tetapi wajarkah Saiful bertindak membawa kes ini ke mahkamah sedangkan sekiranya Anwar Ibrahim cuba meliwat beliau adalah lebih baik bertindak seperti Ismawi yang macho dan tidak mahu maruah tercalar dek kerana diliwat bagi memuaskan nafsu jantan.

Tetapi, menurut laporan dan hujah pihak pembelaan Saiful masih boleh berkerja dan melayan setiap tugasan ketika bersama Anwar selepas kes ini terjadi seolah-olah tiada apa yang berlaku atau ia berlaku secara sukarela.

Wajarkah kes yang diklasifikasikan sebagai mencabul kehormatan ini ditunda dan dibawa sehingga beberapa hari, sedangkan kejadikan mesti dilaporkan dalam masa 24 jam bagi menjamin kesahihan laporan tersebut.

Kami bukan mahu melihat kebenaran kes ini, tetapi sudah jemu kes ini dijadikan bahan perbualan politik sehingga berita-berita lain tidak dapat dipaparkan di akhbar. Hal ini menjadi satu tanda tanya sehingga tiap kali petugas kerajaan BN yang sepatutnya menyokong rakyat membangunkan ekonomi lebih mengutamakan bontot si Saiful berbanding tugasan dan amanah yang diberikan oleh rakyat secara majoriti.

Ayuh, kembali bertugas kerana jawatan PM, Menteri dan Wakil Rakyat itu bukan milik anda selama-lamanya.

Kami berhak menidakkan anda di Putrajaya sekiranya anda semua asyik berbual mengenai kes liwat dan bukan menjadi keutamaan rakyat untuk diliwat atau meliwat.

Nampak gayanya semakin banyak lagi yang akan menunggu selepas PRU13 seperti GST meliwat rakyat (di belakang PRU13) dan Prepaid 6% meliwat rakyat. Maknanya Rakyat akan lebih sengsara kerana kes liwat ini bukan sahaja di mahkamah tetapi akan digunakan BN selepas PRU13 nanti.

Udah, udahlah cerita pasal liwat II. Jadilah lelaki macho jika bertanding PRU13 nanti. Jangan harap nak menang kalau bertindak tidak seperti yang di cakap.

Salam Transformasi Untuk 1 Malaysia.

Jom Mengundilah….


maclub81@gmail.com

UMNO tak inginpun nak buat semasa memerintah Penang..

Posted: 29 Oct 2011 11:36 PM PDT



Gambar diatas menunjukkan beberapa perkara yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk kebaikkan Rakyat Pulau Pinang.


Kebanyakkannya tidak pernah terlintas difikiran pemimpin-pemimpin UMNO untuk dilaksanakan ketika mereka berkuasa dulu.. oops! silap pulak.. UMNO masa tu ada ramai ADUN tapi tak berkuasapun pasal menjadi tunggangan Koh Tsu Koon dari GERAKAN.

Jadi UMNO bukan pemerintah tapi pencacai kepada Gerakan masa itu..

Kalau pemimpin tak terfikir.. pencacai UMNO Pulau Pinang ni tak payah nak cakaplah, mesti tak boleh nak fikir langsung hal itu.. pasal dalam UMNO ni.. penyokong tak boleh lebih pandai dari Pemimpin kalau pandai kena cantas.

Sebab itulah kalau kita perhatikan kebanyakkan pencacai UMNO peringkat bawahan ni (standard alas kaki saja) mudah diperbodohkan Pemimpin UMNO.

Berbalik kepada gambar diatas, pencacai UMNO di Pulau Pinang kalau tak mahu terima RM100 setahun untuk warga emas, RM100 setahun untuk OKU dan juga RM100 setahun untuk Ibu tunggal tu tak perlu ambil pasal ramai lagi yang akan ambil..

Kalau boleh janganlah dibuat seperti RM100 untuk warga emas tu.. mula-mula ramai pencacai UMNO yang tak mahu ambil.. tapi bila timbul tahun kedua.. ramai pulakdah pencacai UMNO yang mendaftar untuk mendapatkannya..


Tahun 2004 PAS menang kerana dibantu Ibrahim Ali?

Posted: 29 Oct 2011 08:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Okt — Ahli Parlimen Datuk Ibrahim Ali menasihatkan PAS tidak terlalu "angkuh dan takbur" kononnya ia boleh menang di bahagian Parlimen Pasir Mas yang menjadi rebutan antara tiga parti termasuk calon bebas sejak beberapa pilihan raya umum lalu.


"PAS makin bongkak . . . takbur . . . mana mereka tahu siapa menang siapa kalah? PAS ini sudah ganti Tuhan ke?" kata wakil rakyat ini ketika diminta mengulas mengenai kenyataan kepimpinan PAS kawasan Pasir Mas bahawa parti Islam itu pasti Ibrahim, yang pada pilihan raya umum 2008 menang atas tiketnya tetapi mengiytiharkan dirinya sebagai wakil bebas dan seterusnya menyerang mereka, akan kalah jika bertanding semula di kerusi tersebut.

Justeru kata Ibrahim, pada pilihan raya umum 2004, PAS mendakwa akan menang besar di Kelantan tetapi hanya dapat mengekalkan kerajaan negeri dengan perbezaan dua kerusi hasil bantuannya.

"Tapi nyawa ikan dengan majoriti dua kerusi (Dewan Undangan Negeri) DUN . . . nasib baik saya bantu dengan bertanding bebas... pilihan raya umum 2008, PAS tidak tahu akan berlaku tsunami politik. Kalau PAS tahu, pasti PAS tidak beri laluan kepada saya," kata beliau lagi.

Ibrahim memberitahu, "puak PAS ini kepala besar, cuma otak kurang dan lebih jijik, takbur."

Ibrahim yang juga Presiden Perkasa menambah, beliau tidak kisah menang atau kalah, tetapi kalau satu lawan satu pasti PAS akan kalah teruk kali ini.

"Nasihat saya, jangan terlalu bongkak, angkuh dan takbur. Sama-sama kita tengok, kalau panjang umur, siapa yang terbujur," katanya lagi.

Ibrahim menambah, PAS sememangnya berharap Barisan Nasional (BN) tidak memberi laluan kepadanya pada pilihan raya umum kali ini.

"PAS tahu, jika satu lawan satu, dengan saya, insya-Allah, kita tengok siapa berputih mata. Sebab itu, PAS harap bukan (saya) Tok Him calon.

"Maka PAS lancar perang saraf. Tapi perang saraf yang mengelabah," katanya lagi sambil menambah, "PAS Kelantan (seolah-olah) sakit tenat dengan pelbagai penyakit."

Dalam satu laporan dibawa Harakahdaily semalam, Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad berkata, Ibrahim akan kalah jika bertanding semula di bahagian tersebut pada pilihan raya umum ke-13.

Hanipa berkata, jentera pilihan raya parti kawasan tersebut tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional (BN) di bahagian Parlimen Pasir Mas.

Katanya, pihaknya yakin kerana pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah 'kubu' parti itu.

Ibrahim tewas pada 2004 tetapi menang empat tahun kemudian apabila bertanding atas tiket PAS.

Selepas pilihan raya umum 2008 Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Hanipa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir berkata, isu kerusi Pasir Mas ditandingi Ibrahim dengan menggunakan tiket PAS pada 2008 "itu kira (sudah) selesai."

"Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam pilihan raya umum ke-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan 'dacing' (lambang BN). Itu kemungkinan besar. Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan," katanya lagi.

Pada Mac 2008, Ibrahim memenangi kerusi Pasir Mas dengan majoriti 8,991 undi dengan menewaskan calon BN Ahmad Rosdi Mahmad.

Pada 2004, kerusi Pasir Mas dimenangi oleh Ismail Noh dari PAS dengan memperoleh 17,526 undi, Abd Rahim Abd Rahman yang mewakili BN mendapat 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198.


The Malaysian Insider

Al Ikram

Posted: 30 Oct 2011 09:02 AM PDT

Al Ikram


KEKEBALAN LUAR BIASA !

Posted: 29 Oct 2011 04:46 PM PDT

Pendapat peribadi hamba.

Posted: 30 Oct 2011 07:27 AM PDT

Pendapat peribadi hamba.


PPSMI DIMANSUHKAN; SEPATUTNYA DIHARAMKAN TERUS.

Posted: 29 Oct 2011 08:57 PM PDT

Pahang Daily Online

Posted: 30 Oct 2011 07:20 AM PDT

Pahang Daily Online


Profesor Aziz Bari Buat Laporan Polis Tentang Isu Peluru Dan Nota Ugutan Di IPD Gombak Pagi Tadi!

Posted: 30 Oct 2011 06:48 AM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Okt - Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari (foto) hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini bagi memberi keterangan susulan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam. Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis "jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti" itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping, Perak. Aziz kini disiasat pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor berkenaan kes Gereja Methodist Damansara Utama, awal bulan ini. "Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut . . . pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan," katanya. Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini. Tindakan Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai "kurang ajar". Polis mengesahkan peluru yang diterima Aziz adalah jenis caliber 9mm dan motif pihak tertentu menghantarnya masih dalam siasatan. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan daripada Aziz pada pukul 7.00 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah.

[Apa yang terjadi kepada Profesor Dr.Aziz Bari ini adalah satu lagi siri tindakan ganas dan keterlaluan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Harapan kita agar pihak polis dapat melakukan siasatan yang telus dan rapi terhadap insiden ini. Kita tidak mahu golongan akademik dihalang dari mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya. Apakah budaya seperti ini harus dibiarkan begitu sahaja?. Bagaimanakan jika sesuatu yang buruk terjadi kepada tokoh akademik itu nanti. Apapun, kita yakin rakyat Malaysia majoritinya amat kecewa dengan apa yang terjadi. Marilah sama-sama kita membina sebuah negara Malaysia yang lebih aman dan sejahtera. Keharmonian negara perlu dipelihara demi masa depan anak-anak kita].


Terkini: Prof.Aziz Bari Akan Adakan Sidang Media Tentang Isu Peluru Yang Di Terimanya Semalam !!

Posted: 29 Oct 2011 07:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Okt - Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari akan mengadakan sidang media petang ini ekoran menerima ugutan bunuh, semalam. Nota ugutan bunuh yang disertai peluru kosong dihantar ke rumahnya di Bandar Baru Selayang kira-kira jam 11.45 pagi. "Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata 'jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti'," kata Aziz. Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis. "Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut," kata beliau yang disiasat oleh UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor awal bulan ini.

[Apa sudah jadi dengan rakyat Malaysia agaknya?. Gejala ugut mengugut sudah semakin menjadi-jadi sekarang ini. Tidak kira siapa yang diugut, sepatutnya perkara ini tidak berlaku dalam negara kita yang dikatakan aman dan selamat. Pihak polis perlulah bertegas dalam menyiasat perkara ini. Mereka yang terlibat perlu dibawa ke muka pengadilan dengan segera. Apapun, motif peluru yang dihantar iaitu kecewa dengan tindakan Aziz Bari yang dikatakan menghina Sultan Selangor seolah-olah menggambarkan kepada kita siapakah pihak yang bertanggungjawab terbabit. Makanya, ia dilakukan selepas mendapat mandat daripada pihak yang berkepentingan].

Panas: Penyokong Negeri Sembilan 'Cedera' Akibat Di Belasah Gara-Gara Bakar Bendera Terengganu !

Posted: 29 Oct 2011 06:46 PM PDT

Seorang lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan. Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan. Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu. Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul. MiloSuam


Apakah inisiden seperti ini wajar berlaku dalam negara kita agaknya

[Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku di negara kita hari ini. Soalnya, kenapa ia boleh terjadi sedangkan rakyat kita dikenali sebagai berhemah dan berakhlak mulia selama ini. Tindakan membelasah seseorang sesuka hati dengan membelakangkan peraturan dan undang-undang adalah satu usaha yang jelas mendukacitakan. Dalam masa yang sama, tindakan provokasi membakar bendera juga tidak sepatutnya terjadi. Sesiapa pun yang sudah kecewa akibat pasukan mereka tewas akan bertambah sedih apabila bendera negeri mereka diperlakukan sedemikian rupa. Kesimpulannya, beradap dan jangan lakukan tindakan biadap dalam bersukan. Maka kelak, diri sendiri jua yang akan "terima akibat" akhirnya].

Tahniah: Negeri Sembilan "Juara" Piala Malaysia, Hairuddin Omar Buktikan Beliau Membawa Tuah

Posted: 29 Oct 2011 05:29 PM PDT

SHAH ALAM, 30 Okt - Piala Malaysia akhirnya kembali ke Negeri Sembilan buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila kebangkitan pada 10 minit terakhir oleh anak-anak buah Mohd. Azraai Khor Abdullah berjaya membenam Terengganu 2-1 dalam pentas akhir di Stadium Shah Alam, semalam. Di hadapan 70,000 penonton, penyerang veteran, Hairuddin Omar (foto) atau 'Hai-O' membuktikan dia membawa tuah kepada Negeri Sembilan apabila jaringannya pada minit ke-86 memastikan Terengganu pulang hampa, walaupun skuad Penyu berkelebihan satu gol menerusi Mohd Ashaari Samsudin (minit ke-59). Jaringan kemenangan Negeri Sembilan berpunca melalui hantaran silang Shukor Adan dari sebelah kanan yang bertukar hantaran dengan Shahurain Abu Samah, Hairuddin melepaskan sepakan sepakan gunting yang cantik tepat ke penjuru kanan gawang tanpa dapat dijangkau oleh Sharbinee. Sebelum itu, N. Sembilan menyamakan kedudukan hasil jaringan S.Kunalan (minit ke-81). Bertambah manis, pemain yang berasal dari Setiu, Terengganu itu turut dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir. Ini merupakan gol ketiga berturut-turut buat pemain berusia 32 tahun dalam aksi perlawanan akhir Piala Malaysia. Ia juga merupakan kejayaan kali ketiga peribadinya menjulang trofi itu, selepas juga bergelar juara ketika bersama Kelantan musim lalu dan Negeri Sembilan pada 2009. Kejayaan semalam juga merupakan kali ketiga buat Negeri Sembilan bergelar juara Piala Malaysia. Sebelum ini mereka memenanginya pada tahun 1948 dan dua musim lalu iaitu pada 2009. Sementara itu, Hairuddin berkata, walaupun Negeri Sembilan ketinggalan satu gol, pemain tetap tidak berputus asa dalam memburu gol.

Menurutnya, sejak awal perlawanan lagi Negeri Sembilan sebenarnya memiliki banyak peluang gol namun agak malang ia gagal menemui penyudah. "Ketika kedudukan terikat 1-1, saya tengok jam masih ada 15 minit lagi perlawanan. "Jadi saya rasa saya perlu buat sesuatu untuk pasukan. " Lalu saya tekad jika ada peluang gol selepas ini, saya tidak akan mempersia-siakan."Akhirnya peluang gol yang saya harapkan menjelma pada minit ke-86 dan saya gembira kerana berjaya menyempurnakannya, sekali gus menjadi gol kemenangan perlawanan akhir musim ini," katanya. Menyedari ramai yang kecewa dengan jaringan kemenangannya, Hairuddin turut memohon maaf kepada semua penyokong Terengganu yang menyaksikan perlawanan semalam juga yang berada di Terengganu. Ini kerana jaringannya semalam mengecewakan negeri kelahirannya untuk bergelar juara. "Saya meminta maaf kepada mereka (penyokong Terengganu). Saya faham mereka tentu kecewa kekalahan ini. Saya juga harap mereka tidak membenci saya," katanya. "Saya harap penyokong Terengganu, faham saya adalah pemain Negeri Sembilan dan komited terhadap pasukan yang telah saya wakili," kata beliau.

[Syabas dan tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan atas kejayaan ini. Kehebatan Hairuddin Omar dengan tendangan "first timer" pada jariangan kedua yang membawa kemenangan pasukan itu jelas sekali sesuatu yang sungguh menakjubkan. Bola yang sungguh cantik menerjah gol Trengganu dan memisahkan kemenangan antara kedua-dua belah pihak sebenarnya. Dalam pada itu, agak memilukan kehebatan beliau ini berjaya dibuktikan bersama skuad Rusa. Beliau dulu sebenarnya adalah pemain yang berada dalam kesebelasan pasukan Pahang. Kini segalanya tinggal kenangan. Pahang bukan sahaja bertambah merudum, malah turut gagal layak ke Piala Malaysia sedangkan Presiden dan Timbalan Presiden FAM adalah dari negeri Pahang. Sesuatu perlu dilakukan untuk memulihkan kembali maruah bolasepak negeri ini. Skuad Tok Gajah perlu bangkit semula dikalan negeri jiran Kelantan dan Trengganu kini berada pada kelasnya yang tersendiri. Lakukan "post morten" segera untuk tidak menghampakan peminat yang kini mula kecewa bila Pahang kini terperosok ke "Divisyen Dua" sekarang].

Era Pasca

Posted: 30 Oct 2011 03:30 AM PDT

Era Pasca


SHAREBY CHIK IKTIRAF ISRAEL DALAM UNIVERSITY PUTRA MALAYSIA

Posted: 29 Oct 2011 06:20 PM PDT

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan kerajaan berhubung pendedahan peninju Israel, Ilya Grad yang mendakwa telah memasuki Malaysia dengan bantuan menteri belia dan sukan untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai untuk stesen TV AXN.



Mahfuz berkata, perkembangan itu mengejutkan, apatah lagi apabila peninju kelas middleweight itu mendakwa bahawa pasportnya tidak dicop.


"Sebarang kemasukan rakyat ke negara Israel diharamkan, malah rakyat Malaysia masuk ke (Israel) juga diharamkan. 
"Bagaimana (Grad) boleh masuk dengan (dakwaan) restu menteri, malah tanpa melalui proses imigresen sebenar? Ini menunjukkan betapa longgarnya pintu sempadan, boleh bolos begitu saja.
"Jadi kementerian luar negeri, kementerian dalam negeri harus beri kenyataan kenapa perkara ini boleh berlaku. Apakah benar dakwaan dia masuk dengan keizinan daripada menteri belia dan sukan?," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini semalam. 
"Sekiranya benar perkara itu berlaku, ia menunjukkan bahawa menteri berkenaan telah "merosakkan dasar negara," kata Mahfuz lagi yang turut menuntut penjelasan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berhubung dakwaan tersebut.

Bekas juara muay thai Israel itu mendakwa telah memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai yang dirakamkan di dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Difahamkan, rakaman program pada Jun itu baru saja dikeudarakan oleh stesen TV berkenaan baru-baru ini.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad menceritakan bahawa dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia."

Sesudah itu, barulah dia kemudiannya mendapatkan dokumen yang diperlukan untuk memasuki Malaysia, katanya di blog yang banyak memaparkan kegiatan dan pertandingan sukan itu.
"Dengan begitu sahaja saya melepasi sempadan itu dengan pas khas – pas yang sememangnya khas kerana pasport Israel saya tidak dicop," katanya lagi.



[N/C-1] Bersama-sama Baginda sertai Churp-Churp. setiap pendaftaran akan di bayar 20-40 sen. (KLIK dan Daftar)
[N/C-2] Castrol Auto Service centre bagi I-Pad! Sini untuk tuntut I-Pad anda!

[N/C-3] Cipta Permainan anda sendiri di MILO! 10 000 menanti kepada pemenang!

edyesdotcom

Posted: 30 Oct 2011 03:29 AM PDT

edyesdotcom


Hudud Penyebab Negara Mundur - Soi Lek

Posted: 29 Oct 2011 07:56 PM PDT

al-brangi

Posted: 30 Oct 2011 03:26 AM PDT

al-brangi


Did you know that I finally got the backing......?

Posted: 29 Oct 2011 06:46 PM PDT

so now I have got the funds I am going to take some of the shops and restaurants from France and mixed with the Cafes of italy have them overlook the canals of Venice subtly incorperating the racetrack from Monte Carlo.



I'm creating a place where the Yahoosers who like to dream can come.



Answer on Did you know that I finally got the backing......?



Sounds good. Please tell me when the project is finished. ;-)

What are some good paying jobs in Italy?

Posted: 29 Oct 2011 06:06 PM PDT

why is min. wage so low there when cost of living is high?



Answer on What are some good paying jobs in Italy?



Depends by the city...but a good job is to work in bank, in a Maritime Company

For the second questions I don't know, maybe somebody thinks that Italy is still the "Bel Paese"...to live in Italy are necessary at least € 1000/€ 1200 a month...to find a job for € 800/€ 900 a month not is difficult but as I told you before are necessary a little much more to live almost well...

Hi boys and girls?

Posted: 29 Oct 2011 03:02 PM PDT

How are you? Right, I'm italian and ....Have you ever been in Italy?

I'm a very good languages' student and I have to learn something about your country... The food, traditions...

Can you help me please??????

Thank you



Ohhh an other thing! Is my english correct?



Answer on Hi boys and girls?



Your English alright. :]



I'm doing fine, and no I haven't ever been to Italy.



Well lets see Americans like to eat a lot of fast-food, hot dogs, ribs, steaks, chicken, cheese, and a variety of everything.



America is like a big melting pot, you can eat anything hear, like Cuban foods, Chinese foods, Japanese foods, Italian foods, basically anything. So we eat anything and everything.



Some Americans are very traditional, for instance you get called a Communists if you don't stand up for the pledge of allegiance here.



It's ridiculous!

.

Posted: 30 Oct 2011 03:05 AM PDT

.


Kulasah Ahad

Posted: 29 Oct 2011 06:41 PM PDT

Betulkah Annuar Jadi Pengarah Pilihanraya UBN Kelantan?

TERDENGAR di dua tiga lokasi kononnya Annuar Musa akan dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya UBN Kelantan. Semalam di sebuah majlis kenduri di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ada orang memberi tahu yang MT telah bersetuju melantik Annuar sebagai pengarah. Kata si pemberi tahu itu hanya tunggu diumumkan sahaja.

Dari sumber ibu pejabat Umno Kelantan juga ada menyebut kemungkinan itu. Sumber rapat dengan Mustapa Mohamed juga ada terdengar desas desus demikian. Benarkah?

Annuar yang kini sudah terpelanting dalam arus politik Kelantan dan cuba bangun menerusi bola sepak tentu gembira dengan desas desus itu. Tidak mustahil juga beliau sedang berusaha mencetak namanya untuk memasuki semula inner cicrle politik Kelantan. Atau beliau sendiri telah menghantar pelobi menemui Najib untuk jawatan itu.

Annuar orang yang tidak mudah tewas dan mengaku kalah dalam politik. Dia licit macam belut dan anjal macam gamat laut, walaupun badan sudah putus tiga tetapi kalau dicampak ke laut ia boleh bercantum balik. Annuar mempunyai ilmu ampuh dan bijak mencari helah untuk keluar dari simpulan politik. Sudah acap kali dia terlepas... menjadikan orang lain yang terkena nagkal walaupun dia yang mencuri.

Bola sepak adalah ruang untuk beliau memulihkan imejnya. Membina semula reputasi dan menebus kemaluan demi kemaluan. Ternyata usaha itu berjaya. Kemenangan skuad gedebe merah Kelantan telah menaikkan namanya. Kemenangan itu memberi ruang Annuar untuk turun ke padang semula dengan mengarakkan piala Malaysia ke segenap kampung dan pelusuk di Kelantan.

Ada juga rakyat Kelantan yang belum tenguk dan jamah piala itu mengkagumi Annuar. Meletakkan kejayaan itu hasil usaha Annuar secara personal sehingga lupa kemenangan itu adalah hasil kerjasama dan persepakatan pemain dan juga rakyat Kelantan serta kerajaan negeri seluruhnya tanpa mengira ideologi politik.

Gelombang merah telah digunakan Annuar untuk menyakinkan orang Kuala Lumpur, bahawa dia mampu melalukan kejutan. Orang Kuala Lumpur juga ada yang menerimanya. Menerima secara pakej kejayaan Annuar itu silap, kerana mengurus bola sepak tidak sama dengan politik. Menjadi seorang pengurus mungkin Annuar ada bakat tetapi menjadi politician dia sudah banyak kali gagal.

Penglibatan beliau dalam bola sepak sehingga berjaya mencacakkan nama Kelantan jelas demi kepentingan peribadi dan wang. Kenapa dikatakan begitu, kerana Annuar tidak berjaya mengemilangkan nama di dalam Kada sehebat dalam bola. Sebabnya... Kada tidak memberi keuntungan banyak kepadanya. Annuar adalah pengerusi Lembaga Pertanian Kemubu (Kada).

Orang ramai mulai merasa seronok dengan apa yang dilakukan Annuar. Annuar sendiri katanya mendakwa dia ada penyokong gedebe merah seramai 200,000 yang kononnya akan mengubah landskap politik Kelantan. Para penyokong itu yang selalu dijinakkan menerusi program tertentu akan digunakan sebagai saldadu upahan untuk menyokong Umno.

Mulanya saya fikir begitu. Para penyokong bola sepak akan disihirkan oleh Annuar untuk menyokong Umno. Mereka akan digula-gulakan dengan kemenangan demi kemenangan. Tetapi apabila bercakap dengan kawan baik Annuar, Mohamad Alwi Hj Che Ahmad, (jangan panggil Hj Lu V, sebab dia marah) tanggapan saya itu salah. Kata Mohamad Alwi, itu adalah ilusi Annuar sahaja. "Demo tenguk dalam stadium, 10 yang membawa masuk bendera adalah bendera Pas, bendera Umno hanya satu sahaja...," begitu ujar Mohamad Alwi kepada saya suatu hari.

Juga hujah Alwi, penyokong bola sepak akan menyokong bola sahaja, mereka tidak akan menyokong Umno. "Kalau Pas tetap Pas sampai ke bila," kata Mohamad Alwi. Jadi kalau Annuar merasakan penyokong gedebe merah itu sebagai penyokongnya itu satu assement yang silap. Saya juga hairan apabila Mohammad Alwi berkata demikian, apakah dia juga merupakan seorang penyokong gedebe merah yang sudah mulai tidak sokong kawan baiknya itu?

Saya mulai percaya kata-kata Mohamad Alwi itu. Apabila saya bercakap dengan beberapa penyokong pasukan bola Kelantan mereka tidak mudah terpengaruh dengan bola sepak. Kata mereka bola sepak adalah sukan termasuk dalam bab hobi, manakala politik adalah perjuangan. "Saya tidak akan tukar perjuangan dengan hobi.." tegas mereka.

Dengan hakikat itu apakah kelebihan Annuar untuk dilantik menjadi Pengarah? UBN sengaja menepah maut kalau menerima perlantikan Annuar sebagai pengarah. Dan MT yang kononya sudah membuat keputusan itu juga, pasti salah dalam membuat penilaian atau salah menerima maklumat berhubung reputasi Annuar Musa.

Suka tidak suka, dan bagaimana Annuar cuba mengkosmetikkan dirinya dengan bola sepak, tetapi kebusukan aksi dn fiil politiknya di Kelantan sudah diketahui umum. Ke mana sahaja orang pergi orang akan terhidu akan kehamisan lagak politiknya. Orang Kelantan masih belum lupa dan ingat segala tindak tanduknya semasa dia menjadi menteri dulu. Selama lebih 10 tahun menjadi menteri tidak ada sebarang tanda jasa besar Annuar untuk Kelantan melainkan di Ketereh, kawasan diwakilinya.

Annuar semasa zaman gahnya lebih dilihat menteri Kuala Lumpur dari menteri asal Kelantan. Dia seakan tidak mempedulikan langsung kepada Kelantan melainkan memberi habuan dan menjaga bagaikan menatang minyak penuh rakyat di Ketereh sahaja. Al hasilnya aksi begitu tidak juga menjamin kemenangan abdi buatnya. Dalam tahun 2008 Annuar tertiarap makan dedah di tangan anak buahnya sendiri, Aziz Kadir yang dianggap sebagai ayam dogel.

Orang masih ingat bagaimana Annuarlah yang menyekat projek federal untuk Kelantan. Beliaulah yang mencegah kerajaan Pusat daripada memberi bantuan kewangan kepada Kelantan untuk mengatasi masalah air, pembesaran lapangan terbangan Sultan Islam Petra dan kemudahan lain. Begitu juga semasa menjadi pemimpin Umno Kelantan di era Mahathir dulu, Annuar tidak pernah pun ingat kepada Kelantan. Tidak ada kedengaran sekalipun dia membangkitkan isu royalti minyak untuk Kelantan. Kalau pun dibela dan dibela hanya beberapa orang wanita Kelantan saja termasuk janda.

Begitu juga dengan skandal dan isu peribadi yang dibelitkan ke atas dirinya, masih segar dalam ingatan. Penyelewengan wang PPRT bernilai puluhan juta yang dikaitkan dengan dirinya masih tersemen di dalam ingatan. Setengah orang bila terpandang Annuar Musa maka akan terpandanglah helaian ringgit itu melayang-layang jatu atas muka dan di hujung kakinya.

Sejarah dan hikayat itu semua menyebabkan Annuar Musa tidak akan dapat melepaskan dirinya dari sangkaan dan fitnah umum. Kejayaan membawa piala Malaysia ke Kelantan bukan penawar untuk menutup segala sangkaan buruk dan fitnah itu. Apa lagi dalam beberapa kes melibatkan dirinya ada kebenarannya. Keseronokan kerana melihat bola menggolek dan menerawang ke jaring gol tidak akan menyapu ingatan orang ke atas kejahatan dan kesadisan politik yang dilakukannya.

Jadi dari celah mana kalau MT atau Najib sendiri terbuka hati untuk melantik Annuar sebagai pengarah? Apalah Annuar telah membiayai separuh dari harga cincin sernailai RM24 juta? Annuar memang berkebolehan mengurus dan mencatur politik, tetapi perlu diingat politik bukan saja memerlukan seorang yang cemerlang dalam pengurusan dan kreatif dalam menangan isu tetapi politik memerlukan seorang yang mesra alam, bersih, mudah didampingi, bertanggungjawab, tidak membuat kerja kucing kambus tahi dan lebih penting mempunyai komitmen tinggi kepada negerinya sendiri.

Justeru kalau Umno melantik Annuar menjadi pengarah pilihan raya, Pas Kelantan akan mendapat bonus kemenangan awal. Sudah pastinya gambar dan banner majlis pertabalan Tengku Ibrahim Putra di bawah pokok ketapang di Ketereh yang berlaku kira-kira 20 tahun lalu akan muncul kembali. Sesungguhnya gambar itu cukup menikam hati rakyat Kelantan yang diterjemahkan sebagai penderhakaan Annuar kepada istana Kelantan.

Gambar piala Malaysia yang ada dalam simpanan Annuar itu tidak akan mampu untuk melawan gambar dia bersama Tengku Ibrahim Putra di Ketereh itu. Jadi ura-ura melantik Annuar sebagai pengarah pilihan raya tidak lain dan tidak bukan untuk melentangi semua kerja-kerja yang dijalankan oleh Mustapa Mohmed dewasa ini. [wm.kl.10:07 am 30/10/11]