Semua jemaah haji yang sedang mengikuti seminar untuk menunaikan ibadah haji ke Mekah ternyata terkejut apabila menerima sebuah buku panduan haji yang mengandungi gambar Jesus.
Kementerian Agama Kota Bengkulu Indonesia juga terkejut apabila perkara itu diadukan oleh seorang peserta dalam seminar haji yang diadakan baru-baru ini.
Peserta, Yusrati pelik dengan gambar yang dipaparkan kerana memikirkan buku panduan itu seharusnya mengandungi ayat-ayat zikir dan juga cara-cara menunaikan ibadah haji.
"Di buku panduan haji ada gambarnya Jesus sedang menggembala kambing yang tertulis 'Jesus Penggembala Kambing Yang Baik'," katanya.
Menurut kenyataan dari Ketua Penyelenggaraan Haji & Umrah Kementerian Agama Kota Bengkulu, Efendi Joni berkata, buku panduan itu disediakan oleh pihak Kementerian Penyelenggaraan Haji dan Umrah Kementerian Agama Republik Indonesia.
Efendi memberitahu buku-buku yang telah dicetak sebanyak 280 naskah itu akan dipulangkan semua kerana bimbang akan berlakunya salah faham yang melibatkan agama Islam dan pengganut agama Kristian.
Dia turut memaklumkan insiden gambar itu mungkin mempunyai motif untuk menaikkan semangat marah di kalangan umat Islam.
Siapa cakap orang muda di P.Pinang tak sokong BN ?? Hari ini 5 ribu anak muda berkumpul bagi menyatakan sokongan mereka kepada BN di PRU akan datang .
Program yang diberi nama 'BN Pilihan Orang Muda' ini diadakan dengan mengumpul generasi - generasi muda dari kalangan anak - anak di seluruh P.Pinang turut disertai oleh pelbagai kaum yang mewakili suara komponen BN.
Add caption
Ia dirasmikan oleh Menteri Pertahan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di dewan Sunway Convention Centre Seberang Jaya .
Turut hadir dalam Majlis tersebut ialah YB Khairy Jamaluddin, Pengerusi Pemuda BN , Datuk Rosnah Rashid Sirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dato Zainal Abidin Osman , Timbalan Pengerusi BN P.Pinang , Ketua Pemuda BN P.Pinang Sdr Oh Tong Keong , Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Ir Dr Shaik Hussein Mydin , ADUN - ADUN dan Ketua - Ketua Pemuda Bahagian.
DS Zahid Hamidi yakin dengan dengan kembali sokongan orang muda kepada
BN , tak mustahil P.Pinang boleh ditawan kembali ...
YB Sdr Khairy berkata petunjuk kebangkitan semula anak muda ini menyokong BN ialah menerusi kemenangan besar di Piliharaya Kampus di mana Pro Aspirasi y menguasai 18 daripada 20 IPT . Di samping itu , perbentangan Bajet 2013 oleh PM kali ini ternyata banyak memberi keistimewaan untuk orang muda yang kesannya melalui kehadiran ramai hari ini .
Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Sdr Ir Dr Shaik Hussein Mydin cabar
tunjuk apa diberikan Guan Eng kepada orang muda selama
Cadangan Ketua Menteri, Lim Guan Eng menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas di sini, kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee disifatkan sebagai permainan politik semata-mata.
Penyelaras BN dun Sungai Pinang, Dr. Thor Teong Gee berkata,tindakan Guan Eng dilihat sebagai satu usaha menunjuk pandai dalam politik dan cuba mengalihkan fokus masalah DAP serta menutup kepincangan yang berlaku dalam kerajaan negeri pimpinannya. Ini kerana Guan Eng sendiri menyedari kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa berbuat demikian sebaliknya ia tertakluk kepada kebenaran kerajaan Persekutuan.
Menurutnya, semua pihak sepatutnya tidak menggunakan nama Seniman Agung itu untuk kepentingan politik, malah Guan Eng cuba memburukkan Kerajaan Pusat seolah-olah tidak melakukan penghargaan secukupnya atas jasa Tan Sri P Ramlee.
"Mengapa Guan Eng hendak mencadangkan sesuatu perkara yang bukan dalam bidang kuasanya. Jika betul-betul hendak hargai jasa, lakukan sesuatu di bawah kuasanya seperti ganti nama Taman Botani kepada Taman Botani P Ramlee.
Tambahnya, jika kerajaan negeri benar-benar ikhlas mahu mengenang jasa seniman agung itu, Guan Eng boleh berbuat demikian bagi tempat-tempat yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri antaranya Taman Botani.
"Jangan buat seolah-olah orang lain tidak mengenang jasa P. Ramlee. Guan Eng ada kuasa, jadi buatlah dulu di kawasan-kawasan di bawah pentadbiran beliau," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
"Buatlah sesuatu dalam bidang kuasa sendiri, jangan pandai-pandai hendak campur tangan hal yang bukan di bawah kuasanya," katanya pada sidang media di pejabat BN, Jalan Datuk Keramat, di sini, semalam.
Kelmarin(24 September 2012), sebuah akhbar melaporkan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mencadangkan menggunakan nama Tan Sri P Ramlee menggantikan nama LTAPP sebagai mengiktiraf jasa Seniman Agung itu yang diiktiraf antarabangsa.
"Guan Eng tahukah nama sebenar P Ramlee dan sudah berapa kali beliau bersama barisan exconya melawat Galeri P Ramlee serta apa jenis bantuan yang diberikan sepanjang empat tahun pemerintahan," katanya.
"Saya ingin bertanya Guan Eng sama ada beliau tahu siapa nama penuh P. Ramlee?" "Saya juga mahu tahu, berapa kali beliau melawat Galeri P. Ramlee di sini sepanjang empat tahun mentadbir dan apakah bantuan atau usaha konstruktif dilakukannya bagi mengenang jasa P. Ramlee?" ujarnya.
Sementara itu, Pegawai Khas Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, David Yim Boon Leong memberitahu, beliau percaya tindakan tersebut bertujuan mengalih isu yang sedang melanda pentadbiran kerajaan negeri.
Menurutnya, Setiausaha Agung DAP itu ketika ini berdepan pelbagai isu dalam pentadbirannya yang memerlukan penjelasan segera. "Guan Eng patut digelar sebagai penghidap sindrom alih isu atau sindrom nafi," jelasnya.(source dari Utusan / myMetro)
Karier politik Mansor semakin malap di P.Pinang selepas tersebarnya bukti rakaman audio suaranya yang gelarkan Guan Eng sombong & sangat angkuh . Walaupun beliau cuba berdolak dalih untuk menjawab isu ini di depan media , kini kepimpinan DAP sudah sangsi dengan sikap TKM 1 P.Pinang ini .
Hari ini Karpal pulak dapat mengecam/kenal suara Mansor yang disiarkan meluas di TV3 dan beliau mendesak Pengerusi PKR negeri itu menjawab .
Sewajarnya Karpal desak juga orang yang dituduh itu juga jawab iaitu Guan Eng. Kerana sebelum ini beliau & Mansor telah berpakat menipu rakyat & media . Adakah Guan Eng yang mengarahkan Mansor menafikan menyebut sombong & angkuh ?
PULAU PINANG 29 Sept. - Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman terus menerima tekanan berhubung kontroversi menggelarkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai angkuh, sombong dan tokong. Hari ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Mansor yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri memberi penjelasan yang lebih meyakinkan berhubung isu berkenaan. "Sebelum ini Mansor menafikan ada menggelarkan Guan Eng sebagai sombong dan angkuh tetapi mengaku mengatakan tokong. "Bagaimanapun selepas rakaman audio isu berkenaan disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan, nada Mansor berubah apabila dia mengakuinya pula. Ini memerlukan penjelasan lanjut daripada Mansor ," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Mansor sebelum ini menafikan beliau mengkritik Setiausaha Agung DAP itu dan mengatakan tidak pernah menyebut perkataan tersebut kecuali tokong yang dianggap sanjungan masyarakat Cina kepada Ketua Menteri it
Isu desakan Guan Eng mahu tukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa P.Pinang kepada nama Seniman Agung P Ramlee juga turut dihentam bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim . Ternyata niat sebenar Guan Eng tidak ikhlas dan hanya untuk memalukan kerajaan Pusat .
Lihat sajalah bagaimana beliau mahu menukar nama Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kepada Lapangan Terbang P. Ramlee? Ada kena mengenakah? Bukankah kita sudah ada nama Jalan P. Ramlee? Kita juga ada muzium untuk beliau. Mengapa mahu tarik seniman agung seperti beliau dalam arena politik? Sekiranya dia benar-benar ikhlas, saya cadangkan kepada beliau untuk membantu keluarga P.Ramlee yang dihambat kemiskinan. Bantu mereka. Berilah wang pencen kepada anak-anak mereka yang miskin itu. Bantulah keluarga mereka yang masih hidup. Beliau mempunyai peluang untuk menukar nama tersebut empat tahun dahulu tetapi beliau sebenarnya sengaja mahu memalukan kerajaan Malaysia. Itulah agenda beliau. Jika benar beliau ikhlas tolonglah bantu keluarga P. Ramlee baru masyarakat akan menghormati Guan Eng kerana berjiwa rakyat bukan dengan mempolitikkan semua perkara.
Tunku Aziz Tunku Ibrahim ,Mingguan Malaysia 30/9/2012
Ini lah antara sebab yang pembangkang takut sangat dengan slogan Janji Ditepati oleh kerajaan BN . Mereka hanya tahu menabur janji walhal tak menunaikan langsung .
Terbaru di P.Pinang di mana kerajaan CAT @ Cocky Arrogant Tokong ini telah menipu 4 keluarga yang menjadi mangsa kebakaran 2 tahun lalu kononnya mereka bakal mendapat rumah baru . Wakil kerajaan DAP yang datang menabur janji kosong ini ialah Ng Weik Aik & Chow Kon Yeow.
Kalau pelan sudah siap , mana pi rumah baru berkenaan ?? Sudah 2 tahun rakyat menunggu woii... bukannya 2 baru bulan . Macam ini ka kerajaan berjiwa rakyat ?? Nak bina rumah mangsa kebakaran sebuah pun tak boleh , baik tak payah jadi kerajaan ...
Kalau rumah baru untuk mangsa kebakaran daripada kerajaan Pusat sendiri , confirm dah dapat kunci seperti mana diterima oleh seorang kaum Cina di Nibong Tebal hasil usaha pemimpin UMNO iaitu Dato Zainal Abidin Osman .
Ini lah contoh kerajaan yang bertanggungjawab kepada rakyatnya ...
Janji Ditepati bukan janji CAT DAP ...
Empat keluarga mangsa kebakaran di Jalan Sungai di sini, dua tahun lalu kesal dengan sikap dua pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang yang sehingga kini masih gagal menunaikan janji menyediakan kediaman baru untuk mereka. Mereka mendakwa, kedua-dua pemimpin tersebut iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow memberikan pelbagai alasan setiap kali masalah tersebut dibawa ke pengetahuan mereka. Salah seorang mangsa, Tan Hock Chai, 65, berkata, dia yang sudah menetap di situ sejak lebih 50 tahun lalu kesal kerana kedua-dua pemimpin berkenaan hanya pandai menabur janji. "Kami berjumpa Wei Aik pada Jun lalu yang mana beliau menyatakan pelan membina semula rumah sudah siap, cuma menunggu kelulusan pihak berkuasa. "Memang kami tinggal di tanah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), tetapi kami membayar cukai seperti yang ditetapkan, bukannya kami tinggal secara haram. Mengapa perlukan masa yang lama untuk meluluskan pelan itu?" katanya ketika ditemui di bekas tapak rumahnya di sini hari ini. Menurut Hock Chai, dia dan keluarganya kini terpaksa menyewa sebuah rumah di Jalan Perak dekat sini, dengan kadar bayaran yang mahal. "Saya mempunyai lapan ahli keluarga, jadi kami memerlukan rumah yang besar untuk tinggal menyebabkan saya terpaksa menyewa dengan kadar bayaran yang tinggi sementara menunggu rumah kami dibina semula. "Namun, kerajaan negeri seperti tidak prihatin dengan nasib kami," ujarnya . Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Komtar, Loh Chye Teik memberitahu, kerajaan negeri hanya bertindak ketika mahu meraih undi dan mengabaikan rakyat miskin selepas mendapat mandat memerintah. Katanya, kerajaan negeri sanggup mengeluarkan wang membina sebuah perhentian bas di Jalan Penang dengan kos RM90,000 daripada membina rumah buat mereka yang memerlukan. "Selalunya kita dengar Ketua Menteri, Lim Guan Eng menekankan slogan Cekap Akauntabiliti Telus (CAT), tapi di mana CAT itu sekarang? Adakah slogan itu sekadar cakap kosong?" ujarnya.
Surat cinta Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapat bidaan paling tinggi apabila dibeli dengan harga RM50,000 pada Majlis Makan Malam Perdana Pakatan Rakyat di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi. Majlis makan malam yang bertujuan bagi mengumpul dana pilihan raya Pakatan Rakyat itu juga turut menyaksikan Wan Azizah membacakan surat 'cinta' yang ditulis Anwar semasa beliau berada dalam penjara Sungai Buloh sebelum dibeli.
Surat itu dibida dengan harga pembukaan RM50,000 dan dibeli oleh ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin. Antara kandungan surat cinta itu bertulis supaya Wan Azizah berhati-hati dalam memberikan makanan kepada Anwar dan menjaga anak-anak mereka.
"Saya dah beri banyak barang untuk dilelong pada malam ini. Tetapi bila ditanya apakah benda paling berharga atau apa-apa yang dari penjara, lalu saya terfikirkan surat ini. "Minta maaf jika saya menangis. Tetapi semasa saya tengok surat ini pun saya sudah menangis.
Surat ini Anwar beri secara sembunyi dengan meletakkan di fail dokumen peguam," kata Wan Azizah sebelum membacakan surat tersebut.KLIK DI SINI
Pelancaran BN Pilihan Orang Muda Negeri Pulau Pinang hari ini mendapat sambutan meriah, majlis tersebut dirasmikan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sekitar lebih kurang 5 ribu anak muda Pulau Pinang hadir ke majlis tersebut.
Terbukti BN pilihan Orang Muda bukan hanya sekadar slogan sebaliknya adalah satu hakikat dan realiti yang menunjukkan sokongan golongan berkenaan terhadap Barisan Nasional.
Beberapa pemimpin politik, ahli akademik dan artis mendeklamasi puisi sempena Malam Seni Mencintai Nabi Muhammad SAW di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang di sini Sabtu malam.
Mereka ialah bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin dan personaliti televisyen Wardina Saffiyah.
Masing-Masing menyampaikan puisi, yang antara lain, menyentuh keperibadian dan sejarah perjuangan Nabi Muhammad dalam memartabatkan agama Islam.
Majlis itu diadakan bagi membantah penyiaran filem 'Innocence of Muslims' arahan Sam Bacile, yang jelas menghina Nabi Muhammad serta agama Islam, dan dihadiri kira-kira 500 orang.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib.
Jamil Khir, dalam ucapan ringkasnya, berkata kerjasama masyarakat Islam tanpa mengira fahaman politik adalah bukti keseriusan mereka dalam mengutuk sebarang bentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad.
Sementara itu, Khairy ketika ditemui pemberita berkata majlis tersebut diadakan susulan perhimpunan bantahan di ibu negara terhadap penyiaran filem berkenaan di laman YouTube.
"Ketika masih ramai umat Islam membantah penyiaran video dan karikatur penghinaan itu, masih ada lagi kartun penghinaan yang sama di Eropah," katanya.
Pada 21 September lepas, perhimpunan bagi mengecam filem itu diadakan di depan Kedutaan Amerika Syarikat serta Masjid Jamek Kampung Baru di sini, yang dianjurkan Pergerakan Pemuda Umno dan Dewan Pemuda PAS.
Antara artis yang turut menjayakan program itu ialah Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search.-Bernama
Rata-rata kedengaran rakyat mengucapkan syukur atas pembentangan Bajet oleh Dato' Seri Najib yang menyeluruh, padat dan tepat. Nampaknya, tiada yang terpinggir dari mendapat perhatian kerajaan iaitu dari golongan miskin dan sederhana serta merangkumi semua golongan seperti pelajar, pekerja, petani sehinggalah OKU, menunjukkan yang ianya dirancang dengan penuh prihatin lagi terperinci.
Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat luar bandar dan golongan miskin bandar adalah golongan yang paling 'tercabar' untuk bersaing dalam pembangunan yang begitu yang pesat dan ekonomi yang tidak menentu. Dengan itu, seperti kelaziman, kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dalam pembentangan Bajet tahunan. Rumah-rumah kos rendah dan berbagai program bantuan dan peningkatan pendapatan telah disusun khas untuk golongan ini bagi memastikan kesejahteraan mereka dalam jangka masa panjang.
Namun, hakikat hari ini ialah golongan berpendapatan sederhana iaitu dalam lingkungan RM3,000 – RM5,000 di bandar juga tidak terkecuali dari tekanan hebat peningkatan kos sara hidup. Golongan ini diwakili oleh mereka-mereka yang telah berkeluarga di mana pemilikan hartanah dan pendidikan anak-anak merupakan keutamaan.
Secara dasarnya, sebuah keluarga di bandar memerlukan sekurang-kurangnya dua buah kenderaan untuk memastikan segala-galanya 'berfungsi' dengan baik. Maka, kos bagi dua buah kenderaan dan sebuah rumah selalunya sudah menjangkau separuh dari pendapatan bulanan mereka. Itu belum lagi dikira kos pembantu rumah atau pengasuh, tadika, bas sekolah, kelas agama, tuisyen, keperluan harian serta kecemasan. Selain itu, kos sampingan yang perlu ditanggung mereka secara harian semata-mata untuk bekerja, seperti minyak, tol serta parkir yang tinggi di bandaraya Kuala Lumpur amatlah membebankan.
Dengan pendapatan sebegini, adalah sukar bagi sesebuah keluarga berpendapatan sederhana untuk membuat simpanan atau pelaburan untuk masa depan. Oleh itu, ramai yang memilih untuk berniaga sambilan bagi memastikan ekonomi rumahtangga mereka lebih 'selesa'.
Akibatnya, masa berkualiti keluarga ini amat terhad, di mana masa ibu bapa banyak dihabiskan dalam kesesakan lalu-lintas, bekerja sambilan atau keletihan lalu menyebabkan anak-anak terabai sehingga menyumbang kepada masalah yang lain pula di dalam masyarakat, seterusnya, negara.
Alhamdulillah, nampaknya kerajaan cukup maklum dan sedar akan masalah yang membelenggu golongan ini sebagaimana terbukti dalam Bajet yang dibentangkan semalam. Antaranya, pengumuman mengenai rumah mampu milik sebanyak 123,000 unit di kawasan Sungai Buloh dan Seremban, iaitu kawasan di mana golongan ini tertumpu bagi mengelak kos sara hidup yang tinggi di bandar.
Selain itu, Skim Rumah Pertama yang sebelum ini dibuka kepada mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 kini ditingkatkan kepada RM5,000 dengan gabungan pendapatan isi rumah di bawah RM10,000 bagi rumah di bawah harga RM400,000 juga pastinya mensasarkan kepada golongan ini.
Tidak cukup dengan itu, pengurangan cukai pendapatan sebanyak 1% bagi pendapatan RM2,500 – RM50,000 juga dilihat mampu mengurangkan beban golongan berpendapatan sederhana ini.
Perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan sederhana bukan sahaja melibatkan pekerja kerajaan atau kakitangan awam, tetapi juga pekerja-pekerja swasta. Seperti yang kita maklum, pekerja swasta tentunya tidak berpeluang menikmati kemudahan pinjaman perumahan sepertimana kakitangan kerajaan.
Tidak dapat dinafikan bahawa walaupun Bajet yang dibentangkan kerajaan adalah menyeluruh iaitu melibatkan golongan petani, pelajar, kakitangan kerajaan, polis, perubatan, tentera sehinggalah kepada peniaga dan korporat, tetapi ramai yang terlepas pandang akan golongan pekerja swasta. Oleh itu, pekerja swasta telah biasa merasa terpinggir dalam pengumuman Bajet oleh kerajaan.
Namun, dengan skim atau program perumahan yang dibentangkan dalam Bajet semalam, pekerja swasta kini boleh sama-sama tersenyum dan berterima kasih kepada kerajaan kerana turut berpeluang menikmatinya.
Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri adalah bajet yang terbaik, tepat dan lengkap. Pembangkang boleh menuduhnya sebagai Bajet Pilihanraya atau apa saja, tetapi apakah salahnya Bajet Pilihanraya sekiranya ia berasaskan kemampuan sebenar setelah diambilkira maklumat kewangan yang tepat?
Bukannya seperti Bajet Alternatif yang disediakan dengan menggunakan imaginasi semata-mata di mana hasilnya ialah bajet khayalan yang tidak masuk akal dan mampu mengbankrapkan negara.
Jadi, bukankah seratus kali lebih baik bagi rakyat untuk memilih kerajaan yang membentangkan Bajet Pilihanraya daripada memilih pembangkang yang berkhayal sambil mencanangkan Bajet Imaginasi?
SEREMBAN: The incentives announced in Budget 2013 are not to entice the people to vote for Barisan Nasional in the next polls but are the result of an economy well-managed by an administration bent on doing its best for the people, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. He said the government's resilient policies and well-thought out measures had helped the nation chart impressive economic growth at a time when many other nations, including developed ones, were facing crises or meltdowns. "We are able to do so (provide the incentives) as Malaysia had remained an oasis when many other nations were facing a myriad of economic problems. "The policies put in place by my government has also helped attract both foreign and domestic investments and we are now reaping the rewards," he told the tens of thousands who turned up at Barisan's Janji DiTepati (Pledges Fulfilled) programme at the Paroi Sports Complex here. Also present was his wife Datin Seri Rosmah Mansor, Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan and wife Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumuddin. Najib said the government had also taken several measures to stimulate the economy including the listing of Felda Global Ventures Holdings, which eventually became the world's second largest initial public offering (IPO). "We are not a populist government because a populist government will never be able to deliver or fulfil its promises. "They will make all sorts of promises such as giving you the moon, the stars and a place in heaven," he said. Najib said among the more ludicruous and illogical promises made by the Opposition were to abolish the National Higher Education Loan Fund (PTPTN) and toll charges. "If these are abolished, it is you (the rakyat) who will have to bear the consequences as those in favour of this (the Opposition) will conveniently pass on the cost to you," he said.
tunku : the 2013 budget indeed a good and workable budget compare with the fantasy budget created by the pakatan. pakatan's fantasy budget will make government spend 10 times more than it's earning. they want to fish for votes, so trying to give everything free.thank God,they are not in power.they will ruin our economy.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Seramai 1,312 pengguna air Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi RM748,410 terhadap Menteri Besar, Tan Abdul Khalid Ibrahim atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.
Selain Abdul Khalid, plaintif, A John Dawson yang mewakili semua pengguna air menamakan kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan kedua dan ketiga.
Mereka memfailkan saman pemula itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada jam 10 pagi melalui Tetuan Kamarudin & Partners menerusi peguam Kamarudin Ahmad.
Kamarudin berkata, saman itu akan diserahkan kepada kesemua defendan dalam masa seminggu.
"Ini adalah kumpulan ketiga pengguna di Selangor mengambil tindakan perundangan berhubung isu air ini dan dijangka sekumpulan penduduk lagi akan membuat perkara sama," katanya.
Menurutnya, saman difailkan oleh penduduk yang tinggal kawasan penduduk Kinrara Puchong, Bukit Mahkota Cheras dan penduduk Seksyen 18, Shah Alam.
"Pihak plaintif yang menghuni flat kos rendah kecewa dengan dasar diskriminasi diamal kerajaan Selangor.
"Kerajaan lebih mengutamakan golongan kelas menengah seperti mereka yang menghuni di rumah teras dan banglo," katanya.
Beliau berkata, tuntutan itu membabitkan pengguna air meter pukal.
"Saman ini adalah usaha terakhir plaintif bagi mendapatkan keadilan dan pembelaan memandangkan kerajaan Selangor membuat keputusan untuk tidak melayan tuntutan hak skim air percuma daripada pengguna meter pukal domestik dalam Selangor," katanya.
Dalam masa sama, Timbalan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Ameer Firdaus Mohd Shreef berkata, penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan sebagai alasan untuk tidak melaksanakan janji kepada rakyat di negeri ini.
"Lebih mengecewakan kerajaan Selangor dilihat lebih mengutamakan penduduk daripada golongan kelas menengah dan atasan, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak mereka," katanya.
Wakil penduduk Apartmen Lavender Vista, John Dawson berkata, terbukti kerajaan Selangor dan Khalid Ibrahim cuba menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor dengan mengumpan memberikan air percuma.
Dalam penyata tuntutan, John Dawson mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat Selangor dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik.
John Dawson mendakwa berdasarkan manifesto semasa kempen, setiap pengguna air domestik di Selangor yang mempunyai akaun dengan Syabas layak menerima subsidi RM11.40 sebulan tidak kira sama ada menggunakan meter individu atau meter pukal.
Mereka mendakwa selepas memenangi pilihan raya Kerajaan Negeri Selangor memulakan skim air percuma tersebut pada 1 Jun 2008.
Bagaimanapun, John Dawson mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air percuma itu dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas.
Dia mendakwa, Abdul Khalid melalui kenyataan akhbar 30 Ogos lalu berkata, pengguna air yang masih memakai meter pukal tidak layak menikmati skim subsidi air percuma.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau serius untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah ke Selangor seperti yang ditegaskan Ahad lalu, sekiranya kerajaan negeri itu tetap tidak mahu membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan.
Untuk tujuan itu, tegas beliau, Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Mat Zara'ai Alias telah diarahkan untuk meneliti perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua kerajaan negeri pada 2007.
Saya tak main-main, sebagai kerajaan bila kata nak kaji, kita akan kaji. Saya pun ada sebab tersendiri untuk bercakap macam itu (kaji perjanjian). Kalau betul kerajaan Selangor tak mahu, terma perjanjian ada sebut ia boleh dibatalkan jika ada persetujuan bersama.
Terma yang kita teliti juga sebut kalau ada pertikaian kita rujuk kepada Menteri berkenaan dan keputusan menteri tersebut muktamad," katanya pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Maahad Tahfiz Negeri Pahang di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas keputusan kerajaan negeri Selangor yang dinyatakan menerusi Exco kerajaan negeri itu, Dr. Xavier Jayakumar yang enggan berganjak dengan keputusan tidak membenarkan pembinaan Langat 2.
Sementara itu, Adnan menegaskan, sebarang keputusan yang akan diambil oleh kerajaan negeri Pahang tetap tidak akan mengatasi keputusan Kerajaan Pusat.
Kita negara Persekutuan. Jadi dari semangat Persekutuan, negeri-negeri akan berkongsi kesenangan dan kesukaran. Kalau ada sumber lebih, kita salur ke negeri yang memerlukan. Macam kita, ada sumber air kita bagi negeri yang perlukan.
Tapi kalau dengar cakap Xavier, Selangor tak payah air pun. Sedap dia bercakap. Xavier bercakap dengan Exco saya, biar saya cakap dengan Menteri Besar Selangor," jelasnya.
Kata Adnan, tujuan beliau membangkitkan mengenai mengkaji semula perjanjian tersebut adalah untuk menunjukkan keseriusan kerajaan negeri dalam hal itu.
Kedua-duanya kita telah tandatangani untuk jual air 10 sen satu meter padu sedangkan sebelum ditandatangani, kita minta 15 sen tapi Selangor minta lima sen.
Mengenangkan semangat Persekutuan dan masa itu pun kerajaan sama (Barisan Nasional), maka kita putuskan 10 sen. Tapi kalau kita batalkan perjanjian ini dan satu masa nanti bila ada perjanjian baru, maka kita boleh minta 50 sen atau RM1 meter padu, jadi untung kita," tegasnya.
Ditanya, sama ada arahannya untuk mengkaji perjanjian tersebut dibuat atas pertimbangan politik, Adnan berkata, perkara itu berbalik kepada kerajaan pakatan pembangkang Selangor yang semua perkara hendak dipolitikkan.
Ini susah. Masalah ini kritikal. Tapi bila kita bercakap soal kekurangan bekalan air mentah di Selangor tapi mereka bangkitkan perkara yang tidak ada mengena. Tapi kita kasihan juga, semua rakyat kita belaka. Orang Pahang, orang Kelantan ramai juga yang ada di Selangor.
Tapi bagi kerajaan Pahang, kita tidak ada impak. Impaknya adalah pada kerajaan Selangor kerana rakyat Selangor akan lihat mereka tak bertanggungjawab sebab Pahang sudah sedia salurkan air dengan harga murah," jelasnya.
Mengenai perjanjian tersebut yang ditandatangani sewaktu pemerintahan BN di Selangor seperti dibangkitkan oleh Xavier, kata Adnan, perkara itu tidak berbangkit kerana parti mana yang memerintah perjanjian itu tetap sah.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Event : Majlis Makan Perdana Pakatan - Acara lelongan barangan peribadi pemimpin
Date : 28/9/2012 @ 10.00 pm
Surat cinta yang ditulis Anwar Ibrahim dari dalam penjara Sg Buloh kepada Kak Wan telah berjaya dilelong kepada Lajim Ukin pada harga bidaan RM50,000.
Dikatakan acara lelong itu dilakukan untuk mengutip dana PRU ke-13. Agak pelik jugalah PKR nak kutip wang bagi mengumpul dana kerana sepertimana yang kita tahu 'kantung' kewangan mereka tidak pernah kering kerana sentiasa 'diisi' oleh 'tangan-tangan' ghaib yang mahu melihat pertukaran kepimpinan negara?
Kalau setakat sewa JET mewah 2 hari sebanyak RM96,000 tak ada masalah, takkan lah nak menagih simpati rakyat bagi mengumpul dana?
Tambahan pula dengan 'lakonan hebat' Kak Wan bagi menagih simpati dengan membuat lelongan 'surat cinta' bang Anwar terhadap beliau! Apa motif sebenar Kak Wan mengungkitkan kembali kisah Anwar semasa dipenjara?
Rakyat mungkin tidak akan lupa tentang isu arsenik yang dimainkan apabila rakyat ditipu hidup-hidup oleh Kak Wan dan Karpal...!!! Ramai yang bersimpati ketika itu dan iIni diakui sendiri oleh Datuk Zulkifli Nordin..!!!
Tak payahlah berpura-pura melakonkan episod 'drama baru' bagi menagih simpati kerana rakyat sudah pun mengetahui semuanya itu hanyalah semata-mata untuk mengalih isu dana asing yang diterima oleh PKR?
Sekali ditipu mungkin boleh diterima, tetapi untuk kedua kalinya bak kata Nabil Raja Lawak...Lu fikirlah sendiri..!!!
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
LHDN Tegas Individu Pendapatan Bawah RM5,000 Tidak Dikenakan Cukai CYBERJAYA: Selaras dengan pengumuman penurunan kadar cukai satu mata peratusan, individu yang pendapatan bercukainya di bawah RM5,000 tidak perlu lagi membayar cukai mulai tahun taksiran 2013.
Menjelaskan demikian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata mereka yang berpendapatan bercukai RM5,000 hingga RM20,000 ke atas pula akan menikmati kadar cukai sebanyak dua peratus berbanding tiga peratus sebelum ini.
"Manakala bagi individu yang pendapatan bercukainya antara RM20,001 hinggaRM35,000 pula akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus berbanding sebelum initujuh peratus," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata pengurangan cukai itu setelah diambil kira semua pelepasancukai dan bukannya mengikut pendapatan kasar.
Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bajet 2013 danpengurangan cukai itu boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian1-300-88-3010 atau emel di callcentre@hasil.gov.my.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan2013 semalam, mengumumkan penurunan kadar satu mata peratusan cukai mulai tahundepan, langkah itu membolehkan kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagimembayar cukai pendapatan.
Mohd Shukor berkata secara keseluruhannya bajet 2013 mengandungi 37 pindaandi bawah Akta Cukai Pendapatan 1967; lapan pindaan di bawah Akta Petroleum(Cukai Pendapatan) 1967; sepuluh pindaan di bawah Akta Cukai Keuntungan HartaTanah 1976; dan enam pindaan di bawah Akta Setem 1949.
Kesemua pindaan itu katanya sebagai menyokong fokus bajet bagi merangsangaktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudaya inovasi danmeningkat produktiviti.
Justeru itu katanya, LHDN akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan di23 lokasi di seluruh negara, mulai 3 Oktober depan.
Ia bertujuan memberi penerangan lanjut berkaitan perubahan dalam Akta CukaiPendapatan dan akta-akta lain yang ditadbir agensi itu yang terkandung dalamBajet 2013. BERNAMA
Pengurangan cukai pendapatan ertinya pertambahan pendapatan kita (PCB akan berkurangan). Lebihan pendapatan tersebut boleh digunakan untuk perbelanjaan harian atau simpanan.
Cuma MyMassa tengok, orang yang suka kutuk Kerajaa kaw-kaw (pencacai pembangkang), ramai di antara mereka tak bayar cukai pendapatan pun. Tapi tak habis-habis cakap Kerajaan makan duit dorang.
Kalau pembaca paham, mungkin jadual dari Berita Harian semalam, boleh membantu.
Klik untuk besarkan imej
*Sebar-sebarkan jadual ini kepada rakan-rakan korang.
Infografik yang paling komprehensif dari Berita Harian.
Klik untuk besarkan imej
*Apa yang MyMassa nak ulas, BAJET 2013 bukan sahaja memberi kelebihan kepada penjawat awam, malah pekerja swasta juga mendapat manfaat melalui pengurangan cukai pendapatan. Memang tak dapat puaskan hati semua pihak tapi Kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia.
MyMassa kesian tengok pemimpin PAS yang sorang ni.
Orang lain nak komen pasal BAJET, dia pun nak bagi komen. Tapi cuba pembaca tengok komen Mr. Bean dari PAS.
Agak-agaknya si Mahfuz ni paham ke tidak pasal hutang negara?
Kalau betul kerajaan tak nak atasi hutang negara, kenapa KERAJAAN MENURUNKAN DEFISIT DARI 4.7 % KEPADA 4.0%? KERAJAAN JUGA BERCADANG NAK TURUNKAN DEFISIT KEPADA 3% SELEPAS INI.
Bila BAJET yang dibentangkan kurang defisit, maka adalah usaha Kerajaan nak turunkan jumlah hutang negara. Kalau benda asas tentang BAJET macam ni pun si Mahfuz tak paham, macammana mamat ni boleh jadi AHLI PARLIMEN?
Yang lebih menghairankan, macam mana orang PAS yang kononnya ramai dari golongan profesional boleh lantik SI BODOH macam ni jadi naib presiden PAS? *Lebih baik diam dari menonjolkan kebodohan diri sendiri.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Khabarnya beberapa nama telah dipanggil untuk siasatan mengenai kebocoran rakaman mesyuarat PKR negeri telah mengaitkan dengan Yb Malik Kassim. Sekarang ini ramai yang berteka teki adakah proksi Guan Eng atau Malik Kassim yang membocorkan rakaman tersebut.
Pisau berasakan tak perlu diadakan siasatan siapa yang mendedahkan rakaman terhadap dakwaan Dr Mansor,beliau bukan melakukan sebarang kesalahan,beliau sependapat dengan ramai orang bahawa ketua menteri regim DAP seorang yang angkuh,sombong,disembah serupa tokong oleh penyokong pakatan malah Guan Eng diakui sering bercakap bohong dan putar belit.
Apa masaalahnya? Kenapa takut sangat dengan Guan Eng?
Dalam pakatan haprak,gerembolan pencacai kesemuanya masih kasih dan teramat sayang terhadap reject Melaka sebagai ketua menteri mereka. Walaupun diketahui bahawa timbalan ketua menteri sendiri mengakui Guan Eng bukan semulia yang disangkakan namun atas dasar kedewaan yang maha tinggi maka apek brylcream ini lobang hidungnya tatap menjadi pujaan hati para pencacai..
Pisau kata "Mansor anggap rakyat Pulau Pinang sembah Guan Eng serupa tokong...."
Dr Mahathir Terima Anugerah Peringatan -Rafik Hariri PBB 2012
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah berprestij 2012 Rafik Hariri Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - Anugerah Habitat Memorial dari Presiden Yayasan Rafik Hariri dan juga balu Hariri. Acara itu diadakan di New York Public Library pada Malam Jumaat. - fotoBERNAMA
NEW YORK: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Anugerah Peringatan Rafik Hariri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Habitat 2012 pada satu majlis di Perpustakaan Awam di sini malam Jumaat.
Anugerah itu disampaikan Nazek Rafk Hariri, balu pemimpin itu yang merupakan Presiden Yayasan Rafik Hariri.
Dr Mahathir, 87, di namakan sebagai pemenang anugerah itu pada Jun oleh jawatankuasa pemandu bagi mengiktiraf kepimpinan, kenegarawan dan tadbir urusbaik beliau.
Anugerah itu, yang dinamakan sempena Perdana Menteri Lebanon Rafik Hariri,yang sudah meninggal dunia, diwujudkan oleh keluarga Hariri dengan kerjasama PBB-UN-Habitat menerusi Yayasan Rafik Hariri sejak Mac 2009, dan diberi kepada individu, pertubuhan serta institusi di seluruh dunia bagi mengiktiraf pencapaian penting seperti kepimpinan, kenegarawan dan tadbir urus baik selain aktiviti kebajikan dalam membanteras kemiskinan bandar dan pelaksanaan Agenda Habitat.
Dr Mahathir merupakan penerima kedua selepas Perdana Menteri Turki Recep Tayyip ErdoÄŸan. Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Rafik Hariri danPBB-Habitat kerana memberikan anugerah berprestij itu kepada beliau tahun ini.
"Saya anggap ia satu penghormatan besar khususnya kerana anugerah ini dinamakan sempena seorang yang luar biasa serta memiliki kualiti kepimpinan dan sumbangan yang tiada tandingan," katanya.
Beliau berkata tanpa budaya perkongsian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, selain cintakan keamanan serta kestabilan, Malaysia tidak akan mampu mencapai kejayaan yang dikecapinya hari ini.
"Saya kenal Rafik Hariri ketika beliau pertama kali melawat Malaysia. Kami serta-merta menjadi rakan karib dan saya melawat Lebanon atas jemputan beliau bagi melihat sendiri kerosakan yang dialami akibat perang saudara. Rafik berjanji beliau akan membina semula Beirut seperti keadaan asalnya sebelum dilanda peperangan, dan beliau telah mengotakan janjinya.
"Saya melawat Beirut selepas pemulihannya dan yakin masa depan yang gemilang menanti Lebanon di bawah kepimpinan Rafik. Ada banyak sebab saya menyukai beliau. Saya berhasrat memajukan Malaysia seperti keinginan beliau membangunkan Lebanon. Namun, beliau agak malang kerana tidak memiliki negara yang stabil seperti Malaysia. Beliau juga tidak berkesempatan untuk berbuat demikian,"katanya.
Sementara itu, Nazek dalam ucapan berkata Dr Mahathir merupakan idola dan menjadi inspirasi kepada semua orang, bagaimana tekad serta visi beliau mampu menjadikan impian suatu realiti, dan mana-mana negara sekalipun mampu mencapai masa depan yang cerah menerusi keyakinan serta kerja keras.
"Di bawah kepimpinan anda yang bijaksana, Malaysia berjaya memainkan peranan penting dalam peta dunia, dan sehubungan itu, PBB-Habitat dan Yayasan RafikHariri dengan bangga mengiktiraf pencapaian Malaysia dan bekas PerdanaMenterinya yang cemerlang," katanya.
Sementara itu, Ketua Penolong Setiausaha PBB dan Pengarah Eksekutif PBB-Habitat Dr Joan Clos berkata Dr Mahathir mengelola pembangunan ekonomi dalam tempoh yang luar biasa bagi inovasi sosial dan teknologi bandar.
"Kehidupan dan kerjaya Dr Mahathir menunjukkan beliau berpegang kepada prinsip berpandangan jauh ke depan. Dengan membuat pelaburan dalam infrastruktur fizikal, teknologi dan pengetahuan, beliau juga lebih banyak mendahului zamannya," katanya.
Clos juga berkata usaha Dr Mahathir menghasilkan pembangunan pesat di bandar utama Malaysia, selain mengubah negara yang bergantung terhadap pertanian kepada ekonomi bandar yang memfokuskan industri.BERNAMA
AIDCNews – 28/09/12 – "Kami bukan lagi Islamis, tetapi Islamis Demokrat," begitulah kenyataan Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat seperti dilaporkan Mkini dotcom yang turut disalinkan ke laman peribadi beliau, drdzul.com.
Menurutnya, terma Islamis Demokrat itu selaras dengan pendirian yang berubah-ubah gerakan Islam di seluruh dunia, seperti yang berlaku di Timur Tengah.
Katanya lagi, secara global, Islamis telah beralih daripada "doktrin Negara Islam" kepada doktrin lain yang lebih mudah difahami oleh masyarakat umum.
Pengarah Penyelidikan PAS Pusat berkata demikian ketika menjadi ahli forum "A Rising Economic Tide that Lifts All Boats" anjuran REFSA (Research For Social Advancement) pada 17 September di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.
Turut sama berforum bersama Dzulkefly adalah Nurul Izzah Anwar (PKR) dan dua wakil DAP, Liew Chin Tong dan Dr Ong Kian Ming.
Siapa di belakang REFSA Menurut penanginstitute.org, Liew Chin Tong adalah Pengarah Eksekutif REFSA yang juga merupakan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Pulau Pinang.
Chin Tong juga Pengarah Eksekutif SERI (Socio-Economic and Environmental Research Institute) dan sebelum ini merupakan penyelidik pelawat di ISEAS (Institute of Southeast Asian Studies), Singapura.
Menurut Helen Ang, SERI adalah nama lama kepada Penang Institute, di mana Chin Tong adalah Pengarah Eksekutifnya.
REFSA pernah berkerjasama dengan NDI (National Democratic Institute), salah satu cabang NED (National Endowment for Democracy) untuk menganjurkan bengkel-bengkel penganjuran BERSIH, namun menurut penyelidik Barat, Tonny Cartalucci, nama REFSA dan kaitan dengan BERSIH dipadamkan apabila isu tajaan asing terhadap perhimpunan itu dibangkitkan.
Islamis Demokrat dikritik
Lima hari selepas Dzulkefly mula mempopularkan istilah Islamis Demokrat di forum REFSA itu, pada 22 September, laman tertua PAS, tranungkite.net menyiarkan pandangan Zulhimi attakiri mengkritik istilah tersebut.
"Jangan pandang Islam seperti kristian. Kalau memandang Islam seperti kristian, secara langsung para akademia akan terbayang negara kristian yang pernah tertegak di suatu masa yang jelas teokratiknya.
"Islamist Demokrat secara literalnya bermakna pendokong demokrasi yang bersifat islamik. Islamist menjadi kata sifat. Sementara Democrats adalah kata namanya. Dari sudut ini, Dr.Dzulkifly telah membuat kesilapan yang cukup besar.
"Secara tidak sengaja, beliau telah menukar penekanan dari Pejuang Islam kepada pejuang Demokrasi!," kata Zulhilmi attakiri.
"Jelasnya, golongan ini menggunakan Istilah Islamist Democrats adalah untuk membezakan diri mereka dengan golongan yang mereka labelkan sebagai Islamist dalam PAS. "Golongan Islamist pada pandangan mereka adalah golongan yang memperjuangkan doktrin Negara Islam dan perlaksanaan Undang-Undang Islam," katanya.
Proksi Anwar Ibrahim
Presiden Jalur Tiga (JATI) Dato' Dr Hasan Mohamed Ali ketika mengulas isu ini berkata, label Islamis Demokrat tidak sesuai dengan prinsip dan dasar PAS.
"Nak buat satu label Islamis Demokrat, saya rasa orang PAS akan tolak Dr Dzul, orang Kuala Selangor akan tolak Dr Dzul dan saya rasa dalam hal ini Dr Dzul mungkin ada kawan. "Kawannya, Anwar Ibrahim. Kawannya adalah Erdogan-Erdogan..kawannya adalah parasit-parasit. Itu kawan dia lah," katanya.
Jika merujuk wikipedia Anwar Ibrahim, istilah Islam dan Demokrasi merupakan tema utama ucapan dan tulisan Ketua Umum PKR itu sejak dari tahun 2005.
Dalam Islam Demokrasi itu terdapat pecahan-pecahannya lagi iaitu kebebasan (freedom/liberty), hak asasi manusia (human rights), ekonomi pasaran bebas (free market economy), ketelusan dan kebertanggungjawaban (Governance and Accountability).
Laporan itu dibuat berdasarkan satu forum anjuran pemikir libertarian, IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs), Ilham Center dan Free Public Forum Malaysia yang bertajuk 'Pemilihan 2011: Mampukah PAS Membuat Lonjakan'.
"Wakil-wakil PAS terdiri daripada Dr Dzulkifly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor dan bekas pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Datuk Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen Tumpat.
"Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari menjadi ahli panel tunggal yang bukan dari PAS. Forum dipengerusikan Wan Saiful Wan Jan dari Ideas.
"Apa yang paling jelas daripada forum itu ialah wakil-wakil PAS kesemuanya sealiran, sehingga boleh menimbulkan persoalan keperluan sehingga tiga orang menjadi panel.
"Malah, tidak ada wakil dari kem bertentangan dipanggil, sehingga forum menjadi mudah diagak dan ahli-ahli panel kurang dicabar," lapornya.
Lapornya lagi, "Walaupun kewujudan kem dan label Erdogan dinafikan, persamaan idea dan perspektif wakil-wakil PAS terbabit memperlihatkan sebaliknya. Malah, istilah properubahan turut timbul, yang memberi makna wujud kem lain yang tidak mahu atau kurang menerima perubahan."
Siasahdaily turut melaporkan respon Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menjawab kritikan-kritikan kumpulan Erdogan yang menuntut perubahan besar dilakukan dalam kepimpinan parti itu. Menurut ideas.org, Kamarudin Jaffar merupakan salah seorang penasihat NGO itu di samping penasihat antarabangsa yang terdiri daripada; Dato' Anthony Cooper FCA FRSA, (Greville Trust), Professor Julian Morris (Executive Director, International Policy Network, London), Dr Tom G Palmer (Vice President, Atlas Economic Research Foundation & General Director, Atlas Global Initiative For Free Trade, Peace and Prosperity), Dr Mark Pennington (Fellow, Institute of Economic Affairs, London.) dan Linda Whetstone (Chairman, International Policy Network and Board Member, Mont Pelerin Society).
"IDEAS ditaja oleh Atlas Global Initiative for Free Trade, Peace and Prosperity, Friedrich Naumann Foundation for Liberty, Greville Trust dan International Policy Network," lapor ideas.org.
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kami bukanlah peminat fesyen-fesyen terkini. Tapi kami suka melihat selebriti-selebriti terutama di tanah air kita mengenakan pakaian mereka.
Ada yang cukup kain, ada yang tak cukup kain (itu ajalah istilah fesyen yang kami tahu...heh!).
Antara selebriti yang kami suka lihat beliau berpakaian adalah Neelofa. Heheh..sebut aja Neelofa, pastinya sudah ada yang membayangkan kemontokan tubuh genitnya itu!
Ketika kami merayau-rayau di facebook, tersinggah pula di page peminat Neelofa. Mereka telah memuatnaik beberapa foto Neelofa yang berkebaya. Kebaya? Wow..
Sebenarnya foto berkenaan telah pun diambil dari blog Budiey.com ketika sebelum puasa yang lalu di The Blue Kebaya Showcase.
Menarik kebaya yang dikenakan Neelofa. Ianya rekaan Ezuwan Ismail.
Emma Watson, watak dalam francais Harry Potter semakin hari semakin hebat bergaya. Namun begitu, beliau masih lagi belum dapat lari dari watak 'innocence' dari filem tersebut .
Tidak menjadikan ianya satu penghalang, Emma Watson sentiasa tampil dengan pelbagai fesyen terbaru bagi mewujudkan satu penampilan baru untuk dirinya.
Emma muncul di dalam rancangan bual bicara The Jonathan Ross dengan gaun pendek kulit berwarna ungu. Gaun tersebut juga mempunyai belahan ditengah-tengahnya hingga ke bahagian perut.
Emma hadir dengan penuh keyakinan dan pastinya menjadi perhatian penonton lelaki.
Anda boleh menonton Emma Watson dalam HD dengan Sony #XperiaIon dengan 4.6''! Cubalah!
Watch your favourite movies on the gorgeous 4.6" HD display of the Sony #XperiaIon!
Hmmm..kalaulah Pamela Anderson yang memakai baju ini, pastinya terkeluar habih aset-aset di dadanya.
JAKARTA- Sebuah pesawat 202 Bravo yang sedang mengadakan pertunjukan aerobatik di Bandung Air Show (BAS) 2012 di Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung terhempas pada Sabtu, mengakibatkan juruterbang dan pembantu juruterbangnya maut.
Pesawat itu jatuh di kawasan bangunan Jabatan Penyelidikan dan PembangunanAngkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU). Mangsa yang terbunuhmerupakan bekas pegawai TNI-AU.
Jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia berkata kejadian berlaku pada kira-kira 11.42 pagi, iaitu lima minit selepas pesawat itu berlepas untuk persembahan aerobatik di pertunjukan udara itu.
Berikutan kejadian itu, pihak penganjur telah membatalkan acara pertunjukanudara seterusnya sebagai tanda berkabung.
Bandung Air Show 2012, satu daripada acara sambutan ulang tahun ke-202 KotaBandung yang memasuki hari ketiga pada hari ini, diteruskan hanya dengan acarapameran.
Sejumlah 28 pesawat termasuk dari beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika dan Australia mengambil bahagian dalam acara pertunjukan udara yang dijadual berlangsung empat hari mulai 27 September. BERNAMA
RIYADH - Arab Saudi untuk pertama kali mengarahkan 1,100 jemaah haji wanita warga Nigeria pulang semula ke negara mereka kerana tidak mematuhi syarat ditetapkan oleh negara itu.
Menurut kementerian yang mengendalikan urusan jemaah haji di Arab Saudi, tindakan tersebut diambil kerana ribuan jemaah haji itu tidak diiringi saudara lelaki mahram mereka.
Kementerian itu menyatakan, ia adalah peraturan biasa yang dikenakan terhadap mana-mana wanita yang telah memohon visa untuk memasuki negara tersebut.
Bagaimanapun, dalam satu kenyataan semalam, Suruhanjaya Haji Nigeria memaklumkan jemaah haji wanita negara itu sebenarnya dikecualikan daripada peraturan ketat tersebut mengikut perjanjian dua hala yang dipersetujui oleh kedua-dua negara.
Difahamkan, Nigeria telah menghantar delegasi ke Arab Saudi untuk berbincang mengenai perkara tersebut dan pihak berkuasa bersetuju untuk membenarkan jemaah haji wanita itu masuk ke negara terbabit hanya jika mereka diiringi saudara lelaki mahram masing-masing.
Di bawah undang-undang negara itu, wanita yang berumur 45 tahun ke bawah yang berhasrat untuk menunaikan Rukun Islam Kelima tersebut mesti diiringi oleh suami atau ahli keluarga lelaki.
Golongan wanita berumur 45 ke atas pula diberi kelonggaran mematuhi peraturan itu, namun mereka masih perlu berada di dalam kumpulan yang dikendalikan oleh pengiring agensi atau pegawai haji.
SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam masih bernada sama, yang tidak akan membawa manusia pada ketaqwaan kepada ALLAH.
Nik Aziz berkata, kerajaan masih 'menggula-gulakan' rakyat dengan kebendaan, jauh mengajak manusia bagaimana untuk membawa manusia bertaqwa kepada ALLAH.
Mursyidul Am Pas berkata, Bajet 2013 langsung tidak ada perkara baru khususnya belanjawan kerohanian, selain memberikan rakyat dengan harta kebendaan semata-mata.
Katanya, jenayah yang berlaku dalam negara, sama ada bunuh, ragut, samun, rompak, rasuah dan berbagai lagi semuanya berlaku akibat tidak ada rasa taqwa pada ALLAH.
"Inilah natijah yang akan diterima rakyat kalau pentadbir negara hanya pentingkan dunia dari akhirat.
"Apa yang berlaku itu juga kerana mengasingkan agama dari politik, selagi keduanya diasingkan selagi itulah nyawa manusia atau harta tidak akan selamat," kata beliau dipetik Harakahdaily.
Nik Aziz berkata, semuanya sama sahaja selagi mengabaikan tanggungjawab kerohanian pada rakyat sama ada kerajaan Malaysia atau Timur Tengah, sekiranya membelakangkan tuntutan agama, negara tidak akan aman.
Beliau yang petang ini diziarahi Sultan Kelantan petang ini turut mengambil contoh sejarah Rasulullah SAW bagaimana keamanan yang dicapai di Madinah sehingga tiada sebarang rompakan atau meminta sedekah berikutan kaum muhajirin Makkah berada di sana.
Tambah Nik Aziz, biar sebanyak mana sekalipun belanjawan dibentangkan sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, ia tidak akan berjaya sekiranya langsung tidak membentuk jiwa manusia.
"Nabi sendiri telah ditawarkan bajet kesenangan dunia iaitu perempuan, pangkat, harta asalkan tinggal Islam.
"Bagaimanapun Rasulullah menolaknya kerana agama suci ini penyelamat manusia di dunia hingga akhirat," ujarnya.
KUALA TERENGGANU –Penyokong pasukan bola sepak Terengganu mengadakan demonstrasi hari ini mendesak Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) Datuk Che Mat Jusoh meletak jawatan walaupun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menasihati agar tidak berbuat demikian.
Kira-kira 500 penyokong pasukan bola sepak Terengganu mengadakan demonstrasi aman di kawasan parkir di hadapan Pusat Akuatik bermula jam 10.30 pagi bagi menyatakan pendirian mereka supaya satu perubahan besar dilakukan dalam pentadbiran tertinggi PBSNT.
Perhimpunan kumpulan dengan kempen Asal Bukan Che Mat (ABC) itu pada awalnya dirancang diadakan di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar bagi menyerahkan memorandum kepadanya, namun bertukar lokasi atas sebab tertentu.
Peserta demonstrasi, Khairul Fakhruddin Sulaiman, 23, berkata, mereka mendesak supaya PBSNT di struktur semula melalui satu rombakan besar-besaran dan satu dialog terbuka diadakan bersama persatuan itu.
"Kita mahu mereka ubah cara pengurusan daripada persatuan kepada korporat supaya pengurusan PBSNT nampak lebih profesional. Sepatutnya, dalam PBSNT perlu ada badan berkepentingan untuk menjaga dan membantu pentadbiran persatuan.
"Terdapat beberapa unit diperlukan untuk memainkan peranan penting dalam PBSNT antaranya unit perancang ekonomi, sekretariat perhubungan awam dan tajaan bagi melahirkan jawatankuasa kerja yang efektif dan lengkap dalam segenap aspek," katanya.
Dakwanya, pemimpin persatuan itu tidak memiliki integriti, daya saing, semangat berdikari malah terlalu bergantung serta mengharapkan bantuan daripada Kerajaan Negeri.
"Bayangkan kalau 70 peratus pendapatan persatuan daripada Kerajaan Negeri, mana keupayaan persatuan untuk berdikari? Jadi, muncul pelbagai masalah yang berpunca daripada ketidakupayaan mengurus persatuan dengan baik seperti kelewatan bayaran gaji pemain dan pelbagai masalah lain," katanya.
Khairul Fakhruddin berkata, kempen ABC tidak akan berakhir selagi tiada perubahan besar dalam PBSNT dan mereka akan terus mendesak supaya satu dialog terbuka diadakan bersama Presiden PBSNT itu.
"Kami mahu satu dialog terbuka diadakan untuk berbincang mengenai kemelut yang melanda dalam pasukan Terengganu.
"Seandainya telah ada satu perubahan besar-besaran dilakukan dalam PBSNT, kami akan mengadakan satu majlis kesyukuran bagi menghargai jasa dan pengorbanan presiden persatuan selama ini selain meraikan wajah baru dalam pentadbiran persatuan," katanya.
IPOH, 29 Sept – Rakyat tidak perlu bimbang dengan kadar hutang negara kerana kerajaan mampu membayarnya, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata kerajaan membuat pinjaman berdasarkan kemampuannya untuk membayar balik pinjaman berkenaan.
"Kita mampu bayar balik. Tidak pernah di dalam sejarah (kita tidak bayar hutang)…. sejak saya Ahli Parlimen, kita tidak pernah hadapi hutang kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Perak di sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan pembangkang bahawa Belanjawan 2013 yang dibentangkan semalam tidak mengambi kira situasi ekonomi dengan hutang negara yang semakin meningkat.
Ahmad Husni berkata keupayaan membayar hutang itu bergantung kepada beberapa faktor termasuk jumlah dan tempoh bayaran pinjaman yang dibuat.
"Kalau kita buat pinjaman RM1 bilion dan tempoh bayarannya adalah 20 tahun, jumlah yang perlu dibayar adalah rendah berbanding bayaran dalam tempoh lima tahun," katanya.
Beliau berkata hutang negara ketika ini berada pada paras tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Ahmad Husni menjelaskan pinjaman yang dibuat oleh kerajaan digunakan untuk tujuan pembangunan yang dapat menghasilkan kesan berganda bagi memangkinkan pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau berkata kerajaan perlu meminjam bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan.
"Kita perlu meminjam. Jika tidak, kita tidak dapat melaksanakan sebarang pembangunan tetapi perlu dilakukan pada tahap keupayaan untuk membayar balik," katanya.
Laporan Ekonomi 2012/2013 yang dikeluarkan semalam menyebut hutang kerajaan Persekutuan dijangka meningkat 10.1 peratus kepada RM502.4 bilion disebabkan pinjaman domestik yang lebih tinggi untuk memenuhi keperluan pembiayaan.
Menurut laporan itu, jumlah hutang kerajaan Persekutuan dijangka meningkat kepada 53.7 peratus daripada KDNK tahun ini.
GEORGE TOWN - Pengerusi DAP Karpal Singh yakin masalah yang timbul antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman boleh diselesaikan secara profesional.
Beliau bagaimanapun berkata penyelesaian kepada masalah itu tidak perlu melibatkan parti yang diwakili oleh kedua-dua belah pihak sebaliknya diselesaikan secara peribadi.
"Adalah perlu untuk Mansor memberi penjelasan yang lebih daripada apa yang dinyatakan sebelum ini, penting bagi Mansor untuk menjelaskan semuanya.
"Ini boleh diselesaikan oleh kedua-dua pemimpin, tidak melibatkan parti tetapi secara personal," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Kompleks Pasar Awam Farlim, Air Itam di sini hari ini.
Baru-baru ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan kenyataan Mansor yang menafikan pernah menggelar Lim 'sombong dan angkuh', penafiannya itu bagaimanapun telah memakan diri apabila rakaman percakapannya pada mesyuarat strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada April lalu di sini, didedahkan.
Mesyuarat itu antara lain berkisar soal pembahagian kerusi negeri pada pilihan raya umum ke-13 dan peluang memenanginya.
SHAH ALAM – Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairuz Khairuddin mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah suka dengan pendirian Pas yang memperjuangkan dasar Islam.
Menurut Fairuz, kenyataan mengenai Anwar ini pernah didedahkan ketika beliau masih berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.
Fairuz meletakkan jawatan itu pada Mac 2009 dan kemudian keluar dari PKR.
"Hari ini saya mahu dedahkan yang selama ini, Anwar tidak pernah suka dan setuju dengan dasar Pas. Beliau anggap Pas ini tidak boleh diharap," kata beliau pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk "Dakwah Menjana Kesatuan Ummah" di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi Ideologi Politik: Adakah Menjadi Penghalang Kepada Penyatuan.
"Saya sendiri sedih kerana Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah menyanggah dan berkata tidak jika Anwar campur tangan dalam Pas," katanya.
Tambah beliau, cara pemikiran Anwar tidak seiring dengan Pas kerana sering berbeza pendapat dengan Pas berhubung dengan Islam.
"Ilmu agama Islam hanya 'celup-celup". Tidak sepatutnya Anwar bercakap mengenai Islam dengan ilmu yang cetek.
"Bila nak cakap tentang Islam, Anwar perlu teliti sama ada ia benar atau bertentangan dengan Islam," tegasnya.
Menurut Fairuz, pengalamannya bekerjasama dengan Anwar semasa berkhidmat satu ketika dulu membuatkan beliau "celik mata" dan membuatkannya sedar siapa Anwar sebenarnya.
"Pengalaman saya dulu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu, benar-benar memberi pengalaman yang cukup bermakna buat saya," katanya.
LONDON - Arsene Wenger percaya pertembungan dengan Chelsea di Stadium Emirates akan menjadi ujian sebenar sama ada Arsenal mampu mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini.
Bertambah menghangatkan suasana, pertembungan kedua-dua musuh ketat London itu turut diwarnai kes perkauman John Terry yang didapati bersalah oleh Persatuan Bola Sepak(FA) England mengeluarkan kata-kata perkauman kepada pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand.
Terry telah dikenakan penggantungan empat perlawanan dan denda 220,000 pound (RM1.1 juta), namun masih boleh diturunkan menentang Arsenal kerana menunggu keputusan rayuan.
Bagaimanapun, Wenger enggan mengambil kisah masalah Chelsea dan mahu memberikan fokus mencari tiga mata ke atas seteru utama mereka itu.
Anak-anak buah Wenger mencatatkan keputusan seri dengan Manchester City pada minggu lalu dan menang ke atas Liverpool sekali gus menunjukkan Arsenal cukup bersedia mencabar kejuaraan pada musim ini.
''Kami telah bermain dalam satu perlawanan besar pada musim ini dan mula mendapat keyakinan setelah menentang Manchester City.
''Perlawanan kali ini merupakan satu yang berbeza kerana kami bermain di tempat sendiri. Kami telah bermain lima perlawanan, tiga di tempat lawan dan beraksi baik di tempat sendiri.
''Kami bakal berdepan tugasan besar dalam perlawanan ini dan diharapkan para pemain meneruskan rentak konsisten,"kata Wenger.
Gunners kembali diperkuatkan Thomas Vermaelen yang pulih daripada masalah demam serta menerima semula Bacary Sagna dan Jack Wilshere dalam sesi latihan pasukan.
Dua penjaga gol, Wojciech Szczesny dan Lukasz Fabianski masih mengalami kecederaan di samping Tomas Rosicky, yang memerlukan dua lagi minggu untuk pulih.
Namun, satu berita yang paling menggembirakan Arsenal sudah tentu ketiadaan Didier Drogba buat pertama kali selepas menyertai Shanghai Shenhua pada musim ini.
''Saya tidak pasti jika mereka (Chelsea) merindui kelibatnya tetapi tidak bagi kami. Dia telah banyak melakukan kemusnahan kepada kami.
''Pada musim lalu, dia beraksi dengan prestasi sederhana dalam liga tetapi dalam saingan piala, dia banyak membantu pasukan dalam saat yang genting.
''Dia memainkan peranan besar membantu Chelsea menjuarai Piala FA dan Liga Juara Eropah, dia mempunyai kualiti dan tidak cepat berputus asa, ternyata dia merupakan pemain yang hebat," katanya. - AFP
LONDON - Lewis Hamilton bersedia meninggalkan McLaren dan menyertai pasukan Mercedes musim depan dengan perjanjian bernilai 60 juta pound (RM294 juta).
Pemandu Britain itu akan menggantikan Michael Schumacher yang bakal bersara daripada Formula Satu buat kali kedua.
Perkara itu disahkan Mercedes di ibu pejabat mereka di Stuttgart, semalam.
Hamilton akan menamatkan kerjasama selama 14 tahun bersama McLaren, kelab yang disertai sejak zaman kanak-kanak selepas menolak perjanjian 36 juta pound (RM174.4 juta).
Pemandu yang tinggal di Monaco itu akan menerima gaji 15 juta pound (RM73.5 juta) setahun dalam tempoh tiga tahun bersama Mercedes.
Bagaimanapun, bonus kemenangan dan kejuaraan dunia akan membolehkannya menikmati pendapatan sehingga 60 juta pound.
Malah, Hamilton juga dibenarkan untuk menandatangani perjanjian peribadi yang akan membolehkan dia meraih pendapatan sehingga 100 juta pound (RM490 juta).
Pengumuman Mercedes ini menamatkan spekulasi mengenai masa depan juara dunia 2008 itu yang telah tersebar luas sejak beberapa bulan lalu.
Mercedes tidak pernah menyembunyikan minat mereka untuk mendapatkan Hamilton bagi menggantukan Schumacher, antara pemandu Formula Satu paling berjaya.
Bagi Hamilton pula, dia amat berharap, keputusan untuk merubah pasukan akan membantunya menambah koleksi kejuaraan dunia dalam kariernya.
Dia begitu kecewa dengan McLaren sejak beberapa tahun lalu, biarpun pasukan Britain itu telah menyokong kariernya sejak berusia 13 tahun.
Hamilton, 27, akan bergabung dengan boss Mercedes, Ross Brawn, orang yang bertanggungjawab membimbing Schumacher merangkul tujuh kejuaraan dunia.
Malah, Brawn juga adalah orang kuat di sebalik kejayaan rakan sepasukan Hamilton, Jenson Button menjuarai kejuaraan dunia 2009.
Schumacher, 42, bergelut dengan prestasi sejak kembali daripada persaraan pada 2010. Dia akhirnya memutuskan untuk meninggalkan terus sukan Formula Satu. Pemandu Jerman itu hanya menaiki podium sekali sejak kembali berlumba, dua tahun lalu. - AGENSI
PARIS - Bekas bos Chelsea, Jose Mourinho tampil mempertahankan John Terry kelmarin dengan menegaskan pemain pertahanan kontroversi itu bukan berbaur perkauman.
Terry dikenakan penggantungan empat perlawanan dan denda 220,000 pound (RM1.1 juta) selepas didapati bersalah mencemuh pemain QPR, Anton Ferdinand dengan kata-kata berbaur perkauman.
Pemain 31 tahun itu mempunyai 14 hari selepas dia menerima alasan bertulis berhubung keputusan pendengaran untuk membuat rayuan.
"Dia bukan perkauman, 100 peratus bukan. Kami (Chelsea) mempunyai skuad yang dianggotai 12 pemain Afrika. Ia merupakan skuad yang hebat dan hubungan sesama pemain sangat erat," tegas Mourinho yang membimbing Chelsea dari 2004 hingga 2007, kepada CNN.
Mourinho yang kini melatih Real Madrid, menambah: "Namun dalam perlawanan bola sepak, ada kalanya kamu bertindak balas tanpa berfikir dua, dan ia tidak menunjukkan keperibadian diri kamu yang sebenar. Saya tahu ia boleh berlaku.
"Mungkin, dia mengeluarkan komen berbaur perkauman atau mempunyai tanggapan buruk terhadap lawannya, memang dalam bola sepak, ada kecenderungan untuk kita melihat pemain lawan dari sudut yang salah.
"Jadi, dia harus dihukum. Tetapi, tolonglah, jangan kata dia bersikap perkauman kerana saya tahu (Didier) Drogba, Geremi, (Claude) Makalele semua akan sepandangan dengan saya dan mereka tahu John bukan begitu." - AFP
Abdul Ghani Minhat selaku ketua pasukan Selangor memegang Piala Malaya ketika dijulang rakan sepasukan selepas muncul juara pada tahun 1963.
KUALA LUMPUR - Raja bola sepak Malaya, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), semalam akibat mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung yang dilakukan Selasa lalu.
Menurut anak sulung Allahyarham, Nik Abdul Halim Abdul Ghani, bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.34 pagi di IJN selepas kritikal pada pagi Rabu lalu dan berterusan sehingga semalam.
"Allahyarham tidak sakit tetapi kami sekeluarga telah menetapkan dan membuat keputusan supaya arwah menjalani pintasan jantung pada awal Ramadan, namun ia ditangguhkan sehingga Selasa minggu ini kerana tiga injap jantungnya sudah tersumbat," katanya ketika ditemui media semalam.
Jenazah Allahyarham telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22 pada pukul 5.30 petang.
Turut menziarah jenazah Allahyarham beberapa bekas pemain kebangsaan yang pernah di bawah asuhannya seperti Datuk Soh Chin Aun, Datuk Santokh Singh, Bakri Ibni, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, dan Azlan Johar.
"Sebenarnya pembedahan berjalan seperti biasa dan berjaya, mungkin sebab faktor usia arwah agak terbatas untuk pulih dengan cepat dan prosesnya terbantut, selepas menjalani pembedahan pada Selasa, pagi Rabu dia berada dalam keadaan kritikal.
"Selepas itu pagi tadi (semalam) arwah sedar semula dan sempat melemparkan senyuman kepada adik saya serentak dengan itu kami menjangkakan arwah akan stabil tetapi sudah ketentuan Ilahi, arwah telah meninggalkan kita semua pagi tadi," kata Nik Abdul Halim.
Allahyarham Abdul Ghani meninggalkan isteri Puan Sri Tengku Aishah Tengku Ibrahim, 67, dan empat anak, dua lelaki, Nik Abdul Halim, 42, Nik Mohd. Hanif, 37 dan dua wanita, Nik Salwani, 40 dan Nik Sarina 38.
Pada zaman kegemilangannya pada sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an, Allahyarham yang bermain sebagai penyerang, merupakan pemain yang licik dan lincah dan sering menggerunkan pihak lawan.
Anak kelahiran Rantau, Negeri Sembilan itu yang lahir pada 23 Disember 1935, banyak menyumbangkan tenaga sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Selangor. Pada 1959, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menganugerahkan gelaran Raja Bola kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri itu.
Allahyarham pernah merangkul Anugerah Pemain Bola Sepak Terbaik Kebangsaan pada 1959 dan 1960 dan pernah melakukan keajaiban dengan menjaringkan 106 gol hanya dalam 15 perlawanan.
GEORGETOWN: Tertarik dengan kecantikan dan keayuan rakan sekerjanya, seorang pembantu jururawat bertindak nekad mencabul dengan memeluk dan meramas payu dara rakannya yang sedang bertugas di sebuah hospital swasta di Pulau Tikus, dekat sini, sebelum membuat laporan polis Rabu lalu.
Jurucakap polis berkata, dalam kejadian 5 September lalu kira-kira jam 6.30 petang, mangsa, 28, dipercayai sedang bertugas di sebuah wad sebelum didatangi rakan sekerja lingkungan 30-an yang menaruh perasaan terhadapnya.
Menurutnya, suspek secara tiba-tiba bertindak memeluk mangsa dari belakang sambil meramas payudaranya dan cuba mencium mangsa, namun perbuatannya berjaya ditepis mangsa yang terkejut dengan kejadian itu.
Katanya, berang dengan perbuatan suspek, mangsa kemudian menolak dan menampar muka lelaki itu sebelum melarikan diri.
"Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus Rabu lalu dan polis masih mengesan suspek melarikan diri selepas kejadian, namun identitinya sudah dikenal pasti," katanya.
SEmentara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu melakukan serangan dan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan yang boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
Isu gambar Najib pada buku latihan sekolah pada minggu lepas apabila isu ini disensasikan oleh Keldaian Daily. Kononnya, kerajaan amat taksub, hingga mencetak lakaran wajah Perdana Menteri di atas buku latihan tersebut.
Namun begitu, Malaysia Digest membuat pendedahan eksklusif apabila bahan-bahan fitnah tersebut dihasilkan oleh segolongan masyarakat yang anti-Najib serta anti-kerajaan.
Tujuan mereka berbuat demikian adalah kerana untuk mempersendakan semua usaha-usaha kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, DS Najib.
Oleh kerana ketaksuban golongan politikus terutama dari Keldaian Daily, mereka telah mengambil bahan tersebut dan mula merepek-repek menulis mengenai BN telah mencetak gambar PM untuk diedarkan disekolah.
Fitnah Keldaian Daily juga telah disangkal oleh pemimpin-pemimnpinnya sendiri.
Untuk penereangan, teks, gambar serta caption dari tweeter, anda boleh layarinya di SINI.
CONTROVERSIAL: The 1Malaysia exercise book, which bears Najib's likeness, is not being distributed in schools as claimed by a pro-Opposition website. Pix: SM Amin
KUALA LUMPUR: What happens when a quirky art project is turned into a tool for political propaganda?
This is what has riled up the creators of art project Gerai 1Malaysia, the brainchild behind a raft of merchandises bearing designs which offer a tongue-in-cheek look at Malaysia.
The people behind the project claim that a pro-Opposition website Keadilan Daily (keadilandaily.com), had used one of its merchandise and spun it into a piece of political propaganda to suit its own purposes.
And now, they want the website, which claims to be the 'official news portal of Parti Keadilan Rakyat (PKR)', to issue a public apology not only to the merchandise creators, but also to the public for misleading them.
June Low, 27, said she and her friend, graphic artist Adila Abdul Malik, 25, had come up with the idea of Malaysia-themed artwork and merchandise to feature at an event, Art for Grabs, at the Annexe Gallery at Central Market on September 22.
June (right) with the 'Najib schoolbook' at the Gerai 1Malaysia event.The theme of the event was 'Janji Ditutupi', a play on the government's recent Merdeka Day theme, Janji Ditepati.
"At the event, we displayed a range of comedic art merchandise, such as plain white T-shirts bearing a sketch of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak holding his cat, which buyers can colour in themselves.
"Other items also included a school exercise book, which bore a likeness of the PM on the front cover with the 1Malaysia logo. The back of the exercise book featured the guideline on how to spot lesbians, gays, bisexuals and transgenders (LGBT) which made the news recently," she said.
June manning the Gerai 1Malaysia booth.They also had posters bearing the LGBT guidelines drawn on comic panels.
She said the book, in particular, captured the imagination of the visitors who came to the event, and all 100 copies, retailing at RM3 each, were quickly sold out.
"Our intention was to amuse and share a laugh with others. Those who came to the event were aware of what we set out to do, which was indulge in a bit of light-hearted humour and they appreciated that," said Low.
However, problems began after Low uploaded a picture of the exercise book cover on her Twitter account, together with other photos of the event, on the first day of the exhibition.
Low said she was shocked when she was subsequently informed that Keadilan Daily had used the image of the book and created a news article which she claimed could not be further from the truth.
On Monday, the website published a report claiming that the book was now being distributed in schools.
Excerpts from the article read: "Desperate to bolster its waning support, Umno Barisan Nasional has now been reduced to using school children to ensure its political survival.
"The 1Malaysia logo, together with Najib's face, is now being displayed on school exercise books, which are being distributed in schools."
Screenshot of the article on the Keadilan Daily website.The article had quoted PKR's Rembau chief Badrul Hisham Shaharin, better known as Chegubard, as slamming the move and equalling it to that of Egyptian president Hosni Mubarak, who had put up his image across Egypt shortly before his downfall in the Arab Spring revolution.
Badrul, who is a former teacher, was quoted as saying that the move (putting Najib's face on exercise books) would not work as school children could not yet vote.
"Is Najib so afraid until he has to put his image on everything?" he was quoted as saying.
PKR central leadership committee member Fariz Musa was also quoted in the article lambasting Najib for "immersing political elements into schools."
This has not gone down well with Low, who described it as "irresponsible journalism".
"To twist the truth to this extent without fact-checking is disgusting. It is simply irresponsible journalism," she said.
Low, who has experience organizing events concerning art and the like, strongly felt that people deserve to be informed accordingly and not manipulated with false reports.
"All the ideas were of our own. It's was humorous art. Art is important as it is a form of expression but it doesn't mean it is harmful.
"Those responsible for this have to straighten it out and be accountable for the wrong they have done. I would like to see what they and how they are going to fix this scandal," she said.
Adila, meanwhile, felt that her freedom of speech via her art has been restricted when other parties try to manipulate it according to their own political agenda, which she said "takes the fun out of it."
"What we did was all for fun. It wasn't meant to be taken seriously in the first place.
"The people who came to the art fest knew what to expect. Taking advantage of our creativity and manipulate it into a political propaganda is just wrong. Our message was to entertain and humor the people who came. There was no political message behind it," she said.
Low said she was horrified when the website's article and her photo subsequently went viral and attracted derogatory comments.
Low then attempted to contact the website via its Twitter handle, but her demands for an explanation went unanswered. She eventually received some help when PKR vice president Nurul Izzah Anwar and later PKR's Batu MP Tian Chua, via Twitter, also persuaded Keadilan Daily to check on the matter.
The article was subsequently removed from the website on Wednesday.
However, Low said Keadilan Daily should own up to its mistake and apologize.
"It isn't enough that they just remove the article. What they did is grossly uncalled; it's ridiculous that they could come out with such preposterous lies.
"They did not act fairly by running the story without verifying the facts. We want them to not only apologize to us, but also to the public for publishing lies," she said.
Bar Council constitutional law committee chairman, Syahredzan Johan, who had attended the event, said it was an example of "unethical journalism."
"This is a clear display of lack of journalism ethics by running a story without doing basic fact-checking.
"Those who attended the event could see that the Gerai 1Malaysia booth was a parody, not meant to be taken seriously. The creators did not portray themselves that way and just by looking at it, you can tell that it was all in the name of fun. It was very obvious that it didn't come from the government," he said.
"The source of the exercise book was not difficult to verify. And until now there has been no apology or retraction of the article. Was this all deliberate?" he said.
Malaysian Digest had yesterday contacted Keadilan Daily's reporter who wrote the story to ascertain how the writer had come up the information. We were informed that she would have to refer to her editor for a response.
At Press time, no feedback has been received from Keadilan Daily.
SHAH ALAM - Lelongan barangan kenangan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), antaranya tongkat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan 'surat cinta' Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjana RM182,000 untuk tabung Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) perikatan itu.
Lelongan diadakan pada majlis makan malam perdana PR di sini malam tadi.
Harga lelongan tertinggi dibayar kepada surat cinta Anwar, Ketua Pembangkang, kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang ditulis beliau dari penjara.
Ia dibeli dengan RM50,000 oleh Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, pemimpin dari Sabah yang bulan lalu meninggalkan Umno dan BN.
Ia diikuti oleh kartun dilukis secara 'live' oleh Kartunis Zunar yang bertajuk 'Kuasa Rakyat' yang dibeli dengan harga RM32,000, lapor Harakahdaily.
Pen yang digunakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang ketika dalam penjara, dibeli dengan harga RM23,000 oleh Exco Selangor, Ronie Liu.
Gambar santai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta terendak nelayannya dibeli dengan harga RM17,000. Ia dibeli oleh Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong Pas Selangor, Sri Jalaraman.
Selain itu, barangan dan gambar milik Datuk Fadzil Nor, bekas Presiden Pas, berjaya dilelong dengan harga RM11,000, gambar asal graduasi Dr Syed Husin Ali (RM15,000) dan tongkat Nik Aziz (RM12,000) dan poster filem Karpal Singh (RM12,000).
Di samping kutipan melalui lelongan itu, majlis itu berjaya mengutip lebih RM22,000 melalui jualan meja.
"Ini bermakna, lebih RM200,000 kita berjaya kutip malam ini," kata Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli.
PETALING JAYA: Mkini Dotcom kini menjadi tumpuan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pinjaman Media (MDLF), Harlan M. Mandel dikaitkan dengan George Soros dan juga merupakan salah seorang daripada pengarahnya.
Menyatakan kejutan ke atas pelantikan itu, Presiden Gerakan Keadilan Sedunia (JUST) Dr Chandra Muzaffar yang menyatakan adalah tidak munasabah membolehkan warga asing memegang apa-apa kedudukan strategik dalam saluran media berpengaruh.
Beliau mengulas laporan The Star mengenai Mandel yang telah dilantik pada Julai tahun lepas sebagai salah seorang daripada tiga pengarah Mkini, yang mengendalikan portal berita dalam talian Malaysiakini.
"Ini adalah pendedahan yang sangat penting," kata Dr Chandra.
Beliau berkata media mempunyai potensi untuk membentuk pandangan rakyat, sikap, pilihan dan keutamaan dalam politik.
"orang asing tidak mempunyai perniagaan yang membentuk pemikiran masyarakat Malaysia," katanya, sambil menambah bahawa perubahan harus diilhamkan oleh penduduk tempatan dan tidak dihasut oleh warga asing yang mempunyai kepentingannya.
Beliau berkata rakyat Malaysia perlu faham tentang Soros mempunyai kaitan dengan badan-badan seperti National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) yang mempunyai rekod tertentu di seluruh dunia.
Soros mempunyai reputasi yang buruk dalam banyak bahagian di seluruh dunia kerana memanipulasi dan menggerak kewangan global, kata Dr Chandra, sambil menambah bahawa beliau juga dikaitkan dengan krisis kewangan di Asia Tenggara, Rusia, Amerika Latin dan Britain.
"Ia adalah sangat naif untuk percaya bahawa mereka benar-benar mengambil berat tentang kebebasan dan demokrasi," katanya.
"Saya amat terkejut bahawa individu dari Suaram dan PKR, yang mendakwa diri sebagai sosialis, berselindung dengan 'pakaian' yang dikaitkan dengan Soros, yang selama ini dilihat sebagai kapitalis tidak bertanggungjawab," katanya.
Dr Chandra berkata mereka yang terbabit dengan kegiatan Soros telah aktif di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu, sambil menambah mereka juga dikaitkan dengan agenda AS di Asia Tenggara.
SHAH ALAM - Seramai 1,312 pengguna air Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi RM748,410 terhadap Menteri Besar, Tan Abdul Khalid Ibrahim atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.
Selain Abdul Khalid, plaintif, A John Dawson yang mewakili semua pengguna air menamakan kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan kedua dan ketiga.
Mereka memfailkan saman pemula itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada jam 10 pagi melalui Tetuan Kamarudin & Partners menerusi peguam Kamarudin Ahmad.
Kamarudin berkata, saman itu akan diserahkan kepada kesemua defendan dalam masa seminggu.
"Ini adalah kumpulan ketiga pengguna di Selangor mengambil tindakan perundangan berhubung isu air ini dan dijangka sekumpulan penduduk lagi akan membuat perkara sama," katanya.
Menurutnya, saman difailkan oleh penduduk yang tinggal kawasan penduduk Kinrara Puchong, Bukit Mahkota Cheras dan penduduk Seksyen 18, Shah Alam.
"Pihak plaintif yang menghuni flat kos rendah kecewa dengan dasar diskriminasi diamal kerajaan Selangor.
"Kerajaan lebih mengutamakan golongan kelas menengah seperti mereka yang menghuni di rumah teras dan banglo," katanya.
Beliau berkata, tuntutan itu membabitkan pengguna air meter pukal.
"Saman ini adalah usaha terakhir plaintif bagi mendapatkan keadilan dan pembelaan memandangkan kerajaan Selangor membuat keputusan untuk tidak melayan tuntutan hak skim air percuma daripada pengguna meter pukal domestik dalam Selangor," katanya.
Dalam masa sama, Timbalan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Ameer Firdaus Mohd Shreef berkata, penggunaan meter pukal tidak sepatutnya dijadikan sebagai alasan untuk tidak melaksanakan janji kepada rakyat di negeri ini.
"Lebih mengecewakan kerajaan Selangor dilihat lebih mengutamakan penduduk daripada golongan kelas menengah dan atasan, manakala golongan yang lebih memerlukan telah dinafikan hak mereka," katanya.
Wakil penduduk Apartmen Lavender Vista, John Dawson berkata, terbukti kerajaan Selangor dan Khalid Ibrahim cuba menipu dan memperdayakan rakyat, khususnya rakyat Selangor dengan mengumpan memberikan air percuma.
Dalam penyata tuntutan, John Dawson mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat Selangor dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik.
John Dawson mendakwa berdasarkan manifesto semasa kempen, setiap pengguna air domestik di Selangor yang mempunyai akaun dengan Syabas layak menerima subsidi RM11.40 sebulan tidak kira sama ada menggunakan meter individu atau meter pukal.
Mereka mendakwa selepas memenangi pilihan raya Kerajaan Negeri Selangor memulakan skim air percuma tersebut pada 1 Jun 2008.
Bagaimanapun, John Dawson mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air percuma itu dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas.
Dia mendakwa, Abdul Khalid melalui kenyataan akhbar 30 Ogos lalu berkata, pengguna air yang masih memakai meter pukal tidak layak menikmati skim subsidi air percuma.
KOTA BHARU - Seorang gadis berusia 16 tahun, dipercayai menghilangkan diri sejak tiga minggu lalu bersama barang kemas milik ibunya bernilai RM30,000.
Gadis terbabit, Siti Saharah Abd Hamid, dikatakan keluar dari rumahnya di Kuala Lipis, Pahang pada 4 September lalu, dipercayai mengikut teman lelakinya yang baru dikenali berasal dari Kelantan.
Bapanya, Abdul Hamid Mahmood, 63, berkata, ketika keluar dari rumah, anaknya langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mencurigakan dan juga tidak memberitahu keluarga.
"Kami tidak pernah berselisih pendapat, malah dia (Siti Saharah) merupakan anak yang rapat dengan keluarga.
"Dia juga tidak pernah mempunyai teman lelaki namun selepas mengenali lelaki itu, dia mulai berubah, "katanya kepada Sinar Harian.
Abdul Hamid berkata, buntu dengan perkara itu, dia cuba berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional bagi mengesan anaknya itu.
"Dari maklumat yang diperolehi, dipercayai anak saya berada di Kelantan dan mengikut lelaki yang baru dikenalinya itu yang berhajat melangsungkan perkahwinan dengan anak saya di Thailand.
"Saya risau dengan keadaan ini, kerana dia masih bersekolah dan kehilangannya, menjadi tanda tanya kami sekeluarga," katanya.
Menurutnya lagi, isterinya, Jambi Hassan, 58, juga sudah kering air mata, mengenangkan nasib anaknya itu.
"Saya syak mungkin dia dipukau kerana anak saya tidak pernah melakukan perkara seperti ini.
"Pernah saya cuba menghubungi telefon bimbitnya, namun taliannya dimatikan dan gagal dihubungi sehingga kini," katanya.
Abdul Hamid mengharapkan supaya sesiapa yang menemui anaknya, di sekitar Kelantan termasuk di Rantau Panjang atau sekitarnya supaya dapat menghubungi talian 017-9875300 atau Eqram di talian 017-9405369.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa dipukau sebelum menuruti arahan seorang lelaki yang memintanya masuk ke dalam kereta Perodua Viva berwarna putih sebelum dicabul, Rabu lalu.
Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, mangsa berusia 26 tahun berjalan berseorangan ke hentian menunggu bas berhampiran Jalan Pahang sebelum tiba-tiba kereta dipandu seorang lelaki berhenti dan terus memanggil namanya.
Menurut sumber, mangsa menghampiri kenderaan itu sebelum lelaki berkenaan memperkenalkan diri dan bertanya sama ada mengenalinya atau tidak.
"Bagaimanapun mangsa memberitahu tidak mengenali lelaki itu.
"Suspek kemudian terus membuka pintu dan menarik mangsa masuk ke dalam kenderaannya. "Mangsa ketika itu tidak cuba melawan sebaliknya akur dan mengikut suspek yang menyatakan hasrat mahu menghantar mangsa pulang ke rumahnya di Sungai Besi," katanya.
Sumber berkata, ketika dalam perjalanan, suspek mengambil kesempatan memegang alat sulit mangsa beberapa kali, namun tidak dapat melawan seolah-olah dipukau.
"Suspek turut mengambil nombor telefon mangsa sebelum menghantarnya pulang," katanya.
PENGAKUAN...Man dan Liza ketika ditemu bual wartawan
KUALA LUMPUR: Keutamaan mereka ialah hiburan dan mendapatkan wang dengan cara mudah. Itu cara hidup segelintir pasangan suami isteri di ibu kota yang 'sekepala' menjalani kehidupan yang disifatkan golongan terbabit amat bahagia biarpun diselubungi noda.
"Isteri saya pernah kerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan saya beri keizinan kerana pendapatannya lumayan, boleh cecah sehingga lebih RM10,000 sebulan.
"Lagipun, saya minat hiburan dan suka lepak dengan kawan mendengar muzik," kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 37.
Man yang mendakwa hanya bekerja sendiri berkata, dia dan isterinya, Liza, 28, baru berkahwin lima bulan lalu.
"Tapi, isteri saya baru saja berhenti kerja sebagai GRO sejak sebulan lalu kerana kini dia hamil lima minggu," katanya.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Buletin Mutiara keluaran Mei 2012 sebelum ini mendapat tamparan hebat daripada pendedahan Helen Ang mengenai 51 gambar foto Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guang Eng yang dimuatkan di dalam buletin berkenaan yang hanya mempunyai 28 muka surat! Baca artikel blog beliau Reboot Your Thinking, di sini. Di dalam keluaran September 2012, sekali lagi Buletin Mutiara digunakan sekali lagi sebagai propaganda Lim Guan Eng.
Muka surat hadapan buletin berkenaan terpampang besar tajuk utama "Taking Care of You From Birth Till The End". Lihat Buletin Mutiara keluaran September 2012, di sini. Bijak sungguh Ketua Pengarang buletin berkenaan yang bernama Lillian Chan. Seolah-olah Kerajaan DAP Pulau Pinang menjaga Rakyatnya daripada dilahirkan sehinggalah ke liang kubur. Hakikatnya, majlis berkenaan hanyalah menyampaikan sumbangan sebanyak RM100 kepada 223 murid tahun 1, tahun 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4 yang menerima sumbangan berkenaan. Sejak bilalah pula Kerajaan DAP Pulau Pinang menjaga Rakyatnya. Setakat propaganda dan lakonan bolehlah.
Lim Guan Eng semakin tidak diterima Rakyat Pulau Pinang melainkan segelintir masyarakat Cina "berugama" DAP yang menganggapnya seperti Tokong. Dalam memastikan survival politiknya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang selepas PRU13, beliau menggunakan sepenuhnya Buletin Mutiara, buletin Kerajaan Negeri, yang menggunakan peruntukan dana Rakyat untuk membiayainya sebagai langkah untuk mempropagandakan dirinya semaksimum mungkin.
Semalam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam, berlangsungnya Majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan Pakatan Haram. Di dalam majlis makan malam tersebut juga berlangsungnya acara bidaan kononnya untuk mengutip dana bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Antara yang mendapat bidaan yang tertinggi pada malam tersebut adalah tongkat Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dan juga surat cinta Anwar Ibrahim kepada Wan Azizizah.
Surat cinta Anwar Ibrahim kepada isterinya Wan Azizah mendapat bidaan paling tinggi apabila dibeli dengan harga RM50,000. Surat cinta itu kononnya adalah surat 'cinta' yang ditulis Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam penjara Sungai Buloh. Surat itu dibida dengan harga pembukaan RM50,000 dan dibeli oleh ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin.
CTS ragu-ragu dengan lakonan bersahaja Pakatan Haram ini. Agak-agaklah kalau hendak berbohong kepada Rakyat. Siapa yang hendak beli surat 'cinta' Anwar Ibrahim kepada Wan Azizah. Tambahan pula, yang membeli itu adalah Lajim Ukin! Lainlah kalau surat cinta Anwar Ibrahim kepada Sukma Dermawan, Azizan, Shamsidar Tahrin atau Saiful Bukhari Azlan. CTSpun sanggup menghabiskan duit untuk membelinya.
Bagi CTS drama yang dimainkan pada malam tadi tidak lebih kepada satu cara proses "membersihkan duit" atau dalam bahasa perbankannya adalah "money laundering". Dana yang Pakatan Haram perolehi daripada banyak sumber daripada luar negara perlu di"bersih"kan. Satu cara terbaik adalah mengadakan majlis lelongan benda-benda merapu dan juga mengadakan jualan meja makan seperti yang selalu diadakan oleh sekutu mereka DAP. Akhirnya, dana haram yang Pakatan Haram perolehi berjaya dibersihkan. Apabila Rakyat bertanya, dari mana Pakatan Haram boleh bermewah dengan mengadakan 'Road Tour' dengan jet peribadi dan sebagainya. Jawapan mereka pastilah melalui cara di atas. Bijakkan proses "money laundering" Pakatan Haram?
Pengundian Semula di UIAM perancangan jahat WUFI Pro-M
Pengumuman Pengundian Semula.
1. Sebentar tadi, dalam sekitar jam 8.25 malam, Timbalan Rektor Dato' Mirzan Hitam telah mengumumkan bahawa buat pertama kali di dalam sejarah, sistem E-Voting yang digunakan di UIA telah mengalami masalah teknikal.
2. Terdapat sebilangan besar undi yang tidak dapat ditangkap oleh sistem E-Voting tersebut.
3. Maka atas dasar kesilapan teknikal tersebut, maka UIAM akan mengadakan pengundian semula pada minggu hadapan secara pengundian manual.
Siapa Yang Mendapat Faedah?
1. Setelah dikaji dan dianalisa, didapati pengundian semula ini amat menguntungkan kepada pihak WUFI ataupun Pro-M.
2. Ini adalah langkah terakhir yang diadakan oleh pihak WUFI sekiranya mereka kalah dengan teruk.
Mengapa?
1. Kerana secara keseluruhan, pihak Pro-M telah kalah dengan begitu teruk sekali di majoriti IPTA di seluruh negara.
2. Maka UIAM yang memang merupakan kubu kuat Pro-M tidak boleh kalah sama sekali walau apapun yang berlaku.
3. UIAM juga terkenal dengan majoriti pihak pentadbiran condong ke sebelah pembangkang. Maka ini adalah salah satu akses kepada pihak WUFI untuk melakukan sabotaj.
4. Apabila pengundian semula dilakukan, UIAM akan menyaksian perkumpulan besar-besaran pihak Pro-M kerana jentera-jentera mereka di universiti lain yang telah tamat proses pengundian akan turun ke UIAM untuk menguatkan barisan jentera UIAM yang dilihat gagal pada kali ini.
5. Parti Pembangkang juga yang telah selesai operasi mereka di universiti lain akan turut turun ke UIAM untuk memberikan sokongan mereka.
6. Dengan kesilapan teknikal yang berlaku kepada sistem e-voting ini akan mengukuhkan lagi hujah mereka tentang penggunaan sistem berkomputer ini yang memang mereka bangkang sejak dahulu lagi. Kes di UIAM ini akan menjadi rujukan mereka di universiti-universiti lain untuk menghapuskan penggunaan sistem berkomputer ini.
7. Tempoh seminggu yang diberikan oleh pihak universiti untuk bersedia untuk hari pengundian semula akan dimanfaatkan oleh WUFI dan Pro-M dari universiti lain untuk turut berkempen secara besar-besaran bagi calon-calon mereka. Ini dapat dilihat kegagalan jentera WUFI yang tidak mampu berkempen dengan baik samada di media siber ataupun di lapangan.
8. Media silent yang dilakukan oleh jentera WUFI adalah salah satu indikator bahawa mereka menjangkakan akan adanya pengundian semula ini. Taktik jahat WUFI mnegeluarkan surat palsu lantikan Timbalan Rektor back fire dan mereka tidak dapat recover daripada isu tersebut.
9. Dapat dijangkakan bahawa sehingga hari pengundian semula ini akan berlakunya demonstrasi dan juga pelbagai jenis kekacauan dengan teruk di UIAM.
10. Sekiranya pengundian semula dijalankan dan keputusan masih tidak menyebelahi pihak WUFI maka mereka bakal menjalankan lebih banyak kekacauan lagi.
11. UIAM juga bakal dilihat akan menjadi media circus dengan kehadiran pelbagai jenis media termasuk dari MalaysiaKini dan juga HarakahDaily. Tidak mustahil juga akan adanya kehadiran pihak media dari luar negara yang sememangnya menjadi senjata Pembangkang.
12. Tidak mustahil juga pihak Pembangkang akan campur tangan dan akan melakukan Demonstarsi Bersih Kampus dan akan menuntut semua universiti lain turut mengadakan pengundian semula. Ini juga untuk membina semula momentum Pembangkang yang gagal pada demonstrasi Bersih 3.0 dan demonstrasi Janji Bersih baru-baru ini.
13. Dijangkakan Demonstrasi Bersih Kampus ini akan melibatkan khalayak yang besar dan bakal berlaku kejadian yang tidak diingini sperti kecederaan terhadap mahasiswa atau lebih teruk lagi , kematian mahasiwa yang dirancang oleh pihak Pembangkang.
14. Mahasiswa pro-pembangkang seperti Adam Adli, Khalid Ismath juga akan turut turun untuk mengepalai demonstrasi ini dan mereka ingin mengulangi semula demonstrasi pelajar zaman 70-an dahulu.
15. Dengan hujah-hujah yang disampaikan ini jelas menujukkan bahawa pengundian semula ini akan membawa untung hanya kepada pihak WUFI dan juga Parti Pembangkang yang mana mereka akan menggunakan peluang ini untuk membina momentum ke arah PRU 13.
16. Seruan saya kepada mahasiwa yang bijak pandai ini supaya tidak terlibat dengan mana-mana demonstrasi dan apa jua bentuk kekacauan yang dilihat sememangnya adalah perancangan jahat Parti Pembangkang.
17. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara.
Pakteh tidak dapat membayangkan jika puak pewaris komunis ni memerintah negara. Segala dana untuk mengembangkan lagi keupayaan sijil halal JAKIM akan ditarik balik dan jadilah Malaysia seperti negara luar lain yang ketulenan halal makanan dan barangan sukar diakui.
PAS mungkin terfikir mereka perlu mempertahankan waris komunis ini walau apa cara sekalipun namun jika mereka ikhlas memberjuangankan Islam, tweet kurang ajar bangsat ini sepatutnya telah membuka mata PAS yang terkena sumpahan DAP sejak sekian lama.
Hebat mana pun PAS berhujah, akhirnya rakyat akan menilai betapa DAP adalah abang besar dalam PR.
KUALA LUMPUR - Harga gula dijangka naik selepas kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi barangan itu sebanyak 20 sen sekilogram berkuat kuasa hari ini selepas mengambil kira isu kesihatan rakyat termasuk yang membabitkan 2.6 juta penghidap diabetis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2013 semalam memberitahu, pengurangan subsidi itu telah mendapat sokongan daripada persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.
"Walaupun subsidi dikurangkan, kerajaan masih menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta," katanya.
Pada masa ini harga gula kasar ditetapkan kepada RM2.30 sekilogram manakala gula halus pula RM2.40. - kosmo
Chandra Terkejut Lembaga Mkini Ada Kaitan Dengan Soros
Oleh SIRA HABIBU
PETALING JAYA: Mkini Dotcom kini menjadi tumpuan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pinjaman Media (MDLF), Harlan M. Mandel dikaitkan dengan George Soros dan juga merupakan salah seorang daripada pengarahnya.
Menyatakan kejutan ke atas pelantikan itu, Presiden Gerakan Keadilan Sedunia (JUST) Dr Chandra Muzaffar yang menyatakan adalah tidak munasabah membolehkan warga asing memegang apa-apa kedudukan strategik dalam saluran media berpengaruh.
Beliau mengulas laporan The Star mengenai Mandel yang telah dilantik pada Julai tahun lepas sebagai salah seorang daripada tiga pengarah Mkini, yang mengendalikan portal berita dalam talian Malaysiakini.
"Ini adalah pendedahan yang sangat penting," kata Dr Chandra.
Beliau berkata media mempunyai potensi untuk membentuk pandangan rakyat, sikap, pilihan dan keutamaan dalam politik.
"orang asing tidak mempunyai perniagaan yang membentuk pemikiran masyarakat Malaysia," katanya, sambil menambah bahawa perubahan harus diilhamkan oleh penduduk tempatan dan tidak dihasut oleh warga asing yang mempunyai kepentingannya.
Beliau berkata rakyat Malaysia perlu faham tentang Soros mempunyai kaitan dengan badan-badan seperti National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) yang mempunyai rekod tertentu di seluruh dunia.
Soros mempunyai reputasi yang buruk dalam banyak bahagian di seluruh dunia kerana memanipulasi dan menggerak kewangan global, kata Dr Chandra, sambil menambah bahawa beliau juga dikaitkan dengan krisis kewangan di Asia Tenggara, Rusia, Amerika Latin dan Britain.
"Ia adalah sangat naif untuk percaya bahawa mereka benar-benar mengambil berat tentang kebebasan dan demokrasi," katanya.
"Saya amat terkejut bahawa individu dari Suaram dan PKR, yang mendakwa diri sebagai sosialis, berselindung dengan 'pakaian' yang dikaitkan dengan Soros, yang selama ini dilihat sebagai kapitalis tidak bertanggungjawab," katanya.
Dr Chandra berkata mereka yang terbabit dengan kegiatan Soros telah aktif di Malaysia sejak 10 tahun yang lalu, sambil menambah mereka juga dikaitkan dengan agenda AS di Asia Tenggara. - mstar
Semasa PRU 11 tahun 2004, PAS pernah hampir tersungkur di Kelantan apabila hanya menang di 24 kerusi DUN manakala baki 21 kerusi DUN lagi dikuasai oleh BN. Ramai pemimpin PAS mengurut dada, tak terjangka sedemikian rupa kebangkitan rakyat Kelantan tika itu.
Dengan jurang majoriti hanya berbeza 3 kerusi sahaja, kerajaan PAS Kelantan senantiasa berada dalam keadaan dihujung tanduk. Tambahan pula sebahagian DUN yang dimenangi PAS tika itu pula majoriti kemenangannya di bawah 1,000 undi sahaja.
Kini, senario yang hampir sama juga tidak mustahil berulang kembali. Gelombang kebangkitan rakyat Kelantan sudah semakin marak hampir ke kebanyakan kawasan DUN dan Parlimen negeri.
Semenjak PAS hanya menang nyawa-nyawa ikan di Manek Urai dan tewas teruk di DUN Galas tidak berapa lama dulu, kedua-dua peristiwa bermakna itu, merupakan antara faktor tambahan yang membantu merancakkan kebangkitan khalayak untuk menolak PAS.
Penglibatan serius beberapa bekas pemimpin PAS turun berkempen di Kelantan dalam membantu UMNO juga memberikan impaknya yang tersendiri. Kesannya, menyebabkan mitos kononnya Kelantan masih kebal di bawah jajahan PAS jelas semakin pudar dari fikiran rakyat.
Tambahan pula beberapa kajian dan culaan trend sokongan terkini baik dari pihak UMNO mahupun PAS sendiri, juga telah mengesahkan kedudukan PAS di negeri Cik Siti Wan Kembang ini sudah tidak selesa seperti dulu.
Realiti tersebut hingga saat ini masih sukar untuk dicerna dek akal fikiran sesetengah pimpinan PAS negeri.
Dalam satu kenyataan terbaru seorang exco kanan kerajaan negeri, Nik Amar Nik Abdullah menyatakan pengaruh PAS di Kelantan tidak tergugat, hakikatnya senario semasa menunjukkan sebaliknya.
Sedangkan beberapa sumber dalaman PAS juga mengakui salah satu laporan kajian yang dilakukan oleh PAS mendapati parti itu hanya selamat betul-betul selamat di 17 kerusi DUN sahaja. Sebahagian besar kerusi selamat itu dikatakan berpusat dalam Parlimen Kota Bharu, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.
Ditambah lagi dengan kajian terkini dari UMCEDEL, walaupun tidak berapa tepat dengan senario semasa namun sekurang-kurangnya mengesahkan kebangkitan rakyat sedang berlaku dan populariti PAS di negeri Serambi Mekah itu juga semakin goyah.
Pun begitu, tetap perlu digandakan gerak kerja tambahan supaya kekuatan UMNO dan BN di 25 kerusi yang sudah putih dan kini menjadi kubu kuat UMNO itu bukan sahaja kekal teguh malah baki 3 kerusi lain yang masih kelabu juga perlu diusahakan supaya dapat dikuasai sama.
Paling penting usah sesekali UMNO tersilap langkah atau cuai dalam meraikan kebangkitan rakyat tika ini.
Sekarang pun sudah wujud beberapa gerakan aggresif oleh PAS untuk menarik seramai mungkin pemimpin UMNO yang berpengaruh di peringkat cawangan dan bahagian supaya menyertai PAS, jelas satu usaha terdesak untuk memperlahankan impak kebangkitan rakyat.
Habuan tanah dan konsesi balak misalnya adalah antara sandaran utama dalam percubaan mereka untuk menarik minat pemimpin UMNO yang menjadi sasaran.
Sekalipun jika umpan oleh PAS itu mungkin mengena dan kesannya pula diyakini tidak begitu membimbangkan berikutan di pihak UMNO sendiri turut menyedarinya dan telahpun mengambil langkah perlu untuk menghadapinya, namun langkah berwaspada tetap perlu dipertingkatkan.
Walaupun apapun, senario kini yang sedang memihak pada BN ini jangan dipersia-siakan atau dipandang selesa oleh pimpinan UMNO negeri. Sekarang bukan masanya untuk bergoyang kaki sebaliknya usaha perlu digandakan supaya PAS benar-benar bungkus dalam PRU 13 kelak. - Beruang Biru
You are subscribed to email updates from DIMENSI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hartawan Sarawak, Datuk Sng Chee Hua menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan beliau adalah individu yang menyewakan jet eksekutif untuk kegunaan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang merupakan Penasihat Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang ditubuhkan baru-baru ini turut menegaskan, Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang hubungan politik dengannya. "Saya tiada kaitan politik dengan Anwar walaupun beliau masih kawan saya.
"Begitu juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga kawan saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Akhbar semalam melaporkan spekulasi mengaitkan Chee Hua dengan urusan penyewaan jet eksekutif itu selama dua hari dengan nilai RM96,000 sewaktu Anwar berkunjung ke Sabah pertengahan bulan lalu.
Laporan itu turut memuatkan kenyataan seorang anak Chee Hua iaitu Larry Sng Wei Shien yang menjelaskan beliau tidak berhak bercakap bagi pihak bapanya. Namun, Wei Shien yang merupakan Presiden SWP menjelaskan, setahu beliau, bapanya yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus dan Ahli Parlimen Julau itu tidak terlibat.
Spekulasi mengenai penglibatan Chee Hua timbul apabila sumber dalaman syarikat penyedia perkhidmatan itu, Tjets Sdn. Bhd. (Tjets), mendakwa tempahan tersebut dibuat seorang lelaki dari Sarawak. Lelaki itu kini dikatakan menghilangkan diri apabila isu berkenaan diperkatakan media selain belum melunaskan bayaran sewa jet itu.
KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER - Bajet 2013 memberi tumpuan kepada pembangunan negara menerusi pertumbuhan ekonomi yang mampan selain memastikan rakyat terus mendapat pembelaan.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, agenda pembangunan negara perlu diteruskan dalam Bajet 2013 ketika ekonomi dunia sedang bergolak. "Pembangunan negara adalah satu perkara yang amat penting dalam keadaan ekonomi dunia sedang bergolak. Ia membuktikan kita mampu melaksanakannya dan pada masa sama memenuhi keperluan rakyat," katanya ketika ditemui BH Online di pekarangan bangunan Dewan Negara di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di sini, petang tadi.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata, pendekatan Bajet 2013 adalah membanggakan selain kementeriannya turut menikmati peruntukan tambahan.
Malah, katanya, buat pertama kali penambahan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diumumkan dalam pembentangan bajet sekali gus disifatkan sebagai satu pengiktirafan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Dengan peruntukan tambahan yang diumumkan menerusi Bajet 2013, ia mampu menyumbang kepada peningkatan prestasi KDN," katanya.
Mengulas peruntukan untuk sektor pertanian, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, ia adalah bajet terbaik dengan mengambil kira keperluan semua golongan.
"Tiada golongan yang tercicir dan rakyat boleh menilai bagaimana kerajaan terus memberikan pembelaan kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Bajet 2013 mempunyai rancangan yang mantap bagi menurunkan defisit negara yang menjadi isu sejak akhir-akhir ini.
"Ini dapat memastikan kadar pertumbuhan ekonomi negara terus berkembang iaitu dari 4.5 peratus hingga lima peratus dan ia adalah satu angka yang agak baik memandangkan keadaan ekonomi dunia yang agak mencabar," katanya.
Malah, beliau mewakili Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mengucapkan terima kasih kerana bajet kali ini yang menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion melalui SME Bank kerana satu isu yang dialami golongan ini adalah kesukaran untuk membuat pinjaman.
"Saya berharap, peruntukan yang disediakan ini memudahkan industri PKS mendapatkan pinjaman daripada institusi pinjaman sekali gus memajukan perkembangan ekonomi negara," katanya.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, peruntukan yang disediakan adalah yang terbanyak berbanding tahun sebelumnya dan ia sudah pasti memudahkan pihaknya mempersiapkan kontinjen bagi menghadapi Sukan Olimpik 2016.
"Sebenarnya, ia di luar dugaan sama sekali. Ini jelas menunjukkan betapa serius dan dekatnya hati Perdana Menteri kepada bidang sukan.
"Beliau faham sukan bukan sekadar mendapat pingat malah ia sebagai medium untuk atlit khususnya golongan belia meningkatkan semangat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengharumkan nama negara," katanya.
Intipati & ringkasan pembentangan Bajet (Belanjawan) 2013 yang telah dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat : Sebuah Janji Ditepati" di Dewan Rakyat, pada Jumaat.
Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.
RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.
RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.
RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.
Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.
RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit di bawah NKEA sektor perladangan.
RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran.
Empat kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta.
RM230 juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara hidup RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim perlindungan insuran nelayan.
Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4 bilion hingga RM6 bilion.
RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah.
Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta.
RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan.
RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.
Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan "Higher Order Thinking Skills".
Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.
RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.
Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.
Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.
Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan.
Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.
Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015.
Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015.
Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama.
Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk wang".
Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.
Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.
Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai.
Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta.
Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.
Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.
Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.
Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.
Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.
Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan, setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri.
Perkara ini berlaku sejak 2008 apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Pembangkang berasa amat teruja, gah malah timbul riak dan sombong sambil mendabik dada seperti dalam filem King Kong bahawa merekalah juara rakyat.
Malangnya mimpi mereka untuk menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan negara.
Pelbagai taktik digunakan oleh pembangkang untuk menunjukkan rakyat mereka adalah lebih baik daripada BN.
Apatah lagi apabila Anwar Ibrahim memasukki semula Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008, bertambah rancaklah adegan dan lakonan mereka di bawah bekas banduan Penjara Sg Buloh itu sebagai sutradara.
Antara pementasan tahunan Anwar ialah membentangkan "Bajet Pembangkang" yang akan dilakukan sehari dua sebelum Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013.
Tahun ini pembangkang berbuat demikian pada hari Rabu 27 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri Najib Tun Razak berucap di Parlimen.
Inilah taktik Anwar setiap tahun kerana sekiranya ada sedikit persamaan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dengan belanjawan olok-olokan pembangkang, maka senanglah beliau menuduh bahawa BN menciplak ide-ide tersebut daripada Pakatan Rakyat.
Tahun ini tidak ada bezanya dengan tahun-tahun sebelumnya.
Walaupun dilabel gagal menjalankan tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, namun Anwar tetap mahu membuktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih bersinar dan menyengat.
Hakikatnya senario kewangan dunia dan ekonomi global sudah jauh berubah meninggalkan Anwar yang masih terkongkong dalam kepompong pemikiran pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang.
Bagi beliau, jika harga minyak petrol semasa di dakwa tinggi, jawapannya ialah ia perlu diturunkan.
Jika kini pelajar meminjam daripada PTPTN untuk membiayai pendidikan di kolej atau universiti, Anwar mencadangkan pula untuk menghapuskan tabung pembiayaan itu dan mahu pendidikan diberi secara percuma.
Hairan pula semasa berkuasa penuh sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak pula timbul dari benaknya untuk berjuang bagi kepentingan golongan pelajar.
Mungkin Anwar lupa ide penubuhan PTPTN itu sendiri datangnya dari beliau dan kini sudah bertukar tempo untuk menjadi hero golongan pelajar pula.
Begitulah halnya dengan tindak tanduk Anwar membentangkan "Bajet Pembangkang" dalam Parlimen.
Perbuatan tersebut hanya menyerlahkan kebodohan tahap gaban puak pembangkang yang tidak mengerti konsep demokrasi.
Bajet sesebuah negara hanya dibentangkan oleh Perdana Menteri yang mewakili parti yang berkuasa ketika itu.
Tidak pernah berlaku di mana-mana negara Komanwel hatta negara-negara serantau pun, pihak pembangkang sibuk memperkenalkan bajet versi mereka sebelum kerajaan yang memerintah berpeluang berbuat demikian.
Perkara tersebut hanya berlaku di Malaysia di mana pembangkang tidak dapat menerima hakikat bahawa PKR, DAP dan PAS bukanlah parti pemerintah di peringkat Pusat.
Jadi apa perlunya mereka bersusah payah mencengkang mata untuk menerbitkan dokumen belanjawan selain yang dibentang oleh Perdana Menteri?
Inilah yang dikatakan oleh pepatah Melayu, pandai tidak terikut, bodoh tidak terajar!
Siapa peduli "Bajet Pembangkang" kerana rakyat tahu mereka tidak memiliki kuasa atau otoriti untuk melaksanakan walaupun satu titik noktah daripada bajet palsu itu.
Jadi tidak perlu langsung untuk memperkatakan, membincangkan atau pun membahaskan sesuatu yang hanya wujud dalam dunia fantasi pembangkang sebab ia semata-mata gimik politik.
Pihak yang mampu melaksanakan segala apa yang terkandung dalam ucapan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri ialah BN sebab BN yang memerintah dan BN yang mempunyai kuasa penuh untuk menunaikan setiap janji yang dibuat olehnya.
Kalau dalam bahasa mahkamah, perbuatan pembangkang mengeluarkan cadangan bajet tersendiri disebut sebagai perkara enteng atau frivolous dan tidak salah dikatakan membuang masa dan juga satu tindakan yang amat tidak produktif.
Mungkin juga ada eloknya Pakatan Rakyat menunjukkan sikap bodoh sombong mereka kerana lebih senang rakyat membuat pilihan pada PRU 13 nanti. Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.
* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.
* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
* RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
* Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
* Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
* SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
* Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
* Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus.
* KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
* Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
* Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
* Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar
* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.
* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.
* Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
* Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
* Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
* Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
* RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
* RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
* Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
* Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
* RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.
* RM75 juta bagi meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
* RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit di bawah NKEA sektor perladangan.
* RM127 juta disediakan untuk pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi yang dapat mengubah komposisi industri hiliran.
* Empat kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta.
* RM230 juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara hidup RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim perlindungan insuran nelayan.
* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
* RM9 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4 bilion hingga RM6 bilion.
* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
Tahukah anda bahawa bangsa Melayu juga mempunyai tradisi ilmu sains dan teknologi yang hebat. Walaupun tidak sehebat Cina atau yunani dan Arab namun bangsa kita juga harus berbangga kerana orang Melayu dahulu kala sudah mempunyai kemahiran dalam sains dan teknologi yang sekaligus menggambarkan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang bertamadun. Tradisi keilmuan Melayu purba ini telah dapat di ketahui melalui peninggalan manuskrip-manuskrip jawi lama tulisan tangan dari seluruh Nusantara.
Hasil daripada pengumpulan yang telah dibuat oleh pihak berwajib dari Malaysia dan Indonesia maka dapat dikumpulkan manuskrip tulisan melayu jawi lama kepada 10 bidang keilmuwan. Bidang-bidang itu ialah bidang: asal kajadian alam, manusia dan makhluk lain; astronomi; fara'id ; matematik, perubatan; ramalan & taabir; sains hayat; sains fizik; tasawuf dan falsafah ; dan teknologi/kejuruteraan. Manuskrip yang tersimpan di luar Alam Melayu pula di dapati ada 1455 buah di Belanda, 617 buah di U.K, 135 buah di Jerman Barat, 205 buah di Perancis dan 13 buah di Library of Congress AS. Semua manuskrip di luar Alam Melayu ini juga dapat dikelaskan kepada bidang-bidang yang sema seperti yang di Alam Melayu itu.manuskrip yang paling banyak ialah bidang ramalan dan taabir, diikuti oleh tasawuf dan falsafah, perubatan, sains hayat, dan asala kejadian. Bidang-bidang lain itu amatlah sedikit.
Rawatan mandi bunga - air disiram di atas kepala dengan serentak si pesakit menghentakkan kakinya ke tanah berulangkali. Tujuannya ialah apabila frekuensi hentakan sama dengan frekuensi asli tanah tersebut maka satu amplitud maksimum akan dihasilkan. Selain itu, kaedah mandian pati bunga-bunga ros putih juga berkesan kerana bunga jenis ini mempunyai frekuensi yang amat laju dan mempu meleraikan gelombang yang tidak stabil di dalam dan di persekitaran tubuh si pesakit
SAINS MELAYU Tidak ada catatan tentang sains Melayu asal pada masa dahulu dalam bentuk tulisan jawi atau Melayu kuno.Dengan Penghinduan pada abad pertama, sains dari India dikembangkan di Kedah dan Palembang .I Tsing mencatatkan kira-kira 1,000 sarjana melakukan kajian di Palembang ketika beliau sampai di sana untuk mempelajari Sanskrit pada abad ke-7
Dengan kedatangan Islam, sains Islam dikembangkan di sini terutama al-kimia (pandai keris?), perubatan dan astronomi (falak) Ahli sains Melayu terakhir yg diketahui mengajar al-kimia dan perubatan ialah Sheikh Wan Ahmad al-Fatani pada hujung abad ke-19 M dan cetakan akhir buku tibbnya pada tahun 50-an ada tersimpan di perpustakaan DBP.
TEKNOLOGI MELAYU Ahli teknologi Melayu dikenali sebagai tukang; atau pandai yg dikhaskan untuk tukang besi atau pembuat keris yg dikatakan mempunyai ilmu mistik .Pandai keris mengetahui besi Kharsani dan besi ini merupakan logam yg diketahui oleh ahli al-kimia Islam yang juga bergelar hakim bermakna bijak bistari Bukti sejarah menyatakan keris terbaik hanya timbul pada zaman Islam dan besar kemungkinan teknologi pembuatannya datang dari tanah Besar Islam berdasarkan peristilahan pandai dan hakim itu, dan cara membuatnya dengan menempa beberapa lapis besi seperti pedang Damsyik Tukang Melayu percaya setiap benda yg dibuatnya mempunyai tertibnya sendiri yg menentukan prestasinya. Penertiban mengikut kitaran 4 akan tetapi 2,5,6,7,& 8 juga digunakan untuk pembuatan artefak tertentu
Orang Melayu dah lama tahu kegunaan logam alloy memantapkan kekerasan keris
Tahukah anda bahawa bangsa Melayu juga mempunyai tradisi ilmu sains dan teknologi yang hebat. Walaupun tidak sehebat Cina atau yunani dan Arab namun bangsa kita juga harus berbangga kerana orang Melayu dahulu kala sudah mempunyai kemahiran dalam sains dan teknologi yang sekaligus menggambarkan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa yang bertamadun. Tradisi keilmuan Melayu purba ini telah dapat di ketahui melalui peninggalan manuskrip-manuskrip jawi lama tulisan tangan dari seluruh Nusantara.
Hasil daripada pengumpulan yang telah dibuat oleh pihak berwajib dari Malaysia dan Indonesia maka dapat dikumpulkan manuskrip tulisan melayu jawi lama kepada 10 bidang keilmuwan. Bidang-bidang itu ialah bidang: asal kajadian alam, manusia dan makhluk lain; astronomi; fara'id ; matematik, perubatan; ramalan & taabir; sains hayat; sains fizik; tasawuf dan falsafah ; dan teknologi/kejuruteraan. Manuskrip yang tersimpan di luar Alam Melayu pula di dapati ada 1455 buah di Belanda, 617 buah di U.K, 135 buah di Jerman Barat, 205 buah di Perancis dan 13 buah di Library of Congress AS. Semua manuskrip di luar Alam Melayu ini juga dapat dikelaskan kepada bidang-bidang yang sema seperti yang di Alam Melayu itu.manuskrip yang paling banyak ialah bidang ramalan dan taabir, diikuti oleh tasawuf dan falsafah, perubatan, sains hayat, dan asala kejadian. Bidang-bidang lain itu amatlah sedikit.
SAINS MELAYU Tidak ada catatan tentang sains Melayu asal pada masa dahulu dalam bentuk tulisan jawi atau Melayu kuno.Dengan Penghinduan pada abad pertama, sains dari India dikembangkan di Kedah dan Palembang .I Tsing mencatatkan kira-kira 1,000 sarjana melakukan kajian di Palembang ketika beliau sampai di sana untuk mempelajari Sanskrit pada abad ke-7 Dengan kedatangan Islam, sains Islam dikembangkan di sini terutama al-kimia (pandai keris?), perubatan dan astronomi (falak) Ahli sains Melayu terakhir yg diketahui mengajar al-kimia dan perubatan ialah Sheikh Wan Ahmad al-Fatani pada hujung abad ke-19 M dan cetakan akhir buku tibbnya pada tahun 50-an ada tersimpan di perpustakaan DBP.
TEKNOLOGI MELAYU Ahli teknologi Melayu dikenali sebagai tukang; atau pandai yg dikhaskan untuk tukang besi atau pembuat keris yg dikatakan mempunyai ilmu mistik .Pandai keris mengetahui besi Kharsani dan besi ini merupakan logam yg diketahui oleh ahli al-kimia Islam yang juga bergelar hakim bermakna bijak bistari Bukti sejarah menyatakan keris terbaik hanya timbul pada zaman Islam dan besar kemungkinan teknologi pembuatannya datang dari tanah Besar Islam berdasarkan peristilahan pandai dan hakim itu, dan cara membuatnya dengan menempa beberapa lapis besi seperti pedang Damsyik Tukang Melayu percaya setiap benda yg dibuatnya mempunyai tertibnya sendiri yg menentukan prestasinya. Penertiban mengikut kitaran 4 akan tetapi 2,5,6,7,& 8 juga digunakan untuk pembuatan artefak tertentu
Musketer dan gunner Melayu-teknology perang yang mendahuli zaman
Selain teknologi besi bangsa Melayu juga sangat terkenal dengan Kehebatan mereka dalam sains maritim terutamanya pembuatan jong dan kapal. Jong merupakan kapal besar Melayu yg diketahui dibina sejak abad pertama hingga abad ke-15 , akan tetapi kapal ini dipercayai dicipta jauh lebih awal .Pada gendang gangsa tinggalan zaman gangsa (sebelum 2,000 ) di Nusantara, terdapat ukiran kapal primitif yg menunjukkan kemudi birai, dan dinding berjahit .Bangkai jong dijumpai di Pontian, Kuan Luk Pat, Thailand, Butuan, Filipina & Zaytun dekat Hong Kong .Ukiran di Borobudur menunjukkan Jong mempunyai lunas, dua linggi tinggi, dinding terjahit berlapis, dua kemudi birai, dua tiang layar, layar segiempat serta layar linggi depan dan pengapung .Panjang Jong antara 50 - 80 m dan merupakan kapal terbesar yg merentas lautan di Nusantara
bangsa Melayu adalah bangsa Maritim
Catatan Cina abad ke-8 menunjukkan jong dari Kun Lun (Nusantara) memuatkan lebih drpd 1000 orang dan muatan seberat 200 hingga 1000 ton Kapal sebesar ini hanya boleh diselenggarakan oleh kuasa laut yg besar seperti dua kerajaan Melayu, Sri Vijaya dan Melaka dan digunakan untuk berperang
Dengan tertakluknya Melaka, jong juga turut hilang.Namun Muzeum Negeri Terengganu mempamerkan dua buah perahu besar Terengganu (awal abad ke-20) yg menunjukkan penyerapan ciri-ciri Barat/luar seperti layar cucur (jib), layar gap, kemudi bontot, dan penggunaan paku Seorang warga Perancis yg diselamatkan drpd kapal karam hampir 100 thn lalu mengajar tukang bot Terengganu memasukkan ciri-ciri ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa kelautan yang amat handal, malahan ada di kalangan para sarjana mempercayai bahawa kehandalan para pelayar Melayu dalam sains maritim menyebabkan khidmat mereka sering digunakan oleh pengembara dari Cina,India,Arab malahan Eropah. Dikatakan juga bahawa pelayar Melayu telah membantu usaha Magellan dalam ekspedisinya mengelilingi dunia. Insyaallah sedikit masa lagi saya akan memperincikan mengenai kehebatan pelayar Melayu ini
Selain teknologi besi bangsa Melayu juga sangat terkenal dengan Kehebatan mereka dalam sains maritim terutamanya pembuatan jong dan kapal. Jong merupakan kapal besar Melayu yg diketahui dibina sejak abad pertama hingga abad ke-15 , akan tetapi kapal ini dipercayai dicipta jauh lebih awal .Pada gendang gangsa tinggalan zaman gangsa (sebelum 2,000 ) di Nusantara, terdapat ukiran kapal primitif yg menunjukkan kemudi birai, dan dinding berjahit .Bangkai jong dijumpai di Pontian, Kuan Luk Pat, Thailand, Butuan, Filipina & Zaytun dekat Hong Kong .Ukiran di Borobudur menunjukkan Jong mempunyai lunas, dua linggi tinggi, dinding terjahit berlapis, dua kemudi birai, dua tiang layar, layar segiempat serta layar linggi depan dan pengapung .Panjang Jong antara 50 - 80 m dan merupakan kapal terbesar yg merentas lautan di Nusantara
Catatan Cina abad ke-8 menunjukkan jong dari Kun Lun (Nusantara) memuatkan lebih drpd 1000 orang dan muatan seberat 200 hingga 1000 ton Kapal sebesar ini hanya boleh diselenggarakan oleh kuasa laut yg besar seperti dua kerajaan Melayu, Sri Vijaya dan Melaka dan digunakan untuk berperang Dengan tertakluknya Melaka, jong juga turut hilang.Namun Muzeum Negeri Terengganu mempamerkan dua buah perahu besar Terengganu (awal abad ke-20) yg menunjukkan penyerapan ciri-ciri Barat/luar seperti layar cucur (jib), layar gap, kemudi bontot, dan penggunaan paku Seorang warga Perancis yg diselamatkan drpd kapal karam hampir 100 thn lalu mengajar tukang bot Terengganu memasukkan ciri-ciri ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu adalah sebuah bangsa kelautan yang amat handal, malahan ada di kalangan para sarjana mempercayai bahawa kehandalan para pelayar Melayu dalam sains maritim menyebabkan khidmat mereka sering digunakan oleh pengembara dari Cina,India,Arab malahan Eropah. Dikatakan juga bahawa pelayar Melayu telah membantu usaha Magellan dalam ekspedisinya mengelilingi dunia. Insyaallah sedikit masa lagi saya akan memperincikan mengenai kehebatan pelayar Melayu ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan