PAS Negeri Sembilan Posted: 07 Aug 2012 09:29 PM PDT Ramainya yang memerlukan bantuan di sekeliling kita Posted: 07 Aug 2012 03:38 AM PDT Dari Facebook Mutiara Ns - Program JUR (Jejak Ukhuwah Ramadhan) pada Sabtu (4 Ogos 2012) lalu oleh pimpinan DMPKR di DUN Paroi. Ramainya "ibu tinggal" yang memerlukan bantuan. Antaranya seorang ibu tinggal di Taman Satria, Senawang yangg menderita penyakit kanser payudara.
Sasaran bantuan sumbangan untuk satu keluarga ialah RM 50. Kepada yang ingin menaja dan menyumbang bolehlah menghubungi Bendahari DMPKR Pn Fauziah, 0137779328 atau bank in ke Akaun Bank Islam : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, BANK ISLAM No. Akaun: 05-012-01-006165-3 | MTD PAS Chembong Agih Sumbangan Ramadhan Posted: 06 Aug 2012 11:48 PM PDT 7 Ogos 2012
Rembau - Majlis Tindakan Dun Chembong (MTD Chembong) mengagihkan kira-kira 200 sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan sempena bulan Ramadhan secara berperingkat mengikut Unit Peti Undi (UPU) di dalam dun Chembong.
Pengarah MTD PAS Chembong, Ust Nazri Yusof berkata, program berkenaan adalah sebahagian usaha Pas dalam memastikan golongan kurang berkemampuan supaya dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.
Sumbangan tersebut diagihkan mengikut 12 UPU yang berada di dalam DUN Chembong bermula daripada UPU Pekan Rembau, Batu Hampar dan Mampong bermula pada 4 Ogos yang sendiri turut serta memberi sumbangan ialah Dr. Rosly Bin Yaakob, Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Sembilan.
Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Sembilan, Dr Rosly Yaakob berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban, sekaligus memberi keceriaan kepada penghuni, selain membuktikan masyarakat prihatin terhadap kesukaran hidup yang mereka hadapi.
| |
PAS Kawasan Miri Posted: 07 Aug 2012 07:50 PM PDT Pembakaran Terbuka Syarikat Perladangan Punca Jerebu Semakin Teruk Posted: 07 Aug 2012 03:44 PM PDT Miri diselubungi oleh jerebu Miri - Seperti yang dilapor dalam akhbar tempatan kira-kira jam 11 pada pagi Isnin, Indeks Pencemaran Udara bagi Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Miri berada pada 236, yang merupakan lonjakan kepada takat 73 dari hari sebelumnya dari API sebanyak 163 yang dicatatkan pada 11 pagi pada hari Ahad.
Stesen pemantauan terletak berhampiran kebakaran yang bermula pada hari Jumaat. Bacaan API yang baik adalah dari 0-50, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-299) dan berbahaya dari 300 dan ke atas.
Ini menunjukan API bagi kawasan Miri terutama sekali kawasan Baram adalah amat tidak sihat bagi penduduk yang tinggal dalam kawasan tersebut. Apakah tindakan pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini selain dari melarang orang ramai dari pembakaran terbuka?
Pihak berkuasa tempatan seharusnya memaklumkan kepada orang ramai agar jangan keluar rumah terutama kepada pesakit asma atau penyakit lelah. Kebanyakkan orang ramai tidak mengetahui atau tidak mempunyai maklumat terkini tentang masalah jerebu yang melanda Miri terutama sekali penduduk kampung.
Pihak berkuasa tempatan seharusnya telus dalam memberi laporan dan memaklumkan kepada orang ramai agar bersedia untuk berpindah sekiranya keadaan semakin teruk.
Kita mendesak agar pihak kerajaan mengambil tindakan tegas keatas aktiviti pembakaran terbuka oleh syarikat perladangan di negeri ini bukan saja membekukan susulan kebakaran tanah gambut yang berlaku di kawasan Tudan, Miri, Sabtu lalu tetapi juga mengawal kebakaran dari terus merebak ke kawasan lain.
Jangan hanya mengambil tindakan tegas terhadap orang awam yang membakar sampah di kawasan perumahan tetapi punca utama jerebu adalah disebabkan oleh pembakaran terbuka yang dijalankan oleh syarikat perladangan dalam negeri ini.
Mereka ini yang perlu dikawal serta dipantau agar segala aktiviti mereka ini benar-benar mengikut prosedur yang dibenarkan oleh undang-undang negara.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version Miri shrouded by haze MIRI - As reported in local newspapers about 11 hours on a Monday morning, the Air Pollution Index for Industrial Training Institute (ITI) in Miri are at 236, a jump to point 73 of the previous day from the API of 163 recorded at 11 am on Sunday.
Monitoring stations located near the fire which began on Friday. (A good API reading is from 0-50, moderate 51-100, unhealthy 101-200, very unhealthy 201-299 and hazardous from 300 and above.) This shows the API, especially in Baram Miri is very unhealthy for people living in the area. What is the action of the relevant authorities to overcome this problem other than prohibited the open burning?
Local authorities should inform the public that do not go outside, especially to asthma patients or asthma. Most people do not know or do not have the latest information on the haze problem that hit Miri particularly the villagers. Local authorities should be transparent in reporting and to inform the public to be ready to evacuate if the situation is getting worse.
We urge the government to take stern action on any open burning activities by plantation companies in the state not just freeze following the peat fires that occurred in Tudan, Miri, last Saturday, but also control the fire from further spreading to other areas.
Do not just take stern action against people who burn garbage in the residential areas but the main cause of haze is caused by open burning carried by plantation companies in the state.
They are to be controlled and monitored so that all these activities followed the procedures allowed by state law. | Nasib Si Ibu Tunggal Yang Tersisih Posted: 07 Aug 2012 03:12 AM PDT Ibu Tunggal Perlu Bantuan Segera BEKENU - Baru-baru ini PAS Miri telah membuat lawatan dan memberi sumbangan Ramadhan di kampung Dagang Bekenu dalam kawasan parlimen Sibuti. Semasa lawatan tersebut PAS Miri telah berkunjung ke sebuah rumah yang agak usang dalam kampung tersebut.
Pemilik rumah tersebut Puan Zaida bt Tuah seorang ibu tunggal yang telah membeli rumah tersebut lebih 10 tahun yang lalu dengan harga RM8000. Puan Zaida tinggal bersama dengan anak dan cucunya, mereka hanya memunggut dan berjual hasil dari hutan ke pekan Bekenu. Beliau juga mempunyai seorang anak yang kurang upaya atau OKU (Orang Kurang Upaya).
Beliau pernah memohon bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) lebih dari 4 kali namun sampai ke hari ini masih belum berhasil walaupun ada pihak tertentu yang pernah datang membuat pengukuran di tapak kediaman beliau. Beliau juga mengadu yang pihak Bantuan Kebajikan Masyarakat atau pun Baitulmal tidak pernah datang menjengok atau memberi bantuan kepada nasib keluarga beliau yang kurang bernasib baik ini.
Yang peliknya, walaupun beliau seorang yang setia dengan BN, sehingga rumah beliau dipasang dengan bendera BN, payung BN, namun pihak kerajaan BN yang memerintah sekarang mengabaikan nasib beliau sekeluarga.
Pihak PAS amat simpati dengan nasib keluarga tersebut dengan melakukan inisiatif awal dengan memberi bantuan keperluan harian kepada beliau sekeluarga dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini agar beliau sekeluarga dapat menyambut Aidil fitri dengan perasaan gembira seperti kebanyakan keluarga lain yang hidup disekitar kampung tersebut.
Kita berharap pihak yang berwajib serta badan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal dapat datang membantu meringankan bebanan kelurga tersebut bukan saja semasa menyambut Aidil fitri bahkan terus memberi bantuan keperluan harian mereka secara bulanan.
Kita mendesak agar pihak Bantuan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal turun padang dengan memberi bantuan segera dan menyalurkan keperluan harian kepada keluarga tersebut.
Semoga dalam bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini dapat menyedarkan kita betapa masih ramai lagi orang yang amat memerlukan bantuan akibat dari tekanan hidup dalam kemiskinan dan kesusahan.
Kepada pihak yang berkenaan, marilah kita sama-sama membantu meringankan bebanan mereka ini tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik agar Allah memberkati usaha kita.
Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak
English version Single Mothers need immediate Help BEKENU - Recently PAS Miri paid a visit and give contribution of Ramadan in Kampung Dagang Bekenu in Sibuti parliamentary constituency. During the visit PAS Miri has been visited a dilapidated house in the village.
The owner Mrs. Zaida bt Tuah is a single mother who had bought the house more than 10 years ago with the price of RM8000. Mrs. Zaida living with her children and grandchildren, they only collect and sell produce from the forest to the Bekenu town. She also has a disabled child or OKU (Persons with Disabilities).
She has seeking assistance for the Housing Project for Poor Hardcore (PPRT) more than 4 times, but until today still not successful although there were certain party that has come make surveying at her home site. She also complained that the Social Welfare Assistance or the Baitulmal did not come to look or give assistance to the plight of her family that was less fortunate.
Curiously, although she is a loyal to the BN, up to her house fitted with BN flags, BN umbrella, but the ruling BN government now ignore the fate of her family.
The PAS is sympathy with the family plight by taking the early initiative by helping with daily needs of her family in this most blessed Ramadan so that her family able to celebrate Eid Fitr happily like many other families who live around the village.
We hope the authorities and bodies of Social Welfare and the Baitulmal can come to help ease the burden of the family not only while celebrating Eid Fitr but also continue to provide assistance in giving their daily needs on a monthly basis.
We urge the Social Welfare Assistance and the Baitulmal down to the ground to provide immediate assistance and providing daily necessities to these families.
Hopefully in the month of Ramadan full of blessings can be a lesson to us that there are still many more people in need of help due to the stress of living in poverty and hardship.
To the parties concerned, let us all help reduce their burden regardless of race, religion and political belief that God will bless our efforts. | |
Rembau Hari Ini Posted: 07 Aug 2012 07:24 PM PDT Ramainya yang memerlukan bantuan di sekeliling kita Posted: 07 Aug 2012 03:40 AM PDT Dari Facebook Mutiara Ns - Program JUR (Jejak Ukhuwah Ramadhan) pada Sabtu (4 Ogos 2012) lalu oleh pimpinan DMPKR di DUN Paroi. Ramainya "ibu tinggal" yang memerlukan bantuan. Antaranya seorang ibu tinggal di Taman Satria, Senawang yangg menderita penyakit kanser payudara.
Sasaran bantuan sumbangan untuk satu keluarga ialah RM 50. Kepada yang ingin menaja dan menyumbang bolehlah menghubungi Bendahari DMPKR Pn Fauziah, 0137779328 atau bank in ke Akaun Bank Islam : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, BANK ISLAM No. Akaun: 05-012-01-006165-3 | MTD PAS Chembong Agih Sumbangan Ramadhan Posted: 06 Aug 2012 11:47 PM PDT 7 Ogos 2012
Rembau - Majlis Tindakan Dun Chembong (MTD Chembong) mengagihkan kira-kira 200 sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan sempena bulan Ramadhan secara berperingkat mengikut Unit Peti Undi (UPU) di dalam dun Chembong.
Pengarah MTD PAS Chembong, Ust Nazri Yusof berkata, program berkenaan adalah sebahagian usaha Pas dalam memastikan golongan kurang berkemampuan supaya dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.
Sumbangan tersebut diagihkan mengikut 12 UPU yang berada di dalam DUN Chembong bermula daripada UPU Pekan Rembau, Batu Hampar dan Mampong bermula pada 4 Ogos yang sendiri turut serta memberi sumbangan ialah Dr. Rosly Bin Yaakob, Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Sembilan.
Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Sembilan, Dr Rosly Yaakob berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban, sekaligus memberi keceriaan kepada penghuni, selain membuktikan masyarakat prihatin terhadap kesukaran hidup yang mereka hadapi.
| Untung orang di DUN Sikamat dan di DUN Paroi Posted: 06 Aug 2012 07:29 PM PDT Untung betul orang di DUN Sikamat dan DUN Paroi. Orang di DUN Paroi dah dapat Klinik Kesihatan di Senawang. Orang di DUN Sikamat pula akan dapat Klinik Kesihatan juga. Cuma orang di DUN Chembong, DUN Kota dan DUN Rantau masih menantikan bangunan Hospital Rembau. PM pun dah 2 kali melawat di DUN Sikamat dan 1 kali berbuka puasa di DUN Paroi.
************ CADANGAN KLINIK KESIHATAN 3, SIKAMAT Taraf dan Jenis Syarikat : T1 Bumiputra PKK Kelas A Kepala II Sub Kepala 2a
Maklumat Ringkas Tender CADANGAN KLINIK KESIHATAN 3, SIKAMAT, SEREMBAN (IBS SEPENUHNYA)(E-TENDERING)YANG MERANGKUMI: 1)Klinik Kesihatan 3 2)Dewan Serbaguna 3)Blok Sokongan(Store) 4)Pondok Pengawal 5)Rumah Sampah 6)Rumah Pam 7)Blok TNB (Double Chamber) 8)Garaj Van Dan Bas-4 Bay 9)Garaj Ambulan-3 Bay,1unit Store/Bilik Pemandu
Tarikh dan Waktu Lawatan : 09:30AM, 13 December 2011
Projek RMK 9 sedang dalam pembinaan pada tahun 2008 ini adalah 3 projek Klinik Kesihatan KK3 Lukut, KK2 Senawang dan KK2 Seremban 2, Projek bawah 5 juta Kuarters KK serting Hilir Kuarters 1D KK Gemas, tambahan Bangunan KKIA KK Seremban dan N/T Pergigian Jalan Za'aba serta SCN HTJ. Manakala 2 projek telah ditender oleh JKR masih belum masuk tapak Pejabat JKNNS dan Kolej Kejururawatan Kuala Pilah. 1 projek sambungan daripada RMK8 iaitu Pusat Harian dan Haemodialysis, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban telah melewati jadual lebih satu tahun sehingga Kontraktor Utama telah ditamatkan perkhidmatannya.
| |
ULAMA PEWARIS NABI Posted: 07 Aug 2012 03:12 PM PDT 2 EKSEKUTIF TERTINGGI KANTOI DATANG MESYUARAT ! Posted: 06 Aug 2012 06:03 PM PDT SYABAS akui tiada krisis air di Selangor.. kroni BN diketepikan SYABAS akui tiada krisis air di Selangor
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pegawai Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mempersetujui bahawa Selangor tidak mengalami krisis air dengan rizab kritikal dua peratus seperti yang didakwa syarikat itu sebelum ini.
Dalam satu wawancara dengan Malaysiakini, Abdul Khalid berkata pegawai tersebut mempersetujui demikian dalam satu taklimat kepada satu jawatankuasa menyemak yang bari dibentuk kerajaan negeri. Abdul Khalid berkata, laporan awal jawatankuasa itu menyatakan bahawa 35 loji rawatan air di Selangor berkapasiti untuk mengeluarkan 4,960 juta liter air sehari (MLD), lebih 14 peratus atau 598 MLD daripada bekalan SYABAS setiap hari.
"Ya (mereka bersetuju dengan jumlah tersebut). Mereka berada di dalam bilik dalam mesyuarat yang sama. "Hanya dua orang yang tidak hadir (dalam mesyuarat) – orang yang kita bayar RM400,000 sebulan dan ketua pegawai eksekutif Ruslan Hassan. Semua profesional tertinggi hadir," katanya yang merujuk dengan sinis kepada pengerusi eksekutif SYABAS Tan Sri Rozali Ismail.
SYABAS pada Julai lalu mencadangkan catuan air dijalankan di beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur dengan alasan rizab air di negeri itu berada di tahap kritikal. Kerajaan Selangor kemudiannya mendakwa syarikat tersebut cuba "mencipta" krisis dan menggunakan kuasanya untuk mengambil alih pengurusan SYABAS.
Abdul Khalid bagaimanapun mengakui bahawa beberapa kawasan di Selangor berdepan dengan gangguan air – yang dikaitkannya dengan kelemahan SYABAS dalam kapsiti membekalkan air. "Tempat seperti Cheras dan Petaling Jaya, disebabkan sifat bangunan tersebut, air terpaksa dipam tapi jika anda tidak mencapai kapasiti yang sangat tinggi maka akan berlaku kekurangan bekalan," katanya.
Tambahnya, perkara itu bermaksud paip lencongan diperlukan untuk membawa air tambahan ke kawasan berkenaan. Abdul Khalid juga mengakui bahawa "krisis" tersebut menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat dari segi politik. "Tentulah ia mempunyai sedikit impak apabila anda melihat seorang wanita tua terpaksa membawa sebaldi air yang menunjukkan bahawa kerajaan Selangor tidak sensitif kepada keperluan rakyat, tapi saya akan selesaikan bahagian itu," katanya.MK | |
Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan Posted: 07 Aug 2012 11:34 AM PDT Ceramah Perang Badar di Padang Majlis Daerah Ketereh 06.08.2012 Posted: 06 Aug 2012 04:56 PM PDT | Tadarus Al-Quran dan Penyampaian Elaun Guru Pasti Kelantan @ PUTIK Posted: 06 Aug 2012 04:54 PM PDT | Selepas zalimi pelajar, Umno tabur pula fitnah Posted: 06 Aug 2012 04:37 PM PDT (Nasrudin dengan ditemani Mohd Nor memberikan sumbangan) KUALA TERENGGANU: Setelah menamatkan pinjaman sembilan orang mahasiswa Mesir dengan zalim, Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu didakwa menabur fitnah dan mengelirukan rakyat. Pada 18 Mac, sebuah akhbar tempatan melaporkan kerajaan Negeri membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam mahasiswa lelaki yang 'kononnya' didapati bersalah kerana terlibat dalam demostrasi. Keenam-enam mahasiswa yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu dijatuhkan hukuman bersalah hanya kerana beberapa keping gambar memakai baju Bersih, 'tanpa dipanggil untuk dibicarakan dan diberi peluang untuk membela diri'. Tindakan menghukum pelajar tersebut ekoran perisytiharan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mengharam kan Bersih. Sebaliknya mahkamah pada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai membatalkan keputusan Menteri Dalam Negeri yang mengatakan Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) sebagai sebuah pertubuhan haram. Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata kenyataan Menteri Dalam Negeri itu tidak masuk akal kerana setelah menggelarkan gabungan itu sebagai pertubuhan haram pada 1 Julai tahun lalu, kemudiannya membiarkan pertubuhan itu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai tahun sama. Justeru sepatutnya penamatan pinjaman yang diputuskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Terengganu 'terbatal' kerana demonstrasi BERSIH adalah tidak salah di sisi undang-undang. Sehubungan itu, pada 30 Julai lalu, Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah telah menggesa Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said, Kerajaan negeri dan Yayasan Terengganu supaya menyambung semula pinjaman pelajaran yang telah ditamatkan ke atas sembilan orang mahasiswa yang sedang menuntut di negara Mesir Beliau berkata, keputusan kerajaan menamatkan pinjaman tersebut adalah berdasarkan gambar yang menunjukkan mahasiswa itu terbabit dengan Himpunan Aman Bersih yang dituduh sebagai 'haram dan kotor'. Namun begitu, Umno-BN Terengganu telah 'menangguk di air yang keruh' dengan mempolitikkan tindakan salah seorang mahasiswa, Muhamad Hasyim yang membuat rayuan bagi mendapatkan semula hak beliau yang telah dinafikan Yayasan Terengganu. Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) dalam kenyaataannya semalam telah melahirkan sekali lagi rasa simpati kepada sembilan mahasiswa yang menjadi mangsa penamatan pinjaman oleh Yayasan Terengganu itu. Sejak dari awal kes penamatan pinjaman tersebut, PAS berusaha pelbagai cara bagi mengembali kan hak mahasiswa terbabit untuk melanjutkan pelajaran. Menurut Setiausaha DPPNT, Zaidan Abdullah, PAS tidak pernah menghalang mana-mana dari sembilan mahasiswa tersebut untuk membuat rayuan kepada pihak yang menamatkan pinjaman itu. [Gambar - beberapa majlis yang diadakan oleh DPPNT menyampaikan sumbangan kepada bapa pelajar mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu yang diadakan sejak program Pintas Pemuda di Manir pada Mac 2012]
Bahkan kata Zaidan, dalam beberapa perjumpaan dan pemberian sumbangan kepada bapa mahasiswa yang menjadi mangsa kezaliman Umno-BN Terengganu, bapa Muhamad Hasyim, Che Ngah telah memaklumkan bahawa beliau akan meminta anaknya membuat rayuan. Bayangkanlah, dimanakah seorang bapa seperti Che Ngah berupaya mendapatkan baki lebih RM100,000 bagi mengongkosi perbelanjaan Muhamad Hasyim yang menuntut dalam jurusan perubatan. Menurut laporan, sebanyak RM170,000 daripada RM RM301,144 telah dibelanjakan bagi Muhamad Hasyim menamatkan pengajian perubatannya. Namun begitu, tanpa rasa kemanusiaan dan belas kasihan, Umno-BN memanipulasikan perjumpaan Muhamad Hasyim Che Ngah dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada 3 Ogos lalu. Akhbar-akhbar dan media Umno-BN tidak segan silu menjadikan 'kesukaran dan kepayahan' Muhamad Hasyim sebagai modal politik menyokong tindakan zalim Umno-BN. Tidak cukup sekadar itu, secepat kilat pula 'blog-blog' upahan Umno-BN membuat fitnah, kononnya PAS tidak menyampaikan derma sumbangan orang ramai kepada mahasiswa terbabit. Sedangkan menurut Zaidan, sumbangan sebanyak RM3,500 kepada setiap mahasiswa telah pun diserahkan melalui keluarga masing-masing secara berperingkat. "Muhamad Hasyim tidak tahu, ayahnya Che Ngah tidak memberitahu beliau kerana Muhamad Hasyim berada di Mesir,"kata Zaidan. Menurutnya, DPPNT masih terus berusaha bagi mendapatkan sumbangan pelbagai pihak bagi disalurkan kepada pelajar-pelajar terbabit. InsyaAllah, di hujung Ramadhan ini sebanyak RM1000 lagi akan diserahkan bagi meringankan beban mereka. Justeru, katanya, sumbangan terhadap pelajar terbabit boleh dilakukan melalui akaun MAYBANK ISLAMIC bernombor 5630 6411 3873 atas nama DANA TA'AWUN DPPNT. | 4 cendekiawan Yaman kunjungi Presiden PAS Posted: 06 Aug 2012 04:37 PM PDT [Gambar dari kiri; Dr. Ahmad Hassan, Dr. Amin al-Muqbil, Dr. Mutahhar Ahmad dan Yasser Abduh Saleh. Paling kanan Presiden PAS, melayani para tetamu dari negara Yaman itu] MARANG: Empat cendekiawan dari negara Yaman mengunjungi Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumahnya, di Rusila dekat sini petang Sabtu 4 Ogos bersamaan 15 Ramadhan. Mereka adalah As-Syeikh Dr. Amin Ali Muqbil al-Masyri, As-Syeikh Dr. Ahmad Hassan Soleh al-Faqeh, As-Syeikh Dr. Mutahhar Ahmad Muhammad Mahmud dan Yasser Abduh Saleh Abdul Rabb dari dua buah universiti terkemuka negara Yaman. Dr. Amin Ali adalah Dekan Kuliah Syari'ah Universiti Al-Iman yang mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang Fiqh Perbandingan. Dr. Ahmad Hassan adalah Pembantu Timbalan Rektor (Presiden) Universiti Al-Iman Shu'un 'Ilmi yang mempunyai Ijazah kedotoran dalam bidangTafsir Manakala Dr. Mutahhar Ahmad merupakan Ketua Lembaga Akademik Universiti Al-Iman yang mempunyai kepakaran dalam bidang Hadith dan Syeikh Yasser Abduh Saleh Abdul Rabb memiliki Master dalam bidang Fiqh Islami. Buletinonline di maklumkan para ulama Yaman tersebut menziarahi Ustaz Hadi dalam rangka lawatan kerja mereka ke negara ini di bawah anjuran Persatuan Pelajar Malaysia Yaman. Mereka yang telah berada di tanah air sejak pertengahan Julai sebelum ini menyampaikan beberapa kuliah di Masjid Wilayah Persekutuan dan Universiti Islam Antarabangsa. Antara tajuk-tajuk yang dibentangkan oleh ke empat-empat ulamak Yaman tersebut dalam program Dawrah dan Ziyarah 2012 bermula 17 hingga 27 Julai lalu ialah kuliah hadith dan syarah kitab Matan al-Arba'in, Siyasah Syar'iyah; Syura, Demokrasi & Oligarki serta Adab pemerintah Ahlus Sunnah terhadap rakyat. | Saya sokong Islam - Farah Asyikin Posted: 06 Aug 2012 04:36 PM PDT GOMBAK: Sejak akhir-akhir ini kisah penghijrahan artis menjadi topik hangat di kalangan masyarakat. Hal ini kerana, hampir setiap bulan timbulnya kisah-kisah artis yang melakukan penghijrahan ini. Bagaimanapun, penghjirahan artis pada hari ini disalahertikan oleh sesetengah pihak apabila mula memberi persepsi, mereka cenderung ke arah parti politik. Sehinggakan, soalan yang pertama diajukan kepada artis yang pernah merangkul anugerah Artis Wanita Baru Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2008, Farah Asyikin (gambar), "sokong apa?" apabila melihat beliau sudah berhijab. Farah Asyikin yang mendapat hidayah di usia yang masih muda, 33, pantas menjawab "saya sokong Islam" apabila diajukan soalan sedemikian. "Cukuplah saya katakan saya sokong Islam, saya tolak 100 peratus yang tidak sokong Islam," katanya dalam wacana Hiburan Anak Muda di Seminar Prof Zulkifli Mohammad Membangun Negara Berkebajikan, KUIZM Taman Melewar semalam. Farah yang pertama kali menyertai progam anjuran PAS pada hari itu begitu teruja dan tidak menolak akan memenuhi pogram-program seperti itu lagi selepas ini. Ketika ditanya, tidakkah Farah bimbang dengan penghijrahanya itu akan mengundang persepsi beliau pula menyokong PAS? "Mereka yang nak 'join' parti, terpulang pada mereka, paling kurang parti yang baik. Itu kehendak mereka. Hak individu. Nak cakap lebih-lebih pun tak boleh, saya masih baru. Bagi saya, saya suka Islam,"ujarnya pula ketika ditemui di akhir program itu. Bagaimanapun, beliau dengan rasa rendah diri mengakui masih bertatih dan sedang memperkukuhkan penghijrahannya dengan menimba ilmu-ilmu keagamaan daripada beberapa ustaz terkenal termasuklah Azhar Idrus. Detik-detik penghijrahanMenceritakan detik-detik bagaimana beliau memilih destinasi sebagaimana hari ini ianya memberi pengalaman dan pengajaran yang mungkin tidak akan dilupakan sampai bila-bila. 11 tahun keluar masuk dalam dunia hiburan bermula di awal usia 19 tahun Farah tidak pernah terfikir kesan baik buruk penglibatannya dalam dunia hiburan. Rupa-rupanya, Farah baru menyedari apabila mula terlibat dalam dunia hiburan bukan banyak ke arah kebaikan sebaliknya ia banyak melalaikan dan menghanyutkan dirinya. "Walaupun, Farah mempunyai latar belakang keluarga yang kukuh ajaran Islam tetapi terabai juga," katanya. Malah beliau pernah diboikot di kalangan rakan artis apabila beliau bersolat dan melambat-lambatkan 'make-up' ketika pertandingan Malaysian Idol musim ke-2. Tanggal 12.2.2012 satu tarikh yang masih tersemat di dalam jiwa Farah apabila beliau seperti diberi 'magic' dari Allah SWT. "Waktu itu saya tengah memandu, di cemin depan saya nampak imbasan dan balasan-balasan dosa lampau yang cukup menginsafkan. Gambaran itu datang sepintas lalu. "Saya mula mengigil dan menangis. Saya ingat saya nak mati, pada masa itu juga saya minta ampun daripada Allah supaya memberi peluang untuk saya betulkan iman dalam jiwa saya. Akhirnya saya nekad melakukan taubat nasuha," ujarnya dengan linangan air mata. Peristiwa itu tidak berhenti disitu, beliau diuji lagi dengan kebesaran dan kekuasaan Allah apabila ketika mula menadah tangan memohon keampunan hujan selebat-lebatnya turun, tetapi berhenti sebaik sahaja beliau mengaminkan doa. "Saya menangis ketakutan ketika menunaikan solat sunat taubat. Takut dengan azab Allah dan diri sendiri yang hina, kerdil di sisi Allah. Betapa selama 33 tahun saya tidak menjalani kehidupan yang sebenar dituntut Islam," katanya. Sebelum kejadian itu, beliau sudah mendapat petanda dan membuatkan beliau tertanya-tanya apa akan terjadi padanya, adakah sudah sampai ajalnya. Farah turut melihat gambaran beliau berada di dalam api yang marak dan rambutnya dibakar di cermin, ketika beliau hendak menyarungkan 'skirt' pendek untuk menghadiri satu majlis. Bagaimanapun, Farah bersyukur dan berterima kasih kepada Allah kerana diberi hidayah sewaktu usia muda. Kurniaan itu boleh umpama perkara ajaib yang membuatkan hidupnya begitu tenang. "Saya juga tak menyesal korbankan apa saja milik saya di dunia kepada Maha Pencipta. Saya yakin bahawa pengorbanan yang tak seberapa itu pasti dibalas dengan rezeki berlipat kali ganda," katanya. Kini, beliau bergelar guru perbahasan dan drama di Sekolah Sri Cempaka, Bukit Damansara Kuala Lumpur sejak 17 Mac lalu adalah satu tanggungjawab baru buat dirinya. Penyanyi lagu 'Berpisah Untuk Setia' ini juga cukup teruja bercerita tentang keletah anak murid yang semakin manja dengannya setelah mengetahui dia adalah penyanyi tempatan. | Malaysia perlu lahir 100 pemain macam Chong Wei Posted: 06 Aug 2012 04:35 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan tahniah kepada pemain badminton perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei atas perjuangan yang ditunjukkan beliau untuk mengharumkan nama negara di temasya Sukan Olimpik 2012. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi menyatakan perjuangan yang ditunjukkan oleh Lee Chong Wei malam tadi merupakan satu pengorbanan besar. "Tahniah kepada Lee Chong Wei atas perlawanan yang ditunjukkan malam tadi. "Terima kasih pengorbanan beliau demi mengharumkan nama Malaysia di persada dunia terutamanya peringkat Olimpik dalam mengejar pingat emas pertama negara," jelasnya. Malah menurut beliau lagi, Malaysia perlu melahirkan seratus orang seperti Lee Chong Wei dalam masa 10 tahun dari sekarang demi mengembalikan kecermelangan Malaysia di dalam arena badminton. "Dalam masa sepuluh tahun yang akan datang mulai sekarang, Malaysia perlu melahirkan seratus orang pemain badminton yang berbakat seperti Lee Chong Wei. "Ini adalah satu usaha untuk kita terus mengekal kecemerlangan dalam arena badminton serta menghapuskan kemarau pingat emas di persada sukan bertaraf antarabangsa," sambung beliau lagi. Beliau menyatakan harapan tersebut apabila melihat kenyataan persaraan yang telah dinyatakan oleh pemain utama perseorangan negara itu. Sementara itu, Lee Chong Wei telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal menghadiahkan pingat emas buat kali kedua setelah kalah kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China dalam masa 79 minit malam tadi. Pada Olimpik 2008 di Beijing, China, Chong Wei juga tewas kepada Lin Dan bagi merebut pingat emas. Beliau dalam satu kenyataan menyatakan tiada siapa tahu penderitaan dan pengorbanannya beraksi di Arena Wembley terutama selepas pulih daripada kecederaan buku lali kanan yang dialaminya semasa Piala Thomas pada Mei lepas. Beliau berkata Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland pada 2014 mungkin menjadi temasya terakhirnya. Malah menyifatkan umurnya sudah 30 tahun sudah tua baginya untuk menghadapi Olimpik Brazil empat tahun akan datang. | P Pinang naik bantuan miskin tegar ke RM600 Posted: 06 Aug 2012 04:34 PM PDT (Lim Guan Eng menyerahkan bantuan kepada seorang waris warga emas) TASEK GELUGOR: Kerajaan negeri Pulau Pinang menaikkan paras miskin tegar di negeri itu ke RM600 berbanding RM500 sebelum ini. Dengan paras baru ini, kerajaan negeri akan menampung kewangan keluarga berkenaan sehinggalah menjadi RM600 bagi mengeluarkan mereka dari miskin tegar berbanding RM500 sebelum ini. "Contohnya keluarga yang mempunyai isi rumah berpendapatan RM400 sebulan, Kerajaan Pakatan Rakyat akan memberikan RM200 lagi sebagai tambahan untuk mengeluarkan mereka daripada paras kemiskinan tegar. "Mana ada Kerajaan Barisan Nasional (BN) buat bantu melainkan mengaut memenuhi kantong mereka sendiri, " kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggal Daerah Seberang Perai Utara di Dewan Besar Sungai Dua baru-baru ini. Turut hadir dalam program itu tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Lim Hock Seng dan Phee Boon Poh, Adun Bagan Dalam, Tanasekharan, Pegawai Daerah SPU,Haji Jasni Haji Ismail dan semua penyelaras Dun peringkat Seberang Perai Utara. Dalam ucapannya juga, Lim Guan Eng mempersoalkan apa makna kemerdekaan Malaysia sedangkan rakyat hidup sengsara dicengkam kemiskinan dalam sebuah negara yang kaya hasil buminya. Menurut beliau, Malaysia sebuah negara yang kaya tidak sepatutnya mempunyai ramai rakyat miskin terutamanya negeri Trengganu yang penuh dengan minyak dan Sarawak yang banyak kayu kayan yang bermutu tinggi. "Apa maknanya sambutan kemerdekaan bagi rakyat walhal mereka tetap hidup melarat, senggsara dan berada di paras kemiskinan setiap masa sedangkan Malaysia mempunyai kekayaan yang melimpah ruah. Sebagai rakyat mereka patut sedar di mana perginya keuntungan hasil keluaran harta negara, " tegasnya. Justeru itu, untuk mengatasi masalah terbut Pulau Pinang berjaya sebagai negeri pertama melaksanakan Program Miskin Tegar demi menyelamatkan golongan yang selama ini berada di paras terlalu miskin. Kerajaan Pakatan Rakyat ada beberapa cadangan lagi untuk membebaskan rakyat yang selama ini miskin tidak dapat merasai kenikmatan hidup berada dalam sebuah negara maju dan kaya namun cadangan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi. Sewajarnya sambutan kemerdekaan yang ke 55 turut dikongsi bersama rakyat bukan terus menindas dengan pelbagai akta, harga barangan, petrolium dan sebagainya. Bahkan sampai saat ini sambungnya, Kerajaan Persekutuan masih belum memberikan bantuan kepada Kerajaan Negeri hasil kememangan rakyat pada 2008 sebaliknya menyalurkan kepada wakil Kerajaan Pusat yang ada di negeri ini. Akibatnya, wujud penyalahgunaan kuasa, projek kroni dan seumpamanya. Yang mana akhirnya menjahamkan negara sendiri. "Saya akui amat susah jika tiada bantuan dari Kerajaan Persekutuan untuk memajukan pembangunan. Tetapi nak buat macamana Kerajaan Persekutuan tidak berikan. "Maka, sebab itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kena cari alterenatif lain untuk memajukan negeri dan meningkatkan sosio ekonomi rakyat agar jauh dari jurang antara kaya dan miskin, " katanya. | Noryn Aziz pula berhijrah Posted: 06 Aug 2012 04:34 PM PDT KOTA BHARU: Artis jelita berlesung pipit, Noryn Aziz memeriahkan majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2012. (Noryn dengan Datin Tuan Sabariah) Majlis berkenaan diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, JKR 10, pagi semalam. Noryn yang hadir bersama suami, Raja Datuk Kamarul Bahrin Ahmad Shah, menjadi tumpuan tetamu jemputan serta penerima sumbangan aidilfitri anjuran Badan Kebajikan Isteri Wakilrakyat dan kakitantan kerajaan Kelantan (Purnama). Sebanyak RM20,000 peruntukkan dikeluarkan untuk membiayai sumbangan kepada 445 golongan dhaif, armalah, anak yatim di 45 Dun seluruh Kelantan. Sumbangan berkenaan disampaikan Pengerusi Purnama yang juga isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan isteri-isteri wakil rakyat di peringkat Dun. Hadir sama isteri Timbalan Menteri Besar, Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, serta isteri-isteri anggota exco kerajaan negeri. Tuan Sabariah ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan wanita khususnya memperbanyakkan amalan baik sepanjang Ramadhan ini. Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak leka dengan urusan dunia seperti menyiapkan keperluan berbuka puasa atau hari raya sedangkan lupa tanggungjawab sebenar. "Apa yang penting kita tidak berbelanja boros,"ujarnya.
Kagum dengan Tok Guru (Bergambar kenangan dengan AJK Purnama) Sementara itu, Noryn ketika ditemui selepas majlis itu melahirkan rasa terkejut kerana beliau diundang oleh isteri wakilrakyat dari Kelantan. "Memang Noryn terkejut dan tak sangka, lepas tu tanya pendapat suami, Alhamdulillah dia setuju menerima jemputan ini. "Lagipun Noryn memang kagum dengan Tok Guru Nik Aziz, antara salah satu sebab Noryn berhijrah kerana membaca buku agama tulisan Tok Guru, iaitu berkaitan hidayah,"ujarnya. Terdahulu ketika berucap pada malis itu, beliau menyeru masyarakat di negara ini seluruhnya supaya mendoakan 'penghijrahannya'. "Noryn lakukan ini untuk kebaikan diri Noryn sendiri, suami dan keluarga,"ujarnya. | Bekas Pengarah Peladang Perak sertai PAS Posted: 06 Aug 2012 04:33 PM PDT TELUK INTAN: PAS menerima seorang lagi bekas pegawai tinggi kerajaan apabila bekas Pengarah Peladang Perak, Azhar Yunus mengisytiharkan menyertai parti itu semalam. Pengisytiharan tersebut diadakan di majlis Ceramah Badar Kubra Peringkat Negeri Perak yang dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Kg Bahagia, Teluk Intan. [Gambar: Azhar (dua dari kiri) bersama Mohamad dan pemimpin PAS Perak.] Beliau telah menjawat jawatan dalam kerajaan lebih 30 tahun dan kerap ditukarkan tempat berkhidmat. Anak jati Teluk Intan itu juga pernah menjadi Pengarah Peladang di Negeri Sembilan dan Pahang. Menurutnya, kemasukannya ke dalam PAS adalah kesedaran diri dan merasakan sudah tidak lagi dalam 'kongkongan' kerajaan. "Kami pegawai kerajaan seolah-olah bayi yang dibedong kerana tidak bebas untuk memilih dan bergiat aktif dalam mana-mana parti serta pergerakan kami sentiasa diawasi," katanya dalam ucapan sulungnya di atas pentas PAS. Katanya, ketika menjawat jawatan kerajaan, perkara serta masalah ketara yang dihadapi oleh pemimpin BN ialah membezakan kerajaan dan parti. Ujarnya, mereka beranggapan kerajaan itu ialah BN dan ini menyebabkan pentadbiran kerajaan dikuasai oleh pemimpin mereka. Mengulas lanjut, Azhar berkata, beliau pernah berkhidmat bersama kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang sempat memerintah 11 bulan dahulu dan merasakan kelainan serta kelebihan gabungan parti itu berbanding kerajaan BN. "Sepanjang saya menjawat jawatan sebagai pengarah, belum pernah lagi solat berjemaah selepas perasmian Ekspo Peladang dan ini telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat Perak yang dipimpin oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin. "Saya merasakan kelainannya dan sangat gembira serta bersemangat apabila bekerja di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat," jelasnya. Katanya, hasrat kerajaan BN untuk 'membirukan' semua kakitangan kerajaan ternyata gagal apabila nama-nama besar telah memilih untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. "Mereka yang masuk PAS semuanya berpelajaran tinggi, mereka dapat menilai mana yang baik dan berintegriti dan sudah pasti BN bukan pilihannya," ujarnya. Beliau turut menyatakan kesediaan untuk menerima undangan berceramah di seluruh negara bagi memenangkan Pakatan Rakyat. "Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," tegasnya. | |
Jasindaily Online Posted: 07 Aug 2012 09:55 AM PDT PM Syria Sertai Pembangkang ? Posted: 07 Aug 2012 09:14 AM PDT Perdana Menteri Syria, Riad Farid Hijab (gambar), melalui jurucakapnya telah mengumumukan bahawa beliau telah menyertai kumpulan pembangkang. Pengumuman itu dibuat selepas satu laporan televisyen nasional melaporkan bahawa beliau telah dipecat dari jawatannya. Isnin lalu, pihak berkuasa Jordan mengesahkan kepada Al-Jazeera bahawa bekas Perdana Menteri itu telah selamat tiba di Jordan selepas diseludup masuk melalui sempadan Syria-Jordan,
"Hari ini, saya mengumumkan bahawa saya tidak akan lagi bersama dengan rejim pembunuh dan pengganas, dan saya mengumumkan bahawa saya telah menyertai revolusi yang memperjuangkan kebebasan dan maruah. "Saya juga ingin mengumumkan bahawa bermula pada hari ini, saya adalah seorang tentera dalam revolusi ini," kata Hijab di dalam satu kenyataan yang dibaca jurucakapnya Muhammad el-Etri.
Etri juga turut menyangkal dakwaan bahawa Hijab telah dipecat, dan mengatakan bahawa kerajaan hanya membuat pengumuman tersebut sejurus selepas mereka menyedari bahawa Hijab telah melarikan diri ke Jordan. Etri berkata bahawa rancangan untuk menyertai pembangkang telah dibuat berbulan lamanya, dan rancangan itu hanya dilaksanakan serentak dengan penubuhan Tentera Pembebasan Syria (Free Syrian Army). Bekas Perdana Menteri itu turut menggalakkan pegawai-pegawai tinggi kerajaan Syria yang lain untuk turut menyertai pembangkang | Baik Sungguh LGE :Hadiah Insentif RM 100,000 Pada LCW Posted: 07 Aug 2012 09:10 AM PDT Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memberi anugerah insentif RM100,000 kepada Datuk Lee Chong Wei atas kejayaan menjadi rakyat Malaysia pertama untuk memenangi 2 pingat perak Olimpik dan usaha gigihnya dalam Sukan Olimpik London 2012. Ketua Menteri, Lim Guan Eng (gambar) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini berkata, insentif itu juga sebagai galakan kepada Lee untuk meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik 2016. "Anugerah insentif ini akan diberi melalui program ganjaran Perbadanan Bekalan Air Holdings Bhd (PBA) untuk olahragawan Pulau Pinang yang bertaraf dunia," katanya. Katanya, walaupun terkecundang kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir, Lee telah berusaha dengan gigih dan menimbulkan rasa bangga setiap rakyat Malaysia.
Akhirnya, kata beliau Lin Dan dan Datuk Lee Chong Wei telah menitis air mata. Bagi pemenang, kerana berjaya mengalahkan seorang lawan yang sangat layak iaitu Lee yang hanya kalah dengan 2 mata untuk meraih pingat emas Olimpik pertama Malaysia. Walaupun gagal memenangi pingat emas Olimpik pertama Malaysia, Lee telah menjadi juara Olimpik dalam hati setiap rakyat Malaysia. "Negeri Pulau Pinang berasa bangga dengan kejayaan juara badminton daripada Bukit Mertajam ini.
"Walaupun semua rakyat Malaysia turut berkongsi kekecewaannya, semangat perjuangan dan keupayaan bertaraf dunia beliau memberi inspirasi kepada kita dan telah menyatukan rakyat Malaysia sebagai satu bangsa, satu semangat dan satu jiwa," kata Guan Eng lagi. Katanya, Pulau Pinang akan memberi sokongan penuh kepada Lee untuk mencapai pingat emas dalam Sukan Olimpik 2016, yang akan juga membantu mempersiapkan pengganti yang layak. | Sebangsa,Senegara, Sejiwa Pilihan Rakyat Malaysia Posted: 07 Aug 2012 09:03 AM PDT Setelah lima hari berlalu, poll yang dibuat oleh akhbar The Malay Mail menunjukkan 98 peratus rakyat Malaysia memilih 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema merdeka tahun ini. Hanya 2 peratus atau 163 peserta undian ini memilih tema 'Janji Ditepati' dari 6,791 peserta yang menyertai poll ini. 'Janji Ditepati' adalah tema yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Rais Yatim selaku pengerusi jawatankuasa sambutan Hari Kemerdekaan ke 55. Tema ini telah dibantah oleh pelbagai pihak sehingga Pakatan Rakyat memperkenalkan tema berlainan iaitu 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'. Ia dipilih oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Sastrawan Negara, Datuk A Samad Said. Selain membantah tema 'Janji Ditepati' yang dilihat sama dengan tema kempen pilihan raya BN, lagu dan logo Hari Merdeka ke 55 juga dibantah. Lagu itu juga dibantah kerana mempunyai persamaan yang ketara dengan sebuah lagu gereja di Indonesia. Lyriknya pula terlalu kasar dalam menyampaikan mesej kempen BN dan bukan untuk semua rakyat negara ini. Sehingga kini, Rais hanya menarik balik logo Hari Merdeka tetapi masih mengekalkan lagu dan tema sambutan tahun ini. | Pakatan siap sedia, jangka PRU13 September Posted: 07 Aug 2012 08:59 AM PDT Pakatan Rakyat hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan akan diadakan pada September akan datang. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata isu pilihanraya turut dibincangkan pada pada mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini, dan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan menggunakan kesempatan hari Merdeka ini untuk mengumumkannya. "Saya yakin Umno-Barisan Nasional akan mengambil kesempatan pada hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan imej mereka," jelasnya pada sidang media di Pejabat PKR hari ini.
"Kita berkeyakinan ia akan diadakan pada September nanti dan paling lewat adalah pada bulan November. Segala perancangan telah kita aturkan sebaik mungkin," sambung beliau lagi. Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menyatakan Umno-Barisan Nasional akan terus menggunakan skrip lama dengan memburuk-burukkan DAP dengan tanggapan negetif. "Skrip lama akan terus digunakan, memburukkan DAP dengan pandangan-pandangan negetif bagi tujuan menakut-nakutkan pengundi Melayu. "Mereka berharap tindakan tersebut akan memberi kesan undi kepada PAS dan PKR kerana pengundi Melayu akan beralih kepada mereka," jelasnya.
Menurutnya lagi, selain Umno dengan skrip lama, rakan mereka MCA juga akan menakut-nakutkan pengundi Cina dengan isu Hudud akan tidak menyokong Pakatan dan seterusnya memberikan gambaran yang buruk kepada PAS. "Bagi mengatasi tomahan yang tidak berasas ini, kita diperingkat Pakatan telah merangka strategi untuk menangkis tomahan tersebut. "Apa yang kita harapkan nanti rakyat akan tertumpu kepada agenda yang kita akan bawakan untuk kebaikan seluruh rakyat negara ini," sambungnya lagi. Katanya lagi, Pakatan akan terus menfokuskan kepada rakyat tentang agenda besar yang telah dipersetujui bersama di dalam dasar Pakatan Rakyat. Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen PKR. | Negeri PR Guna Tema Sebangsa,Senegara, Sejiwa Posted: 07 Aug 2012 08:57 AM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan logo dan tema Hari Kemerdekaan bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat pada Khamis ini. Keputusan pemilihan logo akan diputuskan pada Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada Khamis sebelum pengumuman itu dibuat. Namun bagi Negeri Kelantan dan Kedah telah diputuskan menggunakan tema berlainan setelah perkara tersebut diputuskan lebih awal pada mesyuarat kerajaan negeri masing-masing.
"Kita telah memutuskan apa logo yang sesuai kita gunakan, namun perkara tersebut akan diputuskan pada mesyuarat pimpinan Pakatan pada Khamis ini. "Namun untuk tema telah kita putuskan sebelum ini, pengumuman tentang logo itu akan dilakukan sendiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis ini," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Lagu Merdeka Menurutnya lagi, selain tema dan logo, lagu sambutan hari Kemerdekaan versi Pakatan Rakayat juga telah dicipta oleh komposer terkenal, namun ia juga turut akan diumumkan nanti.
"Pakatan turut menyediakan sebuah lagu bagi sambutan hari Kemerdekaan dan ia telah cipta oleh komposer terkenal. "Bagaimana bentuk lagu dan komposer akan kita maklumkan nanti," jelas beliau. Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyatakan pemilihan tema ini terpaksa dilakukan apabila melihat ketidak bertanggungjawaban kerajaan yang menjadikan tema Kemerdekaan milik mereka. "Kita ubah kerana melihat sikap tidak tanggungjawab kerajaan yang menjadikan tema tersebut milik mereka," katanya.
Sebelum itu, kerajaan Umno-Barisan Nasional telah memilih tema 'Janji Ditepati' namun ia dikritik pelbagai pihak sebagai tema kempen politik mereka. Bagi menjadikan tema tesebut lebih umum untuk semua rakyat, Pakatan Rakyat telah memutuskan menggunakan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa', manakala bagi Negeri Kelantan telah memilih 'Menerajui Perubahan', dan Kedah pula dengan tema 'Terus Berbakti'. | Tanda Putera Cetus Provokasi Menjelang PRU 13 Posted: 07 Aug 2012 08:54 AM PDT Gagasan 1Malaysia yang diterapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat menyemai benih ketegangan di antara kaum, selain menyumbang kepada fitnah yang boleh menggugat perpaduan negara. Trend fitnah seperti yang dapat dilihat dalam pembohongan dan pemalsuan insiden 13 Mei melalui filem tajaan kerajaan, 'Tanda Putera' itu boleh dianggap menggugat perpaduan negara.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 dan Hari Malaysia Ke-49, Najib harus berfikir sejenak mengapa polisinya yang terkenal, 1Malaysia dalam tempoh tiga tahun ini telah menyemai benih ketegangan di antara kaum. "Tidak lain, ianya daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menekankan bahawa pilihan raya umum yang akan datang ini akan bersasarkan "perkauman" kerana "keadaan negara kini bersifat amat rasis berbanding dengan sebelum ini","dakwa ahli parlimen Ipoh Barat itu, kepada Harakahdaily, hari ini. Tambah Kit Siang, dengan berlandaskan agenda program 1Malaysia, Najib telah merekrut angkatan tentera seramai 10,000 'cybertrooper' Umno dan BN melalui Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang dijalankan di seluruh negara, bukan untuk menyampaikan mesej 1Malaysia tetapi untuk memutarbelitkan kebenaran dan fakta.
"Apa yang jelas kelihatan adalah akibat buruk tindakan Najib merekrut angkatan tentera seramai 10,000 'cybertrooper' Umno dan BN apabila menyemai benih prasangka buruk di antara kaum. "Ia jelas berdasarkan kepada rusuhan 13 Mei 1969, di mana angkatan 'cybertrooper' ini menyebarkan dakwaan palsu, tidak masuk akal, karut dan berbaur fitnah terhadap saya kononnya saya telah mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969 dengan membunuh orang Melayu, selain insiden kononnya saya telah kencing di bawah tiang bendera di rumah Menteri Besar Selangor, walhal saya tidak berada pun di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969," tegas beliau lagi.
Begitu juga dengan beberapa dakwaan lain yang telah diputarbelikan angkatan Media Sosial 1Malaysia, yang menyatakan Setiausaha Agung DAP, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut terlibat memprovokasi dan mencetus rusuhan 13 Mei sebagai Ketua Pemuda DAP, sedangkan beliau berumur lapan tahun ketika itu. Selain beliau dan Guan Eng, dakwa Kit Siang, mendiang Timbalan Setiausaha Agung DAP, P. Patto, juga tidak terlepas dari tuduhan memprovokasi rusuhan 13 Mei 1969 apabila Patto sendiri tidak berada di Kuala Lumpur pada masa itu.
"Lebih-lebih lagi, mendiang hanya terjun dalam dunia politik pada 1973 apabila meletakkan jawatan sebagai seorang guru sekolah dan menerima tawaran saya untuk dilantik sebagai setiausaha politik saya," kata Kit Siang. Beliau menambah 43 tahun selepas tragedi 13 Mei, sudah sampai masanya untuk menutup insiden tersebut, bukan sahaja untuk menggunakan titik hitam rusuhan 13 Mei sebagai taktik intimidasi terhadap mana-mana komuniti. Sebaliknya, tegas Kit Siang ia harus digunakan sebagai satu teladan dan pengajaran yang amat penting bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, negeri, status, umur atau jantina untuk menyatukan semua rakyat Malaysia satu perubahan bagi kebaikan negara ini dan rakyatnya, samada BN atau Pakatan Rakyat.
Malah, tambah Kit Siang, tiada ruang untuk insiden 13 Mei berulang sekiranya kedua-dua gabungan parti-parti politik – Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat memberi jaminan secara ikhlas bahawa mereka akan bekerja bersama untuk menghalang kejadian ini berulang dengan mengambil kira kepentingan dan kedaulatan negara.
"Saya telah menekankan dan menjelaskan secara terbuka bahawa DAP dan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memberi kerjasama penuh dengan Umno dan BN untuk memastikan tiada ulangan peristiwa 13 Mei dalam pilihan raya umum yang akan datang ini. "Persoalannya, adakah Umno dan BN akan memberi komitmen yang sama terhadap usaha ini seperti kesediaan Pakatan Rakyat melalui PKR, PAS dan DAP?" soal beliau. | Juruterbang Syria Paling Tadah Posted: 06 Aug 2012 08:12 PM PDT Juruterbang tentera yang menjadi rakyat Syria pertama ke angkasa, Jeneral Muhammed Ahmed Faris telah melarikan diri ke Turki semalam selepas berpaling tadah daripada rejim Bashar, lapor agensi berita Anatolia. Sebelum menyeberang ke Turki, Muhammed melawat ibu pejabat Tentera Pembebasan Syria di Halab sebagai tanda sokongan terhadap mujahidin tersebut menentang Bashar di bandar kedua terbesar di Syria itu | Tahniah Chong Wei, anda tetap wira Malaysia Posted: 06 Aug 2012 05:16 PM PDT Biarpun sekadar menghadiahkan pingat perak kepada negara, namun semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei sangat wajar dipuji.Dalam satu kenyataan hari ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia berkata, rakyat negara ini sebenarnya sudah cukup bangga dengan Chong Wei apabila berjaya membawa cabaran negara sampai ke peringkat akhir Sukan Olimpik."Kita mengucapkan syabas dan tahniah kepada Chong Wei kerana telah bermain bersungguh-sungguh membawa harapan dirinya dan seluruh rakyat Malaysia.
"Rezeki di tangan tuhan, kalah menang adat perlawanan. Namun kita bangga dengan aksi yang ditunjukkan beliau," kata Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan & Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Abdul Halim Ahmad.Dalam perlawanan akhir perseorangan badminton lelaki Olimpik 2012 di London malam tadi, Chong Wei tewas kepada musuh tradisinya Lin Dan dari China 21-15, 10-21 dan 19-21.
Kekalahan itu sekaligus melenyapkan impian emas pertama negara dan hanya memberi pingat perak.Ini merupakan pingat peraknya yang kedua setelah tewas kepada Lin Dan dalam acara sama di Sukan Olimpik Beijing, empat tahun lepas.Sejurus kekalah itu semalam, Chong Wei turut menghantar mesej "Saya minta maaf. Saya tidak dapat kutip emas " melalui twitternya.
Tak perlu rasa bersalah
Sementara itu, mengulas kenyataan minta maaf Chong Wei itu, Abdul Halim berkata pemain nombor satu negara itu tidak perlu rasa bersalah dan rakyat menerima kekalahan itu sebagai adat pertandingan."Kita harap Chong Wei tidak lemah semangat dan berasa kecewa dengan kekalan semalam."Kita masih menyandarkan harapan yang sangat tinggi kepada beliau untuk terus menempa kejayaan dalam kejohanan-kejohanan besar lain akan datang," katanya.~HRKH | |
N45 Dr Halimah Ali Posted: 07 Aug 2012 09:52 AM PDT Air tangan anda DIPERLUKAN untuk bentuk mini baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur Posted: 07 Aug 2012 09:16 AM PDT Kpg Delek Klang.
Satu gagasan membina tamaddun. Bukan sebarang tamaddun. Tamaddun bertunjangkan aqidah Islamiyyah. Akhlak beruswahkan Nabi sa.w. Perkara yang baru. Terlalu jauh....Adakah boleh dicapai? Adakah ini hanya impian pemimpin yang terlalu idealistik?! Tidak pernah terbayang ...tidak pernah terlintas dalam hati Kampung Delek mahu dijadikan perintis mini baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.
Bukankah lampu tidak pernah dibayang oleh sesiapa dan akhirnya terjadi penciptaan yang menakjubkan. Dunia siber mengecilkan dunia....juga tidak masuk akal ketika ia di tahap konseptual. Begitu juga dengan impian melahirkan khaira ummah..... Mula perit , payah, sukar diterima kerana tidak difahami dan diyakini. Namun ia tidak mustahil.
Persoalannya apakah yang ANDA mahu sumbang sebagai batu bata yang mahu diletak dalam pemprosesan gagasan ini.
JOM sumbangkan tenaga, masa, wang ringgit, ilmu, pengalaman.....paling tidak DOAKAN IA BERJAYA...INSYAALLAH!Amiin | |
Mohamad Taufek Abd Ghani Posted: 07 Aug 2012 09:28 AM PDT Ramainya yang memerlukan bantuan di sekeliling kita Posted: 07 Aug 2012 03:35 AM PDT Dari Facebook Mutiara Ns - Program JUR (Jejak Ukhuwah Ramadhan) pada Sabtu (4 Ogos 2012) lalu oleh pimpinan DMPKR di DUN Paroi. Ramainya "ibu tinggal" yang memerlukan bantuan. Antaranya seorang ibu tinggal di Taman Satria, Senawang yangg menderita penyakit kanser payudara.
Sasaran bantuan sumbangan untuk satu keluarga ialah RM 50. Kepada yang ingin menaja dan menyumbang bolehlah menghubungi Bendahari DMPKR Pn Fauziah, 0137779328 atau bank in ke Akaun Bank Islam : Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau, BANK ISLAM No. Akaun: 05-012-01-006165-3 | PKR Dakwa MUST Hadapi Masalah Pengurusan Serius Posted: 07 Aug 2012 01:58 AM PDT 7 Ogos, 2012
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa sebuah institusi pengajian tinggi swasta, Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) mengalami masalah pengurusan hingga mengakibatkan kebajikan dan masa depan pelajar serta tenaga pengajarnya tidak dilindungi dan terumbang-ambing.
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa MUST mengalami masalah pengurusan yang serius kerana hanya mencatat sekitar 200 orang mahasiswa yang berdaftar sedangkan sasaran yang ditetapkan adalah 5000 mahasiswa.
"Kami turut difahamkan bahawa kemasukan pertama mahasiswa peringkat asasi pada 2008 terdiri daripada dua orang mahasiswa manakala kemasukan pertama peringkat sarjana muda pada 2009 kini tinggal empat orang pelajar sahaja.
"Kami dimaklumkan bahawa ramai pensyarah dibayar gaji lambat dan kini enggan mengajar sehingga menerima gaji mereka. Bukan itu sahaja, pengambilan staf baru dibuat dengan memberikan kontrak tiga bulan sahaja," katanya kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat PKR pada Selasa.
Mengulas lanjut, Nik Nazmi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia mendakwa mahasiswa MUST dijanjikan penginapan percuma namun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tetap mengenakan yuran penginapan terhadap pelajar.
"MUST juga dilaporkan melambatkan pembayaran kepada ejen penginapan dan pendaftaran sehingga 18 bulan hingga menyebabkan mahasiswa dipindahkan daripada satu tempat penginapan ke tempat penginapan yang lain.
"Selepas setahun ditubuhkan MUST masih terumbang ambing. Pemindahan kampus yang dijanjikan belum lagi berjalan.
"Lebih menyedihkan lagi, selepas bertemu dengan sekumpulan mahasiswa dan pensyarah MUST mereka membangkitkan persoalan tentang kebajikan dan masa depan mereka yang dirasakan tidak dilindungi oleh pihak universiti," katanya.
Justeru, PKR menuntut penjelasan penuh dan memuaskan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan MUST memandangkan sebanyak RM100 juta wang rakyat sudah dilaburkan dalam MUST serta nasib mahasiswa dan pensyarah di universiti berkenaan.
"Kita sangat sedih apabila kerjasama dengan universiti terkemuka Amerika Syarikat, Massachusetts Institute of Technology (MIT) dengan beberapa institusi seperti Singapore-MIT Alliance (SMA) antara MIT, National Universiti of Singapore dan Nanyang Technological University dan Masdar Institute of Science and Technology di Emiriah Arab Bersatu lebih berjaya.
"Ironisnya, SMA muncul apabila rombongan MIT datang ke Malaysia untuk menandatangani perjanjian dengan MUST dan singgah di Singapura. Namun SMA telah mencatat satu demi satu kejayaan sementara MUST terus terumbang ambing," katanya.
MUST sebuah universiti swasta premier ditubuhkan pada 2000 oleh Yayasan MUST Ehsan.
Universiti ini menerima geran kerajaan RM100 juta dari tahun 2001 hingga 2006.
Malaysia University of Science and Technology Unit GL33 (Ground Floor), Block C Kelana Square, 17, Jalan SS7/26 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
In 1995, the Prime Minister and his delegation made a working visit to MIT and endorsed the conceptualisation of establishing a university based on the MIT model in Malaysia. An agreement was then signed in January 1997 to establish MUST.
In July 1997, the MUST Ehsan Foundation received a formal invitation to set up the university. In 1999, the Malaysian Cabinet approved a RM100 million conditional grant to MUST and in July 2000, MUST was registered as a private university.
In 2002 MUST admitted its first intake of 46 students into 3 Masters level programmes - MSc in Information Technology, MSc in Biotechnology and MSc in Transportation and Logistics. MUST will offer more programmes within the next 5 years including Materials Science and Engineering (2003), Construction Engineering and Management (2003), Chemical Engineering, Systems Design and Operation, Advanced Manufacturing, Energy and Environmental Engineering and Geotechnical Engineering. | MTD PAS Chembong Agih Sumbangan Ramadhan Posted: 06 Aug 2012 11:46 PM PDT 7 Ogos 2012
Rembau - Majlis Tindakan Dun Chembong (MTD Chembong) mengagihkan kira-kira 200 sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan sempena bulan Ramadhan secara berperingkat mengikut Unit Peti Undi (UPU) di dalam dun Chembong.
Pengarah MTD PAS Chembong, Ust Nazri Yusof berkata, program berkenaan adalah sebahagian usaha Pas dalam memastikan golongan kurang berkemampuan supaya dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.
Sumbangan tersebut diagihkan mengikut 12 UPU yang berada di dalam DUN Chembong bermula daripada UPU Pekan Rembau, Batu Hampar dan Mampong bermula pada 4 Ogos yang sendiri turut serta memberi sumbangan ialah Dr. Rosly Bin Yaakob, Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Sembilan.
Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Sembilan, Dr Rosly Yaakob berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban, sekaligus memberi keceriaan kepada penghuni, selain membuktikan masyarakat prihatin terhadap kesukaran hidup yang mereka hadapi.
| Aliff tak boleh tutup mulut Posted: 06 Aug 2012 08:14 PM PDT 7 Ogos 2012
SEREMBAN – "Hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan saya sebaik mendengar tangisan Aliff yang menjerit kesakitan kerana badannya melecur akibat terkena air mendidih di dalam periuk nasi," kata Hamidah Mohamad, 40
Kejadian berlaku Disember tahun lalu nyaris meragut nyawa anak bongsunya, Aliff Fezwan Azman, 2.
Menceritakan detik hitam itu, Hamidah berkata, dia tidak menyedari bagaimana kejadian itu berlaku namun anak sulungnya yang ketika itu berusia 2 tahun ternampak Aliff menarik kabel periuk nasi elektrik yang diletakkan di atas meja di ruang tamu.
"Saya sedang memasak di dapur ketika itu dan kedua-dua anak saya bermain di ruang tamu.
"Tiba-tiba saya mendengar tangisan Aliff yang lain daripada biasa menyebabkan saya bergegas ke ruang tamu tapi bagai tercabut nyawa saya apabila melihat dia menggelupur kesakitan akibat terkena air nasi yang sedang mendidih," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Casurina di sini, selepas menerima kunjungan dan sumbangan daripada Tabung Kebajikan Dewan Undangan Negeri (Dun) Paroi.
Sumbangan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani.
Hamidah berkata, kejadian itu menyebabkan pipi, telinga, dagu, badan dan tangan Aliff melecur teruk sehingga menggelupas.
"Walaupun sudah beberapa bulan berlalu namun kesannya sampai sekarang. Dia sukar mengunyah dan makan.
"Paling menyedihkan, dia juga tidak boleh menutup mulut dan sering menangis kerana kulitnya berasa panas serta gatal," katanya.
Menurutnya, dia perlu berulang alik dua minggu sekali ke Hospital Tuanku Ja'afar dan dua bulan sekali ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.
"Doktor maklumkan keadaannya boleh pulih dengan melakukan pembedahan betulkan semula kulitnya tetapi perlu ambil kira tahap kesihatan dan parut kecederaan sebelum pembedahan boleh dilakukan ketika usianya 4 tahun," katanya.
| Untung orang di DUN Sikamat dan di DUN Paroi Posted: 06 Aug 2012 07:28 PM PDT Untung betul orang di DUN Sikamat dan DUN Paroi. Orang di DUN Paroi dah dapat Klinik Kesihatan di Senawang. Orang di DUN Sikamat pula akan dapat Klinik Kesihatan juga. Cuma orang di DUN Chembong, DUN Kota dan DUN Rantau masih menantikan bangunan Hospital Rembau. PM pun dah 2 kali melawat di DUN Sikamat dan 1 kali berbuka puasa di DUN Paroi.
************ CADANGAN KLINIK KESIHATAN 3, SIKAMAT Taraf dan Jenis Syarikat : T1 Bumiputra PKK Kelas A Kepala II Sub Kepala 2a
Maklumat Ringkas Tender CADANGAN KLINIK KESIHATAN 3, SIKAMAT, SEREMBAN (IBS SEPENUHNYA)(E-TENDERING)YANG MERANGKUMI: 1)Klinik Kesihatan 3 2)Dewan Serbaguna 3)Blok Sokongan(Store) 4)Pondok Pengawal 5)Rumah Sampah 6)Rumah Pam 7)Blok TNB (Double Chamber) 8)Garaj Van Dan Bas-4 Bay 9)Garaj Ambulan-3 Bay,1unit Store/Bilik Pemandu
Tarikh dan Waktu Lawatan : 09:30AM, 13 December 2011
Projek RMK 9 sedang dalam pembinaan pada tahun 2008 ini adalah 3 projek Klinik Kesihatan KK3 Lukut, KK2 Senawang dan KK2 Seremban 2, Projek bawah 5 juta Kuarters KK serting Hilir Kuarters 1D KK Gemas, tambahan Bangunan KKIA KK Seremban dan N/T Pergigian Jalan Za'aba serta SCN HTJ. Manakala 2 projek telah ditender oleh JKR masih belum masuk tapak Pejabat JKNNS dan Kolej Kejururawatan Kuala Pilah. 1 projek sambungan daripada RMK8 iaitu Pusat Harian dan Haemodialysis, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban telah melewati jadual lebih satu tahun sehingga Kontraktor Utama telah ditamatkan perkhidmatannya.
| Sukan sepanjang tahun bebankan sekolah, pelajar Posted: 06 Aug 2012 05:02 PM PDT 7 Ogos 2012 KE mana hala tuju pendidikan negara?
Persoalan ini ada kaitan dengan kecelaruan sistem pendidikan yang sehingga kini masih dalam kajian khususnya yang melibatkan Dialog Pendidikan Nasional bagi mengumpul pandangan orang ramai bagi memantapkan sistem pendidikan negara. Terpanggil dengan keadaan semasa yang berlaku di sekolah sekarang, sebagai guru dan waris saya ingin mengemukakan isu yang kini membelenggu pengurusan sekolah. Ia banyak berkaitan dengan dasar 1 Sukan 1 Murid dan Sukan Sepanjang Tahun khususnya di sekolah menengah seluruh negara. Menyedari kepentingan sukan dan permainan yang menjadi minat dan kesukaan pelajar, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengorak langkah melaksanakan dasar tersebut.
Ia amat baik dalam usaha penggabungan nilai JERI yang cuba diterapkan secara bersepadu dalam aktiviti ini.
Perlu diakui bukan semua murid yang berminat itu adalah murid berbakat dan berpotensi. Ada yang sekadar suka-suka dan langsung tidak serius kerana menyedari kelemahan dan ketidakmampuan mereka.
Keadaan ini boleh diumpamakan dengan ungkapan, 'kita boleh membawa kuda ke pinggir air, tetapi kita tidak boleh memaksa kuda untuk minum air'.
GURU WARIS Ipoh Perak
| |
Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh Posted: 07 Aug 2012 07:29 AM PDT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan