The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah Posted: 07 Aug 2012 11:44 PM PDT |
Suara Sri Andalas Posted: 07 Aug 2012 11:44 PM PDT Cadang Guna Semula loji Jelutong Untuk Tingkat Kapasiti Air Posted: 07 Aug 2012 10:30 PM PDT SHAH ALAM, 8 OGOS : Kerajaan Negeri mempertimbangkan cadangan menggunakan semula Loji Air Bukit Jelutong sebagai langkah alternatif untuk meningkatkan kapasiti air untuk kegunaan pengguna di Selangor.
Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) Nor Azmi Dir0n menjelaskan, jika loji ini kembali beroperasi, dijangkakan mampu menghasilkan 50 juta liter air sehari.
"Loji Air Bukit Jelutong tidak digunakan sejak tahun 1995. Jika digunakan ia mampu menjana air sehingga 50 juta liter sehari. Dahulunya loji ini ditutup kerana mempunyai kadar racun yang tinggi. Maka kita sedang mengkaji dan mencari langkah terbaik agar loji ini dapat beroperasi semula," katanya dalam reaksi ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Penyelaras DUN Permatang, Yahya Saari.
Selain itu, Kerajaan Negeri merancang untuk menggunakan teknologi membran dan menerokai sumber air bawah tanah yang boleh digunakan untuk meningkatkan penjanaan air di loji terawat sedia ada.
Sebelum ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyatakan Kerajaan Negeri sedang mengkaji untuk membelanjakan antara RM200 juta hingga RM300 juta untuk meningkatkan kemampuan rawatan air dengan menggunakan teknologi membran. Berhubung persediaan penggunaan air menjelang musim perayaan, Nor Azmi memaklumkan, pihaknya akan memantau Standard Operation Prosedur (SOP) yang disediakan bnagi mengelakkan sebarang gangguan yang tidak diingini. "Berdasarkan rekod dan pengalaman perayaan yang lepas, penggunaan air berkurangan sehingga 20 peratus memandangkan ramai pengguna pulang ke kampung ditambah dengan cuti panjang," katanya ketika taklimat isu air dan hutang Talam di SACC di sini.
Sumber: Selangorku | UPEN Sahkan Selangor Mampu Hasilkan Air Terawat Posted: 07 Aug 2012 10:15 PM PDT SHAH ALAM 8 OGOS : Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) mengesahkan Selangor mampu menghasilkan air terawat yang mencukupi untuk kegunaan penduduk di Lembah Klang.
Timbalan Pengarahnya, Nor Azmi Diron berkata Jawatankuasa Pemantauan Air yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri bagi mencari penyelesaian krisis air mendapati, 34 loji yang sedia ada mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 4,807 juta liter sehari (JLH).
Katanya, jumlah pengeluaran air itu mengatasi jumlah penggunaan air penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu sebanyak 2,944 JLH.
Azmi menjelaskan jumlah pengeluaran air terawat itu juga berlebihan kerana Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) hanya mengagihkan air sebanyak 4,371 hingga 4,411 JLH sahaja. "Manakala kadar pengeluaran air yang tidak terhasil (NRW) oleh Syabas sebanyak 1,389 JLH atau 32 peratus. "Jumlah NRW ini adalah air yang tidak sampai kepada pengguna. Jadi Syabas gagal memenuhi tanggung jawab untuk membekalkan air terawat yang secukupnya kepada pengguna seperti yang dipersetujui dalam Penjanjian Penswastaan Air 2004," katanya dalam taklimat isu air dan hutang Talam di Shah Alam Convention Centre, di sini. Beliau berkata dua daripada loji terawat iaitu Loji Langat dan Semenyih mampu mengeluarkan lebih 20 peratus air terawat kerana reka bentuknya sejak 20 tahun lalu. "Manakala ada juga loji yang hanya mampu mengeluarkan air terawat sebanyak 800 JLH iaitu Sungai Selangor fasa 3 kerana reka bentuknya," katanya. Justeru, catuan air yang dicadangkan oleh Syabas kepada kerajaan adalah tidak tepat dan merupakan pendirian yang tidak boleh diterima. Jawatankuasa Pemantauan Air itu dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan dianggotai oleh pegawai-pegawai dari Unit Perancang Ekonomi Negeri, Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor.
Sumber: Selangorku | Bekalan Air Terawat Cukup, Tidak Payah Catuan Posted: 07 Aug 2012 10:00 PM PDT SHAH ALAM, 8 OGOS : Kerajaan Selangor membantah sebarang bentuk cadangan catuan air di negeri ini kerana kapasiti air terawat sedia ada mencukupi bagi menampung kegunaan di Lembah Klang.
Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN) Nor Azmi Diron berkata, surat bantahan telah dikemukakan kepada semua pihak termasuk Kerajaan Pusat, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Katanya, Kerajaan Selangor juga sedang menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan Balakong, Cheras dan Sri kembangan.
"Ada antara mereka yang tidak mendapat bekalan air sehingga 11 hari. Kita amat bersimpati dengan kadaan itu. "Kita mengambil langkah segera dengan menghantar tanker melalui Pihak Berkuasa tempatan berhampiran selain Syabas," katanya dalam sesi Taklimat Isu Air dan Hutang Talam Corporation. Pada sesi taklimat tersebut Azmi menjelaskan, pihaknya membuat beberapa perubahan di dalam sistem agihan supaya lebih banyak air dapat disalurkan kepada kwasan-kawasan tersebut. "Bila kita semak pelan agihan, ada ruang untuk kita bawa lebih banyak air dari Sungai Labu dengan diskong oleh Sungai Semenyih bagi kawasan Cheras. "Sebab itu 2-3 hari ini masalah di Cheras dapat kita selesaikan," katanya. Sebelum ini, Syabas mendesak Kerajaan Pusat supaya mengadakan catuan air di Selangor kerana mendakwa tidak cukup bekalan air terawat. Bagaimanapun tindakan ini dibantah oleh Kerajaan Selangor yang mendakwa Syabas tidak agihkan bekalan dengan cermat.
Sumber: Selangorku | சிலாங்கூரில் இந்தியர் பண்பாட்டு மையம் Posted: 07 Aug 2012 03:00 AM PDT (Source: semparuthi.com) சிலாங்கூர் மாநில அரசின் இந்தியர் பண்பாட்டு மையத்தின் ஆரம்ப வேலைகள் தொடங்கப்பட்டுள்ளதாக சிலாங்கூர் ஆட்சிக்குழு உறுப்பினரும், அண்டாலாஸ் சட்ட மன்ற உறுப்பினருமான டாக்டர் சேவியர் ஜெயகுமார் தெரிவித்தார். தேசிய முன்னணி காலக்கட்டத்தில் அறிவிக்கப்பட்டு அதன் பிறகு முடக்கப்பட்ட மூன்று இனங்களுக்குமான பண்பாட்டு மையங்களை செயாலாக்கம் காண 2009-ஆம் ஆண்டிலேயே விவாதிக்கப்பட்டதாகவும் அது சார்பாக சரியான நிலங்களை அடையாளம் காண்பதில் கால தாமதம் ஏற்பட்டதாக கூறிய சேவியர், இதற்காக தற்போது 6 கோடி வெள்ளி ஒதுக்கப்பட்டுள்ளதாக கூறினார். இந்தியர் பண்பாட்டு மையத்திற்கு 2 கோடி வழங்கப்படும் என்றார். "இதை முழுமையாக மாநில அரசால் செய்ய இயலாது. கண்டிப்பாக இந்திய சமூகத்தின் அனைத்து தரப்பினரின் ஆதரவும் தேவை" என்றவர், இதற்கான ஒரு ஆரம்பச் செயல்திட்ட குழுவை அமைத்துள்ளதாகவும் அதை பொறியிலாளரும் வழக்கறிஞருமான கா. ஆறுமுகம் அவர்கள் ஒருங்கிணைத்து செயலாற்றுவதாகவும் கூறினார். இதில் கிள்ளான் நாடளுமன்ற உறுப்பினர் சார்ல்ஸ் சந்தியாகோ மற்றும் செனட்டர் இராமகிருஷ்ணன் ஆகியோரும் இடம்பெற்றுள்ளனர். கிள்ளான் KTM ரயில் நிலையத்தில் இருந்து சுமார் 2 கிலோமீட்டர் தூரத்தில் புக்கிட் ஜாத்தி சாலை முடிவில், கிள்ளான் நதிக்கரையை ஒட்டி இந்த மையம் அமையயுள்ளது. "இது மலேசிய இந்தியர்களின் செழிப்பான பண்பாட்டு கூறுகளை முன்கொணர்ந்து சமூக செயலாக்கத்திற்கு வித்திடும் விவேகத்தை கொண்டிருப்பதோடு இது கிள்ளான் நதிக்கரையில் நீரின் மேற்பரப்பிலேயே அமையவுள்ளதானது சிறப்பம்சம் என்கிறார் வழக்கறிஞர் கா. ஆறுமுகம். "மேலும், இது நமது வரலாற்றை பிரதிநிதிக்கும் அடையாளத்தூண், அரும்பொருட்காட்சியகம், நூலகம், கலையரங்கம், கலை பயிற்றுமையம், பண்பாட்டு நிகழ்வரங்கம் மற்றும் வாணிபம், விற்பனை, தங்கும் விடுதிகள் போன்றவையுடன் ஒரு முழுமையான தளமாக அமையும். நமது பாரம்பரிய வரலாறு, வாழ்வியல், சமூக கட்டமைப்பு, சமயம், கலை, மொழி, இயல், இசை, நாடகம், நடனம், உணவு, ஓவியம், சிற்பம் ஆகியவற்றின் அறிவு சார்ந்த வெளிப்பாடாக அமைய வேண்டும் என்கிறார் ஆறுமுகம். இந்த பண்பாட்டு மையங்களின் வரைபட கண்காட்சி கடந்த ஜூன் 28, 29. 30-ஆம் தேதிகளில் பண்டார் பாரு கிள்ளான் இயோன் வாணிப அங்காடியில் நடைபெற்றது. அதன் தகவல்களை பார்க்க இங்கே சொடுக்கவும். இந்த பண்பாட்டு மையம் சார்பாக கருத்து சேகரிப்பும் நிகழ்வதாக கூறிய சேவியர் ஜெயகுமார், மக்களின் ஆக்ககரமான கருத்துக்களை மாநில அரசு வரவேற்பதாக கூறினார். தங்களது கருத்துக்களை தெரிவிக்க விரும்புவோர், தொலைநகல் எண் +603 5510 6678 வழியாகவும், மின் அஞ்சல் முகவரிiccselangorku@gmail.com வழியாகவும் இவ்வருட இறுதிக்குள் அனுப்பலாம். | Syabas Tangguh Bekal Pada Industri, Selangor Jamin Selesai Posted: 07 Aug 2012 01:45 AM PDT Sumber: FreeMalaysiaToday
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyelesaikan masalah membekalkan air kepada peniaga tempatan dalam industri yang ditangguhkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sejak Januari 2012. Exco Pelaburan,Perindustrian dan Perdagangan kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok berkata jaminan itu diberi ekoran terdapat 234 permohonan projek untuk dibekalkan air ditangguhkan oleh Syabas. Permohonan mereka tidak mendapat kelulusan akibat Syabas mengalami masalah kekurangan air. "Jika mereka (Syabas) tidak berupaya untuk selesaikan hal itu, kerajaan negeri kata biar kita ambil alih. Ini kerana kita buat banyak permohonan dan ia ia sudah setahun sejak Syabas dan kerajaan negeri tidak berkomunikasi. "Mana-mana permohonan untuk (pembekalan air) yang ditolak oleh Syabas perlu membuat permohonan kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri akan membawa perkara ini kepada Jawatankuasa Pemantauan Air Syabas," katanya. Kerajaan negeri memberi jaminan tersebut selepas perkara itu dibangkitkan oleh komuniti perniagaan di Selangor yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap masalah air ketika sesi taklimat mengenai air dan isu hutang Talam di sini hari ini. Sementara itu Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Selangor, Norazmie Diron pula berkata, keperluan bekalan air bagi 234 projek itu adalah 194 juta liter untuk projek yang dipohon sejak 2012. Syabas boleh luluskan Jelas beliau, Syabas yang juga agensi perakaun dari segi teknikal yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) boleh bertindak meluluskan permohonan tersebut. Maka katanya, Syabas sepatutnya memberikan kelulusan ke atas permohonan tersebut. "Bagi projek-projek yang dipohon sejak 2012 hingga sekarang adalah projek yang hanya akan memerlukan air bermula 2014 dan 2015…bukan sekarang. "Dari segi teknikal kalau sesuatu permohonan sudah dipenuhi, Syabas perlu memaklumkan agar tak menangguhkan permohonan-permohonan tersebut ," jelasnya. Menurut beliau, permohonan itu kemudiannya akan dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kelulusan pusat setempat atau One Stop Centre (OSC). Kerajaan negeri, katanya telah mengarahkan pihak PBT, OSC untuk memberikan kelulusan-kelulusan ini. "Sekiranya ianya melibatkan tahun-tahun 2013-2014 ia sepatutnya boleh diluluskan kerana berdasarkan anggaran kita, dari segi kecukupan air. Kita mempunyai keupayaan untuk bekalkan kepada permohonan-permohonan baru," katanya. "Sebanyak 194 juta liter sahaja diperlukan. Berdasarkan projek Mitigasi 1 yang akan siap Mac 2013, kita mampu sediakan tambahan bekalan air yang boleh diagihkan lebih kurang 120 MLD," katanya. | Betulkah Umno-BN Boleh Jamin Tarif Air “Yang Munsabah”? Posted: 07 Aug 2012 01:30 AM PDT SHAH ALAM, 7 OGOS : Pakatan Rakyat (PR) Selangor mempersoalkan kenyataan Timbalan Ketua Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang menjanjikan harga air "yang munasabah" jika diberi peluang mentadbir semula Selangor.
Ini kerana Noh memberi jaminan berkenaan walaupun Kerajaan Pusat akan menangguh beban pembinaan projek pemindahan air Langat 2 yang berjumlah RM 8.65 bilion.
Keupayaan Umno-BN menunaikan janji tersebut juga dipersoal kerana dengan adanya Langat 2, Selangor terpaksa membayar RM 60 juta kepada Pahang setiap tahun sebagai royalti air.
Lebih lagi, keikhlasan Umno-BN dipersoal kerana mereka memihak kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang pada asalnya mahu meningkatkan harga air sebanyak 70 peratus menjelang 2012. Kenyataan Noh yang tidak memberi butiran jauh berbeza dengan jaminan Pakatan bahawa harga air tidak akan dinaikkan melebihi 12 peratus. Lebih lagi kata Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong, Selangor tidak akan membenarkan Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas) dan Kerajaan Pusat menaikkan tarif air sehingga 70 peratus. Katanya, Kerajaan Selangor percaya bahawa pelaksanaan projek Langat 2 bernilai RM8.65 bilion itu hanyalah sekadar untuk mengkayakan kroni Umno-BN, tanpa mengutamakan keperluan rakyat. "Umno-BN terlalu banyak memutar belit fakta kerana mereka mahu rakyat percaya bahawa kenaikan tarif air 70 peratus yang akan dikenakan Syabas adalah berpatutan dan munasabah. "Bagaimana mereka boleh katakan begitu sedangkan rakyat Selangor nanti terpaksa membayar RM 60 juta setahun kepada Kerajaan Pahang kesan daripada projek tersebut. "Adakah itu yang Umno-BN katakan tidak membebankan rakyat?"soalnya. Beliau berkata, satu-satunya perkara yang menghalang Syabas untuk meningkatkan tarif air adalah campur tangan Kerajaan Negeri setelah Pakatan memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada Mac 2008. Tambahnya, pentadbiran telus Kerajaan Negeri telah memberi peluang kepada rakyat untuk menikmati hasil negeri, antaranya pemberian 20 meter padu air percuma yang akan diteruskan sekiranya PR terus diberi mandat. "Kerajaan Negeri akan terus berusaha untuk mengurangkan ketirisan dan memperbaiki prestasi bagi memastikan lebih banyak manfaat dapat diberikan kepada rakyat. "Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk mendapatkan penstrukturan semula air di negeri ini dan terus menjaga kebajikan rakyat. "Tidak ada sebab sama ada dana kerajaan persekutuan atau negeri perlu digunakan untuk membiayai projek mega yang tidak wajar kepada rakyat Selangor," katanya lagi.
Sumber: Selangorku | Najib’s ‘Biggest Blunder’ in Selangor Posted: 06 Aug 2012 11:22 PM PDT Source: FreeMalaysiaToday Umno-BN has decided to use water as a weapon to 'strike' the people of Selangor into submission. Prime Minister Najib Tun Razak wants to get Selangor back at all costs. He knows that in 2008, voter swing was the biggest in Selangor at 20.9% and in Kuala Lumpur at 20.5%. So, he's pulling out all stops to recapture Selangor. But the biggest single blunder Umno-Barisan Nasional made was to use water as a weapon to pummel the people of Selangor into submission. That is the most despicable and heinous action Umno-BN took and it's going to be fatal. Allow me to share a thought from one of the readers of my blog. It seems most pertinent at this point when Najib and Umno hold Selangorians to ransom over water. "Didalam hukum hakam agama suci Allah swt, sumber air ada untuk semua mahkluk tidak kira binatang atau manusia… akan tetapi manusia seperti biasa suka melawan hukum suci dan buat hukum sendiri!" On such a basic need as water to support all forms of life, BN shows its true colours, Nothing is beneath BN to think of ways to oppress those it sees are slowly dismantling its scandalous money-making schemes to support an equally scandalous, ostentatious lifestyle. BN leaders have come to think that they and only they deserve such a lifestyle. Najib's father's legendary and exemplary leadership is on record for all to note where development benchmarks have been laid. People must stand by Khalid Nothing was spared to keep costs to a minimum, and the late Tun Abdul Razak forbade senior officers to send him off at the airport when he went overseas; he felt these officers had more productive things to do in their offices than to waste time being seen with him; to enjoy a few moments of reflected glory from the man? Not for Tun, this sycophantic time-wasting habit. No need for hand kissing, sweet smiles and prolonged good-byes. Everything that was done and practised by Tun Razak was based on a simple unwritten rule (though this was never stated, true to the character of the generally taciturn, performance-oriented man): the collective powers of the three branches of government – the Legislative, Executive and Judiciary – can and must mean that they be used as "a shield and not a sword". The people of Selangor must stand solidly behind Menteri Besar Khalid Ibrahim in facing this version of biological warfare visited upon them by the Umno-BN power-crazy leadership. The Selangor government should start thinking of setting up a new water supply company to replace Syabas altogether. Or it should start building a state-owned water treatment plant. With the heinous and unconscionable strategies expected from Umno-BN, the Selangor government must develop a siege mentality as a defence. Malaysians can now decide over this Syabas issue and all other past misadventures god-fathered by BN. Source: FreeMalaysiaToday The writer is a former Umno state assemblyman but joined DAP earlier this year. He is a FMT columnist.
| |
Anwar Ibrahim Posted: 07 Aug 2012 07:27 PM PDT “BORAK BERSAMA ANWAR” LIVE DI YOUTUBE #BORAKANWAR Posted: 07 Aug 2012 07:11 PM PDT Dari http://aicmalaysia.blogspot.com/2012/08/borak-bersama-anwar-live-di-youtube.html Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi ahli politik Malaysia yang pertama menjadi tuan rumah kepada Google Hangout, meluaskan pengaruh beliau dengan menggunakan media sosial, kepada golongan belia "celik teknologi" yang membentuk satu perempat daripada pengundi di Malaysia. Program "Borak Bersama Anwar" chat secara langsung di YouTube ditetapkan 10.30 malam waktu tempatan pada 17 Ogos, dua hari sebelum Malaysia meraikan Hari Raya Aidilfitri yang datang selepas berpuasa sebulan. Halaman Facebook dan Google + sudah mula membuat publisiti mengenai acara ini dilihat sebagai selangkah kehadapan meninggalkan Barisan Nasional (BN) dalam aktiviti di ruang siber. "Ahli-ahli politik telah menerokai ruang siber secara besar-besaran sebelum pilihan raya akan datang dan Anwar berada di barisan hadapan. Program Google Hangout beliau adalah yang pertama di negara ini," kata seorang sumber kepada The Malaysian Insider. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah menjadi tuan rumah bagi Google Hangout pada Januari lepas sebagai sebahagian daripada kempen pilihan rayanya. Forum itu, dilakukan dalam bentuk sambungan video dan soalan video YouTube. Halaman Facebook dan Google + menerangkan program "Borak Bersama Anwar" sebagai acara Google Hangout dengan pemimpin "de facto" PKR merangkap ketua pembangkang yang akan disiarkan secara langsung melalui Youtube. "Kami menggalakkan orang ramai untuk menghantar soalan video mereka melalui Youtube dan berkongsi pautan pada Facebook atau laman acara Google Plus. Kami juga akan menyemak nota dan soalan-soalan anda untuk menentukan topik kami untuk malam itu. "Jika kami mendapati soalan-soalan anda menarik, anda akan dijemput untuk menjadi salah seorang panel kami dan akan bersama disiarkan secara langsung. Terima kasih, dan kami berharap untuk bertemu anda di program Borak Bersama Anwar," kata satu kenyataan yang disiarkan di kedua-dua halaman. Laman Facebook adalah di sini manakala halaman Google + pula adalah di sini dengan #BorakAnwar sebagai hashtag rasmi laman Twitter. Sumber dari PKR memberitahu, Anwar akan mengumumkan program Google Hangout dalam sidang akhbar Khamis ini, di mana beliau dijadual untuk bercakap tentang logo Merdeka Pakatan Rakyat (PR) dan tema kemerdekaan. The Malaysian Insider juga difahamkan, PKR merancang untuk membeli pengiklanan dalam internet untuk acara tersebut, satu langkah kedepan dalam pengiklanan politik di negara ini, dengan peningkatan penggunaan orang muda dalam ruang siber untuk mencari berita dan mengisi masa lapang dengan menonton di Youtube dan Vimeo. Tapak YouTube Malaysia telah dilancarkan pada awal tahun ini dan dilawat sebanyak 2 juta sehari dengan pengguna menghabiskan purata 30 minit satu sesi, menghampiri hampir dua juta penonton yang menonton program yang paling popular di Malaysia pada waktu prima iaitu Buletin Utama TV3 pada setiap lapan malam. Usaha Putrajaya untuk liputan internet yang lebih menyebabkan kadar penembusan bagi isi rumah meningkat kepada 62.9 peratus pada yang pertama suku tahun ini daripada 62.3 peratus pada tahun 2011, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bulan lepas. Malaysia mempunyai kira-kira 6.69 juta isi rumah. Pakatan pembangkang PR sentiasa dilihat sebagai mempunyai kelebihan dalam ruang siber berbanding BN tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini, gabungan pemerintah telah berkembang kehadiran portal berita pro BN dan peningkatan penyokong mereka dalam laman Twitter. Walaupun kehadiran yang meningkat di internet, kempen pro-BN dipanggil "Saya Pilih Malaysia" telah menguasai gelombang udara dan ruang iklan perdana di stesen televisyen milik kerajaan dan swasta, serta surat khabar yang dikawal oleh Umno dan MCA. Kempen ini memetik kata-kata pengarah eksekutif syarikat berkait kerajaan dan penulis blog pro kerajaan. Anwar yang tidak diberikan peluang di media arus perdana telah menggunakan Internet untuk menyampaikan mesej akan tetapi, kehadirannya dalam talian Internet masih lagi kurang berbanding pesaing beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Semakan di laman pemantauan media sosial www.socialbakers.com pagi ini menunjukkan Najib mempunyai 1,135,529 tanda suka di Facebook dan 801,833 pengikut di laman Twitter berbanding Anwar yang mempunyai 379,612 tanda suka di Facebook dan 179,830 pengikut Twitter. Pengikut-pengikutnya berharap acara di Google Hangout akan mengembangkan pengikut Anwar di kedua-dua laman Facebook dan Twitter. "Kita perlu mendekati golongan muda kerana terdapat kira-kira tiga juta pengundi pertama dari 12 juta pengundi berdaftar," kata seorang pegawai PKR kepada The Malaysian Insider, sambil menambah "Google Hangout hanya salah satu daripada cara kita akan gunakan untuk mendapatkan untuk lebih mengenali orang-orang yang menghabiskan banyak masa di dalam siber". | Pakatan Siap Sedia, Jangka PRU13 September Posted: 07 Aug 2012 01:48 AM PDT Harakah Pakatan Rakyat hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan akan diadakan pada September akan datang. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata isu pilihanraya turut dibincangkan pada pada mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini, dan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan menggunakan kesempatan hari Merdeka ini untuk mengumumkannya. “Saya yakin Umno-Barisan Nasional akan mengambil kesempatan pada hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan imej mereka,” jelasnya pada sidang media di Pejabat PKR hari ini. “Kita berkeyakinan ia akan diadakan pada September nanti dan paling lewat adalah pada bulan November. Segala perancangan telah kita aturkan sebaik mungkin,” sambung beliau lagi. Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menyatakan Umno-Barisan Nasional akan terus menggunakan skrip lama dengan memburuk-burukkan DAP dengan tanggapan negetif. “Skrip lama akan terus digunakan, memburukkan DAP dengan pandangan-pandangan negetif bagi tujuan menakut-nakutkan pengundi Melayu. “Mereka berharap tindakan tersebut akan memberi kesan undi kepada PAS dan PKR kerana pengundi Melayu akan beralih kepada mereka,” jelasnya. Menurutnya lagi, selain Umno dengan skrip lama, rakan mereka MCA juga akan menakut-nakutkan pengundi Cina dengan isu Hudud akan tidak menyokong Pakatan dan seterusnya memberikan gambaran yang buruk kepada PAS. “Bagi mengatasi tomahan yang tidak berasas ini, kita diperingkat Pakatan telah merangka strategi untuk menangkis tomahan tersebut. “Apa yang kita harapkan nanti rakyat akan tertumpu kepada agenda yang kita akan bawakan untuk kebaikan seluruh rakyat negara ini,” sambungnya lagi. Katanya lagi, Pakatan akan terus menfokuskan kepada rakyat tentang agenda besar yang telah dipersetujui bersama di dalam dasar Pakatan Rakyat. Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen PKR. | Pendegaran Saman Fitnah Dato Seri Anwar Ibrahim Terhadap Khairy Pada 25 Januari 2013 Posted: 07 Aug 2012 01:36 AM PDT Malaysiakini Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menetapkan tiga hari mulai 15 Januari tahun depan untuk perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berhubung ceramah politik di Kuala Kangsar, Perak. Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan demikian di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam S Prakash mewakili Anwar dan Sarah Abishegam mewakili Khairy. Prakash memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan memanggil tiga orang saksi. Anwar memfailkan saman itu pada 7 September 2007 yang mendakwa Khairy, ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, memfitnahnya pada Ogos 2007 dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak. Anwar mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu disiarkan media cetak dan elektronik di negara ini pada 3 Ogos 2007. | Dato Seri Anwar Ibrahim Akan Umum Logo Dan Tema Merdeka Khamis Ini Posted: 07 Aug 2012 01:26 AM PDT Harakah PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan logo dan tema Hari Kemerdekaan bagi negeri-negeri Pakatan Rakyat pada Khamis ini. Keputusan pemilihan logo akan diputuskan pada Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada Khamis sebelum pengumuman itu dibuat. Namun bagi Negeri Kelantan dan Kedah telah diputuskan menggunakan tema berlainan setelah perkara tersebut diputuskan lebih awal pada mesyuarat kerajaan negeri masing-masing. “Kita telah memutuskan apa logo yang sesuai kita gunakan, namun perkara tersebut akan diputuskan pada mesyuarat pimpinan Pakatan pada Khamis ini. “Namun untuk tema telah kita putuskan sebelum ini, pengumuman tentang logo itu akan dilakukan sendiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis ini,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. Lagu Merdeka Menurutnya lagi, selain tema dan logo, lagu sambutan hari Kemerdekaan versi Pakatan Rakayat juga telah dicipta oleh komposer terkenal, namun ia juga turut akan diumumkan nanti. “Pakatan turut menyediakan sebuah lagu bagi sambutan hari Kemerdekaan dan ia telah cipta oleh komposer terkenal. “Bagaimana bentuk lagu dan komposer akan kita maklumkan nanti,” jelas beliau. Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyatakan pemilihan tema ini terpaksa dilakukan apabila melihat ketidak bertanggungjawaban kerajaan yang menjadikan tema Kemerdekaan milik mereka. “Kita ubah kerana melihat sikap tidak tanggungjawab kerajaan yang menjadikan tema tersebut milik mereka,” katanya. Sebelum itu, kerajaan Umno-Barisan Nasional telah memilih tema ‘Janji Ditepati’ namun ia dikritik pelbagai pihak sebagai tema kempen politik mereka. Bagi menjadikan tema tesebut lebih umum untuk semua rakyat, Pakatan Rakyat telah memutuskan menggunakan tema ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’, manakala bagi Negeri Kelantan telah memilih ‘Menerajui Perubahan’, dan Kedah pula dengan tema ‘Terus Berbakti’. | Yusuf Qardhawi: Islam Tiada Makna Jika Rakyat Ditindas, Hasil Negara Dibolot Posted: 06 Aug 2012 08:27 PM PDT Keadilandaily Tidak bermakna Islam itu jika tiada huriyyah (kebebasan) dan rakyat ditindas pemerintah, kata Sheikh Yusuf al-Qardhawi. Demikian Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pesanan ulama tersohor itu berdasarkan buku terbarunya berjudul 'Kebangkitan Rakyat' yang ditulis selepas kejatuhan regim Hosni Mubarak. Memetik kandungan buku itu, Anwar berkata, tanda negara tiada kebebasan apabila pihak yang berkuasa berbuat sesuka hati termasuk mengaut hasil kekayaan negara. "Kata Yusuf Qardhawi, inilah yang menyebabkan malapetaka di negara-negara Islam. "Kalau kita nak (mengamalkan) Islam, bagaimana kita boleh tidak menghormati rakyat di bawah?" soalnya ketika memberi tazkirah di Surau P 20, Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam, semalam. Beliau mengambil contoh masyarakat Kadazandusun di Sabah yang marah apabila tanah mereka dirampas pihak berkuasa. "(Justeru) jangan jadi bodoh dan diperbodohkan. Rakyat mesti ada maruah," tegas Ketua Pembangkang itu di hadapan 100 jemaah yang hadir. Pada 4 Ogos lalu, Anwar melancarkan edisi bahasa Melayu buku itu yang diberi nama 'Yusuf al-Qardhawi & Kebangkitan Rakyat' terjemahan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Surau Al-Mujahiddin, Bandar Baru Bangi. Turut diadakan, sesi diskusi buku dengan barisan ahli panel seperti Presiden Wadah Pencerdasan Umat (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil, Ustaz Mohd Naim Mohd Nor dan Anwar sendiri yang merupakan bekas presiden Abim. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan