Rabu, 8 Ogos 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


PEJUANG BANGSA

Posted: 08 Aug 2012 11:18 AM PDT

PEJUANG BANGSA


Artis ini difitnah teguk arak dibeli di 7 Eleven !

Posted: 08 Aug 2012 10:34 AM PDT



Artis  Roslan Shah kembali menghangatkan industri dengan kontroversi terbaru yang mengatakan dia telah meneguk bir atau arak di khalayak ramai seperti yang dilaporkan sebuah blog.

 Menjawab mengenai isu tersebut kepada murai.com.my, Roslan Shah berkata dia sendiri terkejut apabila mendapat tahu mengenai khabar itu menerusi seorang peminat yang memberitahunya melalui Facebook kira-kira 2 minggu lalu. Malah, Roslan Shah juga menegaskan tuduhan itu langsung tidak berasas dan menganggap ianya sebagai fitnah semata-mata.

 "Terus-terang saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu wujudnya artikel itu di dalam blog yang tidak dikenali siapa pemiliknya itu pada 2 minggu lalu. Malangnya, saya baru menyedarinya, padahal artikel itu sudah dikeluarkan pada tahun lalu iaitu 11 Mac 2011.

 "Apa-apa pun saya berasa amat terkilan dan kecewa dengan tuduhan itu kerana terang-terangan dia menuduh saya yang membeli minuman tersebut dan meminumnya di restoran mamak. Malah, tindakannya yang menerbitkan artikel tersebut adalah tidak beretika sama sekali.

 "Mana tidaknya, saya sentuh minuman itu pun tak pernah, lagikan hendak meneguknya di khalayak ramai. Lagipun siapa dia (penulis blog berkenaan) ? Jika orang yang mengenali saya pun mereka akan tahu bagaimana tingkah laku saya.

 "Ibu dan keluarga saya juga tahu saya tidak akan berkelakuan sebegitu. Tapi jika mereka tahu tentang perkara ini pasti mereka akan malu dan sedih kerana mereka tahu saya tidak akan lakukan semua itu," jelasnya ketika ditemui selepas majlis Buka Puasa anjuran Kementerian Perdangangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), bertempat di hotel Seri Pacific, kelmarin. 

Dalam blog tersebut, menuduh Roslan Shah dilihat keluar dari kedai serbaneka, 7-Eleven dan menuju ke kedai mamak yang terletak di Setapak dengan membawa sebuah beg plastik dipercayai berisi beberapa botol bir. Tidak lama kemudian beberapa remaja lelaki dalam belasan tahun dan awal 20-an yang didakwa sebagai mat rempit menyertainya.

 Menurut Roslan, dia sudah memaafkan penulis blog itu, cuma berharap pemilik blog tersebut segera memadamkan entri tersebut daripada terus dipaparkan atau disiarkannya di dalam laman blog berkenaan.

 Jika tidak, Roslan memberitahu, dia tidak teragak-agak untuk menyaman blog berkenaan di atas tindakan yang tidak bertanggungjawab itu. "

 Bersempena bulan ramadan yang mulia ini, saya belum bercadang mengambil sebarang tindakan terhadap penulis blog ini kerana menghormati bulan yang baik ini. Cuma saya memberi amaran agar penulis blog ini bertanggungjawab atas tindakannya dengan memadamkan artikel dan entri blog tersebut .

 " Seandainya saya dapati artikel yang sama masih disiarkan selepas ramadan nanti, maka saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik blog berkenaan ," tegasnya lagi. Sementara itu, Roslan juga menyangkal dakwaan kononnya tindakan beliau itu hanyalah untuk meraih publisiti murahan.

Menurut Roslan, maruah serta harga diri beliau sebagai seorang selebriti menjadi taruhan. " Saya kesal kerana hal ini melibatkan reputasi saya selaku seorang anak seni dan sekaligus mencemarkan nama baik saya. Tambahan pula, ibu saya berada dalam keadaan kurang sihat, jadi saya tak mahu perkara sebegini mempengaruhi keadaan kesihatan beliau ," tambah Roslan lagi.

sumber : Murai.com

Tema Merdeka : Khairy belasah Pakatan sebagai raksasa 3 kepala !

Posted: 08 Aug 2012 05:42 AM PDT




Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menyifatkan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengguna pakai tiga tema Hari Kebangsaan ibarat raksasa yang mempunyai tiga kepala. Beliau berkata, dahulu dalam tamadun Greece, terdapat cerita mengenaisatu raksasa gergasi yang mempunyai satu badan dengan tiga kepala.

 "Pembangkang macam gergasi inilah, ada tiga kepala. 

Dia tidak tahu kepala mana yang nak 'control' (kawal)". "Perkara yang mudah tentang tema kemerdekaan pun mereka (PakatanRakyat) menggembar-gemburkannya seolah-olahtidak terima tema daripada kerajaan dan hendak pakai mereka punya sendiri".

 "Jadi mereka buat satu keputusan dengan satu tema tetapi akhirnya ada tiga tema. Itu pun tak dapat kata sepakat," katanya pada sidang media selepas melancarkan "Pasukan Siber Pemuda BN" (BNYCT) di sini, Rabu. Beliau mengulas mengenai negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat yang akan menggunakan tiga tema Hari Kebangsaan yang berbeza.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, isu tema itu memberi gambaran tentang bagaimana Pakatan Rakyat akan mentadbir negara sekiranya mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang.

 "Sekiranya mereka menang, beginilah cara mereka tadbir negara. Dasarlain, undang-undang pun lain. Mungkin di Kelantan ada hudud dan di negeri-negeri lain tiada hudud. Di Kedah ada hudud, di Pulau Pinang tidak ada hudud," katanya lagi. Beliau menambah, ia sebenarnya merupakan satu hikmah yang menunjukkan bagaimana satu perkara mudah pun Pakatan Rakyat tidak mempunyai persepakatan untuk menyelesaikannya.

 "Bagi saya, nampak sangat bahawa semangat mereka bukan untuk semangat kenegaraan tetapi untuk semangat politik parti dan politik kenegerian. 

Saya sarankan supaya (Pakatan Rakyat) tidak perlu keluarkan logo bersama kerana tema sudah berbeza," katanya. Tema sambutan Hari Kebangsaan bagi Kelantan ialah 'Menerajui Perubahan', Kedah memilih 'Terus Berbakti' manakala Pulau Pinang dan Selangor berkongsi tema yang sama iaitu 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'. 

Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk menggunakan tema yang berbeza kerana tidak setuju dengan tema Hari Kebangsaan yang dipilih oleh kerajaan pusat iaitu 'JanjiDitepati'.

 Dilaporkan, logo Hari Kebangsaan bagi Pakatan akan diumumkan pada Khamis manakala Kedah dan Kelantan bebas untuk membuat keputusan mengenai logo mereka sendiri dengan tema yang dipilih.

Tema Merdeka negeri Pakatan ciplak buku Jabatan Penerangan !!

Posted: 08 Aug 2012 01:35 AM PDT



Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihak pembangkang kini sudah kekeringan ilham sehingga terpaksa 'mencedok' hasil kerja kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk dijadikan sebagai ilham sendiri.

 Mengulas tindakan pembangkang yang tampil dengan tema Hari Kemerdekaan mereka sendiri, beliau berkata tema itu sebenarnya pernah dipakai oleh Jabatan Penerangan dalam buku-buku perpaduan yang diterbitkan pada tahun 2009. Beliau juga menganggap langkah itu sebagai permainan politik pembangkang yang sengaja mahu memperlekeh kejayaan BN di mata rakyat, lebih-lebih lagi tahun ini diramal sebagai tahun yang akan diadakan pilihan raya umum ke-13.

 "Mereka terdesak dan kekeringan ilham. Mereka juga iri hati terhadap kejayaan dan janji yang ditepati kerajaan selama ini. 

 "Oleh itu mereka cedok sahaja apa yang dilakukan oleh Jabatan Penerangan sebelum ini dan anggap ia sebagai ilham sendiri," katanya kepada Bernama di sini, semalam. 

 Semalam, Pakatan Rakyat mengumumkan negeri-negeri pembangkang akan menggunakan tiga tema berlainan untuk sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini, kerana tidak bersetuju dengan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" yang ditetapkan kerajaan pusat.

 Kerajaan Kedah memilih menggunakan tema "Terus Berbakti", Kelantan menggunakan "Menerajui Perubahan" sementara kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".

 Mengulas lanjut, Rais berkata tindakan kerajaan negeri-negeri pembangkang untuk menpunyai tiga tema berbeza bagi sambutan penting itu juga jelas membuktikan kedudukan sebenar mereka yang tidak menpunyai kesepakatan. "Ini bukti dalam kalangan mereka pun tidak ada kata sepakat. Saya rasa dari segi ini rakyat juga dapat melihat dan menghakimi sendiri," katanya. Rais berada di sini untuk menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat (Telmin) APEC ke-9.

Kes cerai belum settle, Tauke Raja Lawak dah kahwin baru di Siam !

Posted: 08 Aug 2012 12:07 AM PDT



Pelawak terkenal, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 35, mengakui dirinya sudah tiga kali bernikah dan pernikahannya bersama isteri barunya telah dilakukan di Thailand sebelum dia menyertai program Super Spontan di Astro Warna saluran 132 lagi. "Yang sebenarnya, saya dah 3 kali berkahwin. Dengan isteri pertama, saya dah lama cerai. Manakala dengan isteri kedua masih dalam proses penceraian dan menunggu kata putus dari mahkamah.

 "Semuanya berlaku secara kebetulan yang mana saya bernikah dengan isteri baru saya iaitu Meera sebelum saya jatuhkan talak secara sah kepada isteri saya sebelum ini. Saya juga mengaku bahawa saya berkahwin dengan Meera di Thailand dengan ditemani beberapa saksi," katanya. Dalam pada itu, Tauke menafikan dirinya sudah bercerai dengan isteri barunya itu. Sebaliknya, dia mengakui sedang mengalami krisis rumah tangga dengan perkahwinan baru berkenaan.

 "Saya dan Meera masih sah suami isteri. Suami mana yang tidak sayangkan isterinya. Namun, secara jujur sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera. "Saya juga tidak menafikan bahawa kami sedang mengalami masalah rumahtangga. Saya boleh katakan disini, ianya berpunca dari hasutan dari orang ketiga. 

 "Secara jujur, saya dan Meera bercadang hendak membuat satu majlis lepas raya ini. Namun, saya masih tidak tahu sama ada ianya boleh dilakukan atau tidak kerana ketika ini saya juga sedang menanti sama ada ikatan sah saya dengan Meera boleh diselamatkan atau pun tidak," jelasnya. – Murai.com.m

Gadis remaja dirogol oleh pegawai agama palsu di Kelantan ?

Posted: 07 Aug 2012 09:06 PM PDT




 Akibat terpedaya dengan helah dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai jabatan agama, seorang remaja berusia 16 tahun menjadi mangsa lima lelaki yang merogolnya bergilir-gilir di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas, Ahad lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner, Lai Yong Heng berkata, sebelum dirogol, mangsa bertemu teman lelakinya di bawah Jambatan Tanjung Mas, di sini pada jam 2 pagi dan ketika berbual, dua lelaki datang memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan agama.

 Katanya, suspek mengugut mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan pejabat agama kerana melakukan maksiat.

 "Bagaimanapun, teman lelaki mangsa memberitahu mereka hanya berbual dan tidak melakukan maksiat.

 "Suspek menyuruh teman lelaki mangsa pulang manakala mangsa akan dibawa ke balai polis oleh mereka," katanya. Menurutnya, mangsa dan teman lelakinya mempercayai kedua-dua suspek kerana melihat mereka mengeluarkan kad namun tidak pasti sama ada kad jabatan agama atau sebaliknya kerana keadaan di bawah jambatan gelap.

 "Teman lelaki mangsa pulang ke rumah seorang diri manakala mangsa dibawa dengan motosikal oleh seorang suspek ke sebuah rumah kosong sebelum dirogol bergilir-gilir oleh dua suspek berkenaan dan tiga lagi lelaki tidak dikenali," katanya.

 Suspek menggunakan modus operandi menunjukkan kad kuasa palsu jabatan kerajaan untuk merogol.

"Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramai supaya memastikan terlebih dahulu kad kuasa yang ditunjukkan adalah benar atau sebaliknya dan jika terdapat sebarang keraguan, laporkan terus dengan balai polis berdekatan," katanya.

Haram & berdosa umat Islam yang undi DAP

Posted: 07 Aug 2012 06:21 PM PDT

- Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud. Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.

 Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

 "Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

"Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli Pas mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

 Menurut Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana adalah jelas Pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

 Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam. 

 "Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak sama rata, tidak mahu tinggi rendah, tidak mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam. "

Saya menyeru orang Melayu dan umat Islam supaya pada pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang, sokong UMNO dan BN supaya orang Melayu dan syiar Islam terus dimartabatkan," katanya.


BUKTI DAP SOKONG SEORANG MUALAF MURTAD 



Nazri Aziz belasah Pakatan pasal tema Hari Merdeka !

Posted: 07 Aug 2012 03:00 PM PDT



Jika pembangkang fikir tema Hari Kebangsaan, "Janji Ditepati" tidak ngam dengan mereka, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencadangkan pembangkang guna tema "Janji Tidak Ditepati,".

 Baginya, tema itu lebih sesuai dengan sikap pembangkang yang gagal menunaikan janji-janji pilihan raya lalu. Menurut Nazri, pembangkang tidak suka tema itu kerana 'siapa makan cili, mereka terasa pedas' dan Janji Ditepati akan mengingatkan rakyat kepada janji-janji pilihan raya yang masih belum dipenuhi pembangkang.

 "Tahun 2008 mereka janji hendak bagi janda dan ibu tunggal RM600 tapi janji itu tak ditepati. "Jadi sekarang mereka terasalah. Mereka ini sensitif sebab mereka tak tepati janji mereka," kata Nazri sinis mengulas tindakan pembangkang menolak tema yang ditetapkan kerajaan Pusat. Katanya, tema itu menggambarkan janji ditepati sama ada yang sudah dan akan datang.

 "Apa masalah dengan tema itu?

..Sebab mereka (pembangkang) tidak tepati janji sebab itulah tidak suka," katanya kepada media di pejabatnya di Parlimen, Selasa. Nazri juga memberi contoh isu Hudud yang tidak selesai-selesai walaupun berlarutan beberapa tahun.

 "Ini semua kaki penipu besar. Tak selesai kes hudud kata dah selesai," katanya sambil menambah Ahli Parlimen Jelutong, Karpal Singh sendiri masih lagi menolak cadangan PAS itu. Tambahnya, " di bulan puasa pun nak menipu'.

 Menjawab soalan mengenai cadangan negeri dikuasa pembangkang mahu menggunakan tema berbeza, Nazri menegaskan sambutan Kemerdekaan adalah di peringkat negara bukan negeri.

 Menurut beliau, negara yang mencapai kemerdekaan dan BN selaku parti yang lebih berperanan dalam memperjuang kemerdekaan berhak menentukan tema untuk sambutan Hari Kebangsaan. 

Katanya, UMNO-MCA-MIC pada masa itu memainkan peranan yang lebih besar berbanding parti pembangkang seperti PAS dan DAP dalam memperjuang kemerdekaan. "PAS tahun 1951 dia ditubuhkan tetapi pada masa itu dia tentang kemerdekaan.

 "DAP pula cuma ditubuhkan pada tahun 1969. Bila pembangkang perjuang kemerdekaan?," katanya. Pakatan Rakyat sebelum ini mengumumkan tema alternatif "Sebangsa Senegara Sejiwa" kerana tidak bersetuju dengan tema Janji Ditepati yang didakwa propaganda BN menjelang PRU 13.

 Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali pula berkata empat negeri ditadbir Pakatan Rakyat akan menggunakan tema berbeza untuk sambutan Hari Kebangsaan. Mustafa berkata, Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema Sebangsa, Senegara, Sejiwa.

 Negeri Kelantan pula akan menggunakan tema Menerajui Perubahan manakala tema untuk sambutan di Kedah ialah Terus Berbakti.

 Jelasnya, exco negeri Kedah dan Kelantan memutuskan tema masing-masing sebelum Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk menggunakan tema Sebangsa, Sebangsa, Sejiwa. Bagaimanapun, Mustafa berkata semua empat negeri akan menggunakan logo sama yang akan diumumkan pada Khamis. -7/8/2012- OLEH ROSLAN BIAN

DIMENSI

Posted: 08 Aug 2012 11:10 AM PDT

DIMENSI


Omegay: Sekarang..tanpa DAP..PAS tak wujud! kehkehkeh >XD

Posted: 08 Aug 2012 08:20 AM PDT


Tidak Salah Berkongsi Kuasa Dengan Kafir Harbi – Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan

Sokong DAP Haram, itu kata putus para Ulama. Sebabnya, DAP menentang Islam dengan tegas dan lantang.  DAP juga sudah terserlah sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi.  

Kemungkinan besar, tidak salah jika dikatakan bahawa DAP berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini.   

Namun, PAS tetap teguh bersama DAP, cuba menutup dan memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Dato' Dr. Hasan Ali yang lantang membangkitkan isu tersebut.  

Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem, yang pernah bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya, bas, kolam renang dan menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut 'standard' pemakaian mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia, maka kerajaan Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir, kini memandang sebelah mata sahaja akan isu murtad.   

Sedangkan 'murtad' adalah sehabis besar isu bagi umat Islam kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya.  Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad.  

Oleh itu, kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin terus bersama DAP.  

Namun, apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara begitu teruja atau 'gila' untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju ke Putrajaya.  Hanya akhir-akhir ini, soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir.

Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan 'kegilaan' PAS demi mengejar kuasa politik. Menurut beliau, "adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO".

Ertinya, beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang didakwanya menentang Islam juga.  

Nampaknya, PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak 'Ulama' dalam berbagai bidang, menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih 'kafir' dari kafir harbi DAP.  

Dalam ertikata lain, PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi.  

Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama mereka sendiri.  Ia diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak diputar-belit oleh sesiapa.      

Kini, para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus.  

Jelas, PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini.

Justeru, mulai hari ini, kita semua wajar berhenti dari merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan Islam.  

Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa, gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke puncak kuasa bersama-sama.  Untuk itu, Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh.  

Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS. - Beruang Biru

Omegay: Siswa UNISEL terkandas - Kerajaan PKR Selangor FAIL!

Posted: 08 Aug 2012 06:30 AM PDT


UNISEL Mangsa Kegagalan Urus Tadbir Kerajaan PKR Selangor

Sebagaimana kita sedia maklum, tika ini UNISEL sedang dibebani masalah hutang berjumlah RM 15 juta membabitkan tunggakan bayaran bagi kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama penginapan pelajar universiti.

Jumlah tersebut meliputi 17 bulan tunggakan hutang untuk kos penyelenggaraan dan 8 bulan tunggakan bayaran bagi kos operasi asrama penginapan yang dikendalikan oleh Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).

Berikutan masalah tersebut juga, syarikat swasta yang menguruskan operasi asrama penginapan tersebut juga terpaksa berdepan dengan protes dari kalangan pekerjanya apabila gagal melunaskan bayaran gaji.

Berbulan-bulan pekerja menghadapi masalah gaji, tambah pula hari raya Aidilfitri dah hampir nak tiba, mahunya tak pening kepala seumpama menunggu buah yang tak gugur. 

Akibat protes tersebut, kesannya menyusahkan pula para pelajar apabila masing-masing tidak dapat masuk ke asrama disebabkan pejabat pengurusan terpaksa ditutup selepas kekurangan pekerja.

Sayu betul hati melihat nasib pelajar yang terpaksa berhadapan dengan masalah penempatan gara-gara kegagalan urus tadbir UNISEL menyelesaikan masalah hutang yang kian bertimbun itu.

Untuk dipersalahkan pihak JNSB tentu sahaja tidak adil, sudah lama mereka menanggung bebanan disebabkan kegagalan UNISEL menunaikan tanggungjawab membayar kos perkhidmatan.

Dulu waktu zaman pemerintahan BN tiadapun masalah sebegini dialami, bayaran kos selenggara kampus induk tidak pernah tertunggak dan bayaran kos operasi asrama penginapan juga berjalan lancar.

Bila saja Khalid Ibrahim dan konco-konconya dari PKR, PAS dan DAP mengambil alih kerajaan negeri, satu demi satu sistem yang tidak cacat cela cuba diubah suai mengikut seleranya tanpa mengira kesan baik buruk dalam jangka masa panjang.

Akhirnya satu demi satu masalah datang bertimpa-timpa disebabkan sikap dan watak bodoh sombong Khalid yang terlampau mahu menunjuk pandai tidak bertempat.

UNISEL yang suatu ketika dulu gah disanjung sekarang saling tak ubah seperti akan senasib dengan KUIN di Kedah. 

Satu persamaan nyata kedua-dua istitusi terbabit ialah, kebanyakan jawatan tinggi baru beberapa tahun kebelakangan ini diisi oleh para kroni yang rapat dengan pemimpin PKR dan PAS.

Kebetulan pula kedua-duanya kini sedang berkongsi masalah yang hampir sama walaupun tak serupa, tapi titik temunya tetap melibatkan masalah duit dan urus tadbir yang tidak cekap.

Tidak syak lagi, UNISEL mahupun KUIN merupakan tanda aras betapa rendahnya tahap kecekapan pengurusan tadbir dari kalangan pemimpin berjenama PKR, PAS ataupun DAP.

Tiada manfaat yang mampu mereka persembahkan untuk kebaikan rakyat, melainkan sekadar membawa mudarat kepada umat seumpama tikus memandai tunjuk bijak mahu membaiki sebiji labu. - Beruang Biru

Dd i n b u n g a

Posted: 08 Aug 2012 07:35 AM PDT

Dd i n b u n g a


DIMATA PEMBANGKANG MEREKA ANJING, MATA BARISAN NASIONAL ANDA WIRA!!!!

Posted: 07 Aug 2012 09:49 PM PDT


241,000 ANGGOTA POLIS DAN TENTERA DI SELURUH NEGARA MENDAPAT MANAFAAT APABILA YAB DS NAJIB MEMBERI HADIAH SEMPENA BULAN RAMADHAN DAN HARI RAYA BERBENTUK DISKAUN KAD, 1MALAYSIA PRIVILLAGE CARD YANG AKAN MEMBERI DISKAUN 5% HINGGA 50% APABILA MEREKA MEMBELI DI BEBERAPA KEDAI TERPILIH SEPERTI MYDIN, KFC, JACKEL TRADING, AL IKHSAN DAN BHP PETROL.

YB DS AHMAD HUSNI, MENTERI KEWANGAN II SEBAGAI PENGERUSI PROGRAM MENGATAKAN BAHAWA PRIVILLAGE CARD INI AADALAH CETUSAN IDEA YAB PERDANA MENTERI SENDIRI DAN INI BUKTI BAHAWA YAB PM MENDAHULUKAN RAKYAT, SEBAGAI PELAKSANA KEMENTERIAN KEWANGAN YAKIN HASRAT INI DAPAT MEMBANTU ANGGOTA KESELAMATAN.

ANDA SEMUA WIRA NEGARA, INI BUKTI KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENGHARGAI DAN MEMANDANG TINGGI JASA DAN PENGORBANAN ANGGOTA KESELAMATAN.

BERBANDING PUAK FUCKATAN PEMBANGKANG YANG MELETAKKAN DAN MELEBELKAN ANGGOTA KESELAMATAN ANJING, BIADAP DAN TIADA MORAL, TETAPI INILAH BUDI DAN PEKERTI MEREKA TERHADAP ANGGOTA KESELAMATAN.

TAHNIAH SEMUA DAN PERCAYA INI SUDAH TENTU MEMBANTU MERINGGANKAN BEBANAN KOS SARA HIDUP KITA.

JANJI DITEPATI, SLOGAN HARI KEMERDEKAAN YANG AMAT DITAKUTI OLEH FUCKATAN PEMBANGKANG

UNDILAH BARISAN NASIONAL


TAMBUN, KATAKAN TAK NAK ORANG LUAR



Tugu Bangsa Tembok Negara

Posted: 08 Aug 2012 07:11 AM PDT

Tugu Bangsa Tembok Negara


Kecacatan rekod korporat Khalid makin terserlah

Posted: 07 Aug 2012 12:46 PM PDT

Oleh : Zeanaaima Yusof
ULASAN - Prestasi kewangan Unisel, kutipan hutang Talam dan krisis air di Selangor adalah tiga isu utama yang menempelak usaha Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencanang diri sebagai pakar ekonomi berasaskan kedudukannya sebagai bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad.

PKR juga sering merujuk "rekod" Khalid di PNB untuk "menjual" beliau sebagai Menteri Besar yang serba lengkap bagi menguruskan negeri termaju di Malaysia.

Kerugian yang dialami oleh kerajaan negeri dalam proses penyusunan hutang Talam serta beban kewangan Unisel sejak Selangor jatuh kepada Pakatan Rakyat pada tahun 2008 sebenarnya mendedahkan kepincangan Khalid sebagai ahli ekonomi.

Sebelum ini, Khalid mendabik dada dan mengumumkan bahawa Selangor berjaya mempunyai rizab RM1.9 bilion hasil "kehebatan kepimpinannya menerajui kerajaan negeri".

Jumlah besar itu, yang sudah tentu dipertikaikan oleh Barisan Nasional, dijaja oleh Khalid ke mana sahaja beliau pergi untuk memberi gambaran Selangor beruntung mempunyai pemimpin seperti beliau.

Hakikatnya ialah, bahawasanya rizab itu tidak membawa banyak erti kepada rakyat Selangor sendiri kerana kerajaan Selangor pimpinan Khalid gagal melaksanakan janji-janji asas dalam manifesto 2008.

Ini termasuk membela nasib petani dan nelayan, menyediakan perumahan kos rendah untuk rakyat, elaun bulanan untuk ibu tunggal dan subsidi untuk kanak-kanak tadika.

Rakyat Selangor pula dihambat dengan isu jalan-jalan yang semakin buruk tetapi tidak diperbaiki sungguhpun menerima peruntukan penyelenggaraan jalan daripada kerajaan Persekutuan.

Memburukkan lagi imej Khalid dan Pakatan ialah "kedegilan" kerajaan negeri untuk menentang projek Empangan Langat Dua, hanya kerana penstrukturuan semula industri air yang dibentangkan oleh kerajaan negeri dipertikaikan oleh Putrajaya.

Polemik sama ada Selangor akan menghadapi krisis air pada tahun 2014 nampak lebih penting kepada Khalid daripada memastikan pelaksanaan projek-projek empangan demi masa depan rakyat Selangor.

Apa pun polemik itu, hakikatnya ialah Syabas tidak lagi dapat memberi jaminan kepada bakal pelabur di Selangor bahawa bekalan air jangka panjang untuk keperluan sektor perindustrian adalah terjamin sebagaimana masa-masa lalu.

Beralih kepada Talam. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa penyusunan hutang Talam yang diterajui oleh Khalid merugikan rakyat Selangor.

Talam melangsaikan hutangnya kepada kerajaan negeri dengan menjual tanah-tanah yang tidak bernilai kepada kerajaan negeri pada harga yang tinggi.

Kerajaan negeri dilaporkan membeli tanah-tanah itu pada harga RM676 juta manakala hutang Talam hanya RM392 juta.

Hanya Khalid dapat menjelaskan jurang besar angka-angka itu namun Kertas Putih yang dijanjikannya dua tahun lalu, masih ditunggu-tunggu.

Selain segala kecelaruan ini, kerajaan negeri membelanjakan RM23 juta untuk membeli dua bangunan PKNS di Kuala Selangor untuk dijadikan asrama bagi pelajar Unisel.

Pelaburan besar itu sia-sia kerana dua bangunan itu masih belum siap diubahsuai untuk kegunaan pelajar.

Pada masa sama Unisel berhutang RM15 juta kepada syarikat yang membina dan menguruskan asrama yang sedia ada.

Unisel menanggung hutang itu kerana jumlah kemasukan pelajar semakin menurun dan tidak dapat menampung bayaran yang perlu dibuat oleh universiti.

Sewajarnya Khalid memberi tumpunan untuk meningkatkan jumlah pelajar Unisel dan bukan "ringan tangan" menggunakan dana awam untuk membeli bangunan baru yang masih belum dapat digunakan.

Rekod Khalid di PNB banyaknya hanya diketahui oleh pegawai-pegawai kerajaan dan pemimpin Umno sahaja.

Tetapi kini Khalid mempunyai rekod baru sebagai Menteri Besar Selangor.

Rakyat kini matang untuk menilai rekod baru beliau sebagai Menteri Besar, tanpa dipengaruhi dengan terjahan-terjahan blog pembangkang yang ditugas membentuk persepsi awam, lazimnya dengan menenggelamkan fakta-fakta asas.

KONTROVERSI UNISEL - Tiada masalah pembayaran sebelum 2008

Posted: 07 Aug 2012 08:59 AM PDT

SHAH ALAM - Ketua Bahagian Residen Komuniti Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), Noor Ashikeen Mohd Stap memberitahu masalah pembayaran kos penyelenggaraan asrama Universiti Industri Selangor bermula sejak pentadbiran Selangor bertukar tangan.

Noor berkata sebelum 2008, syarikatnya tidak menghadapi masalah membabitkan pembayaran kerja penyelenggaraan dan pengurusan asrama di kampus induk UNISEL di Bestari Jaya.

Katanya JNSB yang mendapat kontrak membina 44 blok asrama di UNISEL, dianugerahkan konsesi selama 20 tahun sebelum menyerahkan semula bangunan diselenggarakan itu kepada pengurusan UNISEL selepas konsesi tamat.

Beliau berkata, 44 blok asrama berkenaan sepatutnya boleh menempatkan seramai 5,000 pelajar dan pembayaran yang perlu dibayar UNISEL kepada JNSB ialah sebanyak RM180 setiap pelajar.

"Sebelum ini memang ada beberapa kali pengurusan UNISEL lewat membayar perkhidmatan diberikan JNSB tetapi kelewatan itu hanya sebulan dua.

"Bagaimanapun sejak 17 bulan lalu, pengurusan UNISEL gagal membayar kerja penyelenggaraan seperti landskap dan pembersihan kepada kami manakala kerja penyelenggaraan asrama pula sudah lapan bulan tidak dibayar," katanya kepada Berita Harian.

Kelewatan pembayaran bagi perkhidmatan itu juga menyebabkan kontraktor yang diupah untuk membersih dan menyelenggarakan landskap turut tidak mendapat bayaran masing-masing.

Noor berkata, JNSB sudah menghantar "berpuluh surat" kepada pengurusan UNISEL dan kepada Pejabat Menteri Besar bagi membincangkan masalah pembayaran yang tidak diterima itu, tetapi sehingga masalah berkenaan dilaporkan media massa, tiada sebarang perbincangan diadakan.

Katanya JNSB juga tidak diberikan sebarang alasan mengapa pembayaran berkenaan tidak dilunaskan, sebaliknya mereka hanya mendengar khabar angin bahawa pengurusan UNISEL tidak berpuas hati dengan terma kontrak yang dianggap tidak menyebelahi UNISEL.

"Pembinaan asrama dibuat oleh JNSB dengan menggunakan wang yang diperoleh melalui pinjaman bank.

"Pada masa sama, kami juga bersedia berbincang dengan pengurusan UNISEL untuk mengetahui apa menyebabkan UNISEL tidak berpuas hati dengan kami.

"Walaupun UNISEL dikatakan tidak berpuas hati dengan terma kontrak, mereka masih lagi meminta kami menjalankan kerja penyelenggaraan termasuk benda bukan dalam bidang kuasa atau termaktub dalam perjanjian," katanya.

Noor berkata, bagi membolehkan pembayaran terhadap perkhidmatan diberikan JNSB kepada UNISEL, dilunaskan, syarikat itu turut bersedia menerima pembayaran berdasarkan kepada bilangan pelajar yang menginap dalam kampus berkenaan, berikutan pengurusan UNISEL memberi alasan jumlah pelajar yang menetap dalam asrama tidak mencecah 5,000 orang.

ADUN Permatang Bersama Skuad Redah 4x4 Sampaikan Sumbangan Dalam Konvoi Jalur Gemilang Dan Amal Ramadhan

Posted: 07 Aug 2012 08:48 AM PDT

TANJUNG KARANG, 7 OGOS - ADUN permatang, YB Tn Hj Sulaiman Abdul Razak, bersama Skuad Redah 4x4 telah menyampaikan sumbangan ke 200 buah rumah terdiri daripada warga emas dan pesakit-pesakit yang terlantar sekitar kawasan DUN Permatang dalam 'Konvoi Jalur Gemilang Dan Amal Ramadhan' yang berlangsung pada 5 Ogos, Ahad yang lepas.

Sebanyak 400 buah rumah keseluruhannya di dalam kawasan Parlimen Tanjung Karang yang menerima sumbangan tersebut termasuk 200 buah rumah lagi di DUN Sungai Burong yang berjalan serentak pada hari yang sama.

Pelajar UNISEL timbang adakan demonstrasi

Posted: 07 Aug 2012 08:03 AM PDT

Pelajar Universiti Industri Selangor yang masih lagi tidak mendapat kemudahan di kampus induk Bestari Jaya menimbang untuk mengadakan demonstrasi.

Mereka menzahirkan rasa kecewa ekoran kegagalan pentadbiran UNISEL di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat yang sebelum ini dilihat gah menguwar-uwarkan memperjuangkan nasib mahasiswa di negara ini.

Perkara itu diluahkan pelajar terbabit kepada Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam, Wan Ahmad Hazman Wan Daud.

Luahan mereka turut disuarakan dalam laman sosial Facebook dan Twitter berikutan jawatankuasa MPP UNISEL tidak mempedulikan mereka, sebaliknya berdiam diri bagi menjaga kepentingan universiti.

Dianggarkan lebih 1,000 pelajar baru dan lama tidak mendapat kemudahan asrama dalam kampus sebaliknya ada ditempatkan di asrama tumpangan sementara yang agak jauh sekitar Ijok.

Keadaan itu membebankan pelajar terutama yang tidak mempunyai pengangkutan selain menganiaya mereka yang sudah membuat pembayaran pendahuluan sebelum ini.

Wan Ahmad Hazman berkata, apa yang berlaku itu membuktikan kerajaan negeri pimpinan pembangkang mementingkan agenda politik melebihi kebajikan pelajar.

Malah katanya, mahasiswa semakin sedar kerajaan negeri pakatan pembangkang tidak dapat memenuhi harapan mereka khususnya dalam aspek pendidikan.

Sementara itu, pelajar Tahun Dua Diploma Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua universiti itu, Nazmin Abdul Ghafar berkata MPP universiti itu yang pro mahasiswa tidak membantu menyelesaikan masalah mereka, sebaliknya didakwa bersekongkol dengan pentadbiran universiti dan kerajaan negeri.

LAGI BERITA BERKAITAN
[Pelajar Unisel dihalang masuk kolej kediaman]

550 Orang Penduduk DUN Permatang Terima Bantuan Cermin Mata 1MDB

Posted: 07 Aug 2012 07:56 AM PDT

TANJUNG KARANG, 5 OGOS - 550 orang penduduk di kawasan DUN Permatang telah menerima bantuan cermin mata 1MDB dibawah 'Program Jalinan Murni'.

Bantuan tersebut disampaikan kepada penerima oleh YB Tn Hj Sulaiman Bin Abdul Razak, ADUN Permatang, yang berlangsung di perkarangan pejabat DUN Permatang, disini.

bumiyang

Posted: 08 Aug 2012 03:38 AM PDT

bumiyang


Pakatan Rakyaat Tolak Tema Hari Kebangsaan Sebab Takut Pecah Tembelang???

Posted: 08 Aug 2012 01:30 AM PDT

Tahun Lepas Manoharan, Kini Giliran Nizar Pula Hina Jalur Gemilang???

Posted: 07 Aug 2012 10:00 PM PDT

Bukan Jual Orang, Tapi Iklan Baju Raya...

Posted: 07 Aug 2012 06:00 PM PDT

#seratah#

Posted: 08 Aug 2012 03:33 AM PDT

#seratah#


Posted: 07 Aug 2012 09:11 PM PDT


 
I.             Proses Penyelesaian Konflik Kedua Bangsa

Kebijakan garis keras yang dianut PM Ariel Sharon sejak menjabat secara resmi perdana menteri Israel pada bulan Maret 2001, membuat proses perdamaian belum juga bergerak pada era PM Ariel Sharon.
Pada tahun 2007, di masa-masa akhir pemerintahan George W. Bush, Quartet on Middle East ditambah dengan partisipasi dari Mesir, mengadakan konferensi untuk kembali membicarakan perdamaian antara Palestina dan Israel di Annapolis. Untuk pertama kalinya dalam kronik sejarah proses perdamaian Palestina dan Israel, solusi dua negara disebutkan secara eksplisit dalam proses konferensi. Dengan diterimanya solusi dua negara dalam Annapolis Conference, maka telah terjadi perubahan dalam platform politik yang telah lama dianut oleh Palestina dan Israel. Meski demikian, hasil dari Annapolis Conference masih belum bisa diimplementasikan karena semakin rumitnya konflik yang terjadi di wilayah Palestina-Israel.[1]

 

SELESAI

Posted: 07 Aug 2012 09:04 PM PDT


I.            Proses Penyelesaian Konflik Kedua Bangsa

Kekalahan negara-negara Arab dalam Six-Days War tidak membuat konflik antara Arab dengan Israel berakhir. Pada tahun 1973, tepat sebelum peringatan hari Yom Kippur oleh Yahudi, kembali terjadi konflik bersenjata antara Arab dengan Israel. Yom Kippur War menjadi puncak konflik bersenjata antara Arab dan Israel. Dalam perang ini, Bangsa Arab berhasil membalas kekalahannya dari Israel. Serbuan negara-negara Arab berhasil melumpuhkan Israel, meski Israel tidak dikalahkan secara telak. Perang ini berhasil memaksa Israel untuk mengembalikan Semenanjung Sinai dan Gaza kepada Mesir melalui sebuah perjanjian perdamaian pada tahun 1979. Sampai pada titik ini, belum ada entitas Palestina yang menjadi representasi perlawanan bangsa Arab yang berada di Palestina. Palestine Liberation Organization (PLO) memang telah dibentuk pada tahun 1964 oleh Liga Arab, tetapi statusnya sebagai representasi masyarakat Palestina baru ditegaskan pada tahun 1974.

Proses perdamaian di Timur Tengah ketika dicapainya Kesepakatan Oslo tahun 1993 dengan Organisasi Pembebasan Palestina (PLO). Kesepakatan Oslo itu merupakan kesepakatan damai terpenting di Timur Tengah setelah perjanjian damai Israel-Mesir di Camp David tahun 1979.
Namun Kesepakatan Oslo tersebut sekaligus menguak adanya segmen-segmen masyarakat Yahudi yang belum siap menerima proses perdamaian Timur Tengah. PM Israel Yitzhak Rabin yang menggagas kesepakatan Oslo itu, akhirnya tewa di tangan ekstremis Yahudi Yigal Amir pada November tahun1995.

Peristiwa tersebut disusul oleh kekalahan Partai Buruh yang moderat dari partai Likud yang radikal pada pemilu Israel bulan Mei tahun 1996. Kemenangan partai Likud pimpinan PM Benjamin Netanyahu saat itu menyebabkan tersendatnya pelaksanaan kesepaktan Oslo yang merupakan hasil kesepakatan antara PLO dengan Partai Buruh Israel.

Kesepakatan Hebron bulan Januari 1997, adalah bukti alotnya perundingan Israel-Palestina pada era PM Benjamin Netanyahu. Kesepakatan Hebron bahkan hampir gagal,  seandainya tidak ada campur tangan langsung utusan khusus Amerika Serikat saat itu, Dennis Ross.
Palestina pun akhirnya harus menerima kota Hebron dibagi menjadi dua bagian, yakni 10 persen tetap dikuasai Israel dengan kedok menjaga keamanan pemukim Yahudi di tengah kota tesebut, dan 80 persen di bawah kontrol Palestina.

Pemilu Israel bulan Mei 1999 yang dimenangkan pimpinan Partai Buruh Ehud Barak, semula memberi harapan lagi atas masa depan perdamaian. PM Israel Ehud Barak dan Pemimpin Palestina Yasser Arafat menandatangani Kesepakatan Sharm el-Sheikh di Mesir pada bulan September 1999. PM barak lebih memilih kesepakatan final langsung daripada kesepakatan bertahap.

Faktor itulah yang mendorong pemerintah AS Bill Clinton dengan persetujuan PM Ehud Barak menggelar Perundingan Camp Dvid II pada bulan Juli 2000 yang akhirnya mengalami kegagalan. Perundingan Camp David itu telah membawa krisis politik di Israel, lantaran sebagian besar partai politik yang tergabung dalam pemerintahan koalisi pimpinan PM Barak, menentang konsesi terlalu besar yang diberikan Ehud Barak pada Palestina dalam perundingan tersebut. 

Kegagalan perundingan Camp David tersebut, merupakan awal menuju kejatuhan pemerintah PM Ehud Barak. Pasca-perundingan Camp David itu, Israel dililit krisis politik luar biasa yang memaksa PM Barak mengundurkan diri dan menggelar pemilu lebih cepat. Bersamaan dengan itu, Palestina menggerakkan Intifadah Al Aqsa sebagai reaksi kekecewaan mereka atas gagalnya perundingan Camp David itu. 

Kegagalan perundingan Camp David tersebut, juga menjadi bukti bahwa rakyat Israel belum siap menciptakan perdamaian yang adil di Timur Tengah. Mereka masih menolak resolusi PBB No. 194 tentang hak kembali bagi pengungsi Palestina dan mengakui kedaulatan Palestina atas Masjid Al Aqsa. Isu resolusi PBB no. 194 dan kedaulatan Masjid Al Aqsa tersebut, merupakan penyebab utama gagalnya perundingan Camp David. 

Situasi keamanan yang memburuk di Israel akibat meletusnya Intifadah Al Aqsa serta krisis politik dalam negeri pasca-perundingan Camp David tersebut, merupakan faktor yang mengantarkan Pemimpin Partai Likud Ariel Sharon memenangkan cukup telak atas Ehud Barak pada pemilu Israel bulan Februari 2001.

sambung

Politik Harian

Posted: 08 Aug 2012 03:32 AM PDT

Politik Harian


Rainbow Has New RM 1.8 Million Home ?

Posted: 07 Aug 2012 08:38 PM PDT


A Chinese political news portal, www.souminews.com, has reported that Rainbow, who is allegedly to have an affair with Penang Chief Minister Lim Guan Eng, is now staying in a luxury terrace house worth RM1.8mil.
And the house of the school teacher is just a stone's throw away from Lim's rented bungalow, which Lim is currently staying with his family.

Dear Leader as, we know, is using taxpayers' money as he has refused to move into the official CM residence.

Kedah Parti Cinta Malaysia Youth treasurer Fang Zhao Bin told reporters last Friday that he received four photos of the house from Penang PKR leaders.

Fang claimed that the house belonged to "a former staff from the Penang Chief Minister office."

Although Fang did not disclose the name of the owner, the website said from the information it received, the former staff was Rainbow.

Fang said the house, which has five bedrooms, was situated in Slim Villas.

Why did Rainbow aka Ng Phaik Kheng decided to buy a house to be so near to Lim's luxury bungalow?

According to the website, there were two versions of the story.

First, it said Dear Leader, who wanted to break up with Rainbow, gave a substantial amount of money to Rainbow after his wife, Betty Chew, found out about their relationship.

However, the website said this could be just rumours.

Second, it said Rainbow, through the Plaster Man, had arm twisted the developer to give a hefty discount so that she could buy the house below the market price.

Never mind, if the developer had to bang balls, as we said.

It said Rainbow bought the house two years ago. Rainbow was still the special assistant to her idol two years ago.

It said Rainbow bought the house at less than RM700,000 – a million ringgit discount?

And why should Rainbow buy a house that is so near to Dear Leader's home?

The website said it believed everyone would know the reasons behind her decision or is it HIS decision? So near and yet so far.

Source: stopthelies.my

tunku

Posted: 08 Aug 2012 03:13 AM PDT

tunku


Govt provides 90% of education financing

Posted: 08 Aug 2012 12:37 AM PDT

TEMERLOH: The Government provides 90% of higher education financing, making Malaysia the only country allocating a huge amount of money to education, said Deputy Higher Education Minister Datuk Saifuddin Abdullah.
He said the subsidy also included providing students with scholarships to pursue higher education abroad.
"In fact, students at tertiary level paid only 10 per cent of the cost of education," he told reporters after handing over advance financing from the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) to 832 students from the Temerloh parliamentary constituency Wednesday.
Saifuddin, who is also Member of Parliament for Temerloh, said this showed the Government's resolve in promoting education to produce more knowledgeable people.
"So far PTPTN has given out RM44bil in loans and scholarships to about 1.94 million students from various races," he said. - Bernama

tunku : pakatan rakyat can't even finance 50% of it's states university and they talks crap that BN's government should give free for higher education. show to us that we can do it in your states than dare enough to say about free education. losers.

Muslims Worship Kaaba :: Misconception about Islam

Posted: 07 Aug 2012 05:25 PM PDT

This is especially for the non Muslim as they had the misconseption that Muslim worship Kaabah.

Kaaba is the Qibla i.e. the direction Muslims face during their prayers. It is important to note that though Muslims face the Kaaba during prayers, they do not worship the Kaaba. Muslims worship and bow to none but Allah. It is mentioned in Surah Baqarah: "We see the turning of thy face (for guidance) to the heavens: now shall We turn thee to a Qiblah that shall please thee. Turn then thy face in the direction of the Sacred Mosque: wherever ye are, turn your faces in that direction."

1. Islam believes in fostering unity [Al-Qur'an 2:144] For instance, if Muslims want to offer Salaah (Prayer), it is possible that some may wish to face north, while some may wish to face south. In order to unite Muslims in their worship of the One True God, Muslims, wherever they may be, are asked to face in only one direction i.e. towards the Kaaba. If some Muslims live towards the west of the Kaaba they face the east. Similarly if they live towards the east of the Kaaba they face the west.

2. Kaaba is at the Centre of the World Map The Muslims were the first people to draw the map of the world. They drew the map with the south facing upwards and north downwards. The Kaaba was at the centre. Later, western cartographers drew the map upside down with the north facing upwards and south downwards. Yet, Alhamdullilah the Kaaba is at the centre of the world map.

3. Tawaf around Kaaba for indicating one God When the Muslims go to Masjid-e-Haram in Makkah, they perform tawaf or circumambulation round the Kaaba. This act symbolizes the belief and worship of One God, since, just as every circle has one centre, so also there is only one Allah (swt) worthy of worship.

4. Hadith of Umar (may Allah be pleased with him) Regarding the black stone, hajr-e-aswad, there is a hadith (tradition), attributed to the illustrious companion of the Prophet Muhammed (pbuh), Umar (may Allah be pleased with him). According to Sahih Bukhari, Volume 2, book of Hajj, chapter 56, H.No. 675. Umar (may Allah be pleased with him) said, "I know that you are a stone and can neither benefit nor harm. Had I not seen the Prophet (pbuh) touching (and kissing) you, I would never have touched (and kissed) you".

5. People stood on Kaaba and gave the adhaan At the time of the Prophet, people even stood on the Kaaba and gave the 'adhaan' or the call to prayer. One may ask those who allege that Muslims worship the Kaaba; which idol worshipper stands on the idol he worships?

line1

Selangor Government Protects Criminal Like Rafizi Ramli

Posted: 07 Aug 2012 09:00 AM PDT

Selangor state government which is led by Chief Minister, Khalid Ibrahim officially agreed to cover all the legal fees for Rafizi Ramli who is charged under Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA).
Rafizi who is also PKR's Strategy Director is responsible for leaking and manipulating data and account details of NFC during the RM250 million loan issue.
Due to the controversy, Shahrizat Abdul Jalil had to resign as the Minister of Women, Family and Community Development.
Shahrizat however was confirmed to be clear from any claims after the result of RMP's investigation showed that she did not break any law neither was she involved in any corruption case nor power abuse in the issue.
Khalid's intention may be noble, to provide fund worth RM500,000 to give back to Rafizi for all of his 'contributions' who managed to turn this issue into their propaganda that it managed to tarnish the image of Shahrizat Abdul Jalil as a popular female leader in this country.
But, all of the charges faced by Rafizi under BAFIA is not just any small matter like what was said by the opposition, this issue involves the matter of integrity and honesty which needs to be defended by the banking institution.
At the same time, BAFIA act is important in defending the privacy of account holders especially for those who needs to protect their account from being manipulated by irresponsible people.
Malaysia is not the only country which implements BAFIA. Almost every other countries around the world implements the same act with the same objective - to protect the integrity of banking institutions and to protect the privacy of customers.
Rafizi is not an agent who is appointed by any authority to run a legal investigation and he was not given any privilege to reveal any of the account details on any individuals nor companies.
In short, what Rafizi has done is not noble. Instead, he had broken the law and this should not be followed by anyone.
If the crime of 'whistle blowing' is turned to a routine or culture due to Selangor government's actions in protecting Rafizi against the charge, this would provide heavy negative impact towards banking institutions in the future.
Thus, Khalid Ibrahim should really think before coming to the decision of funding criminals like Rafizi. Those money should be used for the benefit of rakyat, not to defend criminals.

Sahabat-Gunung

Posted: 08 Aug 2012 01:33 AM PDT

Sahabat-Gunung


Pakatan Rakyat Hina Lee Chong Wei

Posted: 08 Aug 2012 01:30 AM PDT


Setelah terbaca twitter ADUN DAP dan artikel di laman Suara PR mengenai kekalahan Datuk Lee Chong Wei maka sahlah bahawa Pakatan Rakyat sememangnya agen pemecah belah masyarakat.   Dan seperti yang telah diketahui, sama ada PAS, DAP mahupun PKR, semuanya berpegang kepada strategi 'pecah dan perintah' demi mencapai matlamat mereka. 

PAS terkenal dengan memecah belah sesama umat Islam melalui Amanat Hadi sehingga menyebabkan tragedi solat dua imam sehinggalah tragegi berdarah Memali dan Sauk.  DAP pula terkenal dengan sifat perkauman yang membenci kaum Melayu serta selamanya berjuang untuk memisahkan kaum sejak di bangku sekolah serta membina 'tembok' ekonomi antara kaum Cina dengan bangsa lain.  Manakala PKR pula terkenal dengan strategi mengadakan huru-hara, melaga-lagakan rakyat dengan pihak berkuasa, undang-undang serta sistem kehakiman melalui sifat talam dua-ratus muka dengan semua pihak, semua agama, semua kaum dan semua golongan manusia di dunia. 

PAS, PKR dan DAP semuanya telah membuktikan kepada kita bahawa parti mereka tidak punya -semangat patriotik, malah bersifat pengkhianat. Di mana-mana saja mereka memburuk-burukkan Malaysia, mengsabotaj ekonomi negara sendiri serta sengaja ingin menggoyah kestabilan negara.   Malah, tanpa segan silu mereka memperlekehkan 1Malaysia yang membawa semangat kebangsaan dan kenegaraan.  

Kerana itu, kita tidak hairan apabila ADUN DAP, Manoharan Malayalam menghina Lee Chong Wei kerana kalah dalam pertandingan badminton di sukan Olympic baru-baru ini.  Lebih memualkan, Manoharan bukan sahaja menghina kekalahan Chong Wei tetapi juga seolah-olah memperlekeh penampilan beliau dengan memuji lawannya, Lin Dan dari China sebagai lebih bergaya dan moden.  

Laman  Suara Pakatan Rakyat pula dengan tidak semena-mena mengaitkan UMNO dalam mengulas kekalahan Chong Wei.  Menurut laman tersebut, UMNO harus malu kerana tidak mampu mengangkat kaum Melayu di dalam sukan sehingga semua nama-nama besar di dalam sukan di Malaysia adalah dari kaum lain. 

Malah, dalam artikel kemudiannya pula, laman tersebut memanggil Chong Wei dengan gelaran kuda tua??!!

Pakatan Rakyat nampaknya menyedari bahawa sukan mampu menyatupadukan rakyat iaitu sesuatu yang amat bertentangan dengan strategi mereka. 

Maka, agenda PR mengutuk Chong Wei adalah untuk memastikan kaum Cina, Melayu dan India kekal bertelagah dan prejudis sesama sendiri sehingga membelakangkan semangat kenegaraan.  

Pemimpin-pemimpin PR telah melihat bagaimana sukan berjaya menyatukan dan menyerlahkan kekuatan semangat cintakan negara ketika sukan komanwel 1998 berlangsung di Kuala Lumpur di mana, pada ketika yang sama, gerakan reformasi Anwar Ibrahim sedang mengganas di bandaraya.  Namun, seluruh tumpuan rakyat adalah tetap kepada sukan tersebut dan bukan Anwar Ibrahim.  Malah, laungan yang bergema di stadium iaitu 'hidup Mahathir!' yang pada ketika itu Perdana Menteri, melambangkan penyatuan rakyat Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional, berjaya menenggelamkan terus mimpi Anwar sehingga ke hari ini. 

Sukan juga digunakan oleh Nelson Mandela ketika beliau ingin menyatukan rakyatnya sehingga mereka melupakan isu warna kulit untuk seketika, dan kemudiannya untuk selama-lamanya. 

Berdasarkan hakikat inilah, maka PR sedaya upaya ingin memastikan yang rakyat Malaysia tidak akan bersatu walaupun dalam sukan.  Begitu khianat sekali para pemimpin PR terhadap negara dan rakyat sehingga sanggup menggadaikan semangat kesukanan dan patriotisme semata-mata kerana ingin berkuasa.  

BN Youth Cyber Team Medium Anak Muda Mengkoordinasi Gerak Kerja Siber Dalam Penyaluran Maklumat BN

Posted: 08 Aug 2012 12:24 AM PDT


Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (Pemuda BN) hari ini melancarkan BN Youth Cyber Team (BNYCT) sebagai sebuah badan sukarelawan untuk generasi muda bersama Pemuda BN dalam menyampaikan maklumat melalui media sosial atau media baru ini.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, dengan penubuhan BNYCT ini dapat mewujudkan satu gelombang di mana maklumat daripada pihak BN dapat disampaikan kepada masyakat umum terutamanya kepada generasi muda dengan lebih cepat dan lebih tersusun daripada apa yang ada pada hari ini.

"Kita terima hakikat bahawa hari ini, kebanyakan daripada generasi muda walaupun masih lagi bergantung kepada media arus perdana, tetapi ada trend yang menunjukkan bahawa mereka juga mendapatkan maklumat mereka daripada sumber-sumber yang berkait rapat dengan media sosial.

Kita mestilah memastikan pendapat dan pandangan penyokong BN dan Pemuda BN, kita bagi bagi saluran yang mudah kepada mereka mewujudkan rangkaian atau ekosistem tersebut," ujarnya kepada media selepas melancarkan BN Youth Cyber Team di Dewan Seri Endon, PWTC sebentar tadi.

Dalam masa yang sama, pemuda BN tidak meletakkan apa-apa sasaran dalam masa terdekat tetapi Khairy berharap dan yakin lebih ramai generasi muda akan menyertai BNYCT sebab ianya berbeza dengan cybertrooper, seperti UMB kerana kerja mereka berperang khususnya dengan pihak pembangkang sebaliknya BNYCT lebih kepada pandangan, pendapat dan penyampaian maklumat tanpa terlibat dalam peperangan siber.

"ini lebih kepada kita membina rangkaian supaya wujud gelombang yang memberikan maklumat dan fakta jika menjawab apa-apa isu, tanpa kita berperang dengan pihak pembangkang, sudah memadai kita memberikan fakta dan maklumat dalam menjawab isu-isu yang ditimbulkan pembangkang. Ini cara kita jawab persoalan yang ditimbulkan pembangkang.

Jika kita dapat mewujudkan gelombang ini, saya rasa dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang, maklumat di dalam alam siber ini tidak akan dimonopoli, tidak akan didominasi pembangkang sepertimana yang berlaku pada tahun 2008 dan keputusan pilihanraya itu akan lebih mencerminkan kedudukan sokongan yang sebenar, pada saya lebih memihak kepada Barisan Nasional," ujarnya yang juga Ketua Pergerakan pemuda UMNO Malaysia.

GPRS Akan Terus Beri Penerangan Krisis Air Selangor

Posted: 07 Aug 2012 11:52 PM PDT

Krisis Air Selangor Kerana Kelemahan, Kedegilan Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor

Posted: 07 Aug 2012 08:05 PM PDT

Kerajaan Selangor Melindungi Penjenayah Rafizi Ramli

Posted: 07 Aug 2012 06:15 PM PDT


Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim telahpun secara rasminya bersetuju menanggung bebanan kos guaman Rafizi Ramli yang didakwa mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA).

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR merupakan orang yang bertanggungjawab mendedahkan dan memanipulasi data serta butiran akaun perbankan NFC sewaktu kemuncak isu pinjaman RM250 juta tempohari.

Berikutan kehangatan isu tersebut diperkatakan ramai, kesannya telah memaksa Shahrizat Abdul Jalil mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shahrizat bagaimanapun disahkan bersih selepas siasatan terperinci oleh SPRM mendapatinya tidak terbabit dalam sebarang perlanggaran undang-undang atau melakukan amalan rasuah salahguna kuasa berkaitan isu tersebut.

Niat Khalid mungkin baik apabila sanggup menyediakan dana RM500,000.00 demi menghargai 'jasa' Rafizi yang berjaya mempropagandakan isu pinjaman tersebut sehingga berjaya mencalar imej Shahrizat Abdul Jalil sebagai pemimpin wanita yang popular.

Namun, dakwaan melanggar akta BAFIA yang dihadapi Rafizi bukannya isu remeh temeh ataupun sengaja diada-adakan untuk mengenakan Rafizi sebagaimana kerap didakwa oleh pembangkang, ia membabitkan soal integriti dan amanah yang perlu dipertahankan oleh institusi perbankan.

Di masa yang sama akta BAFIA juga penting dalam menjaga kepentingan pemegang akaun di dalam sesebuah institusi perbankan terutama sekali untuk memelihara kerahsiaan butiran transaksi mereka daripada dimanipualsi sesuka hati oleh pihak lain.

Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang memiliki BAFIA. Hampir setiap negara memiliki akta sedemikian rupa yang matlamatnya sama - melindungi integriti pihak bank dan memelihara kerahsiaan pelanggan bank.

Gagal mematuhi akta BAFIA sama ada sengaja dilakukan oleh orang dalam mahupun pihak luar, bermakna wujudnya sifat tidak amanah dan kelakuan jenayah juga telah berlaku secara sengaja apabila butiran akaun orang lain sengaja didedahkan untuk kepentingan tertentu.

Lagipun Rafizi bukannya seorang agen yang dilantik oleh pihak berkuasa untuk melakukan siasatan secara sah atau diberi perlepasan undang-undang untuk mendedahkan butiran akaun milik mana-mana individu atau syarikat.

Ringkasnya, apa yang dilakukan oleh Rafizi bukannya satu tindakan terpuji sebaliknya merupakan kelakuan jenayah yang sepatutnya dihalang dan dicegah daripada menjadi ikutan atau amalan orang lain.

Jika jenayah membocorkan kerahsiaan dan butiran transaksi akaun milik orang lain dijadikan amalan rutin disebabkan pembelaan oleh kerajaan Selangor terhadap Rafizi, bukankah buruk kesannya terhadap nama baik institusi perbankan kelak.

Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim berfikir sedalam-dalamnya sebelum meneruskan niatnya untuk melindungi kegiatan penjenayah seperti Rafizi. Wang ratusan ribu ringgit itu sewajarnya diguna pakai untuk kepentingan rakyat dan bukannya dibazirkan untuk membela seorang penjenayah.

After UNISEL, KUIS Would Be Destroyed

Posted: 07 Aug 2012 04:45 PM PDT


PR Selangor government do not even have any time to handle the issues that hit UNISEL, and now, the issue of Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) comes up.

Just like UNISEL, KUIS is going through financial crisis and they are not getting any help from anyone or even the state government. It cannot be certain whether this issue has been going on since the change of Rector in 2010, but what is certain is that KUIS has never suffered such thing when BN ruled Selangor.

Perhaps to handle this financial issue, recently KUIS ordered its students to live in hostel. And since a few years back, KUIS had increased the hostel fee with quite a high  amount of pay. For example, a hostel D with 4 people in a room would be charged with RM550 per head, now has been increased to RM700 each. Other hostels even come up to RM1,000 each.

KUIS's study fees have also been increasing each year up to 100%. This matter were raised by a few sides to the media during the end of last year for the attention of Selangor government so that they would handle the issue as soon as possible. But, up until now, Selangor government is still yet to do anything.

Due to that, things are getting worse for students that they need to work while studying just so that they could cover their expensive cost of living and their study fees. Most of them had to stop studying because of this.

Thus, many questions, is this how PR Selangor settles issues, especially when it comes to education?

Is this how it should be?

When students begin to quit, KUIS would definitely be in deep trouble. Things would get worse as intakes gets lower and lower because students simply cannot afford to study there.

That is why, to cover all of the cost of operation and utilities, KUIS is putting all of the burden to its students. This then led to low number of students coming in, and lower income for KUIS.

We do not understand why PR do not even care about colleges that are under their supervision?

With the big pile of money like they always tell rakyat, why can't they help KUIS, UNISEL or KUIN in Kedah to ensure that our childrens' education remain secure?

Is it because PR do not have any money? Or that they are not wise enough to handle this issue? Or they simply do not care when it comes to education for rakyat?

We cannot be sure on why would PR Selangor spend tons of money for legal fees of PR leaders in court. They even spend a lot for their political programs. And all of those were spent even before the election. Just imagine how much money they would 'invest' for their election campaign soon?

If this is how PR want to raise votes, by focusing all of their strategy, idea and financial sources for politics and not for rakyat, PR should just forget about Putrajaya. They should stop making promises for free education or just about anything, because not just that they cannot be trusted, this matter is not funny anymore.

Education is not a small matter, it involves the future. If they are unable to handle this, what else can we hope from PR government?  - HaprakDaily

Siapa Merelakannya ..... ?

Posted: 07 Aug 2012 07:18 AM PDT



Tahun lalu, seorang rakyat Malaysia keturunan Cina, Ngeo Boon Lin yang juga seorang paderi gay telah mengambil keputusan mengahwini rakan sejenisnya di sebuah gereja di Amerika.

Pasangannya seorang lelaki kulit hitam, Phineas Newborn III adalah seorang produser pementasan muzikal Broadway. Perkahwinan pelik itu dilaporkan telah didaftarkan di New York.

Semasa di awal meletusnya berita perkahwinan gay mereka berdua, pelbagai lapisan masyarakat Islam, Hindu dan Buddha telah meluahkan bantahan, kecaman dan kemarahan mereka terhadap tidakan luar tabie tersebut.

Selepas hampir setahun kisah mereka reda dari perhatian umum, tidak semena-mena timbul semula apabila kedua-duanya tampil meraikan majlis resepsi perkahwinan mereka di sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur.

Dalam satu kenyataannya kepada AP, Boon Lin mengakui isu gay cukup sensitif di Malaysia tapi peliknya seperti sengaja pula mahu mempromosikan kisah perkahwinan gay apabila turut menjemput sekumpulan wartawan ke majlis tersebut.

Jika pada tahun lalu banyak pihak tampil ke hadapan menyuarakan bantahan dan mengecam perlakuan songsang tersebut, kini bantahan yang sama juga patut diluahkan segera terhadap majlis respsi itu.

Tambahan pula sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai adat budaya serta resamnya yang tersendiri, amat tidak bersesuaian sekali kita membiarkan sahaja kelakuan paderi dan pasangan songsangnya itu menambah biakkan lagi aktiviti sejenis sebegini.

Masyarakat Kristian di Malaysia sewajarnya bangkit menyuarakan kecaman dan bantahan mereka serta tidak sepatutnya membiarkan saja rakan-rakan agama lain sahaja yang memprotes perkahwinan dan majlis resepsi gay itu.

Setidak-tidaknya dengan bantahan tersebut dapat memberi isyarat jelas kepada Boon Lin dan pasangannya bahawa rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama sama sekali tidak akan merestuai amalan luar tabie tersebut.

Kesimpulannya: Masyarakat Kristian Malaysia Harus Tunjukkan Bantahan

PANEH MIANG

Posted: 08 Aug 2012 01:17 AM PDT

PANEH MIANG


Ruginya Mad Hasan...

Posted: 07 Aug 2012 08:59 PM PDT

Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan, anak kampung Rantau dah makin tuo. Pak Sedaro sobak bilo dongar makna pengorbanan yang diluahkan oleh Menteri Besar. Namun, sobab dio sorang sajo Pemimpin Nombor Wahid NSDK yang mengurus Kuasa Eksekutif Negeri, mako nak Pak Sedaro ingatkan "terang-tegak" supayo dio tak nyosa esok:

1. Berapa ramai orang Melayu dalam senarai pemilih di Rantau yang konal?
2. Berapa banyak Kawasan ADUN yang MB dah jelajah dan ziarah?
3. Berapa ramai Ketua Kampung, Ketua Cawangan UMNO, Pengurusan Masjid dan Surau dalam NSDK dah poei jumpo?
4. Berapa banyak NGO yang boleh diharap sebagai Agen BN?
5. Berapa banyak NPO yang boleh dipercayai sebagai Perisik Rakyat kepada Kerajaan BN?
6. Berapa banyak pertubuhan belia di bandar dan di desa yang telah dikenalpasti oleh MB sebagai pasukan Gerak Gempur paling ampuh?
7. Berapa banyak peruntukan kewangan yang telah disalurkan kepada pertubuhan belia, kariah masjid dan surau, Pertubuhan Awam, PIBG seluruh Negeri Sembilan sepanjang 2010-2012?

Apakah MB sedar bahawa dalam Sidang Dewan Undangan Negeri, ramai yang tidak berfikir secara kritikal dan analitikal? Apakah MB sedar bahawa pertubuhan belia utama di Negeri Sembilan misalnya Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Sembilan, MAYC Negeri Sembilan, GPMS Negeri Sembilan, ABIM Negeri Sembilan tidak dimanfaat sepenuhnya dan tidak diberi suntikan MODAL KERJA AKTIVITI yang wajar?

Alangkah ruginya MB kerana tidak mengembeling sepenuhnya pasukan muda dan peluang yang ada.

Apakah MB sedar bahawa para Nazir, Imam dan Lembaga Pengurusan Masjid dan Surau dalam Negeri Sembilan sedang menilai harga kuasa eksekutif MB melalui PRU-13 dan reputasi peribadi Mohamad Hasan sebagai insan politik?

Ketua-ketua Bahagian UMNO Negeri Sembilan sudah tiba masanya kalian berunding di kamar Istana, mengadap mohon pandangan Di Raja bagaimana kalian mengurus pentadbiran Negeri ini. DYMM Tuanku Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan dan 4 orang Dato Undang Luak ialah mereka yang mendahului kuasa-kuasa eksekutif. Bawalah ke meja perundingan seperti diamalkan pada tahun 1943-1950 oleh pengamanah kuasa eksekutif terdahulu. 8 beradik ini penting, kerana DOSA dan JULANGAN API NERAKA lebih menikam kalian daripada rakyat teramai. Kalian memenangi obor amanah, dan api obor amanah ini mempunyai kesan paling besar kepada rakyat.

Pak Sedaro percaya hikmah dan nikmat Negeri Perpatih masih berdaulat di Istana Seri Menanti. YAB Menteri Besar masih diukur sebagai seorang yang GAGAL melunaskan EQ rakyat dan pengundi. Jangan sibuk tak percaya kat orang! Karang bilo sibuk kempen, orang pun lempar "susah mencari, sonang hilang". Tak yakin dengan maqam dan maqasid hadarah Malaysia poei lah berguru NLP dan jumpo Bapa-Bapa Veteran UMNO khasnya Pelukis Bendera UMNO dan penulis Falsafah asal Keris Bersilang.

Nak buat korjo semalam bukan jap laei. Politik tak samo politik pejabat. Ngajak pandai, Tunai Ontah Bilo!!!

Taipingmali (tm)

Posted: 08 Aug 2012 01:12 AM PDT

Taipingmali (tm)


Nurul Izzah mengampu dan membodek polis?

Posted: 08 Aug 2012 12:10 AM PDT

Ini gambar terbaru yang menunjukkan Nurul Izzah bersalaman dengan polis dan menyerahkan bubur lambuk di Balai Polis kawasan parlimen beliau.

Nurul Izzah dulu anti polis tetapi sempena bulan baik ini pandai pula dia buat baik dengan polis. Bersalam sikit-sikit sudah lah, nanti jenuh Ustaz Azhar Idrus nak berjawab.

Dr Rani Adun Meru kata tema 'Janji ditepati' tidak islamic

Posted: 07 Aug 2012 09:15 PM PDT

Jom saksikan, betui ka kata dia?
http://youtu.be/dIETy6EC7SQ?a
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Zunar membodohkan diri sendiri

Posted: 07 Aug 2012 04:30 PM PDT

Zunar mabuk ganja ke apa?
Kartunis Zunar yang pernah menghina kesultanan Perak dengan menerbitkan buku animasi berjudul 'Perak Darul Kartun' hasil kerjasama dengan Pas Perak dan Dato Seri Nizar Jamaluddin.

Pas tiru bendera Jepun
Zunar terus mencetuskan kemarahan rakyat apabila menghina bendera Malaysia kononnya meniru bendera Amerika. Zunar lupa bahawa bendera Pas juga menyerupai bendera negara Jepun, cuma berbeza dari segi warna sahaja.

Pas boleh kata ia bukan tiru Jepun sebab Pas lukis bulan dan bukan matahari, tetapi Pas lupa bahawa matahari dan bulan amat berbeza dari segi saiz, mana mungkin saiz bulan sama dengan saiz matahari. Oleh itu saiz bulan pada bendera Pas sepatutnya lebih kecil mungkin sekecil syiling 1 sen. Itu baru betul.
Ini baru bulan

Ini lambang matahari
Kini terdapat keghairahan Pas melukis banyak bulan dalam satu bendera. Apakah pelukis Pas sudah mabuk ganja? Mana ada bulan lebih dari satu. Hai! Bahalol sungguh Pas. Patutlah 60 tahun wujud tidak mendapat rahmat Allah.

Mengenai lagu Negaraku yang dikatakan sama dengan lagu Indonesia, wahai Zunar! Buka lah minda sikit. Buat lah kajian pergilah tanya Johari Saleh bekas pengarah muzik RTM tengoklah score muzik tu, sama ker?

Kepada Zunar, orang lain pun lukis kartun juga, tetapi otak mereka kreatif berjalan otak kiri dan kanan. Hang pula otak makin dungu. Makin penyu, makin lantun.

Kata jadi orang Pas yang Islamic tetap pasai apa perangai hang macam yahudi dan majusi yang busuk dan penuh dengan dengki khianat.

Hang septutnya ikut apakata Abby Abady, selagi Pas tak menang dan memerintah artis tak boleh berkarya. So eloklah hang tunggu Pas menang dulu. Tak gitu?



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jentera ICT PAS gabra dengan jentera Cyber Pro-BN

Posted: 07 Aug 2012 03:22 AM PDT

Pas terpaksa buat kursus untuk mengkaji, menganalisa dan mencari formula untuk mengatasi kekuatan jentera cyber Pro BN.

Pas terpaksa mengerah tenaga muda Pas untuk menangkis serangan musuh. Haaa, tu dia baru hangpa tau langit tinggi atau rendah.

Dulu sebelum 2008 bukan main hangpa balun Umno dan BN. Kali ni baru hangpa tau nooooo?

Hangpa tau ka, cyber trooper BN bukan semua ahli parti Umno. Kami hanya atas pagar yang melihat kemunafikan ICT Pas menfitnah BN dan Umno, kali ini kami gerakkan jentera kami untuk memusnahkan hangpa. Siap sedia laa, kami nak lenyek hampa jadi taik cicak.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Belantan

Posted: 07 Aug 2012 11:46 PM PDT

Belantan


Anwar 'Raja Drama' yang hanya sekadar pandai berjanji?

Posted: 07 Aug 2012 06:42 PM PDT




Bulan depan, tepatnya pada 16 September sejarah politik Malaysia akan terus mengingati hiruk-pikuk dan harapan palsu yang dicetuskan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada tarikh itu, sejarah mengingati Anwar telah gagal menunaikan janji yang diuar-uarkan beliau ke seluruh pelosok dunia untuk membentuk kerajaan. Malah sehingga sekarang selepas hampir empat tahun berlalu, Kabinet bayangan pun masih belum nampak bayang lagi.

Ramai yang terpedaya dan kecewa dengan harapan palsu Anwar itu. Mereka yang telah dijanjikan jawatan dan pelbagai ganjaran hanya melopong kerana ternyata tersilap langkah. Mereka yang mencurah air di tempayan setelah mendengar guruh Anwar menyesal tak sudah.

Mereka yang disebut-sebut bakal melompat parti untuk menyertai Anwar semasa itu antaranya segerombolan Ahli Parlimen dari Sabah. Janji Anwar bukan kepalang jawatan di Sabah dan juga Persekutuan.


Itu kisah 2008. Tetapi penahan kuasa Anwar rupa-rupanya masih ada bisa. Nafsu kekuasaan tidak menjadikan drama politik 16 September itu sebagai satu pengajaran kepada mereka. Selepas berbulan-bulan berunding, akhirnya dua Ahli Parlimen BN iaitu Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran) meletak jawatan dan berpaling kepada pakatan pembangkang.

Berita

Susulan itu, Anwar membayangkan lebih banyak berita baik dari Sabah akan berlaku. Ada nada suspen seperti dulu. Nada hiruk-pikuk Anwar ini kelihatan sama menjelang drama 16 September dulu. Cuma mungkin ramai yang sudah lupa termasuk Lajim dan Bumburing.

"Saya sudah maklumkan kepada pemimpin PKR dan DAP. Bukan Lajim dan Bumburing saja, tetapi juga beberapa orang pemimpin lagi," kata Anwar seperti dipetik portal berita propembangkang. Banyak spekulasi timbul berhubung tindakan Lajim dan Bumburing ini. Lajim, 57, dikatakan kecewa dengan kedudukannya sedangkan beliau disebut-sebut mengidam jawatan Ketua Menteri.


Tentu banyak janji dan harapan yang dimuktamadkan dalam perbincangan antara Anwar dan Lajim. Almaklum Anwar begitu terdesak untuk menawan Putrajaya. Pilihan raya kali ini bakal menjadi percubaan terakhirnya. Jika gagal lagi, beliau sudah memberi signal untuk bersara.

Lajim yang ditarik balik jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dikatakan mendapat habuan jawatan Ketua Menteri. Setakat ini sebagaimana dinyatakan Anwar, kedua-dua Ahli Parlimen itu diberi jaminan kerusi sama ada PKR atau DAP.

Mampukah Lajim dan Bumburing menjadi pembakar semangat untuk menjayakan cita-cita peribadi Anwar ini dan sekaligus mengucar-ngacirkan negeri deposit BN itu? Mampukah kedua-duanya menjadi penyuluh jalan untuk pakatan pembangkang memecah kubu BN?


Anwar telah gagal membawa parti pembangkang ke puncak kekuasaan pada pilihan raya umum 2008. Seterusnya cubaan menerusi pintu belakang pada 16 September juga akhirnya menjadi bahan jenaka. Apa lagi muslihat yang Anwar akan gunakan kali ini?

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dijadual ke Sabah pada 12 Ogos ini. Kepada rakan-rakan sekutunya, Anwar meminta mereka bersiap sedia dengan kemungkinan `baik' itu.

Bagaimanapun BN khususnya UMNO tidak duduk diam walaupun menyifatkan pembelotan Lajim dan Bumburing sebagai tidak menjejaskan kekuatan parti itu. Kepakaran Anwar memanipulasi keadaan tidak boleh dipandang ringan.

Tetapi setakat ini pengaruh Lajim yang mempunyai sejarah lompat parti dari Parti Bersatu Sabah (PBS) ke UMNO pada 1994, tidaklah seberapa. UMNO Bahagian Beaufort tetap teguh, tidak terlihat seperti patah sayap.

Struktur parti berjalan dengan baik apabila timbalan ketua bahagian mengambil alih jawatan yang ditinggalkan oleh Lajim itu. Setakat ini perpecahan yang dikatakan berlaku di bahagian itu hanya dakwaan.

BN dan UMNO Sabah tentu sekali telah banyak belajar daripada peristiwa 16 September. Mereka juga tidak harus lupa bagaimana permainan licik Anwar semasa beliau berulang-alik ke Sabah ketika era keterujaan beliau mengejar jawatan Timbalan Presiden UMNO dan kemudiannya Presiden UMNO dulu.

Ingatkah janji-janji manis takhta dan harta semasa itu? Setelah bertahun-tahun, Anwar tetap sahaja melakukan strategi dan permainan yang sama. Beliau tahu keunikan politik Sabah. Tetapi yang berbeza, kali ini beliau menghadapi lawan yang telah bersiap sedia dari awal. Yang juga berbeza, Anwar sudah terlalu banyak melakukan kesilapan.

Untuk rentetan peristiwa 16 September sebelum ini dimana Anwar nak jadi PM, seterusnya boleh dibaca di sini, sini, sini, sini, sini, dan di sini.

Suara Politik
Taminsari

Pemimpin biaDAP - Manoharan perlekeh Chong Wei?

Posted: 07 Aug 2012 07:27 AM PDT



Ketika seluruh rakyat Malaysia bersatu hati memuji dan menyanjung tinggi kesungguhan Datuk Lee Chong Wei yang bermain bermati-matian menentang Lin Dan dalam usahanya memburu emas Olimpik pertama Malaysia, pemimpin DAP, M. Manoharan sebaliknya memperlekehkan wira negara itu.

Sebagai pemimpin, Manoharan langsung tidak menunjukkan teladan yang baik apabila banyak kenyataan yang dibuat menerusi Twitter bagi mengulas kekalahan tipis Chong Wei itu bersifat menghina antaranya menukar nama jaguh badminton tersebut kepada 'Lee Chong AWAY.'

Tidak cukup dengan itu, beliau juga memuat naik kenyataan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menyerahkan segala habuan yang dijanjikan untuk Chong Wei kepada Lin Dan yang dikatakannya sebagai miskin walaupun pendapatan jaguh badminton China itu adalah RM15 juta setahun.

Kenyataan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah itu segera mengundang kemarahan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama apabila mereka sepakat mendesak Manoharan meminta maaf, tetapi pemimpin DAP itu berterusan mempersoal jika Chong Wei bermain bagus kenapa Lin Dan yang menang.

Berang dengan tindakan itu, seorang rakyat Malaysia, Dominic Steeven tampil memberitahu menerusi laman Twitter milik Manoharan bahawa seluruh rakyat negara ini malu kerana mempunyai seorang wakil rakyat seperti beliau yang langsung tidak menghargai semangat perjuangan ahli sukan itu sebaliknya hanya mementingkan kemenangan.

"Apa yang kamu cuba katakan? Saya rakyat Malaysia, saya sokong negara saya. Kamu adalah seorang wakil rakyat tetapi beginikah caranya kamu menunjukkan rasa berterima kasih kepada negara? Kalah atau menang bukan persoalan kerana ia adat pertandingan, tetapi kita mesti memberi sokongan sebagai rakyat Malaysia.


"Saya langsung tidak dapat berfikir apa sebenarnya motif kamu mengeluarkan kenyataan sedemikian, kalau benar kamu yang memuat naik kenyataan tersebut, sila mohon maaf kepada Chong Wei. Seluruh rakyat Malaysia malu dengan kamu Yang Berhormat," kata Dominic sebagaimana dipetik daripada Twitter Manoharan.

Ashwenee Appadurai pula menganggap Manoharan sebagai pengkhianat kerana selepas menghina Jalur Gemilang, kini pemimpin DAP itu menjadikan Chong Wei pula sebagai sasaran dan nada sama turut disuarakan Hariharan Manoharan yang menuntut bekas tahanan Akta Dalam Negeri (ISA) itu supaya menutup mulut.

"Berapa banyak pingat yang kamu menang (untuk negara)? Tiada satu pun, jadi lebih baik kamu diam," kata Hariharan.

Dalam pada itu, Klalilul Khalil pula menyifatkan kenyataan Manoharan sebagai tidak berakal dan sesuai untuk pemimpin politik sepertinya.

"Kalau dalam pilihan raya umum akan datang, pelawak (Manoharan) ini masih dicalonkan tentu ada yang tidak kena dengan partinya. Kalau dia menang sudah tentu pengundi bermasalah. Langsung tidak berbangga dengan apa yang dibuktikan wira negara, lupakan kebodohan ini, cuma satu dalam 28 juta," katanya.

Bagaimanapun, kemarahan terbuka rakyat Malaysia itu langsung tidak menyedarkan Manoharan, sebaliknya pemimpin DAP itu cuba mengheret kegagalan Chong Wei meraih emas kepada isu politik dengan berkata: "Malaysia akan memang emas pertama di Olimpik selepas pakatan pembangkang ambil alih Putrajaya."

Serentak dengan itu, beliau berjanji Malaysia akan membawa pulang pingat emas pertama pada kejohanan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada 2016 kerana dakwanya pakatan pembangkang mempunyai ramai calon yang lebih berwibawa untuk mengisi jawatan Menteri Belia dan Sukan berbanding Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, tinjauan di laman sosial Facebook mendapati satu laman khas 'Kami Tuntut Manoharan Mohon Maaf Kepada Lee Chong Wei' sudah diwujudkan, dalam masa beberapa jam sahaja seramai 2,287 rakyat Malaysia menyatakan sokongan kepada usaha tersebut.

Pada masa sama, hampir kesemua laman blog termasuk propembangkang mengutuk keras kenyataan biadab Manoharan itu.

Suara Politik
Taminsari

The Unspinners

Posted: 07 Aug 2012 11:41 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 07 Aug 2012 11:40 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


Karpal Dan Shamsul Iskandar Sama-Sama Kufur...

Posted: 07 Aug 2012 10:00 PM PDT


Dengan perjuangan PAS yang tidak pernah putus terhadap hudud, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi membuat Tweet yang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menerima hukum-hukum Allah adalah mereka yang kufur.

"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tidak menerima hukum hudud kerana dia kufur. PAS perlu teruskan perjuangan untuk menegakkan Islam," menurut Tweet dari akaun Nasrudin.

Karpal sentiasa tidak pernah putus dalam menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Angkata Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK) juga dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Karpal. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah memberi amaran kepada Nasrudin bahawa komen-komen Nasrudin terhadap pelaksanaan hukum hudud akan menimbulkan masalah yang besar terutamanya apabila isu tersebut akan mengundang kemarahan bagi Karpal dan pemimpin-pemimpin DAP.

Shamsul juga berkata bahawa Nasrudin tidak sepatutnya membangkitkan isu lama apabila persetujuan antara PKR, DAP dan PAS terhadap isu ini telah dibuat.

Petikan NST 30.07.12

Taktik Cina Nak Jahanamkan Ekonomi Bumiputra...

Posted: 07 Aug 2012 07:00 PM PDT


Nah inilah taktik terbaru cina nak jahanamkan ekonomi melayu bumiputra, depa siap buat fan page dalam facebook boikot barangan keluaran felda, untuk apa? untuk jahanamkan ekonomi melayu, ini semua hasil didikan dap dan bapa 13 may, lim kit siang...

Tema Hari Kebangsaan Pun Tak Boleh Sepakat, Macam Mane Nak Perintah Negara...???

Posted: 07 Aug 2012 05:00 PM PDT


Cuba korang fikir, nak tetapkan tema hari kebangsaan pun pakatan haram tak boleh nak sepakat macam mana nak perintah malaysia...

Semalam pakatan umumkan tiga tema berbeza untuk negeri-negeri yang mereka perintah, korang boleh klik sini...

Soalan aku kenapa perlu ada tiga tema berbeza? kenapa selangor dan penang guna tema berlainan dari kelantan dan kedah pula guna tema lain...??? ada sesiapa boleh jawab...???

Macam mane la agaknya kalau depa nie perintah malaysia...

PAS Dapat Konsesi Jual Saham Akhirat...

Posted: 07 Aug 2012 02:00 PM PDT


Murahnya saham akhirat Pas Jual...RM5.00 je..bila pula pas dapat Konsesi dari Allah untuk jual saham akhirat ni? Untung juga jadi artis masuk pas dapat konsesi jual saham akhirat....
Kurafat kurafat kurafat..pas kian sesat.

Agenda Negara Kebajikan "Ini Tawaran PAS"

Posted: 07 Aug 2012 06:30 AM PDT


Haa...haa...haa... mane hudud???

DAP Letak Calon Melayu Pada PRU Akan Datang...

Posted: 07 Aug 2012 01:00 AM PDT


DAP akan letak calon melayu pada pru akan datang, dap nak wakil mereka jadi menteri besar, maka dap meminta diberikan lebih kerusi dalam parlimen dan dun, adakah pas dan pkr bersetuju dengan permintaan dap itu...???



Panglima Perang Cyber

Posted: 07 Aug 2012 11:38 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Akhil Hayy Tidak Mahu Artis ‘Berhijrah’ Jadi Mangsa Orang Politik

Posted: 07 Aug 2012 10:54 PM PDT


Akhil Hayy
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.
Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.
"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.


"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.
"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya.
Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.
Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?
"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.
"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.
"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.
"Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya.

Filem Pendek PETRONAS Sempena Perayaan Hari Raya - Merdeka - Hari Malaysia 2012 Sangat Menarik !!!

Posted: 07 Aug 2012 10:43 PM PDT



Blogger Melayukini menulis : 

Tambah menarik, filem pendek tersebut bukan sahaja memaparkan berkenaan sambutan raya Aidilfitri, malah ia turut berkisar sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Filem pendek tersebut turut menampilkan pelakon utama, Redza Minhat yang memegang watak Erman dan seorang kanak-kanak warga tempatan (Uzbekistan), Jeyhun.

Pada mulanya, mereka bertemu dan berkenalan sebagai orang asing hingga akhirnya mereka menjadi begitu rapat.
Selaras dengan tema Petronas pada tahun 2012, 'Reimagining Energy', elemen-elemen dalam filem pendek tersebut pastinya akan menyentuh hati setiap penonton.
Berjudul 'Stranger', ia merupakan antara filem pendek hasil karya Quek Shio Chuan yang mendapat kerjasama dari syarikat pengiklanan terkemuka dunia, Leo Burnett.


Selamat Hari Raya Aidilfitri Oleh Datuk @AhmadMaslan

Posted: 07 Aug 2012 07:44 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=PRd7rAUvrro&feature=youtube_gdata_player


Sent from my iPad

Karpal Sing Hentam Manoharan @mmanoAdun Walau Tak Mahu Ambil Tindakan

Posted: 07 Aug 2012 07:09 PM PDT


Apa guna bidas Manoharan dan minta maaf jika tidak ada tindakan keras.


Dalam hal ini kita tidak bersetuju permohonan maaf menutup kesilapan semata-mata  kerana kita tidak mahu perkara ini berulang pada masa hadapan.

Adakah Karpal Sing bersedia menghukum Manoharan ???


Manoharan mohon maaf kepada Chong Wei

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah M. Manoharan hari ini memohon maaf kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya atas kata-kata menyinggung perasaan menerusi Twitter, mempersenda pencapaian pingat perak Olimpik pemain badminton negara itu, yang mencetuskan kemarahan orang ramai.
"Saya amat menyesal dengan komen-komen yang saya buat dan memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya.




"Saya benar-benar berharap permohonan maaf saya diterima," katanya dalam akaun Twitter @mmanoADUN.

Mesej Twitter Adun DAP itu mengenai perlawanan akhir badminton perseorangan di Olimpik London, Ahad lepas, menerima kritikan hebat orang ramai tanpa mengira sempadan politik, dengan menyifatkan beliau sebagai biadap dan bersikap perkauman.


Antara lain Manoharan dipetik sebagai berkata: "Lin Dan menang. Dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY" dan menyarankan kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), apapun ganjaran kewangan yang dijanjikan untuk Chong Wei, baiklah diberikan kepada Lin Dan.

Sementara itu, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata mesej Twitter Manoharan itu tidak dapat dimaafkan dan tidak sepatutnya dilakukan.

"Lee Chong Wei meletakkan Malaysia dengan bangga dan bermaruah di pentas dunia melalui keberanian dan ketabahannya melakukan yang terbaik, meskipun mengalami kecederaan buku lali, baru-baru ini.

"Kedua-dua pingat perak yang diperoleh Lee Chong Wei di Beijing dan London menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/07

 

Jangan Lupa Pelancaran BN Youth Cyber Team Hari Ini Oleh YB @KhairyKj di PWTC cc@NajibRazak @TunFaisal

Posted: 07 Aug 2012 03:51 PM PDT

Semua dijemput hadir...

Panglima berharap kehadiran team ini akan semakin menguatkan jentera siber BN untuk menghadapi dakyah jahat pembangkang.

1Malaysia akan hadapi Pakatan dengan fakta kebenaran...

Video Ray Penyampai Radio Era sambut Dato' Lee Chong Wei di KLIA

Posted: 07 Aug 2012 01:15 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=97eP47Y7nao&feature=youtube_gdata_player


Sent from my iPad

Video : Kepulangan Chong Wei disambut bagai wira negara - Berita Harian

Posted: 07 Aug 2012 01:01 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=Iz-UTxh5pM4&feature=youtube_gdata_player


Sent from my iPad

Ucapan Salam Aidil Fitri 2012 Pergerakan Wanita Umno Oleh Datuk Shahrizat Abdul Jalil

Posted: 07 Aug 2012 12:51 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=ekrytChcTxs&feature=youtube_gdata_player

Baca juga isu NFC beliau di mahkamah yang disiar Sinar Harian hari ini. Syabas atas keberanian beliau saman Rafizi dan Zuraida dari PKR

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 07 Aug 2012 11:13 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DAP lancar kempen BOIKOT produk orang Islam di FB!

Posted: 07 Aug 2012 10:30 PM PDT


Kami mendapat maklumat yang Mazlan Aliman telah diberikan sejumlah wang yang banyak oleh DAP untuk menganjurkan Himpunan Oren tempohari bagi menggagalkan penyenaraian FGV. Dan disebabkan kerana beliau GAGAL, maka sibertruper DAP sendiri kini telah melancarkan kempen memboikot mana-mana barang keluaran FELDA bagi memastikan FGV gagal, seterusnya memberikan tekanan ekonomi kepada peneroka dan mendapatkan undi protes pada PRU kelak.

Strategi ini juga merupakan serampang dua mata dengan matlamat lainnya adalah untuk memastikan orang Melayu tidak mampu bersaing dengan mereka dari segi ekonomi. Cakap mudahnya, apabila orang Melayu tiada instrumen ekonomi yang kuat seperti FGV dan tidak juga menguasai pasaran makanan dan keperluan, maka selamanya orang Melayu akan bergantung kepada peniaga mereka.

Sekarang siapa yang BODOH dan DUNGU?!! Ada tidak sesiapa yang bertanya kepada mana-mana peserta OREN hari itu, adakah perhimpunan mereka kali ini mempunyai apa-apa matlamat Agama dan Iman?!! Dan dengan mengadakan Himpunan bodoh seumpama itu, adakah PAS waima pakatan rakyat mempunyai strategi perniagaan yang lebih baik bagi menjana pendapatan yang lebih lumayan kepada para peneroka?!!

Selamanyalah PAS menjadi penchacai kafir haribi DAP dan musuh dalam selimut kepada umat Islam...

*Sedih apabila mendapat tahu salah seorang sahabat yang bekerja di sebuah kilang gula milik Felda juga menyertai himpunan Oren tersebut. Entah apa yang dibantahnya, sudahlah bonus, saham dan durian runtuh semuanya habis disapu...



LAJIM UGUT PM

Posted: 07 Aug 2012 08:00 PM PDT

ONE ARM BANDIT
Tempoh gegak-gempita Lajim keluar BN dan menubuhkan Sabah Reform Alliance (SRA) sudah tamat. Hanya bertahan 2 3 4 hari sahaja, dan kini UMNO Sabah sudah aman dari musang. Harapan Lajim beberapa hari sebelum keluar BN supaya Perdana Menteri, DS najib tunduk kepada ugutan dan desakannya tidak menjadi.

Terdapat dua ugutan Lajim kepada PM, pertama luluskan segera peruntukan-peruntukan yang dimohonnya untuk Parlimen Beoufort, juga mengadu kononnya DS Musa Aman tidak memberikan peruntukan pembangunan untuk Daerah Beoufort. Kedua jika dia tidak dicalonkan, dia akan keluar BN. Baca di perenggan bawah kenapa Lajim salah ugut!

Sebagai Perdana Menteri,  DS Najib sudahpun menyokong kuat semua permohonan-permohonan Lajim sebagai anggota Parlimen. Namun, Najib meminta Lajim supaya bersabar kerana peruntukan tidak datang sekelip mata. Peruntukan Kerajaan Persekutuan perlu melalui peraturan sedia ada, Perbendaharan Negara dan Perbendaharaan Negeri Sabah ada peraturan yang perlu dibuat. 

Tapi Lajim, orang yang takut apabila poketnya semakin berkurang. Tak kanlah, seorang Timbalan Menteri tidak tahu Kerajaan punya peraturan untuk membelanjakan wang hasil cukai rakyat dan pinjaman kerajaan. Lajim tidak dapat menunggu selepas PRU13.

Kalau kita pergi Bank nak pinjam wang, pun ambil masa seminggu dua. Kalau ada kes Bankrapsi sudah tentulah Bank akan tolak ke Bank Negara. Kalau hutang sudah berkeliling pinggang atas pinggang bawah dah tentulah awal-awal lagi kena reject.

Lainlah kalau Lajim pinjam dengan Along? Adakah benar desas-desus di Beoufort Lajim berhutang berjuta ringgit? Dengan siapa? Ini orang kanan di sekelingnya sendiri yang cakap! Ini bacaan tambahan dari sumber yang sangat boleh dipercayai http://theunspinners.blogspot.com/2012/07/hutang-lajim-kerana-one-arm-bandit-rm8.html

Begitulah juga sistem parti dan sistem Kerajaan. Jika wang itu wang parti, amatlah mudah diberi kepada Lajim, kerana prosedurnya mudah. Dalam sistem Kerajaan baik dalam kerajaan Pakatan, hendak menggunakan wang kerajaan bukannya mudah, melainkan orang macam Khalid gagap dan Anwar mereka berdua memang tidak ikut peraturan. Anwar Ibrahim, kalau dia nak sesuatu anda jangan halang, dia akan tengking anda macam dia tengking babi. 

Tak percaya, tanyalah pegawai-pegawai kerajaan zaman Anwar TPM, sapa tak ikut kehendak dia, dia akan tengking bulat-bukat dalam Mesyuarat. Berbeza dengan Tun Dr. Mahathir yang akan mendengar apa jua anda hendak katakan dalam mesyuarat itu. Saya orang lama, saya tahulah, kerana saya sempat bermesyuarat dengan Anwar Al-Juburi. Baca luahan bekas pegawai tinggi kerajaan yang lain di sini http://www.utusan.com.my

Maka Lajim yang kini sibuk memujuk Tan Sri sana sini, memujuk Datuk sana sini sudah hampir kehabisan minyak. 19 AJK Bahagian UMNO Beoufort tidak menyertainya. Ketua Pemuda Beoufort, Ketua Wanita Beoufort, Ketua Puteri Beoufort, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Beoufort semuanya tidak hingin bersama Lajim.

Apakah Lajim akan segera Terbang ke China lagi untuk berubat? Tempoh masa untuk Lajim ke China semakin dekat, rutin berubat di China sudah memanggil?

Maka kenalah masa dan keadaan Lajim yang tidak berapa sehat, bahawa Lajim tidak dicalonkan oleh BN pada PRU13 untuk memberi peluang kepada beliau untuk berehat.

Kepada Lajim, kamu terlupa satu perkara, jika kamu mengugut Perdana Menteri, kamu tak dapat Ugut Kesabaran Perdana Menteri DS Najib! Itulah silap jangkaan kamu!

Tetapi jika yang kamu ugut itu Anwar Ibrahim, dia akan tengking kamu macam babi! Tak percaya ker!

(Pro Team Mymassa, Kota Kinabalu)

Produk Terbaru PAS. Hairie, The Instant Ustaz

Posted: 07 Aug 2012 06:05 PM PDT


Produk terbaru PAS ini dah pandai memaki seperti ustaz-ustaz PAS yang lain.


Sepatutnya Hairie belajar dari Akhil Hayy yang terlebih dahulu makan garam dalam politik PAS.
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas Ustaz Akhil Hayy menasihati golongan artis yang baru berhijrah dan kembali mendekati agama Islam supaya berhati-hati agar tidak dipergunakan oleh ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai berkata, keadaan itu sering berlaku tanpa disedari bagi kebanyakan artis yang baru berhijrah di mana ia bermula dengan jemputan menghadiri sesebuah taklimat untuk berkongsi kisah perubahan diri masing-masing.

"Kalau saya cakap, pasti ada pihak yang marah nanti. Tetapi ia pernah berlaku kepada diri saya ketika mula-mula penghijrahan saya dulu di mana ada sesetengah pihak yang menggunakan saya kononnya untuk ditemu bual dalam sesebuah taklimat.

"Lain pula jadinya apabila majlis taklimat yang dianjurkan itu akan berubah menjadi kempen menyerang mana-mana parti yang tidak disukai mereka.

"Memang digalakkan untuk berkongsi pengalaman hijrah kita kerana ia juga salah satu permulaan dakwah, tetapi kita mesti bijak menyampaikan kata-kata tanpa sebarang pengaruh daripada persekitaran yang mungkin menekankan isu-isu politik," katanya.

Tambah Akhil, tidak salah sekiranya seseorang artis itu menyokong mana-mana parti politik sama ada Umno, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS kerana ia adalah hak masing-masing.

Bagaimanapun, golongan artis yang berhijrah ini diminta untuk berhati-hati dan berfikirlah adakah motif penghijrahan itu untuk mendalami ilmu-ilmu agama yang tercicir dahulu atau mahu memperjuangkan politik?

"Saya rasa, usahlah kita beria-ia berkempen tentang hal politik kerana itu bukanlah kepakaran kita.

"Walaupun Islam ada perjuangan politiknya, tetapi sebagai umat Islam yang kembali ke fitrah asal, biarlah kita mendalami ilmu agama terlebih dulu sebelum ingin berdakwah atau membetulkan kesalahan orang lain.

"Saya faham, apabila sudah berubah ke landasan yang betul, terdapat satu semangat dan ketenangan yang membuatkan seseorang itu begitu berkobar-kobar mahu berkongsi perasaan itu.

"Saya juga begitu, tetapi seperti yang saya katakan, dalami ilmu agama Islam itu secukup-cukupnya sebelum melangkah ke fasa lain pula," ujarnya.
http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/8/8/mstar_hiburan/20120807161814&sec=mstar_hiburan

Kalau nak betulkan orang, tambahkan ilmu di dada dahulu.

*Banyak betul produk PAS menjelang PRU 13 ni ye. 

Info Pagi : Kerajaan Pusat Salurkan RM1.05 Billion Untuk Air Kelantan. Apa PAS Buat?

Posted: 07 Aug 2012 04:30 PM PDT

Poster khas untuk penyokong PAS yang masih nak fitnah BN sekat duit untuk ke Kelantan.



*Dah bagi RM1.05 bilion sejak 22 tahun yang lepas pun kerajaan PAS masih gagal. Fikir-fikirkan.

Posted: 07 Aug 2012 03:00 PM PDT

MUTIARA KATA

Dalam musibah itu terdapat empat seni iaitu mencari pahala daripada Allah, berkawan dengan kesabaran, berzikir dengan baik dan menanti kelembutan daripada Allah.

Gambar Terbaru Ostad Leman Raja Lawak Lepas Masuk PAS.

Posted: 07 Aug 2012 11:00 AM PDT

Sebelum masuk PAS.


Selepas masuk PAS.


Tang mana yang berubahnya tu Leman?

*Pendapatan la berubah. Dah ceramah atas pentas PAS memang masyuuukkkk.

CAT ASRAMA YAYASAN SELANGOR MENCECAH JUTA RINGGIT!

Posted: 07 Aug 2012 08:00 AM PDT

PENYELEWENGAN MENGECAT ASARAMA YAYASAN SELANGOR  OLEH KERABAT KELUARGA KHALID GAGAP
Sebuah syarikat berstatus enterprise yang mendapat kepercayaan Pengurus Besar Yayasan Selangor adalah Rahah Enterprise. Ditubuhkan pada 10.12.2009 yang beralamat di sebuah rumah di Shah Alam.

Pada mulanya pesanan makanan untuk majlis berkenaan dilakukan untuk 1500 orang tetamu dengan jumlahnya RM 170,000.00. Jika dibahagikan RM 170,000.00 dengan 1500 orang , bermakna belanja berbuka puasa untuk seorang tetamu adalah RM 113.00. Wow ! kalah hotel lima bintang.

Selepas itu jumlah tetamu bertambah dan satu pesanan tambahan dilakukan untuk tambahan 500 orang dan kosnya berjumlah RM 29,000.00.
RM 170,000+RM 29,000=RM 199,000.00 dibahagikan dengan 2000 orang tetamu = 1 tetamu RM 99.50.

Kos berbuka puasa YS dengan makanan yang disediakan oleh sebuah syarikat enterprise berharga RM 99.50 seorang. Di PJ Hilton pun baru RM 80.00++ untuk seorang.

Masalah timbul di hari majlis berkenaan diadakan. Keadaan menjadi kelam kabut kerana makanan untuk berbuka puasa tidak cukup walaupun pesanan untuk 2000 orang telah dilakukan.

Selesai majlis satu mesyuarat post mortem dilakukan dan ada di kalangan ahli mesyuarat meminta bayaran kepada RAHAH ENTERPRISE ditahan terlebih dahulu kerana makanan yang disediakan tidak cukup.

Pandangan orang lain tidak diambil kira, bos YS meminta bayaran dijelaskan secepat mungkin. Kenapa ?

Kenapa sebuah syarikat enterprise yang ditubuhkan belum sampai setahun  begitu istimewa sekali dimata Pengurus Besar Yayasan Selangor sehingga diberi peluang menyediakan makanan berbuka puasa sehingga RM 200,000.00 ?

Kenapa bayaran  diminta supaya dijelaskan secepat mungkin walaupun perkhidmatan teruk ? Siapa pemilik syarikat tersebut ? Apa kaitan syarikat itu dengan Ilham Bin Marzuki ? Perkara inilah yang perlu disiasat oleh SPRM.

Bagaimana pula Kes Mengecat Bangunan Asrama Yayasan Selangor di Kg. Pandan yang melibatkan seorang saudara MB Selangor. Mengecat Bangunan Asrama Yayasan Selangor  dimaklumkan kepada kami melalui orang dalam Yayasan Selangor mencecah hampir jutaan ringgit. Walaupun saudara MB Selangor itu sudah diberhentikan kerana isu demi isu penyelewengan tetapi kita berharap SPRM janganlah tidor! Saudara MB Selangor tu lantikan politik sahaja.

Mereka nak kaut apa sahaja yang ada, Nurul Izzah dan Anwar kaut bisnes Pasir, Khalid dan kaum keluarganya sapu semua bisnes Yayasan Selangor sampai UNISEL pun berhutang. Sebab itulah Azmin marah sebab dia tidak mendapat sebanyak Khalid.

Edisi Iftar. Kejayaan PAS Kedah Jaga Kebajikan Pencinta Maksiat.

Posted: 07 Aug 2012 05:30 AM PDT

Antara kejayaan PAS di bawah MB Azizan.

Klik untuk besarkan imej

*Ini baru dinamakan Negeri Berkebajikan. Sampai kebajikan pencinta maksiat pun PAS sanggup jaga.

Poster Edisi Terima Kasih Kerajaan Selangor. Ikhlas Dari MyMassa

Posted: 07 Aug 2012 03:30 AM PDT

Terima kasih Kerajaan Selangor kerana beri bonus.




*Sebar-sebarkan.

@Khalid_Ibrahim paksa rakyat Selangor belikan IPad untuk kroni-kroninya?!!

Posted: 07 Aug 2012 01:30 AM PDT


Hutang Berjuta Tapi Unisel Masih Lagi Berbelanja Beli IPad RM500,000!!
SHAH ALAM, 6 Ogos – Cukup menghairankan apabila Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr. Anuar Ahmad bercakap kepada media bahawa universiti tersebut lebih baik di bawah pentadbiran PKR Selangor dan mendapat keuntungan sehingga boleh membayar bonus kepada kakitangan.
Namun apabila lebih 3,000 pelajar Unisel tidak dapat mendaftar ke asrama masing-masing seperti dijadualkan minggu lalu, menunjukkan banyak kelemahan daripada aspek pentadbiran dan kedudukan kewangan Unisel yang semakin parah dan kritikal, sehinggakan tidak mampu membayar kepada pengendali asrama pelajar yang difahamkan sudah meningkat kepada RM 15 juta.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, walaupun pelajar sudah membuat pembayaran yuran melalui pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tetapi Unisel gagal untuk melangsaikan tunggakan bayaran.

"Siapa yang harus dipersalahkan? Difahamkan Unisel juga mengeluarkan kos yang tidak sepatutnya untuk membeli IPad kepada ketua-ketua jabatan dengan nilai mencecah RM500,000.

"Inilah yang berlaku jika pengurusan universiti lebih cenderung berpolitik sehingga mengabaikan aspek pentadbiran universiti, menyebabkan prestasi akademik semakin merudum dan kebajikan pelajar tidak terbela", katanya dalam kenyataan kepada UMNO-Online di sinu.

Tegas beliau lagi lebih mengecewakan apabila universiti yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ini hanya memekakkan mata dan membutanya telinga terhadap kelemahan pentadbiran dan kewangan di universiti itu.

"Selama ini Menteri besar mendabik dada mencanang kehebatan mereka mengurus kewangan dalam pentadbiran Negeri Selangor dan UNISEL tapi jika inilah cara Menteri Besar dan Nanib Canselor mentadbir, tidak mustahil Unisel akan menjadi gagah putih dan matlamat untuk melahirkan modal insan cemerlang tidak akan kesampaian," ujarnya.

Justeru, GPRS tambah beliau mendesak Menteri Besar mengambil tindakan tegas terhadap Profesor Dr Anuar yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya sekaligus memecat Ahli Lembaga pengarah Unisel yang tidak peka dengan kedudukan kewangan dan gagal merancang dengan baik perjalanan Unisel serta memaklumkannya kepada kerajaan negeri.

"Mereka sekadar makan Elaun Buta sahaja, satu kerugian kepada rakyat Selangor, tetapi sekarang seperti sudah jadi satu amalan kerajaan negeri, apa saja yang di tegur oleh menteri atau kerajaan pusat akan disanggah dan Menteri Besar dan kroni-kroninya gunakan taktik lama supaya setiap isu dapat dipolitikan kemudian.

"Setiap kelemahan kerajaan PKR, akhirnya BN juga yang akan disalahkan", katanya.

Jelas beliau sekiranya Unisel ada masalah kewangan yang serius Kerajaan Negeri mesti cari jalan awal dan perancangan jangka panjang untuk bantu selamatkan Unisel.

"Lebih dari itu, yuran hostel juga patut disubsidi oleh Kerajaan Negeri Selangor daripada menggunakan wang rakyat daripada dana khas peruntukan di bawah Geran Selangorku berjumlah RM5 juta untuk membiayai kos guaman Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang dihadapkan ke mahkamah, lebih baik digunakan untuk memberi bantuan kepada penyelesaian asrama pelajar-pelajar berkenaan.

"Ini menunjukkan Menteri Besar hanya mengutamakan kepentingan politik dan mengabaikan pelajar di Unisel," ujarnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang.

Tambahnya rakyat sudah semakin bosan dengan kerenah pentadbiran dan pengurusan Unisel yang dipengaruhi politik kerajaan negeri.

"Jadi cakap-cakap tentang Unisel bakal bangkrap bukan lagi retorik. Malah sehingga kini Menteri Besar masih gagal mendedahkan laporan audit yang kononnya akan siap pada bulan Ogos 2012. Pastikan mengapa pembayaran tidak dapat dilakukan kepada pengurusan asrama selama hampir 17 bulan turut dimasukkan dalam laporan audit itu nanti.

Sampai bila lagi Menteri Besar mahu bertindak menyelesaikan kudis-kudis yang semakin membiak di Unisel. Ini adalah antara kelemahan kerajaan negeri dalam pentadbiran sehingga menyebabkan sebuah universiti yang gah ditubuhkan oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu, menjadi tiada hala tuju.

"Rakyat perlu fikirkan adakah kerajaan negeri yang sedia maklum lemah dan tidak berintergriti ini perlu diberi mandat lagi pada pilihan raya umum akan datang? GPRS juga mencabar MB utk mengumumkan dan bentangkan Kedudukan kewangan UNISEL segera," tambahnya lagi. -MediaUMNO

*Dalam ceramah berdegar-degar memaki hamun UMNO sebagai perompak wang rakyat. Namun hakikatnya UMNOlah yang banyak membela nasib rakyat dengan KR1M, BR1M, TR1MA dan banyak lagi. Sudahlah diselewengkannya duit rakyat, paling bangsat hasil seleweng itu digunakan pula untuk kayakan lagi kroni-kroni yang sudah sedia kaya! Inilah akibatnya mengundi bekas lanun-lanun BN yang terbuang kembali ke tampuk kuasa!

AYAT-AYAT DAP "BUTOH MELAYU", KIT SIANG SUDAH LUPA

Posted: 06 Aug 2012 11:30 PM PDT

MAYAT TANPA KEPALA, DI MANA LIM KIT SIANG KETIKA ITU?
Perarakan Haram DAP pada Ahad, 11 Mei 1969 dengan menaiki 5 buah kereta dan lebih kurang 15 buah motor telah lalu di hadapan Balai Polis Brickfields sambil mencaci pihak polis dengan kata-kata " Apa Polis Boleh Buat - Kita Raja", dan " Buang Semua Polis Melayu".

Malamnya, DAP berarak lagi di Jalan Bukit Bintang sambil menunjukkan kelakuan yang kotor (seperti menunjukkan butuhnya kepada gadis-gadis Melayu), memekik-mekik dengan kata-kata yang biadap.

Malam yang sama di Kuala Lumpur, DAP berarak lagi sambil melaungkan kata-kata " Mati Melayu, Sakai Pergi Masuk Hutan".

Di satu jalan yang di Jalan Changkat Dollah berdekatan dengan Penjara Pudu, DAP berarak lagi dengan kata-kata " Kuala Lumpur Sekarang Cina Punya!".

Keesokan harinya, 12 Mei 1969, DAP berarak lagi di sekitar Jalan TAR, Jalan Raja Laut dan Jalan Ipoh sambil menghambur kata-kata "Melayu Balek Kampung", "Melayu Sekarang Tak Da Kuasa Lagi", "Sekarang Kita Berkuasa".

Dio Kg. Baru pula DAP yang berarak memekik-mekik, anak-anak kecil Melayu, orang tua Melayu ketakutan apabila DAP melaung-laungkan " Melayu Keluar, Apa Lagi Duduk Sini", Kita Hentam Lu, Sekarang Kita Besar". 

Di Balkai Polis Jalan Pudu, peserta perarakan masuk ke bahagian pertanyaan sambil berkata " Kasi Halau Semua Polis".

Menurut seorang pegawai polis PC 2248 Encik Sulaiman, peserta perarakan itu telah memekik-mekik sambil berkata "Apa Ini Melayu Kita Negeri Dia Sudah Perintah. Ini Negeri Bukan Melayu Punya". Kemudian dihina lagi pihak polis dengan kata-kata " Mata-Mata Lancau".

Di Jalan Ipoh, Inspektor Mansor bin Latt dari Balai Polis Jalan Campbell berkata, peserta Perarakan telah menghina-hina dengan memekik "Butoh Melayu", "Pergi Matilah".

Kata-kata mereka yang lain " Ini Negeri Bukan Melayu Punya, Kita Mahu Halau Semua Melayu".

Berkenaan MARA, peserta perarakan memekik-mekik lagi dengan kata-kata " MARA 5 tahun lagi akan jahanam". "Sekarang Kita Pereintah Apa Boleh Buat", dan "Melayu Boleh Balik Kampung", "Melayu Sudah Jatuh, MARA Boleh Keluar"

Menurut Senator DAP yang dipecat Tunku Aziz, beliau mengenali Lim Kit Siang sebagai seorang yang sangat suka berdemonstrasi (berarak) di jalanan. Sekarang, kita minta Lim Kit Siang jawab di mana dia ketika semua kata-kata Penghinaan di atas? Tatkala Ahli-ahli DAP berarak memekik-mekik 3 hari berturut-turut, Lim Kit Siang kata dia berada di tempat lain?

Kepada umat Islam dan orang Melayu, hari ini DAP tidak menghina kita di depan-depan tetapi di belakang bagaimana? Lihatlah gambar di bawah, tatkala Babi itu dipanggang 5 (5 Negeri) apakah agaknya Kata-Kata Penghinaan Yang Keluar Dari Mulut Mereka yang panggang Babi itu? Bayangkan Kata-Kata Hina di atas disebut semasa Therea Kok memanggang Babi -Babi Itu!
"5 BABI PANGGANG 5 NEGERI, MASA ITU APA AGAKNYA KATA-KATA MEREKA?"



 Bersambung artikel seterusnya....

sekupangdua

Posted: 07 Aug 2012 11:09 PM PDT

sekupangdua


3 RIBU BOMOH, TUKANG URUT, TUKANG GUNTING, DREBAR TEKSI DI RUMAHMENTERI BESAR PERAK.

Posted: 07 Aug 2012 08:53 PM PDT


Di Kediaman menteri besar selam, seramai Lebih 3Ribu Rakyat yang terdiri daripada pengamal perubatan @ bomoh, Pemandu Teksi, tukang urut, tukang gunting, bidan dan pelbagai lagi bidang yang siceburi. Rakyat kali ini diraikan oleh Menteri Besar kesayangan mereka di kediamannya. bukan itu sahaja malah seramai 5 ratus orang Asli serta kumpulan Tabligh juga diantara yang siraikan oleh Ds Zambry Kadir di majlis berbuka Puasa bersama Menteri Besar Perak

' Saya tak pernah terfikir lansung akan diraikan sebegini, bukan itu sahaja, dia (MB) datang ke Meja ini bertanya khabar malah siap cedokan nasi Arab untuk saya dan rakan-rakan saya. Betuah benor rasanya, cukup berbaloi dan amat puas hati yang amat silayan sebegini apatah lagi Menteri Besar Perak sendiri'  kata Nazri yang merupakan tukang urut Tradisional di kampung.



Salah seorang dari jemputan ke majlis Berbuka Bersama Menteri Besar Hj Kamaruddin Jabar yang merupakan seorang bomoh tradisonal juga berkata. sebelum ini Pakcik tak pernah memijak laman rumah Menteri Besar dan tak terfikir lansung hari ini saya dapat masuk ke kediaman MB nie, bukan setakat itu makan setalam lagi dengan semua bersama Menteri Besar, memang saya amat gembira dan ucapkan terima kasih kat MB dan penganjur yang buat macam kami-kami nie cukup dihargai

Sebelum ini... jangan mimpilah nak dapat masuk kat sini (kediaman) apalahi dirai dan dihargai sebegini rupa, mulanya kami ingat sudah tentu dengan bilangan begini ramai dah tentu parking kereta pun berbatu jauhnya, rupanya sapa sangka dema siap suruh masuk terus kedalam kediaman dan parking kat dalam terus. 

Memang salah duga pakcik sebelum nie beranggapan akan terpaksa berjalan kaki masuk ke kediaman dengan meletak kan keretanya diluar.Masa pemerintahan Negeri Pakatan Rakyat jangan mimpi lah nak silayan begini, kalau kita ni bukan orang PAS! PKR atau Dap jangan mimpilah nak dapat macam nie, Nak Masuk pun belum tentu lagi ler... kat depan jpintu tu pun dah tertonggok unit apa tu... Hah Unit Amal dema tu, jadi sebelum nak sampai kat kediaman nie pun dah ada macam-macam road block, macam tu punya hal mana mungkin kita macam rakyat ni nak merasa masuk kedalam kediaman, apatah lagi diraikan sendiri oleh Menteri Besar. Macam ler rumah Menteri Besar ni hanya untuk parti dan kroni jer, yang rakyat mengundi bagi dema menang ni tak ker terpikior dema?


Sebelum berbuka hadirin mendengar tazkirah sementara menunggu waktu berbuka puasa, sebaik selesai haidrin dipimpin doa dan terus berbuka puasa, tanpa dijanga dengan kehadiran sebegini ramai tanpa sisuga oleh semua lapisan Rakyat dari pelbagai kawasan di seluruh negeri Perak termasuk 5 ratus orang asli dan juga 5 ratus dari kumpulan Tabligh. sebaik lepas berbuka hadirin terus beramai-ramai menunaikan solat Magrib bersama.

Sebaik selepas sembahyang, jemaah ramai yang terkejut kerana tidak dimaklumkan siapa yang sebenarnya memimpin solat magrib tadi, Masyallah jemaah makin terkejut kerana Imam yang memimpin sholat magrib tadi sebenarnya Dr Syeikh Usama yang merupakan imam Mekah sendiri, memang ramai yang tak sedar dengan kehadiran beliau sehinggalah diumumkan sebaik selepas sholat magrib.

Memang betul-betul rasa amat bertuah begitu sekali, rezeki dapat berjemaah dengan beliau apatah lagi dia juga yang memimpin solat Tarawih selepas Isya. selepas selesai semua jemaah berbaris dan mahu bersalam dengan Imam yang memimpin umat islam di kaabah.  Masa inilah kita dapat melihat kebanyakan jemaah yang bersalaman dan berp pelukan dengan Dr Usama kebanyakan nya sebak secara tiba-tiba dan menitiskan Air Mata, mana tidaknya teman pun terasa sebak bila dema macam tu

Nampaknya Majlis seperti ini benar-benar amat dinanti-nanti oleh rakyat, rata-rata semua amat berpuas hati dan ucap tahniah kepada Dr.Zambry yang mengundang Rakyat dari pelbagai lapis dan profession. mana mungkin dema merasa begini bertuah diraikan sebelum ini, apa lagi yang boleh dikatakan, Alhamdulillah... Terima Kasih Ds Dr Zambry Abdul Kadir, anda memang berjiwa rakyat!

HADIAH HARI JADI SEKUPANG YANG TERBAIK... EMAS PERTAMA UTK MALAYSIA

Posted: 07 Aug 2012 09:52 AM PDT


Ayah... Insyallah hadiah terbaik untuk hari jadi ayah malam nie ialah Pingat Emas pertama untuk Malaysia di sukan Olympic! Meman teman berharap dan sebaik jam 12 tengah malam tadi, anak-anak serta isteri teman bagitau teman yang Perserta Keirien bila pelumba negara Hazizulhasni yang akan bertading di peringkat akhir 15 minit lagi

Memang teman berharap The Roket Poket Man berjaya menghasilkan sebutir emas untuk negara, keluarga teman memang paham teman anak beranak satu ketika dulu memang cukup aktif dalam sukan lumba basikal sekitar 80an dulu. sebagai seorang bekas pelumba juga teman memang tak pernah tinggal laporan sukan terutama Lumba Basikal yang di pancarkan oleh RTM secara terus atau lansung.

Jadi memang teman berharap sngat kita akan dapat Emas pertama untuk Malaysia. sebagai seorang dari keluarga Pak Ya yang memang satu ketika memang cukup aktif sebagai pelumba negeri dan adik teman di peringkat Negar, insyallah teman doakan kejayaan untuk Hazizulhasni dapat menebus maruah negara dengan kejayaan nya emas pertama, Cukuplah dengan kemenangan Hazizulhasni memang memberi makna sebagai hadiah hari jadi teman yang penuh makna dan sejarah untuk teman

Kepada rakan setia teman terutama sahabat di Blog ni yang beri ucap hari lahir teman ucapkan terima kasih, tak kira di dalam blog nie maupun dalam FB, Twitter dan sebagainya, terima kasih atas doa kalian, teman juga doakan untuk kalian juga berjaya dalam hidup, di murahkan rezeki dan diberi kesihatan sempurna seisi keluarga... amin ya rabulalamin....

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 07 Aug 2012 09:42 PM PDT

PISAU.NET

Posted: 07 Aug 2012 09:41 PM PDT

PISAU.NET


Laporan Tahunan MPPP Tidak Didedahkan Sembunyi Skandal sPICE RM1billion?

Posted: 07 Aug 2012 06:00 PM PDT


Ini bukti bahawa CAT yang dicanang seluruh pelusok negeri Pulau Pinang langsung tak boleh dipakai. Ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim negeri cakap tak serupa bikin. CAT hanya sekadar retorik politik.

Siapa yang lebih telus? Inikah yang dikatakan oleh ketua menteri paling celaka dalam sejarah sebagai telus,akauntabel dan berkredibel?

Kerajaan BN yang terdahulu menyiarkan laporan setiap tahun yang boleh dimuat turun,namun semenjak regim DAP memerintah laporan tahunan MPPP tidak didedahkan,mereka gagal untuk menyiarkan laporan tahunan seperti mana yang mereka katakan telus.

Regim DAP gagal menerbitkan laporan tahunan didalam laman web MPPP sejak 2009,2010 dan juga 2011.

Ini yang dikatakan telus? Porah! Kenapa tidak didedahkan kepada umum? anda masih ingat lagi skandal projek sPICE yang membabitkanberbillion ringgit wang rakyat? : Klik sini

http://www.mppp.gov.my/penerbitan

Pisau kata " Guan Eng tak pernah bohong dia menipu jer"

Sukan dan perpaduan adalah pemenang sebenar- Lee Chong Wei

Posted: 07 Aug 2012 02:30 PM PDT

Datuk Lim Chong Wei hari ini tampil dengan kenyataan bahawa beliau berjaya menyatukan perpaduan rakyat Malaysia melalui sukan. Semangat nasionalis ahli sukan berjiwa besar ini harus dijadikan contoh oleh seluruh rakyat Malaysia.


Pemimpin politik pakatan harus malu dengan semangat berjuang dan cintakan negara seperti Datuk Lee Chong Wei .


Malangnya dalam masa ahli sukan berusaha berjuang mengharumkan nama negara tetapi lebih ramai pemimpin pakatan memburukkan nama negara hanya semata mata mahukan sokongan politik.

Ahli sukan seperti mereka ini begitu mengharapkan agar jalur gemilang dijulang dipersada arena sukan antarabangsa malangnya usaha mereka dihina oleh ahli politik pembangkang.


Apa salah Lee Chong Wei hingga dihina oleh DAP dan pakatan? Adakah menjadi kesalahan buat beliau menyatu padukan rakyat Malaysia melalui sukan?



Ikuti luahan hati wira negara ini.

TIADA kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika Lin Dan mengutip mata terakhirnya untuk memenangi pingat emas Olimpik di Wembley, Ahad lalu. Kalau ia sebuah wayang gambar, saya harap bumi akan terbelah lalu menelan saya.


Saya telah mengecewakan negara, peminat, keluarga dan paling penting diri saya sendiri kerana saya benar-benar mahukan pingat emas. Saya benar-benar minta maaf kerana gagal menyumbangkan pingat. Sekiranya ada kebaikan yang telah saya lakukan, maka ia adalah kerana saya telah menyatukan rakyat Malaysia atas satu sebab. Sukan dan perpaduan adalah pemenang sebenar.


Berulang kali saya diajukan dengan persoalan, apakah yang bermain difikiran saya ketika kedudukan terikat 19-19. Apakah saya kesal kerana membiarkan bulu tangkis jatuh lalu menghadiahkan Lin Dan mata ke-19 dan menyamakan kedudukan. Apakah perancangan saya ketika itu ?


Sejujurnya, saya cuma memberi tumpuan kepada cabaran yang datang pada ketika itu. Saya tidak punya kekesalan kerana hilang mata tersebut, biarpun orang lain mungkin kata saya tersilap melakukan agakan bulu tangkis. Apa pun, ia sudah keluar dan saya sangat terkejut apabila ia jatuh di atas garisan.


Situasi itu sebenarnya tidak begitu menganggu tumpuan saya kerana saya tahu saya masih boleh mengalahkannya tetapi takdir begitu kejam terhadap saya, tuah pula berpihak kepadanya, malah jaring juga telah menyelamatkan dia.


Sebaik mata terakhir berjaya dimenangi, saya terus rebah. Saya tahu saya telah menghampakan 28 juta rakyat Malaysia yang mengharapkan saya untuk menang. Dan, ketika lagu kebangsaan China berkumandang, air mata saya terus mengalir kerana saya memasang impian lagu Negaraku yang akan berkumandang di gelanggang termasyhur, Arena Wembley.


Kira-kira sembilan minggu lalu, ramai yang meragui bahawa saya mampu melangkah semula ke gelanggang tetapi hari ini saya boleh katakan, Chong Wei masih hidup dan boleh menendang. Selepas ini saya akan berehat seminggu dan kemudian kembali ke berlatih, membuat persiapan untuk Liga China. Kejohanan saya selepas ini adalah Terbuka Jepun, September nanti.


Ya, saya telah kalah tetapi saya telah memberikan permainan terbaik saya. Biarpun kecewa dengan kekalahan ini tetap dari sudut lain, saya gembira kerana kebanyakan rakyat Malaysia faham bahawa saya sudah memberi segala yang terbaik dan mungkin, kalau saya dilahirkan di era lain keadaan akan jadi berbeza.


Hanya ada satu Lin Dan dan pada masa yang sama, hanya ada satu Chong Wei.


Lin Dan bermain dengan amat baik, dia telah meningkatkan permainannya dan telah memusnahkan saya menerusi stroke hebat di set kedua. Bagi saya, saya berjaya mengimbangi kelebihan yang ada padanya ketika mendahului 18-16 di set ketiga dan ia telah menaikkan keyakinan saya, malangnya ia tidak menjadi seperti yang diharapkan.


China menyapu bersih semua pingat emas di sini seperti yang mereka lakukan pada dua Kejohanan Dunia terakhir. Saya tidak melihat penguasaan mereka akan berakhir dalam masa terdekat kerana mereka telah melabur dengan begitu banyak dalam pembangunan, sesuatu yang perlu dilakukan oleh Malaysia, Indonesia, Korea dan Denmark jika mahu mencabar keunggulan China.


Olimpik mungkin penampilan besar terakhir buat Peter Gade dan Taufik Hidayat tetapi bukan untuk Chong Wei kerana saya masih cuba merangkul Kejuaraan Dunia 2013, selain Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2014. Dan, Lin Dan juga boleh menjangkakan tiada laluan yang mudah buatnya dalam tempoh dua tahun ini. Semalam, selepas tamat permainan saya melawat bilik media, saya bertemu wartawan Malaysia dan mengucapkan terima kasih kepada mereka.


Akhir sekali, terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kepercayaan yang mereka berikan kepada saya selama ini. Sekali lagi, maafkan saya atas kegagalan ini dan saya berjanji akan cuba yang terbaik untuk membawa penghormatan buat negara.-Utusan


Pisau kata " Selamatkan Malaysia dari pakatan haprak"

Diambang Kemerdekaan,Sekali Lagi Jalur Gemilang Di Hina Pakatan.

Posted: 07 Aug 2012 08:31 AM PDT

Karya Kartunis Zunar yang menghina jalur gemilang. Kita masih boleh terima jika perbezaan politik. Tetapi apa bangsat sangat hingga bendera negara dihina sebegitu rupa.

Pisau kata "selamatkan Malaysia dari pakatan"

Hot Janji DiTaburi! Kerusi CM,Selepas Lajim,Anwar Tengah Deal Dengan Ghaffur Dan Bernard Dompok.

Posted: 07 Aug 2012 06:30 AM PDT

Ini yang dikatakan pembelit dan kaki tabur janji. Mulanya Anwar berjanji untuk memberikan kerusi Ketua Menteri Sabah kepada Datuk Lajim jika PR menang nanti.Setelah Anwar menjanjikan jawatan kepada Lajim maka beliau berhasrat nak bertanding di DUN pula dan melepaskan kerusi parlimen Beufort nanti.


Semua ini masih dalam proses rundingan bersama Anwar,Lajim bagaikan terpesona dengan janji dan tawaran Anwar.


Beberapa nama besar pemimpin Sabah muncul dan sekarang ini dalam proses rundingan dengan Anwar. Walau pun ditentang oleh PKR Sabah,Namun Anwar tetap berdegil mahukan para pemimpin ini lompat parti. Imbuhan puluhan juta sudah disediakan,malah ada yang sudah ambil wang pendahuluan sebagai tanda untuk berunding sebelum dipersetujui terma dan syarat.


Datuk Ghaffur Salleh turut berunding dengan Anwar pada ketika ini, apa yang digembar gemburkan akan ada berita baik dari Sabah apabila Datuk Ghaffur ada membawa 2 orang Ahli Parlimen dan 4 Adun Sabah berjumpa dengan Anwar.


Apa yang menariknya dalam rundingan tersebut,Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Ghaffur Salleh tak bersetuju dan menentang hasrat Lajim. Katanya beliau tidak akan masuk PKR jika Lajim bertanding kerusi DUN Sabah.Sebelum ini dikhabarkan Anwar turut berjanji kepada Ghaffur untuk memberi kerusi Ketua Menteri.Amat malang kepada pimpinan pakatan yang sudah lama berjuang..


Untuk pengetahuan korang,sekarang ini Ghaffur sedang menunggu keputusan Anwar,12 Ogos ini Anwar akan ke Sabah. Menurut sumber di ibu pejabat PKR,Dikatakan beberapa pemimpin BN Labuan akan masuk PKR ini termasuk 1 orang Senator.


Bernard Dompok juga masih dalam rundingan dengan Anwar, Berdasarkan maklumat Pisau,beliau tidak akan keluar BN dan masih didalam UPKO,Tetapi..beliau akan membawa UPKO keluar dari BN jika menang PRU13 atas tiket BN sertai PKR.





Pisau kata " Rata rata yang nak lompat disebabkan sedar mereka tidak akan tersenarai sebagai calon,Transformasi politik Najib cukup pahit untuk ditelan"

Apa Komen Mat Sabu Berhubung Kebangkitan Di Syria?

Posted: 07 Aug 2012 03:00 AM PDT


IB-Umum tahu kebangkitan rakyat Syria menentang kerajaan Baath Assad tidak disenangi oleh Iran. Malah terbaru, sejam yang lalu, Menteri Pertahanan Iran masih jelas berdiri teguh menyokong kerjaan zalim Assad dengan membantah bantuan luar kepada rakyat Syria:


The arming of Syria's rebels will have "very bad implications in the region," Iran's Defence Minister Ahmad Vahidi warned today, according to state television.

The AFP news agency said that he added that "the region will face a major crisis if foreign forces, currently (covertly) present in Syria, enter the scene" and intervene militarily.


Pendirian ini jauh berbeza ketika Amerika menyerang Iraq. Dan yang paling ketara ialah sokongan Iran terhadap puak-puak syiah yang membuat kacau bilau jalanan di Bahrain tahun lalu. Ini jelas pendirian yang double standard kerajaan Syiah Iran.


Pencinta Islam kebanyakannya bersama menyokong kebangkitan rakyat dan pejuang Islam di Syria, namun Iran adalah satu-satunya negara yang kuat menyokong Assad.


Suara beberapa pemimpin PAS nampaknya ramai yang menyokong pejuang Islam di Syria tetapi IB teringin hendak dengar pendirian Mat Sabu.


Ramai yang mengaitkan Mat Sabu dengan fahaman Syiah. Malah seorang rakan IB pernah berkata beliau bersama Mat Sabu di Patani dan melihat sendiri Mat Sabu solat sujud atas batu yang menjadi amalan orang-orang Syiah.


Malah ramai di kalangan pimpinan PAS sendiri yang tidak selesa dengan fahaman Syiah Mat Sabu. Presidennya sendiri pernah dipetik berkata tidak mahu biarkan Mat Sabu untuk mempengerusi mesyuarat parti dan akan cuba berusaha untuk mempengerusikannya sendiri. IB pernah menulis berhubung perkara ini (klik)


Tetapi orang-orang Syiah, mereka ada senjata istimewa. Mereka boleh berbohong. Amat istimewa kerana bila berbohong (takiyyah) terhadap orang-orang ahli sunnah itu mereka dapat pahala.


Pisau kata " khawarij PAS kata takiyyah tu bohong sunat"

Kempen Save Maryam Amaran Umat Malaysia

Posted: 06 Aug 2012 11:00 PM PDT

Pisau senaraikan ketakutan umat Islam di Malaysia dek kerana kebobrokan politik hingga kalangan haiwan politik sanggup menghalalkan cara asalkan matlamat mereka tercapai.

1.Di Malaysia jika kita bercakap atau mempertahankan akan hak dan kepentingan umat Islam akan dituduh sebagai rasis dan kebencian agama.


2.Di Malaysia jika kita mempertahankan hak umat Islam yang termaktub didalam perlembagaan akan dianggap melanggar hak asasi manusia.


3.Di Malaysia jika kita mempertahankan nama Allah akan dianggap sebagai zalim dan tidak mengormati agama lain.


4.Di Malaysia ,Pemimpin PAS dan PKR mempertahankan penggunaan nama Allah didalam kitab Bible berbahasa melayu hanya mahukan undi.


5.Di Malaysia yang dikatakan alim ulama,berjubah dengan gelaran gelaran hebat menghalalkan Al-Quran dilacurkan atas kepentingan politik.


6.Di Malaysia pemimpin PAS menuduh umat Islam sebagai paranoid apabila bercakap dan menyuarakan kebimbangan gerakan kristianisasi Evengelis.


7.Di Malaysia,ada yang disaman kerana mempertahankan kalimah Allah.


8.Di Malaysia,adalah menjadi satu kesalahan di mata pakatan pembangkang apabila ada pihak yang mempertahankan hak umat Islam dan dituduh sebagai jahil dan tidak berfikiran terbuka.


9.Di Malaysia ,Umat Islam menjadi takut untuk pertahankan agama sendiri kerana tidak mahu dilabelkan sebagai anti pakatan rakyat.


10. Di Malaysia, ada pemimpin wakil rakyat dibuang daripada partinya kerana mempertahankan agama dan hak umat Islam.




Pisau kata " kita tak halang hak orang lain untuk mengamalkan adat dan kepercayaan masing masing, kita hanya mahukan hak dan kepentingan umat Islam dipelihara"


Dr Ridhuan Tee Abdullah – Kempen "Selamatkan Maryam" atau savemaryam, mengenai gerakan Kristianisasi di Indonesia kini hangat diperkatakan. Menurut laporan, lebih 2 juta rakyat Indonesia murtad menjadi Kristian setiap tahun.


Pada hemat saya, melihat situasi Indonesia dahulu dan kini, perkara ini tidak mustahil boleh berlaku. Rakan laman muka buku saya menceritakan gerakan Kristian di sana amat hebat dan berkesan.


Antara faktornya adalah (i) kadar kemiskinan yang tinggi boleh menyebabkan orang menjual akidah, (ii) tidak ada perlindungan terhadap Islam dalam perlembagaan, (iii) tidak ada program yang tersusun yang serius untuk menyelamat akidah umat Islam, (iv) saiz negara yang begitu besar, mempunyai lebih 13,000 pulau, menyebabkan sukar untuk dikawal jika mengamalkan sistem demokrasi, (v) agama Islam hanya tinggal pada nama dalam Pancasila, (vi) nama dan cara hidup sudah tidak membezakan antara Islam dengan Kristian, (vii) kebebasan media yang keterlaluan, (viii) tidak ada tindakan dilakukan jika ada usaha untuk memurtadkan orang Islam, (ix) membenarkan perkahwinan antara agama dan sebagainya.


Indonesia dikenali sebagai negara berpenduduk terbesar Islam di dunia. Dahulunya, lebih 90 peratus penduduknya beragama Islam. Kini hanya 200 juta sahaja yang beragama Islam, daripada 240 juta jumlah keseluruhan. Mengikut jangkaan, jika sesuatu tidak dilakukan, pada 2035, Indonesia akan menjadi negara majoriti Kristian.


Jika perkara ini berlaku, ini satu ancaman besar kepada negara Islam kecil seperti Malaysia. Apatah lagi, negara semut ultra kiasu di selatan tanah air yang dahulunya milik Tanah Melayu, sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengambil kesempatan.


Gerakan Kristianisasi tidak kurang hebatnya di sini. Apa yang berlaku di Indonesia ini, cuba dipraktikkan di sini atas nama hak asasi manusia. Kita bernasib baik kerana terdapat perlindungan terhadap Islam dan perlembagaan.


Saya amat berharap kerajaan Malaysia sensitif dengan perkara ini, walaupun ada pihak yang sinis, mengatakan, kenapa kita terlalu takut dengan Kristianinasi, bukankah menjadi tanggungjawab mereka menyebarkan agamanya? Jawapannya, negara kita berbeza dengan negara lain dan perlu mesti bersedia berhadapan dengan perancangan tersusun dan licik orang lain.


Persediaan akidah yang mantap, kekuatan pertahanan dan keselamatan hendaklah dilakukan serentak. Firman ALLAH SWT yang bermaksud: "Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh ALLAH dan musuh kamu serta musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan ALLAH mengetahuinya. Apa sahaja kamu nafkahkan pada jalan ALLAH, nescaya akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi" (Surah Al-Anfal : 60)


Mereka mempunyai kewangan yang mantap dari seluruh dunia. Nusantara Melayu adalah sasaran utama mereka, setelah mereka dilihat seolah-olah telah 'gagal' dalam perancangan dakwahnya di barat kerana Islam lebih mendapat tempat di sana. Maka tidak hairanlah begitu ramai bangsa saya yang memeluk agama Kristian.


Inilah yang berlaku di Indonesia. Inilah juga perancangan jahat InterFaith Commission (IFC) dengan 14 tuntutannya, yang mahukan kerajaan mengiktiraf mereka. Ingatlah wahai saudara ku, orang Indonesia itu juga adalah saudara kita.


Selamat mereka, selamatlah kita. Kita tidak boleh berpeluk tubuh. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, tidak menzalimi atau mencelakakannya. Barang siapa membantu keperluan saudaranya sesama Muslim dengan menghilangkan satu kesusahan darinya, nescaya ALLAH akan menghilangkan darinya satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan pada hari kiamat. Dan barang siapa menutupi aib seorang Muslim, nescaya ALLAH akan menutup aibnya pada hari kiamat" (Riwayat Bukhari).


Bagaimana pula nasib dan hak pembantu rumah Indonesia beragama Islam yang bermajikan mereka yang bukan Islam? Bayangkan jika proses Kristianisasi berlaku, apakah tidak mungkin pembantu rumah ini menjadi murtad? Pihak imigresen perlu melakukan sesuatu. Jika tidak, kita juga dianggap bersubahat.


Akhirnya, marilah kita memberi sumbangan (sedekah) sebanyak mungkin kepada umat Islam di sana untuk mengadakan televisyen Islam dan menyokong segala usaha menyelamatkan akidah umat Islam.

Pisau kata "korang jangan lupa melawat www.savemaryam.com "

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 07 Aug 2012 09:23 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Video Pakcik Beca & Agenda Kristianisasi Di Penang

Posted: 07 Aug 2012 04:30 PM PDT

Assalamualaikum,

Ini adalah rakaman video tentang peristiwa Pakcik Beca didatangi dua pelancong Amerika yang juga merupakan mubaligh kristian. Kami sangat berharap, semua pihak tidak membuat tuduhan melulu kononnya ini adalah isu rekaan untuk mencemarkan nama baik MAINPP.

Kita perlu insaf bahawa dua lelaki ini sangat komited dalam melaksanakan tugas dakyahnya. Tetapi kita, umat Islam masih lagi bermain tuding menuding mencari salah siapa.

Pada kami, melihat dari tanggungjawab pemerintah dan peruntukan undang-undang, dua lelaki ini salah dan perlu ditangani. Pihak yang terbabit tidak perlu berdolak dalih lagi. Tindakan mesti diambil. Jangan buruk sangka kepada kami.Tetapi apa yang lebih penting adalah apa yang kita lakukan untuk menyelesaikan masalah utamanya. Nasib golongan miskin bandar ini. Terlalu banyak alasan yang diberikan untuk tidak membantu.

Sindiket, Penipuan, Sikap Malas, Tak Tahu Mereka Islam atau bukan, semua ini adalah alasan yang diberikan sewaktu pertemuan dengan pihak-pihak terbabit. Ya, mereka memang bermasalah. Memang sakit hati berurusan dengan orang-orang macam ini. Macam-macam perangai, pengotor, mabuk, lebih suka meminta-minta... Tapi kerana mereka bermasalah lah kita perlu bantu. Kalau mereka semua ok. Normal. Tak perlulah bantu.

Umat Islam perlu sedar, kita perlu peka dengan keadaan sekeliling, jangan pentingkan diri, jangan merasa diri sudah mulia dan tidak perlu peduli dengan orang-orang yang menjengkelkan ini. (baca seterusnya di sini).

Iklan Raya Petronas 2012

Posted: 07 Aug 2012 09:15 AM PDT


Ustaz Kazim Elias : Peristiwa Nurul Al Quran

Posted: 07 Aug 2012 06:46 AM PDT

Manoharan Tidak Patriotik & Biadap

Posted: 06 Aug 2012 10:06 PM PDT








Sri Tri Buana

Posted: 07 Aug 2012 07:32 PM PDT

Sri Tri Buana


Kekalahan Chong Wei, Kemenangan Malaysia.

Posted: 06 Aug 2012 10:50 PM PDT

r b f

Posted: 07 Aug 2012 07:09 PM PDT

r b f


Guru Bertani: Lawak Atau Bodoh ?

Posted: 07 Aug 2012 07:07 AM PDT


Adoiiiiiiii Pas oh Pas kenapalah bodoh tak habis-habis ?

Sejak bila pula cikgu cangkul tanah oiiiiii ?

Sejak bila pula cikgu membaja oiiiiii ?

Tugas seorang cikgu adalah mengajar wahai wakil rakyat Pas yang bahlol....

Nak tulis MENGAJAR SATU IBADAH pun mereka tak boleh nak fikir......

Camna bodoh tahap gaban begitu boleh jadi wakil rakyat ?

Selanjutnya sila klik di sini

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 07 Aug 2012 03:26 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Dato Nalla Telah Didatangi 'Orang Tengah' Anwar Ibrahim Memujuknya Memohon Maaf

Posted: 07 Aug 2012 06:17 AM PDT

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Dato' S. Nallakaruppan mendedahkan beliau telah didatangi 'orang tengah' yang kemudian memujuknya supaya memohon maaf kepada Anwar Ibrahim atas segala kritikan dan dakwaan yang telah dibuat oleh beliau selama ini.

Bagaimanapun, Nallakaruppan yang juga bekas sahabat karib ketua pembangkang selama lebih 30 tahun berkata, jika ditawar RM500 juta sekalipun beliau tidak akan berganjak daripada pendirian Anwar tidak layak untuk mengetuai pembangkang apatah lagi menjadi Perdana Menteri.

Katanya, sudah lebih 30 tahun beliau berdosa kepada rakyat Malaysia kerana sanggup bersekongkol dengan menutup sisi gelap Anwar sehingga menyebabkan ramai rakyat tertipu dengan imej Islamik ketua pembangkang itu tetapi kini, berjanji mendedahkan segala salah laku moral pemimpin tersebut demi negara.

"Saya mengesahkan ada 'orang tengah' datang memujuk saya. Dia mahu saya berhenti menentang Anwar khususnya dalam isu berkenaan kerana tahu riwayat politik Anwar akan berakhir jika kes itu dibicarakan. Mereka sedar saya mengetahui segala rahsia sulit Anwar dan memiliki bukti kukuh dalam bentuk video.

"Mereka tidak mahu video itu ditayangkan di mahkamah kerana ia melibatkan dakwaan skandal dengan isteri orang, sebab itu mereka takut. Saya ingin nasihatkan, tak perlu hantar 'orang tengah' untuk memujuk kerana jika sekalipun ditawar RM500 juta, saya tidak akan berganjak dengan pendirian saya sebelum ini.

"Saya akan lakukan segala-galanya demi negara kerana cukup sedar Anwar dari segi moral memang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri. Saya akan menyedarkan rakyat Malaysia bahawa selama ini mereka semua tertipu dengan imej Islamik Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Nallakaruppan menggesa Anwar supaya berhenti menipu rakyat khususnya penduduk Sabah sempena Ramadan dan berharap bekas sahabat karibnya itu menggunakan kemuliaan Ramadan untuk menyuci segala dosa silam dengan bertaubat sebelum terlambat.

Menurutnya, walaupun Anwar mencanang lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah akan berpaling tadah kepada pakatan selepas Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing, rakyat Malaysia masih tidak lupa bagaimana ketua pembangkang itu menipu mengenai tarikh 16 September.

"Dalam usia sekarang, Anwar sepatutnya memikirkan kepentingan negara berbanding cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri kerana ketua pembangkang bukan tandingan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada dalam isu moral, ideologi mahu pun tahap sokongan dalam kalangan rakyat," katanya.

Utusan Online

MISI Anwar...!! Sabah Jadi Negeri Kristian

Posted: 06 Aug 2012 06:24 PM PDT

Sudah lebih seminggu PAS membisu terhadap cabaran yang dilontar oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung tuntutan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) yang mahukan kebebasan menganut, mengamal, dan menyebarkan agama tanpa sebarang batasan di negara ini.

Sebab musabab mengapa PAS tiba-tiba diserang sindrom bisu, satu Malaysia sudah tahu.

Ini kerana pemimpin besar parti itu seperti Abdul Hadi Awang, Nik Aziz Nik Mat dan Mat Sabu sudah menjual perjuangan agama Islam kepada sekutu politiknya, DAP dan PKR demi kemaruknya untuk menawan Putrajaya.

Tanpa disedari CFM telah mendedahkan dengan sendirinya hasrat golongan Kristian dan perancangan Anwar Ibrahim yang mengetuai Pakatan Rakyat.

Sasaran utama dalam agenda besar Anwar meluaskan pengaruh Kristian di negara ini ialah Sabah.

Salah satu strateginya boleh dilihat daripada desakan untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja RCI ke atas masalah pendatang haram di Sabah yang mana kerajaan telahpun menyetujuinya.

Tujuan sebenar Pakatan Rakyat bukannya untuk membersihkan Sabah daripada pendatang asing tetapi sebaliknya untuk melemahkan kedudukan politik umat Islam di negeri itu.

Ini kerana Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menguasai satu pertiga daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah dan 31 kerusi lagi di Sarawak, dalam mengejar impian mereka ke Putrajaya.

Rata-rata pendatang asing di Sabah adalah beragama Islam dan mereka merupakan mangsa persengkataan bersenjata di antara puak Moro dan kerajaan Filipina yang sudah berlarutan hampir empat dekat.

Kebanyakan mereka sudahpun diterima sebagai penduduk tetap dan ada sesetengah yang menjadi warganegara Malaysia.

Mereka hidup dalam aman dan damai, berkeluarga serta membina kehidupan baru di negara ini yang amat prihatin terhadap penindasan yang berlaku ke atas saudara seagama.

Malaysia menerima mereka dengan tangan terbuka malah menghulurkan pelbagai bantuan kemanusiaan sejak sekian lama.

Golongan Kristian tidak pernah dapat menerima kehadiran pendatang asing yang beragama Islam dengan seikhlas hati.

Jika senario bertukar di mana pendatang asing tersebut semuanya beragama Kristian, mungkin tidak wujud desakan untuk menubuhkan sebuah RCI.

Jika dilihat kalangan yang memulakan tuntutan penubuhan RCI adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik beragama Kristian.

Apabila golongan Kristian Sabah melihat pendirian pluralisme dan liberalisme agama yang dipegang oleh Anwar, mereka pun mengambil peluang keemasan ini untuk melebarkan pengaruhnya.

Bagi Anwar pula, selagi kumpulan ini sanggup menyokong impiannya menjadi Perdana Menteri, tidak ada masalah baginya untuk mengorbankan bangsa Melayu, kepimpinan Melayu dan Islam sekalipun.

Ini jelas apabila beliau mencanang untuk melantik Baru Bian, seorang pemimpin Kristian dari PKR sebagai Ketua Menteri Sarawak jika Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Barisan Nasional pada pilihan raya negeri tahun lalu.

Malah di Pulau Pinang, atas dasar majorti penduduk di negeri itu adalah kaum Cina, Anwar juga sanggup mengorbankan agenda Melayu dengan meletakkan DAP menerajui kerajaan negeri.

Satu lagi petanda bahawa Anwar kian terjerat sokongan janji puak Kristian Sabah ialah kewujudan beberapa kumpulan politik, setiap satunya di bawah seorang pemimpin Kristian.

Setelah dipecat daripada PKR, Dr Jeffrey Kitingan akhirnya menubuhkan Parti Reformasi Sabah (Star).

Begitu juga tindakan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing yang mengasaskan Angkatan Perubahan Sabah sejuruskan meninggalkan BN.

Kesemua kumpulan politik Kristian berdiri teguh di belakang Anwar dan Pakatan Rakyat bukan untuk menegakkan keadilan atau berjuang untuk rakyat tetapi menghapuskan Islam di bumi Sabah.

Satu lagi pemimpin Kristian ialah Kalakau Untol yang berjaya menyusup di dalam kepimpinan PKR dan bertindak sebagai pengemudi agenda Kristian di dalam parti itu.

Sementara itu pada peringkat pusat, pemimpin Kristian PKR di ungguli oleh bekas Menteri Kesihatan, Jimmy Chua Jui Meng, bekas Timbalan Menteri Tanah, Pembangunan Koperasi, Dr Tan Kee Kwong, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, dan Exco Pelancongan Selangor, Elizabeth Wong.

Mereka seringkali berulangalik ke Sabah bagi memantapkan jalinan kerjasama antara pemimpin Kristian PKR di peringkat pusat dan negeri.

Apabila sesuatu aktiviti politik PKR Sabah di anjur oleh golongan Kristian, pasti aturcaranya akan mengandungi elemen-elemen berunsur keagamaan seperti nyanyian dan iringan doa Kristian sebelum majlis dimulakan.

Anwar atau mana-mana pemimpin Melayu PKR tidak pernah sekalipun menegur atau mengkritik tindakan kumpulan Kristian yang secara terang-terangan melanggar peruntukan perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

Malah Anwar telah menjadi agen Kristian paling nyata apabila bermati-matian memperjuangan isu kalimat Allah untuk digunakan juga oleh golongan Kristian.

PAS tidak lagi boleh diharapkan untuk mempertahankan kepentingan Islam manakala PKR sudah jelas pendiriannya menyokong Kristian di Sabah.

Demi kepentingan Islam, orang Melayu wajib menolak Anwar dan politik yang dibawa Pakatan Rakyat sebelum nasi menjadi bubur....

bERANIKAN hATI

Posted: 07 Aug 2012 03:25 PM PDT

bERANIKAN hATI


JANJI DIMUNGKIRI?

Posted: 06 Aug 2012 06:52 PM PDT



1. Berbagai-bagai sindiran dari pihak Pembangkang sama ada pemimpin dan penyokongnya apabila Kerajaan BN  melaungkan 'Janji Di Tepati'.
2. Memang benar, Kerajaan BN berusaha keras untuk menepati segala janji-janjinya. PM DS Najib berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan janji, bukan sahaja janjinya sendiri bahkan segala janji-janji pemimpin terdahulu yang belum sempat mereka tepati.
3. Bagi Kerajaan BN, segala janji mesti ditepati dan dianggap sebagai satu kewajipan. Ini berbeza dengan janji-janji pemimpin pembangkang yang menjanjikan itu dan ini semata-mata untuk mendapat sokongan rakyat terutama menjelang pilihanraya.
4. Kerajaan Pas yang 'kunun'nya mengamalkan Islam tidak juga terkecuali. Berapa banyak sudah janji yang mereka taburkan namun berapa pula yang sudah mereka tepati? Tentu kita masih ingat apabila Nik Aziz berjanji untuk membina lebuhraya dari Gua Musang Ke Kota Bhahru(?) tidak lama dulu.
5. Gambar diatas pula adalah sebuah 'tugu penipuan' Pas yang 'kunun'nya untuk membina jambatan bagi menghubungkan Palekbang dengan Penambang pada tahun 1996 lalu, namun sehingga kini yang ada hanyalah batu tanda itu sahaja, yang sudah cukup nisabnya untuk dijadikan keramat.
6. Tanggungjawab Kerajaan Pas yang lebih utama adalah membekalkan air bersih kepada seluruh rakyat, serta memberikan kemudahan-kemudahan asas yang lain dan membasmi serta menurunkan kadar kemiskinan rakyatnya. Selama 22 tahun NIk Aziz gagal melaksanakannya, selain dari hanya pandai berjanji dan menjanjikan syurga yang bukanpun miliknya.
7. Rakyat Kelantan harus bangkit dan menolak Kerajaan Pas yang ternyata gagal mentadbir negeri dan mensejahterakan rakyatnya. Mana slogan negara kebajikan yang dimereka canangkan bagi merebut Purajaya? Usahlah berjanji yang baru jika janji yang ada selama ini pun masih belum tertunaikan.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 07 Aug 2012 03:11 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Olimpik 2012: (Keirin) Azizulhasni gagal sumbang pingat setelah berada ditempat terakhir...malang sekali

Posted: 07 Aug 2012 11:00 AM PDT

LONDON : Malang sekali buat Azizulhasni setelah menamatkan acara keirin ditempat terakhir pada acara akhir penentuan pingat.

Walaupun ini adalah acara kegemaran beliau, sayang sekali beliau tidak dapat menterjemahkannya dengan sempurna.

Berada dikedudukan yang agak selesa pada pusingan kedua terakhir, Azizul kelihatan hilang arah apabila tiba di pusingan terakhir hingga menyebabkan beliau dipintas oleh peserta-peserta lain.

Acara ini telah dimenangi oleh peserta tuan rumah Chris Hoy. Pingat perak dimiliki oleh pelumba dari Jerman, manakala tempat ketiga dikongsi oleh pelumba New Zealand dan Belanda.


Kedudukan akhir 12 pelumba acara akhir keirin

(Video) Aksi penerjun Jerman, Stephan Flack yang terkantoi ketika membuat terjunan...sakit ooo!!!

Posted: 07 Aug 2012 09:50 AM PDT

Ianya merupakan salah satu kenangan yang membuatkan penonton-penonton akan ingat sampai bila-bila.

Ianya juga peringatan kepada penerjun-penerjun bahawa acara terjun bukanlah hanya acara yang lemah lembut dan hebat tetapi juga amat berbahaya jika tersilap langkah.

Bertanding bagi acara papan anjal 3 meter di peringkat kelayakan pada malam Isnin lepas, penerjun dari Jerman, Stephan Feck telah cuba membuat terjunan 3 1/2 somersault pada terjunan kedua beliau.

Malang tidak berbau, kesilapan ketika berada diudara, kawalan kaki yang kurang sempurna mengakibatkan beliau mendarat di dalam air dengan belakang tubuhnya. Hakim lantas memberinya markah kosong!

Skroll ke bawah untuk video...
Ok...here we go...
Upps..something went wrong...
Mampuih!
Tawakal jer la..
Keceburrr...pergghh..confirm berbirat berlakang!
Pedih dengan keputusan tersebut (termasuklah kepedihan belakang badan yang menerjah ke air) beliau terus menarik diri dari acara tersebut.







Riwayat hidup Datuk Lee Chong Wei akan difilemkan

Posted: 07 Aug 2012 09:22 AM PDT

Tidak terlambat rasanya untuk kami menulis sesuatu tentang Datuk Lee Chong Wei yang sudah pun berjaya merangkul pingat perak sukan Olimpik 2012 kelmarin.

Walaupun tidak berjaya untuk membawa pulang pingat emas seperti di'harapkan 28 juta rakyat Malaysia, Lee Chong Wei masih dianggap wira terbaik sukan negara.

Bukan selalu kejayaan seperti ini mampu dikecapi oleh seorang rakyat Malaysia dan pastinya kisah hidup & kejayaan Lee Chong Wei wajar di'angkat ke layar perak.

Pengarah termuda Malaysia yang bakal tampil dengan filem pertama S.A.M 19 Ogos ini, Syafiq Yusof menyuarakan hasrat beliau untuk merealisasikan perkara itu.




Bercakap kepada Malaysian Digest, Syafiq Yusof berkata memang pernah terlintas dalam fikiran beliau untuk arahkan sebuah filem tentang kejayaan atlet Malaysia.

Dan, nama Lee Chong Wei antara nama atlet Malaysia yang pernah difikirkan sesuai untuk menjadi subjek filem biografi atlet Malaysia arahan beliau itu nanti.

"Memang pernah terfikir nak buat tentang tokoh sukan. Idea nak buat fasal Datuk Lee Chong Wei pernah ada tapi saya belum berfikir secara serius lagi," ujar anak lelaki kepada Datuk Yusof Haslam ini.

Kalau bukan Syafiq Yusof pun, kami berpendapat yang mana mana penerbit filem pun boleh tampil untuk merealisasikan idea filem kejayaan Lee Chong Wei ini sebagai inspirasi kepada anak anak muda.

Rotikaya
 

Olimpik 2012: (Keirin) Azizulhasni Awang layak ke akhir

Posted: 07 Aug 2012 09:07 AM PDT

Pelumba negara, Azizulhasni Awang berjaya mendapat tempat kedua dibelakang Chris Hoy, pelumba tuan rumah, bagi melayakkan dirinya untuk menempatkan diri bersama-sama enam pelumba akhir bagi acara kegemarannya, keirin.

Perlawanan separuh akhir ini tergendala sebentar di permulaan setelah pelumba dari Sepanyol terjatuh ketika acara baru sahaja bermula.

Diharapkan, Azizulhasni dapat mengekalkan rentak kayuhannya bagi menyumbang satu lagi pingat untuk negara.
Akan menyusul...




Iklan raya Petronas 2012 yang menyentuh perasaan

Posted: 07 Aug 2012 08:07 AM PDT

Apabila menjelang sambutan Aidilfitri, salah satu tarikan utama pastinya adalah iklan di televisyen.

Ramai yang ternanti-nanti iklan yang unik serta memberi penuh makna kepada diri mereka.

Bila disebut berkenaan iklan yang unik serta menyentuh perasaan pastinya ramai yang akan membayangkan iklan hasil karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad.

Selain itu, Petronas juga sering tampil dengan kepelbagaian unik bagi menarik minat rakyat Malaysia menonton sekaligus menyampaikan mesej yang mendalam.

Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, Petronas menghasilkan sesuatu yang unik pada tahun 2012 apabila berani menampilkan sebuah filem pendek raya.

Tambah menarik, filem pendek tersebut bukan sahaja memaparkan berkenaan sambutan raya Aidilfitri, malah ia turut berkisar sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.




Filem pendek tersebut turut menampilkan pelakon utama, Redza Minhat yang memegang watak Erman dan seorang kanak-kanak warga tempatan (Uzbekistan), Jeyhun.

Pada mulanya, mereka bertemu dan berkenalan sebagai orang asing hingga akhirnya mereka menjadi begitu rapat.

Selaras dengan tema Petronas pada tahun 2012, 'Reimagining Energy', elemen-elemen dalam filem pendek tersebut pastinya akan menyentuh hati setiap penonton.

Berjudul 'Stranger', ia merupakan antara filem pendek hasil karya Quek Shio Chuan yang mendapat kerjasama dari syarikat pengiklanan terkemuka dunia, Leo Burnett.

- Mynewshub

Zunar bangsat malukan diri sendiri dengan berkarya menghina negara

Posted: 07 Aug 2012 07:02 AM PDT


Kartunis Zunar atau nama sebenar, Zulkiflee Anwar Haque yang sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi kali ini dilihat  memperlekehkan Jalur Gemilang melalui hasil karya terbarunya.

Kali ini, dia mendakwa bendera Malaysia adalah diciplak dari negara Amerika Syarikat.Dia turut menyatakan menerusi karyanya yang lagu Negaraku diciplak dari Indonesia.

Dakwaan hampir sama dibuat ke atas lagu Janji Ditepati.Seperti biasanya, tindakannya itu didukung portal milik pembangkang, Malaysiakini.com.

Kartunis ini seolah-olah seperti sengaja mencetuskan provokasi di kalangan rakyat Malaysia pelbagai fahaman politik.

Secara keseluruhan, Zunar menzahirkan bahawa Malaysia adalah negara yang menyalin semuanya dari pihak lain.

Tidak memberikan langsung sebarang pujian atas kejayaan negara selama ini.




Perlukah selepas negara menuju era kemajuan dan mendapat penghormatan dari negara-negara jiran, rakyat negara ini sendiri mencari jalan untuk memalukan Malaysia?

Ia dilakukan ketika hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk negara ini menyambut ulang tahun kemederkaannya.

Apa inspirasi politik yang ingin dicapai dengan menghina negara sendiri?

Apakah negara nenek moyang Zunar atau Anwar Haque (India) dapat memberikan yang lebih baik kepada dirinya?

Jika benar, mengapa keturunannya memilih untuk berhijrah ke negara ini?

Mana pergi semangat cintakan negara dalam diri Zunar?

Anda lihat dan nilaikanlah sendiri. Ada benda-benda yang kita tak perlu buat dalam politik.

Moga Zunar menemui apa yang ingin disampaikan itu suatu hari nanti tanpa perlu melakukan tindakan yang boleh disalah tafsir atau dilihat memalukan negara sendiri.

AK47@Mynewshub

Protes Tanda Putera: Suara DAP, PAS jadi bodoh tukang sampaikan!

Posted: 07 Aug 2012 06:17 AM PDT

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa filem Tanda Putra, yang bakal ditayangkan pada 13 September ini, akan 'memanaskan' lagi semangat perkauman di negara ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, filem yang bakal ditayangkan untuk menyatukan rakyat dilihat tidak akan memberi kesan baik tetapi lebih memburukkan sentimen perkauman.

Menurutnya, kerajaan perlu menayangkan filem tersebut kepada PR terlebih dahulu untuk dikaji dan melihat kesesuaiannya ditayangkan kepada umum.

"Filem yang bakal ditayangkan Tanda Putra itu akan membakar lagi sentimen perkauman dan ia sekali gus tak akan mencapai apa sebenarnya motif filem tersebut.




"Kita (PR) minta kerajaan tayangkan filem itu kepada PR dahulu untuk dikaji dan dinilai supaya tak akan timbul masalah lain," katanya pada sidang media hari ini.

Sinar

[Ads: The new #OxygenFresh lotion absorbs quickly into skin and is non-sticky, I like! Find out more and get your trial pack here. ]
[Ads: You won't be able to take your eyes off the #GALAXYSIII, not with its stunning 4.8" HD Super AMOLED display! ]
[Ads: Selamilah dunia penuh keajiaban di #HKDisneyland! Terkini esklusif Grizzly Gulch, Toy Story Land dan banyak lagi!]
 

Tauke Raja Lawak: 'Ya, saya bernikah di Thailand dan rumah tangga saya bermasalah'

Posted: 07 Aug 2012 02:01 AM PDT

Pelawak terkenal, Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 35, mengakui dirinya sudah tiga kali bernikah dan pernikahannya bersama isteri barunya telah dilakukan di Thailand sebelum dia menyertai program Super Spontan di Astro Warna saluran 132 lagi.

"Yang sebenarnya, saya dah 3 kali berkahwin. Dengan isteri pertama, saya dah lama cerai. Manakala dengan isteri kedua masih dalam proses penceraian dan menunggu kata putus dari mahkamah.

[Ads: The new #OxygenFresh lotion absorbs quickly into skin and is non-sticky, I like! Find out more and get your trial pack here. ]
[Ads: You won't be able to take your eyes off the #GALAXYSIII, not with its stunning 4.8" HD Super AMOLED display! ]
[Ads: Selamilah dunia penuh keajiaban di #HKDisneyland! Terkini esklusif Grizzly Gulch, Toy Story Land dan banyak lagi!]

"Semuanya berlaku secara kebetulan yang mana saya bernikah dengan isteri baru saya iaitu Meera sebelum saya jatuhkan talak secara sah kepada isteri saya sebelum ini. Saya juga mengaku bahawa saya berkahwin dengan Meera di Thailand dengan ditemani beberapa saksi," katanya.

Dalam pada itu, Tauke menafikan dirinya sudah bercerai dengan isteri barunya itu. Sebaliknya, dia mengakui sedang mengalami krisis rumah tangga dengan perkahwinan baru berkenaan.




"Saya dan Meera masih sah suami isteri. Suami mana yang tidak sayangkan isterinya. Namun, secara jujur sudah hampir sebulan lebih saya tidak berjumpa dan tinggal sebumbung dengan Meera.

"Saya juga tidak menafikan bahawa kami sedang mengalami masalah rumahtangga. Saya boleh katakan disini, ianya berpunca dari hasutan dari orang ketiga.

"Secara jujur, saya dan Meera bercadang hendak membuat satu majlis lepas raya ini. Namun, saya masih tidak tahu sama ada ianya boleh dilakukan atau tidak kerana ketika ini saya juga sedang menanti sama ada ikatan sah saya dengan Meera boleh diselamatkan atau pun tidak," jelasnya.

- Murai

Hairie Othman mula sasau bila fitnah dianggap dakwah

Posted: 07 Aug 2012 01:33 AM PDT

Pada mulanya, mangkuk ayun sorang ni kata dia mahu berubah menjadi seorang muslim yang sejati dan bermaruah kerana PAS. Dia masuk PAS kerana mendapat hidayah dan petunjuk Alllah S.W.T. Dia juga percaya rezeki bukan UMNO yang bagi. Jadi, dia akan menjadi Muslim yang kuat beribadah dan tekun berdakwah setelah sertai PAS.

Tapi, semuanya kini berlainan. Belangnya sebagai pelakon terbaik memang berjaya. Dia bukanlah mahu menjadi seorang Muslim yang sejati, yang kuat beribadat, berdakwah dengan cara yang sebenar, tetapi, keinginan beliau adalah untuk menjadi seorang ahli politik yang bertopengkan agama Islam.




PAS berjaya mendidik Hairie Othman menjadi kurang ajar, mulut busuk, cipta progaganda lagakan pemimpin dan masyarakat dan pelbagai lagi strategi politik yang amat memualkan.

Hairie Othman pula bijak mengambil kesempatan ke atas PAS yang selama ini juga berjuang bertopengkan agama demi merampas kuasa untuk ke Putrajaya.

Lihat bagaimana bahasa dan teknik berpolitik Hairie Othman. Adakah ini cara orang beragama berdakwah? Adakah ini cara orang beragama menyampaikan misi Islam? Hairie Othman kini tampil sebagai salah seorang artis dalam pembangkang yang lebih berpengaruh selepas Abby untuk memecahbelahkan masyarakat.
Hairi kemudiannya dikomen oleh beberapa orang pengikut berikutan tindakan melampaunya yang menggunakan nama ayah (macam budak-budak sekolah tadika bergaduh) bagi melaksanakan misi politik busuk PAS untuk ke Putrajaya.
Cuba bandingkan pula dengan Amy Search yang menyertai UMNO. Bukankah ini yang patut turut lakukan? Amy Search turun padang bertemu dengan peminat dan masyarakat sambil menyampaikan bantuan kepada masyarakat sempena bulan Ramadhan ini.
Mesnor (kiri), Md Othman (dua, kiri) dan Amy (tengah) menyampaikan sumbangan kepada penerima di Kampung Rambai Ulu.
Kehadiran penyanyi rock terkenal, Amy Search, di Parit Rambai Ulu, sempena program Ziarah Ramadan anjuran Umno, menceriakan lagi suasana kunjungan ke rumah-rumah penerima sumbangan.

Kehadiran Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman bersama isterinya Norish Hassan telah menjadi tumpuan penduduk yang sama-sama mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya.

Hairie tidak pula berbuat demikian, malah dalam status-status terbarunya, beliau bangga menyatakan kepada semua pengikutnya bahawa dia akan ke ceramah itu dan ini bagi menjatuh kerajaan. Itu sahaja...

Sedih sungguh lihat perubahan yang berlaku...ah..rasanya tu bukan satu perubahan, tapi memang niat beliau untuk berpolitik secara pantas dan ekspress. Gunakan platfrom artisnya sebagai batu loncatan.

Kalau nak dilihat dari input yang disampaikan..semuanya sudah ketinggalan zaman dan diperbaiki oleh kerajaan. Berapa lama beliau berkecimpung dalam politik dan kemudiannya cuba mengungkit kisah silam hal-hal berkenaan politik yang telah diputar belit oleh pemimpin pembangkang.

Sumber-sumber mana yang diperolehi? Sekadar menadah mulut menerima kecing lama untuk diluahkan semula kepada pendengar-pendengar ceramah...rentikanlah, buat amal ibadat sebagai mana yang dijanjikan dari sibut menabur fitnah yang baru setahun jangung..

Ptuih,...rasa nak ludah melihatkan perangai jantan ni sekor!

[Ads: The new #OxygenFresh lotion absorbs quickly into skin and is non-sticky, I like! Find out more and get your trial pack here. ]
[Ads: You won't be able to take your eyes off the #GALAXYSIII, not with its stunning 4.8" HD Super AMOLED display! ]
[Ads: Selamilah dunia penuh keajiaban di #HKDisneyland! Terkini esklusif Grizzly Gulch, Toy Story Land dan banyak lagi!]

 

(Gambar) Super hot, Aliya Mustafina gimnas Russia yang beragama Islam

Posted: 07 Aug 2012 12:01 AM PDT

Aliya Mustafina telah berdiri dengan megah di atas podium, dikalungkan pingat emas sambil bendera Russia megah dikibarkan.

Enam bulan yang lalu, beliau telah mengalami kecederaan lutut yang serius dan membayangkan tidak mungkin akan bertanding pada temasya olimpik kali ini. Namun begitu, beliau telah tekadkan semangat untuk mengatasi kesakitan yang dialaminya lantas berjaya merangkul pingat emas.

Aliya adalah merupakan gimnas Russia yang beragama Islam yang berasal dari etnik minoriti Tatar.





 [Ads: The new #OxygenFresh lotion absorbs quickly into skin and is non-sticky, I like! Find out more and get your trial pack here. ]
[Ads: You won't be able to take your eyes off the #GALAXYSIII, not with its stunning 4.8" HD Super AMOLED display! ]
[Ads: Selamilah dunia penuh keajiaban di #HKDisneyland! Terkini esklusif Grizzly Gulch, Toy Story Land dan banyak lagi!]

Keceluparan M. Manoharan menyebabkan DAP terpaksa bayar RM100,000 pada Chong Wei

Posted: 06 Aug 2012 11:01 PM PDT

Kerajaan DAP Pulau Pinang 'terpaksa membayar' harga keceluparan Adun paling rasis dan baruanya M. Manoharan dengan harga RM 100,000 kepada Datuk Lee Chong Wei.

M. Manoharan, Adun rasis ini telah menghina Datuk Lee Chong Wei setelah beliau gagal meraih emas di Olimpik London yang lepas. Akibatnya, rakyat bangkit dengan menghentam beliau begitu juga dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain yang menganggap beliau sebagai tidak profesional dalam meberi ulasan.

DAP juga kelihatan amat risau dengan keadaan ini kerana takut kehilangan undi yang disebabkan oleh seekor barua yang ada dalam parti mereka.

Langkah paling drastik dilakukan oleh DAP adalah dengan menghadiahkan Datuk Lee Chong Wei dengan RM 100,000 bagi menutup kemaluan mereka akibat dari perbuatan Adun yang bersifat binatang itu.

Semoga dengan anugerah wang tersebut, rakyat dapat terlupa seketika perangai barua rasis tersebut yang menggunakan label DAP dalam pilihanraya akan datang...




Laporan bayaran kepada Datuk Lee Chong Wei boleh dirujuk di SINI not HERE


[Ads: The new #OxygenFresh lotion absorbs quickly into skin and is non-sticky, I like! Find out more and get your trial pack here. ]
[Ads: You won't be able to take your eyes off the #GALAXYSIII, not with its stunning 4.8" HD Super AMOLED display! ]
[Ads: Selamilah dunia penuh keajiaban di #HKDisneyland! Terkini esklusif Grizzly Gulch, Toy Story Land dan banyak lagi!]


Adun Barua Rasis DAP pohon maaf pada Chong Wei

Posted: 06 Aug 2012 10:42 PM PDT

Senang ajer barua ni mintak maaf. Takut Cina tak undi dia nanti...celaka la betul. Ini dah kali kedua barua ni buat hal. Rasa nak sepak je..

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M. Manoharan hari ini memohon maaf kepada pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya berhubung kenyataan beliau dua hari lalu.

"Saya secara ikhlas berharap permintaan maaf saya akan diterima," kata beliau menerusi laman mikro Twitter kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Dalam mesej susulan, wakil rakyat DAP itu menulis, "saya amat menyesal dengan komen-komen yang saya keluarkan dan menghulur permohonan maaf sepenuh hati kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya," kata beliau lagi.

Permohonan maaf itu muncul beberapa jam selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengecam kenyataan Manoharan.

Ketika ditemui pemberita di Georgetown, Pulau Pinang, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kenyataan dibuat wakil rakyat itu adalah sesuatu yang sangat tidak sensitif.

Dipetik The Star, katanya, Manoharan tidak mewakili parti dan seorang diri apabila membuat kenyataan sedemikian.




Sinar Harian hari ini membawa laporan memetik beberapa pemimpin termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar kenyataan

Manoharan yang didakwa mempolitikkan kekalahan tipis Chong Wei di tangan Lin Dan di Sukan Olimpik London 2012, kelmarin.

Walaupun kesemua kenyataan pemimpin pembangkang tersebut dibuat di Twitter masing-masing bersifat peribadi tetapi secara tidak langsung menunjukkan kekesalan dengan kenyataan dibuat wakil rakyat DAP itu.

Anwar menulis di Twitternya ketika menjawab pertanyaan seorang pengikutnya "ulasan tidak bijak; pertahan semangat sukan!".

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad juga mengutuk kenyataan Manoharan yang dikatakan tidak wajar dikeluarkan.

Twitternya menyebut 'tak wajar mana-mana pihak memperkecilkan usaha Chong Wei semalam kerana ketaksuban'.

[Ads: The new #OxygenFresh lotion absorbs quickly into skin and is non-sticky, I like! Find out more and get your trial pack here. ]
[Ads: You won't be able to take your eyes off the #GALAXYSIII, not with its stunning 4.8" HD Super AMOLED display! ]
[Ads: Selamilah dunia penuh keajiaban di #HKDisneyland! Terkini esklusif Grizzly Gulch, Toy Story Land dan banyak lagi!]

Malam kelmarin, Manoharan dilihat mula menulis kenyataan-kenyataan di Twitter sejurus selepas Chong Wei tewas dengan mengatakan Lin Dan telah menang dan dia bermain lebih baik daripada "Lee Chong AWAY...".

Malah Manoharan turut dicemuh oleh beberapa pengguna laman sosial itu ekoran kenyataan yang dibuat ketika rakyat negara ini dilihat sedang bersedih ekoran kegagalan Chong Wei membawa pulang emas pertama untuk negara.

Ia merupakan peluang terakhir Chong Wei untuk menghadiahkan sebutir pingat emas kepada 28 juta penduduk negara ini.

Sinar

Muat turun himpunan lagu-lagu raya evergreen dan terbaru

Posted: 06 Aug 2012 10:20 PM PDT

Tidak lama lagi umat Islam akan berhari raya.Sebut pasal Syawal, pastinya anda sinonim dengan lagu-lagu raya yang sering berkumandang sepanjang Ramadhan dan Syawal.

Kita semua mempunyai citarasa sendiri tentang lagu raya mana yang paling kita minati.

Portal popular muat turun DDMF telah memuatnaik beratus-ratus lagu raya yang evergreen dan terbaru untuk dimuatnaik bagi menyambut sambutan Aidilfitri kali ini.

Selamat mendownload!
V.A - Ceria Aidilfitri (1997)
1. Various Artists - Takbir Hari Raya (1:00)
2. P. Ramlee - Dendang Perantau (2:41)
3. Saloma - Selamat Hari Raya (2:36)
4. Sanisah Huri - Aidil Fitri (3:40)
5. Black Dog - Cahaya Aidil Fitri (3:43)
6. Sharifah Aini - Suasana Hari Raya (2:23)
7. Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti (3:44)
8. Krisya - Satu Hari Dihari Raya (3:45)
9. Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf (3:45)
10. Rahim Maarof - Kepulangan Abadi (5:38)
11. Fazidah Joned - Selamat Hari Raya (2:35)
12. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya (2:32)
13. Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema (2:40)
14. D.J.Dave - Menjelang Hari Raya (3:23)
15. Halil Chik & Trio Manja - Lenggang Mak Limah (3:23)
16. Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya (2:57)
17. Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya (3:30)
18. Khairil Johari Johar - Sepasang Kurung Biru (4:16)
19. Sheila Majid - Hari Mulia (4:23)

Download Link
MediaFire / Jumbofiles / Rapidshare

V.A - Citarasa Emas Aidilfitri (1991)
1. Takbir Hari Raya (1:02)
2. Saloma - Selamat Hari Raya (2:39)
3. P. Ramlee - Dendang Perantau (2:45)
4. Sharifah Aini - Suasana Hari Raya (2:27)
5. Sheila Majid - Hari Mulia (4:24)
6. Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya (3:01)
7. Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon (3:48)
8. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya (2:36)
9. Uji Rashid - Doa Di Hari Muria (3:44)
10. Sanisah Huri - Aidil Fitri (3:31)
11. Sudirman - Selamat Hari Raya (3:03)
12. D. J. Dave - Menjelang Hari Raya (3:26)
13. Fazidah Joned - Selamat Hari Raya (2:38)
14. Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya (3:34)
15. Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang (3:33)
16. Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema (2:44)
17. Black Bog Bone - Cahaya Aidil Fitri (3:46)

Download Link
MediaFire / Jumbofiles

Kristal - Rock Raya (2008)
1. Kristal - Takbir Raya (1:02)
2. Kristal - Selamat Hari Raya 1 (3:07)
3. Kristal - Suasana Hari Raya (2:53)
4. Kristal - Dari Jauh Ku Pohon Maaf (3:58)
5. Kristal - Mensyukuri Aidilfitri (4:45)
6. Kristal - Selamat Berhari Raya (4:06)
7. Kristal - Bersabarlah Sayang (4:15)
8. Kristal - Menjelang Hari Raya (3:47)
9. Kristal - Selamat Hari Raya 2 (3:31)
10. Kristal - Bondaku Yang Jauh Di Mata (4:31)
11. Kristal - Selamat Hari Raya 3 (3:23)
12. Kristal - Dendang Perantau (3:35)
13. Kristal - Balik Kampung (3:58)
14. Kristal - Suasana Di Hari Raya (Feat. Leez) (3:21)
15. Kristal - Cahaya Aidilfitri (3:48)

Download Link
MediaFire / Jumbofiles

V.A - Meriah Di Aidilfitri (2005)
1. New Boyz,Sofaz,Lips & Saidatul Erma - Manis-Manis Lebaran (4:54)
2. Aznil Hj. Nawawi - Fajar Di Pagi Raya (4:19)
3. Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri (4:20)
4. New Boyz - Selamat Hari Raya (4:27)
5. Saidatul Erma - Syahdu Lebaran (3:56)
6. Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran (6:17)
7. Noraniza Adris - Halal Bihalal (4:34)
8. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran (3:58)
9. Liza Hanim - Di Pagi Mulia (4:34)
10. New Boyz - Di Hari Raya (5:12)
11. Sofaz - Inilah Harinya (4:17)
12. Aqasha - Musafir Di Aidilfitri (5:29)

Download Link
MediaFire / Jumbofiles

V.A - Nur Syawal (2004)
1. Various Artist - Ayat Al - Quran (Al - Baqarah 83) , Qasidah & Narration (2:40)
2. Hijjaz - Rahmat Ramadhan (3:44)
3. In - Team & Unic - Kemuliaan Ramadhan (4:12)
4. Hijjaz - Sinar Ramadhan (3:49)
5. Unic - Muhasabah Ramadhan (4:37)
6. Hijjaz - Ramadhan Bulan Berkat (3:00)
7. Unic & Mestica - Hikmah Bulan Mulia (4:17)
8. Various Artist - Takbir Hari Raya (2:23)
9. In - Team & Unic - Track09 (4:44)
10. In - Team - Kemaafan Di Aidilfitri (4:30)
11. Hijjaz - Salam Kemaafan (3:56)
12. Hijjaz - Sekuntum Kemboja Yang Gugur (4:40)
13. In - Team & Unic - Zapin Hari Raya (5:40)
14. Hijjaz, In - Team, Unic, Mestica - Senandung Aidilfitri (4:37)

Download Link
MediaFire / Jumbofiles

V.A - Gema Hari Raya (2005)
1. Siti Nurhaliza - Aidilfitri Di Alaf Baru (4:19)
2. Siti Nurhaliza - Nikmat Hari Raya (3:58)
3. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran (4:02)
4. New Boyz - Balik Kampung (4:39)
5. Noraniza Idris - Masih Ada Yang Sayang (3:54)
6. Aqasha - Musafir Di Aidilfitri (4:45)
7. Liza Hanim - Ku Pohon Doa Di Hari Raya (4:06)
8. Handy Black - Cahaya Aidilfitri (3:55)
9. Mazleela - Suasana Hari Raya (2:21)
10. 2 By 2 - Bersederhanalah (Di Hari Raya) (4:32)
11. Anis Suraya - Bersabarlah Sayang (3:21)
12. Firdaus - Miskin Kaya (2:39)
13. Nurhaida - Zapin Aidilfitri (4:36)
14. Mazleela - Selamat Hari Lebaran (4:29)

Download Link
MediaFire / Jumbofiles

Wings - Raya Bersama Mus (2007)
1. Wings - Joget Hari Kemenangan (3:39)
2. Wings - Malam Aidilfitri (4:54)
3. Wings - Hari Raya Hari Yang Mulia (5:21)
4. Wings - Keroncong Hari Raya (4:28)
5. Wings - Puisi Aidilfitri (5:46)
6. Wings - Nursakti (4:24)
7. Wings - Jelang (4:17)
8. Wings - Engkau, Aku Dan Dia (4:19)

Download Link
MediaFire / Jumbofiles

V.A - Selamat Aidilfitri Artis-Artis 60'an (2005)
1. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya (3:42)
2. M. Shariff & Datin Rafeah Buang - Seloka Hari Raya (3:18)
3. M. Shariff - Pulang Di Hari Raya (3:38)
4. S. Jibeng - Musafir Di Aidilfitri (6:00)
5. L. Ramlee & M. Shariff - Hari Raya (2:44)
6. M. Shariff & The Zurah II - Hari Lebaran (2:27)
7. M. Ishak & M. Shariff - Hari Raya (Versi 2) (2:40)
8. A. Ramlie - Suara Takbir (2:48)
9. M. Shariff & The Zurah II - Selamat Berpuasa (4:25)
10. Datin Rafeah Buang - Aidilfitri (3:57)
11. A. Dayang - Suasana Hari Raya (2:16)
12. S. Jibeng & M. Shariff - Selamat Hari Raya (2:11)
13. M. Shariff - Dendang Perantau (2:44)
14. Maria Bachok - Bila Takbir Bergema (2:37)
15. M. Shariff - Musafir Di Aidilfitri (5:58)
16. Ahmad Jais - Hari Raya (3:08)

Download Link
MediaFire / Jumbofiles

V.A - Hangatnya Raya (2010)
1. Hafiz,Aril,Ayu & Anne - Hanya Kerana Cinta (4:28)
2. Kieran,Tomok,Mawi & Ikhwan - Salam Silaturrahim (3:51)
3. Akim,AG & Black - Rindu Yang Telah Pergi (4:11)
4. Stacy,Farah Fauzana,Shila & Leya - Bunga Api Di Hati (2:36)
5. Faizal Tahir,Shahir & Faizal Ismail - Tiba (3:26)
6. Various Artists - Salam Lebaran (3:21)
7. M. Nasir - Satu Hari Di Hari Raya (3:33)
8. Nassier Wahab,Elly Mazlein & Fiffy Natasha - Sketsa Di Pagi Raya (3:26)
9. Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri (3:56)
10. Lan Kristal & Leez - Suasana Di Hari Raya (3:16)
11. Saleem - Salam Dunia (4:07)
12. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran (4:03)
13. Jamal Abdillah & Salem - Lambaian Aidilfitri (4:36)
14. Khalifah & Kristal - Doaku Pohonkan (3:50)
15. Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf (3:49)

Download Link
MediaFire / Jumbofiles

V.A - Hari Raya Yang Mulia (2004)
1. Spider - Rindu Raya (3:47)
2. Exists - Hari Raya Yang Mulia (4:38)
3. Sarah - Suasana Hari Raya (3:19)
4. DeHearty - Hari Bahagia (3:45)
5. Exist - Bila Takbir Bergema (3:10)
6. Sarah - Berkumpul Di Sini (4:07)
7. Farahdhiya - Bersama Di Hari Raya (2:39)
8. Spider - Satu Hari Di Hari Raya (4:00)
9. Ajai, Deja & Sarah - Loka Logiknya (4:12)
10. Dehearty - Balik Kampung (3:58)
11. Elly Mazlein - Joget Lebaran (3:47)
12. Jinbara - Ramadhan Sempurna Syawal Menjelma (3:54)

Download Link
MediaFire / Jumbofiles

16 Lagu Lagu Hari Raya Aidil Fitri
1. Black Dog Bone - Cahaya Aidil Fitri (3:43)
2. Sharifah Aini - Suasana Hari Raya (2:25)
3. Aman Shah - Kepulangan Yang Dinanti (3:46)
4. Saloma - Selamat Hari Raya (2:36)
5. Hail Amir & Uji Rashid - Seloka Hari Raya (2:58)
6. Sudirman - Dari Jauh Kupohon Maaf (3:46)
7. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya (2:34)
8. Junainah - Suasana Riang Di Hari Raya (3:14)
9. Sanisah Huri - Aidil Fitri (3:41)
10. Noorkumalasari - Pulang Di Hari Raya (3:04)
11. DJ Dave - Menjelang Hari Raya (3:24)
12. Fazidah Joned - Selamat Hari Raya (2:36)
13. Rosemaria - Di Pagi Aidil Fitri (3:42)
14. P Ramlee - Dendang Perantau (2:43)
15. Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang (3:31)
16. Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema (2:40)

Download Link
MediaFire / Jumbofiles

Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri (2003)
1. Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri (3:52)
2. Siti Nurhaliza - Mekar Hari Raya (4:20)
3. Siti Nurhaliza - Meriah Suasana Hari Raya (4:49)
4. Siti Nurhaliza - Bila Hari Raya Menjelma (4:43)
5. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran (3:59)
6. Siti Nurhaliza - Suara Takbir (2:42)
7. Siti Nurhaliza - Nazam Lebaran (5:39)
8. Siti Nurhaliza - Air Mata Syawal (5:03)
9. Siti Nurhaliza - Anugerah Aidilfitri (Instrumental) (3:52)
10. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran (Instrumental) (3:59)

Download Link
MediaFire / Jumbofiles

Gilang Gemilang Aidilfitri
1. M. Nasir - Salam Dunia
2. Azlina Aziz - Indahnya Beraya Di Desa
3. Othman Hamzah - Gembira Bersama Di Hari Raya
4. Jamal Abdillah - Sampaikan Salamku Di Hari Raya
5. Dayangku Intan - Senandung Hari Raya Untukmu
6. Jamal Abdillah & Saleem - Lambaian Aidilfitri
7. Jay Jay - Gurindam Di Pagi Syawal
8. Jamal Abdillah - Maafkan Segala Keterlanjuran
9. Jamal Abdillah, Uji Rashid, Hail Amir, Khadijah Ibrahim - Bergembira Di Hari Raya
10. Khadijah Ibrahim - Bingkisan Untuk Perwira
11. Feminin - Kurniaan Di Hari Raya
12. Jay Jay - Hari Raya Bahagia
13. Uji Rashid & Hail Amir - Pengertian Hari Raya
14. Raihan,Nowseeheart, Ram & Ajai - Lebaran Ini
15. Ajai - Rindu Di Aidilfitri
16. Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri

Download Link
MediaFire / Jumbofiles

Various Artists - Syoknye Raya (2007)

Tracklisting:

CD1
1. VA - Takbir Raya (1:07)
2. Nassier Wahab, Elly Mazlein & Fiffy Natasha - Sketsa Di Pagi Raya (3:28)
3. Shidee, Othman Hamzah, Nassier Wahab, Lan Kristal, Elly Mazlein, Leez & Fiffy Natasha - Kenangan Di Pagi Lebaran
4. M Nasir - Satu Hari Di Hari Raya (3:11)
5. Kristal - Cahaya Aidilfitri (3:48)
6. Elly Mazlein - Selamat Berhari Raya (3:35)
7. Nassier Wahab - Dendang Perantau (2:54)
8. Wann - Aidilfitri (3:49)
9. Mamat (Exist) - Ku Pohon Restu Ayah Bonda (2:47)
10. Kristal - Bondaku Yang Jauh Di Mata (4:31)
11. Nassier Wahab - Menjelang Hari Raya (3:31)

CD2
1. Saleem & Wann - Inang Palembang (3:56)
2. Shidee - Salam Di Pagi Lebaran (4:03)
3. Saleem & Wann - Seloka Hari Raya (3:02)
4. Kristal - Mensyukuri Aidilfitri (4:46)
5. Nassier Wahab - Suara Takbir (3:06)
6. Lan Kristal & Leez - Suasana Di Hari Raya (3:20)
7. Nassiier Wahab - Lambai Desa Lebaran (4:52)
8. M Daud Kilau - Di Hari Kemenangan Ini (5:32)
9. Wann - Suasana Hari Raya (2:40)
10. Screen - Syawal Yang Mulia (4:37)
11. Poey Stings - Kembali Di Aidilfitri (4:40)
12. Nassier Wahab - Kepulangan Yang Di Nanti (3:45)

Download Link
MediaFire / Jumbofiles

Hurey! Raya - 28 Lagu Raya Nostalgia Terbaik (2009)

Tracklisting

CD1
01. Takbir Raya
02. Khalifah & Kristal - Doaku Pohonkan (Lagu Baru)
03. M.Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
04. Al-Jawaher - Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda
05. Ideal Sister - Hari Raya Hari Bahagia
06. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
07. Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya
08. Nassier Wahab - Dendang Perantau
09. Nyanyian Ramai - Kenangan Di Pagi Lebaran
10. Razlan (Kristal) & Leez AF - Suasana Di Hari Raya
11. Alleycats - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
12. Maria Bachok - Bila Takbir Bergema
13. S.Jibeng - Musafir Di Aidilfitri
14. Nassier Wahab - Menjelang Hari Raya
15. Saleem - Pulanglah

CD2
01. Saleem - Salam Dunia
02. Nassier Wahab,Elly Mazlein & Fiffy Natasya - Sketsa Di Pagi raya
03. Kristal - Cahaya Aidilfitri
04. Nassier Wahab - Lambai Desa Lebaran
05. Dayangku Intan - Aidilfitri
06 Nassier Wahab - Kepulangan Yang Dinanti
07. Butterfly - Indahnya Beraya Didesa (Rakaman Baru)
08. Kristal - Bondaku Yang Jauh Dimata
09. Nassier Wahab - Suara Takbir
10. Dr.Sam - Esok Hari Raya
11. Shidee - Salam Dipagi Lebaran
12. Screen - Syawal Yang Mulia
13. Salebriti Radio - Dendang Si Perantau
14. Sudirman - Balik Kampung

Download Link
MediaFire / Jumbofiles

Raya Remix [Limited Edition] (2008)

Senarai Lagu:
01. DJ Dolls Vs Anuar Zain & Ellina - Suasana Hari Raya
02. DJ Ash BuRn Vs M Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
03. DJ Rosman Vs Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya 2008
04. DJ Zmie J Vs Saloma - Selamat Hari Raya
05. DJ Dolls Vs Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
06. DJ Ash BuRn Vs Anuar Zain & Friend - Suasana Hari Raya
07. DJ Dolls Vs Saloma - Selamat Hari Raya
08. DJ Zmie J Ft M.Nasir - Satu Hari Di Hari Raya

Download Link
MediaFire Link / JumboFiles Link

VA - Memori Hit Dangdut Hari Raya

01. Bersama Di Hari Raya (Mas Idayu) (lagu baru)
02. Hari Ini Hari Raya (Iwan, Amelina, Sheeda & Cici Faramida)
03. Takbir Rindu (Iwan)
04. Dendang Perantau (Sheeda) (unreleased track)
05. Gembira Bersama Di Hari Raya (Amelina) (unreleased track)
06. Indahnya Beraya Di Desa (Sheeda) (unreleased track)
07. Pertemuan Di Hari Raya (Amelina & Sheeda)
08. Suasana Hari Raya (Amelina)
09. Selamat Hari Raya (Amelina) (oa Fazedah Joned) (unreleased track)
10. Hari Raya Bahagia (Cici Faramida)

Download Link
MediaFire Link / JumboFiles Link

Berpesta Di Aidilfitri (2007)
01 - Noraniza Idris - Ria Raya.mp3 [4 MB]
02 - Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran.mp3 [3 MB]
03 - Sofaz - Ingatan Di Hari Raya.mp3 [3 MB]
04 - Siti Ruhailah - Di Lembaran Yang Ini.mp3 [4 MB]
05 - New Boys - Syawal Yang Dinanti.mp3 [3 MB]
06 - Lips - Hari Yang Mulia Hari Bahagia.mp3 [4 MB]
07 - VA - Manis-manis Lebaran.mp3 [3 MB]
08 - Liza Hanim - Pada Hening Hari Raya.mp3 [4 MB]
09 - Natasha - Selamat Hari Raya Bonda.mp3 [3 MB]
10 - Nita - Rinduku Di Hari Raya.mp3 [3 MB]
11 - Aznil Hj Nawawi - Fajar Di Pagi Raya.mp3 [3 MB]
12 - Siti Nurhaliza - Airmata Syawal.mp3 [4 MB]
13 - Saidatul Erma - Nikmat Hari Lebaran.mp3 [3 MB]
14 - Anis Suraya - Bersabarlah Sayang.mp3 [3 MB]

Download Link
MediaFire Link / JumboFiles Link

Sinar Lebaran (2009)
01. Sinar Lebaran (Noryn Aziz) (lagu baru)
02. Dengan Nafasmu (Ungu)
03. Takkan Berpaling DariMu (Rossa)
04. Kembali Untukmu (Kotak)
05. Aku Tak Sempurna (Intan Nuraini)
06. Taqwa (Intan Nuraini, Revalina S Temat & Melanie Putria)
07. Gema Lebaran (Erra Fazira)
08. 5 Waktu (Yuni Shara)
09. Manis Manis Lebaran (New Boyz, Sofaz, Lips & Saidatul Erma)
10. Ingatan Di Hari Raya (Sofaz)
11. Nazam Lebaran (Siti Nurhaliza)
12. Di Lebaran Yang Ini (Indah Ruhaila)
13. Di Hari Raya (New Boyz)
14. Anugerah Aidilfitri (Siti Nurhaliza)
15. Semua Kerena Mu (Revalina S Temat)
16. Aidilfitri Di Alaf Baru (Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Liza Hanim & Anis Suraya)

Download Link
MediaFire Link / JumboFiles Link





Suami terkejut, isteri curangnya mengaku pernah tiduri lelaki lain lebih 10 kali

Posted: 06 Aug 2012 09:02 PM PDT

Gambar hiasan
Hancur luluh hati seorang suami apabila mendapat tahu isteri tersayang menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain dan sudah terlanjur dalam kejadian di Jalan Klang Lama, di sini.

Hubungan sulit wanita 30-an itu bermula pertengahan 2010 diketahui suaminya kelmarin melalui facebook isterinya itu sebelum cuba bertanya keadaan sebenar hingga mereka bertengkar.

Menurut sumber polis, lelaki berusia 40 tahun itu terkejut mendengar pengakuan isterinya yang sanggup menduakan dirinya dengan lelaki lain.

[Ads: The new #OxygenFresh lotion absorbs quickly into skin and is non-sticky, I like! Find out more and get your trial pack here. ]
[Ads: You won't be able to take your eyes off the #GALAXYSIII, not with its stunning 4.8" HD Super AMOLED display! ]
[Ads: Selamilah dunia penuh keajiaban di #HKDisneyland! Terkini esklusif Grizzly Gulch, Toy Story Land dan banyak lagi!]

Suami berkenaan kemudian telah membuat laporan di Balai Polis Damansara selepas tidak tahan dengan perangai isteri terbabit.

"Suami terbabit tidak menyangka isterinya sanggup melakukan hubungan seks dengan lelaki lain lebih 10 kali, selain mengaku mencintai lelaki itu lebih daripada dirinya.




"Isterinya membuat pengakuan bahawa sanggup menunggu teman lelaki 'gelapnya' itu walaupun banyak rintangan dihadapi," katanya di sini.

Selepas mendengar pengakuan isterinya, suaminya membuat laporan polis kerana mahu tindakan lanjut diambil ke atas lelaki itu.

Sumber berkata, wanita itu juga mengaku melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota ketika suaminya tiada di rumah. 

MSN bengang, Hup Wei dan Noraseela hanya 'makan angin' di London

Posted: 06 Aug 2012 05:30 PM PDT

Pencapaian buruk Noraseela Mohd Khalid dan Lee Hup Wei dalam acara olahraga, kelmarin harus membuka laluan kepada pengkritik di tanah air yang menyoal keras kenapa kedua-dua atlit ini dipilih untuk misi di London.

Noraseela mendapat tempat terakhir dalam Saringan 2, pusingan pertama acara 400 meter berpagar wanita dengan catatan 1 minit 16 saat - jauh daripada rekod kebangsaan miliknya, 56.02s manakala Hup Wei sekadar mampu melepasi paras 2.16m dalam kelayakan - hari sama Usain Bolt dari Jamaica membakar litar memenangi pingat emas 100m lelaki dan mencatat rekod baru Sukan Olimpik.

Persembahan hambar wakil negara itu seperti mengajak kita membuka bicara, apakah mereka dibawa ke sini 'untuk melancong'.

Sebelum ini, dua atlit yang tersenarai dalam jadual asal adalah Rayzam Shah Wan Sofian bagi acara 110m berpagar lelaki dan Roslinda Samsu acara lompat bergalah wanita.




Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong turut meluahkan rasa kecewa dengan persembahan kedua-dua atlit itu sambil menyifatkan Noraseela 'seperti berjoging' dalam disiplin kegemarannya itu, kelmarin.

"Saya tidak menafikan ia satu pencapaian yang amat mengecewakan daripada dua atlit senior kita. Saya bukan suruh mereka layak ke final acara masing-masing tapi sekurang-kurangnya mengulangi atau mengatasi catatan peribadi terbaik masing-masing. Itu saja.

"Saya rasa pentas seperti ini bukan lagi kelas untuk mereka, khasnya Noraseela. Selepas ini saya akan cadangkan untuk mencari atlit muda lain menggantikannya. Kami berterima kasih kepada sumbangannya selama ini tapi sekarang dia sudah tidak mampu lagi mencabar dalam peringkat tertinggi seperti ini lagi," katanya, semalam.

Hup Wei memiliki rekod kebangsaan 2.27m dan andai mengulangi pencapaian sama itu di Olympic Stadium kelmarin, dia mungkin sudah layak ke pusingan kedua.

- Bharian

Tiga bulan dicabul warden ketika tidur

Posted: 06 Aug 2012 05:01 PM PDT

Enam pelajar perempuan sebuah sekolah di Kemaman, di negeri Terengganu, Malaysia telah mendakwa mereka telah dicabul berulang kali oleh seorang warden asrama selama tiga bulan.

Insiden, yang bermula dari bulan Mei hingga Julai, telah dilakukan oleh seorang lelaki berusia 29 tahun.

Difahamkan warden, yang telah berkahwin, telah mencabul enam gadis - berusia antara sembilan dan 14 tahun - ketika membuat rondaannya

Sumber berkata warden akan pergi ke bilik-bilik pelajar perempuan pada lewat malam ketika penghuni asrama yang lain sedang tidur.




Warden tersebut akan menyentuh kemaluan pelajar-pelajar perempuan bagi memenuhi tuntutan nafsunya.

Akibat trauma dengan kejadian tersebut, mangsa-mangsa yang dicabul oleh warden tersebut ketakutan untuk membuat laporan yang mungkin akan dinafikan oleh warden tersebut dan juga memikirkan tindakan disiplin yang akan dikenakan ke atas mereka.

Walau bagaimanapun, selepas berkali-kali dicabul, gadis akhirnya berkumpul keberanian untuk membuat laporan terhadap warden.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Assistant Commisioner K. Manoharan berkata, pelajar-pelajar itu memberitahu hal berkenaan kepada guru-guru mereka Selasa lepas mengenai perbuatan warden tersebut.

"Seorang guru telah membawa pelajar-pelajar perempuan ini ke Kemaman untuk membuat laporan polis.

"Polis terus bertindak atas laporan tersebut dan menahan warden berkenaan," katanya.

Suspek ditahan hinggan 7 Ogos hari bagi membantu siasatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan