Harakah
Oleh Subky Latif
TIADA yang paling banyak diganggu politiknya akhir-akhir ini selain dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dia dibaling batu dalam ceramah, baling kasut semasa member tazkirah di masjid dan bas khasnya kempen menjelajah sudah beberapa kali disembur cat merah.
Ia antara serangan fizikal terhadapnya selepas dibalun separuh mati oleh Ketua Polis Negara selepas dia dipecat dari Timbalan Perdana Menteri dulu.
Serangan fitnah terhadap saksiahnya dari liwat sampai jadi alat Yahudi tidak dapat dikira lagi.
D.R.Seenivasagam, pengasas PPP yang UMNO benci dulu dan Kit Siang yang dikatakan dibenci orang Melayu pun tidak menghadapi gangguan seteruk Anwar.
Apalah nasibnya?
Melihat kepada bertubi-tubinya gangguan itu, mengingatkan saya kepada Rasulullah SAW sepanjang kempennya membawa Islam di Mekah dulu.
Sejak baginda mengumumkan kepada kumpulan keluarga dan kerabatnya di Bukit Safa bahawa baginda adalah Rasul utusan Allah yang terakkhir, setiap kegiatan dakwahnya diikut dan diganggu oleh Abu Lahab, bapa saudaranya yang pernah mengadakan kenduri menyambut kelahiran baginda.
Baginda dihardik dengan kalimah 'celaka' oleh Abu Lahab. Tiadalah yang paling berat selalin dari tohmah itu. Banyak masa dan harta kekayaan Abu Lahab dihabiskan untuk menghalang baginda.
Juteru kedurjanaannya itu Abu Lahab dikira lambang lahak penentang dan penggangguk Rasulullah SAW.
Saya tidak hendak menyamakan Anwar dengan Rasulullah SAW. Tapi dikenangkan banyaknya gangguan terhadap gerakannya, dekat banyaknya gangguan Abu Lahab terhadap baginda.
Cuma dapat disebut semua bentuk gangguan terhadap perjuangan suci di mana-mana di dunia dan bila-bila saja adalah mewarisi angkara kedurjanaan si Abu Lahab bedebah itu. Baik ia terjadi jarang-jarang atau bertubi-tubi ia adalah perangai jahat Abu Lahab.
Kempen perubahan yang dikepalai bersama Anwar, Ustaz Nik Aziz, Ustaz Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang adalah pejuangan suci bagi menegakkan keadilan, kebebasan dari sebarang penindasan dan menuntut pentadbiran yang bersih.
Sekalipun perjuangan bersama PAS, PKR dan DAP melalui Pakatan Rakyat itu adalah campuran beberapa kebebasan, tetapi ia mencakup semua kemahuan sejagat. Bagi PKR yang didepankan keadilan dan anti penyelewangan, bagi DAP demokrasi yang sempurnam anti rasuah dan pentadbiran yang baik dan saksama, manakala PAS kebebasan aqidah dan berkebajikan, tetapi semuanya adalah dalam satu dan suci.
Jika dalam gerakan saki baki kotor Abu Lahab itu baginda berarak beratus batu dari Madinah bagi fathul Mekah secara aman tanpa pertumpahan darah, maka rakyat sekarang – dari Kedah dan Perak di ssebelah utara, dari Kelantan, Terengganu dan Pahang di timur, dari Johor dan Melaka di selatan dan Selat Melaka di barat, semua sedang berada di lebuhraya menuju fathul Putrajaya.
Keika perubahan sudah berada di ambang semua pintu gerbang Putrajaya inilah gejala gangguan Abu Lahab dilihat menjadi-jadi.
Betapa besar dan berat ujian yang dihadapi baginda Rasulullah untuk membebaskan Mekah, maka tidak pula sikit dan ringannya ujian yang dilalui Anwar dalam pembebasan Putrajaya bersama-sama rakan-rakannya.
Bukan senang membebaskan Putrajaya untuk semua dan yang dinamakan perjuangan itu tentulah banyak ujian. Moga-moga semua ujian itu tidak menyekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan