Ahad, 19 Ogos 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


dollah yankee

Posted: 19 Aug 2012 09:28 PM PDT

dollah yankee


Kempen jahat !

Posted: 19 Aug 2012 07:48 PM PDT

Poster yang kontroversi ini menyatakan: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. 'God bless you my son' (Tuhan berkatimu, anakKu)'."

Poster/gambar yang dipapar di laman rasmi Facebook milik pasukan yang dipercayai menyokong umno/barisan nasional sabtu lalu kelihatan mencadangkan bahawa jika kita semua (terutamanya orang melayu yang islam) mengundi pihak pembangkang Pakatan Rakyat (dan mahukan Anwar Ibrahim sebagai PM kita yang baru), akan menyebabkan Islam diganti oleh agama kristian sebagai agama rasmi negara kita.


Ini cukup-cukup jelas menunjukkan bahawa soal agama masih lagi mahu digunakan, diperjudikan dan dijadikan sebagai bahan kempen untuk menakut-nakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.


Biarpun poster/gambar yang diposkan di Facebook itu telah ditarik balik pada hari yang sama dimuat naik, namun ianya telah pun berjaya mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan segelintir pengguna Internet menyokong kenyataan itu dalam syawal yang muliam ini.


Biarpun ada yang menyokong namun bukan semua, ada juga pengguna internet lain yang mengecam tindakan 'haran-jadah' itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentimen agama di- kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.


dollah yankee -

Tindakan yang sangat terdesak !

RAKYAT MARHAEN

Posted: 19 Aug 2012 09:24 PM PDT

RAKYAT MARHAEN


Rohingya : Penghapusan Etnik Islam Di Burma

Posted: 19 Aug 2012 09:15 PM PDT

HINA ISLAM, JANGAN DITANYA KEPADA BANGSAT-BANGSAT INI

Posted: 19 Aug 2012 09:13 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS
PENGERUSI MCA Selangor, Datuk Donald Lim secara terus terang menentang sebuah negara Islam dan memberikan amaran kepada rakyat Selangor jika mereka tidak mahu kepada Negara Islam termasuk Hukum Hudud, mereka mesti mengelak dari mengundi PR di dalam PRU akan datang.  Kenyataan beliau ini tidak menghairankan kerana Umno tidak pernah menunjukkan minat untuk menegakkan Islam, justeru itu memang sesuai MCA duduk sekelambu dengan Umno.
Kenyataan Pengerusi MCA itu jangan ditanya kepada seekor lebai malang di Kelantan yang baru-baru ini memberi hukum 'Kafir Harbi' kepada DAP, sudah tentu lebai malang ini akan berkata MCA berhak berkata apa jua terhadap Islam kerana MCA adalah sekutu Umno.  DAP lain, kerana DAP adalah sekutu PAS dan PKR dan PAS atau PKR tidak pernah menyumbang kepada pondok lebai malang ini duit sebanyak RM 2 Juta.  Itu bezanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mencintai sesama mukmin sebagaimana mencintai diri sendiri

Posted: 19 Aug 2012 07:34 PM PDT



الحـديث الثالث عشر

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَس بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ [رواه البخاري ومسلم]

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, dari Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam, beliau bersabda, "Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Seorang mu'min dengan mu'min yang lainnya bagaikan satu jiwa, jika dia mencintai saudaranya maka seakan-akan dia mencintai dirinya sendiri.

Menjauhkan perbuatan hasad (dengki) dan bahwa hal tersebut bertentangan dengan kesempurnaan iman.

Iman dapat bertambah dan berkurang, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.

RINGKASAN SYARAH ARBA'IN AN-NAWAWI – SYAIKH SHALIH ALU SYAIKH HAFIZHOHULLOH
Hakikat Penafian Iman

Read More / Baca Lagi >>

Tahap Ukhuwah Islamiyah

Posted: 19 Aug 2012 07:31 PM PDT



Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,
Ukhuwah Islamiyah muncul sebagai penyangga kepada kekuatan aqidah dan merupakan nikmat yang Allah swt berikan di samping ianya juga adalah suatu kehendak Allah swt.

Kita hanya mampu berusaha untuk sentiasa mempersatukan hati-hati kita, namun Allah jualah yang dapat memadukannya.


"Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." (QS Al-Anfal : 63)

HAKIKAT UKHUWAH ISLAMIYAH

Ukhuwah Islamiyah ialah suatu ikatan yang mempunyai ciri-ciri berikut :
PERTAMA : Ia adalah nikmat Allah swt

Read More / Baca Lagi >>

Sambutan Aidilfitri Tok Guru Nik Aziz Di Pulau Melaka

Posted: 19 Aug 2012 07:29 PM PDT


















KOTA BHARU
: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan 'permainan' Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan 'agama lain, politik lain'.

Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia."Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.

"Namun oleh kerana kita lena dengan 'permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan 'agama suku, politik suku' itu betul," katanya.

Malahan menganggap agama hanya untuk menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam."Sesungguhnya dalam perkara 'urusan agama' dan 'politik' mestilah selari.

'"Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama' dengan hidup 'berdemokrasi' yang tidak disebut Eropah," katanya.

Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa 'Islam' tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.
Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.

Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain.

Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan 'kebangsaan' dan 'Melayu'.Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari 'Nabi Melayu'.

"Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab."(Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab.

Mengulas sambutan hari raya Aidilfitri 1433 Hijriah, beliau mencadangkan untuk tahun hadapan, kad ucapan Selamat Hari Raya ditambah 'dunia akhirat' pada rangkaian ucapan 'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin'.Ini penting bagi membolehkan semua kaum mengingati apa itu 'akhirat'.

"Melayu baca teringatkan akhirat, Cina baca teringatkan akhirat. Orang putih baca, teringatkan akhirat."Ini membolehkan kita berdakwah apabila mereka bertanya apa itu 'akhirat'," ujarnya.

Tuan Guru menambah, selepas manusia mati dihidupkan semula, mereka akan ditanya diberi Al-Quran sama ada membacanya atau tidak, diberi telinga sama ada mendengar nasihat Al-Quran atau tidak.

Demikian juga diberi kaki sama ada digunakan pergi ke masjid, diberikan tangan sama ada menggunakan untuk mengundi ke arah mendaulatkan Islam atau menjahanamkan manusia.

Umno semakin hilang akal merempit untuk masuk lubang kubur

Posted: 19 Aug 2012 07:27 PM PDT

Apa lagi yang ada kepada Umno?Umno ada duit, ada harta yang menimbun tapi Umno tak mampu lagi untuk tarik minat orang Melayu menyokong Umno.Hanya yang hilang akal saja menyokong Umno.Yang lapaq duit saja gila kepada Umno.
Satu cara terpaksa dilakukan dengan mainkan sentimen agama untuk menipu orang Melayu supaya kembali kepada Umno.Umno cuba jadi jaguh agama tapi dalam masa yang sama pemimpin Umno jadi jaguh hina hukum Islam.Ini kenyataan bukan bohong!Siapa yang cadangkan supaya nama Islam pada pertubuhan agama dibuang kalau bukan Umno!
Umno kata merekalah yang bela Melayu tapi hanya berapa kerat saja yang dapat kekayaan kalau bukan kroni Umno.Umno sedang tenat matlamat halakan cara terpaksa digunakan kerana pru 13 adalah hidup mati Umno dan ini diakui Najib dan Muhyiddin sendiri yang kata pru 13 ibu segala pilihanraya.Umno sedang merempit laju  tanpa toleh kanan dan kiri tanpa melihat gaung besar sedang menunggu mereka untuk dikuburkan oleh rakyat Malaysia yang dah tak tahan hidup di bawah regim tua Umno-BN.
Kita jangan terpedaya dengan mainan agama oleh pihak Umno sejarah membuktikan puak munafik dan fasik yang bina Masjid di zaman Rasululullah SAW yang dikasihi diperintahkan bakar Masjid yang dibina Abdullah bin Ubai bapa munafik besar yang kini diwarisi pihak Umno di Malaysia.

Ucapan Hari Raya Pemimpin PR-2

Posted: 19 Aug 2012 07:24 PM PDT

Why I hate the MCA?

Posted: 19 Aug 2012 07:14 PM PDT

Why I hate the MCA?LETTER Why am I angry? MCA is nothing but a tool and a decor piece for big brother (and that is UMNO)!
Did they fight on behalf of the rakyat (people) or the political bully (UMNO)? Look at the MCA's failures and actions.
1. Failure to get United Chinese School Examination (UCE) recognized.
2. Failure to settle the PKFZ issue.
3. Failure to condemn corruption and rent seeking in general.
4. Failure to said even a word when Teoh and othgers died in custody.
5. Failure to oppose negotiated tender at the national level. The hypocrites make lots of noise that no Chinese got DID contract in Penang.
6. Failure to oppose all the rent seeking projects, IPP's, IWK, Syabas, highways.
Read More / Baca Lagi >>

IMAGINE, Sabah party hijacked & turned into a Sarawak party! But ROS silent...

Posted: 19 Aug 2012 07:13 PM PDT

IMAGINE, Sabah party hijacked & turned into a Sarawak party! But ROS silent...KOTA KINABALU - Two senior members from the defunct Sabah People's Front Party (SPF) yesterday urged the Registrar of Societies (ROS) to investigate and explain the amendment that has resulted in SPF being named Sarawak Workers Party (SWP).

Santain Manurun, who held the post of secretary general at SPF, claimed that SPF had over 38,556 members in Sabah and that their fate, following the name change, is unknown.

"Our rights was taken from us, just like that. There needs to be a solution to this problem," he said.
Dissolution never took place
Santain asked about the process that led to SPF being renamed SWP, saying ROS should provide them with the answer.
He also contended that the name change from SPF to SWP was invalid as the pro tem president for SWP, Dr Ong Lark Sai is a Sarawakian.

"The Section 7 of the SPF constitution clearly defined that only Malaysians residing in Sabah were eligible to be members of SPF… since Ong is a Sarawakian, then it is invalid," he said.

He also said the dissolution of SPF never took place.

Present during the meeting with the media was SPF honorary treasurer Joseph Lusin Balangon.

The name change allegedly took place sometime in May this year, and ROS senior assistant director Desmond Das was reported as saying then that SWP was the new name given to the old SPF, a party registered in December 2010.

He said the name change was legally provided under Section 11 of the Societies Act 1966.

He also said that following the takeover, SPF is now defunct.

- Borneo Post

Sabah RCI on illegals meaningless WITHOUT PUNISHMENT

Posted: 19 Aug 2012 07:12 PM PDT

Sabah RCI on illegals meaningless WITHOUT PUNISHMENTKENINGAU - Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Keningau said the terms of reference for the Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigrants (PATI) in Sabah do not bear any meaning to the people.

Its chairman Paul Kadau in his statement yesterday said the establishment of the RCI is meaningless as it is too late to be implemented now.

"No immediate action was taken from the beginning. The government is supposed to identify who were responsible for the PTI (illegal immigrant) problems and take necessary action against these individuals.
Read More / Baca Lagi >>

Pas yakin isu Karpal-Nasha tidak jejas Pakatan

Posted: 19 Aug 2012 07:10 PM PDT



Datuk Mahfuz Omar SHAH ALAM - Pas melihat prosiding mahkamah membabitkan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa, jika pun benar-benar menjadi kenyataan, sebagai satu "perkara peribadi" kedua-dua pemimpin berkenaan dan tidak akan menjejaskan Pakatan Rakyat (PR).

Pada masa yang sama, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar beranggapan bahawa Karpal tidak akan meneruskan hasrat mengambil tindakan perundangan yang hanya akan membuka ruang kepada parti pesaing mereka untuk membuat provokasi dan mengambil kesempatan.

Katanya, beliau juga percaya pemimpin-pemimpin DAP juga mempunyai pandangan yang sama.

Read More / Baca Lagi >>

Mendedahkan punca sebenar rusuhan 13 Mei

Posted: 19 Aug 2012 05:31 PM PDT


"Ketika orang ramai masih berhimpun untuk perbarisan tersebut, pergaduhan berlaku di Kampung Baru berhampiran, di mana dua lori orang Cina telah dibakar.

"Pada jam 7.15 petang, saya dapat lihat satu gerombolan berkumpul seperti lebah di persimpangan Jalan Raja Muda dan Batu Road. Lebih banyak kenderaan dipecahkan dan rumah kedai orang Cina dibakar.

"Pekedai Cina dan India di Batu Road telah bergabung membentuk satu 'pasukan pertahanan kawasan' dengan bersenjatakan apa sahaja yang sempat dicapai - parang, kayu, batang besi dan botol...

"Apabila kumpulan orang Melayu beredar, maka penduduk terbabit terus tertindak balas. Bahagian depan kedai dan kereta yang disyaki milik orang Melayu telah dipecahkan atau dibakar...

"Polis tiba kira-kira jam 9 malam tetapi tidak berkawal di situ. Kemudian, trak yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (pasukan pencegah rusuhan) dan Regimen Askar Melayu beredar dari situ..."

(Petikan daripada catatan wartawan Far Eastern Economic Review, Bob Reece, mengenai apa yang disaksikan dengan matanya sendiri berlaku pada 13 Mei 1969 selepas sekumpulan pemuda Melayu berkumpul di luar rumah Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris lewat petang hari berkenaan).

Sudah hampir empat dekad berlalu selepas tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969
Read More / Baca Lagi >>

Apa yang sebenarnya berlaku ketika rusuhan 1969

Posted: 19 Aug 2012 05:29 PM PDT



Siri peristiwa yang berlaku sewaktu rusuhan '13 Mei' telah didokumen oleh Dr Kua Kia Soong dalam buku terbarunya bertajuk May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 akan dilancarkan Ahad ini sempena ulangtahun ke-38 tragedi tersebut.

Kompilasi itu, yang berdasarkan kepada pelbagai laporan asing dan laporan sulit pada masa itu - yang telah dideklafisikasikan baru-baru ini dan boleh didapati di Pejabat Rekod Awam di London - yang dianggap sebagai catatan yang boleh dipercayai berhubung tragedy tersebut.

Dr Kua menulis dalam bukunya itu bahawa keadaan sebenar mengenai rusuhan kaum yang terburuk dalam sejarah negara itu sehingga ini tidak diketahui oleh rakyat Malaysia.

Malah, katanya, versi rasmi mengenai tragedi itu penuh dengan percanggahan dan maklumat yang tidak mencukupi yang boleh dipercayai.

Di bawah adalah petikan dan ringkasan kronologi peristiwa rusuhan 13 Mei yang dipetik daripada buku Dr Kua itu:

10 Mei:

Parti Perikatan yang memerintah mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya umum tetapi masih memperolehi majoriti mudah di Dewan Rakyat. Perikatan kalah di Pulau Pinang kepada Gerakan; Kelantan kepada PAS dan menang tipis di Perak dan Selangor.

11 dan 12 Mei:

Pada kedua-dua malam tersebut, pembangkang merayakan kemenangan mereka. Satu perarakan besar parti Gerakan diadakan untuk mengalu-alukan kepulangan pemimpin parti itu, V David yang menang kerusi Parlimen di Pulau Pinang.

Read More / Baca Lagi >>

Komunis ada kerajaan, mengapa Islam tidak boleh?

Posted: 19 Aug 2012 05:25 PM PDT



KOTA  BHARU: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata terdapat anggota masyarakat terpesona dengan 'permainan' Barat menyebabkan terpengaruh dengan dakwaan 'agama lain, politik lain'.
Bahkan Islam dianggap mampu mengawal manusia dalam aspek ibadat dan urusan keluarga saja sedangkan Kerajaan Islam lebih mustahak ditegakkan di muka dunia.

"Dunia ini bukan Arab yang buat, bukan Melayu yang buat, tetapi diciptakan Allah swt.

"Namun oleh kerana kita lena dengan 'permainan' Inggeris, Peranchis, Itali dan sebagainya, maka ada rakyat biasa atau golongan terpelajar, bahkan di kalangan tuk guru sendiri terasa bahawa dakwaan 'agama suku, politik suku' itu betul," katanya.

Malahan menganggap agama hanya untuk  menjaga manusia dalam aspek ibadat dan urusan kekeluargaan saja.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka dekat sini, semalam.

"Sesungguhnya dalam perkara 'urusan agama' dan 'politik' mestilah selari.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan ungkit lagi tragedi 13 Mei, kata veteran Umno

Posted: 19 Aug 2012 05:21 PM PDT

PETALING JAYA, 20 Ogos — Veteran Umno Datuk Mazlan Harun ingin orang ramai lupakan pertumpahan berdarah 1969, semasa kontroversi politik mengenai filem tempatan "Tanda Putera" — penceritaan tentang tempoh yang paling huru-hara di Malaysia — masih berterusan.
Kontroversi itu boleh mengancam perpaduan negara sebelum pilihan raya umum ke-13 yang perlu dipanggil pada tahun depan.
Mazlan, anak kepada menteri besar (MB) Selangor pada masa itu, telah memberi wawancara eksklusif kepada The Malaysian Insider pada minggu lalu berikutan laporan-laporan tentang satu insiden yang dikatakan telah berlaku di kediaman bapa beliau.
Mazlan Harun ketika wawancara dengan The Malaysian Insider: Kontroversi boleh mengancam perpaduan. — Photo oleh Saw Siow Feng
Dakwaan kejadian itu telah digunakan oleh beberapa blogger pro-Umno sebagai bukti bahawa pemimpin DAP, Lim Kit Siang, merupakan dalang di sebalik provokasi perkauman yang telah menyebabkan rusuhan 13 Mei, 1969, di ibu kota negara. Musuh politik Lim telah menuduh beliau yang membuat hasutan yang menyebabkan berlaku rusuhan 13 Mei yang berlaku 43 tahun yang lalu, tetapi segelintir ahli penyelidik telah menyalahkan satu perarakan diketuai Umno yang bertolak dari kediaman Datuk Harun Idris, MB Selangor pada masa itu.
Mazlan berkata beliau telah mendengar tentang kejadian tiang bendera yang dikatakan berlaku itu dari seorang bekas menteri dalam negeri, tetapi berkata diri beliau tidak dapat membuktikan kesahihan kenyataan itu.
"Saya tak mahu cakap pasal benar tak benar tapi saya dimaklumkan oleh seorang bekas timbalan menteri di dalam kementerian dalam negeri (KDN) — nama dia tak perlu disebutlah — yang membaca laporan, ini sensitif laporan ni yang mengatakan Kit Siang kencing (di bawah tiang bendera), dia bacakan.
"Kalau dia bohong saya bohonglah, itu pasal banyak orang mintak, dedahkan semua laporan tentang Mei 13," kata beliau dalam wawancara semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan polemikkan Seksyen 114A, kata Hishammuddin

Posted: 19 Aug 2012 05:18 PM PDT

PUTRAJAYA - Jangan jadikan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 sebagai satu polemik atau isu politik dan emosional sehingga boleh mengaburi keseluruhan transformasi politik yang sedang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, isu itu tidak seharusnya mengambil alih kepentingan agenda transformasi politik dalam beberapa undang-undang berkaitan isu keselamatan
kerana apa yang lebih penting ialah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
"Terdapat banyak kekecewaan di pihak orang ramai berkaitan perkara ini di ruang siber, namun sebaliknya di alam realiti, kerana mereka tidak diberi penjelasan dan maklumat yang betul.
"Kita sentiasa bersifat terbuka dalam melakukan sedikit pengubahsuaian terhadap undang-undang malah akan memansuhkannya, jika itu yang orang ramai inginkan.
Read More / Baca Lagi >>

Khairy nafi Pemuda Umno tadbir laman FB kontroversi, laporan polis hari ini

Posted: 19 Aug 2012 05:16 PM PDT

SHAH ALAM - Pemuda Umno menafikan laman rasmi Facebook kontroversi, yang mendakwa undi kepada Pakatan Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, dikendalikan oleh sayap itu.

Sehubungan itu, pergerakan tersebut mahu membuat laporan polis hari ini.

"Ya, bukan laman FB kami," kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin menerusi mesej Twitter lewat malam tadi menjawab pertanyaan susulan pengikutnya.

Menerusi mesej seterusnya, Khairy berkata, pihaknya sudah ada maklumat susulan berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran laman yang membawa mesej yang "memudaratkan."
Read More / Baca Lagi >>

Najib Kata Orang Umno Putus Asa..??

Posted: 19 Aug 2012 05:14 PM PDT

Sementara tumpuan banyak pihak beralih kepada tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Datuk Seri Najib Tun Razak  mahu ahli-ahli Umno tidak tawar hati  atau putus asa dalam menegakkan kebenaran dan perjuangan yang hak.

Dalam perutusan sempena Aidilfitri dipetik Umno Online, Presiden Umno ini berkata, ahli-ahli Umno perlu merapatkan saf barisan dan meneruskan perjuangan yang mulia ini untuk agama, negara dan rakyat yang tercinta.

"Jangan sekali-kali membenarkan fitnah serta tohmah melemahkan semangat kita.

"Jika kita tidak bersyukur, alpa, bersengketa dan memilih jalan yang salah, maka apa yang kita nikmati selama ini akan hilang," kata beliau yang juga Perdana Menyeri.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: Be Objective, Don't Be A Lackey Of UMNO & Perkasa

Posted: 19 Aug 2012 05:12 PM PDT

Anwar Ibrahim: With Good Policy & Clear Political Commitment, The Police Will Perform Professionally

Posted: 19 Aug 2012 05:12 PM PDT

Ucapan Hari Raya Pemimpin PR

Posted: 19 Aug 2012 05:12 PM PDT

Rebels fight for strategic control of Aleppo airport

Posted: 19 Aug 2012 05:11 PM PDT

Syrian refugees spend sombre Eid in camps

Posted: 19 Aug 2012 05:04 PM PDT

Rebels dealing with divisions as they unite in fight for Syria

Posted: 19 Aug 2012 05:02 PM PDT

How Syrian rebels are fighting back

Posted: 19 Aug 2012 05:02 PM PDT

Kopitiam Bang Nan

Posted: 19 Aug 2012 09:11 PM PDT

Kopitiam Bang Nan


KARPAL JANGAN LUPA DAN NASHA JANGAN BUAT2 LUPA OK??

Posted: 19 Aug 2012 07:41 AM PDT

From Taiping With Love....

Posted: 18 Aug 2012 09:45 PM PDT


Selamat Hari Raya

Maaf Zahir Dan Batin

LAWAN TETAP LAWAN

ALHUSSEYN

Posted: 19 Aug 2012 03:31 PM PDT

ALHUSSEYN


Memory Lane Ipoh - China Baby Doll Pun Ada ...

Posted: 18 Aug 2012 05:30 PM PDT

Tempat yang menjadi tumpuan penduduk Ipoh disetiap hujung minggu ialah di Memory Lane, nama tempatnya. Itu nama glamournya. Dulu-dulu dipanggil 'Lamloken' dan mula-mula dulu kat lorong di belakang kedai - nak sebut nama pun aku tak reti ...

Kemudian pindah kat 'People's Park' kat pekan lama tu sebelum ke tempat yang sekarang ini. Tapi kalau selain hari minggu, kebanyakan geng peniaga ni buka kat gerai bawah Pasar Besar Ipoh. Hari-hari depa berjualan di situ - selain hari minggu.

Pagi-pagi lagi manusia akan berpusu-pusu ke sana. Suasana meriah dengan suasana mesra pelbagai kaum dan lapisan masyarakat ada di situ.Dari peringkat pengemis hinggalah ke China Baby Doll pun ada.

Apa China Baby Doll? Biasalah di setiap tempat menjadi tumpuan ramai, kita akan dapat melihat macam-macam ragam manusia.

Ini peminta sedekah. Bukan China Baby Doll...

Ini baru betul - China Baby Doll!

Malah ianya kini turut digemari oleh para pengunjung dari luar negara! Hebat tu! Sudah mencapai taraf global Memory Lane Ipoh nih! Tidak percaya, lihatlah gambar berikut :

Pekerja dari Vietnam sedang membelek kasut...

Budak dari Indonesia pun ada - jual henpon China mari

Kalau sampai di awal pagi, kita berpeluang bersiar-siar dengan lebih selesa di situ sambil melihat-lihat pelbagai barangan dagangan yang pelbagai dipamerkan oleh para peniaga. Kalau sudah sekitar jam 10.00 pagi tu, umpamanya, manusia sudah terlalu ramai dan agak sesak dan tidak berapa selesa.

Apa saja ada..parang, kapak..C4 pun mungkin ada...

Jika anda pemburu barangan antik, mailah Ipoh

Paling best melihat telatah para peniaga yang cuba menarik tumpuan pelanggan.Ada pelbagai barangan yang mereka tawarkan untuk dijual. Ada kalanya barangan yang dijual itu sukar untuk kita dapati di gudang-gudang pasaraya yang besar-besar dan terkenal.

Dapur Kompor orang dulu - dulu!

Dulang - alat untuk mencari bijih secara kecil-kecilan dulu

Malah terdapat barangan yang ditawarkan itu merupakan perkara yang tidak pernah kita terfikirkan, tapi kita boleh dapati di Memory Lane, Ipoh.Cer korang tengok kat bawah ni, mana ada kat tempat lain? Paling bawah tuh!

Rockers manalah yg buat hal ...Akil Hayy ker?

Orang Ipoh suka trade-in gigi lama...?

Apa lagi? Sebelum raya, mailah shopping kat Memory Lane Ipoh nih.Bawa opah dan atok pilih gigi baru untuk raya yang dah tak berapa hari lagi tu....Lepas raya boleh jual semula! Ha! ha! ha! Aku minta maaf banyak-bayak sama korang semua....banyak dosa aku selama ini kat korang semua. Dan aku ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya 'Aidil Fitri!

DIALOG RAKYAT

Posted: 19 Aug 2012 03:28 PM PDT

DIALOG RAKYAT


Warkah buat Penerbit filem ‘Tanda Putera’

Posted: 18 Aug 2012 10:57 PM PDT

 Oleh : Mazir Ibrahim


Apabila kehangatan isu filem 'Tanda Putera' semakin meninggi, maka penerbit dan pengarah filem tersebut terpaksa mengadakan sidang akhbar khas untuk cuba menjelaskan keadaan.

Tuduhan terbaru datangnya dari laman sosial facebook yang mempromosikan filem berkenaan, yang mana gambar Lim Kit Siang yang sebenarnya sedang ditahan oleh pegawai emigresen, telah diseleweng dan dijadikan sebagai bukti bahawa Lim Kit Siang ditangkap kerana kencing ditiang bendera rumah Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dalam sidang akhbar tersebut, terdapat dua perkara penting yang boleh kita analisis bagi melihat sejauh mana kefahaman karyawan filem kita tentang subjek yang menjadi bahan ceritanya iaitu sejarah dan politik.

Pertama, penerbit filem terbabit telah menyatakan kesediaan mereka untuk membuat tayangan khas untuk pembangkang, tujuannya untuk menunjukan bahawa tiada unsur-unsur meragukan (hasutan perkauman) dalam naratif filem tersebut.

Tetapi kesediaan ini bersyarat iaitu, jika pembangkang (Pakatan Rakyat) bersedia menampung kos tayangan khas itu tadi, maka mereka sanggup menayangkannya, jika tidak maka hasrat tersebut tidak akan terlaksana hinggalah ia ditayangkan kelak kepada umum.

Persoalan kos ini agak menarik minat kita, apabila seorang produser filem, membuat filem atas pembiayaan Finas, iaitu salah satu agensi kerajaan yang mana wang dana Finas itu adalah bersumberkan wang cukai rakyat, ingin meletakan 'harga' untuk satu tayangan khas.

Adakah penerbit ini sedar bahawa, mereka bukan sahaja mengadaptasi satu sejarah rakyat/negara (cerita bukan idea asal pengkarya) dan mendapat pembiayaan dari wang cukai rakyat, tetapi tetap mahu mengaut keuntungan sungguhpun tayangan khas ini bukan bertujuan untuk hiburan hatta bukan untuk membuat untung.

Bukankah tayangan khas itu mempunyai tujuan yang khas? ianya mahu membuktikan bahawa filem itu bersih dari elemen hasutan perkauman sebaliknya filem tersebut memaparkan simbol semangat juang pemimpin seperti yang ingin disampaikan oleh pengkarya terbabit. Jadi kos apa yang perlu dibayar lagi oleh pihak pembangkang?

Ini samalah dengan perangai kontraktor UMNO, sudah diberi kuasa kemudian mahu ambil kesempatan mengaut harta rakyat pula. Dalam situasi luar biasa sebegini, seharusnya penerbit bersikap profesional untuk berurusan dengan pembangkang kerana kita sebagai pembangkang amat profesional dalam mengkritik karya Malaysia atau dasar kerajaan.

Kedua, tuduhan penerbit filem tersebut bahawa Lim Kit Siang 'mudah terasa' dengan gambar yang dimuat naik dilaman facebook sungguhpun gambar tersebut telah dikeluarkan oleh pihaknya.

Kita tidak pasti apakah maksud sebenar tentang 'mudah terasa' si Penerbit filem ini, adakah beliau bermaksud Kit Siang terlalu sensitif dan terasa hati dengan gambar tersebut? Wallahualam.

Namun, dakwaan tersebut seolah-olah gambar yang dimuat naik itu gambar yang bersifat gurauan hingga penerbit tersebut menggunakan perkataan 'mudah terasa'. Bukankah gambar tersebut dengan kapsyen diberi adalah salah. Adakah penerbit ini faham bahawa gambar adalah fakta dan sesuatu kapsyen juga adalah fakta. Jadi, dengan gambar Lim Kit Siang dalam aksi sedang ditahan oleh pegawai emigresen dengan kapsyen yang salah merupakan satu kesalahan.

Mereka yang bekerja dengan media amat arif akan hal ini. Tetapi adakah penerbit tersebut terlalu bodoh untuk memahami asas fakta sebegini?

Ini bukan soal terasa hati kerana satu gurauan atau jenaka bodoh. Tetapi ini kesalahan fakta yang memalukan malah, kesalahan ini juga mungkin boleh membahayakan nyawa seorang insan, dan insan ini adalah ahli politik vateren dalam arus perdana politik Malaysia.

Malah, subjek (gambar dan kapsyen) tersebut merupakan subjek yang sensitif, yang melibatkan satu trajedi hitam dalam negara, ia kes jenayah dan kes rusuhan kaum. Apakah penerbit ini tidak sedar hingga beliau sanggup mendakwa bahawa LKS 'terasa hati' dengan paparan gambar dan kapsyen yang penuh dengan niat hasutan itu.

Setahu kita, karyawan dan artislah yang kuat terasa hati, lebih-lebih lagi apabila karyanya menerima kritikan oleh masyarakat umum.

Dalam sidang media itu juga, sutradara filem terbabit turut mengeluh kerana filemnya dikritik hanya dengan menonton sedutan pendek filem, sebelum ianya ditayangkan.

Ingin kita jelaskan disini, sebab itulah kita mahu filem tersebut ditayangkan secara khas kepada pihak yang berkaitan supaya semua pihak jelas akan kedudukan sebenarnya.

Lagi pun, ini juga peluang yang baik untuk pengarah tersebut merasai apa yang kita dalam Pakatan Rakyat rasai. Apabila pengarahnya 'terasa hati' dengan kritikan awal iaitu sebelum filemnya ditayangkan, kes ini samalah dengan kes Buku Jingga dan dasar-dasar PR.

PR tak pernah berpeluang memerintah Malaysia, jadi mana mungkin dasar yang kita sarankan itu mampu menunjukan hasil. Jika nak tahu hasilnya, nah..berilah PR peluang memerintah. Pasti selepas itu, anda mahu PR terus memerintah Malaysia.

Bagi para karyawan, setiap paparan subjek dalam layar putih atau apa jua medium, paparkanlah realiti subjek dengan penuh nilai estatik, bukan sensasi subjek yang plastik.

DAP menghormati hak pengkarya dan kita meraikan kebebasan bereskpresi. Ini merupakan dasar DAP yang teguh sejak sekian lama. Pengkarya punya peranan dan tanggungjawab moral atas setiap karyanya, begitu juga dengan ahli politik.

Gunakanlah subjek dalam setiap karya anda dengan penuh bermutu, karya yang bagus adalah karya yang malar segar, belajarlah sedikit dari P.Ramlee untuk berani menyatakan realiti dalam karyanya.

Teringat dialog dalam filem Pendekar Bujang Lapok " Alif Mim Nun Wau (UMNO)…bunyinya sarkis".

Pakatan ubah dasar perumahan apabila tawan Putrajaya – Anwar

Posted: 18 Aug 2012 10:53 PM PDT

KEADILAN DAILY

SHAH ALAM : Pakatan Rakyat akan mencari jalan berdasarkan prinsip kepedulian terhadap rakyat supaya harga rumah tidak terlalu tinggi hingga sukar dimiliki.

Dalam rancangan Borak Bersama Anwar melalui Google Hangout malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata dasar perumahan sedia ada harus diubah supaya mengutamakan rakyat, bukannya menguntungkan kroni.

"Kita akan cari jalan kerana dasar sedia ada membebankan rakyat. Perlu kepada prinsip kepedulian, jangan kebergantungan kepada tauke atau kroni (Umno).

"Ini tidak. Kalau projek terbengkalai, yang menang pemaju, pembeli sengsara – hutang kena bayar tapi rumah tak ada," katanya menjawab soalan seorang peserta rancangan itu.



Peserta yang mengaku berpendapatan RM60,000 setahun itu, dalam soalannya turut menyatakan harga rumah (landed property) di Semenyih pun mencecah RM450,000 sebuah.

Ia, kata peserta berkenaan, menyukarkannya untuk memiliki rumah, apatah lagi dibebani kenaikan harga barangan dan peningkatan kos sara hidup.

Sejak kempen Turun Harga Kereta dilancarkan, orang ramai meminta dasar perumahan yang dianggap penting bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat, disemak semula.

Menegaskan situasi itu tidak berlaku sebelum 1998, Anwar berkata, seseorang siswazah mampu membeli kereta selepas setahun dua bekerja dan memiliki rumah selepas lima hingga 10 tahun kemudian.

"Akan tetapi, pada masa sekarang – dalam tempoh yang sama, kemungkinan miliki rumah mustahil sama sekali. Dasar ini kena berubah," katanya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor dan Pulau Pinang yang menyediakan peruntukan bagi memulihkan projek terbengkalai walaupun ia tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

"Ini bukan kerja kerajaan negeri. Patutnya, cuma sediakan tanah dan kelulusan cepat tapi kerana gagalnya kerajaan Persekutuan, terpaksa kerajaan negeri bertindak sendiri," katanya.

Ketua Pembangkang itu kesal kerana kerajaan Umno mudah menjual tanah kepada kroni untuk melaksanakan projek kos tinggi tetapi tidak membantu rakyat kebanyakan.

"Buat projek mahal, besar-besar. Mengapa tak beri peruntukan kepada bekas tentera sekitar Kuala Lumpur?

"Mengapa tanah di Sentul yang diswasta kepada YTL (Corporation Berhad) tak diperuntuk kepada penghuni yang duduk sejak puluhan tahun. Dasar ini harus berubah," katanya.

Perumahan Terbengkalai: Selangor Selesaikan Kegagalan Kerajaan Pusat

Posted: 18 Aug 2012 10:48 PM PDT





SHAH ALAM: Usaha memulihkan projek perumahan terbengkalai membuktikan bahawa pentadbiran Pakatan Rakyat menjaga kepentingan pembeli rumah dengan lebih baik berbanding Umno-BN.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu pemulihan projek terbengkalai sepatutnya dibuat oleh Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun menurut beliau, Kerajaan Pusat Umno-BN mengabaikan tanggungjawab tersebut dengan membiarkan masalah itu ditanggung oleh Kerajaan Negeri seperti Selangor.

"Tengok Selangor terpaksa tangani.

"Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Abdul Khalid (Ibrahim) berjaya memulihkan beberapa kawasan perumahan terbengkalai yang sebenarnya bukan tanggungjawab negeri tetapi persekutuan yang gagal melaksanakannya.

"Pada pengalaman saya dahulu, Kerajaan Negeri hanya perlu sediakan tanah dan bantuan beri kelulusan cepat.

"Peruntukan dana adalah dari persekutuan, (kini) kerajaan persekutuan gagal jalankan tanggungjawab," kata Anwar dalam program 'Borak Bersama Anwar' malam tadi.

Menurut data dari Kerajaan Negeri, terdapat lebih 140 projek perumahan terbengkalai di seluruh negeri membabitkan 50,000 unit rumah semasa Pakatan mengambil alih pemerintahan Selangor pada Mac 2008.

Sehingga kini Kerajaan Selangor telah berjaya memulihkan 30 peratus daripada jumlah projek terbengkalai termasuk skim-skim  yang besar seperti Bukit Botak dan Pangsapuri Kampung Berembang.

 

Program Interaktif yang dikendalikan oleh Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman dan disiarkan selama sejam itu merupakan satu-satunya program 'Google Hangout' yang melibatkan ahli politik Asia Tenggara.

Ketika menjawab soalan daripada seorang peserta, Anwar memberitahu Kerajaan Negeri Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang memperuntukan sebanyak setengah bilion ringgit bagi memastikan isu perumahan di negeri terbabit dapat diselesaikan.

Sementera itu dalam satu lagi temubual ringkas selepas program tersebut, Anwar turut menjelaskan perlantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor adalah satu keputusan yang tepat.

"Saya dah kenal lama Tan Sri Khalid, dia memang tak pandai nak bermain-main dengan sesuatu isu sebab dia seorang yang lurus, amanah, cekap menguruskan dana rakyat.

"Dia berjaya jalankan tugas dengan cemerlang," ujar Anwar.

Bangunan Dicatkan Dengan Lambang PAS Di Mesir

Posted: 18 Aug 2012 10:42 PM PDT

 
KELAB GREENBOC

Semangat PAS Bukan Sahaja Di Malaysia Tapi Di Timur Tengah.

Misti korang ingat foto ini diambil di Malaysia bukan, korang silap sebab foto ini bukan diambil di Malaysia, tapi nun jauh di Mansurah, Mesir...Allahhuakbar!! -fb Busman


Ulasan GB

Dulu para pelajar kita berpakaian kuning, Menteri Luar, Anifah Aman sibuk mengulas kononnya Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra, melahirkan rasa dengan memakai baju kuning serta memegang kain rentang 'duduk bantah', malah siap berbohong menyatakan "kuota haji yang dikeluarkan Arab Saudi kepada Malaysia akan dikurangkan, malah tidak mustahil tidak diberi langsung".

Sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula, berkata kerajaan Arab Saudi amat sensitif terhadap sebarang bentuk demonstrasi.

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak ketinggalan bersuara mengharamkan umat Islam menyertai BERSIH.

Sekarang nah, ketiga-tiga bolehlah buat kenyataan lagi, menyatakan Presiden Morsi hantar "nota diplomatik" supaya bangunan-bangunan di Mesir jangan atau haram dicatkan dengan lambang bulan ....

Hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya, lagi kamu tekan PAS, ia akan lagi bersemarak, bukan sahaja di Malaysia malah di seantero dunia!

Tokoh seni Nyonya Tan Abdullah meninggal dunia

Posted: 18 Aug 2012 10:34 PM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
Tokoh seni Dondang Sayang, Nyonya Tan Abdullah meninggal dunia awal pagi ini selepas bertarung dengan penyakit.
  
Menurut kenyataan Jabatan Warisan Negara, tokoh seni itu meninggal dunia pada pukul 1 pagi tadi di Hospital Pantai, Ayer Keroh, Melaka pada usia 62 tahun.
  
Berketurunan peranakan baba nyonya, Nyonya Tan bergiat aktif dalam seni Dondang Sayang selama lebih 40 tahun dan pernah merakamkan tiga buah album.

Beliau juga pernah membuat persembahan di Paris di bawah panji Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) sempena pengisytiharan Melaka Bandaraya Warisan Dunia.
  
Kegigihannya memperjuangkan seni budaya telah diberi penghormatan dan diangkat sebagai Warisan Kebangsaan Orang Hidup pada 10 Mei lepas, menurut kenyataan itu.

Antara anugerah yang pernah beliau peroleh adalah Johan Pesta Dendang Rakyat 1976, Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M), Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T), Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K), Tokoh Penggerak Budaya Negeri Melaka dan Anugerah Artis Sepanjang Zaman bagi kategori Dondang Sayang pada 2006 oleh Persatuan Penyanyi Penyanyi Tanah Air (Papita).
  
Mengucapkan takziah atas pemergian Nyonya Tan, Jabatan Warisan Negara turut menyifatkan kematian tokoh seni itu sebagai satu kehilangan kerana beliau mempunyai semangat tinggi mengekalkan warisan negara malah amat disenangi
masyarakat.
  
"Kecintaan yang mendalam dalam seni Dondang Sayang mendorong beliau menurunkan bakat dan menjadi aspirasi generasi muda masa kini," kata kenyataan itu.- Bernama

Hisham jangka tidak ramai sertai 'Janji Bersih'

Posted: 18 Aug 2012 10:32 PM PDT

Aidila Razak


 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April berkemungkinan menyebabkan ramai tidak akan menyertai perhimpunan 'Janji BERSIH', yang kini dikenali sebagai "Janji Demokrasi" pada 30 Ogos.

Menurutnya, keganasan yang berlaku pada 28 April menjadi "pengajaran" bagi banyak pihak dan menurutnya, tidak ramai yang berminat dengan 'Janji BERSIH'.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kepada orang ramai bahawa sesiapa yang menjejaskan keamanan dan kestabilan akan ditangani dengan sewajarnya, sama ada penganjur perhimpunan tersebut atau pihak lain.

Namun, katanya, perhimpunan yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan, tidak mungkin menjadi seteruk BERSIH 3.0".

Hishammuddin diminta mengulas ancaman kumpulan anti-BERSIH, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH yang merancang untuk berhimpun ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos.

Pengguna mahu masalah MRR2 berbuai diberi perhatian segera

Posted: 18 Aug 2012 10:30 PM PDT

Bernama


 
Tahap keselamatan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) kembali menjadi perhatian apabila beberapa pengguna tampil menyatakan kebimbangan dengan mendakwa laluan di dua jejambat lebuh raya sepanjang 35 kilometer itu berbuai-buai atau bergoyang ketika trafik padat.

Mereka mendakwa keadaan yang disifatkan sebagai luar biasa di lebuh raya itu dirasai dengan ketara ketika melalui jejambat di Kepong dan persimpangan Hotel Flamingo di Ampang semasa berhenti akibat terperangkap dalam kesesakan lalulintas.
  
Menurut Mohd Rizal Azman, 30, keadaan berbuai-buai di atas jejambat Kepong itu berulang kali dirasakannya terutama ketika jumlah kenderaan bertambah dan semasa hujan.

Beliau yang tinggal di Flora Damansara dan kerap menggunakan laluan itu bagi menghantar isterinya ke tempat kerja di Selayang, berkata keadaan berbuai-buai itu luar biasa berbanding gegaran yang selalu dirasainya sebelum ini.
  
"Saya melalui laluan itu boleh dikatakan setiap hari, selain hantar isteri bekerja saya juga kerap menggunakan lebuh raya itu untuk ke rumah bapa saya di Batu Caves setiap hujung minggu.

"Saya akui laluan itu akan bergegar ketika trafik padat, itu biasa, tapi keadaan berbuai yang dirasakan sejak kebelakangan ini amat berlainan seperti berlaku gegaran gempa bumi kecil yang membuatkan kedudukan kita seakan-akan terhayun," katanya kepada Bernama hari ini.

Kebimbangan itu turut dikongsi bekas pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Datuk Seri Azman Ujang yang menyifatkan insiden itu bukan sesuatu yang biasa dan memerlukan perhatian segera pihak berkuasa berkaitan.

Beliau berkata pengalaman yang dilaluinya pada malam Rabu lepas itu agak mencemaskan kerana jejambat itu dirasakan seolah-olah bergerak.

"Saya betul-betul terperanjat seolah-olah ada gempa bumi kecil di Kuala Lumpur dan keadaan itu berlaku lebih dari 10 saat. Saya perhatikan laluan di sebelah, tidak pula kelihatan sebarang kenderaan berat.

"Memang saya tahu masalah di MRR2 ini, ingat apabila sudah dibaiki masalah bergegar dah selesai tapi masih berlaku dan keadaannya lebih teruk," katanya yang ketika itu dalam perjalanan memenuhi jemputan berbuka puasa di Damansara.

Azman yang juga bekas pengurus besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berharap keadaan itu dapat dipantau segera yang mana Jabatan Kerja Raya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang bertanggungjawab ke atas lebuh raya itu perlu melihat dan mengkaji semula kekuatan pembinaan jejambat itu.

Sebelum ini, jejambat Kepong telah tiga kali ditutup bermula 2004 apabila penduduk Kepong memaklumkan terdapat lebih 7,000 rekahan di 31 daripada 33 tiang jejambat dan dua tahun kemudian laluan itu terpaksa ditutup sepenuhnya ekoran kerosakan lebih serius dikesan di jejambat itu.
  
Pada 3 Ogos 2008, jejambat Kepong ditutup buat kali ketiga kepada semua lalulintas selepas rekahan sekali lagi ditemui di tiang ke-28, memaksa kerajaan memperuntukkan lebih RM70 juta bagi membaik pulih jejambat yang boleh menampung 5,000 kenderaan pada satu masa itu.
  
Sementara itu, seorang pengguna wanita yang turut merasai situasi sama ketika berada di jejambat di persimpangan Hotel Flamingo, berkata 'hayunan atau buaian' ketika kejadian adalah luar biasa berbanding gegaran yang dirasai ketika menggunakan laluan itu sebelum ini.
  
"Sebelum ini keadaan itu tidak begitu ketara, namun apabila saya betul-betul berhenti di atas jejambat itu akibat kesesakan, saya dapat rasakan seolah-olah berbuai-buai," katanya yang enggan dikenali.

Sebanyak 130,000 kenderaan termasuk treler menggunakan laluan MRR2 yang menghubungkan kawasan Kepong serta Selayang ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya setiap hari sejak dibuka pada 2002.
- Bernama

Hudud: Masih segar amaran Mahathir kepada Kelantan

Posted: 18 Aug 2012 10:22 PM PDT

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Justeru, katanya Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan menolak BN dalam PRU akan datang.

Menurutnya, Umno cuba mencari pelampung agama  dan berlagak juara  pembela agama nombor wahid.

Pada hal, katanya sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini.

"Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri.

"Tiba-tiba Tun Mahathir ajak PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersatu dengan Umno untuk laksanakan hudud, kerana di dalam Pakatan Rakyat ada penentang hudud," ujarnya dalam satu kenyataan.

Katanya, Mahathir lupa bahawa sahabat Umno, MCA merupakan  penentang dan penghina tegar hukum Islam di negara ini.

Beliau berkata, kerana Umnolah orang bukan Islam tidak faham hukum Islam.

Katanya lagi, pemimpin Umno ketika bertemu dengan orang bukan Islam memburukkan hukum  Islam supaya jangan menyokong PAS.

"Tidak hairanlah kepada kita, walaupun negara sudah merdeka selama 55 tahun, orang bukan Islam tidak faham Islam termasuklah MCA yang sanggup mengatakan wakil rakyat Umno hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud di Dewan Undangan Negeri Johor," ujarnya.

Sebab itu, kata Idris kalau pemimpin MCA bersikap demikian, kerana Umno pun baru sedar mengenai kebaikan hukum Islam.

Jelasnya, hampir 40 tahun PAS berdakwah dan menerangkan mengenai Islam, barulah Umno tidak berani mengeluarkan kenyataan yang biadab terhadap Islam.

"Jika dulu kita dengar mereka  mengatakan jika laksanakan hukum Islam  akan huru hara. Jika laksanakan hudud akan huru hara.

"Jika laksanakan hukum Islam nanti tangan orang Islam akan kudung," katanya.

Sekarang, ujar Idris sudah berubah nada daripada mencerca bertukar kepada tuduhan hudud PAS.

Kereta api tergelincir: 100 penumpang lalui detik cemas

Posted: 18 Aug 2012 10:21 PM PDT

SINAR HARIAN

GUA MUSANG - Kira-kira 100 penumpang yang berada di dalam dua gerabak kereta api Ekspres Wau yang tergelincir di Kampung Sungai Yu, Merpoh dekat Kuala Lipis, Pahang, jam 6.45 pagi ini, melalui detik mencemaskan dan mengerikan.

Mereka terpelanting beberapa kali di dalam gerabak terbabit dalam keadaan bertindih antara satu sama lain, sebelum merangkak keluar menerusi cermin pintu gerabak yang dipecahkan.

Penumpang itu menaiki 14 gerabak kereta api terbabit yang dalam perjalanan pulang untuk menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hasan berkata dua daripada 14 gerabak kereta api Ekspres Wau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, tergelincir kira-kira 11 kilometer selepas Stesen Keretapi Merapoh pada pukul 6.30 pagi.

Katanya, tiga mangsa parah dan lapan cedera ringan dihantar ke Hospital Gua Musang di sini, untuk rawatan lanjut.

[JIKA ANDA BERADA DI LOKASI KEJADIAN DAN MEMPUNYAI GAMBAR, SILA E-MEL KE ALAMAT sinaronline.portal@gmail.com]

Seorang penumpang yang terselamat, Nor Atikah Zakari, 21, berkata semasa kejadian kebanyakan penumpang sedang nyenyak tidur, hanya beliau bersama beberapa penumpang lagi belum melelapkan mata.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, gerabak yang dinaikinya tiba-tiba bergegar dengan kuat dipercayai selepas terputus dari sambungan dengan lokomotif.

Beliau berkata ketika itu, beliau bersama penumpang lain terpelanting beberapa kali dalam keadaan kelam kabut sambil masing-masing menjerit ketakutan.

"Saya juga bertindih antara satu sama lain di dalam gerabak berkenaan sebelum saya merangkak mencari pintu keluar untuk menyelamatkan diri," katanya yang dalam perjalanan pulang ke Tumpat.

Nor Hazliza Mohd Noor, 22, pula berkata,beliau sebelum itu tidak dapat melelapkan mata walaupun perjalanan masih jauh, tetapi tidak membayangkan perkara buruk berlaku.

Beliau berkata, ketika bunyi dentuman kuat semasa gerabak sedang terbalik, beliau turut menjerit meminta tolong, kemudiannya merangkak untuk keluar menerusi pintu namun gagal kerana ia masih tertutup dengan kuat.

"Ada penumpang lelaki yang terpaksa memecahkan cermin pintu koc terbabit sebelum saya dapat keluar menerusi cermin yang pecah itu dalam keadaan selamat," katanya.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberitahu perkhidmatan kereta api penumpang dari Kuala Lumpur ke Kelantan tidak terjejas walaupun berlaku kemalangan tersebut.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat KTMB, berkata kerja membaik pulih landasan dijangka selesai pukul 7 petang ini.

"Ketika ini petugas KTMB sedang menjalankan kerja membaiki landasan dan mengangkat tren yang tergelincir dari landasan," katanya ketika dihubungi dari sini, hari ini.


Jurucakap itu menasihati penumpang dan keluarga mereka supaya tidak risau mengenai perkhidmatan itu terutama di musim perayaan Aidilfitri ini.

Beliau juga meminta orang ramai menghubungi stesen KTMB berhampiran untuk mendapat maklumat terkini mengenai perjalanan mereka ke destinasi masing-masing. - Bernama

Senarai Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

Posted: 18 Aug 2012 10:18 PM PDT

SINAR HARIAN

Logo ucapan Hari Raya Aidilfitri
Logo ucapan Hari Raya Aidilfitri
 
BERIKUT sebahagian daripada majlis Rumah Terbuka yang diadakan sempena Aidilfitri yang disambut di seluruh negara.

HARI PERTAMA (1 Syawal):

- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Dewan Jubli Perak, Istana Negeri, Kota Bharu, mulai jam 10 pagi.

- Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Piliah, Negeri Sembilan, mulai jam 10.30 pagi hingga 2.30 petang

- Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya mulai jam 11 pagi hingga 4 petang

- Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, mulai jam 10.30 pagi hingga 4 petang

- Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di kediaman rasmi Saujana, Johor Bahru, mulai jam 9.30 hingga 1 tengah hari

- Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, mulai jam 10 pagi hingga 3 petang

- Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di kediaman rasmi beliau di Ipoh, mulai jam 2.30 petang hingga 5.30 petang

Pemuda: Umno kena sertai Pas, bukan sebalik

Posted: 18 Aug 2012 10:12 PM PDT

Wartawan Sinar Harian

Nasrudin Hassan


SHAH ALAM - Sambil menegaskan Umno yang patut menyertai Pas, Pemuda Pas mencabar Umno membentangkan rang undang-undang hukum hudud di Parlimen terlebih dahulu daripada mempelawa parti Islam itu menyertainya  ataupun Barisan Nasional (BN).

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, beliau yakin wakil rakyat Pas akan menyokong langkah itu jika Umno sanggup berbuat demikian.

"Saya cabar Umno siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh ALLAH SWT, saya yakin ahli Parlimen Pas akan menyokongnya.

"Jika Umno tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, Umno hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya lagi.

Mengulas kenyataan Dr Mahathir Khamis lalu, Nasrudin berkata, bekas Perdana Menteri itu sekali lagi cuba mencuri tumpuan umum dengan kenyataan terbarunya bahawa Umno boleh melaksanakan hudud tetapi bukan hudud Pas sebaliknya hudud Islam.

"Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadan al Mubarak tahun ini," katanya lagi.
Sambil berkata beliau sangat simpati dengan Dr Mahathir, Nasrudin berkata, "beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri."

"Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [seperti hudud] adalah suatu yang ditentangnya habis-habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama," katanya.

Sehubungan itu Nasrudin menegaskan bahawa Umno tidak mahu melaksanakan hudud.

"Ini satu realiti. Lihat sahaja cadangan Adun Kemelah Johor untuk melaksanakan hudud di Johor, bukan sahaja diketepikan malah dikecam.

"Lebih parah apabila (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek selaku Presiden MCA menuduh pemimpin Umno itu hilang akal, seluruh pemimpin Umno termasuk Dr Mahathir, bungkam sejuta bahasa," katanya.
Malah menurut Nasrudin, kuasa kerajaan federal berada di tangan Umno.

 "Jadi, retorik apa lagi yang mahu Umno paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "Pas" kononnya, mana hudud Umno? sila kemukakan!  Sekurang-kurangnya negeri yang ditadbir oleh Pas sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang Syariah atau Kanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri Umno mana? Mana hudud Umno atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu?

"Pas sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud.

Sementara Umno pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya, Pas sertai Umnokah atau Umno yang wajib sertai Pas untuk memastikan hudud benar-benar terlaksanakan di atas tanah air tercinta ini.

"Sekurang-kurang Pas telah siapkan draf Kanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. Umno sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu Pas menyertai Umno, sepatutnya Umno dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai Pas bagi mendukung cita-cita pelaksanaan Islam di Malaysia," kata beliau lagi.

Biaqpila

Posted: 19 Aug 2012 03:05 PM PDT

Biaqpila


Antara tapis internet dan tapis pilihanraya

Posted: 19 Aug 2012 05:00 AM PDT



Sebelum ia digazetkan pada 31 Julai 2011 , pindaan akta 114A ditransformasikan dari ilham Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim dengan cadangan "internet perlu penapisan".

Antara alasan Rais ialah untuk mengekang akses pornografi yang menganggap ianya boleh merosakkan akhlak dan kesantunan masyarakat apalagi Malaysia merupakan negara Melayu Islam terbesar di dunia.

Walhal, semada beliau sedar atau tidak mengetahui sedikitpun, industri pornografi telah lama mengeluarkan produk majalah, video tape, vcd dan terkini dalam bentuk DVD yang mudah didapati di kaki lima sebelum era Mahathir melancarkan MSC lagi.

Apapun, ilham Rais terhadap "penapisan internet" mendapat protes meluas dan hebat melibatkan segenap lapisan umur masyarakat seperti pelajar universiti, pekerja ladang, kakitangan kerajaan sendiri termasuklah dikalangan pelajar-pelajar sekolah.

Najib lembut hati?

Pemimpin-pemimpin UMNO telah lama sedar, selain mampu menikmati laman pornografi dengan mudah, rakyat negara ini mempunyai akses yang lebih cepat, mudah dan privasi dalam apa sahaja informasi negara dan dunia.

Lihatlah bagaimana Sidi Bouzid menempa sejarah hebat di Tunisia dengan tersebarnya berita kematian Bouazizi yang protes sampai mati terhadap ketidakadilan dan kezaliman penguatkuasa yang telah mencetuskan Arab Spring di Timur Tengah. Bermulalah era baru revolusi hujung jari dunia IT melalui facebook dan twitter.

Tetapi, cetusan rasa Rais tetap tidak dihampakan sehinggalah pindaan dibuat terhadap seksyen 114A Akta Keterangan anjuran Pusat Kewartawanana bebas (CIJ). Dan apabila ia berkuatkuasa, sekali lagi ia mendapat protes dan kemuncaknya adalah pada 14 Ogos 2012 kelmarin.

Sebanyak puluhan laman web telah melancarkan protes "internet blackout" selama 24 jam.
Memperlihatkan protes "internet blackout" yang mendapat sambutan hangat tersebut, maka berkicaulah memanda Najib dalam tweeternya @najibrazak: I have asked Cabinet to discuss section 114A of the Evidence Act 1950. Whatever we do we must put people first .

"Saya telah meminta Kabinet untuk membincangkan seksyen 114A Akta Keterangan 1950. Walauapapun, rakyat mesti didahulukan"-tweet Najib Razak.

Wah. Nampaknya Najib telah lembut hati, prihatin kepada suara rakyat. Salah satu modal politik oposisi tak boleh dipakai lagi…

Tapis pilihanraya barulah janji ditepati

Jika pindaan akta ini diumumkan untuk dimansuhkan. Ia tetap bermakna kemenangan kepada rakyat terutamanya kepada makhluk dunia maya seperti kita. Walau bagaimanapun, seperti pemansuhan ISA yang digantikan dengan akta Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) ia tidak memberi makna apa-apa selain risiko salah guna kuasa pemerintah yang semakin terbuka luas.

Sekarang, marilah bersangka baik. Najib memansuhkan pindaan tersebut demi mewujudkan ruang maya yang bebas seperti fitrahnya. Noktah. Maka kita boleh bebas memberi komen dan kritik terhadap ceramah bersiri Umi Hafilda, Ibrahim Ali, Hasan Ali dan sebagainya,kita boleh bertukar pandangan dan kritik terhadap rencana dan isu yang berbangkit dalam blog, facebook dan forum-forum dan lama kelamaan, berlakulah proses pematangan minda rakyat dengan lebih berkesan.

Protes "internet blackout" ini telah berjaya menghimpunkan hampir 60 laman web dan blog untuk menyuarakan bantahan ini.

Kalaulah menteri-menteri, pimpinan UMNO boleh terfikir untuk menapis rangkain internet, sangat wajarlah kiranya mereka juga berfikir untuk menapis sistem pilihanraya kita yang telah terbukti kotor.

Apakah slogan dan 'kicau' Najib yang mahu "rakyat perlu didahulukan" ini benar-benar jujur dan bagaimana pula dengan tiga kali himpunan Bersih yang dianjurkan. Biarpun ratusan ribu rakyat pelbagai bangsa dan agama turun ke jalan-jalan yang menguningkan Kota Kuala Lumpur, malang sekali apabila kerajaan UMNO-BN pimpinan Najib menyantuni kita dengan canister, cota dan semburan air asid.

Tuntutan Bersih yang kita laungkan ini bukanlah perkara baru, bukan juga perkara remeh. Sebesar manapun isu kafir harbi yang baru-baru ini dimainkan, rakyat tidak akan lupa. Kalau najib benar-benar mendahulukan rakyat.

Apalah salah kiranya kesemua lapan tuntutan Bersih ini dilaksanakan segera. Lagipun, pilihanraya sudah semakin hampir. Najib perlu menepati segala janji-janji transformasi politik, ekonomi dan undang-undang yang telah dilaungkannya. Tak salah kan?-Roketkini.com



KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Umno Mencari Pelampung Agama

Posted: 19 Aug 2012 03:00 AM PDT



Oleh Ustaz Idris Ahmad

Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan menolak BN dalam PRU akan datang. Umno cuba mencari pelampung Agama dan berlagak juara pembela agama nombor wahid. Pada hal sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini.

Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri. Tiba-tiba Tun Mahathir ajak Pas meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersatu dengan Umno untuk laksanakan hudud, kerana di dalam Pakatan Rakyat ada penentang hudud. Tun lupa, Mca sahabat Umno merupakan penentang dan penghina tegar hukum Islam di negara ini.

Kerana Umnolah orang bukan Islam tidak faham hukum Islam. Pemimpin Umno ketika bertemu dengan orang bukan Islam memburukkan hukum Islam supaya jangan menyokong Pas. Tidak hairanlah kepada kita, walaupun negara sudah merdeka selama 55 tahun, orang bukan Islam tidak faham Islam termasuklah Mca yang sanggup mengatakan wakil rakyat Umno hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud di Dewan Undangan Negeri Johor.

Sebab itu kalau pemimpin Mca bersikap demikian, kerana Umno pun baru sedar mengenai kebaikan hukum Islam. Hampir 40 tahun Pas berdakwah dan menerangkan mengenai Islam, barulah Umno tidak berani mengeluarkan kenyataan yang biadab terhadap Islam. Jika dulu kita dengar mereka mengatakan jika laksanakan hukum Islam akan huru hara. Jika laksanakan hudud akan huru hara. Jika laksanakan hukum Islam nanti tangan orang Islam akan kudung. Sekarang sudah berubah nada daripada mencerca bertukar kepada kepada tuduhan hudud Pas.

DD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Mahathir: Pastikan Umno bentang Hudud di Parlimen

Posted: 19 Aug 2012 12:00 AM PDT


Oleh Nasrudin Hassan,

Dr Mahathir sekali lagi cuba mencuri tumpuan umum dengan kenyataan terbarunya bahawa UMNO boleh melaksanakan hudud tetapi bukan hudud PAS sebaliknya hudud Islam. Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadhan al Mubarak tahun ini.

2. Saya sangat simpati dengan Dr Mahathir. Beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri. Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [seperti hudud] adalah suatu yang ditentangnya habis-habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama. [22 tahun]

3. Sebetulnya UMNO tidak mahu melaksanakan hudud! ini satu realiti. Lihat sahaja cadangan ADUN Kemelah Johor untuk melaksanakan hudud di Johor, bukan sahaja diketepikan malah dikecam. Lebih parah apabila Chua Soi Lek selaku Presiden MCA menuduh pemimpin UMNO itu hilang aqal [mabuk atau gila], seluruh pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir, bungkam sejuta bahasa.

4. Kuasa kerajaan federal berada ditangan UMNO, retorik apa lagi yang mahu UMNO paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "PAS" kononnya, mana hudud UMNO? sila kemukakan! Sekurang-kurang 2 negeri yang ditadbir oleh PAS sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang Syariah atau Qanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri UMNO mana? Mana hudud UMNO? atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu?

5. PAS sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud. Sementara UMNO pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya, PAS sertai UMNO kah? atau UMNO yang wajib sertai PAS untuk memastikan hudud benar-benar terlaksanakan di atas tanahair tercinta ini.

6. Sekurang-kurang PAS telah siapkan draf Qanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. UMNO sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu PAS menyertai UMNO, sepatutnya UMNO dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai PAS bagi mendukung cita-cita perlaksanaan Islam di Malaysia.

7. Saya cabar UMNO siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah swt, saya yakin ahli parlimen PAS akan menyokongnya . Jika UMNO tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, UMNO hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti.

Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [API]

DD


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD (SPESIAL HARI RAYA): TELOQ SAYA MASIH ADA

Posted: 18 Aug 2012 06:00 PM PDT

SALAM AIDILFIRI KEPADA SEMUA...
MAAF ZAHIR DAN BATIN
SEPERTI BIASA SETIAP AHAD,IKUTI SIRI LAWAK AHAD SAMBIL MAKAN LEMANG DAN KETUPAT
JANJI DIKETUPATI!!!



Ada seorang pak cik yang bernama Pak mat yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak Mat dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan RM1000′nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Manager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya.

Manager : Setiap hari saya nampak pak cik akan menyimpan duit sebanyak RM1000 di bank. Apa kerja pak cik sebenarnya? Macam masyuk jer? MLM ek?

Pak Mat : Kalau nak tahu, pakcik sebenarnya tak da kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : (Dalam hati, kerek giler orang tua nih!!) Owh macam itu rupanya, ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang terror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak Mat : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak Mat : Macam ni, dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha, tak logiklah pak cik. Tapi tak pe, saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba telurnya. Erm,, ok masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak Mat.

Manager : Pak cik minta maaflah yer, telur saya masih lagi ada. Haha (gelak jahat).

Pak Mat : Betul ke? Aku tak percaya, mari sini aku pegang…

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak Mat pun berkata..

Pak Mat : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni. Pak Mat pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang terror. Sorrylah pakcik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh…

Tiba-tiba Pak Mat mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak Mat.

Manager : Mana pak cik dapat duit sebanyak tu?

Pak Mat : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?

Pak Mat : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank.

Manager : #$%!!


KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Posted: 18 Aug 2012 03:00 PM PDT



SALAM AIDIL FITRI KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI.
SETELAH SEBULAN KITA MENYUCIKAN DIRI DARI DOSA-DOSA SILAM DENGAN AMALAN DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA,HARI INI KITA MERAYAKANNYA DENGAN PENUH GEMBIRA BERSAMA SANAK SAUDARA DAN KELUARGA.

DALAM KITA BERGEMBIRA JANGAN DILUPA PADA YANG TELAH TIADA KERANA KITA JUGA AKAN KE SANA.DOAKAN KESEJAHTERAAN BUAT MEREKA YANG TELAH PERGI.

SEPERTI BIASA DI MUSIM PERAYAAN,ELAKKAN TRAGEDI DI JALAN RAYA.
PANDULAH SECARA BERHEMAH DAN IKUT PERATURAN SERTA BERTIMBANG RASA SESAMA PENGGUNA JALAN RAYA YANG LAIN.YANG LEBIH PENTING ADALAH BERDOA SERTA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN.SEMOGA SEMUANYA DILINDUNGI ALLAH,AMIN.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN







KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Muslimeen United

Posted: 19 Aug 2012 01:25 PM PDT

Muslimeen United


Idulfitri: Kemenangan menentang kebatilan

Posted: 18 Aug 2012 03:25 PM PDT


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd

Bersyukur kita kepada Allah s.w.t di atas limpah kurniaNya yang tidak terkira yang masih meletakkan diri kita di dalam arus perjuangan menegakkan agama Allah di dalam wadah perjuangan PAS untuk mendaulatkan kalimahNya.

Ramadhan hanya menghitung hari untuk ke penghujungnya. Ianya merupakan madrasah tarbiah yang mendidik jiwa kita supaya lebih mengasihi Allah dan RasulNya mengatasi kasih kita kepada perkara-perkara yang lain.

Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan kita telah berjaya mendidik diri kita bencikan kebatilan dan kezaliman apatah lagi ketika umat Islam pada hari ini berhadapan dengan ujian dan mehnah yang benar-benar menguji sejauh mana keimanan kita kepada Allah s.w.t.

Oleh kerana itulah, Eidul Fitri merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam di atas kejayaan menentang segala bentuk hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan. Kita berharap kemenangan menentang hawa nafsu dan kebatilan ini dapat dilakukan secara berterusan selepas ini dan diterjemahkan dalam erti kata yang lebih berkesan dan lebih besar untuk merungkai segala bentuk rangkaian jahiliah dan kezaliman di dalam negara ini untuk digantikan dengan kesejahteraan Islam.

Situasi politik semasa di negara ini sekarang menuntut kita sebagai umat Islam untuk kembali kepada panduan Al-Quran dan Sunnah dalam memimpin kehidupan manusia. Tidak ada sistem dan cara hidup yang lebih agung melainkan kita kembali kepada sistem dan panduan Islam sepertimana yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Menjadi suatu tanggungjawab kepada umat Islam untuk mengembalikan kemenangan dan kedaulatan Islam di atas runtuhan sistem buatan manusia. Semangat kemenangan pada bulan Ramadhan mengatasi hawa nafsu hendaklah diteruskan pada setiap masa dan di mana sahaja kita berada sehingga kita memperolehi kemenangan yang hakiki iaitu keredhaan Allah s.w.t di hari akhirat kelak.

Kita hendaklah mengingati kata-kata saidina Umar ibn al-Khattab, "Kita adalah satu kaum yang telah diberi kemuliaan oleh Allah s.wt. dengan islam, bagaimanapun, jika kita mencari kemuliaan itu dengan sesuatu yang dihina oleh Allah s.w.t maka kita akan dihina oleh Allah."

Yakinlah wahai para pejuang islam.

Sekian.


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd

Datuk Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN

Posted: 19 Aug 2012 01:19 PM PDT

BERFIKIR.... MENCARI HAKIKAT KEBENARAN


MAAF KEPADA KALIAN.

Posted: 18 Aug 2012 04:16 PM PDT

Addin

Posted: 19 Aug 2012 11:46 AM PDT

Addin


(Gambar) Budak Kembar Sotong Melekat Di Perutnya

Posted: 19 Aug 2012 07:40 AM PDT


Deepak Kumar Paswaan yang berusia lapan tahun dari India mempunyai zaman kanak-kanak yang normal setelah "kembar parasit"-nya telah dibuang dalam satu pembedahan.

Anak lelaki atau budak aneh yang menjadi terkenal di seluruh dunia yang mendapat gelaran "kanak-kanak sotong ajaib piala dunia" dia lahir dengan kaki dan lengan yang sesetengah darinya tumbuh dengan pesat di dadanya. Mari kita lihat gambar kanak-kanak ajaib yang digelar budak kembar sotong di India ini.









Kelantan, Terengganu Sudah Lulus Rang Undang2 Hudud, Umno Apa Ada?

Posted: 18 Aug 2012 09:15 PM PDT

SHAH ALAM - Sambil menegaskan Umno yang patut menyertai Pas, Pemuda Pas mencabar Umno membentangkan rang undang-undang hukum hudud di Parlimen terlebih dahulu daripada mempelawa parti Islam itu menyertainya  ataupun Barisan Nasional (BN).Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, beliau yakin wakil rakyat Pas akan menyokong langkah itu jika Umno sanggup berbuat demikian."Saya cabar Umno siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. 



Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh ALLAH SWT, saya yakin ahli Parlimen Pas akan menyokongnya."Jika Umno tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, Umno hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya lagi.Mengulas kenyataan Dr Mahathir Khamis lalu, Nasrudin berkata, bekas Perdana Menteri itu sekali lagi cuba mencuri tumpuan umum dengan kenyataan terbarunya bahawa Umno boleh melaksanakan hudud tetapi bukan hudud Pas sebaliknya hudud Islam."Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadan al Mubarak tahun ini," katanya lagi.Sambil berkata beliau sangat simpati dengan Dr Mahathir, Nasrudin berkata, "beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri.""Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [seperti hudud] adalah suatu yang ditentangnya habis-habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama," katanya.Sehubungan itu Nasrudin menegaskan bahawa Umno tidak mahu melaksanakan hudud."Ini satu realiti. Lihat sahaja cadangan Adun Kemelah Johor untuk melaksanakan hudud di Johor, bukan sahaja diketepikan malah dikecam."Lebih parah apabila (Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek selaku Presiden MCA menuduh pemimpin Umno itu hilang akal, seluruh pemimpin Umno termasuk Dr Mahathir, bungkam sejuta bahasa," katanya.Malah menurut Nasrudin, kuasa kerajaan federal berada di tangan Umno."Jadi, retorik apa lagi yang mahu Umno paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "Pas" kononnya, mana hudud Umno? sila kemukakan!  Sekurang-kurangnya negeri yang ditadbir oleh Pas sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang Syariah atau Kanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri Umno mana? Mana hudud Umno atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu?"Pas sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud.Sementara Umno pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya, Pas sertai Umnokah atau Umno yang wajib sertai Pas untuk memastikan hudud benar-benar terlaksanakan di atas tanah air tercinta ini."Sekurang-kurang Pas telah siapkan draf Kanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. Umno sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu Pas menyertai Umno, sepatutnya Umno dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai Pas bagi mendukung cita-cita pelaksanaan Islam di Malaysia," kata beliau lagi. ~sinarharian

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Tuan Guru Presiden PAS

Posted: 18 Aug 2012 06:00 PM PDT


PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini. Ia merupakan hari kemenangan kepada umat Islam setelah berpuasa selama sebulan.

Ambillah kesempatan perayaan ini untuk meningkatkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan, juga mengekalkan hubungan dengan Allah yang dibina sepanjang Ramadan.

Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

shalehudin

Posted: 19 Aug 2012 11:31 AM PDT

shalehudin


Pasai apa Mahathir gundah gulana? [BACA]

Posted: 19 Aug 2012 09:40 AM PDT

Mahathir gundah gulana pasai hajat besarnya untuk mengislamkan undang-undang negara diludah MCA kelmarin...
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR). 
Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam. Selanjutnya disini...
TIBA-TIBA...
MCA, rakan sebantal Umno secara terang terangan... bagai menyuluh ditengahari menolak hudud dilaksanakan dinegara Islam ala Umno neh...
MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam. Selanjutnya disini...

Kahkahkah...

Tahniah MCA kerana berjaya membuatkan Mahathir gundah gulana... Cita-cita murni Mahathir untuk melaksanakan hudud di Malaysia hancur berkecai dipijak-pijak oleh ulamak-ulamak MCA....

Kahkahkah...


Nasharuddin jawab melalui SMS [BACA]

Posted: 19 Aug 2012 05:52 AM PDT

Nasha akan lawan Karpal di mahkamah

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bertegas dengan kenyataannya bahawa Karpal Singh anti Islam dan bersedia untuk berhadapan dengan pengerusi DAP itu di mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian antara mereka berdua.

Ini bakal menjadi ujian getir kepada hubungan diantara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir.

Karpal juga seorang peguam veteran berkata kepada The Malaysian Insider semalam beliau akan mengemukakan saman malu kepada Nasharuddin yang mengeluarkan kenyataan menyatakan beliau menghina Islam sedangkan beliau sentiasa menghormati Islam sebagai agama persekutuan.
"Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh adalah anti Islam dan bersedia untuk bertemu beliau di Mahkamah," kata Nasharuddin (gambar) melalui kiriman SMS kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
Menurut bekas timbalan presiden PAS itu, menolak hukum Islam bermakna seseorang itu anti kepada Islam.
"Saya di didik di dalam PAS bahawa ajaran Islam itu adalah syumul merangkumi setiap aspek kehidupan. 
"Didalam nya ada aqidah, perundangan dan dan akhlak. Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam," katanya lagi.
Karpal telah berulang kali mengatakan hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana perlembagaan negara ini mengatakan Malaysia adalah negara sekular.

Karpal juga mengatakan Nasharuddin perlu faham perbezaan diantara Islam sebagai agama dan negara Islam.
"Perlembagaan negara menjamin Malaysia sebagai negara sekular dan di Malaysia undang-undang sekular digunakan. 
"Sebelum undang-undang Hudud dilaksanakan, negara Islam perlu ditubuhkan," Karpal pernah berkata.

Sebelum pilihan raya 2004, gabungan PAS dan DAP serta Parti Keadilan Nasional (kini PKR) dalam Barisan Alternatif (BA) berpecah oleh kerana presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan dokumen negara Islam yang menyebabkan DAP keluar dari BA.

PR ditubuhkan selepas gabungan PKR, DAP dan PAS berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen serta merampas empat buah negeri dalam PRU 2008.- TMI


Budak putus tiga jari tersepit eskalator

Posted: 19 Aug 2012 12:25 AM PDT

NORWILA Mohd Idrus memangku anaknya yang putus tiga jari kiri selepas tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli-belah di Georgetown, semalam. - Foto Michael Ong

Pagi Aidilfitri di Masjid Pulau Melaka

Posted: 18 Aug 2012 09:00 PM PDT

Para jemaah sedang mendengar khutbah hari raya yang disampaikan oleh YAB Tuan Guru di Masjid Pulau Melaka.- FB


Tak sabaq nak dengaq apa kata CACAI Umno... kahkahkah...

Posted: 18 Aug 2012 08:07 PM PDT

Sah dan sahih ini yang terjadi...
Perkasa tetiba jadi TULI...
JATI teruih tidoq mati...
Nasha masih tak nampak apa...
Zul Kulim, dua minggu lepaih dah start raya...


MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam

Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.
"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim. 
"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.

Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.- Malaysiakini


Kisah menarik gadis Cina memeluk Islam

Posted: 18 Aug 2012 04:00 PM PDT

Kisah Menarik Loo Jo Yee Binti Abdullah Untuk Renungan

Tahukah anda bahawa Loo Joo Yee merupakan seorang gadis berketurunan Cina yang kini sudah pun memeluk agama Islam.

Namanya mula dikenali ramai selepas ia mula berkongsi cerita bagaimana saat menerima hidayah Allah.

Mungkin ada di antara anda di sini sudah mengenali dengan nama ini, namun jika sebaliknya ada satu kisah yang menarik dikongsikan oleh gadis ini.

Pertama kali admin melihat beliau secara dekat apabila menghadiri sebuah majlis yang diadakan di bangunan SUK Selangor tahun lalu. Sempat mendengar kisah beliau secara langsung dan ia cukup memberikan kita satu inspirasi diri. Jom ikuti kisah beliau di bawah ini.

Loo Jo Yee Binti Abdullah

Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber 'binti' kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat.

Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.

Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.

Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.

Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.

Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak 'encourage' beliau untuk cuba berdoa kepada Allah Taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.

Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Note - Islam tidak pernah memaksa seseorang itu untuk memeluk agama Islam, malah Islam juga bersedia untuk dikaji oleh orang kafir sendiri. Alhamdulillah, bagi kita yang dilahirkan sebagai orang Islam sepatutnya lebih bersykur kerana ia adalah antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita semua. Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.


GAMBAR Viva bertembung lori ais, tiga maut

Posted: 18 Aug 2012 03:30 PM PDT

ANGGOTA bomba dan penyelamat memeriksa PERODUA Viva yang remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah lori ais berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badul, Melor. Kemalangan yang berlaku di Kota Bharu, Kelantan itu meragut tiga nyawa dan seorang mangsa cedera. - Foto Syamsi Suhaimi


GAMBAR keretapi tergelincir, 11 cedera termasuk tiga parah

Posted: 18 Aug 2012 03:16 PM PDT

KEADAAN dua gerabak yang tergelincir dan mengakibatkan 11 penumpang cedera termasuk tiga cedera parah yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan tergelincir di Merapoh dekat Kuala Lipis, hari ini. - Foto Sharul Nizam Mohamad

Liverpool kena belasah...

Posted: 18 Aug 2012 02:45 PM PDT

PEMAIN West Bromwich Albion, Claudio Yacob (kiri) cuba menyekat pergerakan penyerang sensasi Liverpool, Luis Suarez pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di The Hawthorns, West Bromwich, England, awal pagi tadi. Keputusan perlawanan, West Bromwich membelasah Liverpool 3-0. - Foto REUTERS

Gegaran bumi kuat gegar Sulawesi

Posted: 18 Aug 2012 02:42 PM PDT

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter berlaku di Sulawesi, Indonesia pada 5.41 petang ini. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak 56 kilometer di tenggara Palu, Indonesia dan 645 kilometer tenggara Sarikei, Sarawak.

Bagaimanapun, tidak ada ancaman tsunami dilaporkan. - BERNAMA


otaiblues

Posted: 19 Aug 2012 11:31 AM PDT

otaiblues


oaustard.ni macam na nk kira?

Posted: 19 Aug 2012 08:04 AM PDT

salam ostad. selamat hari raya.
ostad.nak tanya.ni mana nak pakai.ostad kata haram sokong dap pasal dap kafir harbi. yg terang terang menolak hukum hudud dan negara islam.

ostad kata.tak pe kalau sokong mca.pasal mca tak tolak terangan hukum hudud dan negara islam

tapi kan ostad.baru ni mca pun kata yg lebih nyata dan terangan akan memastikan mereka menolak hukum hudud juga negara islam.

ni nak kira mcamna?

fening la ostad.tolong la jawab.

Anak Sungai Derhaka

Posted: 19 Aug 2012 09:27 AM PDT

Anak Sungai Derhaka


Perutusan Khas yang disiar oleh penggodam Blog Anwar Ibrahim

Posted: 19 Aug 2012 07:55 AM PDT


17 Ogos lalu Blog Datuk Seri Anwar Ibrahim telah digodam dan satu Perutusan Khas kononnya dari DS Anwar Ibrahim telah disiarkan oleh pihak yang menggodam Blog tersebut.

Antara kenyataan disiarkan ialah permohonan maaf dari hujung kaki ke hujung rambut oleh DS Anwar Ibrahim kepada Najib kerana telah memfitnahnya.

Disamping itu permohonan maaf atas keterlanjuran beliau menyokong Israel tempoh hari juga dikemukakan kepada umat Islam di Malaysia.

Pasukan Pentadbir Blog Dato Seri Anwar Ibrahim menyedari Blogtersebut telah digodam sekitar jam 11.50 dan yang menariknya pihak yang terawal mengetahui perkara ini ialah Blogger Pro UMNO.


Ada yang melaporkan kononnya selepas solat tarawikh beliau menjenguk ke Blog Anwar Ibrahim untuk melihat samada terdapat atau tidak laporan mengenai temubual Google Hangout #BorakAnwar.

Secara tiba-tiba beliau ternampak entri seperti di bawah. Tanpa membuang masa, beliau printscreen apa yang boleh.


Yang menjadi persoalan disini ialah, kenapa Blogger Pro UMNO tahu bahawa Blog Anwar Ibrahim telah digodam begitu awal dan mereka punya masa untuk printscreen apa yang tersiar sedangkan menurut Pasukan Pentadbir Blog tersebutianya digodam selama 20 minit sahaja?

Kalau korang tak nampak apa yang terpapar tu sila lihat di bawah..

PERUTUSAN KHAS

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Kesejahteraan.

Alhamdulillah kita sedang memasuki fasa terakhir bulan puasa di mana kita akan bergembira kerana beroleh kemenangan pada Hari Raya Aidil Fitri.

Pada tahun ini, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf, dari hujung kaki ke hujung rambut, khususnya kepada YAB Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur yang saya sebenarnya sangat kenal rapat baik orangnya.

Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya.

Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi.

Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.

Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka.

Sebenarnya saya turut mendapat maklumat yang salah berkenaan kes Altantunya. Saya akui maklumat itu belum boleh disahkan.

Dalam hal Bersih 3.0, saya sangat-sangat menyesal kerana melibatkan kerosakan keharmonian negara.

Sebenarnya, saya tidak pernah bersetuju secara peribadi hal-hal yang sedemikian, melainkan desakan rakan-rakan bukan Islam dalam pakatan.

Sebagai Ketua, saya perlu adil kepada semua dan memenuhi segala keinginan mereka walaupun ianya sebenarnya bertentangan dengan kehendak saya.

PRU13 akan menjelang tidak berapa lama lagi, sekiranya saya tewas kali ini, saya akan kembali ke Amerika Syarikat dan kembali mengajar di universiti di sana.

Kepada rakyat Malaysia, saya akui Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin dan pentadbir yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia. "SEBANGSA SEJIWA SENEGARA"

Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun

Anwar Ibrahim,
Ketua Umum,
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

17 Ogos 2012.

Blogger Pro UMNO juga mempertikaikan dakwaan blog Anwar Ibrahim digodam.

Kenapa hanya 20 minit. Tidakkah penggodam atau hackers akan menggodam sehingga website / blog tersebut down dan tak dapat diakses kemudiannya mengambil alih laman tersebut soal mereka.

Jika blog Anwar digodam hingga lumpuh dan diambil alih oleh penggodam itu.. bagaimana agaknya pembaca yang melawati Blog tersebut hendak membaca 'Perutusan Khas' palsu yang disiarkan mereka agaknya?

Dari apa yang disiarkan oleh penggodam yang mengambil alih Blog Anwar selama 20 minit itu jelas ianya bukanlah mahu mengambil alih Blog tersebut atau melumpuhkannya tetapi hanyalah untuk memalukan DS Anwar Ibrahim sendiri kononnya 'Perutusan Khas' itu ditulis oleh Anwar..

Hudud : Berita yang tidak akan disiar oleh Utusan dan TV3

Posted: 19 Aug 2012 03:50 AM PDT


Sebelum itu.. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua yang membaca Blog Anak Sungai Derhaka yang tidak seberapanya ini...

Jika ada terkasar bahasa ampun dan maaf dipinta.. buat pencacai UMNO yang terasa pedih tu.. nasib koranglah!!

Seminggu yang lalu Pengasas pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah yang kenyataannya disiarkan Utusan Malaysia  haram menyokong DAP.

Ini kerana menurutnya "secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud." - sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Kelmarin... 18 Ogos 012..

MCA Selangor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam
Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor.

Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.

Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud - Malaysiakini

Mana  Pengasas pondok Geting tu? tak mahu keluarkan fatwa haram sokong MCA pula ke?

MCA dah secara terang-terangan berkata "tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam".. atau dia tak faham apa uyang Donald Duck tu kata..

Al Ikram

Posted: 19 Aug 2012 09:02 AM PDT

Al Ikram


PEMUDA UMNO BUAT HARAM JADAH

Posted: 18 Aug 2012 08:29 PM PDT

MCA SELANGOR AKAN HALANG NEGARA ISLAM

Posted: 18 Aug 2012 02:57 PM PDT

KRAI Utara

Posted: 19 Aug 2012 07:43 AM PDT

KRAI Utara


Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam!

Posted: 18 Aug 2012 12:57 PM PDT

Saturday, August 18, 2012

MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam - Malaysiakini

Ini apa macam punya ucapan ini,kalau ia betul kenapa perlu PAS keluar dari PR sendiri mau ingat lu huhuhuMCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara IslamNigel Aw6:20PM Ogos 18 2012Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam."MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim."Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari iniSatu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.http://www.malaysiakini.com/news/206668

Pahang Daily Online

Posted: 19 Aug 2012 07:25 AM PDT

Pahang Daily Online


Selamat Hari Raya Aidil Fitri Buat Semua Pembaca

Posted: 18 Aug 2012 09:48 AM PDT

Warga kerja Pahang Daily Online (PDO) mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca yang beragama Islam. Semoga hari raya ini akan dapat memberi kekuatan kepada kita untuk terus mengeratkan lagi ukhwah dan persahabatan di alam siber ini. Kami juga menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepada semua pihak seandainya ada artikel panas yang dikeluarkan di blog ini sejak mula ia dilancarkan telah menyinggung perasaan mana-mana pihak. PDO adalah sebuah portal bebas yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik kepartian dan kami akan terus mengkritik dan menjadi penegur yang efiesyen pada masa akan datang. Ambillah teguran yang dibuat sebagai sempadan untuk kita sama-sama memperbaiki diri kita semua. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Admin

Posted: 18 Aug 2012 09:32 AM PDT

"Tengku Mahkota Pahang" Ingatkan Orang Islam Tidak "Cemari Institusi Masjid" Untuk Berpolitik !

Posted: 18 Aug 2012 08:41 AM PDT

TEMERLOH, 18 Ogos - Umat Islam diingatkan tidak menjadikan masjid sebagai tempat berpolitik, sebaliknya rumah ibadat itu perlu dimanfaatkan untuk beribadat serta berkumpul bagi meningkatkan perpaduan di kalangan ummah. Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (foto) bertitah, sekiranya masjid yang tersergam indah itu disalahgunakan bagi tujuan kempen dan berpolitik ia akan menjejaskan kesucian rumah keagungan umat Islam tersebut. "Jika hendak berpolitik keluar dari masjid kerana masjid yang dibina itu perlu digunakan untuk beribadat dan menimba ilmu dunia dan akhirat sahaja," titah baginda. Tengku Abdullah bertitah demikian semasa merasmikan masjid baru Kampung Sanggang berharga RM450,000 yang dinamakan Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidek, di sini baru-baru ini. Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Sementara itu, Tengku Abdullah bertitah, keamanan adalah nikmat Allah SWT yang tidak ternilai harganya namun masih ada kelompok yang cenderung meruntuhkan tamadun negara yang sedang dibina. Titah baginda, pergolakan yang berlaku di Asia Barat perlu dijadikan iktibar berguna kepada rakyat negara ini terutamanya umat Islam apabila beberapa negara di rantau berkenaan kini dalam ambang kehancuran. Baginda bertitah, tragedi di negara berkenaan turut menyentuh perasaan hati saudara seagama di negara ini kerana secara langsung telah menjejaskan maruah dan imej agama Islam. "Beta sangat khuatir dan bimbang pergolakan sedemikian berlaku di negara ini jika rakyat berterusan tidak menghormati undang-undang serta melakukan apa juga aktiviti secara melampau.

"Sikap atau keegoan mana-mana individu atau kumpulan yang tidak menghormati keutuhan undang-undang dan rakus memecahbelahkan perpaduan antara satu sama lain perlu dihindari segera," titah baginda. Tengku Abdullah bertitah lagi, rakyat perlu mengekalkan hubungan dan perpaduan kerana segala kemewahan serta nikmat yang dikecapi itu adalah hasil kerjasama dan perpaduan semua kaum. Titah baginda, budaya bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain itu memberi impak besar terhadap keupayaan dan kesejahteraan generasi akan datang.

Tragedi: 'Pelajar Tingkatan Lima' Maut, Manakala Adiknya Cedera Kemalangan Di K.Lipis Semalam !!

Posted: 17 Aug 2012 10:23 PM PDT

KUANTAN, 18 Ogos - Seorang pelajar Tingkatan Lima terbunuh manakala adiknya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan dua lagi kenderaan di KM22, Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kuala Lipis semalam. Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Superitendan Mohamed Fauzi AbdulRahim berkata, dalam kemalangan kira-kira 10.45 pagi itu, Amir Shariff Suhaimi,17, mati di tempat kejadian manakala adiknya, Azwani Wan Shazarina, 13, hanya cedera ringan. Katanya, kejadian berlaku apabila motosikal yang dinaiki dua beradik itu dipercayai bergesel dengan sebuah lagi motosikal menyebabkannya terbabas ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda. Pemandu kenderaan pacuan empat roda telah melarikan diri dan setakat ini belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu, katanya kepada pemberita. "Saksi kejadian diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya. Adiknya Azwani dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Lipis manakala penunggang sebuah lagi motosikal tidak cedera.

Tragedi: 'Sebelas Cedera Tiga Parah', Dua Gerabak Keretapi 'Ekspres Wau' Tergelincir Di Kuala Lipis !

Posted: 16 Aug 2012 05:02 PM PDT

KUANTAN, 18 Ogos - Sebelas penumpang cedera dan tiga daripadanya parah, apabila dua gerabak keretaapi yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan tergelincir di Merapoh dekat Lipis, awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hasan berkata dua daripada 14 gerabak kereta api Ekspres Wau itu tergelincir kira-kira 11 kilometer selepas Stesen Keretapi Merapoh pada pukul 6.30 pagi. Katanya tiga mangsa yang parah dan lapan cedera ringan itu dihantar ke Hospital Gua Musang, Kelantan untuk rawatan lanjut dan identiti kesemua mangsa belum diketahui. Beliau berkata gerabak yang tergelincir itu ditinggalkan di tempat kejadian sebelum kereta api itu meneruskan perjalanan ke Tumpat lebih kurang dua jam kemudian. Abdul Razak berkata punca kejadian itu masih dalam siasatan.

labun KulupSakah...

Posted: 19 Aug 2012 03:13 AM PDT

labun KulupSakah...


Salam!

Posted: 18 Aug 2012 04:48 AM PDT

Blog-list Malaysia

Posted: 19 Aug 2012 01:35 AM PDT

Blog-list Malaysia


Salam Aidil Fitri Untuk Semua Pembaca Bloglist Malaysia

Posted: 18 Aug 2012 08:50 AM PDT


Imam Dibelasah Warden Dalam Penjara?

Posted: 18 Aug 2012 08:20 AM PDT


Disampaikan oleh isteri Imam Hoslan bahawa suaminya kena belasah dalam penjara. Tidak ada sesiapa dibenarkan melawat melawat beliau selama 14 hari.

Laporan polis sudah dibuat oleh isteri beliau di Balai Polis Kajang. Polis kata mereka tidak boleh berbuat apa-apa.




http://gigitankerengga.blogspot.com/2012/08/imam-yang-baling-kasut-kat-hakim-kena.html


MCA Selangor - Kami Akan Halang Malaysia Jadi Negara Islam

Posted: 18 Aug 2012 05:15 AM PDT

Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini


Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.

Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.

http://www.malaysiakini.com/news/206668


Kelab Greenboc

Posted: 19 Aug 2012 01:13 AM PDT

Kelab Greenboc


Subhanallah! Budak Kembar Sotong Melekat Di Perutnya

Posted: 19 Aug 2012 01:01 AM PDT

Deepak Kumar Paswaan yang berusia lapan tahun dari India mempunyai zaman kanak-kanak yang normal setelah "kembar parasit"-nya telah dibuang dalam satu pembedahan.

Anak lelaki atau budak aneh yang menjadi terkenal di seluruh dunia yang mendapat gelaran "kanak-kanak sotong ajaib piala dunia" dia lahir dengan kaki dan lengan yang sesetengah darinya tumbuh dengan pesat di dadanya. Mari kita lihat gambar kanak-kanak ajaib yang digelar budak kembar sotong di India ini.






-informasi.my

Lima Kanak-Kanak Bergilir Rogol Budak Perempuan 6 Tahun

Posted: 19 Aug 2012 12:10 AM PDT

Kejadian ini berlaku ketika 5 anak itu bermain di pekarangan rumah mereka yang berdekatan di Hutabalang.

Seorang anak yang diketahui baru menonton film blue, lalu memanggil Dona, demikian nama samaran yang digunakan menutupi aib kanak-kanak perempuan malang itu. Ketika dipanggil untuk diajak bermain, Dona sedang mengayun adiknya:

Dia dibawa ke sebuah pondok dekat rumahnya. Di situlah 5 kanak-kanak itu menggiliri merogol tubuh Dona.

Dona yang masih mentah itu hanya diam saja ketika diperlakukan begitu, "Ternyata ada saksi yang melihat kejadian itu," terang Kamdani, "Saksi masih anak-anak juga. Dia kemudian menceritakan (yang dilihatnya) itu kepada orangtuanya. Khabar itu lalu sampai kepada orangtua mangsa."

"Dari hasil pemeriksaan" sambungnya, "memang ada luka akibat benda tumpul pada kemaluan mangsa. Pengakuan para pelaku, salah satu dari mereka ternyata mengaku pernah menonton film porno. Kenapa boleh terjadi perkara sebegini, mungkin pengawasan yang kurang daripada ibu bapa yang patut dipersalahkan. Yang hairan macam mana kanak-kanak kecil ini dapat cerita porno tu. -maklumat.my

Tragedi Balik Kampung: Keretapi Tergelincir, Penumpang Terpelanting Banyak Kali

Posted: 18 Aug 2012 09:58 PM PDT

TERBALIK... dua gerabak tergelincir di Kampung Sungai Yu, dekat Gua Musang.

Gua Musang: "Kami tidak ingat perkara lain kecuali mati selepas terpelanting beberapa kali dalam gerabak yang terbalik," kata Nor Hazliza Mohd Noor, 22, seorang daripada hampir 100 penumpang yang terperangkap dalam dua gerabak kereta api Ekspres Wau yang terbalik, awal pagi semalam.

Kejadian jam 6.45 pagi itu berlaku di Kampung Sungai Yu antara Stesen Kuala Lipis dengan Gua Musang ketika Ekspres Wau dari Kuala Lumpur ke Tumpat dalam perjalanan membawa hampir 1,000 penumpang menaiki 14 gerabak untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung.

Dipercayai dua gerabak penumpang kelas satu dan gerabak tempat tidur yang dinaiki hampir 100 penumpang terletak di bahagian belakang terputus dari sambungan gerabak depan, menyebabkannya tergelincir sebelum terbalik di tepi bukit.

Seramai 11 penumpang cedera, lapan lagi parah, termasuk seorang luka di muka manakala dua lagi patah tangan dan patah pinggang, dan dikejarkan ke Pusat Kesihatan Merapoh untuk rawatan.

Pemandu yang menyedari dua gerabak penumpang belakang terputus terpaksa memberhentikan kereta api terbabit sejauh hampir satu kilometer sebelum mengundur semula ke tempat kejadian bagi menyelamatkan penumpang dalam gerabak terbalik itu. -HM


Kereta api tergelincir: 100 penumpang lalui detik cemas

GUA MUSANG - Kira-kira 100 penumpang yang berada di dalam dua gerabak kereta api Ekspres Wau yang tergelincir di Kampung Sungai Yu, Merpoh dekat Kuala Lipis, Pahang, jam 6.45 pagi ini, melalui detik mencemaskan dan mengerikan.

Mereka terpelanting beberapa kali di dalam gerabak terbabit dalam keadaan bertindih antara satu sama lain, sebelum merangkak keluar menerusi cermin pintu gerabak yang dipecahkan.

Penumpang itu menaiki 14 gerabak kereta api terbabit yang dalam perjalanan pulang untuk menyambut Aidilfitri di kampung masing-masing.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis Supt Abdul Razak Hasan berkata dua daripada 14 gerabak kereta api Ekspres Wau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, tergelincir kira-kira 11 kilometer selepas Stesen Keretapi Merapoh pada pukul 6.30 pagi.

Katanya, tiga mangsa parah dan lapan cedera ringan dihantar ke Hospital Gua Musang di sini, untuk rawatan lanjut.

Seorang penumpang yang terselamat, Nor Atikah Zakari, 21, berkata semasa kejadian kebanyakan penumpang sedang nyenyak tidur, hanya beliau bersama
beberapa penumpang lagi belum melelapkan mata.

Katanya, apabila sampai di tempat kejadian, gerabak yang dinaikinya tiba-tiba bergegar dengan kuat dipercayai selepas terputus dari sambungan dengan
lokomotif.

Beliau berkata ketika itu, beliau bersama penumpang lain terpelanting beberapa kali dalam keadaan kelam kabut sambil masing-masing menjerit ketakutan.

"Saya juga bertindih antara satu sama lain di dalam gerabak berkenaan sebelum saya merangkak mencari pintu keluar untuk menyelamatkan diri," katanya
yang dalam perjalanan pulang ke Tumpat.

Nor Hazliza Mohd Noor, 22, pula berkata,beliau sebelum itu tidak dapat melelapkan mata walaupun perjalanan masih jauh, tetapi tidak membayangkan
perkara buruk berlaku.

Beliau berkata, ketika bunyi dentuman kuat semasa gerabak sedang terbalik, beliau turut menjerit meminta tolong, kemudiannya merangkak untuk keluar
menerusi pintu namun gagal kerana ia masih tertutup dengan kuat.

"Ada penumpang lelaki yang terpaksa memecahkan cermin pintu koc terbabit sebelum saya dapat keluar menerusi cermin yang pecah itu dalam keadaan selamat," katanya.

Sementara itu, di KOTA BHARU, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberitahu perkhidmatan kereta api penumpang dari Kuala Lumpur ke Kelantan
tidak terjejas walaupun berlaku kemalangan tersebut.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat KTMB, berkata kerja membaik pulih landasan dijangka selesai pukul 7 petang ini.

"Ketika ini petugas KTMB sedang menjalankan kerja membaiki landasan dan mengangkat tren yang tergelincir dari landasan," katanya ketika dihubungi dari
sini, hari ini.

Jurucakap itu menasihati penumpang dan keluarga mereka supaya tidak risau mengenai perkhidmatan itu terutama di musim perayaan Aidilfitri ini.

Beliau juga meminta orang ramai menghubungi stesen KTMB berhampiran untuk mendapat maklumat terkini mengenai perjalanan mereka ke destinasi masing-masing
. - Bernama


SELAMAT HARI RAYA AIDIL-FITRI DARI GREENBOC

Posted: 18 Aug 2012 04:30 PM PDT



Guna smartphone anda untuk mengimbas QR Code di atas...


MAAF ZAHIR DAN BATIN


Bangunan Dicatkan Dengan Lambang PAS Di Mesir

Posted: 18 Aug 2012 11:28 AM PDT

Semangat PAS Bukan Sahaja Di Malaysia Tapi Di Timur Tengah.

Misti korang ingat foto ini diambil di Malaysia bukan, korang silap sebab foto ini bukan diambil di Malaysia, tapi nun jauh di Mansurah, Mesir...Allahhuakbar!! -fb Busman


Ulasan GB

Dulu para pelajar kita berpakaian kuning, Menteri Luar, Anifah Aman sibuk mengulas kononnya Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra, melahirkan rasa dengan memakai baju kuning serta memegang kain rentang 'duduk bantah', malah siap berbohong menyatakan "kuota haji yang dikeluarkan Arab Saudi kepada Malaysia akan dikurangkan, malah tidak mustahil tidak diberi langsung".

Sementara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula, berkata kerajaan Arab Saudi amat sensitif terhadap sebarang bentuk demonstrasi.

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak ketinggalan bersuara mengharamkan umat Islam menyertai BERSIH.

Sekarang nah, ketiga-tiga bolehlah buat kenyataan lagi, menyatakan Presiden Morsi hantar "nota diplomatik" supaya bangunan-bangunan di Mesir jangan atau haram dicatkan dengan lambang bulan ....

Hukum kebenaran dan keadilan mengambil tempatnya, lagi kamu tekan PAS, ia akan lagi bersemarak, bukan sahaja di Malaysia malah di seantero dunia!

Takut Pada PAS, Situasi Sudah Kelam-kabut

Posted: 18 Aug 2012 06:33 AM PDT

Sekarang Umno kuat melancarkan serangan keatas DAP dan KeADILan. Mungkin ini berlaku kerana Umno sudah berasa gerun disebabkan oleh ramai orang ternama sedang menyertai PAS. Oleh itu strategi yang mudah untuk Umno ialah untuk menyerang DAP dan KeADILan untuk melemahkan PAS.

Serangan ke atas DAP berbentuk memburuk-burukkan DAP dengan mengeluarkan kenyataan melalui media dibawah kawalan mereka bahawa adalah haram untuk menyokong DAP.

Tetapi bagaimana pula dengan MCA yang sering memperlekehkan Islam? Presiden MCA iaitu Chua Soi Lek pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara-negara Islam adalah mundur.

Selain dari itu, MCA juga telah mengugut akan keluar dari BN jika Umno melaksanakan Hukum Hudud.

Malah semasa berdebat dengan Setiausaha-Agung DAP iaitu Lim Guan Eng pada bulan Februari yang lalu, Presiden MCA itu telah dengan terang-terangan sebut bahawa MCA berani menentang Umno dalam bab Hudud manakala DAP telah tunduk kepada PAS dengan mendiamkan diri.

Ini jelas menunjukkan bahawa MCA seribu kali lebih teruk lagi dari DAP yang hanya menolak perlaksanaan Hudud dengan hujahan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan sahaja. DAP juga sentiasa menghormati ugama Islam sepertimana yang telah tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.

Agenda Umno disini ialah tidak lain dan tidak bukan satu cubaan melaga-lagakan PAS dengan DAP dengan tujuan untuk menumbangkan Pakatan Rakyat sebab jika Pakatan tumbang maka PAS akan gagal ke Putrajaya.

Serangan keatas KEADILAN pula dilancarkan keatas Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim dari parti KeADILan. BN telah cuba menakut-nakutkan rakyat negeri Selangor bahawa bekalan letrik mungkin terjejas disebabkan oleh kepimpinan Khalid yang tidak efisyen. Ini selepas cubaan menakut-nakutkan rakyat negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bahawa bekalan air mungkin akan terjejas juga dengan menggunakan alasan yang sama.

Nampaknya BN gemar main dengan api dan air demi meraih sokongan rakyat sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang bakal menjelang ini.

Namun demikian jika PRU13 diadakan pada bulan Oktober hingga Disember selepas Belanjawan dibentangkan oleh BN pada 28hb September, Belanjawan yang baru akan dibentangkan oleh Pakatan selepas PRU13 jika Pakatan menang dan Pakatan Rakyat akan dapat melancarkan serangan yang lebih kuat terhadap BN dengan membentangkan idea-idea Pakatan yang lebih mesra rakyat pada masa kempen pilihanraya nanti.

"Walaupun Belanjawan BN penuh dengan gula-gula untuk mengumpan rakyat, berbagai alasan boleh diberikan untuk menidakkan gula-gula tersebut selepas BN menang. Justeru itu, semoga rakyat janganlah mudah diperdayakan," kata Dr. Dzulkefly Ahmad, Anggota Parlimen Kuala Selangor dari PAS.

Jika PRU13 diadakan sebelum Belanjawan, contohnya pada 16hb September, BN tidak dapat mengumpan rakyat.

Ini bermakna BN kini sudah mengalami kesukaran untuk mengadakan pilihanraya - sebelum Belanjawan pun sukar dan selepas Belanjawan pun sukar sebab masa sudah suntuk - dari pertengahan bulan September hingga hujung bulan Oktober ialah musim Haji, lepas itu dalam bulan November pula ialah masa peperiksaan SPM dan STPM dimana dewan sekolah digunakan dan pada bulan Disember pula, ibubapa sibuk membuat persiapan untuk anak-anak mereka balik ke sekolah dan banyak lagi urusan peribadi perlu diselaraskan sebelum tahun baru bermula.

"Jelaslah BN sudah terlambat dan berada dalam keadaan yang amat terdesak sekarang," sambung Dr. Dzulkefly. -Selena Tay

Nyanyuk Mahathir Semakin Menjadi-jadi

Posted: 18 Aug 2012 04:46 AM PDT

Hudud boleh dilaksana jika Pas sertai Umno

JERLUN - Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

"Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.

"Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud," katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

"Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.

"Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan," katanya.

Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

"Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.

"Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai.

"Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.

"Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud," katanya. -SH

Ulasan GB

Nyanyuk Mahathir semakin menjadi-jadi mutakhir ini.

Belaiu mengajak PAS menyertai UMNO untuk laksanakan hudud sedangkan:

1) Mahathirlah orang yang pernah menuduh PAS lebih bahaya dari kominis
2) Mahathirlah orangnya yang telah menghantar surat kepada TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengamcam untuk mengambil tindakan jika TG MB Kelantan itu ingin terus melaksanakn hudud
3) Mahathirlah orangnya yang mempersendakan hudud selama ini dengan pelbagai tuduhan yang diantara lainnya menyatakan hukum hudun adalah undang-undang yang tidak adil kepada rakyat Malaysia
4) Mahathirlah orangnya yang telah memulakan sekatan pembangunan di negeri-negeri yang dikuasai PAS khususnya Kelantan
5) Mahathirlah orangnya yang telah mengkhianati perjanjian royalti Petrnas dengan menukarkan wang ehsan.

Justeru itu kenyataannya mengajak PAS menyertai UMNO hanya satu sandiwara politik semasa untuk menyelamatkan kareer politik anaknya, Mukhriz yang umum mengetahui UMNO Kedah ini terus menerus menghadapi zaman gelap gelitanya...

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

Posted: 18 Aug 2012 11:28 PM PDT

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


JIKA TIDAK BERSAMA UMNO JANGAN HARAP HUKUM ISLAM TERTEGAK

Posted: 18 Aug 2012 12:05 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN 

MAHATHIR Kutty merepek menjelang Raya.  Mantan PM yang terkenal sebagai tokoh menentang hukum Hudud ini menyebut bahawa Hudud hanya boleh dilaksanakan jika PAS bersama Umno.  Sama seperti jika kita dengar Ketua Perompak menasihatkan Pengurus Bank agar mengupah budak-budak dia untuk mengawal bank jika mahu bank 'selamat'.

Mahathir tahu hayat Umno semakin kritikal sekarang dan Umno tiada pilihan lain untuk meneruskan hayatnya melainkan mesti mendapat sokongan PAS.  Umno sudah tidak boleh berharap dengan MCA, MIC, Gerakan dan jauh sekali dari parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak.  Usaha untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP dalam isu Hudud banyak makan tuan kerana MCA baru-baru ini sebut jika tidak mahu Hudud, sokonglah MCA.

pelik bin ajaib apabila Mahathir sebut Hudud hanya boleh terlaksana jika PAS bersama Umno.  Jika itu teorinya, sejarah pernah memperlihatkan PAS bersama Umno berpuluh tahun dahulu.  Adakah ketika itu ada usaha-usaha dari Umno untuk merealisasikan hukum Hudud?  Bahkan, Umno membuli PAS semahu-mahunya sehingga PAS terpaksa membawa diri sendiri.

Alangkah hebatnya Umno sehingga tidak tertegak hukum Allah di bumi ini tanpa berbaik dengan Umno.  Melucukan, yang bercakap itu pula tokoh yang pernah mempersendakan Sunnah Nabi dan hukum Hudud itu sendiri.  Kelakar juga yang bercakap itu anaknya pernah mempunyai saham di dalam industri arak.

Cukup-cukuplah Umno berpolitik seperti tiada arah.  Semua jadi serba salah buat Umno sekarang.  Masalah paling besar Umno sekarang adalah rakyat tidak lagi percaya dengan parti ini walaupun kadangkala yang dibuatnya itu baik, tetapi rakyat tetap akan kata Umno tidak akan buat baik jika tidak bersebab.  Umno mahu berbaik dengan PAS pun rakyat sudah tahu apa muslihatnya.

MIMPI SENJA

Posted: 18 Aug 2012 11:06 PM PDT

MIMPI SENJA


Kisah menarik tentang seorang gadis bernama Loo Jo Yee Binti Abdullah dapat hidayah

Posted: 18 Aug 2012 10:00 AM PDT



Kisah Menarik Loo Jo Yee Binti Abdullah Untuk Renungan | Tahukah anda bahawa Loo Joo Yee merupakan seorang gadis berketurunan Cina yang kini sudah pun memeluk agama Islam. Namanya mula dikenali ramai selepas ia mula berkongsi cerita bagaimana saat menerima hidayah Allah.
Mungkin ada di antara anda di sini sudah mengenali dengan nama ini, namun jika sebaliknya ada satu kisah yang menarik dikongsikan oleh gadis ini. Pertama kali admin melihat beliau secara dekat apabila menghadiri sebuah majlis yang diadakan di bangunan SUK Selangor tahun lalu. Sempat mendengar kisah beliau secara langsung dan ia cukup memberikan kita satu inspirasi diri. Jom ikuti kisah beliau di bawah ini.
Loo Jo Yee Binti Abdullah
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber 'binti' kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan. Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak 'encourage' beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala.Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri. (Sumber)
Note - Islam tidak pernah memaksa seseorang itu untuk memeluk agama Islam, malah Islam juga bersedia untuk dikaji oleh orang kafir sendiri. Alhamdulillah, bagi kita yang dilahirkan sebagai orang Islam sepatutnya lebih bersykur kerana ia adalah antara nikmat terbesar yang Allah kurniakan kepada kita semua. Semoga kita sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.

Nasha akan lawan Karpal di Mahkamah

Posted: 18 Aug 2012 08:06 AM PDT

August 18, 2012
Ida Lim 
KUALA LUMPUR, 18 Ogos —  Bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bertegas dengan kenyataannya bahawa Karpal Singh anti Islam dan bersedia untuk berhadapan dengan pengerusi DAP itu di mahkamah untuk menyelesaikan pertikaian antara  mereka berdua.
Ini bakal menjadi ujian getir kepada hubungan diantara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) menjelang pilihan raya umum (PRU) yang semakin hampir.
Karpal juga seorang peguam veteran berkata kepada The Malaysian Insider semalam beliau akan mengemukakan saman malu kepada Nasharuddin yang mengeluarkan kenyataan menyatakan beliau menghina Islam sedangkan beliau sentiasa menghormati Islam sebagai agama persekutuan
.
"Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh adalah anti Islam dan bersedia untuk bertemu beliau di Mahkamah," kata Nasharuddin (gambar) melalui kiriman SMS kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
Menurut bekas timbalan presiden PAS itu, menolak hukum Islam bermakna seseorang itu anti kepada Islam.
"Saya di didik di dalam PAS bahawa ajaran Islam itu adalah syumul merangkumi setiap aspek kehidupan.
"Didalam nya ada aqidah, perundangan dan dan akhlak. Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam," katanya lagi.
Karpal telah berulang kali mengatakan hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana perlembagaan negara ini mengatakan Malaysia adalah negara sekular.
Karpal juga mengatakan Nasharuddin perlu faham perbezaan diantara Islam sebagai agama dan negara Islam.
"Perlembagaan negara menjamin Malaysia sebagai negara sekular dan di Malaysia undang-undang sekular digunakan.
"Sebelum undang-undang Hudud dilaksanakan, negara Islam perlu ditubuhkan," Karpal pernah berkata.
Sebelum pilihan raya 2004, gabungan PAS dan DAP serta Parti Keadilan Nasional (kini PKR) dalam Barisan Alternatif (BA) berpecah oleh kerana presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan dokumen negara Islam yang menyebabkan DAP keluar dari BA.
PR ditubuhkan selepas gabungan PKR, DAP dan PAS berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen serta merampas empat buah negeri dalam PRU 2008.- TMI

Kopitiam Bang Nan

Posted: 18 Aug 2012 09:30 PM PDT

Kopitiam Bang Nan


Raya kat mana yob??

Posted: 18 Aug 2012 12:09 AM PDT

Askar Israel memeriksa pemuda Palestin

Dalam kita seronok menanti Syawal, marilah kita sama-sama ingat saudara kita di seluruh dunia yang sedang menghadapi berbagai tekanan dan siksaan dari regim yang zalim.

Gambar di atas adalah salah satu aksi askar Israel di check point di West Bank yang dikuasai Fatah. Sehingga kini ada sebanyak 650 check points, di West Bank saja.

Bayangkan di Gaza Strip yang pro Hamas. Israel masih lagi mengenakan sekatan. Negara yahudi itu telah mengenepikan tekanan antarabangsa untuk meringankan sekatan dan membenarkan keperluan Ramadhan di bawa masuk ke Gaza. 1.5 juta populasi di Gaza hidup dalam keresahan.

Tembok 'apartheid' sepanjang 750 km sengaja dibina sejak 7 tahun lalu untuk menyekat pergerakan rakyat Palestin. Ia dilengkapi dengan peralatan keselamatan seperti Menara Kawalan yang beroperasi 24 jam, kawalan bersenjata, trenches, surveillance cameras dan wayar elektrik. Setiap bandar cuma ada satu pintu untuk melepasi tembok pemisah tersebut.

Entah apalah nasib saudara kita di Syria, Rohingya, Afghanistan dan lain-lain?

Kenangilah mereka dalam kita menyambutnya begini...

Baraan di kampon2 di Johor...
Di Padang Golf...Hehe (Gambar sekodor hiasan)

Lemang dan rendang di Taiping

Di mana saja saya berada
Saya dengan ini mengambil kesempatan mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada kaum keluarga saya terutama adik beradik saya yang dikasihi ie Long, Ngah, Hamid, Mohaya, Kak Ani, Nor dan Aton sekeluarga.

Tidak lupa juga sahabat handai di pejabat, di MBI iaitu dari Nazir, Timbalan Nazir, Tuan-tuan Imam, Bendahari, AJK, pegawai-pegawai masjid dan jemaah sekelian.

Begitu juga rakan2 di Bukit Indah terutama sekali Loyar Mohd. Noh Nasira dan Zainal Rashid yang selalu usik mengusik, Pok Nik dan Lt. Kol (B) Basri serta jiran-jiran semua. Kepada tuan-tuan yang tidak disebutkan namanya di sini, jangan kecil hati... Tuan-tuan sentiasa di hati saya!!

Akhir sekali rakan2 di Kopitiam Bang Nan dan fb saya.

Maaf Zahir dan Batin.

Istiqamah Dalam Perjuangan....




Che Det Nak Hudud.....!!

Posted: 17 Aug 2012 10:38 PM PDT


Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Undang-Undang Hudud.

1. "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif." – Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam kenyatannya kepada wartawan di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim.
2. "Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." – Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.
3. "Saya nak tahu siapakah di antara ahli-ahli Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti" – Tun Dr. Mahathir, 30 April 1992 dalam ucapannya di perjumpaan ketua-ketua UMNO Bahagian Johor.
4. "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" – Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.
5. "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" – Ucapan Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
6. "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik." – Tun Dr. Mahathir, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan.
7. "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja." – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.
8. "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." – Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.
9. "Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam." – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 3 Mac 1994, dalam ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan.
10. "Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini." – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.
11. "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 1994, dalam temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO.
12. "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir." – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
13. "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
14. "Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam." – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 30 April 1992, dalam kenyataannya kepada wartawan.
15. "Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan." – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 18 Ogos 1991, dalam temubualnya dengan wartawan.
16. "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak." – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 24 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.
17. "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu." – Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1992, ketika bercakap kepada wartawan.
18. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama." – Dr. Mahathir Mohamad, 2 Mei 1992, dalam ucapannya di Papar, Sabah.
19. "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam." – Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.
20. "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam." – Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.
21. "Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama" – Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92
Kenyataan Pemimpin-Pemimpin UMNO Berkenaan Dengan Hukum Menutup Aurat.
1. "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam" – Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
2. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat" – Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997 di Perhimpunan Agung UMNO, PWTC.
3. "Cara ini meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa" – Tun Dr. Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997)
Tun Dr. Mahathir ketika itu sedang bercuti di Okoyama, Jepun apabila tiga orang gadis Melayu dan beragama Islam iaitu Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar), Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar), menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997 telah ditangkap oleh lima pegawai JAIS.
Lanjutan daripada gesaan Dr Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di Mahkamah Syariah. Sedangkan mufti baru beberapa bulan disambung kontraknya.
Kenyataan-Kenyataan Tun Dr. Mahathir Dalam Kes Tersebut.
1. "Saya bukan lawan dengan semua mufti, tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama', macam-macam ulama' ada. Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi – pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama' adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih." – Tun Dr. Mahathir Mohamad, di majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997.
2. Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka" – Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991 di Perhimpuan Agung UMNO, PWTC)
Mengizinkan Maksiat/Membela si Pemaksiat (Kes 'The Zouk', Ampang)
1. "Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya mereka tidak meminumnya". – Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun 2001
2. "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan sebagainya," – Dato' Rais Yatim, Jun 2001
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar, Jun 2001: menyifatkan bahawa tindakan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10 Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.
Beliau mengkritik hebat tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan jabatan tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual minuman keras.

RAKYAT MARHAEN

Posted: 18 Aug 2012 09:19 PM PDT

RAKYAT MARHAEN


Aidilfitri 2012: “Bina masa depan gemilang”

Posted: 18 Aug 2012 09:00 PM PDT


Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kelas, umur maupun jantina perlu membina semula negara ini dengan berpegang kukuh kepada prinsip demokrasi, keadilan, solidariti, integriti dan urus tadbir yang baik. Demikian kenyataan Ketua parlimen DAP Lim Kit Siang dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2012.
"Sebagai rakyat Malaysia, kita punya masa depan bersama. Marilah sama-sama kita tempa masa depan Malaysia yang progresif dan makmur sejahtera atau, kita semua akan menderita disebabkan kelemahan sendiri yang cuma menghalang negara dari mendapat nikmat sumber hasil bumi dan tenaga usaha kita.
"Hanya beberapa ketika lagi kita juga akan menyambut hari Merdeka yang ke 55 dan Hari Malaysia yang ke 49. Ia merupakan sebuah acara untuk seluruh rakyat Malaysia.
"Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, marilah kita menyahut seruan untuk berjuang dan mencapai kegemilangan sebagai sebuah bangsa dan negara.
"Dalam kesempatan pada hari yang penuh berbahagia dan mulia ini, samada kita yang bukan beragama Islam bersama-sama teman yang beragama Islam menyambut tarikh penting ini sebagai perayaan kebangsaan. Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di Malaysia."

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Tuan Guru Presiden PAS

Posted: 18 Aug 2012 08:56 PM PDT

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam di negara ini. Ia merupakan hari kemenangan kepada umat Islam setelah berpuasa selama sebulan.

Ambillah kesempatan perayaan ini untuk meningkatkan hubungan kekeluargaan dan kejiranan, juga mengekalkan hubungan dengan Allah yang dibina sepanjang Ramadan.


Selamat hari raya. Maaf zahir batin.

DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Tak sabaq nak dengaq apa kata CACAI Umno... kahkahkah...

Posted: 18 Aug 2012 08:54 PM PDT

Sah dan sahih ini yang terjadi...
Perkasa tetiba jadi TULI...
JATI teruih tidoq mati...
Nasha masih tak nampak apa...
Zul Kulim, dua minggu lepaih dah start raya...
Dolah Samah sebok kira pitih...satu utk engkau satu utk aku.....
MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang jadi negara Islam

Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.
"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim. 
"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

On Facebook, Umno Youth risks igniting religious firestorm

Posted: 18 Aug 2012 08:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 19 — A picture posted on Umno Youth's official Facebook page yesterday suggesting a vote for the Pakatan Rakyat (PR) opposition pact will catapult Christianity into Islam's unquestioned position as Malaysia's religion shows faith is still being used as a bogey to scare off the crucial Malay-Muslim vote in the run-up to national polls.
The controversial poster had read: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. (If you agree to make CHRISTIANITY the official religion of the federation of Malaysia, continue supporting Pakatan Rakyat.) 'God bless you my son'."
Read More / Baca Lagi >>

Ex-ISA detainee vows to fight for release of 30 others

Posted: 18 Aug 2012 08:17 PM PDT

Muslims celebrate Eid al-Fitr

Posted: 18 Aug 2012 08:16 PM PDT

Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz | Kuliah Jumaat 17 Ogos 2012

Posted: 18 Aug 2012 08:15 PM PDT

UN peace mission to Syria set to expire

Posted: 18 Aug 2012 08:15 PM PDT

Show us your hudud, PAS Youth chief dares Umno

Posted: 18 Aug 2012 07:16 PM PDT

Failure by Umno to unveil its interpretation of hudud will lay bare its pretence of wanting to implement the Islamic penal law, said Nasrudin. — File pic
KUALA LUMPUR, Aug 18 ― PAS Youth chief Nasrudin Hassan challenged today political foe Umno to draw up its version of hudud, the Islamic penal code, and present it to Parliament to be made law, as both parties battle for the crucial Malay-Muslim vote ahead of key elections. Nasrudin was responding to former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad who reportedly said that Umno could help PAS set up an Islamic state and enforce hudud if the Islamist party quits the Pakatan Rakyat (PR) opposition pact and rejoined the ruling Barisan Nasional (BN) coalition.
"I challenge Umno to complete its draft and then present it in Parliament. If it fulfils the requirements of Islam as commanded by Allah, I am confident PAS MPs will support it.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Umno lagakan Islam - Kristian

Posted: 18 Aug 2012 07:15 PM PDT

On Facebook, Umno Youth risks igniting religious firestorm
KUALA LUMPUR, Aug 19 — A picture posted on Umno Youth's official Facebook page yesterday suggesting a vote for the Pakatan Rakyat (PR) opposition pact will catapult Christianity into Islam's unquestioned position as Malaysia's religion shows faith is still being used as a bogey to scare off the crucial Malay-Muslim vote in the run-up to national polls.
The controversial poster had read: "Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. (If you agree to make CHRISTIANITY the official religion of the federation of Malaysia, continue supporting Pakatan Rakyat.) 'God bless you my son'.
"The picture, posted yesterday afternoon, provoked an uproar on the popular social network with some cyber citizens supporting the statement and others condemning the Umno youth wing for attempting to fan emotions and religious sentiments between Christians and Muslims on the eve of Aidilfitri, one of the biggest holidays in multicultural Malaysia's calendar.


"Bodo punya pemuda umno, dah terang2 dlm perlembagaan Islam agama rasmi....DAP pun sokong perlembagaan, sj je nak nak tunjuk bodo! Tp DAP sependapat dgn umno ttg hudud, tu je... (Stupid Umno Youth, it's clear in the Constitution Islam is the official religion…DAP also supports the Constitution, they are only showing their stupidity! But DAP shares Umno's view about hudud, that's all…)" said a social networker identified only as Mohd Ghazali in the Umno Youth Facebook page.
Read More / Baca Lagi >>

Dewan Pemuda: Umno kena sertai Pas, bukan sebalik

Posted: 18 Aug 2012 07:13 PM PDT



Nasrudin Hassan SHAH ALAM - Sambil menegaskan Umno yang patut menyertai Pas, Pemuda Pas mencabar Umno membentangkan rang undang-undang hukum hudud di Parlimen terlebih dahulu daripada mempelawa parti Islam itu menyertainya  ataupun Barisan Nasional (BN).
Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, beliau yakin wakil rakyat Pas akan menyokong langkah itu jika Umno sanggup berbuat demikian.
"Saya cabar Umno siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh ALLAH SWT, saya yakin ahli Parlimen Pas akan menyokongnya.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita : Hidup sesak dibelenggu hutang

Posted: 18 Aug 2012 04:43 PM PDT


Kegilaan rakyat Malaysia membeli-belah menjelang musim perayaan menyebabkan hutang mereka turut meningkat. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Kegilaan masyarakat negara ini menjalani gaya hidup moden dengan berhutang keliling pinggang begitu menggerunkan apabila maklumat terkini menunjukkan lebih enam juta isi rumah di Malaysia mempunyai jumlah hutang terkumpul sebanyak RM653 bilion.
Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.
Read More / Baca Lagi >>

SELAMAT HARI RAYA DARI WARGAKERJA RAKYAT MARHAEN

Posted: 18 Aug 2012 04:13 PM PDT

PIHAK KAMI MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN
SELAMAT HARI RAYA INGAT PILIHANRAYA

SELAMAT HARI RAYA: GE-13 with 'rendang' & 'lemang' this year!

Posted: 18 Aug 2012 04:09 PM PDT

SELAMAT HARI RAYA: GE-13 with 'rendang' & 'lemang' this year!The 13th general election, when it will be held and who to vote for will surely be among the hot topics of conversation at the thousands of Hari Raya gatherings held across the nation this year.
Just days ago Umno secretary-general Tengku Adnan ruled out October polls so as not to peeve Muslims, who do not want a clash with the Haj or pilgrimage season.
Mind you, it is still possible for Prime Minister Najib Razak to surprise his arch rival Opposition Leader Anwar Ibrahim by calling for polls in September although the chances of this happening are getting slimmer by the day.
Pakatan Rakyat leaders now believe that Najib will hold GE-13 in November once the Haj ends around October 26. By then the effects of the Budget 2013 that Najib is due to detail on September 28 would have begun to filter down to the people, they explain.
Just like the controversial Budget 2012, next year's spending plan is expected to be a populist one with Najib likely to distribute a second round of BR1M -  a cash aid for the elderly and the lower-income groups - in a bid to win the hearts and minds of voters.
Read More / Baca Lagi >>

UCAPAN RAYA - DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Posted: 18 Aug 2012 10:26 AM PDT

Madinah Eid-ul-Fitr Takbir

Posted: 18 Aug 2012 10:06 AM PDT

:Takbeer Eid Ul Fitr in Masjid Al Haram Sharif, Al Makkah

Posted: 18 Aug 2012 10:05 AM PDT

Kenyataan Akhbar Presiden PAS mengenai Isu Hudud

Posted: 18 Aug 2012 10:04 AM PDT



Sesiapa sahaja yang ingin mengetahui Islam secara ikhlas, maka wajiblah mereka membaca dan mengkaji daripada sumber asasi Islam iaitu kitab suci Al Quran dan cara pelaksanaanya melalui hadith-hadith yang soheh. Begitu juga penjelasan daripada para ulama muktabar, sama ada menerusi kitab-kitab tafsir, hadith dan ilmu feqah serta sejarah pelaksanaan oleh kerajaan-kerajaan Islam yang adil, bukannya kerajaan Islam yang zalim.

Tentulah akan berlaku kesilapan dan boleh menyesatkan jika sekadar membaca dari sumber yang tidak benar dan mengelirukan seperti penulisan para orientalis yang tidak beriman atau media yang tidak juga beriman dan budiman. Apatah lagi cuba mendalami Islam menerusi media yang mencampur adukkan hak dan batil, mencampur adukkan terjemahan Al Quran, tulisan-tulisan serta gambar lucah dan keputusan judi nombor ekor untuk mendapat keuntungan wang tanpa mengira halal dan haram.  Begitu juga dari kalangan para ulama contoh daripada ahli kitab yang disumpah menjadi kera, binatang yang bergayut di pokok yang banyak buah yang boleh dimakan. Kalau diberi bunga yang cantik dan harum nescaya diciumnya. Kemudian dikoyak rabak merosakkannya. Begitulah ajaran Islam yang murni juga dikoyak rabaknya, kerana kedudukan dan periuk nasi kononnya.

Read More / Baca Lagi >>

MELAWAN SIHIR UMNO...

Posted: 18 Aug 2012 10:03 AM PDT


Dulu nak tau raya ternanti nanti pengumuman Penyimpan mohor besar raja raja melayu. Tapi penantian itu ada pilihan...samada esok atau lusa.... Tak pernah berlaku penyimpan mohor besar raja raja melayu menyimpan tarikh hari raya lebih dari dua hari.. tapi hari ini hari raya boleh dikatakan pasti apabila tertulis dalam "kalendar kuda".. mungkin kerana kecanggihan ilmu astronomi dan hisab menjadikan penentuan tarikh raya boleh dibuat bertahun lamanya.. maka kita tak susah untuk mengatur bile nak buat ketupat atau rendang dan lemang.

Yang menjadi masalahnya hari ini ialah menentukan pilihan"raya"... Ia menjadi satu rahsia besar dan mimpi istimewa perdana Menteri... bukan hanya rakyat dan pembangkang tak tahu tetapi timbalan perdana menteri pun tak tahu...Silap silap .... perdana menteri pun tak tahu... Hanya dalam ilmu Allah dan mimpi isteri perdana menteri barangkali...

Read More / Baca Lagi >>

Umno Mencari Pelampong Agama

Posted: 18 Aug 2012 10:02 AM PDT

Umno akan membuat apa sahaja ketika menghadapi kebangkitan rakyat yang akan  mehttp://img.store.co.id/images/0/PRINCESS_SNOW_Pelampung_Bayi_Pink_prod21644.jpgnolak BN dalam PRU akan datang. Umno cuba  mencari pelampong Agama  dan berlagak juara  pembela agama nombor wahid. Pada hal sejarah telah mencatat bahawa pemimpin Umno merupakan penghalang pelaksanaan syariat Allah di negara ini.

 Rakyat masih segar surat amaran kepada kerajaan Kelantan yang dihantar oleh Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri. Tiba-tiba Tun Mahathir ajak Pas meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersatu  dengan Umno untuk laksanakan hudud, kerana di dalam Pakatan Rakyat ada penentang hudud. Tun lupa, Mca sahabat Umno merupakan  penentang dan penghina tegar hukum Islam di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Raya dan politik

Posted: 18 Aug 2012 10:00 AM PDT

Oleh Ronasina
Hari Raya Aidilfitri adalah hari perayaan umat Islam seluruh dunia bermula 1 Syawal menurut kalender Islam selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. 
Aidilfitri adalah perayaan terbesar di Malaysia dan kita dapat lihat sendiri betapa sambutannya begitu meriah apatah lagi ia turut diraikan oleh pelbagai lapisan kaum dan agama di Malaysia sejak dahulu lagi.

 Kunjung mengunjung, bermaaf-maafan antara satu sama lain dan bersedekah seperti menjadi ritual pada hari mulia ini. Kotaraya yang lengang kerana penghuninya pulang ke kampung akan kembali sibuk semula seminggu kemudiannya sebab pesta rumah terbuka pula akan bermula di kota ini sehinggalah kadang-kadang terlajak melepasi bulan Syawal. Ini sudah jadi budaya kita.
Anehnya amalan yang digalakkan Islam ketika menjalani ibadah puasa dan berhari raya bertentangan pula dengan kerja-kerja politik di Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Battle for Aleppo rages on

Posted: 18 Aug 2012 09:57 AM PDT

Ucapan Hari Raya Nurul Izzah Anwar

Posted: 18 Aug 2012 09:55 AM PDT

Mengembalikan makna Aidilfitri ke dalam diri

Posted: 18 Aug 2012 09:54 AM PDT

Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai detik kematian. Demikian kata Al-Quran. Sesuatu yang bermula akan ada pengakhirannya. Begitu juga setiap pertarungan akan ada penghujungnya. Maka, setiap pemenang akan sentiasa dianugerahkan mahkota kejuaraan. Hanya Allah 'azzawajalla Yang Maha Kekal yang menguasai segenap aturan kehidupan. Demikian jugalah dengan tetamu yang bertandang ke rumah. Kita akan mengalu-alukan kehadiran mereka dengan layanan yang penuh kegembiraan. Sampai masanya, ia akan beredar pergi meninggalkan kita. Boleh jadi kita akan bertemu dengannya lagi jika ada kesempatan di lain masa.

Itulah hakikat setelah sebulan mengharungi Ramadhan. Ia hadir setahun sekali bagai tetamu dari perjalanan yang sangat jauh dan singgah sebentar menumpang teduh buat beberapa ketika. Apabila tiba saat perpisahan, hati menjadi sebak dan sayu. Apakah akan ada lagi pertemuan yang seumpama ini ? Adakah kali ini merupakan Ramadhan yang terakhir buat diri kita? Demikian Allah 'azzawajalla telah menjadikan Ramadhan itu sebagai medan latihan buat insan mengawal diri. Hanya Dia yang mengetahui 'ubat mujarab' untuk merawat hati manusia. Inilah imej Ramadhan sebagai lambang kepada bulan pertarungan di antara akal dan nafsu. Di penghujungnya, hanya ada kisah di antara hamba dan Pencipta. Bagaimana hubungan di antara kita dengan Allah 'azzawajalla setelah selesai Ramadhan? Hanya diri insan yang menempuh Ramadhan sahajalah yang tahu bagaimana duduk keadaan yang sebenarnya. Jika Ramadhan yang lalu diisi dengan melipatgandakan amalan, berpuasa dengan keimanan dan kesabaran serta bersungguh-sungguh mengawal diri maka Ramadhan akan diakhiri dengan semangat dan jiwa yang baru.
Read More / Baca Lagi >>

Perutusan Aidilfitri Anwar Ibrahim: Istiqamah tuntut perubahan, tolak kebobrokan

Posted: 18 Aug 2012 09:50 AM PDT

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Saya dan Azizah mewakili keluarga, kepimpinan dan anggota KEADILAN seluruhnya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitr 1433 Hijrah kepada semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian dengan lafaz minal eidil walfaizin wal maqbulin. Kemaafan dipohon daripada saudara-saudari seluruhnya atas sebarang keterlanjuran kata dan perilaku.
Menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan merupakan suatu ujian kepada umat Islam; ujian melawan nafsu yakni musuh utama kita dan seandainya berjaya, maka kita akan dianugerahi Allah SWT dengan petunjuk serta keampunan.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan:

Catat Ulasan