Isnin, 26 November 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 26 Nov 2012 12:01 PM PST

PEJUANG BANGSA


Kuala Lumput kotaraya ke 4 terbaik dunia untuk shopping

Posted: 26 Nov 2012 11:30 AM PST



 Kuala Lumpur disenaraikan sebagai kota raya membeli-belah ke-4 terbaik dunia oleh rangkaian berita global CNN, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

 Beliau berkata dalam kajian CNN menerusi '10 Top Best Shopping Cities in the Wolrd', kota raya New York menduduki tempat pertama diikuti Tokyo dan London. Paris berada di tempat kelima, diikuti Hong Kong, Buenos Aires, Vienna, Dubai dan Madrid, katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

 "Penghakiman adalah berdasarkan empat kriteria, iaitu kemudahan bergerak, nilai untuk wang, kepelbagaian dan pengalaman. "Kuala Lumpur meraih 30 mata daripada 40 mata keseluruhan: enam mata bagi kemudahan bergerak, 10 mata bagi nilai untuk wang, lapan mata untuk kepelbagaian dan 10 mata bagi pengalaman," tambah beliau. New York meraih 35 mata, diikuti Tokyo (34) dan London (31).

 Dr Ng berkata, Kuala Lumpur merupakan satu-satunya kota raya yang meraih 10 mata penuh dalam nilai untuk wang, sekali gus menunjukkan bahawa kepelbagai produk yang terdapat di bandar raya ini, mampu dimiliki dan harga berpatutan.

 Pada awal bulan ini, Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai destinasi membeli-belah kedua terbaik di Asia Pasifik oleh Globe Shopper Index yang dicipta oleh 'Economist Inteligence Unit' yang merupakan sebahagian daripada kumpulan ahli ekonomi dan ditauliahkan oleh syarikat pelancongan membeli-belah, 'Blue Global' yang terletak di Switzerland.- Bernama


*** Jalan TAR &Masjid India merupakan penyumbang terbesar harga murah untuk shopping di KL  ..hahaha...

Penjenayah serah diri pasal minat giler kat Apek !

Posted: 26 Nov 2012 10:30 AM PST




BUKIT MERTAJAM: Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai.

 Lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, dekat sini, jam 12.30 tengah malam, Khamis lalu.

 Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.

 Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, ketika lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program terbabit.

 Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya dan meminta izin untuk bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis.


*** Lepas ni letak Maya Karin ( Ombak Rindu) , Neelofa , Emma Maembong , Nora Danish kat road block polis  , confirm ramai offer serah diri termasuk Mat - Mat Rempit ...hahaha.. Polis pun tak teruk pi ligan tangkap ...

Pencacai PR salahkan pemimpin UMNO kekalahan #HarimauMalaya

Posted: 26 Nov 2012 09:22 AM PST



Pencacai Pakatan seperti bloggernya yang seekor ni ,dalam kepala otak dia yang kat lutut tu .. segala  apa yang berlaku di negara semua akan disalahkan  kepada UMNO .

Cerita Harimau Malaya kalah dengan Singapura 3- 0 pun disalahkan pemimpin UMNO juga.

Peminat Ultras Malaya maki Singapura Anjing itu ada kena mengena dengan Najib ka  ?? Semua ini berkenana sikap individu , tak ada kena mengena pun dengan politik

Yang pencacai2 PR maki Najib & Rosmah siang malam itu pun sama saja 2 X5 ...





Geng Ultras kata chant Singapura Anjing adalah ekspresi kebencian mereka terhadap sesuatu .



Harimau Malaya pulih semangat sembunyi dalam hutan !!

Posted: 26 Nov 2012 08:10 AM PST



Harimau Malaya memilih untuk 'menyembunyikan diri' selepas diaibkan Singapura semalam, apabila menjalani latihan secara tertutup di Institut Penilaian Negara (Inspen) petang ini.

 Usaha media menjengah sesi latihan skuad Harimau Malaya gagal apabila pengawal keselamatan tidak membenarkan mereka memasuki institut berkenaan dengan alasan telah menerima arahan daripada pihak atasan FAM untuk berbuat demikian. Tindakan itu mengejutkan petugas media kerana sebelum ini, mereka tidak pernah dihalang daripada membuat liputan skuad kendalian Datuk K.Rajagobal tersebut.

 Semalam, Harimau Malaya tumpas 0-3 kepada Singapura pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

 Pengurus pasukan Harimau Malaya Datuk Seri Subahan Kamal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa arahan tersebut adalah daripada beliau sendiri. Beliau berkata, tindakan tidak membenarkan media membuat liputan latihan skuad Harimau Malaya itu adalah bagi memastikan usaha memulihkan semangat pemain tidak terganggu.

 "Saya nak mereka (jurulatih dan pemain) beri tumpuan 150 peratus kepada persiapan menentang Laos pada Rabu ini kerana kita perlu mendapat tiga mata penuh.

 "Kita memerlukan enam mata untuk mara ke separuh akhir, dan saya yakin mereka mampu melakukannya," kata Subahan. Bagaimanapun, beliau berjanji akan membenarkan media membuat liputan pada latihan berikutnya di padang latihan FAM esok.

 "Biarlah pemain kita jalani latihan secara tertutup buat seketika kerana mereka perlu memberi fokus sepenuhnya tanpa sebarang gangguan hari ini," katanya. 

 Subahan berkata, tindakannya itu bukan bermakna untuk menutup kelemahan skuad kebangsaan tetapi bagi memberi ruang kepada pemain kerana beliau yakin anak buah Rajagobal mampu bangkit pada perlawanan seterusnya. Malaysia akan menamatkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Disember. - Bernama

GEMPAR ! Perarakan Hijau diresapi pengaruh Komunis !

Posted: 26 Nov 2012 07:16 AM PST



Apa itu The Green Long March  Komunis ??

Mengapa perarakan Himpunan Hijau dari Kuantan ke Dataran Merdeka mirip The Green Long March Komunis ?  Adakah ia kebetulan ?

Sebenarnya ia adalah perancangan komunis moden .  Komunis Moden sekarang  tak perlu angkat senjata tapi menggunakan perarakan dengan melanggar undang-undang .





Untuk halang cita-cita komunis moden ini menawan Malaysia ini hanya 
dengan menyokong Kerajaan BN di PRU 13 ..pastikan majoriti
2/3 menjadi hak mutlak BN !



Kritik lah, kami akan terus berjuang walaupun tanpa penyokong !!

Posted: 26 Nov 2012 06:00 AM PST



PENGURUS skuad kebangsaan, Datuk Subahan Kamal berharap setiap kritikan yang dilemparkan kepada anak buah Datuk K. Rajagobal harus secara profesional, bukannya bercanggah dengan "budaya kita." Jelasnya, beliau yang sedia menerima setiap pandangan dan cemuhan, mahu setiap tindakan yang dilakukan haruslah kena dengan adat dan budaya Malaysia.

 "Tiada masalah untuk mengkritik. Tetapi biarlah dibuat dengan rasional dan tidak terlalu terikut-ikut budaya luar yang nyata jauh bercanggah dengan budaya kita. "Kita semua kecewa, tapi kita harus menerimanya dan meneruskan perjuangan yang masih ada," kata Subahan ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

 Beliau berkata demikian ketika ditanya kritikan sekumpulan penyokong Malaysia yang berang dengan kekalahan 0-3 ke atas Singapura di laman sendiri semalam.

 Subahan yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut menegaskan bahawa mereka tidak akan memperdulikan setiap kritikan yang dilemparkan. Sebaliknya, beliau dan Rajagobal akan terus bersemangat dan tidak akan mengalah selagi perjuangan belum berakhir.

 "Katalah apa yang nak diperkatakan, kami tidak akan mengalah. "Saya tahu semua orang kecewa dengan keputusan yang dicatat oleh pemain, tapi suka atau tidak, kita harus menerimanya. Dan sentiasa menyokong.

 "Apa-apa pun, kami akan tetap menggalas tanggungjawab tersebut biarpun tanpa penyokong di sisi," katanya lagi. 

 Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai laluan sukar yang dihadapi oleh Malaysia untuk melepasi peringkat kumpulan setelah tewas kepada Singapura, Subahan bagaimanapun tidak gusar dan beliau tetap meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap Rajagobal.

 "Saya tetap yakin mereka mampu melangkah ke peringkat seterusnya. "Rajagobal sendiri pernah melalui pengalaman seperti ini, jadi saya yakin beliau pasti akan memikirkan beberapa strategi untuk menanganinya," ujarnya lagi.

 Selepas ini, Malaysia, selaku juara bertahan akan menentang Laos Rabu ini sebelum mengakhiri saingan peringkat kumpulan dengan menentang Indonesia pada 1 Disember ini.

Tun Mahathir dah beri isyarat Anwar akan kalah di PRU 13 !!

Posted: 26 Nov 2012 04:37 AM PST




Mana-mana pihak yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) harus menerima kenyataan itu dan diharap tidak membuat sebarang provokasi seperti demonstrasi yang akhirnya akan menyebabkan huru-hara berlaku dalam negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pada masa kini terdapat juga pihak yang sudah pun mencipta suasana tidak selesa itu dengan memberitahu orang ramai bahawa PRU13 akan datang adalah pilihan raya yang tidak adil.

"Mereka menghasut orang ramai sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka, mereka akan  membuat demonstrasi.

"Ada pihak yang tidak boleh menerima kekalahan dan akan membuat demonstrasi.

"Mereka akan mengata ketidakadilan dan penipuan telah berlaku," kata beliau pada sidang media Forum Antarabangsa bertemakan Konflik dan Perdamaian Dalam Politik: Mengimbas Kembali atau Memandang Ke Hadapan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan media tentang demokrasi yang dilihat sudah tidak lagi relevan pada masa ini.

Beliau bagaimanapun berpendapat, pendekatan demokrasi itu sendiri tidak cacat tetapi terpulang kepada pengamalnya.

"Semuanya bergantung kepada pengamalnya terutamanya ketika menerima kekalahan," kata beliau.

Mengulas mengenai taktik pembangkang yang menggunakan demonstrasi untuk menyatakan bantahan, beliau mendakwa, perkara itu menjadi satu instrumen kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengatur langkah ke Putrajaya dan untuk menjadi
Perdana Menteri.

Dr Mahathir juga mendakwa, merancang demontrasi merupakan kemahiran tinggi Anwar dalam membuat persiapannya itu.

"Persiapan Anwar ialah membuat demonstrasi awam. Sebelum ini tidak pernah ada demonstrasi.

"Malah masa dia (Anwar) dalam kerajaan, dia sendiri menentang demonstrasi,tetapi sekarang sejak dia keluar penjara, sering kali berlaku demonstrasi termasuk Bersih dan Himpinan Hijau," katanya.

Najib mahu #HarimauMalaya bangkit mengaum semula @ultras_malaya

Posted: 26 Nov 2012 01:15 AM PST




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu skuad Harimau Malaya bangkit dan mencatat kemenangan dalam saingan seterusnya Piala AFF Suzuki 2012. Beliau berkata, kekalahan kepada Singapura pada perlawanan pembukaan malam tadi perlu ditebus semula oleh anak buah Datuk K.Rajagobal kerana rakyat mahu melihat kejayaan skuad kebangsaan pada perlawanan akan datang.

 "Walaupun keputusan bukan pihak kita, kita semua mahu Harimau Malaya bangkit semula. Malaysia, raihlah kemenangan pada perlawanan seterusnya," katanya di laman Twitter beliau hari ini. Malaysia terpaksa menelan pahit setelah diaibkan Singapura 0-3 di gelanggang sendiri pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

 Skuad Harimau Malaya akan menentang Laos Rabu ini sebelum menamatkan aksi di peringkat kumpulan berdepan naib juara 2010, Indonesia pada 1 Disember. - Bernama

Tun M ada banyak strategi untuk Najib menang 2/3 !

Posted: 25 Nov 2012 06:39 PM PST




UTUSAN: Lebih kurang setahun lalu Tun ada bercakap kepada media bahawa Tun masih bimbang dan pesimis terhadap UMNO. Bagaimana pandangan Tun sekarang?

MAHATHIR: Saya melihat UMNO berada lebih baik berbanding setahun yang lalu. Saya fikir mereka semakin memahami keadaan kerana jika mereka masih belum berubah maka UMNO dan BN akan kalah. Dalam keadaan ini semua pihak akan rugi.

Adakah Tun melihat UMNO dan BN akan berjaya memenangi semula negeri yang tewas pada pilihan raya 2008?

Saya fikir terdapat kemungkinan besar tiga negeri ini iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Selangor mampu dimenangi semula. Malah ada kemungkinan yang kuat - kita mampu menawan semula Pulau Pinang dan juga Kelantan. Namun semua itu terpulang kepada UMNO itu sendiri.

Di Kelantan terutamanya, kerana di negeri itu pemimpin UMNO selalu sahaja merendah-rendahkan mereka yang dipilih sebagai calon. Perkara sama juga berlaku seolah-olah ia satu budaya di negeri-negeri lain. Itu adalah antara faktor utama yang boleh menjatuhkan UMNO.

Bagaimana dengan Datuk Nik Aziz. Beliau telah memimpin Kelantan lebih daripada 22 tahun?

Apa yang anda lihat adalah sebelum ini tiada sesiapa yang berani mengkritik Nik Aziz. Langsung tidak ada yang berani. Namun sekarang terdapat ahli mereka yang sudah berani mengkritik beliau. Ini membuktikan tidak ada sesiapa yang terlepas daripada menjadi sasaran kritikan.
Pengaruh Nik Aziz juga sudah semakin merosot kerana beliau sering sahaja membuat kenyataan yang hakikatnya tidak selari dengan ajaran Islam.

Bagaimana Tun melihat perubahan UMNO terutamanya yang melibatkan generasi muda?

Saya dapati orang muda yang jadi masalahnya. UMNO sendiri tidak dekat pada mereka. Saya sendiri dekatkan diri pada mereka, bila saya bercakap, mereka positif dengan perjuangan UMNO, mereka ada kritik kerana mereka anggap UMNO korup dan sebagainya. Sebahagian kritikan memang berasas, tapi mereka sedar betapa pentingnya UMNO.


Maksudnya mereka tak tolak UMNO?

Mereka marah pasal pemilihan Majlis Tertinggi. Nampak jelas ada korupsi yang berleluasa, tapi cara ia ditangani tak begitu baik. Ada orang yang didapati korup tak dibenarkan pegang jawatan, tapi ada yang boleh terus pegang jawatan dalam kerajaan. Ada pula yang tak ada halangan, walaupun memang korup.


Bagaimana Tun melihat perubahan yang dibawa Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak?

Beliau bekerja keras, saya fikir memang ada kesan. Dan harap dengan cara-cara (yang dilakukan Najib), beliau boleh menang.

Macam mana peranan sayap-sayap UMNO. Adakah Pemuda, Puteri dan Wanita sudah menjalankan perubahan yang diharapkan?

Belum memuaskan, Pemuda nampak tidak begitu aktif. Kadang-kadang ada perjumpaan di bahagian, tetapi saya nampak Pemuda tak ambil bahagian pun. Wanita ini biasanya lebih bersemangat, Puteri pun macam itu juga.

Terdapat mereka yang sudah menjadi liabiliti dalam UMNO tetapi masih mahu bertanding dalam pilihan raya akan datang. Apa pandangan Tun?

Saya punya pendapat, masing-masing mesti menilai diri. Kalau kita berpendapat kita tidak lagi menguntungkan parti, kita jadi sasaran dan macam-macam lagi. Saya ingat kita perlu undur diri sendiri. Saya sendiri letak jawatan, ada orang tanya kalau saya jadi Perdana Menteri (semula) apa saya nak buat, saya (jawab) letak jawatanlah.

Mungkin Tun ada sebarang nasihat kepada Nik Aziz?

Dia janji bila saya letak jawatan, dia akan turut sama meletak jawatan. Satu masalah tentang mereka ini adalah mereka tidak mengotakan janji yang telah dibuat. Beliau sepatutnya menjadi contoh yang baik kerana beliau adalah seorang yang tinggi ilmu agamanya.

Adakah Tun serius Pulau Pinang mampu ditawan semula. Ini kerana ada dakwaan bahawa Ketua Menterinya dianggap sebagai tokong dan mampukah BN menang dengan majoriti 2/3?

Terdapat mereka yang tidak berpuas hati dengan Ketua Menterinya. Namun kita akan lihat nanti. Sebenarnya hubungan baik antara Kerajaan Pusat dan negeri adalah sangat penting. Jika pakatan rakyat menang sudah tentu Lim Guan Eng akan dilantik semula sebagai ketua menteri. Tetapi jika Kerajaan Pusat yang saya lihat akan tetap dimenangi BN, sudah tentu hubungan tidak akan begitu baik.

Namun saya harap mungkin (BN) boleh menang majoriti 2/3 namun ia sukar diagak ketika ini. Ini kerana banyak kelemahan yang telah dilakukan oleh pemimpin selepas saya. Sekarang ini banyak kakitangan kerajaan yang menolak UMNO dan BN. Pada zaman saya dahulu sokongan kakitangan kerajaan adalah kuat.

Dengan perubahan politik semasa, ditambah dengan serangan pihak luar, mampukah UMNO bertahan lagi untuk tempoh yang panjang?

Saya berpendapat serangan pihak luar sebenarnya menguntungkan UMNO. Umpamanya mereka ini gemar menyokong parti dan media lawan, bermakna mereka sudah jadi alat kuasa asing. Adakah orang Malaysia suka kerajaan yang jadi alat kepada pihak asing? Saya fikir rakyat Malaysia bijak. Takkan mereka ini suka pada pihak yang bagi sokongan kepada kuasa hanya kerana mereka memberi wang dan memaksa supaya dilakukan regime change.

Boleh Tun komen sedikit tentang banyak pihak pembangkang sudah kembalinya menyokong BN atas faktor Najib. Tetapi mereka di peringkat ketua bahagian dan ketua cawangan UMNO masih berperangai lama?

Itu yang kita cuba sedarkan pemimpin di peringkat bahagian, cawangan. Ini sebenarnya satu masalah bagi UMNO, oleh kerana pemimpin begini nak jaga kedudukan mereka. Mereka tak benarkan orang yang lebih layak daripada mereka masuk UMNO, sehinggakan orang ini kecewa dan akhirnya masuk Pas. Dahulu Pas takda golongan profesional seperti doktor, peguam, dan sebagainya. Sekarang ini sudah banyak, sebabnya nak masuk UMNO tak boleh. Itu yang menyebabkan banyak orang tak senang hati. Najib OK, tapi yang lain bagaimana?
Perlukah perlembagaan diubah supaya pemimpin sebegini tidak dibenarkan memegang jawatan terlalu lama, mungkin untuk dua atau tiga penggal sahaja?
Yang itu terpulang kepada kajian. Kalau pada masa saya dulu jika perkara ini dilakukan, saya tak dapatlah memerintah selama 22 tahun. Mungkin saya hanya memegang jawatan lebih singkat, tetapi terdapat banyak kerja yang nak dilakukan.

Ini adalah persidangan UMNO terakhir sebelum pilihan raya. Apakah persediaan UMNO sudah mencukupi pada pandangan Tun?

Saya dapati hanya Najib nampak aktif, di peringkat bahagian mereka masih tunggu siapa yang bakal jadi calon sebelum mereka mahu bergerak (untuk pilihan raya). Sifat macam ini kalau berleluasa, mungkin kita akan kalah. Sepatutnya mereka aktif dari sekarang. Tidak perlu peduli siapa nak jadi calon. Kita nak bagi parti menang.
Masalah UMNO ialah mereka mahu si polan si polan yang jadi calon. Kalau tak dapat orang dia, biar kalah pun tak apa. Tapi kalau orang itu menang tetapi parti kalah akhirnya tidak boleh wujudkan kerajaan. Perkara mudah begini pun takkan mereka tak faham.

Isu calon adalah sesuatu yang sangat sensitif. Ini kerana ada pihak yang akan boikot dan sebagainya, seolah-olah sudah menjadi barah termasuklah dalam parti komponen lain seperti MCA dan MIC. Mungkin ada cara penyelesaian yang sesuai?


Parti macam manusia juga, manusia bila sudah tua dapat sakit barah, kalau dia tak potong cepat-cepat, ia akan merebak. Parti akan mati kalau dia tak buang barah. Kalau parti mati dia (manusia) pun matilah.

Sebagai pemimpin yang pernah berkhidmat sebegitu lama untuk masyarakat, apakah amanat yang Tun ingin sampaikan kepada orang Melayu di luar sana yang terpengaruh dengan dakwaan pembangkang?

Orang Melayu harus sedar, penggunaan isu tertentu untuk menyokong mana-mana pihak bukan kerana isu itu penting, tapi kerana orang itu guna isu untuk kepentingan mereka. Kalau orang Melayu faham perkara ini, mereka akan selamat. Tapi kalau mereka terbawa-bawa dengan isu ini, umpamanya UMNO dan BN dah memerintah 55 tahun berilah peluang pada orang lain, mereka akan kata ia dilakukan bukan kerana mereka percaya.
Kalau pembangkang jadi kerajaan, mereka pun tak nak ditukar juga. Isu sebegini hanya digunakan untuk mendapat sokongan, bukan kerana dia nakkan perubahan.

Najib bukanlah pilihan awal sebagai pengganti Tun namun bagaimana Tun melihat beliau sekarang dan apa komen ikhlas mengenai beliau?

Sudah tentu beliau telah melakukan kerja dengan cemerlang. Jika kita tidak menyokong beliau bagaimana beliau akan membuat kerja dengan tenang. Namun masih terdapat beberapa perkara yang boleh diperbetulkan tetapi ia hanya boleh dilakukan selepas pilihan raya.
Yang penting sekarang adalah menang dalam pilihan raya akan datang. Saya menyokong Najib dan dalam ceramah saya ke seluruh Malaysia, saya beritahu adalah penting untuk menyokong beliau untuk menang dalam pilihan raya.

Apakah senjata terakhir pada pandangan Tun untuk UMNO menang dengan majoriti 2/3?

Kalau saya cerita habislah, (ketawa). Secara umumnya banyak perkara lagi yang boleh dilakukan untuk mendapat kemenangan 2/3. Bukan dengan hanya satu perkara kita buat maka semua masalah selesai. Masa saya dulu, banyak benda kita buat sebagai strategi. Saya fikir Najib masih ada ruang untuk bergerak.

Dalam negeri-negeri yang dikuasai UMNO, negeri mana yang Tun rasa boleh menang dengan selesa?

Saya lihat Johor akan menang, tapi mungkin ada kekurangan sedikit,d ulu Johor menang 100 peratus. Sabah agak kuat juga tapi ada sedikit pergolakan, tapi saya fikir masalah ini boleh diatasi. Yang lain terutama yang cukup-cukup makan, saya ingat masih boleh menang, tapi tak boleh kata gerenti menang atau 100 peratus menang.

Apakah Tun akan aktif berkempen untuk UMNO selepas ini terutama pada pilihan raya akan datang?

Kalau boleh saya memang mahu melakukan dengan aktif. Saya telah menyatakan akan terus memberi sokongan sebelum meletakkan jawatan dahulu. Namun setengah jalan saya berhenti kerana kepimpinan dalam UMNO yang terlalu teruk. Malah saya tidak dibenarkan untuk berkempen.

Kali ini jika Najib tidak membantah, saya akan terus berkempen. Ini adalah masa untuk saya membayar balik kerana melalui parti inilah saya berupaya untuk menang dan kemudian dipilih sebagai Presiden dan kemudian Perdana Menteri. Sudah sampai masa untuk saya membalas balik jasa kepada parti.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121126/re_01/Penting-sokong-Najib-menang-PRU#ixzz2DIACwYAh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ultras Malaya mengamuk , desak Rajagopal letak jawatan !!

Posted: 25 Nov 2012 04:51 PM PST


GPB dimaklumkan selepas perlawanan semalam  , penyokong Harimau Malaya paling setia  , Ultras Malaya membuat demontrasi aman di depan bas FAM yang membawa pemain negara & Rajagopal .

Mereka yang majoriti nya  mahasiswa melahirkan rasa kecewa dengan prestasi skuad Harimau Malaya dan menuntut  agar segeri bangkit di 2 baki perlawanan selepas ini .

Malah ada juga yang emosi dan  menjerit agar Rajagopal segeral letak jawatan ekoran prestas hambar pasukan .


Kalau penyokong setia Ultras Malaya pun kecewa ..apatah lagi rakyat Malaysia jutaan lag i...

Segera bangkit Harimau Malaya !!

DIMENSI

Posted: 26 Nov 2012 11:20 AM PST

DIMENSI


Omegay: DAP..PAS dan kisah rambut

Posted: 25 Nov 2012 04:25 PM PST


Exco Kelantan: 'Hak Karpal jika mahu saman MPKB'

KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan tetap bertegas melaksanakan perundangan Islam kepada orang bukan Islam meskipun mendapat tentangan daripada Pengerusi DAP Karpal Singh.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri sedia menerima risiko untuk disaman oleh bukan Islam kerana setiap dasar yang dibuat kerajaan negeri selari dengan peruntukan Perlembagaan.

"Saya tak nak komen kenyataan Karpal. Pertamanya sebab saya tak dengar secara direct (langsung), keduanya,  kalau Karpal tengok akta ini, dia akan setuju dengan sayalah. Dia pun peguam.

"Itu hak dia nak saman Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB), tapi baca undang-undang itu elok-elok sikit... nanti kita (Karpal) pula yang kena bayar kos. Kita bukan pandai-pandai begitu sahaja masa nak buat undang-undang atau akta," katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat MPKB di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Karpal Singh menggesa Kerajaan Pas Kelantan supaya menjelaskan perkara sebenar mengenai tindakan perundangan Islam yang dikenakan ke atas orang bukan Islam di negeri itu.

Karpal berkata, orang bukan Islam Kelantan yang dikenakan tindakan saman berdasarkan undang-undang Islam, boleh mencabar saman terbabit di mahkamah.

Pengerusi DAP itu berkata demikian sebagai mengulas mengenai keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Bharu, Ong Lee Ting, yang mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.

Akibatnya, dia didenda antara RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.

Takiyuddin bagaimanapun menjelaskan bahawa kerajaan negeri melaksanakan dasar itu sebagai langkah menjaga maruah wanita, sama ada Islam atau bukan Islam daripada mengalami gangguan seksual dan terjebak dalam kancah pelacuran.

"Kedai gunting rambut seringkali dilaporkan hanya menjadi topeng perniagaan sahaja di hadapan, tapi di belakang (ia) jalankan perniagaan yang bercanggah dengan undang-undang dan moral.

"Adakah seorang ayah rela anak perempuannya diganggu (ketika bekerja), apatah lagi suami yang rela isterinya diganggu oleh pelanggan-pelanggan lelaki misalnya?" tanya beliau. - Bernama

amacam Mr karpal Singh??...amacam Dr Rani Osman Mukherjee?...klu dah susah sangat racun jek rambut tu dengan racun rumput!..biar gonjeng...masalah selesai!...

Anuwar mcm biasak...kalo takde cinadol tak bley berlakon!...kehkehkehkeh >XD

p/s: Anuwar pilih jantan lembut gunting rambut

IPOHMALAY

Posted: 26 Nov 2012 09:45 AM PST

IPOHMALAY


Melawat Mangsa Rempuhan Treler Di Gopeng

Posted: 26 Nov 2012 01:34 AM PST

Umurnya panjang. Meskipun berada di kalangan lima orang yang sibuk mempersiapkan kerja pagi itu, Shafudin Abdul Jalil, 31, merupakan satu-satunya yang terselamat. 

Empat lagi yang berada dalam kelompok lima orang yang berada di antara lori 1 tan dan van, dua dari 4 kenderaan yang diletakkan di bahu jalan itu, maut. Malah ada yang putus anggota badan, pecah kepala dan terburai isi perut.

Shafudin terlantar di wad 4B Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan lawatan teman pada hari Sabtu kelmarin disambut ahli keluarganya. Mangsa juga sudah boleh bersembang.

Dua lagi mangsa tercedera telah dibawa ke Kuala Lumpur dan menerima rawatan di Hospital Pantai dan ditanggung oleh syarikat telekomunikasi tempat mereka bekerja.

Kejadian rempuhan treler itu menjadi cerita mengejutkan. Tiga lagi yang turut cedera tidak seteruk Shafudin. Shafudin yang juga merupakan seorang askar Wataniah dan pemain bolasepak, kini berhadapan dengan kecacatan kekal.

Meskipun telah patah kedua-dua kaki dan tangan kiri, namun tulang tiga keratnya itu belum dapat disimen kerana luka yang sangat parah perlu disembuhkan dahulu. Betisnya terbelah dari belakang lutut hingga ke buku lali dan terkulai akibat kejadian.

Malah, tindakan pemandu treler yang bertegas menyebut dia tidak nampak kon yang diletakkan sendiri oleh Shafudin pada pagi malang itu, bakal mengundang proses undang-undang yang rumit.

Yang menjadi persoalan, bagaimana ambulans hanya tiba 1 jam selepas kejadian? Sudahlah lambat, hanya satu yang sampai. 



Juga, tiada maklumat awal PLUS di Twitter yang menyebut terdapat kerja-kerja penyelenggaraan di laluan tersebut sebelum berlakunya kejadian ini, seperti diberitahu untuk kerja-kerja penyelenggaraan lain.


Ketika Penyokong Indonesia Menjadi Penyokong Singapura

Posted: 25 Nov 2012 10:59 PM PST


Catatan dari Kuala Lumpur

Ketika Gawang Malaysia Bobol dan Pendukung Indonesia Bersorak

Rossi Finza Noor - detikSport
Senin, 26/11/2012 13:38 WIB


Kuala Lumpur - Masih ada cerita tersisa dari hari pertama perhelatan Grup B Piala AFF di Kuala Lumpur. Rivalitas antara Indonesia dan Malaysia ternyata masih ada, dan itu terlihat dari suporter kedua tim.

Cerita-cerita sebelumnya terwujud pada Indonesia, finalis turnamen sebelumnya, tampil tidak istimewa. 'Tim Merah-Putih' tampak rapuh di lini belakang sehingga Laos, yang banyak melakukan serangan balik pendek, mampu mencetak dua gol.

Pada pertandingan yang sama, muncul juga cerita Raphael Maitimo, pria 28 tahun yang baru beberapa hari sebelumnya mendapatkan paspor Indonesia. Tak pelak, laga melawan Laos itu menjadi laga internasional pertamanya. Cerita ini berakhir cukup menyenangkan: Maitimo langsung mencetak gol.

"Saya bahagia bisa mencetak gol itu. Tapi, hal yang paling penting adalah penampilan tim, dan sayang kami tidak menang," tutur pemain berdarah Belanda itu.

Ada satu lagi yang unik dari laga Indonesia vs Laos, dan itu terjadi ketika suporter Malaysia tiba-tiba jadi pendukung Laos dadakan. Suporter beratribut kuning-hitam itu menempati sisi timur tribun Stadion Bukit Jalil dan kerap berteriak "huuu.." ketika para suporter Indonesia, yang menempati tribun bagian selatan, menyanyikan chant-chant untuk menyemangati pemain.

Selanjutnya bisa ditebak, ketika Laos dua kali unggul, para pendukung Malaysia juga ikut bertepuk tangan.

Yang terjadi selanjutnya kemudian seperti sebuah balasan. Malaysia, sang juara bertahan, tak kuasa menghadapi gempuran Singapura dan gawang mereka bobol dua kali di babak pertama. Bagi pendukung Indonesia yang belum meninggalkan Bukit Jalil, ini adalah pemandangan menyenangkan. Kali ini, giliran suporter beratribut merah-putih itu yang bersorak.

Para suporter Indonesia pun mendadak jadi suporter Singapura dadakan selama babak pertama. Kebetulan, warna yang dikenakan mereka sama dengan warna yang dikenakan pendukung Singapura yang cuma segelintir: merah.

Ketika babak pertama habis dan Malaysia tertinggal 0-2, para suporter Indonesia memutuskan untuk pulang. Hanya tinggal tersisa sedikit yang masih tinggal. Tribun selatan pun lengang.

Mereka tidak melihat Singapura mencetak satu gol lagi dan kali ini giliran sebagian pendukung Malaysia mulai meninggalkan stadion satu per satu ketika laga belum berakhir.

Kendati demikian, pelatih Singapura, Radojko Avramovic, memberikan sedikit komentar soal atmosfer di stadion semalam. "Kami hanya mencoba untuk fokus. Atmosfer di dalam stadion ini sungguh ramai dan mereka semua mendukung Malaysia."

Contoh Jijik Pemuka Pakatan Rakyat

Posted: 25 Nov 2012 09:28 PM PST



Contoh buruk laku Pakatan Pembangkang adalah refleksi dari hampas-hampas masyarakat yang berlindung di belakang mereka. Pembunuh yang mengharapkan peguam-peguam DAP. Penjenayah yang mengharapkan peguam-peguam DAP, perasuah yang diterajang dan kini melontar kritikan di tabir-tabir PAS-PKR-DAP.

Contoh terbaik di kalangan pengusaha makanan ialah si Anuar Hamzah, seorang pemuka Pakatan yang selama ini mengharap kelangsungan hidup dari orang-orang UMNO.

Akibat dari pecahnya tembelang, dengan bongkak dia terlupa nilai-nilai Islam, - orang PKR bukan Islamik sangat pun, banyak freethinker pilih PKR -, lalu dia menyebut kononnya jika UMNO kalah dalam PRU 13, dia akan yang menjadi orang pertama yang bersedekah kepada si Sahabat Gunung , seorang blogger yang didakwa merosakkan jalan rezekinya (menagih kontrak bekalan makanan ke orang-orang UMNO).

Sedekah tidak boleh ditunjuk-tunjuk. Apatah lagi sedekah yang belum pun dibagi. Adakah doa orang bongkak seperti Anuar Hamzah akan dimakbulkan? Memang Allah Maha Adil. Jika lepas ini si mamat ini jatuh muflis papa kedana, ya, ketahuilah, Allah itu Maha Adil.

Untung biawak tak islamik ini dihentikan dari memberi makan. Kerana orang tamak, bongkak, bodoh lagi tolol seperti ini, belum tentu menghasilkan makanan yang bersih untuk tubuh dan jiwa. Bayangkan kutu pemaki UMNO ini, dah la anti-UMNO, diberi peluang membekal katering untuk perhimpunan UMNO.

Entah apa yang dimakan dek orang UMNO tu.


Wargakota Patut Ajar Demonstran Luar

Posted: 25 Nov 2012 08:12 PM PST


Oleh kerana Australia memalukan Anwar Ibrahim, kumpulan kera-kera putih anti-Lynas mengganas di ibukota. Sekali lagi, kesabaran warga kota teruji dan entah pada titik mana 'retaliation' oleh warga kota akan membuatkan demonstrasi oleh kera-kera putih yang mencetus kekacauan kelmarin terhenti selama-lamanya.

Lynas merupakan syarikat dari Australia. Begitu juga syarikat yang menjalankan lombong emas di Bukit Koman, Raub. Sikap talam dua muka Anwar dalam hal ini tidak asing lagi. Bapa Korupsi Nasional ini menggerakkan penyokongnya yang terdiri dari kutu-kutu babi yang bodoh, kera-kera berkulit babi yang sepet untuk menentang syarikat Australia ini dan pada masa yang sama, cuba menunjukkan dia mempunyai 'kawan baik' dalam kerajaan Australia yang akan mendengar kata-katanya.

Jangkaan tersebut meleset kerana Australia mula memandang hina Anwar Ibrahim, si pengumpul follower lelaki kacak dalam Twitter ini. Menteri Luarnya menolak permohonan Anwar agar Australia menjadi pemerhati pilihanraya di Malaysia.

Akibatnya, gerakan anti-Lynas semakin menjadi-jadi. 

Fakta saintifik tidak terpakai kepada golongan bajang ini. Mereka dibakar oleh sentimen anti apa-apa sahaja yang berkait dengan kerajaan.

Tetapi yang terkesan bukannya Lynas atau kerajaan Australia ataupun penduduk Australia. Kilang Lynas di Australia Barat terus beroperasi dan kerajaan Australia terus memandang remeh pengetahuan bajang-bajang sepet ini. Yang menerima kesan tindakan babi-babi bodoh ini ialah wargakota Kuala Lumpur.

Seharusnya warga kota bangkit menentang tindakan puak-puak bawa sial yang menyusahkan mereka ini.

Pilihlah langkah sebagaimana yang perlu di ambil sama ada :

1. Menghalau mereka dengan baik dan aman. 
2. Menghalau dengan memukul, memijak muka dan memberi sakit kepada punca-punca kekacauan ini.

Ini bukan kerja UMNO. Ini kerja mereka yang mahukan urusan di Kuala Lumpur tidak terganggu seperti di Jakarta. Jika UMNO mengganggu, kita pijak UMNO. Begitulah. 

Menghairankan, banyak-banyak penduduk negeri Pahang, mengapa minoriti ini yang beria-ia? Bekalan babi merudum kah?


The Antics of Husin Lempoyang

Posted: 26 Nov 2012 03:55 AM PST

The Antics of Husin Lempoyang


Bandjarmasin ke Badan Masam

Posted: 25 Nov 2012 05:54 PM PST


Dalam dunia, ada banyak bandar dan bandaraya yang namanya ada bandar.
Di Pahang ada Bandar Pusat Jengka yang kini bergelar Bandar Tun Razak.

Di Cheras, ada taman juga bernama Bandar Tun Razak.

Manakala, di Kajang pula ialah Bandar Tun Hussein Onn. Bandar Sunway lagi ... dan lain-lain taman perumahan.

Di Johor, ada Bandar Tenggara.

Di Perak Tengah, ada Bandar Iskandar

Di Brunei, ibu negaranya Bandar Seri Bengawan.

Di Iran, pelabuhannya bernama Bandar Abbas.

Di Sulawesi, Indonesia, tidak ada Bandar, tapi Bandjarmasin

Di Ampang, ada Badan Masam. Bukan bandar atau taman, hanya wakil rakyat PKR, Zuraidah Kamaruddin.
Hmmm ... akhir-akhir ini, diam saja Mak Lampir.

Apa salah berbanggalah dengan dirinya sebagai anak imigren dari Bengkulu yang hijrah ke Singapura, lalu pilih warganegara Malaysia dan dapat naik dari penjual ubat ke ahli Parlimen dan kini ada 4 kereta mewah. [Baca Sel13.com sini.]

Selalunya dialah tuduh orang macam-macam sampai pernah guna surat palsu buat tuduhan PATI, sedangkan dirinya pun pendatang asing dan berkod IC 71.

Wow! Lagi untung auta orang dari jual unta

Politik Harian

Posted: 26 Nov 2012 03:39 AM PST

Politik Harian


Perhimpunan Haram Di KL Menyusahkan Orang Ramai

Posted: 25 Nov 2012 06:52 PM PST






Polis Diraja Malaysia (PDRM) kesal dengan tindakan penganjur Himpunan Hijau yang berarak dan berhimpun ke Dataran Merdeka hari ini, sehingga menyusahkan orang ramai apabila berlaku kesesakan teruk di ibu negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan penganjur berhimpun dan berarak ke Dataran Merdeka sebagai tanda protes terhadap Lynas Advanced Material Plant (LAMP) telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata, perhimpunan tersebut melanggar undang-undang kerana penganjur tidak menghantar notis 10 hari sebelum perhimpunan dan berarak dengan membawa sepanduk serta baju sebagai tanda protes.

Note: Puak ahlul ni tak habis-habis nak menyusahkan orang! tak tahu ke orang lain nak pergi cari rezeki pagi-pagi sangkut dalam kesesakan jalan raya! tak boleh ke puak ahlul ni buat kerja yang berfaedah sikit!

bumiyang

Posted: 26 Nov 2012 03:29 AM PST

bumiyang


Raja Gopal Mahukan Senario 2010 Berulang Untuk Bangkit???

Posted: 25 Nov 2012 07:37 PM PST

tunku

Posted: 26 Nov 2012 03:01 AM PST

tunku


PAS CONFUSED OR NOT, DAP HAS TO MAKE A STAND BEFORE ELECTION

Posted: 26 Nov 2012 02:30 AM PST

PAS is confused or PAS is trying to exert its presence in the opposition alliance – either way the party has created a real rift in the political co-operation – a rift that may end up with a real split. DAP's Karpal Singh has come out bluntly saying that Hudud should not be extended to non-Muslims and what Kelantan PAS has done has infringe the rights of non-Muslims. Karpal is right in this sense and he is also right if legal action be taken against PAS for encompassing Hudud laws to non-Muslims like in the case currently where non-Muslims hairdressers have to moved out of the state to earn a decent living. For PAS, confused or on purpose (for reasons only Nik Aziz Nik Mat knows), the implementation of Hudud is for all and the party does not seem to care about the implications, particularly the effect on the coming general election. Already the verbal spat between Karpal, who is known to be voicing out the opinions of Lim Kit Siang and Lim Guan Eng on the same subject the past few months threatened to split the alliance but of course, DAP cannot afford such things to happen. PAS, despite its fundamentalism, is still a political force to be reckoned with, and DAP knows that. PKR is a weak link in the alliance as the party has no ideology nor philosophy except to champion for Anwar Ibrahim to be the Prime Minister. DAP is also all out for Anwar to be Prime Minister because the party can manipulate him for their own goals and as for Hudud, Anwar to DAP is just not one that is a fundamentalist. In fact, it is clear that Anwar propagates liberalism and pluralism which is what DAP wants – freedom for all including Muslims which faith has been protected by laws and stipulated in the Constitution. Now with PAS insisting on Hudud and theology state and the real example is Kelantan now where non-Muslims find it hard to earn a decent living, DAP may find its goal flying out of the window to 'unseat' Barisan Nasional at federal level. With PAS adamant to implement its fundamentalism approach, DAP is a fixed – if it split, it loses the Malay support and if not split, it is going to bear the brunt of non-Muslims, mainly Chinese who look upon the party as the 'saviour' from the purported 'discrimination' of BN policies. But given the present situation, it is better that DAP split fast and go on its own or with PKR – PAS can be considered as too much a burden because the party has to explain a lot to their supporters about PAS actions. Might as well split up with PAS because PAS will not change…its policies are set, its goals are clear and its actions all along reflect its consistency.

Dong Zong Is Not Anti-Government, They Are Anti-Malay

Posted: 26 Nov 2012 12:56 AM PST

The 1125 Rally, organized by Dong Zong to oppose the National Education Plan was attended by about 7,000 supporters. Chinese newspapers reported an attendance of 10,000. Whatever the real number is, Dong Zong is certainly getting more and more active in demanding for various exclusive rights which is said that it is to defend and improve the level of Chinese education for Chinese. Even though it has been proven that the government has never ignored vernacular schools, Dong Zong still remain unsatisfied when the new education plan focuses on injecting patriotism for students through the national language. For Dong Zong, the addition in time periods for Bahasa Melayu subjects threatens Mandarin language. It seems that Dong Zong still want to ensure that Chinese will never be able to be fluent in our national language and that they would remain separated from our society in this country. Even from their previous demands, it clearly shows that Dong Zong really insist in separating Chinese away from the national aspiration by fighting for examinations which does not follow rules and regulations which has been set by the Education Ministry. It is clear that Dong Zong refuse to obey the government. Despite that, the organization seems really rude when they demanded for the same treatment as regular Sekolah Kebangsaan. Why would the rich keep on asking for things? As usual, the opposition would try to get into the issue to gain bit of benefit through the rally, such as PKR, DAP and even PAS. But the attendance of Kota Kecil MCA Branch Chairman, Tai Foo Him only makes this racist agenda clearer. According to Dong Zong, the organization is not anti-government. Perhaps the statement is quite true. Dong Zong is not anti-government. Instead, they are anti-patriotic only because Malaysian aspiration is based on Malay identity. Dong Zong do not want their children to be all Malaysian like one of our respected leaders, Tan Sri Lee Lam Thye who they think has been 'Malay-ed up'. For the Chinese, being 'Malay-ed up is an insult because it only means that they are obeying to Malay. Their kiasuness do not allow them to listen to no one. Considering that they really look down upon Malays, having Malays as the core government to this country only rages Dong Zong. Thus, Dong Zong want to show the Malays which is the government, that they have more power and that they are the masters of this country. Dong Zong is not interested with our unity, cooperation, tolerance and respect because to them, Chinese should get more than that. With that, Dong Zong is taking full advantage of the coming GE to show their power and to challenge the government. However, we believe, if each of their demands are followed by the government, Dong Zong would still remain unsatisfied, as long as the leadership of this country is in the hands of Malays.

Sahabat-Gunung

Posted: 26 Nov 2012 01:33 AM PST

Sahabat-Gunung


Anuar Hamzah- Aku Bukan Tabur Pasir Dalam Periuk Nasi Ko Tapi Aku Menjaga & Mempertahankan Rumah UMNO .....

Posted: 25 Nov 2012 04:07 PM PST



Alhamdulillah, akhirnya apa yang aku pendam sejak sekian lama dapat juga aku luahkan di sini, setelah ko petik nama aku hari ini dalam FB ko …

Hari nie aku nak jawab tuduhan jahat sahabat aku nie, saudara Anuar Hamzah …. Yang menuduh aku sebagai menabur pasir dalam periuk nasinya ….. Dan selepas mendoakan BN Hancur dalam PRU13, dia nak jadi orang pertama yang hulur sedekah kepada aku ….

Takpelah bro…. lebih baik ko pergi sedekah kepada anak-anak yatim, orang-orang susah lagi baik….. aku tak nak sedekah orang yang sombong macam ko nie ….

Bro, kenyataan ko mengatakan aku tabur pasir dalam periuk nasi pada ko nie satu tuduhan jahat bro …. Sejak bila plak aku tabur pasir dalam periuk nasi ko…. Ada BUKTI?

Aku hanya tulis dalam FB aku dengan ayat yang berbunyi….. "UMNO nie bagus.... walaupun 'orang' tu cakap UMNO sial, UMNO haram jadah, UMNO rasuah dll. ... tapi UMNO bagi gak 'orang' tu job catering.... macam dah tak de org UMNO yg bisness catering nie... tapi yg bestnyer... sanggup plak buat muka bodoh bisness dgn UMNO."


Aku tak sebut pun nama ko…. Jadi adakah ini bukti bahawa aku telah menabur pasir dalam periuk nasi ko …..

Ko ada kata ….. "aku anak M'sia yg ada hak utk b'suara."……


Jadi aku pun boleh cakap yang aku …………. "Aku anak M'sia dan AHLI UMNO yang ada hak untuk bersuara untuk mempertahankan Rumah UMNO dari dimasuki oleh orang-orang yang menghina, memaki UMNO, Najib dan 1Malaysia…….."

Jadi, ko janganlah kaitkan aku dalam masalah ko nie …. Takkan aku sebagai orang UMNO terpaksa menutup mata bila orang PKR atau PAS …. Opsss!!! Ko bukan orang PKR atau PAS …. Ko NGO bebas …..

sambung balik ….. takkan aku sebagai orang UMNO terpaksa menutup mata bila orang yang menghentam UMNO dan BN serta Najib untuk masuk ke Rumah UMNO ….





Okeylah bro ….. aku menDOAkan bisness ko terus suksess walaupun bukan di bangunan UMNO, banyak lagi peluang dan bisness di tempat lain berbanding di rumah UMNO ….

Aku takkan mendoakan yang buruk-buruk dan sombong… tak baik…. 


Sahabat-Gunung: Takkan kau akan mendiamkan diri kalau aku pergi berak, pergi kencing bersepah rumah ko, lepas tu aku masuk suka-suka jer makan kat rumah ko .... Aku juga ada hak untuk menjaga dan mempertahankan 'rumah UMNO' dari orang yang menghina dan memaki hamun parti UMNO....

Peserta Anti-Lynas Kecut Telor... Tak Jadi Ke PWTC

Posted: 25 Nov 2012 01:29 AM PST


Wahhh.. Tadi bukan main hebat peserta Anti-Lynas ... Kononnya nak gegar PWTC, tapi dalam perjalanan ke PWTC, telor depa jadi kecuttt..

Kenapa yer?

Terkini, depa dah balik ke Dataran... Kakakaka....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Taipingmali (tm)

Posted: 26 Nov 2012 01:11 AM PST

Taipingmali (tm)


Hudud Pas simpan dalam seluar

Posted: 25 Nov 2012 01:32 PM PST

Apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyentuh langsung perjuangan parti itu dalam melaksanakan hukum hudud dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas kali ke 58 baru-baru ini, ianya seakan menunjukkan Pas seperti sudah fobia dengan isu hudud yang mereka perjuangkan selama ini.

Kenyataan Hadi Awang yang nyata jauh berbeza dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib ini membuktikan  Pas ketika ini seperti tidak berani untuk memperjuangkan hudud kerana masih belum mendapat 'restu' dari rakan sekutu politik mereka.

Harun sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa secara umumnya pakatan pembangkang bersetuju hukum hudud dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Menurut Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria, Pas sebenarnya telah hilang hala tuju dan matlamat sebenar mereka dalam memperjuangkan hudud hanya kerana takutkan rakan sekutu mereka. Sebab itulah mereka menukar perjuangan mereka kepada negara kebajikan.

"Jika kita lihat di dalam muktamar Pas baru-baru ini, mereka langsung tidak bercerita tentang perlaksanaan hudud sehinggakan ahli mereka sendiri menjadi keliru. Mereka sebenarnya hanya menggunakan isu hudud untuk menakut dan mengelirukan rakyat dan agar rakyat beranggapan buruk terhadap kerajaan sedangkan selama ini kerajaanlah yang telah banyak menjaga dan memelihara perjuangan agama Islam malah negara kita ini dikenali sebagai negara Islam contoh di mata dunia.

"Jika kita kaji semula, di dalam dokumen buku jingga dan manifesto mereka juga tidak disebut langsung untuk melaksanakan hudud. Ini jelas membawa makna Pas takut dan fobia untuk terus bermain dengan isu hudud. Mereka risau sekiranya terus bercakap pasal perjuangan hudud, mereka akan hilang aras sokongan daripada DAP dan PKR," kata MP Parit.

Tambah Nizar, selama ini Pas bermain dengan isu hudud hanyalah satu dogengan semata demi mendapatkan sokongan rakyat khususnya orang Melayu supaya rakyat terpengaruh dan memberikan sokongan kepada mereka.

"Kita lihat selama ini mereka terus mendesak kerajaan pusat melaksanakan hukum hudud tetapi sekiranya kerajaan pusat bersetuju melaksanakan hudud, adakah mereka sendiri bersedia melaksanakan hudud kerana mereka sendiri belum mendapat 'restu' daripada DAP dan PKR.

"Saya percaya mereka tidak akan berani melaksanakan hudud walaupun mendapat persetujuan daripada kerajaan pusat selagi DAP dan PKR tidak memberi persetujuan," ujarnya lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mca perlu pecat Kian Sit Har

Posted: 25 Nov 2012 05:14 AM PST

Ketua Wanita MCA Negeri Melaka, Datuk Kian Sit Har, bersama-sama dengan Khoo Poay Tiong, Wakil Rakyat Ayer Keroh, Melaka bersama-sama menyertai demonstrasi dan perarakan haram Kumpulan Cina DAPig Hijau Anti Lynas di Dataran Merdeka. Sebelum ini beliau menyertai Demo Bershit 3.0 bersama pembangkang. MCA sebelum ini enggan memecat beliau kerana ia pendirian individu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panglima Perang Cyber

Posted: 25 Nov 2012 11:32 PM PST

Panglima Perang Cyber


Harakah Kata Hj Hadi hanya Layak Jadi Nelayan

Posted: 25 Nov 2012 07:24 PM PST

Harakah Kata Hadi Hanya Layak Jadi Nelayan

Dalam Muktamar PAS baru-baru ini, kita menyaksikan bagaiamana bersemangat sekali ahli-ahli PAS mencadangkan Presiden mereka, Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah. Hadi Awang dilihat tidak menolak terus cadangan tersebut, sebaliknya mengambil sikap 'terbuka' terhadap apa jua cadangan dan keputusan. Malah, beliau juga membayangkan rasa 'syok' sekiranya ia benar-benar menjadi realiti. Ini menunjukkan yang Hadi 'teringin' juga merasa menjadi Perdana Menteri.

Hari ini, Tun Mahathir pula membuat kenyataan bahawa Hadi Awang paling layak di antara semua pemimpin PR untuk memegang jawatan tersebut berdasarkan latarbelakang yang bersih berbanding Anwar Ibrahim.

Walaubagaimanapun, cadangan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin PAS. Malah, pendapat bahawa Hadi Awang layak sebagai PM juga telah tidak dipersetujui oleh mereka.

Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS membuat kenyataan jelas bahawa kepimpinan PAS langsung tidak mengambil serius cadangan ahli-ahli PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM. Mat Sabu sebagai orang no. 2 juga secara terang-terangan menolak cadangan itu kerana akur kepada perjanjian dengan DAP untuk melantik manusia yang digelarnya sebagai Al-juburi, sebagai Perdana Menteri.

Dalam kita membayangkan sokongan desakan hebat dari pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang lain untuk merealisasikan kehendak ahli dalam isu ini, amatlah malang bagi Hadi Awang kerana panglima-panglimanya sendiri tidak yakin dengan kepimpinannya. Tentulah sesuatu yang amat memalukan bagi Hadi Awang apabila mereka yang sepatutnya menjadi 'orang-kuatnya', yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada kepimpinannya, bertindak mengenepikan idea untuk melantik dirinya sebagai PM.

Lebih mengejutkan lagi apabila Harakahdaily, lidah rasmi PAS bagaikan 'segan' untuk menyentuh soal Hadi sebagai PM. Sebaliknya media itu menonjolkan imej Hadi sebagai nelayan, meletakkan gambarnya di laut dengan pakaian seorang nelayan serta memetik kata-katanya yang lebih selesa menjadi nelayan dari menjadi Perdana Menteri.

Apakah ertinya ini? Apakah bentuk permainan atau motif Harakahdaily berbuat demikian? Untuk menunjukkan 'kezuhudan' Hadi Awang? Atau untuk menunjukkan hakikat kedudukan yang tepat bagi Hadi Awang iaitu hanya sebagai nelayan?

'Permainan' Harakahdaily ini agak ganjil jika dilihat dalam konteks politik dalaman PAS. Kita akan tersenyum sinis jika melihat gambar Dato' Seri Najib atau Tun Mahathir sebagai nelayan kerana imej tersebut pastinya tidak kena atau janggal kerana tidak sesuai dengan keperibadian dan karisma mereka. Sama seperti kita melihat gambar Obama sedang menumbuk padi iaitu tidak sesuai, pelik serta mustahil.

Tetapi, meletakkan gambar Hadi sebagai nelayan membawa impak yang amat bertentangan kerana watak, latarbelakang dan penceritaan begitu sebati, sesuai, tepat dan mudah dihayati. Melihat gambar yang disiarkan oleh Harakahdaily tersebut, menjadikan ianya semakin mustahil untuk kita membayangkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

Mana mungkin seseorang yang begitu menepati imej seorang nelayan juga dapat menepati imej seorang Perdana Menteri?

Maka, persoalannya kembali kepada Harakahdaily iaitu mengenai motifnya atau permainannya. Kita sedia maklum bahawa kepimpinan tertinggi DAP dan PKR sememangnya tidak pernah menghormati Hadi Awang sebagai setaraf dengan mereka. Hadi Awang sendiri nampaknya hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan mereka yang lebih agresif, pantas, licik dan arif tentang selok belok dunia. Jika tidak kerana kelemahan Hadi Awang sudah tentu PAS tidak akan mengaku untuk sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud bagi menepati syarat kerjasama Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi.

Jika Hadi Awang punya karisma dan kredibiliti sebagai pemimpin, tentu PAS tidak akan membisu dalam isu murtad, arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya, tetapi sebaliknya akan menyinga dan menyerang DAP dan PKR habis-habisan sebagai kafir sebagaimana PAS menentang UMNO dalam isu yang sama.

Hakikatnya, Hadi Awang bukan pemimpin antara kaum, beliau hanya pemimpin bagi satu kaum, iaitu Melayu dan itu pula terhad kepada satu golongan, iaitu golongan yang jumud yang menganggap Ulama sebagai mengetahui segala-galanya.

Justeru, mungkinkah Harakahdaily cuba 'mengajar' golongan jumud ini agar lebih terbuka dan menerima kenyataan tentang di manakah kedudukan yang paling layak atau tidak layak bagi Hadi Awang. Oleh itu, Gambaran Hadi Awang sebagai nelayan diharap dapat membantu golongan jumud PAS melihat kebenaran iaitu bahawa selama ini mereka dipimpin oleh pemimpin yang juga dipimpin oleh orang lain.

Apakah Harakahdaily cuba memaksa ahli-ahli PAS agar menerima hakikat bahawa mereka tiada pilihan selain akur kepada DAP dan PKR kerana PAS sendiri tidak punya pemimpin sebenar. Selama ini PAS dipimpin oleh seorang Pak Turut, Budak Suruhan atau Boneka yang tidak tahu apa-apa, yang tidak berdaya melawan atau bersuara. Pemimpin yang dipimpin, tidak mungkin layak menjadi PM, dan tentu sekali lebih sesuai menjadi nelayan menangkap ikan sambil mengikut angin di tengah lautan…

Kiriman email.

Anwar has no feeling of shame

Posted: 25 Nov 2012 07:20 PM PST

ANWAR HAS NO FEELING OF SHAME AND DIGNITY, ANYTHING GOES A SLONG AS HE IS PM

Suaram is very insistent in bringing in the two French lawyers - William Bourdon and Joseph Breham – to brief MPs on the investigations of the sale of two submarines by defence firms DCNS to Malaysia.

On orders from Anwar Ibrahim, Suaram is determined to do whatever it takes to make their allegations stick and have Prime Minister Najib Tun Razak appear in the court in France.
Regardless of selling off dignity and pride of the country as well as oneself, Suaram's mission has thus far been a failure as the case is not even taken seriously by the French court where the NGO filed the complaint.

And now, since Anwar's credibility is declining by the day, the latest was the rejection by Australia to interfere in the coming general election, Suaram has to work doubly hard to bring back credibility and confidence of Malaysians to Anwar.

Suaram's action, as all Malaysians know, is to dent Najib's credibility so that Anwar can have an easy path to Putrajaya and Suaram is not alone in this as it is being supported by other NGOs in other issues.

Anwar, on the other hand is feeling 'hot' as he counts the days to polling, personally watching his influence, credibility and image dwindling by the day.

His ceramahs no longer attract thousands, his speeches no longer explosive, his allegations are repetitive nothing new and from within the Pakatan, his image is considered as at rock bottom.
Worse scenario at present is Anwar may find more rejections from other countries on his request for support to purportedly ensure free and fair election in Malaysia, claiming even 12-year olds names are found in the voting lists.

If such a scenario is to follow, Anwar may find even his partners in PR may distance themselves from him come election and he can forget his dream of becoming the Prime Minister.

Even now itself, he finds himself being 'challenged' by PAS president Abdul Hadi Awang, despite the claimed that it was agreed he would be appointed as PM if PR wins the general election.
In fact, from within Pakatan grassroots now, members are debating who is a better PM – Anwar or Hadi – a topic that was never spoken before the PAS general assembly that was concluded last Sunday.

The debate within rank and file now puts Anwar in a shameful situation and the rejection by Australia further shamed him among leaders of Pakatan, even though they smile when with him.
After all, Anwar does not know what are the real feelings of those leaders around him and he does not know whether they really admire him or just making use of him.
Anwar's ego and over-ambitious has made him lose sight of reality.


From Email

Najib Razak : Amanat Kepada Skuad Harimau Malaya - YouTube

Posted: 25 Nov 2012 07:11 PM PST

Video ini diharap dapat membakar semangat juang pasukan Harimau Malaya selepas ini di dalam Piala AFF Suzuki walaupun tewas 3-0 di tangan Singapura semalam.

<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/_5TxJKgZiNQ" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

http://www.youtube.com/watch?v=_5TxJKgZiNQ&feature=g-high-u


Sent from my iPad

BLOG Naib Presiden Umno Dr Ahmad @Zahid_Hamidi Sedia Dilayari

Posted: 25 Nov 2012 06:58 AM PST



Blog beliau boleh dilayari di http://ahmadzahidhamidi.wordpress.com/


Apa yang saya kagum kepada Dr Zahid Hamidi ialah kesungguhannya melengkapkan diri dengan media baru walau sudah berusia tidak jauh usia dengan YAB PM kita.

Ucapan beliau yang menyentuh kepentingan media baru dalam PAU 2011 jelas bukan retorik dan kini DS Dr Ahmad Zahid Hamidi memiliki semuanya samada blog,fb,tweeter dan juga Instagram.

Walaupun sudah mendapat liputan media utama negara kita.

walau agak baru beberapa bulan mula berkicau secara aktif di twitter namun akaun twitter beliau sudah melebihi 22 ribu follower ketika ini.


Kalah panglima sendiri yang baru sahaja 4 ribu follower di twitter.Walau dah bertahun di alam maya.

Sebagai pemimpin rakyat dahagakan info terbaru pemimpin mereka. Dengan ada twitter, serta fb maka komunikasi dua hala dapat dilangsungkan bila-bila masa.

Kerana itu dalam masa yang agak singkat lebih sejuta rakyat Malaysia mengikut twitter dan fb YAB Perdana Menteri.

 

Meninggalkan Anwar Ibrahim yang kini jauh di belakang DS Najib yang agak baru meneroka media baru berbanding beliau.

Kepada pemimpin Umno BN yang lain hidupkanlah media baru sebagai jambatan penghubung dan ingatlah media baru antara prasyarat disebt PM untuk menjadi bakal calon.

Harap pemimpin yang uzur dan ada kes atau salah laku atau mahu beri laluan generasi baru, harap dapat undur diri cara terhormat.

Seorang yang fanatik Umno akan korbankan apa sahaja demi masa depannya.

Berundur sebelum diundur...

Semoga Allah terus berikan kemenangan besar kepada Umno PRU 13 ini dan bila-bila masa.

Mari kita aminkan bersama-sama.

Sent from Samsung Galaxy Note

Penganjur Himpunan Hijau Tidak Maklum Polis

Posted: 25 Nov 2012 01:46 AM PST


PETALING JAYA – Penganjur Himpunan Hijau membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang, tidak memaklumkan kepada polis untuk mengadakan perhimpunan itu di kawasan Dataran Merdeka, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Tan Sri Khalid Abu Bakar

Menurut Khalid penganjur himpunan itu juga gagal mendapatkan kebenaran daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi utama perhimpunan itu.

"Undang-undang jelas, mengkehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman ini, orang yang ingin mengadakan perhimpunan supaya dapatkan kebenaran tuan punya tempat, beri notis pada polis 10 hari sebelum perhimpunan berlangsung…Tapi mereka tidak.

"Kita dah hubungi penganjur, cuba berunding dengan mereka, tapi dia tak membalas," katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Kesedaran Jenayah anjuran bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan penduduk Subang Jaya di sini, Ahad.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan, Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye dan Yang Dipertua MPSJ Datuk Asmawi Kasbi.

Jelas Khalid perhimpunan tersebut yang mengkehendaki penyokongnya berjalan dari Kuantan ke ibu negara, adalah protes jalanan yang menyalahi undang-undang.

Ketika ditanya tindakan polis sekiranya penyokong anti-Lynas itu berdegil memasuki Dataran Merdeka, Khalid berkata semuanya bergantung kepada arahan dari pihak DBKL.

"Dataran Merdeka tu bukan tempat awam, dia ada tuan punyanya… sekarang ini bagi pihak polis, kita tunggulah, kita serah kepada DBKL dahulu, apa juga tindakan daripada DBKL.

"Jika mereka menyerahkan kepada kita (polis), kita akan ambil tindakan berdasarkan undang-undang yang ada," katanya.

Sementara itu, Khalid berkata sistem 'My Distress' iaitu isyarat kecemasan yang diperkenalkan Polis Selangor sejak Ogos tahun lepas akan diperluaskan ke seluruh negara berikutan kejayaannya mencegah jenayah.

"InsyaAllah program ini sedang diteliti oleh kerajaan untuk dilaksanakan secara serentak di seluruh negara tidak lama lagi," katanya.

Sistem MyDistress menggunakan aplikasi penghantaran isyarat kecemasan dengan menekan satu ikon pada telefon pintar dan dilengkapi dengan Sistem Pengesanan Global (GPS) yang akan membantu polis mengesan individu yang menghantar isyarat ke lokasi berkenaan. – BERNAMA



The Unspinners

Posted: 25 Nov 2012 11:23 PM PST

The Unspinners


Anwar has no shame

Posted: 25 Nov 2012 08:26 PM PST

Tak bolehkah Akta ISA baru dicaj terhadap anti Lynas?

Posted: 25 Nov 2012 04:20 PM PST

Fahami kedudukan Islam bawah Perlembagaan

Posted: 25 Nov 2012 05:34 AM PST

Tentera RBF sedia hadapi saman Nurul pemboleh murtad

Posted: 25 Nov 2012 12:30 AM PST

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 25 Nov 2012 11:23 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Sambutan Deepavali PKR, 70 Ribu Orang Hadir..

Posted: 25 Nov 2012 09:00 PM PST


BN takan berjaya tawan shah alam, buktinya ialah bila majlis rumah terbuka deepavali anjuran pkr shah alam di hadiri lebih kurang 70 ribu orang, cukup meriah sampaikan jalan di sekitar shah alam jem teruk semalam...

Menurut seorang tetamu yang hadir, dia merasa cukup bangga dengan sambutan pada majlis rumah terbuka itu, dia tak sangka orang india masih lagi menyokong pkr walau pun kerap kali orang india di tipu oleh anwar ibrahim, katanya lagi, anwar tipu orang india di pulau pinang, tapi di selangor tidak...

Aku malas nak ulas panjang cerita pasal rumah terbuka deepavali pkr nie, korang klik sini untuk bacaan lanjut

Bukti Cina Dengki Dengan Orang Melayu...

Posted: 25 Nov 2012 06:00 PM PST

Apa-apa hal pun, korang baca berita nie dulu...


Tiada ungkapan yang mampu dilafazkan sebilangan besar pekerja kilang Lynas Advance Material Plant (Lynas), Gebeng dekat sini selain mengalirkan air mata gembira tanda kesyukuran selepas Mahkamah Tinggi memutuskan kilang tersebut dibenarkan beroperasi hari ini.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam keputusannya hari ini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) yang diberikan kepada Lynas sebelum ini, oleh tiga penduduk Kuantan sekaligus membolehkan Lynas memulakan operasinya setelah digantung sementara waktu ekoran injunksi berkenaan. utusan 8 Nov 2012

Ok mahkamah dah buat keputusan kata kilang lynas dah boleh beroperasi macam biasa, itu keputusan mahkamah yang sudah di buat setelah mendengar hujah dari berberapa orang pakar yang arif dan yang berkaitan dengan kes itu, kesudahannya kilang lynas di benar beroperasi setelah mahkamah percaya ianya benar-benar selamat.

Tapi ape ke halnya dengan cina-cina bengong nie, masih lagi nak berdemo walau pun mahkamah dah bagi keputusan yang kilang lynas nie ok dan boleh beroperasi semula...

Semua orang tahu, kilang lynas tu di miliki oleh orang melayu, malah lebih kurang 70 peratus perkerjanya adalah melayu dan terletak di kawasan melayu, jadi secara logiknya kilang itu menjadi tempat orang melayu mencari rezeki...

Si cina-cina nie dengki dengan orang melayu dan memang hajat cina nak sabotaj ekonomi orang melayu maka terjadilah perkara seperti di bawah....

Demo anti lynas semalam...









Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 25 Nov 2012 11:16 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Wajib Baca: Ideologi Komunis di Malaysia!

Posted: 25 Nov 2012 10:15 PM PST

Sebelum MyMassa mengolah lebih lanjut tentang isu ini, lihat dahulu gambar-gambar di bawah.



Gambar-gambar diatas ialah sebahagian gambar-gambar yang boleh di'google' bersempena dengan Jalan Kaki Anti-Lynas ke Dataran Merdeka sejauh 300KM dari Gebeng, Kuantan, Pahang yang diketuai oleh Encik Wong Tat. Seterusnya viewers bandingkan dengan gambar di bawah.






Gambar ini pula ialah gambar bersempena peristiwa bersejarah revolusi Komunis Tanah Besar China yang dipanggil The Long March. Dalam peristiwa ini Presiden Parti Komunis China telah mengarahkan ahli-ahli serta pengikut setianya berarak meninggalkan tempat asal lari daripada Kuomintang parti memerintah Tanah Besar Cina ketika itu.

Kedua-dua perkara ini mengambil konsep yang sama, mengarahkan ahli-ahlinya berarak, melakukan revolusi, tetapi yang lebih teruk Anti-Lynas Green Walk ini melanggar peraturan dan menggalakkan semangat perkauman dan perpecahan diantara bangsa dan kaum. Dan satu perkara yang pasti dan sama, kedua-duanya dibangkitkan oleh mereka berbangsa Cina yang berfikiran Rasis dan sempit serta mungkin mendokong ideologi Komunisme.

Lihat sahaja gambar dibawah,



Hampir 90% yang menyertai ini serta menggalakkan kempen ini terdiri dari mereka yang berbangsa Cina, mereka yang inginkan revolusi, serta ingin memecahkan dominasi serta perpaduan kaum diantara bangsa. Mungkin timbul persoalan mengatakan terdapat segelintir mereka yang berbangsa lain yang menyertai jalan kaki ini, tapi mereka ini mungkin sekali sudah dibayar serta mendokong pemikiran ekstremis yang mahukan perpecahan, yang sukakan keganasan, dan mahukan keutuhan perpaduan kaum serta bangsa yang dibina hingga kini roboh.

Neo-Komunisme mungkin sekali nama yang sesuai, dengan berlindung disebalik sesuatu aktiviti, NGO, atau pertubuhan, atau mungkin aktiviti, mereka yang mendokong ideologi Komunis menyamar dan berselindung, agar dapat mencapai matlamat mereka iaitu, memecah belahkan rakyat Malaysia yang sedia ada, dan membawa pengaruh serta ideologi baru. Harus kita ingat program Anti Lynas ini hanyalah program meraih simpati pihak pembangkang, kerana kes yang dibawa mereka tidak dapat dijelaskan dengan bukti saintifik, dan sudah ditewaskan oleh undang-undang. Mereka ini hanya ingin meraih simpati, yang jelas bertitik tolak ke arah untuk meraih undi simpati sempena PRU-13.

MyMassa ingin mengingatkan segelintir orang Melayu dan bangsa lain yang menyokong Anti-Lynas lihat gambar berikut.



Mereka yang bekerja di Lynas ini hampir 95% berbangsa Melayu, beragama Islam. Mahukah anda melihat orang Melayu beragama Islam ini merempat tanpa sebarang pekerjaan? Bukankah sudah diputuskan oleh Mahkamah bahawa Lynas itu beroperasi mengikut prosedur serta undang-undang yang ditetapkan, dan secara automatik mampu menganggu gugat atau bersaing dengan China dari penghasilah 'rare earth'.

Sampai sini dahulu pendedahan MyMassa, tunggu lagi entri yang berikutnya.

Wajib Baca: Bukti Siapa Sebenarnya Zalim Terhadap Rakyat Kelantan.

Posted: 25 Nov 2012 08:02 PM PST

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan doa laknat PAS terhadap lawannya.


Menurut pemimpin PAS, ianya bertujuan kerana kezaliman UMNO terhadap rakyat Kelantan.

Persoalannya, benarkah UMNO menzalimi rakyat Kelantan?

MyMassa tak suka berhujah menggunakan bukti rekaan semata-mata seperti mana yang sering dilakukan oleh Harakah. Kali ini MyMassa menggunakan LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA untuk Negeri Kelantan (seperti yang digunakan oleh Rafizi untuk mendedahkan NFC).

Mari kita tengok fakta ini.


Sepanjang tahun 2009-2011, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM259.73 juta untuk negeri Kelantan bagi menyelenggara jalan-jalan di negeri Kelantan. Daripada peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri, wang tersebut bukan sahaja diberikan kepada Jabatan Kerja Raya malah Pejabat Tanah dan Jajahan serta Pihak Berkuasa Tempatan (di bawah Kerajaan Negeri) juga mendapat peruntukan tersebut.


Apa yang MyMassa nak maklum kepada pembaca, bahawa tidak semua peruntukan Kerajaan Persekutuan dibelanjakan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Berikut adalah penemuan audit:



Jika Kerajaan PAS Kelantan hanya menyalurkan kurang daripada separuh (42.9%) Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri, tidak hairanlah kenapa ada jalan di negeri Kelantan kurang memuaskan. Sepatutnya Kerajaan PAS Kelantan boleh menyediakan jalan yang lebih baik dengan menggunakan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan. Tetapi malangnya wang yang diberi hanya disimpan dalam perbendaharaan Negeri. Dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin PAS yang menerajui Kerajaan Negeri turun berceramah dengan MENFITNAH UMNO SEBAGAI KERAJAAN PERSEKUTUAN MENYEKAT PERUNTUKAN KEPADA RAKYAT KELANTAN!!!

MyMassa yakin ramai rakyat Kelantan dapat menilai siapa sebenarnya yang menzalimi rakyat negeri tersebut. Adakah UMNO dan Barisan Nasional yang tidak menyalurkan peruntukan atau Kerajaan PAS Kelantan sendiri GAGAL MENGURUS DANA PERSEKUTUAN DENGAN BAIK DENGAN HANYA MEMBELANJAKAN 42.9% DARI PERUNTUKAN YANG DIBERI.

MyMassa tahu bahawa PAS Kelantan selalu menyebarkan maklumat palsu bahawa wang persekutuan diberikan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan bukannya Kerajaan Negeri. Namun, apa yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara dapat membuka mata kita semua. Untuk makluman pembaca, bukan Kerajaan Kelantan sahaja diberikan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri (KAPJN) tetapi Kerajaan negeri lain sama ada ditadbir oleh BN atau Pakatan Pembangkang diberikan dana yang sama dengan diberikan kepada perbendaharaan Kerajaan Negeri tersebut.

Bayangkan jika Kerajaan Persekutuan memberikan ROYALTI kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan PAS hanya membelanjakan 42.9% daripada wang tersebut, sudah pasti rakyat Kelantan tetap tidak mendapat manfaat yang sepatutnya. Taktik PAS memang mudah. Apabila gagal membangunkan Kerajaan Negeri yang dipegang selama berpuluh tahun, diversinya dengan menuduh pihak lawan sebagai zalim. Kemuncak kepada putar belit PAS, doa laknat dipohon kepada pihak lawan.

MyMassa harap agar pembaca boleh menilai sendiri siapa yang zalim, adakah BN yang menyalurkan peruntukkan atau PAS yang gagal memanfaatkan dana yang diberi. Itu baru MyMassa buka cerita jalan. Belum lagi MyMassa cerita pasal longkang yang tersumbat, tanah ladang rakyat yang diberikan kepada Syarikat milik Singapura dan lain-lain lagi.

*Sepatutnya PAS doa laknat kepada Israel, bukan kepada sesama muslim macam YAB PM buat.


Serius: Harimau Malaya dibaham Singa-pura!

Posted: 25 Nov 2012 05:12 PM PST


Semalam, MyMassa telah melihat satu persembahan showcase Harimau dimakan Singa....

Jangkaan MyMassa tepat sekali, sebelum perlawanan AFF Suzuki Cup 2012 menentang Singapura semalam. MyMassa merasakan yang Harimau akan dikejutkan, setelah persembahan hambar yang ditunjukkan melalu siri perlawanan persahabatan menentang Thailand (0-2) menentang Hong Kong (1-1), dan menentang Bangladesh (1-1). Kini Harimau Malaya dibaham Singa-pura 0-3...



MyMassa berasa sedikit kecewa dengan persembahan-persembahan beberapa pemain yang menunjukkan semangat yang lemah sekali sewaktu separuh masa pertama perlawanan. Dan walaupun menunjukkan peningkatan posesi serta keinginan untuk menyerang, sekali lagi gawang Harimau Malaya dibolosi. MyMassa tidak mahu menyalahkan mana, mana pihak

Tapi, ingatkah anda bagaimana Harimau Malaya bangkit tahun lepas? Ingatkah anda Garuda menghempas Harimau Malaya pada mulanya. Harapnya bangkitlah Harimau Malaya! Kata orang jangan diusik harimau yang cedera, lagi ganas jadinya. 


Kepada para peminat jangan putus menyokong! Kalau hendak kritik anda layak, tapi pastikan anda terus menyokong Harimau Malaya.  Sokongan anda amatlah diperlukan saat-saat ini, marilah kita terus menyokong. Kepada pasukan jurulatih & sokongan berikan khidmat yang terbaik kepada Harimau Malaya, rawat luka-lukanya, hilangkan ketakutannya. Kepada para pemain Harimau Malaya, bangkitlah, rakyat Malaysia mahu mendengar ngauman mu, mahu melihat semangat juang mu, tunjukkan prestasi yang terbaik, tunjukkan semangat Malaysia Boleh. Jangan mudah layu, jangan mudah tewas.

BANGKITLAH HARIMAU MALAYA!




sekupangdua

Posted: 25 Nov 2012 11:15 PM PST

sekupangdua


KUBUR YASSER ARAFAT DIGALI SEMULA UNTUK BUKTI BELIAU DIRACUN ISRAEL?

Posted: 25 Nov 2012 07:37 PM PST

Dibunuh dengan halus dan senyap?
RAMALLAH - Kerja-kerja menggali kubur bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004 bermula dua minggu lalu bagi membantu siasatan mengenal pasti punca sebenar kematian Allahyarham telahpun selesai

Yasser Arafat mula menjadi sebutan semula bila dia juga dianggap oleh benua Arab seorang pejuang yang digeruni, peristiwa Israel sekarang yang membunuh rakyat dan pemimpin islam tanpa mengira apa cara sekalipun memperlihatkan betapa Yahudi sepatutnya adalah pengganas dunia yang sebenar. paling menjijikan serta kejam bila kanak-kanak diantara yang menjadi mangsa

Kubur bekas pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) itu digali semula bagi membuka siasatan kematiannya, yang disyaki dibunuh susulan penemuan bahan radioaktif yang tinggi pada beberapa barang peribadinya.

Kerja-kerja menggali bermula pada 13 november lalu dengan menyingkirkan kaca dan batu nisan marmar, yang akan mengambil masa kira-kira dua minggu kerana proses itu harus dilakukan dengan teliti menggunakan tangan.
Siasatan bermula selepas balunya, Suha Arafat membuat aduan rasmi berhubung kematian suaminya.

Presiden Mahmoud Abbas kemudian meluluskan proses penggalian kubur  yang terletak di Ramallah, Palestin.

Arafat meninggal dunia pada usia 75 tahun di hospital tentera di Paris selepas mengalami pendarahan otak sehingga mengakibatkan beliau koma.
Sebelum hari kematiannya, pegawai Palestin berkata, bekas pemimpin itu mengalami gangguan darah dan masalah pencernaan.

Awal bulan ini, Pihak Berkuasa Palestion A memberitahu bahawa proses penggalian semula kubur bekas pemimpin itu akan dilakukan secara tertutup.

Begitulah liciknya pembunuhan yang dirancang dengan santau radioaktif yang dihantar kepada nya menyebabkan dia mati secara perlahan-lahan tanpa disedari, sebelum bermula siasatan beberapa pekara yang disyaki menyebabkan kematian beliau termasuk keracunan ataupun arsenik

Apa apapun teman tabik dengan dasar perjuangkan Demi umat Islam. nyawa bukan ugutan untuk tidak terus berjuang, mungkin sesama kaum mereka berbalah tetapi dalam satu sudut semua tetap menyokong usaha kebaikan demi untuk umat islam, malangnya di Malaysia lebih menyedihkan, umat islam bertelagah dan paling menjijikan bila sanggup mendoakan bala keatas saudara seagama dengan mereka. makin jauh tersasar sehingga mereka juga sanggup bersekutu dengan kafir laknatullah yang cukup terang menentang pemerintahan Islam menjadi akrab kepada mereka kerana mahukan kuasa dibumi Malaysia

Tidak selesai disitu nampaknya kuasa boleh mengilakan nafsu untuk berkuasa atau paling tidak gagal dengan kepuasan membalas dendam sekalipun bumi digadaikan keamanannya... malah siapa sahaja yang boleh dipertembungkan asal dendam boleh berbalas sekalipun yang bakal diangkat memang tiada lansung moral sebagai umat islam, mengejutkan... semua yang tak mampu diterima akal diserap dalam kehendak menguasai kuasa di Malaysia... takbir! !! moga Allah menyedarkan mereka... amin

Belantan

Posted: 25 Nov 2012 11:10 PM PST

Belantan


40 rumah dilanda banjir kilat di Meru!

Posted: 25 Nov 2012 07:07 PM PST



Hujan lebat selama beberapa jam sejak pukul 3 pagi ini mengakibatkan kira-kira 40 buah rumah di Jalan Persiaran Hamzah Alang, Meru di sini dilanda banjir kilat.

Menurut penduduk, rumah mereka dinaiki air sedalam 0.5 meter dan banjir itu merupakan antara yang terburuk tahun ini selepas kejadian serupa beberapa minggu lalu.

Tinjauan mendapati, selain rumah kediaman, beberapa premis perniagaan juga turut dinaiki air sehingga memaksa pemiliknya menutup perniagaan lebih awal.

Banjir kilat tersebut turut menyebabkan beberapa laluan masuk ke beberapa majlis perkahwinan dan cukur jambul yang dirancang penduduk sekitar terjejas.

Seorang penduduk, Abdul Rahman Kasmiran, 60, mendakwa, banjir kilat itu berpunca daripada masalah kerja-kerja mendalamkan parit yang tidak seimbang.

"Daripada pemerhatian saya, pihak berkuasa hanya memfokuskan kerja-kerja mendalamkan parit di saliran yang menghala ke Meru manakala saliran ke Kapar pula sering dibiarkan.

"Ini merupakan kali ketiga kawasan rumah saya dilanda banjir kilat dan kali ini merupakan yang terburuk," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.


Selain itu, dua laluan masuk utama Masjid As-Shariff di sini juga terjejas teruk apabila ditenggelami air setinggi paras lutut.

Seorang peniaga durian, Mali Ahmad, 60, berkata, kejadian yang telah beberapa kali terjadi sepanjang tahun ini menyukarkan jemaah untuk datang ke masjid berkenaan.

Yang peliknya tidak pula kelihatan kelibat Adun Meru datang melawat, padahal begitu banyak bendera PAS dipasang disekitar Pekan Meru! Kemana perginya Dr.Rani ya? Indah khabar dari rupa..hamPAS..!!!

Suara Politik
Belantan

Isu Selangor : Data rumah kos rendah yang dikeluar mengelirukan?

Posted: 25 Nov 2012 06:01 AM PST



Kerajaan regim Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor digesa mendedahkan jumlah sebenar rumah kos rendah dan sederhana yang dibina di negeri ini sejak mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) sejak 2008.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi berkata, desakan tersebut ditimbulkan kerana kerajaan negeri dilihat mengeluarkan data bilangan rumah kos rendah yang berbeza hingga boleh mengelirukan rakyat.

Beliau berkata, pada 30 Oktober lalu kerajaan negeri melalui Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad telah mengeluarkan iklan di salah sebuah akhbar dengan menyatakan jumlah rumah kos rendah dan sederhana serta mampu milik yang dibina sejak 2008. Sila klik di sini.

''Bagaimanapun, angka-angka yang diiklankan itu lebih bertujuan untuk mengaburi mata rakyat Selangor, selain memberikan tanggapan bahawa mereka kononnya selama ini berusaha menyediakan rumah mampu milik kepada anak muda di negeri ini.

''Apa yang dinyatakan dalam iklan itu amat bercanggah dengan ulasan yang diberikan dalam Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 26 Mac lalu," katanya dalam sidang akhbar bagi mengulas tentang isu perumahan anak muda di Selangor di sini hari ini.

Menurut Budiman, statistik jawapan yang diberikan dalam sidang DUN dengan iklan yang dikeluarkan adalah tidak konsisten dan sangat berbeza sama sekali. Beliau mempersoalkan bagaimana terdapat kawasan yang diumumkan mengalami pertambahan mendadak, malah ada juga kawasan menunjukkan penurunan jumlah rumah yang dibina.

''Sebagai contoh di daerah Klang, terdapat 132 bilangan unit sedang dibina ketika Exco memberikan jawapan dalam sidang DUN, namun pada iklan dalam sebuah akhbar, data tersebut adalah kosong dan tiada seunit pun rumah dibina di kawasan tersebut.

''Data juga begitu mencurigakan bagi kawasan Petaling apabila iklan dalam akhbar menunjukkan sejumlah 4,242 rumah kos rendah telah dibina sedangkan tujuh bulan sebelumnya tiada sebarang rumah dibina di situ," katanya.

Selain itu kata beliau, mustahil jika kerajaan negeri menyatakan rumah berkenaan masih dalam perancangan dan belum dibina kerana mereka turut mengeluarkan data-data bagi rumah kos rendah yang baharu dan masih belum dibina.

Budiman mendakwa, perbezaan antara bilangan unit yang disebut dalam sidang DUN dengan iklan yang dikeluarkan begitu ketara sekali.

''Persoalannya yang mana satukah benar, adakah kerajaan negeri sengaja memanipulasikan angka-angka tersebut untuk mengaburi mata rakyat dan bermain wayang semata-mata?'' katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya memberikan masa seminggu agar kerajaan negeri membuat penjelasan sebenarnya tentang perkara tersebut. Sementara itu, beliau mahu kerajaan negeri menyatakan bagaimana prosedur pendaftaran kepada penduduk Selangor jika ingin memiliki rumah kos rendah yang kononnya telah dibina.

Dalam pada itu katanya, anak muda di Selangor yang berhasrat untuk memiliki rumah kos rendah rendah dialu-alukan menelefon talian Pusat Khidmat Rakyat (PAKAR) BN Selangor di talian 1300-22-2626 dan memberikan butiran terperinci bagi membantu mereka menyelesaikan kemelut perumahan di negeri ini.

Suara Politik
Belantan

PISAU.NET

Posted: 25 Nov 2012 09:50 PM PST

PISAU.NET


Anwar : “I support all efforts to protect the security of the state of Israel”

Posted: 25 Nov 2012 06:51 AM PST


Saksikan Live Piala AFF Malaysia Vs Singapura.

Posted: 25 Nov 2012 05:47 AM PST



LIVE!
 
   
Get Adobe Flash player

Mana Surat Saman? Izzah Selak Kain Sendiri

Posted: 25 Nov 2012 12:00 AM PST

KENYATAAN MEDIA

6 November 2012 UNTUK SEBARAN SEGERA
Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya – Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah – untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas  Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media lain,  berkaitan laporan berunsur fitnah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari dengan menuduh saya seolah-olah  saya menyokong murtad.


Saya tidak merelakan fitnah sebegini diteruskan dan tidak  teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan  kebenaran dan demi keadilan.


Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN
Di kalangan orang PKR sendiri sedang gelakkan Izzah yang masih belum mengeluarkan SURAT SAMAN kepada Utusan dan Berita Harian. Yang buat Izzah serba tak kena, apabila berdasarkan maklumat peguam, susah juga untuk tidak membawa The Malaysian Insider dan Malaysiakini dalam saman tersebut. Sebab, asal usul berita tersebut adalah portal tersebut. Di samping laporan menyeluruh yang dibuat portal 1Christians.


Hari ini sudah 23hb Nov. Masih belum ada apa-apa. Ulama' yang menasihati PKR sudah nasihatkan. Minta maaf dan bertaubat. Bukan saman.
Mana satu yang Izzah nak buat ni?


Kalau minta maaf, jawabnya terbang EGO anak Anwar yang seorang ni. Disebabkan keceluparan mulut, habis semua planning. Daripada nak memenangi hati orang bukan Islam, pengundi Islam pula yang marah.-GelagatAnwar

Pisau kata "PAS dah istiharkan Nurul Izzah bidadari syurga mereka"

Jangan Libatkan Anasir Luar Rosak Potensi Negara - PM

Posted: 24 Nov 2012 10:00 PM PST





KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak khasnya pembangkang agar tidak cuba melibatkan campur tangan asing dan membawa budaya negatif dari luar yang boleh merosakkan potensi dan masa depan Malaysia sebagai sebuah negara.
 
Menyelar tindakan yang disifat memalukan negara itu, Perdana Menteri berkata potensi Malaysia tidak wajar dirosakkan dengan kemasukan anasir luar kerana negara ini penuh dengan pengharapan dan mempunyai masa depan yang lebih baik daripada apa yang dimiliki hari ini.
 
"Kita sudah ada yang baik di sini...'why fix when it is not broken' (kenapa nak betulkan jika tidak ada yang salah)," katanya ketika berucap pada Himpunan Barisan 1Malaysia : Untuk Masa Depan Rakyat sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini Sabtu.
 
Najib berkata Malaysia kini menjadi contoh kepada banyak negara malah ada yang mencemburui kejayaan dan pencapaian negara namun ada pihak di dalam negara yang sengaja mencari kesalahan kerajaan untuk dijaja ke negara luar.
 
"Jangan cakap dalam negeri, orang Bangsamoro pun hendak berdamai pandang ke Malaysia, (selama) 40 tahun, lebih 100,000 orang sudah mati, tapi kata putusnya pada Malaysia.
 
"Di sini ada orang cari salah pada kita, (sedangkan) yang lain lagi teruk. Di Amerika Syarikat pilihan raya presiden pun banyak masalah, pengundi tidak ada nama di tempat mengundi, keputusan lambat, tetapi tidak ada pihak yang kata ada penipuan besar, pemilihan (Presiden Barack) Obama bagi penggal kedua tidak sah, tidak ada...," katanya.
 
Sambil menempelak pembangkang yang sering mempersoalkan dan mempertikai kerajaan, Najib berkata mereka bagaimanapun mendiamkan diri apabila barisan pembangkang berjaya merampas lima negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.
 
"Jadi jangan minta negara luar campur tangan, jangan bagi malu kepada negara kita. Kita sudah buat yang terbaik untuk Malaysia tapi dia pergi Australia untuk minta campur tangan, nasib baik Australia tidak ikut," katanya, merujuk tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan meminta bantuan Australia untuk memastikan pilihan raya umum bebas dan adil di Malaysia.
 
Australia bagaimanapun menolak rayuan itu serta menegaskan bahawa negara itu tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.
 
"Dia tahu kita ada hubungan baik, dia tahu pemimpin kita, dia kenal. Ini dia (Anwar) pergi sana cucuk sana, cucuk sini.
 
"Kita jangan jadi macam itu, kita ada peluang dan masa depan yang cukup baik jadi fikirkanlah untuk masa depan anak-anak kita," tegasnya.
 
Menyedari sokongan rakyat tidak lagi tertumpu hanya kepada parti-parti siasah, Najib berkata realiti baharu politik yang didukung perkembangan teknologi maklumat menuntut kerajaan untuk mengukuhkan hubungan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat umum.
 
"Sebab itu kita mengiktiraf NGO kerana Barisan Nasional (BN) faham masa depan negara bergantung kepada permuafakatan bersama NGO dan masyarakat madani yang seharusnya dibawa bersama sebagai rakan kongsi untuk mencapai matlamat mentransformasikan negara," katanya.
 
Menegaskan BN bukanlah parti yang kaku, Najib berkata kerajaan bersedia melakukan perubahan untuk membawa kejayaan lebih besar kepada negara.
 
"Kita telah membuktikan tidak semestinya kita tukar kerajaan untuk maju tetapi kita boleh membawa perubahan yang besar dengan kerajaan yang sama," katanya. - BERNAMA

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 25 Nov 2012 09:35 PM PST

ANGIN PERUBAHAN


Mengapa Nik Aziz Tidak Berani Bersuara Dalam Isu Ini?

Posted: 25 Nov 2012 06:16 PM PST



Himpunan Hijau Punca Jalan Sesak di Kuala Lumpur Petang Tadi

Posted: 25 Nov 2012 07:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Pahang yang disertai kira-kira 2,000 orang di sekitar Dataran Merdeka di sini menyebabkan kesesakan trafik melampau selain menjejasperancangan penduduk pada hujung minggu.

Sebelum himpunan dua jam itu bermula pada 4 petang, pesertanya dilihat berarak sejauh 42 Kilometer dari Gombak menyebabkan kesesakan trafik yang keterlaluan.

Tinjauan Bernama mendapati banyak laluan ke ibu negara sesak dengan kenderaan termasuk di Jalan Maharajalela, Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Raja Laut dan Jalan Sultan Ismail.

Malah peserta perhimpunan turut membanjiri jalan raya sehingga menghalang kenderaan yang menuju pusat bandar menyebabkan polis terpaksa menutup laluan di Jalan Raja Laut dan Jalan Masjid India.

Antara yang dilihat hadir pada perhimpunan itu ialah Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Anggota Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Himpunan itu diadakan tanpa permit polis dan ia juga gagal mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi utama.

Peniaga gerai minuman, Rahman Ahmad, 39, berkata perhimpunan itu menyebabkanperniagaannya di Masjid India terjejas.

"Kebanyakan pelanggan saya lari setelah melihat mereka... ada juga yang tidak sempat bayar," katanya.

Jururawat Hospital Kuala Lumpur, Azizah Daud, 40, pula kesal dengan perhimpunan itu yang dilihat boleh mencemar imej negara dan memberi gambaran negatif kepada pelancong asing.

"Saya melihat sendiri peserta perhimpunan menghalau segelintir pelancong asing yang ingin mengambil gambar di Dataran Merdeka. Ini memalukan negara kita," katanya.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahmad Ashraf Mohamad, 20, terpaksa membatalkan hasrat membeli barangan persekolahan setelah adiknya sesak nafasberikutan terperangkap dalam kalangan peserta himpunan itu.

"Saya tidak menjangka perkara ini berlaku. Peserta himpunan ini tidak memikirkan akibat tindakan mereka kepada orang lain," katanya. BERNAMA

Australia Sekolahkan Anwar Ibrahim

Posted: 25 Nov 2012 12:45 AM PST

Ini kalau dalam perbualan para diplomat, depa akan kata Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 'disekolahkan' oleh kerajaan Australia tentang macam mana cara dan urusan antara negara dibuat.

Anwar jelas tidak mengetahui persoalan asas tersebut sehingga memalukan dirinya sendiri.

Permintaan beliau meminta agar kerajaan Australia untuk campur tangan dalam pilihanraya raya ke-13 (PRU13) ditolak oleh Menteri Luarnya, Senator Bob Carr.

Carr yang mengeluarkan kenyataannya melalui ABC Radio di negara itu mengatakan Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum (PRU) yang akan dilaksanakan di Malaysia.

Anwar sebelum ini dilaporkan telah menulis kepada beliau untuk meminta kerajaan Australia agar tampil bagi membantu untuk memastikan PRU akan datang di Malaysia, bebas daripada sebarang penipuan dan rasuah.

Carr berkata pilihan raya di Malaysia adalah merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.

"Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," katanya lagi.

Anwar sebelum ini telah berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd, dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan bantuan Australia.

Dewan senat Australia baru-baru ini juga dilaporkan telah menerima satu usul bagi membenarkan perkahwinan sesama jenis bagi membolehkan ianya sah menurut undang-undang negara kanggaro itu. Carr dan Xenophone adalah merupakan ahli senat yang menyokong agar usul tersebut diterima.

Walaubagaimana, pengundian yang dibuat oleh dewan tersebut pada 20 September yang lalu, telah menolak usul tersebut. Usul tersebut hanya mendapat 26 undi menyokong berbanding 41 undi yang menolak.-22/11/2012

LINK BERKAITAN

wawancara Xenophone bersama stesyen radion ABC baru-baru ini. http://www.abc.net.au/news/2012-11-21/australia-is-malaysias-last-hope-xenophon/4383438?section=act

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 25 Nov 2012 03:35 PM PST

KEPAL NASI KEPAL BERAS


UMNO : MELAYU TIDAK, MALAYSIAN PUN BUKAN!!

Posted: 24 Nov 2012 06:46 PM PST

Perhimpunan Agung UMNO 2012 perlu digunakan sebaik mungkin bagi meletakkan UMNO pada kedudukan yang lebih meyakinkan dalam menghadapi PRU13 yang semakin hampir.

Di sebalik keghairahan ahli PAS pada Muktamar PAS yang baru berlangsung, sebenarnya telah meninggalkan suatu titik hitam dalam perjuangan PAS yang sukar untuk dipadam. PAS secara terang-terangan telah mencemar kesucian agama Islam yang telah menjadi pegangan umat Melayu sejak lebih 600 tahun dahulu.

Muktamar PAS telah dijadikan medan untuk meyakinkan para pengikutnya agar bersedia menerima perubahan dasar dan pendekatan perjuangan serta halatuju PAS.

Jika dulu PAS lebih sanggup terkorban dan kehilangan kuasa demi mempertahankan prinsip dan perjuangannya dalam menegakkan agama Allah, hari ini PAS sudah jauh berubah.

Dulu PAS begitu "pantang" apabila dikaitkan dengan DAP yang tidak pernah bersetuju dengan perjuangan PAS, hari ini PAS sudah boleh menerima DAP.

Pemimpin PAS telah melakukan pelbagai pendekatan dalam usaha meyakinkan pengikutnya untuk terus memahami perjuangan PAS walaupun PAS sudah mengubah rentak perjuangannya.

Paling mencemar kesucian perjuangan PAS ialah apabila mereka sanggup mendoakan kehancuran kepada orang yang berpegang kepada kalimah yang sama dengan mereka di atas alasan dan sangkaan bahawa mereka berada di jalan yang benar manakala orang lain berada dijalan yang sesat. Sikap menghukum orang lain terlebih awal dari hukuman tuhan ini boleh membawa kepada kesyirikan dan bidaah besar.

PAS sebenarnya telah meniru bulat-bulat pendekatan perjuangan Islam yang dibawa melalui UMNO.

UMNO sudah lama memberitahu umat melayu bahawa UMNO tidak pernah sesekali menolak Islam dan segala hukum-hakam yang terkandung di dalam Islam. Cuma UMNO berpendirian bahawa sebahagian dari hukum-hakam seperti soal perlaksanaan hukum hudud, masih belum praktikal dari segi keutamaan amalan untuk dilaksanakan di dalam negara yang majmuk dari segi bangsa, budaya dan kepercayaannya. 

UMNO juga sejak dari awal penubuhannya berpendirian bahawa "perkongsian kuasa bersama dengan bukan Islam" harus diwujudkan bagi memastikan negara mencapai kemerdekaan dan seterusnya mencapai kemajuan peradaban manusia dan pembangunan fizikal di dalam suasana aman dan harmoni di dalam suatu suasana kepelbagaian etnik, kepercayaan dan budaya yang sangat unik dan kompleks.

Ketika UMNO mengambil berpendirian sebegini, sebahagian dari pemimpinnya tidak bersetuju dan telah bertindak keluar, seterusnya menubuhkan Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang ada pada hari ini.

Mereka tidak bersetuju dengan konsep perkongsian kuasa bersama bukan Islam seperti yang dilakukan oleh UMNO melalui Perikatan yang menggabungkan MCA dan MIC.

PAS berfatwa bahawa gabungan bersama bukan Islam yang diinisiatifkan oleh UMNO ini adalah tidak syarak dan PAS beranggapan gabungan seperti ini adalah pendekatan "politik suku agama suku" yang boleh membawa kepada amalan kufur.

PAS mahu mewujudkan sebuah negara Islam yang berdaulat dan segala urustadbir pemerintahan harus berlandaskn 100% kepada Al Quran, sunnah dan ijmak ulamak. Sebarang undang-undang yang bukan bersumberkan dari Al Quran dan Sunnah adalah dianggap toghut. Itu fahaman PAS totok yang asal.

Di atas dasar inilah yang menyebabkan PAS selamanya tidak pernah mahu dikaitkan dengan DAP atau mana-mana parti bukan Islam.

Demi mempertahankan prinsip ini, PAS lebih sanggup tidak mendapat kuasa atau tidak mendapat sokongan atau undi bukan Islam daripada mereka menggadaikan prinsip yang dipegangnya ini.

Begitulah kerasnya PAS berpegang kepada prinsip mereka yang dikatakan Islamik.

Di atas pegangan tegar PAS inilah yang telah menyebabkan UMNO sering dikufur, dikafir dan dimurtadkan oleh PAS dan para pemimpinnya kerana kononnya menolak Islam dan mengambil sumber yang selain dari Al Quran dan sunnah.

"Nabi mengunjurkan kepada umatnya bahawa sesuatu amalan yang kecil tetapi dilakukan secara istiqomah adalah lebih memberi menafaat di sisi Allah dari sesuatu amalan yang besar tetapi tidak istiqomah".

Dengan perubahan terbaru dasar dan pendekatan PAS, jelas sekali bahawa PAS sudah terkeluar dari nilai-nilai amalan istiqomah seperti yang diunjurkan oleh agama.

Sekelumit perjuangan dalam mendaulatkan kesucian agama yang selama ini telah dan terus dilakukan oleh UMNO adalah lebih bernilai di sisi Allah jika dibandingkan dengan perjuangan PAS yang terlalu besar dan "ambitiuos" tetapi tidak mampu untuk dilaksana.

Keistiqomahan UMNO menjaga kesucian agama dan melindungi para penganutnya agar dapat beramal ibadat tanpa gangguan dan kepayahan adalah lebih bernilai di sisi Allah dari perjuangan PAS yang kononnya mahu menegakkan Islam sesyumul-syumulnya di negara ini tetapi tidak realistik.

Keistiqomahan UMNO dalam memastikan rakyat berbilang kaum dan agama bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing tanpa gangguan dan permusuhan di antara penganut masing-masing adalah jauh lebih bernilai di sisi Allah berbanding dengan perjuangan menegakkan hukum hudud "flip-flop" PAS yang "sekejap ada sekejap taada". Hudud PAS lebih banyak mendatangkan fitnah terhadap Islam daripada kebaikan yang diperolehi.

Keistiqomahan UMNO membangunkan produk kewangan berasaskan islam adalah jauh lebih bernilai di sisi Allah berbanding dengan "cakap tong kosong PAS yang asyik menjual projek dinar emas yang sehingga hari ini masih berdentung-dentang.

Jadi orang UMNO jangan rasa rendah diri kepada puak-puak PAS ni. Gunakan perhimpunan agung kali ini sebaik-baiknya untuk memperjelaskan dan mempertahankan bahawa apa yang selama ini telah dan sedang dilakukan oleh UMNO adalah betul dan amat relevan kepada citarasa, budaya, dan kepelbagian dan kompleksiti yang wujud di negara ini.

Nyatakan dengan yakin kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa tiada mana-mana gabungan yang boleh menyaingi model, samada model pembangunan sosial dan hubungan antara kaum, model ekonomi atau apa juga model pembangunan dan kesejahteraan untuk rakyat yang dilakukan oleh BN. 

Tiada mana-mana gabungan parti politik yang lebih komprehensif yang mampu diwujudkan sepertimana model gabungan parti komponen BN.

Masalah terbesar kepada ahli, perwakilan mahupun pemimpin UMNO hari ini ialah "kegagalan untuk yakin" terhadap apa yang dilakukan oleh UMNO. Mereka sendiri tidak benar-benar yakin bahawa parti yang mereka wakili telah membuat sesuatu yang "paling betul dan paling terbaik" untuk rakyat berbanding dengan lain-lain parti siasah. Mereka seolah-olah mempertahankan segala dasar dan perjuangan yang dibawa oleh UMNO secara "separuh hati"!! Tiada keyakinan!!

Akhirnya, perangai mereka didapati 2x5 dengan perangai PAS yang tidak yakin dengan dasar yang mereka sendiri perjuangkan selama ini sebagai betul.

Sikap PAS yang sering mengubah dasar dan pendekatan adalah berpunca dari tiadanya keyakinan diri terhadap apa yang mereka sendiri "tasdikkan" di dalam hati dan ditulis dalam perlembagaan parti mereka. Apabila tiada keyakinan, maka secara automatik sifat bertawakkal terhadap apa yang telah diusahakan juga longgar dan akhirnya telah menghilangkan sifat istiqomah untuk terus berpegang terhadap apa yang sedang diperjuangkan. 

Mereka lebih terkeliur melihat lauk ayam tak disembelih dalam pinggan orang lain daripada lauk kijang exotik yang ada dalam pinggan mereka.

Apa yang dialami oleh ahli dan pemimpin UMNO hari ini seakan-akan sama dengan masalah yang dihadapi oleh ahli dan pemimpin PAS. Mereka lebih terkeliur melihat bini orang dari bini sendiri. Mereka lebih takjub dengan apa yang sedang dilakukan oleh orang lain dari apa yang mereka sedang lakukan.

Ahli dan pemimpin UMNO sudah tidak sedar dan tidak yakin lagi dengan model yang selama ini telah menyebabkan perjuangan mereka diterima oleh orang majoriti orang melayu dan dihormati oleh bukan melayu.

UMNO turut sama tercari-cari pendekatan perjuangan sepertimana parti-parti baru dan pendekatan-pendekatan baru yang dilakukan oleh pembangkang dalam usaha untuk meraih sokongan rakyat.

Perjuangan asal dan hakiki menjadi semakin kabur dan tenggelam dengan dasar dan pendekatan baru yang cuba dipraktikkan. Adakalanya, UMNO tertiru-tiru pendekatan yang dilakukan pembangkang.

Harus diingat, kehilangan sokongan orang melayu dan sebahagian besar bukan melayu terhadap UMNO pada PRU2008 bukan disebabkan oleh dasar yang selama ini diperjuangkan oleh UMNO dan BN.

Sokongan terhadap UMNO dan BN merosot pada 2008 adalah disebabkan "masalah kepimpinan tertinggi yang lemah" sehingga secara perlahan-lahan keyakinan rakyat terhadap UMNO/BN mula terhakis. Bukan disebabkan dasar BN/UMNO telah berubah atau matlamat perjuangan atau pendekatan dalam perlaksanaan segala dasar-dasar telah ditukar. Bukan juga disebabkan kegagalan mekanisma ekonomi atau kemelesetan ekonomi atau rakyat menghadapi tekanan hidup melarat. Rakyat ok, cuma masalahnya rakyat tak confiden dengan Pak Lah. Itu saja.

Jadi kenapa pemimpin UMNO harus tercari-cari dan berlumba-lumba dengan pembangkang dalam mencuba pendekatan demi pendekatan dalam usaha mendapat keyakinan rakyat? 

UMNO berlumba-lumba dengan pembangkang meliberalkan lagi ruang lingkup perjuangannya sehingga masuk ke lopak MCA dan MIC agar tidak dicop rasis, hingga MCA dan MIC tak ada kerja. Untuk apa ini? Bukankah MCA dan MIC itu wakil kepada kaum masing-masing dalam perjuangan bersama di dalam BN?

UMNO berlumba-lumba dengan pembangkang untuk mengikis imej perjuangan demi agama demi bangsa yang sememangnya jelas adalah merupakan agenda hakiki UMNO sejak sekian lama. Mahu disorok ke mana agenda melayu yang tercatat dalam perlembangaan ini? Memang itu agenda UMNO yang dirangka oleh dato nenek kau orang dulu! Kenapa mesti takut dan malu dengan celaan dan kritikan orang lain? Kenapa mahu dilihat lebih Malaysian Malaysia dari DAP? 

Jika mahu ditukar dasar perjuangan UMNO, kenapa tidak pinda saja perlembagaan UMNO supaya kelihatan lebih Malaysian Malaysia dari DAP?

Jika mahu pinda perlembagaan UMNO, BN juga mesti dirombak struktur politiknya. Tidak perlu lagi parti komponen yang berasaskan kaum yang diwakili oleh UMNO, MCA dan MIC serta lain-lain parti ethnic base. Jadikan saja BN itu sebagai single party sepertimana yang diilhamkan oleh arwah Dato Onn!

UMNO seolah-olah sudah hilang jati diri dan hilang fokus serta halatuju perjuangan sebenar apabila menerima tentangan yang sengit dari pihak pembangkang. UMNO seolah-olah sudah takut dan tidak berapa berani lagi untuk kelihatan melayu! UMNO mahu dilihat sekejap melayu, sekejap malaysian! Sekejap cina dan sekejap india hingga MCA, Gerakan dan MIC goyang kaki tak payah kerja kuat untuk meyakini kaum masing-masing untuk terus bersama BN.

Akhirnya, UMNO nak kata melayu tidak, nak kata cina dan india jauh sekali, nak kata Malaysian Malaysia pun bukan.

Cukuplah setakat ni. Panjang sangat dah. Lagi pun sakit hati nak teruskan menulis.

Selamat bersidang wahai melayu!

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 25 Nov 2012 03:04 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Majlis pernikahan Anas, anak DS Hishamuddin dan Alyssa anak tiri Datuk Siti Nurhaliza

Posted: 25 Nov 2012 03:01 PM PST

Kami ingin mengucapkan tahniah ke atas pasangan mempelai Anas Zawawi dan Allysa yang kini sah bergelar suami isteri.

Anas merupakan anak kepada Datuk K dengan bekas isterinya, Tengku Zawiyah manakala Allysa adalah anak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn dan Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah.

Dalam majlis itu, Anas dinikahkan sendiri oleh Hishammuddin.

Wah nampaknya berbesanlah Datuk Siti Nurhaliza dengan pak menteri ye.

Anas mengenali gadis itu ketika mereka sama-sama menuntut di Australia dulu dan sekarang Anas sudah menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia untuk bertugas.

Dalam pada itu,khabarnya majlis perkahwinan mereka akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Tahniah sekali lagi, moga berkekalan hingga ke akhir hayat.




Diperkosa punca pasangan remaja dari Kedah ini berkahwin awal?

Posted: 25 Nov 2012 08:38 AM PST

Phew...! Kami pada mulanya turut berkongsi kegembiraan melihatkan pasangan yang begitu muda ini melangsungkan pernikahan mereka. Hebat, takjub juga dengan alasan-alasan yang mereka berikan dan juga keluarga mereka. Berita mengenai perkahwinan mereka anda boleh baca di SINI

Apabila perkara ini mula tersebar di media-media masa, beberapa cerita kurang menarik mula terdengar berkaitan pasangan ini.

Antara 'cerita-cerita' sensasi yang kami dengar dari penduduk setempat yang tinggal berdekatan dengan pasangan ini berkaitan dengan pasangan perempuan tersebut.

Soseh-soseh mereka mengatakan pasangan perempuan telah pun dirogol oleh tiga lelaki termasuklah si pengantin lelaki. Dua orang lelaki lain iaitu sahabat kepada si pengantin lelaki itu telah menghilangkan diri.

Bagi menutup aib ini dari terus tersebar, si pengantin lelaki terpaksa mengambil tanggungjawab sebagai seorang suami yang sah mengelakkan ia dari dikenakan denda.

Tuduhan ini agak berat, dan kami juga tidak mahu mempercayainya bulat-bulat. Jika ada bukti dan pengakuan sebenar, mungkin pembaca-pembaca lain boleh emailkan kepada kami. Kisah ini kami hanya perolehi dari mulut penduduk sendiri, entah betul entah tidak kebenarannya, cuma reaksi wajah mereka yang bercerita, agak serius!

Apa-apa pun, kami harap pasangan ini dapat kotakan apa yang diakadkan, semoga berbahagia hingga akhir hayat.

* Patut ada pihak yang tidak bersetuju dengan perkahwinan pasangan muda ini..hmmm!

Piala AFF 2012: Singa baham Harimau 3-0

Posted: 25 Nov 2012 07:11 AM PST

Harimau Malaya mengalami kekalahan 0-3 kepada musuh ketat Singapura pada hari Ahad dalam perlawanan Kumpulan B Piala Suzuki di Stadium Bukit Jalil.

Singapura telah diberikan sepakan percuma seawal minit ke-4 selepas Aidil Zafuan menjatuhkan Khairul Amri. Sepakan percuma oleh Shahdan Sulaiman berjaya dikawal oleh pertahanan Malaysia, Fadhli Shas.

Tiga minit selepas itu, Norhsharul Idlan telah mendapat peluang yang baik dihdapan gol tetapi tidak berjaya.

Harimau Malaya terus mengasak dan mendapat sepakan percuma pertama pada minit ke-11 selepas Norhshahrul dikasari oleh pertahanan Singa, Safuwan Baharudin namun sepakan percuma Aidil hanya terkena benteng Singapura.

Norshahrul sekali lagi nampak berbahaya dengan menggelecek bola dari tengah tetapi telah dikasari Hariss Harun pada minit ke-15 dan sepakan percuma kedua diberi kepada Malaysia.

Sekali lagi benteng pertahanan Singapura berjaya menghalang sepakan percuma Malaysia yang kali ini dilaksanakan oleh Safiq.
Singapura mula bangkit selepas itu dengan Mustafic membuat rembatan jarak jauh pada minit ke-18 namun tersasar.

Kunalan kemudian dengan pantas mara dari kiri dan membuat hantaran kepada Norshahrul namun percubaannya tidak membuahkan hasil.

Pada minit ke-25 Harimau Malaya sekali lagi diberikan sepakan percuma tetapi penjaga gol Singapura, Izwan seperti sudah dapat membaca gerakan Safiq dan berjaya menangkap kemas sepakannya.

Lima minit selepas itu Singapura mendapat peluang terbaik apabila rembatan oleh Shahdan Sulaiman hasil hantaran Shahril tersasar.

30 minit perlawanan berlangsung, kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang seimbang namun masih gagal menguji penjaga gol masing-masing.

Pada minit ke-32, kapten Shahril Ishak mengejutkan Stadium Bukit Jalil dengan menjaringkan gol pertama perlawanan hasil hantaran Shaiful Esah.

Enam minit selepas itu, Shahril sekali lagi menjaringkan tandukan kemas dan meletakkan Singapura 2-0 mengatasi Harimau Malaya.

Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal melakukan perubahan dalam pasukan bermulanya separuh masa kedua dengan membawa masuk Wan Zack Haikal menggantikan Khyril Muhymeen.

S.Kunalan melakukan gerakan cantik dari kiri dan membuat hantaran ke dalam kotak penalti pada minit ke-58 namun terlalu tinggi untuk ditanduk oleh Safee Sali.

Dua minit selepas itu, perubahan dilakukan pada benteng pertahanan Malaysia apabila Mahali Jasuli masuk menggantikan Azmi Muslim.

Malaysia masih terus berusaha untuk mendapatkan jaringan. Norshahrul mendapat peluang yang baik pada minit ke-65 apabila membuat hantaran ke dalam kotak penalti dari kiri tetapi telah dihalang oleh Shaiful Esah.
Shaiful Esah mengalami kecederaan pada minit ke-69 dan telah digantikan dengan Irwan Shah.

Malaysia kemudian melakukan serangan balas seminit selepas itu apabila Mahali mara dari kanan mencari Safee Sali di kotak penalti, namun percubaannya berjaya ditangkap oleh Izwan.

Aleksandar Duric telah diamsukkan menggantikan penjaring dua gol Singapura, Shahril Ishak pada minit ke-74.

Sejurus selepas dimasukkan, Duric menjaringkan gol ketiga untuk Singapura hasil hantaran lintang oleh Shahdan Sulaiman.

Perubahan ketiga dilakukan dalam skuad Malaysia pada minit ke-79 apabila Amar Rohidan digantikan dengan Azamuddin Akil.

Malaysia telah cuba melancarkan serangan bertubi-tubi tetapi benteng pertahanan Singapura berjaya menagani ancaman dan pasukan pelawat yang berjaya membuat gerakan serangan tetapi keputusan kekal hingga minit terakhir.

Malaysia: Khairul Fahmi, Bunyamin Umar (Mahalli Jasuli 60'), Aidil Zafuan, Fadhli Shas, Azmi Muslim, Khyril Muhymeen Zambri (Wan Zack Haikal 46'), Amar Rohidan (Azamuddin Akil 78'), Safiq Rahim, S. Kunanlan, Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali.

Singapura: Izwan Mahbud, Daniel Bennett, Baihakki Khaizan, Safuwan Baharudin, Shaiful Esah (Irwan Shah 69'), Shi Jiayi (Fazrul Nawaz 90'), Mustafic Fahrudin, Hariss Harun, Shahdan Sulaiman, Shahril Ishak (Aleksandar Duric 73'), Khairul Amri.

Espnstar.my

Piala AFF 2012: Laos seri dengan Indonesia 2-2

Posted: 25 Nov 2012 07:09 AM PST

Laos mengejutkan Indonesia dengan keputusan seri 2-2 dalam perlawanan yang sengit dalam Piala AFF Suzuki Kumpulan B di Stadium Bukit Jalil pada hari Ahad.

Penjaga gol Indonesia Endra Prasetya dibuang padang sebelum Khampheng Sayavutthi membuka tirai pada minit ke 29 hasil tendangan penalti.

Penyerang Laos Sopa Saysana kemudian dibuang padang setelah mengasari Andik Vermansyah pada minit ke 33 dan Raphael Maitimo menyamakan kedudukan dua minit sebelum masa rehat.

Keoviengphet Liththideth mengekalkan kelebihan gol pada minit ke 79 daripada hantaran Soukaphone Vongchiengkham tetapi pemain gantian Fendry Mofu menyamakan kedudukan pada minit terakhir perlawanan.

Pasukan Indonesia yang tidak pernah kalah perlawanan pembukaan Piala AFF Suzuki sejak tahun 1996 memulakan perlawanan sebagai pilihan kegemaran tetapi dikejutkan pasukan Laos yang bersemangat.

Khampheng telah menyerang dari sayap kiri dan menggelecek bola ke adalam kotak tetapi sepakannya pada minit pertama perlawanan tersasar.

Irfan Bachdim penyerang bintang Indonesia hampir-hampir membuka tirai pada minit ke tujuh hasil usaha Andik Vermansyah yang melepasi penanda beliau dari sayap kanan sebelum memberi hantaran tepat tetapi percubaan Irfan terlalu tingi.

Tiga minit kemudian, kedua-dua pemain Indonesia itu mengulangi gerakan dari posisi yang sama tetapi rembatan Irfan kini terlalu luas.

Laos bertindak dengan gerakan serangan di sayap kiri tetapi dihalang penjaga gol Endra yang melancarkan serangan balas dengan hantaran kepada Irfan tetapi penjaga gol Laos Sengphachan Bounthisanh menghalangnya dengan baik.

Malangnya, Endra dilayangkan kad merah pada minit ke 26 apabila mengasari gerakan Khampheng dan Wahyu Tri Nugroho terpaksa menggantikan Oktovianus Maniani sebagai pengganti penjaga gol Indonesia.

Khampheng menyempurnakan tendangan penalti beliau dengan senang tetapi rakan sepasukannya Sopa Saysana dilayangkan kad merah lima minit kemudian akibat mengasari Andik Vermansyah.

Pasukan Garuda mengambil kesempatan dan menyamakan kedudukan melalui tandukan Raphael Maitimo pada minit ke 43 setelah percubaan Bambang terkena tiang.

Babak dua bermula dengan aksi padat kedua-dua pasukan yang menyebabkan tiga pemain dilayangkan kad kuning sebelum Laos meningkatkan prestasi dan menjaringkan gol melalui Keoviengphet Liththideth.

Keoviengphet telah merampas bola dari kesilapan penjaga gol Wahyu sebelum melepasi penanda dan menyepak masuk bola pada minit ke 79.

Pemain gantian Fendry muncul pada minit terakhir perlawanan dan menyepak masuk percubaan Andik setelah penjaga goal Laos menepisnya keluar.

Keputusan kekal 2-2 hingga wisel penamat.

Indonesia: Endra Prasetya, Raphael Maitimo, Handi Ramdhan (Fachruddin Aryanto 71') , Wahyu Wijiastanto, Novan Setyo Sasongko, Andik Vermansah, Tonnie Cusell, Muhammad Taufiq, Oktovianus Maniani (Wahyu Tri Nugroho 29'), Irfan Bachdim, Bambang Pamungkas (Vendry Mofu 65').

Laos: Sengphachan Bounthisanh, Phattana Syvilay, Ketsada Souksavanh, Khampoumy Hanevilay, Kovanh Namthavixay, Viengsavanh Sayyaboun (Kanlaya Sysomvang 88'), Soukaphone Vongchiengkam, Sopha Saysana, Visay Phaphouvanin (Khonesavanh Sihavong 73'), Vilayout Sayyabounsou (Keoviengpheht Lithideth 32'), Khampheng Sayavutthi.

(Gambar) Nabil Raja Lawak dapat anak perempuan...tahniah!

Posted: 25 Nov 2012 01:00 AM PST

NAZIRAH Ayub, isteri pelawak tanah air Nabil Ahmad, selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi.

Nabil ketika dihubungi Sinar Harian Online memberitahu isterinya melahirkan anak melalui kaedah pembedahan di sebuah klinik di Shah Alam.

"Doktor mencadangkan pembedahan memandangkan bayi sudah besar.

"Alhamdulillah semuanya selamat, isteri pun sihat dan anak perempuan lahir pukul 8.40 pagi tadi," katanya.

Ketika ditanya berat anak pertamanya itu, Nabil menjawab, "saya hanya sempat tengok untuk iqamahkan tadi, jadi saya belum tahu berapa beratnya."

Menurut Nabil, setakat ini nama bagi anaknya masih belum diberi.

Bergelar bapa sudah tentu menjadi kegembiraan tidak terkata buat Nabil.

"Saya gembira, rasa nak nangis pun ada bila tengok muka dia (anak)," katanya.

Nabil dan Nazirah mendirikan rumah tangga 30 September tahun lalu.

Kesatuan Melayu bukan ancaman kepada kaum lain

Posted: 25 Nov 2012 12:45 AM PST

KUALA LUMPUR, 25 Nov -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kesungguhan Umno untuk memupuk perpaduan di kalangan orang Melayu bukan bererti parti itu rasis dan menentang kaum lain di negara ini.

Menepis dakwaan Umno sebagai parti rasis untuk kesekian kalinya, Presiden Umno itu menegaskan, parti itu sentiasa berpegang bahawa kekuatan negara harus berpaksi kepada kerjasama antara kaum.

"Perpaduan Melayu bukan bererti kita menentang kaum lain... kita mesti bawa kaum lain bersama kita. Semangat ini kita dah bawa sejak dulu lagi dari zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak... kenapa kita hendak ketepikan apa yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin pengasas kita.

"Kalau kita tidak mahu kerjasama kaum lain Tunku (Abdul Rahman) tidak akan buat (parti) Perikatan, Tun (Abdul) Razak tidak akan buat BN, tetapi mereka buat sebab kita tahu kekuatan negara kita mesti berpaksi kepada kerjasama antara kaum. Itu kita mesti pegang," katanya.

Dalam wawancara khas dengan pengarang berita Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012, Najib berkata tuduhan rasis adalah dakyah pembangkang untuk menjatuhkan Umno, namun langkah perlu diambil untuk memperbetulkan persepsi tersebut.

"Itu dia tuduh. Kita tidak rasis dari dulu lagi, cuma ada beberapa tindakan yang boleh timbulkan persepsi sedemikian dan patut kita betulkan dan kita akan lakukan," katanya.

Najib berkata dalam konteks keadilan beliau berpegang teguh kepada prinsip Islam yang menuntut seorang pemimpin untuk sentiasa berlaku adil kepada semua pihak.

"Saya berpegang kepada prinsip Islam. Tuhan kata kita mesti berlaku adil sebagai pemimpin dan Tuhan tidak kata kepada orang Islam sahaja. Sebab itulah kita tidak boleh bolot semua kerana orang lain pun menyumbang kepada negara.

"Orang India dengan estetnya, dengan jalan raya yang dibina, orang Cina dengan keusahawanannya, sumbangan dalam bidang perniagaan untuk negara kita dan mereka juga membayar cukai.

"Asalkan kita faham perkara ini. Apa yang kita hendak tolong orang Melayu kita tolong, apa yang kita hendak tolong orang Cina dan India kita tolong secara adil dan saksama," katanya.

Penting juga, kata Najib untuk memastikan masyarakat bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak serta kaum orang Asli tidak terpinggir kerana mereka juga mempunyai hak untuk mendapat keadilan di negara ini.

Mengenai agenda bumiputera, Najib berkata ia perlu diteruskan bagi menjamin penduduk majoriti negara ini tidak terpinggir daripada pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara.

"Kalau negara kita ini membangun dan berjaya hatta menjadi negara maju tetapi penduduk majoriti terpinggir tentu ini tidak menyumbang kepada kesejahteran dan kestabilan negara kita juga," katanya.

Perdana Menteri berkata konsep Gagasan 1Malaysia diilhamkan bagi memastikan rakyat lebih faham bahawa Malaysia merupakan negara di mana semua kaum mendapat manfaat daripada kepimpinan negara.

-- BERNAMA

Pilihan Raya Umum Ke-13 Disember Ini?

Posted: 25 Nov 2012 12:05 AM PST

KUALA LUMPUR, 25 Nov - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.

Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

Najib, yang juga Presiden Umno, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.

"Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini," katanya.

Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13 sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya, dan Suruhanjaya Pilihan Raya wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu.

-- BERNAMA

13th General Election In December?

Posted: 25 Nov 2012 12:01 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 25 - Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the 13th general election (PRU-13) can be held in December, even though the country will be facing the monsoon at that time.

He was confident that despite the monsoon season, the machinery of the political parties contesting in the election could face any eventuality.

"If it rains or a flood occurs, (then we) can use the boat," he said in jest when asked whether the PRU-13 would be held in the near future or Parliament would dissolve on its own on the expiry of the current mandate.

He said this in an interview with editors of Bernama and Utusan Group in conjunction with the Umno General Assembly 2012 at his office in Parliament House, recently.

Najib, who is also Umno president, however, did not rule out the possibility that the election would be held next year if it is not held next month.

"If there is no election in December, then it will be held next year," he said.

Najib has up to April 28 next year to dissolve Parliament to make way for the 13th general election before the Parliament dissolves on its own, and the Election Commission is compelled to set a date for the general election within two months of the dissolution of Parliament.

-- BERNAMA

(Gambar) Model hot 'mengangkang' di pelancaran Ducati Diavel

Posted: 24 Nov 2012 10:01 PM PST

Model-model yang cun dan hot yang kebiasaan beraksi untuk majalah dewasa di Indonesia telah menghangatkan suasan pelancaran Ducati Diavel di JMCS 2012 dengan aksi-aksi sensual dan nakal.

Adakah anda suka menonton Maharaja Lawak Mega? Inilah peluang anda utk turut serta melawak dgn #MegaTweetRace!
Memang tidak tidak dapat dinafikan, automotif dan sensualiti selalunya saling melengkapi! Heh!

Foto: Otoasia.com

BN adalah parti yang dinamik

Posted: 24 Nov 2012 07:31 PM PST

KUALA LUMPUR: "Perubahan boleh berlaku di negara kita dan kita sudah buktikan bahawa ia tidak semestinya (dengan) menukar kerajaan. Kita boleh membawa perubahan yang besar dengan kerajaan sama.

"Barisan Nasional (BN) bukan parti yang kaku, kita bersedia untuk berubah," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada Himpunan Barisan 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Beliau berkata, kerajaan juga akan mempertimbangkan lebih banyak pemberian bantuan kewangan kepada rakyat seperti sebelum ini, antaranya pemberian tayar kepada pemandu teksi dan wang tunai di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 hanya jika negara diurus dengan baik.

"Boleh lagi. Kita (boleh) bagi lebih pada masa akan datang dengan syarat negara kita diurus dengan baik.

"Kita mampu untuk melakukannya kerana dalam tempoh empat tahun ini, kita sudah buktikan bahawa ini bukanlah satu janji kosong, kita sudah tunaikan dan ia adalah realiti," katanya.

Najib turut menegaskan kepentingan mendapat sokongan bukan saja badan bukan kerajaan (NGO), masyarakat madani malah setiap komuniti kecil dan besar bagi mencapai matlamat mentransformasi negara selain memastikan mereka bersama-sama meniti arus pembaharuan besar yang dibawa kerajaan. "Kita sedar bahawa persekitaran dalam negara kita dan dunia sudah berubah. Kita bukan lagi bergerak dalam persekitaran lama. Perubahan ini berlaku kerana kejayaan kita menguruskan negara dengan baik dan berkesan sejak negara mencapai kemerdekaan.

"Setiap Perdana Menteri berjasa kepada kita dan kejayaan membawa perubahan itu dikatakan realiti baru dalam politik tanah air yang menuntut kita memahami bahawa untuk mendapatkan sokongan rakyat kita tak boleh lagi bertumpu dan memberi fokus kepada parti sahsiah saja walaupun tak boleh dinafikan parti politik tetap jentera dan institusi yang amat penting.

"Ini adalah kerana perubahan persekitaran yang dinamik disebabkan kejayaan kita mentadbir negara dan rakyat juga mendapat akses pendidikan yang lebih tinggi kerana peningkatan taraf hidup di mana politik pembangunan tidak lagi begitu besar pengaruhnya," katanya.

Beliau berkata, kemunculan Internet dan media sosial menyebabkan pemerkasaan kepada individu, NGO dan komuniti setempat yang dulunya tidak berasa ada kemampuan dan kekuatan, tapi hari ini mereka sudah boleh mengimbangi kekuatan yang ada kepada pemerintah.

"Sebab itu kita mengiktiraf mereka kerana BN faham masa depan negara ini bergantung kepada permuafakatan dan kerjasama dengan NGO dan masyarakat madani yang seharusnya kita bawa bersama sebagai rakan kongsi tetap serta rakan seperjuangan kita.

"Jika kita mempunyai mentaliti, kelompok kita buat hal kita, kelompok lain dengan cara mereka tapi kita tak mencari titik pertemuan maka negara kita tidak mungkin menjadi sebuah negara hebat dan berada di saf hadapan," katanya.

Beliau berkata, jika setiap individu melihat perbezaan, kepelbagaian dan kelainan tidak seharusnya menjadikan rakyat bergerak dalam kelompok masing-masing apatah lagi saling bertentangan antara satu sama lain.

Himpunan Barisan 1Malaysia yang julung kali diadakan itu disertai lebih 1,000 NGO dari pelbagai latar belakang dan kaum bertujuan menjadi penghubung antara kerajaan dan NGO dalam mengetengahkan sebarang isu bagi memastikan tiada pihak yang terpinggir daripada dasar pembangunan negara.

Antara pengisian himpunan itu termasuk amanat penting yang disampaikan lima tokoh pakar dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan agama. Antara tokoh terbabit ialah Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar yang membicarakan masa depan ekonomi negara; Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye (Masa Depan Keselamatan dan Kesejahteraan Negara) dan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin (Masa Depan Pendidikan Negara). Turut berkongsi pandangan mereka, pakar motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah yang mengupas isu masa depan agama dan pembangunan keluarga, manakala Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian membincangkan masa depan hubungan kaum dan perpaduan. Dalam pada itu, kutipan derma yang diadakan untuk memberi bantuan kepada penduduk Palestin di Gaza yang diserang rejim Zionis baru-baru ini berjaya mengumpul lebih RM10,000 setakat tengah hari semalam.

KPM jawab tiga isu permintaan Pertubuhan Dong Zong

Posted: 24 Nov 2012 07:01 PM PST

KUALA LUMPUR - Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2015 tidak berhasrat meminggirkan mana-mana aliran persekolahan yang wujud di negara ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.

KPM malahan akan memastikan setiap murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan mendapat akses, ekuiti dan kualiti pendidikan, katanya.

"Kewujudan sekolah jenis kebangsaan (SJK) juga djamin oleh Akta Pendidikan 1996 (Seksyen 28) dan ini dikukuhkan dengan penyataan di dalam PPPM Bab 7 muka surat 7 hingga 16," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai menjawab isu yang diutarakan dalam memorandum daripada Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia atau lebih dikenali sebagai Dong Zong berkaitan pendidikan Cina di negara ini.

Seramai 20 orang wakil Dong Zong yang diketuai oleh Pengerusinya Dr Yap Sin Tian telah menyerahkan memorandum tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz 26 Sept lalu.

Abd Ghafar berkata, kerajaan tidak berhasrat mengubah status atau ciri SJK malah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga telah menyatakan Malaysia mempunyai kelebihan daripada legasi yang pelbagai dan satu-satunya negara di luar negeri China yang mempunyai SJKC.

Mengenai pertambahan masa pembelajaran Bahasa Malaysia ke 570 minit seminggu yang dikatakan boleh menjejaskan bahasa ibunda, beliau menjelaskan pertambahan tersebut hanya bagi murid-murid kelas pemulihan di tahap 2 SJKC yang lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu dan hanya meliputi 30 peratus sahaja.

"Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 bermula dengan Tahun 1, pada tahun 2014 kohort murid Tahun 1 2011 akan berada di tahun 4 (Tahap 2 KSSR).

"Pertambahan masa Bahasa Malaysia di SJKC bagi Tahap 1 ialah daripada 270 minit kepada 300 minit manakala bagi Tahap 2 pula ialah daripada 180 minit kepada 270 minit," katanya.

Namun katanya, perbezaan ini harus dilihat dalam konteks dua sistem yang berbeza iaitu peruntukan masa bagi tahap 2 180 minit bagi KBSR dan 270 minit bagi KSSR.

Katanya, pertambahan kelas pemulihan sehingga lima jam seminggu atau 300 minit adalah tidak diwajibkan kepada semua murid SJKC kecuali yang memerlukan sokongan kelas pemulihan sahaja.

Oleh itu pertambahan waktu Bahasa Malaysia bagi Tahun 4 hingga 6 sebenarnya ialah daripada 180 minit kepada 270 minit.

"Pertambahan masa satu jam sehari adalah untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Malaysia bagi murid yang dikenal pasti tidak menguasai tahap minimum penguasaan bahasa tersebut di Tahun 4 hingga 6 di SJKC dan SJKT.

"KPM berpandangan adalah lebih baik murid-murid yang belum menguasai bahasa ini dikenal pasti lebih awal di tahun 4, 5 dan 6.

"Dengan adanya sesi pemulihan selama satu jam setiap hari kepada mereka yang tidak menguasai tahap minimum, dapat membantu mereka menguasai bahasa berkenaan sebelum mereka menamatkan pengajian di peringkat sekolah rendah," katanya.

Dalam masa yang sama, katanya kerajaan mengakui bahawa bahasa ibunda adalah penting dan menggalakkan rakyat menguasai Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa ibunda masing-masing.

Sementara itu, Abd Ghafar turut menyatakan rasional terhadap pelaksanaan murid-murid tahun 4 hingga 6 dari SJKC yang perlu mengikut sukatan seperti Sekolah Kebangsaan.

"Hasrat dan rasional cadangan pelaksanaan adalah bertujuan membolehkan murid SJK dapat menguasai kemahiran Bahasa Malaysia lebih cepat sebelum mereka masuk sekolah menengah yang akan menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya".

Katanya, ia juga bertujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid dan menambah baik transisi SJK ke sekolah menengah dan mengekalkan murid di sekolah. - Bernama

Tampuk pimpinan tertinggi PR 'kelirukan' rakyat...siapa ketua sebenarnya?

Posted: 24 Nov 2012 06:31 PM PST

KUALA LUMPUR 24 Nov. - Rakyat negara ini diminta tidak memilih pembangkang sebagai peneraju negara kerana tindakan sedemikian boleh mengakibatkan proses pentadbiran kerajaan Pusat menjadi tidak terkawal berikutan berlaku perebutan jawatan Perdana Menteri oleh ketiga-tiga parti komponen dalam pakatan berkenaan kini.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Zamil Ibrahim berkata, sekiranya pembangkang memegang tampuk pemerintahan negara pastinya berlaku pelbagai pertikaian yang akan menjejaskan pembangunan negara sekali gus aspirasi menjadi negara maju menjelang 2020 akan terbantut.

"Kepimpinan pakatan rakyat amat mengelirukan rakyat Malaysia, tidak seperti parti politik yang lain di seluruh dunia. Siapakah pemimpin utama dalam parti DAP? Pengerusi atau Setiausaha Agung.

"Siapakah pemimpin utama dalam parti Pas pula? Mursyidul Am atau Presiden parti? Siapa pula pemimpin utama dalam PKR? Ketua Umum atau Presiden parti?" soalnya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Pada Muktamar Tahunan Pas Ke-58 baru-baru ini, Dewan Ulama Pas Pusat menegaskan, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan pemimpin yang paling layak menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), jelas Zamil, kesemua 14 parti komponennya bersatu hati dalam menyatakan, sekiranya kemenangan berpihak kepada BN, Perdana Menteri ialah Datuk Seri Najib, Tun Razak dan hal ini langsung tidak pernah menjadi pertikaian mereka sejak dahulu lagi.

"Saya percaya rakyat Malaysia tidak pernah mendengar bahawa parti-parti komponen dalam BN menyuarakan kehendak mereka untuk meletakkan wakil masing-masing menjadi Perdana Menteri. Ini bermakna BN mempunyai sistem dan permuafakatan yang sangat tersusun berbanding pembangkang," kata beliau.

Menurutnya, kedudukan kepimpinan dalam pakatan pembangkang sama seperti suasana dalam 'perkahwinan gay' yang mana orang ramai tidak tahu siapa ibu dan siapa bapa mereka.

"Persoalan utama adalah bagaimana pakatan rakyat hendak memilih calon Perdana Perdana melalui amalan demokrasi. Hanya Hadi Awang sahaja yang telah dipilih secara demokrasi," ujarnya.

Activists slam marriage of 12-year-old

Posted: 24 Nov 2012 06:01 PM PST

KUALA LUMPUR: Malaysian activists today slammed the wedding of a 12-year-old to her 19-year-old boyfriend, renewing their calls for the government to outlaw child marriages.

Nur Fazira Saad and Fahmi Alias married last week in Kedah state after the girl's father agreed to the union and an Islamic court granted permission, The Star daily reported.

"It is better for them to get married rather than doing something improper," Saad Mustafa, the girl's father, was quoted as saying.

But Ratna Osman, executive director of activist group Sisters in Islam, described the young couple's marriage as "shocking".

"I don't understand why this is allowed in a country like Malaysia… We are talking about a developed country," she told AFP. "The concern is that this is a child being married off… No parents should be doing this."

Child marriages are not uncommon in the conservative Southeast Asian country, where 60 percent of the population of 29 million people are Muslim.

Two years ago, the marriage of a 14-year-old Muslim girl to a 23-year-old schoolteacher triggered similar calls for reform.

Girls below the age of 16 must obtain the permission of Islamic courts, which regulate civil matters for Muslims. But activists say such permission is too readily granted.

There was another outcry in October when two men, aged 19 and 22, were released on probation after courts convicted them of statutory rape.

In both cases the girls, aged 12 and 13, had not been forced, lawyers said.

But activists slammed the judges for freeing the men, saying the question of consent should not have arisen as the victims were below 16.

Earlier this week, a high court overturned the ruling in one of the cases, jailing the 22-year-old man for five and a half years.

- AFP

AFF Suzuki 2012: (Video Jaringan) Thailand tewaskan Filipina 2-1

Posted: 24 Nov 2012 05:35 PM PST

Thailand menang Filipina 2-1 dalam pertembungan Kumpulan A Piala AFF Suzuki pada hari Sabtu di Stadium Rajamangala.

Jakkapan Pornsai berjaya menjaringkan gol pembukaan hasil hantaran Theerathon Bunmathan pada minit ke 39 dan Anucha Kitpongsri menambah pada jaringan dari hantaran Teerasil Dangda.

Paul Mulders berjaya menjaringkan gol saguhati pada minit ke 77 setelah menerima hantaran Patrick Reichelt tetapi keputusan kekal hingga minit terakhir.

Pasukan Filipina mula dengan mengejutkan Thailand apabila melancarkan serangan bertubi-tubi dalam detik pembukaan hasil usaha Phil Younghusband di sayap kiri. Penyerang Loyola yang berusia 25 tahun itu turut dikasari oleh pemain pertahanan Cholratit Jantakam namun tidak diperhatikan oleh para pengadil.

Percubaan pertama dari pemain tengah Thailand Datsakoran Thonglao disia-siakan setelah gagal diterima oleh Jantakam dalam kotak penalti pada minit ke 16.

Hujan lebat menjadi cabaran bagi pasukan pelawat mengawali bola di atas padang.

Minit ke 25 menunjukkan gerakan hebat dari Anucha Kitpongsori yang mengelecek bola masuk kotak penalti untuk diberikan kepada Datsakorn Thonglao namun tendangan beliau tersasar.

Jurulatih Rinfred Scaffer kelihatan berang dengan padang yang bertambah licin sekaligus menjejaskan prestasi pasukan. Thailand mengambil kesempatan untuk menguasai perlawanan malah pasukan Filipina kelihatan terkial-kial untuk bermain di atas padang basah.

Gol pembukaan tirai tiba apabila Jakkapan Pornsai menyempurnakan hantaran pemain pertahanan Bunmathan untuk melulusi penjaga gawang Eduard Sacapano pada minit ke 39 diikuti gol kedua berturut-turut oleh Anucha Kiponsi pada tiga minit kemudian.

Babak kedua bermula dengan penggantian bagi pasukan pelawat: Philip Younghusband digantikan oleh Marwin Angeles.

Kad kuning dilayangkan kepada Paul Mulders setelah mengasari Janthakam pada minit ke 50 sebelum dilayangkan lagi kepada Phichitphong Choeichiu.

Paul Mulders turut mengekalkan harapan tipis untuk pasukan pelawat dengan jaringan gol beliau pada minit ke 77 setelah menerima umpanan pemain tengah Patrick Reichelt di bek kiri.

Setelah Datsakorang Thonglao dibawa keluar padang akibat kecederaan, Filipina kelihatan lebih berbisa untuk menyamakan kedudukan. Dua penggantian seterusnya untuk pasukan Thailand: Nataporn Phanrit mengambil alih tempat Piyaol Bantao dan Arthit Sunthornphit untuk tempat Anucha Kitpongsri pada minit terakhir.

Empat minit ditambahkan namun tidak berbaloi setelah pasukan tuan rumah memungut tiga mata pada akhir perlawanan.

Thailand telah meraih tempat utama dalam Kumpulan A dan akan bertemu Myanmar sementara Filipina bakal menentang Vietnam pada hari Selasa.

AFF Suzuki 2012: (Video Jaringan) Vietnam terikat 1-1 dengan Myanmar

Posted: 24 Nov 2012 05:31 PM PST

Vietnam terikat 1-1 dengan Myanmar dalam perlawanan pembukaan Piala AFF Suzuki Kumpulan A di Stadium Rajamangala pada hari Sabtu.

Penyerang Vietnam telah membuka tirai pada minit keVietnam membuka tirai pada minit ke 34 hasil tandukan Le Tan Tai dari hantaran tetapi Kyi Lin menyamakan kedudukan untuk Myanmar apabila dijatuhkan pada minit ke 52.

Keadaan hujan lebat tidak menjejas saingan sengit kedua-dua pasukan dan Vietnam melancarkan serangan seperti dijangkakan dari minit pertama dengan aksi gelecek Le Cong Vinh yang akhirnya ditangani benteng pertahanan Myanmar.

Thanh Luong, 19 tahun, merupakan pemain paling bahawa untuk Vietnam dengan hantaran-hantaran tepat dari tengah padang. Kyi Lin juga sering mengamcam untuk Myanmar dalam perlawanan yang agak menghiburkan.

Walaubagaimanapun, keadaan benteng pertahanan Myanmar yang sering berlanggar antara pemain sendiri menyebabkan ketidakstabilan dan menghadiahkan Thanh Luong Pham dengan tendangan percuma pada minit ke 34.

Hantaran beliau yang tepat ditanduk masuk oleh Tan Tai untuk gol pembukaan.

Myanmar cuba membalas dengan gerakan serangan tetapi usaha Kyi Lin senang ditangani benteng pertahanan Vietnam.

Babak kedua menyaksikan beberapa asakan yang merbahaya dan Van Phong Dao terpaksa digantikan dengan Van Vien Nguyen akibat kecederaan.

Kyi Lin meningkatkan permainan dan aksi gelecek beliau memaksa Minh Duc untuk membuat asakan yang akhirnya menjatuhkan penyerang muda itu.

Kyi Lin kemudian menyempurnakan penalti pada minit ke 53 dan sekaligus menyamakan kedudukan 1-1.

Prestasi perlawanan semakin merosot dengan keadaan padang yang amat teruk dan keputusan kekal hingga wisel penamat.

bERANIKAN hATI

Posted: 25 Nov 2012 03:04 PM PST

bERANIKAN hATI


HIMPUNAN BARISAN 1MALAYSIA - MENGHALANG PETUALANG MENJULANG PEJUANG

Posted: 24 Nov 2012 11:01 PM PST

 Sebahagian peserta yang hadir

Bersemangat menyanyi dan mengibarkan bendera Negara

Hadirin dari kaum Melayu dan India duduk bersama

 Rakan petugas media

PM sedang berucap

Rakan jurufoto


1. Menghadiri program Himpunan Barisan 1Malaysia yang dianjur dan dihadiri oleh NGO pada Sabtu lalu sungguh membanggakan. Pertamanya kerana dihadiri oleh lebih 1000 wakil-wakil NGO. Kedua kerana dihadiri oleh berbagai kaum. Ketiganya kerana penceramah dan pembentang adalah terdiri dari tokoh-tokoh akademik yang berwibawa. (Baca Sini)  Keempat kerana ianya berlaku dalam suasana tenang dan santai serta penuh dengan gelak ketawa dicuit oleh penceramah dan moderator, terutama mengenai rambut....oleh Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian (yang tidak berambut) dan Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah (yang kekurangan rambut).

2. Saya percaya tujuan program diadakan adalah untuk merapatkan barisan serta menjelaskan isu-isu semasa dan yang tersembunyi menjelang PRU13 yang tidak lama lagi. Sokongan lebih 1000 NGO terhadap kerajaan memang tidak dapat dinafikan dan tidak berbelah bagi memandangkan kehadiran mereka adalah secara sukarela dengan hati yang tulus ikhlas.

3. Berbeza dengan apa yang dilakukan oleh pihak pembangkang pada hari sama iaitu mengadakan tunjuk perasaan jalanan 'Kempen Hijau'nya dengan memberi upah kepada para pendemonstrasi yang menjalankan kerja tunjuk perasaan secara bersiri. Mungkin wajar mereka ini dikesan dan cukai pendapatan juga dikenakan terhadap mereka sebagai  pendemo cari makan.

4. Saya duduk dibarisan yang sama aras dan berhadapan dengan pentas khas. Namun nampaknya itu adalah lokasi yang popular kepada petugas media dimana terdapat ramai jurukamera dan penulis berita. Sebelah kira saya adalah lelaki seorang berbangsa Cina yang sangat bersemangat ketika menyanyikan lagu kebangsaan dan lagu 1Malaysia. Dia seorang patriotik yang saya banggakan.

5. Dr Chandra Muzaffar berceramah dengan lebih serius. Berbicara isu 'Masa Depan Sosio Ekonomi Negara'. Beliau dengan mengingatkan bahawa dalam perluasan pengaruh kuasa besar, kuasa besar barat sedang berusaha menguasai negara kita dan rantau ini melalui 'orang tertentu'. Ini konon kerana mengimbangi pangaruh negara China. 'Orang tertentu' itulah yang sedang menghuru-harakan negara kita dengan perancangan-perancangannya termasuk beberapa siri rusuhan jalanan.

6. Ini tidak menghairankan kerana beliau dan kroninya, selain 'merompak' harta negara semasa berkuasa, juga mendapat sumbangan dana asing secara rahsia. Kerana itulah beliau sanggup membiayai sibertropper upahan yang tugasnya mencacai memburukkan negara dan pemimpin negara dengan pelbagai fitnah yang tidak tercapai akal kita yang waras.

7. Mujur, sejak akhir-akhir ini segala penipuan dan perancangan buruk itu sudah dapat dihidu oleh rakyat. Rakyat sudah sedar dan insaf serta kesal dengan apa yang berlaku dalam PRU12 lalu. Rakyat yang mewakili beberapa NGO yang hadir dalam Himpunan Barisan 1Malaysia ini bertekad tidak akan membiarkan kesilapan dalam PRU12 berulang. Rakyat bertekad tidak akan membiarkan 'patualang menyamar menjadi pejuang'.

8. Seperti biasa, acara majlis dimulakan dengan doa. Namun doa ini bukanlah doa memohon Allah mencelakakan orang lain. Sepanjang acara majlis juga tidak ada sebarang usaha mencela dan memudharatkan mana-mana pihak, kaum serta kelompok lain. Kami datang dengan hati yang bersih dan lapan dan kami pulang dengan hati yang lebih bersih dan lapang.

(Klik baca dan tonton video ucapan PM)

Cucu Tok Selampit

Posted: 25 Nov 2012 01:44 PM PST

Cucu Tok Selampit


Sambutan Deepavali P"Gay"R DUN Batu Tiga, Shah Alam Hambar!!

Posted: 25 Nov 2012 06:00 AM PST






Tidak seperti Rumah Terbuka yang diadakan oleh Barisan Nasional yang mendapat sambutan hangat dari penduduk sekitar mahupun yang jauh, samputan Rumah Terbuka Deepavali P"Gay"R kelihatan hambar. Rumah Terbuka Deepavali P"Gay"R hari ini diadakan di Seksyen 19, Shah Alam, di bawah seliaan DUN Batu Tiga. Dari tengah hari membawa ke petang, jumlah pengunjung yang tiba boleh dikira dengan jari. Kuarng dari 500 jumlah kehadiran. Hampir keseluruhan yang hadir adalah dari kaum India. Tiada kaum Melayu kelihatan kecuali petugas-petugas. Kaum Cina DAPig hari ini pula sibuk membuat demo haram Anti Lynas di Dataran Merdeka.

Gambar-gambar di atas diambil pada pukul 5.00 petang tadi di mana terdapat "crowd" yang paling ramai. Selepas kegagalan siri Ceramah Merdeka Rakyat yang diadakan baru-baru ini di Seksyen 24, Shah Alam yang tidak berjaya mengumpul puluhan ribu Rakyat Shah Alam, sehinggakan Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan kedatangannya atas sebab "kesihatan", sessi kali ini juga dilihat mengalami kegagalan untuk menarik tumpuan umum. ADUN P"Gay"R Batu Tiga, Puan Rodziah Ismail, menghadapi risiko untuk digugurkan oleh Ketua Umum P"Gay"R, di dalam PRU13 sekiranya kegagalan kedua-dua sessi majlis ini diambil kira.

Ketua Wanita MCA Melaka Wajib Dipecat DS @NajibRazak Kerana Sokong Demo Haram Anti Lynas Hari Ini

Posted: 25 Nov 2012 02:00 AM PST


Gambar di atas adalah gambar Ketua Wanita MCA Negeri Melaka, Datuk Kian Sit Har, bersama-sama dengan Khoo Poay Tiong, Wakil Rakyat Ayer Keroh, Melaka bersama-sama menyertai demonstrasi dan perarakan haram Kumpulan Cina DAPig Hijau Anti Lynas di Dataran Merdeka. CTS tidak pasti apakah status Ketua Wanita MCA Melaka ini, kerana sebelum ini beliau pernah menimbulkan kontroversi kerana menyertai Himpunan Bersih 3.0 dan diminta melepaskan jawatan oleh Ketua Menteri Melaka, DS Ali Rustam.

Ketua Menteri Melaka telah meminta Kian Sit Har meletak jawatan selepas terbabit secara langsung dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, 28 April lalu. Sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri beliau berkata, tindakan Sit Har menyertai BERSIH 3.0 membuktikan bahawa Kian seolah-olah menikam parti dari belakang. 

Kini lensa kamera berjaya merakamkan beliau berada di sekitar Dataran Merdeka untuk menyertai Himpunan Cina DAPig Hijau Anti Lynas. Kalau beliau masih memegang jawatan di dalam MCA dan masih bergelar ahli, seharusnya MCA lebih berani untuk membuang dan memecat pengkianat di dalam parti ini. Tidak adanya MCA kecut telor untuk membuat tindakan disiplin yang telah menikam Barisan Nasional dari belakang sebanyak 2 kali!!!

Terkini!!! Kumpulan Cina DAPig Berbaju Hijau Bersiap Sedia Merusuh Di Dataran Merdeka

Posted: 25 Nov 2012 12:37 AM PST







Tinjauan CTS di beberapa tempat di kawasan Kuala Lumpur mendapati rata-rata jalan agak sesak kerana dihalang oleh Cina-Cina Bangsat DAPig yang mengambil kesempatan untuk mengiringi Kumpulan Hijau Anti Lynas yang berjalan kaki dari Kuantan ke Kuala Lumpur, yang tiba semalam. Mereka berkumpul di beberapa tempat sekitar KL sepeti Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kumpulan Cina DAPig ini bercadang untuk berkumpul di Dataran Merdeka seperti lazimnya, seperti mereka rasa Dataran Merdeka itu Mak Bapak depa yang punya. Pihak DBKL didapati menutup laluan ke Daratan dengan penghalang plastik. Beberapa tokoh pembangkang haram jadah seperti Dr Wan Azizah, anaknya Nurul Izzah, "menantunya" Tian Chua, pembantu rumah Anwar Ibrahim, Fuziah Salleh dan haiwan belaan Chegubard kelihatan bersama kumpulan ini. Tidak dapat dipastikan kenapa Anwar Ibrahim menghantar isterinya dan tidak ada telur untuk mengetuai sendiri Kumpulan Hijau DAPig ini.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ini Bendera BN, PGayR Atau Apa?

Posted: 24 Nov 2012 05:53 PM PST



Saya tidak pasti samada penyokong BN wajar menyokong beberapa orang ini yang mengusung sebuah bendera. Yang pasti ianya bukan Bendera BN!!! Mungkin saya terlepas pandang dan saya tidak tahu setakat ini BN telah menggunakan warna ini (biru muda) untuk Bendera selain dari warna Biru Gelap. Walau apapun alasan, perkara melibatkan bendera tidak wajar diambil mudah.

Apakah ada usaha untuk mensabotaj parti Barisan Nasional atau mereka ini ahli baru parti yang tidak peka dengan wadah dan perjuangan parti. Kita berharap agar perkara ini tidak berulang terutama ketika pilihanraya umum akan datang. CTS bukan apa. Kalau warna hijau boleh terima lagi. Ini warna biru muda. Terasa "so gay"!!

yeopPERAK

Posted: 25 Nov 2012 01:39 PM PST

yeopPERAK


aku gembira bila kau bersama dia

Posted: 25 Nov 2012 08:37 AM PST



Di saat kau sedih hati aku pasti akan berbisik.." Tuhan.. bintang aku sedang bersedih..hanya kegelapan yang aku nampak dia wajahnya..cahaya yang dulunya dia tunjuk pudar terhalang dengan kesedihannya.."

Di saat aku melihat kau bersama orang lain hati aku berkata.."Tuhan.. kenapa jantung aku berdenyut dengan laju.. kenapa aku terasa seperti kejutan elektrik yang mengalir di dada ini.."

Di saat kau kelihatan gembira hati aku berbicara.." Tuhan.. kau kekalkanlah kilauan yang terpancar di bintang aku..agar sinarannya akan menerangi segala kegelapan yang wujud ini.."

Dan akan sampai masanya aku akan pergi. Pergi meninggalkan kau bintang.Kerna aku tahu kau bukan untuk aku. Kau akan dusta kau akan khianati aku.Aku akan lihat kau disebalik kamar aku. Sebelum aku pergi aku akan pastikan kau akan terus menyinar.

"aku tumpang gembira bila kau bersama dgn dia"

Terus terang jika ditanya pendapat aku lah kan? haha semestinya aku rasa macam..hey jantan! lembiknya kau nak berserah macam tu jer..nak lihat kekasih hati bahagia dengan orang lain lepas tu tumpang gembira..eeuuwww..kau tak payah nak berlagak suci, sebab paling-paling suci kau tu adalah suci dalam lumpur...bukan debu lagi dah..

kemon la guys, berjuang untuk dapatkan cinta hati itu adalah dituntut..kemon kemon..jika kau rasa kau lebih layak untuk si dia, apa kata korang tawan hati dia balik..

aku tak rasa korang dapat tumpang gembira dengan melihat kebahagiaan orang lain yang anda cintai bak mereka itu sedang menyulam cinta dengan labuci indah, sedangkan kita sebagai kain sakit dicucuk-cucuk, dikait-kait bagai..ada kaitan tak?..metafora yang berkesan sangat tak? tak kan..sebab sukati aku la nak letak hiperbola ke metafora apa pon..

jadi daripada dalam hati anda sakit melihat orang yang anda cinta bahagia bersama orang lain, baik melihat dia bahagia bersama kita, jadi segerakan pernikahan, tunjukkan yang anda serius dan tawan hati bapa dan ibu si dia dahulu sebelum anda tawan hati bakal isteri kamu itu, dan tolong jangan hipokrit dengan mengatakan aku bahagia melihat kau bahagia bersama si dia...piiiraaahhh...kau hengat kau bermain wayang ka??walahualam

waadat

Posted: 25 Nov 2012 01:25 PM PST

waadat


Masih ada yang benci

Posted: 24 Nov 2012 05:39 PM PST



Semasa bersarapan di pagi Ahad di warung bawah pejabat Demang, terdengar perbualan dari meja sebelah.

Tidak banyak yang Demang ikuti namun secara kasar ia berkisar rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

Apabila Demang sebut kerajaan maka janganlah dilihat pada pucuk pimpinan teratas sahaja. Jentera kerajaan itu sangat luas.

Guru Besar pun sebahagian jentera kerajaan!

Rasa tidak puas hati tersebut berkisar pada sikap saki baki pemimpin yang masih ketinggalan zaman dalam bab perkhidmatan cemerlang.

Demang sendiri mencadangkan spesis begitu dilenyapkan.

Cuma dalam kita membuat penilaian harus dikenalpasti antara persepsi dan realiti.

Mengadili dan menghakimi bukan tanggungjawab enteng. Justeru ia tidak boleh diserah bulat-bulat pada khalayak ramai hatta rakyat jelata sebelum info secukupnya disampaikan.

Namun dalam tuntutan demokrasi, itulah yang sedang kita lakukan. Maka kita harus ada plan kedua (backup).

Demang rasa pemimpin pertengahan memang perlu memahami benar-benar maksud 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' kerana di situlah undi penentu.

Kita memang tidak mampu memenuhi kehendak setiap manusia namun keperluan majoriti perlu dilayani seadil yang mungkin.

Dalam pada itu gangguan-gangguan yang berlebihan seperti yang dicetuskan pelampau Anwarisme perlu ditangani bersama peruntukan undang-undang.

Jika tidak, ia adalah satu kezaliman pada rakyat jelata.