BERANI MEMBUAT PILIHAN... Posted: 16 Aug 2012 03:30 PM PDT Saya digelar 'Anjing Kerajaan'! Posted: 16 Aug 2012 03:30 PM PDT Ekoran kontroversi yang melanda filem Tanda Putera sejak trelernya yang hanya berdurasi 90 saat diedarkan di internet, sebagai salah seorang teraju utama bagi karya patriotik itu, pelakon Zizan Nin mengakui turut menerima tempias kontroversi tersebut.
Meskipun pada awalnya agak berat untuk aktor ini memberikan sebarang reaksi, namun demikian Zizan memberitahu dia juga menerima banyak cemuhan dan dikecam di laman Twitter sampaikan ke tahap diberi gelaran yang melampau oleh sesetengah pihak.
"Saya tak mahu komen apa-apa mengenai kontroversi yang tercetus ni. Segalanya dah dijelaskan Shumi (Shuhaimi Baba) tadi. Tapi Saya akui ada menerima cacian dan dicemuh di Twitter. Sebagai pelakon, kami dah lali dengan kritikan mahupun persepsi segelintir pihak".
"Ada yang memanggil saya 'anjing kerajaan'. Tapi saya okay saja. Biarlah. Mereka tak tonton pun lagi sudah buat penilaian dan kesimpulan. Sebagai seorang pelakon, saya profesional. Malah saya tak block pun mereka yang menghentam saya", ujarnya yang ditemui ketika sidang media pengumuman tarikh tayangan umum Tanda Putera, bertempat di hotel Eastin, Petaling Jaya, semalam.
Dalam filem arahan sutradara Datin Paduka Shuhaimi Baba itu, Zizan memengang watak sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail. Sementelah, ini bukanlah lakonan pertama Zizan menerusi karya patriotik. Sebelum ini, Zizan pernah diberi kepercayaan menginterpretasikan karakter mantan perdana Menteri, Tun Mahathir, dalam teater Tun Mahathir The Musical.
Ketika ditanya mengenai perasaan mengenai tarikh tayangan yang telah ditetapkan iaitu pada 15 November depan, Zizan berkata,
"Sebagai pelakon, kami akur dengan keputusan yang telah dibuat, Saya berharap pencinta filem tempatan akan menonton filem ini. Saksikanlah Tanda Putera kerana ianya sebuah naskah yang jujur dan inilah masanya untuk anak-anak muda mengambil peluag memahami lagi sejarah negara kita".
Selain Zizan, Tanda Putera yang menelan kos RM4.8 juta terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC) ni turut dibarisi pelakon hebat Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman Hakim, Kavita Sidhu, Riezman Khuzaimi dan ramai lagi
- mD
| Karpal Singh Bukan Hanya Sekadar Anti Hudud Tetapi Anti Islam - Us. Nasha Posted: 16 Aug 2012 02:30 PM PDT KUALA LUMPUR, 16 Ogos - Saya merujuk kepada laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012, dan beberapa ulasan dari pelbagai pihak sehubungan dengan kenyaataan saya di Makkah Al Mukaramah adalah dirujuk. HududSaya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam. Sebagai seorang peguam yang lama,dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Perlaksanaan hudud memerlukan kepada 'standard of proof' yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt ' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ianya dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ianya adalah undang undang Islam. Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost ' untuk pertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, Insyaallah saya tidak akan biarkan mana mana pihak sewenang wenangnya menghina agama saya. Pas harus lebih tegas menyatakan pendirian nya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangan nya untuk menegakkan Syariah Allah swt namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh. Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja. Isu Pertemuan Di Mekah.Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khas nya pada hari hari terakhir ramadhan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadhan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir,menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukan lah suara umat Islam. Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang Ulama di Makkah bersama dengan YAB PM bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama2 tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohinya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah di capai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti mempastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunnah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam. Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum. Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah? Tiba tiba saya dikaitkan dengan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya se iman termasuk lah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah. Nasharudin Mat Isa. 16 Ogos 2012 | Apa masalahnya Nasha bergambar dengan DS Najib Posted: 16 Aug 2012 01:30 PM PDT PAS mengamuk bila Ust Nasha bergambar dengan DS Najib. Sikap arab jahiliiyyah PAS hasil bimbingan Tok Guru begitu terserlah. Pertama, mereka lebih suka berburuk sangka, kedua, menghukum tanpa bicara dan sabotaj sesama sendiri, ketiga, begitu benci akan perpaduan dan mencintai permusuhan sesama Islam. Heboh di alam nyata dan maya fitnah bersiri berkaitan dengan Ust Nasha diikuti penghukuman berbentuk saranan menyuruh beliau keluar dari perjuangan jahiliyyah gaya Tok Guru ini, pulau dan letak jawatan. Apalah kesalahannya Ust Nasha berjumpa mahupun bergambar dengan DS Najib? Tiada seorang pun yang berbaik sangka, mungkinkah Ust Nasha sedang berdakwah kepada DS Najib. Kebanyakkannya berburuk sangka, yang Ust Nasha yang kena dakwah dengan DS Najib. Saya harap usaha dakwah Ust Nasha akan berkesan walaupun jika berkesan PAS akan buat bising macam setiap kali artis bertudung konon ada kaitan dengan mereka walhal hanya ambil nama. Kehidupan Ust Nasha seperti di sebuah negara komunis lama atau korea utara sekarang, tiada kebebasan, sentiasa dipantau dan setiap tindak tanduknya harus dijelaskan kepada comrade-comradenya dan harus minta restu dear leadernya Tok Guru. Malahan dia tidak terlepas dari sasaran fitnah, busuk hati dan mulut jahat sunnah Tok Guru. Ust Nasha sudah menjelaskan sebab perjumpaan itu walaupun pada saya tidak perlu, teruskan perjuangan gaya nabi mu itu Ust Nasha dalam menyatukan umat Islam yang berpecah belah, sekurang-kurangnya ada usaha untuk kebaikkan umat Islam tidak seperti pembohong dan pemfitnah nabi itu, yang tiada sebarang sumbangan kepada umat Islam dan umat manusia, ada imbuhan kebas hasil tiada, hidup hanya untuk komplen. Apa sahajalah PAS ni...Ramadhan adalah masa utk mengeratkan hubungan dan bermaaf-maafan #UEratkanLagi. Mohon klik pada pautan INI bagi menyokong tindakan Ustaz Nasha! | DAP adalah kafir muahad, bukan kafir harbi...baca boleh la... Posted: 16 Aug 2012 12:30 PM PDT Alahai Pas ni, punya la nak menegakkan sahabat DAP nya yang sekarang tersandar rilek melihatkan Pas kalut sendirian menggelabah. Ada- ada saja perkara yang cuba meraka kaitkan bagi membenarkan tahaluf siyasi yang berat sebelah yang terjadi antara kedua-dua parti ni. Satu aja yang dijunjung oleh kedua-dua parti sengal ni, iaitu menjatuhkan Barisan Nasional, selebihnya berterabur, pembohong, semua bertopengkan senyuman kelat, walaupun dalam poket masing-masing ada pisau yang akan digunakan untuk menikam dari belakang! Berikut adalah kenyataam yamg terpaksa dibuat oleh Dewan Ulama PAS: DALAM konteks Malaysia, ahli-ahli DAP merupakan rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan Negara yang menetapkan antaranya Islam sebagai agama Persekutuan.
DAP juga tidak menentang Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama bagi Malaysia dengan memberontak secara bersenjata.
Oleh itu, DAP merupakan warga negara Malaysia yang taat.
Melabelkan DAP sebagai kafir harbi iaitu istilah bagi bukan Islam di luar negara umat Islam, yang menentang secara bersenjata negara yang diperintah oleh umat Islam, adalah salah dan sangat tidak tepat serta menzalimi hak kerakyatan mereka.
Dalam konteks hubungan antara Pas yang menetapkan dasarnya al-Quran dan sunah dengan DAP yang mengikat janji sepakat atas nama Pakatan Rakyat, maka ahli-ahli DAP yang bukan Islam boleh dikategorikan sebagai kafir mu'ahid iaitu istilah bagi bukan Islam yang berikat janji dengan orang Islam.
Malah ikatan janji antara Pas dan DAP ialah untuk menentang sebarang bentuk penyelewengan pengurusan negara, menentang kezaliman polisi-polisi pemerintahan negara, mempertahankan Perlembagaan Malaysia yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.
Oleh itu, menyokong calon-calon pilihan raya DAP di kalangan bukan Islam yang bersepakat mengikat janji dengan Pas dalam PRU13 nanti adalah tidak haram, malah ia bertepatan dengan prinsip siyasah syar'iyyah yang bermatlamat menolak dan menentang sebarang kezaliman dan penyalahgunaan kuasa dan menegakkan kebenaran.
Pakatan Rakyat telah bersepakat dan berjanji setia untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia khususnya dalam empat perkara, antaranya Islam sebagai agama Persekutuan, Kedaulatan Raja-raja Melayu, hak Istimewa Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
Oleh itu, pakatan antara Pas, DAP dan PKR ini menepati dan selaras dengan tuntutan Islam yang menganjurkan sebarang kerjasama atas dasar kebajikan dan taqwa. | Pelakon Oh My English! tak pakai baju nampak seluar dalam! Posted: 16 Aug 2012 10:01 AM PDT Fuh...obses sungguh pelakon kacukan ini dengan tubuhnya.
Zain Saidin, wataknya sebagai seorang guru dari Eropah yang datang mengajar di sebuah sekolah di tanahair memang menjadi apabila rating rancangan hiburan pendidikan itu meningkat dengan mendadak.
Tapi..kalau di luar, perlukah 'cikgu' ini buka-bukaan tunjuk puting warna merah jambu itu?
Lainlah kalau mahu mengerat ukhuwah silaturrahim di SINI!Sangat menarik dan mengiurkan!
Hahahaha...lantak ko la Zain...sebelum para pengunjung beredar dari blog ini, mohon klik pada pautan INI, maklumlah, Hari Raya semakin dekat – sampaikan la mesej #UEratkanLagi dan minta maaf zahir batin Kredit foto: Media Malaya | (Gambar) Aksi Nikita Mirzani tanpa pakaian dan dalam tab mandi tersebar Posted: 16 Aug 2012 08:01 AM PDT Selepas mengkritik tarian tiang Julia Perez yang menunaikan nazarnya setelah pengikut twitter beliau mencecah 1 juta di bulan Ramadan, kali ini, foto bogel Nikita Mirzani pula tersebar disaat-saat umat Islam mahu menyambut Aidilfitri.
Nikita sendiri mengakui bahawa foto-foto berkenaan adalah dirinya sendiri dan ianya merupakan koleksi-koleksi lama beliau.
"Itu foto lama saya. Kenapa disebarkan di bulan Ramadan begini, malu lah saya," ujar beliau pada detikHot, Rabu lalu.
Selebriti yang penuh tatu ditubuhnya itu mendakwa, penyebar gambar tersebut adalah orang-orang yang dengki dengan kejayaan kariernya.
"Terlalu ramai orang yang dengki dengan kejayaan saya," katanya.
Memberi alasan menghormati bulan Ramadan, Nikita tidak mahu mengulas panjang mengenai koleksi-koleksi lama beliau itu. Foto : Kapanlagi
| Kelindan lori kurung dan perk0sa dua pelajar universiti Posted: 16 Aug 2012 07:00 AM PDT SHAH ALAM - Seorang kelindan lori yang mengalami kecederaan akibat ditembak polis, dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melarikan secara paksa dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan merogol seorang daripada mereka, Jun lepas. Anuar Mohamad, 34, dari Taman Alam Megah di sini, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap tiga pertuduhan berkaitan. Di Mahkamah Sesyen, Anuar didakwa merogol mangsa berumur 18 tahun di sebuah rumah di Lot 3862, Jalan Haji Tarmidi, Rantau Panjang, Klang dekat sini, antara 1.20 pagi dan 6 pagi, 25 Jun lepas. Tertuduh, yang hanya duduk di kerusi sepanjang prosiding berikutan kecederaan yang dialaminya, didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya R.Kalaiyarasi yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan ketika ditangkap, polis terpaksa menembak tertuduh beberapa kali kerana dia cuba melarikan diri. Kalaiyarasi berkata kes itu melibatkan kepentingan awam kerana mendapat liputan meluas media dan sekiranya tertuduh diikat jamin, dibimbangi insiden sama akan berulang serta berlaku kemungkinan tertuduh melarikan diri. "Jika mahkamah ingin menggunakan budi bicara dengan membenarkan tertuduh diikat jamin, kami pohon jaminan yang sangat tinggi iaitu sekurang-kurangnya RM50,000," katanya. Anuar yang tidak diwakili peguam pula memohon mahkamah membenarkan dia diikat jamin atas alasan dia tidak terbabit secara langsung dalam kejadian itu. Hakim Slamat Yahya bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Sept ini untuk sebutan semula kes. Di Mahkamah Majistret, tertuduh didakwa melarikan secara paksa mangsa yang sama dan seorang lagi pelajar IPT berumur 23 tahun dengan niat untuk menyebabkan kedua-dua mangsa dikurung secara rahsia dan salah. Anuar didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa berusia 18 tahun di tepi jalan bawah blok asrama bangunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Seksyen 3 di sini antara 1.20 pagi dan 6 pagi, 25 Jun lepas. Perbuatan terhadap mangsa berusia 23 tahun pula didakwa dilakukan di tepi jalan berhampiran perhentian bas sebelah Universiti Selangor (Unisel), Seksyen 7 di sini pada kira-kira 11 malam, 30 Jun lepas. Bagi kedua-dua kesalahan itu, Anuar didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Majistret Zilfinaz Abas juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Sept ini untuk sebutan semula kes.Pendakwaan di Mahkamah Majistret dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahida Md Nor.- Bernama | Khalid Samad tuduh Ustaz Nasha gila jawatan? Posted: 16 Aug 2012 06:31 AM PDT SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyifatkan gesaan dibuat oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa supaya parti itu keluar dari Pakatan Rakyat (PR) kerana DAP menolak pelaksanaan hudud adalah kerana kekecewaan beliau tidak dapat melihat penggabungan Umno dan Pas. Malah beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor beranggapan Nasharudin mungkin mengimpikan untuk mendapat jawatan lebih tinggi sekiranya idea penggabungan tersebut berhasil. "Secara peribadi saya rasa dia sengaja nak timbulkan isu dan saya rasa dia (Nasharudin) memang kecewa apabila Pas tidak mahu bersama dengan Umno maka dia hilang peluang untuk pegang jawatan lebih besar kerana sekiranya ianya terjadi mungkin boleh dapat jawatan di peringkat pusat. "Mungkin itulah dia (Nasharudin) melihat terlepas dan pada masa sama kecewa kalah dalam pertandingan merebut timbalan presiden lantas menyebabkan dia 'tidak seperti dahulu'," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini. Nasharudin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-Pas sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ketika Muktamar Agung Pas tahun lalu, Nasharudin juga gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden dan tewas kepada Mohamad Sabu. Khalid mendakwa mungkin Nasharudin menunggu masa untuk memaksimumkan impak terhadap Pas dan Pakatan Rakyat (PR) dengan lantang bersuara bila tiba pilihan raya nanti. Katanya, agak menghairankan kerana pendirian Pas tetap sama dari dahulu, malah ia turut dipersetujui oleh Nasharudin sebelum ini. "Perkara yang kita lakukan sekarang ini dulu dia (Nasharudin) sendiri pun setuju dan ia bukannya benda baru. "Yang berubah adalah jawatannya dan lain tetap sama sahaja," katanya. Khalid berkata, Nasharudin perlu melihat sendiri Umno terlebih dahulu sekiranya mahu Pas keluar PR kerana bukan sahaja DAP malah Umno juga tidak menerima hudud. Khalid berkata, beliau menolak dakwaan Nasharudin kononnya ahli parti di peringkat bawahan melahirkan kebimbangan kerjasama antara Pas dan DAP terus dijalinkan. Menurutnya, beliau mempersoalkan bagaimana Nasharudin mendakwa mewakili suara golongan bawahan sedangkan daripada muktamar lalu mereka menyokong parti itu terus bekerjasama dengan DAP. Dalam perkembangan sama, ketika ditanya sama ada Nasharudin bakal menerima nasib seperti bekas pesuruhjayanya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dipecat kerana perjuangan tidak selari dengan parti itu, Khalid berkata, Pas bukanlah parti seperti itu dan ia merupakan hak individu. "Kita bukan parti yang menentukan sama ada nak pecat atau sebaliknya kerana ia terpulang kepada mereka sendiri," katanya. | Blogger fitnah Rais Yatim jalani hukuman penjara lepas Aidilfitri Posted: 16 Aug 2012 05:55 AM PDT KUALA LUMPUR - Blogger Amizudin Mamat yang diperintah menjalani hukuman penjara tiga bulan kerana menghina mahkamah hari ini berjaya mendapatkan penggantungan sementara sehingga 28 Ogos ini. Amizudin sebelum ini didapati bersalah melanggar perintah mahkamah yang melarangnya daripada terus menerbitkan artikel memfitnah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam laman blognya. Beliau memfailkan permohonan penggantungan pada hari yang sama dijatuhi hukuman iaitu pada 10 Ogos lalu. Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan permohonan tersebut di dalam kamar dengan dihadiri peguam R. Sivarasa dan Latheefa Koya yang mewakili Amizudin serta peguam Datuk Seri Shafee Abdullah bagi pihak Rais. Latheefa memberitahu pemberita bahawa pihaknya memohon penggantungan sementara memandangkan hari raya semakin hampir dan Hakim Zabariah membenarkan permohonan itu sehingga pendengaran penuh pada 28 Ogos. Amizudin didapati bersalah menghina mahkamah apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Rais iaitu selepas Rais memenangi saman beliau terhadap blogger itu pada 19 Julai tahun lepas. Mahkamah Tinggi memerintahkan Azimudin membayar RM300,000 sebagai ganti rugi dan RM100,000 sebagai kos kepada menteri itu. Rais memfailkan saman itu pada 31 Jan 2011, terhadap Amizudin, 42, yang merupakan anggota Jawatankuasa Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), bagi memfitnah berhubung artikel yang diterbitkan dalam laman blog blogger itu, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Dis, 2010.- Bernama | Artis wanita angkuh, naik angin bila ditegur tayang aurat di bulan Ramadan? Posted: 16 Aug 2012 05:00 AM PDT Lama tidak mendengar perkhabaran pelakon yang bernama Ainul Aishah ini.
Sejak berkecimpung di dalam bidang perniagaan Tutti Frutti, sudah jarang nampak kelibat Ainul Aishah di dalam kaca TV.
Blog hiburan, Beautiful Nara telah memuatnaik screenshoot Instagram pelakon comel ini yang mengisahkan mengenai privasinya 'dicabul'.
Pelik jugak tak suka ditegur tapi sengaja menguploadkan gambar-gambar kurang senonoh serta berbuka-bukaan di laman sosial... Gambar tersebut telah pun diupload oleh Ainul Aishah menerusi Instagramnya di bulan Ramadhan ini. Salah seorang pengikut Ainul telah pun menegur cara pemakaian Ainul yang agak tidak sesuai untuk bulan puasa. Sayangnya teguran ikhlas tersebut telah disalah ertikan oleh Ainul Aishah. Ainul Aishah menyatakan yang Instagramnya adalah tempat untuk fun-fun dan tak boleh nak gaduh-gaduh atau tunjuk angel. Ainul memberitahu kalau ingin menegurnya, tegurlah di tempat lain. Bukan di Instagram ini. Mungkin sebab itu si peminat ini menghantar email kepada blog hiburan tersebut. Dan Ainul mengakui yang dirinya agak rimas dengan orang yang busybody ini. Menurut blog tersebut, teguran yang diberikan itu bukannya salah. Mungkin Ainul Aishah salah faham tentang niat suci teguran tersebut. Apa kata anda? Beautiful Nara p/s: Apa kata kita masing-masing eratkan ukhuwah dengan klik di SINI kerana Hari Raya semakin dekat – sampaikan la mesej #UEratkanLagi dan minta maaf zahir batin | Saya masih setia pada PAS, kata Ustaz Nasha Posted: 16 Aug 2012 12:15 AM PDT SEPANG 16 Ogos - Ahli Parlimen Bachok Nashrudin Mat Isa menafikan sama sekali berhasrat untuk meninggalkan PAS dan menyertai UMNO dalam masa terdekat ini. Bekas Timbalan Presiden PAS itu menjelaskan, perjumpaan yang beliau adakan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah baru-baru ini adalah atas jemputan Ulama' di Negara tersebut bagi membincangkan isu Syria dan Rohingya. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar PAS Pusat meminta semua pihak agar tidak terlalu awal membuat sebarang spekulasi jahat sehingga menjejaskan kesetiaan beliau terhadap perjuangan Parti. Nasharudin berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba dari Makkah, sebentar tadi. Beberapa Pemimpin PAS sebelum ini mempertikaikan tindakan Nasharudin membuat kenyataan gesaan terhadap Parti tersebut agar keluar dari Gabungan kerjasama PKR dan DAP susulan kenyataan tegas DAP berulangkali menentang perlaksanaan Hukum Hudud.
KL Pos
p/s: PAS ni cepat sangat gelabah bewak...cuba tengok SINI bagaimana kita boleh kerjasama dan #UEratkanLagi ukhuwah sesama umat Islam di bulan Ramadan yang mulia ni.
Tingkahlaku Ustaz Nasha mencerminkan bahawa kerjasama sedemikian antara pembangkang dan kerajaan boleh dilaksanakan secara profesional, mesra dan efektif. Bukan hari-hari tak bersetuju...
Pembaca blog ini disarankan klik #UEratkanLagi bagi mengeratkan silaturrahim sesama umat Islam terutama ditanahair sendiri...
| Nik Aziz: Saya tidak gesa Nasha keluar parti Posted: 15 Aug 2012 11:46 PM PDT KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa termasuk bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa keluar dari parti seperti yang dikeluarkan oleh sebuah portal semalam. Apa yang beliau katakan hanya tidak hairan jikamana-mana tokoh mahu keluar parti sebagaimana bekas Presiden Pas, Datuk Asri Muda dahulu."Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan Pas Pusat. "Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti," kata Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, dalam kenyataan ringkasnya hari ini.) "Beliau mengulas berita sebuah portal yang melaporkan berita dengan tajuk 'Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar Pas'.Berikut adalah kenyataan yang dihantar oleh Setiausaha Akhbar beliau, Fadli Shaari kepada Harakahdaily. "Bismillah, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu."Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan Pas Pusat. "Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti. "Dalam hal kontroversi yang melibatkan pemimpin Pas yang dikatakan bersama-sama pemimpin Umno di Mekah, saya tidak mahu membuat apa-apa komen."Pada saya, sikap saya sudah jelas dan semua pihak sudah memahaminya...." | PAS Kedah: Ustaz Azizan bakal 'ditikam' dari belakang Posted: 15 Aug 2012 11:01 PM PDT Dalam umat Islam kelam-kabut membuat persiapan Hari Raya, parti Pakatan Rakyat pula kelam-kabut membuat persiapan Pilihanraya.
Ini kerana PR sehingga kini bukan sahaja belum dapat memuktamadkan kerusi dan calon tetapi juga masih bertelagah soal hala tuju pemerintahan sekiranya menang nanti.
Soal hudud nampaknya masih belum ada penyelesaian di mana PAS terhegeh-hegeh menyorong pipi, sedia akur dengan 'penentangan' DAP asalkan DAP masih bersama mereka, tetapi DAP pula tidak dapat menerima pendirian PAS untuk terus bercakap tentang hudud apa lagi melaksanakannya.
Sekiranya perkara ini tidak boleh diputuskan sebelum PRU-13, bagaimana PR mengharapkan rakyat memberi mandat kepada mereka?
Itu belum lagi dikira masalah dalaman parti dan negeri-negeri di bawah jajahan mereka. Cakap-cakap kedai kopi dan sekilas pandang secara rambang, antara negeri yang hampir pasti jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional ialah negeri Kedah.
Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak diketahui kerap menjadi tumpuan media, bukan sangat kerana isu, tetapi kerana personalitinya yang panas baran dan tidak peduli atau bahasa kasar orang putih 'don't give a damn'.
Oleh kerana personalitinya ini, beliau telah mengumpul musuh yang semakin ramai sejak memegang tampuk pemerintahan negeri itu.
Lebih buruk lagi apabila beliau membuka ruang yang begitu luas kepada musuh untuk menembaknya dari segenap arah. Ini kerana beliau dikenali sebagai seorang MB yang tidak tahu apa-apa dan tidak mahu ambil tahu mengenai apa-apa jua.
Jika dikritik, beliau menafi. Jika disoal, beliau melenting. Akhirnya, satu masalah pun tidak dapat diselesaikan dan satu projek pun tidak dapat dijayakan sepanjang hampir sepenggal pemerintahan.
Akibat terlalu angkuh dan tidak peka, Azizan dipergunakan oleh musuh-musuh yang menyamar sebagai kawannya.
Cerita mereka, mudah sekali untuk mengsabotaj Azizan kerana beliau akan mempercayai siapa saja yang ingin dipercayainya dan siapa yang bijak meraih kepercayaannya pasti akan memperoleh keuntungan.
Pendek kata, beliau mudah ditipu hidup-hidup di depan batang hidungnya sendiri tanpa beliau mengesyaki apa-apa.
Musuh paling bahaya bagi Azizan bukanlah parti lawan atau UMNO, tetapi dari dalam partinya sendiri iaitu PAS.
Malah, dalam banyak hal, PAS Pusat juga mengambil sikap 'dingin' terhadap Azizan dalam banyak hal akibat terpengaruh dengan musuh-musuh beliau yang licik-licik belaka.
Jika rakyat Kedah sebelum ini ingin 'mengajar' UMNO dengan menyerahkan mandat kepada PAS tetapi kini rakyat sudah sedar bahawa seburuk-buruk UMNO sebelum ini, lebih buruk lagi PAS yang bertopengkan Islam, dungu lagi licik dan jahat.
UMNO walaupun dituduh korup dan bermacam-macam lagi, tidak pernah pun memangsakan rakyat.
Namun, di bawah kerajaan 'Islam' PAS, rakyat Kedah terpaksa menanggung tariff air yang tinggi dan menghidu bau busuk sampah di sekitar bandar Alor Setar setiap hari.
Jalan-jalanraya juga tidak diselenggara dengan baik, melainkan di hadapan rumah yang didiami MB sendiri.
Setelah 4 tahun berlalu, terserlahlah sudah sikap kerajaan PAS Kedah yang tidak prihatin dengan segala rungutan rakyat termasuk dalam isu perobohan madrasah, tanah rizab Melayu yang bakal dijadikan jirat Cina, masalah banjir dan pencemaran sungai akibat pembalakan yang berleluasa serta masalah KUIN yang dibiarkan sehingga meruncing dan tidak dapat dikawal.
Semua masalah yang berlaku ini pula ditudingkan kepada UMNO tanpa memikirkan apa-apa penyelesaian.
Lebih malang bagi PAS kerana PAS Kedah juga ketandusan pemimpin yang berwibawa untuk dijadikan pengganti Azizan.
Semua orang tahu bahawa kalau ada pun pemimpin PAS yang menonjol dari Kedah, semuanya hanya menjadi bahan lawak jenaka rakyat kerana kebodohan mereka yang ketara, antaranya, Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang hanya tahu memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan merapu.
Yang lainnya pula begitu kampungan dan tidak boleh dibawa ke tepi, ke tengah dan majlis-majlis rasmi di peringkat kerajaan, diRaja, kebangsaan jauh sekali global.
Malah, Azizan sendiri sering merungut mengenai sikap para Exco yang memalukan dan tidak sesuai serta tidak dapat mengadaptasi cara bekerja dengan sebenar-benarnya.
Seorang dua yang 'professional' di kalangan PAS Kedah pula, semuanya licik mempergunakan Azizan untuk mengaut wang negeri demi kepentingan diri.
Dengan pusat-pusat hiburan yang bercambah dan tidak dapat disembunyikan lagi dari mata rakyat, PAS sudah kehilangan kredibiliti sebagai parti Islam yang menjadi penyebab utama rakyat Kedah mengundi mereka sebelum ini.
Justeru, isyarat yang diterima dari sumber dalaman PAS menyatakan bahawa secara diam-diam, PAS sudah pun 'menerima' kekalahan mereka di Kedah dan mula menumpukan kepada negeri-negeri lain bagi memastikan kemenangan di dalam Pilihanraya nanti.
Apa yang lebih 'menyakitkan hati' PAS ialah, sikap MB Kedah yang masih terus menafi dan 'mempersetankan' apa saja teguran terhadapnya.
Kini, satu persoalan yang tinggal ialah, apakah UMNO telah bersedia meranapkan PAS di Kedah? Sesungguhnya, PAS Kedah telah pun cedera parah dan hanya menunggu tusukan maut keris UMNO untuk mengakhiri penderitaan rakyat.
| Negara Islam: DAP buli Pas Posted: 15 Aug 2012 10:35 PM PDT SETIAP kali pilihan raya umum, kedudukan kerusi Pas dalam senarai kerusi pembangkang adalah tercorot dalam kalangan parti pembangkang utama. Kalau nak dikira dari segi keahlian, dari segi lamanya ditubuhkan, dari segi pengalaman berpolitik dan berkempen untuk pilihan raya, Pas jauh mengatasi DAP dan PKR. Tetapi malangnya, pengaruh Pas dalam kalangan pengundi utama mereka, iaitu orang Melayu, secara relatifnya, cukup kecil dan dilihat terus merosot.
Malah pada pilihan raya umum lalu, kebanyakan kerusi Parlimen yang dimenangi parti tersebut adalah di kawasan majoriti bukan Melayu. Bagi pilihan raya umum yang akan datang, sudah ada desas-desus Pas cuma diperuntukkan beberapa kerusi token atau sagu hati di negeri-negeri bukan tradisi mereka sebagaimana pernah dipersetujui di Perak pada pilihan raya umum lalu.
Lebih teruk sudah ada andaian, termasuk daripada orang Pas sendiri bahawa parti itu tidak mungkin boleh memenangi lebih daripada 30 kerusi berbanding katakan 60 kerusi Parlimen yang diperuntukkan kepadanya pada PRU-13 kelak. Itu pun kebanyakan daripada kerusi yang diandaikan Pas akan menang, adalah kerusi kawasan di mana majoriti pengundinya bukan Melayu.
Dalam kata lain, Pas telah berubah dari sebuah parti disokong orang Melayu kepada sebuah parti yang mengharapkan sokongan bukan Melayu.
Mengapakah kesan bertentangan ini berlaku ke atas Pas dan mengapakah semakin kurang orang Melayu menyokong Pas, sebaliknya lebih ramai bukan Melayu yang menyokong parti tersebut?
Satu ketika dulu Pas dilihat sebuah parti yang mempertahan dan memperjuangkan prinsip Islam secara umum. Namun setelah tercetusnya Revolusi Iran pada 1979, timbul idea baru untuk memperjuangkan negara Islam. Apabila Pas memenangi Kelantan pada pilihan raya umum 1990, sokongan terhadap revolusi ini serta usaha menyebarkan idea negara Islam ini semakin rancak.
Dengan berbekalkan keyakinan idea negara Islam ini sudah dibeli sepenuhnya oleh kebanyakan orang Melayu dan Islam Malaysia, maka timbul pula idea untuk melaksanakan hukum hudud. Kelantan sebagai satu-satunya negeri diperintah dan dikuasai Pas ketika itu telah meluluskan enakmen hukum hudud (Enakmen Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 1993 (Hukum Hudud).
Namun undang-undang yang digubal ini tidak boleh dilaksanakan kerana hukuman berbentuk keseksaan masih lagi di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan melainkan ia dipinda. Maknanya mana-mana Dewan Undangan Negeri tidak boleh menggubal enakmen yang membawa hukuman seperti sebat, gantung sampai mati, rejaman atau memotong tangan dan apa juga yang bersifat mencederakan atau menyeksa pesalah secara fizikal.
Apabila Pas gagal mempertahankan Terengganu pada pilihan raya umum 2004 (setelah memenanginya pada pilihan raya umum 1999) cerita hudud mula reda.
Kini di ambang PRU-13, kisah hudud kembali menjelma. Pas yang seolah-olah tidak mempunyai satu apa lagi yang boleh ditawarkan kepada orang Melayu/Islam Malaysia seakan-akan terpaksa memperkenalkan semula idea ini dalam percubaan mengembalikan kegemilangan dekad 1990-an.
Malangnya kali ini Pas menghadapi keadaan janggal dengan DAP walaupun telah berada dalam satu saf dengan parti tersebut selepas pilihan raya umum 2008. Kesudian Pas turut sama dalam gagasan Pakatan Rakyat bermakna juga kesanggupan melupakan kenyataan Karpal Singh pada satu ketika dulu yang bermaksud langkah mayatnya dulu sebelum mewujudkan negara Islam (Islam over my dead body) yang dibuatnya pada 1999.
Justeru hari ini apabila Pas sekali lagi menjual idea ini kepada bakal pengundi Melayu dan Islam, Karpal sekali lagi konsisten dengan pendirian beliau. Atas penentangan isu negara Islam yang termaksud dalam perlaksanaan hukum hudud versi terbaru ini, Presiden Pas Hadi Awang hanya berkata bahawa DAP berhak menyatakan pendirian termasuk tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud. Agak pelik mengapa Pas sanggup berkompromi dengan DAP walaupun dalam soal paling pokok dalam Islam sedangkan sentiasa menentang dan memperlekeh Umno walaupun dalam soal furuj atau cabang sahaja. Hal ini membawa kita mempersoalkan kembali apakah Pas sebenarnya mahukan negara Islam atau apakah ia tidak lebih daripada modal untuk mendapatkan kuasa politik walaupun terpaksa menggadai dan berkompromi dengan prinsip utamanya? Yusof Harun@Sinar | Abby: 'Politik bukan bidang saya' Posted: 15 Aug 2012 10:01 PM PDT SHAH ALAM - Penglibatan selebriti ini dalam program politik mendapat perhatian ramai sejak menyerahkan borang keahlian menyertai Pas bulan lalu. Sejak itu dia hanya banyak menjawab pandangan dan kritikan menerusi alam siber Twitter.
Selain itu pandangannya hanya dapat diketahui menerusi pentas ceramah atau forum anjuran parti politik.
Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaieyah Abdul Manan mendapat pelbagai reaksi berikutan penghijrahannya ke dalam arena sebagai ahli Pas.
Abby yang kini tampil dengan imej bertudung mengakui dia tidak mengambil peduli kritikan mana-mana pihak kerana ia tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadapnya.
"Saya memang tidak ada masalah kerana apa yang dikhabarkan itu tidak betul. Fitnah," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada program Ziarah Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa di Seri Muda dekat sini malam tadi.
Apabila ditanya soal politik, Abby, antara selebriti yang aktif di dunia Twitter dan hanya dapat dipetik perbincangannya menerusi laman itu sejak lebih sebulan lalu, menegaskan bahawa dia menolak kemungkinan penglibatannya dalam arena politik sebagai "ahli politik" secara aktif.
"Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat.
"Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik," jelasnya.
"Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka dengan apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH," kata pelakon popular Gerak Khas ini.
Sementara itu, mengulas kenyataannya sebelum ini berhubung artis bertudung sukar mendapat tawaran dalam bidang seni dan hiburan, beliau menjelaskan maksud sebenar kata-katanya itu.
"Ya, saya akui sebelum ini saya memang pernah mengeluarkan kenyataan itu tetapi saya kata untuk artis yang sudah berhijrah, yang memakai tudung, yang bersama pembangkang, memang susah untuk mendapat tawaran daripada kerajaan," tegasnya. "Saya tahu rezeki itu daripada ALLAH tetapi kerajaan kita memang macam itu. Tak kira artis ke, cikgu ke, imam ke, kalau menentang kerajaan memang akan diberhentikan. "Ini yang patut dijelaskan bukan saya kata yang bertudung tak boleh kerja dengan kerajaan. Perkara ini sudah dipusingkan hingga jadi lain," katanya mengulas lanjut. Apabila soal kahwin disentuh, Abby hanya tergelak. Dia yang dilaporkan berbaik semula dengan bekas suaminya, Norman Hakim dan isteri barunya, Memey awal bulan ini memberitahu: "Sejak saya bersama pembangkang, sudah tiga kali saya 'dikahwinkan' dan ada juga yang percaya." "Perkahwinan itu tidak pernah berlaku dan saya tidak kenal langsung dengan siapa saya 'dikahwinkan'," jelas Abby yang mengaku hatinya masih belum berpunya. "Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat tetapi kalau ia berlaku, itu kuasa Tuhan," katanya, yang sebelum ini turut menafikan spekulasi bahawa akan merujuk semula dengan Norman. Norman juga pernah mengulas isu yang sama kepada Sinar Harian Online lebih dua minggu lalu. Abby juga berkata, ketiga-tiga anaknya akan menyambut Aidilfitri bersama Norman dan Memey di Kuantan, Pahang. Awal minggu ini Abby ada menulis menerusi Twitter bahawa Norman memang ada mengajaknya menyambut Aidilfitri di kampungnya. p/s: Ada potensi untuk jadi ahli politik yang baik Abby ni. Cakap dah pandai twist dan berbelit-belit. Ikut suka andalah...yang pastinya, kalau dah ahli kepada pertubuhan politik, itu bermakna anda juga berminat kepada politik, kalau nak berubah jadi baik, tak perlu pun join politik...Apa-apa sajalah...oh ya, sebelum tuan-tuan semua berundur dari blog ini, kami mohon tuan-tuan klik pada pautan ini bagi menyelamatkan pokok-pokok di muka bumi ini..errrkk! Apa ni? Jangan khuatir, klik sahaja bagi mengetahui maklumat lanjut...Semuanya adalah saranan yang ditaja oleh #Astro-eBilling!Terima kasih ya! | (Gambar) Lindsay Lohan 'terlupa' pakai seluar semasa hadiri parti Will.i.am Posted: 15 Aug 2012 09:02 PM PDT Penampilan seksi Lindsay Lohan selalunya menarik untuk diulas dan kali ini, gadis yang digelar Ratu Parti ini telah hadir ke sebuah kelab malam terkenal di Hollywood, The Avalon bagi meraikan parti Will.i.am.
Kehadirannya seperti biasa akan menjadi perhatian, dan kali ini beliau hadir tanpa memakai seluar!
Pelakon watak Elizabeth Taylor dalam filem Liz & Dick tersebut hanya mengenakan kemeja ala cowgirl berwarna hitam dan jarang, tetapi tidak memakai seluar pula.
Dengan bibir yang baru dibedahnya itu dilukis dengan lipstik bewarna merah jambu, Lindsay kelihatan yakin untuk berposing depan kamera.
p/s: Artis barat..apa nak diherankan..bertelanjang pun salah satu 'pakaian' mereka juga!
Ah..macam-macam, jangan lupa kepada anda yang ingin sentiasa memastikan nafas mulut anda sentiasa segar dan tidak berbau, klik pada pautan #SmileWithListerine untuk mengetahui maklumat lanjut ya..!
Terima kasih...
| Nak serbu dadah, tapi dapat pasangan gay berbogel tengah beromen! Posted: 15 Aug 2012 07:17 PM PDT | CEKUP...dua remaja lelaki berpelukan ketika diserbu |
PANTAI SURA (DUNGUN) – Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.
Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.
Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.
Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.
Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.
Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah.
p/s: Rosak anak-anak muda sekarang ni..memang merosakkan semangat #SemangatRamadhan betul.
Anda mahu memperbaiki semula #SemangatRamadhan yang telah dirosakkan oleh pasangan gay berkenaan?
Boleh!
Hanya klik pada #SemangatRamadhan untuk mengetahui bagaimana cara yang paling mudah kita mahu mengangkat semual #SemangatRamadhan yang dirosakkan oleh dua makhluk dilaknat Allah ini..!
| Penyanyi wanita diperkosa dan dibunuh oleh penghantar kurier Posted: 15 Aug 2012 07:01 PM PDT Seorang penyanyi China, Fu Li telah dirogol dan dibunuh oleh seorang lelaki yang juga penghantar barang yang percaya beliau adalah seorang wanita yang kaya kerana membuat beliau banyak membuat belian atas talian secara pukal dan banyak. Menurut Asian Bite, Fu telah dirogol dan dibunuh di rumahnya di Beijing pada 30 Julai lalu oleh penghantar barang Zhang Kunpeng, setelah menipu penyanyi itu beliau menghantar barang yang dipesan dari Internet. Zhang pernah beberapa kali menghantar barang ke tumah penyanyi berkenaan, tetapi hari ini beliau mengambil tindakan untuk merogolnya. Beliau terpaksa membunuh penyanyi tersebut setelah merogolnya kerana takut perbuatannya itu terbongkar. Mayat Fu telah ditemui oleh ahli keluarganya kemudian, tetap Zhang telah pun melarikan diri ke Beijing. Beliau ditahan oleh pihak polis ketika mahu menaiki keretapi dan mengaku merogol penyanyi itu. Kematian Fu mengejutkan ramai pihak dan rakan-rakan artisnya. "Saya seperti tidak percaya Fu telah mati. Saya kemudian menghubungi kawan-kawan terdekatnya bagi mengesahkan berita tersebut," kata bekas pengurusnya. "Saya berasa sangat sedih mendengar berita buruk ini," kata Wang Jian, seorang pemuzik dan kawan rapat Fu. "Dia seumpama adik kepada saya, kali terakhir saya hubungi dia pada 29 Julai yang lalu untuk mengatur jamuan makan malam dan semuanya kini sudah berubah, dia telah tiada!" - Yahoo! News | Babak 'Kit Siang kencing bendera' tiada dalam Tanda Putera Posted: 15 Aug 2012 04:30 PM PDT Kontroversi berkaitan filem Tanda Putera terlerai hari ini apabila penerbit Pesona Pictures menjelaskan watak Penasihat DAP Lim Kit Siang tiada dalam filem itu seperti dianggap ramai pihak.
Pengarahnya Shuhaimi Baba menjelaskan foto dengan kapsyen yang mendakwa Lim kencing pada tiang bendera dalam laman Facebook filem berkenaan bukan berasal dari filem itu.
Menurutnya, ia datang daripada orang ramai yang menghantarnya kepada pihak penerbit dan mereka bertindak menurunkannya dari laman Facebook itu tidak lama kemudian.
"Kami terima banyak gambar untuk dikongsi di Facebook kami. Kami juga ingin jelaskan tidak semua gambar yang ada di Facebook ada dalam filem kami," kata Shuhaimi pada sidang media petang tadi.
Menurut Shuhaimi, gambar itu juga sebenarnya dari era yang berbeza daripada zaman yang digambarkan dalam filem Tanda Putera.
"Jadi kami tak gunakan gambar itu kerana ia bukan pada masa itu (yang digambarkan dalam filem)," kata Shuhaimi.
Tambahnya, isu permohonan maaf berkenaan gambar itu juga sepatutnya tidak timbul kerana ia dikeluarkan selepas dimaklumkan orang ramai berkenaan polemik di sebalik gambar itu.
"Gambar itu ada di Internet, bukan dari kami, kami kongsi apa yang orang hantar.
"Ada orang beritahu kami tentang teks (penafian Lim Kit Siang) dan kami keluarkannya," katanya. 13 Mei hanya 10 minit
Penerbit Eksekutif Aida Fitri Buyong pula menjelaskan, gambar itu pada awalnya diletakkan pada laman Facebook untuk menunjukkan pihaknya melakukan kajian sebelum membikin filem itu.
Sementara itu, Shuhaimi berkata, pihaknya meneliti pelbagai rujukan sebelum membikin filem itu, termasuk laporan Majlis Gerakan Negara (Mageran) dan buku ahli akademik Dr Kua Kia Soong.
"Saya baca semua yang elok, yang manis, yang masam, semua saya baca," kata Shuhaimi (kiri).
Sementara itu, mengulas babak tragedi berdarah 13 Mei 1969, Shuhaimi berkata ia hanya memakan masa 10 minit daripada keseluruhan 115 minit filem itu.
Manakala berhubung babak tunjuk perasaan kaum Tionghua yang membawa sepanduk berunsur perkauman, Shuhaimi yakin rakyat Malaysia sudah matang menghadapinya.
"Sebab kami rasa penonton sepatutnya sudah matanglah. Kami rasa sudah sampai masanya untuk kita semua menonton sejarah kita sendiri," katanya.
MK
| Shuhaimi Blows Her Top: No Scene Of Kit Siang Peeing In My Movie Posted: 15 Aug 2012 04:00 PM PDT KUALA LUMPUR: There are no scenes depicting DAP stalwart Lim Kit Siang urinating on a flagpole in the Selangor Menteri Besar's residence in the upcoming film, Tanda Putera. In fact, there isn't a single scene depicting the DAP leader at all in the entire film. Its director Shuhaimi Baba said claims that such a scene existed in the film were nothing short of lies. "Look, we received lots of pictures of historical events that were put up on our Facebook page. It doesn't mean that if a picture is shared, the scene makes it into the movie. "Lim Kit Siang isn't in this movie at all," the award-winning director told a Press conference today. Also present were actors Rusdi Ramli and Zizan Nin. Pro-opposition blogs had recently claimed that the movie, which aims to portray the relationship between then-Prime Minister Tun Abdul Razak Hussain and his deputy Tun Dr Ismail Abdul Rahman, was nothing but a propaganda tool for Barisan Nasional ahead of the coming general election. Criticism had come in fast and furious on the movie, with detractors claiming that the movie had portrayed Lim as the one who had engineered the racial riots of May 13, 1969 via his 'urination' act. Lim himself on his blog had lambasted the filmmakers for attempting to sway public sentiment ahead of the elections. Shuhaimi, however, rubbished the allegations and said it made a mockery of what the filmmaking team was trying to accomplish. "I'm making a movie about history. It has absolutely nothing to do with current figures," she said. Asked on if the producers would apologize to Lim if asked to, Shuhaimi became livid. "What do we need to say sorry for? The picture has nothing to do with the movie." "This film is based on months of detailed, painstaking research. Our consultants are from families of the two prominent leaders. All we wanted to do was make a movie about Malaysian history, about subjects which we felt the public was mature enough to accept," she said. She said they also haven't received any objections so far on their May 13 riots footage, and the National Censorship Board has not issued any instructions to them to remove the scene. Shuhaimi stressed that they were filmmakers, not politicians. "We're not in it for the politics. We are also open to criticism. But in the end what did we get? Abuse, scorn and 'go to hell' statements, all because of Tanda Putera." She said she doesn't mind criticism, but it has to be fair. "Some bloggers who viewed our earlier screening had said they didn't like the film. However, the criticism was based on the movie itself, not anything else. That's fair. But it doesn't have to go beyond that." An emotional Shuhaimi said even her actors were not spared abuse. "Zizan Nin was even abused on Twitter. They called him 'anjing kerajaan' (government dog). What kind of behaviour is this?" "This film has become a victim of politics." On claims that the movie was engineered by BN to sway public sentiment ahead of the elections, Shuhaimi said it was untrue. "Even I don't know when the elections are. This is a coincidence and nothing more. "I simply cannot accept it if people label this movie a propaganda tool for the election. Some have even said that they'll boycott this film. "Well, I hereby state that I won't back down from those who want to boycott the film. They should watch it first, then make up their minds." Shuhaimi revealed that they had invited various quarters to view the film as part of a focus group, including members of the Opposition. "We even invited members of the Opposition to form part of our focus group. They viewed the film, and opined that there was nothing wrong with it," she said. She however declined to disclose the identities of the Opposition members. Meanwhile, Pesona Pictures Sdn Bhd executive director Aida Fitri Buyong said they were willing to conduct a screening for Pakatan Rakyat members to assuage their fears over the film, provided that they pay for it. The cost of a movie screening, she said, was about RM15,000. Shuhaimi meanwhile admitted that she was extremely disappointed with the controversy generated over the movie by those who haven't even viewed it. "It is frustrating. I sincerely believed that the Malaysian public has matured. But it seems that some of us still behave like children." | |