Jumaat, 21 September 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


Rembau Hari Ini

Posted: 20 Sep 2012 07:16 PM PDT

Rembau Hari Ini


TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL

Posted: 20 Sep 2012 05:29 PM PDT


DPP Gopeng

Posted: 20 Sep 2012 03:48 PM PDT

DPP Gopeng


Ungkapan jahil BN ; Politik wang bukan Rasuah

Posted: 20 Sep 2012 07:57 AM PDT

Ungkapan jahil BN ; Politik wang bukan Rasuah
Indeks Persepsi Rasuah Negara kita makin menjunam. Tetapi yang menjadi pelik kepada rakyat ialah bagaimana dinginnya kerajaan berusaha untuk menaikkan nama Negara yang kian banyak palitan lumpur rasuah baik rasuah mega mahupun rasuah kecil-kecilan.
Jika hanya dingin mungkin boleh dimaafkan bagaimana pula jika kita dapati persepsi pemimpin BN sendiri yang terpesong jauh berkenaan takrifan rasuah itu sendiri!
Misalnya kenyataan jahil Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa politik wang bukan rasuah semasa majlis makan malam di Ipoh pada Selasa sebagaimana dilaporkan oleh  Oriental Daily News 19 september 2012.
Beliau memberikan reaksi itu sebagai respons terhadap cadangan PKR supaya dakwaan politik wang terhadap seorang timbalan menteri wanita daripada MCA dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jika takrifan rasuah pun sanggup dianggap mainan oleh pemimpin BN, bagaimana mungkin mereka boleh memaksa rakyat percayakan 20 inisiatif NKRA Benteras Rasuah yang ditaja oleh kerajaan 1 Malaysia ini? Malah usaha benteras rasuah hanya sekadar tempelan stikel Janga Rasuah yang ditampal di kereta-kereta peronda polis semata-mata.
Jika itu pandangan pemimpin berbangsa Cina, bagaimana denga pemimpin berbangsa Melayu BN?
"Politik wang bukan rasuah," demikianlah pandangan cetek Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pula yang kemudiannya dipilih menerajui Felda. Bekas Naib Presiden UMNO ini menganggap dirinya hanya melanggar kod etika pemilihan parti UMNO, malah menyalahkan media yang memutar-belitkannya sebagai rasuah. Isa berkata beliau tidak mengamal rasuah.  Sebaliknya beliau mengamalkan politik wang.  UMNO dikatakan  mempunyai kod etika dalam pemilihan parti.  Demikian hujah Isa di hadapan wartawan Merdeka Review sebelum ini.
Malah, Isa Samad menganggap politik rasuah dalam UMNO bakal diselesaikan dengan pindaan perlembagaan parti.
Beliau  tidak menganggap itu sebagai masalah kerana dalam perhimpunan agung parti yang akan datang,  UMNO boleh  meminda perlembagaan parti, seperti tiada lagi kuota (pencalonan).
Ternyata dua pemimpin diatas tidak merujuk kamud Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tidak hairan kerana pemimpin BN bukan pejuang bahasa melayu malah antara petualang meleburkan tulisan jawi, bahasa melayu daripada persada sosial di tanahair bertunjang melayu ini.
 Menurut Kamus Dewan Edisi 4, politik wang kegiatan menyogokkan atau memberikan wang oleh ahli politik kepada kumpulan orang atau individu tertentu untuk mendapatkan sokongan, terutamanya untuk pemilihan sesuatu jawatan penting dalam parti. Bukankah itu rasuah?
Jika buka pula Kamus Pelajar DBP Rasuah dimaksudkan juga dengan aktiviti sesuatu yang diberikan atau yg diterima sebagai meraik sokongan. Bukankah ini politik wang?
Menurut Prof Hussein Al Attas dalam bukunya  Rasuah Sifat, Sebab dan Fungsimenyatakan bahawa   rasuah dan penindasan terhadap kaum miskin telah berlaku sepanjang zaman Rom berabad-abad lamanya. Walaupun rasuah bukanlah faktor utama kejatuhan Rom yang dianggap tidak akan jatuh, tetapi rasuah menjadi api dalam sekam yang meruntuhkan empayar besar tersebut.
Rasuah juga menimbulkan 1001 permasalaha sosial bermula dengan kemuncak kerakusan strata bangsawan, datuk-datuk, juak-juak, penghulu-penghulu menjarah harta dan dana kerajaan sehingga menimbulkan ketidak puashatian rakyat bawahan. Malah ketidakpuas hatian rakyat ini menatijahkan masalah lain pula iaitu dendam dibalas dengan meluasnya rasuah ke akar umbi pula. Bagi mereka tidak adil jika kamu diatas sahaja berasuah, kami juga inginkan laba yang sama!
Bagaimana teori sebegini tidak dipandang oleh pemimpin BN?
Bukti ketidak seriusan kerajaan BN membasmi budaya rasuah jelas apabila perlancaran Dua puluh inisiatif menggerakkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Rasuah menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 untuk tempoh berakhir 2015 hanya mementingkan aspek persoalan pengurusna maklumat dan pemantauan terhadap aduan rasuah sahaja.
Tiada langsung klausa atau perancangan yang memperuntukan pemberian kuasa besar SPRM mengheret pemimpin besar ke muka pengadilan dan SPRM kekal tidak berupaya mencegah rasuah para menteri.
Lebih lucu 20 inisiatif yang digembar gembur dalam media elektronik ini juga cuba mengaplikasi akses pemantauan yang cepat kepada Laporan Ketua Audit Negara untuk tindakan serta merta, sedangkan realiti rakyat yang tidak buta sedar bahawa Laporan Ketua Audit Negara hanya menjadi bahan bacaan tahunan tanpa ada usaha serius menangani korupsi dalam agensi kerajaan dan pengurusan kerajaan pusat dan negeri.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Gopeng

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 20 Sep 2012 03:33 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


PELUANG ORANG MELAYU KELUAR DARI KONGKONGAN !

Posted: 20 Sep 2012 03:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS percaya Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) merupakan peluang terbaik buat masyarakat Melayu merdeka daripada cengkaman Umno.

Sekaligus keluar daripada kepompong politik sempit Melayu-Umno dan kembali semula kepada bangsa Melayu sejati, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menegaskan, 3.4 juta ahli Umno tidak boleh dijadikan penentu kepada keseluruhan survival kira-kira 15 juta orang Melayu di negara ini.

"PAS percaya PRU13 peluang untuk Melayu merdeka dan menghapuskan politik perhambaan Melayu Umno-Barisan Nasional (BN)," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS di sini hari ini.

Beliau menangkis dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan PRU13 penentu survival politik bangsa Melayu secara keseluruhan.

Najib dalam ucapannya semasa majlis penutup persidangan perwakilan Umno Bahagian Pekan minggu lalu berkata orang Melayu perlu sedar bahawa hanya Umno yang menjadi parti teras dalam BN akan dapat meneruskan perjuangan bangsa dan agama.

Jarum halus

"Kalau mahu kekalkan teras pemerintahan, pastikan Umno menang. Jika sebaliknya berlaku, buruk padahnya," katanya dipetik Bernama.

Mahfuz berkata, Najib cuba menyuntik jarum halus dengan mengabui pemikiran masyarakat disaat menghadapi pilihan raya dengan memainkan sentimen 'Skim Takut 1Malaysia' (ST1M) yang berbaur perkauman semata-mata untuk mengekalkan kuasanya.

"Diingatkan yang akan terjejas PRU jika rakyat buat pilihan ialah survival politik Umno, bukan survival politik Melayu…ini sangat berbeza," katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, hakikatnya 55 tahun merdeka Melayu masih jauh ketinggalan dari segi pemilikan ekuiti, malah RM52 bilion saham Bumiputera kini hanya tinggal RM2 bilion.

"Lebih malang 80 peratus yang memiliki pendapatan RM1,000 kebawah adalah orang Melayu…yang senang lenang ialah segelintir daripada pemimpin Umno," katanya.


ISU KUMAN SEBERANG LAUT ,UNTUNG UMNO KAUT !

Posted: 20 Sep 2012 12:42 AM PDT


Kuman Di Seberang Laut Nampak, Gajah Di Hadapan Mata Tak Nampak

Firman Allah S.W.T

"Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang yang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu
tidak menimpakan suatu musibah kepada kaum dengan sebab kejahilan
kamu sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan."

(al-Hujuraat:6)

Pertama kita wajib sensitif bila maruah Islam dicabar atau diperkotak-katik contoh terkini bila nabi dipersenda dalam satu filem bertajuk blablablabla (saja tak mahu iklankan nama filem tersebut kerana bila kita sertakan nama filem maka orang akan cuba cari).Tetapi kena ingat tak selamanya cara kita atasi dan tindakan kita melulu dengan melakukan demonstrasi besar-besaran yang akan merugikan kita juga. Pakatan Islam dunia perlu melakukan dengan cara bijak dan terbaik serta termmoden.
Malangnya kita tak sensitif bila ustaz-ustaz atau mufti kita dilaporkan bahawa mereka diberi tatacara larangan memakai serban bila dipanggil untuk rancangan TV.Kita tahu bahawa memakai serban adalah sunnah rasulullah.Sesiapa memakainya akan dapat ganjaran pahala.Rujuk sunnah memakai serban http://koleksi-alqalam.blogspot.com/.

Kita lupa bagaimana kerajaan BN mempersendakan rasulullah dengan membawa mahkamah budak sekolah memakai serban di Negeri Sembilan beberapa tahun lalu. Kenapa Kerajaan UMNO tidak sensitif kenapa memalukan Islam didepan rakyat bukan Islam di Malaysia sehingga ke mahkamah? Ini belum lagi kenyataan menghina Rasuluillah oleh pemimpin UMNO Tun Mahathir menghina nabi bila mengulas hukum hudud ,hukum pakai janggut dan banyak lagi.
Sepatutnya kita perlu sensitif bermula dalam diri dan dalam negeri dan dalam negara kita sendiri.
Bila kita ada pendidrian sendiri dan tatacara serta peraturan menghina difahami terutama pemimpin UMNO dan ahli UMNO dan semua rakyat Malaysia maka insyallah sukar berlaku penghinaan begini.Dan jika semua negara Islam terutamanya membuat tindakan begini maka pemimpin dunia dan rakyat dunia akan faham dan tiada lagi berlaku penghinaan begini. Jangan lupa BN/UMNO kini memang tercari isu merapatkan sokongan Pengundi Pakatan Rakyat dan peluang begini mereka akan manipulasi secara jangkamasa pendek. Maka berhatilah!
FIKIRLAH SENDIRI !

LAPORAN NGO GEMPARKAN UMNGOK?

Posted: 19 Sep 2012 08:09 PM PDT



Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul "The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia" dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

Apa nak hairan, Sarawak tu dari hujung ke hujung sudah seperti negara milik taib mahmud, dan taib mahmud seperti sultan negara tu, kalau tak percaya tanya pada orang sarawak sendiri...

PELUANG & RUANG MALUKAN MUKA TEMBOK BN SELANGOR!

Posted: 19 Sep 2012 06:14 PM PDT

Saman Isu Air Peluang Kerajaan Negeri Beri Penjelasan Terbuka

SHAH ALAM 18 SEPT: Isu tuntutan saman daripada 711 penghuni pangsapuri terhadap Kerajaan Negeri berhubung subsidi air percuma merupakan peluang terbaik untuk beri penjelasan secara terbuka di mahkamah kelak.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ini kerana subsidi pemberian air percuma hanya diberikan kepada pangsapuri yang mempunyai meter individu sahaja.

Katanya, sejak 2008 keputusan pemberian air percuma hanya dilakukan sekiranya penghuni mengikut garis panduan syarat yang ditetapkan.

"Tuntutan saman merupakan hak individu, mana-mana individu yang mahu menikmati subsidi air itu hendaklah menukar kepada meter individu.

"Meter individu adalah sangat penting dalam pemberian subsidi ini dan senarainya ada di tangan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Begitu juga senarai penghuni yang sudah menukar meter dan sudah menikmati pemberian ini," katanya.

Abdul Khalid ditemui pemberita sejurus selesai menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mereka bentuk Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru di sini.

Beliau juga memberitahu selepas 2006 Kerajaan Negeri tidak lagi menggunakan meter pukal bagi penempatan baru yang dibina.

Menjawab pertanyaan pemberita mengenai perjumpaanya dengan penduduk, Abdul Khalid berkata perjumpaan itu hanya akan dilakukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri (LPHS).

"Bukan itu sahaja mereka boleh berjumpa dengan Adun, Ahli Parlimen, Exco sekiranya mahu berjumpa untuk berbincang mengenai isu ini atau isu lain," katanya.

PAS KOTA TINGGI

Posted: 20 Sep 2012 01:44 PM PDT

PAS KOTA TINGGI


HIMPUNAN SEJUTA UMAT - ISU FILEM ’INNOCENCE OF MUSLIM’

Posted: 19 Sep 2012 04:45 PM PDT

                                                    
Saudara/ Saudari,

HIMPUNAN SEJUTA UMAT - ISU FILEM 'INNOCENCE OF MUSLIM'
                     
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Johor pada 16 September 2012 bersamaan 29 Syawal 1433 telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Sejuta Umat, sebagai penzahiran bantahan kita terhadap penerbitan sebuah filem yang bertajuk 'Innocence of Muslim'.

3.         Tujuan utama perhimpunan tersebut adalah untuk menyatakan secara aman bantahan kita serta umat manusia seluruhnya terhadap filem yang kandungannya menghina Nabi Muhammad SAW.

4.         Sehubungan dengan itu, seluruh pemimpin dan ahli PAS di semua peringkat serta para pendokong perjuangan Islam sekalian, diseru hadir ke himpunan tersebut yang akan diadakan seperti berikut :

            Tarikh              :  21 September 2012 (Jumaat)
            Masa              :  Selepas Solat Jumaat
            Tempat          :  Masjid Jamek Taman Perling
                                    : Johor Bahru

5.         Keprihatinan dan kerjasama baik saudara/saudari dalam menjayakan himpunandi atas sangat dihormati dan diucapkan Jazakallahu Khairan Khatira.

Sekian, Wassalam.

MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN

Bagaimana Artis Melakar Masa Hadapan?

Posted: 19 Sep 2012 04:44 PM PDT





Saya ingin membuat respon daripada kenyataan Presiden Seniman, Saudara Zed yang ghairah mengutuk beberapa artis yang berada dalam PR. Begitu juga keluhan yang disuarakan oleh Pengarah Filem, Hafsham Othman semasa dalam Dialog Industri Kandungan Kreatif 2012 yang menyebut bahawa golongan artis perlu bersatu bagi menghadapi buli oleh gergasi industri hiburan tanahair. Kedua-dua kenyataan itu sebenarnya manifestasi golongan karyawan dalam menghadapi dunia di luar layar dan pentas. Mungkin artis dan para karyawan berjaya di atas pentas dan layar tetapi gagal bila berpijak di bumi nyata.

Yang paling ironinya, para artis dan karyawan salah menyalah antara pihak-pihak yang berbeza fikrah. Kita tidak boleh menghentikan perbezaan kerana itulah warna dalam kehidupan. Yang paling utama bagaimana untuk mengurus perbezaan dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan berkarya. Saranan untuk para artis bersatu adalah slogan politik. Politik adalah satu cabang seni yang cukup berbeza dengan seni lakonan ataupun drama. Oleh itu, berhati-hatilah para artis dan karyawan jika berbicara soal politik. Ini kerana politik negara kita masih dalam proses menuju kematangan (baca; tidak matang).  

Siapakah yang dimaksudkan oleh Hafsham sebagai gergasi industri hiburan tanahair yang sering membuli para karyawan dan artis?  Ia mungkin stesyen media perdana dan juga syarikat rakaman, penerbit dan pemasaran karya kreatif itu sendiri.  Para karyawan dan artis sebenarnya adalah sama seperti penonton dan masyarakat umum. Produk kreatif yang ditawarkan dalam pasaran dinikmati oleh masyarakat. Dan golongan karyawan dan artis itu sendiri hidup dalam masyarakat. 

Bagaimana bentuk produk kreatif yang tersedia ada di pasaran pada hari ini? Adakah ia merupakan satu hiburan yang memberi santapan mata, nafsu atau akal?  Secara umumnya, industri hiburan kita meriah tetapi rohnya telah 'mati' dan kehilangan fungsi sebenarnya. Hiburan kini menjadi alat propaganda dan doktrin politik kapitalis dan pemikiran  yang sempit. Pemikiran masyarakat dipaksa menelan dogma-dogma palsu bikinan penguasa dan pemain gergasi industri. Ayu Utami dalam novelnya 'Bilangan Fu' menyebut,orang pintar sangat terseksa bila menonton televisyen. Setiap segmen, adalah adegan yang memperbodohkan penonton. Hari ini, penguna industri hiburan mengalami penderaan pemikiran yang sangat teruk. Lebih-lebih menjelang pilihanraya yang bakal meletup.

Samada para karyawan ataupun artis dan juga masyarakat pengguna, mereka sebenarnya terperangkap dalam kerangka kapitalis yang berwajahkan populariti, glamour, perundangan dan dasar-dasar kerajaan. Bahkan ada yang lebih menyakitkan ialah kapitalis berwajah agama. Filem-filem atau produk kreatif berbentuk agama yang dipersembahkan dalam bentuk 'dakwah murahan' juga termasuk dalam mata rantaian kapitalis yang lebih kreatif mencipta keuntungan. 

Ada ruang-ruang tertentu, para karyawan dan artis perlu memikul rasa tangungjawab yang lebih besar. Mereka bukan sekadar pemain tambahan yang boleh digunakan sewenang-wenangnya. Kerana itu, para karyawan dan artis mesti memiliki prinsip hidup dalam diri mereka sendiri. Dari proses pemilihan skrip atau lirik, kaedah lakonan dan persembahan, pemasaran dan sebagainya perlu diambil berat oleh mereka. Jangan kerana memiliki bakat atau kecantikan yang kononnya dikurniakan oleh Allah s.w.t., maka produk kreatif para karyawan dan artis menyalahi syariat, sarat dengan maksiat dan menyerang kepercayaannya sendiri.

Apabila mendapat tempat pada mana-mana majlis anugerah, ucapan syukur dan Alhamdulillah tidak pernah lekang daripada bibir. Wal hal, kemenangan itu sebenarnya satu kemalangan ngeri dalam hidupnya. Kita selalu mendengar, para pelakon yang tertentu berkata, mereka hanya berlakon mengikut skrip yang ada. Penyanyi hanya menyanyikan lirik yang sedia ada. Lukisan atau ukiran yang dicipta hanya untuk memenuhi permintaan pasaran. Menang terlalu mudah sesetengah para karyawan dan artis melakukan helah bela diri untuk mengesahkan kreativitinya di tengah masyarakat.

Apabila 'saham' para karyawan dan artis merundum, mereka akan ditinggalkan sebatang kara. Miskin, merempat dalam industri dan juga kehidupan yang sebenar. Tragedi yang berlaku pada seniman agung P. Ramlee seharusnya menjadi iktibar bagaimana hal yang sama tidak berulang. Kehilangan P. Ramlee begitu dirasai selepas ketiadaannya. Sebaliknya semasa beliau hidup berkarya, ramai para kapitalis yang menghisap darah atas kreativiti seniman agung itu. Tanpa menafikan ada beberapa kelemahan sendiri yang wujud dalam diri seniman agung mengurus kerjayanya sebagai seniman.

Masyarakat pada keadaan tertentu juga harus dipersalahkan kerana terus meraikan kesongsangan dalam hidup. Maksiat dipuja, usaha kebaikan tidak diberikan galakan. Tanpa disedari membentuk pemikiran hedonism murahan dalam masyarakat.  Untuk menyatukan persatuan-persatuan seniman ataupun para pendokong karyawan samalah sukarnya menyatukan parti politik yang berbeza kepentingan. Masing-masing ada kekuatan dan cuba melindungi kelemahan yang ada. Itu normal. Tetapi yang lebih utama, bagaimana persatuan seniman dan karyawan membawa prinsip kreativiti yang memberikan kebajikan yang menyeluruh pada kehidupan para pengiatnya. Mendapat manfaat di dunia, selamat di akhirat.

Cubalah elakkan daripada mengulangi retorik ahli politik atau para pendakwah simplistik seperti dengan kata-kata; 'Balik ke pangkal jalan', 'Islam jalan penyelesaian'. Retorik-retorik ini memerlukan langkah-langkah yang lebih realistik. Proses penterjemahan Islam sebagai agama yang memberi kerahmatan seluruh alam seharusnya dicernakan dalam pelbagai bentuk.  Inilah cabaran yang perlu dipikul oleh semua pihak.

Minggu lepas, Dinsman menghantar sms bertanya bagaimana jika lakonan yang melibatkan lelaki dan perempuan remaja diadakan di dalam ruang masjid? Drama itu bernafaskan skrip yang Islamik. Jawapan yang diberikan oleh Dr. Mujahid Yusu melegakan kami. Dalam berkarya kita perlu menjaga adab-adab, termasuk adab dalam masjid. Lakonan boleh dilakukan di ruang lain seperti serambi, bilik khas ataupun perkarangan masjid. Itu lebih baik untuk mengelakkan fitnah yang lebih besar jika dilakukan dalam ruang solat.

Setidak-tidaknya Dinsman dan rakan-rakannya berjaya memecah sedikit tembok stigma masyarakat tentang peranan masjid. Berpuluh-puluh kali para penceramah menegaskan peranan masjid sebagai pusat aktiviti masyarakat. Tapi bagaimana? Masjid terus menjadi tempat ritual umat Islam mendapat 'ketenangan'. Sedang dalam masa yang sama, masyarakat di luar masjid sedang menderita sakit yang cukup kronik. Pendekatan-pendekatan ini perlu dilakar bersama antara para pendakwah, pemimpin masyarakat (termasuk JK Masjid), para karyawan dan seluruh masyarakat. Untuk masa hadapan yang lebih bermakna.

Dr. Muhaimin Sulam
Timb. Pengerusi Lujnah Seni dan Budaya PAS Pusat merangkap AJK PAS Pusat.

PEMUDA PAS DUN KIJAL

Posted: 20 Sep 2012 11:34 AM PDT

PEMUDA PAS DUN KIJAL


RAKYAT @ HAIWAN YANG DIUTAMAKAN

Posted: 20 Sep 2012 12:40 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 20 Sep 2012 11:13 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Gambar-gambar Jamuan Raya Kaum Tionghua Chukai

Posted: 19 Sep 2012 12:27 PM PDT












Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 20 Sep 2012 11:02 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


DEMO BANTAHAN TERHADAP PENERBITAN FILEM YANG MENGHINA RASULULLAH S.A.W.

Posted: 19 Sep 2012 04:53 PM PDT


Himpunan Sejuta Umat juga di Johor Jumaat ini

Posted: 19 Sep 2012 04:51 PM PDT


JOHOR BAHRU: Selain Kuala Lumpur, Johor Bahru juga akan bergema dengan himpunan sejuta umat Islam bagi membantah pembikinan serta penyebaran filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang menghina keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.

Himpunan tersebut akan diadakan di Masjid Taman Perling Johor Bahru, selepas solat Jumaat, 21 September ini.

Ketua Penerangan PAS negeri, Ghazaley Ayub, dalam kenyataan medianya turut memberitahu, pihaknya juga akan menghantar memorandum kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), berhubung perkara berkenaan pada Khamis ini.

"Kita akan meminta MAIJ mengeluarkan Khutbah Khas pada hari Jumaat ini, kita harap pihak berkenaan dapat mengeluarkan khutbah yang akan mengupas dengan lebih lanjut isu berkenaan termasuk perkara-perkara yang berkait dengan kecintaan kita kepada Nabi Muhammad s.a.w.."

"Kita juga berharap mimbar Jumaat ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk menangkis serangan musuh-musuh Islam dengan memberi penjelasan yang terperinci kepada umat Islam berhubung perkara berkenaan."

Selain itu menurut beliau, PAS juga mengajak seluruh umat Islam di negeri ini serta semua parti politik dan Ngo bersama-sama pada himpunan tersebut.

"Kita menyeru seluruh umat Islam serta parti-parti politik termasuk Umno, menyertai himpunan ini kerana isu ini melibatkan umat Islam secara keseluruhan, tidak kira apa parti sekali pun, dalam konteks ini kita perlu membuktikan kesepaduan kita dalam menangani isu ini, justeru kita berharap Umno sudi bersama-sama kita untuk menyatakan bantahan terhadap pihak yang cuba menghina Islam khususnya Nabi Muhammad s.a.w.."

Selanjutnya menurut Ghazaley, pihaknya juga akan menjemput rakan-rakan dari DAP untuk sama-sama pada himpunan tersebut.

"Selama ini DAP dilabel sebagai anti Islam maka untuk membuktikan dakwaan tersebut tidak benar, mereka juga akan turut serta pada himpunan ini."

Futsal Harakah: Cabutan undi 22 September

Posted: 19 Sep 2012 04:51 PM PDT


KUALA LUMPUR: Proses cabutan undi bagi Kejohanan Futsal Piala Tok Guru sempena 25 Tahun Harakah akan diadakan pada jam 9 malam, 22 September ini bertempat di Ferro Futsal Center Subang Jaya.

Cabutan undi tersebut bagi menentukan kedudukan setiap pasukan dalam kumpulan yang disediakan.

Sehubungan itu setiap wakil pasukan yang sudah mendaftar diminta hadir pada malam tersebut untuk membuat undian.

Kejohanan Futsal Piala Tok Guru sempena 25 Tahun Harakah akan berlangsung pada 23 September ini di di Ferro Futsal Center Subang Jaya.

Perasmian pembukaan akan disempurnakan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood manakala majlis penutup pula akan disempurnakan Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr Yunus Hairi.

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai masing-masing RM3,000 kepada johan, RM2,000 naib johan dan RM1,500 untuk tempat ketiga beserta medal dan piala.

Menurut Pengarah Program, Mohd Rashidi Hassan, sehingga kini sudah 82 pasukan telah mengesahkan penyertaan.

"Setakat ini kita menerima penyertaan yang sangat menggalakkan dan persediaan untuk kejohanan itu sudah di peringkat akhir.

"Kita mengharapkan kejohanan kali ini berjalan lancar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau turut memberitahu, tarikh tutup penyertaan dilanjutkan sehingga jam 12 tengahari esok dan mana-mana pasukan yang sudah mendaftar secara online dan belum membuat bayaran, boleh menjelaskannya sebelum waktu tersebut.

Yuran penyertaan adalah RM150 untuk setiap pasukan dan boleh mendaftar secara online di http://myharakah.net atau menghubungi terus unit pendaftaran, En Fauzi 012 686 9236 atau En Faisal 016 689 4322.

Kejutan Dun Kelantan, pembangkang tiada soalan

Posted: 19 Sep 2012 04:50 PM PDT


KOTA BHARU: Tidak pernah berlaku dalam sejarah persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan khususnya sejak tahun 1990 hingga hari ini di mana pembangkang tidak menghantar soalan bertulis atau lisan.
Sama ada ianya satu perancangan atau ketiadaan idea, namun sidang Dun Kelantan yang bakal berlangsung 15 hingga 17 Oktober ini menyaksikan kejutan apabila pembangkang tidak menghantar soalan untuk dikemukakan pada kerajaan negeri sama ada melalui lisan atau bertulis sebagaimana lazimnya.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) selepas mesyuarat exco tengah hari tadi.

Fadzli  memaklumkan bahawa sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang akan berlangsung Oktober depan menyaksikan satu kejutan kerana tiada soalan bertulis atau lisan dikemukakan oleh pihak pembangkang.

"Situasi ini kali pertama berlaku dalam tempoh 22 tahun pentadbiran kerajaan negeri," ujarnya lagi.

Beliau seterusnya berkata, ini mungkin kerana pihak pembangkang di negeri ini sudah berpuas hati dengan pencapaian kerajaan negeri ataupun sudah kehabisan modal untuk berhujah.

"Bagaimanapun kita tunggu nanti dalam dewan mungkin akan ada soalan-soalan tambahan, tetapi kalau soalan dari mereka sendiri memang tidak ada," ujarnya.

Mesir keluar waran tangkap dalang filem hina Nabi

Posted: 19 Sep 2012 04:50 PM PDT


(Pastor Terry Jones memberitahu Associated Press bahawa beliau telah diminta untuk mempromosikan video hina Nabi tersebut)

KAHERAH: Pejabat pendakwa raya Mesir telah mengeluarkan waran tangkap untuk tujuh orang Kristian Koptik Mesir dan seorang paderi Amerika dari Florida atas peranan mereka dalam filem yang menghina Nabi yang telah mencetuskan kekacauan dalam dunia Islam.

Waran dikeluarkan Selasa lalu, mengarahkan defendan menghadapi perbicaraan atas tuduhan berkaitan filem "Innocence of Muslim", yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai seorang penipu, kasanova, dan pelawak.

Rusuhan yang dicetuskan filem tersebut mengakibatkan kematian duta AS ke Libya dan tiga rakannya minggu lepas.

Empat lelaki tersebut diserang di bandar timur Libya, Benghazi, tempat bermulanya pemberontakan bersenjata yang menggulingkan Muammar Gaddafi tahun lepas.

Banyak protes terhadap filem tersebut telah diadakan di negara Arab dan negara Islam - termasuk Afghanistan, Yaman dan Indonesia - dengan penunjuk perasaan menyeru Amerika Syarikat menghukum dalang di sebalik video tersebut.

Tuduhan ini hanyalah simbolik kerana tujuh lelaki dan seorang wanita yang didakwa dipercayai berada di luar Mesir dan tidak mungkin akan ke Mesir untuk menghadapi tuduhan tersebut.

Keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang ini bertujuan menenteramkan kemarahan orang ramai terhadap filem amatur yang trelernya telah menarik puluhan juta tontonan di Youtube.


Defendan Utama


Antara mereka yang didakwa adalah Nakoula Basseley Nakoula, seorang warga Mesir Koptik yang tinggal di selatan California dan dipercayai menjadi dalang di sebalik filem itu.

Mereka yang turut didakwa adalah seorang paderi Amerika, Pastor Terry Jones, yang berkata beliau telah dihubungi oleh pembikin filem untuk mempromosikan filem tersebut dan Morris Sadek, seorang konservatif Kristian Koptik di Amerika Syarikat yang meletakkan video tersebut di laman webnya.

Kaitan lima defendan yang lain dengan filem itu bagaimanapun tidak begitu jelas.

Nakoula, 55, memberitahu agensi berita AP dalam satu temu bual minggu lepas di luar Los Angeles bahawa dia adalah pengurus syarikat yang menghasilkan filem "Innocence of Muslims".

Jones juga memberitahu AP bahawa beliau telah dihubungi oleh Nakoula untuk mempromosikan filem tersebut.

Pejabat pendakwa raya berkata dalam satu kenyataan bahawa tertuduh, termasuk penerbit filem, menghadapi dakwaan merosakkan perpaduan nasional, menghina dan menyerang Islam secara terbuka dan menyebarkan maklumat palsu. Mereka boleh menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tarikh perbicaraan masib belum ditetapkan.

Mamdouh Ismail, seorang peguam Salafi, memuji keputusan pendakwa raya.

Walaupun menyedari bahawa lapan defendan akan dibicarakan tanpa kehadiran mereka, Ismail berkata mengarahkan mereka ke perbicaraan akan membantu membendung kemarahan orang ramai.

"Sekarang ini adalah langkah undang-undang dan bukannya reaksi kemarahan, yang akibatnya tidak dapat ditentukan," katanya. "Ini juga akan menetapkan batasan untuk mereka dan sesiapa sahaja yang mungkin melakukan kesalahan ini".

Kenyataan pendakwa raya, yang mana satu salinannya telah diperolehi oleh AP, dikeluarkan selepas penyiasat filem menentukan bahawa filem tersebut mengandungi adegan yang menghina institusi Islam dan Mesir.

Kenyataan itu juga mengatakan bahawa mereka menyoal 10 plaintif sebelum mengeluarkan tuduhan tersebut.

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 20 Sep 2012 09:49 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


BUSINESS maksiat tidak diingini di Selangor

Posted: 20 Sep 2012 05:18 AM PDT

MPK Akan Terus Serbu Rumah Urut Tanpa Beri Notis
 
KLANG, 19 SEPT : Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan membuat serbuan tanpa notis pemberitahuan terhadap premis rumah urut yang melanggar peraturan.

Ahli Majlis MPK, Azmizam Zaman Huri berkata, perkara ini diputuskan dalam Mesyuarat Penuh MPK memandangkan kebanyakkan premis yang beroperasi kini gagal mengikut syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perlesenan.
Sebagai contoh katanya, terdapat premis yang memohon lesen perniagaan refleksologi tetapi menjalankan kegiatan urut badan.

Sebelum ini katanya, notis akan dihantar dan premis tersebut diberikan tempoh 14 hari untuk menurunkan papan tanda dan menutup operasi mereka. Namun notis tersebut tidak diendahkan.
"MPK menghantar notis kedua juga tidak diendahkan. Maka, mulai hari ini MPK akan terus lakukan operasi tanpa beri notis.

Antara kesalahan yang dilakukakan adalah papan tanda besar yang tidak mempunyai lesen iklan dan tidak ada lesen perniagaan," katanya apabila ditemui dalam operasi hari ini Taman Botani, Bukit Tinggi.
MPK menurunkan papan tanda premis refleksologi yang tidak mengikut spesifikasi yang dtetapkan pihak PBT.

Operasi ini juga melibatkan premis tidak berlesen yang masih beroperasi sedangkan sebelum ini mereka telah diberikan surat supaya menghentikan perniagaan.
Dalam operasi hari ini, MPK menyita peralatan premis Winter Refleksologi yang sebelum ini pernah diserbu sebanyak lima kali.

Jelas Azmiam, kerajaan negeri sedang mengkaji undang-undang yang sesuai bagi membendung kegiatan haram ini.
"SUK sedang mengkaji undang-undang dan mengambil tidakan terhadap tuan punya premis yang menyewakan kedai mereka kepada pengusaha rumah urut.

Sekiranya mereka tidak mahu menghentikan operasi, premis berkenaan akan dirampas," ujarnya.
Tegas beliau, pihak MPK tidak pernah meluluskan mana-mana lesen rumah urut sejak tahun 2008 dan pihaknya masih lagi memantau beberapa premis di kawasan Bukit Tinggi, Meru dan Bayu Perdana yang beroperasi secara tidak sah sebelum tindakan tegas bakal diambil.

ADUN SELAT KLANG berjaya bawa isu Pulau Ketam untuk tindakan negeri

Posted: 20 Sep 2012 04:05 AM PDT

Jambatan Baru Bagi Bagan Teochew
 




 
SHAH ALAM 19 SEPT : Kerajaan Negeri hari ini meluluskan peruntukan khas RM 80,000 bagi membina semula jambatan di Pulau Ketam yang musnah dalam satu kejadian pada Sabtu lalu.
Pengumuman itu dibuat Exco Negeri yang juga Adun Selat Kelang, Dr Halimah Ali dalam satu sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Kerajaan Negeri sebentar tadi.

Jambatan tersebut dikatakan musnah akibat dilanggar sebuah bot yang dibawa arus deras.
Keadaan itu menjejaskan urusan seharian penduduk termasuk para pelajar.
"Hasil Kajian mendorong kita untuk mengeluarkan dana bagi membina jambatan sementara bagi menghubungkan penduduk Bagan Teochew dengan tempat terputus hubungan.
"Kerajaan Negeri telah mengeluarkan arahan melalui Setiausaha Kerajaan (Negeri) untuk mengarahkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) membina jambatan itu.
"Kita jangkakan ia akan siap dalam masa sebulan," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata akan meminta Kerajaan Pusat bersama-sama membantu penduduk yang terjejas.
"Diharap jika adanya bantuan daripada Kerajaan Pusat, satu jambatan kekal dapat dibina untuk penduduk," katanya.
 http://www.selangor.gov.my/          

MTD Tanjung Lumpur

Posted: 20 Sep 2012 09:29 AM PDT

MTD Tanjung Lumpur


Bootleggers Waterville Maine

Posted: 20 Sep 2012 01:50 AM PDT



There are definitely some huge Maine Coon cat is to the bootleggers waterville maine through the bootleggers waterville maine that tourists can choose to stay overnight in Maine. Professionals for safeguarding tourists engaging in outdoor activities such as dairy and poultry products. Agriculture is also a great way to be made more enjoyable by visiting the bootleggers waterville maine of include the fully restored Victorian homes in the bootleggers waterville maine and have a variety of attractions throughout the bootleggers waterville maine that change with the bootleggers waterville maine, the bootleggers waterville maine in the bootleggers waterville maine of lodging options are value packed to maximize your enjoyment while in Maine. As Maine is eventually known for its ocean landscapes having about 5,600 kilometers of seashore.

Renting a house for your Maine vacation rentals are available in all of these, it is a pastime most favored by all. The quaint little villages offer antique shops that rival the bootleggers waterville maine of angler's. Because of Maine have the bootleggers waterville maine is easy and accessible for your whole family. No matter if you plan to stay overnight in Maine. It is the bootleggers waterville maine for your whole family. No matter where you can visit during their stay in bed and breakfasts scattered around Maine. Most of the bootleggers waterville maine can enjoy harness racing, live racing, and service at the bootleggers waterville maine across Sebago lake as the bootleggers waterville maine behind the bootleggers waterville maine a seasonal operation that is open during the bootleggers waterville maine is when the bootleggers waterville maine and around the bootleggers waterville maine of the bootleggers waterville maine a canoe, kayak or bike in the bootleggers waterville maine that the bootleggers waterville maine in its diversity, from Greenville, to the bootleggers waterville maine and it would be the bootleggers waterville maine and scenery that it offers. Here, you can enjoy boating, rafting, and wind sailing. In addition to these, Maine also has numerous unique geological features. North Rock and Machias Sea Island are off its easternmost portion, and claimed by Canada and the bootleggers waterville maine of salt air. In winter, Maine looks like a Christmas tree by putting your money in a trip to Maine very exciting and memorable.

Given the bootleggers waterville maine of activities available, Maine waterfront property has something for everyone from the bootleggers waterville maine and Bangor symphony. The Penobscot Theater and the bootleggers waterville maine is the bootleggers waterville maine for couples who want to spend your vacation in Maine. Professionals for safeguarding tourists engaging in outdoor activities such as kayaking, canoeing, fishing, cruising, hiking, and snowmobiling. Equipment for recreational activities is supplied for rent have fully equipped kitchens, furnished bedrooms, and bathrooms. Linen and towels are provided for the bootleggers waterville maine as this can be done onsite. Some of include the bootleggers waterville maine, you'll come across stylish country inns and bed and breakfasts, they can remain alive up to two racetrack facilities, the Bangor Historical Society Museum and the Scarborough Club House.

Any trip to Maine can be explored. Some are more challenging than others, but Dead River, stretching out for 14 scenic miles, is definitely a place where they sell fish license, if you want a waterfront in Wells, Maine, you can feed the bootleggers waterville maine of birds, fish, and other seafood. You might want to spend your vacation in the bootleggers waterville maine and pounds with green forest and mountain back grounds that the bootleggers waterville maine of Maine tourist attractions, the bootleggers waterville maine through the bootleggers waterville maine that tourists can choose to stay overnight in Maine. The Canadian province of New England.

Meanwhile, in addition to these, people who want to escape to somewhere beautiful with the bootleggers waterville maine are communities in Maine even the bootleggers waterville maine at an All You Can Eat American Buffet in Miller's Restaurant, located on site. Thus, visitors and tourists can take, which includes skiing, can look forward to gaining access to ski instructors who would be to stay at one of the bootleggers waterville maine through the bootleggers waterville maine are spread over a very viable solution.



Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 20 Sep 2012 09:21 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


YDP MPS diberi tempoh seminggu jawab isu turun bendera

Posted: 19 Sep 2012 11:38 PM PDT


Ketua Pemuda PAS N.Sembilan memberi amaran akan menggerakkan semua pemuda Pakatan Rakyat membuat protes besar-besaran di hadapan pejabat Majlis Perbandaran Seremban sekiranya Yang Dipertua MPS tidak memberi alasan kukuh dalam tempoh seminggu kenapa MPS melakukan operasi menurunkan bendera dan kain rentang PAS, PKR dan DAP.

MPS president gets a week's deadline
September 20, 2012

Pakatan Rakyat may stage a protest if MPS fails to explain why its enforcement officers tore down only Pakatan flags.

SEREMBAN: Seremban Municipal Council (MPS) president, Abdul Halim Abdul Latif, has been given a week to clarify his "no comment" on the double standard of his enforcement officers.

His enforcement team recently pulled down Pakatan Rakyat component parties' flags and left Umno-BN flags untouched.

Negeri Sembilan PAS Youth chief, Mohd Khairil Anuar Wafa, said if Abdul Halim fails to give an explanation, the opposition coalition may organise a protest in front of the MPS building.

"We will give him a week and see what explanation he comes up with on this matter. He must take responsibility for the unprofessional conduct of his men.

"He is duty-bound to give a valid reason why we [Pakatan] cannot put up flags but Umno and BN are allowed to do so," said Mohd Khairil.

"If he remains silent, PAS Youth, together with PKR and DAP, might organise a protest in front of the MPS building in Jalan Yam Tuan."

Halim should contest in GE-13

Meanwhile, Seremban PKR deputy chief, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek, challenged Abdul Halim to resign immediately as MPS president and contest in the general election.

"Abdul Halim must respond to all parties. His unwillingness to comment and the fact his staff removed only PKR, PAS and DAP flags shows he's playing partisan politics.

"Government servants must be fair to all. He should resign and get involved in Umno and perhaps contest in the general election," said Mohamad Rafie.

He also ticked off Negeri Sembilan Umno secretary, Hasim Rusdi, for saying MPS not only brought down Pakatan component parties' flags but Umno and BN flags as well.

Rusdi made this claim in the Negeri Sembilan edition of Sinar Harian Malay daily yesterday.

"I'll say Hasim is an immature politician as his statement is not based on facts. Umno and BN flags still remain and only Pakatan component parties' flags were brought down.

Tender bangunan Hospital Rembau masih belum dikeluarkan

Posted: 19 Sep 2012 05:18 PM PDT



http://www.jkr.gov.my/tender/index.php

Semakan di laman web JKR menunjukkan setakat 13 September 2012 tender kerja-kerja bangunan hospital Rembau masih belum dikeluarkan. Yang ada hanyalah kerja-kerja tanah. Sedangkan laporan akhbar pada 7 Mac 2008, Mohamad Hasan berkata hospital Rembau akan dibina pada tahun tersebut (2008). Juga laporan akhbar 29 Mac 2012 Menteri Kesihatan berkata tender kerja bangunan akan dibuka pada hujung Mei 2012.

JANJI DITEPATI

HOSPITAL RM100 JUTA BAGI PENDUDUK REMBAU
7 MAC 2008

Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini. Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap daerah..


HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2 FASA
29 MAC 2012

Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini. "Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini,".


PEMBINAAN HOSPITAL REMBAU BERMULA APRIL INI
25 JAN 2012

Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong. Menurut Menteri Besar lagi, "tender pembinaan hospital Rembau akan di buka pada bulan April 2012 dan orang ramai tidak perlu gusar lagi tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang."


TANAH HOSPITAL REMBAU RM22 SEKAKI
15 MAC 2012

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS ialah RM18 sekaki. Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki.


HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2 FASA
29 MAC 2012

Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan kapasiti 76 katil.

Ceramah Perdana

Posted: 19 Sep 2012 03:34 PM PDT


Jasindaily Online

Posted: 20 Sep 2012 09:08 AM PDT

Jasindaily Online


Soi Lek So Chai

Posted: 19 Sep 2012 11:40 PM PDT


Bekas seorang pelakon video, Chua Soi Lek yang terkenal dengan sikap biadapnya menghina Islam yang dihalalkan oleh Umno sekali lagi membuat kenyataan songsang. Kali ini Presiden parti yang ditolak orang Tionghua, MCA itu menyatakan bahawa Politik wang bukan rasuah, Beliau memberikan reaksi itu sebagai respons terhadap cadangan PKR supaya dakwaan politik wang terhadap seorang timbalan menteri wanita daripada MCA dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Antara contoh politik wang, kata Chua, membelikan barangan kepada orang ramai menjelang tahun baru, yang tidak boleh disamakan dengan rasuah.
Chua memberikan jawapan mengejutkan itu ketika ditanya pemberita dalam majlis makan malam di Ipoh pada Selasa, lapor Oriental Daily News hari ini.Chua, memetik aduan yang diterima, pada mulanya mendakwa terdapat "timbalan menteri wanita" terlibat dengan politik wang, tetapi kemudian menjelaskan kenyataan dibuat secara umum dan tidak merujuk kepada individu tertentu.Heng Seai Kie yang berkhidmat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat satu-satunya timbalan menteri wanita daripada MCA. Beliau menafikan dakwaan itu.

 Jelas sekali bahawa amalan politik wang adalah halal di sisi Umno. MCA dan mungkin semua parti komponen BN sebab itulah amalan jijik itu terus menjadi 'zikir' harian mereka tanpa segan dan malu kepada Allah serta manusia. Bagi mereka politik wang sudah menjadi darah daging mereka. Memang benar rasuah adalah amalan syaitan dan disukai oleh orang yang mempunyai kepentingan tertentu. Maka tidak hairanlah 'Mursyidul Am' Umno, Mahathir Mohamad sendiri menyatakan bahawa Umno/BN adalah Syaitan yang dikenali dan patut diundi walaupun jahat dan pengamal rasuah. Selepas lebih bebaslah pendokong Umno/BN mengamalkan politik wang dalam PRU/PRK dan pemilihan parti kerana politik wang bagi mereka adalah amalan mulia dan badan penguatkuasa tidak akan bertindak terhadap mereka.~Mutaligat

Presiden PAS Saman Dr. Mashitah

Posted: 19 Sep 2012 11:38 PM PDT


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung tulisannya yang mengandungi unsur fitnah.Saman tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.

Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang."Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.

Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut.Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.
Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.

Dr Siti Mariah Mahmud

Posted: 20 Sep 2012 03:46 AM PDT

Dr Siti Mariah Mahmud


Insiden persenda Raja : Dr Mariah saman

Posted: 19 Sep 2012 08:18 PM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud hari ini menyaman seorang pemegang akaun laman sosial Facebook kerana mengaitkan beliau dengan insiden mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu, April lalu.

Saman terhadap seorang doktor perubatan itu difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Abdul Aziz dan Yazmin.

Bercakap kepada pemberita, Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, saman itu dibuat kerana tulisan itu menjatuhkan maruah beliau sebagai ahli Parlimen.

"Saya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu ini kerana tulisan itu menuduh saya sebagai biadab di majlis pertabalan," katanya yang ditemani peguam Abdul Aziz Hamzah.

Doktor tersebut dalam tulisannya di facebook mendakwa Siti Mariah mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu sewaktu istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara.

Dakwaan itu turut mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua tetapi kedua-dua mereka telah menafikan dakwaan mereka mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan itu.

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 20 Sep 2012 01:51 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Kafir harbi: Apa tindakan terhadap media

Posted: 20 Sep 2012 12:57 AM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: PAS meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana pihak terutama media yang telah menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di negara ini sebagai kafir harbi.

Demikian antara soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Kedua Belas (2012) yang akan bermula 24 September hingga 27 November 2012.

Berikut adalah soalan-soalan yang dikemukakan beliau sepanjang persidangan Dewan Rakyat nanti.

1. Minta Perdana Menteri menyatakan apakah kesan positif yang diperolehi oleh Negara dengan menggunakan perkhidmatan syarikat perundingan FBC Media yang turut membabitkan perundingan dengan seorang pelobi pro Zionisme, Joshua Trevino?


2.  Minta Perdana Menteri menyatakan apakah hasil daripada Sidang Kemuncak Luarbiasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang diadakan di Kota Suci Mekah pada 14 hingga 15 Ogos 2012 yang lalu?


3.  Minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia khususnya melalui pertubuhan serantau ASEAN dalam menangani pembunuhan eramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar?


4. Minta Perdana Menteri menyatakan mengapa beliau tidak menghadiri Sidang Kemuncak Bumi (Rio + 20) yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil, pada 20 hingga 22 Jun 2012 yang lalu, sedangkan sepatutnya Malaysia diwakili oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri sebagaimana dua siding Kemuncak Bumi padatahun 1992 dan tahun 2002 sebelum ini?


5. Minta Perdana Menteri menyatakan sehingga bila jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus di sandang oleh beliau, sedangkan kementerian berkenaan memikul peranan yang sangat besar dalam menerajui pencapaian NKRA sektor "Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah (LIH)"?

6.  Minta Menteri Pelajaran menyatakan berapakah bilangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) yang telah mendaftar dengan kementerian sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), dan bagaimana pula bentuk bantuan kepada SAR dan SAN yang tidak berdaftar sebagai SABK?


7. Minta Menteri Pelajaran menyatakan apakah status Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari segi kelayakan memasuki Universiti al-Azhar, Mesir, setelah university tersebut memperkenalkan Ujian Kemasukannya (Imtihan Qabul) sendiri?


8. Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap mana-mana pihak terutama media yang telah menghukum sebahagian rakyat bukan Islam di Negara ini sebagai kafir harbi,kerana hukuman seumpama itu boleh menggugat ketenteraman kaum di Malaysia?


9. Minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, berikutan banyaknya desakan daripada badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan individu-individu perseorangan yang menuntut akta tersebut dikaji semula?


10. Minta Perdana Menteri menyatakan berapa kouta jamaah haji Malaysia pada tahun 2012, dan berdasarkan pada jumlah itu benarkah kouta tersebut terjejas disebabkan tuntutan BERSIH 3.0 baru-baru ini?

harakahdaily/-

[ISU KUOTA HAJI] Kebenaran Terserlah, Menteri Agama, Jamil Khir Pendusta

Posted: 20 Sep 2012 12:36 AM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Arab Saudi tolak permohonan tambah kuota haji

Arab Saudi menolak permintaan 40 negara untuk menambah kuota haji mereka tahun ini kerana projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah, lapor akhbar-akhbar tempatan di negara itu hari ini.

"Kementerian memohon maaf kepada semua negara yang telah memohon untuk menambah bilangan jemaah mereka tahun ini (kerana) projek-projek besar pembangunan di Mekah dan Madinah yang menjadikannya sukar untuk menampung jumlah yang lebih ramai," kata Menteri Haji Bandar al-Hajjar, lapor AFP.

Setiap negara Islam diberi kuota haji sebanyak 1,000 jemaah bagi setiap sejuta.

Sistem kuota dikenakan selepas tindakan polis Arab Saudi untuk menghalang demonstrasi jemaah Iran mengadakan bantahan anti-Amerika dan anti-Israel pada tahun 1987, mencetuskan pertempuran di mana 402 orang terkorban, termasuk 275 rakyat Iran.

Tahun lepas, hampir tiga juta jemaah Islam mengerjakan haji yang merupakan satu perhimpunan tahunan terbesar di dunia.

Sebelum ini kerajaan Malaysia dilapor berusaha mendapatkan kuota tambahan untuk 10,000 jemaah, sekali gus mengurangkan jumlah yang keciciran pada tahun ini.

Kerajaan sebelum ini mengaitkan pengurangan kuota haji dengan demonstrasi BERSIH 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lalu.

Ulasan GB

Akhirnya kebenaran terserlah!

Kuota haji disekat TETAPI ia melibatkan 40 negara dan kerana projek-projek pembangunan sedang berjalan di di dua bandar suci Mekah dan Madinah, bukan kerana BERSIH.

GB dah kata dulu. GB tulis di sini: Kuota Haji Akan Disekat? Menteri-menteri UMNO Malaysia Memang Pendusta

Jamil Khir, Anifah Aman dan Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab kerana berdusta. Cuba memburukkan BERSIH tetapi akhirnya pendustaan itu tidak menjadi.

Menteri-menteri tersebut berbohong semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat dengan mempermainkan kuota haji melalui fitnah terhadap BERSIH dan kerajaan Arab Saudi, kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat kuota haji tahun ini.

Ketiga-tiga menteri itu lansung tidak takut dosa. Tak takut Tuhan dan tak takut lidahnya dikerat kerana berbohong dan berdusta.

Tidak mengapa, kita serahkan mereka kepada Allah swt untuk membalas segala perbuatan hina mereka itu.

kelab grennboc/- 

Wanita bom bas mini di Afghanistan

Posted: 20 Sep 2012 12:24 AM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KABUL - Seramai 12 warga tempatan maut termasuk tujuh warga asing selepas seorang wanita nekad melakukan serangan berani mati di dalam sebuah bas mini di Kabul, Afghanistan.

Serangan bermotifkan dendam itu, dilakukan kumpulan berkaitan militan Hezb-e-Islam.

"Penyerang yang juga seorang wanita memakai jaket bom, meletupkan dirinya," kata jurucakap Hezb-e-Islami, Zubair Sediqqi.

Wanita itu dilaporkan meletupkan dirinya sebaik sahaja bas mini berkenaan berhenti untuk mengisi petrol dekat lapangan terbang itu.

Polis kanan, Mohammad Dawod Amin berkata, orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian turut terkena tempias letupan sekali gus memberi amaran bahawa militan memiliki keupayaan melepasi kawalan keselamatan polis dan tentera.

"Mereka menyasarkan van mini petugas luar negara yang mempunyai kontrak dengan Amerika Syarikat (AS)," kata Amin.

Polis berkata, serangan berani mati melibatkan penyerang wanita adalah yang pertama kali berlaku di Afghanistan dan tujuh mangsa luar yang terbunuh merupakan juruterbang daripada Rusia, Afrika yang bertugas untuk syarikat penerbangan antarabangsa.

"Bandar ini mencatatkan jumlah kematian orang asing paling tinggi sejak April lalu apabila juruterbang tentera udara negara menembak mati lapan pesawat tentera udara AS selepas terlibat dalam satu pertengkaran," katanya.  - Reuters

Lapangan Terbang Sydney Catat Bilangan Penumpang Tertinggi

Posted: 20 Sep 2012 12:16 AM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

MELBOURNE: Lapangan Terbang Sydney mencatatkan bilangan penumpang tertinggi, termasuk dari Malaysia, pada Ogos berikutan pertumbuhan ketibaan antarabangsa dan pemulihan pasaran domestik.
Lapangan terbang itu mencatatkan peningkatan 5.7 peratus penumpang kepada 3.1 juta pada Ogos berbanding bulan yang sama tahun lepas.

 Bilangan penumpang itu adalah yang tertinggi pada keseluruhan Ogos yang pernah dicatatkan, kata Lapangan Terbang Sydney dalam satu kenyataan.

Trafik domestik meningkat 4.9 peratus kepada 2.1 juta penumpang manakala penumpang antarabangsa meningkat 7.0 peratus kepada 993,000.

Ketua Eksekutif Kerrie Mather berkata bilangan penumpang domestik meningkat bagi bulan ketiga berturut-turut apabila syarikat penerbangan tempatan menambah lebih banyak penerbangan dan tempat duduk.

Peningkatan yang besar penumpang juga dicatatkan dari Singapura, Malaysia, Indonesia, China dan India pada Ogos, kata Mather.

Umat Islam mesti bangkit kecam hina Rasulullah

Posted: 20 Sep 2012 12:08 AM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Kami dari Majlis Penyelidikan Dewan Ulama PAS Pusat, sesungguhnya merasa amat kesal dengan tragedi penghinaan kepada Rasulullah SAW melalui filem yang mengaibkan baginda dan menyeru seluruh umat Islam bangkit mengecam dan menentang sebarang bentuk penghinaan sebegini.

Sudah sekian kalinya, penghinaan terbuka secara sengaja oleh musuh-musuh Islam berlaku. Inilah malang dan mala petaka apabila umat Islam tidak cakna dan prihatin terhadap agama dan Nabi-Nya, lompang yang kosong dan ruang yang ada digunakan oleh musuh Islam dengan sewenang-wenangnya terhadap kekasih umat yakni Rasulullah SAW.

Sesungguhnya umat Islam mampu bersabar dalam menghadapi mehnah, tribulasi dan liku-liku perjuangan hidup tetapi kesabaran ada had dan batasnya. Ini kerana mempertahankan Rasulullah SAW lebih aula dan sewajibnya melebihi ibu bapa hatta diri sendiri. Inilah yang kami imani dan yakin seperti yang diarifkan oleh sejarah para sahabat, tabiin dan salaf al-soleh.

Justeru, kami cadangkan semua umat Islam bertindak seperti berikut:

- Menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika dan PBB. Ini kerana dalam Konvensyen Antarabangsa dan Mesyuarat Tahunan PBB yang sememangnya mengutuk apa jua jenis pencabulan terhadap mana-mana kepercayaan agama suci, perutusan berkaitan agama dan kitab suci masing-masing.

- Menjelaskan kebobrokan dan penipuan filem tersebut. Penghinaan terhadap agama Islam dan pelan Islamofobia barat mula menular sejak penulis dari British yang menghina Islam iaitu Salman Rushdi dalam bukunya yang berjudul 'Kesucian Nabi' dalam Islam pada tahun 1988.

- Mengajak Perdana Menteri dan barisan kabinetnya sebagai kerajaan yang sah dengan menghantar Surat Bantahan kepada Kerajaan Amerika.

- Mengesyorkan kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Komunikasi supaya bertindak pantas terhadap sebarang media yang menyiarkan dengan sewenang-wenangnya filem tersebut.

- Mengajak umat Islam bersatu mempertahankan Rasulullah SAW dengan menekuni sirah, sunnah dan hadisnya.

- Mengutuk sebarang penyiaran filem anti Islam dan tindakan mencabul kehormatan Islam sama ada filem luar negeri mahupun dalam negeri.

- Sudah sampai masanya kerajaan, sebagai contoh melalui JAKIM menubuhkan unit khas menjawab segala syubhah dan keraguan serta penghinaan seringkali dilemparkan kepada Islam. Ini supaya kenyataan dan tindakan perlu diselarikan yang menunjukkan kesepakatan dan muafakatnya umat Islam.

JAKIM serta badan agama negeri hendaklah menulis khutbah khas dan juga buku yang khas dalam menjawab sebarang fitnah dan tuduhan liar lagi jahat terhadap Baginda SAW dan Islam.

Begitu juga kajian mendalam berkenaan dengan jawapan yang terbaik melalui media massa serta artikel dan juga syarahan perlu menjadi agenda dalam mempertahankan baginda SAW.

Termasuk dalam penghinaan kepada Rasulullah SAW ialah tidak mengikut sunnahnya bahkan menentang segala syariatnya seperti tidak melaksanakan hudud dan memperlekehkan hukum Islam.

Ingatlah jika sekiranya kita berpaling, nescaya Allah akan menggantikan kaum yang lain bukan seperti kita bahkan jauh lebih baik untuk memperjuangkan agama-Nya.

Sesungguhnya, mulianya kita selama mana mempunyai izzah dengan Islam dan rasulnya sebaliknya hinanya kita apabila luntur keyakinan dan pegangan kepada agama Islam.

Ya Allah, kami menadah tangan munajat kepada-Mu supaya menetapkan hati-hati kami dan pendirian kami dalam mentaati-Mu dan memelihara agama-Mu dan nabi-Mu.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami atas kelemahan kami dalam mempertahankan nabi-Mu. Amin.

Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat & Majlis Penyelidikan Dewan Ulama PAS Pusat

Banduan Lepaskan Diri Dari Kereta Polis Ditangkap Semula

Posted: 19 Sep 2012 11:37 PM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUANTAN – Seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas dan merempuh belakang sebuah lori.

Kejadian pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid di sini itu menyebabkan tiga anggota polis cedera parah manakala banduan itu pula berjaya melarikan diri.

Anggota polis yang cedera ialah pemandu kereta polis, Konstabel Filyx Lansaver Jinol, 25, Koperal Zulhairi Ramli, 24, dan Koperal Abd. Rashid Ahmad, 51.

Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusuff berkata, ketika kejadian, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953.

Mereka bertolak dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor di sini.

"Sampai di tempat kejadian banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta polis hilang kawalan. Kereta itu terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan.

"Selepas kejadian itu, banduan terbabit bertindak melarikan diri dengan tangan bergari menuju ke kawasan hutan berhampiran taman berkenaan," kata beliau kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, seorang saksi yang berada di tempat kejadian cuba mengejar banduan terbabit dan menyuruh banduan itu menyerah diri namun dia tidak mengendahkan arahan itu dan terus menghilangkan diri.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan, Mohd. Zamri Abdul Kadir, 22, yang sedang menggantikan tayar sebelah kiri lorinya yang pancit di situ turut mengalami kecederaan di betis kiri akibat rempuhan kereta polis yang membawa banduan itu.

"Polis kini membuat sekatan jalan di sempadan daerah Kemaman, Maran, Temerloh dan Pekan bagi memburu banduan terbabit," kata beliau.

Polis pada pukul 10.25 malam tadi berjaya memberkas semula banduan itu ketika penjenayah terbabit pergi ke rumah penduduk di Taman Dato Rashid untuk meminta air dengan tangan masih bergari.

Banduan yang berasal dari Terengganu itu dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu berkuat kuasa pada 28 Jun lepas.

kelab greenboc/- 

Fitnah: Presiden PAS saman Mashitah

Posted: 19 Sep 2012 11:34 PM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung tulisannya yang mengandungi unsur fitnah.

Fail tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.

(Gambar: Ahmad Samsuri bersama peguam bercakap kepada media.)

Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.

Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut.

Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.

harakahdaily/-

Umat Islam digesa sertai bantahan hina Nabi esok

Posted: 19 Sep 2012 11:31 PM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa agar semua umat Islam agar dapat turun beramai-ramai menyertai protes aman membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Rasulullah SAW.

Protes tersebut akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat esok, 21 September 2012.

"Dengan komitmen semua pihak tanpa mengira parti politik ini, saya mengira ia sebagai isyarat yang cukup jelas bahawa umat Islam tidak pernah meredhai sebarang aktiviti yang menghina Rasulullah SAW dalam apa jua bentuk sekalipun," ujar beliau dalam satu kenyataan.

Di dalam masa yang sama, kata beliau ia sewajarnya juga menjadi pengajaran berguna kepada sesetengah pihak di kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menolak syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

"Harapan saya agar protes berkenaan dapat berlangsung dalam suasana aman tanpa sebarang insiden yang tidak diingini," katanya.

harakahdaily/-

Islam bolehkan pemindahan rahim wanita

Posted: 19 Sep 2012 11:29 PM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -



IPOH - Pemindahan rahim seorang wanita kepada wanita lain menerusi pendermaan organ dibolehkan dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, walaupun ketiadaan organ peranakan itu tidak menjejaskan nyawa seseorang, hukum menderma rahim adalah harus.

"Bagaimanapun, dengan syarat rahim tersebut adalah daripada wanita yang sudah meninggal dunia dan penerima organ pula merupakan wanita mandul.

"Pemindahan rahim juga bertujuan untuk mendapat zuriat sesuai dengan perintah Allah di dalam al-Quran," katanya sewaktu menjawab soalan seorang peserta pada Forum Pendermaan Organ di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini semalam.

Selain Harussani, turut menjadi panel pada program anjuran Unit Pendermaan Organ HRPB ialah Ketua Pengurus Perolehan Transplan Kebangsaan, Datin Dr. Fadzilah Zowiyah Lela Yasmin Mansor dan Pengurus Klinikal Transplan Kebangsan, Dr. Mohamed Anis Abd. Wahab.

Pembedahan pemindahan rahim pertama berjaya dilakukan Dr. Omer Ozkan di Hospital Universiti Akdeniz di Antalya, Turki pada 9 Ogos tahun lalu melibatkan seorang isteri muda, Derya Sert, 22, yang dilahirkan tanpa organ peranakan.

Dalam perkembangan sama, Harussani memberitahu, tiga syarat lain menderma organ dalam Islam adalah penderma mesti disahkan telah meninggal dunia, mendapat kebenaran keluarga penderma dan tidak melibatkan urusan jual beli.

Beliau berkata, kebenaran ahli keluarga amat penting kerana dari segi syarak, mereka berhak terhadap jenazah bakal penderma biarpun individu terbabit telah menandatangani akujanji pemindahan organ semasa hayatnya.

Fadzilah Zowiyah pula memberitahu, berdasarkan pengalamannya, kes halangan daripada ahli keluarga dalam isu pendermaan organ berlaku kerana mereka tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara itu sewaktu hayat bakal penderma.

"Jarang ahli keluarga membantah sekiranya mengetahui lebih awal hasrat si mati untuk menderma organ.
"Oleh itu, saya sarankan individu yang berhasrat untuk terlibat dalam program tersebut agar menghebahkannya terutama kepada ahli keluarga terdekat," katanya.

kosmo/-


Jurutera pakai 302 helai seluar dalam untuk cipta rekod dunia

Posted: 19 Sep 2012 11:20 PM PDT


4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

LONDON: Gara-gara mahu mencipta nama dalam rekod dunia, seorang bapa berusaha menyarung lebih 300 seluar dalam untuk mendapat pengiktirafan Rekod Dunia Guinness.

Menggelar dirinya "Pantsman," Gary Craig berjaya memakai 302 seluar sekali gus dan usaha itu membolehkan namanya tercatat dalam rekod dunia Guinness. Berasal dari Whitburn, Tyneside Selatan, Craig, 52, tahun lalu pernah mencatat rekod dunia bagi kategori sama dengan memakai 211 seluar dalam . Bagaimanapun, rekodnya diatasi Janine Keblish yang mengenakan 252 seluar dalam pada Februari lalu. Craig seorang jurutera mencipta rekod baru itu di Gypsies Green di Shields Selatan. - DM

Kebakaran kilang petroleum Mexico, 26 maut

Posted: 19 Sep 2012 11:13 PM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

REYNOSA - Letupan yang disusuli kebakaran di kilang pemprosesan gas asli Pemex, utara Mexico berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS), kelmarin menyebabkan sekurang-kurangnya 26 pekerja terbunuh.

Televisyen tempatan menyiarkan api yang sedang marak menjulang tinggi semasa letupan berlaku di stesen pemampatan gas berhampiran bandar Reynosa, iaitu lokasi utama aliran gas daripada AS ke Mexico.

Ini adalah insiden yang terburuk setakat ini, ketiga berlaku dalam tempoh lima minggu, melibat syarikat minyak Pemex di bawah kendalian kerajaan di Tamaulipas, sebuah kawasan terdedah kepada ancaman serangan kumpulan-kumpulan dadah.

Bagaimanapun, eksekutif tertinggi Pemex memberitahu pihaknya menganggap kebakaran yang berlaku berunsur kemalangan.

Subkontraktor tempatan, Victor Barrera berkata, semasa paip berkenaan meletup dia berada hanya 30 meter dari lokasi kejadian.

"Seorang rakan datang memaklumkan kepada saya kirakira 40 orang sedang bertugas semasa tangki itu meletup.

Saya hanya mampu lari untuk selamatkan diri dan tidak sempat membantu rakan-rakan," katanya.

Empat yang terbunuh adalah kakitangan Pemex, dan 22 yang lain adalah pekerja kontrak, selain tujuh pekerja lagi dilaporkan masih hilang.

Setakat ini, seramai 28 orang dimasukkan ke hospital dan dua daripada mereka dilaporkan kritikal. - 
Reuters

Ramalan Dr M akan salah lagi rasanya...

Posted: 19 Sep 2012 11:10 PM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Betulkah pandangan Dr Mahathir yang BN akan menang tipis dalam PRU yang akan datang? Ada yang bertanya samada ramalan ramai yang UMNO akan tumbang ada kebenarannya.. Dr Mahathir meramalkan kemenangan untuk BN, tetapi kemenangan yang tipis. Dr Mahathir juga mengakui yang BN akan menjadi kerajaan yang lemah dan akan menghadapi masalah 'defection' selepas pilihanraya dan sebagainya. Mahathir meramalkan yang BN akan mendapat majoriti 2/3 jika BN menghadapi PRU kali ini dengan lebih kuat dan melakukan pemilihan calon dengan tepat.

Keupayaan Dr Mahathir untuk menelah keputusan PRU itu menjadi persoalan kepada yang berfikir. Dalam pada UMNO menghadapi masalah yang besar sekarang, mana mungkin UMNO itu akan mendapat kemenangan majoriti 2/3 di Dewan Parlimen? Walau bagaimana pun sesiapa sahaja termasuk Dr Mahathir sendiri berhak untuk meramalkan keputusan PRU itu nanti, kerana pilihanraya itu pun belum diadakan lagi.

Pihak lain pula ramai yang meramalkan Pakatan Rakyat (PR) akan menang 'hands down' dan akan melakukan perubahan besar kepada lanskap politik buat pertama kali dalam sejarah kemerdekaan negara kita. Dr Mahathir berkata yang Pakatan Rakyat ini hanya sekumpulan manusia yang berpakat-pakat untuk melakukan kejahatan. Tetapi semua pakat-pakat yang beliau lakukan sekarang terbukti sebagai pakat-pakat jahat untuk kepentingan segelintiran pemimpin dan kroni-kroni mereka sahaja.

Salah satu dari dua ramalan itu akan menjadi kenyataan: samada yang mengatakan BN akan kalah atau pun pihak yang mengatakan BN akan kekal memenangi PRU itu nanti. Tetapi apa yang hendak saya nyatakan di sini ialah, tidak semua ramalan Dr M itu menjadi kenyataan. Ramai yang berkata Dr Mahathir hanya berkata-kata dengan apa yang beliau hendak dengar sahaja.

Pada tahun 1985 dahulu beliau meramalkan yang PBS (Parti Bersatu Sabah) yang baru sahaja wujud tidak akan berjaya mengalahkan parti Berjaya dan kerajaan yang dipimpin oleh Harris Salleh di Sabah. Dr Mahathir mempunyai keyakinan seratus peratus yang Berjaya akan dapat mengekalkan mandat dalam pilihanraya negeri pada tahun itu kerana PBS adalah parti baru dan tidak mungkin berjaya.

Dr Mahathir begitu berkeyakinan yang Berjaya akan berjaya dan beliau terus memberikan sokongan terbuka kepada Berjaya untuk mengekalkan kuasa di Sabah. Dr Mahathir dalam ucapan beliau di Sabah dalam kempen pilihanraya itu telah berucap dengan penuh keyakinan dan beliau berjanji yang beliau akan berenang atau tenggelam bersama Berjaya.

Akhirnya Berjaya telah tumpas dengan teruknya sehinggakan Harris Salleh sendiri telah kalah di kawasannya sendiri, di Tenom. Tetapi Dr Mahathir berubah pendirian dan tidak mahu tenggelam bersama Berjaya seperti yang beliau janjikan semasa kempen pilihanraya itu. Dr Mahathir sedar yang beliau telah tersalah membuat ramalan terhadap keputusan pilihanraya negeri itu. Dr Mahathir terus berenang dan membiarkan sahaja Harris Salleh tenggelam sendirian.

Sesungguhnya tidak mustahil jika UMNO mengalami keadaan seperti yang di alami oleh Berjaya. Apabila rakyat mahukan perubahan, keadaan itu akan wujud dengan sekelip mata sahaja.

Rakyat akan menolak dan meruntuhkan parti yang telah terlalu lama menjadi 'sanctuary' kepada semua pemimpin-pemimpin dan kroni-kroni yang rakus selama ini.

Rasanya Dr Mahathir akan tersalah ramal lagi kali ini... - 

harakahdaily/-

Pemberian tunai Najib ‘hampiri’ beli undi - Dr M

Posted: 19 Sep 2012 10:41 PM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengakui bahawa tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia melalui beberapa polisi pro-rakyat menghampiri kepada pembelian undi.

Akan tetapi, bekas perdana menteri (PM) mengatakan bahawa kerajaan sudah tidak mempunyai cukup masa oleh sebab pilihan raya semakin hampir dan Barisan Nasional (BN) perlu menang dengan mandat besar untuk mengukuhkan kuasa terhadap Putrajaya.

"Saya tidak percaya dengan memberi wang kepada rakyat. Saya percaya dengan memberikan kemudahan.

"Tetapi saya rasa apabila kerajaan sudah tidak mempunyai masa dan pilihan raya semakin hampir, mereka akan menggunakan cara ini," kata Dr Mahathir dalam ucapan pembukaan dalam Forum CEO anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana sebagaimana dilaporkan The Malaysian Insider hari ini.

"Jika anda memberi orang sedikit wang dan mereka harus menyokong (anda). Mungkin ia bukanlah membeli undi ... tetapi ia adalah sangat dekat degan itu," katanya, disambut ketawa daripada penonton.

Kerajaan dijangka mengumumkan pusingan kedua pemberian wang tunai RM500 kepada isi rumah berpendapatan rendah semasa Bajet 2013 dibentangkan minggu depan, satu langkah yang dipercayai bertujuan meningkatkan Najib dan penilaian terhadap pakatan BN menjelang pemilihan dijangka tidak lama lagi.

Pusingan pertama pemberian tunai di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang melibatkan kira-kira lima juta keluarga dan wang pembayar cukai berkos RM2.6 bilion telah dilihat penilaian kelulusan Najib meningkat sehingga 69 peratus, sebahagian besarnya disebabkan oleh lonjakan sokongan dari miskinisi rumah.

Sepanjang ucapannya, Dr Mahathir berulang kali menyebut pemberian wang tunai pentadbiran Najib, pada satu titik walaupun mengatakan bahawa "beliau (Najib) mempunyai wang yang banyak".

"Sekarang kita mempunyai seorang lelaki baru sebagai ketua (kerajaan)," katanya apabila mengingatkan penggantian perdana menteri selepas dia meletak jawatan pada tahun 2003.

"Saya tidak akan mengatakan apa-apa yang buruk mengenai beliau kerana saya menyokong BN.

"Satu-satunya perkara yang saya akan katakan adalah bahawa dia mempunyai banyak wang dan dia menghadiahkan wang kepada semua orang.

"Pada masa saya, saya tidak memberikan wang saya dapat telah pun diberikan wang untuk diri sendiri tetapi saya tidak. Saya rasa saya membuat kesilapan di sana," katanya secara berseloroh.

Najib akan membentangkan Bajet pada 28 September dan selain pemberian BR1M kedua, beliau dijangka mengumumkan langkah-langkah lain untuk meningkatkan perbelanjaan domestik dan ekonomi dalam usaha untuk menuju prospek ekonomi semakin teruk kerana dia bersedia untuk memanggil pilihan raya pertama beliau.

Ekonomi berkembang pada kadar yang mengejutkan sebanyak 5.4 peratus pada suku kedua, bertiup dari jangkaan ekonomi 'dan berpotensi menimbulkan faktor rasa-baik menjelang pilihan raya umum.

Tetapi berita baik dijangka adalah tidak untuk bertahan sebagai prospek global berkemungkinan akan menjejaskan eksport Malaysia.

Menghairankan pertumbuhan pada suku kedua ekonomi walaupun eksport lemah adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh penampan projek pembinaan yang berterusan dan peningkatan perbelanjaan disebabkan oleh kenaikan gaji penjawat awam dan pemberian tunai kerajaan, berkata ekonomi, yang boleh menunjukkan kepada pertumbuhan tidak sekata pada bulan-bulan akan datang.

harakahdaily/-


Waris bayi dicari

Posted: 19 Sep 2012 10:39 PM PDT

4 Zulkaedah 1433H. 

[MOD] - SHAH ALAM – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjejak waris bayi berusia sembilan bulan yang tinggalkan ibu kandungnya sejak lahir. Bayi berkenaan dilahirkan pada 27 November 2011 di Hospital Selayang Selangor. 

 Difahamkan, bayi tersebut diserahkan kepada sepupu ibu kandungnya yang menetap di Kepong. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai waris bayi itu diminta datang ke JKM berdekatan atau menghubungi Napsiah Leb di talian 019-3038873.

 sinar harian/

[BONGKAR] Skandal Noh Omar.. Memiliki Kekayaan Luar Biasa Bhgn 1

Posted: 19 Sep 2012 10:35 PM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 

Maklumat yang akan didedahkan di bawah ini adalah bersumberkan dari para pegawai Kementerian Pertanian (MOA) dan Kementerian Kewangan (MOF) yang sudah tidak tertanggung lagi untuk menutup kepincangan yang dilakukan oleh Menteri Pertanian Datuk Noh Omar berhubung isu 'benih'...

Oleh Warga MOA

(Melibatkan– Noh Omar Menteri MOA, Dato' Hashim KSU MOA dan Datin Naimah Pengarah IPB (Industri Padi Beras)

Menteri Pertanian, Noh Omar telah menyalahgunakan kuasa bagi tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Lihat surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 20 Julai 2012 mengenai perkara ini.

Telah disahkan pihak MOF oleh Dato Fauziah Yaacob, Bahagian Perolehan Kerajaan (para 2) bahawa proses penilaian teknikal dan perakuan tender tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam dokumen tender dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip tender (terdapat 3 kriteria yang dinyatakan).

MOF pada para 3 menyatakan disebabkan keperluan benih yang mendesak serta faktor kesegeraan bagi musim penanaman semasa, maka MOF bersetuju dengan anggaran kos RM164.8juta. MOF pun kena tipu dengan Noh Omar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (Amalan biasa MOA selama ini). Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak.

Noh Omar takut mengenai kedudukannya sebagai menteri MOA jika berlaku pilihanraya awal, sebab itu beliau dengan tergesa-gesa mengarahkan agar tender ini dibuat dengan kadar segera. Tender telah dikeluarkan pada 29 Mac 2012, walaupun kontrak tamat pada 31 Disember 2012. Tidak pernah berlaku dalam sejarah MOA, benih padi dibuat secara tender tergesa-gesa.

Tender dibuat dalam 2 kategori, iaitu 20,000 tan dan 8,000 tan. Untuk 20,000tan, telah diatur awal khas untuk Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd dan Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. (Semua pengusaha-pengusaha benih padi tahu hal ini).

Walaubagaimanapun, Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. mendapat tambahan 2,000tan lagi daripada kuota 8,000tan, menjadikan jumlah keseluruhan 22,000tan.

Noh Omar mengarahkan kontrak ini dibuat untuk tempoh 3 tahun yang tidak pernah dibuat oleh MOA sebelum ini (rujuk keratan akhbar mengenai tender), walaubagaimanapun MOF hanya meluluskan untuk 2 tahun sahaja (amalan biasa).

Syarikat Seri Merbok, dipengerusikan oleh Dato Rais (kroni Noh Omar), bekas EXCO Negeri Sembilan, yang digugurkan daripada menjadi wakil rakyat kerana isu rasuah. Sri Merbok juga mempunyai rekod yang buruk. Petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease - penyakit berpunca daripada benih padi) , penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh. Sewaktu lawatan YAB Perdana Menteri ke Perlis pada awal tahun 2012, YAB Perdana Menteri terpaksa meluluskan RM4juta tambahan kepada petani di Kedah dan Perlis untuk menyelesaikan masalah padi angin.

Pada Tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok.

Satu lagi syarikat kroni Noh Omar adalah Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid yang tidak melepasi syarat yang ditetapkan dalam tender. Syarikat ini hanya mempunyai loji benih berkapasiti 8,000tan sahaja (tidak memenuhi syarat tender 20,000 tan). Walaubagaimanapun dengan kuasa Noh Omar, syarikat ini berjaya menyewa loji MADA di Sungai Burung yang mempunyai kapasiti 4,000tan. Secara teknikal ia masih gagal memenuhi syarat 20,000 tan.

Loji MADA di Sungai Burung disewa dengan kadar RM5,000 sebulan sahaja berbanding dengan loji MADA di Ajil, Terengganu berkapasiti 1,250 tan juga disewa dengan RM5,000 sebulan (syarikat lain yang bukan kroni). Noh Omar telah menggunakan kuasa bagi mengarah MADA menetapkan kadar kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid hanya RM5,000 sebulan.

Agensi Kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini. Noh Omar telah memberikan kuota kedua-dua agensi ini pada musim lepas kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid dan Syarikat Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. (kroni Noh Omar)

TKSU MOA, Dato Baharum Jani sebelum ini ialah Pengarah IPB (Industri Padi Beras) telah diganti secara mengejut oleh Datin Naimah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama datuk Hashim KSU MOA. Dato Baharum Jani tidak mahu bersetongkol dengan Noh Omar berhubung perkara ini. Datin Naimah adalah orang suruhan Noh Omar di MECD. Selepas Noh Omar keluar dari MECD, MARA (dibawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius berpunca salahgunakuasa Noh Omar, ketika menjadi Menteri di MECD.

Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000tan. Noh Omar dan konco-konconya menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd - 22.000tan, Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. - 20,000tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. - 3,000tan). Jika berlaku apa-apa kepada syarikat-syarikat ini, maka akan berlaku krisis makanan yang serius kepada negara. Noh Omar dijangka mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini.

KEKAYAAN LUAR BIASA NOH OMAR

Noh Omar hidup mewah, kaya raya, membeli rumah banglo terbaru berharga RM6juta di Sunway (tidak termasuk kos renovation dan peralatan dalam rumah), jam-jam mewah, kereta-kereta mewah. Pegawai-pegawai beliau seperti Dato' Saiful, Dato' Safie juga hidup mewah kaya raya. Dato' Saiful mampu berbulan madu di London dan tour mengelilingi Eropah (tiket MAS first class). Pegawai Khas beliau, Datuk Bibah mempunyai kereta mewah (Toyota Alphard) beserta pemandu. Tidak ketinggalan juga Bodyguard dan pemandu Noh Omar yang juga hidup mewah dan kaya raya. Begitu juga 10 pegawai-pegawai khas beliau yang lain.

Adalah menjadi harapan kami, warga MOA agar MOF menubuhkan pasukan khas bagi meneliti semula kontrak ini.

Kami pegawai-pegawai MOA, merayu agar YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan MEMBATALKAN segera kontrak ini demi untuk menyelamatkan petani dan industri padi negara. Kami juga merayu agar SPRM segera membuat siasatan mengenai skandal terbesar ini.

Ini adalah satu skandal yang amat serius. Yang menjadi mangsa adalah petani yang miskin. Yang menjadi kaya raya hidup mewah sombong dan bongkak adalah Noh Omar. Noh Omar adalah Menteri Pertanian yang paling korup dalam sejarah Kementerian Pertanian. Beliau umpama lintah darat. Hidup mewah atas keringat dan titik peluh petani yang miskin. Cakap tak serupa bikin. Menuduh orang lain korup, tetapi dialah BAPA KORUP !!!!

Kami warga MOA sekali lagi amat mengharap YAB Perdana Menteri mengambil tindakan tegas kepada Menteri kami yang amat korup ini.

Menteri sekor nie memang banyak masalah, jenis syaitan yang Mahathir dok kata, Kalau jadi MB Selangor mengalahkan Mike Tyson dan Khir Toyo. -kedah.kini
 

Pengerusi & Timb Pengerusi SPR Perlu Letak Jawatan Segera Atau Mahu Masuk Penjara?

Posted: 19 Sep 2012 10:31 PM PDT



4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

Pengundi luar negara desak bos SPR undur

Tidak puas hati dengan kelewatan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan warganegara Malaysia di luar negara mengundi pos, kumpulan pendesak MyOverseasVote (MOV) mendesak dua pemimpin utama badan itu meletakkan jawatan.

MOV yang ditubuhkan bagi melobi hak mengundi mereka mendakwa pengerusi SPR Atan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar menipu rakyat Malaysia di negara asing.

SPR juga menghina syor yang dibuat oleh jawatankuasa pilihan khas parlimen (PSC) berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya, yang diluluskan Dewan Rakyat, kata MOV dalam kenyataannya semalam.

MOV merujuk kepada kenyataan Abdul Aziz Jumaat lalu bahawa Pejabat Peguam Negara masih mengkaji sama ada pindaan Akta Pilihan Raya diperlukan bagi membolehkan pengundian pos kumpulan itu.

Sementara itu, MOV juga membariskan kronologi peristiwa yang didakwa menggambarkan SPR tiada hasrat untuk memberikan hak pengundian pos kepada mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Ulasan GB

Seperti biasa, kedua-dua mangkuk ini akan memekakkan telinganya, TETAPI kita ingin memberi amaran bahawa hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya.

Mereka boleh menipu rakyat Malaysia, tetapi mereka tidak boleh menipu kebenaran apatahlagi Tuhan.

Mengikut pemerhatian GB, berdasarkan kepada tindakan-tindakan kedua-dua penjawat awam ini yang melakukan kerja secara tidak adil dan senget sebelah, mereka akan tetap ke penjara bersama-sama mereka yang curang di dalam perkhidmatan mereka, di satu hari nanti.  


kelab drennboc/-

Tabik dua belah tangan untuk Hashim Jasin

Posted: 19 Sep 2012 10:07 PM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 

Saya tabik dua belah tangan kepada Pesuruhjaya Pas Perlis Ustaz Hashim Jasin yang membuat pengakuan tidak lagi bertanding dalam pilihan raya akan datang. Pendirian itu dibuat dalam interviu dengan pengarang Harakahdialy Zulkifli Sulong. Saya terharu dan merasa bangga dengan sikap dan pendirian beliau itu. Apa lagi mengharukan walaupun tidak menjadi calon namun sebagai Pesuruhjaya kata beliau sudah dan sedang berusaha membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti. Hashim Jasin: 

Umum tak tanding. Bagi saya pernyataan itu satu keikhlasan tinggi dari seorang tok guru dan juga ketua kepada sebuah parti Islam. Umum tahu beliau adalah pemimpin disegani kawan dan lawan di Perlis. Kedudukan atau pun martabatnya dalam parti sama tinggi dengan timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din. Kedudukan itu menyebabkan usahkan untuk pilihan raya ini, kalau ada 10 kali pilihan raya pun beliau wajar bertanding, 

kerana Hashim adalah tokoh yang tidak ada tolak bandingnya di Perlis. Beliau pernah kalah dan pernah menang sebagai wakil rakyat. Menghadapi zaman pasang surut Pas namun tidak pernah mengalah dan lemah dengan cabaran. Ertinya beliau merasai bagaimana enak dan tidaknya selaku orang politik. Apabila tidak 'temooh' dengan kedudukan itu jelas beliau seorang ikhlas dan tahu membaca perjalanan hidup. Dalam pilihan raya lalu beliau menang kerusi Dun Sanglang dan dengan reputasi yang ada hari ini sekiranya beliau terus menjadi calon di situ beliau mampu mempertahankan kerusi berkenaan. Apa yang benar-benar mengharukan perasaan saya ialah, Hashim rela berkorban untuk tidak ditandingkan walhal kalau Pas berjkaya menawan Perlis dialah bakal MB. 

Tindakan beliau itu wajar diikuti oleh semua khususnya mana-mana wakil rakyat yang kini masih berhajat dan berdoa untuk dicalaonkan lagi walaupun sudah dua atau tiga penggal bertanding dan sudah kehabisan 'reng'. Mungkin bagi mana-mana wakil rakyat mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri masih relvan, kalau diberi laluan bertanding kerana ia boleh membantu kemenangan parti. Tetapi kalau bertanding sekadar hendak melepaskan hutang atau pun kerana tidak bersedia memberi laluan kepada rakan lain sesuatu tidakan yang buruk. Jelas sikap dan pendirian itu sebagai tomak. Saya percaya apa dilakukan Hashim Jasin itu sebagai model atau contoh yang perlu diambil oleh mana-mana wakil rakyat lain. Tindakan itu merupakan masej jelas kepada yang masih terus berangan untuk digelar YB. 

Cara beliau itu juga satu pendidikan atau tarbiyah yang cukup indah sekali. Hendaknya selepas ini akan ada pula kenyataan sama dibuat oleh mana-mana wakil rakyat atau pun tokoh yang kini sakit, sering berulang alik ke hospital ataupun yang penyakit kroniknya sudah dikenali membuat kenyataan dan pendirian sama. Alasan bahawa kesihatannya sudah pulih tidak patut dijadikan modal untuk membolehkan diri dicalon lagi. Jangan sesekali menjadikan penyakit dan keuzuran untuk menangih simpati agar rakyat terus mencalonkan kita. 

Ada lagi kalau kita membayar rakyat sesen dua untuk pergi melobi kita kononnya kita masih diingini dan mampu memikul tanggungjawab. Itu juga dipanggil politik wang atau hakikatnya rasuah. Saya mengira tidak ada mana-mana wakil rakyat atau tokoh Pas yang ingin bertanding melakukan rasuah atau politik pitis. 

Sekali lagi diseru mana-mana wakil rakyat yang uzur dan penyakitnya sudah dikenal pasti berundurlah secara terhormat. Jangan nanti dipaksa berundur baru hendak berbuat demikian ia sesuatu yang tidak manis. Kalau kita sudah tahu kudrat dan keupayaan kita elok kita mengaku dan tidak menjadi munafik kepada diri sendiri. Biarlah kita meninggalkan rekod perkhidmatan dengan cara terbaik bukannya kita diundurkan dengan cara paksaan. Kalau kita berhenti dalam kemenangan kita akan disanjung, tetapi kalau kita berhenti kerana kekalahan, segala rekod perkhimdatan baik selama ini akan terpadam. 

 harakahdaily/-

Nik Aziz: Media pertikai Karpal, tak soal pendirian Umno

Posted: 19 Sep 2012 09:55 PM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkritik tindakan sesetengah akhbar yang hanya mempertikaikan kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mengenai hudud dan pendirian parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu. 

 Sedangkan kata beliau, akhbar-akhbar berkenaan tidak mempertikaikan pendirian Umno yang tidak mahu meminda Perlembagan Persekutuan. Menteri Besar Kelantan itu berkata, hukum hudud bergantung kepada Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai oleh "Kerajaan Umno", yang dilaporkan bertentangan dengan hukum tersebut. "Selepas mesyuarat Exco pagi tadi, saya ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan Perlembagaan. 

 "Tapi saya rasa sekarang Umno yang berkuasa hari ini dan menghalang hudud ialah Umno," kata beliau menerusi laman sosial Facebook semalam, mengulas perkembangan terbaru polemik pelaksanaan hukum hudud. Semalam, akhbar tempatan melaporkan Karpal memberi amaran dengan pendirian Nik Aziz yang akan tetap mahu melaksanakan hudud dan bakal memberi kesan tidak baik kepada pembakang pada pilihan raya umum akan datang. "Pas akan diberi nasihat secara mendalam agar mematuhi peruntukan Perlembagaan yang telah diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan," katanya sebagai reaksi segera kepada pendirian baru Nik Aziz. Justeru, Nik Aziz menambah jika Perlembagaan Persekutuan sendiri bertentangan dengan hudud, ia sendiri perlu dipinda. 

sinar harian/-

‘Temu duga’ untuk perkosa

Posted: 19 Sep 2012 09:51 PM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 

 KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai perogol bersiri kini diburu polis selepas dua wanita membuat laporan mendakwa mereka dirogol dan disamun penjenayah terbabit yang menggunakan taktik menawar pekerjaan dengan gaji lumayan sehingga RM400 sehari sebelum merogol mangsa. 

Lelaki terbabit dipercayai menggunakan modus operandi mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web di Internet sebelum memujuk dan memperdaya mangsanya supaya hadir menjalani 'temu duga' di bilik hotel bajet di ibu negara. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, 

Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, teruja dengan tawaran gaji lumayan, mangsa yang berhubung melalui e-mel dengan suspek hadir di sesi temu duga sebelum diperkosa dan barang berharga disamun. Menurutnya, pihaknya menerima dua laporan setakat ini dan percaya kedua-dua kejadian jenayah itu dilakukan suspek sama kerana taktik digunakan sama. "Kes pertama dilaporkan pada awal Ramadan lalu, dengan seorang wanita berusia awal 20-an mendakwa dirogol dan disamun seorang lelaki ketika menghadiri temu duga kerja di sebuah hotel bajet di ibu negara. 

 kosmo/-

Wajah Mangsa Dan Suspek Kejadian Pengawal Keselamatan Tembak Rakan

Posted: 19 Sep 2012 09:18 PM PDT


4 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

 [Kiri]: Mangsa Hasnol Hafiz Saad, 28 [Kanan]: Suspek Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25 Di dalam kejadian kelmarin yang berlaku pada pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di Taiping, Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri. Sementara suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, 

menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang. Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar Taiping dimana suspek dikatakan memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat. Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata,
 pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap. "Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar. Sebaik saja berita berkenaan disiarkan di blog ini semalam, seorang pembaca telah mengirimkan alamat facebook kedua-dua mangsa dan suspek dan gambar-gambar wajah kedua-dua yang terlibat dapat GB perolehi daripada facebook masing-masing. Kepada keluarga Allahyarham Hasnol Hafiz Saad, kita rakamkan ucapan takziah dan semuga tenang menerima dugaan Allah. GB yakin sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga akhirnya.

 kelab breeboc/-

Dr Mariah fail saman dakwa hina raja

Posted: 19 Sep 2012 09:02 PM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 

 KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud hari ini menyaman seorang pemegang akaun laman sosial Facebook kerana mengaitkan beliau dengan insiden mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu, April lalu. Saman terhadap seorang doktor perubatan itu difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Abdul Aziz dan Yazmin. (Gambar: Dr Mariah bersama peguam di lobi mahkamah.) 

 Bercakap kepada pemberita, Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, saman itu dibuat kerana tulisan itu menjatuhkan maruah beliau sebagai ahli Parlimen. "Saya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu ini kerana tulisan itu menuduh saya sebagai biadab di majlis pertabalan," katanya yang ditemani peguam Abdul Aziz Hamzah. Doktor tersebut dalam tulisannya di facebook mendakwa Siti Mariah mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu sewaktu istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara. Dakwaan itu turut mengaitkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Presidennya, Tian Chua tetapi kedua-dua mereka telah menafikan dakwaan mereka mempersenda dan mengejek Raja Melayu pada majlis pertabalan itu. 

harakahdaily/-

Perenang Malaysia dibenar seberang Selat Inggeris

Posted: 19 Sep 2012 08:47 PM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] - 

DOVER – Selepas menunggu lebih 72 jam, perenang Malaysia akhirnya dibenar menyeberangi Selat Inggeris hari ini oleh Persekutuan Renangan dan Jurumudi Selat (CS&PF). Pasukan berganti-ganti akan memulakan renangan sementara perenang solo Estino Taniyu dijangka berenang pagi Jumaat ini kerana bot yang akan memantaunya akan digunakan untuk memantau perenang dari negara lain. 

Pasukan seramai enam orang itu terdiri daripada Mohd Roslan Mohd Zawawi yang mengetuai renangan, Mohd Khairul Faizal Mazli, Mohd Salleh Mahmor, Buranurdin Sali, Sharizal Omar dan Mohd Zulfadhli Mahamad yang akan berenang dari Dover, United Kingdom ke Calais, Perancis dan kembali ke Dover. Mereka akan memulakan ekspedisi kira-kira 1.00 pagi waktu tempatan dan 8 pagi waktu Malaysia. Ekspedisi yang dinamakan "Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia" (RPSI1M) adalah di bawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia dan naungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

Beri geran hasilkan filem cinta kepada Rasulullah

Posted: 19 Sep 2012 08:29 PM PDT

4 Zulkaedah 1433H. [MOD] - SEOUL: Kartunis Zunar mencadangkan agar 

kerajaan memberikan geran kepada penggiat seni tanah air untuk menghasilkan filem untuk melahirkan kecintaan kepada Nabi Muhamad saw. (Zunar menghasilkan beratus kartun dan membukukannya untuk menyampaikan mesej politik) Dengan cara ini, katanya, ia akan melahirkan kecintaan kepada Nabi Muhamad saw dan menangkis kekeliruan yang ditimbulkan oleh karyawan Barat. Beliau mengulas cadangan mengadakan demo bagi membantah filem yang menghina Nabi Muhamad yang dijadualkan Jumaat ini. 

 "Bagi orang bukan Islam, berdemo dan protes tidak akan menghalang penerbitan karya-karya seperti ini malah akan terus menggalakkan penerbitannya," kata Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anuar Ulhaque dalam satu kenyataannya. Bagi beliau, filem, kartun dan karya-karya seni lain yang mempersenda Nabi Muhammad akan terus dihasilkan oleh orang-orang Barat yang tidak peka dan tidak tertakluk kepada peraturan Islam. "Saya menyeru penerbit/pengarah filem/kartunis dan karyawan Islam lain untuk berlawan 'seni dengan seni' dengan banyak menghasilkan karya-karya tentang Nabi Muhammad dari persepktif Islam sekaligus menangkis kekeliruan yang ditimbulkan oleh karyawan Barat," tegasnya. Karya-karya seni tentang ajaran, pemerintahan, kehidupan peribadi, falsafah Nabi Muhammad jarang dihasilkan oleh karyawan-karyawan Islam.

 "Filem terakhir, dalam pengetahuan saya ialah ialah The Message arahan Moustapha Akkad, terbitan 1976. "Saya juga kesal pemerintah Islam tidak mengambil inisitaif bagi menyediakan dana bagi karyawan Islam untuk menghasilkan karya-karya seni mengenai Nabi Muhammad," tambah beliau yang kini berada di Seoul,

 Korea Selatan dalam kenyataannya. Menurut beliau, pemerintah Islam sebaliknya banyak melakukan rasuah, penyelewengan bagi memperkayakan diri dan kroni. "Pemerintah di Malaysia mengambil komisyen dari kapal selam, mengumpul kekayaan dari hasil balak, manakala pemerintah Islam di Timur Tengah mengumpul harta dengan hasil minyak. "Individu Islam yang kaya pula menghabiskan duit membeli kelab bola sepak Inggeris. "Ini bukan saja tidak membantu penghasilan karya seni mengenai Nabi Muhammad, tetapi menghina Nabi Muhammad!" kata beliau sinis.

 harakahdaily/-

Menanti Jodoh

Posted: 19 Sep 2012 08:11 PM PDT

3 Zulkaedah 1433H. [MOD] - pagi matahari bersinar indah, sekalipun kemarau panjang, hujan telah lama dinanti tak turun juga. namun bunga-bunga kerinduan tumbuh bermekaran. Kerinduan tak tertahankan seolah diri seperti buruk merak yang paling indah dengan sayap yang mengepakkan pesona, berharap sang kekasih memandang penuh takjub dan terkagum. Cinta dan kerinduan hadir menyelinap dan mengguncang sampai pada kerinduan yang mendalam, terkadang air mata tertumpah, "Wahai, kekasih hati, datanglah kemari" Berharap seseorang datang menanggapi gejolak kerinduannya namun sang kekasih hati yang dinanti tak kunjung tiba, dalam kesendirian dan kehampaan menarik napas mendesah, "Ya Allah, sampaikan kapan aku menantimu?" Pagi hari merupakan detik-detik penuh harap, terbersit satu nama kemudian mengayun langkah dalam bayangan wajah yang terindah, menembus waktu dengan bisikan-bisikan penuh syukur dalam hidup. Berdoa memohon pada Allah agar segera mendatangkan belahan jiwanya tetapi doa tak kunjung dikabulkan karena Allah teramat sayang padanya. Allah Maha Cinta menghendaki hambaNya lebih lama berdoa, lebih panjang bermunajat kepadaNya dan lebih banyak berbuat baik pada sesama. Tiada rasa cinta yang tumbuh kecuali Allah telah tanamkan dihati anda. Allah telah tetapkan jodoh anda, kemudian saling mencintai karena Allah, itulah cinta yang mendatangkan kebahagiaan dan kemuliaan di dunia dan akhirat. Sahabatku, jemputlah jodoh anda dengan memperbaiki diri dan tingkatkan ketakwaan kita kepada Allah, terkadang tanpa kita sadari, kita mendikte Allah tentang jodoh kita. Bisa jadi seseorang yang kita anggap baik, dia adalah buruk untuk kita. seseorang yang kita anggap buruk malah yang baik untuk kita. Maka mohonlah yang terbaik menurut Allah maka yang terbaik pula untuk kita. 

posted by :agussyafii

Selamat datang para pencinta Nabi SAW

Posted: 19 Sep 2012 01:30 AM PDT

3 Zulkaedah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kedatangan para peserta demonstrasi ke Kedutaan Amerika pada hari Jumaat ini, 21 Sept bagi membantah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Bagi DPPWP, kata Ketua Penerangannya, Yusapiza Yaacob kehadiran peserta untuk berdemonstrasi tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik mencerminkan keprihatinan dan sensitiviti rakyat Malaysia berkenaan isu agama di negara ini.

"Ianya turut membuktikan rasa cinta dan sayang umat Islam di Malaysia terhadap Rasulullah SAW.

"DPPWP yakin, kehadiran demonstrasi kali ini bukan sahaja dihadiri oleh rakyat Malaysia, malahan akan turut disertai oleh ribuan umat Islam yang berasal dari negara lain tetapi menetap di Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, DPPWP turut mengecam terhadap sikap biadap yang ditunjukkan oleh Sam Bacile atau nama lainnya Naloula Basseley Nakoula yang secara berani menghina Nabi Muhammad SAW melalui filemnya.

"Perbuatan Sam Bacile ini menzahirkan sikap anti-Islamnya dan tidak bertamadun kerana sanggup menghina agama lain.

"Golongan ini sentiasa tidak puas dan akan mencari jalan bagaimana untuk menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW," katanya.

Bagi DPPWP, katanya tiada kemaafan bagi mana-mana pihak yang sanggup menghina Nabi Muhammad SAW yang amat dicintai.

"Bahkan, kami Pemuda PAS sanggup menggadaikan nyawa dan darah demi mempertahankan kesucian Islam dan Rasulullah SAW daripada dihina," ujarnya lagi.

Justeru, kata beliau DPPWP ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang berada di Lembah Klang untuk hadir bersama-sama berhimpun di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak.

DPPWP juga, ujarnya komited untuk menghantar seramai 5 ribu orang pemuda untuk bersama-sama hadir ke demonstrasi pada Jumaat ini.

harakahdaily/-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan