Facebooker pro PAS, Tok Usin Ceroii mempersoalkan sikap mendiamkan diri Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) walaupun DAP secara terang-terangan mengkritik PAS berkaitan isu ulama dan hudud.
"Apa kejadahnya PKR dan DAP yang saban hari dok serang PAS khususnya Ulama? Apa kejadahnya DAP dan PKR pi dok jolok bab hudud?
"Agak-agak hampa, apa motif dan agenda depa berbuat begitu?
"Mana pi suara kawan baik Lim Guan Eng iaitu Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS? Apakah Mat Sabu tak boleh nasihatkan Lim Guan Eng? Apakah suara Mat Sabu langsung tidak diendahkan oleh Lim Guan Eng atau Mat Sabu yang memberi lampu hijau kepada Lim Guan Eng untuk gasak Islam, Ulama dan PAS?
"Atau Mat Sabu dah hilang teloq dan suara kerana diberi jawatan dan gaji yang lumayan dalam anak syarikat kerajaan Pulau Pinang?," soal facebooker itu.
Turut disertakan facebooker itu satu poster wajah Mat Sabu didahinya ditulis '$$$' dan wajah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, didahinya ditulis 'Tauke'
Pendedahan Mat Sabu menerima habuan daripada DAP bukan perkara baharu, malah telah didedahkan blogger Ibrahim Baba (IB) pada tahun 2012. "Menurut suatu khabaran bahawa Mat Sabu menerima setiap bulan sumbangan sebanyak RM15,000 tunai di Pulau Pinang. Biasanya Mat Sabu akan ke Pulau Pinang di awal bulan untuk kutip wang tersebut.
"Seorang petugas dikatakan akan menyerah 150 keping wang tunai bernilai RM100 dalam sampul yang mana Mat Sabu terimanya tanpa mengira samada ianya cukup atau tidak.
"Dikatakan juga bahawa petugas ini telah diamanahkan oleh majikannya untuk "jaga" keperluan Mat Sabu. Petugas ini turut maklum bahawa ada lagi beberapa rakannya yang ditugaskan untuk menyalurkan dana kepada pemimpin PAS yang lain namun beliau tidak tahu siapa yang "jaga" siapa. Strategi mereka ialah seorang "jaga" seorang pemimpin PAS – supaya maklumat tidak bocor," dedah blogger itu.
Pada tahun 2013, bekas aktivis Melayu-DAP, Mohamad Razali bin Abdul Rahman turut mengesahkan Mat Sabu adalah tali barut Guan Eng.
Petikan pendedahan Mohamad Razali tentang Mat Sabu :
Lepas setengah jam, dia call. Saya tak mahu jawab dah. Lepas itulah pada 18 Mei, seorang pemimpin tertinggi PAS menghubungi saya. Saya dengan beliau ni cukup rapat, lebih kurang abang dengan adiklah, kami dua ni. Banyak tempat kami pi bersama.
Semasa kejadian ni, beliau berada di luar negara. Lepas balik ni, mungkin dia tahu, dia call saya. Saya panggil dia abang. Dia call, bagi salam tak jawab juga. Dia pun serupa juga, maki saya.
"Awat hang ni bengong pi buat laporan polis ni? Siapa suruh hang pi buat?."
"Abang, ini isu agama bang."
"Takpe, demi politik agama kita boleh kompromi." Dia kata.
"Tak salah kita kompromi agama demi politik. Matlamat utama kita nak tawan Putrajaya. Siapa yang suruh hang pi buat benda ni? Hang ni calon yang akan bertanding. Siapa suruh hang buat? Ni, hang pikiaq masa depan hang, masa depan anak hang, bini hang. Hang tak sepatutnya buat benda ni. Aku nak hang tarik balik laporan polis hari ni juga. Aku nak hang tarik balik."
"Sorry bang, isu agama..mana boleh. Abang tau tak benda ni berlaku?"
"Memang aku tau berlaku. Takpa, kita menang dulu Putrajaya, lepas tu kita tau la kita nak buat apa. Janji menang dulu."
Saya kata dia, "Isu agama."
"Aku kata takpa..takpalah. adakah Islam hang lebih daripada aku? Aku Pas tak ada apa. Hang DAP tahu apa?". Sampai tahap tu dia kata kat saya.
"Aku nak hang tarik balik laporan ni. Hang tarik."
Saya masih bertegas saya takkan tarik balik. "Bang, walau apa pun terjadi, saya takkan tarik balik."
"Hang pasai apa keteqaq (degil) sangat ni? Pasai apa hang jadi macam ni? Apa dah jadi dengan hang? Okay, sekarang kita settle. Kami sanggup bagi kat hang RM1 juta kalau hang sanggup tarik balik laporan polis tu."
RM1 juta ditawarkan kepada saya. Cukup senang dia kata, kalau setuju dalam masa tiga hari kita akan sediakan wang tu. Dalam masa tiga hari sahaja. Selepas itu dia kata, dalam masa seminggu, kita akan terbangkan saya, anak saya, bini saya, lari pi duduk di Melbourne. Jangan duduk di Malaysia. Duduk di Melbourne dia kata. Segala keperluan kami akan ditanggung oleh pihak-pihak tertentu di sana.
Tapi dia kata, "Sebelum hang pi Melbourne, hang buat satu perkara kat kami, cukup. Hang tolong kami satu benda cukup."
Saya tanya kat dia, "Apa dia?."
"Hang buat satu sidang akhbar. Dalam sidang akhbar tu, hang kata, saya ni dipaksa oleh UMNO untuk membuat laporan polis tu."
Dia suruh saya tuduh UMNO. Saya kata kat dia, "Abang, yang buat laporan polis ni saya. Pasai apa yang kita nak membabitkan pihak yang ketiga?".
"Hang tuduhlah depa. Aku dok buat kerja ni, takkan hang tak tau kot. Hang tuduh depa cukup, lepas tu hang lari pi duduk sana. Kita tahulah kita nak buat apa."
Pemimpin PAS, ingat Tuan-tuan kenal kot siapa dia ni. Semua kenal. Ini merupakan lagu yang paling-paling dia sukalah (tayangan lagu Hindustan).
Tuan-tuan kenal ya. Timbalan Presiden PAS sekarang.
Dulu, pada masa kejadian tahun lalu, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Mohamad Sabu..beliau merupakan rakan yang cukup baiklah dengan saya. Cukup rapat.
So, matlamat menghalalkan cara. Janji dapat tawan Putrajaya cukup, apa pun halal sampai ke tahap tu mereka ni. Saya tak sangka mereka agama pun boleh jual. Bukan dah jual, dah gadai, dah lelong dekat DAP.