Khamis, 20 September 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Biaqpila

Posted: 20 Sep 2012 03:24 PM PDT

Biaqpila


DISAMAN KERANA FITNAH SKANDAL SEKS

Posted: 20 Sep 2012 03:00 PM PDT

Fitnah Skandal Seks: Presiden PAS saman Mashitah Ibrahim 
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim kerana mengaibkannya dalam akhbar Sinar Harian Mac lalu.

 Saman itu merujuk kepada kolum mingguan 'Langit Terbuka' yang ditulis Mashitah bertajuk 'Skandal seks, krisis politik Pakatan' dan disiarkan pada Mac lalu. 

 Kes saman difailkan melalui Tetuan Mazwan dan Nasar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi itu menamakan Mashitah sebagai defendan pertama, manakala penerbit Sinar Karangkraf Sdn Bhd sebagai defendan kedua dan pencetak Ultimate Print Sdn Bhd sebagai defendan ketiga. 

 Wakil peguam Nasar Khan berkata, Mashitah dalam artikelnya secara terangan merujuk kepada Hadi dan sengaja mahu menjatuhkan maruah Ahli Parlimen Marang itu. "Kata-kata yang digambarkan sedemikian tidak boleh diterima dan menjatuhkan maruah. 

 "Pihak kami sebelum ini telah dah hantar surat kepada Mashitah supaya dia mohon maaf dan tarik balik kata-katanya namun tiada respon," katanya kepada pemberita di lobi mahkamah di sini./~FMT
Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian bertajuk "Skandal seks dan krisis politik Pakatan", mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat. 

 Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.

Bagaimanapun, Sinar Harian yang menerbitkan artikel Mashitah telah membuangnya dari laman web mereka tetapi beberapa blog Pakatan Rakyat berjaya menyimpan dan mendedahkan semula di blog masing-masing. 

 Berikut merupakan artikel yang ditulis Mashitah. 
 Skandal seks dan krisis politik dalam Pakatan Oleh Dr Mashitah Ibrahim. Penangkapan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang. 

 Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal, malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang. Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga. 

 Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat. Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan. Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni). 

 Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti. 

 Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala.  Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan. 

 Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat. 

Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru. 

 Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya. Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja. 

 Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap. 

 Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya. 

 Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya. 

 Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. 

 Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah. 

 Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak. Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. 

Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang. Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.

Tulisan Dr Mashitah Ibrahim yang bertajuk Skandal Seks, Krisis Politik Pakatan bertarikh 2 Mac 2012 di akhbar Sinar Harian telah dipadam. Tulisan yang mengutuk serta memfitnah peminpin PR termasuk Datuk Haji Hadi tidak lagi kelihatan di akhbar tersebut. Mungkin dia telah insaf. 

 Semalam kali terakhir ia dilihat masih terdapat di ruang kolumnis, tetapi hari ini dibuang. Kini hanya tinggal tulisan sebelumnya Dana Yahudi untuk pilihan raya? bertarikh 24 Februari 2012. 

 Hilangnya tulisan tersebut, ia memberi menggambar bahawa; 
 1. Sememang Dr Mashitah mengakui tulisan bersumberkan 'tepi longkang' itu sememang fitnah dan tak terpakai. Dia mengakui ketelanjurannya. 
 2. Mungkin juga ia diarahkan oleh pihak UMNO sendiri kerana tulisan dengan fitnah keterlaluan boleh memudharatkan UMNO sendiri, lantas ia terpaksa dibuang. 
 3. Atau sememangnya pihak Sinar harian sendiri merasakan buruknya tulisan tersebut dan ia terpaksa dipadam. Jadinya kalau Mashitah begitu sayangkan UMNO, ingin menulis untuk menangkan UMNO jangan menjadi seperti blogger pencacai, sesedap rasa ingin menulis. 

Ini kerana dia seorang Ustazah bertaraf Menteri, yang tulisannya dipakai puak-puak pokai ilmu!!

www.ekeleh.com
demolonie

JANGAN LUPA HARI NI ADA DEMO, JOM TURUN RAMAI-RAMAI : KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KARTUN MALAM JUMAAT

Posted: 20 Sep 2012 08:21 AM PDT

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

SAKSIKAN VIDEO PALING NAKAL

Posted: 20 Sep 2012 02:38 AM PDT






KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LIHAT BETAPA SENANGNYA LAPTOP ANDA DICURI

Posted: 20 Sep 2012 12:00 AM PDT


Lihat bagaimana laptop anda boleh dicuri tanpa disedari akibat leka berbual.



Bagi yang tak perasan apa yang berlaku dalam video di atas, ini dia gambar pencuri tersebut.


Saksikan dalam video pada saat ke 0:37 pemuda berbaju putih ini memasuki restoran dan duduk di belakang pemuda berbaju gelap yang sedang rancak bersembang dengan dua lagi rakannya.Pencuri itu mulanya menggunakan kaki untuk mengais-ngais beg laptop pemuda berbaju gelap yang diletakkan di atas lantai. Bila line sudah clear pencuri itu pun membuka beg pemuda tersebut dan terus mengambil laptop di dalamnya.Dengan pantas pencuri itu memasukkan laptop ke dalam begnya dan tanpa membuang masa dia terus bergegas dari situ.

Moralnya, sila awasi barang-barang berharga anda kerana penyamun sentiasa mengintai peluang.

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

BAJET CIPUT ADA HATI NAK JADI SAMSENG

Posted: 19 Sep 2012 09:00 PM PDT



DEY MACHA!!!
INI KALI LAH GUA TENGOK
SAMSENG PAKAI BAJU RECYCLE
KAH! KAH! KAH!

KALAU DAH TAK DAK MODAI
TAK PAYAH LA JADI SAMSENG
DAH LA MODAI CIPUT
LEPAS TU TERKANTOI PULAK
NAK COVER TULISAN UMNO
TAPI DAKWAT DAH HABIS
BAJET TAK CUKUP
KAH! KAH! KAH!

SAMSENG TAIK KUCING
LAGI TINGGI DARJAT DARI PUAK-PUAK NI
KAH! KAH! KAH!

PANAS!! Samseng UMNO diguna untuk menghalau penduduk kampung di Batu Maung!!




Kononnya dengan menghitamkan logo pada 'T' Shirt yang dipakai mereka, mereka berjaya mengaburi mata orang ramai bahawa mereka bukanlah pemuda UMNO.



Selain dari sifat bodoh yang sedia ada, kurang berhati-hati membuatkan terserlah jua siapa mereka yang digunakan untuk mengusir penduduk di Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.









Selain dari itu kehadiran seramai kira-kira 30 orang samseng itu turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismailjuga membuktikan bahawa mereka adalah samseng upahan UMNO.







Penduduk telah diusir oleh  bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor yang memiliki tanah tersebut melalui transaksi yang meragukan.



Malah laporan Polis juga telah dibuat oleh pihak waris pemilik asal tersebut, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka...



Kesimpulannya disini ialah pemimpin UMNO yang telah memiliki tanah ini melalui transaksi yang meragukan telah menggunakan sekumpulan pemuda UMNO yang berlagak samseng untuk menghalau penduduk..



Dan samseng dari Parti yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu ini telah menghalau keluar orang-orang Melayu yang tinggal di situ..



Sebenarnya ini adalah antara ribuan ekar tanah Melayu yang dipindah milik menjadi milik pemimpin UMNO atau ahli UMNO tanpa disedari mereka.. Ada banyak lagi sebenarnya..




*******************************************



ISU TANAH BATU MAUNG : PEMIMPIN UMNO/BN JANGAN MAIN WAYANG



Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu.







Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.



Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka.



Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato’ Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu.



Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh penduduk (waris) pemilik asal, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka.



Bahkan sehingga kini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut juga masih belum memutuskan waris sebenar harta pusaka tersebut.


Majlis Agama Islam (MAINPP) juga telah membuat laporan polis pada 3 Mac 2011 agar pihak berkuasa menyiasat kes tersebut, kerana dipercayai wujudnya salah laku dan penipuan oleh pihak tertentu.



Ini kerana sebahagian penjualan tanah terbabit dibuat TANPA kebenaran dan persetujuan Baitulmal sebagai pihak yang ada kepentingan ke atas tanah terbabit berdasarkan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Besar Pulau Pinang bertarikh 8 Mei 1996.



Lanjutan laporan polis oleh MAINPP, pihak polis telah membuat ‘kaveat pendaftar’ pada 4 Mac 2011 terhadap tanah-tanah berkenaan.



Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis.


Sebagai bekas Penceramah Khas Islam Hadhari, Dato’ Ab. Wahab perlu menyelesaikan masalah ini secara jujur dan ikhlas.



Beliau seharusnya bertindak seperti mana tuntutan Islam, dan bukannya dengan bertindak mengusir penduduk.



Beliau sewajarnya menunaikan janjinya semasa perjumpaan dengan saya sebanyak dua kali sebelum ini.



Tindakan beliau menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk sepertimana yang berlaku pada 18 September 2012 lalu, tidak mencerminkan semangat ukhwah sesama Melayu Islam.



Lebih mengecewakan, apabila beliau menggunakan kumpulan daripada Umno untuk mengusir penduduk.



Pada pagi semalam saya telah bergegas ke kampung tersebut setelah penduduk kampung memaklumkan rombongan pihak berkuasa telah tiba untuk mengusir mereka.

 

Apa yang menghairankan, Bailif Mahkamah Seksyen George Town hadir bersama-sama sekumpulan seramai kira-kira 30 orang yang memakai T’shirt putih yang dikaburkan logo Umno dan perkataannya.



Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail yang cuba berlagak sebagai hero dengan lagak ala samseng.



Suasana agak tegang ketika itu, apabila pihak berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga yang mendiami di sana.







Sebahagian barangan penduduk telah dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan. Ia hanya terhenti kira-kira jam 1.00 tengah hari apabila penduduk mendapat perintah ‘injuksi’ mahkamah sehingga 1 Oktober 2012.







Saya percaya kekecohan yang berlaku dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan persepsi negatif dan ketidakpuasan hati rakyat Batu Maung kepada saya dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.



Media kroni Umno/BN pastinya akan menyiarkan dari sudut negatif, tanpa melaporkan hal sebenar.


Itu bertujuan bagi menutup tembelang pemimpin Umno/BN selama ini yang berlagak sebagai pembela Melayu, pembela rakyat kononnya.



Pemimpin Umno masih terkedu apabila kerajaan negeri mendedahkan tindakan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar menjadi ‘broker’ menjual tanah milik 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, kepada pemaju dengan mengaut keuntungan atas angin berjumlah RM 5 juta dalam tempoh 3 bulan pada tahun ini.



Pendedahan demi pendedahan oleh Kerajaan negeri , menyerlahkan wajah sebenar dan membuktikan pemimpin Umno/BN telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang.



Apa yang jelas, pemimpin Umno/BN cuba melakonkan watak kononnya merekalah pembela rakyat pembela Melayu di atas masalah yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri. Rakyat menilai semua ini.



Pemimpin Umno/BN usahlah bermain wayang.



*Kenyataan Media oleh YB Dato’ Abdul Malik Kassim, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang juga ADUN Batu Maung pada 19 SEPTEMBER 2012*

darisungaiderhaka




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

PENIPUAN KUOTA HAJI PECAH... BUKAN MALAYSIA SAJA DITOLAK BAHKAN 40 NEGARA LAIN PUN SAMA... KAH KAH KAH !

Posted: 19 Sep 2012 03:00 PM PDT

Oleh: Mat Indera Sipejuang
KENAPA PERJUANGAN NYA DINAFIKAN
thumbnail PENIPUAN KUOTA HAJI PECAH... BUKAN MALAYSIA SAJA DITOLAK BAHKAN 40 NEGARA LAIN PUN SAMA... KAH KAH KAH !
Sep 19th 2012, 20:27

Sebelum ini dikatakan Perhimpunan Bersih 3.0 yang dibuat di Kota Suci Mekkah adalah punca yang kuota tambahan kepada Jemaah Haji Malaysia disekat oleh Kerajaan Arab Saudi... tetapi hari ini Kerajaan Arab Saudi sendiri telah memohon maaf kerana telah menolak permintaan 40 negara termasuk Malaysia untuk menambah kuota haji mereka tahun ini... ianya berikutan projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah menurut laporan akhbar-akhbar tempatan di negara tersebut hari ini.

Menurut akhbar tersebut "Kementerian telah memohon maaf kepada semua negara yang telah memohon untuk menambah bilangan jemaah mereka tahun ini... kerana projek-projek besar pembangunan di Mekah dan Madinah yang menjadikannya sukar untuk menampung jumlah yang lebih ramai," kata laporan itu yang memetik Menteri Haji Bandar al-Hajjar... sah lah beb selama hari ini kita semua ditipu hidup-hidup oleh Pemimpin Umno yang kononya Perhimpunan Bersih 3.0 menjadi punca Kerajaan Arab Saudi marah dan menolak kuota tambahan yang di mohon oleh Malaysia... kah kah kah !.

Habis semua nak ditipu dari Lembu sampaikan Kuota Haji... kah kah kah... kalau dah dasar Anak Inggeris Penjajah sebiji Perangai Inggeris Penjajah... menipu dari sekecil-kecil sampai lah ke sebesar-besarnya... gua ingatkan pun betul lah kot apa yang dikatakan oleh Pemimpin Umno yang Perhimpunan Bersih 3.0 menjadi punca kuota tambahan disekat... ialah gua pun cuba gak nak bersangka baik beb... rupa-rupanya Pemimpin Umno ni memang tak boleh dipercayai dari Dulu Kini Dan Selamanya... kah kah kah... tapikan beb ada gak Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) khasnya Pemimpin Pas masih nak percayakan Pemimpin Umno ni... kah kah kah !.

Gua kan apa beb... lu orang Pemimpin PR kalau tak sehaluan dan sampai lu orang nak maki sekali pun sesama pemimpin PR yang lain terus terang  gua katakan yang gua tak berapa kisah sangat... tapi jangan kenyataan lu orang sampai boleh memberi Pernafasan kepada Umno (United Munafikun National Organisations) yang dah nak Mampos tu... dan yang lebih Haramjadah lagi kalau nada  nya sama dengan nada Umno... simpang Malaikat 44 beb kalau Pas dan Umno bersatu... cukup lah sejarah lama ditipu oleh Umno pada tahun-tahun Pra-Sejarah menjadi Pelajaran... mintak-mintak janganlah ada lagi Pemimpin Pas yang Bangang Bin Bahlul cuba-cuba nak bergabung dengan Umno Penipu tu... kah kah kah !. sumber baca sini


hemmmmm..... bak kata pepatah melayu (bukan melayu umno beb... kah kah kah...) sekali masuk lubang adalah guru yang paling berkesan diatas dunia ini... tapi kalau masuk lagi dilubang yang sama untuk kali kedua... rasanya lu orang duduk teruslah dalam lubang itu beb... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

Delicious Digg Evernote Facebook Google Bookmarks LinkedIn StumbleUpon Tumblr Twitter
You are receiving this email because you subscribed to this feed at blogtrottr.com.




KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Kerabu Bersuara ®

Posted: 20 Sep 2012 03:23 PM PDT

Kerabu Bersuara ®


Kenyataan Media Mursyidul Am PROTES AMAN MEMBANTAH

Posted: 20 Sep 2012 08:19 AM PDT

Kenyataan Media Mursyidul Am

PROTES AMAN MEMBANTAH

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Saya menggesa agar semua umat Islam agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah SAW. Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.

Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun. Di dalam masa yang sama, ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Harapan saya agar protes berkenaan dapat berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Salam hormat,

YAB TUAN GURU DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS).

Bertarikh : 4 Zulkaedah 1433H bersamaan 20 September 2012M

Saya minya maaf- Ngeh

Posted: 20 Sep 2012 02:53 AM PDT


Saya minta maaf – Ngeh Koo Ham

IPOH, 20 SEPTEMBER: Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf dan menarik balik kenyataannya di laman Twitter yang telah menimbulkan kontroversi serta kemarahan sebahagian masyarakat Islam.

Sambil menyatakan pendirian bahawa kenyataan beliau tidak langsung bermaksud untuk menghina Islam, Ngeh berkata bahawa kenyataannya itu telah diputar belit media UMNO-BN dan ini merupakan satu pembohongan.

Menjelaskan keadaan sebenar, Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, kenyataan Twitter beliau itu dikeluarkan setelah menonton laporan berita CNN, BBC dan Al-Jazeera yang memperlihatkan banyak insiden protes terhadap filem yang diterbitkan Sam Bacile, yang beliau sifatkan sebagai ‘orang gila’.

Ujar beliau lagi, kenyataan twitter itu dibuat dengan mengambil kira insiden keganasan yang berlaku serta setelah membaca laporan berita di Malaysiakini bahawa Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin merancang untuk menganjurkan protes besar-besaran pada Jumaat ini.

Katanya beliau sebenarnya tertanya-tanya, adakah umat Islam wajar menghabiskan begitu banyak masa dan tenaga untuk memberi respon kepada sebuah video 13.5 minit yang diterbitkan oleh seorang gila bernama Sam Bacile.

“Saya cuma mahukan masyarakat kita berfikir dengan lebih mendalam untuk mengambilkira  bagaimana kita memberi respon terhadap sebarang isu maupun provokasi,” katanya.

Dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan hari ini, beliau menyatakan dua pendirian jelas untuk mengutuk sekeras-kerasnya video tersebut termasuk pihak penerbitnya kerana memperkecil dan menghina kepercayaan dan agama lain sepertimana pendirian rasmi DAP yang dikeluarkan 16 September 2012 lalu.

Ngeh turut menegaskan bahawa beliau tetap menyokong hak individu untuk menganjurkan perhimpunan aman sepertimana dijamin Perlembagaan Persekutuan.

“Sepanjang 23 tahun terlibat secara aktif dalam politik. Saya sendiri telah menganjurkan banyak siri demonstrasi di Perak, dan turut ditahan polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 serta turut hadir berhimpun dalam Bersih 3.0,” kata beliau.

Ngeh turut menyatakan perasaan selesa beliau terhadap pendirian ulama Islam tersohor, Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi yang mengetuai kesatuan antarabangsa Ulama Islam, Presiden Peguam Syarie Malaysia Musa Awang serta Ulama Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari Jahaya yang turut berkongsi pendapat supaya mengambil jalan sederhana dalam memberi reaksi kepada isu tersebut. – Roketkini.com

Setiausaha Politik Mustapa Muhammad Meninggal Dunia

Posted: 19 Sep 2012 10:01 PM PDT

http://sphotos-f.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/47255_2506772844003_886258276_n.jpg

Mohd Sayuti Omar

Mustapa Mohamed dan para pegawai Miti menziarahi jenazah setiausaha politiknya Azmin Seterpa.

Kami di meja admin blog kerabu bersuara mengucapkan takziah dan mari kita sama-sama sedekahkan al fatihah.

Najib ketinggalan, teroka Google Hangout selepas Anwar

Posted: 19 Sep 2012 09:56 PM PDT



(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 20 September: Sangat memalukan apabila pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Razak menjadi orang nombor dua selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tuan rumah mengendalikan sesi Google Hangout 17 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya terdesak melihat sokongan anak muda yang condong kepada Pakatan Rakyat, sebab itu terpaksa meniru aktiviti yang dilakukan Anwar.

"Walaupun Umno cuba pelbagai cara, namun masih tak dapat memenangi hati anak muda. Tidak seperti kita yang memperkenalkan dasar-dasar yang disetujui golongan itu, seperti kempen Turun Harga Kereta, dan mansuh PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), itu yang penting bagi rakyat," jelas Sim.

Katanya, melalui program ini, kerajaan dilihat ketandusan idea dalam memenangi hati golongan muda.

"Kesimpulannya, Umno BN memang kering idea dalam memperkenal dasar baru, terutama kepada golongan muda. Mereka hanya tahu bagi RM500. Jika sebuah parti itu tidak mendapat sokongan belia, parti itu tidak akan kekal lama," katanya ketika dihubungi.

"Lagipun, Umno hanya mendapat sokongan orang tua, sebab orang muda tak suka gejala rasuah, penyewengan dan lain-lain yang dilakukan Umno," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu lagi.

Difahamkan Perdana Menteri akan menjawab soalan dalam sesi sejam forum online dari 4 petang pada 29 September ini, sehari selepas beliau membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Anwar merupakan ahli politik pertama Malaysia dan di Asia Tenggara menerokai Google Hangout, yang membolehkan mesyuarat maya sehingga 10 orang atau disiarkan kepada berjuta-juta penonton dalam talian.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menjadi tuan rumah Google Hangout pada Januari lepas sebagai sebahagian daripada kempen pemilihan semula. Forum ini datang dalam bentuk sambungan video secara langsung dan soalan video YouTube.

Acara Borak Bersama Anwar yang disiar secara langsung melalui Youtube, Google Hangout dan facebook itu, mendapat sambutan hangat dari pengguna internet di Malaysia mahupun di luar negara.

Soalan tertumpu kepada polisi Pakatan Rakyat dan perancangan selepas menawan Putrajaya, selain pandangan Ketua Umum KEADILAN itu terhadap beberapa topik.

Soalan santai termasuk minat terhadap filem Hindustan dan perkembangan bola sepak turut diajukan. Anwar juga menjawab dan membidas provokasi Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang pada sesi itu.

Protes filem hina Nabi: Pemuda Umno buat demo asing

Posted: 19 Sep 2012 08:42 PM PDT


NURUL AINI MOHAMED ALI

Bantahan secara aman di hadapan Kedutaan AS mengecam tindakan menghasilkan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW selepas sembahyang Jumaat. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pemuda Umno membuat keputusan tidak bergabung dengan Pemuda Pas dalam himpunan aman esok bagi membantah penayangan filem "Innocence of Muslim" atas faktor keselamatan.

Keputusan dibuat secara bersama selepas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan berbincang, semalam.

Menurut Khairy, keputusan ini dibuat secara bersama selepas beliau dan Nasrudin berbincang dengan lebih mendalam kemungkinan yang bakal terjadi jika mereka bergabung dalam himpunan aman esok.

"Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung.

"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," katanya ditemui dalam sidang media, hari ini.

Umat Islam digesa sertai bantahan hina Nabi esok

Posted: 19 Sep 2012 08:27 PM PDT

Harakahdaily,  20 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa agar semua umat Islam agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah SAW.

Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.

"Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun," ujar beliau dalam satu kenyataan.

Di dalam masa yang sama, kata beliau ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

"Harapan saya agar protes berkenaan dapat berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini," katanya.

DUNIACACAMARBA

Posted: 20 Sep 2012 03:14 PM PDT

DUNIACACAMARBA


Presiden PAS Saman Mashitah, Sinar, Dr Siti Mariah Saman Pengguna FB

Posted: 20 Sep 2012 01:49 AM PDT


[FMT] KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim kerana mengaibkannya dalam akhbar Sinar Harian Mac lalu.

Saman itu merujuk kepada kolum mingguan 'Langit Terbuka' yang ditulis Mashitah bertajuk 'Skandal seks, krisis politik Pakatan' dan disiarkan pada Mac lalu.

Kes saman difailkan melalui Tetuan Mazwan dan Nasar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi itu menamakan Mashitah sebagai defendan pertama, manakala penerbit Sinar Karangkraf Sdn Bhd sebagai defendan kedua dan pencetak Ultimate Print Sdn Bhd sebagai defendan ketiga.

Wakil peguam Nasar Khan berkata, Mashitah dalam artikelnya secara terangan merujuk kepada Hadi dan sengaja mahu menjatuhkan maruah Ahli Parlimen Marang itu.

"Kata-kata yang digambarkan sedemikian tidak boleh diterima  dan menjatuhkan maruah.

"Pihak kami sebelum ini telah dah hantar surat kepada Mashitah supaya dia mohon maaf dan tarik balik kata-katanya namun tiada respon," katanya kepada pemberita di lobi mahkamah di sini.

Selain Nasar, Hadi turut diwakili peguam Mazwan Johar.

Sementara itu dalam kes yang berlainan, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud turut memfailkan saman fitnah terhadap pengguna laman sosial Facebook yang menuduhnya menghina Raja-Raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara 11April lalu.

 

Siti Mariah melalui Tetuan Abdul Aziz dan Yazmin memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mahu membersihkan namanya daripada tuduhan tersebut.

"Saya telah memfailkan saman bagi membersihkan nama atas tuduhan biadap mempersendakan raja-raja melayu semasa pertabalan agong ke-14," katanya yang diwakili peguam Abdul Aziz Hamzah.

Pengguna Facebook yang menggunakan akaun nama Dr Rahman Kadir mendakwa, beliau yang ketika itu menjadi salah seorang pasukan pegawai perubatan melihat Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PKR Tian Chua dan Siti Mariah membuat bising dan mengetawakan beberapa pemimpin negara termasuk Raja-Raja Melayu.

Namun ketiga-tiga pemimpin terbabit menafikannya.

Awas, Majikan Palsu Samun dan Rogol Calon Pekerja!

Posted: 19 Sep 2012 05:33 PM PDT

Lakaran gambar lelaki dicari bagi membantu siasatan.

[SH] KUALA LUMPUR - Seorang penuntut lepasan institut pengajian tinggi menempuh detik hitam apabila bukan saja wang tunai, jam tangan dan telefon bimbit disamun, malah diperkosa setelah terpengaruh dengan tawaran gaji lumayan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa mendakwa ditawarkan pekerjaan sebagai jurujual dengan gaji RM400 sehari.

"Mangsa berusia 22 tahun itu mengetahui tawaran kerja berkenaan di laman web sebelum menghadiri temuduga pada jam 7 malam di sebuah bilik hotel di Taman Segar, Cheras, Sabtu lalu," katanya.

Menurutnya, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kaunter pendaftaran hotel berkenaan bagi mengenal pasti suspek.

"Ini kes kedua dilaporkan berdasarkan modus operandi sama. Kes pertama berlaku akhir Julai lalu melibatkan mangsa berusia 23 tahun," katanya.

Khairi berkata, polis sedang mengesan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan dalam kes berkenaan.

Orang ramai yang ada maklumat berkaitan diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Inspektor Izhamaz Niza Abdul Hamid di talian 03-21460522 sambungan 167.




Harta Taib Mahmud dan Kroni Berjumlah RM64 Bilion?

Posted: 19 Sep 2012 05:26 PM PDT

 
[MK] Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul "The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia" dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

[Baca berita penuh]
azlan
P/s: Menjawablah nanti, kalau tidak di dunia, di alam satu lagi.


PENYAPU SIAL

Posted: 20 Sep 2012 01:47 PM PDT

PENYAPU SIAL


memang lahabau....rompak subsidi rakyat untuk beri makan menteri menteri pencuri kerajaan UMNO-BN...!!!

Posted: 19 Sep 2012 04:29 PM PDT

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

  1. Gaji Pokok RM18,000
  2. Elaun Keraian RM10,500.00
  3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah
  4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 -
  5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

  1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.
  2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
  3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
  4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia
  5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00
  6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.
  7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.
  8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00
  9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan

 

 

penyapu sial

 

jangan lupa semua elaun menteri,timbalan dan ahli parlimen tu sebenarnya ditanggung oleh RAKYAT malaysia.

dah di tanggung nak sapu 1 malaysia lagi dengan memerah rakyat jadi hamba abdi depa...memang haramjadah puak puak UMNO lahanat ini...!!!!

rejim UMNO amalkan kuku besi ala NAZI...tindas SUARAM untuk tutup mulut isu skandal Najib altantuya...!!!!

Posted: 19 Sep 2012 04:15 PM PDT

Siasatan di Perancis terhadap dakwaan rasuah dalam perolehan kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, akan diteruskan walaupun jika kerajaan memutuskan untuk mendakwa Suaram atau mengambil apa-apa tindakan terhadapnya, kata NGO hak asasi manusia itu hari ini.

Anggota sekretariat Suaram, Cynthia Gabriel berkata, pihaknya telah dimaklumkan oleh peguamnya bahawa kes Scorpene akan diteruskan dan  berkata tindakan terhadap Suaram itu tidak akan memberi kesan terhadap kes di Perancis itu.

Manakala pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara tuduhan yang akan difailkan terhadap Suara Inisiatif Sdn Bhd  wajar di kritik  sedangkan pengarah dalam lembaga pengarah dan pengarah eksekutif Suaram masih lagi berada di ibu pejabat SSM, untuk disoal.

Bagaimana menteri itu boleh membuat kesimpulan tersebut sedangkan siasatan masih berjalan di dalam bangunan SSM..???

SOKONG PAKATAN RAKYAT

Posted: 20 Sep 2012 01:38 PM PDT

SOKONG PAKATAN RAKYAT


BERUNTUNGNYA NASARUDIN MD ISA

Posted: 19 Sep 2012 09:54 PM PDT

Ramai yang memuji keputusan Pas tidak mengambil apa-apa tindakan kepada Nasarudin Mohd Isa, bekas Timbalan Presiden Pas. 

Walaupun tindakan Nasarudin lebih teruk dari Hasan Ali, ianya bebas dari sebarang tindakan. Sebagai AJK Pas Pusat dan Anggota Majlis Syura yang berkebolehan menyatakan sikapnya dalam mesyuarat tetapi beliau mengeluarkan penyataan di media tradisional, yang memudahkan sebarang eksploitasi pihak musoh. 

Penyataannya terhadap BERSIH dan gabungan Pas dalam PR yang melibatkan DAP adalah satu penyataan songsang dengan sikap rasmi PAS. Pas pernah memecat seorang anggotanya  apabila mempertikaikan gabungan Pas dan Angkatan Semangat 46.

Yang kita khuatir, Pas menyimpan Nasarudin kerana mahu menjadikan Nasarudin sebagai jambatan dengan Umno lagi..... Itulah reaksi orang yang masih mencurigai agenda UG oleh sebahagian pimpinan Pas. Ustaz Idris Ahmad meminta ahli Pas jangan mendahului pemimpinnya. Tetapi bab berkawan dan bersekongkol dengan Umno, insyaallah anggota bawahan Pas bersedia mendahului pemimpin - kami akan tinggalkan Pas beramai-ramai. Wooooo


BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 20 Sep 2012 01:36 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


DEKLARASI KESELESAAN RAKYAT SABAH, SARAWAK

Posted: 19 Sep 2012 11:58 PM PDT

Muslimeen United

Posted: 20 Sep 2012 01:34 PM PDT

Muslimeen United


Kempen PRU13 Bermula (video wajib tonton)

Posted: 20 Sep 2012 09:37 AM PDT


UMNO MENIPU RAKYAT DAN DIRI SENDIRI

Posted: 20 Sep 2012 09:35 AM PDT


Umno terus menipu diri sendiri dan rakyat. Yang tertipu adalah dirinya sendiri, bukan rakyat kerana rakyat hari ini sudah tahu bahawa banyak program, kenyataan dan tindak tanduk Umno adalah 'wayang kulit' semata-mata.

Terbaru Umno mendakwa 1,000 ahli PKR Cabang Beaufort keluar dari PKR untuk menyertai Umno.

'Tengok dan baca boleh tetapi percaya jangan'.

Gunalah falsafah ini untuk berhadapan dengan Umno/BN. Bayangkan hebat betul PKR Cabang Beaufort sehingga berjaya mengumpulkan 1000 ahli dan penyokong Sedangkan pada hakikatnya ahli PKR Cabang Beaufort tidak sampai pun 1000 orang sebelum ini.

Pada satu majlis baru-baru Umno mendakwa 1000 ahli PKR menyertai Umno sedangkan pada hakikatnya berduyun-duyun ahli Umno Beaufort keluar Umno menuruti jejak langkah bekas Ketua Umno Bahagian tersebut iaitu Datuk Seri Lajim Hj Ukim.

Inilah sandiwara Umno sejak dahulu, kini dan sehinggalah Umno meninggal Insya Allah tidak lama lagi. -Mutaligat

Rupanya Najib Selalu Tertinggal Di Belakang Anwar..

Posted: 20 Sep 2012 09:33 AM PDT


KUALA LUMPUR 20 September: Sangat memalukan apabila pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Razak menjadi orang nombor dua selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tuan rumah mengendalikan sesi Google Hangout 17 Ogos lalu.Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya terdesak melihat sokongan anak muda yang condong kepada Pakatan Rakyat, sebab itu terpaksa meniru aktiviti yang dilakukan Anwar.

"Walaupun Umno cuba pelbagai cara, namun masih tak dapat memenangi hati anak muda. Tidak seperti kita yang memperkenalkan dasar-dasar yang disetujui golongan itu, seperti kempen Turun Harga Kereta, dan mansuh PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), itu yang penting bagi rakyat," jelas Sim.Katanya, melalui program ini, kerajaan dilihat ketandusan idea dalam memenangi hati golongan muda.

"Kesimpulannya, Umno BN memang kering idea dalam memperkenal dasar baru, terutama kepada golongan muda. Mereka hanya tahu bagi RM500. Jika sebuah parti itu tidak mendapat sokongan belia, parti itu tidak akan kekal lama," katanya ketika dihubungi."Lagipun, Umno hanya mendapat sokongan orang tua, sebab orang muda tak suka gejala rasuah, penyewengan dan lain-lain yang dilakukan Umno," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu lagi.

Difahamkan Perdana Menteri akan menjawab soalan dalam sesi sejam forum online dari 4 petang pada 29 September ini, sehari selepas beliau membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.Anwar merupakan ahli politik pertama Malaysia dan di Asia Tenggara menerokai Google Hangout, yang membolehkan mesyuarat maya sehingga 10 orang atau disiarkan kepada berjuta-juta penonton dalam talian.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menjadi tuan rumah Google Hangout pada Januari lepas sebagai sebahagian daripada kempen pemilihan semula. Forum ini datang dalam bentuk sambungan video secara langsung dan soalan video YouTube.Acara Borak Bersama Anwar yang disiar secara langsung melalui Youtube, Google Hangout dan facebook itu, mendapat sambutan hangat dari pengguna internet di Malaysia mahupun di luar negara.Soalan tertumpu kepada polisi Pakatan Rakyat dan perancangan selepas menawan Putrajaya, selain pandangan Ketua Umum KEADILAN itu terhadap beberapa topik.

Soalan santai termasuk minat terhadap filem Hindustan dan perkembangan bola sepak turut diajukan. Anwar juga  menjawab dan membidas provokasi Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang pada sesi itu.~kd

SAKSIKAN VIDEO PALING NAKAL

Posted: 20 Sep 2012 09:31 AM PDT


Hina TGNA & Sunnah Rasulullah, PAS Buat Laporan Polis

Posted: 20 Sep 2012 09:30 AM PDT



Pasir Puteh - Lujnah Undang-undang Pas Kawasan Pasir Puteh mengecam tindakan menghina Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman sosial Facebook.

Pengerusinya, Zarir Yaakob berkata, gambar yang dimuatkan pemegang akaun Facebook itu agak keterlaluan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Katanya tindakan meletakkan gambar Nik Aziz menghirup makannan di pinggan di sebelah gambar haiwan meminum air dianggap sebagai tidak beradab.

"Individu tersebut bukan sahaja menghina Mursyidul Am PAS dengan menyebarkan gambar itu malah dalam masa sama menghina sunnah Nabi Muhammad saw.

"Saya berharap pihak berkuasa bertindak segera kerana tindakan itu jelas mengaibkan seseorang dan boleh mencetukan ketenteraman awam," katanya selepas membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah di sini semalam.

Lebih mengecewakan katanya, "posting" itu turut tertera tulisan "Antara dua haiwan ini, mana yang lebih sopan".

Zarir berkata, individu tersebut bukan saja telah mempamerkan kejahilan sendiri kepada umum, malah menghina agama sendiri dengan memperlekehkan amalan yang menyamai amalan junjungan besar Nabi Muhammad saw.

"Saya kesal dengan perkara ini, apatah lagi dalam suasana umat Islam di seluruh dunia bangkit menentang perbuatan menghina Islam, malangnya orang yang mengaku Islam di negara ini turut menghina agama sendiri.

"Mungkin juga individu terbabit berada dalam kebuntuan dan terdesak selepas melihat semakin ramai rakyat berpihak kepada perjuangan PAS, sehingga sanggup melakukan untuk mengaibkan pemimpin besar PAS," katanya.

Pentadbir UTHM ugut mahasiswa agar sokong Umno/BN

Posted: 20 Sep 2012 02:28 AM PDT

SUDAH banyak kali didedahkan sebelum ini bahawa mahasiswa diugut agar menyokong Umno/BN oleh pihak universiti, namun belum ada mahasiswa yang berani merakamnya untuk dijadikan bukti.
 
Namun kali ini sebuah rakaman didedahkan bagaimana pentadbir Universiti Tun Hussin Onn, UTHM Parit Raja, Prof Amir Hashim mengugut mahasiswa agar menyokong Umno/BN.

Berikut rakaman yang dimaksudkan. Sila tonton dengan mata dan telinga anda sendiri bagaimana selama ini mahasiswa diugut agar menyokong Umno/BN. -Milosuam

Fitnah: Presiden PAS saman Dr Mashitah Ibrahim

Posted: 20 Sep 2012 02:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung tulisannya yang mengandungi unsur fitnah.

Fail tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.
(Gambar: Ahmad Samsuri bersama peguam bercakap kepada media.)

Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.
Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut.

Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi. -Hrkh

Hebat gambar Tok Guru Solat hajat halau Jin !!

Posted: 20 Sep 2012 02:24 AM PDT

Bila Aku publish gambar Tok Guru tengah solat nanti ada pencacai kata itu riak dan sebagainya,Tetapi apa mesej yang nak di sampaikan ialah sikap seorang pembesar negeri yang turun menyelesaikan permasalahan rakyat.Dengan rendah diri serta tawaduk beliau turun menyelesaikan masalah rakyatnya.

Kisah berlaku di Penambang, Jalan Pantai Cahaya Bulan bila mana sebuah rumah telah di ganggu oleh kejadian misteri di mana rumah itu seperti digangu oleh mahkluk halus dengan dinding rumah di jilat api di bahagan tertentu di rumah tersebut.

YAB. Tuan Guru telah meluangkan masa dengan berkunjung ke rumah keluarga mangsa gangguan 'api misteri' di Penambang ,Tuan Guru telah solat hajat setibanya sampai di rumah mangsa ,moga ikhtiar Tok Guru dengan memohon doa diterima oleh kepada Allah s.w.t .

Menurut sumber gangguan makhluk halu situ mengganggu cucu Zainab Sulaiman,Norfatini Wan Hanafi,kemana sahaja Norfatini pergi gangguan api akan ada.

 Moga berkat solat hajat yg dilakukan TGNA tiada lagi gangguan sebegitu... Aamiin..

 Sumber gambar









YAB. Tuan Guru solat hajat setibanya di rumah api misteri di Kg. Penambang.

 

 

Biadap!! Majalah Perancis Pula Siar Hina Kartun Nabi

Posted: 19 Sep 2012 05:38 PM PDT


PARIS - Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam. Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut.
Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogel.

Editor majalah itu berkata pihaknya "akan mengejutkan" mereka yang mahu dikejutkan.

Majalah tersebut dikeluarkan ketika bantahan yang meruncing terhadap filem anti - Islam tersebar di internet. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius mengutuk keputusan Charlie Hebdo yang bersifat provokatif dan telah mengarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat diplomatik di negara-negara Islam.

Editor majalah tersebut, pada asalnya seorang kartunis yang menggunakan nama Charb, nafi melakukan provokasi terhadap perkara tersebut. "Ia adalah satu kebebasan akhbar, adakah ia satu provokasi?" katanya.

"Saya tidak menyuruh masyarakat Islam untuk membaca Charlie Hebdo, seperti mana saya tidak akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, mendengar perkara yang saya sendiri tidak percaya," katanya.

Seorang imam besar masjid di Paris, Dalil Boubakeur menyeru empat juta umat Islam di Perancis agar bertenang.

"Ia adalah satu kekeliruan, kesedihan dan kebimbangan yang telah saya lalui, di mana ia menambah lagi kemarahan umat Islam yang berlaku sekarang di seluruh negara Islam," kata beliau.

"Saya merayu kepada mereka agar untuk tidak mencurah minyak dalam api yang sedang marak," katanya. Majlis Islam Perancis turut memohon umat Islam agar bertenang. ~sinarharian
Addin :
Kepada semua umat Islam, ramai-ramai kita turun ke himpunan sejuta umat Islam bagi membantah pembikinan serta penyebaran filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang menghina keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Tunjukkan kepedulian dan sensitiviti kita pada agam yang kita cintai ini.. Allahu akhbar!!

Harta Taib Mahmud dan Kroni Berjumlah RM64 Bilion?

Posted: 19 Sep 2012 05:36 PM PDT

[MK] Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul "The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia" dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

[Baca berita penuh]

azlan
P/s: Menjawablah nanti, kalau tidak di dunia, di alam satu lagi.

Pengerusi & Timb Pengerusi SPR Perlu Letak Jawatan Segera Atau Mahu Masuk Penjara?

Posted: 19 Sep 2012 05:35 PM PDT



Pengundi luar negara desak bos SPR undur

Tidak puas hati dengan kelewatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan warganegara Malaysia di luar negara mengundi pos, kumpulan pendesak MyOverseasVote (MOV) mendesak dua pemimpin utama badan itu meletakkan jawatan.

MOV yang ditubuhkan bagi melobi hak mengundi mereka mendakwa pengerusi SPR Atan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar menipu rakyat Malaysia di negara asing.

SPR juga menghina syor yang dibuat oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya, yang diluluskan Dewan Rakyat, kata MOV dalam kenyataannya semalam.

MOV merujuk kepada kenyataan Abdul Aziz Jumaat lalu bahawa Pejabat Peguam Negara masih mengkaji sama ada pindaan Akta Pilihan Raya diperlukan bagi membolehkan pengundian pos kumpulan itu.

Sementara itu, MOV juga membariskan kronologi peristiwa yang didakwa menggambarkan SPR tiada hasrat untuk memberikan hak pengundian pos kepada mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Seperti biasa, kedua-dua mangkuk ini akan memekakkan telinganya, TETAPI kita ingin memberi amaran bahawa hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya.

Mereka boleh menipu rakyat Malaysia, tetapi mereka tidak boleh menipu kebenaran apatahlagi Tuhan.

Mengikut pemerhatian GB, berdasarkan kepada tindakan-tindakan kedua-dua penjawat awam ini yang melakukan kerja secara tidak adil dan senget sebelah, mereka akan tetap ke penjara bersama-sama mereka yang curang di dalam perkhidmatan mereka, di satu hari nanti.

GB dan sekalian rakyat yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan akan tetap berdoa semuga ianya menjadi kenyataan FULLSTOP -GB

AKU INGIN BEBAS

Posted: 20 Sep 2012 01:18 PM PDT

AKU INGIN BEBAS


SIAPA ORANG TERKAYA DI SARAWAK!...

Posted: 20 Sep 2012 03:54 AM PDT

Dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah orang terkaya di Malaysia nampaknya tidak mengejutkan rakyat Sarawak.

Bagaimanapun, apa yang mengejut ramai daripada mereka ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis dan pihak berkuasa lain didakwa tidak bertindak terhadapnya walaupun beberapa laporan dakwaan rasuah, salahguna kuasa dan kronisme telah dibuat terhadapnya.

Ahli politik dan rakyat biasa yang diwawancara di Kuching sejak dua hari lalu berkata ramai sudah tahu bahawa Taib seorang yang kaya.

"Tetapi kami tidak tahu kekayaan sebenarnya kecuali SPRM, polis dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalankan siasatan," kata mereka.

Ramai rakyat Sarawak tahu siapa yang memilik syarikat gergasi Cahya Mata Sarawak (CMS) dan anak syarikatnya diberi banyak projek besar dan menguasai bekalan simen untuk projek pembinaan, jalan dan pembaikan jalan serta pembinaan empangan.

Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekaligus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia.

Usaha mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya. Tiada pemimpin BN juga mahu memberikan komen berhubung dakwaan itu setakat ini.

™ kaasii peecaahhh laaa...®

Posted: 20 Sep 2012 01:05 PM PDT

™ kaasii peecaahhh laaa...®


BANTAHAN TERHADAP FILEM INNOCENCE OF MUSLIMS: Pemuda UMNO bersifat bermuka-muka

Posted: 20 Sep 2012 08:39 AM PDT



BANTAHAN TERHADAP FILEM INNOCENCE OF MUSLIMS: AMK AKAN BERSOLIDARITI BERSAMA PEMUDA PAS

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mengalu-alukan inisiatif yang digerakkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat (Pemuda PAS) untuk berhimpun di hadapan bangunan kedutaan Amerika Syarikat esok bagi menyuarakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslims yang menghina peribadi Rasulullah SAW.

AMK menyokong sepenuhnya inisiatif ini dan akan turut bersolidariti bersama-sama dengan rakan-rakan dari Pemuda PAS dalam perhimpunan yang dijadualkan pada petang esok.

Sehubungan dengan tindakan Pergerakan Pemuda UMNO yang turut merancang untuk mengadakan perhimpunan sama di Masjid Kampung Baru, AMK berpandangan bahawa tindakan tersebut tidak lebih dari gimik untuk meraih publisiti murahan.

Rakyat telah sedia maklum bahawa perjuangan Pemuda UMNO berkaitan isu penghinaan ke atas peribadi Rasulullah SAW tidak pernah konsisten, malah bersifat bermuka-muka dan sekadar bertujuan untuk mencari keuntungan politik.

Di mana Pemuda UMNO ketika bekas pemimpin tertinggi parti mereka sendiri memperlekeh amalan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan memperkecil hukum Hudud yang termaktub di dalam Al-Quran?

Di mana Pemuda UMNO bila mana pemimpin parti komponen Barisan Nasional menghina dan memperlekeh hukum Hudud?

Justeru AMK sekali lagi mengulangi sokongan dan solidariti terhadap Pemuda PAS dan akan turut bersama-sama berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat esok selepas solat Jumaat bagi menyatakan bantahan terhadap penghinaan yang dilakukan ke atas Rasulullah SAW.

Susulan daripada perhimpunan esok, AMK akan turut melancarkan program "Cahaya Muhammad" pada 25 September ini yang bertujuan untuk memberikan penerangan dan penjelasan sebenar tentang keperibadian serta sejarah perjuangan Rasulullah SAW.


SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda KEADILAN





'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia'


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Addin

Posted: 20 Sep 2012 11:53 AM PDT

Addin


Pembayaran Ex-Gratia Kepada Hakim Sebanyak RM10.5 Juta, Bukti Ketajaan Umno BN Bersalah

Posted: 20 Sep 2012 10:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Nov - Kerajaan membayar ex-gratia sebanyak RM10.5 juta kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abas dan lima lagi bekas hakim kanan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.Beliau berkata bayaran kepada Mohd Salleh melibatkan RM5 juta, Allahyarham Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh (RM2 juta) dan Tan Sri George Edward Seah Kim Seng juga RM2 juta.

Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin pula masing-masing menerima bayaran berjumlah RM500,000, katanya.Beliau berkata keputusan secara dasar telah dibuat Jemaah Menteri sama ada untuk membayar atau tidak ex-gratia kepada hakim berkenaan."Kita memutuskan untuk membayar dan soal menentukan berapa, perkara itu dilakukan oleh pihak ibu pejabat kewangan untuk tentukan berapa nilainya.

Kita cuma berikan bayaran ex-gratia tapi jumlahnya ditentukan (diluluskan) oleh Kabinet," katanya ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2008 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini hari ini.Selain bayaran ex-gratia, beliau berkata lima bekas hakim itu turut menerima pencen bulanan iaitu Mohd Salleh sebanyak RM5,102.16, Wan Suleiman (RM4,815), Eusoffe (RM4,815), Wan Hamzah (RM6,508.59), Seah (RM5,916.90) dan Azmi (RM5,916.90).

Kepada soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) sama ada hakim berkenaan dipecat atau diarahkan berhenti lebih awal, Nazri berkata tidak pernah ada tribunal ditubuhkan di mahkamah yang memutuskan memecat mereka."Tidak pernah panel dipanggil dan dibentuk untuk memecat...soal pemecatan itu satu hukuman, soal syor berhenti awal juga satu hukuman..tidak ada tribunal dibentuk untuk memecat (mereka)," katanya.

Sementara itu, Nazri berkata kerajaan telah mengambil keputusan untuk melancarkan beberapa inisiatif untuk menguatkan kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman termasuk menambah baik pentadbiran pendengaran kes di mahkamah serta menubuhkan jawatankuasa pelantikan kehakiman.Katanya, langkah-langkah tersebut bukan satu perkara yang mudah dan harus dilaksanakan satu persatu supaya kepentingan negara dan setiap kumpulan terpelihara.

Pada sidang akhbar kemudiannya di lobi Parlimen, Nazri sekali lagi menegaskan hakim berkenaan diminta bersara lebih awal dan dengan itu mendapat pembayaran pencen."Kalau dipecat, mereka tidak akan mendapat pencen. Mereka diminta bersara, barulah pencen dibayar," katanya.Nazri berkata keputusan kerajaan untuk mendedahkan jumlah pembayaran ex-gratia itu adalah demi untuk menjaga kepentingan awam.

"Hakim berkenaan berpegang pada janji mereka kepada Perdana Menteri untuk tidak mendedahkannya tetapi oleh kerana anggota Parlimen tidak berpuas hati dan berhujah bahawa wang itu diambil daripada dana awam, kami tiada pilihan selain mendedahkan jumlahnya."Seperti yang saya katakan, wang itu bukan diambil dari poket Perdana Menteri, ia diambil daripada dana awam jadi kami perlu dedahkannya,"katanya.Persidangan Dewan Rakyat disambung Isnin. ~bernama





Rupanya Najib Selalu Tertinggal Di Belakang Anwar..

Posted: 20 Sep 2012 08:49 AM PDT

KUALA LUMPUR 20 September: Sangat memalukan apabila pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Razak menjadi orang nombor dua selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi tuan rumah mengendalikan sesi Google Hangout 17 Ogos lalu.Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, Perdana Menteri dan Umno BN sebenarnya terdesak melihat sokongan anak muda yang condong kepada Pakatan Rakyat, sebab itu terpaksa meniru aktiviti yang dilakukan Anwar.

"Walaupun Umno cuba pelbagai cara, namun masih tak dapat memenangi hati anak muda. Tidak seperti kita yang memperkenalkan dasar-dasar yang disetujui golongan itu, seperti kempen Turun Harga Kereta, dan mansuh PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional), itu yang penting bagi rakyat," jelas Sim.Katanya, melalui program ini, kerajaan dilihat ketandusan idea dalam memenangi hati golongan muda.

"Kesimpulannya, Umno BN memang kering idea dalam memperkenal dasar baru, terutama kepada golongan muda. Mereka hanya tahu bagi RM500. Jika sebuah parti itu tidak mendapat sokongan belia, parti itu tidak akan kekal lama," katanya ketika dihubungi."Lagipun, Umno hanya mendapat sokongan orang tua, sebab orang muda tak suka gejala rasuah, penyewengan dan lain-lain yang dilakukan Umno," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu lagi.

Difahamkan Perdana Menteri akan menjawab soalan dalam sesi sejam forum online dari 4 petang pada 29 September ini, sehari selepas beliau membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.Anwar merupakan ahli politik pertama Malaysia dan di Asia Tenggara menerokai Google Hangout, yang membolehkan mesyuarat maya sehingga 10 orang atau disiarkan kepada berjuta-juta penonton dalam talian.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menjadi tuan rumah Google Hangout pada Januari lepas sebagai sebahagian daripada kempen pemilihan semula. Forum ini datang dalam bentuk sambungan video secara langsung dan soalan video YouTube.Acara Borak Bersama Anwar yang disiar secara langsung melalui Youtube, Google Hangout dan facebook itu, mendapat sambutan hangat dari pengguna internet di Malaysia mahupun di luar negara.Soalan tertumpu kepada polisi Pakatan Rakyat dan perancangan selepas menawan Putrajaya, selain pandangan Ketua Umum KEADILAN itu terhadap beberapa topik.

Soalan santai termasuk minat terhadap filem Hindustan dan perkembangan bola sepak turut diajukan. Anwar juga  menjawab dan membidas provokasi Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang pada sesi itu.~kd





Nak Tahu Macam Mana 'Awang Hitam' Kelentong Kita?.. Baca Pendedahan Ini

Posted: 20 Sep 2012 03:55 AM PDT


Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini mengeluarkan panduan khas mengenai penipuan yang sering dilakukan warga Afrika kepada penduduk negara ini.

Dalam erti kata lain, kalau anda dihampiri warga Afrika yang menggunakan taktik seperti mana yang dinyatakan itu, berhati-hatilah supaya anda tidak menjadi mangsa mereka.

Modus operandi

Mangsa berkenalan dengan saspek melalui internet (chatting/ e-mail).



Suspek dan mangsa akan menjadi mesra dan sentiasa berhubung melalui internet dimana saspek akan membuat mangsa mempercayainya samada dalam cinta, persahabatan atau sesuatu urusan perniagaan / pelaburan sebelum menjanjikan sesuatu kepada mangsa.

Setelah dapati mangsa mempercayainya, saspek memberitahu akan menghantar barangan cenderahati seperti laptop, barang kemas, mata wang asing atau modal pelaburan / perniagaan melalui perkhidmatan kourier kepada mangsa.

Mangsa akan dihubungi oleh saspek yang menyamar sebagai pegawai kastam KLIA atau pekerja syarikat kourier dan diminta masukkan sejumlah wang ke dalam akaun bank yang diberikan oleh saspek sebagai wang proses penghantaran.


Setelah wang dimasukkan, mangsa tidak menerima barangan seperti yang dijanjikan dan saspek tidak dapat dihubungi lagi.

Kebanyakan saspek kes ini telah menggunakan akaun bank orang lain.

Jumlah kes penipuan African scam (penipuan melalui email) yang dilaporkan pada tahun 2012 (Januari hingga Ogos) ialah 41 kes.

Orang ramai dinasihat supaya jangan mempercayai hubungan percintaan / perniagaan di dalam dunia siber tanpa pernah menjumpai. Jangan tamak apabila ditawarkan barangan atau bungkusan yang ditawarkan oleh saspek kononnya barangan kemas dan wang tunai. ~fbpolis





Fitnah Skandal Seks: Presiden PAS Saman Mashitah Ibrahim

Posted: 20 Sep 2012 01:15 AM PDT

Setelah ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menyaman seorang doktor di Hosptal Kuala Lumpur (HKL) kerana memfitnahnya semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini turut melakukan tindakan serupa dengan menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim berhubung penyiaran artikelnya yang mengandungi unsur fitnah.

Saman tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar. Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.

Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut.

Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian bertajuk "Skandal seks dan krisis politik Pakatan", mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.

Bagaimanapun, Sinar Harian yang menerbitkan artikel Mashitah telah membuangnya dari laman web mereka tetapi beberapa blog Pakatan Rakyat berjaya menyimpan dan mendedahkan semula di blog masing-masing.

Berikut merupakan artikel yang ditulis Mashitah.


Skandal seks dan krisis politik dalam Pakatan

Oleh Dr Mashitah Ibrahim.

Penangkapan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang.

Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal, malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang.

Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga.

Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat.

Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan.

Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni).

Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu.

Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala.

Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan.

Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi.

Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah.

Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.

Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun.

Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja.

Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap.

Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***. Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya.

Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya.

Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan.

Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah.

Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak.

Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang.

Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain.

Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.

~jalan pulang





Jamil Khir Pembohong?.. Kouta Haji Di Sekat Bukan Kerana BERSIH 3.0

Posted: 19 Sep 2012 11:00 PM PDT


Laporan dari AFP yang telah dipetik oleh Berita Harian mengenai kuota Haji ini telah membongkar penipuan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai kuota Haji.

Pada 8 Mei lalu, Jamil Khir dalam misinya untuk memburuk-burukkan himpunan BERSIH 3.0 disamping memperbodohkan rakyat Malaysia bertaka kerana BERSIH 3.0 kuota Haji mungkin disekat atau digantung.Kata Jamil Khir Kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia ekoran tindakan segelintir rakyat negara ini mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah baru-baru ini.

Jamil Khir Baharom juga berkata perkara itu dinyatakan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad A. H. Al-Rashid dalam perjumpaan mereka pada Jumaat lepas berhubung perkara itu."Saya menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menentang kelakuan ini (perhimpunan di Mekah dan Madinah), apa lagi jika ia dilakukan di luar negara Malaysia," katanya kepada pemberita.

Jamil Khir berkata lagi perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda gejolak "kebangkitan Arab", di mana rakyat dihasut untuk menentang kerajaan-kerajaan mereka.Sehingga hari ini Arab Saudi tidak pernah mengenakan sebarang hukuman terhadap Malaysia walaupun hukuman sekatan dan mengantung itu pernah dibuat ke atas negara lain.

Kerajaan sangat bimbang jika Arab Saudi mengambil satu tindakan drastik berkaitan dengan kuota dan jumlah visa yang dikeluarkan untuk tahun ini. Itu semua kata-kata Jamil Khir yang disiarkan Utusan di ( SINI )..Dan malang buat Jamil Khir pembohongannya terbongkar akhirnya..bilamana sebuah akhbar tempatan di Arab Saudi mendedahkan Kementerian terbabit memohon maaf kepada semua negara yang meminta supaya jumlah jemaah haji tahun ini ditambah...(kerana) projek pembangunan raksasa di Makkah dan Madinah..


Jelas kini.. demi untuk memuaskan hati Najib.. Jamil Khir yang diketahui umum punya asas pendidikan ugama sanggup membelakangkan soal haram dan halal..Demi sesuap nasi juga.. Jamil Khir bertukar menjadi MUNAFIK!!! memang haram jadah!! ~asd






Aktres Innocense Of Muslims Saman Penerbit Dan Google

Posted: 19 Sep 2012 09:16 PM PDT

LOS ANGELES - Seorang pelakon wanita yang muncul dalam filem Innocense of Muslims, yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, memfailkan saman ke atas penerbitnya berhubung unsur penipuan dan fitnah, dan pada masa yang sama mahu Google mengeluarkan treler dari pangkalannya.Tuntutan Cindy Lee Garcia, yang difailkan di Los Angeles semalam, mendakwa dia telah diperdaya oleh Nakoula Basseley Nakoula, individu yang dikatakan menerbitkan filem tersebut.

Nakoula telah pun ditahan polis minggu lalu untuk siasatan berhubung isu ini. Sebelum ditahan, Nakoula juga dilaporkan telah menghilangkan diri sejak protes besar-besaran tercetus awal minggu lalu.Dalam tuntutannya, Garcia mendakwa dia tidak tahu yang kandungan filem itu menjurus ke arah mesej anti-Islam.

Malah katanya, skrip yang diterimanya juga tidak menyebut langsung nama Nabi Muhammad SAW.Kata Garcia, dia telah memberi respons kepada satu iklan dan berpandangan bahawa dia akan muncul dalam filem zaman silam Mesir, sedangkan jalan ceritanya telah diubah kemudian dan membawa mesej anti-Islam."Filem ini sangat teruk dan keji," kata peguam Garcia, M. Cris Armenta dalam dokumen yang difailkan di mahkamah.

"Kes saman ini bukan satu serangan ke atas perlembagaan (Amerika) atau kebebasan rakyat Amerika untuk mengatakan apa yang mereka fikir, tetapi mahu kandungan yang menyinggung perasaan dikeluarkan dari Internet," katanya.Peguam-peguam Garcia juga bercadang memohon injunksi ke atas filem itu hari ini.

Pelakon itu berkata dia menerima ancaman bunuh sejak treler itu menarik perhatian jutaan orang sejak awal bulan ini.Ekoran ancaman itu, katanya, dia tidak dapat melawat cucunya.Selain itu katanya, filem tersebut telah menjejaskan reputasi dan membawa satu penghinaan ke atas dirinya.Akhbar Herald Sun  memetik firma guaman yang mewakili Nakoula enggan mengulas perkembangan terbaru ini.

Menurut laporan itu, firma tersebut tidak mewakili Nakoula dalam kes sivil setakat ini.Nakoula telah disabitkan kesalahan jenayah menipu bank dan kini diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun. ~sinarharian




Patutlah Kemewahan Taib Mahmud Melampau-Lampau..

Posted: 19 Sep 2012 06:47 PM PDT


Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul "The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia" dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara. ~malaysiakini

Addin :

Patutlah susah sangat nak turun takhta..

Biadap!! Majalah Perancis Pula Siar Kartun Hina Nabi

Posted: 19 Sep 2012 05:00 PM PDT

PARIS - Sementara protes berhubung filem Innocense of Muslims masuk minggu kedua, sebuah majalah satira Perancis, Charlie Hebdo pula menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW hari ini sehingga membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam. Perkembangan itu menyebabkan polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut.

Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogel.

Editor majalah itu berkata pihaknya "akan mengejutkan" mereka yang mahu dikejutkan.

Majalah tersebut dikeluarkan ketika bantahan yang meruncing terhadap filem anti - Islam tersebar di internet. Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius mengutuk keputusan Charlie Hebdo yang bersifat provokatif dan telah mengarahkan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di pejabat diplomatik di negara-negara Islam.

Editor majalah tersebut, pada asalnya seorang kartunis yang menggunakan nama Charb, nafi melakukan provokasi terhadap perkara tersebut. "Ia adalah satu kebebasan akhbar, adakah ia satu provokasi?" katanya.

"Saya tidak menyuruh masyarakat Islam untuk membaca Charlie Hebdo, seperti mana saya tidak akan pergi ke masjid untuk mendengar khutbah, mendengar perkara yang saya sendiri tidak percaya," katanya.

Seorang imam besar masjid di Paris, Dalil Boubakeur menyeru empat juta umat Islam di Perancis agar bertenang.

"Ia adalah satu kekeliruan, kesedihan dan kebimbangan yang telah saya lalui, di mana ia menambah lagi kemarahan umat Islam yang berlaku sekarang di seluruh negara Islam," kata beliau.

"Saya merayu kepada mereka agar untuk tidak mencurah minyak dalam api yang sedang marak," katanya. Majlis Islam Perancis turut memohon umat Islam agar bertenang. ~sinarharian
Addin :

Kepada semua umat Islam, ramai-ramai kita turun ke himpunan sejuta umat Islam bagi membantah pembikinan serta penyebaran filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang menghina keperibadian Nabi Muhammad s.a.w. Tunjukkan kepedulian dan sensitiviti kita pada agam yang kita cintai ini.. Allahu akhbar!!




shalehudin

Posted: 20 Sep 2012 11:48 AM PDT

shalehudin


Arab Saudi pohon MAAF pasai dah pecahkan lobang

Posted: 20 Sep 2012 10:21 AM PDT

PENIPUAN KUOTA HAJI PECAH... BUKAN MALAYSIA SAJA DITOLAK BAHKAN 40 NEGARA LAIN PUN SAMA.....

Kerajaan Arab Saudi memohon maaf kerana telah menolak permintaan 40 negara termasuk Malaysia untuk menambah kuota haji mereka tahun ini... ianya berikutan projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah menurut laporan akhbar-akhbar tempatan di negara tersebut hari ini.

Selama hari ini kita semua ditipu hidup-hidup oleh Pemimpin Umno yang kononya Perhimpunan Bersih 3.0 menjadi punca Kerajaan Arab Saudi marah dan INGIN MENGURANGKAN kuota haji tapi kenyataan hari ini membuktikan tiada kouta dikurangkan cuma cuma kouta tambahan jer yang tak diberi bukan saje yang di mohon oleh Malaysia tetapi 40 negara.
P/S : 40 negara tu tak terlibat dengan bersih 3.0 pun....kahkahkahkahkah...dulu, kini dan selamanya PEMBOHONG....kalau tak menipu bukan AMENO namanya...kuikuikui - EraPasca


Memang GILA BABI punya lalai dah neh...

Posted: 20 Sep 2012 08:05 AM PDT

Gambar hiasan


Mayat reput dalam tangki air, 337 penghuni tuntut RM100 juta

TAWAU: Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini, hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.

Penduduk yang diwakili peguam, Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini kira-kira 2.45 petang.

Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.

Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang juga ejen defendan pertama.

Plaintif mendakwa pihak defendan melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa saja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.

Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.

Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.

Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baru. - BERNAMA


Surat Palsu Dari PM? Berat neh...

Posted: 20 Sep 2012 05:37 AM PDT

Surat Palsu Konon Dari PM, UIAM Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Khamis membuat laporan polis berhubung penyebaran sepucuk surat palsu yang kononnya ditulis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Rektor UIAM, Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.

Majlis itu dalam satu kenyataan pada Khamis berkata pihaknya memandang berat perbuatan pembohongan itu dan telah membuat laporan di Balai Polis Gombak pada pukul 9 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, surat palsu berkenaan telah disebarkan dalam kampus dan juga dimuat naik di sesetengah laman blog.
"Pihak universiti ingin menegaskan bahawa pihak Rektor tidak pernah sama sekali menerima surat tersebut daripada Perdana Menteri Malaysia, selaku Presiden Umno. 
"Pihak Majlis Syura UIAM menyangkal tohmahan tersebut dan beranggapan bahawa kandungan surat tersebut berunsur fitnah dan satu pembohongan serius yang mempunyai niat jahat," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pihak majlis syura yakin pembohongan tersebut dilakukan oleh sesetengah pihak yang terdesak, tidak beretika dan mempunyai kaitan dengan pihak pembangkang.
"Ia bertujuan untuk mengeruhkan suasana harmonis dan kedamaian yang wujud dan dikecapi seluruh warga kampus UIAM menjelang pilihan raya kampus yang akan berlangsung pada 25 September ini," tambah kenyataan itu.
Kenyataan itu memberi amaran bahawa tindakan drastik yang berbentuk disiplin dan perundangan jenayah akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyiar, mengedar surat tersebut atau mana-mana individu yang memuat naik surat itu di laman web masing-masing atau di laman blog tertentu.
"Pihak Majlis Syura UIAM sedang menyiasat kes ini dengan penuh teliti termasuk menonton semula rakaman pita tv kawalan keselamatan dan akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," kata kenyataan itu. - BERNAMA


Kaya gila mamat neh... [TENGOK]

Posted: 20 Sep 2012 04:00 AM PDT

Bilik Tidur pun Ada Mesen ATM, Donald Trump pun Tak Boleh Lawan

Kalau belul la ni, memang sah mamat ni kaya giler, Donald Trump pun mesti sakit hati punyalah :)

Yekeni...


v
.
.
.
v
.
.
.
v

Ini namanya nak tidur dalam aircond tapi budget ciput, tumpang tidur di ATM pun jadiklah...
Yang penting selamat dari pencuri, siap ada cctv lagi, wakakaka... - SM


AIKK!! Menteri agama Umno pun kaki kencing jugak ka???

Posted: 20 Sep 2012 01:48 AM PDT

ISU KUOTA HAJI KANTOI: BUKAN MALAYSIA SAJA DITOLAK BAHKAN 40 NEGARA LAIN PUN SAMA.....

Kerajaan Arab Saudi memohon maaf kerana telah menolak permintaan 40 negara termasuk Malaysia untuk menambah kuota haji mereka tahun ini... ianya berikutan projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah menurut laporan akhbar-akhbar tempatan di negara tersebut hari ini.

Selama hari ini kita semua ditipu hidup-hidup oleh Pemimpin Umno yang kononya Perhimpunan Bersih 3.0 menjadi punca Kerajaan Arab Saudi marah dan INGIN MENGURANGKAN kuota haji tapi kenyataan hari ini membuktikan tiada kouta dikurangkan cuma kouta tambahan jer yang tak diberi bukan saje yang di mohon oleh Malaysia tetapi 40 negara.

P/S : 40 negara tu tak terlibat dengan bersih 3.0 pun....kahkahkahkahkah...dulu, kini dan selamnya PEMBOHONG....kalau tak menipu bukan AMENO namanya...kuikuikui

GAMBAR kaki2 kencing poster PAS berbaju BN tersebar

Posted: 19 Sep 2012 10:38 PM PDT

Kejadian Kencing Gambar Tok Guru Nik Aziz Berlaku Di Shah Alam ???

Perbuatan biadab pencacai Umno

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dalam blognya, polis Terengganu ada mengunjunginya pada 14 September lalu berhubung insiden yang menyaksikan gambarnya bersama pemimpin tertinggi PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kencing sekumpulan lelaki.

Justeru, kata Khalid, beliau menjelaskan, ia berlaku semasa tempoh berkempen dalam pilihan raya umum pada Mac 2008.

Menurutnya lagi, PAS Shah Alam memasang 5 sepanduk besar ukuran 10' x 20' di beberapa lokasi strategik.
"Banner (kain rentang) yang dikencing adalah salah satu darinya dan mungkin ia banner yang dipasang di Seksyen 7," katanya yang berpendapat pihak terlibat bukan warga Shah Alam. 
"Itu sahaja maklumat yang ada pada saya. 
"Gambar itu jelas menunjukkan kumpulan berkenaan berpakaian baju BN dan mungkin juga merupakan para petugas yang pemasang bendera yang diupah untuk berkerja pada waktu malam."
Kenyataan penuh Khalid Samad disini...


Hassan Ali pun tetiba jadi bisu...

Posted: 19 Sep 2012 08:36 PM PDT

Nak tanya sikit kat para bijak pandai agama dalam Umno...

- Apa maknanya menghina nabi?
- Apa ciri-ciri yang dikatakan menghina nabi?
- Bukankah mnghina sunnah nabi sama juga dengan menghina nabi?
- Buknkah janggut dan serban itu adalah sebahagian daripada sunnah nabi?
- Apakah hukumnya bagi mereka-mereka yang menghina nabi dan sunnah nabi?
MOHON PENCERAHAN DARIPADA BIJAK PANDAI AGAMA DALAM UMNO... TOLONG JANGAN LARI DARI TAJUK ATAU SPIN ISU...

JANGAN TAKUT UNTUK BERKATA BENAR...- FB


Pelakon menghina Nabi mengaku terpaksa telan pil tidur

Posted: 19 Sep 2012 05:24 PM PDT

Gurji bersama Bacile semasa proses rakaman filem itu. (Gambar kanan) Gurji tidak menyangka Bacile memperdayanya sehingga mencetuskan rusuhan berdarah.

AKTRES filem mencetuskan amarah masyarakat Islam dunia, terpaksa menelan pil tidur apabila merasa dikecam dan tidak selamat selepas protes dan pembunuhan berlaku berikutan tersiarnya klip video Innocence of Muslims di YouTube sejak seminggu lalu.

Anna Gurji, 21, mendakwa melakonkan watak isteri muda kepada seorang lelaki bernama George, tetapi pengarahnya Nakoula Basseley atau dikenali sebagai Sam Bacile, bertindak menukarnya kepada Muhammad.
"Saya tidak tahu George ditukar kepada Muhammad. Kini saya hanya berkurung di rumah. Saya bimbang masyarakat dunia memusuhi saya kerana filem itu. 
"Saya penganut Kristian Katolik, jadi mereka terfikir saya juga menentang Islam.Saya berasa dikhianati Bacile. Saya telah dikenali seluruh dunia dan jujur saya akui berasa malu apabila menonton watak itu," katanya kepadaThe Mail Online.
Nakoula dibawa oleh pegawai persekutuan selepas menyerah diri, kelmarin.

Gurji berkata, selain beliau barisan pelakon filem itu turut diperbodohkan Bacile yang kononnya tajuk filem berkenaan adalah Desert Warrior atau Innocence of Bin Laden selain langsung tidak berkaitan dengan isu keagamaan.
"Saya diberi watak sebagai Hilary. Menurut Bacile, filem itu mengisahkan sebuah komet jatuh di kawasan Timur Tengah, dan perebutan komet berlaku sehingga cetus peperangan untuk merebutnya. 
"Filem itu sepatutnya mempunyai banyak kesan khas kerana kami berlakon di hadapan layar hijau. Kos penggambaran rendah, saya hanya dibayar $75 (RM227.73) sehari. 
"Saya tidak tahu bagaimana Bacile boleh menukar jalan cerita itu. Mungkin saya bodoh tetapi tiada sesiapa menceritakan hal sebenar.
Tiada seorang pun daripada barisan pelakon terfikir filem ini mempunyai agenda rahsia," katanya mengakui filem itu dirakamkan di California.

Bahana Innocence of Muslims

Rusuhan dan protes yang tercetus sejak 11 September lalu dilihat sebagai pengulangan memori insiden serangan di Menara Berkembar di New York, Amerika Syarikat (AS) sekali gus mengilhamkan pengikut anti-Islam dengan menuduh Islam adalah ganas dan jahat.

Jika filem Innocence of Muslims tidak disiarkan, pastinya bangunan Kedutaan AS di Libya tidak dibakar sehingga meragut empat nyawa.

Rentetan itu, pastinya lebih 20 Kedutaan AS di seluruh dunia tidak diserang masyarakat Islam yang berang dengan tindakan Bacile.

Seterusnya, Presiden AS, Barack Obama tentu tidak akan menghantar tenteranya ke Libya dengan satu tujuan iaitu untuk membalas dendam ke atas kematian rakyatnya. Namun, Obama menggunakan alasan mahu bekerjasama bagi menangkap pembunuh dutanya, Christopher Stevens.

Jelas sekali, filem berkenaan telah mencetuskan protes secara besar-besaran dari Maghribi sehingga ke Malaysia. Setakat ini, tujuh terbunuh, ribuan cedera dan rusuhan menular ke Sydney, Australia, semalam.

Semalam, AS terpaksa memanggil balik dutanya di Sudan dan Tunisia selepas mendapat amaran, Al-Qaeda bakal menyerang kerajaan Obama di Arab dan Barat.

Si penghina Nabi disiasat

Masuk hari kelima, protes filem pendek Innocence of Muslims, lelaki Kristian Koptik, Bacile yang berperanan sebagai penerbit dan pengarah filem itu menyerah diri untuk disoal siasat pegawai persekutuan di balai polis Cerritos, Los Angeles, kelmarin.

Bagaimanapun, Bacile, 55, hanya disoal siasat mengenai penglibatan jenayah kewangan yang berpotensi untuk dipenjarakan semula selepas menjalani hukuman penjara selama 21 bulan kerana kesalahan penipuan bank pada tahun 2010.

Jurucakap polis memberitahu, pihak berkuasa tidak melakukan siasatan ke atas projek filem berkenaan dan jika sekalipun ia pencetus keganasan kerana AS tidak mengiktirafnya sebagai jenayah berikutan ia termasuk di dalam akta kebebasan bersuara.- SH


AdukaTaruna

Posted: 20 Sep 2012 11:11 AM PDT

AdukaTaruna


Bajet 2013 : Piket dan resolusi awam Kota Bharu.

Posted: 20 Sep 2012 03:20 AM PDT


Salam semua anak Kelantan yang bermaruah. Sempena Bajet 2013 yang akan dibentangkan oleh PM pada 28 September ini, satu piket dan resolusi awam akan diadakan untuk menggesa kerajaan pusat menunaikan Rancangan Malaysia yang lepas terhadap Kelantan. Dan juga memasukkan Kelantan dalam bajet 2013. Kami bukan negeri asing.

Program : Piket dan resolusi awam Kota Bharu.
Tarikh : Sabtu 22 September 2012
Tempat : Bulatan jam besar. Berhampiran mahkamah KB.
Masa : 2.30 petang.
Pakaian : Merah putih. Warna negeri Kelantan. Identiti politik dilarang.
Kemuncak : Bacaan resolusi bersama. Menyerahkan bendera Kelantan kepada wakil MP. Melepaskan merpati dan sidang media.


Gambar aktiviti hasutan R

Posted: 19 Sep 2012 12:07 PM PDT


Konvoi 50 buah kenderaan menjelajah Malaysia. Setup R di negeri2 singgahan.

R mendapat sokongan GLC Kelantan. Kecuali PKINK. Bukan tak sokong. Tapi belum beri sokongan lagi.

Di Himpunan Hijau, Machang.

Di atas bot sungai Melaka. Puak2 R ni turun dalam bot setiap 10 orang. Then ambil alih bot dengan speaker corner. Hasutan dilakukan ke atas pelancong dalam bot tu. Driver bot berbulu jer dengar point2 hasutan. Nasib baik dia tak wheely  bot tu kasi terbalik.

R ditubuhkan sehingga ke Sabah. Alhamdulillah.

Konvoi R. Set2 Klate ni boikot terus Petronas. 50 buah kereta round JB dengan bendera R. Blok habes traffic light. Masuk felda, masing2 diingatkan jaga akhlak dan maruah. Sebab bawa jenama Kelantan. Ada yg bawa bendera Kelantan. No plate pun Kelantan.

Sepanjang perjalanan, KB-Terengganu-Pahang-Johor-Melaka-Negeri Sembilan- Kuala Lumpur; mahupun tempat singgah, terdapat golongan yang tahu mengenai R. Mereka beam lampu, hon, angkat tangan simbol R, minta sticker, etc.

Gua di JB. Tengah tu SB. Nasihat gua supaya tak provokasi di Johor. Apa ingat gua Uncle Seekers ke? Gua  la orang paling sayang Sultan Johor. Ambil gambar dulu, beres...

Setup plak R UTM Johor. Ambil gambar depan Pak Guard. Ramai sangat. Pak Guard hanya mampu koling2 jer la.

Allah takdirkan anak kedua gua sertai R sejak dalam perut.

pemuda cheh

Posted: 20 Sep 2012 09:56 AM PDT

pemuda cheh


Petanda Besar Kiamat: NASA Sahkan Matahari Sudah Terbit Dari Barat

Posted: 19 Sep 2012 03:20 PM PDT


Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.


NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai "retrograde motion". Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa. 
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Anak Sungai Derhaka

Posted: 20 Sep 2012 09:54 AM PDT

Anak Sungai Derhaka


PANAS!! Laporan asset keluarga Taib Mahmud bernilai RM20Billion didedah..

Posted: 20 Sep 2012 08:06 AM PDT


Seperti yang dijanjikan oleh 'Bruno Manser Fund' yang mana mengatakan pihak mereka akan mendedahkan asset Taib Mahmud yang dipercayai dikumpulkan melalui cara haram.. Laporan akhirnya didedahkan..

Keluarga Ketua Menteri Sarawak yang berkuasa paling lama dinegara ini dikatakan telah mengumpulkan harta yang nilainya melebihi USD20 Billion.

Taib Mahmud sendiri yang menerajui kebanyakkan perniagaan milik keluarganya memiliki harta yang dianggarkan bernilai USD15Billion menjadikannya sebagai lelaki paling kaya di Malaysia.

Laporan yang bertajuk "The Taib Timber Mafia. Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia" telah dikeluarkan di Brussels sempena lawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok ke Eropah..

Laporan ini mendedahkan kenapa kebanyakkan rakyat Sarawak masih melarat hidupnya... sila downloads dan baca..


BRUNO MANSER FUND, BASEL / SWITZERLAND
20 September 2012

Taib family's illicit assets estimated at over 20 billion US dollars

(BRUSSELS, BELGIUM) A new report released by the Bruno Manser Fund puts the illicit assets of Taib Mahmud ("Taib"), the long-term Chief Minister of the Malaysian state of Sarawak, at over 20 billion US dollars. Taib Mahmud himself, the "godfather" of the Taib family business empire, has been rated at USD 15 billion, making him Malaysia's richest man.

The report entitled "The Taib Timber Mafia. Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia" was released in Brussels on the occasion of a visit of the Malaysian Minister of Plantation Industries and Commodities, Bernard Dompok, to the European Commission.

The Bruno Manser Fund's report describes in detail the business activities and personal wealth of twenty members of the Taib family, one of South East Asia's most notorious kleptocratic clans with business interests in Malaysia, Australia, Canada, Hong Kong, the United Kingdom, the United States and other countries.

The Bruno Manser Fund estimates the combined net worth of twenty Taib family members to be close to USD 21 billion, which has been acquired through the almost complete political and economic control of Sarawak, a state the size of England, over a period of three decades.

In particular, the Taibs have established monopolies on the granting of timber and plantation concessions, the export of timber to third countries, the maintenance of public roads and also on the production and sale of cement and a number of other construction materials. The Taib family's business outfits, particularly its flagship company Cahya Mata Sarawak, have also benefited from untendered public contracts worth hundreds of millions of US dollars.

Thanks to his control over all the log exports from Sarawak, Taib's brother, Onn Mahmud, has been rated the second richest family member, with an estimated net worth of USD 2 billion. Taib's elder son, Mahmud Abu Bekir Taib, a major player in the Sarawak construction, property and energy business, has been rated at USD 1.5 billion.

Next in line are Taib's Canada-based socialite daughter, Jamilah Taib Murray (USD 1 billion), Taib's brother and timber entrepreneur Tufail Mahmud (USD 600 million), sister Raziah Mahmud (USD 500 million), daughter Hanifah (USD 400 million) and son Sulaiman (USD 300 million). The founder of the Ta Ann timber conglomerate and Sarawak Energy chairman, Hamed Sepawi, a first cousin of the Sarawak Chief Minister is rated at USD 175 million.

The Bruno Manser Fund is asking governments and banks around the globe to freeze Taib family assets. The Taibs are being compared to the Suharto and Marcos clans who have also stolen billions from their countries. According to Transparency International, former Indonesian President Suharto embezzled USD 15 to 35 billion, while former Philippines President Ferdinand Marcos is thought to have stolen between USD 20 and USD 900 billion.

The report is now online under:

http://www.stop-timber-corruption.org/resources/BMF_Taib_family_report_2012_09_20.pdf

'Skandal seks dalam Pakatan' kerana fitnah ini Mashitah disaman TG Hj Hadi..

Posted: 20 Sep 2012 03:51 AM PDT


Akhirnya taraf seorang Ustazah ini sama dengan blogger-blogger UMNO yang sering menjadikan isu seks sebagai fitnah untuk menyerang pemimpin Pakatan Rakyat.. mungkin tarafnya lebih rendah lagi..

Kerana blogger-blogger UMNO mungkin pengetahuannya tentang agama adalah sekadar pada asasnya sahaja tetapi Mashitah adalah seorang Ustazah yang sepatutnya lebih tahu apa yang halal dan apa yang haram dalam Islam..

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim kerana mengaibkannya dalam akhbar Sinar Harian Mac lalu.

Saman itu merujuk kepada kolum mingguan 'Langit Terbuka' yang ditulis Mashitah bertajuk 'Skandal seks, krisis politik Pakatan' dan disiarkan pada Mac lalu.

Kes saman difailkan melalui Tetuan Mazwan dan Nasar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi itu menamakan Mashitah sebagai defendan pertama, manakala penerbit Sinar Karangkraf Sdn Bhd sebagai defendan kedua dan pencetak Ultimate Print Sdn Bhd sebagai defendan ketiga.

Wakil peguam Nasar Khan berkata, Mashitah dalam artikelnya secara terangan merujuk kepada Hadi dan sengaja mahu menjatuhkan maruah Ahli Parlimen Marang itu.

"Kata-kata yang digambarkan sedemikian tidak boleh diterima dan menjatuhkan maruah.

"Pihak kami sebelum ini telah dah hantar surat kepada Mashitah supaya dia mohon maaf dan tarik balik kata-katanya namun tiada respon," katanya kepada pemberita di lobi mahkamah di sini.

Selain Nasar, Hadi turut diwakili peguam Mazwan Johar ~ Free Malaysia Today

Berikut adalah fitnah yang ditulis oleh seorang Ustazah UMNO..

Skandal seks dan krisis politik dalam Pakatan 

Oleh Dr Mashitah Ibrahim. Penangkapan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon yang dituduh berkhalwat dengan isteri orang di Kuantan minggu lalu adalah kesinambungan krisis moral yang membabitkan ramai pemimpin pakatan pembangkang.

Gelaran ustaz dan orang kuat Anwar Ibrahim tidak menjadikan beliau kebal, malah dilaporkan dibelasah sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Pahang. Mengikut laporan, beliau mempertahankan diri dengan beri alasan cuba membantu isteri yang lari daripada suami kerana ingin menyelesaikan krisis rumah tangga.

Mungkin benar, mungkin tidak. Beliau kini direhatkan sebulan sementara kesnya disiasat. Berlakunya penangkapan ini dalam waktu persiapan pilihan raya umum tidak lama lagi pasti meletakkan pakatan pembangkang dalam keadaan tertekan.

Mereka perlu lakukan damage control, apatah dengan pelbagai krisis yang dihadapi di Kedah (pemberontakan ahli Exco Pas terhadap Menteri Besar), Selangor (skandal curi pasir dan longgokan sampah) dan Pulau Pinang (diskriminasi terhadap orang Melayu dan projek kroni).

Kewujudan Pas yang berpuak-puak di Kelantan serta perkelahian antara parti komponen Pakatan Rakyat di Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan, Johor dan Perak benar-benar menguji persediaan pembangkang menghadapi PRU ke-13 nanti.

Apa pun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap berkhalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Ketika ditangkap, isteri kawannya berada di dalam bilik hotel, manakala Mohamad Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan tetapi akhirnya dibebaskan. Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi.

Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Penyokong parti pembangkang diketahui sering menyimpan rahsia keburukan pemimpin-pemimpin mereka, terutama berkaitan skandal seks, projek atau rasuah. Mereka cuba menonjolkan imej baik dan maksum. Namun, adakala bagai menutup bangkai dengan nyiru.

Skandal membabitkan bos Badrolamin – Anwar Ibrahim – berlarutan 20 tahun. Dua kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan liwat, beliau dibebaskan atas sebab-sebab teknikal. Namun, majoriti rakyat, terutama mereka yang mengenali beliau secara rapat, tahu latar belakang dan orientasi seksnya.

Semasa diberi peluang menjawab tuduhan salah laku seks di mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 2 September 1998, Anwar menzahirkan kemarahan dengan menumbuk meja.

Beliau tidak menjawab tuduhan, malah pusing cerita mengatakan bahawa beliau juga boleh berkonspirasi menjatuhkan Presiden parti dengan menghantar wanita kepada Tun (ketika itu Datuk Seri) Mahathir Mohamad. Maksudnya, beliau diperangkap. Turut menuduh beliau ketika itu ialah Mohamad Sabu, yang memberinya gelaran Anwar al-Jub***.

Namun, bila Mat Sabu sendiri terbabit dengan skandal seks, dia ikut cara Anwar, iaitu menuduh Umno telah memerangkapnya.

Tidak mengejutkan Ustaz Badrul Amin juga juga akan menuduh Umno dalang dalam kes khalwatnya. Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan.

Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Perkahwinan bekas Adun Pas Melor dengan wanita Kemboja yang berakhir dengan perceraian mendapat liputan media secara meluas kerana kesnya berlarutan beberapa tahun di mahkamah.

Dilaporkan bekas isterinya menuntut pampasan RM3 juta kerana mengetahui Adun Pas itu mampu serta memiliki harta yang banyak. Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang.

Hakikatnya mereka adalah ahli politik yang boleh tergoda dengan wanita dan memiliki nafsu seperti orang lain. Mereka juga boleh terpalit dengan dosa walaupun pada waktu yang sama menuduh orang lain kafir.

PANAS!! Harussani kata haram undi dan sokong UMNO?

Posted: 20 Sep 2012 12:55 AM PDT


Sifat hipokrit para pemimpin UMNO amat jelas kelihatan dalam isu yang membabitkan penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W melalui video 'Innocence Of Muslims'.

Mereka bercakap seolah-olah rakyat Malaysia ini masih hidup di era media cetak menguasai penyebaran maklumat, hakikatnya kini maklumat sudah berada dihujung jari..

Baca sebahagian petikan dari Agendadaily ini...

Mufti Negeri Perak secara terbuka mengingatkan umat lslam yang ingin mengundi atau menyokong pemimpin atau wakil-wakil rakyat supaya berhati-hati.

Dalam konteks terdapat mereka yang menghina agama dan Rasullullah, beliau menegaskan bahawa umat lslam tidak boleh membiarkan Nabi Muhammad SAW ataupun agama Islam dihina.

Bahkan kata Tan Sri Harussani Haji Zakaria haram hukumnya bagi umat Islam yang mengundi atau menyokong wakil rakyat yang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam dalam pilihanraya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Forum Pendermaan Organ di Kompleks Rawatan harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Rabu.

Beliau ditanya oleh media mengenai tweet Pengerusi Dap negeri Ngeh Koo Ham yang telah mencetuskan kontroversi sejak beberapa hari ini ~ Agendadaily

Jika Harussani berkata adalah haram hukumnya bagi umat Islam yang mengundi atau menyokong wakil rakyat yang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam dalam pilihanraya.

Maka adalah haram juga bagi kita ummat Islam di negara ini mengundi atau menyokong UMNO, kerana mantan Presidennya iaitu Tun Mahathir adalah manusia yang amat lantang menghina Rasulullah S.A.W. suatu ketika dulu..

Dalam satu ucapannya di JAKIM Mahathir berkata " Siapa tau janggut Nabi macam mana?.siapa biasa tengok janggut Nabi ..ada gambar ka ? Kita tak tau . Kita tak tau betuilah dia ada janggut?tapi betul ka janggut dia (Nabi)?Di zaman itu..pisau cukur ada kaaa?dia bukan ada Gillette, zaman Nabi ada Gilletteka.?Cakap (menyuruh hadirin cakap) ..Pisau cukur pun tiada masa tuuu ( zaman Nabi ). Jadi masalahnya dia (Nabi ) dok berjalan ke sana sini..naik unta,bukan nak dapat air yang banyak?padang pasir... Macam-macam lagi tafsiran diberi untuk menidakkan amalan Rasulullah SAW.

Lagi apa kata Mahathir yang boleh dianggap menghina Islam dan hukumnya sila baca di ( SINI )

Ini pula kata Presiden UMNO yang ada sekarang tentang hukum Allah yang disampaikan oleh Rasulullah…



Ini seorang lagi pemimpin UMNO .. dengar apa dia kata..



Apa agaknya komen Ulama Muda UMNO dan Harussani sendiri tentang perkara ini?

Buat yang masih tegar menyokong UMNO tu.. ada otak gunakanlah untuk berfikir.... itupun kalau ada otaklah..

Kuota Haji disekat kerana BERSIH? Jamil Khir akhirnya.. KANTOI!!

Posted: 19 Sep 2012 07:28 PM PDT


Laporan dari AFP yang telah dipetik oleh Berita Harian mengenai kuota Haji ini telah membongkar penipuan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai kuota Haji.

Pada 8 Mei lalu, Jamil Khir dalam misinya untuk memburuk-burukkan himpunan BERSIH 3.0 disamping memperbodohkan rakyat Malaysia bertaka kerana BERSIH 3.0 kuota Haji mungkin disekat atau digantung.

Kata Jamil Khir Kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau mengantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia ekoran tindakan segelintir rakyat negara ini mengadakan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah baru-baru ini.

Jamil Khir Baharom juga berkata perkara itu dinyatakan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad A. H. Al-Rashid dalam perjumpaan mereka pada Jumaat lepas berhubung perkara itu.

"Saya menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia menentang kelakuan ini (perhimpunan di Mekah dan Madinah), apa lagi jika ia dilakukan di luar negara Malaysia," katanya kepada pemberita.

Jamil Khir berkata lagi perhimpunan haram seperti ini sangat sensitif kepada kerajaan Arab Saudi, ditambah dengan keadaan di Timur Tengah yang baru sahaja dilanda gejolak "kebangkitan Arab", di mana rakyat dihasut untuk menentang kerajaan-kerajaan mereka.

Sehingga hari ini Arab Saudi tidak pernah mengenakan sebarang hukuman terhadap Malaysia walaupun hukuman sekatan dan mengantung itu pernah dibuat ke atas negara lain.

Kerajaan sangat bimbang jika Arab Saudi mengambil satu tindakan drastik berkaitan dengan kuota dan jumlah visa yang dikeluarkan untuk tahun ini.

 Itu semua kata-kata Jamil Khir yang disiarkan Utusan di ( SINI )..

Dan malang buat Jamil Khir pembohongannya terbongkar akhirnya..bilamana sebuah akhbar tempatan di Arab Saudi mendedahkan Kementerian terbabit memohon maaf kepada semua negara yang meminta supaya jumlah jemaah haji tahun ini ditambah...(kerana) projek pembangunan raksasa di Makkah dan Madinah..


Jelas kini.. demi untuk memuaskan hati Najib.. Jamil Khir yang diketahui umum punya asas pendidikan ugama sanggup membelakangkan soal haram dan halal..

Demi sesuap nasi juga.. Jamil Khir bertukar menjadi MUNAFIK!!! memang haram jadah!!

BRIGED MP SEGAMBUT

Posted: 20 Sep 2012 09:42 AM PDT

BRIGED MP SEGAMBUT


PRU 13 TAHUN DEPAN?

Posted: 20 Sep 2012 09:06 AM PDT

Perhimpunan Tahunan Agung Umno akan berlangsung pada 27 November hingga 1 Disember, kata presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga perdana menteri bagaimanapun berkata, ia boleh ditangguhkan sekiranya pilihan raya diadakan.

Najib mesti memanggil pilihan raya sebelum April tahun depan.
Katanya,  terpulanglah kepada rakyat untuk membuat spekulasi bila pilihan raya akan diadakan, ekoran pengumuman itu hari ini.

Bercakap selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini, beliau berkata, terserahlah kepada mereka untuk membuat tafsiran masing-masing.

Umno sebelum ini pernah menangguhkan pemilihan parti itu sehingga selepas pilihan raya umum.

Majlis Tertinggi menetapkan perhimpunan agung Umno 2012 akan berlangsung pada 27 November hingga 1 Disember depan.

Ia akan bermula dengan majlis taklimat presiden pada 27 November, diikuti dengan majlis perasmian serentak perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada sebelah malamnya.

Perhimpunan agung ketiga-tiga sayap Umno itu akan berlangsung pada keesokan harinya. Manakala perhimpunan agung Umno akan berlangsung pada 29, 30 November hingga 1 Disember.
'Saya tak tulis surat'

Sementara itu, berhubung pilihan raya kampus, perdana menteri menafikan beliau telah mengeluarkan surat kepada Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Zaleha Kamaruddin (kiri) berhubung pelantikan Prof  Madya Mirzan Hitam.

Surat tersebut yang menunjukkan kepada media, memaparkan logo Umno sebagai kepala surat.

Surat itu antara lain menyebut pelantikan  Mirzan akan membawa kemenangan kepada pro-Aspirasi untuk meningkatkan kedudukan bangsa dan negara selaras dengan perlembagaan Umno.

Pro-Aspirasi adalah gabungan pro-establishment dalam politik kampus. Pilihan raya kampus sedang berlangsung hari ini dan 25 September depan.

Najib berkata, beliau tidak pernah mengeluar surat parti atas pelantikan mana-mana anggota dalam universiti.

"Perkara ini boleh disahkan oleh pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi.

"Ini contoh bagaimana mereka tertekan dan sanggup buat apa sahaja, termasuk menyebarkan kepalsuan dan fitnah untuk menghasut pelajar benci atau marah kepada kerajaan," kata perdana menteri.

Minggu lalu, kumpulan pelajar berarak di pusat bandar Kuala Lumpur untuk menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan adil.

BENARKAH UMNO SYETAN YG TAMPAK?

Posted: 19 Sep 2012 09:55 AM PDT

Kenyataan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO, supaya menjadikan syaitan yang dikenali sebagai rakan yang didampingi lebih baik daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali perlu dilihat secara positif, khususnya oleh pendokong UMNO. Kata-kata itu bersumberkan pepatah barat yang  diucapkan oleh mendiang Winston Churchil, mantan Perdana Menteri British ketika perang dunia kedua. Apabila sangat terdesak di peringkat  awal menghadapi kemaraan tentera Jerman, lalu beliau mengizinkan bersahabat dengan negara pernah bermusuh dengan Britain seperti Perancis dan lain-lain.


Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan Mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya.

Saya berpendapat secara positif daripada kenyataan yang jelas itu memberi mafhum, supaya ahli UMNO yang beragama Islam meninggalkan UMNO dan menjadikan PAS sebagai gantinya, sekiranya tidak mampu melawan syaitan yang ada dalam UMNO  atau menghapuskannya bagi menyelamatkan UMNO. Ini kerana bersama syaitan akan membawa akibat buruk di dunia dan akhirat bagi seseorang Islam.

PAS adalah parti manusia bukan parti malaikat dan bukan parti syaitan. Manusia yang diajar dan ditarbiyah oleh Allah sejak bapa dan ibu yang pertama-tamanya iaitu Adam dan Hawa. Allah mengajar Adam mengenal Tuhannya Allah sahaja dan tidak ada sekutu baginya. Beliau turut diajar mengenali para malaikat dan mengenali iblis yang menjadi ketua syaitan seluruhnya.

Tujuan manusia diciptakan supaya beribadat kepada Allah seperti makhluk yang lain dan dikurnia keistemewaan ditugaskan menjadi Khalifah di bumi, kerana sesuai dengan fitrahnya. Terpenting daripada khalifah itu ialah berpolitik, mentadbir urusan dunia dengan agama Allah (Al Din).

Iblis adalah pemimpin syaitan, makhluk jahat yang telah melakukan kekacauan di bumi sebelum manusia diletakkan mengikut keputusan Allah. Iblis ditawan oleh para malaikat dan menjadi tawanan bersama mereka dan diminta berlaku baik bersama para malaikat. Tetapi Iblis hanya berlakon dan berpura-pura baik, tanpa diketahui oleh para malaikat segala yang tersirat dan tersembunyi dalam dirinya.

Allah memperkenalkan para malaikat kepada Adam dan Hawa, bahawa mereka adalah makhluk paling baik menjadi contoh dan kawan, kerana sangat taat kepada Allah dan tidak sekali-kali menderhakai Allah. Begitulah tabiat para malaikat makhluk yang mulia itu. Allah juga mendedahkan kejahatan yang tersirat dalam diri Iblis dan begitulah juga pengikutnya yang ada di bumi. Mereka adalah bakal pencabar kepada makhluk manusia yang beriman dan budiman.

Al Quran mengesahkan betapa para malaikat itu sangat mentaati Allah, sehingga menawarkan diri bertugas di bumi bukannya manusia. Menunjukkan sikap berlumba mentaati Allah. Apabila  Allah mendedahkan kelebihan Adam  kepada para malaikatnya, Adam makhluk manusia yang diberi ilmu bertugas dibumi dengan sifat kejadiannya yang berbeza dengan kejadian malaikat. Banyak perkara yang tidak ada kepada malaikat. Maka para malaikat menunjukkan sifat tawadu' dihadapan Allah serta memuji dan bertasbih. Allah mengesahkan dengan firmannya:

وَعَلَّمَ آَدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آَدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33)

(Dan Allah mengajar kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian dibentangkan kepada para malaikat. Lalu mereka berkata :"Maha Suci Engkau. Tidaklah kami ketahui malainkan sekadar apa yang Engkau ajarkan kepada kami ". Allah berfirman kepada Adam :" ceritakan kepada mereka nama-nama semuanya ". Setelah Adam menyebut nama-nama semuanya. Allah berfirman :" Tidakkah aku katakan kepada kamu, bahawa aku mengetahui apa-apa yang tersembunyi di langit dan bumi dan aku mengetahui apa-apa yang kamu nyata dan kamu sembunyikan?). (Al-Baqarah: 31-33).

Allah tidak dengan segera menghantar  Adam dan Hawa ke bumi, tetapi lebih dahulu mereka diajar dan ditarbiyah di syurga, menikmati sifat–sifat yang ada pada diri manusia dan menyatakan sempadan halal dan haram apabila tiba di bumi nanti. Adanya perkara bagi makhluk yang lain, bukan untuk manusia, kalau melampauinya membawa mudarat. Allah juga mengajar dan tarbiyah Adam dan Hawa dengan melakukan dosa kesalahan secara mendedahkan sifat jahat yang tetap ada pada Iblis dan pengikutnya dikalangan syaitan, jin dan manusia,  yang akan dihadapi oleh manusia ketika menjalankan tugas mereka di bumi nanti.

Pendedahan dilakukan, bermula dengan secara bersama mengadap Allah. Apabila Allah memerintah mereka sujud kepada makhluk Adam bagi meraikan kejadian dan tugasnya. Tiba-tiba para malaikat sahaja yang sujud menunaikan perintah Allah. Iblis pemimpin syaitan pula tidak mahu sujud.  Mendedahkan sifat buruk yang ada pada dirinya dan begitulah juga pengikutnya. Ketiga-tiga sifat itu ialah: enggan (derhaka), takabbur (sombong) dan kufur (ingkar melawan Tuhan). Seterusnya Allah memberi tahu Adam, dengan mendedahkan sifat yang keempat pada diri Iblis dan pengikutnya, iaitu menipu  dengan apa cara sahaja, termasuk cara menggoda. Ternyata selepas diletakkan dalam syurga, Adam dan Hawa tertipu dengan godaan Iblis pemimpin syaitan itu, sehingga dihalau ke bumi bagi melaksanakan tugas mereka dengan  segala cabarannya. Allah memberi hidayah kepada Adam dan Hawa  kerana menyesal setelah berfikir dengan akal yang betul, sehingga bertaubat. Ada pun Iblis dan para syaitan bersamanya, dikalangan jin dan manusia tidak bertaubat sehingga mati, kerana sifat angkuh dan sombong. yang merasakan diri mereka terlalu bijak sehingga tidak perlu bergantung kepada Allah.

Adam dan para Rasul yang dilantik membawa petunjuk Allah yang dinamakan Islam diperintah supaya beriman kepada malaikat disamping  beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain. Beriman kepada para malaikat termasuk dalam rukun iman, bukan sahaja menganalinya sebagai makhluk yang tidak derhaka dan tidak berdosa, bahkan malaikat itu sentiasa bersama orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh. Sesiapa yang memusuhi para malaikat bermakna  memusuhi Allah dan Rasulnya.

Kita wajib juga beriman kepada adanya syaitan, termasuk dalam beriman kepada perkara yang ghaib. Wajib percaya bahawa syaitan itu makhluk paling jahat dan menipu. Mengikut syaitan dan menjadi penolongnya atau bersamanya bermakna ditipu dan menempah celaka dunia dan akhirat.

UMNO diakui oleh Tun Mahathir ada syaitan yang dikenali. Rosaknya hingga ke usus, dilanda rasuah dalaman di semua peringkat dalam pemilihan  daripada cawangan, bahagian, sehinggalah tertinggi. Namun tidak bersedia dirawat atau berundur bagi mengislahkan diri saperti semua parti dalam negara demokrasi tulen. Sebaliknya tetap mempertahankan kuasa dengan apa sahaja termasuk meggoda pengundi dengan rasuah pilihanraya, menaikkan pangkat kepada jentera kerajaan yang membantu  kemenangannya, menipu undi demi kemenangan dan menggunakan media menutup kebatilan. Ia hanya menyatakan apa yang benar dilakukan secara menggoda. Sehinggalah rakyat tidak mampu menjadi hakim yang adil ketika mengundi.

Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Presiden pertama UMNO dan Bapa kemerdekaan meninggalkan UMNO. Oleh kerana usianya panjang, beliau sempat melihat tanda-tanda awal penyakit yang ada pada UMNO, diikuti oleh ramai lagi para pemimpin yang sedar dan peka. Tun Mahathir pula sudah dua kali keluar masuk UMNO. Semuanya sudah cukup bagi ahli UMNO membuat keputusan untuk tidak bersama syaitan yang sudah dikenali dan berusaha bersama manusia PAS memohon pertolongan Allah dan para malaikat yang nyata baiknya bagi menyelamatkan negara dan bangsa bersama Islam yang termaktub dengan nyata dalam kitab Allah dan huraian Rasulullah S.A.W. dalam Sunnahnya yang nyata. Inilah panduan tertinggi PAS, dicatat dalam undang-undang tubuhnya .

Apabila wajib beriman kepada malaikat  dan mereka adalah makhluk paling baik kerana taat dan tidak berdosa. Wajib pula beriman adanya makhluk Iblis dan para pengikutnya dikalangan manusia dan jin, yang dinamakan syaitan, makhluk paling jahat, menipu dan menggoda, sehingga mati tidak bertaubat. Maka jadikan kenyataan Tun Mahathir mengikut mafhumnya adalah nasihat dan amaran. Ini kerana kalau difahami secara nasnya, sangat bercanggah dengan nas Al Quran. Hadis Rasulullah S.A.W. yang lebih daripada ucapan yang lain tidak boleh bercanggah dengan Al Quran. Allah berfirman dalam surah Yasin yang dibaca oleh kebanyakan umat Islam, termasuk dianjurkan oleh Umno, maksudnya:

60. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu dengan perjanjian,wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

61. "Dan (aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; Inilah jalan Yang Lurus.


62. "Dan Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dengan akal yang insaf?. (Surah Yaasin: 60-62)


Allah juga mendedahkan diantara godaan syaitan itu tidak melaksanakan Islam seluruhnya, tetapi sebahagian sahaja daripada ajaran dan meninggalkan sebahagian yang lain. Firman Allah, maksudnya:

208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya;) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata. (Al Baqarah: 208).
Allah juga memberitahu bahawa syaitan mengugut dengan kemiskinan kalau melawannya, maksudnya:

268. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha luas limpah kurniaNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.) (Al Baqarah: 268).


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Al Ikram

Posted: 20 Sep 2012 09:39 AM PDT

Al Ikram


ORANG UMNO-APCO HINA ISLAM TAK APA ...

Posted: 20 Sep 2012 09:14 AM PDT

SUARAM & MASYARAKAT SIVIL DIBELASAH !

Posted: 19 Sep 2012 08:58 PM PDT

Senyum Tangis Sendu

Posted: 20 Sep 2012 09:25 AM PDT

Senyum Tangis Sendu


Lelaki Leka Berasmara dengan Keldai

Posted: 19 Sep 2012 03:54 PM PDT


TALLAHASSEE (Florida): Seorang pekerja ladang ditahan semalam selepas dia disyaki melakukan hubungan seks dengan keldai kerdil bernama Doodle.

Carlos Romero dikatakan leka berasmara dengan haiwan itu di sebuah bangsal yang menjadi tempat tinggalnya di Ocala.

Menurut sumber, pemilik ladang berkenaan ternampak Romero, 31, menanggalkan seluarnya dan berada di belakang keldai berusia 21 bulan itu.

Romero ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti seksual dengan haiwan.

Dia juga berdepan tuduhan melakukan kekejaman ke atas haiwan. Bagaimanapun, kata sumber, Romero menafikan menyetubuhi Doodle, sebaliknya mendakwa menunggu keldai itu "menjadi matang." "Romero cuma mengaku rasa seronok bulu haiwan itu menyentuh kulitnya dan dia menganggap Doodle merangsang nafsunya," katanya. Romero juga mendakwa, DNA dia berada dalam badan Doodle "secara tidak sengaja."

Sementara itu, media juga melaporkan, Romero berdiri di belakang Doodle dan melakukan onani apabila haiwan itu terangsang. Menurut sumber, Romero menggunakan jarinya untuk membersihkan kemaluan Doodle dan keldai itu akan terangsang akibat perbuatannya.

Katanya, Romero melakukan perbuatan itu lima atau enam kali sejak Doodle dibeli majikannya dua bulan lalu. Sumber berkata, Romero mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan kuda ketika dia berusia 18 tahun. "Dia tidak melakukan perbuatan sama ke atas Doodle kerana menganggap keldai berkenaan belum bersedia dan haiwan itu dalam proses menjadi matang," katanya. Dia ditahan di penjara daerah Marion sejak pada 17 September lalu. - TS

Fakulti Siyasah Syar'iyah

Posted: 20 Sep 2012 09:03 AM PDT

Fakulti Siyasah Syar'iyah


Mmmuuah, I Love You Ayyyam ...?

Posted: 19 Sep 2012 06:39 PM PDT

Mmmuuah, I Love You Ayyyam ...?
Even kita berbeza ...?

Pendapat peribadi hamba.

Posted: 20 Sep 2012 07:21 AM PDT

Pendapat peribadi hamba.


ISU AIR PERCUMA: KERAJAAN SELANGOR WAJIB BAYAR SAMAN DARI RAKYAT SELANGOR YG MENYAMAN MEREKA.

Posted: 19 Sep 2012 11:09 PM PDT

Pahang Daily Online

Posted: 20 Sep 2012 07:21 AM PDT

Pahang Daily Online


Air: Berita Yang Tak Mungkin Di Siarkan Oleh TV3

Posted: 19 Sep 2012 09:10 PM PDT


Survival: PM Najib Cuba Takutkan Orang Melayu

Posted: 19 Sep 2012 05:53 PM PDT

.

Posted: 20 Sep 2012 03:29 AM PDT

.


Setiausaha Politik Mustapa Mohamed Meninggal

Posted: 20 Sep 2012 02:58 AM PDT

KHABAR DUKACITA

Setiausaha Politik kepada  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mustapa Mohamed, Dr Azmi Setapa telah kembali ke Rahmatullah hari ini. Allahyarham ditemui dalam keadaan tidak bernafas di hotel penginapannya di Jalan Raja Laut awal pagi.

Allahyarham Azmi Seterpa.
Kematian Azmi itu disedari apabila beberapa panggilan telefon kawan-kawannya ke telefonnya tidak terjawab.

Menurut seorang rakannya yang membuat panggilan sekitar jam 2:00 hingga 4:20 pagi tidak terjawab menyebabkan tidak timbul keraguan dan meminta bilik hotelnya di buka.

Menurutnya setelah dibuka didapati Allahyarham sudah tiada ada lagi dalam keadaan kedua belah tangan berada di atas dada.

Kematian Allahyarham disyaki kerana serangan jantung.

Jenazah Azmi dibawa ke Hospital Kuala Lumpur lewat tengah tadi dan diterbangkan ke Kelantan dengan pesawat tentera untuk dikebumikan di sana kira-kira jam 3:00 petang.

Mustapa dan para pegawai MITI lain turut berada di bilik mayat HKL menunggu proses bedah siasat dijalankan, di antara Setiausaha Sulit Kanan Mustapa, Irwan yang juga kawan rapat Allahyarham menguruskan segala keperluan bagi memastikan urusan pembawaan pulang berjalan lancar.

Ramai rakan Allahyarham yang merupakan pemimpin politik Umno Kelantan datang untuk memberi penghormatan terakhir. Turut sama kelihatan Dr Wan Suhaimi Wan Daud Ketua Cabang PKR Pasir Mas, Sobree Shafeei dan lain-lain.
Jenazah dimasukkan ke dalam van untuk di bawa ke airport.

Mustapa yang ditemui melahirkan rasa terkejut atas kehilangan setiausaha politiknya itu. Ketika menjenguk jenazah Azmi sebaik dibawa keluar dari bilik pembedahan kelihatan Mustapa tidak dapat menahan rasa pilu dan dukacitanya, menitiskan air mata.

Dr Azmi merupakan setiausaha politik Mustapa yang rajin dan senantiasa berada dalam kawasan. Beliau selalu berulang alik dari Jeli ke Kuala Lumpur. Menurut Mustapa beliau berada di pejabatnya di MITI dua hari dalam seminggu dan selebihnya berada di Jeli.

Mustapa ikut sama pulang untuk menghadiri upacara pengkebumian jenazah Azmi di di Palekbang Tumpat di kampung halaman isteri Allahyarham. [wm.kl. 5:48 pm 20/09/12]

Mahathir Takutkan Hutangnya Dengan Anwar

Posted: 19 Sep 2012 09:11 AM PDT

SINTAK MALAM

 Mahathir I C Kandar Mohamad, terus mengulik dirinya sendiri dengan memberi keyakinan UBN akan menang dan tetap menguasai Putrajaya. Sudah semacam tidak 'berapa sara' bekas PM ini dalam mempengaruhi orang ramai supaya mengekalkan kerajaan UBN pimpinan Najib. Kerana keacapan itu kalau kita selami dalam-dalam jiwa Mahathir apa yang dilakukan memberi gambaran yang beliau dalam keketaran. Keyakinan yang UBN akan menang bukan untuk ahli Umno dan Najib sebenarnya untuk dirinya sendiri.

Dari segi psikologi apabila orang itu kerap bercakap mengenai sesutau topik, berulang-ulang ternyata dia obses dengan topik itu. Pemerhatian dan prihatin itu ada dua kemungkinan, sama ada dia seronok atau bimbang dengan apa yang dicapkkan itu. Dalam hal ini saya menyuluh Mahathir takut dengan apa yang bakal terjadi kelak.

Mahathir: Aku masih berkuasa?
Hari ini dia mengulangi sekali lagi pernyuataan untuk menyakinkan dirinya. Dia kata UBN akan menang dan satu-satu parti yang mampu untuk mentadbir. Dalam masa sama beliau terus memperkecilkan pembangkang. Isu yang dibawa kali ini katanya, Karpal Singh akan bergaduh dengan Nik Aziz dalam isu hudud.

Sinisnya, Nik Aziz kata potong tangan, Karpal Singh kata jangan. Bila berlaku begitu katanya maka pembangkang akan kelam kabut dan parlimen akan dipenuhi dengan hujah-hujah begitu, mengenai hudud.

Wah begitu sekali Mahathir menghina dan merendah daya fikir dan muslihat politik Karpal Singh dan Nik Aziz. Dia fikir hanya dia saja yang bijak dan orang lain semuanya haprak.

Mahathir masih belum sedar-sedar lagi dan terus masih tidak berpijak di bumi nyata. Atau dia sedar akan kebijaksanaan pembangkang tetapi sengaja diremeh-remehkan untuk menyedapkan hatinya sendiri.

Saya yakin Mahathir sedar malaikat yang beliau tidak kenali yang ditugas untuk memacung leher UBN sudah kian mara ke arahnya. Makanya kerana beliau terlalu ketakutan dan sudah tidak ada obat untuk menenangkan jiwanya maka beliau terpaksa mengeluarkan pandangan dan kritikan yang merendahkan martabatnya sebagai negarawan seperti mana diangkat dan dinobatkan oleh media massa PB.

Sejujurnya dia yang bimbang dan cemas kalau BN kalah bukan orang Melayu. Ia bukan juga para pemimpin Umno, tetapi dirinya sendiri. Mahathir ada sebab kenapa dia perlu mempertahankan agar UBN menang. Kemenangan UBN bukan untuk membela rakyat tetapi melindungi dirinya. Mahathir reti dan faham kalau UBN tidak lagi menjadi penguasaan kedudukannya, penguasaannya ke atas kekayaan yang dihimpun sejak 22 tahun lalu akan hilang.

Peluang untuk beliau megumpul dan mencipta kekayaan bersama keluarganya dan waris politiknya Mukhriz juga akan terlepas. Itu masih lagi boleh ditelan, tetapi apa yang menakutkan ialah kalau kerajaan baru akan bertindak ke atasnya, membuka fail siasatan dan mengutip segala bentuk jenayah yang disorot selama 22 tahun lalu. Apakah di zaman Najib saja ada skandal manakala di zaman Mahathir bersih dan putih? Oh la la...

Sebagai seorang mungkin melakukan jenayah Mahathir tahu akan segala rekod jenayah yang dibuatnya kalau ada. Mungkin bahan bukti beliau sembunyi dan hilangkan, tetapi beliau sedar masih ada saksi hidup yang bila-bila masa sedia tampil ke mahkamah untuk menceritakan segalanya. Inilah yang Mahathir takut menyebabkan dia akan menggunakan apa saja helah, ikhtiar dengan apa saja untuk memastikan Pakatan rakyat tidak menang.

Boleh jadi Mahathir percaya kepada kata-kata Anwar yang telah memaafkannya, untuk tidak mendakwa atas setiap jenis jenayah yang mungkin Mahathir lakukan. Tetapi Mahathir tidak percaya rakyat yang membenci dan kecewa dengannya selama ini berdiam diri. Mereka (rakyat) akan menuntut kerajaan agar mengheretnya ke mahkamah. Ini menyebabkan Mahathir jadi 'terkaba' waktu tidur.

Mahathit tahu ketika itu Anwar tidak akan boleh berbuat apa-apa untuk tidak melaksanakan kehendak rakyat. Adalah bahaya kalau Anwar mengambil sikap 'waafu hu rahim', ke atas Mahathir kerana kalau pendirian itu diambil Anwar pula akan dimurkai rakyat. Jadi hendak tidak hendak Anwar akan merestui tindakan ke atas Mahathir.

Anwar pun selalu berkata, saya sudah maafkan Mahathir atas segala dosa beliau kepada saya, tetapi saya tidak boleh menghalang rakyat untuk bertindak ke atasnya. Jadi saya akan serahkan kepada rakyat.

Ha... inilah yang Mahathir takut menyebabkan dia tidak memanjangkan tidurnya untuk mencari helah dan muslihat bagi memastikan UBN menang. Adalah berbaloi kalau beliau tetap berusaha dan mencari ikhitiar itu kerana demi menyelamatkan nyawa dan kehidupan keluarganya.

Di sini saya tengok kehidupan Mahathir terseksa dibandingkan dengan Abdullah Badawi. Benar Pak Lah tidak seorang perdana menteri hebat, tetapi hari ini jiwa dan hati Pak Lah tenang. Pak Lah tidak jadi seresah dan serisau Mahathir yang masih berhutang dengan rakyat dan Anwar.

Tidak tergamak untuk saya katakan, mungkin Mahathgir suka kalau beliau diambil Tuhan sebelum kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk. Maaflah Dir agar kasar sikit... Mat Maslan sudah lama tidur bermimpikan berendur dengan puteri kayangan selepas malam semalam dia bermimpi ditebuh lembu laki Sharizat. [wm.kl.11:54 pm 19/09/12] 

Tabik Dua Belah Tangan Untuk Hashim Jasin

Posted: 19 Sep 2012 04:29 AM PDT

Saya tabik dua belah tangan kepada Pesuruhjaya Pas Perlis Ustaz Hashim Jasin yang membuat pengakuan tidak lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang. Pendirian itu dibuat dalam interviu dengan pengarang Harakahdialy Zulkefli Sulong. Saya terharu dan merasa bangga dengan sikap dan pendirian beliau itu. Apa lagi mengharukan walaupun tidak menjadi calon namun sebagai Pesuruhjaya kata beliau sudah dan sedang berusaha membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti.

Hashim Jasin: Umum tak tanding.

Bagi saya pernyataan itu satu keikhlasan tinggi dari seorang tok guru dan juga ketua kepada sebuah parti Islam. Umum tahu beliau adalah pemimpin disegani kawan dan lawan di Perlis. Kedudukan atau pun martabatnya dalam parti sama tinggi dengan timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din. 

Kedudukan itu menyebabkan usahkan untuk pilihan raya ini, kalau ada 10 kali pilihan raya pun beliau wajar bertanding, kerana Hashim adalah tokoh yang tidak ada tolak bandingnya di Perlis.

Beliau pernah kalah dan pernah menang sebagai wakil rakyat. Menghadapi zaman pasang surut Pas namun tidak pernah mengalah dan lemah dengan cabaran.  Ertinya beliau merasai bagaimana enak dan tidaknya selaku orang politik. Apabila tidak 'temooh' dengan kedudukan itu jelas beliau seorang ikhlas dan tahu membaca perjalanan hidup.

Dalam pilihan raya lalu beliau menang kerusi Dun Sanglang dan dengan reputasi yang ada hari ini sekiranya beliau terus menjadi calon di situ beliau mampu mempertahankan kerusi berkenaan. Apa yang benar-benar mengharukan perasaan saya ialah, Hashim rela berkorban untuk tidak ditandingkan walhal kalau Pas berjkaya menawan Perlis dialah bakal MB.

Tindakan beliau itu wajar diikuti oleh semua khususnya mana-mana wakil rakyat yang kini masih berhajat dan berdoa untuk dicalaonkan lagi walaupun sudah dua atau tiga penggal bertanding dan sudah kehabisan 'reng'.

Mungkin bagi mana-mana wakil rakyat mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri masih relvan, kalau diberi laluan bertanding kerana ia boleh membantu kemenangan parti. Tetapi kalau bertanding sekadar hendak melepaskan hutang atau pun kerana tidak bersedia memberi laluan kepada rakan lain sesuatu tidakan yang buruk. Jelas sikap dan pendirian itu sebagai tomak.

Saya percaya apa dilakukan Hashim Jasin itu sebagai model atau contoh yang perlu diambil oleh mana-mana wakil rakyat lain. Tindakan itu merupakan masej jelas kepada yang masih terus berangan untuk digelar YB. Cara beliau itu juga satu pendidikan atau tarbiyah yang cukup indah sekali.
Hendaknya selepas ini akan ada pula kenyataan sama dibuat oleh mana-mana wakil rakyat atau pun tokoh yang kini sakit, sering berulang alik ke hospital ataupun yang penyakit kroniknya sudah dikenali membuat kenyataan dan pendirian sama.

Alasan bahawa kesihatannya sudah pulih tidak patut dijadikan modal untuk membolehkan diri dicalon lagi.

Jangan sesekali menjadikan penyakit dan keuzuran untuk menangih simpati agar rakyat terus mencalonkan kita. Ada lagi kalau kita membayar rakyat sesen dua untuk pergi melobi kita kononnya kita masih diingini dan mampu memikul tanggungjawab. Itu juga dipanggil politik wang atau hakikatnya rasuah. Saya mengira tidak ada mana-mana wakil rakyat atau tokoh Pas yang ingin bertanding melakukan rasuah atau politik pitis.

Sekali lagi diseru mana-mana wakil rakyat yang uzur dan penyakitnya sudah dikenal pasti berundurlah secara terhormat. Jangan nanti dipaksa berundur baru hendak berbuat demikian ia sesuatu yang tidak manis. Kalau kita sudah tahu kudrat dan keupayaan kita elok kita mengaku dan tidak menjadi munafik kepada diri sendiri.

Biarlah kita meninggalkan rekod perkhidmatan dengan cara terbaik bukannya kita diundurkan dengan cara paksaan. Kalau kita berhenti dalam kemenangan kita akan disanjung, tetapi kalau kita berhenti kerana kekalahan, segala rekod perkhimdatan baik selama ini akan terpadam. Yahooooo... [wm.kl.7:13 pm 19/09/12]

Era Pasca

Posted: 20 Sep 2012 03:27 AM PDT

Era Pasca


PENIPUAN KUOTA HAJI PECAH

Posted: 20 Sep 2012 12:55 AM PDT

#TumbangBN
PENIPUAN KUOTA HAJI PECAH... BUKAN MALAYSIA SAJA DITOLAK BAHKAN 40 NEGARA LAIN PUN SAMA.....

Kerajaan Arab Saudi memohon maaf kerana telah menolak permintaan 40 negara termasuk Malaysia untuk menambah kuota haji mereka tahun ini... ianya berikutan projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah menurut laporan akhbar-akhbar tempatan di negara tersebut hari ini.

Selama hari ini kita semua ditipu hidup-hidup oleh Pemimpin Umno yang kononya Perhimpunan Bersih 3.0 menjadi punca Kerajaan Arab Saudi marah dan INGIN MENGURANGKAN kuota haji tapi kenyataan hari ini membuktikan tiada kouta dikurangkan cuma cuma kouta tambahan jer yang tak diberi bukan saje yang di mohon oleh Malaysia tetapi 40 negara.

P/S : 40 negara tu tak terlibat dengan bersih 3.0 pun....kahkahkahkahkah...dulu, kini dan selamanya PEMBOHONG....kalau tak menipu bukan AMENO namanya...kuikuikui

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

TERKINI ! UMNO Halau Melayu dari kediaman mereka!

Posted: 19 Sep 2012 09:52 PM PDT

#tumbangBN

Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu.
Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.

Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka.

Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato' Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu.

Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh penduduk (waris) pemilik asal, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka.

Bahkan sehingga kini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut juga masih belum memutuskan waris sebenar harta pusaka tersebut. Majlis Agama Islam (MAINPP) juga telah membuat laporan polis pada 3 Mac 2011 agar pihak berkuasa menyiasat kes tersebut, kerana dipercayai wujudnya salah laku dan penipuan oleh pihak tertentu.

Ini kerana sebahagian penjualan tanah terbabit dibuat TANPA kebenaran dan persetujuan Baitulmal sebagai pihak yang ada kepentingan ke atas tanah terbabit berdasarkan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Besar Pulau Pinang bertarikh 8 Mei 1996.

Lanjutan laporan polis oleh MAINPP, pihak polis telah membuat 'kaveat pendaftar' pada 4 Mac 2011 terhadap tanah-tanah berkenaan.

Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis. Sebagai bekas Penceramah Khas Islam Hadhari, Dato' Ab. Wahab perlu menyelesaikan masalah ini secara jujur dan ikhlas.

Beliau seharusnya bertindak seperti mana tuntutan Islam, dan bukannya dengan bertindak mengusir penduduk.

Beliau sewajarnya menunaikan janjinya semasa perjumpaan dengan saya sebanyak dua kali sebelum ini.

Tindakan beliau menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk sepertimana yang berlaku pada 18 September 2012 lalu, tidak mencerminkan semangat ukhwah sesama Melayu Islam.

Lebih mengecewakan, apabila beliau menggunakan kumpulan daripada Umno untuk mengusir penduduk.

Pada pagi semalam saya telah bergegas ke kampung tersebut setelah penduduk kampung memaklumkan rombongan pihak berkuasa telah tiba untuk mengusir mereka.

Apa yang menghairankan, Bailif Mahkamah Seksyen George Town hadir bersama-sama sekumpulan seramai kira-kira 30 orang yang memakai T'shirt putih yang dikaburkan logo Umno dan perkataannya.

Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail yang cuba berlagak sebagai hero dengan lagak ala samseng.

Suasana agak tegang ketika itu, apabila pihak berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga yang mendiami di sana.
Sebahagian barangan penduduk telah dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan. Ia hanya terhenti kira-kira jam 1.00 tengah hari apabila penduduk mendapat perintah 'injuksi' mahkamah sehingga 1 Oktober 2012.
Saya percaya kekecohan yang berlaku dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan persepsi negatif dan ketidakpuasan hati rakyat Batu Maung kepada saya dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Media kroni Umno/BN pastinya akan menyiarkan dari sudut negatif, tanpa melaporkan hal sebenar. Itu bertujuan bagi menutup tembelang pemimpin Umno/BN selama ini yang berlagak sebagai pembela Melayu, pembela rakyat kononnya.

Pemimpin Umno masih terkedu apabila kerajaan negeri mendedahkan tindakan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar menjadi 'broker' menjual tanah milik 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, kepada pemaju dengan mengaut keuntungan atas angin berjumlah RM 5 juta dalam tempoh 3 bulan pada tahun ini.

Pendedahan demi pendedahan oleh Kerajaan negeri , menyerlahkan wajah sebenar dan membuktikan pemimpin Umno/BN telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang.

Apa yang jelas, pemimpin Umno/BN cuba melakonkan watak kononnya merekalah pembela rakyat pembela Melayu di atas masalah yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri. Rakyat menilai semua ini.

YB Dato' Abdul Malik Kassim, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang

P/S : PEJUANG MELAYU YG HIPOKRIT.....JANGAN MAIN WAYANGLAH UMNO OIII....HANGPA TU BUKANNYA BIJAK SANGAT PUN.....KAHKAHKAHAKAHKAHKAHKAH

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Chua Soi Lek dapat komisen 200 000 geram Melayu!! HIDOP MELAYAU!!!

Posted: 19 Sep 2012 06:21 PM PDT

#tumbangBN
Pada 16 September 2012, mengambil semangat Hari Malaysia, cheGuBard dengan di iringi teman - teman telah membuat satu laporan SPRM mengenai satu dokumen yang hantar di kediaman di N.Tebal, Pulau Pinang.

Satu sampul surat tidak bertanda telah dihantar dengan ditinggalkan di peti surat. Setelah diteliti sampul surat itu mengandungi dokumen sebanyak 25 helai dokumen yang berkaitan dengan Persatuan Bekas Polis Malaysia. Merujuk seperti mana yang telah diumumkan dalam sidang media sebelum laporan SPRM dibuat. Antara dokumen tersebut ialah ;

Surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM 500,000.

Surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada kementerian kewangan bertarikh 6 April 2012

2 minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama Datuk Seri Chua Soi Lek di mana pada tarikh 19 November 2011 telah berlaku pertemuan dimana persatuan mohon bantuan untuk dapatkan sumbangan dari Jabatan Perdana Menteri.

Dalam minit mesyuarat yang sama juga merakamkan yang membantu mendapatkan geran bantuan dari Perdana Menteri tetapi diputuskan pembayaran 'komisyen' sebanyak 40% dari apa yang perolehi harus dibayar ke sebuah syarikat yang ditetapkan.

Dilampirkan juga penyata kira – kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.

Peruntukan geran bantuan kebajikan juga sudah terlibat 'komisyen' yang sangat tinggi. Berapa banyak wang rakyat hangus kerana membayar komisyen ini.

Persoalanya :

Anggota keselamatan sendiri harus buka mata bagaimana persatuan yang harus menjaga kamu selepas pencen pun terlibat dalam komisyen dalam mendapatkan wang bantuan kebajikan ?

Adakah atau apakah kaitan pemimpin tertinggi Bn yang disebut dalam minit mesyuarat yang ditemui untuk meminta bantuan dapatkan dana geran kebajikan dengan syarikat yang dikenali sebagai pengantara itu ?

Jabatan Perdana menteri harus keluar dengan penjelasan mengenai perkara ini ? Adakah ini amalan biasa untuk mendapatkan dana politik di peringkat tertentu ?

Che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

P/S : Orang atas dipanggil komisen....x salah tapi orang bawah dipanggil RASUAH....salah......BolehLand APTB....

Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga. 

Kelab Greenboc

Posted: 20 Sep 2012 02:17 AM PDT

Kelab Greenboc


Sakit Dada Tapi Kena Lucut Seluar

Posted: 20 Sep 2012 02:01 AM PDT


Dungun - Seorang petugas lelaki di sebuah syarikat swasta mendakwa dicabul oleh seorang pembantu perubatan ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Dungun, semalam. Gambar fail.

Dalam kejadian kira-kira 4.45 petang, mangsa yang berusia 24 tahun itu pergi ke klinik berkenaan bagi mendapatkan rawatan setelah mengalami sakit di bahagian dada sebelum seorang pembantu perubatan lelaki tampil memeriksa dan member rawatan.

Difahamkan pembantu perubatan yang menyamar sebagai doktor klinik itu memeriksa dada pesakit hingga ke bawah sebelum menyuruh si mangsa membuka seluar dan kemudian mencabulnya.

Mangsa yang terkejut dengan tindakan itu terus menampar muka pembantu perubatan yang berusia 20-an itu sebelum menyarungkan kembali seluarnya dan melarikan diri untuk membuat laporan polis.

Namun begitu, bimbang rahsianya terbongkar, suspek sempat memberi sebuah telefon jenama Blackberry kepada mangsa supaya tidak membongkar rahsia itu.

Mangsa kemudiannya mengambil telefon tersebut dan membuat laporan polis kira-kira pukul 9.15 malam di Balai Polis Dungun.

[ISU KUOTA HAJI] Kebenaran Terserlah, Menteri Agama, Jamil Khir Pendusta

Posted: 20 Sep 2012 01:12 AM PDT


Arab Saudi tolak permohonan tambah kuota haji

Arab Saudi menolak permintaan 40 negara untuk menambah kuota haji mereka tahun ini kerana projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah, lapor akhbar-akhbar tempatan di negara itu hari ini.

"Kementerian memohon maaf kepada semua negara yang telah memohon untuk menambah bilangan jemaah mereka tahun ini (kerana) projek-projek besar pembangunan di Mekah dan Madinah yang menjadikannya sukar untuk menampung jumlah yang lebih ramai," kata Menteri Haji Bandar al-Hajjar, lapor AFP.

Setiap negara Islam diberi kuota haji sebanyak 1,000 jemaah bagi setiap sejuta.

Sistem kuota dikenakan selepas tindakan polis Arab Saudi untuk menghalang demonstrasi jemaah Iran mengadakan bantahan anti-Amerika dan anti-Israel pada tahun 1987, mencetuskan pertempuran di mana 402 orang terkorban, termasuk 275 rakyat Iran.

Tahun lepas, hampir tiga juta jemaah Islam mengerjakan haji yang merupakan satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia.

Sebelum ini kerajaan Malaysia dilapor berusaha mendapatkan kuota tambahan untuk 10,000 jemaah, sekali gus mengurangkan jumlah yang keciciran pada tahun ini.

Kerajaan sebelum ini mengaitkan pengurangan kuota haji dengan demonstrasi BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lalu.

Ulasan GB

Akhirnya kebenaran terserlah!

Kuota haji disekat TETAPI ia melibatkan 40 negara dan kerana projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah, bukan kerana BERSIH.

GB dah kata dulu. GB tulis di sini: Kuota Haji Akan Disekat? Menteri-menteri UMNO Malaysia Memang Pendusta

Jamil Khir, Anifah Aman dan Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab kerana berdusta. Cuba memburukkan BERSIH tetapi akhirnya pendustaan itu tidak menjadi.

Menteri-menteri tersebut berbohong semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat dengan mempermainkan kuota haji melalui fitnah terhadap BERSIH dan kerajaan Arab Saudi, kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat kuota haji tahun ini.

Ketiga-tiga menteri itu lansung tidak takut dosa. Tak takut Tuhan dan tak takut lidahnya dikerat kerana berbohong dan berdusta.

Tidak mengapa, kita serahkan mereka kepada Allah swt untuk membalas segala perbuatan hina mereka itu.

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

[VIDEO] Sekumpulan Anak Gadis Bertudung Mempersendakan Zikir

Posted: 19 Sep 2012 10:30 PM PDT

Kelihatan dua orang anak gadis mengalunkan zikir "Hasbi Rabbi" dengan cara tidak sopan.

Klip video berikut memaparkan sekumpulan anak gadis dilihat sedang mempersembahkan diikir barat tetapi dengan lirik "Hasbi Rabbi".

Apa yang mendukacitakan ialah di dalam rakaman tersebut kelihatan dua orang anak gadis bersama rakan-rakannya yang lain seolah-olah mempersendakan zikir dengan cara gelak ketawa disamping menunjukkan sikap yang tidak wajar apabila menyebutkan kalimah-kalimah zikir berkenaan.

Sila tonton video di bawah ini:





Wajah Mangsa Dan Suspek Kejadian Pengawal Keselamatan Tembak Rakan

Posted: 19 Sep 2012 08:21 PM PDT

[Kiri]: Mangsa Hasnol Hafiz Saad, 28
[Kanan]: Suspek Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25


Di dalam kejadian kelmarin yang berlaku pada pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di Taiping, Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.

Sementara suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar Taiping dimana suspek dikatakan memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat.

Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.

"Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.

Sebaik saja berita berkenaan disiarkan di blog ini semalam, seorang pembaca telah mengirimkan alamat facebook kedua-dua mangsa dan suspek dan gambar-gambar wajah kedua-dua yang terlibat dapat GB perolehi daripada facebook masing-masing.

Kepada keluarga Allahyarham Hasnol Hafiz Saad, kita rakamkan ucapan takziah dan semuga tenang menerima dugaan Allah.

GB yakin sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga akhirnya.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





Pengerusi & Timb Pengerusi SPR Perlu Letak Jawatan Segera Atau Mahu Masuk Penjara?

Posted: 19 Sep 2012 05:12 PM PDT


Pengundi luar negara desak bos SPR undur

Tidak puas hati dengan kelewatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan warganegara Malaysia di luar negara mengundi pos, kumpulan pendesak MyOverseasVote (MOV) mendesak dua pemimpin utama badan itu meletakkan jawatan.

MOV yang ditubuhkan bagi melobi hak mengundi mereka mendakwa pengerusi SPR Atan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar menipu rakyat Malaysia di negara asing.

SPR juga menghina syor yang dibuat oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya, yang diluluskan Dewan Rakyat, kata MOV dalam kenyataannya semalam.

MOV merujuk kepada kenyataan Abdul Aziz Jumaat lalu bahawa Pejabat Peguam Negara masih mengkaji sama ada pindaan Akta Pilihan Raya diperlukan bagi membolehkan pengundian pos kumpulan itu.

Sementara itu, MOV juga membariskan kronologi peristiwa yang didakwa menggambarkan SPR tiada hasrat untuk memberikan hak pengundian pos kepada mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Ulasan GB

Seperti biasa, kedua-dua mangkuk ini akan memekakkan telinganya, TETAPI kita ingin memberi amaran bahawa hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya.

Mereka boleh menipu rakyat Malaysia, tetapi mereka tidak boleh menipu kebenaran apatahlagi Tuhan.

Mengikut pemerhatian GB, berdasarkan kepada tindakan-tindakan kedua-dua penjawat awam ini yang melakukan kerja secara tidak adil dan senget sebelah, mereka akan tetap ke penjara bersama-sama mereka yang curang di dalam perkhidmatan mereka, di satu hari nanti.

GB dan sekalian rakyat yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan akan tetap berdoa semuga ianya menjadi kenyataan FULLSTOP

[BONGKAR] Skandal Noh Omar.. Memiliki Kekayaan Luar Biasa Bhgn 1

Posted: 19 Sep 2012 07:42 AM PDT

Maklumat yang akan didedahkan di bawah ini adalah bersumberkan dari para pegawai Kementerian Pertanian (MOA) dan Kementerian Kewangan (MOF) yang sudah tidak tertanggung lagi untuk menutup kepincangan yang dilakukan oleh Menteri Pertanian Datuk Noh Omar berhubung isu 'benih'...

Oleh Warga MOA

(Melibatkan– Noh Omar Menteri MOA, Dato' Hashim KSU MOA dan Datin Naimah Pengarah IPB (Industri Padi Beras)

Menteri Pertanian, Noh Omar telah menyalahgunakan kuasa bagi tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Lihat surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 20 Julai 2012 mengenai perkara ini.

Telah disahkan pihak MOF oleh Dato Fauziah Yaacob, Bahagian Perolehan Kerajaan (para 2) bahawa proses penilaian teknikal dan perakuan tender tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam dokumen tender dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip tender (terdapat 3 kriteria yang dinyatakan).

MOF pada para 3 menyatakan disebabkan keperluan benih yang mendesak serta faktor kesegeraan bagi musim penanaman semasa, maka MOF bersetuju dengan anggaran kos RM164.8juta. MOF pun kena tipu dengan Noh Omar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (Amalan biasa MOA selama ini). Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak.

Noh Omar takut mengenai kedudukannya sebagai menteri MOA jika berlaku pilihanraya awal, sebab itu beliau dengan tergesa-gesa mengarahkan agar tender ini dibuat dengan kadar segera. Tender telah dikeluarkan pada 29 Mac 2012, walaupun kontrak tamat pada 31 Disember 2012. Tidak pernah berlaku dalam sejarah MOA, benih padi dibuat secara tender tergesa-gesa.

Tender dibuat dalam 2 kategori, iaitu 20,000 tan dan 8,000 tan. Untuk 20,000tan, telah diatur awal khas untuk Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd dan Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. (Semua pengusaha-pengusaha benih padi tahu hal ini).

Walaubagaimanapun, Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. mendapat tambahan 2,000tan lagi daripada kuota 8,000tan, menjadikan jumlah keseluruhan 22,000tan.

Noh Omar mengarahkan kontrak ini dibuat untuk tempoh 3 tahun yang tidak pernah dibuat oleh MOA sebelum ini (rujuk keratan akhbar mengenai tender), walaubagaimanapun MOF hanya meluluskan untuk 2 tahun sahaja (amalan biasa).

Syarikat Seri Merbok, dipengerusikan oleh Dato Rais (kroni Noh Omar), bekas EXCO Negeri Sembilan, yang digugurkan daripada menjadi wakil rakyat kerana isu rasuah. Sri Merbok juga mempunyai rekod yang buruk. Petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi) , penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh. Sewaktu lawatan YAB Perdana Menteri ke Perlis pada awal tahun 2012, YAB Perdana Menteri terpaksa meluluskan RM4juta tambahan kepada petani di Kedah dan Perlis untuk menyelesaikan masalah padi angin.

Pada Tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok.

Satu lagi syarikat kroni Noh Omar adalah Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid yang tidak melepasi syarat yang ditetapkan dalam tender. Syarikat ini hanya mempunyai loji benih berkapasiti 8,000tan sahaja (tidak memenuhi syarat tender 20,000 tan). Walaubagaimanapun dengan kuasa Noh Omar, syarikat ini berjaya menyewa loji MADA di Sungai Burung yang mempunyai kapasiti 4,000tan. Secara teknikal ia masih gagal memenuhi syarat 20,000 tan.

Loji MADA di Sungai Burung disewa dengan kadar RM5,000 sebulan sahaja berbanding dengan loji MADA di Ajil, Terengganu berkapasiti 1,250 tan juga disewa dengan RM5,000 sebulan (syarikat lain yang bukan kroni). Noh Omar telah menggunakan kuasa bagi mengarah MADA menetapkan kadar kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid hanya RM5,000 sebulan.

Agensi Kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini. Noh Omar telah memberikan kuota kedua-dua agensi ini pada musim lepas kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid dan Syarikat Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. (kroni Noh Omar)

TKSU MOA, Dato Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah IPB (Industri Padi Beras) telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama datuk Hashim KSU MOA. Dato Baharum Jani tidak mahu bersetongkol dengan Noh Omar berhubung perkara ini. Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (dibawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD.

Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000tan. Noh Omar dan konco-konconya menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd - 22.000tan, Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000tan). Jika berlaku apa-apa kepada syarikat-syarikat ini, maka akan berlaku krisis makanan yang serius kepada negara. Noh Omar dijangka mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini.

KEKAYAAN LUAR BIASA NOH OMAR

Noh Omar hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah. Pegawai-pegawai beliau seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah kaya raya. Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan tour mengelilingi Eropah (tiket MAS first class). Pegawai Khas beliau, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu. Tidak ketinggalan juga Bodyguard dan pemandu Noh Omar yang juga hidup mewah dan kaya raya. Begitu juga 10 pegawai-pegawai khas beliau yang lain.

Adalah menjadi harapan kami, warga MOA agar MOF menubuhkan pasukan khas bagi meneliti semula kontrak ini.

Kami pegawai-pegawai MOA, merayu agar YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan MEMBATALKAN segera kontrak ini demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Kami juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai skandal terbesar ini.

Ini adalah satu skandal yang amat serius. Yang menjadi mangsa adalah petani yang miskin. Yang menjadi kaya raya hidup mewah sombong dan bongkak adalah Noh Omar. Noh Omar adalah Menteri Pertanian yang paling korup dalam sejarah Kementerian Pertanian. Beliau umpama lintah darat. Hidup mewah atas keringat dan titik peluh petani yang miskin. Cakap tak serupa bikin. Menuduh orang lain korup, tetapi dialah BAPA KORUP !!!!

Kami warga MOA sekali lagi amat mengharap YAB Perdana Menteri mengambil tindakan tegas kepada Menteri kami yang amat korup ini.

Menteri sekor nie memang banyak masalah, jenis syaitan yang Mahathir dok kata, Kalau jadi MB Selangor mengalahkan Mike Tyson dan Khir Toyo. -kedah.kini

Ulasan GB

Dah terbarai dah. Hanya baru semalam GB ulas mengenai Noh Omar yang GB kira berpura-pura mengamuik di dalam isu burung walit di SINI. Petikan:

GB lihat macam buat-buat mengamuk supaya kelihatan jantan macho gitu...
sebab banyk sangat skandal Noh Omar ni.. kalau tak tunjukkan jantan macho,
takut terbarai semua... :)



Banduan Lepaskan Diri Dari Kereta Polis Ditangkap Semula

Posted: 19 Sep 2012 04:54 AM PDT

KUANTAN – Seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas dan merempuh belakang sebuah lori.

Kejadian pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid di sini itu menyebabkan tiga anggota polis cedera parah manakala banduan itu pula berjaya melarikan diri.

Anggota polis yang cedera ialah pemandu kereta polis, Konstabel Filyx Lansaver Jinol, 25, Koperal Zulhairi Ramli, 24, dan Koperal Abd. Rashid Ahmad, 51.

Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusuff berkata, ketika kejadian, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953.

Mereka bertolak dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor di sini.

"Sampai di tempat kejadian banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta polis hilang kawalan. Kereta itu terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan.

"Selepas kejadian itu, banduan terbabit bertindak melarikan diri dengan tangan bergari menuju ke kawasan hutan berhampiran taman berkenaan," kata beliau kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, seorang saksi yang berada di tempat kejadian cuba mengejar banduan terbabit dan menyuruh banduan itu menyerah diri namun dia tidak mengendahkan arahan itu dan terus menghilangkan diri.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan, Mohd. Zamri Abdul Kadir, 22, yang sedang menggantikan tayar sebelah kiri lorinya yang pancit di situ turut mengalami kecederaan di betis kiri akibat rempuhan kereta polis yang membawa banduan itu.

"Polis kini membuat sekatan jalan di sempadan daerah Kemaman, Maran, Temerloh dan Pekan bagi memburu banduan terbabit," kata beliau.

Polis pada pukul 10.25 malam tadi berjaya memberkas semula banduan itu ketika penjenayah terbabit pergi ke rumah penduduk di Taman Dato Rashid untuk meminta air dengan tangan masih bergari.

Banduan yang berasal dari Terengganu itu dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu berkuat kuasa pada 28 Jun lepas.


Polis: Banduan yang melarikan diri ditahan semula

KUANTAN - Seorang banduan yang melarikan diri daripada kawalan polis selepas kereta yang dinaiki terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam, berjaya ditahan semula di Taman Dato Rashid, di sini malam tadi.

Banduan berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 10.25 malam apabila dia keluar dari tempat persembunyiannya dan meminta air di sebuah rumah penduduk di taman itu.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata banduan terbabit juga minta dibukakan gari namun penduduk kampung segera memaklumkannya kepada polis.

"Banduan itu tidak cedera, hanya sedikit calar di muka kesan daripada kemalangan itu dan dia cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas polis," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata banduan terbabit dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan sebelum dihantar ke Penjara Penor hari ini.

Semalam, tiga anggota polis parah selepas kereta polis yang membawa banduan itu hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu jalan dekat Taman Dato Rashid di sini.

Dalam kejadian 11.45 pagi itu, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan di bawah Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953 dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor, di sini.

Banduan yang dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan itu dikatakan bertindak agresif dengan menendang kerusi pemandu kereta polis itu menyebabkan ia hilang kawalan.
- Bernama







Blog-list Malaysia

Posted: 20 Sep 2012 02:12 AM PDT

Blog-list Malaysia


Bimbang Pemuda Umno Kena Sawan Babi.. Khairy Putuskan Demo Berasingan..

Posted: 19 Sep 2012 09:17 PM PDT

Hasrat Pemuda Umno dan PAS bergabung untuk himpunan mengutuk filem Innocence of Muslims tidak menjadi kenyataan apabila kedua-dua pihak memutuskan membuat penganjuran berasingan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata walaupun hasrat awal beliau dan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan untuk bergabung, tetapi atas sebab "keselamatan dan bimbang insiden yang tidak diingini berlaku" kedua-dua pihak memutuskan mengadakannya secara berasingan.



Bagaimanapun, kata Khairy, kedua-dua kumpulan itu mempunyai niat dan hasrat yang sama untuk mengecam filem yang kontroversi itu.

Pemuda Umno akan mengadakan perhimpunan di Majis Jamek Kg Baru, manakala Pemuda PAS akan berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat.

"Selepas berbincang panjang lebar, kami bersolidariti, kita sokong himpunan mereka dan beliau (Nasrudin) sokong apa yang kita buat," kata Khairy dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Nasrudin semalam menjelaskan melalui Twitter kepada Malaysiakini, "hak orang lain anjur kita tak ganggu".

"Pemuda PAS sudah bergerak ke seluruh negara dalam isu ini dan akan sambung kemuncaknya di kedutaan AS," katanya.

Pemuda Umno Yang Sememangnya Semseng Dan Bodoh..

Posted: 19 Sep 2012 07:36 PM PDT

Kononnya dengan menghitamkan logo pada 'T' Shirt yang dipakai mereka, mereka berjaya mengaburi mata orang ramai bahawa mereka bukanlah pemuda UMNO.


Selain dari sifat bodoh yang sedia ada, kurang berhati-hati membuatkan terserlah jua siapa mereka yang digunakan untuk mengusir penduduk di Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.






Selain dari itu kehadiran seramai kira-kira 30 orang samseng itu turut disertai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismailjuga membuktikan bahawa mereka adalah samseng upahan UMNO.



Penduduk telah diusir oleh bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor yang memiliki tanah tersebut melalui transaksi yang meragukan.

Malah laporan Polis juga telah dibuat oleh pihak waris pemilik asal tersebut, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka...

Kesimpulannya disini ialah pemimpin UMNO yang telah memiliki tanah ini melalui transaksi yang meragukan telah menggunakan sekumpulan pemuda UMNO yang berlagak samseng untuk menghalau penduduk..

Dan samseng dari Parti yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu ini telah menghalau keluar orang-orang Melayu yang tinggal di situ.

Sebenarnya ini adalah antara ribuan ekar tanah Melayu yang dipindah milik menjadi milik pemimpin UMNO atau ahli UMNO tanpa disedari mereka.. Ada banyak lagi sebenarnya..

*******************************************

ISU TANAH BATU MAUNG : PEMIMPIN UMNO/BN JANGAN MAIN WAYANG

Selaku wakil rakyat Batu Maung saya bertegas mempertahankan hak rakyat di kawasan saya, lebih-lebih lagi setelah mendapati terdapat unsur penipuan yang memungkinkan mereka dianiaya dan dizalimi oleh pihak-pihak tertentu.



Justeru, mana mungkin saya akan merelakan mereka diusir daripada kediaman yang dibina di atas tanah pusaka keluarga sejak berpuluh tahun lalu.

Selagi keraguan transaksi penjualan tanah Lot 781 dan Lot 776, GM 497 Mk 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang belum terungkai saya tidak akan berganjak mempertahankan hak mereka.

Sehubungan itu, pembeli tanah tersebut iaitu Dato' Ab. Wahab bin Ibrahim yang merupakan bekas ADUN (Umno) Taman Medan, Selangor perlu tampil ke depan bersama-sama penduduk dan kerajaan negeri bagi merungkai masalah yang berlanjutan sejak 10 tahun lalu.

Beberapa laporan polis telah pun dibuat oleh penduduk (waris) pemilik asal, kerana transaksi penjualan tanah seluas 1.6 ekar itu berlaku tanpa persetujuan dan pengetahuan mereka.

Bahkan sehingga kini, Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang mendengar kes tersebut juga masih belum memutuskan waris sebenar harta pusaka tersebut.


Majlis Agama Islam (MAINPP) juga telah membuat laporan polis pada 3 Mac 2011 agar pihak berkuasa menyiasat kes tersebut, kerana dipercayai wujudnya salah laku dan penipuan oleh pihak tertentu.

Ini kerana sebahagian penjualan tanah terbabit dibuat TANPA kebenaran dan persetujuan Baitulmal sebagai pihak yang ada kepentingan ke atas tanah terbabit berdasarkan Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Pejabat Kadi Besar Pulau Pinang bertarikh 8 Mei 1996.

Lanjutan laporan polis oleh MAINPP, pihak polis telah membuat 'kaveat pendaftar' pada 4 Mac 2011 terhadap tanah-tanah berkenaan.

Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis

Sebagai bekas Penceramah Khas Islam Hadhari, Dato' Ab. Wahab perlu menyelesaikan masalah ini secara jujur dan ikhlas.

Beliau seharusnya bertindak seperti mana tuntutan Islam, dan bukannya dengan bertindak mengusir penduduk.

Beliau sewajarnya menunaikan janjinya semasa perjumpaan dengan saya sebanyak dua kali sebelum ini.

Tindakan beliau menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk sepertimana yang berlaku pada 18 September 2012 lalu, tidak mencerminkan semangat ukhwah sesama Melayu Islam.

Lebih mengecewakan, apabila beliau menggunakan kumpulan daripada Umno untuk mengusir penduduk.

Pada pagi semalam saya telah bergegas ke kampung tersebut setelah penduduk kampung memaklumkan rombongan pihak berkuasa telah tiba untuk mengusir mereka.

Apa yang menghairankan, Bailif Mahkamah Seksyen George Town hadir bersama-sama sekumpulan seramai kira-kira 30 orang yang memakai T'shirt putih yang dikaburkan logo Umno dan perkataannya>

Ini ditambahkan lagi dengan kehadiran bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Norman Zahalan dan Ketua Pemuda Umno Batu Maung Mahadhir Ismail yang cuba berlagak sebagai hero dengan lagak ala samseng.

Suasana agak tegang ketika itu, apabila pihak berkenaan berkeras untuk mengosongkan empat buah rumah penduduk yang membabitkan empat keluarga yang mendiami di sana.




Sebahagian barangan penduduk telah dikeluarkan oleh kumpulan berkenaan. Ia hanya terhenti kira-kira jam 1.00 tengah hari apabila penduduk mendapat perintah 'injuksi' mahkamah sehingga 1 Oktober 2012>



Saya percaya kekecohan yang berlaku dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan persepsi negatif dan ketidakpuasan hati rakyat Batu Maung kepada saya dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Media kroni Umno/BN pastinya akan menyiarkan dari sudut negatif, tanpa melaporkan hal sebenar. Itu bertujuan bagi menutup tembelang pemimpin Umno/BN selama ini yang berlagak sebagai pembela Melayu, pembela rakyat kononnya. 



Pemimpin Umno masih terkedu apabila kerajaan negeri mendedahkan tindakan pemimpin Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Omar Fauzar menjadi 'broker' menjual tanah milik 31 orang Melayu di Kampung Terang Balik Pulau, kepada pemaju dengan mengaut keuntungan atas angin berjumlah RM 5 juta dalam tempoh 3 bulan pada tahun ini.

Pendedahan demi pendedahan oleh Kerajaan negeri , menyerlahkan wajah sebenar dan membuktikan pemimpin Umno/BN telah mengkhianati amanah rakyat Pulau Pinang.

Apa yang jelas, pemimpin Umno/BN cuba melakonkan watak kononnya merekalah pembela rakyat pembela Melayu di atas masalah yang dicipta oleh pemimpin mereka sendiri. Rakyat menilai semua ini.

Pemimpin Umno/BN usahlah bermain wayang.

*Kenyataan Media oleh YB Dato' Abdul Malik Kassim, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang juga ADUN Batu Maung pada 19 SEPTEMBER 2012*


Laporan Polis Terhadap Penyelewengan Felda

Posted: 19 Sep 2012 10:10 AM PDT

LAPORAN POLIS TERHADAP FAIZOULL AHMAD

Laporan telah dibuat pada 11.30 pagi ini di Balai Polis Temerloh. Antara dakwaan penyelewengan yg dilakukan oleh Faizoull ialah:-

1. Menggunakan kedudukan dan pengaruh beliau untuk mengarahkan pegawai2 Jabatan Tadbiran HQ Felda supaya menyediakan kertas cadangan permohonan kelulusan Arahan Perubahan Kerja(VO) bagi kerja2 hiasan dalaman Fasa 2 Menara Felda agar dipercepatkan daripada jadual asal 5 bulan kpd hanya 3 minggu. Ini menyebabkan penambahan kos sebanyak RM 15 juta(50%) daripada harga asal kontrak iaitu RM 29 juta kepada RM 44 juta. Kertas Cadangan tersebut adalah amat tidak munasabah dan bertentangan dgn Arahan Perbendaharaan perkara 202(Peraturan Arahan Perubahan Kerja).


2. Mengarahkan pegawai Jabatan Tadbiran membuat bayaran pendahuluan berjumlah RM 8.7 juta kepada Atlanta Resources Sdn Bhd untuk menyiapkan kerja2 Hiasan Dalaman secepat mungkin tanpa mengendahkan peraturan kontrak yang sedia ada.

3. Meluluskan beberapa bayaran kepada Majlis Belia Felda Malaysia(MBFM) tanpa memastikan sesuatu program dijalankan atau tidak. Antaranya:-

a. Bayaran kepada MBFM sebanyak RM17,000 untuk program Motor Cross pada 5 julai 2012 di Felda Cini Timur 2 yg tidak dijalankan,

b. Meluluskan bayaran RM 56,000 kepada MBFM bagi tunggakan wang saguhati Anugerah Belia antara tahun 2008 hingga 2011 yg mana tuntutan tersebut amat meragukan,

c. Jumlah bayaran yg diluluskan kpd MBFM sepanjang tahun 2011 hingga 2012 mencecah RM 5,374,454.20. Ini suatu jumlah yg sangat tinggi apatah lagi ia tidak mengikut peraturan biasa dimana HQ Felda yg seharusnya memindahkan peruntukan kpd Pengurusan Felda Wilayah tersebut bagi memantau setiap program.

4. Menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Pengerusi Seminar Transformasi Pegawai Kanan Kumpulan Felda untuk mempengaruhi Lembaga Felda tanpa melalui Pengurusan Felda utk melantik terus Syarikat JP International Sdn Bhd sebagai Event Manager seminar sedangkan syarikat tersebut telah dibubarkan.(merujuk kepada semakan SSM)

5. Memperdaya dan menipu Ahli Lembaga Pengarah Felda dengan membelanjakan RM 2 juta untuk sebuah seminar 2 hari yang hanya dihadiri seramai 152 orang peserta Felda dan 200 orang peserta kumpulan FGVH.

6. Meluluskan kontrak latihan kemahiran anak2 peneroka kepada beberapa buah Kolej, Institusi dan pihak swasta. Sebagai ganjarannya, pihak2 tersebut bermurah hati memberi tajaan penuh kepada Faizoull Ahmad dalam penganjuran Hari Keluarga Jabatan Inovasi dan Pembangunan Generasi Baru(sepenuhnya di bawah kawalan dan penyeliaan beliau) pada 15 julai 2012 di Tanjung Bidara Resort, Melaka. Tajaan pihak2 tersebut adalah berupa bayaran penginapan, makan minum, hadiah, barangan, boucer dan lain2. Antara yg terlibat membuat tajaan adalah MAS, Lim Kok Wing University, Auto Prima, KFC dll.

7. Meluluskan bayaran sumbangan kpd pihak luar dan parti politik seperti Umno untuk menganjurkan aktiviti tanpa kelulusan Pihak Pengurusan Felda sedangkan beliau tidak mempunyai sebarang kuasa untuk berbuat demikian.

Laporan Polis ini baru sebahagian dari banyak lagi tuduhan korupsi yg dilakukan oleh Faizoull Ahmad. Harap siasatan segera pihak polis. Apa maknanya Plan Intergriti yg ditandatangani antara Felda dengan SPRM sebelum ini?


Hudud - Kenapa Tanya Karpal.. Tanyalah Umno Yang Mengaku Islam.

Posted: 19 Sep 2012 04:38 AM PDT

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairannya dengan akhbar di negara ini apabila sibuk bertanya Karpal Singh tentang hudud sedangkan yang berkuasa adalah Umno.

"Hairan saya, akhbar sibuk melaporkan kenyataan Karpal Singh sedangkan yang berkuasa hari ini ialah UMNO, dan yang menghalang hudud ialah UMNO!


"Pada saya, jika perlembagaan bertentangan dengan hudud, perlembagaan itu sendiri perlu diubah," kata Menteri Besar Kelantan itu.

TG Nik Aziz berkata demikian melalui facebooknya hari ini.

Menurut beliau, selepas mesyuarat exco pagi tadi, beliau ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan perlembagaan.


Media khasnya milik MCA, The Star mula memanaskan balik isu hudud.

Baru-baru ini, akhbar itu menyiarkan kembali kenyataan TG Nik Aziz beberapa bulan lalu tentang hudud.

Selepas itu, media itu mengarahkan wartawannya mendapatkan pelbagai komen tentang hudud termasuklah bekas pemimpin kanan PAS dan Karpal Singh yang sememangnya penentang tegar hudud.

http://www.kedahlanie.info/2012/09/hudud-kenapa-tanya-karpal-tanya-umnolah.html


MiLo SuaM

Posted: 20 Sep 2012 02:09 AM PDT

MiLo SuaM


Pentadbir UTHM ugut mahasiswa agar sokong Umno/BN

Posted: 20 Sep 2012 12:18 AM PDT

SUDAH banyak kali didedahkan sebelum ini bahawa mahasiswa diugut agar menyokong Umno/BN oleh pihak universiti, namun belum ada mahasiswa yang berani merakamnya untuk dijadikan bukti.
 
Namun kali ini sebuah rakaman didedahkan bagaimana pentadbir Universiti Tun Hussin Onn, UTHM Parit Raja, Prof Amir Hashim mengugut mahasiswa agar menyokong Umno/BN.

Berikut rakaman yang dimaksudkan. Sila tonton dengan mata dan telinga anda sendiri bagaimana selama ini mahasiswa diugut agar menyokong Umno/BN.



ReJaM© "Tahniah kepada mahasiswa yang berani, rakam lagi banyak-banyak! "

Samseng bodoh diupah untuk halau penduduk kampung

Posted: 19 Sep 2012 06:32 AM PDT

MEMBACA kisah ini, ReJaM© teringat kenyataan Tun Mahathir bahawa hanya orang bodoh sahaja yang tinggal di dalam Umno, kerana orang-orang bijak dihalang menyertai parti itu, rujuk sini [Umno].

Kali ini gerombolan United Malays No Otak, Umno melakukan rutin harian mereka menunjukkan kebodohan.

Gerombolan samseng diupah untuk menghalau penduduk kampung.  Mereka cuba menyorokkan identiti dengan cara menghitamkan tulisan pada T Shirt yang dipakai agar tidak dapat dibaca tulisan Pemuda Umno di belakang baju.

 


Malangnya akibat kebodohan, mereka terkantoi di situ. Barangkali kerana pewarna yang digunakan sudah habis, salah seorang dari mereka tidak berjaya menutup nama Pemuda Umno di belakang baju secara menyeluruh kah kah kah...

 
United Malays No Otak, Umno dengan samseng dan kebodohan bagaikan tahi dengan kentut dan kencing kah kah kah...

Maklumat lanjut sila klik sini [ASD]

ReJaM© "Samseng bodoh diupah oleh orang bodoh kah kah kah... "

Pegawai Imigresen mohon maaf kepada pembantu Azmin Ali

Posted: 19 Sep 2012 04:02 AM PDT

MINGGU lalu pembantu khas Timbalan Presiden KEADILAN, Hilman Idham dihalang daripada memasuki Negeri Sabah apabila Ketua Menteri negeri itu, Musa Aman menganggap Sabah sebagai negeri bapak dia, rujuk sini [Pembantu khas Azmin].

Warga asing dibiarkan bersepah di Sabah, namun warganegara sendiri dihalang masuk ke Sabah. Hal ini juga rupa-rupa turut tidak disukai oleh para pegawai imegresen yang bertugas.

Malah salah seorang pegawai imegresen ketika kejadian itu turut mendedahkan bahawa tindakan ini adalah arahan pihak atasan yang "kecut" dengan kehadiran Hilman ke negeri Sabah.

Beliau turut memohon maaf dan mengaku tidak suka dengan kejadian yang berlaku itu. Di bawah ini permohonan maaf yang dihantar oleh beliau kepada Hilman melalui laman sosial Facebook.

  Hilman Idham dahulunya mahasiswa jurusan Sains Politik UKM yang aktif dalam bidang aktivisme dan politik nasional. Pernah menyandang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Sains Politik, Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Ahli Majlis Tertinggi Solidariti Mahasiswa Malaysia.

Beliau merupakan salah seorang daripada 4 mahasiswa yang mencabar Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan menang kes tersebut yang terkenal dengan nama UKM4.

Beliau juga pernah bekerja di Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR-RI) sebagai Assistant Peribadi kepada Ketua Fraksi Partai Gerindra dan kini sebagai Pembantu Khas Timbalan Presiden KEADILAN, YB Mohamed Azmin Ali.

Hilman mempunyai jaringan luar negara yang kuat memandangkan beliau terlibat dengan banyak program - program antarabangsa di Eropah dan negara - negara Asia. Maka tidak mustahil beliau ditakuti oleh BN termasuk Musa Aman di Sabah.

ReJaM© "Penjawat awam pun ada otak, mereka bukan orang bodoh! "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan