Isnin, 20 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


PAS Negeri Sembilan

Posted: 19 Aug 2012 09:14 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Majlis Jamuan Hari Raya

Posted: 19 Aug 2012 06:49 AM PDT


Saya kembali ke Selangor untuk mandi, di Kuala Pilah tidak ada air

Posted: 19 Aug 2012 06:43 AM PDT

oleh : Aspan Alilan

19 Ogos 2012 - Pagi tadi saya menziarahi ibu saudara saya dikampung kelahiran saya. Sejak ibu saya pergi, saya jarang-jarang sekali balik ke kampung kelahiran saya di Sg Jelutong, Kuala Pilah. Tetapi arwah ibu saya berpesan supaya saya tidak mengambil ringan terhadap ibu saudara saya itu jika ibu saya sudah tiada di dunia ini.

Saya juga menziarahi bapa saudara saya di sebelah bapa di Kampung Tapak. Hanya seorang sahaja bapa saudara di sebelah bapa saya masih hidup maka saya sangat bergembira berjumpa beliau di hari dan bulan yang baik ini.

Tetapi seperti biasa sejak dari dahulu hingga sekarang dikampung saya itu selalu keputusan bekalan air. Kali ini saya sangat berharap-harap untuk dapat merasakan bekalan air dengan secukupnya apabila melawat ibu saudara dan bapa saudara saya itu.

Tetapi nyata harapan saya itu tidak kesampaian. Seperti hari raya yang sebelum ini sejak begitu lama air sentiasa menjadi masalah di Kawasan DUN Juasseh ini. Saya terus sahaja terfikir kenapa cerita tentang kekurangan air di Selangor, Kuala Lumpur dan putrajaya yang belum pun berlaku, kenapa isu air di Kuala Pilah ini yang sudah menjadi perkara yang lumrah sejak begitu lama tidak diperbesarkan?

Saya terdengar Menteri Besar NS pernah berkata yang NS tidak mempunyai masalah untuk menjual air ke Selangor, tetapi beliau (MBNS) tidak menyedari yang NS sudah menghadapi krisis air ini semasa perayaan seperti ini sudah berlarutan begitu lama. Elok Mohammad selesaikan kes kekurangan air di NS ini dahulu sebelum hendak menjual air kepada mana-mana pihak.

Oleh kerana masalah keputusan air dikampung asal saya itu maka saya kembali ke rumah saya di Selangor yang masih mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi. Saya cadangkan agar Jawatankuasa Khas, tentang isu air yang dipengerusikan oleh TS Muhy agar memasukkan isu air di NS sebagai agenda dalam mesyuarat J/K itu kerana isu keputusan bekalan air di Kuala Pilah merupakan isu yang sudah berlarutan sejak puluhan tahun dahulu.

Hari ini adalah pengalaman biasa setiap tahun yang saya hadapi dikampung saya itu, maka saya terpaksa kembali ke Subang Jaya di dalam negeri Selangor yang mempunyai bekalan air bersih yang masih tidak terganggu itu.

Saya baru sahaja mandi manda dengan selesa di sebuah negeri yang di isukan bekalan air bersih oleh pihak yang berkepentingan politik itu.

Batu Gajah Mari

Posted: 19 Aug 2012 11:33 AM PDT

Batu Gajah Mari


Jom sokong BN!

Posted: 18 Aug 2012 11:56 AM PDT



Dipetik dari Malaysiakini

Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.

Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.

Pemuda Bersamamu v3

Posted: 19 Aug 2012 09:32 AM PDT

Pemuda Bersamamu v3


Operasi khas Ramadhan Pemuda Dun Sura

Posted: 19 Aug 2012 07:01 AM PDT

oleh : Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan
Pemuda Dun Sura 


Bergerak dalam satu jemaah dan 'teamwork',akhirnya pasukan Pemuda Bersamamu 8.0 kini bersedia untuk turun ke medan masyarakat bagi menghulurkan secebis sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan makanan kepada golongan yang fakir, miskin, anak-anak yatim dan golongan kurang bernasib baik di seluruh ceruk kampung di Dun Sura sebagai meringankan kesusahan mereka ini bagi menyambut hari lebaran 1 Syawal.

Selesai sahaja mendirikan solat sunat hajat berjemaah dipusat operasi Pemuda Bersamamu 8.0 di markaz pemuda Dun Sura bagi memohon dipermudahkanNya tugasan sehari ini, kami terus bergerak ke Pejabat PAS Dun Sura untuk melengkapkan aturcara program di mana 'konvoi bantuan kemanusiaan' ini akan dilepaskan secara rasmi oleh ADUN Sura, YB Hj Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli diikuti oleh Tuan Haji Wan Hapandi selaku Pengerusi Majlis Tindakan Dun Sura. Alhamdulillah, pasukan Pemuda Bersamamu 8.0 melangkah dengan ceria dan penuh semangat seramai 50 orang petugas sukarelawan.

Pergerakan terus lancar dan lebih teratur dengan dua pacuan 4 roda yang memuatkan bekalan beras dan keperluan makanan diikuti dengan beberapa buah kereta serta sejumlah ramai yang memilih bermotosikal, gagah melangkah dengan baju seragam yang segak diserikan dengan kibaran megah Terengganu, Malaysia dan bendera PAS mengiringi konvoi.


Sungguh kami bersyukur kerana kutipan sumbangan pada kali ini adalah melebihi sasaran yang sudah semestinya turut sama menambah nilai dan juga jumlah penerima sekitar 15 penerima dalam satu cawangan.Oleh kerana bilangan penerima sumbangan bertambah, konvoi Pemuda Bersamamu 8.0 hanya selesai dan berhenti begitu hampir dengan waktu berbuka puasa.

Kepada seluruh penyumbang yang budiman dan dermawan, hanya Allah jua yang mampu membalas segala amal jariah anda.Kepada seluruh warga pemuda Dun Sura yang terlibat dalam menjayakan seterusnya melakarkan kejayaan dalam program tahunan Pemuda Bersamamu 8.0 ini,kalian semua ibarat 'Jundullah', semoga diterima sebagai amal soleh yang ikhlas oleh Allah swt.


Buat penerima sumbangan yang tidak seberapa ini, diharapkan bersyukur dan sentiasa memahami usaha kami ini.Kerana kami hanya menjalankan amanah sedaya upaya kami sepertimana pepatah Pemuda Bersamamu, 'Prihatin Kami Tak Bertepi,Membantu Sekadar Termampu.


Akan menyusul gambar-gambar sekitar program Pemuda Bersamamu 8.0

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 19 Aug 2012 09:17 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Majlis Jamuan Hari Raya

Posted: 19 Aug 2012 06:51 AM PDT


Saya kembali ke Selangor untuk mandi, di Kuala Pilah tidak ada air

Posted: 19 Aug 2012 06:40 AM PDT

oleh : Aspan Alilan

19 Ogos 2012 - Pagi tadi saya menziarahi ibu saudara saya dikampung kelahiran saya. Sejak ibu saya pergi, saya jarang-jarang sekali balik ke kampung kelahiran saya di Sg Jelutong, Kuala Pilah. Tetapi arwah ibu saya berpesan supaya saya tidak mengambil ringan terhadap ibu saudara saya itu jika ibu saya sudah tiada di dunia ini.

Saya juga menziarahi bapa saudara saya di sebelah bapa di Kampung Tapak. Hanya seorang sahaja bapa saudara di sebelah bapa saya masih hidup maka saya sangat bergembira berjumpa beliau di hari dan bulan yang baik ini.

Tetapi seperti biasa sejak dari dahulu hingga sekarang dikampung saya itu selalu keputusan bekalan air. Kali ini saya sangat berharap-harap untuk dapat merasakan bekalan air dengan secukupnya apabila melawat ibu saudara dan bapa saudara saya itu.

Tetapi nyata harapan saya itu tidak kesampaian. Seperti hari raya yang sebelum ini sejak begitu lama air sentiasa menjadi masalah di Kawasan DUN Juasseh ini. Saya terus sahaja terfikir kenapa cerita tentang kekurangan air di Selangor, Kuala Lumpur dan putrajaya yang belum pun berlaku, kenapa isu air di Kuala Pilah ini yang sudah menjadi perkara yang lumrah sejak begitu lama tidak diperbesarkan?

Saya terdengar Menteri Besar NS pernah berkata yang NS tidak mempunyai masalah untuk menjual air ke Selangor, tetapi beliau (MBNS) tidak menyedari yang NS sudah menghadapi krisis air ini semasa perayaan seperti ini sudah berlarutan begitu lama. Elok Mohammad selesaikan kes kekurangan air di NS ini dahulu sebelum hendak menjual air kepada mana-mana pihak.

Oleh kerana masalah keputusan air dikampung asal saya itu maka saya kembali ke rumah saya di Selangor yang masih mempunyai bekalan air bersih yang mencukupi. Saya cadangkan agar Jawatankuasa Khas, tentang isu air yang dipengerusikan oleh TS Muhy agar memasukkan isu air di NS sebagai agenda dalam mesyuarat J/K itu kerana isu keputusan bekalan air di Kuala Pilah merupakan isu yang sudah berlarutan sejak puluhan tahun dahulu.

Hari ini adalah pengalaman biasa setiap tahun yang saya hadapi dikampung saya itu, maka saya terpaksa kembali ke Subang Jaya di dalam negeri Selangor yang mempunyai bekalan air bersih yang masih tidak terganggu itu.

Saya baru sahaja mandi manda dengan selesa di sebuah negeri yang di isukan bekalan air bersih oleh pihak yang berkepentingan politik itu.

Jasindaily Online

Posted: 19 Aug 2012 09:14 AM PDT

Jasindaily Online


Proton dan Produa Kekal Harga Terenda Jika Hapus Cukai

Posted: 18 Aug 2012 11:08 AM PDT

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Proton dan Perodua kekal harga kereta terendah dalam pasaran jika rombakan struktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan. "Jika rombakan struktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta (baik Proton, Perodua, Toyota, Honda dan lain-lain) akan turun secara berkadar terus dengan jumlah cukai eksais yang dikenakan selama ini. "Maka, harga Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model, berbanding kereta-kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lain-lain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara purata," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini. 

Rafizi berkata, latah pemimpin Umno BN mengatakan rombakan struktur cukai menyebabkan harga kereta import setara Perodua dan Proton, sekaligus menyebabkan jenama kereta tempatan itu terpinggir, tidak benar sama sekali. Jelasnya, kereta Proton dan Perodua yang dijual dicukai sekurang-kurangnya 85 peratus dalam bentuk cukai eksais dan cukai jalan, seperti model yang dijual Honda, Toyota dan lain-lain. Menurut Rafizi, cukai eksais yang dikenakan terhadap pembelian kereta adalah cukai menyeluruh, tidak membezakan antara jenama dan model tempatan atau antarabangsa. 

"Cukai eksais dikenakan terhadap sesuatu kumpulan barangan. Maka cukai eksais terhadap pembelian kereta adalah cukai yang dikenakan terhadap mana-mana pembelian, pada kadar yang sama," kata Rafizi. Tambah beliau, ini mengukuhkan pendirian KEADILAN bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta berada pada paras yang munasabah dan adil kepada rakyat adalah penting untuk menambahkan pendapatan bolehguna rakyat dan mengurangkan bebanan mereka. Sebelum ini, Pakatan Rakyat bercadang untuk menurunkan harga kereta dengan menghapuskan duti eksais dan cukai import jika berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat. Langkah itu ekoran harga kenderaan di negara ini terlalu tinggi disebabkan cukai-cukai tersebut. 

DUN BUKIT PAYONG

Posted: 19 Aug 2012 03:26 AM PDT

DUN BUKIT PAYONG


Perutusan Eid Fitri 1433 dari YB Ustaz Mohd Nor Hamzah

Posted: 18 Aug 2012 07:42 AM PDT



Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Walillaahil hamd

Alhamdulillah.Kita telah selamat menempuh dugaan dalam bulan Ramadhan.Bulan yang menjadi madrasah bagi mendidik diri menjadi orang yang bertaqwa seperti firman Allah dalam ayat 183 surah al-Baqarah "moga-moga kamu bertaqwa".
Sahabat-sahabat sekelian suka saya menyentuh khusus berkenaan rasuah yang sedang teruk membarah dalam masyarakat kita sekarang ini. Ini adalah hasil daripada hilangnya taqwa kepada Allah.Tidak merasakan dosa atas perbuatan yang dilarang oleh Allah.Maka apakah hasilnya dari berpuasa itu?
Saya menyeru kepada semua agar menjauhkan diri daripada rasuah,menentang pelbagai bentuk rasuah dan juga kita mesti berperanan untuk memastikan rasuah mati dalam masyarakat kita dengan mengenal asalnya,caranya, pemberinya dan juga penerimanya.Untuk mencapai maksud ini, kita hendaklah mencarinya dengan ilmu.Apa lagi kalau tidak dengan mukjizat yang Allah kurniakan kepada kita iaitulah al-Quran.
Rasuah berlaku kerana ketidakpedulian kerajaan yang memerintah untuk membanterasnya dengan Islam.Masih ada dalam kepompong pemikiran sesetengah cerdik pandai bahawa Islam bukan jalannya. Mengingatkan orang Islam akan dosanya rasuah, bagi mereka seperti tidak perlu sedangkan diutuskan rasulullah kepada manusia untuk memberi peringatan ancaman kepada mereka yang ingkar dan memberikan berita gembira kepada mereka yang taat.
Begitulah malangnya nasib kita jika dibiarkan orang yang tidak amanah terus menerus memegang tampuk kekuasaan sedangkan kita mempunyai pilihan dan mampu menukarkan mereka dengan insan-insan yang taqwa kepada Allah.
Oleh itu jadikanlah ramadhan yang baru sahaja berlalu sebagai titik perubahan kepada bukan sahaja dalam kualiti ibadat peribadi kita malah dalam membentuk masyarakat keseluruhannya agar lebih bertaqwa kepada Allah.Maka saya menyeru kepada semua umat Islam agar hidup dalam ketaqwaan dengan membuang segala-gala yang tidak selari dengan Islam termasuklah membuang pemerintah yang tidak bertaqwa kepada Allah dan menggantikannya dengan yang hanya takutkan Allah insyaAllah
Dan akhir kata, saya serta keluarga, dan seluruh AJK MTD Bukit Payong mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin, Taqabbalallahu minna waminkum.Kullu a'am wa antum bikhair
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Walillaahil hamd

CINA ISLAM (林川興)

Posted: 19 Aug 2012 01:20 AM PDT

CINA ISLAM (林川興)


Idulfitri: Kemenangan menentang kebatilan

Posted: 18 Aug 2012 11:40 PM PDT

1 Syawal 1433H. [MOD] -

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd

Bersyukur kita kepada Allah s.w.t di atas limpah kurniaNya yang tidak terkira yang masih meletakkan diri kita di dalam arus perjuangan menegakkan agama Allah di dalam wadah perjuangan PAS untuk mendaulatkan kalimahNya.

Ramadhan hanya menghitung hari untuk ke penghujungnya. Ianya merupakan madrasah tarbiah yang mendidik jiwa kita supaya lebih mengasihi Allah dan RasulNya mengatasi kasih kita kepada perkara-perkara yang lain.

Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan kita telah berjaya mendidik diri kita bencikan kebatilan dan kezaliman apatah lagi ketika umat Islam pada hari ini berhadapan dengan ujian dan mehnah yang benar-benar menguji sejauh mana keimanan kita kepada Allah s.w.t.

Oleh kerana itulah, Eidul Fitri merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam di atas kejayaan menentang segala bentuk hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadhan. Kita berharap kemenangan menentang hawa nafsu dan kebatilan ini dapat dilakukan secara berterusan selepas ini dan diterjemahkan dalam erti kata yang lebih berkesan dan lebih besar untuk merungkai segala bentuk rangkaian jahiliah dan kezaliman di dalam negara ini untuk digantikan dengan kesejahteraan Islam.

Situasi politik semasa di negara ini sekarang menuntut kita sebagai umat Islam untuk kembali kepada panduan Al-Quran dan Sunnah dalam memimpin kehidupan manusia. Tidak ada sistem dan cara hidup yang lebih agung melainkan kita kembali kepada sistem dan panduan Islam sepertimana yang ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Menjadi suatu tanggungjawab kepada umat Islam untuk mengembalikan kemenangan dan kedaulatan Islam di atas runtuhan sistem buatan manusia. Semangat kemenangan pada bulan Ramadhan mengatasi hawa nafsu hendaklah diteruskan pada setiap masa dan di mana sahaja kita berada sehingga kita memperolehi kemenangan yang hakiki iaitu keredhaan Allah s.w.t di hari akhirat kelak.

Kita hendaklah mengingati kata-kata saidina Umar ibn al-Khattab, "Kita adalah satu kaum yang telah diberi kemuliaan oleh Allah s.wt. dengan islam, bagaimanapun, jika kita mencari kemuliaan itu dengan sesuatu yang dihina oleh Allah s.w.t maka kita akan dihina oleh Allah."

Yakinlah wahai para pejuang islam.

Sekian.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd

Datuk Harun Taib,

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.



ADUN Titi Serong : Umat Islam dipesongkan oleh media perosak di Hari Raya.

Posted: 18 Aug 2012 11:00 PM PDT

Drs. Khalil Idham Lim sedang menyampaikan khutbah Aidil Fitri.

1 Syawal 1433H. [MOD] -
Al Banjari Online

PARIT BUNTAR,19 Ogos 2012:- Umat Islam disarankan untuk mempertahankan nilai dan pengertaian Syawal yang sebenar serta tidak terpengaruh dengan media perosak pada Hari Raya,demikian antara kandungan Khutbah hari Raya yang disampaikan oleh ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim diSurau Sungai Labu Bawah, Tanjung Piandang di sini hari ini.

Selain itu beliau juga memperingatkan kepada jemaah yang hadir untuk mengelakkan diri dari sekelompok manusia yang mengaku Islam namun berperangaikan yahudi dengan menerima sebahagian Al Quran dan menolak sebahagian darinya.

Sambil melahirkan rasa kesal beliau juga berkata " kalau dalam persoalan mengambil air sembahyang seperti yang diperintahkan Allah dalam Quran dipatuhi tetapi kenapakan perintah Allah berkaiatan hukum Hudud dalam Al Quran dipertikai dan dipersendakan "

Beliau yang hadir bersama keluarganya untuk mengerjakan solat Aidil Fitri dan berkhutbah sempat mengambil peluang untuk mengetuai tahlil arwah bersama para jemaah selepas berkhutbah.

Selain itu peluang diambil untuk beramah mesra dengan jemaah serta menyampaikan duit raya kepada hampir 50 orang kanak-kanak yang hadir.

Kegembiraan dikongsi sama dengan penyampaian duit raya kepada hampir 50 kanak-kanak yang hadir

Beramah mesra dengan jemaah selepas berkhutbah.

PAS Negeri Sembilan

Posted: 18 Aug 2012 09:16 PM PDT

PAS Negeri Sembilan


Empat konstabel polis ditahan kerana merogol

Posted: 18 Aug 2012 02:07 AM PDT

Pendekatan Islam dengan peningkatan iman harus diperhebatkan di kalangan anggota keselamatan kita agar ianya sebagai aspirasi sebenar ciri-ciri anggota keselamatan dalam sebuah negara Islam.

4 polis durjana
18 Ogos 2012

SEREMBAN: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu yang berlaku apabila empat anggota polis berpangkat konstabel yang diamanahkan menjaga keselamatan masyarakat didakwa merogol bergilir-gilir seorang remaja dalam satu kejadian di sebuah rumah di Port Dickson, di sini, tengah malam, 7 Ogos lalu.

Turut diberkas, seorang lagi rakan serumah mereka yang turut memperkosa remaja berusia 19 tahun itu.

Difahamkan, remaja terbabit berkenalan dengan seorang daripada anggota polis itu dua hari sebelum kejadian rogol berlaku dan bersetuju mengikut suspek pulang ke rumah. Sumber berkata, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah di Port Dickson sebelum dirogol secara bergilir-gilir.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan laporan mengenai salah laku anggotanya itu.



Empat konstabel polis ditahan kerana merogol
18 Ogos 2012

SEREMBAN – Lima lelaki termasuk empat polis berpangkat konstabel ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja di sebuah rumah di Port Dickson, 7 Ogos lalu.

Kesemua mereka dikatakan mengenali antara satu sama lain dan bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir di rumah salah seorang daripada mereka.

Menurut sumber, wanita berusia 19 tahun itu berkenalan dengan salah seorang anggota polis tersebut dua hari sebelum kejadian dan bersetuju mengikut lelaki itu pulang ke rumah.

Katanya, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah sebelum dirogol secara bergilir-gilir.

"Empat lelaki berusia 20 hingga 28 tahun itu dikenalpasti bekerja sebagai polis berdasarkan pakaian seragam yang dipakai salah seorang suspek," katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, selepas lima hari kejadian, wanita berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Nilai, pada 12 Ogos, kira-kira 12 tengah malam.

"Bertindak atas laporan itu, kira-kira jam 12 tengah hari, empat suspek ditahan di balai polis tempat mereka bertugas, manakala seorang lagi lelaki ditahan di sekitar Port Dickson, hari yang sama," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahahan.

"Semua anggota polis berkenaan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan siasatan masih dilakukan dari segenap aspek," katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang melanggar undang-undang.


Rembau Hari Ini

Posted: 18 Aug 2012 07:34 PM PDT

Rembau Hari Ini


Penduduk Chembong gesa tapak pelupusan sampah ditutup

Posted: 18 Aug 2012 02:17 AM PDT

August 18, 2012

Masalah bau busuk dan pencemaran udara semakin teruk sejak tiga tahun lalu yang berpunca dari tapak pelupusan sampah tersebut.

REMBAU: Berikutan masalah bau busuk dan pencemaran udara di sekitar Chembong, penduduk setempat menggesa pihak berkuasa agar menutup Tapak Pelupusan Sampah Chembong sebelum tahun 2014.
Berikutan masalah tersebut satu pertemuan diadakan diantara wakil penduduk, Ahli-Ahli Majlis Daerah Rembau dan Exco Kerajan Negeri Sembilan, Dato' Siow Chen Pin yang memegang portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam.
Mereka juga melawat Tapak Pelupusan Sampah Chembong untuk melihat masalah itu dengan lebih dekat.
Dalam pertemuan tersebut Ahli Majlis Daerah Rembau menggesa Siow membawa cadangan menutup Tapak Pelupusan Sampah Chembong ke pengetahuan Kerajaan Negeri Sembilan.
Tee Kan Eng, 70, dari Taman Chembong Utama berkata masalah bau busuk dan pencemaran udara semakin teruk sejak tiga tahun lalu yang berpunca dari tapak pelupusan sampah tersebut.
"Saya terpaksa menutup tingkap dan menghidu bau busuk terutama sekali ketika suasana angin bertiup kencang.
Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila ada masa-masanya tapak pelupusan sampah ini terbakar disebabkan tekanan bahan yang dibuang di sana termasuk kebakaran bawah tanah.
Pencemaran udara

"Keadaan ini membuatkan berlaku pula pencemaran udara. Asap daripada kebakaran sampah sudah tentu tidak baik untuk kesihatan.
"Oleh itu saya sebagai salah seorang penduduk di sini amat berharap agar masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin dengan bantuan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan demi kebaikan penduduk," katanya.
Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau, Mohamad Rawi Baharom berkata beliau menerima banyak aduan daripada penduduk setempat yang mahukan tapak pelupusan berkenaan ditutup dalam tempoh segera.
"Sebelum ini pihak Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bersetuju di mana penutupan selamat tapak pelupusan sampah in
dilaksanakan pada tahun 2014 dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan bergantung kepada kelulusan peruntukan yang akan diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
"Masalah seperti pencemaran bau dan air "lechete" sering menjadi rungutan penduduk sekitar dan tebing tapak pelupusan bersebelahan tanah milik Chembong Estate telah runtuh dan mengakibatkan kemasukan sampah 5,000 meter persegi ke dalam kawasan ladang," kata Mohamad Rawi.
Tahap kritikal

Sementara itu Chen Pin berkata masalah tapak pelupusan sampah di beberapa lokasi di negeri ini sememangnya sedang berada di tahap kritikal terutamanya di Bukit Palong, Lukut, Port Dickson.
Bagaimanapun menurutnya beberapa lokasi tapak pelupusan sampah yang berhadapan dengan permasalahan berkenaan diketengahkan kepada kerajaan negeri bagi mengenal pasti langkah penyelesaian terbaik bagi masalah tersebut.
"Buat masa ini kita sudah berjaya menyelesaikan masalah di Tapak Pelupusan Sampah Pajam dan bakal mengambil tindakan bersesuaian dengan membincangkan cadangan penduduk yang mahu kerajaan negeri menutup tapak pelupusan sampah ini.
"Bagaimanapun ianya bukan mudah memandangkan kos bagi penutupan selamat sesebuah tapak pelupusan sampah amat tinggi yang boleh mencecah jutaan ringgit.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong, Zaiful Bahri Idris (BN).

Bertelagah ketika menyamun

Posted: 18 Aug 2012 02:14 AM PDT

Saban hari ada saja kes samun pecah rumah. Saya diberitakan di Kg Daching, Lenggeng terdapat 3 kes samun pecah rumah sebelum waktu sahur beberapa hari lepas. Salah seorang mangsa menurut ceritanya ialah bilal Masjid Kg Daching, dimana perompak tersebut turut melarikan duit kutipan zakat yang diuruskan oleh bilal tersebut.

Perompak tolong balut luka mangsa
18/08/2012

Rembau: Seorang warga emas menerima 29 jahitan di muka selepas dilibas dengan besi paip oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Kampung Anak Air Kundur di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Ismail Yunus, 65, dipercayai diserang ketika sedang tidur di ruang tamu bersama anaknya, Mohd Izuan, 31.

Mohd Izuan berkata, dia tertidur di ruang tamu bersama bapanya selepas menghantar pakaian untuknya dan ibu tirinya, Jainon Jais, 55, sebaik pulang dari solat Tarawih. "Saya hanya tersedar apabila dikejutkan seorang daripada lima perompak yang secara tiba-tiba melibas besi paip ke muka bapa menyebabkan rakan lain memarahinya.

"Semua perompak menutup muka dengan kain dan berdasarkan loghat mereka, saya yakin mereka bukan warga tempatan. Bagaimanapun, mereka membantu membalut luka ayah.
"Mereka kemudian melarikan diri dengan kereta Perodua Alza milik saya. Saya tidak berani melawan kerana mereka membawa kayu, parang dan batang besi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Tama Desa Permai, Pedas di sini, semalam.
Diikat guna selimut
Mohd Izuan berkata, walaupun dia dan ibu tirinya tidak diapa-apakan dalam kejadian itu, tetapi mereka sekeluarga diikat menggunakan selimut sebelum berjaya melepaskan diri dan mendapatkan pertolongan orang ramai.
Mangsa mendakwa kehilangan tiga telefon bimbit, pakaian raya yang dibeli untuk bapanya dan sejumlah wang tunai dalam kejadian itu.
Penjenayah dipercayai memasuki rumah itu melalui tingkap depan rumah yang diumpil dan dipecahkan.
"Ibu dan bapa trauma sehingga tidak sanggup tinggal di rumah itu lagi kerana bimbang kejadian sama berulang. Aidilfitri yang akan berlangsung esok pasti menjadi hambar bagi kami sekeluarga," katanya yang sepatutnya pulang beraya ke rumah isterinya di Pahang.



Bertelagah ketika menyamun
18 Ogos 2012

REMBAU – Tindakan seorang perompak memukul kepala mangsa dengan batang paip besi menyebabkan dia dimarahi salah seorang daripada empat ahli kumpulan yang lain dalam kejadian samun di Kampung Anak Air Kundur, di sini, awal pagi semalam.

Rakan perompak berkenaan memarahinya kerana tidak bersetuju dengan tindakan keterlaluan itu, malah salah seorang ahli kumpulan sempat beristighfar apabila melihat mangsa samun berkenaan cedera.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, sekumpulan lima perompak bertindak memecah masuk rumah didiami seorang pesara tentera, Ismail Yunus, 65. di kampung berkenaan.

Ismail berkata, ketika kejadian, dia bersama anak lelakinya tidur di ruang tamu rumah, sementara isteri Ismail, Jainon Jais, 55, tidur dalam bilik.

Menurutnya, dia terpinga-pinga apabila dikejutkan dari tidur oleh lima perompak terbabit.

"Berdasarakan dielek percakapan, perompak itu merupakan warga asing. Kumpulan perompak itu menutup sebahagian muka saya dan anak saya dengan kain itu, namun saya tidak sedar perompak itu mengarahkan kami diam.

"Saya bertanya 'kenapa?', menyebabkan mereka terkejut dan secara tiba-tiba salah seorang daripada perompak berkenaan memukul kepala saya dengan batang besi paip sehingga darah bercucuran membasahi baju saya," katanya.

Katanya, tindakan perompak itu menyebabkan salah seorang daripada ahli kumpulan memarahi tindakannya itu.

"Dengan keras, dia mengingatkan rakannya bahawa tujuan datang ke rumah adalah untuk merompak dan bukan membunuh orang," katanya ketika ditemui Sinar Harian di satu lagi kediamannya di Desa Permai Pedas, di sini, semalam.

Menurut Ismail, dia turut melihat salah seorang perompak beristighfar kerana tidak setuju dengan tindakan meluru rakannya itu.

Perompak bantu hentikan darah

ANAK lelaki Ismail, Mohd Izzuan Ismail, 31, menceritakan, selepas ayahnya dipukul, salah seorang perompak sempat membantu menghentikan pendarahan di kepala ayahnya dengan mengikat menggunakan kain pelikat.

"Ketika itu, selimut yang digunakan menutup muka saya terjatuh dan nampak perompak berkenaan bersungguh-sungguh mengikat kepala ayah saya.

"Selepas itu, perompak berkenaan dengan pantas menutup kembali muka saya dan mengarahkan kami diam. Masa itu, saya sebenarnya sangat risau dengan keadaan ayah yang cedera di kepala," katanya.

Izzuan berkata, kira-kira 3.45 pagi, perompak berkenaan melarikan diri sebelum dia bersama ayah dan ibu tirinya itu berjaya melepaskan ikatan.

"Disebabkan semua telefon bimbit dilarikan perompak itu, kami bergegas keluar dari rumah menahan kenderaan orang awam untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Izzuan yang merupakan kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri berkata, dia tidak menyangka gerak hati datang ke rumah ayahnya dan mengambil keputusan untuk bermalam akibat keletihan, membantu mengurangkan
keresahan ayahnya yang mungkin panik jika berhadapan situasi berkenaan berseorangan.

"Malam tadi (kelmarin), saya tergerak datang ke rumah ibu tiri saya untuk menghantar sehelai baju kemeja dan kain pelikat baru, sebagai hadiah hari raya.

"Biasanya saya tidur lewat, namun selepas solat Terawih sekitar 10 malam, saya mengantuk menyebabkan saya ambil keputusan untuk tidur bersama ayah," katanya.

Katanya, dia tidak sedar ketika perompak berkenaan masuk ke rumah menerusi tingkap yang dipotong besinya dan beberapa kepingan cermin dikeluarkan.

"Sebelum perompak melarikan diri, mereka meminta kunci kereta saya menyebabkan saya terpaksa menyerahkan kunci berkenaan kerana bimbang diapa-apakan," katanya yang kehilangan kereta jenis Perodua Alza biru bernombor pendaftaran NCP 2558.

Hanya ambil wang RM50

SEMENTARA itu, Jainon berkata, buat masa ini barangan yang dikesan hilang adalah wang tunai kira-kira RM50, tiga telefon bimbit milik mereka tiga beranak, baju raya Ismail yang baru dibeli anak tirinya itu, serta kereta milik Izzuan."Bagaimanapun, dokumen pengenalan diri kami tidak dilarikan perompak.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Mizan Md Dom mengesahkan insiden berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, perompak berkenaan memecah masuk rumah dengan bersenjatakan parang, kayu dan batang besi paip yang digunakan memukul kepala mangsa.

"Mangsa dikejarkan dengan ambulans bagi mendapat rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ja'afar, beberapa jam selepas kejadian," katanya.

Akibat pukulan berkenaan, Ismail menerima 29 jahitan di kepala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan