Aku memang heran dengan puak-puak blogger upahan PAS Kedah yang memang tak reti fikir. Mungkin depa ni memang jenih low IQ dan malas nak berfikir secara rasional. Lebih pelik lagi, jenis muka tak malu pulak tu..!
Baru-baru ni depa bandingkan jumlah yang perlu dibayar oleh UUM kepada sebuah syarikat dengan jumlah yang perlu dibayar oleh KUIN kepada sebuah syarikat, sebagaimana yang ditetapkan mahkamah.
UUM kena bayar pada KIC Management sebanyak RM3.7 juta dan KUIN kena bayar pada Shake Cuisine sebanyak RM1.6 juta. Kononnya saman yang UUM kena bayar lebih banyak berbanding KUIN...
Tapi, depa langsung tak bandingkan sebab-sebab UUM dan KUIN perlu bayar saman tu...! Heh! Bodo betoi la bila depa main isu yang terang-terang tunjuk kebodohan depa...heh!
UUM tamatkan perkhidmatan KIC Management dan dah tentu UUM tahu bahawa pihak depa dah langgar kontrak. Oleh itu, depa dah tentu bersedia untuk bayar saman. Lagipun, UUM tu bukan ada masalah kewangan pun sebab dibiaya oleh Kerajaan Pusat melalui KPT...
Dalam ertikata lain, UUM takdak masalah nak bayar saman tu. Kalau UUM bayar RM4 juta sekali pun kat KIC Managment, UUM masih mampu bayar gaji pensyarah, seluruh kakitangan UUM dan langsung tak jejas kewangan universiti tu...
Tapi, KUIN ni ada masalah kewangan yang dahsyat! Tak kena bayar saman pun, KUIN dah tak mampu nak rolling duit. Belum kena saman pun, kakitangan dan pensyarah KUIN dah berdemo mengamuk bila duit gaji dan duit zakat depa tak dibayar sebagaimana sepatutnya...
Bayangkan, duit potongan zakat kakitangan dan pensyarah KUIN pun dipusing-pusing pengurusan KUIN! Lepas tu KUIN bayar gaji pun lewat sampai ada rumah dan kereta milik kakitangan dan pensyarah yang hampir dilelong, ditarik dan diberi notis amaran dari bank!
Cuba tengok kenapa KUIN kena bayar saman RM1.6 juta tu. Sebab KUIN tak bayar Shake Cuisine, kan? Nampak sangat la KUIN dah takdak duit sampai tak mampu nak bayar perkhidmatan syarikat tuuu..!!! Heh!
Kalau KUIN takdak duit, buat la cara takdak duit. Aku nak tanya, mampu ke KUIN bayar saman RM1.6 juta tu. Aku rasa UUM takdak masalah nak bayar RM10 juta pun. Tapi, kalau nak bayar gaji kakitangan dan pensyarah pun tak mampu, mampu ke KUIN bayar Shake Cuisine? Heh!
Tu pun blogger pencacai PAS tu nak bangga dengan KUIN? Kah! Kah! Kahhhh..!!! Memang muka tak malu betoi. Kalau orang kata depa bodo, depa marah. Abih tu nak kata lagu mana lagi? Dah memang nampak sangat depa tu bodo punnnn...Hahahahahaaaa..!!!!!
Berdegar-degar puak-puak Pakatan Haram, khususnya Pak-Pak Lebai PAS, mendakwa UMNO menyokong kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek, yang kononnya menghina Islam dengan menolak hukum hudud dari dilaksanakan di negara ini.
Dalam kenyataan puak-puak PAS tersebut, mereka cuba meracuni fikiran rakyat seolah-olah Presiden MC A sama seperti para pemimpin DAP yang terang-terangan menolak dasar perjuangan hukum hudud PAS selama ini.
Chua Soi Lek sebenarnya dalam kenyataannya itu sebenarnya merujuk kepada draf hudud PAS yang jelas menunjukkan beberapa kelemahan dan kepincangan, membayangkan seolah-olah hukum Allah itu tidak adil.
Dan diatas draf hudud PAS Kelantan – Terengganu itulah Soi Lek berpendapat bahawa hudud PAS akan menyebabkan seramai 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan sekiranya dilaksanakan di Malaysia.
Persoalannya, apakah PAS tahu membezakan di antara hukum hudud PAS dan hukum hudud Allah?
Untuk pengetahuan pak-pak lebai yang menyalak itu, hukum hudud Allah tidak memiliki sebarang kelemahan, menyeluruh dan sangat adil untuk dilaksanakan di sepanjang zaman berbanding hudud ciptaan PAS yang banyak kelemahan, tidak adil serta begitu jumud sifatnya.
Puak-puak PAS ini sepatutnya bertanggungjawab dalam hal salah tanggapan tentang hudud memandangkan merekalah sebenarnya yang mencemar reputasi hudud Allah dengan memperkenalkan hudud PAS yang tidak mencerminkan keadilan sebenar.
Pun begitu, sudahlah mereka tak tahu dan tidak cukup ilmu untuk membuat draf hudud Allah, malah mereka menyalahkan UMNO pula dalam hal ini serta mencabar parti tunjang BN itu untuk mengeluarkan draf hudud "versi UMNO".
Apakah mereka fikir UMNO itu sebodoh PAS? UMNO sudah lama tahu bahawa PAS hanya mempergunakan hukum hudud sebagai bahan politiknya untuk meraih undi dan parti terbesar umat Islam di Malaysia itu tidak akan terpedaya dengan cabaran PAS itu.
Apatah lagi UMNO dari azalinya sudah tahu bahawa tidak pernah wujud "hudud UMNO" di dunia ini melainkan "hudud Allah" dan "hudud rekaan "PAS". Jadi, tak payahlah desak UMNO untuk masuk ke dalam perangkap bodoh PAS tersebut.
Pada saya, PAS sebelum ini begitu malu dan tertekan apabila begitu banyak dasar mereka yang "dicantas" DAP apabila bergabung di dalam Pakatan Haram.
PAS tidak tahu dimana mereka mahu meletakkan air muka mereka apabila DAP dengan selamba berkeras untuk menolak dasar Negara Islam dan hukum hudud sebelum ini.
Para penganut "agama" PAS itu sudah lama hilang maruah apabila terpaksa memadam dasar "Daulah Islamiyyah" dan "perlaksanaan hukum hudud" dari kamus perjuangan asal mereka selama berpuluh tahun.
Mereka begitu tertekan apabila parti mereka semakin teruk hilang pengaruh dari kalangan mereka yang pro-ulama di mana ramai di antara mereka yang enggan lagi aktif di dalam parti serta enggan menyokong PAS pada PRU ke-13 ini.
PAS patut rasa malu apabila Nizar dan Azizan Razak beriya-iya menafikan perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud ketika di awal pentadbiran mereka di Perak dan Kedah selepas PRU ke-12 sebelum ini.
Jadi, tak payahlah mereka cuba memutar belitkan kenyataan Soi Lek memandangkan sudah jelas bahawa PAS lebih teruk berbanding Presiden MCA itu yang mencemarkan imej hukum hudud Allah di kalangan golongan bukan Islam di negara ini.
Jika benar PAS hebat, parti perlu memastikan DAP menerima perlaksaan hudud dengan rela hati secara terbuka. Itu pun kalau PAS dan pak-pak lebai itu beranilah. Kalau tak berani, lebih baik sembunyi dicelah ketiak Karpal dan Kit Siang!
Presiden "puppet" PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang patut cermin diri sendiri dan belajar tentang perkataan "tranformasi" sebelum menuduh Kerajaan Barisan Nasional (BN) atau UMNO tidak menunjukkan perubahan di dalam pentadbiran negara ini.
Dengan PAS yang kini menjadi "keldai pencacai" kepada DAP dan PKR, Abdul Hadi wajar risau dengan gelombang umat Islam di negara ini yang semakin menjauhkan diri dari parti pimpinannya itu.
Bukan sahaja PAS telah menggadaikan maruah partinya dengan kehilangan dasar utama penubuhan Daulah Islamiyyah dan hukum hudud, PAS terpaksa berdiam diri serta menurut kehendak PKR dan DAP yang mahu beberapa pemimpinnya dipecat!
Abdul Hadi baru-baru ini menuduh UMNO/BN tidak berubah dan menfatwakan bahawa rakyat "wajib" menukar kerajaan pada PRU ke-13 kali ini.
Persoalannya, apakah Presiden PAS ini "buta" dan "pekak" tentang perubahan dasar dan slogan "transformasi" yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada tahun 2009.
Bukan cakap kosong, Presiden UMNO itu juga menggariskan kepada setiap kementerian di negara ini melalui sistem KPI di mana setiap perubahan dan perlaksaan perbuahan itu diukur dengan memastikan setiap darinya membuahkan hasil yang positif.
Dasar-dasar transformasi itu boleh dilihat dengan jelas di setiap kementerian di mana Pak-Pak Menteri kita bertungkus-lumus untuk melakukan perubahan yang memberikan impak yang mendahulukan rakyat berbanding kepentingan politik.
Agak malang sekiranya Abdul Hadi tidak memahami erti perkataan "transformasi" dan segala perlaksanaan dasar itu yang jelas menunjukkan perubahan positif yang ketara berbanding sebelumnya.
Mungkin Presiden PAS itu wajar merujuk kamus dewan dan memahami tentang perkataan tersebut sebelum menuduh tentang sesuatu yang tidak berasas. Pernahkah Abdul Hadi dengar tentang NKRA atau NKEA? Tahukah dia tentang makna dan perlaksanaan dasar tersebut?
Berbanding "perubahan negatif" yang sedang dialami oleh PAS, saya berpendapat bahawa Hadi wajar meletak jawatan sebagai Presiden parti memandangkan dia dilihat sebagai Presiden PAS paling lemah dalam sejarah.
Di dalam sejarah PAS, parti itu tidak pernah tunduk dengan kemahuan "kafir harbi" mahupun "agen Yahudi berjuta muka".
Di dalam sejarah Presiden PAS, penyandang jawatan itu sebelum ini tidak pernah menggadai prinsip perjuangan parti itu yang sebelum ini begitu konsisten memperjuangkan penubuhan kerajaan Islam dan perlaksanaan hukum hudud di negara ini.
Tapi, sejak Abdul Hadi memimpin PAS, parti itu hilang maruah dengan menggadaikan segala yang diperjuangkan oleh para penyokongnya sebelum ini dan ia menyebabkan ramai di kalangan pengikutnya merajuk serta enggan lagi mengundi PAS pada PRU ke-13 ini.
Malah dalam kebanyakkan hal, Abdul Hadi hilang kuasa sebagai Presiden parti apabila Mursyidul Amnya berlagak seolah-olah dialah pemimpin tertinggi parti sebagaimana yang diamalkan di Iran oleh Ayatollah Khomeini dan Mahmood Ahmadinejad.
Sekiranya benarlah PAS meniru gaya carta organisasi di Iran itu, saya percaya bahawa PAS sememangnya mengamalkan dan terpengaruh dengan struktur negara itu dan tidak mustahil bahawa mereka juga mengamalkan dasar "Syiah" di negara ini.
Lagipun, penglibatan dan sokongan Timbalan Presiden PAS sendiri, Mat Sabu, selama ini jelas menunjukkan bahawa dia merupakan seorang penyokong kuat Syiah dan dikatakan sering menerapkan fahaman itu di dalam PAS.
Justeru itu, saya yakin bahawa Abdul Hadi bukan saja menjadi "puppet" bagi DAP dan PKR, malah dia turut menjadi "puppet" kepada Nik Aziz yang gemar menurut kehendak sahabat "syaitan"nya.
Jadi, saya yakin bahawa rakyat dapat melihat dengan jelas mengenai perubahan-perubahan positif yang sedang rancak berlaku di dalam pentadbiran Kerajaan BN berbanding perubahan-perubahan negatif PAS yang semakin merosakkan parti itu.
Apa pun, rasanya PAS dan Abdul Hadi belum terlambat untuk memutuskan hubungan mereka dengan "syaitan chauvinis ultra kiasu" dan "syaitan Omega".
Jika Abdul Hadi ingin menyelamatkan PAS dari terus diranapkan "syaitan", dia boleh bermufaraqah dari unsur-unsur negatif itu dan menyelamatkan maruah PAS. Persoalannya, apakah Hadi berani untuk bertindak begitu? Rasanya tidak…
KEGHAIRAHAN mengejar cita-cita dalam dunia peragaan, membawanya ke suatu dunia penuh nista yang tidak pernah terbayang atau diimpikannya mahupun mana-mana wanita di dunia ini. Gadai jual tubuh!
Itulah pengalaman pahit terpaksa dilalui si cantik, Nur Fathia Abd Latiff, 25, dalam menghayati karakter menerusi filem terbarunya, Darah Panas arahan Arjinder Singh yang baru saja tamat penggambaran. Biar imaginasi yang dibayangkan tidak berlaku dalam kehidupan sebenar, Fathia mengakui 'ketar' tubuhnya saat membayangkan diri terjerat dalam sarang pelacuran!
"Meskipun penggambaran tidak dilakukan di rumah pelacuran, sekadar membayangkan saja sudah cukup menakutkan saya. Bagaimana hendak membayangkan diri sendiri menjadi pelacur dan saya percaya tiada wanita sanggup meletakkan diri mereka serendah itu.
"Saya juga percaya, mereka yang terjebak dalam kehidupan seperti itu didorong keadaan yang mendesak selain terjebak sebagai mangsa sindiket.
"Namun, keberanian saya untuk menerima watak ini kerana saya melihatnya sebagai satu peluang untuk keluar daripada 'kepompong' mainan watak saya yang 'klise' sekali gus menyerlahkan sisi lain yang boleh dikembangkan dalam penghayatan saya," katanya.
Bicaranya diteruskan, perjalanan awal filem itu masih menuntut dirinya sebagai Syahana memakai tudung seperti kebanyakan drama yang pernah dibintangi, namun di pertengahan berlaku perubahan pada karakternya yang menjadi mangsa penipuan Fandi (Soffi Jikan) yang menjualnya ke rumah pelacuran sebaik tiba di Kuala Lumpur.
"Ada babak membayangkan seolah saya tanpa seurat benang, tetapi jangan salah faham itu 'camera trick' saja sedangkan saya masih berpakaian rona 'nude'.
Menjayakan watak ini menuntut saya melalui pelbagai perubahan graf emosi yang sememangnya sudah lama saya bersedia melakukannya.
"Saya keluar dari zon selesa seorang Fathia apatah lagi semangat saya itu disuntik oleh Soffi yang memang banyak memberikan tunjuk ajar khususnya membantu saya menzahirkan perasaan paling ikhlas dan lebih berimaginasi tatkala menghayati Syahana.
"Tidak keterlaluan saya katakan, Soffi setakat ini adalah aktor paling hebat pernah saya berganding sama. Saya tidak sabar untuk melihat hasil filem ini dan berharap ia lebih baik daripada apa yang dibayangkan kami (pelakon)," katanya.- HMETRO
Di Yan , Kedah , penantian seorang nenek tiga cucu untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak 40 tahun lalu, tercapai semalam.
Hasanah Abdullah, 55, menduduki peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak, di sini, sebagai calon persendirian.
Hasanah ketika ditemui menyifatkan ia detik paling bersejarah dalam hidupnya selepas beberapa kali gagal untuk mengambil peperiksaan yang ketika itu dikenali sebagai Malaysia Certificate of Education (MCE) kerana perlu memikul tanggungjawab menjaga enam adiknya selepas kematian ibu ketika berusia 15 tahun.
Komen GPB
Walaupun sudah bergelar nenek , tapi kerana tekad & usaha ingin memiliki sijil peperiksaan SPM akhirnya beliau berjaya juga menduduki peperiksaan hari ini.
Bayangkan dalam usia 55 tahun , beliau berusaha juga berlajar sendiri semata-mata mahu sijil SPM . Usaha beliau wajar dijadikan contoh kepada segelintir anak remaja Melayu yang malas berlajar & tidak menamatkan persekolahan . .
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.
"Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, MAIS akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita pro pembangkang yang memetik Nurul Izzah pada forum "Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab" di Subang Jaya, Sabtu lepas, berkata setiap rakyat di negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.
Bagaimanapun semalam, selepas dikritik pelbagai pihak, Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan di dalam laman sosial Facebook-nya menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad.
Mohamad Adzib berkata pihaknya khuatir kenyataan seperti itu boleh mengelirukan dan mempengaruhi orang Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor berikutan ia dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan parti komponen pakatan pembangkang yang mentadbir negeri itu.
Beliau menegaskan bahawa berdasarkan ajaran Islam, kebebasan beragama hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang mana mereka bebas untuk memeluk agama Islam atas kesedaran dan kemahuan diri mereka sendiri serta tanpa sebarang paksaan.
"Bagaimanapun, setelah memeluk agama Islam, mereka tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam. Perkara sama terpakai kepada orang Melayu yang beragama Islam di mana orang Melayu juga tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam kerana mereka semua perlu mematuhi semua ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W," katanya.
Mohamad Adzib berkata Islam juga adalah syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntuk dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, beliau berkata pemikiran liberalisme atau pluralisme amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang sedia ada.
"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan agama Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam.
"MAIS bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasi politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya. Walau apapun, MAIS mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," katanya. – BERNAMA
Sebelum ini Guan Eng bukan main berlagak lagi cakap kontrak baru kutip sampah antara Kerajaan Negeri dengan PLB Terang telah berjaya hapus kontrak kroni dan jimat wang kerajaan sebanyak RM 200 juta !! Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri telah dapat menghapuskan "projek kroni", di mana rakyat dikenakan bayaran yang tinggi tanpa mendapat apa-apa faedah. "Kerajaan negeri mengadakan perundingan dengan syarikat yang menguruskan sisa apabila kontrak berakhir pada Julai 2009," kata Lim (kanan) di majlis menandatangani kontrak tersebut hari ini. "(Kami telah) dapat mengurangkan kos (sebanyak) RM11.2 juta setahun atau (sebanyak) 42.4 peratus (sepanjang) tiga tahun." Hakikat sebenarnya rakyat tidak dimaklumkan butiran kontrak yang syarikat kroni DAP ini dapat :
- kontrak selama 20 tahun ( RM 300 juta )
- Harga anggaran RM 21 ton yakni RM 4 lebih mahal daripada kontrak sebelum ini ..
Apa kejadahnya kontrak sampai 20 tahun ?? Kalau sampah bertambah setiap tahun ..yang untungnya syarikat bukannya kerajaan negeri . Jadi di mana yang Guan Eng penipu ini cakap telah jimat RM 200 juta ??
LGE telah menngunakan kaedah putar belit kreatif perakaunan dalam kontrak Pelupusan Sisa Pejal yang ditawarkan kepada syarikat PLB Terang Sdn Bhd.
LGE memaklumkan bahawa dia telah menjimatkan sebanyak 200 juta apabila menawarkan kontrak tersebut kepada PLB Terang Sdn Bhd tetapi pada hakikatnya kerajaan negeri telah memberikan lebih RM 50 juta kepada syarikat tersebut daripada kadar harga syarikat asal.
Kontrak syarikat asal yang membuat pelupusan sisa pejal di Pulau Burung dirunding semula pada tahun 2009 pada kadar harga RM17 satu tan sampah tetapi syarikat PLB Terang SB pula ditawarkan pada RM300 juta untuk 20 tahun yakni pada kadar harga anggaran hampir RM21 bagi satu tan sampah.Kadar ini adalah RM4 lebih daripada kadar harga kontrak asal.
Berat sampah yang dikutip di Pulau Pinang sehari adalah hampir 2000 tan dan bilangan sampah akan terus naik selagi pembangunan dan kepesatan penduduk meningkat. Semua kos tersebut tidak termasuk kos pengangkutan stesen pemindahan di bahagian seberang dan Pulau.
Pada hakikatnya kerajaan negeri akan rugi paling kurang hampir 20% setahun atau 400% jika dikira sepanjang 20 tahun. Kenyataan dan justifikasi pengiraan kontrak asal adalah 500 juta untuk 20 tahun dan penjimatan sebanyak RM200 juta adalah penipuan dan putar belit LGE untuk mengelirukan rakyat seperti amalan biasa LGE.
Kontrak yang diberikan bagi jangkamasa panjang selama 20 tahun juga akan merugikan kerajaan negeri kerana jumlah sampah akan bertambah dan kadar harga yang lebih kompetitif boleh didapati jika tender terbuka dibuat 2 tahun sekali.
Ternyata LGE dan kerajaan negeri DAP tidak cekap,Tidak akauntabel dan tidak transparent.
Ir.Dr.Shaik Hussein B. Mydin KP UMNO Pulau Pinang.
Taktik lapok Anwar & konco-konconya ..semua salah UMNO. Anak sendiri yang cakap di forum gereja yang tak ada kaitan UMNO pun kena juga ..
Memang desperado betul Anwar ni .. takut hilang undi Melayu pasal anaknya sokong Melayu boleh bebas pilih agama .
Umno-Barisan Nasional (BN) semakin terdesak sehingga sanggup memanipulasikan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkaitan akidah dan kebebasan beragama, dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, turut membidas sikap tidak bertanggungjawab Umno-BN yang menjadikan persoalan agama sebagai alat permainan politik demi memastikan Umno-BN terus kekal relevan di negara ini.
"Agama digunakan menjadi alat permainan parti politik bagi pihak Umno, dan ini tidak sihat, jadi ini menjadi sebab saya pandang serius.
"Ini soal agama, bukan soal mainan politik, keyakinan orang, jadi Umno terus gunakan cara ini, kenyataan saya juga dah banyak kali dimanipulasikan Umno sebagai serangan politik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Anwar tidak menolak kemungkinan anaknya akan mengambil tindakan mahkamah ke atas media kerana membuat laporan berbentuk fitnah dan tidak benar berhubung kenyataan Nurul Izzah.
Anwar mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkemungkinan menerima panggilan telefon daripada ibu pejabat Umno mengarahkan supaya Nurul Izzah dipanggil untuk disoal siasat berhubung laporan yang dikaitkan dengannya bertajuk "Melayu bebas pilih agama?" yang disiarkan Mingguan Malaysia.
Sementara itu, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, yang ditemui di lobi Parlimen, enggan memberi sebarang komen berhubung isu tersebut.
"Saya dinasihatkan barisan peguam supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tersebut.
"Bagaimanapun saya bersedia bila-bila masa dan bekerjasama untuk disoal siasat oleh pihak Jais jika dipanggil," katanya.
Memang tension la anak Anwar kali ini ..Kenyataannya tentang Melayu perlu bebas beragama kini dah jadi liabiliti kepada Pakatan . Untuk tutup mulut orang daripada mengecam isu ini , terus nak saman media .
Rakaman bukti kenyataannya jelas , jadi apa nak saman2 lagi ?? Kalau di menarik balik kenyataan itu dan minta maaf itu sudah pun ok.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mahu mengambil tindakan perundangan ekoran laporan media beliau mengeluarkan kenyataan rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan ajaran tertentu termasuk kepada orang Melayu. "Peguam akan mengambil langkah seterusnya," ujar Nurul Izzah menerusi laman mikro Twitter .
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli enggan menyahut cabaran untuk menyaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz jika benar terdapat unsur penyelewengan rasuah berjumlah RM40 Juta sebagaimana yang dituduh beliau.
"Saya tidak berminat diheret dalam permainan saman-menyaman ini," katanya kepada pemberita selepas selesai membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara sama.
Beliau juga terus mempertahankan 7 klip video yang didakwa sebagai bukti kukuh berlakunya penyelewengan walaupun tidak kelihatan individu yang turut dikaitkan dengan tuduhan berkaitan iaitu Nedim Nazri Aziz.
"Soal video ia lebih kepada bukti untuk rakyat. SPRM sudah tentu ada kaedah siasatan lebih baik,"tambahnya.
Maklumbalas Rafizi itu susulan kenyataan Nazri Aziz semalam yang mencabar beliau menyamannya berhubung pembabitan yang turut dikaitkan bersama Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Musa Aman dan ahli perniagaan Michael Chia yang didakwa berunsur rasuah melibatkan RM40 juta.
Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu termasuklah dalam kalangan orang Melayu jelas membuktikan beliau menjadikan agama sebagai modal politik untuk menarik sokongan bukan Islam.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataan Nurul Izzah itu juga membuktikan beliau meletakkan kepercayaan terhadap agama Islam daripada sudut akidah lebih rendah berbanding kepentingan politiknya.
Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, perkara tersebut sangat serius kerana boleh merosakkan agama Islam dan menggesa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyiasat perkara itu memandangkan kenyataan tersebut dilakukan di Selangor.
"Budak ini (Nurul Izzah) masih mentah, mungkin beliau terpengaruh dengan bapanya (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang mendokong fahaman pluralisme. Jadi, saya mintalah ahli-ahli Pas yang mendakwa mereka sebagai parti yang memperjuangkan Islam, tarbiyah budak ini.
"Islam memang tidak memaksa seseorang itu memeluk agama tersebut, tetapi tidak bermakna Islam memberi kebebasan kepada mana-mana penganutnya keluar masuk agama sesuka hati. Hari ini Islam, esok keluar dan masuk agama Buddha, lusa masuk Islam balik, tidak boleh.
"Isu ini sama dengan isu murtad, kalau tidak faham bab hukum agama, jangan cakap, nanti tersilap seperti yang telah berlaku. Manusia yang belum memeluk Islam, bebas untuk memilih agama, tetapi bagi yang telah memeluk Islam, hukumnya bunuh jika memilih keluar Islam kerana mempersendakan Allah SWT," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah dalam forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.
Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...Mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Mengulas isu sama, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin pula mempersoalkan pendirian pakatan pembangkang, khususnya Pas berhubung kenyataan Nurul Izzah itu.
Ini kerana, katanya, kenyataan Nurul Izzah itu sama dengan salah satu tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang sangat ditentang oleh Pas sebelum ini.
"Nurul Izzah bukan sebarangan, beliau adalah anak kepada Penasihat dan Presiden PKR, beliau merupakan naib presiden parti dan diangkat sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu, kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah boleh dianggap mewakili pendirian parti serta pakatan pembangkang.
"Saya nak tanya pendirian Pas kerana kenyataan Nurul Izzah bahawa rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan terpakai kepada orang Melayu sama dengan salah satu tuntutan IFC. Saya tidak tahu kalau hari ini Pas menyokong IFC serta kenyataan Nurul Izzah itu, mereka perlu jelaskan kepada akar umbi," jelasnya.
Untuk rakan - rakan yang sedang mencari peluang pekerjaan terutama untuk anak - anak Perak, apa lagi JOM kita beramai - ramai hadir ke PERAK AMANJAYA JOB and CAREER FAIR 2012 yang akan diadakan pada 10 & 11 November 2012 bertempat di DATARAN MBI IPOH dari jam 9.00 pagi hingga ke 6.00 petang. Kehadiran anda semua amatlah dihargai.
Awekz: Congrats pada Kepimpinan Pemuda BN Pusat dan Perak khususnya bagi program yang akan diadakan ini. Semoga dengan adanya program ini, kadar pengangguran dapat dikurangkan di Perak. Terima kasih Pemuda BN!
INDAH KHABAR DARI RUPA, TENGOK BOLEH, PERCAYA JANGAN
LEPAS SATU, SATU PROPAGANDA PEMBANGKANG SEJAK SETIAP PRU HAMPIR TIBA, KINI PRU13 SUDAH HAMPIR TIBA, MAKA BERBAGAI ISU DICIPTA OLEH ANU WAR AND THE GENG, KALAU BULAN LEPAS MAHASISWA DAN MAHASISWI DI ADU DOMBA DENGAN BERBAGAI BAGAI CERITA KARUT DI RACUNI PEMIKIRAN SISWA DAN SISWI HINGGA KAN KITA MERASAKAN SISWA DAN SISWI KITA TIDAK BEROTAK, TETAPI TERBUKTI APABILA KEPUTUSAN PILIHANANRAYA KAMPUS SELESAI, PEMBANGKANG MENINGGALKAN SISWA DAN SISWI DENGAN PERASAAN MARAH DAN KECEWA KERANA PILIHANRAYA KAMPUS BERKEPUTUSAN PUAK MAHASISWA PEMBANGKANG KALAH TERUK, KUMPULAN INSPIRASI YANG CENDERUNG KEPADA KERAJAAN MENANG BESAR, KINI SENYAP CERITA SISWA DAN SISWI, GOOD BYE SISWA SISWI.
MUNCUL PULAK DIHEBOH CERITA BAJET PEMBANGKANG BAGUS DAN TERBAIK, BILA YAB DS NAJIB BENTANG PULA BAJET BN DAN MENDAPAT SOKONGAN PADU RAKYAT, DAN APABILA MENTERI KEWANGAN KEDUA, DS AHMAD HUSNI MENEMPLAK BAJET PEMBANGKANG MATHEMATIK LEMAH, PENGIRAAN BANYAK YANG SALAH, SENYAP PEMBANGKANG!!!! MALU NAK MEMBESAR BESARKAN BAJET MEREKA KEPADA RAKYAT, SEBAB BARU SEDAR BAJET TU HANYA BAJET ANU WAR YANG DIBUAT SAMBIL2 BERBARING ATAS KATIL RUMAH URUT. SENYAP CERITA BAJET!!!!
LEPAS TU HEBOHKAN ISU AES DI PELUSUK KAMPONG, KONONNYA KERAJAAN BAGI BR1M RM500 TAPI TARIK BALIK DUIT RAKYAT UNTUK BAYAR SAMAN AES, SEDANGKAN BERAPA RAMAI SANGAT YG KENA SAMAN KERANA MELANGGAR UNDANG2 JALANRAYA, KERAJAAN MULA MEMBERI PENJELASAN MENGENAI KEPENTINGAN DAN USAHA MURNI DALAM KERAJAAN MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MENJAGA NYAWA RAKYAT, WAL HAL BANDING AES YANG STATIK KEDUDUKANNYA DENGAN PERANGKAP LAJU YANG BERUBAH UBAH KEDUDUKANNYA TAK DIHEBOHKAN WAL HAL NAMA PUN PERANGKAP, KENAPA PEMBANGKANG TAK HEBOHKAN, JAWAPANNYA SENANG DULU MASA DIPERKENALKAN PERANGKAP LAJU BUKAN DALAM TEMPOH HANGAT PRU, AES DI PERKENALKAN DALAM TEMPOH SIBUK MENUNGGU PRU 13, KINI ISU AES DAH MULA REDA.
SEKARANG NI PULAK, CARI PUNYA CARI ISU, DAPAT LA PULAK ISU ORANG ISLAM BEBAS NAK BERAGAMA, INI DITUJUKAN KEPADA BUKAN YANG BERAGAMA ISLAM UNTUK DAPAT UNDI, PEMBANGKANG TAHU UMNO AKAN PERTAHANKAN MATI MATIAN ORANG MELAYU ITU ISLAM, ISLAM ITU MELAYU SEPERTI TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA, KONONNYA APA YANG PEMBANKANG HARAPKAN SUDAH TENTU INI AKAN SEDIKIT SEBANYAK MENGURIS HARI PENGANUT AGAMA LAIN, WAL HAL BERPULUH TAHUN PENGANUT AGAMA LAIN DIBAWAH PEMERINTAHAN BN MEREKA SELESA DAN BEBAS BERAGAMA TANPA SEKATAN, HANYA YANG MENDUKACITAKAN ORANG MELAYU ISLAM SENDIRI YANG BERANI BERCAKAP DALAM FORUM GEREJA MENYUARAKAN PERKARA TERSEBUT MENGIKUT LOJIK KEPALA OTAK SENDIRI, SEHINGGA MEMBOLEHKAN DIRI DIA SILAP SILAP BOLEH MURTAD. SEMUANYA KERANA NAK DAPAT UNDI DALAM PRU13, KITA BOLEH LIHAT NANTI APABILA ISU INI REDA AKAN TIMBUL ISU LAIN PULAK.
SEMUA INI AKAN BERHENTI APABILA PRU 13 PUN SELESAI, DAN APABILA BN MENANG BESAR, MAKA BARU LAH RADIO BURUK PEMBANGKANG TAK BERBUNYI LAGI, MAKA KETIKA ITU GOOD BYE RAKYAT, DAN WAKIL RAKYAT PEMBANGKANG YANG MENANG KETIKA ITU AKAN MAKAN GAJI BUTA, ANJOI DENGAN ANAK BINI, RAKYAT SAYONARA.
DULU KINI DAN SELAMANYA LAH WAKIL RAKYAT BN JUGAK YANG AKAN BEKERJA MENJAGA RAKYAT DAN NEGARA.
Saya tersentak membaca laporan dalamana YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu. Nurul Izzah membuat kenyataan itu ketika menjadi ahli panel forum "Islamic State: Which Version; Who's Responsibility?" anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang.
Pandangan ini kononnya merujuk kepada peruntukan di dalam Al-Quran tidak ada paksaan dalam agama (Islam).
Mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius. Tetapi jika ditinjau dari sudut aqidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam sudah tentu kenyataan sedemikian bertentangan sama sekali dengan apa yang diajarkan kepada kita selama ini.
Kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu harus menerima hakikat yang mereka bebas memilih mana-mana agama selain daripada Islam mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi kini dan generasi yang akan datang.
JATI, Yayasan Murni Aqidah bersama dengan NGO-NGO yang perihatin terhadap permasalahan aqidah sentiasa berusaha menangani masalah kecelaruan aqidah termasuk gerakan Kristianisasi yang begitu licik memesongkan aqidah Umat Islam.
Sekiranya pandangan Nurul Izzah menjadi kenyataan, ruang yang cuba ditutup bukan sahaja terbuka luas malah menjadikan gerakan memesongkan aqidah bertambah kuat dan garang. Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan. Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam.
Seperti yang diketahui, keupayaan kita membendung gejala memesongkan aqidah mempunyai kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri. Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya. Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan aqidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku itu.
Inilah diantara gejala buruk yang ditakuti akan berlaku, dan pada kenyataannya telah, sedang dan akan berlaku. Ini juga bermakna virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas. Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini.
Nurul Izzah juga mengulas persoalan LGBT. Beliau dikatakan menerima LGBT. Beliau juga menyarankan supaya kita menghormati mereka yang terlibat dengan LGBT dan menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang melakukannya dalam keadaan tersembunyi.
Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah kelihatan saling tak tumpah seperti apa yang pernah disebut oleh ayahanda beliau Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam banyak hal aliran pemikiran dan fahaman beliau mengenai LGBT selari seperti arca di cermin dengan hujah yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim.
Jelas kelihatan mereka tidak bersembunyi lagi menyuarakan pandangan yang jauh terpesong dari sudut mana sekalipun secara terbuka dikhalayak ramai tanpa ada "reservation" mengenai isu ini. Inilah bahana fahaman liberalisme barat. Inilah juga bahana fahaman yang dibawa oleh mereka yang berpengaruh seperti DSAI.
Sekiranya DSAI boleh mempengaruhi dan merosakkan minda anak kandungnya sendiri, beliau juga mampu dan berkeupayaan memesongkan minda rakyat jika beliau diizinkan untuk memegang tampuk pemerintahan negara ini. Gerakan ini menjadi bertambah mudah apabila PAS yang sepatutnya menjuarai isu aqidah, syariah dan moral kelihatan begitu terpesona dan terpaku dengan kelicikan DSAI. Ini menyebabkan rakyat Malaysia khasnya Melayu-Islam akan terjerumus dalam kancah aqidah, syariah dan akhlak yang begitu mengerikan.
Saya ingin mengingatkan pimpinan gereja supaya tidak mengambil kesempatan dengan hampirnya PRU ke 13 dalamana mereka kelihatan begitu bertenaga untuk menganjurkan acara-acara yang menyentuh perkara-perkara dasar melibatkan masyarakat Islam terutamanya. Dikhuatiri gerakan terancang ini akan menyebabkan masyarakat Islam semakin berpecah belah. Perpecahan sedemikian sudah tentu menguntungkan mereka yang gemar menangguk di air yang keruh.
Kita ingin melihat pimpinan tertinggi PAS terutamanya golongan parasit tampil menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kenyataan Nurul Izzah itu. Apakah mereka akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan? Apakah golongan parasit ini sudah menjadi beku, kaku dan terus terselimut mempertahankan prinsip hak asasi manusia yang mereka sama-sama perjuangkan?
Pejabat Operasi Jati 153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 5 November 2012
Pihak berkuasa agama Islam digesa memanggil Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bagi menjawab kontroversi kenyataan beliau mengenai kebebasan beragama di negara ini yang sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk orang Melayu.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, Nurul Izzah perlu memberi penjelasan kepada pihak berkuasa kerana kenyataan tersebut telah menjadi isu kepada negara dan menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.
"Saya juga mencadangkan pihak Peguam Negara meneliti isu tersebut dan mengkaji adakah ia termasuk di bawah Akta Hasutan, kalau benar disabit kesalahan serta kes itu memerlukan pendakwaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kalau tak sebab Nurul Izzah Anwar nak tunjuk pandai dengan bercakap benda yang dia tidak pasti, kita pun tak tahu yang Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu rupanya rancak juga berforum dalam gereja.
Forum dengan tajuk 'bola tanggung' seperti Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa? yang diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Subang Sabtu lalu.
Samada dalam gereja atau dewan dalam gereja, bagi masyarakat Melayu/Islam Malaysia adalah 'taboo' untuk buat program di tempat begitu.
Sebelum ini laporan mengenai polemik kenyataannya itu tidak menyebut dimana lokasi forum berkenaan diadakan.
Ada yang sangka ia berlangsung di sebuah dewan biasa saja.
Bila kita amati balik, ada kemungkinan sebab itulah Izzah gairah bercakap begitu dalam ketika jawab soalan hadirin.
Biasalah bila berada dalam satu majlis dalam gereja, dengan audien rata-rata kristian, boleh mendorong seseorang itu tunjuk dia liberal dan tidak sedar implikasi apa yang dikatanya. Baca lagi...
Anwar's plural agenda and his liberal understanding is no longer a secret. Even though he seems to deny about it, but every single one of his speeches, statements and actions only reflects his stand on this matter. Anwar love freedom in lifestyle which seems to go along well with liberalization, as well as the Zionists. To confuse rakyat, making it seems that their fight is true and sacred, these liberalists then refer to their agenda as defending 'human rights'. To fulfil their objective to live free and open, they work hard to ensure that mankind would accept that the 'wrong is right' and the 'right is wrong'. Few of them include the practice of homosexual, lesbian and transsexual. The same thing goes to free sex. All of these bad practices have been proven to be negative lifestyle as it inflicts negative effects towards family structure as well as the society, but these groups would fight to ensure that it would be the right thing to do, or natural, for mankind, so that those group would not be judged by anyone. To ensure that they manage to force everyone to accept the idea, so they should shake religious belief around the world especially Islam. Even though every religion sees such practices as something that is bad, only Islam really fight against it. Thus, it has been proven that Islamic belief is far more stronger to be compared to other religion, making it as the biggest enemy among liberalists. That is why Islam has always been their main target. And for that, agents, puppets, media NGOs or any other organizations are used to promote this idea. Anwar, as one of them, is appointed as their 'slave' and will be named as future puppet leader for Malaysia. This means that Anwar will be responsible in making sure that their agenda will be imposed in Malaysia and perhaps the region as well. Anwar's liberal understanding is then followed by Nurul Izzah, his daughter, which is no longer a secret. This explains why PKR leaders has always been supporting murtad fighters such as Ambiga Sreevenasen in IFC issue as well as trying to cover up the issue of murtad in Selangor. The group and leaders which fight for LGBT around the world even openly support Anwar in his sodomy case. Such support is consistent with Anwar's statement which mentioned that the current homosexual law is stale. Based on this fact, we do not have to be surprised with Nurul Izzah's statement which says that it is irrelevant to stop Muslims who chooses to convert to other religion. This open statement was then criticized by a few including PAS activists. But, statement given by PAS is not enough to deny Nurul Izzah's thought on the matter. As a party which uses Islam as part of its name, and Ulama as their leadership symbol, their objection towards Nurul Izzah's statement seemed to be political and that it would not bring any effect. This is because, Nurul Izzah is not the leader of any NGOs which has anything to do with PAS. But she is not just any other woman who's statement would not provide a great impact to anyone. But, Nurul Izzah is a leader in PAS's alliance. What's more is that she is the daughter to the future Prime Minister which was agreed by PAS. This means, Nurul Izzah's statement does not just have its own influence, it is also part of her father's statement, PR's future Prime Minister if they are to rule this country. So, certainly, the statement would be implemented as PR rule. This is a sure thing, with great support for DAP, a party which is really fighting to establish a secular country, no one need any explanation on how well Anwar's liberal understanding ans DAP's Secular country agenda goes along. Thus, if PAS still want to 'criticize' Nurul Izzah's statement, but do nothing about it to defend Islam, then it is not wrong for us to say that PAS is also fighting alongside Zionists to weaken Islamic belief in Malaysia as well as spreading pluralism. The fact is, PAS only has two choices, whether they still be friends with these bad goons or they should leave the coalition. No other way.
So Nurul Izzah Anwar has shown her flip-flop character way before she is even being made a Cabinet Minister if her father's plan goes through after the 13th general election, that is if Pakatan Rakyat is to win. This time, she put her feet right in an issue where even her father's moral, let alone hers, are being questioned and debated by members of her own party which her father was appointed – not elected – as the de facto leader. Nurul had stressed that Malaysians should not be forced to practice a certain religion and this included the Malays, which she later denied, despite her statement being carried by the party's mouthpiece Malaysiakini and another portal 1Malsysia Christians. If what she had said was twisted and spinned by the official media as she claimed, then how come the two portals wrote the same thing as the official media? Going by this, the public, particularly the Malays begin to ask whether Nurul Izzah said it or not but with the explanation by Shah Alam PAS MP Khalid Samad, it was confirmed that Nurul Izzah said it but taken in different context, according to Khalid. This means Nurul Izzah did say it and did mean it as what has been interpreted by the majority, but Khalid came to the rescue, twisting probably the meaning of what Nurul Izzah said to make her look good. Lets say Malays take her statement as explained by Khalid, still the question is - who are we to question whether we are faithful Muslims even since we have been Muslims by birth and not choice? What Nurul Izzah tries to propagate that can win influence politically, one wonders whether she has taken after her father's skill, say the right thing with the right audience. Here, in a forum entitled Islamic Nation: Which Version? Who is responsible?, Nurul Izzah played to the gallery, trying to fish votes, the ones her party – PKR – and other partners PAS and DAP are losing at a fast rate. The fact is the opposition has no more issues to play up to gain back their lost influence and as such, they pick on liberalism which can strengthen the influence on non-Malays. The fact is the Malays who supported them last time are running back to Barisan Nasional (BN) as they see and experience the lies and cheats Pakatan Rakyat (PR) has shown since they take over several states after 2008 general election. The Malay voters have had enough of the sweet talk and empty promises and they are now wiser and smarter which leaves the Chinese and Indian voters to PR. In this aspect, Nurul Izzah has no choice but to reflect her liberalism to attract and further convince the non-Malays. In short, she is willing to sell what she has just to win the non-Malay votes and this is very dangerous as far as her faith in Islam is concern.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat yang telah diadakan di Taman Seremban Jaya,Senawang,Negeri Sembilan,Hanya 5 Ribu Orang Yang Hadir Berbanding Sasaran Awal 50 Ribu Orang.Antara tokoh yang hadir ialah Ketua Umum KEADILAN,Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS,Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu Datuk Seri Hadi Awang dan Penasihat DAP,Lim Kit Siang.Himpunan Ini telah diadakan pada 3 November 2012.
Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali berkata,Naib Presiden PKR Yang Juga Ahli Palimen Lembah Pantai,Nurul Izzah sepatutnya memahami Islam secara mendalam sebelum membuat sebarang kenyataan kerana bimbang boleh menggugat akidah.Nurul Izzah di dakwa gagal memahami undang-undang syariah Islam apabila menyentuh isu hak kebebasan memilih agama.Beliau menambah,kenyataan tersebut cenderung untuk meraih keuntungan politik dan menggesa Majlis Fatwa mengambil tindakan tegas terhadap isu ini.Nurul Izzah dalam forum "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" Sabtu lalu dilapor berkata tiada seorang pun boleh dipaksa untuk menerima ajaran agama tertentu dan perkara itu juga terpakai untuk orang Melayu.
Ahli Parlimen Lembah Pantai,Nurul Izzah yang ditemui wartawan di Parlimen mengulas mengenai isu ditimbulkan mengenai beliau yang didakwa membuat kenyataan mengenai hak kebebasan memilih agama yang tidak terhad kepada orang bukan Islam sebaliknya hak itu juga diberikan kepada orang melayu yang beragama Islam.Beliau yang juga memegang jawatan Naib Presiden PKR enggan mengulas kenyataan itu sebaliknya beliau meminta merujuk kenyataan yang ditulis di laman blog diatas sebab beliau sendiri telah dinasihati oleh peguam untuk tidak membuat sebarang kenyataan.
Banjir di Johor, Selangor, Perak dan Melaka semakin buruk, jumlah mangsa dipindahkan meningkat dari 1,908 kepada 2,968 sehingga jam 5 petang tadi. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pakatan Pembangkang nampaknya belum mahu beralah apabila masih aktif memainkan propaganda angka dan nombor sambil mendakwa kekuatan yang mereka miliki amat menggerunkan pemimpin BN.
Dalam perkembangan terbaru, Sabtu lepas para pemimpin PR telah mengerahkan para penyokong dan jentera-jentera pilihanrayanya berhimpun di Seremban, Negeri Sembilan dalam usaha mereka menonjolkan kekuatan jentera mereka untuk menggertak BN Negeri Sembilan.
Seperti biasa ahli dan penyokong PAS dari seluruh negera terutama dari Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Perak serta beberapa negeri lain di kerah menghadirkan diri.
PKR dan DAP juga turut sama mengeluarkan arahan kepada ahli mereka, bagaimanapun hanya terhad kepada mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan sahaja.
Mengikut beberapa portal dan blog pro pembangkang lebihkurang 30,000 hadirin telah memenuhi majlis tersebut terutama semasa program pada malamnya, ramai yang berpayung dan ramai juga yang kesejukan ditimpa hujan.
Dengan tema Himpunan Kebangkitan Rakyat, pada awalnya PR menjangkakan 50,000 orang akan memenuhi setiap ruang padang yang seluas lebih kurang sebesar sebuah padang bola sepak di Taman Seremban Jaya itu.
Itu jangkaan mereka beberapa hari sebelum program berlangsung. Namun kehadiran yang diumumkan oleh kebanyakan portal dan blog pembangkang ialah 30,000 orang.
Kebiasaannya jika angka jangkaan gagal ditepati maka ia dikatakan gagal atau kurang berjaya, tak begitu?
Ramai penyokong PR yang sedar angka sasaran gagal digapai, namun ego sendiri dan malu alah sendiri terpaksa disembunyikan maklumlah setakat ini rekod kehadiran lebih 100k orang di Stadium Bukit Jalil dalam majlis anjuran UMNO belum lagi mampu di atasi.
Hakikatnya, sama ada 30,000 orang atau 50,000 orang kehadiran di atas padang becak pada malam itu sebenarnya melampau lojik akal. Satu meter persegi tidak mungkin mampu menampung 10 orang manusia yang berdiri sambil berpayung, tak gitu?
Padang yang sebesar lebih kurang sebuah padang bolasepak itu, hakikatnya cuma mampu menampung sekitar 10,000 orang sahaja atau dalam keadaan terlalu padat mungkin angka akan mencecah 13,000 hingga 15,000 orang.
Bila diambil kira ruang yang digunakan untuk pentas dan gerai-gerai orang berniaga, maka ruang kosong untuk hadirin di tengah-tengahnya akan makin mengecil.
Angka paling tepatpun hanya sekitar 7,000 hingga 8,000 orang sahaja yang hadir pada malam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban Sabtu lepas.
Kalau nak bagi besarkan sikit angka, maka kita kira sekalilah jiran-jiran tetangga yang mendengar dari rumah-rumah dan kedai berdekatan, maka angka itu kita genapkan jadi 10,000 orang sahaja.
Tapi biasalah, sudah tabie semulajadi PR untuk memperbesarkan angka dan nombor, nawaitu yang penting bagi mereka ialah untuk menunjukkan mereka tetap kuat sekalipun terpaksa mengangkut penyokong.
Soal terpaksa berhabis duit untuk menampung perbelanjaan menyewa hotel bujet dan wang pengangkutan tidak pernah menjadi persoalan, tapi ia akan menjadi isu besar kiranya BN yang melakukannya. Dwi standard itu biasalah.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu ketika mengulas program anjuran PR di Seremban itu gah menyatakan 'kejayaan' majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat tersebut bakal membolehkan PR menguasai Negeri Sembilan.
Dengan yakin Mat Sabu mengumumkan bahawa semasa PRU 13 kelak menjelang jam 7 malam hari mengundi kelak akan diketahui bahawa Wisma Negeri sudah ditawan oleh PR.
Over confident betul. Mat Sabu lupa, dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan negeri hanya pengundi anak negeri berkenaan sahaja yang layak membuat keputusan.
Penyokong DAP, PKR dan PAS yang diangkut dari Kelantan, Perak, Terengganu misalnya hanya sekadar dapat meramaikan majlis tapi tidak layak untuk mengambil bahagian menentukan kerajaan negeri lain, kecualilah kalau PR sebenarnya telah secara terancang memindahkan para pengundinya ke kawasan-kawasan atau negeri lain.
Atau sebenarnya, keyakinan Mat Sabu itu disebabkan sudah ramai pengundi PR dipindahkan ke kawasan-kawasan BN, sebagaimana pernah dilakukan oleh PAS Kedah, PAS Kelantan dan PKR Selangor yang aktif memindah pengundinya ke DUN dan Parlimen milik BN?
Apapun, tak salah untuk Mat Sabu terus berangan, namun percayalah tak selamanya majoriti rakyat akan lena diulit mimpi dan harapan palsu dari PR kerana bila tiba masa mengundi nanti, sebahagian besarnya tetap akan mendahulukan kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi propaganda pemimpin PR. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Lim Guan Eng may be in for trouble with his 'dictatorial' manner in passing the Anti-Hopping Bill in the recently concluded state assembly sitting.
He bull-dozed the bill regardless of the advise from the party's strongman Karpal Singh that the bill went against the Federal Constitution, making it not relevant even if passed.
He 'angered' Lydia Ong for stopping her from being at her father's side seconds or minutes before the latter passed away in hospital and blaming Pulau Tikus assemblyman Koay Teng Hai for being away in the United States when the bill needed two-thirds majority vote to be passed.
He also 'angered' PKR and PAS assemblymen by not trusting them in the voting process although he has the sufficient number of votes to pass the bill without having to stop Lydia Ong from being ay her late father's side and forgetting the Pulau Tikus assemblyman absence.
Guan Eng, who distrusts anybody and everybody, had not cared about all sensitivities and devoid of human emotions, had projected his worse and ugly character in this episode.
In the present highly volatile political atmosphere, the Penang Chief Minister who is dubbed as the Tokong, has actually touched on the most sensitive nerves of human character – TRUST.
The distrust with PKR has existed some time ago when Penang PKR chief Mansor Othman termed him as arrogant and corky, which secret meeting was leaked in April.
With PAS, it is not so much of the distrust at state level as PAS does not compete with DAP on seats since PAS contests on only Malay majority seats but the distrust is on principles – Islamic fundamentalism and secularism.
The verbal war on the issue has toned down but the distrust lingers on as leaders of both parties try to maneuver each other and to project to their supporters the 'good and cordial' relationship both parties enjoy now. The circumstances Guan Eng is in right now is not good as the distrust works both ways – PKR and PAS members who are Malays – seem to be reciprocating the way.
And since the Lydia Ong incident, some of the Chinese voters are having doubts on Guan Eng's 'human character', questioning whether this man has any 'human emotions in him' or he is just like Anwar Ibrahim, the man who does not care for anybody so long as he achieves what he wanted.
Given the political scenario in Penang where Guan Eng had a strong confidence of retaining his power, the recently developed episode has put a dent to his confidence as the basic principle of human character in him is being questioned.
While the Malays in PKR and PAS have one way or another made up their minds on who Guan Eng truly is, the Chinese who have all the while adore him are now having doubts.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Angin tak ada, ribut tak ada, sepantas kilat Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil ke depan untuk memperlekehkan penjelasan dari Presiden MCA Chua Soi Lek berkenaan kritikannya terhadap hudud PAS.
Biasanya jika melibatkan maruah dan kesucian Islam, amat jarang sekali untuk Nik Aziz segera tampil ke depan mengulas panjang. Tengok sajalah dalam isu Ngeh Koo Ham dari DAP itu hari, jenuh menunggu komen balas dari Nik Aziz.
Malah dalam isu pencegahan murtad oleh JAIS ke atas sebuah gereja di Selangor akhir tahun lalu juga, sukar sekali untuk membaca komentar dari Nik Aziz yang bersifat membela Islam, sebaliknya sebahagian besar kenyataan yang keluar dari mulut para pemimpin PAS ialah mencerca tindakan kuatkuasa oleh JAIS itu.
Tapi kali ini, tak semena-mena Nik Aziz segera menonjolkan dirinya untuk mengulas dan menghentam penjelasan oleh Soi Lek.
Malah dengan bangganya Menteri Besar Kelantan itu mendakwa Soi Lek sudah tertekan apabila memberi penjelasan terbuka selepas timbulnya daripada pemimpin dan penyokong PAS terhadap komentarnya sebelum ini.
Menariknya, baru sahaja sekitar seminggu dua lepas khalayak umum didedahkan dengan kenyataan semberono dari Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 yang memberi lampu hijau untuk DAP menghina Islam atas alasan para pemimpin DAP bukannya beragama Islam.
Manakala para pemimpin PAS yang lain termasuk Presidennya, Hadi Awang pada 12 Ogos 2012 pula mengakui DAP berhak menolak dan mempersoalkan hudud, juga dengan beralasan bahawa pemimpin DAP tidak beragama Islam.
Tiba-tiba sekarang, Nik Aziz bertegas menganggap Soi Lek tertekan kerana telah menghina Islam. Betulkah Soi Lek yang tertekan atau sebenarnya Nik Aziz yang sedang menghadapi tekanan?
Dalam penjelasannya yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu Soi Lek menegaskan kritikannya hanya terhad pada kesan hudud PAS terhadap ekonomi, sama sekali tidak bermaksud mempertikaikan ajaran Islam.
Mengikut fahaman Nik Aziz, barangkali Soi Lek hanya perlu menutup mulut sendiri membiarkan saja kritikannya terhadap hudud PAS dimanipulasi kononnya menghina Islam barulah dikatakan beliau tidak tertekan.
Presiden MCA itu pula tentunya tidak akan berdiam diri apabila melihat komennya telah disalah tafsir oleh PAS dan PR hanya semata-mata untuk memenuhi agenda politik kepartian PAS dalam usahanya membela sikap keras DAP terhadap orang Melayu Islam dan agama Islam itu sendiri.
Nik Aziz sebenarnya terasa agak terpukul apabila Soi Lek secara terbuka mengakui kritikannya hanya ditujukan pada hudud PAS, itu salah satu puncanya yang menyebabkan tiba-tiba laju ja Nik Aziz mengomel balas.
Lebih-lebih lagi apabila Soi Lek turut mengimbas kembali janji PAS melalui manifesto pilihanraya 1986 yang menyatakan bahawa perlaksanaan hudud akan turut meliputi orang bukan Islam, dan jelas berbeza dengan hudud PAS versi 1993.
Kelu lidah Nik Aziz untuk mencari jawapan konkrit kenapa adanya perbezaan antara hudud dalam manisfesto 1986 dengan hudud PAS versi 1993. Tak terjawab beb. Sahlah, yang sebetul-betulnya tertekan dalam isu hudud PAS ini ialah Nik Aziz itu sendiri. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal meminta agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhenti bermain politik dan menipu rakyat dalam isu rumah kos rendah, sebaliknya mengakui bahawa sememangnya kerajaan negeri yang ditadbir oleh PKR tidak prihatin terhadap nasib rakyat miskin dan sederhana di negeri tersebut.
Jelasnya, isu rumah kos rendah yang dibangkitkan oleh Presiden MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang baru-baru ini mendedahkan hanya 287 buah rumah kos rendah yang baru siap dibina berbanding 23, 637 buah seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri, sudah cukup untuk membuktikan kerajaan Selangor langsung tidak ambil pusing terhadap nasib rakyat di negeri ini.
"Kerajaan Selangor hari ini lebih tertumpu untuk menjual aset-aset kerajaan, membiayai hutang-hutang syarikat korporat berbanding untuk memikirkan nasib rakyat. Sepanjang empat tahun pemerintahan mereka, takkanlah hanya 287 unit saja yang mampu mereka bina? Sedangkan rakyat yang mendaftar untuk rumah kos rendah ini lebih daripada 2,000 orang.
"Kami Pemuda UMNO Selangor sejak setahun yang lalu telah membangkitkan perkara ini, namun tidak ada sebarang respon daripada kerajaan negeri. Saya sendiri tidak pernah dengar atau terbaca pengumuman dari kerajaan negeri, atau majlis pecah tanah dari kerajaan negeri untuk bina rumah-rumah kos rendah ini," tegas beliau.
Beliau turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Selangor yang lebih mendahulukan agenda-agenda lain sepanjang tempoh PKR memegang kuasa daripada mendahulukan kehendak rakyat di negeri ini.
"Apa yang saya lihat, Tan Sri Khalid terlalu banyak mendahului kepentingan politik parti sehingga segala-galanya menjadi sukar. Bahkan, perkara-perkara yang mendahului kepentingan rakyat juga tidak dapat didahulukan kerana terlalu lebih berpolitik. Hari ini, beliau memperkudakan exco-exconya untuk menjawab isu rumah kos rendah ini untuk menutupi kelemahan kerajaan pimpinannya.
"Bagi saya, jika benar kerajaan negeri yang ditadbir oleh PKR ini benar-benar berjuang untuk rakyat, sepatutnya mereka dahulukan pembinaan rumah kos rendah ini untuk rakyat miskin di negeri ini dan bukannya mendahulukan perkara-perkara lain yang ada kepentingan untuk survival politik mereka," ujarnya.
Bagaimaana pun menurut beliau sudah menjangkakan bahawa kerajaan negeri akan mengumumkan sesuatu berkenaan isu rumah kos rendah ini apabila PRU sudah hampir menjelang tiba tidak lama lagi.
"Ini semua bagi saya satu kenyataan politik untuk memancing undi rakyat. Kononnya, kini kerajaan negeri sedang bergerak ke arah itu untuk menyelesaikan segala janji-janji mereka untuk membina rumah kos rendah tersebut. Padahal, mereka boleh dahulukan pembinaan rumah kos rendah ini sejak dari awal mereka memegang pentadbiran negeri, namun tidak pun mereka lakukan," jelasnya.
Beliau menyeru agar rakyat Selangor supaya tidak terus tertipu dengan helah dan muslihat politik kerajaan PKR yang cuba membodoh dan memperbudak-budakkan rakyat di negeri ini.
"Ketika BN memerintah dulu, kita akan kenakan syarat kepada setiap pemaju perumahan untuk bina beberapa lot rumah kos rendah di dalam setiap projek perumahan mereka itu. Itu adalah syarat yang diberikan oleh kerajaan BN kerana kami mahukan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Selangor, mampu untuk memiliki rumah yang selesa untuk tempat tinggal mereka.
"Namun, saya tak pasti, apakah prosedur kerajaan Selangor hari ini dalam perkara ini," katanya lagi.
PAS bersekongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAM. Kesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahfuz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS.
Nik Aziz sanggup menangis semasa doanya dihadapan ribuan penyokong di stadium pada Pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.
PAS sedang berarak ke arah Sekular dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar. Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya iklas untuk perkembangan Islam.
Nik Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS bersekongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar.
PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila bekas ahli PKR iaitu YB Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR dan sikap PKR ini telah di serlahkan oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 2008.
Antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.
Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS! Di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS. PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam.
Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya.
Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS terus bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam.
Bayangkan Tian hua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk.
DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.
Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa.
Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.
Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini.
Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR ( bagi yang sedar percaturan politik DAP ) pada pilihanraya ke-12 kononya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran.
Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyanggah perkara yang sedang dilakukan DAP ini? Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam?
KENYATAAN MEDIA YB DATO' DR HASAN MOHD ALI PRESIDEN JATI, MALAYSIA
Saya tersentak membaca laporan dalamana YB Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR membuat kenyataan bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu. Nurul Izzah membuat kenyataan itu ketika menjadi ahli panel forum "Islamic State: Which Version; Who's Responsibility? Anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang. Pandangan ini kononnya merujuk kepada peruntukan di dalam Al-Quran tidak ada paksaan dalam agama (Islam).
Mungkin kenyataan yang keluar dari mulut Nurul Izzah secara amnya kepada sesetengah pihak tidak dianggap serius. Tetapi jika ditinjau dari sudut aqidah, syariah dan akhlak yang menjadi asas kehebatan Islam sudah tentu kenyataan sedemikian bertentangan sama sekali dengan apa yang diajarkan kepada kita selama ini.
Kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu harus menerima hakikat yang mereka bebas memilih mana-mana agama selain daripada Islam mempunyai implikasi yang sangat besar kepada generasi kini dan generasi yang akan datang.
JATI, Yayasan Murni Aqidah bersama dengan NGO-NGO yang perihatin terhadap permasalahan aqidah sentiasa berusaha menangani masalah kecelaruan aqidah termasuk gerakan Kristianisasi yang begitu licik memesongkan aqidah Umat Islam.
Sekiranya pandangan Nurul Izzah menjadi kenyataan, ruang yang cuba ditutup bukan sahaja terbuka luas malah menjadikan gerakan memesongkan aqidah bertambah kuat dan garang. Mereka mempunyai seluruh jentera dan keupayaan. Kenyataan Nurul Izzah memberi laluan dan tiket percuma kepada mereka menyesatkan Umat Islam.
Seperti yang diketahui, keupayaan kita membendung gejala memesongkan aqidah mempunyai kelemahan dan batas-batasnya yang tersendiri. Bukan sahaja kita tidak mempunyai kuantiti dan kualiti tenaga pendakwah tetapi kita berdepan dengan orang-orang yang mempunyai pemikiran dan pengaruh seperti Nurul Izzah dan konco-konconya. Kehadiran orang-orang seperti ini dalam masyarakat kita pastinya menambahsulitkan lagi gerakerja memurnikan aqidah yang sememangnya penuh dengan liku-liku itu.
Inilah diantara gejala buruk yang ditakuti akan berlaku, dan pada kenyataannya telah, sedang dan akan berlaku. Ini juga bermakna virus pluralisme agama dan fahaman Islam liberal sudah merebak luas. Kenyataan Nurul Izzah menjadi petanda bahawa gerakan ini sudah secara terang-terangan beroperasi secara aktif dalam masyarakat Melayu Islam di negara ini.
Nurul Izzah juga mengulas persoalan LGBT. Beliau dikatakan menerima LGBT. Beliau juga menyarankan supaya kita menghormati mereka yang terlibat dengan LGBT dan menyatakan tidak menjadi satu kesalahan bagi mereka yang melakukannya dalam keadaan tersembunyi.
Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Nurul Izzah kelihatan saling tak tumpah seperti apa yang pernah disebut oleh ayahanda beliau Anwar Ibrahim. Dalam banyak hal aliran pemikiran dan fahaman beliau mengenai LGBT selari seperti arca di cermin dengan hujah yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim.
Jelas kelihatan mereka tidak bersembunyi lagi menyuarakan pandangan yang jauh terpesong dari sudut mana sekalipun secara terbuka dikhalayak ramai tanpa ada "reservation" mengenai isu ini. Inilah bahana fahaman liberalisme barat. Inilah juga bahana fahaman yang dibawa oleh mereka yang berpengaruh seperti DSAI.
Sekiranya DSAI boleh mempengaruhi dan merosakkan minda anak kandungnya sendiri, beliau juga mampu dan berkeupayaan memesongkan minda rakyat jika beliau diizinkan untuk memegang tampuk pemerintahan negara ini. Gerakan ini menjadi bertambah mudah apabila PAS yang sepatutnya menjuarai isu aqidah, syariah dan moral kelihatan begitu terpesona dan terpaku dengan kelicikan DSAI. Ini menyebabkan rakyat Malaysia khasnya Melayu-Islam akan terjerumus dalam kancah aqidah, syariah dan akhlak yang begitu mengerikan.
Saya ingin mengingatkan pimpinan gereja supaya tidak mengambil kesempatan dengan hampirnya PRU ke 13 dalamana mereka kelihatan begitu bertenaga untuk menganjurkan acara-acara yang menyentuh perkara-perkara dasar melibatkan masyarakat Islam terutamanya. Dikhuatiri gerakan terancang ini akan menyebabkan masyarakat Islam semakin berpecah belah. Perpecahan sedemikian sudah tentu menguntungkan mereka yang gemar menangguk di air yang keruh.
Kita ingin melihat pimpinan tertinggi PAS terutamanya golongan parasit tampil menyatakan pendirian mereka berhubung dengan kenyataan Nurul Izzah itu. Apakah mereka akan terus membisu dan rela membiarkan gejala kekusutan aqidah terus menular? Apakah mereka memilih untuk terus menikus melihat fahaman pluralisme agama dan Islam liberal terus melonjak tanpa sekatan? Apakah golongan parasit ini sudah menjadi beku, kaku dan terus terselimut mempertahankan prinsip hak asasi manusia yang mereka sama-sama perjuangkan?
Pejabat Operasi Jati 153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 5 November 2012
Suara Politik Belantan
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
AIDCNews – 05/11/12 – Prof. Madya. Dr. Asyraf Wajdi Hj Dato Dusuki menganggap kecenderungan fahaman pluralisme dan liberalisme agama Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin ketara apabila anaknya, Nurul Izzah turut membawa fahaman yang sama.
"Nampaknya faham Pluralisme dan liberalisme yang dianuti Anwar kini diwarisi anaknya.
"Perlembagaan Negara dibawah Seksyen 160(2) yang mendefinisikan Melayu sebagai orang yang agama Islam perlu dipertahankan.
"Jangan pula ada yang bercakap atas dasar kebebasan hingga Melayu boleh sesuka hati memilih agama mana yang dikehendakinya,"kata Asyraf dalam laman sosialnya semalam.
Ashraf yang juga bekas Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) membuat ulasan di atas berdasarkan ucapan Nurul Izzah yang disiarkan blog 1christians.blogspot.com.au yang memetik sumber portal Mkini bertajuk "Nurul: There should be no compulsion in choosing faith".
Nurul Izzah ketika bercakap dalam satu forum di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November berkata semua penganut agama termasuk Islam sepatutnya diberi kebebasan memilih agama atau murtad mengikut pilihan masing-masing.
Kenyataan Naib Presiden PKR itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Fasal (4) Perkara 11 yang mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama terhadap penganut beragama Islam, malah sebarang permohonan penganut Islam untuk murtad tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 61(3)(b)(x) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri.
Asyraf berpendapat kenyataan terbaru Nurul Izzah itu tidak wajar dan mengesahkan pendirian bapanya yang sebelum ini telah dikenalpasti sebagai pro-murtad.
"Cukuplah Anwar sahaja yang memperjuangkan hak orang Melayu untuk murtad sebagaimana dalam temuramah beliau dengan BBC mengenai Lina Joy satu ketika dahulu,"katanya.
Berikut disiarkan Kenyataan Nurul Izzah dari 1christians.blogspot.com.au :
Saturday, 3 November 2012 Nurul: There should be no compulsion in choosing faith
Nigel Aw 2:46PM Nov 3, 2012
People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays, says Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar.
"When you ask me, there is no compulsion in religion… how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally." she said.
She was speaking at a forum on "Islamic State: Which version; Who's responsibility?" in Subang Jaya this morning.
The Lembah Pantai MP was responding to a question from the floor on whether Malays should have religious freedom like non-Malays.
"Malay" is defined under Section 160(2) of the federal constitution as a person who professes Islam, habitually speaks the Malay language and conforms to Malay customs.
Ultimately, she said, what should be sought is "quality" where Muslims' faith is strong.
"Even me, being schooled in Assunta (secondary school) with a huge cross in the hall and an active singing Catholic society did not influence me," she said.
However, Nurul Izzah stopped short of saying that Malays should be legally granted religious freedom, saying: "I am, of course, tied to the prevailing views."
To a question on the rights of the lesbian, gay, bisexual and transexual (LGBT) community, Nurul Izzah conceded that as Muslims and even for Catholics, there were limitations.
However, she stressed that the principle for Pakatan Rakyat was that the community should not be victimised.
'Muslims' freedom ignored'
Human rights lawyer, Malik Imtiaz, on his part, noted that there had been a "back door attempt" to revise the country into an Islamic state with a single interpretation with Muslims being the biggest victims from this insidious move.
"We talk about how non-Muslims are affected by the so-called dominance but tend to forget that the biggest victims of this discussion are the Muslims because everyone recognises the freedom of non-Muslims but people don't seem to talk about the freedom of Muslims.
"The point is diversity is as important for Muslims as it is for everyone else.
"No one stops (a Catholic) from going to a Catholic or Protestant church but for the state, there is only one version of Islam… if you don't believe this kind of Islam, you are a deviationist," he said.
As such, Malik said what had been creating was a monolithic Islam that was being manipulated for political purpose and turned into tool to either woo or intimidate voters.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993. Ini berikutan dengan janji Parti Islam SeMalaysia untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.
Namun begitu, sehingga sekarang Undang-undang ini belum dikuatkuasakan oleh Negeri Kelantan. Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, telah memberi berbagai-bagai alasan untuk perkara. Antara alasan yang paling besar yang diberikan adalah pihak kerajaan Pusat (UMNO) tidak membenarkannya. Namun Nik Aziz tetap berjanji akan melaksanakan Hukum Hudud tersebut, setelah dikritik oleh Sultan Kelantan pada 19 Mei 1996.
Dari pandangan biasa, memanglah mudah untuk kita menuding jari kepada kerajaan Pusat dan menuduh ianya tidak islamik dan sebagainya. Tapi bila kita kaji semula, kerajaan Pusat di bawah pimpinan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohammad tentulah mempunyai sebab yang kuat untuk menghalang perlaksanaan hukum tersebut.
Berikut adalah petikan ucapan Dr. Mahathir di Nilam Puri, 1994 "Ini tidak bermakna kita menolak hukum hudud. Kita hanya menolak tafsiran dan undang-undang PAS Kelantan yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Penolakan sesuatu yang salah adalah wajib jika kita berpegang kepada ajaran Islam.
UMNO tidak melihat undang-undang ini sebagai UMNO, sebagai sebuah Parti Politik. UMNO mengasingkan parti dan politik dalam perkara ini. UMNO hanya mengkaji daripada sudut agama semata-mata. Siapa juga mesti kaji, terima atau tolak undang-undang PAS daripada sudut agama. Adalah salah melihat undang-undang Islam daripada sudut atau kepentingan Parti. UMNO tidak berbuat demikian.
Yang menolak dan patut menolak undang-undang PAS ialah orang Islam dalam UMNO. Pendirian UMNO sehingga kini ialah kerana orang Islam dalam UMNO belum mendapat bukti kajian yang tepat dilakukan berlandaskan ilmu feqah dan maqasid syariah. la bukanlah satu keputusan yang dibuat oleh UMNO secara sewenang-wenang.
Saya bercakap di sini sebagai seorang orang Islam yang dipertanggungjawab sebagai Presiden UMNO. Saya juga dipertanggung jawatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia. Soal undang-undang PAS bukan soal Dewan Rakyat semata-mata, walaupun Dewan Rakyat mempunyai peranan mengikut Perlembagaan Negara.
Kerajaan perlu mengkaji secara teliti undang-undang PAS Kelantan. Satu badan yang terdiri daripada orang Islam yang pakar dalam agama, hukum hakam dan jenayah perlu ditubuh. Mereka ini hendaklah terdiri daripada orang yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan yang lain selain pegangan kepada agama Islam. Namun mereka perlu kepakaran bukan sahaja dalam agama Islam tetapi juga dalam agama-agama lain dan dalam bidang jenayah dan undang-undang sivil dan jenayah. Seperti biasa mereka perlu mengambilkira keadaan semasa yang mempengaruhi amalan dan pelaksanaan ajaran, ibadat dan hukum dalam Islam.
Kerajaan Malaysia, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap agama dan umat Islam di Malaysia akan mengambil tindakan untuk menubuhkan badan ini. Sementara itu undang-undang PAS tidak boleh diterima atau dilaksanakan oleh sesiapa kerana ia masih bukan undang-undang Islam dan bukan undang-undang negara."
Bila dirujuk di kalangan cerdik pandai agama, sebenarnya memang terdapat beberapa kekurangan yang serius dalam Undang-undang Hukum Hudud tersebut. Di bawah ini saya akan cuba memberikan sedikit kupasan berkenaan kekurangan-kekurangan tersebut, terutama sekali dalam bab zina.
PETIKAN UNDANG-UNDANG HUKUM HUDUD KELANTAN
Berikut ini di nukilkan sebahagian dari Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud):
BAHAGIAN III
Keterangan
39. Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91.
(1) Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen ini, maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 hendaklah dipakai untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini.
(2) Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada kesalahan hudud atau kesalahan qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.
40. Bilangan saksi
(1) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan di bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah sekurang-kurangnya dua orang.
(2) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina hendaklah tidak kurang daripada empat orang.
41. Syarat-syarat menjadi saksi
(1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil.
(2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri).
(3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.
42. Keadaan keterangan
(1) Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud atau qisos, keterangan yang diberi hendaklah benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan.
(2) Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia benar-benar melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempat-empat orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka benar-benar melihat kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh itu dengan juga hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan di antara saksi-saksi di dalam keterangan itu.
43. Menarik balik keterangan
(1) Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap tertuduh itu, bukan sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga ketika hukuman itu dilaksanakan, kerana jika keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman itu dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud, dan jika keterangan itu ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
(2) Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan, atau memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau memberi keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu, yang mana dengan sebab itu bilangan saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukuman hudud; tetapi saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.
44. Iqrar
(1) Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya sendiri.
(2) Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan tanpa apa-apa paksaan di hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai kes zina maka iqrar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan:
Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak ada apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan nyatanya membuktikan secara terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah melakukan kesalahan yang dengannya dia telah dituduh, dan dia faham bahawa dia akan dihukum kerana membuat iqrar.
(3) Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai keterangan terhadap tertuduh yang membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan terhadap orang lain; dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu iqrar yang ditarik balik.
45. Menarik balik iqrar
(1) Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh tertuduh yang membuatnya pada bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang menjalani hukuman. (2) Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman ke atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika dia menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
(3) Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman dilaksanakan, tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia hendaklah dianggap sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang demikian peruntukan subsekseyn (2) hendaklah terpakai.
46. Keterangan qarinah
(1) Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3) keterangan qarinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud.
(2) Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.
(3) Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya yang mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan untuk membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat membuktikan sebaliknya.
47. Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 43 atau kerana tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 atau kerana keterangan saksi yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman ta'zir, dan mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.
(Pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan, halaman 120-125)
KUPASAN SEKSYEN 41 DAN 42
Seksyen 41 dan 42 menerangkan mengenai syarat-syarat menjadi saksi dan keadaan keterangan yang boleh dikira sebagai sah dari saksi-saksi. Di sini, Dr. Mahathir menerangkan lagi:
Untuk mengesahkan bahawa wanita itu benar-benar telah dirogol dan bukan ianya dengan rela hati berzina, empat orang saksi yang terdiri daripada orang yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa kecil berulangkali diperlukan.
Saksi seperti ini sudah tentu sukar didapati. Yang pertamanya, perogol tidak merogol di hadapan saksi. Ia sudah tentu tidak ingin mendedahkan dirinya kepada hukuman yang berat yang akan dikenakan ke atasnya. Jika hukuman tidak berat sekalipun ia tidak akan mendedahkan dirinya.
Saksi yang mulia tidak akan berdiam diri melihat perbuatan merogol berlaku di hadapan mereka. Tentulah mereka tidak bertanggungjawab jika mereka melihat jenayah yang begitu dasyat berlaku di hadapan mereka tanpa memberi pertolongan. Jika mereka tidak cuba menolong maka mereka akan menjadi orang yang bersubahat dengan perogol. Ini bermakna mereka turut berdosa dan tidak layak lagi untuk menjadi saksi yang boleh diterima.
Hanya jika mereka dipaksa menyaksi dan diugut oleh perogol atau rakan-rakannya mungkin saksi terpaksa menyaksi tanpa membuat apa-apa. Keadaan ini tidak mungkin berlaku melainkan dalam peperangan umpamanya, di waktu mana rogol berlaku tanpa apa-apa sekatan seperti di Bosnia, di mana orang Serb yang bukan Islam sering merogol. Tetapi mereka bukan Islam dan mengikut undang-undang PAS mereka tidak akan dikenakan hukum hudud.
Yang jelas ialah mangsa rogol yang membuat pengaduan tidak mungkin mendapat saksi-saksi yang boleh diterima di bawah undang-undang PAS. Dengan itu perogol tidak boleh didakwa di bawah undang-undang PAS.
Undang-undang PAS juga tidak akan menerima 'circumstantial evidence' iaitu tanda-tanda pada mangsa yang membuktikan ia telah dirogol. Undang-undang PAS tidak menerima kesan atau cedera luka di tempat-tempat berkenaan atau tanda-tanda pada perogol yang menunjuk mangsanya telah melawan untuk mempertahankan kehormatannya.
Dengan tidak adanya saksi yang empat yang diterima sah oleh undang-undang PAS dan penolakan 'circumstantial evidence' maka pengaduan dan tuduhan oleh mangsa rogol akan ditolak. Perogol akan terlepas daripada apa-apa hukuman.
Dari pemahaman di atas, apabila Undang-undang ini dilaksanakan, ia akan menindas golongan-golongan tertentu, seperti mangsa rogol. Ini kerana undang-undang ini dengan jelas menetapkan syarat-syarat yang ketat dan amat sedikit untuk mengesahkan perbuatan zina. Tidak ada alternatif, contohnya penerimaan 'circumstantial evidence' seperti yang disebutkan di atas. Mangsa rogol yang sudah tentunya tidak akan dapat membuktikan perbuatan rogol tersebut (berdasarkan keperluan 4 saksi) akan boleh didakwa kerana berzina. Adilkah begitu?
KUPASAN SEKSYEN 46(2)
Seksyen 46(2), mengenai keterangan qarinah, berbunyi seperti berikut: "Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya."
Sekali lagi isu mangsa rogol timbul. Jika mangsa tersebut belum berkahwin, hamil ataupun telah melahirkan anak, jika beliau tidak dapat membuktikan beliau telah dirogol, maka beliau akan dikenakan hukuman hudud, iaitu dalam kes ini, rejam sehingga mati / sebatan 100 kali rotan.
Fikirkanlah, di manakah keadilan di dalam undang-undang Hudud ciptaan PAS ini? Mangsa rogol (wanita) akan teraniaya. Sedangkan Ajaran Islam tidak sekali-kainya begitu.
Allah s.w.t. berfirman, maksudnya "Allah yang menurunkan Kitab suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan"
"(Asy-syura:17)
Satu perkara yang patut ditekankan disini adalah Undang-undang Hudud di atas adalah ciptaan PAS, yang telah diambil bulat-bulat dari sebuah kitab kurun ke13 (maaf tidak dapat dinyatakan nama kitab itu disini) tanpa mengambil kira arus perubahan zaman dan teknologi.
Kerajaan Pusat, (UMNO) sama sekali tidak pernah menolak Hukum Hudud, tetapi hanya menolak Hukum Hudud ciptaan PAS. Terdapat perbezaan yang besar dalam kenyataan di atas. Apa yang diperlukan ialah pemikiran yang rasional dari para pembaca untuk menimbangkan kupasan-kupasan di atas.
Panglima - Mari kita bantah setakat daya kita mampu akan perkara ini demi mengekalkan sejarah Islam dari terus dirobohkan dan hancur menjadi kenangan.
Kubah Hijau Masjid Nabi Akan Tinggal Kenangan
Kubah Hijau Masjid Nabi Akan Tinggal Sejarah
Masjid Nabi Bertukar Menjadi Kota Metropolitan Selepas 4 Tahun
Lapuran dari akhbar The Independent melapurkan rancangan Arab Saudi untuk meruntuhkan salah satu dari tiga masjid tertua didunia, iaitu Masjid Nabawi sebaik saja berakhirnya musim haji bulan ini. Ia dikatakan dapat menampung jemaah seramai 1.6j orang dan melibatkan perbelanjaan berbillion dolar.
Kerja-kerja pembinaan akan bermula sebaik saja musim haji tahun ini berakhir. Ia bakal menjadi bangunan yang dapat menempatkan manusia paling ramai didunia iaitu seramai 1.6j orang jemaah. tetapi kebimbangan telah mula timbul apabila melibatkan kesan-kesan tinggalan terpenting dalam sejarah Islam dirobohkan. Kemarahan telah mula timbul dinegara tersebut apabila kerajaan beraja itu tidak mengendahkan tinggalan sejarah penting didalam projek pembangunan Mekah.
Perobohan kubah hijau masjid Nabawi itu dibimbangi akan menjejaskan makam yang menempatkan Rasulullah s.a.w dan dua sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a. yang betul-betul terletak dibawah kubah tersebut.
Masjid Ghamama bersebelahan Masjid Nabawi
Antara masjid yang bakal dirobohkan juga ialah Masjid Ghamama yang mempunyai nilai yang amat penting dalam sejarah umat Islam. Setakat ini tidak ada perancangan oleh pihak Saudi untuk memelihara masjid tersebut. Mengikut sejarah, masjid ini dinamakan Ghamama ialah kerana di masjid inilah Nabi s.a.w membuat solat Istiskah (mohon hujan). Perkataan Ghamama bermaksud awan dimana akan muncul secara tiba-tiba dan membawa hujan selepat Nabi s.a.w selesai solat tersebut. Banyak lagi peristiwa sejarah di zaman Nabi s.a.w berlaku di masjid tersebut yang sepatutnya dipelihara oleh pemerintah Islam sebagai pengajaran untuk umat Islam dimasa hadapan. Untuk maklumat boleh rujuk disini http://www.islamiclandmarks.com/saudi/madinah/other/masjid_ghamama.html.
Antara pihak yang melahirkan kebimbangan ialah Dr. Irfan al-Alawi dari Islamic Heritage Foundation, beliau menyatakan," Tidak dapat dinafikan Madinah perlu dibangunkan, tetapi cara pihak berkuasa menanganinya adalah amat membimbangkan ". Beliau menyatakan lagi," Terdapat berbagai cara untuk membangunkannya yang boleh mengelak atau memelihara tempat bersejarah dalam Islam tetapi sebaliknya mereka memilih untuk merobohkannya".
Teguran paling keras dibuat oleh Syed Zaid Zaman Hamid seorang penganalisis ketenteraan Pakistan apabila beliau menempelak kerajaan Saud dengan perbuatan syirik apabila berusaha memelihara patung berhala di Madain Saleh tetapi di masa yang sama meruntuhkan masjid-masjid yang dibina oleh para sahabat di sekitar Mekah dan Madinah.
Beliau menggesa supaya umat Islam seluruh dunia mengemukakan bantahan samada bertulis atau sebagainya dimana-mana kedutaannya terhadap tindakan Arab Saudi tersebut. Kata beliau lagi, ini bukan isu mazhab tetapi isu melibatkan sejarah umat Islam, keimanan dan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w dan para tabien yang banyak berjasa terhadap Islam. Apakah sikap umat Islam kalau Yahudi melakukan perobohan terhadap Masjid al-Aqsa, umat Islam akan terus istiharkan perang tetapi apakah kita berdiam diri jika pencapaian umat Islam lebih 1400 tahun dimusnahkan begitu saja tanpa sebarang bantahan?
Papan Iklan Promosi Berhala Madain Saleh terletak diluar Masjid Nabawi. Mereka merasakan sejarah berhala adalah lebih besar berbanding sejarah Masjid Nabi!
Inikah tanda-tanda kerosakan di Madinah yang dimaksudkan didalam hadis yang diberitahu oleh Rasulullah ini?
Berkata Muadz ibn Jabal r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Makmurnya Baitul Maqdis merupakan kerusakan bagi Yatsrib(Madinah), rusaknya Yatsrib(Madinah) sebagai tanda dimulainya al-malhamah, dimulainya al-malhamah merupakan pembebasan bagi Qostantinopel, dan pembebasan Kostantinopel sebagai tanda keluarnya dajjal", lalu Muadz ibn Jabal memukulkan tangannya ke paha atau pundak orang yang sedang diajaknya bicara, sambil berkata: sungguh ini pasti terjadi, sebagaimana pastinya engkau duduk disini.
Panglima : 1. Perkara ketinggian umat terdahulu sememangnya disebut di dalam hadis. Dengan Nabi Adam ra. disebut tinggi 60 hasta. Atau 27 432 meter dengan kadar sekaki bersamaan 45.72 inci. 2. Sebelum ini banyak maqam dihuni Nabi dan Rasul dilihat begitu besar dan panjang. Seperti maqam Nabi Harun a.s dalam gambar ini
Rupanya itulah saiz mereka yang sebenar seperti gambar di bawah. 3. Tidak pelik jika ketinggian manusia yang mencecah tinggi bangunan dua tiga tingkat tingkat atau setinggi pokok kelapa dan saiz binatang dinosaur juga setinggi manusia zaman tersebut. Baca penemuan yang dimaksudkan di bawah ini :
Aktiviti eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemui tengkorak manusia bersaiz raksasa sangat mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut "Penempatan kosong" (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil manusia raksasa itu ditemui oleh Pasukan The Aramco Exploration.
Sebegaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa DIA pernah menciptakan manusia bersaiz besar. Mereka adalah kaum 'Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka bersaiz besar, sangat tinggi dan kuat kerana itu mereka boleh memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya.
Kemudian, setelah Allah memberi kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat penderhaka, mendustakan serta menentang kenabian Nabi Hud AS. Sebagai hukuman, mereka kemudian diseksa oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum 'Ad dari zaman Nabi Hud tersebut.
Demi keselamatan tapak arkeologi tersebut, tentera Arab Saudi telah menjaga kawasan penemuan ini dan tak seorang pun dibenarkan memasuki lokasi kecuali para pegawai eksplorasi Aramco.
Ada sesetengah pihak yang cuba menafikan penemuan ini dengan mengatakan bahawa gambar ini adalah 'super impose'. Ini adalah cubaan penafian dari pihak yang ingin menentang kebenaran sejarah yang sebenarnya. Mereka lebih gemar dan taksub kepada sejarah yang mengatakan manusia hasil dari evolusi monyet dan beruk. Jadi apa pilihan kamu?
Pakatan Pembangkang nampaknya belum mahu beralah apabila masih aktif memainkan propaganda angka dan nombor sambil mendakwa kekuatan yang mereka miliki amat menggerunkan pemimpin BN.
Dalam perkembangan terbaru, Sabtu lepas para pemimpin PR telah mengerahkan para penyokong dan jentera-jentera pilihanrayanya berhimpun di Seremban, Negeri Sembilan dalam usaha mereka menonjolkan kekuatan jentera mereka untuk menggertak BN Negeri Sembilan.
Seperti biasa ahli dan penyokong PAS dari seluruh negera terutama dari Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Perak serta beberapa negeri lain di kerah menghadirkan diri.
PKR dan DAP juga turut sama mengeluarkan arahan kepada ahli mereka, bagaimanapun hanya terhad kepada mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan sahaja.
Mengikut beberapa portal dan blog pro pembangkang lebihkurang 30,000 hadirin telah memenuhi majlis tersebut terutama semasa program pada malamnya, ramai yang berpayung dan ramai juga yang kesejukan ditimpa hujan.
Dengan tema Himpunan Kebangkitan Rakyat, pada awalnya PR menjangkakan 50,000 orang akan memenuhi setiap ruang padang yang seluas lebih kurang sebesar sebuah padang bola sepak di Taman Seremban Jaya itu.
Itu jangkaan mereka beberapa hari sebelum program berlangsung. Namun kehadiran yang diumumkan oleh kebanyakan portal dan blog pembangkang ialah 30,000 orang.
Kebiasaannya jika angka jangkaan gagal ditepati maka ia dikatakan gagal atau kurang berjaya, tak begitu?
Ramai penyokong PR yang sedar angka sasaran gagal digapai, namun ego sendiri dan malu alah sendiri terpaksa disembunyikan maklumlah setakat ini rekod kehadiran lebih 100k orang di Stadium Bukit Jalil dalam majlis anjuran UMNO belum lagi mampu di atasi.
Hakikatnya, sama ada 30,000 orang atau 50,000 orang kehadiran di atas padang becak pada malam itu sebenarnya melampau lojik akal. Satu meter persegi tidak mungkin mampu menampung 10 orang manusia yang berdiri sambil berpayung, tak gitu?
Padang yang sebesar lebih kurang sebuah padang bolasepak itu, hakikatnya cuma mampu menampung sekitar 10,000 orang sahaja atau dalam keadaan terlalu padat mungkin angka akan mencecah 13,000 hingga 15,000 orang.
Bila diambil kira ruang yang digunakan untuk pentas dan gerai-gerai orang berniaga, maka ruang kosong untuk hadirin di tengah-tengahnya akan makin mengecil.
Angka paling tepatpun hanya sekitar 7,000 hingga 8,000 orang sahaja yang hadir pada malam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban Sabtu lepas.
Kalau nak bagi besarkan sikit angka, maka kita kira sekalilah jiran-jiran tetangga yang mendengar dari rumah-rumah dan kedai berdekatan, maka angka itu kita genapkan jadi 10,000 orang sahaja.
Tapi biasalah, sudah tabie semulajadi PR untuk memperbesarkan angka dan nombor, nawaitu yang penting bagi mereka ialah untuk menunjukkan mereka tetap kuat sekalipun terpaksa mengangkut penyokong.
Soal terpaksa berhabis duit untuk menampung perbelanjaan menyewa hotel bujet dan wang pengangkutan tidak pernah menjadi persoalan, tapi ia akan menjadi isu besar kiranya BN yang melakukannya. Dwi standard itu biasalah.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu ketika mengulas program anjuran PR di Seremban itu gah menyatakan 'kejayaan' majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat tersebut bakal membolehkan PR menguasai Negeri Sembilan.
Dengan yakin Mat Sabu mengumumkan bahawa semasa PRU 13 kelak menjelang jam 7 malam hari mengundi kelak akan diketahui bahawa Wisma Negeri sudah ditawan oleh PR.
Over confident betul. Mat Sabu lupa, dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan negeri hanya pengundi anak negeri berkenaan sahaja yang layak membuat keputusan.
Penyokong DAP, PKR dan PAS yang diangkut dari Kelantan, Perak, Terengganu misalnya hanya sekadar dapat meramaikan majlis tapi tidak layak untuk mengambil bahagian menentukan kerajaan negeri lain, kecualilah kalau PR sebenarnya telah secara terancang memindahkan para pengundinya ke kawasan-kawasan atau negeri lain.
Atau sebenarnya, keyakinan Mat Sabu itu disebabkan sudah ramai pengundi PR dipindahkan ke kawasan-kawasan BN, sebagaimana pernah dilakukan oleh PAS Kedah, PAS Kelantan dan PKR Selangor yang aktif memindah pengundinya ke DUN dan Parlimen milik BN?
Apapun, tak salah untuk Mat Sabu terus berangan, namun percayalah tak selamanya majoriti rakyat akan lena diulit mimpi dan harapan palsu dari PR kerana bila tiba masa mengundi nanti, sebahagian besarnya tetap akan mendahulukan kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi propaganda pemimpin PR. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
"Terima kasih pencacai PAS, tanpa ada siapalah Pakatan Rakyat" Mungkin itu yang ingin Anwar sampaikan semasa menyampaikan ucapannya semasa Himpunan Pencacai PAS tempoh hari. Sebelum MyMassa berbicara lebih lanjut, MyMassa mahu para viewers lihat sendiri gambar-gambar yang MyMassa telah kumpulkan sepanjang Himpunan Kebangkitan Rakyat itu berlangsung.
Perkarangan Kawasan Perniagaan Tanpa Lesen: Melayu semua
Pasukan Kompang PAS yang dijemput khas tanpa bayaran
Ahli Pencacai PAS bergambar
Banyak lagi yang diberi pada MyMassa tapi MyMassa mahu tekankan pada gambar-gambar dibawah
Cuba viewers lihat. Kanak-kanak yang ibu-bapanya terlalu taksub menjadi pencacai PAS dieksplotasi serta diperguna untuk mengangkat dan mengagung-agungkan bendera-bendera parti. Adakah anak-anak ini faham akan apa yang disampaikan? Adakah anak-anak ini mahu dibentuk menjadi pencacai PAS yang disogok untuk memenuhi himpunan-himpunan bersih seperti ini? Atau mungkin sekali, ibu-bapa anak-anak ini, mahu mendidik mereka agar menjadi seperti Khalid Ismeth, Adam Adli, serta rakan-rakan seperjuangan mereka yang terbuang dan terpesong dari haluan asal mereka.
Anak kecil yang tidak berdosa
MyMassa tidak salahkan isteri atau anak-anak kecil yang tak berdosa. MyMassa salahkan bapa serta puak pemimpin Pakatan, melaungkan dusta, meracuni pemikiran anak-anak kecil ini dengan tipu, fitnah, serta perkhabaran yang sia-sia. Kesian anak-anak ini, kerana selepas gambar ini diambil, hujan lebat dan ribut petir melanda perkarangan Himpunan Kebangkitan Rakyat tersebut. Sedih rasanya, harapnya, kalau nak berdemo sekalipun tingallah anak kecil yang tidak berdosa ini dirumah.
Antara belasan bangsa India yang ada
Cuba anda cari ada tak bangsa lain di sini?
MyMassa akan buka minda dan pemandangan para viewers sekalian, sesungguhnya Himpunan Kebangkitan Rakyat ini sepatutnya dipanggil, Himpunan Pencacai PAS! Sesungguhnya hampir 80% yang membanjiri kawasan ini merupakan penyokong PAS yang taksub, sanggup datang dari Utara serta Pantai Barat, semata-mata ingin berkumpul dan mendengar fitnah dusta. Dimanakah letak akal dan logik fikiran penyokong PAS sekalian? Sedarkah anda semua, sesungguhnya anda hanya kuda tunggangan PUAK PAKATAN RAKYAT!
Akhir kata mungkin ini amanat yang ingin disampaikan Anwar
"Terima kasih pencacai PAS, tanpa anda saya pasti saya tak mampu nak hapuskan keistimewaan bumiputra, menggalakkan hubungan songsang, dan menjadikan Malaysia negara liberal mebuang Islam sebagai agama rasmi!"
*MyMassa akan bongkar segala perkara yang dijanjikan oleh puak-puak Pakatan Rakyat segala dusta, tipu, fitnah. ITU JANJI MYMASSA!
Nurul Izzah dalam satu sesi soal jawab, forum "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" telah memberikan satu kenyataan yang berbahaya dan sangat mengelirukan kepada penganut beragama Islam. Beliau jelas menyatakan bahawa rakyat Malaysia termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu.
Sebenarnya, pihak mymassa tidak berasa terkejut dengan kenyataan Nurul Izzah itu sendiri. Mymassa merasakan pemikiran dan fahaman sekulerisme yang dibawa oleh Nurul Izzah banyak dipengaruhi oleh bapanya sendiri, Anwar Ibrahim. Jadi tidak hairanlah jika lidah bercabang Anwar Ibrahim diwarisi oleh anaknya itu.
"Rakyat tidak harus dipaksa menganut sesuatu agama dan ini juga harus terpakai kepada orang Melayu"
Jika kita kembali melihat sejarah, Anwar adalah pendokong kuat fahaman sekulerisme di negara kita. Banyak kenyataan dan pendirian Anwar seperti isu penggunaan Kalimah Allah, Isu Al-kitab, isu LGBT dan filem "Innocence of Muslims" adalah bersifat sekular. Bagi pendapat mymassa, kenyataan dan isu-isu seperti ini hanyalah bersifat populis. Begitu juga jika dilihat daripada video forum tersebut, rata-rata audience adalah penganut agama Kristian dan berlangsung di Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang. Hanya dek kerana nak pancing undi pengundi bukan Islam, Nurul Izzah sanggup menggadaikan nama Islam.
Apa yang menghairankan dalam isu seperti ini, yang menjadi persoalan ialah kenapa hanya pemimpin daripada Parti PKR yang sering memberikan dialog/forum mengenai agama Islam kepada penganut bukan Agama Islam. Di mana perginya Parti PAS yang dikatakan membawa perjuangan Islam? yang kununnya telah berjaya mentarbiahkan DAP?. dan apabila isu seperti ini dimainkan oleh rakan sebantal mereka, maka mulalah mengambil pendekatan diam seribu bahasa. Kalaupun ingin mempertahankan, jawapan selamat akan digunakan seperti "itu pendapat peribadi dia" ataupun "xapalah mereka tak tahu islam". Tetapi apabila MCA menimbulkan isu Hudud PAS, barulah mereka dengan sekeras-kerasnya menyerang parti pemerintah. Walhal apa yang dinyatakan oleh MCA tersebut adalah mengenai Hudud PAS, hudud yang dibawa oleh PAS.
Kita sudah melihat banyak contoh. Perkara dan isu sebegini bukan pertama kali dimainkan oleh pihak pembangkang yang terdesak inginkan kuasa. Fahaman seperti yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dan anaknya, Nurul Izzah harus ditolak mentah-mentah oleh rakyat malaysia khususnya penganut Agama Islam. Mahukah kita menjadi seperti negara Indonesia yang mana setiap tahun dianggarkan 2 juta penganut Islam meninggalkan Agama Islam? Renung-renungkan...
Anak siapa la ni harap si bapa Ustaz anak menyanyi siap pakai skirt lagi
MyMassa ingin share pada viewers gambar dan info yang MyMassa dapat dari rakan-rakan perjuangan siber MyMassa. Si perempuan dalam gambar di atas merupakan anak tiri kepada seorang Ustaz PAS yang selalu memberi ceramah, mengutuk-ngutuk kerajaan melalui dendangan lagunya, serta ceramah agama yang disampaikan. Si anaknya pula menyanyi dan berpakaian seksi dalam program Mentor. Apa si Ustaz yang bernama Akhil Hayy, lupa akan tanggungjawabnya sebagai bapa dan guru agama untuk mendidik si anak Deanna Sofea tentang kewajpan untuk menutup aurat serta beradab sopan? Dimana letaknya agama disini?
Firman Allah swt dalam al-Quran pada Surah al-Tahrim ayat 6: " Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah diri-diri kamu dan juga ahli keluarga kamu daripada azab api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu (berhala)".
Sebelum Ustaz Akhil Hay berceramah, sedarlah selamatkan serta sedarkan keluarga anda sendiri, sebelum ente pergi menipu dan melaungkan hal ehwal ke-Islaman terhadap orang lain.
Sebuah pertubuhan Kristian yang berpengaruh di Sabah yang dikenbali sebagai 'The National Fellowship (NECF) Commission on Sabah Affairs' atau COSA membantah satu cadangan enakmen negeri yang mewajibkan masjid dibina di kawasan perumahan baru.
Menurut kumpulan Kristian ini langkah tersebut akan menyebabkan jurang perbezaan yang lebih besar di antara masyarakat Islam dan bukan Islam di negeri itu.
Kalau di Sabah COSA merupakan kumpulan yang memperjuangkan hak penganut Kristian serta menyusun aktiviti penyebaran ajaran agama itu, di Semenanjung pula organisasi yang sama wujud dipanggilNational Evangelical Christian Fellowship Malaysia.
Kedua-dua pertubuhan mempunyai pengerusi yang sama iaitu padri bernama Datuk Jerry Dusing.
Beliau mengatakan cadangan enakmen itu seolah-olah mengambarkan agama Islam sahaja yang wujud di negara ini.
Ini adalah satu pemikiran yang cuba memesongkan fakta sebenar dan mempengaruhi rakyat di negara ini supaya menentang Islam.
Bantahan yang dibuat oleh COSA boleh dianalisa daripada beberapa segi.
Pertama, golongan Kristian yang dianuti kira-kira 28 peratus daripada keseluruhan penduduk Sabah dan 9.1 peratus penduduk Malaysia, kini merasakan mereka sudah cukup kuat dan berpengaruh untuk mencabar kedaulatan dan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
Ini jelas termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menyebut bahawa "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan."
Dengan sokongan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, golongan Kristian di negara ini bukan sahaja di Sabah sudah mula menunjuk taring sejak Pakatan Rakyat memang besar pada Pilihan Raya Umum ke 12 tahun 2008 lalu.
Bermula dengan isu terjemahan kitab Injil ke dalam bahasa Melayu yang dipanggildi Al-Kitab sehinggalah kepada tindakan Anwar mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian, agenda Kristianisasi menjadi semakin rancak dan menular secara lebih aktif.
Tindakan Kristian di Sabah membantah pembinaan masjid-masjid di kawasan perumahan baru adalah satu lagi usaha mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama utama yang diiktiraf di negara ini.
Jadi apa sahaja usaha kerajaan untuk memartabat, memakmur serta meningkatkan syariat Islam di mana-mana negeri di Malaysia termasuk Sabah, sesekali tidak boleh dicabar apatah lagi dipertikaikan kerana ia merupakan hak yang telah termaktub secara hakiki di dalam Perlembagaan.
Perlembagaan tidak menyebut nama mana-mana agama seperti Hindu, Buddha atau Kristian di mana-mana bahagian di dalam perundangan utama negara tetapi satu-satu agama yang disebut dan disahkan sebagai agama negara ialah Islam dan hanya Islam sahaja.
Menurut Perlembagaan agama-agama lain dibenarkan berfungsi dalam keadaan "aman dan damai" di negara ini.
Agama seperti Kristian hanya dibenarkan bergerak sekiranya ia tidak memberi sebarang mudarat atau bahaya kepada Islam.
Jika golongan Kristian yang menganggotai COSA membantah apa-apa sahaja mengenai Islam maka tafsiran peruntukan Perkara 3 (1) akan bertindak balas kerana tindakan itu dilihat tidak lagi mempunyai elemen "aman dan damai" malah boleh dikategorikan sebagai subversif dan melancarkan peperangan terhadap Islam.
Golongan Kristian mendapati agenda memerangi Islam dan seterusnya mengkristiankan bumi Melayu mampu dijayakan di atas platform Pakatan Rakyat yang mempromosi fahaman pluralisme agama dan liberalisme.
Anwar telah dijadikan alat oleh gerakan Kristian antarabangsa untuk memastikan agenda Kristianisasi berjalan secara lancar dan mencapai matlamat.
Kini pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk ustaz-ustaz PKR dan PAS tidak segan silu sering kali memasuki gereja-gereja dan mengambil bahagian dalam upacara-upacara Kristian seperti menyalakan lilin dan sebagainya.
Begitu hebat Kristianisasi telah meresap ke dalam Pakatan Rakyat sehingga agenda Islam dan perjuangan agenda Melayu tidak lagi kedengaran malah terus dibenamkan.
PAS sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan agenda Islam tidak lagi mampu melakukan apa-apa tatkala berdepan dengan usaha Kristianisasi yang hebat.
Ini kerana sekutunya, DAP telah berjaya melumpuhkan perjuangan parti Islam sehingga PAS kini tunduk dan patuh kepada segala kehendak parti rasis Cina itu.
DAP yang kebanyakan pimpinan tertinggi serta ahli-ahli parlimen dan wakil-wakil rakyatnya beragama Kristian, menjadikan Kristianisasi sebagai agenda utamanya jika Pakatan Rakuat berjaya berkuasa di Putrajaya.
Ini adalah satu gambaran yang amat menakutkan kepada orang Melayu mengenangkan nasib yang bakal menimpa Islam jika keadaan ini menjadi realiti.
Anwar sudah tidak peduli samada orang Melayu atau Islam 'survive' di negara ini kerana baginya apa sahaja yang boleh membantunya menjadi Perdana Menteri akan mendapat restu beliau hatta menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.
UMNO adalah benteng terakhir yang perlu dipertahankan dalam apa jua keadaan sebagai pertahanan terhadap agenda jahat Anwar.
Orang Melayu tidak lagi boleh bergantung kepada PAS sebagai pelindung Islam mahupun bangsa Melayu kerana kerakusannya untuk mendapat kuasa menyebabkan ia sanggup bersekongkol dengan kuasa Syaitan.
Anwar sudah mengadap lee kuan yew kelmarin untuk meminta bantuan kerajaan singapura, singapura menghantar berberapa wakil mereka yang terdiri daripada berberapa orang pegawai tinggi dari agensi risikan mereka...
Tujuan anwar ke sana untuk berbincang mengenai hala tuju dan cubaan untuk menghidupkan kembali isu scorpene yang pada 8 oktober lepas di sahkan oleh kerajaan perancis "tiada perbicaraan kes itu disana".
Anwar meminta bantuan media singapura untuk membelasah malaysia tentang isu itu dan cuba memadamkan kenyataan para pegawai kerajaan dan peguam perancis yang memang tiada satu apa pun perbicaraan yang melibatkan negara malaysia dan scorpene di sana.
Jadi anwar nak gunakan kepakaran agensi risikan singapura dan media singapura untuk menghidupkan kembali isu yang langsung tak berasas itu....
StopTheLies-To ensure the Penang Chief Minister's post is secured, he forbids an assemblyman to visit her dying father in hospital Dear Leader is hugely popular in Penang.
He is literally worshiped in Penang, thus the Tokong label. He is the man who can do no wrong. He is their savior but www.souminews.com has this information:
To ensure that the recent anti-hopping bill would be passed in the Penang assembly, Lim Guan Eng forced State Youth and Sports, Women, Family and Community Development Committee chairman Lydia Ong from the DAP to stay back for the voting.
She had wanted to visit her father who was in critical condition and to be by his side to "see him off" and to have the final words with him. But by the time the voting was over, her father had passed away. She did not get to bid farewell to her father.
Lim wanted to ensure that his position as Penang Chief Minister was secured so he desperately wanted the Bill to be passed in the assembly. Lim insisted that Ong should not leave the assembly before the Bill was passed even though Ong had begged Lim to let her go to the hospital. Lim had ordered all Pakatan Rakyat assemblymen not to leave the assembly hall before the Bill was passed because he wanted to ensure that he had enough votes to pass the Bill.
A DAP assemblyman, who is close to Penang DAP chairman Chow Kon Yeow, was informed of Lim's despicable cold hearted attitude and lack of compassion.
The assemblyman was so angry with Lim's ugly, evil dark side even towards his own party comrade. The assemblyman subsequently alerted Souminews about the matter.
Lim has been duly worried of his position as Penang Chief Minister since Teng Chang Yeow took over as Penang Barisan Nasional chief.
To ensure that Pakatan Rakyat people representatives could not hop to other party, Lim desperately wanted to pass the Bill – even if it was unconstitutional!
Lim had to secure the two-thirds majority to pass the Bill, which meant that Pakatan Rakyat needed to get the support from at least 27 assemblymen.
However, Lim was not confident even though Pakatan Rakyat has 29 assemblymen. Lim was worried that assemblymen from PKR might play him out at the last minute. On that day, there were 28 Pakatan Rakyat assemblymen who attended the assembly with the exception of DAP's Koay Teng Hai (Pulau Tikus), who has gone to the United States to observe the presidential election.
Lim had enough numbers to pass the Bill but this paranoid bastard lacked the confidence and banned all the PR ADUNS from leaving the assembly before the Bill was passed. However, when Ong had received the news that her father, who was a Gerakan veteran, was in critical condition, she rushed to the hospital to visit her father at 3pm before Lim proposed the Bill in the assemblyman.
Ong found out that her father was dying so she rushed back to the assembly begging Lim to let her go back to the hospital.
However, a heartless Lim insisted that Ong stay put in the assembly until the Bill was passed. However by the time the Bill was passed, it was too late as Ong's father had passed away. Ong was unable to have any final words with her father. She must have felt great pain and regret for not being with his father as he took his last breath.
Not only that, the cruel bastard ordered his "ma cai" Adam Chew Seng Tung, who is an ex-Kwong Wah Yit Poh reporter, to put the blame on Koay Teng Hai (Pulau Tikus).
Anak anugerah tuhan PKR menggunakan ayat quran sebagai dalil kebebasan beragama. Nak murtad boleh sebab dalam Islam tiada paksaan.Setelah didedahkan oleh Malaysiakini haprak pakatan salahkan pula Utusan.
Nurul Izzah yang mendapat didikan pluralisme dan liberalisme dari Anwar turut menggunakan skill yang diajar oleh Nik Aziz,Hadi dan para pemimpin PAS lain. Masakan tidak apabila isu ini menjadi panas Nurul bertaichi katanya kenyataan beliau tidak ada yang salahnya.
Kenyataan terbaru,Nurul Izzah pertahankan kenyataannya dengan dalil sepotong ayat suci quran maka halal untuk melayu keluar dari Islam jika tidak lagi mempercayai atau menganut agama itu.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mahu orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka, sekali gus membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam.
Izzah melalui kenyataan medianya berkata beliau berkata demikian merujuk kepada sepotong ayat suci Al-Quran yang bermaksud, tiada paksaan dalam agama Islam.
"Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan - 'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)....' - daripada ayat suci Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
Sepotong ayat beb..maksudnya sekerat sekerat...dia tak habiskan ayat tu sebab memang ini skill taichi yang diajar oleh PAS dan Anwar.
bapak borek anak rintik
Nurul tidak merujuk kepada keseluruhan pengertian ayat tersebut iaitu:
"Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui," Surah Al-Baqarah, ayat 256.
Apabila penganut pluralisme dan liberal di hentak,ibarat cubit paha kiri yang kanan pun terasa juga maka Khalid Samad pemimpin Anwarinas PAS mula pertikaikan Melayu sama ada Islam baka atau tidak . Dalilnya menghalalkan kenyataan Nurul Izzah dengan persoalkan kepercayaan bangsa melayu terhadap agama Islam.Akhirnya melayu juga jadi mangsa... apa macam bagus tak spin haprak pakatan...
Angin tak ada, ribut tak ada, sepantas kilat Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil ke depan untuk memperlekehkan penjelasan dari Presiden MCA Chua Soi Lek berkenaan kritikannya terhadap hudud PAS.
Biasanya jika melibatkan maruah dan kesucian Islam, amat jarang sekali untuk Nik Aziz segera tampil ke depan mengulas panjang. Tengok sajalah dalam isu Ngeh Koo Ham dari DAP itu hari, jenuh menunggu komen balas dari Nik Aziz.
Malah dalam isu pencegahan murtad oleh JAIS ke atas sebuah gereja di Selangor akhir tahun lalu juga, sukar sekali untuk membaca komentar dari Nik Aziz yang bersifat membela Islam, sebaliknya sebahagian besar kenyataan yang keluar dari mulut para pemimpin PAS ialah mencerca tindakan kuatkuasa oleh JAIS itu.
Tapi kali ini, tak semena-mena Nik Aziz segera menonjolkan dirinya untuk mengulas dan menghentam penjelasan oleh Soi Lek.
Malah dengan bangganya Menteri Besar Kelantan itu mendakwa Soi Lek sudah tertekan apabila memberi penjelasan terbuka selepas timbulnya daripada pemimpin dan penyokong PAS terhadap komentarnya sebelum ini.
Menariknya, baru sahaja sekitar seminggu dua lepas khalayak umum didedahkan dengan kenyataan semberono dari Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 yang memberi lampu hijau untuk DAP menghina Islam atas alasan para pemimpin DAP bukannya beragama Islam.
Manakala para pemimpin PAS yang lain termasuk Presidennya, Hadi Awang pada 12 Ogos 2012 pula mengakui DAP berhak menolak dan mempersoalkan hudud, juga dengan beralasan bahawa pemimpin DAP tidak beragama Islam.
Tiba-tiba sekarang, Nik Aziz bertegas menganggap Soi Lek tertekan kerana telah menghina Islam. Betulkah Soi Lek yang tertekan atau sebenarnya Nik Aziz yang sedang menghadapi tekanan?
Dalam penjelasannya yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu Soi Lek menegaskan kritikannya hanya terhad pada kesan hudud PAS terhadap ekonomi, sama sekali tidak bermaksud mempertikaikan ajaran Islam.
Mengikut fahaman Nik Aziz, barangkali Soi Lek hanya perlu menutup mulut sendiri membiarkan saja kritikannya terhadap hudud PAS dimanipulasi kononnya menghina Islam barulah dikatakan beliau tidak tertekan.
Presiden MCA itu pula tentunya tidak akan berdiam diri apabila melihat komennya telah disalah tafsir oleh PAS dan PR hanya semata-mata untuk memenuhi agenda politik kepartian PAS dalam usahanya membela sikap keras DAP terhadap orang Melayu Islam dan agama Islam itu sendiri.
Nik Aziz sebenarnya terasa agak terpukul apabila Soi Lek secara terbuka mengakui kritikannya hanya ditujukan pada hudud PAS, itu salah satu puncanya yang menyebabkan tiba-tiba laju ja Nik Aziz mengomel balas.
Lebih-lebih lagi apabila Soi Lek turut mengimbas kembali janji PAS melalui manifesto pilihanraya 1986 yang menyatakan bahawa perlaksanaan hudud akan turut meliputi orang bukan Islam, dan jelas berbeza dengan hudud PAS versi 1993.
Kelu lidah Nik Aziz untuk mencari jawapan konkrit kenapa adanya perbezaan antara hudud dalam manisfesto 1986 dengan hudud PAS versi 1993. Tak terjawab beb. Sahlah, yang sebetul-betulnya tertekan dalam isu hudud PAS ini ialah Nik Aziz itu sendiri.
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Ketika golongan-golongan yang digelar ulama dalam PAS masih lagi membisu berhubung kenyataan Nurul Izzah dua hari lepas, golongan-golongan bagidol telah pun bersuara mempertahankan apa yang dikatakan Nurul Izzah.
Paling melucukan apabila bagidol dari Gombak yang membabi buta menyalahkan Utusan Malaysia. Sedangkan media pertama yang menjadi penyiar berita berkenaan adalah malaysiakini dan UM hanya petik dari malaysiakini sepertimana yang mereka laporkan hari ini.
"Itu (akhbar) Utusan Malaysia..Nurul Izzah tidak menyatakan demikian. Beliau telahpun buat penjelasan yang cukup jelas bahawa sebagai seorang muslim, kita terikat dengan undang-undang syariah, itu jelas- Azmin Ali.
Sumber: Antara Pos
Malaysiakini melaporkan pada 3.November.2012, manakala UM pula baru melaporkan hari ini. Harapkan gaya dan hensem saja yang lebih....tapi otak tersumbat......
Selain dari bagidol dari Gombak, bagidol dari Shah Alam pun tidak lupa mengeluarkan kenyataan mempertahankan Izzah. Biasalah bagi bagidol dari Shah Alam, kes-kes begini dia akan selalu ke depan. Tak payah tulis panjang-panjang pasal dia. Nilai SEKEPING kertas akhbar lama UM lebih MAHAL dari nilai dia.....
Berkokok di tweeter bukan main lagi Umno jahat, Umno rasuah, Umno bla....bla....bla....tapi bila saya tanya Shahrir Samad jahat juga ke ? Shahrir Samad rasuah juga ke ? Terus diam tak berjawab.
Jika kerana sebaris pepatah inggeris yang digunakan oleh Tun Dr M, ulama Pas terus keluar fatwa meminta Tun bertaubat.
Sekarang kita tunggu dan lihat apakah ulama Pas akan keluarkan fatwa terhadap apa yang diungkapkan oleh Nurul Izzah yang selama ini dijulang sebagai wanita muslimah sejati yang penuh keimanan dan ketakwaan kerana dia bertudung ?
Betullah pepatah yang digunakan Tun M, baik syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali.
Selama ini Wan Jijah dan Nurul Izzah dijulang bagai malaikat oleh pencacai-pencacai mereka hanya kerana mereka bertudung.
Hari ini apa jadi ?
Di sebalik tudung mereka tersimpan secebis otak yang membenarkan dan meredhakan kegiatan seks songsang....
Sementara itu Izzah turut mempertikaikan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa di negara ini dalam menangani gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).
Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut.
Menyifatkannya sebagai tidak menghormati privasi seseorang, tindakan tersebut juga katanya tidak membawa sebarang nilai Islam.
"Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini.
"Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima (LGBT). Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang muslim, saya tidak boleh menerima ini. Antara Pos
Kalau selama ini 1Malaysia kena tipu dengan jubah, serban dan janggut pemimpin-pemimpin Pas. Kini 1Malaysia ditipu oleh tudung Izzah.
Kutuk, caci dan maki Rosmah siang dan malam.....pernah anda semua dengar selama ini Rosmah kata saya boleh terima LGBT ?
Pernah kamu dengar Rosmah kata islam harus di sama rata dengan agama lain ?
Sebab itu dalam hidup ini kita jangan terlalu mudah menilai seseorang melalui pakaian yang dipakai. Di Malaysia siapa yang pakai jubah atau ketayap terus dicop alim. Di negara-negara timur tengah orang pergi kelab malam pun pakai jubah.
Sebab itu orang Malaysia mudah kena tipu. Datang seorang lelaki pakai jubah dan serban, bawa pula seorang wanita pakai tudung labuh dan ditangan pegang tasbih ke rumah kita minta air segelas. Kita pun kata orang ini orang alim, kesian dia. Mari ustaz, mari ustazah, mari masuk minum dalam rumah. Kat luar panas. Konon-kononnya nak ambil berkat orang alim. Sedar-sedar pisau dah kat leher kita......
Jadikan peristiwa macam mana gila-gila rakyat Malaysia sokong seorang artis AF dulu.....kononnya artis itu alim, artis itu waruk....rela perhabis duit buat undian. Yang untung artis itu, syarikat telco dan stesen penyiar. Di mana artis itu sekarang ? Adakah sekarang dia sudah menjadi ikon muda-mudi islam daripada lalai dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah ?
Orang alim atau orang beriman sejati tidak akan menunjuk-nunjukkan kealiman mereka. Mereka takut kepada Allah kerana sifat menunjuk-nunjuk atau riak tidak disukai Allah.
Ingat geng.....iman bukan 100 peratus pada pakaian....bukan 100 peratus pada perwatakan.....iman yang benar berada dalam diri.....apa guna pakai tudung tapi merelakan seks songsang, merelakan seks bebas ?
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Anu arr dipentas...tangan kanan pegang mic, tangan kiri masuk kocek pegang...(?)
1. Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama DS Anu arr ke Pahang pada 4hb November satu lagi usaha pembangkang untuk meraih simpati rakyat. Beberapa Parlimen lawati (bukan LIWATI) oleh Anu arr dalam masa sehari lawatannya. Dari Lancang ke Kuala Krau, Indera Mahkota dan paya Besar.
2. Saya tinggal di Batu 11 Taman Mahkota Aman dimana lokasi program diadakan, justeru saya melihat sendiri segala persiapan dan apa yang berlaku dari awal hingga akhir. Apa yang saya lihat event berkenaan tidaklah sehebat seperti yang digambarkan. Kehadiran tidak sampai 2 ribu orang, mungkin sekitar 1,200 - 1,400 orang sahaja. Tapi sudah tentulah pihak media mereka akan menggambarkan sambutan hangat dan limpahan penyertaan untuk mengambarkan bahawa Anu arr masih mendapat sokongan rakyat. Rupanya nombor pun pihak pembangkang menipu bagi mewujudkan persepsi dan mengelirukan fakta.
3. Demikian juga khabarnya dengan beberapa siri seperti itu sebelum ini. Semuanya hanyalah dusta. Kehadiran sebenar tidaklah seberapa namun laporan yang dibuat mereka seolah-olah semua rakyat negara Malaysia ini hadir dan menyokong huru-hara yang ingin mereka lakukan.
4. Saya sentiasa berada berhampiran bas jelajah untuk melihat sendiri apakah akan berlaku sesuatu yang buruk seperti yang selalu digambarkan mereka. Sebelum sempat program dimulakan sekumpulan orang-orang yang disyaki ahli UMNO, jika tidakpun adalah orang upahan UMNO telah menyerbu bas jelajah dan memecahkan cermin hadapan bas. Mereka juga memasuki bas dengan mengkasari pengawal bas berkenaan dan mencederakaannya. Bas tersebut dirosakkan dengan teruk. Namun kali ini Anu arr dan pembangkang sangat baik hati dan tidak melaporkannya kepada pihak polis bahkan tidak juga melaporkannya melalui media mereka. Baiknya hati Anu arr yang sangat pemaaf. (Jangan percaya kerana ini adalah kenyataan dusta saya yang penuh sindirian. Hakikatnya, selalunya mereka sendirilah yang melakukan keburukan dan kemudian menuduh dan menyalahkan UMNO)
5. Hakikatnya, Rakyat Pahang tidak menyokong pembangkang, tiada sokongan lagi kepada Anu arr yang rakyat sudah sedari bahawa moralnya sudah rosak. Wajah Anu arr pada rakyat Pahang adalah seorang peliwat, penzina dan pelanggan pelacur Cina, perasuah dan penyalahguna kuasa, pengamal politik kronism dan nepotism, pendusta pada janji-janji dan bahkan pengadai hak-hak orang Melayu.
IPOH 2 Nov. - Tindakan polis memecah masuk sebuah rumah di Lebuh Rapat Baru, Taman Soon Choon di sini Rabu lalu dengan membawa keluar seorang gadis berusia 24 tahun dilakukan mengikut saluran undang-undang di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan iaitu mengurung secara salah.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Anuar Osman berkata, tindakan itu diambil susulan panggilan telefon yang dibuat oleh See Yen Lin, 24, yang mendakwa dia dikurung oleh keluarganya di dalam rumah selama sebulan.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Kampung Rapat bergegas ke rumah Yen Lin dan terpaksa memecah masuk selepas ibu gadis terbabit enggan membuka pintu."Polis menerima panggilan melalui talian kecemasan 999 daripada seorang gadis yang mendakwa dia dikurung oleh keluarganya di dalam rumah selepas mengaku memeluk agama Islam.
"Sejurus kita sampai di rumah itu, polis meminta secara baik dan berbincang supaya pintu dibuka, namun tidak diendahkan oleh ibu Yen Lin sehingga kita terpaksa memecah masuk rumah tersebut dan membawa gadis itu keluar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Beliau mengulas dakwaan bapa gadis tersebut, See Chok Chai, 53, pada sidang akhbar di rumahnya hari ini yang kesal dengan tindakan polis memecah masuk rumahnya tanpa menunjukkan waran geledah.Dakwa lelaki itu, tindakan polis tersebut keterlaluan dan mencabul haknya sebagai bapa yang mempunyai hak mutlak ke atas anak perempuannya.
Anuar berkata, laporan polis mengenai kejadian itu telah dibuat oleh gadis terbabit di Balai Polis Kampung Rapat pada hari kejadian.Menurutnya, gadis itu kini diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) untuk pengawasan.
"Gadis ini berusia 24 tahun dan bukannya bawah umur. Oleh itu, adalah salah sekiranya mengurung dia walaupun yang mengurung itu adalah ahli keluarganya sendiri."Apa yang kita lakukan adalah mengikut lunas undang-undang malah gadis itu sendiri yang meminta dia dikeluarkan dari rumah keluarganya tanpa wujud sebarang unsur paksaan," ujarnya.
Blog LG;DAP akan hantar berbondong-bondong gerombolan peguam untuk bantu ayah gadis ini saman polis kerana pecah masuk rumah mereka...?? Pimpinan PAS dan pimpinan melayu PKR akan diam walaupun tujuan polis selamatkan seorang muslim yang dikurung kerana memeluk agama islam....??
Its time for wake up call for Umno leaders especially in Selangor...! PRU dah dekat, time untuk check KPI, jangan hanya berangan nak menang rampas Selangor, kerja mesti buat. Mesti mau kerja kuat..! Klik SINI
PAS seringkali menceramahkan tentang kejahatan UMNO serta perlunya UMNO dijatuhkan dari tampuk kuasa. Tiada yang dimusuhi oleh PAS terhadap UMNO melainkan UMNO itu penguasa dan PAS pula hanyalah sebuah parti yang bertindak sebagai pembangkang.
Walaupun PAS cuba menggunakan elemen agama dalam kempen mereka untuk memburuk-burukkan UMNO, secara jelas, terang dan nyata, PAS tidak sahaja tersasar bahkan menderhakai perintah Allah Taala dan ajaran Nabi s.a.w.
Itulah yang ditunjukkan oleh Mujahid Yusof, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar......
Ternyata gelaran yang ada pada dirinya tidak mampu untuknya membuka mata dan mindanya. Walaupun kerapkali mengajar agama dan dipanggil Ustaz, namun Mujahid Yusof amat sukar mengingati sejarah para Sahabat r.a yang telah dihantar oleh Rasulullah s.a.w ke kawasan-kawasan umat Islam untuk terus berdakwah.
Tidak pernah ada dalam sejarah para Sahabat r.a yang telah dijanjikan syurga pergi berdoa dengan kaum paderi atau rabai apatah lagi sami dan pada masa yang sama, menganggap umat Islam yang lain sebagai musuh yang perlu dihapuskan sepertimana yang terkandung dalam kenyataan Mujahid Yusof.....
Setiap kali tiba musim perayaan utama di Malaysia, seakan sudah menjadi budaya moden untuk kita menantikan iklan iklan menarik daripada syarikat besar saban tahun.
Dan, jenama yang sering tidak mengecewakan adalah Petronas dan iklan sempena hari raya Aidilfitri yang lalu memang betul betul menyetuh perasaan kita semua, Masih ingat lagi?
Petronas bersempena dengan perayaan Deepavali melancarkan video iklan melalui Youtube mereka yang di'beri judul Do the Dappan & ketika ini ia'nya masih di'bawah 5,000 tontonan.
Yang menarik perhatian kami adalah maklumbalas mereka yang telah menonton video ini & majoriti yang meninggalkan komen sebenarnya kurang senang dengan konsep iklan kali ini.
"I know we are Malaysian and all but for God sake please do some research on the festive and the culture. Seriously in what way does this represents Indians, seriously?" tulis KJR.
Beberapa orang penonton lain turut menyebut yang Petronas seperti berusaha untuk menjadikan 'Do the Dappan' fenomena sepertimana Gangnam Style yang di'popularkan PSY.
Soalan SAYA, wanita berumur pertengahan 20-an, bekerja dan tinggal bersama keluarga serta masih belum berkahwin.
Sebelum ini saya mempunyai teman lelaki ketika belajar di universiti. Saya namakan dia A. Selepas beberapa lama berkawan, kami terlanjur. Saya rasa bersalah kerana itu kali pertama melakukannya.
Saya terus berkawan dengan A hinggalah saya mendapat tahu dia bertunang. Saya amat marah dan sedih kerana dia menipu saya.
Saya memutuskan perhubungan dengan A dan bertemu beberapa lelaki lain. Mulanya, saya amat menyukai dan ingin serius dengan seorang lelaki.
Saya bersikap jujur dengannya dengan memberitahu bahawa saya pernah terlanjur. Saya ingatkan dia dapat menerima dengan hati terbuka malangnya ada maksud lain.
Dia juga ingin meniduri saya. Sejak itu, saya tidak mahu serius dengan sesiapa kerana menganggap lelaki hanya mengambil kesempatan.
Saya berasa diri amat hina sekali, walaupun solat lima waktu tapi tetap melakukan zina.
Kali terakhir saya mempunyai teman lelaki, dia juga mahu meniduri saya lalu saya nekad memutuskan hubungan. Saya amat sedih.
Sejak dari itu saya berazam untuk berubah dengan menjauhkan diri daripada zina. Mujurlah saya mendapat kerja berhampiran rumah ibu bapa jadi pergerakan saya sedikit terbatas.
Namun, sejak akhir-akhir ini, hati saya teringin berkawan dengan lelaki tapi takut kerana teringat cerita lama. Saya sengaja menduga beberapa kenalan lelaki dengan mengatakan bahawa saya pernah terlanjur. Mereka juga seperti lelaki-lelaki sebelum ini, berniat jahat.
Saya tidak tahu sampai bila ia akan berterusan begini. Saya kasihankan ibu bapa yang sentiasa mendoakan saya diberikan suami yang baik.
Saya tidak tahu bagaimana harus saya luahkan. Saya tidak mahu berzina lagi, sebaliknya ingin berkawan dan bersikap jujur.
Tolong lah saya Dr.
GADIS SEDIH,
Selangor.
Jawapan DR simpati dan dapat memahami jiwa adik. Orang yang kehilangan sesuatu yang amat disayangi (kesucian diri) berkemungkinan berasa rendah diri. Begitu juga individu yang berasa dihina dan tidak dipunyai sering merasa kehilangan harga diri. Keperluan psikologi ialah seseorang itu akan mengalami rasa cinta dan rasa dihargai. Individu yang tidak ada rasa dicintai akan mengalami kegagalan identiti, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa (Glasser 1984). Adik tidak mendapat kedua-dua perasaan tersebut (dicintai dan dihargai). Sebaliknya, bekas kekasih dan teman lelaki hanya memanipulasi adik untuk memenuhi elemen id (keseronokan) mereka saja. Kenyataan seperti 'saya sangat sedih dengan diri saya' dan 'saya berasa diri hina sekali' dalam konteks psikologi boleh memberi kesan kepada kecenderungan untuk merasai malu yang amat mendalam. Individu cenderung untuk memperbesarkan masalahnya atau melihatnya dengan perasaan amat sedih. Inilah yang adik sedang rasa dan alami. Keadaan ini biasanya akan menghasilkan perasaan takut dan bimbang yang bukan-bukan. Pemikiran menjadi tidak rasional dan sifat yang tidak rasional ialah lemah semangat atau tanpa harapan hidup. Apa yang boleh dilakukan dalam konteks permasalahan adik ialah mencabar pemikiran mengenai kepercayaan bahawa semua lelaki yang adik kenali hanya mahu meniduri adik. Adik boleh membina kenyataan diri yang realistik dan rasional.
Usahakan menukar pemikiran tidak rasional (tiada lelaki yang ikhlas berkawan dengan adik) dengan yakin dan percaya bahawa satu hari nanti adik akan bertemu lelaki yang mencintai adik. Lakukan latihan mencabar pemikiran adik ini berulang kali. Ia akan membantu meredakan perasaan. Dr melihat adik mempunyai keinginan sangat tinggi untuk berubah seperti berdoa kepada Allah agar dikurniakan suami yang dapat membimbing adik ke jalan yang diredai dan berazam tidak berzina. Berterusanlah memohon doa. Adik juga kasihankan ibu bapamengetahui mengenai diri adik. Dr doakan apa yang adik inginkan daripada perubahan ini akan berjaya. Allah SWT sentiasa memerintahkan umat-Nya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar." (At-Tahrim: 8) Firman Allah: "Dan bertaubatlah kamu kepada Allah, wahai sekalian orang-orang Mukmin, semoga kamu mendapat kebenaran." (an-Nur, 31)
Minggu ini sahaja, beberapa keping gambar aksi seks seorang pengetua sekolah menengah di China dari wilayah Guangxi yang dikenali sebagai Mo Peng tersebar di internet.
Foto-foto berkenaan memperlihatkan aksi Mo Peng memeluk pelajar perempuan yang juga dalam keadaan bogel hingga menyebabkan masyarakat umum menjadi marah.
Individu yang memuatnaik gambar tersebut menuduh Mo Peng menyalahgunakan kuasanya dengan mengambil kesempatan ke atas 18 orang pelajar perempuan serta menggelapkan wang hampir 4,960,000 RMB (RM 2.4 juta).
Biro aduan pendidikan tempatana telah mengumumkan Mo Peng telah dipecat dari jawatannya dan siasatan sedang dijalankan.
Zubir MY kembali lagi dengan gossip yang akan membuatkan Rozita Che Wan dan mereka yang berkaitan tidak senang duduk. Kali ini dengan bukti nyata, khabarnya.
Menulis tulisan Zubir MY menerusi Berita Harian semalam, ada sumber memaklumkan kepada beliau yang Rozita Che Wan bukan hanya terbang bersama adiknya ke London, UK.
Kehadiran Ayu Raudhah menemani Rozita Che Wan ke London baru baru ini khabarnya hanya sebagai cover line kerana ada seorang bekas menteri yang turut serta dalam percutian itu.
Bekas menteri itu merupakan pemegang kad kredit platinum & pembelian tiket beliau ke London itu di'sertai dengan sekeping tiket percuma — tiket itu di'berikan kepada Rozita Che Wan.
Rozita Che Wan & bekas menteri itu punyai nombor tempahan tiket yang sama, L1YNC selain ada krew penerbangan yang nampak pasangan ini duduk bersama di'dalam pesawat.
Sebelum terbang pun, Rozita Che Wan dan bekas menteri itu di'lihat di suite mewah sebuah lounge di KLIA sekitar jam 9.00 pagi. Penerbangan mereka pada 10.05 pagi tersebut.
"Perkataan flown yang tertera pada jadual penerbangan Rozita Che Wan & bekas menteri membuktikan yang kedua duanya sudah menggunakan tiket mereka. Terpulanglah pada Rozita sama ada dia hendak mengaku atau sebaliknya," ujar sumber Berita Harian itu.
PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) tetapi mendakwa beliau masih mengawal parti itu, lapor beberapa portal berita, hari ini.
Setiausaha parti, Masrum Dayat, dilaporkan mengambil alih jawatan presiden itu dan berkata Zaid telah menyerahkan surat peletakan jawatannya pada Sabtu lalu.
"Bagaimanapun, beliau masih seorang ahli jawatankuasa pusat dan ahli biasa Kita," katanya, sambil menambah bahawa Zaid menyatakan masalah kesihatan sebagai punca peletakan jawatannya, demikian lapor StarOnline.
Dalam laporan itu, Zaid ketika ditanya mengenai peletakan jawatan itu, beliau menjawab menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menyatakan "Ya".
SHAH ALAM: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mahu orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka, sekali gus membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam. Izzah melalui kenyataan medianya berkata beliau berkata demikian merujuk kepada sepotong ayat suci Al-Quran yang bermaksud, tiada paksaan dalam agama Islam.
"Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan - 'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)....' - daripada ayat suci Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
"Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam, sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menegaskan beliau sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad.
"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," katanya lagi.
Izzah berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lanjut dari hadirin yang menghadiri sebuah forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?".
Beliau adalah antara panelis yang hadir.
Dalam keghairahannya meraih sokongan kaum Cina (majorti hadirin yang hadir) Izzah seolah-olah membayangkan pendiriannya agar orang Melayu perlu diberi hak yang sama untuk memilih agama mereka.
"Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum)," kata Nurul ketika forum anjuran pergerakan Kristian itu sedang berlangsung, kelmarin.
Kenyataan Izzah itu seolah-olah memperlihatkan pertikaiannya terhadap perundangan di Malaysia yang mengekang mubaligh bukan Islam untuk menyebarkan agama mereka kepada rakyat yang beragama Islam. Dewan Ulama PAS tegur
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Nik Muhammad Zawawi Salleh, secara tegas meminta mana-mana individu termasuk pemimpin parti politik agar tidak menyentuh hal-hal berkaitan agama Islam sekiranya 'kurang pakar' kerana ia boleh menimbulkan polemik dan kekeliruan dalam kalangan rakyat.
Beliau berkata hal-hal berkaitan Islam sekiranya tersalah dikeluarkan kenyataan dibimbangi akan menjejaskan akidah dan martabat agama yang dianuti majoriti besar masyarakat negara ini.
"Setiap individu yang nak bercakap soal agama mesti orang yang ada kepakaran dalam bidang agama dan orang yang tiada kepakaran dalam bidang agama jangan menyentuh benda-benda sensitif dan dasar dalam agama Islam.
"Ia dibimbangi akan menjejaskan kewibawaan agama Islam, dibimbangi akan menjejaskan akidah umat Islam dan takut-takut ia bercanggah dengan prinsip agama Islam. Saya bukan tujukan kepada Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) atau sesiapa, kita dalam agama diajar bercakap dalam benda yang kita pakar.
"...kalau tidak tahu kita tidak perlu bercakap (soal Islam), kalau bercakap boleh terpesong akidah dan menyebabkan kekeliruan," katanya ketika dihubungi AntaraPos.
Tegas Nik Zawawi, sepatutnya tidak timbul soal masyarakat Melayu untuk memilih agama lain selain Islam kerana ia dianuti kaum tersebut sejak sekian lama.
"Sebab dalam konteks agama Islam, agama bukan paksaan kepada sesiapa dan dalam situasi yang sama kita kena ingat dalam konteks masyarakat Melayu yang telah beragama Islam...jadi mereka mesti berpegang kepada agama Islam.
"Jadi tidak timbul soal memilih agama dan sebagainya, Allah mencipta manusia dan menjadikan manusia boleh berfikir dan bijak serta dibenarkan memilih agama yang mahu dianuti. Islam dipilih sebab Islam adalah agama yang tiada cacat cela, jadi kita pilih Islam (sebagai agama)," katanya.
KUALA LUMPUR: Pertemuan dengan lima rakan untuk makan malam membawa padah kepada seorang remaja berusia 17 tahun apabila dia dikurung di sebuah hotel di Chow Kit dan dirogol bergilir-gilir selama tiga hari sebelum diselamatkan pekerja hotel berkenaan, kelmarin.
Mangsa yang berasal dari Datuk Keramat terjumpa lima rakan lamanya yang berasal dari Sabah di ibu kota pada jam 8 malam Khamis lalu.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti itu berkata, selepas berbual lima rakannya itu mengajak dia mengikuti mereka dengan menaiki kereta ke kawasan Chow Kit.
Menurutnya, selepas makan mereka menariknya ke sebuah bilik hotel bajet sebelum ditumbuk beberapa kali oleh tiga rakannya hingga pengsan.
"Tidak cukup dengan itu, saya dirogol bergilir-gilir oleh mereka dan dikurung selama tiga hari di dalam bilik itu.
"Sepanjang tempoh itu, saya dirogol mereka beberapa kali dan tidak diberikan makanan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Anda mungkin selalu melihat Datuk Lee Chong Wei berseluar pendek dan berbaju yang punya namanya dibelakang, tetapi jarang kita lihat beliau berpakaian sempurna seperti seorang gentleman! Nah, dengan tajaan sepenuhnya, pasangan kekasih ini tampak sangat elegan dan bergaya!
Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pemain badminton negara, anda pasti tahu bahawa Lee Chong Wei, 30, dan Wong Mew Choo, 29, sudah lama bercinta kan?
Kedua mereka bakal mengadakan majlis perkahwinan pada 10 November ini di Kuala Lumpur Convention Center. Apa pun, mari kita lihat beberapa keping gambar pra perkahwinan pasangan jaguh badminton negara ini ya!
I'm impressed with the quality of the wooden Warship pieces from #deAgostiniMY weekly issues! Can't wait to start building!
KUALA LUMPUR, 5 Nov — Pemimpin DAP menjangkakan saingan sengit untuk mereka di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, dan mengakui kempen perkauman yang dilaksanakan pembangkang Barisan Nasional (BN) mendapat tarikan masyarakat Melayu di luar bandar.
Sentimen berkenaan ditunjukkan ketika Konvensyen DAP Selangor hari ini, apabila selain meniupkan keyakinan mereka akan kekal berkuasa, pemimpin DAP turut menyeru ahlinya untuk bekerja keras, dan bukan hanya berdiam diri.
Berbeza daripada kebiasaannya, tema mengkritik BN dalam setiap majlis Pakatan Rakyat (PR), suasana di Kompleks Sukan Kelana Jaya semalam dilihat lebih menjurus kepada pemimpin menyeru ahlinya untuk bersedia menghadapi pertempuran politik paling sengit dalam sejarah Malaysia.
Ditemui selepas konvensyen tersebut, Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok dan timbalannya Tony Pua mengakui ujian terbesar PR adalah menawan kawasan pedalaman yang majoritinya dihuni orang Melayu dan deposit tetap undi untuk Umno.
"Kebanyakan orang mahu kami kembali memerintah Selangor, namun jika Umno sering memainkan sentimen keagamaan, dan perkauman, ia akan merosakkan peluang kami untuk menang," kata Kok.
Pua mengakui bahawa ujian terbesar PR dalam pilihanraya umum ke-13 adalah menawan kawasan pedalaman. — Gambar fail "Kami ada peluang, tapi saya tak jamin kami akan menang," jelas Pua (gambar).
Ketika pilihan raya 2008, Selangor - negeri terkaya di Malaysia - jatuh ke tangan pembangkang.
Kehilangan Selangor turut disertai beberapa negeri lain - Perak, Kedah, dan Kelantan - merupakan kejutan buat BN, oleh kerana hanya mereka yang memerintah Malaysia sejak Merdeka.
Sejak itu, kerajaan bekerja keras memastikan untuk mendapatkan kembali negeri-negeri tersebut dan mengekalkan kedudukan dua pertiga Parlimen.
Bagi PR, harapannya kini tertumpu kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar (MB) Selangor penggal pertama yang mempunyai trek rekod bersih untuk meyakinkan pengundi pentadbiran mereka bebas rasuah.
"Yang paling jelas (apa yang kami lakukan) adalah bebas rasuah dalam kalangan pegawai tinggi. Kerajaan kami tidak rasuah. MB kami bebas rasuah," kata Pua lagi.
"Untuk pengundi bandar, kumpulan bukan Melayu, mereka percaya dengan apa yang kami katakan. Mereka melihat Pulau Pinang, prestasi kami di sana," tambah Kok pula.
"Melayu juga melihat kami tidak pernah menghampakan mereka, tidak meminggirkan Islam,"
"Mungkin kami bukan kerajaan yang terbaik, tetapi kami mempunyai keazaman untuk memberikan perkhidmatan terbaik semasa masih menjadi kerajaan."
Bagaimanapun, itu sahaja tidak mencukupi untuk mendapatkan undi Melayu.
Pilihan raya lalu, DAP gagal menawan kerusi Dun Kuala Kubu Baru, apabila K A Ramu ditewaskan oleh Wong Koon Mun dari MCA dengan majoriti hanya 448 undi.
A Sivanathan dari DAP juga turut tewas kepada Yap Ee Wah dengan majoriti 1,572 di Sungai Pelek.
Parti komponen PR yang lain turut kehilangan lapan kerusi dun dan tiga kerusi Parlimen.
"Itu kelemahan kami," kata Pua merujuk kepada kawasan pedalaman.
Tambahnya, terdapat dua cabaran utama untuk PR mendapat undi kawasan pedalaman.
Pertama dengan menyampaikan mesej perubahan yang dibawa kerajaan PR, seperti lebih telus dan polisi yang lebih baik.
"Ia sangat sukar kerana kawasan pedalaman memerlukan lebih banyak masa."
Selain itu, PR juga perlu menangani "politik 3R" yang mana menurutnya -Agama, Bangsa dan Royalti (race, religion dan royalty) taktik yang digunakan BN, yang menurutnya sangat berkesan di kawasan pedalaman.
"Kami perlu lebih kerap turun padang, anjurkan lebih banyak program," kata Kok.
Dalam ucaptama Konvensyen Tahunan DAP Selangor ke 17 semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengakui Selangor adalah antara kawasan "selamat" kedua untuk PR selepas Kelantan.
Lim percaya retorik perkauman BN akan lebih menurun di dua negeri, seperti Pulau Pinang dan Kedah.
SEREMBAN: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar penyokong Pakatan Rakyat (Pakatan) merujuk buku hasil karya terbaru Profesor Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi bertajuk 'Kebangkitan Rakyat' sebagai rujukan penentangan rakyat terhadap kerajaan.
Ucapan bekas timbalan perdana menteri itu seolah-olah mempunyai "agenda tersembunyi", menyalah-tafsirkan serta menyemai kebencian rakyat negara supaya bangkit menentang kerajaan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Disaksikan kira-kira 2,500 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat malam tadi, beliau memuji dan menyentuh pandangan tokoh ulama terkemuka itu yang yang memberi pandangan terhadap fenomena yang berlaku di Mesir dan Indonesia.
Jelasnya, buku terbaru yang ditulis Yusuf Qaradawi selepas kejatuhan regim Hosni Mubarak itu telah diterjemahkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cuba mengupas sebab rakyat harus bangkit.
"Kita merdeka bermakna kita pertahankan prinsip 'huriyyah' kebebasan, kita angkat supaya rakyat mempunyai kekuatan. Kita muliakan insan pelbagai kaum dan pelbagai agama. Manusia dimuliakan dan kita tegakkan adalah keadilan, apa itu erti merdeka kalau kita tidak hormati kebebasan rakyat?
"Apa erti merdeka jika tidak ada kekuatan, kekuatan ekonomi dirompak oleh tiga dan empat buah (syarikat) keluarga, berpuluh bilion," katanya.
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di padang Taman Seberang Jaya itu semalam berakhir tanpa sebarang insiden.
Namun kehadiran hanya mencatatkan lebih kurang 2,500 orang berbanding 50,000 orang yang disasarkan gabungan itu.
KOTA BHARU 4 Nov. - Seramai 10 anggota Bomba dan Penyelamat negeri cedera termasuk lima parah akibat disambar api ketika cuba memadamkan kebakaran empat buah tangki yang mengandungi minyak silinder terpakai di sebuah gudang bekas kilang tayar di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini pagi ini.
Ketika kebakaran kira-kira pukul 8.11 pagi itu, anggota bomba berkenaan sedang bertungkus-lumus memadamkan api bersama 29 anggota lain.
Keadaan bagaimanapun bertukar tragedi apabila minyak silinder daripada dua tangki berkenaan yang bocor disambar api dan meletup sehingga mencetuskan kebakaran besar sebelum menyambar anggota bomba terbabit.
I have a new hobby! Just bought my very own #deAgostiniMY issue to build the wooden galleon from scratch. Interested?
SHAH ALAM: Ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya menyifatkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit masyarakat Melayu harus diberi kebebasan beragama sebagai tindakan untuk menyemai fahaman 'pluralisme'.
Beliau menegaskan ideologi pluralisme tidak boleh dibiar mempengaruhi masyarakat kerana fahaman tersebut bukan sahaja tidak boleh diterima oleh Islam, malah agama-agama lain.
Justeru, beliau menggesa ahli-ahli politik supaya lebih berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan.
"Jangan kita bawa ideologi pluralisme yang mungkin kita sendiri terpengaruh dengannya bagi pihak Pakatan Rakyat.
"Membawa ideologi dan pemikiran semua agama ini sama, tak boleh..itu pluralisme. Saya kira mana-mana agama tidak menerima kenyataan seperti itu. Jadi saya minta agar kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan. Saya tak khususkan ianya untuk Pakatan semata-mata, untuk Nurul Izzah semata-mata..untuk Umno sekalipun, untuk umat Islam umumnya," jelas beliau.
Izzah yang juga merupakan ahli Parlimen Lembah Pantai pada semalam menegaskan bahawa sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam.
Kata beliau, seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain.
"Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata 'maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja', ia seharusnya dilaksanakan sama rata," katanya pada sebuah forum Kristian di Subang, semalam.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Fathul berpendapat kenyataan tersebut memberikan implikasi negatif khususnya kepada umat Islam sedangkan telah banyak usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk memastikan umat Islam agar tidak murtad.
Menegaskan Islam tidak menghalang kebebasan beragama terhadap bukan penganutnya, di kalangan umat Islam pula katanya kebebasan beragama tidak diberikan secara mutlak.
"Jadi kita tidak boleh membawa kempen bebas secara mutlak...kita tidak boleh membawa kempen kebebasan beragama secara mutlak. Mana mungkin...Perlembagaan (Persekutuan) ciptaan manusia kita boleh sama-sama nak pertahankan, ini (had kebebasan beragama untuk Islam) ketetapan Allah swt..lebih utama untuk kita pertahankan, lebih utama untuk kita patuhi.
Selain itu, kenyataan yang dibuat oleh anak kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilihat seolah-olah menyokong sekiranya terdapat penganut agama Islam yang ingin murtad.
"Adakah beliau seolah-olah nak kempen supaya umat Islam, pergilah kalau 'you' (awak) nak pilih agama you terpulang ikut suka you..adakah itu maksudnya sedangkan kita semampu mungkin berusaha untuk memastikan seluruh umat Islam berpegang dengan agamanya dan tidak keluar daripada agama," ujar beliau.
Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?" sebagai seorang panelis.
Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…." – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.
Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad.
Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.
* Setelah terkantoi membuat kenyataan yang seolah-olah menggalakkan Melayu Islam menjadi murtad, ini sahaja kenyataan yang boleh dibuat beliau. Apa boleh buat, sudah terdidik dengan asuhan bapanya yang bijak memusingkan kenyataan.
Buat kenyataan pula di program yang dianjurkan oleh pihak kafir, sudah pastinya lenggok ucapannya juga mesti mengikut aliran mereka, bukkannya apa, takut hilang undi!
Bertaubat aja la..
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.