Ahad, 19 Ogos 2012

BLOG - BLOG PARTI PAS

BLOG - BLOG PARTI PAS


DUN CHINI

Posted: 18 Aug 2012 07:04 PM PDT

DUN CHINI


Pastikan UMNO bentang Hudud di Parlimen

Posted: 18 Aug 2012 03:41 AM PDT

Nasrudin Hassan
Tun Dr Mahathir :
Pastikan UMNO bentang Hudud di Parlimen !

1. Dr Mahathir sekali lagi cuba mencuri tumpuan umum dengan kenyataan terbarunya bahawa UMNO boleh melaksanakan hudud tetapi bukan hudud PAS sebaliknya hudud Islam . Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadhan al Mubarak tahun ini.

2. Saya sangat simpati dengan Dr Mahathir. Beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri. Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [ seperti hudud ] adalah suatu yang ditentangnya habis - habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama. [ 22 tahun ]

3. Sebetulnya UMNO tidak mahu melaksanakan hudud ! ini satu realiti. Lihat sahaja cadangan ADUN Kemelah Johor untuk melaksanakan hudud di Johor, bukan sahaja diketepikan malah dikecam. Lebih parah apabila Chua Soi Lek selaku Presiden MCA menuduh pemimpin UMNO itu hilang aqal [ mabuk atau gila ] , seluruh pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir, bungkam sejuta bahasa.

4. Kuasa kerajaan federal berada ditangan UMNO, retorik apa lagi yang mahu UMNO paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "PAS" kononnya , mana hudud UMNO ? sila kemukakan ! Sekurang - kurang 2 negeri yang ditadbir oleh PAS sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang - Undang Syariah atau Qanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri UMNO mana ? Mana hudud UMNO ? atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu ?

5. PAS sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud. Sementara UMNO pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya , PAS sertai UMNO kah ? atau UMNO yang wajib sertai PAS untuk memastikan hudud benar - benar terlaksanakan di atas tanahair tercinta ini .

6. Sekurang - kurang PAS telah siapkan draf Qanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. UMNO sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu PAS menyertai UMNO, sepatutnya UMNO dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai PAS bagi mendokong cita - cita perlaksanaan Islam di Malaysia.

7. Saya cabar UMNO siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah swt, saya yakin ahli parlimen PAS akan menyokongnya . Jika UMNO tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, UMNO hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Ketua DPPM

ULAMA PEWARIS NABI

Posted: 18 Aug 2012 03:45 PM PDT

ULAMA PEWARIS NABI


BUKAN CALANG MENTERI TERLIBAT !

Posted: 18 Aug 2012 01:08 PM PDT


Saya memandang berat kenyataan yang dibuat Dato' Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 13 Ogos 2012 bahawa proses tender semula NFC sedang berjalan memandangkan kekusutan dan liabiliti kewangan membabitkan NFCorp yang dimiliki keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil masih belum diselesaikan.

Sehingga kini, Dato' Seri Najib Tun Razak masih belum mengesahkan perkara-perkara berikut: - Bahawa pembekuan aset yang diumumkan pada 14 Januari 2012 dahulu telah berjaya mengutip kembali semua perbelanjaan yang melanggar tujuan asal pemberian dana oleh kerajaan dari NFCorp, termasuklah memindahmilikkan aset-aset kondominium yang dibeli; - Dapatan dari audit oleh sebuah pasukan audit bebas yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini masih belum dibentangkan kepada rakyat; -

Bahawa NFCorp akan membayar setiap satu sen dari RM250 juta dana rakyat yang digunakan sebelum ini apabila projek tersebut diberikan kepada kontraktor baru yang dilantik kerajaan. Saya berkeras bahawa kerajaan tidak boleh melantik kontraktor baru sehinggalah ketiga-tiga perkara yang disenaraikan di atas telah dilaksanakan, terutamanya perkara (3).

Adalah menjadi tanggungjawab ketiga-tiga orang menteri, iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak (sebagai individu yang mempengerusikan jawatankuasa tender yang menganugerahkan kontrak kepada NFCorp), Tan Sri Muhyiddin Yassin (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu) dan Dato' Seri Noh Omar (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika skandal dibongkar) untuk mendapatkan jaminan peribadi (personal guarantee) setiap anggota keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil bahawa dana awam RM250 juta akan dikembalikan sepenuhnya. Melalui jaminan peribadi ini, sekiranya mereka gagal membayar dana awam RM250 juta itu apabila lantikan mereka sebagai kontraktor kepada projek ini ditamatkan, maka kerajaan wajarlah menyita apa-apa harta mereka untuk membayar balik dana tersebut.


Saya tidak yakin bahawa ketiga-tiga menteri terbabit komited untuk mengutip kembali dana awam tersebut melihatkan tindakan mereka selama ini yang berdolak-dalih. Oleh sebab itu, saya berpendapat tindakan menjalankan proses tender kali kedua untuk melantik kontraktor baru adalah satu muslihat untuk melupuskan hutang NFCorp sebanyak RM250 juta tanpa disedari oleh rakyat Malaysia melalui satu lantikan kontraktor baru. Saya menyeru Dato' Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara-perkara berikut:

- Bahawa tidak akan ada sebarang hutang NFCorp yang akan dilupuskan dan NFCorp perlu membayar sepenuhnya RM250 juta melalui jaminan peribadi; - Bahawa tidak akan ada suntikan dana baru ke dalam projek NFC ini walaupun kontraktor baru dilantik kerana dana sedia ada sebanyak RM250 juta perlu digunakan dan diperolehi dari NFCorp terlebih dahulu; dan

- Bahawa tidak ada sebarang lantikan baru akan dibuat sehinggalah dana RM250 juta dikutip sepenuhnya. Kegagalan Dato' Seri Najib Tun Razak melaksanakan ketiga-tiga perkara ini mengukuhkan lagi pandangan rakyat bahawa Umno/Barisan Nasional cuba sedaya upaya melindungi Dato' Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

PERUTUSAN 1 SYAWAL TOK GURU !

Posted: 18 Aug 2012 03:06 AM PDT

ALHAMDULILLAH BERKAT KEJUJURAN, KESABARAN DAN KECEKALAN

Posted: 18 Aug 2012 12:03 AM PDT

SHAH ALAM, 17 OGOS : Masalah penginapan asrama yang dihadapi kira-kira 1,600 pelajar Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya bakal berakhir apabila mereka dijadualkan akan menerima kunci pada 23 Ogos depan.

Naib Canselor Unisel, Profesor Dr Anuar Ahmad berkata, pihak Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab menguruskan penginapan pelajar bersetuju untuk membuka semula dan melaksanakan operasi Pejabat Residen Komuniti Siswa seperti biasa.

Menurutnya, tindakan itu diputuskan JNSB susulan daripada permohonan Unisel yang memfailkan Saman Pemulanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

"Ekoran keengganan pihak Jana Niaga untuk membuka semula operasi pejabat Residen Komuniti Siswa dan menyerahkan kunci kepada pelajar, Unisel melalui peguamcara telah memfailkan Saman Pemula pada 16 Ogos di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Atas permohonan Unisel, pendengaran telah diadakan di mahkamah dan Jana Niaga melalui peguamnya bersetuju untuk membuka semula dan melaksanakan operasi mereka bermula 23 Ogos seperti biasa," katanya dalam satu sidang media di Unisel hari ini.

Hadir sama, peguamcara mewakili Unisel, Edmund Bon.

Tambahnya, peguam Unisel bersama peguam Jana Niaga juga akan memulakan perbincangan untuk cuba menyelesaikan pertikaian di antara kedua-dua pihak demi kepentingan mahasiswa universiti milik penuh Kerajaan Negeri itu.

"Sebarang pertikaian yang bermula sejak Jun 2009 antara pihak Unisel dan Jana Niaga akan

dibincangkan secara terperinci dan spesifik supaya masalah ini boleh selesai," kata Dr Anuar.

Kontroversi berhubung isu penginapan pelajar timbul apabila sebilangan besar daripada mereka masih gagal menerima kunci meskipun sesi pengajian dilaporkan sudah bermula.

Dilaporkan, perkara itu berlaku ekoran keengganan Jana Niaga yang sepatutnya memberi kunci untuk akses ke asrama pelajar pada 3 Ogos lalu.

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam

Posted: 18 Aug 2012 03:13 PM PDT

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Ayer Hitam


Kerajaan Negeri -UUM rangka pelan basmi kemiskinan

Posted: 01 Jul 2010 09:20 AM PDT

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

SINTOK: Sinergi antara Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Kedah Sustainable Development Centre Universiti Utara Malaysia (KSC-UUM) dalam merangka Pelan Pembangunan Keusahawanan Negeri Kedah dilihat sangat strategik dan dinamik dalam usaha membasmi kemiskinan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Abd Ghani Ahmad, projek usaha sama antara UPEN dan UUM melibatkan aktiviti keusahawanan yang memberi peluang pekerjaan, pembangunan kreativiti dan inovasi dan pembentukan daya saing yang mantap.

Beliau menjelaskan, UPEN memerlukan perancangan yang mantap ke arah memajukan ekonomi Negeri Kedah manakala UUM sebagai universiti pengurusan memiliki kepakaran dalam bidang tersebut.

"Gabungan kedua-duanya akan memberi impak positif terhadap kemajuan dan kelestarian pembangunan negeri yang melihat pembangunan usahawan sebagai agenda penting dalam membina komuniti berteraskan keusahawanan yang mapan," katanya.

Beliau berkata demikian pada lawatan kerja ke KSC-UUM sejurus sebelum menghadiri pembentangan di EDC-UUM, di sini baru-baru ini.

Abd Ghani menambah, KSC-UUM membantu UPEN menyediakan Pelan Strategik Pelan Pembangunan Keusahawanan Negeri Kedah yang mengambil kira pelbagai aspek penting bagi menjamin kelestarian usahawan yang dibangunkan.

Ujarnya, program seumpama ini dapat menjana pembangunan lestari dan membantu merealisasikan hasrat kerajaan mencapai status negeri maju melalui KSC-UUM yang giat menjalankan penyelidikan, perundingan serta pembangunan.

"Pertemuan ini diharap akan mencetuskan hubungan kerjasama yang lebih erat dalam merealisasikan pelaksanaan program pembangunan," jelasnya.

Sementara itu, Pengarah KSC-UUM, Prof. Madya Dr. Rohana Yusof berkata, usaha itu dilaksanakan selaras dengan hasrat untuk membangunkan ekonomi dengan berkesan dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan.

"Sekumpulan penyelidik UUM di bawah penyeliaan KSC-UUM terlibat dalam membangunkan penyelidikan untuk merancakkan ekonomi secara bersepadu," katanya.

Dr. Filzah Md Isa mengetuai kumpulan penyelidik yang disertai Prof. Madya Dr. Faudziah Zainal Abidin, Dr. Siti Norezam Othman, Prof. Madya Habshah Bakar, Azhar Ahmad, Mohd Hanizan Zalazilah dan Kamarulzaman Md Ali.

Tambahnya, hasil kajian yang dijalankan bakal menyumbang kepada pembangunan bukan sahaja di Negeri Kedah malah negeri-negeri di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) termasuk Perlis, Pulau Pinang dan Perak.

Selain itu, katanya, pertemuan itu juga diadakan untuk melihat perkembangan KSC-UUM dalam menjalankan projek selain menjalin hubungan baik antara UPEN dalam melaksanaan program pembangunan melalui penyelidikan dan perundingan.



Negara Berkebajikan : Ruh Islam dihayati

Posted: 01 Jul 2010 08:56 AM PDT

Bila sebut negara Barat maka akan tergambarlah di kepala kita bahawa akan susah kehidupan kita bila berada di negara mereka. Namun, apabila kita menjejak kaki ke negara mereka akan terbuktilah bahawa apa yang digambarkan selama ini adalah palsu dan dangkal semata-mata.

Di Malaysia, kita banyak mengiktiraf bahawa ajaran Islam sentiasa diajar dalam kuliah-kuliah ilmu di Masjid dan Surau. Meskipun begitu, amalan yang sepatutnya dilaksanakan tetapi diabaikan kerana persekitaran di sekeliling turut mempengaruhi sikap tersebut.

Amalan Islam yang dianjurkan untuk diamalkan oleh orang Islam telah dilaksanakan oleh orang-orang putih di negara mereka misalnya kebersihan, kebajikan, pendidikan, solat jamaah dan sebagainya lagi. Sepanjang dua minggu berada di Leicester, UK. saya sempat meninjau situasi masyarakat di sini dengan mengunjungi pasaraya, menaiki bas, keretapi, teksi dan memandu kenderaan sendiri dan melihat sendiri situasi yang berlaku.

Dari sudut kebersihan, masyarakat dididik dengan amalan membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan. Bagi jenis sampah yang boleh digunapakai, dibuat recycle bin bagi jenis sampah seperti kertas, botol, kasut, pakaian dan lain-lain. Bagi jenis pakaian yang boleh digunapakai akan diserahkan kepada agensi kebajikan (charity) untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan atau dijual murah di Car Boot. Berbanding di Malaysia, sampah dibuang di merata jalan walaupun ada recycle bin yang disediakan tetapi jarang dimanfaatkan.

Dari aspek kebajikan pula, anak-anak kecil yang akan dibawa menaiki kenderaan sendiri atau bas/teksi diwajibkan memakai baby car seat (bayi) dan booster (anak-anak kecil)  demi keselamatan mereka. Jika gagal berbuat demikian, ibu bapa akan didenda. Di Malaysia, ia tidak diamalkan sebab itu kemalangan sering berlaku menyebabkan jiwa anak-anak kecil/bayi tergadai. Bagi kumpulan pendapatan rendah, mereka boleh memohon penggunaan internet percuma di rumah melalui Majlis perbandaran (city Councel) masing-masing. Golongan tua yang tidak berpendapatan atau pendapatan rendah diberi keistemewaan untuk pergi ke pusat bandar dengan mereka diambil di rumah mereka. Golongan kurang upaya diberi laluan khas di jalanraya untuk mengelakkan daripada kemalangan.
Bagi rawatan kesihatan pula, semua aspek rawatan adalah percuma kerana ini adalah tanggungjawab kerajaan dalam menyediakan keperluan kebajikan kepada rakyat. Bagi pelajar-pelajar Malaysia yang sakit atau bersalin semuanya percuma walaupun mereka orang luar. Sepatutnya amalan seperti inilah yang dibuat di negara kita.                  
Di Malaysia, semuanya dengan bayaran tidak kira miskin atau kaya samada aspek kemudahan internet, rawatan kesihatan dan sebagainya. Pendek kata, tiada ruang kemudahan percuma yang diberikan kepada rakyat kita oleh kerajaan. Alangkah baiknya jika rakyat yang sedar akan hak mereka mesti diberikan oleh kerajaan mampu membuat perubahan demi masa depan anak bangsa yang penuh dengan perlindungan pemerintah ke atas rakyat jelata.   

masanya memilih jalan yang lurus

Posted: 18 Aug 2012 03:07 PM PDT

masanya memilih jalan yang lurus


tazkirah 30 saat Ramadhan (12) akhir

Posted: 18 Aug 2012 04:00 AM PDT

Tazkirah Ramadhan 30 saat (12) Ramadhan adalah sebuah madrasah tarbiah ruhiyyah dari langit. Tempoh pengajiannya sebulan. Hari ini kita hampir menyempurnakannya. Adakah kejayaan menyempurnakan bilangan dan tempoh pendek itu diiringi kejayaan memperolehi ijazah dari Allah? Itulah harapan setiap kita. Pakaian graduasi bercirikan tiga sulaman yang indah; Rabbaniah, insaniah dan menyebar kebaikan dan menentang kemungkaran. Adapun [...]

Dupahang's Weblog

Posted: 18 Aug 2012 11:19 AM PDT

Dupahang's Weblog


Ustaz Nasharudin dah menjelas bagaimana pula yang menuduh?

Posted: 18 Aug 2012 09:15 AM PDT

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para ulama di Mekah, Arab Saudi baru-baru ini tidak sedikitpun menyentuh soal Umno atau PAS, kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu, ia perbincangan mengenai ummah. “Itu yang saya hairan sejak dulu bila ada saja [...]

PAS dan DAP Menurut Perspektif Islam

Posted: 18 Aug 2012 09:09 AM PDT

Berikut adalah kenyataan penuh Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat Ustaz Dr. Khairuddin Aman Razali : Dalam konteks Malaysia, ahli-ahli DAP merupakan rakyat Malaysia yang menjunjung Perlembagaan negara yang menetapkan antaranya Islam sebagai agama Persekutuan. DAP juga tidak menentang Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama bagi Malaysia dengan memberontak secara bersenjata. Oleh itu, DAP merupakan warga [...]

Teks Khutbah Aidilfitri 1433 H

Posted: 18 Aug 2012 09:07 AM PDT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Kepada muslimin dan muslimat, mudah-mudahan diberkati dan dirahmati Allah SWT. Pihak Lajnah Penerbitan, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) berbesar hati menyediakan teks khutbah untuk hari raya Aidulfitri yang bakal menjelang. Teks-teks khutbah tersebut boleh dimuat turun di bawah ini:- 1) Teks Khutbah Aidulfitri 1433 H Tuan Guru Presiden PAS 2) Teks khutbah Aidulfitri [...]

Perutusan Eidul Fitri Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Posted: 18 Aug 2012 09:05 AM PDT

“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd . Bersyukur kita kepada Allah s.w.t di atas limpah kurniaNya yang tidak terkira yang masih meletakkan diri kita di dalam arus perjuangan menegakkan agama Allah di dalam wadah perjuangan PAS untuk mendaulatkan kalimahNya. Ramadhan hanya menghitung hari untuk ke penghujungnya. Ianya merupakan madrasah tarbiah yang mendidik jiwa kita supaya lebih mengasihi [...]

Jasindaily Online

Posted: 18 Aug 2012 09:05 AM PDT

Jasindaily Online


Salam Edulfitri 1433 H

Posted: 18 Aug 2012 04:04 AM PDT

Bersempena Eidulfitri yang bakal menjelang tiba tidak berapa lama lagi, Admin mewakili saff kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin dan Warga Kerja Jasindaily ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Fitri dan Sama- sama kita jadikan Edulfitri yang menjelang tiba ini sebagai hari kemenangan kita dalam menempuh segala cabaran dan dugaan yang menjelma sepanjang bulan Ramadhan. Sesungguhnya kita pasti akan merindui Ramadhan yang berlalu pergi Andai ini Ramadhan yang terakhir buat kita Semua. 

Salam Edulfitri - Maaf Zahir dan Batin 

Melepaskan Lembu Tersepit

Posted: 18 Aug 2012 03:47 AM PDT

Saya memandang berat kenyataan yang dibuat Dato' Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 13 Ogos 2012 bahawa proses tender semula NFC sedang berjalan memandangkan kekusutan dan liabiliti kewangan membabitkan NFCorp yang dimiliki keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil masih belum diselesaikan. 

 Sehingga kini, Dato' Seri Najib Tun Razak masih belum mengesahkan perkara-perkara berikut: - Bahawa pembekuan aset yang diumumkan pada 14 Januari 2012 dahulu telah berjaya mengutip kembali semua perbelanjaan yang melanggar tujuan asal pemberian dana oleh kerajaan dari NFCorp, termasuklah memindahmilikkan aset-aset kondominium yang dibeli; - Dapatan dari audit oleh sebuah pasukan audit bebas yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga kini masih belum dibentangkan kepada rakyat; -

 Bahawa NFCorp akan membayar setiap satu sen dari RM250 juta dana rakyat yang digunakan sebelum ini apabila projek tersebut diberikan kepada kontraktor baru yang dilantik kerajaan. Saya berkeras bahawa kerajaan tidak boleh melantik kontraktor baru sehinggalah ketiga-tiga perkara yang disenaraikan di atas telah dilaksanakan, terutamanya perkara (3). 

 Adalah menjadi tanggungjawab ketiga-tiga orang menteri, iaitu Dato' Seri Najib Tun Razak (sebagai individu yang mempengerusikan jawatankuasa tender yang menganugerahkan kontrak kepada NFCorp), Tan Sri Muhyiddin Yassin (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada ketika itu) dan Dato' Seri Noh Omar (sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika skandal dibongkar) untuk mendapatkan jaminan peribadi (personal guarantee) setiap anggota keluarga Dato' Seri Shahrizat Jalil bahawa dana awam RM250 juta akan dikembalikan sepenuhnya. Melalui jaminan peribadi ini, sekiranya mereka gagal membayar dana awam RM250 juta itu apabila lantikan mereka sebagai kontraktor kepada projek ini ditamatkan, maka kerajaan wajarlah menyita apa-apa harta mereka untuk membayar balik dana tersebut. 


 Saya tidak yakin bahawa ketiga-tiga menteri terbabit komited untuk mengutip kembali dana awam tersebut melihatkan tindakan mereka selama ini yang berdolak-dalih. Oleh sebab itu, saya berpendapat tindakan menjalankan proses tender kali kedua untuk melantik kontraktor baru adalah satu muslihat untuk melupuskan hutang NFCorp sebanyak RM250 juta tanpa disedari oleh rakyat Malaysia melalui satu lantikan kontraktor baru. Saya menyeru Dato' Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara-perkara berikut:

 - Bahawa tidak akan ada sebarang hutang NFCorp yang akan dilupuskan dan NFCorp perlu membayar sepenuhnya RM250 juta melalui jaminan peribadi; - Bahawa tidak akan ada suntikan dana baru ke dalam projek NFC ini walaupun kontraktor baru dilantik kerana dana sedia ada sebanyak RM250 juta perlu digunakan dan diperolehi dari NFCorp terlebih dahulu; dan 

 - Bahawa tidak ada sebarang lantikan baru akan dibuat sehinggalah dana RM250 juta dikutip sepenuhnya. Kegagalan Dato' Seri Najib Tun Razak melaksanakan ketiga-tiga perkara ini mengukuhkan lagi pandangan rakyat bahawa Umno/Barisan Nasional cuba sedaya upaya melindungi Dato' Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya. 

 RAFIZI RAMLI 
 PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Syabas Buat Lawak Pandai

Posted: 18 Aug 2012 03:44 AM PDT

XXX = Selangor akan hadapi krisis air..bekalan air tidak mencukupi...air akan dicatu 

YYY = Mana boleh...hari-hari hujan dan empangan penuh...mana boleh Selangor tak cukup air 

 XXX = Bukan bekalan air mentah tapi air terawat...dan kita mestilah meneruskan projek langat 2 kerana loji-loji rawatan air di Selangor sudah beroperasi melebihi tahap maksimum 

 YYY = Kita mempunyai 34 loji rawatan air di Selangor...Laporan pertama jawatankuasa mendapati keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter sehari (MLD) berbanding keupayaan agihan SYABAS 4,371 MLD. Ini bermaksud terdapat lebihan 436 MLD yang Syabas tidak mampu agihkan. 

 TETIBA JER.... 

 XXX = Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) diarahkan mengurangkan pengeluaran air terawat kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). (Surat bertarikh 29.12.2011) 

 ADMIN = Hilang cerita air tak terawat kerana loji tak cukup... tiba-tiba muncul pulak cerita Kerajaan Negeri tak bagi proses air untuk dijadikan air terawat... kah kah kah kah kah !. 

 P/S : Lagi lama cerita air ni ... lagi banyak lah korang akan nampak bagaimana Munafik nya Pemimpin-Pemimpin XXX ni... yang pada mereka politik dan Agama adalah berasingan... untuk itu menipu, merompak dan menfitnah dalam politik adalah dibenarkan.....kahkahkahkahkah XXX & YYY = bukan nama sebenar
sumber: PR Supporter

Malaysia Negara Selamat : Empat Konstebel Dituduh Merogol Remaja

Posted: 18 Aug 2012 03:42 AM PDT

Lima lelaki termasuk empat polis berpangkat konstabel ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja di sebuah rumah di Port Dickson, 7 Ogos lalu.Kesemua mereka dikatakan mengenali antara satu sama lain dan bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir di rumah salah seorang daripada mereka.Menurut sumber, wanita berusia 19 tahun itu berkenalan dengan salah seorang anggota polis tersebut dua hari sebelum kejadian dan bersetuju mengikut lelaki itu pulang ke rumah. 

 Katanya, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah sebelum dirogol secara bergilir-gilir."Empat lelaki berusia 20 hingga 28 tahun itu dikenalpasti bekerja sebagai polis berdasarkan pakaian seragam yang dipakai salah seorang suspek," katanya di sini, semalam. Menurut sumber, selepas lima hari kejadian, wanita berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Nilai, pada 12 Ogos, kira-kira 12 tengah malam."Bertindak atas laporan itu, kira-kira jam 12 tengah hari, empat suspek ditahan di balai polis tempat mereka bertugas, manakala seorang lagi lelaki ditahan di sekitar Port Dickson, hari yang sama," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahahan."Semua anggota polis berkenaan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan siasatan masih dilakukan dari segenap aspek," katanya.Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang melanggar undang-undang.~Addin

Isu Pecat Nasharuddin dari PAS

Posted: 18 Aug 2012 03:38 AM PDT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM., 

saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu. Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS Pusat. 

Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti. Dalam hal kontroversi yang melibatkan pemimpin PAS yang dikatakan bersama-sama pemimpin UMNO di Mekah, saya tidak mahu membuat apa-apa komen. Pada saya, sikap saya sudah jelas dan semua pihak sudah memahaminya.... Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Walau Apa Pun Yang Diberi ...

Posted: 18 Aug 2012 03:35 AM PDT


Mahathir Yang Makin Nyanyuk

Posted: 18 Aug 2012 03:32 AM PDT

JERLUN - Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR). Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam. "Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam. 

 "Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud," katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam. Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. "Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini. "Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan," katanya. 

 Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama. "Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno. "Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai. "Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap. "Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud," katanya. -SH 

Ulasan GB
 Nyanyuk Mahathir semakin menjadi-jadi mutakhir ini. Beliau mengajak PAS menyertai UMNO untuk laksanakan hudud sedangkan:
 1) Mahathirlah orang yang pernah menuduh PAS lebih bahaya dari komunis
2) Mahathirlah orangnya yang telah menghantar surat kepada TG Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengamcam untuk mengambil tindakan jika TG MB Kelantan itu ingin terus melaksanakn hudud 3) Mahathirlah orangnya yang mempersendakan hudud selama ini dengan pelbagai tuduhan yang diantara lainnya menyatakan hukum hudun adalah undang-undang yang tidak adil kepada rakyat Malaysia
4) Mahathirlah orangnya yang telah memulakan sekatan pembangunan di negeri-negeri yang dikuasai PAS khususnya Kelantan
5) Mahathirlah orangnya yang telah mengkhianati perjanjian royalti Petronas dengan menukarkan wang ehsan.

 Justeru itu kenyataannya mengajak PAS menyertai UMNO hanya satu sandiwara politik semasa untuk menyelamatkan kareer politik anaknya, Mukhriz yang umum mengetahui UMNO Kedah ini terus menerus menghadapi zaman gelap gelitanya...~Greenboc

Mohamad Taufek Abd Ghani

Posted: 18 Aug 2012 09:03 AM PDT

Mohamad Taufek Abd Ghani


Bertelagah ketika menyamun

Posted: 18 Aug 2012 02:11 AM PDT

Saban hari ada saja kes samun pecah rumah. Saya diberitakan di Kg Daching, Lenggeng terdapat 3 kes samun pecah rumah sebelum waktu sahur beberapa hari lepas. Salah seorang mangsa menurut ceritanya ialah bilal Masjid Kg Daching, dimana perompak tersebut turut melarikan duit kutipan zakat yang diuruskan oleh bilal tersebut.

Perompak tolong balut luka mangsa
18/08/2012

Rembau: Seorang warga emas menerima 29 jahitan di muka selepas dilibas dengan besi paip oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Kampung Anak Air Kundur di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Ismail Yunus, 65, dipercayai diserang ketika sedang tidur di ruang tamu bersama anaknya, Mohd Izuan, 31.

Mohd Izuan berkata, dia tertidur di ruang tamu bersama bapanya selepas menghantar pakaian untuknya dan ibu tirinya, Jainon Jais, 55, sebaik pulang dari solat Tarawih. "Saya hanya tersedar apabila dikejutkan seorang daripada lima perompak yang secara tiba-tiba melibas besi paip ke muka bapa menyebabkan rakan lain memarahinya.

"Semua perompak menutup muka dengan kain dan berdasarkan loghat mereka, saya yakin mereka bukan warga tempatan. Bagaimanapun, mereka membantu membalut luka ayah.
"Mereka kemudian melarikan diri dengan kereta Perodua Alza milik saya. Saya tidak berani melawan kerana mereka membawa kayu, parang dan batang besi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Tama Desa Permai, Pedas di sini, semalam.
Diikat guna selimut
Mohd Izuan berkata, walaupun dia dan ibu tirinya tidak diapa-apakan dalam kejadian itu, tetapi mereka sekeluarga diikat menggunakan selimut sebelum berjaya melepaskan diri dan mendapatkan pertolongan orang ramai.
Mangsa mendakwa kehilangan tiga telefon bimbit, pakaian raya yang dibeli untuk bapanya dan sejumlah wang tunai dalam kejadian itu.
Penjenayah dipercayai memasuki rumah itu melalui tingkap depan rumah yang diumpil dan dipecahkan.
"Ibu dan bapa trauma sehingga tidak sanggup tinggal di rumah itu lagi kerana bimbang kejadian sama berulang. Aidilfitri yang akan berlangsung esok pasti menjadi hambar bagi kami sekeluarga," katanya yang sepatutnya pulang beraya ke rumah isterinya di Pahang.



Bertelagah ketika menyamun
18 Ogos 2012

REMBAU – Tindakan seorang perompak memukul kepala mangsa dengan batang paip besi menyebabkan dia dimarahi salah seorang daripada empat ahli kumpulan yang lain dalam kejadian samun di Kampung Anak Air Kundur, di sini, awal pagi semalam.

Rakan perompak berkenaan memarahinya kerana tidak bersetuju dengan tindakan keterlaluan itu, malah salah seorang ahli kumpulan sempat beristighfar apabila melihat mangsa samun berkenaan cedera.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, sekumpulan lima perompak bertindak memecah masuk rumah didiami seorang pesara tentera, Ismail Yunus, 65. di kampung berkenaan.

Ismail berkata, ketika kejadian, dia bersama anak lelakinya tidur di ruang tamu rumah, sementara isteri Ismail, Jainon Jais, 55, tidur dalam bilik.

Menurutnya, dia terpinga-pinga apabila dikejutkan dari tidur oleh lima perompak terbabit.

"Berdasarakan dielek percakapan, perompak itu merupakan warga asing. Kumpulan perompak itu menutup sebahagian muka saya dan anak saya dengan kain itu, namun saya tidak sedar perompak itu mengarahkan kami diam.

"Saya bertanya 'kenapa?', menyebabkan mereka terkejut dan secara tiba-tiba salah seorang daripada perompak berkenaan memukul kepala saya dengan batang besi paip sehingga darah bercucuran membasahi baju saya," katanya.

Katanya, tindakan perompak itu menyebabkan salah seorang daripada ahli kumpulan memarahi tindakannya itu.

"Dengan keras, dia mengingatkan rakannya bahawa tujuan datang ke rumah adalah untuk merompak dan bukan membunuh orang," katanya ketika ditemui Sinar Harian di satu lagi kediamannya di Desa Permai Pedas, di sini, semalam.

Menurut Ismail, dia turut melihat salah seorang perompak beristighfar kerana tidak setuju dengan tindakan meluru rakannya itu.

Perompak bantu hentikan darah

ANAK lelaki Ismail, Mohd Izzuan Ismail, 31, menceritakan, selepas ayahnya dipukul, salah seorang perompak sempat membantu menghentikan pendarahan di kepala ayahnya dengan mengikat menggunakan kain pelikat.

"Ketika itu, selimut yang digunakan menutup muka saya terjatuh dan nampak perompak berkenaan bersungguh-sungguh mengikat kepala ayah saya.

"Selepas itu, perompak berkenaan dengan pantas menutup kembali muka saya dan mengarahkan kami diam. Masa itu, saya sebenarnya sangat risau dengan keadaan ayah yang cedera di kepala," katanya.

Izzuan berkata, kira-kira 3.45 pagi, perompak berkenaan melarikan diri sebelum dia bersama ayah dan ibu tirinya itu berjaya melepaskan ikatan.

"Disebabkan semua telefon bimbit dilarikan perompak itu, kami bergegas keluar dari rumah menahan kenderaan orang awam untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Izzuan yang merupakan kakitangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri berkata, dia tidak menyangka gerak hati datang ke rumah ayahnya dan mengambil keputusan untuk bermalam akibat keletihan, membantu mengurangkan
keresahan ayahnya yang mungkin panik jika berhadapan situasi berkenaan berseorangan.

"Malam tadi (kelmarin), saya tergerak datang ke rumah ibu tiri saya untuk menghantar sehelai baju kemeja dan kain pelikat baru, sebagai hadiah hari raya.

"Biasanya saya tidur lewat, namun selepas solat Terawih sekitar 10 malam, saya mengantuk menyebabkan saya ambil keputusan untuk tidur bersama ayah," katanya.

Katanya, dia tidak sedar ketika perompak berkenaan masuk ke rumah menerusi tingkap yang dipotong besinya dan beberapa kepingan cermin dikeluarkan.

"Sebelum perompak melarikan diri, mereka meminta kunci kereta saya menyebabkan saya terpaksa menyerahkan kunci berkenaan kerana bimbang diapa-apakan," katanya yang kehilangan kereta jenis Perodua Alza biru bernombor pendaftaran NCP 2558.

Hanya ambil wang RM50

SEMENTARA itu, Jainon berkata, buat masa ini barangan yang dikesan hilang adalah wang tunai kira-kira RM50, tiga telefon bimbit milik mereka tiga beranak, baju raya Ismail yang baru dibeli anak tirinya itu, serta kereta milik Izzuan."Bagaimanapun, dokumen pengenalan diri kami tidak dilarikan perompak.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Mizan Md Dom mengesahkan insiden berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, perompak berkenaan memecah masuk rumah dengan bersenjatakan parang, kayu dan batang besi paip yang digunakan memukul kepala mangsa.

"Mangsa dikejarkan dengan ambulans bagi mendapat rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ja'afar, beberapa jam selepas kejadian," katanya.

Akibat pukulan berkenaan, Ismail menerima 29 jahitan di kepala.

Empat konstabel polis ditahan kerana merogol

Posted: 18 Aug 2012 02:07 AM PDT

Pendekatan Islam dengan peningkatan iman harus diperhebatkan di kalangan anggota keselamatan kita agar ianya sebagai aspirasi sebenar ciri-ciri anggota keselamatan dalam sebuah negara Islam.

4 polis durjana
18 Ogos 2012

SEREMBAN: Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu yang berlaku apabila empat anggota polis berpangkat konstabel yang diamanahkan menjaga keselamatan masyarakat didakwa merogol bergilir-gilir seorang remaja dalam satu kejadian di sebuah rumah di Port Dickson, di sini, tengah malam, 7 Ogos lalu.

Turut diberkas, seorang lagi rakan serumah mereka yang turut memperkosa remaja berusia 19 tahun itu.

Difahamkan, remaja terbabit berkenalan dengan seorang daripada anggota polis itu dua hari sebelum kejadian rogol berlaku dan bersetuju mengikut suspek pulang ke rumah. Sumber berkata, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah di Port Dickson sebelum dirogol secara bergilir-gilir.
Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan laporan mengenai salah laku anggotanya itu.



Empat konstabel polis ditahan kerana merogol
18 Ogos 2012

SEREMBAN – Lima lelaki termasuk empat polis berpangkat konstabel ditahan selepas dipercayai merogol seorang remaja di sebuah rumah di Port Dickson, 7 Ogos lalu.

Kesemua mereka dikatakan mengenali antara satu sama lain dan bertindak merogol mangsa secara bergilir-gilir di rumah salah seorang daripada mereka.

Menurut sumber, wanita berusia 19 tahun itu berkenalan dengan salah seorang anggota polis tersebut dua hari sebelum kejadian dan bersetuju mengikut lelaki itu pulang ke rumah.

Katanya, selepas berkenalan dengan lelaki itu, mangsa dibawa pulang ke rumah sebelum dirogol secara bergilir-gilir.

"Empat lelaki berusia 20 hingga 28 tahun itu dikenalpasti bekerja sebagai polis berdasarkan pakaian seragam yang dipakai salah seorang suspek," katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, selepas lima hari kejadian, wanita berkenaan kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Nilai, pada 12 Ogos, kira-kira 12 tengah malam.

"Bertindak atas laporan itu, kira-kira jam 12 tengah hari, empat suspek ditahan di balai polis tempat mereka bertugas, manakala seorang lagi lelaki ditahan di sekitar Port Dickson, hari yang sama," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahahan.

"Semua anggota polis berkenaan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut dan siasatan masih dilakukan dari segenap aspek," katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang melanggar undang-undang.


Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh

Posted: 18 Aug 2012 07:34 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh


PERUTUSAN EIDULFITRI 1433 : DPP BAGAN DATOH

Posted: 18 Aug 2012 05:40 AM PDT

PERUTUSAN EIDILFITRI 1433 : PESURUHJAYA PAS PERAK

Posted: 18 Aug 2012 05:32 AM PDT

AIDILFITRI : CARA LAKSANAKAN SOLAT SUNAT HARI RAYA

Posted: 18 Aug 2012 05:22 AM PDT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan