Khamis, 20 September 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 19 Sep 2012 09:12 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Ceramah Perdana

Posted: 19 Sep 2012 03:31 PM PDT


YDP Majlis Perbandaran Seremban, minta maaf, tak nak komen isu turun bendera Pakatan Rakyat

Posted: 19 Sep 2012 01:54 AM PDT


Removal of opposition flags draws flak
September 19, 2012

The Seremban Municipal Council has come under fire for only targeting PAS, PKR and DAP flags while turning a blind eye to BN and Umno flags.

SEREMBAN: Negeri Sembilan PAS Youth has warned the Seremban Municipal Council (MPS) to act fairly and not become the agent of Umno and Barisan Nasional.

Negeri Sembilan PAS Youth chief Mohd Khairil Anuar Wafa in a joint press conference with PKR and DAP here issued the warning after MPS enforcement officers brought down Pakatan Rakyat component parties' flags, banners and buntings for the past one month.

"What irked us is that MPS enforcement officers only brought down PAS, PKR and DAP flags or banners but didn't touch the Umno and BN flags.

"If MPS wants to bring down our flags and banners then bring down the Umno and BN flags and banners as well. Why the double standard?" he asked.

Khairil said this was not only happening in Seremban but other districts as well.

"Recently my men bumped into a few enforcement officers from the Kuala Pilah District Council who were bringing down our party flags in Johol.

"They were doing this at 2am [after work hours] and not in their uniforms. When my men questioned them, they only identified themselves as enforcement officers.

"If MPS and the other district councils keep doing this, PAS Youth will not hesitate to bring down the Umno and BN flags and banners," he added.

Meanwhile, Seremban PKR deputy chief Dr Mohamad Rafie Abdul Malek said on Sept 14, MPS enforcement officers brought down PKR, PAS and DAP flags in the housing areas of Taman Bukti, Taman Tok Wan and Gedung Lalang 162 around 2am.

"However the officers let the Umno and BN flags remain. PKR, PAS and DAP are registered entities like Umno," he added.

Also present at the press conference were Bukit Kepayang state assemblyman Cha Kee Chin (DAP) and Rasah PKR deputy chief R Tangam.

Contacted by FMT this morning, MPS president Abdul Halim Abdul Latif said: "I don't want to comment, I'm sorry."

Rembau Hari Ini

Posted: 19 Sep 2012 07:47 PM PDT

Rembau Hari Ini


Janji Hospital Rembau Belum Ditepati

Posted: 19 Sep 2012 05:24 PM PDT



Semakan di laman web JKR menunjukkan setakat 13 September 2012 tender kerja-kerja bangunan hospital Rembau masih belum dikeluarkan. Yang ada hanyalah kerja-kerja tanah. Sedangkan laporan akhbar pada 7 Mac 2008, Mohamad Hasan berkata hospital Rembau akan dibina pada tahun tersebut (2008). Juga laporan akhbar 29 Mac 2012 Menteri Kesihatan berkata tender kerja bangunan akan dibuka pada hujung Mei 2012.

JANJI DITEPATI

HOSPITAL RM100 JUTA BAGI PENDUDUK REMBAU
7 MAC 2008

Hospital Daerah Rembau yang boleh menampung 76 katil akan dibina di sini dengan kos RM100 juta untuk memberi kemudahan kesihatan yang lebih baik kepada 60,000 penduduk, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini. Beliau menjelaskan dengan pembinaan hospital ini pada tahun ini, maka ia menjadi negeri yang pertama mempunyai kemudahan hospital di setiap daerah..

HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2 FASA
29 MAC 2012

Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bagi fasa pertama, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyediakan pelan reka bentuk dan tender bagi kerja-kerja tanah dibuka pada 27 Februari lalu dan ditutup pada bulan ini. "Bagi kerja-kerja bangunan pada fasa kedua, tender dijangka dibuka pada hujung Mei ini,".

PEMBINAAN HOSPITAL REMBAU BERMULA APRIL INI
25 JAN 2012

Selepas persetujuan itu, Kerajaan Negeri juga telah mendapatkan lokasi hospital yang akan di bina di tanah PKNS seluas dua puluh ekar di tanah industri Chembong. Menurut Menteri Besar lagi, "tender pembinaan hospital Rembau akan di buka pada bulan April 2012 dan orang ramai tidak perlu gusar lagi tentang isu hospital yang di bangkitkan pembangkang."

TANAH HOSPITAL REMBAU RM22 SEKAKI
15 MAC 2012

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan membuat perjanjian dengan PKNS untuk pembelian tanah berkenaan. Bagaimanapin, masalah harga tanah pula timbul dan menyebabkan projek itu tertangguh lebih dua tahun apabila kementerian hanya membayar RM16 sekaki, sedangkan harga kos ditanggung PKNS ialah RM18 sekaki. Berikutan itu, PKNS membuat bantahan di Mahkamah Tinggi kerana tidak bersetuju dengan harga itu kerana mahu menjualnya pada harga RM22 sekaki.

HOSPITAL DAERAH REMBAU DIBINA DALAM 2 FASA
29 MAC 2012

Pembinaan Hospital Daerah Rembau di Negeri Sembilan akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu melibatkan kerja-kerja tanah dan pembinaan bangunan dengan kos dianggarkan berjumlah RM122.6 juta. Hospital Daerah Rembau akan dibina di atas tapak seluas 18 hektar di Mukim Chembong dengan kapasiti 76 katil.

PAS LENGGONG

Posted: 19 Sep 2012 07:12 PM PDT

PAS LENGGONG


Posted: 18 Sep 2012 09:29 PM PDT


Anwar bagai dikejar Abu Lahab

Subky Latif,19 Sep 2012
TIADA yang paling banyak diganggu politiknya akhir-akhir ini selain dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dia dibaling batu dalam ceramah, baling kasut semasa member tazkirah di masjid dan bas khasnya kempen menjelajah sudah beberapa kali disembur cat merah.

Ia antara serangan fizikal terhadapnya selepas dibalun separuh mati oleh Ketua Polis Negara selepas dia dipecat dari Timbalan Perdana Menteri dulu.

Serangan fitnah terhadap saksiahnya dari liwat sampai jadi alat Yahudi tidak dapat dikira lagi.

D.R.Seenivasagam, pengasas PPP yang UMNO benci dulu dan Kit Siang yang dikatakan dibenci orang  Melayu pun tidak menghadapi gangguan seteruk Anwar.

Apalah nasibnya?

Melihat kepada bertubi-tubinya gangguan itu, mengingatkan saya kepada Rasulullah SAW sepanjang kempennya membawa Islam di Mekah dulu.

Sejak baginda mengumumkan kepada kumpulan keluarga dan kerabatnya di Bukit Safa bahawa baginda adalah Rasul utusan Allah yang terakkhir, setiap kegiatan dakwahnya diikut dan diganggu oleh Abu Lahab, bapa saudaranya yang pernah mengadakan kenduri menyambut kelahiran baginda.

Baginda dihardik dengan kalimah 'celaka' oleh Abu  Lahab. Tiadalah yang paling berat selalin dari tohmah itu. Banyak masa dan harta kekayaan Abu Lahab dihabiskan untuk menghalang baginda.

Juteru kedurjanaannya itu Abu Lahab dikira lambang lahak penentang dan penggangguk Rasulullah SAW.

Saya tidak hendak menyamakan Anwar dengan Rasulullah SAW. Tapi dikenangkan banyaknya gangguan terhadap gerakannya, dekat banyaknya gangguan Abu Lahab terhadap baginda.

Cuma dapat disebut semua bentuk gangguan terhadap perjuangan suci di mana-mana di dunia dan bila-bila saja adalah mewarisi angkara kedurjanaan si Abu Lahab bedebah itu. Baik ia terjadi jarang-jarang atau bertubi-tubi ia adalah perangai jahat Abu Lahab.

Kempen perubahan yang dikepalai bersama Anwar, Ustaz Nik Aziz, Ustaz Abdul Hadi Awang dan  Lim Kit Siang adalah pejuangan suci bagi menegakkan keadilan, kebebasan dari sebarang penindasan dan menuntut pentadbiran yang bersih.

Sekalipun perjuangan bersama PAS, PKR dan DAP melalui Pakatan Rakyat itu adalah campuran beberapa kebebasan, tetapi ia mencakup semua kemahuan sejagat. Bagi PKR yang didepankan keadilan dan anti penyelewangan, bagi DAP demokrasi yang sempurnam anti rasuah dan pentadbiran yang baik dan saksama, manakala PAS kebebasan aqidah dan berkebajikan, tetapi semuanya adalah dalam satu dan suci.

Jika dalam gerakan saki baki kotor Abu Lahab itu baginda berarak beratus batu dari Madinah bagi fathul Mekah secara  aman tanpa pertumpahan darah, maka rakyat sekarang – dari Kedah dan Perak di ssebelah utara, dari Kelantan, Terengganu  dan Pahang di timur,  dari Johor  dan Melaka di selatan dan Selat Melaka di barat, semua  sedang berada di lebuhraya menuju fathulPutrajaya.

Keika perubahan sudah berada di ambang semua pintu gerbang Putrajaya inilah gejala gangguan Abu  Lahab dilihat menjadi-jadi.

Betapa besar dan berat ujian yang dihadapi baginda Rasulullah untuk membebaskan Mekah, maka tidak pula sikit dan ringannya ujian yang dilalui Anwar dalam pembebasan Putrajaya bersama-sama rakan-rakannya.

Bukan senang membebaskan Putrajaya untuk semua dan yang dinamakan perjuangan itu tentulah banyak ujian. Moga-moga semua ujian itu tidak menyekat.


http://www.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/13227-anwar-bagai-dikejar-abu-lahab

Posted: 18 Sep 2012 09:16 PM PDT

Barangkali telah di takdirkan sejak azali lagi dia mengatakan begitu.




Posted: 18 Sep 2012 08:57 PM PDT



Siapa pembohong...polis baru siasat Hishammuddin cakap sudah ditangkap

http://addin77.blogspot.com,19 Sep 2012

Siapa Pembohong?.. Polis Baru Siasat Tapi Hishamuddin Cakap Suspek Sudah Di Tangkap

Susulan dari peristiwa "Pijak Gambar Pemimpin Negara Perbuatan Melampau"yang hangat dibincangkan sejak kebelakangan ini; saya telah dikunjungi oleh seorang pegawai Polis dari Gombak pada hari Khamis pada 13 September sekitar jam 3 petang.
Laporan dibuat di Balai Gombak oleh seorang yang sudah pasti meluat dengan sikap berat sebelah pihak berkuasa yang hanya mengambil berat persoalan gambar Najib dipijak tetapi tidak menghiraukan apabila gambar pimpinan PR dilakukan sedemikian rupa, malah lebih dari itu.

Atas laporan tersebut pegawai berkenaan telah bertemu saya kerana telah tersebar luas di Internet bagaimana gambar saya dan pimpinan utama PAS, DAP dan PKR pernah juga dipijak oleh para samseng politik.

Semasa pertemuan tersebut, pegawai berkenaan meminta maklumat berhubung peristiwa yang melibatkan gambar saya dipijak di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. Saya memaklumkan bahawa ianya berlaku pada awal 2010 dan bukan sekadar gambar, video pun ada.

Apabila ditanya samada saya kenal atau tidak samseng tersebut, saya katakan tidak, tetapi boleh mengagak dari 'cawangan' mana. Saya memberitahunya sekiranya diperlukan, saya boleh cuba dapatkan maklumat berhubung siapakah mereka ini.

Pada masa sama saya juga menunjukkan gambar budak upahan UMNO/BN yang kencing di atas gambar saya dan TGNA serta TGHH. Saya memaklumkan kepadanya bahawa banner yang dikencing itu adalah banner PRU 2008 yang dipasang oleh PAS Shah Alam. Pegawai berkenaan kemudiannya memaklumkan kepada saya bahawa ia adalah kes yang berasingan dan sedang disiasat oleh Polis dari Terengganu kerana laporan dibuat di Kerteh.

Dengan itu perbincangan berakhir dan saya berjanji untuk menghantarkan video dan apa jua maklumat berhubung peristiwa tersebut kepadanya. Oleh yang demikian, sekiranya saudara saudari kenal mereka ini, sila maklumkan kepada saya melalui email atau datang sendiri ke pejabat saya di Seksyen 13 Shah Alam.






Esoknya, pada hari Jumaat 14 September, saya mendapat panggilan dari seorang lagi pegawai Polis! Beliau dari Terengganu dan sudah berada di Shah Alam. Beliau ingin berjumpa saya juga berhubung peristiwa gambar TGNA dan TGHH yang telah dikencing itu. Saya berjumpa beliau pada jam 3 petang juga selepas solat Jumaat.

Beliau meminta maklumat dari saya berhubung peristiwa tersebut. Saya memaklumkan kepadanya bahawa ianya berlaku semasa tempoh kempen PRU 2008 iaitu pada awal Mac.

PAS Shah Alam telah memasang 5 sepa

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara

Posted: 19 Sep 2012 03:35 PM PDT

Dewan Pemuda PAS Petaling Jaya Utara


Notification of E-mail address lottery Winners!!!

Posted: 19 Sep 2012 07:19 AM PDT

FROM: THE DESK OF THE MANAGING DIRECTOR
INTERNATIONAL PROMOTIONS/PRICE AWARD DEPARTMENT.
REF Nє: EGS/2251256003/02
BATCH Nє:14/0017/1PD


AWARD NOTIFICATION/ FINAL NOTICE

National Lottery wishes to inform you the results of the E-mail address ballot lottery international program by Great Britain held on 17th September, 2012. Your email account has been picked as a winner of SIX HUNDRED THOUSAND POUNDS ONLY.

This result is now released on Wed 19th September 12 and your email address attached in the Category (A). All participants were selected through a computer ballot system drawn from Random lucky pick in our officer users from company and individual email addresses and your lucky number are as follows

23, 50, 41,66,10,34

Users which is also known as to view and confirm this result from our website for your winning click on this link

http://www.dailymail.co.uk/news/article-2113613/45m-lottery-winners-Cassey-Carrington-Matt-Topham-buy-250k-house.html

Be advice to keep your winning information confidential until your claim has been processed and your money remitted to you. This is part of our security protocol to avoid double claiming and unwarranted abuse of this program, for the release of your winning;

Kindly contact your claims agent in National Lottery Head Quarters Mr. Bucklay George, on Tel/Fax +447937412698, +447937414592 you are to quote your lucky number for confirmation on your winning.

All winning must be claimed not later than 21st September, 2013. After this date all unclaimed funds will be returned to European Union Treasury as unclaimed. Please note in order to avoid unnecessary delays and complications please remember to quote your reference number in all correspondence. You are therefore advised to give the following information to your claim's agent

Via: E-mail: winnerss@Safe-mail.net

1. Full name and address.
2. Country.
3. Tel and fax number.
4. Occupation.
5. Your age.
6. Scanned your international passport
Congratulations from the staff and thank you for being part of email account users program.

Yours Sincerely,
Mrs. Julie Van Hans,
Executive.(Euro Lottery Intern.)

Dr. P. Swier, Mr. Gerald Goodman (Manager Foreign Operations),
Mr. Franklyn Van Der Weijden (Manager Domestic Banking Operations),
Dr. James Williams (Director International Credit Department),
Mrs. Sandra Murphy (Executive),
Mr. Michael Cole (Executive),
Mr. Stephen Boer (Chairman).

Copyright © 2012 Europe Union Lottery International

MRS JULIE VAN HANS,

VICE PRESIDENT.


Disclaimer:
This message is intended only for use of the person(s) ("the intended recipient(s)") to whom it is addressed. It may contain information which is privileged and confidential within the meaning of applicable law.If you are not the intended recipient, please contact the sender as soon as possible. The views expressed in this communication may not necessarily be the views held by Royal Insurance Corporation of Bhutan Limited (RICBL).

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota

Posted: 19 Sep 2012 11:36 AM PDT

Blog Rasmi Unit Amal Indera Mahkota


Hina Nabi: Siapapun berhak turun Jumaat ini

Posted: 19 Sep 2012 03:42 AM PDT

Harakahdaily, 19 Sep 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempelawa seluruh umat Islam yang cintakan agama turun dalam himpunan membantah filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi pada Jumaat, 21 September ini.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, semua pihak berhak turun menyatakan bantahan dan tidak timbul soal siapa pelawa siapa untuk himpunan itu nanti.

"Saya telah diaju pelbagai soalan oleh media berkait sikap pemuda PAS terhadap pelawaan pemuda Umno dalam isu himpunan membantah penghinaan terhadap Rasulullah SAW.

"Suka saya tegaskan bahawa perkara ini bukanlah isu sebenar. Sebaliknya, yang jadi isu ialah penghinaan ke atas Nabi SAW. Adapun, siapa membantah filem yang menghina Nabi itu, turunlah ke kedutaan US Jumaat ini. Habis cerita," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada pihak yang mahukan pendirian dewan itu terhadap pelawaan pemuda Umno.

Menurut Nasrudin, DPPM sedari awal, sejak Rabu, 12 September lalu telah memutuskan untuk mengadakan himpunan di Kedutaan Amerika itu pada Jumaat ini.

Sedangkan hanya pada Isnin, 17 September lalu, beliau mengetahui melalui media bahawa pemuda Umno ada mengajak pemuda PAS untuk turun berdemontrasi bersama-sama.

"Terima kasihlah kerana menjemput kami. Kalau tiada jemputan pun, Kami memang akan turun pada 21 September ini, kerana kami terlebih awal telah "dijemput" oleh Nabi kami SAW untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaannya," katanya lagi.

Nasrudin juga melahirkan rasa hairan kenapa isu 'pelawaan' tersebut dipolemikkan sehingga mengalih pandangan umum daripada isu sebenar.

"Atau mereka sengaja mahu mencari political millage dan hendak tunjuk hero kepada masyarakat? Kalau mahu berdemo, turun saja lah, tidak perlu buat bising. Apakah mereka bergantung kepada keputusan pemuda PAS baru akan turun demonstrasi?

"Lucunya, kenduri belum lagi bermula, sudah ada yang berebut meja makan. Tunggulah hari kenduri, kemudian datang dan ambillah mana-mana kerusi dan meja kosong. Kenapa mahu bising-bising? Mahu cari publisiti murah?" soalnya.

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai

Posted: 19 Sep 2012 11:17 AM PDT

Haji Hanafiah Untuk DUN Chukai


Posted: 18 Sep 2012 06:29 PM PDT


Warga Tionghua Chukai Gembira Menyambut Dua Perayaan

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/majlis%20raya%20tionghua1.jpg

Beliau berkata majlis tesebut diadakan bersekali dengan perayaan kuih bulan dan perayaan Tang Lung yang akan disambut oleh oleh kaum Tionghua pada akhir September ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/majlis%20raya%20tionghua.jpg"saya ucap teima kasih kepada semua warga Tionghua yang hadir dan teima kasih kerana sedia jemberikan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat,

"sebelum akhir majlis ini kita akan edarkan kuih bulan PAS sempena mengingati sejarah perjuangan orang-orang di negeri China pada zaman dahulu,

"dan ia pastinya akan meningkatkan semangat kepada warga Tionghua untuk menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang,"ujarnya yang disambut dengan tepukan oleh para hadirin.

Turut hadir dan memberikan ucapan pada majlis tersebut adalah ADUN Simpang Pulai Perak YB Chan Ming Kai dan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing

Ng Chai Hing telah menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga warga Tionghua Chukai kepada MTD Chukai kerana menganjurkan majlis tersebut.

Menurutnya, itulah kali pertama majlis seumpamanya yang diadakan khusus untuk masyarakat Tionghua.




Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Posted: 19 Sep 2012 11:03 AM PDT

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Hudud kenapa tanya Karpal, tanya Umnolah - Nik Aziz

Posted: 19 Sep 2012 01:49 AM PDT


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairannya dengan akhbar di negara ini apabila sibuk bertanya Karpal Singh tentang hudud sedangkan yang berkuasa adalah Umno.

"Hairan saya, akhbar sibuk melaporkan kenyataan Karpal Singh sedangkan yang berkuasa hari ini ialah UMNO, dan yang menghalang hudud ialah UMNO!

"Pada saya, jika perlembagaan bertentangan dengan hudud, perlembagaan itu sendiri perlu diubah," kata Menteri Besar Kelantan itu.

TG Nik Aziz berkata demikian melalui facebooknya hari ini.

Menurut beliau, selepas mesyuarat exco pagi tadi, beliau ditanya tentang kenyataan Karpal Singh yang dilaporkan berkata hudud tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan perlembagaan. Media khasnya milik MCA, The Star mula memanaskan balik isu hudud.

Baru-baru ini, akhbar itu menyiarkan kembali kenyataan TG Nik Aziz beberapa bulan lalu tentang hudud.
Selepas itu, media itu mengarahkan wartawannya mendapatkan pelbagai komen tentang hudud termasuklah bekas pemimpin kanan PAS dan Karpal Singh yang sememangnya penentang tegar hudud.

Perkampungan ICT Negeri Kelantan 2012

Posted: 19 Sep 2012 01:48 AM PDT


Selamat datang para pencinta Nabi SAW

Posted: 19 Sep 2012 01:47 AM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan kedatangan para peserta demonstrasi ke Kedutaan Amerika pada hari Jumaat ini, 21 Sept bagi membantah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Bagi DPPWP, kata Ketua Penerangannya, Yusapiza Yaacob kehadiran peserta untuk berdemonstrasi tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik mencerminkan keprihatinan dan sensitiviti rakyat Malaysia berkenaan isu agama di negara ini.

"Ianya turut membuktikan rasa cinta dan sayang umat Islam di Malaysia terhadap Rasulullah SAW.

"DPPWP yakin, kehadiran demonstrasi kali ini bukan sahaja dihadiri oleh rakyat Malaysia, malahan akan turut disertai oleh ribuan umat Islam yang berasal dari negara lain tetapi menetap di Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, DPPWP turut mengecam terhadap sikap biadap yang ditunjukkan oleh Sam Bacile atau nama lainnya Naloula Basseley Nakoula yang secara berani menghina Nabi Muhammad SAW melalui filemnya.

"Perbuatan Sam Bacile ini menzahirkan sikap anti-Islamnya dan tidak bertamadun kerana sanggup menghina agama lain.

"Golongan ini sentiasa tidak puas dan akan mencari jalan bagaimana untuk menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW," katanya.

Bagi DPPWP, katanya tiada kemaafan bagi mana-mana pihak yang sanggup menghina Nabi Muhammad SAW yang amat dicintai.

"Bahkan, kami Pemuda PAS sanggup menggadaikan nyawa dan darah demi mempertahankan kesucian Islam dan Rasulullah SAW daripada dihina," ujarnya lagi.

Justeru, kata beliau DPPWP ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang berada di Lembah Klang untuk hadir bersama-sama berhimpun di Masjid Tabung Haji, Jalan Tun Razak.

DPPWP juga, ujarnya komited untuk menghantar seramai 5 ribu orang pemuda untuk bersama-sama hadir ke demonstrasi pada Jumaat ini.

Hina Nabi: Siapapun berhak turun Jumaat ini

Posted: 19 Sep 2012 01:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempelawa seluruh umat Islam yang cintakan agama turun dalam himpunan membantah filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Nabi pada Jumaat, 21 September ini.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, semua pihak berhak turun menyatakan bantahan dan tidak timbul soal siapa pelawa siapa untuk himpunan itu nanti.

"Saya telah diaju pelbagai soalan oleh media berkait sikap pemuda PAS  terhadap pelawaan pemuda Umno dalam isu himpunan membantah penghinaan terhadap Rasululla SAW.

"Suka saya tegaskan bahawa perkara ini bukanlah isu sebenar. Sebaliknya, yang jadi isu ialah penghinaan ke atas Nabi SAW. Adapun, siapa membantah filem yang menghina Nabi itu, turunlah ke kedutaan US Jumaat ini. Habis cerita," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada pihak yang mahukan pendirian dewan itu terhadap pelawaan pemuda Umno.

Menurut Nasrudin, DPPM sedari awal, sejak Rabu, 12 September lalu telah memutuskan untuk mengadakan himpunan di Kedutaan Amerika itu pada Jumaat ini.

Sedangkan hanya pada Isnin, 17 September lalu, beliau mengetahui melalui media bahawa pemuda Umno ada mengajak pemuda PAS untuk turun berdemontrasi bersama-sama.

"Terima kasihlah kerana menjemput kami. Kalau tiada jemputan pun, Kami memang akan turun pada 21 September ini, kerana kami terlebih awal telah "dijemput" oleh Nabi kami SAW untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaannya," katanya lagi.

Nasrudin juga melahirkan rasa hairan kenapa isu 'pelawaan' tersebut dipolemikkan sehingga mengalih pandangan umum daripada isu sebenar .

"Atau mereka sengaja mahu mencari political millage dan hendak tunjuk hero kepada masyarakat? Kalau mahu berdemo, turun saja lah, tidak perlu buat bising. Apakah mereka bergantung kepada keputusan pemuda PAS baru akan turun demonstrasi?

"Lucunya, kenduri belum lagi bermula, sudah ada yang berebut meja makan. Tunggulah hari kenduri, kemudian datang dan ambillah mana-mana kerusi dan meja kosong. Kenapa mahu bising-bising? Mahu cari publisiti murah?" soalnya.

Selangor mahu Pusat lebih komited selesai isu air

Posted: 19 Sep 2012 12:39 AM PDT


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor telah memaklumkan kepada kerajaan Pusat tentang tindakan seterusnya untuk menyelesaikan perstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor seperti yang dikehendaki oleh Akta Perkhidmatan Bekalan Air 2006 (WSIA).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, makluman telah dibuat melalui surat rasmi kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui bertarikh 14 September.

"Surat ini juga dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk rujukan beliau.

"Dalam surat ini, saya telah nyatakan kekecewaan kerajaan Selangor dengan sikap kerajaan Pusat yang tidak pernah menyokong dan membantu memulakan rundingan dengan syarikat-syarikat  konsesi  walaupun peruntukan itu jelas dinyatakan di bawah WSIA," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Beliau juga menyatakan keengganan menteri dan kementeriannya untuk memulakan rundingan menunjukkan kerajaan Pusat memang sengaja mahu mengingkari tanggung jawab untuk memenuhi kepentingan awam dan obligasi sebagaimana dinyatakan di bawah Seksyen 191 (4) WSIA.

"Sehubungan itu, saya memaklumkan sekiranya menteri dan kementeriannya tidak memberi maklum balas yang bertentangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini, saya beranggapan pihak kementerian tidak mempunyai sebarang bantahan untuk saya meneruskan penstrukturan ini," ujarnya lagi.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri komited dengan pendirian bahawa penstrukturan semula industri air secara menyeluruh boleh meningkatkan kecekapan perkhidmatan air pada tarif yang munasabah.

Jangan ancam keselamatan penduduk Bukit Koman

Posted: 19 Sep 2012 12:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Pahang dan pihak berkuasa tempatan wajar mengambil serius penempatan kilang yang dikategorikan sebagai industri berat.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar, berkata penempatan kilang-kilang terbabit perlu mengambil kira lokasi dan jarak di antara kilang dan kawasan kediaman.

"Bagaimana kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan boleh membiarkan operasi lombong emas di Bukit Koman, Raub yang begitu hampir dengan kawasan penduduk?" soal beliau merujuk lokasi Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang dikatakan hanya sekitar 50 meter dari rumah penduduk.

Tambah beliau, lombong emas yang menggunakan bahan sianida yang sudah tidak digunakan di negara-negara lain itu, dibimbangi akan menyumbang kepada masalah kesihatan di kalangan penduduk.

Ia berikutan aduan yang diterima daripada penduduk Bukit Koman yang mula mengadu mengalami kegatalan, batuk berpanjangan, dan simptom-simptom lain yang membimbangkan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang menafikan penggunaan sianida di lombong itu menjejaskan alam sekitar.

Mengulas lanjut, Zulkefly yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat itu, berkata adalah tidak wajar bagi industri berat beroperasi berdekatan rumah penduduk.

"Kenyataan menteri besar itu tidak akan menyelesaikan masalah yang dilalui penduduk. Kerajaan negeri sepatutnya memberi perhatian yang lebih serius berhubung hal ini dan tidak menyalahkan Pakatan Rakyat semata-mata," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Adnan, ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, semalam dilaporkan berkata ancaman sianida terhadap penduduk sekitar Bukit Koman, Raub yang didakwa berpunca dari kilang RAGM merupakan satu agenda politik pembangkang.

Beliau berkata ia bukan masalah alam sekitar, sebaliknya isu politik yang sengaja digembar-gemburkan pembangkang.

Zulkefly, bagaimanapun berkata penggunaan sianida ini sudah lama dihentikan oleh negara-negara lain kerana kandungannya yang berbahaya.

Selain ia mudah larut di dalam air, Zulkefly juga mendakwa bahan ini juga turut digunakan ketika Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Sehubungan itu, beliau bimbang sekiranya berlaku sebarang kebocoran atau apa sahaja perkara yang boleh mendatangkan risiko kepada penduduk setempat.

Majlis Makan Malam Mesra Antara Kaum 2012

Posted: 19 Sep 2012 12:39 AM PDT













Terima kasih Tun Mahathir

Posted: 19 Sep 2012 12:00 AM PDT


Kenyataan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO, supaya menjadikan syaitan yang dikenali sebagai rakan yang didampingi lebih baik daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali perlu dilihat secara positif, khususnya oleh pendokong UMNO. Kata-kata itu bersumberkan pepatah barat yang  diucapkan oleh mendiang Winston Churchil, mantan Perdana Menteri British ketika perang dunia kedua. Apabila sangat terdesak di peringkat  awal menghadapi kemaraan tentera Jerman, lalu beliau mengizinkan bersahabat dengan negara pernah bermusuh dengan Britain seperti Perancis dan lain-lain.


Mengikut kaedah Usul Feqh Islam, sesuatu dalil itu perlu dilihat dalam dua aspek. Mantuq (yang dilafazkan atau diucap) dan Mafhum (yang difahami). Kadang-kadang diambil mafhum yang berlawanan dengannya.

Saya berpendapat secara positif daripada kenyataan yang jelas itu memberi mafhum, supaya ahli UMNO yang beragama Islam meninggalkan UMNO dan menjadikan PAS sebagai gantinya, sekiranya tidak mampu melawan syaitan yang ada dalam UMNO  atau menghapuskannya bagi menyelamatkan UMNO. Ini kerana bersama syaitan akan membawa akibat buruk di dunia dan akhirat bagi seseorang Islam.

PAS adalah parti manusia bukan parti malaikat dan bukan parti syaitan. Manusia yang diajar dan ditarbiyah oleh Allah sejak bapa dan ibu yang pertama-tamanya iaitu Adam dan Hawa. Allah mengajar Adam mengenal Tuhannya Allah sahaja dan tidak ada sekutu baginya. Beliau turut diajar mengenali para malaikat dan mengenali iblis yang menjadi ketua syaitan seluruhnya.

Tujuan manusia diciptakan supaya beribadat kepada Allah seperti makhluk yang lain dan dikurnia keistemewaan ditugaskan menjadi Khalifah di bumi, kerana sesuai dengan fitrahnya. Terpenting daripada khalifah itu ialah berpolitik, mentadbir urusan dunia dengan agama Allah (Al Din).

Iblis adalah pemimpin syaitan, makhluk jahat yang telah melakukan kekacauan di bumi sebelum manusia diletakkan mengikut keputusan Allah. Iblis ditawan oleh para malaikat dan menjadi tawanan bersama mereka dan diminta berlaku baik bersama para malaikat. Tetapi Iblis hanya berlakon dan berpura-pura baik, tanpa diketahui oleh para malaikat segala yang tersirat dan tersembunyi dalam dirinya.

Allah memperkenalkan para malaikat kepada Adam dan Hawa, bahawa mereka adalah makhluk paling baik menjadi contoh dan kawan, kerana sangat taat kepada Allah dan tidak sekali-kali menderhakai Allah. Begitulah tabiat para malaikat makhluk yang mulia itu. Allah juga mendedahkan kejahatan yang tersirat dalam diri Iblis dan begitulah juga pengikutnya yang ada di bumi. Mereka adalah bakal pencabar kepada makhluk manusia yang beriman dan budiman.

Al Quran mengesahkan betapa para malaikat itu sangat mentaati Allah, sehingga menawarkan diri bertugas di bumi bukannya manusia. Menunjukkan sikap berlumba mentaati Allah. Apabila  Allah mendedahkan kelebihan Adam  kepada para malaikatnya, Adam makhluk manusia yang diberi ilmu bertugas dibumi dengan sifat kejadiannya yang berbeza dengan kejadian malaikat. Banyak perkara yang tidak ada kepada malaikat. Maka para malaikat menunjukkan sifat tawadu' dihadapan Allah serta memuji dan bertasbih. Allah mengesahkan dengan firmannya:

وَعَلَّمَ آَدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (31) قَالُوا سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (32) قَالَ يَا آَدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ (33)

(Dan Allah mengajar kepada Adam nama-nama semuanya, kemudian dibentangkan kepada para malaikat. Lalu mereka berkata :"Maha Suci Engkau. Tidaklah kami ketahui malainkan sekadar apa yang Engkau ajarkan kepada kami ". Allah berfirman kepada Adam :" ceritakan kepada mereka nama-nama semuanya ". Setelah Adam menyebut nama-nama semuanya. Allah berfirman :" Tidakkah aku katakan kepada kamu, bahawa aku mengetahui apa-apa yang tersembunyi di langit dan bumi dan aku mengetahui apa-apa yang kamu nyata dan kamu sembunyikan?). (Al-Baqarah: 31-33).

Allah tidak dengan segera menghantar  Adam dan Hawa ke bumi, tetapi lebih dahulu mereka diajar dan ditarbiyah di syurga, menikmati sifat–sifat yang ada pada diri manusia dan menyatakan sempadan halal dan haram apabila tiba di bumi nanti. Adanya perkara bagi makhluk yang lain, bukan untuk manusia, kalau melampauinya membawa mudarat. Allah juga mengajar dan tarbiyah Adam dan Hawa dengan melakukan dosa kesalahan secara mendedahkan sifat jahat yang tetap ada pada Iblis dan pengikutnya dikalangan syaitan, jin dan manusia,  yang akan dihadapi oleh manusia ketika menjalankan tugas mereka di bumi nanti.

Pendedahan dilakukan, bermula dengan secara bersama mengadap Allah. Apabila Allah memerintah mereka sujud kepada makhluk Adam bagi meraikan kejadian dan tugasnya. Tiba-tiba para malaikat sahaja yang sujud menunaikan perintah Allah. Iblis pemimpin syaitan pula tidak mahu sujud.  Mendedahkan sifat buruk yang ada pada dirinya dan begitulah juga pengikutnya. Ketiga-tiga sifat itu ialah: enggan (derhaka), takabbur (sombong) dan kufur (ingkar melawan Tuhan). Seterusnya Allah memberi tahu Adam, dengan mendedahkan sifat yang keempat pada diri Iblis dan pengikutnya, iaitu menipu  dengan apa cara sahaja, termasuk cara menggoda. Ternyata selepas diletakkan dalam syurga, Adam dan Hawa tertipu dengan godaan Iblis pemimpin syaitan itu, sehingga dihalau ke bumi bagi melaksanakan tugas mereka dengan  segala cabarannya. Allah memberi hidayah kepada Adam dan Hawa  kerana menyesal setelah berfikir dengan akal yang betul, sehingga bertaubat. Ada pun Iblis dan para syaitan bersamanya, dikalangan jin dan manusia tidak bertaubat sehingga mati, kerana sifat angkuh dan sombong. yang merasakan diri mereka terlalu bijak sehingga tidak perlu bergantung kepada Allah.

Adam dan para Rasul yang dilantik membawa petunjuk Allah yang dinamakan Islam diperintah supaya beriman kepada malaikat disamping  beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain. Beriman kepada para malaikat termasuk dalam rukun iman, bukan sahaja menganalinya sebagai makhluk yang tidak derhaka dan tidak berdosa, bahkan malaikat itu sentiasa bersama orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh. Sesiapa yang memusuhi para malaikat bermakna  memusuhi Allah dan Rasulnya.

Kita wajib juga beriman kepada adanya syaitan, termasuk dalam beriman kepada perkara yang ghaib. Wajib percaya bahawa syaitan itu makhluk paling jahat dan menipu. Mengikut syaitan dan menjadi penolongnya atau bersamanya bermakna ditipu dan menempah celaka dunia dan akhirat.

UMNO diakui oleh Tun Mahathir ada syaitan yang dikenali. Rosaknya hingga ke usus, dilanda rasuah dalaman di semua peringkat dalam pemilihan  daripada cawangan, bahagian, sehinggalah tertinggi. Namun tidak bersedia dirawat atau berundur bagi mengislahkan diri saperti semua parti dalam negara demokrasi tulen. Sebaliknya tetap mempertahankan kuasa dengan apa sahaja termasuk meggoda pengundi dengan rasuah pilihanraya, menaikkan pangkat kepada jentera kerajaan yang membantu  kemenangannya, menipu undi demi kemenangan dan menggunakan media menutup kebatilan. Ia hanya menyatakan apa yang benar dilakukan secara menggoda. Sehinggalah rakyat tidak mampu menjadi hakim yang adil ketika mengundi.

Al Marhum Tunku Abdul Rahman, Presiden pertama UMNO dan Bapa kemerdekaan meninggalkan UMNO. Oleh kerana usianya panjang, beliau sempat melihat tanda-tanda awal penyakit yang ada pada UMNO, diikuti oleh ramai lagi para pemimpin yang sedar dan peka. Tun Mahathir pula sudah dua kali keluar masuk UMNO. Semuanya sudah cukup bagi ahli UMNO membuat keputusan untuk tidak bersama syaitan yang sudah dikenali dan berusaha bersama manusia PAS memohon pertolongan Allah dan para malaikat yang nyata baiknya bagi menyelamatkan negara dan bangsa bersama Islam yang termaktub dengan nyata dalam kitab Allah dan huraian Rasulullah S.A.W. dalam Sunnahnya yang nyata. Inilah panduan tertinggi PAS, dicatat dalam undang-undang tubuhnya .

Apabila wajib beriman kepada malaikat  dan mereka adalah makhluk paling baik kerana taat dan tidak berdosa. Wajib pula beriman adanya makhluk Iblis dan para pengikutnya dikalangan manusia dan jin, yang dinamakan syaitan, makhluk paling jahat, menipu dan menggoda, sehingga mati tidak bertaubat. Maka jadikan kenyataan Tun Mahathir mengikut mafhumnya adalah nasihat dan amaran. Ini kerana kalau difahami secara nasnya, sangat bercanggah dengan nas Al Quran. Hadis Rasulullah S.A.W. yang lebih daripada ucapan yang lain tidak boleh bercanggah dengan Al Quran. Allah berfirman dalam surah Yasin yang dibaca oleh kebanyakan umat Islam, termasuk dianjurkan oleh Umno, maksudnya:

60. "Bukankah Aku telah perintahkan kamu dengan perjanjian,wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!

61. "Dan (aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; Inilah jalan Yang Lurus.


62. "Dan Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dengan akal yang insaf?. (Surah Yaasin: 60-62)


Allah juga mendedahkan diantara godaan syaitan itu tidak melaksanakan Islam seluruhnya, tetapi sebahagian sahaja daripada ajaran dan meninggalkan sebahagian yang lain. Firman Allah, maksudnya:

208. Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya;) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata. (Al Baqarah: 208).
Allah juga memberitahu bahawa syaitan mengugut dengan kemiskinan kalau melawannya, maksudnya:

268. Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadanya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha luas limpah kurniaNya, lagi sentiasa meliputi pengetahuanNya.) (Al Baqarah: 268).


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS

Umno tergesa-gesa arah tadika ditutup

Posted: 19 Sep 2012 12:00 AM PDT


KUALA LUMPUR: Tindakan Ketua Umno Cawangan Pangsapuri Seri Delima, Pasir Gudang, Johor yang dikatakan mengarahkan sebuah tadika ditutup, hanya menunjukkan sikap tergesa-gesa.

Sekiranya tidak berpuashati dengan pengurusan tadika berkenaan, mereka perlu mengemukakan aduan kepada pihak bertanggungjawab bagi menyelesaikan segala masalah berbangkit.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman, mana-mana pihak tidak boleh bertindak menutup begitu sahaja tadika yang merupakan tempat pelajar-pelajar mendapatkan ilmu.

"Dulu mereka fitnah kerajaan PAS Terengganu tutup Tadika Kemas. Sekarang, terang-terang Ketua Umno Cawangan Pangsapuri Seri Delima, Pasir Gudang mengarahkan Tadika Permata Islamiyyah ditutup," kata beliau kepada Harakahdaily sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berkaitan perkara tersebut.

Tadika yang menempatkan 40 orang murid itu serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dikatakan diarah tutup sejak 10 Sept lalu.

Tadika itu juga dipantau Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

Ceramah PAS Pilihanku

Posted: 19 Sep 2012 12:00 AM PDT


PRU13: Peluang Melayu merdeka daripada Umno

Posted: 18 Sep 2012 11:58 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya hanya Umno yang boleh menentukan survival orang Melayu adalah ajaran sesat dan khurafat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau menyeru orang-orang Melayu supaya menolak dan menghapuskan ajaran sesat dan khurafat itu kerana kejayaan dan martabat bangsa Melayu bukan terletak di tangan Umno.

Kejayaan dan martabat bangsa Melayu, katanya, kepada kesempurnaan iman kepada Allah dan pemerkasaan ilmu pengetahuan.

Mahfuz juga mengecam tindakan Najib yang menyebarkan ajaran sesat dan khurafat itu semata-mata kerana kepentingan kuasa beliau dan partinya.

"Ia bukan sahaja ajaran sesat dan khurafat malah kenyataan yang sangat berapi-api dengan perkauman itu boleh menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam kerana tindakan Najib menakut-nakutkan orang-orang Melayu itu boleh mengakibatkan pelbagai padah dan kesan buruk," katanya.

Beliau juga menyifatkan dakwaan Najib yang juga Presiden Umno itu adalah pembohongan besar.

Hakikatnya, kata beliau, selama 55 tahun Umno Barisan Nasional (BN) memerintah, bangsa Melayu masih mundur berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini.

"Kalau benar mereka memperjuangkan Melayu, bangsa Melayu sudah maju. Tetapi hakikatnya Melayu masih terkebelakang. Ekuiti dan pemilikan hartanah orang-orang Melayu masih lemah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Di bawah cengkaman pemerintahan Umno, katanya, Melayu bukan sahaja masih jauh ketinggalan dari segi pemilikan ekuiti, malah RM52 bilion saham Bumiputera kini hanya tinggal RM2 bilion.

"Lebih malang 80 peratus yang memiliki pendapatan RM1,000 ke bawah adalah orang Melayu…yang senang lenang ialah segelintir pemimpin Umno dan kroni mereka," katanya.

Mahfuz juga menyifatkan dakwaan Najib itu sebagai percubaan penuh putus asa untuk menyuntik jarum halus dengan mengabui pemikiran masyarakat di saat menghadapi pilihan raya dengan memainkan sentimen 'Skim Takut 1Malaysia' (ST1M) yang berbaur perkauman semata-mata untuk mengekalkan kuasanya.

Najib, katanya, berkata demikian dengan harapan orang-orang Melayu akan mengubah pendirian dan kembali menyokong parti pimpinannya kononnya disebabkan survival Melayu

"Diingatkan yang akan terjejas PRU jika rakyat buat pilihan ialah survival politik Umno, bukan survival politik Melayu…ini sangat berbeza.

"Umno sebenarnya yang takut kehilangan kuasa, sebab itu mereka menakut-nakutkan Melayu. Pendekatan ini dibuat secara halus untuk menanam kebencian bangsa Melayu kepada bangsa lain," kata Mahfuz.

Beliau juga menyeru rakyat khususnya orang-orang Melayu agar menjadikan pilihan raya umum akan datang untuk merdeka daripada Umno.

Kuliah Maghrib Bulanan

Posted: 18 Sep 2012 11:58 PM PDT

Hina Rasulullah: Sejarah dan tindakan

Posted: 18 Sep 2012 11:51 PM PDT


Persoalan menghina Baginda Nabi SAW bukan perkara baharu. Sejak perutusan lagi, Rasulullah SAW telah dihina bahkan diperlaku dengan perbuatan keji dan kejam. Pada zaman kini, gaya penghinaan terhadap Rasulullah berubah mengikut arus perubahan semasa. Negara-negara Barat yang mula-mula mencetuskan bermacam-macam tohmahan terhadap Islam mula menggunakan strategi mereka terkini selepas daripada serangan pemikiran iaitu serangan melalui media elektronik dan media cetak terhadap Islam dan Rasul Islam dengan slogan 'hak kebebasan bersuara'.

Penghinaan musuh Allah pada zaman perutusan


Penghinaan terhadap Rasulullah S.A.W adalah salah satu dasar golongan yang memperjuangkan kebatilan. Sesungguhnya kebenaran dan kebatilan tidak akan berpadu selamanya. Islam datang sebagai pembawa rahmat, mengiktiraf semua Nabi-Nabi terdahulu serta membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelum al-Quran. Penentangan pada zaman perutusan adalah lebih dahsyat kerana golongan kafir bertungkus lumus ingin menghapuskan riwayat hidup Baginda SAW di samping menghinanya di khalayak sebagaimana yang berlaku:

i. Pemimpin-pemimpin Musyrikin seperti Umar bin Hisham (Abu Jahal), Umaiyyah bin Khalaf, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Abu Lahab, Abu Suffian bin Harb telah melancarkan serangan peribadi dan penghinaan terhadap Nabi SAW. Seorang pemuda upahan di Makkah iaitu Uqbah bin Abi Muit telah meletakkan najis di atas kepala Nabi SAW yang mulia ketika Baginda sedang bersujud dalam solat dan Uqbah telah mengulangi kebiadapannya beberapa kali. Fatimah RA, puteri Nabi SAW mengalirkan air mata kesedihan sambil membersihkan kepala Nabi yang mulia. Uqbah juga telah menjerut leher Nabi dalam peristiwa hijrah, dikumpulkan pemuda-pemuda yang perkasa untuk membunuh Baginda SAW.

ii. Ketika di Taif, Baginda dilontar dengan batu-batu. Pemuda-pemuda nakal telah dikerah di pintu masuk Bandar Taif untuk memulau Nabi SAW dan anak angkatnya Zaid Bin Harithah, darah panas mengalir pada jasad Nabi dan Zaid (yang bertindak melindungi Nabi), halangan-halangan juga diadakan untuk menghalang Nabi masuk semula ke Makkah namun Nabi mendapat jaminan perlindungan daripada Mut'am bin Adi, seorang 'gedebe' (samseng) di Makkah yang mempunyai ramai anak-anak lelaki yang gagah berani.

Jika diteliti dalam rakaman sejarah semasa zaman perutusan, Rasulullah SAW telah dihina dengan pelbagai cara antaranya, Nabi SAW dicerca dan dituduh dengan pelbagai tuduhan yang menghina batang tubuh Baginda SAW. Antara tuduhan tersebut ialah :

i. Nabi SAW dituduh sebagai seorang penyair yang mereka-reka qasidah (syair) yang indah untuk memikat masyarakat Quraisy pada masa itu.
ii. Nabi SAW dituduh sebagai seorang yang kurang akal. Abu Jahal telah mengupah para pencacai dan pencaci untuk menghina Nabi melalui medium seni, di antaranya ialah An Nadhar Bin Al Harith.
iii. Nabi SAW dituduh sebagai seorang tukang sihir.
iv. Nabi SAW didakwa tidak layak sebenarnya untuk menjadi wakil Tuhan.

Namun dalam banyak kejadian yang menyakiti dan menghina Nabi SAW, datang nusrah (pertolongan) daripada Allah yang Maha Perkasa di dunia lagi sebagai pengajaran atas kebiadaban musuh Islam. Hal ini dapat kita lihat dalam nas-nas yang menyatakan bahawa pada satu ketika Abu Jahal ingin menyakiti Rasulullah SAW akan tetapi tidak berjaya dengan pertolongan Allah Taala sebagaimana dalam hadis yang berbunyi :

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Kata Abu Jahal: Adakah Muhammad sujud di atas tanah? Lalu dijawab: Ya! Kata Abu Jahal lagi: Demi al-Lata dan al-Uzza sekiranya aku melihat Baginda melakukan demikian, akan kupijak belakang lehernya atau kutekan mukanya ke tanah. Lalu Abu Jahal mendatangi Nabi, dan ketika itu Nabi sedang solat dengan tujuan untuk memijak belakang lehernya. Tiba-tiba Abu Jahal didapati berjalan undur ke belakang dan seolah-olah menahan dengan tangannya. Lalu ditanya kepadanya: Apa yang tidak kena dengan kamu? Jawab Abu Jahal: Antara aku dan Muhammad terdapat parit daripada api yang mempunyai sayap-sayap dan menggerunkan. Lalu sabda Rasulullah SAW sekiranya dia (Abu Jahal) mendekatiku akan disentak (anggota tubuhnya) satu persatu. [Hadis riwayat Imam Muslim:2797, Imam Ahmad: 2/370]

Dalam kisah yang lain, dinyatakan bahawa isteri Abu Lahab, Ummu Jamil binti Harb bin Umayyah selalu mencela Nabi SAW dan menyakiti Baginda dengan meletakkan duri-duri di jalanan dan di laman rumah Rasulullah SAW. Ketika diturunkan ayat al-Quran yang mencela suaminya Abu Lahab, terus Ummu Jamil mencari Nabi SAW dan melontar Nabi dengan batu. Pada ketika itu Nabi sedang bersama-sama dengan Abu Bakar As-Siddiq RA di di sisi Kaabah. Akan tetapi Allah Taala telah menutup pandangan Ummu Jamil daripada melihat Nabi SAW, lalu Saidina Abu Bakar kehairanan bagaimana Ummu Jamil tidak dapat melihat Baginda sedangkan Baginda berada di hadapannya.

Kata Saidina Abu Bakar RA, "Wahai Rasulullah, apakah dia (Ummu Jamil) melihatmu?"
Sabda Nabi, "Dia (Ummu Jamil) tidak melihatku. Sesungguhnya Allah Taala menutup pandangannya terhadapku." [Sirah Ibnu Hisham:1/335-336]
Satu lagi kisah yang menerangkan kepada kita bahawa betapa hinanya golongan yang menghina dan mengeji Rasulullah SAW sebagaimana dalam hadis:

Daripada Anas bin Malik berkata: Ada seorang lelaki beragama Nasrani telah memeluk Islam, beliau membaca (hafaz) Surah al-Baqarah dan Surah al-Imran. Dia adalah salah seorang juru tulis Nabi SAW. Lalu dia murtad dan berkata, "Muhammad tidak mengetahui apa pun kecuali apa yang aku tuliskan kepadanya."

Setelah itu beliau mati dan dikebumikan. Tetapi tanah mengeluarkan (tubuhnya) semula. Lalu berkata kaumnya, "Ini adalah perbuatan Muhammad dan Sahabatnya setelah (Nasrani tersebut) lari dari (agama) mereka, mereka membongkar semula mayat saudara kita dan dibuangnya."

Maka keesokan hari mereka menggalikan semula tanah sedalam mungkin (untuk menanam mayat saudaranya yang berpaling daripada ajaran Nabi itu), tetapi sekali lagi tanah meludah kembali (mayat itu) ke permukaan bumi. Maka, ketika itu baharulah kaumnya mengetahui bahawa (kejadian itu) bukan dari perbuatan manusia, lalu dibuangnya keluar kubur. [Riwayat Imam Bukhari:3617]


Penghinaan Di Zaman Moden

Penghinaan terhadap Nabi SAW tidak pernah berhenti sebagaimana yang dirakam dalam sejarah, apatah lagi apabila umat Islam yang kehilangan Khilafah dengan tumbangnya Khilafah Islam yang berakhir di Turki pada tahun 1924. Tumbangnya Khalifah bermakna umat Islam tidak mempunyai tempat pergantungan dan penjaga kepada isu sensitiviti dan kemaslahatan umat Islam.

Pada tahun 1989 Salman Rushdie, seorang warga Iran telah menghina Nabi SAW melalui karya bejatnya "The Satanic Verses". Protes demi protes umat Islam tidak mengerunkan kuasa kuffar untuk terus menghina Nabi SAW, sebagaimana yang pernah diungkapkan oleh Hassan Nasrallah seorang ulama di Lubnan, "Sekiranya umat Islam melaksanakan fatwa Khomeini berkenaan dengan isu Salman Rushdie (hukuman bunuh) sudah tentu tidak ada yang berani lagi menghina Rasulullah SAW."

Sekalipun kita menyedari hari ini Hassan Nasrallah cukup dibenci oleh dunia Sunni kerana campurtangannya terhadap kerajaan zalim Bashar di Syria, namun secara adil, kenyataannya terhadap pelaku yang menghina Baginda Rasulullah SAW mempunyai kewajarannya kerana selepas tahun 1990, penghinaan terhadap Baginda Nabi SAW terus berlaku malah semakin gencar lagi, contohnya selepas itu muncul pula Taslima Nasreen yang merupakan warganegara Bangladesh, sebuah negara miskin di Sub-Continent. Karya wanita jalang ini diulang cetak di Barat yang membolehkan beliau hidup disalut kekayaan dan diberi perlindungan di Barat.

Di Timur Tengah pula, muncul seorang penulis warganegara Syria iaitu Haidar bin Haidar yang bermastautin di Mesir sewaktu zaman Hosni Mubarak. Dia telah mengarang sebuah novel fiksyen dan memalsukan watak sebenar Nabi SAW, Saidatina Khadijah dan Saidatina Aishah di dalam novel itu dan menghinanya. Puluhan ribu mahasiswa Islam dan mahasiswi berdemonstrasi di Mesir, menuntut kerajaan Mesir supaya mengharamkan novel itu dan menarik balik novel itu daripada pasaran. Bantahan aman mempertahankan Nabi SAW telah disuraikan dengan gas pemedih mata dan ditembak dengan peluru getah dan telah mengorbankan seorang mahasiswi Islam. Srikandi itu telah gugur syahid demi mempertahankan maruah Nabi SAW.

Pada zaman moden ini juga telah merakamkan penghinaan terhadap Nabi SAW di Nigeria dalam bulan Ramadan. Nigeria merupakan sebuah Negara yang pernah tertegak pemerintahan Islam yang dikenali sebagai Khalifah Sokoto di mana seorang ulama besar Afrika iaitu Sheikh Othman Den Fodio telah menaungi pemerintahan Islam tersebut. Kerajaan Islam ini akhirnya tumpas dengan campurtangan penjajah British. Nigeria hari ini melaksanakan konsep pentadbiran federalisme dan dengan kesungguhan pejuang-pejuang Islam dua buah negeri di utara Nigeria telah diizinkan oleh kerajaan Pusat untuk melaksanakan undang-undang Syariah Islam, dunia terkesima dan peluang terbuka kepada media untuk memburukkan pelaksanaan Syariah Islam. Apabila mahkamah Tinggi Syariah telah menjatuhkan hukuman rejam sampai mati kepada seorang wanita berkahwin yang melakukan penzinaan.

Jawatankuasa penganjuran ratu cantik dunia kemudiannya memilih Nigeria untuk menganjurkan pertandingan ratu cantik (dipercayai untuk menghina pelaksanaan syariah Islam di Nigeria Utara) bahkan pertandingan itu dijadualkan dibuat dalam bulan Ramadan yang mulia. Pertubuhan Islam telah mengambil tindakan berhemah dengan menghantar nota bantahan, memorandum dan pelbagai tindakan supaya penganjur tidak mengadakan pertandingan tersebut.

Kebiadapan terhadap Nabi SAW bermula apabila seorang editor akhbar berbahasa Inggeris Nigeria iaitu "Nigeria This Day" telah menulis dalam kolumnya, "Jika Muhammad (Nabi umat Islam) masih hidup, Muhammad pun akan membenarkan pertandingan ratu cantik diadakan, dan Muhammad akan memilih salah seorang peserta pertandingan ratu cantik sebagai isterinya".

Kebiadapan sang penghina ini tidak dibiarkan percuma oleh pencinta-pencinta Islam, ratusan ribu penunjuk perasaan telah keluar ke jalanraya bagi menyatakan sikap dan bantahan dan kemuncaknya pejabat utama akhbar "Nigeria This Day" telah dibakar oleh penunjuk perasaan. Peristiwa ini masih kuat terpahat dalam ingatan pengamal media di Nigeria sehingga tidak ada lagi ketika ini pengamal media di Nigeria yang berani mengulang siar kenyataan-kenyataan yang menghina Rasulullah SAW.

Pada hari ini Baginda SAW terus dihina semahu-mahunya lagi oleh para pendusta dan pengkhianat dengan gaya baru, sesuai dengan arus kemodenan. Kemarahan pencinta-pencinta Rasulullah SAW tercetus lagi, setelah akhbar Denmark Jyllands Posten memaparkan siri-siri kartun yang menggambarkan karikatur Nabi Muhammad SAW sebagai seorang pengganas dan tidak bermoral. Dalam kartun tersebut telah digambarkan Nabi SAW sebagai seorang Arab badawi yang membawa pedang dan diapit oleh dua orang perempuan bercadar hitam di sebelah kiri dan kanannya. Bahkan, dalam salah satu kartun itu Rasulullah SAW digambarkan sebagai orang yang berserban dan pada serbannya terselit sebutir bom.

Gambar-gambar ini diterbitkan pada bulan September tahun lepas sehinggga orang akan mengaitkan gambar tersebut dengan peristiwa pengeboman WTC pada 11 September. Sebelum isu penghinaan terhadap kartun Nabi Muhammad yang menjadi bahan ejekan kartunis Kurt Westergaard, seorang warganegara Denmark, pernah berlaku di pameran poster Berlin, terdapat poster yang menghina Kota Makkah dengan menyebut Kaabah sebagai 'batu bodoh'.

Hasil daripada terbitnya kartun-kartun biadab tersebut, beberapa negara umat Islam terus mengambil tindakan segera mengajar kebiadaban mereka. Antaranya Arab Saudi yang telah memanggil pulang dutanya di Denmark. Libya telah menutup kedutaannya di Copenhagen, Qatar dan Sudan serta diikuti oleh umat Islam di seluruh dunia Arab dan rantau Asia. Beberapa ketika kemudian setelah Denmark menyepi, bangun pula negara-negara Eropah lain simpati kepada Denmark dengan cara mengeluarkan karikatur yang sama di akhbar-akhbar mereka. Menurut BBC sehingga kini tujuh akhbar di Perancis, Jerman, Belanda, Itali dan Sepanyol telah mengeluarkan kartun yang sama atas alasan memberikan sokongan moral kepada Jyllands Posten.

Sebuah akhbar Perancis, "France Soir Daily", di samping menerbitkan kartun biadab itu telah memberikan ulasan katanya, "...No religious dogma can impose its view on a democratic and secular society" (Tidak ada mana-mana fahaman agama yang boleh memaksa pandangannya ke atas sebuah masyarakat demokrasi dan sekular).

Perlakuan biadap terhadap Nabi SAW ini telah menggerakkan arus kesedaran dan kecintaan terhadap agama Allah, gerakan Islam di negara-negara umat Islam dengan pantas telah memimpin dan menguruskan isu ini dengan baik.Di Negara Timur Tengah sebagai contoh, gerakan Ikhwanul Muslimin telah menganjurkan bantahan yang hebat lalu mengerakkan kempen memboikot barangan Norway dan Denmark.

Di benua Sub-Continent, Jamiat Islami telah mengadakan bantahan yang hebat dan berkesan menentang penghinaan terhadap Baginda Rasulullah SAW. Di Pakistan pakatan MMA yang dipimpin oleh Qazi Hussein (Amir Jamiat Islami) telah menganjurkan demonstrasi yang menghimpunkan ratusan ribu umat Islam, bahkan beliau telah dikenakan sekatan dalam rumah oleh Regim Pakistan yang pro Amerika Syarikat.

Di Indonesia, negara paling ramai umat Islam di dunia, bantahan telah dipimpin oleh Partai Keadilan Sejahtera (PKS), puluhan ribu aktivis telah menyertai 'unjuk rasa di kota-kota besar di seluruh Indonesia. Di Malaysia sendiri, Parti Islam SeMalaysia telah mengambil inisiatif menggerakkan kesedaran rakyat untuk menentang penghinaan. Demonstrasi aman dan perarakan aman telah dijayakan oleh pelbagai kelompok dengan dipacu oleh pimpinan Parti Islam Se-Malaysia. Penghinaan ini memberikan impak yang positif kepada kelompok Islam kerana berjaya menguruskan isu ini dengan baik walaupun disambut dengan ulasan yang sinikal oleh golongan liberal pragmatis.

Di Malaysia, akhbar Sarawak Tribune turut menyiarkan semula karikatur yang sama di tengah-tengah kemarahan umat Islam yang sedang memuncak. Kartun itu diselitkan dengan rencana yang bertajuk "Cartoons: Not Much Impact Here". Umat Islam seolah diperbodohkan dengan tindakan ini yang dengan sengaja menguji kesabaran dan rasa toleransi antara agama. Umat Islam bangkit membantah dengan keras tindakan biadap Sarawak Tribune, lalu pihak kerajaan segera mengambil tindakan dengan menggantung lesen penerbitannya. Melihat kepada respon luar jangka ini pihak pengurusan akhbar telah menutup penerbitan ini malah premis akhbar ini dikawal rapi oleh pihak keselamatan.

Ironisnya, kes yang berlaku kepada Sarawak Tribune ini tidak memberi pengajaran kepada akhbar-akhbar lain di Malaysia. Kebiadapan muncul lagi apabila akhbar harian Cina, Guang Ming Daily pernah mengeluarkan foto sebuah akhbar yang menyiarkan karikatur tersebut. Golongan bukan Islam ini menjadi begitu berani dan biadap kerana melihat kelemahan umat Islam dan pemerintah yang berada pada tahap paling lemah. Berkat bantahan massa dan NGO Islam, kerajaan dengan serta-merta menggantung penerbitan akhbar ini selama dua minggu.

Di tengah keperitan hati umat Islam melihat Nabi dihina, keluar lagi gambar karikatur lain dalam sebuah akhbar media perdana yang tersohor di Malaysia iaitu News Strait Times (NST), yang telah mempunyai banyak reputasi menghina Islam sebelum ini dan juga membuka forum kepada kelompok Islam liberal membina pengaruh. Akibatnya umat Islam di Malaysia telah mengadakan demonstrasi aman dan perarakan aman bermula di Masjid Saidina Abu Bakar di Bangsar dan berarak aman ke Pejabat NST di Jalan Riong, Bangsar membantah penyiaran kartun menghina Nabi Muhammad SAW lakaran Wiley Miller pada ruangan 'Coffee Break' di akhbar sisipan 'Life and Style' NST pada 20 dan 21 Febuari 2006 yang menggambarkan mesej sinis dan menghina kemuliaan Nabi Muhammad SAW dan Nabi Nuh AS.

Akan tetapi, NST cuba membela tindakan mereka dengan menyatakan, "The issue we have to decide here is whether the cartoon has transgressed the limits, whether it has crossed the boundaries, and whether it has insulted Islam and the Prophet" (Isu yang perlu kita putuskan ialah, apakah kartun tersebut telah melampaui batas-batas yang ditetapkan oleh - hak kebebasan bersuara - dan apakah ia menghina Islam dan Nabinya?)

Nampaknya NST tidak mengakui kesalahan mereka dalam melakarkan kartun yang mengejek Rasulullah SAW, bahkan mempertahankan bahawa perkara tersebut tidak sedikit pun mencemarkan keagungan Nabi SAW. Sikap biadap dan kurang ajar peneraju NST ketika itu berkemungkinan besar kerana mereka memiliki pengaruh penaung-penaung politik di negara ini.

Zaman kini tidak merasa pelik jika media sentiasa digunakan menyerang Islam dan umatnya, namun tiada pula tindakan diambil terhadap penghina Islam. Contohnya beberapa petikan akhbar yang diperturunkan di bawah ini untuk ditatap oleh pembaca betapa kotornya pemikiran mereka terhadap Undang-undang Islam, ulama dan penyokongnya :

"...Islam is a discourse and all discourses are open, contested and plastic..." (Islam adalah suatu wacana dan semua wacana adalah terbuka, boleh dicabar dan plastis) - Lihat dalam The Edge, 3 Disember 2001, Farish Noor: Intelellectual Provocateur.

"Perhaps the turbans of the mufti are too tightand therefore not enough oxygen is getting into the brains. They are not thinking straight." (Mungkin kerana serban mufti-mufti terlalu ketat dan sebab itu tidak cukup oksigen masuk ke dalam otak mereka, mereka tidak berfikiran waras) -Lihat dalam The Sun bertarikh 21 Februari 2001, Akhbar Ali "Now The Mufti Blame Hindi Films".

"The Quran allows a person to become apostate twice and then to persist in his disbelief...

"...No punishment of any sort at all is prescribed for such a person other than the promise that god will never forgive him not guide him to the right path.This is God's promise. It is his law." (Al Quran membenarkan seseorang menjadi murtad dua kali dan kekal sebagai kafir. Tiada hukuman dinyatakan ke atas seseorang yang murtad selain dari janji Tuhan yang tidak akan mengampuninya mahupun memberinya petunjuk yang lurus. Ini adalah janji Tuhan. Ini adalah undang-undang-Nya) - Lihat tulisan Akhbar Ali dalam the Sun bertarikh 14 Julai 1999 "Death For Apostates Unjust".

"Islam bukanlah milik individu atau mana-mana golongan yang mendakwa mereka sebagai ulama. Oleh itu sebarang pentafsiran terhadap sumber-sumber Islam seperti al-Quran bukanlah milik para ulama semata-mata"
- Lihat Zainah Anwar dalam Utusan Malaysia bertarikh 26 September 2000.

Semua kenyataan biadap terhadap Islam dan ulama ini boleh ditatap daripada akhbar di dalam tanah air kita sendiri dan kemuncaknya ialah perkara inilah yang akan melahirkan mereka yang berani mempersendakan maruah Nabi SAW. Sedarkah kita semua dengan fenomena anti agama ini? Jangan kita nampak kuman di seberang laut, buta dengan gajah di hadapan mata!

Sebenarnya, sebelum dari terbit karikatur yang mencemarkan dan menghina Nabi Muhammad SAW, telah terbit unsur-unsur penghinaan dengan olahan tulisan dan tayangan video. Antara siri-siri kekufuran tersebut ialah :

Di Negara kita sendiri sebagai contoh, telah berlaku beberapa kali penghinaan terhadap Nabi SAW. Pada 4 November tahun 2000 sebuah artikel yang bertajuk "Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On Sexuality" dalam akhbar NST yang ditulis oleh Farish Noor menyebut, "The fact that Prophet had several wives and was known to have had sexual relation with 15 women, with included the concubine Rayhana who remained non Muslim all her life is proof of the humanity of the prophet". (Fakta bahawa Nabi mempunyai beberapa orang isteri dan diketahui telah mengadakan hubungan seks dengan 15 wanita termasuk seorang gundik bernama Rayhana yang tidak Islam sehingga akhir hayatnya adalah bukti mengenai sifat kemanusiaan Nabi).

Akhbar yang sama melalui penulis yang sama telah memuatkan artikel bertajuk "The Myth Surrounding the Islamic State"
(NST 1 Disember 2001) :

"The Prophet himself, in his specific historical context, was a tribal leader, and so the early oath of a allegiance given to him were given as atribal leader than just a religious leader" (Nabi sendiri dalam konteks sejarahnya adalah seorang pemimpin suku liar - tidak bertamadun - dan oleh kerana itu ketaatan awal kepada Nabi diberi kerana Nabi adalah pemimpin suku lebih daripada pemimpin agama)

Pada tahun 1997, seorang wanita Yahudi Israel, Tatyana Suskin (26) telah membuat dan menyebarkan dua puluh poster yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Di antaranya ialah poster seekor babi yang tertulis kalimah 'Muhammad' dengan pensil di kakinya yang menulis di atas Al-Quran. Lakaran biadab wanita Yahudi ini juga telah diterbitkan dalam beberapa akhbar di Barat.

Pada tahun 2002, dimuat tulisan jurnalis Nigeria, Isioma Daniel tentang Rasul dan Miss World. Pertandingan ratu cantik ini juga bertujuan untuk memperlekehkan pelaksanaan Syariah Islam di Nigeria.

Pada tahun 2004, dirilis filem dibawah garapan produser Theo Van Gogh yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Dokumentari ini yang kononnya sebagai ekspresi kebebasan berkarya dengan memasukkan penghinaan terhadap Islam dan Nabi SAW. Golongan liberal kapitalisme ini sentiasa menunjukkan kebencian mereka kepada orang yang beriman.

Pada 27 Mac 2008, salah seorang Menteri Kabinet Belanda iaitu Geert Wilders telah menjadikan filem kontroversinya, 'Fitna' untuk memburukkan Islam. Sedutan tayangan itu telahpun dilakukan dalam sebuah rancangan primetime di ABC News yang berjudul 'What Would You Do?'. Dengan berbekalkan kefahaman tekstual terhadap zahir ayat-ayat al Quran, Wilders telah meletak video-video terrorist untuk menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan Muslim. Ketika ditemuramah, Geert Wilders mendakwa al-Quran yang dimiliki umat Islam perlu diharamkan kerana ia menyerupai buku Hitler, Mein Kampf.

Antara babak yang diputar-tayang ialah petikan video pesawat kapal terbang menghentam World Trade Center pada tanggal 11 September 2001. Setelah itu ditampilkan bacaan ayat al-Quran, seolah-olah ayat tersebut memaknai kejadian 11/9. Episod-episod simpati 11 September itu beralun-alun dengan suara mangsa, menjadikan filemnya itu mewakili perasaan rakyat Amerika pada 11/9. Sedangkan, masyarakat Barat sendiri semakin ghairah ingin mengenali dan memeluk Islam selepas peristiwa 11/9.

Apa yang dilakukan oleh Wilders telah memahat reaksi bekas setiausaha utama OIC, Prof. Ekmeleddin Ihsanoglu terhadap fenomena 'kebebasan bersuara' :

"We must not allow freedom of speech to be used as a cover to insult religion." (Kita tidak harus membenarkan kebebasan bercakap untuk digunakan sebagai permulaan untuk menghina agama)

Begitupun sikap yang sejalan dengan al-Quran sebagaimana yang ditunjukkan apabila menghadapi orang-orang jahil, ialah :

"Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhai-Nya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat daripada perkara yang tidak diingini" - Surah Al Furqan:63

Kata Dr. Yusuf al Qardhawi berhubung perbuatan Wilders, "Kami bukanlah (umat yang gemar) memulakan provokasi dan juga tentangan, sebaliknya kami adalah umat yang sejahtera (Salam) dan perkataan 'Salam' merupakan antara nama-nama Allah yang suci dan ditinggikan."

Namun, hari ini umat Islam dikejutkan lagi dengan satu trailer pendek oleh musuh-musuh Islam yang menghina batang tubuh mulia Baginda SAW. Trailer ini telah dimuat naik di dalam laman youtube pada 2 Julai 2012 yang lalu, dan kemudian syarikat google menegaskan untuk tidak membuang video tersebut untuk terus menjadi paparan bagi sesiapapun yang melayari internet.

Selaku seorang Muslim, isi kandungan yang dipaparkan di dalam video yang berdurasi 14 minit ini hanya mendatangkan kemarahan di dalam diri umat Islam. Video ini sekali lagi telah menghina Baginda Nabi SAW dengan perwatakan sebagai seorang lelaki yang womanizer - 'gila perempuan'. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan Para Sahabat RAH. Antara skrip yang digunakan di dalam video ini adalah ;

"My age has exceeded 120 years and the all my young life, I have not seen such a murderers against Muhammad. He kills men, captures women and children…"

Kemudiannya wanita tua itu diseksa dengan cara yang sungguh mengaibkan dan sangat bertentangan dengan syariat Islam dan juga peribadi Nabi SAW. Sebagai umat Islam kita wajib cakna dan rasa marah dengan isu yang dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu ini. Filem ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dengan paparan Islam sebagai agama kebencian. Menurutnya dia mendapat suntikan dana sebanyak $5 juta daripada 100 penderma Yahudi.

Filem yang melabel Baginda SAW sebagai 'fraud, a womanizer and a madman' ini telah mencetuskan kemarahan umat Islam di beberapa negara Timur Tengah seperti Mesir dan Libya.  Rakyat Mesir dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan "Say it don't fear. Their ambassador must leave".
Justeru untuk kesekian kalinya, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) turut meminta seluruh pemuda untuk berhimpun aman pada 21 September 2012, bersamaan hari Jumaat ini di hadapan Kedutaan Amerika untuk menyatakan bantahan kita. Pihak DPPM berharap agar setiap Muslim di pelusuk tanah air dapat turun untuk meramaikan himpunan ini, kerana ia menjadi kewajiban untuk kita mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan video seperti ini di hadapan mereka.

Ceramah Isu - Isu Semasa

Posted: 18 Sep 2012 11:50 PM PDT


Johor tetap jadi pusat gelombang perubahan

Posted: 18 Sep 2012 05:01 PM PDT


KUALA LUMPUR: Walaupun tanpa jaminan keselamatan kepada Pakatan Rakyat (PR), Johor tetap menjadi pusat kepada gelombang perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Keyakinan tersebut bukan sekadar berdasarkan kajian yang dibuat, tetapi diukur berdasarkan sambutan rakyat Johor kepada program-program PR.

"Itu keyakinan kita dan kita tidak beri keutamaan sama ada Menteri Dalam Negeri memberi jaminan keselamatan atau tidak," kata beliau.

Sebelum ini, ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri".

Menghuraikan lebih lanjut, Salahuddin berkata, sebelum ini pemimpin-pemimpin PR tempatan memberitahu, hendak penuh 50 meja pun susah kalau mereka anjurkan majlis makan malam.

"Tetapi baru-baru ini, 8500 orang telah membeli tiket bagi memenuhi 850 meja yang telah dijual oleh PKR negeri Johor dalam majlis makan malam anjuran parti itu di Skudai," katanya.

Begitu juga dengan sambutan kepada rumah-rumah terbuka Hari Raya yang diadakan oleh PAS, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi.

"Ada masanya, saya terpaksa menghadiri sehingga enam rumah terbuka Hari Raya yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di dalam PAS.

"Dalam setiap majlis yang saya hadiri sambutan dan kehadiran masyarakat Cina dan India begitu memberangsangkan dan merupakan suatu fenomena yang tak berani hendak diimpikan oleh PAS di Johor dahulu.

"Sambutan masyarakat Melayu pula tentulah yang terbaik kini dan bukan lagi seperti dahulu di mana biasanya hanya puluhan orang sahaja yang hadir dalam program PAS di Johor," kata Salahuddin.

Beliau menyatakan PR kini menambahkan sasaran sehingga 18 kerusi di Johor.

Sebelum ini PR mensasarkan 12 kerusi Parlimen di Johor, namun susulan pelbagai perkembangan menarik di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak, ia memberi impak baru yang membantu membantu PR di negeri itu, katanya.

PR akan mencipta momentum baru di Johor, katanya lagi.

"Terdapat tiga atau empat Parlimen baru kita yang akan kita fokuskan. Yang sebelum ini Gred B kita angkat jadi gred A untuk diberi fokus untuk membawa harapan yang besar mencapai kemenangan," kata Salahuddin

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan Parlimen yang menjadi sasaran PR itu, dan sama ada ia ditandingi oleh PAS, PKR atau DAP.

Ulamak wajib bersama, berdemo sambil berakhlak

Posted: 18 Sep 2012 05:00 PM PDT


Penghinaan ke atas batang tubuh Baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam telah dilakukan sejak zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lagi. Akan tetapi arus modenisasi mengembalikan penghinaan ke atas Rasul yang mulia dengan pelbagai bentuk antaranya;

a)      Versi novel yang ditulis oleh Haidhar bin Haidhar, seorang yang berbangsa Syiria yang menetap di Mesir pada zaman Husni Mubarak. Akhirnya, ribuan mahasiswa/wi bangkit dan menuntut agar kerajaan Mesir mengharamkan terus novel tersebut dan menarik balik jualannya di pasaran. Bantahan ini menyaksikan gugurnya seorang srikandi dalam mempertahankan kesucian Baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

b)      Seorang editor akhbar berbahasa Inggeris Nigeria iaitu "Nigeria This Day" telah menghina Baginda Nabi di dalam penulisannya sehingga penulisannya itu melahirkan kemarahan umat Islam lalu bertindak membakar pejabat utama "Nigeria This Day".

Hari ini sekali lagi musuh-musuh Islam cuba mengusik sentimen umat Islam dengan mengaibkan batang tubuh Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Para sahabat radhiyallahu 'anhum ajma'in telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagaimana yang tercatat di dalam sejarah.

Sejarah Saiduna Khubaib bin 'Adi antara yang meruntun jiwa kita. Saat tubuhnya dicincang oleh musuh-musuh Allah lalu ditanya apakah dirinya mahu tempatnya digantikan dengan yang namanya Muhammad [shallallahu 'alaihi wasallam], maka dengan tenang dia menjawab "bagaimana aku bisa membiarkan Nabi Muhammad menggantikan diriku menerima penyeksaan kamu sedangkan walau hanya sebatang duri saja yang menusuk Baginda aku tidak redha".

Ungkapan dan tindakan para sahabat seharusnya menjadi pendorong, motivasi dan pembakar semangat kepada mereka yang telah dianugerahkan pangkatnya melalui hadits dan al-Quran.

Golongan ulamak perlu melahirkan perasaan dan ekspresi mereka terhadap isu ini. Mereka ini digelar pewaris Nabi. Mereka juga diiktiraf oleh Allah sebagai hamba yang taat dan patuh kepadaNya. Hubungan zaman Nabi shallallahu 'alaihi wasallam yang terputus dengan umat akhir zaman hanya dapat bersambung dengan adanya para pewaris Nabi ini.

Wahai sekalian ulamak di serata pelusuk di seluruh Malaysia, Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru agar kita semua dapat beramai-ramai turun untuk menyatakan marahnya kita apabila insan yang kita cintai melebih dari diri kita ini dihina oleh musuh-musuh Allah.

Turunnya kita adalah untuk menzahirkan betapa umat Islam akan segera bangkit sekiranya nama Baginda dihina dan maruah Baginda direndahkan. Para pewaris Nabi sekalian, kita perlu turun hari Jumaat ini sebagai satu bentuk pendidikan kepada masyarakat awam bahawa kemuliaan Nabi perlu dijaga, syariat Nabi perlu ditegakkan dan sebagai amaran untuk mereka yang berani-berani menghina Junjungan Baginda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.

Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi meminta agar sekalian tuan-tuan guru, sekalian asatidz, pendakwah-pendakwah, penceramah-penceramah dan alim ulamak untuk meramaikan himpunan pada Jumaat ini di Masjid Tabung Haji. Kehadiran para ulamak sekalian mudah-mudahan membuka pintu pertolongan Allah untuk memberikan keizzahan kepada umat Islam sehingga menimbulkan gerun di hati-hati mereka yang kufur.

Para peserta juga diingatkan untuk menjaga adab dan akhlak. Kita tidak mahu sebarang tindakan luar kawalan yang hanya memburukkan keadaan. Dengarlah apa yang diarahkan oleh pimpinan ketika di medan mudahan-mudahan peristiwa uhud tidakkan kembali berulang. Langkah yang disusun dan derapan kaki yang berbunyi pasti akan menimbulkan rasa takut dan gentar dalam diri penghina-penghina Islam di atas kebangkitan umat Islam yang dipandu dengan syariat Islam

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 19 Sep 2012 09:46 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Prosedur bawa banduan oleh polis perlu dikaji

Posted: 18 Sep 2012 05:25 PM PDT


Prosedur membawa banduan terutama mereka yang dikaitkan dengan kes jenayah berat perlu dikaji semula. Dalam kes ini terdapat 3 anggota polis dalam satu kereta peronda bersama banduan tersebut. Ini bermakna wujud risiko, polis yang duduk di tempat duduk belakang kereta bersama banduan. Apakah perlu kereta peronda polis diletakkan penghadang besi dan kalis peluru antara tempat duduk hadapan dan belakang, serta tiada anggota polis duduk bersama banduan di tempat duduk belakang?

Kereta terbabas, banduan hilang
19 Sep 2012

KUANTAN - Seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas dan merempuh belakang sebuah lori.

Kejadian pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid di sini itu menyebabkan tiga anggota polis cedera parah manakala banduan itu pula berjaya melarikan diri.

Anggota polis yang cedera ialah pemandu kereta polis, Konstabel Filyx Lansaver Jinol, 25, Koperal Zulhairi Ramli, 24, dan Koperal Abd. Rashid Ahmad, 51.

Kesemua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusuff berkata, ketika kejadian, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953. Mereka bertolak dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor di sini.

"Sampai di tempat kejadian banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta polis hilang kawalan. Kereta itu terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan.

"Selepas kejadian itu, banduan terbabit bertindak melarikan diri dengan tangan bergari menuju ke kawasan hutan berhampiran taman berkenaan," kata beliau kepada pemberita di sini.

Menurut beliau, seorang saksi yang berada di tempat kejadian cuba mengejar banduan terbabit dan menyuruh banduan itu menyerah diri namun dia tidak mengendahkan arahan itu dan terus menghilangkan diri.

Beliau berkata, pemandu lori berkenaan, Mohd. Zamri Abdul Kadir, 22, yang sedang menggantikan tayar sebelah kiri lorinya yang pancit di situ turut mengalami kecederaan di betis kiri akibat rempuhan kereta polis yang membawa banduan itu.

"Polis kini membuat sekatan jalan di sempadan daerah Kemaman, Maran, Temerloh dan Pekan bagi memburu banduan terbabit," kata beliau.

Polis pada pukul 10.25 malam tadi berjaya memberkas semula banduan itu ketika penjenayah terbabit pergi ke rumah penduduk di Taman Dato Rashid untuk meminta air dengan tangan masih bergari.

Banduan yang berasal dari Terengganu itu dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu berkuat kuasa pada 28 Jun lepas.

Ceramah Umum

Posted: 18 Sep 2012 05:24 PM PDT


Pemuda Guchil

Posted: 19 Sep 2012 09:36 AM PDT

Pemuda Guchil


Hina Islam: Umno, hentikanlah hipokrasi

Posted: 19 Sep 2012 04:34 AM PDT

Hina Rasulullah: Sejarah dan tindakan

Posted: 19 Sep 2012 04:30 AM PDT

Serbuan ke pejabat Suaram untuk lepaskan Najib kes Scorpene, Altantuya

Posted: 19 Sep 2012 04:26 AM PDT

Terima kasih Tun Mahathir

Posted: 19 Sep 2012 04:21 AM PDT

Jasindaily Online

Posted: 19 Sep 2012 09:34 AM PDT

Jasindaily Online


Tuah Nama Khalid : Khalid Samad Digeruni UMNO / Bangkrap Negara

Posted: 19 Sep 2012 12:12 AM PDT

Saudara/ri sedar tak? Sejurus selepas PRU 2008 dan sejurus selepas kekalahan UMNO/BN di 5 negeri itu, media2 milik UMNO telah menyerang Khalid Samad secara bertubi-tubi. Pada masa itu Khalid Samad cuma menziarahi sebuah gereja untuk berucap kepada pengundi2 beliau yang beragama Kristian. Mereka yang menghadiri majlis tersebut bukanlah kesemuanya pengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Setengah dari hadirin yg beragama Kristian itu adalah pengundi dan penyokong Barisan Nasional ataupun tiada parti. Maka, apa sebab nak serang Khalid Samad sebegitu rupa? Ramai lagi Ahli2 Parlimen BN yang berucap di gereja. Najib sendiri pergi menziarahi Paus, Ketua UMUM Mazhab Katolik di Vatican. Juga, pada waktu itu, Khalid Samad bukanlah seorang yang memegang jawatan tinggi dalam PAS. Khalid Samad pada waktu itu tiada pengaruh dalam PAS Pusat mahupun di negeri2 lain di Malaysia. Pengaruh Khalid Samad pada masa itu sekadar di PAS Shah Alam dan sedikit sebanyak di Selangor. 

YANG SEBENARNYA….. Sewaktu mula2 menubuhkan kerajaan di Selangor, Hasang Ali telah memainkan peranan memberi maklumat2 yang bohong dan tipu kepada pimpinan2 PAS Pusat. Malahan, secara terus kepada Presiden PAS berbagai-bagai cerita tohmah dan bohong berkaitan Kerajaan Pakataan Rakyat Selangor diberikan. Strategi BISIK Hasan Ali ni Tulang Besi pernah saksikan sendiri dengan mata kepala Tulang Besi. Maka, Presiden PAS terpengaruh dan pernah satu waktu Presiden PAS bersetuju menubuhkan Kerajaan Perpaduang dengan UMNO serta keluar dari Pakatan Rakyat. Semua ini adalah akibat hasutan dan tipu daya ala iblis yang dilakukan oleh Hasan Ali. Maka, di waktu yang kritikal itu, satu-satunya tokoh dari PAS Selangor yang mempunyai hubungan samada dengan Presiden PAS mahupun pentadbiran Kerajaan Negeri adalah Khalid Samad. Sedar atau tidak, di dalam 6 bulan pertama (dan mungkin lebih) kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Khalid Samad adalah satu-satu tokoh yang aktif memerangi kempen hasut dan fitnah tajaan Hasan Ali. Berani saya kata kalau tiada usaha agresif Khalid Samad, nescaya PAS sudah pun bersama-sama dengan UMNO sekarang ini dalam Barisan Nasional. Khalid Samad menggunakan hubungan pribadi beliau dengan Presiden PAS untuk mengendurkan pengaruh fitnah Hasan Ali serta kedudukan beliau dalam Mesyuarat Lujnah Politik PAS Pusat. 

Maka, Hasan Ali pada masa itu sudah menemui kegagalan. Lantas beberapa tindakan drastik diambil. Secara dalaman, kedua-dua Shaari Sungip serta Khalid Samad dipecat dengan rakus dari apa-apa jawatan Perhubungan Negeri Selangor. Secara luaran, Hasang Ali menggunakan hubungan UMNO beliau yang kemudiannya menggunakan jaringan media mereka untuk memfitnah serta menista Khalid Samad. Jaringan media UMNO tersebut termasuklah: 

a. Harian2 UMNO seperti Utusan Malaysia 

b.Media elektronik seperti TV3 

c. Blogger2 UMNO seperti Papagomo dan Parpukari 

d. Cyberuk2 mereka di alam Facebook dan Twitter 

Tidak lama dahulu Khalid Samad menang saman beliau terhadap Utusan Malaysia kerana Utusan menyiarkan artikel dari blog Zulkifli Nordin yang bertajuk "Zulkifli bidas Pak Janggut". Tujuan utama serangan jentera UMNO terhadap Khalid Samad adalah berkaitan dengan peranan Khalid samad yang berjaya menumpulkan segala fitnah dan hasutan hasan Ali serta kuncu2 UMNO dan geng perpaduang dalam PAS. Ia tiada kena mengena dengan pendirian Khalid Samad yang menyebelahi hak kaum Hindu di Seksyen 23 Shah Alam untuk membina kuil mahupun mempertahankan hak orang Kristian untuk menggunakan nama Allah dalam bible mereka. Jadi, saya harap tuan2 pembaca sekelian dapat memahami sebab sebenar serangan fitnah ke atas Khalid Samad selama ini. Sekian~Tulang Besi

Wajib Baca : Dosa-Dosa Besar UMNO / BN

Posted: 19 Sep 2012 12:10 AM PDT

Sudah lebih 20 tahun kita asyik dengar orang bercakap pasal keruntuhan akhlak di kalangan umat Islam dan Melayu. Di bawah ni mungkin dapat menjawab mengapa akhlak Melayu runtuh dan hancur. Mana tak hancur, kalau pemimpin2 orang Melayu sendiri jadi agen peruntuh akhlak Lantaran itu, saya terpanggil menulis senarai beberapa dosa besar yang di halal kan oleh UMNO. Semoga senarai ini dapat menyedarkan ahli-ahli dan aktivis-aktivis PAS betapa jahilnya pemikiran sedemikian rupa. 

 a. QAZAF : UMNO secara terbuka menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 saksi yang utama. Sehingga hari ini perbuatan ini tidak pernah dihentikan atau ditegur oleh kepimpinan-kepimpinan UMNO seluruhnya termasuk mufti kegemaran mereka, Harussani Zakaria (yang tak fasih cakap Arab). 

 b. JUDI : UMNO sejak penubuhan telah meluluskan "Loteri UMNO" yang telah dijual dan dijadikan aktiviti ekonomi untuk UMNO. Yang terbaru adalah Najib Tun Razak meluluskan lagi 10 lesen "Special Draw"/Judi tidak berapa lama dahulu. Dengan kata lain, aktiviti-aktiviti judi ini sudah menjadi darah daging UMNO dan mereka tidak melihat akviti ini sebagai haram. 

 c. ARAK : UMNO yang mendokong polisi "menjual arak untuk keuntungan". Dalam negara-negara Scandinavia, yang tiada peruntukan "Islam sebagai Agama Persekutuan" dalam perlembagaan mereka, arak tidak diizinkan dijual untuk tujuan mencari keuntungan. Arak hanya dibenarkan dijual hanya untuk memenuhi keperluan dalam negeri semata-mata. Di Malaysia, UMNO menyokong penjualan arak untuk tujuan keuntungan sehingga saham-saham Calrsberg dan Guiness-Anchor adalah antara saham kualiti tinggi ("blue-chip") di KLSE. 

 Begitu semangat UMNO menyokong aktiviti arak di Malaysia sehingga ada 3 orang Melayu duduk di dalam LEmbaga Pengarah Calrsberg dan 2 orang Melayu duduk dalam lembaga Pengarah Guiness-Anchor. Sepatutnya, Kementrian Kewangan boleh campur tangan menghalang perlantikan ini, tapi UMNO membiarkannya sahaja. Mengapa? Kerana industri arak ni halal bagi UMNO. 

 d. PENOLAKAN HUKUM SYARIAH ISLAM: Tak payah komen la. Sampai hari ni, UMNO tidak mahu mengubah Perlembagaan Malaysia membenarkan hukum Syariah Islam dijalankan dengan sepenuhnya di Kelantan dan Terengganu. Menarik untuk disebut: dalam forum di Kelantan baru-baru ini, wakil UMNO telah mencabar PAS untuk membentangkan "Private Bill" bagi memudahkan perjalanan hukum Syariah. Ustaz Nik Amar menjawab, wakil UMNO itu tak pernah masuk Parlimen. Maka dia tak tau. Setiap "Private Bill" harus mendapat lampu hijau dari Menteri yang bertanggungjawab (dalam isu hukum Islam, Menteri tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Zahid Hamidi). 

 Setakat ini, UMNO tidak pernah bagi apa-apa lampu hijau untuk mana-mana Undang-Undang seperti ini dibenarkan. Pokoknya mudah. Kalau UMNO sanggup menyokong hukum Islam terlaksana di Malaysia, siapa yang boleh menghalang? DAP pun takkan menentang kerana pada waktu itu, MCA pun terpaksa sokong hukum Islam. Lebih2 lagi hukum Islam hanya tertakluk kepada orang2 Islam sahaja. Tak jadi isu walau sedikit pun. Isunya adalah UMNO MENOLAK HUKUM SYARIAH ISLAM 

 e. FITNAH : Agen fitnah UMNO adlaah media-media mereka i.e. Utusan Meloya, Berita Hairan, TV3 Suku dsbnya. Dah berapa kali diorang ni kena saman. Baru2 ni Sdr Mahfuz sendiri menang saman terhadap media2 milik UMNO ini. Namun UMNO tetap meneruskan aktiviti memfitnah dan menista mereka terhadap sesama Islam Secara pribadi, saya telah berhenti membaca dan mempercayai Utusan Meloya dan Berita Hairan semenjak peristiwa Memali lagi. Sah PENIPU dan PEMBOHONG. 

 f. PENIPU : Tak payah komen la. Benda yang maklum 

 g. KORUPSI : Lagi tak payah komen. Dalam UMNO sekarang ni, sapa tak korupsi tu yang dipandang serong. Sedangkan korupsi ni HARAM mengikut IJMAK ULAMA. Tapi, bagi UMNO, makan duit haram tu tak jadi masaalah. Dalam UMNO ni, hanya BABI sahaja yang haram. Yang lain, kao bedal la 

 h. SIHIR : Rujuk kes Mona Fendi. Tanya la sesiapa sahaja dalam UMNO pasal amalan sihir dalam UMNO. Semua akan akui betapa meluasnya amalan sihir dalam UMNO. 

 i. BEKERJASAMA DENGAN MUSUH ISLAM :Rujuk artikel saya berkenaan Ucapan Najib Tun Razak di Heritage Foundation di mana Dato Najib berbangga membantu usaha Amerika dalam memerangi "keganasan" (Baca: memerangi Islam). Sebagai penutup, janganlah termakan dengan kata-kata seperti "Bekerja dengan UMNO lebih Syariee berbanding dengan DAP". 

Perkataan macam ini datang dari ulama-ulama yang menjual agama untuk kepentingan dunia. Bukan datang dari ulama yang "mukhliseen". Apa bezanya DAP dengan UMNO? Yang saya tahu seorang pemimpin DAP terpaksa merengkok dalam penjara kerana mempertahankan seorang gadis yang diperkosa salah seorang pemimpin UMNO. Itu sahaja.~tulang Besi

Nasihat Dato' Bentara Setia Kepada Ahli UMNO

Posted: 19 Sep 2012 12:01 AM PDT

Semarak Cinta Rasulullah

Posted: 18 Sep 2012 11:56 PM PDT


Bentuk Kerajaan : Tak Usah Ragui Kemampuan Kami

Posted: 18 Sep 2012 11:52 PM PDT


Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yakin mereka sudah bersedia untuk memerintah negara ini sekiranya memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang yang perlu dilaksanakan sehingga April depan sebaik sahaja mandat Barisan Nasional (BN) tamat. Gabungan antara DAP-PAS-PKR itu beranggapan bukti yang mencukupi sudah ditunjukkan di empat negeri pimpinan mereka — Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan — yang mana turut diiktiraf oleh Laporan Audit dari Ketua Audit Negara sejak tiga tahun mereka menguasai negeri-negeri tersebut kecuali Kelantan selepas pilihan raya umu 2008 yang turut menyaksikan BN tewas dua pertiga majoriti Parlimen. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan trek rekod kerajaan PR di negeri-negeri tersebut merupakan bukti kukuh dan tiada pihak yang perlu meragui mereka.


 "Saya rasa apa yang lebih penting adalah kewibawaan dan trek rekod yang Pakatan telah buktikan di negeri yang diperintah ... itu adalah aset yang berharga dan integriti yang ditunjukkan kerajaan PR. "Kita telah lahirkan ramai pemimpin yang berkualiti dan boleh dipercayai, tiada penyalahgunaan dan penyelewengan seperti mana pemimpin BN," tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi kepada The Malaysian Insider dan menambah berbangga dengan ketua menteri dan menteri besar di negeri-negeri tersebut. "Tiga tahun berturut-turut Laporan Ketua Audit Negara sahkan kami mentadbir dengan baik." Semalam, pemerhati politik menyatakan keraguan mereka bahawa PR masih lagi belum bersedia memandangkan terdapat lagi beberapa perkara yang tidak diselesaikan pakatan pembangkang tersebut, antaranya isu Hudud dan juga kabinet bayangan mereka. Mengulas berkenaan perkara itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menjelaskan yang paling utama adalah polisi yang bakal dilaksanakan PR jika mereka menawan Putrajaya, dan bukan siapa pemegang polisi tersebut.



 "Polisi lebih penting ... tak kira siapa jadi menteri, itulah polisinya. "Kita jadi kerajaan di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, dan Kedah tanpa ada persediaan, tapi kami berjaya," katanya merujuk kepada kemenangan mereka dalam pilihan raya 2008. "Sekarang, kami telah benar-benar bersedia, dan itu bukti kami sedia memerintah," kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu lagi dan menambah "tak kira lantik siapa pun, kami memang lebih baik". Sementara itu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar turut bersependapat dengan rakan parti komponennya itu dan menegaskan "sejarah dunia dan demokrasi menunjukkan bahawa 'kehendak dan pilihan rakyat' menjadi penentu siapa diberi amanah memerintah". "Jika gagal memenuhi aspirasi maka rakyat akan menghakimi dan memilih pengganti... di peringkat nasional, hampir semua dasar dan isu PR diguna pakai BN." Ahli parlimen Lembah Pantai itu juga menegaskan dengan keupayaan mentadbir empat negeri, PR sudah benar-benar bersedia dibantu dengan "manifesto bersama" yang "mengikat" mereka. "Ia diperkukuh dengan 'perlembagaan' kami — dasar bersama yang memperincikan prinsip-prinsip utama yang akan mengikat kami bersama," katanya kepada The Malaysian Insider. 

"Insya Allah, kesediaan kami terbukti menerusi pentadbiran di keempat-empat negeri yang berjalan dgn baik. "Di peringkat pusat, pilihan PM sudah diputuskan, dengan akuan bahawa pemegang jawatan itu tidak boleh memegang portfolio kewangan." The Malaysian Insider semalam melaporkan pemerhati politik meragui mengenai kesediaan PR untuk memerintah Malaysia jika gabungan itu berjaya merampas Putrajaya pada PRU akan datang, dengan mengatakan terdapat isu-isu yang tidak dapat diselesaikan seperti "kabinet bayangan" atau kerajaan menunggu, mengatakan ini telah "menyekat kredibiliti mereka". Malah, pemerhati juga turut membangkitkan bahawa PR masih perlu menyelesaikan perbezaan ke atas isu-isu seperti hudud, undang-undang Islam, dengan menambah bahawa pengalaman pemimpin akan menjadi satu isu.

Tutup Tadika : UMNO Bacul

Posted: 18 Sep 2012 11:19 PM PDT

Tindakan Ketua Umno Cawangan Pangsapuri Seri Delima, Pasir Gudang, Johor yang dikatakan mengarahkan sebuah tadika ditutup, hanya menunjukkan sikap tergesa-gesa. Sekiranya tidak berpuashati dengan pengurusan tadika berkenaan, mereka perlu mengemukakan aduan kepada pihak bertanggungjawab bagi menyelesaikan segala masalah berbangkit. 

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman, mana-mana pihak tidak boleh bertindak menutup begitu sahaja tadika yang merupakan tempat pelajar-pelajar mendapatkan ilmu. "Dulu mereka fitnah kerajaan PAS Terengganu tutup Tadika Kemas. Sekarang, terang-terang Ketua Umno Cawangan Pangsapuri Seri Delima, Pasir Gudang mengarahkan Tadika Permata Islamiyyah ditutup," kata beliau kepada Harakahdaily sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berkaitan perkara tersebut. Tadika yang menempatkan 40 orang murid itu serta berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dikatakan diarah tutup sejak 10 Sept lalu. Tadika itu juga dipantau Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

UMNO Tok Dalang Konspirasi UIA

Posted: 18 Sep 2012 11:17 PM PDT


Sepucuk surat bertandatangan perdana menteri Najib Altantuya dengan restu Majlis Tertinggi Umno bertarikh 7 Ogos 2012 yang dihantar kepada Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaleha Kamaruddin berhubung perlantikan Mizan Hitam menggantikan Nik Ahmad Kamal sebagai Timbalan Rektor universiti itu menjadi bukti terbaru bahawa Najib Altantuya adalah dalang di sebalik sebuah projek yang dipanggil OPS 2020!

Tanpa segan silu menyalahgunakan kedudukan politik dan menggunakan kepala surat Umno bagi maksud tersebut, Najib Altantuya mengarahkan supaya Mizan diberikan kemudahan dan kerjasama sepenuhnya bagi memberi kemenangan kepada mahasiswa pro-Umno (pro-Aspirasi) di universiti itu.

Menurut laman Facebook Buletin UIAM dalam posting terbaru dua jam lalu, OPS 2020 yang digerakkan Umno bertujuan memastikan kemenangan kesemua 20 kumpulan pro-Aspirasi yang condong kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di kesemua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pilihanraya kampus yang bakal diadakan pada 25 September ini.

UIAM antara universiti yang menjadi sasaran utama Umno merampas kerusi majlis perwakilan mahasiswa yang selama ini dipegang pro-Mahasiswa yang pro-Pakatan Rakyat.

Selain UIAM, universiti utama lain seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut dijadikan sasaran buat Umno kerana ia sebenarnya adalah cerminan terhadap keputusan pilihanraya umum yang akan datang.

Projek yang sungguh menjijikkan ini diketuai timbalan menteri belia dan sukan, Razali Ibrahim yang juga pengerusi biro IPT Umno pernah didedah menghadiri satu mesyuarat Think Tank OPS 2020 bersama-sama dengan Tun Faisal Ismail Aziz yang bertindak selaku bos Unit Media Baru Umno.

Surat yang sama dilampirkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled Nordin dan Presiden UIAM yang juga bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hassan. -Greenboc


PRU : Peluang Merdekakan diri Dari Khurafat UMNO

Posted: 18 Sep 2012 11:14 PM PDT

Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya hanya Umno yang boleh menentukan survival orang Melayu adalah ajaran sesat dan khurafat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Beliau menyeru orang-orang Melayu supaya menolak dan menghapuskan ajaran sesat dan khurafat itu kerana kejayaan dan martabat bangsa Melayu bukan terletak di tangan Umno. Kejayaan dan martabat bangsa Melayu, katanya, kepada kesempurnaan iman kepada Allah dan pemerkasaan ilmu pengetahuan. Mahfuz juga mengecam tindakan Najib yang menyebarkan ajaran sesat dan khurafat itu semata-mata kerana kepentingan kuasa beliau dan partinya. "Ia bukan sahaja ajaran sesat dan khurafat malah kenyataan yang sangat berapi-api dengan perkauman itu boleh menjejaskan keselamatan negara dan ketenteraman awam kerana tindakan Najib menakut-nakutkan orang-orang Melayu itu boleh mengakibatkan pelbagai padah dan kesan buruk," katanya. Beliau juga menyifatkan dakwaan Najib yang juga Presiden Umno itu adalah pembohongan besar. 

 Hakikatnya, kata beliau, selama 55 tahun Umno Barisan Nasional (BN) memerintah, bangsa Melayu masih mundur berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini. "Kalau benar mereka memperjuangkan Melayu, bangsa Melayu sudah maju. Tetapi hakikatnya Melayu masih terkebelakang. Ekuiti dan pemilikan hartanah orang-orang Melayu masih lemah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Di bawah cengkaman pemerintahan Umno, katanya, Melayu bukan sahaja masih jauh ketinggalan dari segi pemilikan ekuiti, malah RM52 bilion saham Bumiputera kini hanya tinggal RM2 bilion. "Lebih malang 80 peratus yang memiliki pendapatan RM1,000 ke bawah adalah orang Melayu…yang senang lenang ialah segelintir pemimpin Umno dan kroni mereka," katanya. Mahfuz juga menyifatkan dakwaan Najib itu sebagai percubaan penuh putus asa untuk menyuntik jarum halus dengan mengabui pemikiran masyarakat di saat menghadapi pilihan raya dengan memainkan sentimen 'Skim Takut 1Malaysia' (ST1M) yang berbaur perkauman semata-mata untuk mengekalkan kuasanya. Najib, katanya, berkata demikian dengan harapan orang-orang Melayu akan mengubah pendirian dan kembali menyokong parti pimpinannya kononnya disebabkan survival Melayu

 "Diingatkan yang akan terjejas PRU jika rakyat buat pilihan ialah survival politik Umno, bukan survival politik Melayu…ini sangat berbeza. "Umno sebenarnya yang takut kehilangan kuasa, sebab itu mereka menakut-nakutkan Melayu. Pendekatan ini dibuat secara halus untuk menanam kebencian bangsa Melayu kepada bangsa lain," kata Mahfuz. Beliau juga menyeru rakyat khususnya orang-orang Melayu agar menjadikan pilihan raya umum akan datang untuk merdeka daripada Umno

N45 Dr Halimah Ali

Posted: 19 Sep 2012 09:23 AM PDT

N45 Dr Halimah Ali


TIPUHELAH:Strategi BN menipu pembaca dikesan rakyat celik

Posted: 19 Sep 2012 09:08 AM PDT


Warga maya dakwa foto orang ramai di majlis Najib diubahsuai
8:34PM Sep 18 2012  
Warga maya mendakwa gambar yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times telah diubahsuai untuk membuat orang ramai di perhimpunan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan Ahad lepas nampak lebih ramai.

Gambar itu, yang mempunyai salinan tepat orang ramai di latar belakangnya, mula tersebar di Facebook sejak Ahad lalu.

Gambar itu juga telah menarik perhatian blogger termasuk yang pro-Pakatan Rakyat blogger, Milo Suam, yang secara menyindir menulis:

"Besarkan mata anda luas-luas dan cuba perhatikan ada lebih 10 ekor hantu muncul di belakang Najib."

Sementara itu, pereka grafik terkenal Kukubesi secara berseloroh menggalakkan artis grafik di sebalik gambar itu belajar dengannya "supaya mereka boleh mengedit dengan lebih baik".

Gambar itu, yang disiarkan bersama dengan berita bertajuk 'Najib: United front crucial for Umno's success in polls' di lamanweb New Straits Times, telah dikeluarkan.

Cerita itu mendakwa sejumlah 15,000 orang hadir di majlis Najib di Pekan Ahad lepas.

Seorang lagi blogger yang menggunakan nama uppercaise,  mendakwa gambar itu mula-mula diterbitkan oleh agensi berita nasional, Bernama. Ini tidak dapat disahkan pada masa penulisan ini.

Usaha untuk menghubungi Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Abdul Jalil Hamid tidak berjaya dan mesej teks juga tidak berjawab.

Ini adalah kali kedua dalam beberapa minggu ini di mana kesahihan gambar yang memaparkan Najib bergaul dengan orang ramai, telah dipertikaikan.

Insiden terakhir melibatkan gambar Bernama di majlis rumah terbuka Najib di Putrajaya. Bernama telah menafikan dakwaan tersebut.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 19 Sep 2012 09:09 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Hina Nabi: Himpunan di kedutaan AS Jumaat ini

Posted: 18 Sep 2012 06:41 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPMM) telah membuat persediaan untuk menganjurkan Perhimpunan Aman bagi membantah filem kontroversi 'Innocence of Muslim' di hadapan Kedutaan Amerika pada 21 September ini sejurus selepas solat Jumaat.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata penerbitan filem itu merupakan satu provokasi melampau yang boleh mencetuskan keganasan seperti berlaku di Libya dan tidak mustahil merebak ke negara umat Islam lain jika tidak dihentikan.

"Kita minta Barack Obama mengambil tindakan segera kerana ianya memburukkan lagi persepsi masyarakat dunia terhadap dasar luar Amerika khususnya berkait hubungan dengan negara Islam. "Beliau perlu menunaikan janji awal beliau untuk pulihkan hubungan barat dengan umat Islam," katanya. 

Sementara itu, Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, beliau telah membuat pengerahan supaya setiap Dewan Pemuda PAS Negeri menghantar sekurang-kurangnya 5 ribu anggota Pemuda PAS dalam himpunan ini. Manurutnya, DPPM juga telah mengarahkan agar 1000 anggota Jabatan Amal untuk menjalankan tugas sepanjang himpunan ini diadakan nanti.

Makluman secara rasmi kepada pihak keselamatan katanya akan dibuat dalam masa yang terdekat bagi memastikan bahawa himpunan ini dapat dilaksanakan dengan aman tanpa diganggu oleh provokasi mana-mana pihak.

"Kita menggesa agar seluruh umat Islam di negara ini untuk turut serta dalam himpunan aman ini bagi menyatakan rasa cinta dan sayang kita kepada Nabi Muhamad s.a.w serta menyatakan sikap kita terhadap kebiadapan Sam Becile dan sekutunya yang tidak bertanggung jawab ini.

"Kita juga menjemput seluruh pemimpin parti politik untuk bersama dalam himpunan ini sebagai satu isyarat bahawa rakyat Malaysia tidak dapat menerima penghinaan terhadap Rasulullah dan tindakan menghina Islam perlu dihentikan segera," katanya.(hrkhdaily)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan