Ahad, 19 Ogos 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Duke of UMNO

Posted: 19 Aug 2012 01:26 PM PDT

Duke of UMNO


PANASSS..!!! Bidasan Nasharudin Benar-Benar Buat PAS Jadi Sawan..!!!

Posted: 18 Aug 2012 11:15 PM PDT

pok nik malu

Saya ketawa besar melihat telatah para pemimpin PAS yang tiba-tiba melenting apabila di "smash" bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, yang menggesa agar kepimpinan partinya memutuskan hubungan sekutu dengan DAP yang disifatkan sebagai anti-Islam.

Bermula dengan sekeping gambar Nasharuddin bersama Perdana Menteri di dalam satu pertemuan dengan para ulama di Masjidil Haram, mereka mula membuat spekulasi sendiri dan "tanduk syaitan" mereka jelas kelihatan di atas kepala mereka.

Apatah lagi apabila mereka mendengar sendiri kenyataan yang dibuat oleh Nasharuddin menerusi media yang melabelkan Karpal dan DAP yang "disayangi" PAS itu sebagai seorang anti Islam kerana menentang penubuhan Daulah Islamiyyah serta perlaksanaan hudud.

Maka melentinglah tokoh PAS paling berIQ rendah sepanjang zaman, Mahfuz Omar yang menyerang Nasharuddin dengan menyifatkannya sebagai seorang yang cetek ilmu dan takut untuk berdepan dengan para pemimpin PAS di dalam mesyuarat.

Mahfuz hentam Nasharuddin cukup-cukup menerusi portal pembangkang, Malaysiakini, dan terus mempamerkan kebengapan akal fikirannya yang bodoh bukan kepalang sebagai Naib Presiden PAS.

Menariknya, kenyataan bodoh Mahfuz itu disambut pula oleh Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, yang terikut-ikut dengan sifat semula jadi Naib Presidennya dan "membelasah" Nasharuddin tanpa usul periksa.

Tokoh "Kristian" dan "Anwarinas" di dalam PAS, Khalid Samad pula lebih lancang mulutnya mengatakan bahawa Nasharuddin seorang pemimpin yang "gila jawatan"!

Itu belum lagi disebut tentang Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat, yang kali ini jelas menunjukkan bahawa dia memang "busuk hati" terhadap Nasharuddin seraya menyatakan bahawa dia "tidak hairan" untuk seorang seperti  bekas Timbalan Presiden PAS itu untuk keluar parti!

Itulah hasil dari sekeping gambar dan beberapa potong kenyataan pedas Nasharuddin yang bertujuan menegur kepimpinan PAS yang dilihat semakin jauh terpesong dari agenda sebenar parti itu.

Setelah puas menghentam Nasharuddin, bekas Timbalan Presiden itu dalam nada bersahaja menjawab dengan sabar dan selamba menjelaskan bahawa dia langsung tidak berniat untuk menyertai UMNO.

Lebih pedas lagi, Nasharuddin meluahkan rasa "kasihan" kepada para pemimpin PAS yang menghentamnya yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal!

Malah lebih pedih lagi telinga Mahfuz, Tuan Ibrahim, Khalid Samad, Nik Aziz dan para pemimpin PAS yang lain apabila Nasharuddin "menasihati" mereka agar tidak membuat andaian, tuduhan dan buruk sangka terhadap saudara seagama!

Lebih-lebih lagi apabila dia meminta para pak-pak lebai kulup PAS itu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dan bersitghfar, khususnya pada hari-hari terakhir di bulan Ramadhan!

Pedih, pedas dan memang mantap sekali kenyataan balas Nasharuddin terhadap mereka-mereka yang bencikan dirinya. Kalau saya di tempat Mahfuz, memang saya letak jawatan Naib Presiden PAS kerana tak sanggup menahan malu apabila sifat jijik saya didedahkan! Di bulan Ramadhan pulak tu!

Nasharuddin menjelaskan bahawa dia ke Makkah untuk berbincang tentang perkara yang lebih besar berbanding maslahah UMNO – PAS iaitu krisis yang sedang dialami oleh masyarakat Islam dunia, khususnya di Rohingya dan Syria.

Lagi sekali saya ketawa besar! Melalui kenyataan itu, jelas Nasharuddin membidas akal Mahfuz, Tuan Ibrahim, Nik Aziz dan Khalid Samad yang hanya berkisar tentang perkara di dalam "tempurung" berbanding dirinya yang membawa misi yang global bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib!

Sekaligus juga kenyataan itu menjelaskan bahawa Najib dan Nasharuddin sememangnya diiktiraf sebagai pemimpin Islam yang penting di dalam dunia Islam berbanding Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang menjadi "kiblat" PAS selama ini.

Saya tak tahulah di mana lagi PAS nak sorok muka para pemimpin mereka. Sudahlah mereka "dipijak-pijak" DAP di dalam Pakatan Haram, rakyat pun dah mula jelas dengan "kedayusan" PAS mempertahankan kepentingan Islam, kini parti itu "dibakul sampahkan" pula oleh Nasharuddin!

Tak tahulah saya sekiranya PAS masih lagi berdolak-dalik dan masih lagi tidak mahu sedar-sedar tentang kesilapan mereka untuk terus menjalinkan kerjasama dengan puak-puak "kafir harbi khafi" dan "agen Yahudi Zionis Israel itu. Nampaknya masa depan PAS makin hancur…

Sumber: Mykmu.net

EKSKLUSIF DARI KEDAH..!!! DR. ISMAIL SALLEH BAKAL DITALKINKAN AZIZAN RAZAK DI KAWASAN SENDIRI..???!!!

Posted: 18 Aug 2012 08:14 PM PDT


Sebagaimana yang aku janjikan baru ni, aku akan dedahkan "bau busuk bangkai" yang tak dapat lagi disembunyikan di dalam PAS Kawasan Alor Setar, khususnya melibatkan DUN Alor Mengkudu...Heh! 

Dedah tetap kena dedah walaupun di Hari Raya...Heh!

Menurut sumber aku, MB Kedah, Azizan Razak sedang "berperang sakan" dengan Dr. Ismail Salleh berkenaan calon pilihanraya bagi DUN Alor Mengkudu...

Azizan nak naikkan Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya, sebagai calon pilihanraya bagi DUN Alor Mengkudu dan menggantikan ADUN sedia ada, Dr. Ismail Salleh. Perkara ni dah jadi kecoh di kalangan orang-orang PAS di Alor Setar...

Malah orang yang menceritakan perkara ini adalah mereka yang berjawatan tinggi di dalam kepimpinan PAS Kedah. Tapi demi keselamatannya supaya tidak dipukul macam blogger PAS yang baru kenal pukul baru-baru ni, aku terpaksa rahsiakan idenititi pemberi maklumat tu..heh!

Begini ceritanya...
Khabarnya pasal Azizan tak mahu ada "gunting dalam lipatan" di dalam pentadbirannya sebagai Menteri Besar Kedah.

Maka Azizan pun naikkan nama Ahmad Yahaya dan usung dia ke hulu ke hilir bagi menaikkan imej calon pilihannya itu.

Mungkin menyedari dirinya akan "dicantas" Pesuruhjaya PAS Kedah itu, Dr. Ismail Salleh pun sebok mempromosikan dirinya di bulan Ramadhan dengan meletakkan banner-banner dengan gambarnya terpampang besar di jalan-jalanraya sekitar Alor Setar...

Kiranya, naikkan diri sendiri la nihhhh..!!! "Masuk lif, tekan sendiri"! Kah! Kahh! Kahhh..!!!

Kiranya dengan tindakan itu, Ismail fikir dia akan jadi lebih "glemer" berbanding Ketua Pemuda PAS Kedah laaaa...heh! Dia cantas orang muda tuuuuu...! Muahahahahahahaaaa...
Aku pelik! Kononnya PAS ni mementingkan "orang muda". Tapi depa sendiri "cantas" peluang orang muda! Heh! Teruk betul..!!! Kalau dah jadi "parasit" dalam PAS tu..memang parasit la sifatnya...

Sebenarnya, puak-puak PAS ni memang gila jawatan! Heh! Dia fikir nak jawatan saja. Bukannya dia kira dia tu sesuai atau tidak pegang jawatan tu. Bila pegang jawatan, dia nak gulingkan pulak Azizan Razak yang lantik dia...heh! kan? kan? kan? Heh!

Aku rasa, Ismail Salleh nak tiru Phahrolrazi. Dia fikir dia cukup hebat? Phahrolrazi lain laaa..dia tu senior dalam PAS Kedah...seangkatan dengan Taulan dan Azizan Razak! Otai PAS Kedah! Phahrolrazi tu kalau kena gaya, boleh tumbang Azizan tu...heh!

Tapi Ismail Salleh nak lawan dengan Azizan? Heh! Sorry la...kena jerkah sekali, tercabut kepiah kat atas kepala tu! Heh!

Ismail Salleh kalau nak gulingkan Azizan, dia kena ikut dan dok di bawah Phahrolrazi. Dia kena join geng Mahfuz, Mat Sabu dan Amiruddin untuk gulingkan Azizan tu. Alaa...macam la orang tak tahu apa yang berlaku kat PAS Kedah sekarang ni..heh!

Karier politik Azizan tu dah tinggal nyawa-nyawa ikan dah tu. Amiruddin khabarnya jadi "spy" untuk team Mat Sabu and the geng. Kalau PAS menang lagi kat Kedah lepas ni, berkemungkinan besar peluang Amiruddin untuk jadi MB naik ke 60%. Itu pun kalau Phahrolrazi tak "cantas"...heh!

Tapi terpulang macamana Amiruddin nak bodek Mat Sabu. Khabarnya Mat Sabu jadi "mastermind" gerakan ni dan dibantu oleh ribuan puak-puak Syi'ah di kawasan Pendang. Taulan katanya dah bagi "greenlite"! Heh!

Jangan terkejut lepas ni kalau Azizan "tumbang" lepas ni. Azizan dah tak boleh pasang "aircond" kat bilik dia kat Wisma tu dan khabarnya tiap-tiap bulan kena buat treatment kat Kedah Medical Centre (KMC). Lepas kena "taruk" dengan "taiko-taiko" PAS ni, berkemungkinan besar dia "tumbang"...

Seban tu kalau kita tengok, cybertroopers PAS Kedah dah kurang dah nak highlight pasal Azizan Razak. Kalau ada pun, perkara yang "back fire" Azizan sendiri..heh! Siapa punya kerja? Heh!

Lagi satu aku nak bagitau..agak-agak hangpa, siapa yang dok bagi info dan isu kat kami blogger pro-UMNO/BN? Heh! Geng Azizan ada...geng Phahrolrazi pun ada bebbbb..!!! Heh! Sebab tu ramai yang goyang dengan kami...TMK..!!!

P/s: Zul Yahya...tak payah spin la wehhhh...banyak dah cerita hangpa dok dalam poket nihhhh...heh!

waadat

Posted: 19 Aug 2012 01:26 PM PDT

waadat


Ustaz Nasha jawab isu jumpa najib di mekah

Posted: 19 Aug 2012 08:30 AM PDT


Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012 dan beberapa ulasan daripada pelbagai pihak sehubungan dengan kenyataan saya di Mekah al-Mukaramah adalah dirujuk.

- Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti-Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam is over my dead body menunjukkan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja at whatever cost untuk pertahankan agama saya.

Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan syariah Allah SWT namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.

Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum.

Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja. - Isu pertemuan di Mekah

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu' dzan (bersangka buruk), nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah (bertakwalah) dan beristghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal.

Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukanlah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia.

Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar daripada Pas atau UMNO. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum (Siapapun yang tidak menganggap penting urusan/perkara yang menimpa kaum muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka (muslim).

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 19 Aug 2012 01:26 PM PDT

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Iklan Kontroversi Di Katakan Ciptaan Pembangkang!!

Posted: 19 Aug 2012 05:36 AM PDT


Walaupun yang dikata, iklan ni benar-benar menyentuh jiwa.. hmm...

TUDIAA!! Kenapa Ustaz Fathul Bari Beri Duit Raya Pada Dr. Asri!!

Posted: 19 Aug 2012 01:15 AM PDT


Layan la video sempena raya ni..

Selamat Hari Raya Aidilfitri - McTheory - Kedah Ke KL!!

Posted: 18 Aug 2012 11:08 PM PDT



Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pembaca, rakan blogger, rakan facebookers, twittrian dan juga pejuang alam maya tak kira pro BN atau pro PR. Dari mana, atau di pelusuk dunia mana anda berada. Walaupun ada diantara kita berbeza ideologi namun agama dan bangsa kita adalah sama. Kecuali Dap.. pergi main jauh-jauh.. he he..

Sempena Raya Ni, Blog Kedah Ke KL akan terus berjalan seperti biasa, tetapi maybe dalam suasana mood raya. Lepas raya kita perang balik ya..


McTheory:
Tulus Ikhlas Dari Mc.. Pilih Malaysia, Saya Undi BN!!

THE FLYING KICK

Posted: 19 Aug 2012 01:05 PM PDT

bumiyang

Posted: 19 Aug 2012 03:37 AM PDT

bumiyang


Nasha Tidak Akan Sertai Umno Juga Tidak Sanggup Jadi Syaitan-syaitan Bisu Sebagaimana Sesetengah Pemimpin Pas!!!

Posted: 18 Aug 2012 06:00 PM PDT

Politik Harian

Posted: 19 Aug 2012 03:34 AM PDT

Politik Harian


Selamat Hari Raya - Bro Jinggo

Posted: 18 Aug 2012 07:01 AM PDT


Dalam kerendahan hati... ada ketinggian budi... 
Dalam kemiskinan harta... ada kekayaan jiwa....

Dalam kelembutan lidah... ada juga keterlanjuran kata...
Dalam gurau dan senda tentu ada khalif dan dosa.

Dikesempatan ini kepada semua yang mengenali saya,
pembaca laman blog ini serta rakan seperjuangan...
Mohon ampun dan maaf di atas segalanya....

Selamat Hari Raya Adilfitri...
Moga silaturahim diberkati Allah.

-Bro Jinggo

P/S: klu nak bagi duit raya atau mohon maaf kepada saya sila add BBM pin 28B1061C :D
Apa celop!

tunku

Posted: 19 Aug 2012 03:23 AM PDT

tunku


EID MUBARAK / SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2012

Posted: 18 Aug 2012 09:00 AM PDT


Taqabbalallahu Minna Wa Minkum

EID MUBARAK / SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI TO ALL .
MINAL AIDIN WAL FAIDZIN
Wish you all a happy and peaceful Eid-Ul-Fitr and may ALLAH bless and reward all of you with the blessings of Heaven.
from home to home, and heart to heart,
from one place to another
the warmth and joy of EID,
brings us closer to each other.

Please keep up all the good deeds which you have done during Ramadhan.

MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.

Taipingmali (tm)

Posted: 19 Aug 2012 01:31 AM PDT

Taipingmali (tm)


Selamat Hari Raya Zulfahmi dan selamat berjaya

Posted: 18 Aug 2012 04:08 PM PDT


Harap dapat top ten hari ini
Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin terpaksa melupakan kemeriahan Aidilfitri yang disambut hari ini apabila dia beraksi pada Grand Prix Indianapolis di Amerika Syarikat.

Ketika umat Islam yang lain bergembira berhari raya, Zulfahmi pula sebaliknya terpaksa bertarung di litar dalam perlumbaan yang bermula pada pukul 10 malam waktu Malaysia.

Namun segala kesedihan tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga diketepikan demi kariernya.

Apatah lagi setelah lebih sebulan berehat, pelumba kelahiran Banting, itu kembali ke litar dengan matlamat yang sama untuk melakar sejarah buat negara.

Zulfahmi ketika dihubungi menerusi e-mel berkata, untuk musim 2012, banyak kemajuan yang dipamerkan berbanding dua musim sebelum ini.

"Tahun ini saya telah meningkat banyak dan buat masa sekarang saya berada di kedudukan keenam setelah mengumpul 66 mata," katanya.

Menurut Zulfahmi, berbeza dengan musim lalu, keputusan dalam setiap perlumbaan berjaya dicatat dengan baik dan catatan podium juga semakin hampir dapat di gapai.

"Untuk merealisasikan hasrat ini, saya perlu berganding bahu dan bekerja rapat dengan krew pasukan bagi memastikan jentera berada dalam situasi terbaik," ujarnya.

Mengenai persediaannya setelah lebih sebulan berehat, Zulfahmi memberitahu, bagi mengekalkan tahap kecergasannya, dia banyak melakukan senaman dengan berlari dan mengayuh basikal.

Haram sokong DAP

Posted: 18 Aug 2012 05:32 AM PDT


CHEREDZA
Sik, Kedah
Depan sokong Pas, belakang sokong yahudi

SAYA amat tertarik hati dengan berita Haram Sokong DAP seperti yang pihak UtusanMalaysia siarkan.

Pandangan ulama dari Kelantan telah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Saya berpendapat, tindakan Utusan Malaysia menyiarkan pandangan ulama terhadap DAP adalah berikutan kerjasama Pas dengan parti tersebut adalah amat wajar.

Saya berpendapat, sebagai akhbar utama kaum Melayu, pandangan ulama terhadap kerjasama Pas dengan DAP memang wajar sekali.

Syabas terhadap ulama yang memberikan pandangan tersebut. Memang kerjasama tersebut amat janggal sekali dalam konteks menubuhkan negara Islam!

Saya berpendapat ulama yang memberikan pandangan haram sokong DAP tentulah dibuat bertitik tolak daripada kerjasama Pas dengan DAP. DAP adalah parti yang rasis kaum Cina.

Mereka tidak menyokong Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara jika berdasarkan sokongan mereka terhadap kumpulan Dong Zhong pelampau Cina dalam pendidikan Cina. Saya berpendapat, DAP tidak berjuang dengan ikhlas untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam konteks negara ini. Kenapa mereka mengabaikan Bahasa Melayu dalam sosio ekonomi mereka? Saya berasa amat sedih dengan hala tuju DAP terhadap masa hadapan Bahasa Melayu di negara ini. Mereka memandang rendah Bahasa Melayu.

Sehingga saya difahamkan, untuk mendapat kerja di kilang atau syarikat kaum mereka, ada puak mereka mengutamakan bahasa Cina? Kenapa mereka tidak tegur tindakan tersebut?

DAP juga amat lantang menyokong golongan murtad. Begitu juga mereka amat lantang berjuang untuk golongan LGBT yang amat ditegah oleh Islam. Apabila umat Islam cuba membetulkan kembali golongan tersebut, DAP masuk campur tanpa segan silu.

Begitu juga ketika di atas pentas Pas. Pemimpin DAP menghina seorang Menteri Besar Perak dari UMNO sebagai Hitam Metalik. Bahkan disambut laungan takbir oleh puak Pas.

Justeru, tidak salah ulama dari Kelantan menyatakan adalah haram menyokong DAP kerana Pas sendiri telah terpesong daripada ajaran politik Islam yang sebenar.

Pas terpaksa melutut kepada DAP untuk mendapatkan perkenan melaksanakan hudud. Sedangkan Islam adalah agama rasmi negara ini. DAP sepatutnya membiarkan sahaja hudud dilaksanakan. Apa salahnya mereka sokong hudud? Bukankah hudud boleh membantu rakyat hidup lebih aman?

Tetapi tindakan DAP menentang hudud amat bercanggah dengan agama rasmi negara. Justeru, DAP memang wajar haram disokong oleh umat Islam. Ertinya Pas juga termasuk dalam hukuman tersebut kerana melutut kepada DAP untuk hudud.

Ini amat memalukan umat Islam.

PANEH MIANG

Posted: 19 Aug 2012 01:31 AM PDT

PANEH MIANG


PILIHANhariRAYA

Posted: 18 Aug 2012 05:19 PM PDT

Terlanjur bicara
Ampun maaf dipinta
Salam persahabatan dan persaudaraan untuk semua

Luahan kami tak pernah kenal isi hati insan lain
Bicara kami tak semestinya diterima baik oleh semua
Terguris hati teraniaya, kami tak pernah lupa
Mengguris hati sesiapa, kami tidak tahu bila dan siapa

Dosa dan kesilapan yang dilakukan pada Allah SWT
Keampunan dan taubat pengubatnya
Dosa sesama insan yang dianiaya
Tidak akan terampun selagi insan itu tak terima kemaafan dan mengampunkannya

Oleh itu
Ribuan ampun dan maaf kami pohonkan
Andai pernah terlanjur bicara menghiris rasa
Salam ukhwah untuk semua

Warga Paneh Miang mengucapkan;

"Salam EidulFitr dan
Salam Kemerdekaan Ke-55"

Sahabat-Gunung

Posted: 19 Aug 2012 01:09 AM PDT

Sahabat-Gunung


Liverpool Pasti Merindui Sentuhan Dirt Kuyt

Posted: 18 Aug 2012 05:41 AM PDT


Walaupun esok  umat Islam dijangka akan menyambut 1 Syawal, tapi dalam masa yang sama, malam nie (waktu Malaysia) bermula semula kemeriahan Liga Perdana Inggeris.

Seperti biasa … aku tetap akan menyokong Liverpool.

Namun, saingan kali nie, kita akan merindukn kelibat dan sentuhan ajaib Dirt Kuyt yang telah meninggalkan Liverpool untuk berhijrah ke Fenerbahce.

Selamat Berjaya buat Dirt Kuyt dan diharap tahun nie, ada masa depan yang lebih cerah untuk Liverpool.

Pembangkang Dengki PM Bergambar Dengan Ulama

Posted: 18 Aug 2012 04:45 AM PDT


Ternyata pembangkang begitu dengki apabila tokoh ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish mengunjungi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di sebuah hotel di Mekah dalam kunjungannya ke sana untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Mungkin merasa tertampar dengan gambar Datuk Seri Najib yang berbual mesra dengan ulama-ulama tersebut, pembangkang membuat berbagai cerita bagi memperlekeh dan memburukkan beliau.   Malah, demi 'menjaga air muka' kehadiran Nasharudin Mat Isa, Ahli Parlimen PAS Bachok bersama Datuk Seri Najib dikatakan pembangkang sebagai 'penterjemah' kerana Perdana Menteri kita tidak dapat berbahasa Arab. 

Jika pembangkang mengambil tahu sendikit tentang perkembangan semasa, mereka pasti tahu bahawa ulama-ulama Arab, termasuk Sheikh Dr. Abdullah Hamad Jalaly baru saja berkunjung ke Malaysia atas jemputan ke Majlis Fiqh bersama Ulama pada bulan Julai yang lepas.  Di dalam majlis tersebut, tiada ulama PAS diperlukan untuk menjadi penterjemah antara Datuk Seri Najib dengan mereka kerana mereka kebanyakannya boleh berbahasa Inggeris.  Dan kalau pun seorang penterjemah diperlukan, di kalangan ulama UMNO dan kakitangan jabatan agama juga ramai. 

Di samping itu, jangan kita terkejut bahawa tidak mustahil juga ada di kalangan ulama Arab yang mampu berbahasa Malaysia.  Jika kita pernah mengunjungi Mekah, kita akan tahu bahawa adalah perkara biasa untuk menemui pak Arab yang mampu berbahasa Melayu kerana begitu ramainya jemaah Malaysia ke sana menunaikan umrah dan haji saban tahun. 

Untuk pengetahuan juga, ulama atau cendekiawan Arab selalunya mampu bertutur lebih dari satu atau dua bahasa.  Ulama dari Mesir, misalnya boleh berbahasa Perancis kerana Perancis adalah bahasa kedua mereka. 

Oleh itu, janganlah kita perkecilkan Ulama Arab ke tahap Ulama PAS. 

Sekurang-kurangnya pembangkang malulah sikit dan cerminlah diri dahulu sebelum memperlekeh Perdana Menteri atau ulama Arab.  Sedarlah bahawa Perdana Menteri mampu berbahasa Inggeris dengan baik tetapi Nik Aziz ataupun Hadi Awang yang punya cita-cita untuk menjadi pemerintah Malaysia itu, jangankan bahasa Inggeris, bahasa Arab pun belum tentu.  Ini kerana Nik Aziz bukan belajar agama di Negara Arab tetapi di India dan Hadi Awang pula di Pakistan.  Tentulah kecekapan Bahasa Arab mereka tidak boleh menandingi ulama lulusan negara-negara Arab.  

Lebih dahsyat lagi, Nik Aziz dan Hadi Awang tidak boleh berbahasa Malaysia dengan baik pun tetapi masih membawa loghat negeri masing-masing dengan pekat.   Jika ada pun bahasa yang Nik Aziz fasih, ialah bahasa Urdu, mengikut biodatanya. 

Oleh itu, jika Bahasa Kebangsaan pun tidak fasih, Bahasa Inggeris yang juga bahasa global pun langsung tak boleh, bagaimana mereka ini boleh bermimpi untuk menjadi pemerintah negara?  Dan dengan bahasa Arab mereka juga tidak mencapai standard yang baik bagaimana mereka boleh bermimpi untuk memimpin umat Islam ke tahap global?

Justeru, tidak perlulah pembangkang memperlekehkan sesiapa sebelum melihat ke dalam diri pemimpin mereka sendiri.   Jangan hanya kerana sekeping gambar Perdana Menteri bersama Ulama Arab maka pembangkang sudah tak tentu arah.  Hapuskanlah perasaan dengki di bulan Ramadhan ini dan muhasabahlah diri agar dapat memperbaiki diri sendiri. 

Sepatutnya, kita merasa bangga dengan Perdana Menteri dan gembira dengan keberangkatannya ke Mekah kerana pastinya beliau mendoakan yang baik-baik untuk kita semua, rakyat negara ini.   Kita tahu yang Datuk Seri Najib bukannya berhati busuk seperti Nik Aziz yang sanggup mendoakan sesama saudara seagama agar pecah perut, semata-mata kerana ingin menang pilihanraya. - BB

PAS Is Not An Islamic Party: They Are Obsessed

Posted: 18 Aug 2012 02:44 AM PDT


It has become a routine for PAS's leaders and supporters to clash between one another, they would often put politics in front of everything and they would never accept one anothers' opinions.

Their arrogance had led to each of them often try to find their own excuses to show that they are never wrong, while everything which was accomplished by UMNO is always wrong.

To them, PAS is the only organization which fights for Islam and UMNO is kafir where they go against PAS.

As UMNO comes up with Islamic development programs such as the developing Islamic banking, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Tabung Haji, building mosques and surau, PAS would be the forst to mock all of those efforts.

During the early establishments of Tabung Haji, Bank Islam and UIA, PAS mocked and said that BN was trying to gain support from rakyat which had shifted to PAS.

Not just that, PAS also mentioned that those who used the service from Tabung Haji to perform their haj, it would not mean anything and need to be done again.

When the fact is, since it was officially running in 1963, it is one of the biggest help for Muslims so that they would reach Mecca.

If it is true that Tabung Haji is haram, why should PAS supporters go there to find work? Perhaps those mockery that gave to UMNO were just jealousy.

As for Bank Islam, PAS mentioned that those were UMNO's new political weapons to weaken the support for PAS. But as PAS takes over Kelantan in 1990, how could the CM decide to keep the state money to Bank Islam. Nik Aziz even dared mention that Kelantan is the only state that keeps and operates with Bank Islam.

UIA in the other hand, after a while, it becomes the university which produces graduates from pro-PAS youth who are now even few of the leaders and supporters.

All of these showed that PAS is an Islamic party that uses the name of Islam for their own interest instead of working for people.

Their extreme movement had proven to be useless for both rakyat and the country.

Belantan

Posted: 18 Aug 2012 11:35 PM PDT

Belantan


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri.

Posted: 18 Aug 2012 04:20 AM PDT



Semangat fitrah makin kurang dihayati ketika rai Aidilfitri

Ramadan dan Syawal datang silih berganti. Kehadiran dua bulan berkat ini sememangnya dinantikan umat Islam. Ramadan adalah bulan ujian dan Syawal membawa bersamanya perayaan Aidilfitri meraikan kejayaan umat Islam berjaya melalui ujian Ramadan.

Sesuai dengan namanya, Aidilfitri adalah perayaan bagi meraikan tuntutan fitrah anugerah Allah kepada seluruh umat manusia. Fitrah makan dan minum, berkasih-sayang, menghubungkan silaturahim, mencintai keharmonian melalui tradisi bermaaf-maafan, berhias-hiasan, dan kasih-mengasihi sesama manusia tanpa mengenal darjat, taraf dan bangsa.

Islam sesungguhnya adalah agama yang memelihara tuntutan fitrah manusia sehingga diwujudkan suatu hari istimewa untuk meraikannya. Menariknya, meraikan fitrah tidak akan menjejaskan kredibiliti iman seseorang, sebaliknya, meninggalkan fitrah dianggap suatu pengkhianatan besar terhadap agama.

Namun, berapa ramaikah daripada kita yang menyedari hakikat ini sedangkan inilah dia semangat fitrah yang seharusnya diketahui, dirai dan dihayati umat Islam semua lebih-lebih lagi di Aidilfitri yang mulia.

Allah menegaskan bahawa 'fitrah' adalah 'ketetapan Allah yang telah ditentukan kepada umat manusia sejak awal penciptaannya. Imam al-Ghazali, Ismail Raji al-Faruqi dan Sayed Naquib al-Attas adalah kalangan sarjana Islam yang membincangkan secara terperinci berkaitan fitrah dalam karya ilmiah mereka.

Secara umumnya, mereka menyimpulkan bahawa fitrah sebagai suatu potensi dalam diri manusia yang cenderung kepada nilai positif sejagat meliputi kecenderungan kepada kehidupan beragama dan nilai dipegang agama.

Perbincangan mengenai Aidilfitri, sewajarnya umat Islam merenung kembali sejauh manakah Aidilfitri diraikan dalam suasana menghayati fitrah. Pada hari ini, umat Islam bersuka-ria, bergembira, menikmati juadah enak, memakai pakaian baru, menghias kediaman, ziarah-menziarahi, bermohon maaf antara sanak saudara dan taulan, mengeluarkan zakat fitrah untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.

Kesimpulannya, Aidilfitri adalah hari di mana nilai positif sejagat diraikan sebagai satu tuntutan agama. Adalah malang sekali andainya Aidilfitri semata-mata menjadi hari di mana kita membalas dendam terhadap nafsu makan dan minum yang dikekang di Ramadan yang lalu.

Berpakaian baru dan menghias kediaman sekadar menunjuk-nunjuk. Ziarah-menziarahi dan bermohon maaf sekadar suatu tradisi. Zakat fitrah, sedekah raya semata-mata kerana memenuhi tanggung-jawab peribadi dan sosial.

Mampukah semangat fitrah ini dihayati seandainya lebih ramai daripada kita memilih untuk duduk saja di rumah menonton rancangan menarik yang disajikan. Daripada sudut ekstrem, ada antara kita memilih memulakan puasa sunat seawal dua Aidilfitri sehingga menghalang budaya ziarah-menziarahi yang digalakkan di Aidilfitri.

Sesungguhnya, Aidilfitri adalah bukti rahmat Allah kepada umat Islam. Dari sudut sejarah, Allah menggantikan dua perayaan jahiliah kepada dua perayaan mulia iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Jadi sempena di hari yang mulia ini, saya mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan-rakan bloggers yang jauh mahupun yang dekat dan juga pengikut-pengikut setia belantan.blogspot.com. serta pembaca dan pengulas yang budiman. Jika ada tersalah kata atau terkasar bahasa semasa saya berkarya di blog ini harap dapat kalian semua maafkan. Maaf Zahir Dan Batin.

Ikhlas dari
Suara Politik
Taminsari

Khalid dan Anwar perlu jelas isu Talam - Tan Tuan Tat?

Posted: 17 Aug 2012 11:55 PM PDT



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi negeri itu, Anwar Ibrahim didesak menjelaskan segala dakwaan yang dibuat ke atas pentadbiran kerajaan negeri berkenaan terutamanya berhubung isu Talam Corporation Bhd. (Talam).

Pengerusi Cawangan DAP Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, kedua-dua pemimpin tersebut dan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seolah-olah tidak membela diri, sebaliknya hanya pemimpin DAP dilihat bersungguh-sungguh mempertahankannya.

"Pemimpin DAP dilihat berlagak seperti hero dan heroin dalam mempertahankan perkara itu tetapi memberi kenyataan yang bercanggah. Mereka seolah-olah cuba menjadi wira di mata rakyat.

"Mereka cuba menyembunyikan kebenaran sebenar berhubung isu Talam, malah, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) pun masih berdiam diri dalam hal ini.

"Kenapa ini berlaku dan masyarakat akan beranggapan Selcat adalah mahkamah kanggaru atau lebih baik menjual kucing di pasar daripada terus menjadi hipokrit," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Tuan Tat turut mengajukan beberapa soalan, antaranya jika Talam telah menyerahkan segala aset yang bernilai RM676 juta, kenapa Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) perlu memohon pinjaman sebanyak RM230 juta dan menanggung faedah RM86 juta?

Dalam perkembangan lain, Tuan Tat berkata, peletakan jawatannya dalam parti DAP berkuat kuasa hari ini.

Jelas beliau, surat peletakan jawatan akan diserahkan ke pejabat DAP Malaysia di Jalan Pudu bagi tindakan selanjutnya.

"Peletakan jawatan ini adalah disebabkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan DAP yang kini dilihat mengamalkan diskriminasi, kroni dan tidak jujur," katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pantai Sepang Putera, Sungai Pelek, R. Vellasamy yang sebelum ini dipecat DAP akibat kelantangan bersuara berkata, DAP langsung tidak mengambil berat soal kebajikan rakyat terutamanya kaum India di negeri itu.

Katanya, kelantangannya menyuarakan hak penduduk di Sungai Pelek mendapat bantahan sehingga digelar pengkritik kepimpinan parti.

"Apa yang saya buat adalah untuk rakyat tetapi mereka langsung tidak sensitif dan menjaga kebajikan penduduk terutamanya di Sungai Pelek," katanya.-UMO

Suara Politik
Taminsari

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 18 Aug 2012 11:33 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Selamat Hari Raya AidilFitri

Posted: 18 Aug 2012 07:11 AM PDT

Kami di MyMassa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Maaf zahir dan batin.



Anwar Ulangi Taktik Kena Racun Arsenik dan Suntik HIV Untuk Tagih Simpati

Posted: 18 Aug 2012 12:33 AM PDT

Malam tadi, MyMassa merupakan antara blogger yang memaparkan paparan blog Anwar Ibrahim mengeluarkan permohonan maaf.


Selepas solat tarawikh, MyMassa ke blog Anwar Ibrahim untuk tengok jika ada laporan mengenai temubual Google Hangout yang Anwar Ibrahim buat bersama Google. Tiba-tiba MyMassa ternampak entri seperti di atas. Tanpa membuang masa, MyMassa printscreen apa yang boleh.

Rupa-rupanya ramai blogger BN menyedari perkara yang sama serta melaporkan kejadian tersebut.


Menurut akhbar Sinar Harian, blog Anwar digodam selama 20 minit. Dan hari ini, kedua-dua portal pro pembangkang seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider turut melaporkan kejadian tersebut.

http://www.malaysiakini.com/news/206653

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/blog-anwar-digodam-tertera-tulisan-saya-menyokong-israel/

Dalam peristiwa tersebut, beberapa perkara telah menimbulkan persoalan kepada MyMassa:

1. Jika benar blog Anwar Ibrahim digodam, kenapa hanya 20 minit. Tidakkah penggodam atau hackers akan menggodam sehingga website / blog tersebut down dan tak dapat diakses kemudiannya mengambil alih laman tersebut.

2. Selalunya penggodam akan meletakkan trade marknya pada laman tersebut. Kenapa laman blog Anwar Ibrahim langsung tiada apa-apa tanda yang pelik?


3. Jika benar blog Anwar digodam, kenapa ianya berlaku sebelum tengah malam sedangkan aktivti hacking selalu berlaku ketika admin blog sedang tidur (awal pagi).

4. Langsung tiada perubahan dalam blog Anwar Ibrahim yang menunjukkan kerosakan fizikal selepas digodam.

MyMassa tak hairan bila admin blog Anwar Ibrahim dengan pantasnya menuduh UMNO melakukan kerja ini selepas blog tersebut digodam.

Apa yang berlaku pada malam tadi mengingatkan MyMassa kepada peristiwa yang  berlaku berbelas tahun yang lepas apabila Anwar Ibrahim dalam tahanan.

Anwar Ibrahim ketika itu menuduh Kerajaan memberinya racun Arsenik dan juga menyuntiknya dengan HIV untuk membunuhnya. Dan ketika itulah fitnah Arsenik dan HIV ini digunakan oleh penyokong Anwar dan PAS berceramah di seluruh Malaysia menyebarkan cerita palsu ini.

Anehnya, selepas berbelas tahun disuntik HIV dan Arsenik, Anwar Ibrahim masih hidup tanpa perlu mendapatkan rawatan untuk menyembuhkan kedua-dua racun tersebut.

Dan jangan terkejut jika kes godam blog Anwar Ibrahim juga akan dijadikan modal politik pembangkang selepas ini walaupun ianya hanya digodam selama 20 minit dan tak ramai pun menyedari perkara ini.

Seperti biasa bagi manusia bernama Anwar Ibrahim,fitnah tetap menjadi modal politiknya. Cuma kali ni kalau nak reka cerita pun, biarlah logik sikit. Jangan jadi macam kes Arsenik dan HIV. Takkan kena godam 20 minit je?

*Kuih siput kuih bahulu,
Hai Anwar Ibrahim...minta maaf pun nak malu?


Panglima Perang Cyber

Posted: 18 Aug 2012 11:24 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Video Kumpulan SAHABAT - Selamat Malam Rohingya

Posted: 18 Aug 2012 10:49 AM PDT

Terlebih dulu marilah kita panjatkan syukur ke hadrt Allah Taala yang telah mengurniakan peluang menempuhi sebulan bulan Ramadhan dengan jayanya. Dengan kemenangan ini jangan kita lupakan nasib saudara kita yang sedang menderita menerima tekanan dan diburu penyeksaan di seluruh dunia terutama di bumi Rohingya.

Sesungguhnya tanda orang beriman itu apabila dia mengasihi saudaranya walau tidak seagama. Maka untuk itu kita sebarkanlah video menusuk kalbu ini agar penderitaan umat Rohingya mendapat perhatian seluruh dunia maya.

Tiada guna mendabik dada dengan solat, puasa, haji atau umrah melainkan jika ia disusuli dengan rasa kasihan kepada sesama saudara. Itulah penzahiran rasa yang sepatutnya dimiliki seluruh manusia yang mengaku cintakan Nabi melebihi ibubapanya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin jika ada salah silap sepanjang anda baca tulisan yang disiarkan di sini.

Allahu Akbar Walillahilhamd


Videonya :

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=bg35LzH6H0M&feature=youtube_gdata_player


Sent from my iPad

The Unspinners

Posted: 18 Aug 2012 11:22 PM PDT

The Unspinners


Terdesak sangat Pakatan Selangor

Posted: 18 Aug 2012 10:30 PM PDT

Kita raya mereka berkerja TAPI Pakatan maki mereka

Posted: 18 Aug 2012 07:07 PM PDT

Politik Lebaran: Anwar cari simpati aidil fitri

Posted: 18 Aug 2012 10:09 AM PDT

Menjelang Lebaran: Sia2 orang masih tak boleh terima Anwar peliwat

Posted: 18 Aug 2012 01:04 AM PDT

oyabun

Posted: 18 Aug 2012 11:08 PM PDT

oyabun


Harap jangan ada berhari raya tanpa air?

Posted: 18 Aug 2012 11:29 AM PDT



Jika bukan esok, maknanya hari Isnin kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi banyak orang mengharapkan esok hari raya.

Dengan itu tamatlah puasa di bulan Ramadan. Kalau ada yang ingin berpuasa, boleh lakukan puasa enam hari dalam bulan Syawal. Pada hari raya macam-macam rupa juadah yang menyelerakan terutama ketupat, lemang dan rendang. Air pun akan ada bermacam warna dan rasa.

Ada makanan sedap tapi tak ada air, tak jadi hari raya kali ini. Air amat penting dalam kehidupan kita. Tanpa air, macam-macam urusan tidak dapat dijalankan. Pada hari raya ini, air amat penting.

Janganlah mentang-mentang penduduk Lembah Klang sudah ramai pulang ke kampung halaman masing-masing, ada pula kawasan tiba-tiba tiada air. Kena pula sekarang musim panas yang dijangka berterusan hingga Oktober.

Jangan terkejut kalau ini berlaku. Sebab kira-kira 3,800 penduduk Taman Putra Budiman, Balakong, Selangor sudah mengalami keperitan apabila terputus bekalan air selama seminggu dalam bulan puasa.

Jangan ingat nasib serupa tidak dialami penduduk kawasan lain di Selangor. Malaysia sudah 55 tahun merdeka tetapi kita masih lagi mengalami masalah pembekalan air bersih.

Jika masalah ini berlaku di kawasan-kawasan luar bandar terutama di pedalaman mungkin boleh terima alasannya. Tapi bagaimana jika ia terjadi di Selangor, iaitu negeri termaju di Malaysia.

Rakyat sudah muak dan jelak dengan masalah air ini. Bukan Kerajaan Negeri Selangor tidak tahu bahawa negeri itu, Kuala Lumpur dan Putrajaya sedang mengalami krisis air. Selangor sekarang berada di ambang krisis air kerana perkembangan ekonomi yang pesat melebihi penyediaan infrastruktur.

Permintaan air di Lembah Klang umpama jumlah kenderaan yang kian bertambah di jalan raya. Jika Kerajaan Pusat tidak membuat perancangan yang betul menambah baik jalan MRR1, MRR2 dan MRR3, jalan raya akan sesak kerana tidak mampu menampung permintaan ruang kenderaan yang banyak.

Begitu juga dengan permintaan air. Apabila tumbuh industri dan kawasan baru dibuka, ia memerlukan pekerja dan akan berlaku pertumbuhan penduduk. Pertambahan penduduk dan industri akan meningkatkan permintaan air. Jadi pertumbuhan itu sekarang menyebabkan Selangor berada di ambang krisis air.

Dalam tahun 2012 ini sahaja, sudah dua kali beberapa kawasan penempatan mengalami gangguan bekalan air iaitu bulan Mei dan Jun. Puncanya, permintaan yang melebihi daripada keupayaan.

Ini merupakan tanda-tanda awal dan mungkin dalam sedikit masa lagi rakyat akan menghadapi kekurangan air.

Kawasan-kawasan yang mengalami gangguan bekalan air adalah kerana loji-loji rawatan air sudah beroperasi melebihi tahap maksimum. Sekiranya permintaan terus meningkat sedangkan air terawat masih ditakuk lama maka kawasan tersebut akan mengalami kekurangan air dan mungkin perlu catuan. Ini bukan auta tapi benar dan fakta.

Semua ini berlaku kerana terdapat gangguan dalam perancangan pembekalan air di Selangor. Hakikatnya jika perancangan menyediakan bekalan air bersih tidak selari dengan kemajuan, maka kita akan menghadapi perkara ini.

Logiknya, jika kita tahu hendak meningkatkan kawasan pertumbuhan baru, sudah tentu kita merancang bekalan air, elektrik dan telekomunikasi supaya mencukupi.

Memanglah Selangor banyak sungai dan lombong sebagai sumber airnya. Walaupun negeri ini ada banyak air mentah, tapi siapa hendak memproses supaya ia menjadi air yang boleh diminum dan sebagainya.

Betul juga analogi diberi oleh Datuk Seri Noh Omar, kalau lembu banyak tapi tukang sembelihnya tiada maka daging lembu tak dapat dimakan. Begitu juga dengan beras, kalau tiada kilang sudi memproses padi, manakan dapat ia menjadi beras.

Walaupun Selangor banyak air lombong, air sungai dan air dalam tanah, tapi semua air itu perlu diproses. Tak mungkin Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin PKR mahu rakyatnya minum air lombong, air sungai yang belum diproses? Sebab itu, kenapa projek Langat 2 perlu disegerakan!

Di kesempatan hari yang mulia ini Oyabun ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hariraya Aidilfitri kepada semua para pembaca blog ini. Maaf zahir dan batin.

Wasabi Oyabun...

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

Posted: 18 Aug 2012 11:05 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Tout d’abord, vous devez savoir concernant machine a sous gratuit et sans engagement

Posted: 18 Aug 2012 08:25 AM PDT

Avec le recul, ce n’était moment important lorsque cela s’est produit à mon machine à sous jeux. C’est une précieuse collection de notions casino en ligne la roulette. Comment vos soirées sécurisé articles joue a la roulette gratuit en ligne ? Habitués à cette époque ont mis en place une préférence pour machime sous. Si vous achetez un courses hippique virtuel pour un ami, il peut être une bonne idée de le prendre avec eux en premier. Je suppose que nous pouvons être en désaccord. Il ya une autre situation et joker bonus prémium changé ma vie. Naturellement, il ya une situation légère. C’est une méthode pour sa mise en place pour cela. Je pourrais être complètement hors ici, mais telle est la situation si cela a pris un bon public. meilleurs machines a sous de casinos physiques est représentatif d’un grand groupe de gens jeux virtuelle gratuit sans telechargement.

C’est complexe. Maintenant, vous vous demandez probablement pourquoi je suis derrière.

Voici les instructions complètes. En vertu de ce qui ne les anciens combattants en arriver à guider martingale boule économique ? C’est toujours le pire quand vous êtes à votre plus faibles.
Je suis sûre que ce sera amusant.
Précautions à prendre comme cela peut sembler mineur, mais mentors avis ce que vous faites bien ils vont offrir des incitations clubs de le faire avec les depot casino forum.

Il est l’équité de la situation, mais aussi si vous voulez acheter jeux bandit manchot 5 rouleaux vous allez certainement avoir à vérifier la sélection ici. Pour vraiment vous faire comprendre ce cqsino gratuit est tout au sujet, une brève histoire est en ordre.

J’ai été récompensé par eux à cause de cela ou il est très élémentaire.

Ce n’est pas étrange de trouver jeux de machine caca gratuit encore là mon père me décrire comment il pensait que c’était mieux de rester avec jeu de mystère en français gratuits sans telechargement.

PenangWasabi

Posted: 18 Aug 2012 09:35 PM PDT

PenangWasabi


Apa salah Nasharudin?

Posted: 18 Aug 2012 11:51 AM PDT


Najib Tun Razak (dua, kanan) mendengar penerangan daripada Mufti Masjidilharam Mekah, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi (kiri) semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) Keempat, di Mekah kelmarin. Turut hadir Tokoh Ulama Arab Saudi Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly (kanan) dan Anggota Parlimen Bachok Nasharudin Mat Isa.

Apabila tersiar sahaja gambar bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu ulama di Mekah, penulis sudah merasakan kedudukan Ahli Parlimen Bachok di dalam Pas sudah tidak selamat lagi.

Musuh-musuh politik beliau akan menganggap inilah saat terbaik untuk menghala peluru terakhir bagi memusnahkan karier politik Nasharudin di dalam Pas.

Bagi sesetengah pemimpin Pas yang taksub kepada hubungan parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, mereka tidak akan melihat bahawa kunjungan Najib ke Arab Saudi atas kapasiti sebagai Perdana Menteri bagi menghadiri Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Mereka juga tidak akan mempertimbangkan bahawa Nasharudin adalah seorang pemimpin yang sememangnya sering diberi tanggungjawab oleh Pas sendiri menjadi wakil dalam misi ke negara-negara Arab.

Sebaliknya oleh kerana otak hanya mahu berpolitik semata-mata, apa yang mereka lihat ialah seorang pemimpin Pas (Nasharudin) duduk bersama dengan seorang Presiden UMNO.

Justeru pada tafsiran politik sempit mereka, Nasharudin 'sudah menderhaka' kepada parti dan tindakan perlu diambil.

Apa yang lebih menimbulkan kemarahan mereka ialah apabila Nasharudin turut menggesa Pas membuat pendirian mengenai kedudukan dalam pakatan pembangkang memandangkan penentangan keras DAP terhadap usaha Pas melaksanakan hukum hudud.

Kenyataan Nasharudin ini sudah tentulah tidak menyenangkan kelompok yang lebih mementingkan hubungan dengan PKR dan DAP berbanding kepentingan perjuangan Islam Pas.

Berikutan itu ada antara mereka mula hendak menunjukkan jaguh dengan mengkritik Nasharudin.

Kelompok ini berasa gembira apabila Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan turut 'tumpang semangkuk' membidas Nasharudin yang juga seorang ahli Majlis Syura Ulama Pas.

Nasrudin yang dianggap menjadi pencetus bergolak kembali isu hukum hudud menganggap kenyataan Nasharudin sebagai penolakan terbuka bekas Timbalan Presiden Pas itu terhadap keputusan parti.

Persoalannya siapakah Nasrudin yang begitu lantang hendak mengkritik Nasharudin yang bercakap atas dasar beliau sebagai ahli Majlis Syura.

''Apa salah Nasharudin? Tak kanlah sebagai Ketua Pemuda, Nasrudin tidak faham soal ini? Kenapa tiba-tiba hendak menjadi jaguh paling ke hadapan mengkritik bekas Timbalan Presiden Pas tersebut,'' kata seorang pembantu kanan kepada seorang pemimpin Pas daripada golongan ulama kepada penulis ketika dihubungi.

Menurut pembantu kanan ini, mereka melihat apa yang dilakukan oleh Nasrudin itu seolah-olah ingin mencari publisiti murahan atau hendak menunjukkan kononnya beliaulah pejuang utama parti.

''Tetapi tak kan Nasrudin lupa apa kata DAP terhadap beliau, apabila beliau menyatakan Karpal Singh sudah boleh berbincang soal hukum hudud.

''Saya tidak tahu apa motif Nasrudin yang tiba-tiba menjadi lantang cuba saya bimbang ia akan mewujudkan persepsi bahawa beliau sedang tercari-cari kelompok mana yang harus disokong dalam Pas, dalam kata mudah tercari-cari identiti,'' katanya.

Selain itu, pemerhati politik melihat apa yang berlaku dilihat situasi terbaik oleh puak- puak di dalam Pas yang menentang sebarang kerjasama dengan UMNO untuk 'meletakkan batu nisan' ke atas perjalanan politik Nasharudin.

Mereka dilihat sudah berjaya 'menyeret' beliau 'ke kuburan politik' apabila memastikan beliau tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden dan sekali gus memastikan kerusi nombor dua tidak lagi disandang oleh ulama.

Kini mereka merasakan apabila Nasharudin dilihat bersama Perdana Menteri maka ia mengesahkan teori politik songsang mereka selama ini bahawa bekas Timbalan Presiden Pas itu sememangnya terlibat dalam usaha menyatukan parti tersebut dengan UMNO melalui kerajaan perpaduan.

Sebelum ini Nasharudin diserang habis-habisan kerana merancang mewujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO. Ada pemimpin Pas menganggap beliau sebagai boneka UMNO. Walaupun hakikatnya apa yang beliau lakukan mendapat restu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama, namun mereka yang bercita-cita politik dalam parti itu tidak mengambil kira fakta berkenaan.

Sebaliknya mereka menggambarkan seolah-olah Nasharudin sebagai tali barut UMNO dalam Pas.

Selain itu, beliau juga dilihat lantang menentang kegiatan Lesbian, Gay,Biseksual dan Transgender (LGBT) - satu gerakan yang disokong oleh sesetengah pemimpin pembangkang atas nama hak asasi.

Semua ini tidak menyenangkan musuh- musuh politik beliau di dalam Pas dan dalaman pakatan.

Apa pun, Pas perlu berhati-hati dalam mengendalikan isu Nasharudin ini kerana tidak ada apa salahnya seorang rakyat Malaysia bersama seorang Perdana Menterinya.

Janganlah mengukur segala-galanya dari segi politik dan lebih memikirkan apa perasaan PKR dan DAP berbanding kepentingan umat Islam sejagat.

Cukuplah selama ini Pas dilihat terlalu takut dengan kedua-dua parti berkenaan sehingga bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr.Hasan Ali dipecat hanya semata-mata menasihatkan orang ramai tidak menghadiri perhimpunan menyokong Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang Nasharudin katakan mengenai kedudukan Pas dalam hubungan dengan pakatan berikutan sikap DAP adalah satu kebenaran. Sampai bila Pas harus membiarkan parti itu terus diperkotak-katikkan hanya semata-mata mahu memburu kuasa bersama- sama PKR dan DAP.

Kalau benarlah Pas memperjuangkan Islam dan mahu memastikan hukum hudud dilaksanakan maka mereka perlu memandang serius kecaman DAP.

Nasharudin hanya memberi pandangan, oleh itu terserah kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.

Nasharudin tidak menyatakan apa-apa yang tidak elok mengenai Pas dalam melayani kehendak DAP, oleh itu kenapa perlu ada yang mahu menjadi wira pembela Pas tidak tentu hala dengan membuat kenyataan seolah-olah Nasharudin sudah melakukan satu dosa besar?

Apakah pemimpin-pemimpin Pas sudah tidak boleh bersuara lagi biar pun maruah dan martabat parti seolah-olah dipijak-pijak serta dipandang rendah oleh rakan sepakatan mereka?

Sejarah perjalanan politik Nasharudin telah membuktikan beliau adalah seorang ulama dan sentiasa meletakkan kepentingan ummah mengatasi segala-galanya.

Sebab itulah kita sering lihat beliau tidak memilih bulu dalam menjalani hubungan dengan sesiapa sahaja termasuk pemimpin UMNO tetapi ini tidak bermakna beliau tidak ada prinsip dalam politik.

Perjuangan Islam sememangnya menjadi teras utama beliau, oleh itu adalah satu kesilapan apabila Ketua Pemuda Pas, Nasrudin memberi peringatan bahawa Nasharudin sewajarnya insaf bahawa beliau yang memerlukan perjuangan Islam ini, bukan sebaliknya.

Perjuangan Islam kata Nasrudin tidak pernah rugi hanya kerana kita (pemimpin meninggalkannya) tetapi Nasrudin terlupa bahawa yang berbuat demikian bukan Nasharudin tetapi Pas sendiri yang telah mengubah haluan kepada perjuangan negara berkebajikan.

Penang Wasabi..

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 18 Aug 2012 09:15 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


TANDA PUTERA : FILEM INI MENYATUKAN RAKYAT MALAYSIA !

Posted: 18 Aug 2012 08:07 PM PDT

TAKBIR RAYA AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO.

Posted: 18 Aug 2012 02:01 PM PDT

GAP UCAPKAN SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN.

Posted: 17 Aug 2012 10:34 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 18 Aug 2012 09:14 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Hari Raya Pun Dipolitikkan Oleh Pembangkang

Posted: 18 Aug 2012 05:27 AM PDT

PISAU.NET

Posted: 18 Aug 2012 09:14 PM PDT

PISAU.NET


Masjid Di Atas Gunung.

Posted: 18 Aug 2012 06:00 PM PDT



Masjid yang diatas gunung ini adalah Masjid Al Khidhr (as). Ianya terletak di atas gunung Nabi Khidhr di Qum-Iran. Walaupun berada di atas gunung, masjid ini tidak asing bagi jemaah-jemaah islam yang sentiasa berkunjung dan menggunakan masjid ini seperti masjid-masjid yg lain.

















sumber:nurfaz

Pisau kata "cantik.."

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.

Posted: 18 Aug 2012 08:53 AM PDT

Kepada sahabat yang mengenali Pisau,pembaca setia & penyokong blog Pisau.net,rakan rakan blogger,rakan seperjuangan ,kaki pantun dan seluruh rakyat Malaysia.

Mohon ampun dan maaf kesilapan,kekasaran,terkhilaf,salah faham kepada semua moga hari lebaran ini menjadi permulaan yang baru 0-0 :-)

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin .


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiq_CvzcGV_cG4fVonB3hbEFsCMiBcJgDnb7TM8CWwzNLZWTQSPyTE7vk8qvM3KU3rrzBOBxuerIxI___Nom68a_UmZiYsKZuVv6lAdyuiDGHCBy9Q_6W1jSP53pf7WyXWbkJWZJSIy60hm/s400/Ikhlas.jpg

Sambutlah Syawal bersama saudara dan rakan dengan penuh kesyukuran.Yang darah tinggi kencing manis tu jaga sama bab makan nanti sakit pulak.Ada yang nak mulakan perjalanan pulang ke kampung malam ini hati hati memandu,kalau mengantuk berhenti dulu ,ingatlah yang tersayang.


Pisau kata " tutup blog cuti beraya beb penat berblog tanpa henti sepanjang tahun..bagi aku cuti sat sehari dua nih nak beraya hehe... "

Karpal Saman Nasha:Kejantanan Pemimpin PAS Ini Tulen..

Posted: 18 Aug 2012 07:00 AM PDT

Ini yang dikatakan anak jantan,bukan jalangan politik seperti para pemimpin khawarij PAS yang lain. Berani menegakkan hak dan prinsip,berani berdepan dengan pertahankan Islam dan tidak lari apabila mendengar DAP berdehem atau terbatuk.


Mursidol Am DAP Karpal Singh kali ini mengugut untuk menyaman Nasharudin kerana berani menyatakan bahawa DAP adalah anti Islam. Khawarij yang lain pasti panas punggong kerana selama ini helah mereka merahsiakan dari pengetahuan umum bahawa di celah kelangkang mereka kerandut telurnya kosong.


Berdegar dalam tazkirah dan ceramah kononnya merekalah lebih Islam..merekalah para penjihad fisabillah..merekalah ahli syurga..nah realitinya apabila bengali tua berkerusi roda hanya berdehem habis kesemuanya luruh masuk ke longkang.

Bekas Timbalan Presiden PAS,Nasharudin Mat Isa tidak gentar Karpal Singh hendak bawanya ke mahkamah kerana dakwanya anti-Islam.

Dalam kenyataan ringkas menerusi SMS kepada Agendadaily petang Sabtu,Ahli Parlimen Bachok itu kata beliau sedia berdepan dengan Pengerusi DAP Kebangsaan itu di mahkamah.

Beliau diminta mengulas kenyataan Karpal Singh Jumaat hendak samannya kerana dakwanya anti-Islam.

Ahli Parlimen BUkit Gelugor itu anggap kenyataan Nasharudin bahawa beliau bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam.

Karpal Singh mendakwa Nasharudin kini hanyalah 'ikan bilis' dalam PAS dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.

"Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya.

Nasharudin berkata beliau dididik dalam PAS bahawa ajaranb Islam itu adalah syumul merangkuni setiap aspek kehidupan.

"Di dalamnya ada agidah,perundangan dan akhlak.Menolak sebahagian daeri Islam bermakna menolak Islam.

Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singfh adalah anti Islam dan bersedia untuk bertemu beliau di mahkamah",katanya.- 18/8/2012

Pisau kata "Nasharudin berjaya buktikan PAS memang jalang!"

Anwar Dah Tak Larat Layan Lajim!

Posted: 18 Aug 2012 05:40 AM PDT

Image

Menurut seorang rakan di HQ PKR, Anwar sudah mula merungut dengan suasana politik Sabah. Anwar pening kepala, kerana terlampau banyak demand yang dikemukakan oleh kumpulan yang melompat ini. Macam-macam.


'Those people are stupid fools' – pernah diutarakan dalam meeting penting.


Nampaknya, Anwar akan berdepan dengan karenah politik Lajim, Bumburing ini sampai menjelang pilihanraya. Khabarnya, Lajim tidak akan menerima sebarang jawatan yang lebih rendah. Anwar diberikan dua pilihan:-


  • Lajim sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru jika PR menang;
  • Lantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri (kuota Borneo – rotation dengan wakil Sarawak);


Mendengar dua tekanan ini sahaja Anwar sudah naik angin. Tak masuk dek akal, untuk seorang yang sudah sunset seperti Lajim mengemukakan demand yang macam itu. Anwar banyak lagi perkara yang mahu difikir. Kuota Pas. Kuota DAP. Semua perlu masuk senarai.


Ketika ini, Azmin tersenyum kerana dia pernah ingatkan Anwar dengan permainan politik Lajim. Azmin sudah lama mengatakan keperluan PKR hati-hati dengan game yang mahu dimainkan oleh Lajim. Orang tak cukup inci (pendek) seperti Lajim ini bahaya. Azmin pernah ingatkan hal ini.


Siapa Lajim untuk demand sebagai Timbalan Perdana Menteri? Kalau setakat sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Menteri cabuk – Lajim mesti cepat sedar diri dan tidak menggila. Mana nak campak Kit Siang? Haji Hadi? Mat Sabu?


Payah kalau orang tak sedar diri ni..-GelagatAnwar

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 18 Aug 2012 03:28 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Keputusan EPL 18/08/12: QPR dan Norwich dibelasah 5-0

Posted: 18 Aug 2012 10:35 AM PDT

BERIKUT keputusan enam perlawanan sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung malam ini (waktu Malaysia):

Arsenal 0 - 0 Sunderland

Fulham 5 - 0 Norwich

QPR 0 - 5 Swansea

Reading 1 - 1 Stoke

West Brom 3 - 0 Liverpool

West Ham 1 - 0 Aston Villa

Akar umbi PAS Pulau Pinang makin hilang kepercayaan pada Pakatan

Posted: 18 Aug 2012 08:00 AM PDT

KEPALA BATAS: Beberapa ahli PAS Pulau Pinang menggesa kepimpinan tertinggi parti itu untuk membawa PAS keluar daripada pakatan pembangkang.

Bekas Setiausaha PAS negeri, Mohamed Nordin Mohd Nor berkata impian pakatan pembangkang untuk menakluk Putrajaya menyebabkan PAS semakin jauh daripada matlamat asal dengan membelakangkan perjuangan parti demi memenuhi kehendak sekutunya.

Beliau berkata kepimpinan tertinggi parti seolah-olah tidak mengambil berat dengan situasi semasa apabila mereka hanya berdiam diri dan membenarkan rakan sekutunya iaitu DAP mempertikai Islam dan ajarannya.

"Kami dari akar undi. Kami bukan pemimpin atasan daripada parti. Kami semua ahli biasa. Kami nampak perkara ini (pertikaikan Islam) sedang makan di dalam.

"Bila dia makan di dalam, dia akan cetus satu perkara yang tidak baik. Kami harap benda ini tidak akan berlaku. Kami harap Karpal Singh dan DAP berhentikan ungkapan yang menyentuh perasaan dan hati umat Islam," katanya dalam sidang media khas menyatakan sokongan kepada kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa di sini, Jumaat.

Semalam, Nasharuddin dalam satu kenyataannya di sebuah blog, menggesa PAS untuk meletakkan perpaduan ummah sebagai asas perjuangannya, tanpa menyifatkan perjuangan itu sebagai terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu Umno.

Mengulas lanjut, Mohamed Nordin berkata tindakan kepimpinan tertinggi PAS yang seakan pasif dalam menangani isu tersebut menyebabkan anggota di akar umbi mula mempersoalkan rasional penglibatan parti itu dalam pakatan pembangkang.

Beliau berkata sekiranya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih tidak memahami perjuangan PAS maka adalah wajar untuk parti itu meninggalkan pakatan pembangkang.

Katanya PAS mampu untuk menjadi sebuah parti yang dominan dengan berteraskan kepada perjuangan Islam meskipun tanpa mengadakan sebarang jalinan kerjasama dengan DAP mahupun PKR.

Mohamed Nordin juga menyifatkan kepimpinan tertinggi PAS seakan mula meminggirkan kepimpinan ulama bagi mencapai matlamat ke Putrajaya.

"Kami dididik untuk memperjuangkan Islam dalam agenda politik kami tetapi pemimpin yang mendidik kami kini menggadai apa yang telah disampaikan demi untuk mengejar kuasa dalam pilihan raya," katanya.

- BERNAMA

Nasha kepada Karpal - Kita jumpa di mahkamah

Posted: 18 Aug 2012 07:45 AM PDT

SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa bersedia untuk bertemu di mahkamah jika Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh mahu memfailkan kes fitnah ke atasnya berhubung satu kenyataan berkenaan dengan isu hudud dan negara Islam.

Sambil menegaskan, menolak sebahagian Islam bermakna menolak Islam, Nasharudin berkata, beliau kekal dengan pendirian bahawa Karpal seorang yang anti-Islam.

"Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam. Saya kekal dengan pendirian saya bahawa Karpal Singh adalah anti-Islam dan bersedia untuk bertemu beliau di mahkamah," kata beliau dalam kenyataan ringkas hari ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Karpal berkata, beliau telah memulakan prosiding mahkamah ke atas Ahli Parlimen Bachok itu.

Karpal berkata beliau memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu semalam berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

"Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya.

Nasharudin mempersoal pakatan politik Pas dengan pihak yang 'menentang Islam'.

Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".

Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan Pas.

Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam Pas dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.

"Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya.

Dalam kenyataannya, Nasharudin berkata, "saya dididik di dalam Pas bahawa ajaran Islam itu adalah syumul merangkumi setiap aspek kehidupan."

"Di dalamnya ada akidah, perundangan dan akhlak. Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam," katanya lagi.

Nasha to Karpal: I’ll See You in Court Over Anti-Hudud Remark

Posted: 18 Aug 2012 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Senior PAS lawmaker Nasharudin Mat Isa today defended calling Karpal Singh "anti-Islam", saying he is ready to meet the DAP chairman in court to resolve their dispute in a case that is seen to test the ties between the two Pakatan Rakyat allies ahead of crucial elections due soon.

Karpal, a veteran lawyer, had said yesterday that he will sue the former PAS deputy president for defamation over the latter's "highly irresponsible and mischievous" remarks, stressing that he has "never spoken against Islam" and respects Islam "as the official religion of the country".

"I maintain my stand that Karpal Singh is anti-Islam and am ready to meet him in court," Nasharudin today told The Malaysian Insider in a text message today.

"I was taught in PAS that Islamic teachings cover every aspects of life. In it is faith, laws and morals.

"Rejecting part of Islam means rejecting Islam," the Bachok MP said, referring to Karpal's opposition to the implementation of hudud, the Islamic penal code.

Karpal has repeatedly said that the Islamic penal law cannot be enforced in the country as "hudud can only be applied in an Islamic state" while Malaysia remained a secular country.

The DAP veteran said he hoped Nasharudin would "understand the difference between Islam (as a religion) and Islamic state".

"Our constitution provides for a secular state, and in Malaysia it is secular law which applies. You must have an Islamic state before we can have hudud law," Karpal had said.

"I'm not saying PAS is wrong, but we cannot apply hudud because ours is a secular state. Our law doesn't allow it," he added.

Umno and its Utusan Malaysia newspaper have in the past week accused the DAP of being "kafir harbi", or belligerent infidels, declaring it "haram" or forbidden for Muslims to support the secular Pakatan party.

Karpal is seen as a lightning rod for Umno attacks because of his strong opposition to hudud.

Last Thursday, Nasharudin said that "Karpal Singh is not only against hudud but also against Islam", adding that as a lawyer, Karpal should know that the implementation of the Islamic penal code required high standards of proof.

"For some offences, proof beyond any shadow of doubt is required. But he (Karpal) rejects all this just because it is an Islamic law," Nasharudin said.

Kelantan PAS today reportedly withdrew its support for Nasharudin to contest in the upcoming general election.

The discontent in PAS against Nasharudin grew this week following his remarks calling for the party to leave the Pakatan opposition pact if the DAP continues to oppose hudud. The news was broadcast on TV3's prime time news slot Buletin Utama earlier this week. His comment is seen to run counter to the party's official stand made by PAS president Datuk Seri Hadi Awang and carried by Harakah this week.

Hadi had written an article to explain how the Islamist party could co-operate with the secular DAP despite their different political ideologies as they shared a common aim.

The DAP may be opposed to hudud but Umno has rejected the Islamic penal code, Hadi said, as he defended his Pakatan ally that had come under relentless attacks from rival leaders and religious hawks in the run-up to crucial national polls.

"In reality, this term 'hudud' has returned and been made an electoral issue by Umno to create conflict among the people, without feeling responsibility towards Islam's pure guidance," the PAS president said in the article.

He noted that the DAP has been portrayed as a party opposed to hudud by the mainstream media controlled by the BN government, when it was Umno – the ruling coalition's mainstay – that has rejected the enforcement of the Islamic penal code.

In his article titled "Hudud: DAP Menentang, Umno Menolaknya (Hudud: DAP Opposes, Umno Rejects)", Hadi said that there were no issues with PAS working with the secular party even though the DAP has repeatedly stated that it will not brook the creation of an Islamic state or support the enforcement of the religious criminal code that prescribes, among others, the amputation of hands for theft.

- MI

‘PAS should sack Nasha’ - DAP

Posted: 18 Aug 2012 07:01 AM PDT

PETALING JAYA: Senator S Ramakrishnan of DAP has accused Bachok MP Nasharuddin Md Isa of being a trojan horse within the Pakatan Rakyat coalition.

"His heart is in Umno but his body is in PAS. You cannot keep the heart and body separated for too long," said Ramakrishnan in response to statements by Nasharuddin, who was PAS deputy president between 2005 and 2011.

On Thursday, Nasharuddin accused DAP's national chairman Karpal Singh of being anti-Islam for opposing the implementation of Islamic penal law hudud and the formation of an Islamic state.

"I maintain that Karpal is not anti-hudud but anti-Islam. As an experienced lawyer he knows what is substantive law and procedural law.

"Conviction in hudud requires evidential proof without any shadow of doubt but he rejects all this because it is an Islamic law," Nasharuddin said shortly after returning from Mecca.

Nasharuddin who maintained that he is with PAS also criticised the party leadership for being silent over Karpal's stand.

This prompted Karpal to file a suit against Nasharuddin yesterday.

Ramakrishnan also said that the Bachok MP is all out to create damage for PAS.

"He is out to create maximum damage for PAS by playing the same game as (former Selangor PAS commissioner) Hasan Ali," said Ramakrishnan.

Hasan, who was sacked from PAS in January for going against party policies, claimed that he was championing Islam.

Elaborating on this point, Ramakrishnan said Nasharuddin is also playing the 'Islam vs infidel (DAP)' card.

"PAS should sack him for playing Umno's game but they are careful because he is an ulama and sacking him would have political implications," he said.

Meanwhile in a related development, PAS deputy president Mohamad Sabu said no action has been taken against Nasharuddin.

"This is a normal matter. It will be discussed in our regular meetings," he said.

The current PAS number two leader also denied a Malaysiakini report that stated Nasharuddin has been dropped as a candidate.

"The candidates have not been finalised. We don't even know when the elections will be called.

"As a deputy president I would know if a decision (to drop Nasharuddin) was made," said the PAS leader.


 

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

Posted: 18 Aug 2012 06:22 AM PDT

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad, malam ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 19 Ogos 2012," kata beliau.

Dari kami sendiri, admin dan juga penulis jemputan mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pengunjung blog ini. Kami mohon ampun dan maaf zahir batin tulus ikhlas dari hati..


Guru tuisyen didakwa cabul pelajar

Posted: 18 Aug 2012 12:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang guru tuisyen sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan mencabul seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT), Selasa lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Abdul Rahim Jamil @ Shafiee, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang wanita berusia 29 tahun dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa.

Sebelum teruskan pembacaan berita ini, adakah anda mahukan sesuatu yang percuma? Kalau ya, anda boleh cuba klik pada pautan INI. Syarikat telekomunikasi gergasi DIGI sedang membuat promosi yang hebat untuk semua...! 30 hari internet free...! Klik, jangan tak klik...rugiiii..! Ikhsan dari #DiGiFreeInternet

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di dalam kereta api KLIA Ekspres ketika perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke KL Sentral di Brickfields, di sini, pada jam 6 petang, 14 Ogos lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Zuraimi Kamarozzaman menawarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang penjamin.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh untuk disebut semula pada 18 September depan.

Hantarkan pesanan Hari Raya anda secara MMS, Fun Talk messages dan Voice Pokes melalui #TheCube. Sesuatu yang menarik untk dicuba di Hari Raya ini!


Artis baru mengaku syok sendiri...ini macam pun ada ka?

Posted: 17 Aug 2012 09:30 PM PDT

Penyanyi baru Kelly Azman mengakui dia bersikap syok sendiri apabila cuba menonjolkan diri dalam industri muzik tempatan tanpa mempedulikan penerimaan masyarakat terhadap kerjanya.

Kelly atau nama sebenarnya Raja Azman Raja Ayob berkata, dia yang dikenali sebagai pengacara dan pelakon mahu digelar penghibur serba boleh.

Justeru itu, dia kini berusaha menonjolkan diri sebagai penyanyi pula yang merupakan bidang terakhir untuk mendapatkan status tersebut.

"Benar, saya memang syok sendiri dan tidak salah bukan untuk kita mengejar sesuatu yang kita suka? Saya mahu dikenali sebagai seorang penghibur dan sekarang ini saya mahu kuasai bidang muzik pula.

"Walaupun diakui suara saya tak sedap, tapi saya belajar untuk menjadikannya sedap dengan masuk ke kelas vokal untuk mempelajari teknik-teknik vokal. Dah alang-alang ada bakat, rugi kalau kita persiakan," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Sementara itu, bersempena dengan kehadiran bulan Syawal ini, Kelly muncul dengan sebuah single lagu terbaru berjudul Kepulangan Di Hari Raya ciptaan Awang BPR dan Mastura Marzuki.

Menurutnya, lagu tersebut sudah pun disiapkan sejak tiga tahun lalu dan bersyukur ia sudah pun diputarkan di stesen-stesen radio tempatan.

"Tak sangka pula lagu ini diterima pendengar, Alhamdulillah. Bagaimanapun saya juga menerima kritikan daripada segelintir golongan yang tidak menyukai saya, tidak apa.

"Saya terima dengan segala persepsi masyarakat terhadap saya dan lagu ini. Dan ya, lagu ini juga saya buat mengikut citarasa saya sendiri.

"InsyaAllah, saya akan muncul dengan single seterusnya pula," ujarnya.

Dalam pada itu, menceritakan pengalamannya dalam industri seni tanah air sejak empat tahun lalu, Kelly telah melalui pelbagai dugaan dalam mengejar cita-citanya sebagai seorang penyanyi.

"Saya dah biasa dengan kritikan orang tentang diri sejak dulu lagi. pernah sekali apabila saya naik ke pentas untuk menyanyi, penonton terus beredar dan kemudian apabila penyanyi lain membuat persembahan, kawasan penonton itu kembali penuh.

"Memang sedih, tetapi saya anggap ia lumrah kehidupan sebagai seorang artis," tuturnya.

p/s: Syok sendiri patut klik SINI. Baru tau apa itu syok sendiri. Rekaan yang mengiurkan dari #GALAXYSIII

Guru tadika maut dikelar didepan pintu rumah

Posted: 17 Aug 2012 08:30 PM PDT

Anggota polis mengusung mayat Yasuhaidah (gambar kecil) yang ditemui mati di depan pintu di dalam rumah sewanya semalam.
PETALING JAYA – Seorang gadis sempat membuat biskut raya untuk dikirim kepada ibu bapanya di Beruas, Perak sebelum ditemui mati dengan lehernya dikelar di depan pintu sebuah rumah flat di Flora Damansara di sini semalam.

Klik SINI untuk Internet percuma selama 30 hari dari #DiGiFreeInternet!

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa, Yasuhaidah Yeop, 22, yang merupakan kakitangan pusat perkembangan minda kanak-kanak di Mutiara Damansara meninggal dunia di tempat kejadian.

Muat turun di SINI nada dering raya, "Balik Kampung" dan nyanyikan bersama rakan anda di  #TheCube

Pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai 14 kesan kelaran di leher dan kepala, kesan luka di kedua-dua belah tapak tangan, empat kesan tikaman di kedua-dua belah rusuk, satu tikaman di belakang leher dan satu kesan luka di perut.

Mangsa menyewa di rumah yang terletak di tingkat enam flat berkenaan bersama seorang kakaknya namun semasa kejadian mangsa berada seorang diri di rumah tersebut.

Kakak mangsa, Yanoaini Yeop, 35, berkata, dia mengetahui kejadian malang yang menimpa Yasuhaidah yang mesra dipanggil Ucuk apabila seorang lagi adik perempuannya yang tinggal bersama mangsa menghubungi suaminya, Syahar Mohd. Ali, 38, pada pukul 4 pagi.

"Masa menelefon, dia (adik) minta suami saya bertenang sebelum beritahu Ucuk sudah tiada (meninggal dunia) kena tikam," kata wanita itu ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur.

Menurut Yanoaini, mangsa menyewa di flat itu bersama kakaknya, Yazniyana Yeop sejak enam bulan lalu namun semasa kejadian gadis itu tinggal seorang diri kerana kakaknya keluar bersama teman lelakinya untuk membeli barangan keperluan raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur.

Sedekahkan senyuman anda dengan Listerine Natural Green Tea terbaru #SmileWithListerine demi penjagaan oral yang menyeluruh!

Yanoaoni memberitahu, anak bongsu daripada lapan beradik itu tidak mengikut kakaknya membeli-belah di Jalan TAR pada malam tersebut kerana mahu berehat untuk bekerja syif pagi semalam.

"Sebelum keluar rumah, Yazniyana ada pesan dengan Ucuk yang dia akan pulang lambat dan mahu bersahur bersama-sama," katanya sambil memberitahu Yazniyana bekerja di sebuah restoran makanan segera.

Sebelum itu, pada petang kelmarin, dua beradik itu yang menunggang motosikal berkunjung ke rumahnya di Taman Medan di sini menghantar biskut raya yang dibuat sendiri oleh mereka untuk dikirim kepada keluarga di Beruas.

"Petang itu (kelmarin), Ucuk bawa dua anak saya berjalan-jalan di kawasan rumah sebelum mereka berdua balik ke Damansara selepas berbuka puasa," kata Yanoaoni.

"Ini kali pertama Ucuk membuat sendiri biskut raya untuk keluarga," katanya.

Yanoaini memberitahu, pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, gadis itu merancang beraya di ibu negara kerana hanya bercuti satu hari pada hari raya tersebut.

"Ucuk beritahu dia akan pulang beraya ke kampung pada hari raya kelima," katanya.

Mangsa sebelum ini tinggal bersama kedua-dua ibu bapanya di kampung dan pernah beberapa kali menukar pekerjaan sejak datang ke ibu negara sebelum pulang ke kampung dan datang semula ke ibu negara.

Dalam pada itu, seorang jiran mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui Kosmo! berkata, ketika kejadian dia sekeluarga yang bangun untuk bersahur terdengar suara orang seolah-olah mengerang kesakitan meminta tolong lebih sepuluh kali.

Tubuh yang mengiurkan, lentiknya yang menarik, lihat di SINI. Kehebatan #GALAXYSIII memang tiada bandingan...

Selain itu, jiran itu juga mendakwa dia terdengar bunyi seperti orang menendang pintu jeriji beberapa kali.

"Suara meminta tolong itu tidak jelas kerana mangsa mungkin sedang kesakitan jadi saya minta abang keluar untuk periksa apa yang berlaku," katanya yang tinggal di tingkat lima flat yang sama.

Menurut saksi itu lagi, dia yang turut naik ke tingkat atas terkejut apabila melihat seorang wanita berpakaian lengkap dalam keadaan terbaring berlumuran darah di depan pintu jeriji yang berkunci tetapi pintu kayu terbuka sebelum menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

Jelasnya, dia tidak mengenali mangsa kerana mereka tinggal di tingkat berasingan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Difahamkan, polis yang menyiasat lokasi kejadian menemui segumpal rambut milik mangsa dipercayai direntap oleh suspek. Polis menemui menemui dua bilah pisau yang dipercayai turut mempunyai kesan darah.

"Tiada kesan umpil dan pecah masuk pada pintu rumah itu," kata beliau.

Kosmo!

Remaja perempuan diperkosa 4 pegawai polis durjana

Posted: 17 Aug 2012 06:30 PM PDT

SEREMBAN: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu yang berlaku apabila empat anggota polis berpangkat konstabel yang diamanahkan menjaga keselamatan masyarakat didakwa merogol bergilir-gilir seorang remaja dalam satu kejadian di sebuah rumah di Port Dickson, di sini, tengah malam, 7 Ogos lalu.

Turut diberkas, seorang lagi rakan serumah mereka yang turut memperkosa remaja berusia 19 tahun itu.

Difahamkan, remaja terbabit berkenalan dengan seorang daripada anggota polis itu dua hari sebelum kejadian rogol berlaku dan bersetuju mengikut suspek pulang ke rumah.

Sumber berkata, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah di Port Dickson sebelum dirogol secara bergilir-gilir.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan laporan mengenai salah laku anggotanya itu.

p/s: Kerana nila setitik, habih rosak seluruh integriti polis! Barua betul!

Mohon klik SINI untuk token percuma kepada pembaca blog ini...keterangan lanjut juga boleh klik pada pautan ini, terima kasih  #DiGiFreeInternet 

Monorel rosak lagi...200 penumpang terkandas

Posted: 17 Aug 2012 05:01 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kira-kira 200 penumpang perkhidmatan monorel terperangkap hampir sejam dalam tren dinaiki pagi semalam ekoran tren mengalami kerosakan dan terpaksa ditunda, sebelum kesemua penumpang dikeluarkan di stesen lain.

Dalam kejadian jam 8.35 pagi itu, tren yang dalam perjalanan dari Stesen Imbi ke Stesen Bukit Bintang dikatakan mengalami kerosakan kecil dan secara tiba-tiba terkandas menyebabkan semua penumpang terperangkap.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penumpang yang terperangkap dalam gerabak pada jam 9 pagi.

"Selepas beberapa minit terperangkap, penumpang yang panik menghubungi kami dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pusat dihantar serta sampai ke lokasi kejadian dalam masa tujuh minit," katanya.

p/s: Pebenda monorel nih? Takkan dah teruk sangt kot? Perkhidmatan takde sampai 50 tahun lagi pun! Hishh!

Tawaran istimewa untuk penumpang-penumpang yang terkandas dan juga pembaca-pembaca blog ini, sesuatu yang istimewa untuk anda sebelum hari raya. Klik SINI untuk kepastian lanjut! 

 Percuma, tak bohong punya.

Relod RM 30 dengan #DiGiFreeInternet, 30 hari hari diorang kasi free internet! Hebat..!

Dah..naik benda lain la pulak..asyik rosak ajer Monorel nih!

Mat Sabu: Nasib Ustaz Nasha ditentukan lepas Aidilfitri

Posted: 17 Aug 2012 04:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Nasib bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa akan ditentukan pucuk pimpinan parti yang dijangka bermesyuarat selepas Aidilfitri ini.

Sehingga kini tiada kenyataan berbentuk amaran atau desakan memecat Nasharudin daripada mana-mana pemimpin parti itu selepas beliau secara terbuka menggesa Pas keluar daripada pakatan pembangkang ekoran DAP menentang hukum hudud yang diperjuangkan parti Islam itu.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang dihubungi Harian Metro memberitahu, Jawatankuasa Pusat parti akan membincangkan hal Nasharudin pada mesyuarat bulanan akan datang.

"Tiada tindakan segera yang perlu dilakukan ke atasnya (Nasharudin). Segala keputusan bergantung kepada hasil mesyuarat bulan itu nanti," katanya di sini semalam.

Semalam, media melaporkan kenyataan Ahli Parlimen Bachok itu yang hairan dengan tindakan parti berkenaan terus bersekongkol dengan DAP yang secara terang memusuhi dan memerangi Islam.

Tegasnya, sehingga kini Pas belum menyatakan pendiriannya terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Malah beliau mengumpamakan mereka yang mendiamkan diri itu umpama syaitan bisu seperti diungkapkan pimpinan tertinggi Pas.

Kenyataannya itu bertentangan dengan apa diucapkannya pemimpin itu sendiri ketika muktamar tahunan bahawa keputusan tahalluf siasi (kerjasama politik) bersama DAP dan PKR melalui satu perbincangan mendalam dengan ulama muktabar.

p/s: Psst...abaikan aja Bang Mat ni punya mesej, kerana di SINI lebih menarik kerana yang dah tua-tua pun masih berpeluang untuk dapat duit raya! Bukan rasuah le...

Top up volume Celcom anda, dan anda akana berpeluang memenangi RM 1000 duit raya!#CelcomDuitRaya

Tanda Putera: Kit Siang mahu saman fitnah

Posted: 17 Aug 2012 04:00 PM PDT

SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan berbaur fitnah, didakwa dibawa oleh Facebook filem Tanda Putera, yang berkisar tentang rusuhan 13 Mei dan perkembangan berkaitan.

Ahli Parlimen Ipoh Timur ini berkata, ekoran dakwaan tidak berasas Penerbit Eksekutif Tanda Putera, Aida Fitra Buyong, beliau telah mengarahkan peguamnya memulakan tindakan perundangan berhubung fitnah yang dilemparkan.

Dalam kenyataan diperoleh dari blognya hari ini, Kit Siang berkata, beliau tiada pilihan kecuali mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan fitnah yang dibuat menerusi Facebook.

"Tuduhan yang dibuat Aida Fitra bahawa saya telah bertindak secara defensif di atas gambar saya yang dimuat naik di laman rasmi Facebook filem Tanda Putera, bahawa saya telah kencing di tiang bendera yang mengibarkan bendera negeri Selangor, ketika itu rumah kediaman Menteri Besar Selangor, serta provokasi rusuhan 13 Mei 1969, merupakan satu dakwaan tidak berasas langsung, liar dan menjijikkan," kata Kit Siang lagi.

"Saya tidak tahu selain Facebook rasmi Tanda Putera, yang menggunakan kapsyen: 'Lim Kit Siang telah kencing di bawah tiang bendera Selangor yang terpacak di rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, (Datuk) Harun Idris', kapsyen sedemikian berdasarkan pembohongan ganas dan tidak bertanggungjawab, turut ada diposkan di mana-mana (lokasi) ruang siber," katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Kit Siang juga berkata, adakah penerbit filem itu mengharapakan "saya hanya akan mendiamkan diri manakala mereka terus menerus membuat fitnah berhubung rusuhan 13 Mei 1969, berhubung insiden saya kencing di rumah kediaman Menteri Besar Selangor."

Sehubungan itu tegas Kit Siang, bagaimana kenyataan sedemikian boleh disiarkan sedangkan beliau sebenarnya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969.

Dua hari lalu, pengarah filem itu menegaskan bahawa jalan ceritanya tidak ada kaitan dengan pemimpin DAP yang dimaksudkan ramai pihak.

p/s: Ngok ngek la orang tuh ni...memang dia dia buat benda tu, lagi nak nafi, kira untung la Suhaimi Baba tak masukkan adegan kecing di tiang bendera tu...

Mulut anda berbau dan gigi kuning seperti Kit Siang? Klik SINI untuk ya..hahahaha!

Jangan risau, dapatkanlah Listerine, biar gigi anda berseri-seri pada Raya ini dengan Listerine Natural Green Tea #SmileWithListerine


Mencari Damai Abadi

Posted: 18 Aug 2012 03:05 PM PDT

Mencari Damai Abadi


Salam Aidilfitri

Posted: 18 Aug 2012 07:17 AM PDT

Bismillah


Dengan kerendahan hati, kami memohon ampun dah maaf sekiranya sepanjang penglibatan kami dalam penulisan blog ini ada yang terkasar bahasa dan tersilap perbuatan. Semoga Syawal tahun ini memberi keinsafan kepada semua umat Islam. Allah hanya meminjamkan nikmatnya kepada kita, maka syukurilah ia.

Ya Allah, rahmatilah umatMu ini.. Amin

Apa Yang Tersirat

Posted: 18 Aug 2012 01:45 PM PDT

Apa Yang Tersirat


Akar umbi desak PAS keluar Pakataan

Posted: 18 Aug 2012 01:56 AM PDT

KEPALA BATAS: Beberapa ahli PAS Pulau Pinang menggesa kepimpinan tertinggi parti itu untuk membawa PAS keluar daripada pakatan pembangkang.
Bekas Setiausaha PAS negeri, Mohamed Nordin Mohd Nor berkata impian pakatan pembangkang untuk menakluk Putrajaya menyebabkan PAS semakin jauh daripada matlamat asal dengan membelakangkan perjuangan parti demi memenuhi kehendak sekutunya.
Beliau berkata kepimpinan tertinggi parti seolah-olah tidak mengambil berat dengan situasi semasa apabila mereka hanya berdiam diri dan membenarkan rakan sekutunya iaitu DAP mempertikai Islam dan ajarannya.
"Kami dari akar undi. Kami bukan pemimpin atasan daripada parti. Kami semua ahli biasa. Kami nampak perkara ini (pertikaikan Islam) sedang makan di dalam.
"Bila dia makan di dalam, dia akan cetus satu perkara yang tidak baik. Kami harap benda ini tidak akan berlaku. Kami harap Karpal Singh dan DAP berhentikan ungkapan yang menyentuh perasaan dan hati umat Islam," katanya dalam sidang media khas menyatakan sokongan kepada kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa di sini, Jumaat.
Semalam, Nasharuddin dalam satu kenyataannya di sebuah blog, menggesa PAS untuk meletakkan perpaduan ummah sebagai asas perjuangannya, tanpa menyifatkan perjuangan itu sebagai terperangkap dalam agenda permainan musuh politik PAS iaitu Umno.
Mengulas lanjut, Mohamed Nordin berkata tindakan kepimpinan tertinggi PAS yang seakan pasif dalam menangani isu tersebut menyebabkan anggota di akar umbi mula mempersoalkan rasional penglibatan parti itu dalam pakatan pembangkang.
Beliau berkata sekiranya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih tidak memahami perjuangan PAS maka adalah wajar untuk parti itu meninggalkan pakatan pembangkang.
Katanya PAS mampu untuk menjadi sebuah parti yang dominan dengan berteraskan kepada perjuangan Islam meskipun tanpa mengadakan sebarang jalinan kerjasama dengan DAP mahupun PKR.
Mohamed Nordin juga menyifatkan kepimpinan tertinggi PAS seakan mula meminggirkan kepimpinan ulama bagi mencapai matlamat ke Putrajaya.
"Kami dididik untuk memperjuangkan Islam dalam agenda politik kami tetapi pemimpin yang mendidik kami kini menggadai apa yang telah disampaikan demi untuk mengejar kuasa dalam pilihan raya," katanya. BERNAMA

THE FLYING KICK

Posted: 18 Aug 2012 01:44 PM PDT

THE FLYING KICK


MAHATHIR DAH NYANYUK! MAHATHIR DAH GELABAH BEWAK!!!

Posted: 18 Aug 2012 12:12 AM PDT

ISLAM MAJU,MELAYU MAJU!

Posted: 18 Aug 2012 01:29 PM PDT

ISLAM MAJU,MELAYU MAJU!


Posted: 18 Aug 2012 07:47 AM PDT



  • ASSALAMUALAIKUM BUAT PEMBACA BLOG SEKALIAN,DISINI SAYA INGIN MEMINTA MAAF SEKIRANYA ADA TERKASAR BAHASA DAN MUNGKIN ADA POSTING-POSTING YANG MENYINGGUNG PERASAAN ORANG LAIN SERTA SALAH DAN SILAP YANG TELAH SAYA LAKUKAN.DENGAN INI SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN,SEMOGA ALLAH S.W.T MERAHMATI HARI RAYA KALI INI UNTUK KTA SEMUA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan