Jumaat, 22 Februari 2013

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 22 Feb 2013 01:22 PM PST

Cucu Tok Selampit


YB @khalidsamad Pasti Sakit Jantung Dengan Sambutan Rakyat Shah Alam Kepada Ceramah YB Datuk @zulkiflinordin

Posted: 22 Feb 2013 06:46 AM PST

Datuk Dr Hassan Ali tidak dapat datang ke Seksyen 9, Shah Alam kerana keuzuran. Namun kehadiran anak didik Datuk Dr Hassan Ali, mantan Ketua Pemuda PAS Shah Alam yang juga ahli PAS seumur hidup cukup bertenaga memberi ceramah mengantikan Datuk Dr Hassan Ali. Ribuan warga Shah Alam menjadi sepi dan khusyuk apabila YB Datuk Zulkifli Nordin mengambil alih pentas ceramah.

Tanpa treler mewah, tanpa gula-gula, tanpa sebarang promosi, namun ianya tidak kehadiran warga Shah Alam ke tempat ceramah. Sayugia diingatkan warga Seksyen 9, Shah Alam, yang dikenali sebagai warga elit, yang dikenali amat susah untuk hadir ke ceramah-ceramah politik. Malam ini CTS sebak. Sebak dengan komitmen yang ditunjukkan oleh warga Shah Alam dan juga sebak dengan ceramah penuh keinsafan daripada Datuk Zulkifli Nordin. Semoga iltizam Rakyat Shah Alam ini akan diterjemahkan kepada undi kepada Barisan Nasional.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Anwar PM Ke 7 - Masuk Bakul Angkat Sendiri Pak Syeikh Oii!

Posted: 22 Feb 2013 01:30 AM PST


Ini Huguon Siou Malaysia sudah banyak tidak betul dengan otaknya. Kegilaan untuk menjadi Perdana Menteri begitu ketara. Agak-agaklah menyuruh juak-juak budak pembancuh kopi suruhannya untuk mencetak placard memuji dirinya sendiri dan mengangkat beliau menjadi Perdana Menteri Ke 7. Konon-kononnya ini memberi persepsi bahawa beliau sudah bersedia diangkat menjadi Perdana Menteri oleh Rakyat Malaysia. Ini orang pun ada. Sendiri bikin placard, sendiri suruh penyokong pegang di ceramah sendiri, sendiri ambil gambar untuk syok sendiri, ini kes masuk bakul angkat sendiri lor. Ini orang kalau selepas PRU13 kalah teruk, CTS tidak terkejut kalau beliau dimasukkan ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan. Gila meroyan sangat dah ni!

"Kopi Pra Campuran 5 In 1" Najib Razak? Kempen Apakah Ini?

Posted: 21 Feb 2013 11:20 PM PST


CTS amat setuju bahawa kempen dan promosi amat perlu. Namun setiap kempen dan promosi terutama untuk Perdana Menteri DS Najib Tun Razak perlu ada limit dan batasannya. Jangan kempen yang dijalankan akan merendahkan dan memalukan imej DS Najib Tun Razak sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia. Siapa punya idea bodoh ini meletakkan gambar, "trademark" I Love PM dan lambang parti di atas kopi pra campuran 5 dalam 1? 

"Jabatan Publisiti" Perdana Menteri ini nampak seperti desperado dengan tindakan  yang agak melucukan dan kelihatan amat bodoh ini. Saya yakin majoriti penyokong Kerajaan sekalipun tidak bersetuju dengan promosi sebegini. Barisan Nasional tidak perlu mencontohi mentaliti murahan pembangkang dengan mengadakan promosi murahan. Rekod perkhidmatan DS Najib Tun Razak "speak for itself"! Bila terdesak dan tidak menggunakan otak inilah jadinya

Dulu Nik Aziz Kata Perokok Adalah Haiwan, Sekarang Dia Kata Pulak Penerima BR1M Adalah Ayam Dan Lembu

Posted: 21 Feb 2013 05:59 PM PST


Sekembalinya Menteri Besar Kelatan Nik Aziz Nik Mat daripada umrah, Nik Aziz menghina penerima BR1M dengan berkata pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranyanya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari. Kata beliau dengan merujuk kepada penerima BR1M,


‎"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. "

Analoginya mudah:

Penerima BR1M = Orang kurang pendapatan.
Penerima BR1M = Haiwan ayam dan lembu (ikut kata Nik Aziz)
# Orang kurang pendapatan = Haiwan ayam dan lembu

Wow, macam tu sekali perumpamaanNik Aziz terhadap golongan berpendapatan di bawah RM3,000 yang menerima BR1M!


Nik Aziz pernah mengemparkan negara dengan cakap-cakap lepas beliau. Sebelum ini Nik Aziz pernah menganggap perokok sebagai haiwan. Untuk orang UMNO dan Barisan Nasional mungkin tidak kisah dengan cakap-cakap beliau ini. Bagi orang PAS pula, mereka kena mengambil berat isu ini. CTS tidak pasti berapa ramai orang PAS bertaraf "haiwan" kerana merokok dan berapa ramai pulak yang jadi "ayam dan lembu" kerana mengambil BR1M daripada Kerajaan Barisan Nasional.

Seperti kata Nik Aziz sendiri, "Celako, Celako, Celako!"

Apa Yang Tersirat

Posted: 22 Feb 2013 01:19 PM PST

Apa Yang Tersirat


Tentera Sulu Di Lahad Datu: Presiden Filipina desak penceroboh menyerah dengan aman

Posted: 22 Feb 2013 03:29 AM PST

Presiden Filipina, Benigno Aquino dilaporkan berkata di Manila bahawa pengikut Sultan Sulu, yang mendakwa Borneo Utara sebahagian daripada Kesultanan Sulu, seharusnya menyerah diri secara aman.

"Pergi ke sana dengan senjata tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini.

"Apabila anda menggunakan senjata maka secara semula jadinya hanya ada satu cara untuk pihak disebelah sana bertindak balas terhadap cabaran sebegitu," Aquino dilaporkan berkata ketika mengulas buat kali pertama mengenai insiden berkenaan.

Aquino turut menyatakan bahawa pihak kerajaan telah bercakap dengan pelbagai pihak, termasuk keluarga Sultan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Sementara itu, Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario dalam satu kenyataan berasingan dilaporkan berkata Aquino telah mengarahkan pihak berkuasa kerajaannya 'untuk melakukan apa juga cara' yang boleh bagi menggesa kumpulan penceroboh itu menyerah secara aman dan mereka perlu melakukannya dalam masa terdekat.

Jurucakap tentera laut Filipina Lt Gregory Fabic dipetik sebagai berkata "Sekiranya ada konflik, kami tidak dapat menolong mereka. Kami akan (hanya pergi ke sana) sekiranya ia diselesaikan secara aman dan ada arahan untuk menghantar pulang semua tawanan ke negara asal,"..

Sementara itu kerajaan Filipina mengerahkan enam kapal tentera laut Filipina telah dikerahkan ke laut Sulu dan Tawi Tawi untuk menghalang kemungkinan berlakunya pertumpahan darah di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sultan Sulu yang melakukan pencerobohan.

Kapal-kapal ini hanya menjalankan rondaan di perairan pulau Tawi Tawi, pulau yang terletak kurang daripada setengah jam dari kampung Tandau, di tepi pantai di mana kumpulan dari Sulu itu bersembunyi sejak 9 Februari lalu, dengan menaiki bot laju.

Media di Manila melaporkan bahawa kapal tentera laut itu tidak akan berlabuh di perairan Sabah tetapi berada di sana untuk membantu memastikan keadaan stabil.

Hingga setakat ini belum ada arahan yang diberikan terhadap pemindahan kumpulan dari Sulu itu yang diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram, abang kepada Sultan Jamalul Kiram III.

Hari ini, Jumaat  hari terakhir sepatutnya 100 penceroboh itu dihantar pulang ke negara asal, namun sehingga kini belum ada tanda-tanda proses penghataran akan berlaku.

Pencerobohan Tentera Sulu: Malaysia serba salah

Posted: 21 Feb 2013 09:15 PM PST

SEBELUM menceroboh Kg Tanduo Lahad Datu, pengikut Jamalul Kiram yang dikhabarkan bersenjata terlebih dahulu menyusup masuk ke Sabah. 

Keluasan laut Sabah yang sungguh luas, punca porosnya atau mudahnya penyusupan. Masalah pendatang Sabah yang didengar melalui RCI Sabah yang sedang berjalan di mahkamah, merupakan punca daripada penyusupan yang mudah itu.

Pada tahun 70-an penyusupan masuk rakyat Filipina terutama daripada suku suluk berpunca daripada peperangan saudara di negara itu, dan keadaan itu berterusan, sehingga suatu perjanjian damai antara pemberontak islam dengan kerajaan Filipina, pertama melalui MNLF dan terkini melalui MILF dengan kerajaan Filipina.

MNLF dipimpin oleh Nur Misuari daripada etnik suluk/tausog, manakala MILF dipimpin oleh Murad daripada etnik maranao.

Perjanjian MILF dengan kerajaan Filipina yang diokestra oleh Malaysia ditandatangi di Istana Malacanang dan turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia- DS Najib pada oktober 2012.

Kecatatan perjanjian damai yang baru itu, apabila mengenepikan MNLF, inilah penyebab utama Nur Misuari geram dan mengambil jalan sendiri.

Kesultan Sulu yang didokong Misuari, rata-ratanya daripada etnik suluk/tausog. Data pelarian etnik ini yang menyusup masuk ke Sabah samada secara sah atau tidak, merupakan 1/3 daripada jumlah semua pelarian daripada Filipina yang kini menetap di Sabah.

Etnik Suluk mempunyai sifat pendendam yang semula jadi, atas sebab itu, sering kita dengar pembunuhan beramai-ramai keseluruhan satu keluarga yang bermusuh. Sifat ikatan keluargaan yang kuat dalam etnik ini, akan membawa padah kepada pihak-pihak tertentu yang cuba mengacam nyawa apatah lagi yang berakibat kematian.

Berkaitan dengan pencerobohan tentera sulu di Kg Tanduo Lahad Datu yang diketuai oleh adik kepada Jamalul Kiram III, Raja Muda Agbimuddin Kiram, yang berjaya mendarat di Lahad Datu pada malam 12 Febaruari lalu dan hingga kini masih berkampung di kg Tanduo, pihak kerajaan terpaksa melakukan rundingan damai, kerana mungkin telah mengambilkira sifat-sifat etnik itu.

Masalah kerajaan Filipina dengan pemberontak tausog ini berlarutan berdekad lamanya, apabila kerajaan Filipina yang diperintah Marcos mengambil jalan kekerasan pada tahun 70-an. Malaysia tidak sanggup keadaan peperangan akan berlaku, apabila mengambil pendekatan ketenteraan terhadap penceroboh itu, kerana tiada jaminan saudara-saudara penceroboh itu yang berdekatan dengan Sabah seperti Simunul di Tawi-Tawi yang hanya memakan masa sejam dengan speedboat ke Sabah tidak akan menyusup masuk untuk membalas dendam.

Seperti yang dilaporkan di Manila sebelum ini, bahawa penceroboh yang berlepas pada 9 Februari lalu daripada Tawi-Tawi tidak membawa sebarang senjata, namun selepas mereka berada di Sabah, mereka telah lengkap dengan senjata. Benarlah, khabar angin, bahawa sebelum ekpedisi pulang kampung oleh Raja Muda adik kepada Sultan Kiram III itu, sebenarnya terlebih dahulu ada kumpulan bersenjata menyusup lebih awal ke Sabah.

Malaysia kini serba salah, kalau mengambil pendekatan ketenteraan mengusir penceroboh itu, maka kemungkinan kumpulan itu akan balas dendam, maka yang menjadi korban adalah keselamatan rakyat Sabah; namun apabila mengabaikan pendekatan ketenteraan, maka Malaysia dianggap lemah dalam menjaga keselamatan negaranya.

Nampaknya, cara Malaysia menyelesaikan masalah pencerobohan ini adalah melalui rundingan, tanpa melibatkan pertumpahan darah, dengan perhitungan, kejadian di Selatan Filipina yang bergolak berdekad lamanya kerana salah pendekatan yang diambil oleh kerajaan Marcos.

Bagi Malaysia, biarlah ianya dianggap lemah dalam konteks ini, kerana mengambil pendekatan, bahawa nyawa manusia lebih mulia berbanding dengan persepsi Malaysia lemah dalam soal-soal menjaga kedaulatan negara.

Dalam konteks pencerobohan ini, ianya bukan musuh utama negara, sebaliknya isu ini hanya disebabkan oleh tindakan politik pihak-pihak tertentu terutama oleh kumpulan Misuari untuk mendapat perhatian kerajaan Filipina.

Misuari telah memperhitungkan bahawa menjadikan Sabah sebagai kambing hitam berhubung perbalahannya dengan kerajaan Filipina, tidak akan merugikannya, kerana dia tahu Malaysia tidak akan sanggup mengambil jalan ketenteraan terhadap kumpulannya, kerana ikatan yang telah terjalin antara kumpulannya dengan sebahagian rakyat Malaysia yang ada di Sabah.

PEJUANG BANGSA

Posted: 22 Feb 2013 11:25 AM PST

PEJUANG BANGSA


PANAS ! Blog MIM kantoikan penafian pemimpin PAS sokong 1 MALAYSIA !!

Posted: 22 Feb 2013 12:56 AM PST



Bila tak boleh jawab ..Haprak Daily & pemimpin PAS asyik nak tuduh ini kerja  fitnah UMNO je .  

Setiausaha Majlis Syura PAS Nik Zawawi yang terang2  buat simbol 1Malaysia telah dinafikan Pas .

 Adakah benar penafian itu ? Ikuti pendedahan blog Dr Mim yang turut berada 


MiM ingin memperbetulkan kenyataan Nik Zawawi, Setiausaha Majlis Syura PAS yang dilaporkan di dalam Harakah Daily.

Di antara kenyataan beliau :
Sementara itu, satu lagi gambar yang turut hangat diperkatakan adalah gambar Nik Zawawi bersama Shahidan, Soi Lek dan beberapa orang lagi rakyat Malaysia. 
Apa yang menjadi kontroversi adalah apabila kesemua mereka dalam gambar itu menunjukkan jari telunjuk yang menyerupai 'tarade mark' 1Malaysia yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib seawal menjadi Perdana Menteri pada 2009. 
Gambar itu sekaligus diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab membawa persoalan adakah Nik Zawawi 'mesra' Umno dan sudah menerima gagasan 1Malaysia Najib.
Sebenarnya, gambar tersebut diambil ketika Nik Zawawi menyertai Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) kali ke-6 di Phnom Penh, Cambodia pada Disember 2010. 
Selain Nik Zawawi, turut mewakili PAS menyertai persidangan tersebut ialah Naib Ketua Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. 
Menjelaskan simbol tangan tersebut, Raja Ahmad berkata, ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut.
"Itu lambang kebersamaan semua parti dalam persidangan itu. Tiadak ada kena mengena dengan 1 Malaysia pun. 
"Ianya sebagai menunjukkan bahawa semua parti politik seluruh Asia Pasifik bersatu untuk politik yang matang dan bersih dan sederhana," katanya kepada Harakahdaily.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, MiM merupakan salah seorang daripada wakil delegasi Malaysia di International Conference Asian Political Parties (ICAPP) di Cambodia.


MiM juga telah menulis 3 entri secara langsung tentang program ICAPP itu. Di antaranya :
ICAPP yang di adakan di Phnom Penh, Cambodia masuk hari kedua. Untuk pengetahuan semua, wakil-wakil Malaysia yang hadir adalah dari wakil parti politik Malaysia. Parti UMNO di ketuai oleh DS Shahidan Kassim. Yang turut hadir ialah DS Ir Mohd Zin Mohamed, Puan Shahamin Mohd Yusoff, Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia dan lain-lain. 
 
Di sana juga penulis telah berkenalan dengan 3 wakil PAS. Di antaranya ialah Dr Raja Ahmad, Ketua Lijnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat, Dr Ahmad Shamsuri, SU Politik Presiden PAS dan Ustaz Nik Zawawi, Setiausaha Majlis Syurah PAS.Beliau juga menjelaskan, hanya tiga parti yang menjadi tradisi dijemput pihak penganjur ke persidangan itu iaitu PAS, Umno dan MCA.
MiM juga turut merakam beberapa video semasa berada di persidangan itu. Sila rujuk : ARTIKEL 1  ARTIKEL 2  ARTIKEL 3


Maka, pembetulan yang ingin MiM sampaikan ialah :
1. Program yang dihadiri oleh Nik Zawawi bukanlah Persidangan Centrist Asia Pacific Democrats International (CAPDI) seperti yang dilaporkan oleh Harakah. 
2. Ianya ialah International Conference Asian Political Parties (ICAPP) 
3. Raja Ahmad berkata, ianya bukan isyarat 1Malaysia seperti yang difitnah pihak tertentu, sebaliknya adalah simbol "One Nation Political Parties" yang merupakan trade mark kepada persidangan tersebut. 
4. Padahal, isyarat di dalam foto di atas tidak seperti yang dinyatakan.
5. Tatkala foto ini di ambil, simbol itu merupakan isyarat 1 Malaysia bukannya 'One Nation Political Parties'.

6. Perkara ini juga disahkan oleh rakan-rakan lain di dalam delegasi Malaysia. 
7. Correct me if I'm wrong, sebenarnya tidak ada pun isyarat 'One Nation Political Parties' semasa ICAPP di Cambodia. 
Sebagai Setiausaha Majlis Syura PAS, MiM sarankan kepada Nik Zawawi supaya memperbetulkan kesilapan beliau tentang program yang beliau hadiri di Cambodia. Respons segera ini disarankan supaya kita tidak menganggap beliau tidak peka dengan program yang beliau sendiri hadiri.

Dan mengenai foto kontroversi 1Malaysia pula, MiM sangat hairan dengan sikap Nik Zawawi yang seolah-olah melenting cuba menafikannya. Teruk sangatkah jika perkara ini benar?

Padahal, Nik Aziz sendiri rileks sahaja memakai baju berlogo 1Malaysia.


MiM cabar Setiausaha Majlis Syura PAS menjawab penjelasan MiM ini. Jangan dek perkara ini, nama baik beliau tercemar dan diragui pula.

Wow ! Khalipah DAP hina kalimah Allah dijemput rasmi bina Surau !!

Posted: 21 Feb 2013 10:49 PM PST


Memang bodek tahap gaban giler pemimpin Melayu PKR & PAS P.Pinang  kepada Khalipah Guan Eng ..

Apa tidaknya sampai  nak rasmi perletakan papan tanda asas pembinaan surau pun dijemput orang kafir  yang menghina kalimah Allah & agama Islam  .



Sudah tak ada  pemimpin Islam lain ka dalam PAS & PKR di P.Pinang  yang layak untuk  rasmi bina surau ini ?

Apakah budaya pluralisme ini dah semakin menular teruk dalam PAS &PKR hinggakan orang kafir pun boleh dijemput rasmi rumah ibadat orang Islam ??



Sudah lah gambar ucapan maulidul rasul pun diletakkan muka apek DAP ini kat depan-depan di banner , ini nak rasmi surau pun kena jemput dia juga  .

Memang syok la  Guan Eng & DAP  kerana  sekali lagi memperalatkan agama Islam sebagai modal politik mereka  . Selepas isu kalimah Allah , banner sambutan Maulidul Rasul dan kini pembinaan sebuah surau pulak di Ampang Jajar .





Selepas ni rasanya kalau nak  rasmi sebuah  masjid dibina kerajaan negeri , kalipah Guan Eng la akan diutamakan dalam senarai untuk rasmi ..haha




KETUA Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng pagi ini menyaksikan majlis peletakan papan tanda asas pembinaan Surau Taman Ampang Jajar di Bagan.


Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Kerajaan Negeri akan terus komited memartabatkan Islam di negeri berkenaan sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan sungguhpun terpaksa menerima serangan fitnah oleh pembangkang Umno Barisan Nasional.


"Memang Kerajaan Negeri bertindak adil untuk semua. Kita, Kerajaan Negeri menerima Islam sebagai agama rasmi Pulau Pinang, selain, agama agama lain bebas diamalkan di negeri ini.


"Tetapi, Kerajaan Negeri tetap kena fitnah. Saya pun jadi mangsa fitnah, dua kali saman Utusan, dua-dua (kes saman fitnah) menang," ujar beliau dalam satu majlis, di sini.


Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Utiliti Dan Pengangkutan) turut hadir pada majlis itu.

Hadir bersama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd. Salleh Man, Salahudin Nasir (Pegawai Agama Daerah Seberang Perai Utara),  Abu Bakar Zin (Pengerusi Surau PPR Taman Ampang Jajar) dan Ahmad Farid Md. Arshad (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP).

 Pada majlis tersebut.Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, rakyat Pulau Pinang ibunya kian bijak dengan kemudahan mengakses maklumat internet hatta tidak mudah terpengaruh oleh politik fitnah pembangkang.


Sebelum pada itu, Guan Eng mengumumkan peruntukan agama Islam RM400,000 untuk membina surau di atas sebidang tanah milik MAINPP yang berkeluasan 587 meter persegi, di sini.

BR1M : Komen berapi Muhyiddin pasal fatwa Nik Aziz

Posted: 21 Feb 2013 08:49 PM PST








Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa `fatwa' Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) seperti haiwan adalah bercanggah dengan ajaran Islam.


Beliau berkata, sumbangan kerajaan itu adalah kerja amal bagi membantu rakyat yang memerlukan dan sepatutnya disokong oleh semua pihak termasuk pemimpin Pas sendiri yang arif tentang agama.


"Saya terkejut bagaimana Nik Aziz sebagai seorang Menteri Besar dan pemimpin Pas yang sepatutnya berpegang kepada prinsip agama telah membuat satu kenyataan yang menghina penerima bantuan itu yang jumlahnya amat ramai," katanya selepas mendengar taklimat persiapan pilihan raya umum Barisan Nasional Sabah di sini hari ini. - UTUSAN


 

Hot! Think Thank The Economist ramal BN menang PRU13 @NajibRazak

Posted: 21 Feb 2013 07:13 PM PST





Sekumpulan pemikir majalah antarabangsa The Economist meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

 Jangkaan kemenangan itu adalah berdasarkan rekod BN yang cemerlang, agenda transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kejayaan kepimpinan beliau selepas 2008.

 Kumpulan pemikir majalah itu, Economist Intelligence Unit (EIU) yang sering menjalankan analisis terhadap kebanyakan negara dan aspek industri menjelaskan baru-baru ini, sifat BN yang menepati segala janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 juga menjadi antara faktor yang akan membawa kemenangan kepada parti itu nanti.

Menerusi laporan itu yang dipetik oleh laman blog www.thechoice.my, EIU menyatakan bahawa pakatan pembangkang di negara ini kerap membuat janji yang terlalu berkos tinggi bagi mendapatkan kuasa dan ia adalah penghalang bagi mereka untuk menang dalam pilihan raya umum nanti.


 "Kumpulan pemikir itu berkata, tidak mudah bagi pakatan pembangkang untuk melaksanakan semua janji yang lepas. 

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan tinggi percuma memakan belanja RM43 bilion kepada kerajaan sementara menghapuskan duti kenderaan akan mengurangkan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun kepada negara," kata blog berkenaan.


Menurut blog thechoice lagi, laporan EIU itu juga menyebut bahawa pakatan pembangkang telah memungkiri banyak janji yang dibuat sebelum ini termasuk menyediakan bantuan kewangan kepada pendidikan pra sekolah, pelajar universiti, warga emas dan orang kurang upaya selain menurunkan cukai hartanah dan bantuan bagi rakyat membeli rumah.


Berdasarkan laporan itu juga, blog itu memberitahu, walaupun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah menegaskan manifesto bukan satu janji kepada rakyat, tetapi rakyat akan tetap menganggap apa yang disenaraikan pembangkang itu sebagai janji yang perlu ditunaikan oleh kerajaan memerintah.

Blog itu menjelaskan, EIU juga menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bermula 2013 sehingga 2017 akan terus tumbuh dengan baik.


 "Faktor itu menjadi satu lagi sebab kukuh kepada kebangkitan semangat parti pemerintah yang dipimpin oleh Najib.

Hot ! Mursyidul TIBAI balun berapi Nik Aziz pasal BR1M

Posted: 21 Feb 2013 05:46 PM PST





Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima pelbagai bantuan kerajaan sebagai haiwan merupakan satu penghinaan kepada rakyat golongan berpendapatan rendah serta menolak konsep sedekah dan zakat dalam Islam.

Sehubungan itu, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan itu yang menyamakan taraf manusia dengan haiwan sambil menyifatkan Nik Abdul Aziz sudah 'salah makan ubat'.


Katanya, semasa kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang pertama dahulu, Menteri Besar Kelantan itu sendiri menggalakkan ahli Pas untuk mengambil bantuan itu dan meminta duit itu disedekah kepada tabung parti, tetapi sekarang menghina pula penerimanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130222/po_05/Mursyidul-Am-TIBAI-kutuk-kenyataan-MB-Kelantan#ixzz2LaWEKQym
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penerima BR1M sama seperti haiwan satu penghinaan

Posted: 21 Feb 2013 04:50 PM PST





- Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan daripada Kerajaan Pusat seperti haiwan, jelas merupakan satu bentuk penghinaan kepada rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan itu juga amat keterlaluan dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam.


Menurutnya, Nik Aziz sebagai ulama seharusnya mengajar konsep berterima kasih kepada pihak yang memberi bantuan.

''Beliau juga patut ajar erti bersyukur dengan rezeki yang Allah beri daripada manusia atau pemimpin yang terbuka hati untuk memberi bantuan.

"Jelas kenyataan beliau satu bentuk penghinaan kepada rakyat dan menyamakan mereka dengan haiwan amatlah keterlaluan," 

DIMENSI

Posted: 22 Feb 2013 11:21 AM PST

DIMENSI


Omegay: Mulut Cabul - Penyokong Pas ROTAN Wally Slipor!

Posted: 22 Feb 2013 05:15 AM PST

PULAU PINANG 22 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa memohon maaf kepada kira-kira empat juta rakyat negara ini yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atas keceluparannya menyamakan penerima bantuan berkenaan dengan haiwan.

Pengerusi Tetap Pas Bahagian Tanjung, Zaidi Abu Bakar berkata, sebagai seorang bergelar ulama tidak sepatutnya Nik Aziz menggunakan kapasitinya itu untuk mengeluarkan sebarang kenyataan yang keterlaluan.

Tegasnya, bantuan berkenaan adalah untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan malah tiada pun syarat yang dikenakan kepada penerima bantuan tersebut wajib mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

"Oleh itu Nik Aziz perlu minta maaf kepada semua penerima bantuan berkenaan termasuklah saya sendiri. Beliau boleh cakap begitu kerana pendapatan bulanannya berbelas ribu.

"Tetapi bagi kami sebagai rakyat, siapa lagi yang mahu memberi bantuan seperti itu? Kalau hendak mengharapkan Pas belum tentu lagi," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas demonstrasi aman membantah DAP dan Karpal Singh berhubung isu kalimah Allah di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Sardon, Gelugor, dekat sini hari ini. - Utusan Malaysiaku sayang









Omegay: Majalah Economist akui Najib pakar Ekonomi..Anuwar pakar Ekor No Money >XD

Posted: 21 Feb 2013 10:00 PM PST


Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, 'The Economist', meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU.

Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar.

Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'.

EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala berkata, 'adalah jelas tidak sesuai' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya.

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya.

Menurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.

Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal.

Di Selangor, misalnya, BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya, bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008.

"Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim mengulas bahawa manifesto bukan janji tetapi mengakui bahawa pengundi mungkin berfikir sebaliknya," kata EIU.

Bandingkannya dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya, dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan.

Sebagai contoh, Najib telah menjanjikan Pulau Pinang dengan 20,000 rumah mampu milik dan monorel untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan jika BN berkuasa di negeri itu, pengundi boleh yakin rancangan ini akan dilaksanakan.

"Pertaruhan adalah tinggi bagi kedua-duanya (BN dan Pakatan)... perang tawaran berkemungkinan berterusan kerana kedua-dua pihak membuat persediaan untuk apa yang dianggap sebagai salah satu plihan raya paling sukar dalam sejarah Malaysia," kata laporan itu.

"Kedua-dua perlu menarik bagi pengundi muda, pengundi kali pertama, memandangkan hampir tiga juta orang dalam blok mengundi penting ini telah ditambah kepada daftar pemilih sejak pilihan raya lepas," katanya.

EIU mendakwa 'sebahagian besar daripada kumpulan ini' belum membuat keputusan mengenai parti mana yang hendak dipilih dan boleh mempengaruhi keputusan PRU13.

Najib perlu menang besar dalam usaha untuk menjamin masa depan agenda reformasi beliau, manakala di pihak lain, pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu menjadi yang pertama untuk memecahkan kuasa BN.

Sementara itu, Umno yakin dengan hanya beberapa minggu yang tinggal untuk PRU13, setelah Najib berkata jentera parti berada pada peringkat akhir persiapannya.

"Kami telah menerima laporan audit mengenai jentera kami dan dari situ saya boleh mengatakan persediaan kami memuaskan. Pada masa yang sama, saya berharap usaha untuk mengukuhkan persediaan kami akan terus dijalankan oleh pemimpin di peringkat negeri," kata beliau kepada pemberita pada Jumaat lalu.

Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, telah membuat pilihan calon yang menang tumpuan strategi beliau, menjelaskan bahawa BN harus membariskan calon dengan peluang terbaik untuk menang, tanpa mengira parti komponen BN mana yang memegang kerusi sebelumnya.

Satu lagi sebab utama kelebihan bagi parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah kepimpinan Najib, bersama-sama dengan peningkatan dalam pelaburan domestik dan asing.

Dan selain itu, pendapatan per kapita mencecah AS$9,700 daripada AS$7,500 pada tahun 2010.

EIU bersetuju dengan trajektori menaik: "Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar yang sama semasa tempoh ramalan 2013-17."

Angka pertumbuhan yang diumumkan semalam oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan  bahawa ekonomi berkembang kepada 6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir 2012 dan menyokong pertumbuhan tahun penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya.

Berlatarbelakangkan keadaan sedemikian, EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu antara pemimpinnya yang sering bertengkar sejurus sebelum PRU13". - Bernama

p/s: heheh ramai pencacai anuwar marah. ade yang tuduh EIU dah kene pau. ade plak yang mengomel tak senang dengan keadaan ekonomi malaysia yang semakin berkembang. spesis tak tau rasa nikmat yang allah kurniakan. tu pasal Punaisihat Selangor melalui balaci gagapnye mintak bubar dun segera sebab tak mampu nak urus ekonomi kehkehkeh >:D

Gelombang Biru: Mohon Rakan Blogger..Sebarkan!

Posted: 21 Feb 2013 04:25 PM PST

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya memberi undi kepada parti yang diyakini mampu menunaikan janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menurut Perdana Menteri, aspek kepercayaan dalam kehidupan amat besar maknanya dan sebarang urusan antara manusia juga bermula dengan kepercayaan termasuklah sewaktu memilih kerajaan.

Sehubungan itu katanya, setiap undi tidak boleh dipersia-siakan dan perlu diletakkan nilainya berasaskan kemampuan pihak yang membuat janji.

"Kita yakin kemakmuran yang dihasratkan oleh kita, kesejahteraan yang diidamkan oleh kita akan hanya tercapai sekiranya kita memilih sebuah parti yang mampu membentuk kerajaan.

"Kerajaan itu pula adalah kerajaan yang terbukti membawa perubahan besar kepada negara yang kita sebut sebagai transformasi dan kerajaan yang apabila berjanji, janjinya ditepati," katanya dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang KPS Lama, di sini hari ini.

Yang hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Dalam majlis itu, Najib turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 15 penerima.

Mengulas lanjut, Najib berkata, label 'Janji Ditepati' kini sudah melekat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali gus membuatkan pembangkang berasa gelisah dengan slogan tersebut.

Katanya, kegelisahan pembangkang itu disebabkan prinsip tersebut tidak hanya menjadi slogan malah sudah dihayati, diamalkan dan dilaksanakan kerajaan BN.

Sebaliknya jelas beliau, pembangkang masih gagal menunaikan janji-janji yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 di empat buah negeri yang dikuasai mereka.

Secara spesifik, beliau menyebut mengenai saman yang dibuat rakyat Selangor terhadap kerajaan negeri itu kerana tidak mengotakan janji pembayaran elaun ibu tunggal, pemberian air percuma dan elaun RM50 untuk pendidikan prasekolah.

"Kalau itu di Selangor, tidak mustahil di Sarawak juga mereka tidak akan tunaikan janji mereka.

"Di Kedah pun begitu, di Kelantan sudah ada gelombang merah, di Pulau Pinang mereka sudah mula kecewa, maka di Sarawak Bumi Kenyalang yang selama ini bumi BN, pastikanlah kekal dalam tangan BN," katanya. - Utusan Malaysiaku sayang


p/S: Mohon kepada rakan2 bloggers ayuh kita alunkan Gelombang Biru serta pamerkan logo di atas di blog masing2 dan jangan lupa kibar bendera BN di perkarangan rumah sebagai tanda sokongan padu!...yezzekkkkk >:]


Filem Hitam

Posted: 22 Feb 2013 11:12 AM PST

Filem Hitam


bisnis indonesia

Posted: 22 Feb 2013 06:42 AM PST

bisnis indonesiabagaimana anda memulai Peluang Usaha Bisnis Indonesia Online 2013 ? mungkin anda bertanya mengenai hal tersebut bukan ? adalah sesuatu yang wajar jika anda mencari informasi mengenai Peluang Usaha Bisnis Indonesia Online 2013 ? ya di tahun 2013 ini memang banyak sekali informasi mengenai hal tersebut, bukanlah sesuatu yang mudah jika anda mencoba mencari ide sesuatu hal terutama dalam ilmu bisnis, saya akan mencoba memberikan sebuah informasi yang bisa anda dapatkan dengan hanya membaca artikel saya berikut ini.
"Inilah rahasia bagaimana saya sebagai seorang pegawai biasa bisa meraih penghasilan tanpa batas dengan nilai lebih dari Rp.10juta/bulan".
Apakah Anda ingin tau bagaimana seorang pegawai malas bisa kaya raya dan menikmati surga dunia dengan mudah setiap hari?
KLIK SINI untuk melihat rahasia saya!
Bukan sebuah sistem yang sulit, melalui blakblakan kita bisa meraih penghasilan tanpa batas jutaan rupiah perbulan. Tidak tertutup kemungkinan bisa mendapatkan lebih dari Rp.10juta jika Anda benar-benar tekun menjalankan bisnis ini.
Apa yang mesti Anda lakukan hanyalah dengan meng klik ini dan mendaftar GRATIS.

IPOHMALAY

Posted: 22 Feb 2013 09:57 AM PST

IPOHMALAY


Ditolak Kadazandusun, Pembangkang Cuba Raih Simpati Bajau Suluk

Posted: 22 Feb 2013 07:04 AM PST

Makanlah Pakatan Haram tentang hakikat yang menyatakan yang pemberitaan antarabangsa yang selama ini mereka agungkan, kali ini tidak menyembunyikan kebenaran yang tidak memihak kepada mereka. 

Yang jelas, dunia telah tahu bahawa onar yang dibawa oleh kelompok yang dikenali  'Tentera Diraja Sultan Sulu' itu adalah kumpulan seperti apa yang dimahukan dan dialu-alukan oleh pembangkang.

Jelas, tidak ada mustahilnya apabila pembangkang yang ketar-ketir akibat kes Huguan Siou tak dianggap, ketakutan ditolak kaum Kadazandusun-Murud, terpaksa mencari jalan untuk meraih sokongan kaum Bajau Suluk dengan menjanjikan tanah.



Versions differ in Malaysia, Philippines border standoff




(Reuters) - Malaysian security forces have surrounded about 100 armed men believed to be from a breakaway rebel faction in the southern Philippines, Malaysian police and a government official said on Thursday, but a Philippine official said they were unarmed Filipinos who had been promised land.
The standoff in Malaysia's eastern Sabah state on Borneo island threatened to stir tension between the Southeast Asian neighbors whose ties have been periodically frayed by security and migration problems caused by a porous sea border.
"Our firepower is more than enough to arrest them but the government has chosen to negotiate with them so they leave peacefully to return to the south of the Philippines," Malaysian Prime Minister Najib Razak, on a visit to Sabah ahead of national elections, was quoted as saying by state-run Bernama news agency.
Malaysian police said in a statement the situation was under control, but did not say whether the men had agreed with a request to surrender.
A high-ranking Malaysian government source with direct knowledge of the situation told Reuters the gunmen were suspected to be from a faction unhappy with the Philippines' recent peace deal with the main Muslim rebel group.
Raul Hernandez, a spokesman for the Philippine Foreign Ministry, said his government was trying to get information about the incident and was in touch with Malaysian officials.
A senior Philippine military official said navy boats and an aircraft had been sent to the border area. He dismissed the Malaysian account of the group, saying they were unarmed Filipinos who had been promised land in Sabah.
He said a meeting over the land claim had attracted a large crowd and drawn the attention of Malaysian authorities.
"We know that these people arrived there five days ago and most of them are from nearby islands," said the official, who asked not to be identified.
"Some of them were already residents in Sabah for a long time and they normally cross the border without any problem."
Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.
Malaysia pays a token amount to the Sultanate each year for the "rental" of Sabah state - an arrangement that stretches back to British colonial times.
The number of illegal Muslim immigrants from the impoverished southern Philippines has surged in recent decades, stirring social tension with indigenous Christian inhabitants in Sabah.
The Philippine government signed a landmark peace deal with Muslim rebels late last year to end a 40-year conflict in the south, but some factions have voiced opposition.
In 2000, a group of militants from the southern Philippines kidnapped 21 tourists from the Sabah diving resort of Sipadan. In 1985, 11 people were killed when gunmen believed to be from the southern Philippines entered Lahad Datu in Sabah, shooting at random before robbing a bank.
(Reporting By Siva Sithraputhran and Niluksi Koswanage in Kuala Lumpur; Manuel Mogato in Manila; Editing by Stuart Grudgings and Nick Macfie)

Amaran Cuaca : Ribut Tropika Shanshan Terbentuk Di Laut China Selatan

Posted: 22 Feb 2013 04:00 AM PST


Dikeluarkan pada pukul 05:06PM, 22 Februari 2013
 
AMARAN KATEGORI KETIGA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
RibutTropika SHANSHAN dikesan pada Latitud 5.5 U dan Longitud 109.4 T, pada jam 2:00 petang, 22 Februari 2013, kira-kira 424 km ke Barat Laut Mukah, Sarawak dan berada dalam keadaan hampir pegun.
SEKSYEN A:
AMARAN UNTUK ORANG AWAM
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, WP Labuan & Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat & Sandakan) dijangka berterusan sehingga Selasa, 26 Februari 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Selasa, 26 Februari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil.
Imej satelit jam 7 malam 22.2.2013

Imej satelit jam 7 malam 22.2.2013

Sungguhka

Posted: 22 Feb 2013 09:40 AM PST

Sungguhka


Anwar Akan Melafazkan Sumpah Laknat.......?

Posted: 21 Feb 2013 03:30 PM PST

Ohpolitik!™

Posted: 22 Feb 2013 03:32 AM PST

Ohpolitik!™


Blogger Cacai PR Merancau Bila Ustaz Nik Zawawi Tunjuk jari telunjuk terpacak !!

Posted: 21 Feb 2013 11:29 PM PST

MCA President Datuk Seri Dr Chua Soi Lek poses with other Malaysian representatives. Gentleman with songkok is former Perlis Menteri Besar Dato' Seri Shahidan Kassim (UMNO). To Soi Lek's right is Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Political Secretary to PAS President at a meeting held in Phnom Penh.
Hahah..Merancau tak tentu hala Blogger pemakan dedak PR Bergaji RM3000 sebulan bila Pemimpin yang diangkat ditantang bagai minyak yang penuh belot tunjuk jari TERPACAK macam ni. Kita Berhantu jugala Jari Terpacak 1 Malaysia tew yer.. Nak baca ayat orang merayan kat sini.

Perkara seperti ini bukan suatu perkara baru bagi Puak Pakatan Pembangkang ini. Umum Tahu sebelum ini Menteri Besar Kedah yang juga orang PAS pernah ditempelak seperti dibawah.


Nasib yang Si Nasha tak payah aku nak ulas, umum dah tau. Dipecat dengan sebab yang mergukan adalah antara nasib Pemimpin Pakatan terutamanya PAS bila berbaik dengan UMNO. Itulah sudah cukup  mencerminkan tahap pemikiran tarbiah hasih politik perpecahan kaum yang berjaya dimainkan DAP.

Sekarang Jom kita tengok apa yang diugut blogger cacai pemakan dedak ini:
  • Nafikan kabar angin Ustaz Nik Zawawi sebenarnya mole ameno dalam PAS. 
  • Nafikan sokongan pada konsep 1Malaysia APCO, sebelum gambar Ustaz Nik Zawawi mengangkat simbol 1Malaysia itu jadi bahan kempen BN. 
  • Katakan ustaz masih istiqamah bersama PAS, sebelum kami di grassroots yang penat dan sakit hati dimaki hamun pencacai ameno, berpaling dari ustaz.

TERBUKTI PAKATAN PUN MAKAN RASUAH!!

Posted: 21 Feb 2013 08:25 PM PST


Hangpa Pangkah lagi...hehe.. BERSIH nya Pakatan Haram Jadah ni...

PM bakal Umumkan tarikh Bubar Parlimen Hari INI?

Posted: 21 Feb 2013 07:47 PM PST

PM bakal Umumkan tarikh Bubar Parlimen hari ini di Kelantan? 



Jadi mana-mana yang ada program-program penting telah pun sepanjang tempoh di atas, boleh susunkan semula daripada sekarang ini. Manakala kalangan penganalisis politik pula menjangkakan tarikh terdekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bubar Parlimen adalah sekitar 17 hingga 28 Februari 2013 ini. Jadi sememangnya tarikh bubar parlimen 2013 tidak akan lari daripada tempoh tersebut.

Walauapapun, kami tidak kisah "apa warna" idelogi politik anda, samada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat. Yang penting bagi kami, tidak kira anda pengundi lama ataupun pengundi yang baru, ramai-ramai jalankan tanggungjawab anda kepada masa depan negara.

Semoga Najib Razak dan Barisan Nasional Terus Mendapat Sokongan Rakyat..

Aku? dah kofremnya..


BONGKAR : PAS BUAT PERTEMUAN SULIT TOLAK @anwaribrahim JADI PM?

Posted: 21 Feb 2013 07:27 PM PST



Sumber memberitahu persoalan tersebut timbul dalam satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR pada Ahad selepas kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang Sabtu lalu parti Islam itu tidak teragak-agak meninggalkan PR sekiranya pakatan tersebut merugikan orang-orang Melayu dan Islam.

Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan 'haram' bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri," kata satu sumber PR yang tidak mahu dinamakan  itu.. 

Kemudian seorang pemimpin tertinggi PKR menjawab, Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkatnya dan ini sudah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999," tambah sumber tersebut.

Menurut satu sumber lain dari PR, satu pertemuan telah dilakukan diantara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagi menjemput bekas menteri kewangan itu untuk menjadi perdana menteri sekiranya PR berjaya mendapatkan majoriti kerusi parlimen selepas pilihan raya akan datang.

Pakatan perlu ingat, mereka perlu konsisten dalam isu siapa bakal perdana menteri ini. Jangan nanti rakyat nampak kita Flip-Flop," tambah sumber tersebut...

Masih belum jelas jika langkah pemimpin PAS itu disokong secara meluas dalam parti Islamis itu. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan ahli parlimen parti tersebut telah menyokong Anwar selama ini.

Namun, nampaknya terdapat beberapa langkah untuk memberitahu akar umbi PAS ia adalah penting dalam PR, dan satu cara untuk menunjukkannya adalah dengan mendapatkan jawatan perdana menteri.

Walau bagaimanapun, kepercayaan seperti ini oleh PAS tidak mungkin mendapat sokongan dari DAP dan PKR yang tegas dalam menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Isu siapa bakal perdana menteri PR sekiranya dapat merampas Putrajaya timbul dua minggu lalu apabila dilaporkan Majlis Syura Ulama PAS dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut menolak Anwar sebagai calon perdana menteri PR dan berkemungkinan melantik calon dari luar bagi menggalas jawatan tersebut.

Walau bagaimanapun Pengerusinya Nik Aziz menafikan laporan Utusan Malaysia itu dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam PR, menurut agensi berita Bernama.

SUMBER : http://empayar-pemuda.blogspot.com

GEMPAR @anwaribrahim Saman Reuters Kes PENCEROHAN Lahad Datu?

Posted: 21 Feb 2013 06:44 PM PST


Apa Barang setakat nafi...nafi...nafi.. macam video anwar omegalaa.. nafi..nafi..nafi.. samanla kalu anak jantan. Jatuhkan Maruah tew...hehe

Mana dia Slogan LAWAN TETAP LAWAN? 

Takut atau kenyataan tew betul?

Ada juga KURAP kat Pakatan!! @anwaribrahim "Bilik saya KOSONG"

Posted: 21 Feb 2013 06:33 PM PST

"Sesiapa yang melakukan kesalahan akan dihantar ke Penjara Sungai Buloh ... lagipun bilik saya masih kosong," katanya merujuk kepada penjara beliau dipenjarakan atas kesalahan liwat lewat pada 90an.


Salah seorang daripada hadirin petang itu turut membangkitkan soalan berkenaan bagaimana rancangan PR bagi "menguruskan jangkauan", merujuk kepada pelbagai "janji-janji" yang ditabur pembangkang bagi menarik undi menjelang PRU. 
"Ia soalan yang kritikal. Betul, setiap bahagian, penganggur akan rasa mereka akan dapat kerja minggu depan, dan komuniti perniagaan akan merasakan mereka mempunyai peluang," kata Anwar. 
"Ada banyak simpanan, namun ianya sukar ... saya merasakan saya sangat bertuah, dalam perbincangan dengan (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Presiden PAS) Datuk Seri Hadi Awang, (Presiden PKR) Datuk Seri Wan Azizah (Wan Ismail), ada banyak persamaan dari detik pertama, bahawa tiadanya rasuah dan pembolotan kekayaan. 
"Tidak kira sama ada PKR, DAP, atau PAS ... apabila melibatkan duit ....," kata Anwar sambil menggelengkan kepalanya.



Inilah yang aku kata, setiap negara maju pastinya akan ada PENINGKATAN RASUAH. Rasuah merupakan penyakit umat. Jaminan aku, konfrem Pakatan taklan bersih sangat. Pastinya ada busuknya. Rasuh konfrem ada. Takyah nak Amarannya. Bila cakap macamni konfrem ada sebabnya. Amaran keluar kerana RASUAH telah mula menjangkitan PARTI SUCI PAKATAN PEMBANGKANG ini.

Panas PAS BARU Lancar Treler Tabur Fitnah dan BOHONG!! 500 Ribu!! Duit RAKYAT SOIT!!

Posted: 21 Feb 2013 05:47 PM PST



Semalam Pas lancarkan trak 'kebajikan'nya. Memang gah laa. Dulu PKR, lepas tu Dap, sekarang ni Pas pula. Perghh.. memang dahsyat. Siap ada trak untuk ceramah. Masuk kampung tak payah pakai pentas dah, ceramah atas trak saja. Hebat puak Pakatan haram ni.

Mc tak hairan kalau PKR beli trak, sebab Anwar banyak duit. Duit masa dia jadi TPM dulu, dia simpan guna nama Nurul Izzah berlambak-lambak lagi. Duit sponsor dari yahudi lagi, duit sokong Israel lagi. Banyaklah pendapatan Anwar ni.

Dap pula, duit hasil berniaga, persatuan cina berapa banyak salur kepada Dap. Itu yang cerah, persatuan gelap lagi, rumah urut, pelacuran dan pelbagai bisnes sampingan. Sebab tu Dap boleh hidup mewah. PKR dan Dap kita tak heran, lantak la duit depa memang banyak.

Tapi bila Pas beli trak, ini yang Mc fikir lama sikit. Mana datang duit Pas beli trak ni? Takkan duit Hadi Awang menabung dari kecik kot? Mat Sabu support? tak mungkin, dia sendiri makan pun tak cukup, mana mampu nak beli trak. 

Mungkinkah Pas guna duit Memali yang telah lama hilang untuk beli trak ni? Atau Pas guna duit kutip Tol Kelantan yang tak buat-buat, sampai la sekarang. Mungkin juga, trak ni Pas beli dengan duit tabung ceramah seluruh Malaysia? Mungkin? atau mungkin tidak!



Siap bagi isyarat good tu.. memang dahsyat la Pak Hadi dan Mat Sabu. Ahli bawahan, siap bergolok bergadai berkempen bagi Pas menang. Ahli bawahan, beli kain, jahit bendera, pacak bendera, semua guna duit poket sendiri ,tapi dua ekor ni dok kerja perabih duit.

Lagi satu Mc sangsi, berapa harga sebenar trak 'kebajikan' Pas ni?

Harakah tulis RM100k sumber sini

Malaysiakini kata RM300k Sumber sini

Mana satu betul ni? Kedua-dua yang lapor tu, portal pro tegar pembangkang. Tapi harga trak tak sama. Bukan sikit perbezaannya, RM300K dengan RM100K, jauh beza tu. Tapi setahu Mc la, trak tu bukan murah harganya. Mungkin harakah nak tipu pembacanya dengan melaporkan trak tersebut hanya RM100k. Sedangkan pada hakikat sebenar, trak tersebut berharga RM300K.

Bab tipu menipu ni biasalah Pas, sampaikan harga trak tu pun dorang nak perbodohkan ahli Pas. Mungkin kalau letak harga RM300K tu nampak tinggi sangat kot.

Apa pun Mc nak minta penjelasan, berapa harga trak tu sebenarnya? RM100K atau RM300K? Lagi satu, mana datang duit Pas beli trak ni? Takkanlah Hadi menabung dari kecik kot? he he.. sila jawab dan tolong jujur dalam menyatakan harga trak tu.

Lagi satu, perasan atau tidak. trak PKR hanya gambar PKR. Trak Dap pun sama, hanya ada gambar Dap. Tapi trak Pas, ada ketiga-ketiga muka ketua Pakatan. Apa maksud semua tu?

sumber : http://kedahkekl.blogspot.com

GHOSTWRITERZ: 

"Takkanla harga RM100K jer... lori ayam 3 tan kosong jer pun 100 ribu lebey.. sekali body.. agakla nak kencing... 300K pun BOHONG! 

 Perkiraan aku tak kurang RM500K bagi treler siap badan macam ni, siap kelengkapan, siap iklan di badan treler semua... "

"Merokok dan Terima BR1M Haiwan, Haiwan 2.0 la DEMOni!" @nikabdulaziz

Posted: 21 Feb 2013 05:14 PM PST

HAIWAN PERTAMA!! hehe!

HAIWAN KEDUA.. hehehe

Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'. 
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari. 
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia. 
"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
GHOSTWRITERZ : Dah jadi Haiwan 2.0 la kalu duk asyik dengar kata TokGuru Selipar ni. Hampeh!! Jalan Penyelesaian MUDAH jer. Pangkah yang bawah tew jer... hehe..

GELOMBANG BIRU YANG DIGERUNI @anwaribrahim!!

Posted: 21 Feb 2013 04:40 PM PST



Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya memberi undi kepada parti yang diyakini mampu menunaikan janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menurut Perdana Menteri, aspek kepercayaan dalam kehidupan amat besar maknanya dan sebarang urusan antara manusia juga bermula dengan kepercayaan termasuklah sewaktu memilih kerajaan.

Sehubungan itu katanya, setiap undi tidak boleh dipersia-siakan dan perlu diletakkan nilainya berasaskan kemampuan pihak yang membuat janji.

"Kita yakin kemakmuran yang dihasratkan oleh kita, kesejahteraan yang diidamkan oleh kita akan hanya tercapai sekiranya kita memilih sebuah parti yang mampu membentuk kerajaan.

"Kerajaan itu pula adalah kerajaan yang terbukti membawa perubahan besar kepada negara yang kita sebut sebagai transformasi dan kerajaan yang apabila berjanji, janjinya ditepati," katanya dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang KPS Lama, di sini hari ini.

Yang hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Dalam majlis itu, Najib turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 15 penerima.

Mengulas lanjut, Najib berkata, label 'Janji Ditepati' kini sudah melekat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali gus membuatkan pembangkang berasa gelisah dengan slogan tersebut.

Katanya, kegelisahan pembangkang itu disebabkan prinsip tersebut tidak hanya menjadi slogan malah sudah dihayati, diamalkan dan dilaksanakan kerajaan BN.

Sebaliknya jelas beliau, pembangkang masih gagal menunaikan janji-janji yang dibuat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 di empat buah negeri yang dikuasai mereka.

Secara spesifik, beliau menyebut mengenai saman yang dibuat rakyat Selangor terhadap kerajaan negeri itu kerana tidak mengotakan janji pembayaran elaun ibu tunggal, pemberian air percuma dan elaun RM50 untuk pendidikan prasekolah.

"Kalau itu di Selangor, tidak mustahil di Sarawak juga mereka tidak akan tunaikan janji mereka.

"Di Kedah pun begitu, di Kelantan sudah ada gelombang merah, di Pulau Pinang mereka sudah mula kecewa, maka di Sarawak Bumi Kenyalang yang selama ini bumi BN, pastikanlah kekal dalam tangan BN," katanya. - Utusan Malaysiaku sayang


p/S: Mohon kepada rakan2 bloggers ayuh kita alunkan Gelombang Biru serta pamerkan logo di atas di blog masing2 dan jangan lupa kibar bendera BN di perkarangan rumah sebagai tanda sokongan padu!...yezzekkkkk >:]

Sumber : http://jeffrydamien09.blogspot.com

Politik Harian

Posted: 22 Feb 2013 03:29 AM PST

Politik Harian


PAS Kedah Bergolak Tanda Kejatuhan Rejim PAS

Posted: 22 Feb 2013 03:00 AM PST


Keadaan rumahtangga Pas bertambah gawat di Kedah apabila perbalahan beberapa anggota exco negeri itu dengan Menteri Besar tidak lagi mampu dibendung.

Usaha untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak yang dahulunya nampak sudah reda sedikit setelah campurtangan Pas Pusat kembali mengeruhkan landskap politik di Negeri Jelapang Padi itu.

Laporan media menyatakan 11 daripada 15 pas kawasan di Kedah telah memberi kata dua kepada Menteri Besar supaya meletak jawatan dan melepaskan kedudukannya sebagai pesuruhjaya negeri bagi parti itu.

Azizan yang terkenal dengan sifat bongkak dan angkuh serta sering memperlekehkan petugas media arus perdana, seperti biasa menunjukkan sikap keras kepalanya dengan enggan tunduk kepada desakan tersebut.

Azizan dikatakan gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar untuk memajukan negeri Kedah.

Sebaliknya sepanjang pentadbirannya, boleh dikatakan tidak ada langsung pembangunan yang ketara dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan ekonomi negeri.

Yang sering dipaparkan di dada-dada akhbar ialah bagaimana rakusnya kerajaan negeri Pas menggondolkan bukit bukau sehingga menjejaskan kawasan tadahan hujan di Tasik Pedu.

Seperti biasa apabila tidak pandai mentadbir dan menjana fikiran bernas untuk memajukan negeri, UMNO dan Barisan Nasional lah yang menjadi sasaran.

Apabila tidak berjaya memacu ekonomi Kedah menyebabkan kantong negeri hampir kosong, Azizan mengugut supaya kerajaan pusat memberinya RM100 juta jika ingin selamatkan hutan rimba negeri itu.

Itulah yang diperolehi oleh rakyat Kedah dalam keghairahan mereka untuk menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

Kini mereka sudah sedar perubahan yang mereka impikan selama ini di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat bagaikan mengharap panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Harapkan kerajaan negeri baru pada 2008 akan menunaikan semua janji-janji manis yang ditabur semasa kempen pilihan raya tetapi akhirnya jadi kaki kencing rakyat rupanya!

Disebabkan terlalu asyik berpolitik dan berceramah siang dan malam, inilah kualiti kerajaan negeri yang dinikmati oleh rakyat kedah di bawah Pas.

Yang dipentingkan oleh pemimpin-pemimpin pas ialah mengejar kuasa serta kedudukan bagi kepentingan diri sendiri dan keluarga masing-masing.

Inilah yang berlaku di Kedah apabila dua exco kanan, Phahrolrazi Nawawi dan Dr Ismail Salleh mengetuai kelompok untuk menjatuhkan Menteri Besar.

Selain faktor politik yang tidak 'ngam', antara alasan utama ialah faktor ekonomi.

Ini kerana Azizan hanya mengutamakan kroni-kroni terdekatnya sahaja dalam pengagihan projek-projek dengan menyisihkan kumpulan kedua-dua ahli exco itu.

Sudah tentu ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong mereka lantas secara senyap mejalankan kempen halus untuk menurunkan Azizan daripada kedudukannya.

Sindrom penafian yang diamalkan oleh Pas Pusat juga bakal mengundang bencana bagi parti itu di Kedah.

Kalau dahulunya api pergaduhan antara Azizan dan dua exconya dapat ditangani tetapi tindakan itu hanyalah bersifat sementera waktu kerana hakikatnya perbalahan mereka tidak dapat diselesaikan dengan apa cara pun.

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali ingin menipu ahli Pas dan rakyat Kedah dengan mengatakan tidak ada pergolakan politik yang berlaku di negeri itu.

Ini sepertilah berkata bahawa tidak ada tsunami yang berlaku walhal separuh negeri sudah ranap.

Cuba menutup kenyataan yang sudah terang lagi nyata tidak akan menyelesaikan masalah dalaman pas di Kedah yang sudah ke peringkat amat serius.

Sudah ada desas desus Azizan mendesak kepimpinan pusat parti terutamanya Presiden Pas Abdul Hadi Awang supaya menggugurkan nama Phahrolrazi, Dr Ismail serta beberapa orang kuat mereka daripada senarai calon parti itu pada PRU13 nanti.

Jika ini berlaku bukan sahaja Pas Kedah akan berpecah, kerajaan negeri pun akan terlepas ke tangan BN.

Kini pun gelombang sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah meningkat sehingga menggerunkan Pas Kedah.

Kemungkinan besar Kedah akan ke pangkuan BN bukan sahaja kemelut yang membelenggu Pas Kedah tetapi kerana rakyat sudah cukup meluat dan marah kepada pentadbiran yang sama sekali tidak pro aktif dan membela kebajikan rakyat.

Mahkamah Dengar Rayuan Kes Liwat Anwar Pada 22 Julai Ini

Posted: 22 Feb 2013 02:00 AM PST


Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tarikh rayuan tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, N. Kanageswari semasa pengurusan kes tersebut di hadapan beliau hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili oleh peguam Zaleha Al-Hayat.

Noorin memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 26 April ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan kedua-dua pihak memuktamadkan nota prosiding.

Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

-Bernama

Mahfudz Omar Dalang Desak Azizan Berundur

Posted: 22 Feb 2013 01:00 AM PST


Ramai yang tidak tahu bahawa di kala Phahrolrazi sedang mengasak Azizan dari kiri, kanan, atas dan bawah, Mahfudz Omar rupanya sedang berkempen secara halus untuk meletakkan dirinya di kerusi Menteri Besar Kedah. Mahfudz difahamkan 'berkongsi' dengan Phahrolrazi untuk menggerakkan 11 DUN di Kedah mendesak Azizan supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri sekali gus.

Phahrolrazi bagaimanapun menafikan penglibatannya dan meminta agar mereka yang tidak berpuas hati menggunakan saluran yang betul. Mungkin beliau terlupa bahawa beliau juga yang memberikan contoh tauladan untuk menggunakan cara biadap dan tidak betul sebelum ini apabila mendesak Azizan berundur. Oleh itu, penafian Phahrolrazi tidak membawa apa-apa makna kerana permusuhan, dendam dan kebenciannya pada Azizan begitu terserlah. Pendek kata, siapa yang tidak tahu yang Phahrolrazi gila kuasa ingin merampas jawatan Azizan sehingga tak tertahan-tahan.

Kegilaan Phahrolrazi ini dilihat sebagai 'peluang' bagi Mahfudz untuk menampilkan diri sebagai calon terbaik. Rakyat pasti tidak suka melihat orang yang gila kuasa seperti Phahrolrazi dan rakyat juga sudah 'serik' dengan Azizan yang tidak tahu apa-apa.

Apa yang menariknya dalam krisis PAS Kedah ini ialah, desakan agar Azizan berundur oleh 11 DUN itu bukan kerana beliau gagal menangani pembalakan haram, bukan kerana beliau gagal membawa masuk pelaburan, bukan kerana beliau gagal mengawal pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan, bukan kerana gagal menangani masalah KUIN, bukan kerana projek-projek yang tidak masuk akal dan kerugian, bukan kerana anak-anak syarikat kerajaan lingkup dikerjakan kroni-kroni pegawai yang dilantiknya, bukan juga kerana beliau menyebabkan hutang Kedah meningkat sehingga 50% sejak mengambil-alih negeri.

Malah, PAS membela Azizan dalam semua isu-isu di atas sehinggakan sanggup melakukan perhimpunan besar-besaran di Pedu bagi menafikan kritikan serta menunjukkan sokongan terhadap pembalakan haram.

Semua masalah negeri dan rakyat ini bukanlah isu besar bagi PAS. Yang menjadi masalah bagi PAS dan menyebabkan mereka mendesaknya berundur ialah sikap Azizan yang 'mesra' UMNO/BN.

Azizan telah lama dipandang serong oleh puak-puak PAS di Kedah kerana menurut mereka, beliau lebih UMNO dari UMNO. Beliau dikritik kerana tidak memakai kopiah putih, tetapi songkok. Beliau juga tidak memakai jubah, tetapi berkot. Selain itu, semua orang Kedah tahu bahawa ahli keluarga beliau dan isteri beliau majoritinya adalah orang-orang UMNO, malah mempunyai pertalian darah dengan bekas Menteri Besar Kedah, Dato' Osman Aroff. Sebahagian besar pegawai-pegawai kerajaan Kedah sejak zaman UMNO lagi merupakan sanak saudara Azizan atau isterinya.

Pendekatan Azizan yang terbuka dengan UMNO, sehinggakan sanggup memakai baju IM4U yang membawa lambang 1Malaysia yang menjadi slogan kerajaan BN benar-benar menyakitkan hati PAS Kedah.

Akibatnya, beliau dikritik hebat oleh PAS dan disindir agar menyertai UMNO saja. Dari situlah penentangan terhadap Azizan semakin memuncak dan digunakan sepenuhnya oleh pihak yang menginginkan jawatannya untuk mengasak Azizan agar berundur.

Hakikatnya, kesebelas DUN PAS yang mendesak Azizan berundur itu langsung tidak pernah fikirkan mengenai keadaan negeri Kedah yang telah hancur. Yang mereka tahu ialah mereka inginkan Menteri Besar yang berimej PAS tulin, itu saja.

Dengan masalah negeri yang begitu kronik iaitu ketiadaan sumber pendapatan serta perbelanjaan dan kerugian yang terus meningkat dari hari ke sehari, sesiapa sahaja yang ingin merampas jawatan Azizan seharusnya mampu membentangkan jalan penyelesaian bagi semua permasalahan ini.

Setakat ini Phahrolrazi hanya tahu mengugut Pulau Pinang untuk membayar caj bekalan air mentah yang mana langsung tidak dilayan oleh negeri itu. Lebih dari itu, beliau sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya untuk menyelamatkan negeri Kedah.

Mahfudz pula, mengeja perkataan 'ekonomi' pun belum tentu lagi mampu. Justeru, apa yang nak diharapkan darinya untuk merancang ekonomi negeri. Setakat mengutuk BN ke hulu ke hilir bolehlah dia, sekadar untuk membuat orang tuanya bangga melihat anak mereka berjaya walaupun tidak lulus periksa.

Membayangkan Mahfudz yang mengganti Azizan, samalah saja seperti menyerahkan jawatan itu kepada kambing atau lembu. Di tangan Azizan, Kedah sudah pun hancur lebur. Jika diserahkan kepada Mahfudz, maka Kedah yang telah hancur itu akan dikunyah sehingga lunyai, dihadamkan dan akhirnya menjadi bahan buangan.

Justeru, kita tidak nampak masa depan negeri Kedah di bawah PAS, tak kira siapapun Menteri Besarnya. Antara Azizan, Phahrolrazi, Mahfudz dan Lembu, semuanya sama saja.

Dr Fadzilah Kamsah Beri Penjelasan Isu Video Yang Buat Cai PAS Terbakar

Posted: 22 Feb 2013 12:00 AM PST


Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yang di muliakan Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil untuk memberi penjelasan kerana maruah keluarga saya terjejas dan untuk mengelakkan salah faham dan penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri dan keluarga adalah jihad dan jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri dan keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun dan maaf kepada semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorang rakyat biasa dan bukan bercakap sebagai orang politik. Saya langsung tidak bermaksud untuk memalukan mana-mana pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah dan blogger. Suasana sekitar yang agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya untuk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan-soalan yang di ajukan. Bila dah menjawab terlalu bnyak soalan, maka soalan daripada blogger (penemuramah terakhir) saya jawab dalam kedaan yang tergesa gesa dan mungkin tak berfikir dengan mendalam.

Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum dan membandingkan situasi di Malaysia dan situasi dan penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia dan tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa dan guru dan saya untuk sentiasa berbuat baik kepada orang lain, membantu orang lain setakat kemampuan dan mendoaakan kebaikan orang lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana-mana di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh orang bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yang kurang positif kapada anak-anak yang masih belum mampu berfikir dengan rasional seperti orang dewasa. Saya yakin masih banyak cara yang lebih tertib dan berhikmah yang boleh di gunakan.

Saya lihat diri saya sebagai guru dan pendakwah kerdil (walaupun saya bukan ustaz dan jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu dan membantu sesiapa saja yang perlukan bantuan nasihat dan kaunseling. Inilah jihad kecil yang saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yang saya kendalikan atau program motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kepada pihak-pihak yang tertentu sahaja. Saya tak takut kepada sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kepada Allah SWT.

Di Mekah dan Madinah tempohari saya telah berpesan kepada sahabat-sahabat dari Malaysia untuk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua orang Islam di Malaysia bersatu dan kita mati dalam husnul khatimah.

Saya amat sedih bila gambar-gambar anak saya yang sudah lebih 9 tahun yang lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya dan isterinya juga di sebar seolah-olah gambar masa berdating, walhal itu gambar-gambar selepas meraka berkahwin. Insya Allah anak-anak saya telah berubah dan saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu orang dan jangan menyusahkan org lain.

Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yang menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia dan di akhirat. Saya seru diri saya dan sahabat yang di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak orang buat silap, nasihatkan dia jika mampu dan doakan agar Allah beri mereka hidayat, segera bertaubat dan dapat berubah. Bila kita mengutuk orang lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna dan kita lebih baik daripada orang yang di kutuk itu.

Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jangan sangka kamu lebih baik daripada orang itu. Org yang jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, dan kita yang kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.

Kita tidak maksum dan semua kita buat silap. Orang yang bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga sahabat yang mulia dapat ampunkan semua dosa kami sekeluarga.

Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut dan semua sahabat dapat delete gambar-gambar yang boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dapat menjadi insan yang Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.

Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam.

-Dr Fadzilah Kamsah-

Sapa Kata Parlimen Bubar Hari Ni?

Posted: 21 Feb 2013 10:30 PM PST


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan desas-desus bahawa Parlimen akan dibubarkan pada Jumaat sebagai satu khabar angin dan spekulasi semata-mata.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yakin pembubaran tidak akan berlaku pada hari ini.

"Setakat yang saya tahu, SPR tidak menerima maklumat seperti itu dan saya yakin bahawa ia hanya spekulasi saja," ujar Aziz.

Sejak awal bulan ini, khabar angin bertiup kencang mengenai tarikh pembubaran Parlimen yang dikatakan akan dibuat pada hari ini.

Portal berita, The Malaysian Insider pada Khamis yang memetik sumber Barisan Nasional melaporkan PRU-13 dijangka akan berlaku pada minggu kedua April.

Ia akan berlangsung sebulan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamatkan jelajah Janji Ditepati dan BN menyiapkan senarai calon serta manifesto.

Rata-rata pemerhati politik sebaliknya meramalkan proses demokrasi yang disifatkan sebagai ibu kepada segala pilihan raya negara itu akan berlangsung dalam bulan Mac.

Spekulasi Parlimen akan bubar pada minggu ini diyakini oleh banyak orang kerana mengambil kira tempoh lebih kurang sebulan yang berbaki sebelum cuti sekolah bermula 23 Mac ini, iaitu waktu yang dilihat sesuai untuk mengadakan pilihan raya.

Sementara itu, antara berita mengenai pilihan raya yang ada pada hari ini ialah SPR akan mengazetkan daftar pemilih terbaru.

Perdana Menteri pada hari ini menyambung lawatannya ke Sarawak. Beliau berada di Kuching untuk satu mesyuarat tertutup dengan pemimpin BN Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menerima taklimat mengenai persiapan BN Sabah di Kota Kinabalu.

Tiada Muafakat Dalam Pakatan - Penganalisis

Posted: 21 Feb 2013 08:00 PM PST


KUALA LUMPUR: Pergeseran pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Johor membuktikan tidak wujud permuafakatan di kalangan parti-parti pembangkang walaupun dalam persoalan asas, menurut penganalisis politik.

Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM)berkata pengundi perlu memberi perhatian kepada latar belakang dan kredibiliti pemimpin pembangkang kerana rata-rata mereka hanya cenderung kepada kuasa dan jawatan daripada soal perjuangan parti yang sebenar.

"Contohnya di dalam PKR sendiri kebanyakan mereka keluar dari BN kerana tidak ditawarkan jawatan seperti Datuk Chua (Jui Meng) yang ditolak oleh MCA sendiri," katanya.

Konflik dalaman DAP dan PKR di negeri itu dikatakan berlaku disebabkan perebutan kerusi antara kedua-dua parti dan ia memuncak apabila pengerusi DAP negeri Dr Boo Cheng Hau dilapor mahu Chua Jui Meng dilucutkan daripada jawatannya sebagai pengerusi PKR negeri.

Ini berikutan dakwaan Boo bahawa Chua sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.

Sehubungan itu, Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh dalam satu kenyataan pada Rabu, menggesa pemimpin utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bertindak sebagai perantara agar peluang pembangkang di negeri itu tidak menerima kesan negatif daripada sebarang perbuatan sabotaj.

Satu daripada kerusi yang dikatakan menjadi 'rebutan' antara PKR dan DAP Johor ialah kerusi Parlimen Gelang Patah yang kini disandang Tan Ah Heng daripada Barisan Nasional (BN).

Pada pilihan raya umum 2008 dan 2004, kerusi itu ditandingi calon PKR, namun kali ini terdapat petanda bahawa DAP mahukan kerusi itu kerana alasan calonnya mempunyai peluang lebih tinggi berbanding PKR untuk merampas kerusi itu daripada BN.

"Dalam isu ini langsung tidak bangkit tentang rakyat, apa yang mereka lebih pentingkan ialah tentang berapa banyak kuasa yang mereka ada," kata anggota Parlimen Muar yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata perebutan kerusi itu lahir daripada sifat gila kuasa pemimpin-pemimpin pembangkang yang akhirnya sudah tentu merugikan rakyat.

"Saya faham ada penyokong tegar antara mereka yang tidak peduli apa yang berlaku, namun bagi yang dapat fikirkan masa depan, mereka harus fikir bahawa mereka tidak akan dapat kerajaan berkualiti dengan pemimpin sebegini," katanya.

Anggota Parlimen Batu Pahat Dr Puad Zarkashi pula menyifatkan perpecahan di kalangan parti pembangkang tidak dapat diselindung lagi.

Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata PKR, DAP dan PAS adalah sebuah pakatan yang tidak mempunyai asas kukuh untuk memperjuangkan kepentingan rakyat, menyebabkan masing-masing cuba menunjukkan bahawa mereka adalah juara.

Pengerusi Rancangan Sains Politik Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia, Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid pula berkata sejak awal gabungan pakatan pembangkang tidak sekukuh BN.

-Bernama

Kerana Manifesto Bukan Janji, Khalid Ibrahim Digugurkan

Posted: 21 Feb 2013 07:00 PM PST


Pelik bin ajaib sungguh bila sesorang yang berjawatan Mentri Besar mengeluarkan kenyataan bahawa Menifesto bukanlah janji? Pergh... Adakah Khalid masih dibuai mimpi indah dibawah celah kangkang Eli Wong?

MalaysiaInstinct- Akibat terlalu bodoh dalam ilmu politik, terlalu nak tunjuk pandai dan terlalu bongkak kononnya cara beliau tadbir dengan gaya CEO bakal jadikan Selangor terhebat dari negeri-negeri lain akhirnya memakan diri.

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim terpaksa digugurkan dari senarai jawatan kuasa yang membuat dasar JANJI PRU13, jawatankuasa dasar Manifesto PRU13. Kesian Khalid, belum pun sempat panas kerusi Menteri Besar, isyarat dah sampai, isyarat untuk beliau bersara atau lepaskan jawatan dalam parti.

Menurut sumber rapat, kegagalan dan kedegilan Khalid dalam menangani sesuatu isu yang melibatkan kepentingan parti serta kerajaan pimpinan partinya amat jelas dan ketara. Malah menurut sumber, Khalid GAGAL sepenuhnya dalam menerajui negeri yang dilihat mampu membantu 'penuhkan' kantung dana parti mereka. Cara Khalid mentadbir Selangor dilihat bersifat sementara, penggal depan di PRU13 mereka bakal dipenggal.

Kenyataan paling bodoh dalam sejarah politik dunia dan Malaysia adalah bila beliau menegaskan bahawa " Manifesto bukan satu Perjanjian "

Rentetan dari kenyataan paling bodoh dalam sejarah politik dunia ini maka bermulalah episod duka bagi pakatan haramjadah. Bermula dengan rakyat bangkit menuntut janji bil air yang tertunggak, Ibu Tunggal Selangor yang dijanjikan duit bulanan dan yang bakal dituntut janjinya adalah pelajar Pra-Sekolah seperti yang tertera di atas jumlahnya.

Kerana kedangkalan inilah maka Khalid Ibrahim tidak lagi menganggotai Jawatankuasa pembuat dasar Manifesto Pakatan Haram PRU13.

Berdasarkan sumber dari Tropicana, inilah barisan baru yang dilihat oleh Anwar sebagai manusia yang mampu membelit janji dan bakal merekacipta janji baru :

1) Husam Musa Jamnapari- Pengerusi
2) Rafizi Lembu
3) Teo Nie Ching
4) Zulkifli Ahmad
5) Hatta Ramli
6) Salahudin Ayub
7) Liew Chin Tong
8) Dr Ong Kian Ming
9 ) Charles Santiago
10) Nurul Izzah
11) Wong Cheng
12) Sivarasa
13) Baru Bian
14) Ahmad Tamrin Jani

Dasar kali ini mewajibkan mereka merujuk secara total kandungan Buku Jingga, itulah kitab rujukan yang bakal mereka gunakan untuk merekacipta janji baru ini dan juga wajib merujuk kepada Dasar Bersama Pakatan Haram, seperti Kalimah Allah dan Hudud, ini wajib selari dalam janji mereka nanti.

Tambah sumber, bajet rekaan mereka 2012 dan 2013 juga dijadikan panduan merekacipta Manifesto nanti.

Apa yang menjadi Teras Utama, menurut sumber adalah :

1) Rakyat Bersaudara
2) Ekonomi Rakyat
3) Kesejahteraan Rakyat
4) Kerajaan Rakyat

Malah tema rekaan khas untuk PRU 13 sudah pun dipersetujui, "Pakatan Harapan Rakyat" dan bakal di umumkan pada 25/2/13 di SACC, Shah Alam.

Bertambah kesian Khalid bila pelancaran Manifesto ini akan dibuat di negeri pimpinannya namun beliau hanya datang sebagai pendengar dan jadi tukang tepuk tangan. Anwar seolah-olah tidak percaya langsung padanya.

MI lihat, apa yang tertera dia atas semuanya berkisar dari yang sama sejak pakatan haram mula mentadbir beberapa negeri, tiada satu pun yang baru malah ayat yang tertera di atas sekadar penyedap cuping telinga kerana ianya 'recycle' dari nyanyian mulut anwar sejak keluar penjara.

Terlalu jelas, anggota jawatankuasa yang dilantik walaupun nampak mewakili parti masing-masing, namun semua sudah tahu, mereka adalah ejen Anwar atau ANWARINAS. Malah mereka ini dikhabarkan hidup mewah hasil elaun bulanan yang mereka terima secara sulit dari Anwar untuk menjadi mata dan telinga Anwar dalam parti yang mereka wakili.

Gaya Anwar, perangai Anwar dan Gelagat Anwar sejak dari sebelum beliau bersama UMNO tetap tidak berubah, hanya satu cita-cita beliau, ingin jadi KETUA dalam apa juga sekali pun.

Sudah ramai sahabat rapat Anwar lari tinggalkan beliau, anda bila lagi ?

BN Diramal Memenangi PRU 13 - EIU

Posted: 21 Feb 2013 06:00 PM PST


Sebuah badan pemikir antarabangsa meramalkan Barisan Nasional, BN akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13 ( PRU-13).

Keyakinan itu bedasarkan kepada rekod kejayaan agenda pembaharuan dan kepimpinan ekonomi yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bedasarkan faktor tersebut, The Economist Intelligence Unit, (EIU) melihat prestasi pembangkang yang diterajui Pakatan Rakyat jauh ketinggalan.


EIU merupakan sebahagian dari majalah berpengaruh "The Economist" yang berpengkalan di London yang mengeluarkan laporan negara industri dan analisis risiko.

Dalam satu laporan EIU mendedahkan bahawa pakatan pembangkang telah membuat pelbagai janji manis melibatkan perbelanjaan besar dan ini semua merupakan batu penghalang.

Disamping itu, EIU turut menyifatkan janji kempen pembangkang itu tidak munasabah.

Laporan itu juga menambah janji pembangkang untuk memberikan pendidikan secara percuma akan membabitkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM43.3 bilion.

Sementara itu, usaha untuk memansuhkan duti kenderaan akan mengakibatkan kerajaan kehilangan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun.

Pertumbuhan luar jangkaan sebanyak 5.2 peratus di bawah kerajaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, ditambah dengan peningkatan pelaburan dalam dan luar negara menyumbang kepada keyakinan yang kian memuncak di kalangan rakyat.

Bye... Bye.. Pakatan Haram!

Bantuan 'Haiwan', Peribadi Buruk Tersalah Akhirnya

Posted: 21 Feb 2013 09:00 AM PST


Ada ramalan, mungkin Dewan Rakyat dibubarkan sebelum hujung bulan Februari berdasarkan berita dan rentak Menteri Besar Selangor yang mahukan beriya-iya ingin membubarkan Dewan Undangan Negeri dua minggu selepas Gong Xi Fat Chai.

Kalaulah kehendak Tan Sri Khalid itu menjadi kenyataan, sebagaimana dilaporkan akhbar hari ini bahawa beliau sudah mendapat perkenan Tuanku Sultan Selangor, maka hujung minggu ini atau awal minggu depan diketahuilah menang benar beliau akan kotakan janjinya.

Jika beliau tidak lakukan juga menjelang akhir bulan ini, bermakna kredibiliti beliau sebagai Menteri Besar Selangor jatuh merudum seperti gegernya seluruh dunia apabila tahi bintang yang gugur di bahagian tengah wilayah Rusia awal minggu lalu sehingga menyebabkan lebih 1,200 orang cedera.

Kecederaan fizikal yang dialami oleh penduduk Rusia sebenarnya tidaklah seteruk kecederaan akidah yang disebabkan oleh sikap sesetengan pemimpin politik yang terlalu memikirkan kedudukan kuasa berbanding kesejahteraan orang ramai.

Akhir-akhir ini, persoalan kecederaan mental dan akidah akibat perebutan untuk menang PRU-13 semakin menggelisahkan, terutamanya apabila ada pihak yang sanggup mempermain-mainkan kemurnian makna Allah, dalam konteks pemesongan dan kekeliruan maksud.

Akibat berlakunya keputusan yang terlalu bersifat politik, rakyat mula curiga apakah sebenarnya yang dimahukan oleh pemimpin berkenaan. Setelah terjerumus dalam kancah hipokrasi, maka ahli politik berkenaan mula menyalahkan musuh politik kerana tidak melakukan sekatan ketat penerbitan sebuah kitab yang menggantikan istilah God, Elohim ataupun Yehweh dengan Allah.

Ramai juga terkejut, apabila ada ulama yang mempertahankan kemurnian dan kesucian istilah tersebut diancam dengan kata-kata kesat. Lebih menyedihkan orang yang melemparkan tuduhan kesat itu ialah orang Islam sendiri, iaitu orang Islam yang mungkin kedudukan akidahnya sudah lama terhakis.

Hakisan akidah berlaku kerana meletakkan matlamat politik di atas sekali. Hakisan juga berlaku kerana orang yang berkata demikian sebenarnya sudah mengalami kecederaan mental kerana terpengaruh dengan pelbagai aliran falsafah yang diperoleh menerusi penyelewengan kebebasan akademik dan tegar dengan teori ilmiah yang hanya berdasarkan pandangan semesta dalam rasionalisme empirikal.

Semalam sekurang-kurangnya masyarakat resah dengan adanya satu kenyataan dari orang bergelar ulama yang baharu sahaja kembali dari Mekah. Sebaik sahaja kepulangannya disambut oleh 1,000 orang yang menanti kehadirannya di Stadium Sultan Muhamad Ke-1V, ulama berkenaan membuat kenyataan:

"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabor padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM 10, RM 50 (orang akan datang ambil). Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia." (Penerima Bantuan umpama "haiwan", Utusan Malaysia, 21 Februari 2013).

Ramai yang sakit hati dengar ulama itu bercakap, kerana ulama itu sebenarnya ke Mekah mencari ilham bagaimana nak nafikan kebaikan yang telah diberikan oleh kerajaan untuk membantu rakyat. Ilham baharu itu bukan sahaja nak menutupi kelemahan kepimpinan ulama yang tidak pernah terfikir untuk lakukan perkara yang terbaik untuk rakyat yang pernah memberikan kepercayaan kepadanya untuk memerintah.

Ulama sedemikian boleh dianggap sebagai "ulama tumbuh nyior" atau dalam bahasa yang lain ialah "ulama buih". Meskipun berpelajaran agama begitu tinggi, tetapi tidak mampu membezakan taraf manusia dengan haiwan. Ayam walaupun tidak ditaburkan "hampas kelapa" akan tetap datang juga setelah disedarinya ada makanannya. Lembu, kalau tidak disediakan jeraminya, akan tetap dicarinya juga rumput kerana makanannya.

Dalam soal ini, rakyat diberikan pelbagai bantuan dan bukannya seperti maksud "tabur hampas kelapa." Bahkan, ulama berkenaan bukan sahaja gagal meneydiakan "hampas kelapa", ia juga gagal menanam pokok kelapa yang kelak mendatangkan banyak faedahnya kepada seluruh kehidupan.

Pokok kelapa, kepada unggar seperti burung "gembala kerbau" boleh dijadikan tempat bersarang. Penduduk tepi pantai boleh memahami arah angin yang bertiup dan menjadi panduan sama ada telah turunnya angin barat atau tenggara, kerana ia memberikan makna yang besar potensi rezekinya pada hari itu.

Pokok kelapa yang berbuah, akan mendatangkan rezeki kepada penanamnya. Harga kelapa muda lebih mahal dari kelapa tua. Tetapi, kalau tiada kelapa tua, rakyat juga akan resah gelisah kerana kelapa sangat diperlukan untuk dibuat gulai, termasuk santannya diarung bersama beras nasi dagang ketika dikukus.

Setelah diperah santannya, hampas itu diberikan kepada ayam. Maknanya, hampas itu adalah makanan ayam selain lebihan makanan yang lain. Tetapi, ulama berkenaan tidak menghargai kegunaan hasil yang saling bergantung, dan saling berkait itu. Ulama berkenaan sebenarnya lebih dahsyat sekali falsafah ilmunya, yang mungkin diwarisi daripada pandangan yang lahir dari otak yang sudah terlalu kotor.

Bantuan Rakyat 1Malaysia misalnya, sejak dimulakan pada tahun 2012, sudah memasuki fasa kedua pada tahun ini. Pada tahun lalu, ulama tersebut mengeluarkan kenyataan menghina BR1M, kerana wangnya adalah dari sumber yang tidak diketahui halal. Bagaimanapun, setelah ianya diagihkan, ramai juga penyokong ulama itu yang berbaris mengambilnya. Melihat kepada situasi itu, ulama terbabit malu dan terasa aib, kerana beliau sebenarnya tidak pernah terfikir untuk melakukan kebaikan terhadap orang yang dipimpinnya, walaupun berhadapan dengan kesusahan.

Bila BR1M 2.0 sedang diagihkan, ulama terpukul sekali lagi. Bahkan, bantuan itu akan diteruskan jika pengurusan kewangan negara baik dan hasil negara bertambah pada masa hadapan, bukan sekadar RM 500, akan ditingkatkan sekali ganda. Yang lebih terpukul ialah orang muda yang berpendapatan bulanan di bawah RM 3,000 sebulan turut diberikan.

Oleh kerana PRU-13 pada tahun ini bakal menyaksikan 2.5 juta pengundi baharu, yakni mereka yang buat pertama kalinya mengundi, maka pemberian tersebut awalnya dilihat sebagai "gula-gula pilihan raya', kali ini mengaibkan seperti "ayam dan lembu."

Inilah maknanya seorang ulama yang takbur dan hina perilakuknya. Katakanlah, jika ada orang miskin yang datang ke rumahnya, maka diberikan sepinggan "nasi dingin", apakah "nasi dingin" itu sama dengan "hampas kelapa atau jerami." Kita tahu, "nasih dingin" juga menjadi makanan ayam. Kita tahu, "nasi dingin" itu adalah sisa-sisa makanan yang boleh memberikan makanan kepada ayam dan kambing.

Maknanya ulama berkenaan adalah orang yang paling tidak ikhlas dalam perjuangan agamanya. Kalaulah bukan kerana "ingin berkuasa" tentunya beliau tidak akan berkata demikian. Dan, ini berlainan dengan apa yang pernah diucapkan, "beri wang ambil; kain pelikat, pakai; undi belum tentu."

Rakyat sebenarnya sudah terlalu bosan, akibat terlalu banyak memperlekehkan orang lain, beliau sudah tidak lagi dianggap seorang ulama yang menggunakan ilmu untuk memimpin. Beliau menggunakan ilmu untuk mengkhayalkan orang yang dipimpinnya, kerana setiap hari mengerakkan adrenalin agar berfikir secara kotor dan membayakan. Itulah racun pemikiran yang menjadi darah politik harian ulama yang hanya bersenjatakan ilmu agamanya.

Pernah ulama berkenaan mengkritik "guru sekolah rendah" yang hanya "layak mengajar ABC", tetapi hati guru itu adalah lebih mulia dan jujur daripada hatinya sendiri. Walaupun mempunyai "ilmu yang sedikit", guru berkenaan tetap menyampaikan ilmunya dengan baik untuk faedah orang ramai, sekurang-kurangnya boleh menyusun huruf-huruf itu untuk kenali apa itu "DOSA" atau "jiwa pembelit."

Hari ini, pendedahan "guru sekolah rendah" itu menyedarkan ramai orang, bahawa ulama yang sudah bertukar menjadi "ular-mak" (tiada kena mengenai dengan pandangan masyarakat Tionghua mengenai Tahun Ular, yang dijadikan simbol tradisi sambutan Tahun Baharu pada tahun ini) sebenarnya sudah lama bersalin kulit.

Orang ramai kenali siapakah ulama itu sebenarnya. Orang ramai semakin jelas ulama yang bertukar atau bersalin kulit itu bukan lagi seseorang yang boleh diharapkan untuk memimpin, kerana semakin lama dibiarkan, semakin caca-merbalah kehidupan. Buat masa ini, hampir tidak cukup tanah lagi nak gadai, nak tebang balak pun balak belum lagi membesar, cuma yang sedang melanda ialah bala.

Orang sudah faham, ulama seperti itu hanya sesuai untuk dipakai ketika nak ke jamban. Beliau juga pernah perkenalkan "ulama terompah kayu", maka, kini istilah itu benar-benar menepati kekhususan dirinya, walaupun berilmu tetapi ilmunya tidak digunakan untuk kemaslahatan ummat. Ia menggunakan ilmu dan kedudukannya untuk mengeksploitasi emosi rakyat, tetapi rakyat sekarang bukan seperti rakyat yang mudah ditipu.

Mereka tidak percaya lagi, kalau mati ketika tidur dan bantal disarungkan dengan bendera parti, mati itu bukanlah "masuk syurga." Matinya, tetapi akan diadili apakah sudah terkumpulan saham akhirat ketika masih hidup? Persoalannya, walaupun "hampas kelapa dan jerami" ia adalah lebih bermakna daripada hanya tahu meludah, menjual air liur. Rakyat sekarang lebih mudah percaya, ada benda dan bukannya sekadar berjanji, maki hamun dan menyalahkan orang lain atas kegagalan dirinya sendiri.

Rakyat sudah lama sedar, selagi ulama seperti itu bermain emosi, selagi itulah ulama tidak rasional dan pemikirannya lebih teruk daripada haiwan itu sendiri. Haiwan –ayam dan lembu—tahu makanannya yang tidak memudaratkan, tetapi, ulama tidak sedar, kata-katanya itulah yang menjadi racun dan bom yang bakal meletup.

Jika racun dan bom itu digabungkan, yang menerima akibatnya ialah ulama itu sendiri, kerana Allah SWT akan menyiksa dengan balasan paling dahsyat setelah pemimpin yang diberikan peluang memimpin, tidak memimpin dengan baik, hanya tahu menyalahkan orang lain bila rakyat bertanya: Mana? Apa Hasilnya? Dah 23 tahun jadi pemimpin, gigi pun tidak ada lagi, tapi nak gosok gigi pun susah. Air Kotor?

Mahanor Saleha

Lawak Antarabangsa Mahfuz Omar Nak Jadi PM

Posted: 21 Feb 2013 07:00 AM PST


Kalau ditanya orang, apakah lawak paling mengelikan hati... Sudah pasti ini jawapan aku... "Mahfuz Omar nak jadi PM" wahahahaha.... Teringat semasa kejadian di kolej petang tadi sewaktu aku duk lepak dengan rakan-rakan aku... Dengan secara tak sengaja tersembur air kopi yang aku minum bila membaca berita media massa online yang menyatakan Mahfuz Omar bercita-cita nak jadi PM...

Bukan aku nak merendahkan kebolehan Mahfuz, yelah pendekkan cerita Mahfuz lah orang pertama si penjual cendol di Malaysia ini menang bertanding sebagai Ahli Parlimen PAS....

Dalam nada melawak Mahfuz berkata beliau bersedia menjadi PM.... Dalam hati sememangnya itu lah angan-angan yang Mahfuz idamkan.... Bohonglah kalau dikatakan kenyataan Mahfuz itu hanya sekadar lawak bangang!

Kata orang... ukurlah baju dibadan sebelum pasang niat nak jadi Perdana Menteri Malaysia... Agak-agak nak ke rakyat memilih PM yang kantoi dalam peperiksaan SRP?

Bukan Mahfuz tak tahu sememangnya jawatan PM sudah lama diidamkan oleh Anwar Bin Ibrahim? Persoalannya sekarang ini adakah Mahfuz sudah bersedia untuk tumbangkan Anwar Ibrahim dalam merebut jawatan PM... Atau Mahfuz berniat untuk menyindir Anwar Ibrhami yang tak mungkin menjadi Perdana Menteri Malaysia?

Apa yang jelas kita lihat, Mahfuz ni jahat orangnya.... Kerana kuasa dia sanggup tikam semua orang termasuklah rakan seperjuangannya Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah.

Taknak panjangkan cerita hanya satu pesanan yang hendak aku sampaikan kepada Mahfuz... Jangan bermimpi disiang hari untuk jadi PM...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan pendirian tidak berhasrat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri DUN.

Kenyataannya itu sebagai menjawab desas-desus kononnya beliau disenaraikan sebagai antara calon untuk jawatan Menteri Besar sekiranya PAS berjaya mempertahankan tampuk pemerintahan di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"Itu tidak mungkin. Saya tidak berhasrat bertanding DUN kerana saya akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena pada PRU-13 nanti," jelas Mahfuz ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau turut ditanya apakah bersedia sekiranya diarah oleh PAS pusat untuk dicalonkan sebagai MB Kedah.

"Bukan jawatan MB tetapi saya sedia jadi Perdana Menteri," katanya sambil berjenaka.

Pada masa sama, Mahfuz menafikan wujudnya percaturan sedemikian oleh PAS pusat untuk negeri Kedah.

Persada politik di negeri Jelapang Padi itu dilanda khabar angin kemungkinan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak akan mempertahankan jawatan Menteri Besar yang disandangnya.

Senario itu sekaligus mencetuskan persoalan siapa bakal MB Kedah sekiranya PAS berjaya mempertahankan kedudukannya pada PRU-13. 

Mimpi Basah Abby Abadi Bertemu Roh Altantuya! Gilooo....

Posted: 21 Feb 2013 05:00 AM PST


Nak kata giloo, nampak waras lagi.. Kesian sungguh bila terbaca tweet Abby yang mengadakan sembahyang untuk Altantuya. Apa ke jadahnya dia sembahyang untuk si kafir? Kepada si kafir di doa keamanan, kepada yang Islam didoa kehancuran


Semenjak sertai PAS seumur hidup penyakit gila Abby Abadi dilihat semakin menjadi-jadi... Ni la padahnya bila pelakon masuk politik, macam-macam drama dibawanya... Tak mustahil lepas ni Abby tweet di sudah gila pula...

Cambiasa signal Abby ini sebenarnya ialah untuk melobi jadi calon Pakatan Haram... kalau itu yang Abby mahukan bagi saja lah dia merasa jadi calon Pakatan, bagi Abby bertanding atas tiket PAS ganti Ketua Wanita PAS yang tak pernah buat apa-apa tu...

Sememangnya Abby lebih layak jadi Ketua Wanita PAS sebab dia mampu tafsir mimpi basahnya...

Bak kata sahabat AAKJ " berilah dia test sepenggal.. kalu nasib dia baik dia menang PRU 13.. kalu tak maka dia kena penggal dengan pengundi.."

Abby mimpi jumpa Altantuya.. terus dia khabarkan pada dunia bahawa Altantuya seolah-olah hantar signal padanya.. minta Abby beri perhatian.. roh Altantuya tak aman kot... Huh! Malang sungguh nasib si Abby ni percaya dengan bisikan syaitan yang sentiasa menghasut manusia supaya membenci saudara islamnya....

Budus la... Apa yang kau merepek ni Abby.. dengar ni "..roh orang kapir memey tak tenang.. roh orang Islam yang suka menipu dan berbohong pun sama.. tak tenang seawal dia masuk alam kubur lagi huhu.."

Ada Apa Bila Parti Serpihan Pas, BERJASA Sertai PRU 13

Posted: 21 Feb 2013 04:00 AM PST


Kalau tanya generasi muda sekarang pasti ramai yang kata tak kenal langsung apa itu BERJASA. Ini kerana sudah lebih 17 tahun parti politik serpihan PAS itu menyepi.

Tiba-tiba muncul berita baru-baru ini mengenai pengumuman parti BERJASA untuk bertanding semula dalam PRU ke 13.

Pengumuman itu sudah tentu menimbulkan tanda-tanya dan menarik perhatian berbagai pihak terutamanya pemerhati politik semasa.

Semua orang tahu PAS kini berkecamuk dengan berbagai masalah ekoran hubungannya dengan DAP dan PKR.

Apakah ia hendak mencelah masuk melihat situasi itu?

Jika PAS menggunakan lambang bulan, BERJASA menggunakan lambang bintang. Warnanya sama hijau dan putih.

Kali terakhir BERJASA bertanding PRU ialah pada tahun 1995 bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU).


Lebih menarik dengan pengumuman NGO yang menjadi wadah aktivis Islam, Ikatan Muslimin Malaysia atau ISMA untuk bertanding di atas tiket BERJASA.

Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkira-kira untuk bertanding di 20 kerusi DUN dan Parlimen seluruh negara.

Dengan fokus yang jelas "Bukan kerusi yang ditandingi UMNO atau PAS," katanya.

"Calon-calon ISMA masuk bertanding untuk menang, dan berharap dapat memainkan peranan Kuasa Ketiga sebagai pendesak, penentu dan pengimbang kuasa," ujarnya.

Tambah beliau, kawasan-kawasan yang dipilih pula adalah demi memastikan kuasa politik orang Melayu kekal utuh sebagai faktor penentu kedudukan Islam di negara ini.

"Jentera pilihanraya di kawasan-kawasan ini telah pun bersiap siaga dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa," kata beliau.

Komitmen ISMA untuk bersama dengan BERJASA sudah pasti menjadi satu nafas baru kepada parti yang beralamat di No 17, Jalan Besar Pasir Mas Kelantan itu.

Ini kerana ISMA mempunyai jaringan ahli dan penyokong yang berteraburan di seluruh Malaysia sebagai NGO, apabila pertubuhan itu menyertai parti politik, ia secara tidak langsung akan menggerakkan ahli-ahlinya menjadi kader parti di kawasan-kawasan tersebut.

Formula itulah yang digunakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menukar sebuah parti kecil Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (Ikatan) yang beralamat di Terengganu kepada Parti Keadilan Nasional pada tahun 1999.

Anwar kemudiannya menggunakan NGO ABIM dan JIM sebagai ahli asas kepada parti dan menggerakkan penubuhan cawangan serta bahagian di seluruh negara.

Jentera asal PKR adalah aktivis ABIM dan JIM sebelum dikembangkang lagi dengan penggabungan antara PKN dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadi PKR seperti yang wujud hari ini.

Manakala berdasarkan sejarahnya BERJASA atau nama penuhnya Barisan Jamaah Islamiah SeMalaysia bukan parti baru dalam politik tanahair di negeri-negeri majoriti Melayu sebelah Pantai Timur terutamanya Kelantan.

Parti ini ditubuhkan oleh bekas Menteri Besar PAS Kelantan Datuk Muhamed bin Nasir selepas dipecat PAS pada tahun 1977 berikutan pertelingkahan dengan Presiden PAS masa itu Datuk Asri Muda.

Pernah menyertai BN dan mentadbir Kelantan, dua penggal. Pada tahun 1978 di mana parti tersebut menang 11 DUN dan membentuk kerajaan bersama BN Kelantan dan PRU 1982, di mana parti itu menang enam kerusi DUN.

Bagaimanapun pada PRU 1986, parti itu tidak meletakkan sebarang calon selepas keluar dari BN dan menjadi pembangkang sebelum kembali berkerjasama dalam APU pada 1990 dan 1995.

Bagi orang-orang lama di Kelantan ia merupakan parti alternatif kepada PAS.

Dalam PRU 13 ini ada 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN akan dipertandingkan.

Antara kerusi yang bakal ditandingi BERJASA mengikut maklumat yang diterima Agendadaily adalah Parlimen Subang, Puchong, Seremban, Tapah, Wangsa Maju, Segamat dan DUN Gurun serta Derga.

Parlimen Subang hampir 50 peratus adalah pengundi Melayu, Cina 35 peratus, India 13 peratus selebihnya kaum-kaum lain.

Penyandangnya dari PKR R Sivarasa yang mengalahkan calon MIC S Murugesan dengan majoriti lebih 7 ribu undi di kawasan yang mempunyai lebih 60 ribu pengundi.

Lihat pula Parlimen Seremban, di mana peratusan kaumnya Melayu 45 peratus, Cina 45 peratus, India 12 peratus selebihnya lain-lain kaum.

Berdasarkan keputusan PRU 2008, Calon DAP John Fernandes menang dengan majoriti 3 ribu undi mengalahkan Datuk Yu Chok Tow dari BN. Juga ada lebih kurang 60 ribu pengundi.

Atau Parlimen Padang Serai di mana peratusanya kaum Melayu adalah 54 peratus, Cina 22 peratus, India 22 peratus dan selebihnya lain-lain kaum.

Kerusi itu dimenangi oleh PKR pada 2008 dengan majoriti lebih 11 ribu undi selepas calon PKR N. Gobalakrishnan mendapat 28,774 berbanding calon BN Datuk Boey Chin Gan 17,036.

N Gobalakrisnan bagaimanapun keluar dari PKR dan menjadi wakil bebas di Parlimen pada 2010.

Dalam kata mudah, BERJASA menjadi alternatif kepada orang Melayu/Islam di kawasan-kawasan yang mana UMNO dan PAS tidak bertanding dan jangan terkejut jika calonnya adalah seorang tokoh Islam yang berwibawa, mungkin juga bakal mendapat undi dari kaum-kaum lain.

Beberapa aktivis Islam memberitahu Agendadaily, akan ada kejutan dari segi calon-calon yang ditampilkan oleh BERJASA nanti.

Presiden BERJASA, Mohd. Yusoff Haron sendiri awal Febuari lalu menawarkan tempat untuk bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa untuk bertanding di atas tiket parti tersebut.

"BERJASA boleh bekerjasama dengan semua pihak yang boleh menyumbang kepada kebaikan negara dan rakyat," katanya.

Pengarah Eksekutif Markas Pilihan Raya BERJASA, Brig Jen (B) Datuk Hashim bin Abdul Karim pula dilaporkan berkata, parti itu mengambil keputusan untuk kembali bertanding pada PRU 13 demi memperkasakan hak orang Melayu dan agama Islam.

Beliau juga berkata, langkah meletakkan calon kali ini bukan bertujuan memecahkan undi orang Melayu, sebaliknya mahu meramaikan wakil kaum itu di Parlimen.

Berdasarkan faktor-faktor itulah kemunculan semula BERJASA menarik perhatian berbagai pihak, apatah lagi ketika PRU 13 akan datang dilihat sebagai 'ibu segala pilihanraya'.

Perang di atas gelanggang sudah pasti bukan lagi antara BN dan pakatan pembangkang, tetapi juga kemunculan parti baru yang dijenamakan semula, selain calon-calon bebas di 222 kawasan Parlimen dan 505 DUN seluruh negara.

Semua sudah bersiap sedia hanya menunggu tarikh Parlimen dibubarkan sahaja, dari SMS terkini yang disebarkan 'kononnya' tarikh yang dicadangkan adalah pada 4 Mac nanti. Wallahualam...

-Helmi Hanafi

anakbukitgantang says

Posted: 22 Feb 2013 03:26 AM PST

anakbukitgantang says


Peradaban awal dunia itu di Nusantara

Posted: 22 Feb 2013 12:47 AM PST

Kenapa Nusantara (Asia Tenggara)  ini menjadi rebutan dunia? Kerana Peradaban dunia itu bermula dari sebelah sini. Tulisan  yang menempatkan  Asia Tenggara sebagai kawasan 'pinggiran'.  migrasi manusia atau riak-riak difusi budaya dari pusat-pusat peradaban lain, baik yang berpusat di Mesir, Cina, maupun India tidak benar.
Stephen Oppenheimer , Pakar Genetik berpendapat Asia Tenggara sebagai tempat cikal bakal peradaban kuno berasal. Munculnya peradaban di Mesopotamia, Lembah Sungai Indus, dan Cina justru dipicu oleh kedatangan para migran dari Asia Tenggara. Oppenheimer. Didukung oleh data yang diramu dari hasil kajian arkeologi, etnografi, linguistik, geologi, maupun genetika.

Rekonstruksi Oppenheimer diawali dari saat berakhirnya puncak Jaman Es (Last Glacial Maximum) sekitar 20.000 tahun yang lalu. Ketika itu, muka air laut masih sekitar 150 m di bawah muka air laut sekarang. Kepulauan Indonesia bagian barat masih Bergabung dengan benua Asia menjadi dataran luas yang dikenal sebagai Paparan Sunda. Namun ketika bumi memanas, timbunan es yang ada di kutub meleleh dan mengakibatkan banjir besar yang melanda dataran rendah di berbagai penjuru dunia.
 
Data geologi dan oseanografi mencatat setidaknya ada tiga banjir besar yang terjadi pada sekitar 14.000, 11.000, dan 8,000 tahun lalu. Banjir besar yang terakhir bahkan menaikkan muka air laut hingga 5-10 meter lebih tinggi dari yang sekarang. Yang paling parah dilanda banjir adalah Paparan Sunda dan pantai Cina Selatan. Paparan Sunda malah menjadi pulau-pulau yang terpisah, antara lain Kalimantan, Jawa, Bali, dan Sumatera. Padahal, waktu itu kawasan ini sudah cukup padat dihuni manusia prasejarah yang berpenghidupan sebagai petani dan nelayan. Bagi Oppenheimer, kisah 'Banjir Nuh' atau 'Benua Atlantis yang hilang' tidak lain adalah rekaman budaya yang mengabadikan fenomena alam dahsyat ini. Di kawasan Asia Tenggara, kisah atau legenda seperti ini juga masih tersebar luas di antara masyarakat tradisional.

Ketika banjir melanda, terjadi diaspora para penghuni kawasan ini. Mereka menyebar ke Barat hingga India dan Mesopotamia, ke Timur lalu menghuni Kepulauan Pasifik, dan ke Utara sampai ke Cina dan Jepang bahkan terus menyeberang ke Amerika lewat Selat Bering. Menurut Oppenheimer, diaspora ini cocok dengan rekonstruksi linguistik terbaru versi Johanna Nichols yang menyatakan bahwa Asia Tenggara sebagai pusat persebaran bahasa-bahasa dunia setelah akhir zaman Es. Ini tentu saja amat bertentangan dengan teori yang umum dianut, yang meletakkan tempat asal bahasa-bahasa Asia Timur (Tibeto-Burma, Tai-Kadai, Austroasiatik dan Austronesia) di timur Himalaya, tempat sungai-sungai besar di daratan Asia berhulu. Namun, Oppenheimer juga merujuk sintesis dari empat pakar arkeologi yang meyakini bahwa kawasan ex- Paparan Sunda adalah pusat diaspora manusia pada akhir zaman Ais.
 
Petunjuk genetika pun membuktikan bahwa penduduk Asia Tenggara sudah menghuni kawasan ini paling tidak sejak akhir Kala Pleistosen, dan tidak banyak mendapat aliran gen baru dari daratan Asia. Oppenheimer yakin, 'Orang Asli' yang kini bermukim di Semenanjung Malaya adalah sisa penduduk asli Paparan Sunda yang 'tetap tinggal di rumah' ketika keluarga lainnya migrasi. Artinya, migrasi terjadi dari kawasan Kepulauan Asia Tenggara ke Daratan Asia, dan bukan sebaliknya. Jadi, migrasi penutur bahasa Austronesia pun bukan dari Cina Selatan-Taiwan ke Kepulauan Filipina-Indonesia lalu ke Pasifik dan Madagaskar seperti yang disintesiskan oleh ahli bahasa Robert Blust maupun ahli arkeologi Peter Bellwood. Justru dari Kepulauan Indonesia-lah, para penutur Austronesia berasal.

Bagi Oppenheimer, orang Sumeria yang menjadi peletak dasar peradaban di Mesopotamia adalah orang Asia Tenggara. Kesamaan benda-benda Neolitik yang muncul di Asia Tenggara dan Mesopotamia sekitar 7.500 tahun lalu menjadi salah satu bukti. Ciri fisik orang Sumeria yang bermuka lebar (brachycepalis) dan wajah tipikal 'orientalis' patung-patung wanita Sumeria bisa jadi bukti lainnya. Malahan, tokoh legenda Uthnapishtim, yang dalam wiracarita Gilgamesh dan daftar raja-raja Sumeria disebut sebagai satu-satunya orang yang selamat dari banjir besar, sehingga dianggap prototipe 'Nabi Nuh', tidak lain adalah personifikasi migran dari Asia Tenggara. Dalam legenda Babilonia, kedatangan migran Asia Tenggara direkam dalam kisah tujuh orang bijak yang datang dari laut (Timur) membawa berbagai keterampilan dan pengetahuan baru. Kisah seperti ini juga terdapat di Hindukush (pusat peradaban Indus kuno) dan dimuat dalam Buku Kematian Mesir kuno. Sementara itu, dalam berbagai varian, legenda ini masih tersebar luas di Kepulauan Nusantara hingga Pasifik.
 
 
Oppenheimer tidak berhenti sampai di situ. Ia mengungkapkan bahwa kisah bertema penciptaan Adam-Hawa hingga sengketa Kaen-Habel ternyata tersebar luas di Asia dan Pasifik. Di New Zealand, orang Maori menyebut wanita pertama sebagai 'Eevee'. Dalam berbagai mitos di kawasan ini, manusia pertama dikisahkan dibuat dari lempung merah. Kisah sengketa dua saudara kandung juga populer di Papua Nugini dengan tokoh bernama Kullabop dan Manup. Karena itu, Oppenheimer yakin kisah Kejadian Dunia (Genesis) aslinya berasal dari Asia Tenggara, sehingga ia menganggap Asia Tenggara sebagai 'Taman Firdaus' (Eden in the East).

Teori hiper-difusionisme pun disusun dari paralelisme data arkeologi, organisasi sosial, religi, dan ciri etnografi lain yang terdapat di berbagai penjuru dunia (Trigger, 1989). Kalau dalam cara meyakinkan pembacanya, karya Oppenheimer ini mirip dengan karya-karya Eric von Daniken, yang menganggap peradaban manusia di bumi ini sebagai hasil transfer iptek dari mahluk angkasa luar !
 
Seperti von Daniken, Oppenheimer juga menggunakan penggalan-penggalan data arkeologi yang diramu dengan beragam hasil kajian ilmiah bidang lainnya. Gaya penyajiannya yang ilmiah populer membuat buku ini enak dibaca. Karya seperti ini dikenal sebagai pseudo-archaeology.
 
Membaca buku Oppenheimer memang mengasyikkan, khususnya bagi mereka yang berwawasan 'posmo'. Nuansa dekonstruksi yang kuat dalam buku ini bisa membuat mereka sulit berhenti membaca. Hampir di tiap bagian ada kontroversi, yang kemudian dipecahkan dengan cerdik.. Apalagi, data yang dipakai amat mutakhir, termasuk data paling baru yang dikumpulkan si penulis sendiri saat ia praktek sebagai dokter di desa-desa terpencil Asia Tenggara dan Papua New Guinea.
 
Eden in the East, the Drowned Continent of Southeast Asia

Stephen Oppenheimer
Hardback : Weidenfeld & Nicholson Ltd,
London, 1998
Paperback : Phoenix Books, 1999
(xvi, 560 hal. Illustrasi.)
"ASIA TENGGARA, TANAH ASAL PERDABAN KUNO DUNIA?"
Stephen Oppenheimer


Sumber:Daud Tanudirja
Master of Arts, Doktor of Phylosophy, Staf Pengajar Jurusan Arkeologi, Fakultas Ilmu Budaya, Universitas Gadjah Mada Yogyakarta.

Datum Jelatek- akan bermulanya pengusiran Melayu dari Lembah Keramat

Posted: 21 Feb 2013 04:54 AM PST

Bagi mereka yang tahu real estate, Lembah Keramat dan Setiawanga ialah kawasan Malay Enclave bersama Kampung Baru. Maka projek  Datum Jelatek jika diteruskan akan membawa impak negatif ke atas populasi Melayu di ibukota. 
Mengenai kisah Datum Jelatek, rasanya bukan kisah sekadar mengenai pembangunan kondominium mewah untuk warga asing. Sebaliknya kisah Datum Jelatek itu sebenarnya adalah kisah mengenai rampasan tanah orang Melayu secara halus dan penyisihan mereka dari kawasan bandar secara "terhormat".
Masakan orang Melayu boleh berdiam diri dan membiarkan projek itu diteruskan sedangkan Datum Jelatek merupakan lambang kejayaan Pakatan Pembangkang menghalau orang Melayu dari kawasan pendudukan Melayu di Keramat?


Malah pampasan yang diberikan PKNS kepada penduduk asal Datum Jelatek cumalah sekitar RM300,000, sedangkan sebuah unit rumah 1 bilik tidur bersaiz 725 kaki persegi dalam projek itu pula dijual dengan harga RM956,000. Pada harga mencecah hampir RM1 juta, sebilangan besar orang Melayu ternyata tidak mampu membeli unit rumah itu daripada PKNS.


Projek itu sengaja dibina bukan dalam lingkungan kemampuan ekonomi orang Melayu. Sebaliknya unit-unit rumah di Datum Jelatek sebenarnya telah dijual kepada pembeli Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Malah promosi hartanah yang diadakan di Singapura turut memberikan jolokan kepada Datum Jelatek dengan gelaran "New Chinese Manhattan" untuk menarik lebih ramai pembeli Cina membeli kawasan perumahan itu.

Hakikatnya projek Datum Jelatek bertujuan mencairkan kepadatan penduduk Melayu di kawasan Keramat untuk membolehkan berlakunya "penetration" pendudukan bukan Melayu berlaku di kawasan itu.

Walaupun projek itu telah dirancang semenjak 2010, namun tanpa keizinan Allah SWT sehingga ke hari ini, projek Datum Jelatek masih belum mampu dibangunkan dengan berlakunya pelbagai masalah dalaman. Disamping itu desakan penduduk kawasan Keramat yang tidak mahukan projek berkenaan diteruskan turut membantutkan perancangan projek tersebut.

Orang Melayu harus segera sedar dan tidak sekadar mempedulikan kisah-kisah dalam kain pemimpin Melayu semata-mata. Sebaliknya mereka perlu menumpukan kepada kepentingan untuk memastikan kelangsungan hidup keluarga dan bangsa mereka dalam keadaan serba mencabar.


Dan projek Datum Jelatek untuk warga asing harus dilihat sebagai cubaan mencabuli hak orang Melayu dan warga Malaysia. Projek itu harus dihentikan segera demi kepentingan semua. Orang Melayu harus bersatu dan berganding bahu untuk menghalang walau seinci projek itu daripada diteruskan demi survival bangsa dan keluhuran negara.

bumiyang

Posted: 22 Feb 2013 03:13 AM PST

bumiyang


Pas Layan Rakyaat Kelantan Mcm Lembu?

Posted: 21 Feb 2013 10:48 PM PST

Pencerobohan Pengikut Raja Sulu di Sabah - Dijemput Oleh Pakatan Rakyaat???

Posted: 21 Feb 2013 08:08 PM PST

Kalau Ikut Nik Aziz - Nelayan pun Hendak "Dilembukan" ?

Posted: 21 Feb 2013 05:05 AM PST

tunku

Posted: 22 Feb 2013 03:06 AM PST

tunku


LEADERS OF OPPOSITION PACT ZIG-ZAG ACROSS THE COUNTRY TO COOL THEIR VERY OWN HOT SPOTS

Posted: 22 Feb 2013 01:53 AM PST

Like the movie Fast and Furious, leaders of parties in opposition pact are now crossing the country, profusely trying to 'put off fires that begin to burn their bases' which threaten to pull their influence down.

In Selangor, the three parties are practically 'f…ing' each other up as suspicious and backstabbing take centre-stage as each party scramble to stay afloat under the heavy onslaught of BN.

On the ground, voters who had trusted them are now turning their backs and filing suits in courts for unfulfilled promises and pledges while party workers leaving, like abandoning a sinking ship.

Racism between them is prevalent as their each party attempts to sustain their influence along race and religion because voters do not trust their pledges and promises anymore.

So each party goes on racial and religious lines that can pull back some lost influence.

In Kedah, PAS state government is facing credibility crisis with majority of the party divisions calling for MB Azizan AbdulRazak to step down and party secretary-general Mustapa Ali as usual play dump.

In Kelantan, Mentri Besar who is also the party Ulamak chief Nik Aziz Nik Mat is facing decline in respect as no more than 500 waited for him at the airport last week compared to no less than few thousands every time he returns from anywhere at the airport.

In Johor, PKR and DAP are crossing hairs and in animosity mood as both the parties' chiefs blame each other for sabotage and DAP supremo Karpal Singh and PKR Wan Azizah Ismail are backing each other's man.

In short, parties in the opposition pact are now fighting each other and from within while PKR Rafizi, termed as the financial wizard…ha ha ha…is behaving like a schoolboy trying to outdo whatever or do better than the other boys' claims.

Things are actually looking bad for the opposition pact as the old saying goes 'love fades when marriage begins' in this case the marriage is one of convenience, not based on true love feelings.

Falling apart and downhill fast, leaders of the pact have no choice but to put off the 'fires' as diversion tactics have failed to hide the truth given the voters are getting wiser while parties in the pact are showing their weaknesses and their lies are being exposed by the day.

The latest act by Prime Minister Najib Tun Razak in signing the Transparency International Election Integrity Pledge has put the opposition in a 'check mate' position.

Clearly the opposition pact is cornered and they are in a hot spot, hotter than the frying pot they used to fry Najib and Bn leaders all this while.

PAS Supporters Who Took BR1M Are Worse Than Cows And Chicken - Nik Aziz

Posted: 21 Feb 2013 08:00 AM PST

It is shocking to hear Nik Aziz's speech as soon as he arrived at Kota Bharu after he performed his umrah in Mecca.
Ni Aziz' speech did not promote unity, instead, it sounded like insults, that he came to a point of comparing those who received BR1M with animals.
Nik Aziz said, in front of his supporters at Sultan Muhammad IV Stadium compound," Those who offer money to people, is as same as we calling out chicken to come cloesr to us, all we do is just throw the food. If we want to call the cows, we throw in straws."
That is how insulting he is towards those who received BR1M even when most of his own supporters received it. Not just that, they even said that it is their rights, as rakyat and the money belongs to rakyat.
God knows how did they find such excuse. Would any other governments in the world provide BR1M? No, because it is not their responsibility.
It is part of nature, people need to work to earn money. No one deserve to get anything without doing anything unless they really do not have any power to work due to health reasons for example.
Government's responsibility is to administrate, generate income, bring in investments, public facilities, education, preserve national sovereignty and to ensure peace.
Providing 'free money' to rakyat is not part of the government's responsibility.
As for rakyat, they need to work to pay for themselves, their family and taxes to the government, so that the government could keep on providing the service they need.
Coming from concern, BN government do think of those who are in need and decided to help them, through BR1M. Government can simply use the RM3 billion, budgeted for BR1m for other things, but that might not benefit those who really need it.
Obviously BR1M cannot be implemented if the government cannot afford it. If the government only depend on taxes from those who can afford to pay, obviously they will not be able to provide BR1M to those in need.
Thus, being able to implement it proves how efficient Barisan Nasional is in generating income as well as managing the country's finance.
Sadly, Tok Guru sees BR1M as bait or bribe to gain votes from rakyat, other than insulting those who accepted it. It is even sadder when those who actually took BR1M, are his own supporters.
That is why, we would like to ask Tok Guru, if those who took BR1M are as same as cows and chicken, what about his supporters who often insult BN by in the end still took BR1M anyway, what are they?
Think about it.

Sahabat-Gunung

Posted: 22 Feb 2013 01:39 AM PST

Sahabat-Gunung


`Datum Jelatek’ Satu Projek Yang Sangat Hebat

Posted: 21 Feb 2013 03:45 PM PST



Sesungguhnya ianya merupakan satu projek hebat - projek kediaman kondominium super mewah di tapak runtuhan bangunan rumah pangsa orang Melayu di Kampung Datuk Keramat.

Ianya merupakan 1 projek kondominium super mewah 45 tingkat Datum Jelatik ini menawarkan harga dari RM956,000 hingga RM11.6 juta.

Bukannya mahal sangat pun ….. ini juga merupakan bukti bahawa kerajaan Selangor memang membuat RUMAH MAMPU MILIK dan Skim Perumahan Anak Muda …..

Jadi, Khalid Ibrahim memang seorang pemimpin yang berjiwa besar ….. hinggakan KERA DI HUTAN DI SUSUKAN DAN DIDODOIKAN, ANAK DI BUAIAN MATI KELAPARAN…….

Maka, projek MAHA HEBAT hinggakan KERA di hutan pun disusukan ini pun mendapat tentangan rakyat …..

Mengapa DIBANTAH? Jom layan …………


  
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu membangunkan projek kediaman kondominium super mewah di tapak runtuhan bangunan rumah pangsa orang Melayu di Kampung Datuk Keramat.

Presidennya, Hamidzun Khairuddin berkata, kondominium super mewah 45 tingkat Datum Jelatik ini menawarkan harga dari RM956,000 hingga RM11.6 juta sebuah adalah harga yang langsung tidak munasabah untuk dibeli oleh orang Melayu, Cina atau India yang berpendapatan kecil dan sederhana.

"Hanya jutawan dan mereka yang berpendapatan minimum RM20,000 sebulan sahaja yang mampu untuk membeli kondominium tersebut. Ini juga bermakna usaha yang dipelopori PKNS, kini terpesong jauh dari tanggungjawab mereka yang sepatutnya membina perumahan untuk golongan rendah dan sederhana.

"Kita juga ingin mempertikai polisi perumahan kerajaan negeri khususnya PKNS yang dalam masa lima tahun ini hanya menumpukan pembinaan rumah untuk orang kaya dan jutawan sahaja sedangkan 90 peratus penduduk Selangor adalah terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Kondominium Datum Jelatik ini adalah contoh terbaik pelaksanaan polisinya," ujarnya kepada pemberita, di sini hari ini.

GAPS turut mempertikai penjualan secara enblock dua blok kondominium mewah ini kepada warga luar.

"Adakah warganegara luar yang lebih memerlukan rumah di Kampung Datuk Keramat ini berbanding rakyat tempatan?

"Nampaknya kini MB melaksanakan visi 'kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan' dan yang paling menyedihkan, MB selaku pengerusi PKNS pernah berjanji semasa majlis makan durian dengan penduduk Keramat ketika perobohan rumah pangsa tersebut beberapa tahun lalu, bahawa akan dibangunkan rumah mampu milik di atas kawasan tersebut.

"Namun amat memeranjatkan kondominium super mewah pula yang akan didirikan. Jelas benar, penduduk Keramat khasnya penduduk Selangor amnya di tipu bulat-bulat oleh MB," tambahnya.

Sehubungan itu, GAPS menuntut agar projek kondominium ini dibatalkan dan MB wajib menunaikan janji pembinaan perumahan rakyat mampu milik di atas tapak rumah pangsa Keramat ini.


"Kalau projek Kondominium Padang PKNS Kelana Jaya boleh dibatalkan, projek kondominium Dolomite Batu Caves boleh dibatalkan, maka MB juga wajib membatalkan projek kondominium super mewah Datum Jelatik, Kampung Datuk Keramat ini," tambahnya.

Taipingmali (tm)

Posted: 22 Feb 2013 01:37 AM PST

Taipingmali (tm)


Hasil negeri gawat, Pas kian terdesak

Posted: 21 Feb 2013 05:37 PM PST

TUNTUTAN RM100 juta oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat sebagai pampasan untuk menghentikan pembalakan ?cuci mangkuk? di kawasan tadahan hujan berdekatan Tasik Pedu, menunjukkan Pas Kedah cukup terdesak untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, menyifatkan kenyataan Azizan - yang menjadi menteri besar sejak 2008 - sebagai amat tidak logik dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi dari segi hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan.

Namun Pas Kedah tidak mempedulikan sama ada tindakannya disifatkan mengugut, tidak wajar atau pelik kerana perbuatan di luar kewarasan seperti merosakkan alam sekitar dan menggondolkan hutan yang terletak hanya 100 meter dari tasik sudah pun dilaksanakan walaupun tanpa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Meskipun tuntutan itu membuktikan kewangan negeri tenat atau berisiko muflis namun sungguh melucukan apabila papan-papan tanda menyatakan pendapatan negeri mencecah hingga berbilion ringgit dipacak di merata tempat sebagai propaganda.

?Malah satu papan tanda besar dipacak di depan rumah ayah saya di Jalan Anak Bukit berdekatan lapangan terbang yang mengatakan pendapatan negeri mencapai berbilion ringgit, tetapi sebenarnya angka-angka yang dinyatakan adalah pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama dalam menarik pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP)," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Hakikatnya, hutang kerajaan negeri meningkat sebanyak 50 peratus apabila hutang awam dilaporkan berjumlah RM2.6 bilion setakat Disember 2011 dan hutang pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil pula sebanyak RM330 juta.

Kata Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang, hutang Kuin pula perlu mula dilangsaikan hujung tahun ini sebanyak RM49.2 juta setahun dan jumlah itu merupakan penambahan kepada bajet defisit RM1.1 bilion bagi 2013 berbanding anggaran hasil RM640 juta.

Kewangan negeri menjadi lebih tenat apabila sasaran hasil RM640 juta itu iaitu peningkatan RM105.6 juta daripada hasil premium tanah dan bayaran jualan air mentah kepada Pulau Pinang tidak menjadi kenyataan apabila negeri berkenaan telah menolak jualan sumber air itu.

Lebih menyedihkan ekonomi Kedah di bawah Pas seolah-olah tidak bergerak malahan kadar kemasukan pelaburan asing dalam tempoh empat tahun di bawah pentadbiran Pas hanya RM10 bilion. (Angka itu bermakna setahun antara RM2 hingga RM3 bilion sahaja).

Sedangkan, pentadbiran BN pada 2007 berjaya membawa RM14 bilion FDI hanya dalam satu tahun! - bayangkan perbezaan cukup ketara yang memberi manfaat kepada rakyat.

Pada Januari hingga Oktober 2012, kemasukan FDI dan pelaburan langsung domestik negeri (DDI) negeri terus merosot kepada hanya RM373.3 juta, menjadikan Kedah terjatuh dari tangga kelima pada 2007 ke tangga ke-11 ketika ini berbanding negeri lain.

Kerajaan negeri tiada idea baharu yang kreatif untuk melonjakkan hasil pendapatan negeri melainkan menebang balak dan menjual air hingga tidak menarik minat pelabur menanam modal dalam bidang industri, perkilangan dan pembuatan.

?Walaupun memiliki sedikit kelayakan dari segi akademik tetapi rata-rata pemimpin kerajaan negeri tiada pengalaman mentadbir untuk meningkatkan hasil," kata bekas Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), Datuk Wira Dr. Mohd. Shariff Abu Samah yang juga pengkaji dan pakar dalam pentadbiran awam negeri.

Justeru, katanya, rakyat perlu membuat pilihan tepat memilih kerajaan negeri pada pilihan raya umum kelak bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri diteruskan untuk kesejahteraan rakyat sebagaimana dirancang oleh BN.

Ia termasuk mendapat nikmat daripada rancangan mewujudkan hab perindustrian baharu yang menyerupai Taman Perindustrian Tinggi Kulim (KHTP), Bandar Getah di Utara Kedah dengan kerjasama kerajaan Thailand yang menyediakan banyak peluang pekerjaan. Industri berkaitan bidang aeroangkasa dan pembinaan pusat pembangunan dan penyelidikan (R&D) syarikat-syarikat antarabangsa, sektor pembuatan dan perkilangan kluster, pertanian berteknologi tinggi juga akan dibangunkan di Changlon jika BN mentadbir.

Apa yang penting, isu pokok iaitu pokok balak dan alam sekitar tidak lagi berlarutan jika sumber kekayaan negeri berjaya dijana dan dipelbagaikan untuk meningkatkan hasil bumi jelapang padi ini.

UTUSAN PENULIS adalah Ketua Biro Kedah,

Ikrar Integriti Pilihan Raya

Posted: 21 Feb 2013 05:00 AM PST

PUTRAJAYA : Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sebagai satu lagi komitmen beliau terhadap pelaksanaan agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri menandatangani ikrar tersebut sambil disaksikan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdul dan Presiden Transperancy International (Malaysia) (TI-M), Datuk Paul Low.

Yang turut hadir pada majlis serba ringkas itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin parti komponen BN.

''Apabila nama calon BN yang akan bertanding pada PRU-13 diumumkan, saya akan pastikan mereka menandatangani ikrar tersebut.

''Calon-calon dari parti komponen BN sudah melalui proses saringan SPRM dan adalah sesuai untuk mereka mengambil komitmen menandatangani ikrar integriti untuk pilihan raya yang bersih dan adil," katanya di sini.

Menurut Perdana Menteri, tanggungjawab memenuhi ikrar tersebut terletak di atas bahu mereka yang telah menurunkan tandatangan.

''Dan adalah menjadi hak rakyat untuk memastikan wakil rakyat terbabit berpegang kepada akujanji yang telah dibuat, justeru itu, marilah kita bekerjasama ke arah mengukuhkan proses pilihan raya," katanya.

Maklumat terperinci berhubung akujanji itu boleh diperoleh menerusi laman sesawang TI-M. Orang ramai akan bertanggungjawab menjadi mata dan telinga untuk memantau kepatuhan wakil rakyat masing-masing memenuhi piawaian itu.

Maklum balas boleh disalurkan menerusi akaun Facebook calon atau Twitter wakil rakyat terbabit.

Ikrar Integriti yang digerakkan TI-M adalah kontrak sosial yang ditandatangani secara sukarela oleh mana-mana calon yang akan bertanding pada PRU kelak.

Antara lain calon akan berikrar mengangkat integriti, tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti di peringkat negeri dan persekutuan serta menegakkan kedaulatan undang-undang.

Sementara itu, Paul ketika bercakap kepada pemberita berkata, pelaksanaan ikrar tersebut membolehkan rakyat memantau pemimpin yang benar-benar mematuhi prinsip dan berintegriti.

''Langkah ini akan menggalakkan rakyat untuk mengambil tahu tingkah laku serta perbuatan individu yang telah menandatangani ikrar malah rakyat juga boleh berkomunikasi dengan mereka,'' katanya.

Katanya, Malaysia adalah negara pertama dalam kalangan komuniti TI yang menandatangani ikrar tersebut sekali gus menjadi contoh kepada usaha memerangi rasuah yang dimulakan di peringkat atasan.

''Kami gembira kerana Datuk Seri Najib secara personal komited menandatangani komitmen beliau sendiri terhadap ikrar ini,'' katanya.

Menurut Paul, pihaknya akan menggalakkan semua calon tanpa mengira parti untuk menandatangani ikrar tersebut bagi melihat sejauh mana komitmen mereka dalam mengangkat integriti dan ketelusan.

Setakat ini 20 individu telah menandatangani ikrar yang dibuat secara sukarela tanpa ada kaitan dengan kerajaan atau mana-mana parti politik.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penyokong PAS Terima BR1M Lebih Hina Dari Lembu Dan Ayam – Nik Aziz

Posted: 21 Feb 2013 03:25 AM PST

Mengucap panjang kita mendengar ucapan Nik Aziz setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah di Mekah. Ucapan Nik Aziz bukannya mengajak kepada perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan, sehingga tergamak menyamakan penerima BR1M dengan haiwan.

Kata Nik Aziz, di hadapan penyokong yang menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, "Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu mana datang, jadi kalau kit aberi barang kepda orang, beri RM10, RM50 orang akan ambil."

Hina sekali pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang menerima BR1M sedangkan ramai dari penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut menerimanya dengan bangga. Tidak cukup dengan itu, mereka mendabik dada pula kononnya itu hak mereka, sebagai rakyat dan duit yang diterima itu adalah duit rakyat.

Entah dari mana datangnya alasan bahawa duit itu adalah hak mereka. Apakah semua kerajaan di dunia ini memberi BR1M? Tentulah tidak, kerana bukan tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk berbuat demikian.

Sudah menjadi hukum alam, dan sudah termaktub dalam ajaran Islam, bahawa manusia perlu bekerja untuk mendapatkan wang. Tiada siapa yang layak menerima apa-apa tanpa berusaha melainkan mereka sememangnya tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, kecacatan dan sebagainya.

Tugas kerajaan adalah untuk mentadbir, menjana pendapatan, membawa pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, menyediakan kemudahan awam, memastikan rakyat mendapat pendidikan, memelihara kedaulatan negara serta memastikan keamanan.

Menyediakan wang tunai 'percuma' kepada rakyat bukanlah tugas kerajaan.

Tugas setiap seorang dari rakyat pula adalah untuk bekerja bagi menyara diri dan keluarga serta membayar cukai kepada kerajaan supaya kerajaan dapat terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.

Sudah menjadi lumrah dunia, ada rakyat yang berpelajaran tinggi dan ada yang tidak. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Ada yang dulu susah, tetapi sekarang senang setelah kerajaan membawa masuk pelaburan dan mereka dapat bekerja di kilang-kilang. Ada yang dulu hidup atas peruntukan rakyat termiskin, kini tinggal di rumah dua teres dua tingkat setelah anak-anak mereka menjadi orang berjaya berkat pembelajaran percuma di peringkat rendah dan menengah dan kemudiannya mendapat biasiswa pula untuk ke universiti. Adajuga yang dulu senang tetapi sekarang susah dan menganggur akibat membazirkan masa dan wang ibu bapa ketika di universiti kerana sibuk berdemonstrasi.

Oleh itu, ada rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan dan ramai lagi yang tidak.

Kerana itu, kerajaan BN yang prihatin, telah mengambil kira keadaan hidup rakyat yang berbagai ini dan memutuskan untuk membantu mereka yang memerlukan, melalui BR1M. Kerajaan boleh saja menggunakan peruntukan BR1M sejumlah RM3 billion itu untuk tujuan lain, tetapi dikhuatiri ia tidak akan dapat dirasai secara langsung oleh golongan yang benar-benar memerlukan. Hanya dengan pemberian tunai sahaja yang dapat memastikan ia mencapai objektif secara tepat kerana dengan wang tunai, rakyat boleh memutuskan sendiri cara untuk membelanjakannya.

Sudah tentu sekali BR1M tidak akan dapat diberikan jika kerajaan tidak mampu. Jika kerajaan sekadar bergantung kepada cukai yang dikutip dari segolongan rakyat yang layak membayar cukai sahaja, tentulah kerajaan tidak akan mampu memberi BR1M kepada golongan yang tidak layak membayar cukai itu.

Justeru, kemampuan kerajaan memberi BR1M kepada rakyat dengan sendirinya membuktikan kecekapan pentadbiran Barisan Nasional dalam menjana pendapatan serta mengurus kewangan negara.

Malangnya, Tok Guru melihat BR1M sebagai umpan atau rasuah untuk memancing undi serta menghina pula rakyat yang menerimanya. Lebih malang lagi kerana antara yang menerima BR1M itu adalah penyokong-penyokong Tok Guru sendiri.

Kerana itu, kita ingin bertanya Tok Guru, jika penerima BR1M adalah umpama lembu dan ayam, maka penyokong Tok Guru yang saban hari mengutuk BN tetapi tetap menadah tangan melahap BR1M, umpama apa pula?

Fikirkanlah sendiri, binatang apa yang lebih hina dari lembu dan ayam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SELALU ADA YANG BARU

Posted: 21 Feb 2013 11:46 PM PST

SELALU ADA YANG BARU


PRU13 : BO LA WEII...

Posted: 21 Feb 2013 05:27 PM PST

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 21 Feb 2013 11:33 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


Hasil Negeri Kedah Gawat, 11 Adun Desak Azizan Letak Jawatan MB

Posted: 21 Feb 2013 12:00 AM PST


TUNTUTAN RM100 juta oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat sebagai pampasan untuk menghentikan pembalakan ?cuci mangkuk? di kawasan tadahan hujan berdekatan Tasik Pedu, menunjukkan Pas Kedah cukup terdesak untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, menyifatkan kenyataan Azizan - yang menjadi menteri besar sejak 2008 - sebagai amat tidak logik dan tidak masuk akal, lebih-lebih lagi dari segi hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan.

Namun Pas Kedah tidak mempedulikan sama ada tindakannya disifatkan mengugut, tidak wajar atau pelik kerana perbuatan di luar kewarasan seperti merosakkan alam sekitar dan menggondolkan hutan yang terletak hanya 100 meter dari tasik sudah pun dilaksanakan walaupun tanpa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Meskipun tuntutan itu membuktikan kewangan negeri tenat atau berisiko muflis namun sungguh melucukan apabila papan-papan tanda menyatakan pendapatan negeri mencecah hingga berbilion ringgit dipacak di merata tempat sebagai propaganda.

?Malah satu papan tanda besar dipacak di depan rumah ayah saya di Jalan Anak Bukit berdekatan lapangan terbang yang mengatakan pendapatan negeri mencapai berbilion ringgit, tetapi sebenarnya angka-angka yang dinyatakan adalah pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama dalam menarik pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP)," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.


Hakikatnya, hutang kerajaan negeri meningkat sebanyak 50 peratus apabila hutang awam dilaporkan berjumlah RM2.6 bilion setakat Disember 2011 dan hutang pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil pula sebanyak RM330 juta.

Kata Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang, hutang Kuin pula perlu mula dilangsaikan hujung tahun ini sebanyak RM49.2 juta setahun dan jumlah itu merupakan penambahan kepada bajet defisit RM1.1 bilion bagi 2013 berbanding anggaran hasil RM640 juta.

Kewangan negeri menjadi lebih tenat apabila sasaran hasil RM640 juta itu iaitu peningkatan RM105.6 juta daripada hasil premium tanah dan bayaran jualan air mentah kepada Pulau Pinang tidak menjadi kenyataan apabila negeri berkenaan telah menolak jualan sumber air itu.

Lebih menyedihkan ekonomi Kedah di bawah Pas seolah-olah tidak bergerak malahan kadar kemasukan pelaburan asing dalam tempoh empat tahun di bawah pentadbiran Pas hanya RM10 bilion. (Angka itu bermakna setahun antara RM2 hingga RM3 bilion sahaja).

Sedangkan, pentadbiran BN pada 2007 berjaya membawa RM14 bilion FDI hanya dalam satu tahun! - bayangkan perbezaan cukup ketara yang memberi manfaat kepada rakyat.

Pada Januari hingga Oktober 2012, kemasukan FDI dan pelaburan langsung domestik negeri (DDI) negeri terus merosot kepada hanya RM373.3 juta, menjadikan Kedah terjatuh dari tangga kelima pada 2007 ke tangga ke-11 ketika ini berbanding negeri lain.

Kerajaan negeri tiada idea baharu yang kreatif untuk melonjakkan hasil pendapatan negeri melainkan menebang balak dan menjual air hingga tidak menarik minat pelabur menanam modal dalam bidang industri, perkilangan dan pembuatan.

?Walaupun memiliki sedikit kelayakan dari segi akademik tetapi rata-rata pemimpin kerajaan negeri tiada pengalaman mentadbir untuk meningkatkan hasil," kata bekas Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), Datuk Wira Dr. Mohd. Shariff Abu Samah yang juga pengkaji dan pakar dalam pentadbiran awam negeri.

Justeru, katanya, rakyat perlu membuat pilihan tepat memilih kerajaan negeri pada pilihan raya umum kelak bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri diteruskan untuk kesejahteraan rakyat sebagaimana dirancang oleh BN.

Ia termasuk mendapat nikmat daripada rancangan mewujudkan hab perindustrian baharu yang menyerupai Taman Perindustrian Tinggi Kulim (KHTP), Bandar Getah di Utara Kedah dengan kerjasama kerajaan Thailand yang menyediakan banyak peluang pekerjaan. Industri berkaitan bidang aeroangkasa dan pembinaan pusat pembangunan dan penyelidikan (R&D) syarikat-syarikat antarabangsa, sektor pembuatan dan perkilangan kluster, pertanian berteknologi tinggi juga akan dibangunkan di Changlon jika BN mentadbir.

Apa yang penting, isu pokok iaitu pokok balak dan alam sekitar tidak lagi berlarutan jika sumber kekayaan negeri berjaya dijana dan dipelbagaikan untuk meningkatkan hasil bumi jelapang padi ini.

The Unspinners

Posted: 21 Feb 2013 11:33 PM PST

sekupangdua

Posted: 21 Feb 2013 11:24 PM PST

sekupangdua


ESOK... JANGAN LUPA JUMPA TEMAN DAN BLOGGERS PCT DI HB1M

Posted: 21 Feb 2013 04:00 PM PST


YOP DAN YONG, ESOK. TERUS JER KE KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU, ULU KINTA, DAFTAR DAN TEMUI KAMI DISANA, JANGAN LAMBAT SEMUA BERMULA JAM1.00 PETANG DAN TENTUNYA GEMPAK DAN KASI BAKOR KASI AMARAN PADA PAKATAN RAKYAT JANGAN MENABUR FITNAH LAGI...

KINCING MELATA SI LAMBEI NIE... KENA TENGOK!

Posted: 21 Feb 2013 02:30 AM PST



Ini video yang teman suka bila si Nizar ngangeh nie KANTOI, bukan main lagi dikencingnya cai-cai Depan-depan, yang syoknya dalam cermahnya bukan main dia kutuk giller Dr Zambry Kadir macam ler yang dia katakan kononnya Dr Zambr Kadir macam tertelan anak biawak....

Bukan main lagi ayor lior dia kena berterabor kat penonton depan dia ternganga luas tertelan ayor liornya yang bau bangkai merata -rata,  yang paling kecohnya yang dengor macam lembu suruhan, boleh semua bunyinya Booo Moooo ikut jer apa yang Si lambei ni temberang, angguk ajer!!!

Macam mana pulak yang macam ni bulat-bulat boleh percaya dengan si Lambei nie yang kencing merata-rata. Tag mana yang boleh angguk nie tak boleh nak cakap, tertelan kencing si Meroyan nie memang ler susah nak diubat, kena temas kat dahi baru boleh dia pulih tu pun tak sepenuhnya... Kena di kemian sekeliling rumah pun belum tentu kuat sibadi Meroyan nie...

LAMBEI MB ROKET PEMBOHONG BESAR

Posted: 20 Feb 2013 11:30 PM PST


maleh teman nak akap, cer komer tengok macamana dia nie tak habis-habis buat fitnah dan bohong merata, ibarat kencing merata-rata jer dema nie, yang peliknya dah satu badan kuyup baju dema pun dema masih terganga  dan melopong dengan si kaki kencing yang sekarang nie sambil kencing belari

Apa pun yang dia nak katakan dah tentu ler sapa nak percaya kecuali yg dah kuat angguknya kerana tertelan kencing si Lambei nie, elok sesangat ler komer angguk makin kiat,  mungkin jugak kencing orang meroyan nie memang lebih POWER kot, tengok sendiri Video nie macamana dia keling tong dan bohong kepada rakyat, apa nak buat yop dah itu yang dema suka... Suka diKENCINGkan, bior basah kuyup dema makin kuat angguk... Hancing tu yop!!! Apa lag i mulutnyer si la,bei ni bau bangkai, longkang pun tak sebusuk nie... Meroyan kuat si Lambei nie...

APANAMA

Posted: 21 Feb 2013 11:21 PM PST

APANAMA


PR's Gangnam Style drummer

Posted: 21 Feb 2013 10:56 PM PST

Acu Cuba Try TEST!!!!!

Posted: 20 Feb 2013 11:26 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 21 Feb 2013 11:16 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#Fakta Mengenai Isu Air Yang Cuba Pembangkang Sembunyikan.

Posted: 21 Feb 2013 11:00 PM PST


Satu video penjelasan mengenai isu air Selangor telah diterbitkan bagi menjawab fitnah Kerajaan PKR Selangor.


Untuk pembaca yang tidak dapat mengakses video di atas, MyMassa perjelaskan hujah-hujah mengenai Isu Air Selangor yang perlu kita semua tahu.



PENJELASAN PENSTRUKTURAN SEMULA BEKALAN AIR SELANGOR





A.    LATAR BELAKANG PENSWASTAAN PERKHIDMATAN AIR SELANGOR

Selangor telah menswastakan perkhidmatan airnya kepada empat operator iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Konsortium Abass Sdn Bhd (Abass) dan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash) untuk rawatan air manakala Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk pengagihan air. Kerajaan Negeri Selangor memegang ekuiti di dalam Abass (55%), Splash (30%) dan Syabas (30%). Sesetengah aset yang dikendalikan oleh operator-operator tersebut adalah berbentuk bina-kendali-pindah milik (BOT) dan terdapat juga yang dipajak daripada Kerajaan Negeri.


B.  APAKAH POLISI KERAJAAN PERSEKUTUAN DALAM PENSTRUKTURAN SEMULA PERKHIDMATAN AIR?

Polisi yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam penstrukturan semula perkhidmatan air adalah berdasarkan model asset light di mana operasi operator-operator akan menumpukan kepada peningkatan kecekapan dan keberkesanan kos manakala perbelanjaan modal (Capex) akan dibiayai oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan. PAAB akan mengambil alih aset dan tanggungan berkaitan aset daripada operator-operator sedia ada. PAAB berupaya untuk mendapatkan kos dana yang lebih rendah dan tempoh pinjaman yang lebih panjang menerusi penarafan kreditnya yang lebih baik. PAAB akan dilesenkan dan dikawal selia oleh SPAN dan semua perolehan perbelanjaan modal adalah telus.


C.      ADAKAH KERAJAAN PERSEKUTUAN BOLEH MEMBENARKAN KERAJAAN NEGERI MENGEKALKAN PERKHIDMATAN AIR DALAM STRUKTUR YANG SEDIA ADA?

Struktur perkhidmatan air sedia ada adalah tidak mapan dan pengguna akan dibebankan dengan tarif yang tinggi.  Di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), syarikat konsesi diberi tempoh selama 1 tahun untuk menyatakan hasratnya untuk berhijrah ke rejim pelesenan. Bagi mereka yang tidak berhasrat untuk berhijrah ke rejim pelesenan akan diberi kuasa untuk beroperasi sehingga tamat konsesi tertakluk kepada syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh SPAN.  

SPAN juga akan mengawal selia syarikat-syarikat yang diberi kuasa untuk beroperasi khasnya dari aspek kualiti air seperti termaktub dalam Seksyen 193 Akta IPA 2006. Walau bagaimanapun memandangkan Kerajaan Negeri Selangor mempunyai perjanjian-perjanjian penswastaan dengan keempat-empat syarikat konsesi yang masih sah, maka obligasi-obligasi yang terkandung dalam perjanjian-perjanjian ini masih perlu dipatuhi. Ini akan membebankan pihak Kerajaan Negeri dan juga pengguna.


D.      KENAPA PENSTRUKTURAN INI PERLU DIPERCEPATKAN?

Cadangan penstrukturan semula ini perlu disegerakan bagi melindungi kepentingan pengguna memandangkan kenaikan tarif yang akan berlaku. Pada masa yang sama, usaha ini tidak harus menghakis keyakinan pasaran modal. Kelewatan penstrukturan semula dan penangguhan semakan semula tarif mempunyai impak langsung ke atas operasi bekalan air di Lembah Klang. Ketika ini, hasil daripada tarif hanya sekadar cukup untuk membayar pembelian air terawat daripada PNSB, Abass dan Splash. Masih terdapat keperluan untuk memperoleh pembiayaan bagi operasi harian untuk pengagihan air termasuk penyenggaraan sistem bekalan, kos pekerja, kos tenaga dan perbelanjaan lain. Di samping itu, sebarang pengurangan bayaran kepada operator rawatan air akan menjejaskan keupayaan pembayaran mereka kepada pemberi pinjaman.

Penyusunan semula ini bertujuan mengelakkan kenaikan tarif air sebanyak 37% yang dijadualkan pada 1 Januari 2009 dalam Perjanjian Konsesi Syabas bertarikh 15 Disember 2004 dan seterusnya kenaikan-kenaikan yang amat tinggi setiap tiga tahun seperti yang termaktub dalam perjanjian konsesi.


E.      ADAKAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR PERNAH MEMBERI KOMITMEN UNTUK MENSTRUKTURKAN SEMULA PERKHIDMATAN AIRNYA?

Pada 28 Mei 2008, Kerajaan Negeri Selangor menyatakan hasrat dan komitmennya untuk meneruskan penstrukturan semula yang diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). YB Menteri melalui sepucuk surat bertarikh 19 Jun 2008, menegaskan bahawa PAAB perlu terlibat di peringkat awal bersama KDEB dalam proses penstrukturan ini. Perkara ini telah ditegaskan sekali lagi oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) pada 3 Julai 2008. KDEB telah membentangkan cadangan penstrukturan semula dan mekanisme pembiayaan kepada SPAN pada 18 Ogos 2008. Walau bagaimanapun pada 19 Ogos 2008, Y.A.B. Menteri Besar Selangor telah meminta KTAK untuk menerajui proses penstrukturan semula tersebut. Keputusan KTAK pada waktu itu adalah untuk membenarkan KDEB menyempurnakan proses penstrukturan semula ini, memandangkan KDEB telah menyatakan pihaknya telah menyelesaikan penilaian dan bersedia untuk membuat penawaran pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air di negeri Selangor.


F.      ADAKAH KDEB MEMENUHI JANJINYA DENGAN MEMBUAT TAWARAN KEPADA PIHAK KONSESI?

Pada 4 September 2008, KDEB mencadangkan supaya aset-aset konsesi diambil alih oleh PAAB dan dipersetujui bahawa PAAB akan memulakan verifikasi aset pemegang konsesi dan aset Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri dan KDEB juga menyatakan kesediaan mereka untuk membuat tawaran kepada pemegang-pemegang konsesi dan meminta KTAK mengadakan mesyuarat dan menjadi pengantara (moderator) di dalam rundingan tersebut.

Sehubungan ini, satu mesyuarat telah diadakan pada 19 September 2008, tetapi malangnya KDEB tidak membuat tawaran seperti yang dijanjikannya. Sebaliknya KDEB berjanji untuk membuat tawaran kepada setiap pemegang konsesi secara berasingan dalam tempoh seminggu. Bagaimanapun, ini tidak menjadi kenyataan dan tawaran tidak pernah dikemukakan kepada keempat-empat syarikat konsesi air di negeri Selangor.


G. ADAKAH KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KTAK MEMBERI CUKUP MASA KEPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR UNTUK MELAKSANAKAN PENSTRUKTURAN SEMULA INI?

Kerajaan Negeri Selangor telah diberi cukup masa dan peluang untuk memuktamadkan penyusunan semula ini. Dalam tempoh dari bulan September 2008 sehingga hari ini, jarakmasa (timeline) untuk memuktamadkan tawaran pengambilalihan telah dipinda beberapa kali namun Kerajaan Negeri Selangor masih gagal memuktamadkannya malah sering menukar tempoh sasaran. Empat peluang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Selangor iaitu 19 September 2008, 31 Disember 2008, 15 Januari 2009 dan 14 Februari 2009.


i)                   19 September 2008

Tarikh ini adalah atas permintaan KDEB untuk membuat penawaran bagi mengelakkan kenaikan tarif seperti termaktub di dalam Perjanjian Konsesi Syabas namun KDEB gagal membuat sebarang penawaran.

ii)                31 Disember 2008

Tarikh ini ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memuktamadkan rundingan pengambilalihan bagi mengelakkan kenaikan tarif tetapi sebaliknya telah memohon pula untuk menangguhkan sehingga 30 Mac 2009.

iii)              15 Januari 2009

Tarikh ini yang dipersetujui dalam mesyuarat pada 15 Disember 2008 di antara KTAK dan Kerajaan Negeri Selangor supaya Kerajaan Negeri Selangor memberi maklum balas hasil penawaran sealed price kepada pemegang-pemegang konsesi. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor belum dapat memuktamadkan sealed price berkenaan.

iv)             14 Februari 2009

Maka dengan itu, tarikh akhir baru yang dipersetujui dalam mesyuarat pada 30 Januari 2009 di antara Kementerian dan Kerajaan Negeri Selangor supaya Kerajaan Negeri Selangor memberi maklum balas berhubung hasil penawaran harga kepada sealed price yang berkenaan. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri hanya mengemukakan tawaran pada 13 Februari 2009, sehari sebelum tarikh akhir yang dipersetujui dan meminta pemegang-pemegang konsesi memberikan maklum balas pada 20 Februari 2009. Tindakan ini adalah bercanggah dengan persetujuan yang dibuat pada mesyuarat tersebut.


H.      APAKAH PRINSIP YANG DIGUNAKAN UNTUK PENILAIAN ASET MEMANDANGKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR PERNAH MENEKANKAN BAHAWA TAWARAN PAAB MESTILAH LEBIH RENDAH DARI TAWARAN KERAJAAN NEGERI?

Berhubung dengan isu pengambilalihan aset oleh PAAB, penilaian aset adalah berdasarkan prinsip-prinsip perakaunan dan amalan kewangan yang diterima pakai. Oleh yang demikian, isu yang dibangkitkan oleh Kerajaan Negeri iaitu harga yang ditawarkan oleh PAAB hendaklah lebih rendah atau sama dengan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri, tidak timbul. Ini adalah kerana tawaran PAAB adalah berdasarkan prinsip-prinsip kesaksamaan, ketelusan dan kemampuan untuk melindungi kepentingan pengguna.

Verifikasi telah dilaksanakan oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh PAAB. Dalam masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor juga boleh melantik juruauditnya sendiri untuk meverifikasikan aset demi kesaksamaan dan ketelusan dengan syarat prinsip-prinsip verifikasi adalah sama. Adalah penting, bagi Kerajaan mempertimbangkan implikasi-implikasi ke atas pasaran modal dalam proses penstrukturan semula industri air secara menyeluruh memandangkan ini melibatkan pemegang-pemegang bon dan pemberi pinjaman lain.




I.        APAKAH JAMINAN KERAJAAN UNTUK MEMASTIKAN PERKHIDMATAN BEKALAN AIR LEBIH MAPAN DAN EFISYEN DI BAWAH REJIM PELESENAN?

Di bawah rejim pelesenan Akta 655, Kerajaan Persekutuan akan menetapkan syarat-syarat pelesenan dan memastikan ia adil dan berpatutan kepada semua stakeholder. Pulangan kepada pemegang lesen akan dikawal selia dan tertakluk kepada semakan semula dari semasa ke semasa. Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan oleh SPAN akan dikenakan kepada pemegang lesen. Pemegang lesen dikehendaki memperbaharui lesen ini setiap tiga tahun. Lesen tidak akan diperbaharui sekiranya pemegang lesen tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta 655 atau terma dan syarat lesen.


J.      ADAKAH KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGAMBIL SIKAP MENGENEPIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR DALAM PENSTRUKTURAN PERKHIDMATAN AIR INI?

Kerajaan Persekutuan sentiasa bersedia dan perlu bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam rundingan semula memandangkan mereka adalah merupakan pihak yang terlibat dalam perjanjian konsesi yang akan dirundingkan semula. Seperti juga untuk negeri-negeri lain, Kerajaan Persekutuan akan membantu dari segi kerja-kerja sumber termasuk pembiayaan pembinaan empangan sekiranya semua pihak bersetuju berhijrah ke rejim pelesenan dan memindah milik aset kepada PAAB yang akan memanfaatkan semua pihak terutamanya pengguna. Langkah ini juga akan dapat mengelakkan kenaikan tarif sebanyak 31% mulai 1 April 2009 iaitu kadar kenaikan yang disyorkan oleh Jabatan Audit Negara dalam laporannya, walaupun mengikut perjanjian konsesi kadar kenaikan adalah sebanyak 37%. Namun demikian, kadar kenaikan tarif hanya akan dimuktamadkan oleh Jemaah Menteri setelah memperhalusi segala maklumat terkini berhubung kadar air tidak terhasil (NRW) dan perbelanjaan modal (capex).


K.      ADAKAH KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGAMAL SIKAP DISKRIMINASI DALAM PROSES PENSTRUKTURAN PERKHIDMATAN AIR SELANGOR?

Model penstrukturan semula yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan ini telah diterima oleh Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Melaka dengan termeterainya perjanjian pemindahan aset dan liabiliti kepada PAAB. Ini diikuti dengan Kerajaan Negeri Johor di mana perjanjian telah ditandatangani baru-baru ini. Perlu ditekankan bahawa model penstrukturan perkhidmatan air Selangor adalah model yang sama yang telah digunakan untuk menstrukturkan perkhidmatan bekalan air Johor yang telah dilaksanakan dengan jayanya baru-baru ini. Perlu juga ditekankan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan mengamalkan pendekatan yang berunsur diskriminasi terhadap Kerajaan Negeri Selangor walaupun ianya di bawah pentadbiran Kerajaan Pembangkang.


L.    APAKAH PRINSIP-PRINSIP YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI MEMBANTU KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENSTRUKTURKAN SEMULA INDUSTRI PERKHIDMATAN BEKALAN AIR NEGERI?

Kerajaan Persekutuan akan membantu Kerajaan Negeri Selangor menstrukturkan semula industri bekalan airnya sekiranya ia mematuhi syarat-syarat dan prinsip-prinsip berikut:

(a)             SYABAS yang turut dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui 30% pegangan ekuiti akan dilesenkan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), sementara tiga syarikat konsesi rawatan air iaitu PNSB, SPLASH dan ABASS dibenarkan meneruskan operasi secara authorization di bawah Akta 655 sehingga tamat tempoh konsesi masing-masing, di mana:

·        bagi SYABAS, lesen yang akan dicadangkan ialah lesen perkhidmatan untuk membenarkan mereka melaksanakan operasi perkhidmatan air dan penyenggaraan aset. Lesen ini perlu diperbaharui setiap tiga tahun tertakluk kepada pematuhan semua obligasi dan syarat-syarat lesen serta kehendak-kehendak Akta 655;

·        bagi PNSB, SPLASH dan ABASS, pihak SPAN akan mengenakan terma-terma tambahan bersekali dengan surat authorization yang dikeluarkan kepada setiap syarikat konsesi tersebut;

·        margin keuntungan yang berpatutan ditetapkan berasaskan kecekapan operasi dan kewangan kesemua empat syarikat tersebut dan akan dikaji semula dari semasa ke semasa tertakluk kepada indeks prestasi utama (KPI) yang akan dikawal selia sepenuhnya oleh SPAN.

(b)             Kadar Pembelian Air Secara Pukal (Bulk Supply Rate [BSR]) akan disemak dan dirundingkan semula ke tahap yang lebih berpatutan dan munasabah;

(c)             Tiada kenaikan tarif air pada tahun 2009;

(d)             Aset air dan liabiliti berkaitannya, milik keempat-empat pemegang konsesi (SYABAS, PNSB, SPLASH dan ABASS) dan kerajaan negeri akan diambil alih oleh PAAB pada kadar 1 kali nilai buku (1 x book value) yang akan diteliti dan disahkan oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh PAAB, sementara liabiliti berkaitan pembiayaan pegangan saham/ekuiti tidak akan diambil alih oleh PAAB; dan

(e)             bagi kes di mana liabiliti melebihi nilai aset, kaedah pengambilalihan perlu diperhalusi dan dirundingkan bersama dengan kerajaan negeri.



*Sebar-sebarkan.

Jom Kawan-kawan, Kita Tengok Kebodohan @rafiziramli

Posted: 21 Feb 2013 07:00 PM PST

Pengarah STRATEGI PKR, Rafiz Ramli cuba tunjuk pandai bila keluarkan kenyataan ini.



Kalau tak percaya boleh semak di sini (http://www.keadilandaily.com/projek-keretapi-kl-singapura-kjaan-baru-bakal-warisi-hutang-bn/).

Rafizi cuba memainkan sentimen rakyat dengan menghasut bahawa projek Keretapi KL-Singapura akan menyebabkan hutang berbillion ringgit.

Kalau benar projek Keretaapi Laju KL-Singapura akan menyebabkan hutang berbillion ringgit, BERAPA BILLION PULAK HUTANG NEGARA/NEGERI UNTUK LAKSANAKAN PROJEK KERETAPI LAJU KL-KOTA BHARU???


Untuk lebih adil, MyMassa bandingkan perbandingan jarak dari KL-Singapura (350 km) dan KL-Kota Bharu (453 km) berdasarkan Google Map. Dari segi jarak kita boleh lihat projek yang dicadangkan oleh pembangkang untuk membina keretapi laju KL-Kota Bharu pasti lebih tinggi daripada projek keretapi laju KL-Singapura.



Kalau Rafizi benar-benar seorang yang bijak, dia takkan ulas projek Keretapi laju KL-Singapura dari segi hutang negara kerana setiap projek pembangunan pasti akan melibat hutang sama ada di peringkat negeri ataupun negara.

*Pembangkang ni dari dulu lagi anti-establishment. Masa Tun Mahahir buat jambatan Pulau Pinang, DAP kata bazirkan duit rakyat. Sama juga masa Tun Mahathir bina Putrajaya, PAS dan PKR nak lelong Putrajaya sekiranya mereka berkuasa. Sekarang ni siapa yang terhegeh-hegeh nak menuju Putrajaya?


Anwar Ibrahim Gelabah Dalam Insiden Lahad Datu? Askar Sulu Mencari Pemimpin Pembangkang.

Posted: 21 Feb 2013 05:16 PM PST

MyMassa ada melaporkan bahawa Tian Chua membuat pertemuan dengan Nur Misuari 4 bulan yang lepas untuk merancang sesuatu di bumi Sabah.

http://mymassa.blogspot.com/2013/02/top-secret-apa-tian-chua-buat-dengan.html

Nampaknya apa yang dibocorkan oleh sumber dalaman PKR memang benar. Kini Askar Sulu mencari pemimpin pembangkang menjanjikan sesuatu kepada mereka. Perkara ini telah dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa, Reuters.
Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.

Baca seterusnya di sini : http://www.reuters.com/article/2013/02/14/us-malaysia-philippines-idUSBRE91D0BY20130214

Kalau sebelum ini Tian Chua yang keluarkan kenyataan mengaitkan Kerajaan Malaysia 'mencipta' insiden di Lahad Datu, kini Anwar Ibrahim pula terpaksa bersuara. Kenapa Anwar gelabah menyalahkan UMNO sedangkan Reuters tidak menyebut pun pembangkang dari parti mana. Adakah dari PKR, DAP, PAS atau parti pembangkang negeri Sabah seperti SAPP?
Pembangkang Nafi Ada Kaitan Isu Lahad Datu

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

SUBANG JAYA: Pakatan Rakyat pada Khamis menafikan laporan Reuters yang mendakwa pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu atas jemputan pihak pembangkang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan itu datang daripada Umno bukan Reuters.

"Itu Umno punya kenyataan bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Institut Rakyat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.

Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, beliau hanya berkata: "Saya tak mahu komen."

Reuters pada 14 Februari lalu melaporkan seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata bahawa kumpulan lelaki itu merupakan pengikut Sultan Sulu yang telah dijemput ke Sabah oleh seorang ahli politik daripada pihak pembangkang bagi menbincangkan mengenai isu tanah.

Kumpulan yang dianggotai 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu 'personaliti' tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan.

Kumpulan berkenaan sebelum ini menuntut pengiktirafan sebagai tentera Sulu daripada kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Suluk, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang.
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/2/22/mstar_berita/20130221194331&sec=mstar_berita


Pembangkang sudah berani mengadakan perjanjian sulit dengan pihak luar untuk mewujudkan keadaan tidak selamat dalam negara. Berita perjanjian 'sulit' antara pemimpin pembangkang dengan 'tentera' Sulu bukanlah dilaporkan oleh Utusan, Berita Harian, RTM mahupun TV3. Tetapi agensi berita antarabangsa Reuters yang menjadi pemecah berita dalam hal ini.


Kalau sebelum ini Anwar boleh menipu pengikutnya dengan menuduh semua media arus perdana sebagai media UMNO, takkan Reuters pun akan menerima nasib yang sama seperti Utusan, Berita Harian dan TV3?

*Kalau tiada angin, masakan pohon boleh bergoyang?

My Longest Yard

Posted: 21 Feb 2013 11:08 PM PST

My Longest Yard


Jika Anda Masih Ingat ....

Posted: 21 Feb 2013 04:51 AM PST



Panglima Perang Cyber

Posted: 21 Feb 2013 11:08 PM PST

Panglima Perang Cyber


Live : Majlis Bicara Eksekutif bersama Tun Dr. Mahathir Pagi Tadi.. @NajibRazak

Posted: 21 Feb 2013 09:15 PM PST

Pagi tadi di Lembaga Pertubuhan Peladang Jalan Sultan Salahuddin KL sesi Bicara Eksekutif bersama mantan PM Malaysia Tun Mahathir Mohamad telah berlangsung.

Bangunan yang baru ini akan dirasmikan khabarbya pada 26 hb ini oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Kehadiran 1500 penjawat awam di Wilayah Persekutuan mengikut info dari penganjur.

Turut hadir Datuk Bandar KL dan mantan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Banyak nasihat Tun Mahathir agar perkhidmatan awam ditingkatkan.

Pengalaman beliau yang kini sudah berusia 88 (1925-2013) tahun turut dikongsi dengan audien.

Soalan tentang isu pembangkang mahu kurangkan penjawat awam juga ditanya.

Tun jawab pertambahan penjawat awam dibuat mengikut keperluan. Jika tidak bersetuju dengan cadangan pembangkang maka jangan pilih mereka jadi kerajaan.

Banyak kali audien tepuk tangan membuktikan sokongan mereka terhadap ucapan beliau.

Juga isu dakwaan pilihanraya Malaysia tidak adil beliau menjawab di negara lain pembangkang tidak akan menang dalam pilihanraya.

Sebelum itu soalan tentang Anwar juga diajukan dan dijawab ia satu kesilapan beliau yang melihat pada luaran namun tidak mengetahui perangai sebenar beliau.

Turut ditanya ialah petua Tun kelihatan segak di usia 88 tahun.

Jawab beliau jangan makan terlalu banyak. Di Malaysia banyak penyakit obesiti akibat terlalu banyak makan. Petua bonda beliau iaitu berhenti ketika sedap makan. Ia diceritakan dalam buku biografi beliau.

Kerana itu berat beliau 60 kilo selama 30 tahun.

Hampir sepuluh soalan diajukan dengan beliau oleh peserta. Dijawab semuanya dengan begitu bernas oleh beliau.

Salah seorang peserta juga menyampaikan salam datuk beliau nama Masuki di Sandakan yang merupakan peminat setia Tun yang berusia 90 tahun.

Memang Tun Mahathir ialah aset paling bernilai untuk Malaysia dengan kekayaan pemikiran dan pengalaman beliau.

Semoga Allah panjangkan usia Tun Mahathir Mohamad.

Pesawat MAS Kena Rampas Di Johor Terhempas Korbankan Menteri Pertanian

Posted: 21 Feb 2013 09:14 PM PST

Menarik info yang disiarkan blog Melayukini .

Sesuatu yang tidak pernah kita ketahui dan pertama kali membacanya kerana ia berlaku sebelum wujudnya kita ke dunia.

Ancaman boleh berlaku di mana sahaja dan melibatkan sesiapa yang mungkin kita tidak menyangkanya.

Maka mari kita hidup aman damai demi masa depan yang lebih sempurna.

Baca lagi

http://melayukini.net/2013/02/gempar-pesawat-mas-kena-rampas-di-johor/

Naib Presiden Umno @Zahid_Hamidi Bidas DAP Tidak Hormat Hadi

Posted: 21 Feb 2013 09:14 PM PST

Berita Harian Jumaat 8.2.2013 halaman 6

Watch "Najib Umum Peruntukan Tambahan RM120 Juta Kepada SYABAS 2/2/2013" on YouTube

Posted: 21 Feb 2013 09:14 PM PST

https://www.youtube.com/watch?v=CrBgFQjifaw&feature=youtube_gdata_player

"Ribuan Umat Islam Hadir Majlis Dato' Dr Hasan Ali di Masjid Tanah Bukti Sokong Prinsip Beliau" on YouTube

Posted: 21 Feb 2013 09:14 PM PST

https://www.youtube.com/watch?v=ELnH5tmuaAo&feature=youtube_gdata_player

Wartawan Malaysia Di Al Jazeera Bekas Wartawan Malaysiakini mati tertembak di Lebanon

Posted: 21 Feb 2013 09:14 PM PST

Wartawan Malaysia mati tertembak di Lebanon

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Wartawan Malaysia, Claudia Theophilus, 42, penerbit di syarikat penyiaran Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, mati dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lebanon, semalam.

Duta Besar Malaysia di Lubnan, Ilango Karuppannan berkata, menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia pada kira-kira 2.30 pagi waktu Lebanon.

"Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mayat Claudia akan dibawa pulang selepas segala urusan forensik dan bedah siasat selesai dijalankan.

Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lebanon.

Laporan media menyebut mangsa tiba di Lebanon pada 28 Januari lalu untuk melawat kawannya di negara itu.

Menurut laporan itu, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang "bermain" dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.

Mendiang pernah bekerja dengan akhbar The Sun dan portal berita Malaysiakini. - BERNAMA

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130203/je_04/Wartawan-Malaysia-mati-tertembak-di-Lebanon

Saham FGV: RM4.31 Dan RM4.58, Mana Lebih Tinggi Nilainya Wahai Mazlan Aliman ? | MYKMU.NET

Posted: 21 Feb 2013 09:14 PM PST

Saham FGV: RM4.31 Dan RM4.58, Mana Lebih Tinggi Nilainya?

Posted by dukeofmontecristo

Tak habis-habis lagi modal "auta" Presiden ANAK, Mazlan Aliman yang memperlekeh-lekehkan saham Felda Global Ventures (FGV) di Bursa Malaysia di khalayak masyarakat Malaysia, khususnya pakcik dan makcik kita di tanah-tanah rancangan Felda.

Pada 1 Februari lalu, Mazlan Aliman melalui satu temuramah telah menyatakan bahawa saham FGV kononnya sedang jatuh merudum dan tidak stabil sehingga menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit telah dialami oleh para pemegang saham kedua terbesar dunia itu.

Baca selanjutnya

http://www.mykmu.net/?p=26776

Dr Haron Din Selamanya Akan Pertahan Kalimah Allah

Posted: 21 Feb 2013 09:14 PM PST

Mujur masih ada yang mempertahankan kalimah Allah dengan berani walau bercanggah dengan Presiden Pas sendiri.

Pas semakin jauh tersasar sejak Hj Hadi menggantikan Fadzil Noor.

Selepas tersasar dengan amanat Hj Hadinya sebelum ini.

Watch "Peguam Zulkifli Nordin Nafi Najib terbabit kes Atlantuya" on YouTube

Posted: 21 Feb 2013 09:14 PM PST

https://www.youtube.com/watch?v=rzVjKIPYiEc&feature=youtube_gdata_player

Siapa Kata Thailand Tidak Ada TOL ??? Ini Buktinya

Posted: 21 Feb 2013 05:52 PM PST



Kemarahan Syeikh Nuruddin Al Banjari Pihak Yang Pilih Kafir Berbanding Islam

Posted: 21 Feb 2013 05:50 PM PST

Photo: Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki amat terkenal di kalangan pelajar Malaysia indonesia dan thailand di Kaherah sebelum ini... Tiap2 tahun akan datang ke kaherah untuk mengajar pelajar malaysia pada bulan puasa... Tapi kerana sikap dan taksub sebuah organisasi yang bernama PMRAM, Syeikh Nuruddin tidak mahu lagi datang sekiranya jemputan yang dibuat melalui PMRAM.. Syeikh Nuruddin di kutuk oleh segelintir ahli PMRAM yang taksub di dalam pemikiran politik... Jika ditanya kepada Syeikh Nuruddin mengenai pandangan kerajaan malaysia pastinya beliau menjawab "Malaysia sebuah negara islam yang berjaya dan sangat menjaga kepentingan rakyatnya berbanding di apa yang berlaku di Indonesia" ...   Terima Kasih Syeikh Nuruddin...

Blog @MyMassa Dedah Tentera Sulu Ada Kaitan Dengan @Anwaribrahim @TianChua Didedah oleh Agensi REUTERS Antarabangsa

Posted: 21 Feb 2013 05:32 PM PST



Anwar Ibrahim Gelabah Dalam Insiden Lahad Datu? Askar Sulu Mencari Pemimpin Pembangkang.


Jumaat, Februari 22, 2013 |



MyMassa ada melaporkan bahawa Tian Chua membuat pertemuan dengan Nur Misuari 4 bulan yang lepas untuk merancang sesuatu di bumi Sabah.




http://mymassa.blogspot.com/2013/02/top-secret-apa-tian-chua-buat-dengan.html




Nampaknya apa yang dibocorkan oleh sumber dalaman PKR memang benar. Kini Askar Sulu mencari pemimpin pembangkang menjanjikan sesuatu kepada mereka. Perkara ini telah dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa, Reuters.


Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.




Baca seterusnya di sini : http://www.reuters.com/article/2013/02/14/us-malaysia-philippines-idUSBRE91D0BY20130214




Kalau sebelum ini Tian Chua yang keluarkan kenyataan mengaitkan Kerajaan Malaysia 'mencipta' insiden di Lahad Datu, kini Anwar Ibrahim pula terpaksa bersuara. Kenapa Anwar gelabah menyalahkan UMNO sedangkan Reuters tidak menyebut pun pembangkang dari parti mana. Adakah dari PKR, DAP, PAS atau parti pembangkang negeri Sabah seperti SAPP?





Pembangkang Nafi Ada Kaitan Isu Lahad Datu




Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB




SUBANG JAYA: Pakatan Rakyat pada Khamis menafikan laporan Reuters yang mendakwa pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu atas jemputan pihak pembangkang.




Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kenyataan itu datang daripada Umno bukan Reuters.




"Itu Umno punya kenyataan bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Institut Rakyat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.




Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, beliau hanya berkata: "Saya tak mahu komen."




Reuters pada 14 Februari lalu melaporkan seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata bahawa kumpulan lelaki itu merupakan pengikut Sultan Sulu yang telah dijemput ke Sabah oleh seorang ahli politik daripada pihak pembangkang bagi menbincangkan mengenai isu tanah.




Kumpulan yang dianggotai 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu 'personaliti' tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan.




Kumpulan berkenaan sebelum ini menuntut pengiktirafan sebagai tentera Sulu daripada kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Suluk, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/2/22/mstar_berita/20130221194331&sec=mstar_berita






Baca selanjutnya : http://mymassa.blogspot.com/2013/02/anwar-ibrahim-gelabah-dalam-insiden.html

Watch Video "Abby Abadi Ditegur @UstazAzhar Idrus!" on YouTube Telah Ditonton Lebih SETENGAH JUTA

Posted: 21 Feb 2013 03:11 PM PST

https://www.youtube.com/watch?v=RCNWkvYl7xk&feature=youtube_gdata_player

Belantan

Posted: 21 Feb 2013 11:06 PM PST

Belantan


'Tahniah Anwar kerana perlekehkan Hadi, Nik Aziz'

Posted: 21 Feb 2013 05:38 PM PST




Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim wajar diberi ucapan tahniah kerana berjaya merendah serta memperlekeh kredibiliti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebanyak dua kali dalam isu kalimah Allah.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, kali pertama Presiden Pas dan Mursyidul Amnya diaibkan ialah pada 8 Januari lalu sebelum diikuti dengan pendedahan video ucapan Ketua Pembangkang bertarikh 10 Februari.

Menurut Muhammad Zahid, beiau melihat tindakan Anwar itu sebagai suatu penghinaan kepada Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz kerana selepas 'terperangkap' dengan permainan politik pada 8 Januari lalu, ilmu agama pemimpin Pas itu pula diperlekeh Ketua Pembangkang.



Sehubungan itu, beliau mencabar Dewan Pemuda Pas Pusat menunjuk dan membuktikan ketaatan mereka kepada pucuk pimpinan parti dengan mengadakan demonstrasi membantah tindakan Anwar sebagaimana dilakukan ke atas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

"Saya kena ucapkan tahniah kepada Anwar. Dua kali beliau berjaya mempermainkan Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz. Pada 8 Januari lalu mereka sudah terperangkap sehingga memaksa Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz membuat pusingan kemudiannya tentang kalimah Allah.

"Kini terbongkar pula video ucapan Anwar yang memperlekeh ilmu agama Abdul Hadi serta Nik Abdul Aziz dalam isu kalimah Allah dan kenyataan itu dibuat di hadapan orang bukan Islam di Sabah. Di mana pemimpin Pas mahu letak muka, bagi saya ini penghinaan.

"Tindakan Anwar memperlekeh ini seolah-olah hanya beliau sahaja yang berusaha mengembangkan syiar Islam seperti menyokong pluralisme, liberalisme dan mendakwa undang-undang homoseksual sebagai lapuk," katanya sinis dalam kenyataan di sini hari ini.



Kelmarin akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan pendedahan video ucapan Anwar yang berkata: "Nik Aziz no longer understands Islam. Hadi Awang too. He just follows (Nik Aziz tidak lagi faham Islam. Hadi Awang juga. Dia hanya mengikut),"

Dalam pada itu, Muhammad Zahid berkata, jika Dewan Pemuda Pas Pusat gagal menyahut cabaran beliau untuk mengadakan demonstrasi ke atas Anwar, ini merupakan bukti jelas bahawa parti berkenaan kini telah dijadikan alat serta perkakas oleh Ketua Pembangkang tersebut.

"Pendedahan video ucapan Anwar di Sabah ini merupakan sesuatu yang serius dan Dewan Pemuda Pas Pusat jangan menjadi bacul dalam isu ini jika benar mereka menjunjung kepimpinan ulama, kerana yang dihina sekarang ialah pemimpin ulama dalam Pas," katanya.

Suara Politik
Belantan

Pok Nik anggap penerima bantuan kerajaan Pusat umpama haiwan?

Posted: 21 Feb 2013 07:58 AM PST




Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat @ Pok Nik sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.



"Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).

"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum kali ini penting kepada Pas kerana bukan sekadar mahu membentuk kerajaan tetapi menukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam.

Ketuk dulang paku serpih, mengata orang tapi dia yang lebih..!!! Ingatkan balik dari umrah perangai Pok Nik berubah, tetapi hamPAS?

Suara Politik
Belantan

Sekuritisasikan Perlembagaan Negara!

Posted: 21 Feb 2013 03:01 AM PST


Tragedi 13 Mei 1969 membuktikan kegagalan kerajaan mencegah fenomena perkauman yang disemarakkan menerusi konsep Malaysian Malaysia hingga mengakibatkan umat Islam, Melayu dan Bumiputera diinjak- injak maruah dan harga dirinya.

Tragedi ini meletus dalam suasana Pilihan Raya Umum (PRU) 1969. Ketika itu, elemen- elemen antinasional bertindak sesuka hati tanpa menginsafi Islam adalah agama rasmi negara, sementara Melayu dan bumiputera adalah bangsa teras di Malaysia.

Akibatnya, parti politik Chinese-based termasuk DAP, mendapat kemenangan besar dalam PRU 1969. Beberapa kerajaan negeri juga turut dikuasai oleh parti-parti tersebut. Dalam beberapa perarakan kemenangannya di Kuala Lumpur, pada 12 Mei 1969, mereka menjerit dan melolong sambil melemparkan kata-kata kesat dan lucah kepada umat Islam, Melayu dan Bumiputera.

Mereka mendesak bangsa teras ini gulung tikar, balik kampung, dan tanam kacang! Lantas, pembunuhan antara kaum terjadi di sekitar bandar raya, dan ramai rakyat terkorban. Sistem pemerintahan demokrasi turut mati, Parlimen Malaysia digantung buat sekian tahun lamanya, dan Malaysia ditadbir menerusi sistem Majlis Gerakan Negara atau Mageran.

Demikianlah senarionya apabila masalah etnik gagal ditangani secara tegas dan berkesan, dan apabila ada segolongan rakyat Malaysia mempertikaikan status bangsa teras yang dimiliki oleh umat Islam, Melayu dan Bumiputera. Inilah hakikatnya apabila Perlembagaan Persekutuan dipersenda-sendakan, dan nilai-nilai teras yang menjadi paksi keselamatan negara, termasuk permuafakatan kaum, keharmonian beragama, kesejahteraan rakyat, keselamatan ekonomi, dan ketenteraman awam, tidak dipelihara dalam negara berbilang bangsa.

Sejarah hitam ini jangan direlakan untuk berulang di Malaysia pada abad ke-21. Ia mesti dihindarkan. Seluruh warganegara Malaysia wajar berusaha mencegahnya. Oleh itu, karenah, kenyataan dan tindak- tanduk antinasional, anti-Perlembagaan, anti- Islam, anti-Melayu, dan anti-Bumiputera yang kini muncul semula di Malaysia mesti ditumpaskan habis-habisan.

Bukti-bukti kemunculan ini terkandung dalam jawapan Menteri Dalam Negeri di Parlimen, 22 Mac 2010 bahawa sejak April 2008 hingga 31 Januari 2010, terdapat 129 laporan polis mengenai isu-isu melibatkan Islam, Bahasa Melayu, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera dibuat oleh orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO).

Inilah bukti padat dan jelas bahawa seluruh peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan kini memang tercabar dan tergugat. Fenomena ini adalah ibarat api dalam sekam. Seterusnya, kenang kembali peristiwa menjelang PRU 1999, bila Sequi menghimpunkan 2,095 NGO untuk mengemukakan 85 tuntutan di bawah 17 perkara yang disertakan dengan ugutan memboikot pilihan raya umum tersebut jika apa yang dituntut tidak dipenuhi oleh kerajaan.

Anehnya, tidak ada kaum Cina di Malaysia mengatakan tindakan seperti ini rasis walaupun tuntutan Sequi melampau dan ada yang melanggar beberapa peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tuntutan dua pertubuhan pendidikan Cina iaitu Gabungan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zhong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina (Jiao Zhong) pun sama coraknya. Kedua-duanya bergabung menjadi Dong Jiao Zhong dan mengemukakan pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu kerana bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan dan mencanggahi Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

NGO ini juga tidak dituduh rasis. Sebaliknya, ia mendapat sokongan masyarakat dan akhbar-akhbar Cina. Tetapi, apabila Perkasa wujud dan mula bersuara, organisasi ini pula dituduh dan dikecam sebagai rasis dan Melayu ultra. Apabila 76 NGO Melayu berhimpun di Dewan Kelab Sultan Sulaiman pada 27 Februari 2010, dan berjaya mewujudkan Majlis Perunding Melayu (MPM), pun sesetengah pihak mengecam dan menyatakan MPM rasis dan ketinggalan zaman.

Pelbagai laman web, termasuk milik pemimpin DAP pula menyifatkan Perkasa sebagai syaitan. Kecaman juga dilemparkan oleh halaman 'blogger Melayu dan Melayu liberal' yang lupakan nasib bangsanya.

Amat menyedihkan lagi, kini terdapat parti Islam menjual Islam demi kepentingan diri sendiri, dan segelintir pemimpin Melayu yang menjadi dalang perpecahan Melayu. Pemimpin Melayu terbabit, nampaknya disokong oleh segelintir pemimpin Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara Islam liberal. Beliau tergamak memperdagangkan nama baik ulama besar Yusuf Al-Qardhawi untuk kepentingan dirinya.

Perkembangan seperti ini menjadikan perpecahan Melayu sampai ke kemuncaknya. Sebab itulah Melayu dan Islam tergugat, kalimah Allah tergadai, ayat suci al-Quran diizinkan dibaca oleh bukan Islam dalam ceramah politik, peruntukan membina masjid diungkit oleh pihak tertentu dan tidak dipertahankan, dan kepala khinzir dihumbankan ke dalam masjid. Pada waktu yang sama, ada juga parti politik Melayu yang kini teragak-agak untuk bersuara dan mempertahankan Melayu dan Bumiputra secara jelas dan tegas, semata-mata demi menjaga kepentingan politik.

Inilah senario mutakhir kini. Ia menuntut kita insaf untuk menggerakkan semula kesedaran mengembalikan perpaduan dan maruah umat Islam, Melayu dan Bumiputera. Bersatu Teguh Bercerai Roboh!

Oleh itu, institusi Yang di-Pertuan Agong dan Kesultanan Melayu jangan dipersenda- sendakan. Hakikat Islam adalah agama rasmi jangan dipertikaikan. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan jangan diungkit-ungkit. Hak-hak istimewa ekonomi serta pendidikan umat Islam, Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan Persekutuan jangan diancam status-quonya. Dasar-dasar yang disifatkan sebagai memihak kepada Melayu dan Bumiputera dalam konteks jurang perbezaan ekonomi yang masih lebar, juga jangan sekali-kali cuba disanggah dan dirobah hakikatnya.

Berasaskan perkembangan semasa juga, Perkasa dan MPM mengadakan sidang meja bulat membincangkan cadangan Model Ekonomi Baru (MEB). Sidang ini menghasilkan memorandum yang telah disampaikan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan Pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara.

Antara kandungannya, MEB mesti mengandungi tindakan afirmatif yang memastikan Bumiputera memiliki 30 peratus ekuiti kekayaan ekonomi negara dalam semua sektor selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru sebelum Malaysia menjadi negara maju pada 2020. Tuntutan itu selaras dengan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai sosial-ekonomi, di mana pembahagian kekayaan negara harus berdasarkan kepada peratusan kaum.

Bumiputera kini merupakan 67 peratus penduduk Malaysia. Jika Piagam PBB ini dijadikan aras tanda yang rigid, semestinya 67 peratus kekayaan negara ini dibahagikan kepada Bumiputera. Namun begitu, Bumiputera hanya menuntut 30 peratus. Tetapi, kerajaan mesti menjamin bahawa asas MEB perlu mengambil kira Perkara 152 dan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Jika ini dilakukan, Perkasa, MPM, umat Melayu dan Bumiputera akan memberikan sokongan jitu kepada Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Bagaimanapun, UMNO juga mesti tegas dalam hal berkaitan kepentingan dan tuntutan umat Islam, Melayu dan Bumiputera jika mahu kekal relevan dan terus mendapat sokongan padu.

Oleh itu, sebarang keputusan dasar mengenai Islam, Melayu dan Bumiputera mesti dibuat secara berhati-hati. Jiwa dan hati nurani umat Islam, Melayu dan Bumiputera jangan sekali-kali diguris, dihiris dan dilukakan. Insaflah, tanpa kuasa politik yang majoritinya diperoleh daripada undi umat Islam, Melayu dan Bumiputera, keselamatan rejim dan keselamatan politik yang menjadi paksi kekuasaan di negara ini pasti akan terancam dan mungkin pupus.

Hakikat ini pahit. Tetapi, inilah realitinya kerana sejak merdeka sampai sekarang, umat Islam, Melayu dan Bumiputera adalah penyumbang terbesar dan menjadi benteng paling kukuh kepada struktur kekuasaan, keselamatan rejim, keselamatan politik, dan keselamatan negara di Malaysia.

Tidak dinafikan bahawa undi bukan Melayu dan bukan Bumiputera memang menyumbang kepada dinamika dan struktur kekuasaan negara. Tetapi, undi mereka di Malaysia adalah faktor yang berubah-ubah mengikut pertimbangan politik sewaktu pilihan raya umum diadakan.

Berdasarkan semua kenyataan di atas, terbuktilah bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah sumber utama kepada keamanan dan keselamatan negara. Oleh itu, rakyat yang cintakan negara mendesak kerajaan mensekuritisasikan atau securitized Perlembagaan Persekutuan sebagai objek rujukan kepada ancaman negara.

Maksudnya, kerajaan mesti menjadikan pemeliharaan Perlembagaan Persekutuan oleh seluruh warganegara Malaysia sebagai satu daripada nilai-nilai teras yang mesti dipertahankan menerusi konsep keselamatan negara. Maknanya, kerajaan mesti menjadikan tindak-tanduk mempersenda-senda atau mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan sebagai tindakan yang mengancam keselamatan negara.

Hakikatnya begitu kerana perjuangan memelihara dan mempertahankan keselamatan negara dalam senario Malaysia moden mutakhir ini terpaksalah dilaksanakan secara keras dan tegas. Jika tidak, umat Islam, Melayu dan Bumiputera yang akan terjejas, dan status-quo kekuasaan dan pemerintahan negara masa kini juga yang mungkin pupus.

Kerajaan juga mesti insaf bahawa Perkara 149 dan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah sumber yang mewujudkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA, sebagai undang-undang cegah rintang kepada pelbagai tindakan antinasional yang menjejaskan keselamatan rejim, keselamatan politik, keselamatan masyarakat, keselamatan ekonomi, dan keselamatan negara.

Oleh itu, segerakanlah proses pensekuritisasian Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana Perkara 149, Perkara 150, dan ISA tidak akan memberikan sebarang makna jika Perlembagaan Persekutuan dipertikai, dipersenda-senda dan cuba untuk dimansuhkan menerusi beberapa mekanisme neo-imperialis antarabangsa. Lantaran itu juga, kerajaan mesti bertindak radikal dan berani demi keselamatan negara. Kerajaan mesti tegas dan keras untuk melakukan pensekuritisasian ini demi keselamatan politik dan keselamatan rejimnya.

Kerajaan mesti proaktif untuk memperjuangkan status umat Islam, Melayu dan Bumiputera yang menjadi warganegara teras di Malaysia. Ini penting kerana perjuangan memelihara keselamatan negara adalah hak negara dan pemerintah untuk menentukannya. Proses mensekuritisasikan sesuatu objek rujukan kepada keselamatan negara, dalam konteks ini mensekuritisasikan Perlembagaan Persekutuan, juga adalah proses yang dalam bidang kuasa kerajaan untuk melakukannya.

Ini kerana dalam konteks keselamatan negara, kerajaan adalah pihak yang menjadi autoriti untuk melaksanakan proses pensekuritisasian atau proses securitization tersebut.

Suara Politik
Belantan

tok gajah

Posted: 21 Feb 2013 09:25 PM PST

tok gajah


Tujukan khas untuk umat Islam yang masih sayangkan agama nye ...............

Posted: 20 Feb 2013 11:33 PM PST


Mufti Perak: Bersatu selagi ada iman...Alhamdulilah



IPOH - Umat Islam di negara ini tidak harus berpecah disebabkan parti politik kerana mereka mengucap dua kalimah syahadah yang sama.Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pihak yang tidak mahu bersatu dan mahu memecahbelahkan umat Islam seolah-olah membawa ajaran sesat.Sambil melihat Umno dan Pas mempunyai ruang untuk bersatu, beliau menasihatkan orang Islam supaya tidak bergaduh sesama mereka disebabkan berpolitik."Saya nampak masih ada harapan untuk mereka (Umno dan Pas) bersatu selagi mereka ada iman," katanya.Menurutnya, tindakan itu juga membawa kepada usaha memutuskan hubungan silaturahim sesama Islam dan hukumnya haram.

"Kita tidak boleh putuskan silaturahim sesama Islam semata-mata untuk bekerjasama dengan kafir harbi yang terang-terang menolak Islam."Tahalluf siyasi (kerjasama politik) tidak boleh dibuat jika benarkan perkara yang dilarang oleh syarak," katanya kepada Sinar Harian, semalam.Harussani berkata, dalam al-Quran jelas menyatakan golongan kafir itu adalah golongan orang-orang yang zalim.Beliau berkata, jika sekiranya timbul rasa marah atau tidak puas hati terhadap kepimpinan Islam yang sedia ada, wajib untuk menegur untuk membetulkan mereka.

"Kalau marah sekalipun, wajib betulkan dan menasihati mereka, bukan menjatuhkan atau membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam."Akibatnya, agama dan bangsa akan hancur. Sebab itulah setiap orang Islam wajib bersatu padu," katanya Kelmarin, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah terdapat andaian jika dua kabilah politik Melayu yang saling berpengaruh kembali bercantum, akan tercapailah perpaduan ummah di negara ini.


Tak sedar air mate Tok meleleh ke pipi  bile terbace posting di atas ni. Memang 100% benar tentang ape yang di katekan oleh Tuan Mufti Perak tu. Perpecahan kuase politik melayu/Islam yang sedang berlaku hari ni pasti akan melemahkan kedudukan bangse melayu dan agame Islam tu sendiri.

Tok yakin kamu semue tidak bute dan tuli, cube perhatikan sikap kaum kafir yang sudah semakin menjadi kurang hajo. Semase kite kuat dulu mane ade  berani kaum kafir  ni buke mulut bersuare menentang dan menyakat orang melayu/Islam. Mereke tu semue nye tunduk dan patuh ikut pemerintahan kite.

Tok sekali lagi ingatkan anak2 cucu cicit Tok sekelian, marilah kite semue umat Islam kembali bersatu, supaye bangse dan agame Islam kite terjamin dari di kuasei oleh kaum kafir. Tolak PAS yang sanggup bersengkokol dengan DAP dan PKR yang anti Islam tu. 

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 21 Feb 2013 09:21 PM PST