Isnin, 1 Oktober 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 30 Sep 2012 11:01 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Terima Kasih PM @NajibRazak Untuk Elaun Persekolahan #bajet2013 @umbkl

Posted: 30 Sep 2012 09:15 AM PDT


Bajet 2013 telahpun diumumkan Jumaat lepas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan peruntukan berjumlah RM251.6 bilion iaitu meliputi RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Tahun lalu, sebanyak RM232.8 bilion diperuntukkan iaitu RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Bertemakan ''Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat : Sebuah Janji Ditepati' Bajet 2013 bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.
Najib yang juga Menteri Kewangan menggariskan lima fokus utama iaitu :-

a). merangsang aktiviti pelaburan;
b). memperkasa pendidikan dan latihan; membudaya inovasi,
c). meningkatkan produktiviti; konsolidasi fiskal
d). mempercekap penyampaian perkhidmatan awam
e). mensejahterakan rakyat.






Ramai pihak yang tersenyum dengan bajet yang dibentangkan. Tak kurang jugak yang komplen sana komplen sini pasal bajet. Pada pendapat SP bajet kali ini adalah bajet yang mengambilkira keperluan semua peringkat masyarakat daripada golongan pelajar hinggalah keperluan warga emas. Betapa prihatinnya kerajaan Malaysia terhadap keperluan rakyat.
 
Pada bajet 2011 kerajaan telah meluluskan sebanyak RM530 juta untuk pemberian Bantuan Persekolahan bernilai RM100 bagi sesi persekolahan 2012. Bajet kali ini juga memperlihatkan keprihatinan kerajaan apabila sekali lagi telah bermurah hati untuk memberikan Bantuan Persekolahan bernilai RM100 yang memberi manfaat kepada seramai 5.4 juta pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa mengira latarbelakang ekonomi keluarga. Bermakna golongan berkemampuan atau yang terlebih berkemampuan pun dapat juga.

Mungkin ada yang beranggapan bantuan RM100 yang diberikan itu sedikit. Kalau rasa sedikit dan taknak ambil pun takpe. Sedekah je kat tabung sekolah dapat jugak pahala. Tapi sebenarnya bantuan rm100 itu amatlah besar maknanya kepada ibu bapa yang mempunyai bilangan anak bersekolah yang ramai. Cuba bayangkan jika 1 keluarga ada 5 orang anak yang bersekolah dan kesemua anak-anak itu adalah layak mendapat bantuan persekolahan rm100 bermakna 1 keluarga dah mendapat rm500 cuma janganlah pulak nanti ibu bapa gelap mata bila dah dapat duit di tangan. Haruslah beringat duit itu gunanya adalah untuk membiayai keperluan persekolahan anak-anak dan bukannya untuk kegunaan peribadi ibu bapa.

Jom layan video bawah ni


YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 30 Sep 2012 11:05 AM PDT

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


BAJET: PEMBANGKANG SUDAH MEROYAN

Posted: 30 Sep 2012 03:01 AM PDT






Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Selepas dua hari Bajet 2013 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Parlimen, sudah banyak pihak yang sudah mula meroyan - dan sudah tentulah mereka adalah puak pembangkang yang tidak pernag mahu mengakui kejayaan dan kebaikan kerajaan BN selama ini.

Anda bacalah di FB, Twitter dan media pro mereka, apakah pemimpin pembangkang komen atau memberikan reaksi mereka kepada Bajet 2013 - tidak ada perkara yang baik yang mereka nampak sedangkan majoriti rakyat kini sedang bergembira berterima kasih kepada kerajaan BN dan bersyukur kepada Allah di atas rahmat dan nikmat yang bakal mereka perolehi daripada bajet 2013.

Saya berpandangan, bahawa rakyat kita sudah matang sekarang - mereka sudah boleh membuat penilaian dan pertimbangan mengenai rekod cemerlang kerajaan BN dalam mentadbir dan mengurus masa depan negara bertuah ini. Apa pun alasan, apa pun tuduhan, apa pun tindakan - kesemuanya itu tidak mungkin dapat mengubah fakta bahawa sehingga sekarang dan seterusnya, hanya BN yang layak dipilih sebagai kerajaan. Ia berdasarkan rekod dan sejarah yang ada.

Pembangkang pula, mereka hidup dalam keadaan angan-angan, menabur janji melalui "perjuangan yang bermodalkan air liur sahaja". Ya, mereka akan berkata pula kononnya sebab mereka belum berkuasa dan kerana itu, mereka tidak mampu lakukan apa-apa.

Baik, saya ingin bertanya, siapakah yang sedang berkuasa di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah sekarang ini. Siapakah yang telah berkuasa di Kelantan sejak lebih 20 tahun lalu. Siapa?. Ok, apakah yang mereka buat di negeri-negeri yang mereka kuasai?. 

Cukuplah rakyat ditipu dan diperbodohkan ... sudah memadai hanya satu penggal di tiga negeri berkenaan rakyat serahkan kepada pembangkang. Cukuplah 20 tahun Pas diberikan peluang di Kelantan ... Rakyat semua mestilah melihat, menilai dan menghakimi mereka dengan sejarah yang ada.

Cukuplah rakyat melakukan kesilapan dengan memilih kerajaan yang salah di Selangor, Kelantan, Kedan dan Pulau Pinang ... Rakyat Malaysia mesti bersatu menolak mereka ini yang ternyata dan terbukti GAGAL serta tidak mampu membawa apa-apa faedah untuk rakyat.

Kepada semua, undilah BN demi kejayaan, kecemerlang dan kehebatan kita semua.


BAJET 2013: TERIMA KASIH PM

Posted: 30 Sep 2012 02:30 AM PDT

Assalamualaikum ...

Bajet 2013 masih menjadi perbuala rakyat. Di mana-mana pun orang bercakap mengenai bajet tersebut yang dianggap benar-benar menjadi aspirasi kerajaan BN untuk terus memperkasakan kebajikan rakyat dan pada masa yang sama berusaha memperkukuhkan ekonomi negara.

Tidak perlulah saya mengulas dalam bentuk data dan fakta Bajet 2013 kerana kita semua sebenarnya sangat sedia maklum mengenai perkara tersebut. Rumusannya, Bajet 2013 adalah Bajet Kerajaan Dari Rakyat Untuk Rakyat.

Biasalah, setiap kali kerajaan BN membentangkan bajet negara, maka setiap kali itulah kerajaan BN dituduh kononnya memberikan "gula-gula" kepada rakyat. Jika anda rakyat yang perasan, Bajet negara yang dibentangkan kerajaan BN, pasti menetap sesuatu kepada rakyat tanpa mengira ia dibentangkan menjelang musim pilihan raya atau sebaliknya.

Walaupun selepas PRU atau dipertengahan PRU - semua Bajet Kerajaan BN berasaskan kepada suara rakyat, keperluan rakyat dan permintaan rakyat. Anda harus bersetuju dengan saya bahawa Bajet 2013 adalah antara bajet yang terbaik yang meletakkan golongan sasar pada setiap pemberian dengan cara berhemah dan strategik.

Ia sangat memberi impak, sesuai dengan tuntutan semasa golongan sasar yang dilihat oleh kerajaan sebagai perlu diberikan perhatian. Kita sebagai rakyat Malaysia, seharusnya berbangga kerana mempunyai seorang Perdana Menteri seperti Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - beliau adalah seorang yang sangat peka dengan kehendak rakyat, sentiasa ingin mendengar suara rakyat dan merumuskan setiap keputusan kerajaan berasaskan kepentingan rakyat.

Dengan tema Janji Ditepati, beliau telah melakukan yang terbaik, bersungguh-sungguh tanpa kira jemu dan penat lelah demi memastikan kehidupan rakyat terus terbela dan terjamin. Kerajaan BN tidak pernah bermain dengan retorik, sebaliknya kerajaan BN bergerak di atas asas realiti dan hakikat.

Terima kasih Perdana Menteri ... semoga seluruh rakyat akan kekal bersama BN demi membina masa depan negara yang hebat dan terbilang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan